The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by matkialtis, 2021-09-17 02:35:02

SEJARAH ISLAM 2018 - 2020

MODUL TUDINGAN

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sebagai rumusannya, faktor yang menyuburkan dan perkembangan
intelektual pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah ialah peranan
pemerintah yang bertindak menaungi kegiatan keilmuan meskipun kerajaan
ini meniti kemerosotan pada zaman Bani Buwaih dan Bani Seljuk, namun
‘kecacatan’ itu ditampung dengan munculnya sarjana – sarjana Islam yang
terkenal yang mewarnai perkembangan peradaban tamadun dunia amnya

Bincangkan peranan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan
intelektual.

Salah satu era kegemilangan atau perkembangan intelektual pada zaman
kekuasaan kerajaan Bani Abbasiyah ialah sewaktu pemerintahan dua orang
khalifah terkenal iaitu Khalifah Harun al Rasyid dan puteranya, al Makmun.
Perkembangan intelektual yang begitu pesat berkait rapat dengan peranan
pemerintah atau khalifah sendiri yang bertindak sebagai penaung kegiatan
keilmuan di samping galakan mereka yang membawa kepada kedatangan
golongan cerdik pandai di Baghdad

Selain itu, faktor yang tidak kurang pentingnya ialah peranan Baitul Hikmah,
iaitu gedung ilmu yang tiada tolok bandingnya yang terletak di Bahgdad
sehingga pada tempoh itu dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam atau
The Golden Age of Islam. Antara peranan institusi ini ialah menjadi pusat
penyimpanan pelbagai khazanah ilmu, pusat diskusi, penterjemahan dan
penyalinan pelbagai karya sama ada ilmu akli mahu pun ilmu nakli.

Tidak dinafikan peringkat awal penubuhannya, antara peranan Baitul
Hikmah ialah menjadi tempat pengumpulan karya – karya ilmiah atau
dengan kata lain berfungsi sebagai perpustakaan. Pada zaman
pemerintahan Khalifah Harun al Rasyid, institusi ini dikenali dengan nama
Khizanah al Hikmah, namun ditukar namanya kepada Baitul Hikmah dengan
berfungsi sebagai tempat penyimpanan karya – karya klasik dari Parsi,
Byzantine, Habsyah, dan India. Sejarawan mencatatkan Baitul Hikmah ini
mengalami kemajuan pesat pada masa Khalifah Al Makmun, badan atau
institusi ini merupakan salah satu contoh perpustakaan Islam yang lengkap,
yang berisi ilmu agama Islam dan bahasa Arab, pelbagai ilmu pengetahuan
yang telah berkembang pada masa itu dan terdapat berbagai – bagai buku
terjemahan dari bahasa - bahasa Yunani, Parsi, India, dan Mesir. Buku – buku
yang disimpan diklasifikasikan kepada ilmu aqli dan ilmu naqli, antaranya
matematik, perubatan, falsafah, mantik, fiqh, usuluddin dan lain – lain. Buku
– buku yang disimpan dilengkapi dengan sistem indeks, buktinya al
Khawarizmi telah diarahkan oleh khalifah mengemaskini sistem
perpustakaan dengan menambahkan indeks buku – buku yang tersimpan.

Selain itu, Baitul Hikmah juga merupakan tempat berlangsung aktiviti –
aktiviti penterjemahan karya – karya bukan berbahasa Arab. Pelbagai karya
telah diterjemahkan oleh oleh individu – individu yang dibayar dengan gaji
yang lumayan, antaranya Yuhanna bin Musawaih, Hunayn bin Ishaq, dan
Sahal bin Rabban. Karya – karya yang diterjemahkan antaranya teks
perubatan dan falsafah daripada Yunani, buku berkaitan ilmu geometri dan
astronomi. Khalifah al Ma’mun juga mengarahkan agar kitab atau karya
agama diterjemahkan kepada bahasa – bahasa yang bersesuaian dengan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

kawasan – kawasan yang dinaungi oleh kerajaan Abbasiyah. Selain daripada
aktiviti penterjemahan, terdapat juga aktiviti penyalinan kitab tertentu yang
dilakukan atas arahan khalifah.

Seterusnya, Baitul Hikmah juga berperanan sebagai pusat penyelidikan,
buktinya melalui penelitian dan pengkajian yang mendalam tokoh tertentu
seperti al Khawarizmi, beliau telah memperkenalkan ilmu – ilmu baharu
berkaitan dengan bidnag matematik seperti bidang algebra melalui kitab al
Jabar wa al Muqabalah, kehebatan tokoh ini menyebabkan beliau digelar
Bapa Algebra. Kejayaan al Khawarizmi tidak terhad di situ, beliau juga
bertanggungjawab memperkenalkan sistem nombor dan ilmu – ilmu yang
berkaitan seperti perpuluhan dan memperkenalkan angka sifar. Tokoh –
tokoh lain yang aktif melakukan penyelidikan di sini ialah Ibn al Nafis dalam
bidang perubatan begitu juga dengan Ibn Sina, dan al Mas’udi yang
dikaitkan dengan bidang geografi dan sejarah

Oleh sebab Baitul Hikmah turut menjadi pusat pengajian tinggi, tidak
hairanlah institusi turut memainkan peranan melahirkan golongan ilmuwan
agama dan bukan agama sekaligus menjadi gelanggang berdiskusi bagi
membentang teori – teori yang dihasilkan dan memperjuangkan
pandangan masing – masing. Dalam bidang perubatan lahir tokoh seperti
Ibn Sina dan Ibn al Nafis, sementara al Batani dan al Biruni menonjolkan diri
dalam bidang astronomi, manakala al Kindi dengan ilmu falsafahnya, al
Waqidy bidang sejarah dan ramai lagi tokoh – tokoh yang menguasai ilmu
akliah. Dalam bidang keagamaan pula, diskusi ilmiah telah melahirkan
empat mazhab utama, mazhab Hanafi di bawah Imam Abu Haniffah, Imam
Malik membawa mazhab Maliki, sementara Imam Syafie mempelopori
Mazhab Syafie dan Imam Muhammad bin Hanbal membawa Mazhab
Hanbali. Sememangnya para khalifah kerajaan Abbasiyah mencintai ilmu
pengetahuan, kerap kali diadakan majlis – majlis ilmiah seperti forum,
muzakarah, dialog dan sebagainya.

Keagungan dan kepentingan Baitul Hikmah sememangnya tidak dapat
dinafikan sebagai pusat perkembangan intelektual, terutama sewaktu
pemerintahan dua orang pemerintah, Harun al Rasyid dan anaknya al
Makmun, kedua – duanya banyak memperuntukkan perbelanjaan untuk
menambahbaik kemudahan di Baitul Hikmah dan berusaha menarik
kemasukan sarjana Islam dan bukan Islam. Pun begitu, selepas
pemerintahan kedua – dua tokoh ini, khususnya Khalifah al Mutawakkil,
peranan Baitul Hikmah agak terbatas disebabkan ada usaha - usaha
mengelak tersebarnya pemikiran Yunani yang dikhuatiri boleh merosakkan
pemikiran umat Islam.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan peranan ilmuwan dalam bidang ilmu akli di Andalus
antara abad ke-11 hingga abad ke-13 Masihi

Abad ke-11 Masihi menyaksikan, kemunculan kerajaan – kerajaan kecil di - Ilmu aqli dapat didefiniskan
Andalus seperti Muluk al Tawaif, kerajaan al Murabitun dan kerajaan al sebagai ilmu yang
Muwahhidun serta kerajaan Bani al Amar atau dikenali sebagai Nasriyah. bersumberkan akal, dan
Walau bagaimanapun, perkembangan bidang keilmuan sama ada ilmu akli ianya dibahagikan kepada
dan ilmu naqli tetap berkembang sebagaimana zaman sebelumnya,
khususnya ilmu falsafah, perubatan, astronomi, dan lain - lain. Antara abad sains tabii ( natural
ke-11 hingga abad ke-13 Masihi, ilmu akli yang paling berpengaruh dan science ), sains sosial, dan
berkembang ialah ilmu falsafah. sains kemanusiaan.

Perkembangan ilmu akli khususnya ilmu falsafah menyaksikan kemunculan
beberapa orang ahli falsafah yang unggul seperti Ibn Tufail yang menulis
buku Hayy Ibn Yaqzan. Karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin, Belanda, Inggeris, Jerman, dan Perancis. Dalam buku ini, beliau
memaparkan aliran – aliran pemikiran sezaman menerusi kisah. Beliau
menyatakan walaupun falsafah agama adalah benar, tetapi ia tidak boleh
digunakan secara langsung untuk membimbing urusan dan kehidupan
rakyat biasa.

Tokoh yang lebih terkenal ialah Ibn Bajjah yang dalam literature Barat - Di antara ilmu-ilmu akal ini
dikenali sebagai Avenpace dan merupakan komentator karya – karya
ialah ilmu perubatan,

Aristotle, ahli muzik dan fizik dengan karya utamanya Tadbir al Mutawahhid. astronomi, geologi,

Beliau merupakan guru kepada Ibn Tufail dan dianggap setaraf dengan Ibn matematik, sejarah,

sosiologi, psikologi,

Rusyd, Ibn Sina dan al Farabi. falsafah dan

Sebagai ahli falsafah, minatnya tertumpu kepada idea dan pemikiran serta sebagainya.

aspek – aspek kemanusiaan. Bagi Ibn Bajjah, beliau telah menumpukan - lmu aqli menduduki taraf
yang kedua selepas ilmu
kajian khusus tentang bentuk – bentuk kerohanian dan idea – idea yang nakli kerana ia
terdapat dalam pemikiran manusia.
bersumberkan pemikiran
Selain itu, pada zaman ini juga muncul Ibn Rusyd yang mengulas dan
akal dan pancaindera yang
memberi jawapan terhadap ‘serangan’ al Ghazali dalam bukunya Tahafut al
ada kalanya benar, dan ada

Tahafut dan komentarnya terhadap karya Aristotle. pengaruhnya yang besar kalanya salah.

ini telah menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali -

dengan nama Averoisme.

Sumbangan Ibn Rusyd juga dapat dilihat dalam bidang perubatan apabila

beliau mengolah ideanya dalam Kitab al Kulliyat fi at Tibb yang menjadi

sumber rujukan berabad – abad di Eropah.

Ibn Rusyd berusaha mengharmonikan antara falsafah dan agama. Dalam

karyanya, beliau mengakui terdapat pertembungan antara agama dan

falsafah, namun ianya merupakan perkara furu’ ( cabang ) semata – mata,

dan ianya boleh diselesaikan menerusi kewibawaan ahli – ahli agama dan

falsafah

Kesimpulan

Meskipun pada abad ini zaman Bani Abbasiyah menuju era kemerosotan,
perkembangan ilmu tetap berlaku sama ada ilmu akli mahupun ilmu naqli
ekoran kemunculan golongan – golongan cerdik pandai Islam pada masa
ini.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberikan
impak yang besar kepada masyarakat hari ini. Bincangkan
pernyataan tersebut.

Ibn Sina merupakan ilmuwan Islam yang dilahirkan pada tahun 980 Masihi
di sebuah daerah yang dikenali sebagai Afsanah, Turkestan.
Keperibadiannya yang mudah menguasai sesuatu ilmu merupakan salah
satu faktor kemunculannya sebagai ilmuwan terbilang, buktinya seawal usia
10 tahun, telah berjaya menghafal al Quran dan menguasai banyak cabang
ilmu agama. Selain menguasai ilmu agama, tokoh ini turut menguasai ilmu
– ilmu seperti ilmu falsafah, geometri, astronomi, geografi, dan yang sinonim
dengan dirinya iaitu ilmu perubatan. Kerjayanya sebagai pakar perubatan
bermula apabila beliau berjaya menyembuhkan seorang pentadbir kerajaan
Nuh bin Mansur yang tidak dapat diubati oleh kebanyakan doktor. Bermula
dari saat itu, beliau telah mendapat galakan daripada tokoh berkenaan dan
dilantik sebagai doktor istana.

Tokoh ini telah berjaya menghasilkan karya – karya perubatan yang bukan
sahaja bermanfaat pada zamannya malah telah menjadi sumber rujukan
kepada pakar – pakar perubatan hari ini. Qanun al Tibb merupakan khazanah
perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di
universiti – universiti di Eropah. Segala rumusan yang terdapat dalam karya
tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden hari ini. Gerard
Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku yang
menjadi buku rujukan utama di universiti - universiti Eropah hingga 1500
Masihi ini telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin
dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Prof. William Osler
menganggap karya ini amat berpengaruh berbanding buku – buku
perubatan lain, sehinggakan menggelarkannya Medical Bibble. Antara
kandungan karya ini yang menjadi rujukan ialah perbincangan mengenai
penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.

Tokoh ini juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberikan judul
Remedies For The Heart yang mengandungi sajak – sajak perubatan. Dalam
karya ini, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit
dan cara mengubatinya. Kitab – kitab lain lain yang dihasilkan oleh tokoh ini
yang turut menjadi rujukan hingga hari ini ialah Kitan al Majmu dan Kitab
al Syifa, iaitu kitab mengenai cara – cara rawatan beserta ubatannya yang
terbahagi kepada kepada 18 jilid, kitab ini juga dikenali sebagai ensiklopedia
perubatan, dan dalam bahasa Latin dikenali dengan nama Sanatio.

Ibn Sina juga dianggap sebagai individu terawal yang mengemukakan Teori
- teori Anatomi Dan Fisiologi. Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-
buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan
mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makrokosmos
(dunia besar). Pengetahuan anatomi Ibn Sina jelas dilihat dalam karyanya
yang menggambarkan keterangan – keterangan yang lebih jelas di samping
hiasan gambar-gambar dan sketsa - sketsa tertentu. Melalui pengetahuan
dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia
mengepam darah

Penyelidikan yang dijalankan oleh tokoh ini telah membawa kepada
penemuan penyakit baru serta puncanya, pengaruh kuman dalam penyakit.
Jangkitan virus seperti tibi dan sebagainya. Penyakit seperti rubella, alahan
( allergy ), cacar ( smallpox ), penyakit jiwa dan seumpamanya. Ibn Sina
mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit
berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air adalah pembawa segala
kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan
kebanyakan penyakit. Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi
telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis
penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau telah
menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau telah
mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan
lain-lain. Malah, hasil daripada penyelidikannya, dijelaskan simpton –
simpton penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul
daripadanya.

Ibn Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu
perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Beliau telah menjelaskan
pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan
psikologi. Tokoh ini telah mempraktikkan kaedah psikoterapi ini ketika
merawat seorang pembesar yang tidak mahu makan dan minum kerana
menghadapi masalah kejiwaan. Melalui kaedah emosi, pembesar tersebut
dapat ditenteramkan, bukan sahaja telah mengambil makanan berzat malah
makan ubatan yang disediakan oleh tokoh ini. Kaedah ini telah digunakan
oleh pakar psikologi hari ini menangani kes – kes yang berkaitan dengan
kejiwaan atau mental

Tidak dapat dinafikan sumbangan tokoh ini begitu besar dalam bidang
perubatan, banyak penghargaan yang diterimanya menjadi bukti, antaranya
lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan,
Universiti Paris, dan dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Medicorum
Principal atau Raja Diraja Doktor, Raja Ubat, malah kehebatan dan
kepakarannya dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga
beliau diberikan gelaran al-Syeikhal-Rais (Mahaguru Pertama).

Jelaskan sumbangan al Ghazali dalam bidang ilmu kalam dan
falsafah

Nama sebenar Imam al Ghazali ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Thusi,
dilahirkan di Thus pada tahun 1058M. Sejak kecil lagi Al-Ghazali telah
merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai
guru. Antara gurunya ialah Imam Al-Radzakani, Imam Al-Abi Nash Al-Isma’ili
dan Imam Al-Haramain Abu Ma’ali Al-Juwaini. Sebagai individu yang tekun
menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan, beliau telah berjaya
menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantiq,
membaca hikmah dan yang paling terkenal ialah bidang falsafah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kemampuan ini membolehkan beliau menulis dan menyusun kitab-kitab
dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari

Sumbangan beliau dalam bidang ilmu kalam amat besar, beliau telah
mengarang begitu banyak penulisan berkaitan dengan ilmu kalam, melalui
penulisannya, banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang
keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan
ilmu kalam. Beliau menguatkan hujah-hujahnya berteraskan al Quran,
sunnah Rasulullah SAW dan perbahasan para sahabat.
Beliau berpendapat perdebatan yang diasaskan kepada hujah akal tanpa
berpaksikan kepada sumber primer iaitu al Quran dan al sunnah hanya akan
menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam pada
ketika itu,

Dalam karya Ihya’ ulumuddin, beliau meletakkan ilmu kalam sebagai satu
ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap
sesiapa yang keterlaluan dalam membincangkan isu-isu berkaitan dengan
sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk di dalam golongan orang yang
melakukan bidaah di dalam Islam. Beliau menyatakan bahawa ilmu kalam
tidak bermanfaat sekiranya tersimpang jauh dari matlamat utama iaitu
mengenal Allah

Polemik berkaitan dengan isu - isu ilmu kalam telah membuka ruang
kepada golongan munafik dan musuh-musuh Islam menimbulkan keraguan
kepada akidah dan pegangan umat Islam. Menyedari hakikat tersebut dan
didorong atas rasa tanggungjawab setelah melihat tiada seorang pun ulama
pada ketika itu bangun menentang musuh-musuh Islam yang
menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan
akidah umat Islam, al Ghazali bangun menentang hujah-hujah golongan
tersebut. Oleh sebab itu, tokoh ini dianggap sebagai Hujjatul Islam

Berhubung dengan bidang falsafah, penglibatannya berpunca untuk
mengelak pengabaian aspek membela agama Allah dan menangani
pemikiran ahli – ahli falsafah Yunani yang boleh menggugat keimanan
seseorang muslim. al Ghazali memberikan sumbangan yang besar dalam
bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam.
Setelah menganalisa ilmu falsafah yang dipelajarinya, al Ghazali
membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga
golongan; pertama, atheis, kedua, natural dan ketiga teologi.

Golongan pertama ialah golongan yang mengingkari wujudnya pencipta
yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah golongan ilmuwan
yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi
manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa apabila mati
mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari
akhirat. Golongan ketiga adalah ahli teologi iaitu ahli yang membincangkan
soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Sokratus. Golongan ini
membahaskan perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

al Ghazali merupakan individu pertama yang mengklasifikasikan ilmu
falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan,
siasah dan akhlak. Menurut al Ghazali matematik ialah berkaitan dengan
ilmu hisab dan kejuruteraan serta tidak berkaitan dengan perbahasan dari
sudut agama. Mantiq pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan
bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.
Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air,
udara dan alam seluruhnya.

Selain itu, ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan dari
perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini berasaskan perbincangan mantiq dan
logik. Ilmu ini menurut al Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan
yang sebenar. Siasah menurut al Ghazali adalah perkara yang berkaitan
dengan unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia menjalani
kehidupan seharian dengan lebih baik. Ilmu yang terakhir dalam ilmu
falsafah menurut Al-Ghazali ialah akhlak iaitu ilmu yang berkaitan
bagaimana seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan
peribadi yang mulia.

Beliau menghasilkan beberapa karya falsafah antaranya, kitab Maqasid al-
Falsafiyah, iaitu sebagai pendahuluan kepada kitabnya yang terkenal
Tahafut al-Falasifah, dengan membentangkan pelbagai pendapat ahli
falsafah, diterjemahkan ke bahasa Latin, Sepanyol dan ’Hibrew dan tersebar
dengan meluas. Kitab Mi’eyar al—’Ilmi fi al-Mantiq, iaitu perbicaraan
tentang pencapaian ilmu pengetahuan serta Kitab Al-Munqidh Min al-Dalal,
iaitu antara kitab yang membicarakan penghidupan dan kemajuan
pemikirannya sendiri dalam pelbagai hal.

Al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
khususnya dalam ilmu falsafah Islam. Beliau telah dapat menyelamatkan
akidah umat Islam dari terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan
Yunani yang jelas akan menyebabkan akidah umat Islam boleh terpesong
secara halus.

Huraikan kepentingan catatan Ibn Majid hasil sepanjang pelayaran
yang dilakukannya.

Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi
merupakan seorang ahli pelayaran Arab terkemuka pada abad ke-9. Beliau
adalah dari keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut ”. Beliau telah
mempelajari ilmu pelayaran menerusi Muhammad bin Shadan, Sahi bin
Aban dan Layth bin Kahlah dan ahli-ahli pelayaran zaman Abbassiyah.Beliau
telah menghasilkan 25 buah karya sama ada berbentuk prosa atau pun puisi
yang merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, ombak dan
lain – lain yang menggambarkan penguasaannya dalam bidang pelayaran
dan geografi.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Beliau telah menghasilkan kitab ilmu laut yang berjudul al-Fawaid fi Usul ’Ilm
al-Bahar wa al-Qawaid (mengenai kaedah-kaedah dan faedah –faedah ilmu
laut) bertarikh 895 H. Hasil karya dalam bentuk prosa ini dibahagikan kepada
12 bab. Kandungan kitab ini mengenai permulaan pelayaran, jarum magnet,
bulan, bintang, kompas, laluan laut Lautan Hindi, sepuluh buah pulau yang
paling terkenal , monsun yang sesuai bagi pelayaran dengan tarikh dalam
perkiraan bangsa Parsi bagi setiap monsun dan Laut Merah. Antara tujuan
beliau menghasilkan karya yang pertama ini ialah hasratnya ingin
memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan – catatan yang
dilakukan oleh pelayar sebelumnya.

Kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul’ Ilm al-Bihar yang bertarikh 866 H.
Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh ( tahun ), ilmu bahasa, ilmu
bintang, berkaitan dengan laut di pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika,
laluan di Teluk Parsi, Lautan Hindi, Laut China, dan pantai dan pelabuhan,
garis lintang dan ilmu astronomi.

Kitab Al-Urjuzah al-Mu-arrabah 890 H membicarakan pelayaran di Teluk
Aden secara terperinci yang dapat menarik perhatian bukan sahaja khalayak
pembaca malah memberikan tarikan yang tersendiri kepada penjelajah –
penjelajah lain. Karya Aribah al-Daraib pula merupakan huraian yang
lengkap mengenai penggunaan bintang dalam pelayaran. Beliau juga telah
menghasilkan karya mengenai bintang-bintang di kutub utara berjudul
Urjuzah Al-Maimiyah.

Karya yang berjudul Qailah al-Isla fi Jami’ al-Dunya merupakan karya yang
berbentuk puisi. Ia mengandungi huraian berangkap tentang menentukan
arah kibkat dari mana-mana darat dan laut. Beliau mendakwa mempunyai
kaedah yang tepat dalam perkara ini.

Catatan Ibn Majid hasil daripada pelayarannya telah membawa
peningkatan pengetahuan khususnya dalam bidang geografi, dan ianya
telah menjadi perangsang pelayaran tokoh – tokoh Islam lain. Kehebatan
mengolah catatan dalam bentuk puisi dan prosa menunjukkan beliau bukan
setakat ahli pelayaran dan geografi malah diakui sebagai sasterawan.

Bincangkan sumbangan Ibn Batuttah hasil daripada aktiviti
pelayarannya.

Ibnu Batttutah, atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al Lawati
dilahirkan pada tahun 1304 Masihi di Tanger, Maghribi yang telah
memulakan pengembaraannya bermula ketika usianya baru mencecah 21
tahun. Beliau memiliki keperibadian yang menggemari menyelidiki sesuatu
yang mendorongnya melakukan pelayaran ke sesuatu tempat bagi
memenuhi hasrat ingin tahunya dan mempunyai sifat yang cekal. Kejayaan
pelayaran Ibnu Battutah selama 28 tahun yang merentasi sejauh 75 batu
atau120,000 kilometer antara tahun 1325 Masihi – 1353 Masihi telah
meletakkan beliau setaraf dengan pengembara atau pelayar terkenal seperti
Marco Polo. Keberanian Ibnu Battutah dalam pengembaraan menyebabkan
ramai sarjana menggelar beliau sebagai “The Prince of Muslim Travelers”.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya
menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al Nazar atau lebih dikenali
sebagai al Rihlah. Sarjana Barat atau orientalis menyifatkan Ibnu Battutah
sebagai The Prince of Muslim Travellers. Karya atau catatannya sepanjang
pengembaraan tersebut menjadi sumber sejarah abad pertengahan bagi
pelbagai negara yang telah dilawatinya. Melalui karya al Rihlah, khalayak
pembaca didedahkan pelbagai aspek kehidupan seperti agama, politik,
sosial, ekonomi, dan kebudayaan masyarakat di sana khususnya negara –
negara seperti di Afrika Barat dan di India. Di India, catatannya berkisar
tentang pelbagai kepercayaan yang diamalkan oleh orang Hindu, malah
beliau turut menyatakan kepentingan Sungai Ganges kepada masyarakat di
India khususnya untuk upacara penyucian diri.

Karya yang dihasilkannya turut menggambarkan negara Islam khasnya
sejarah Anatolia, India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughluq, Afrika
Timur dan Barat serta Maldives. Ibnu Battutah juga menulis catatan tentang
kota-kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan
Sifahan dan terdapat juga catatan tentang tempat-tempat yang dilawati di
Makkah seperti Masjidil Haram, Makam Imam dan Kaabah.

Kejayaan ekspedisi – ekspedisi pelayarannya telah menjadi pendorong
kepada para pelayar Islam lain untuk mengikut jejak langkahnya. Hal ini
telah membawa kepada kemunculan beberapa tokoh lain seperti Ibn
Hawqal, Sulayman al Mahri dan sebagainya. Ibnu Hawqal, umpamanya
telah memulakan pelayaran ke Afrika Utara, Sepanyol, Selatan Sahara,
negara – negara Arab, Armenia, Adzerbaijan, dan Sicily dari tahun 947 Masihi
hingga 973 Masihi. Sementara Sulayman al Mahri berjaya merentasi lautan
– lautan antarabangsa seperti Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Artik,
Lautan Atlantik, perairan Mediterranean melalui Selat Gibraltar.

Karya Ibnu Battutah telah dapat meningkatkan pengetahuan ilmu geografi
dan aspek pensejarahan. Dalam bidang geografi, beliau mencatatkan
keadaan geografi sesebuah negara, antara catatan terpenting ialah iklim
khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Kepentingan catatan
seumpama ini ialah dapat menentukan pemilihan tapak bagi sesebuah
pangkalan perdagangan.

Di Constantinople, beliau mencatat akan keindahan kota ini yang dilengkapi
dengan pasar atau gudang membeli – belah, jalan raya yang indah yang
dibina daripada batu, dan kewujudan sebuah gereja besar yang dikenali
sebagai Gereja Sancta Sophia di tengah – tengah kota berkenaan. Pasai pula
dicatatkan sebagai kawasan yang subur yang dipenuhi dengan pokok
kelapa, cengkih, gaharu, dan lain – lain.

Keperibadiannya yang hebat menyebabkan beliau dilantik sebagai pegawai
kerajaan di tempat beliau singgah; sesuatu yang agak unik, umpamanya
pada zaman pemerintahan kerajaan Tughluq, beliau dilantik sebagai kadi
dan pernah menjadi wakil kerajaan tersebut bagi menemui atau
menjalankan ekspedisi ke China. Sesuatu yang menarik tentang Ibn Batuttah
ini juga, beliau telah mengklasifikasikan pemerintah dengan sifat – sifat
tertentu, umpamanya Raja di Iraq dianggap amat berbudi bahasa, Raja

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Hindustani ( peramah ), Raja Yaman ( berakhlak mulia ), Raja Turki ( gagah
perkasa ), Raja Rom ( pemaaf ), Raja Turkestan ( bertoleransi ), dan Raja
Pasai ( berilmu pengetahuan seumpama ulama ). Pentingnya catatan ini
ialah memudahkan pengembaraan seterusnya dijalankan khususnya
berkaitan dengan persiapan apabila berlabuh di negara – negara berkenaan

Walaupun Ibn Batuttah hakikatnya adalah seorang ahli pelayaran, namun
catatannya yang lengkap menyebabkan tokoh ini dianggap sebagai individu
serba boleh, bukan sahaja tokoh dalam bidang geografi, malah yang
menariknya beliau juga dianggap sebagai guru dalam bidang kehakiman
dan sejarah dan pensejarahan serta bidang antropologi dan sosiologi

Huraikan faktor – faktor perkembangan seni bina pada zaman
kerajaan Mughal di India pada abad -16 Masihi.

Abad ke-16, kerajaan Mughal mula menguasai pemerintahan di India
berikutan kejayaan Babur memimpin angkatan tentera mengalahkan Sultan
Ibrahim Lodi dalam Perang Panipat. Bermula dari saat ini hingga tahun 1857,
India berada di bawah kekuasaan dinasti ini. Salah satu mercu tanda
kejayaan pemerintahan kerajaan Mughal di India ialah kewujudan pelbagai
binaan seperti masjid, istana, kubu, dan makam diraja yang menunjukkan
bahawa bidang seni bina berkembang pada era ini.

Pembinaan pelbagai bangunan pada zaman ini dikaitkan dengan peranan
serta inisiatif dan minat pemerintah kerajaan ini. Contoh yang paling jelas
ialah pembinaan Taj Mahal adalah disebabkan hasrat Syah Jehan yang ingin
mengabadikan cintanya kepada isterinya, Mumtaz, manakala Masjid Jama
pula dibina khas untuk puterinya, Jahanara Begum. Putera Syah Jehan,
Aurangzeb pula bertanggungjawab pembinaan Masjid Moti, sementara
Hamida Banu Begum telah mengarahkan pembinaan makam diraja untuk
suaminya, Humayun.

Faktor lain yang menyebabkan perkembangan seni bina pada zaman ini
ialah disebabkan perkembangan bidang kesenian lain yang membolehkan
bidang seni bina turut berkembang dengan pesat. Bidang yang
dimaksudkan ialah seni ukir, seni lukis termasuk kaligrafi menyebabkan
setiap bangunan akan dihiasi atau dlengkapi dengan lakaran flora, pintu
gerbang yang berukir, dan tulisan khat yang menghiasi masjid mahupun
istana

Kemajuan dan keteguhan ekonomi menyebabkan pemerintah dapat
memberi tumpuan kepada binaan – binaan seumpama ini. Walaupun ada
suara – suara bantahan pembinaan Taj Mahal, namun keyakinan mampu
menguruskan kewangan disebabkan sumber pendapatan yang begitu
banyak projek mega ini diteruskan, begitu juga dengan bangunan lain yang
menggunakakn marmar yang berwarna – warni diselitkan pula dengan
permata dan emas pada bahagian – bahagian tertentu.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kreativiti masyarakat pada masa itu turut sama membawa kepada
perkembangan seni bina di samping adanya kerahan rakyat untuk
menjayakan pembinaan sesebuah binaan. Taj Mahal yang keagungan
kerajaan ini dibina oleh 3 orang jurutera yang hebat, iaitu Ahmad Lahauri
yang berasal dari Parsi, Geromino Veroneo berasal dari Itali, dan S Austin de
Bordeaux yang berasal dari Perancis. Binaan istana ini dikatakan
menggunakan buruh kerahan seramai 20 000 yang merangkumi buruh
kasar, tukang emas, pengukir, dan lain – lain. Kreativiti bangunan ini terbukti
ianya diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Pembinaan seni bina khususnya bangunan – bangunan yang unik pada
zaman ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Mughal ini bukan sahaja
meneruskan legasi umat Islam di India selepas Kesultanan Delhi, malah
menyumbangkan salah satu aspek penting dalam bidang ketamadunan
Islam yang jelas memiliki nilai estetika yang tersendiri.

Berdasarkan empat bangunan yang terdapat pada zaman kerajaan
Mughal, bincangkan keunikan bangunan – bangunan berkenaan.

Salah satu keunikan pemerintahan kerajaan Mughal di India ialah
terdapatnya pelbagai bangunan yang didirikan sewaktu pemerintahan Syah
Jehan sehingga diwarisi hingga hari ini. Antara bangunan – bangunan yang
dirikan ialah masjid, istana, kubu, taman bunga, makam diraja dan
sebagainya. Menariknya bangunan – bangunan ini disebabkan penggunaan
bahan –bahan binaan yang tahan lasak dan mampu memukau pandangan
serta banyak kemudahan yang dapat dimanfaatkan terutamanya binaan
yang berkaitan dengan masjid.

Bangunan masjid yang didirikan pada zaman ini dilengkapi dengan menara
yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur lain terdapatnya
kubah – kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai
puncak yang meruncing. Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk
kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman ini terbina masjid
yang besar dan istana yang didirikan dalam sebuah kompleks, contohnya
Masjid Lapan Mutiara di Agra.

Istana merupakan bangunan yang tersohor pada zaman ini, binaannya
hampir sama sebagaimana masjid, terdapat gabungan antara gaya Parsi
dengan gaya tempatan. Istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akbar
diperbuat daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar.
Sebuah pintu gerbang yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan
kehebatan binaan ini. Di sekelling istana, terdapat tembok batu yang
mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan
ruang rasmi pemerintah. Istana terkenal ialah Taj Mahal, bangunan yang
didirikan di Agra sebagai tanda cinta dan kasihnya Syah Jehan terhadap
isterinya, Mumtaz. Bangunan ini didirikan di hujung sebuah taman yang luas
dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bahan binaan bangunan ini ialah batu marmar merah dan keadaan ini
menimbulkan kontra yang menarik dengan bahagian induk di bahagian
tengah yang menggunakan batu marmar biru dan putih sebagai bahan
binaannya. Di bangunan tersebut juga didirikan juga masjid – masjid yang
mempunyai seolah – olah tiga atau hingga tujuh buah mihrab yang dibina
bersebelahan. kedapatan juga masjid – masjid lain yang berdinding tebal,
tanpa jendela dibuat kosong tanpa sebarang hiasan, identitinya hanya
terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.

Monumen lain yang terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah
kubur atau tempat pemakaman raja – raja dan kaum kerabatnya. Bangunan
yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan bahan – bahan merah
yang kekal lama. Kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi dengan
menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu
terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya. Contoh paling
jelas Makam Diraja Humayun, strukturnya terdiri daripada batuan merah,
batu putih dna marmar hitam dan putih dikelililingi taman bunga

Kubu merupakan satu lagi bentuk seni bina yang terdapat di India, paling
jelas Kota Merah binaan sepanjang 2 kilometer, memperlihatkan gabungan
seni bina Parsi dan tempatan. Kubu ini dibina dengan menggunakan batu
bata merah, batu marmar yang dihiasi dengan corak flora, dilengkapi dua
buah kubah dan di dalamnya terdapat ruangan khas seperti rang mengadap
dan ruangan khusus untuk maharaja

Binaan yang begitu banyak pada zaman pemerintahan Syah Jehan
menggambarkan kehebatan tamadun Islam khususnya bidang seni bina
yang dimiliki oleh orang – orang Mughal. Oleh sebab sumbangan Syah
Jehan yang begitu besar dalam bidang ini, beliau digelar oleh sejarawan
sebagai Bapa Kebudayaan Islam zaman kekuasaan Mughal di India.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

TEMA 3

Tanzimat merupakan implikasi daripada peluasan kuasa Barat di
Turki pada abad ke-18 hingga abad ke-20. Bincangkan.

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertogrul, pemimpin
yang berasal daripada Asia Tengah serta pernah berkhidmat dengan
Kesultanan Seljuk bagi memerangi bangsa Moghul. Kerajaan ini mencapai
era keagungan sewaktu pemerintahan Muhammad al Fatih apabila berjaya
menguasai kota Constantinople dan terus berkembang hingga meliputi
benua Asia, Eropah, dan Afrika. Tanzimat bermaksud pembaharuan atau
reformasi yang berlaku di Turki secara evolusi antara tahun 1839 hingga
1876 yang meninggalkan kesan mendalam pada masyarakat Turki khasnya
dan umat Islam amnya.

Tanzimat di Turki bermula dengan penggubalan piagam yang dikenali
sebagai Hatt-i Syarif Gulhane. Piagam ini bersifat sekular iaitu menyeru
kepada reformasi yang melibatkan perubahan – perubahan terhadap
institusi masyarakat dengan syarak tetap menjadi undang – undang negara
Turki. Piagam ini menjanjikan keselamatan nyawa, maruah dan harta untuk
semua rakyat tanpa mengira agama di samping jaminan persamaan hak dan
pembicaraan yang adil, telus, dan terbuka. 1856, muncul piagam kedua
yang mengesahkan segala janji yang termaktub dalam Hatt-i Gulhane,
namun apa yang mengejutkan segala aspek syarak digugurkan sama sekali
( gambaran pengaruh sekular kian menular )

Dalam bidang pentadbiran, tanzimat yang berlaku ialah mengemaskinikan
pentadbiran pusat dengan membentuk kementerian – kementerian seperti
Kementerian Kerjaraya, Kementerian Pelajaran, dan Kementerian Polis.
Majlis Diraja diberikan jenama baharu iaitu Majlis Tanzimat yang
berperanan merangka segala pembaharuan serta mengelak amalan rasuah
dalam kalangan pentadbir kerajaan. Ahi – ahli yang dipilih berpendidikan
Barat dan perbincangan kerap diadakan untuk mewujudkan amalan
demokrasi. Pentadbiran yang dirangka adalah bermodelkan pentadbiran
Perancis.

Dalam bidang pendidikan, sistem pendidikan yang dirangka adalah aliran
akademik yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang
ditubuhkan bermula dari sekolah rendah hingga peringkat universiti.
Kurikulum yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran berasaskan ilmu
aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran. Implikasi
daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para
pelajar muslim tentang Islam kian berkurangan menyebabkan kehilangan
identiti dalam kalangan mereka. Selain itu, sekolah atau madrasah kian
ketinggalan berbanding sekolah – sekolah profesional corak awam dan
militer.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Dalam bidang perundangan dan kehakiman, kesan daripada pelaksanaan
tanzimat beberapa peraturan yang digubal diadakan tanpa penglibatan para
ulama. Peraturan – peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan dan
pelayaran diubahsuai berdasarkan undang – undang Perancis. Institusi
mahkamah turut mengalami perubahan, mahkamah sekular didirikan bagi
mengendalikan atau menjalankan undang – undang baharu. 1847,
mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil
dengan dihakimi oleh sama ada hakim berbangsa Eropah atau yang
beragama Islam. Sedikit demi sedikit peranan ulama mula diketepikan dalam
pelaksanaan perundangan dan kehakiman.

Dalam bidang ketenteraan pula, latihan dan aspek – aspek ketenteraan
dikendalikan mengikut model Barat. Dalam usaha memperkemas dan
memperkukuhkan angkatan tentera, individu yang mempunyai hubungan
keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar - bandar diberikan
peluang berkhidmat dalam tentera darat dan tentera laut. Dalam hal ini,
telah muncul pegawai – pegawai muda yang memainkan peranan penting
melncarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi
kesultanan di Turki.

Dalam bidang komunikasi, alatan media massa dimanfaatkan untuk
mempopularkan idea – idea baharu dari Barat; karya – karya berbentuk puisi,
novel, dan cerpen berorientasikan Barat sedangkan nilai – nilai keislaman
telah diketepikan. Karya – karya yang dipopularkan menyentuh isu raja
perlembagaan sedangkan isu ketaatan beragama tidak pernah disentuh.
Penyediaan kemudahan infrastruktur ( pengangkutan dan perhubungan )
juga disediakan, namun kemajuannya tidak seimbang antara kawasan.

Dalam bidang ekonomi, tanzimat atau reformasi tidak diberikan keutamaan
termasuk bidang pertanian. Sebaliknya, pihak Barat telah merancang agar
kerajaan Turki Uthmaniyyah meminjam wang atau modal menyebabkan
kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal – pemodal asing. Malah,
Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan
makanan, peralatan, dan modal bagi perbelanjaan pembangunannya.

Kesimpulannya, tanzimat yang berlaku di Turki walaupun dirangka untuk
memodenkan Turki, namun ianya menimbulkan impak negative disebabkan
pembaharuan – pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong kea rah
pemupukan sekularisme sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi
sedikit yang akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini di
tangan individu yang berfikiran nasionalis dan sekular.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan faktor – faktor peluasan kuasa Barat terhadap kerajaan
Uthmaniyah mulai abad ke-19 Masihi.

Abad ke-15 M, bangsa Eropah melancarkan gerakan imperialisme secara
besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik,
pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu
sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah
cengkamannya. Kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak terkecuali menghadapi
ancaman kuasa Barat ini, kuasa – kuasa Barat berusaha bukan sahaja
bertapak di Turki malah mula bertindak menguasai wilayah – wilayah yang
berada di bawah jajahan kerajaan Turki Uthmaniyyah ini. Hal ini disebabkan
selepas kemangkatan Sultan Muhammad al Fateh, teraju pemerintahan kini
berada di bawah pemerintahan sultan – sultan yang kurang berwibawa.

Kuasa – kuasa Barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-
Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar
Turki Uthmaniyah, timbul persaingan antara satu sama lain untuk merebut
bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka.
Bagi mereka, semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan
yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga
melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa-kuasa Barat tersebut.
Contohnya, Rusia memang kerap kali berperang dengan Turki Uthmaniyah
bagi mendapatkan wilayah tertentu khususnya di Balkan

Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan kuasa – kuasa Barat
berusaha mendapatkan tanah jajahan serta mencari kawasan pasaran untuk
barangan keluaran mereka kelak. Kerajaan Uthmaniyyah dan wilayah -
wilayahnya kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum yang
mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk
mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini
walaupun dengan tipu muslihat

Sentimen agama turut mempengaruhi peluasan kuasa Barat di Turki,
kekalahan Barat dalam siri Perang Salib sebelum ini sememangnya
menyebabkan kuasa – kuasa Barat menyimpan perasaan dendam terhadap
mana – mana individu atau kerajaan Islam, bukan sahaja disebabkan agama
Kristian terpaksa bersaing dengan agama Islam, malah negara – negara
Barat telah hilang banyak wilayah yang kini berada dalam genggaman
kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Penentangan sebegini mendapat
sokongan padu daripada institusi gereja. Golongan Barat berusaha untuk
membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun Barat sambil menyemai
kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai
agama yang mundur, antikemajuan dan tidak berperikemanusiaan

Faktor teknologi juga penyumbang kepada situasi ini, penggunaan kapal
laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-kuasa
Eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat
perdagangan di seberang laut. Penggunaan kapal berkuasa wap bukan
sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga mempercepatkan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada
pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana
wilayah turki Uthmaniyah ditambah pula dengan pembukaan Terusan Suez
yang memendekkan perjalanan dan hubungan antara Timur dengan Barat

Tujuan sebenar negara-negara Eropah berusaha keras untuk memotong dan
mengerat tubuh Turki Uthmaniyyah yang digelar mereka sebagai “Orang
Sakit Eropah” adalah untuk mendapat bahagian masing-masing daripada
wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyyah.

Nilaikan kesan – kesan penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang
Dunia I

Perang Dunia I berlaku antara tahun 1914 hingga 1918, melibatkan dua
buah kuasa besar yang dikenali sebagai Tripple Alliance yang dianggotai
oleh Jerman, Itali dan Austria-Hungary menentang Tripple Entente yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain. Penglibatan kerajaan Turki
Uthmaniyah dalam perang ini berpunca daripada beberapa faktor,
antaranya keinginan Turki mendapatkan semula wilayah – wilayah yang
terlepas seperti Macedonia, Thrace, Anatolia, dan Cyprus ekoran beberapa
siri perjanjian dengan kuasa – kuasa Barat sebelum tercetusnya Perang
Dunia I

Penglibatan Turki dalam perang ini bermula apabila Enver Pasha berserta
pemimpin Kaum Turki Muda memutuskan untuk menyertai pakatan yang
diketuai oleh Jerman sebagai langkah terakhir memastikan wilayah -
wilayah jajahannya. Dari segi politik, kekalahan sekutunya, Jerman dalam
perang ini menyebbakan Turki menerima tempias yang sama, kerajaan Turki
Uthmaniyyah telah kehilangan banyak wilayah kekuasaannya termasuk
Palestine. Malah, kerajaan Turki Uthmaniyah telah berbejaya dipecahkan
melalui perjanjian - perjanjian yang ditandatanganis perti Perjanjian Mudros
Keadaan semakin kritikal apabila Parlimen Turki telah bertindak
membubarkan sistem kesultanan, dan diganti dengang pemerintahan
berbentuk republik yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa melalui Perjanjian
Lausanne yang turut mengisytiharkan penamatan sistem berkhalifah, harta
khalifah dirampas, dan kerajaan Turki baharu akan dibentuk berasaskan
sekularisme

Bukan sahaja sistem nerkhalifah ditamatkan, malah suatu penghinaan
terhadap pemerintah sebelumnya ialah khalifah terakhir Khalifah Abdul
Majid II telah diusir dan dibuang negeri iaitu ke Switzerland, diikuti
perubahan pusat pemerintahan dari kota Istanbul ke kota Ankara.

Muncul tokoh nasionalis yang berfikiran liberal yang berkiblatkan negara
Barat, Mustaffa Kamal Atarturk melakukan banyak perubahan secara radikal
seperti memisahkan politik dengan agama, menghapuskan Mahkamah
Syariah, gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan
gelaran keluarga mengikut budaya Barat, dan penulisan huruf Arab diubah
kepada huruf Latin

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Dari segi sosial, kekalahan dalam Perang Dunia I juga menyebabkan
masyarakat Turki dilanda krisis kemerosotan akhlak dan moral, budaya Barat
telah berjaya meruntuhkan akhlak umat Islam, malah perpecahan kian
ketara dalam kalangan masyarakat di Turki, dengan kata lain penghayatan
semangat persaudaraan kian luntur.

Akibat kekalahan dalam Perang Dunia I, Turki mengalami kemerosotan
ekonomi yang ketara, ekonomi semakin teruk kerana dengan Persetujuan
Sykes-Picot, wilayah Turki Uthmaniyah kini dibahagikan kepada British,
Perancis, dan Itali. Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana
bangsa Eropah kini menguasai aktiviti perdagangan di Laut Hindi, Laut
Mediterranean, Terusan Suez, dan jalan - jalan perdagangan lain

Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia I merupakan suatu
kerugian besar yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh pemerintah,
malah umat Islam. Hal ini disebabkan bukan sahaja kerajaan ini akhirnya
lenyap khususnya sistem berkhalifah, bahkan pemikiran dan tingkah laku
umat Islam di sana kian ketara merosot dan menyimpang daripada ajaran
Islam sekaligus membolehkan kuasa Barat mengukuhkan cangkaman
kekuasaannya

Perang Dunia I merupakan titik tolak penamat kerajaan Turki
Uthmaniyah. Bincangkan

Perang Dunia I melibatkan dua buah kausa besar yang dikenali sebagai
Tripple Alliance dan Tripple Entente. Aapa yang menariknya dalam perang
ini, ianya telah melibatkan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bertindak
menyokong Jerman. Penglibatan Turki Uthmaniyyah dalam perang ini
bertujuan untuk mengelakkan wilayah – wilayah kekuasaannya terus hilang
dikuasai oleh kuasa Barat di samping usaha mendapatkan semula tanah –
tanah jajahan berkenaan dengan bantuan Jerman

Kekalahan pakatan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Jerman, telah
menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah terpaksa bersetuju melepaskan
seluruh wilayahnya di Timur Tengah yang merupakan sebahagian daripada
keagungannya pada masa lampau, berjuang mempertahankan tanah air
mereka di Anatolia dan persekitarannya daripada menjadi rebuatn kuasa-
kuasa asing. Ekorannya, Timur Tengah telah dipersetujui untuk diletakkan di
bawah kuasa ‘mandat’. Antara wilayah yang diletakkan di bawah kuasa
‘mandat’ ialah Syria bersama Lubnan yang diserahkan kepada British.

Walaupun Gerakan Pembebasan Turki telah berjaya mengusir Britain dari
bumi Turki Uthmaniyah pada tahun 1922, namun status Turki kini berubah,
negara berkenaan diisytiharkan secara rasminya sebagai sebuah negara
sekular yang memakai nama ‘Republik Turki’. Pengisytiharan ini dibuat
setelah berlakunya pemansuhan kuasa sultan pada 1 November 1922 dan
menandakan lenyapnya kekuatan dan keagungan kerajaan khilafah pada 3
Mac 1924

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Sebaik sahaja Mustafa Kamal Attartuk dilantik menjadi pemimpin negara
Turki Moden, beliau melaksanakan program pembaratan dan pensekularan
yang merangkumi penamatan institusi Khilafah Uthmaniyah dan penutupan
madrasah serta mewujudkan sistem pendidikan sekular, pengharaman
amalan tariqat dan penutupan tempat-tempat tariqat diamalkan (tekke),
penutupan makam-makam wali (turbe) dan penguatkuasaan pemakaian
topi ala Barat dan peraturan yang mengharamkan berpakaian cara Islam

Pembaharuan lain yang dilaksanakan ialah undang-undang Barat,
pengenalan sistem timbang serta sukat mengikut Barat dan pengenalan
Kalendar Gregorian, penukaran penulisan kepada tulisan Rumi bagi
menggantikan tulisan Arab dan mengakhiri Islam sebagai agama rasmi
negara, penamatan pengajaran bahasa Arab dan Parsi di sekolah rendah dan
menengah kerajaan, memberikan hak mengundi dan memegang jawatan
dalam perkhidmatan awam kepada wanita, dan akhirnya, penerimaan
sekularisme dan revolusionisme sebagai prinsip dasar dalam perlembagaan
Turki

Perang Dunia I bukan sahaja membawa kehancuran kerajaan berbentuk
khilafah, apa yang lebih malang ianya menandakan bermula pula penjajahan
minda oleh kuasa Barat di bumi Turki dengan menggunakan bangsa Turki
sendiri sebagai tunggangannya.

Bincangkan punca – punca kemerosotan dan keruntuhan kerajaan
Turki Uthmaniyah pada abad – 20 Masihi

Kerajaan ini bermula pada tahun 1281 sehingga 1924; berpusat di Turki
seiring dengan kejatuhan Baghdad dari Bani Abbasiyah yang ditakluki oleh
orang – orang Monggol. Kerajaan ini diasaskan oleh Othman bin Ertoghrul;
terdapat 38 orang khalifah dan antara tokoh – tokoh khalifah terkenal ialah
Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II. Kemuncak kejayaan kerajaan ini ialah
kejayaan Muhammad al Fateh, kejayaannya menguasai kota Constantinople
yang merupakan kubu kuat kerajaan Rom Timur. Namun penglibatan dalam
Perang Dunia I, merupakan titik tolak kepada kemerosotan kerajaan ini
sekaligus telah membawa kepada kejatuhan kerajaan ini di tangan bangsa
sendiri yang dipengaruhi oleh pemikiran sekularisme

Konspirasi negara – negara Barat khususnya Britain, Perancis, Itali dan Rusia
yang sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan Islam ini disebabkan
kemampuannya menguasai banyak tanah jajahan serta kedudukannya yang
strategik antara benua Asia dengan benua Eropah. Tindakan
memecahbelahkan umat Islam di Turki dengan menaja fahaman
nasionalisme dan pemikiran sekularisme dalam kalangan pelajar di luar
negara amat berkesan. Kalangan pelajar berkenaan pulang ke negara asal,
seterusnya memperjuangkan fahaman serta mendapat sokongan khususnya
dalam kalangan negara Barat, antaranya Mustaffa Kamal Atarturk

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Tindakan khianat negara Islam khususnya yang berbangsa Arab seperti
Mesir yang bertindak keluar daripada naungan kerajaan Turki Uthmaniyah
atas hasutan British. Hal ini juga dikaitkan dengan fahaman assabiyah yang
menebal dalam kalangan bangsa Arab

Pengaruh dan peranan golongan Turki Muda yang menggesa diadakan
perubahan dalam pemerintahan dan kebudayaan Turki. Malah terdapat
juga Pergerakan Kaum Wanita Turki yang mahukan kebebasan dari tradisi
lama atau agama Islam yang menjaga kepentingan hokum khususnya
terhadap kaum wanita terus menggugat keutuhan kerajaan Turki
Uthmaniyah yang berteraskan pentadbiran syariah Islam khususnya dalam
aspek sosial

Pengaruh Yahudi atau Pertubuhan Freemason yang berhasrat mendirikan
kerajaan Yahudi di bumi Palestine.

Ringkasnya kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah berpunca daripada faktor
dalaman, sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, jatuh disebabkan
tangan – tangan jahat anak watan sendiri yang terpengaruh dengan cara
hidup dan budaya serta pemikiran Barat, sanggup mengorbankan kerajaan
berbentuk khilafah yang diasaskan oleh generasi sahabat

Bincangkan reaksi masyarakat tempatan ekoran peluasan kuasa
Barat di Mesir pada abad ke- 19 Masihi.

Sebagaimana tempat – tempat lain, Mesir turut menjadi sasaran kuasa –
kuasa Barat untuk meluaskan kuasa disebabkan negara ini kaya dengan
bahan mentah khususnya pertroleum dan di sana terdapat laluan
antarabangsa terpenting iaitu Terusan Suez. Penguasaan Mesir akan
memberikan kesan yang bermakna kepada mana – mana kuasa Barat.
Antara kuasa Barat yang menunjukkan minat menguasai negara ini ialah
Perancis dan Britain. Bermula pada tahun 1798 Masihi, Mesir telah terdedah
dengan pencerobohan Perancis, dengan kekuatan tentera yang tidak
mampu disaingi oleh tentera Mamluk, negara Mesir mudah dikuasai pada
tahun 1801 hasil kerjasama antara kerajaan Uthmaniyyah dengan British.
Implikasi daripada peristiwa ini, penduduk Mesir berhadapan pula dengan
dasar – dasar British yang memaksa kebangkitan protes menentang kuasa
Barat tersebut.

Ketidakpuasan hati masyarakat tempatan di Mesir diterjemahkan dengan
kebangkitan yang dikenali sebagai Pemberontakan Keherah yang
merupakan susulan daripada pengisytiharan jihad oleh Majlis Syura al Azhar
yang telah membawa kepada kebangkitan Syeikh Muhammad al Sadat.
Kebangkitan kali kedua ini telah menggabungkan orang – orang Islam dan
penduduk Qibti Kristian yang bersepakat membeli senjata dan ubat bedil
bagi menentang Perancis. Kebangkitan ini meragut banyak nyawa apatah
lagi penduduk tempatan dibantu oleh kerajaan Uthmaniyah yang mendapat
kerjasama seteru Perancis, British.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Usaha British untuk bertapak di Mesir sebagaimana Perancis telah
menyebabkan kebangkitan masyarakat tempatan. British berhasrat
menjadikan Rosetta sebagai pusat gerakan untuk meluaskan kuasa.
Gabenor Rosetta, Ali Bey berusaha mempertahankannya, namun ditewaskan
dan dibunuh oleh kuasa Barat berkenaan. Pun begitu, ianya tidak
menamatkan perjuangan rakyat tempatan yang bangkit semula di bawah
pimpinan Naqib al Ashraff al Sayyid Umar Makram yang bertanggungjawab
menyemarakkan perjuangan penuntut Universiti al Azhar. Serangan yang
dilancarkan dalam bentuk dua kumpulan telah membawa kepada kekalahan
British , dan meninggalkan Iskandariah setelah menyerah kalah pada 1807.
Pun begitu, British kembali menyusun strategi, kejayaan mendapat konsesi
pembinaan Terusan Suez menjadi titik tolak untuk British mencampuri hal
ehwal politik dan ekonomi Mesir, sehinggalah berjaya menguasai Kaherah
pada tahun 1882 yang menandakan bermulanya pula penjajahan British di
Mesir secara rasmi.

Dasar British yang mencengkam penduduk Mesir telah membawa kepada
kemunculan tokoh – tokoh intelektual untuk memulihkan kemunduran dan
membawa kemajuan umat Islam di Mesir. Antara tokoh yang muncul ialah
Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan Rasyid Rida. Jamaluddin al
Afghani begitu komited dengan perjuangannya terutamanya gerakan
pemulihan Islam dan melontarkan idea – idea kerajaan berperlembagaan,
kemerdekaan daripada penjajahan asing, dan membina tradisi keilmuan
Islam dengan meminjam sains dan teknologi Barat. Kempen – kempen yang
dijalankan oleh tokoh ini telah menimbulkan perasaan antiBritish dalam
kalangan rakyat Mesir termasuk Pemberontakan Urabi.

Kebangkitan rakyat tempatan di Mesir kian jelas apabila Muhammad Abduh

mengambil alih perjuangan daripada gurunya. Beliau telah

memperkembangkan idea dinamisme Islam, perlunya penyatuan seluruh

umat Islam, dan menekankan kemajuan pendidikan bagi memperoleh

kejayaan. Beliau menggesa umat Islam di Mesir kembali kepada Islam yang

sebenar bagi menghadapi kejahilan, kezaliman pihak penguasa Barat, dan

amalan khurafat serta tahyul yang menghalang kemajuan mereka. Baginya,

pendidikan Islam dan sains harus bersepadu untuk membina kekuatan. Pun

begitu, akibat penglibatan bersama dengan golongan Urabi , beliau telah

diusir dari bumi Mesir.

Kemuncak kepada kebangkitan masyarakat tempatan terhadap peluasan
kuas Barat ialah tercetusnya Pemberontakan Urabi. Gerakan ini dipimpin
oleh para pemimpin yang berketurunan Mesir asli ( fellahin ) dan berjuang
bagi mempertahankan kepentingan Mesir. Gerakan antiBritish ini diketuai
oleh Kolonel Ahmed Urabi yang bercita – cita mengusir seluruh bangsa
Eropah keluar dari bumi Mesir. Beliau yang mendapat sokongan wakil
pemerintah Uthmaniyyah, Khedif Ismail telah menubuhkan Hizb al Watani
yang berjuang menghapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir,
menyeru kuasa Khedif dipulihkan, dan segala pendapatan daripada
perkhidmatan kereta api Mesir dipulangkan kepada kerajaan Mesir.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Namun begitu, perjuangan ini telah digagalkan oleh kuasa Barat. Pun begitu
perjuangan diteruskan, apabila pegawai kerajaan, ulama dan petani yang
tertindas telah memberikan sokongan padu kepada golongan tentera yang
mencetuskan kebangkitan Pemberontakan Urabi pada tahun 1881 hingga
tahun 1882 dengan memperjuangkan penubuhan sebuah parlimen tetap
dan pelaksanaan sistem pemerintahan berperlembagaan dan memperbaiki
nasib golongan tentera tempatan yang didiskriminasi. Tindakan mengambil
alih kuasa daripada Khedif menyebabkan British bertindak menggempur
dan membedil kubu serta menakluk bandar – bandar seperti Port Said,
ismailiah, dan Suez sekaligus menamatkan pemberontakan ini.

Berakhirnya Pemberontakan Urabi tidak bermakna tamatnya perjuangan
golongan nasionalis di Mesir, sebaliknya suara – suara penentangan semakin
hebat terutamanya pada abad ke-20, masyarakat tempatan menggunakan
pelbagai saluran untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan, antaranya
melalui akhbar, penulisan karya kreatif, dan kemunculan golongan
intelektual seperti Mustaffa Kamil dan Saad Zaghlul yang akhirnya
membawa kepada kemerdekaan Mesir daripada British.

Bincangkan perjuangan umat Islam di Algeria bagi menuntut
kemerdekaan daripada Perancis.

Sebelum penjajahan Perancis di Algeria, negara tersebut berada di bawah
kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah, namun disebabkan masalah
dalaman serta tekanan yang dihadapi oleh kerajaan ini, maka pada abad
ke-19 Masihi, Algeria diletakkan di bawah kekuasaan Perancis. Kebangkitan
orang – orang tempatan di Algeria terhadap Perancis berlaku disebabkan
tindakan Perancis yang menjadikan Algeria sebahagian daripada wilayahnya
dan menggalakkan kemasukan bangsa Perancis, Itali dan Sepanyol ke
negara tersebut yang menyebabkan kebimbangan orang – orang tempatan.

Faktor utama kebangkitan masyarakat tempatan di Algeria terhadap
penjajahan Perancis ialah disebabkan dasar kerajaan Perancis yang
menindas masyarakat muslim Algeria termasuk dinafikan hak mengundi dan
mengabaikan kepentingan pendidikan. Perjuangan mendapatkan
kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh Abdul Qadir, Gabenor Mascara.
Antara usaha awal yang dilakukan bagi memperjuangkan kemerdekaan
Algeria ialah menyatukan pelbagai puak bagi memastikan kekuatannya
ampuh tatkala menghadapi serangan balas Perancis.

Kaedah penentangan yang dilakukan oleh Abdul Qadir ialah menggunakan
strategi perang gerila, dan ternyata keberkesanan kaedah ini apabila
beberapa kali tentera Perancis akur dengan kekuatan yang dimiliki oleh
Abdul Qadir. Perjuangan Abdul Qadir mendapat sokongan Abu Ma’zi yang
berjaya menggerakkan masyarakat tempatan menentang Perancis di
wilayah selatan Oran. Dalam perjuangannya, Abu Ma’zi pernah
menewaskan tentera Perancis dalam Perang Sidi Ibrahim. Walaupun Abdul
Qadir ditewaskan dalam peperangan, namun selepas Perang Dunia I,
kebangkitan orang – orang Algeria terhadap Perancis muncul semula di

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

bawah pimpinan Shaykh Abdul Hamid Ibn Badis yang merupakan tokoh
ulama dan reformis di Algeria.

Sumbangan Ibn Badis ialah menubuhkan Kesatuan Muslim Ulama dengan
objektif penubuhannya antaranya menaikkan semangat kebangsaan dalam
kalangan pengikutnya di samping mengutamakan kesedaran terhadap
ajaran Islam yang sebenar di Algeria. Walaupun perjuangan Kesatuan
Muslim Ulama lebih menjurus aspek sosioekonomi dan seolah – olah
mengabaikan aspek politik, organisasi ini mempunyai pandangan tersendiri
bagi melahirkan golongan yang mampu bersuara mengkritik penjajah
Perancis di Algeria

Selepas Perang Dunia II, perjuangan rakyat Algeria semakin jelas
terutamanya daripada kumpulan yang diketuai oleh Ferhat Abbas yang
mendesak Pihak Bersekutu memerdekakan tanah jajahan termasuk Algeria
selepas berakhirnya perang ini. Kumpulan ini mencadangkan agar
perlembagaan baharu digubal dengan memberikan peluang rakyat Algeria
mentadbir sendiri, namun harapan tersebut ditolak oleh Perancis. Tindakan
ganas Perancis yang melepaskan tembakan rambang ke atas golongan
penunjuk perasaan pada Mei 1945 menyebabkan kebangkitan rakyat tidak
dapat dibendung lagi

Galurkan kebangkitan - kebangkitan yang berlaku di Algeria dalam
usaha membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan Barat.

Kebangkitan rakyat di Algeria terhadap penjajah Perancis berlaku
disebabkan tindakan kuasa Barat tersebut yang menjadikan Algeria
sebahagian daripada wilayahnya. Tindakan Perancis yang membenarkan
kemasukan imigran - imgran dari luar seperti dari Perancis sendiri, Itali dan
Sepanyol menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati dalam
kalangan masyarakat tempatan. Kebangkitan menentang penjajahan
Perancis dipelopori oleh golongan agama agama berusaha menanam
semangat jihad dalam kalangan masyarakat tempatan, dan salah seorang
individu yang mengetuai kebangkitan rakyat ialah Amir Abdul Qadir

Amir Abdul Qadir bukan sahaja merupakan tokoh ulama, malah merupakan
individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang politik dan
ketenteraan. Antara tindakan awal yang beliau lakukan bagi membangkitkan
semangat perjuangan dalam kalangan rakyat ialah menyatu padukan
pelbagai puak untuk menentang Perancis. Penentangan beliau berlaku
antara tahun 1832 - 1842 dengan menggunakan kaedah atau taktik perang
gerila. Bagi memantapkan lagi perjuangannya, beliau telah bergabung
dengan Abu Ma`zi bagi menentang Perancis di wilayah Oran. Dalam
pertempuran atau kebangkitan tersebut, beliau berjaya menewaskan
Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim

Kebangkitan seterusnya yang dapat dilihat untuk menyanggah penjajahan
Perancis ialah Pemberontakan Kabylia. Hal ini disebabkan tindakan atau
dasar penjajah Perancis yang banyak menindas masyarakat tempatan
sehingga penduduk Kabylia bangkit melancarkan pemberontakan.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Penentangan ini telah merebak ke kawasan lain, dan dikatakan melibatkan
satu pertiga daripada penduduk Algeria. Pun begitu tekanan yang hebat
daripada pihak Perancis menyebabkan kebangkitan ini dapat dipadam
seketika.

Perjuangan seterusnya ke atas penjajah Perancis diinisiatifkan oleh
Penubuhan Persatuan Ulama Algeria yang dianggotai oleh majoritinya
guru-guru agama di negara ini. Pertubuhan ini dipimpin oleh Abdul Hamid
Ben Badis yang bertujuan untuk menyatukan umat Islam. Pertubuhan ini
telah menyelar sikap segelintir pegawai-pegawai pentadbiran agama yang
dilihat telah menjadi alat penjajah. Pertubuhan ini telah berjaya
menubuhkan beribu-ribu sekolah agama dan menjadi pangkalan
penyebaran idea kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menentang
penjajah melalui elemen akidah. Namun begitu, sebagaimana perjuangan
yang dketuai oleh individu - individu sebelum ini, ianya telah dapat
ditundukkan oleh Perancis

Penentangan rakyat Algeria terhadap penjajahan Perancis adalah
berterusan, perjuangan yang mengorbankan beribu-ribu nyawa dan
sentiasa berkesinambungan serta seolah - olah tidak akan ada kesudahan,
sehinggakan Algeria pernah dianggap negara sejuta syuhada. Pun begitu
gerakan demi gerakan yang tidak pernah erti putus asa ditambah dengan
semangat jihad dalam kalangan pejuang akhirnya telah menyebabkan
Perancis memerdekakan Perancis.

Jelaskan faktor – faktor kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir
pada abad ke-20 Masihi.

Sebelum penjajahan kuasa – kuasa Barat di Mesir, negara tersebut
sebenarnya merupakan sebahagian daripada empayar Turki Uthmaniyyah.
Sejak tahun 1517 Masihi, Mesir ditadbir oleh golongan Mamluk sehinggalah
dikalahkan oleh tentera Perancis yang diketuai oleh Napoleon Bonarparte.
Penjajahan Perancis di Perancis hanya bertahan selama tiga tahun apabila
pakatan Turki Uthmaniyyah – British berjaya mengalahkan Perancis pada
tahun 1801. Bermula dari saat itulah British mula menguasai Mesir termasuk
menguasai sumber – sumber ekonomi yang berharga serta mengeskploitasi
rakyat Mesir demi kepentingan mereka sedangkan penduduk – penduduk
tempatan terus dibelenggu dan ditindas sehingga jauh ketinggalan
berbanding golongan pendatang.

Menyedari keadaan ini telah timbul gerakan atau semangat kebangsaan
bagi memulihkan keadaan ini dengan dipelopori oleh tokoh – tokoh
tempatan seperti Jamaluddin al Afghani, Muhammad Abduh, dan
Muhammad Rashid Rida melontarkan idea – idea bagi membela dan
melindungi masyarakat tempatan yang dibelenggu oleh penjajah.
Jamaluddin al Afghani telah menyeru agar kesatuan umat Islam diwujudkan
bagi menjadi benteng pertahanan menghadapi arus imperialisme Barat.
Beliau telah berganding dengan Muhammad Abduh menyusun gerakan
yang dikenali sebagai al Urwah al Wuthqa untuk memberikan kesedaran
kepada umat Islam termasuk mengeluarkan majalah sehinggakan pihak

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

penjajah Barat khususnya British bertindak menyekat kemasukan majalah
berkenaan ke wilayah Mesir dan India.

Seterusnya faktor yang mendorong kebangkitan semangat kebangsaan di
Mesir ialah peranan bahasa dan kesusasteraan khususnya penerbitan bahan
– bahan kreatif seperti puisi, novel, dan cerpen. Antara tokoh yang banyak
menghasilkan karya – karya kreatif bagi menyedarkan masyarakat Mesir
akan kepincangan dan kelemahan mereka serta mengkritik secara sinis
pihak penjajah ialah Taha Husayn dan Najib al Kilani. Taha Husayn
umpamanya telah menghasilkan karya fiksyen yang menonjolkan isu
kemiskinan dan kejahilan, malah beliau turut sama menggarap penulisan
yang berbaur politik. Begitu juga dengan Najib al Kilani, beliau telah
mengasaskan kesatuan Rabitah Adab al Islami al ‘Alamiyyah iaitu gerakan
yang menjadi perintis kepada penghasilan karya – karya kesusasteraan
Islam. Meskipun beliau dipenjara, namun ia tidak menjadi penghalang
kepadanya untuk menghasilkan karya – karya yang membangkitkan
kesedaran dalam kalangan rakyat. lebih daripada 70 buah novel yang
dihasilkannya memaparkan pembelaan terhadap golongan yang lemah
serta menentang kezaliman serta kebatilan.

Seterusnya media massa juga berperanan penting dalam kebangkitan
semangat kebangsaan. Penerbitan akhbar seperti al Muqattam, al Muqtataf,
dan al Mua’yyad jelas telah dapat meniupkan semangat kebangsaan dalam
masyarakat Arab termasuk di Mesir. Akhbar – akhbar seumpama ini telah
menyediakan ruangan khas untuk para penulis melontarkan idea khususnya
untuk menyedarkan rakyat, dan antara yang mengambil kesempatan
tersebut ialah Muhammad Rashid Rida dan Mustafa Kamil Pasha

Faktor terakhir yang mendorong kemunculan semangat kebangsaan di
Mesir ialah peranan institusi pendidikan di mesir khususnya Universiti al
Azhar yang banyak menghasilkan tokoh – tokoh pejuang atau nasionalis
seperti Syaikh Rifa’ah al Tantawi, Saad bin Zaghlul, dan Muhammad Abduh.
Meskipun mendapat pendidikan Islam, individu – individu berkenaan amat
peka dengan perkembangan pendidikan Barat. Sehubungan dengan itu,
mereka berusaha mengubah sistem pendidikan di Mesir dengan
memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan memperbaiki sistem
pendidikan moden. Selain itu, peranan Universiti al Azhar sendiri dapat
dilihat dengan menggalakkan kegiatan penterjemahan buku – buku ilmiah
ke bahasa Arab bagi membolehkan rakyat Mesir membaca, memahami dan
berusaha menjadikan iktibar bagi membentuk masyarakat yang tidak
terkongkong dengan kuasa imperialis Barat.

Kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir berlaku akibat kesedaran
golongan – golongan intelektual yang bingkas berusaha menyedarkan
masyarakat akan kepincangan yang dihadapi. Golongan intelektual ini
menggunakan majalah, akhbar, karya – karya kreatif sebagai wadah
perjuangan, malah ada pemimpin yang sanggup bersemuka dengan
penjajah seperti Saad bin Zaghlul yang memaksa British sekurang – kurang
menghadiahkan kemerdekaan bersyarat kepada Mesir pada tahun 1922.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Huraikan bentuk – bentuk imperialisme Barat ke atas wilayah
kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19 hingga abad ke-20 Masihi.

Abad ke-19 Masihi menyaksikan dunia terdedah dengan ancaman kuasa –
kuasa imperialis yang begitu aktif menncari tanah jajahan. Dalam hal ini,
kerajaan Uthmaniyah tidak terkecuali dengan ancaman kuasa Barat, apatah
lagi kerajaan ini telah kerap bertempur dengan kuasa khususnya Rusia sejak
abad ke-16 Masihi. Dua kuasa buah kuasa Barat yang menjadi ancaman
kepada kepada Daulah Islamiyyah ini ialah Perancis dan British yang telah
bertindak sama ada secara langsung dan tidak langsung dengan melakukan
pelbagai provokasi ke atas wilayah – wilayah kekuasaan kerajaan
Uthmaniyyah demi melemahkannya, seterusnya menguasai wilayah –
wilayah berkenaan.

Bentuk imperialisme yang paling sinonim dengan gerakan peluasan kuasa
Barat ini ialah bertindak secara langsung dengan menyerang bagi
menguasai sepenuhnya wilayah – wilayah kerajaan Uthmaniyyah. Contoh
paling jelas penguasaan Algeria oleh Perancis dan Mesir oleh British. Libya
pula terdedah dengan serangan Itali dan berjaya dikuasai pada tahun 1911,
manakala Rusia dalam tempoh masa ini begitu rakus menguasai wilayah –
wilayah di kawasan Asia Tengah. Kejayaan menguasai wilayah – wilayah
berkenaan membolehkan kuasa Barat mengeksploitasi sepenuhnya hasil
bumi demi kepentingan mereka termasuk membawa masuk rakyat
sebagaimana keadaan di Algeria yang menjadi tumpuan pendatang dari
Perancis, Malta, Itali dan Sepanyol bagi mengusahakan aktiviti pertanian di
sana. Begitu juga keadaan di Mesir sewaktu pemerintahan regim Cromer,
segala sumber kekayaan dieksploitasi sepenuhnya sedangkan kepentingan
dan kebajikan rakyat tempatan diabaikan sama sekali.

Penguasaan secara langsung juga merupakan antara bentuk imperialisme
yang dijalankan oleh kuasa Barat di wilayah tertentu. Melalui kaedah ini,
dilaksanakan sistem naungan ( Protectorate Treaty ). Melalui kaedah ini,
kuasa Barat akan mengekalkan struktur politik tempatan sedia ada, namun
ianya akan diawasi sepenuhnya bagi mengelak kepentingannya tidak akan
terancam. Bentuk peluasan kuasa ini dipraktikkan oleh British di Mesir pada
tahun 1840 dan Perancis semasa menguasai Tunisia dan Morocco pada
penghujung abad ke-19 Masihi.

Pelaksanaan Sistem Mandat dilaksanakan oleh kuasa – kuasa Barat dengan
‘izin’ Liga Bangsa. Contohnya, Liga Bangsa telah memberikan kuasa atau
mandat kepada British untuk menguasai wilayah Palestine, Transjordan dan
Iraq. Manakala Perancis pula telah mendapat mandat menguasai Syria dan
Lubnan. Alasan yag diberikan untuk menghalalkan tindakan kuasa Barat ini
ialah membantu kemajuan negara – negara berkenaan sekaligus
membimbing ke arah berkerajaan sendiri kelak. Dalam konteks ini,
beberapa wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah kini bukan sahaja terdedah
dengan sistem pemerintahan Barat malah telah mempengaruhi sistem
pemikiran, maka tidak hairanlah di penghujung kerajaan Uthmaniyyah ini,
sekularisme bergitu menular sehingga membawa kejatuhan kerajaan ini.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Imperialisme juga berlaku ekoran termeterainya beberapa perjanjian
persahabatan. Dalam hal ini, kuasa Barat khususnya British telah
mempelopori kaedah ini, beberapa perjanjian telah ditandatangani dengan
kabilah – kabilah Arab seperti al ‘Adali, al Aqrabi, al Awali dengan matlamat
kepentingan dan keselamatan aktiviti perdagangan akan terjamin. Dasar
sebegini dijalankan untuk menjaga kepentingannya di Aden yang
merupakan pelabuhan persinggahan sebelum ke India dan Asia. Impak
perjanjian yang dimeterai, kuasa Barat akan menempatkan wakil atau
penasihat yang bertindak sebagai penguasa sebenar berbanding pentadbir
tempatan.

Meskipun pelbagai bentuk imperialisme yang diperkenalkan oleh kuasa
Barat, matlamatnya tetap sama iaitu menguasai sepenuhnya ekonomi dan
politik kerajaan atau wilayah yang dikuasai. Dalam konteks kerajaan
Uthmaniyah, bentuk imperialisme yang pelbagai ini telah membawa kepada
penularan modenisasi dan sekularisme yang akhirnya menjadi titik tolak
kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.

Bincangkan faktor pembentukan negara bangsa Turki.

Kerajaan Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada awal abad ke-
11 Masihi merupakan kerajaan Islam berbentuk khalifah terakhir yang
memerintah umat Islam. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, muncul
beberapa orang tokoh terkenal seperti Muhammad al Fateh dan Sulayman
al Qanuni. Pun begitu, selepas kematian Sultan Sulayman, kerajaan ini mula
meniti era kemerosotan sehinggalah terbentuknya kerajaan sekular yang
dibayangi oleh kuasa Barat di bawah pimpinan Musataffa Kamal Atarturk
yang memimpin kerajaan bercorak republik.

Amnya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang pembentukan negara
bangsa diTurki, antaranya tekanan kuasa Barat yang giat melancarkan
kempen imperialisme bagi menguasai wilayah – wilayah kekuasaan Turki
yang strategic dari segi politik dan kaya dengan sumber ekonomi khususnya
petroleum. Kesungguhan kuasa Barat begitu ketara apabila mereka
menubuhkan pakatan untuk melemahkan dan menghancurkan Daulah
Uthmaniyyah ini. Kejayaan menguasai tanah – tanah jajahan ini akan secara
tidak langsung akan meningkatkan imej kuasa – kuasa Barat berkenaan.
Oleh sebab itu, jelaslah pembentukan negara bangsa Turki ini ada kaitan
dengan agenda politik, sosial dan ekonomi kuasa – kuasa Barat seperti
Britain, Rusia, Perancis dan lain - lain

Pembentukan negara bangsa ini juga berkaitrapat dengan kebangkitan
penduduk minoriti di tanah jajahan kerajaan Uthmaniyyah yang terpengaruh
dengan provokasi yang dilancarkan oleh kuasa Barat di sana. Tindakan ini
menyebabkan pemerintah Uthmaniyyah memperkuatkan cengkaman di
tanah jajahan yang mengundang kesan negatif apabila munculnya gerakan
– gerakan antiUthamniyyah seperti Balkan dan Armenia yang di bawah
naungan/ tajaan kuasa Barat seperti Rusia yang sememangnya berhasrat
mendapatkan semula wilayah – wilayahnya yang terlepas ke tangan kerajaan
Islam ini.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kewujudan institusi pendidikan Kristian dan pesatuan – persatuan kebajikan
yang dinaungi oleh Gereja turut mempengaruhi pembentukan kerajaan
sekular di Turki. Organisasi – organisasi ini berperanan menyebarluaskan
agama Kristian di wilayah – wilayah kekuasaan; memberikan gambaran
masih kedapatan sentimen antiIslam dalam kalangan pihak Barat ekoran
peristiwa Perang Salib lalu. Keadaan bertambah ketara apabila Gerakan Turki
Muda mendapat sokongan golongan Kristian yang memperjuangkan
pemisahan antara politik dan agama.

Perjanjian – perjanjian yang dimeterai antara kuasa besar turut membawa
kepada pembentukan negara bangsa. Perjanjian ini ketara menjelang dan
selepas berakhirnya Perang Dunia I, yang memberikan gambaran betapa
penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam kancah politik antarabangsa
ini mengundang padah apabila sekutunya, Jerman mengalami kekalahan.
Perjanjian Constantinople ( 1914 ) merupakan perjanjian antara Perancis,
Britain dan Perancis untuk menguasai kawasan kerajaan Uthmaniyyah.
Melalui perjanjian ini, British dam Perancis bersetuju memperuntukkan kota
Istanbul dan kawasan sekitarnya kepada Rusia. Sementara Perjanjian London
pula yang termeterai pada tahun 1916 antara Perancis, Britain, Itali dan Rusia
mempersetujui akan memberikan Itali kawasan di luar pantai Anatolia dan
Libya yang membawa kepada pengisytiharan perang secara rasmi Itali ke
atas kerajaan Uthmaniyyah pada Ogos 1915. Sementara Perjanjian Sykes –
Picott telah membahagikan wilayah Timur Tengah kepada penguasaan
Britain dan Perancis, wilayah Syria dan Mosul diserahkan kepada Perancis,
manakala wilayah Palestine hingga sempadan Iran diserahkan kepada
British. Pembahagian zon – zon penguasaan ini mempercepatkan
pembentukan negara bangsa apabila sempadan negara dibentuk mengikut
penduduk negara masing – masing walaupun menganut agama yang sama.

Pun begitu terdapat juga faktor dalaman yang mempengaruhi
pembentukan negara bangsa Turki, antaranya kemunculan dua gerakan
iaitu golongan Uthmani Muda yang mengkritik kuasa autokratik Sultan atau
pemerintah. Antara pemimpin Young Ottoman ini ialah Namik Kemai, Ali
Suavi dan Jiya Pasha. Keadaan kerajaan kian ‘parah’ apabila golongan Turki
Muda kini mendominasi pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah termasuk
menyetujui penglibatan dalam Perang Dunia I yang memakan diri kerajaan
ini.

Dasar Tanzimat yang memberikan hak sama rata kepada warganegara
bukan Islam khususnya golongan Kristian dalam bidang ekonomi termasuk
juga penerapan dan unsur – unsur sekular dalam sistem perundangan
( Piagam Hatti – Humayyun ) menyebabkan kerajaan Uthmaniyyah kian
goyah, termasuk juga dengan tindakan yang memberikan kuasa autonomi
ke atas wilayah – wilayah di Balkan. Kegagalan rancangan Tanzimat ini telah
menyebabkan Mustaffa Kamal Atarturk menggunakan alasan ini untuk
menghentam Sultan dan memimpin gerakan melalui penguasaan bidang
ketenteraan dalam usaha membubarkan kerajaan Uthmaniyyah.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kesimpulannya, pembentukan negara bangsa Turki dikaitkan dengan faktor
lauaran khususnya dendam kesumat kuasa Barat di samping adanya
kelemahan kerajaan Uthamniyyah yang menjadi pemangkin pembentukan
negara bangsa yang mengamalkan corak pemerintahan republik

Jelaskan faktor – faktor pembentukan negara bangsa di Mesir pada
abad ke- 20 Masihi.

Sebelum terbentuknya negara bangsa di Mesir, negara ini berada di bawah
naungan kerajaan Uthmaniyyah, pun begitu di penghujung abad ke- 18,
Mesir telah dikuasai oleh Perancis dalam tempoh masa tertentu sebelum
dikuasai semula oleh kerajaan Uthmaniyyah yang mendapat sokongan pihak
British. Pada pertengahan abad ke-19, Mesir dikuasai sepenuhnya oleh
Britsih menyebabkan timbulkan gerakan – gerakan antiBarat, namun masih
gagal perluasan kuasa Barat tersebut yang bertindak pula menaja
pembentukan negara bangsa bagi mengukuhkan kedudukannya di sana.

Antara faktor yang menyumbang pembentukan negara bangsa di Mesir
ialah kebangkitan nsionalis – nasionalis berpendidikan Barat. Golongan yang
berkelulusan undang – undang ini telah bangkit dan menuntut
kemerdekaan dan sistem Parlimen sebagaimana yang dipraktikkan di
negara – negara Barat. Apa yang menariknya, perjuangan nasionalis
terhadap kuasa British yang digerakkan oleh tokoh seperti Mustaffa Kamil
ini turut mendapat sokongan pensyarah Perancis yang bertugas di Mesir
dengan menghasut pelajar bangkit menentang British.

Faktor Bahasa turut sama menyumbang pembentukan negara bangsa Mesir.
Sebahagian besar penduduk Mesir merasakan mereka sebahagian daripada
bangsa Arab, namun kerajaan British menggalakkan masyarakat Mesir
bertutur dalam dialek Misriyah ( untuk mengukuhkan identity Mesir )
menyebabkan generasi baharu akan tersisih daripada Bahasa Arab Fashah
yang digunakan dalam al Quran dan telah menimbulkan kegelisahan dalam
kalangan ulama Mesir. Ini bermakna , kerajaan British berhasrat mewujudkan
kerajaan baharu berteraskan bangsa baharu dengan menjadikan dialek
tempatan sebagai lambang identiti negara bangsa Mesir.

Pembukaan Terusan Suez turut sama menarik perhatian kuasa Barat untuk
menguasainya khususnya British dan Perancis. Khedif Ismail telah
terperangkap dengan jerat British, dibebani dengan hutang menyebabkan
diisytiharkan sebagai muflis sekaligus membolehkan British menguasai jalan
perdagangan utama ini dan membolehkan kuasa Barat tersebut
menempatkan tentera sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam
kalangan masyarakat tempatan. Ketidakpuasan hati terhadap British dan
pemerintah Mesir menyebabkan rakyat membangkitkan rasa tidak puas hati
dan merangka untuk membentuk kerajaan baharu

Faktor budaya masyarakat Mesir juga mengalami masalah akibat pengaruh
kebudayaan penjajah yang bersifat sekular. Akhbar dan majalah Mesir kerap
menerbitkan tulisan yang menyatakan Mesir sebahagian daripada Eropah,

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

akibatnya kebudayaan penjajah mempengaruhi sedikit demi sedikit rakyat
Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.

Faktor ekonomi Mesir amat lemah, ramai wanita Mesir hanya menjadi
pembantu rumah kepada orang – orang British, begitu juga dengan kaum
lelaki yang berkhidmat di lombong atau kawasan Terusan Suez,
menunjukkan sebahagian besar masyarakat Mesir bergantung kepada
ekonomi penjajah walaupun negara ini kaya dengan hasil buminya.

Pembinaan negara bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana
penguasaan Barat terhadap negara ini ; kebajikan rakyat diabaikan. Walau
bagaimanapun Perang Dunia I dan kemunculan nasionalis telah mendorong
kepada kebangkitan semangat nasionalisme ke arah pembentukan negara
bangsa Mesir.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

TEMA 1

Huraikan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum
Islam

Zaman sebelum Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, suatu tempoh atau Ciri – ciri Agama dan
era masyarakat berada dalam kegelapan disebabkan kejahilan masyarakat Kepercayaan Masyarakat Arab
berkenaan dari sudut agama dan akhlak, sesuai dengan perkataan jahiliah Jahiliah
yang berasal daripada perkataan jahala yang bermaksud bodoh atau pun  Ciptaan manusia
sesat. Zaman ini dikatakan bermula selepas pecahnya Empangan Maarib
yang menjadi nadi pembangunan kerajaan Saba’ hinggalah Baginda SAW berdasarkan akal dan nafsu
menerima wahyu pertama. Terdapat beberapa ciri umum masyarakat ini,  Dipengaruhi dengan
antaranya tidak mempunya nabi, rasul dan kitab suci, tidak berakhlak, tidak
berperadaban dan majoriti buta huruf. persekitaran
 Warisan nenek moyang
Dari segi agama, tidak dinafikan masyarakat ini menganut agama yang  Pengaruh asing
bersifat sesat, bertindak mencipta agama mengikut hawa nafsu dan akal  Semangat assabiyah
fikiran semata dan menyelewengkan kandungan kitab yang diturunkan
kepada nabi dan rasul terdahulu. Penyembahan berhala merrupakan agama Agama Samawi
yang paling dominan dan berpengaruh, berpusat di Makkah, sekeliling  Yahudi
kaabah dikatakan terdapat lebih kurang 360 buah patung yang berbeza saiz  Nasrani
dan bentuk, malah bahan buatan ada yang diperbuat drp logam, tanah liat,  Hanif
dan batu. Patung yang disembah ini menjadi perantara mendekatkan diri
mereka dengan Tuhan, oleh sebab itulah objek ini dianggap suci dan ianya Agama Ciptaan
menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat Arab khususnya di kota Makkah.  Berhala
 Cakerawala
Penyembahan cakerawala khususnya bulan, bintang dan matahari juga  Api
berpengaruh dalam kalangan masyarakat, dianggap sumber kekuatan alam
ini dan mempunyai kelebihan serta membantu kehidupan seharian mereka.
Bulan dianggap Tuhan Perempuan disembah kerana menerangi kegelapan
malam, bintang, kelebihannya dapat memandu perjalanan, dan matahari
yang dianggap Tuhan Lelaki disembah kerana membantu kehidupan dan
menyuburkan tanaman mereka. Penganut agama - agama ini dikatakan
membina rumah ibadat masing – masing dan ianya terdapat di utara dan
selatan Tanah Arab.

Satu lagi agama yang begitu popular dalam kalangan masyarakat arab
Jahiliah ialah penyembahan api atau dikenali sebagai Majusi yang dibawa
masuk oleh penjajah Parsi dan dianuti oleh kabilah – kabilah Arab di
bahagian selatan Tanah Arab yang menjadi taklukan dan naungan kuasa
besar tersebut seperti di Hirah, Anbar, dan Tadmur. Agama ini mempercayai
akan kewujudan Tuhan Baik dan Tuhan Jahat. Dalam agama ini wujud suatu
fahaman yang menghalalkan perkahwinan sedarah, misalnya antara ayah
dan anak serta perkahwinan adik beradik.

Dalam aspek kepercayaan pula, tidak dinafikan masyarakat sebelum ini
mengamalkan pelbagai kepercayaan tahyul yang diwarisi sejak zaman
nenek moyang mereka, malah ada antara kepercayaan tersebut tidak logik

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

dan mengenal erti kemanusiaan. Contoh yang paling ketara ialah amalan
membunuh bayi perempuan, percaya kepada ramalan ahli sihir atau ahli
nujum, percaya kepada amalan sangkasuka dansangkaduka sebelum
memulakan pengembaraan dan perjalanan jauh serta mengamalkan adat
yang kononnya menguji kesetiaan seseorang isteri.

Kesimpulannya, agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum Islam
sememang jelas melanggar batas – batas kemanusiaan dan seolah – olah
menghalalkan pelbagai kemungkaran disebabkan apa yang dipraktikkan
adalah bertunjangkan akal dan hawa nafsu semata serta meninggalkan
segala ajaran Nabi da terdahulu serta sanggup mengubah dan
menyelewengkan kitab – kitab yang diturunkan terdahulu seperti Taurat dan
Injil

Huraikan kemajuan yang dicapai oleh kaum Quraisy pada zaman SOALAN KLON
sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Huraikan kedudukan dan
kepentingan kaum Quraisy
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab sinonim dengan gelaran sebelum Islam
masyarakat Jahiliyah, gambaran masyarakat yang jauh ketinggalan bukan
sahaja dari sudut agama dan akhlak, malah aspek ekonomi, politik, dan
sosial agak terkebelakang menyebabkan masyarakat ini dikatakan berada
dalam kegelapan. Pun begitu, tidak dinafikan terdapat kemajuan yang
dikenalpasti dalam masyarakat ini khususnya kabilah Quraisy bermula di
bawah pentadbiran Qusay bin Kilab yang telah meneruskan dan menambaik
struktur pentadbiran kaum Khuzaah yang mentadbir Makkah sebelum ini.

Dalam bidang politik, kaum Quraisy dikatakan telah mengamalkan sistem Kaum Quraisy terbahagi kepada
politik yang agak tersusun meskipun ianya terikat dengan sistem kabilah.
Segala keputusan yang akan dibuat akan ditentukan oleh Majlis Kabilah; dua:
bertanggungjawab membuat peraturan dan menyelesaikan masalah yang
timbul serta menentukan jawatan tertentu kepada setiap suku. Anggota - Al Bitah; menetap dalam kota
Majlis Kabilah terdiri daripada ketua – ketua suku, golongan cerdik pandai,
penyair, ahli pidato dan mana – mana individu yang mempunyai daya dan menjalankan aktiviti
kepemimpinan. Persidangan majlis ini berlangsung di Darul Nadwah; segala
keputusan dibuat berdasarkan suara majoriti yang memberikan gambaran ekonomi seperti
adanya demokrasi ( kebebasan bersuara ). Badan ini akan dibantu oleh
Majlis Suku yang berperanan menjaga kepentingan suku masing – masing, perdagangan
mesyuarat majlis ini berlangsung di tempat yang dikenali sebagai Nadi.
- Al Zawahir; kehidupan

umpama kaum Badwi;

menjaga keselamatan dan

kawal kota Makkah

Bagi melancarkan urusan pentadbiran kota Makkah, Qusay mewujudkan
beberapa jabatan dan jawatan, antaranya Majlis al Siqayah, Majlis al Rifadah,
Majlis al Qiyadah, Majlis Liwa’, Majlis Unnah, Majlis al Asynaq, al Hijab, al
Imarah dan lain – lain. Terbentuknya jawatan – jawatan ini melahirkan
suasana perdamaian dan semangat kerjasama dalam kalangan suku / kaum
Quraisy. Suasana aman ini diperkukuhkan lagi dengan pengisytiharan
kawasan aman dan bulan haram berperang, iaitu Rejab, Syaaban, Zulkaedah,
dan Zulhijjah yang pastinya menjamin keselamatan kaum Quraisy sendiri.

Kemajuan kaum Quraisy juga dapat dilihat dari sudut ekonomi, mereka
bukan sahaja terlibat dalam aktiviti perdagangan dalam negeri, malah

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

merentasi sempadan antarabangsa, secara tidak langsung membawa Peranan Kota Makkah Sebelum
kepada kegiatan import eskport barangan. Abdu Manaf umpamanya, telah
menghantar anak – anaknya ke luar negara, Hashim ke Syam, Abd Syam ke Islam
Habsyah, al Mutalib ke Yaman, dan Naufal ke Parsi. Misi – misi perdagangan
telah mengeksport barangan seperti bulu biri – biri, kulit binatang, buah – - Pusat Kebudayaan; dikelilingi
buahan dan patung berhala serta membawa masuk barangan seperti batu
permata, emas, sutera dan rempah ratus. Kehebatan kaum Quraisy dalam oleh kawasan peradaban awal
aktiviti perdagangan diabadikan dalam al Quran, Surah Quraisy menjelaskan
rombongan Quraisy menjalankan aktiviti perdagangan ke Syam pada manusia spt Babylon,
musim panas dan ke Yaman pada musim sejuk.
Mesopotamia, Sidon dan Tyre.
Kemajuan dalam aktiviti perdagangan bukan sahaja kerana kedudukan yang
strategik, malah peranan kaum Quraisy yang menyediakan pelbagai - Pusat Ibadat; terbinanya
kemudahan bagi melancarkan urusan jualbeli. Pasar – pasar dibuka seperti
Pasar Ukadz, Zu Majaz, dan al Majannah dilengkapi pelbagai prasarana yang Kaabah, mengerjakan haji dan
memberikan keselesaan kepada peniaga. Bagi menjamin keselamatan,
kaum Quraisy telah mengikat perjanjian keselamatan dengan Byzantine, pusat penyembahan berhala
Parsi, dan Habsyah, begitu juga dengan kabilah – kabilah Arab di sekitar
Semenanjung Tanah Arab. Bani Tamim diberikan kuasa mengawal aktiviti di - Pusat Perdagangan;
pasar dan menjaga keselamatan kafilah – kafilah Quraisy.
kedudukan yang strategik dan

kemahiran kaum Quraisy

- Pusat Kebudayaan;

pertandingan syair, pidato

dan sajak – pesta kesenian

pada musim haji

Dalam bidang sosial pula, kehebatan kaum Quraisy dapat dilihat dengan Faktor Kemajuan Kota Makkah
keupayaannya membangunkan kota Makkah sebagai pusat kebudayaan. - Kedudukan yang strategik
Pada musim haji, pertandingan seni dan sastera turut diadakan, penyair dan - Keberkatan doa Nabi Ibrahim
pemidato yang hebat akan berkumpul dan bertanding sesama mereka bagi - Peranan kaum Quraisy
menonjolkan kehebatan. Lokasi pertandingan ialah di Ukadz, al Majannah,
dan Zu Majaz secara tidak langsung turut berperanan umpama pasar seni. - Kaabah dan peranan sebagai
Nama – nama pemenang sama ada sajak, syair dan pidato serta sajak – sajak pusat ibadat
terbaik akan ditulis dengan benang emas serta digantung di dinding Kaabah
untuk dinikmati oleh khalayak penggemar seni dan sastera.

Tidak dinafikan, kaum Quraisy meupakan gambaran atau penanda aras
kemajuan bangsa Arab sebelum kedatangan Islam, meskipun kehidupan
mereka tidak dipandu oleh sistem agama dan kepercayaan yang
sebenarnya. Hakikatnya, kehebatan mereka dikaitkan dengan kesucian kota
Makkah dan keberkatan doa Nabi Ibrahim yang memohon agar kota ini
dilindungi-Nya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah sebagaimana
terdapat dalam al Quran, Surah Ibrahim ayat 37.

Kedatangan Islam bukan sahaja telah mengubah aspek agama dan
kepercayaan masyarakat Jahiliyah malah aspek – aspek lain.
Jelaskan.

Sebelum kedatangan Islam, zaman dan masyarakat yang berada dalam era
tersebut dikenali sebagai zaman Jahiliyah, iaitu masyarakat berada dalam
kegelapan disebabkan kejahilan masyarakat berkenaan dari sudut agama
dan akhlak, sesuai dengan perkataan jahiliyah yang berasal daripada
perkataan jahala yang bermaksud bodoh atau pun sesat. Zaman ini
dikatakan bermula selepas pecahnya Empangan Maarib yang menjadi nadi
pembangunan kerajaan Saba’ hinggalah Baginda SAW menerima wahyu

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

pertama.Tidak dinafikan kedatangan Islam telah membawa perubahan yang
besar dalam bidang keagamaan , malah merangkumi aspek politik,
ekonomi, dan sosial.

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Jahiliyah menganut agama yang Ciri – ciri Kehidupan
sesat, sama ada agama yang diciptakan sendiri atau menyelewengkan Masyarakat Arab Jahiliyah
agama samawi. Majoriti di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah menyembah - Agama : Bersifat sesat
berhala yang diperbuat sama ada daripada batu, kayu ataupun logam, - Adat : Bersifat tahyul
contohnya di Makkah terdapat 360 buah patung berhala di keliling Kaabah. - Politik : Tidak berkembang
Tujuan penyembahan berhala ini ialah untuk mendekatkan diri mereka - Ekonomi : Mundur
dengan Tuhan. Selain itu, ada dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah - Sosial : Perpecahan
mengamalkan penyembahan api, bulan, bintang, matahari dan sebagainya. - Peperangan: Kelaziman
Malah yang bertambah buruk ialah tindakan para pendeta agama Yahudi - Pendidikan: Buta huruf
dan Nasrani mengubah kandungan asal kitab – kitab Taurat dan Injil - Perundangan: Fikiran Syeikh
menyebabkan ia menjadi sesat. Namun setelah kedatangan Islam,
Rasulullah s.aw. telah membawa suatu bentuk ajaran yang baru iaitu dengan Kemunduran masyarakat Arab
memperkenalkan konsep Tauhid mengesakan Allah, mempercayai Rukun sebelum Islam menyebabkan
Iman, serta perkara – perkara ghaib yang berkaitan dengan Rukun Iman zaman tersebut dikenali
seperti dosa, pahala, syurga, neraka, titian sirat, mizan dan sebagainya. Hal sebagai Zaman Gelap
ini pastinya bertentangan dengan amalan masyarakat sebelumnya yang
mengamalkan konsep penyembahan Tuhan yang berbilang dan amalan
kepercayaan karut yang diwarisi daripada nenek moyang secara membuta
tuli.

Kedatangan Islam turut membawa perubahan dari segi akhlak atau etika
masyarakat kedatangan Islam masyarakat Arab hidup bergelumang yang
hawa nafsu dan mementingkan keseronokan duniawi. Gejala berzina,
berjudi, minum arak merupakan amalan biasa di kalangan masyarakat Arab
sebelum Islam. Meskipun ada akhlak positif seperti menghormati tetamu,
membantu anak yatim dan orang miskin, ia hanya menonjolkan
kepentingan individu bukan untuk kepentingan masyarakat. Hal ini
berbeza dengan akhlak yang dianjurkan oleh Islam yang berkonsepkan
amar makruf nahi mungkar. Islam mencegah umatnya melakukan perbuatan
yang baik dan menolak sebarang kejahatan atau kemungkaran. Selain itu,
Islam juga membawa konsep persaudaraan dan persamaan taraf bagi
memupuk keharmonian dan kesejahteraan sekaligus menolak fahaman
assabiyah yang bersemadi di dalam jiwa masyarakat Arab Jahiliyah

Dari segi sosial pula, sebelum kedatangan Islam, corak hidup masyarakat
Arab adalah berkabilah, setiap individu atau ahli kabilah dalam kabilah
mempunyai fahaman assabiyah, iaitu sangup mempertahankan kabilah
tanpa mengira ianya salah atau benar. Fahaman sebeginilah yang
menyumbangkan kekerapan tercetusnya perang antara kabilah – kabilah.
Selain itu, masyarakat ini mendikriminasikan golongan wanita. Golongan ini
dianggap hina, kedatangan bayi perempuan disambut dengan amalan yang
mengerikan iaitu menanam bayi tersebut. Selain itu, masyarakat ini
mengamalkan dan mendewa – dewakan sistem feudal dan mementingkan
kelas, golongan bangsawan dan kaya akan dihormati manakala golongan
miskin dipandang hina. Namun, selepas kedatangan Islam, masyarakat Arab
telah didedahkan dengan konsep persaudaraan, persamaan taraf, dan
menolak sentimen atau semangat assabiyah. Setiap individu dianggap

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

sama taraf, orang yang paling mulia ialah individu yang bertaqwa terhadap Kerajaan – kerajaan Sebelum
Allah. Selain itu, konsep persaudaraan diterapkan untuk mewujudkan Kedatangan Islam
amalan kerjasama dan tolong menolong demi kesejahteraan manusia - Ma’in
sejagat. Islam juga telah meletakkan wanita pada tempat yang sewajarnya. - Tadmur / Anbar
Golongan ini diberikan hak untuk hidup, bermasyarakat dan seumpamanya - Makkah
- Ghassan
Ditinjau aspek ekonomi pula, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab - Himyar
mengamalkan ekonomi yang menindas dan mementingkan individu dan
menolak kesejahteraan masyarakat. Meskipun terlibat dengan aktiviti Ketamadunan Bangsa Arab
perdagangan, mereka mengamalkan sistem riba , menipu kadar timbangan Ekon - Perdag
dan sukatan dan memperkenalkan system pajak gadai yang di luar
perikemanusiaan. Hal ini berbeza dengan sistem ekonomi Islam yang a/bangsa
diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. Islam telah mengharamkan segala - Pertukangan
bentuk amalan yang menindas sebagaimana tradisi masyarakat Jahiliyah. - Pertanian
Islam mementingkan keadilan dan pengagihan kekayaan yang sama rata Politik - Jabatan
terutamanya dengan kewajipan membayar zakat dan galakan bersedekah. - Demokrasi
Umat Islam juga digesa mencari nafkah sama ada bekerja sendiri atau - Diplomatik
makan gaji. Sistem ekonomi yang sedemikian rupa telah membolehkan Budaya - Pidato
Madinah menjadi pusat perdagangan yang terkenal. - Syair
Ilmu - Hafalan
Sebelum kedatangan Islam, politik masyarakat Arab Jahiliyah terhad kepada - Peperangan
suku atau kabilah masing – masing. Syeikh Kabilah merupakan pemimpin - Perubatan
yang berkuasa mutlak. Di bahagian utara dan selatan Semenanjung Tanah Akhlak - Layan tetamu
Arab pula, masyarakat Arab dibelenggu oleh penjajah Rom dan Parsi. - Org miskin
Meskipun, Makkah tidak dikuasai oleh mana – mana kuasa penjajah, dasar - Taat / Setia
perluasan kuasa penjajah turut dirasai menyebabkan kegiatan perdagangan Perang - Kebanggaan
sering terancam. Undang – undang yang diamalkan oleh masyarakat Arab - Strategi
sebelum kedatangan Islam ialah undang – undang bertulis iaitu tradisi - Bulan suci
nenek moyang. Segala keputusan bukan berdasarkan pertimbangan akal
yang waras, sebaliknya didorong oleh hawa nafsu. Hal ini berbeza dengan
politik Islam yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w., kuasa mutlak
digantikan dengan amalan syura, Baginda s.a.w. sebelum membuat sesuatu
dasar akan mengadakan perbincangan dengan rakyat di bawah
pimpinannya agar ia memberi kepuasan bersama. Bagi mengukuhkan
kekuatan umat Islam, Rasulullah telah menggubal Sahifah Madinah dan
memperkenalkan konsep ummah yang menggariskan kewajipan setiap
warga Madinah yang pelbagai bangsa dan agama. Undang – undang serta
perlembagaan yang digubal berdasarkan sumber wahyu iaitu al Quran dan
al Sunnah.

Kesimpulannya, kedatangan Islam telah mengubah cara hidup masyarakat
secara beransur – ansur. Aspek akidah telah menjadi unsur utama
mempengaruhi kehidupan masyarakat Arab sehingga dianggap mampu
memberikan nur yang menerangi zaman kegelapan sebelum itu.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan pengertian ummah dan pembinaannya di Madinah

Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, penduduk SOALAN KLON
Madinah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu berbangsa Arab dan
bangsa Yahudi. Dua suku kaum utama berbangsa Arab yang mendiami kota Pembentukan ummah
Madinah ialah Aus dan Khazraj, manakala kelompok Yahudi pula terbahagi berlaku secara evolusi.
kepada Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah. Apa yang pasti, Jelaskan.
sebelum Baginda SAW sampai di Madinah, golongan Yahudi jelas
mendominasi bangsa Arab sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun
sosial sehinggalah Baginda SAW membentuk konsep masyarakat baharu
yang dikenali sebagai ummah.

Pengertian ummah dapat dilihat daripada beberapa perspektif. Dari sudut SOALAN KLON
bahasa bermaksud masyarakat atau sekumpulan manusia yang tertumpu di
sesuatu tempat. Mengikut al Quran, ummah bukan sahaja terdiri daripada Sejauh manakah
manusia malah termasuk sama golongan jin, yang terdiri daripada golongan
yang beriman dan sebaliknya. Mengikut Piagam Madinah pula, ummah penentangan kaum Quraisy
terdiri daripada dua golongan, iaitu golongan Islam dan bukan Islam yang
berada di bawah pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. Golongan Islam membawa penghijrahan
terdiri daripada golongan Muhajirin, iaitu golongan pendatang dan
golongan Ansar, iaitu suku kaum Aus dan Khazraj yang merupakan Nabi Muhammad SAW ke
penduduk asal Madinah. Golongan bukan Islam pula majoritinya berbangsa
Yahudi. Madinah.

Pembentukan ummah di Madinah dikaitkan dengan peristiwa penghijrahan Usaha Pengukuhan Ummah
Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Penghijrahan ini telah meninggalkan - Pengukuhan penyatuan
impak yang cukup besar, sebaik sahaja Baginda SAW sampai di Madinah,
Masjid Nabawi telah didirikan di Madinah bukan sahaja untuk memudahkan Ansar dan Muhajirin
umat Islam, malah ianya telah menjadi markas pentadbiran negara Islam, - Memperkasa fungsi masjid
dan yang lebih penting ialah ianya menjadi tempat penyatuan dalam - al Quran dan Hadis sbg
kalangan umat Islam. Masjid Nabawi yang didirikan ini merupakan masjid
yang kedua selepas Masjid Quba yang didirikan semasa perjalanan Nabi asas peraturan
Muhammad s.a.w. ke Madinah. - Penguatkuasaan Piagam

Seterusnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak menyatukan masyarakat Madinah
di Madinah, umpamanya antara golongan Aus dan Khazraj yang kerap - Mengawasi munafik
bersengketa sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Penyatuan - Menyingkirkan Yahudi
ini dilakukan atas konsep persaudaraan dan penerapan iman sekaligus - Menegakkan keadilan dan
menamatkan semangat assabiyah yang membelenggu masyarakat sebelum
ini. Langkah yang sama dilakukan untuk menyatukan golongan Muhajirin kesejahteraan sosial
dengan golongan Ansar sekaligus telah memantap dan mengukuhkan umat
Islam di Madinah.

Pembentukan ummah di Madinah dapat direalisasikan apabila Nabi
Muhammad s.a.w. telah bertindak menggubal dan menguatkuasakan
Perlembagaan Madinah pada tahun pertama Hijrah dengan
memperkenalkan istilah dan konsep ummah dalam perlembagaan bertulis
ini. Melalui konsep ummah semua warga Madinah, khususnya dalam
kalangan orang – orang Islam wajib saling menghormati antara satu sama

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

lain dan tidak membebani saudara seagama dengan pelbagai masalah.
Malah, melalui konsep ummah ini, disebabkan golongan bukan Islam
dikategorikan sebagai ummah juga, mereka dikehendaki patuh dengan
pelbagai peraturan di samping tidak mengabaikan akan hak – hak mereka
demi menjamin keharmonian dalam negara Islam Madinah.

Kesimpulannya, walaupun usaha dakwah Nabi Muhammad SAW
menghadapi cabaran yang begitu getir di Makkah bagi membentuk ummah,
namun dengan kesabaran dan kecekalan Baginda SAW, konsep ummah
telah berjaya dilaksanakan di Madinah apabila Piagam Madinah yang
menjadi perundangan tertinggi negara telah digubal dan menjadi peraturan
kepada seluruh warga Madinah dengan memaktubkan fasal berkaitannya
demi mewujudkan keharmonian masyarakat dan kestabilan politik negara
Islam Madinah.

Bincangkan usaha Nabi Muhammad SAW menyatukan masyarakat
berbilang kaum di Madinah.

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja telah membawa kepada SOALAN KLON
pembentukan negara Islam, malah yang lebih penting telah membentuk
sebuah masyarakat baharu yang dikenali sebagai ummah. Perkataan ini Huraikan usaha Nabi
merujuk kepada warga Madinah yang berada di bawah kepemimpinan
Baginda SAW yang terdiri daripada orang – orang Islam dan bukan Islam Muhammad SAW
khususnya bangsa Yahudi yang sebelum ini menguasai urusan politik,
ekonomi, dan social Madinah. mengukuhkan konsep

Antara tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW bagi ummah yang dibentuk di
menyatukan masyarakat di Madinah ialah dengan mempersaudarakan
orang – orang Islam, golongan Muhajirin yang berhirah dalam keadaan Madinah
sehelai sepinggang telah dipersaudarakan dengan golongan Ansar yang
sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan saudara seagama itu.
Contohnya, Hamzah dipersaudarakan dengan Zaid, Abu Bakar dengan
Kharijah bin Zuhayr, dan Umar al Khattab dengan Utbah bin Malik. Malah,
orang – orang Ansar sendiri turut dipersaudarakan sesama mereka bagi
menghentikan perbalahan yang sering berlaku sehingga mencetuskan
dendam dan hutang darah dalam kalangan Aus dan Khazraj.

Baginda SAW juga bertindak menghapuskan semangat assabiyah yang
begitu sebati dengan kehidupan masyarakat sebelum Islam, penghapusan
semangat assabiyah dalam kalangan orang Islam dihapuskan melalui
konsep persaudaraan dan penerapan iman. Implikasi dari penghapusan
semangat assabiyah ini juga telah membawa kepada penerimaan warga
Madinah Nabi Muhammad kini merupakan pemimpin tertinggi Madinah
khususnya dalam kalangan Aus dan Khazraj serta Yahudi yang selama ini
tidak boleh menerima orang luar sebagai pemimpin mereka.

Penyatuan dalam kalangan warga Madinah diperkukuhkan lagi dengan
penggubalan Perlembagaan Madinah yang menjadi sumber perundangan
teringgi negara. Piagam ini memperuntukkan hak dan tanggungjawab
warga Madinah, umpamanya orang Islam diwajibkan hidup saling

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

bekerjasama sekaligus merealisasikan konsep persaudaraan, orang bukan Langkah Nabi Muhammad SAW
Islam pula diberikan kebebasan bersuara dan mengamalkan agama serta menyatukan masyarakat di
adat istiadat masing – masing, dan yang paling pentimg bagi memastikan
kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap negara dan mewujudkan Madinah
kerjasama ialah peruntukan kewajipan mempertahankan negara adalah
tanggungjawab warga Madinah tanpa mengira agama atau bangsa serta  Mempersaudarakan Ansar
keturunan.
dengan Muhajirin
Seterusnya, bagi memastikan kerjasama antara masyarakat di Madinah,
Nabi Muhammad SAW telah melaksanakan prinsip dan amalan syura dalam  Menyatukan Aus dengan
pemerintahan. Tujuan Baginda SAW memperkenalkan prinsip ini dalam Khazraj
pemerintahan ialah bagi membolehkan semua warga Madinah terlibat
dalam pemerintahan sekaligus menolak persepsi Nabi Muhammad bersikap  Penggubalan Piagam
berat sebelah dan mendiskriminasikan orang – orang bukan Islam.
Keterbukaan Nabi Muhammad SAW menggambarkan Baginda SAW Madinah
bukanlah pemerintah yang mengamalkan pemerintahan bersifat autokratik
atau berkuasa mutlak  Melaksanakan konsep,

Pengenalan sistem ekonomi Islam juga merupakan tindakan yang dilakukan prinsip dan amalan syura
oleh Baginda. Melalui pelaksanaan sistem ini, segala bentuk atau amalan
penindasan dihapuskan, malah ianya juga dapat menghapuskan monopoli  Melaksanakan sistem
atau eksploitasi kaum Yahudi dalam kegiatan ekonomi. Kewujudan sistem
ekonomi yang adil ini membolehkan agihan kekayaan dilakukan secara ekonomi Islam
sama rata, bagi orang Islam, diwajibkan membayar zakat dan digalakkan
bersedekah  Mendirikan dan

memakmurkan Masjid

Nabawi

 Mengusir golongan Yahudi

Kesimpulannya kepemimpinan semulajadi yang ada pada diri Baginda SAW
merupakan faktor utama kejayaan membentuk sebuah masyarakat yang
saling bekerjasama, penyumbang kepada pembentukan negara Madinah
yang stabil sekaligus menjadi asas kepada pembangunan ekonomi dan
kesejahteraan ummah.

Jelaskan bagaimana Nabi Muhammad SAW menangani masalah –
masalah yang timbul dalam kalangan warga Madinah.

Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW, warga Madinah dapat
dibahagikan kepada kepada beberapa kelompok masyarakat, antara suku
Aus dan Khazraj yang mewakili bangsa Arab dan golongan Yahudi yang
terdiri daripada beberapa puak utama seperti Bani Qainuqa’, Bani Nadhir,
dan Bani Quraizah. Tidak dinafikan Nabi Muhammad SAW berhadapan
dengan tugasan besar menangani dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi dan ditimbulkan oleh warga Madinah sebaik sahaja dilantik
sebagai pemimpin tertinggi sama ada masalah yang timbul dalam kalangan
umat mahupun bukan Islam.

Bagi menangani masalah Aus dan Khazraj, tindakan Baginda SAW ialah
dengan menghapuskan semangat assabiyah yang membelenggu mereka
sebelum ini. Fahaman ini jelas mengundang banyak kesan negatif,
disebabkan perkara kecil, akan berlaku perbalahan sehingga membawa
kepada peperangan dan pembunuhan, sekaligus mendedahkan akan

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

kelemahan bangsa Arab ini. Keadaan diburukkan lagi apabila golongan SOALAN KLON
Yahudi sering melaga – lagakan antara Aus dan Khazraj agar tidak berlaku
perpaduan dalam kalangan bangsa Arab yang boleh mengugat pengaruh Perihalkan usaha – usaha
dan kedudukannya di Madinah. Sehubungan dengan itu, Nabi Muhammad Nabi Muhammad SAW
SAW telah memperkenalkan konsep persaudaraan berdasarkan ikatan menyatukan masyarakat
akidah dan menerapkan iman dalam kalangan Aus dan Khazraj bagi Islam di Madinah
mewujudkan suasana harmoni dan saling menghormati antara mereka dan
secara tidak langsung akan menguatkan kedudukan mereka di kota
Madinah

Konsep dan semangat persaudaraan ini dipraktikkan lagi dalam kalangan
umat Islam apabila Baginda SAW menggunakannya bagi membantu
golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan sehelai sepinggang
ekoran penghijrahan ke Madinah dalam keadaan tergesa – gesa. Melalui
konsep persaudaraan, golongan Ansar sedia menghulurkan apa jua bantuan
kepada saudara seagama mereka, ada yang memberikan bantuan tempat
tinggal, pakaian, modal untuk memulakan perniagaan sebagaimana Abdu
Rahman bin Auf. Malah ada dalam kalangan golongan Ansar yang sanggup
menceraikan isteri – isteri mereka agar harta yang dimiliki oleh para isteri itu
dapat diwarisi oleh saudara seagama dalam kalangan golongan Muhajirin.
Penyatuan Ansar dan Muhajirin ini juga menggambarkan fahaman
assabiyah yang dianuti kini kian pudar dan mulai terhakis.

Penggubalan Perlembagaan Madinah menambahkan lagi kekuatan dan Kandungan Piagam Madinah
ikatan persaudaraan dalam kalangan warga Madinah. Dalam Piagam
Madinah, termaktub fasal yang menyentuh tanggungjawab orang – orang  Sumber: wahyu dan norma
Islam, setiap warga Madinah wajib menghormati dan saling bekerjasama masyarakat
dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan seandainya saudara
seagama berhadapan dengan masalah. Fasal ini jelas memberikan  Kepemimpinan
gambaran bahawa Nabi Muhammad SAW berhasrat umat Islam  Tanggungjawab orang Islam
menghayati konsep ukhwah Islamiyyah dan membentuk sebuah masyarakat  Hak orang bukan Islam
baharu yang berpaksikan akidah dan akhlak amal makruf nahi mungkar  Tanggungjawab bersama
yang pastinya mampu menyelesaikan masalah politik, ekonomi, dan sosial  Konsep ummah
dalam kalangan umat Islam.

Berhubung dengan masalah Yahudi, tidak dinafikan golongan ini umpama Masalah Golongan Ansar
duri dalam daging dalam kalangan warga Madinah. Kedatangan Nabi
Muhammad SAW ke Madinah menyebabkan kedudukan politik dan  Perbalahan antara Aus
ekonomi mereka kini tergugat. Sehubungan dengan itu, pelbagai provokasi dengan Khazraj
yang ditimbulkan bagi melemahkan umat Islam sama ada dari segi agama
mahupun politik. Bagi memastikan golongan Yahudi memberikan kesetiaan  Belenggu Yahudi
terhadap negara Islam Madinah, Baginda SAW meletakkan fasal kewajipan
bersama mempertahankan negara seandainya negara Islam diancam oleh  Kekayaan jatuh ke tangan
musuh. Selain itu, golongan bukan Islam khususnya puak Yahudi ini dilarang Yahudi
mengadakan apa – apa perjanjian atau pakatan dengan musuh Islam tanpa
pengetahua Rasulullah SAW. Keengganan mematuhi fasal ini boleh  Penyesuaian dengan
menyebabkan tindakan tegas digunakan.
saudara baharu

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Keengganan Yahudi mematuhi fasal inilah menyebabkan Baginda SAW Masalah Golongan Muhajirin
bertindak mengusir golongan Yahudi daripada bumi Madinah. Yahudi Bani  Berhijrah dalam keadaan
Qainuqa’ diusir disebabkan tingkahlaku mereka yang tidak menghormati
kaum lain khususnya umat Islam, buktinya mereka telah bertindak sehelai sepinggang
mengaibkan maruah seorang wanita Islam, malah keberanian golongan  Diburu oleh musyrikin
Yahudi terserlah apabila memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam
Perang Badar, menyebabkan Baginda SAW mengarahkan perkampungan Makkah
mereka dikepung dan diarahkan keluar daripada kota Madinah. Begitu juga
dengan Yahudi Bani Nadhir, golongan ini diusir kerana adanya komplot Masalah Yahudi
untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Begitu juga dengan Yahudi Bani  Menguasai politik dan
Quraizah, tindakan mereka bersekutu dengan tentera Ahzab yang
mengepung kota Madinah dalam Perang Khandak telah mengundang ekonomi Madinah
padah. Perbicaraan salahlaku golongan ini telah membawa kepada  Memecahbelahkan penduduk
hukuman yang lebih keras, semua lelaki dewasa telah dijatuhkan hukuman
bunuh, manakala kanak – kanak dan wanita dikehendaki keluar dari kota MadinahMenjadi kewajipan
Madinah. warga Madinah
mempertahan negara
daripada ancaman musuh

Nabi Muhammad SAW telah menggunakan kewibawaannya sebagai Larangan mengadakan apa –
pemimpin politik bagi menangani masalah yang dihadapi oleh warga apa perjanjian dengan musuh
Madinah yang berbilang bangsa dan agama. Kebijaksanaan Baginda SAW
menangani masalah ini ternyata telah menyumbang kepada kewujudan Setiap warga negara
negara yang stabil dan masyarakat yang saling menghormati sekaligus digalakkan menyertai tentera
mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadi role model kepada generasi ketika ekspedisi ( sukarela )
masa hadapan.

Bincangkan kelompok baharu masyarakat Islam pada zaman
Khulafa al Rasyidin

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, era pemerintahan negara dan
umat Islam kini diterajui oleh para khalifah bermula dengan Khalifah Abu
Bakar al Siddiq diikuti oleh Umar al Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin
Abi Talib selama 29 tahun. Sepanjang era pemerintahan kerajaan ini, bukan
sahaja agama Islam tersebar meluas bahkan kini agama Islam kini dianuti
oleh pelbagai bangsa sehingga wujud kelompok – kelompok baharu di
dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab

Pada zaman Khulafa al Rasyidin, golongan Arab merupakan golongan Tada lagi penggunaan istilah
majoriti dan paling berpengaruh. Golongan ini merupakan tunjang kepada Muhajirin dan Ansar selepas
kekuatan dan aset yang bernilai dalam pentadbiran kerajaan ini. Buktinya, kewafatan Nabi Muhammad
para khalifah terdiri daripada bangsa Arab, bermula dengan Abu Bakar,
diikuti oleh Umar al Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Begitu
juga dengan jawatan gabenor dan pegawai kerajaan lain juga diisi oleh
individu – individu berbangsa Arab umpamanya, Khalid al Walid, Ikrimah
bin Abi Jahal, Abu Ubaidah al Jarrah, Saad bin Abi Waqqas dan lain – lain.
Golongan ini merupakan golongan yang diidentitikan sebagai golongan
Muhajirin dan Ansar pada zaman Nabi Muhammad SAW

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, muncul golongan yang
dikenali sebagai al Riddah merupakan suatu cabaran kepada Khalifah Abu
Bakar sebagai khalifah pertama selepas kewafatan Baginda SAW,

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

memandangkan golongan ini bertindak sebagai golongan antikerajaan dan
ajaran Islam. Golongan ini dibahagikan kepada golongan nabi palsu, enggan
membayar zakat, dan murtad, muncul seperti Yaman, Yamamah, Bahrain,
Oman dan sebagainya. Kemunculan golongan ini adalah disebabkan
ketidakfahaman terhadap ajaran Islam, muncul semula semangat assabiyah
dan enggan menandingi populariti Nabi Muhammad SAW. Golongan ini
berjaya dihapuskan melalui tindakan ketenteraan berikutan usaha menerusi
kaedah diplomasi menemui jalan buntu.

Golongan Mawali pula merupakan golongan bukan Arab yang menerima
agama Islam, golongan ini muncul akibat kempen pendakwahan serta
ketenteraan yang dijalankan khususnya zaman Khalifah Umar al Khattab,
golongan ini diberikan hak sebagaimana berbangsa Arab termasuk jawatan
– jawatan penting serta dikecualikan cukai jizyah, contoh golongan ini ialah
bangsa Barbar di utara Afrika pada zaman Khalifah Uthman dan kaum Qibti
di Mesir khususnya zaman Khalifah Umar al Khattab. Kemunculan golongan
ini semakin bertambah ekoran kejayaan demi kejayaan ekspedisi
peperangan sebagaimana yang dinyatakan.

Selepas kejayaan menguasai wilayah di Iraq, Syam, dan Mesir, Khalifah Umar
al Khattab telah menyerahkan wilayah – wilayah ini untuk ditadbir kepada
golongan yang dikenali sebagai golongan Ahl al Ayyam. Golongan ini
berperanan sebagai pemegang amanah dan dipertanggungjawab mengutip
cukai – cukai seperti jizyah dan kharaj untuk manfaat negara dan umat Islam,
antara golongan ini ialah Bani Syaiban di bawah pimpinan al Asytar bin
Malik. Jumlah golongan Ahl al Ayyam dikatakan mencecah 12 000 orang,
antara pemimpin mereka ialah al Asytar, Malik Bin Harith, Hijr bin Adi al
Kindi, dan Yazid bin Qais. Golongan ini juga terdiri daripada suku Arab yang
kecil seperti Bani Syaiban.

Golongan al Qurra juga muncul pada zaman pemerintahan kerajaan ini,
berasal daripada golongan Ahl al Ayyam, namun yang membezakan antara
kedua – duanya ialah golongan ini tidak pernah terlibat tatkala peristiwa al
Riddah. Namun begitu, pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin
Affan, golongan ini dikatakan telah memberontak terhadap dasar Khalifah
Uthman dan dikatakan bertanggungjawab terhadap Khalifah Uthman.
Golongan ini telah memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi
Talib terutama dalam Perang Jamal dan Perang Siffin, selepas berakhirnya
Perang Jamal, golongan ini berpaling tadah dengan menentang Khalifah Ali;
dan dikenali sebagai golongan Khawarij.

Golongan Khawarij muncul berikutan tidak puas hati atas tindakan Khalifah
Ali yang menerima perjanjian damai yang dikenali sebagai Peristiwa Tahkim
ketika tentera Khalifah Ali bertempur dengan tentera Muawiyyah bin Abu
Sufyan. Golongan ini bertindak ekstrim termasuk mengsiytiharkan halal
membunuh individu yang menolak perjuangannya, dilemahkan oleh
Khalifah Ali dalam pertempuran di Nihawan. Malah, individu daripada
golongan inilah, Abdul Rahman bin Maljam yang bertanggungjawab
membunuh Khalifah Ali dan menamatkan pemerintahan kerajaan Khulafa al
Rasyidin.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kemunculan pelbagai golongan baharu dalam masyarakat Islam
mencerminkan bahawa agama Islam ini bersifat universal, sesuai untuk
semua masyarakat tanpa mengira bangsa, keturunan dan sempadan negara.
Pun begitu, di sebalik perkembangan agama Islam ini, kemunculan
golongan baharu telah menimbulkan konflik dengan pihak pemerintah
disebabkan politik yang diamalkan tidak sehaluan dengan mereka anuti
sehingga berlakunya perang saudara atau pertumpahan sesama umat Islam
bermula dengan Perang Jamal diikuti dengan Perang Siffin.

Bincangkan peranan Piagam Madinah.

Perlembagaan Madinah digubal sebaik sahaja berlaku Nabi Muhammmad SOALAN KLON faktor
s.a.w. berjaya mendirikan negara Islam pada tahun 1 H. Perlembagaan atau Piagam
piagam ini merupakan undang – undang bertulis pertama, dan ianya Bincangkan
mengandungi 47 fasal; 23 fasal diperuntukkan untuk orang – orang Islam, penggubalan
manakala yang selebihnya dikhasnya kepada orang – orang bukan Islam. Madinah
Perlembagaan yang bersumberkan wahyu ini mengandungi beberapa
perkara, antaranya berkaitan dengan kepemimpinan negara, hak dan
tanggungjawab orang – orang Islam dan orang orang bukan Islam serta
tanggungjawab bersama warga Madinah mempertahankan keselamatan
dan kedaulatan negara..

Antara peranan Piagam Madinah yang dapat dikenalpasti ialah ianya Kandungan Utama Piagam
menjadi asas kepada penyelesaian masalah yang ditimbulkan oleh warga
Madinah, umpamanya dalam menangani masalah sosial dan ekonomi umat - Kepemimpinan
Islam khususnya dalam kalangan golongan Muhajirin, melalui peruntukan - Tanggungjawab Orang
yang terdapat dalam piagam ini adalah menjadi tanggungjawab sesama
umat Islam meringan beban dan penderitaan saudara seagama mereka. Islam
Dalam konteks ini, jelaslah golongan Ansar telah bertindak membantu - Konsep Ummah
golongan Muhajirin dengan pelbagai cara sama ada menyediakan tempat - Hak Orang Bukan Islam
tinggal, menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, malah ada yang - Tanggungjawab Bersama
sanggup menceraikan isteri – isteri agar harta yang ditinggalkan dapat
diwarisi oleh saudara seagama kelak.

Seterusnya, peranan Piagam Madinah ialah menjadi sumber perundangan
tertinggi negara. Hal ini disebabkan teras perlembagaan ini ialah al Quran
dan Hadis, maka sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah, Nabi
Muhammad s.a.w. telah memanfaatkan perlembagaan ini bagi membentuk
dan melaksanakan pemerintahan yang adil, telus, amanah dan sebagainya.
Malah, melalui perlembagaan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak
tegas terhadap golongan Yahudi yang mengkhianati umat dan negara Islam
dengan mengusir satu persatu golongan Yahudi bermula dengan Bani
Qainuqa’, Bani Nadhir, dan Bani Quraizah

Selain itu, piagam ini digubal bagi memastikan kedaulatan negara Islam
terutamanya mengelak ancaman dan pencerobohan musuh. Semua warga
Madinah tanpa mengira agama dan bangsa wajib mempertahankan negara
seandainya diancam oleh musuh. Setiap warga Madinah dilarang
mengadakan apa – apa perjanjian baik secara sulit mahupun secara terbuka
dengan pihak tertentu tanpa merujuk Nabi Muhammad s.a.w. Bagi orang –

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

orang Islam pula, mereka disaran menyertai angkatan tentera disebabkan Piagam Madinah merupakan
ianya terangkum dalam konsep jihad iaitu sesuatu yang amat mahal
harganya andainya gugur di medan perjuangan. sistem perundangan tertinggi

Perlembagaan Madinah juga berfungsi mengawal perilaku serta tindak negara
tanduk masyarakat. Melalui penggubalan piagam ini adalah menjadi
harapan Nabi Muhammad s.a.w. dapat membentuk masyarakat yang  Bersifat menyeluruh
berdisiplin serta saling bekerjasama sekaligus membentuk masyarakat yang  Bersumberkan wahyu
harmoni. Malah, piagam yang digubal ini bagi menghapuskan sikap curiga
– mencurigai, hasut – menghasut sehingga mengundang perpecahan dan  Tidak mengetepikan norma
ketiakstabilan politik negara Islam Madinah. Tidak kurang pentingnya,
melalui piagam ini juga, amalan semangat assabiyah yang sering masyarakat
mengundang perpecahan dihapuskan sebaliknya digantikan dengan
konsep ummah yang mengandungi tiga elemen penting iaitu persaudaraan,  Menyentuh hal
persamaan taraf dan prinsip amal makruf nahi mungkar dengan terasnya
akidah iaitu mentauhidkan Allah Yang Esa. kepemimpinan

Sememangnya tidak dinafikan penggubalan Piagam Madinah ini telah  Menyentuh tanggungjawab
dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dengan masyarakat yang warga Madinah
saling bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Malah, dengan
penggubalan perlembagaan ini, ianya telah menyerlahkan bakat  Menngandungi hak – hak
kepemimpinan yang ada pada diri Nabi Muhammad s.a.w. sehingga
Baginda s.a.w. dianggap negarawan yang ulung. warga Madinah

Pemberian hak kepada
golongan bukan Islam seperti:
 Kebebasan bersuara
 Kebebasan beragama

Mencerminkan keadilan

pemerintahan Nabi Muhamma

Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul,
bahkan baginda juga merupakan negarawan yang unggul.
Bincangkan.

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang Ciri – Ciri Kepemimpinan
diutuskan oleh Allah s.w.t.. untuk memimpin umat manusia ke jalan yang Nabi
benar bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Ketika Baginda berusia
40 tahun, Baginda SAW telah menerima wahyu yang pertama, iaitu Surah al - Bijaksana
Alaq yang menandakan pengiktirafan baginda sebagai seorang Nabi diikuti - Adil
turunnya Surah al Mudathir yang menandakan rasminya tugas baginda - Berani
sebagai Nabi dan Rasul. Ketika berrdakwah secara terbuka, baginda telah - Tegas
ditentang hebat oleh orang – orang Quraisy yang mengakibatkan Baginda - Bertolak ansur
s.a.w. berhijrah ke kota Madinah, yang bermakna bermulalah tugas - Berpandangan jauh
Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin negara.

Sebagai pemimpin masyarakat, kewibawaan Rasulullah s.a.w. telah terserlah
dengan kemampuan Baginda s.a.w. menyatupadukan masyarakat Madinah
yang pelbagai kaum bangsa dan agama dan memperkenalkan konsep
ummah turut menjadi bukti kehebatannya, di kalangan orang – orang Islam
mereka dipersaudarakan , manakala orang – orang bukan Islam pula terikat
dengan Perlembagaan Madinah. Kaum wanita pada zaman Rasulullah s.a.w.
mengalami perubahan yang mendadak sekiranya pada zaman Jahiliyah,
golongan wanita dipandang hina serta menjadi alat pemuas hawa nafsu
semata – mata, pada era permulaan dan kebangkitan Islam, golongan
wanita telah diberikan hak yang bersesuaian, termasuk hak berpolitik seperti
menyuarakan pandangan dan sebagainya.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Baginda SAW juga dianggap sebagai pemimpin politik, dengan Dasar – dasar yang dijalankan
penghijrahan ke Madinah, Baginda kini diiktiraf dan dilantik sebagai ketua seperti dasar ekonomi, dasar
negara Islam Madinah bagi memimpin seterusnya menyelesaikan masalah ketenteraan dan sosial serta
yang didapai oleh masyarakat yang pelbagai kaum. Kehebatan baginda hubungan diplomatic boleh
sebagai pemimpin politik semakin terserlah apabila Baginda s.a.w. berjaya dikaitkan dengan pentadbiran
menggubal Sahifah Madinah yang berpandukan al Quran dan al Hadis. kerajaan Islam Madinah zaman
Melalui Perlembagaan Madinah, Baginda s.a.w. telah berjaya menyelesaikan Nabi Muhammad SAW
masalah – masalah yang ditimbulkan oleh golongan Yahudi , misalnya
menghentikan tindakan mereka melaga – lagakan orang – orang Arab serta
berusaha berkuasa di kota Madinah. Baginda s.a.w. telah berusaha
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara – negara lain baik di
dalam ataupun di luar Semenanjung Tanah Arab. Perutusan yang dihantar
bukan sekadar untuk menjalinkan hubungan politik, bahkan ia turut
berusaha memperkenalkan Islam, misalnya dihantar ke Parsi, Rom, Habsyah,
dan sebagainya.

Selepas berhijrah ke Madinah, dasar politik Rasulullah s.a.w. turut berubah Aspek negara Islam
terhadap musuh – musuh Islam khasnya orang – orang Quraisy Makkah.
Kalau sebelum berhijrah Baginda s.a.w. hanya bersabar serta bersikap  Pemimpin tertinggi
defensif, namun selepas berhijrah dengan penubuhan negara Islam, segala  Syura
bentuk penentangan atau kekerasan akan dibalas juga dengan kekerasan.  Pusat pentadbiran
Oleh sebab itulah, telah berlaku beberapa siri peperangan antara umat Islam  Birokrasi
dengan Quraisy misalnya Perang Badar, Uhud, dan Ahzab. Begitu juga  Pentadbiran wilayah
dengan orang Yahudi yang khianat, Rasulullah s.a.w. terpaksa bertegas  Pengurusan ketenteraan
memerangi serta menghalau mereka dari bumi Madinah .  Pengurusan ekonomi
 Hubungan diplomatik

Kehebatan Baginda s.a.w. dalam bidang ketenteraan dapat dilihat peranan
Baginda s.a.w. sebagai pemimpin tertinggi di medan perang. Sepanjang
penglibatan umat Islam dalam peperangan, Baginda s.a.w. akan mengetuai
sesuatu peperangan, contohnya Perang Badar, Perang Uhud dan juga
Perang Ahzab. Segala arahan sama ada menyerang ataupun bertahan
ataupun mengadakan perjanjian dengan pihak musuh berada di tangan
Baginda s.a.w. sesuai dengan peranan Baginda sebagai Ketua Negara Islam.
Kehebatan sebagai perancang strategi juga menggambarkan Baginda s.a.w.
sebagai negarawan yang unggul. Antara bukti kecekapan Baginda s.a.w.
ialah misalnya dalam Perang Badar, mengarahkan tentera Islam mengambil
tempat di kawasan bekalan air, manakala dalam Perang Uhud, Baginda s.a.w.
mengarahkan tentera Islam menghujani panah dari kaki Bukit Uhud.

Tindakan Baginda s.a.w. memeterai perjanjian dengan musuh juga SOALAN KLON
menggambarkan kecekapan Baginda s.a.w. s.a.w. berpolitik serta berfikiran
tajam, umpamanya mengarahkan para sahabat menerima perjanjian damai Huraikan usaha Nabi
orang – orang Quraisy Makkah dalam Perjanjian Hudaibiyah merupakan
strategi jangka panjang umat Islam untuk menguasai Makkah kemudiannya. Muhammad SAW
Kejayaan membentuk tentera yang mantap dan berdisiplin juga merupakan
bukti kehebatan Rasulullah s.a.w. dalam bidang ketenteraan. Bagi membentuk struktur
menaikkan semangat lagi para pejuang Islam, Baginda s.a.w. menerapkan
semangat jihad ke dalam jiwa setiap perajurit Islam, perjuangan mereka kerajaan yang sistematik.
akan dianggap suatu jihad dan sekiranya gugur akan dianggap syahid serta
menerima balasan syurga.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Kejayaan membentuk angkatan tentera yang mantap ini menjadi asas
kepada kejayaan kerajaan Islam membentuk empayar Islam dengan
mengalahkan Rom dan Parsi pada zaman berikutnya. Pada zaman Rasulullah
s.a.w., tentera Islam telah berjaya memberikan saingan yang hebat ke atas
tentera – tentera Rom dalam Perang Mu’tah dan Perang Tabuk.

Dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. telah memperkenalkan
suatu sistem atau dasar ekonomi Islam yang adil yang berteraskan syariah.
Matlamat sistem ekonomi Islam ini adalah tidak lain untuk mengagihkan
kekeyaan secara sama rata dan adil baik di kalangan orang Islam mahupun
bukan Islam. Ini berbeza dengan sistem ekonomi Jahiliyah yang
mementingkan kepentingan individu serta bermatlamatkan keuntungan
semata – mata. Sebagai perancang ekonomi, Baginda s.a.w. berjaya
membangunkan ekonomi umat Islam, berjaya memulihkan ekonomi umat
Islam khususnya golongan Muhajirin yang berhijrah ke Madinah dalam
keadaan sehelai sepinggang. Melalui konsep persaudaraan serta galakan
bekerja, dengan bantuan golongan beberapa sahabat telah muncul sebagai
tokoh perniagaan yang berjaya seperti Abdul Rahman bin Auf . Malahan
orang – orang Aus dan Khazraj juga dapat memulihkan ekonomi mereka
daripada ditindas oleh golongan Yahudi.

Kejayaan memperkenalkan sistem ekonomi Islam sekaligus membolehkan
Baginda s.a.w. menghapuskan eksploitasi Yahudi dalam kegiatan ekonomi.
Sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w., golongan Yahudi menguasai penuh
kegiatan ekonomi termasuk memperkenlkan sistem pajak gadai yang zalim
serta mengamalkan amalan riba demi meraih keuntungan yang tinggi. Oleh
itu, apabila Rasulullah s.a.w. memperkenalkan sistem ekonomi Islam yang
adil, bibit – bibit tentangan mula kelihatan di kalangan Yahudi kerana
mereka telah hilang sumber untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat
ganda.

Bukti Baginda s.a.w. sebagai pemimpin agama ialah kemampuan Baginda
s.a.w. menyebarkan agama melalui seruan serta penghantaran utusan
sebagai pendakwah untuk memperkenalkan Islam kepada dunia luar.
Meskipun ada utusan dihina serta dibunuh Baginda s.a.w. tidak pernah
berputus asa berdakwah. Begitu juga dengan kehebatan Baginda s.a.w.
berdakwah ketika Islam mula bertapak, peringkat awal, ia disebarkan secara
sulit sehinggalah turunnya wahyu agar disebarkan secara terbuka.
Berpandukan al Quran, Baginda s.a.w. telah menjelaskan pelbagai aspek
sama ada dalam soal ibadat, kekeluargaan, jinayat, siasah, dan sebagainya.
Segala tindakan yang dilakukan biasanya ditunjukkan dengan contoh dan
amali agar difahami oleh umat Islam khasnya serta menjadi contoh dan
teladan kepada umat manusia seluruhnya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w. yang
diutuskan kepada umat manusia bukan sahaja berperanan sebagai Nabi dan
Rasul untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar bahkan Baginda
s.a.w. boleh dianggap sebagi role model dalam semua aspek sama ada dari
segi politik, ketenteraan, ekonomi, kekeluargaan, agama dan sebagainya.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Perihalkan dasar politik dan dasar ekonomi Nabi Muhammad SAW
bagi memantapkan negara Islam Madinah.

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja membawa
kepada pembentukan negara Islam, malah yang lebih penting ianya menjadi
titik tolak kepada permulaan Baginda SAW menjadi pemimpin tertinggi
kerajaan Islam pertama. Perlantikan Baginda SAW sebagai ketua negara ini
telah membawa kepada pengenalan pelbagai dasar yang digubal dan
dilaksanakan bagi mewujudkan keadilan dan keamanan sejagat sekaligus
dapat membentuk sebuah negara yang aman dan stabil serta membentuk
masyarakat yang harmonis dan sejahtera

Dasar politik yang ketara yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW Dasar Politik Nabi Muhammad
ialah bertindak menggubal sistem perundangan negara yang bersumberkan
wahyu dan norma masyarakat. Penggubalan piagam ini telah dapat - Memperkenalkan prinsip dan
mewujudkan masyarakat yang saling bekerjasama, suasana politik yang
aman, malah menyumbang kepada pembentukan sebuah negara yang amalan syura
berdaulat. Melalui piagam ini, Baginda telah diiktiraf sebagai pemimpin
tertinggi oleh warga Madinah, wujudnya sebuah masyarakat yang saling - Menggubal Piagam Madinah
bekerjasama dengan pengenalan konsep ummah, pembinaan dan
pengukuhan umat Islam melalui konsep persaudaraan, kebebasan bersuara - Melaksanakan hubungan
melalui pengenalan amalan dan prinsip syura, dan kebebasan beragama
dalam kalangan orang bukan Islam serta kewajipan bersama diplomatik
mempertahankan negara sebagai lambang kesetiaan kepada negara Islam.
- Mewujudkan struktur

pentadbiran sistematik

- Menerapkan konsep jihad

dalam perjuangan

Dasar politik Nabi Muhammad SAW juga dapat dilihat melalui tindakan Dasar Ekonomi Nabi
penghantaran para utusan ke dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab
bagi menjalinkan hubungan diplomatik. Hikmat di sebalik hubungan yang Muhammad
dijalinkan ini bukan sahaja dapat mengukuhkan negara Islam serta
mendapatkan pengiktirafan daripada negara lain, malah yang lebih penting - Memperkenalkan sistem
ianya secara tidak langsung telah membawa kepada pengenalan dan
penyebaran agama Islam ke negara lain termasuk musuh politik kerajaan ekonomi Islam
Islam iaitu Parsi dan Rom. Malah melalui hubungan luar yang dipraktikkan
ini, bagi kabilah yang enggan menerima Islam, sanggup membayar jizyah - Memperkenalkan sistem
yang pastinya menyumbangkan pendapatan kepada negara Islam
cukai

- Mewajibkan zakat ( agihan

kekayaan )

- Menggalakkan aktiviti

perniagaan dan pertanian

Dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW dapat dilihat Dasar Sosial Nabi Muhammad
dengan pengenalan sistem ekonomi Islam yang berlandaskan syarak bagi - Mneghapuskan semangat
menggantikan sistem dan amalan ekonomi ciptaan berdasarkan akal fikiran
manusia. Pelaksanaan sistem ekonomi bermakna segala amalan eksploitasi assabiyah
serta monopoli kaum Yahudi dihapuskan, begitu juga dengan pengharaman - Mewujudkan keadilan social
segala aktiviti ekonomi yang memudaratkan serta bersifat penindasan - Memperkenalkan konsep
seperti amalan riba dan penipuan. Sistem ekonomi Islam ini juga menjamin
agihan kekayaan sama rata dengan kewajipan berzakat dan galakan ummah
bersedekah - Memartabat kaum wanita

Dasar pencukaian yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW
membuktikan Baginda SAW merupakan seorang pemimpin yang adil dan
berpandangan jauh. Pelaksanaan cukai jizyah terhadap golongan kafir

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

zimmi bukan sahaja sebagai symbol kekuatan negara Islam, malah ianya
memberikan dana kepada pendapatan negara Islam walaupun agak terhad.
Dasar cukai sebegini telah menjadi asas kepada pelaksanaan pelbagai cukai
pada zaman pemerintahan Kahlifah Umar al Khattab yang memperkenalkan
pelbagai cukai seperti kharaj dan usyur yang masih menepati hukum syarak,

Dasar politik dan ekonomi yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW
membuktikan Nabi SAW merupakan pemimpin politik yang berwibawa
serta perancang ekonomi yang hebat. Kejayaan – kejayaan ini telah
menyerlahkan kepemimpinan Baginda SAW sehinggakan Baginda SAW
dianggap sebagai negarawan yang unggul

Huraikan proses perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama.

Nama sebenar Abu Bakar ialah Abdullah bin Abu Qahafah daripada suku Kriteria Seseorang Khalifah
Bani Taim. Abu Bakar dilahirkan di kota Makkah kira – kira dua tahun - Islam
setengah selepas keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Dari segi peribadi, - Lelaki
beliau ialah seorang pakar ilmu geneologi, jujur, pemurah, dan baik hati. - Merdeka
Berdasarkan sifat – sedemikianlah, beliau mendapat gelaran Abu Bakar dan - Sihat fizikal dan mental
kemudiannya al Siddiq kerana sentiasa membenarkan ajaran yang dibawa - Adil
oleh Rasulullah s.a.w. Peristiwa kewafatan Nabi Muhammad SAW - Hebat bersiasah
merupakan sesautu yang tidak dijangkakan, apatah Baginda SAW tidak
meninggalkan sebarang wasiat menyebabkna umat Islam kini berada dalam
dilema dalam menangani isu ini.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. wafat dan golongan Muhajirin sibuk Tokoh Khalifah
menguruskan jenazah Rasulullah s.a.w. , golongan Ansar yang berkumpul di  Abu Bakar: Penyelamat
Saqifah Bani Saidah, khususnya puak Khazraj berhasrat melantik pemimpin
dari kalangan mereka iaitu Saad bin Ubadah dengan alasan Saad merupakan Negara dan Umat Islam
individu terawal yang menerima Islam serta banyak mengorbankan
kekayaannya bagi membantu golongan Muhajirin. Beliau juga pernah  Umar al Khattab: Melaksana
dihantar bersama Saad bin Muaz bagi menangani golongan Yahudi Bani Reformasi
Quraizah yang khianat, malah individu yang sering dipertanggungjawabkan
memegang panji bagi pihak Ansar dan pernah mengetuai tentera Islam  Umar Abdul Aziz: Khalifah
ketika peristiwa Fath Makkah . Bani Umaiyah paling adil

Golongan Ansar juga merasakan diri mereka berhak memimpin umat Islam
memandangkan merekalah yang bertanggungjawab menghulurkan
bantuan di saat Rasulullah s.a.w. dan umat Islam ditindas oleh orang – orang
kafir Quraisy Makkah. Bagi orang – orang Muhajirin pula, tindakan orang –
orang Ansar ini amat mengejutkan kerana mereka juga mempunyai
pandangan serta calon yang tersendiri, umpamanya Umar al Khattab, Abu
Ubaidah al Jarrah, dan juga Abu Bakar al Siddiq serta Ali bin Abu Talib.
Golongan Muhajirin bertindak membantah tindakan golongan Ansar
tersebut. Keadaan bertambah gawat, apabila golongan Aus juga enggan
menerima Saad sebagai khalifah. Dalam keadaan yang kalut itu, ada di
kalangan sahabat iaitu Hubbab al Mundhir mencadangkan agar dipilih dua
orang khalifah, namun ditolak oleh Abu Bakar sebaliknya menyatakan
golongan Muhajirin sebagai pemimpin ( umara’ ), sementara golongan
Ansar sebagai pembantu ( wuzara’).

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Dalam pada itu, Abu Bakar telah mengemukakan beberapa hujah yang Kaedah Pemilihan Khalifah
penting, antaranya ialah sewajarnya khalifah dari kalangan kaum Quraisy Zaman Khu al Rasyidin
kerana suku kaum ini sememangnya terkenal dengan bakat kepemimpinan
semulajadi umpamanya Abdul Mutalib, Abu Sufyan malahan Rasulullah - Perundingan
s.a.w. sendiri. Hujah yang paling penting dikemukakan oleh Abu Bakar ialah
kebimbangannya berulang kembali perbalahan atau perang saudara antara - Wasiat Khalifah Terdahuu
golongan Aus dan Khazraj seandainya salah seorang dari pemimpin kaum - Pemesyuaratan
berkenaan dipilih. Abu Bakar mencadangkan agar Umar al Khattab atau Abu
Ubaidah dilantik sebagai khalifah. - Desakan

Sebelum mereka membuat apa – apa keputusan tiba – tiba Umar al Khattab Pengesahan perlantikan
mengangkat tangan Abu Bakar dan membaiahnya dengan alasan Abu Bakar
merupakan sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. dan pernah seseorang khalifah selepas
dilantik oleh Rasulullah s.a.w. mengetuai solat jemaah tatkala Baginda s.a.w.
uzur. Tindakan Umar ini diikuti oleh peserta – peserta lain di Saqifah Bani berlakunya baiah
Saidah yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar termasuk Saad bin Ubadah
dan Ali bin Abi Talib.

Perlantikan Abu Bakar al Siddiq sebenarnya bukan sahaja dapat
menyelesaikan krisis kepemimpinan yang dihadapi oleh umat Islam, bahkan
kesan yang paling besar dengan perlantikan Abu Bakar ini, negara Islam
terus unggul dan sistem pemerintahan berkhalifah berkekalan sehingga
tahun 1900-an , apabila Kerajaan Turki Uthmaniyah dijatuhkan oleh regim
Barat di bawah pimpinan Mustapha Kamal Atarturk.

Bincangkan peranan khalifah dalam institusi pemerintahan kerajaan
Islam pada zaman Khulafa al Rasyidin

Perkataan khalifah dari sudut bahasa bermaksud pengganti, dalam konteks
pemerintahan atau siasah pula ialah pengganti kepada Nabi Muhammad
SAW bagi mengetuai negara dan umat Islam di Madinah. Institusi ini
diwujudkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, dan Abu Bakar al
Siddiq merupakan individu pertama yang memikul tanggungjawab dan
amanah ini. Individu – individu yang mengisi jawatan khalifah harus
memiliki dan memenuhi kriteria seperti beragama Islam, lelaki, baligh,
merdeka, sihat tubuh badan dan akal, bijak berpolitik, dan adil. Sepanjang
pemerintahan kerajaan Khulafa al Rasyidin, terdapat tiga orang lagi khalifah
selain Abu Bakar, iaitu Umar al Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi
Talib

Di antara peranan khalifah apabila dilantik oleh umat Islam ialah menjaga
kesucian agama Islam daripada tercemar umpamanya tindakan musuh yang
mempersenda ajaran Islam atau adanya gerakan – gerakan yang
merosakkan kemurnian agama Islam dalam kalangan umat Islam sendiri.
Contoh yang paling jelas ialah tindakan Khalifah Abu Bakar al Siddiq yang
memerangi golongan al Riddah, iaitu golongan nabi palsu, murtad, dan
enggan membayar zakat setelah usahanya melalui kaedah diplomasi
menemui jalan buntu.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Khalifah juga berperanan mempertahankan negara daripada ancaman Kaedah Pemilihan Khalifah
musuh, umpamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq
dan Khalifah Umar al Khattab, tentera Islam telah menggempur Rom dan - Pemilihan Abu Bakar
Parsi yang kerap mengancam keselamatan negara Islam Madinah. Hasil
daripada ekspedisi – ekspedisi yang digerakkan bukan sahaja ancaman – dilakukan secara
ancaman tersebut dihapuskan, bahkan empayar Islam kian meluas dengan
penguasaan wilayah – wilayah seperti Syam, Mesir, Palestine, Iraq, perundingan
Mesopotamia dan lain – lain
- Wasiat khalifah
Tugas lain seseorang khalifah ialah menggubal dasar – dasar pentadbiran
sama ada dasar politik, ekonomi, ketenteraan dan lain – lain. Umpamanya sebelumnya sebgm
berkaitan dengan ekonomi, khalifah bertanggungjawab menyusun sistem
pencukaian berdasarkan hukum syarak, contohnya pengenalan cukai perlantikan Umar
baharu seperti usyur dan kharaj, selain mengekalkan cukai jizyah dan
kewajipan berzakat sebagaimana zaman Nabi Muhammad SAW. - Pemilihan berikutan

Seseorang khalifah juga bertanggungjawab menghidupkan konsep terdpt bbrp orang calon;
musyawarrah memandang syura merupakan hak pemerintah dan hak rakyat
bagi memastikan keadilan wujud dalam pemerintahan dan pentadbiran. perlantikan Uthman
Zaman Khalifah Umar al Khattab, amalan syura telah diinstitusikan, Majlis
Syura dibentuk dengan ahli – ahli syura yang dilantik berperanan sebagai - Secara paksaan;
penasihat khalifah dan menggubal dasar – dasar negara berdasarkan suara
majoriti perlantikan Khalifah Ali

oleh para penyokongnya

** Dilakukan melalui amalan
syura

Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan maruah umat Islam,
umpamanya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab,
sepasukan tentera telah digerakkan berikutan laporan seorang wanita Islam
dianiaya oleh musuh Islam. Tindakan ini sebagaimana Nabi Muhammad
SAW bertindak terhadap Yahudi Bani Qainuqa’ yang bertindak menjatuhkan
maruah seorang wanita Islam di Madinah.

Khalifah juga bertanggungjawab menghapuskan kezaliman tanpa mengira
kaum, sama ada kaum tersebut beragama Islam atau sebaliknya. Contoh
yang paling jelas pada zaman Khalifah Umar al Khattab, tentera di bawah
pimpinan Amru al As telah dihantar ke Mesir berikutan bantuan yang
diminta oleh kaum Qibti yang berhasrat menamatkan pemerintahan zalim
Rom di sana dan bersedia berada di bawah naungan kerajaan Islam.

Jawatan khalifah merupakan pemerintah tertinggi kerajaan Islam, individu
yang dipilih dan dibaiah bertanggungjawab memikul amanah menguruskan
pentadbiran negara demi kestabilan dan kesesejahteraan masyarakat
melalui penggubalan dasar politik, ekonomi mahupun sosial serta
meneruskan pemerintahan negara yang adil sebagaimana zaman
pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bincangkan isu – isu yang berjaya diselesaikan oleh Khalifah Abu
Bakar sepanjang pemerintahannya.

Khalifah Abu Bakar al Siddiq atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi
Quhafah merupakan individu pertama yang dilantik memegang jawatan
khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Perlantikan Abu Bakar
sebagai khalifah dikaitkan dengan kebijaksanaannya menyelesaikan isu
pengganti kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi memimpin negara dan umat
Islam. Sepanjang pemerintahannya, pelbagai isu dapat diselesaikan sama
ada isu politik, keselamatan mahupun agama.

Kejayaan menghapuskan golongan al Riddah menggambarkan SOALAN KLON
kebijaksanaannya menyelesaikan isu agama yang timbul selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w. Golongan al Riddah terdiri daripada golongan nabi palsu, Huraikan ciri – ciri
enggan membayar zakat, dan murtad, yang jelas kemunculannya kepemimpinan yang dimiliki
merosakkan kesucian agama Islam. Peringkat awalnya, Khalifah Abu Bakar oleh Khalifah Abu Bakar al
telah bertindak menggunakan kaedah diplomasi, namun sambutan agak Siddiq
dingin menyebabkan kaedah kekerasan digunakan dengan membentuk 11
pasukan tentera. Melalui gerakan ketenteraan, ada musuh yang dapat Sumbangan Abu Bakar Sebelum
dibunuh, melarikan diri dan kembali semula kepada agama Islam. Antara
yang berjaya dibunuh ialah Musailamah al Kazzab dan Sajah al Harith. Diangkat Sbg Khalifah
Malah, keabilah – kabilah Arab seperti Bani Haniffah dan Bani Yarbu’ mula
kembali mentaat kepemimpinan Nabi Muhammad dan negara Islam. Apa - Menyelesai krisis
yang pasti tewasnya golongan al Riddah telah menyelamatkan kesucian
agama Islam daripada tercemar akibat tindakan tidak bertanggungjawab kepercayaan Nabi wafat
golongan berkenaan.
- Menyelesaikan isu
Sebagai pemimpin tertinggi negara Islam, Khalifah Abu Bakar telah
menerima cadangan Umar al Khattab agar ayat – ayat al Quran dikumpul pemakaman
dan disimpan di suatu tempatan. Meskipun cadangan ini merupakan
cabaran yang besar, namun demi kepentingan masa hadapan, disebabkan - Menyelesaikan isu pengganti
kematian ramai penghafal al Quran terutamanya selepas Perang al Riddah
sekaligus mengelak hilangnya al Quran di muka bumi, Zaid bin Thabit telah / khalifah
dilantik bagi mengetuai urusan pengumpulan ayat – ayat al Quran dan
penyusunannnya. Hasilnya, ayat – ayat ini berjaya dikumpul pada suatu Sumbangan Abu Bakar Selepas
tempat dan disimpan di rumah isteri Nabi Muhammad SAW.
Dilantik Sebagai Khalifah
Seterusnya, Abu Bakar juga telah bernaya mempertahankan negara Islam
daripada ancaman musuh khususnya Rom, Khalifah Abu Bakar telah - Menyelesaikan isu al Riddah
bertindak menggerakkan semula tentera Islam ke sempadan Ghassan bagi
menghadapi masalah yang sering dicetuskan oleh Rom termasuk bertindak - Mengumpul al Quran
membunuh utusan – utusan Nabi Muhammad SAW. Tentera ini sebenarnya
telah dibentuk oleh Rasululllah SAW, namun belum sempat digerakkan , - Mengatasi ancaman Rom
Baginda SAW telah wafat menyebabkan ekspedisi ini ditangguhkan.
Khalifah Abu Bakar telah melantik Usamah bin Zaid bagi mengetuai tentera - Membentuk pentadbiran; 10
ini, hasilnya kemenangan telah diperoleh, dan tentera ini
dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan kota Madinah daripada daerah
ancaman musuh.
- Mewasiatkan bakal

penggantinya

MODUL SOAL JAWAB SEJARAH PENGGAL 2 STPM

Bagi memastikan kestabilan politik negara Islam Madinah dan meneruskan
kepemimpinannya, Abu Bakar telah mewasiatkan agar jawatan khalifah
selepasnya pegang oleh Umar al Khattab. Hal ini disebabkan Khalifah Abu
Bakar bimbang akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam
sewaktu pemilihan kelak sebagaimana berlakunya kegawatan di Saqifah
Bani Saidah selepas kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam hampir
bertelagah apabila golongan Ansar berhasrat mendapatkan jawatan
khalifah, dibantah pula oleh golongan Muhajirin sehinggalah Abu Bakar
dengan bijaksana berhujah untuk menyelesaikan isu ini.

Kesimpulannya, kejayaan Abu Bakar menyelesaikan pelbagai isu berkaiatan
agaman, ketenteraan, dan kepemimpinan ini telah berjaya menyelesaikan
dan menamatkan krisis yang boleh menggugat kestabilan politik negara,
kejayaan ini menyebabkan beliau dianggap sebagai Penyelamat Negara dan
Umat Islam

Bincangkan faktor – faktor yang membawa kejayaan Khalifah Umar
al Khattab sehingga dianggap sebagai khalifah yang paling berjaya
pada zaman Khulafa al Rasyidin.

Khalifah Umar al Khattab merupakan khalifah kedua kerajaan Khulafa al Pembaharuan Khalifah Umar al
Rasyidin, dipilih dan dibaiah oleh umat Islam selepas Abu Bakar
meninggalkan wasiat jawatan ini diberikan kepadanya memandangkan Khattab
beliau mempunyai perwatakan, keperibadian dan ciri kepemimpinan yang
mampu memimpin umat Islam. Maka, tidak hairanlah, sepanjang 10 tahun - Menginstitusikan amalan
pemerintahannya, banyak pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah
Umar sehingga sejarawan menganggap zamannya sebagai zaman syura
keemasan / keagungan kerajaan Islam. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada kejayaan ini, antaranya keperibadian dan - Membahagikan negara
kepemimpinannya sebagai khalifah, kekuatan tentera, kekuatan ekonomi
dan lain – lain. kepada 8 buah wilayah

Faktor asas yang membawa kepada kejayaan Umar al Khattab dikaitkan - Menubuhkan angkatan
dengan keadaan politik yang stabil, segala masalah dalaman seperti krisis
kepemimpinan, ancaman golongan al Riddah serta Rom telah berjaya tentera
ditangani oleh khalifah sebelumnya, Abu Bakar al Siddiq. Oleh sebab itu,
Umar al Khattab mempunyai peluang dan ruang yang sepenuhnya - Membahagikan tanah kepada
meneruskan dasar – dasar yang sedia ada serta menambahbaik aspek –
aspek tertentu mengikut keadaan semasa, umpamanya membahagikan tanah bertuan dan sebaliknya
negara Islam kepada 8 buah wilayah yang lengkap dengan ibu kota serta
sistem birokrasi yang sistematik dengan Madinah kekal sebagai pusat - Membangunkan sector
pentadbiran kerajaan Islam Madinah. Keadaan yang aman ini membolehkan
Khalifah melakukan pelbagai pembaharuan dalam bidang sosioekonomi ekonomi
serta pentadbiran dan pengurusan tanah.
- Mengemaskini sistem cukai

- Menubuhkan Baitul mal

secara rasmi

- Memisahkan Jabatan

Kehakiman drp jabatan lain

Seterusnya faktor yang menyumbang kejayaan Khalifah Umar dikaitkan
dengan keperibadian dan daya kepemimpinannya yang adil telah
memuaskan hati semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa. Beliau
sentiasa memberikan ruang kepada rakyat untuk mengemukakan apa apa
pandangan demi kepentingan bersama, sehinggalah beliau


Click to View FlipBook Version