The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-17 02:35:02

SEJARAH ISLAM 2018 - 2020

MODUL TUDINGAN

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Perkembangan ilmu akli khususnya ilmu falsafah menyaksikan kemunculan
beberapa orang ahli falsafah yang unggul seperti Ibn Tufail yang menulis
buku Hayy Ibn Yaqzan. Karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin, Belanda, Inggeris, Jerman, dan Perancis. Dalam buku ini, beliau
memaparkan aliran – aliran pemikiran sezaman menerusi kisah. Beliau
menyatakan walaupun falsafah agama adalah benar, tetapi ia tidak boleh
digunakan secara langsung untuk membimbing urusan dan kehidupan
rakyat biasa.

Tokoh yang lebih terkenal ialah Ibn Bajjah yang dalam literature Barat
dikenali sebagai Avenpace dan merupakan komentator karya – karya
Aristotle, ahli muzik dan fizik dengan karya utamanya Tadbir al Mutawahhid.
Beliau merupakan guru kepada Ibn Tufail dan dianggap setaraf dengan Ibn
Rusyd, Ibn Sina dan al Farabi. Sebagai ahli falsafah, minatnya tertumpu
kepada idea dan pemikiran serta aspek – aspek kemanusiaan. Bagi Ibn
Bajjah, beliau telah menumpukan kajian khusus tentang bentuk – bentuk
kerohanian dan idea – idea yang terdapat dalam pemikiran manusia.

Selain itu, pada zaman ini juga muncul Ibn Rusyd yang mengulas dan
memberi jawapan terhadap ‘serangan’ al Ghazali dalam bukunya Tahafut al
Tahafut dan komentarnya terhadap karya Aristotle. pengaruhnya yang besar
ini telah menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali
dengan nama Averoisme. Sumbangan Ibn Rusyd juga dapat dilihat dalam
bidang perubatan apabila beliau mengolah ideanya dalam Kitab al Kulliyat
fi at Tibb yang menjadi sumber rujukan berabad – abad di Eropah. Ibn Rusyd
berusaha mengharmonikan antara falsafah dan agama. Dalam karyanya,
beliau mengakui terdapat pertembungan antara agama dan falsafah, namun
ianya merupakan perkara furu’ ( cabang ) semata – mata, dan ianya boleh
diselesaikan menerusi kewibawaan ahli – ahli agama dan falsafah

Meskipun pada abad ini zaman Bani Abbasiyah menuju era kemerosotan,
perkembangan ilmu tetap berlaku sama ada ilmu akli mahupun ilmu naqli
ekoran kemunculan golongan – golongan cerdik pandai Islam pada masa ini.

Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberikan
impak yang besar kepada masyarakat hari ini. Bincangkan
pernyataan tersebut.

Ibn Sina merupakan ilmuwan Islam yang dilahirkan pada tahun 980 Masihi
di sebuah daerah yang dikenali sebagai Afsanah, Turkestan. Keperibadiannya
yang mudah menguasai sesuatu ilmu merupakan salah satu faktor
kemunculannya sebagai ilmuwan terbilang, buktinya seawal usia 10 tahun,
telah berjaya menghafal al Quran dan menguasai banyak cabang ilmu
agama. Selain menguasai ilmu agama, tokoh ini turut menguasai ilmu – ilmu
seperti ilmu falsafah, geometri, astronomi, geografi, dan yang sinonim
dengan dirinya iaitu ilmu perubatan. Kerjayanya sebagai pakar perubatan
bermula apabila beliau berjaya menyembuhkan seorang pentadbir kerajaan
Nuh bin Mansur yang tidak dapat diubati oleh kebanyakan doktor. Bermula

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dari saat itu, beliau telah mendapat galakan daripada tokoh berkenaan dan
dilantik sebagai doktor istana.

Tokoh ini telah berjaya menghasilkan karya – karya perubatan yang bukan
sahaja bermanfaat pada zamannya malah telah menjadi sumber rujukan
kepada pakar – pakar perubatan hari ini. Qanun al Tibb merupakan khazanah
perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di
universiti – universiti di Eropah. Segala rumusan yang terdapat dalam karya
tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden hari ini. Gerard
Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku yang
menjadi buku rujukan utama di universiti - universiti Eropah hingga 1500
Masihi ini telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan
sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Prof. William Osler
menganggap karya ini amat berpengaruh berbanding buku – buku
perubatan lain, sehinggakan menggelarkannya Medical Bibble. Antara
kandungan karya ini yang menjadi rujukan ialah perbincangan mengenai
penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.

Tokoh ini juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberikan judul
Remedies For The Heart yang mengandungi sajak – sajak perubatan. Dalam
karya ini, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit
dan cara mengubatinya. Kitab – kitab lain lain yang dihasilkan oleh tokoh ini
yang turut menjadi rujukan hingga hari ini ialah Kitan al Majmu dan Kitab al
Syifa, iaitu kitab mengenai cara – cara rawatan beserta ubatannya yang
terbahagi kepada kepada 18 jilid, kitab ini juga dikenali sebagai ensiklopedia
perubatan, dan dalam bahasa Latin dikenali dengan nama Sanatio.

Ibn Sina juga dianggap sebagai individu terawal yang mengemukakan Teori
- teori Anatomi Dan Fisiologi. Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-
buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan
mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos
(dunia besar). Pengetahuan anatomi Ibn Sina jelas dilihat dalam karyanya
yang menggambarkan keterangan – keterangan yang lebih jelas di samping
hiasan gambar-gambar dan sketsa - sketsa tertentu. Melalui pengetahuan
dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi
tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia
mengepam darah

Penyelidikan yang dijalankan oleh tokoh ini telah membawa kepada
penemuan penyakit baru serta puncanya, pengaruh kuman dalam penyakit.
Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya. Penyakit seperti rubella, alahan
( allergy ), cacar ( smallpox ), penyakit jiwa dan seumpamanya. Ibn Sina
mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit
berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air adalah pembawa segala
kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan
kebanyakan penyakit. Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi
telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis
penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau telah
menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau telah
mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

lain-lain. Malah, hasil daripada penyelidikannya, dijelaskan simpton –
simpton penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul daripadanya.

Ibn Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu
perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Beliau telah menjelaskan
pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan
psikologi. Tokoh ini telah mempraktikkan kaedah psikoterapi ini ketika
merawat seorang pembesar yang tidak mahu makan dan minum kerana
menghadapi masalah kejiwaan. Melalui kaedah emosi, pembesar tersebut
dapat ditenteramkan, bukan sahaja telah mengambil makanan berzat malah
makan ubatan yang disediakan oleh tokoh ini. Kaedah ini telah digunakan
oleh pakar psikologi hari ini menangani kes – kes yang berkaitan dengan
kejiwaan atau mental

Tidak dapat dinafikan sumbangan tokoh ini begitu besar dalam bidang
perubatan, banyak penghargaan yang diterimanya menjadi bukti, antaranya
lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan,
Universiti Paris, dan dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Medicorum
Principal atau Raja Diraja Doktor, Raja Ubat, malah kehebatan dan
kepakarannya dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga
beliau diberikan gelaran al-Syeikhal-Rais (Mahaguru Pertama).

Bincangkan kepentingan dan idea – idea al Ghazali dalam bidang
falsafah.

Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali,
dilahirkan di Thus pada tahun 1058M. Sejak kecil lagi Al-Ghazali telah
merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai
guru. Antara gurunya ialah Imam Al-Radzakani, Imam Al-Abi Nash Al-Isma’ili
dan Imam Al-Haramain Abu Ma’ali Al-Juwaini. Salah satu kehebatan Imam al
Ghazali dalam bidang inteletual ialah kemampuannya menguasai ilmu
falsafah. Ini disebabkan beliau sebenarnya tidak memiliki pengetahuan yang
mendalam dalam bidang ini, tetapi disebabkan kesungguhannya untuk
membela agama Allah, dengan tekun beliau mengkaji karya – karya Yunani,
akhirnya dapat menguasai ilmu tersebut kurang dari dua tahun.

Imam al Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
ilmu falsafah Islam. Beliau dapat menyelamatkan akidah umat Islam dari
terus direntap oleh fahaman falsafah Ketuhanan Yunani yang tidak
bertauhidkan kepada agama yang suci; Islam. Imam al Ghazali berjaya
mempertahankan kemurnian Islam sekaligus mengelak amalan mengagung-
agungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ianya bertentangan dengan
akidah Islam.

Penglibatan al Ghazali dalam bidang falsafah ini bertujuan mengelak akidah
umat Islam terpesong, disebabkan pengaruh Yunani pada masa tersebut
amat meluas. Hal ini disebabkan bukan sahaja semakin ramai golongan
bukan Islam menerima agama Islam sebagai pegangan hidup membawa
sama pengaruh pemikiran asal tetapi berpunca juga dari sikap terbuka
kerajaan Abbasiyah yang membuka pintu kepada golongan bukan Islam

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

merancakkan perkemvbangan intelektual termasuk bdiang falsafah.
Sehubungan dengan itu timbul kesedaran dalam dirinya untuk
mengharmonikan ilmu falsafah asing dengan pemikiran Islam berdasarkan
sumber wahyu.

Setelah membuat kajian yang mendalam, beliau membahagikan golongan
yang membahasakan ilmu falsafah kepada tiga golongan iaitu golongan
atheis, golongan natural, dan golongan teologi. Golongan atheis ialah
golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh
alam ini. Golongan natural pula ialah ilmuwan yang banyak mengkaji
berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta
haiwan. Golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup
semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat. Menurut al Ghazali
pula, ahli teologi pula ahli – ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan
seperti Plato, Aristotle dan Socrates. Golongan ini membahaskan perkara-
perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.
Beliau membahagikan atau mengklasifikasikan ilmu falsafah kepada enam
bahagian iaiti, matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.
Menurut al Ghazali, bidang matematik berkaitan dengan ilmu hisab ( kira –
kira ) dan kejuruteraan, namun ianya tidak berkaitan dengan perbahasan dari
sudut agama. Ilmu – ilmu lain memerlukan pemikiran, dan pemikiran
berkenaan mestilah selari dengan tunjang ajaran Islam agar dapat
membimbing umat Islam ke arah jalan yang benar sekaligus menyelamatkan
akidah serta berfikir mengikut akal semata – mata.

Kemampuan Imam al Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada
tokoh – tokoh ulama serta kebijaksanaan berhujah dengan mengemukakan
pandangan – pandangan yang bernas menyebabkab beliau amat disanjung
tinggi oleh umat Islam dan sememangnya gelaran Hujjatul Islam yang
diberikan kepadanya amat tepat.

Jelaskan sumbangan al Ghazali dalam bidang ilmu kalam dan
falsafah

Nama sebenar Imam al Ghazali ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Thusi,
dilahirkan di Thus pada tahun 1058M. Sejak kecil lagi Al-Ghazali telah
merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai
guru. Antara gurunya ialah Imam Al-Radzakani, Imam Al-Abi Nash Al-Isma’ili
dan Imam Al-Haramain Abu Ma’ali Al-Juwaini. Sebagai individu yang tekun
menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan, beliau telah berjaya
menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantiq,
membaca hikmah dan yang paling terkenal ialah bidang falsafah.
Kemampuan ini membolehkan beliau menulis dan menyusun kitab-kitab
dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari

Sumbangan beliau dalam bidang ilmu kalam amat besar, beliau telah
mengarang begitu banyak penulisan berkaitan dengan ilmu kalam, melalui
penulisannya, banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang
keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan
ilmu kalam. Beliau menguatkan hujah-hujahnya berteraskan al Quran,

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

sunnah Rasulullah SAW dan perbahasan para sahabat.
Beliau berpendapat perdebatan yang diasaskan kepada hujah akal tanpa
berpaksikan kepada sumber primer iaitu al Quran dan al sunnah hanya akan
menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam pada
ketika itu,

Dalam karya Ihya’ ulumuddin, beliau meletakkan ilmu kalam sebagai satu
ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap
sesiapa yang keterlaluan dalam membincangkan isu-isu berkaitan dengan
sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk di dalam golongan orang yang
melakukan bidaah di dalam Islam. Beliau menyatakan bahawa ilmu kalam
tidak bermanfaat sekiranya tersimpang jauh dari matlamat utama iaitu
mengenal Allah

Polemik berkaitan dengan isu - isu ilmu kalam telah membuka ruang kepada
golongan munafik dan musuh-musuh Islam menimbulkan keraguan kepada
akidah dan pegangan umat Islam. Menyedari hakikat tersebut dan didorong
atas rasa tanggungjawab setelah melihat tiada seorang pun ulama pada
ketika itu bangun menentang musuh-musuh Islam yang menggunakan ilmu
falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan akidah umat Islam,
al Ghazali bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut. Oleh sebab
itu, tokoh ini dianggap sebagai Hujjatul Islam

Berhubung dengan bidang falsafah, penglibatannya berpunca untuk
mengelak pengabaian aspek membela agama Allah dan menangani
pemikiran ahli – ahli falsafah Yunani yang boleh menggugat keimanan
seseorang muslim. al Ghazali memberikan sumbangan yang besar dalam
bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam.
Setelah menganalisa ilmu falsafah yang dipelajarinya, al Ghazali
membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga
golongan; pertama, atheis, kedua, natural dan ketiga teologi.

Golongan pertama ialah golongan yang mengingkari wujudnya pencipta
yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah golongan ilmuwan
yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi
manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa apabila mati
mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari
akhirat. Golongan ketiga adalah ahli teologi iaitu ahli yang membincangkan
soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Sokratus. Golongan ini
membahaskan perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.

al Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan ilmu
falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan,
siasah dan akhlak. Menurut al Ghazali matematik ialah berkaitan dengan
ilmu hisab dan kejuruteraan serta tidak berkaitan dengan perbahasan dari
sudut agama. Mantiq pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan
bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.
Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air,
udara dan alam seluruhnya.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Selain itu, ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dari
perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini berasaskan perbincangan mantiq dan
logik. Ilmu ini menurut al Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan
yang sebenar. Siasah menurut al Ghazali adalah perkara yang berkaitan
dengan unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia menjalani
kehidupan seharian dengan lebih baik. Ilmu yang terakhir dalam ilmu
falsafah menurut Al-Ghazali ialah akhlak iaitu ilmu yang berkaitan
bagaimana seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan
peribadi yang mulia.

Beliau menghasilkan beberapa karya falsafah antaranya, kitab Maqasid al-
Falsafiyah, iaitu sebagai pendahuluan kepada kitabnya yang terkenal Tahafut
al-Falasifah, dengan membentangkan pelbagai pendapat ahli falsafah,
diterjemahkan ke bahasa Latin, Sepanyol dan ’Hibrew dan tersebar dengan
meluas. Kitab Mi’eyar al—’Ilmi fi al-Mantiq, iaitu perbicaraan tentang
pencapaian ilmu pengetahuan serta Kitab Al-Munqidh Min al-Dalal, iaitu
antara kitab yang membicarakan penghidupan dan kemajuan pemikirannya
sendiri dalam pelbagai hal.

Al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
khususnya dalam ilmu falsafah Islam. Beliau telah dapat menyelamatkan
akidah umat Islam dari terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan
Yunani yang jelas akan menyebabkan akidah umat Islam boleh terpesong
secara halus.

Bincangkan sumbangan al Ghazali dalam bidang intelektual sehingga
digear Hujjatul Islam

Imam al Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid bin Muhammad al Thusi
dilahirkan pada tahun 1058 Masihi. Beliau digelar al Ghazali sempena nama
bapanya yang bergear sebagai pemintal benang dan tempat kelahirannya,
Ghazalah. Keperibadiannya dipengaruhi dengan didikannya yang diperoleh
daripada para ulama tersohor seperti Imam al Razkani, Imam Abu Nasr al
Ismaili dan Imam Haramain. Implikasinya, beliau telah menguasai pelbagai
cabang ilmu sama ada ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, mantik, falsafah dan
sebagainya sehinggakan digelar Hujjatul Islam.

Sumbangan dalam bidang ilmu kalam merupakan salah satu sebab beliau
mendapat gelaran seumpama itu, Beliau bukan sahaja banyak mengarang
kitab – kitab yang berkaitan dengan ilmu tersebut, malah bertindak dengan
bijak mematahkan hujah – hujah pihak yang keterlaluan membicarakan
tentang ilmu ini. Beliau menggunakan kaedah atau metodologi
sebagaimana para sahabat Rasulullah SAW dengan menjadikan al Quran, al
Sunnah dan perbahasan para sahabat. Belaiu hanya akan menghadirkan diri
dalam majlis perdebatan yang menggunakan sumber – sumber berkenaan,
baginya hujah dengan menggunakan akal tanpa berpaksikan sumber primer
tadi akan menyebabkan umat Islam semakin keliru. Baginya individu yang
membicarakan secara keterlaluan sifat dan perbuatan Allah termasuk dalam
kalangan yang melakukan bida’ah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Dalam bidang tasawwuf pula al Ghazali begitu lantang untuk menyedarkan
amalan ahli tasawwuf yang dipengaruhi dengan perkara – perkara khurafat
yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Beliau akan
melemparkan kritikan yang membina bertujuan membetulkan kesalahan
dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga
mencemarkan kemurniaan agama Islam. Al Ghazali berpandangan keadaan
ini berpunca daripada kecetekan dan kejahilan terhadap ilmu yang berpunca
daripada kesibukan mereka beribadat semata – mata, beliau mengesyorkan
agar pengamal tasawwuf menguasai ilmu dengan mendalam sebelum tekun
beribadah. KItab Ihya Ulumuddin merupakan karya tasawwuf yang
dihasilkannya menjelaskan amalan sebenar dalam bidang ini, dengan
menjelaskan langkah – langkah yang betul untuk mengamalkan ajaran ini.
Apa yang pasti beliau dan kitabnya ini telah memurnikan semula ilmu
tasawwuf daripada kesesatan dan dan bida’ah

Dalam bidang falsafah pula, al Ghazali memainkan peranan penting
meyelamatkan akidah umat Islam daripada dipengaruhi oleh falsafah atau
pemikiran ketuhanan Yunani. Walaupun beliau tidak pernah berguru dengan
mana – mana tokoh falsafah, namun atas niat ikhlas membela agama Allah
daripada serangan pemikiran falsafah Yunani, Allah SWT telah memberikan
kepadanya ilmu berkaitan falsafah kurang daripada dua tahun. Beliau telah
mengklasifikasikan ahli falsafah kepada tiga golongan dan membahagikan
ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantik, fizik,
ketuhanan, siasah, dan akhlak. Beliau telah menghasilkan beberapa karya
falsafah yang terkenal antaranya Maqasid al Falasifah dan Tahafut al
Falasifah yang telah mendapat pujian daripada ilmuwan seperti Abu Hassan
al Nadawi yang mengatakan kehadiran al Ghazali tepat pada waktunya bagi
menyelamatkan pemikiran dan akidah umat Islam melalui idea – ideanya.

Sumbangan al Ghazali juga dapat dilhat dalam bidang pendidikan, beliau
berpandangan Allah SWT adalah guru utama, Jibril guru kedua, dan Nabi
Muhammad SAW merupakan guru ketiga, baginya semua manusia
mendapat ilmu daripada daripada para Nabi. Oleh sebab itu, al Ghazali
berpandangan semua ilmu yang dicari oleh manusia datang daripada Allah.
Al Ghazali juga menjelaskan guru merupakan individu yang menyampaikan
sesuatu yang baik, positif, dan kreatif kepada seseorang dengan pelbagai
cara tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Dalam konteks
menyampaikan ilmu, al Ghazali menggunakan empat kaedah utama iaitu
perbandingan, halaqah, bimbingan, dan dialog serta perbincangan.

Nilaikan pemikiran al Ghazali dalam perkembangan intelektual umat
Islam menjelang abad ke-20.

Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad al-
Thusial-Imam Abu Hamidal-Ghazali, dilahirkan di Thus pada tahun 1058
Masihi. Beliaupernah berguru dengan Imam al-Radzakani, Imam al-
AbiNashal-Isma’ili dan Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini. Sebagai
individu yang tekun menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan, beliau
telah berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin , usul fiqh,

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dan mantiq, dan yang paling terkenal ialah bidang falsafah. Kemampuan ini
membolehkan beliau menulis dan menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek
ilmu yang telah dipelajari.

Antara kitab-kitab yang dihasilkan oleh beliau ialah IhyaUlumuddin, Kimyaal-
Saadah, Maqasidal-Falasifah dan al-Mushtasfa min ‘Ilmal-
Ushul.membahaskan falsafah kepada tiga jenis golongan, iaitu golongan
atheis, natural dan teologi

Imam al-Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan
semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantiq, ilmu
fizik, Ilmu ketuhanan, siasah, dan etika. Metodologi yang diasaskan oleh
Imam alGhazali adalah lebih jelas dan terperinci. Antara penulisan terkenal
Imam alGhazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid Al-falasifah, Al-Munqiz
min aldhalal dan TahafutAl-falasifah. Abu Hassanal Nadawi menyifatkan
Imam alGhazali sebagai seorang yang istimewa

Imam alGhazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
ilmu falsafah Islam. Beliau dapat menyelamatkan akidah umat Islam dari
terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak
bertauhidkepada agama yang suci; Islam.

Al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekaligus mengelak
amalan mengagung-agungkan falsafah Yunani tanpa menyedari
pertentangan dengan akidah Islam.

Kemampuan Imam al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada
tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan berhujah dengan mengemukakan
pandangan yang bernas menyebabkan beliau amat disanjung tinggi oleh
umat Islam dan sememangnya gelaran Hujjatul Islam yang diberikan
kepadanya amat tepa

Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau
telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam
penulisan beliau, al Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak
yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada
perbincangan ilmu Kalam.

Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daripada ahli sufi, al Ghazali
berusaha membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan
amalan yang terkeluar daripadaajaran agama Islam yang sebenar. Karya
termasyhur Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah Ihya’ Ulumuddin yang
telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti bahasa Melayu,
Parsi, Urdu, Inggeris dan Perancis. Kitab ini juga telah menjadi sumber
rujukan para ulama di rantau alam Melayu. Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin
memberi implikasi besar dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah
cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana alGhazali telah memurnikan
semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’aah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kemampuan al Ghazali berhujah dan menghasilkan idea khususnya dalam
bidang falsafah dan ilmu tasawwuf menyebabkan tokoh ini memang wajar
digelar Hujjatul Isla teragung menjelang abad ke-20

Al Khwarizmi merupakan ilmuwan matematik terbilang. Jelaskan
idea – ideanya.

al Khwarizmi atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Musa
dilahirkan pada tahun 780 Masihi di daerah Khawarizmi. Di Barat, tokoh ini
dikenali dengan pelbagai nama seperti al Khawarizmi, al Cowarizmi, al
Ahawizmi, al Karismi, al Goritmi, al Gorismi dan sebagainya. Sumbangan
tokoh ini dalam bidang matematik amat ketara, pelbagai idea yang
diutarakannya bukan sahaja dimanfaatkan pada zamannya, malah telah
diwarisi hingga kini. Antara idea matematiknya yang teragung ialah
pengenalan sistem nombor termasuk sifar dan mempelopori bidang
algebra.

Sumbangan terbesar al Khwarizmi kepada tamadun dunia ialah
memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu
0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol
tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Pengenalan sistem nombor ini
bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan
meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan
ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat. Malah, beliau
juga merupakan individu dalam kalangan ilmuwan yang memperkenalkan
angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui penggunaan angka
sifar, akan terbit nombor yang mencapai infiniti. Malah, nombor atau
istilah ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh al Khwarizmi oleh tokoh ini telah
dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan
‘zero’.

Melalui penyelidikan yang dijalankan al Khwarizmi telah memperkenalkan
sistem algebra, sehinggakan beliau dikenali dengan gelaran Bapa al-Jabar,
yang sekaligus membawa kepada pengenalan kepada cabang baharu dalam
bidang matematik iaitu aritmetik. Al-Jabar secara ringkasnya merupakan
satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah
penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah,
banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-
masalah pengiraan komplikated yang dihadapi oleh masyarakat Islam
dapat diatasi. Bagi memperluaskan idea ini, beliau telah menghasilkan
sebuah buku yang berjudul al Jabar wa al Muqabalah yang kemudiannya
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa – bahasa serta
menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemahkan mulai
abad ke12 Masihi hingga ke 16 Masihi.

Beliau mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar
matematik sebelum ini. Dalam kitab yang dihasilkan, pelbagai istilah baharu
tentang ilmu diperkenalkan dan digunakan sehingga kini iaitu pemboleh
ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar ( c ). Contohnya, Al-

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah juga mengandungi bab-bab
yang meliputi pelbagai topik iaitu pengiraan darab, campur, tolak dan
bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, keluasan bulatan dan segi tiga
serta isipadu bentuk piramid dan kon.Kesannya, umat Islam dikatakan
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu matematik.

Kehebatan tokoh ini dalam bidang matematik diserlahkan dengan
sumbangan dalam bidang geometri dan trigonometri, iaitu pecahan
kepada bidang matematik. Kedua-dua cabang ilmu matematik ini disentuh
dalam karyanya Hisab al-Jabr wa- al Muqabalah. Contohnya, ilmu geometri
berkaitan dengan ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan
dan pepejal dalam ruang. Manakala trigonometri berkaitan dengan
pengiraaan segi tiga, sukatan sisi dan sudutnya. Kesannya, ilmu yang
diperkenalkan oleh beliau dapat membantu mengatasi masalah pengiraan
yang lebih rumit.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, idea al Khwarizmi dikatakan dapat
menyelesaikan masalah – masalah praktikal. Melalui pengenalan sistem
nombor dan pelbagai ilmu matematik yang berkaitan, masalah umat
khususnya dalam pembahagian harta pusaka dan pengiraan kadar atau
nisab zakat dapat diatasi. Sungguhpun pelaksanaan kaedah berkenaan ada
dinyatakan atau terkandung dalam al-Quran dan Hadis, namun melalui ilmu
matematik yang dilontarkan oleh ilmuwan ini, ianya telah dapat
membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks
yang tidak dihuraikan dalam kedua-dua sumber wahyu itu.

Sumbangan al Khawarizmi dalam bidang matematik amatlah besar, bukan
sahaja kepada umat Islam dan mencerminkan kehebatan dan keunggulan
tamadun Islam, malah apa yang membanggakan sumbangan beliau telah
menjadi pemangkin kepada kemajuan orang – orang Barat yang mendalami
teori – teori yang dikemukakan serta berkekalan hingga hari ini.

Huraikan sumbangan al Khawarizmi dalam bidang matematik.

Al Khawarizmi atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Musa
dilahirkan pada tahun 780 Masihi di daerah Khawarizmi. Di Barat, tokoh ini
dikenali dengan pelbagai nama seperti al Khawarizmi, al Cowarizmi, al
Ahawizmi, al Karismi, al Goritmi, al Gorismi dan sebagainya. Tokoh ini bukan
sahaja menguasai imu matematik sebagai bidang utamanya, malah turut
sama memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang astromomi, falsafah, logik,
arithmetic, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Kepakarannya dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyyah
iaitu Khalifah Harun Ar-Rashid yang melantiknya sebagai sebagai pakar
matematik dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah. Beliau kemudian
dilantik sebagai pengarah arkib buku di perpustakaan istana khalifah oleh
Khalifah al Makmun, pengganti Khalifah Harun al Rashid yang mangkat.
Malah, baginda juga sering ke Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di
sana, termasuklah al-Khawarizmi. Beliau turut mengemaskini sistem
perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

tersebut. Di Baitul Hikmah, al Khawarizmi turut bertugas mengetuai dan
mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa
Yunani yang diperoleh daripada Kerajaan Byzantine. Khalifah al-Ma’mun
telah melantik al Khawarizmi penasihat astronomi dan bertugas di balai
cerap (observatori) yang didirikan oleh baginda di Baghdad.

Sumbangan terbesar al Khawarizmi kepada tamadun dunia ialah
memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,
1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol
tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khawarizmilah orang pertama
yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui
penggunaan angka sifar, akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti.
Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh al Khawarizmi bukan sahaja
membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi
kuasa, log, kosinus dan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan
teknologi berkembang dengan lebih pesat. Malah, ‘sifar’ yang diperkenalkan
oleh al Khawarizmi dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan
‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.

al Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa al-jabar melalui sumbangan beliau
dalam memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu al-jabar. Al-Jabar secara
ringkasnya merupakan satu bidang matematik yang dipanggil ilmu
persamaan. Melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai
atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara
praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat
Islam dapat diatasi.

Bentuk pengiraannya yang menggunakan simbol tertentu disebut juga
sebagai algebra dalam ilmu matematik moden. Buku yang memperkenalkan
kaedah aritmetik al-jabar Ini turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan
menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah sejak diterjemahkan mulai
abad ke12 Masihi hingga ke 16 Masihi. al Khawarizmi menghasilkan al-Kitab
al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

Karya atau idea matematik yang dihasilkannya dimanfaatkan untuk
mengatasi masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya
melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan.
Sungguhpun penyelesaian masalah-masalah itu terkandung dalam al-Quran
dan hadis, namun ilmu yang diperkenalkannya dapat membantu mengatasi
masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan
dalam kedua-dua sumber itu.

Sumbangan al Khawarizmi dalam bidang matematik amatlah besar, bukan
sahaja kepada umat Islam dan mencerminkan kehebatan dan keunggulan
tamadun Islam, malah apa yang membanggakan sumbangan beliau telah
menjadi pemangkin kepada kemajuan orang – orang Barat yang mendalami
teori – teori yang dikemukakan serta berkekalan hingga hari ini.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Selain kepakaran dalam bidang matematik, al Khwarizmi turut
memberikan sumbangan dalam bidang – bidnag lain. Jelaskan.

Al Khawarizmi atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Musa
dilahirkan pada tahun 780 Masihi di daerah Khawarizmi. Di Barat, tokoh ini
dikenali dengan pelbagai nama seperti al Khawarizmi, al Cowarizmi, al
Ahawizmi, al Karismi, al Goritmi, al Gorismi dan sebagainya. Tokoh ini bukan
sahaja menguasai imu matematik sebagai bidang utamanya, malah turut
sama memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang astromomi, falsafah, logik,
arithmetic, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Dalam bidang matematik, tokoh ini orang pertama yang memperkenalkan
angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui penggunaan angka sifar,
akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti. Pengenalan sistem angka
yang sistematik oleh al Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi
pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan
sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang
dengan lebih pesat. Malah, ‘sifar’ yang diperkenalkan oleh al Khawarizmi
dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan
‘zero’.

al Khawarizmi juga bertanggungjawab memperkenalkan jurusan aritmetik
iaitu al-jabar atau algebra. Al-Jabar secara ringkasnya merupakan satu
bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah
penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah,
banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-
masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Idea
dalam hal ini menyebakan beliau dianggap sebagai Bapa Algebra.

Dalam bidang astronomi, al Khwarizmi merupakan tokoh pertama yang
menghasilkan takwim Islam berjudul Zij al Sinhind yang berdasarkan
astronomi India dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan, bintang
dan planet – planet. Beliau telah menghasilkan dua buah zij ( buku /
makalah ) berkaitan astronomi, makalah pertama menyentuh tentang alat
yang digunakan untuk menunjukkan waktu dengan bayangan matahari;
dianggap sebagai jam matahari. Alat ini diperbuat daripada batu marmar
yang digunakan untuk mengenalpasti waktu solat. Makalah kedua dikenali
sebagai astrolabe, juga merupakan sejenis alat ukuran untuk mengukur
waktu, ketinggian, dan kedalaman perigi. Kuadron juga diciptanya untuk
menyukat sudut dan altitude ketika belayar

Beliau juga mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga fasa – fasa
bulan. Beliau telah membuat penyemakan dan memperkemas semula ilmu
astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy. Beliau telah
menghitung isipadu dan ukur lilit bumi, dan mencipta alatan penentu
kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari. Al Khwarizmi juga telah
menghasilkan jadual kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet –
planet.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Dalam bidang geografi pula, beliau merupakan individu pertama melakar
peta dunia. Beliau telah menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu
geografi dan menghasilkan tulisan berjudul Kitab Surat al Ard ( The Image
of Earth ), buku yang mennyentuh tentang bentuk fizikal bumi dan
merupakan ideanya untuk mengemaskini penulisan Ptolemy.

Al Khwarizmi juga telah mengemukakan beberapa kordinat tempat di Laut
Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku yang ditulis oleh Ptolemy.
Kitab ini lengkap dengan carta – carta astronomi yang melakarkan
pergerakan bintang di langit. Kitab ini juga menerangkan dan membuktikan
pandangan sarjana Yunani tentang jarak antara negara dengan negara lain.

Huraikan sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam bidang
pensejarahan dan ekonomi

Ibn Khaldun dilahirkan pada tahun 1332 H di Tunisia, nama sebenarnya ialah
Waliud- Din Abu Zaid Abdul Rahman Ibn Muhammad Ibn Khalid Ibn
alKhattab., anak seorang ulama ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera.
Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun
beliau sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk
menuntut ilmu. Beliau merupakan seorang individu yang kreatif.
Pemikirannya dalam kitab Al-Muqaddimah adalah hasil daripada
pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai
bidang ilmu yang tersendiri. Buku ini dijadikan bahan kajian oleh sarjana-
sarjana timur dan barat hingga ke hari ini.

Ibn Khaldun bukan sahaja telah melahirkan dan memperkayakan karya-karya
pensejarahan dengan sumbangannya, Kitab al Muqaddimah, tetapi juga
memperluaskan ruang lingkup kajian sejarah dengan melihat sejarah dalam
konteks yang lebih luas, iaitu melalui perubahan-perubahan sosial yang
berlaku dalam sesuatu masyarakat. Kitab al Muqaddimah - merupakan
karya agung dalam bidang pensejarahan bagi memahami corak perubahan
organisasi politik dan sosioekonomi. Karyanya memberikan suatu konsep
sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia. Ia memaparkan
suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah, iaitu hukum-hukum yang
menguasai proses perubahan-perubahan sesuatu masyarakat manusia
seperti hubungan di antara sebab dan akibat.

Sumbangannya adalah dalam bidang teori dan pendekatan sejarah agak
jelas apabila ia memperkenalkan konsep pendekatan “multi-disciplinary”
dengan kajian sejarah dibantu oleh sosiologi dan geografi. Oleh sebab itu,
Ibn Khaldun dianggap sebagai pengasas pensejarahan dan sosiologi moden.
Beliau juga merupakan ahli sejarah yang pertama mengkaji segala aspek
kehidupan sosial orang Islam dan melihat sejarahnya dari perspektif
sosiologi masyarakat yang dapat memberikan keterangan-keterangan yang
relevan kepada semua tindakan sosial manusia. Ia menunjukkan
kepentingan sikap yang kritis yang telah berjaya menggabungkan pelbagai
disiplin dalam pengkajian sejarah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Ideanya yang menarik dalam Kitab al Muqaddimah mendorong para
pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan
sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti AlTabari
dan Al-Mas`udi, malah teori pensejarahan Ibn Khaldun dikembangkan oleh
ahli sejarah Barat melalui penterjemahan buku atau kitab alMuqaddimah.
Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai bapa ekonomi Islam kerana
pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori
yang dikemukakannya jauh lebih dahulu daripada teori-teori ekonomi yang
dikemukakan oleh Adam Smith (1723-1790) dan DavidRicardo (1772-1823).
Beliau telah telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi
seperti keadilan (aladl), hardworking, kerjasama (cooperation),
kesederhanaan (moderation), dan fairness.
Berhubung dengan keadilan (justice), Ibn Khaldun telah menekankan
bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah
ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan
hancur dan musnah.

IbnKhaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti ekonomi
seumpama haiwan ekonom, sebaliknya beliau menganggap manusia itu
sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan
pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi
perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai
model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan
kepada kehidupan akhirat.

Idea – idea yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun jelas menggambarkan
beliau merupakan individu yang layak digelar sebagai tokoh pemikiran
moden terutamanya kemampuan menguasai ilmu sosiologi sehingga
mampu menghasilkan karya atau idea pensejarahan dan ekonomi.

Bincangkan sumbangan Ibn Khaldun dalam perkembangan
intelektual

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya ialah Waliud- Din Abu Zaid Abdul
Rahman Ibn Muhammad Ibn Khalid Ibn al Khattab dilahirkan pada tahun
1332 H di Tunisia. Beliau merupakan seorang individu yang kreatif.
Pemikirannya dalam kitab Al-Muqaddimah adalah hasil daripada
pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai
bidang ilmu yang tersendiri. Selain bidang sejarah dan pensejarahan, Ibn
Khaldun juga mencetuskan idea dalam bidang kebudayaan, kemasyarakatan
dan ekonomi.

Antara sumbangan Ibn Khaldun ialah beliau telah mencetuskan idea baharu
dalam bidang sejarah dan pensejarahan, melalui Kitab al Muqadimmah,
beliau telah memperluaskan ruang lingkup kajian sejarah dengan melihat
sejarah dalam konteks yang lebih luas, iaitu melalui perubahan-perubahan
sosial yang berlaku dalam sesuatu masyarakat. Kitab ini memaparkan suatu
prinsip asas dalam pengkajian sejarah, iaitu hukum-hukum yang menguasai
proses perubahan-perubahan sesuatu masyarakat manusia seperti

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

hubungan di antara sebab dan akibat. Sumbangannya adalah dalam bidang
teori dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan konsep
pendekatan “multi-disciplinary” dengan kajian sejarah dibantu oleh sosiologi
dan geografi sehingga dianggap sebagai pengasas pensejarahan dan
sosiologi moden. Ideanya yang menarik dalam Kitab al Muqaddimah
mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai
tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya
seperti Al Tabari dan Al-Mas`udi.

Dalam bidang kebudayaan, Ibnu Khaldun merupakan penggiat budaya dan
kesusasteraan Arab, pengajian kesusteraannya dengan Syeikh Muhammad
Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya bersyair dan
membahaskan tentang syair Arab.

Ibn Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden
khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi, dan
pendidikan, para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan
rujukan dalam bidang-bidang tersebut, malah malah pemikiran beliau sering
dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah,
serta judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.

Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai bapa ekonomi Islam kerana
pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori
yang dikemukakannya jauh lebih dahulu daripada teori-teori ekonomi yang
dikemukakan oleh Adam Smith dan David Ricardo, membincangkan
beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl),
hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), dan
fairness. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti
perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal).
Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic
man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk
memenuhi misinya di atas muka bumi ini.

Kesimpulannya, sumbangan Ibn Khaldun dalam bidang intelektual amat
jelas, bukan sahaja kerana kemampuannya menguasai pelbagai cabang ilmu,
tetapi disebabkan oleh karya – karyanya turut diiktiraf oleh bangsa lain
termasuk diterjemahkan. Malah di Amerika Syarikat, sebuah anugerah ilmiah
yang berpestij dinamakan semperna nama beliau iaitu Ibn Khaldun Chair Of
Islamic Studies di Universiti Amerika

Huraikan kepentingan catatan Ibn Majid hasil sepanjang pelayaran
yang dilakukannya.

Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi
merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke-9. Beliau
adalah dari keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut ”. Beliau telah
mempelajari ilmu pelayaran menerusi Muhammad bin Shadan, Sahi bin
Aban dan Layth bin Kahlah dan ahli-ahli pelayaran zaman Abbassiyah.Beliau

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

telah menghasilkan 25 buah karya sama ada berbentuk prosa atau pun puisi
yang merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, ombak dan
lain – lain yang menggambarkan penguasaannya dalam bidang pelayaran
dan geografi.

Beliau telah menghasilkan kitab ilmu laut yang berjudul al-Fawaid fi Usul ’Ilm
al-Bahar wa al-Qawaid (mengenai kaedah-kaedah dan faedah –faedah ilmu
laut) bertarikh 895 H. Hasil karya dalam bentuk prosa ini dibahagikan kepada
12 bab. Kandungan kitab ini mengenai permulaan pelayaran, jarum magnet,
bulan, bintang, kompas, laluan laut Lautan Hindi, sepuluh buah pulau yang
paling terkenal , monsun yang sesuai bagi pelayaran dengan tarikh dalam
perkiraan bangsa Parsi bagi setiap monsun dan Laut Merah. Antara tujuan
beliau menghasilkan karya yang pertama ini ialah hasratnya ingin
memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan – catatan yang
dilakukan oleh pelayar sebelumnya.

Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul’ Ilm al-Bihar yang bertarikh 866 H.
Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh ( tahun ), ilmu bahasa, ilmu
bintang, berkaitan dengan laut di pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika,
laluan di Teluk Parsi, Lautan Hindi, Laut China, dan pantai dan pelabuhan,
garis lintang dan ilmu astronomi.

Kitab Al-Urjuzah al-Mu-arrabah 890 H membicarakan pelayaran di Teluk
Aden secara terperinci yang dapat menarik perhatian bukan sahaja khalayak
pembaca malah memberikan tarikan yang tersendiri kepada penjelajah –
penjelajah lain. Karya Aribah al-Daraib pula merupakan huraian yang
lengkap mengenai penggunaan bintang dalam pelayaran. Beliau juga telah
menghasilkan karya mengenai bintang-bintang di kutub utara berjudul
Urjuzah Al-Maimiyah.

Karya yang berjudul Qailah al-Isla fi Jami’ al-Dunya merupakan karya yang
berbentuk puisi. Ia mengandungi huraian berangkap tentang menentukan
arah kibkat dari mana-mana darat dan laut. Beliau mendakwa mempunyai
kaedah yang tepat dalam perkara ini.

Catatan Ibn Majid hasil daripada pelayarannya telah membawa
peningkatan pengetahuan khususnya dalam bidang geografi, dan ianya
telah menjadi perangsang pelayaran tokoh – tokoh Islam lain. Kehebatan
mengolah catatan dalam bentuk puisi dan prosa menunjukkan beliau bukan
setakat ahli pelayaran dan geografi malah diakui sebagai sasterawan.

Bincangkan sumbangan al Mas’udi dalam bidang geografi.

al Mas’udi atau nama sebenarnya Abu al Hassan ‘Ali bin Husayn bin ‘Ali al
Mas’udi merupakan tokoh pelayar berasal daripada Iraq dilahirkan pada
tahun 895 Masihi. al Mas’udi memulakan pelayaran lebih awal berbanding
Ibnu Battutah iaitu antara tahun 914 Masihi hingga 915 Masihi dengan
menuju ke arah Parsi, dan pernah sampai di India, China, Indochina,
Madagascar, Zanzibar, Oman, da lain – lain lagi.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Antara sumbangan ketara al Mas’udi dalam bidang geografi ialah
penghasilan karya agungnya Muruj al Dhahab wa Ma’adin al Jawahir yang
dianggap sebagai ensiklopedia geografi yang terawal. Penulisannya jelas
menggabungkan ilmu geografi dan disiplin sejarah agar ia menjadi lebih
menarik. Beliau telah menghuraikan dan menggambarkan keadaan gempa
bumi, perairan Laut Mati, dan sebagainya.

Melalui karya yang dihasilkan, al Mas’udi menyokong Teori Determinisme
Alam Sekitar iaitu tanggapan bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang
dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap
manusia. Matahari dan bulan dikatakan menentukan nasib dan hidup orang
dari utara menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam aspek peperangan
berbanding manusia di selatan yang mempunyai sifat yang lebih suka
bertafakur atau hidup dalam suasana aman.

Beliau juga cuba mengaitkan di antara fenomena alam semula jadi dengan
kehidupan manusia. Misalnya beliau mengatakan perwatakan serta gaya
hidup orang – orang Arab Badwi adalah berkait dengan kualiti alam
sekitarnya yang tulen. al Masudi juga berpendapat bahawa iklim turut
mempengaruhi keadaan fizikal sesuatu kaum. Contohnya, kulit orang Turki
yang tinggal di Utara India. Beliau membincangkan dan menganalisis
budaya masyarakat setempat secara sosiologikal dan antropoligikal. Dengan
ini beliau turut menyumbang kepada asas ilmu sosiologi dan antropologi

Karya al Mas’udi juga menggambarkan keadaan persekitaran di India
khususnya flora dan fauna yang terdapat berhampiran tepi Laut Combay.
Antara bahan kajian beliau ialah gajah, burung kakak tua, burung merak,
buah oren, kelapa, dan lain – lain. Beliau juga berjaya mengupas secara
terperinci kawasan – kawasan di India seperti Makran, Sind, dan Pantai Barat
India setanding dengan apa yang dihasilkan oleh Ibnu Khurdazbih dan
Istakhri.

Sumbangan seterusnya al Masudi ialah beliau berusaha membetulkan
kefahaman pelaut – pelaut yang menyatakan setiap laut adalah berasingan.
Beliau menjelaskan bahawa setiap lautan iaitu Lautan Parsi, Laut China, Laut
Rom, dan Laut Syria adalah bersambungan antara satu sama lain.
Sehubungan dengan pendapat ini, beliau juga dapat membetulkan
kekeliruan pelayar Arab dengan menjelaskan bahawa Laut Kaspia adalah
tidak bersambung dengan Laut Hitam.

al Masudi juga membahagikan bumi kepada dua garisan iaitu garisan bujur
dan garisan lintang. Penentuan garis – garis tersebut menentukan waktu,
sifat iklim dan kedudukan. Ilmu ini menjadi asas kepada ilmu pelayaran.

Sumbangan lain al Mas’udi ialah penjelasan bahawa jarak antara benua
Eropah dengan China ialah setengah lingkungan bumi. Selain itu, beliau juga
telah menamatkan kekeliruan nama sungai – sungai yang direntasi semasa
pelayaran dan menerangkan keadaan, lokasi, dan aktiviti masyarakat di India.

Sumbangan al Mas’udi amat besar dalam bidang ilmu geografi. al Mas’udi
pula boleh dianggap sebagai tokoh serba boleh bukan sahaja bidang,

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

geografi, bahkan menguasai ilmu seperti fizik dan sejarah sehinggakan
masyarakat Arab menggelarnya Herodotus dan Plinius.

Bincangkan kepentingan pelayaran yang dilakukan oleh al Mas’udi

al Mas’udi atau nama sebenarnya Abu al Hassan ‘Ali bin Husayn bin ‘Ali al
Mas’udi merupakan tokoh pelayar berasal daripada Iraq dilahirkan pada
tahun 895 Masihi. Al Mas’udi memulakan pelayaran antara tahun 914 Masihi
hingga 915 Masihi dengan menuju ke arah Parsi, dan pernah sampai di India,
China, Indochina, Madagascar, Zanzibar, Oman, da lain – lain lagi. Beliau
turut merakamkan pengalamanya pelayarannya dalam karyanya yang
terkenal Muruj al Dhahab wa Ma’adin al Jawahir dan Kitab al Tanbih wa al
Ishraf.

Karyanya Muruj al Dhahab wa Ma’adin al Jawahir dianggap sebagai
ensiklopedia geografi yang terawal. Kajiannya menggabungkan ilmu
geografi dan disiplin sejarah agar ia menjadi lebih menarik. Al Mas’udi telah
menghuraikan dan menggambarkan keadaan gempa bumi, perairan Laut
Mati, dan sebagainya.

Melalui karya yang dihasilkan, al Mas’udi menyokong Teori Determinisme
Alam Sekitar iaitu tanggapan bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang
dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap
manusia. Matahari dan bulan dikatakan menentukan nasib dan hidup orang
dari utara menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam aspek peperangan
berbanding manusia di selatan yang mempunyai sifat yang lebih suka
bertafakur atau hidup dalam suasana aman.

Karya al Mas’udi juga menggambarkan keadaan persekitaran di India
khususnya flora dan fauna yang terdapat berhampiran tepi Laut Combay.
Antara bahan kajian beliau ialah gajah, burung kakak tua, burung merak,
buah oren, kelapa, dan lain – lain. Beliau juga berjaya mengupas secara
terperinci kawasan – kawasan di India seperti Makran, Sind, dan Pantai Barat
India setanding dengan apa yang dihasilkan oleh Ibnu Khurdazbih dan
Istakhri.

Sumbangan al Masudi bukan sahaja terhad dalam bidang geografi, malah ia
memberikan sumbangan yang bermakna dalam bidang pelayaran,
contohnya beliau membetulkan kefahaman pelaut – pelaut yang
menyatakan setiap laut adalah berasingan. Beliau menjelaskan bahawa
setiap lautan iaitu Lautan Parsi, Laut China, Laut Rom, dan Laut Syria adalah
bersambungan antara satu sama lain. Sehubungan dengan pendapat ini,
beliau juga dapat membetulkan kekeliruan pelayar Arab dengan
menjelaskan bahawa Laut Kaspia adalah tidak bersambung dengan Laut
Hitam.

Sumbangan lain hasil penjelajahan dan penerokaan al Mas’udi ialah
penjelasan bahawa jarak antara benua Eropah dengan China ialah setengah
lingkungan bumi. Selain itu, beliau juga telah menamatkan kekeliruan nama

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

sungai – sungai yang direntasi semasa pelayaran dan menerangkan keadaan,
lokasi, dan aktiviti masyarakat di India.

Sumbangan al Mas’udi bukan sahaja menjadi perangsang kepada usaha
pelayaran pada masa hadapan malah yang lebih penting mendedahkan
kepada masyarakat tentang ilmu geografi, sosiologi, dan pelayaran itu
sendiri.

Pelayaran yang dilakukan oleh al Mas’udi banyak meninggalkan
impak terhadap peradaban manusia. Bincangkan.

Al Mas’udi atau nama sebenarnya Abu Hassan Ali bin Husayn dilahirkan pada
tahun 895 Masihi merupakan antara tokoh pelayaran Islam, memulakan
pelayaran sejak berusia 20 tahun. Minat yang tinggi dalam aktiviti pelayaran
serta sikapnya yang gemar meneroka dan melakukan penyelidikan
menyebabkan beliau berjaya sampai di negara – negara seperti India, China,
Madagascar, Oman dan lain – lain. Segala pengalaman pelayaran
dirakamkan dalam karyanya yang terkenal seperti Muruj al Dhahab. Tidak
dinafikan,pelayaran yang dilakukannya banyak meninggalkan impak
terutama dalam bidang geografi dan pelayaran itu sendiri.

Karya Muruj al Dhahab yang dihasilkan merupakan ensiklopedia geografi
terawal, Bagi memastikan penulisannya dapat menarik perhatian beliau telah
menggunakan disiplin baharu dalam penulisan dengan menggabungkan
ilmu geografi dan disiplin sejarah agar ia menjadi lebih menarik. Beliau telah
menghuraikan dan menggambarkan keadaan gempa bumi di Iskandariah
yang menumbangkan menara di sana, perairan Laut Mati, lapisan bumi dan
sebagainya. Beliau juga menyebut tentang kincir air di Sijistan yang
merupakan penemuan baharu orang Islam.

Melalui karya yang dihasilkan, al Mas’udi menyokong Teori Determinisme
Alam Sekitar iaitu tanggapan bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang
dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap
manusia. Matahari dan bulan dikatakan menentukan nasib dan hidup orang
dari utara menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam aspek peperangan
berbanding manusia di selatan yang mempunyai sifat yang lebih suka
bertafakur atau hidup dalam suasana aman. Beliau cuba mengaitkan di
antara fenomena alam semula jadi dengan kehidupan manusia. Misalnya
beliau mengatakan perwatakan serta gaya hidup orang – orang Arab Badwi
adalah berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang tulen. al Masudi
berpendapat bahawa iklim turut mempengaruhi keadaan fizikal sesuatu
kaum, contohnya, kulit orang Turki yang tinggal di India tidak sama dengan
dengan kulit orang Turki yang tinggal di Turki. Beliau membincangkan dan
menganalisis budaya masyarakat setempat secara sosiologikal dan
antropoligikal.

Karya al Mas’udi juga menggambarkan keadaan persekitaran di India
khususnya flora dan fauna yang terdapat berhampiran tepi Laut Combay.
Antara bahan kajian beliau ialah gajah, burung kakak tua, burung merak,
buah oren, kelapa, dan lain – lain. Beliau juga berjaya mengupas secara

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

terperinci kawasan – kawasan di India seperti Makran, Sind, dan Pantai Barat
India setanding dengan apa yang dihasilkan oleh Ibnu Khurdazbih dan
Istakhri. al Mas’udi juga membuat kajian tentang tanah fayy iaitu tanah yang
diperoleh tanpa berlaku peperangan.

Sumbangan seterusnya al Masudi ialah beliau berusaha membetulkan
kefahaman pelaut – pelaut yang menyatakan setiap laut adalah berasingan.
Beliau menjelaskan bahawa setiap lautan iaitu Lautan Parsi, Laut China, Laut
Rom, dan Laut Syria adalah bersambungan antara satu sama lain.
Sehubungan dengan pendapat ini, beliau juga dapat membetulkan
kekeliruan pelayar Arab dengan menjelaskan bahawa Laut Kaspia adalah
tidak bersambung dengan Laut Hitam. al Mas’udi ialah penjelasan bahawa
jarak antara benua Eropah dengan China ialah setengah lingkungan bumi.
Selain itu, beliau juga telah menamatkan kekeliruan nama sungai – sungai
yang direntasi semasa pelayaran dan menerangkan keadaan, lokasi, dan
aktiviti perdagangan bagi masyarakat atau pedagang di India apabila
sampai di sana.

al Mas’udi juga memberikan sumbangan dalam bidang sejarah,
penulisannya menggunakan pendekatan tematik berbanding kebanyakan
penulis yang menggunakan pendekatan berdasarkan tahun. Beliau
memasukkan peristiwa politik, peperangan, cara hidup masyarakat dan
sempadan geografi yang diikuti oleh sejarawan lain seperti Ibn Khaldun

al Mas’udi boleh dianggap sebagai tokoh serba boleh bukan sahaja bidang,
geografi, bahkan menguasai ilmu seperti fizik dan sejarah sehinggakan
masyarakat Arab menggelarnya Herodotus dan Plinius Arab kerana
membuat revolusi dalam penulisan ilmu sejarah.

Nilaikan usaha dan kepentingan pelayaran yang dilakukan oleh Ibnu
Battutah.

Ibnu Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al Lawati
dilahirkan pada tahun 1304 Masihi di Tanger, Maghribi. Sejarah
pengembaraannya bermula ketika usianya baru mencecah 21 tahun apabila
meninggalkan kampung halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di
Makkah dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya hal ehwal agama
Islam. Dari segi peribadi, beliau dikatakan seorang yang mempunyai
keperibadian yang mulia, berwibawa, pandai berdiplomasi, berpendirian
tegas, gigih, dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan bahasa asing
seperti bahasa Parsi dan Turki.

Pelayaran Ibnu Battutah dapat dibahagikan kepada empat tahap. Tahap
pertama pelayaran beliau ialah perjalanan dari Maghribi ke kota Makkah
yang merentasi bahagian utara Afrika seperti Mesir, Libya, dan Algeria.
Dalam perjalanan tersebut, beliau telah mencatatkan pengalamannya di
tempat bersejarah seperti Baitulmaqdis. Di Syria, beliau membuat
pemerhatian tinggalan kerajaan Bani Umaiyah sehinggalah tercapai
hasratnya menunaikan haji di Makkah .

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Peringkat kedua pelayaran Ibnu Battutah ialah perjalanan pulang dari kota
Makkah, di mana lokasi awal yang ditujuinya ialah selatan Iraq. Dalam
perjalanan ini, beliau telah menempuh pelbagai cabaran setelah
menyeberangi Sungai Furat dan Dajlah, dan setelah mencapai di tempat
yang ditujui, beliau kembali ke kota Makkah.

Tahap ketiga pelayarannya ialah perjalanannya bermula dari Makkah ke
Yaman, diikuti Afrika Timur, Oman, Bahrain, Sudan, Mesir Utara, Turki,
hinggalah sampai ke kota Constantinople. Di Turki, beliau telah mengiringi
rombongan yang dihantar oleh Uzbek Khan menemui Kaisar Byzantine, dan
di sana beliau turut diberikan penghormatan oleh pemerintah kota
Constantinople itu.

Peringkat keempat pelayarannya bermula dari Turki ke India melalui
Bukhara, Samarkand, Khurasan dan Afghanistan. Di India, beliau telah
dilantik sebagai kadi sewaktu pemerintahan kerajaan Tuhglug dan sempat
meninjau pelbagai adat resam dan kebudayaan masyarakat India.
Pengembaraan ke benua Asia diteruskan ke China, dalam perjalanan beliau
telah singgah di Sumatera dan Jawa. Di sana beliau telah diberikan
penghormatan oleh Sultan Pasai, Malik al Zahir termasuk kelengkapan
untuknya belayar ke China. Setelah pulang mengembara dari China, dari
Maghribi beliau sekali lagi memulakan perjalanan merentasi Laut
Mediterranean menuju ke Andalus, dan balik semula ke Maghribi sebelum
keluar sekali lagi merentasi Gurun Sahara untuk sampai di Sudan dan
beberapa negeri di Afrika

Antara kepentingan penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh Ibnu
Battutah ialah karya atau catatannya sepanjang pengembaraan menjadi
sumber sejarah abad pertengahan bagi pelbagai negara yang telah
dilawatinya. Melalui karya al Rihlah, khalayak pembaca didedahkan
pelbagai aspek kehidupan seperti agama, politik, sosial, ekonomi, dan
kebudayaan masyarakat di sana khususnya negara – negara di Afrika Barat.
Karyanya juga teah menggambarkan negara Islam khasnya sejarah Anatolia,
India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughluq, Afrika Timur dan Barat
serta Maldives.

Sumbangan seterusnya Ibnu Battutah ialah karyanya Tuhfat al Nazar atau
lebih dikenali al Rihlah telah mendapat tumpuan para sarjana Barat di
seluruh dunia. Karya ini kemudian telah diterjemahkan dalam pelbagai
bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman, dan lain
– lain. Terjemahan karyanya dalam bahasa Inggeris diusahakan oleh Profesor
H.A.R. Gibb dikenali sebagai The Travels of Ibnu Battutah. Gelaran lain tokoh
ini ialah The Prince of Muslim Travellers.

Kejayaan ekspedisi – ekspedisi pelayarannya telah menjadi pendorong
kepada para pelayar Islam lain untuk mengikut jejak langkahnya. Hal ini telah
membawa kepada kemunculan beberapa tokoh lain seperti Ibn Hawqal,
Sulayman al Mahri dan sebagainya. Ibnu Hawqal, umpamanya telah
memulakan pelayaran ke Afrika Utara, Sepanyol, Selatan Sahara, negara –
negara Arab, Armenia, Adzerbaijan, dan Sicily dari tahun 947 Masihi hingga

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

973 Masihi. Sementara Sulayman al Mahri berjaya merentasi lautan – lautan
antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Artik, Lautan
Atlantik, perairan Mediterranean melalui Selat Gibraltar.

Karya Ibnu Battutah telah dapat meningkatkan pengetahuan ilmu geografi
dan aspek pensejarahan. Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir,
dan pegawai – pegawai tinggi kerajaan yang majoritinya boleh dipastikan
dengan sumber – sumber lain. Di Constantinople, beliau mencatat akan
keindahan kota ini yang dilengkapi dengan pasar atau gudang membeli –
belah, jalan raya yang indah yang dibina daripada batu, dan kewujudan
sebuah gereja besar yang dikenali sebagai Gereja Sancta Sophia di tengah –
tengah kota berkenaan.

Di Alam Melayu, khususnya utara Sumatera, kerajaan Pasai dicatatkan
sebagai kawasan yang subur yang dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih,
gaharu, dan lain – lain. Catatan beliau tentang Pasai ini digunakan sebagai
salah satu sumber untuk mengkaji pertapakan dan perkembangan tamadun
Islam di Alam Melayu.

Kejayaan pelayaran Ibnu Battutah selama 28 tahun meletakkan beliau setaraf

dengan pengembara atau pelayar terkenal seperti Marco Polo.

Bincangkan sumbangan Ibn Batuttah hasil daripada aktiviti
pelayarannya.

Ibnu Batttutah, atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al Lawati
dilahirkan pada tahun 1304 Masihi di Tanger, Maghribi yang telah
memulakan pengembaraannya bermula ketika usianya baru mencecah 21
tahun. Beliau memiliki keperibadian yang menggemari menyelidiki sesuatu
yang mendorongnya melakukan pelayaran ke sesuatu tempat bagi
memenuhi hasrat ingin tahunya dan mempunyai sifat yang cekal. Kejayaan
pelayaran Ibnu Battutah selama 28 tahun yang merentasi sejauh 75 batu
atau120,000 kilometer antara tahun 1325 Masihi – 1353 Masihi telah
meletakkan beliau setaraf dengan pengembara atau pelayar terkenal seperti
Marco Polo. Keberanian Ibnu Battutah dalam pengembaraan menyebabkan
ramai sarjana menggelar beliau sebagai “The Prince of Muslim Travelers”.

Sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya
menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al Nazar atau lebih dikenali
sebagai al Rihlah. Sarjana Barat atau orientalis menyifatkan Ibnu Battutah
sebagai The Prince of Muslim Travellers. Karya atau catatannya sepanjang
pengembaraan tersebut menjadi sumber sejarah abad pertengahan bagi
pelbagai negara yang telah dilawatinya. Melalui karya al Rihlah, khalayak
pembaca didedahkan pelbagai aspek kehidupan seperti agama, politik,
sosial, ekonomi, dan kebudayaan masyarakat di sana khususnya negara –
negara seperti di Afrika Barat dan di India. Di India, catatannya berkisar
tentang pelbagai kepercayaan yang diamalkan oleh orang Hindu, malah
beliau turut menyatakan kepentingan Sungai Ganges kepada masyarakat di
India khususnya untuk upacara penyucian diri.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Karya yang dihasilkannya turut menggambarkan negara Islam khasnya
sejarah Anatolia, India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughluq, Afrika
Timur dan Barat serta Maldives. Ibnu Battutah juga menulis catatan tentang
kota-kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan
Sifahan dan terdapat juga catatan tentang tempat-tempat yang dilawati di
Makkah seperti Masjidil Haram, Makam Imam dan Kaabah.

Kejayaan ekspedisi – ekspedisi pelayarannya telah menjadi pendorong
kepada para pelayar Islam lain untuk mengikut jejak langkahnya. Hal ini telah
membawa kepada kemunculan beberapa tokoh lain seperti Ibn Hawqal,
Sulayman al Mahri dan sebagainya. Ibnu Hawqal, umpamanya telah
memulakan pelayaran ke Afrika Utara, Sepanyol, Selatan Sahara, negara –
negara Arab, Armenia, Adzerbaijan, dan Sicily dari tahun 947 Masihi hingga
973 Masihi. Sementara Sulayman al Mahri berjaya merentasi lautan – lautan
antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Artik, Lautan
Atlantik, perairan Mediterranean melalui Selat Gibraltar.

Karya Ibnu Battutah telah dapat meningkatkan pengetahuan ilmu geografi
dan aspek pensejarahan. Dalam bidang geografi, beliau mencatatkan
keadaan geografi sesebuah negara, antara catatan terpenting ialah iklim
khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Kepentingan catatan
seumpama ini ialah dapat menentukan pemilihan tapak bagi sesebuah
pangkalan perdagangan.

Di Constantinople, beliau mencatat akan keindahan kota ini yang dilengkapi
dengan pasar atau gudang membeli – belah, jalan raya yang indah yang
dibina daripada batu, dan kewujudan sebuah gereja besar yang dikenali
sebagai Gereja St. Sophia di tengah – tengah kota berkenaan. Pasai pula
dicatatkan sebagai kawasan yang subur yang dipenuhi dengan pokok
kelapa, cengkih, gaharu, dan lain – lain.

Keperibadiannya yang hebat menyebabkan beliau dilantik sebagai pegawai
kerajaan di tempat beliau singgah; sesuatu yang agak unik, umpamanya
pada zaman pemerintahan kerajaan Tughluq, beliau dilantik sebagai kadi
dan pernah menjadi wakil kerajaan tersebut bagi menemui atau
menjalankan ekspedisi ke China. Sesuatu yang menarik tentang Ibn Batuttah
ini juga, beliau telah mengklasifikasikan pemerintah dengan sifat – sifat
tertentu, umpamanya Raja di Iraq dianggap amat berbudi bahasa, Raja
Hindustani ( peramah ), Raja Yaman ( berakhlak mulia ), Raja Turki ( gagah
perkasa ), Raja Rom ( pemaaf ), Raja Turkestan ( bertoleransi ), dan Raja Pasai
( berilmu pengetahuan seumpama ulama ). Pentingnya catatan ini ialah
memudahkan pengembaraan seterusnya dijalankan khususnya berkaitan
dengan persiapan apabila berlabuh di negara – negara berkenaan

Walaupun Ibn Batuttah hakikatnya adalah seorang ahli pelayaran, namun
catatannya yang lengkap menyebabkan tokoh ini dianggap sebagai individu
serba boleh, bukan sahaja tokoh dalam bidang geografi, malah yang
menariknya beliau juga dianggap sebagai guru dalam bidang kehakiman
dan sejarah dan pensejarahan serta bidang antropologi dan sosiologi

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan ciri – ciri seni bina di Andalus pada abad ke-13 Masihi.

Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,
reka letak yang dibina oleh manusia. Sementara seni bina Islam merupakan
hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan jasmani
dan rohani memandangkan kejiwaan manusia sangat dipengaruhi oleh
rohaninya. Meskipun abad ke-13 Masihi merupakan tempoh terakhir
kewujudan kerajaan Islam di Sepanyol, namun kerajaan Nasriyah atau Bani
al Ahmar memberikan sumbangan yang membanggakan dalam pembinaan
dan perkembangan seni bina. Tumpuan pemerintah ialah pembinaan
masjid, madrasah, istana, rumah kediaman, pintu gerbang ( gapura ) dan
sebagainya

Hasil seni bina yang terdapat di Andalus pada tempoh masa ini terbahagi
kepada dua jenis iaitu kesenian yang lahir di Granada dikenali sebagai
keseniaan Granada, manakala kesenian di luar Granada dipanggil kesenian
Mudejar. Keseniaan di luar Granada telah dilahirkan bersama oleh orang-
orang Islam dan bukan Islam pada abad ke-13 Masihi dan ke-14 Masihi,
contohnya Alcazar di Seville dan gereja Toledo. Walaupun ada
pembahagian sebegini, namun monumen atau bangunan – bangunan yang
bersejarah yang didirikan ini tetap mempunyai persamaan iaitu menepati ciri
seni bina Islam seperti tahan lama, dihaisi dengan kaligrafi Arab khususnya
ayat – ayat al Quran, selesa dengan mempunyai ruang peredaran udara yang
mencukupi dan sebagainya.

Binaan yang dihasilkan mempunyai menara, umpamanya terdapat dua buah
menara ( tower ) yang tinggi dan berkilauan yang dibina di atas Bukit Sierra
Nevada. Kepentingan binaan menara ini ialah dapat melihat keindahan kota
Granada dengan taman – taman bunga dan pohon – pohon buah – buahan
yang subur menghijau. Di samping pentingnya pembinaan menara di
kawasan istana atau sempadan ialah bagi memantau sebarang pergerakan
yang mencurigakan, dengan lain perkataan dikaitkan dengan ciri
keselamatan

Kebiasaan bangunan – bangunan yang didirikan mempunyai ruang – ruang
khas ( bilik ) yang mempunyai fungsi yang tersendiri. Umpamanya, Istana al
Hambra mengandungi beberapa buah bilik yang berukuran sederhana, dua
buah dewan besar serta mempunyai halaman yang dihiasi dengan kolam air
pancut dan taman. Di sekitarnya, terdapat 128 batang tiang bulat yang
diperbuat daripada marmar. Malah di istana berkenaan terdapat ruang duta,
ruang persalinan permaisuri, ruangan persiraman diraja dan lain – lain yang
menjanjikan kelebihan dan keterasingan yang tersendiri dari segi
keindahannya

Bangunan ini turut mempunyai nilai – nilai keindahan yang dapat dilihat
dengan terukirnya tulisan – tulisan / kaligrafi yang mengandungi ayat – ayat
al Quran, puji – pujian, gelaran pemerintah ( amir ) dan sebagainya. Di pintu
Masjid al Mulk, tertera sepotong tulisan Arab, Azza Maulana al Sultan-
Abdillah, dan di bawah perkataan tersebut terdapat sebuah syair yang

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

menyentuh kemurnian agama Islam, malah permukaan dinding masjid
berkenaan pula dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang – selang
dengan ayat – ayat menggunakan tulisan Arab seperti, al Qudratu bi’lLah, al
Mulku li’lLah, La ghaliba illa’lLah. Begitu juga dengan mihrabnya dipenuhi
dengan hiasan yang berwarna emas termasuk struktur mihrab itu sendiri
yang bertatahkan permata zamrud, yaqut, dan sebagainya.

Keupayaan menghasilkan pelbagai bangunan yang indah atau mempunyai
nilai estetika bermula dengan rumah kediaman diikuti istana serta masjid
menggambarkan bahawa pemerintahan kerajaan Nasriyyah pada tempoh
masa tersebut tidak mengabaikan bidang keseniaan, malah impak daripada
kejayaan kerajaan ini terutamanya membina Istana al Hambra
menggambarkan nilai ketamadunan yang tinggi serta tiada tolak
bandingnya malah bangunan – bangunan seumpama ini telah dimanfaatkan
oleh orang – orang Kristian apabila kerajaan – kerajaan Islam di Sepanyol
dihancurkan oleh tentera Kristian selepas itu

Ciri – ciri seni bina yang terdapat di Granada pada abad ke-13 Masihi
menepati ciri – ciri seni bina yang digariskan oleh Islam. Bincangkan.

Seni bina Islam merupakan salah satu daripada cabang kebudayaan dan
keseniaan Islam. Ia merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk
memenuhi keperluan jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia
sangat dipengaruhi oleh rohaninya. Di Granada, binaan yang terdapat
menggambarkan pengekalan ciri – ciri seni bina Islam ditambah pula dengan
beberapa pengubahsuaian agar sesuai dengan pemilihan tapak, budaya
masyarakat dan keperluan semasa

Bahan binaan yang kukuh merupakan ciri seni bina Islam paling asas - bahan
binaan bukan sahaja unik tetapi yang penting kukuh. Istana al Hambra dan
tinggalan bangunan lain masih digunakan oleh golongan Kristian wp jatuh
ke tangan gololngan berkenaan. Binaan seni dihasilkan oleh masyarakat
Granada atau masyarakat luar Granada yang dikenali dengan seni bina
mudejar

Bangunan – bangunan yang didirikan dihiasi kaligrafi dan ukiran yang selari
dengan Islam, contoh paling jelas ialah binaan Masjid al Mulk, terukir
gelaran pemerintah pada pintu masuk, manakala pada dinding – dinding
masjid berkenaan tertera kalimah Arab dan ayat al Quran. Begitu juga
dengan istana, setiap ruangan yang berasingan akan mempunyai ukiran
unik dan kaligrafi Arab ( khat )

Terdapat juga ruangan - ruangan khas yang disediakkan dengan matlamat
untuk memastikan keselesaan. Terdapat pelbagai ruang yang berbeza
kegunaan, antaranya ruangan pengadilan yang dihiasi dengan pelbagai
ukiran. Setiap ruangan mempunyai nilai keindahan dan kehebatan tersendiri
- ruang duta, ruang persalinan permaisuri, ruang persiraman diraja. Setiap
satunya menjanjikan kelebihan dan keterasingan yang tersendiri yang
menggambarkan keindahan dan keunikan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Ciri seterusnya yang tidak kurang pentingnya ialah binaan terletak di
kawasan yang strategik. Contoh paling jelas ialah binaan kota al Hambra di
kawasan strategik – dibina di kawasan bukit yang dinamakan Bukit La Sabica
- kawasan yang dijadikan kubu pertahanan dan kota. Binaan kebiasaan akan
dilengkapi juga dengan menara atas sebab keselamatan dan menikmatan
keindahan

Tidak dinafikan ciri – ciri seni bina yang terdapat Granada menepati ciri – ciri
seni binan Islam; di samping ketahanan diutamakan, aspek keselesaan dan
keindahan juga wujud, sesuai dengan agama Islam yang amat menyukaikan
keindahan dan kecantikan.

Huraikan faktor – faktor perkembangan seni bina pada zaman
kerajaan Mughal di India pada abad -16 Masihi.

Abad ke-16, kerajaan Mughal mula menguasai pemerintahan di India
berikutan kejayaan Babur memimpin angkatan tentera mengalahkan Sultan
Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat. Bermula dari saat ini hingga tahun 1857,
India berada di bawah kekuasaan dinasti ini. Salah satu mercu tanda
kejayaan pemerintahan kerajaan Mughal di India ialah kewujudan pelbagai
binaan seperti masjid, istana, kubu, dan makam diraja yang menunjukkan
bahawa bidang seni bina berkembang pada era ini.

Pembinaan pelbagai bangunan pada zaman ini dikaitkan dengan peranan
serta inisiatif dan minat pemerintah kerajaan ini. Contoh yang paling jelas
ialah pembinaan Taj Mahal adalah disebabkan hasrat Syah Jehan yang ingin
mengabadikan cintanya kepada isterinya, Mumtaz, manakala Masjid Jama
pula dibina khas untuk puterinya, Jahanara Begum. Putera Syah Jehan,
Aurangzeb pula bertanggungjawab pembinaan Masjid Moti, sementara
Hamida Banu Begum telah mengarahkan pembinaan makam diraja untuk
suaminya, Humayun.

Faktor lain yang menyebabkan perkembangan seni bina pada zaman ini
ialah disebabkan perkembangan bidang kesenian lain yang membolehkan
bidang seni bina turut berkembang dengan pesat. Bidang yang
dimaksudkan ialah seni ukir, seni lukis termasuk kaligrafi menyebabkan
setiap bangunan akan dihiasi atau dlengkapi dengan lakaran flora, pintu
gerbang yang berukir, dan tulisan khat yang menghiasi masjid mahupun
istana

Kemajuan dan keteguhan ekonomi menyebabkan pemerintah dapat
memberi tumpuan kepada binaan – binaan seumpama ini. Walaupun ada
suara – suara bantahan pembinaan Taj Mahal, namun keyakinan mampu
menguruskan kewangan disebabkan sumber pendapatan yang begitu
banyak projek mega ini diteruskan, begitu juga dengan bangunan lain yang
menggunakakn marmar yang berwarna – warni diselitkan pula dengan
permata dan emas pada bahagian – bahagian tertentu.

Kreativiti masyarakat pada masa itu turut sama membawa kepada
perkembangan seni bina di samping adanya kerahan rakyat untuk

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

menjayakan pembinaan sesebuah binaan. Taj Mahal yang keagungan
kerajaan ini dibina oleh 3 orang jurutera yang hebat, iaitu Ahmad Lahauri
yang berasal dari Parsi, Geromino Veroneo berasal dari Itali, dan S Austin de
Bordeaux yang berasal dari Perancis. Binaan istana ini dikatakan
menggunakan buruh kerahan seramai 20 000 yang merangkumi buruh
kasar, tukang emas, pengukir, dan lain – lain. Kreativiti bangunan ini terbukti
ianya diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Pembinaan seni bina khususnya bangunan – bangunan yang unik pada
zaman ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Mughal ini bukan sahaja
meneruskan legasi umat Islam di India selepas Kesultanan Delhi, malah
menyumbangkan salah satu aspek penting dalam bidang ketamadunan
Islam yang jelas memiliki nilai estetika yang tersendiri.

Berdasarkan empat bangunan yang terdapat pada zaman kerajaan
Mughal, bincangkan keunikan bangunan – bangunan berkenaan.

Salah satu keunikan pemerintahan kerajaan Mughal di India ialah
terdapatnya pelbagai bangunan yang didirikan sewaktu pemerintahan Syah
Jehan sehingga diwarisi hingga hari ini. Antara bangunan – bangunan yang
dirikan ialah masjid, istana, kubu, taman bunga, makam diraja dan
sebagainya. Menariknya bangunan – bangunan ini disebabkan penggunaan
bahan –bahan binaan yang tahan lasak dan mampu memukau pandangan
serta banyak kemudahan yang dapat dimanfaatkan terutamanya binaan
yang berkaitan dengan masjid.

Bangunan masjid yang didirikan pada zaman ini dilengkapi dengan menara
yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur lain terdapatnya
kubah – kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai
puncak yang meruncing. Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk
kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman ini terbina masjid
yang besar dan istana yang didirikan dalam sebuah kompleks, contohnya
Masjid Lapan Mutiara di Agra.

Istana merupakan bangunan yang tersohor pada zaman ini, binaannya
hampir sama sebagaimana masjid, terdapat gabungan antara gaya Parsi
dengan gaya tempatan. Istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akbar
diperbuat daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar.
Sebuah pintu gerbang yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan
kehebatan binaan ini. Di sekelling istana, terdapat tembok batu yang
mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan
ruang rasmi pemerintah. Istana terkenal ialah Taj Mahal, bangunan yang
didirikan di Agra sebagai tanda cinta dan kasihnya Syah Jehan terhadap
isterinya, Mumtaz. Bangunan ini didirikan di hujung sebuah taman yang luas
dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.

Bahan binaan bangunan ini ialah batu marmar merah dan keadaan ini
menimbulkan kontra yang menarik dengan bahagian induk di bahagian
tengah yang menggunakan batu marmar biru dan putih sebagai bahan
binaannya. Di bangunan tersebut juga didirikan juga masjid – masjid yang

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

mempunyai seolah – olah tiga atau hingga tujuh buah mihrab yang dibina
bersebelahan. kedapatan juga masjid – masjid lain yang berdinding tebal,
tanpa jendela dibuat kosong tanpa sebarang hiasan, identitinya hanya
terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.

Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah
kubur atau tempat pemakaman raja – raja dan kaum kerabatnya. Bangunan
yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan bahan – bahan merah
yang kekal lama. Kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi dengan
menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu
terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya. Contoh paling
jelas Makam Diraja Humayun, strukturnya terdiri daripada batuan merah,
batu putih dna marmar hitam dan putih dikelililingi taman bunga

Kubu merupakan satu lagi bentuk seni bina yang terdapat di India, paling
jelas Kota Merah binaan sepanjang 2 kilometer, memperlihatkan gabungan
seni bina Parsi dan tempatan. Kubu ini dibina dengan menggunakan batu
bata merah, batu marmar yang dihiasi dengan corak flora, dilengkapi dua
buah kubah dan di dalamnya terdapat ruangan khas seperti rang mengadap
dan ruangan khusus untuk maharaja

Binaan yang begitu banyak pada zaman pemerintahan Syah Jehan
menggambarkan kehebatan tamadun Islam khususnya bidang seni bina
yang dimiliki oleh orang – orang Mughal. Oleh sebab sumbangan Syah
Jehan yang begitu besar dalam bidang ini, beliau digelar oleh sejarawan
sebagai Bapa Kebudayaan Islam zaman kekuasaan Mughal di India.

TEMA 3

Tanzimat merupakan implikasi daripada peluasan kuasa Barat di
Turki pada abad ke-18 hingga abad ke-20. Bincangkan.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertogrul, pemimpin
yang berasal daripada Asia Tengah serta pernah berkhidmat dengan
Kesultanan Seljuk bagi memerangi bangsa Moghul. Kerajaan ini mencapai
era keagungan sewaktu pemerintahan Muhammad al Fatih apabila berjaya
menguasai kota Constantinople dan terus berkembang hingga meliputi
benua Asia, Eropah, dan Afrika. Tanzimat bermaksud pembaharuan atau
reformasi yang berlaku di Turki secara evolusi antara tahun 1839 hingga
1876 yang meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat Turki khasnya
dan umat Islam amnya.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Tanzimat di Turki bermula dengan penggubalan piagam yang dikenali
sebagai Hatt-i Syarif Gulhane. Piagam ini bersifat sekular iaitu menyeru
kepada reformasi yang melibatkan perubahan – perubahan terhadap
institusi masyarakat dengan syarak tetap menjadi undang – undang negara
Turki. Piagam ini menjanjikan keselamatan nyawa, maruah dan harta untuk
semua rakyat tanpa mengira agama di samping jaminan persamaan hak dan
pembicaraan yang adil, telus, dan terbuka. 1856, muncul piagam kedua yang
mengesahkan segala janji yang termaktub dalam Hatt-i Gulhane, namun apa
yang mengejutkan segala aspek syarak digugurkan sama sekali ( gambaran
pengaruh sekular kian menular )

Dalam bidang pentadbiran, tanzimat yang berlaku ialah mengemaskinikan
pentadbiran pusat dengan membentuk kementerian – kementerian seperti
Kementerian Kerjaraya, Kementerian Pelajaran, dan Kementerian Polis. Majlis
Diraja diberikan jenama baharu iaitu Majlis Tanzimat yang berperanan
merangka segala pembaharuan serta mengelak amalan rasuah dalam
kalangan pentadbir kerajaan. Ahi – ahli yang dipilih berpendidikan Barat dan
perbincangan kerap diadakan untuk mewujudkan amalan demokrasi.
Pentadbiran yang dirangka adalah bermodelkan pentadbiran Perancis.

Dalam bidang pendidikan, sistem pendidikan yang dirangka adalah aliran
akademik yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang
ditubuhkan bermula dari sekolah rendah hingga peringkat universiti.
Kurikulum yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran berasaskan ilmu
aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran. Implikasi
daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para
pelajar muslim tentang Islam kian berkurangan menyebabkan kehilangan
identiti dalam kalangan mereka. Selain itu, sekolah atau madrasah kian
ketinggalan berbanding sekolah – sekolah profesional corak awam dan
militer.

Dalam bidang perundangan dan kehakiman, kesan daripada pelaksanaan
tanzimat beberapa peraturan yang digubal diadakan tanpa penglibatan para
ulama. Peraturan – peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan dan
pelayaran diubahsuai berdasarkan undang – undang Perancis. Institusi
mahkamah turut mengalami perubahan, mahkamah sekular didirikan bagi
mengendalikan atau menjalankan undang – undang baharu. 1847,
mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil
dengan dihakimi oleh sama ada hakim berbangsa Eropah atau yang
beragama Islam. Sedikit demi sedikit peranan ulama mula diketepikan dalam
pelaksanaan perundangan dan kehakiman.

Dalam bidang ketenteraan pula, latihan dan aspek – aspek ketenteraan
dikendalikan mengikut model Barat. Dalam usaha memperkemas dan
memperkukuhkan angkatan tentera, individu yang mempunyai hubungan
keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar - bandar diberikan
peluang berkhidmat dalam tentera darat dan tentera laut. Dalam hal ini,
telah muncul pegawai – pegawai muda yang memainkan peranan penting

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

melncarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi
kesultanan di Turki.

Dalam bidang komunikasi, alatan media massa dimanfaatkan untuk
mempopularkan idea – idea baharu dari Barat; karya – karya berbentuk puisi,
novel, dan cerpen berorientasikan Barat sedangkan nilai – nilai keislaman
telah diketepikan. Karya – karya yang dipopularkan menyentuh isu raja
perlembagaan sedangkan isu ketaatan beragama tidak pernah disentuh.
Penyediaan kemudahan infrastruktur ( pengangkutan dan perhubungan )
juga disediakan, namun kemajuannya tidak seimbang antara kawasan.

Dalam bidang ekonomi, tanzimat atau reformasi tidak diberikan keutamaan
termasuk bidang pertanian. Sebaliknya, pihak Barat telah merancang agar
kerajaan Turki Uthmaniyyah meminjam wang atau modal menyebabkan
kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal – pemodal asing. Malah,
Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan
makanan, peralatan, dan modal bagi perbelanjaan pembangunannya.

Kesimpulannya, tanzimat yang berlaku di Turki walaupun dirangka untuk
memodenkan Turki, namun ianya menimbulkan impak negative disebabkan
pembaharuan – pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong kea rah
pemupukan sekularisme sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi
sedikit yang akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini di
tangan individu yang berfikiran nasionalis dan sekular.

Bincangkan faktor – faktor peluasan kuasa Barat terhadap kerajaan
Uthmaniyah mulai abad ke-19 Masihi.

Abad ke-15 M, bangsa Eropah melancarkan gerakan imperialisme secara
besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik,
pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu
sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah
cengkamannya. Kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak terkecuali menghadapi
ancaman kuasa Barat ini, kuasa – kuasa Barat berusaha bukan sahaja
bertapak di Turki malah mula bertindak menguasai wilayah – wilayah yang
berada di bawah jajahan kerajaan Turki Uthmaniyyah ini. Hal ini disebabkan
selepas kemangkatan Sultan Muhammad al Fateh, teraju pemerintahan kini
berada di bawah pemerintahan sultan – sultan yang kurang berwibawa.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kuasa – kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-
Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar
Turki Uthmaniyah, timbul persaingan antara satu sama lain untuk merebut
bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka.
Bagi mereka, semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan
yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga
melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa-kuasa Barat tersebut.
Contohnya, Rusia memang kerap kali berperang dengan Turki Uthmaniyah
bagi mendapatkan wilayah tertentu khususnya di Balkan

Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan kuasa – kuasa Barat
berusaha mendapatkan tanah jajahan serta mencari kawasan pasaran untuk
barangan keluaran mereka kelak. Kerajaan Uthmaniyyah dan wilayah -
wilayahnya kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum yang
mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk
mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini
walaupun dengan tipu muslihat

Sentimen agama turut mempengaruhi peluasan kuasa Barat di Turki,
kekalahan Barat dalam siri Perang Salib sebelum ini sememangnya
menyebabkan kuasa – kuasa Barat menyimpan perasaan dendam terhadap
mana – mana individu atau kerajaan Islam, bukan sahaja disebabkan agama
Kristian terpaksa bersaing dengan agama Islam, malah negara – negara Barat
telah hilang banyak wilayah yang kini berada dalam genggaman kerajaan
Islam Turki Uthmaniyyah. Penentangan sebegini mendapat sokongan padu
daripada institusi gereja. Golongan Barat berusaha untuk membina imej
kebaikan dan kemajuan tamadun Barat sambil menyemai kekeliruan dan
cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai agama yang
mundur, antikemajuan dan tidak berperikemanusiaan

Faktor teknologi juga penyumbang kepada situasi ini, penggunaan kapal
laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-kuasa
Eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat
perdagangan di seberang laut. Penggunaan kapal berkuasa wap bukan
sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga mempercepatkan
tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada
pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana
wilayah turki Uthmaniyah ditambah pula dengan pembukaan Terusan Suez
yang memendekkan perjalanan dan hubungan antara Timur dengan Barat

Tujuan sebenar negara-negara Eropah berusaha keras untuk memotong dan
mengerat tubuh Turki Uthmaniyyah yang digelar mereka sebagai “Orang
Sakit Eropah” adalah untuk mendapat bahagian masing-masing daripada
wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyyah.

Sejauh manakah dasar imperialisme kuasa Barat mendorong
perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di
Turki pada abad ke-20.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sejak abad ke-16, negara-negara Eropah giat melaksanakan perluasan kuasa
mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal,
Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di
Benua Afrika, Asia dan Amerika menjadi jajahan takluk negara-negara Barat.
Menjelang abad ke-19, orang-orang Eropah mengalihkan perhatian mereka
kepada empayar Turki Uthmaniyah. Mereka ingin menguasai wilayah-
wilayah Eropah yang ada di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Tidak dinafikan dasar imperialisme merupakan faktor utama peluasan kuasa
– kuasa Barat kerana ianya berkait rapat dengan kepentingan politik dan
ekonomi mereka.

Imperialisme telah membawa kepada persaingan antara negara-negara
Barat seperti Britain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia berlumba-
lumba untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyah.Keluasan
tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara Barat. Semakin luas
tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diberikan. Perancis telah
menceroboh dan menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin Kerajaan Turki
Uthmaniyah tidak dapat mempertahankan kawasan ini kerana masalah
dalaman. Rusia juga berperang dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk
mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan. Britain pula menguasai
Mesir dan Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa
wilayah Kuwait dan Amerika untuk menentang pemimpin Keraj aan Turki
Uthmaniyah.

Revolusi Perindustrian telah mendorong perluasan kuasa Barat di Turki
Uthmaniyah. Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke-18.
Penciptaan enjin berkuasa wap, perlombongan arang batu dan kemajuan
dalam sistem pengangkutan merancakkan lagi Revolusi Perindustrian.
Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi keperluan kilang-kilang.
Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan
yang dinamik. Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal
mendorong perluasan kuasa. Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di
Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan
penyediaan jalan raya dan jalan kereta api. Perluasan kuasa Barat di wilayah-
wilayah boleh membawa keuntungan yang besar untuk penjajah Barat.
Selain itu, pembinaan Terusan Suez juga mendorong perluasan kuasa Barat.
Kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan ini kerana terusan ini merupakan
jalan perdagangan laut yang paling penting pada masa itu. Tidak dapat
dinafikan bahawa perdagangan antarabangsa berkembang pesat kerana
laluan. perdagangan dipendekkan dan dapat menjimatkan kos. British
berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah saham
syarikat awam yang membina terusan ini. British membeli saham ini daripada
Khedif Ismail, iaitu Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan memiliki
Terusan Suez, British dapat meluaskan kuasanya di Mesir.

Keperluan terhadap sumber bahan mentah, iaitu petroleum juga
menyebabkan perluasan kuasa. Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan
petroleum. Sumber ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat
menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong
petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu
helah untuk mencapai impian mereka. Sultan Abdul Hamid II kehilangan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

takhta baginda kerana isu cari gali minyak petroleum. Pada awal abad ke-20,
petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi,Kuwait dan Bahrain. Penemuan
ini menimbulkan persaingan dan konflik attara kuasa-kuasa Barat. Jerman
dan Amerika Syarikat juga mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa di
Turki Uthmaniyah.

Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar
ini berpecah-belah kerana negara-negara Eropah yang meraih kemenangan
membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintah khalifah dihapuskan
dan Kerajaan Turki menjadi sebuah republik. Masalah politik dalaman turut
menyebabkan kerajaan Uthmaniyyah terdedah dengan imperialisme kuasa
– kuasa Barat yang menjadi penyumbang kepada kejatuhannya.

Nilaikan kesan daripada pengisytiharan jihad oleh kerajaan Turki
Uthmaniyyah terhadap kuasa Barat pada abad ke-20 Masihi

Abad ke-20 menyaksikan berlakunya Perang Dunia I yang melibatkan
pertempuran antara kuasa – kuasa besar dunia yang diketuai oleh Jerman
pada satu pihak dan Britain serta Rusia di pihak lain. Pembabitan Turki
Uthmaniyyah dalam perang ini telah menimbulkan persoalan yang besar
punca pembabitannya terutama menyokong Jerman, walaupun ia dapat
ditafsirkan bagi mendapatkan semula tanah – tanah jajahan yang dikuasai
oleh kuasa – kuasa Barat khususnya Rusia dan Britain. Bagi mendapatkan
sokongan negara – negara Islam, kerajaan Turki yang diketuai oleh Sultan
Muhammad VI telah mengisytiharkan penglibatan Turki dalam perang ini
dianggap jihad dan wajar disokong umat Islam serata dunia.

Bagi kuasa Barat pengisytiharan jihad ini merupakan cabaran besar yang
perlu dihadapi, ini disebabkan kuasa – kuasa Barat khususnya British
memiliki koloni – koloni yang dikuasai oleh orang Islam misalnya Mesir dan
Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu, pihak British telah mengeluarkan
deklarasi akan menyekat segala bentuk sokongan yang disampaikan oleh
umat Islam yang boleh menggugat kedudukannya di Timur Tengah, Asia,
dan India. Deklarasi ini juga diharapkan akan mendapat sokongan negara
Arab lain yang bersifat antikerajaan Uthmaniyyah.

Di India, pengisytiharan jihad tersebut telah mendapat respons positif ulama
– ulama India seperti Mahmud al Hassan yang telah mengadakan pertemuan
secara sulit dengan pemimpin kerajaan Uthmaniyyah, Jamal Pasha dan Enver
Pasha dengan menyatakan sokongan dan harapan agar kerajaan
Uthmaniyyah akan turut memberikan bantuan kepada pejuang Islam di India
menuntut kemerdekaan daripada British.

Sementara di Tanah Melayu, halangan utama yang dihadapi oleh umat Islam
bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Uthmaniyyah ialah tindakan
British melarang sebarang bentuk atau usaha yang boleh menggugat
kepentingannya seperti mengeluarkan Enakmen No.29 yang melarang
penerbitan media cetak menyiarkan berita peperangan antara kuasa Barat
dengan kerajaan Uthmaniyyah. Enakmen ini menjadi asas kepada
penggubalan peraturan – peraturan lain seperti Enakmen No.17 yang boleh

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

menyebabkan seseorang dipenjara atau didenda RM2500 sekiranya
melanggar peraturan yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun di Singapura, Sayid Abd Rahman bin Ubaidillah al
Sagoff telah memberanikan diri menentang dasar British tersebut dengan
bertindak mengumpul perakuan ( sokongan / petisyen ) bagi mendapatkan
sokongan masyarakat merestui dan menyokong penuh pembabitan
kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I. Kelantangan Sayid Abd
Rahman telah diikuti oleh beberapa akhbar di Tanah Melayu dan Singapura
seperti Lembaga Melayu dan Pengasoh menyiarkan berita berkaitan dengan
peperangan berkenaan. Risalah – risalah turut diedarkan bagi mendapatkan
sokongan moral dan kewangan untuk membantu kerajaan Uthmaniyyah. Di
Tanah Melayu dan Singapura sendiri, risalah yang diedarkan jelas
menyatakan pendirian berhasrat untuk menghalau orang – orang Kristian
dan berharap dengan sokongan ini akan dapat mempertahankan kerajaan
berkhalifah yang terakhir ini. Akhbar dan risalah ini turut menggesa umat
Islam memberikan sokongan kepada Jerman, meskipun ia dipimpin oleh
orang bukan Islam dengan alasan Jerman tidak pernah memusuhi atau
menguasai negara Islam.

Kesimpulannya, walaupun seruan jihad pemimpin kerajaan Uthmaniyyah ini
melintasi sempadan geografi antarabangsa, namun sokongan yang
diharapkan tidak kesampaian, puncanya bukan sahaja kerana provokasi
kuasa – kuasa Barat khususnya Britain di Tanah Melayu, Singapura dan India,
malah berpunca daripada kelemahan kerajaan Uthmaniyyah sendiri sama
ada dari sudut pemerintahan dan pentadbiran serta struktur ketenteraan
yang tidak begitu sistematik yang membolehkan segala tekanan dapat
ditangani dengan mudah oleh kuasa – kuasa Barat yang akhirnya membawa
kepada kemunculan golongan secular yang bekerjasama dengan pihak Barat
bagi menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924

Nilaikan kesan – kesan penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia I

Perang Dunia I berlaku antara tahun 1914 hingga 1918, melibatkan dua buah
kuasa besar yang dikenali sebagai Tripple Alliance yang dianggotai oleh
Jerman, Itali dan Austria-Hungary menentang Tripple Entente yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain. Penglibatan kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam perang ini berpunca daripada beberapa faktor, antaranya
keinginan Turki mendapatkan semula wilayah – wilayah yang terlepas
seperti Macedonia, Thrace, Anatolia, dan Cyprus ekoran beberapa siri
perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat sebelum tercetusnya Perang Dunia
I

Penglibatan Turki dalam perang ini bermula apabila Enver Pasha berserta
pemimpin Kaum Turki Muda memutuskan untuk menyertai pakatan yang
diketuai oleh Jerman sebagai langkah terakhir memastikan wilayah - wilayah
jajahannya. Dari segi politik, kekalahan sekutunya, Jerman dalam perang ini
menyebbakan Turki menerima tempias yang sama, kerajaan Turki
Uthmaniyyah telah kehilangan banyak wilayah kekuasaannya termasuk

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Palestine. Malah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah berbejaya dipecahkan
melalui perjanjian - perjanjian yang ditandatanganis perti Perjanjian Mudros
Keadaan semakin kritikal apabila Parlimen Turki telah bertindak
membubarkan sistem kesultanan, dan diganti dengang pemerintahan
berbentuk republik yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa melalui Perjanjian
Lausanne yang turut mengisytiharkan penamatan sistem berkhalifah, harta
khalifah dirampas, dan kerajaan Turki baharu akan dibentuk berasaskan
sekularisme

Bukan sahaja sistem nerkhalifah ditamatkan, malah suatu penghinaan
terhadap pemerintah sebelumnya ialah khalifah terakhir Khalifah Abdul
Majid II telah diusir dan dibuang negeri iaitu ke Switzerland, diikuti
perubahan pusat pemerintahan dari kota Istanbul ke kota Ankara.

Muncul tokoh nasionalis yang berfikiran liberal yang berkiblatkan negara
Barat, Mustaffa Kamal Atarturk melakukan banyak perubahan secara radikal
seperti memisahkan politik dengan agama, menghapuskan Mahkamah
Syariah, gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan
gelaran keluarga mengikut budaya Barat, dan penulisan huruf Arab diubah
kepada huruf Latin

Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia I juga menyebabkan
masyarakat Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral, budaya Barat
telah berjaya meruntuhkan akhlak umat Islam, malah perpecahan kian ketara
dalam kalangan masyarakat di Turki, dengan kata lain penghayatan
semangat persaudaraan kian luntur.

Akibat kekalahan dalam Perang Dunia I, Turki mengalami kemerosotan
ekonomi yang ketara, ekonomi semakin teruk kerana dengan Persetujuan
Sykes-Picot, wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan kepada British,
Perancis, dan Itali. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana
bangsa Eropah kini menguasai aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, Terusan Suez, dan jalan - jalan perdagangan lain

Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I merupakan suatu
kerugian besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh pemerintah,
malah umat Islam. Hal ini disebabkan bukan sahaja kerajaan ini akhirnya
lenyap khususnya sistem berkhalifah, bahkan pemikiran dan tingkah laku
umat Islam di sana kian ketara merosot dan menyimpang daripada ajaran
Islam sekaligus membolehkan kuasa Barat mengukuhkan cangkaman
kekuasaannya

Perang Dunia I merupakan titik tolak penamat kerajaan Turki
Uthmaniyah. Bincangkan

Perang Dunia I melibatkan dua buah kausa besar yang dikenali sebagai
Tripple Alliance dan Tripple Entente. Aapa yang menariknya dalam perang
ini, ianya telah melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bertindak
menyokong Jerman. Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam perang ini
bertujuan untuk mengelakkan wilayah – wilayah kekuasaannya terus hilang

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dikuasai oleh kuasa Barat di samping usaha mendapatkan semula tanah –
tanah jajahan berkenaan dengan bantuan Jerman

Kekalahan pakatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Jerman, telah
menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bersetuju melepaskan
seluruh wilayahnya di Timur Tengah yang merupakan sebahagian daripada
keagungannya pada masa lampau, berjuang mempertahankan tanah air
mereka di Anatolia dan persekitarannya daripada menjadi rebuatn kuasa-
kuasa asing. Ekorannya, Timur Tengah telah dipersetujui untuk diletakkan di
bawah kuasa ‘mandat’. Antara wilayah yang diletakkan di bawah kuasa
‘mandat’ ialah Syria bersama Lubnan yang diserahkan kepada British.

Walaupun Gerakan Pembebasan Turki telah berjaya mengusir Britain dari
bumi Turki Uthmaniyah pada tahun 1922, namun status Turki kini berubah,
negara berkenaan diisytiharkan secara rasminya sebagai sebuah negara
sekular yang memakai nama ‘Republik Turki’. Pengisytiharan ini dibuat
setelah berlakunya pemansuhan kuasa sultan pada 1 November 1922 dan
menandakan lenyapnya kekuatan dan keagungan kerajaan khilafah pada 3
Mac 1924

Sebaik sahaja Mustafa Kamal Attartuk dilantik menjadi pemimpin negara
Turki Moden, beliau melaksanakan program pembaratan dan pensekularan
yang merangkumi penamatan institusi Khilafah Uthmaniyah dan penutupan
madrasah serta mewujudkan sistem pendidikan sekular, pengharaman
amalan tariqat dan penutupan tempat-tempat tariqat diamalkan (tekke),
penutupan makam-makam wali (turbe) dan penguatkuasaan pemakaian
topi ala Barat dan peraturan yang mengharamkan berpakaian cara Islam

Pembaharuan lain yang dilaksanakan ialah undang-undang Barat,
pengenalan sistem timbang serta sukat mengikut Barat dan pengenalan
Kalendar Gregorian, penukaran penulisan kepada tulisan Rumi bagi
menggantikan tulisan Arab dan mengakhiri Islam sebagai agama rasmi
negara, penamatan pengajaran bahasa Arab dan Parsi di sekolah rendah dan
menengah kerajaan, memberikan hak mengundi dan memegang jawatan
dalam perkhidmatan awam kepada wanita, dan akhirnya, penerimaan
sekularisme dan revolusionisme sebagai prinsip dasar dalam perlembagaan
Turki

Perang Dunia I bukan sahaja membawa kehancuran kerajaan berbentuk
khilafah, apa yang lebih malang ianya menandakan bermula pula penjajahan
minda oleh kuasa Barat di bumi Turki dengan menggunakan bangsa Turki
sendiri sebagai tunggangannya.

Bincangkan punca – punca kemerosotan dan keruntuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah pada abad – 20 Masihi

Kerajaan ini bermula pada tahun 1281 sehingga 1924; berpusat di Turki
seiring dengan kejatuhan Baghdad dari Bani Abbasiyah yang ditakluki oleh
orang – orang Monggol. Kerajaan ini diasaskan oleh Othman bin Ertoghrul;

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

terdapat 38 orang khalifah dan antara tokoh – tokoh khalifah terkenal ialah
Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah
kejayaan Muhammad al Fateh, kejayaannya menguasai kota Constantinople
yang merupakan kubu kuat kerajaan Rom Timur. Namun penglibatan dalam
Perang Dunia I, merupakan titik tolak kepada kemerosotan kerajaan ini
sekaligus telah membawa kepada kejatuhan kerajaan ini di tangan bangsa
sendiri yang dipengaruhi oleh pemikiran sekularisme

Konspirasi negara – negara Barat khususnya Britain, Perancis, Itali dan Rusia
yang sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan Islam ini disebabkan
kemampuannya menguasai banyak tanah jajahan serta kedudukannya yang
strategik antara benua Asia dengan benua Eropah. Tindakan
memecahbelahkan umat Islam di Turki dengan menaja fahaman
nasionalisme dan pemikiran sekularisme dalam kalangan pelajar di luar
negara amat berkesan. Kalangan pelajar berkenaan pulang ke negara asal,
seterusnya memperjuangkan fahaman serta mendapat sokongan khususnya
dalam kalangan negara Barat, antaranya Mustaffa Kamal Atarturk

Tindakan khianat negara Islam khususnya yang berbangsa Arab seperti
Mesir yang bertindak keluar daripada naungan kerajaan Turki Uthmaniyah
atas hasutan British. Hal ini juga dikaitkan dengan fahaman assabiyah yang
menebal dalam kalangan bangsa Arab

Pengaruh dan peranan golongan Turki Muda yang menggesa diadakan
perubahan dalam pemerintahan dan kebudayaan Turki. Malah terdapat juga
Pergerakan Kaum Wanita Turki yang mahukan kebebasan dari tradisi lama
atau agama Islam yang menjaga kepentingan hokum khususnya terhadap
kaum wanita terus menggugat keutuhan kerajaan Turki Uthmaniyah yang
berteraskan pentadbiran syariah Islam khususnya dalam aspek sosial

Pengaruh Yahudi atau Pertubuhan Freemason yang berhasrat mendirikan
kerajaan Yahudi di bumi Palestine.

Ringkasnya kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah berpunca daripada faktor
dalaman, sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, jatuh disebabkan
tangan – tangan jahat anak watan sendiri yang terpengaruh dengan cara
hidup dan budaya serta pemikiran Barat, sanggup mengorbankan kerajaan
berbentuk khilafah yang diasaskan oleh generasi sahabat

Jelaskan sumbangan Muhammad Ali Pasya dalam usaha
memodenkan Mesir.

Muhammad Ali Pasha berasal dari keturunan Albania. Beliau telah dihantar
ke Mesir bersama – sama tentera Uthmaniyyah oleh Sultan Salim III bagi
menentang pencerobohan Perancis. Pada tahun 1805, beliau telah diakui
oleh Sultan Salim III sebagai Wizurai Uthmaniyyah di Mesir dan diberikan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

gelaran Pasha, setelah berjaya menumbangkan pihak berkuasa Mamluk.
Pengaruh golongan Mamluk dihapuskan sama sekali dengan menggunakan
kaedah tipu muslihat dan memburu golongan tanpa belas kasihan di hulu
dan hilir Mesir.

Setelah berjaya menegakkan kuasa di Mesir, beliau telah menggunakan
model Perancis bagi memastikan sistem pentadbirannya berkesan. Beliau
melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan mengetepikan golongan
ulama dalam urusan pentadbiran. Ulama yang dianggap mengancam
kedudukannya seperti Umar Makram dan Shaikh Ahmad Tantawi telah
dibuang daerah. Bagi mengukuhkan cengkamannya beliau menawarkan
ganjaran yang lumayan kepada mana – mana individu yang mendokong
hasrat dan cita – citanya.

Muhammad Ali turut sama melaksanakan pembaharuan atau modenisasi
dalam bidang ketenteraan. Aspek ini diberikan keutamaan disebabkab
beliau sedar kekuatan tentera akan membolehkan beliau mengukuhkan
pengaruh dan kekuasaan di Mesir khasnya dalam menghadapi
pencerobohan musuh dari luar dan musuh politik dalam negara.
Sebagaimana dalam bidang pentadbiran, modenisasi dalam bidang
ketenteraan juga bermodelkan negara Perancis setelah hasratnya mendapat
bantuan teknikal daripada Itali menemui jalan buntu. Kekuatan tentera juga
dimanfaatkan olehnya untuk mengimbangi kuasa antara Mesir dengan
negara – negara Barat.

Oleh sebab kekuatan dan modenisasi dalam bidang ketenteraan,
Muhammad Ali telah bertindak melancarkan kempen ketenteraan
khususnya di luar Mesir seperti Sudan, daerah Levant, malah beliau diminta
oleh ‘tuannya’ di Turki Sultan Mahmud II menumpaskan pemberontakan
yang dilancarkan oleh para pemberontak Yunani atau Greek. Malah,
kehebatannya dalam bidang ketenteraan terserlah apabila merebut Syria
daripada penguasaan Turki Uthmaniyyah.
Muhammad Ali turut sama berusaha memperbaiki sistem pendidikan di
Mesir. Beliau telah membuka beberapa buah sekolah moden dan teknikal
untuk melatih tenteranya. Beliau telah mengimport tanaga pengajar dari
Eropah di sekolah – sekolah tersebut bagi menyusun angkatan tentera
Mesir. beliau telah menggunakan khidmat golongan petani atau fellahin
sebagai tunjang kekuatan tenteranya setelah kegagalan bangsa Sudan
memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Dalam bidang pendidikan beliau telah mengelolakan segala perubahan
melalui Jabatan Pelajaran. Beliau telah membina sekolah rendah dan sekolah
menengah yang berorientasikan Barat diikuti dengan penubuhan maktab
dan sekolah tinggi. Individu yang lulus peperiksaan akan diserap ke dalam
unit ketenteraan dan pentadbiran. Malah, untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran, beliau telah menggalakkan aktiviti penterjemahan buku –
buku ilmiah dari bahasa Eropah ke bahasa Arab dan bahasa Turki.

Dalam bidang ekonomi, Muhammad Ali telah bertindak memperkenalkan
tanaman kapas. Hal ini dilakukan setelah menyedari ekonomi yang teguh
akan mampu menstabilkan pemerintahan dan kekuasaannya. Bagi

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

memastikan peningkatan pendapatan negara, Muhammad Ali telah
memperkenalkan sistem monopoli khususnya hasil – hasil pertanian. Beliau
bertindak mengenakan cukai kepada petani yang mengusahakan tanah serta
membeli hasil usaha petani dengan murah sebaliknya menjual di pasaran
dengan harga yang tinggi kepada masyarakat tempatan dan para pedagang
asing.

Kesimpulannya akibat pengaruh Barat yang kian menular di Mesir,
Muhammad Ali pasha berusaha menggunakan pengetahuan Barat yang
dimilikinya bagi memodenkan Mesir. Namun bagitu, hasrat Bapa
Pemodenan Mesir untuk bertahan lama dalam bidang politik berakhir
apabila British yang menguasai Mesir selepas Perancis diusir telah
terperangkap dengan muslihat British dan kuasa Eropah yang memaksa
Muhammad Ali menandatangani Perjanjian London pada tahun 1840 telah
dihadkan kuasanya begitu juga dengan saiz tenteranya. Kegagalannya juga
disebabkan beliau tidak mendapat sokongan ulama kerana terlalu
mementingkan pemodenan dengan mengabaikan soal kerohanian atau
syariah.

Bincangkan reaksi masyarakat tempatan ekoran peluasan kuasa
Barat di Mesir pada abad ke- 19 Masihi.

Sebagaimana tempat – tempat lain, Mesir turut menjadi sasaran kuasa –
kuasa Barat untuk meluaskan kuasa disebabkan negara ini kaya dengan
bahan mentah khususnya pertroleum dan di sana terdapat laluan
antarabangsa terpenting iaitu Terusan Suez. Penguasaan Mesir akan
memberikan kesan yang bermakna kepada mana – mana kuasa Barat. Antara
kuasa Barat yang menunjukkan minat menguasai negara ini ialah Perancis
dan Britain. Bermula pada tahun 1798 Masihi, Mesir telah terdedah dengan
pencerobohan Perancis, dengan kekuatan tentera yang tidak mampu
disaingi oleh tentera Mamluk, negara Mesir mudah dikuasai pada tahun
1801 hasil kerjasama antara kerajaan Uthmaniyyah dengan British. Implikasi
daripada peristiwa ini, penduduk Mesir berhadapan pula dengan dasar –
dasar British yang memaksa kebangkitan protes menentang kuasa Barat
tersebut.

Ketidakpuasan hati masyarakat tempatan di Mesir diterjemahkan dengan
kebangkitan yang dikenali sebagai Pemberontakan Keherah yang
merupakan susulan daripada pengisytiharan jihad oleh Majlis Syura al Azhar
yang telah membawa kepada kebangkitan Syeikh Muhammad al Sadat.
Kebangkitan kali kedua ini telah menggabungkan orang – orang Islam dan
penduduk Qibti Kristian yang bersepakat membeli senjata dan ubat bedil
bagi menentang Perancis. Kebangkitan ini meragut banyak nyawa apatah
lagi penduduk tempatan dibantu oleh kerajaan Uthmaniyah yang mendapat
kerjasama seteru Perancis, British.

Usaha British untuk bertapak di Mesir sebagaimana Perancis telah
menyebabkan kebangkitan masyarakat tempatan. British berhasrat
menjadikan Rosetta sebagai pusat gerakan untuk meluaskan kuasa. Gabenor
Rosetta, Ali Bey berusaha mempertahankannya, namun ditewaskan dan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dibunuh oleh kuasa Barat berkenaan. Pun begitu, ianya tidak menamatkan
perjuangan rakyat tempatan yang bangkit semula di bawah pimpinan Naqib
al Ashraff al Sayyid Umar Makram yang bertanggungjawab menyemarakkan
perjuangan penuntut Universiti al Azhar. Serangan yang dilancarkan dalam
bentuk dua kumpulan telah membawa kepada kekalahan British , dan
meninggalkan Iskandariah setelah menyerah kalah pada 1807. Pun begitu,
British kembali menyusun strategi, kejayaan mendapat konsesi pembinaan
Terusan Suez menjadi titik tolak untuk British mencampuri hal ehwal politik
dan ekonomi Mesir, sehinggalah berjaya menguasai Kaherah pada tahun
1882 yang menandakan bermulanya pula penjajahan British di Mesir secara
rasmi.

Dasar British yang mencengkam penduduk Mesir telah membawa kepada
kemunculan tokoh – tokoh intelektual untuk memulihkan kemunduran dan
membawa kemajuan umat Islam di Mesir. Antara tokoh yang muncul ialah
Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan Rasyid Rida. Jamaluddin al
Afghani begitu komited dengan perjuangannya terutamanya gerakan
pemulihan Islam dan melontarkan idea – idea kerajaan berperlembagaan,
kemerdekaan daripada penjajahan asing, dan membina tradisi keilmuan
Islam dengan meminjam sains dan teknologi Barat. Kempen – kempen yang
dijalankan oleh tokoh ini telah menimbulkan perasaan antiBritish dalam
kalangan rakyat Mesir termasuk Pemberontakan Urabi.

Kebangkitan rakyat tempatan di Mesir kian jelas apabila Muhammad Abduh

mengambil alih perjuangan daripada gurunya. Beliau telah

memperkembangkan idea dinamisme Islam, perlunya penyatuan seluruh

umat Islam, dan menekankan kemajuan pendidikan bagi memperoleh

kejayaan. Beliau menggesa umat Islam di Mesir kembali kepada Islam yang

sebenar bagi menghadapi kejahilan, kezaliman pihak penguasa Barat, dan

amalan khurafat serta tahyul yang menghalang kemajuan mereka. Baginya,

pendidikan Islam dan sains harus bersepadu untuk membina kekuatan. Pun

begitu, akibat penglibatan bersama dengan golongan Urabi , beliau telah

diusir dari bumi Mesir.

Kemuncak kepada kebangkitan masyarakat tempatan terhadap peluasan
kuas Barat ialah tercetusnya Pemberontakan Urabi. Gerakan ini dipimpin
oleh para pemimpin yang berketurunan Mesir asli ( fellahin ) dan berjuang
bagi mempertahankan kepentingan Mesir. Gerakan antiBritish ini diketuai
oleh Kolonel Ahmed Urabi yang bercita – cita mengusir seluruh bangsa
Eropah keluar dari bumi Mesir. Beliau yang mendapat sokongan wakil
pemerintah Uthmaniyyah, Khedif Ismail telah menubuhkan Hizb al Watani
yang berjuang menghapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir,
menyeru kuasa Khedif dipulihkan, dan segala pendapatan daripada
perkhidmatan kereta api Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir.

Namun begitu, perjuangan ini telah digagalkan oleh kuasa Barat. Pun begitu
perjuangan diteruskan, apabila pegawai kerajaan, ulama dan petani yang
tertindas telah memberikan sokongan padu kepada golongan tentera yang
mencetuskan kebangkitan Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga
tahun 1882 dengan memperjuangkan penubuhan sebuah parlimen tetap
dan pelaksanaan sistem pemerintahan berperlembagaan dan memperbaiki

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

nasib golongan tentera tempatan yang didiskriminasi. Tindakan mengambil
alih kuasa daripada Khedif menyebabkan British bertindak menggempur dan
membedil kubu serta menakluk bandar – bandar seperti Port Said, ismailiah,
dan Suez sekaligus menamatkan pemberontakan ini.

Berakhirnya Pemberontakan Urabi tidak bermakna tamatnya perjuangan
golongan nasionalis di Mesir, sebaliknya suara – suara penentangan semakin
hebat terutamanya pada abad ke-20, masyarakat tempatan menggunakan
pelbagai saluran untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan, antaranya
melalui akhbar, penulisan karya kreatif, dan kemunculan golongan
intelektual seperti Mustaffa Kamil dan Saad Zaghlul yang akhirnya membawa
kepada kemerdekaan Mesir daripada British.

Bincangkan perjuangan umat Islam di Algeria bagi menuntut
kemerdekaan daripada Perancis.

Sebelum penjajahan Perancis di Algeria, negara tersebut berada di bawah
kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah, namun disebabkan masalah
dalaman serta tekanan yang dihadapi oleh kerajaan ini, maka pada abad ke-
19 Masihi, Algeria diletakkan di bawah kekuasaan Perancis. Kebangkitan
orang – orang tempatan di Algeria terhadap Perancis berlaku disebabkan
tindakan Perancis yang menjadikan Algeria sebahagian daripada wilayahnya
dan menggalakkan kemasukan bangsa Perancis, Itali dan Sepanyol ke
negara tersebut yang menyebabkan kebimbangan orang – orang tempatan.

Faktor utama kebangkitan masyarakat tempatan di Algeria terhadap
penjajahan Perancis ialah disebabkan dasar kerajaan Perancis yang
menindas masyarakat muslim Algeria termasuk dinafikan hak mengundi dan
mengabaikan kepentingan pendidikan. Perjuangan mendapatkan
kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh Abdul Qadir, Gabenor Mascara.
Antara usaha awal yang dilakukan bagi memperjuangkan kemerdekaan
Algeria ialah menyatukan pelbagai puak bagi memastikan kekuatannya
ampuh tatkala menghadapi serangan balas Perancis.

Kaedah penentangan yang dilakukan oleh Abdul Qadir ialah menggunakan
strategi perang gerila, dan ternyata keberkesanan kaedah ini apabila
beberapa kali tentera Perancis akur dengan kekuatan yang dimiliki oleh
Abdul Qadir. Perjuangan Abdul Qadir mendapat sokongan Abu Ma’zi yang
berjaya menggerakkan masyarakat tempatan menentang Perancis di wilayah
selatan Oran. Dalam perjuangannya, Abu Ma’zi pernah menewaskan tentera
Perancis dalam Perang Sidi Ibrahim. Walaupun Abdul Qadir ditewaskan
dalam peperangan, namun selepas Perang Dunia I, kebangkitan orang –
orang Algeria terhadap Perancis muncul semula di bawah pimpinan Shaykh
Abdul Hamid Ibn Badis yang merupakan tokoh ulama dan reformis di
Algeria.

Sumbangan Ibn Badis ialah menubuhkan Kesatuan Muslim Ulama dengan
objektif penubuhannya antaranya menaikkan semangat kebangsaan dalam
kalangan pengikutnya di samping mengutamakan kesedaran terhadap
ajaran Islam yang sebenar di Algeria. Walaupun perjuangan Kesatuan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Muslim Ulama lebih menjurus aspek sosioekonomi dan seolah – olah
mengabaikan aspek politik, organisasi ini mempunyai pandangan tersendiri
bagi melahirkan golongan yang mampu bersuara mengkritik penjajah
Perancis di Algeria

Selepas Perang Dunia II, perjuangan rakyat Algeria semakin jelas
terutamanya daripada kumpulan yang diketuai oleh Ferhat Abbas yang
mendesak Pihak Bersekutu memerdekakan tanah jajahan termasuk Algeria
selepas berakhirnya perang ini. Kumpulan ini mencadangkan agar
perlembagaan baharu digubal dengan memberikan peluang rakyat Algeria
mentadbir sendiri, namun harapan tersebut ditolak oleh Perancis. Tindakan
ganas Perancis yang melepaskan tembakan rambang ke atas golongan
penunjuk perasaan pada Mei 1945 menyebabkan kebangkitan rakyat tidak
dapat dibendung lagi

Galurkan kebangkitan - kebangkitan yang berlaku di Algeria dalam
usaha membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan Barat.

Kebangkitan rakyat di Algeria terhadap penjajah Perancis berlaku
disebabkan tindakan kuasa Barat tersebut yang menjadikan Algeria
sebahagian daripada wilayahnya. Tindakan Perancis yang membenarkan
kemasukan imigran - imgran dari luar seperti dari Perancis sendiri, Itali dan
Sepanyol menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati dalam
kalangan masyarakat tempatan. Kebangkitan menentang penjajahan
Perancis dipelopori oleh golongan agama agama berusaha menanam
semangat jihad dalam kalangan masyarakat tempatan, dan salah seorang
individu yang mengetuai kebangkitan rakyat ialah Amir Abdul Qadir

Amir Abdul Qadir bukan sahaja merupakan tokoh ulama, malah merupakan
individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang politik dan
ketenteraan. Antara tindakan awal yang beliau lakukan bagi membangkitkan
semangat perjuangan dalam kalangan rakyat ialah menyatu padukan
pelbagai puak untuk menentang Perancis. Penentangan beliau berlaku
antara tahun 1832 - 1842 dengan menggunakan kaedah atau taktik perang
gerila. Bagi memantapkan lagi perjuangannya, beliau telah bergabung
dengan Abu Ma`zi bagi menentang Perancis di wilayah Oran. Dalam
pertempuran atau kebangkitan tersebut, beliau berjaya menewaskan
Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim

Kebangkitan seterusnya yang dapat dilihat untuk menyanggah penjajahan
Perancis ialah Pemberontakan Kabylia. Hal ini disebabkan tindakan atau
dasar penjajah Perancis yang banyak menindas masyarakat tempatan
sehingga penduduk Kabylia bangkit melancarkan pemberontakan.
Penentangan ini telah merebak ke kawasan lain, dan dikatakan melibatkan
satu pertiga daripada penduduk Algeria. Pun begitu tekanan yang hebat
daripada pihak Perancis menyebabkan kebangkitan ini dapat dipadam
seketika.

Perjuangan seterusnya ke atas penjajah Perancis diinisiatifkan oleh
Penubuhan Persatuan Ulama Algeria yang dianggotai oleh majoritinya

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

guru-guru agama di negara ini. Pertubuhan ini dipimpin oleh Abdul Hamid
Ben Badis yang bertujuan untuk menyatukan umat Islam. Pertubuhan ini
telah menyelar sikap segelintir pegawai-pegawai pentadbiran agama yang
dilihat telah menjadi alat penjajah. Pertubuhan ini telah berjaya
menubuhkan beribu-ribu sekolah agama dan menjadi pangkalan
penyebaran idea kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menentang
penjajah melalui elemen akidah. Namun begitu, sebagaimana perjuangan
yang dketuai oleh individu - individu sebelum ini, ianya telah dapat
ditundukkan oleh Perancis

Penentangan rakyat Algeria terhadap penjajahan Perancis adalah
berterusan, perjuangan yang mengorbankan beribu-ribu nyawa dan
sentiasa berkesinambungan serta seolah - olah tidak akan ada kesudahan,
sehinggakan Algeria pernah dianggap negara sejuta syuhada. Pun begitu
gerakan demi gerakan yang tidak pernah erti putus asa ditambah dengan
semangat jihad dalam kalangan pejuang akhirnya telah menyebabkan
Perancis memerdekakan Perancis.

Jelaskan faktor – faktor kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke-20 Masihi.

Sebelum penjajahan kuasa – kuasa Barat di Mesir, negara tersebut
sebenarnya merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniyyah.
Sejak tahun 1517 Masihi, Mesir ditadbir oleh golongan Mamluk sehinggalah
dikalahkan oleh tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonarparte.
Penjajahan Perancis di Perancis hanya bertahan selama tiga tahun apabila
pakatan Turki Uthmaniyyah – British berjaya mengalahkan Perancis pada
tahun 1801. Bermula dari saat itulah British mula menguasai Mesir termasuk
menguasai sumber – sumber ekonomi yang berharga serta mengeskploitasi
rakyat Mesir demi kepentingan mereka sedangkan penduduk – penduduk
tempatan terus dibelenggu dan ditindas sehingga jauh ketinggalan
berbanding golongan pendatang.

Menyedari keadaan ini telah timbul gerakan atau semangat kebangsaan
bagi memulihkan keadaan ini dengan dipelopori oleh tokoh – tokoh
tempatan seperti Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan
Muhammad Rashid Rida melontarkan idea – idea bagi membela dan
melindungi masyarakat tempatan yang dibelenggu oleh penjajah.
Jamaluddin al Afghani telah menyeru agar kesatuan umat Islam diwujudkan
bagi menjadi benteng pertahanan menghadapi arus imperialisme Barat.
Beliau telah berganding dengan Muhammad Abduh menyusun gerakan
yang dikenali sebagai al Urwah al Wuthqa untuk memberikan kesedaran
kepada umat Islam termasuk mengeluarkan majalah sehinggakan pihak
penjajah Barat khususnya British bertindak menyekat kemasukan majalah
berkenaan ke wilayah Mesir dan India.

Seterusnya faktor yang mendorong kebangkitan semangat kebangsaan di
Mesir ialah peranan bahasa dan kesusasteraan khususnya penerbitan bahan
– bahan kreatif seperti puisi, novel, dan cerpen. Antara tokoh yang banyak
menghasilkan karya – karya kreatif bagi menyedarkan masyarakat Mesir

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

akan kepincangan dan kelemahan mereka serta mengkritik secara sinis pihak
penjajah ialah Taha Husayn dan Najib al Kilani. Taha Husayn umpamanya
telah menghasilkan karya fiksyen yang menonjolkan isu kemiskinan dan
kejahilan, malah beliau turut sama menggarap penulisan yang berbaur
politik. Begitu juga dengan Najib al Kilani, beliau telah mengasaskan
kesatuan Rabitah Adab al Islami al ‘Alamiyyah iaitu gerakan yang menjadi
perintis kepada penghasilan karya – karya kesusasteraan Islam. Meskipun
beliau dipenjara, namun ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk
menghasilkan karya – karya yang membangkitkan kesedaran dalam
kalangan rakyat. lebih daripada 70 buah novel yang dihasilkannya
memaparkan pembelaan terhadap golongan yang lemah serta menentang
kezaliman serta kebatilan.

Seterusnya media massa juga berperanan penting dalam kebangkitan
semangat kebangsaan. Penerbitan akhbar seperti al Muqattam, al Muqtataf,
dan al Mua’yyad jelas telah dapat meniupkan semangat kebangsaan dalam
masyarakat Arab termasuk di Mesir. Akhbar – akhbar seumpama ini telah
menyediakan ruangan khas untuk para penulis melontarkan idea khususnya
untuk menyedarkan rakyat, dan antara yang mengambil kesempatan
tersebut ialah Muhammad Rashid Rida dan Mustafa Kamil Pasha

Faktor terakhir yang mendorong kemunculan semangat kebangsaan di
Mesir ialah peranan institusi pendidikan di mesir khususnya Universiti al
Azhar yang banyak menghasilkan tokoh – tokoh pejuang atau nasionalis
seperti Syaikh Rifa’ah al Tantawi, Saad bin Zaghlul, dan Muhammad Abduh.
Meskipun mendapat pendidikan Islam, individu – individu berkenaan amat
peka dengan perkembangan pendidikan Barat. Sehubungan dengan itu,
mereka berusaha mengubah sistem pendidikan di Mesir dengan
memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan memperbaiki sistem
pendidikan moden. Selain itu, peranan Universiti al Azhar sendiri dapat
dilihat dengan menggalakkan kegiatan penterjemahan buku – buku ilmiah
ke bahasa Arab bagi membolehkan rakyat Mesir membaca, memahami dan
berusaha menjadikan iktibar bagi membentuk masyarakat yang tidak
terkongkong dengan kuasa imperialis Barat.

Kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir berlaku akibat kesedaran
golongan – golongan intelektual yang bingkas berusaha menyedarkan
masyarakat akan kepincangan yang dihadapi. Golongan intelektual ini
menggunakan majalah, akhbar, karya – karya kreatif sebagai wadah
perjuangan, malah ada pemimpin yang sanggup bersemuka dengan
penjajah seperti Saad bin Zaghlul yang memaksa British sekurang – kurang
menghadiahkan kemerdekaan bersyarat kepada Mesir pada tahun 1922.

Huraikan pengaruh bahasa dan sastera dalam gerakan nasiomalisme
di Mesir pada abad ke-20 Masihi.

Gerakan nasionalisme di Mesir dikatakan bermula sebelum ke- 18 Masihi,
namun mencapai kemuncaknya tatkala Mesir dijajah oleh Perancis selama
tiga tahun diikuti oleh British. Punca kebangkitan semangat kebangsaan ini
ialah berikutan ancaman atau penguasaan ekonomi dan politik kuasa –

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

kuasa tersebut di Mesir. Terdapat beberapa faktor yang membawa
kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir, antaranya pengaruh bahasa dan
tulisan yang dikaitkan dengan kemunculan penulis menghasilkan karya
tertentu bagi mengkritik pihak penjajah.

Kemunculan penulis – penulis bagi membangkitkan gerakan nasionalisme di
Mesir dikaitkan dengan perkembangan institusi pendidikan yang melahirkan
ramai penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani. Penulis – penulis di
sini menghasilkan karya berbentuk novel, cerpen, esei, artikel yang
kesemuanya bertujuan untuk memupuk semangat kebangsaan dalam
kalangan penduduk Mesir khususnya pada abad ke-20 Masihi.

Taha Husayn telah menghasilkan karya - karya yang pelbagai bentuk
meliputi bidang pengajian Arab, kebudayaan, kesusasteraan Islam dan
fiksyen yang memuatkan idea – ideanya mengkritik masalah kemisikinan,
kejahilan, dan berbaur politik yang ditujukan kepada imperial Bristish
khasnya.

Bagi meningkatkan taraf hidup penduduk, beliau menyarankan agar
pendidikan percuma diperkenalkan kerana ia akan mampu melahirkan
golongan cerdik pandai yang mampu mengubah lanskap masyarakat di
Mesir. Antara karya yang dihasilkan oleh Taha Husayn ialah Wednesday Talk,
A Man of Letters, An Egyptian Childhood mengandungi unsur – unsur di
atas yang bakal menimbulkan angin perubahan dalam pemerintahan
kolonial di Mesir.

Najib al Kilani pula merupakan penulis yang aktif menulis dalam pelbagai
genre; novel, buku, cerpen, karya berbentuk kritikan dan sebagainya. Idea –
idea yang membangkitkan semangat kebangsaan telah menyebabkan beliau
beberapa kali diseret ke penjara, namun itu bukan halangan baginya
menghasilkan karya sama ada dalam bentuk prosa mahupun puisi. Karya –
karya yang dihasilkan lebih kepada berbentuk kritikan sosial; umpamanya
pembelaan terhadap kaum yang lemah dan teraniaya serta menentang
kezaliman dan kebatilan.

Beliau juga berusaha menonjolkan peranan golongan ulama dan ilmuwan
dalam karya – karyanya. Antara karya yang dihasilkan oleh Najib al Kilani
ialah al Tariq al Tawil, Dumu’ al Amir, ‘Umar Yazhar fi al Quds, al Islamiyyah
wa al Mazahib al Adabiyyah, dan ‘Ala Aswar Dimashq. Kehebatan karya –
karya yang dihasilkan oleh penulis seperti Najib al Kilani terserlah apabila
buku karyanya diterjemahkan ke dalam pelbagai seperti Indonesia, Inggeris,
Jerman, Perancis, dan Urdu yang akan membawa kepada penukaran idea –
ideanya ke seceruk tempat.

Kemunculan penulisan berbentuk kreatif dan ilmiah yang dicetuskan oleh
penulis – penulis seperti Taha Husayn dan Najib al Kilani sesungguhnya
menjadi inspirasi keapada kebangkitan golongan nasionalis di Mesir. Malah,
ianya menjadi satu cara ‘lembut’ yang digunakan oleh barisan pejuang
nasionalis bagi menentang British dan sekutunya dengan mengharapkan
kemerdekaan akan diperoleh kelak

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Huraikan bentuk – bentuk imperialisme Barat ke atas wilayah
kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi.

Abad ke-19 Masihi menyaksikan dunia terdedah dengan ancaman kuasa –
kuasa imperialis yang begitu aktif menncari tanah jajahan. Dalam hal ini,
kerajaan Uthmaniyah tidak terkecuali dengan ancaman kuasa Barat, apatah
lagi kerajaan ini telah kerap bertempur dengan kuasa khususnya Rusia sejak
abad ke-16 Masihi. Dua kuasa buah kuasa Barat yang menjadi ancaman
kepada kepada Daulah Islamiyyah ini ialah Perancis dan British yang telah
bertindak sama ada secara langsung dan tidak langsung dengan melakukan
pelbagai provokasi ke atas wilayah – wilayah kekuasaan kerajaan
Uthmaniyyah demi melemahkannya, seterusnya menguasai wilayah –
wilayah berkenaan.

Bentuk imperialisme yang paling sinonim dengan gerakan peluasan kuasa
Barat ini ialah bertindak secara langsung dengan menyerang bagi
menguasai sepenuhnya wilayah – wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Contoh
paling jelas penguasaan Algeria oleh Perancis dan Mesir oleh British. Libya
pula terdedah dengan serangan Itali dan berjaya dikuasai pada tahun 1911,
manakala Rusia dalam tempoh masa ini begitu rakus menguasai wilayah –
wilayah di kawasan Asia Tengah. Kejayaan menguasai wilayah – wilayah
berkenaan membolehkan kuasa Barat mengeksploitasi sepenuhnya hasil
bumi demi kepentingan mereka termasuk membawa masuk rakyat
sebagaimana keadaan di Algeria yang menjadi tumpuan pendatang dari
Perancis, Malta, Itali dan Sepanyol bagi mengusahakan aktiviti pertanian di
sana. Begitu juga keadaan di Mesir sewaktu pemerintahan regim Cromer,
segala sumber kekayaan dieksploitasi sepenuhnya sedangkan kepentingan
dan kebajikan rakyat tempatan diabaikan sama sekali.

Penguasaan secara langsung juga merupakan antara bentuk imperialisme
yang dijalankan oleh kuasa Barat di wilayah tertentu. Melalui kaedah ini,
dilaksanakan sistem naungan ( Protectorate Treaty ). Melalui kaedah ini,
kuasa Barat akan mengekalkan struktur politik tempatan sedia ada, namun
ianya akan diawasi sepenuhnya bagi mengelak kepentingannya tidak akan
terancam. Bentuk peluasan kuasa ini dipraktikkan oleh British di Mesir pada
tahun 1840 dan Perancis semasa menguasai Tunisia dan Morocco pada
penghujung abad ke-19 Masihi.

Pelaksanaan Sistem Mandat dilaksanakan oleh kuasa – kuasa Barat dengan
‘izin’ Liga Bangsa. Contohnya, Liga Bangsa telah memberikan kuasa atau
mandat kepada British untuk menguasai wilayah Palestine, Transjordan dan
Iraq. Manakala Perancis pula telah mendapat mandat menguasai Syria dan
Lubnan. Alasan yag diberikan untuk menghalalkan tindakan kuasa Barat ini
ialah membantu kemajuan negara – negara berkenaan sekaligus
membimbing ke arah berkerajaan sendiri kelak. Dalam konteks ini, beberapa
wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah kini bukan sahaja terdedah dengan
sistem pemerintahan Barat malah telah mempengaruhi sistem pemikiran,
maka tidak hairanlah di penghujung kerajaan Uthmaniyyah ini, sekularisme
bergitu menular sehingga membawa kejatuhan kerajaan ini.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Imperialisme juga berlaku ekoran termeterainya beberapa perjanjian
persahabatan. Dalam hal ini, kuasa Barat khususnya British telah
mempelopori kaedah ini, beberapa perjanjian telah ditandatangani dengan
kabilah – kabilah Arab seperti al ‘Adali, al Aqrabi, al Awali dengan matlamat
kepentingan dan keselamatan aktiviti perdagangan akan terjamin. Dasar
sebegini dijalankan untuk menjaga kepentingannya di Aden yang
merupakan pelabuhan persinggahan sebelum ke India dan Asia. Impak
perjanjian yang dimeterai, kuasa Barat akan menempatkan wakil atau
penasihat yang bertindak sebagai penguasa sebenar berbanding pentadbir
tempatan.

Meskipun pelbagai bentuk imperialisme yang diperkenalkan oleh kuasa
Barat, matlamatnya tetap sama iaitu menguasai sepenuhnya ekonomi dan
politik kerajaan atau wilayah yang dikuasai. Dalam konteks kerajaan
Uthmaniyah, bentuk imperialisme yang pelbagai ini telah membawa kepada
penularan modenisasi dan sekularisme yang akhirnya menjadi titik tolak
kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.

Bincangkan faktor pembentukan negara bangsa Turki.

Kerajaan Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada awal abad ke-
11 Masihi merupakan kerajaan Islam berbentuk khalifah terakhir yang
memerintah umat Islam. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, muncul
beberapa orang tokoh terkenal seperti Muhammad al Fateh dan Sulayman
al Qanuni. Pun begitu, selepas kematian Sultan Sulayman, kerajaan ini mula
meniti era kemerosotan sehinggalah terbentuknya kerajaan sekular yang
dibayangi oleh kuasa Barat di bawah pimpinan Musataffa Kamal Atarturk
yang memimpin kerajaan bercorak republik.

Amnya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang pembentukan negara
bangsa diTurki, antaranya tekanan kuasa Barat yang giat melancarkan
kempen imperialisme bagi menguasai wilayah – wilayah kekuasaan Turki
yang strategic dari segi politik dan kaya dengan sumber ekonomi khususnya
petroleum. Kesungguhan kuasa Barat begitu ketara apabila mereka
menubuhkan pakatan untuk melemahkan dan menghancurkan Daulah
Uthmaniyyah ini. Kejayaan menguasai tanah – tanah jajahan ini akan secara
tidak langsung akan meningkatkan imej kuasa – kuasa Barat berkenaan. Oleh
sebab itu, jelaslah pembentukan negara bangsa Turki ini ada kaitan dengan
agenda politik, sosial dan ekonomi kuasa – kuasa Barat seperti Britain, Rusia,
Perancis dan lain - lain

Pembentukan negara bangsa ini juga berkaitrapat dengan kebangkitan
penduduk minoriti di tanah jajahan kerajaan Uthmaniyyah yang terpengaruh
dengan provokasi yang dilancarkan oleh kuasa Barat di sana. Tindakan ini
menyebabkan pemerintah Uthmaniyyah memperkuatkan cengkaman di
tanah jajahan yang mengundang kesan negatif apabila munculnya gerakan
– gerakan antiUthamniyyah seperti Balkan dan Armenia yang di bawah
naungan/ tajaan kuasa Barat seperti Rusia yang sememangnya berhasrat

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

mendapatkan semula wilayah – wilayahnya yang terlepas ke tangan kerajaan
Islam ini.

Kewujudan institusi pendidikan Kristian dan pesatuan – persatuan kebajikan
yang dinaungi oleh Gereja turut mempengaruhi pembentukan kerajaan
sekular di Turki. Organisasi – organisasi ini berperanan menyebarluaskan
agama Kristian di wilayah – wilayah kekuasaan; memberikan gambaran
masih kedapatan sentimen antiIslam dalam kalangan pihak Barat ekoran
peristiwa Perang Salib lalu. Keadaan bertambah ketara apabila Gerakan Turki
Muda mendapat sokongan golongan Kristian yang memperjuangkan
pemisahan antara politik dan agama.

Perjanjian – perjanjian yang dimeterai antara kuasa besar turut membawa
kepada pembentukan negara bangsa. Perjanjian ini ketara menjelang dan
selepas berakhirnya Perang Dunia I, yang memberikan gambaran betapa
penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam kancah politik antarabangsa
ini mengundang padah apabila sekutunya, Jerman mengalami kekalahan.
Perjanjian Constantinople ( 1914 ) merupakan perjanjian antara Perancis,
Britain dan Perancis untuk menguasai kawasan kerajaan Uthmaniyyah.
Melalui perjanjian ini, British dam Perancis bersetuju memperuntukkan kota
Istanbul dan kawasan sekitarnya kepada Rusia. Sementara Perjanjian London
pula yang termeterai pada tahun 1916 antara Perancis, Britain, Itali dan Rusia
mempersetujui akan memberikan Itali kawasan di luar pantai Anatolia dan
Libya yang membawa kepada pengisytiharan perang secara rasmi Itali ke
atas kerajaan Uthmaniyyah pada Ogos 1915. Sementara Perjanjian Sykes –
Picott telah membahagikan wilayah Timur Tengah kepada penguasaan
Britain dan Perancis, wilayah Syria dan Mosul diserahkan kepada Perancis,
manakala wilayah Palestine hingga sempadan Iran diserahkan kepada
British. Pembahagian zon – zon penguasaan ini mempercepatkan
pembentukan negara bangsa apabila sempadan negara dibentuk mengikut
penduduk negara masing – masing walaupun menganut agama yang sama.

Pun begitu terdapat juga faktor dalaman yang mempengaruhi pembentukan
negara bangsa Turki, antaranya kemunculan dua gerakan iaitu golongan
Uthmani Muda yang mengkritik kuasa autokratik Sultan atau pemerintah.
Antara pemimpin Young Ottoman ini ialah Namik Kemai, Ali Suavi dan Jiya
Pasha. Keadaan kerajaan kian ‘parah’ apabila golongan Turki Muda kini
mendominasi pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah termasuk menyetujui
penglibatan dalam Perang Dunia I yang memakan diri kerajaan ini.

Dasar Tanzimat yang memberikan hak sama rata kepada warganegara bukan

Islam khususnya golongan Kristian dalam bidang ekonomi termasuk juga

penerapan dan unsur – unsur sekular dalam sistem perundangan (

Piagam Hatti – Humayyun ) menyebabkan kerajaan Uthmaniyyah kian

goyah, termasuk juga dengan tindakan yang memberikan kuasa autonomi

ke atas wilayah – wilayah di Balkan. Kegagalan rancangan Tanzimat ini telah

menyebabkan Mustaffa Kamal Atarturk menggunakan alasan ini untuk

menghentam Sultan dan memimpin gerakan melalui penguasaan bidang

ketenteraan dalam usaha membubarkan kerajaan Uthmaniyyah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kesimpulannya, pembentukan negara bangsa Turki dikaitkan dengan faktor
lauaran khususnya dendam kesumat kuasa Barat di samping adanya
kelemahan kerajaan Uthamniyyah yang menjadi pemangkin pembentukan
negara bangsa yang mengamalkan corak pemerintahan republik

Jelaskan faktor – faktor pembentukan negara bangsa di Mesir pada
abad ke- 20 Masihi.

Sebelum terbentuknya negara bangsa di Mesir, negara ini berada di bawah
naungan kerajaan Uthmaniyyah, pun begitu di penghujung abad ke- 18,
Mesir telah dikuasai oleh Perancis dalam tempoh masa tertentu sebelum
dikuasai semula oleh kerajaan Uthmaniyyah yang mendapat sokongan pihak
British. Pada pertengahan abad ke-19, Mesir dikuasai sepenuhnya oleh
Britsih menyebabkan timbulkan gerakan – gerakan antiBarat, namun masih
gagal perluasan kuasa Barat tersebut yang bertindak pula menaja
pembentukan negara bangsa bagi mengukuhkan kedudukannya di sana.

Antara faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa di Mesir
ialah kebangkitan nsionalis – nasionalis berpendidikan Barat. Golongan yang
berkelulusan undang – undang ini telah bangkit dan menuntut kemerdekaan
dan sistem Parlimen sebagaimana yang dipraktikkan di negara – negara
Barat. Apa yang menariknya, perjuangan nasionalis terhadap kuasa British
yang digerakkan oleh tokoh seperti Mustaffa Kamil ini turut mendapat
sokongan pensyarah Perancis yang bertugas di Mesir dengan menghasut
pelajar bangkit menentang British.

Faktor Bahasa turut sama menyumbang pembentukan negara bangsa Mesir.
Sebahagian besar penduduk Mesir merasakan mereka sebahagian daripada
bangsa Arab, namun kerajaan British menggalakkan masyarakat Mesir
bertutur dalam dialek Misriyah ( untuk mengukuhkan identity Mesir )
menyebabkan generasi baharu akan tersisih daripada Bahasa Arab Fashah
yang digunakan dalam al Quran dan telah menimbulkan kegelisahan dalam
kalangan ulama Mesir. Ini bermakna , kerajaan British berhasrat mewujudkan
kerajaan baharu berteraskan bangsa baharu dengan menjadikan dialek
tempatan sebagai lambang identiti negara bangsa Mesir.

Pembukaan Terusan Suez turut sama menarik perhatian kuasa Barat untuk
menguasainya khususnya British dan Perancis. Khedif Ismail telah
terperangkap dengan jerat British, dibebani dengan hutang menyebabkan
diisytiharkan sebagai muflis sekaligus membolehkan British menguasai jalan
perdagangan utama ini dan membolehkan kuasa Barat tersebut
menempatkan tentera sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat tempatan. Ketidakpuasan hati terhadap British dan
pemerintah Mesir menyebabkan rakyat membangkitkan rasa tidak puas hati
dan merangka untuk membentuk kerajaan baharu

Faktor budaya masyarakat Mesir juga mengalami masalah akibat pengaruh
kebudayaan penjajah yang bersifat sekular. Akhbar dan majalah Mesir kerap
menerbitkan tulisan yang menyatakan Mesir sebahagian daripada Eropah,

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

akibatnya kebudayaan penjajah mempengaruhi sedikit demi sedikit rakyat
Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.

Faktor ekonomi Mesir amat lemah, ramai wanita Mesir hanya menjadi
pembantu rumah kepada orang – orang British, begitu juga dengan kaum
lelaki yang berkhidmat di lombong atau kawasan Terusan Suez,
menunjukkan sebahagian besar masyarakat Mesir bergantung kepada
ekonomi penjajah walaupun negara ini kaya dengan hasil buminya.

Pembinaan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana
penguasaan Barat terhadap negara ini ; kebajikan rakyat diabaikan. Walau
bagaimanapun Perang Dunia I dan kemunculan nasionalis telah mendorong
kepada kebangkitan semangat nasionalisme ke arah pembentukan negara
bangsa Mesir.


Click to View FlipBook Version