The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-17 02:35:02

SEJARAH ISLAM 2018 - 2020

MODUL TUDINGAN

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

bagi menamatkan penjajahan Rom yang tidak berperikemanusiaan,
kejayaan menewaskan Rom membolehkan kerajaan Islam memperoleh
sumber jizyah 2 dinar per individu setahun. Manakala di Syam atau Syria
pula, kadarnya antara 1 – 4 dinar bergantung kepada kemampuan
seseorang individu.

Di Baitulmaqdis pula, melalui perjanjian yang dimeterai antara pemimpin
Baitulmaqdis dengan Khalifah Umar sendiri, kerajaan Islam telah
menetapkan dengan kadar tertentu jizyah yang perlu dibayar selain
memastikan kebebasan beragama di kota berkenaan dikekalkan. Manakala
di Adzerbaijan pula, penduduknya di kenakan jizyah mulai tahun 22 H,
setelah diberikan pengecualian pada tahu sebelumnya. Pada zaman Khalifah
Uthman, kejayaan menguasai wilayah seperti di persisir Laut Mediterranean
dan utara Afrika, menyebabkan wilayah seperti Nubah, Tripoli, dan Qairawan
berada di bawah naungan kerajaan Islam.

Kesimpulannya, pelaksanaan konsep naungan pada zaman Khulafa al
Rasyidin bukan sahaja menggambarkan betapa kukuhnya kerajaan Islam
pada zaman ini, malah mencerminkan usaha khalifah berserta umat Islam
bersungguh – sungguh untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi

Huraikan kepentingan hubungan luar yang dijalankan oleh kerajaan
Abbasiyah

Kerajaan Bani Abbasiyah yang dibentuk selepas kejayaan menjatuhkan
kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 750 Masihi. Sepanjang pemerintahan
kerajaan yang berpusat di Baghdad ini, terdapat beberapa orang tokoh
khalifah yang berwibawa, antaranya Abu Jaafar al Mansor, Harun al Rasyid,
dan puteranya, al Makmun. Bagi memastikan kekuatan dan kedaulatan
kerajaan ini, hubungan telah dijalinkan dengan kerajaan – kerajaan luar sama
ada dengan kerajaan di Tanah Arab mahupun luar Semenanjung Tanah Arab,
seperti China, India, Rom dan lain – lain. Hubungan yang dijalinkan ini
meninggalkan banyak kesan sama ada dati sudut politik, ekonomi, agama
dan sebagainya.

Hubungan dengan Perancis dijalinkan amya telah memberikan banyak
manfaat dari sudut politik, ekonomi, dan sosial. Sejarah mencatatkan
hubungan begitu akrab antara dua orang pemimpin, iaitu Harun al Rasyid
dan Raja Charlemagne bagi pihak Perancis. Dari sudut politik, hubungan ini
terbentuk disebabkan kedua – dua kerajaan menghadapi musuh yang sama,
iaitu kerajaan Umaiyah di Andalus, oleh sebab itu dengan kerjasama kedua
– dua pihak akan memperkuatkan lagi banteng pertahanan masing – masing
daripada pencerobohan kerajaan di Andalus. Impak perjanjian atau
hubungan yang dijalinkan ini telah membawa kepada pertapakan dan
perkembangan agama Islam khususnya di Perancis dan Eropah Barat amnya,
begitu juga dengan aktiviti perdagangan, berlakunya perdagangan dua hala
antara kedua – dua buah negara yang saling memerlukan ini.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Berhubung dengan Rom atau kerajaan Byzantine pula, hubungan antara
kedua – dua negara sentiasa dalam keadaan tegang. Peperangan merupakan
suatu kelaziman, serangan tentera Islam yang diketuai oleh Harun al Rasyid
pada tahun 780 Masihi telah memaksa Ratu Irene menyerah kalah, bersedia
membayar ufti tahunan berjumlah 90 000 dinar setahun dan mempersetujui
gencatan senjata. Malah, kemenangan ini telah membolehkan agama Islam
disebarkan di kawasan kekuasaan Rom Timur serta membolehkan umat
Islam menjalinkan aktiviti perdagangan di persisiran Laut Mediterranean.
Pun begitu, Rom sekali lagi menguji kekuatan tentera Islam, apabila
Nicephorus bertindak menyerang, menyebabkan Harun al Rasyid bertindak
balas, bukan sahaja berjaya mengalahkannya, bahkan menguasai beberapa
buah wilayah di Asia Minor milik kerajaan Rom Timur. Apa yang pasti
perjanjian damai ini telah memberikan impak yang positif kepada kerajaan
Islam.

Kerajaan ini turut menjalinkan hubungan dengan India dan China, yan
pastinya memesatkan lagi ativiti perdagangan memandangkan kedua – dua
negara berkenaan sememangnya terkenal dengan aktiviti perdagangan.
Melalui hubungan ini, bukan sahaja Baghdad dan pelabuhan – pelabuhan
lain kian sibuk, malah secara tidak langsung membolehkan kerajaan
Abbasiyah meraih pendapatan dalam bentuk cukai khususnya cukai
perdagangan , atau disebut usyur. Malah telah pertukaran barangan,
berikutan berlakunya kegiatan import dan eksport antara negara berkenaan
dengan kerajaan Bani Abbasiyah.

Kepentingan lain hubungan luar antara kerajaan Bani Abbasiyah dengan
kerajaan – kerajaan luar ialah berlkaunya perkembangan intelektual yang
pesat pada zaman itu, apatah lagi khalifah – khalifah bukan sahaja bertindak
sebagai penaung malah telah mendirikan pelbagai institusi pendidikan dan
keilmuan, umpamanya Harun al Rasyid telah mendirikan gedung ilmu yang
dikenalis ebagai Baitul Hikmah yang menjadi tumpuan golongan cerdik
pandai baik beragama Islam mahupun bukan beragama Islam menghasilkan
karya, menjalankan aktiviti penterjemahan, dan berdialog atau
bermuzakarah sekaligus menjadikan kota Baghdad sebagai pusat
perkembangan intelektual ilmu aqli dan ilmu naqli tersohor pada tempoh
masa tersebut.

Kesimpulannya, hubungan luar yang dilaksanakan oleh kerajaan Abbasiyah
menunjukkan betapa pentingnya kepada sesebuah negara, bukan sahaja
mencerminkan kedaulatan sesebuah negara, bahkan yang lebih penting
ialah ianya dapat memperkuatkan negara dari pelbagai aspek.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Huraikan faktor – faktor kerajaan Turki Uthmaniyyah memeterai
dengan kuasa – kuasa luar bermula abad ke-15 Masihi

Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan kerajaan berbentuk khilafah
terakhir, diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281, dna bertahan
sehingga tahun 1924. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, terdapat
beberapa orang tokoh terkenal, antaranya ialah Muhammad II yang lebih
dikenali sebagai Muhammad al Fateh dan Sulaiman II yang dikenali dengan
gelaran Sulaiman al Qanun. Tidak dinafikan terdapat banyak perjanjian
politik yang ditandatangani oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan kuasa
– kuasa luar, hal ini berkait rapat dengan tekanan kuasan Barat dan
perkembangan politik semasa yang mendesak kerajaan Turki mengambil
pendekatan yang berbeza mengikut gaya dan rentak seseorang
pemerintah.

Antara isu awal yang menjadi punca termeterainya perjanjian politik ialah
keinginan kerajaan Turki meluaskan kekuasaan di Ukraine dan berhasrat
menjadikan Poland sebagai negara naungan atau sekutunya. Hal ini telah
membawa kepada perjanjian dengan Poland pada tahun 1676 Masihi yang
membawa penyerahan rasmi wilayah Ukraine kepada kerajaan Turki
Uthmaniyyah. Pun begitu apa yang menjadi masalah, penyerahan ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dlaam kalangan pemimpin dan kerajaan
Rusia.

Tekanan politik daripada Rusia menyebabkan berlaku beberapa kali siri
peperangan antara kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan kuasa Barat
tersebut. Perjanjian terawal dimeterai pada tahun 1681 berkait rapat
dengan pemilikan wilayah Ukraine, dan ianya ditandatangani selepas
kerajaan Islam tersebut mengalami kekalahan teruk dalam peperangan
dalam tempoh masa tersebut. Malah sepanjang tahun 1700-an, banyak
sekali perjanjian ditandatangani dengan Rusia, antaranya Perjanjian
Karlowitz pada tahun 1710, Perjanjian Passarowit 1716, Perjanjian Kainarji
dan Perjanjian Jassy pada tahun 1792.

Akibat daripada perjanjian – perjanjian yang ditandatangani ini, empayar
kerajaan Turki Uthmaniyyah semakin mengecil berikutan beberapa wilayah
khususnya di Balkan seperti Serbia diserahkan kepada Rusia, malah aktiviti
perniagaan di perairan Laut Hitam mula berpindah kepada kuasa Barat
berkenaan, dan yang paling membimbangkan ialah penyebaran agama
Kristian di kawasan dan bekas tanah jajahan yang dikuasai sebelum ini.

Pada awal tahun 1800 pula, kerajaan Turki Uthmaniyyah terpaksa
menandatangani perjanjian dengan British yang dikenali sebagai Perjanjian
Dardanella. Perjanjian berkait rapat dengan hasrat British ingin membantu
kerajaan Turki menghapuskan pengaruh Perancis di sana. Kejayaan
mengusir Perancis mengakibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah termasuk
mengakui secara rasmi hak – hak konsular British di wilayahnya sebagai
balasan Turki mendapat semula wilayah Mesir, dan yang paling penting

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dalam persetiaan ini ialah kerajaan British kini dapat menjaga
kepentingannya di kawasan Selat Bosphorus dan Dardanella

Sementara perjanjian dengan Jerman pula berlaku pada tahun 1914,
apabila pemimpin kedua – dua negara bersetuju bekerjasama, dan Turki
sedia menyokong penglibatan Jerman dalam Perang Dunia I dengan
harapan dapat mempertahankan wilayahnya daripada dikuasai oleh kuasa
Barat lain. Apabila perang meletus antara Jerman dengan Britain, kerajaan
Turki Uthmaniyah membenarkan Jerman menempatkan dua buah kapal
perangnya, Goeben dan Breslau di Selatan Darnelles. Pada 17 September
1914, kerajaan Turki Uthmaniyah menutup selat tersebut. Perluasan
pengaruh Jerman di Turki Uthmaniyah dianggap oleh Britain sebagai satu
ancaman kepada kepentingannya. Pengawalan Selat Darnelles oleh Jerman
menghalang kapal perang British memasuki Laut Hitam. Pada 5 November
1914, Britain mengisytiharkan perang terhadap Turki Uthmaniyyah

Pembabitan Turki Uthmaniyyah dalam siri perjanjian politik adalah
berpunca daripada krisisnya dengan kuasa – kuasa Barat khususnya Rusia.
Pun begitu tindakan pemimpin Turki Uthmaniyyah yang bekerjasama
dengan Jerman menjelang Perang Dunia I telah mengundang padah,
berikutan kekalahan sekutunya itu yang mengakibatkan empayar Turki
Uthmaniyyah menuju kehancuran.

Keadaan kerajaan Turki Uthmaniyyah umpama retak menanti belah
apabila menandatangani perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat
mulai abad ke-17 Masihi . Bincangkan.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah dibentuk selepas jatuhnya kerajaan Abbasiyah
di tangan tentera Monggol yang berjaya menguasai dan memusnahkan kota
Baghdad pada pertengahan abad ke-13 Masihi. Kerajaan Uthmaniyyah ini
ditubuhkan oleh Uthman bin Ertoghrul pada tahun 1281 dan bertahan
sehingga tahun 1924. Menjelang abad ke-17 Masihi, kerajaan ini mula meniti
era kesuraman berikutan tekanan dan provokasi kuasa Barat termasuk dan
Russia di samping pemberontakan di wilayah kekuasaan menyebabkan
beberapa siri perjanjian ditandatangani menyebabkan wilayah kekuasaan
kian mengecil dan dikatakan kerajaan Turki Uthmaniyyah menjadi titik tolak
kemerosotan kerajaan ini.

Tekanan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah bermula apabila kejayaan
Sultan Muhammad IV yang menerajui ekspedisi ketenteraan di Poland pada
tahun 1676 yang membawa kepada penguasaan wilayah Ukraine, ekoran
termeterainya perjanjian damai antara kedua – dua pihak. Namun, perjanjian
damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia yang tidak berpuas
hati dengan penyerahan wilayah ini. Kerajaan Turki terpaksa campur tangan
ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sultan Muhammad IV telah menandatangani Perjanjian Radsin dengan
Russia setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan
Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka
perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna orang Turki telah hilang
kuasa mereka di Laut Hitam yang merupakan kawasan stategik bukan sahaja
dari sudut pertahanan malah perdagangan antarabangsa.

Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III ( 1703 M), kerajaan Turki
Uthmaniyyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan
Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada
zaman Sultan Mustafa II. Peperangan ini berakhir dengan Perjanjian
Karlowitz. Kesan daripada perjanjian ini ialah sebahagian besar daripada
wilayah Turki Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam, termasuk
Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland.

Serangan yang dilancarkan oleh kerajaan Venice dan Austria telah berjaya
mengalahkan tentera Turki Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Peperangan
Petewarden. Melalui Perjanjian Passarowit, Turki telah kehilangan Timsuar,
Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice pula
menduduki kawasan pantai Dalmatia. Pada tahun 1770, sewaktu Turki
Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang
Chesme di pantai Asia Minor antara Turki Uthmaniyyah dengan Rusia.
Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774
menyaksikan Turki kehilangan wilayah – wilayah seperti Kinburn, Venikala
dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin parah
apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha
mewujudkan semula kerajaan Greek – Byzantine, ini terbukti apabila
perikatan ini merampas Moldovia dan Wallachia

1876 pula menyaksikan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang diperintah oleh
Sultan Abdul Hamid, setahun selepas itu Rusia telah mengisytiharkan perang
ke atas Turki Uthmaniyyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San
Stefeno pada tahiun 1878. Perjanjian ini sekali lagi menguntungkan Rusia
sedangkan kerajaan Turki Uthmaniyah semakin mengecil ekoran
pembebasan wilayah kekuasaannya serta kini berpindah milik kepada Rusia.
Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Turki
Uthmaniyyah.

Kegagalan kerajaan Turki Uthmaniyyah menyerap tekanan kuasa – kuasa
Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang
menuntut agar kuasa Sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan prinsip
demokrasi. Keengganan Sultan Abdul Hamid melayan permintaan
perjuangan Gerakan Turki Muda yang kini mendapat sokongan golongan
tentera telah menyebabkan Sultan Abdul Hamid digulingkan.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

TEMA 2

Bincangkan konsep ekonomi Islam di Madinah semasa zaman
pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.

Kejayaan Nabi Muhammad SAW mendirikan negara Islam Madinah bukan
sahaja bermakna Baginda SAW telah melakukan perubahan dari sudut
politik dan pemerintahan, malah juga teah merombak sistem ekonomi yang
sedia ada ( berbentuk Jahiliah ) kepada sistem ekonomi yang berpaksikan
hukum syarak. Secara amnya, ekonomi Islam dapat ditakrifkan sebagai suatu
sistem yang berkaitan dengan perolehan, penggunaan dan pengurusan
sumber – sumber ekonomi selaras dengan tuntutan syarak demi
kepentingan individu dan masyarakat serta negara bagi mendapatkan
keredaan Allah.

Konsep ekonomi Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW ialah sistem
ekonomi yang berpaksikan hukum syarak. Hal ini bermaksud setiap aktiviti
yang dijalankan adalah berpandukan wahyu; al Quran dan Hadis bagi
mengelak kemudaratan dan memberi kemaslahatan kepada diri dan
masyarakat. Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh Naba Muhammad
SAW mencerminkan keadilan. Setiap individu bebas menjalankan aktiviti
ekonomi dan mencari keuntungan selagi ianya tidak bertentangan dengan
hukum Allah

Ekonomi Islam yang diperkenalkan oleh Baginda SAW menolak sebarang
bentuk penindasan dan eksploitasi mana – mana pihak. Sehubungan dengan
itu, setelah Baginda SAW berjaya mendirikan negara Islam, penindasan
golongan Yahudi terutamanya amalan riba dan penipuan kini dilarang sama
sekali. Eksploitasi Yahudi dalam kegiatan ekonomi juga dilenyapkan di
samping pengharaman sistem pajak gadai yang tidak berperikemanusiaan
hingga menyebabkan bangsa Arab bukan sahaja kehilangan harta benda
malah isteri dan anak pinak.

Pengagihan kekayaan secara sama rata juga merupakan elemen penting
yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam di Madinah. Pemilikan harta
seseorang individu dalam Islam bukanlah bersifat mutlak keran ajaran Islam
menggariskan harta yang dimiliki wajar dikongsi dengan golongan yang
tidak bernasib baik. Sehubungan dengan itu, Islam mewajibkan umatnya
mengeluarkan zakat bagi membantu golongan asnaf. Kewajipan berzakat ini
disokong pula dengan galakan bersedekah ( infak ) yang pastinya akan dapat
membersihkan harta yang dimiliki begitu juga dengan jiwa individu
berkenaan sesuai dengan salah satu prinsip asas ekonomi Islam, tazkiyah
nafs

Kosep istikhlaf iaitu penerapan nilai tolong menolong dapat mengeratkan
serta memperkukuhkan ukhwah Islamiyyah sesama umat Islam. Konsep ini
jelas dilaksanakan sejak Nabi Muhammad SAW bersama golongan Muhajirin
berhijrah ke Madinah. Golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan
sehelai sepinggang telah dibantu oleh golongan Ansar. Contohnya, Abdul

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Rahman bin Auf, iaitu dari kalangan golongan Muhajirin telah memperoleh
bantuan modal daripada golongan Ansar bagi memulakan perniagaan
hingga akhirnya muncul sebagai salah seorang tokoh ekonomi yang berjaya
di kota Madinah.

Seperkara lagi yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW ialah
berhubung dengan tanggungjawab manusia untuk memakmurkan muka
bumi. Dalam konteks ini, setiap umat Islam diwajibkan mencari nafkah untuk
diri dan keluarga berpandukan hukum syarak demi kesejahteraan hidup.
Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW telah menggalakkan umat Islam
memanfaat bumi Madinah yang subur dengan menjalankan aktiviti bercucuk
tanam. Aktiviti perniagaan juga dijalankan menandangkan ibu kota negara
Islam tersebut terletak di kawasan strategik, iaitu laluan para pedagang Islam
sekaligus dapat memecah monopoli ekonomi kaum Yahudi secara beransur
– ansur.

Bagi melancarkan urusan kegiatan ekonomi termasuk mengelak berlaku
penyalahgunaan kuasa, kerajaan turut sama terlibat dalam kegiatan
ekonomi secara langsung dan tidak langsung. Kerajaajn Islam Madinah
mewujudkan sistem ekonomi yang adil; menguntungkan golongan
pengeluar dan pengguna. Selain itu, dasar pencukaian yang adil turut
dilaksanakan, contohnya zaman Nabi Muhammad SAW diperkenalkan cukai
jizyah. Pelaksanaan pemblian beras ini pasti memberikan kelegaan kepada
pengguna yang menakutkan

Konsep dan kegiatan ekonomi Islam yang diperkenalkan oleh Nabi
Muhammad SAW merupakan sistem ekonomi yang mementingkan
kesejahteraan semua pihak serta dapat memperoleh kebahagiaan dunia dan
akhirat. Melalui sistem ekonomi ini, umat Islam mula membina kekuatan
hingga berjaya bebas daripada belenggu sistem ekonomi Jahiliah yang
bersifat menindas.

Bincangkan ciri – ciri sistem ekonomi Islam yang dilaksanakan di
Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Ekonomi Islam merujuk kepada suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia
selaras dengan tuntutan syariat sama ada di peringkat
perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri dan
masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan
keredhaan Allah SWT.Pelaksanaan sistem ekonomi Islam berlaku
sepenuhnya di Madinah apabila Baginda s.a.w. berhijrah ke sana, dan
bertindak mengubah bukan sahaja iklim politik dan social di negara tersebut
malah merangkumi sistem ekonomi masyarakat di sana yang sebelum ini
dikuasai oleh Yahudi

Ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang
beriman, amanah dan bertanggungjawab untuk mengendalikan harta
benda dan wang yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia. Sumber
wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan segala

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam khasnya dan umat manusia
amnya. Segala kegiatan ekonomi semestinya tidak melanggar hukum syarak
sesuai dengan firman Allah swt bermaksud, dihalalkan jualbeli dan
diharamkan riba.

Segala aktiviti dan amalan yang berunsur penindasan seperti
riba, penipuan, rasuah dan monopoli sebagaimana yang diamalkan oleh
masyarakat kaum Yahudi di Madinah telah diharamkan

Pengagihan kekayaan secara sama rata melalui kewajipan berzakat dan
galakan bersedekah. Hal ini bertujuan membantu golongan yang tidak
bernasib atau lapan golongan asnaf, iaitu golongan yang layak menerima
bantuan zakat

Prinsip utama berasaskan keadilan dan mementingkan
kebajikan. Contoh, golongan Muhajirin yang berhijrah ke Madinah telah
dibantu oleh golongan Ansar atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan
berasaskan akidah yang sama.

Sistem ekonomi Islam juga membawa kepada penglibatan kerajaan dalam
aktiviti ekonomi. Tujuannya adalah untuk memastikan keadilan dalam aktiviti
berkenaan sekaligus mengelak daripada amalan monopoli, eksploitasi,
penindasan dan kawalan harga

Kesimpulannya sistem ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang adil
yang bersumberkan wahyu demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Huraikan kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Ekonomi Islam merujuk kepada suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia
selaras dengan tuntutan syariat sama ada di peringkat
perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri dan
masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan
keredhaan Allah SWT. Ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi
melahirkan manusia yang beriman, amanah dan bertanggungjawab untuk
mengendalikan harta benda dan wang yang diamanahkan oleh Allah kepada
manusia.

Pelaksanaan sistem ekonomi Islam berlaku sepenuhnya di Madinah apabila
Baginda s.a.w. berhijrah ke sana, dan bertindak mengubah bukan sahaja
iklim politik dan social di negara tersebut malah merangkumi sistem
ekonomi masyarakat di sana yang sebelum ini dikuasai oleh Yahudi

Pelaksanaan sistem dan kegiatan ekonomi pada zaman ini berpaksikan
hukum syarak. Aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Madinah

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

antaranya pertanian, perniagaan, perdagangan dan perusahaan yang tidak
bercanggah dengan al Quran dan al Sunnah. Bagi golongan bukan Islam
khasnya bangsa Yahudi, meskipun sebelum kedatangan Nabi Muhammad
s.a.w. mereka menguasai ekonomi, namun selepas penggubalan Piagam
Madinah, golongan ini tidak lagi dapat menjalankan aktiviti ekonomi
mengikut selera mereka terutamanya bagi memperoleh keuntungan yang
berganda

Kegiatan ekonomi utama masyarakat pada zaman ini ialah pertanian
khususnya penanaman kurma. Hal ini disebabkan bumi Madinah yang amat
subur yang bersesuaian dengan tanaman ini. Selaras dengan perkembangan
aktiviti ini, di Madinah telah dbuka pasar – pasar bagi aktiviti jualbeli.

Aktiviti perniagaan dan perdagangan merupakan aktiviti tradisi masyarakat
Arab. Warga Madinah tidak terkecuali, sesuai dengan pelaksanaan sistem
ekonomi yang berteraskan syarak, penindasan seperti penipuan dan riba
diharamkan sama sekali. Bukti kewujudan aktiviti ini ialah kemunculan dan
kehebatan Abdul Rahman bin Auf, yang bermula dengan modal daripada
bantuan golongan Ansar telah muncul sebagai korporat yang berjaya.

Bagi memastikan golongan yang tidak bernasib baik tidak terpinggir dengan
pembangunan ekonomi, zakat diwajibkan ke atas umat Islam khasnya zakat
harta bagi mereka mengusahakan aktiviti pertanian dan perniagaan. Impak
daripada ini pastinya akan berlaku pengagihan harta secara sama rata dan
merapatkan jurang sosial dalam kalangan umat sekaligus menanam
semangat persaudaraan sesama mereka.

Bagi memastikan tidak berlaku penindasan, kerajaan Islam Madinah di
bawah kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. memastikan tidak berlaku
aktiviti yang menyalahi hukum syarak seperti unsur – unsur monopoli dan
aktiviti yang membebankan pihak pengguna. Kesan daripada ini, ekploitasi
golongan Yahudi dapat dihapuskan

Kerjasama dalam kalangan umat Islam yang erat juga terutama bantuan
yang diberikan oleh golongan Ansar terhadap golongan Muhajirin sekaligus
telah memulihkan ekonomi umat Islam, apatah lagi Rasulullah s.a.w. turut
menekankan kewajipan individu mencari nafkah hidup.

Bagi menjana pendapatan negara, kerajaan pimpinan Nabi Muhammad
s.a.w. memperoleh pendapatan daripada sumber – sumber seperti zakat,
merangkumi zakat fitrah dan zakat harta, derma atau sedekah yang
digalakkan kepada umat Islam bagi menyuburkan pahala , jizyah iaitu cukai
yang dikenakan terhadap golongan kafir zimmi, rampasan harta perang
merangkumi ghanimah dan al fayy, dan harta wakaf; merupakan sumbangan
umat Islam dalam bentuk harta bagi diwarisi oleh umat Islam seterusnya

Perancangan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi adalah
mengikut syariat Islam dan telah menjadikan Madinah sebagai pusat
kegiatan ekonomi yang penting, malah ekonomi di Madinah tidak lagi
dimonopoli oleh kaum Yahudi di Madinah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan kegiatan – kegiatan ekonomi yang dijalankan pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-12
Masihi

Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk hasil daripada suatu revolusi yang
dilancarkan ke atas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 H.
Era kegemilangan bermula pada zaman Abu Jaafar al Mansor dan mencapai
kemuncaknya sewaktu pemerintahan Harun al Rasyid, dibuktikan dengan
banyaknya nilaian harta dalam Baitulmal. Kedudukan ibu kota kerajaan ini di
kawasan yang strategik serta terdapat dua batang sungai yang melimpahkan
tanah yang subur membolehkan aaktiviti perdagangan dan pertanian
berkembang dengan pesat sehingga abad ke-11 hingga abad ke-12 Masihi
pada era kekuasaan Bani Buwaih

Tidak dapat dinafikan pertanian merupakan aktiviti utama kerajaan ini, hal
ini disebabkan mempunyai banyak kawasan yang subur khususnya
berhampiran Sungai Furat dan Dajlah. Tanaman utama ialah tanaman bijirin
khususnya tamar, gandum, anggur, buah tin, limau, dan epal. Pemerintah
berperanan memajukan sektor pertanian; menyediakan kemudahan sistem
saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan pembukaan tanah – tanah
baharu serta melebarkan sungai dan terusan. Bagi meningkatkan jumlah
pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan; lahir ramai tokoh cendekiawan
yang mencetuskan idea – idea baharu melalui penguasaan ilmu botani.

Perdagangan juga merupakan salah satu aktiviti utama bagi menjana
pendapatan ekonomi kerajaan Bani Abbasiyah. Baghdad merupakan pusat
ekonomi komersial, terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq
Baghdad. Kedudukan Baghdad yang strategik menjadi laluan perdagangan
antarabangsa menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan pada
masa ini Peranan pemerintah seperti menyediakan kemudahan seperti ruang
niaga dan jaminan keselamatan khasnya daripada ancaman lanun dan
rompakan merupakan faktor pelengkap perkembangan perdagangan pada
zaman ini. Contoh pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang pada zaman
ini ialah Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah

Perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi utama kerajaan Bani
Abbasiyah sewaktu era kekuasaan Bani Buwaih. Antara sumber pengeluaran
utama ialah hasil tenunan dan permaidani yang dikeluarkan oleh kilang –
kilang di Baghdad, Syiraz dan Isfahan yang terletak di Parsi. Terdapat juga
pengeluaran pinggan mangkuk dari Mesir, barangan kaca, tembikar dan
mozek yang dihasilkan oleh kilang – kilang di Baghdad, Mesir dan Syam,
barangan kulit dan senjata turut dihasilkan di Mesir dan Maghribi, manakala
barangan perhiasan dikeluarkan di kilang – kilang yang terletak di Yaman,
Khurasan, Bahrain, dan Lubnan

Satu lagi sektor atau kegiatan ekonomi yang penting terdapat pada kerajaan
Abbasiyah ialah perlombongan. Kegiatan – kegiatan perlombongan emas
dan perak serta batu – batu permata dijalankan di beberapa buah wilayah
kekuasaan kerajaan ini khususnya di kawasan Asia Tengah. Aktiviti
mencarigali sumber – sumber galian ini menyumbang kepada terdirinya

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

kilang – kilang atau kemunculan industri pembuatan khususnya penghasilan
barang – barang kemas yang merupakan salah satu sumber eksport utama
kerajaan Abbasiyah.

Meskipun pada abad ke-11 Masihi dan ke-12 Masihi merupakan era
kemerosotan kerajaan Bani Abbasiyah, namun pemimpinnya tegar berusaha
membangunkan sektor – sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian
bagi memastikan umat Islam dapat menikmati taraf hidup yang tinggi dan
melaluinya, kerajaan dapat menyediakan prasarana yang menggambarkan
kebajikan rakyat tidak diabaikan

Sejauh manakah kegiatan ekonomi masyarakat Malaysia pada hari ini
merupakan cerminan kepada kegiatan ekonomi penduduk Melaka
pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Sebelum terbentuknya kerajaan Kesultanan Melaka yang gah dengan aktiviti
perdagangan entrepot pada abad ke-15, Melaka hanyalah seb
uah perkampungan nelayan yang didiami oleh majority masyarakat Melayu.
Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan, menyebabkan masyarakat
tempatan di Melaka kini terdedah kepada dua kegiatan ekonomi iaitu
ekonomi sara diri dan ekonomi komersial atau lebih tepatnya aktiviti
perdagangan. Aktiviti – aktiviti ekonomi inilah yang akhirnya menjadi aktiviti
ekonomi di negara ini yang kemudian mengalami perubahan ekoran
perkembangan teknologi

Salah satu aktiviti ekonomi utama penduduk Melaka ialah bercucuk tanam
khususnya tanaman padi. Kewujudan aktiviti penanaman padi dibuktikan
dengan terdapatnya perkara berkaitan dalam Fasa 20 dalam Hukum Kanun
Melaka yang menyatakan wujudnya tanah perhumaan, bendang, sawah, dan
ladang. Kedatangan orang – orang Minangkabau menyebabkan
penamanan padi kian meluas di negeri tersebut, pun begitu pengeluaran
beras masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan penduduknya,
Melaka telah mengimport dari Siam ,Palembang dan Jawa. Di samping
menjalankan aktiviti bersawah orang Melaka juga menjalankan aktiviti
berdusun. Ini diperjelaskan lagi oleh Tom Pires, beliau mengatakan Sultan
Iskandar serta seribu pengikutnya telah menebas hutan untuk menanam
pokok dan membuat dusun, antara tanaman yang ditanam ialah tebu,
pisang, nenas dan lain – lain.

Kini kegiatan bercucuk tanam masih lagi dijalankan, penanaman padi dan
tanaman – tanaman lain kini mengalami perubahan sama ada kaedah
penanaman, pengeluaran dan pemasaran berikutan perkembangan sains
dan teknologi. Sekiranya dahulu kegiatan diusahakan dengan kudrat
manusia dan binatang kini aktiviti berkenaan dipermudahahkan dengan
penggunaan jentera – jentera moden

Penangkapan ikan merupakan aktiviti yang sinonim dengan kehidupan
masyarakat tradisi di Melaka, hal ini disebabkan kedudukan Melaka yang
berhampiran Selat Melaka dan kawasan perairan Laut China Selatan
menyebabkan masyarakat tempatan turun ke laut atau sungai untuk mencari

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

rezeki. Malah Raja Iskandar Syah serta pengikutnya pernah dikatakan
menjadi nelayan semasa berada di Muar bagi menampung keperluan
seharian. Kegiatan penangkapan ikan hanyalah menggunakan peralatan
tradisional seperti kail, pukat, dan bubu dengan menggunakan sampan –
sampan yang kecil. Sebagaimana aktiviti bercucuk tanam, kegiatan ini
dijalankan semata – mata untuk memenuhi keperluan sara diri, dan sekiranya
musim tengkujuh, mereka akan terlibat dengan aktiviti lain seperti
kraftangan bagi yang berkemahiran

Kini, ekonomi perikanan yang dijalankan turut mengalami perubahan atau
inovasi, nelayan – nelayan kini mendapat khidmat nasihat daripada agensi
kerajaan, dan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan, kerajaan
turut menyediakan subsidi bot dan menggalakkan aktiviti laut dalam
sekaligus dapat meningkatkan pengeluaran

Penduduk Melaka juga menjalankan kegiatan berburu untuk menampung
kehidupan seharian. Kegiatan berburu merupakan aktiviti yang diwarisi
malahan ianya merupakan aktiviti Raja – raja Melayu Melaka. Kegiatan
berburu juga dijalankan oleh rakyat biasa kerana mereka yang tidak terlibat
dengan aktiviti perdagangan mereka menumpukan perhatian terhadap
aktiviti sara diri termasuklah aktiviti berburu. Selain itu ia juga dijalankan
sebagai aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan dan aktiviti
alternatif bagi golongan nelayan seandainya tidak dapat turun ke laut
Satu lagi aktiviti di hutan yang dijalankan oleh penduduk Melaka ialah
memungut hasil hutan seperti rotan, damar dan getah jelutong. Kegiatan
memungut hasil hutan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
masyarakat di Melaka ketika itu ini kerana mereka banyak bergantung hidup
dengan persekitaran.

Kini, walaupun masih kedapatan aktiviti ini, namun ianya berada di bawah
kawalan Jabatan Perhilitan bagi melindungi binatang – binatang yang
hamper pupus. Kegiatan memungut hasil hutan yang kini dikomersialkan
ialah bersumberkan rotan untuk menghasilkan pelbagai hasil kraftangan,
dan tidak terkecuali aktiviti mencari sarang burung yang mendapat
permintaan tinggi di pasaran dunia.

Kegiatan perdagangan di Melaka merupakan warisan dan penerusan aktiviti
ekonomi masyarakat peribumi yang dijalankan semasa zaman awal kerajaan
Melayu Langkasuka dan Srivijaya. Kegiatan perdagangan masyarakat Melaka
dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran. Aktiviti secara kecil-
kecilan melibatkan rakyat biasa yang berjaja di pasar-pasar dan ada yang
menggunakan perahu kecil. Bagi golongan pembesar kegiatan perdagangan
diwakilkan kepada kiwi untuk berurus niaga bagi pihaknya. Aktiviti
perdagangan besar-besaran melibatkan urusniaga dengan perdagangan
luar. Abad ke-15, Parameswara mengubah lanskap Melaka daripada sebuah
perkampungan nelayan menjadi sebuah kerajaan yang berorientasikan
perdagangan. Kemuncak kepada kegemilangan kerajaan Kesultanan Melaka
sebagai pusat perdagangan antarabangsa terutamanya setelah raja Melaka
menerima Islam sewaktu zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
Kini aktiviti perdagangan digantikan dengan perniagaan dengan menarik
kemasukan pelabur – pelabur asing bagi menanam modal serta mewujudkan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

kerjasama termasuk pemindahan kepakaran atau teknologi. Kedatangan
pelabur asing dan tenaga kerja asing dalam aktiviti ekonomi perniagaan
mencerminkan apa yang berlaku hari ini telah berlaku sejaka abad ke-15
Masihi

Sememangnya tidak dinafikan kegiatan – kegiatan ekonomi yang ada di
negara ini kini merupakan cerminan yang telah wujud pada zaman
Kesultanan Melaka. Perbezaannya ialah kegiatan ekonomi hari ini
melibatkan skala pengeluaran besar – besaran dan tidak dipisahkan dengan
sains dan teknologi sedangkan pada zaman Kesultanan Melaka ia hanyalah
bermatlamat sara diri dna menggunakan kaedah tradisional serta aktiviti
ekonomi berkenaan dikuasai oleh kelas bangsawan.

Bincangkan faktor – faktor kemunculan Melaka sebagai pusat
perdagangan pada abad ke-15 Masihi.

Sejarah mencatatkan Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400
Masihi, dengan daya kepemimpinan semulajadi serta sikapnya yang
berpandangan, Parameswara telah berjaya mengubah lannskap Melaka dari
sebuah perkampungan nelayan bertukar kepada sebuah pelabuhan yang
menjadi tumpuan pedagang antarabangsa sama ada pedagang dari China
mahupun India. Amnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang
kemunculan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan sama ada faktor
semulajadi mahupun dasar pemerintah.

Faktor semulajadi utama pastinya dikaitkan dengan kedudukan Melaka dari
segi geografi. Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi
tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya
dan Andaya dalam Sejarah Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu
terletak di tengah - tengah jalan perdagangan antara India dan China.
Pelabuhannya terlindung daripada angin monsun, perairan yang dalam dan
jauh daripada paya bakau. Pun begiti paya bakau itu bertindak sebagai
banteng pertahanan semulajadi pelabuhan Melaka. Kedudukannya yang
strategik membolehkan Melaka berfungsi sebagai pelabuhan entreport;
terletak di kawasan yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah
ratus yang sangat diperlukan oleh saudagar dari timur dan barat. Ini telah
menggalakkan kedatangan mereka untuk mengunjungi pelabuhan Melaka.

Selain itu, dasar pemerintah turut membawa kepada kemunculan Melaka
sebagai pusat perdagangan. Pemerintah Melaka telah membentuk sistem
pentadbiran yang sistematik bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan
lancer, umpamanya menjadi tanggungjawab Temenggung menjamin
keamanan, manakala Laksamana diharapkan menjamin perairan Melaka
terselamat daripada ancaman musuh khususnya lanun. Pemerintah turut
melantik golongan tertentu menguruskan perdagangan, Syahbandar
menjadi orang tengah antara saudagar asing dengan kerajaan mengenai
hukum dan sistem percukaian serta memastikan keselesaan pedagang.
Manakala Nakhoda dan Kiwi pula dipertanggungjawabkan dalam hal
perdagangan, perkapalan dan pelayaran. Orang Laut dilantik menjadi

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

tentera untuk mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka daripada
ancaman lanun. Orang Laut mengetahui selok belok ilmu kelautan
khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka.

Terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, tempat
perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan dan kemudahan
membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka.
Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan para saudagar
menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan
daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudang - gudang dikelilingi oleh
pagar kayu dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.
Keselamatan dan kestabilan politik diperkukuhkan dengan penggubalan dan
pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang – undang Laut Melaka
khasnya membolehkan para pedagang mendapat jaminan keselamatan
barang-barang, kapal dan diri mereka sendiri daripada unsur jenayah dan
pencemaran lanun.

Kerajaan Melaka telah memperkenalkan Sistem Cukai Berkeutamaan bagi
menarik kedatangan para pedagang untuk berdagang di Melaka. Kerajaan
Melaka telah menggunakan sistem cukai berkeutamaan iaitu cukai rasmi
sebanyak 6% untuk orang India, Sri Lanka dan Burma. 3% bagi saudagar
Barat yang menetap di Gugusan Kepulauan Melayu dan bayaran tidak rasmi
bagi saudagar yang datang dari China dan negara sahabat seperti Jawa,
Maluku dan Sumatera.

Perkara yang tidak kurang penting dalam menjamin Melaka muncul sebagai
pelabuhan ialah Melaka mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada
China daripada ancaman musuh. Hubungan ini telah menyelamatkan Melaka
daripada ancaman Siam. Suasana yang aman dan damai yang wujud
membolehkan perdagangan berjalan lancar. China juga telah menggalakkan
kedatangan ramai pedagangnya yang membolehkan wujudnya
perkembangan perdagangan dua hala.

Dasar imperialisme Kerajaan Melaka turut sama merancakkan lagi
kemunculan dan perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa. Kerajaan Melaka berjaya menguasai kawasan yang luas
sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasil
tempatan dibawa ke pelabuhan untuk diniagakan. Penguasaan Melaka ke
atas pinggir laut Sumatera telah menyebabkan Melaka memperoleh emas
dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan.

Kesimpulannya, kemunculan Melaka sebagai pelabuhan antarabangsa
khususnya sebagai pelabuhan entreport berpunca daripada kelebihan dari
segi fisikal ditambah dengan kecekapan para pemerintah merangka strategi
dan dasar sehingga menjadi tumpuan para pedagang antabangsa.
Kedatangan Islam merancakkan lagi peranannya sebagai pusat
perdagangan, kerana secara tidak langsung ianya akan menarik kedatangan
para pedagang daripada Tanah Arab dan Parsi, serentak dengan itu, turut
berperanan sebagai pusat penyebaran agama Islam di Alam Melayu.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan empat sumber pendapatan negara Islam pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Pemerintahan Khalifah Umar al Khattab pada era zaman kekuasaan Khualafa
al Rasyidin memakan masa selama 10 tahun, bermula daripada tahun 13 H
hingga 23 H. Perlantikan Umar sebagai khalifah kedua berlaku apabila
dibaiah oleh umat Islam yang menyetujui cadangan atau wasiat Khalifah Abu
Bakar sebagai penggantinya. Sepanjang pemerintahan Khalifah Umar,
sumber pendapatan negara Islam telah bertambah dari semasa berikutan
kejayaan – kejayaan ekspedisi pendakwahan dan ketenteraan baik di dalam
mahupun luar Seemanjung Tanah Arab. Antara sumber pendapatan yang
diperoleh pada zaman ini ialah zakat, jizyah, kharaj, usyur, harta rampasan
perang dan harta yang diwakafkan dan derma dalam kepada warga
Madinah.

Zakat merupakan antara sumber pendapatan utama kerajaan Islam pada
zaman ini, ianya merujuk kepada pembayaran atau pengeluaran yang
diwajibkan ke atas orang – orang Islam. Zakat terbahagi kepada dua, iaitu
zakat fitrah yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam dan zakat harta
yang hanya diwajibkan kepada individu tertentu apabila harta yang dimiliki
cukup kadar ( nisab ) serta haulnya ( genap setahun ). Sumber – sumber zakat
ini akan disimpan ke dalam Baitulmal sebelum ianya diagihkan kepada lapan
golongan asnaf yang layak menerima zakat iaitu golongan fakir, golongan
miskin, hamba yang ingin memerdekakan diri, golongan mualaf, orang yang
berjihad di jalan Allah, musafir yang keputusan bekalan, dan orang yang
berhutang dan amil. Pengeluaran sumber zakat ini bukan sahaja dapat
menyuburkan pahala dan menambahkan keberkatan, malah dapat menjana
pendapatan ekonomi umat Islam sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup
mereka sekaligus dapat mewujudkan iklim politik yang stabil dalam negara
Islam Madinah.

Sumber pendapatan kedua yang diperoleh pada zaman Khalifah Umar al
Khattab ialah jizyah, yang merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke
atas golongan kafir dhimmi ( berada di bawah naungan Islam ). Cukai ini
hanya dikenakan kepada golongan tertentu sahaja seperti lelaki, sampai
umur, berakal dan sihat tubuh badan serta bukan ahli agama. Kadar cukai
akan ditetapkan sama ada oleh pihak kerajaan atau dibayar mengikut
kerelaan golongan atau kabilah berkenaan. Umpamanya pada zaman ini,
kaum Qibti sanggup membayar jizyah 2 dinar per individu setahun kepada
kerajaan Islam, manakala penduduk Syria menyatakan kesanggupan
membayar 1 hingga 4 dinar per individu mengikut kemampuan individu
berkenaan. Pembayaran cukai ini bukan sahaja membolehkan kerajaan Islam
melindungi harta dan nyawa golongan dhimmi, malah yang lebih penting
sumber ini boleh digunakan untuk membangunkan negara Islam.

Kharaj juga merupakan sumber pendapatan yang penting pada zaman
Khalifah Umar, berikutan tindakan Khalifah Umar membahagikan tanah
kepada kategori bertuan dan tanah tidak bertuan akan ditadbir secara
langusng terhadap kerajaan Islam Madinah. Tanah – tanah bertuan wajib
membayar kharaj sedangkan Khalifah Umar tanah – tanah tidak bertuan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

akan diserahkan golongan pemegang amanah yang dikenali sebagai
golongan Ahl al ayyam. Cukai kharaj terbahagi kepada dua; wazifah dam
muqasammah; hasil cukai berkenaan akan dimanfaatkan untuk
membangunkan negara Islam Madinah. Golongan Ahl al Ayyam dan
golongan Ahli al Qurra” bergembleng tenaga bagi menjana pendapatan
negara Islam Madinah.

Satu lagi sumber pendapatan utama zaman Khalifah Umar ialah harta
rampasan perang yang diperoleh melalui kempen ketenteraan. Segala harta
rampasan ini akan disimpan ke dalam Baitulmal dan dan sebagaimana
sumber – sumber Baitulmal lain, sumber berkenaan dianggap amanah Allah;
Harta rampasan ini terbahagi kepada dua iaitu ghanimah yang diperoleh di
medan perang melalui peperangan dan al fayy, iaitu sumber yang diperoleh
tanpa berlaku peperangan berikutan gerunnya musuh terhadap kekuatan
tentera Islam.

Kesimpulannya, oleh sebab segala sumber pendapatan dianggap sebagai
amanah Allah, maka tidak hairanlah Khalifah Umar bertindak pantas
memperkenalkan buku kira – kira bagi mencatatkan aliran keluar masuk
pendapatan negara bagi mengelak berlakunya penyelewengan kuasa atau
pecah amanah. Tidak dinafikan kepelbagaian sumber pendapatan pada
zaman Khalifah Umar menyebabkan era pemerintahannya dianggap zaman
kegemilangan Islam

Pengurusan kewangan secara sistematik dapat dilihat pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab. Bincangkan.

Pertambahan sumber pendapatan negara menyebabkan keperluan
terhadap sebuah institusi formal bagi menyelenggarakan dan menguruskan
sumber tersebut dengan lebih efektif. Sehubungan dengan itu, Khalifah
Umar al Khattab telah bertindak memastikan Baitul mal berperanan secara
formal dan sistematik bagi merealisasikan matlamat tersebut. Pada zaman
Khalifah Umar al Khattab, pelbagai kejayaan yang diperoleh melalui
ekspedisi peperangan dan kempen pendakwahan telah menyebabkan
pelbagai sumber pendapatan diperoleh baik dalam bentuk harta rampasan
perang mahupun sumber zakat dan pencukaian. Oleh sebab itu, Khalifah
Umar telah bertindak mengemaskini pentadbiran institusi kewangan
tersebut.

Khalifah Umar al Khattab telah bertindak memperkenalkan buku kira – kira
dan melantik pegawai khas bagi menguruskan institusi kewangan negara ini.
Buku yang diperkenalkan bertujuan mencatat jumlah pendapatan dan
perbelanjaan secara tersusun memandangkan sumber yang diperoleh kinis
emakin bertambah dan pelbagai, merangkumi sumber zakat, cukai seperti
jizyah, kharaj, dan usyur serta harta rampasan perang. Pelantikan pegawai
pula bertujuan memastikan pengurusan lebih tersusun, mana – mana
individu yang dilantik wajib mengisytiharkan harta sebelum dan selepas
memegang jawatan tersebut. Antara pegawai yang dilantik mengisi jawatan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

tersebut ialah Uqail bin Abi Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubayr bin
Mut’am

Khalifah Umar al Khattab bukan sahaja menunbukan Baitul mal di Madinah,
bahkan cawangan – cawangan Baitul mal turut didirikan di kawasan –
kawasan yang dikuasai oleh kerajaan Islam, umpamanya di Basrah, Kufah,
Mesir dan sebagainya. Setiap Gabenor bertanggungjawab terhadap institusi
tersebut dan dikehendaki melantik pegawai bagi menguruskan institusi
berkenaan. Gabenor berkenaan dikehendaki menghantar laporan akan
sumber pendapatan dan perbelanjaan dari semasa ke semasa kepada
Khalifah Umar al Khattab di Madinah.

Khalifah Umar al Khattab telah mengisytiharkan harta atau sumber Baitul mal
sebagai amanah Allah. Sehubungan dengan itu, Khalifah Umar memastikan
segala sumber pendapatan yang diperoleh adalah halal dan suci serta tidak
bertentangan dengan hokum syarak. Segala perbelanjaan mesti mengikut
saluran yangs ebenar, umpamanya zakat hanya akan diagihkan kepada lapan
golongan asnaf. Perbelanjaan sama ada di peringkat pusat mahupun
peringkat wilayah mestilah secara berhemah. Khalifah tidak berhak memiliki
sepenuhnya harta atau sumber Baitul mal, sebaliknya berperanan sebagai
pemegang amanah.

Baitul mal pada zaman ini amnya berperanan sebagai badan untuk
meningkatkan taraf hidup umat dan syiar Islam. Bagi golongan yang tidak
bernasib baik, sumber zakat yang dihantar melalui badan ini dimanfaat
untuk meringan golongan beban mereka. Malah, mana – mana individu yang
berhasrat mengusahakan tanah atau menjalankan aktiviti ekonomi, mereka
boleh mendapatkan bantuan atau pinjaman daripada institusi ini. Bagi
golongan pendakwah dan penuntut ilmu, golongan ini memohon
sumbangan bagi tujuan mendalami ilmu, menjalankan aktiviti kawah,
penyelidikan dan seumpamanya. Sumber Baitul mal juga dimanfaatkan
untuk pembangunan negara seperti penyediaan prasarana atau kemudahan
tertentu.

Pengurusan kewangan melalui Baitul mal secara sistematik pada zaman
Khalifah Umar a Khattab telah menyumbang kepada kegemilangan kerajaan
Islam pada zaman pemerintahan

Huraikan peranan Baitulmal dalam sesebuah kerajaan Islam bermula
zaman Khulafa al Rasyidin.

Baitul mal merupakan institusi kewangan yang bertanggung jawab
menyelenggara harta – harta umum atau menyimpan barangan yang
berharga. Institusi ini juga dikenali dengan istilah Perbendaharaan Negara.
Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman
Rasulullah s.a.w. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam agak
terhad. Institusi ini dipercayai berperanan dengan berkesan dan ditubuhkan
secara rasmi pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab berikutan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

bertambahnya kawasan jajahan negara Islam yang secara tidak langsung
telah meningkatkan sumber pendapatan negara.

Peranan dan pelaksanaan institusi ini menjadi penting dan lebih formal pada
zaman Khalifah Umar al Khattab, disebabkan harta negara Islam kian
bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Berikutan dengan
situasi sedemikian, Khalid al Walid telah mencadangkan kepada Umar al
Khattab supaya ditubuhkan sebuah badan khusus untuk mengawal urusan
pentadbiran ke atas harta – harta tersebut. Sehubungan dengan itu, Khalifah
Umar al Khattab telah melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal
dan Jubair bin Mut’am untuk mengendalikan institusi yang dikenali sebagai
Diwan atau Khazanah.

Antara kepentingan penubuhan institusi ini ialah untuk membasmi
kemiskinan. Melalui sumber zakat yang diperoleh sama ada zakat fitrah
ataupun zakat harta, ianya akan diagihkan kepada golongan yang berhak
menerimanya khususnya golongan fakir dan miskin. Implikasi daripada
tindakan ini bukan sahaja masalah golongan ini dapat dikurangkan, malah
ia secara tidak langsung ia dapat mendekatkan jurang sosial sekaligus
mewujudkan masyarakat yang harmonis dalam sesebuah negara.

Sumber – sumber Baitul mal juga digunakan untuk penyediaan keperluan –
keperluan asas. Antara keperluan asas yang diberikan keutamaan oleh
pemerintah ialah pembinaan masjid, kemudahan jalan raya, sistem
pengairan dan sebagainya. Kemudahan – kemudahan asas yang disediakan
merupakan lambang tanggungjawab sosial pemerintah yang tidak
mengabaikan soal kebajikan masyarakat di bawah pentadbirannya.

Sumber Baitul mal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan
termasuk anggota tentera. Khalifah Umar al Khattab telah mengisytiharkan
peraturan larangan para anggota tentera memiliki tanah – tanah yang
dirampas sebaliknya tanah – tanah tersebut diserahkan kepada pemilik –
pemilik asal tanah berkenaan. Sebagai balasan, anggota tentera diberikan
imbuhan atau elaun yang diambil daripada Baitul mal. Tujuan Khalifah Umar
al Khattab berbuat demikian untuk mengelakkan timbulnya perselisihan
sesama anggota tentera yang boleh menggugat kestabilan negara dan
menurunkan disiplin anggota tentera berkenaan.

Kepentingan institusi ini antaranya ialah untuk meningkatkan taraf hidup
umat Islam. Melalui sumber Baitul mal, pelajar – pelajar Islam akan diberikan
bantuan dalam bentuk insentif kewangan atau biasiswa bagi mendalami
ilmu pengetahuan khususnya bidang keagamaan. Begitu juga dengan
individu – individu yang ingin memulakan perniagaan atau melibatkan diri
dalam kegiatan pertanian, mereka akan diberikan bantuan oleh pihak
pemerintah melalui sumber kewangan ini.

Seterusnya kepentingan institusi ini ialah menjaga harta yang diwakafkan
oleh seseorang individu ataupun menjadi pemegang amanah kepada
individu yang meninggal dunia tanpa sebarang waris. Kebiasaan harta yang
menjadi amanah kepada Baitulmal ialah hartanah dan sejumlah wang.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Penubuhan Baitulmal pada zaman Khulafa al Rasyidin sesungguhnya dapat
menjamin bukan sahaja pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam
bahkan ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik serta
memastikan harta yang dimiliki dijaga dengan sebaik yang mungkin
berdasarkan syariat yang ditetapkan, malah intitusi ini juga menggambarkan
kehebatan kerajaan Islam menguruskan ‘amanah’ Allah dan sumber yang
ada digunakan untuk menjana ekonomi umat Islam.

Bincangkan peranan Baitulmal dahulu dan kini dalam sesebuah
masyarakat Islam.

Baitulmal merupakan intitusi yang menyelenggara sumber – sumber
pendapatan negara serta tempat menyimpan barangan amanah. Sejarah
pembentukan Baitulmal dikatakan telah wujud pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w., namun ianya tidak berfungsi secara formal disebabkan
pendapatan negara masih terhad dan sifat Baginda s.a.w. yang tidak suka
menyimpan barangan amanah terlalu lama. Sewaktu pemerintahan Khalifah
Abu Bakar, pelaksanaan Baitulmal masih terbatas, namun fungsinya kian
meluas. Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, Baitulmal
berperanan sebagai intitusi kewangan yang penting, malah dikatakan
fungsinya kian formal dan pengurusannya menjadi lebih sistematik.

Peranan Baitulmal yang paling ketara ialah membantu golongan yang tidak
bernasib baik yang lebih dikenali sebagai golongan asnaf, antaranya
golongan fakir, miskin, hamba yang memerdekakan diri, orang yang
berhutang dan orang berjihad pada jalan Allah. Fungsi berkenaan masih
diptraktikkan hingga hari ini yang antara lainnya bertujuan untuk
meningkatkan taraf hidup umat Islam serta menyemai rasa tanggungjawab
sesama umat Islam bagi membantu saudara seagama yang menghadapi
masalah atau kesempitan hidup

Selain itu, peranan baitulmal yang masih dipraktikkan hingga hari ini
menjaga barangan amanah khasnya harta wakaf, harta pusaka yang tidak
dituntut, sedekah, dan luqatah. Harta - harta yang disimpan di dalam
baitulmal ini dianggap sebagai amanah Allah. Contoh yang paling jelas
tanah yang diwakafkan dimanfaatkan untuk pembinaan masjid atau rumah
kebajikan, dan tanah berkenaan tidak boleh dijualbeli

Seterusnya peranan baitulmal ialah dengan pendapatan yang diperoleh
dimanfaatkan untuk pembinaan prasarana, sekiranya pada zaman kerajaan
Khulafa al Rasyidin, pelbagai prasarana dibina menggunakan sumber
Baitulmal seperti sistem tali air ( terusan ), jalan raya, dan rumah kebajikan,
namun pada hari ini sumber - sumber Baitulmal dimanfaatkan untuk
pembinaan prasarana yang berkaitan dengan agama Islam sahaja seperti
pembinaan dan pembesaran masjid atau surau serta aktiviti - aktiviti
kebajikan yang disertai oleh umat Islam.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Baitulmal juga berfungsi untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam, dan
fungsi ini masih berterusan hingga hari ini, yang paling ketara sumber
baitulmal dijadikan insentif kepada golongan pendakwah yang berhasrat
mengembangkan agama Islam malah berperanan seumpama biasiswa bagi
pelajar - pelajar yang menuntut ilmu yang merupakan salah satu cabang
berjihad. Malah sumber baitulmal juga dimanfaatkan bagi membantu umat
Islam memulakan perniagaan atau membuka tanah pertanian ( bentuk
subsidi )

Bermula zaman Khalifah Umar al Khattab, baitulmal juga berperanan
sebagai badan yang menyalur atau bertanggungjawab membayar gaji
kepada khalifah sendiri, pegawai kerajaan dan golongan tentera. Anggota
tentera khususnya bukan sahaja dibayar gaji berserta elaun malah keluarga
diberikan bantuan sara hidup seandainya ketua keluarga terkorban di medan
perang. Pun begitu fungsi ini tidak lagi berlaku hari ini disebabkan setiap
jabatan memiliki peruntukan kewangan tersendiri.

Kesimpulannya peranan Baitulmal masih relevan hari ini, namun agak
terbatas disebabkan pengaruh Barat serta penubuhan banyak institusi
kewangan yang menawarkan khidmat yang hampir sama sehinggakan ada
segelintir umat Islam tidak mengetahui akan kewujudan dan fungsi sebenar
baitulmal

Huraikan sumber – sumber dan pelaksanaan Baitul mal pada zaman
kerajaan Bani Abbasiyah.

Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas al Saffah pada tahun
136 Hijrah. Zaman pemerintahan kerajaan ini khususnya sewaktu
pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al Mansor sehingga Khalifah al Makmun
dianggap zaman kegemilangan umat Islam termasuk perkembangan
ekonomi yang mapan termasuk pengurusan harta negara melalui Baitul mal
secara sistematik. Pada zaman Khalifah Harun al Rasyid, dikatakan sumber
pendapatan Baitul mal telah mencecah 800 juta dirham.

Berhubung dengan sumber Batul mal pada zaman ini, ianya terdiri zakat
yang terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta. Sesuatu yang emnarik
oleh sebab pada zaman ini munculnya imam – imam mazhab, maka
pelaksaaan zakat adalah berdasar mazhab – mazhab tertentu sama ada
Mazhab Hanafi, Maliki, Hambali mahupun Syafie. Selain itu, sumber Baitul
mal juga diperoleh melalui sumber cukai sama ada jizyah, kharaj uyur dan
cukai – cukai lain seperti cukai tol /sempadan, cukai pasir, cukai pendapatan
yang dilaksanakan di wilayah – wilayah bahau seperti Adzerbaijan, Armenia,
Turki dan lan lain – lain. Penglibatan dalam peperangan membolehkan
ghanimah dan al fayy diperoleh khususnya di kawasan Asia Tengah dan
persisiran Mediterranean.

Berhubung dengan pelaksanaan Baitul mal, pada zamab Abu Abbas al
Saffah, sumber Baitul mal digunakan untuk urusan peribadi khalifah
khususnya memperkuatkan angkatan tentera bagi menangani musuh –
musuh kerajaan ini. Malah, berlaku peningkatan kadar gaji golongan tentera

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

bagi menarik sokongan golongan ini, selain mengelak berlakunya golongan
ini berpaling tadah yang mengakibatkan kelemahan kerajaan Ababsiyah.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar a Mansor pula, sumber
pendapatan Baitul mal telah dikatakan mencecah 800 juta dirham ekoran
kejayaan tokoh ini mewujudkan iklim politik yang stabil berikutan
kemenangan dalam ekspedisi peperangan dan membangunkan kegiatan
pertanian dan perdagangan. Khalifah Abu Jaafar telah memindahkan pusat
pemerintahan ke Baghdad dengan menggunakan wang 10 juta dinar untuk
pembinaan kota tersebut. Khalifah Abu Jaafar juga telah mengemaskini
sistem cukai dan pungutan zakat dengan melantik seorang pegawai khas
memungut cukai dan zakat sebagai wakil Khalifah. Wang syiling baharu juga
diperkenalkan untuk mengurangkan perbelanjaan.

Pada zaman pemerintahan al Mahdi pula, beberapa peraturan baharu telah
diperkenalkan dan dilaksanakan. Antaranya, Jabatan Akauntan Negara telah
ditubuhkan bagi mengawal Perbendaharaan Negara. Al Mahdi juga telah
memperkenalkan sistem perkongsian / muqasamah terhadap cukai tanah di
Iraq. Cukai juga telah dikenakan ke atas binatang ternakan yang dijual di
pasar – pasar, sekaligus telah meningkatkan sumber Baitul mal.

Kemuncak pelaksanaan Baitul mal pada zaman kerajaan ini ialah sewaktu
pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid dan al Makmun. Sumber Baitul mal
bukan sahaja digunakan untuk membiayai ekspedisi ketenteraan, malah
digunakan untuk pembangunan ekonomi negara seperti memajukan sector
pertanian, perdagangan, dan industri pembuatan. Selain itu, khalifah turut
memperuntukkan dana khas untuk memajukan kegiatan intektual
terutamanya memperkasakan peranan Baitul Hikmah dan memberikan
pelbagai insentif kepada ilmuwan ilmu akli dan ilmu nakli agar Baghdad
khususnya muncul sebagai pusat perkembangan intelektual utama.

Pun begitu sumber Baitul mal mulai merosot selepas pemerintahan Khalifah
al Makmun, menyebabkan pelbagai polisi baharu diperkenakan oleh khalifah
– khalifah seterusnya seperti al Musta’in dan al Qadir. Kemerosotan sumber
Baitul mal kian ketara ekoran banyak sumber tersebut digunakan untuk
menangani ancaman – ancaman musuh serta sikap pemerintah yang boros
menyebabkan kerajaan ini beransur – ansur meniti era kemerosotan.

Huraikan tindakan pemerintah zaman Bani Abbasiyah untuk
memulihkan sumber kewangan negara antara abad ke-9 hingga abad
ke-11 Masihi.

Zaman Bani Abbasiyah merupakan salah satu zaman kegemilangan Islam
terutamanya dalam bidang inteleketual dan ekonomi. Para sejarawan
mencatatkan sebelum Khalifah Harun al Rasyid meninggal dunia, beliau
telah meninggalkan sejumlah harta yang banyak dalam Baitulmal. Namun
selepas pemerintahan khalifah – khalifah berikutnya, kewangan agak
meruncing menyebabkan beberapa usaha dilakukan untuk memulihkan
kembali institusi kewangan tersebut.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Zaman pemerintahan Khalifah al Musta’in, institusi Baitulmal telah
mengalami sedikit perubahan apabila beliau telah melantik Utamish sebagai
wazir dan Ahmad al Khasib sebagai katib. Cadangan Utamish agar gaji
tentera dan kakitangan kerajaan dua bulan sekali dan menyatukan
pentadbiran kewangan negara dan pentadbiran ketenteraan untuk
menjimatkan kos tidak dipersetujui oleh Ahmad al Khasib. Manakala pda
zaman pemerintahan Khalifah al Muhtadi, baginda berusaha
memperbaharui dasar Baitulmal dengan merombak dasar yang
diperkenalkan oleh Utamish, sebaliknya bertindak membayar gaji tentera
dan pegawai awam sebulan sekali

Pada zaman pemerintahan Khalifah al Mu’tadid pula menyaksikan usaha
untuk memulihkan kewangan negara, antara meminta kerajaan Saffariyah
membayar cukai tahunan sebanyak 4 juta dirham sebagai balasan diberikan
kuasa memerintah wilayah timur yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan
Samaniyah. Kerajaan juga mewujudkan undang – undang pusaka Islam yang
baharu dengan menubuhkan sebuah jabatan yang bertanggungjawab
menguruskan soal harta pusaka. Melalui peraturan ini, sekiranya tidak ada
pihak waris menuntut harta berkenaan, ianya akan menjadi milik
perbendaharaan negara.Kerajaan pada masa ini juga memperkenalkan
sistem percukaian ala pertanian di kawasan – kawasan langsung kerajaan
pusat, sistem konsesi di daerah – daerah sekitar ibu kota termasuk jalan
perdagangan menuju ke kota dikenakan bayaran 7000 dinar sehari. Namun,
apa yang dilakukan oleh Khalifah al Mu’tadid masih tidak dapat
meningkatkan sumber kewangan negara disebabkan perancangan telah
menelan kos pentadbiran yang tinggi.

Pada zaman pemerintahan Khalifah al Muqtadir, sumber Baitulmal masih
mencukupi disebabkan beberapa buah wilayah yang telah merdeka seperti
Syria, Armenia, dan Jazirah masih membayar cukai tahunan sama ada dalam
bentuk wang perak ataupun dinar, ianya dapat menampung perbelanjaan
negara.Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa ternyata masalah
kewangan semakin meruncing terutamanya kos menjaga kota Makkah dan
Madinah pada musim haji, menjamin keselamatan para jemaah dan
membayar gaji tentera istana kian meningkat.Khalifah al Muqtadir terpaksa
mendapat bantuan kewangan daripada saudagar – saudagar yang kaya
malah terpaksa mencagarkan harta benda keluarga dan khalifah – khalifah
yang terdahulu demi kepentingan negara.

Bermula zaman pemerintahan Khalifah al Radi dan kekuasaan Bani Buwayh,
keadaan kewangan semakin meruncing sehinggakan tidak mampu
membayar gaji tentera, malah pada masa tersebut juga harga barangan
melambung tinggi. Pada tahun 989 Masihi, sewaktu pemerintahan Khalifah
al Qadir, sumber kewangan negara mengalami sedikit pemulihan
disebabkan kejayaan tentera Abbasiyah memenangi peperangan di Turki,
Wasit, dan Basrah. Kesannya, kerajaan memperoleh harta rampasan perang
yang banyak.

Selepas kekuasaan Bani Buwayh, antara tahun 1055 Masihi hingga 1242
Masihi, pentadbiran kerajaan diambil alih oleh Bani Seljuk. Pada zaman ini,
keadaan politik negara agak stabil dan tidak berlaku masalah kewangan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

yang meruncing sehinggalah kerajaan Abbasiyah diserang dan dikalahkan
oleh orang – orang Mongol atau Tartar sekaligus membolehkan puak
tersebut menguasai perbendaharaan kerajaan pusat Abbasiyah.

Bincangkan kepentingan pelaksanaan zakat dalam masyarakat Islam
pada zaman kerajaan Khulafa al Rasyidin.

Zakat dari sudut bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan. Penyucian
dikaitkan dengan menghapuskan sifat – sifat kedekut atau bakhil dalam diri
seseorang individu. Penyuburan pula dikaitkan dengan penambahan pahala
serta keberkatan harta yang dimiliki. Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan
dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam;
tarmasuk dalam Rukun Islam. Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah
dan zakat harta, kewajiban berzakat ini bermula pada tahun 2 Hijrah, dan
ianya meruapakan salah satu daripada Rukun Islam. Betapa pentingnya zakat
dapat dilihat apabila Khalifah Abu Bakar telah bertindak memerangi
golongan yang enggan mengeluarkan zakat dalam Perang al Riddah

Pelaksanaan zakat sememangnya amat ditekankan bukan sahaja ianya
menjadi kefarduan, malah ianya banyak memberikan manfaat kepada
individu, masyarakat, dan negara. Bersesuaian dengan pengertian zakat dari
sudut bahasa bererti penambahan dan penyucian ia dikaitkan dengan
penyucian jiwa daripada sifat kedekut atau bakhil serta terlalu
mementingkan harta dunia sehingga menolak hak golongan yang
memerlukan. Melalui pengeluaran zakat juga, bukan sahaja seseorang itu
dapat menambah pahala malah harta yang dimiliki akan bertambah berkat
dan sentiasa akan bertambah kelak.

Dari sudut kepentingan masyarakat pula, melalui pengeluaran zakat, ia akan
dapat membantu golongan – golongan yang tidak bernasib ( lapan asnaf )
iaitu golongan fakir, miskin, hamba yang memerdekakan diri, orang yang
berhutang, musafir yang keputusan bekalan, orang yang berjihad di jalan
Allah, mualaf dan amil, iaitu individu yang dipertanggungjawab mengutip
sumber zakat.

Malah dengan pengeluaran zakat juga ia pastinya akan merapat hubungan
sesama umat Islam sekaligus dapat roh persaudaraan dan saling
menghormati antara satu sama lain. Kerjasama sesama umat Islam pastinya
akan mengukuhkan semula perpaduan dalam mereka apatah lagi selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah menukar semula semangat
assabiyah yang telah dikuburkan oleh Baginda SAW

Dari segi jangka panjang pula, pengeluaran zakat golongan yang mampu
boleh dianggap sebagai usaha untuk merapatkan jurang sosial antara
golongan kaya dengan golongan yang tidak bernasib baik seperti golongan
fakir dan golongan miskin.

Seterusnya melalui pengeluaran zakat, sumber pendapatan sesebuah negara
akan meningkat. Hal ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Khalifah

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Umar al Khattab, ekoran kempen pendakwahan yang giat dijalankan, agama
Islam telah dianut oleh pelbagai bangsa dan masyarakat sama ada dalam
mahupun luar Tanah Arab.

Peningkatan punca pendapatan daripada sumber zakat ini membolehkan
sesebuah kerajaan dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan
membantu golongan yang memerlukan, membiayai pengajian dan
mencerminkan sebuah kerajaan yang adil dan bertanggungjawab.

Kewajipan pengeluaran zakat ini mencerminkan sistem ekonomi Islam ini
jelas mementingkan aspek keadilan dan menolak sebarang usaha untuk
memonopoli kekayaan sehingga menindas golongan yang lemah,
sebaliknya sistem ekonomi ini berfokuskan pengagihan kekayaan secara
sama rata dalam kalangan umat Islam melalui amalan kewajipan berzakat
dan galakan bersedekah.

Huraikan jenis – jenis cukai dan pelaksanaannya pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab merupakan era
kegemilangan kerajaan Islam, hal ini bukan sahaja dikaitkan dengan
kejayaan kempen ketenteraan dan pembaharuan yang dilaksanakan, tetapi
yang menjadi kehebatan kerajaan Khulafa al Rasyidin pada masa ini ialah
kepelbagaian sumber pendapatan yang diperoleh. Sumber – sumber
pendapatan ini diperoleh sama ada melalui kempen pendakwahan dan
aktiviti peluasan kuasa. Impaknya, negara meraih sumber zakat, jizyah,
kharaj, usyur, ghanimah, al fayy, dan sebagainya.

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap
orang – orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau
jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Walau bagaimanapun,
bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka
yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka, serta bukan ahli agama seperti paderi atau
pendeta. Kadar jizyah yang dikenakan ialah antara 12 – 48 dirham
bergantung kepada status seseorang individu. Kewajipan membayar jizyah
akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islam atau kerajaan Islam
gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang –
orang kafir dhimmi.

Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada zaman Umar al
Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan
sama ada di Iraq, Syria, Jordan, Mesir, dan sebagainya. Pemimpin Baitul
Maqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dengan
menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu
memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Penduduk Qibti yang menjemput Amru al As menghalau orang – orang Rom
pula bersetuju membayar jizyah 2 dinar setahun, di Syria pula dikenakan 1
hingga 4 dinar bergantung kepada status individu. Sementara penduduk
Adzerbaijan pula walaupun diberikan kelonggaran membayar pada tahun 22
H, namun tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.

Kharaj dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti, namun dalam konteks Islam
ia bermaksud cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama
ada secara rundingan ataupun peperangan. Sistem kharaj yang
diperkenalkan oleh Khalifah Umar al Khattab ternyata meringankan beban
golongan petani berbanding cukai yang dikenakan sewaktu pemerintahan
Parsi dan Rom. Pada zaman Umar, tanah – tanah yang dikenakan kharaj
terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq. Tanah bertuan tidak
dikenakan cukai sekiranya pemilik tanah tersebut memeluk Islam. Tanah –
tanah lain yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah rampasan perang yang
dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan
Islam, tanah – tanah yang diusahakan oleh golongan dhimmi dengan
kebenaran pemerintah Islam, tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam,
dan tempat tinggal golongan dhimmi yang diubah menjadi kawasan
pertanian.

Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama,
dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan
pentadbiran satu badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau
golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai
tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat
sementara bakinya diagihkan kepada yang terlibat dengan penaklukan Iraq.
Kharaj pada zaman Umar dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kharaj
wazifah / masahah: dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau
jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap
jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham dan kharaj muqasamah:
merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil yang diperoleh
daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan kepada
banyak perkara bagi mengelakkan penganiayaan kepada petani.

Kadar kharaj berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak membebankan,
kadar maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar dalam bentuk mata
wang atau hasil yang diusahakan. Faktor – faktor yang menentukan kadar
kharaj, antaranya kualiti tanah, disirami air hujan atau menggunakan
penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi tanah dengan bandar.
Kharaj tidak akan dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh
bencana alam. Kharaj akan tetap dikenakan ke atas pemiliknya walaupun
mereka tidak mengerjakan tanah tetapi mempunyai keupayaan untuk
mengerjakannya.Sekiranya pemilik tanah berkenaan tidak berupaya,
kerajaan akan menyerahkan tanah tersebut untuk diusahakan kepada orang
lain. Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas
pemilik dan bukannya ke atas pemajak.

Usyur merupakan salah satu cukai yang baharu yang diperkenalkan oleh
Khalifah Umar al Khattab bagi menjana ekonomi negara Islam
Madinah.Usyur dapat didefinisikan sebagai cukai perniagaan atau

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

perdagangan yang dikenakan kepada pedagang atau peniaga yang
berniaga dalam negara Islam Madinah dan di kawasan – kawasan yang
berada di bawah naungan kerajaan Khulafa al Rasyidin.Semua peniaga atau
pedagang dikenakan cukai ini sama ada beragama Islam atau tidak
beragama Islam, kadarnya berbeza antara satu sama lain, pun begitu ianya
tidak membebankan golongan tersebut.

Kadar yang dikenakan terhadap pedagang atau peniaga ialah 2.5%,
manakala bagi orang – orang bukan Islam, kadarnya berbeza, golongan kafir
zimmi dikenakan sebanyak 5% manakala golongan kafir yang tidak berada
di bawah naungan kerajaan Islam dikenakan sebanyak 10%. Salah satu fungsi
cukai usyur ini ialah untuk memastikan para pedagang atau peniaga
menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan termasuk penyediaan ruang
berniaga yang selesa dan kemudahan – kemudahan di kawasan pelabuhan.
Oleh sebab pelaksanaan cukai ini banyak memberi manfaat bukan sahaja
kepada kerajaan Islam malah kepada golongan peniaga, cukai ini diteruskan
pelaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, Khalifah Ali bin Abi
Talib serta kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah
Oleh sebab kepelbagaian sumber pendapatan zaman pemerintahan Khalifah
Umar ini, bagi menguruskan harta berkenaan, Baitulmal telah ditubuhkan
secara rasmi dengan pengurusan yang lebih sistematik bukan sahaja di
Madinah, malah di kawasan tanah – tanah jajahan seperti Mesir, Iraq, Iran,
dan Palestin

Huraikan pelaksanaan zakat pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas al Saffah pada tahun
136 Hijrah. Zaman pemerintahan kerajaan ini khususnya sewaktu
pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al Mansor sehingga Khalifah al Makmun
dianggap zaman kegemilangan umat Islam memandangkan kerajaan ini
bukan sahaja memiliki empayar yang luas, berperanan sebagai pusat
intelektual, malah mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai termasuk
zakat.

Dari segi pembahagian zakat, pada zaman ini ianya terbahagi kepada dua
iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua umat
Islam kecuali golongan asnaf, ditunaikan setelah selesai mengerjakan puasa
Ramadan. Manakala zakat harta pula dikenakan ke atas individu yang
mampu dan memiliki harta yang cukup dan haulnya. Apa yang menarik dan
kelainan berbanding zaman sebelumnya, pelaksanaan zakat adalah
berdasarkan pemikiran empat imam mazhab; Maliki, Shafie, Hambali, dan
Hanafi. Harta benda yang diwajibkan zakat ialah bunatang ternakan, emas
dan perak, barang perdagangan dan bijirin yang menjadi makanan asasi.

Pada zaman pemerintahan Abduh al Daulah, beliau bukan sahaja
mengenakan cukai tetapi juga telah mengenakan zakat binatang ternakan.
Binatang ternakan yang dikenakan zakat ialah lembu, unta, dan kambing.
Zakat bintang ternakan yang diberikan haruslah memenuhi syarat supaya
ianya tidak membebankan golongan yang memberi dan menguntungkan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

golongan yang menerima. Binatang – binatang ternakan mestilah dipelihara
di padang rumput yang bebas dan tidak digunakan untuk bekerja.

Begitu juga dengan zakat perniagaan, sebagaimana zaman Nabi
Muhammad SAW, ianya telah diteruskan pelaksanaannya pada zaman
pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Sebagaimana zakat harta lain, selain
cukup nisab dan haulnya, syarat penting dalam penentuan atau kewajipan
pengeluaran zakat ini ialah niat untuk mendapatkan keuntungan melalui
aktiviti perniagaan yang dijalankan dan menceburi dalam aktiviti yang
dibenarkan oleh syarak yang tidak memudaratkan diri dan masyarakat.

Pada zaman ini juga telah diwujudkan jawatan baharu, Ketua Kadi yang
memiliki kepakaran dalam hukum syariah. Individu yang pertama
memegang jawatan ini ialah Abu Yusuf, yang pernah didatangi oleh Khalifah
Harun al Rasyid yang meminta nasihat berhubung dengan penggunaan dan
pelaksanaan harta atau sumber zakat.

Dari segi agihan sumber zakat, sebagaimana zaman – zaman sebelumnya,
sumber zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf, iaitu golongan
fakir, miskin, hamba yang memerdekakan diri, orang yang berhutang,
musafir, mualaf, orang yang berjihad dan amil yang bertanggungjawab
mengutip sumber – sumver zakat ini. Berhubung dengan kadar zakat dan
waktu pengeluarannya, ianya adalah gerdasarkan pemikiran mazhab –
mazhab yang berkembang pada masa ini selagi ianya tidak bercanggah
dengan syarak.

Huraikan jenis – jenis cukai dan pelaksanaannya pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab merupakan era
kegemilangan kerajaan Islam, hal ini bukan sahaja dikaitkan dengan
kejayaan kempen ketenteraan dan pembaharuan yang dilaksanakan, tetapi
yang menjadi kehebatan kerajaan Khulafa al Rasyidin pada masa ini ialah
kepelbagaian sumber pendapatan yang diperoleh. Sumber – sumber
pendapatan ini diperoleh sama ada melalui kempen pendakwahan dan
aktiviti peluasan kuasa. Impaknya, negara meraih sumber zakat, jizyah,
kharaj, usyur, ghanimah, al fayy, dan sebagainya.

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap
orang – orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau
jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Walau bagaimanapun,
bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka
yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka, serta bukan ahli agama seperti paderi atau
pendeta. Kadar jizyah yang dikenakan ialah antara 12 – 48 dirham
bergantung kepada status seseorang individu. Kewajipan membayar jizyah
akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islam atau kerajaan Islam

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang –
orang kafir dhimmi.

Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada zaman Umar al
Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan
sama ada di Iraq, Syria, Jordan, Mesir, dan sebagainya. Pemimpin Baitul
Maqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dengan
menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu
memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka.Penduduk Qibti
yang menjemput Amru al As menghalau orang – orang Rom pula bersetuju
membayar jizyah 2 dinar setahun, di Syria pula dikenakan 1 hingga 4 dinar
bergantung kepada status individu. Sementara penduduk Adzerbaijan pula
walaupun diberikan kelonggaran membayar pada tahun 22 H, namun tahun
berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.

Kharaj dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti, namun dalam konteks Islam
ia bermaksud cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah yang ditakluki sama
ada secara rundingan ataupun peperangan. Sistem kharaj yang
diperkenalkan oleh Khalifah Umar al Khattab ternyata meringankan beban
golongan petani berbanding cukai yang dikenakan sewaktu pemerintahan
Parsi dan Rom. Pada zaman Umar, tanah – tanah yang dikenakan kharaj
terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq. Tanah bertuan tidak
dikenakan cukai sekiranya pemilik tanah tersebut memeluk Islam. Tanah –
tanah lain yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah rampasan perang yang
dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan
Islam, tanah – tanah yang diusahakan oleh golongan dhimmi dengan
kebenaran pemerintah Islam, tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam,
dan tempat tinggal golongan dhimmi yang diubah menjadi kawasan
pertanian.

Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama,
dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan
pentadbiran satu badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau
golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai
tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat
sementara bakinya diagihkan kepada yang terlibat dengan penaklukan
Iraq.Kharaj pada zaman Umar dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kharaj
wazifah / masahah: dikenakan mengikut keluasan dan kawasan tanah atau
jumlah pokok yang ditanam. Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap
jarib anggur dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham dan kharaj muqasamah:
merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil yang diperoleh
daripada tanaman. Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan kepada
banyak perkara bagi mengelakkan penganiayaan kepada petani. Kadar
kharaj berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak membebankan, kadar
maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar dalam bentuk mata wang
atau hasil yang diusahakan.

Faktor – faktor yang menentukan kadar kharaj, antaranya kualiti tanah,
disirami air hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih
tanaman dan lokasi tanah dengan bandar. Kharaj tidak akan dikenakan
sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam. Kharaj akan tetap

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dikenakan ke atas pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan tanah
tetapi mempunyai keupayaan untuk mengerjakannya.Sekiranya pemilik
tanah berkenaan tidak berupaya, kerajaan akan menyerahkan tanah tersebut
untuk diusahakan kepada orang lain. Sekiranya tanah kharaj dipajak atau
disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik dan bukannya ke atas pemajak.

Usyur merupakan cukai yang baharu yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar
al Khattab bagi menjana ekonomi negara Islam. Usyur dapat didefinisikan
sebagai cukai perniagaan atau perdagangan yang dikenakan kepada
pedagang atau peniaga yang berniaga dalam negara Islam Madinah dan di
kawasan – kawasan yang berada di bawah naungan kerajaan Khulafa al
Rasyidin. Semua peniaga atau pedagang dikenakan cukai ini sama ada
beragama Islam atau tidak beragama Islam, kadarnya berbeza antara satu
sama lain, pun begitu ianya tidak membebankan golongan tersebut. Kadar
yang dikenakan terhadap pedagang atau peniaga ialah 2.5%, manakala bagi
orang – orang bukan Islam, kadarnya berbeza, golongan kafir zimmi
dikenakan sebanyak 5% manakala golongan kafir yang tidak berada di
bawah naungan kerajaan Islam dikenakan sebanyak 10%.Salah satu fungsi
cukai usyur ini ialah untuk memastikan para pedagang atau peniaga
menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan termasuk penyediaan ruang
berniaga yang selesa dan kemudahan – kemudahan di kawasan pelabuhan.
Oleh sebab pelaksanaan cukai ini banyak memberi manfaat bukan sahaja
kepada kerajaan Islam malah kepada golongan peniaga, cukai ini diteruskan
pelaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, Khalifah Ali bin Abi
Talib serta kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah

Oleh sebab kepelbagaian sumber pendapatan zaman pemerintahan Khalifah
Umar, bagi menguruskan harta berkenaan, Baitulmal telah ditubuhkan
secara rasmi dengan pengurusan yang lebih sistematik bukan sahaja di
Madinah, malah di kawasan tanah – tanah jajahan seperti Mesir, Iraq, Iran,
dan Palestin

Bincangkan pelaksanaan sistem cukai pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar al Khattab.

Zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab memakan masa selama 10
tahun, bermula selepas kewafatan Khalifah Abu Bakar pada tahun 13 Hijrah.
Zaman pemerintahan tokoh ini dianggap sebagai era kegemilangan
kerajaan dan umat Islam, bukan sahaja disebabkan pelbagai transformasi
dilakukan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, malah sumber
pendapatan turut meningkat sama ada dalam bentuk zakat mahupun cukai
disebabkan kejayaan – kejayaan dalam ekspedisi dakwah dan peperangan
yang dijalankan. Tidak dinafikan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar
terdapat beberapa jenis cukai yang dilaksanakan sama ada penerusan zaman
sebelumnya mahupun cukai – cukai baharu yang diperkenalkan.

Jizyah merupakan antara sumber pendapatan dalam bentuk cukai utama
yang diperoleh pada zaman ini. Ianya diperoleh hasil daripada kempen
peperangan serta kesediaan kerajaan atau kabilah lain berada di bawah
naungan kerajaan Islam. Cukai ini dilaksanakan sebagai simbol kekuatan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

kerajaan Islam, di samping balasan kepada kerajaan Islam yang melindungi
harta dan nyawa golongan tersebut ( kafir zimmi ). Kadar cukai ini amnya
adalah mengikut kemampuan seseorang individu; antara 12 hingga 48
dirham per individu atau boleh dibayar secara pukal oleh sesebuah kerajaan
mengikut persetujuan. Pada zaman Khalifah Umar ini, beberapa kerajaan
menyatakan kesanggupan membayar jizyah, antaranya Baitulmaqdis,
Babylon, Syria, Jordan, Adzerbaijan, Armenia, Syahrabaz dan Jurjan. Cukai
jizyah ini dilakukan oleh gabenor – gabenor wilayah yang dilantik dan
dipertanggungjawabkan ke atas wilayah masing – masing.

Selain cukai jizyah, Khalifah Umar al Khattab turut memperkenalkan dua jenis
cukai baharu bagi menjana sumber pendapatan kerajaan Islam. Salah satu
cukai tersebut ialah cukai tanah, sesuai dengan polisi Khalifah Umar yang
mengkategorikan tanah kepada tanah bertuan dan tanah tidak bertuan.
Mana – mana tanah bertuan sama ada diusahakan atau disewakan,
pemiliknya dikehendaki membayar cukai kharaj. Pun begitu, bagi orang –
orang Islam yang mengusahakan tanah, mereka hanya dikehendaki
membayar zakat pertanian. Kharaj terbahagi kepada dua, iaitu kharaj wazifah
atau kharaj masahah; pemilik tanah berkenaan dikehendaki membayar cukai
berdasarkan keluasan tanah dan jenis tanaman, perlu dibayar sekali setahun.
Manakala kharaj muqassamah pula merupakan cukai yang dikenakan setiap
kali hasil diperoleh. Pemilik – pemilik tanah dikehendaki membayar cukai
sama ada dalam bentuk hasil tanaman ataupun tunai.

Bagi tanah yang yang tidak memiliki tuan, tanah berkenaan akan berada di
bawah seliaan golongan Ahl al Ayyam, bertanggungjawan mentadbir dan
menguruskan tanah berkenaan termasuk mengutip hasil cukai kharaj kepada
mana – mana pengusaha. Di Iraq, Syria, dan Mesir, Khalifah Umar melakukan
pengubahsuaian terhadap sistem pentadbiran sedia ada bagi mengelakkan
beban kepada pemilik ataupun pengusaha. Cukai ini turut di Fars, Kirman,
Armenia dan lain – lain. Khalifah Umar telah menetapkan pegawai yang
bertanggungjawab mengutip cukai mempunyai kelulusan yang dikehendaki
dan mempunyai keperibadian seperti amanah, mujtahid, mahir dalam
bidang matematik dan penyelidikan.

Usyur pula merupakan cukai yang dikenakan ke atas peniaga atau pedagang
yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan di negara Islam dan
wilayah yang dinaungi oleh kerajaan Islam. Cukai baharu ini dikenakan ke
atas pedagang sama ada yang beragama Islam dan bukan beragama Islam,
bergantung kepada statusnya. Bagi orang – orang Islam, kadarnya ialah
2.5%, manakala kafir zimmi dikenakan sebanyak 5%, dan golongan kafir
harbi pula dikenakan sebanyak 10%. Cukai usyur ini akan dikenakan apabila
cukup nisabnya sebanyak 200 dirham. Cukai ini hanya dipungut sekali sahaja
dalam setahun daripada seseorang pedagang tanpa mengira berapa kali
pedagang berkenaan berulang alik membawa masuk hasil dagangannya
dalam tahun tersebut.

Bincangkan pelaksanaan cukai jizyah pada zaman pemerintahan
kerajaan Bani Umaiyah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Cukai jizyah merupakan cukai politik atau disebut juga sebagai cukai
perlindungan. Pada asasnya, cukai ini merupakan cukai yang dikenakan ke
atas golongan kafir zimmi, iaitu golongan bukan Islam yang berada di bawah
naungan kerajaan Islam. Cukai ini dilaksanakan sebagai balasan kepada
kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa golongan kafir berkenaan, dan
simbolik kekuatan kerajaan Islam. Cukai ini telah dilaksanakan sejak zaman
Nabi Muhammad SAW dan diteruskan pada zaman – zaman berikutnya
termasuk zaman kekuasaan kerajaan Bani Umaiyah yang telah melakukan
beberapa perubahan dalam melaksanakan cukai ini.

Antara perubahan yang dilaksanakan oleh pemerintah kerajaan Bani
Umaiyah dalam melaksanakan cukai ini ialah bermula zaman pemerintahan
Khalifah Abdul Malik bin Marwan yang dibantu oleh gabenornya di Iraq al
Hajjah bin Yusuf al Thaqaffi, cukai ini turut dikenakan golongan Islam bukan
berbangsa Arab yang diistilahkan sebagai golongan Mawali. Alasan yang
dikemukakan oleh pihak kerajaan ialah semakin ramai kaum bukan Arab
yang menganut Islam semata – mata untuk mengelak daripada pembayaran
jizyah, bukannya kerana iman dan jujur terhadap Islam, yang sekaligus akan
mengurangkan sumber pendapatan negara yang disimpan dalam Baitul mal.
Faktor lain yang menyebabkan Khalifah Abdul Malik melaksanakan jizyah
terhadap golongan bukan Arab ialah negara sedang menghadapi krisis
kewangan, yang banyak dihabiskan untuk menangani pemberontakan
dalam dan luar negara serta terpaksa menyumbangkan sejumlah wang yang
besar kepada kerajaan Byzantine yang berjanji akan memberikan jaminan
keamanan kepada kerajaan Bani Umaiyah.

Selain itu, sebelum melaksanakan dasar ini, Khalifah Abdul Malik dikatakan
telah membuat bancian di Mesopotamia, dan baginda mendapati jumlah
pendapatan belum lagi mencukupi. Selari dengan polisi ini, Khalifah Abdul
Malik juga mengubah cukai – cukai lain dengan mewajibkan pembayaran
dalam bentuk tunai sahaja.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik juga, golongan rahib turut
dikenakan cukai jizyah dengan kadar sebanyak satu dinar, dan segala urusan
pemungutan cukai ini dikendalikan oleh sebuah jabatan yang dikenali sebagi
Diwan al Kharaj, yang bertanggungjawab menyelenggara dan menguruskan
segala sumber pendapatan negara termasuk dalam bentuk cukai. Polisi
Khalifah Abdul Malik ini telah diteruskan oleh anaknya, Khalifah al Walid
yang giat melakukan ekspedisi peperangan di luar dan dalam Semenanjung
Tanah Arab. Kejayaan menguasai wilayah di India khususnya Sind dan
Multan, sempadan China, Asia Tenggah, dan Andalus telah diikuti dengan
pengenalan cukai ini terhadap golongan kafir zimmi dan golongan Mawali
yang sedikit sebanyak telah meningkatkan sumber pendapatan kerajaan
Bani Umaiyah.

Namun begitu, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz,
pelaksanaan jizyah kembali berubah sebagaimana zaman Khulafa al
Rasyidin. Baginda telah bertindak menghapuskan polisi pelaksanaan cukai
terhadap golongan Mawali, dan bagi mengukuhkan dasarnya ini, Khalifah
Umar telah menggalakkan asimilasi melalui perkahwinan campur antara
bangsa Arab dan golongan Mawali serta tidak lagi menggunakan istilah

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

tersebut bagi mengelak prasangka dan diskriminasi. Khalifah Umar Abdul
Aziz juga telah bertindak dengan berani menrunkan semula kadar jizyah
mengikut kemampuan golongan bukan Islam, dan menekankan perbezaan
antara cukai jizyah dan cukai kharaj.

Walau bagaimanapun polisi Khalifah Umar ini hanya seketika sahaja, selepas
kewafatannya, penggantinya Khalifah Yazid kembali melaksanakan cukai ini
terhadap golongan Mawali dan menaikkan kadar cukai sebanyak 50%
menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati terhadap golongan anti
kerajaan Bani Umaiyah.

Huraikan konsep kharaj dan pelaksanaan sistem kharaj pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Pengenalan sistem ekonomi Islam secara tidak langsung telah membawa
kepada pembentukan dan pengenalan dasar – dasar pencukaian yang
dikenakan sama ada kepada orang – orang Islam atau orang – orang bukan
Islam. Antara sumber – sumber pendapatan negara Islam dalam bentuk
cukai ialah kharaj atau cukai tanah, usyur iaitu cukai perniagaan, dan jizyah
yang juga disebut sebagai cukai kepala yang dikenakan kepada orang –
orang bukan Islam.
Dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti, namun dalam konteks Islam ia
bermaksud cukai tanah. Sistem kharaj yang diperkenalkan oleh Khalifah
Umar al Khattab ternyata meringankan beban golongan petani berbanding
cukai yang dikenakan sewaktu pemerintahan Parsi dan Rom. Kharaj
merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik sesuatu bidang tanah yang
ditakluki oleh tentera Islam sama ada cara peperangan atau aman. Antara
tujuan kharaj dikenakan ialah untuk mengelakkan kewujudan tanah – tanah
terbiar sekaligus mengelakkan pembaziran dengan mengabaikan rahmat
yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Sewaktu tentera Islam menguasai Iraq, terdapat dua jenis tanah, iaitu tanah
bertuan dan tanah tidak bertuan. Kesemua tanah berkenaan akan dikenakan
cukai kharaj, kecuali pemiliknya menganut Islam, secara automatik ia akan
dikenakan zakat. Namun sekiranya tanah itu tidak bertuan ( tuan melarikan
diri ) ia akan kekal sebagai tanah kharaj walaupun pengusahanya beragama
Islam. Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar al Khattab akan
mengisytiharkan tanah – tanah tersebut tidak boleh dijualbeli atau diagih –
agihkan, dan ia akan menjadi milik bersama umat Islam/ atau kerajaan Islam.

Kharaj hanya diperkenalkan pada zaman Umar al Khattab, sementara pada
zaman Rasulullah s.a.w., tanah – tanah yang dikuasai diberikan kepada
pemilik asal dengan syarat membayar cukai, dan bagi kawasan yang

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

penganut Islam diwajibkan mengeluarkan zakat. Pada zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar pula, tanah – tanah yang diperoleh melalui peperangan
akan diagih – agihkan kepada tentera yang terlibat.

Namun pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, tanah – tanah
yang dikenakan kharaj antaranya tanah di Iraq; bertuan dan tidak bertuan,
tanah rampasan perang yang dimiliki tentera Islam dan pengusahanya terdiri
orang bukan Islam, tanah yang diusahakan golongan dhimmi, dan tanah
terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam. Selain itu, tempat tinggal golongan
dhimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian, dan hasil cukainya
dinikmati oleh umat Islam, namun sekiranya pemilik tanah menerima Islam,
ia akan dikenakan zakat.

Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama,
dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan
pentadbiran satu badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau
golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai
tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat
sementara bakinya diagihkan kepada yang terliibat dengan penaklukan Iraq.
Kharaj pada zaman Umar dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, kharaj
wazifah/masahah: pemilik diwajibkan membayar cukai berdasarkan keluasan
tanah dan jenis tanaman; sekali setahun sementara kharaj muqassamah pula
berdasarkan hasil yang diperoleh ( setiap kali hasil diperoleh ).

Syarat dikenakan kharaj, antaranya tidak dikenakan seandainya berlaku
bencana alam, dikenakan sekiranya pemilik tanah mampu
mengusahakannya, tidak mampu tanah diserahkan kepada orang lain, tanah
dipajak/disewa, kharaj dikenakan kepada pemilik dan dikenakan ke atas
tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian. Kadar kharaj
berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak membebankan, kadar
maksimum ½ daripada keseluruhan hasil; dibayar dalam bentuk mata wang
atau hasil yang diusahakan. Sekiranya tidak mampu boleh ditangguhkan.
Seandainya enggan, tindakan undang – undang boleh dikenakan termasuk
tanah akan dilelong.

Faktor – faktor yang menentukan kharaj, antaranya kualiti tanah, disirami air
hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan
lokasi tanah dengan bandar. Hasil yang diperoleh dari sumber kharaj ini
dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan
memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki
sistem perhubungan, mengadakan rancangan pengairan, dan memperbaiki
saliran sedia ada.

Tidak dinafikan kharaj merupakan sumber pendapatan utama pada zaman
Khalifah Umar al Khattab, hal ini disebabkan banyak kejayaan yang diperoleh
melalui ekspedisi ketenteraan di dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab.
Secara tidak langsung pelaksanaan cukai ini membolehkan pengurusan
tanah dilakukan dengan lebih sistematik.

Huraikan perkembangan pendidikan pada zaman Bani Umaiyah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Pendidikan dalam Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang
hayat. Tidak dapat dinafikan pendidikan Islam mengalami perkembangan
pesat pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah.
Perkembangan pendidikan pada zaman ini ialah penerusan atau
kesinambungan perkembangan pendidikan zaman sebelumnya, Khulafa al
Rasyidin dengan berlaku beberapa khususnya pertambahan pelbagai
institusi pendidikan dan pengenalan dan perkembangan kurikulum baharu.

Berhubung dengan institusi pendidikan, masjid masih kekal sebagai institusi
pendidikan selain berperanan sebagai pusat ibadat, antara masjid utama
pada zaman ini ialah Masjid Umawi yang terletak di Damsyik, selain masjid –
masjid yang terletak di Fustat, Kufah dan Basrah. Begitu juga dengan istana
khalifah turut berperanan sebagai institusi pendidikan khususnya untuk anak
– anak khalifah dan golongan bangsawan. Bagi golongan rakyat biasa,
pendidikan berlangsung di kuttab yang terbahagi kepada dua, Kuttab al
Sabil yang dibuka khas untuk anak – anak miskin dengan pembelajaran
percuma, dan kuttab untuk orang – orang awam yang dikenakan yuran
pengajian.

Masjid merupakan intitusi pendidikan terbuka kepada semua individu, di
sana tenaga pengajar terdiri daripada golongan ulama, antaranya Abdullah
bin Abbas yang merupakan ilmuwan dalam bidang Tafsir, Hadis, Feqah dan
Sastera, manakala Hassan al Basri pula dikaitkan dengan feqah dan
usuluddin. Di istana, kurikulum tertumpu kepada persiapan kepada bakal
khalifah dan pentadbir kerajaan seperti sejarah, kesusasteraan, ilmu pidato,
moral, ilmu siasah dan cara bergaul dengan masyarakat. Di kuttab pula,
pembelajaran tertumpu kepada pengajian al Quran dan asas – asas agama.
Berhubung dengan tenaga pengajar, taraf berbeza mengikut tempat atau
institusi pembelajaran. Guru di kuttab kurang berpengalaman berbanding
guru di istana yang kurang ilmu pengetahuan berbanding tenaga pengajar
di masjid ( ulama ). Guru – guru yang mengajar di istana dikenali sebagai
muadib dan tenaga pengajar di kuttab menerima gaji daripada kerajaan.
Ringkasnya, dapat dinyatakan pendidikan pada zaman ini terbahagi kepada
beberapa tahap, tahap prasekolah dikenali sebagai kuttab, diikuti peringkat
persekolahan di madrasah atau masjid yang terbahagi kepada peringkat
rendah, menengah, dan tinggi.

Sesuatu yang menarik perkembangan pendidikan pada zaman ini ialah
munculnya pelbagai cabang ilmu yang menjadi kurikulum di institusi –
institusi pendidikan. Antaranya, ilmu falsafah yang mula diajar pada zaman
Khalifah Umar Abdul Aziz, ilmu Hadis, dan ilmu Qiraat iaitu ilmu membaca al
Quran; diperkenalkan tanda – tanda baca dan penambahan titik pada huruf
konsonan termasuk huruf yang dibariskan dan ditanwinkan serta diletakkan
tanda syaddah. Tugas ini diselenggarakan oleh Nasr bin Asim yang
mendapat arahan daripada Gabenor Iraq, Hajjaj bin Yusuf al Thaqafi.
Ringkasnya, ilmu – ilmu yang didedahkan terbagai kepada ilmu aqli dan ilmu
nakli

Perkembangan pendidikan di sini berpunca daripada galakan Khalifah
khususnya Umar Abdul Aziz yang banyak menginiasiatifkan pembukuan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Hadis dan khalifah sebelumnya, Abdul Malik bin Marwan. Dorongan dan
galakan serta pelbagai insentif yang diberikan kepada penuntut telah
menyebabkan pendidikan kian berkembang. Selain itu, kemunculan ulama
atau ilmuwan yang membuka kelas – kelas pengajian turut merangsang
perkembangan pendidikan pada zaman ini. Perkara yang tidak kurang
pentingnya yang merancakkan perkembangan pendidikan ialah keperluan
terhadap ilmu tertentu untuk berhujah dengan ilmuwan Yahudi dan Nasrani
menyebabkan lahirnya ilmu falsafah Islam.

Perkembangan pendidikan Islam pada zaman ini menunjukkan bahawa
ianya adalah bersifat sejagat dan dinamis serta serta sesuai sepanjang
zaman. Lahir ilmu – ilmu baharu menunjukkan Islam tidak pernah menolak
akan ilmu berkenaan selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak dan
memberi manfaat kepada masyarakat amnya.

Jelaskan institusi – institusi pendidikan pada zaman kerajaan
Abbasiyah.

Tempoh masa pemerintahan kerajaan Abbasiyah dari tahun 750 hingga
1258M dianggap sebagai zaman kegemilangan pendidikan Islam.
Perkembangan sistem pendidikan Islam di sini dikaitkan dengan beberapa
faktor, antaranya peranan pemerintah yang bertanggungjawab
menggalakkan penubuhan pelbagai institusi pendidikan dan kemunculan
ramai ilmuwan dalam bidnag ilmu akli dan ilmu nakli. Kewujudan
kepelbagaian institusi pendidikan Islam dikaitkan dengan pelaksanaan
sistem pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

Masjid merupakan institusi yang mengendalikan pendidikan secara formal
dan tidak formal pada zaman ini selain dijadikan pusat ibadat sebagaimana
zaman – zaman sebelumnya. Bidang pengajian di masjid kebiasaannya
merangkumi ilmu al Quran, Hadis dan Feqah. Selain itu, majlis muzakarah
atau perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir, dan
lain-lain yang berkenaan dengan isu semasa. Contohnya, Masjid al-Mansur
yang didirikan oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pada 145H di Baghdad
dan diteruskan peranan sebegini oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Pada zaman
pemerintahan Khalifah al-Qadir, tenaga pengajar yang bertugas di masjid
jamek akan dipilih dan dibayar gaji oleh pemerintah dan bidang pengajian
juga hendaklah mendapat kelulusan pemerintah. Malah pada zaman ini,
3000 buah kompleks masjid-khan atau kolej masjid berasrama didirikan
yang menyediakan tempat tinggal untuk para pelajar. Institusi yang dibina
turut berperanan sebagai pusat pengajian falsafah tabiie dan sains.

Istana juga merupakan institusi pendidikan memainkan peranan dalam
menggerakkan sistem pendidikan pada zaman ini. Institusi mejadi pusat
pendidikan bagi golongan bangsawan dan merupakan tempat himpunan
segala karya daripada seluruh kawasan. Golongan cerdik pandai diberikan
kemudahan menetap, imbuhan dan kedudukan istimewa di istana. Baghdad
terkenal di seluruh pelosok dunia bukan sahaja sebagai ibu kota kerajaan
ini, malah kemegahan istana diraja dikaitakan sebagai pusat ilmu
pengetahuan dan kebudayaan atau peradaban dunia pada masa itu.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Institusi pendidikan formal utama yang wujud pada zaman ini ialah
madrasah. Peringkat awalnya, institusi ini serentak dengan bangunan masjid,
namun dipisahkan disebabkan suasana pengajian yang riuh dengan
perdebatan dan perbincangan sehingga umat Islam beribadat di samping
ketidakmampuan masjid untuk menampung jumlah pelajar yang besar
dalam bentuk halaqah yang ramai. Madrasah menggunakan kurikulum
khusus dan tenaga pengajar yang dibayar gajinya oleh pihak kerajaan.
Pembelajaran bukan terhad kepada sistem halaqah malah lebih formal
mengikut sistem kelas atai sistem persekolahan sebagaimana hari ini. Antara
madrasah yang terkenal pada zaman ini Madrasah al Nizamiyyah yang
didirikan oleh Nizam al Mulk. Madrasah seumpama ini juga dibuka di
Baghdad, Asfahan, Hara, Basrah, Tabaristan, dan lain – lain.

Perpustakaan juga memainkan peranan yang penting dalam memantapkan
perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Bani
Abbasiyah. Perpustakaan pada zaman ini terbahagi kepada perpustakaan
awam, perpustakaan separa-awam dan perpustakaan persendirian.
Perpustakaan awam adalah seperti Baitul Hikmah yang merupakan
perpustakaan pertama yang dibina di dunia islam. Perpustakaan ini dibina
oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Perpustakaan Baitul Hikmah menjalankan
pelbagai aktiviti seperti pengkajian buku-buku, pengkajian ilmiah, dan
disediakan sebuah tempat khas untuk majlis perbincangan dan syarahan.
Beberapa tokoh saintis termasuklah al-Khawarizmi dan Hanayn bin Ishaq
pernah berkhidmat di perpustakaan ini.

Manakala perpustakaan separa awam pula dimiliki oleh golongan khalifah
dan raja. Perpustakaan ini bertujuan mencari kemasyhuran dan minat
mendalam terhadap ilmu pengetahuan. Keahlian perpustakaan ini
diterhadkan kepada gollongan berpangakat tinggi dan terkenal. Contohnya,
Ibnu Sina, tokoh perubatan yang terkenal dan dihormati dibenarkan
memasuki perpustakaan Sanianid setelah mendapat kebenaran khas.
Contoh perpustakaan separa awam ialah Perpustakaan al-Nasir Lidnilah,
Perpustakaan al-Musta’sim Billah dan sebagainya. Perpustakaan
persendirian pula adalah seperti Perpustakaan Ibnu al-Khasysyab dan
perpustakaan sekolah.

Kewujudan pelbagai institusi pendidikan pada zaman Abbasiyah
menunjukkan betapa pendidikan kini diberikan tumpuan bukan sahaja
dalam kalangan pemerintah malah rakyat turut terkesan. Kelahiran ilmuwan
dalam ilmu akli dan ilmu naqli mempelbagaikan sumber ilmu yang
mematangkan dan meningkatkan taraf hidup umat Islam.

Huraikan institusi – institusi pendidikan pada zaman Bani Abbasiyah.

Kerajaan Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas al Saffah pada tahun 132
Hijrah. Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid dan al Makmun,
Baghdad telah muncul sebagai sebuah pusat keilmuan dan pendidikan yang
penting bukan sahaja di Tanah Arab bahkan menjadi tumpuan golongan
cerdik pandai dari seluruh dunia. Institusi pendidikan pada zaman ini

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dilaksanakan secara formal dan tidak formal sama ada di masjid, madrasah,
kuttab dan sebagainya

Masjid merupakan institusi pendidikan utama sama daa peringkat rendah,
menengah , dan tinggi. Memandangkan ia merupakan institusi pendidikan
yang bersifat terbuka, maka pelajar yang menghadirinya terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama. Mata pelajaran yang diajar antaranya tafsir al
Quran, hadis, dan fiqh, dan adakalanya masjid juga dijadikan tempat
bermuzakarah dan perbahasan antara para ulama dan cerdik pandai Islam.
Satu kelainan pada zaman ini, sistem pembelajaran di masjid ialah para
pelajar dikehendaki mengikut halaqah berdasarkan kelayakan mereka.

Terdapat juga institusi pendidian formal iaitu kuttab dan istana. Di kuttab
atau pondok yang merupakan institusi asas pendidikan Islam. Antara mata
pelajaran yang diajar di sini ialah pengajian al Quran, hadis, seni khat, sirah
Rasulullah s.a.w., membaca, menulis, dan perkara – perkara yang berkaitan
dengan asas ajaran Islam. Perkembangan kuttab pada zaman ini agak pesat
memandangkan ibu bapa sudah menyedari kepentingan pelajaran untuk
anak – anak. Istana Khalifah turut menjadi institusi pendidikan khususnya
pada zaman Abu Jaafar al Mansor, Harun al Rasyid, dan al Makmun
memandangkan pemerintah pada zaman tersebut sememangnya amat
mencintai ilmu pengetahuan. Istana menjadi tempat pembelajaran anak –
anak golongan pemerintah dan pentadbir kerajaan.

Pada zaman pemerintahan Nizam al Mulk, sekolah – sekolah tinggi atau
madrasah telah didirikan di beberapa buah bandar seperti Baghdad sendiri,
Tabaristan, Isfahan, dan Basrah. Institusi ini biasanya didirikan bersebelahan
dengan masjid, dan ianya mendedahkan kepada pelajar pendidikan
peringkat rendah dan lanjutannya. Pada zaman pemerintahan Khalifah al
Mustansir, Maktab al Mustansiriyah telah dibina di Baghdad. Pendidikan
yang dijalankan di sini adalah percuma, manakala tenaga pengajarnya pula
dibayar dengan gaji yang tetap yang diambil daripada perbendaharaan atau
Baitul mal. Penubuhan institusi ini mendedahkan pendidikan Islam berjaya
mendahului institusi pendidikan di Barat. Pada tahun 1065 Masihi, Khalifah
al Makmun telah membuka Universiti Nizamiyah yang menjadi pusat
pengajian tinggi formal yang mendedahkan kepada para pelajar bukan
sahaja ilmu keagamaan bahkan ilmu seperti perubatan, falsafah, astronomi,
dan sebagainya.

Pembukaan gedung ilmu di Baghdad iaitu Baitul Hikmah telah membawa
kepada bermulanya aktiviti pengumpulan, penyimpanan, dan
penterjemahan buku – buku. Pelbagai buku – buku asing seperti dari Yunani,
Parsi, Rom, dan Hindi yang telah diterjemahkan disimpan dalam
pepustakaan ini.

Kedai – kedai kitab pada zaman ini turut berperanan sebagai pusat
pembelajaran. Menurut Dr. Ahmad Shalaby, sesetengah daripada ilmuan
sengaja datang ke kedai – kedai kitab untuk menghadiri majlis ilmu dan
perbahasan – perbahasan ilmiah. Kebanyakan pemilik – pemilik kedai juga
terdiri daripada kalangan para ilmuan dan sasterawan.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sememangnya perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah
agak unik, bukan sahaja kerana wujudnya pelbagai institusi berkenaan,
malah kurikulum yang dilaksanakan amat luas bukan sahaja mencakupi ilmu
keagamaan bahkan ilmu – ilmu keduniaan. Kedudukan guru pada zaman ini
juga mula dipandang tinggi dan dibayar dengan gaji yang tetap, manakala
para pelajar pula ditempatkan di institusi mengikut tahap masing – masing.

Sebelum wujudnya institusi madrasah, pendidikan di Mesir berkisar
di masjid pada abad ke-8 Masihi. Bincangkan.

Perkembangan Islam sememangya selari dengan perkembangan sistem
pendidikan Islam, hal ini disebabkan kebiasaannya apabila Islam bertapak di
sesebuah kawasan, masjid akan didirikan yang berperanan bukan sahaja
sebagai pusat perkembangan agama Islam, malah berfungsi sebagai pusat
pendidikan. Senario ini turut sama berlaku di Mesir, pada abad ke- 8 Masihi,
pertapakan Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattan telah
membawa kepada tertegaknya Masjid Amru al As.

Peranan masjid sebagai pusat pendidikan bermula apabila Khalifah Umar al
Khattab, beliau telah mengarahkan Amru al As, Gabenor Mesir supaya
mendirikan masjid – masjid dalam kawasan yang dikuasai oleh Islam, yang
bukan sekadar berfungsi sebagai pusat ibadat bahkan tempat pembelajaran
bagi umat Islam. Masjid terawal yang didirikan di Mesir ialah Masjid Amru al
As; antara tenaga pengajar di masjid berkenaan ialah Sulayman Ibn ‘Itru al
Tujibi, pengajian di masjid ini amat berkembang, sehingga terdapat 40
kelompok majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi oleh para pelajar bagi
menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian.

Antara kelompok utama ialah Kelompok Imam Shafie yang dikenali juga
dengan panggilan ‘Zawiyah’; tenaga pengajar terdiri daripada para ahli fiqah
dan ulama – ulama terkenal yang silih berganti, Kelompok al Majdiah, dan
Kelompok al Shibiah pula diusahakan oleh al Sahib Muhammad Ibn
Fakhruddin yang menempatkan dua orang tenaga pengajar yang masing –
masing dari Mazhab Shafie dan Mazhab Maliki.

Kurikulum yang berlangsung di Masjid Amru al As bukan sahaja dikhususkan
kepada ilmu – ilmu keagamaan ( fardu ain ) malah merangkumi bidang ilmu
fardu kifayah seperti matematik, astronomi, kedoktoran dan lain – lain. Di
Masjid Ahmad bin Tolun; ramai ulama dan ahli fiqah berkhidmat sebagai
guru; kurikulum merangkumi ilmu tafsir, hadis, fiqah, membaca, ilmu hisab,
dan perubatan.

Masjid – masjid terawal ini menjadi asas kepada terdirinya masjid tersohor
di Mesir ialah Masjid al Azhar yang didirikan oleh Jauhar al Siqili; terdapat
ruang khas untuk mengajar al Quran kepada anak – anak yatim serta
terdapat kemudahan penginapan yang diberikan nama sesuai dengan
tempat asal penuntut yang datang daripada pelbagai bangsa ( ruqaq ).

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di masjid – masjid
disampaikan dalam bentuk halaqah serta dalam bentuk kuliah; para guru
akan membaca, menghurai dan menjelaskan isi kandungan sesuatu kitab.
Tenaga pengajar dalam sesuatu halaqah di masjid merupakan terdiri
daripada para ulama yang berpengetahuan luas dan mampu menyelesaikan
pelbagai isu yang diutarakan; dan apa yang pasti tenaga pengajar di masjid
merupakan individu – individu yang berkhdimat secara sukarela ( tanpa
upah ).

Sistem pembelajaran di Mesir mulai mengalami perubahan apabila masuk
tahap kedua, berikutan pengenalan sistem dan penubuhan institusi
madrasah seperti Madrasah Nizamiyyah dan Madrasah al Nasiriyah diikuti
madrasah – madrasah seperti Madrasah al Sultan Hassan, Madrasah al
Kamiliyah dan Madrasah al Salihiyah yang proses pengajaran dan
pembelajarannya lebih sistematik.

Institusi masjid memainkan peranan penting dalam perkembangan
pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi. Jelaskan.

Pertapakan Islam di Mesir bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Umar
bin Al Khattab. Atas permintaan penduduk Qibti Mesir sendiri, tentera Islam
di bawah pimpinan Panglima Amru bin al As telah dihantar bagi
menamatkan kekejaman pemerintahan Rom. Kejayaan Amru bin Al As
memulakan era perkembangan agama Islam di Mesir. Sejarah awal
perkembangan pendidikan di Mesir bermula di kota Fustat sebagai pusat
pentadbiranan pusat pendidikan Islam, khasnya selepas pembinaan masjid
Amru al- As. Selepas itu pusat keilmuan berpindah ke Kaherah dengan
terbinanya Masjid al Azhar pada zaman pemerintahan Dinasti Fatimiyyah

Masjid telah menjadi pusat kegiatan ilmu keagamaan yang utama di Mesir.
Aktiviti pendidikan di masjid merupakan proses awal yang membawa
kepada terbentuknya kuttab dan halaqah di Mesir. Peranan masjid di Mesir
telah diperkasakan sebagai pusat ibadat, pusat kemasyarakatan, pusat
kebudayaan, mahkamah keadilan dan institusi pendidikan. Masjid Amru al-
As yang merupakan masjid terawal di Mesir telah memainkan peranan
penting sebagai institusi pendidikan. Buktinya terdapat lebih 40 buah
halaqah ilmu yang sentiasa dipenuhi pelajar bagi menimba ilmu
pengetahuan dan membuat kajian. Ramai ulama dan ilmuan dari seluruh
pelosok dunia Islam datang ke Mesir untuk menimba ilmu.

Secara umumnya kelompok pengajian yang berada di Masjis Amru Ibnul al-
As bukanlah dikhususkan kepada pelajaran ilmu fardu ain sahaja seperti al
Quran, hadis, tauhid, fiqah dan lain- lain. Bahkan semua bidang ilmu kifayah
seperti ilmu hisab , ilmu bintang dan perubatan. Al- Maqriz telah
mencatatkan perkembangan 8 kelompok majlis pengajian yang terdapat di
masjid Amru al-As, antaranya ialah kelompok Imam as-Syafie. Kelompok ini

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dinamakan sempena nama seorang guru yang memberi pelajaran di masjid
tersebut pada 182H. Kelompok ini juga terkenal dengan panggilan Zawiyah.
Ramai ahli fiqah ulama terkenal berkhidmat di situ.

Seterusnya ialah kelompok al-Majdiah. Kelompok ini diwujudkan oleh
Majduddin Abu Al Asybal, seorang wazir atau menteri kepada Al-Malik Al-
Asyraf. Wazir tersebut telah menempatkan Abdul Wahab Al- Bahnasi,
seorang ulama yang menyandang jawatan Kadi Besar sebagai guru dalam
kelompok tersebut. Selain itu kelompok Al-Shibiah. Kelompok ini diusahakan
oleh Al-Sahb Muhammad bin Fakhruddin. Terdapat dua orang ulama yang
menjadi tenaga pengajar dalam kelompok ini, iaitu seorang dari Mazhab
Shafei dan seorang dari Mazhab Maliki. Muhammad bin Jarir Al-Tabari yang
mahir dalam bidang tafsir al Quran, hadis,fiqah dan tatabahasa Arab telah
diutuskan ke Mesir dan mengajar di Masjid Amru Ibnu al-As

Masjid Jamie Ibn Thulun di Kaherah juga merupakan institusi pendidikan
yang penting kerana ramai ulama dan ahli fiqah berkhidmat sebagai guru.
Kurikulum merangkumi ilmu tafsir, hadis, fiqah, membaca, ilmu hisab, ilmu
bintang dan perubatan

Masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting bagi rakyat Mesir
khasnya dan umat Islam amnya. Penglibatan para sahabat Nabi Muhammad
SAW dalam bidang pendidikan melalui penubuhan madrasah hadis juga
telah merangsang perkembangan ilmu pengetahuan Islam dalam kalangan
rakyat Mesir. Seterusnya, Masjid Al-Azhar yang dibina oleh Jauhar al-Siqili
menjadi pusat pengkajian ilmu Islam khasnya zaman pemerintahan Sultan
Salehuddin al-Ayubbi sehingga melahirkan ramai ilmuan Islam terkenal.

Huraikan institusi – institusi pendidikan yang terdapat di Mesir
bermula abad ke-8 Masihi

Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerapkan ilmu
pengetahuan sama ada secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi
atau watak seseorang individu bagi menempuh kehidupan yang semakin
kompleks. Di Mesir, sejak awal pertapakan Islam pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar al Khattab, pendidikan Islam telah diperkenalkan berikutan
arahan Khalifah Umar al Khattab agar masjid dibina di sana dan berperanan
bukan sekadar tempat ibadat malah pusat pendidikan bagi masyarakat
Mesir

Institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi terbahagi kepada dua
peringkat, peringkat pertama berlangsung di masjid, rumah – rumah ulama.
dan kuttab. Manakala pada peringkat kedua, pendidikan dijalankan
menerusi sistem persekolahan yang lebih sistematik dan teratur serta
bersifat formal. Rumah para ulama merupakan salah satu institusi
pendidikan yang penting, walaupun banyak masjid didirikan. Umpamanya,
rumah Abu Sulaiman al Sijistani, rumah Imam al Ghazali, malah di Mesir
sendiri berlangsung pendidikan di rumah Yaaqub bin Killis, wazir Khalifah al
Aziz Billah al Fatimi.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Tempat pembelajaran yang paling utama dan berkesan ialah masjid.
Menurutnya, di dalamnya dapat menghidupkan sunnah dan menghapuskan
bidaah, hukum – hukum Allah dapat dipelajari dan diamalkan. Masjid juga
dapat menyediakan keperluan yang cukup, kerana ia menjadi tempat
pertemuan umum bagi semua lapisan masyarakat. Sewaktu pemeintahan
Khalifah Umar al Khattab, beliau telah mengarahkan Amru al As, Gabenor
Mesir supaya mendirikan masjid – masjid dalam kawasan yang dikuasai oleh
Islam. Antara masjid terawal yang didirikan di Mesir ialah Masjid Amru al As,
Masjid Ahmad bin Toulun dan Masjid al Azhar

Halaqah juga dianggap sebagai institusi memandangkan kaedah ini
digunakan di pelbagai institusi pendidikan, kaedah ini paling popular, di
Masjid Amru al As dikatakan terdapat 40 kelompok majlis pengajian yang
sentiasa dipenuhi oleh para pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan
membuat kajian. Antara kelompok utama ialah Kelompok Imam Shafie yang
dikenali juga dengan panggilan ‘Zawiyah’; tenaga pengajar terdiri daripada
para ahli fiqah dan ulama terkenal yang silih berganti, kelompok al Majdiah;
yang diwujudkan oleh Majduddin Abu al Asybal ( salah seorang wazir ) telah
menempatkan Abdul Wahab al Bahnasi iaitu ulama yang menyandang
jawatan Qadi Besar di Mesir, dan kelompok al Shibiah pula diusahakan oleh
al Sahib Muhammad Ibn Fakhruddin yang menempatkan dua orang tenaga
pengajar yang masing – masing dari Mazhab Shafie dan Mazhab Maliki bagi
memberikan pelajaran mengikut mazhab masing – masing.

Berhubung dengan sistem persekolahan tahap kedua, di Mesir madrasah
yang bersistem Nizamiyyah tidak didirikan kecuali selepas kemunculan
kerajaan Ayyubiyah yang menggantikan kerajaan Fatimiyyah. Antara
madrasah yang didirikan ialah Madrasah al Nasiriyah di Kaherah oleh Sultan
al Adil; menurut al Maqrizi, madrasah itu merupakan institusi pengajian
terindah di Kaherah, dapat mengilhamkan pelbagai fikiran kepada para
karyawan menjayakan penulisan mereka. Selain itu, terdapat juga madrasah
– madrasah lain yang didirikan seperti Madrasah al Sultan Hassan, Madrasah
al Kamiliyah dan Madrasah al Salihiyah.

Namun institusi paling popular ialah Jamiah ( universiti ), terutamanya al
Azhar yang dikatakan didirikan pada zaman pemerintahan Khalifah Aziz
Billah, kerja – kerja pembinaan dilakukan pada tahun 970 Masihi, dimulakan
oleh Jauhari al Saqili , panglima pada zaman Fatimiyyah. Usaha mulia ini
selesai pada tahun 972 Masihi. Pada tahun 988 Masihi , wali kerajaan
Abbasiyah di Mesir, Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah al
Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut sebagai Jamiah , institusi
pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengetahuan . Maka
bermulalah penumpuan umat Islam ke tempat tersebut dan masjid itu
dinamakan Jami’ al-Azhar yang menawarkan pelbagai ilmu pengajian
merangkumi ilmu naqli dan ilmu aqli sekaligus menjadi tumpuan umat Islam
mendalami ilmu – ilmu berkenaan

Kewujudan kepelbagai institusi pendidikan di Mesir adalah bersesuain
dengan konsep ilmu dan pembelajaran dalam Islam, yang menggalakkan
umat sentiasa mendalami ilmu pengetahuan, memandangkan ilmu itu
bersifat dinamis selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak. Sehubungan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dengan itu, penubuhan institusi pendidikan tinggi khususnya al Azhar dan
madrasah – madrasah lain adalah bertujuan untuk melahirkan generasi
muslim yang berilmu dan bertaqwa.

Bincangkan peranan masjid sebagai pusat pendidikan di Mesir pada
abad ke-8 Masihi.

Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyamoaikan dan
menyerapkan ilmu pengetahuan sama ada secara teori atau praktikal bagi
membentuk keperibadian atau watak seseorang individu bagi menempuh
kehidupan yang semakin kompleks. Di Mesir, sejak awal pertapakan Islam
pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, pendidikan Islam telah
diperkenalkan berikutan arahan Khalifah Umar kepada pemimpin yang
bertanggungjawab membuka kota tersebut Amru al As agar membina
sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Amru al As agar berfungsi bukan
sahaja sebagai tempat ibadat bahkan akan berperanan sebagai pusat
pendidikan dan pembelajaran kepada masyarakat Islam di sini.

Antara peranan utama masjid sebagai pusat pendidikan, ianya merupakan
tempat para ulama menyampaikan ilmu khususnya ilmu – ilmu keagamaan
bagi meningkatkan kefahaman terhadap ajaran – ajaran Islam. Antara ulama
yang terkenal yang menjadikan masjid sebagai institusi pendidikan ialah
Sulayman Ibn ‘Itru al Tujibi, Imam al Laits Ibn Saad, Imam Muhammad bin
Jarir al Tobari, Imam Syafie dan Abdul Rahman al Khaulani. Imam
Muhammad bin Jarir al Tobari merupakan ulama yang terkenal dalam
bidang pengajian al Quran manakala Abdul Rahman al Khaulani pula
memiliki kepakaran dalam ilmu Hadis. Sementara Imam al Laits pula
merupakan tokoh ilmuwan yang mempunyai pengetahuan yang mendalam
dalam ilmu fiqah, al Quran, Hadis, nahu dan puisi. Imam al Syafie sendiri
mengakui betapa hebatnya keimuan Imam al Laits berbanding Imam Malik
khususnya dalam ilmu fiqah dan diakui oleh ImamAhmad bin Hanbal akan
pengetahuannya dalam bidnag Hadis. Apa yang pasti dengan pengetahuan
yang dimiliki, masjid – masjid akan didatangi oleh umat Islam bagi
mendalami ilmu – ilmu yang berkaitan.

Selain itu, masjid juga menjadi tempat terbentuknya kelompok – kelompok
pengajian, di Masjid Amru al as, keunikan terserlah dalam masjid yang sama
terdapat sehingga 40 kelompok majlis pengajian yang berbeza. Antara
kelompok utama ialah Kelompok Imam Shafie, Kelompok al Majdiah, dan
Kelompok al Shibiah. Kelompok al Majdiah; yang diwujudkan oleh Wazir
kerajaan, Majduddin Abu al Asybal yang telah menempatkan Abdul Wahab
al Bahnasi iaitu ulama yang menyandang jawatan Qadi Besar di Mesir.
Manakala Kelompok al Shibiah pula diusahakan oleh al Sahib Muhammad
Ibn Fakhruddin yang menempatkan dua orang tenaga pengajar yang
masing – masing dari Mazhab Shafie dan Mazhab Maliki bagi memberikan
pelajaran mengikut mazhab masing – masing. Sementara Kelompok al Imam
Shafie yang juga dkenali sebagai Zawiyah pula merupakan lokasi ahli – ahli
fiqah menyampaikan ilmu.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Selari dengan kemunculan kepelbagaian kelompok di masjid, secara tidak
langsung digambarkan kewujudan lingkungan – lingkungan ilmu yang
dikenali sebagai halaqah yang merupakan tradisi menuntut ilmu sejak zaman
Nabi Muhammad SAW. Para pelajar akan mengelilingi guru yang membaca,
menghurai dan menjelaskan isi kandungan sesuatu kitab. Mana – mana
permasalahan yang timbul atau tidak difahami akan diajukan kepada
seseorang guru dalam majlis halaqah berkenaan. Para pelajar juga
digalakkan menghafal sesuatu pelajaran kerana melalui hafalan
pengukuhan ilmu pengetahuan dapat dimiliki dengan mudah

Selain daripada pusat pengajian atau pendidikan keagamaan, institusi masjid
di Mesir juga beperanan sebagai pusat pembelajaran bukan agama atau
ilmu fardu kifayah. Di Masjid Amru al As, berlaku pembelajaran ilmu hisab,
astronomi ( kaji bintang ), dan ilmu perubatan. Sementara di Masjid Ahmad
bin Tolun, kurikulum merangkumi ilmu tafsir, hadis, fiqah, membaca, ilmu
hisab, dan perubatan memberikan gambaran budaya menuntut ilmu yang
bermanfaat tumbuh dan berkembang pesat di sini. Maka tidak hairanlah,
pada zaman seterusnya seperti di Masjid al Azhar yang didirikan oleh Jauhar
al Saqili pelbagai ilmu yang diajar merangkumi ilmu fardu ‘ain dan fardu
kifayah hingga bertukar status sebagai sebuah universiti kelak.

Bermula daripada masjid yang berperanan sebagai pusat pendidikan, ianya
telah membawa kepada penubuhan institusi pendidikan lain dan lebih
formal dan pengurusan yang sistematik, dengan lain keberkesanan peranan
masjid telah membawa pembentukan institusi seperti kuttab, bangunan
yang didirikan berasingan daripada masjid, dan berperanan sebagai tempat
kanak – kanak belajar asas – asas keagamaan serta tatabahasam
kesusasteraan, dan ilmu sejarah.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, masjid merupakan institusi pendidikan
terpenting dalam bidang pendidikan, hal ini bukan untuk menafikan
perkembangan institusi lain, namun disebabkan institusi ini menjadi
tumpuan tenaga pengajar tersohor dan pelajar – pelajar apatah lagi bagi
mendapatkan ilmu serta tidak memerlukan bayaran, apatah lagi ianya juga
menjadi titik tolak kepada terbinanya institusi yang lebih sistematik dari
pengurusan, kurikulum dan lain – lain

Bincangkan tahap-tahap pendidikan yang diperkenalkan di Acheh
sebelum abad ke 18 Masihi

Kerajaan Acheh didirikan oleh Raja Ibrahim daripada Pedir dengan
menggunakan gelaran Sultan Ali Mughayat Syah pada tahun 1507 M setelah
berjaya menyatukan wilayah-wilayah kecil di Acheh. Kerajaan ini mencapai
kegemilangan sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam,
kerana pada masa ini Acheh bukan sahaja muncul sebagai pelabuhan yang
terkenal di Alam Melayu dan mempunyai jajahan takluk yang luas, malah ia
telah menjadi tumpuan pelbagai golongan untuk menuntut ilmu sehingga
Acheh digelar Serambi Makkah

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Meunasah merupakan institusi asas dalam sistem pendidikan di Acheh yang
didirikan di seluruh wilayah Acheh. Di peringkat ini, kanak-kanak akan
menerima pembelajaran asas keagamaan seperti membaca al Quran dan
menulis, sembahyang dan puasa. Kanak-kanak yang telah khatam al Quran
akan diajar kitab-kitab agama yang ditulis dalam bahasa Jawa dan Acheh
seperti Risalah Masail al Muihtadin dan Kitab Perukunan. Pada sebelah
malam, kanak-kanak akan diajar nasyid yang berkaitan dengan ketuhanan
dan keagamaan. Guru di peringkat Meunasah dikenali sebagai Tengku
Meunasah yang dibantu oleh beberapa pelajar yang lebih cerdas yang
dikenali dengan nama sida

Tahap kedua institusi pendidikan di Acheh dikenali sebagai rangkang yang
boleh dianggap sebagai sekolah menengah rendah. Di peringkat ini para
pelajar akan didedahkan dengan mata pelajaran seperti bahasa Arab, fiqah,
tauhid, tasawuf, tafsir al Quran, dan al Hadis. Selain ilmu keagamaan, para
pelajar di peringkat ini turut diajar ilmu-ilmu seperti geografi, sejarah, dan
matematik. Para pelajar menggunakan buku yang berbahasa Arab, dan
bahasa Melayu. Tenaga pengajar terdiri daripada kalangan ulama dari
Acheh. Para pelajar juga datang dari seluruh wilayah Acheh. Rangkang yang
wujud di sini juga terbahagi kepada beberapa peringkat. Pelajar akan
berpindah ke rangkang yang lebih tinggi tahapnya seandainya dapat
menguasai pembelajaran dengan cepat. Rangkang yang paling terkenal
terletak di Banda Acheh. Pelajar yang cemerlang akan melanjutkan pelajaran
ke luar negara seperti Makkah dan Mesir. Peluang pembelajaran di peringkat
ini membuktikan pihak pemerintah mementingkan pendidikan di semua
peringkat umur

Tahap pendidikan yang seterusnya ialah dayah atau sekolah menengah atas.
Hampir setiap daerah didirikan dayah. Terdapat dayah berpusat di masjid
bersama-sama rangkang, namun kebanyakan dayah berdiri sendiri di luar
lingkungan masjid dengan tersedianya balai utama sebagai tempat belajar
solat. Pembelajaran meliputi ilmu fekah, muamalat, tauhid, tasawuf, geografi,
akhlak, ilmu tatanegara, dan bahasa. Ia menggunakan bahasa Arab sesuai
dengan penggunaan kitab-kitab Arab. Terdapat dayah yang dikhususkan
pengajaran dalam bidang tertentu seperti pertanian, pertukangan,
perniagaan yang tidak bertentangan dengan syarak. Kurikulum di sini bukan
hanya mengutamakan ilmu keagamaan, malah menyentuh ilmu duniawi. Ini
memberi peluang kepada pelajar melengkapi diri mereka dengan pelbagai
cabang ilmu bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi

Tahap pendidikan paling tinggi di Acheh ialah peringkat universiti atau
disebut Jamiah. Pemerintah Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
telah menjadikan Masjid al Rahman bukan sahaja sebagai tempat beribadat,
malah untuk menuntut ilmu. Jamiah Baitul Rahman ini dikatakan mempunyai
pelbagai fakulti, antaranya Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Ilmu Kedoktoran,
Ilmu Sejarah, Ilmu matematik, Ilmu akal, Bahasa Arab, Perbandingan Mazhab,
Ilmu Pemerintahan, dan sebagainya. Tenaga pengajar di institusi pengajian
tinggi ini terdiri daripada para ulama atau sarjana dari dalam dan luar Acheh
seperti arab Turki, Parsi, India dan lain-lain lagi. Pendidikan peringkat ini
membuktikan pemerintah Acheh mementingkan penerusan pendidikan
hingga peringkat lebih tinggi di Acheh

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Pendidikan pelbagai tahap jelas menunjukkan bahawa pendidikan yang
bersistematik telah terlaksana di Acheh. Pendidikan di Acheh berkembang
pesat kerana ia mendapat naungan serta sokongan padu daripada pihak
pemerintah, khususnya Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Baginda telah
menubuhkan Baitulmal untuk membiayai penubuhan pelbagai institusi
pendidikan di Acheh.

Jelaskan faktor – faktor perkembangan Acheh sebagai pusat
pendidikan pada abad ke-16 Masihi

Selepas kejatuhan Melaka, ekoran serangan Portugis, pusat peradaban Islam
kini beralih arah ke utara Sumatera, iaitu Acheh. Kemunculan Acheh pada
abad ke-16 bukan sahaja telah mengambil alih peranan Melaka sebagai
pusat perdagangan. Malah Acheh kini menjadi tumpuan orang – orang
Islam termasuk para ulama membolehkannya muncul sebagai pusat
pendidikan Islam pada era tersebut. Terdapat pelbagai faktor yang
membawa kemunculan Acheh bukan sahaja sebagai pusat pendidikan malah
berperanan sebgai pusat intelektual yang unggul dalam tempoh masa
tersebut.

Pemerintah memainkan peranan penting menjadikan Acheh sebagai pusat
pendidikan, khususnya Sultan Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar
Thani yang bukan sahaja berminat malah mempunyai inisiatif
mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menjadikan istana sebagai
pusat pengajian Islam terutamanya untuk keluarga di raja dan golongan
bangsawan. Malah pemerintah berkenaan banyak memberi galakan dalam
bidang intelektual Islam seperti menubuhkan balai gadang dianggotai oleh
para ulama dan sentiasa berdamping dengan golongan cerdik pandai.
Pemerrintah Acheh telah menyediakan kemudahan dan perlindungan
kepada para ulama luar menetap di Acheh seperti Muhammad al Yamani

Kewujudan pelbagai sistem pendidikan yang sistematik serta mempunyai
pelbagai tahap telah menyebabkan Acheh menjadi tumpuan masyarakat
bagi mendapatkan ilmu, Tiga buah institusi pendidikan yang popular di
Acheh ialah meunasah, rengkang, dayah dan Jamiah Baitul al Rahman. Setiap
institusi berkenaan mempunyai kurikulum dan tenaga pengajar yang
berbeza. Jamiah Baitul Rahman sememangnya institusi paling terkenal,
terdapat banyak fakulti yang menawarkan pengajian yang berbeza, dengan
tenaga pengajar terdiri daripada ulama luar dan ulama tempatan, yang
pastinya menarik kelompok masyarakat yang ingin menuntut ilmu
Kebanjiran ulama – ulama luar turut berperanan menyemarakkan lagi
perkembangan pendidikan dan intelektual di Acheh. Contohnya ulama yang
terkenal ialah Sheikh Abdul Qadir, Nuruddin al Raniri banyak membantu
perkembangan pendidikan dan intelektual di Acheh. Golongan ini menjadi
tenaga pengajar di Jamiah Baitul al Rahman – menghasilkan karya yang
bermutu termasuk karya sastera bercorak tasawwuf. Kehadiran ulama –
ulama luar ini disokong pula dengan kemunculan ulama tempatan yang
menghasilkan penulisan bercorak keagamaan, politik dan sejarah, antaranya
Hamzah Fansuri, Shamsuddin al – Sumaterani dan Bukhari al Jauhari. Antara

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

ulama luar ialah Abu Khayr ibn Hajar, Syeikh Idrus al Bayan, Muhammad
Yamani dan Muhammad Jailani dari Gujerat

Iklim intelektual yang bebas telah telah menggalakkan polemik dan
menyuburkan ilmu pengetahuan. Polemik berlaku disebabkan pentafsiran
dan pemahaman serta kaedah yang berbeza dalam mendalami ilmu
pengetahuan khususnya berhubung dengan ilmu tasawwuf. Hal ini agak
ketara berlaku pada zaman Sultan Iskandar Muh Muda Mahkota Alam yang
bersikap liberal terhadap dua fahaman yang berbeza iaitu Wahadatul Wujud
dengan Wahdatul Syuhud.

Sememangnya tidak dapat dinafikan perkembangan Acheh sebagai pusat
pendidikan berpunca daripada peranan pemerintah yang mampu
menyediakan iklim politik yang stabil serta memastikan prasarana
mencukupi bagi menampung keperluan dalam bidang ini, apatah lagi
wujudnya kestabilan politik,sehingga mampu menarik para pelajar untuk
mendalami ilmu pengetahuan sekaligus dikenali dengan gelaran Serambi
Kota Makkah

Huraikan faktor – faktor perkembangan kegiatan intelektual pada
zaman kerajaan Abbasiyah.

Perkembangan intelektual pada zaman Abbasiyah adalah selari dengan
perkembangan peradaban Islam di Andalus sekaligus menggambarkan
wujudnya dua lokasi yang berbeza, namun mempunyai matlamat yang sama
iaitu iaitu menyuburkan dan memperkembangkan peradaban Islam, dalam
konteks kerajaan Abbasiyah, pastinya dikaitkan dengan ibu kotanya iaitu
Bahgdad yang sememangnya antara factor yang menjadi penyumbang
kepada perkembangan intelektual Islam pada era tersebut.

Antara factor perkembangan intelektual pada zaman ini ialah peranan yang
dimainkan oleh para pemerintah bermula daripada zaman Khalifah Harun al
Rasyid hinggalah pada zaman kekuasaan Bani Buwaih dan golongan Seljuk.
Para pemerintah telah menaungi kegiatan intelektual yang amnya berpusat
di kota Baghdad. Sikap para pemerintah Abbasiyah yang mencintai ilmu
pengetahuan telah mengalakkan para cendekiawan berkumpul di kota
Baghdad. Umpamanya, Khalifah Harun al Rashid telah menarik ramai
penuntut-penuntut ilmu oleh kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu
terpenting dalam dunia pada ketika itu, begitu juga pada zaman Bani Buwaih
dan Bani Seljuk telah berlaku perkembangan yang pesat dalam bidang
keilmuan sama ada ilmu aqli mahupun ilmu naqli. Sifat keterbukaan
pemerintahannya terhadap aliran-aliran pemikiran yang berlainan telah
menjadikan kota Baghdad terkemuka di dunia pada masa itu. Pelbagai unsur
daripada kebudayaan Parsi, Syria dan Yunani telah memperkayakan
pemikiran intelektual dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.

Kewujudan sistem dan institusi pendidikan yang pelbagai juga telah
mendorong perkembangan intelektual yang pesat pada zaman ini. Kegiatan
ilmu pengetahuan bukan sekadar berpusat di istana mahupun masjid sahaja,
malah kegiatan itu telah berlaku di mana – mana tempat sama ada secara

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

formal ataupun informal. Bermula pada zaman pemerintahan Khalifah al
Makmun, pendidikan ditingkatkan lagi dengan tindakan nya mendirikan
pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan institusi sains yang
dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal. Perkembangan ilmu
dipesatkan lagi dengan tertubuhnya badan Bait al Hikmah yang membawa
kepada kegiatan perbahasan dan penyelidikan serta penterjemahan.

Kepesatan aktiviti penterjemahan karya – karya Yunani terutama dalam
bidang perubatan dan sains ke dalam bahasa Arab telah merancakkan lagi
perkembangan intelektual di sini contohnya ialah karya-karya Galen,
Hippocrates Plato dan Aristotle. Khalifah al Ma’mun telah mengutuskan
wakilnya menemui Maharaja Byzantine untuk mendapatkan naskhah-
naskhah ahli falsafah dan sains bagi diterjemahkan oleh para penterjemah
di Bait al Hikmah. Pada keseluruhannya, penterjemahan telah
memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam. Para pemerintah berperanan
menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam dan mengumpulkan
para sarjana dan diupah untuk mengumpulkan bahan dan manuskrip dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Faktor seterusnya yang membawa perkembangan intelektual ialah peranan
tokoh atau cendekiawan Islam. al Khawarizmi telah memberikan sumbangan
dalam bidang matematik, astronomi dan falsafah. Dalam bidang kimia,
muncul Jabir ibn Hayyan yang berjaya memajukan pengetahuan dalam teori
dan amalan kimia. Dalam bidang kesusasteraan, keadaan istana Harun al
Rashid di Baghdad memang mengilhamkan penghasilan karya yang terkenal
hingga hari ini iaitu karya alfu lailah wa-Lailah atau dalam bahasa Inggeris “A
Thousand and One Nights” (Arabian Nights). Al-Kindi, Al-Farabi.

Sebagai rumusannya, faktor yang menyuburkan dan perkembangan
intelektual pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah ialah peranan
pemerintah yang bertindak menaungi kegiatan keilmuan meskipun kerajaan
ini meniti kemerosotan pada zaman Bani Buwaih dan Bani Seljuk, namun
‘kecacatan’ itu ditampung dengan munculnya sarjana – sarjana Islam yang
terkenal yang mewarnai perkembangan peradaban tamadun dunia amnya

Bincangkan peranan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan
intelektual.

Salah satu era kegemilangan atau perkembangan intelektual pada zaman
kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyah ialah sewaktu pemerintahan dua orang
khalifah terkenal iaitu Khalifah Harun al Rasyid dan puteranya, al Makmun.
Perkembangan intelektual yang begitu pesat berkait rapat dengan peranan
pemerintah atau khalifah sendiri yang bertindak sebagai penaung kegiatan
keilmuan di samping galakan mereka yang membawa kepada kedatangan
golongan cerdik pandai di Baghdad

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya ialah peranan Baitul Hikmah,
iaitu gedung ilmu yang tiada tolok bandingnya yang terletak di Bahgdad
sehingga pada tempoh itu dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam atau
The Golden Age of Islam. Antara peranan institusi ini ialah menjadi pusat
penyimpanan pelbagai khazanah ilmu, pusat diskusi, penterjemahan dan
penyalinan pelbagai karya sama ada ilmu akli mahu pun ilmu nakli.

Tidak dinafikan peringkat awal penubuhannya, antara peranan Baitul
Hikmah ialah menjadi tempat pengumpulan karya – karya ilmiah atau
dengan kata lain berfungsi sebagai perpustakaan. Pada zaman
pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid, institusi ini dikenali dengan nama
Khizanah al Hikmah, namun ditukar namanya kepada Baitul Hikmah dengan
berfungsi sebagai tempat penyimpanan karya – karya klasik dari Parsi,
Byzantine, Habsyah, dan India. Sejarawan mencatatkan Baitul Hikmah ini
mengalami kemajuan pesat pada masa Khalifah Al Makmun, badan atau
institusi ini merupakan salah satu contoh perpustakaan Islam yang lengkap,
yang berisi ilmu agama Islam dan bahasa Arab, pelbagai ilmu pengetahuan
yang telah berkembang pada masa itu dan terdapat berbagai – bagai buku
terjemahan dari bahasa - bahasa Yunani, Parsi, India, dan Mesir. Buku – buku
yang disimpan diklasifikasikan kepada ilmu aqli dan ilmu naqli, antaranya
matematik, perubatan, falsafah, mantik, fiqh, usuluddin dan lain – lain. Buku
– buku yang disimpan dilengkapi dengan sistem indeks, buktinya al
Khawarizmi telah diarahkan oleh khalifah mengemaskini sistem
perpustakaan dengan menambahkan indeks buku – buku yang tersimpan.

Selain itu, Baitul Hikmah juga merupakan tempat berlangsung aktiviti –
aktiviti penterjemahan karya – karya bukan berbahasa Arab. Pelbagai karya
telah diterjemahkan oleh oleh individu – individu yang dibayar dengan gaji
yang lumayan, antaranya Yuhanna bin Musawaih, Hunayn bin Ishaq, dan
Sahal bin Rabban. Karya – karya yang diterjemahkan antaranya teks
perubatan dan falsafah daripada Yunani, buku berkaitan ilmu geometri dan
astronomi. Khalifah al Ma’mun juga mengarahkan agar kitab atau karya
agama diterjemahkan kepada bahasa – bahasa yang bersesuaian dengan
kawasan – kawasan yang dinaungi oleh kerajaan Abbasiyah. Selain daripada
aktiviti penterjemahan, terdapat juga aktiviti penyalinan kitab tertentu yang
dilakukan atas arahan khalifah.

Seterusnya, Baitul Hikmah juga berperanan sebagai pusat penyelidikan,
buktinya melalui penelitian dan pengkajian yang mendalam tokoh tertentu
seperti al Khawarizmi, beliau telah memperkenalkan ilmu – ilmu baharu
berkaitan dengan bidnag matematik seperti bidang algebra melalui kitab al
Jabar wa al Muqabalah, kehebatan tokoh ini menyebabkan beliau digelar
Bapa Algebra. Kejayaan al Khawarizmi tidak terhad di situ, beliau juga
bertanggungjawab memperkenalkan sistem nombor dan ilmu – ilmu yang
berkaitan seperti perpuluhan dan memperkenalkan angka sifar. Tokoh –
tokoh lain yang aktif melakukan penyelidikan di sini ialah Ibn al Nafis dalam
bidang perubatan begitu juga dengan Ibn Sina, dan al Mas’udi yang
dikaitkan dengan bidang geografi dan sejarah

Oleh sebab Baitul Hikmah turut menjadi pusat pengajian tinggi, tidak
hairanlah institusi turut memainkan peranan melahirkan golongan ilmuwan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

agama dan bukan agama sekaligus menjadi gelanggang berdiskusi bagi
membentang teori – teori yang dihasilkan dan memperjuangkan
pandangan masing – masing. Dalam bidang perubatan lahir tokoh seperti
Ibn Sina dan Ibn al Nafis, sementara al Batani dan al Biruni menonjolkan diri
dalam bidang astronomi, manakala al Kindi dengan ilmu falsafahnya, al
Waqidy bidang sejarah dan ramai lagi tokoh – tokoh yang menguasai ilmu
akliah. Dalam bidang keagamaan pula, diskusi ilmiah telah melahirkan empat
mazhab utama, mazhab Hanafi di bawah Imam Abu Haniffah, Imam Malik
membawa mazhab Maliki, sementara Imam Syafie mempelopori Mazhab
Syafie dan Imam Muhammad bin Hanbal membawa Mazhab Hanbali.
Sememangnya para khalifah kerajaan Abbasiyah mencintai ilmu
pengetahuan, kerap kali diadakan majlis – majlis ilmiah seperti forum,
muzakarah, dialog dan sebagainya.

Keagungan dan kepentingan Baitul Hikmah sememangnya tidak dapat
dinafikan sebagai pusat perkembangan intelektual, terutama sewaktu
pemerintahan dua orang pemerintah, Harun al Rasyid dan anaknya al
Makmun, kedua – duanya banyak memperuntukkan perbelanjaan untuk
menambahbaik kemudahan di Baitul Hikmah dan berusaha menarik
kemasukan sarjana Islam dan bukan Islam. Pun begitu, selepas pemerintahan
kedua – dua tokoh ini, khususnya Khalifah al Mutawakkil, peranan Baitul
Hikmah agak terbatas disebabkan ada usaha - usaha mengelak tersebarnya
pemikiran Yunani yang dikhuatiri boleh merosakkan pemikiran umat Islam.

Huraikan faktor – faktor perkembangan kegiatan intelektual di
Andalus pada abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi

Islam bertapak di Sepanyol apabila tentera Islam di bawah pimpinan Tariq
bin Ziad dan Musa bin Nusair berjaya menghapuskan pemerintahan kerajaan
Visigoth sebelum ini. Kejayaan ini bermakna bermulanya pertapakan Islam
di Sepanyol atau dikenali juga dengan nama Andalus. Pertapakan Islam
bermakna berkembang juga tamadun Islam khususnya perkembangan
intelektual, malah meskipun pada abad ke-11 hingga abad ke-13,
merupakan era kemerosotan, namun pemerintah kerajaan – kerajaan kecil (
Muluk al Tawaif ) seperti al Murabitun, al Muwahhidun dan Nasriyyah tetap
menggalakkan perkembangan intelektual di sini.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, antara faktor utama yang
menggalakkan perkembangan intelektual ialah peranan pemerintah yang
menggunakan gelaran Amir atau Sultan di sini. Walaupun pemerintah –
pemerintah kerajaan kecil tadi menghadapi masalah politik dalaman dan
luaran, perkembangan intelektual tidak pernah diabaikan. Pada zaman
pemerintahan kerajaan al Muwahhidun, para pemerintah kerap mengadakan
majlis – majlis diskusi ilmiah di istana dan rumah para ulama. Hal ini cukup
menggambarkan bahawa kerajaan ini amat mementingkan pemerkasaan
ilmu bagi membangunkan peradaban dengan menggembleng tenaga para
ilmuan pada zaman ini. Hal ini juga ada kaitan dengan sifat pemerintah yang
amat mencintai ilmu pengetahuan.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Dasar kerajaan yang bersifat terbuka dan demokratik pastinya
menggalakkan perkembangan intelektual di sini. Pada zaman kerajaan al
Muwahhidun, pihak kerajaan membenarkan kemasukan pelbagai aliran sufi,
zahiri, ilmu kalam, falsafah, dan sains Islam yang menyemarakkan lagi
perkembangan inteletual berbanding zaman al Murabitun yang hanya
mengehadkan kepada fahaman dan fiqh al Maliki.

Faktor seterusnya yang menyumbangkan kepada perkembangan intelektual
pada zaman ini ialah peranan institusi – institusi pendidikan di Andalus sama
ada universiti mahupun perpustakaan yang dibuka sejak zaman awal
pertapakan Islam di Sepanyol. Peranan dan perpustakaan seperti di Cardova,
Malaga, Granada dan Toledo sememangnya tidak dapat dinafikan menjadi
pemangkin kepada perkembangan intelektual. Hal ini disebabkan bukan
sahaja tersedia karya – karya ilmiah berbentuk agama dan bukan agama
malah di sana berlakunya aktiviti – aktiviti perbincangan, penterjemahan dan
sebagainya yang pastinya menggalakkan perkembangan intelektual di sini.

Kemunculan golongan cerdik pandai pastinya merangsang lagi
perkembangan intelektual di Andalus. Dalam bidang agama, antara tokoh
yang muncul ialah Ibn ‘Atiyyah, Imam al Qurtubi dalam bidang tafsir Quran,
Ziyad Ibn Abdul Rahman, Ibn Yahya, Ibn Hazm dan Ibn Rusyd dalam bidang
fiqh. Ulama – ulama berkenaan bukan sahaja mengajar di institusi – institusi
pendidikan khasnya masjid malah giat menghasilkan kitab – kitab yang
diwarisi hingga hari ini. Selain tokoh dalam bidang keagamaan, sebagaimana
zaman kerajaan Abbasiyah, lahirnya juga tokoh – tokoh dalam bidang bukan
agama ( ilmu akli ) seperti bidang falsafah munculnya Ibn Bajjah, Ibn Tufail
dan Ibn Rusyd. Manakala Ibn Firnas menguasai bidang kimia, fizik, dan
astronomi. Manakala al Idrisi pula menghasilkan karya geografi hasil
daripada pelayarannya, manakala Saad al Andalusi merupakan ilmuwan yang
menguasai bidang falsafah, sains, matematik, dan astronomi.

Perkembangan intelektual yang berlaku pada zaman kerajaan Andalus ini
membuktikan bahawa hebatnya ketamadunan Islam, meskipun pada abad
ke-11 hingga abad ke-13 merupakan tahun suram kepada kerajaan –
kerajaan Islam namun keunggulan Islam tetap terserlah dengan kehebatan
ilmu dan pakar – pakar yang dimiliki sehingga turut dikagumi oleh orang –
orang Barat.

Bincangkan peranan ilmuwan dalam bidang ilmu akli di Andalus
antara abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi

Abad ke-11 Masihi menyaksikan, kemunculan kerajaan – kerajaan kecil di
Andalus seperti Muluk al Tawaif, kerajaan al Murabitun dan kerajaan al
Muwahhidun serta kerajaan Bani al Amar atau dikenali sebagai Nasriyah.
Walau bagaimanapun, perkembangan bidang keilmuan sama ada ilmu akli
dan ilmu naqli tetap berkembang sebagaimana zaman sebelumnya,
khususnya ilmu falsafah, perubatan, astronomi, dan lain - lain. Antara abad
ke-11 hingga abad ke-13 Masihi, ilmu akli yang paling berpengaruh dan
berkembang ialah ilmu falsafah.


Click to View FlipBook Version