The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszelan, 2018-08-01 23:13:31

kolokium NPQEL bahag 1

bahan perkongsian

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

PROGRAM MERISIK KHABAR

Mohd Nizam bin Abu Bakar
Ambilan 1/2012
Guru Besar

SK Bedong, Yan, Kedah.

ABSTRAK

Program Merisik Khabar merupakan program yang dilancarkan pada Mei 2016 di peringkat
Sekolah Kebangsaan Bedong, Kedah. Program ini menjurus kepada Program Sekolah
Penyayang di bawah bidang Pengurusan Hal ehwal Murid dalam Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM). Kemenjadian murid dalam bidang Hal Ehwal
Murid terutama dalam menangani isu ponteng ini dilaksanakan bertujuan untuk membenteras
budaya ponteng terutama yang melibatkan murid tahun 6. Sejak dilaksanakan mulai 2016
dan diteruskan pada tahun 2017, impak dan keberkesanan program telah menampakkan
hasil apabila peratus kahadiran dan pencapaian murid tahun 6 terutamanya meningkat dan
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak JPN Kedah. Kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak termasuk guru-guru, PIBG/PIBK, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Rukun
Tetangga, pihak Masjid, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) telah memperlihatkan
Sarana Ibu Bapa dapat dijayakan. Selain melihat isu ponteng, program ini juga mensasarkan
untuk melihat dan menyelami latar belakang keluarga murid yang daif melalui bantuan
yang dihulurkan. Harapan yang tinggi agar Program Merisik Khabar ini dapat meningkatkan
kemenjadian murid dari segi sahsiah dan kecemerlangan akademik serta menjadi budaya
yang unggul dalam kehidupan murid dalam pembentukan masyarakat yang harmonis.

Kata Kunci: Kemenjadian murid, membenteras budaya ponteng, Sarana Ibu Bapa

1.0 PENGENALAN

Setiap institusi sekolah sentiasa berusaha mengadakan pelbagai program bagi
merealisasikan misi pendidikan iaitu berusaha dengan penuh iltizam untuk melestarikan
pendidikan berkualiti untuk membangun potensi individu sebagai modal insan cemerlang
serta mencapai visi untuk melahirkan insan terdidik untuk kesejahteraan negara dimasa
hadapan. Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM), yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam
sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya.

Sehubungan dengan itu, Unit Hal Ehwal Murid SK Bedong telah merangka program dalam
usaha untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari agar mereka tidak
tercicir dalam pembelajaran yang boleh membawa kepada terjebak dalam gejala sosial
yang tidak sihat dan merugikan usia murid yang sepatutnya berada di alam persekolahan.
Menyedari hakikat itu, pengurusan SK Bedong telah melancarkan Program Merisik
Khabar bersempena Program Budaya Sekolah Penyayang pada tanggal 15 Mei 2016 di
Dewan Al-Marbawi, sekolah ini. Program inovasi ini diharap dapat memberi impak positif
terhadap kesejahteraan sekolah khususnya murid-murid untuk lebih prihatin terhadap
keperluan pembelajaran demi masa hadapan.

140

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

1.1 Tujuan

Program ini pada dasarnya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid
dan komuniti terlibat tentang pentingnya keberadaan murid di sekolah sepanjang
waktu persekolahan demi meningkatkan prestasi pendidikan serta membentuk
sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid-murid.

1.2 Objektif

Objektif yang telah digariskan ialah:

1. Melahirkan murid-murid yang menyedari kepentingan dan keperluan untuk
bersekolah dan menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan di bidang
pendidikan.

2. Membentuk disiplin dan budaya belajar yang mementingkan pengurusan masa
yang bijak.

3. Mencapai sasaran kehadiran murid ke sekolah sehingga 96% (target JPN
2017).

4. Membudayakan ibu bapa untuk berhubung dengan pihak sekolah dengan lebih
proaktif dalam menangani masalah ketidak hadiran anak ke sekolah.

1.3 Rasional

Komitmen dan kerjasama pihak sekolah, PIBG, Kelab Rukun Tetangga, komuniti
dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dilihat mampu menangani masalah
salah laku secara lebih efektif seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang
berilmu dan serba boleh dalam mendepani kelangsungan hidup yang semakin
mencabar.

1.4 Sasaran

Program Merisik Khabar menyasarkan semua murid terutamanya murid tahun 6 SK
Bedong, Yan, Kedah.

1.5 Latar Belakang Sekolah

SK Bedong terletak di pekan Bedong di daerah Kuala Muda, Yan. Terletak di pinggir
10 kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Sekolah yang diasaskan pada tahun
1963 ini berlatar belakangkan kawasan perkampungan tradisional, Kampung Baru
dan Taman Perumahan. Majoriti penduduk adalah terdiri daripada orang Melayu,
Cina dan India.

2.0 AMALAN TERBAIK

Program ini dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun berdasarkan keperluan
kumpulan sasaran dengan mengadakan lawatan muhibbah kerumah murid bagi meninjau
latar belakang kehidupan keluarga serta masalah yang dihadapi. Penglibatan barisan
pentadbir sekolah, guru-guru, AJK PIBG, Pegawai Perhubungan Sekolah dan komuniti
setempat dapat membantu meningkatkan kesedaran dan keprihaninan masyarakat
dalam menangani gejala ponteng sekolah.

141

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

2.1 Tinjauan dan Kajian

Hasil tinjauan dan kajian data yang dibuat melalui pemantauan analisis kehadiran
bulanan mendapati sebilangan murid yang kerap kali tidak hadir ke sekolah tanpa
alasan yang munasabah dan ibu bapa gagal menghubungi pihak sekolah untuk
memberi makluman ketidakhadiran anak-anak mereka ke sekolah.

2.2 Strategi Pelaksanaan

A. Pihak Sekolah
1. Menganalisa rekod kehadiran murid bagi mengenal pasti murid-murid yang
kerap tidak hadir ke sekolah.
2. Berkunjung ke rumah murid bagi mengesahkan keberadaan murid di rumah
sepanjang waktu persekolahan.
3. Mengenal pasti masalah atau kekangan yang mungkin dihadapi oleh waris
dan murid untuk ke sekolah.
4. Mengadakan perbincangan bersama dengan waris terlibat bagi mencari
alternatif penyelesaian isu yang dihadapi.

B. PIBG/PIBK
1. Melibatkan AJK dalam program kunjungan ke rumah murid yang terlibat
dalam usaha mendekati komuniti setempat.
2. Mengumpul sumbangan berupa barangan keperluan dapur untuk diagihkan
kepada keluarga yang dikunjungi.
3. Memberi sumbangan kewangan dalam menaja hadiah galakan kehadiran
kepada murid bagi kelas-kelas yang Berjaya mengekalkan peratusan
kehadiran yang disasarkan.
4. Sentiasa memberi sokongan moral dan sumbangan khidmat serta
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program yang
dirancang.

C. Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Polis DiRaja Malaysia
1. Turut serta dalam kunjungan kerumah murid sasaran bagi memberi khidmat
nasihat dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan keluarga yang
terlibat.
2. Membantu pihak sekolah menguatkuasakan peraturan sekolah dalam
menangani kes ponteng dan salah laku disiplin secara efektif.

D. Rukun Tetangga
1. Melibatkan diri dan turut serta dalam program yang dianjurkan.
2. Membantu menyalurkan maklumat yang diperlukan oleh pihak sekolah
dalam mengumpul maklumat murid.

E. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)
1. Membantu menyalurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian
keluarga murid.
2. Mengenalpasti keperluan dan bantuan kepada murid.
3. Turut serta dalam program yang dilaksanakan.

142

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

3.0 IMPAK PROGRAM

Program yang telah memasuki fasa kedua bagi tahun 2017 ini, didapati telah memberi
impak positif terhadap keberadaan murid di sekolah sepanjang waktu persekolahan.
Peratusan kehadiran murid bagi lapan bulan pertama tahun ini telah menghampiri
sasaran 96% sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Perbandingan peratus kehadiran bulanan bagi tempoh dua tahun pelaksanaannya boleh
dilihat dalam jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Perbandingan peratus kehadiran bulanan

BULAN/ JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV
TAHUN 96.81
95.96 94.77 93.91 93.33 93.80 94.01 94.53 95.05 95.33 96.34
2016(%) 96.16 94.65 95.62 93.13 96.04 95.50 95.42 95.65 96.47 96.89

2017(%)



Peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah melalui program ini secara langsung
memberi kesan ke atas prestasi pembelajaran murid khususnya murid-murid tahun 6.
Perbandingan yang dibuat berdasarkan prestasi murid dalam Ujian Percubaan UPSR
di mana pada tahun 2016, tiada murid berjaya mendapat 6A, tetapi pada tahun 2017
ini seramai 10 orang calon berjaya mencapai keputusan 6A dalam ujian yang sama. Ini
membuktikan perihal pentingnya murid hadir ke sekolah untuk manfaatkan pengisian
masa berkualiti. Program ini juga mampu memberi kesedaran kepada waris dan ibu
bapa murid-murid dalam memastikan keberadaan anak-anak mereka di sekolah bagi
mendapatkan hak menimba ilmu pengetahuan. Pihak ibu bapa kelihatan lebih prihatin dan
sentiasa memberi maklum balas tentang ketidakhadiran anak mereka ke sekolah pada
hari-hari tertentu dengan alasan yang relevan. Pihak Pegawai Perhubungan Sekolah
serta PIBG sentiasa prihatin dan turut terpanggil untuk sama-sama menggembeling
tenaga dalam memikul tanggungjawab bagi memastikan kehadiran murid ke sekolah
pada waktu persekolahan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kejayaan program ini, pihak sekolah menerusi unit Hal Ehwal Murid akan
cuba memperluaskan pelaksanaan program untuk semua murid. Ini akan menjadi
penandaaras dan amalan serta budaya baharu di SK Bedong.

5.0 RUJUKAN

Azlin Norhaini Mansor, Suria Huszaini, Ummi Salamah Samadi & Intan Farahana Kamsin.
(2015). Kemahiran kehidupan untuk murid berisiko tercicir. Journal of Personalized
Learning, 1 (1), 93-103.

Becker, J (2003). The Social Creation of a Social Problem. (Unpublished Doctoral
Dissertation). Washington State University.Council on Family Relations, pp. 105-118
Diversity and Consolidated Inequality on Dropping Out of High School, National

Gill, S. S, Rosnon, M. R, & Redzuan, M. R. (2010). Acculturation of Consumerism among
Orang Asli Community in Jelebu, Negeri Sembilan. Editorial Board, 321.

143

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Ismail Daros (1981). Faktor-faktor Utama yang Menyebabkan Pelajar-pelajar di Peringkat
Menengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah. (latihan ilmiah yang tidak
diterbitkan). Kuala Lumpur Universiti Malaya

Jaafar Abdul Rahim (1997). “Seriuskah Masalah Ponteng” dalam Ibrahim Saad (1982).
Isu Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Janine Huisman & Jeroen Smits ( 2015 ), Keeping Children in School: Effects of Household
and Context Characteristics on School Dropout in 363 Districts of 30 Developing
Countries, sgo.sagepub.com
Kerlinger, F. M. (1986). Foundation Of Behavirol Research. (3rd ed.) New York : Winston

Inc.
Lamb, C. 2011. Forest School – A Whole School Approach: Forest School For all.

London:Sage.
Mabebe E. Ntumva, & Emmanuel G. Rawambali (2013). School droupout in community

secondary school: A care of Nyamilama secondary school – Mwanaza Tanzania. “
International journal of science and Techonology, 2 (10), 700-706.
Nur Bahiyah Abdul Wahab, Maryati Mohameda, Azman Hassana & Mohd Najib Haron.
(2013). Penerapan Elemen Sekolah Rimba Malaysia Dalam Kalangan Murid Orang
Asli.
O’Brien, L & Murray, R. 2007. A marvellous opportunity for children to learn: a participatory
evaluation of Forest School in England and Wales. Hampshire: Forest Research.
O’Brien, L. 2009. Learning outdoors: The Forest School Approach. Routledge. 37 (1):
45-60 Richard A. Van Dorn, Gary L. Bowen & Judith R. Blau ( 2006 ), The Impact of
Community
Sahin, S., Arseven, Z., & Kilic, A. (2016). Causes of student absenteeism and school
dropouts. International Journal of Instruction, 9 (1), 196-210.
Sham Sani Salleh. (1994). Latar Belakang Keluarga, Perhubungan Ibu Bapa Dengan
Remaja dan Konsep Kendiri Remaja Delinkuen dan Bukan Delinkuen. Tesis Sarjana
Muda. Universiti Pertanian Malaysia.
Umi Kalsum Zakaria, Mohamed Sulaiman@Wahid. (2012). Aplikasi terapi permainan
kerusi muzik dalam membantu pengecaman dan penyebutan suku kata KVKV
Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Pismp, Vol 3, No 6. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia, 424-432

144

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

CIKGU SAYANG KAMU

Nini Nafaizah binti Mokhtar
Ambilan 1/2015
Guru Besar

SK Merbau Sempak, Sg. Buluh, Selangor

ABSTRAK
Guru Penyayang dituntut secara rasmi oleh pihak Kementerian Pendidikan (KPM) pada Tahun
2012 melalui amalan Guru Penyayang di sekolah. Amalan tersebut bukan hanya setakat
menunggu anak-anak murid di pagar sekolah ataupun menyambut harijadi setiap bulan malah
pihak SK Merbau Sempak telah menyahut seruan tersebut melalui inovasi amalan terbaik
dengan memurnikan lagi hasrat KPM melalui intonasi yang boleh didengar dan disambut
semula oleh murid-murid dengan penuh keikhlasan. ‘Cikgu Sayang Kamu’ merupakan ayat yang
pertama dilontar oleh guru sebelum Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pada setiap kali
berhadapan dengan murid-murid samada semasa perhimpunan, program sekolah mahupun
ketika memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Secara tidak langsung,
lontaran ayat tersebut akan menyemai benih kasih sayang kepada murid seawal usia 6 tahun
hinggalah 12 tahun di sekolah. Amalan tersebut juga bersesuaian dengan beberapa Anjakan
Utama Sistem Pendidikan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025). Justeru itu, impak lontaran intonasi tersebut, telah mengubah SK Merbau Sempak
dari segi persekitaran pembelajaran murid, cara kerja guru, komunikasi warga sekolah dan
prasarana secara optimum sekaligus melonjakkan prestasi akademik, meningkatkan peratus
kehadiran murid serta penglibatan ibu bapa dan komuniti secara menyeluruh, kemudahan
prasarana sekolah dan hubungan luar semakin meluas. Ungkapan ‘Cikgu Sayang Kamu’ yang
sentiasa dilontarkan sudah tentu memberi aura positif kepada masyarakat dan semua murid-
murid sekolah di Malaysia.
Kata Kunci: guru penyayang, intonasi, keikhlasan, prasarana

1.0 PENGENALAN

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu kebahagiaan
akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan dunia dan berbuat
baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerosakkan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
terhadap orang-orang yang berbuat kerosakkan.”
(Surah al Qasas ayat 77)

Amalan terbaik adalah amalan dan budaya yang mempunyai nilai-nilai positif dan aura
yang baik terhadap pelaksanaannya. SK Merbau Sempak (Semerbak Cemerlang) telah
melaksanakan amalan terbaik berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan kepada keseimbangan pembangunan diri murid sekolah. Begitu juga
mandat yang diberikan oleh pihak KPM untuk melaksanakan amalan Guru Penyayang di
semua sekolah di Malaysia.

‘Cikgu Sayang Kamu’ telah diamalkan sebagai budaya yang dilontarkan oleh guru-guru
Semerbak melalui intonasi suara yang boleh didengar dan disambut semula oleh murid

145

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

dengan penuh emosi yang ikhlas. ‘Cikgu Sayang Kamu’ adalah merupakan ayat yang
pertama disebut oleh semua guru sebelum Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
pada setiap kali berhadapan dengan murid-murid samada semasa perhimpunan, program
sekolah mahupun ketika memulakan Pembelajaran dan Pengajaran Pemudahcaraan
(PdPc). Secara tidak langsung, lontaran ayat ‘Cikgu Sayang Kamu’ kepada anak-anak
murid melalui intonasi dari seorang pendidik akan dapat diserap ke dalam hati mereka
yang sememangnya memerlukan perhatian kasih sayang seawal usia 6 tahun hinggalah
12 tahun di sekolah.

1.1 Latar belakang sekolah

SK Merbau Sempak diberi nama sempena nama Kampung Merbau Sempak,
Mukim Sungai Buloh. Ditubuhkan pada tahun 1952 dan telah dirasmikan oleh
Kapten Abdul Hamid Bin Khan, Menteri Muda Pelajaran pada 29 November
1961. Sekolah ini mempunyai 10 blok bangunan termasuk dua (2) blok bangunan
baharu yang dibina pada tahun 2010, sebuah surau pada tahun 2013 dan dewan
terbuka berbumbung pada tahun 2016. Pada tahun 2016 poskod sekolah berubah
daripada 47000 Sungai Buloh kepada 40160 Shah Alam. Kod sekolah ialah BBA
8207, dalam kategori Gred A, Luar Bandar dan mempunyai keluasan enam (6)
ekar (2.428 hektar). Sekolah ini di bawah naungan pentadbiran Pejabat Pendidikan
Daerah Gombak di Zon Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuang. Majlis Tempatan yang
berkaitan adalah Majlis Bandaraya Shah Alam, Pusat Kesihatan Daerah Petaling,
berada di dalam Dewan Undangan Paya Jaras dan Parlimen Subang.

SK Merbau Sempak diberi singkatan nama SEMERBAK oleh mantan Guru Besar
terdahulu. Sehingga kini, gelaran SEMERBAK CEMERLANG telah menjadi
‘trending’ kepada warga sekolah, penduduk kampung dan komuniti setempat.
Moto Semerbak Akhlak Cemerlang Prestasi Terbilang terpakai sebagai pemangkin
motivasi warga Semerbak. Sekolah ini menjalani dua (2) sesi persekolahan pagi
dan petang. Terdiri daripada 1565 murid Tahap 1 dan Tahap 2. Warga sekolah ini
bekerja secara berpasukan bermula dari Guru Besar hingga ke barisan pentadbir
seramai lima (5) orang, guru-guru seramai 94 orang, kakitangan sokongan 12
orang, kakitangan swasta pembersihan dan tukang kebun seramai 10 orang, empat
(4) orang pengawal keselamatan dan seorang pengusaha kantin bersama-sama
sembilan (9) orang pekerja.

Akses ke SEMERBAK CEMERLANG sangat mudah iaitu melalui Lebuhraya
Guhtrie, Lebuhraya LATAR dan Jalanraya Persekutuan Kuala Selangor. Kedudukan
kawasan sekolah di atas bukit dan dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk kampung
dan gerai makan yang banyak.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menggariskan 11 anjakan
transformasi sistem pendidikan. Daripada 11 anjakan tersebut terdapat tiga (3) elemen
telah diterapkan dalam amalan ‘Cikgu Sayang Kamu’ di Semerbak iaitu Anjakan 3,
‘Anjakan 9’ dan ‘Anjakan 10’. Inovasi amalan terbaik ini, memberi penekanan yang penting
dalam intonasi melontarkan suara. Keperluan dalam tinggi rendahnya nada pada kalimat
tersebut akan memberikan maksud penerimaan pada kata-kata tertentu. Manakala Kasih
sayang adalah rasa yang timbul dalam diri hati yang tulus untuk mencintai, menyayangi
serta memberikan kebahagiaan kepada orang lain.

146

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pelaksanaan melontarkan ayat ‘Cikgu Sayang Kamu’ adalah amalan terbaik yang
diamalkan di Semerbak Cemerlang kepada anak-anak didik, pada setiap kali
perhimpunan rasmi atau tidak, diawal pembelajaran dan pengajaran, program-program
sekolah dan aktiviti-aktiviti. Kata keramat ini amat bertepatan dengan Anjakan 3 dalam
mentranformasikan sistem Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025). Amalan menyebut bait-bait kasih sayang ini harus diterjemahkan dengan penuh
rasa kasih sayang yang ikhlas dalam medium pendidikan di peringkat awal.

Bait ‘Cikgu Sayang Kamu’ dilontarkan dengan intonasi yang betul dan ikhlas, akan
membuatkan murid dan pelajar merasa diri mereka disayangi dan sentiasa dalam keadaan
selamat. Ucapan yang ringkas penuh makna ini cukup rasional untuk dipraktikkan dalam
amalan seharian setiap warga pendidik Semerbak Cemerlang.

2.1 Strategi pelaksanaan

Mula dilaksanakan pada Januari 2016 sehingga kini dan semua warga Semerbak
Cemerlang mengungkapkan ayat tersebut sebagai amalan memulakan sebarang
aktiviti semasa bersama-sama murid.

2.2 Cabaran dan kaedah penyelesaian

Sebagai satu program rintis, banyak cabaran yang harus ditempuh bagi
merealisasikan program ini benar-benar berkesan. Antara cabaran utama adalah
jangka masa yang panjang diperlukan untuk memupuk kasih sayang dan tidak
boleh dilakukan secara drastik. Syor bagi mengatasi cabaran di atas, peluang
dan ruang secukupnya sekurang-kurangnya 5-6 tahun bagi melihat keberkesanan
program ini. Pihak atasan perlu memberi kerjasama sepenuhnya dan sokongan
padu dengan tidak membantutkan program yang dilaksanakan.

Cabaran dan masalah timbul juga boleh berlaku, jika perkataan ‘Cikgu Sayang
Kamu’ digantikan dengan “Saya Sayang Kamu”, akan memberi kesan penerimaan
yang berbeza. Ini adalah kerana ‘saya’ adalah kata ganti diri am, manakala ‘cikgu’
adalah kata ganti nama khas yang hanya digunakan oleh seorang guru kepada
muridnya.

3.0 IMPAK AMALAN

Program ini dinilai melalui impak kepada kemenjadian murid dan KPI yang diletakkan
pada organisasi Semerbak Cemerlang itu sendiri. Ini dapat dilihat melalui beberapa
aspek ;

1. Pembentukkan aura sekolah yang sangat positif dalam kalangan warga Semerbak
Cemerlang, ibu bapa penjaga, komuniti, penduduk setempat dan agensi luar.

2. Prestasi akademik secara keseluruhan meningkat setiap tahap.
3. Peratus kehadiran meningkat menunjukkan Anjakan 10 dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan (2013-2025) tercapai.
4. Penyertaan ibu bapa dan komuniti bertambah baik dan meningkat di mana penerapan

Anjakan 9 dilaksanakan dengan jayanya.

147

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

5. Pembentukan cara kerja guru yang harmonis dilihat daripada jumlah baki Cuti Rehat
Khas dan penurunan Cuti Sakit. Ini terkait dengan penekanan Anjakan 4 Pelan
Pembangunan Pendidikan (2013-2025).

6. Keistimewaan amalan ini, ialah dimana pelaksanaannya tidak melibatkan implikasi
kewangan. Amalan ini dilaksanakan secara semulajadi melalui hubungan ikhlas
antara pendidik dan anak didiknya.

Amalan terbaik ini berpotensi menjadi amalan dan budaya kepada seluruh sekolah di
Malaysia, kerana ianya tidak langsung melibatkan implikasi kewangan, masa dan tenaga.
Keikhlasan dan kejujuran dituntut dalam merealisasikan amalan dan budaya ini.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

i) Melaksanakan program-program yang boleh memupuk amalan penyayang dalam
kalangan kanak-kanak terutamanya kepada murid diusia yang masih muda.
Contohnya seperti ‘Fairy Angel’, membimbing rakan sebaya dalam pelajaran.

ii) Amalan melontarkan kalimat ‘Cikgu Sayang Kamu’ disambung ke peringkat sekolah
menengah dan diwartakan sebagai salah satu cabang program Guru Penyayang di
bawah naungan KPM.

iii) Program tahunan berkonsepkan ‘Cikgu Sayang Kamu’ juga boleh diadakan bagi
menarik lebih banyak lagi sekolah-sekolah melaksanakan amalan penyayang ini.

5.0 KESIMPULAN

Amalan dan budaya melontarkan ayat berintonasi ‘Cikgu Sayang Kamu’ kepada murid
Semerbak, sangat memberi impak yang besar. Begitu juga memberi aura yang positif
kepada warga Semerbak dan secara tidak langsung kepada masyarakat sekitar. Sehingga
kini, banyak perubahan dari segi peningkatan prestasi dan disiplin murid, warga kerja,
prasarana sekolah dan jaringan luar yang amat membanggakan.

Hidup akan terasa sangat indah apabila saling memberi kasih dan saling menyayangi
tanpa perbezaan. Selalu berbuat yang terbaik dalam hubungan antara kita dengan
Pencipta yang agung, sesama manusia, alam dan makhluk hidup yang lain di alam
semesta ini.

6.0 RUJUKAN
Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (Higher Education). (2013). Putrajaya.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. (1998). Kuala Lumpur:
Darulfikir.

148

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

SELF-ESTEEM
HOW IT BOOSTS STUDENTS’ ACHIEVEMENTS IN SCHOOL

Rosita binti Manas
Ambilan 2/2014
Pengetua

SMK Taman Daya, Pasir Gudang, Johor

ABSTRAK

SMK Taman Daya, Pasir Gudang, Johor merupakan sebuah sekolah kawalan di daerah Pasir
Gudang. Pelajar aliran perdana yang dikategorikan sebagai pelajar kawalan telah membuktikan
bahawa mereka boleh mencapai tahap yang sangat baik dari segi akademik. Namun dari
aspek kepimpinan, keyakinan berkomunikasi dan keterampilan serta pencapaian kokurikulum,
mereka ternyata jauh ketinggalan berbanding sekolah-sekolah kawalan lain di negeri Johor.
Berdasarkan analisis, didapati faktor kemanusiaan, prasarana sekolah dan kekurangan
sokongan dari pihak luar merupakan penghalang bagi murid untuk menjadi lebih dinamik
dalam semua bidang. Justeru, program “Self-esteem; How It Boosts Students’ Achievements
In School’ telah dilaksanakan dan impaknya bukan sahaja dari aspek pencapaian kurikulum
malahan juga aspek peningkatan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan juga
kepimpinan murid. Penambahbaikan perlu dilakukan di mana sekolah perlu menarik lebih
ramai masyarakat dan organisasi luar dalam program yang dijalankan. Kehadiran mereka
merupakan satu pengiktirafan dan seterusnya mampu meningkatkan lagi harga diri setiap
murid dan juga seluruh warga sekolah pada masa hadapan.

Kata Kunci: Harga diri, Pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah, self-esteem

1.0 PENGENALAN

Kajian menunjukkan setiap orang mempunyai harga diri global dan harga diri dimensi
khusus. Newman (1977) menyatakan “Harga diri ialah perkara yang bertingkat-tingkat.
Anda tidak sekadar memilikinya atau tidak memilikinya. Anda berada dalam suatu skala
atau kontinum, dari yang paling negatif ke yang paling positif – dari harga diri rendah ke
harga diri tinggi”. Kajian juga telah membuktikan bahawa murid yang mempunyai nilai
diri yang tinggi lebih berjaya dalam pencapaian akademik dan juga bidang-bidang lain
yang diceburinya. Bukan sahaja murid, malah guru-guru, staf sokongan dan juga semua
warga sekolah yang lain perlu diberi suntikan semangat agar mereka mempunyai harga
diri yang tinggi. Berpandukan kepada kajian ini, pihak pengurusan sekolah merangka
perancangan strategik sekolah ke arah meningkatkan self-esteem iaitu harga diri pelajar
dan semua warga sekolah, bagi mencapai Estimated Target Result (ETR) yang lebih
cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

1.1 Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, ialah sebuah sekolah kawalan
Daerah Pasir Gudang, Johor. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1995 dengan
menempatkan pelajar yang berbilang kaum, Melayu, Cina dan India. Sekolah ini
dijadikan sekolah kawalan oleh Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Pasir Gudang

149

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

bermula pada tahun 2001. Terkini, SMK Taman Daya mempunyai seramai 1058
orang pelajar, 103 orang guru, 11 orang staf pelaksana dan 9 orang pekerja
pembersihan. Terdapat empat Aliran Perdana iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan
5 dengan pelajar seramai 783 orang, Pra Universiti seramai 158 orang, Program
Pendidikan Khas Integrasi seramai 86 orang pelajar dan Program Vokasional
Menengah Atas (Menjahit Pakaian) seramai 31 orang. Tidak kurang dari 80% pelajar
yang menuntut di sini ini berasal dari keluarga yang mempunyai latar belakang
sosial yang baik dan berpendapatan tinggi. Justeru, pelajar mempunyai disiplin diri
yang baik dan sangat berfokuskan akademik.

Namun, data menunjukkan hanya lebih kurang 10% sahaja pelajar yang aktif
memegang jawatan tertinggi di sekolah dan hanya lebih kurang 5% pelajar yang
aktif dalam kokurikulum di peringkat luar sekolah. Selain itu, bakat kepimpinan
pelajar juga tidak menyerlah kerana sekolah tidak menyediakan platform untuk
memberi peluang dan ruang untuk pelajar mempamerkan potensi sebenar diri
mereka. Pencapaian akademik juga di tahap yang sederhana bagi sebuah sekolah
kawalan penuh.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Sebagai sebuah sekolah kawalan, SMK Taman Daya berada di tahap yang amat
membimbangkan jika dinilai dari aspek kemenjadian murid; akademik, keterampilan
diri, kepimpinan dan penglibatan kokurikulum. Melalui Analisis SWOT, gerak kerja dan
program-program anjakan dirangka dan dilaksanakan.

2.1 Meningkatkan Mutu Infrastruktur dan Prasarana

Berikut merupakan senarai kerja-kerja baik pulih dan naik taraf infrastruktur dan
prasarana sekolah bermula pada November 2015 sehingga kini;

1. Penyelenggaraan dan keceriaan tandas guru dan murid.
2. Penyelenggaraan dan keceriaan bangunan, bilik-bilik khas; pejabat, bilik

kaunseling, bilik guru
3. Mewujudkan ‘MOCK HOUSE’ bagi murid-murid Pendidikan Khas yang bertujuan

memberi tempat yang kondusif bagi mereka melaksanakan latihan pengurusan
diri
4. Mewujudkan ‘Galeri Gemilang’ untuk mempamerkan kejayaan dan pencapaian
guru-guru dan murid.
5. Mewujudkan ‘Wall of Fame’, untuk mempamerkan kejayaan murid khususnya
dalam bidang kokurikulum.

2.2 Memperkasakan PAK21 Dalam dan Luar Bilik Darjah

SMK Taman Daya ialah sekolah rintis Pendidikan Abad ke-21 (PAK21). Di peringkat
awalnya, PAK21 hanya dijalankan dalam bilik darjah semasa Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) pelajar Tingkatan 1. Mulai Januari 2016, PAK21 menjadi
amalan dalam semua aspek pembelajaran dan aktiviti luar bilik darjah. Semua
aktiviti dirangka dan dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan yang minima oleh
pihak guru. Ini bertujuan memberi pelajar ruang dan peluang mengasah bakat
kepimpinan dan menjadi lebih kreatif.

150

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Antara program luar bilik darjah yang bercirikan PAK21 ialah seperti berikut;

1. Sambutan Raya Harmoni yang melibatkan semua kaum di Malaysia.
2. Program Science Outreach peringkat negeri. Pelajar-pelajar sendiri

menghasilkan modul pembelajaran dan seterusnya memberi penerangan dan
demostrasi uji kaji kepada pelajar-pelajar lain.
3. Program Saintis Muda.
4. Program Inklusif Murid Pendidikan Khas.
5. Dual Language Assembly.
6. Sambutan Hari Guru bertema.
7. Program Pengantarabangsaan.
a. Pelajar dari Negara Jepun.
b. Pelajar dari Netherlands.

2.3 Pujian dan Kata-Kata Semangat, Anugerah dan Penghargaan

Tag line “TDS THE BEST” dan “THINK BIG” selalu diungkapkan agar pelajar dan
semua warga sekolah merasa diri mereka berpotensi dan dihargai. Anugerah
juga diberi bagi setiap usaha dan disampaikan setiap minggu dalam perhimpunan
mingguan dan harian.

2.4 Memperkasa Jaringan dan Jalinan Sekolah dengan Masyarakat Luar

Pihak pengetua dan pentadbir akan sentiasa membantu pelajar dan guru mencari
dana serta peruntukan agar program dan aktiviti dapat diterjemahkan. Antara
program-programnya:

1. Projek Tanaman Roselle Murid Pendidikan Khas merupakan program kerjasama
sekolah dan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan di bawah Projek Duta
Jauhar, kerajaan negeri Johor. Di bawah projek ini, murid-murid dan guru-
guru Pendidikan Khas telah dapat menghasilkan jus dan jem roselle hasil dari
tanaman roselle mereka.

2. Forum Kerjaya yang dianjurkan oleh PIBG di mana penceramah dan fasilitator
terdiri daripada ibu bapa murid sendiri.

3.0 IMPAK

3.1 Impak Akademik

Berikut adalah peningkatan keputusan peperiksaan STPM, SPM dan PT3 yang
jelas membuktikan bahawa amalan-amalan yang dilaksanakan melonjakkan
pencapaian akademik.

TAHUN 2014 Jadual 1: STPM 2016 2017 (ETR)
% LULUS 97.8% 2015 100% 100%
2.37 100% 2.70 2.75
PNGK 2.54

151

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

TAHUN 2014 Jadual 2: SPM 2016 2017 (ETR)
% LULUS 85.05% 2015 100% 100%
2.49 2.3
GPS 3.86 98.55%
3.78

TAHUN 2014 Jadual 3: PT3 2016 2017 (ETR)
% LULUS 85.79% 2015 96.86% 99.0%
1.59
GPS 2.03 83.59% 1.64
2.0

Berikut adalah antara anugerah-anugerah cemerlang akademik yang diterima bagi tahun 2016.

Jadual 4
BIL PENCAPAIAN

1 Kategori Anjakan Saujana SPM 2016
2 Peratus Lulus 100 Peratus SPM 2016
3 Kategori GPS Terbaik Peringkat Daerah SPM 2016
4 Peningkatan GPS Tertinggi SPM Peringkat Daerah
5 Peningkatan ETR GPS SPM Peringkat Daerah dan Negeri
6 Layak Sijil 100 Peratus SPM
7 Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik, SPM daerah Pasir Gudang 2016 (Tempat

Pertama mengatasi 37 sekolah menengah daerah Pasir Gudang)

3.2 Impak Kehadiran Murid
Purata Peratus Kehadiran Tahun 2016 DAN 2017.

THN JAN FEB MAC APRIL Jadual 5 JULAI OGOS SEP OKT NOV
2016 97.76 96.07 97.44 96.51 MEI JUN 95.66 95.52 95.21 96.29 90.65
2017 97.84 97.07 96.73 96.26 95.83 96.11 95.41 95.29 95.24 95.00 95.40
95.05 94.02

3.3 Impak Kokurikulum 2016/2017 PENCAPAIAN
National Level
Jadual 6 Naib Johan Daerah
BIL AKTIVITI Johan Daerah
Johan
1 Science In Camp Competition 10 Terbaik
2 Pertandingan Inovasi Sains Johan Daerah
3 Permainan Tradisional Sepak Takraw & Gasing Pangkah Johan Negeri
4 Kejohanan Golf MSSJ Naib Johan Negeri
5 Kejohanan Golf MSSM Naib Johan Kebangsaan
6 Kejohanan Memanah MSSD Johan Kebangsaan
7 Kejohanan Ping Pong MSSJ Penyertaan Pra Universiti
8 Kejohanan Sepak Takraw Johan
9 Pertandingan Gubahan Sireh Junjung, Pendidikan Khas
10 Pertandingan Gubahan Bunga, Pendidikan Khas
11 Science Discovery Fair National Level
12 Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas, 800m MSSJ

152

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi meneruskan program-program yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang
peningkatan harga diri murid, peruntukan dana dan penetapan sumber manusia bagi
setiap program perlu dikaji semula dan dimurnikan. Sekolah perlu melibatkan lebih ramai
lagi masyarakat dan organisasi luar dalam program yang dianjurkan. Kehadiran mereka
merupakan satu pengiktirafan yang boleh meningkatkan lagi harga diri setiap murid.

5.0 PENUTUP
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang. Ini
semua terbukti dapat dicapai apabila murid dan juga warga sekolah mempunyai harga
diri yang tinggi. Melalui program Self-esteem: How It Boost Students’ Achievements In
School yang telah dirancang dan dilaksanakan di TDS berjaya menyokong pembangunan
murid sebagaimana yang dihasratkan.

6.0 RUJUKAN
Adams G.R., Ryan B.A., Ketsetzis M., Keating L. (2000). Rule compliance and peer
sociability: A study of family process, school-forced parent-child interactions, and
children’s classroom behavior. Journal of Family Psychology, 14, 237–250.10870292
Bachman J.G., O’Malley P.M. (1977). Self-esteem in young men: A longitudinal analysis
of the impact of educational and occupational attainment. Journal of Personality and
Social Psychology, 35, 365–380.874740
Branden N. (1994). The six pillars of self-esteem. New York: Bantam Books
Coleman, John. (March/April 2001). Self-esteem: towards a better understanding Young
minds magazine, no. 51, pp. 18-19.

153

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

ZIARAH PAGI

Noor Azami bin Abu Bakar
Ambilan 1/2014
Pengetua

SMK RLKT Lasah, Sg. Siput (U), Perak

ABSTRAK

Isu kemenjadian pelajar dalam 6 aspirasi murid di bawah PPPM sangat sinonim dengan
kehadiran pelajar ke sekolah. Hasrat melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan,
berkemahiran dwibahasa, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, beretika dan
kerohanian dan beridentiti nasional sudah pastinya gagal sekiranya masalah ketidakhadiran
pelajar ke sekolah tidak dapat di atasi. Kehadiran pelajar untuk pelbagai program sekolah sama
ada pada masa pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran perlu dioptimumkan oleh para
pendidik untuk mencapai visi yang dihasratkan. Bagi mengatasi permasalahan ini, program
ziarah pagi telah dilaksanakan dan didapati memberi impak yang luar biasa. Tujuan program
ziarah pagi adalah untuk meningkatkan kehadiran pelajar melalui konsep kunjungan mesra dan
memahami isu yang dihadapi oleh pelajar. Kunjungan pada awal pagi dapat menimbulkan rasa
malu dan terganggu emosi dalam kalangan pelajar manakala ibu bapa telah berjaya menjadi
faktor pendesak untuk pelajar hadir ke sekolah. Program ini telah meningkatkan peratus lulus
SPM dan PT3 dari kelompok pelajar bermasalah, kehadiran murid dan penglibatan ibu bapa
pula dalam program sekolah telah meningkat.

Kata Kunci: Kemenjadian Murid, Kehadiran

1.0 PENGENALAN

Program Ziarah Pagi (PZP) merupakan satu program kunjungan ke rumah ibu bapa
murid yang dilaksanakan pada waktu pagi oleh Pengetua, PK Hem dan kaunselor
dengan disertai murid yang dikenalpasti bermasalah kehadiran. Ziarah juga dilakukan
kepada kelompok masyarakat yang mengadakan pelbagai aktiviti pada waktu pagi.
Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kehadiran murid melalui
konsep kunjung mesra dan memahami isu yang dihadapi mereka. Kajian yang dilakukan
mendapati bahawa peratus lulus yang rendah dalam peperiksaan boleh disebabkan oleh
kehadiran yang rendah.

Program ini diyakini dapat meningkatkan kehadiran murid kerana peningkatkan kehadiran
membolehkan pelbagai kerja kursus dilaksanakan dan disiapkan pada masa yang
ditetapkan. Melalui peningkatan kehadiran sudah pasti ramai murid tidak lagi ketinggalan
dalam pembelajaran. Dalam pada itu, kelompok murid yang kerap tidak hadir adalah
mereka yang berada dalam kelas yang tercorot dan hal ini sudah pasti menjatuhkan
peratus lulus. Justeru, melalui program ini diharapkan peratus kehadiran yang tinggi
akan dapat meningkatkan peratus lulus SPM dan PT3. Program ini dilaksanakan pada
waktu awal pagi kerana pada masa ini kebanyakan ibu bapa masih berada dirumah dan
mudah ditemui. Bagi kes tertentu, ziarah waktu pagi amat bermakna kerana murid yang
bermasalah sedang tidur. Selain itu kunjungan pada waktu awal pagi dapat menimbulkan
rasa malu dalam kalangan murid dan ibu bapa kerana keadaan rumah yang masih
berselerak dan keadaan diri yang masih belum terurus.

154

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Program ini ditumpukan kepada para murid yang mendapat amaran pertama dan amaran
terakhir serta beberapa kes serius. Keutamaan diberikan kepada murid tingkatan lima
dan tiga. Rumah murid atau tempat kerja ibu bapa adalah lokasi tumpuan bagi program
ini.

Kaki tangan sekolah utama yang terlibat ialah Pengetua, PK HEM dan kaunselor. Ada
ketikanya hanya melibatkan PK HEM, kaunselor dan guru kelas.


2.0 INOVASI

Langkah awal adalah dengan memberi taklimat kepada semua guru tentang peranan guru
kelas dalam melaksanakan tugas mengeluarkan surat amaran bagi kes ketidakhadiran
tanpa sebab atau tanpa surat. Taklimat tentang PZP dibentangkan didalam mesyuarat
HEM supaya boleh dimasukkan dalam pelan tindakan HEM bagi tahun semasa. Pengetua
sendiri telah membentangkan pelan operasi kepada kumpulan pentadbir dan kaunselor
supaya pelaksanaan dapat dijalankan dalam masa yang terdekat.

Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Program Ziarah Pagi

TEMPOH Perkara Kos (RM) Tindakan
Januari - Februari
100.00 (PIBG) PK HEM
Minggu 1 Mesyuarat AJK HEM 320.00 PIBG / PK HEM
Kaunselor
Minggu 1 - 2 Perjumpaan dengann Penghulu ADUN
500.00 PIBG / Kaunselor
Minggu 3 Perjumpaan dengan semua ketua
kampung dan taklimat program. ADUN PK HEM Kaunselor

Minggu 3 - 5 Tempahan Vest dan buku catatan PK HEM Kaunselor

Minggu 4 Majlis pelancaran Permuafakatan/ Kaunselor
Minggu 5 Briged
Hujung tahun
Penyerahan Vest dan Ziarah Pagi
bermula

Dokumentasi

Kemudian, pengetua bersama PIBG telah mengunjungi tiga orang penghulu di pejabat
penghulu bagi membentangkan program yang akan dijalankan. Perjumpaan ini juga
bertujuan mendapatkan kerjasama penghulu untuk mengeluarkan surat arahan kepada
semua Ketua Kampung untuk menghadiri taklimat program oleh pengetua sebagaimana
masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana pertambahan tugas Ketua Kampung
dan kehadiran mereka adalah dibawah arahan dan pengetahuan Penghulu. Hal ini juga
merupakan punca kuasa untuk Penghulu dan Ketua Kampung melaksanakan PZP.

Seterusnya, diadakan perjumpaan dengan ketua kampung, ketua komuniti dan imam.
Semua ketua kampung, ketua komuniti dan imam setempat telah dijemput dalam satu
majlis bagi menerangkan konsep dan peranan mereka dalam menjayakan program ini.
Kata sepakat dan persefahaman telah dicapai untuk sama-sama merealisasikan PZP.

Selepas itu, diadakan taklimat kepada ibu bapa. Taklimat kepada ibu bapa adalah sangat
penting bagi menerangkan maksud dan tujuan PZP. Kefahaman ibu bapa tentang program
ini menyebabkan mereka akan bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mereka
hadir ke sekolah. Taklimat telah dijalankan pada awal tahun iaitu pada hari pengetua
bertemu waris untuk menerangkan hala tuju sekolah dan pelaksanaan pelbagai pelan

155

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

tindakan. Kehadiran ibu bapa yang sangat ramai juga turut dipengaruhi oleh peranan
ketua kampung melalui pelbagai sebaran.

Majlis menandatangani Pelan Tindakan pula diadakan seterusnya. Semua lima bidang
utama di sekolah termasuk HEM perlu menyediakan pelan tindakan masing-masing
dalam bentuk banner untuk ditandatangani oleh KPPD atau Pengarah atau mana-mana
perasmi dan di pamerkan di tempat-tempat strategik untuk tontonan umum dan semakan
oleh pengetua. Hal ini bagi memastikan semua kepimpinan utama sekolah, Guru Kanan,
PIBG, Ketua Panitia, semua setiausaha dan seluruh warga guru peka dan sentiasa
berusaha untuk melaksanakan pelan tindakan sebagaimana yang telah dirancangkan.

Pelancaran Pelan Tindakan mengikut bidang diadakan oleh tetamu yang dijemput khas
setiap tahun sejak 2016 dan yang terkini, 2017. Kemudian, banner pelan tindakan
dipasang di beberapa tempat dan salinannya diberikan kepada pihak yang berkaitan.
Ianya akan dirujuk dari semasa ke semasa.

Buku rekod ketidakhadiran diserahkan kepada semua ketua kampung dan penghulu
serta ketua komuniti bagi memudahkan mereka merekodkan nama murid dan waris
yang berjumpa mereka untuk mendapatkan surat pengesahan tidak hadir ke sekolah.
Ketua kampung diberi kebenaran untuk mengesahkan surat makluman ketidakhadiran
memandangkan ramai ibu bapa sukar ke klinik atau hospital kerana masalah pengangkutan
dan terganggu masa kerja. Mereka boleh membawa anak-anak untuk berjumpa ketua
kampung. Ketua kampung juga boleh mengesahkan sebab-sebab tidak hadir seperti
mengambil lesen motor, menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya.

Surat ketidakhadiran murid perlu diserahkan kepada PK HEM dan guru kelas pada setiap
hari semasa perhimpunan pagi. Semasa perhimpunan pagi PK HEM akan memanggil
nama murid yang tidak hadir dan mengumpul surat ketidakhadiran. Bagi murid yang gagal
mengemukakan surat ketidakhadiran, mereka dianggap ponteng dan akan dikenakan
tindakan disiplin.

Kebenaran untuk hadir lewat diberi kepada murid yang menghadapi masalah seperti
sakit yang berpanjangan, bekerja membantu ibu bapa pada sebelah pagi, membantu
ibu bapa yang dalam keadaan sakit atau menghantar adik-adik ke sekolah. Kebenaran
ini diberi setelah mendapat pengesahan daripada ketua kampung atau ibu bapa sendiri
hadir ke sekolah.

Sebagai suatu usaha tambahan bagi memudahkan pelaksanaan program ini, semua
ketua kampung diberikan Vest khas bagi melahirkan rasa kesatuan dan sebagai langkah
pencegahan pelanggaran disiplin termasuk ponteng dan berada di lokasi tumpuan.
Keberadaan mereka dengan lengkap berpakaian khas berjaya mengurangkan kes
ponteng dan pelanggaran kes disiplin.

Cabaran utama dalam menjayakan program ini ialah ada sesetengah ibu bapa melahirkan
rasa tidak suka dikunjungi pada waktu pagi kerana berasa malu. Namun inilah adalah
antara motif program ini agar ibu bapa memaksa anak-anak ke sekolah dan secara
tidak langsung menghalang kehadiran pengetua ke rumah. Bagi mengelakkan sebarang
ancaman daripada ibu bapa, makluman pergerakan akan dimaklumkan kepada ketua
kampung di kawasan yang berkenaan melalui kumpulan whatsapp.

156

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Semasa Program Ziarah dijalankan, murid yang bermasalah kehadiran dibawa bersama
supaya senang mencari lokasi rumah. Selain itu sudah pasti ibu bapa akan membuka
pintu rumah kerana yang memanggil nama mereka ialah anak-anak mereka sendiri.

3.0 IMPAK


 

Rajah 1: Perbandingan Peratus Kehadiran Murid SMK Tun Perak Mengikut Tahun

Kehadiran murid telah meningkat mengikut tahun, daripada 87.52 % pada tahun 2014 ke
88.42 % pada 2015 ke 93.57 % pada tahun 2016 selepas program ini dilaksanakan. Ini
adalah kerana program ziarah secara tidak langsung telah berjaya menarik minat murid
untuk hadir ke sekolah.

Kehadiran ibu bapa ke program-program anjuran sekolah turut meningkat bermula bulan
Februari selepas program ini dilaksanakan, kerana PZP secara tidak langsung telah
berjaya membina hubungan baik diantara sekolah dengan ibu bapa.

Jadual 2: Perbandingan Keputusan SPM bagi SMK Tun Perak untuk 2015 dan 2016

SPM 2015 2016

Kehadiran 88.78 93.57

GPS 6.11 6.07

% 70.37 80.00

Peratus lulus dan GPS berjaya ditingkatkan dengan kehadiran pelajar terutama dari kelas
akhir yang selalunya ketidakhadiran mereka akan menyebabkan peratus lulus rendah.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya jelaslah bahawa peratus lulus SPM yang rendah dapat ditingkatkan
melalui peningkatan kehadiran pelajar ke sekolah. Program ini mampu dilaksanakan
bagi sekolah harian melalui kerjasama PIBG dan ketua-ketua masyarakat. Komitmen
yang tinggi daripada PK HEM dan kaunselor sangat menyumbang ke arah kejayaan
program ini.

5.0 RUJUKAN

Al-Qur’an
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan, IAB
Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan IAB

157

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

“PEARL WHITE”

Zalela binti Sheran
Guru Besar

SK Seri Paya, Johor

ABSTRAK

SK Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, Johor adalah sebuah Sekolah Kurang Murid (gred B) yang
berada di luar bandar. Daripada data analisis yang diperolehi dari Klinik Pergigian Ayer Hitam
selepas pemeriksaan gigi didapati kadar kerosakkan gigi yang tinggi di kalangan murid-murid
sekolah Kebangsaan Seri Paya.Tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini kerana
isu ini melibatkan murid tidak mempunyai keyainan diri untuk berkomunikasi terutamanya
PdPc di dalam kelas.Murid menjadi pasif dengan ejekan-ejekan negative rakan sebaya. Kertas
ini bertujuan membincangkan berkenaan penjagaan aset utama manusia iaitu gigi. Penelitian
juga bertujuan untuk mendedahkan kepada murid berkenaan kepentingan penjagaan gigi yang
berkualiti dengan cara memberus gigi yang betul dan menggunakan peralatan yang sesuai
dengan usia dan tempoh masa penggunaan berus gigi. Selain itu, program ini disasarkan
kepada semua murid khususnya murid-murid SK. Seri Paya. Program ini bertajuk “PEARL
WHITE”. Berdasarkan kepada kajian pada tahun 1985 telah diperkenalkan kepentingan
kesihatan gigi di sekolah. Perkara ini adalah bertujuan untuk memastikan murid-murid sekolah
mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Selain
itu juga murid-murid perlu diberi kesedaran bahawa gigi merupakan harta kekal yang amat
berharga dan perlu penjagaan yang rapi dan disiplin diri yang tinggi untuk menghasilkan gigi
yang putih, bersih dan berseri.

Kata Kunci: Kesihatan gigi, penjagaan berkualiti, aset kekal,

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Sekolah

SK Seri Paya ditubuhkan pada tahun 1946 bertempat di Kg. Seri Paya. Sekolah
ini merupakan salah satu sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid) hingga Januari
2009. Sekolah ini terletk di luar bandar di daerah Batu Pahat. Sekolah ini telah
dinaiktaraf sebagai sekolah gred B. Kini, SK Seri Paya mempunyai murid seramai
224 dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 20 orang guru. SK Seri Paya telah
mendapat anugerah cemerlang akademik semenjak tahun 2013 hingga menaikkan
taraf sekolah pada tahap band 1.

1.2 Isu

“PEARL WHITE” melambangkan gigi. Gigi adalah aset kekal sepanjang hayat bagi
setiap makhluk. Gigi merupakan satu bahagian yang sangat penting pada tubuh
manusia, jika gigi bermasalah (sakit gigi) maka anda akan mengalami kesulitan
berbicara, makan dan menyebabkan hari-hari kegiatan kita akan terganggu.
Kesedaran tentang kepentingan penjagaan gigi agar sentiasa kekal sihat dan
cantik adalah sangat penting dan perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak lagi.
Ini selaras dengan tuntutan agama Islam dari Abu Hurairah r.a, telah bersabda

158

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Rasulullah s.a.w “Kalau tidaklah menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka
bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwudhuk”. Selain itu juga murid perlu diberi
kesedaran bahawa gigi merupakan harta kekal yang amat berharga. Gigi juga
membantu dalam menghasilkan pertuturan yang sangat jelas dan mengeluarkan
bunyi konsonan semasa bercakap. Gigi yang sihat juga dapat menajamkan otak dan
meningkatkan fokus murid dalam pelajaran mereka. Melihat kepada kepentingan
mempunyai gigi yang sihat, sekolah telah merancang suatu program dikenali
sebagai “PEARL WHITE”.
Tinjauan awal telah dibuat berdasarkan dapatan hasil soal selidik, soal jawab,
pemerhatian dan temu bual antara murid, guru dan ibu bapa. Punca masalah
dikesan menggunakan Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Rajah 1)
Berdasarkan kepada Rajah Ishikawa, 70 peratus murid SK Seri Paya mengalami
kerosakan gigi. Faktor utama yang mempengaruhi kerosakan gigi adalah kurang
kesedaran dan kepentingan penjagaan gigi oleh murid, ibu bapa dan guru.



 
2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

“PEARL WHITE” dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan
murid SK Seri Paya tentang kepentingan penjagaan gigi agar sentiasa kekal cantik dan
sihat Pelaksanaan Program Pearl White disasarkan kepada semua murid SK Seri Paya
iaitu seramai 224 orang murid yang terdiri daripada 192 orang murid kelas Perdana, 17
orang murid Pra-sekolah dan 15 orang murid Pendidikan Khas.
2.1 Strategi Pelaksanaan

Waktu pelaksanaan memberus gigi adalah setiap hari persekolahan kecuali dalam
bulan Ramadhan yang digantikan dengan Tadarus Al-Quran. Masa pelaksanaan
selama 10 minit iaitu 10: 20 pagi hingga 10: 30 pagi selepas murid makan di waktu
rehat. Murid akan beratur di tepi longkang yang telah tersedia oleh mereka sendiri
set penggosok gigi terdiri daripada berus gigi, ubat gigi dan cawan atau botol

159

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

yang berisi air. Murid akan dikawal dengan tiupan wisel oleh seorang pengawas
sebanyak lapan (8) langkah.

Teknik lapan (8) langkah memberus gigi ini menghasilkan impak yang sangat besar
kerana dapat membantu murid-murid memberus gigi dengan betul dan berkualiti.
Latihan ini dapat mendisiplinkan murid untuk mengikut peraturan pemberusan gigi
yang betul. Latihan ini melalui tunjuk ajar oleh jururawat pergigian Ayer Hitam yang
bertugas memberi perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan di SK Seri Paya.

Setelah selesai lapan (8) langkah pemberusan gigi, murid akan beratur dan dibawa
oleh pengawas ke kelas masing-masing untuk meneruskan PdPc dengan rasa
kesegaran, keselesaan dan gembira dengan gigi yang sihat dan tiada lagi kekotoran
di dalam mulut.

3.0 IMPAK

Berdasarkan data yang diperolehi dari Pusat Kesihatan Pergigian Ayer Hitam, peratus
bilangan murid yang perlu mendapat rawatan gigi amat bekurangan sehingga pada bulan
Jun 2017 iaitu hanya tinggal 7% murid iaitu seramai 15 orang sahaja yang perlukan
rawatan pergigian. Perkataan-perkataan negatif seperti “busuknya nafas dia”, “Aminah
Rongak”, “kotornya gigi dia” menyebabkan murid menjadi pasif, pemalu dan tiada
keyakinan diri untuk menunjukkan potensi mereka dengan gangguan kerosakkan gigi ini
telah tiada. Kini murid-murid SK Seri Paya telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi
dan dapat berkomunikasi dengan yakin sehingga menunjukkan kecemerlangan dari
segi akademik di mana sekolah berada di Band 1 dan ko-akademik murid-murid telah
mendapat kejayaan yang cemerlang diperingkat Zon, Daerah dan Negeri

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Program “PEARL WHITE” ini berimpak tinggi dengan kos yang sangat minimum dan
bersesuaian dengan sekolah yang terletak sama ada di dalam atau di luar bandar.
Penambahbaikan akan terus dipantau terutamanya tempat pemberusan gigi yang lebih
selesa akan disediakan.

Bagi mencantikkan dan menceriakan lagi program ini pihak sekolah akan berusaha untuk
menjadikan “COLGATE” sebagai penaja program, kawalan tiupan wisel akan digantikan
kepada irama lagu, mewujudkan trofi “Ratu Gigi” dan menjadikan “Pearl” sebagai watak
sekolah.

Kami berharap agar program “PEARL WHITE” dapat direalisasikan mengikut Plan
Strategik Pendidikan bagi menghasilkan murid-murid yang seimbang dari aspek JERIS
dan seterusnya cemerlang di dunia dan akhirat.

160

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUJUKAN
Ichwan Fauzi (2017). Ensiklopedia Nabi Muhammad SAW. Kuala Lumpur: Lantera Abadi.
LW Keng . (2008). Amalan Pemakanan, Penjagaan Kesihatan Mulut dan Kejadian Karies
dalam kalangan pelajar UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rachmat Hidayat. (2006). Kesehatan Gigi dan Mulut. Indonesia: Andi Yogyakarta.
Buku Panduan Program Bersepadu sekolah Sihat (1998) Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru (Jun 2008) Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

161

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

UKULELE: MERUNGKAI KUSUT MEMBINA JIWA

Zuraidah binti Ahmad
Guru besar

SK Tanjung Agas, Port Dickson, Negeri Sembilan

ABSTRAK

Gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang
ditakbirnya.Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru besar perlu berupaya mempengaruhi
semua warga sekolah untuk melaksanakan semua program yang ada dalam perancangan
strategik yang telah dirancang sebagai hala tuju sekolah yang perlu dicapai oleh semua warga
sekolah yang memenuhi visi dan misi pendidikan negara. Keadaan ini boleh dicapai jika guru
besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru dan
warga sekolah yang lain. Justeru itu pembentangan kertas ini bertujuan untuk mendedahkan
bagaimana kepimpinan guru besar membangunkan kebitaraan sekolah untuk menarik semua
warga sekolah bekerjasama dalam satu pasukan bagi mencapai matlamat sekolah dan
mencipta kejayaan sekolah dan seterusnya dikenali di peringkat daerah dan di peringkat negeri.
Kebitaraan sekolah telah meningkatkan kepuasan kerja guru dan seterusnya meningkatkan
kehadiran murid, meningkatkan penglibatan ibu bapa, meningkatkan penglibatan murid dalam
kokurikulum, yang akhirnya dapat meningkatkan pencapaian murid dalam akademik.

Kata Kunci: Gaya kepimpinan, kepuasan kerja guru,pencapaian murid

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar belakang

Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan
pengetua atau guru besar sekolah tersebut. Kejayaan juga bergantung kepada
kesediaan subordinat memberi komitmen yang tinggi serta sumbangan idea dan
tenaga kepada organisasi. Semua ini boleh berlaku bergantung kepada keupayaan
pemimpin mempengaruhi dan meyakini subordinat untuk bertindak memajukan
organisasi. Kepentingan kepimpinan guru besar menjadi salah satu elemen dalam
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Jemaah Nazir Sekolah, 2003) dan yang telah
dibuat penambahbaikan iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2
(2017). Antara garis panduan dalam standard kualiti pendidikan Malaysia ialah guru
besar hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah
pencapaian visi dan misi sekolah dengan cara menetapkan dasar sekolah secara
jelas dan selari dengan visi dan misi, mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai
mengikut situasi.

Ini menunjukkan bahawa persoalan kepimpinan merupakan perkara yang penting
dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan generasi akan datang. Dalam
konteks kepimpinan guru besar di Malaysia, setiap guru besar semestinya
mempunyai kebolehan untuk menginterpretasi perubahan dan menggunakan
gaya kepimpinan tertentu dalam memotivasikan guru serta kakitangan ke arah
perubahan tersebut. Dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah seseorang
guru besar bukan sahaja mentadbir, membimbing dan menyelia orang bawahannya

162

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

tetapi harus bijak bertindak mempengaruhi orang bawahannya ke arah mencapai
matlamat organisasinya. Kecemerlangan sesebuah sekolah mempunyai hubungan
dengan kepuasan kerja guru. Guru mendapat kepuasan apabila keperluannya
dipenuhi dan majikan mendapat kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai
tingkat produktiviti yang tinggi (Jaafar, 2007). Kepemimpinan yang berkesan adalah
asas kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan (Muijs & Harris, 2007,
Abdul Ghani & Anandan, 2009). Ringkasnya kepimpinan sekolah masa kini perlu
berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang
berterusan.

Kepemimpinan sekolah sentiasa berhadapan dengan tekanan yang berterusan
dalam meningkatkan standard dan penambahbaikan sekolah. Hal ini kerana sekolah
merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah,
2005). Dalam organisasi sekolah, guru besar dilihat sebagai personaliti yang
bertanggungjawab untuk mewujudkan kemajuan dan diharapkan mampu untuk
membawa pelbagai perubahan dan kecemerlangan sekolah. Guru besar selaku
pemimpin sekolah seharusnya berusaha memberikan perhatian yang sewajarnya
terhadap pelbagai perkara terutamanya yang melibatkan aspek kepuasan kerja
kerana faktor komitmen guru adalah penting untuk mempertingkatkan lagi mutu
pendidikan dan kejayaan sekolah.

1.2 Isu

SK Tanjung Agas adalah sekolah kecil yang terletak di luar bandar Negeri Sembilan
dan bersempadan dengan negeri Melaka. Boleh dikatakan majoriti murid sekolah
ini berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Murid sekolah ini kurang
keyakinan diri, takut untuk tampil ke hadapan, mudah rasa rendah diri terutama
apabila bertanding dalam kalangan murid dari sekolah bandar. Murid-murid
sekolah ini juga kurang mendapat perhatian ibu bapa dan sikap ibu bapa yang
sesetengahnya tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Maka masalah
ponteng sekolah merupakan masalah rutin sehingga tahun 2016. Bagi menangani
masalah ponteng sekolah dan juga perhatian ibu bapa terhadap pelajaran anak-
anak, guru besar perlu bertindak ke arah penyelesaian masalah dan menggabung
jalin peranan dan tanggungjawab guru besar itu sendiri yang antara lain adalah;

1. berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah
2. mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan pelajar,

guru dan staf sokongan sekolah
3. menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan pengajaran

dan pembelajaran (PdPc) dan
4. mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah

Justeru, sebagai seorang pemimpin di SK Tanjung Agas guru besar telah membuat
pemerhatian dan analisis bahawa guru-guru, murid dan ibu bapa di sekolah ini
menunjukkan minat yang tinggi terhadap muzik. Hasil perbincangan bersama
warga sekolah, maka tercetuslah idea untuk menubuhkan kelab Ukulele dan
seterusnya menjadikannya sebagai kebitaraan sekolah. Ukulele dipilih kerana ia
merupakan satu kelainan untuk diperkenalkan sebagai identiti SK Tanjung Agas
kepada sekolah-sekolah lain di Negeri Sembilan dan juga komuniti setempat.
Tambahan pula kekuatan sekolah ini terdapat dua (2) orang guru pakar muzik yang
menunjukkan minat dan sanggup melatih murid-murid dan guru-guru bermain alat
ini di samping mendapat sokongan padu daripada ibu bapa.

163

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Pada awal penubuhan kelab ini, ahlinya hanya terdiri daripada 5 orang pelajar Tahap 2.
Pihak sekolah menggunakan peruntukan PIBG membeli 5 buah ukulele sebagai promosi
untuk memperkenalkan alat muzik ini. Selain dari itu, sesi latihan yang dijalankan
dimasukkan ke dalam Facebook sekolah dan Youtube untuk memperkenalkan kelab
ini. Selain itu, kelab ini akan membuat persembahan di majlis-majlis yang diadakan
di peringkat sekolah dan hasil sambutannya amat menggalakkan. Ibu bapa sanggup
membeli ukulele ini dan kini hampir 90% murid murid sekolah ini memiliki ukulele sendiri.
Memandangkan sambutan yang menggalakkan ini, pihak sekolah telah bersetuju
menjadikan ukulele sebagai kebitaraan SK Tanjong Agas. Bagi memastikan objektif
penubuhan kelab ini tercapai, pihak sekolah menetapkan beberapa peraturan yang
perlu dipatuhi oleh pelajar sekitanya ingin menyertai Kelab Ukelele . Antaranya ialah :

1. Murid mesti hadir ke sekolah setiap hari
2. Murid mesti hadir ke kelas khas PIBG
3. Murid mesti hadir ke kelas agama petang
4. Murid mematuhi peraturan sekolah
5. Murid mempunyai gitar ukulele sendiri

Seterusnya jadual latihan Ukulele dibuat dan dilaksanakan dari tarikh 12 Julai hingga 19
Julai 2016. Hanya murid-murid yang layak dan telah memenuhi ketetapan di atas akan
diberi peluang untuk menyertai latihan Ukulele mengikut jadual 1 di bawah.

Hari Jadual 1: Jadual Latihan Ukulee Tempat
Selasa Waktu Bilik MBMMBI
Rabu Bilik MBMMBI
Khamis Selepas KAP – 6.30 petang Bilik MBMMBI
Jumaat 4.30 – 6.30 petang Dewan SKTA
Sabtu Dewan SKTA
Ahad Selepas KAP – 6.30 petang Dewan SKTA
Isnin 3.30 – 6.30 petang Bilik MBMMBI
Selasa 8.00 – 11.00 pagi Bilik MBMMBI
8.00 – 11.00 pagi

Selepas KAP – 6.30 petang
Selepas KAP – 6.30 petang

3.0 IMPAK AMALAN

Kebitaraan Ukelele ini telah berjaya menarik minat murid-murid untuk datang ke sekolah
dan secara tidak langsung menaikkan peratus kehadiran murid-murid. Penglibatan
sarana ibu bapa dalam setiap program sekolah juga meningkat dengan ketara sekali.
Peningkatan ini membolehkan pihak sekolah merancang dan berbincang beberapa
program untuk peningkatan dalam bidang kurikulum. Selain itu, masalah disiplin sekolah
juga dapat diatasi dan ini jelas dapat di lihat melalui data dari bulan Januari hingga bulan
Oktober 2017 iaitu sifar peratus. Kebitaraan Ukulele ini juga dapat membentuk murid
agar lebih berkeyakinan terhadap diri (self-esteem).

Sebelum ini murid tidak yakin untuk tampil ke hadapan membuat persembahan, kini
mereka lebih berani dan menunjukkan jati diri yang tinggi. Alhamdulillah pasukan Ukulele
sekolah SK Tanjung Agas telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan di
Majlis Penutup Karnival Bijak Pra Sekolah Peringkat Negeri dan Majlis Penutup Inovasi

164

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

dan Kualiti Pra sekolah Peringkat Daerah. Pada 9 November 2017, sekali lagi Pasukan
Ukulele ini telah di beri kepercayaan untuk membuat persembahan di hadapan Menteri
Besar Negeri Sembilan dalam Majlis Anugerah Insan Terbilang Peringkat Negeri. Jelas
sekali apabila masalah ponteng dapat diatasi, PdPc murid dapat dijalankan dengan lebih
berkesan dan hasilnya peratus kelulusan setiap mata pelajaran dapat dipertingkatkan.
Sekolah telah mendapat Sijil Penghargaan kerana berjaya mencapai KPI LINUS dengan
lulus 100% LBM, LBI dan NUMERASI Tahun 3 2016. Kebitaraan Ukulele juga berjaya
meningkatkan kepuasan bekerja guru-guru dan dapat menghilangkan stress dalam
kalangan mereka. Hampir kesemua guru lelaki sekolah ini memiliki Ukulele sendiri dan
dapat bermain dengan baik. Guru-guru juga tidak terkecuali membuat persembahan
dalam majlis yang diadakan di peringkat sekolah.

Jadual 2: Data kehadiran murid SK Tangung Agas untuk Tahun 2016 dan 2017

PERATUS KEDATANGAN DATA KEHADIRAN MURID 2016-2017

98 MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER
96
94
92
90
88
86

JANUARI FEBRUARI

2016 94.7 94.5 95.8 90.4 93.7 91 91.5 91.2 93.2 92.1
2017 96.6 96.2 96.2 91.9 94.9 91.9 92.4 92.9 94.9 93.1

2016 2017

Jadual 3: Perbandingan Pencapaian Murid dalam UPSR tahun 2015- 2016.

PERATUS LULUS UPSR TAHUN 2015-2016

PERATUS LULUS 105
100

95
90
85
80
75

BAHASA BAHASA BAHASA BAHASA
MELAYU MELAYU
MELAYU INGGERIS SAINS MATEMATIK PENULISAN PENULISAN

PEMAHAMAN PEMAHAMAN

2015 96.2 88.2 92.3 84.6 96.2 84.6
2016 100 90.9 100 86.4 100 95.5

2015 2016

165

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Gaya kepimpinan guru besar yang mengikut situasi telah memberikan kepuasan kerja
kepada guru-guru. Dengan membuat keputusan untuk menjadikan Ukulele sebagai
kebitaraan sekolah, guru besar telah membuat keputusan yang bijak dan dapat
menyelesaikan masalah sekolah daripada sekolah yang pasif kepada sekolah yang mula
dikunjungi oleh komuniti setempat. Kini SK Tanjung Agas telah mencipta namanya yang
tersendiri dalam permainan Ukulele dan telah mendapat perhatian daripada YAB Menteri
Besar Negeri Sembilan.

5.0 RUJUKAN
Abdul Ghani KanesanAbdullah & K.Anandan a/l Kuppan. (2009). Pengaruh kepemimpinan
transformasi sekolah dan efikasi kolektif guru terhadap komitmen kualiti pengajaran.
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan ke-16.
Jaafar Muhamad (2007) Kelakuan Organisasi. Petaling Jaya : Leeds Publication.
Muijs, D. & Hariss, A. (2007). Teacher leadership in (In) action: Three case studies of
contrasting schools. Educational management Administration & Leadership, 35(1)
:111-134.
Rahimah Haji Ahmad. (2005). Kepengetuaan dan kepemimpinan sekolah: Pembangunan
dan penambahbaikan pengajaran. Jurnal Pemimpin, 5,1-10.

166

BAHAGIAN 4:
KOKURIKULUM

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

SYOKNYA BOLA

Ayub bin Ahmad
Ambilan 1/2013

Pengetua
SMK Tengku Suleiman, Beseri, Perlis

ABSTRAK

Masalah ketidakhadiran ke sekolah menjurus kepada pencapaian akademik yang tidak
memberangsangkan. Adakah terdapat perkaitan antara sukan bola sepak dengan pencapaian
akademik dan disiplin murid. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada wujud
perhubungan antara minat dalam permainan bola sepak dengan peningkatan pencapaian
Bahasa Inggeris dalam peperiksaan dengan disiplin murid. Bola sepak dijadikan sebagai
medium untuk menyelesaikan masalah ketidakhadiran ke sekolah. Pada akhir kajian ini
didapati terdapat peningkatan dalam pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terdapat juga peningkatan dalam
pencapaian Malaysian University English Test (MUET) di SMK Tengku Suleiman, Beseri,
Perlis. Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa Program Syoknya Bola adalah
umpama serampang tiga mata. Penglibatan murid dalam sukan bola sepak telah membantu
peningkatan prestasi pasukan bola sepak sekolah, di samping melonjakkan peratus kehadiran
murid ke sekolah dan turut meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan SPM dan MUET.

Kata Kunci: permainan bola sepak, MUET, syoknya bola

1.0 PENGENALAN

Ketidakhadiran murid ke sekolah merupakan satu masalah di SMK Tengku Suleiman.
Tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan murid dan sikap acuh tidak acuh
ibu bapa dan sikap malas murid sendiri merupakan faktor yang menyumbang kepada
masalah ini. Untuk mengatasi masalah ini permainan bola sepak telah dipilih sebagai
medium untuk menarik minat murid hadir ke sekolah.

Bola sepak diharap dapat menjadi medium untuk meningkatkan prestasi murid dalam
bidang akademik. Menurut Pengarah Program Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara,
Safirul Azli Abu Bakar, stigma bahawa sukan mengganggu prestasi akademik perlulah
dikikis. Beliau juga menegaskan bahawa bola sepak bukan sekadar fizikal tetapi juga
membabitkan minda. Bola sepak adalah permainan yang digemari oleh semua lapisan
masyarakat, tidak kira tua atau muda. Setiap murid sekolah perlu menyertai satu
persatuan atau kelab, satu badan beruniform dan satu permainan untuk memenuhi
keperluan kokurikulum mereka. Bola sepak pula merupakan permainan yang dipilih oleh
sebahagian besar murid SMK Tengku Suleiman untuk melengkapkan aspek kokurikulum
mereka.

Kenapakah bola sepak menjadi pilihan murid? Hal ini dikatakan demikian, kerana bola
sepak merupakan sukan yang paling diminati murid. Bilangan murid yang ramai bagi
satu pasukan bola sepak juga mempengaruhi penglibatan murid. Keluasan padang bola
sepak sekolah juga merupakan faktor penyumbang kepada pemilihan Program Syoknya
Bola.

168

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Objektif Program Syoknya Bola adalah:
1. Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
2. Meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran bahasa Inggeris
3. Meningkatkan prestasi pasukan bola sepak sekolah
4. Meningkatkan “self - esteem” murid

1.1 Latar Belakang Sekolah

SMK Tengku Suleiman adalah sebuah sekolah menengah harian luar bandar
yang terletak di kawasan Beseri, Perlis. Kebanyakan ibu bapa mempunyai tahap
sosioekonomi yang rendah iaitu bekerja sebagai petani. Sekolah ini mempunyai
1200 orang murid dan 150 orang guru. Di sekolah ini juga terdapat Kelas Pendidikan
Khas dan Tingkatan 6 Mod 2. Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid
masih pada tahap sederhana.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Setelah dilakukan analisis SWOT, didapati pemilihan bola sepak sebagai medium
pelaksana program ini adalah sangat bersesuaian selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI). Bola sepak dijadikan sebagai daya penarik kepada
murid untuk hadir ke sekolah kerana semua murid sukakan permainan tersebut.
Sekiranya murid hadir ke sekolah untuk sesi latihan atau kelas, guru dapat menarik minat
murid untuk belajar bahasa Inggeris dan seterusnya memotivasikan murid untuk belajar.
Dengan ini terhasillah “win win situation” apabila semua pihak, baik guru atau murid
berasa puas tentang keputusan dan mempunyai komitmen terhadap program. (Covey,
1996, p.236). Pemilihan mata pelajaran bahasa Inggeris adalah selaras dengan anjakan
kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM), iaitu kemahiran
dwibahasa. (KPM. 2013. p. E11)

2.1 STRATEGI PELAKSANAAN

Menggunakan kepakaran guru akademik tingkatan 6 sebagai jurulatih bola sepak.

3.0 IMPAK AMALAN

Impak kepada peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah


 

Rajah 1: Perbandingan peratus kehadiran murid ke sekolah

169

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Impak kepada keputusan peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris SPM
dan MUET


 

Rajah 2: Perbandingan keputusan mata pelajaran Bahasa Inggeris peperiksaan SPM


 

Rajah 3: Perbandingan keputusan MUET

Impak kepada pencapaian pasukan bola sepak bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun

Jadual 1: Perbandingan pencapaian pasukan bola sepak B15 dan B18

2016 B15 B18
2017 Naib johan MSSPs Naib johan MSSPs
Johan MSSPs Suku Akhir

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Memperluas aktiviti sukan dalam mempertingkatkan kemenjadian murid dalam aspek
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Permainan yang dipilih ialah badminton dan bola
jaring.

170

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUMUSAN
Rumusan daripada Program Syoknya Bola ialah program ini dapat meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah, meningkatkan keputusan mata pelajaran bahasa Inggeris
dalam peperiksaan SPM dan MUET serta meningkat pencapaian pasukan bola sepak
sekolah. Oleh itu terbukti bahawa sukan dapat mempertingkatkan kemenjadian murid
dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

6.0 RUJUKAN
Covey S.R., (1996). 7 tabiat orang yang amat berkesan. Petaling Jaya: Prentice Hall
Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025.

171

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

JELEKIT: KEBERSAMAAN, KEINTIMAN DAN
UKHWAH DALAM MENJANA KECEMERLANGAN

Nik Yuhanis binti Nik Abdullah
Ambilan 1/2015
Guru Besar

SK Kota Jembal, Kubang Kerian, Kelantan

ABSTRAK

“JELEKIT” merupakan satu program yang digarap khusus untuk menjana kecemerlangan dan
kemenjadian murid SK Kota Jembal menerusi semangat keintiman, kebersamaan, kesatuan,
ukhwah dan kesepaduan semua warganya. Guru besar mengamalkan konsep kepimpinan
suri teladan secara kreatif untuk mengeksploitasi semua isu bagi memenuhi keperluan warga
sekolah. Unsur kejelekitan diterap dalam kalangan warga sekolah demi mencapai satu
matlamat, iaitu kepuasan dalam bekerja agar dapat membina budaya kerja tanpa dipaksa,
mencipta kejayaan secara sukarela terutama dalam menangani masalah yang timbul. JELEKIT
memayungi dua program khusus iaitu Nurani–Kami Peduli dan Setulus Hati–Tiru Macam
Saya. Nurani–Kami Peduli bermatlamat mewujudkan asas keagamaan yang kukuh kepada
semua murid kerana menyedari hakikat bahawa sekolah berada pada zon berisiko tinggi
dengan kadar salah laku dan penyalahgunaan dadah yang meruncing. Manakala guru besar
berperanan sebagai “role model” mengajak semua warga bekerja bersama-sama dengan
menerapkan amalan “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” dalam
garapan program Setulus Hati–Tiru Macam Saya. Berperanan mewujudkan suasana kerja
yang positif dan kondusif dengan menyentuh hati warganya demi mewujudkan kesepakatan
dan kebersamaan agar mereka tidak merasa tertekan dan mampu menjana kecemerlangan
anak didik. Mencari titik persamaan antara semua adalah merupakan konsep utama dalam
program ini. Kesepaduan antara guru dan ibubapa amat perlu dalam usaha membentuk
insan yang kamil dan dalam JELEKIT semua elemen ini diharapakan dapat dihasilkan dan
kecemerlangan akan menjadi milik bersama, Insya Allah.

Kata Kunci: JELEKIT intim, kebersamaan, ukhwah dan kesepaduan

1.0 PENGENALAN

Keberkesanan kepimpinan guru besar membina hubungan erat dalam kalangan warga
sekolah bagi merealisasikan hasrat menjana kejayaan dan kecemerlangan. Pemimpin
secara kreatif akan membina semangat kebersamaan dalam “JELEKIT” bagi memudahkan
pentadbiran teragih dalam mengurus tadbir sekolah. Menurut Daniel Golman (1995), yang
mengatakan 80% kejayaan terletak pada kesetabilan emosi (EQ) dan hanya 20% pada
kecerdasan mental (IQ), guru besar berusaha mewujudkan jalinan suasana kerja yang
“JELEKIT” bagi membantu melahirkan insan yang sempurna dan kamil. SK Kota Jembal
terletak pada titik sempadan dua daerah iaitu Kota Bharu dan Bachok yang mempunyai
831 orang murid dengan 60 orang guru, 14 orang guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA)
dan 7 orang Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP). Kebanyakan guru adalah berpengalaman
dan merupakan penduduk setempat yang ada jalinan yang baik dengan ibubapa yang
kebanyakannya adalah buruh, peniaga pasar malam dan bertani.

172

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Hasil analisis persekitaran, didapati SK Kota Jembal terletak antara dua daerah paling
berisiko tinggi dengan kadar penyalahgunaan dadah. Dapatan yang dikeluarkan oleh
pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan 2017 menunjukkan sebanyak
1437 kes daerah Kota Bharu menduduki ranking pertama dan Bachok sebanyak
977 kes ditempat kedua dalam peningkatan orang kena tuduh (OKT). Isu utamanya
berkaitan dengan kehadiran murid yang kurang memberangsangkan diitambah dengan
sikap ibubapa yang kurang cakna terhadap pelajaran anak-anak, murid malas, kurang
bermotivasi dan terdedah kepada banyak masalah keluarga. Murid juga amat terdedah
dengan gejala dadah dan air ketum yang melibatkan ahli keluarga mereka sendiri Faktor
ini menjadi penyebab kepada kelunturan semangat guru untuk mengoptimumkan usaha
mereka demi kecemerlangan murid. Guru didapati agak komited tetapi sikap murid
menyebabkan mereka kurang bersemangat dan keadaan ini menyebabkan wujudnya
puak-puak dalam kalangan guru, yang ingin terus berusaha dan ada puak yang bersikap
sambil lewa.

Sayugia dinyatakan bahawa pekan Kota Jembal yang dahulunya dikenali sebagai Kedai
Lalat adalah sangat sinonim dengan kawasan orang “Gedeber” yang bermaksud orang
yang panas baran dan tidak takut kepada apa-apa cabaran. Dalam kalangan ibubapa
dan remaja dipersekitaran, ramai yang terjebak dengan dadah dan lain-lain gejala yang
kurang sihat. Maka tidak hairanlah jika murid SK Kota Jembal ramai yang arif tentang
dadah, ganja, air ketum dan sebagainya. Hasil pemeriksaan gigi oleh unit kesihatan
sekolah Pusat Kesihatan Kecil Kota Jembal mendapati 18 orang murid tahun empat
hingga tahun enam tahun 2016 adalah perokok tegar, mengambil air ketum dan pembuli.
Namun hasil tinjauan persekitaran juga memberi kekuatan kepada guru besar untuk
melaksanakan program “JELEKIT” kerana mendapat sokongan padu dari pihak PIBG,
pemimpin setempat dan juga sokongan padu dari penolong-penolong kanan. Bertitik tolak
daripada kesedaran bahawa murid SK Kota Jembal berada dalam zon berisiko tinggi,
sesuatu usaha harus dilakukan bagi membendung gejala tidak baik dari terus menular
dalam kalangan murid. Aspek cegah rentang deterrence harus segera dibuat dan usaha
ke arah itu diambil dengan menerapkan nilai-nilai murni dan pendekatan yang diambil
adalah dengan cara meniup unsur-unsur keagamaan ke dalam diri mereka. Setelah
tunjang menjadi kukuh mereka akan tumbuh sebagai insan yang seimbang dalam semua
aspek. Ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah.

2.1 Strategi Pelaksanaan

“JELEKIT” berhasrat menjadikan seluruh warga sekolah bersatu dan sama-sama
menghayati setiap episod yang berlaku bersama-sama tanpa rasa prejudis dan
diskriminasi. Setiap kejayaan dirai bersama, setiap masalah dilerai bersama, setiap
kepayahan ditangani bersama. Guru besar sebagai pemimpin menjadi pemacu
dalam setiap tindakan. “JELEKIT” memayungi dua aktiviti besar iaitu“ SETULUS
HATI-Tiru Macam Saya”. digarap khusus bagi semua guru dan staf sekolah.
Dengan menjalin silaturrahim yang menyentuh hati kecil setiap guru dan AKP
kekita sambutan hari Sekeping kad ucapan yang dibuat sendiri oleh guru besar
dan hadiah iringan, mereka akan dirai secara individu mengikut tarikh lahir mereka
dalam majlis kecil ini mereka disantuni dan diiringi dengan ucapan pengharapan
dan terima kasih dari pihak pentadbir.

173

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Pihak sekolah bernasib baik kerana mendapat sokongan dari pihak pemimpin
setempat dalam menjayakan aktiviti ini di mana ketua UMNO bahagian Pengkalan
Chepa membekalkan kek hari lahir kepada mereka pada hari tersebut. Selain itu
jambatan silaturrahim dikukuhkan lagi dengan ziarah dan sambutan hari keluarga.
Walaupun aktiviti ini hanya biasa dan dilaksanakan dikebanyakan sekolah,
tetapi keberkesanannya di sekolah ini amat ketara. Mereka merasa dihargai dan
bermotivasi untuk meningkatkan mutu kerja. Segala aktiviti sekolah dilaksanakan
dengan penuh rela hati bagi mencapai hasrat, bekerja bersama-sama dan bukan
bekerja untuk saya, Guru besar mengajak semua guru melaksanakan kerja
bersama-sama dengan menjadikan diri sendiri sebagai contoh dalam program
“TIRU MACAM SAYA”. Dalam pelaksanakaan PAK21 dan LINUS 2.0, guru besar
mengambil inisiatif untuk turut serta membina bahan seperti menyediakan “parking
lots, kad traffic lights” dan lain-lain.

Aktiviti melukis mural djadikan sebagai dorongan untuk guru menyediakan sudut
mata pelajaran dan keceriaan sekolah, sentiasa berdiskusi bagi mencari jalan
untuk penambahbaikan dan meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Momentum kerja sudah berada pada tahap yang baik, guru diajak untuk
melaksanakan semua aktiviti ranting penting dalam “JELEKIT–NURANI - Kami
Peduli” yang merupakan aktiviti khas untuk murid, ibubapa dan masyarakat
(Sarana). “Nurani – Kami Peduli” pula menggabungkan aktiviti bacaan yasin setiap
hari Isnin, Rabu dan Khamis bermula jam 7.20 pagi dipersada Kota Jembal bagi
semua murid tahun 6 dan 5. Setiap hari Selasa semua warga akan berkumpul
untuk bacaan yasin dan bermunajat di persada. Selain itu solat hajat, solat taubat
dan dhuha, bacaan al-mathurat juga dilaksanakan untuk murid tahun 6 sebagai
persediaan mental dan rohani mereka menjelang UPSR dan alam remaja.

Program dimantapkan lagi oleh guru-guru KAFA dengan zikir dan peneguhan
bacaan dalam solat, kem bestari solat dan tidak lupa solat hajat perdana 2 kali
setahun pada awal tahun dan sebelum UPSR. Semua aktiviti ini dilaksanakan
sebagai cara terbaik untuk menanam roh keagamaan yang kental kepada semua
murid. Kunjungan ke rumah murid bermasalah disiplin dan masalah pembelajaran
dibuat bersama kaunselor sekolah. Dialog prestasi dibuat mengikut keperluan dan
agihan keperluan asas kepada 43 orang murid yatim yang diangkat menjadi anak
angkat alumni SKKJ dibuat setiap bulan serta meraikan kejayaan murid juga dibuat
mengikut keperluan.

Jadual 1: Bilangan murid khatam Al-Quran awal dan akhir tahun 2017


 

174

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Jadual 2: Analisa keputusan UPKK Tahun 5 2015 -2016


 

3.0 IMPAK
Statistik menunjukkan murid khatam Al-quran bertambah dari seramai 34 orang diawal
tahun 2017 kepada 87 orang. Analisa keputusan UPKK juga menunjukkan peningkatan
dari tahun 2015 hingga 2016 dengan penambahan murid yang memperolehi 6A
meningkat dari 33 orang kepada 36 (100% lulus). Dua orang murid mendapat anugerah
kecemerlangan peperiksaan UPKK 2016. Ilhami Umairah Che Ahmad Rizal mendapat
tempat kedua murid terbaik PPD Kota Bharu dan Nur Atirah Ayuni Imran di tempat ke 5.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pecahkan tembok dan bina jambatan itulah cara penyelesaian masalah yang akan dibuat
pada masa akan datang. Jalinan hubungan dengan pihak PIBG, NGO dan lain-lain akan
lebih diutamakan. Semoga semua yang dirancang menjadi kenyataan kerana jika asal
benih yang bernas seribu tahun dijemur panas ditelan luluh binatang yang ganas namun
tetap tumbuh cambah bertunas.

5.0 RUJUKAN
https://www.collinsdictionary.com
Coleman, Daniel.(1995) Emotional intelligence. New York: Bantam
Syed Muhammad Naquib AlAttas, (2008), Definasi ilmu https://ibnunazir.wordpress. Com

175

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

PROGRAM JOM CERGAS INTERVENSI OBESITI

Nor Azmah binti Johari
Ambilan 1/2016
Guru Besar

SK Jelutong Barat, Jelutong, Pulau Pinang

ABSTRAK

Program ini bertujuan untuk membantu murid mendapatkan berat badan yang ideal dan
murid lebih cergas dalam menjalani kehidupan seharian. Secara tidak langsung program
ini membantu murid mengurangkan faktor risiko penyakit jantung seperti penyakit darah
tinggi, kencing manis dan dyslipidaemia. Program ini diwujudkan hasil kutipan data SEGAK
berkenaan Body Mass Index (BMI) murid SK Jelutong Barat yang secara keseluruhannya
seramai 28 orang murid mempunyai BMI yang melebihi dari 25. Program ini dilaksanakan
bersama dengan pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Pulau
Pinang. Fasa pertama berlangsung selama tiga bulan dengan panduan 7 modul dan warga
sekolah turut terlibat dalam membantu program ini berjalan lancar. Penilaian bagi murid dibuat
menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan temubual. Dapatan perlaksanaan program
ini menunjukkan penurunan berat badan berlaku dan berat badan yang ideal dapat dicapai
apabila murid mengamalkan pemakanan yang seimbang dan senaman yang berterusan
hasil bimbingan guru dan pendedahan pendidikan kesihatan oleh pegawai Pejabat Kesihatan
Daerah. Beberapa cadangan yang dikemukakan kepada pihak sekolah oleh pejabat kesihatan
telah dituruti untuk kejayaan program ini. Kerjasama antara pihak sekolah dengan pejabat
kesihatan diteruskan untuk menggubal dan menambahbaik modul bagi pelaksanaan program
sepanjang tahun.

Kata Kunci: cergas, obesiti, pemakanan seimbang, senaman

1.0 PENGENALAN

Program ‘Modul Jom Cergas Intervensi Obesiti’ ini merupakan satu tranformasi
mengenai cara dan pendekatan untuk kekal sihat dan cergas dengan melakukan aktiviti
fizikal dan pemakanan seimbang yang bersesuaian dan berterusan yang diusahakan
oleh pihak sekolah kepada golongan yang disasarkan iaitu murid dan warga sekolah.
Murid-murid menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan
dapat menyebarkan maklumat kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah cara hidup yang lebih sihat. Amalan ini harus dididik daripada seawal usia
dibangku sekolah lagi

Program kesihatan ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah
Sihat dan Selamat (PBSS) untuk melahirkan “Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif
melalui amalan Jom Hidup Sihat”. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan
pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para murid serta masyarakat di sekitar
sekolah. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan
kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat
penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula daripada
rumah. Dengan jalinan kerjasama Pejabat Kesihatan Timur Laut, Pulau Pinang, Kelab

176

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Doktor Muda dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM), SK Jelutong Barat telah
mengambil inisiatif untuk mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya pemakanan
sihat dan aktiviti fizikal di kalangan para murid dan gurunya.

SK Jelutong Barat terletak di Jelutong, Pulau Pinang. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun
1953. Pada tahun 1954, sekolah ini berubah menjadi sekolah Inggeris dan dikenali
sebagai English Jelutong School. Pada tahun 1997, ia dinamakan SK Jelutong Barat.
Pada tahun 2015, SK Jelutong Barat dipilih menjadi sekolah tranformasi. SK Jelutong
Barat memiliki 49 orang murid pra sekolah, 44 orang murid pendidikan khas dan 316
orang murid arus perdana, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 409 orang.
Sekolah ini mempunyai seramai 56 orang guru dan 7 orang anggota pelaksana

2.0 INOVASI

Untuk menjayakan program kesihatan ini, pihak sekolah bersama pejabat kesihatan
telah menggubal satu modul intervensi obesiti yang sesuai dengan persekitaran masyarat
di kawasan Jelutong, Pulau Pinang. Ia dikenali sebagai ‘Modul Jom Cergas Intervensi
Obesiti’. Sebagai permulaan, sebuah gimnasium, Gimnasium Datuk Haji Abdul Razak,
telah dibina hasil kerjasama dan dana dari agensi luar untuk kegunaan murid obesiti
secara khususnya.

Rasional di sebalik inovasi ini adalah untuk membekalkan murid-murid dan guru-guru SK
Jelutong Barat dengan amalan cara hidup sihat untuk membantu peserta menurunkan
berat badan. Pertama, perlu dipastikan semua murid dan guru dapat mengira berat badan
mereka yang unggul. Hasil kutipan data berkenaan Body Mass Index (BMI) mendapati
28 orang murid SK Jelutong Barat secara keseluruhannya mempunyai BMI yang melebihi
dari 25. Program ini boleh membantu murid obesiti mengurangkan faktor risiko penyakit
jantung seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidaemia di masa hadapan.

Strategi perlaksanaan program ini adalah melalui modul Jom Cergas Intervensi Obesiti.
Ia dijalankan pada waktu 1 Murid 1 Sukan (1M1S) dan waktu kokurikulum. Ia turut
membabitkan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti, serta Kementerian Kesihatan (Klinik
Kesihatan Jalan Perak). Tempoh atau masa perlaksanaannya ialah empat belas minggu
(Fasa 1).

Namun terdapat cabaran dan kekangan kepada kaedah perlaksanaannya. Pertama,
adalah kawalan pemakanan murid di rumah. Guru perlu sediakan jadual pemakanan
seimbang untuk dijadikan panduan murid di rumah. Kedua, kesukaran menentukan
aktiviti yang bersesuaian dengan fizikal murid. Oleh itu sekolah perlu membuat jalinan
kerjasama dengan pegawai dari klinik kesihatan bagi mendapatkan nasihat serta
cadangan penambahbaikan terhadap aktiviti program. Ketiga adalah kekangan waktu;
sekolah perlu mencari alternatif masa seperti waktu Pendidikan Jasmani, kokurikulum
dan 1M1S.

3.0 IMPAK

Penurunan berat badan dapat dilihat berlaku kepada hampir semua kumpulan selepas
melalui ketujuh-tujuh modul yang dilaksanakan (Rajah 1).

177

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Rajah 1: Penurunan Berat Badan 28 Orang Peserta Sepanjang 7 Modul
 

Kedatangan murid ke sekolah pula pada keseluruhannya bertambah baik daripada 2015
ke 2017 (Rajah 2)

90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

JANUARI
FEBRUARI

MAC
APRIL

MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPTEMBER
OKTOBER
NOVEMBER

2015 2016 2017

Rajah 2: Analisa Kehadiran Murid Bagi 2015 sehingga Sept. 2017

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Program Jom Cergas Intervensi Obesiti akan diteruskan dengan pelaksanaan Fasa Dua.
Kelab Jom Cergas Intervensi Obesiti akan dilancarkan. Pelaksanaan juga dimasukkan
pada waktu kokurikulum. Kerjasama antara pihak sekolah dengan Pejabat Kesihatan
Pulau Pinang juga diteruskan untuk menggubal dan menambahbaik modul bagi
pelaksanaan program sepanjang tahun.

Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan
dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan obesiti membahayakan kesihatan
mereka yang terlibat perlu mengambil langkah–langkah yang sewajarnya untuk menjaga
kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing–
masing. Justeru, Program Jom Cergas Intervensi Obesi Sekolah Kebangsaan Jelutong
Barat merupakan salah satu tranformasi untuk murid di Jelutong, Pulau Pinang.

178

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUJUKAN
Dr. Fatimah Arshad (1998). Makanlah sayang. Times Edition pte. LTD. Selangor
Abdullah, M. A. & Ali, N. (2011). Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti
dan implikasinya terhadap pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar,
Mukharie, A. W. & Yassin, I. A. (2006). Amalan Pemakanan di Kalangan Remaja di
Kawasan Felda Bukit, Ramun, Kulai, Johor. UTHM: Tesis Sarjana Muda
Modul Pemakanan Kementerian Kesihatan

179

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

KECEMERLANGAN BIDANG SUKAN
(PERMAINAN BOLA TAMPAR)

Norsidah binti Saad
Ambilan 1/2015
Guru Besar

SK Sungai Kering, Yan, Kedah

ABSTRAK

Enrolmen murid yang kecil, kekurangan prasarana dan bilangan guru yang berjumlah 20 orang
sahaja menjadikan sekolah ini tidak mungkin cemerlang dalam kokurikulum. Tambahan pula
dengan punca kuasa kewangan yang terhad menjadi kekangan kepada kecemerlangan. Saban
tahun, pihak pengurusan lebih fokus kepada hanya penyertaan dalam aktiviti kokurikulum
sahaja. Bagaimana mungkin sekolah hendak bersaing dengan sekolah–sekolah gred A yang
mempunyai bilangan murid yang ramai. Isu ini akan berterusan sekiranya tiada tindakan dan
cara penyelesaian yang berkesan. Pihak sekolah berpegang kepada prinsip bahawa setiap isu
dan cabaran pasti ada cara penyelesaiannya. Untuk mengatasi cabaran ini, satu transformasi
perlu dibuat. Menggunakan Model GROW cabaran ini dapat di atasi dengan penyusunan
semula struktur perancangan kokurikulum. Penyusunan yang dibuat berbentuk pemilihan jenis
sukan yang diceburi berdasarkan analisis SWOT. Kekuatan sumber dari segi jurulatih, sumber
kewangan dan prasarana perlu diutamakan bagi merealisasikan impian kecemerlangan. Impak
dari segala cabaran ini, unit kokurikulum sekolah telah berjaya mengukir nama sehingga ke
peringkat negeri. Berbekalkan aset guru, sekolah-sekolah di sekitarnya dan kewangan
yang kecil pasukan bola tampar sekolah telah berjaya menempatkan diri ke peringkat negeri
selama 2 tahun iaitu tahun 2016 dan 2017. Pihak sekolah amat berharap, kecemerlangan ini
dikekalkan hinggalah ke peringkat kebangsaan.

Kata Kunci: amalan terbaik, kecemerlangan, bola tampar

1.0 PENGENALAN

Boleh dikatakan semua pihak pengurusan sekolah di Malaysia menginginkan
kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Malaysia, fokus utama setiap sekolah ialah ke arah kemenjadian murid. Justeru itu
pelbagai tindakan dan kaedah digunakan untuk tujuan tersebut. Malangnya bukan semua
matlamat boleh digapai kerana pelbagai kekangan dan cabaran yang dapat menjejaskan
hala tuju. Oleh itu pihak sekolah mengambil inisiatif dan tindakan melalui peluang dan
sumber aset yang sedia ada bagi mencipta kecemerlangan tersendiri.

1.1 Latarbelakang

SK Sungai Kering adalah sebuah sekolah yang kecil enrolmennya iaitu 136 orang
murid sahaja. Begitu juga dengan kemudahan yang serba kekurangan menjadikan
ia suatu cabaran ke arah kecemerlangan sesuatu bidang. Maka dengan segala
aset sedia ada pihak pengurusan sekolah mencari peluang untuk memartabatkan
kecemerlangan sukan iaitu permainan bola tampar.

180

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK
Program ini melibatkan murid perempuan tahap dua (2) iaitu seramai 35 orang.
Antara objektif program ini ialah :
1. Kemenjadian murid dalam bidang sukan yang dipilih iaitu permainan bola tampar.
2. Menggunakan potensi dan kemampuan aset yang ada ke arah kecemerlangan.
3. Mengatasi masalah ponteng melalui kolaboratif PIBG, guru dan masyarakat setempat.
Pogram dilaksanakan berpandukan Model GROW (goal setting, reality checking, options
dan way forward) seperti rajah 1.


 

Rajah 1: Model GROW

Model GROW yang diilhamkan oleh Sir John Whitmore (1990) lebih mudah digunakan
bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Sememangnya Model Grow mudah diikuti dan
difahami. Melalui Model GROW ini pihak sekolah telah berjaya mencari punca dan
penyelesaian bagi setiap masalah hinggalah pihak sekolah berjaya menempah kejayaan
dalam membina sebuah pasukan bola tampar sekolah.
2.1 Menentukan Matlamat (Setting Goal)

Penentuan matlamat amat penting supaya sesuatu tindakan yang akan diambil
selari dengan fokus asal. Pihak pengurusan menetapkan matlamat ingin cemerlang
dalam bidang sukan bola tampar. Kemenjadian murid agar seimbang antara bidang
akademik dengan bidang sukan.
2.2 Realiti (Reality)
Menggunakan pendekatan analisis keperluan dan SWOT terdapat beberapa
kekangan yang wujud perlu diatasi. Masalah enrolmen murid yang kecil menjadikan
pemilihan bakat murid adalah terhad. Sememangnya jumlah yang kecil menyukarkan
penubuhan pasukan yang benar-benar mantap dan berbakat.
Kekurangan sumber kewangan juga menjadi faktor penghalang kepada kemajuan
sesebuah pasukan. Sumber yang dimaksudkan ialah dari segi peruntukkan
kewangan yang agak. Selama ini pihak sekolah lebih memfokuskan kepada
penyertaan permainan wajib di sertai seperti pertandingan bola sepak dan bola
jaring peringkat zon. Maka pemilihan bagi satu pasukan hanya dibuat secara ‘ad-

181

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

hoc’ dalam masa yang singkat. Impaknya kemenjadian murid dalam bidang sukan
tidaklah berlaku seperti mana yang diharapkan.

Kemenjadian murid dalam bidang akademik terutama dalam pencapaian UPSR
merupakan titik tolak kepada penerokaan kecemerlangan bidang lain iaitu sukan.
Pihak sekolah berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam UPSR selama 4 tahun
berturut-turut.

2.3 Pilihan (Option)

Pertandingan bola tampar menjadi pilihan hasil pemerhatian seorang guru yang
terlibat secara langsung dalam permainan tersebut. Setiap tahun tiada pertandingan
di peringkat zon dilaksanakan. Maka pihak sekolah yang menyertainya secara
automatik mewakili zon. Oleh itu ia merupakan peluang bagi sekolah mencipta
nama dalam bidang permainan bola tampar.

Permainan bola tampar adalah suatu permainan yang tidak melibatkan persaingan
fizikal berbanding sukan lain. Komitmen pihak pengurusan sekolah dengan
menyediakan jaring, tiang dan gelanggang bertar dapat memupuk minat murid.

Wujudnya guru yang berpengalaman, berbakat dan juga pemain PSKPPK
menjadikan laluan yang lebih mudah bagi membentuk pasukan. Begitu juga dengan
usaha keras dan latihan berterusan setiap rabu dan khamis membolehkan pasukan
yang mantap di bentuk. Kerjasama guru-guru dan PIBG sekolah dari segi sokongan
moral dan tenaga menjadikan kejayaan dapat dinikmati bersama.

2.4 Masa Depan (Way Forward)

Fokus jurulatih ialah pemilihan 9 pemain utama sekolah. Antara kriteria yang dipilih
ialah kebolehan servis dan digging dengan teknik yang betul. Bagi menjaminkan
kelangsungan pasukan bola tampar, pelapis disediakan dari murid tahun 4 dan
tahun 5. Pihak pengurusan juga menyediakan insentif dari segi pakaian uniform
yang dijadikan saguhati jika menjadi johan Daerah sebagai sumber inspirasi dan
motivasi kepada murid.

Keyakinan diri murid menjadi fokus utama jurulatih. Maka untuk tujuan itu,
pertandingan persahabatan menjadi aktiviti penting. Perasaan rendah diri bertukar
menjadi semangat juang bagi menaikkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri.

2.5 Isu dan Cabaran

Masih terdapat isu dan cabaran yang perlu ditempuh oleh pihak sekolah . Kemudahan
tembok untuk latihan digging amat diperlukan. Sehingga ke hari ini pihak sekolah
hanya mampu merancang untuk menyediakan tapak bagi membina tembok tetapi
sumber kewangan belum mencukupi. Jika adapun pihak sekolah lebih utamakan
keperluan lain misalnya menyediakan lorong pejalan kaki dari makmal ke blok C,
masalah kerosakan pendawaian elektrik yang sering berlaku.

Keduanya isu gelanggang bertar yang kurang sesuai berbanding berlantaikan
simen. Kesannya bola lebih cepat rosak dan berbahaya sekiranya pemain terjatuh
dan mengundang kecederaan. Pasukan Bola Tampar Sekolah amat memerlukan
gelanggang bersimen.

182

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Kos semakin meningkat dari masa ke semasa juga menjadi isu utama saban tahun.
Kos yang diperlukan ialah kos makan minum, penganggkutan semasa pertandingan,
pakaian, alatan dan penginapan semasa pertandingan.

3.0 IMPAK DAN AMALAN

Bermula tahun 2015, pasukan bola tampar mulai menyertai pertandingan peringkat
Daerah Kuala Muda/Yan. Pada peringkat awal penyertaan, pasukan bola tampar gagal di
peringkat saringan. Guru besar bersama-sama pengurusan kokurikulum telah membuat
refleksi untuk mengatasi beberapa kelemahan. Maka akhirnya, kejayaan dapat dicapai
pada tahun 2016 dengan mendapat Tempat ke-3 di peringkat negeri Kedah namun pada
tahun 2017 pasukan hanya layak ke peringkat separuh akhir.

Walaupun kurang kejayaan-kejayaan besar dalam pertandingan yang disertai tetapi
minat murid terhadap permainan ini menjadi bertambah baik. Ini dapat dilihat melalui
rekod kehadiran murid semasa latihan dijalankan seperti dalm Rajah 2.


 



Rajah 2: Rekod kehadiran murid dalam sesi latihan

Program ini juga berjaya mengatasi isu kewangan dengan kerjasama guru dan PIBG
apabila pihak sekolah berjaya menempah uniform pasukan dan dijadikan cenderamata
sebagai ganjaran kejayaan kepada pasukan bola tampar. Untuk tahun 2018, uniform
pasukan telah siap ditempah melalui sumbangan pihak sekolah.

Bermula dengan dua (2) biji bola tampar dan gelanggang berumput yang berkongsi
dengan padang bola sepak maka murid tahap dua diperkenalkan dengan kemahiran
permainan bola tampar. Pada hari ini, jumlah bola tampar juga bertambah kepada
lapan (8) biji. Setiap kali latihan setiap ahli pasukan bertanggungjawab menyimpan dan
menggunakan alatan yang disediakan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setiap kejayaan yang dicapai hendaklah melalui pergorbanan dan kerjasama semua
pihak. Usaha guru sahaja tidak cukup lengkap tanpa ada kerjsama daripada masyarakat
sekeliling. Bukanlah sesuatu yang mustahil sebuah sekolah yang serba kekurangan
mencipta kecemerlangan. Komited dengan tugas, iltizam, bermatlamat serta usaha
bersungguh-sungguh menjadikan impian menjadi kenyataan. Perkara yang lebih penting

183

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

ialah pembentukan modal insan yang seimbang sejajar dengan falsafah pendidikan
negara. Berbekalkan Model Grow pihak sekolah dapat memanfaatkan aset yang sedia
ada dan bakal mencipta kejayaan dalam apa-apa jua bidang sekalipun pada masa
hadapan.
5.0 RUJUKAN
https://en.wikipedia.org/wiki/GROW_model
Mallet, C.J. 2003. Why the fire burn so bright. International Journal of Sports Psychology,

3: 117-131.
Mohd Jaflus Bahari. 2008. Faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam

kegiatan kokurikulum sukan di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan
daerah Seremban
Nelfianty Mohd Rasyid dan Shaharudin Abd Aziz, Gaya Kepimpinan Jurulatih yang
Digemari oleh Atlet Sekolah Sukan Malaysia, Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan
Jasmani

184

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

V36A

Sazahlie bin Sapar
Ambilan 1/2013
Guru Besar

SK Sipinong, Sandakan, Sabah

ABSTRAK
V3 merujuk pada vision, voleyball, dan victory. Manakala 6A pula ialah kecemerlangan dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Gabungan elemen ini dinamakan V36A. Program
ini dirangka khusus untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sipinong bagi menggembleng pelbagai
kemahiran dan sumber yang ada dalam membina kebitaraan Sukan Bola Tampar serta
meningkatkan prestasi murid dalam akademik. Program tiga puluh minggu ini menggariskan
empat “Key Result Areas” (KRA) iaitu meningkatkan kecemerlangan akademik dengan
melibatkan dua puluh orang murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Sebanyak 80% peserta
berjaya mengecilkan Gred Purata Individu (GPI) seterusnya memberi kesan langsung
kepada Gred Purata Sekolah (GPS). KRA seterusnya ialah meningkatkan penyertaan dan
kecemerlangan murid dalam kokurikulum. Sebanyak 60 % jumlah peserta yang dilati telah
terpilih untuk mewakili Kontinjen Bola Tampar Bahagian Sandakan ke Kejohanan Sukan Majlis
Sukan Sekolah Negeri Sabah (MSSS) dan seorang berjaya dipilih mewakili Negeri Sabah.
Seterusnya KRA meningkatkan kompetensi guru berjaya dengan pelantikan guru sekolah ini
sebagai Jurulatih Pasukan Sabah dan seterusnya menjuarai Kategori Lelaki Bawah 12 tahun
peringkat kebangsaan. Manakala KRA mewujudkan perkongsian pintar antara pihak sekolah
dengan PIBG, komuniti luar dan agensi luar, memperlihatkan kejayaan dan kesediaan pelbagai
pihak membantu sekolah telah berjaya meletakkan SK Sipinong sebagai satu kuasa baharu
Bola Tampar di Daerah Sandakan. Pendekatan kekeluargaan yang digunakan memberi impak
yang besar dalam kejayaan program ini dan membuktikan bahawa anak-anak di pulau juga
mampu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sukan permainan
Kata Kunci: Gred Purata Individu; “Key Result Areas”; Peperiksaan Akhir Tahun; Pengajaran
dan Pemudahcaraan; “Take Off Value”; Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.

1.0 PENGENALAN

SK Sipinong mula ditubuhkan pada 1977, dan merupakan sekolah kategori Pedalaman
Dua (P2) dan Sekolah Kurang Murid (SKM). Sekolah ini memiliki potensi yang meningkat
dengan sejarah sebelumnya pernah menerima Tawaran Bai’ah pada tahun 2010. Maka
pembinaan iklim pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang kondusif dan efisien
diusahakan. Manakala sukan bola tampar mula diperkenalkan pada Februari 2015 oleh
Encik Abang Mohamad Ausali bin Abang Hj Junaidi. Komitmen tinggi guru ini telah berjaya
menarik minat warga sekolah. Pelan Pembangunan Organisasi (PBO) telah menjana
V36A sebagai satu percubaan menggabungjalinkan elemen akademik dan kokurikulum
serta menekankan penggemblengan potensi, sumber dan peluang untuk digerakkan
menuju matlamat sekolah.

185

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK V36A

Strategi meningkatkan prestasi akademik murid dan melahirkan murid berkemahiran
sukan bola tampar yang tinggi melalui V36A menggariskan empat Key Result Areas
(KRA) sejajar dengan PPPM, iaitu:

1. KRA1: Meningkatkan Kecemerlangan Akademik berfokus Aspirasi Sistem: Ekuiti dan
Aspirasi Murid: Kemahiran Berfikir.

2. KRA2: Meningkatkan Penyertaan dan Kecemerlangan Murid Dalam Kokurikulum
berfokus Aspirasi Sistem: Perpaduan dan Aspirasi Murid: Etika dan Kerohanian.

3. KRA4: Meningkatkan Kompetensi Guru iaitu Anjakan 4: Mentransformasi profesion
keguruan menjadi profesion pilihan.

4. KRA7: Mewujudkan Perkongsian Pintar Antara Pihak Sekolah Dengan PIBG, Komuniti
Luar Dan Agensi Luar iaitu Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas.

V36A bermula dengan pemilihan murid melalui Talent Identification Program (TID) bola
tampar. Kerangka jadual latihan bola tampar serta latihan akademik disusun oleh jurulatih
dan guru akademik.

Program latihan disusun meliputi dua keadaan, iaitu latihan pada hari persekolahan
biasa dan latihan berpusat. Fasa satu V36A ditetapkan selama tiga puluh minggu dengan
melibatkan 20 orang murid dari tahun tiga hingga tahun enam. Bilangan peserta mengikut
jantina dan kelas ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Bilangan peserta mengikut Jantina dan Tahun

Jantina Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah
Lelaki 1 2 3 4 10
Perempuan - - 4 6 10
Jumlah 1 2 7 10 20

2.1 Cabaran V36A dan Penyelesaian

Berstatus tanah milik persendirian, sekolah ini tidak memiliki gelanggang permainan.
Berbekalkan tapak bangunan solar, satu gelanggang bola tampar berjaya
diwujudkan. Persekitaran sekolah tidak berpagar menimbulkan isu kerosakan
bola dan keselamatan murid, untuk itu pihak sekolah mendapatkan kerjasama
penduduk kampung bagi mengguna semula pukat-pukat terbuang untuk dijadikan
jaring penampan bola dan dipasang di tepi gelanggang.

Sumber peruntukan amat terhad sedangkan kos pergerakan amat besar apabila
melibatkan kos bot cater. Justeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digerakkan
bagi mengutip dana daripada ibu bapa peserta V36A dan juga pihak swasta.
Di samping itu pihak sekolah turut memohon sumbangan khidmat bantuan
pengangkutan bot daripada Ladang Sime Darby Tungku.

Pasukan bola tampar SK Sipinong juga mempunyai isu “mabuk darat”. Masalah ini
wujud kerana murid daripada pulau akan menghadapi masalah mabuk darat yang
melibatkan perjalanan darat walaupun dalam jarak dekat. Oleh itu pihak sekolah

186

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

akan merancang pergerakan sehari lebih awal daripada tarikh kejohanan untuk
memberikan masa rehat yang secukupnya kepada pemain.

3.0 IMPAK

Gred Purata Individu (GPI) sebagai petunjuk prestasi KRA1 memperlihatkan 80%, iaitu
16 orang daripada 20 orang murid V36A menunjukkan peningkatan pencapaian apabila
berjaya mengecilkan GPI masing-masing antara 0.17 hingga 1.50. Perbandingan GPI
dibuat berdasarkan Ujian 1 2017 sebagai Take Off Value (TOV) dan Peperiksaan Akhir
Tahun (PAT) 2017 (Lampiran 1).

Pada tahun 2016 terdapat 15 orang calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
sekolah; 10 daripadanya adalah peserta V36A. Kesemua 10 orang peserta V36A berjaya
mengecilkan GPI masing-masing dalam UPSR antara 0.50 hingga 1.67 (Lampiran 2).

KRA2 pula diukur dengan kejayaan Adik Masran bin Omar (Tahun 5) mewakili Sabah
ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Bola Tampar Bawah 12 (Lelaki)
di Negeri Sembilan. SK Sipinong turut mencatat sejarah apabila buat kali pertamanya
sebuah sekolah kecil dapat mewakili pasukan daerah Sandakan dengan barisan enam
pemain utama bagi setiap pasukan. Penyertaan dan pencapaian dalam Kejohanan Bola
Tampar Bawah 12 dipaparkan dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Penyertaan dan pencapaian dalam Kejohanan Bola Tampar Bawah 12

MSSD Kategori Penyertaan Pencapaian Anugerah
Sandakan Pasukan Individu
MSSB Lelaki 12 1 pemain
Sandakan Perempuan 12 Johan
6 1 pemain
MSSS Lelaki 7 Johan
Perempuan 6 Johan 10 pemain
MSSM 6 Johan 6 pemain
Lelaki 1 Naib Johan 4 pemain
SAVA Perempuan 11 Tempat Ke-5
8 Johan
Lelaki 8 Johan
Lelaki Johan
Perempuan A Tempat Ke-3
Perempuan B

KRA4 memperlihatkan perubahan sikap, kompetensi dan kesungguhan kakitangan telah
mendapat pengiktirafan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan
dan PPD Telupid serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) apabila En. Abang
Mohamad Ausali dan En. Sait Sarip diberikan kepercayaan menggalas tugas sebagai
Ketua Jurulatih Pasukan Lelaki dan Perempuan Bawah 12 hingga ke peringkat MSSS.
En. Abang Mohamad Ausali juga turut dilantik sebagai Jurulatih Kategori Lelaki Bawah
12 Pasukan Sabah sehingga berjaya membawa pasukan tersebut merangkul juara.

KRA7 dicapai dengan kejayaan menggerakkan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
membantu sekolah seterusnya berjaya meletakkan SK Sipinong sebagai satu kuasa
baharu bola tampar di Daerah Sandakan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar
Utusan Borneo pada 20 Oktober 2017 (Lampiran 3). Melalui V36A, Penglibatan Ibu Bapa

187

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

dan Komuniti (PIBK) juga dilihat lebih terarah dalam membantu sekolah selaras dengan
Anjakan 9, PPPM 2013-2025 (PPPM, 2013; Sarana Ibu Bapa, 2013).
Impak yang ketara terhadap murid-murid SK Sipinong ialah program ini telah mengangkat
sukan bola tampar menjadi watak sekolah. Keinginan semua murid untuk terlibat dalam
sukan ini dapat dilihat dan dirasai pada setiap hari persekolahan khasnya pada waktu
rehat. Majoriti murid akan berada di gelanggang untuk bermain bola tampar. Oleh itu
pihak sekolah sentiasa menyediakan bola dan kemudahan latihan untuk maksud
tersebut. Guru sentiasa ada mengawasi keadaan ini di samping memberi bimbingan dan
menilai kemahiran mereka. Penerapan nilai dan disiplin semasa bermain bola tampar
menjadikan murid-murid lebih seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial yang seterusnya menimbulkan perasaan seronok hadir setiap hari ke sekolah.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Beberapa penambahbaikan akan dilakukan dalam fasa berikutnya sama ada dari sudut
modul latihan kemahiran bola tampar mahu pun modul latihan akademik berfokus.
Pemantapan PdPc, budaya analisis item serta pembinaan item, kaedah pemantauan,
pembinaan pasukan pelapis dan infrastruktur turut dicadangkan. Kekangan kewangan
dalam pelaksanaan V36A fasa dua turut direncanakan melalui kaedah-kaedah
penyelesaian yang sesuai dan mudah. Pihak sekolah meletakkan harapan dengan
kebitaraan dan watak yang dimiliki oleh semua murid SK Sipinong akan menjadikan
mereka pemain utama di daerah Sandakan, seterusnya melayakkan mereka ditempatkan
ke Sekolah Sukan Sabah atau sekolah kawalan lain. Pihak sekolah juga ingin melihat
dalam masa mendatang mereka mewakili Malaysia dalam sukan ini diikuti dengan
kecemerlangan yang mereka perolehi dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
(PPSR).

5.0 RUJUKAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sarana Ibu Bapa. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

188

BAHAGIAN 5:
KEWANGAN


Click to View FlipBook Version