The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszelan, 2018-08-01 23:13:31

kolokium NPQEL bahag 1

bahan perkongsian

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi tujuan untuk mendapatkan impak yang maksimum melalui program 5SPIT ini,
sekolah sentiasa mencari peluang untuk menambah baik kelemahan yang ada dalam
kelima-lima strategi yang dilaksanakan ini. Antaranya termasuklah:
1. Mendapatkan bantuan dan sumbangan daripada pihak PIBG sekolah untuk
menampung kos pencetakan Soalan Back-Up dan latihan tubi sekolah.
2. Penambahbaikan dalam penjilidan buku kawalan kelas iaitu dikeluarkan dalam tiga
bulan sekali.

5.0 RUJUKAN
Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan Edisi ke-2, Majlis Pengetua Cemerlang
Kebangsaan, 2010.
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional, Kembali Kepada Yang Asas, Pemimpin
Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia
2013.
Haji Sufa’at Tumin (Dato’), Melindungi Masa Instruktional (Protecting Instructional Time)
Di Sekolah Meningkatkan Kebersihan Murid. Kementerian Pendidikan Malaysia 2013.
Hallinger, P. & Murphy, J. (1987), Assesing and developing principal instructional
leadership. Educational Journal. EBSCO Publishing.
Jurnal Pendidikan, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Kebangsaan, 2017.
Jurnal Pengurusan Pendidikan PPSMS Edisi 2015, Persatuan Pengetua Sekolah
Menengah Sabah, 2015.

40

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

“PROGRAM 3B JOM SIGNATURE”

Julia binti Benjamin Siri
Ambilan 1/2015
Guru Besar

SK LKTP Belara, Kuala Nerus, Kedah

ABSTRAK

Program 3B Jom Signature (berjumpa, bertanya dan berbincang dengan guru) dijalankan untuk
mengatasi masalah murid tahun 6 yang kurang yakin untuk berkomunikasi dengan guru-guru
mata pelajaran mereka. Ini menyebabkan murid-murid tidak berani berjumpa dan bertanya pada
waktu terluang, awal pagi, waktu rehat atau pada bila-bila masa yang sesuai ketika berada di
sekolah tentang pelajaran serta latihan kerja sekolah mereka. Akibatnya sebahagian besar
mereka tidak menyiapkan kerja sekolah selepas waktu persekolahan, iaitu ketika berada di
rumah. Guru-guru pula tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan apabila murid
tidak menyiapkan kerja rumah untuk sesi perbincangan di dalam kelas. Malah sebahagian
murid tidak dapat menguasai kemahiran yang dikehendaki dan ini menyebabkan mereka
memperolehi markah yang rendah di dalam dua ujian yang telah dilaksanakan. Pestasi murid
tidak menunjukkan trend peningkatan yang baik selepas postmortem Ujian Kuala Nerus 1(UKN1).
Program 3B Jom Signature mengambil kira salah satu asas utama dalam Pembelajaran Abad
21, iaitu komunikasi. Murid-murid digalakkan berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman
mereka dalam proses pembelajaran. Dalam program ini murid-murid perlu berjumpa, bertanya
dan berbincang dengan guru mata pelajaran pada bila-bila masa yang sesuai ketika waktu
persekolahan. Bila selesai sesi perbincangan tersebut, guru akan menurunkan tanda tangan
pada booklet yang telah disediakan untuk setiap murid Tahun 6.

Kata Kunci: berjumpa, bertanya, berbincang, signature dan komunikasi

1.0 PENGENALAN

Guru besar berperanan menetapkan standard yang tinggi bagi amalan profesional
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 untuk memupuk akauntabiliti yang tinggi dalam
kalangan guru. Guru besar mestilah mempunyai pengetahuan dalam amalan sekolah
terbaik serta mesti menggunakan pengetahuan ini untuk memimpin ke arah mewujudkan
struktur kolaboratif dalam sekolah bagi merangka kerja yang amat menarik kepada
murid, pembentukan rakan sekerja dan komuniti professional di sekolah. Hussein (1997)
menyatakan bahawa dapatan-dapatan kajian tentang keberkesanan sekolah menunjukkan
bahawa penentu paling utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang
ditunjukkan oleh guru besar atau pengetua dalam bidang kurikulum atau pengajaran. Bagi
De Bevoise (1984), kepimpinan pengajaran adalah kepimpinan yang berkait rapat dengan
proses pengajaran di mana guru, murid dan kurikulum saling berinteraksi. Dalam kertas
pembentangan ini, fokus program 3B Jom Signature adalah untuk memastikan murid
dapat berkomunikasi secara berkesan dan yakin untuk berjumpa, bertanya, berbincang
dengan guru bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran.

41

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

2.0 AMALAN TERBAIK

Program 3B Jom Signature ini bermula dengan kajian tindakan selepas posmortem UKN1
bersama guru-guru mata pelajaran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Analisa
markah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik tertentu tidak menunjukkan
trend peningkatan yang positif dan tidak mencapai sasaran. Faktor utama kepada
permasalahan atau isu ini ialah kemahiran berkomunikasi murid masih di tahap yang
rendah. Mereka agak sukar untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kelas semasa
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Murid-murid didapati tidak mengambil
peluang untuk berjumpa, bertanya dan berbincang tentang pelajaran mereka dengan
guru mata pelajaran walaupun telah diberitahu secara lisan berulang kali semasa di dalam
kelas. Ada dalam kalangan murid tidak berani untuk berjumpa serta kurang yakin untuk
berkomunikasi dengan guru. Guru besar mendapati faktor keluarga juga menyumbang
kepada masalah yang timbul. Melalui dialog prestasi bersama ibu bapa murid pada 10 April
2017, mereka mengakui kurang memberi dorongan kepada anak-anak mereka kerana
sibuk bekerja, latar belakang pendidikan yang sederhana menyukarkan mereka untuk
membantu anak-anak belajar di rumah dan kekurangan masa kerana mempunyai anak-
anak yang masih kecil untuk diurus. Guru Besar dapat rumuskan bahawa murid-murid
kurang mahir untuk berkomunikasi kerana dipengaruhi oleh faktor kehidupan mereka
di rumah menyebabkan mereka tidak yakin untuk berjumpa, bertanya dan berbincang
dengan guru.

Sebagai pemimpin sekolah, guru besar sangat menitikberatkan proses PdPc di dalam
mahupun di luar kelas. Kemahiran komunikasi amat penting kerana ia merupakan salah
satu ciri utama Pembelajaran Abad ke-21 selain daripada ciri pemikiran kritis, kreativiti,
kolaboratif dan nilai. Berdasarkan soal selidik yang guru besar edarkan kepada murid-
murid Tahun 6 seramai 38 orang, didapati hanya empat orang murid mengakui selalu
berjumpa, bertanya dan berbincang dengan guru tentang pelajaran mereka pada
waktu pagi, waktu rehat atau selepas waktu persekolahan. Manakala, 16 orang murid
menyatakan mereka dapat berkomunikasi dengan baik dan hanya 11 orang murid yakin
untuk berkomunikasi. Seterusnya, 10 orang murid sahaja mempunyai jadual waktu
belajar di rumah dan hanya 8 orang murid yang sentiasa menyiapkan kerja sekolah.
Hanya 9 orang murid didapati rajin membaca. Jadual 1 menunjukkan 6 item soal selidik
yang kritikal dan ini membuktikan tahap dan minat untuk belajar dalam kalangan murid
Tahun 6 sangat rendah.

Jadual 1 : Dapatan Item Soal Selidik

42

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pada bulan Mac, guru besar bersama dua orang guru tahun 6 berbincang tentang
intervensi yang perlu dibuat bagi menggalakkan murid-murid belajar secara interaktif
dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka. Berdasarkan kajian tindakan yang
saya buat, maka diperkenalkan satu program iaitu program 3B Jom Signature untuk
mengalakkan murid berkomunikasi dengan guru-guru. Guru besar telah mengadakan
perjumpaan dengan murid tahun 6 bagi menerangkan tujuan pelaksanaan program 3B
Jom Signature. Program 3B Jom Signature mempunyai dua aktiviti. Aktiviti pertama ialah
mendapatkan tanda tangan guru mata pelajaran semasa mereka berjumpa, bertanya dan
berbincang tentang kerja sekolah yang diberi oleh guru tersebut pada waktu yang sesuai
semasa sesi persekolahan. Aktiviti kedua ialah mendapatkan tanda tangan guru mata
pelajaran semasa murid menghantar atau menunjukkan kerja rumah mereka yang telah
disiapkan. Program ini dilaksanakan selama 4 minggu bermula 16 April hingga 11 Mei 2017
menggunakan Booklet 3B Jom Signature.

Guru Besar menekankan kepada dua mata pelajaran dalam aktiviti ini, iaitu Bahasa
Melayu dan Matematik. Bagi memantapkan program 3B Jom Signature, program Dating
Group Study Super Smart (DG3S) turut diperkenalkan dalam usaha menggalakkan murid-
murid belajar dalam kumpulan semasa waktu lapang dengan pemantauan ibu bapa murid.
Kumpulan DG3S ini perlu mendapatkan tanda tangan ibu bapa sebagai bukti mereka
berada di rumah salah seorang ahli kumpulan. Booklet DG3S akan disemak oleh guru mata
pelajaran yang terlibat. Pada awal pelaksanaan program 3B Jom Signature ini, saya dan
guru-guru yang terlibat membimbing beberapa orang murid yang masih kurang yakin untuk
berjumpa, bertanya dan berbincang. Murid-murid berkenaan dipanggil secara individu bagi
sesi bimbingan. Setelah diberi bimbingan selama lima hari, murid-murid yang terlibat telah
menunjukkan perubahan yang positif. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan rakan
sebaya, memberi respon kepada guru semasa PdPc di dalam kelas serta terlibat aktif
dalam program 3B Jom Signature ini.

3.0 IMPAK AMALAN

Setelah empat minggu program 3B Jom Signature dijalankan, guru besar mendapati telah
berlaku peningkatan jumlah murid berjumpa, bertanya dan berbincang dengan guru-guru
yang terlibat tentang pelajaran mereka. Selain itu, jumlah murid yang menyiapkan kerja
sekolah yang diberi oleh guru juga menunjukkan peningkatan yang sangat positif. Setiap
orang murid yang memperolehi tanda tangan guru bagi kedua-dua aktiviti tersebut dalam
tempoh program ini dijalankan diberi ganjaran dan murid yang mendapat jumlah tanda
tangan tertinggi diberi hadiah utama seutas jam tangan yang menggambarkan simbolik
masa itu emas. Maklum balas guru-guru yang terlibat mendapati murid-murid telah
menunjukkan minat untuk bersoal jawab semasa proses PdPc di dalam kelas dan semasa
kelas bimbingan UPSR.

Keputusan bagi Ujian Pertengahan Tahun, Percubaan UPSR 2017 serta Ujian Tambah
Nilai UPSR 2017 menunjukkan peningkatan yang sangat positif, ditunjukkan dalam rajah 1.

43

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Rajah 1: Perbandingan Pencapaian Murid Dalam 4 Ujian Tahun 2017

Program kunjungan mesra guru besar bersama guru ke rumah ibu bapa murid yang
terlibat dalam tempoh program ini dilaksanakan telah memberi impak yang sangat positif.
Ibu bapa melibatkan diri secara aktif semasa murid dalam kumpulan rakan sebaya berada
di rumah untuk program Dating Group Study Super Smart. Selain itu, data kehadiran ibu
bapa semasa program dialog prestasi dan motivasi yang diadakan pada 9 Mei 2017
menunjukkan peningkatan 97% berbanding 76% semasa dialog prestasi pada 10 April
2017. Keputusan Ujian Pertengahan Tahun 2017 juga menunjukkan peningkatan gred
purata mata pelajaran bagi Bahasa Melayu dan Matematik. Melalui program 3B Jom
Signature ini, guru besar mendapati hubungan sesama manusia iaitu, hubungan murid
dengan guru, murid dengan ibu bapa serta rakan sebaya dan hubungan guru dengan ibu
bapa semakin rapat dan telah membentuk budaya sekolah penyayang. Selain itu, saya
mendapati murid Tahun 6 dapat berkomunikasi dengan baik dan ada dalam kalangan
mereka telah berani menonjolkan bakat diri dalam pidato, bercerita, mengacara majlis
dan menyanyi.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Memandangkan program 3B Jom Signature mendapat respon yang sangat menggalakkan
daripada murid dan ibu bapa serta memberi impak yang sangat positif terhadap
pembelajaran murid Tahun 6, ia diteruskan sehingga hujung bulan Ogos sebelum Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017. Selain itu, guru besar dan guru yang terlibat
dengan program 3B Jom Signature sedang merangka e-booklet bagi meningkatkan
kemahiran penggunaan teknologi dengan konsep mesra pengguna. Program ini juga
dicadangkan diperluaskan untuk murid-murid lain dan untuk mata pelajaran yang
berkeperluan.

44

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

5.0 RUMUSAN
Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir
sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Guru besar haruslah berpandangan jauh,
proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan murid
mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman. Guru besar juga seterusnya harus
membimbing dan membangunkan guru-guru untuk meningkatkan kompetensi mereka
bagi melonjakkan pencapaian sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang.

6.0 RUJUKAN
Christopher Bowring-Carr & John West- Burnham (2004) Belajar Secara Berkesan Di
Sekolah. London: Pitman
John West-Burnham (2010) Mengurus Kualiti Di Sekolah. United Kingdom: Pearson
Education Limited
Mahmuddin (2010) Mencipta Lingkungan Pembelajaran yang kondusif. http://mahmuddin.
Wordpress.co
Samsuddin A.Rahim (2003) Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025. Kuala Lumpur

45

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

LONJAKAN KEMENJADIAN MELALUI PRINSIP
“GURU MENGAJAR, MURID BELAJAR”

Lau Ngie Tung
Ambilan 2008

Pengetua
SMK Ulu Balingian, Selangau, Sarawak.

ABSTRAK

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berperanan membangunkan modal insan
kelas pertama. Justeru, prinsip “Guru Mengajar, Murid Belajar” wajib difahami, dihayati dan
dizahi-RKan oleh warga sekolah. Segala usaha dan tindakan warga sekolah, terutamanya
pentadbir haruslah ke arah memastikan semua guru dapat melaksanakan penyampaian dan
pemudahcaraan dengan berkesan di dalam dan di luar bilik darjah. Manakala kesediaan
murid yang tinggi untuk menerima penyampaian guru perlu sentiasa dipupuk. Prinsip “Guru
Mengajar” perlu didukungi Strategi Melindungi Masa Instruksional (MMI) untuk memantapkan
aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Guru mengajar bermakna guru membuat persediaan
yang rapi, menyediakan latihan yang sesuai dan mencukupi, menyemak hasil kerja murid,
menganalisis kemajuan murid bagi merangka program kemajuan akademik dan menyediakan
tindakan intervensi berfokus serta melaksanakan kawalan kelas yang baik. Prinsip “Murid
Belajar” perlu dipupuk dengan memastikan semua murid mempunyai kesediaan yang tinggi
untuk belajar melalui kawalan disiplin yang mantap dalam aspek kekemasan fizikal murid dan
amalan nilai-nilai murni. Seterusnya pengurusan dan penggunaan masa belajar yang optimum
perlu ditekankan untuk memastikan murid sentiasa membuat ulangkaji dan menyiapkan
latihan selain memastikan murid sentiasa membawa peralatan PdP yang mencukupi untuk
membolehkan proses PdP berjalan dengan lancar dan berkesan.

Kata Kunci: Kesediaan Belajar, Melindungi Masa Instruksional (MMI), Guru Mengajar, Murid
Belajar. Bilangan Waktu Mengajar

1.0 PENGENALAN

SMK Ulu Balingian merupakan sekolah luar bandar yang selalu mengalami masalah
bekalan air akibat gangguan bekalan elektrik, kerosakan pam dan pecahnya paip air
utama kerana terlalu uzur; dan masalah bekalan elektrik terputus disebabkan kerosakan
genset. Warga sekolah berjumlah lebih kurang 650 orang yang terdiri daripada murid
yang tinggal di asrama seramai 85% daripada 550 orang enrolmen murid, 53 orang guru
dan 13 orang Anggota Khidmat Pelaksana (AKP) bersama ahli-ahli keluarga semuanya
tinggal di sekolah. Purata lebih daripada 60 hari setahun mengalami gangguan bekalan
air dan elektrik telah mengganggu motivasi kerja dan perjalanan aktiviti kehidupan
guru dan murid. Tambahan pula lebih daripada 6 bulan kekosongan Pengetua mulai
bulan Mei 2014 sebelum penulis ditempatkan sebagai Pengetua baru pada 1.12.2014.
Daripada analisis persekitaran terhadap tingkah laku warga sekolah, didapati guru selalu
menggunakan waktu PdPc bagi mengadakan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan
untuk menghadapi pertandingan di dalam atau di luar sekolah dan membuat persediaan
atau persiapan untuk program sekolah sehingga mengganggu banyak waktu PdPc.
Guru tidak mengganti kelas apabila ketidakberadaan di kelas akibat urusan rasmi atau

46

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

peribadi. Rata-rata guru menunjukkan kurang keupayaan dan kewibawaan mengawal
kelas, terutamanya 31 daripada 53 orang guru (58.5%) yang pengalaman mengajarnya
kurang daripada 3 tahun. Kesediaan belajar murid sangat rendah kerana selalu tidak
menyiapkan latihan dan tidak membawa peralatan PdPc seperti buku, alat tulis, bahan
kerja kursus dan tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar. Penampilan fizikal
murid dengan pelbagai gaya pakaian dan gaya rambut yang melampau telah meletakkan
sekolah sebagai tempat bersantai. Justeru, iklim sekolah sangat tidak menyerlah dan tidak
menggalakkan PdPc kondusif di dalam bilik darjah. Keadaan latar sekolah sedemikian
telah melunturkan peranan utama institusi sekolah, iaitu guru mengajar dan murid belajar.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK
Menurut Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti
Sekolah), hari sekolah bagi mana-mana satu tahun tidak boleh kurang daripada 190
hari. Guru Besar/Pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati hari
sekolah bagi sekolahnya adalah kurang daripada 190 hari. Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud di dalam Buku Melindungi Masa Instruksional
(2013) juga menegaskan bahawa pihak pengurusan sekolah semestinya memastikan
keberadaan guru di sekolah dan seterusnya meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran
guru melalui kepimpinan instruksional. Melindungi masa instruksional merupakan salah
satu komponen fungsi pengetua dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di
sekolah.
Untuk membetulkan persepsi negatif guru dan memastikan pematuhan Dasar Melindungi
Masa Instruksional (MMI) bagi menzahirkan Prinsip Guru Mengajar, jumlah bersih hari
PdPc ditetapkan dengan jitu di dalam Tapak Takwim Sekolah sebelum sesi persekolahan
bermula (Rajah 1). Jumlah bersih hari PdPc (masa instruksional) bermakna jumlah waktu
PdPc selepas ditolak hari peperiksaan (dalaman, awam), hari pembetulan ujian, cuti
peristiwa, dan hari program sekolah atau sebarang aktiviti sekolah yang menebus guna
waktu PdPc.

47

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Petunjuk: S = Hari PdP dapat berlangsung; X = Hari PdP tidak dapat berlangsung; P = Hari Pembetulan Ujian
berlangsung; C = Hari cuti sekolah/ hujung minggu

Rajah 1: Tapak Takwim Sekolah untuk menetapkan hari-hari yang PdPc dapat berlangsung
(*Rajah ini hanya gambaran contoh simulasi sahaja)

Berdasarkan Tapak Takwim Sekolah, Tapak Kira Jumlah Waktu dan Masa PdPc untuk
membantu guru menjana bilangan waktu dan jumlah masa yang dapat digunakan
untuk PdPc sepanjang tahun (atau selepas janaan jadual waktu baru) seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 2. Daripada tapak itu, jelas kelihatan bahawa hanya terdapat 191
hari persekolahan sepanjang tahun 2017. Daripada 191, hanya 101 hari sahaja dapat
digunakan untuk PdPc. Dengan mengambil subjek Matematik kelas 5B yang waktu PdPc
jatuh pada hari Isnin, Selasa dan Khamis, hanya 61 daripada 101 hari dengan jumlah
122 waktu atau 61 jam yang dapat digunakan untuk PdPc sebenar selepas ditolak hari
cuti, peperiksaan, pembetulan, dan aktiviti sekolah; belum termasuk waktu PdPc yang
mungkin terganggu oleh ketidakberadaan guru akibat urusan rasmi dan peribadi yang
belum terancang.

48

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Rajah 2: Gambaran Tapak Kira Jumlah Waktu dan Masa PdP Sepanjang Tahun Bermula Dari tarikh 01.01.2017

Dengan mengetahui dan memahami jumlah bersih waktu instruksional yang dapat
digunakan, guru dapat menerima rasional pematuhan Dasar MMI. Pengetua juga
dapat berhujah kukuh berdasarkan data dan maklumat yang sahih tanpa menimbulkan
pertikaian dan ketidakpuasan guru terhadap penetapan kerja. Setiap guru dikehendaki
memastikan waktu instruksional itu diganti melalui cara tukar ganti atau jual beli sebelum
atau selepas ketidakberadaan di dalam kelas atau di sekolah. Pada awal tahun atau
selepas setiap perubahan jadual waktu, semua guru diminta menyediakan Jadual Waktu
Tukar Ganti sebagai pelan kontingensi apabila tidak dapat hadir akibat kecemasan seperti
cuti sakit melalui rundingan dan persetujuan sesama guru-guru yang mengajar di kelas
yang sama. Guru yang mengajar di kelas yang sama dapat mengambil alih waktu PdPc
guru yang tidak dapat hadir. Guru berkenaan perlu mengganti semula waktu mengajar
tersebut selepas kembali daripada urusan kecemasan.

Pembelajaran bukan sekadar berlaku semasa guru mengajar di dalam kelas, tetapi murid
perlu berinteraksi dengan ilmu yang disampaikan selepas PdPc melalui kerja latihan
yang disediakan. Guru sering menghadapi kesulitan memastikan murid belajar dan
menyiapkan latihan lalu menyebabkan kewibawaan guru selalu tercabar, terutamanya
guru baharu atau guru yang lemah dalam pengurusan dan kawalan kelas. Oleh itu,
pengetua perlu sentiasa melakukan pemantauan untuk memastikan guru menyediakan
latihan dan menyemak hasil kerja murid serta mengambil tindakan disiplin terhadap murid
yang tidak menyiapkan latihan atau kerja rumah sekolah. Tindakan sedemikian dapat
mengupayakan profesionalisme guru, sekaligus meningkatkan kemenjadian murid.

Untuk menzahirkan Prinsip Murid Belajar, pengetua wajib memastikan semua murid
mempunyai kesediaan diri yang tinggi untuk belajar. Justeru, pengurusan disiplin
sepanjang masa secara berterusan, adil, telus, tegas dan konsisten dalam sentiasa
ditekankan. Sesetengah pihak, terutamanya pelajar dan ibu bapa beranggapan bahawa
aspek kekemasan fizikal murid dan penerapan nilai-nilai murni kurang berkaitan dengan
PdPc di dalam bilik darjah. Akibatnya, murid kurang bermotivasi untuk belajar dan
seterusnya menghalang pencapaian objektif sekolah. Aspek kekemasan dan penjagaan
peralatan PdPc sangat perlu ditekankan. Keteraturan ini sangat membantu pembentukan
motivasi murid untuk belajar kerana semuanya memberikan satu perasaan selesa, kemas
dan mudah dicapai untuk memulakan pembelajaran di dalam bilik darjah, di asrama atau
di rumah.

49

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Proses pembelajaran murid tidak seharusnya berhenti selepas guru keluar dari bilik
darjah. Justeru, pengetua perlu memastikan guru menyemak buku latihan atau hasil
kerja murid. Untuk itu, pengetua perlu mengumpul buku latihan semua pelajar secara
bergilir-gilir untuk dipantau. Pemantauan sedemikian dapat mengesan kuantiti, kualiti
dan kekerapan latihan yang disediakan oleh guru dan disiapkan oleh murid; seterusnya
juga dapat mengesan kekerapan murid menyiapkan latihan dan kekerapan guru
menyemak hasil kerja murid. Pemantauan sedemikian dapat memastikan guru sentiasa
menyediakan latihan dan memastikan murid sentiasa membuat latihan yang disediakan.

3.0 IMPAK

Kemenjadian murid jelas terserlah melalui peningkatan tahap disiplin, motivasi belajar,
pencapaian SPM dan bilangan murid melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1 Pencapaian GPS, % Layak Sijil Dan Kadar Melanjutkan Pendidikan Selepas SPM

TAHUN Gred % Layak Bilangan dan Peratus Calon SPM Melanjutkan
Purata Sijil Pendidikan Ke IPTA, ILKA, MATR, IPG
2014 Sekolah
2015 88.16 9/79; 11.4%
2016 5.50 96.15 16/81; 19.8%
2017 5.12 100.00 42/63; 66.67%
(*sasaran) 4.85
100.00 55/73; 75.34% (sasaran)
4.50

4.0 KESIMPULAN

Kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah sangat bergantung kepada peranan
yang dimainkan oleh warga guru dan muridnya. Sebagai asas untuk menzahirkan
peranan sekolah sebagai institusi pendidikan, pemimpin sekolah dan warga guru perlu
memahami, menghayati dan menzahirkan prinsip “Guru Mengajar, Murid Belajar”, yakni
pemimpin perlu merancang, menyelaras, memantau dan menyokong segala usaha
penambahbaikan sekolah; guru melaksana dan memudah cara proses pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan dengan penuh dedikasi; manakala murid sentiasa bersedia
dan bermotivasi untuk berkecimpung di dalam proses pembelajaran autentik.

5.0 RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (1987). Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 /1987: Penyeliaan
Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/ Guru Besar Sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013), Melindungi Masa Instruksional: Kembali Kepada
Yang Asas, Pengetua, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, Malaysia, dicapai pada 18 Nov 2017,

https://www.moe.gov.my/images/AsramaHarian/AH_160_BUKU%20KONSEP%20
TRANSFORMASI%202013-2020%20JULAI%202013.pdf

50

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

“MY LEARNING STATION”
MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENDIDIKAN ABAD KE-21

SEKOLAH KURANG MURID
(SKM)

Losinin Johalin
Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Janang, Kuala Penyu Sabah

ABSTRAK
”My Learning Station” merupakan program transformasi dan inovasi pengurusan bilik darjah
berimpak tinggi yang dilaksanakan di SK Janang. Sebanyak 9 Stesen Pembelajaran yang
dinamakan sebagai ”My Learning Station” telah diwujudkan. Sistem bilik guru (Staff room)
telah dimansuhkan dan beralih kepada stesen pembelajaran yang diurus sepenuh masa oleh
seorang guru penyelaras dan mempunyai bidang kepakaran. masing-masing berdasarkan
kepada 6 cara pembelajaran yang dipilih iaitu High Drilling Impact (HDI), Cooperative Learning,
Problem Based Learning, Project Based Learning, Personal Based Learning dan Exploration
Learning. Murid-murid akan belajar secara ”Running Class” berdasarkan jadual waktu yang telah
ditetapkan. Setiap stesen pembelajaran dilengkapkan dengan ciri-ciri dan keperluan PAK21.
Analisis rekod keputusan ujian dan peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) dalam SAPS
online telah dilakukan oleh penulis mendapati prestasi akademik telah meningkat berbanding
TOV iaitu dari 3.86 kepada 2.63. Keputusan peperiksaan UPSR 2017 juga meningkat dari
3.79 kepada 3.75. Peningkatan pelaksanaan VLE Frog dengan purata 326.34% dalam tempoh
6 bulan sejak ia dilaksanakan pada bulan Jun 2017. Peningkatan peratus kehadiran murid
sebanyak 3.52%. Penulis juga telah berjaya mengatasi isu pengurusan Kurikulum, HEM,
Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

Kata Kunci: Stesen Pembelajaran, Running Class, Impak

1.0 PENGENALAN

SK Janang, Kuala Penyu, Sabah terletak kira-kira 114 km dari Kota Kinabalu di bahagian
barat daya Sabah dalam kawasan pedalaman dengan kemudahan asas yang terbatas.
Ia telah ditubuhkan pada 2.1.1971. Merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan
enrolmen seramai 19 orang murid, sembilan orang guru dan seorang ahli kumpulan
sokongan. SK Janang telah dipilih sebagai Sekolah Transformasi Daerah, Sekolah Rintis
Pendidikan Abad Ke-21 Fasa II, Sekolah Rintis Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Daerah dan Program Kelas Bercantum. Kepercayaan dan harapan tinggi pihak jabatan ini
amat mencabar kerana banyak isu asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum
menyusun langkah mencapai amanah tersebut.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Melalui analisis persekitaran yang dibuat bersama-sama kepimpinan sekolah, beberapa
isu asas yang perlu diselesaikan adalah merangkumi 4 bidang utama iaitu:

51

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

1. Isu pengurusan prasarana: Kelas yang tidak kondusif dengan masalah penyimpanan
bahan bantu mengajar, berbau dan tidak imformatif.

2. Isu pengurusan sumber manusia: Agihan tugas guru tidak seimbang, tiada
dokumentasi senarai tugas guru, tiada pelan intervensi dan komuniti pembelajaran
profesional, hubungan guru dan pentadbir tidak akrab.

3. Isu pengurusan pentadbiran: Tiada pelan strategik, tiada manual pentadbiran, tiada
dokumentasi berdasarkan 53 buah fail Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti (JNJK).

4. Isu pengurusan kurikulum: Perancangan panitia belum sistematik dan terpandu,
tiada program berimpak tinggi, tiada program intervensi khas, pengajaran dan
pembelajaran (PdPc) kurang berkesan, penggunaan alat bantu mengajar tidak
optimum, dan perancangan PdP tidak disediakan sepenuhnya.

5. Isu pengurusan hal-ehwal murid (HEM): Tiada buku peraturan sekolah, tiada
penguatkuasaan peraturan sekolah secara rasmi, tiada lagu sekolah, tiada lencana
dan tanda nama murid.

Keputusan peperiksaan dan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS)-Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM): Gred purata sekolah (GPS) dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2016
adalah 3.86 dan UPSR 2016 ialah 3.79. PKS dalam SKPM 2016 juga agak rendah iaitu
79.50% dan dikategorikan sebagai sekolah band 4. Keputusan peperiksaan tahun lepas
juga menunjukkan pencapaian yang tidak konsisten dan kurang memberangsangkan
menyebabkan sekolah ini antara sekolah tercorot dalam daerah dan dikategorikan
sebagai sekolah prestasi rendah.

2.1 Fokus/Isu keperihatian

Melalui satu mesyuarat khas kesepakatan paradigma telah dicapai untuk
melaksanakan satu program berimpak tinggi berasaskan kepada National Blue
Ocean Strategy (NBOS) yang menitikberatkan inovasi dan kerja sepasukan ke arah
transformasi pengurusan bilik darjah yang akan menghasilkan satu gelombang
perubahan dan kecemerlangan dalam pengurusan semua bidang sekaligus
membantu menyelesaikan keseluruhan isu secara berperingkat-peringkat. Program
tersebut berfokus kepada proses penempatan semula dan pengukuhan budaya
kerja cemerlang guru dari lokasi konvensional bilik guru ke stesen pembelajaran
yang dinamakan sebagai ”My Learning Station”.

”My Learning Station” adalah suatu transformasi pengurusan bilik darjah ke arah
PAK21 yang lebih efektif, dinamik, sistematik dan menarik di mana semua guru
ditempatkan di sebuah kelas masing-masing secara sepenuh masa. Ciri-ciri ”My
Learning Station” adalah seperti berikut:

1. Penempatan guru dan kuasa penuh guru di stesen pembelajaran bertema.
2. Mengagihkan 9 stesen untuk 9 orang guru dan satu stesen pentadbiran AKP.
3. Guru statik dalam kelas, sebaliknya murid yang bergerak.
4. Bilik guru dimansuhkan dan guru sepenuh masa berada di Learning station.
5. Kuasa penuh Guru mencipta persekitaran instruksional.
6. Pembelajaran PAK21 berdasarkan stesen dalam stesen.

52

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

7. Melaksanakan pembelajaran berkonsepkan murid mencari guru/ilmu.
8. Berdasarkan jadual waktu bercantum

”My Learning Station” juga menampilkan bidang kepakaran masing-masing
berdasarkan kepada 6 kaedah pembelajaran yang dipilih iaitu:

1. Stesen 1 - High Drilling Impact (HDI)
2. Stesen 2 - Cooperative Learning
3. Stesen 3 - Problem Based Learning
4. Stesen 4 - Project Based Learning
5. Stesen 5 - Personal Based Learning
6. Stesen 6 - Exploration Learning

2.2 Objektif Am

Mewujudkan persekitaran fizikal ke arah pengurusan pendidikan yang berkesan
dari segi ruang masa, budaya kerja dan kaedah pelaksanaan serta menyokong
kepada Pendidikan Abad Ke-21 dengan ciri-ciri Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA).

2.3 Objektif khusus

1. Menempatkan semua guru dan staf sekolah di stesen pembelajaran dan
pentadbiran supaya mendapat ruang kerja yang selesa dan berkesan

2. Pengupayaan (empowerment) kepada guru untuk merealisasikan
kecemerlangan pendidikan berasaskan tugas dan tempat bertugas

3. Mewujudkan ruang pembelajaran yang selesa, menarik dan selaras dengan
konsep PAK21

4. Pembinaan 9 Stesen Pembelajaran yang dinamakan sebagai “My Learning
Station”

2.4 Perancangan dan Pelaksanaan

Perancangan awal telah dibuat pada 17 Disember 2016 dan satu pelan tindakan
telah dikeluarkan dan diagihkan semasa mesyuarat. Guru besar telah memberikan
penerangan dan menjelaskan langkah kerja selanjutnya supaya segala perancangan
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seorang Guru Besar, 8 orang guru, seorang
AKP dan 19 orang murid.

Pelaksanaan program ”My Learning Station” menggunakan pendekatan Plan,
Do, Check & Action (PDCA) dengan disokong oleh dokumentasi. Setiap langkah
dilaksana dengan tertib dan sempurna agar hasilnya dapat dimanafaatkan.

Peringkat pelaksanaan dibahagikan kepada 6 Fasa iaitu:-

Fasa 1: Gotong-royong membersihkan kelas berdasarkan konsep 5S. Proses ini
berjaya dilaksanakan dalam tempoh seminggu.

Fasa 2: Pengubahsuaian kelas termasuk kerja-kerja ubahsuai dinding pemisah,
mengecat, memasang alas lantai dan membuat hiasan

Fasa 3: Memasukkan perabot dan membuat susunan mengikut flip classroom
PAK21

53

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Fasa 4: Melengkapkan bilik darjah dengan ciri-ciri PAK21 seperti traffic light,
reward chart, parking lot dan sudut pameran

Fasa 5: Melengkapkan dengan ABM dan BBB
Fasa 6: Pelaksanaan PdPc

Penilaian pelaksanaan PdPc guru dilaksanakan dengan menggunakan instrumen
pemantauan yang dibekalkan oleh JPN dan PPD. Penilaian dilaksanakan sebanyak
3 kali sepanjang tahun iaitu Mac, Jun dan Oktober. Hasil pemantauan dianalisis
untuk menentukan pelan penambahbaikan seterusnya.

Cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan program ini adalah kewangan.
Sekolah kekurangan modal kerana peruntukan LPBT yang sedikit dan tidak
mencukupi. Oleh itu, pihak sekolah telah bersetuju supaya semua staf memegang
kepada konsep ”Stesenku Rumahku” bermaksud berkorban untuk membangunkan
rumah sendiri sehingga mana yang diinginkan. Jika mahu tempat yang lebih selesa
dan lengkap maka perlukan pengorbanan. Semua perabot dan alat kelengkapan
yang dibeli menggunakan duit sendiri adalah hak milik sepenuhnya dan boleh
diambil jika bertukar sekolah.

3.0 IMPAK

Dengan wujudnya ”My Learning Station” merupakan langkah awal dengan memberikan
ruang kerja yang kondusif terlebih dahulu kepada semua staf. Seterusnya pendekatan
sekolah yang lebih banyak menjurus kepada budaya kecemerlangan, cepat dan tepat
dalam menangani setiap isu yang telah dikenalpasti maka impaknya sangat tinggi dalam
tempoh yang singkat. Berikut adalah impak keselurahan yang diperoleh dari Program
”My Learning Station”.

3.1 Penurunan GPS UPSR dari 3.79 (2016) kepada 3.75 (2017) dan PBS dari 3.86
(2016) kepada 2.63 (2017)

3.2 Peningkatan peratus Kehadiran murid sebanyak 3.52% iaitu dari 88.65% kepada
92.17%

3.3 Kejayaan pelaksanaan VLE Frog dengan purata pencapaian bulanan dari Jun
hingga Nov 2017 iaitu 326.34%

3.4 Pencapaian EKSA dalam audit JPN Sabah ialah 66.8 %. Mencapai tahap baik
dalam audit pertama

3.5 Pihak sekolah juga telah berjaya mengatas semua Isu Pengurusan Prasarana,
Isu Pengurusan Sumber manusia. Isu Pengurusan Pentadbiran, Isu Pengurusan
Kurikulum dan Isu Pengurusan HEM seperti yang telah disebutkan dalam Frasa
No.2 Refleksi Situasi Lalu

54

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

3.6 Penandaarasan dari sekolah lain di mana seramai 278 orang telah melawat ke
sekolah ini. Salah satu daripada sekolah tersebut iaitu SK Tempurong, Kuala Penyu
Sabah telah mengaplikasikan ”My Learning Station”

3.7 Keselamatan kepada harta benda sekolah lebih terjamin. Tiada rekod vandalisme
sepanjang tahun. ABM dan BBB selamat. Tidak dirosakkan oleh pelajar

3.8 Kawalan murid dan bilik darjah lebih mudah. Tiada kes salahlaku berat dan
sederhana dilaporkan. Kes disiplin ringan mudah untuk diatasi.

3.9 Kerja-kerja pentadbiran menjadi lebih mudah. Penyimpanan fail lebih teratur dan
sistematik

3.10 Kualiti PdPc semakin meningkat. Aktiviti pembelajaran semakin menarik.
3.11 Terdapat privacy guru dan mengurangkan masalah gangguan yang tidak diingini
3.12 Indeks motivasi dan minat guru semakin meningkat. Begitu juga pelajar dan staf

AKP
3.13 Persepsi masyarakat khususnya ibu bapa bertambahbaik. Pihak sekolah mudah

mendapat kerjasama dan kehadiran PIBG dalam aktiviti sekolah juga sangat
memberangsangkan dan kerap kali mencapai 100%

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan kepada pemantauan dan pemerhatian, satu analisis dikeluarkan dan
diagihkan kepada semua guru untuk tindakan selanjutnya. Ia terbahagi kepada 3 Fasa:
Fasa 1 (Mac): Penilaian terhadap fizikal “My Learning Station” dan Kumpulan Pakar
Tindak susulan: Melengkapkan prasarana dan ciri-ciri flip classroom berdasarkan PAK21
serta Pelaksanaan PLC dan Kursus Dalaman
Fasa 2 (Jun): Penguasaan Pedagogi PAK21 berdasarkan 6 kaedah pembelajaran
melalui pendekatan 4C+1V
Tindak susulan: Pelaksanaan PLC, Kursus Dalaman lebih dan kursus di peringkat PPD
dan negeri.
Fasa 3 (Nov): Penilaian terhadap impak keseluruhan pelaksanaan program
Tindakan susulan: Pemeriksaan ke atas dokumen dan laporan akademik

5.0 RUMUSAN

Sebagai sekolah kecil dan menghadapi prestasi akademik yang rendah, SK Janang akan
terus berusaha untuk melaksanakan program berimpak tinggi melalui konsep situasi
menang-menang yang ternyata telah membawa kejayaan. Pihak sekolah juga tidak
berbelah bahagi untuk berkongsi dengan sekolah lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama
khususnya Sekolah Kurang Murid (SKM), Sekolah Orang Asli, sekolah di pedalaman dan
model PAK21 SKM yang mempunyai enrolmen kurang daripada 50 orang murid dengan
syarat mempunyai kemudahan kelas yang mencukupi. Kami percaya inovasi ini boleh
membawa transformasi pengurusan bilik darjah yang lebih dinamik dan berkesan.

Strategi kejayaan program ini dilihat dari segi permuafakatan yang tinggi untuk mencapai
matlamat secara win-win situation, penurunan kuasa sepenuhnya dan peluang urus tadbir
stesen secara profesional dan menerapkan semangat pengorbanan serta keikhlasan.

55

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

PROGRAM DIDIK LINUS DI RUANGAN YANG CERIA
MENINGKATKAN MINAT MURID BELAJAR

Litercelon Kaon anak Juin
Ambilan 2014
Guru Besar

SK St. John, Bau, Sarawak

ABSTRAK

Program LINUS2.0 merupakan program KPM untuk memastikan murid-murid tahap 1 boleh
menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) setelah melalui 3 tahun
persekolahan, iaitu di Tahun 3 kecuali murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
Program ini melibatkan Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi. Namun, seringkali terdapat murid
di sekolah ini belum dapat menguasai kesemua 12 konstruk dan menyebabkan pencapaian
LINUS dalam saringan tidak 100%. Selain daripada itu, penguasaan murid dalam kemahiran
asas 3M juga kadang kala tidak tekal. Minat murid-murid terhadap pelajaran agak kurang
terutamanya apabila mereka hanya bergantung kepada aktiviti PdPc di dalam kelas tanpa
program sokongan dan berterusan serta mampu memberi motivasi untuk mereka belajar dan
berinteraksi secara bebas dengan rakan sebaya. Setelah melihat keadaan ini, timbul idea untuk
mewujudkan satu program yang dinamakan Program Didik LINUS dan dijalankan satu ruang
khas yang dinamakan Tonju LINUS. Program Didik LINUS telah diwujudkan bersama oleh
guru-guru, murid-murid dan juga ibu bapa. Program Didik LINUS melibatkan beberapa aktiviti
atau program kecil berdasarkan bidang dan konstruk LINUS yang berfokus kepada aktiviti
bermain sambil belajar.. Sepanjang program ini dijalankan ia telah menampakkan perubahan
positif dari aspek penglibatan murid yang semakin aktif serta peningkatan penguasaan konstruk
LINUS kepada yang lebih tinggi.

Kata Kunci: Minat, Tonju LINUS, Literasi dan Numerasi

1.0 PENGENALAN

Program Didik LINUS SK St John merupakan satu program yang mula dilaksanakan pada
awal tahun 2016 dan telah disambung dengan beberapa inovasi serta pengubahsuaian
pada tahun 2017. Tonju LINUS menjadi tempat di luar bilik darjah yang mempunyai
persekitaran yang ceria dan selesa untuk murid melakukan aktiviti belajar sambil bermain.
Ini berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaian tinggi
mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya
kurang ceria (Mohd Redzuaddin bin Ismail, 2008 ) Oleh yang demikian, suasana dan iklim
sekolah amat penting dalam membantu murid belajar dengan selesa. Ia menjadi tempat
murid Tahap 1 untuk berkumpul dalam kumpulan dan mengadakan aktiviti berdasarkan
kepada 12 konstruk yang perlu dikuasai oleh murid.

Selain ruang yang dipenuhi dengan pelbagai sumber pembelajaran dan data, Tonju
LINUS juga menyediakan ruangan untuk murid bermain sambil belajar serta mendapatkan
maklumat berkaitan LINUS. Miller (1995) menyatakan guru menyediakan persekitaran
untuk murid belajar. Guru memahami kehendak, minat dan kebolehan murid dan dapat
memberi masa dan ruang murid belajar, berkomunikasi dengan baik dan melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran.

56

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Kertas pembentangan ini memberi fokus kepada pengisian tentang perlunya program
sokongan untuk membolehkan murid-murid lemah dalam pembelajaran supaya lebih
yakin pada diri sendiri serta boleh berinteraksi dengan rakan. Kertas pembentangan ini
juga menunjukkan penguasaan murid dalam Program LINUS yang telah menampakkan
peningkatan dalam saringan dan memberi fokus kepada pembentukkan sikap positif
guru-guru, murid-murid dan ibu bapa dalam membantu murid yang belum menguasai
kemahiran asas 3M. Guru-guru dan masyarakat setempat sangat positif dan memberi
kerjasama penuh untuk menjayakan program ini.

1.1 Latar Belakang Sekolah

SK St. John ditubuhkan pada tahun 1946 dan terletak 20 KM dari Pekan Bau,
Sarawak. Majoriti pelajar sekolah ini adalah kaum Bidayuh. Sekolah ini adalah
sekolah harian Gred A. Sehingga hari ini, terdapat 7 orang pentadbir yang telah
menerajui sekolah ini. Senarai Guru besar adalah terdiri daripada Puan Dorothy
Nadeh, Encik Dominic Barin, Encik James Jomen, Encik Cosmas Taylor, Encik
Edmund Ronney, Encik Andrew Ebot dan Encik Litercelon Kaon anak Juin.

Bilangan murid pada tahun 2017 adalah senarai 226 orang (Prasekolah hingga
Tahun 6). Bilangan guru seramai 21 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Guru lelaki seramai 7 orang dan wanita 14 orang dan Staf sokongan seramai 3
orang.

1.2 Rasional


Murid-murid di sekolah ini masih ada yang belum menguasai kemahiran asas 3M
sepenuhnya dan ia boleh dibuktikan melalui data saringan setiap tahun. Murid-
murid yang belum menguasai konstruk ada yang pasif dan kurang keyakinan untuk
berinteraksi dengan guru-guru serta rakan-rakan. Dengan adanya Program Didik
LINUS 2.0 ini, murid-murid lebih yakin dan boleh menguasai konstruk dengan lebih
cepat berpandukan pelbagai aktiviti yang lebih menyeronokkan serta menghiburkan
sambil mereka belajar.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Program Didik LINUS2.0 dimulakan pada tahun 2016 dengan penyediaan ruang yang
terancang oleh guru-guru melalui panitia masing-masing yang dinamakan Tonju LINUS.
Sebagai pengisian program, beberapa aktiviti lain diselitkan untuk membolehkan murid-
murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang berunsur akademik di luar bilik
darjah. Aktiviti untuk menyokong Program Didik LINUS adalah LaBaTuRa (Latihan
Baca Tulis dan Kira), Kem Cerdas LINUS di samping permainan di Tonju LINUS. Guru
panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik terlibat secara langsung dalam
pengendalian aktiviti ini. Setiap aktiviti yang berupa pertandingan akan diberi hadiah
kepada para pemenang.

Bagi Tahun 2017, tempoh pelaksanaan program ini adalah Januari sehingga Oktober,
iaitu sehingga berakhirnya Saringan 2. Bahan-bahan permainan di stesen tertentu
akan ditukar atau diubahsuai pada masa tertentu mengikut keperluan dan penguasaan
konstruk oleh murid. Jadual penguasaan murid adalah seperti di bawah:

57

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

KADAR PENINGKATAN LBM BILANGAN PESERTA (orang) LBI
KONSTRUK 25 NUM 30
9
(bilangan konstruk)

1 226

2 824

3 203

4 302

5 101

6 001

JUMLAH 14/25 4/9 17/30

PERATUS 56% 44% 57%

CATATAN : - Bilangan murid paling minimum menunjukkan pengingkatan konstruk :
1 orang

- Bilangan murid paling maksimum menunjukkan pengingkatan konstruk :
8 orang (LBM)

PERBANDINGAN DATA KEPUTUSAN SARINGAN 1 & 2
PROGRAM LINUS 2.0 BAGI TAHUN 2017

TAHUN

12 3
S2
S1 S2 S1 S2 S1
91.43%
LBM - 68.75% - 97.83% 91.2% 91.43%
NUM 91.43%
LBI - 87.50% - 97.83% 91.2%

41.2% 65.63% 91.3% 97.83% 82.4%

2.1 Cabaran Kaedah Penyelesaian

Pada mula pelaksanaan Program Didik LINUS2.0, antara cabaran yang dihadapi
adalah kekangan masa untuk menjalankan setiap aktiviti dengan lebih tersusun
kerana banyak program sekolah dan pihak PPD yang peru dijalankan.. Murid- murid
lemah agak sukar dipulihkan sepenuhnya dalam masa yang singkat. Namun,
disebabkan usaha dan sikap guru-guru yang positif, sedikit sebanyak membantu
meningkatkan penguasaan murid dalam saringan LINUS. Cabaran seterusnya
adalah kekurangan dana untuk membeli bahan pembelajaran yang banyak dan
interaktif. Ini menyebabkan bahan- bahan yang baharu, menarik dan pelbagai
untuk pembelajaran agak terhad.

3.0 IMPAK

Program Didik LINUS2.0 membawa beberapa impak positif terhadap kemenjadian murid
dan organisasi. Di antaranya ialah:

1. Meningkatkan minat dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan guru dan rakan-
rakan.

2. Meningkatkan penguasaan murid dalam Saringan LINUS dan ujian sekolah.
3. Meningkatkan kerjasama semua staf dalam menjalankan program sekolah.
4. Menambahkan aspek keceriaan sekolah dari sudut fizikal.
5. Menjadikan pusat informasi data-data LINUS.

58

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Program Didik LINUS 2.0 masih terdapat kekurangan terutamanya aspek inovasi
aktiviti dan bahan. Pada masa akan datang, program ini akan ditambahbaik dari aspek
permainan yang lebih interaktif dan pelbagai bahan dengan bantuan serta sokongan
guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

5.0 KESIMPULAN
Program Didik LINUS2.0 telah menjadi satu program sekolah yang penting untuk
membantu murid-murid yang masih belum menguasai kesemua konstruk LINUS untuk
terlibat dalam pelbagai aktiviti dengan cara yang menyeronokkan sambil belajar. Murid-
murid juga telah menunjukkan sikap yang lebih positif dan rajin hadir ke sekolah kerana
mereka ingin terlibat dalam aktiviti sekolah melalui program ini.
Pihak sekolah juga yakin dengan adanya Program Didik LINUS2.0 ini, membolehkan
murid-murid menguasai kemahiran asas yang lebih cepat sebelum saringan LINUS
dijalankan.

6.0 RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2015. Buku Pengoperasian. Program LINUS2.0. Kuala
Lumpur; Bahagian Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Modul Pengajaran Asas Literasi Asas3. Kuala
Lumpur. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Modul Kelestarian LINUS NKRA Literasi. Kuala
Lumpur. Bahagian Pendidikan Guru.
Miller,N.(1995). Groups In Contact. The Psychology

59

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

INSTRUMEN SKPMg2 DAN FUNGSIONAL PBPPP PEMANGKIN
PRESTASI PENGAJARAN GURU DI BILIK DARJAH:
SATU PERKONGSIAN AMALAN INSTRUKSIONAL

Mahani binti Abdul Rahim
Ambilan 2005
Guru Besar

SK Taman Selasih, Kulim, Kedah

ABSTRAK

Dalam Abad ke-21, guru bukan sahaja menguasai kandungan kurikulum pengajaran, bahkan
guru juga berperanan sebagai perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai.
Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru ini pada akhirnya dapat merangsang minat
murid untuk menjadi pembelajar aktif dengan membawa bersamanya suasana pembelajaran
yang menyeronokkan di bilik darjah. Tuntutan pembelajaran di abad ini, memerlukan guru
menguasai kemahiran-kemahiran mengurus pembelajaran dengan cekap dan berkesan.
Berdasarkan pemerhatian dan dapatan awal analisis pencerapan pengajaran guru mendapati
ramai guru kurang berkemampuan menterjemahkan “Tahap Tindakan” di dalam Standard 4
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Dua (SKPMg2). Dengan kelemahan ini,
sebahagiannya menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah konvensional dengan strategi
pengajaran berfokus kepada guru. Kesannya didapati minat murid terhadap pembelajaran
tidak tekal dan tidak berfokus. Bagi menangani masalah ini, kaedah pencerapan klinikal telah
digunakan sebagai pendekatan pencerapan kali kedua dan penekanan diberikan bermula
seawal penyediaan Rancangan Pengajaran Harian dan keseluruhan aktiviti pengajaran
bagi merangsang pembelajaran murid di bilik darjah. Pencerapan klinikal dilaksanakan
berasaskan kepada penggunaan Instrumen Standard 4 Pembelajaran dan Pemudah caraan
dan diperkukuhkan lagi dengan instrument fungsional pengajaran dan pemudah cara (PdPc)
penilaian bersepadu pegawai perkhidmatan pendidikan (PBPPP). Berteraskan lima fasa
tindakan pencerapan klinikal didapati tindakan yang dijalankan telah membantu meningkatkan
kompetensi guru di dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di samping itu, guru
telah berjaya mendorong murid sebagai pembelajar aktif di SK Taman Selasih, Kulim Kedah.

Kata Kunci: Kompetensi,Pencerapan Klinikal, SKPMg2, PBPPP, Rancangan Pengajaran
Harian.

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar belakang Sekolah

SK Taman Selasih dibuka pada tahun 1999. Ia dikelilingi taman perumahan dan
berjarak 3 km dari bandar Kulim. Bilangan murid berdaftar seramai 935 orang.
Majoriti murid dari kaum Melayu dan hanya 15 orang murid dari kaum India. Sekolah
ini mempunyai satu sesi dengan empat blok bangunan ; 30 buah bilik darjah dan
sebuah kelas prasekolah. Pelbagai kemudahan yang dimiliki sekolah ini seperti bilik-
bilik khas iaitu Bilik Sains, Bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bilik jQAF, Bilik
Pemulihan, dewan terbuka, Bilik Gerakan, dua buah bilik ICT dan kemudahan lain.
Sekolah diterajui oleh seorang Guru Besar dan dibantu tiga orang penolong kanan.

60

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Tenaga pengajar seramai 64 orang, enam orang Anggota Kumpulan Pelaksana
(AKP), seorang AKP NBOS, lapan orang pekerja am dari syarikat pembersihan
dan empat orang pengawal keselamatan menjadi kekuatan sekolah ini. Sekolah ini
berada di Band 3, GPS UPSR tahun 2017 ialah 3.05.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Pelaksanaan kurikulum di bilik darjah berteraskan tiga dimensi utama iaitu “kurikulum
bertulis”, “kurikulum yang diajarkan” dan “ kurikulum untuk pentaksiran” . (PPPM,2013).
Pernyataan ini berfokus kepada peranan guru sebagai perancang, pengawal, pembimbing,
pendorong dan penilai bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang
pada akhirnya memberi impak keberhasilan murid. Bagi mencapai tujuan ini, guru dan
pemimpin sekolah yang baik merupakan tunjang utama kepada peningkatan kualiti
murid di setiap organisasi pendidikan. Kementerian memberi mandat melalui pemimpin
sekolah agar dapat memastikan guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan murid dan terbeza secara berkesan di dalam bilik darjah (PPPM5-
2). Dengan kepesatan teknologi dan ledakan maklumat, kerjaya guru di abad 21 lebih
bersaing berbanding pengajaran sebelum ini. Guru perlu bersedia dan melengkapkan diri
dengan kemahiran tertentu bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran pendidikan
dan tuntutan dari masyarakat serta memenuhi standard yang ditetapkan oleh pemegang
taruh. Ini adalah kerana kualiti sesuatu sistem sekolah tidak boleh melebihi kualiti gurunya
(Barber & Mourshed, 2007).

“Kurikulum yang diajarkan” adalah penarafan yang diberikan kepada kualiti guru dalam
bilik darjah. Amalan pedagogi yang menarik, murid aktif melakukan aktiviti pembelajaran,
teknik menyoal yang mampu merangsang murid berfikir dijadikan standard ukuran
pengajaran guru. Takrifan amalan kecemerlangan pengajaran guru dalam bilik darjah
adalah berbeza antara sekolah dan pihak nazir. Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti (JNJK) mendapati 63% sekolah menyatakan tahap pengajaran dan pembelajaran
guru berada pada tahap baik atau cemerlang. JNJK mengiktiraf 13% sahaja sekolah
yang mencapai tahap tersebut (PPPM,2012).

Penguasaan instrumen seperti yang dinyatakan dalam Standard 4 bermula dengan
penguasaan guru dalam “kurikulum bertulis”. Ini kerana guru seharusnya perlu
menguasai kurikulum standard yang ditetapkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
(BPK). Guru yang berkesan dalam bilik darjah ialah guru yang memahami kedua-dua
kandungan standard iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran. KompetensI
pengajaran guru diterjemahkan melalui objektif pengajaran yang hendak dicapai iaitu
ketika kandungan kurikulum disampaikan. Kesemua ini dicatatkan dengan jelas dalam
Standard 1 SKPMg2 iaitu guru sebagai perancang. Kompetensi pengajaran guru dalam
bilik darjah bermula dengan penulisan Pengajaran Harian (Noor Shamshinar et al,2017)

Kompetensi pengajaran guru dalam bilik darjah bermula dengan penulisan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Berdasarkan analisis dokumen terhadap penulisan RPH,
pengkaji mendapati banyak kesilapan dalam menterjemah ‘kurikulum bertulis”.
Sebahagiannya pula masih kabur dari aspek perancangan pengajaran yang merangkumi
pengetahuan sedia ada murid, penentuan hasil pembelajaran, kaedah pengajaran dan
pembelajaran, gabung jalin dan rentasan ilmu, kemahiran berfikir, penerapan nilai-
nilai murni dan penyediaan bahan bantu mengajar. Guru juga masih kabur dalam
melihat perhubungan antara standard kandungan, standard pembelajaran dan objektif

61

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

pengajaran. Kelemahan juga dapat dikesan dalam menerapkan kemahiran berfikir aras
tinggi dan pedagogi dalam penulisan RPH. Penulisan lebih menggambarkan pengajaran
konvensional, tidak mencirikan aktiviti pembelajaran koperatif seperti yang dikehendaki
dalam pembelajaran abad ke 21(PAK2).

Satu sesi penilaian kendiri pengajaran guru yang berdasarkan kepada SKPMg2 telah
dijalankan dari bulan Januari hingga Mac 2017. Laporan dari sesi tersebut mendapati
skor pencapaian keseluruhan bagi Standard 4 berada pada tahap 87.94% di mana
18% guru berada pada tahap cemerlang dan 46% pada tahap baik. Skor ini didapati
tidak bertepatan dengan kualiti pencapaian organisasi. Berdasarkan kepada keputusan
Penilaian Kendalian Sekolah kali ke 2 Tahun 2016, tiada Gred Purata Mata pelajaran
(GPMP) dicapai kurang dari 2.0. Kesemua subjek teras dan wajib bagi semua tahun
berada pada gred purata antara (2.3) ke atas dan ada yang mencecah (3.98). Tidak
wujud signifikan antara kualiti pengajaran guru dengan pencapaian kualiti organisasi.
Keadaan ini disebabkan guru kurang memahami kandungan Standard 4 SKPMg2 iaitu
Standard Kualiti (STAK) dan Tindakan Mencapai Standard (TUMS) dengan mengukur
keupayaan guru berdasarkan skala 1 hingga 4.

2.1 Penyediaan RPH bertonggakkan PAK21

Pencapaian organisasi dianalisis dan dibentangkan dalam dialog prestasi organisasi.
Perbincangan dijuruskan sehingga ke peringkat pelaksana dan pengoperasian
dalam bilik darjah. Dapatan dan hasil perkongsian perbincangan menunjukkan
hampir semua guru tidak memahami kandungan SKPMg2 dengan jelas dan
tidak mahir mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Aktiviti sumbang saran yang
dilaksanakan pada peringkat panitia mendapati kompetensi guru dalam pengajaran
abad ke 21 masih kurang mantap. Ini dikatakan berpunca daripada kegagalan
menterjemah ‘kurikulum yang diajarkan’ dan ‘kurikulum untuk pentaksiran’.

Tindakan yang diambil untuk menangani masalah ini ialah dengan menentukan
‘pattern’ kerangka penulisan RPH. Langkah ini dapat membantu guru merancang
pengajaran dalam subjek yang diajar dengan betul kerana mereka telah memahami
pedagogi yang bersesuaian dengan objektif pengajaran, menentukan bentuk aktiviti
dan alat yang sesuai bagi memastikan wujudnya pembelajaran terbeza dalam bilik
darjah.

Reka bentuk RPH yang ditentukan semestinya mempunyai standard pembelajaran.
Guru boleh memilih sama ada melaksanakan pendekatan modular atau linear.
Objektif pengajaran hendaklah seiring dengan pendekatan yang dipilih. Selain
dari itu catatan kriteria kejayaan perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan
wujudnya ‘equity’ pembelajaran murid atau pembelajaran terbeza seperti mana yang
terkandung di dalam standard 1 SKPMg2. Seterusnya guru menjelajah pedagogi
pengajaran, mencatat aktiviti menjurus kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dengan memilih sama ada teknik menyoal atau aktiviti koperatif yang menjurus
kepada KBAT. Dalam membina budaya koperatif , pihak pengurusan memilih tiga
aktiviti utama iaitu mengaplikasikan ‘Y-chart’, teknik permainan badminton atau
quiz-quiz trade. Walau bagaimana pun, jika guru mempunyai teknik selain dari tiga
aktiviti utama tersebut adalah digalakkan. Bagi memastikan wujudnya pematuhan
guru kepada keputusan yang dibuat dalam penyediaan RPH, semakan penulisan
ditandai dengan (√) bagi catatan aktiviti KBAT dan pembelajaran koperatif. Bagi
guru yang masih tidak menguasai penulisan RPH PAK21, aktiviti bimbingan
dilaksanakan pada minggu berikutnya.

62

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.2 Pencerapan Klinikal melalui SKPMg2 dan Instrumen Fungsional PBPPP

“Kurikulum yang diajarkan” merupakan inti pati kepada kejayaan guru dalam bilik
darjah semasa aktiviti pencerapan dilakukan. Pencerapan klinikal mempunyai
kekuatan kerana di dalamnya terkandung lima langkah dan setiap langkah itu
mencatatkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijadikan landasan ke arah memperkukuh
pengajaran guru dalam bilik darjah. Bermula dengan pra pencerapan, guru dibawa
berbincang mengenai bentuk persembahan pengajaran di bilik darjah. Guru
dan pencerap berkongsi idea, mencadangkan aktiviti-aktiviti pengajaran yang
bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran. Guru juga boleh memberikan
pendapat dan meminta pendapat bagi mengukuhkan pengajarannya supaya
bersesuaian dengan tindakan untuk mencapai standard (TUMS) dalam SKPMg2.

Seterusnya ialah proses pemerhatian pengajaran dalam bilik darjah. Banyak
persoalan yang boleh dikongsi bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.Antaranya
ialah menjawab persoalan tingkah laku guru ketika menyampaikan pengajaran.
Langkah ketiga dalam pencerapan klinikal dilakukan seiring. Guru bertindak
sebagai pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan seterusnya dicatatkan di
dalam log jurnal . Ia menjadi bukti bahawa setiap guru sedang dipertingkatkan
kompetensi diri. Instrumen fungsional yang membawa 60% prestasi guru dalam
penilaian PBPPP digunakan serentak melalui semakan bahan dan pencerapan.

Selepas selesai pengajaran, guru sekali lagi diajak bersemuka. Pasca pencerapan
kali ini berasaskan maklumat hasil pemerhatian dalam bilik darjah dan semakan
RPH. Pada sesi ini, pemimpin sekolah memperlihatkan kuasa anugerah ketua
organisasi iaitu kuasa ganjaran dengan memberi penghargaan kepada guru yang
menguasai pengajaran dan kejayaan dalam aktiviti pembelajaran murid. Kuasa
paksaan digunakan jika RPH yang disediakan tidak menepati instrument PBPPP
dan guru tidak akur kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1989.

Tindakan terakhir dalam pencerapan klinikal ialah mengumpul data dan maklumat
berdasarkan aspek 4.1 sehingga 4.6 penilaian Standard 4. Selain daripada
memaklumkan skala yang diperoleh secara professional kepada setiap guru,
pencapaian pencerapan juga dibincangkan pada peringkat panitia subjek masing-
masing dengan tujuan membaiki kelemahan guru subjek berkenaan.

Skor yang diberikan dan dimaklumkan ini dapat mewujudkan pelbagai persepsi
dalam kalangan guru. Guru yang memperoleh markah cemerlang akan menjadi
sumber rujukan guru lain. Sebaliknya guru yang mendapat markah skor yang
kurang memuaskan, akan berusaha memperbaiki kelemahan pengajaran melalui
pencerapan seterusnya atau pembimbing rakan sekerja.

2.3 Cabaran

Guru masih tidak mahir dalam menterjemahkan kurikulum. Sikap tidak mahu
berubah walaupun zaman sudah berubah amat memberi tekanan kepada organisasi
dan kepimpinan. Ilmu pengajaran yang diperoleh melalui “Tacit Knowledge” juga
kadang-kala kurang diaplikasikan dalam bilik darjah. Akibatnya kebanyakan guru di
sini masih di takuk lama. Untuk mentransformasikan gaya pemikiran ini, bengkel-
bengkel pemantapan pedagogi telah dilaksanakan pada peringkat dalaman.
Pemantauan melalui “Learning walk” memberi satu isyarat kepada semua guru
untuk sentiasa peka dengan perubahan dan kehendak organisasi.

63

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

3.0 IMPAK AMALAN
Pencerapan klinikal yang dilaksanakan telah merubah gaya pengajaran guru. Guru
lebih bersedia dan yakin dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemantapan
perbengkelan pedagogi yang dijalankan mengikut panitia subjek telah memberi nafas
baru kepada pengajaran guru. Kesannya, dalam sesi pencerapan guru kali kedua yang
dilaksanakan sepanjang Ogos hingga penghujung Oktober mendapati hampir keseluruhan
guru dapat menguasai standard 1 iaitu guru sebagai perancang. Pengajaran lebih
bermaya dengan penggunaan alat bantu mengajar yang menjurus kepada alat berfikir
murid dalam bilik darjah dan ditambah dengan pedagogi yang menarik dan telah menjadi
satu pemangkin kepada penglibatan murid dalam pembelajaran. Buktinya ditunjukkan
dalam pencapaian skor Standard 4 organisasi April–Julai (86.06) dan Ogos-Nov (88.8)
dan peningkatan skor bagi Aspek ( 4.1) hingga aspek (4.5) baru-baru ini.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Dalam usaha meningkatkan kemenjadian organisasi, pasukan pemimpin pertengahan
perlu memahami tujuan dan menguasai kaedah penyeliaan klinikal dengan baik. Ia
kemudiannya diluaskan kepada panitia-panitia mata pelajaran.
Selain kumpulan ini dipertingkatkan kemahiran penyeliaan klinikal juga memberi nilai
tambah kedua-dua pihak dari segi peningkatan profesionalisme dalam subjek yang sama.
dari segi penyeliaan pengajaran. Kemampuan menterjemahkan instrument SKPMg2 dan
Fungsional PdPc dalam PBPPP perlu juga menjadi satu kemestian bagi setiap warga
pendidik termasuk barisan penolong kanan. Memahami dan mampu mempraktikkan
dengan sebaik mungkin menjadi kunci utama kemenjadian murid dalam bilik darjah.

5.0 RUJUKAN
Barber dan Mourshed (2007). How the World’s Best Performing Systems Come Out on
Top. McKinsey & Co., London.
Noor Shamshinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi Zakiah Hassan Julia, Madzalan
Haslina Hamzah (2017). Prosiding Kompetensi Guru Pelatih Dalam Penulisan
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab. Kolej Universiti Islam Antarabangsa,
Selangor.
KPM (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM5-2)
KPM (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

64

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

KOLABORATIF GURU BESAR DALAM PdPc GURU

Marzuki bin Ibrahim
Ambilan 1/2016
Guru Besar

SK Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, Terengganu

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu calon UPSR 2017 SK Felda Jerangau Barat, Ajil, Hulu
Terengganu yang lemah dalam pencapaian TOV, OTI, OT2, Pra Percubaan dan Percubaan
UPSR. Sampel kajian melibatkan seramai 7 orang calon UPSR dan lapan orang guru. Guru
besar memfokuskan kepada kolaborasi antara guru besar dalam bilik darjah dengan tingkah
laku guru serta calon UPSR. Data-data kajian dianalisis melalui keputusan peperiksaan
yang diadakan seperti kekuatan dan kelemahan, berbincang dengan guru-guru dan ibu
bapa/penjaga di mana program ini dapat mencabar kemustahilan diri untuk mengapai
kecemerlangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa halangan kepada keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah sikap atau tingkah laku dan sosio emosi
guru dan murid seperti membosankan, lambat masuk kelas, mudah marah, tiada kelas malam
dan kawalan yang lemah. Apabila guru besar bersama-sama di dalam PdPc, ianya dapat
memecahkan zon selesa guru kepada kegelisahan kerana kehadiran guru besar dalam kelas.
Dapatan kajian kolaborasi guru besar dalam PdPc guru telah banyak membawa perubahan
terhadap pembelajaran murid. Dalam hal ini, berdasarkan ujian TOV, OTI, OT2, Pra Percubaan
dan Percubaan, keputusan calon semakin meningkat. Masalah pembelajaran murid yang
ditunjukkan melalui tingkah laku murid pasif telah dapat di atasi. Metodologi kajian yang
digunakan ialah Pemerhatian: Sikap guru dan murid dilihat secara langsung di dalam kelas
sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Ujian Pra: Ujian ini diberikan kepada
murid untuk mengukur tahap pencapaian murid dalam setiap subjek UPSR. Seterusnya,
Tindak balas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Tindak balas murid dinilai semasa
mereka menjawab soalan yang dikemukakan berpandukan contoh latihan yang diberi oleh
guru-guru. Di samping itu, semakan buku latihan: Buku latihan akan disemak dari semasa ke
semasa sebagai tindakan pengayaan dan pengukuhan penguasaan murid.Tindakan semakan
buku latihan secara langsung dapat menilai tahap perkembangan murid menguasai kemahiran
yang diajar.Ujian Pos:Ujian Pos diberi untuk mengetahui tahap pencapaian murid dalam setiap
subjek UPSR pada akhir kajian.
Kata Kunci: mencabar kemustahilan diri, mengapai kecemerlangan, zon selesa, berbentuk
kecil tetapi berimpak besar.

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Sekolah

SK Felda Jerangau Barat telah dibuka secara rasmi pada tanggal 1 Januari 1984.
Ketika itu, sekolah ini hanya dilengkapi dengan sebuah bangunan batu (blok A)
dan bangunan kayu. Pada tahun 1995, bangunan blok B setinggi 3 tingkat telah
siap dan mula digunakan sepenuhnya. Pada tahun 2017, SK Felda Jerangau Barat
mempunyai seramai 193 murid yang terdiri daripada 106 murid lelaki dan 87 murid
perempuan. Guru seramai 23 orang.

65

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Guru besar dipindahkan ke SK Felda Jerangau Barat pada 14 Jun 2017. Tempoh
seminggu digunakan sebaik mungkin untuk Guru besar menimba ilmu sebagai guru
besar di situ bagi mengenalpasti potensi dan kelebihan SK Felda Jerangau Barat
yang tidak asing bagi guru besar kerana pernah bertugas di sini dalam tempoh
yang agak lama.

Pencapaian semasa akademik berguna kepada pentadbir, guru, ibu bapa dan
murid bagi menilai peningkatan pencapaian dari semasa ke semasa. Di sini, guru
besar dapat membantu dan memberi semangat kepada guru-guru dan murid-murid.
Jadual 1, di bawah menunjukkan pencapaian semasa di SK Felda Jerangau Barat.

Jadual 1: Pencapaian semasa murid

Ujian Keputusan Bilangan Murid
TOV 3A ke atas Tiada
OTI 1 3A ke atas Tiada
OTI 2 3A ke atas Tiada

Dalam mengejar kecemerlangan sekolah, komuniti sentiasa dialu-alukan di
sekolah. Oleh itu, guru besar hadir dalam program sekolah bersama PIBG. Guru
besar berinteraksi dengan ibu bapa untuk mengetahui aspirasi dan membentuk
hubungan yang positif. Jawatankuasa UPSR telah juga dibawa berbincang bagi
menyusun dan menetapkan strategi dan menyelaras program kecemerlangan.
Kertas pembentangan ini berfokus kepada impak besar pencapaian murid dalam
UPSR. Selain itu, program ini dapat mengeluarkan guru besar dari stigma biasa
iaitu guru besar sangat sibuk. Keseluruhannya, program ini tidak melibatkan kos
yang tinggi.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Inovasi atau amalan terbaik yang dibuat ialah kolaboratif guru besar dalam PdPc guru
di bilik darjah. Semua program JPNT atau PPD yang melibatkan kehadiran guru besar
terpaksa diganti dengan oleh guru penolong kanan sehingga pentaksiran UPSR selesai
(Arahan YBhg. Tuan Pengarah JPNT). Guru besar akan bersama-sama murid belajar di
dalam kelas sehingga guru besar faham apa yang diajar oleh guru.

Rasional di sebalik inovasi atau amalan terbaik ini adalah kerana tiada murid mendapat
keputusan 3 A ke atas dalam TOV, OTI 1 dan OTI 2. Selain itu, kelas malam yang diadakan
di luar kawasan sekolah hanya diselia oleh ibu bapa tanpa kehadiran guru. Seterusnya,
calon UPSR tidak faham dan tidak bersungguh-sungguh untuk belajar. Mereka tidak
mempunyai keyakinan diri untuk mencapai kecemerlangan.

Kolaboratif guru besar dalam PdPc ini sejajar dengan mesej Pengarah Pendidikan
Terengganu yang mengarahkan semua guru besar mesti berada di sekolah sehingga
UPSR selesai. Dalam hal ini, guru besar mengambil langkah dengan berada di dalam
kelas semasa guru tahun enam mengajar selama tiga kali seminggu dengan guru besar
sebagai murid. Guru besar bertanya kepada guru yang mengajar sehingga guru besar
faham tajuk yang diajar pada hari tersebut sambil menambah apa yang perlu dan tidak
sekali-kali mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan ilmu yang disampaikan
oleh guru mereka.

66

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Tempoh atau masa pelaksanaan program ini dimulakan sejak guru besar melaporkan diri
di SK Felda Jerangau Barat iaitu pada 14 Jun 2017 hingga selesai UPSR. Guru besar
berkolaboratif dalam PdPc selama tiga kali seminggu sama ada kelas pagi, petang atau
malam kerana jarak rumah dengan sekolah hanya 11 kilometer. Pada setiap hari minggu
pula diadakan klinik UPSR yang melibatkan semua guru.

Strategi pelaksanaan dirangka dan dilaksanakan, cadangan dari seluruh warga SK Felda
Jerangau Barat termasuk AJK PIBG dialu-alukan. Pelbagai aplikasi seperti Whatsapp
digunakan. Banyak respon atau cadangan telah diterima. Selain itu, guru besar juga
berbincang dengan AJK PIBG. Semua ibu bapa dan penjaga Tahun 6 dijemput hadir
untuk berbincang dengan pihak pentadbir. Keputusan yang dicapai adalah semua
sepakat menyerahkan kepercayaan kepada pihak sekolah atau pentadbir.

Guru besar juga mengadakan perjumpaan dengan guru-guru Tahun 6 secara
berkumpulan. Dalam perjumpaan itu, guru besar bertanya ``Kalau esok anda bertukar
sekolah, apakah legasi yang akan ditinggalkan?’’. Kita sepatutnya hadir ke sekolah
membawa transformasi dan pergi meninggalkan legasi.

2.1 Pengisian Kolaboratif Guru Besar Dalam PdPc di Bilik Darjah

Guru besar sebagai murid
Guru besar bertanya kepada guru yang mengajar sehingga faham apa yang diajar.
Guru besar duduk di tempat murid sambil belajar bersama-sama dengan murid.

Guru besar sebagai pembantu guru
Ketika sesi latihan diberikan kepada murid, guru besar akan bersama-sama guru
membimbing murid. Guru besar tidak bercanggah pendapat tentang apa yang
diajar guru sebaliknya melakukan pengukuhan sekiranya perlu.

Perbincangan dengan guru selepas PdPc
Guru besar mengenalpasti kelemahan ketika guru mengajar dan membaiki setiap
kelemahan dalam pengajaran tersebut. Dalam hal ini, guru besar juga mengadakan
sesi sumbang saran dan penghargaan terhadap pangajaran yang baik.

3.0 IMPAK PROGRAM

1. Murid-murid lebih berkeyakinan dan bersemangat dalam pembelajaran. Ini berlaku
kerana murid-murid mudah faham apa yang diajar dan rasa dibantu. Mereka juga
berasa diberi perhatian. Calon-calon UPSR menunjukkan perubahan sikap yang
positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif dan mempunyai keyakinan diri dalam
aktiviti PdPc.

2. Kolaboratif guru besar memberi galakan dan dorongan yang kuat untuk guru sentiasa
bersedia melaksanakan tugas pengajaran dengan tekanan positif dan kreatif.

3. Komuniti lebih cakna terhadap kemajuan anaknya. Hubungan komuniti menjadi lebih
erat dengan sekolah kerana guru menjadi pemudahcara yang dilakukan oleh guru
besar.

67

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Hasil kolaboratif guru besar dalam PdPc adalah besar tetapi programnya adalah berskala
kecil. Soal selidik terhadap murid didapati bahawa 26 daripada 32 murid yakin akan
mendapat skor A dalam UPSR nanti. Soal selidik terhadap guru pula didapati guru penat
menjelang peperiksaan tetapi seronok apabila hasilnya tercapai. Program kolaboratif ini
tidaklah hanya bersifat kosmetik semata-mata tetapi pengisiannya jauh lebih penting dan
memberi makna.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Program ini akan diteruskan dengan melibatkan semua pentadbir sekolah yang lain untuk
masuk kekelas secara rawak dan meliputi semua kelas dari tahun satu hingga tahun
enam. Namun fokus utama akan diberikan kepada kelas Tahun Enam. Kerjasama yang
lebih erat dalam kalangan ibu bapa dan komuniti akan dimantapkan untuk mendapatkan
sumbangan mereka bukan sahaja dari segi idea, malah sumbangan bahan PdPc dan
sumbangan professional.

5.0 RUJUKAN
Azizi Yahya, Shahrin Hashim & et al.(2012).Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan:
Teori, Analisis dan Interprestasi Data, Selangor: PTS Profesional.
Esah Sulaiman(2003). Amalan Profesionalisme Perguruan, Skudia; Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia. Chua Yan Piaw(2008). Asas Statistik Penyelidikan: Analisis Data
Skala Ordinal dan Skala Nominal, Kuala Lumpur: McGraw Hill(M).
Kementerian Pelajaran Malaysia(2001).Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Shamsina Shamsuddin (2013) Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah.
Kuala Lumpur; Freemind Horizons Sdn.Bhd.

68

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

MENJANA SUMBER PENDAPATAN SEKOLAH MELALUI AKTIVITI
PENANAMAN CILI PADI DAN PENTERNAKAN IKAN DALAM KOLAM

SIMEN MELALUI PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

Mohd Isa bin Barum
Ambilan 1/2015
Guru Besar

SK Ramuan China Kechil, Melaka

ABSTRAK

Perkongsian penulisan amalan terbaik adalah bertujuan untuk berkongsi idea bagaimana
program yang dijalankan di sekolah lain boleh dilaksanakan di sekolah sendiri atau pun amalan
terbaik di sekolah sendiri boleh dipraktikkan di sekolah lain. Dalam konsep pembelajaran
sepanjang hayat, guru besar sentiasa menjana idea yang kreatif dan kritis berkongsi amalan
terbaik untuk dipraktikkan di sekolah yang akhirnya memberi manfaat kepada murid- murid
dan organisasi yang diurus tadbir oleh pengetua dan guru besar yang mempunyai wawasan
visi dan misi dalam memacu kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. Amalan terbaik
menjana sumber pendapatan sekolah melalui penanaman cili dan penternakan ikan air
tawar dalam kolam simen yang dikongsi adalah untuk memberi ruang dan harapan kepada
guru besar agar memaksimakan ruang yang ada untuk meningkatkan keupayaan mencari
sumber tambahan. Pengurusan persekitaran dan kemudahan zikal menepati tema projek
yang dilaksanakan di mana pelbagai pihak mendapat manfaat hasil daripada kepimpinan
instruksional dalam membawa perubahan iklim persekitaran organisasi. Kebergantungan
harap untuk mendapatkan punca kewangan dari luar tidak boleh dijadikan amalan tanpa usaha
keras dari dalam sekolah sendiri. Amalan terbaik yang dikongsi ini juga termasuk cabaran
yang menanti dan impak kepada murid secara khusus dan organisasi secara amnya.

Kata Kunci: kreatif, kritis dan kasih sayang

1.0 PENGENALAN

Bertemakan “Di mana langkah bermula di situ peluang terbuka” telah menjadi satu
inspirasi kepada guru besar untuk menjadi lebih kreatif meneroka ruang-ruang yang
ada untuk menambah dana sekolah bagi pelbagai tujuan. Kesukaran untuk mendapat
dana daripada pihak–pihak tertentu ditambah pula dengan keadaan ekonomi negara
yang tidak stabil sejak setahun dua yang lalu sehingga kini menyebabkan tiada pihak
yang berminat untuk menghulurkan sumbangan apatah lagi jika mereka tiada apa-apa
kepentingan kepada sekolah.

Keinginan untuk bersaing dengan rakan-rakan lain memang ada tetapi kemampuan
kewangan masih menjadi halangan. Ada kalanya guru besar berasa seperti peminta
sedekah apabila berusaha memohon sumbangan daripada pihak-pihak tertentu tetapi
seolah-olah mereka tidak berminat untuk membantu. Rasa tercabar dan terhina juga
menyebabkan guru besar menjadi lebih berani dan yakin untuk mencari sumber alternatif
bagi menambah dana sekolah. Masalah mencari dana sekolah juga tidak dapat dibantu
oleh PIBG sekolah sepenuhnya kerana masalah kepimpinan yang telah berlarutan lebih
daripada empat penggal. Kesan daripada ini menyebabkan agak sukar untuk mereka

69

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

merancang aktiviti menambah dana. Pengeluaran duit tabungan tidak dapat diganti
dengan sumber tambahan lain cuma sekadar hasil kutipan sumbangan ibu bapa yang
tidak seberapa itu. Memang rasa perit apabila sumber kewangan menjadi halangan
untuk menggerakkan aktiviti.

Apabila melihat persekitaran sekolah dan latar belakang penduduk setempat yang lebih
kepada pertanian seperti menorah getah dan memetik buah sawit, maka di situ idea untuk
menjana sumber pendapatan bermula. Pada awalnya penanaman betik menjadi pilihan
kerana pokok ini mudah ditanam dan mudah pula dibuang sekiranya tidak diperlukan
lagi. Malangnya musuh utama monyet telah merosakkan tanaman ini dengan mematah
dan memakan pucuknya menyebabkan terpaksa beralih kepada penamanan cili diikuti
penternakan ikan dalam kolam simen beberapa bulan kemudian kemudian.

Antara objektif pemilihan tanaman cili dan penternakan ikan dalam kolam simen ini
antaranya ialah:

1. Menambah sumber dana sekolah bagi melaksanakan pelbagai program
kecemerlangan untuk murid.

2. Mengelakkan budaya meminta-minta daripada pihak-pihak tertentu bagi
menjauhkan diri terjebak unsur-unsur rasuah jika mereka ada kepentingan di sekolah.

3. Berusaha membantu murid yang memerlukan kewangan yang mendesak.
4. Berusaha menarik minat murid meminati bidang pertanian pada masa depan.

1.1 Latar belakang sekolah

SK Ramuan China Kechil Lubok China, Melaka, terletak kira kira 40 kilometer dari
Bandar Melaka. Jarak dari sempadan Negeri Sembilan ialah 4 kilometer sahaja.
Kampung ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka.
Pekan yang terdekat ialah Pekan Lubok China kira kira 3.2 kilometer. Sekolah ini
berada dalam 3 pentadbiran Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK)
yang terdiri daripada Kampung Ramuan China Kechil, Kampung Solok Limau Lipis
dan Felcra Ramuan China.

SK Ramuan China Kechil mempunyai seramai 22 orang guru, empat kakitangan
sokongan dan murid seramai 152 orang yang meliputi kelas arus perdana, satu
kelas Pendidikan Khas dan satu kelas Prasekolah.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Kesukaran mendapatkan sumber kewangan untuk melaksanakan program program
sekolah menjadi cabaran mencari sumber alternatif lain bagi mendapatkan sumber
kewangan baru untuk menampung perbelanjaan yang dirancang. Dalam persekitaran
ekonomi negara yang tidak stabil sejak setahun dua yang lalu sehingga kini menyebabkan
pihak sekolah sukar untuk mencari penyumbang. Setiap aktiviti sekolah yang dirancang
harus dilaksanakan untuk kebaikan pelajar dan sekolah amnya.

Atas kesedaran untuk mengelakkan budaya meminta-minta berterusan daripada pihak-
pihak tertentu setiap kali hendak menjalankan aktiviti yang dirancang. Amalan sebegini
boleh menyebabkan pihak sekolah terjerumus ke arah unsur-unsur rasuah apabila pihak
yang berkenaan mempunyai kepentingan di sekolah ini. Semua pengetua dan guru

70

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

besar serta guru-guru negeri Melaka telah melafazkan ikrar bebas rasuah. Ini bermakna
dengan melaksanakan amalan terbaik aktiviti yang dirancang, sekolah mempunyai
pilihan kedua untuk mencari dan menambah dana untuk kegunaan sekolah sekiranya
tiada penyumbang yang sedia membantu. Selain itu juga, dengan usaha sedemikian
sumber kewangan yang diperoleh lebih bernilai atas usaha titik peluh warga sekolah
sendiri dan pada masa yang sama hasil yang diperoleh lebih yakin untuk dimakan halal
dan bersih.

2.1 Strategi Pelaksanaan

Sebagai guru besar satu jawatankuasa telah dibentuk untuk menyelaraskan agihan
tugas mengikut keutamaan. Setiap warga sekolah yang terdiri daripada guru besar,
guru-guru, kakitangan sokongan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan
dan murid-murid sedia membantu dari segi penyediaan tempat, penjagaan
selepas penamanan dan pungutan hasil. Modal awal pelaksanaan hanya memohon
sumbangan bahan mentah dalam bentuk barangan daripada rakan-rakan dan
warga sekolah.

Oleh kerana keadaan fizikal sekolah yang terhad daripada segi keluasan tanah,
kami menggunakan segala ruang yang ada seperti di tepi-tepi bangunan, di tepi-
tepi longkang dan kawasan-kawasan lain yang sesuai. Hasil yang diperoleh telah
dibahagi kepada beberapa kumpulan sasar iaitu murid-murid miskin yang sangat
memerlukan bantuan, sumbangan untuk kelab staff serta tabungan berbentuk
pinjaman kepada kakitangan sokongan swasta pekerja pembersihan

Projek penanaman cili bermula pada awal Disember 2015 dan penternakan ikan
dilaksanakan pada pertengahan tahun 2016.

2.3 Cabaran dan Kaedah Penyelesaian

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah untuk dilihat
apatah lagi untuk dilaksanakan .Tambahan guru besar tiada kemahiran dalam bidang
yang diceburi. Pada awal perancangan, tanaman yang ditanam ialah pokok betik
hampir 150 batang. Oleh kerana tidak mengambil kira masalah musuh tanaman
iaitu monyet yang berada di sekitar sekolah akhirnya lebih daripada 100 batang
pokok betik dirosakkan oleh monyet tersebut. Di situ cabaran bermula kemudian
ditukar ganti dengan tanaman cili dan penternakan ikan untuk mengurangkan risiko
kerugian terutama masa yang telah digunakan.

Cabaran bukan sahaja apa yang hendak ditanam dan diternak sebaliknya ada
segelintir warga sekolah yang seolah-olah memandang sinis dan tidak yakin apa
yang hendak dilaksanakan apatah lagi mereka beranggapan beban tugas baru
menanti.

Rasa-rasanya tiada siapa pun yang sanggup untuk mencari beban kerja tambahan.
Sebagai guru besar yang yakin punca duit boleh dapat dari sekolah sendiri cuma
perlu sedikit pengorbanan masa dan tenaga. Guru besar menggunakan pendekatan
memujuk dengan memperkenalkan slogan semua warga sekolah harus memandang
sekolah dengan penuh perasaan kasih sayang supaya ada keinginan untuk
bersedia membantu, bersedia untuk bekerja lebih masa dan sanggup menambah
jarak perjalanan untuk urusan projek yang hendak dan sedang dilaksanakan.

71

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

3.0 IMPAK AMALAN

Sesuatu projek yang telah dilaksanakan sudah tentu meninggalkan impak kepada
sekolah samada baik atau sebaliknya. Hasil daripada sumber kewangan yang diperoleh
daripada projek penanaman cili dan penternakan ikan membolehkan pihak sekolah
merancang beberapa program peningkatan UPSR menuju puncak yang akhirnya berjaya
membuahkan hasil seperti data di bawah.

Jadual 1: Analisa Keputusan UPSR Sebenar (2014 -2016)

TAHUN JUM BM BM B.ING B.ING MAT SAINS %LULUS GPS RANKING
CALON (PEM) (PEN) (PEM) (PEN) SEKOLAH
2014 86.4 72.7 77.3 72.7 86.4 63.6 2.65 216 / 237
2015 22 - 80.9 91.4 65.8 2.14
2016 100 100 82.3 85.0 100 85.0 2.76 179 / 237
19 -
100 100 100 97 /237
20 100

Bukan itu sahaja hasil daripada pendapatan yang diperoleh turut digunakan untuk
menceriakan kawasan persekitaran dengan mengecat bangunan sekolah, tembok pagar
dan bilik-bilik darjah mengikut kemampuan yang ada. Apa yang boleh dibanggakan ialah
tabungan untuk perbelanjaan sekurang-kurangnya suku pertama tahun 2018 telah siap
sedia sementara usaha diteruskan untuk mencari dan menambah peruntukan kewangan
seterusnya.

Dari sudut pembelajaran pula projek penanaman cili dan penternakan ikan air tawar ini
telah menjadi stesyen pembelajaran pelajar dan guru-guru di luar bilik darjah mengikut
kemahiran dan bidang-bidang tertentu mengikut tema dan mata pelajaran yang sedia
ada. Data peratusan kehadiran murid juga kelihatan meningkat kerana ada suatu daya
tarikan terutama kolam terapi minda yang menyediakan pelbagai jenis ikan yang menjadi
keseronokkan.

Hasil sampingan daripada kolam ikan pula telah menerbitkan satu lagi projek iaitu
pembinaan kolam terapi minda yang di dalamnya diletakkan ikan-ikan yang bersaiz besar
untuk menjadi satu daya tarikan keseronakkan pelajar untuk suka datang ke sekolah dan
dapat pula mengurangkan ponteng sekolah.

Di luar sekolah pula pelaksanaan projek penanaman cili ini turut menarik minat beberapa
keluarga pelajar untuk turut sama menanam di kawasan rumah mereka sebagai satu
cara untuk menambah sumber pendapatan sampingan mereka.

Sebagai guru besar, projek yang dilaksanakan ini memang mempunyai potensi untuk
dijadikan sebagai aktiviti mencari dana jika diusahakan dengan lebih bersistematik,pada
masa yang sama dapat mengekalkan kelestarian sekolah bumi hijau. Semua orang tidak
kira murid sekolah mahu pun warga sekolah boleh melakukannya samada di sekolah
mahu pun di rumah sendiri selain dapat mengisi masa lapang.

72

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi meningkatkan hasil tanaman cili dan ternakan ikan air tawar ini dicadangkan
pihak sekolah mengadakan jaringan dan jalinan dengan agensi yang berkaitan untuk
mendalami kemahiran yang sesuai. Selain itu amalan ini akan menjadi lebih bermakna
sekiranya murid-murid diberi peluang yang lebih banyak untuk mengendalikan aktiviti
berkaitan bidang pertanian ini secara tidak langsung boleh membuahkan minat untuk
menceburi bidang ini pada masa depan. Apa jua program yang hendak dilaksanakan
di sekolah semuanya perlukan sumber kewangan yang kukuh. Sebagai guru besar,
kita seharusnya lebih kreatif untuk mencari sumber baru. Elakkan budaya sentiasa
mengharapkan bantuan dan sumbangan orang jika mahu membuat sesuatu program.
Apa yang penting projek yang menjadi amalan baik itu memberi manfaat kepada pelajar
keseluruhannya dan sekolah amnya.

73

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

LESTARIKAN TASFIQ

Mohd. Zahid bin Ibrahim
Ambilan 2/2015
Guru Besar

SK Seri Bertam, Yong Peng, Batu Pahat, Johor

ABSTRAK

Lestarikan Tasfiq merupakan program berkaitan dengan kurikulum yang dilaksanakan oleh
SK Seri Bertam. matlamat perkongsian amalan terbaik ini adalah untuk mencapai 100 peratus
murid celik Al-Quran, melahirkan imam muda dan huffaz kecil yang menjadi suri teladan
dalam kalangan murid serta melahirkan murid yang berani berkomunikasi dengan baik,
berkeyakinan dan mempunyai sahsiah terpuji serta dapat meningkatan prestasi akademik
mereka. Pencapaian Iqra dan Al-Quran dalam kalangan murid SK Seri Bertam belum mencapai
sasaran berdasarkan analisis Buku Bacaan Model Khatam Al-Quran Murid. Diakhir program
amalan terbaik ini, sahsiah dan disiplin murid bertambah baik, budaya memberi salam dan
menghulurkan salam semakin subur dalam kalangan murid. Peratus kehadiran murid ke
sekolah juga dapat ditingkatkan. Selain itu amalan terbaik ini juga telah melahi-RKan 16 tunas
imam muda dan 25 huffaz kecil yang dapat membantu aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah
dan memberi sokongan serta motivasi kepada rakan murid yang lain. Perubahan dan suasana
ini telah memberi impak terhadap pencapaian prestasi murid. Kejayaan amalan terbaik ini
telah ditambah baik bagi memperkasakan program ini secara berterusan dan menjadi satu
amalan dan budaya sekolah, antaranya menggunakan alatan lain untuk tepuk, Calon Guru
Inovasi, Penandaarasan/Bechmarking TASFIQ dan membina Modul TASFIQ (cadangan)

Kata Kunci: huffaz kecil, iqra, tunas imam muda

1.0 PENGENALAN

Lestarikan Tasfiq merupakan satu amalan terbaik bagi membantu meningkat penguasaan
dan pencapaian dalam kalangan murid yang lambat dan lemah dalam penguasaan
bacaan Al-Quran terutamanya bacaan Iqra. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
Bil 13/2004 bertarikh 30 Disember 2004, pembentang mengambil Model Khatam Al-Quran
sebagai skop pelaksanaan amalan terbaik di sekolah. Lestarikan Tasfiq dapat melahirkan
Tunas Imam Muda dan Huffaz Kecil yang menjadi role model dalam kalangan murid
dan dapat membantu rakan dalam pembentukan sahsiah terpuji, membina personaliti
yang baik dan dapat meningkatan prestasi pencapaian akademik yang cemerlang. Di
samping itu, dapat membentuk sikap murid yang berani, jujur, berkeyakinan dan boleh
berkomunikasi dengan baik serta bertanggungjawab.

1.1 Latar Belakang Sekolah

Kedudukan SK Seri Bertam (SKSB) berdekatan dan berhampiran dengan pekan
Yong Peng, Johor. Sekolah ini dinamakan sebagai SK Seri Bertam adalah sempena
daripada nama tumbuhan atau pokok bertam yang banyak hidup subur di tepi
sungai Simpang Kanan, Yong Peng. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1955.

74

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

1.2 Isu Strategik

Pencapaian Iqra dan Al-Quran dalam kalangan murid SK Seri Bertam belum
mencapai sasaran berdasarkan analisis Buku Bacaan Model Khatam Al-Quran
Murid. (data bulan Januari hingga Mac 2017). Seramai 34 daripada 53 murid atau
64% Tahun 1 tidak kuasai Iqra 1. Selain itu, masih ada lagi murid Tahun 6 yang
tidak kuasai Iqra 3 dan Iqra 4 dengan baik iaitu seramai 8 orang atau 16% daripada
49 murid Tahun 6. Jika dilihat data pencapaian murid dalam Khatam Al-Quran ini
secara keseluruhannya daripada semua murid adalah sebanyak 41% atau seramai
113 murid belum lagi dapat kuasai bacaan al-Quran dengan baik. Keadaan ini
sangat membimbangkan panitia Pendidikan Islam dan pengurusan sekolah. Dapat
dirumuskan bahawa isu besar ialah;

1. Ramai murid Tahun 3 hingga 6 yang tidak dapat menguasai bacaan Al-Quran

dengan baik dan kurang berminat terhadap al-Quran
2. Ada murid Tahun 1 dan 2 yang tidak boleh membaca al-Quran
3. Ada segelintir murid membaca Iqra dan al-Quran tidak menggunakan

tajwid dan sebutan yang betul.

1.3 Objektif

1. 100% murid tahun 1 melepasi Iqra’ 2, 100% murid tahun 2 melepasi Iqra’ 4,
100% murid tahun 3 melepasi Iqra’ 6, 100% murid tahun 4 & tahun 5 melepasi
al-Quran dan 100% murid tahun 6 melepasi khatam al-Quran.

2. Melahirkan Tunas Imam Muda dan Huffaz Kecil
3. Membentuk sikap murid yang berani, jujur, berkeyakinan dan berkomunikasi

dengan baik dan bertanggungjawab.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Pelaksanaan amalan terbaik ini telah menggunakan 3 alat atau tools pemajuan sekolah
yang utama bagi mengurus, menganalisis punca masalah, perancangan, mencari kaedah
terbaik, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan amalan terbaik iaitu:

1. POLC (Planning, Organizing, Leading & Control)
2. 5W+1H (What, Who, Where, Why, When + How Many)
3. PILL (Pelan Intervensi Lima Langkah)

2.1 Kaedah Tasfiq Al-Quran

Tasfiq (Bahasa Arab) adalah tepuk dalam bahasa Melayu. Keadah ini terbahagi
kepada dua iaitu teknik tepuk dan nombor. Teknik ini, membantu murid mengenal
bunyi baris, mengenal tempo sebutan huruf, mengenal sebutan panjang, pendek
dan dengung huruf.

Cara pelaksanaannya:

1. Guru menggunakan pengiraan nombor. Nombor 1 mewakili huruf Quran
berbaris atas ( ‫) گ‬, Nombor 2 mewakili Baris bawah ( ‫) ݧ‬, Nombor 3 mewakili
Baris depan (‫) ۇ‬.Murid membaca mengikut rentak@pergerakan tangan dan kaki
berdasarkan baris pada huruf.

75

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

2. Bagi membezakan bacaan panjang dan pendek, murid diminta membunyikan
huruf @ perkataan sambil menepuk tangan.

3. Bacaan yang panjang perlu menepuk tangan dan berhenti sekejap Serta
4. Menepuk tangan semula mengikut bacaan huruf.
5. Manakala bacaan yang pendek tidak memerlukan untuk berhenti menepuk.
6. Bacaan murid berdasarkan rentak tangan@kaki yang dibunyikan sambil

menyebut huruf tersebut secara perlahan-lahan dan berulang kali.
2.2 Strategik Pelaksanaan

Pelaksanaan amalan terbaik Lestarikan Tasfiq, dijalankan secara terancang bagi
melihat impaknya. Antaranya, ialah mesyuarat, penubuhan jawatankuasa, bengkel
Tasfiq, pelaksanaan kaedah Tasfiq (PdPc), penilaian, pemantauan, Learning Walk,
Dialog Prestasi & Co-Teaching dan penghargaan serta penambahbaikan program.

3.0 IMPAK
Pelaksanaan amalan terbaik ini telah dilaksanakan mulai April hingga November 2017,
sehingga September 2017 impak program ini hampir mencapai objektifnya secara holistik
(Rujuk Rajah 1).

Rajah 1: Impak/Hasil Program
(Analisis Data Sehingga September 2017)

Amalan terbaik ini telah melahirkan 16 tunas imam muda dan 25 huffaz kecil yang dapat
membantu aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah dan memberi sokongan serta motivasi
kepada rakan murid yang lain. Keseluruhannya, sahsiah dan disiplin murid bertambah
baik, budaya memberi salam dan menghulurkan salam semakin subur dalam kalangan
murid. Peratus kehadiran murid ke sekolah juga dapat ditingkatkan. Perubahan dan
suasana ini telah memberi impak berkesan terhadap pencapaian prestasi murid.

76

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Secara keseluruhannya program ini telah berjaya dengan cemerlang, namun begitu
terdapat juga cabaran dan halangan yang memberi tekanan kepada pelaksanaan
program. Antaranya:

1. Murid yang disasarkan kerap tidak hadir ke sekolah, keadaan ini menyebabkan murid
lambat kuasai bacaan dengan baik yang berpunca daripada masalah keluarga.

2. Prestasi kebolehan murid hanya bergantung kepada usaha guru di peringkat awal
pelaksanaan.

3. Segelintir murid adalah daripada murid Linus dan daya ingatan yang lemah.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan akan dilaksanakan untuk memperkasakan program ini secara
berterusan, antaranya:

1. Menggunakan alatan lain untuk tepuk.
2. Calon Guru Inovasi
3. Penandaarasan/Benchmarking TASFIQ
4. Membina Modul TASFIQ (cadangan)

5.0 RUJUKAN

Abdullah Yahya. (1997). Kepimpinan sekolah: Teori untuk praktis. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd. Salleh (2004) Buku Pengurusan j-QAF. Fajar Bakti Sdn. Bhd.Buku
Pengurusan j-QAF

Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka

Institut Aminuddin Baki. (2005). Amalan-amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan
sekolah kebangsaan. Institut Aminuddin Baki : Genting Highlands.

Institut Aminuddin Baki. (2014). Modul asas kepimpinan dan pengurusan pendidikan,
NPQEL.

Jamil Adimin. (2012). Kepimpinan untuk pembelajaran, belajar memimpin diri untuk
membawa perubahan, Kuala Lumpur. Jurnal Institut Aminuddin Baki.

Kamarudin Hj. Kachar. (1989). Kepimpinan professional dalam pendidikan. Kuala Lumpur:
Teks Publishing Sdn. Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2015. Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1981) Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:

Robut J.Hose. (1992). Building commitment in urban high school. Educational Education
and policy Analysis, 10, 285-300.

Shonitah, Maimunah,. (2005). Gaya kepimpinan pengetua dan guru besar dan ciri-ciri
yang efektif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 13 Oktober,(73-84).

Stoner (1984). Organizational communication. Iowa: Brown Company Publisher.

77

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

KUMPULAN STUDI KOMUNITI

Mohd Rosdi bin Mohd Amin
Ambilan 2012
Guru Besar

SK Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu

ABSTRAK

Program Kumpulan Studi Komuniti merupakan satu interpretasi hasil daripada pemerhatian
faktor-faktor yang mempengaruhi proses pemerolehan ilmu dan pembelajaran dalam kalangan
murid-murid SK Pulau Perhentian serta peranan nilai ilmu dalam komuniti setempat. Pelbagai
elemen serta pendekatan inter disiplin ilmu menjadi asas perancangan tindak ikut bersepadu
kepada proses pembentukan budaya pembelajaran serta pemupukan nilai ilmu. SK Pulau
Perhentian merupakan sekolah pedalaman dan faktor lokasi sekolah mempengaruhi keupayaan
akses pendidikan buat murid-murid. Pencapaian prestasi akademik, isu ruang pembelajaran
serta isu ketidaksiapan kerja rumah menjadi indikator dan rujukan secara keseluruhan di
samping kita melihat isu sebenar yang melingkari permasalahan ini. Perancangan bersepadu
dan sistematik dilaksanakan secara emprikal dengan mengambil kira isu serta dapatan
melalui mengenal pasti masalah dan pendekatan yang paling praktikal untuk mengatasinya.
Program Kumpulan Studi Komuniti telah direka bentuk dengan mengupayakan segala sumber
dalaman yang sedia ada. Gerak kerja yang komprehensif dan inklusif dengan pembentukan
Jawatankuasa Khas ‘Task Force’ yang bertindak memberi kefahaman secara menyeluruh
program khas ini. Pelbagai pendekatan inter-disciplinary dan proses intervensi dilaksanakan
berdasarkan keperluan pendidikan dan tuntutan semasa. Pelibatan komuniti sebagai nadi
penggerak dalam mengukuhkan budaya pembelajaran dan pemantapan nilai ilmu dalam
komuniti setempat sekaligus mencapai aspirasi pendidikan serta memenuhi anjakan ketiga
dan kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Kata Kunci: Sekolah Pulau, Mengupaya Komuniti

1.0 PENGENALAN

Proses pendidikan umumnya tidak terhad kepada proses pemerolehan ilmu secara formal
di sekolah. Ianya haruslah mempunyai kesinambungan dengan apa yang dipelajari sama
ada secara langsung atau tidak langsung di luar institusi pendidikan. Pembudayaan
nilai ilmu dan proses pembelajaran haruslah mempunyai korelasi dengan nilai budaya
setempat. Pendidikan di rumah mencerminkan nilai yang ingin disemai oleh ibu bapa
dan anggota keluarga yang lain terhadap kanak-kanak. Nilai ini boleh meneguhkan
atau sebaliknya melemahkan nilai yang disampaikan oleh agensi pendidikan khususnya
institusi formal seperti sekolah.

Namun begitu, faktor-faktor setempat seperti tuntutan ekonomi, persekitaran kediaman
dan juga budaya komuniti setempat memberi kekangan dalam membudayakan proses
pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. Prestasi akademik yang lemah, kadar
keciciran dan penguasaan asas ilmu serta nilai budaya membaca merupakan gambaran
yang sering kali diungkapkan bagi murid-murid luar bandar. Sikap serta pemikiran
komuniti yang bersifat regresif dalam soal pendidikan juga merencatkan penyuburan nilai
ilmu dalam kalangan murid-murid.

78

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pulau Perhentian mempunyai penduduk seramai 2,363 orang. Hampir keseluruhan murid
daripada latar belakang sosioekonomi yang di bawah sederhana. Para ibu bapa bekerja
untuk menyara keluarga, dan anak-anak ditinggalkan di rumah dan kurang dipantau
aspek kemajuan pelajaran mereka.

SK Pulau Perhentian berada 23 km dari Pekan Kuala Besut. Ia mula beroperasi sejak
1948, bermula dengan sekolah atap sehingga ke hari ini ia dilengkapkan dengan blok
akademik, bilik khas, makmal komputer dan kuaters guru. Keluasannya cuma 1.11 ekar
dengan tiga blok bangunan yang agak terhad bagi 166 orang murid, 17 orang guru dan
4 kakitangan sokongan, namun proses pendidikan berjalan sejajar dengan apa yang
dihasratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Kumpulan Studi Komuniti (PKSK) adalah satu elemen penggerak proses
kecemerlangan dalam jangka masa panjang yang merangkumi keterlibatan, kebersamaan
dan keberadaan semua pihak di Pulau Perhentian. PKSK adalah cerminan impian
dan harapan serta hasrat seluruh warga Kg. Pulau Perhentian terhadap pencapaian
prestasi akademik anak-anak mereka. Ini bertepatan dengan pendekatan ‘National Blue
Ocean Strategy’ atau NBOS dan Sarana Ibu bapa. Namun apa yang penting, program
ini menggunakan pendekatan ‘Low Cost, High Impact’ yang memberi manafaat kepada
semua pihak yang terlibat.

PKSK adalah satu Program Khas UPSR dan program yang berfokus dalam jangka
waktu yang ditetapkan. Ia merupakan gerak kerja bersepadu dalam menjana budaya
pembelajaran di kalangan murid-murid SK Pulau Perhentian.

Antara objektifnya ialah mewujudkan kesedaran amalan pembelajaran dan pengukuhan
nilai ilmu di kalangan murid-murid SK Pulau Perhentian serta komuniti setempat,
pemupukan budaya ilmu berdasarkan pola-pola sosiologi setempat, sikap suka tolong-
menolong sesama sendiri, mengatasi isu ruang pembelajaran, interaksi sosial dan isu
kerja rumah, pembentukan rutin belajar dan persediaan belajar melalui rakan sebaya,
menerapkan kemahiran belajar kendiri di kalangan murid, program sokongan kepada
program kecemerlangan sekolah, dan kerjasama pihak sekolah dengan komuniti sebagai
rakan sinergi dalam meningkatkan GPS sekolah.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Hasil pemerhatian, temubual dan juga perbincangan dengan guru-guru, dikenal pasti
beberapa isu yang mempengaruhi pencapaian prestasi murid-murid dalam akademik.
Antara isu kajian yang dikenal pasti ialah ruang pembelajaran yang terhad dan tidak
kondusif untuk murid belajar, sikap serta pemikiran komuniti yang bersifat regresif dalam
soal pendidikan, ketidakupayaan dalam kebersamaan dalam menangani isu sosial,
pembudayaan rutin pembelajaran sebagai sebahagian daripada gaya kehidupan, dan
isu ketidaksiapan kerja rumah.

Sehubungan dengan itu, PKSK Komuniti telah dirangka secara emprikal melibatkan
kesemua pihak terbabit. Kerangka konsep PKSK telah diperhalusi dengan mengambil
kira kesemua elemen-elemen sosial murid-murid, peranan serta fungsi komuniti dan
penetapan matlamat oleh pihak sekolah. Ia sekaligus meneguhkan proses PdPc yang
dilaksanakan pada sesi pembelajaran di waktu pagi.

79

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Secara signifikannya, PKSK merupakan sebahagian daripada Projek Khas UPSR 2018-
2020. Program ini merangkumi keupayaan menyediakan calon UPSR bagi tiga (3) tahun
mendatang dengan penerapan budaya pengukuhan ilmu melalui pembelajaran secara
‘peer group’ atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Ia merupakan satu perancangan
yang bersistem dalam memenuhi konteks seperti menyelaras dengan penekanan
rutin budaya belajar secara kendiri dan penyediaan ruang pembelajaran di luar waktu
persekolahan. Ia memupuk semangat belajar di kalangan murid khususnya dan komuniti
amnya, serta memperkasakan peranan serta fungsi hubungan sekolah dengan komuniti
khususnya komuniti Kg Pulau Perhentian. Satu kerjasama strategik antara pihak sekolah
dan komuniti Kg Pulau Perhentian dalam agenda kecemerlangan pendidikan.

Kumpulan Sasaran program ini adalah murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 (56 orang –
12 KSK). Lokasi perlaksanaan adalah di rumah atau premis tempat tinggal murid serta
pihak terbabit (Rakan Sinergi, tuan punya premis). Program Kumpulan Studi Komuniti
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut fasa perkembangan yang telah
ditetapkan. Fasa perkembangan ini melibatkan proses penerangan untuk memberi
kefahaman kepada murid-murid dan komuniti dan diikuti pula dengan proses penjanaan
sumber-sumber sedia ada. Kesemua proses dan fasa ini akan menjadikan Program
Kumpulan Studi Komuniti ini bersifat dinamik dan memberi impak serta keberhasilan
yang diharapkan oleh semua pihak.

Setiap cabaran yang dihadapi akan diperhalusi dari segi tindak ikut dan kerangka
kerja yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Task Force. Oleh itu, setiap isu dan
cabaran akan dikendalikan secara konsensus dengan melihat semua aspek sama ada
sosioekonomi, rutin harian, hubungan sosial serta kemudahan dan sumber sedia ada.

Penyelesaian secara berhemah dengan mengambil kira kesemua faktor tempatan
dan luaran akan diselaraskan dengan tindakan atau aktiviti yang akan dilaksanakan.
Dasar kebertanggungjawaban secara bersama menjadi asas kepada setiap kaedah
penyelesaian. Hasilnya, penyelesaian secara kaedah ‘menang-menang’ dapat
diwujudkan secara kolektif. Korelasi hubungan antara pihak sekolah dan komuniti
dapat dipertingkatkan. Pendekatan intervensi dilaksanakan bagi memastikan Program
Kumpulan Studi Komuniti ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

Pelaksanaan intervensi adalah seperti pemantapan serta pengukuhan rutin budaya
sekolah yang dilaksanakan sewaktu pulang dari sekolah, penyeragaman serta
pengukuhan pendidikan kerohanian–KAFA, Pembentukan Kumpulan Studi Komuniti–
Unit B&K, Ruang dan Laman Santai Ilmu serta ‘Basket Book’, Jalinan Rakan Sinergi
yang efisien–JKKK, KRT, Peniaga, Komuniti, Ecoteer, Kemudahan akses pendidikan–
fasiliti sekolah, fasiliti sokongan, penyebaran visi dan misi secara emprikal.

Pengurusan dan pentadbiran program melibatkan pendokongan transformasi merintis
kecemerlangan Unit Kurikulum dengan cogan kata seperti ‘Masa Depan Itu Sekarang’,
bagi Unit HEM seperti ‘Disiplin Terarah Bakat Terserlah’, dan bagi Unit Kokurikulum
seperti ‘Bakat Dititip Juara Dikutip’. Moto sekolah juga dicanangkan dengan ungkapan
‘SKPP_Satu Kesepakatan Pemangkin Perubahan’.

80

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

3.0 IMPAK

Impak daripada pelaksanaan PKSK telah mewujudkan suasana pembelajaran secara
menyeluruh kepada semua murid. Isu tidak siap atau lewat melaksanakan kerja rumah
dapat diatasi. Budaya pembelajaran yang berhubungkait dan konsisten dapat diwujudkan
di kalangan murid-murid dan ibu bapa serta komuniti. Kesedaran kepentingan pendidikan
di kalangan murid, ibu bapa dan komuniti setempat dapat diperkukuhkan. Keterlibatan
semua peringkat dalam penyebaran nilai ilmu dan sosialisasi pembelajaran.


4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Jawatankuasa PKSK mencadangkan agar satu pendekatan yang bermakna dalam
memastikan program ini dilestarikan dengan cadangan-cadangan seperti mewujudkan
Galeri dan Laman Ilmu, dan Pusat Sehenti Pembelajaran/Komuniti contoh: Papan
Kenyataan/Hebahan Pendidikan dan perpustakaan Kampung. Serta ditubuhkan Bilik-
bilik Operasi untuk Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit Kokurikulum. Bilik Gerakan PIBG
dan Kedai PIBG pula diwujudkan bagi memperkasakan fungsi dan peranan PIBG.

Interpretasi PKSK bukanlah suatu program semata-mata untuk memenuhi rutin
pembelajaran murid-murid. Tetapi ianya haruslah dilihat melalui tunas akal serta mata
hati bagaimana satu kesepakatan dapat menjalinkan satu pembudayaan ilmu. Kewajaran
PKSK SK Pulau Perhentian perlu dilihat secara emprikal meliputi penyediaan generasi
TN50 yang bakal mewarisi kepimpinan negara dalam melalui kemenjadian murid.
Kesediaan warga SK Perhentian dan komunitinya melaksanakan amanah seharusnya
diimbal dengan sokongan semua pihak dalam menjayakan agenda pendidikan nasional
dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

5.0 RUJUKAN

Amin Senin, Dr, (2011). Pemikiran Semula Pembangunan Kepimpinan Sekolah, Institut
Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang

Amir Hassan Dawi. (2008). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, QuatumBooks, Tanjung
Malim, Perak

Berger, Eugenia Hepworth. (1995). Parent as partners in education:Families and schools
working together 4th Ed. New Jersey, Prentice-Hall Inc

Clifford Geertz, (2009). Tafsiran Budaya dan Terjemahan, Institut Terjemahan Negara,
Kuala Lumpur

Edward de Bono. (2008). Pemikiran Lateral untuk pengurusan, Golden Books Centre
Sdn Bhd, Selangor

Hari Poerwanto, Dr. (2000). Kebudayaan dan lingkungan dalam perspektif antropologi,
Pustaka Pelajar Offset, Yogyakarta, Indonesia

Harvey McKinson. (2001). The power of giving, Taico Publishing House, Kanada
Tjet Jep Rohendi Rohidi. Prof Dr. (2000). Ekspresi Seni Orang Miskin: Adaptasi Simbolik

Terhadap Kemiskinan, Yayasan Nuansa Cendekia, Bandung, Indonesia
Wan Hashim Wan Teh, Ismail Hamid. (1998). Nilai Budaya Masyarakat Desa, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

81

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

WHY DO I NEED A TEACHER WHEN I HAVE GOOGLE?

Naharudeen bin Othman
Ambilan 2008
Pengetua

SM Sains Teluk Intan, Perak

ABSTRAK

Merujuk kepada ‘digital age’ dalam abad ke-21 ini, daya tarikan murid untuk mendapatkan
maklumat dan juga pengetahuan lebih tertumpu kepada aliran maklumat yang mudah didapati
secara dalam talian. Secara tidak langsung media internet telah memberikan saingan yang
cukup hebat kepada sekolah. Teknologi dalam bidang Information Technology (IT) bergerak
dengan sangat pantas dan sekolah tidak mampu untuk bertransformasi dengan begitu pantas.
Murid mula melihat sekolah sebagai tempat yang membosankan khususnya apabila masih
berfokuskan peperiksaan. Pemimpin sekolah alaf baru perlu melihat ini sebagai cabaran dan
perlu mencari satu bentuk pedagogi yang dapat menawarkan elemen keseronokan dalam sesi
pembelajaran dan pada masa yang sama menawarkan kemahiran abad ke-21 kepada murid
dalam sesi pembelajaran. Menguruskan transformasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
berbentuk ‘Chalk and Talk’ kepada guru berperanan sebagai fasilitator dalam Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 bukan satu tugas yang mudah.yang guru hanya
bertindak sebagai fasilitator bukan satu tugas yang mudah. Pembentang mengupas aspek
perancangan dan strategi untuk merealisasikan pendekatan PdPc abad ke-21 di SMK Sultan
Yussuf, Batu Gajah, Perak.

Kata Kunci: pembelajaran dan pemudahcaraan, perancangan, transformasi

1.0 PENGENALAN

Pemimpin sekolah abad ke-21 bukan hanya perlu cekap menguruskan sekolah tetapi
yang lebih penting adalah memahami dan sentiasa peka kepada keperluan klien
yang menjadi tanggungjawab hakiki pengetua sekolah. Cabaran utama yang perlu
dilaksanakan adalah mentransformasikan kaedah penyampaian pengetahuan dengan
cara yang menyeronokkan dan pada masa yang sama membekalkan murid dengan
kemahiran abad ke-21.

Pengetua sebagai pemimpin sekolah perlu menginovasikan landskap dan kurikulum
sekolah selaras dengan rubrik keperluan sekolah dan konsep 4C aspek Transformasi
Sekolah agar selaras dengan keperluan dan kehendak murid yang berubah mengikut
peredaran masa dengan begitu pantas. Sehubungan dengan itu, pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 dikatakan dapat memenuhi keperluan pembelajaran
generasi Alpha. Persoalannya, apakah kelebihan PdPc abad ke-21 dan apakah elemen-
elemen yang terkandung didalamnya yang membolehkan ianya memenuhi keperluan
pedagogi dan memberi kemahiran abad ke-21? Umumnya PdPc abad ke-21 menawarkan
kemahiran 4C yang merangkumi kreativiti dan pemikiran kritikal sebagai aspek intra
personal dan turut menawarkan aspek kolaborasi dan komunikasi yang merangkumi
aspek sosial ataupun interpersonal. Melihat kepada 4C yang ditawarkan ini kita dapat
membuat kesimpulan bahawa platform kepada keperluan asas murid telah dirangkumkan
dalam PdPc abad ke-21.

82

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pemimpin sekolah perlu memberi fokus kepada pelaksanaan PdPc abad ke-21 pada
skop yang lebih luas dan jangan hanya melihat kepada aspek transformasi pedagogi dan
inter dan intra personal murid sahaja. Pengetua boleh mengolah transformasi PdPc abad
ke-21 untuk membentuk budaya sekolah yang lebih cemerlang secara holistik. Sebagai
permulaan, transformasi pedagogi yang dilaksanakan boleh menyelesaikan masalah
menjawab soalan KBAT kerana kejayaan merungkai permasalahan memerlukan murid
menguasai kemahiran intrapersonal iaitu menjadi kreatif dan berfikir secara kritis.

Seterusnya, kemahiran interpersonal secara tidak langsung akan membentuk aspek
pembangunan diri murid untuk menjadi lebih positif dalam bersosial melalui kemahiran
komunikasi dan kolaboratif. Apabila kolaborasi untuk bekerja sebagai satu pasukan
sudah dapat dibentuk, pengetua perlu melakukan perubahan dan membina strategi
untuk membentuk budaya sekolah yang positif. Budaya sekolah yang positif perlu
dikekalkan untuk jangkamasa panjang dan bermula melalui asuhan bukannya dengan
penguatkuasaan.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

2.1 Road Map Perancangan Fasa1

Gambaran awal yang dapat dilihat sebaik sahaja dilantik menjadi pengetua di SM
Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak (SYS) adalah keadaan bilik-bilik darjah yang
sangat usang dan tidak diurus dengan baik. PdPc tidak dapat dilaksanakan jika
bilik darjah tidak kondusif. Imbasan seterusnya ialah pedagogi masih dijalankan
secara sehala dan masih berkonsepkan ‘chalk and talk’. SYS mempunyai 1500
murid dan 160 guru, keupayaan sumber manusia juga dilihat perlu diuruskan
dengan lebih baik. Analisis Pareto digunakan untuk mencari titik pertemuan kepada
keperluan utama di SYS. Dapatan dari analisis pareto seterusnya menghasilkan
rubrik keperluan untuk membina perancangan strategik sekolah.

Fasa 1 transformasi PdPc abad ke-21 ini di mulakan dengan menyampaikan ideologi
melalui LADAP pada setiap hari Rabu dan juga berjumpa dengan kumpulan-
kumpulan guru untuk meyakinkan mereka akan keberkesanan PdPc abad ke-21.
Dalam proses menyampaikan ideologi adalah sangat penting untuk pengetua
melengkapkan diri dengan pengetahuan PdPc abad ke-21 secara mendalam.
Setiap penyampaian perlulah menggunakan slaid yang dibina sendiri bukan hanya
menyampaikan slaid yang di ambil dari internet. Pengetua juga turut menjemput
guru-guru melihat PdPc yang dilaksanakan oleh pengetua dan berbincang bersama
guru-guru akan kekuatan dan kelemahan PdPc tersebut dalam menjelmakan elemen
4C’s tadi. Dalam fasa ini, guru-guru SYS telah menggunakan helaian rancangan
pengajaran harian (RPH) supaya RPH dapat dirancang dan dibincangkan dengan
lebih terperinci.

Melalui amalan pemantauan 1 hari 2 guru, pengetua mengambil kesempatan
untuk membimbing dan menggalakkan guru-guru mentransformasikan pedagogi
mereka. Apabila guru-guru mula yakin dan mula berminat dengan PdPc abad ke-21
maka sebuah bilik yang berkonsepkan fizikal bilik darjah abad ke-21 telah dibina
dengan nama Makmal 21. Kewujudan makmal ini membolehkan kumpulan panitia
melaksanakan Professional Learning Community (PLC) dengan kaedah ‘Teacher
Sharing Session’ dan juga ‘Micro Teaching’ untuk menambahbaik pedagogi

83

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

mereka. Pada pengakhiran fasa 1 kumpulan pentadbir turut diberi bimbingan yang
intensif agar mereka turut mampu menjadi agen bimbingan kepada guru-guru dan
pelaksanaan program ini dapat dilaksanakan dengan lebih pantas.

Rajah 1: Roadmap Fasa1 dan Fasa 2 perancangan PdPc Abad 21 di SMK Sultan Yussuf.

2.2 Roadmap Perancangan Fasa 2

Ramai yang salah tanggapan bahawa PdPc abad ke-21 adalah berkaitan dengan
penggunaan teknologi dalam pembelajaran. PdPc abad ke-21 adalah lebih
berfokuskan kepada aktiviti namun begitu untuk lebih menjayakannya maka elemen
teknologi perlu di integrasikan untuk membantu pedagogi tersebut menjadi lebih
menarik. Fasa 2 dimulakan dengan membekalkan sebahagian bilik darjah dengan
LCD TV 48 inci yang bertindak sebagai pengganti LCD. Satu lawatan penandaaras
juga telah dijalankan dan Panitia Bahasa Inggeris telah dilantik sebagai peneraju
PLC untuk PdPc Abad ke-21. Hasil dari lawatan penandaaras bilik-bilik darjah kelas
rancangan khas dan kelas rancangan khas agama telah dijadikan ‘pilot’ projek untuk
bilik darjah bersumber ataupun dikenali sebagai ‘flipped classroom’. Pengenalan
kepada 10 aktiviti PdPc abad ke-21 juga diperkenalkan dengan memberi fokus
kepada aktiviti Gallery Walk.

PdPc abad ke-21 dapat membantu membina perkembangan holistik murid dalam
satu pertandingan pengaturcaraan komputer peringkat kebangsaan di mana SYS
telah muncul sebagai Johan. Pencapaian ini sebenarnya merupakan satu lonjakan
kepada keyakinan guru-guru untuk mengaplikasikan PdPc abad ke-21 kerana
murid yang memenangi pertandingan ini ialah murid dari kumpulan sederhana.
Perlaksanaan PdPc abad 21 di SYS juga telah mula mendapat perhatian ‘stake
holders’ bilamana pengetua telah dijemput oleh pihak IAB untuk menyampaikan
amalan terbaik SYS dalam Seminar Kepimpinan Kebangsaan di IAB, Bandar
Enstek. Dalam fasa ini modul Project Based Learning juga mula dilaksanakan oleh
Unit Bimbingan dan Kauseling sebagai ‘pilot project’.

2.3 Roadmap Perancangan Fasa 3.

Perancangan Fasa 3 dimulakan dengan ‘soft launch’ Simposium Perkongsian
Amalan Terbaik PdPc Abad ke-21 iaitu Dialog Yussufian. Dialog Yussufian
dianjurkan untuk memberikan satu cetusan kepada aspek pedagogi abad ke-
21 di SYS. Pembentang amalan terbaik Dialog Yussufian adalah guru-guru SYS

84

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

dengan Pengarah IAB menyampaikan ucap utama. Dialog ini juga dibuka kepada
penyertaan peserta luar dengan yuran penyertaan yang sangat rendah. Disamping
perkongsian amalan terbaik peserta simposium juga berpeluang untuk melawat bilik
darjah bersumber serta beberapa ‘showcase’ hasil pembelajaran yang dihasilkan
oleh guru dan murid.

Dialog Yussufian sebenarnya adalah strategi utama untuk menggerakkan guru
dan murid dalam menguasai PdPc abad ke-21 dengan sebaik-baiknya. Ianya juga
adalah strategi untuk membuat perubahan fizikal kepada suasana bilik darjah yang
lebih bersumber dan kondusif. Selain dari itu, diharapkan murid mendapat peluang
untuk menunjukkan potensi diri mereka melalui kemahiran yang dikembangkan
melalui PdPc abad ke-21. Peranan Panitia juga turut terkesan bilamana setiap
panitia perlu bertanggungjawab terhadap bilik darjah bersumber yang dibangunkan
melalui program ‘The Flipped Classroom’ selain menyediakan satu amalan terbaik
untuk dipilih dan dibentangkan dalam simposium tersebut.

Kesan yang dapat dilihat dari penganjuran simposium ialah keyakinan guru-guru
makin meningkat dan lebih bersemangat untuk melaksanakan PdPc Abad ke-21.
Seterusnya proses memantapkan aspek pedagogi dijalankan melalui program PLC
dan guru-guru dalam setiap panitia turut dibimbing untuk menjadi mentor yang
mampu memberikan bimbingan berimpak tinggi. Guru-guru juga didapati telah
mampu menguasai PdPc Abad ke-21 dengan tahap kemahiran yang tinggi.

Rajah 1: Roadmap Fasa 1 & Fasa 2 perancangan PdPc Abad 21 di SMK Sultan Yussuf.

2.4 Roadmap Perancangan Fasa 4

Pelaksanaan perancangan fasa 4 memberi fokus yang lebih terperinci kepada misi
sekolah iaitu pembangunan guru. Merujuk kepada P.O.L.C maka fasa 4 ini adalah
lebih kepada ‘check’ iaitu untuk memastikan apa yang telah dilaksanakan itu menjadi
satu budaya yang dipegang dengan kuat oleh komuniti sekolah. Pembangunan
guru akan berlaku jika guru-guru berfikiran terbuka untuk menerima bimbingan
dari rakan melalui program P.L.C dan setiap perbincangan dapat diterima sebagai
‘professional discussion’ untuk kemajuan diri dan seterusnya menyumbang kepada
kemajuan sekolah.

Namun begitu, beberapa penambahbaikan masih perlu dilaksanakan supaya
perancangan ini tidak menjadi statik. Jika dibuat perbandingan maka fasa 4 ini

85

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

sebenarnya adalah fasa yang paling mencabar kerana untuk mengekalkan
momentum yang telah dicapai memerlukan pemantauan yang berterusan supaya
budaya ini menjadi satu budaya yang kekal. Sedikit kelekaan akan membuatkan
guru-guru dan murid kembali seperti asal.

Antara penambahbaikan yang dirancang adalah untuk menaik taraf pusat sumber
sekolah menjadi ‘The Thinking Mall’ yang menyediakan akses digital serta
medium untuk aktiviti KBAT kepada murid. Guru-guru juga akan di bimbing untuk
menghasilkan bank RPH yang telah dinilai keberkesanannya serta boleh dikitar
semula untuk kegunaan pada tahun-tahun mendatang. Melalui ‘The Thinking Mall’
ini SYS juga akan membangunkankan inovasi ‘Game Based Learning’ melalui Frog
VLE agar PdPc Abad ke-21 ini lebih menjurus kepada integrasi teknologi. Unit
Bimbingan dan Kaunseling turut diperkasakan melalui ‘Work Based Learning’ yang
mana SYS mula melakukan jalinan dengan syarikat-syarikat luar untuk memberi
pengalaman bidang pekerjaan kepada murid-murid. Seterusnya amalan PdPc
Abad ke-21 yang menjurus kepada pembinaan spektrum kebangkitan SYS akan
dijadikan show case utama dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SYS 2018 yang
akan dihadiri oleh DYTM Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan.

3.0 IMPAK AMALAN

PdPc Abad ke-21 Menghasilkan Produk Inovasi Pendidikan SYS.
Pedagogi PdPc Abad ke-21, Flipped Classroom, The Podium, PLC, EduTech TV, The
Thinking Mall dan Fail RPH Version 2.0 telah menjadi produk inovasi pendidikan SYS.
Selain untuk kegunaan sendiri bagi membangunkan SYS, produk-produk keluaran
SYS ini juga perlu dipasarkan untuk kebaikan sekolah-sekolah yang memerlukannya.
Dialog Yussuffian juga adalah merupakan sebuah produk SYS yang bertujuan untuk
memasarkan amalan terbaik pembelajaran dan pemudahcaraan Abad ke-21.

Melalui Dialog Yusuffian sembilan orang pembentang telah berjaya memasarkan produk
SYS melalui perkongsian amalan terbaik mereka. Diharapkan selepas memasarkan produk
ini SYS akan dapat membantu sekolah-sekolah yang memerlukan aspek pembangunan
pendidikan untuk turut sama dibangunkan menggunakan modul SYS is THE BEST ini.
Kejayaan aspek pemasaran telah dapat dilihat bilamana Pengetua SYS telah mula
mendapat jemputan untuk berkongsi modul ini bersama dengan beberapa buah sekolah.
SYS turut mula menerima lawatan benchmarking dari kumpulan PK Pentadbiran PPD
Kemaman dan juga Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Kita mengharapkan produk
modul SYS ini akan dapat terus dipasarkan untuk kemajuan pendidikan di Malaysia.

4.0 PENUTUP

Pemimpin sekolah yang mahu melakukan sesuatu transformasi dan keluar dari
keselesaan yang sudah menjadi kebiasaan bukan merupakan suatu perkara yang
mudah. Pengetua sebagai pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan perlu
membawa semua warga sekolah untuk bertransformasi. Transformasi perlu mempunyai
wawasan dan perancangan yang dilaksanakan dengan bersatu hati. Berpegang kepada
keyakinan sebuah sekolah premier seperti SYS ini perlu bangun dari tidurnya untuk
kembali menerajui kegemilangan pendidikan, maka transformasi itu perlu dilaksanakan.
Keberhasilan yang bakal menjelma akan memberikan satu kekuatan untuk guru- guru

86

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

SYS ini bersatu hati dalam memacu kegemilangan sekolah yang berusia 110 tahun ini
sesuai dengan moto “SYS is the BEST”.
5.0 RUJUKAN:
Brad Friedel (2013).Thinking OutsideThe Box. Orion Books.
Hank Gilman (2011). You Can’t Fire Everyone: Other Lessons from Accidental

Manager,Portfolio Penguin.
Susan Scott (2009). Fierce Leadership: A Bold Alternative to the Worst “BEST” Practices

of Bussiness Today. Broadway Business New York.

87

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

MINYAK DI KUALI

Norwati binti Muhamad
Ambilan 2/2013
Pengetua

SMK Dato’ Ahmad Razali

ABSTRAK

Program Minyak di Kuali merupakan suatu cetusan kerjasama sepasukan yang dijalankan
di SMK Dato’ Razali bertujuan untuk melonjakkan prestasi akademik sekolah. Ia sebenarnya
adalah kelas tambahan SPM biasa yang dibugarkan dengan hidangan minum petang untuk
murid-murid. Kejelekitan wujud apabila guru-guru bekerjasama memasak menu ringkas dan
kemudiannya bersama-sama murid bersantai menjamah hidangan. Slogan khusus “Razalian
– #WeDare WeCare WeShare” diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran seluruh warga
terhadap tanggungjawab kepada organisasi. Program Minyak di Kuali telah memberi impak
secara langsung terhadap keputusan SPM tahun 2016 dan berjaya mencatat peningkatan
tertinggi bagi sekolah harian di daerah Hulu Langat. Kerjasama padu yang tercetus melalui
program Minyak di Kuali telah memungkinkan perubahan terhadap lanskap sekolah dibuat.
Subject Based Classroom dilaksanakan secara menyeluruh dan kesan positifnya telah
dapat dirasai. Kes ponteng kelas didapati telah menurun. Bil elektrik juga dapat dijimatkan
apabila tiada pemasangan lampu dan kipas di awal pagi. Ini kerana murid tidak mempunyai
bilik darjah tetap untuk kelas masing-masing dan mereka berhimpun di tapak perhimpunan
setiap hari. Antara cadangan penambahbaikan adalah mendapatkan sumber kewangan untuk
meningkatkan prasarana Subject Based Classroom dan mewujudkan kaedah pergerakan
murid yang berkesan untuk menjimatkan masa sewaktu pertukaran mata pelajaran

Kata Kunci: kerjasama, sepasukan, tanggung jawab, Subject Based Classroom

1.0 PENGENALAN

Menurut Fullan (2006): ”Without engagement from all parties, changes would be in vain”.
Kerjasama guru dan seluruh warga sekolah adalah faktor kritikal dalam melaksanakan
perubahan dalam organisasi.

Berdasarkan maklum balas hari pertama kepada penulis, kerja sepasukan adalah
masalah utama selain daripada rungutan tentang kelas yang tidak kondusif. Gred Purata
Sekolah juga merosot dua tahun berturut-turut. Program Minyak di Kuali merupakan satu
wadah kepada aspek pengurusan dan kepimpinan organisasi yang menjadi pencetus
kepada kerjasama sepasukan. Seterusnya perubahan besar terhadap sekolah boleh
dibuat kerana telah wujud rasa tanggung jawab dan kejelekitan antara satu sama lain.
Subject Based Classroom (SBC) merupakan agenda perubahan yang telah berjaya
mentransformasi SMK Dato’ Ahmad Razali.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Maklum balas penerimaan kepimpinan selepas seratus hari bersama-sama, menjadi
taruhan untuk meledakkan strategi dan perubahan. Langkah awal dimulakan untuk

88

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

mempersiapkan murid sebulan sebelum SPM. Masalah kualiti dan kuantiti makanan
kantin yang tidak memenuhi selera murid menyebabkan kelas tambahan sentiasa
lengang. Sehubungan itu Program Minyak di Kuali dijalankan. Keistimewaannya
adalah ia kelas tambahan intensif SPM dengan disediakan minum petang. Semua guru
dilibatkan, sebagai tenaga pengajar atau penyedia juadah. Derma guru-guru menjadi
sumber kewangan utama. Murid –murid seronok kerana diakhir waktu mereka bersantai
bersama guru dan rakan-rakan sambil menjamu selera.

Muafakat yang ditunjukkan oleh para guru dalam program Minyak di Kuali memberi
keyakinan bahawa mereka boleh disepadukan bagi membentuk sinergi perubahan yang
hebat.

Bagi menyemarakkan lagi kerjasama sepasukan, slogan khusus Razalian - #We Dare
We Care We Share diwujudkan. Bermaksud berani berubah, prihatin dan sentiasa
bekerjasama, ia diharap dapat mengekalkan semangat kekitaan yang terserlah hasil
program Minyak di Kuali. Pertandingan mencipta logo dalam kalangan guru telah
menerima lapan penyertaan dan logo pilihan ramai diangkat sebagai logo rasmi.

Rajah 1: Logo dan Slogan

2.1 Subject Based Classroom (SBC)

Momentum perubahan diteruskan berfokus kepada penyelesaian masalah kelas
yang tidak kondusif. Subject Based Classroom (SBC) yang dijalankan di sekolah
amanah menyediakan suasana yang sangat meransang proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada 23 Oktober 2016 seramai 23 orang guru telah membuat
lawatan penandaarasan ke SMK Medini dan mendapat pendedahan tentang
pelaksanaannya.

Bermula bulan Januari 2017, perubahan kepada lanskap kelas dilaksanakan
dengan penyesuaian kepada sekolah harian. Susun atur SBC dibuat mengikut blok
bangunan bagi meminimumkan pergerakan murid. Penetapan SBC melibatkan
mata pelajaran teras dan elektif tertentu disesuaikan dengan kelas angkat masing-
masing.

Jadual 1 : Penempatan Kelas Mengikut Blok

Blok A B C
Penempatan Kelas Tingkatan 3 Tingkatan1, 2 dan 4 Tingkatan 5

89


Click to View FlipBook Version