The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-17 02:35:02

SEJARAH ISLAM 2018 - 2020

MODUL TUDINGAN

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

mengungkapkan kata – kata, ‘Tiada Khalifah Tanpa Musyawarrah’. Bagitu
juga dengan pelaksanaan cukai, tokoh ini telah mengenakan cukai dengan
kadar yang berpatutan kepada golongan berkenaan, umpamanya cukai
jizyah, kadarnya berdasarkan kemampuan seseorang individu ( 12 – 48
dirham setahun ). Bagi memastikan dasar – dasarnya tidak menyusahkan
rakyat, Khalifah Umar telah bertindak menginstitusikan amalan syura
dengan membentuk Majlis Syura dengan ahlinya – ahlinya dilantik oleh
khalifah dan bertindak sebagai penasihat atau seolah – olah Majlis
Perundingan Negara.

Kekuatan tentera yang dimiliki oleh Khalifah Umar merupakan penyumbang SOALAN KLON
kepada kejayaan membina empayar kerajaan Islam. Khalifah Umar telah
melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan dengan menubuhkan Huraikan pembaharuan
Jabatan Tentera serta membahagikan tentera kepada kepada tentera tetap yang dilaksanakan pada
dan tentera simpanan yang diberikan gaji dan elaun. Peringkat awal, tentera zaman pemerintahan
Islam diketuai oleh Khalid al Walid yang kemudiannya digantikan oleh Abu Khalifah Umar al Khattab
Ubaidah al Jarrah, namun perubahan ini tidak menjejaskan kekuatan tentera
Islam, buktinya dua kuasa besar Rom dan Parsi dapat dilemahkan apabila
satu persatu wilayah dapat dikuasai seperti Syam, Palestine, Iraq, Iran, Mesir
dan lain – lain. Kejayaan menguasai wilayah – wilayah ini membolehkan
Khalifah Umar melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh.

Akhir sekali, faktor yang menyumbangkan kejayaan Khalifah Umar ialah Kekuatan tentera zaman
mempunyai kekuatan ekonomi yang boleh dimanfaatkan bagi menjalankan Khalifah Umar telah
aktiviti pembangunan negara. Kejayaan kempen ketenteraan dan dakwah menyebabkan Rom dan Parsi
yang dijalankan menyebabkan pelbagai sumber pendapatan diperoleh kehilangan banyak wilayah dan
seperti jizyah, kharaj, harta rampasan perang dan lain – lain. Segala sumber menjadi titik tolak kelemahan
pendapatan ini disimpan dan diuruskan oleh Baitul mal yang ditubuhkan kerajaan ini
secara rasmi dan berperanan sebagai institusi yang menyelenggarakan
urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Penubuhan Baitul mal ini
membolehkan pendapatan negara ini dimanfaatkan untuk membantu
golongan yang tidak bernasib baik, merancang dan menyedia program
pembangunan dan kebajikan, meluaskan syiar Islam dan sebagainya.

Kesimpulannya, tidak dinafikan kejayaan Umar al Khattab khususnya
pelaksanaan dasar pembaharuan yang diperkenalkan merupakan simbol
kejayaannya sebagai khalifah, kejayaan ini sebenarnya bertitik tolak
daripada tindakan bijak khalifah sebelumnya yang meletakkan asas yang
kukuh bagi membolehkan Khalifah Umar melakukan pembaharuan yang
menyeluruh sehingga zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman
kegemilangan kerajaan Islam.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Abu Bakar al Siddiq meletakkan asas kejayaan Umar al Khattab.
Jelaskan.

Khalifah Umar al Khattab merupakan pemerintah kerajaan Khulafa al
Rasyidin yang memerintah dalam tempoh 10 tahun, bermula dari tahun 13
Hijrah – 23 Hijrah. Sepanjang pemerintahanya, pelbagai pembaharuan yang
dilaksanakan oleh Khalifah Umar antaranya mengistitusikan amalan syura,
merombak sistem ketenteraan, dan merancang program pembangunan
sosioekonomi. Pun begitu, sesuatu yang tidak dapat dinafikan kejayaan –
kejayaan Umar al Khattab sebagai pemerintah ini sebenarnya ada kaitan
dengan daya usaha dan kepemimpinan khalifah sebelumnya, Abu Bakar al
Siddiq.

Antara bukti yang menunjukkan kejayaan Umar diasaskan oleh Abu Bakar
ialah wasiatnya agar jawatan Khalifah diserahkan kepada Umar
memandangkan Umar mempunyai ciri keperibadian dan kepemimpinan
yang mampu meneruskan kesinambungan sebagai khalifah umat dan
negara Islam Madinah. Apa yang dijangkakan oleh Abu Bakar jelas tepat,
apabila Khalifah Umar telah bertindak mengekalkan dasar – dasar yang
dilaksanakan oleh Abu Bakar di samping melakukan beberapa rombakan
bagi tujuan penambahbaikan, antaranya amalan syura byang diperkenalkan
oleh Rasulullah SAW dan diteruskan oleh Abu Bakar telah diinstitusikan
dengan Umar menubuhkan Majlis Syura dengan ahli – ahlinya yang dikenali
dengan Ahl al Syura dilantik oleh kerajaan. Badan ini bertanggungjawab
mengemukakan dan membincangkan dasar – dasar negara sebelum
dibentangkan untuk dilaksanakan agar dasar – dasar berkenaan
memberikan manfaat bersama.

Kejayaan Umar juga dibantu dengan kejayaan Abu Bakar yang telah berjaya
menghapuskan masalah yang boleh menggugat kestabilan politik seperti
gerakan al Riddah dan ancaman Rom di Ghassan. Kejayaan Abu Bakar,
bermakna Umar mewarisi sebuah kerajaan yang telah stabil, peranan
Khalifah Umar di sini hanyalah untuk mengukuhkan kekuatan dan kestabilan
kerajaan Islam dengan merangka sistem pentadbiran termasuk melakukan
pelbagai program pembaharuan atau transformasi. Kelebihan situasi
berkenaan telah menyebabkan Khalifah Umar melakukan pelbagai
pembaharuan yang merangkumi bidang politik, pentadbiran, kehakiman,
perundangan, ekonomi dan sosial. Pembaharuan – pembaharuan yang
dilaksanakan ini menyebabkan Khalifah Umar dianggap sebagai pembinan
zaman kegemilangan kerajaan Islam Madinah.

Khlaifah Umar al Khattab juga mewarisi pasukan tentera Islam yang kuat dan
teratur di bawah kepemimpinan Abu Bakar yang memiliki beberapa orang
panglima terkenal seperti Khalid al Walid, Abu Ubaidah, Usamah bin Zaid
dan lain – lain. Kehebatan panglima – panglima ini dibuktikan dengan
kejayaan menangani ancaman al Riddah, menguasai wilayah Hirah dan
Anbar yang sebelum ini dikuasai oleh Parsi. Sebaik sahaja Umar dilantik
sebagai Khalifah, beliau telah merombak struktur ketenteraan kerajaan
Islam, Abu Ubaidah telah dilantik sebagai Panglima Agung, penubuhan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

tentera tetap dan tentera simpanan yang pengurusannya kini lebih
sistematik dan tersusun. Impak daripada perubahan yang dilakukan ini,
tentera Islam semakin digeruni, malah telah berjaya melemahkan empayar
Rom dan Parsi berikutan kejayaan demi kejayaan menguasai wilayah seperti
Palestine ( Baitul Maqdis ), Mesir, Iraq, Iran dan lain – lain.

Tindakan Khalifah Umar membahagikan negara Islam kepada 8 buah
wilayah merupakan idea atau kesinambungan daripada dasar Abu Bakar.
Pada zaman Abu Bakar, negara Islam dibahagikan kepada 10 buah daerah,
namun disebabkan kejayaan yang cemerlang dalam ekspedisi ketenteraan
pada zaman Umar al Khattab, Khalifah Umar telah bertindak membahagikan
negara kepada 8 buah wilayah, dengan setiap wilayah akan diketuai oleh
gabenor yang dibantu oleh pegawai – pegawai kerajaan lain seperti pegawai
Baitul mal, pemungut cukai, ketua polis, dan hakim. Pembentukan struktur
pentadbiran peringkat wilayah ini bertujuan mewujudkan keseragaman
pentadbiran dengan kerajaan pusat di Madinah, apatah lagi setiap gabenor
yang dilantik wajib bertanggungjawab terhadap Khalifah Umar.

Begitu juga dengan pembaharuan dalam bidang sosioekonomi, tidak
dinafikan apa yang dilakukan oleh Umar al Khattab bertitik tolak daripada
usaha yang telah dimulakan oleh Abu Bakar, umapmanya Baitul mal telah
ada pada zaman Abu Bakar, namun berfungsi lebih formal pada zaman
Umar disebabkan peningkatan sumber pendapatan, begitu juga dengan
pembangunan bidang pertanian, kestabilan politik membolehkan Umar
menyediakan pelbagai kemudahan untuk memajukan bidang pertanian dan
perdagangan yang boleh menjana ekonomi kerajaan dan umat Islam.

Khalifah Harun al Rasyid merupakan pemerintah paling berjaya
dalam kerajaan Bani Abbasiyah. Bincangkan.

Harun al Rasyid merupakan khalifah kelima kerajaan Bani Abbasiyah,
dilahirkan di Rayy, merupakan individu yang mempunyai keperibadian
bijaksana, gigih, cekal, mencintai ilmu agama, dan berfikiran terbuka yang
dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai pemerintah
kelak. Dasar politik, ekonomi, dan social khususnya dalam bidang intelektual
telah menyebabkan zaman pemerintahan dianggap zaman kecemerlangan
kerajaan ini.

Dalam bidang politik, Khalifah Harun al Rasyid telah mengekalkan Baghdad SOALAN KLON
sebagai pusat pentadbiran, dan bagi memastikan kedudukannya tidak
tergugat, baginda telah bertindak menghapuskan pengaruh Keluarga Analisiskan pembaharuan
Barmaki yang dirasakan menjadi penghalang kepada pemerintahannya yang dilaksamakan oleh
walapun keluarga ini banyak membantu kerajaan Abbasiyah pada peringkat Khalifah Umar Abdul Aziz
awal pemerintahannya. Selain itu, Khalifah Harun al Rasyid juga menghantar
Ibrahim Aghlabiyah bagi memadamkan pemberontakan di Utara Afrika, dan
mengizinkan penubuhan kerajaan Aghlabiyah yang akan membayar ufti
tahunan menandakan kesetiaan terhadap Khalifah Harun al Rasyid. Malah,
bagi memastikan tiada ancaman musuh, kekuatan tentera diperkukuhkan
dari semasa ke semasa bagi memastikan bebas daripada ancaman dalam
dan luar negara serta di darat dan kawasan perairan.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bagi mengukuhkan kerajaan Abbasiyah, Khalifah Harun juga bertindak
menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan luar, antara kerajaan
Perancis di bawah pimpinan Chalermagne, bukan sahaja atas sebab faktor
politik kerana kerajaan ini berhadapan musuh yang sama, malah telah
membawa kepada penyebaran agama Islam ke negara tersebut, dan paling
menarik berlaku pertukaran hadiah antara kedua – dua pemimpin.
Hubungan dengan Romyang sentiasa berada dalam keadaan tegang
dihentikan apabila tentera Islam berjaya mengalahkan kuasa besar tersebut
sehingga pemerintah Rom, Maharani Irene IV dan penggantinya sanggup
membayar ufti tahunan berjumlah 90 000 dirham setahun. Kerajaan
Abbasiyah juga menjalinkan hubungan dengan China yang pastinya
merancakkan lagi hubungan perdagangan antara kedua – dua pihak.

Seterusnya, Khalifah Harun al Rasyid juga telah berusaha menjadikan kota
Baghdad sebagai pusat perdagangan utama, kesibukan aktiviti
perdagangan di kota tersebut amat ketara disebabkan menjadi tumpuan
pedagang Timur dan Barat, kemudahan prasarana serta jaminan
keselamatan menjadi penarik kedatangan para pedagang asing
umpamanya dari India, China, Mesir, Turki, Afrika dan Syria. Kedatangan
para pedagang asing pastinya menyumbang pendapatan kepada kerajaan
ini dan menambah kemajuan bandar Baghdad. Selain itu, Khalifah Harun
juga memastikan aktiviti pertanian dan perindustrian berasaskan
pembuatan dimajukan. Galakan kepada peneroka tanah dan subsidi kepada
para petani telah diberikan di samping adanya kemudahan Terusan Ain
Zubaidah yang berperanan mengairi kawasan pertanian membolehkan
aktiviti penanaman seperti kurma, buah zaitun, anggur, apricot dapat
diusahakan dengan meluas.

Baitul Hikmah yang telah didirikan telah menyebabkan Baghdad muncul
sebagai pusat perkembangan intelektual yang terunggul. Peranan institusi
ini bukan sahaja sebagai tempat tumpuan para cendikiawan berkumpul,
malah menjadi tempat penghasilan karya serta penterjemahan dan
penyalinan karya – karya asing daripada India, Mesir, China, Yunani dan
sebagainya. Ringkasnya, Baghdad telah menjadi tempat perkembangan
ilmu akli dan ilmu naqli, ramai tokoh ilmuwan yang dilahirkan seperti al
Khawarizmi yang terkenal dalam bidnag matematik, falsafah dan astronomi.

Kesimpulannya, tindakan Khalifah Harun al Rasyid yang menjadikan
Baghdad sebabgai pusat perdagangan, intelektual dan kota yang aman
telah membolehkan kerajaan ini berkembang dan stabil terutamanya untuk
diwarisi oleh para penggantinya, maka tidak hairanlah zaman
pemerintahannya dianggap zaman kegemilangan dan baginda merupakan
antara pemerintah yang berjaya

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Huraikan bentuk pemerintahan kerajaan Islam pada zaman kerajaan
Khulafa al Rasyidin.

Kerajaan Khulafa al Rasyidin merupakan kerajaan Islam yang terbentuk Pemerintahan kerajaan Khulafa
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., atau lebih tepatnya sebaik sahaja
Abu Bakar diangkat atau dipilih sebagai khalifah pertama bagi memimpin al Rasyidin adalah penerusan
negara dan umat Islam. Kerajaan ini bertahan selama lebih kurang 30 tahun,
dan diketuai oleh tiga orang khalifah lagi selain Abu Bakar, iaitu Umar al zaman Nabi Muhammad,namun
Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Talib. Amnya, kerajaan ini masih
mengekalkan bentuk pemerintahan sebagaimana zaman Nabi Muhammad ada pembaharuan
s.a.w., namun bermula zaman Khalifah Umar al Khattab ia telah mengalami
beberapa pembaharuan demi kelancaran pentadbiran dan kepentingan  Kepimpinan tertinggi ialah
rakyat yang diperintah. khalifah ambil peranan

Individu yang memegang kuasa tertinggi dalam kerajaan Islam kini ialah Rasulullah
Khalifah, namun sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pemimpin
tertinggi, kekuasaan khalifah tidaklah bersifat mutlak. Semua khalifah  Amalan syura diteruskan
bermula dari Abu Bakar sehingga Ali bin Abi Talib melaksanakan prinsip dan dan diinstitusikan
amalan syura dalam pemerintahan sekaligus menjamin pengagihan kuasa.
Khalifah bukan sahaja bertanggungjawab mengetuai negara malah  Madinah kekal sebagai pusat
diamanahkan mempertahankan kesucian agama Islam dan
mempertahankan maruah umat Islam serta menghidupkan amalan syura. pentadbiran
Walau bagaimanapun, khalifah mempunyai hak untuk berijtihad atas
sesuatu perkara yang difikirkan perlu, sekaligus menggambarkan adanya  Pentadbiran wilayah
kuasa perundangan di tangan khalifah.
diperluaskan

 Pengurusan Baitul mal
sistematik dan formal

 Penubuhan Jabatan Tentera

Dari segi pusat pemerintahan, kerajaan Khulafa al Rasyidin masih Ahli – ahli syura yang dilantik
mengekalkan Madinah sebagai pusat pentadbiran kerajaan Islam, dengan dalam Majlis Syura, cirinya
Masjid Nabawi menjadi markas kepada gerakan kerajaan Islam menepati ciri seseorang
sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w., malah segala perbincangan berkaitan khalifah
dasar negara dibincangkan dalam masjid ini. Walau bagaimanapun, pada
zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, telah berlaku perubahan
apabila pusat pentadbiran negara Islam terpaksa dipindahkan ke Kufah,
memandangkan ianya lebih strategik berikutan Khalifah Ali menghadapi
menghadapi banyak konflik dalaman sepanjang pemerintahannya.

Amalan syura merupakan teras pemerintahan kerajaan Islam termasuk
kerajaan Khulafa al Rasyidin. Bermula zaman pemerintahan Khalifah Umar al
Khattab, amalan syura telah diinstitusikan, dengan kata lain Majlis Syura
telah dibentuk secara formal bagi menjadi penasihat kepada khalifah
terutama dalam pelaksanaan dasar – dasar negara sama ada dasar politik,
ekonomi, sosial dan sebagainya. Ahli – ahli yang dilantik dalam majlis ini
merupakan individu yang berpengalaman dan berkelayakan, dan segala
keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara majoriti termasuk khalifah
kena akur dengan keputusan yang diambil. Amalan syura ini dipraktikkan
sama ada di peringkat pusat mahupun wilayah. Tegasnya, boleh dikatakan
kuasa eksekutif zaman kerajaan Khulafa al Rasyidin dipegang oleh ahli – ahli
dalam Majlis Syura.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran khususnya di peringkat Pentadbiran Wilayah
wilayah, setiap wilayah akan ditadbir oleh Gabenor yang akan
bertanggungjawab terhadap khalifah, malah bermula zaman Umar al Zaman pemerintahan Khalifah
Khattab, lapan buah wilayah yang ditadbir oleh gabenor akan dibantu oleh Abu Bakar, negara Islam
pegawai kerajaan lain seperti pemungut cukai, hakim, ketua polis dan dibahagikan kepada 10 kawasan
panglima tentera yang menggambarkan wujudnya system birokrasi yang
sistematik. Pembentukan birokrasi sebegini amat diperlukan Zaman Khalifah Umar al
memandangkan wilayah kekuasaan Islam sepanjang luas bukan sahaja di Khattab, negara Islam
Semenanjung Tanah Arab bahkan meliputi luar Tanah Arab seperti Mesir, dibahagikan kepada 8 buah
malah pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, wilayah kekuasaan meliputi wilayah
kawasan Asia Tengah dan persisiran Laut Mediterranean.

Walaupun kerajaan Khulafa al Rasyidin merupakan ‘kerajaan baharu’ yang
terbentuk selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., namun bentuk dan corak
pemerintahan yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. tetap menjadi asas
kepada pembentukan negara Islam yang teguh diikuti dengan
pembaharuan bagi melancarkan urusan kewangan, ketenteraan dan lain –
lain.

Huraikan struktur pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah pada
abad ke-16 hingga abad ke-17 Masihi.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertoghrul pada tahun
1281 Masihi. Sepanjang kekuasaan kerajaan ini terdapat 37 orang
pemerintah yang menggunakan gelaran sultan. Antara sutan yang terkenal
ialah Sulaiman al Qanuni dan Muhammad al Fateh. Sepanjang kekuasaan
kerajaan ini banyak aktiviti perluasan kuasa dijalankan. Sejarawan
mencatatkan pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman al Qanuni, jajahan
takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km persegi. Kejayaan kerajaan
Turki Uthmaniyyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran
pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik

Di peringkat pusat, Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa Gelaran Yang Dikaitkan Dengan
tertinggi; dalam bidang agama, politik, pentadbiran mahupun kewangan. Sultan
Kekuasaan sultan digambarkan juga dengan penggunaan gelaran seperti - Bayazid sbg Sultan al Rum
Khalifah Allah di muka bumi oleh Sultan Murad I setelah berjaya menawan - Murad II sbg Sultan al
Adrianople. Peringkat awalnya, sultan terdiri daripada para amir yang
menjadi tuan tanah dan serta pengaruh yang luas. Dalam urusan Barain wa al Bahrain
pentadbiran, sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua - Murad I sbg Khalifah Di
pentadbir dan penasihat sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini
merupakan ketua kepada para menteri ( wazir ) dan amir. Bumi

Undang – undang Turki yang dikenali sebagai Kanunname mencatatkan
Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan individu
yang dilantik jawatan tersebut dianugerahkan cop mohor. Wazir Agung
dibantu pula oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey ( ketua
turus tentera Sultan ), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam
urusan pentadbiran kewangan, seorang Agha ( wakil tentera darat ), seorang
Laksamana dan seorang Nishanji bagi monogram sultan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, kerajaan ini memperkenalkan
jawatan mufti ( Sheikh al Islam ). Tugasan utamanya ialah mengeluarkan
fatwa dalam semua aspek agama dengan berpusat di Istanbul. Antara
tanggungjawab mufti utama ialah mengeluarkan fatwa berkaitan dengan
peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan ini
dalam kalangan orang Islam. Mufti juga diberikan hak untuk melantik para
pegawai yang berkhidmat di istana, memberikan gambaran kedudukannya
yang tinggi dalam kerajaan Uthmaniyah. Pun begitu, adakalanya, sultan
yang berkuasa penuh bertindak mengatasi segala keputusan yang dibuat
oleh mufti.

Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran mirip pentadbiran
Byzantine, setiap wilayah akan ditadbir oleh gabenor wilayah yang
bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan
dikendalikan oleh para petani. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap
daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum
jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al Quran dan
al Hadis. Multezim diberikan pula tanggungjawab mengutip semua cukai
daripada kawasan – kawasan tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan
meningkatkan pendapatan kerajaan ini yang boleh dimanfaatkan untuk
mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara dan menjamin ekspedisi
perluasan kuasa dijalankan. Golongan intelektual muslim
bertanggungjawab untuk pentadbiran keadilan, pengurusan waqaf untuk
menyokong perkembangan sekolah dan hospital, dan pendidikan belia
Muslim

Bagi memastikan kekuatan kerajaan ini, khususnya di peringkat pusat serta
menjamin keselamatan kekuatan tentera tidak diabaikan. Bagi mendapat
sokongan tentera, pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II, tentera
yang berkhidmat secara peribadi kepada sultan dianugerahkan tanah.
Tentera elit Turki Uthmaniyyah yang dikenali sebagai tentera Janissari
adalah perintis kepada tentera moden pertama di dunia, dibayar gaji secara
tetap mengikut ranking dalam tentera. Tentera ini terbahagi kepada
tiga divisyen iaitu Cemaat atau jemaat (Tentera barisan depan), dengan
kekuatan 101orta ( battalion ), Beyliks atau beuluks ( Pengawal peribadi
Sultan ), dengan kekuatan 61orta (batallion) dan Sekban atau seirnen,
dengan kekuatan 34 orta ( batallion). Pada zaman kegemilangan Turki
Othmaniyyah atau lebih dikenali Pax Ottoman, Tentera elit Janissari sangat
ditakuti oleh musuh kerajaan Turki Othmaniyyah. Ini adalah kerana tentera
Janissari terkenal dengan semangat berani mati, taat setia pada Sultan dan
empayar dan disiplin tentera yang tersusun. Malahan tentera ini memiliki
skuad pancaragam tentera yang pertama di dunia. Pancaragam tentera
merupakan sub-divisyen bagi Janissari yang mana ditugaskan untuk
menaikkan semangat ketika di medan peperangan.

Tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya
pegawai yang membantu sultan memerintah kerajaan ini mengukuhkan
kekuatan kerajaan tersebut. Malah, dengan kepimpinan yang berwibawa
para pemerintah, kerajaan ini telah muncul sebagai sebuah kuasa besar
sebelum abad ke-19 Masihi.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan dasar Maharaja Akbar bagi mengukuhkan kekuasaan
kerajaan Moghul di India

Kerajaan Mohul bertapak di India selepas kejayaan Babur menumpaskan SOALAN KLON
Sultan Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat yang telah membawa kejatuhan
kerajaan Kesultanan Delhi pada tahun 1526. Kerajaan ini bertahan sehingga Nilaikan dasar Aurangzeb
tahun 1857, salah seorang pemerintah terkenal ialah Maharaja Akbar yang sehingga dianggap tokoh
terkenal dengan dasar liberalnya dalam usaha mengukuhkan kekuasaan Islam paling berjaya di India
kerajaan Moghul di India.

Dari segi politik, Akbar telah menggunakan dasar liberalnya dengan
menggunakan khidmat golongan bukan Islam sebagai pembantu atau
menteri kanan kerajaan ini. Tujuan perlantikan golongan tersebut ialah
mendapat kerjasama golongan bukan Islam sekaligus mewujudkan iklim
politik yang stabil. Akbar juga telah membentuk pentadbiran pusat yang
mantap dengan mewujudkan empat jabatan utama iaitu Perdana Menteri,
Menteri Kewangan, Bendahari, dan Ketua Sadr. Antara individu yang dilantik
memegang jawatan utama ialah Todar Mal, Muzaffar Khan, Asar Khan,
Adham Khan, dan Khan Zaman.

Akbar juga bertindak membahagikan negara India tau wilayah kekuasannya
kepada 15 buah subas. Setiap subas akan diketuai oleh Sipar Salar dan
dibantu oleh beberapa pegawai lain seperti Diwan, Sadr, Bakhshi, Kotwal
dan lain – lain. Setiap subas dibahagikan kepada unit politik yang lebih kecil
iaitu, Sarkar diikuti unit politik yang lebih kecil iaitu parghanah.
Pembentukan sistem pentadbiran peringkat wilayah ini menunjukkan hasrat
Akbar untuk menyeragam dan menyelaraskan sistem pentadbiran yang
diperkenalkan dan memudahkan dasar yag bakal dilaksana diterima oleh
rakyat berbilang kaum.

Akbar turut memperkenalkan sistem mansabdar; pegawai yang dilantik
bukan sahaja menguruskan pentadbiran awam malah mengururuskan
pentadbiran ketenteraan. Individu yang dilantik terdiri daripada pelbagai
bangsa merangkumi bangsa Turki, Parsi, Afghan dan Hindu. Pengunaan
sistem ini diteruskan zaman pemerintahan Syah Jehan. Peraturan mengenai
perlantikan, kenaikan pangkat dan pemecatan pegawai berada di tangan
Akbar, gaji yang diberikan agak lumayan sama ada dalam bentuk tunai atau
tanah.

Dalam bidang ekonomi, Akbar telah bertindak menamatkan pembayaran
cukai jizyah yang selama ini dikenakan terhadap golongan bukan Islam.
Cukai – cukai lain yang dihapuskan ialah cukai beribadat, cukai am seperti
penjualan lembu, garam, minyak, cukai timbang, cukai pembelian dan
penjualan rumah. Akbar juga melaksanakan sistem cukai tanah; kadar cukai
tanah memgikut kepesatan pertanian atau jenis dan kesuburan tanah..
kadar bayaran cukai adalah tetap dan mudah difahami oleh rakyatnya.

Dalam bidang sosial pula, Akbar telah memperkenalkan agama baharu yang
dikenali sebagai agama Din Illahi, iaitu agama yang merupakan gabungan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

semua agama di India, , dan memberi galakan agar agama ini diterima oleh
semua rakyat demi perpaduan dan kestabilan politik India. Akbar juga
bertindak mengharamkan beberapa adat yang menyusahkan umpamanya,
adat sutee, tidak menggalakkan perkahwinan kanak – kanak, melarang
pembunuhan bayi perempuan,larangan perkahwinan paksa, mengenakan
cukai ke atas pengantin, dan larang berpoligami. Akbar juga melarang
amalan menjadikan isteri dan anak tawanan perang sebagai hamba. Bagi
mendapat sookongan golonagn berpendapatan rendah, Akbar telah
mendirikan rumah – rumah kebajikan untuk golongan Islam dan bukan
Islam.

Kesimpulannya, sememangnya tidak dapat dinafikan dasar Akbar sama ada
politik, ekonomi mahupun sosial bertujuan untuk mendapat sokongan
golongan bukan Islam kerana dasar yang dilaksanakan adalah bersifat
liberal.

Jelaskan sistem pemerintahan di Andalusia pada abad ke-13 Masihi.

Islam bertapak di Sepanyol ( Andalusia ) pada tahun 711 Masihi apabila
tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziad berjaya menamatkan
pemerintahan Visigoth. Bermula daripada peristiwa ini, terbentuk kerajaan
Islam di Andalusia yang dapat dibahagikan kepada beberapa tahap
sehinggalah berakhirnya kerajaan terakhir yang berpusat di Granada di
bawah pemerintahan Bani Ahmar ( Nasriyyah ) dikalahkan oleh tentera –
tentera Kristian. Pun begitu, sepanjang abad ke-13 Masihi telah
memperlihat akan kewujudan dua buah kerajaan kecil, iaitu kerajaan
Muwahidun dan Nasriyyah yang mempunyai sistem pemerintahan
tersendiri.

Sama ada kerajaan Muwahidun mahupun kerajaan Nasriyyah, kedua –
duanya mempunyai pusat pentadbiran yang tersendiri. Kerajaan
Muwahidun telah menjadikan Seville sebagai pusat pemerintahan mereka
selepas kejayaan menyeberang Andalusia. Susulan daripada kejayaan ini,
beberapa wilayah telah dikuasai seperti Toledo, Santarem, dan Granada.
Sejarah mencatatkan, kerajaan ini mempunyai 13 orang pemerintah, dan
pemerintah yang terkenal ialah Sultan Abu Ya’qub Yusuf. Di bawah
pimpinan Ibn Hud pula, Amir ini telah menjadikan Murcia sebagai pusat
pemerintahannya, dan memulakan usaha menguasai wilayah seperti
Almeria, Ceuta, Jaen, Merida dan Badajoz. Manakala kerajaan Nasriyyah pula
diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang juga dikenali sebagai
Ibn al Ahmar telah menjadikan Granada sebagai pusat pentadbirannya pada
tahun 1235 memandangkan kedudukannya yang strategik, antara Almeria
dan Gibraltar serta dikelilingi oleh kubu pertahanan yang kuat. Kekuatan
kerajaan ini menyebabkan Bani al Ahmar dapat bertahan sehingga tahun
1396 Masihi.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pemerintah, pemimpin kedua – dua
buah kerajaan ini telah menggunakan gelaran sama ada khalifah, amir,
mahupun sultan. Bagi kerajaan Muwahidun, penggunaan gelaran amir
merupakan simbol kekuasaan tertinggi dan bertujuan memastikan jawatan
ini berkekalan dan diwarisi oleh putera – putera mahkota. Pun begitu, ada
sesetengah pemerintah telah menggunakan gelaran al Mahdi, al Nasir dan
al Mansor yang bertujuan menggambarkan akan keagungannya sebagai
pemerintah; secara tidak langsung menggambarkan adanya pengaruh Syiah
dalam kerajaan ini. Sementara dalam kerajaan Nasriyyah, terdapat
pemerintah yang menggunakan gelaran Sultan selain penggunaan gelaran
yang sinonim dengan kerajaan al Muawahidun iaitu Amir. Apa yang pasti,
gelaran yang digunapakai ini menggambarkan bertujuan menunjukkan
pemusatan kuasa di tangan pemerintah.

Seterusnya, bagi memastikan pemerintahan berjalan lancar, pemerintah
sama ada Amir mahupun Sultan akan membentuk sistem birokrasi sama ada
di peringkat pusat mahupun wilayah, walaupun penguasaan wilayah agak
terhad. Antara jawatan yang dibentuk ialah Gabenor Jeneral yang
merupakan wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik pegawai –
pegawai untuk membantunya dalam urusan. Jabatan dan jawatan lain yang
dibentuk pada zaman kerajaan Muawahidun antaranya ialah Rais al Dawlah,
al Wuzara, al Kuttab, al Hijab, al Qudat, al Wulah al Jund, dan Nizam al
Jibayah. Tugasan jabatan dan jawatan ini merangkumi aspek politik,
kewangan, ketenteraan, kebudayaan dan sebagainya sekaligus memberikan
gambaran tumpuan bukan sahaja aspek politik malah kepada
pembangunan ekonomi, sosial dan budaya.

Oleh sebab kedua – dua buah kerajaan ini terbentuk dalam suasana yang
agak terhimpit dengan ancaman dan serangan musuh tertentu, polisi
ketenteraan merupakan teras utama dalam pentadbiran kerajaan ini. Bagi
kerajaan al Muwahidun umpamanya, mereka telah mengadakan perjanjian
damai dengan pihak Kristian yang telah bertahan selama 10 tahun sebelum
berlakunya semula pertelagahan antara kedua – dua pihak. Begitu juga
dengan Ibn Ahmar pada tahun 1246 Masihi telah menandatangani
perjanjian damai dengan pihak Kristian serta sedia membayar ufti dan
menyerahkan beberapa buah wilayah demi menyelamatkan kedudukannya
sebagai pemerintah tunggal di Granada dan mengekalkan penguasaan
kerajaan Nasriyah. Pun begitu sentimen antiIslam yang menebal dalam
kalangan pemimpin Kristian telah menyebabkan kerajaan Granada diserang
bertali arus sekaligus melenyapkan kerajaan ini pada tahun 1492 Masihi.

Salah satu keunikan dua buah kerajaan ini ialah dasar liberal yang
dilaksanakan, umpamanya bagi kerajaan al Muwahidun, pemerintah tidak
memihak kepada mana – mana mazhab sebagaimana kerajaan Murabitun
sebelum ini yang memihak kepada Mazhab Maliki. Sikap liberal ini
menyebabkan kerajaan ini mendapat sokongan daripada orang – orang
Islam. Dasar liberal kerajaan Nasriyah pula dapat dilihat, apabila pemimpin
– pemimpin kerajaan ini memberikan layanan yang baik kepada golongan
bukan Islam sekaligus telah mendapat kesetiaan daripada penduduk
Granada. Dasar liberal yang dilaksanakan sesungguhnya dapat menjamin

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

kekuatan dan keutuhan sama ada kerajaan al Muwahidun mahupun
kerajaan Nasriyah.

Kesimpulan, walaupun kedua – dua buah kerajaan Islam ini menghadapi
ancaman yang begitu getir daripada golongan bukan Islam khususnya
golongan Kristian, namun dengan pentabiran yang sistematik khususnya
pemusatan kuasa di tangan Amir mahupun Sultan, ditambah dengan dasar
– dasar yang dilaksanakan kerajaan ini telah dapat bertahan sehingga
penghujung abad ke-15 dan berjaya meninggalkan legasi yang bernilai di
bumi Eropah

Bincangkan pengertian jihad dan tujuannya dalam konteks
peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin.

Islam tidak menggalakkan peperangan kerana agama Islam yang datangnya
dari Allah S.W.T telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah
untuk membawa manusia ke arah kesejahteraan dan keamanan sebagai
khalifah di muka bumi. Namun peperangan tidak dapat dielakkan
seandainya agama, negara dan maruah umat Islam diancam oleh musuh.
Peperangan dalam Islam dimantapkan lagi adanya konsep jihad bagi
menyemarakkan lagi semangat tentera Islam ketika berhadapan dengan
musuh. Oleh itu tujuan peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin adalah
kesinambungan daripada peperangan yang telah berlaku pada zaman
Rasulullah iaitu untuk menjaga kesucian agama, mempertahan negara dan
juga maruah umat Islam itu sendiri.

Perkataan jihad berasal dari kata dasar ‘jahada’ bererti berusaha keras,
bersungguh-sungguh dan berjuang. Dalam istilah syarak, bererti berjuang
iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu,
berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi menegakkan
agama Allah. Dari sudut bahasa pula, jihad bermaksud penumpuan segala
tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita iaitu menegakkan syiar Islam.
Menurut Abdul Aziz bin Mat Zin, jihad itu adalah pelbagai jenis dan
pengertian, namun selalunya ia dirujuk khusus kepada peperangan
melawan musuh untuk menegakkan Islam. Dalam keadaan ini beliau
menegaskan bahawa jihad merupakan kemuncak kepada usaha dakwah
iaitu menyebarkan syiar Islam terutamanya semasa zaman Nabi s.a.w dan
zaman sahabat. Tegasnya, jihad ialah berjuang menegakkan kebenaran
melalui cara diredai-Nya dan diistilahkan sebagai fi sabilillah.

Peperangan pada zaman Khulafa al Rasyidin adalah bertujuan untuk
menghapuskan golongan yang menyeleweng dan cuba menghancurkan
kesucian agama Islam terutamanya selepas kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w. Pada ketika itu munculnya penentangan golongan al Riddah yang
terdiri daripada nabi-nabi palsu, golongan yang murtad dan enggan
membayar zakat. Antara yang mengaku sebagai nabi ialah Musailamah al
Kazzab (Yamamah), Tulaihah bin Khuwailid (Najd), Sajjah al Harith (Yaman)
dan Al Aswad al Ansi (Yaman). Manakala golongan yang tidak mahu
mengeluarkan zakat pula pula wujud di Yamamah, Yaman dan Oman yang
dipimpin oleh Malik al Nuwairah. Khalifah Abu Bakar telah membentuk 11

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

pasukan tentera dan berjaya memerangi golongan tersebut. Impak ke atas
kemenangan ini Islam telah berjaya diperkukuhkan semula sekaligus dapat
memelihara kesucian agama Islam itu sendiri.

Peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin juga untuk menjaga maruah Strategi Peperangan
umat Islam daripada diperlakukan dengan sewenang-wenangnya. Khalifah
Abu Bakar telah menggerakkan semula tentera yang telah dibentuk oleh  Bertahan
Rasulullah s.a.w bagi menghadapi ancaman Rom di Ghassan. Hal ini kerana - Perang Ahzab
penduduk Ghassan yang dinaungi oleh Rom telah membunuh beberapa
orang utusan Nabi Muhammad s.a.w yang dilihat telah menjatuhkan  Menguasai tempat strategic
maruah umat Islam itu sendiri. Tentera ini tidak sempat digerakkan - Perang Badar
disebabkan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu khalifah Abu Bakar - Perang Uhud
telah memerangi Ghassan di bawah pimpinan Usamah bin Zaid. Impaknya,
tentera ini telah memperoleh kemenangan yang cemerlang dan sekali gus  Mengepung
dapat menjaga maruah umat Islam keseluruhannya. - Perang Taif
- Pembukaan Makkah
Seterusnya, peperangan pada zaman Khulafa al Rasyidin juga bertujuan
untuk mengatasi ancaman pihak yang sentiasa memusuhi Islam  Tidak mengejar musuh
terutamanya Rom dan Parsi. Contohnya Khalifah Abu Bakar telah melantik - Perang Tabuk
Khalid al Walid sebagai panglima bagi memerangi Rom dan Parsi. Kesannya
tentera Islam berjaya mengambil alih kawasan Damsyik, Hims di Palestine  Memeterai perjanjian
dan di Jordan. Bagi mengatasi Parsi pula Khalifah Abu Bakar telah - Perjanjian Hudaibiyah
menghantar Muthana bin Harithah dan juga Khalid bin al Walid. Tentera
Islam telah berjaya menewaskan Parsi di Teluk Parsi, menawan Sg Furat dan  Muslihat
turut berjaya menawan Hirah dan Anbar. Impaknya kerajaan Islam di - Perang Uhud
Madinah pada masa itu berjaya melemahkan Rom dan Parsi yang menjadi - Perang Ahzab
ancaman kepada pemerintahan Islam ketika itu.
 Merahsiakan jumlah musuh
Peperangan yang berlaku pada zaman Khulafa al Rasyidin juga berperanan - Perang Badar
meluaskan kekuasaan empayar kerajaan Islam yang berpusat di Madinah.
Contohnya semasa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab empayar Islam  Satu lawan Satu
telah merebak dengan luasnya sehinggga ke Afrika Utara (Mesir). - Perang Badar
Sebelumnya Khalifah Umar melalui panglima Saad bin Abu Waqas dan
panglima Nukman bin Muqarin telah berjaya menawan Parsi. Panglima-
panglima Islam juga berjaya menakluki Syria dan Palestine. Ekoran daripada
luasnya empayar pada zaman tersebut Khalifah Umat telah mewujudkan
bandar- bandar tentera di sempadan negara seperti Fustat, Basrah, Kufah
yang dilengkapi dengan kubu demi menjamin keselamatan negara. Kesan
daripada penaklukan tersebut juga telah menyebabkan dakwah Islam turut
tersebar ke wilayah-wilayah taklukannya.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab juga telah berlaku jihad
dalam konteks peperangan yang bertujuan menghapuskan kezaliman.
Dalam konteks ini, ianya berlaku di Mesir, apabila kaum Qibti telah
memohon bantuan daripada Khalifah Umar agar menamatkan
pemerintahan zalim di sana. Sehubungan dengan itu, Khalifah Umar telah
membentuk dan menghantar tentera di bawah pimpinan Amru al As.
Hasilnya, Rom telah berjaya dikalahkan. Kesan kemenangan ini, bukan
sahaja Islam telah bertapak di Mesir, malah penduduk Qibti telah
menyatakan kesanggupan membayar jziyah sebagai balasan berada di
bawah naungan kerajaan Islam.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kesimpulannya, jihad yang dianjurkan dalam Islam terutama dalam konteks
peperangan pada zaman khulafa al Rasyidin telah Berjaya membantu
mengukuhkan kedudukan agama Islam Negara Islam Madinah pada masa
tersebut. Kejayaan tentera Islam dalam peperangan juga telah
menyebabkan Islam berkembang luas di seluruh Semenanjung Tanah Arab
dan meluaskan pengaruhnya sehingga ke Afrika Utara.

Bincangkan pengertian jihad dan pembahagiannya.

Peperangan bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam, namun begitu
ianya dibenarkan apabila agama, negara dan maruah umat Islam terancam.
Dalam Islam, peperangan dikaitkan dengan konsep jihad iaitu berjuang
demi agama dan kerana Allah. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, negara
Islam, musuh – musuh kerajaan Islam terdiri daripada kaum Quraisy, Yahudi,
Rom mahupun Parsi.

Berbaik kepada jihad, dari segi bahasa jihad berasal daripada perkataan
Arab al Jahdu yang bermaksud berusaha melepaskan diri atau
membebaskan diri daripada sesuatu cengkaman. Dari syarak pula, jihad
dikaitkan dengan peperaangan dan segala persiapan berkaitan dengan
peperangan termasuk sebelum, semasa dan selepas peperangan. Individu
yang berjihad diistilahkan sebagai mujahid, manakala golongan yang gugur
di medan perang semasa jihad dianggap sebagai syuhada serta
kematiannya diistilahkan sebagai mati syahid dengan ganjaran syurga
menantinya kelak.

Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang di jalan Allah dan
mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang – orang kafir.
Oleh sebab itu dalam erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan
sebagai berjuang menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya,
diistilahkan sebagai fi sabilillah.

Jihad terbahagi kepada beberapa kategori, paling utaa ialah jihad nyawa
dan tenaga iaitu pengorbaban jiwa dan raga. Lazimnya jihad sebegini adalah
jihad di medan perang dan orang yang terkorban diistilahkan syahid.
Umpamanya, Saidina Hamzah yang syahid di medan perang ketika Perang
Uhud, dan beberapa sahabat lain seperti Abdullah bin Rawahah, Ikrimah bin
Abu Jahal, dan Jaafar bin Abi Talib yang gugur di medan perang ketika
berhadapan Rom dalam Perang Mu’tah.

Pengorbanan wang dan harta juga termasuk di dalam jihad fi sabillah. Jihad
ini amnya melibatkan golongan hartawan atau bangsawan yang sedia
mengorbankan harta demi perjuangan Islam. Contoh paling jelas, Abu Bakar
pada zaman awal Islam, begitu banyak mengorbankan hartanya bagi
membebaskan umat Islam yang dibelenggu oleh kaum Quraisy. Begitu juga
dengan Siti Khadijah, harta – harta dimiliki kerap digunakan demi
perkembangan syiar Islam. Semasa kempen Perang Tabuk, Uthman bin
Affan yang terkenal dengan kekayaannya telah mengorbankan hartanya

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

sama ada wang, kuda dan unta untuk kegunaan tentera Islam menghadapi
Rom dalam Perang Tabuk.

Seterusnya terdapat juga jihad Jihad akal fikiran yang dikaitkan dengan Ciri Kepemimpinan Salehuddin
sumbangan buah fikiran dan idea yang bermanfaat demi kpentingan
bersama dan syiar Islam. Idea untuk menangani ancaman musuh juga al Ayyubi
dikategorikan dalam jihad ini. Contoh terbaik ialah idea Salman al-Farisi agar
digali parit sekeliling kota Madinah sebagai benteng terakhir menghadapi  Bijak merancang strategi
ancaman tentera Ahzab. Oleh sebab itulah, Islam amat menggalakkan  Istiqamah dalam perjuangan
umatnya bermusyawarrah agar timbul idea yang bermanfaat demi  Prihatin
kepentingan bersama, malah Khalifah Umar al Khattab sendiri pernah  Tangkas dan berani berjuang
menekankan betapa pentingnya amalan ini sehingga menyebut, “Tiada  Tegas
Khalifah tanpa musyawarrah’.  Berdiplomasi / Tolak ansur
 Mementingkan kebajikan
Selain itu terdapat juga jihad melawan hawa nafsu yang dianggap sebagai  Berpandangan jauh
jihad yang paling tinggi sekali darjat di sisi Islam. Melaluinya, seluruh  Adil
tenaga disalurkan supaya menuruti jalan ( manhaj ) yang digariskan oleh
Allah SWT. Perjuangan ini adalah perjuangan dalam diri setiap individu
muslim dan ianya adalah fardhu ain. Mencari petunjuk agama yang benar
atau mencari ilmu adalah tergolong di dalam jihad melawan nafsu; dengan
berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam,
menyebarkan dakwah Islamiyyah serta sabar di atas segala ujian dan
cabaran yang diterima.

Jihad menentang syaitan juga dimerupakan salah satu jihad utama Kejayaan / Sumbangan
memandangkan syaitan adalah seteru manusia yang sebenar-benarnya,
terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan antara Salehuddin al Ayyubi
syaitan dan manusia. Banyak kisah Nabi Adam dan iblis serta dendam Iblis
kepada manusi diabadikan dalam al Quran, umpamanya dalam surah al-  Membuka kota Baitulmaqdis
Fathir ayat 6 yang membuktikan syaitan adalah musuh manusia,
“Sesungguhnya syaitan itu seteru bagi mu maka jadikanlah dia atau  Memperkukuhkan benteng
layanilah sebagai seteru”. Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai
jihad dalam kategori Fardu Ain, ia menunjukkan setiap manusia Islam pertahanan kerajaan
mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana
kedua-duanya adalah musuh di dalam diri mereka sendiri. Ayyubiyah

 Memajukan sistem

pendidikan

 Membangunkan ekonomi

Jihad menentang golongan munafik, terdapat banyak ayat-ayat al-Quran umat Islam; kemaskini

yang banyak membicarakan berkenaan golongan munafik ini. Dalam surah sistem cukai dan memajukan

al-Munafiqun terdapat dalil al-Quran surah at-Taubah ayat 96 yang sektor pertanian dan

perdaganga

menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah “Hai Nabi,  Mementingkan kebajikan

berjihadlah ( melawan ) orang-orang kafir dan mereka orang-orang rakyat

munafik itu, bersikap kasar terhadap mereka”.

Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran, dikaitkan
dengan jihad menentang hawa nafsu. Umat Islam juga digalakkan
menentang kemungkaran dan kezaliman di dalam sesebuah pemerintahan.
Oleh sebab itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah
ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.
Terdapat dalil daripada al-Quran Surah Ali Imran ayat 11 yang bermaksud,
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia yang
mungkar dan beriman kepada Allah”.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Akhir sekali, terdapat juga jihad menuntut ilmu, yang bertujuan memastikan
umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Umat Islam digalakkan
mempelajari segala Ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah,
tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan sebagainya. Ianya
juga b bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,
bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam
yang mempelajarinya.

Merujuk zaman Nabi Muhammad SAW, perihalkan etika perang
yang dianjurkan oleh Islam.

Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah
turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi
Muhammad s.a.w. telah membentuk angkatan tentera Islam yang
dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan
angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta
kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan
musyrikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi.Dalam konteks peperangan
menghadapi musuh – musuh Islam sama ada Rom, Parsi, Yahudi dan
Quraisy, Islam menggariskan prinsip atau tatacara tingkahlaku tentera agar
tidak bertindak melampaui batas terhada kepimpinan Rasulullah s.a.w.

Islam telah menetapkan tatacara berperang atau berjihad di jalan Allah yang
merangkumi sebelum, semasa, dan selepas peperangan. Antara etika
sebelum peperangan ialah harus mengajak manusia kepada Islam sebelum
memeranginya. Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Abu Bakar al Siddiq
sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan tiga pilihan
kepada musuh Islam; iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata atau memerangi
musuh seandainya mereka memerangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat
terutamanya ketika Perang Badar, tentera Islam hanya menunggu serangan
musuh yang menceroboh, barulah berlaku peperangan secara besar –
besaran.

Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang
kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak – kanak,
kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika
inilah golongan – golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khalafa
al Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara
Islam.Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong
pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat untuk
menyingkirkan halangan yang ada di hadapan gerakan dakwah. Ini
membuktikan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan
kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Rasulullah s.a.w
mengepung kota Taif, harta – harta musuh Islam langsung tidak diusik.

Berkaitan dengan etika semasa perang, terdapat larangan atau peraturan
yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam. Antaranya, tentera Islam dlirang
bertindak terhadap golongan yang dikategorikan sebagai lemah atau tidak
berupaya, seperti golongan tua, kanak – kanak dan wanita. Oleh sebab

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

itulah, Baginda SAW hanya mengenakan tindakan keras terhadap golongan
lelaki dewasa Yahudi Quraizah tatkala mereka mengkhianati Piagam
Madinah sedangkan kanak – kanak dan wanita diarahkan keluar daripada
bumi Madinah. Islam juga melarang juga tentera Islam bertindak terhadap
golongan paderi atau rahib, gambaran Islam tidak pernah mengongkong
agama lain.

Larangan lain yang perlu dipatuhi oleh tentera Islam ialah tidak dibenarkan
merosakkan harta atau kemudahan sewenang – wenangnya. Baginda SAW
telah mempraktikkan etika ini semasa Perang Taif, tentera Islam yang
mengepung kota Taif telah melancarkan serangan bertubi – tubi, namun
masih gagal mengalahkan musuh, Bani Thaqif dan Bani Hawazin. Hal ini
menyebabkan Baginda SAW menggunakan kaedah provokasi dengan
menggugut akan membakar kebun – kebun di Taif, ternyata ini telah
melemahkan psikologi pihak musuh yang sedia menyerah kalah.

Sesuai dengan pilihan – pilihan yang diberikan kepada seteru – seteru Islam,
maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah
menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian
damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Sehubungan
dengan itu, Baginda SAW begitu berpegang kepada persetujuan gencatan
senjata yang dipersetujui ketika termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.
Baginda SAW hanya bertindak balas selepas tindakan Quraisy melanggar
ketetapan yang dipersetujui bersama itu.

Etika seterusnya ialah Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh
mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat
atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh
Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara
Rasulullah s.a.w. di medan Perang Uhud.

Etika terakhir yang dianjurkan oleh Islam ialah tawanan perang akan dilayan
dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh
– musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah s.a.w.
tidak menerima sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi,
tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta
sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai
musuh Islam akhirnya menerima agama Islam sebagai ad-din.

Ternyata etika – etika yang dianjur oleh Islam sebenarnya bukan sahaja
memberikan kesan yang positif kepada tentera – tentera Islam sendiri,
bahkan ia menjadi saluran ataupun wadah dakwah. Hal ini terbukti khasnya
melalui Perang Badar, etika – etika yang diamalkan telah menarik ramai
musuh Islam akhirnya menerima agama ini.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan kepentingan pelaksanaan etika peperangan mengikut
pandangan Islam.

Peperangan merupakan perkara yang tidak digalakkan oleh Islam, namun
ianya dibenarkan apabila agama Islam, maruah umat Islam serta negara
Islam terancam dengan tindak tanduk musuh. Dalam sejarah perjuangan
umat Islam, pelbagai musuh yang dihadapi, bermula dengan ancaman
Quraisy pada zaman Nabi Muhammad diikuti provokasi Yahudi, serta
ancaman Rom dan Parsi menyebabkan umat Islam perlu sentiasa bersedia
dan menyusun strategi bagi menghadapi ancaman tersebut.

Salah satu strategi yang digunakan bagi menghadapi ancaman musuh ialah
pelaksanaan etika dalam peperangan yang boleh membentuk disiplin para
pejuang Islam, umpamanya mematuhi arahan daripada pemimpin atau
mengikut strategi yang dirangka. Tragedi Perang Uhud membuktikan
perlunya akur dengan arahan pemimpin, kegagalan mengikut arahan Nabi
Muhammad apabila para pemanah yang berada di Bukit Uhud
meninggalkan posisi tersebut telah menyebabkan bukan sahaja telah
menerima kekalahan yang tidak dijangka, malah telah menyebabkan
gugurnya 70 orang tentera Islam termasuk Saidina Hamzah, malah Baginda
SAW turut mengalami kecederaan.

Etika yang dilaksanakan juga menggambarkan betapa tolak ansurnya
agama Islam terhadap musuh – musuh Islam, yang secara tidak langsung
akan dapat menarik golongan bukan Islam mendekati seterusnya menerima
Islam sebagai pegangan hidup. Contoh yang paling jelas ialah larangan
membunuh golongan lemah, tidak memusnahkan harta awam atau
persendirian, dan layanan yang baik terhadap tawanan – tawanan perang.
Hal ini jelas dipraktikkan ketika berhadapan dengan tawanan Badar, malah
dipraktikkan sewaktu Salehuddin al Ayyubi menawan Baitulmaqdis dan
Muhammad al Fateh membuka kota Constantinople

Etika yang dipraktikkan juga menggambarkan sikap Islam yang
mementingkan perdamaian dan keamanan, hal ini dapat dibuktikan dengan
etika sebelum peperangan iaitu menyeru pihak musuh menerima Islam atau
membayar jizyah sekiranya enggan yang merupakan syarat yang ditetapkan
kepada mana – mana pihak yang ingin berada di bawaj naungan kerajaan
Islam. Begitu juga dengan etika semasa peperangan, para tentera Islam
mesti menghentikan peperangan seandainya pihak musuh memohon
perdamaian, malah ditegaskan setiap perjanjian yang ditandatangani wajib
ditaati, umpamanya ketetapan gencatan senjata selama 10 tahun antara
umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW dengan musyrikin
Makkah.

Etika peperangan yang diperkenalkan sama ada sebelum, semasa mahupun
selepas peperangan sebenarnya mempunyai pertalian rapat dengan konsep
jihad yang disarankan oleh Islam. Matlamat jihad adalah mempertahankan
kesucian agama Islam dan memastikan negara serta maruah umat Islam
tidak dihina atau diperlekehkan oleh musuh – musuh Islam. Namun begitu,

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dalam merealisasikan konsep jihad ini, etika yang disyorkan ini menjadi
panduan kepada para pejuang Islam sama ada zaman Nabi Muhammad
SAW, mahupun Khulafa al Rasyidin serta zaman – zaman seterusnya.

Bincangkan ciri – ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh Muhammad
al Fateh dalam bidang ketenteraan.

Nama sebenar Muhammad al Fateh ialah Muhammad bin Murad Bin
Muhammad Bin Bayazid. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi
(833H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria).
Baginda telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila
menggantikan ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah
empayar yang begitu luas selama kira-kira 30 tahun di antara tahun 1451–
1481M. Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang
panglima tentera agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen
peperangan yang membuktikannya sebagai pemimpin yang memiliki ciri
kepemimpinan yang hebat.

Antara ciri kepemimpinan yang dimiliki oleh tokoh ini ialah kebijaksanaan
merangka strategi dan taktik peperangan. Kebijaksanaan ini terserlah
sebelum tercetusnya perang, al Fateh sentiasa merangka strategi yang
terbaik dengan mengkaji pelan kota Constantinople, kelemahan strategi
terdahulu dan sentiasa berbincang kaedah terbaik dalam menangani
musuh. Ketika berperang dengan musuh tradisi Islam itu, pelbagai strategi
dan taktik diperkenalkan seperti menggunakan alatan perang moden
seperti meriam, menara bergerak, dan membina terowong, dan taktik yang
tidak masuk akal yang mengelirukan musuh, iaitu dengan meluncurkan
kapal – kapal perang ke Teluk Golden Horn melalui kawasan berbukit yang
telah melemahkan benteng terakhir pihak lawan.

Keberanian al Fateh di medan perang merupakan ciri yang ada pada diri
tokoh ini, ditabah dengan adanya semangat jihad serta istiqamah dalam
perjuangan. Al Fateh telah berjaya mengumpul 250 ribu tentera Islam bagi
menggempur ibu kota Rom Timur itu. Al Fateh telah menyampaikan
khutbah dengan mengingatkan para tenteranya pengertian jihad, membaca
ayat – ayat al Quran untuk menaikkan semangat para pejuang, dan akan
kemuliaan tentera yang berjaya menghapuskan keangkuhan kuasa Barat
tersebut.

Sifat berani dan kebijaksanaan al Fateh diperkukuhkan lagi dengan
keperibadiannya yang sentiasa berusaha menaikkan semangat juang
anggota tenteranya. Ketika di medan perang, al Fateh telah membawa para
ulama dan motivator bagi membakar semangat jihad tenteranya. Al Fateh
sentiasa berpidato kepada tenteranya agar tidak berputus asa. Ketika
menghampiri kubu pihak musuh, al Fateh telah mengarahkan agar azan
dilaungkan dari setiap penjuru sekaligus berjaya melemahkan psikologi
pihak lawan. Ketika di medan perang, tokoh ini sendiri yang mengepalai
sendiri tentera menentang musuh, mals dengan berani tampil ke hadapan
menunggang kuda.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Al Fateh juga memiliki sifat tegas, bukan sahaja mementingkan disiplin
dalam kalangan tentera termasuk peripentingnya bermunajat dan beribadat
semasa berperang, malah tatkala berhadapan dengan musuh al Fateh
enggan berkompromi dalam beberapa perkara. Ketika berunding dengan
Raja Byzantine, ketegasannya ketara apabila al Fateh bertindak meneruskan
kepungan terhadap kota itu apabila Raja Bayzantine enggan menyerah
kepada kerajaan Islam tersebut.

Baginda merupakan seorang yang bertawaduk, ketika membina banteng
kubu Rumeli Hissari, baginda mencerminkan sifat kepemimpinan melalui
teladan. Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir
hingga para ulama dan menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda sentiasa
tenang, pendiam, berani, sabar, tegas, dan kuat menyimpan rahsia
pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan sentiasa berbincang
dengan mereka mengenai permasalahan negara.

Beliau juga memaparkan karisma sebagai seorang pemimpin, ketika
tenteranya tertera kebosanan mengepung kota pihak musuh selama 53 hari,
beliau bangkit berpidato menyemarakkan semangat juang dalam kalangan
para sahabat. Impak pidato berkenaan, Hassan Ulubate bertindak
mengetuai sekumpulan 30 orang tentera menyerbu pihak musuh sehingga
syahid. Namun, ianya tidak melemahkan semangat juang tentera Islam,
serangan terus dilancarkan bertali arus sambal melaungkan kalimah Allahu
Akbar.

Kesimpulannya, kejayaan al Fateh mengalahkan musuh khususnya Rom
berpunca daripada daya kepemimpinan semulajadi yang dimiliki oleh tokoh
ini. Selain itu, kejayaan tokoh ini juga berpunca dengan kekuatan tentera
ditambah dengan semangat jihad yang dimiliki oleh tentera Islam sehingga
timbul dakwaan kononnya tentera Islam dibantu oleh jin. Bagi orang – orang
Barat kehebatan tokoh ini dikenali sebagai Grand Seigneur yang bermaksud
pemimpin agung

Grand Seigneur ( Pemimpin Agung ) merupakan gelaran yang
sinonim dengan Muhammad al Fateh. Huraikan sumbangan tokoh
ini dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.

Muhammad al Fateh merupakan salah seorang pemerintah teragung
kerajaan Uthmaniyyah. Tokoh ini dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi (833H)
di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki – Bulgaria). Baginda
telah menaiki takhta seawal berusia 19 tahun lagi apabila menggantikan
ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar yang
begitu luas selama kira-kira 30 tahundi antara tahun 1451–1481M. sebagai
pemerintah yang ulung sehingga digelar sebagai Grand Seigneur, terdapat
pelbagai kejayaan yang dicapai oleh tokoh ini sama ada bidang politik,
ekonomi mahupun sosial.

Dari segi politik, kejayaan terbesar tokoh ini ialah keupayaan mengalahkan
kerajaan Rom Timur termasuk membuka kota Constantinople yang
merupakan kubu dan ibu kota kerajaan tersebut. Kejayaan menguasai kota

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

ini disebabkan kelicikan pemerintah ini mengatur strategi sebelum dan
semasa pengepungan terhadap kota tersebut. Kebijaksanaan tokoh ini
termasuklah menjadikan kota Rumeli Hisari sebagai pusat gerakan,
mengadakan perikatan dengan kerajaan Wallachia untuk memencilkan
kuasa kerajaan Rom Timur. Sepanjang peperangan al Fateh sentiasa
menyemarakkan semangat jihad tenteranya melalui pidato serta
menggunakan khidmat para ulama dan motivator. Tindakannya yang luar
biasa dengan meluncurkan kapal daripada kawasan pergunungan ke Teluk
Golden Horn merupakan kemuncak kepada kejayaannya sehingga berjaya
memporak perandakan kubu musuh sehingga berjaya dilemahkan dan
akhirnya tunduk kepada tentera Islam di bawah pimpinan al Fateh ini.

Susulan daripada kejayaan membuka kota Constantinople, al Fateh berjaya
menyatukan bahagian utara Balkan bagi mengelak serangan kaum Magyar.
Pun begitu, bagi mendapatkan wilayah berkenaan, al Fateh berhadapan
cabaran hebat daripada tentera Kristian. Pun begitu dengan kekuatan yang
ada, Serbia, Belgrade berjaya dikuasai disusuli menghapuskan perikatan
tentera Albania menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah. Kejayaan seterusnya,
menjatuhkan kerajaan Trebizond, iaitu kerajaan Yunani terakhir, tentera
Venice dan berjaya mengekang kebangkitan kaum Venetian.

Dalam bidang ekonomi pula, al Fateh berjaya merancang dan menjana
ekonomi umat Islam dengan menggalakkan aktiviti pertanian, perdagangan,
dan perindustrian. Al Fateh telah bertindak memiliknegarakan tanah – tanah,
mengagihkan tanah kepada golongan petani, serta menyediakan
kemudahan sistem saliran dan subsidi kepada golongan petani. Dalam
bidang perdagangan pula, al Fateh telah melengkapkan kemudahan
insfrastruktur dan prasarana. Bandar Nicae telah dibangunkan sehingga
berjaya membentuk jaringan perdagangan yang maju dengan wilayah –
wilayah lain.

Sultan Muhammad al Fateh telah memperkenalkan mata wang baharu dan
seragam bagi membolehkan aktiviti ekonomi berjalan dengan lancar. Mata
wang yang dihasilkan merupakan simbol kekuatan dan kerajaan yang
berautoriti serta berdaulat. Bagi memastikan segala kekayaan dikongsi
bersama, al Fateh telah menghalang penguasaan individu ( monopoli )
seperti sabun, garam, dan lilin yang kini dijadikan produk negara.

Kerajaan juga telah membina kilang – kilang termasuk kilang senjata bagi
memastikan keselamatan negara terjamin dan dari segi pulangan pastinya
mendatangan keuntungan yang besar. Al Fateh juga telah telah membina
limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan
menara kawalan

Sementara dalam bidang sosial pula, kejayaan al Fateh dilihat berusaha
memajukan bidang pendidikan. Masjid kekal sebagai institusi pendidikan,
pun begitu bagi merancakkan lagi perkembangan pendidikan, al Fateh telah
membuka madrasah dan perpustakaan. al Fateh dikatakan telah membina
lapan buah sekolah yang lengkap dengan asrama, perpustakaan, ruang
makan, perubahan kurikulum, dan menyeragamkan sistem pendidikan
antara kawasan pedalaman dengan pusat bandar serta memberikan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

bantuan dalam bentuk biasiswa. al Fateh juga menggalakkan para menteri
atau wazir, ulama dan hartawan membangunkan institusi pendidikan seperti
sekolah, masjid dan mewakafkan harta kekayaan

Bagi menjaga kebajikan rakyat, beliau juga mendirikan hospital, rumah
kebajikan, rumah fakir miskin dan menyediakan kemudahan telaga. Hospital
yang didirikan menawarkan perubatan percuma tanpa mengira bangsa dan
agama

Sultan al Fateh juga bertindak memperkenalkan dasar kependudukan
baharu, penempatan semula semua pedagang Islam dari kawasan Balkan
dan Anatolia ke Constantinople, impaknya penduduk kota tersebut
mencecah bilangan 100 000 orang dengan majoriti umat Islam di samping
bangsa lain seperti Greek, Yahudi, dan Armenia. Al Fateh juga mengarahkan
negeri – negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing – masing
ke kota tersebut bagi memakmurkan kota tersebut.

Al Fateh juga berusaha memastikan syiar Islam berkembang. Gereja Besar
St Sophia telah diubahsuai menjadi masjid yang dikenali sebagai Masjid Ain
Sofia. Masjid ini dijadikan mercu tanda syiar Islam di Constantinople. Selain
itu, al Fateh juga membina 11 buah masjid lain termasuk berhampiran
makam Abu Ayub al Ansari. Salah satu strategi dakwah al Fateh ialah
melaksanakan dasar kebebasan beragama, membenarkan golongan Kristian
mengamalkan ajaran mereka dan mengarahkan gereja tidak dimusnah atau
dirosakkan. Dasar sebegini membolehkan golongan bukan Islam melihat
akan keadilan agama Islam.

Kesimpulannya, dasar politik, ekonomi dan sosial khususnya di
Contantinople telah berjaya menonjolkan tokoh ini sebagai tokoh terbilang
kerajaan Uthmaniyyah sehingga diiktiraf dengan gelaran Grand Seigneur
oleh sarjana Barat.

Salehuddin al Ayyubi merupakan pemimpin yang berjaya.
Bincangkan.

Salehuddin al Ayyubi dilahirkan di Tirkit pada tahun 1138 Masihi bukan
sahaja merupakan pemimpin tertinggi kerajaan, malah dianggap sebagai
pembela agama, negara dan maruah umat Islam. Kejayaan Salehuddin
dalam segala perancangan berkait rapat dengan sifat kepemimpinan yang
ada pada dirinya seperti berani, tegas, bertolak ansur, berpandangan jauh
dan sebagainya.

Kejayaan membuka Baitumaqdis merupakan kejayaan gemilang tokoh ini
selepas sekian lama berada di kekuasaan golongan Kristian. Daya
kepemimpinan seperti bijak merancang dengan menjadikan Ra’su al Ma
sebagai pusat gerakannya telah membolehkan tentera Islam bergerak dan
berjaya menguasai satu persatu wilayah seperti Karak, Syubak, dan Tabariah.
Malah ketegasan terhadap musuh Islam seperti Raynald yang menghina
Rasulullah SAW telah menggerunkan musuhnya. Sikapnya yang memberi

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

peluang kepada golongan bukan Islam khususnya tentera Salib keluar
daripada Baitumaqdis serta membenarkan golongan bukan Islam
mengamalkan ajaran sedia ada telah menyebabkan tokoh ini dianggap
pemerintah yang adil bukan sahaja dalam kalangan orang Islam bahkan
golongan bukan Islam.

Kejayaan Salehuddin dibuktika dengan keupayaannya mengukuhkan
banteng pertahanan kota Kaherah dengan mengarahkan pembinaan kubu
Qal’ah al Jabal. Salehuddin juga menubuhkan Diwan Armada bagi
memastikan kawasan perairan bebas daripada ancaman musuh dan
bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal – kapal perang dan
armada perang yang besar. Tindakan ini dilakukan setelah beliau mendapati
Mesir adalah tempat yang sesuai untuk membina angkatan laut dan darat.
Benteng pertahanan Kota Iskandariah telah diperkuatkan bagi mengelak
pencerobohan Perancis sama ada melalui jalan darat atau perairan.

Dalam bidang sosial, sebagai tokoh yang berpandangan jauh dan
mementingkan aspek pendidikan, Salehuddin telah banyak membina
sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai ke negaranya
Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yang dikenali
dengan nama Sistem al Katib, mempelajari al Quran, menghafal Hadis dan
meningkatkan kemahiran seni khat. Kanak – kanak juga diajar asas ilmu
matematik, syair, kata – kata hikmat dan asas beribadat seperti solat
berjamaah Masjid berperanan sebagai pusat pembelajaran yang penting
khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir. Antara masjid yang terkenal
pada zamannya ialah Masjid Amru al As, Masjid al Azhar, dan Masjid al
Alttarin di Iskandariah. Kesungguhan beliau dalam aspek pendidikan
terserlah apabila beliau sanggup mewakafkan 32 buah kedai untuk
dijadikan sekolah malah membiayai guru – guru yang mengajar di sekolah
– sekolah yang didirikan.

Salehuddin al Ayyubi juga mempamerkan pemerintah yang mementingkan
kebajikan rakyat, hospital telah didirikan dengan mengubah sebuah dewan
di istana yang dibina oleh al Aziz bin al Muiz dengan menjadikannya sebuah
hospital yang dinamakan Bimaristan al Atiq. Sebuah gedung ubatan
disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang
ditetapkan kepada para pesakit, malah di hospital yang dibina terdapat
ruangan khas untuk pesakit wanita dan jaring – jaring besi bagi mengelak
pesakit mental mengganggu pesakit lain.

Dari segi ekonomi, Salehudin mempamerkan watak pemimpin yang adil,
walaupun beliau melaksanakan dasar pencukaian, kadar yang dikenakan
tidak membebankan, sama ada cukai jizyah dan kharaj. Cukai yang
membebankan pada zaman kerajaan Fatimiyyah dihapuskan seperti cukai
yang dikenakan ke atas jemaah haji. Beliau turut menumpukan perhatian
terhadap sektor pertanian, penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan
dan memperkenalkan teknik pertanian agar berlaku peningkatan
produktiviti. Mesir juga telah menjadi pusat pertemuan para pedagang
Timur dan Barat. Beliau juga membina banyak pasar di Mesir dan Syria dan
memulih dan meluaskan pasar – pasar yang sedia ada.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Ciri kepemimpinan semulajadi yang dimiliki oleh tokoh ini banyak
menyumbang kejayaan tokoh ini dalam menerajui kerajaan dan umat Islam
khususnya berhadapan dengan musuh khususnya tentera Salib sehingga
berjaya merebut kembali kota suci itu. Kejayaan terbesar itu telah menjadi
titik tolak kepada usaha pengukuhan dan pembangunan yang
mencerminkan beliau merupakan tokoh yang berjaya.

Nilaikan impak hubungan diplomatik yang dijalankan pada zaman
Nabi Muhammad SAW

Pembentukan negara Islam Madinah dapat direalisasikan apabila Nabi Utusan Diplomatik Zaman
Muhammad s.a.w melakukan hijrah dari Makkah berikutan tentangan yang Nabi Muhammad
kian hebat daripada kaum Quraisy. Bagi mengukuhkan negara Islam yang
baharu dibentuk, Baginda s.a.w. merangka pelbagai strategi, salah satu Muaz bin Jabal ke Yaman
kaedah yang digunakan ialah berusaha menjalinkan hubungan dengan Khalid al Walid ke Najran
negara - negara luar serta kabilah - kabilah Arab bagi mendapat Amru b Umaiyah ke Habsyah
pengiktirafan daripada negara atau kabilah berkenaan di samping Al Ala Hadhrami ke Bahrain
mempunyai matlamat dari segi ekonomi, agama, sosial dan sebagainya. Amru As ke Oman
Dahiyah al Kalbi ke Rom
Bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan pihak - pihak luar, Baginda Abdullah b Huzaifah ke Parsi
s.a.w. telah menggunakan kaedah dengan menghantar utusan yang
membawa surat Baginda s.a.w. menemui pemimpin - pemimpin kabilah
Arab dan negara - negara dalam dan luar Tanah Arab. Antara kabilah yang
menjadi sasaran Nabi Muhammad s.a.w. ialah Bani Tamim, Bani Hanifah,
Bani Amir, Bani Tayy’, Bani Murrah, Bani Kindah, dan Bani Hamdan yang
bukan sahaja menerima dengan terbuka utusan yang dihantar oleh Baginda
s.a.w. malah turut sama menyatakan keislaman sekaligus mengukuhkan
negara Islam dan pengaruh Nabi Muhammad s.a.w. dalam kalangan kabilah
- kabilah Arab.

Kejayaan atau respons positif yang diterima ini, menyebabkan Nabi
Muhammad s.a.w. mengorak langkah lebih jauh dengan berusaha
mewujudkan hubungan diplomatic dengan kerajaan - kerajaan yang lebih
besar. Sasaran awal Baginda s.a.w. ialah negara - negara yang berhampiran
dengan negara Islam Madinah. Baginda s.a.w. telah menghantar seperti
Shuja’ bin Wahab ke Ghassan, al A’la al Hadhrami ke Bahrain, Amru al As ke
Oman. Pelbagai respons yang diterima, antaranya di Bahrain, gabenornya al
Munzir bin Saawa al Abid telah menyatakan keislaman dan memohon agar
Baginda s.a.w. membimbingnya dan menyelesaikan permasalahan berkaitan
agama dan perkara – perkara umum. Begitu juga di Oman, kehebatan wakil
Rasulullah s.a.w. berhujah menyebabkan Raja Oman menyatakan
keislamannya , malah Amru al As telah diarahkan oleh Rasulullah s.a.w.
tinggal di Oman beberapa ketika bagi membantu pemerintah berkenaan
mendalami hal - hal yang berkaitan dengan ajaran Islam.

Bagi memastikan kekuatan kerajaan Islam, Baginda s.a.w. turut sama
berusaha mendapat pengiktirafan daripada negara - negara di luar Tanah
Arab, antara tindakan yang dilakukan ialah berusaha mengukuhkan semula
hubungan dengan pemimpin kerajaan Habsyah yang banyak membantu
perjuangan Islam pada peringkat awalnya. Respons positif Raja Najasyi

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

berkekalan sehingga pemrintah berkenaan mangkat, maka tidak hairanlah
Nabi Muhammad s.a.w. telah menunaikan solat jenazah secara ghaib
apabila mendengar berita kewatan pemimpin yang turut menganut dan
menyembah Tuhan Yang Esa ini. Di Mesir, respons yang diterima oleh
Baginda s.a.w. juga agak positif, meskipun al Muqaiqis, Raja Mesir meskipun
tidak menerima Islam, baginda telah menghantar hadiah termasuk seorang
hamba, Mariyyah al Qibtiyah yang kemudiannya menjadi isteri Baginda
s.a.w. dan melahirkan putera kepada Nabi Muhammad s.a.w. namun
meninggal dunia ketika

Berbeza dengan pemerintah Rom dan Parsi yang mengamalkan ideologi
politik yang berbeza, meskipun Nabi Muhammad s.a.w. sedar betapa
tingginya risiko menghantar utusan menemui pemerintah kerajaan
berkenaan, Baginda s.a.w. tetap tegar berusaha unuk menjayakannya.
Baginda s.a.w. telah menghantar Abdullah bin Huzaifah menemui Kisra Parsi
dan Dahiyah bin Khalifah bagi mengadap Raja Rom. Sebagaimana yang
dijangkakan, Kisra Parsi telah menunjukkan kebiadapannya, bukan sahaja
utusan Nabi Muhammad s.a.w. telah dihina dan ditohmah dengan pelbagai
nista, surat yang dikirimkan oleh Baginda s.a.w. turut sama telah dikoyak
oleh pemerintah berkenaan. Keadaan di Rom sedikit berbeza, peringkat
awal, Kaisar Rom, Heraclius menerima secara baik, nemun setelah
mengadakan perjumpaan secara tertutup dengan para pembesar, Kaisar
Rom telah mengambil keputusan menolak dan mengusir utusan yang
dihantar oleh Baginda s.a.w.; salah sebabnya ialah bimbang hilang
kedudukan sebagai pemerintah dan terpaksa tunduk kepada Nabi
Muhammad s.a.w.

Apa yang pasti hubungan diplomatik yang diinisiatifkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. sememangnya banyak meninggalkan impak yang positif.
Dari segi agama, umpamanya agama Islam kini kian berpengaruh dan
diterima oleh kabilah - kabilah dan sesetengah pemimpin kerajaan.
Gambarannya, Islam bukan sahaja bertapak dan diterima oleh bangsa Arab
malah bangsa - bangsa lain. Bukti penerimaan Islam dalam kalangan kabilah
Arab dan pemimpin kerajaan lain ialah seruan Nabi Muhammad s.a.w.
melalui pelaksanaan hubungan diplomatik ini terbukti apabila pada tahun
10 H, 100 000 orang Islam telah menyahut seruan Baginda s.a.w.
mengerjakan haji bersamanya yang dikenali sebagai Hajjat al Wada’

Dari segi politik, penerimaan agama Islam menggambarkan kerajaan Islam
kini diiktiraf oleh negara - negara lain, begitu juga dengan kesanggupan
pemimpin kerajaan lain, respons positif menggambarkan kerajaan -
kerajaan seperti Oman, Bahrain. Dan Habsyah sanggup berada di bawah
kerajaan Islam Madinah. Begitu juga kabilah - kabilah yang enggan
menerima Islam, kesanggupan berdamai dengan kerajaan Islam
menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w. kian menghampiri menguasai
keseluruhan kota Madinah.

Manakala dengan Rom dan Parsi, sikap bidap pemerintah negara berkenaan
telah meneruskan ketegangan atau api permusuhan dengan kerajaan Islam.
Rom telah menggunakan sekutunya, kabilah di Ghassan untuk mengancam
negara Islam Madianah, malah bertidak kejam membunuh utusan - utusan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga dengan Parsi, akhirnya kerajaan ini telah
jatuh ke tangan kerajaan Islam atas sebab kebiadapan pemimpinnya yang
mengoyak surat yang dihantar sehingga Baginda s.a.w. bersabda, kerajaan
akan koyak rabak atas sebab ‘tangan’ Kisra Parsi yang tidak mengenal erti
persahabatan dan diplomasi.

Kesimpulannya, apa yang pasti hubungan diplomatic yang diinisiatifkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebenarnya menggambarkan Baginda s.a.w.
merupakan seorang yang mempunyai visi dan misi yang hebat, malah
kejayaan Baginda mewujudkan hubungan yang erat dengan kabilah dan
negara lain mengesahkan lagi bahawa Baginda sememangnya layak digelar
negarawan yang ulung apatah lagi dasar ini menjadi turning point ke arah
pembentukan negara Islam yang stabil serta mengambil alih peranan Rom
dan Parsi dari segi jangka panjangnya.

Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman kerajaan Khulafa
al Rasyidin dan Bani Umaiyah pada abad ke-7 Masihi hingga 8 Masihi

Pelaksanaan hubungan luar merupakan salah satu simbol kedaulatan dan
lambang pengiktirafan sesebuah negara terhadap negara lain. Dalam
konteks sistem sistem naungan, pelaksanaannya dikaitkan dengan
pembayaran jizyah yang merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas
golongan bukan Islam sebagai balasan perlindungan nyawa dan harta serta
simbol kekuasaan kerajaan Islam. Pelaksanaan sistem naungan sebegini
sebenarnya telah bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW dan
diteruskan pada zaman Khulafa al Rasyidin dan Bani Umaiyah.

Pelaksanaan sistem naungan sememangnya lebih ketara pada zaman Konsep naungan politik
Khulafa al Rasyidin, berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan
dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab. Melalui dikaitkan dengan pelaksanaan
ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama jizyah negara atau kabilah
Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan berada di bawah kepemimpinan
kerajaan Islam. Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar, kejayaan Nabi Muhammad SAW dan para
mengalahkan beberapa kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq, khalifah
menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar, Ain al Tamar sanggup
membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam
di Madinah.

Zaman Khalifah Umar al Khattab menyaksikan semakin banyak negara
menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam,
umpamanya di Mesir setelah kejayaan Amru al As menghapuskan
penjajahan Rom di sana. Begitu juga dengan penduduk Baitul Maqdis,
melalui pemimpinnya yang telah menandatangani perjanjian damai dengan
Khalifah Umar al Khattab telah menyatakan kesanggupan membayar jizyah
dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa
dan harta benda semua penduduk Baitul Maqdis, jaminan kebebasan
beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitul Maqdis, dan
bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh
penduduk Baitul Maqdis kepada pemerintahan Islam.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Selain itu, Syria, Palestine, Jordan turut sama menyatakan kesanggupan
membayar jizyah berikuatan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan
Khalid al Walid dan Abu Ubaidah al Jarrah mengalahkan Rom dalam
beberapa siri peperangan. Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin
Affan pula, beberapa kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan
berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah,
umpamanya penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli, dan Nubah.

Pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pula, terutama sewaktu pemerintahan
al Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua
Asia, Afrika, dan Eropah telah menyebabkan beberapa kawasan menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam. Kempen
ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al Qassim, bukan
sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, pemerintah Sind, malah
kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya
menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.

Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, kejayaan
menakluk Marw, Karminiyah dan Bukhara, penduduk yang enggan
menganut agama Islam dikehendaki membayar jizyah sebagai balasan atau
jaminan keselamatan daripada kerajaan Bani Umaiyah melalui gabenornya
iaitu Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim. Di Afrika Utara
pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan
Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Septah, sekaligus
membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu
loncatan kemaraan tentera Islam ke Sepanyol

Naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam, amnya akan membawa
kepada pengiktiafan negara – negara lain termasuk Parsi dan Rom meskipun
kerajaan ini mempunyai sikap antiIslam. Melalui hubungan yang dijalankan
ini legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui
sempadan geografi.

Huraikan kepentingan hubungan luar yang dijalankan oleh kerajaan
Abbasiyah

Kerajaan Bani Abbasiyah yang dibentuk selepas kejayaan menjatuhkan Kerajaan Yang Menjalinkan
kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 750 Masihi. Sepanjang pemerintahan
kerajaan yang berpusat di Baghdad ini, terdapat beberapa orang tokoh Hubungan Dengan Kerakaan
khalifah yang berwibawa, antaranya Abu Jaafar al Mansor, Harun al Rasyid, Abbasiyah ( persahabatan )
dan puteranya, al Makmun. Bagi memastikan kekuatan dan kedaulatan
kerajaan ini, hubungan telah dijalinkan dengan kerajaan – kerajaan luar  Perancis
sama ada dengan kerajaan di Tanah Arab mahupun luar Semenanjung  India
Tanah Arab, seperti China, India, Rom dan lain – lain. Hubungan yang  China
dijalinkan ini meninggalkan banyak kesan sama ada dati sudut politik,
ekonomi, agama dan sebagainya.

Hubungan dengan Perancis dijalinkan amya telah memberikan banyak
manfaat dari sudut politik, ekonomi, dan sosial. Sejarah mencatatkan
hubungan begitu akrab antara dua orang pemimpin, iaitu Harun al Rasyid

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dan Raja Charlemagne bagi pihak Perancis. Dari sudut politik, hubungan ini Hubungan Akibat Peperangan /
terbentuk disebabkan kedua – dua kerajaan menghadapi musuh yang sama, Melalui Perjanjian Damai
iaitu kerajaan Umaiyah di Andalus, oleh sebab itu dengan kerjasama kedua  Rom
– dua pihak akan memperkuatkan lagi banteng pertahanan masing – masing
daripada pencerobohan kerajaan di Andalus. Impak perjanjian atau Hubungan dengan kerajaan
hubungan yang dijalinkan ini telah membawa kepada pertapakan dan Aghlabiyah di utara Afrika juga
perkembangan agama Islam khususnya di Perancis dan Eropah Barat amnya, adalah sebagai tanda naungan
begitu juga dengan aktiviti perdagangan, berlakunya perdagangan dua hala kerajaan Abbasiyah kerana
antara kedua – dua buah negara yang saling memerlukan ini. Khalifah Harun al Rasyid
melantik Ibrahim al Aghbiyyah
Berhubung dengan Rom atau kerajaan Byzantine pula, hubungan antara sebagai pentadbir wilayah
kedua – dua negara sentiasa dalam keadaan tegang. Peperangan berkenaan
merupakan suatu kelaziman, serangan tentera Islam yang diketuai oleh
Harun al Rasyid pada tahun 780 Masihi telah memaksa Ratu Irene menyerah Wilayah yang dikuasai di Asia
kalah, bersedia membayar ufti tahunan berjumlah 90 000 dinar setahun dan Minor
mempersetujui gencatan senjata. Malah, kemenangan ini telah  Heraclea
membolehkan agama Islam disebarkan di kawasan kekuasaan Rom Timur  Tyans
serta membolehkan umat Islam menjalinkan aktiviti perdagangan di  Iconium
persisiran Laut Mediterranean. Pun begitu, Rom sekali lagi menguji kekuatan  Ephesus
tentera Islam, apabila Nicephorus bertindak menyerang, menyebabkan  Cyprus
Harun al Rasyid bertindak balas, bukan sahaja berjaya mengalahkannya,
bahkan menguasai beberapa buah wilayah di Asia Minor milik kerajaan Rom
Timur. Apa yang pasti perjanjian damai ini telah memberikan impak yang
positif kepada kerajaan Islam.

Kerajaan ini turut menjalinkan hubungan dengan India dan China, yan
pastinya memesatkan lagi ativiti perdagangan memandangkan kedua – dua
negara berkenaan sememangnya terkenal dengan aktiviti perdagangan.
Melalui hubungan ini, bukan sahaja Baghdad dan pelabuhan – pelabuhan
lain kian sibuk, malah secara tidak langsung membolehkan kerajaan
Abbasiyah meraih pendapatan dalam bentuk cukai khususnya cukai
perdagangan , atau disebut usyur. Malah telah pertukaran barangan,
berikutan berlakunya kegiatan import dan eksport antara negara berkenaan
dengan kerajaan Bani Abbasiyah.

Kepentingan lain hubungan luar antara kerajaan Bani Abbasiyah dengan
kerajaan – kerajaan luar ialah berlkaunya perkembangan intelektual yang
pesat pada zaman itu, apatah lagi khalifah – khalifah bukan sahaja bertindak
sebagai penaung malah telah mendirikan pelbagai institusi pendidikan dan
keilmuan, umpamanya Harun al Rasyid telah mendirikan gedung ilmu yang
dikenalis ebagai Baitul Hikmah yang menjadi tumpuan golongan cerdik
pandai baik beragama Islam mahupun bukan beragama Islam menghasilkan
karya, menjalankan aktiviti penterjemahan, dan berdialog atau
bermuzakarah sekaligus menjadikan kota Baghdad sebagai pusat
perkembangan intelektual ilmu aqli dan ilmu naqli tersohor pada tempoh
masa tersebut.

Kesimpulannya, hubungan luar yang dilaksanakan oleh kerajaan Abbasiyah
menunjukkan betapa pentingnya kepada sesebuah negara, bukan sahaja
mencerminkan kedaulatan sesebuah negara, bahkan yang lebih penting
ialah ianya dapat memperkuatkan negara dari pelbagai aspek.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Keadaan kerajaan Turki Uthmaniyyah umpama retak menanti belah
apabila menandatangani perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat
mulai abad ke-17 Masihi . Bincangkan.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah dibentuk selepas jatuhnya kerajaan Abbasiyah Perjanjian perjanjian yang
di tangan tentera Monggol yang berjaya menguasai dan memusnahkan
kota Baghdad pada pertengahan abad ke-13 Masihi. Kerajaan Uthmaniyyah ditandatangani antara kerajaan
ini ditubuhkan oleh Uthman bin Ertoghrul pada tahun 1281 dan bertahan
sehingga tahun 1924. Menjelang abad ke-17 Masihi, kerajaan ini mula Uthmaniyyah dengan kuasa
meniti era kesuraman berikutan tekanan dan provokasi kuasa Barat
termasuk dan Russia di samping pemberontakan di wilayah kekuasaan Barat:
menyebabkan beberapa siri perjanjian ditandatangani menyebabkan
wilayah kekuasaan kian mengecil dan dikatakan kerajaan Turki Uthmaniyyah  Perjanjian Radsin
menjadi titik tolak kemerosotan kerajaan ini.  Perjanjian Karlowitz
 Perjanjian Passaorowit
Tekanan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah bermula apabila kejayaan  Perjanjian Belgrade
Sultan Muhammad IV yang menerajui ekspedisi ketenteraan di Poland pada  Perjanjian Kainarji
tahun 1676 yang membawa kepada penguasaan wilayah Ukraine, ekoran  Perjanjian Jassy
termeterainya perjanjian damai antara kedua – dua pihak. Namun, perjanjian  Perjanjian Dardanela
damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia yang tidak berpuas  Perjanjian San Stefeno
hati dengan penyerahan wilayah ini. Kerajaan Turki terpaksa campur tangan
ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia.

Sultan Muhammad IV telah menandatangani Perjanjian Radsin dengan
Russia setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini,
kerajaan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka
perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna orang Turki telah hilang
kuasa mereka di Laut Hitam yang merupakan kawasan stategik bukan sahaja
dari sudut pertahanan malah perdagangan antarabangsa.

Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III ( 1703 M), kerajaan Turki
Uthmaniyyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan
Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada
zaman Sultan Mustafa II. Peperangan ini berakhir dengan Perjanjian
Karlowitz. Kesan daripada perjanjian ini ialah sebahagian besar daripada
wilayah Turki Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam, termasuk
Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland.

Serangan yang dilancarkan oleh kerajaan Venice dan Austria telah berjaya SOALAN KLON
mengalahkan tentera Turki Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam
Peperangan Petewarden. Melalui Perjanjian Passarowit, Turki telah Perjanhian dengan kuasa –
kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. kuasa Barat menjadi titik
Manakala Venice pula menduduki kawasan pantai Dalmatia. Pada tahun tolak kelemahan kerajaan
1770, sewaktu Turki Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, Uthmaniyah. Jelaskan.
tercetus Perang Chesme di pantai Asia Minor antara Turki Uthmaniyyah
dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada
tahun 1774 menyaksikan Turki kehilangan wilayah – wilayah seperti Kinburn,
Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin
parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek – Byzantine, ini terbukti
apabila perikatan ini merampas Moldovia dan Wallachia

1876 pula menyaksikan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang diperintah oleh
Sultan Abdul Hamid, setahun selepas itu Rusia telah mengisytiharkan
perang ke atas Turki Uthmaniyyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian
San Stefeno pada tahun 1878. Perjanjian ini sekali lagi menguntungkan
Rusia sedangkan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin mengecil ekoran
pembebasan wilayah kekuasaannya serta kini berpindah milik kepada Rusia.
Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Turki
Uthmaniyyah.

Kegagalan kerajaan Turki Uthmaniyyah menyerap tekanan kuasa – kuasa
Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang
menuntut agar kuasa Sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan prinsip
demokrasi. Keengganan Sultan Abdul Hamid melayan permintaan
perjuangan Gerakan Turki Muda yang kini mendapat sokongan golongan
tentera telah menyebabkan Sultan Abdul Hamid digulingkan.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

TEMA 2

Bincangkan kegiatan – kegiatan ekonomi yang dijalankan pada SOALAN KLON
zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-12
Masihi Huraikan faktor – faktor
kemajuan ekonomi pada
Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk hasil daripada suatu revolusi yang zaman kerajaan Abbasiyah
dilancarkan ke atas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 H.
Era kegemilangan bermula pada zaman Abu Jaafar al Mansor dan mencapai Dua batang sungai yang
kemuncaknya sewaktu pemerintahan Harun al Rasyid, dibuktikan dengan
banyaknya nilaian harta dalam Baitulmal. Kedudukan ibu kota kerajaan ini melimpahkan tanah lanar ialah:
di kawasan yang strategik serta terdapat dua batang sungai yang  Sungai Furat
melimpahkan tanah yang subur membolehkan aktiviti perdagangan dan  Sungaj Dajlah
pertanian berkembang dengan pesat sehingga abad ke-11 hingga abad ke-
12 Masihi pada era kekuasaan Bani Buwaih Dua batang sungai yang

Tidak dapat dinafikan pertanian merupakan aktiviti utama kerajaan ini, hal membawa kepada
ini disebabkan mempunyai banyak kawasan yang subur khususnya
berhampiran Sungai Furat dan Dajlah. Tanaman utama ialah tanaman bijirin pembentukan Tamadun
khususnya tamar, gandum, anggur, buah tin, limau, dan epal. Pemerintah
berperanan memajukan sektor pertanian; menyediakan kemudahan sistem Mesopotamia pada zaman silam
saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan pembukaan tanah – tanah
baharu serta melebarkan sungai dan terusan. Bagi meningkatkan jumlah Bukti aktiviti perdagangan
pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan; lahir ramai tokoh cendekiawan  Di sepanjang pelabuhan,
yang mencetuskan idea – idea baharu melalui penguasaan ilmu botani.
terdapat beratus kapal
Perdagangan juga merupakan salah satu aktiviti utama bagi menjana dagang dan kapal perang
pendapatan ekonomi kerajaan Bani Abbasiyah. Baghdad merupakan pusat  Deretan bangunan kedai
ekonomi komersial, terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq didirikan
Baghdad. Kedudukan Baghdad yang strategik menjadi laluan perdagangan  Terdapat pelbagai barangan:
antarabangsa menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan pada - rempah ratus ( India )
masa ini Peranan pemerintah seperti menyediakan kemudahan seperti - sutera ( China )
ruang niaga dan jaminan keselamatan khasnya daripada ancaman lanun - batu permata ( Turki )
dan rompakan merupakan faktor pelengkap perkembangan perdagangan - madu ( Scandinavia )
pada zaman ini. Contoh pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang pada - gading ( Afrika Timur )
zaman ini ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah - gandum ( Mesir )
- minyak wangi ( Parsi )
Perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi utama kerajaan Bani
Abbasiyah sewaktu era kekuasaan Bani Buwaih. Antara sumber pengeluaran Sumber Pendapatan Kerajaan
utama ialah hasil tenunan dan permaidani yang dikeluarkan oleh kilang – Abbasiyah
kilang di Baghdad, Syiraz dan Isfahan yang terletak di Parsi. Terdapat juga  Cukai Jizyah; hasil
pengeluaran pinggan mangkuk dari Mesir, barangan kaca, tembikar dan
mozek yang dihasilkan oleh kilang – kilang di Baghdad, Mesir dan Syam, kemenangan ke atas Rom
barangan kulit dan senjata turut dihasilkan di Mesir dan Maghribi, manakala  Cukai tanah
barangan perhiasan dikeluarkan di kilang – kilang yang terletak di Yaman,  Cukai pendapatan
Khurasan, Bahrain, dan Lubnan  Cukai air
 Cukai tol
 Cukai pasir
 Harta rampasan perang

Cukai dibayar dalam bentuk
wang emas / wang perak

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Satu lagi sektor atau kegiatan ekonomi yang penting terdapat pada kerajaan
Abbasiyah ialah perlombongan. Kegiatan – kegiatan perlombongan emas
dan perak serta batu – batu permata dijalankan di beberapa buah wilayah
kekuasaan kerajaan ini khususnya di kawasan Asia Tengah. Aktiviti
mencarigali sumber – sumber galian ini menyumbang kepada terdirinya
kilang – kilang atau kemunculan industri pembuatan khususnya penghasilan
barang – barang kemas yang merupakan salah satu sumber eksport utama
kerajaan Abbasiyah.

Meskipun pada abad ke-11 Masihi dan ke-12 Masihi merupakan era
kemerosotan kerajaan Bani Abbasiyah, namun pemimpinnya tegar berusaha
membangunkan sektor – sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian
bagi memastikan umat Islam dapat menikmati taraf hidup yang tinggi dan
melaluinya, kerajaan dapat menyediakan prasarana yang menggambarkan
kebajikan rakyat tidak diabaikan

Bincangkan faktor – faktor kemunculan Melaka sebagai pusat
perdagangan pada abad ke-15 Masihi.

Sejarah mencatatkan Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400 Masyarakat Melaka
Masihi, dengan daya kepemimpinan semulajadi serta sikapnya yang
berpandangan, Parameswara telah berjaya mengubah lannskap Melaka dari mengusahakan dua kegiatan
sebuah perkampungan nelayan bertukar kepada sebuah pelabuhan yang
menjadi tumpuan pedagang antarabangsa sama ada pedagang dari China ekonomi:
mahupun India. Amnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang
kemunculan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan sama ada faktor - Sara diri
semulajadi mahupun dasar pemerintah.
 Bersawah
Faktor semulajadi utama pastinya dikaitkan dengan kedudukan Melaka dari  Berdusun
segi geografi. Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi  Menternak binatang
tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya  Memburu
dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu  Memungut hasil hutan
terletak di tengah - tengah jalan perdagangan antara India dan China.  Kraftangan
Pelabuhannya terlindung daripada angin monsun, perairan yang dalam dan  Berniaga secara kecil –
jauh daripada paya bakau. Pun begiti paya bakau itu bertindak sebagai
banteng pertahanan semulajadi pelabuhan Melaka. Kedudukannya yang kecilan
strategik membolehkan Melaka berfungsi sebagai pelabuhan entreport;
terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah - Komersial
ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah  Perdagangan
menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.
SOALAN KLON
Selain itu, dasar pemerintah turut membawa kepada kemunculan Melaka
sebagai pusat perdagangan. Pemerintah Melaka telah membentuk sistem Kemunculan Melaka
pentadbiran yang sistematik bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan
lancer, umpamanya menjadi tanggungjawab Temenggung menjamin sebagai pelabuhan
keamanan, manakala Laksamana diharapkan menjamin perairan Melaka
terselamat daripada ancaman musuh khususnya lanun. Pemerintah turut antarabangsa dikaitkan
melantik golongan tertentu menguruskan perdagangan, Syahbandar
menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai dengan dasar kerajaan.
hukum dan sistem percukaian serta memastikan keselesaan pedagang.
Berikan ulasan anda.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Manakala Nakhoda dan Kiwi pula dipertanggungjawabkan dalam hal
perdagangan, perkapalan dan pelayaran. Orang Laut dilantik menjadi
tentera untuk mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka daripada
ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan
khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka.

Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat Kemajuan Melaka pada abad ke-
perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan 15 Masihi
membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka.
Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar - Pelabuhan entreport
menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan
daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudang - gudang dikelilingi oleh - Pusat penyebaran agama
pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga. Islam
Keselamatan dan kestabilan politik diperkukuhkan dengan penggubalan
dan pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang – undang Laut Melaka - Pusat pendidikan Islam
khasnya membolehkan para pedagang mendapat jaminan keselamatan
barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan
pencemaran lanun.

Kerajaan Melaka telah memperkenalkan Sistem Cukai Berkeutamaan bagi
menarik kedatangan para pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan
Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi
sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar
Barat yang menetap di Gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi
bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa,
Maluku dan Sumatera.

Perkara yang tidak kurang penting dalam menjamin Melaka muncul sebagai
pelabuhan ialah Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan
daripada China daripada ancaman musuh. Hubungan ini telah
menyelamatkan Melaka daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan
damai yang wujud membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga
telah menggalakkan kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan
wujudnya perkembangan perdagangan dua hala.

Dasar imperialisme Kerajaan Melaka turut sama merancakkan lagi
kemunculan dan perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa. Kerajaan Melaka berjaya menguasai kawasan yang luas
sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil
tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke
atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas
dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.

Kesimpulannya, kemunculan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa
khususnya sebagai pelabuhan entreport berpunca daripada kelebihan dari
segi fisikal ditambah dengan kecekapan para pemerintah merangka strategi
dan dasar sehingga menjadi tumpuan para pedagang antabangsa.
Kedatangan Islam merancakkan lagi peranannya sebagai pusat
perdagangan, kerana secara tidak langsung ianya akan menarik kedatangan
para pedagang daripada Tanah Arab dan Parsi, serentak dengan itu, turut
berperanan sebagai pusat penyebaran agama Islam di Alam Melayu.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Huraikan peranan Baitulmal dalam sesebuah kerajaan Islam bermula
zaman Khulafa al Rasyidin.

Baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggung jawab SOALAN KLON
menyelenggara harta – harta umum atau menyimpan barangan yang
berharga. Institusi ini juga dikenali dengan istilah Perbendaharaan Negara. Penubuhan Baitul mal amat
Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman penting bagi menjana
Rasulullah s.a.w. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam agak ekonomi umat dan syiar
terhad. Institusi ini dipercayai berperanan dengan berkesan dan ditubuhkan Islam. Jelaskan.
secara rasmi pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab berikutan
bertambahnya kawasan jajahan negara Islam yang secara tidak langsung Sumber Baitul mal
telah meningkatkan sumber pendapatan negara.  Zakat
 Jizyah
Peranan dan pelaksanaan institusi ini menjadi penting dan lebih formal pada  Kharaj
zaman Khalifah Umar al Khattab, disebabkan harta negara Islam kian  Usyur
bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Berikutan dengan  Ghanimah
situasi sedemikian, Khalid al Walid telah mencadangkan kepada Umar al  Al Fayy
Khattab supaya ditubuhkan sebuah badan khusus untuk mengawal urusan  Sedekah
pentadbiran ke atas harta – harta tersebut. Sehubungan dengan itu, Khalifah  Harta wakaf
Umar al Khattab telah melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal
dan Jubair bin Mut’am untuk mengendalikan institusi yang dikenali sebagai
Diwan atau Khazanah.

Antara kepentingan penubuhan institusi ini ialah untuk membasmi
kemiskinan. Melalui sumber zakat yang diperoleh sama ada zakat fitrah
ataupun zakat harta, ianya akan diagihkan kepada golongan yang berhak
menerimanya khususnya golongan fakir dan miskin. Implikasi daripada
tindakan ini bukan sahaja masalah golongan ini dapat dikurangkan, malah
ia secara tidak langsung ia dapat mendekatkan jurang sosial sekaligus
mewujudkan masyarakat yang harmonis dalam sesebuah negara.

Sumber – sumber Baitul mal juga digunakan untuk penyediaan keperluan –
keperluan asas. Antara keperluan asas yang diberikan keutamaan oleh
pemerintah ialah pembinaan masjid, kemudahan jalan raya, sistem
pengairan dan sebagainya. Kemudahan – kemudahan asas yang disediakan
merupakan lambang tanggungjawab sosial pemerintah yang tidak
mengabaikan soal kebajikan masyarakat di bawah pentadbirannya.

Sumber Baitul mal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan
termasuk anggota tentera. Khalifah Umar al Khattab telah mengisytiharkan
peraturan larangan para anggota tentera memiliki tanah – tanah yang
dirampas sebaliknya tanah – tanah tersebut diserahkan kepada pemilik –
pemilik asal tanah berkenaan. Sebagai balasan, anggota tentera diberikan
imbuhan atau elaun yang diambil daripada Baitul mal. Tujuan Khalifah Umar
al Khattab berbuat demikian untuk mengelakkan timbulnya perselisihan
sesama anggota tentera yang boleh menggugat kestabilan negara dan
menurunkan disiplin anggota tentera berkenaan.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kepentingan institusi ini antaranya ialah untuk meningkatkan taraf hidup Pengurusan Baitul mal Zaman
umat Islam. Melalui sumber Baitul mal, pelajar – pelajar Islam akan diberikan
bantuan dalam bentuk insentif kewangan atau biasiswa bagi mendalami Khalifah Umar al Khattab
ilmu pengetahuan khususnya bidang keagamaan. Begitu juga dengan
individu – individu yang ingin memulakan perniagaan atau melibatkan diri  Pelaksanaan secara formal
dalam kegiatan pertanian, mereka akan diberikan bantuan oleh pihak  Perlantikan pegawai khas
pemerintah melalui sumber kewangan ini.  Harta amanah Allah
 Penyediaan buku catatan
Seterusnya kepentingan institusi ini ialah menjaga harta yang diwakafkan  Kegunaan seperti bantu
oleh seseorang individu ataupun menjadi pemegang amanah kepada
individu yang meninggal dunia tanpa sebarang waris. Kebiasaan harta yang golongan asnaf, penyediaan
menjadi amanah kepada Baitulmal ialah hartanah dan sejumlah wang.
kemudahan awam

Penubuhan Baitulmal pada zaman Khulafa al Rasyidin sesungguhnya dapat
menjamin bukan sahaja pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam
bahkan ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik serta
memastikan harta yang dimiliki dijaga dengan sebaik yang mungkin
berdasarkan syariat yang ditetapkan, malah intitusi ini juga
menggambarkan kehebatan kerajaan Islam menguruskan ‘amanah’ Allah
dan sumber yang ada digunakan untuk menjana ekonomi umat Islam.

Huraikan tindakan pemerintah zaman Bani Abbasiyah untuk
memulihkan sumber kewangan negara antara abad ke-9 hingga
abad ke-11 Masihi.

Zaman Bani Abbaisyah merupakan salah satu zaman kegemilangan Islam
terutamanya dalam bidang inteleketual dan ekonomi. Para sejarawan
mencatatkan sebelum Khalifah Harun al Rasyid meninggal dunia, beliau
telah meninggalkan sejumlah harta yang banyak dalam Baitulmal. Namun
selepas pemerintahan khalifah – khalifah berikutnya, kewangan agak
meruncing menyebabkan beberapa usaha dilakukan untuk memulihkan
kembali institusi kewangan tersebut.

Zaman pemerintahan Khalifah al Musta’in, institusi Baitulmal telah
mengalami sedikit perubahan apabila beliau telah melantik Utamish sebagai
wazir dan Ahmad al Khasib sebagai katib. Cadangan Utamish agar gaji
tentera dan kakitangan kerajaan dua bulan sekali dan menyatukan
pentadbiran kewangan negara dan pentadbiran ketenteraan untuk
menjimatkan kos tidak dipersetujui oleh Ahmad al Khasib. Manakala pda
zaman pemerintahan Khalifah al Muhtadi, baginda berusaha
memperbaharui dasar Baitulmal dengan merombak dasar yang
diperkenalkan oleh Utamish, sebaliknya bertindak membayar gaji tentera
dan pegawai awam sebulan sekali

Pada zaman pemerintahan Khalifah al Mu’tadid pula menyaksikan usaha
untuk memulihkan kewangan negara, antara meminta kerajaan Saffariyah
membayar cukai tahunan sebanyak 4 juta dirham sebagai balasan diberikan
kuasa memerintah wilayah timur yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan
Samaniyah. Kerajaan juga mewujudkan undang – undang pusaka Islam yang
baharu dengan menubuhkan sebuah jabatan yang bertanggungjawab

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

menguruskan soal harta pusaka. Melalui peraturan ini, sekiranya tidak ada
pihak waris menuntut harta berkenaan, ianya akan menjadi milik
perbendaharaan negara.Kerajaan pada masa ini juga memperkenalkan
sistem percukaian ala pertanian di kawasan – kawasan langsung kerajaan
pusat, sistem konsesi di daerah – daerah sekitar ibu kota termasuk jalan
perdagangan menuju ke kota dikenakan bayaran 7000 dinar sehari. Namun,
apa yang dilakukan oleh Khalifah al Mu’tadid masih tidak dapat
meningkatkan sumber kewangan negara disebabkan perancangan telah
menelan kos pentadbiran yang tinggi.

Pada zaman pemerintahan Khalifah al Muqtadir, sumber Baitulmal masih
mencukupi disebabkan beberapa buah wilayah yang telah merdeka seperti
Syria, Armenia, dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada dalam
bentuk wang perak ataupun dinar, ianya dapat menampung perbelanjaan
negara.Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa ternyata masalah
kewangan semakin meruncing terutamanya kos menjaga kota Makkah dan
Madinah pada musim haji, menjamin keselamatan para jemaah dan
membayar gaji tentera istana kian meningkat.Khalifah al Muqtadir terpaksa
mendapat bantuan kewangan daripada saudagar – saudagar yang kaya
malah terpaksa mencagarkan harta benda keluarga dan khalifah – khalifah
yang terdahulu demi kepentingan negara.

Bermula zaman pemerintahan Khalifah al Radi dan kekuasaan Bani Buwayh,
keadaan kewangan semakin meruncing sehinggakan tidak mampu
membayar gaji tentera, malah pada masa tersebut juga harga barangan
melambung tinggi. Pada tahun 989 Masihi, sewaktu pemerintahan Khalifah
al Qadir, sumber kewangan negara mengalami sedikit pemulihan
disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki,
Wasit, dan Basrah. Kesannya, kerajaan memperoleh harta rampasan perang
yang banyak.

Selepas kekuasaan Bani Buwayh, antara tahun 1055 Masihi hingga 1242
Masihi, pentadbiran kerajaan diambil alih oleh Bani Seljuk. Pada zaman ini,
keadaan politik negara agak stabil dan tidak berlaku masalah kewangan
yang meruncing sehinggalah kerajaan Abbasiyah diserang dan dikalahkan
oleh orang – orang Mongol atau Tartar sekaligus membolehkan puak
tersebut menguasai perbendaharaan kerajaan pusat Abbasiyah.

Huraikan jenis – jenis cukai dan pelaksanaannya pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab merupakan era Zakat tidak termasuk dalam
kegemilangan kerajaan Islam, hal ini bukan sahaja dikaitkan dengan kategori cukai
kejayaan kempen ketenteraan dan pembaharuan yang dilaksanakan, tetapi
yang menjadi kehebatan kerajaan Khulafa al Rasyidin pada masa ini ialah Zakat merupakan fardhu ke
kepelbagaian sumber pendapatan yang diperoleh. Sumber – sumber atas umat Islam; terangkum
pendapatan ini diperoleh sama ada melalui kempen pendakwahan dan dalam Rukun Islam
aktiviti peluasan kuasa. Impaknya, negara meraih sumber zakat, jizyah,
kharaj, usyur, ghanimah, al fayy, dan sebagainya.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap
orang – orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau
jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Walau bagaimanapun,
bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka
yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka, serta bukan ahli agama seperti paderi atau
pendeta. Kadar jizyah yang dikenakan ialah antara 12 – 48 dirham
bergantung kepada status seseorang individu. Kewajipan membayar jizyah
akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islam atau kerajaan Islam
gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang –
orang kafir dhimmi.

Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada zaman Umar al
Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan
sama ada di Iraq, Syria, Jordan, Mesir, dan sebagainya. Pemimpin Baitul
Maqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dengan
menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu
memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka.Penduduk Qibti
yang menjemput Amru al As menghalau orang – orang Rom pula bersetuju
membayar jizyah 2 dinar setahun, di Syria pula dikenakan 1 hingga 4 dinar
bergantung kepada status individu. Sementara penduduk Adzerbaijan pula
walaupun diberikan kelonggaran membayar pada tahun 22 H, namun tahun
berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.

Kharaj dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti, namun dalam konteks Islam
ia bermaksud cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama
ada secara rundingan ataupun peperangan. Sistem kharaj yang
diperkenalkan oleh Khalifah Umar al Khattab ternyata meringankan beban
golongan petani berbanding cukai yang dikenakan sewaktu pemerintahan
Parsi dan Rom. Pada zaman Umar, tanah – tanah yang dikenakan kharaj
terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq. Tanah bertuan tidak
dikenakan cukai sekiranya pemilik tanah tersebut memeluk Islam. Tanah –
tanah lain yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah rampasan perang yang
dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan
Islam, tanah – tanah yang diusahakan oleh golongan dhimmi dengan
kebenaran pemerintah Islam, tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang
Islam, dan tempat tinggal golongan dhimmi yang diubah menjadi kawasan
pertanian.

Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama,
dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan
pentadbiran satu badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau
golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai
tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat
sementara bakinya diagihkan kepada yang terlibat dengan penaklukan
Iraq.Kharaj pada zaman Umar dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kharaj
wazifah / masahah: dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau
jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan
setiap jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham dan kharaj
muqasamah: merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil
yang diperoleh daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

berdasarkan kepada banyak perkara bagi mengelakkan penganiayaan
kepada petani. Kadar kharaj berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak
membebankan, kadar maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar
dalam bentuk mata wang atau hasil yang diusahakan.

Faktor – faktor yang menentukan kadar kharaj, antaranya kualiti tanah,
disirami air hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih
tanaman dan lokasi tanah dengan bandar. Kharaj tidak akan dikenakan
sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam. Kharaj akan
tetap dikenakan ke atas pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan
tanah tetapi mempunyai keupayaan untuk mengerjakannya.Sekiranya
pemilik tanah berkenaan tidak berupaya, kerajaan akan menyerahkan tanah
tersebut untuk diusahakan kepada orang lain. Sekiranya tanah kharaj
dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik dan bukannya ke atas
pemajak.

Usyur merupakan cukai yang baharu yang diperkenalkan oleh Khalifah
Umar al Khattab bagi menjana ekonomi negara Islam. Usyur dapat
didefinisikan sebagai cukai perniagaan atau perdagangan yang dikenakan
kepada pedagang atau peniaga yang berniaga dalam negara Islam Madinah
dan di kawasan – kawasan yang berada di bawah naungan kerajaan Khulafa
al Rasyidin. Semua peniaga atau pedagang dikenakan cukai ini sama ada
beragama Islam atau tidak beragama Islam, kadarnya berbeza antara satu
sama lain, pun begitu ianya tidak membebankan golongan tersebut. Kadar
yang dikenakan terhadap pedagang atau peniaga ialah 2.5%, manakala bagi
orang – orang bukan Islam, kadarnya berbeza, golongan kafir zimmi
dikenakan sebanyak 5% manakala golongan kafir yang tidak berada di
bawah naungan kerajaan Islam dikenakan sebanyak 10%. Salah satu fungsi
cukai usyur ini ialah untuk memastikan para pedagang atau peniaga
menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan termasuk penyediaan ruang
berniaga yang selesa dan kemudahan – kemudahan di kawasan pelabuhan.
Oleh sebab pelaksanaan cukai ini banyak memberi manfaat bukan sahaja
kepada kerajaan Islam malah kepada golongan peniaga, cukai ini diteruskan
pelaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, Khalifah Ali bin Abi
Talib serta kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah

Oleh sebab kepelbagaian sumber pendapatan zaman pemerintahan
Khalifah Umar, bagi menguruskan harta berkenaan, Baitulmal telah
ditubuhkan secara rasmi dengan pengurusan yang lebih sistematik bukan
sahaja di Madinah, malah di kawasan tanah – tanah jajahan seperti Mesir,
Iraq, Iran, dan Palestin

Bincangkan pelaksanaan zakat sehingga zaman Bani Umaiyah

Zakat dari sudut bahasa bermaksud penambahan atau penyucian; dikaitkan
penambahan pahala dan berkat serta pembersihan jiwa dari sifat kedekut
atau bakhil. Zakat merupakan pembayaran yang diwajibkan ke atas umat
Islam yang cukup syaratnya, hal ni disebabkan zakat merupakan salah satu
daripada Rukun Islam, dan kewajipannya terbukti dengan firman Allah yang
bermaksud, “Dirikan solat serta keluarkan zakat”.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sebagai Khalifa pertama, Abu Bakar al Siddiq telah bertindak tegas
terhadap kemunculan golongan al Riddah yang enggan membuat zakat.
Setelah gagal berdiplomasi, 10 pasukan tentera telah dibentuk untuk
memastikan agama Islam tidak dirosakkan oleh golongan ini. Implikasinya,
golongan ini berjaya dihapuskan dan sesetengahnya kembali kepada ajaran
Islam yang sebenar.

Bermula pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Amil dilantik untuk
melaksanakan urusan pemungutan dan pengagihan daripada pihak yang
layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisab tertentu. Zakat pada
Zaman Khulafa al Rasyidin disalurkan kepada lapan golongan asnaf iaitu
orang fakir, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang miskin,
orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, dan musafir. Kutipan
zakat bertambah meningkat dengan dasar peluasankuasa yang dijalankan
pada zaman Umar al Khattab serta para khalifah berikutnya ekoran
penerimaan golongan bukan Islam terhadap agama Allah ini, misalnya di
Iraq, Syria, Yaman, Basrah, Mesir, dan lain – lain lagi.

Sewaktu pemerintahan Bani Umaiyah pula, di bawah pemerintahan Umar
Abdul Aziz, amil telah dilantik di bahagian – bahagian yang berbeza dalam
dunia Islam untuk memungut zakat. Selain itu, untuk memastikan pengutan
zakat lebih sistematik, Diwanul al Kharaj dibentuk untuk mengutip cukai
termasuk zakat serta mengeluarkan perbelanjaan negara, wang yang
berlebihan akan direkodkan.Pada zaman Umar Abdul Aziz juga, masyarakat
disaran bekerja keras dan tidak boleh mengharapkan belas ihsan orang lain,
saranan beliau ini disambut baik sehinggakan dilaporkan tiada orang yang
berhak menerima zakat pada zaman pemerintahannya.

Zakat pada zaman Bani Umaiyah dapat dibahagikan kepada lima, iaitu: zakat
emas dan perak; dikenakan 2.5%, zakat binatang ternakan; kambing, lembu,
dan unta, zakat barang perdagangan, 2.5%, harta rikaz dan galian di bumi
perang 1/5 dan di bumi aman 2.5%, dan zakat tanam – tanaman dan buah
– buahan, siraman hujan 1/10 manakala siraman sendiri 1/20. Kadar zakat
pada zaman Bani Umaiyah bergantung kepada keuntungan, hak milik, dan
peralatan pertanian. Sekiranya ada individu Islam enggan megeluarkan
zakat ia akan dikenakan tindakan berdasarkan hukum syarak.

Zakat merujuk kepada bayaran yang dikenakan ke atas semua umat Islam,
sesuai dengan turunnya wahyu yang bermaksud, “Dirikanlah solat dan
keluarkan zakat …” yang termaktub dalam Rukun Islam. Sesiapa yang
enggan mengeluarkan zakat, wajib diperangi kerana ia telah mencabul
kesucian agama Islam sebagaimana tindakan Abu Bakar memerangi
golongan al Riddah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Huraikan pelaksanaan zakat pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas al Saffah pada tahun
136 Hijrah. Zaman pemerintahan kerajaan ini khususnya sewaktu
pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al Mansor sehingga Khalifah al Makmun
dianggap zaman kegemilangan umat Islam memandangkan kerajaan ini
bukan sahaja memiliki empayar yang luas, berperanan sebagai pusat
intelektual, malah mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai termasuk
zakat.

Dari segi pembahagian zakat, pada zaman ini ianya terbahagi kepada dua
iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua umat
Islam kecuali golongan asnaf, ditunaikan setelah selesai mengerjakan puasa
Ramadan. Manakala zakat harta pula dikenakan ke atas individu yang
mampu dan memiliki harta yang cukup dan haulnya. Apa yang menarik dan
kelainan berbanding zaman sebelumnya, pelaksanaan zakat adalah
berdasarkan pemikiran empat imam mazhab; Maliki, Shafie, Hambali, dan
Hanafi. Harta benda yang diwajibkan zakat ialah bunatang ternakan, emas
dan perak, barang perdagangan dan bijirin yang menjadi makanan asasi.

Pada zaman pemerintahan Abduh al Daulah, beliau bukan sahaja
mengenakan cukai tetapi juga telah mengenakan zakat binatang ternakan.
Binatang ternakan yang dikenakan zakat ialah lembu, unta, dan kambing.
Zakat bintang ternakan yang diberikan haruslah memenuhi syarat supaya
ianya tidak membebankan golongan yang memberi dan menguntungkan
golongan yang menerima. Binatang – binatang ternakan mestilah dipelihara
di padang rumput yang bebas dan tidak digunakan untuk bekerja.

Begitu juga dengan zakat perniagaan, sebagaimana zaman Nabi
Muhammad SAW, ianya telah diteruskan pelaksanaannya pada zaman
pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Sebagaimana zakat harta lain, selain
cukup nisab dan haulnya, syarat penting dalam penentuan atau kewajipan
pengeluaran zakat ini ialah niat untuk mendapatkan keuntungan melalui
aktiviti perniagaan yang dijalankan dan menceburi dalam aktiviti yang
dibenarkan oleh syarak yang tidak memudaratkan diri dan masyarakat.

Pada zaman ini juga telah diwujudkan jawatan baharu, Ketua Kadi yang
memiliki kepakaran dalam hukum syariah. Individu yang pertama
memegang jawatan ini ialah Abu Yusuf, yang pernah didatangi oleh Khalifah
Harun al Rasyid yang meminta nasihat berhubung dengan penggunaan dan
pelaksanaan harta atau sumber zakat.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Dari segi agihan sumber zakat, sebagaimana zaman – zaman sebelumnya,
sumber zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf, iaitu golongan
fakir, miskin, hamba yang memerdekakan diri, orang yang berhutang,
musafir, mualaf, orang yang berjihad dan amil yang bertanggungjawab
mengutip sumber – sumver zakat ini. Berhubung dengan kadar zakat dan
waktu pengeluarannya, ianya adalah gerdasarkan pemikiran mazhab –
mazhab yang berkembang pada masa ini selagi ianya tidak bercanggah
dengan syarak.

Bincangkan pelaksanaan cukai jizyah pada zaman pemerintahan
kerajaan Bani Umaiyah.

Cukai jizyah merupakan cukai politik atau disebut juga sebagai cukai Pelaksanaan kharaj di Iraq
perlindungan. Pada asasnya, cukai ini merupakan cukai yang dikenakan ke  Memastikan tanah diukur
atas golongan kafir zimmi, iaitu golongan bukan Islam yang berada di
bawah naungan kerajaan Islam. Cukai ini dilaksanakan sebagai balasan keluasan
kepada kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa golongan kafir  Kadar kharaj berdasarkan
berkenaan, dan simbolik kekuatan kerajaan Islam. Cukai ini telah
dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan pada jenis tanaman dan kualiti
zaman – zaman berikutnya termasuk zaman kekuasaan kerajaan Bani tanah,
Umaiyah yang telah melakukan beberapa perubahan dalam melaksanakan  Tanah tidak diusahakan
cukai ini. dikenakan 1 dirham/jarib
 Kadar kharaj yang baharu
Antara perubahan yang dilaksanakan oleh pemerintah kerajaan Bani untuk tanaman baharu
Umaiyah dalam melaksanakan cukai ini ialah bermula zaman pemerintahan  Kadar kharaj dipastikan
Khalifah Abdul Malik bin Marwan yang dibantu oleh gabenornya di Iraq al tidak akan membebankan
Hajjah bin Yusuf al Thaqaffi, cukai ini turut dikenakan golongan Islam bukan  Mengekalkan taraf dan hak
berbangsa Arab yang diistilahkan sebagai golongan Mawali. Alasan yang golongan marzaban dan
dikemukakan oleh pihak kerajaan ialah semakin ramai kaum bukan Arab dahqan ( pemilik asal )
yang menganut Islam semata – mata untuk mengelak daripada pembayaran
jizyah, bukannya kerana iman dan jujur terhadap Islam, yang sekaligus akan Pelaksanaan Kharaj di Mesir
mengurangkan sumber pendapatan negara yang disimpan dalam Baitul  Merombak pelaksanaan
mal.
cukai tanah zaman Firaun
Faktor lain yang menyebabkan Khalifah Abdul Malik melaksanakan jizyah dan Rom
terhadap golongan bukan Arab ialah negara sedang menghadapi krisis  Bayaran boleh dibuat dalam
kewangan, yang banyak dihabiskan untuk menangani pemberontakan bentuk tanaman / padi,
dalam dan luar negara serta terpaksa menyumbangkan sejumlah wang yang sekiranya dihantar pada
besar kepada kerajaan Byzantine yang berjanji akan memberikan jaminan musim kebuluran, kerajaan
keamanan kepada kerajaan Bani Umaiyah. akan bayar
 Kadar kharaj diubahsuai,
Selain itu, sebelum melaksanakan dasar ini, Khalifah Abdul Malik dikatakan pakar dihantar bagi anggar
telah membuat bancian di Mesopotamia, dan baginda mendapati jumlah kadar cukai
pendapatan belum lagi mencukupi. Selari dengan polisi ini, Khalifah Abdul
Malik juga mengubah cukai – cukai lain dengan mewajibkan pembayaran
dalam bentuk tunai sahaja.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik juga, golongan rahib turut
dikenakan cukai jizyah dengan kadar sebanyak satu dinar, dan segala

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

urusan pemungutan cukai ini dikendalikan oleh sebuah jabatan yang Pelaksanaan Kharaj di Syria
dikenali sebagi Diwan al Kharaj, yang bertanggungjawab menyelenggara
dan menguruskan segala sumber pendapatan negara termasuk dalam  Sistem Yunani dikekalkan
bentuk cukai. Polisi Khalifah Abdul Malik ini telah diteruskan oleh anaknya,  Kadar kharaj berdasarkan
Khalifah al Walid yang giat melakukan ekspedisi peperangan di luar dan
dalam Semenanjung Tanah Arab. Kejayaan menguasai wilayah di India kualiti dan kesuburan
khususnya Sind dan Multan, sempadan China, Asia Tenggah, dan Andalus
telah diikuti dengan pengenalan cukai ini terhadap golongan kafir zimmi tanaman
dan golongan Mawali yang sedikit sebanyak telah meningkatkan sumber
pendapatan kerajaan Bani Umaiyah.

Namun begitu, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz,
pelaksanaan jizyah kembali berubah sebagaimana zaman Khulafa al
Rasyidin. Baginda telah bertindak menghapuskan polisi pelaksanaan cukai
terhadap golongan Mawali, dan bagi mengukuhkan dasarnya ini, Khalifah
Umar telah menggalakkan asimilasi melalui perkahwinan campur antara
bangsa Arab dan golongan Mawali serta tidak lagi menggunakan istilah
tersebut bagi mengelak prasangka dan diskriminasi. Khalifah Umar Abdul
Aziz juga telah bertindak dengan berani menrunkan semula kadar jizyah
mengikut kemampuan golongan bukan Islam, dan menekankan perbezaan
antara cukai jizyah dan cukai kharaj.

Walau bagaimanapun polisi Khalifah Umar ini hanya seketika sahaja, selepas
kewafatannya, penggantinya Khalifah Yazid kembali melaksanakan cukai ini
terhadap golongan Mawali dan menaikkan kadar cukai sebanyak 50%
menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati terhadap golongan anti
kerajaan Bani Umaiyah.

Huraikan perkembangan pendidikan pada zaman Bani Umaiyah.

Pendidikan dalam Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang
hayat. Tidak dapat dinafikan pendidikan Islam mengalami perkembangan
pesat pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah.
Perkembangan pendidikan pada zaman ini ialah penerusan atau
kesinambungan perkembangan pendidikan zaman sebelumnya, Khulafa al
Rasyidin dengan berlaku beberapa khususnya pertambahan pelbagai
institusi pendidikan dan pengenalan dan perkembangan kurikulum baharu.

Berhubung dengan institusi pendidikan, masjid masih kekal sebagai institusi
pendidikan selain berperanan sebagai pusat ibadat, antara masjid utama
pada zaman ini ialah Masjid Umawi yang terletak di Damsyik, selain masjid
– masjid yang terletak di Fustat, Kufah dan Basrah. Begitu juga dengan istana
khalifah turut berperanan sebagai institusi pendidikan khususnya untuk
anak – anak khalifah dan golongan bangsawan. Bagi golongan rakyat biasa,
pendidikan berlangsung di kuttab yang terbahagi kepada dua, Kuttab al
Sabil yang dibuka khas untuk anak – anak miskin dengan pembelajaran
percuma, dan kuttab untuk orang – orang awam yang dikenakan yuran
pengajian.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Masjid merupakan intitusi pendidikan terbuka kepada semua individu, di Pendidikan Zaman Bani
sana tenaga pengajar terdiri daripada golongan ulama, antaranya Abdullah
bin Abbas yang merupakan ilmuwan dalam bidang Tafsir, Hadis, Feqah dan Umaiyah
Sastera, manakala Hassan al Basri pula dikaitkan dengan feqah dan
usuluddin. Di istana, kurikulum tertumpu kepada persiapan kepada bakal  Perkembangan dikaitkan
khalifah dan pentadbir kerajaan seperti sejarah, kesusasteraan, ilmu pidato,
moral, ilmu siasah dan cara bergaul dengan masyarakat. Di kuttab pula, dengan peranan khalifah
pembelajaran tertumpu kepada pengajian al Quran dan asas – asas agama.
Berhubung dengan tenaga pengajar, taraf berbeza mengikut tempat atau sebagai penaung dan amat
institusi pembelajaran. Guru di kuttab kurang berpengalaman berbanding
guru di istana yang kurang ilmu pengetahuan berbanding tenaga pengajar meminati ilmu pengetahuan
di masjid ( ulama ). Guru – guru yang mengajar di istana dikenali sebagai
muadib dan tenaga pengajar di kuttab menerima gaji daripada kerajaan.  Beberapa buah bandar
Ringkasnya, dapat dinyatakan pendidikan pada zaman ini terbahagi kepada dijadikan pusat keilmuan
beberapa tahap, tahap prasekolah dikenali sebagai kuttab, diikuti peringkat
persekolahan di madrasah atau masjid yang terbahagi kepada peringkat  Institusi pendidikan
rendah, menengah, dan tinggi.
terbahagi kepada masjid,
Sesuatu yang menarik perkembangan pendidikan pada zaman ini ialah
munculnya pelbagai cabang ilmu yang menjadi kurikulum di institusi – istana, kuttab, dan halaqah
institusi pendidikan. Antaranya, ilmu falsafah yang mula diajar pada zaman
Khalifah Umar Abdul Aziz, ilmu Hadis, dan ilmu Qiraat iaitu ilmu membaca  Mata pelajaran yang diajar:
al Quran; diperkenalkan tanda – tanda baca dan penambahan titik pada
huruf konsonan termasuk huruf yang dibariskan dan ditanwinkan serta - Ilmu falsafah
diletakkan tanda syaddah. Tugas ini diselenggarakan oleh Nasr bin Asim
yang mendapat arahan daripada Gabenor Iraq, Hajjaj bin Yusuf al Thaqafi. - Sejarah
Ringkasnya, ilmu – ilmu yang didedahkan terbagai kepada ilmu aqli dan ilmu
nakli - Sastera

Perkembangan pendidikan di sini berpunca daripada galakan Khalifah - Ilmu perubatan
khususnya Umar Abdul Aziz yang banyak menginiasiatifkan pembukuan
Hadis dan khalifah sebelumnya, Abdul Malik bin Marwan. Dorongan dan - Kesenian
galakan serta pelbagai insentif yang diberikan kepada penuntut telah
menyebabkan pendidikan kian berkembang. Selain itu, kemunculan ulama - Fiqah,
atau ilmuwan yang membuka kelas – kelas pengajian turut merangsang
perkembangan pendidikan pada zaman ini. Perkara yang tidak kurang - Tafsir
pentingnya yang merancakkan perkembangan pendidikan ialah keperluan
terhadap ilmu tertentu untuk berhujah dengan ilmuwan Yahudi dan Nasrani - Tauhid
menyebabkan lahirnya ilmu falsafah Islam.
- Hadis

- Nahu

- Ilmu qiraat

Perkembangan pendidikan Islam pada zaman ini menunjukkan bahawa
ianya adalah bersifat sejagat dan dinamis serta serta sesuai sepanjang
zaman. Lahir ilmu – ilmu baharu menunjukkan Islam tidak pernah menolak
akan ilmu berkenaan selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak dan
memberi manfaat kepada masyarakat amnya.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Jelaskan faktor – faktor perkembangan Acheh sebagai pusat
pendidikan pada abad ke-16 Masihi

Selepas kejatuhan Melaka, ekoran serangan Portugis, pusat peradaban
Islam kini beralih arah ke utara Sumatera, iaitu Acheh. Kemunculan Acheh
pada abad ke-16 bukan sahaja telah mengambil alih peranan Melaka
sebagai pusat perdagangan. Malah Acheh kini menjadi tumpuan orang –
orang Islam termasuk para ulama membolehkannya muncul sebagai pusat
pendidikan Islam pada era tersebut. Terdapat pelbagai faktor yang
membawa kemunculan Acheh bukan sahaja sebagai pusat pendidikan
malah berperanan sebgai pusat intelektual yang unggul dalam tempoh
masa tersebut.

Pemerintah memainkan peranan penting menjadikan Acheh sebagai pusat
pendidikan, khususnya Sultan Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar
Thani yang bukan sahaja berminat malah mempunyai inisiatif
mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menjadikan istana sebagai
pusat pengajian Islam terutamanya untuk keluarga di raja dan golongan
bangsawan. Malah pemerintah berkenaan banyak memberi galakan dalam
bidang intelektual Islam seperti menubuhkan balai gadang dianggotai oleh
para ulama dan sentiasa berdamping dengan golongan cerdik pandai.
Pemerrintah Acheh telah menyediakan kemudahan dan perlindungan
kepada para ulama luar menetap di Acheh seperti Muhammad al Yamani

Kewujudan pelbagai sistem pendidikan yang sistematik serta mempunyai
pelbagai tahap telah menyebabkan Acheh menjadi tumpuan masyarakat
bagi mendapatkan ilmu, Tiga buah institusi pendidikan yang popular di
Acheh ialah meunasah, rengkang, dayah dan Jamiah Baitul al Rahman.
Setiap institusi berkenaan mempunyai kurikulum dan tenaga pengajar yang
berbeza. Jamiah Baitul Rahman sememangnya institusi paling terkenal,
terdapat banyak fakulti yang menawarkan pengajian yang berbeza, dengan
tenaga pengajar terdiri daripada ulama luar dan ulama tempatan, yang
pastinya menarik kelompok masyarakat yang ingin menuntut ilmu
Kebanjiran ulama – ulama luar turut berperanan menyemarakkan lagi
perkembangan pendidikan dan intelektual di Acheh. Contohnya ulama yang
terkenal ialah Sheikh Abdul Qadir, Nuruddin al Raniri banyak membantu
perkembangan pendidikan dan intelektual di Acheh. Golongan ini menjadi
tenaga pengajar di Jamiah Baitul al Rahman – menghasilkan karya yang
bermutu termasuk karya sastera bercorak tasawwuf. Kehadiran ulama –
ulama luar ini disokong pula dengan kemunculan ulama tempatan yang
menghasilkan penulisan bercorak keagamaan, politik dan sejarah, antaranya
Hamzah Fansuri, Shamsuddin al – Sumaterani dan Bukhari al Jauhari. Antara
ulama luar ialah Abu Khayr ibn Hajar, Syeikh Idrus al Bayan, Muhammad
Yamani dan Muhammad Jailani dari Gujerat

Iklim intelektual yang bebas telah telah menggalakkan polemik dan
menyuburkan ilmu pengetahuan. Polemik berlaku disebabkan pentafsiran
dan pemahaman serta kaedah yang berbeza dalam mendalami ilmu
pengetahuan khususnya berhubung dengan ilmu tasawwuf. Hal ini agak

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

ketara berlaku pada zaman Sultan Iskandar Muh Muda Mahkota Alam yang
bersikap liberal terhadap dua fahaman yang berbeza iaitu Wahadatul Wujud
dengan Wahdatul Syuhud.

Sememangnya tidak dapat dinafikan perkembangan Acheh sebagai pusat
pendidikan berpunca daripada peranan pemerintah yang mampu
menyediakan iklim politik yang stabil serta memastikan prasarana
mencukupi bagi menampung keperluan dalam bidang ini, apatah lagi
wujudnya kestabilan politik,sehingga mampu menarik para pelajar untuk
mendalami ilmu pengetahuan sekaligus dikenali dengan gelaran Serambi
Kota Makkah

Huraikan kepelbagaian institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-
16 Masihi.

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah membawa
kemunculan Acheh bukan sahaja sebagai pusat perdagangan, malah
berperanan sebagai pusat pendidikan terkenal di Alam Melayu. Pendidikan
di Acheh terdiri kepada bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Peranan
pemerintah khususnya Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam serta Sultan
Iskandar Thani begitu ketara dalam usaha menjadikan Acheh sebagai pusat
pendidikan dan keilmuan dengan mendirikan institusi yang pelbagai tahap
bermula daripada peringkat paling asas hinggalah peringkat tertinggi.

Antara institusi pendidikan di Acheh pada abad ke-16 Masihi ialah
Meunasah. Meunasah merupakan institusi paling asas atau terendah yang
didirikan di setiap kampung. Institusi ini menawarkan pembelajaran asas-
asas ilmu agama seperti membaca, menulis dan menghafal huruf-huruf dan
asas ajaran agama Islam yang diistilahkan ilmu fardu ain. Perkara-perkara
yang diberikan keutamaan ialah Rukun Iman, Rukun Islam, kisah Nabi dan
lain-lain. Di sini, murid-murid yang khatam al-Quran diajar beberapa kitab
agama yang ditulis dalam bahasa Jawa dan Acheh seperti Kitab Perukunan
dan Risalah Masail Muhtadin. Selain pembelajaran tersebut, murid-murid
juga dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama seperti zikir dan
selawat.

Selain itu, rangkang merupakan institusi kedua yang menjadi lanjutan
daripada meunasah. Rangkang didirikan sama ada bersambungan dengan
masjid atau menjadi bangunan yang berasingan yang berfungsi sebagai
kediaman atau asrama para pelajar berkenaan. Rangkang yang terkenal
terletak di Banda Acheh Barussalam. Pembelajaran di rangkang berbeza
antara satu sama lain, bergantung kepada tenaga pengajar dan kitab yang
digunakan. Kebiasaanya pelajar yang pintar akan berpindah dari satu
rangkang ke rangkang yang lain bagi mendapatkan ilmu-ilmu yang berbeza.
Kitab yang digunakan ada berbahasa Melayu dan berbahasa Arab.
Pembelajaran meliputi Ilmu Fiqh, Ibadat, tauhid, Tassawuf dan Sejarah Islam
serta ilmu Geografi, Sejarah dan Matematik. Individu yang cemerlang akan
melanjutkan pelajaran keluar negara seperti Mesir, Makkah dan India.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Seterusnya insitusi pendidikan yang terdapat di Acheh ialah Dayah. Dayah
merupakan institusi yang mengendalikan pendidikan menengah atas dan
didirikan di setiap negeri. Pembelajarannya lebih mendalam berbanding
rangkang kerana ia menggunakan kitab dan bahasa Arab sepenuhnya.
Tenaga pengajar pula melibatkan ulama dari luar negara. Dayah yang
terkenal di Acheh ialah Dayah Cot Kala yang telah melahirkan ramai ulama
yang menjadi pendakwah Islam di Nusantara dan Dayah Teungku Chik.
Pembelajaran merangkumi ilmu Fiqah, Usuluddin, Jinayat, Munakahat,
Bahasa Arab, Sejarah, Geografi, Matematik, Ilmu Falak, Akhlak dan
sebagainya. Di sini, dayah terbahagi kepada dua iaitu Dayah Umum dan
Dayah Khusus. Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja,
yang khusus untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan,
ilmu perniagaan dan sebagainya yang menurut syariat Islam.

Akhir sekali, institusi pendidikan tertinggi yang didirikan di Acheh ialah
Jamiah Baitul Rahman yang berlangsung di Masjid Bait al Rahman setelah
dinaiktaraf menjadi universiti. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sendiri
mendirikan Masjid Bait al Rahman yang digunakan semata-mata untuk
dijadikan tempat menuntut ilmu. Di sini dijadikan tempat pengajian
dikendalikan oleh ulama-ulama tersohor sama ada secara halaqah mahupun
secara formal. Pembelajaran tidak terhad dalam ilmu keagamaan, malah
merangkumi pelbagai cabang ilmu bersesuaian dengan terbentuknya 17
buah fakulti seperti Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu Kedoktoran,
Fakulti Ilmu Akal, Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Ilmu Sejarah, Fakulti Ilmu
Tauhid dan sebagainya. Tenaga pengajar di sini dibayar gaji oleh kerajaan
dan kebanyakannya datang dari Timur Tengah seperti Makkah, Yaman,
Parsi, dan Turki serta India.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan pada abad ke-16, sememangnya
Acheh menjadi tumpuan bukan sahaja golongan pelajar, bahkan golongan
ilmuwan. Kewujudan institusi ini telah melahirkan golongan ulama dan
intelektual Islam seperti Syeikh Shamsuddin al Sumatrani, Abdul Rauf
Singkel dan Hamzah Fansuri. Kesannya, telah membawa kepada
perkembangan Islam di Nusantara.

Huraikan faktor – faktor perkembangan kegiatan intelektual pada
zaman kerajaan Abbasiyah.

Perkembangan intelektual pada zaman Abbasiyah adalah selari dengan Pendidikan Zaman Abbasiyah
perkembangan peradaban Islam di Andalus sekaligus menggambarkan  Peringkat pembelajaran;
wujudnya dua lokasi yang berbeza, namun mempunyai matlamat yang sama
iaitu iaitu menyuburkan dan memperkembangkan peradaban Islam, dalam rendah, menengah, dan
konteks kerajaan Abbasiyah, pastinya dikaitkan dengan ibu kotanya iaitu
Bahgdad yang sememangnya antara factor yang menjadi penyumbang tinggi
kepada perkembangan intelektual Islam pada era tersebut.  Institusi pendidikan terdiri

Antara faktor perkembangan intelektual pada zaman ini ialah peranan yang daripada masjid, istana,
dimainkan oleh para pemerintah bermula daripada zaman Khalifah Harun al
Rasyid hinggalah pada zaman kekuasaan Bani Buwaih dan golongan Seljuk. madrasah, perpustakaan (
Para pemerintah telah menaungi kegiatan intelektual yang amnya berpusat awam, separa awam dan

persendirian )

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

di kota Baghdad. Sikap para pemerintah Abbasiyah yang mencintai ilmu  Perkembangan ilmu
pengetahuan telah mengalakkan para cendekiawan berkumpul di kota - Hadis
Baghdad. Umpamanya, Khalifah Harun al Rashid telah menarik ramai - Kalam
penuntut-penuntut ilmu oleh kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu
terpenting dalam dunia pada ketika itu, begitu juga pada zaman Bani - Tasawwuf
Buwaih dan Bani Seljuk telah berlaku perkembangan yang pesat dalam
bidnag keilmuan sama ada ilmu aqli mahupun ilmu naqli. Sifat keterbukaan - Falsafah
pemerintahannya terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan telah - Sejarah
menjadikan kota Baghdad terkemuka di dunia pada masa itu. Pelbagai unsur
daripada kebudayaan Parsi, Syria dan Yunani telah memperkayakan - Sains dan Perubatan
pemikiran intelektual dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.
- Geografi
- Kesenian

Kewujudan sistem dan institusi pendidikan yang pelbagai juga telah
mendorong perkembangan intelektual yang pesat pada zaman ini. Kegiatan
ilmu pengetahuan bukan sekadar berpusat di istana mahupun masjid
sahaja, malah kegiatan itu telah berlaku di mana – mana tempat sama ada
secara formal ataupun informal. Bermula pada zaman pemerintahan
Khalifah al Makmun, pendidikan ditingkatkan lagi dengan tindakan nya
mendirikan pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan
institusi sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal.
Perkembangan ilmu dipesatkan lagi dengan tertubuhnya badan Bait al
Hikmah yang membawa kepada kegiatan perbahasan dan penyelidikan
serta penterjemahan.

Kepesatan aktiviti penterjemahan karya – karya Yunani terutama dalam
bidang perubatan dan sains ke dalam bahasa Arab telah merancakkan lagi
perkembangan intelektual di sini contohnya ialah karya-karya Galen,
Hippocrates Plato dan Aristotle. Khalifah al Ma’mun telah mengutuskan
wakilnya menemui Maharaja Byzantine untuk mendapatkan naskhah-
naskhah ahli falsafah dan sains bagi diterjemahkan oleh para penterjemah
di Bait al Hikmah. Pada keseluruhannya, penterjemahan telah
memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam. Para pemerintah berperanan
menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam dan mengumpulkan
para sarjana dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan manuskrip dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Faktor seterusnya yang membawa perkembangan intelektual ialah peranan
tokoh atau cendekiawan Islam. al Khawarizmi telah memberikan
sumbangan dalam bidang matematik, astronomi dan falsafah. Dalam
bidang kimia, muncul Jabir ibn Hayyan yang berjaya memajukan
pengetahuan dalam teori dan amalan kimia. Dalam bidang kesusasteraan,
keadaan istana Harun al Rashid di Baghdad memang mengilhamkan
penghasilan karya yang terkenal hingga hari ini seperti karya Alfu Lailah wa-
Lailah atau dalam bahasa Inggeris “A Thousand and One Nights” (Arabian
Nights)

Sebagai rumusannya, faktor yang menyuburkan dan perkembangan
intelektual pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah ialah peranan
pemerintah yang bertindak menaungi kegiatan keilmuan meskipun kerajaan
ini meniti kemerosotan pada zaman Bani Buwaih dan Bani Seljuk, namun

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

‘kecacatan’ itu ditampung dengan munculnya sarjana – sarjana Islam yang
terkenal yang mewarnai perkembangan peradaban tamadun dunia amnya

Bincangkan peranan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan
intelektual.

Salah satu era kegemilangan atau perkembangan intelektual pada zaman
kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyah ialah sewaktu pemerintahan dua orang
khalifah terkenal iaitu Khalifah Harun al Rasyid dan puteranya, al Makmun.
Perkembangan intelektual yang begitu pesat berkait rapat dengan peranan
pemerintah atau khalifah sendiri yang bertindak sebagai penaung kegiatan
keilmuan di samping galakan mereka yang membawa kepada kedatangan
golongan cerdik pandai di Baghdad

Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya ialah peranan Baitul Hikmah, Perpustakaan Utama
iaitu gedung ilmu yang tiada tolok bandingnya yang terletak di Bahgdad - Baitul Hikmah; perpustakaan
sehingga pada tempoh itu dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam atau
The Golden Age of Islam. Antara peranan institusi ini ialah menjadi pusat teragung
penyimpanan pelbagai khazanah ilmu, pusat diskusi, penterjemahan dan Perpustakaan Haidari al Najf
penyalinan pelbagai karya sama ada ilmu akli mahu pun ilmu nakli. - Mengand buku berbahasa

Tidak dinafikan peringkat awal penubuhannya, antara peranan Baitul Arab dan Parsi
Hikmah ialah menjadi tempat pengumpulan karya – karya ilmiah atau Khaizanat Sabur
dengan kata lain berfungsi sebagai perpustakaan. Pada zaman - Terdapat 100 buah naskhah al
pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid, institusi ini dikenali dengan nama
Khizanah al Hikmah, namun ditukar namanya kepada Baitul Hikmah dengan Quran yg ditulis oleh Bani
berfungsi sebagai tempat penyimpanan karya – karya klasik dari Parsi, Muqlah
Byzantine, Habsyah, dan India. Sejarawan mencatatkan Baitul Hikmah ini - Terdpt 100 000 jilid buku
mengalami kemajuan pesat pada masa Khalifah Al Makmun, badan atau
institusi ini merupakan salah satu contoh perpustakaan Islam yang lengkap, bertulis tangan
yang berisi ilmu agama Islam dan bahasa Arab, pelbagai ilmu pengetahuan Dar al Hikmah
yang telah berkembang pada masa itu dan terdapat berbagai – bagai buku - Dibina di Kaherah, buku yang
terjemahan dari bahasa - bahasa Yunani, Parsi, India, dan Mesir. Buku – buku
yang disimpan diklasifikasikan kepada ilmu aqli dan ilmu naqli, antaranya berasal dari istana
matematik, perubatan, falsafah, mantik, fiqh, usuluddin dan lain – lain. Buku Sekolah Mustansiriyyah
– buku yang disimpan dilengkapi dengan sistem indeks, buktinya al - Terdapat lebih 80 000 jilid
Khawarizmi telah diarahkan oleh khalifah mengemaskini sistem
perpustakaan dengan menambahkan indeks buku – buku yang tersimpan. buku

Selain itu, Baitul Hikmah juga merupakan tempat berlangsung aktiviti –
aktiviti penterjemahan karya – karya bukan berbahasa Arab. Pelbagai karya
telah diterjemahkan oleh oleh individu – individu yang dibayar dengan gaji
yang lumayan, antaranya Yuhanna bin Musawaih, Hunayn bin Ishaq, dan
Sahal bin Rabban. Karya – karya yang diterjemahkan antaranya teks
perubatan dan falsafah daripada Yunani, buku berkaitan ilmu geometri dan
astronomi. Khalifah al Ma’mun juga mengarahkan agar kitab atau karya
agama diterjemahkan kepada bahasa – bahasa yang bersesuaian dengan
kawasan – kawasan yang dinaungi oleh kerajaan Abbasiyah. Selain daripada

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

aktiviti penterjemahan, terdapat juga aktiviti penyalinan kitab tertentu yang
dilakukan atas arahan khalifah.

Seterusnya, Baitul Hikmah juga berperanan sebagai pusat penyelidikan,
buktinya melalui penelitian dan pengkajian yang mendalam tokoh tertentu
seperti al Khawarizmi, beliau telah memperkenalkan ilmu – ilmu baharu
berkaitan dengan bidnag matematik seperti bidang algebra melalui kitab al
Jabar wa al Muqabalah, kehebatan tokoh ini menyebabkan beliau digelar
Bapa Algebra. Kejayaan al Khawarizmi tidak terhad di situ, beliau juga
bertanggungjawab memperkenalkan sistem nombor dan ilmu – ilmu yang
berkaitan seperti perpuluhan dan memperkenalkan angka sifar. Tokoh –
tokoh lain yang aktif melakukan penyelidikan di sini ialah Ibn al Nafis dalam
bidang perubatan begitu juga dengan Ibn Sina, dan al Mas’udi yang
dikaitkan dengan bidang geografi dan sejarah

Oleh sebab Baitul Hikmah turut menjadi pusat pengajian tinggi, tidak
hairanlah institusi turut memainkan peranan melahirkan golongan ilmuwan
agama dan bukan agama sekaligus menjadi gelanggang berdiskusi bagi
membentang teori – teori yang dihasilkan dan memperjuangkan
pandangan masing – masing. Dalam bidang perubatan lahir tokoh seperti
Ibn Sina dan Ibn al Nafis, sementara al Batani dan al Biruni menonjolkan diri
dalam bidang astronomi, manakala al Kindi dengan ilmu falsafahnya, al
Waqidy bidang sejarah dan ramai lagi tokoh – tokoh yang menguasai ilmu
akliah. Dalam bidang keagamaan pula, diskusi ilmiah telah melahirkan
empat mazhab utama, mazhab Hanafi di bawah Imam Abu Haniffah, Imam
Malik membawa mazhab Maliki, sementara Imam Syafie mempelopori
Mazhab Syafie dan Imam Muhammad bin Hanbal membawa Mazhab
Hanbali. Sememangnya para khalifah kerajaan Abbasiyah mencintai ilmu
pengetahuan, kerap kali diadakan majlis – majlis ilmiah seperti forum,
muzakarah, dialog dan sebagainya.

Keagungan dan kepentingan Baitul Hikmah sememangnya tidak dapat
dinafikan sebagai pusat perkembangan intelektual, terutama sewaktu
pemerintahan dua orang pemerintah, Harun al Rasyid dan anaknya al
Makmun, kedua – duanya banyak memperuntukkan perbelanjaan untuk
menambahbaik kemudahan di Baitul Hikmah dan berusaha menarik
kemasukan sarjana Islam dan bukan Islam. Pun begitu, selepas
pemerintahan kedua – dua tokoh ini, khususnya Khalifah al Mutawakkil,
peranan Baitul Hikmah agak terbatas disebabkan ada usaha - usaha
mengelak tersebarnya pemikiran Yunani yang dikhuatiri boleh merosakkan
pemikiran umat Islam.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberikan
impak yang besar kepada masyarakat hari ini. Bincangkan
pernyataan tersebut.

Ibn Sina merupakan ilmuwan Islam yang dilahirkan pada tahun 980 Masihi Bidang Keilmuan Zaman
di sebuah daerah yang dikenali sebagai Afsanah, Turkestan. Abbasiyah
Keperibadiannya yang mudah menguasai sesuatu ilmu merupakan salah
satu faktor kemunculannya sebagai ilmuwan terbilang, buktinya seawal usia Ilmu Akli
10 tahun, telah berjaya menghafal al Quran dan menguasai banyak cabang - Matematik; muncul al
ilmu agama. Selain menguasai ilmu agama, tokoh ini turut menguasai ilmu
– ilmu seperti ilmu falsafah, geometri, astronomi, geografi, dan yang Khwarizmi dgn pengenalan
sinonim dengan dirinya iaitu ilmu perubatan. Kerjayanya sebagai pakar sistem nombor dan algebra
perubatan bermula apabila beliau berjaya menyembuhkan seorang - Kimia; penemuan asid galian,
pentadbir kerajaan Nuh bin Mansur yang tidak dapat diubati oleh alcohol dan pembaikian
kebanyakan doktor. Bermula dari saat itu, beliau telah mendapat galakan penghasilan kaca
daripada tokoh berkenaan dan dilantik sebagai doktor istana. - Ilmu Fizik; pergerakan jirim,
pantulan cahaya dan ciptaan
Tokoh ini telah berjaya menghasilkan karya – karya perubatan yang bukan cermin mata
sahaja bermanfaat pada zamannya malah telah menjadi sumber rujukan - Geografi; ukuran keluasan
kepada pakar – pakar perubatan hari ini. Qanun al Tibb merupakan bumi dan membtk peta dunia
khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama pertama dlm btk glob
di universiti – universiti di Eropah. Segala rumusan yang terdapat dalam - Perubatan; lahir Ibn Sina,
karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden hari ini. penemuan penyakit rubella,
Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. alahan, cacar dan ubat bius
Buku yang menjadi buku rujukan utama di universiti - universiti Eropah - Ilmu Falak; ukur jarak bumi
hingga 1500 Masihi ini telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam dgn matahari dan ciptaan
bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Prof. William astrolab – lahir al Biruni
Osler menganggap karya ini amat berpengaruh berbanding buku – buku
perubatan lain, sehinggakan menggelarkannya Medical Bibble. Antara Ilmu Nakli
kandungan karya ini yang menjadi rujukan ialah perbincangan mengenai - Tafsir; muncul al Tabari dan al
penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.
Quran disusun mengikut
Tokoh ini juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberikan judul surah
Remedies For The Heart yang mengandungi sajak – sajak perubatan. Dalam - Ilmu Fiqh; muncul 4 orang
karya ini, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit Imam Mazhab
dan cara mengubatinya. Kitab – kitab lain lain yang dihasilkan oleh tokoh ini - Ilmu Hadis; penyusunan hadis
yang turut menjadi rujukan hingga hari ini ialah Kitab al Majmu dan Kitab dan kemunculan pakar Hadis
al Syifa, iaitu kitab mengenai cara – cara rawatan beserta ubatannya yang seperti al Bukhari
terbahagi kepada kepada 18 jilid, kitab ini juga dikenali sebagai ensiklopedia - Ilmu Tauhid, munculnya ulama
perubatan, dan dalam bahasa Latin dikenali dengan nama Sanatio. seperti Abu Hassan al Asya’ri
bagi memurnikan akidah
umat Islam yang berhadapan
falsafah Yunani

Ibn Sina juga dianggap sebagai individu terawal yang mengemukakan Teori
- teori Anatomi Dan Fisiologi. Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-
buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan
mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos
(dunia besar). Pengetahuan anatomi Ibn Sina jelas dilihat dalam karyanya
yang menggambarkan keterangan – keterangan yang lebih jelas di samping
hiasan gambar-gambar dan sketsa - sketsa tertentu. Melalui pengetahuan
dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia
mengepam darah

Penyelidikan yang dijalankan oleh tokoh ini telah membawa kepada
penemuan penyakit baru serta puncanya, pengaruh kuman dalam penyakit.
Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya. Penyakit seperti rubella, alahan
( allergy ), cacar ( smallpox ), penyakit jiwa dan seumpamanya. Ibn Sina
mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit
berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air adalah pembawa segala
kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan
kebanyakan penyakit. Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi
telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis
penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau telah
menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau telah
mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan
lain-lain. Malah, hasil daripada penyelidikannya, dijelaskan simpton –
simpton penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul
daripadanya.

Ibn Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu
perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Beliau telah menjelaskan
pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan
psikologi. Tokoh ini telah mempraktikkan kaedah psikoterapi ini ketika
merawat seorang pembesar yang tidak mahu makan dan minum kerana
menghadapi masalah kejiwaan. Melalui kaedah emosi, pembesar tersebut
dapat ditenteramkan, bukan sahaja telah mengambil makanan berzat malah
makan ubatan yang disediakan oleh tokoh ini. Kaedah ini telah digunakan
oleh pakar psikologi hari ini menangani kes – kes yang berkaitan dengan
kejiwaan atau mental

Tidak dapat dinafikan sumbangan tokoh ini begitu besar dalam bidang
perubatan, banyak penghargaan yang diterimanya menjadi bukti, antaranya
lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan,
Universiti Paris, dan dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Medicorum
Principal atau Raja Diraja Doktor, Raja Ubat, malah kehebatan dan
kepakarannya dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga
beliau diberikan gelaran al-Syeikhal-Rais (Mahaguru Pertama).

Nilaikan sumbangan al-Ghazali dalam bidang keintelektualan.

Imam al-Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, lahir di pinggir Kota
Thus, timur laut Iran pada 1058M. Sejak kecil Al-Ghazali mengembara untuk
mendalami pelbagai disiplin ilmu. Antara guru beliau termasuklah Imam Al-
Radzakani dan Imam Al-Abi Nash Al-Ismail’li. Kealiman beliau dalam
menuntut ilmu telah membolehkan beliau menguasai ilmu falsafah,
usuluddin, fekah, mantik dan ilmu hikmah. Gelaran al-Ghazali diambil
bersempena pekerjaan bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-
Ghazzal). Keintelektualan al-Ghazali terselah sehinggakan beliau dikenali
dengan pelbagai gelaran termasuklah Hujjatul Islam (Pembela Islam).


Click to View FlipBook Version