The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszelan, 2018-08-01 23:13:31

kolokium NPQEL bahag 1

bahan perkongsian

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL
2017

SIRI 1

INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

i

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Penerbit
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK

Tel: 06-7979200
http://iab.moe.edu.my
e-mel: [email protected]

Urusan Penerbitan oleh
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

©Institut Aminuddin Baki 2017

Hak cipta terpelihara. Tiada sebarang bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau
dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula,

rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia

terlebih dahulu.

Semua kertas kerja ini telah dibentangkan dalam
Kolokium Graduan NPQEL kali pertama 2017

anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
pada 3 hingga 5 November 2017

di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan

ISBN 978-967-0504-60-5

Cetakan Pertama 2017

Pengurus Penerbitan
Marina binti Abas

Pencetak
NR Glade Resources (002483564-A)

No. 11A1, Jalan 18/35,
Taman Sri Serdang,

43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

ii

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

JAWATANKUASA PENERBITAN
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL
SIRI 1 / 2017

PENAUNG
PENGARAH
Institut Aminuddin Baki

PENASIHAT
Mazlan bin Samsudin

Timbalan Pengarah
(Khidmat Profesional)

Mistirine binti Radin
Timbalan Pengarah
(Khidmat Latihan)

Wan Azmiza binti Wan Mohamed
Ketua Pusat

Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan Pejabat

Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab. Rahman
Ketua Pusat

Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan

PENYELARAS
Noraisah binti Md. Yusof

Zulkelfli bin Manaf
Asiah binti Yaacob Khan

Normala binti Ibrahim

KETUA EDITOR
Maryati binti Athan

EDITOR
Nor Ishsan bin Ab. Razak
Thilagam a/p Gurusamy

Zainap binti Ibrahim

URUS SETIA
Noorhafidah binti Kamarudin

Norli binti Ismail

iii

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Prakata

Kolokium Graduan NPQEL 2017 julung-julung kali dilaksanakan sejak latihan National
Profesional Qualification for Headship (NPQH) diperkenalkan di Institut Aminuddin Baki
(IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 1999. Bertemakan Kepimpinan
Berpresatsi Tinggi Penggerak Transformasi Sekolah, kolokium ini mengetengahkan 80 orang
pengetua dan guru besar (PGB) graduan NPQEL yang berjaya sebagai pemimpin instruksional
dan agen perubahan di sekolah daripada seluruh negara.

Kolokium ini mewujudkan ruang dan peluang perkongsian amalan terbaik dalam kalangan
PGB graduan NPQEL. Pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman para pembentang
dapat menjadi suri teladan kepada PGB yang lain khususnya PGB baharu, seterusnya
dapat membuka minda dan mencetus idea pemimpin-pemimpin sekolah dalam merancang
dan melakukan perubahan yang memberi impak kepada kemenjadian murid. Kolokium dan
penerbitan ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pendidik ke arah
peningkatan profesionalisme dan kompetensi pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Bahan
perkongsian amalan terbaik ini diterbitkan dalam bentuk buku dan ebook sebagai perkongsian
kepada semua pemimpin pendidikan di seluruh negara.
Kejayaan melaksanakan kolokium dan penerbitan ini adalah hasil usaha banyak pihak.
Pemilihan pembentang kolokium dilakukan melalui Bengkel Immersion PGB di setiap negeri
dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. Hasil perkongsian di peringkat negeri ini,
peserta terbaik negeri dipilih membentang amalan terbaik mereka dalam Kolokium Graduan
NPQEL. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih untuk semua pembentang dan ahli
jawatankuasa kerana kejayaan cemerlang penganjuran kolokium ini. Semoga hasrat murni
perkongsian amalan terbaik ini memberi impak kepada matlamat Anjakan 5 PPPM 2013-2025:
Menempatkan Pemimpin Berprestasi Tinggi di Setiap Sekolah.

WAN AZMIZA BINTI WAN MOHAMED
Ketua Pusat
Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan Pejabat
Institut Aminuddin Baki

iv

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Kata Alu-Aluan

Pengarah IAB

Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia
Saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan
limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita menjayakan Kolokium Graduan NPQEL Kali
Pertama yang bertemakan Pemimpin Berprestasi Tinggi Penggerak Transformasi Sekolah.
Tema ini bertepatan dengan Anjakan Kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM), iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah.
Kolokium yang julung kali diadakan ini bertujuan mewujudkan ruang dan peluang perkongsian
amalan terbaik dalam kalangan Pengetua dan Guru Besar (PGB) graduan NPQEL sejak
National Professional Qualification for Headship (NPQH) diperkenalkan pada tahun 1999.
Usaha ini akan membantu pemimpin sekolah untuk berkongsi serta menyebarluaskan amalan
terbaik mereka dengan meningkatkan jaringan antara sekolah dengan sekolah-sekolah lain.
Kolokium ini juga mengetengahkan PGB Graduan NPQEL yang bertindak sebagai agen
perubahan sekolah yang berkesan. Mereka ini telah berjaya sebagai pemimpin yang berupaya
mempelbagaikan gaya kepimpinan mengikut situasi dalam mencapai matlamat organisasi
masing-masing. Program ini adalah selaras dengan inisiatif PPPM yang memberi ruang kepada
pemimpin sekolah untuk mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan
bertaraf antarabangsa, serta amalan terbaik daripada rakan sejawat mereka di Malaysia.

Akhir kata, semoga pengisian kolokium ini dapat memberi manfaat dan impak yang positif
terhadap kepimpinan pendidikan negara.
Sekian, terima kasih

MISTIRINE BINTI RADIN
Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
Menjalankan tugas Pengarah
Institut Aminuddin Baki

v

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Kata Alu-Aluan

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bismillah Hirrahman Nirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat
berkumpul dalam Program Kolokium Graduan NPQEL Kali Pertama.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga IAB kerana telah berusaha bersungguh-
sungguh bagi menjayakan Kolokium Graduan NPQEL yang julung kali diadakan ini. Tahniah
juga diucapkan kepada pengetua dan guru besar (PGB) yang telah terpilih sebagai pembentang
dalam kolokium ini.
Kejayaan sesebuah sekolah diukur dalam bentuk yang pelbagai sama ada pencapaian murid
dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan mempunyai sahsiah yang unggul. Kejayaan ini tidak
dicapai dalam sekelip mata. Tempoh masa, ketekalan usaha, perancangan yang sistematik
dan kelestarian pelaksanaan adalah teras kecemerlangan. Amalan terbaik yang dibudayakan
dalam organisasi menjadi etos kepada organisasi tersebut.
Kualiti dan kompetensi PGB akan menyerlah apabila kejayaan sekolah PGB berprestasi tinggi
mendatangkan kesan positif kepada organisasi dan komuniti seperti masyarakat setempat,
PPD, JPN dan KPM. Jadikanlah sesi perkongsian ini sebagai satu suntikan semangat kepada
tuan-tuan dan puan-puan bagi melaksanakan penambahbaikan berterusan.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama memartabatkan sistem pendidikan negara kita demi
masa depan anak bangsa kita.

DR. HAJI ZAINAL AALAM BIN HASSAN
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

vi

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
KANDUNGAN

Prakata iv

Kata Alu-Aluan v

BAHAGIAN 2: KURIKULUM

RAKAN STRATEGIK: PROGRAM JOMbaca i-SINA SMK BAWONG 2
Anuar bin Mamat (Ambilan 1/2013)

Pengetua, SMK Bawong, Sungai Siput (U) Perak

CABARAN DIRI KE ARAH PENCAPAIAN TAHAP KEMAJUAN AKADEMIK 8
MENERUSI PROGRAM MAKE-A-DIFFERENCE
Cheam Swee Har (Ambilan 1/2015)

Pengetua, SMK (P) Pudu, Kuala Lumpur

HARAPAN DALAM PEPERIKSAAN (HADAP): SECANGKIR ILMU SEAWAL PAGI 14
Fatimah binti Yahaya (Ambilan 1/2016)

Guru Besar, SK Horley Methodist,Teluk Intan, Perak

TECHNOLOGY ENABLE CLASSROOM IN EDUCATION (TEC-ED) 18
Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin (Ambilan 2/2017)

Guru Besar, SK Pekan Nanas, Pontian, Johor

PROGRAM AL-QURAN DI HATIKU – LIMA MINIT SENTUHAN ROHANI” 23
Hashim bin Saryani @ Md Noh (Ambilan 2012)

Pengetua, SMK Dato Abu Bakar Baginda, Bangi, Selangor

SAHABAT PENA BAHASA INGGERIS 27
Hazman bin Dollah (Ambilan 2/2000)

Guru Besar, SK Cheng, Melaka

1IMPIAN 1REALITI 31
Jainab binti Jatin (Ambilan 2014)

Guru Besar, SK Tiong Perungusan, Tamparuli, Sabah

5SPIT: A MOMENT OF TIME IS THE SEED TO SUCCESS 36
Jennifer Asing (Ambilan 1/2013)

Pengetua, SM St. Michael, Penampang. Sabah

PROGRAM 3B JOM SIGNATURE 41
Julia binti Benjamin Siri (Ambilan 1/2015)

Guru Besar, SK LKTP Belara, Kuala Nerus, Kedah

LONJAKAN KEMENJADIAN MELALUI PRINSIP 46
“GURU MENGAJAR, MURID BELAJAR”
Lau Ngie Tung (NPQH 2008)

Pengetua, SMK Ulu Balingian, Selangau, Sarawak

vii

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

“MY LEARNING STATION” MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENDIDIKAN 51
ABAD KE-21 SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
Losinin Johalin,

Guru Besar, SK Janang, Kuala Penyu, Sabah

PROGRAM DIDIK LINUS DI RUANGAN YANG CERIA MENINGKATKAN 56
MINAT MURID BELAJAR
Litercelon Kaon anak Juin (Ambilan 2014)

Guru Besar, SK St. John, Bau, Sarawak

INSTRUMEN SKPMG2 DAN FUNGSIONAL PBPPP PEMANGKIN PRESTASI 60
PENGAJARAN GURU DI BILIK DARJAH: SATU PERKONGSIAN AMALAN
INSTRUKSIONAL
Mahani binti Abdul Rahim (Ambilan 9/2005)

Guru Besar, SK Taman Selasih, Kulim, Kedah

KOLABORATIF GURU BESAR DALAM PdPc GURU 65
Marzuki bin Ibrahim (Ambilan 1/2016)

Guru Besar, SK Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, Terengganu

MENJANA SUMBER PENDAPATAN SEKOLAH MELALUI AKTIVITI PENANAMAN 69
CILI PADI DAN PERTENAKAN IKAN DALAM KOLAM SIMEN MELALUI
PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH
Mohd Isa bin Barum (Ambilan 1/2015)

Guru Besar, SK Ramuan China Kechil, Melaka

LESTARIKAN TASFIQ 74
Mohd. Zahid bin Ibrahim (Ambilan 2/2015)

Guru Besar, SK Seri Bertam, Yong Peng, Batu Pahat, Johor

KUMPULAN STUDI KOMUNITI 78
Mohd Rosdi bin Mohd Amin (Ambilan 2012)

Guru Besar, SK Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu

WHY DO I NEED A TEACHER WHEN I HAVE GOOGLE? 82
Naharudeen bin Othman (Ambilan 2008)

Pengetua, SM Sains Teluk Intan, Perak

MINYAK DI KUALI 88
Norwati binti Muhamad (Ambilan 2/2013)

Pengetua, SMK Dato’ Ahmad Razali, Ampang, Kuala Lumpur

SEGAR VLE FROG 93
Putra bin Hj Hashim (Ambilan 1/2015)

Pengetua, SMK Pasoh 2, Simpang Pertang, Negeri Sembilan

SEMARAK VLE FROG DALAM PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 98
DAN KOMUNIKASI
Salfalaili binti Mat Saad (Ambilan 1/2012)

Guru Besar, SK Merbok (Pusat), Kedah

viii

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KEPEMIMPINAN STRATEGIK: MEMANTAPKAN KEBERKESANAN PROGRAM 102
SINARAN ESXO DI SMK TIONG HIN, SIBU. 107
Tan Kok Aun (Ambilan 1/2012) 111
Pengetua, SMK Tiong Hin, Sibu, Sarawak 116
121
PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) 126
PROJEK KONTI RADIO SERI “SERI DI UDARA”
Wan Sajiri bin Wan Hassan (Ambilan 2/2014)
Pengetua, SMK Seri Balik Pulau, Balik Pulau, Pulau Pinang

PENGGUNAAN VLE FROG MEMANTAPKAN PdPc
Zaimunah binti Hj.Muhamed (Ambilan 2/2015)
Guru Besar, SK Marian Convent, Setapak, Kuala Lumpur

INOVASI RAUDHATUL KAUTHAR i-RK
Zanariah binti Said (Ambilan 1/2015)
Guru Besar, SK Taman Anggerik, Johor Bahru

PENYELIAAN BERKESAN MEMACU PRESTASI AKADEMIK MURID
Zarina binti Mahmad (Ambilan 2/2015)
Guru Besar, SK Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka

MENGKAJI KEBERKESANAN KELAS TAMBAHAN DALAM MENINGKATKAN
PENCAPAIAN PERATUS DAN MENGECILKAN GPS SEKOLAH MURID TAHUN 6
Zurina binti Said (Ambilan 2015)
Guru Besar, SK Temonyong, Langkawi, Kedah

BAHAGIAN 3: HAL EHWAL MURID

ABSTRAK BUDAYA KERJA BERPASUKAN: AMALAN TERBAIK PENGURUSAN 132
SAHSIAH MURID
Dalina binti Mohamed Ariffin

Guru Besar, SK Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

3S+3S (SENYUM, SAPA, SALAM & SUKA, SERONOK, SAYANG) 136
Hindon binti Wahid

Guru Besar, SK Bakong, Perak

PROGRAM MERISIK KHABAR 140
Mohd Nizam bin Abu Bakar (Ambilan 1/2012)

Guru Besar, SK Bedong, Kedah

CIKGU SAYANG KAMU 145
Nini Nafaizah binti Mokhtar (Ambilan 1/2015)

Guru Besar SK Merbau Sempak, Sungai Buluh, Selangor

SELF-ESTEEM: HOW IT BOOSTS STUDENTS’ ACHIEVEMENTS IN SCHOOL 149
Rosita binti Manas (Ambilan 2/2014)

Pengetua, SMK Taman Daya, Pasir Gudang, Johor

ix

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1 154
158
ZIARAH PAGI 162
Noor Azami bin Abu Bakar (Ambilan 1/2014)
Pengetua, SMK RLKT Lasah, Sg. Siput (U), Perak

“PEARL WHITE”
Zalela binti Sheran
Guru Besar, SK Seri Paya, Johor

UKULELE: MERUNGKAI KUSUT MEMBINA JIWA
Zuraidah binti Ahmad
Guru besar, SK Tanjung Agas, Port Dickson, Negeri Sembilan

BAHAGIAN 4: KOKURIKULUM

SYOKNYA BOLA 168
Ayub bin Ahmad

Pengetua, SMK Tengku Suleiman, Beseri, Perlis

JELEKIT: KEBERSAMAAN, KEINTIMAN DAN UKHUWAH DALAM MENJANA 172
KECEMERLANGAN
Nik Yuhanis binti Nik Abdullah (Ambilan 1/2015)

Guru Besar, SK Kota Jembal, Kubang Kerian, Kelantan

PROGRAM JOM CERGAS INTERVENSI OBESITI 176
Nor Azmah binti Johari (Ambilan 1/2016)

Guru Besar, SK Jelutong Barat, Jelutong, Pulau Pinang

KECEMERLANGAN BIDANG SUKAN (PERMAINAN BOLA TAMPAR) 180
Norsidah binti Saad (Ambilan 1/2015)

Guru Besar, SK Sungai Kering, Yan, Kedah

V36A 185
Sazahlie bin Sapar (Ambilan 1/2013)

Guru Besar, SK Sipinong, Sandakan, Sabah

BAHAGIAN 5: KEWANGAN 190

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
DENGAN MENGGUNAKAN ‘i-tick’
Maznah binti Ariffin (Ambilan 2/2014)
Pengetua, SMK Semambu, Kuantan, Pahang

x

BAHAGIAN 2:
KURIKULUM

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

RAKAN STRATEGIK: PROGRAM JOMbaca i-SINA SMK BAWONG

Anuar bin Mamat
Ambilan 1/2013

Pengetua
SMK Bawong, 31100, Sungai Siput (U) Perak

ABSTRAK

Kemahiran membaca dan menulis seharusnya dikuasai oleh semua murid sejak di peringkat
awal usia lagi. Hal ini berlaku demikian kerana kegagalan menguasai kemahiran tersebut
akan menyebabkan murid-murid menghadapi masalah keciciran dalam hampir semua mata
pelajaran. Dari setahun ke setahun, pencapaian akademik mereka akan semakin merudum.
Mereka akan hilang keyakinan diri dan elemen “self-defence” akan terbentuk sama ada
menjadi terlalu pasif atau agresif. Mereka juga akan mudah berputus asa dalam pelajaran
dan hilang minat untuk belajar lalu tidak hadir ke sekolah. Bagi mereka, hadir ke sekolah
satu penyiksaan. Murid-murid seperti ini tidak mempunyai sifat daya saing yang tinggi kerana
telah mula menganggap dirinya seorang yang gagal. Mereka mudah terpengaruh oleh gejala
sosial seperti merokok dan dadah lantaran pemikiran dan ilmu yang sangat cetek ilmu.
Akhirnya mereka bakal meneruskan kitaran kemiskinan apabila mempunyai keluarga sendiri
kerana keadaan buta huruf sukar untuk menjamin masa depan yang cerah. Menurut kajian,
dianggarkan 10 hingga 15% murid dan pelajar sekolah tidak menguasai kemahiran membaca
dengan efisien. Kebanyakan pelajar miskin yang menghadapi kesukaran belajar membaca
(disleksia) tidak mampu untuk mendapatkan diagnosis khas secara formal, walaupun simptom
masalah pembelajaran yang ditunjukkan adalah jelas.

Kata Kunci: kemahiran membaca, membina jaringan dan jalinan

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar belakang sekolah

SMK Bawong dinamakan sempena sebuah perkampungan Orang Asli, iaitu Kg.
Bawong yang menjadi lokasi terpilih bagi Projek Mini Pusat Transformasi Luar
Bandar (RTC) Kampung Orang Asli Bawong, Fasa 2. Projek ini bawah Program
Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli di Sungai Siput (U). Projek
pembinaan sekolah yang dimulakan pada 25 November 2013 ini ialah hasil sinergi
padu pelbagai pihak khususnya Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan
Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sekolah ini menjadi satu-satunya sekolah menengah harian pertama di Malaysia
yang dibina dengan kemudahan asrama lelaki dan asrama perempuan demi
kepentingan serta kemajuan masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman. SMK
Bawong beroperasi sepenuhnya pada 19 September 2016 dengan 15 orang guru
dan 5 orang Anggota Khidmat Pelaksana (AKP). Seramai 219 orang murid tingkatan
1 dan 2 mengikuti sesi persekolahan bermula 19 September 2016.

2

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

1.2 Rasional pelaksanaan program

Pada tahun 2017, jumlah murid telah meningkat kepada 443 orang. Berdasarkan
pengalaman mengajar mereka selama hampir dua bulan, para guru menghadapi
sedikit kesukaran kerana didapati kebanyakan mereka agak pasif. Hal ini mungkin
ada kaitan dengan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid yang masih
lemah. Justeru, pihak pengurusan sekolah melalui panitia Bahasa Melayu telah
mengambil inisiatif segera dengan menjalankan tinjauan tentang tahap sebenar
kebolehan membaca dalam kalangan murid-murid. Dengan menggunakan
instrumen yang difikirkan sesuai, sebanyak 343 orang murid telah dipilih untuk
menduduki ujian diagnostik tentang tahap penguasaan membaca dan menulis.
Dapatan ujian tersebut agak memeranjatkan kerana didapati seramai 144 orang
murid gagal melepasi saringan. Sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada
murid tingkatan 1.

1.3 Objektif Program

Objektif program ini dijalankan adalah untuk:
1. membantu mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan murid-murid Orang

Asli di SMK Bawong.
2. memberikan peluang kepada mereka untuk menguasai kemahiran membaca

dan menulis.
3. meningkatkan pencapaian dalam akademik.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Program JOMbaca ialah satu program berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan untuk
membantu mengatasi masalah murid sekolah yang menghadapi kesukaran menulis dan
membaca dalam Bahasa Melayu. Program ini diterajui oleh pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) i-Sina Global Media dengan kerjasama Yayasan Amal Mahabbah (Sebuah
pertubuhan yang bertindak sebagai pengumpul dana bagi memastikan perlaksanaan
program JOMbaca i-SINA dapat dilaksanakan dengan jayanya).

Pada asalnya, JOMbaca dijalankan pada musim cuti sekolah yang panjang. Namun hari
ini JOMbaca telah dilaksanakan pada pada hari-hari biasa, bukan hanya pada waktu
cuti sekolah. Program JOMbaca hanya mengambil masa selama 20 hari. Kebanyakan
kanak-kanak yang menyertai JOMbaca adalah dalam kalangan keluarga yang miskin dan
kurang berkemampuan dan segala yuran serta kelengkapan mereka semasa program
dibiayai oleh organisasi yang prihatin.

Pada 14 Januari 2017, ujian saringan untuk murid-murid terpilih telah dilakukan oleh
tujuh orang guru daripada Yayasan Mahabbah di pusat sumber sekolah. Murid-murid
yang menjalani saringan ini telah diuji oleh guru-guru SMK Bawong terlebih dahulu.
Mereka merangkumi murid-murid tingkatan 1, 2 dan 3. Ujian saringan ini bermula pada
pukul 10.30 pagi dan telah berakhir pada 12.30 tengah hari.

Hasil saringan telah mengenal pasti seramai 144 orang daripada 434 orang murid
menghadapi masalah 2M. Mereka ini dijadualkan mengikut Program JOMbaca pada
tarikh yang ditetapkan oleh pihak yayasan. Mengikut perancangan awal, murid-murid
bermasalah 2M ini akan mengikuti pembelajaran dengan pihak yayasan dari pukul 8.00
hingga 10.00 pagi selama 20 hari di sekolah.

3

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Hasil dapatan ini, i-SINA ingin mencadangkan pelaksanaan satu program JOMbaca bagi
membantu murid-murid di SMK Bawong. Program ini dilihat sebagai langkah awal dalam
membantu untuk menghapuskan masalah kesukaran membaca dan buta huruf agar
pembelajaran formal dapat diteruskan dengan jayanya. Program ini juga akan menjadi
antara langkah awal dalam usaha meminimumkan kadar kemiskinan dalam kalangan
masyarakat Orang Asli. Secara tidak langsung bakal melahirkan masyarakat yang
unggul, berilmu, menguasai teknologi dan seterusnya menjalani kehidupan yang lebih
cemerlang pada masa hadapan.

Berdasarkan pencapaian program-program yang lepas, JOMbaca mampu untuk mencapai
kejayaan dengan kadar 80% hingga 90% daripada murid yang menyertai program ini
mampu menguasai kemahiran membaca pada penghujung program, iaitu selepas 20
hari. SMK Bawong menyedari betapa pentingnya program JOMbaca ini dijalankan untuk
murid bermasalah di sekolah, maka sekolah tersebut t dengan persetujuan dari Pejabat
Pelajaran Daerah Kuala Kangsar.berbesar hati dan bersetuju untuk membenarkan
program ini dijalankan.

Program akan berjalan selama empat minggu, bermula pada Isnin sehingga Jumaat.
Setiap pelajar yang terlibat perlu menjalani program selama 20 hari (40 jam). Mereka
tidak dikenakan sebarang bayaran sama ada untuk sebarang keperluan ataupun yuran
progam.

Program JOMbaca hanya memerlukan dua jam sehari untuk setiap murid. Pembahagian
sesi dibuat bagi memudahkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran “One-to-One”.
Seramai 6 guru pakar i-SINA akan ditempatkan di SMK Bawong sepanjang program.
Maka, dalam satu hari, 3 sesi pembelajaran boleh dicadangkan untuk dijalankan seperti
berikut (boleh diubah mengikut kesesuaian dan kesediaan peserta dan pihak sekolah).

Waktu pembelajaran boleh dicadangkan pada waktu yang lain mengikut kesesuaian. Sesi
pembelajaran dibuat secara “One-to-One” dengan nisbah guru:murid ialah 1:10. Selain
diajar membaca, murid-murid juga akan diajar untuk menulis dan mengenal perkataan
Bahasa Melayu dan melakukan pelbagai modul latihan dan aktiviti yang disediakan.

Jadual 1: Sesi Pembelajaran Program JOMBaca

SESI MASA JUMLAH PELAJAR
Sesi 1
Sesi 2 08.50 pagi – 10.50 pagi 39 org
Sesi 3
11.00 pagi – 01.00 petang 38 org

02.0 petang – 04.00 petang 44 org

2.1 Ciri-ciri pembelajaran JOMbaca i-SINA

1. Sistem ini masih menggunakan kaedah fonetik, tetapi tidak terikat dengan
bacaan mengikut pecahan suku kata. Cara bacaan i-SINA menggunakan
kaedah penggabungan bunyi (blending of sounds) secara satu-satu dari kiri
ke kanan SAMA SEPERTI membaca dalam Bahasa Inggeris. Contohnya:
perkataan “malam” akan dibaca terus mengikut bunyi huruf “m-a-l-a-m” dan
bukan dipecahkan seperti “ma – lam”.

4

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2. Sesi pembelajaran adalah “one-to-one”. Oleh sebab masalah dan peningkatan
setiap kanak-kanak adalah berbeza, maka i-SINA memastikan setiap pelajarnya
mendapat tumpuan dan pengajaran secara perseorangan. Namun begitu,
masa yang diambil untuk setiap sesi pembelajaran hanyalah 5 hingga 15 minit
seorang. Masa selebihnya akan digunakan oleh pelajar untuk menghabiskan
latihan menulis menggunakan modul penulisan i-SINA.

3. I-SINA memberikan fokus terus kepada cara untuk mengatasi permasalahan
setiap murid, mempunyai beberapa teknik dan cara yang berasingan untuk
memulihkan pelajar daripada kekeliruan yang dialaminya dan memastikan
pelajar memahami cara membaca dengan efisien. Kelajuan dan penekanan
latihan membaca adalah berbeza untuk setiap orang. Oleh sebab i-SINA bersifat
pemulihan secara individu, mjurid-murid yang menghadapi masalah kesukaran
pembelajaran seperti Disleksia, ADHD dan lain-lain dapat diselesaikan juga.

4. Pembelajaran i-SINA akan bergerak mengikut perkembangan muridnya secara
sedikit demi sedikit. Ia tidak menekan atau memaksa kelajuan atau kefahaman.
Ini akan menyebabkan pelajar mudah untuk memberi komitmen. Pada peringkat
awal lagi, iSINA dapat mengesan sebarang masalah pembelajaran yang lebih
mendalam (SEVERE) agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil dengan
segera.

5. i-SINA menekankan kefahaman dan bukan hafalan. i-SINA mengeluarkan murid
dari dunia hafalan suku kata kepada memahami cara membaca satu-satu huruf
kiri ke kanan.

6. Walaupun i-SINA menggunakan kaedah fonetik, namun ia tidak mengabaikan
pembelajaran NAMA huruf dan akan tetap mengenalkan nama huruf di
penghujung program. Nama-nama huruf penting dalam bacaan singkatan
perkataan seperti KLCC, ATM dan LRT.

7. i-SINA fokus untuk memulihkan MAJORITI pelajar. Maka setiap latihan dan
struktur pembelajaran telah disusun agar semua kekeliruan yang dikenal pasti
dapat diatasi dengan jayanya.

3.0 IMPAK PROGRAM

Setelah selesai program ini dijalankan, sebanyak 91 orang murid, iaitu 75.21% daripada
mereka yang mengikuti program ini sepenuhnya telah berjaya menguasai kemahiran
membaca. Bagi pihak sekolah, ini merupakan suatu kejayaan yang agak luar biasa dan
membanggakan.

Program ini jelas banyak mendatangkan kebaikan kepada pelbagai pihak seperti berikut:

3.1 Kebaikan kepada pihak penaja

1. Institusi yang sangat prihatin dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dan golongan terpinggir.

2. bertindak positif dalam menangani isu-isu pendidikan yang melanda murid-
murid sekolah.

3. berupaya untuk membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi.

5

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

3.2 Kebaikan kepada murid

Program JOMbaca memberi peluang kepada MAJORITI murid untuk turut
serta menimba ilmu dengan kadar SEGERA agar tidak terus tercicir dalam sesi
pembelajaran di sekolah. Ia juga dapat membantu mempertingkatkan:

1. daya saing murid.
2. keyakinan diri murid.
3. kefahaman yang lebih mantap dalam matapelajaran lain.
4. minat membaca dan menimba ilmu.
5. pencarian ilmu pengetahuan yang meluas.

3.3 Kebaikan kepada sekolah

Pihak sekolah turut mendapat banyak faedah daripada program ini seperti bilangan
murid yang buta huruf yang sering menjadi masalah besar kepada sekolah dapat
dikurangkan.

1. prestasi pelajaran murid yang dapat dipulihkan pada kebiasannya akan menjadi
lebih baik.

2. mengurangkan peratus kegagalan murid dalam peperiksaan untuk sekolah.
3. Selain kebaikan yang disebutkan di atas, program JOMbaca di SMK Bawong juga

dijangka bakal memberikan pelbagai faedah kepada keluarga dan masyarakat
setempat. Kejayaan program ini akan meningkatkan kecemerlangan pendidikan
anak-anak dan ianya ialah langkah pertama dalam membendung mereka dari
terus tercicir dalam arus akademik.
4. Program JOMbaca juga boleh membantu institusi kekeluargaan dalam
memastikan permasalahan membaca anak-anak ini dapat diatasi segera. Oleh
kerana kemahiran membaca merupakan kemahiran yang paling asas dan
yang paling penting dalam pendidikan formal, maka program ini akan menjadi
tunggak utama dalam memastikan usaha-usaha lain dalam memperkasakan
pendidikan akan berjaya. Masyarakat yang membaca adalah masyarakat yang
berilmu.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

4.1 Cabaran pelaksanaan program

1. kehadiran terjejas disebabkan oleh murid-murid yang tinggal di luar asrama
2. kekurangan tenaga pengajar mahir
3. kekangan masa kerana kesibukan program-program lain di sekolah

4.2 Insentif program

Sebagai penghargaan kepada murid yang berjaya menamatkan program ini, pihak
penganjur telah membawa semua murid berkenaan mengikuti rombongan ke
KidZania pada 6 Julai 2017.

6

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 KESIMPULAN
Memandangkan program ini memberikan kesan yang positif, maka pihak sekolah akan
meneruskan program ini untuk tahun berikutnya berdasarkan saringan yang akan di
adakan apabila menerima pelajar baharu tingkatan 1 tahun 2018.

7

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

CABARAN DIRI KE ARAH PENCAPAIAN TAHAP KEMAJUAN
AKADEMIK MENERUSI PROGRAM MAKE-A-DIFFERENCE

Cheam Swee Har
Ambilan 1/2015

Pengetua
SMK (P) Pudu, Kuala Lumpur

ABSTRAK

Setiap murid perlu berubah dengan melakukan anjakan paradigma dan menukar corak pemikiran
ke arah peningkatan diri. Jika diberi peluang dan ruang, mereka mampu meningkatkan kejayaan
dalam bidang yang diceburi. Pengiktirafan atas kejayaan merupakan asas pengukuhan untuk
terus berusaha. Biasanya, murid cemerlang sahaja diberi pengiktirafan walhal setiap murid
wajar menerima pujian. Murid dalam kelompok kurang cemerlang biasanya mudah berputus
asa akibat rasa rendah diri dan kemampuan yang terhad. Justeru Program Make-A-Difference
(MAD) dijalankan di SMK (P) Pudu bertujuan untuk menggalakkan semua murid mencabar
diri secara positif untuk mencapai prestasi yang terbaik. Seramai 179 orang murid Tingkatan 5
terlibat dalam program MAD. Pemilihan penerima anugerah MAD adalah berdasarkan analisis
perbandingan data pencapaian peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan
SPM tahun 2017. Penekanan diberi kepada perubahan signifikan dalam pencapaian gred
purata murid dan kedudukan dalam tingkatan. Seramai 13 orang murid berjaya menerima
pengiktirafan atas kejayaan kerana berupaya membawa perubahan yang menjurus kepada
penambahbaikan potensi diri seterusnya memberi impak atas kemenjadian murid. Sijil dan
insentif diberi sebagai penyuntik semangat semasa majlis anugerah MAD. Program sebegini
akan diteruskan lagi dengan membuat penambahbaikan terhadap corak perlaksanaannya agar
setiap murid sekolah ini akan bergerak sederap dan seirama untuk mencapai kecemerlangan.

Kata Kunci: potensi, perubahan, pengikhtirafan, kemenjadian murid

1.0 PENGENALAN

Peningkatan prestasi murid boleh dicapai melalui pengiktirafan sebagai ransangan yang
berkesan. Pengiktirafan ini merupakan satu mekanisme penghargaan terhadap usaha
peningkatan murid dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi mereka (KPM-
PPPM, 2013). Realitinya, pengiktirafan ini akan mencetuskan perubahan tingkah laku murid
dan memberi impak positif terhadap emosi diri mereka. Peningkatan pencapaian murid
memerlukan suatu usaha yang berterusan. Murid akan gigih berusaha sekiranya mereka
yakin bahawa peluang untuk memperoleh kejayaan sentiasa terbuka luas. Lazimnya,
murid yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan diberi pengiktirafan
setiap tahun. Bagaimana pula dengan mereka yang kurang cemerlang tetapi berpotensi
untuk maju ke hadapan? Apakah intervensi yang boleh membantu memotivasikan
kumpulan murid ini berusaha tanpa rasa rendah diri atau lebih berkeyakinan? Oleh
yang demikian, pihak pentadbir sekolah (PESS) telah mengambil tindakan segera (Azli
Norhaini, 2006) dengan memperkenalkan Program Make-A-Difference (MAD). Menerusi
program ini, pihak sekolah memperaku murid yang menunjukkan perubahan prestasi
yang signifikan dalam peperiksaan percubaan SPM tahun 2017. Murid digalakkan
berusaha untuk menunjukkan perubahan positif terhadap tahap keputusan yang mereka

8

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

perolehi. Pada akhirnya, murid-murid ini dicalonkan sebagai penerima hadiah galakan
Program MAD.

Objektif Program MAD adalah untuk menggalakkan semua murid supaya terus berusaha
meningkatkan potensi diri tanpa membandingkan dengan murid lain. Fokus utama
adalah untuk memajukan diri melalui perbandingan keputusan peperiksaan pertengahan
tahun (PPT) dan peperiksaan percubaan (PC) SPM tahun 2017. Perubahan positif
yang signifikan dalam gred purata (GP) dan kedudukan dalam tingkatan diambil kira.
Di samping itu, murid juga diberi peluang dan ruang untuk mencabar diri ke tahap yang
lebih maju (KPM-PPPM, 2013). Pengiktirafan yang diterima sekurang-kurangnya akan
meningkatkan maruah diri selain memberi peneguhan terhadap motivasi untuk terus
berjaya.

1.1 Latar Belakang Sekolah

SMK Perempuan Pudu atau Pudu English Secondary School (PESS) terletak di
Jalan Foss, Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada tahun 1914 oleh pengasas utama iaitu
Ms. Elinor Edith Gage-Brown. PESS merupakan sebuah sekolah harian biasa jenis
bantuan modal dengan enrolmen seramai 738 murid daripada pelbagai bangsa dan
agama. Kebanyakan muridnya daripada golongan keluarga berstatus ekonomi-
sosial (SES) sederhana dan rendah. Moto sekolah ialah ‘Ilmu dan persahabatan
untuk kejayaan’, manakala prinsip yang menjadi pegangan semua warga sekolah
ialah ‘Bersatu Cemerlang, Bersama Gemilang’. Tagline sekolah ialah ‘Masuk
Mesti Menang, Buat Mesti Terbaik’. PESS merupakan sebuah sekolah dua sesi
dan berada dalam Band 4. Bilangan guru seramai 67 orang dan kebanyakannya
guru senior yang berpengalaman. PESS semakin cemerlang menjangkau usia
penubuhannya yang mencecah 103 tahun di mana pelbagai kejayaan telah diraih
sama ada menerusi bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Matlamat
dan hala tuju sekolah adalah untuk terus menjadi pusat perkembangan ilmu dan
berjuang untuk mencapai kecemerlangan menyeluruh.

2.0 INOVASI /AMALAN TERBAIK

Program MAD merupakan julung kalinya diadakan dan merupakan salah satu amalan
terbaik untuk meningkatkan prestasi murid Tingkatan 5. Murid yang berjaya meningkatkan
prestasi masing-masing layak untuk dicalonkan sebagai penerima hadiah galakan MAD.
Penerima perlu menepati kriteria iaitu peningkatan pencapaian sekurang-kurangnya 0.8
dalam GP, peningkatan pencapaian dalam kedudukan kelas dan sahsiah yang baik tanpa
aduan mengikut prosedur pemilihan calon seperti di Jadual 1.

9

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Jadual 1: Prosedur Pemilihan Calon

Tanggungjawab Tindakan
1. Setiausaha Peperiksaan
Menyediakan keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan
2. Guru Tingkatan akhir tahun murid tingkatan 5 untuk diserahkan kepada guru
tingkatan dan GPK Tadbir dan Kurikulum.
3. GPK Tadbir dan Kurikulum
dan GPK Hal Ehwal Murid Semak dan sediakan senarai calon murid berdasarkan ketetapan
yang digariskan untuk semakan lanjut dan persetujuan GPK
4. GPK Tadbir dan Kurikulum Tadbir dan Kurikulum dan GPK Hal Ehwal Murid
5. Pengetua
6. Penyelaras program MAD Semakan dan persetujuan senarai calon.

Memanjangkan senarai pencalonan kepada Pengetua untuk
perakuan mengikut tarikh yang ditetapkan

Semakan dan perakuan senarai borang pencalonan yang
diterima

Senarai calon yang berjaya dipanjangkan untuk tindakan
persediaan Majlis hadiah galakan MAD.

Analisis pencapaian murid Tingkatan 5 dalam PPT 2017 menunjukkan gred purata
sekolah (GPS) dan peratus murid yang layak sijil kurang memuaskan. Pentadbir
sekolah dan guru kanan telah berbincang mencari jalan penyelesaian untuk menangani
isu ini. Inisiatif yang dikenal pasti untuk dilaksanakan adalah melalui program MAD.
Antara rasional program ini dilaksanakan adalah untuk memberi ruang dan peluang
kepada setiap murid Tingkatan 5 untuk menunjukkan peningkatan pencapaian dan
memberikan pengiktirafan untuk menyuntik semangat kepada setiap murid supaya terus
meningkatkan pencapaian diri. Program MAD dilaksanakan melalui 3 peringkat iaitu
peringkat perancangan di mana hasil analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun
2017, didapati pencapaian murid Tingkatan 5 pada keseluruhannya kurang memuaskan
dengan gred purata sekolah (GPS) 6.40 dan peratus murid layak sijil 59.22. Oleh sebab
itu, pengetua telah mengambil inisiatif untuk mencadangkan satu program intensif iaitu
Program MAD, seterusnya dibincangkan semasa mesyuarat pengurusan sekolah (Shuib
Dahaban, 2006). Menerusi perbincangan, semua pihak termasuk Ketua Biro Akademik,
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti telah bersetuju untuk melaksanakan
program tersebut. Peringkat kedua ialah peringkat pelaksanaan di mana selepas
persetujuan dicapai menerusi perbincangan profesional bersama dengan pentadbir dan
guru kanan (Mohd Majid Konting, 1990), maka program ini dijalankan pada bulan Jun
2017. Program MAD dijalankan dengan cara menganalisis data pencapaian murid dalam
PPT dan akan dibandingkan dengan pencapaian murid dalam PC SPM pada akhir tahun.
Kriteria utama pencapaian murid dinilai berdasarkan GP dan kedudukan mereka dalam
tingkatan. Proses pencalonan murid dibuat secara terancang dan melalui prosedur yang
sama seperti Jadual 1.

Rajah 1: Perbandingan gred purata PPT dan PC SPM 2017 penerima hadiah galakan MAD.
10

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Peringkat ketiga ialah peringkat penilaian di mana seramai 13 orang murid telah dikenal
pasti menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pencapaian GP (Rujuk Rajah 1)
dan kedudukan dalam tingkatan (Rujuk Rajah 2) hasil daripada perbandingan PPT dan
PC SPM 2017. Majlis penyampaian hadiah oleh Yang Dipertua PIBG diadakan pada 13
Oktober 2017. Murid yang berjaya menerima sijil dan wang tunai sebagai ganjaran. Pihak
sekolah bercadang meneruskan program ini pada tahun hadapan dengan membuat
beberapa penambahbaikan.

Rajah 2: Perbandingan kedudukan dalam tingkatan PPT dan PC SPM 2017 penerima hadiah galakan MAD

Pelaksanaan Program MAD mengambil tempoh masa 5 bulan (Jun hingga Oktober).
Tempoh ini meliputi proses mengenal pasti analisis keputusan pertengahan tahun yang
dijalankan pada awal bulan Jun dan analisis keputusan peperiksaan percubaan SPM
pada awal bulan Oktober. Program ini selesai apabila majlis penyampaian hadiah galakan
MAD diadakan (Rujuk Gambar 1).

3.0 IMPAK AMALAN
Cabaran yang dihadapi antaranya ialah sebahagian guru gagal mematuhi kriteria
pencalonan murid dan murid Tingkatan 5 pada awalnya kurang memberikan sambutan
kerana persepsi mereka adalah sukar untuk mencapai peningkatan dalam keputusan
peperiksaan percubaan SPM 2017. Namun begitu, setelah berusaha sedaya upaya
menjelaskan kepada semua guru tingkatan 5 dan sentiasa mengingatkan murid-murid
Tingkatan 5 tentang tujuan program ini dilaksanakan telah memberikan kejayaan.
Program ini telah meningkatkan self-esteem murid sehingga mereka boleh berjaya
mencapai prestasi yang terbaik, di mana ia telah menambah baik GPS dari 6.40 ke 5.81
(Rujuk Rajah 3) dan peratus murid layak sijil dari 59.22 ke 74.43 (Rujuk Rajah 4). Secara
tidak langsung dapat mengurangkan bilangan murid yang gagal dalam peperiksaan.



11

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Gred Purata 6.6 6.4 5.81

6.4 2017 PEPERIKSAAN 2017 PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN PERCUBAAN TAHUN
6.2
(PPT) (PC)
6 6.46

5.8

5.6

5.4

TOV 2016 PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN
(PAT)

Peperiksaan Tahunan

Rajah 3 : Perbandingan Gred Purata Bagi TOV, PPT Dan PC SPM Tahun 2017

Peratus Murid 80 59.22 74.43

70 2017 PEPERIKSAAN 2017 PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN PERCUBAAN TAHUN
60
(PPT) (PC)
50

40

30 62.77

20

10

0
TOV 2016 PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN
(PAT)

Peperiksaan Tahunan

Rajah 4: Perbandingan Peratus Layak Sijil Bagi TOV, PPT Dan PC SPM Tahun 2017

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Program ini telah memberikan idea kepada pihak sekolah untuk meneruskannya dengan
penglibatan ibu bapa pada masa akan datang. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada
ibu bapa tentang program tersebut semasa majlis penetapan Estimated Target Result
(ETR) dan menjemput mereka untuk menghadiri majlis anugerah ini supaya bersama-
sama meraikan kejayaaan anak masing-masing. Semua guru juga akan dimaklumkan
tentang pelaksanaan program MAD pada mesyuarat guru pertama dan perkara ini
dimasukkan dalam takwim pengurusan sekolah 2018.

5.0 RUMUSAN

Pada dasarnya, setiap murid mempunyai potensi untuk meningkatkan prestasi diri. Walau
bagaimanapun ia kurang diberi perhatian yang sewajarnya oleh sesetengah pentadbir
sekolah. Melalui program MAD, murid lebih yakin untuk berusaha mengubah pemikiran
negatif dengan mencabar diri sendiri. Justeru, program ini akan diteruskan dengan
membuat penambahbaikan pelaksanaannya agar setiap warga sekolah dapat memainkan
peranan masing-masing sehingga murid dapat meningkatkan kecemerlangan.

12

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

6.0 RUJUKAN
Azlin Norhaini Mansor. (2006). Amalan Pengurusan Pengetua Sekolah Menengah: Satu
Kajian Kes. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Akta Pendidikan 1996, KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
KPM Kuala Lumpur.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shuib Dahaban (2006). Kepimpinan Berkesan Ke Arah Perubahan Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Yayasan Guru Malaysia.

13

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

HARAPAN DALAM PEPERIKSAAN (HADAP)
SECANGKIR ILMU SEAWAL PAGI

Fatimah binti Yahaya
Ambilan 1/2016
Guru Besar

SK Horley Methodist, Teluk Intan, Perak

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan tentang peranan yang dimainkan oleh pemimpin sekolah serta
guru-guru dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik khususnya bagi murid-murid
tahun 6 yang mengambil peperiksaan UPSR. Berpandukan impak pelaksanaan transformasi
yang terkandung dalam buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2025)
bahawa semua murid boleh belajar dan semua murid boleh berjaya jika diasuh dengan cara
yang betul. Guru perlu mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid tanpa mengira latar
belakang serta pencapaian terdahulu. Berdasarkan penyataan ini maka program HADAP
(Harapan Dalam Peperiksaan) dirancang, dan dilaksanakan seawal pagi sebaik sahaja murid
melangkah masuk ke sekolah. Program ini terutama sekali menangani murid-murid bermasalah
seperti masalah ketidakhadiran sekolah yang serius, masalah keluarga serta masalah
pembelajaran. Perkataan ‘hadap’ juga membawa pengertian bersemuka. Ilmu disampaikan
secara bersemuka antara guru murid berfokuskan kepada kemahiran-kemahiran asas yang
belum dikuasai. Di samping membimbing, guru-guru juga berusaha menyelami permasalahan
yang dihadapi oleh murid serta berusaha membantu mereka. Program yang berkonsepkan
kepada menyayangi dan menghargai murid diharap akan dapat melahi-RKan murid-murid
yang berkualiti dari aspek sahsiah seiring dengan pencapaian akademik. Pemantapan amalan
terbaik ini sebagai pemangkin kualiti kemenjadian murid serta memberi impak yang besar
kepada sekolah.

Kata Kunci: akar umbi, impak, pemangkin

1.0 PENGENALAN

SK Horley Methodist merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan
Bandar, Teluk Intan. Pada asalnya sekolah ini adalah khas untuk murid lelaki sahaja.
Disebabkan oleh enrolmen murid yang semakin merosot, sekolah ini telah dibuka pada
murid perempuan mulai tahun 2000. Kini, murid pelbagai kaum belajar di sekolah ini.
Jumlah guru yang berkhidmat adalah seramai 16 orang serta bilangan muridnya seramai
95 orang.

Kebanyakan murid-murid di sekolah ini datangnya dari keluarga yang mempunyai
ekonomi yang rendah. Hampir 85% daripada murid-murid ini tinggal dikawasan setinggan
yang jaraknya tidak jauh dari sekolah. Pendapatan isirumah yang rendah serta masalah
penceraian dalam kalangan ibu bapa mengundang beberapa masalah kepada murid-
murid ini. Masalah ketidakhadiran ke sekolah merupakan isu yang menyumbang kepada
pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan dalam kalangan murid-murid.
Ditambah lagi dengan motivasi diri yang rendah untuk bersaing ke arah peningkatan
pencapaian dalam akdemik. Ibu bapa juga kurang memainkan peranan mereka dalam

14

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

membantu anak-anak dirumah. Kebanyakkannya sibuk mencari rezeki. MemikirKan hal
inilah satu program perlu dilaksanakan bagi membantu anak-anak didik ini meningkatkan
motivasi diri dan seterusnya berusaha mencemerlangkan diri mereka dalam bidang
akademik khususnya bagi murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Maka
program yang dikenali sebagai HADAP dirangka dan dilaksanakan bagi membantu anak-
anak didik di tahun 6.

2.0 AMALAN TERBAIK

Melihat kepada persekitaran kehidupan murid-murid, pencapaian akademik yang kurang
memberangsangkan serta motivasi diri yang rendah maka satu pendekatan yang bertujuan
untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik, sahsiah dan membendung
masalah ketidakhadiran serta meningkatkan peranan ibu bapa sebagai pendorong
kejayaan murid dilihat sebagai satu cabaran dan perlu dicari jalan penyelesaiannya yang
terbaik. Berdasarkan permasalahan inilah maka lahirlah satu program yang dinamakan
HADAP dengan bertemakan Secangkir Ilmu Seawal Pagi.

Kebanyakkan murid tahun 6 datangnya dari latar belakang keluarga yang bermasalah.
Hal ini menyebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan murid-murid untuk berusaha
mencipta kejayaan diri. Perkara ini sangat membimbangkan. Oleh yang demikian bagi
melahirkan modal insan, satu pasukan guru dibentuk bertujuan mendampingi serta
menyelami permasalahan yang dihadapi oleh murid-muri ini secara individu, membimbing
serta memotivasikan mereka. Apa yang diharapkan dengan sentuhan guru ibarat ibu
akan dapat merubah cara pemikiran mereka tentang kejayaan masa depan. Bukan
sekadar itu sahaja malahan guru-guru juga diminta berusaha mencungkil bakat yang
ada dalam diri murid-murid untuk diketengahkan.

2.1 Rasional Pelaksanaan Amalan Ini

Program ini dirancang atas beberapa faktor yang dilihat sebagai penyumbang
kepada kemenjadian murid yang kurang menyerlah. Antara rasionalnya mengapa
guru besar melaksanakan amalan ini adalah:

1. motivasi diri murid yang rendah menyebabkan kurangnya persaingan dalam
kalangan murid.

2. masalah ketidakhadiran dan ibu bapa selalu menghantar lewat anak-anak ke
sekolah.

3. prestasi akademik kurang memberangsangkan.

2.2 Strategi Pelaksanaan

HADAP membawa maksud bersemuka. Ini bermaksud setiap pagi guru-guru akan
bersemuka dengan murid-murid dan memberi secawan ilmu sebagai sarapan
minda. Ilmu yang dimaksudkan termasuklah ilmu memotivasikan murid-murid agar
memiliki keyakinan diri serta kesedaran untuk mereka bersaing mencari kemajuan
diri dalam bidang akademik, sahsiah serta mempunyai keyakinan diri untuk tampil
dan maju kehadapan.

15

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Program HADAP dilaksanakan seawal jam 7.05 pagi pada hari Selasa hingga
Khamis. Seramai 8 orang murid Tahun 6 akan diambil oleh guru mata pelajaran
secara individu. Peranan guru adalah membimbing serta membantu bagi
memastikan murid-murid ini menguasai kemahiran asas supaya mereka lebih
bersedia menghadapi PdPc di bilik darjah. Guru akan fokuskan kemahiran-
kemahiran yang tidak dikuasai oleh murid.

Murid-murid ini akan bertukar mata pelajaran setiap pagi maksudnya jika pada
hari selasa murid A bersama guru Bahasa Inggeris maka pada keesokan harinya
pula mungkin ia akan bersama guru Matematik dan begitulah seterusnya. Murid-
murid telah dibekalkan dengan jadual waktu pelaksanaan sepanjang tempoh
pelaksanaan program ini. Bagi menyokong kepada kejayaan pelaksanaan program
ini, penglibatan semua guru adalah sangat penting.

Bahan-bahan disediakan oleh guru mengikut keupayaan murid. Setiap pagi guru
akan membimbing murid membuat latihan secara individu, Peringkat awal murid
akan dipandu oleh guru untuk memahami kehendak soalan dan cara bagaimana
untuk mendapat jawapan yang terbaik. Apabila murid telah menguasai teknik
menjawab latihan-latihan yang diberikan, guru bertanggungjawab memantau dan
melihat cara murid menjawab. Setiap kesilapan murid dikenal pasti dan dibetulkan
terus oleh guru. Kebiasaannya latihan-latihan diberi secara latih tubi. Bilangan
latihan yang diberikan setiap pagi bergantung kepada keupayaan murid menjawab.
Begitulah aktivitinya setiap pagi sepanjang tempoh pelaksanaan program ini.

2.3 Cabaran Dalam Melaksanakan Amalan Terbaik Ini.

Setiap perubahan yang dilakukan, pasti ada cabaran dan kekangannya. Namun
begitu, sebagai seorang pentadbir perkara ini harus ditangani secara berhemah.
Cabaran utama yang memerlukan kekentalan diri sebagai seorang ketua di sekolah
adalah meyakinkan guru-guru serta mengajak mereka bersama-sama dalam
melaksanakan program ini. Pada peringkat awal guru-guru kurang yakin apabila
memikirkan kemampuan murid untuk hadir awal ke sekolah. Daya pujuk seorang
pemimpin sekolah diperlukan saat-saat begini.

Cabaran kedua adalah untuk menyedarkan ibu bapa betapa pentingnya peranan
mereka dalam mengubah sikap anak-anak demi masa depan. Bagi mengatasi
masalah ini, pihak sekolah dengan sokongan pegawai angkat sekolah (PPD) telah
mengadakan perjumpaan untuk menjelaskan bagaimana ibu bapa boleh memainkan
peranan mereka dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak.

Menyemai sikap minat untuk hadir ke sekolah setiap hari juga merupakan satu
cabaran pada peringkat awalnya. Ada antara murid Tahun 5 (2016) bilangan
hari tidak hadir ke sekolah mencecah 77 hari. Perkara ini diberi perhatian serius.
Melalui program HADAP inilah dapat mengesan ada murid-murid yang mengalami
kecelaruan jiwa atas faktor masalah keluarga. Latar hidup keluarga menjadikannya
tidak minat kesekolah serta rasa rendah diri. Apabila disiasat, didapati bapanya
berada di sebalik tirai besi, ibunya terpaksa mencari nafkah untuk menyara
keluarga. Inilah yang menyebabkan murid ini tidak minat hadir ke sekolah yang
mana memberi impak kepada penguasaan dan pencapaian dalam akademik. Jika
perkara ini tidak dibendung, tidak hairanlah akan berlakunya keciciran dalam bidang
akademik. Sebagai seorang pentadbir, saya rendahkan diri lalu menganggapnya

16

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

sebagai anak sendiri. Selalu bertanya khabar dan membantu dari segi kewangan
serta akademiknya. Saya juga mengambil kesempatan bertemu ibunya dan sering
memberi kata-kata semangat.

3.0 IMPAK

Berkat dari kesabaran dalam melaksanakan satu amalan terbaik demi anak-anak bangsa
tercinta, dapat dilihat pencapaian akademik mereka semakin baik. Masalah ketidakhadiran
juga semakin berkurangan. Malahan murid-murid ini telah meraih beberapa kejayaan
walaupun diperingkat rendah. Apabila setiap cabaran yang dihadapi dapat kita atasi
secara muafakat dan berhemah, maka tidak hairanlah dalam masa yang sama juga kita
dapat menjalinkan ukhuwah yang erat.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi meneruskan kejayaan pada masa akan datang, beberapa cadangan penambahbaikan
boleh dibuat. Penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam program ini
merupakan satu cadangan yang difikirkan perlu, terutamanya bagi membantu murid-
murid yang tidak menguasai kemahiran asas dan sentiasa menyokong program sekolah.
Program ini akan diperluaskan lagi kepada murid-murid Tahap 2 khususnya bermula
dari Tahun 4. Untuk murid Tahun 4 (2018) kita fokus kepada murid-murid yang tidak
menguasai tahap minima. Kami yakin sekiranya perancangan ini dijalankan denagn
sebaik mungkin, tidak mustahil ianya menjadi satu budaya sekolah dalam membantu
meningkat pencapaian akademik murid-murid.

5.0 RUMUSAN

Program HADAP merupakan satu amalan terbaik dan memberi semangat kepada murid-
murid untuk terus mencipta kejayaan dengan bantuan dan bimbingan guru dan ibu bapa.
Kelebihan program ini adalah kita saling bantu membantu dalam meringankan beban
masalah pihak lain. Elemen motivasi diri yang merupakan asas kepada perubahan diri
dan sikap terpuji sering diterapkan dalam jiwa anak-anak didik tidak kira apa bangsa
mahupun warna kulitnya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan terbaik ini
merupakan satu sokongan kepada murid-murid untuk terus menghadapi cabaran dalam
pembelajaran di bilik darjah serta meningkatkan motivasi kendiri.

6.0 RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya (2004), Mengurus Sekolah. Selangor: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Annuar Ayub. (2008). Belajar Secara Berkesan Di Sekolah. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad,

17

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

TECHNOLOGY ENABLE CLASSROOM IN EDUCATION (TEC-ED)

Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin
Ambilan 2/2017
Guru Besar

SK Pekan Nanas, Pontian, Johor

ABSTRAK

SK Pekan Nanas, Pontian adalah sebuah Sekolah Amanah Malaysia (Gred A) yang berada
di kawasan luar bandar. Walaupun sekolah ini kini berada di tahun keempat dalam Program
Sekolah Amanah, pihak sekolah terus berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan
seiring dengan Gelombang Kedua (2016-2020) melalui Anjakan ke-11, yang mana ICT
digunakan semaksimum mungkin bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di
dalam kelas. Oleh itu lahirlah Pelaksanaan strategi TEC-ED (Technology-enable Classroom
in Education) yang mana ia boleh membantu secara langsung di dalam mana-mana bahagian
perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pemudahcaraan abad ke-21 (PdPc PAK21)
sebagai pemudahcara dan secara langsung boleh membantu murid meningkatkan kefahaman
dan sekaligus memastikan objektif yang ditetapkan oleh guru tercapai. Ia juga merupakan
salah satu pendekatan yang boleh meningkatkan kualiti PdPc guru selaras dengan apa yang
ditekankan di dalam Standard Keempat SKPMg2 dan rubrik Pencerapan Sekolah Amanah.
Dengan pelaksanaan TEC-ED didalam semua mata pelajaran tidak kira teras ataupun elektif,
peningkatan dari segi pelibatan murid secara aktif dapat juga dapat dilihat selain memastikan
pembelajaran dan pemudahcaraan berlangsung secara berpusatkan murid. Guru bertindak
sebagai fasilitator di dalam kelas. Penggunaan “Chalk and Talk” perlu diubah ke arah digital bagi
memastikan proses pembelajaran dan pemudahcaraaan itu berlangsung dalam berpusatkan
murid.

Kata Kunci: kualiti pengajaran dan pembelajaran, pemudahcara, pelaksanaan strategi

1.0 PENGENALAN

SK Pekan Nanas adalah sebuah sekolah kategori luar bandar dan merupakan Sekolah
Amanah (Kohort 2014) dengan kekuatan kakitangan akademik seramai 50 orang, dibantu
oleh lima orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Sekolah ini juga adalah kedua
terbesar dari segi enrolmen murid di daerah Pontian dengan jumlah muridnya seramai
665 orang. Murid-murid ini datang dari latar belakang sosio ekonomi yang pelbagai
iaitu kebanyakan ibu bapa dan penjaga mereka merupakan kakitangan awam, swasta,
pekerja industri dan bekerja sendiri.

Pelaksanaan strategi TEC-ED (Technology-enable Classroom in Education) boleh
membantu secara langsung dalam mana-mana bahagian perancangan dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PA21) sebagai pemudahcara dan secara
langsung boleh membantu murid meningkatkan kefahaman dan sekaligus memastikan
objektif yang ditetapkan oleh guru tercapai sebagai salah satu pendekatan yang boleh
meningkatkan kualiti PdPc guru selaras dengan apa yang ditekankan di dalam Standard
Keempat, SKPMg2 dan rubrik Pencerapan Sekolah Amanah.

18

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Objektif pelaksanaan strategi ini adalah:
i. Pembelajaran dan pemudahcaraan menjadi lebih interaktif terhadap murid.
ii. Isi pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan sekaligus meningkatkan

kualiti PdPc guru.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

TEC-ED dibangunkan dan dipekenalkan oleh kumpulan Senior Leadership Team (SLT)
bersama Middle Leader (MidLed) SK Pekan Nanas pada bulan Mei 2017 selepas satu
analisis pencerapan PdPc (Penggal Pertama) berpandukan Standard Keempat, SKPMg2
dan rubrik Pencerapan Sekolah Amanah dibuat, di mana kami mendapati bahawa
penggunaan teknologi di dalam PdPc masih kurang berkesan dan tidak mencapai
penggunaan yang maksimum.

Penggunaan teknologi sepatutnya bukan sahaja menjadi satu alat untuk menarik
minat murid malah sepatutnya diintergrasikan dalam pendidikan melalui PdPc bagi
memudahkan penyampaian isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran itu. Dasar
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyatakan bahawa dalam
merealisasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kita perlu
fokus kepada tiga objektif utama iaitu:

1. Pembangunan modal insan secara berterusan.
2. Penggunaan ICT yang bersesuaian dalam pendidikan.
3. Transformasi proses pendidikan melalui teknologi.

Langkah yang diambil seterusnya ialah dengan menggunakan konsep Digital Classroom
yang diperkenalkan oleh Encik Abdul Rahman bin Ali Bashah dari SMK Jenjarom,
Selangor bersama dengan penggunaan ICT ke dalam pendekatan PdPc Abad ke-21
Sekolah Amanah yang sedia ada. Dari situ, ia diolah kembali agar bersesuaian dan
bertepatan dengan apa yang ingin dicapai oleh sekolah ini dari segi peningkatan kualiti
pelaksanaan PdPc. Maka dengan itu, lahirlah strategi TED-ED di dalam PdPc Sekolah
Amanah.

Kurikulum bagi latihan perguruan juga akan dikaji semula, antaranya untuk
menambah baik kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran pedagogi dan
membolehkan penggunaan ICT yang lebih meluas dalam bidang pendidikan.

(RMK 9, 2006, p. 31)

Sebagai permulaan, melalui TED-ED, kami telah memberi fokus kepada dua bahagian
di dalam PdPc iaitu pembezaan dan pentaksiran (kendiri dan berpasangan). Bagi aktiviti
pembezaan, guru dapat melihat tahap kefahaman murid secara terus ketika aktiviti
dijalankan dan murid terus dapat dibahagikan mengikut aras mereka, dengan ini ia akan
memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti dan menyampaikan isi pelajaran sesuai
mengikut aras masing-masing.

TED-ED dalam aktiviti pentaksiran pula diperkenalkan bagi memudahkan guru dan
murid untuk memberikan maklum balas secara terus ketika PdPc sedang berlangsung.
Pentaksiran dijalankan secara kendiri atau secara berpasangan dimana guru boleh melihat
sama ada ia berlaku pada ketika itu. Apabila strategi ini diperkenal dan dilaksanakan
pada Julai 2017, satu bentuk perkongsian dilaksanakan antara guru mata pelajaran dan

19

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

guru kelas dimana bahan yang digunakan di dalam strategi TED-ED dapat disimpan
dan diguna sama apabila diperlukan, sekaligus mempelbagaikan sumber dan bahan
pembelajaran PdPc agar berkualiti dan mudah diakses.

Menurut Garofalo (2000), penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa
kepada pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi pelajar dan seiring
dengan pendapat Shamatha (2004) iaitu tranformasi teknologi adalah perlu dalam
pengajaran dan pembelajaran yang bermaksud inovasi dan penciptaan perisian atau
aplikasi teknologi terkini dapat membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih aktif, bermakna dan mencabar.

3.0 IMPAK

Satu perbandingan dan analisis telah dibuat terhadap dua bahagian yang difokuskan di
dalam pelaksanaan PdPc dimana terdapat impak positif ke atas kedua-dua bahagian
tersebut. Ini boleh dilihat dalam graf dibawah yang menunjukkan perbezaan di antara
dua sesi pencerapan yang telah dibuat pada tahun ini. Pencerapan yang dibuat adalah
menggunakan instrumen Pencerapan Sekolah Amanah yang mana seiring dengan
SKPMg2 Standard 4.

Perbezaan

0.00 – 1.00 Starting
1.00 – 2.00 Developing
2.00 – 3.00 Establishing
3.00 – 4.00 Extanding
4.00 – 5.00 Enhancing

Rajah 4: Skor berdasarkan rubrik pencerapan Sekolah Amanah.

Analisis yang dibuat menunjukkan dalam tempoh kurang enam bulan, peningkatan skor
ketara telah dapat dilihat iaitu dari 3.56 kepada 3.66 bagi bahagian pembezaan, 3.62
kepada 3.74 bagi bahagian pentaksiran dan secara keseluruhannya dari 3.71 kepada
3.84, sekaligus meletakkan kualiti PdPc guru sekolah ini kepada tahap Enhancing bagi
standard Sekolah Amanah.

Peningkatan ini berlaku kerana guru dapat mengenal pasti tahap kefahaman secara terus
dan murid dapat dibahagikan mengikut kumpulan bagi memudahkan akvitiviti mengikut
tahap dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, ia dapat membantu murid-murid membina
kefahaman yang lebih baik. Aktiviti pentaksiran juga boleh dijalankan dengan lebih baik

20

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

dan menarik menerusi aplikasi Kahoot dimana markah dan analisis item murid terus
dapat diberikan semasa aktiviti maklum balas dijalankan. Kaedah ini membantu murid
untuk menilai sendiri pencapaian mereka dalam sesi PdPc tersebut.

Hasil dapatan dari tinjauan yang dibuat melalui ‘Learning Walk’ ke atas murid-murid
pula mendapati mereka lebih aktif dalam melibatkan diri didalam setiap aktiviti, boleh
menghasilkan perbentangan yang lebih menarik dan interaktif dengan menggunakan
PowerPoint sebagai salah satu elemen dalam strategi TEC-ED dan secara tidak langsung
meningkatkan kemahiran ICT mereka dalam pendidikan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang boleh menjadi halangan untuk
menjayakan strategi ini pada masa hadapan, iaitu dari segi infrastrukur dan kemudahan.
Sehingga kini halangan tersebut bukan merupakan isu besar, tetapi setiap peralatan
ICT yang digunakan mempunyai tempoh jangka hayatnya dan memerlukan penggantian
atau penyelenggaraan dari semasa ke semasa.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Strategi TECH-ED sememangnya satu cara yang berkesan bagi membantu meningkatkan
keberkesanan dan kualiti PdPc guru-guru secara keseluruhannya. Walaupun begitu,
terdapat beberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi memastikan keberkesanan
dan seterusnya menjadikannya sebahagian dari budaya dan amalan warga sekolah.

Antara cadangan penambaikan yang boleh dilaksanakan ialah;

1. Professional Learning Community (PLC) berkala di antara guru mengikut panitia untuk
mengemaskini penggunaan aplikasi atau teknologi terkini yang sesuai digunakan
dalam PdPc.

2. Meningkatkan kemudahan jaringan internet serta menambah peralatan seperti LCD
Projector, Wireless Display Adapter dan tablet bagi semua kelas.

5.0 RUMUSAN

Pembelajaran murid perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh memberi kesan terhadap
pencapaian murid secara langsung. Pencapaian murid akan terjejas seandainya murid
tidak dapat menguasai apa yang ingin disampaikan semasa sesi PdPc berlangsung.
Guru seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran murid dan berusaha untuk
mengatasinya dengan menggunakan strategi, bahan bantu mengajar secara digital
dan teknologi yang berkesan. Oleh itu, strategi TEC-ED ini amatlah berguna dan
diharapkan dengan menggunakan pendekatan ini di dalam PdPc, kualiti pengajaran guru
dapat meningkatkan pencapaian murid dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan
pencapaian murid dalam UPSR kelak. Namun begitu, teknologi tidak boleh menggantikan
tugas hakiki guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Penggunaan ICT hanyalah
merupakan salah satu alat yang boleh membantu guru memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran (Burnett, 2010).

21

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

6.0 RUJUKAN
Abdul Rahman Ali Bashah, (2017). Membudayakan Teknologi Digital. Bahagian Teknologi
Pendidikan.
Brunett, C. (2010). Technology And Literacy In Early Childhood Educational Settings: A
Review Of Research. Sheffield Hallam University, United Kingdom.
Garofalo, J., Drier, H., Harper, S., Timmerman, M.A., & Shockey, T. (2000). Promoting
appropriate uses of technology in mathematics teacher preparation. Contemporary
Issues in Technology and Teacher Education, 1(1), 66-88.
Rancangan Malaysia Kesembilan, (2006 – 2010).
Shamatha, J. H., Peressini, D., & Meymaris, K. (2004). Technology-Supported Mathematics
activities Situated Within An Effective Learning Environment Theoretical Framework.
Technology And Teacher Education, 3(4), 362-381.

22

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PROGRAM AL-QURAN DI HATIKU
– LIMA MINIT SENTUHAN ROHANI

Hashim bin Saryani @ Md Noh
Ambilan 2012
Pengetua

SMK Dato Abu Bakar Baginda, Bangi, Selangor

ABSTRAK

Wawasan, harapan ibu bapa dan sekolah ialah kemenjadian murid iaitu ke arah melahirkan
generasi murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi cemerlang juga sahsiahnya.
Kecemerlangan diri seseorang itu bertitik tolak daripada penghayatan dan amalan agama di
dalam kehidupan seharian melalui pembacaan Al-Quran untuk meraih kejayaan di dunia dan
akhirat. Justeru itu amalan membaca Al-Quran perlu dibudayakan setiap hari untuk melahirkan
murid yang seimbang rohani dan jasmani. Program Lima minit Al-Quran ini bermatlamat untuk
membudayakan membaca Al-Quran di dalam kehidupan seharian; melahirkan murid yang
berakhlak mulia; memberi pengisian rohani kepada murid dan membantu mengatasi masalah
disiplin dalam kalangan murid. Program ini mensasarkan semua warga Sekolah Menengah
Dato’ Abu Bakar Baginda (SMKDABB) dan ia dilaksanakan setiap hari sepanjang tahun. Guru-
guru waktu pertama akan memantau perjalanan program ini setiap hari dan rekod bacaan
akan dicatatkan. Ia telah dilaksanakan sejak tahun 2010 tetapi diberi nafas baharu pada tahun
2015 di mana sebanyak 35 naskah Al-Quran diletakkan di setiap bilik darjah di rak-rak khas
yang disediakan. Sehingga kini sebanyak 1350 naskah telah berjaya disediakan dengan kos
RM35,000 hasil daripada sumbangan dan wakaf pelbagai pihak. Setelah 3 tahun dilaksanakan,
program ini telah memberi impak yang positif. Antaranya murid dapat membaca Al-Quran
dengan lancar; membudayakan membaca Al Quran setiap hari; masalah disiplin menurun dari
tahun ke tahun, suasana tenang di sekolah, tahap penguasaan murid lemah dalam Al-Quran
semakin baik dan sekolah berjaya merangkul kejayaan dalam tilawah hingga ke peringkat
kebangsaan. Pada masa hadapan sekolah telah merancang untuk menyediakan sebuah kitab
tafsir Al-Quran di setiap kelas, menjadikan al Quran sebagai bahan relief dan menambah al-
Quran terjemahan di bilik-bilik khas.

Kata Kunci: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

1.0 PENGENALAN

SMK Dato’ Abu Bakar Baginda (SMKDABB) terletak di Bangi, dikelililingi masyarakat
yang sebahagian besarnya orang Melayu dengan pelbagai lapisan latar belakang
sosioekonomi. Dibuka pada tahun 2010 dengan menerima kumpulan pelajar pertama
seramai 560 orang. Tahun awal pembukaannya sekolah menghadapi pelbagai masalah
salah laku pelajar seperti vandalisme, ponteng, merokok, bergaduh, biadap dengan guru
dan lain-lain lagi. Ada ketikanya guru-guru berdepan dengan pelajar yang sangat keras
hatinya dan enggan menerima nasihat, degil, masih terus melakukan kesalahan yang
sama walaupun pelbagai tindakan dan pendekatan telah dilakukan. Sejarah Nabawiyyah
membuktikan bahawa pembangunan manusia oleh Rasulullah SAW dimulakan dengan
pembinaan akidah. Pengukuhan iman merupakan proses yang wajib didahulukan dalam
pembangunan manusia Islam (Mohd Arip, 2014). Justeru untuk membangunkan murid,

23

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

mereka perlu disuntik dengan kekuatan akidah. Salah satu pendekatannya adalah dengan
membudayakan Al-Quran. Maka, timbul kesedaran dalam kalangan warga pendidik di
sekolah ini untuk melakukan pendekatan ‘sentuh hati’ murid, iaitu menjadikan al-Quran
sebagai rakan karib melalui program Al-Quran Di Hatiku.

Program Al-Quran Di Hatiku Lima Minit Santapan Rohani dimulakan pada tahun 2010
dengan nama Al-Muttaqun atas inisiatif guru-guru Pendidikan Islam. Bermula dengan
membeli al-Quran secara sedikit demi sedikit hasil sumbangan dan pembelian oleh guru-
guru tersebut sebanyak 900 naskhah Al-Quran berjaya dikumpulkan. Pada mulanya
murid dikehendaki membaca Al-Quran selama sepuluh minit sebelum pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Islam bermula. Program ini berjalan sehingga tahun
2013.

Pada Januari tahun 2014 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melancarkan program
wakaf al-Quran dan terjemahan untuk memudahkan dan menjimatkan masa pelaksanaan
program. Antara matlamat program ini ialah membudayakan Al-Quran dalam kehidupan
seharian dan menjadikan Al-Quran rakan karib, melahirkan murid yang berakhlak mulia,
memberikan pengisian rohani kepada semua murid membantu mengatasi masalah
disiplin dalam kalangan murid dan menyemai sikap suka bersedekah dan berwakaf
dalam kalangan semua warga sekolah. Sebanyak RM35,000 berjaya dikumpulkan
dan sebanyak 1,350 naskhah Al-Quran berjaya dibeli. Justeru sasaran seorang pelajar
senaskhah Al-Quran tercapai. Sebanyak 35 naskhah Al-Quran disediakan di setiap bilik
darjah, kantin, dewan, bilik-bilik khas dan laluan-laluan tertentu yang ditempatkan di rak-
rak khas yang disediakan.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK
Bermula pada tahun 2015, membaca Al-Quran selama 5 minit bukan hanya dilaksanakan
sebelum PdPc Pendidikan Islam sahaja tetapi telah diwajibkan kepada semua murid
sebelum PdPc bermula pada setiap hari kecuali hari Jumaat yang diperuntukkan untuk
bacaan surah Yassin. Program ini turut dimasukkan dalam jadual waktu semua kelas.
Contoh jadual Program Al-Quran di Hatiku Lima Minit Santapan Rohani ditunjukkan
dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Jadual Waktu – Program Al-Quran Di Hatiku- Lima Minit Santapan Rohani

24

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pelaksanaan program ini dipantau oleh guru waktu pertama dan rekod bacaan juga
disediakan di setiap kelas. Murid-murid yang tidak menguasai bacaan Al-Quran
menggunakan buku Iqra dan akan dibimbing oleh guru. Manakala murid-murid yang
melaksanakan PdPc di bengkel dan aktiviti Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan
(PJPK) di padang pula akan menggunakan masa terluang apabila mereka masuk ke bilik
darjah. Selain itu bacaan lima minit ini juga diimplementasikan pada waktu relief. Guru-
guru ganti waktu relief ini akan meminta murid-murid membaca Al Quran bagi memenuhi
masa yang terluang. Murid-murid turut memanfaatkan masa luar waktu PdPc dan waktu
rehat dengan membaca Al-Quran di mana-mana sahaja.


3.0 IMPAK

Setelah tiga tahun dilaksanakan, didapati ProgramAl-Quran Di Hatiku Lima Minit Santapan
Rohani ini telah menghasilkan impak yang positif dan bermakna ke arah kemenjadian
murid. Program ini merentasi enam aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) serta program-program atau aktiviti anjuran Bahagian Pendidikan
Islam dan juga Jabatan Pendidikan Negeri. Antara impak positif program Al-Quran Di
Hatiku Santapan Rohani ialah murid dapat membaca Al-Quran dengan lebih lancar.
Di samping itu telah ada kecenderungan dalam kalangan murid untuk mengikuti kelas
tajwid dan taranum bagi meningkatkan lagi mutu bacaan. Bahkan ada murid dari Kelas
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang menjadi johan tilawah kebangsaan dua tahun
berturut-turut (2015-2016 kategori PPKI). Murid-murid yang tidak menguasai bacaan
dan yang ’buta’ Al Quran juga dibantu oleh guru-guru pelatih dari IPG Pendidikan Islam
melalui program jalinan yang diberi nama program Dakapan Al-Furqan. Santapan rohani
melalui program ini juga telah membantu mengurangkan kes-kes disiplin murid. Gambar
rajah 1 di bawah menunjukkan kes ponteng telah berjaya diturunkan daripada 20 peratus
pada tahun 2012 kepada 4 peratus pada tahun 2016. Kes-kes lain seperti vandalisme,
biadab dengan guru, merokok dan sebagainya juga telah berjaya diturunkan.

2016

2014 4%
13%
2015
6% 2012
2013
2013 2012 2014
57% 20% 2015
2016

Kes Ponteng 2012-2016
 

Rajah 1: Kes Ponteng 2012-2016

Budaya membaca Al-Quran ini bukan sahaja telah mewujudkan suatu suasana tenang di
sekolah serta dapat menghidupkan aura positif kepada murid dan guru untuk mengikuti
PdPc setiap hari malah telah berjaya meningkatkan gred purata mata pelajaran Bahasa
Arab. Gred purata mata pelajaran Arab telah meningkat daripada 4.34 tahun 2014 kepada

25

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

3.35 tahun 2015. Murid juga menjadi sangat sensitif dan responsif dengan mana-mana
program yang berkaitan dengan Al-Quran seperti “MalaysiaNgaji’ dan ‘Quran Hour’ yang
dianjurkan oleh NGO dan ini bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Linda Mohamad
(2013) bahawa pendidikan Al-Quran yang bermula dari rumah akan memudahkan murid-
murid menghayati dan memahami ilmu yang dipelajari di sekolah sekaligus memberi
impak yang positif terhadap amalan membaca Al-Quran.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaannya seperti kesuntukan masa
pada waktu pagi kerana ada ketika murid lewat masuk ke kelas dan naskhah yang tidak
mencukupi seperti di bengkel dan makmal sains, usaha murni ini akan diteruskan dengan
beberapa penambahbaikan. Antaranya ialah menambah lagi naskah Al-Quran melalui
program wakaf dan menambah Al-Quran terjemahan di bilik-bilik khas. Sebuah kitab
tafsir juga akan disediakan di setiap kelas. Di samping itu penghargaan akan diberikan
kepada kelas-kelas yang berjaya khatam al- Quran dalam masa yang ditetapkan.

6.0 RUJUKAN
Linda Mohamed.(2013). Pendidikan Al-Quran Anak-anak, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Tesis Sarjana Pendidikan Islam.
Mohd Arip Kasmo. (2014). Pendekatan Akidah di sekolah-sekolah: pendekatan
Kontemporari dalam Usaha Meyakinkan Pelajar Kepada kebenaran Islam
Dalam Kerangka Pembinaan Akhlak, Jurnal Pendidkan Majlis Pengetua Sekolah
Malaysia.133-144.



26

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

SAHABAT PENA BAHASA INGGERIS

Hazman bin Dollah
Ambilan 2/2000
Guru Besar

SK Cheng, Melaka

ABSTRAK

Bahasa Inggeris merupakan subjek teras yang diajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah
di Malaysia. Kompetensi murid dalam Bahasa Inggeris amat penting pada hari ini dalam
melihatkan penggunaan Bahasa Inggeris yang meluas di peringkat global. Program Penulisan
Sahabat Pena bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan Bahasa Inggeris melalui
medium surat dan e-mel dengan penglibatan 18 buah sekolah rendah di seluruh negara.
Program ini telah dijalankan secara berterusan bermula Januari sehingga Ogos. Pelbagai
strategi pelaksanaan program telah dilaksanakan termasuk koloborasi, penggunaan internet
dan sumbangsaran. Melalui kaedah Pembelajaran Kooperatif, markah responden diukur
melalui Ujian Diagnostik (Ujian Pra) dan Ujian Percubaan UPSR (Ujian Pos).Seramai 30 orang
responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini untuk menilai keberkesanan program.
Data analisis menunjukkan peningkatan peratusan markah penulisan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid SK Cheng. Secara keseluruhannya, dapatan projek mendapati bahawa
Program Penulisan Rakan Pena telah memberi impak positif kepada peningkatan markah
murid dalam subjek Bahasa Inggeris.Murid juga mampu mengenalpasti kesalahan perkataan
dan ayat. Program ini perlu diteruskan pada masa hadapan kerana murid amat gembira dapat
bersahabat dengan rakan dari pelbagai budaya di samping mendapat rakan-rakan baharu
dari negeri lain. Pada masa akan datang, program ini perlu diteruskan dengan melibatkan
penggunaan video dan telesidang disamping penggunaan media sosial seperti Telegram.

Kata Kunci: sahabat pena, surat, e-mel, UPSR

1.0 PENGENALAN

Penggunaan Bahasa Inggeris semakin meningkat secara mendadak, terutamanya dalam
era Internet dan globalisasi. Bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa pembangunan
ke arah kemajuan (Faisal, 2004). Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua di Malaysia dan
diajar sebagai mata pelajaran formal di sekolah rendah dan menengah. Murid didedahkan
dengan mata pelajaran ini seawal usia lima atau enam tahun sehingga ke peringkat
menengah iaitu pada usia tujuh belas tahun (Faisal, 2004). Terdapat 4 kemahiran yang
penting dalam Bahasa Inggeris iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran Penulisan adalah kemahiran yang sukar terutamanya bagi guru Bahasa
Inggeris (Ghabool, Edwina and Seyyed, 2012). Pelbagai cadangan dan langkah yang telah
dilakukan, namun begitu tidak ada satu langkah pengajaran dan pemudahcaraan yang
boleh digunakan untuk memenuhi kehendak semua murid yang terdiri dari kecerdasan
pelbagai. Program Sahabat Pena adalah inovasi yang diperkenalkan di SK Cheng bagi
membolehkan penguasaan Bahasa Inggeris dan seterusnya merealiasikan matlamat
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Antara objektif program Sahabat Pena
adalah untuk membantu murid berkomunikasi secara bertulis dalam bentuk surat atau
poskad dalam Bahasa Inggeris. Belajar Bahasa Inggeris dengan bebas dan seronok
boleh menimbulkan sikap positif dan mewujudkan keyakinan dalam diri murid untuk
menulis dan suka dengan Bahasa Inggeris.

27

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

1.1 Latar Belakang Sekolah

SK Cheng (MBA 2029) yang beralamat KM 9, Jalan Krubung, 75250 Melaka.
Sekolah ini bergred A luar bandar. Muridnya seramai 543 orang yang terdiri
daripada Melayu dan India. Sekolah ini mempunyai 30 orang murid India. Sekolah
ini juga ada Prasekolah dan Pendidikan Khas. Ada tujuh blok bangunan termasuk
satu bangunan warisan yan dibina pada tahun 1930. Seramai 47 orang guru dan 7
orang staf berkhidmat di sekolah ini. Jarak sekolah ke bandar adalah 8 km.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Panitia Bahasa Inggeris SK Cheng telah mengambil langkah memperkenalkan Program
Sahabat Pena pada tahun 2017. Program ini pada awalnya telah dijalankan oleh guru-
guru Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid SK Cheng sahaja. Program ini
bermula dengan pelaksanaan Program Secret Admirer, iaitu murid dari kelas yang sama
dikehendaki menulis surat kepada rakan yang dipilih secara rahsia. Setiap rakan rahsia
mereka mempunyai sampul yang ditampal di dalam kelas dan murid dikehendaki menulis
surat dan meletakkan surat tersebut di dalam sampul rakan rahsia masing-masing.
Kejayaan program ini seterusnya dikembangkan dengan program sahabat pena dalam
kalangan murid-murid SK Cheng dari kelas yang berbeza. Murid Tahun 4, Tahun 5 dan
Tahun 6 akan menulis dan membalas surat dalam kalangan kawan-kawan dari kelas
yang berbeza.

Kedua-dua program ini merupakan titik tolak kepada Program Sahabat Pena yang
dijalankan antara SK Cheng bersama 18 buah sekolah dari 8 buah negeri di Malaysia.
Program ini diiklankan di Facebook di dalam group Vogue and Handsome English
Teachers dan telah mendapat sambutan yang banyak namun hanya 18 buah sekolah
yang terawal dipilih.

2.1 Rasional

Program Sahabat Pena merupakan program yang dipilih oleh SK Cheng disebabkan
berikut :

1. Mewujudkan kebebasan berinteraksi secara menulis surat dalam kalangan
murid.

2. Mengurangkan ketakutan murid untuk menulis dalam Bahasa Inggeris.
3. Menimbulkan keseronokan dalam kalangan murid semasa berinteraksi dengan

sahabat.
4. Mampu mengenalpasti kesalahan ayat sendiri dan ayat sahabat pena mereka.

2.2 Strategi Pelaksanaan

Sekolah yang terlibat dalam program Sahabat Pena akan dihubungi secara
Facebook bagi mendapat data lengkap mengenai nama guru, nama sekolah dan
nombor telefon. Guru Penyelaras Sahabat Pena akan mewujudkan kumpulan
whatsapp yang terdiri dari 18 buah sekolah. Penyelaras akan menghantar surat ke
sekolah yang terlibat bagi memaklumkan pelaksanaan program. Guru yang terlibat
akan menghantar email senarai nama murid yang dipilih ke sekolah yang mereka
pilih dari kalangan 18 sekolah yang terlibat.

28

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pelaksanaan program Sahabat Pena di sekolah dijalankan seperti berikut:

1. Setiap murid akan mendapat sekurang-kurangnya satu sahabat pena dari
negeri lain.

2. Mereka dihendaki menulis poskad atau surat kepada sahabat pena berdasarkan
topik pembelajaran dari buku teks (pastikan format penulisan adalah seperti
yang disarankan dalam buku teks KSSR).

3. Setiap poskad atau surat yang ditulis akan dipantau oleh guru mata pelajaran
Bahasa Inggeris masing-masing.

4. Poskad atau surat-surat yang telah siap akan dimasukkan ke dalam satu sampul
besar dan dipos ke sekolah murid berkenaan.

5. Murid dikehendaki membalas poskad atau surat dalam masa seminggu
penerimaan.

6. Semua poskad atau surat harus didokumentasikan sebagai sumber rujukan.

Program ini telah dijalankan selepas Ujian Diagnostik (Bulan Januari) sehingga
Peperiksaan Percubaan UPSR (Bulan Ogos). Keputusan Ujian dan peperiksaan
sepanjang tempoh 8 bulan digunakan sebagai elemen untuk mengukur kejayaan
pelaksanaan program. Pada awal pelaksanaan program, murid dikehendaki menulis
surat tanpa bantuan guru. Guru hanya berfungsi membaca surat yang ditulis tetapi
mereka tidak boleh membetulkan sebarang kesalahan yang dilakukan murid. Murid
yang terpilih dari SK Cheng seramai 30 orang akan mengikuti Pembelajaran secara
Kooperatif yang mengaplikasikan pendekatan Jigsaw (Pembelajaran abad ke-21)
dalam membantu mereka menulis ayat secara berperingkat, iaitu bermula dengan
ayat mudah kepada ayat kompleks. Setelah menerima surat, murid dikehendaki
membaca dan menampal surat di dalam buku tulis mereka. Murid boleh berkongsi
membaca surat sahabat pena mereka di hadapan kawan-kawan mereka untuk
berkongsi dan bertukar-tukar pendapat. Keberkesanan program menulis surat
ini diteruskan dengan menghantar e-mel kepada sahabat pena masing-masing.
Program ini masih dilaksanakan menggunakan kaedah yang sama, tetapi murid
berinteraksi secara e-mel. E-mel dipilih sebagai medium perantaraan bagi
menggantikan surat.

3.0 IMPAK AMALAN TERBAIK

1. Menulis surat secara peribadi dan mengesan kesalahan tanpa bantuan guru
2. Penghantaran e-mel meningkatkan penggunaan internet sekolah dari 10.48%

(Januari) hingga 168.61% (Ogos)

Jadual 1: Perbandingan Peningkatan Markah Peperiksaan Bahasa Inggeris Tahun 6

BIL NAMA MURID DIAGN TRIAL %
MG MG PENINGKATAN
1 AMIRUL HAKIM BIN JURAKHAIRUL
22 E 92 A 91.78
2 ARIF ZHARFAN BIN KAMARUL ARIFFIN
58 C 92 A 91.42
3 DIVAAN A/L MURLISUARAN 50 C 82 A 81.5
46 D 94 A 93.54
4 HANIF ZAKWAN BIN HAIDIR MUSTAFFA
62 C 86 A 85.38
5 HASINAJIT BINTI MUHAMMAD SETIAJIT/
JAGEGIT SINGH

29

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

4.0 CADANGAN PENAMBAIKAN
Program Sahabat Pena ini dijalankan secara berperingkat bermula dari kawan-kawan
dari kawasan setempat sehingga melibatkan kawan-kawan dari 18 sekolah sekitar 8
negeri di Malaysia. Langkah terbaru yang telah diambil ialah kerjasama antara SK Cheng
dengan pelajar dari Seth Anandham Jaipuri School, Vasundhara Ghaziabad, Kolkata,
India. Program ini dikembangkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid
tentang negara luar. Murid perlu mendapat maklumat bukan sahaja dari segi pendidikan,
bahkan tentang kebudayaan negara lain. Dengan pelaksanaan langkah ini, diharapkan
murid akan mampu berusaha meningkatkan kecekapan diri dalam membaiki kelemahan
diri terutamanya dalam penulisan Bahasa Inggeris.

5.0 RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum, K. P. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Bahasa Inggeris.
Faisal, h. B. (2004). English language and the language of development: A Malaysia
perspective. Jurnal Kemanusiaan, 106 - 120.
Ghaboo N., Edwina M. and Seyyed Hossein Kashef. (2012). Investigating Malaysian
ESL students’ writing problems on conventions, punctuation, and language use at
secondary school level. Journal of studies in education, 130 - 143.
Nicholas, M. (2008). Traditional vs modern teaching methods: Advantages and
disadvantages of each. 11-91.
Nor Hashimah Jalaluddin, Norsimah Mat Awal, Kesumawati Abu Bakar. (2008). The
Mastery of English Language among Lower Secondary School Students in Malaysia:
A Linguistic Analysis. European Journal of Social Sciences, 106-115.
Norlida Ahmad, Rohizani Yaakub and Puteri Rohani Megat Abd Rahim. (2008). Towards
learner autonomy in teaching english in Malaysia. 1-11.

30

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

1IMPIAN 1REALITI

Jainab binti Jatin
Ambilan 2014
Guru Besar

SK Tiong Perungusan, Tamparuli, Sabah

ABSTRAK
Pengurusan kepimpinan organisasi di sekolah perlu menggerakkan semua warga sekolah
untuk meningkatkan kualiti kerja dan Guru Besar adalah penggerak utama ke arah pelaksanaan
amalan terbaik. Pembelajaran Abad 21 dibangunkan bertujuan untuk memantapkan
kepimpinan pertengahan, dalam menyediakan program Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM)
dan Kokurikulum yang terancang melalui program 1Impian 1Realiti. Merujuk kepada kumpulan
individu yang mempunyai pertalian yang rapat berdasarkan kepentingan, tujuan, norma, nilai
atau kepercayaan yang sama, strategi pelaksanaan program ini kepada 4 fokus iaitu, Mari
Robah, Pimpin Teragih, Urus KuKoHEM dan Serlah Bitara. Pelaksanaan program mensasarkan
perubahan sikap pemimpin pertengahan, pengurusan program sekolah, keceriaan persekitaran
dan suasana pembelajaran abad 21 dan mengangkat mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai
kebitaraan kurikulum manakala catur sebagai kebitaraan bidang kokurikulum. Program ini
mengambil masa satu tahun enam bulan untuk menampakkan hasilnya. Hasil pelaksanaan
program ini menunjukkan bidang kurikulum, HEM dan kokurikulum telah berjaya diurus,
sekaligus memberi impak kepada pembangunan sekolah dan kemenjadian murid SK Tiong
Perungusan. Di samping itu, budaya bekerja semua warga sekolah berubah kepada semangat
kerja sepasukan dan bekerja tanpa syarat dalam suasana harmoni.
Kata Kunci: PdPc Abad 21, kerjasama

1.0 PENGENALAN

Tanggal 4 Januari 2016 adalah hari pertama saya menjalankan tugas di SK Tiong
Perungusan sebagai guru besar baharu. Sepanjang keberadaan saya disekolah ini, ada
beberapa perkara yang perlu saya lakukan untuk membawa perubahan di sekolah ini.
Saya lihat budaya bekerja dalam kalangan Penolong Kanan dan ketua panitia serta guru
disekolah ini masih di tahap sederhana. Suasana dan persekitaran PdPc abad ke-21
juga masih di tahap sederhana. Melalui pemerhatian, saya melihat murid sekolah ini
mempunyai bakat dan potensi yang boleh digilap namun tidak diketengahkan. Justeru itu
saya terpanggil untuk membuat suatu perubahan pada keseluruhan organisasi sekolah
ini.

Sebagai permulaan, saya telah merangka satu program holistik untuk menjadikannya
sebagai budaya dan amalan dalam kalangan warga sekolah di SK Tiong Perungusan.
Hala tuju sekolah adalah untuk memantapkan pengurusan organisasi sekolah secara
keseluruhan dengan memberi penekanan kepada memantapkan suasana pembelajaran
PdPc abad ke-21.

31

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

1.1 Latar Belakang Sekolah

Sejarah kewujudan SK Tiong Perungusan adalah berasaskan idea ketua-ketua
kampung yang terdiri daripada 6 buah kampung semuanya. Sekolah ini dinamakan
SK Tiong Perungusan sempena nama kampung tempat letaknya sekolah ini.
Sekolah ini adalah kategori luar bandar dan ia terletak jauh di kawasan bukit
menuju ke Kundasang Ranau, tidak jauh daripada letaknya Gunung Kinabalu.
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh RG. Welleand, pada tahun 1963
iaitu seorang pegawai Inggeris. Sistem pentadbiran pada waktu itu adalah di bawah
Pentadbiran Negeri yang dikenali sebagai Government Primary School (GPS).
Bahasa pengantar yang digunakan pada ketika itu ialah Bahasa Inggeris dengan
seramai 12 orang guru bertugas.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Amalan terbaik guru besar berfokuskan hala tuju untuk memantapkan pengurusan
organisasi sekolah yang dinamakan 1Impian 1Realiti. Program 1Impian 1Realiti ini ialah
inisiatif guru besar membawa warga sekolah berganding bahu melaksanakan hala tuju
sekolah untuk berubah daripada aspek persekitaran, kepimpinan, pelaksanaan program
sekolah dengan kebitaraan yang terserlah.

2.2 Rasional

Seorang pemimpin bertanggungjawab memastikan sesebuah organisasi yang
dipimpin terurus. Semua warga sekolah hendaklah berganding bahu untuk
bersama-sama merealisasikan visi dan misi sekolah ke arah yang lebih cemerlang.
Program 1Impian 1Realiti dengan fokus menangani pengurusan organisasi yang
belum mantap mempunyai tahap yang tinggi untuk menjadi amalan ke arah
mencemerlangkan sekolah yang memerlukan keterlibatan keseluruhan warga
sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan HEM.

2.3 Strategi Pelaksanaan

Pelaksanaan program 1Impian 1Realiti bermula dengan dapatan analisis
lapangan dan pengumpulan maklumat oleh guru besar setelah tiga bulan berada
di sekolah melalui kaedah pemerhatian, pemantauan dan perbincangan. Strategi
memantapkan pengurusan organisasi dirangka kepada empat fokus yang dijangka
akan memberi impak kepada pembangunan sekolah dan kemenjadian murid,
iaitu kepimpinan ke arah perubahan, kepimpinan teragih, pengurusan program
Kurikulum,Kokurikulum dan HEM (KuKoHEM) seperti jadual di bawah:

32

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Jadual 1: 4 Fokus Strategi

Mari Robah ialah inisiatif guru besar memimpin ke arah perubahan sikap dan usaha
warga sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan suasana
PAK21. Untuk merealisasikan perubahan persekitaran sekolah guru besar serta
seluruh warga sekolah dibantu oleh masyarakat dan komuniti sekeliling. Pengurusan
Kurikulum, Kokurikulum dan HEM (KuKoHEM) pula adalah kepada pemantapan
perancangan dan juga pelaksanaan program yang telah dirancang. Pelaksanaan
dipantau melalui dialog prestasi sebagai cara mendapatkan maklum balas kepada
penambahbaikan program. Guru Besar juga sentiasa memberi dorongan dan
pengiktirafan.

Guru besar mewujudkan kepimpinan teragih dan menggunakan proses penurunkan
kuasa. Setiap keputusan yang dibuat hendaklah diterima dan dihormati oleh semua
warga sekolah.

Kebitaraan bidang kurikulum yang telah dikenalpasti adalah Bahasa Inggeris
dan catur diketengahkan sebagai kebitaraan bidang kokurikulum. Program yang
dirancang telah mengambil kira inisiatif dalam mencari ruang dan peluang untuk
penyertaan pelbagai alktiviti berkaitan demi pecapaian yang konsisiten dan
cemerlang.

2.4 Cabaran Pelaksanaan
Cabaran melaksanakan program ialah peruntukan wang PCG yang kecil dengan
enrolmen murid seramai 71 orang. Namun ia bukanlah satu halangan kepada pihak
sekolah untuk melakukan perubahan. Selain itu, lokasi sekolah yang terletak jauh
daripada bandar dengan jalan berliku dan tidak rata serta mempunyai kemudahan
asas yang tidak mencukupi terutama dari segi akses internet dan talian telefon
tetap menguatkan semangat warga sekolah untuk berubah.

2.5 Penyelesaian
Amanah KPI GK7 menjadi panduan kepada sekolah untuk terus cemerlang melalui
Program Sekolah yang telah dirancang. Kerjasama antara semua menjadi asas
warga sekolah untuk berusaha tanpa syarat demi memajukan pendidikan anak
bangsa

33

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

2.6 Tempoh Pelaksanaan
Pelaksanaan Program ini lebih kurang 1 tahun 6 bulan, bermula Januari 2016
hingga Jun 2017. Jadual 2 di bawah menunjukkan tempoh dan proses pelaksanaan
program. Pelaksanaan dan pemantauan program ini tidak terhenti pada tempoh
tersebut tetapi berterusan dengan penambahbaikan untuk menjadi amalan warga
sekolah.

Jadual 2: Carta Gantt Program 1 Impian 1 Realiti

3.0 IMPAK

34

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penambahbaikan akan dibuat secara berterusan melalui lima cara:
1. Maklum balas pelanggan
2. Aduan pelanggan
3. Pemerhatian
4. Kajian tindakan
5. Membina hubungan PIBG, badan-badan korporat dan lain-lain.

5.0 KESIMPULAN
Organisasi terurus merupakan kekuatan guru besar untuk menggerakkan warga
sekolah dan membawa kepada pembangunan sekolah secara berterusan. Persekitaran
belum berubah tetapi kita yang dulu berubah. Semua warga sekolah perlu menerima
perubahan. Kita tidak boleh selamanya berada di zon selesa, mahu atau tidak mahu kita
perlu berubah seiring tuntutan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
kini memasuki Gelombang 2 untuk tempoh lima tahun.

6.0 RUJUKAN
Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan (2009). Kuala Lumpur: Majlis Pengetua
Kanan Kebangsaan
Hamedah Wok Awang dan Normah The (2010). Sinergi Dalam Pengurusan Sekolah.
Kuala Lumpur: PTA Professional Publishing Sdn. Bhd
Prosiding Kolokium Transformasi Kepimpinan Sekolah Terengganu 2015 (2015).
Terengganu: Transformasi Terengganu Baharu
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (2006). Genting Highlands:
Institut Aminduddin Baki

35

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

5SPIT: A MOMENT OF TIME IS THE SEED TO SUCCESS

Jennifer Asing
Ambilan 1/2013

Pengetua
SM St. Michael, Penampang. Sabah

ABSTRAK

5SPIT merupakan satu program yang dirancang oleh pihak pengurusan sekolah bagi
melindungi masa instruksional. Pelaksanaan program 5SPIT telah didapati sangat berkesan
untuk menangani beberapa masalah berkaitan pengurusan masa. Melalui program ini, pihak
sekolah telah merangkumkan lima strategi sebagai kaedah terbaik untuk mengurus masa
secara optimum iaitu strategi Be On Time (BOT), Soalan Back-Up, Beli Jual Waktu, Sifar
Gangguan PdPc, dan AdA (Attendance during Asssembly). Strategi BOT menetapkan agar
guru masuk ke kelas tepat masa dengan merekodkan masa guru tersebut dalam buku kawalan
kelas. Tiga set Soalan Back-up mesti disediakan oleh setiap guru mata pelajaran bagi setiap
kelas masing-masing untuk digunakan ketika ketiadaan guru tersebut di sekolah atas sebab
tugas rasmi atau cuti kecemasan. Sifar Gangguan PdPc pula menetapkan bahawa tidak ada
sebarang aktiviti lain yang melibatkan guru atau murid dijalankan ketika PdPc berlaku. Manakala
melalui strategi AdA, masa dapat dijimatkan melalui pengambilan kedatangan murid dilakukan
semasa perhimpunan pagi, maka guru kelas tidak perlu pergi ke kelas masing-masing untuk
mengambil kehadiran. Pembudayaan program 5SPIT telah berupaya menangani beberapa
masalah seperti, gangguan aktiviti sukan dan kokurikulum, murid lewat dan keluar masuk
kelas, guru bercuti atas sebab tertentu serta gangguan bekalan elektrik ketika penggunaan alat
teknologi dalam PdPc. Pelaksanaan program ini jelas mampu melindungi masa instruksional
dalam PdPc di sekolah serta memberikan beberapa impak yang jelas termasuklah dari segi
ketepatan masa masuk kelas, sekolah tidak menggunakan loceng untuk peralihan waktu,
penggunaan masa PdPc yang maksimum malahan masa murid terisi dengan latihan dan
Soalan Back-Up apabila ketiadaan guru. Diharapkan program ini dapat terus dibudayakan di
sekolah bagi memastikan kecemerlangan dan kemenjadian anak didik dalam segenap aspek.

Kata Kunci: Melindungi Masa Instruksional, kepimpinan, kemenjadian murid

1.0 PENGENALAN

Ketiadaan guru di bilik darjah semasa waktu Pengajaran dan Pemudacaraan (PdPc)
bukanlah satu isu yang baharu. Malahan sering kali berlaku keadaan yang melibatkan guru-
guru yang tidak dapat mengoptimumkan penggunaan masa PdPc yang telah ditetapkan
secara optimum. Hal ini berlaku kerana, guru-guru berhadapan dengan komitmen lain
yang menyebabkan masa bersama murid di bilik darjah terpaksa dikorbankan. Maka,
waktu PdPc tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan contact hours yang
seharusnya berlaku di dalam bilik darjah ini terganggu maka tidak berlaku seperti yang
diharapkan. Transformasi yang sering berlaku dalam pendidikan menuntut komitmen
guru agar turut melaksanakan tugasan di luar bilik darjah dan terpaksa meninggalkan
tugas utama mereka.

Hal ini disebabkan guru-guru terpaksa menghadiri pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan
kemahiran guru untuk membantu perkembangan potensi murid selaras dengan enam

36

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

aspirasi murid di dalam PPPM 2013 – 2025. Selain itu, gangguan-gangguan lain seperti
pengurusan kelas dan aktiviti-aktiviti murid sewaktu PdPc juga sering mengganggu
moment of truth pembelajaran yang sepatutnya berlaku semasa pertemuan antara
guru dengan murid dalam PdPc dan kebanyakan masa ini berlaku di dalam bilik darjah.
Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin
instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen
ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran
murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif.

1.1 Latar Belakang Sekolah

SM St. Michael, Penampang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Kota Kinabalu,
dengan keluasan tanah sekolah adalah 4.78 ekar. Sekolah ini menjalankan dua
sesi pembelajaran dan menampung seramai 903 orang pelajar, 64 orang guru dan
seramai 9 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).

1.2 Rasional

Dalam melaksanakan proses PdPc di sekolah, guru-guru menghadapi pelbagai
aktiviti yang menjurus kepada pembaziran waktu yang boleh menjejaskan proses
instruksional di kelas. Dengan itu, melindungi masa instruksional perlu dirancang
dengan penuh kebijaksanaan oleh pemimpin sekolah serta guru-guru bagi
memastikan proses PdPc dapat dilaksanakan secara berkesan. Amalan terbaik
ini dilaksanakan agar dapat mengurus masa instruksional secara optimum dan
menghargai setiap detik masa dan seterusnya memberikan impak yang besar
kepada kejayaan sekolah. Apabila dihalusi dengan teliti, kejayaan kita mengurus
masa dengan sempurna sering kali diterjemahkan melalui keupayaan kita melakar
kecemerlangan dalam segenap aspek di pelbagai peringkat. Semua itu adalah
bukti kepada nilai masa yang dimanfaatkan sepenuhnya di sekolah.

2.0 AMALAN TERBAIK

5SPIT merupakan satu program yang dirancang oleh pihak pengurusan sekolah bagi
melindungi masa instruksional. Pelaksanaan program 5SPIT adalah untuk menangani
beberapa masalah berkaitan pengurusan masa. Melalui program ini, pihak sekolah
telah merangkumkan lima strategi sebagai amalan terbaik untuk mengurus masa secara
optimum iaitu strategi Be On Time (BOT), Soalan Back-Up, Beli Jual Waktu, Sifar
Gangguan PdPc, dan AdA (Attendance during Asssembly). A Moment of Time is The
Seed to Success merujuk kepada amalan menghargai masa yang sedikit itu, adalah
benih kepada kejayaan atau kecemerlangan sekolah. Melindungi Masa Instruksional
(MMI) perlu dirancang dengan sebaik yang mungkin di sekolah bagi memastikan
pembelajaran dapat berlangsung di sekolah dan murid dapat belajar secara berkesan.
5SPIT dilaksanakan melalui lima strategi MMI untuk memastikan masa instruksional
dapat dilindungi dengan sepenuhnya. Strategi yang dilaksanakan ini sentiasa diberikan
nilai tambah dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebih berkesan dan selaras
dengan hala tuju PPPM. Keberkesanan program ini dapat dilihat dengan berlakunya
lonjakan pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan awam dan kejayaan sekolah
dari tahun 2015 hingga 2017.

37

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

1. Strategi 1: Be On Time (BOT)

Dalam strategi Be On Time (BOT), masa guru
masuk ke kelas dicatat oleh ketua kelas

Buku kawalan kelas disediakan untuk setiap
kelas dan dijaga oleh ketua kelas

Guru akan menandatangi buku kawalan
apabila masuk kelas dan guru yang lewat akan
dimaklumkan oleh PK Pentadbiran semasa
“Morning Prayer” untuk mendapatkan maklum
balas sebab kelewatan masuk kelas

2. Strategi 2: Soalan Back-Up

Tiga set soalan akan disediakan oleh setiap guru subjek bagi setiap kelas yang
diajar. Soalan Back-Up digunakan semasa ketiadaan guru kerana cuti kecemasan
atau cuti atas sebab tertentu. Langkah ini diambil untuk memastikan kelas yang
tidak dapat diberikan kepada mana-mana guru ganti yang mengajar kelas yang
sama disebabkan oleh pertindihan jadual waktu. Apabila guru yang terlibat tidak
dapat melakukan beli-jual jadual waktu, maka Soalan Back-Up akan digunakan.
Soalan back-up juga digunakan semasa guru menjalankan tugas rasmi di luar.
Bahan ini disediakan dalam bentuk set latihan, modul atau lembaran kerja. Setiap
kali selepas set soalan digunakan, guru berkenaan perlu mengemas kini bilangan
set soalan yang disimpan agar tiga set soalan tersebut sentiasa ada di rak yang
telah disediakan khas untuk Soalan Back-Up.

3. Strategi 3: Beli – Jual Waktu

Guru perlu membuat Beli-Jual Waktu sebelum keluar sekiranya terlibat dengan
tugas luar. Borang khas perlu diisi dan ditandatangani oleh Pengetua atau
Penolong Kanan. Beli-Jual Waktu ini dilakukan secara personal oleh guru yang
terlibat dan mereka akan dapat mengajar mata pelajaran masing-masing pada
waktu berkenaan. Dengan cara ini, PdPc tetap berlangsung walaupun guru yang
sepatutnya melaksanakan PdPc pada waktu berkenaan tidak ada di sekolah.

4. Strategi 4: Sifar Gangguan PdPc

Semua mesyuarat dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan gangguan semasa PdPc
tidak dibenarkan sama sekali dijalankan di sekolah ini. Latihan kokurikulum, sukan
dan koakademik juga tidak boleh dilaksanakan sama sekali semasa waktu PdPc.
Semua latihan bagi aktiviti ini dilaksanakan selepas waktu PdPc dan selepas kelas
tambahan.

38

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5. Strategi 5: AdA (Attendance during Assembly)

Pengambilan kedatangan atau kehadiran murid dilaksanakan setiap hari semasa
waktu perhimpunan. Pengambilan kedatangan ini diambil pada pukul 6.55 pagi
bagi sesi pagi dan 10.30 pagi bagi sesi petang. Langkah ini diambil bertujuan untuk
menjimatkan masa dalam pengurusan kehadiran murid setiap hari. Di samping itu,
dengan cara ini juga akan mengelakkan gangguan dalam PdPc apabila guru kelas
tidak perlu lagi pergi ke kelas masing-masing untuk mengambil kedatangan atau
kehadiran murid. Tindakan serta merta dapat diambil ke atas murid yang tidak hadir
dan lewat sampai ke sekolah. Rekod ketidakhadiran murid ini akan diperlukan untuk
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) bagi menganalisis kehadiran harian
sekolah. PK HEM akan menghubungi ibu bapa serta merta untuk mengesahkan
ketidakhadiran murid ke sekolah.

2.1 Cabaran

Tidak dapat dinafikan, pada peringkat awal pelaksanaan program ini pihak
pengurusan berhadapan dengan sedikit kekangan yang melibatkan kesediaan
guru dan murid untuk menguruskan masa dengan cekap. Misalnya, apabila nama
guru dipanggil untuk mengesahkan sebab kelewatan masuk ke kelas semestinya
sesuatu yang tidak disenangi oleh sesiapa sahaja. Cabaran lain adalah dari segi
kemudahan pencetakan bagi penyediaan set Soalan Back-Up yang memerlukan
sumber yang berterusan untuk memastikan soalan ini sentiasa ada untuk
digunakan bagi tempoh sepanjang tahun. Kos juga agak tinggi diperlukan bagi
mengimplementasikan program ini.

3.0 IMPAK

Pelaksanaan 5SPIT berjaya mengatasi beberapa masalah terutama sekali dalam
melindungi masa instruksional dan pembelajaran murid secara berkesan. Keberkesanan
program ini dapat dilihat daripada beberapa aspek iaitu:

1. Guru sentiasa masuk kelas tepat pada waktunya
2. Sekolah tidak lagi menggunakan loceng ketika peralihan masa
3. Penggunaan masa PdPc adalah optimum dan pembelajaran secara berkesan
4. Masa murid terisi dengan latihan atau modul ‘back-up’ ketika ketiadaan guru
5. Pendorong kepada murid untuk hadir ke sekolah

Purata Kehadiran Januari hingga Oktober 2017 : 97.7%

39


Click to View FlipBook Version