MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
bagi mengelak berlakunya semula pertelagahan antara kaum Aus dengan Perpustakaan Utama
Khazraj yang dikhuatiri akan menggugat kestabilan politik negara Islam - Baitul Hikmah; perpustakaan
Madinah. Kebijkasanaan Abu Bakar berhujah di samping kelebihan –
kelebihannya seperti pernah menjadi imam ketika Nabi Muhammad s.a.w. teragung
uzur menyebabkan beliau dibaiah sebagai khalifa pertama kerajaan Islam Perpustakaan Haidari al Najf
Madinah sekaligus dapat mengelak berlakunya ketidakstabilan politik dalam - Mengand buku berbahasa
kerajaan Islam.
Arab dan Parsi
Satu lagi isu politik yang berjaya diselesaikan oleh Abu Bakar ialah Khaizanat Sabur
menghapuskan gerakan al Riddah yang bukan sahaja telah menyebabkan - Terdapat 100 buah naskhah
huru – hara dalam kerajaan Islam malah mencemarkan kesucian agama
Islam. Golongan al Riddah terdiri daripada golongan nabi palsu, enggan al Quran yg ditulis oleh Bani
membayar zakat dan murtad, timbulnya golongan – golongan ini
disebabkan keinginan menandingi populariti Nabi Muhammad s.a.w., Muqlah
menularnya kembali semangat assabiyah dan kurangnya kefahaman - Terdpt 100 000 jilid buku
terhadap ajaran Islam. Bagi menangani golongan ini, Abu Bakar telah
memulakan langkah diplomasi dengan memujuk mereka kembali kepada bertulis tangan
Islam, namun disebabkan respons agak dingin, Abu Bakar terpaksa Dar al Hikmah
membentuk 11 pasukan tentera bagi menggempur golongan ini, yang akhir - Dibina di Kaherah, buku yang
Berjaya membunuh beberapa napi palsu seperti Musailamah al Kazzab dan
Tulaihah bin Khuwailid, sekaligus mengembalikan kabilah – kabilah seperti berasal dari istana
Bani Haniffah kembali kepada Islam dan mengakui Abu Bakar sebagai Sekolah Mustansiriyyah
khalifah . - Terdapat lebih 80 000 jilid
buku
Perkara ketiga yang dapat diselesaikan oleh Abu Bakar ialah menggerakkan
semula tentera ke Ghassan yang menjadi boneka kerajaan Rom Timur
( Byzantine ). Tentera yang digerakkan ini dipimpin oleh Usamah bin Zaid
telah berjaya dalam misinya dalam tempoh masa 40 hari, dengan
menghapuskan ancaman Rom di sebelah utara yang selama ini bukan sahaja
menganggu urusan pendakwah dan pedagang – pedagang Islam. Kejayaan
mengalahkam Rom ini menyebabkan tentera beliau diamanahkan menjaga
keselematan Madinah daridapa ancaman dua puak kecil Zuyan dan Absy
yang membatalkan hasrat menyerang kota Madinah
Kesimpulan kejayaan Abu Bakar menyelesaikan pelbagai masalah telah
menyerlahkan sememangnya beliau merupakan seorang pemimpin yang
amanah dan bertanggungajwab bersesuaian dengan gelaran yang
diterimanya iaitu ‘Penyelemat dan Negara Umat Islam. Malah, peritiwa
sebelum kewafatannya beliau telah mewasiatkan agar Umar al Khattab
dilantik sebagai bakal penggantikannya kelak demi mengelak perpaduan
hancur
Zaman Umar al Khattab dipenuhi dengan pelbagai pembaharuan
dalam bidang pentadbiran. Bincangkan
Khalifah Umar al Khattab merupakan khalifah yang kedua yang dilantik
berdasarkan wasiat khalifah sebelumnya Abu Bakar al Siddiq. Beliau dilantik
serta dibaiah oleh umat Islam pada tahun 13H dan memerintah umat Islam
sehingga tahun 23 H. Beliau digelar oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan al
Faruq, dan merupakan khalifah yang pertama digelar Amirul Mukminin. Dari
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
segi peribadi beliau terkenal dengan sifat yang tegas dan berani Institusi Pendidikan Di Acheh
menghadapi sebarang cabaran. Kejayaan beliau di dalam bidang
pentadbiran sangatlah besar kepada dunia Islam sehinggakan zaman - Meunasah: peringkat rendah,
pemerintahan beliau dianggap Zaman Keemasan Kerajaan Islam. Terdapat
pelbagai faktor yang membantu baginda melaksanakan pembaharuan di setiap kampung,
dalam bidang pentadbiran, antaranya ialah kestabilan politik, keteguhan
ekonomi, kekuatan angkatan tentera yang mampu melemahkan Rom dan pembelajaran asas agama
Parsi, keperibadiannya, dan lain – lain. Pembaharuan yang dilaksanakan
meliputi bidang politik, ekonomi, agama, dan sosial. dan kitab yang digunakan
Bagi melicinkan serta mengamalkan prinsip musyawarrah yang disyorkan berbahasa Melayu
oleh Islam beliau telah menubuhkan sebuah badan penasihat serta
perundingan yang dikenali sebagai Majlis Syura secara formal yang - Rangkang: peringkat
dianggotai oleh sama ada oleh golongan Muhajirin dan juga Ansar. Antara
para sahabat yang menganggotai majlis ini ialah Uthman bin Affan, Ali bin menengah rendah; pondok
Abi Talib, Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, dan
Muaz bin Jabal. Semua perkara berhubung dengan dasar negara baik dalam didirikan di sekeliling masjid
bidang politik, ekonomi, dan sosial akan diputuskan oleh Majlis Syura
berdasarkan suara majoriti. Majlis Syura juga bertanggunjawab menentukan dan dijadikan asrama,
polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubunga luar. Melalui
amalan syura, Khalifah Umar telah memberikan peluang dan kebebasan pembelajaran fiqah, ibadat,
yang seluas – luasnya kepada semua rakyat di bawah pimpinannya
mengemukakan fikiran dan pandangan dan juga kritikan demi kebaikan dan tasawwuf, sejarah dan
keadilan Islam serta menggalakkan percambahan idea di kalangan
masyarakat. bahasa Arab dgn
menggunakan kitab Arab dan
Melayu
- Dayah: peringkat menengah
atas; pembelajaran dalam
bahasa Arab tentang fiqh
muamalat, tauhid, ilmu alam,
sejarah dan bahasa Arab
- Jamiah: peringkat tinggi /
universiti; pembelajaran
dalam bahasa Arab dan
terbahagi kpd 17 buah fakulti
Bagi melicinkan pentadbiran negara Islam yang semakin luas, negara Islam SOALAN KLON
kini dibahagikan kepada 8 buah wilayah yang masing – masing mempunyai
ibu negeri, dengan Madinah menjadi pusat pentadbiran negara Islam. Huraikan institusi –
Wilayah – wilayah lain ialah Hijaz yang berpusat di Makkah, Syam institusi pedidikan yang
( Damsyik ), Iran ( Basrah ), Iraq ( Kufah ), Mesir ( Fustat ), Palestin terdapat di Acheh pada
( Jerusalem ), dan Mesopotamia ( Hims ). Setiap wilayah ditadbir oleh abad ke-16 Masihi
seorang Gabenor yang dibantu pula oleh pegawai – pegawai kerajaan
seperti Pemungut Cukai, Panglima Tentera, Pegawai Polis, Setiausaha dan
juga Hakim. Gabenor bertanggungjawab menghantar laporan tahunan,
sementara rakyat diberikan peluang mengadu sekiranya ada perkara yang
tidak memuaskan dilakukan oleh pegawai – pegawai kerajaan. Gabenor yang
dilantik juga perlu mengisytiharkan harta mereka terlebih dahulu untuk
mengelakkan berlakunya amalan rasuah.
Khalifah Umar juga menggubal undang – undang tanah baharu, tanah
bertuan akan dikenakan cukai kharaj manakala tanah tidak bertuan akan
dimiliknegarakan; diamanahkan kepada golongan Ahl al Ayyam khasnya di
tanah jajahan seperti di Iraq, Syria, dan Mesir. Hasil – hasil yang dikutip
daripada tanah – tanah akan digunakan untuk membiayai kemudahan
awam. Tanah – tanah milik pemerintah Rom di Mesir dan Syria telah
dirampas dan dibahagi – bahagikan kepada para petani dengan syarat ia
diusahakan, sekiranya tidak ia akan diagihkan kepada individu lain pula.
Golongan tentera tidak dibenarkan mengambil tanah di jajahan melainkan
melalui pembelian, dasar ini berbeza dengan zaman sebelumnya di mana
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
tanah – tanah jajahan dibahagikan kepada tentera yang berperang.
Tujuannya mengekalkan semangat juang tentera Islam di medan perang.
Pentadbiran ketenteraan juga mengalami perubahan, Jabatan tentera telah
ditubuhkan, dan tentera dapat dibahagikan kepada tentera tetap yang
diberikan gaji yang tetap, pakaian seragam serta elaun untuk keluarga,
manakala tentera simpanan pula hanya diberikan elaun ketika berkhidmat
untuk negara.
Semua anggota tentera telah dicatatkan dan disenaraikan. Tentera
diwajibkan menjalani latihan yang keras seperti menunggang kuda, berjalan
kaki tanpa kasut serta tidak dibenarkan melibatkan diri dengan kegiatan
pertanian. Bandar – bandar tentera telah diwujudkan di sempadan negara
seperti Fustat, Basrah, Kufah yang dilengkapi dengan kubu demi
keselamatan negara. Pusat – pusat inilah yang berkembang sebagai pusat
kebudayaan Islam. Bagi menjamin keselamatan negara, pasukan perisik telah
dibentuk sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan. Beliau juga telah bertindak
melantik Panglima Agung yang baru iaitu Abu Ubaidah al Jarrah bagi
menggantikan Khalid al Walid. Kesan daripada pembaharuan –
pembaharuan dalam bidang ketenteraan, tentera – tentera Islam telah
berjaya melumpuhkan kekuatan Rom dan Parsi di kawasan – kawasan seperti
Iraq, Syria, Palestine, Jordan, dan Mesir
Dari segi ekonomi, Baitumal dibentuk secara rasmi bagi menguruskan Bidang Keilmuan Zaman
pendapatan dan perbelanjaan negara. Sumber - sumber pendapatan negara Abbasiyah
diperoleh dari jizyah, zakat, usyur, ghanimah, kharaj, al fai, sedekah, harta
wakaf dan sebagainya. Sistem cukai telah diseragamkan, misalnya cukai Ilmu Akli
tanah ditentukan berdasarkan jenis tanaman yang duusahakan dan kualiti - Matematik; muncul al
tanah, manakala jizyah juga ditentukan berdasarkan kemampuan golongan
kafir dhimmi. Beliau sering meninjau golongan kafir dhimmi sendiri untuk Khwarizmi dgn pengenalan
memastikan kadar cukai yang dikenakan itu membebankan mereka atau sistem nombor dan algebra
sebaliknya. - Kimia; penemuan asid galian,
alcohol dan pembaikian
Sesuai dengan wujudnya Jabatan Pertanian, beliau telah menggalakkan penghasilan kaca
pembukaan tanah – tanah baru serta menyediakan rancangan – rancangan - Ilmu Fizik; pergerakan jirim,
pengairan seperti Empangan Amirul Mukminin di Mesir, menjalankan survey pantulan cahaya dan ciptaan
ke atas sesuatu tanah yang bakal diusahakan. Rakyat digalakkan membuka cermin mata
tanah – tanah baru. Hak milik ke atas tanah – tanah pertanian diserahkan - Geografi; ukuran keluasan
kepada sesiapa sahaja yang mahu mengusahakannya. Namun, hak milik bumi dan membtk peta dunia
tersebut akan ditarik balik jika gagal menunjukkan sebarang kemajuan pertama dlm btk glob
dalam tempoh tiga tahun. Umar juga memastikan supaya amalan - Perubatan; lahir Ibn Sina,
penindasan ke atas petani tidak berlaku. penemuan penyakit rubella,
alahan, cacar dan ubat bius
Dalam bidang kehakiman, Jabatan Kehakiman telah dipisahkan daripada - Ilmu Falak; ukur jarak bumi
jabatan lain bagi memastikan berlaku keadilan. Beliau juga menentukan dgn matahari dan ciptaan
syarat yang ketat bagi bakal hakim seperti mempunyai ilmu yang cukup astrolab – lahir al Biruni
serta dihormati oleh masyarakat dan mempunyai pergaulan yang baik.
Beliau memastikan kadar gaji yang tinggi kepada hakim untuk mengelak Ilmu Nakli
berlakunya amalan rasuah. Para hakim atau kadi juga tidak dibenarkan - Tafsir; muncul al Tabari dan
melibatkan diri dalam perniagaan atau membeli – belah seperti orang ramai
di pasar – pasar. al Quran disusun mengikut
surah
- Ilmu Fiqh; muncul 4 orang
Imam Mazhab
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Beliau menggalakkan kemajuan di dalam bidang pendidikan, Guru – guru - Ilmu Hadis; penyusunan
telah dihantar ke serata tempat dan diberikan gaji yang lumayan, bagi hadis dan kemunculan pakar
penghafal Quran akan diberikan ganjaran yang lumayan. Sekolah – sekolah
telah ditubuhkan di masjid – masjid untuk diajar pelajaran al Quran. Abu Hadis seperti al Bukhari
Sufian misalnya, telah dilantik untuk mengajar kaum Badwi dan menguji
pengetahuan mereka tentang al Quran. Khalifah Umar juga banyak membina - Ilmu Tauhid, munculnya
masjid – masjid; dianggarkan sebanyak 4000 buah. Masjidil Haram dan ulama seperti Abu Hassan al
Masjid Nabawi telah diperbesarkan, selimut Kaabah telah digantikan dengan
kain yang mahal dari Mesir. Umat Islam diwajibkan menghafal surah – surah Asya’ri bagi memurnikan
tertentu dalam al Quran yang menghuraikan prinsip – prinsip utama ajaran
Islam seperti Surah al Baqarah, al Nisa’, al Hajj, dan al Nur. Mereka yang akidah umat Islam yang
menghafal seluruh surah dalam al Quran akan diberikan pelbagai ganjaran. berhadapan falsafah Yunani
Pendakwah – pendakwah telah dihantar ke seluruh kawasan termasuk di luar
Semenanjung Tanah Arab bagi memastikan syiar Islam terus berkembang.
Umar al Khattab bertanggungjawab memulakan sistem kalendar Islam
berdasarkan pergerakan bulan dengan menggunakan Tahun Hijrah yang
digunakan sehingga kini. Tujuannya untuk memudahkan urusan
pentadbiran dan mengingati peristiwa – peristiwa penting. Umar juga telah
membangunkan kota – kota baru seperti Basrah, Kufah, Mausil, bandar –
bandar yang dahulunya terpencil kini didiami oleh puluhan ribu penduduk,
misalnya Basrah kini mempunyai 100 000 orang penghuni. Jalan raya telah
dibina seluas 60 kaki. Khalifah Umar al Khattab menamakan bandar tersebut
sebagai Rasul -ul-Islam.Rumah – rumah untuk para musafir juga dibuka di
sepanjang jalan raya dan jambatan. Jalan yang menghubungkan Makkah
dengan Madinah dilebarkan lagi dan di sepanjang berkenaan terdapat
rumah – rumah untuk para musafir.
Sememangnya zaman pemerintahan Umar al Khatab dikenali zaman
kegemilangan Kerajaan Islam dengan pelbagai pembahruan yang dilakukan.
Malahan sesetengah sejarawan menyifatkan beliau merupakan pemimpin
unggul Islam dalam seluruh sejarah Islam.
Bincangkan faktor – faktor yang membawa kejayaan Khalifah Umar
al Khattab sehingga dianggap sebagai khalifah yang paling berjaya
pada zaman Khulafa al Rasyidin.
Khalifah Umar al Khattab merupakan khalifah kedua kerajaan Khulafa al
Rasyidin, dipilih dan dibaiah oleh umat Islam selepas Abu Bakar
meninggalkan wasiat jawatan ini diberikan kepadanya memandangkan
beliau mempunyai perwatakan, keperibadian dan ciri kepemimpinan yang
mampu memimpin umat Islam. Maka, tidak hairanlah, sepanjang 10 tahun
pemerintahannya, banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah
Umar sehingga sejarawan menganggap zamannya sebagai zaman keemasan
/ keagungan kerajaan Islam. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang
kepada kejayaan ini, antaranya keperibadian dan kepemimpinannya sebagai
khalifah, kekuatan tentera, kekuatan ekonomi dan lain – lain.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Faktor asas yang membawa kepada kejayaan Umar al Khattab dikaitkan
dengan keadaan politik yang stabil, segala masalah dalaman seperti krisis
kepemimpinan, ancaman golongan al Riddah serta Rom telah berjaya
ditangani oleh khalifah sebelumnya, Abu Bakar al Siddiq. Oleh sebab itu,
Umar al Khattab mempunyai peluang dan ruang yang sepenuhnya
meneruskan dasar – dasar yang sedia ada serta menambahbaik aspek –
aspek tertentu mengikut keadaan semasa, umpamanya membahagikan
negara Islam kepada 8 buah wilayah yang lengkap dengan ibu kota serta
sistem birokrasi yang sistematik dengan Madinah kekal sebagai pusat
pentadbiran kerajaan Islam Madinah. Keadaan yang aman ini membolehkan
Khalifah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang sosioekonomi
serta pentadbiran dan pengurusan tanah.
Seterusnya faktor yang menyumbang kejayaan Khalifah Umar dikaitkan
dengan keperibadian dan daya kepemimpinannya yang adil telah
memuaskan hati semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa. Beliau
sentiasa memberikan ruang kepada rakyat untuk mengemukakan apa apa
pandangan demi kepentingan bersama, sehinggalah beliau
mengungkapkan kata – kata, ‘Tiada Khalifah Tanpa Musyawarrah’. Bagitu
juga dengan pelaksanaan cukai, tokoh ini telah mengenakan cukai dengan
kadar yang berpatutan kepada golongan berkenaan, umpamanya cukai
jizyah, kadarnya berdasarkan kemampuan seseorang individu ( 12 – 48
dirham setahun ). Bagi memastikan dasar – dasarnya tidak menyusahkan
rakyat, Khalifah Umar telah bertindak menginstitusikan amalan syura dengan
membentuk Majlis Syura dengan ahlinya – ahlinya dilantik oleh khalifah dan
bertindak sebagai penasihat atau seolah – olah Majlis Perundingan Negara.
Kekuatan tentera yang dimiliki oleh Khalifah Umar merupakan penyumbang
kepada kejayaan membina empayar kerajaan Islam. Khalifah Umar telah
melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan dengan menubuhkan
Jabatan Tentera serta membahagikan tentera kepada kepada tentera tetap
dan tentera simpanan yang diberikan gaji dan elaun. Peringkat awal, tentera
Islam diketuai oleh Khalid al Walid yang kemudiannya digantikan oleh Abu
Ubaidah al Jarrah, namun perubahan ini tidak menjejaskan kekuatan tentera
Islam, buktinya dua kuasa besar Rom dan Parsi dapat dilemahkan apabila
satu persatu wilayah dapat dikuasai seperti Syam, Palestine, Iraq, Iran, Mesir
dan lain – lain. Kejayaan menguasai wilayah – wilayah ini membolehkan
Khalifah Umar melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh.
Akhir sekali, faktor yang menyumbangkan kejayaan Khalifah Umar ialah
mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh dimanfaatkan bagi menjalankan
aktiviti pembangunan negara. Kejayaan kempen ketenteraan dan dakwah
yang dijalankan menyebabkan pelbagai sumber pendapatan diperoleh
seperti jizyah, kharaj, harta rampasan perang dan lain – lain. Segala sumber
pendapatan ini disimpan dan diuruskan oleh Baitul mal yang ditubuhkan
secara rasmi dan berperanan sebagai institusi yang menyelenggarakan
urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Penubuhan Baitul mal ini
membolehkan pendapatan negara ini dimanfaatkan untuk membantu
golongan yang tidak bernasib baik, merancang dan menyedia program
pembangunan dan kebajikan, meluaskan syiar Islam dan sebagainya.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Kesimpulannya, tidak dinafikan kejayaan Umar al Khattab khususnya
pelaksanaan dasar pembaharuan yang diperkenalkan merupakan simbol
kejayaannya sebagai khalifah, kejayaan ini sebenarnya bertitik tolak daripada
tindakan bijak khalifah sebelumnya yang meletakkan asas yang kukuh bagi
membolehkan Khalifah Umar melakukan pembaharuan yang menyeluruh
sehingga zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman kegemilangan
kerajaan Islam.
Abu Bakar al Siddiq meletakkan asas kejayaan Umar al Khattab.
Jelaskan.
Khalifah Umar al Khattab merupakan pemerintah kerajaan Khulafa al
Rasyidin yang memerintah dalam tempoh 10 tahun, bermula dari tahun 13
Hijrah – 23 Hijrah. Sepanjang pemerintahanya, pelbagai pembaharuan yang
dilaksanakan oleh Khalifah Umar antaranya mengistitusikan amalan syura,
merombak sistem ketenteraan, dan merancang program pembangunan
sosioekonomi. Pun begitu, sesuatu yang tidak dapat dinafikan kejayaan –
kejayaan Umar al Khattab sebagai pemerintah ini sebenarnya ada kaitan
dengan daya usaha dan kepemimpinan khalifah sebelumnya, Abu Bakar al
Siddiq.
Antara bukti yang menunjukkan kejayaan Umar diasaskan oleh Abu Bakar - Ilmu aqli dapat didefiniskan
ialah wasiatnya agar jawatan Khalifah diserahkan kepada Umar sebagai ilmu yang
memandangkan Umar mempunyai ciri keperibadian dan kepemimpinan bersumberkan akal, dan
yang mampu meneruskan kesinambungan sebagai khalifah umat dan ianya dibahagikan kepada
negara Islam Madinah. Apa yang dijangkakan oleh Abu Bakar jelas tepat, sains tabii ( natural
apabila Khalifah Umar telah bertindak mengekalkan dasar – dasar yang science ), sains sosial, dan
dilaksanakan oleh Abu Bakar di samping melakukan beberapa rombakan sains kemanusiaan.
bagi tujuan penambahbaikan, antaranya amalan syura byang diperkenalkan
oleh Rasulullah SAW dan diteruskan oleh Abu Bakar telah diinstitusikan - Di antara ilmu-ilmu akal ini
dengan Umar menubuhkan Majlis Syura dengan ahli – ahlinya yang dikenali
dengan Ahl al Syura dilantik oleh kerajaan. Badan ini bertanggungjawab ialah ilmu perubatan,
mengemukakan dan membincangkan dasar – dasar negara sebelum
dibentangkan untuk dilaksanakan agar dasar – dasar berkenaan memberikan astronomi, geologi,
manfaat bersama.
matematik, sejarah,
Kejayaan Umar juga dibantu dengan kejayaan Abu Bakar yang telah berjaya
menghapuskan masalah yang boleh menggugat kestabilan politik seperti sosiologi, psikologi,
gerakan al Riddah dan ancaman Rom di Ghassan. Kejayaan Abu Bakar,
bermakna Umar mewarisi sebuah kerajaan yang telah stabil, peranan
Khalifah Umar di sini hanyalah untuk mengukuhkan kekuatan dan kestabilan
kerajaan Islam dengan merangka sistem pentadbiran termasuk melakukan
pelbagai program pembaharuan atau transformasi. Kelebihan situasi
berkenaan telah menyebabkan Khalifah Umar melakukan pelbagai
pembaharuan yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, kehakiman,
perundangan, ekonomi dan sosial. Pembaharuan – pembaharuan yang
dilaksanakan ini menyebabkan Khalifah Umar dianggap sebagai pembinan
zaman kegemilangan kerajaan Islam Madinah.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Khlaifah Umar al Khattab juga mewarisi pasukan tentera Islam yang kuat dan falsafah dan
teratur di bawah kepemimpinan Abu Bakar yang memiliki beberapa orang - sebagainya.
panglima terkenal seperti Khalid al Walid, Abu Ubaidah, Usamah bin Zaid lmu aqli menduduki taraf
yang kedua selepas ilmu
dan lain – lain. Kehebatan panglima – panglima ini dibuktikan dengan
nakli kerana ia
kejayaan menangani ancaman al Riddah, menguasai wilayah Hirah dan
bersumberkan pemikiran
Anbar yang sebelum ini dikuasai oleh Parsi. Sebaik sahaja Umar dilantik akal dan pancaindera
sebagai Khalifah, beliau telah merombak struktur ketenteraan kerajaan yang ada kalanya benar,
dan ada kalanya salah.
Islam, Abu Ubaidah telah dilantik sebagai Panglima Agung, penubuhan
tentera tetap dan tentera simpanan yang pengurusannya kini lebih -
sistematik dan tersusun. Impak daripada perubahan yang dilakukan ini,
tentera Islam semakin digeruni, malah telah berjaya melemahkan empayar
Rom dan Parsi berikutan kejayaan demi kejayaan menguasai wilayah seperti
Palestine ( Baitul Maqdis ), Mesir, Iraq, Iran dan lain – lain.
Tindakan Khalifah Umar membahagikan negara Islam kepada 8 buah wilayah
merupakan idea atau kesinambungan daripada dasar Abu Bakar. Pada
zaman Abu Bakar, negara Islam dibahagikan kepada 10 buah daerah, namun
disebabkan kejayaan yang cemerlang dalam ekspedisi ketenteraan pada
zaman Umar al Khattab, Khalifah Umar telah bertindak membahagikan
negara kepada 8 buah wilayah, dengan setiap wilayah akan diketuai oleh
gabenor yang dibantu oleh pegawai – pegawai kerajaan lain seperti pegawai
Baitul mal, pemungut cukai, ketua polis, dan hakim. Pembentukan struktur
pentadbiran peringkat wilayah ini bertujuan mewujudkan keseragaman
pentadbiran dengan kerajaan pusat di Madinah, apatah lagi setiap gabenor
yang dilantik wajib bertanggungjawab terhadap Khalifah Umar.
Begitu juga dengan pembaharuan dalam bidang sosioekonomi, tidak
dinafikan apa yang dilakukan oleh Umar al Khattab bertitik tolak daripada
usaha yang telah dimulakan oleh Abu Bakar, umapmanya Baitul mal telah
ada pada zaman Abu Bakar, namun berfungsi lebih formal pada zaman Umar
disebabkan peningkatan sumber pendapatan, begitu juga dengan
pembangunan bidnag pertanian, kestabilan politik membolehkan Umar
menyediakan pelbagai kemudahan untuk memajukan bidang pertanian dan
perdagangan yang boleh menjana ekonomi kerajaan dan umat Islam.
Dasar Khalifah Umar Abdul Aziz telah berjaya memulihkan imej
kerajaan Bani Umaiyah. Bincangkan.
Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah kelapan kerajaan Bani
Umaiyah selepas meninggalnya Sulaiman bin Abdul Malik. Khalifah Umar
memerintah selama 3 tahun bermula dari tahun 717 M sehingga 720 M.
Keadilan dasar pemerintahannya menyebabkan sejarawan menganggap
beliau adalah lambang baharu kerajaan Umaiyah sekaligus berjaya
memulihkan imej kerajaan ini yang dianggap banyak melakukan ‘kesilapan’
termasuk dikatakan bertanggungjawab menamatkan era pemerintahan
kerajaan Khulafa al Rasyidin.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Antara dasar Khalifah Umar yang dianggap dapat memulihkan imej kerajaan
Umaiyah ialah dengan menjadikan al Quran dan Hadis sebagai asas utama
mentadbir negara. Sebelum ini, bermula zaman Muawiyyah, sistem
pentadbiran kerajaan Islam adalah bermodelkan kerajaan Rom Timur, penuh
dengan amalan atau protokol sehingga menyusahkan rakyat menemui
khalifah atau menyampaikan apa – apa aduan. Malah, dikatakan pada
Umaiyah, berlaku pemusatan kuasa di tangan khalifah menyebabkan prinsip
dan amalan syura seolah – olah sepi, rakyat hanya akur dengan segala dasar
yang diputuskan bagi mengelak sebarang musibah, bahkan digambarkan
rakyat dipaksa memberikan baiah kepada mana – mana individu yang
dilantik sebagai khalifah bagi menggantikan Ali bin Abi Talib. Oleh sebab itu,
Khalifah Umar kembali menghidupkan prinsip dan amalan syura.
Khalifah Umar juga bertindak menghapuskan mana – mana dasar yang
menyusah dianggap menzalimi rakyat. Selepas bertindak terhadap mana –
mana ahli keluarga Bani Umaiyah yang menyalahgunakan kuasa, Khalifah
Umar telah bertindak memecat mana – mana pegawai kerajaan yang
didapati tidak cekap, moral yang rendah dan zalim. Antara individu yang
dipecat ialah, Gabenor Mesir, Usman bin Zaid, Yazid bin Abu Muslim
( Gabenor Afrika Utara ), Salleh bin Abd Rahman ( Gabenor Iraq ), dan al
Harith bin Abdul Rahman ( Gabenor Andalus ).
Khalifah Umar Abdul Aziz juga menghentikan amalan mencaci terhadap
keluarga Saidina Ali di mimbar – mimbar Jumaat kerana tindakan ini bukan
sahaja mencemarkan maruah seseorang, bahkan secara tidak langsung
mendedahkan kelemahan umat Islam yang berbalah sesama sendiri. Cacian
digantikan dengan seruan agar umat Islam berbaik – baik antara satu sama
lain sekaligus menghidupkan semula roh ukhwah Islamiyyah yang diasaskan
oleh Rasulullah s.a.w. Tindakan ini jelas menggambarkan hasrat Khalifah
Umar untuk berdamai dengan musuh – musuh politik kerajaan Umaiyah.
Keadilan Khalifah Umar ini juga telah menyebabbkan golongan Khawarij
turut menghentikan seketika penentangan terhadap kerajaan Islam ini.
Dasar ekonomi yang dipraktikkan turut memberikan gambaran Khalifah
Umar berusaha memberikan gambaran baharu kerajaan Islam ini. Beliau
telah bertindak memansuhkan cukai jizyah yang dikenakan ke atas golongan
Mawali, sebaliknya hanya dikenakan ke atas golongan kafir zimmi. Beliau
juga menetapkan tanah kharaj tidak boleh dijualbeli atau diagihkan kepada
mana – mana individu, membezakan antara cukai jizyah dan cukai kharaj
serta memansuhkan segala jenis perayaan, upacara – upacara tertentu,
hadiah – hadiah kepada tetamu dan perbelanjaan lain yang membazir.
Institusi Baitul mal turut dipulihkan, segala sumber dianggap sebagai
amanah Allah bukannya harta kerajaan yang boleh dibelanjakan sewenang
– wenangnya.
Khalifah Umar juga berusaha mewujudkan suasana yang aman dan harmonis
dalam kalangan masyarakat. Bagi mengelak permusuhan antara golongan
Arab bukan Arab, beliau menggalakkan perkahwinan antara kedua – duanya
itu. Arahan agar tidak disebut lagi istilah Mawali memberikan gambaran
harapannya untuk mewujudkan masyarakat baharu berlandaskan akidah
Islam dan tidak berlandaskan bangsa mahupun keturunan. Beliau juga
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
menggunakan kaedah diplomasi untuk menarik golongan bukan Islam
memeluk agama Islam, oleh sebab itulah beliau mengarahkan agar – agar
tentera di sempadan ditarik balik termasuk tentera yang mengepung kota
Constantinople
Dasar Khalifah Umar Abdul Aziz memberikan gambaran usahanya
mewujudkan keadilan dalam masyarakat agar memuaskan hati semua pihak.
Khalifah Umar berhasrat mewujudkan kembali keadilan sebagaimana zaman
Khalifah Umar al Khattab, menyebabkan tokoh ini dianggap Khalifah al
Rasyidin yang kelima sekaligus membersihkan imej kerajaan Umaiyah.
Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz amat berbeza dengan
khalifah – khalifah kerajaan Bani Umayyah lain. Bincangkan.
Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan berikutan
Saidina Hassan bin Ali menyerahkan jawatan khalifah kepadanya demi
perpaduan umat Islam. Pemerintahan kerajaan yang mengambil masa
hampir satu abad ini melahirkan beberapa orang tokoh pemimpin seperti
Muawiyyah sendiri, Abdul Malik bin Marwan, al Walid bin Abdul Malik, dan
Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan khalifah yang
kelapan, keturunan dari Umar al Khattab dari sebelah ibunya, mempunyai
keperibadian yang luhur dan bersih dari sifat – sifat keduniaan, keangkuhan
dan kebesaran. Keperibadian inilah yang mempengaruhi polisi – polisi
pemerintahannya sehingga menunjukkan perbezaan yang ketara
berbanding khalifah – khalifah kerajaan Bani Umayyah sebelum dan
selepasnya.
Dalam menjalankan pemerintahan, Khalifah Umar Abdul Aziz mengarahkan
pegawai – pegawai kerajaan menjalankan polisi pemerintahan berdasarkan
al Quran dan Hadis. Mana – mana pegawai yang enggan atau ingkar
memathu dasar yang ditetapkan akan dikenakan tindakan yang tegas
termasuk disingkirkan daripada jawatan yang dipegangnya. Baginda telah
memecat Usman bin Zaid, Yazid bin Abu Muslim kerana mengamalkan dasar
yang bertentangan serta tidak mengikut lunas – lunas yang ditetapkan oleh
Islam.Khalifah Umar Abdul Aziz juga menghidupkan semula konsep
musyawarah dalam mebuat segala keputusan khasnya hal – hal yang
menyentuh dasar – dasar negara serta perkara yang berkaitan kepentingan
rakyat di bawah pemerintahannya. Segala keputusan diputuskan dalam
mesyuarat sama ada dengan pegawai – pegawai kerajaan, para sahabat dan
termasuk juga memberikan peluang kepada rakyat mengemukakan
cadangan ataupun idea demi kepentingan bersama.
Bagi melicinkan sistem pentadbiran, Khalifah Umar Abdul Aziz telah
membahagikan negara Islam kepada lima daerah; Yaman, Hijaz, dan Arab
Tengah, Mesir, Arab Utara, dan Arab Selatan, Iraq, Parsi, Bahrain, Sajistan,
Karman, Kabul, Khurasan, dan Punjab, Armenia, Arzabaijan, dan Asia Minor,
Andalus, Sicily, Tanggier, dan Saidon. Setiap wilayah akan diketuai oleh
seorang pegawai atau gabenor yang dibantu oleh jentera – jentera kerajaan
seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Pertahanan, Jabatan Cukai dan
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
sebagainya. Khalifah Umar Abdul Aziz juga menetapkan bahasa Arab
sebagai bahasa rasmi kerajaan.
Khalifah Umar Abdul Aziz juga mengubah dasar luar negara, sebelum
baginda menjadi khalifah, kerajaan Bani Umaiyah kerap mengadakan
ekspedisi ketenteraan untuk meluaskan wilayah di samping menyebarkan
agama Islam. Selepas Umar menaiki takhta kerajaan, baginda telah
menggunakan kaedah diplomasi untuk meluaskan pengaruh kerajaan Islam
sesuai dengan peribadinya yang tidak suka melihat pertumpahan darah di
kalangan manusia. Tentera Islam yang mengepung kota Constantinople
telah ditarik balik, sebagai gantinya baginda telah menghantar para
pendakwah bukan sahaja di Semenanjung Tanah Arab bahkan di luar
Semenanjung Tanah Arab termasuk benua Afrika dan Asia.
Khalifah Umar Abdul Aziz juga telah menghapuskan jawatan pegawai
peribadi khalifah yang diperkenalkan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.
Walaupun Umar seddar, pegawai peribadi khalifah dapat memberikan
jaminan keselamatan kepada dirinya, namun baginda melihat dari perspektif
lain. Umar menganggap kewujudan jawatan ini menyukarkan rakyat untuk
menemui apatah lagi membuat sebarabg aduan serta mengemukkan idea
tertentu
Cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib dan kaum keluarganya ( Bani
Hashim ) di mimbar – mimbar Jumaat telah dihapuskan. Baginya tindakan
sebegini bukan sahaja mencemarkan maruah seseorang, bahkan secara
tidak langsung mendedahkan kelemahan umat Islam yang berbalah sesama
sendiri. Cacian digantikan dengan seruan agar umat Islam berbaik – baik
antara satu sama lain sekaligus menghidupkan semula roh ukhwah
Islamiyyah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.
Sesuai dengan dasar diplomasi yang diamalnya, Khalifah Umar Abdul Aziz
telah menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan khasnya ilmu – ilmu
keagamaan. Masjid – masjid di seluruh negara telah menjadi pusat
perkembangan ilmu pengetahuan seperti ddi Basrah, Kufah, dan Damsyik
sendiri. Ilmu duniawi turut tidak diabaikan asalkan ia tidak bertentangan
dengan syarak ( al Quran dan Hadis ). Berdasarkan senario ini, ilmu – ilmu
tafsir, hadis, usuluddin, fiqh, tasawwuf telah berkembang seiiring dengan
ilmu – ilmu nahu, sejarah, matematik, perubatan dan sebagainya. Pada
zaman inilah lahir tokoh – tokoh ulama seperti Imam Maliki dan Imam Abu
Haniffah serta pembukuan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar Abdul Aziz telah memulihkan institusi
Baitulmal. Baginda telah mengambil balik harta rampasan perang yang
dimiliki oleh keluarga Bani Umayyah dan diletakkan semula ke dalam Baitul
mal. Bagi mengatasi kekuarangan harta dalam institusi ini, Khalifah Umar
Abdul Aziz telah menyerahkan sebahagian besar daripada kekayaannya dan
barang kemas isterinya kepada Baitulmal. Beberapa keping tanahnya di
Khaibar juga dijadikan milik Baitulmal. Malah baginda enggan menerima apa
– apa bayaran ataupun imbuhan sepanjang beliau menjadi khalifah.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Sistem pemungutan cukai turut dikemaskinikan dengan bermatlamatkan
menghapuskan sebarang kegelisahan dan penindasan yang dihadapi oleh
rakyat tanpa mengira agama. Cukai jizyah yang sebelum ini telah dikenakan
kepada golongan Mawali dihapuskan, malah kadar cukai jizyah yang
dikenakan ke atas golongan Yahudi telah juga dikurangkan kepada 200
dirham. Cukai kharaj juga diturunkan sebagaimana kadar pada zaman Umar
al Khattab.
Bagi menyamakan taraf pendapatan dan kedudukan ekonomi rakyat,
Khalifah Umar Abdul Aziz telah menaikkan gaji golongan buruh; hampir
menyamai gaji para pegawai kerajaan. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk
menghapuskan ataupun setidak – tidaknya mendekatkan jurang
sosioekonomi di kalangan rakyat di bawah pemerintahannya. Kejayaan
terbesar Umar dalam hal ini, dilaporkan tidak ada rakyat yang layak
menerima zakat pada zamannya memandangkan semua rakyat bekerja
keras tanpa mengira ihsan orang lain.
Khalifah Umar Abdul Aziz juga berusaha keras menjaga kebajikan rakyat
yang di bawah pimpinannya. Rumah – rumah tumpangan telah dibina di
wilayah – wilayah Islam, begitu juga dengan rumah – rumah kebajikan serta
hospital – hospital. Bagi memastikan kegiatan ekonomi khasnya aktiviti
pertanian berjalan dengan lancar, Umar Abdul Aziz turut menyediakan
kemudahan sistem pengairan. Biasiswa telah diberikan kepada para pelajar
yang ingin menuntut ilmu.
Dasar pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang adil tanpa wujud
diskriminasi telah membuahkan suasana yang aman dan harmoni di
kalangan rakyat yang berbilang bangsa serta ideologi politik. Malah boleh
dikatakan pada zaman ini, semua gerakan anti-Bani Umaiyah telah terhenti
seketika kerana golongan ini berpuas hati dengan polisi yang diamalkan
oleh baginda. Pun begitu, selepas kewafatannya pada tahun 720 M, keadaan
politik kembali seperti sebelumnya, wujud semula gerakan – gerakan
antiUmayyah yang diipelopori oleh golongan Khawarij dan Syiah yang tidak
berpuas hati dengan polisi khalifah yang mengamalkan diskriminasi serta
penindasan yang akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan ini
ekoran tercetusnya Revolusi Abbasiyah.
Khalifah Harun al Rasyid merupakan pemerintah paling berjaya
dalam kerajaan Bani Abbasiyah. Bincangkan.
Harun al Rasyid merupakan khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah,
dilahirkan di Rayy, merupakan individu yang mempunyai keperibadian
bijaksana, gigih, cekal, mencintai ilmu agama, dan berfikiran terbuka yang
dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai pemerintah
kelak. Dasar politik, ekonomi, dan social khususnya dalam bidang intelektual
telah menyebabkan zaman pemerintahan dianggap zaman kecemerlangan
kerajaan ini.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Dalam bidang politik, Khalifah Harun al Rasyid telah mengekalkan Baghdad
sebagai pusat pentadbiran, dan bagi memastikan kedudukannya tidak
tergugat, baginda telah bertindak menghapuskan pengaruh Keluarga
Barmaki yang dirasakan menjadi penghalang kepada pemerintahannya
walapun keluarga ini banyak membantu kerajaan Abbasiyah pada peringkat
awal pemerintahannya. Selain itu, Khalifah Harun al Rasyid juga menghantar
Ibrahim Aghlabiyah bagi memadamkan pemberontakan di Utara Afrika, dan
mengizinkan penubuhan kerajaan Aghlabiyah yang akan membayar ufti
tahunan menandakan kesetiaan terhadap Khalifah Harun al Rasyid. Malah,
bagi memastikan tiada ancaman musuh, kekuatan tentera diperkukuhkan
dari semasa ke semasa bagi memastikan bebas daripada ancaman dalam
dan luar negara serta di darat dan kawasan perairan.
Bagi mengukuhkan kerajaan Abbasiyah, Khalifah Harun juga bertindak
menjalinkan hubungan diplomatic dengan kerajaan luar, antara kerajaan
Perancis di bawah pimpinan Chalermagne, bukan sahaja atas sebab faktor
politik kerana kerajaan ini berhadapan musuh yang sama, malah telah
membawa kepada penyebaran agama Islam ke negara tersebut, dan paling
menarik berlaku pertukaran hadiah antara kedua – dua pemimpin.
Hubungan dengan Romyang sentiasa berada dalam keadaan tegang
dihentikan apabila tentera Islam berjaya mengalahkan kuasa besar tersebut
sehingga pemerintah Rom, Maharani Irene IV dan penggantinya sanggup
membayar ufti tahunan berjumlah 90 000 dirham setahun. Kerajaan
Abbasiyah juga menjalinkan hubungan dengan China yang pastinya
merancakkan lagi hubungan perdagangan antara kedua – dua pihak.
Seterusnya, Khalifah Harun al Rasyid juga telah berusaha menjadikan kota
Baghdad sebagai pusat perdagangan utama, kesibukan aktiviti perdagangan
di kota tersebut amat ketara disebabkan menjadi tumpuan pedagang Timur
dan Barat, kemudahan prasarana serta jaminan keselamatan menjadi penarik
kedatangan para pedagang asing umpamanya dari India, China, Mesir, Turki,
Afrika dan Syria. Kedatangan para pedagang asing pastinya menyumbang
pendapatan kepada kerajaan ini dan menambah kemajuan bandar Baghdad.
Selain itu, Khalifah Harun juga memastikan aktiviti pertanian dan
perindustrian berasaskan pembuatan dimajukan. Galakan kepada peneroka
tanah dan subsidi kepada para petani telah diberikan di samping adanya
kemudahan Terusan Ain Zubaidah yang berperanan mengairi kawasan
pertanian membolehkan aktiviti penanaman seperti kurma, buah zaitun,
anggur, apricot dapat diusahakan dengan meluas.
Baitul Hikmah yang telah didirikan telah menyebabkan Baghdad muncul
sebagai pusat perkembangan intelektual yang terunggul. Peranan institusi
ini bukan sahaja sebagai tempat tumpuan para cendikiawan berkumpul,
malah menjadi tempat penghasilan karya serta penterjemahan dan
penyalinan karya – karya asing daripada India, Mesir, China, Yunani dan
sebagainya. Ringkasnya, Baghdad telah menjadi tempat perkembangan ilmu
akli dan ilmu naqli, ramai tokoh ilmuwan yang dilahirkan seperti al
Khawarizmi yang terkenal dalam bidnag matematik, falsafah dan astronomi.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Kesimpulannya, tindakan Khalifah Harun al Rasyid yang menjadikan
Baghdad sebabgai pusat perdagangan, intelektual dan kota yang aman telah
membolehkan kerajaan ini berkembang dan stabil terutamanya untuk
diwarisi oleh para penggantinya, maka tidak hairanlah zaman
pemerintahannya dianggap zaman kegemilangan dan baginda merupakan
antara pemerintah yang berjaya
Huraikan dasar – dasar Khalifah Harun al Rasyid sepanjang
pemerintahannya.
Khalifah Harun al Rasyid dilantik sebagai khalifah mulai tahun 786 M
sehingga 809 selepas memegang jawatan Putera Mahkota pada selama
4 tahun. Beliau mempunyai keperibadian warak, pemurah, dan mencintai
ilmu pengetahuan, berani dan bijak. Zaman pemerintahannya juga dianggap
era kegemilangan kerajaan Abbasiyah berikutan perkembangan Baghdad
bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran malah berperanan sebagai pusat
perdagangan dan perkembangan ilmu pengetahuan
Dari segi pemerintahan, Khalifah Harun al Rasyid telah mengehadkan serta
menghapuskan pengaruh keluarga Barmaki yang semakin teguh. Antara
tindakan yang dilakukannya ialah berkahwin dengan puteri Jaafar bin Yahya
al Barmaki diikuti membunuh tokoh – tokoh yang berbahaya seperti Yahya
al Barmaki, sekaligus menghilangkan pengaruh keluarga ini dalam
kerajaannya. Beliau bertindak menghantar Ibrahim bin Aghlabiah untuk
menghapuskan pemberontakan di Nosol, Armenia, dan Afrika Utara.
Demi memastikan kekuatan angkatan tenteranya, Khalifah Harun al Rasyid
juga menyusun semula angkatan tentera dan membuat kawalan rapi di
lautan dan pelabuhan bagi menjamin keselamatan kapal – kapal asing yang
berlabuh di Basrah sekaligus memastikan kestabilan politik dalam negeri.
Hubungan diplomatik dijalinkan bagi meluaskan syiar Islam sekaligus
mengukuhkan kerajaan ini sekaligus mengukuhkan kerajaannya. Hubungan
dengan Perancis dijalinkan disebabkan Perancis juga bermusuhan dengan
kerajaan Umaiyah di Andalus. Hubungan Harun al Rasyid dengan
Chalemagne amat erat, malah sering bertukar cenderamata antara satu sama
lain
Khalifah Harun al Rasyid juga memaksa kerajaan Byzantine membuat
perdamaian dengan kerajaan Abbasiyah berikutan tindakan Rom
menyerang wilayah Islam di Asia Minor. Melalui perjanjian tersebut, kerajaan
Byzantine bersedia membayar 90 000 dirham kepada Khalifah dan
membenarkan Islam dikembangkan di Byzantine. Keengganan Nicephorus
menepati perjanjian awal menyebabkan Harun al Rasyid memimpin tentera
Islam menuju Asia Minor seterusnya menawan beberapa wilayah seperrti
Heraclen, Tyans, Iconium, dan Emphesus sehingga memaksa Nicephorus
tunduk semula membayar ufti kepada kerajaan Islam.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Berhubung dasar ekonomi pula, Harun al Rasyid telah menekankan soal
kemajuan dalam bidang pertanian dan perdagangan. Beliau telah
menggalakkan pembukaan tanah – tanah baru serta memberikan bekalan
biji benih secara percuma kepada para petani. Selain itu, beliau juga
membahagikan tanah – tanah kerajaan dan rampasan perang kepada
tentera dan golongan miskin untuk diusahakan. Sistem saliran disediakan
bagi mengairi kawasan pertanian, umpamanya yang paling terkenal ialah
’Ain Zubaidah.
Berkaitan kegiatan perdagangan pula, Harun al Rasyid telah memajukan
Baghdad sebagai pusat perdagangan, dengan meluaskan hubungan ke
Eropah, China, dan India serta membina jalan – jalan dari Iraq ke Laut Merah,
Laut Mediterranean, Tunisia, dan Maghribi. Bagi memastikan keselamatan
aktiviti ini, pasukan keselamatan dipertanggungjawab membuat rondaan di
kawasan perairan dan di kawasan pasar. Pada zaman ini aktiviti industri turut
berkembang, antaranya kerajaan pada zaman ini telah mendirikan kilang –
kilang tekstil, permaidani, dan senjata.
Sebagai individu yang mencintai ilmu pengetahuan, Khalifah Harun al
Rasyid, berperanan sebagai penaung kegiatan keilmuan telah menggalakkan
kedatangan para sarjana berkumpul di Baghdad mengadakan seminar,
pidato dan majlis – majlis ilmu yang berkaitan. Institusi - institusi pendidikan
seperti sekolah, masjid, dan maktab, perpustakaan malah istananya telah
dijadikan pusat pendidikan. Penubuhan Baitul Hikmah merupakan
kemuncak kepada perkembangan inteletual pada zaman ini. Institusi ini
telah berperanan sebagai gedung ilmu yang paling berpengaruh.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah penterjemahan buku – buku asing ke
bahasa Arab, khususnya berkaitan ilmu astronomi, perubatan, falsafah,
sejarah, geografi, dan sebagainya. Pada zaman ini muncul beberapa
cendekiawan terkenal seperti Imam Muhammad, al Hajjaj bin Matar,
Yuhanna bin Musawaih, Sufian al Thauri da sebagainya. Ringkasnya,
perkembangan intelektual pada zaman ini dapat dibahagikan kepada tiga
tahap iaitu kegiatan pembukuan, penyusunan ilmu pengetahuan agar tidak
menyimpang daripada syariat, dan kegiatan penterjemahan.
Tidak dinafikan Khalifah Harun al Rasyid telah meletakkan kerajaan
Abbasiyah pada era kegemilangan, kejayaan menghapuskan musuh politik
sama ada dalam dan luar negara membolehkan beliau menumpukan
pembangunan dalam negara khususnya bidang ekonomi dan intelektual
yang telah membawa kepada kegemilangan kerajaan ini
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Nilaikan faktor – faktor kegemilangan zaman pemerintahan Khalifah
Harun al Rasyid.
Khalifah Harun al Rasyid merupakan pemerintah kerajaan Bani Abbasiyah
yang kelima selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 786 Masihi.
Baginda menerajui kerajaan Abbasiyah selama 23 tahun, dengan menjadikan
Baghdad sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran kerajaan ini
sebagimana datuknya, Abu Jaafar al Mansor. Tidak dinafikan selepas
pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al Mansor, zaman pemerintahan Khalifah
Harun al Rasyid adalah mercu kegemilangan kerajaan ini disebabkan
pelbagai pencapaian bukan sahaja dalam bidang politik, malah merangkumi
aspek ketenteraan, ekonomi, dan intelektual.
Antara faktor kegemilangan zaman Harun al Rasyid, ialah kejayaan tokoh ini
membentuk kerajaan yang stabil disebabkan kemampuan mengatasi segala
permasalahan politik dalam dan luar negara. Bagi memastikan
kedudukannya tidak tergugat, Khalifah Harun al Rasyid telah bertindak
menghapuskan pengaruh Keluarga al Barmaki yang dikhuatiri akan
menggugat pengaruhnya, satu persatu telah dibunuh, bermula dengan
Yahya diikuti Jaafar dan Fadhil, sekaligus menamatkan kekuasaan keluarga
tersebut dalam kerajaan Bani Abbasiyah.
Kejayaan mengalahkan musuh tradisi kerajaan Islam iaitu Rom turut
membawa kepada kegemilangan kerajaan ini pada zaman pemerintahan
tokoh ini. Sepanjang pemerintahannya, dua kali Rom telah dikalahkan, kali
pertama pada tahun 786 Masihi, apabila wakil Rom, Maharani Irene IV
terpaksa memohon perdamaian dan sedia membayar ufti tahunan sebanyak
90 000 dinar serta bersetuju dengan gencatan senjata selama tiga tahun.
Peperangan kali kedua berlaku disebabkan Nicephorus melanggar
perjanjian damai, menyebabkan Khalifah Harun bertindak balas, hasilnya
berjaya mengalahkan Rom sekali lagi. Kemenangan ke atas musuh ini bukan
sahaja mengukuhkan kerajaan Islam, malah agama Islam dapat disebar
luaskan di samping menambah pendapatan negara Islam.
Bagi mengukuhkan kerajaan Abbasiyah lagi, Khalifah Harun al Rasyid telah
bertindak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara – negara
tertentu, umpamanya dengan Perancis telah memberikan banyak manfaat
kepada kerajaan Islam, antaranya semakin kuat disebabkan kedua – dua –
dua kerajaan menghadapi musuh yang sama, malah membolehkan Islam
bertapak di Eropah Barat serta orang – orang Islam menjalankan aktiviti
perdagangan di sana. Zaman ini juga menyaksikan hubungan dijalinkan
dengan negara China dan India yang pastinya menggalakkan kedatangan
para pedagang daripada kedua – dua negara mengunjungi pelabuhan –
pelabuhan yang terdapat dalam negara Islam. Tegasnya, hubungan yang
dijalinkan dengan negara – negara lain meninggalkan banyak impak yang
positif kepada kerajaan Abbasiyah yang menggambarkan kerajaan ini
mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan tokoh ini.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Faktor seterusnya ialah Khalifah Harun al Rasyid berjaya menjadikan
Baghdad sebagai pusat perkembangan intelektual Islam yang unggul.
Keperibadian Khalifah Harun al Rasyid yang mencintai ilmu pengetahuan
menyebabkan Baghdad bukan sahaja menjadi tumpuan para ilmuwan,
bahkan dengan terdirinya gedung ilmu tersohor, Baitul Hikmah, pelbagai
kegiatan intelektual dapat dijalankan , antara perbincangan antara ilmuwan,
penyalinan karya – karya, aktiviti penterjemahan, pembukuan dan
penyusunan imu pengetahuan yang bukan terbatas kepada ilmu naqli
bahkan kini terdedah dengan ilmu aqli.
Kekuatan atau keteguhan ekonomi turut membantu kejayaan pemerintahan
Khalifah Harun al Rasyid. Kemajuan bidang pertanian, perlombongan,
industri pembuatan, dan perdagangan telah menjana ekonomi kerajaan ini
membolehkan kerajaan Abbasiyah menumpukan kepada pembangunan
negara. Bagi memastikan sektor pertanian, berkembang pelbagai insentif
disediakan oleh kerajaan termasuk penyediaan sistem saliran dan galakan
pembukaan tanah – tanah baharu, sementara itu, aktiviti perdagangan
dimajukan dengan memastikan jaminan keselamatan kepada para
pedagang, melaksanakan sistem cukai yang adil, dan menyediakan pelbagai
kemudahan kepada para pedagang. Impak daripada dasar – dasar ekonomi
yang diperkenalkan, zaman Khalifah Harun al Rasyid dikatakan telah berjaya
mengumpul sumber pendapatan yang amat besar, sehingga mampu
diwarisi oleh para pemerintah kerajaan ini tatkala meniti zaman kemerosotan
Kejayaan – kejayaan yang dicapai pada zaman pemerintahan Khalifah Harun
al Rasyid amnya adalah berpunca daripada dasar politik, ekonomi dan sosial
Khalifah Harun sendiri yang berusaha membawa kerajaan ini ke era
kegemilangan, malah faktor yang tidak kurang pentingnya dalam menjaya
misi dan visinya semestinya datang daripada keperibadiannnya sendiri
sehingga berjaya meletakkan kerajaan di mercu kegemilangan.
Huraikan bentuk pemerintahan kerajaan Islam pada zaman kerajaan
Khulafa al Rasyidin.
Kerajaan Khulafa al Rasyidin merupakan kerajaan Islam yang terbentuk
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., atau lebih tepatnya sebaik sahaja
Abu Bakar diangkat atau dipilih sebagai khalifah pertama bagi memimpin
negara dan umat Islam. Kerajaan ini bertahan selama lebih kurang 30 tahun,
dan diketuai oleh tiga orang khalifah lagi selain Abu Bakar, iaitu Umar al
Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Talib. Amnya, kerajaan ini masih
mengekalkan bentuk pemerintahan sebagaimana zaman Nabi Muhammad
s.a.w., namun bermula zaman Khalifah Umar al Khattab ia telah mengalami
beberapa pembaharuan demi kelancaran pentadbiran dan kepentingan
rakyat yang diperintah.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Individu yang memegang kuasa tertinggi dalam kerajaan Islam kini ialah
Khalifah, namun sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pemimpin
tertinggi, kekuasaan khalifah tidaklah bersifat mutlak. Semua khalifah
bermula dari Abu Bakar sehingga Ali bin Abi Talib melaksanakan prinsip dan
amalan syura dalam pemerintahan sekaligus menjamin pengagihan kuasa.
Khalifah bukan sahaja bertanggungjawab mengetuai negara malah
diamanahkan mempertahankan kesucian agama Islam dan
mempertahankan maruah umat Islam serta menghidupkan amalan syura.
Walau bagaimanapun, khalifah mempunyai hak untuk berijtihad atas
sesuatu perkara yang difikirkan perlu, sekaligus menggambarkan adanya
kuasa perundangan di tangan khalifah.
Dari segi pusat pemerintahan, kerajaan Khulafa al Rasyidin masih
mengekalkan Madinah sebagai pusat pentadbiran kerajaan Islam, dengan
Masjid Nabawi menjadi markas kepada gerakan kerajaan Islam sebagaimana
zaman Rasulullah s.a.w., malah segala perbincangan berkaitan dasar negara
dibincangkan dalam masjid ini. Walau bagaimanapun, pada zaman
pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, telah berlaku perubahan apabila
pusat pentadbiran negara Islam terpaksa dipindahkan ke Kufah,
memandangkan ianya lebih strategik berikutan Khalifah Ali menghadapi
menghadapi banyak konflik dalaman sepanjang pemerintahannya.
Amalan syura merupakan teras pemerintahan kerajaan Islam termasuk
kerajaan Khulafa al Rasyidin. Bermula zaman pemerintahan Khalifah Umar al
Khattab, amalan syura telah diinstitusikan, dengan kata lain Majlis Syura
telah dibentuk secara formal bagi menjadi penasihat kepada khalifah
terutama dalam pelaksanaan dasar – dasar negara sama ada dasar politik,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Ahli – ahli yang dilantik dalam majlis ini
merupakan individu yang berpengalaman dan berkelayakan, dan segala
keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara majoriti termasuk khalifah
kena akur dengan keputusan yang diambil. Amalan syura ini dipraktikkan
sama ada di peringkat pusat mahupun wilayah. Tegasnya, boleh dikatakan
kuasa eksekutif zaman kerajaan Khulafa al Rasyidin dipegang oleh ahli – ahli
dalam Majlis Syura.
Bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran khususnya di peringkat
wilayah, setiap wilayah akan ditadbir oleh Gabenor yang akan
bertanggungjawab terhadap khalifah, malah bermula zaman Umar al
Khattab, lapan buah wilayah yang ditadbir oleh gabenor akan dibantu oleh
pegawai kerajaan lain seperti pemungut cukai, hakim, ketua polis dan
panglima tentera yang menggambarkan wujudnya system birokrasi yang
sistematik. Pembentukan birokrasi sebegini amat diperlukan
memandangkan wilayah kekuasaan Islam sepanjang luas bukan sahaja di
Semenanjung Tanah Arab bahkan meliputi luar Tanah Arab seperti Mesir,
malah pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, wilayah kekuasaan meliputi
kawasan Asia Tengah dan persisiran Laut Mediterranean.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Walaupun kerajaan Khulafa al Rasyidin merupakan ‘kerajaan baharu’ yang
terbentuk selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., namun bentuk dan corak
pemerintahan yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. tetap menjadi asas
kepada pembentukan negara Islam yang teguh diikuti dengan
pembaharuan bagi melancarkan urusan kewangan, ketenteraan dan lain –
lain.
Struktur pentadbiran kerajaan Khulafa al Rasyidin diasaskan oleh
Nabi Muhammad SAW. Bincangkan.
Zaman pemerintahan kerajaan Khulafa al Rasyidin bermula apabila Abu
Bakar al Siddiq telah dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama sebaik
sahaja Nabi Muhammmad SAW wafat. Perlantikan ini berlaku disebabkan
Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan sebarang wasiat berhubung
dengan pengganti Baginda SAW. Kerajaan Khulafa al Rasyidin ini bertahan
hampir 40 tahun, dan sepanjang pemerintahan kerajaan ini terdapat empat
orang khalifah iaitu, Abu Bakar al Siddiq sendiri, Umar al Khattab, Uthman
bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Tidak dinafikan struktur pentadbiran kerajaan
ini adalah warisan atau diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW.
Struktur pentadbiran kerajaan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu
peringkat pusat dan peringkat wilayah. Di peringkat pusat, Madinah
dikekalkan sebagai pusat pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman
Khulafa al Rasyidin, dengan Masjid Nabawi berperanan sebagai pusat
gerakan atau pentadbiran sebagaimana zama Nabi Muhammad SAW. Pun
begitu, akibat daripada masalah politik yang berlaku pada zaman Khalifah
Ali bin Abi Talib, pusat pentadbiran kerajaan Islam telah dipindahkan ke
Kufah, memandangkan kawasan tersebut lebih strategik untuk menangani
permasalahan politik dan kekecohan yang timbul ekoran ketidakpuasan hati
penyokong Keluarga Bani Umaiyah dan golongan Khawarij. Selain itu,
dikatakan Kufah merupakan kubu kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib.
Sekiranya pada zaman Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW merupakan
ketua tertinggi negara, hal yang sama berlaku pada zaman Khulafa al
Rasyidin, apabila tonggak pemerintahan kini dipegang oleh Khalifah yang
bukan sahaja bertanggungjawab sebagai ketua negara, bahkan berperanan
sebagai ketua agama untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan
memperluaskan syiar agama tersebut, serta bertindak sebagai ketua turus
angkatan tentera negara Islam Madinah. Seseorang khalifah boleh
mengemukakan ijtihad seandainya perkara yang ingin diputuskan tidak
terdapat dalam al Quran mahupun Hadis selagi ianya tidak bertentangan
dengan dua sumber syarak berkenaan.
Pemerintahan zaman Khulafa al Rasyidin juga mengekalkan prinsip dan
amalan syura dalam membuat dan melaksanakan sesuatu dasar atau
keputusan sama ada di peringkat pusat mahupun wilayah. Namun, pada
zaman Khulafa la Rasyidin, amalan syura telah diintitusikan berikutan
tindakan Khalifah Umar al Khattab menubuhkan Majlis Syura yang
berperanan sebagai badan penasihat khalifah dan merupakan badan yang
bertanggungjawab membincangkan dasar – dasar yang akan dilaksanakan
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
sama ada dasar politik, ekonomi, sosial, ketenteraan, agama dan sebagainya.
Sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara majoriti, suatu
ciri persamaan yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Pentadbiran peringkat wilayah turut mengalami perubahan, zaman Nabi
Muhammad SAW, struktur pentadbiran agak simple, namun pada zaman
Khulafa al Rasyidin pentadbiran lebih sistematik terutama sewaktu zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Negara Islam telah dibahagikan
kepada 8 buah wilayah, setiap wilayah alan diketuai oleh Gabenor yang akan
dibantu dengan dibantu oleh pegawai – pegawai lain seperti Pemungut
Cukai, Ketua Baitul mal, Ketua Polis dan Panglima Tentera. Keadaan ini
menggambarkan wujud sistem birokrasi yang begitu mantap bukan sahaja
di peringkat pusat hatta peringkat wilayah, yang membolehkan koordinasi
antara kedua – dua cabang pentadbiran berjalan dengan lancar.
Tidak dinafikan struktur pentadbiran kerajaan Islam zaman Khulafa al
Rasyidin adalah berasaskan apa yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad
SAW, namun begitu, pada zaman Khulafa al Rasyidin, perubahan ke arah
yang lebih positif telah dilaksanakan berikutan tuntutan atau keadaan
semasa di samping negara kekuasaan kerajaan Islam bertambah luas
berikutan kejayaan – kejayaan ekspedisi peperangan serta kesediaan
golongan tertentu berada di bawah naungan kerajaan Islam yang
berpaksikan hukum syarak yang adil.
Bincangkan dasar Maharaja Akbar bagi mengukuhkan kekuasaan
kerajaan Moghul di India
Kerajaan Mohul bertapak di India selepas kejayaan Babur menumpaskan
Sultan Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat yang telah membawa kejatuhan
kerajaan Kesultanan Delhi pada tahun 1526.kerajaan ini bertahan sehingga
tahun 1857, salah seorang pemerintah terkenal ialah Maharaja Akbar yang
terkenal dengan dasar liberalnya dalam usaha mengukuhkan kekuasaan
kerajaan Moghul di India.
Dari segi politik, Akbar telah menggunakan dasar liberalnya dengan
menggunakan khidmat golongan bukan Islam sebagai pembantu atau
menteri kanan kerajaan ini. Tujuan perlantikan golongan tersebut ialah
mendapat kerjasama golongan bukan Islam sekaligus mewujudkan iklim
politik yang stabil. Akbar juga telah membentuk pentadbiran pusat yang
mantap dengan mewujudkan empat jabatan utama iaitu Perdana Menteri,
Menteri Kewangan, Bendahari, dan Ketua Sadr. Antara individu yang dilantik
memegang jawatan utama ialah Todar Mal, Muzaffar Khan, Asar Khan,
Adham Khan, , dan Khan Zaman.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Akbar juga bertindak membahagikan negara India tau wilayah kekuasannya
kepada 15 buah subas. Setiap subas akan diketuai oleh Sipar Salar dan
dibantu oleh beberapa pegawai lain seperti Diwan, Sadr, Bakhshi, Kotwal dan
lain – lain. Setiap subas dibahagikan kepada unit politik yang lebih kecil iaitu,
Sarkar diikuti unit politik yang lebih kecil iaitu parghanah. Pembentukan
sistem pentadbiran peringkat wilayah ini menunjukkan hasrat Akbar untuk
menyeragam dan menyelaraskan sistem pentadbiran yang diperkenalkan
dan memudahkan dasar yag bakal dilaksana diterima oleh rakyat berbilang
kaum.
Akbar turut mmperkenalkan sistem mansabdar; pegawai yang dilantik
bukan sahaja menguruskan pentadbiran awam malah mengururuskan
pentadbiran ketenteraan. Individu yang dilantik terdiri daripada pelbagai
bangsa merangkumi bangsa Turki, Parsi, Afghan dan Hindu. Pengunaan
sistem ini diteruskan zaman pemerintahan Syah Jehan. Peraturan mengenai
perlantikan, kenaikan pangkat dan pemecatan pegawai berada di tangan
Akbar, gaji yang diberikan agak lumayan sama ada dalam bentuk tunai atau
tanah.
Dalam bidang ekonomi, Akbar telah bertindak menamatkan pembayaran
cukai jizyah yang selama ini dikenakan terhadap golongan bukan Islam.
Cukai – cukai lain yang dihapuskan ialah cukai beribadat, cukai am seperti
penjualan lembu, garam, minyak, cukai timbang, cukai pembelian dan
penjualan rumah. Akbar juga melaksanakan sistem cukai tanah; kadar cukai
tanah memgikut kepesatan pertanian atau jenis dan kesuburan tanah.. kadar
bayaran cukai adalah tetap dan mudah difahami oleh rakyatnya.
Dalam bidang sosial pula, Akbar telah memperkenalkan agama baharu yang
dikenali sebagai agama Din Illahi, iaitu agama yang merupakan gabungan
semua agama di India, , dan memberi galakan agar agama ini diterima oleh
semua rakyat demi perpaduan dan kestabilan politik India. Akbar juga
bertindak mengharamkan beberapa adat yang menyusahkan umpamanya,
adat sutee, tidak menggalakkan perkahwinan kanak – kanak, melarang
pembunuhan bayi perempuan,larangan perkahwinan paksa, mengenakan
cukai ke atas pengantin, dan larang berpoligami. Akbar juga melarang
amalan menjadikan isteri dan anak tawanan perang sebagai hamba. Bagi
mendapat sookongan golonagn berpendapatan rendah, Akbar telah
mendirikan rumah – rumah kebajikan untuk golongan Islam dan bukan
Islam.
Kesimpulannya, sememangnya tidak dapat dinafikan dasar Akbar sama ada
politik, ekonomi mahupun sosial bertujuan untuk mendapat sokongan
golongan bukan Islam kerana dasar yang dilaksanakan adalah bersifat
liberal.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Bincangkan usaha – usaha Aurangzeb untuk memartabatkan Islam di
India pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul.
Kerajaan Moghul merupakan kerajaan Islam terakhir di India yang muncul
selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan ini terbentuk pada
tahun 1526 Masihi, dan bertahan lebih kurang 300 tahun apabila pemerintah
terakhirnya dibuang negeri oleh British ke India. Sepanjang pemerintahan
kerajaan ini, muncul beberapa orang tokoh terkenal, antaranya Aurangzeb
( 1658 – 1707 ) yang bertanggungjawab mengemebalikan imej dan maruah
umat Islam di India berikutan zaman – zaman sebelumnya jelas berlaku
kelemahan umat Islam disebabkan dasar liberal yang diamalkan oleh
pemerintah sebelumnya khususnya Akbar dan Syah Jehan.
Antara usaha Aurangzeb untuk memartabatkan kembali Islam di India ialah
dengan menamatkan dasar liberal sebaliknya menjadikan Islam sebagai
teras dalam pentadbirannya. Segala polisi pemerintahannya kini
berpandukan al Quran dan Hadis, malah beliau kini menjadikan para ulama
sebagai penasihat dalam pemerintahan dan pentadbirannya. Golongan
bukan Islam khususnya yang beragama Hindu tidak lagi diberikan jawatan –
jawatan utama dalam kerajaan sebaliknya mereka dilantik sebagai pembantu
kepada orang – orang Islam. Keadilannya terhadap golongan bukan Islam
terbukti apabila dilaporkan zamannya menyaksikan paling ramai golongan
bukan Islam diberikan peluang menjawat jawatan dalam perkhidmatan
awam di India termasuk mengekalkan jawatan yang mereka pegang
sebelum ini selagi tidak menentang kerajaan Islam.
Dalam bidang ekonomi, Aurangzeb kembali menghidupkan cukai jizyah
yang telah dihapuskan sejak zaman pemerintahan Akbar. Baginya,
pelaksanaan jizyah ini merupakan simbol kekuatan kerajaan Islam yang
mampu melindungi golongan bukan Islam. Beliau juga telah bertindak
menghapuskan tidak kurang dari 80 jenis cukai yang tidak dibenarkan oleh
Islam yang dikenakan bukan sahaja terhadap orang Islam bahkan orang –
orang bukan Islam. Baginya, tindakan ini bukan sahaja bercanggah dengan
syarak malah menyebabkan kegelisahan dan kesengsaraan dalam kalangan
rakyat. Beliau juga mencegah sebarang perbelanjaan yang membazir atau
boros, dasar – dasar sebegini dikatakan telah membawa kepad keteguhan
ekonomi 30 tahun pertama era pemerintahannya. Beliau juga menggalakkan
masyarakat tempatan terlibat dengan aktiviti ekonomi khususnya pertanian
dan perdagangan. Beliau membenarkan pedagang British membuka
petempatan di Hoogly dan Surat dengan hasrat meluaskan lagi penglibatan
umat Islam dalam aktiviti ini.
Dalam bidang sosial, Aurangzeb bertindak mengharamkan sama sekali
agama Din Illahi yang jelas membawa kekufuran dan tercabutnya syahadah
umat Islam. Ulama – ulama telah diarahkan kembali membetulkan akidah
umat Islam, dan perlu menggunakan apa – apa kaedah sama ada berdakwah
secara langsung atau melalui penulisan. Bagi memastikan syiar Islam
berkembang, masjid – masjid banyak dibina dan melarang pembinaan kuil –
kuil baharu. Bagi memastikan akhlak umat Islam, sebuah kementerian khas
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
dibentuk bagi mengawasi tingkah laku, malah beliau telah memperkenalkan
kanun undang – undang yang dikenali sebagai Fatwa Alamgiri. Aurangzeb
juga melarang keras aktiviti sosial yang merosakkan akhlak seperti minum
arak, berjudi, muzik yang diangga suatu pembaziran. Kalendar Hindu dan
Parsi kini digantikan semula dengan takwim Hijrah
Dari sudut ketenteraan pula, Aurangzeb telah berjaya menggempur dan
mengalahkan musuh – musuh yang sering mengancam agama dan umat
Islam. Beliau telah berjaya mengalahkan musuh – musuhnya sama ada
golongan fanatik Hindu dan Sikh, di samping memerangi kumpulan yang
tidak sehaluan dengannya. Antara puak Hindu yang dikalahkan ialah puah
Mahratas, Jats, dan Satnami, manakala puak militant Sikh yang diketuai oleh
Gobindal Singkh juga berjaya ditundukkan. Pada zaman kekuasaannya,
beliau telah berjaya menguasai 6 buah di Deccan, 14 buah di utara India dan
sebuah daerah di Afghanistan; memberikan gambaran berjaya menguasai
21 buah daerah di seluruh India, suatu kejayaan yang tidak pernah dicapai
oleh mana – mana pemerintah Islam di India terutamanya kemenangan di
Deccan.
Sesungguhnya, kemunculan Aurangzeb telah mengembalikan semula
maruah umat dan agama Islam setelah sekian lama pemerintah kerajaan
Moghul begitu alpa dengan keduniaan, malah ada yang sanggup
menggadaiagama demi kepentingan politik sebagaimana dasar Akbar. Demi
mengembalikan Islam, Aurangzeb kembali meletakkan Islam di tempat
tertinggi dan dijadikan asas kepada pelaksanaan dasar – dasar negara yang
merangkumi aspek politik, ekonomi, dan sosial.
Huraikan struktur pemerintahan pusat pada zaman pemerintahan
kerajaan Turki Uthmaniyyah pada abad ke-16 hingga abad ke-17
Masihi.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertoghrul pada tahun
1281 Masihi. Sepanjang kekuasaan kerajaan ini terdapat 37 orang
pemerintah yang menggunakan gelaran sultan. Antara sutan yang terkenal
ialah Sulaiman al Qanuni dan Muhammad al Fateh. Sepanjang kekuasaan
kerajaan ini banyka aktiviti perluasan kuasa dijalankan. Sejarwan
mencatatkan pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman al Qanuni jajahan
takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km persegi. Kejayaan kerajaan
Turki Uthmaniyyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran
pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik
Di peringkat pusat, Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa
tertinggi; dalam bidang agama, politik, pentadbiran mahupun kewangan.
Kekuasaan sultan digambarkan juga dengan penggunaan gelaran seperti
Khalifah Allah di muka bumi oleh Sultan Murad I setelah berjaya menawan
Adrianople. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua
pentadbir dan penasihat sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini
merupakan ketua kepada para menteri ( wazir ) dan amir. Kanunname
mencatatkan Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran
dan individu yang dilantik jawatan tersebut dianugerahkan cop mohor.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Wazir Agung dibantu pula oleh tiga orang hakim tentera, dua orang
Beylerbey ( ketua turus tentera Sultan ), dua orang Defterdar yang
bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan, seorang Agha (
wakil tentera darat ), seorang Laksamana dan seorang Nishanji bagi
monogram sultan
Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti ( Sheikh al Islam )
telah diwujudkan. Tugasan utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam
semua aspek agama. Pentadbiran mufti berpusat di Istanbul. Antara
tanggungjawab mufti utama ialah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan
peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan ini
dalam kalangan orang Islam. Mufti juga diberikan hak untuk melantik para
pegawai yang berkhidmat di istana
Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran mirip pentadbiran
Byzantine, setiap wilayah akan ditadbir oleh gabenor wilayah yang
bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan
dikendalikan oleh para petani
Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai
berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan
syariah Islam yang berpandukan al Quran dan al Hadis. Multezim diberikan
pula tanggungjawab mengutip semua cukai daripada kawasan – kawasan
tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan meningkatkan pendapatan
kerajaan ini yang boleh dimanfaatkan untuk mengekalkan kekuatan dan
kestabilan negara dan menjamin ekspedisi perluasan kuasa dijalankan.
Golongan intelektual muslim bertanggungjawab untuk pentadbiran
keadilan, pengurusan waqaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan
hospital, dan pendidikan belia Muslim
Bagi memastikan kekuatan kerajaan ini, khususnya di peringkat pusat serta
menjamin keselamatan kekuatan tentera tidak diabaikan. Bagi mendapat
sokongan tentera, pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II, tentera
yang berkhidmat secara peribadi kepada sultan dianugerahkan tanah.
Sememangnya tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan
mantap khususnya pegawai yang membantu sultan memerintah kerajaan ini
mengukuhkan kekuatan kerajaan tersebut. Malah, dengan kepimpinan yang
berwibawa para pemerintah, kerajaan ini telah muncul sebagai sebuah
kuasa besar sebelum abad ke-19 Masihi.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Huraikan struktur pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah pada
abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertoghrul pada tahun
1281 Masihi. Sepanjang kekuasaan kerajaan ini terdapat 37 orang
pemerintah yang menggunakan gelaran sultan. Antara sutan yang terkenal
ialah Sulaiman al Qanuni dan Muhammad al Fateh. Sepanjang kekuasaan
kerajaan ini banyak aktiviti perluasan kuasa dijalankan. Sejarawan
mencatatkan pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman al Qanuni, jajahan
takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km persegi. Kejayaan kerajaan
Turki Uthmaniyyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran
pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik
Di peringkat pusat, Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa
tertinggi; dalam bidang agama, politik, pentadbiran mahupun kewangan.
Kekuasaan sultan digambarkan juga dengan penggunaan gelaran seperti
Khalifah Allah di muka bumi oleh Sultan Murad I setelah berjaya menawan
Adrianople. Peringkat awalnya, sultan terdiri daripada para amir yang
menjadi tuan tanah dan serta pengaruh yang luas. Dalam urusan
pentadbiran, sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua
pentadbir dan penasihat sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini
merupakan ketua kepada para menteri ( wazir ) dan amir.
Undang – undang Turki yang dikenali sebagai Kanunname mencatatkan
Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan individu
yang dilantik jawatan tersebut dianugerahkan cop mohor. Wazir Agung
dibantu pula oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey ( ketua
turus tentera Sultan ), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam
urusan pentadbiran kewangan, seorang Agha ( wakil tentera darat ), seorang
Laksamana dan seorang Nishanji bagi monogram sultan
Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, kerajaan ini memperkenalkan
jawatan mufti ( Sheikh al Islam ). Tugasan utamanya ialah mengeluarkan
fatwa dalam semua aspek agama dengan berpusat di Istanbul. Antara
tanggungjawab mufti utama ialah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan
peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan ini
dalam kalangan orang Islam. Mufti juga diberikan hak untuk melantik para
pegawai yang berkhidmat di istana, memberikan gambaran kedudukannya
yang tinggi dalam kerajaan Uthmaniyah. Pun begitu, adakalanya, sultan yang
berkuasa penuh bertindak mengatasi segala keputusan yang dibuat oleh
mufti.
Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran mirip pentadbiran
Byzantine, setiap wilayah akan ditadbir oleh gabenor wilayah yang
bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan
dikendalikan oleh para petani. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap
daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum
jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al Quran dan
al Hadis. Multezim diberikan pula tanggungjawab mengutip semua cukai
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
daripada kawasan – kawasan tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan
meningkatkan pendapatan kerajaan ini yang boleh dimanfaatkan untuk
mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara dan menjamin ekspedisi
perluasan kuasa dijalankan. Golongan intelektual muslim bertanggungjawab
untuk pentadbiran keadilan, pengurusan waqaf untuk menyokong
perkembangan sekolah dan hospital, dan pendidikan belia Muslim
Bagi memastikan kekuatan kerajaan ini, khususnya di peringkat pusat serta
menjamin keselamatan kekuatan tentera tidak diabaikan. Bagi mendapat
sokongan tentera, pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II, tentera
yang berkhidmat secara peribadi kepada sultan dianugerahkan tanah.
Tentera elit Turki Uthmaniyyah yang dikenali sebagai tentera Janissari adalah
perintis kepada tentera moden pertama di dunia, dibayar gaji secara tetap
mengikut ranking dalam tentera. Tentera ini terbahagi kepada tiga divisyen
iaitu Cemaat atau jemaat (Tentera barisan depan), dengan kekuatan 101orta
( battalion ), Beyliks atau beuluks ( Pengawal peribadi Sultan ), dengan
kekuatan 61orta (batallion) dan Sekban atau seirnen, dengan kekuatan
34 orta ( batallion). Pada zaman kegemilangan Turki Othmaniyyah atau lebih
dikenali Pax Ottoman, Tentera elit Janissari sangat ditakuti oleh musuh
kerajaan Turki Othmaniyyah. Ini adalah kerana tentera Janissari terkenal
dengan semangat berani mati, taat setia pada Sultan dan empayar dan
disiplin tentera yang tersusun. Malahan tentera ini memiliki skuad
pancaragam tentera yang pertama di dunia. Pancaragam tentera merupakan
sub-divisyen bagi Janissari yang mana ditugaskan untuk menaikkan
semangat ketika di medan peperangan.
Tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya
pegawai yang membantu sultan memerintah kerajaan ini mengukuhkan
kekuatan kerajaan tersebut. Malah, dengan kepimpinan yang berwibawa
para pemerintah, kerajaan ini telah muncul sebagai sebuah kuasa besar
sebelum abad ke-19 Masihi.
Bincangkan pentadbiran pusat kerajaan Moghul pada abad ke-16
Masihi hingga abad ke- 17 Masihi.
Kerajaan Moghul diasaskan oleh Babur berikutan kejayaannya mengalahkan
Sultan Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat sekaligus berjaya membentuk
kerajaan Moghul. Kerajaan ini mempunyai beberapa pemerintah yang
berwibawa antaranya Akbar dan Aurangzeb, dan kerajaan ini berakhir
apabila pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke Myanmar oleh British
pada pertengahan abad ke-17.
Pemerintah kerajaan Moghul menjalankan dasar pemusatan kuasa. Akbar
merupakan pemerintah India pertama yang bertindak mengasingkan urusan
politik dan pemerintahan dengan agama. Akbar juga bertindak
menghapuskan perbezaan – perbezaan berasaskan agama dan bangsa.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Sewaktu pemerintahan Aurangzeb, golongan ulama berperanan penting
dalam pentadbiran peringkat pusat sekaligus menyingkirkan golongan –
golongan bukan beragama Islam di sisi pemerintah. al Quran dan Hadis telah
dijadikan asas perundangan negara, dan Aurangzeb telah menghidupkan
amalan syura dalam pemerintahan.
Akbar telah membentuk sistem pentadbiran atau birokrasi yang berbentuk
separuh awam dan separuh tentera yang dikenali sebagai mansabdar.
Mansabdar merupakan pegawai yang ditugaskan untuk memerintah dan
melengkapkan satu pasukan tentera diraja dan bertanggungjawab
melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran awam. Mansabdar
dibahagikan kepada 33 peringkat; setiap peringkat memerintah satu
batalion tentera berkuda yang tertentu bilangannya antara 10 hingga 10 000
orang. Golongan ini mendapat gaji secara tunai atau secara jagir.
Akbar juga telah membentuk kabinet; melantik Perdana Menteri yang
dipanggil Wakil dan menteri – menteri yang diistilahkan sebagai wazir.
Menteri Kewangan merupakan menteri paling kanan selepas Perdana
Menteri.
Jawatan Ketua Turus Tentera dipanggil Khan Qanan bertanggungjawab ke
atas semua mansabdar. Jawatan Khan Qanan ini dikhususkan kepada
keluarga diraja sahaja.Jabatan – jabatan lain yang ditubuhkan ialah Diwan
yang menguruskan hal – hal kewangan, Mir Bakhsi yang menjaga hal gaji
tentera dan akaun, Sadr – us- Sudur bertanggungjawab dalam aspek agama
dan kebajikan. Muhtasib pula bertanggungjawab menjaga moral awam dan
Qadhil – qudhat pula menguruskan soal kehakiman dan perundangan.
Di peringkat bandar pula, Kotwal berperanan menjaga keamanan,
mengadakan rondaan, mengesan pencuri, dan orang asing serta berperanan
sebagai pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau, unta dan
lain –lain. Para kadi dan mufti telah dilantik bagi menjalankan pengadilan
untuk orang – orang Islam dan Hindu dengan diawasi olehs eorang Hakim
Besar.
Pemerintahan yang berpusatkan kuasa terhadap pemerintah telah
memastikan kedudukan pemerintah tidak dicabar oleh individu lain. Namun,
sedikit perubahan yang berlaku pada Aurangzeb apabila ulama memainkan
peranan penting dalam menasihati pemerintah dalam urusan
pemerintahan dan pentadbiran
Bincangkan pengertian jihad dan pembahagiannya.
Peperangan bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam, namun begitu
ianya dibenarkan apabila agama, negara dan maruah umat Islam terancam.
Dalam Islam, peperangan dikaitkan dengan konsep jihad iaitu berjuang demi
agama dan kerana Allah. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, negara Islam,
musuh – musuh kerajaan Islam terdiri daripada kaum Quraisy, Yahudi, Rom
mahupun Parsi.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Berbaik kepada jihad, dari segi bahasa jihad berasal daripada perkataan Arab
al Jahdu yang bermaksud berusaha melepaskan diri atau membebaskan diri
daripada sesuatu cengkaman. Dari syarak pula, jihad dikaitkan dengan
peperaangan dan segala persiapan berkaitan dengan peperangan termasuk
Sebelum, semasa dan selepas peperangan. Individu yang berjihad
diistilahkan sebagai mujahid, manakala golongan yang gugur di medan
perang semasa jihad dianggap sebagai syuhada serta kematiannya
diistilahkan sebagai mati syahid dengan ganjaran syurga menantinya kelak.
Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang di jalan Allah dan
mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang – orang kafir.
Oleh sebab itu dalam erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan
sebagai berjuang menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya,
diistilahkan sebagai fi sabilillah.
Jihad terbahagi kepada beberapa kategori, paling utaa ialah jihad nyawa dan
tenaga iaitu pengorbaban jiwa dan raga. Lazimnya jihad sebegini adalah
jihad di medan perang dan orang yang terkorban diistilahkan syahid.
Umpamanya, Saidina Hamzah yang syahid di medan perang ketika Perang
Uhud, dan beberapa sahabat lain seperti Abdullah bin Rawahah, Ikrimah bin
Abu Jahal, dan Jaafar bin Abi Talib yang gugur di medan perang ketika
berhadapan Rom dalam Perang Mu’tah.
Pengorbanan wang dan harta juga termasuk di dalam jihad fi sabillah. Jihad
ini amnya melibatkan golongan hartawan atau bangsawan yang sedia
mengorbankan harta demi perjuangan Islam. Contoh paling jelas, Abu Bakar
pada zaman awal Islam, begitu banyak mengorbankan hartanya bagi
membebaskan umat Islam yang dibelenggu oleh kaum Quraisy. Begitu juga
dengan Siti Khadijah, harta – harta dimiliki kerap digunakan demi
perkembangan syiar Islam. Semasa kempen Perang Tabuk, Uthman bin
Affan yang terkenal dengan kekayaannya telah mengorbankan hartanya
sama ada wang, kuda dan unta untuk kegunaan tentera Islam menghadapi
Rom dalam Perang Tabuk.
Seterusnya terdapat juga jihad Jihad akal fikiran yang dikaitkan dengan
sumbangan buah fikiran dan idea yang bermanfaat demi kpentingan
bersama dan syiar Islam. Idea untuk menangani ancaman musuh juga
dikategorikan dalam jihad ini. Contoh terbaik ialah idea Salman al-Farisi agar
digali parit sekeliling kota Madinah sebagai benteng terakhir menghadapi
ancaman tentera Ahzab. Oleh sebab itulah, Islam amat menggalakkan
umatnya bermusyawarrah agar timbul idea yang bermanfaat demi
kepentingan bersama, malah Khalifah Umar al Khattab sendiri pernah
menekankan betapa pentingnya amalan ini sehingga menyebut, “Tiada
Khalifah tanpa musyawarrah’.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Selain itu terdapat juga jihad melawan hawa nafsu yang dianggap sebagai
jihad yang paling tinggi sekali darjat di sisi Islam. Melaluinya, seluruh tenaga
disalurkan supaya menuruti jalan ( manhaj ) yang digariskan oleh Allah SWT.
Perjuangan ini adalah perjuangan dalam diri setiap individu muslim dan
ianya adalah fardhu ain. Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari
ilmu adalah tergolong di dalam jihad melawan nafsu; dengan berusaha
tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam, menyebarkan dakwah
Islamiyyah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima.
Jihad menentang syaitan juga dimerupakan salah satu jihad utama
memandangkan syaitan adalah seteru manusia yang sebenar-benarnya,
terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan antara
syaitan dan manusia. Banyak kisah Nabi Adam dan iblis serta dendam Iblis
kepada manusi diabadikan dalam al Quran, umpamanya dalam surah al-
Fathir ayat 6 yang membuktikan syaitan adalah musuh manusia,
“Sesungguhnya syaitan itu seteru bagi mu maka jadikanlah dia atau layanilah
sebagai seteru”. Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad
dalam kategori Fardu Ain, ia menunjukkan setiap manusia Islam mestilah
sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana kedua-
duanya adalah musuh di dalam diri mereka sendiri.
Jihad menentang golongan munafik, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran
yang banyak membicarakan berkenaan golongan munafik ini. Dalam surah
al-Munafiqun terdapat dalil al-Quran surah at-Taubah ayat 96 yang menyeru
kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah “Hai Nabi, berjihadlah
( melawan ) orang-orang kafir dan mereka orang-orang munafik itu,
bersikap kasar terhadap mereka”.
Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran, dikaitkan
dengan jihad menentang hawa nafsu. Umat Islam juga digalakkan
menentang kemungkaran dan kezaliman di dalam sesebuah pemerintahan.
Oleh sebab itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah
ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.
Terdapat dalil daripada al-Quran Surah Ali Imran ayat 11 yang bermaksud,
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia yang
mungkar dan beriman kepada Allah”.
Akhir sekali, terdapat juga jihad menuntut ilmu, yang bertujuan memastikan
umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Umat Islam digalakkan
mempelajari segala Ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah,
tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan sebagainya. Ianya juga
b bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,
bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam
yang mempelajarinya.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Merujuk zaman Nabi Muhammad SAW, perihalkan etika perang yang
dianjurkan oleh Islam.
Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah
turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi
Muhammad s.a.w. telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai
oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan angkatan tentera
hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama
daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy,
Yahudi, serta Rom dan Parsi.Dalam konteks peperangan menghadapi musuh
– musuh Islam sama ada Rom, Parsi, Yahudi dan Quraisy, Islam menggariskan
prinsip atau tatacara tingkahlaku tentera agar tidak bertindak melampaui
batas terhada kepimpinan Rasulullah s.a.w.
Islam telah menetapkan tatacara berperang atau berjihad di jalan Allah yang
merangkumi sebelum, semasa, dan selepas peperangan. Antara etika
sebelum peperangan ialah harus mengajak manusia kepada Islam sebelum
memeranginya. Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Abu Bakar al Siddiq
sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan tiga pilihan
kepada musuh Islam; iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata atau memerangi
musuh seandainya mereka memerangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat
terutamanya ketika Perang Badar, tentera Islam hanya menunggu serangan
musuh yang menceroboh, barulah berlaku peperangan secara besar –
besaran.
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang
kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak – kanak,
kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika
inilah golongan – golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khalafa al
Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara
Islam.Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong
pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat untuk
menyingkirkan halangan yang ada di hadapan gerakan dakwah. Ini
membuktikan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan
kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Rasulullah s.a.w
mengepung kota Taif, harta – harta musuh Islam langsung tidak diusik.
Berkaitan dengan etika semasa perang, terdapat larangan atau peraturan
yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam. Antaranya, tentera Islam dlirang
bertindak terhadap golongan yang dikategorikan sebagai lemah atau tidak
berupaya, seperti golongan tua, kanak – kanak dan wanita. Oleh sebab itulah,
Baginda SAW hanya mengenakan tindakan keras terhadap golongan lelaki
dewasa Yahudi Quraizah tatkala mereka mengkhianati Piagam Madinah
sedangkan kanak – kanak dan wanita diarahkan keluar daripada bumi
Madinah. Islam juga melarang juga tentera Islam bertindak terhadap
golongan paderi atau rahib, gambaran Islam tidak pernah mengongkong
agama lain.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Larangan lain yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam ialah tidak dibenarkan
merosakkan harta atau kemudahan sewenang – wenangnya. Baginda SAW
telah mempraktikkan etika ini semasa Perang Taif, tentera Islam yang
mengepung kota Taif telah melancarkan serangan bertubi – tubi, namun
masih gagal mengalahkan musuh, Bani Thaqif dan Bani Hawazin. Hal ini
menyebabkan Baginda SAW menggunakan kaedah provokasi dengan
menggugut akan membakar kebun – kebun di Taif, ternyata ini telah
melemahkan psikologi pihak musuh yang sedia menyerah kalah.
Sesuai dengan pilihan – pilihan yang diberikan kepada seteru – seteru Islam,
maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah
menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian
damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Sehubungan
dengan itu, Baginda SAW begitu berpegang kepada persetujuan gencatan
senjata yang dipersetujui ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.
Baginda SAW hanya bertindak balas selepas tindakan Quraisy melanggar
ketetapan yang dipersetujui bersama itu.
Etika seterusnya ialah Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh
mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat
atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh
Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara
Rasulullah s.a.w. di medan Perang Uhud.
Etika terakhir yang dianjurkan oleh Islam ialah tawanan perang akan dilayan
dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh
– musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah s.a.w.
tidak menerima sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi,
tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta
sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai
musuh Islam akhirnya menerima agama Islam sebagai ad-din.
Ternyata etika – etika yang dianjur oleh Islam sebenarnya bukan sahaja
memberikan kesan yang positif kepada tentera – tentera Islam sendiri,
bahkan ia menjadi saluran ataupun wadah dakwah. Hal ini terbukti khasnya
melalui Perang Badar, etika – etika yang diamalkan telah menarik ramai
musuh Islam akhirnya menerima agama ini.
Bincangkan kepentingan pelaksanaan etika peperangan mengikut
pandangan Islam.
Peperangan merupakan perkara yang tidak digalakkan oleh Islam, namun
ianya dibenarkan apabila agama Islam, maruah umat Islam serta negara
Islam terancam dengan tindak tanduk musuh. Dalam sejarah perjuangan
umat Islam, pelbagai musuh yang dihadapi, bermula dengan ancaman
Quraisy pada zaman Nabi Muhammad diikuti provokasi Yahudi, serta
ancaman Rom dan Parsi menyebabkan umat Islam perlu sentiasa bersedia
dan menyusun strategi bagi menghadapi ancaman tersebut.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Salah satu strategi yang digunakan bagi menghadapi ancaman musuh ialah
pelaksanaan etika dalam peperangan yang boleh membentuk disiplin para
pejuang Islam, umpamanya mematuhi arahan daripada pemimpin atau
mengikut strategi yang dirangka. Tragedi Perang Uhud membuktikan
perlunya akur dengan arahan pemimpin, kegagalan mengikut arahan Nabi
Muhammad apabila para pemanah yang berada di Bukit Uhud
meninggalkan posisi tersebut telah menyebabkan bukan sahaja telah
menerima kekalahan yang tidak dijangka, malah telah menyebabkan
gugurnya 70 orang tentera Islam termasuk Saidina Hamzah, malah Baginda
SAW turut mengalami kecederaan.
Etika yang dilaksanakan juga menggambarkan betapa tolak ansurnya agama
Islam terhadap musuh – musuh Islam, yang secara tidak langsung akan
dapat menarik golongan bukan Islam mendekati seterusnya menerima Islam
sebagai pegangan hidup. Contoh yang paling jelas ialah larangan
membunuh golongan lemah, tidak memusnahkan harta awam atau
persendirian, dan layanan yang baik terhadap tawanan – tawanan perang.
Hal ini jelas dipraktikkan ketika berhadapan dengan tawanan Badar, malah
dipraktikkan sewaktu Salehuddin al Ayyubi menawan Baitulmaqdis dan
Muhammad al Fateh membuka kota Constantinople
Etika yang dipraktikkan juga menggambarkan sikap Islam yang
mementingkan perdamaian dan keamanan, hal ini dapat dibuktikan dengan
etika sebelum peperangan iaitu menyeru pihak musuh menerima Islam atau
membayar jizyah sekiranya enggan yang merupakan syarat yang ditetapkan
kepada mana – mana pihak yang ingin berada di bawaj naungan kerajaan
Islam. Begitu juga dengan etika semasa peperangan, para tentera Islam
mesti menghentikan peperangan seandainya pihak musuh memohon
perdamaian, malah ditegaskan setiap perjanjian yang ditandatangani wajib
ditaati, umpamanya ketetapan gencatan senjata selama 10 tahun antara
umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW dengan musyrikin
Makkah.
Selain itu, etika yang dipraktikkan oleh tentera Islam ini juga dikaitkan
dengan bukti kehebatan Nabi Muhammad SAW di medan perang. Etika ini
jelas menonjolkan Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang pemimpin yang
hanya mementingkan kemenangan semata – mata, namun ianya
menggambarkan Baginda SAW adalah individu yang mementingkan
keamanan dan perdamaian. Malah, pelaksanaan etika membuktikan Baginda
SAW menggunakan kaedah peperangan untuk berdakwah.
Etika peperangan yang diperkenalkan sama ada sebelum, semasa mahupun
selepas peperangan sebenarnya mempunyai pertalian rapat dengan konsep
jihad yang disarankan oleh Islam. Matlamat jihad adalah mempertahankan
kesucian agama Islam dan memastikan negara serta maruah umat Islam
tidak dihina atau diperlekehkan oleh musuh – musuh Islam. Namun begitu,
dalam merealisasikan konsep jihad ini, etika yang disyorkan ini menjadi
panduan kepada para pejuang Islam sama ada zaman Nabi Muhammad
SAW, mahupun Khulafa al Rasyidin serta zaman – zaman seterusnya.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Jelaskan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam
pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al Rasyidin.
Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan dibenarkan
apabila timbulnya situasi yang mengancam agama, negara dan maruah
umat Islam. Merujuk zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat beberapa siri
peperangan, antaranya Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Ahzab.
Dalam perang yang tercetus tersebut, pelbagai strategi dan taktik
dipraktikkan bagi menjamin kemenangan. Seperkara lagi, peperangan
dalam Islam dikaitkan dengan konsep jihad, iaitu berjuang kerana Allah
Pada zaman Rasulullah s.a.w. terdapat beberapa strategi yang digunakan
oleh baginda tatkala menghadapi ancaman musuh, antaranya menguasai
tempat strategik, sebagai contoh dalam Perang Badar yang meletus pada
tahun 2 H, antara umat Islam dengan musyrikin Makkah, tentera Islam yang
hanya berjumlah 313 orang berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang
berjumlah 1000 orang. Punca kemenangan antaranya ialah tindakan pantas
tentera Islam menguasai tempat yang strategik, iaitu kawasan punca air,
begitu juga dengan Perang Uhud, kemenangan hanmpir diraih apabila
tindakan nabi Muhammad SAW mengarahkan tentera pemanah menghujani
panah ke arah musuh berjaya memerangkap tentera Quraisy..
Strategi bertahan turut digunakan oleh tentera Islam melalui pembinaan
benteng pertahanan dengan menggali parit. Strategi ini dipraktikkan ketika
Perang Ahzab berikutan cadangan seorang sahabat Salman al Farisi bagi
menangani jumlah tentera Ahzab yang berusaha menyerang kota Madinah.
Kejanggalan pihak musuh akan benteng pertahanan sedemikian rupa
menyebabkan timbul huru – hara di kalangan pihak musuh sehinggalah
Allah menurunkan ribut untuk memecah belah tentera musuh.
Penyamaran juga merupakan kaedah yang dibenarkan oleh Islam untuk
memperoleh kemenangan. Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nua’im
bin Mas’ud telah diarahkan memecah belahkan benteng pertahanan serta
kekuatan golongan Quraisy dan Yahudi, yang akhirnya meyebabkan berlaku
pertelagahan sesama mereka. Begitu juga dengan tindakan Rasulullah s.a.w.
memakai pakaian biasa juga menunjukkan bahawa Baginda s.a.w. ingin
kelihatan sebagaimana tentera biasa. Pada masa yang sama, tindakan
Rasulullah SAW mengarahkan jamung dinyalakan memberikan gambaran
jumlah tentera Islam begitu ramai yang boleh menggerunkan musuh.
Seterusnya, memeterai perjanjian dengan musuh juga merupakan salah satu
strategi untuk menangani musuh, umpamanya ketika para sahabat
mempertikai tindakan Rasulullah s.a.w. menerima syarat – syarat Perjanjian
Hudaibiyah, Rasulullah s.a.w. tenang menghadapinya kerana Baginda SAW
berfikiran tajam dan menjangkakan kemenangan pasti akan berpihak
kepada Islam kelak. Ternyata telahan Baginda s.a.w. tepat, berikutan pihak
musyrikin Makkah melanggar perjanjian, Nabi Muhammad SAW bersama
10 000 orang telah bertindak balas, dan berjaya membuka kota Makkah
tanpa sebarang pertumpahan darah.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Ketika tercetusnya Perang Taif, Baginda SAW telah menggunakan keadah
mengepung dan menyerang secara bertubi – tubi terhadap musuh yang
sedang bertahan dalam kota tersebut. Kesukaran mengalahkan musuh ( Bani
Thaqif dan bani Hawazin ) di bawah pimpinan Malik bin Auf telah
menyebabkan Baginda SAW menggunakan kaedah serangan psikologi,
dengan mengugut akan membakar kebun – kebun yang telah menyebabkan
musuh Islam tersebut bersedia meletakkan senjata dan tunduk kepada
Baginda SAW. Begitu juga ketika ekspedisi membuka kota Makkah, Baginda
SAW telah mengarahkan agar kota tersebut dikepung di setiap penjuru
menyebabkan pihak musuh tidak ada ruang untuk melarikan diri, akhirnya
mengaku kalah. Kaedah yang sama digunakan ketika Nabi Muhammad SAW
menangani puak Yahudi, Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah,
perkampungan mereka telah dikepung yang memaksa mereka menyerah
kalah.
Tindakan mengarahkan tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan
mereka sewaktu Perang Mu’tah juga merupakan salah satu strategi yang
digunakan oleh tentera Islam. Tindakan ini terpaksa baginda lakukan demi
keselamatan para perajurit yang kemungkinan terperangkap dengan
strategi musuh apatah lagi peperangan tersebut telah meragut ramai
syuhada seperti Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Rawahah dan sebagainya.
Ketika Perang Taif, iaitu susulan Perang Hunain, tentera Islam telah
menggunakan strategi mengepung seterusnya melancarkan serangan
bertubi – tubi ke atas benteng pertahanan pihak musuh yang dipimpin oleh
Malik bin Auf. Sewaktu pengepungan itu juga , Rasulullah s.a.w. mengugut
para penyokong Bani Thaqif akan membakar kebun – kebun mereka
seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan
kerajaan Islam.
Perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh
tentera Islam dan juga bangsa Arab lain amnya sebelum berlakunya perang
secara besar – besaran. Pertembungan sebegini dapat menyemarakkan
semangat para pejuang lain. Sebagai contoh ketika Perang Badar, tiga orang
sahabat telah bertempur dengan tiga orang pahlawan Quraisy sdebelum
tercetusnya perang yang sebenar
Rasulullah s.a.w. juga merahsiakan jumlah musuh dari pengetahuan tentera
Islam untuk memastikan moral mereka tidak terjejas di medan perang.
Malahan kaedah ini sebenarnya merangsangkan lagi perjuangan para
sahabat untuk berjuang bermati – matian demi agama, diri, dan negara.
Strategi seterusnya digunakan menyusun tentera berasaskan sistem al saf,
di mana pada baris pertama biasanya didahului oleh tentera berjalan kaki
diikuti oleh pasukan pemanah. Tentera berkuda pula dijadikan tentera
sokongan untuk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan
benteng pertahanan.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa strategi dan taktik yang
mantap merupakan asas kemenangan tentera – tentera Islam dalam setiap
ekspedisi khususnya pada zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al Rasyidin.
Pun begitu, ia juga dibantu oleh beberapa faktor lain seperti kepemimpinan,
kestabilan politik, serta teknologi peperangan yang digunakan, atau dengan
lain perkataan disebabkan adanya organisasi ketenteraan yang sistematik.
Huraikan ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Salehuddin al Ayyubi
di medan perang.
Salehuddin al Ayyubi merupakan pemimpin atau pengasas kerajaan
Ayubiyyah yang bertanggungjawab membuka atau mendapatkan semula
kota Baitulmaqdis daripada golongan Kristian berikutan kemenangan dalam
Perang Salib II. Kejayaan tokoh ini bukan sahaja kerana telah menimba
pengalaman berperang sejak bersama bapa saudaranya malah memiliki ciri
kepemimpinan yang hebat sehingga berjaya di setiap kali berada di medan
tempur bagi menghadapi pihak lawan.
Antara ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh tokoh ini ialah berani. Sifat atau
ciri kepemimpinan tokoh dapat dilihat dengan keberaniannya bersama bapa
saudaranya, Shirkuh menggempur tentera Salib di Syria sehingga
memperoleh kemenangan yang cemerlang. Sifat berani tokoh ini dibantu
dengan adanya suntikan psikologi yang penting iaitu berjihad kerana Allah
demi memartabatkan agama dan maruah umat Islam. Selain itu, ciri
keberanian ini juga disusuli dengan sikap tokoh yang istiqamah dengan
perjuangan, yakin kemenangan pasti tercapai, kerana itulah sepanjang
peperangan dengan pihak lawan Salehuddin begitu tangkas menunggang
kuda ke sana sini bagi meninjau keadaan tenteranya sendiri dan bertarung
dengan pihak lawan.
Selain itu, tokoh ini sifat bijak dalam sesuatu tindakan, paling jelas tokoh ini
telah bertindak menjadikan Ra’su al Ma sebagai pusat gerakan
memandangkan ianya merupakan kawasan yang strategik untuk menguasai
kawasan – kawasan lain. Salehuddin juga telah menyatukan wilayah Syria –
Mesir bagi mengukuhkan kekuatan tentera dan kerajaan Islam. Bermula
dengan pusat gerakan tersebut, Salehuddin berjaya mengalahkan musuh di
Syubak, Karak, Tabariyah dan yang paling penting di Hittin, iaitu banteng
terakhir tentera Salib yang dipimpin oleh Raynald. Kejayaan di medan Hittin
telah menyebabkan banteng pertahanan kota Baitul maqdis kini terbuka dan
memudahkan Salahuddin menguasai kota tersebut seterusnya menahan
pemimpin Baitul maqdis serta mengenakan tindakan keras terhadap musuh
yang masih enggan menyerah kalah.
Bagi memastikan kekuatan kerajaan Ayubiyyah, tokoh ini begitu bijak
dengan mengarahkan kota Kaherah dilindungi oleh banteng pertahanan
yang kukuh. Sehubungan dengan itu, empat buah bandar didirikan bagi
mengeliligi kota ini selain mendirikan benteng di kawasan tinggi yang
dikenali sebagai Qal’ah al Jabal bagi memudahkan pemantauan mana –
mana pihak yang mencurigakan di luar kota. Sebagai tokoh yang
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
berpandangan jauh, Salehuddin telah membentuk diwan armada dan
menjadikan beberapa kawasan sebagai pangkalan seperti Iskandariah untuk
mengawasi kawasan perairan.
Sifat tegas yang dimiliki oleh Salehuddin turut membawa kejayaannya dalam
kempen peperangan. Tindakan tegasnya terhadap Raynald, panglima
Tentera Salib dalam Perang Hittin merupakan pengajaran yang perlu
diberikan perhatian dan diingati oleh musuh - musuh Islam yang berhasrat
menghina Nabi Muhammad SAW. Akibat tindakan biadap Raynald,
Salehuddin telah menjatuhkan hukuman pancung ke atas musuh - musuh
Islam. Ketegasan tokoh ini juga dapat dilihat, apabila beliau menetapkan
musuh – musuh Islam wajib meninggalkan kota suci ini dalam tempoh 40
hari dan melunaskan cagaran dengan kadar tertentu berdasarkan status
atau jantina pihak lawan.
Satu lagi resepi yang membantu kejayaan tokoh ini di medan perang ialah
sifat yang sering bertolak ansur mencerminkan beliau bukanlah individu
yang memiliki sifat dendam terhadap lawan. Salehuddin melarang sama
sekali tenteranya bertindak ganas terhadap musuh yang menyerah kalah,
berbeza dengan tindakan ganas tentera Salib yang bertindak menyembelih
orang – orang Islam termasuk kanak – kanak dan wanita. Keperibadian mulia
tokoh ini juga dapat dilihat dengan membenarkan golongan Islam, Kristian
dan Yahudi mengerjakan ibadat di tempat masing – masing dalam kota suci
itu. Malah, ketika berakhirnya Perang Salib III, Salehuddin telah telah
memeterai perjanjian dengan memberikan kelonggaran penganut Kristian
mengunjungi kota tersebut.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafSaikan tokoh yang dikenali sebagai Saladin
oleh dunia sebelah Barat begitu hebat di pentas peperangan. Beliau
membuktikan sifat ganas tidak semestinya mampu membawa kemenangan,
sebaliknya tokoh ini mempamerkan watak tegas, namun dalam masa yang
sama sedia menggunakan kaedah diplomasi dalam menangani ancaman
musuh yang sememangnya bersifat antiIslam.
Bincangkan usaha dan faktor kejayaan Salehuddin al Ayyubi dalam
memerangi tentera Salib.
Salehuddin al Ayyubi atau nama sebenarnya, Salahuddin Yusuf bin Ayyub
dilahirkan di kota Tikrit pada tahun 1137 Masihi. Tokoh yang berasal dari
keturunan yang hebat dari segi agama dan ketenteraan, Kurdish ini
sememangnya banyak memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan
khususnya penawanan kota Baitul maqdis dari tangan tangan tentera Salib.
Usaha tokoh ini memerangi tentera Salib telah bermula apabila beliau telah
mengikuti bapa saudaranya, Shirkuh yang diperintahkan oleh Sultan
Nuruddin Zanki memerangi kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir. Kejayaan
yang dikecapi bersama bapa saudaranya ini telah menyebabkan beliau
mendapat kepercayaan mempertahankan Mesir daripada ancaman tentera
Salib pimpinan Almaury I. Selepas ditabalkan sebagai Sultan Mesir sekaligus
membentuk kerajaan Ayyubiyah yang bebas daripada penguasaan kerajaan
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Seljuk, tokoh ini mula melakukan ekspedisi peperangan ke atas wilayah
tertentu milik kerajaan – kerajaan kecil Islam diikuti mensasarkan tentera
Salib atau Kristian bagi mendapatkan semula kota suci Baitulmaqdis.
Usaha mendapatkan semula kota suci itu dengan menjadikan Ra’su al Ma
sebagai pusat gerakan untuk mara dan seterusnya menawan beberapa
kawasan seperti Karak, Syubak, dan Tabariah. Pun begitu, sejarawan
mencatatkan kemenangan di medan Hittin merupakan titik tolak kepada
kemenangannya. Selain wilayah di atas, tempat – tempat lain dikuasai oleh
Saladin ini ialah Syaida, Beirut, dan kota Asqelon yang telah dikuasai selama
35 tahun, di sini beliau menerima wilayah tanpa perang seperti Gaza, Bait
Jibril dan Nazhrun sebelum bergerak ke kota suci tersebut yang hanya
dikawal oleh 150 orang pengawal peribadi Raja Baitulmaqdis sekaligus
membawa kepada kejayaannya pada tanggal 27 Rejab 583 H bersamaan
1187 Masihi.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kejayaan ini, paling utama
pastinya dikaitkan dengan bakat kepemimpinan yang dimiliki oleh tokoh ini.
Antara keperibadian yang dimilikinya ialah berani mempertahankan
kebenaran dan bertindak terhadap musuh dan kawan. Kebijaksaaan
merancang strategi ditambah dengan adanya roh jihad serta istiqamah
dalam perjuangan dengan keyakinan tinggi akan mampu mengalahkan
musuh ternyata telah memberikan kesan yang positif. Sifat – sifat sedemikian
dikaitkan pula dengan keperibadiannya yang luhur, zuhud, dan amat
bertolak ansur kepada pihak lawan seperti tanpa diduga beliau telah
membantu merawat sakit musuhnya, King Richard ( The Lion Heart )
Kejayaan tokoh ini juga kerana memiliki tentera yang ampuh dan besar
bilangan sejak zaman bapa saudaranya Shirkuh ditambah dengan dorongan
Sultan Nuruddin Zanki. Ketika mara untuk menguasai Baitulmaqdis,
Salehuddin telah mewarisi sejumlah besar angkatan perang, selain memiliki
angkatan tentera sendiri dan angkatan tentera Sultan Morocco. Gabungan
tentera inilah membolehkan beliau menguasai satu persatu wilayah
termasuk memenangi Perang Hittin pada 1187 Masihi dan menguasai
sepenuhnya kota Baitulmaqdis beberapa bulan kemudian pada tahun yang
sama.
Kejayaan tokoh ini juga ada kaitan dengan kejayaannya menggabungkan
beberapa daerah yang sebelum ini gagal dikuasai oleh Sultan Nuruddin.
Wilayah – wilayah yang digabungkan oleh tokoh ini ialah al Nubah, Sudan,
Yaman dan Hijaz. Beliau kemudiannya memindahkan pusat gerakannya ke
Mesir bagi mencabar kekuatan tentera Salib. Gabungan tentera ini
membolehkan Salehuddin menumpukan sasaran terhadap tentera Salib
dimulai dengan tentera Normandy, diikuti menguasai Tripoli, Tunis hingga
Qabis, sehinggalah yang terakhirnya iiatu kota Baitulmaqdis.
Sebagai rumusannya, kehebatan Salehuddin sebagai pemimpin diakui oleh
dunia Barat bukan sahaja sebagai tokoh pembebasan, malah dianggap
tokoh yang mampu membangunkan fizikal dan moral manusia melalui
contoh teladan yang datang secara langsung daripada pemimpin agung ini.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Salehuddin al Ayyubi merupakan pemimpin yang berjaya.
Bincangkan.
Salehuddin al Ayyubi dilahirkan di Tirkit pada tahun 1138 Masihi bukan
sahaja merupakan pemimpin tertinggi kerajaan, malah dianggap sebagai
pembela agama, negara dan maruah umat Islam. Kejayaan Salehuddin
dalam segala perancangan berkait rapat dengan sifat kepemimpinan yang
ada pada dirinya seperti berani, tegas, bertolak ansur, berpandangan jauh
dan sebagainya.
Kejayaan membuka Baitumaqdis merupakan kejayaan gemilang tokoh ini
selepas sekian lama berada di kekuasaan golongan Kristian. Daya
kepemimpinan seperti bijak merancang dengan menjadikan Ra’su al Ma
sebagai pusat gerakannya telah membolehkan tentera Islam bergerak dan
berjaya menguasai satu persatu wilayah seperti Karak, Syubak, dan Tabariah.
Di kota Asqelon, Salehuddin telah menerima penyerahan kota Gaza, Bait
Jibril, dan Nazhrun tanpa sebarang pertempuran sebelum menuju kota
Baitul maqdis. Malah ketegasan terhadap musuh Islam seperti Raynald yang
menghina Rasulullah SAW telah menggerunkan musuhnya. Sikapnya yang
memberi peluang kepada golongan bukan Islam khususnya tentera Salib
keluar daripada Baitumaqdis serta membenarkan golongan bukan Islam
mengamalkan ajaran sedia ada telah menyebabkan tokoh ini dianggap
pemerintah yang adil bukan sahaja dalam kalangan orang Islam bahkan
golongan bukan Islam.
Kejayaan Salehuddin dibuktikan dengan keupayaannya mengukuhkan
banteng pertahanan kota Kaherah dengan mengarahkan pembinaan kubu
Qal’ah al Jabal. Salehuddin juga menubuhkan Diwan Armada bagi
memastikan kawasan perairan bebas daripada ancaman musuh dan
bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal – kapal perang dan
armada perang yang besar. Tindakan ini dilakukan setelah beliau mendapati
Mesir adalah tempat yang sesuai untuk membina angkatan laut dan darat.
Benteng pertahanan Kota Iskandariah telah diperkuatkan bagi mengelak
pencerobohan Perancis sama ada melalui jalan darat atau perairan.
Dalam bidang sosial, sebagai tokoh yang berpandangan jauh dan
mementingkan aspek pendidikan, Salehuddin telah banyak membina
sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke negaranya
Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali dengan
nama Sistem al Katib, mempelajari al Quran, menghafal Hadis dan
meningkatkan kemahiran seni khat. Kanak – kanak juga diajar asas ilmu
matematik, syair, kata – kata hikmat dan asas beribadat seperti solat
berjamaah Masjid berperanan sebagai pusat pembelajaran yang penting
khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir. Antara masjid yang terkenal
pada zamannya ialah Masjid Amru al As, Masjid al Azhar, dan Masjid al
Alttarin di Iskandariah. Kesungguhan beliau dalam aspek pendidikan
terserlah apabila beliau sanggup mewakafkan 32 buah kedai untuk dijadikan
sekolah malah membiayai guru – guru yang mengajar di sekolah – sekolah
yang didirikan.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Salehuddin al Ayyubi juga mempamerkan pemerintah yang mementingkan
kebajikan rakyat, hospital telah didirikan dengan mengubah sebuah dewan
di istana yang dibina oleh al Aziz bin al Muiz dengan menjadikannya sebuah
hospital yang dinamakan Bimaristan al Atiq. Sebuah gedung ubatan
disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang
ditetapkan kepada para pesakit, malah di hospital yang dibina terdapat
ruangan khas untuk pesakit wanita dan jaring – jaring besi bagi mengelak
pesakit mental mengganggu pesakit lain.
Dari segi ekonomi, Salehudin mempamerkan watak pemimpin yang adil,
walaupun beliau melaksanakan dasar pencukaian, kadar yang dikenakan
tidak membebankan, sama ada cukai jizyah dan kharaj. Cukai yang
membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai
yang dikenakan ke atas jemaah haji. Beliau turut menumpukan perhatian
terhadap sektor pertanian, penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan
dan memperkenalkan teknik pertanian agar berlaku peningkatan
produktiviti. Mesir juga telah menjadi pusat pertemuan para pedagang
Timur dan Barat. Beliau juga membina banyak pasar di Mesir dan Syria dan
memulih dan meluaskan pasar – pasar yang sedia ada.
Ciri kepemimpinan semulajadi yang dimiliki oleh tokoh ini banyak
menyumbang kejayaan tokoh ini dalam menerajui kerajaan dan umat Islam
khususnya berhadapan dengan musuh khususnya tentera Salib sehingga
berjaya merebut kembali kota suci itu. Kejayaan terbesar itu telah menjadi
titik tolak kepada usaha pengukuhan dan pembangunan yang
mencerminkan beliau merupakan tokoh yang berjaya.
Bincangkan usaha – usaha Muhammad al Fateh membuka kota
Constantinople
Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al Fateh
merupakan pemerintah ketujuh kerajaan Turki Uthmaniyah, menaiki takhta
ketika berusia 22 tahun pada tahun 855 H dan memerintah selama 30 tahun.
Sepanjang pemerintahannya, kerajaan Turki Uthmaniyah telah mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai aspek sama ada dalam
bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Gelaran al Fateh dikaitkan dengan
kejayaannya membuka dan menawan ibu kota kerajaan Rom Timur
( Byzantine ), kota Constantinople.
Kepemimpinan Muhammad al Fateh dapat dilihat apabila beliau sentiasa
mengkaji punca kegagalan ekspedisi yang dilancarkan sebelum ini selain
daripada berusaha mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada
tentera Islam sendiri. Sepanjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta,
beliau mengkaji pelan kota Costantinople secara terperinci setiap malam
bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan Constantinople.
Beliau juga sentiasa berbincang dengan panglima-panglima perangnya
tentang tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Kepemimpinan beliau amat ketara apabila telah membuat satu persiapan
dengan menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan
para mujahid seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400
buah dan mengarahkan pembinaaan peralatan perang termoden seperti
meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kg dengan jarak
sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah
Eropah, lebih kurang 8 km dari Kota Constantinople. Benteng ini mengawal
rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Malah, beliau telah
mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary
untuk memencilkan Constantinople apabila mereka diserang nanti.
Bagi memastikan bukan sahaja fizikal angkatan tentera Islam bersedia,
persiapan mental juga amat diperlukan, buktinya Muhammad al Fateh telah
membawa bersama batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan
perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja mereka
menghampiri dinding kubu Kota Constantinople. Beliau mengarahkan agar
azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine
begitu gementar melihat kira-kira 265,000 orang tentera Islam bersolat di
belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah
kesunyian alam.
Ketegasan Muhammad al Fateh terbukti apabila beliau enggan menerima
pelawaan Maharaja Byzantine dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah
bagi menyelamatnya kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh beliau
supaya Constantinople diserahkan secara aman kepada mereka.
Kepemimpinannya semakin jelas apabila beliau merangka strategi
peperangan yang tidak diduga oleh Byzantine. Keengganan Maharaja
Byzantine menyerahkan kota Constantinople telah membawa kepada
pengepungan kota ini dan mula diserang pada hari Rabu 19 April 1453M
bersamaan 12 Rabiul Akhir 857H bersama angkatan tenteranya yang
menjangkau seramai 265,000 orang, dengan dihujani oleh peluru daripada
meriam rasaksa selama 48 hari namun hanya merosakkan sebahagian
dinding luar kota tersebut.
Muhammad al Fateh telah menggunakan satu kaedah yang luar biasa
apabila beliau dan tenteranya telah membawa kapal-kapal ini melalui jalan
darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern
Horn. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil
oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi
semakin lemah. Kejayaan tentera mengorek terowong untuk memasuki kota
tersebut, telah membawa kejayaan menawan sepenuhnya kota
Constatntinople.
Kejayaan Muhammad al Fateh telah berjaya mengotakan janji Nabi
Muhammad s.a.w., bahawa kerajaan – kerajaan yang memusuhi Islam akan
jatuh, dan dari segi senario politik antarabangsa, kemenangan ke atas
musuh tradisi membolehkan empayar Islam kian berkembang
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Bincangkan ciri – ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Muhammad
al Fateh dalam bidang ketenteraan.
Nama sebenar Muhammad al Fateh ialah Muhammad bin Murad Bin
Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi
(833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria).
Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila
menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah
empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun di antara tahun 1451–
1481M. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang
panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen
peperangan yang membuktikannya sebagai pemimpin yang memiliki ciri
kepemimpinan yang hebat.
Antara ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh tokoh ini ialah kebijaksanaan
merangka strategi dan taktik peperangan. Kebijaksanaan ini terserlah
sebelum tercetusnya perang, al Fateh sentiasa merangka strategi yang
terbaik dengan mengkaji pelan kota Constantinople, kelemahan strategi
terdahulu dan sentiasa berbincang kaedah terbaik dalam menangani musuh.
Ketika berperang dengan musuh tradisi Islam itu, pelbagai strategi dan taktik
diperkenalkan seperti menggunakan alatan perang moden seperti meriam,
menara bergerak, dan membina terowong, dan taktik yang tidak masuk akal
yang mengelirukan musuh, iaitu dengan meluncurkan kapal – kapal perang
ke Teluk Golden Horn melalui kawasan berbukit yang telah melemahkan
benteng terakhir pihak lawan.
Keberanian al Fateh di medan perang merupakan ciri yang ada pada diri
tokoh ini, ditabah dengan adanya semangat jihad serta istiqamah dalam
perjuangan. Al Fateh telah berjaya mengumpul 250 ribu tentera Islam bagi
menggempur ibu kota Rom Timur itu. Al Fateh telah menyampaikan khutbah
dengan mengingatkan para tenteranya pengertian jihad, membaca ayat –
ayat al Quran untuk menaikkan semangat para pejuang, dan akan kemuliaan
tentera yang berjaya menghapuskan keangkuhan kuasa Barat tersebut.
Sifat berani dan kebijaksanaan al Fateh diperkukuhkan lagi dengan
keperibadiannya yang sentiasa berusaha menaikkan semangat juang
anggota tenteranya. Ketika di medan perang, al Fateh telah membawa para
ulama dan motivator bagi membakar semangat jihad tenteranya. Al Fateh
sentiasa berpidato kepada tenteranya agar tidak berputus asa. Ketika
menghampiri kubu pihak musuh, al Fateh telah mengarahkan agar azan
dilaungkan dari setiap penjuru sekaligus berjaya melemahkan psikologi
pihak lawan. Ketika di medan perang, tokoh ini sendiri yang mengepalai
sendiri tentera menentang musuh, mals dengan berani tampil ke hadapan
menunggang kuda.
Al Fateh juga memiliki sifat tegas, bukan sahaja mementingkan disiplin
dalam kalangan tentera termasuk peripentingnya bermunajat dan beribadat
semasa berperang, malah tatkala berhadapan dengan musuh al Fateh
enggan berkompromi dalam beberapa perkara. Ketika berunding dengan
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Raja Byzantine, ketegasannya ketara apabila al Fateh bertindak meneruskan
kepungan terhadap kota itu apabila Raja Bayzantine enggan menyerah
kepada kerajaan Islam tersebut.
Baginda merupakan seorang yang bertawaduk, ketika membina banteng
kubu Rumeli Hissari, baginda mencerminkan sifat kepemimpinan melalui
teladan. Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir
hingga para ulama dan menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda sentiasa
tenang, pendiam, berani, sabar, tegas, dan kuat menyimpan rahsia
pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan sentiasa berbincang
dengan mereka mengenai permasalahan negara.
Beliau juga memaparkan karisma sebagai seorang pemimpin, ketika
tenteranya tertera kebosanan mengepung kota pihak musuh selama 53 hari,
beliau bangkit berpidato menyemarakkan semangat juang dalam kalangan
para sahabat. Impak pidato berkenaan, Hassan Ulubate bertindak mengetuai
sekumpulan 30 orang tentera menyerbu pihak musuh sehingga syahid.
Namun, ianya tidak melemahkan semangat juang tentera Islam, serangan
terus dilancarkan bertali arus sambal melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Kesimpulannya, kejayaan al Fateh mengalahkan musuh khususnya Rom
berpunca daripada daya kepemimpinan semulajadi yang dimiliki oleh tokoh
ini. Selain itu, kejayaan tokoh ini juga berpunca dengan kekuatan tentera
ditambah dengan semangat jihad yang dimiliki oleh tentera Islam sehingga
timbul dakwaan kononnya tentera Islam dibantu oleh jin. Bagi orang – orang
Barat kehebatan tokoh ini dikenali sebagai Grand Seigneur yang bermaksud
pemimpin agung
Grand Seigneur ( Pemimpin Agung ) merupakan gelaran yang
sinonim dengan Muhammad al Fateh. Huraikan sumbangan tokoh ini
dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.
Muhammad al Fateh merupakan salah seorang pemerintah teragung
kerajaan Uthmaniyyah. Tokoh ini dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H)
di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria). Baginda
telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan
ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang
begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun 1451–1481M. sebagai
pemerintah yang ulung sehingga digelar sebagai Grand Seigneur, terdapat
pelbagai kejayaan yang dicapai oleh tokoh ini sama ada bidang politik,
ekonomi mahupun sosial.
Dari segi politik, kejayaan terbesar tokoh ini ialah keupayaan mengalahkan
kerajaan Rom Timur termasuk membuka kota Constantinople yang
merupakan kubu dan ibu kota kerajaan tersebut. Kejayaan menguasai kota
ini disebabkan kelicikan pemerintah ini mengatur strategi sebelum dan
semasa pengepungan terhadap kota tersebut. Kebijaksanaan tokoh ini
termasuklah menjadikan kota Rumeli Hisari sebagai pusat gerakan,
mengadakan perikatan dengan kerajaan Wallachia untuk memencilkan
kuasa kerajaan Rom Timur. Sepanjang peperangan al Fateh sentiasa
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
menyemarakkan semangat jihad tenteranya melalui pidato serta
menggunakan khidmat para ulama dan motivator. Tindakannya yang luar
biasa dengan meluncurkan kapal daripada kawasan pergunungan ke Teluk
Golden Horn merupakan kemuncak kepada kejayaannya sehingga berjaya
memporak perandakan kubu musuh sehingga berjaya dilemahkan dan
akhirnya tunduk kepada tentera Islam di bawah pimpinan al Fateh ini.
Susulan daripada kejayaan membuka kota Constantinople, al Fateh berjaya
menyatukan bahagian utara Balkan bagi mengelak serangan kaum Magyar.
Pun begitu, bagi mendapatkan wilayah berkenaan, al Fateh berhadapan
cabaran hebat daripada tentera Kristian. Pun begitu dengan kekuatan yang
ada, Serbia, Belgrade berjaya dikuasai disusuli menghapuskan perikatan
tentera Albania menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah. Kejayaan seterusnya,
menjatuhkan kerajaan Trebizond, iaitu kerajaan Yunani terakhir, tentera
Venice dan berjaya mengekang kebangkitan kaum Venetian.
Dalam bidang ekonomi pula, al Fateh berjaya merancang dan menjana
ekonomi umat Islam dengan menggalakkan aktiviti pertanian, perdagangan,
dan perindustrian. Al Fateh telah bertindak memiliknegarakan tanah – tanah,
mengagihkan tanah kepada golongan petani, serta menyediakan
kemudahan sistem saliran dan subsidi kepada golongan petani. Dalam
bidang perdagangan pula, al Fateh telah melengkapkan kemudahan
insfrastruktur dan prasarana. Bandar Nicae telah dibangunkan sehingga
berjaya membentuk jaringan perdagangan yang maju dengan wilayah –
wilayah lain.
Sultan Muhammad al Fateh telah memperkenalkan mata wang baharu dan
seragam bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan dengan lancar. Mata
wang yang dihasilkan merupakan simbol kekuatan dan kerajaan yang
berautoriti serta berdaulat. Bagi memastikan segala kekayaan dikongsi
bersama, al Fateh telah menghalang penguasaan individu ( monopoli )
seperti sabun, garam, dan lilin yang kini dijadikan produk negara.
Kerajaan juga telah membina kilang – kilang termasuk kilang senjata bagi
memastikan keselamatan negara terjamin dan dari segi pulangan pastinya
mendatangan keuntungan yang besar. Al Fateh juga telah telah membina
limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan
menara kawalan
Sementara dalam bidang sosial pula, kejayaan al Fateh dilihat berusaha
memajukan bidang pendidikan. Masjid kekal sebagai institusi pendidikan,
pun begitu bagi merancakkan lagi perkembangan pendidikan, al Fateh telah
membuka madrasah dan perpustakaan. al Fateh dikatakan telah membina
lapan buah sekolah yang lengkap dengan asrama, perpustakaan, ruang
makan, perubahan kurikulum, dan menyeragamkan sistem pendidikan
antara kawasan pedalaman dengan pusat bandar serta memberikan bantuan
dalam bentuk biasiswa. al Fateh juga menggalakkan para menteri atau wazir,
ulama dan hartawan membangunkan institusi pendidikan seperti sekolah,
masjid dan mewakafkan harta kekayaan
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Bagi menjaga kebajikan rakyat, beliau juga mendirikan hospital, rumah
kebajikan, rumah fakir miskin dan menyediakan kemudahan telaga. Hospital
yang didirikan menawarkan perubatan percuma tanpa mengira bangsa dan
agama
Sultan al Fateh juga bertindak memperkenalkan dasar kependudukan
baharu, penempatan semula semua pedagang Islam dari kawasan Balkan
dan Anatolia ke Constantinople, impaknya penduduk kota tersebut
mencecah bilangan 100 000 orang dengan majoriti umat Islam di samping
bangsa lain seperti Greek, Yahudi, dan Armenia. Al Fateh juga mengarahkan
negeri – negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing – masing ke
kota tersebut bagi memakmurkan kota tersebut.
Al Fateh juga berusaha memastikan syiar Islam berkembang. Gereja Besar St
Sophia telah diubahsuai menjadi masjid yang dikenali sebagai Masjid Ain
Sofia. Masjid ini dijadikan mercu tanda syiar Islam di Constantinople. Selain
itu, al Fateh juga membina 11 buah masjid lain termasuk berhampiran
makam Abu Ayub al Ansari. Salah satu strategi dakwah al Fateh ialah
melaksanakan dasar kebebasan beragama, membenarkan golongan Kristian
mengamalkan ajaran mereka dan mengarahkan gereja tidak dimusnah atau
dirosakkan. Dasar sebegini membolehkan golongan bukan Islam melihat
akan keadilan agama Islam.
Kesimpulannya, dasar politik, ekonomi dan sosial khususnya di
Contantinople telah berjaya menonjolkan tokoh ini sebagai tokoh terbilang
kerajaan Uthmaniyyah sehingga diiktiraf dengan gelaran Grand Seigneur
oleh sarjana Barat.
Analisiskan faktor-faktor kejayaan Muhammad al-Fatih dalam usaha
membuka Kota Constantinople
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin
Bayazid. Baginda dikenali sebagai al-Fatih yang bermaksud pembuka atau
penakluk kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople. Baginda
memerintah empayar yang luas selama hampir 30 tahun, antara 1451 hingga
1481 M. Merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima
tentera yang agung. Kerajaan Turki Uthmaniyah menjadi kuat dan begitu
terserlah semasa pemerintahan baginda.
Antara faktor kejayaan Muhammad al-Fatih dalam usaha membuka kota
Constantinople termasuklah kebijaksanaan baginda merancang dan
mengkaji kekuatan tentera musuh serta menilai ekspedisi terdahulu. Sejak
kecil baginda telah meninjau dan mengkaji usaha yang telah dibuat oleh
ayahandanya untuk menawan kota Constantinople. Sepanjang dua tahun
pertama menaiki takhta, baginda mengkaji pelan kota tersebut secara
terperinci setiap malam bagi mengenalpasti faktor-faktor kelemahan kota
tersebut sebelum bertindak menyerang kota tersebut. Baginda turut menilai
sebab-sebab kegagalan kempen terdahulu serta sering berbincang dengan
panglima tenteranya tentang strategi-strategi yang sesuai digunakan.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Ternyata perancangan yang rapi dan teliti oleh al-Fatih membuahkan hasil
dengan kejayaan menguasai kota Constantinople.
Faktor lain termasuklah memotivasikan angkatan tentera. Dalam hal ini,
baginda turut membawa para ulama dan pakar motivasi bersama-sama
batalionnya ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya
terutama ketika mereka akan menghampiri dinding kubu kota tersebut.
Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah
disempurnakan. Sultan Muhammad al-Fatih juga menyampaikan pidato
untuk menaikkan kembali semangat para mujahid Islam. Tentera Islam
diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad dan diingatkan agar sentiasa
bermunajat kepada Allah. Ternyata ini memberi impak yang positif kerana
dapat mengembalikan semangat tentera. Mereka beramai-ramai
melaungkan takbir dan ini memberi kesan serangan psikologi kepada pihak
musuh.
Baginda turut membuat persiapan yang rapi untuk menyerang kota
Constantinople dengan menyediakan angkatan tentera yang besar dan
canggih. Angkatan tenteranya terdiri daripada 265 ribu orang para mujahid
dan 400 buah kapal laut.. Kekuatan angkatan tenteranya makin terserlah
setelah baginda turut mengarahkan pembinaan peralatan perang yang
moden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300
kilogram dengan jarak 1.5 kilometer. Di samping itu, baginda juga
memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang
mempunyai ketinggian melebihi kota Constantinople serta boleh
memuatkan ratusan tentera Islam di dalamnya. Hal ini mencerminkan
baginda seorang yang bijaksana kerana menggunakan peralatan perang
yang berteknologi tinggi
Seterusnya, Sultan Muhammad al-Fatih turut menggunakan strategi
peperangan yang positif seperti pengepungan. Baginda turut
menggunakan kaedah yang luar biasa. Baginda dan tenteranya telah
membawa kapal-kapal perang melalui jalan darat ke atas gunung sebelum
meluncurkan semula ke Teluk Goldern Horn. Kesannya kapal-kapal
Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam dan menjadikan
sistem pertahanan Byzantine semakin lemah. Tentera Islam turut memanjat
dinding di dalam kubu menggunakan tangga dan cuba merobohkannya
menggunakan lastik besar serta mengibarkan bendera kerajaan Uthmaniyah.
Ternyata strategi dan taktik yang berkesan menjadi asas kemenangan
tentera Islam
Selain itu faktor kejayaan Muhammad al-Fatih dalam usaha membuka kota
Constantinople ialah mengikat perjanjian damai dengan kuasa barat
termasuklah pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan kota
Constntinople apabila mereka diserang nanti. Kesannya pertempuran
menjurus kepada tentera Byzantine sahaja
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menguasai kota Constantinople
merupakan coretan sejarah terpenting dalam perjuangan umat Islam.
Kejayaan ini meningkatkan imej kerajaan Turki Uthmaniyah dan
membolehkan islam berkembang pesat dan diterima sebagai pedoman
hidup oleh pelbagai bangsa. Kemenangan ini bolehlah diibaratkan sebagai
kemenangan mutlak kerana Byzantine kini telah hampir dapat dilenyapkan
Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi
Muhammad SAW
Hubungan diplomatik biasanya dijalankan atas beberapa tujuan, antara
lainnya ialah melambangkan pengiktirafan sesebiah negara terhadap negara
lain. Dalam hal ini, Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tertinggi
negara turut sama melaksanakan dasar ini atas pertimbangan politik, agama,
ekonomi, dan sebagainya. Sejarah mencatatkan antara hubungan diplomatic
terawal yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW ialah ketika Baginda
SAW gigih melaksanakan usaha dakwah, berlaku hubungan dengan kerajaan
Habsyah berikutan tindakan Rasulullah SAW mengarahkan umat Islam
berhijrah ke negara berkenaan ekoran penganiayaan orang – orang Quraisy
terhadap penganut Islam
Nabi Muhammad SAW menjalinkan hubungan diplomatic bukan sahaja
dengan pemimpin di Semenanjung Tanah Arab bahkan melibatkan kerajaan
– kerajaan di luar Tanah Arab termasuk Rom dan Parsi. Kaedah yang
digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dengan menghantar utusan – utusan
yang membawa surat Baginda SAW. Impaknya, terdapat pelbagai reaksi, ada
yang menerima dengan baik, mengamalkan sikap tunggu dan lihat, dan ada
pula bertindak menghina sekaligus menolak utusan yang dihantar.
Di Bahrain, gabenornya al Munzir bin Saawa al Abid telah menyatakan
keislaman dan memohon agar Baginda s.a.w. membimbingnya dan
menyelesaikan permasalahan berkaitan agama dan perkara – perkara umum.
Begitu juga di Oman, kehebatan wakil Rasulullah s.a.w. berhujah
menyebabkan Raja Oman menyatakan keislamannya , malah Amru al As
telah diarahkan oleh Rasulullah s.a.w. tinggal di Oman beberapa ketika. al
Muqaiqis, Raja Mesir pula meskipun tidak menerima Islam telah menghantar
hadiah termasuk seorang hamba yang kemudiannya menjadi isteri Baginda
s.a.w.
Hal ini berbeza dengan reaksi pemerintah Rom dan Parsi; kedua – duanya
bersikap biadap terhadap utusan Baginda s.a.w., umpamanya Kisra Parsi
telah bertindak mengoyak – ngoyak surat Baginda s.a.w, dan Abdullah bin
HUzaifah telah diusir dengan cara yang amat kasar. Kaisar Rom, Heraclius
juga menolak seruan menerima Islam, pemerintah Rom menolak kerana
bimbang takhta yang dimilikinya akan jatuh kepada individu lain.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Ringkasnya hubungan diplomatic yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad
SAW mempunyai beberapa kepentingan antaranya mendapat pengiktirafan
negara – negara lain, mengukuhkan pertahanan dan menjamin keselamatan
negara Islam Madinah, dan yang paling penting memastikan syiar Islam
berkembang dan berkembang di seluruh kawasan .
Kemuncak kepada pelaksanaan hubungan diplomatik pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. ialah pada tahun 9 H, yang dikenali sebagai Tahun
Perutusan ( Am al Wufud ) berikutan kedatangan pelbagai pemimpin
kabilah Arab dan wakil delegasi menemui Baginda s.a.w. sama ada
menyatakan keislaman atau sanggup berada di bawah naungan kerajaan
Islam. Antara kabilah Arab yang menyatakan kesilaman ialah Bani Tamim,
Bani Hanifah, Bani Amir, Bani Tayy’, Bani Murrah, Bani Kindah, dan Bani
Hamdan.
Kejayaan seruan Nabi Muhammad s.a.w. melalui pelaksanaan hubungan
diplomatik ini terbukti apabila pada tahun 10 H, 100 000 orang Islam telah
menyahut seruan Baginda s.a.w. mengerjakan haji bersamanya yang dikenali
sebagai Hajjat al Wada’
Nilaikan impak hubungan diplomatik yang dijalankan pada zaman
Nabi Muhammad SAW
Pembentukan negara Islam Madinah dapat direalisasikan apabila Nabi
Muhammad s.a.w melakukan hijrah dari Makkah berikutan tentangan yang
kian hebat daripada kaum Quraisy. Bagi mengukuhkan negara Islam yang
baharu dibentuk, Baginda s.a.w. merangka pelbagai strategi, salah satu
kaedah yang digunakan ialah berusaha menjalinkan hubungan dengan
negara - negara luar serta kabilah - kabilah Arab bagi mendapat
pengiktirafan daripada negara atau kabilah berkenaan di samping
mempunyai matlamat dari segi ekonomi, agama, sosial dan sebagainya.
Bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan pihak - pihak luar, Baginda
s.a.w. telah menggunakan kaedah dengan menghantar utusan yang
membawa surat Baginda sa..w. menemui pemimpin - pemimpin kabilah Arab
dan negara - negara dalam dan luar Tanah Arab. Antara kabilah yang
menjadi sasaran Nabi Muhammad s.a.w. ialah Bani Tamim, Bani Hanifah, Bani
Amir, Bani Tayy’, Bani Murrah, Bani Kindah, dan Bani Hamdan yang bukan
sahaja menerima dengan terbuka utusan yang dihantar oleh Baginda s.a.w.
malah turut sama menyatakan keislaman sekaligus mengukuhkan negara
Islam dan pengaruh Nabi Muhammad s.a.w. dalam kalangan kabilah -
kabilah Arab.
Kejayaan atau respons positif yang diterima ini, menyebabkan Nabi
Muhammad s.a.w. mengorak langkah lebih jauh dengan berusaha
mewujudkan hubungan diplomatic dengan kerajaan - kerajaan yang lebih
besar. Sasaran awal Baginda s.a.w. ialah negara - negara yang berhampiran
dengan negara Islam Madinah. Baginda s.a.w. telah menghantar seperti
Shuja’ bin Wahab ke Ghassan, al A’la al Hadhrami ke Bahrain, Amru al As ke
Oman. Pelbagai respons yang diterima, antaranya di Bahrain, gabenornya al
Munzir bin Saawa al Abid telah menyatakan keislaman dan memohon agar
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Baginda s.a.w. membimbingnya dan menyelesaikan permasalahan berkaitan
agama dan perkara – perkara umum. Begitu juga di Oman, kehebatan wakil
Rasulullah s.a.w. berhujah menyebabkan Raja Oman menyatakan
keislamannya , malah Amru al As telah diarahkan oleh Rasulullah s.a.w.
tinggal di Oman beberapa ketika bagi membantu pemerintah berkenaan
mendalami hal - hal yang berkaitan dengan ajaran Islam.
Bagi memastikan kekuatan kerajaan Islam, Baginda s.a.w. turut sama
berusaha mendapat pengiktirafan daripada negara - negara di luar Tanah
Arab, antara tindakan yang dilakukan ialah berusaha mengukuhkan semula
hubungan dengan pemimpin kerajaan Habsyah yang banyak membantu
perjuangan Islam pada peringkat awalnya. Respons positif Raja Najasyi
berkekalan sehingga pemrintah berkenaan mangkat, maka tidak hairanlah
Nabi Muhammad s.a.w. telah menunaikan solat jenazah secara ghaib apabila
mendengar berita kewatan pemimpin yang turut menganut dan
menyembah Tuhan Yang Esa ini. Di Mesir, respons yang diterima oleh
Baginda s.a.w. juga agak positif, meskipun al Muqaiqis, Raja Mesir meskipun
tidak menerima Islam, baginda telah menghantar hadiah termasuk seorang
hamba, Mariyyah al Qibtiyah yang kemudiannya menjadi isteri Baginda s.a.w.
dan melahirkan putera kepada Nabi Muhammad s.a.w. namun meninggal
dunia ketika
Berbeza dengan pemerintah Rom dan Parsi yang mengamalkan ideologi
politik yang berbeza, meskipun Nabi Muhammad s.a.w. sedar betapa
tingginya risiko menghantar utusan menemui pemerintah kerajaan
berkenaan, Baginda s.a.w. tetap tegar berusaha unuk menjayakannya.
Baginda s.a.w. telah menghantar Abdullah bin Huzaifah menemui Kisra Parsi
dan Dahiyah bin Khalifah bagi mengadap Raja Rom. Sebagaimana yang
dijangkakan, Kisra Parsi telah menunjukkan kebiadapannya, bukan sahaja
utusan Nabi Muhammad s.a.w. telah dihina dan ditohmah dengan pelbagai
nista, surat yang dikirimkan oleh Baginda s.a.w. turut sama telah dikoyak oleh
pemerintah berkenaan. Keadaan di Rom sedikit berbeza, peringkat awal,
Kaisar Rom, Heraclius menerima secara baik, nemun setelah mengadakan
perjumpaan secara tertutup dengan para pembesar, Kaisar Rom telah
mengambil keputusan menolak dan mengusir utusan yang dihantar oleh
Baginda s.a.w.; salah sebabnya ialah bimbang hilang kedudukan sebagai
pemerintah dan terpaksa tunduk kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Apa yang pasti hubungan diplomatik yang diisnisiatifkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. sememangnya banyak meninggalkan impak yang positif.
Dari segi agama, umpamanya agama Islam kini kian berpengaruh dan
diterima oleh kabilah - kabilah dan sesetengah pemimpin kerajaan.
Gambarannya, Islam bukan sahaja bertapak dan diterima oleh bangsa Arab
malah bangsa - bangsa lain. Bukti penerimaan Islam dalam kalangan kabilah
Arab dan pemimpin kerajaan lain ialah seruan Nabi Muhammad s.a.w.
melalui pelaksanaan hubungan diplomatik ini terbukti apabila pada tahun
10 H, 100 000 orang Islam telah menyahut seruan Baginda s.a.w.
mengerjakan haji bersamanya yang dikenali sebagai Hajjat al Wada’
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Dari segi politik, penerimaan agama Islam menggambarkan kerajaan Islam
kini diiktiraf oleh negara - negara lain, begitu juga dengan kesanggupan
pemimpin kerajaan lain, respons positif menggambarkan kerajaan - kerajaan
seperti Oman, Bahrain dan Habsyah sanggup berada di bawah kerajaan
Islam Madinah. Begitu juga kabilah - kabilah yang enggan menerima Islam,
kesanggupan berdamai dengan kerajaan Islam menggambarkan Nabi
Muhammad s.a.w. kian menghampiri menguasai keseluruhan kota Madinah.
Manakala dengan Rom dan Parsi, sikap bidap pemerintah negara berkenaan
telah meneruskan ketegangan atau api permusuhan dengan kerajaan Islam.
Rom telah menggunakan sekutunya, kabilah di Ghassan untuk mengancam
negara Islam Madianah, malah bertidak kejam membunuh utusan - utusan
Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan Parsi, akhirnya kerajaan ini telah
jatuh ke tangan kerajaan Islam atas sebab kebiadapan pemimpinnya yang
mengoyak surat yang dihantar sehingga Baginda s.a.w. bersabda, kerajaan
akan koyak rabak atas sebab ‘tangan’ Kisra Parsi yang tidak mengenal erti
persahabatan dan diplomasi.
Kesimpulannya, apa yang pasti hubungan diplomatic yang diinisiatifkan oleh
Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya menggambarkan Baginda s.a.w.
merupakan seorang yang mempunyai visi dan misi yang hebat, malah
kejayaan Baginda mewujudkan hubungan yang erat dengan kabilah dan
negara lain mengesahkan lagi bahawa Baginda sememangnya layak digelar
negarawan yang ulung apatah lagi dasar ini menjadi turning point ke arah
pembentukan negara Islam yang stabil serta mengambil alih peranan Rom
dan Parsi dari segi jangka panjangnya.
Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Khulafa
al Rasyidin dan Bani Umaiyah pada abad ke-7 Masihi hingga 8 Masihi
Pelaksanaan hubungan luar merupakan salah satu simbol kedaulatan dan
lambang pengiktirafan sesebuah negara terhadap negara lain. Dalam
konteks sistem sistem naungan, pelaksanaannya dikaitkan dengan
pembayaran jizyah yang merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas
golongan bukan Islam sebagai balasan perlindungan nyawa dan harta serta
simbol kekuasaan kerajaan Islam. Pelaksanaan sistem naungan sebegini
sebenarnya telah bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW dan
diteruskan pada zaman Khulafa al Rasyidin dan Bani Umaiyah.
Pelaksanaan sistem naungan sememangnya lebih ketara pada zaman
Khulafa al Rasyidin, berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan
dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab. Melalui
ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama
Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam. Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar, kejayaan
mengalahkan beberapa kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq,
menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar, Ain al Tamar sanggup
membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam
di Madinah. Penduduk Hirah bersetuju membayar 19 000 dirham setahun,
manakala penduduk Anbar dan ‘Ain al Tamar dikenakan satu dinar seorang.
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Zaman Khalifah Umar al Khattab menyaksikan semakin banyak negara
menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam,
umpamanya di Mesir setelah kejayaan Amru al As menghapuskan
penjajahan Rom di sana. Begitu juga dengan penduduk Baitul Maqdis,
melalui pemimpinnya yang telah menandatangani perjanjian damai dengan
Khalifah Umar al Khattab telah menyatakan kesanggupan membayar jizyah
dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa
dan harta benda semua penduduk Baitul Maqdis, jaminan kebebasan
beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitul Maqdis, dan
bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh
penduduk Baitul Maqdis kepada pemerintahan Islam. Perjanjian yang
termeterai itu juga menyebut penduduk Mesir diberikan hak mengerjakan
tanah dengan syarat mereka membayar atau mengeluarkan kharaj.
Selain itu, Syria, Palestine, Jordan turut sama menyatakan kesanggupan
membayar jizyah berikuatan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan
Khalid al Walid dan Abu Ubaidah al Jarrah mengalahkan Rom dalam
beberapa siri peperangan. Begitu juga dengan penduduk Adzerbaijan,
dikenakan jizyah pada tahun 22 H diikuti dengan kawasan seperti Armenia,
Syahrabaz, dan Jurjan.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa
kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan
kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah, umpamanya penduduk di
kawasan Qairawan, Tripoli, dan Nubah. Sementara pada zaman
pemerintahan Khalifah Ali, pelaksanaan jizyah masih lagi berjalan walaupun
zaman ini dipenuhi dengan kemelut politik dalaman. Ini dibuktikan dengan
pengiriman surat daripada Khalifah Ali kepada al Asytar al Nakha’I agar
menerima mana – mana permohonan perjanjian damai pihak tertentu
dengan syarat mana – mana golongan kafir zimmi dikenakan jizyah.
Pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pula, terutama sewaktu pemerintahan al
Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia,
Afrika, dan Eropah telah menyebabkan beberapa kawasan menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam. Kempen
ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al Qassim, bukan sahaja
telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, pemerintah Sind, malah kemaraan
tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri
dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.
Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, kejayaan
menakluk Marw, Karminiyah dan Bukhara, penduduk yang enggan
menganut agama Islam dikehendaki membayar jizyah sebagai balasan atau
jaminan keselamatan daripada kerajaan Bani Umaiyah melalui gabenornya
iaitu Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim. Di Afrika Utara
pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan
Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Septah, sekaligus
membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu
loncatan kemaraan tentera Islam ke Sepanyol
MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM
Apa yang pasti kelainan pelaksanaan sistem naungan pada zaman Umaiyah,
Diwan al Kharaj telah ditubuhkan bagi mengendalikan urusan pengutipan
cukai – cukai jizyah. Bermula zaman Abdul Malik bin Marwan yang dinasihati
oleh Gabenor Iraq, cukai jizyah turut dikenakan ke atas golongan Mawali
dan meningkatkan kadarnya bagi mengatasi masalah kewangan negara
serta cukai tersebut wajib dibayar dalam bentuk tunai bukan lagi barangan.
Golongan rahib atau paderi turut dikenakan jizyah sebanyak satu dinar.
Naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam, amnya akan membawa
kepada pengiktiafan negara – negara lain termasuk Parsi dan Rom meskipun
kerajaan ini mempunyai sikap antiIslam. Melalui hubungan yang dijalankan
ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui
sempadan geografi.
Bincangkan pelaksanaan konsep naungan pada zaman pemerintahan
kerajaan Khulafa al Rasyidin.
Dalam usaha mengukuhkan kekuasaan kerajaan Islam, pelbagai langkah
telah dilaksanakan oleh para pemerintah kerajaan Islam bermula dari zaman
Nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah tertegaknya kerajaan berbentuk
khilafah. Selain daripada menjalinkan hubungan diplomatik, kerajaan Islam
turut sama melaksanakan konsep naungan politik dengan memberikan
perlindungan kepada kerajaan yang lemah yang ditundukkan melalui
peperangan ataupun yang menyatakan secara sukarela kesanggupan berasa
di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
Melalui konsep naungan yang dipraktikkan ini bermula pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. dan kemuncaknya pada zaman Khalifah Umar al Khattab,
mana – mana kabilah atau kerajaan yang tidak menerima Islam sebagai
pegangan hidup dikehendaki membayar cukai jizyah atau cukai politik atau
cukai perlindungan sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan
nyawa individu atau kabilah berkenaan. Pun begitu, kewajiban ini gugur
dengan sendirinya pabila kabilah atau individu berkenaan menerima Islam
atau ketidakmampuan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa golongan
bukan Islam berkenaan.
Pelaksanaan konsep naungan ini jelas, apabila pada zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar, kejayaan menguasai beberapa buah wilayah di Iraq
membolehkan kerajaan Islam menguasai wilayah Hirah, Anbar, dan Daumat
al Jandal yang sebelum ini berada di bawah kekuasaan dan naungan Parsi.
Penduduk Hirah dikenakan jizyah sebnayak 19 000 dirham setahun,
manakala penduduk kawasan Anbar dan Ain al Tamar bersetuju membayar
1 dinar per individu sewaktu kemaraan tentera Islam ke kawasan Daumat al
Jandal.
Kemuncak peluasan kuasa kerajaan Islam sewaktu pemerintahan Khalifah
Umar al Khattab, berikutan kejayaan kempen ketenteraan dan kemampuan
menguasai banyak wilayah yang dikuasai oleh Rom dan Parsi, banyak
kawasan telah menyatakan kesanggupan berada di naungan kerajaan Islam.
Umpamanya, kaum Qibti telah memohon bantuan daripada kerajaan Islam