The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roszelan, 2018-08-01 23:13:31

kolokium NPQEL bahag 1

bahan perkongsian

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

3.0 IMPAK AMALAN

Pelaksanaan program Minyak di Kuali telah memberi impak secara langsung terhadap
keputusan SPM tahun 2016. Gred purata sekolah (GPS) mencatat peningkatan tetinggi
bagi sekolah harian di Daerah Hulu Langat.

Apa yang lebih penting adalah program ini menjadi pencetus kepada perubahan besar
terhadap sekolah dengan melaksanakan kelas berasaskan mata pelajaran atau Subject
Based Classroom (SBC) dan berupaya memberi impak-impak sampingan lain yang
sangat bermakna.

3.1 Peningkatan pencapaian Gred Purata Sekolah SPM tahun 2016

Gred Purata Sekolah (GPS) SPM tahun 2016 telah meningkat hasil daripada
pelaksanaan program Minyak di Kuali. Masalah penurunan GPS selama dua tahun
berturut-turut telah berjaya diatasi.

Jadual 2: GPS sekolah

Tahun 2014 2015 2016
GPS 5.58 5.92 5.47

3.2 Peningkatan Gred Purata Sekolah Pentaksiran Kendalian Sekolah

Berlaku peningkatan pencapaian murid dalam Ujian 1 dan peperiksaan pertengahan
tahun berbanding dua tahun sebelumnya.

Jadual 3: GPS Ujian 1

Tahun 2015 2016 2017
GPS 5.08 4.94 4.75

Jadual 4: GPS Peperiksaan Pertengahan Tahun

Tahun 2015 2016 2017
GPS 5.64 5.37 5.32

3.3 Penurunan Kes Ponteng Kelas

Pelaksanaan SBC telah menyumbang kepada penurunan kes ponteng kelas dalam
kalangan murid.

Jadual 5 : Perbandingan Kes Ponteng Kelas

Tahun 2016 2017
Bilangan Kes Ponteng Kelas 503 143
143 57
Bilangan Murid Terlibat 45% 27%
Peratus Kes Ponteng Kelas

90

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

3.4 Penurunan Bil Utiliti Elektrik
Penjimatan bil utiliti elektrik sebanyak RM4178.27 atau 12.71 peratus berlaku untuk
tahun 2017 berbanding tahun 2016 bagi tempoh yang sama.

Rajah 2: Perbandingan Bil Elektrik Mengikut Bulan

3.5 Guru Berpuashati - Kajian Tahap Pelaksanaan SBC

Kajian Tahap Kepuasan Pelaksanaan SBC dijalankan dalam kalangan guru
menggunakan Skala Likert.

Jadual 6: Kajian Tahap Kepuasan Pelaksanaan SBC

Aspek Utama Min Skor
Pengurusan Organisasi 3.00
Pengajaran dan Pemudahcaraan 3.05
2.23
Disiplin 2.49
Kelengkapan SBC

Empat aspek utama yang dikaji adalah pengurusan organisasi, pengajaran dan
pemudahcaraan, disiplin dan kelengkapan SBC.

Min skor pengurusan organisasi (3.00) dan pengajaran dan pemudahcaraan (3.05)
menunjukkan guru-guru berpuashati dan meyakini pelaksanaan SBC sangat
membantu meningkatkan tahap pengajaran dan pemudahcaraan mereka.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Peruntukan kewangan program Minyak di Kuali dirancang dalam Anggaran Belanja
Mengurus PIBG dan panitia mata pelajaran. Pelaksanaannya juga harus dimulakan
sebelum peperiksaan percubaan SPM.

Merujuk kepada Jadual 6, aspek disiplin murid perlu diberi perhatian dan dibuat
penambahbaikan. Kaedah pergerakan murid yang berkesan ketika pertukaran
matapelajaran perlu diwujudkan, kelengkapan prasarana SBC juga perlu ditingkatkan ke
tahap yang optimum bersesuaian dengan peruntukan kewangan tersedia.

91

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

5.0 RUMUSAN
Dalam memimpin organisasi, sumber manusia adalah antara faktor kritikal yang
menentukan kejayaan setiap penambahbaikan yang dilaksanakan. Justeru itu, pemimpin
perlu mengetahui dengan yakin bahawa telah wujud kejelekitan yang berasas bagi
memastikan seluruh warga sekolah sepakat dalam menjalankan tanggungjawab dan
bersedia menyambut perubahan demi kepentingan organisasi.

6.0 RUJUKAN
Fullan, M. (2006). Change Theory: A Force for School Improvement. Centre for Strategic
Education Seminar Series Paper. 157. November 2006

92

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

SEGAR VLE FROG

Putra bin Hj Hashim
Ambilan 1/2015
Pengetua

SMK Pasoh 2, Negeri Sembilan

ABSTRAK

Pelbagai strategi telah digarap dalam buku perancangan strategik SMK PASOH 2 bagi
mendepani cabaran status “Sekolah Magnet” kerajaan Negeri Sembilan yang diuar-uarkan dalam
Perancangan Pembangunan Negeri Sembilan tahun 2015- 2045. Salah satu daripada strategi
yang dipilih adalah memanfaatkan ICT dalam meningkatkan kemenjadian murid. Program
Segar VLE Frog dipilih sebagai inisiatif untuk menghasilkan satu pelan pembangunan sekolah
kerana kemudahan yang telah tersedia dan tidak melibatkan kos yang tinggi tetapi mempunyai
impak yang bermakna. Pendekatan ini satu usaha untuk meningkatkan pembelajaran interaktif
melalui “Virtual Learning Environment” (VLE Frog) oleh guru dan pelajar. Berdasarkan dapatan
data menunjukkan penggunaan aplikasi VLE Frog dalam kalangan pelajar dan guru masih
lagi rendah. Segar VLE Frog akan menyemarakkan budaya pembelajaran secara maya yang
menjadi faktor penarik kepada kehadiran murid-murid ke sekolah dan memberi tumpuan
kepada pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah. Program ini telah Berjaya
meningkatkan kualiti keberhasilan murid dari segi pembudayaan pembelajaran menggunakan
ICT dan SMK Pasoh 2 berada dalam kedudukan terbaik pencapaian penggunaan di Negeri
Sembilan.

Kata Kunci: memanfaatkan ICT ,pembudayaan pembelajaran maya , peningkatan kemenjadian
murid.

1.0 PENGENALAN

Teknologi merupakan satu keperluan kepada masyarakat pada hari ini yang sentiasa
berkembang bagi memenuhi keperluan semasa. Pada abad ke-21 ini ledakan teknologi
maklumat memberi kesan kepada cara pembelajaran dan memperoleh pengetahuan
yang lebih pantas bagi membantu meningkatkan daya berfikir aras tinggi (KBAT).
Perkembangan ini memberi cabaran kepada peranan guru sebagai pemudahcara
penerokaan ilmu yang bukan sahaja bergantung kepada bahan sedia ada malah bertindak
sebagai pemandu dalam pembelajaran persekitaran maya.

1.1 Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 atau nama ringkasnya SMKP2 (FELDA)
telah diasaskan pada bulan Januari 1981. Bilangan pelajar di sekolah ini hanya
seramai 153 orang yang terdiri daripada anak generasi ketiga yang tinggal dengan
datuk dan nenek mereka. Tenaga pengajar seramai 26 orang dibantu oleh 6 orang
anggota kumpulan sokongan. Mendapat Anugerah Lonjakkan Saujana daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan apabila memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SPM 2016 dengan mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 4.84
berbanding 5.22 tahun 2015.

93

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Amalan terbaik yang dilaksanakan adalah “Program Segar VLE Frog”. Program ini
tercetus hasil daripada penelitian melalui analisis SWOC yang merangkumi semua bidang
keberhasilan organisasi. Antara strategi utama dalam perancangan strategik sekolah
adalah “memanfaatkan ICT untuk meningkatkan kualiti murid”. Dengan kemudahan
akses internet yang baik tetapi tahap penggunaan dan pembudayaan masih pada tahap
kurang memuaskan maka strategi atau inisiatif ini wajar dilaksanakan.

2.1 Rasional

Rasional pemilihan program ini kerana dapatan semasa dialog prestasi guru-guru
sering mengutarakan murid-murid tidak dapat menjawab soalan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) kerana pelajar kurang minat membaca. Analisa kecenderungan
pembelajaran murid tingkatan 5 melalui ujian psikometrik mendapati mereka minat
kepada bahan visual.

Capaian internet yang baik juga merupakan faktor pendorong kepada pelaksanaan
program ini kerana pencawang utama 1 bestarinet berada berhampiran dengan
kawasan sekolah tetapi capaian internet sering menghadapi gangguan.

2.2 Strategi Pelaksanaan

Program Segar VLE ini merupakan cetusan daripada inisiatif memanfaatkan ICT
untuk peningkatan kemenjadian murid. Bagi menggerakkan program ini satu
jawatankuasa telah dibentuk yang diurusetiakan oleh Bidang Sains dan Matematik
dan dianggotai oleh semua Guru Penolong Kanan serta ketua panitia mata
pelajaran.

Kemahiran guru digilap semula melalui latihan dalam perkhidmatan yang diberikan
sendiri oleh Pengetua. Beberapa orang guru telah dilantik untuk menjadi pembimbing
dan membuka kaunter khidmat bantu di bilik guru atau lokasi yang dipersetujui
bersama-sama. Guru-guru diberi tempoh selama 14 hari untuk meningkatkan
kemahiran sebelum program ini dilancarkan secara meluas kepada semua pelajar.
Kesannya pada minggu ke-19 peratus kekerapan guru log in VLE Frog meningkat
kepada 354 peratus berbanding 0% tahun 2016.

Pada minggu ketiga selepas pembugaran kemahiran dalam kalangan guru
dilaksanakan Program Segar VLE Frog ini telah dilancarkan secara rasmi di
perhimpunan rasmi sekolah. Semasa pelancaran tersebut beberapa pelajar telah
dipilih untuk menjawab soalan kuiz secara interaktif sebagai gimik pelancaran dan
membuka minda warga bahawa mudahnya pembelajaran secara atas talian.

Melalui aktiviti Segar Pagi VLE Frog pelajar-pelajar yang datang awal ke sekolah
diberikan peluang untuk bermain permainan yang disediakan dalam frog play atau
menjawab tugasan mudah yang disediakan oleh guru untuk merangsang kemahiran
berfikir. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 7.00 pagi hingga 7.20 pagi di bilik guru.
Seramai 20 orang pelajar pada peringkat awalnya telah dikenal pasti. Mereka ini
dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 10 orang bagi setiap kumpulan.

94

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Guru-guru melaksanakan aktiviti 1 telefon Yes 1 Murid. Setiap orang guru telah
menerima telefon Altitude daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam
aktiviti ini setiap guru yang mengajar di dalam kelas memilih sekurang-kurangnya
seorang pelajar pada satu waktu PdPc untuk menggunakan telefon Yes guru bagi
mencari bahan melalui VLE frog dalam aktiviti perbincangan kumpulan. Di sekolah
ini dengan bilangan murid yang tidak ramai iaitu 153 orang dan hanya mempunyai 8
buah kelas sahaja. Justeru, pada setiap waktu PdPc minimum 8 murid orang akan
log masuk dan jumlah keseluruhan pelajar yang mengikut pembelajaran interaktif
ini sehari dengan kiraan lapan waktu PdPc adalah seramai 64 orang.

Jadual “smart subjek” melibatkan beberapa mata pelajaran juga telah digubal.
Guru-guru yang terlibat dengan jadual tersebut membawa masuk pelajar ke makmal
komputer dengan terancang dan tersusun mengikut kelas yang telah ditetapkan.
Dengan kaedah ini guru-guru sentiasa peka dan menghantar tugasan kepada
pelajar dalam laman pembelajaran. Disamping itu, bagi guru-guru yang tidak hadir
ke sekolah kerana tugasan rasmi atau cuti sakit mereka akan menghantar tugasan
untuk pelajar melaksanakan tugasan pada waktu guru ganti aktiviti ini dikenali
sebagai “smart relief”.

Pencapaian penggunaan VLE Frog pada waktu cuti sangat rendah. Oleh itu, aktiviti
“cuti-cuti belajar” telah disusun mengikut tingkatan dan senarai guru bertugas juga
disediakan. Pada minggu pertama cuti persekolahan pelajar-pelajar akan akan
hadir ke sekolah untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran interaktif. Pada minggu
kedua murid-murid akan ke Pusat Internet 1 malaysia untuk menjayakan aktiviti
tersebut.

Disamping itu, aplikasi VLE Frog terus dimanfaatkan dengan guru bersama-
sama pelajar membuat analisis item pentaksiran pertengahan tahun, peperiksaan
percubaan SPM 2017 dan peperiksaan akhir tahun 2017. URL Analisis item
menggunakan google form dipautkan ke “site analisis item” yang dikongsikan
kepada semua komuniti dalam persekitaran maya tersebut.

Untuk merangsang penglibatan pelajar dalam program ini, pada setiap hari
Isnin semasa perhimpunan rasmi penyelaras VLE Frog akan melaporkan status
pencapaian mingguan. Sepuluh orang pelajar yang log masuk tertinggi diumumkan
dan mereka diberikan insentif dalam bentuk wang tunai bagi mewujudkan
persaingan yang sihat. Program Segar VLE Frog ini bermula pada pertengahan
bulan April 2017 hingga November 2017.

2.3 Cabaran dan Kaedah Penyelesaian

Untuk melaksanakan Program Segar VLE ini beberapa cabaran yang dihadapi
adalah tahap kesediaan warga sekolah untuk melaksanakan inisiatif ini kerana ada
dalam kalangan guru yang fobia dengan ICT dan berasa gusar kerana terpaksa
melakukannya. Sebagai pemimpin sekolah pengetua memberi tempoh yang sesuai
kepada guru-guru untuk melaksanakan pembelajaran secara interaktif ini dan
memberikan bimbingan berterusan kepada mereka.

Capaian internet yang tidak stabil pada mulanya merupakan halangan yang boleh
membantutkan usaha ini. Namun hal ini dapat diatasi dengan mendapatkan khidmat
bantu kepakaran teknikal daripada Pusat Kegiatan Guru Lui untuk meningkatkan

95

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

akses capaian internet supaya aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan.

Kemudahan komputer juga menjadi masalah kerana beberapa komputer dimakmal
komputer tidak berfungsi kerana sudah rosak. Oleh sebab itu, permohonan telah
dibuat kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan telah berjaya
membekalkan lapan unit PC, satu unit komputer riba dan satu unit LCD.

Pada awalnya hanya 20 peratus pelajar yang mengingati atau mengetahui kata
laluan untuk log masuk dalam aplikasi VLE Frog. Jawatankuasa program mengambil
tindakan mencetak kata laluan pelajar dan ditampal didalam kelas serta di makmal
komputer. Dengan cara ini, semua pelajar dapat log masuk VLE Frog dengan
mudah dan mempercepatkan proses pembelajaran.

3.0 IMPAK PROGRAM
Program ini telah berjaya meningkatkan kualiti keberhasilan murid dari segi pembudayaan
pembelajaran menggunakan ICT. Pencapaian pembelajaran murid dapat diukur melalui
peratus pencapaian penggunaan ICT pada setiap minggu. Program ini bermula pada
minggu ke 18 dan minggu ke 19 merupakan minggu persediaan. Pada minggu ke 20
pencapaian penggunaan terus melonjak mengatasi pencapaian tahun 2016 iaitu 174
peratus berbanding 605.5 peratus pada tahun semasa. Pencapaian pada waktu cuti
persekolahan juga meningkat berbanding pada tahun sebelumnya iaitu pada minggu ke
22 iaitu 0 peratus tahun 2016 dan 376 peratus pada tahun 2017. Melalui program ini,
SMK Pasoh 2 sentiasa berada dalam kedudukan 20 terbaik pencapaian penggunaan
VLE Frog sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.

Pelajar-pelajar berminat untuk hadir ke sekolah kerana berpeluang mengikuti
pembelajaran interaktif melalui VLE Frog. Program ini bermula pada pertengahan bulan
April dan peratus kehadiran murid terus meningkat. (Rujuk Jadual 1).

Jadual 1: Perbandingan peratus kehadiran 2016 dan 2017

Keberkesanan program ini kepada pencapaian akademik boleh dibuktikan dengan
pencapaian pelajar tingkatan 5 melalui peperiksaan percubaan SPM dengan fokus
kepada tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Guru mata
pelajaran ini sering menggunakan waktu PdPc mereka untuk meningkatkan bacaan luas

96

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

pelajar bagi membantu menjawab soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Contohnya prestasi gred purata mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar-pelajar tingkatan
5 meningkat dari Ujian Satu 6.50, Pentaksiran Pertengahan tahun 5.27 dan Percubaan
SPM 4.64.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Beberapa aspek kelemahan yang dikenalpasti sepanjang program ini dilaksanakan
adalah penglibatan dan komitmen guru-guru untuk melaksanakan Program Segar VLE
Frog ini secara berterusan belum dapat dilaksanakan. Disamping itu, pelajar sangat
bergantung kepada kemudahan komputer dan akses internet di sekolah kerana apabila
mereka balik ke rumah tugasan dalam VLE Frog tidak dapat diselesaikan.
Bagi memastikan program ini dilaksanakan lebih berkesan aspek pemantauan perlu
dititikberatkan secara lebih holistik yang melibatkan semua ahli pengurusan sekolah agar
jadual PdPc menggunakan VLE Frog dipatuhi. Ibu bapa dan penjaga pelajar perlu juga
diberikan taklimat secara khusus tentang pembelajaran secara maya ini agar mereka
menyediakan kemudahan di rumah.

5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya Program Segar VLE ini menjadi antara pemangkin kepada
peningkatan kualiti murid di sekolah ini terutama dalam bidang akademik dan antara
faktor penarik kepada peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang dalam program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada
semua ahli jawatankuasa dan semua guru yang berusaha meningkatkan kemahiran
mereka bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dengan rakan-rakan guru yang lain.

6.0 RUJUKAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2015)
Robiah Sidin (2000) Inovasi Kaedah Pengajaran: Pengalaman di Universiti Kebangsaan
Malaysia, Prosiding National Confrence of Teaching and Learning in Higher Education,
Oktober 9-10, Universiti Utara Malaysia.

97

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

SEMARAK VLE FROG
DALAM PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI

Salfalaili binti Mat Saad
Ambilan 1/2012
Guru Besar

SK Merbok (Pusat), Merbok, Kedah

ABSTRAK

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi budaya
kehidupan masa kini. Teknologi ini mempengaruhi cara anak-anak muda bermain, bersosial dan
berkomunikasi serta telah memberi impak yang besar di dalam sistem pendidikan. Menyedari
keadaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif
dalam merangka perubahan baru dalam sistem pendidikan selari dengan perkembangan
teknologi semasa. Kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran dengan kemudahan
yang disediakan dapat menarik minat murid supaya lebih berdaya saing serta berinovatif.
Perkembangan pendidikan pada hari ini telah berubah seiring dengan perkembangan
teknologi masa kini. Kaedah penyampaian telah berubah dari kaedah tradisional berpusatkan
guru kepada kaedah berasaskan laman web atau atas talian. Kementerian Pendidikan sedar
akan perkembangan ini dan telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 dengan matlamat memanfaatkan ICT dalam pengajaran guru. Program Persekitaran
Pembelajaran Maya (VLE FROG) telah dibekalkan oleh 1BestariNet ke semua sekolah
kerajaan baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Bahagian Teknologi Pendidikan
setiap negeri dengan bantuan Pusat Kegiatan Guru (PKG) sedang berusaha bagi memastikan
setiap sekolah membudayakan penggunaan Vle Frog di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekolah-sekolah di bawah Pusat Kegiatan Guru Bujang (PKG Bujang) akan
disenaraikan mengikut tahap penggunaan dan diumumkan sekolah paling aktif penggunaan
VLE FROG dalam Daerah Kuala Muda Yan seterusnya peringkat negeri Kedah dan seluruh
Malaysia pada setiap bulan.

Kata Kunci: VLE Frog, ICT, PPPM 2013-2025, PKG, BTP

1.0 PENGENALAN

Menurut KPM (2012), di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan
dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran,
kolaborasi dan pentadbiran dijalankan secara atas talian. Ia adalah sistem pembelajaran
berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan
konsep pendidikan konvensional. VLE Frog merupakan suatu kaedah yang diadaptasi
daripada e-pembelajaran. Pembelajaran Maya Frog (VLE Frog) sebagai intranet, bilik
darjah melalui atas talian dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya di bawah satu
bumbung. Bagi merealisasikan inisiatif tersebut, KPM telah bekerjasama dengan
pihak YTL Communications dan memperkenalkan projek 1BestariNet. Di bawah projek
berkenaan, sebanyak 10 000 buah sekolah rendah dan menengah telah dilengkapkan
dengan akses Internet berkelajuan tinggi tanpa wayar 4G yang membolehkan pengajaran,
pembelajaran, kolaborasi, dan pentadbiran dilaksanakan menerusi Persekitaran
Pembelajaran Maya Frog atau Frog Virtual Learning Environment (VLE Frog).

98

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

2.1 Perlaksanaan VLE FROG

SK Merbok (Pusat) telah ditubuhkan pada tahun 1912 bersamaan 1332 Hijrah oleh
kerajaan Negeri Kedah atas daya usaha Penghulu Mukim Merbok ketika itu iaitu,
En Mohd Taib bin Abdullah. Terletak 2 dua kilometer dari Pekan Merbok. Bilangan
guru dan staf ialah 34 orang iaitu 28 guru dan 6 orang staf sokongan. SK Merbok
(Pusat) juga dikenali sebagai SEMERSAT merupakan sebuah sekolah rendah
yang mempunyai bilangan murid seramai 303 orang. SEMERSAT merupakan
sebuah sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda
Yan dan dibawah Pusat Kegiatan Guru Bujang. Keistimewaan SK Merbok ialah
pembudayaan Vle Frog dalam kalangan warga sekolah.

2.2 Amalan terbaik SEMERSAT 2016-2017

1. Majlis Semarak Vle Frog SEMERSAT telah dilancarkan pada 12 April 2017.
Majlis pelancaran ini bertujuan untuk memastikan penggunaan Vle Frog
sekolah meningkat sama ada dikalangan murid-murid dan guru-guru. Majlis
ini telah dirasmikan oleh Cik Azima binti Azmi iaitu Regional Implementation
Consultant (Kedah) FrogAsia Sdn Bhd. Dalam pelancaran ini, SEMERSAT
telah dipilih dan dijadikan Hub FrogAsia bagi sekolah-sekolah di bawah Pejabat
Pendidikan Dearah Kuala Muda Yan (PPDKMY). Apabila majlis pelancaran
telah dilancarkan, terdapat perbezaan ketara serta peningkatan penggunaan
Vle Frog dikalangan murid-murid dan guru-guru. Berikut adalah graf statistik
penggunaan VLE FROG SK Merbok (Pusat) -SEMERSAT bagi tahun 2016 dan
2017.

2. SEMERSAT sebagai Hub Frog Asia Daerah Kuala Muda Yan. Pada 12 April
2017, SEMERSAT telah dipilih dan dijadikan Hub FrogAsia bagi sekolah-
sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Dearah Kuala Muda Yan (PPDKMY).

3. Menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) bagi guru-guru di
SEMERSAT. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dijalankan dan dibantu oleh
pihak PKG Bujang serta Frog Asia bertujuan untuk meningkatkan penguasaan
guru-guru tentang aplikasi tersebut.

4. Menganjurkan bengkel penggunaan peranti Yes 4G LTE-Sekolah dibawah
Kementerian Pendidikan Malaysia telah dibekalkan peranti Yes 4G kepada
semua guru. Oleh itu, satu bengkel telah diadakan kepada semua guru-
guru SEMERSAT tentang cara penggunaan Frog Snap, Frog Chat dan Frog
Assignment.

5. Semarak Vle Frog bersama waris. SEMERSAT telah menganjurkan Majlis
Semarak Vle Frog bersama waris. Semua waris yang hadir diberi taklimat
bagaimana untuk melayari laman Vle Frog dan bagaimana untuk mengaktifkan
kata kunci masing-masing.

6. Berkerjasama dengan Pusat Kegiatan Guru Bujang menganjurkan Pertandingan
Frog Play Championship peringkat PKG Bujang. Pertandingan ini terdiri daripada
guru besar-guru besar, guru-guru ICT, murid-murid yang layak serta memenuhi
syarat petandingan. Semua peserta terpilih berdasarkan penggunaan laman
Vle Frog yang aktif.

7. Menggalakkan guru menggunakan Vle Frog dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru telah diwajibkan membina dashboard mata pelajaran
masing-masing bagi memudahkan murid-murid untuk merujuk dan menghantar
tugasn kepada murid umtuk disiapkan.

99

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

8. Menggalakkan murid membuat ulangkaji dalam Frog Play. Frog Play merupakan
kuiz yang mengandungi solalan-soalan yang dibina oeh penerbitan Pelangi.

Semua bahan matapelajaran telah dibekalkan oleh pihak penerbitan bermula dari
tahun 1 hingga tahun 6.
2.3 Cabaran kepada guru dalam pembudayaan Vle Frog:
1. Guru perlu lebih sabar dalam mengendalikannya kerana pengaplikasian VLE

Frog bergantung kepada kelajuan internet.
2. Guru memerlukan masa bagi mempelajari dan mengaplikasi VLE Frog di

dalam bilik darjah. Walaupun mereka telah diberi latihan dalaman di peringkat
sekolah, namun ianya masih belum mencukupi terutamanya bagi guru yang
kurang berkemahiran TMK. Mereka memerlukan masa yang agak lama untuk
menyesuaikan diri mereka dengan pendekatan baharu ini. Ini adalah kerana VLE
Frog merupakan satu inovasi teknologi baharu yang memerlukan pemahaman
yang lebih teliti dan penguasaan yang jitu. Pandangan ini turut disokong oleh
Norazilawati, Noraini, Nik Azmah dan Rosnidar (2013).

3.0 IMPAK AMALAN TERBAIK
Berikut merupakan graf statistik penggunaan Vle Frog SK Merbok (Pusat) - SEMERSAT
bagi tahun 2016 sebelum Majlis Pelancaran Semarak Vle Frog peringkat sekolah .

Rajah 1: Data Penggunaan Frog Vle 2016

Data diatas merupakan data penggunaan Vle Frog murid-murid di SEMERSAT, data ini
menunjukkan bahawa penggunaan Vle Frog tidak begitu memberangsangkan dikalangan
murid-murid. Berdasarkan data ini, SEMERSAT mengambil langkah untuk melakukan
tranformasi. Oleh itu pada 12 April 2017, SEMERSAT telah mengadakan satu program itu
Semarak Vle Frog.

100

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pencapaian Vle Frog SEMERSAT dan Anugerah

4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, amalan terbaik Semarak Penggunaan Vle Frog di SK Merbok (Pusat)
atau SEMERSAT merupakan salah satu inovasi penggunaan VLE Frog dalam kalangan
murid dan guru, namun ia masih boleh lagi dikatakan berada di peringkat pengenalan dan
sedikit sebanyak laman ini akan membantu dalam proses PdPc. Oleh itu, semua pihak
yang berkepentingan seperti pihak pentadbir, guru, murid dan ibu bapa diseru berganding
bahu untuk membangun dan meningkatkan penggunaan persekitaran pembelajaran
maya secara menyeluruh dalam pelaksanaan VLE Frog di Malaysia.

5.0 RUJUKAN
FrogAsia (2012). Gambaran Keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna (Guru, Frog VLE
Overview (User :Staff) , Malaysia : Frof Asia Training.
1Bestari Net, YTL Communications Sdn. Bhd. (2012). Frog VLE. Dicapai pada 4 Nov
2012, dari http://www.frogasia.com/v2/
FrogTrade Ltd.Dean Clough , Halifax. (2011). Frog Learning Platfrom. Dicapai pada 10
Nov dari http://www.frogteacher.com.my
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). LaporanAwal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).Putrajaya : Author
Munir dan Halimah Badioze Zaman (2000). “Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan”
Pemikir. Bil .19
Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Siti Aminah Khasiman. (2013). Tinjauan awal penggunaan frog VLE di sekolah. Retrieved
7 December 2014 from http:// sekolah penada aras.wordpress.com

101

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

KEPEMIMPINAN STRATEGIK: MEMANTAPKAN KEBERKESANAN
PROGRAM SINARAN ESXO DI SMK TIONG HIN, SIBU.

Tan Kok Aun
Ambilan 1/2012

Pengetua
SMK Tiong Hin, Sibu, Sarawak

ABSTRAK

Program Sinaran ESXO dirangka berdasarkan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) untuk
melonjakkan kecemerlangan akademik. Program ini berfokuskan mata pelajaran teras di
bawah Perancangan Strategik 2017-2021 SMK Tiong Hin. Strategi program ini bertujuan
untuk mengelompokkan potensi murid yang sama tahap berdasarkan keputusan peperiksaan
kali pertama dan menetapkan sasaran untuk menjayakan misi dan visi sekolah. Berdasarkan
pelaksanaan dua fasa telah menunjukkan ada perubahan dari segi inisiatif guru yang lebih
berfokus manakala murid dapat mempunyai ruang masa untuk menambahbaikan kelemahan
dan topik yang belum dikuasai. Pemantauan data menggunakan GROW versi 4.3 telah
memudahkan pemimpin untuk menilai keberkesanan program ini serta penambahbaikan
melalui dialog prestasi yang berfokus. Program ini juga dapat mewujudkan satu budaya kerja
sepasukan dalam kalangan pemimpin pertengahan untuk menjayakan matlamat strategik
yang telah ditetapkan secara bersama. Empowerment kepada pemimpin pertengahan secara
tepat dengan senarai pengagihan tugas dapat mengerakkan program ini secara lebih berkesan
dan harmoni. Keberkesanan program ini dapat diperhatikan dalam aspek budaya kerja
sepasukan guru, kehadiran murid, kemajuan prestasi dalam peperiksaan, pelibatan Lembaga
Pengurus Sekolah serta sokongan ibu bapa. Kerja sepasukan dalam kalangan ahli panitia
telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dalam menuju ke arah ketetapan sasaran.
Kepemimpinan strategik yang berfokus berupaya (absorptive capacity, adaptive capacity
dan managerial wisdom) untuk menemukan dan mengembangkan strategi sepanjang proses
pembelajaran berlangsung yang dimulai dari perancangan, pelaksanaan, penilaian, rumusan
dan tindakan susulan dengan keputusan yang tepat.

Kata Kunci: pemimpin pertengahan, intervensi berfokus, PILL

1.0 PENGENALAN

SMK Tiong Hin (CF) terletak di Jalan Igan, Sungai Merah, 96000, Sibu Sarawak. Sekolah
ini telah merekod prestasi yang cemerlang dalam kokurikulum dan kurikulum sebelum
tahun 2015 dan menduduki Band 3. Namun keputusan SPM tahun 2015 telah mencatat
kemerosotan yang ketara dalam Gred Purata Sekolah dari 3.73 (tahun 2014) kepada
4.27(tahun 2015).

Faktor utama ialah sekolah ini tidak ada intervensi yang berfokus dan tidak ada
perkongsian perancangan strategik yang dikongsi bersama. Isu yang dihadapi ialah
bagaimanakah untuk melonjakkan prestasi akademik dalam tempoh 3 bulan sebelum
menjelang peperiksaan SPM pada tahun 2016. Berbekalkan pengalaman pengetua
sebagai SIPartner+ telah membolehkan intervensi berfokus dijalankan dalam tempoh
3 bulan ini sehingga keputusan SPM Tahun 2016 melangkaui ETR GPS SPM (3.76)

102

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

iaitu 3.54. Maka keberkesanan pendekatan intervensi berfokus ini telah dijadikan satu
program utama kurikulum dalam perancangan strategik sekolah ini.

2.0 AMALAN TERBAIK

Program Sinaran ESXO ‘Excellent Support by Extreme Change and Opportunity’ dirangka
berdasarkan Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) untuk melonjakkan kecemerlangan
akademik. Program ini berfokuskan mata pelajaran teras di bawah Perancangan Strategik
2017-2021 SMK Tiong Hin. Berdasarkan trend keputusan SPM sebenar, mata pelajaran
teras di sekolah ini masih memerlukan intervensi yang konsisten untuk mencapai sasaran
ETR. Sinaran ESXO merupakan satu intervensi yang berfokus untuk membimbing murid-
murid mengikut kumpulan sasaran berdasarkan pencapaian peperiksaan kali keempat
di tingkatan empat (TOV) dan Kali pertama di Tingkatan Lima (AR1) bagi keenam-enam
subjek iaitu Bahasa Inggeris (Isnin), Bahasa Melayu (Selasa), Matematik/Sains (Rabu),
Sejarah (Khamis) dan Pendidikan Moral (Jumaat). Tempoh pelaksanaan Program Sinaran
ESXO bermula dari Bulan 1 April hingga Bulan 30 Oktober 2017 dengan tambahan
satu jam bagi setiap hari. Sasaran Kumpulan kepada murid-murid Tingkatan Lima yang
berpotensi lulus berdasarkan ETR yang telah ditetapkan.

2.1 Kaedah Pelaksanaan

Murid-murid dari Tingkatan 5A, 5B dan 5C dikelompokkan kepada empat kumpulan
dibimbing oleh empat orang guru yang beropsyen mata pelajaran berkenaan
melalui lembaran kerja dan cara menjawab soalan setaraf tahap pembelajaran
mereka. Guru bimbingan kelas intervensi telah menyediakan modul subjek untuk
memudahkan murid-murid mempelajari mengikuti tahap penguasaan dari aras
mudah ke sederhana. Penggunaan modul yang berdasarkan tahap penguasaan
relevan dengan tema dan topik yang diajar dapat menyuburkan keyakinan dan
minat murid. Latihan berulangan akan diberikan kepada kumpulan pelajar yang
masih belum menguasai.

Penilaian program ini akan dilakukan berdasarkan tiga suku tahunan iaitu Bulan Jun,
Ogos dan Oktober. Keberkesanan program ini dapat dinilai berdasarkan keputusan
AR2, AR3 dan AR4. Subjek yang tidak menunjukkan peningkatan kemajuan
akan dibincangkan bersama ketua panitia dengan guru intervensi lain untuk
penambahbaikan isi kandungan dan kaedah pengajaran guru melalui perkongsian
ilmu selama 20 minit. Ketua Panitia sentiasa mengadakan perbincangan kumpulan
kecil selepas tamat intervensi untuk menilai perkembangan murid dan melaporkan
kepada pengetua untuk tindakan lanjutnya. Manakala ketua bidang dan ketua panitia
sentiasa bekerjasama dan berkolaborasi untuk membincangkan keberkesanan
PdPc dan mengambil tindakan susulan untuk menambahbaikan program.

2.2 Pemantapan Program Melalui Barisan Pemimpin Pertengahan

Bagi memantapkan proses pembelajaran, pemberian empowerment kepada barisan
pemimpin pertengahan terdiri daripada penolong kanan, ketua bidang dan ketua
panitia mata pelajaran untuk mengaktifkan peranan mereka dalam kepimpinan
instruksional. Penolong kanan telah dilantik sebagai penyelaras program yang
bertanggungjawab memantau dan menyelaras program yang dijalankan untuk
mencapai visi dan misi organisasi. Ekoran daripada hasil pemantauan program

103

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

yang konsisten ini telah membolehkan Sinaran ESXO ini dilaksanakan secara
berkesan.

Kepentingan menilai keberkesanan program ini dengan menggunakan GROW versi
4.3 telah membolehkan pengetua dan barisan pemimpin pertengahan bersama
merangka intervensi menggunakan pendekatan PILL bagi menangani subjek
kritikal seperti Sejarah yang menyumbangkan GPMP yang melebihi 6.21. Sinaran
ESXO telah membentuk satu iklim pembelajaran kendiri khas untuk subjek Sejarah
pada awal pagi dari 6.15 pagi hingga 6.55 pagi manakala pada sebelah petang dari
2.30 pm hingga 3.30 pm.

Selain itu, Peer Teaching antara Pengetua dengan Ketua Panitia Sejarah dan
Pendidikan Moral juga dilakukan untuk memantapkan PdPc guru. Perkongsian
kepemimpinan pengajaran antara pengetua dengan pemimpin pertengahan dalam
peningkatan kurikulum dan pengajaran, membentuk projek-projek baru untuk
meningkatkan pencapaian pelajar (Kaplan & Owing, 1999).

3.0 IMPAK AMALAN

3.1 Budaya Kerja Sepasukan

Pelaksanaan Program Sinaran ESXO dapat menghasilkan beberapa impak positif
dalam kalangan warga pendidik di SMK Tiong Hin. Program ini dapat mewujudkan
satu budaya kerja sepasukan yang terdiri daripada pemimpin pertengahan
untuk menjayakan matlamat strategik yang telah ditetapkan secara bersama.
Empowerment kepada pemimpin pertengahan secara tepat dengan senarai
pengagihan tugas dapat mengerakkan program ini secara lebih berkesan dan
harmoni (Sammons et al. 1997).

Keberkesanan program ini dapat diperhatikan dalam aspek budaya kerja
sepasukan guru, kehadiran murid yang sentiasa mencatat 98%, kemajuan prestasi
dalam peperiksaan yang menunjukkan peningkatan, pelibatan Lembaga Pengurus
Sekolah bagi sumbangan ganjaran dalam bentuk kewangan serta sokongan ibu
bapa yang sentiasa menggalakkan anak-anak datang ke sekolah. Di samping itu,
perancangan strategik yang berfokus ini juga dapat memantapkan pengurusan
sekolah seperti dalam Standard 1 dari segi kualiti Kepemimpinan dan Standard 4
dari segi kualiti guru (sumber dari SKPMG2 SMK Tiong Hin Tahun 2017).

3.2 Aspek Kemenjadian Murid

Jadual 1: Analisis Keputusan Peperiksaan AR1 Hingga AR4 Tingkatan Lima Tahun 2017

Mata Pelajaran ETR AR1 AR2 AR3 AR4
Bahasa Melayu 3.52 7.24 7.26 5.75 5.62
Bahasa Inggeris 4.58 6.61 6.51 6.42 6.26
4.97 8.28 7.25 6.21 6.04
Sejarah 3.47 5.16 5.84 4.09 4.33
Matematik 3.34 5.72 5.21 5.55 6.15
3.66 7.64 5.59 4.75 3.28
Sains
Pendidikan Moral

104

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Jadual 1 menunjukkan keputusan peperiksaan dari AR1 hingga AR4 ada
menunjukkan kemajuan kecuali Matematik dan Sains. Kedua-dua subjek ini
dilaksanakan pada hari Rabu secara selang-seli iaitu dua minggu sekali. Manakala
Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan yang baik sehingga telah mencapai
ETR yang telah disasarkan.

3.3 Maklum Balas Murid Tingkatan Lima

Jadual 2: Maklum Balas daripada Murid-Murid Tingkatan Lima Terhadap
Kelas Intervensi Berfokus Tahun 2017

Diskripsi Peratusan

1. Kelas intervensi berfokus membantu saya dalam pembelajaran. Setuju Tidak Setuju
2. Kelas intervensi berfokus dapat meningkatkan pemahaman saya.
3. Penetapan Tempoh Kelas Intervensi dari Bulan April hingga 73.91 26.07
Oktober adalah bersesuaian.
4. Penetapan Mata Pelajaran Teras dalam kelas intervensi berfokus 64.35 35.65
ini bersesuaian
5. Keperluan intervensi berfokus bagi meningkatkan keputusan 77.39 22.61
keseluruhan mata pelajaran
77.99 22.61

96.55 3.45

Jadual 2 menunjukkan 96.55% murid bersetuju Program Sinaran ESXO ini
diperlukan bagi meningkatkan keputusan keseluruhan mata pelajaran dalam SPM
sebenar. Dapatan ini juga menunjukkan kelas intervensi berfokus dapat membantu
murid dalam pembelajaran kerana kaedah bimbingan mengikut keupayaan murid.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sinaran ESXO lebih berfokus kepada pembelajaran masteri yang menggunakan modul
dan latih tubi. Cabaran trend masa ini ialah aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid.
Maka pembudayaan KBAT dan I-Think dalam program ini perlu ditambahbaikan dengan
membangunkan profesionalisme guru melalui latihan dalam perkhidmatan. Sasaran
Program Sinaran ESXO perlu bermula dari Tingkatan satu subjek kritikal seperti Sejarah
dan Bahasa Melayu. Sebagai tanda penghargaan bagi memotivasi dan menginspirasi
guru, Anugerah Khas Sinaran ESXO dalam Tiong Hin Star Award Night diwujudkan pada
tahun ini.

5.0 KESIMPULAN

Perancangan strategik yang berfokus ini dapat menghasilkan satu impak yang positif
dalam aspek-aspek Penarafan Kendiri SKPMg2 seperti dalam aspek kualiti kepemimpinan,
kualiti guru, kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Pemimpin perlu menetapkan hala
tuju yang jelas dan memberi delegasi kuasa kepada pemimpin pertengahan untuk
menggerakkan program dengan berkesan. Kajian impak program perlu dilakukan secara
berkala agar penambahbaikan keberkesanan program dapat dijalankan.

105

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

6.0 RUJUKAN
Kaplan, L. S., & Owings, W. A. (1999). Assistant principals: The case for shared
instructional leadership. NASSP Bulletin, 83, 80-395.
Sammons, P., Thomas, S. & Mortimore, P. (1997) Forging links: effective schools and
effective departments. London: Paul Chapman.

106

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PEMBUDAYAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
PROJEK KONTI RADIO SERI
“SERI DI UDARA”

Wan Sajiri bin Wan Hassan
Ambilan 2/2014
Pengetua,

SMK Seri Balik Pulau, Balik Pulau, Pulau Pinang

ABSTRAK

Sejajar dengan pembudayaan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) maka keberhasilan dalam
kalangan murid amatlah dipentingkan agar dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing
demi masa depan yang kompetetif. Dalam menzahirkan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara,
maka pelbagai program dirangka oleh pihak sekolah untuk merealisasikan hasrat negara bagi
meningkatkan keberhasilan murid. Pihak sekolah berusaha menyediakan persekitaran sekolah
yang membudayakan PAK21 sebagai elemen penting bagi meningkatkan keberkesanan
PdPc di bilik darjah. Oleh itu, Konti Radio SERI dengan ‘tagline’ “SERI Di Udara” dilaksanakan
sebagai aktiviti sokongan bersifat santai yang boleh merancakkan proses PdPc. Konti Radio
SERI menjadi salah satu wasilah terbaik PAK21 yang menyediakan persekitaran berbahasa
dengan kepelbagaian segmen yang disediakan oleh panitia-panitia tertentu sebagai medan
pembudayaan PAK21 bagi melahirkan murid yang terampil dalam berkomunikasi. Konti Radio
SERI juga digunakan sebagai medium dalam menyalurkan informasi terkini dengan lebih
efektif kepada warga sekolah dalam bentuk santai.

Kata Kunci: pembudayaan, berdaya saing, modal insan, Konti Radio SERI, keberkesanan

1.0 PENGENALAN

SMK Seri Balik Pulau (SMKSBP) ialah sekolah yang menampilkan murid-murid pelbagai
kebolehan untuk dilatih dan dibentuk menjadi generasi peneraju negara kelak. Sejajar
dengan anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu untuk
memanfaat ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan membudayakan
Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21), maka SMKSBP juga tidak terkecuali menyahut
cabaran PPPM ini dalam menyediakan iklim pembelajaran yang bersesuaian dengan
PAK21.

SMKSBP terletak di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dan dikategorikan sebagai sekolah
luar bandar. SMKSBP telah dibuka dengan rasminya oleh Allahyarham YAB Tun Haji
Abdul Razak bin Hussein, pada 17 April 1969. SMKSBP beroperasi dengan dua sesi dan
jumlah muridnya seramai 1,265 orang serta tenaga pengajar seramai 112 orang. Pada
26 Ogos 2017, SMK Seri Balik Pulau telah meraikan sambutan Jubli Emas SERI 50 tahun.
Sambutan Jubli Emas sekolah sangat bermakna kerana telah dirasmikan oleh YAB Datuk
Seri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai
transformasi telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk menjadikan SMKSBP sebagai
sekolah yang beridentiti seperti sekolah berwatak tanpa loceng dan membudayakan
PAK21 demi melonjak kecemerlangan sekolah sesuai dengan tagline sekolah iaitu ‘SERI
Merintis Kecemerlangan’. Sebagai sebuah sekolah band 5 yang terletak di kawasan luar

107

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

bandar sudah pasti berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Isu paling kritikal
dihadapi oleh sekolah ialah ketidakhadiran murid ke sekolah. Peratus kehadiran murid
tidak pernah mencapai 90% pada setiap tahun. Selain itu, sekolah juga berhadapan
dengan isu keadaan bilik darjah yang tidak kondusif untuk PdPc berkesan kerana
keadaan perabot terutama meja yang usang lantaran gejala vendalisme murid.

Kemahiran berkomunikasi secara berkesan juga pada tahap yang rendah dan tidak
memuaskan. Seterusnya, pembudayaan PAK21 masih berada pada tahap yang
sederhana. Oleh itu, satu transformasi yang pragmatik harus diimplementasikan bagi
menjana kecemerlangan sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melihat
salah satu aspek yang mampu melestarikan kemenjadian murid adalah melalui Konti
Radio SERI dengan menekankan aspek kemahiran berkomunkasi secara berkesan
di samping memugar kekreatifan petugas konti radio dalam mengelolakan segmen
siaran masing-masing. Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2011) Kemahiran
berkomunikasi ialah kemahiran menggunakan bahasa bagi menimbulkan kesan-kesan
positif ke atas hubungan sesama manusia, khususnya antara pemimpin dan individu-
individu yang dipimpinnya. Kemahiran komunikasi merupakan satu elemen penting
dalam PAK21. Murid yang dapat berkomunikasi secara berkesan akan menjadi murid
terampil yang mampu melaksanakan tugasan dengan lebih efektif. Keterampilan murid
berkomunikasi sebagai penyampai radio amat terserlah memberikan kesan yang sangat
bermakna. Begitu juga petugas konti lain seperti penerbit dan juruteknik konti radio yang
mengoperasikan siaran radio. Penyediaan bahan siaran radio seperti skrip radio serta
bahan informasi dan mengendalikan alatan di konti radio akan membina keyakinan dan
kecemerlangan dalam diri murid-murid.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Idea projek Konti Radio SERI tercetus apabila terdapat sebuah stor terbiar yang luasnya
5 kaki x 12 kaki tidak digunakan. Stor terbiar ini telah dimanfaatkan sebagai membina
Konti Radio SERI untuk menjana kemenjadian murid dari segi komunikasi berkesan.
Saya telah memperoleh sumbangan daripada PIBG untuk membeli peralatan siaraya
konti radio seperti power mixer, speaker dan mikrofon. Liputan siaran radio SERI adalah
di kawasan kafeteria sekolah dengan menggunakan sistem siaraya. Berdasarkan Jadual
1, waktu operasi radio SERI adalah pada waktu rehat iaitu 3 kali sehari dan 5 hari
seminggu. Projek ini menetapkan panitia-panitia tertentu untuk mengendalikan segmen
terpilih. Panitia yang terlibat untuk mengelolakan Konti Radio SERI ialah Panitia Bahasa
Melayu, Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Inggeris dan Unit
Bimbingan dan Kaunseling. Dalam konteks ini, setiap panitia perlu menyediakan petugas
konti yang terdiri daripada penerbit, penyampai, dan juruteknik radio yang dipantau oleh
guru yang ditetapkan.

108

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Jadual 1: Proses Kerja Konti Radio dan Siaran Konti Radio Seri

UJI BAKAT PEMILIHAN LATIHAN DAN BENGKEL
PETUGAS BIMBINGAN
Rehat
ISNIN Rehat Pertama Rehat Kedua (sesi petang)
SELASA (sesi pagi) (sesi pagi) LUGHATUL JANNAH
(Bahasa Arab)
LUGHATUL JANNAH LUGHATUL JANNAH KENALI BAHASA
(Bahasa Arab) (Bahasa Arab)
(B.Melayu)
DIRGAHAYU BAHASAKU DIRGAHAYU BAHASAKU
(B.Melayu) (B.Melayu) AFTERNOON DELIGHT
(B.Inggeris)
RABU THE MORNING ZOO THE MORNING ZOO
KHAMIS (B.Inggeris) (B.Inggeris) DA’I JUNIOR SERI
JUMAAT (B&K)
MOTIVASI PAGI MOTIVASI PAGI
(B&K) (B&K)

LAMAN NURANI
(Pendidikan Islam)

Menurut James dan Balasandran (2013), pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan
mengikut kemampuan, stail pembelajaran dan minat murid. Guru dapat merancang
program yang bersesuaian dengan kebolehan murid. Inovasi Konti Radio SERI menjadi
satu wadah dalam mengembangkan kemampuan dan bakat murid untuk menyampaikan
maklumat kepada warga sekolah dengan lebih santai. Pihak sekolah melihat penyampaian
maklumat kepada murid bukan terhad di dalam kelas sahaja sebaliknya haruslah bersifat
holistik dengan suntikan elemen hiburan. Dengan adanya konti radio ini, ia dapat membuka
mata murid-murid, ibu bapa dan seluruh warga sekolah tentang hiburan yang disulami
dengan informasi yang terkini dan bernas disantuni dengan kepetahan penyampai radio
memberikan impak yang positif dalam iklim pembelajaran murid.

Rasional di sebalik amalan terbaik ini ialah murid akan lebih kreatif dalam berkomunikasi
mengikut laras bahasa mahupun ragam bahasa yang bersesuaian dengan konteks
semasa. Malahan inovasi yang dijalankan ini diharapkan dapat melestarikan elemen
PAK21 dalam kalangan murid di luar bilik darjah mencakupi keupayaan mereka menjana
ilmu di luar bilik darjah. Realitinya, maklumat yang diperoleh secara santai akan lebih
mudah dihayati oleh murid dengan menggunakan media hiburan yang lebih dekat dengan
jiwa mereka.

Cabaran dalam mewujudkan amalan terbaik ini termasuklah aspek teknikal dalam
penggunaan alatan di dalam bilik konti radio. Hal ini disebabkan oleh petugas-petugas
konti radio merupakan orang yang baharu dalam bidang penyiaran yang pastinya
memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar oleh jurulatih luar yang berpengalaman. Selain
itu, guru-guru juga perlu menguasai aspek teknikal dalam pengendalian konti radio agar
dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit sekiranya guru yang arif tentang teknikal
tiada di sekolah. Petugas-petugas konti juga diberikan tunjuk ajar cara menjadi juruhebah
dan menghasilkan skrip yang baik setaraf juruhebah di radio-radio yang terkenal. Cabaran
lain ialah keadaan bilik konti radio yang sempit iaitu hanya seluas 5 kaki x 12 kaki sahaja.
Bilik ini kurang selesa kerana keadaan bilik agak panas tanpa penyaman udara. Selain
itu, rancangan radio yang disiarkan juga berhadapan dengan kekangan waktu kerana
siaran radio hanya beroperasi pada waktu rehat sahaja (rujuk Jadual 1).

109

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

3.0 IMPAK AMALAN

Operasi Konti Radio SERI menampilkan penggunaan tiga bahasa yang berbeza iaitu
bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Penggunaan bahasa yang pelbagai
ini menunjukkan penguasaan bahasa yang mantap dalam kalangan murid kerana
dalam aspek penyampaian maklumat, komunikasi yang jelas dan berkesan merupakan
elemen yang penting. Oleh itu, dengan menjadi petugas konti radio maka secara
langsung murid tersebut dapat menyediakan dirinya untuk menggunakan komunikasi
yang mantap mengikut susunan dan aturan medium bahasa yang dipilih. Sesungguhnya,
aspek komunikasi berkesan merupakan satu rencah utama dalam menjadikan program
ini bersifat dinamik dan berdaya saing. Malahan, kemahiran komunikasi dapat diasah
dalam kalangan murid untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam meneroka
aspek penyampaian maklumat yang berkesan dalam kalangan warga sekolah. Melalui
penyampaian maklumat yang diselit dengan elemen hiburan ditambah lagi dengan
kemahiran komunikasi yang berkesan pastinya mencetuskan impak yang besar dalam
kemenjadian murid. Selain itu, murid yang menjadi penerbit siaran radio juga didedahkan
dengan penghasilan bahan dan penyediaan skrip penyampai yang mendidik mereka
menghasilkan karya kreatif yang pelbagai. Tambahan pula, program ini juga telah
meningkatkan kehadiran murid melalui pembudayaan PAK21 di sekolah. Kewujudan
program ini juga telah berjaya menaikkan imej sekolah dengan melihat impak kehadiran
murid yang hampir mencapai KPI yang disasarkan oleh PPD Barat Daya.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Perancangan jangka panjang pihak sekolah adalah untuk membawa para petugas konti
radio ke konti radio sebenar di samping mendapatkan nasihat dan latihan daripada
juruhebah radio seperti Radio Era, Hot FM dan Sinar FM. Hal ini bertujuan untuk
membina keyakinan dalam kalangan murid sewaktu mengendalikan siaran di konti radio.
Jumlah petugas konti radio juga akan ditambah untuk melahirkan lebih ramai penyampai
radio dan penerbit siaran radio yang berbakat. Pihak sekolah juga akan mengangkat
program ini sebagai salah satu nilai tambah dalam peningkatan imej murid dan sekolah
di peringkat daerah dan negeri. Selain itu, bilik konti radio akan dipasang pendingin hawa
supaya lebih selesa dan boleh menjadi sebuah studio yang kedap bunyi.

Amalan terbaik ini diharapkan dapat membentuk golongan sasaran agar sentiasa
mendengar, menginterprestasi, berbicara, mengucapkan ungkapan dan mengekspresi
diri menggunakan ungkapan berbahasa yang baik, molek dan bertatasusila serta
mempunyai kesantunan yang terpelihara. Hal ini diharapkan dapat melahirkan modal
insan dan golongan aset masa depan yang menggunakan komunikasi yang berkesan
dengan penuh berbudi, berakal, bijaksana dan menerapkan aspek berbudi bahasa dalam
menyampaikan maklumat.

5.0 RUJUKAN

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (2011). Bakat dan Kemahiran Memimpin. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor

James Ang Jit Eng dan Balasandran Ramiah (2013). Kepimpinan Instruksional. PTS
Akademia. Batu Caves, Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.

110

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PENGGUNAAN VLE Frog MEMANTAPKAN PdPc

Zaimunah binti Hj. Muhamed
Ambilan 2/2015
Guru Besar

SK Marian Convent, Setapak, Kuala Lumpur

ABSTRAK

Artikel ini mengupas berkenaan dengan pembelajaran menggunakan VLE Frog di sekolah saya
yang telah memberi manfaat besar kepada murid-murid dengan harapan dapat merealisasikan
aspirasi murid. Definisi VLE Frog iaitu ‘Virtual Learning Environment’ atau persekitaran
pembelajaran maya, yang bakal mengubah cara pembelajaran murid-murid masa kini sesuai
dengan kehendak anjakan ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013 – 2025) iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Kajian ini menerangkan tentang keberkesanan dan cara membudayakan aplikasi VLE Frog
dalam PdPc di sekolah. Selain itu, diharapkan kaedah ini dapat diperluaskan lagi di sekolah-
sekolah agar ia dapat menyaingi perubahan-perubahan pendidikan masa kini. Kecemerlangan
dan kejayaan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada kepimpinan guru besar
tetapi turut dipengaruhi oleh keberkesanan PdPc yang berkesan, menarik minat murid-murid
dan mengikut peredaran zaman. Aplikasi yang terdapat di dalam VLE Frog bakal membuka
minda murid-murid. Selain itu, pembelajaran maya ini menawarkan lebih banyak kelebihan
dan pelbagai aplikasi yang dikenali dengan nama ‘widgets’ berbanding dengan multimedia
lain seperti video. Pembelajaran maya ini juga boleh di akses oleh ibu bapa tidak kira di mana
sahaja.

Kata kunci: VLE Frog, manfaat, anjakan, aplikasi, peredaran,

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran Abad ke-21 ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional seperti chalk and talk
kepada kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih dinamik dan kreatif
dengan kandungan pembelajaran yang relevan dan sesuai dengan perkembangan
semasa. Dengan itu, semua guru perlu bersedia menerima segala perubahan dan dapat
mengurus perubahan tersebut dengan cekap dan berkesan kerana guru merupakan
kumpulan pelaksana yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan
tersebut. Memang tidak dapat dinafikan, penggunaan teknologi terkini merupakan salah
satu ciri penting bagi pembelajaran abad ke-21. Lebih-lebih lagi generasi sekarang ini
memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alat elektronik. Sehubungan
dengan itu, guru perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minta
murid untuk belajar.

Pembelajaran yang menggunakan LCD, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa
kelainan dalam suasana pembelajaran di dalam kelas. Pengajaran dan Pembelajaran
masa kini tidak lagi berfokus kepada pencapaian dalam peperiksaan sahaja seperti
sebelum ini malah kemenjadian murid yang perlu diutamakan. Kaedah pengajaran dan
strategi yang baik seperti laman pengajaran yang direkabentuk oleh guru-guru melalui

111

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

VLE Frog akan menarik minat murid untuk faham dan belajar malah dapat meningkatkan
pengetahuan pelajar, menurut Shahfiezul dan Fariza, (2015). Bushro dan Halimah, (2008)
mendapati kajian menunjukkan penggabungan antara multimedia dan teori kecerdasan
pelbagai dapat meningkatkan penyertaan aktif pelajar secara berkesan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa pelajar
akan mudah tertarik terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diselitkan dengan
pelbagai elemen multimedia.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE Frog) adalah sistem pembelajaran
berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan
konsep pendidikan konvensional sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan,
ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja
rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui VLE Frog. Pelancaran
sambungan internet dan VLE Frog bermula pada Disember 2011 dan semua sekolah
rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapat sambungan
sehingga akhir tahun 2013. Bagi SK Marian Convent, Setapak, pada awal tahun 2016,
didapati KPI penggunaan VLE Frog di SK Marian Convent Setapak sangat rendah dan
tidak mencapai tahap minimum yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) iaitu purata 25% penggunaan murid
setiap minggu.

Jadual 1: KPI Peggunaan FrogVLE 201

Minggu Tarikh KPI Penggunaan VLE Frog
1 1/1/2016 - 6/1/2016 0.00%
2 7/1/2016 - 13/1/2016 0.00%
3 14/1/2016 - 20/1/2016 0.37%
4 21/1/2016 - 27/1/2016 22.43%

Sebagai pengurus dan pentadbir sekolah, adalah menjadi tanggungjawab utama
untuk memastikan KPI penggunaan VLE Frog ini mencapai tahap minimum yang
telah ditetapkan. Bermula dengan analisis SWOT, perancangan, strategi, amalan dan
penambahbaikan diaplikasikan kepada semua warga sekolah dengan harapan membawa
kepada perubahan dan kejayaan.

2.0 INOVASI PENGGUNAAN VLE Frog DALAM PdPc

Analisis SWOT adalah suatu bentuk analisis di dalam organisasi yang secara sistematik
dapat membantu dalam usaha penyusunan suatu rancangan untuk mencapai tujuan,
sama ada jangka pendek mahupun tujuan jangka panjang.

Jadual 2: Analisis SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN

-Kemudahan internet di sekolah -Tempat dan kelas -Melonjakkan nama -Mentaliti guru yang
-Guru dan penyelaras ICT yang yang sangat terhad sekolah selesa dengan
komited dan bekerjasama kaedah konvensional
-Sokongan padu pihak pentadbir

112

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.1 Menyediakan kad ID murid dan guru
Semua ID murid dan guru telah diberikan secara individu pada awal tahun 2014.
Walau bagaimanapun, masalah terlupa kata laluan menjadi fenomena yang
seringkali berlaku apabila murid-murid diminta mendaftar masuk laman VLE Frog.
Admin VLE Frog telah menyediakan kad ID murid dan diletakkan dalam bilik ICT
di samping itu, murid-murid juga digalakkan menghafal ID dan kata laluan masing-
masing.

2.2 Susunan jadual PdPc
Penyusunan jadual PdPc adalah penting bagi membolehkan VLE Frog dapat
digunakan oleh semua murid. Hal ini bertepatan dengan anjakan ke- 7 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia.

2.3 Merekodkan penggunaan VLE Frog dalam PdPc
Setiap guru yang menggunakan VLE Frog dalam PdPc perlu membuat catatan
dalam Borang Penggunaan yang telah disediakan. Di samping itu, guru-guru juga
diminta merakamkan gambar sebagai eviden PdPc yang dijalankan pada hari
tersebut dan memuat naikkan dalam ‘group official’ sekolah.

2.4 Pemantauan berkala
Pemantauan secara berkala oleh pihak pentadbir terutamanya guru besar, adalah
penting bagi memastikan perancangan dan amalan pembudayaan VLE Frog ini
berlaku dan berterusan. Hasil pemantauan dari semasa ke semasa membolehkan
pihak pentadbir dan AJK ICT membuat analisis dan cara mengatasi jika ada masalah
seperti tidak capai KPI. Pemantauan daripada pihak pentadbir juga merupakan
salah satu kejayaan penggunaan VLE Frog di sesebuah sekolah

2.5 Aktiviti-aktiviti pembudayaan VLE Frog
Selain daripada menggunakan VLE Frog dalam PdPc di sekolah, kuiz cuti sekolah
juga merupakan aktiviti pembudayaan VLE Frog yang diamalkan. Panitia-panitia
akan menyediakan kuiz berkaitan cuti sekolah dan kongsikan bersama murid-
murid. Paparan skop peperiksaan di paparan halaman VLE Frog juga berjaya
menarik perhatian ibu bapa membuka ID mereka ataupun anak-anak mereka bagi
mendapatkan maklumat tersebut. Hal ini membantu menaikkan penggunaan VLE
Frog sekolah selain daripada membudayakan pembelajaran maya.

2.6 LADAP VLE Frog
LADAP atau bengkel VLE Frog sangat penting untuk semua guru kerana dengan
ini akan memantapkan PdPc guru-guru untuk menggunakan VLE Frog. Guru-
guru memang faham dan tahu apa itu VLE Frog tetapi untuk lebih mendalam cara
menghasilkan assigment untuk murid, pihak sekolah perlu mantapkan lagi dengan
mengadakan LADAP atau bengkel VLE Frog.

3.0 IMPAK

Setelah menjalankan semua perancangan, strategi dan penambahbaikan ini didapati
peningakatan KPI penggunaan VLE Frog yang memberansangkan.

113

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Jadual 2: KPI Peggunaan VLE Frog 2017

Minggu Tarikh KPI Penggunaan VLE Frog
1 1/1/2016 - 6/1/2016 37.73%
2 7/1/2016 - 13/1/2016 76.67%
3 14/1/2016 - 20/1/2016 85.93%
4 21/1/2016 - 27/1/2016 90.23%

Rajah 1: KPI Penggunaan VLE Frog 2016 vs 2017

Peningkatan KPI ini juga telah menjadikan SK Marian Convent Setapak, Kuala Lumpur
pada tangga teratas dalam Wilayah Keramat, setiap minggu dan berada dalam bilangan
‘top 5’ peringkat negeri. SK Marian Convent Setapak, Kuala Lumpur telah dinobatkan
tempat Pertama Sekolah Terbaik Membudayakan VLE Frog (kategori SK) di peringkat
JPWPKL sempena Hari Anugerah TEKNOPEN 2017 di BTPN, Bukit Kiara tahun ini.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Platform VLE Frog sememangnya direkabentuk berasaskan elemen multimedia yang
mengintergrasikan beberapa aplikasi media sosial seperti aplikasi Google Apps dan
Youtube yang menjadi enjin pencarian bahan pendidikan yang cukup popular. Elemen
tersebut telah dapat menambat minat pelajar untuk menggunakan VLE Frog sebagai
medium pembelajaran mereka. Tambahan pula, mereka dapat berhubung dengan rakan
mereka melalui VLE Frog sekaligus pelajar dapat belajar secara Kooperatif dengan hanya
mengggunakan medium pembelajaran ini. Apabila program perisian dipertingkatkan,
secara tidak langsung meningkatkan interaktiviti, komunikasi, kebolehan adaptasian,
menambah perkongsian dan meningkatkan pengalaman pembelajaran (Zoraini, 2008).
Oleh itu, perkara utama ialah mantapkan pengajaran guru-guru dengan penggunaan
pelbagai kaedah mengikut arus zaman terkini agar pembelajaran murid-murid juga
mantap. Dengan sendirinya, kecemerlangan dan kemenjadian murid akan terhasil, kita
jangan terlalu mementingkan keberhasilan pencapaian peperiksaan.

Setiap dasar ataupun program yang dibuat dan dirancang oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) pastinya ada sebab yang tersendiri. Perancangan yang dibuat pula
bukanlah bernilai ratusan ringgit, tetapi satu dana yang besar telah diperuntukkan dan
telah digunakan. Semuanya adalah untuk meningkatkan tahap pendidikan negara. Oleh
sebab itu, kita sebagai pendidik perlu memanfaatkan sistem VLE Frog ini di peringkat
sekolah dan di mana jua agar ianya dapat membuktikan kita bukan lemah dan sentiasa
peka dengan perkembangan pendidikan semasa.

114

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Pelbagai cabaran dalam mentadbir agar guru-guru melaksanakan PdPc menggunakan
VLE Frog tetapi saya tetap tidak berputus asa malah saya berusaha untuk menguatkan
lagi semangat saya untuk lebih mencintai profesion yang mulia ini serta membakar
lagi semangat saya untuk menjadi seorang pentadbir yang berkualiti bagi melahirkan
modal insan yang yang sempurna dalam segenap aspek. Hal ini kerana pendidikan ialah
penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara.
Pendidikan juga pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang diperluklan untuk berdaya
saing. Segala cabaran dan halangan yang saya tempuhi sepanjang tempoh sebagai
pentadbir yang mendukung hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013 – 2025) ini tidak akan saya jadikan sebagai batu penghalang bahkan ia akan
menjadi kayu ukur memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya.
5.0 RUJUKAN
Ida Norini Mahamad Tajudin. (2013). Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan

Penggunaan Konsep Persekitaran Pengajaran Maya Frog (VLE Frog) dikalangan
Murid SK Haji Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek Fakulti Pendidikan, Universiti
Perguruan Sultan Idris
Mohd Aizuddin (2013). Peningkatan Profesionalisma dalam Penggunaan VLE Frog.
http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/
Nor Azlah Mohd. Jaafar & Fariza Khalid. (2014). Keberkesanan Kemahiran Komunikasi
diKalangan Guru dalam Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE Frog).
Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Teknologi Pendidikan
Sajap Maswan. (2006). Pembelajaran Maya (Virtual Learning) dan Pembangunan
Komuniti. Konvensyen Teknologi Pendidikan Kebangsaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2015. Kementerian Pendidikan Malaysia.

115

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

INOVASI RAUDHATUL KAUTHAR i-RK

Zanariah binti Said
Ambilan 1/2015
Guru Besar

SK Taman Anggerik, Johor Bahru, Johor

ABSTRAK

Inovasi Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain (j-QAF) ialah satu projek dalam pengurusan kurikulum
bagi memantapkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam
dan Bahasa Arab. Inovasi j-QAF ini diberi penjenamaan semula oleh SK Taman Anggerik
sebagai Inovasi Raudhatul Kauthar(I-RK). Ia diimplementasikan daripada teori Vygotsky iaitu
berkonsepkan scalfolding menyediakan ruang dan peluang untuk murid belajar. Inovasi yang
dijalankan adalah dalam empat bahagian iaitu JAWI-Simulator Golf, Q-Alquran–Klinik Iqra,
A-Arab inovasi Baiti Jannati, F untuk fardhu ain inovasi Roda Solat. Keberhasilan dalam projek
I-RK ini memberi impak kepada pelbagai bidang lain antaranya dari segi kepimpinan, bidang
akademik, pengurusan HEM, kokurikulum dan pelibatan ibu bapa dan PIBK. Kejayaan projek
ini dapat dilihat dari segi anugerah yang diterima contohnya Anugerah Pertandingan bilik
j-Qaf peringkat Negeri Johor, Anugerah ikon PIBK daerah Johor Bahru oleh pihak Jabatan
Pelajaran Negeri Johor dan pelantikan SK Taman Anggerik sebagai sekolah uji rintis Bahasa
Arab Tahun 2 oleh pihak KPM. Projek I-RK ini memberikan peluang ke arah penyediaan
bahan bantu mengajar secara maujud dan interaktif bersesuaian dengan PAK 21 dan budaya
kerja sepasukan. Jaringan dan jalinan di peringkat pengantaraabangsaan juga dapat dijalin
antara SK Taman Anggerik dengan Sekolah SD 003 Karimun, Indonesia. Projek i-RK ini dapat
mewujudkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPc) yang menarik minat murid untuk
belajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam.

Kata Kunci: inovasi j-Qaf, inovasi Raudhat Kauthar

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran merupakan nadi dan aktiviti di sekolah. Sebagai pemimpin
kurikulum, usaha untuk meningkatkan keupayaan dalam menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan adalah menjadi keutamaan. Persekitaran pembelajaran
yang baik dapat meningkatkan motivasi semua warga sekolah untuk berusaha ke arah
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Anjakan ke-3, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025), iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai dengan
mengukuhkan Pendidikan Agama Islam yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam
Kebangsaan maka projek inovasi j-QAF ini dilaksanakan di SK Taman Anggerik. Objektif
projek ini adalah untuk memantapkan Pendidikan Abad ke-21, membentuk keperibadian
modal insan yang unggul bertepatan dengan enam aspirasi murid, mengoptimumkan
pengunaan bilik j-QAF dengan kepelbagaian aktiviti dan memupuk budaya kerja
sepasukan dalam kalangan warga sekolah.

1.1 Latar Belakang Sekolah

SK Taman Anggerik merupakan sebuah sekolah dalam daerah Johor Bahru.
Sekolah ini dibuka pada tahun 2001. Jumlah murid seramai 393 orang dan jumlah

116

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

guru seramai 30 orang. Antara kejayaan SK Taman Anggerik ialah berjaya menjadi
sekolah Band 1 dari tahun 2012 hingga tahun 2015. Pada 22 Julai 2017, SK Taman
Anggerik telah mendapat anugerah Bai’ah bagi tahun 2015.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Inovasi j-QAF ialah satu projek dalam Pengurusan Kurikulum bagi memantapkan
pencapaian murid dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab.
Inovasi j-QAF ini diberi pejenamaan di SK Taman Anggerik sebagai i-RK iaitu Inovasi
Raudhatul Kauthar. Ia diimplementasikan daripada teori Vygotsky iaitu berkonsepkan
scalfolding yang menyediakan ruang dan peluang untuk murid belajar. Inovasi yang
dijalankan adalah dalam empat bahagian iaitu JAWI Simulator Golf, Q-Alquran Klinik
Iqra, A-Arab inovasi Baiti Jannati dan F-fardhu ain inovasi Roda Solat.

Melalui sumbangsaran dengan semua Guru Penolong Kanan (GPK) dan Ketua Panatia
menggunakan analisis SWOC, beberapa sumbangsaran diperolehi. Antaranya; pelibatan
guru mata pelajaran Agama Islam dalam aktiviti sekolah dan mata pelajaran j-QAF tidak
diminati. Mata pelajaran Bahasa Arab, Fardhu Ain, Al Quran dan Pelajaran Jawi tidak
diminati berpunca daripada:

1. Peratus Pelaporan j-QAF yang rendah di mana Pencapaian Khatam AlQuran yang
rendah bagi murid-murid Tahun 6.

2. Bilik j-QAF yang suram dan tidak kondusif.
3. Bahan PdPc yang terhad.

2.1 Strategi Projek:

Pelaksanaan Projek i-RK dilakukan melalui pendekatan PDCA (Plan-Do-Check-
Action).

2.2 Cabaran

Cabaran utama pelaksanaan adalah untuk mewujudkan kerja sepasukan dalam
organisasi Guru-guru ‘senior’ yang sudah selesa dengan budaya kerja yang tidak
mementingkan persekitaran yang kondusif. Guru-guru muda yang masih tidak tahu
cara untuk mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran. Sikap ibu bapa yang
beranggapan setiap aktiviti sekolah adalah menjadi tanggungjawab guru di sekolah.
Cabaran yang seterusnya adalah sumber kewangan. Bagi melaksanakan sesuatu
projek, kos perbelanjaan adalah menjadi salah satu punca sesuatu projek itu tidak
dapat dilaksanakan.

Bagi mengatasi cabaran ini langkah-langkah berikut telah dilaksanakan.

1. Taklimat pembangunan sekolah dalam 9 bidang utama bersama SIP melibatkan
semua guru.

2. Penandaarasan ke SK Temenggong Abdul Rahman 1 untuk melihat persekitaran
sekolah.

3. Mesyuarat Agong PIBG, PGB manyampaikan taklimat kebersamaan ibu bapa
dalam aktiviti sekolah dan menekankan berkaitan anjakan ke-9 dalam PPPM.

4. PLC diadakan bagi memantapkan PdPc guru muda.dan juga pelibatan ibu bapa
serta mendapatkan sumber kewangan.

117

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

5. Menggerakkan ‘middle-leaders’ di sekolah dan melantik kumpulan ‘Think Tank’
yang Ketua Panatia dan JU Bahasa Arab peringkat kebangsaan.

6. Pelibatan Sarana Ibu bapa, PIBK dan PIBG bagi mendapatkan sumber
kewangan bagi pelaksanaan projek menerusi kertas kerja yang dibuat dan
dihantar kepada syarikat-syarikat swasta, PIBG dan PIBK.

3.0 IMPAK AMALAN
Projek i-RK membawa impak keberhasilan dalam kepelbagaian bidang. Antara lain ianya
memberi impak kepada beberapa bahagian:
3.1 Kepimpinan
Guru Besar sebagai pemimpin strategik sekolah telah melihat analisis SWOC
melihat kekuatan dan peluang yang ada di SK Taman Anggerik. Kepimpinan teragih
kepada kumpulan ‘middle leaders’ dan ketua-ketua panatia bagi menjayakan projek
i-RK ini.
3.2 Bidang Akademik
1. Peningkatan pencapaian Khatam Al Quran, Pelajaran Jawi dan Bahasa Arab.
2. Pengunaan Bilik i-RK oleh Panatia Lain.
3. Pelaksanaan PAK 21 dengan lebih intensif.
4. Kepelbagaian sumber bahan.
5. i-RK sebagai pusat self access learning.

3.3 Bidang Ko-Kurikulum
Penyertaan yang pertama kali dalam pertandingan Kalam Jamaie telah
membuahkan hasil di mana SK Taman Anggerik telah menjadi Naib Johan ‘Kalam
Jamaie’ peringkat daerah Johor Bahru.

3.4 Bidang HEM
Peratus kehadiran murid meningkat.seperti yang dibuktikan dalam graf yang
ditunjukkan dalam Rajah: 1 di bawah

Rajah 3: Graf Kehadiran Murid Yang diambil daripada APDM

118

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

3.5 Pelibatan ibu bapa dalam sarana ibu bapa dan PIBK

Projek i-RK telah memberi peluang pelibatan KSIB membantu menyediakan
bahan-bahan untuk ditampal pada dinding-dinding dan di setiap laman i-RK. Ibu
bapa turut menjayakan projek i-RK. Ibu bapa juga melibatkan diri (engagement)
membawa anak-anak dalam aktiviti pihak luar seperti Pertandingan Nasyid” dan
Pertandingan Kompang yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah dan berjaya menjadi johan. Sumbangan kewangan juga diperolehi daripada
Pihak Ecoworld sebanyak RM10,000 untuk pembelian peralatan virtual learning,
sumbangan daripada pihak swasta, percambahan idea dengan SK Agama Taman
Anggerik dan Jawatan Kuasa Keselamatan Taman Anggerik. Projek ini juga dapat
membuktikan silang budaya dapat direalisasikan. Pelibatan murid-murid bangsa
India dalam Pertandingan Kompang membuktikan silang budaya telah berjaya
diterapkan. Kejayaan projek ini menarik minat ibu bapa untuk turut serta turun
padang sehingga melayakkan SKTA dianugerahkan sebagai sekolah ikon PIBK
dalam daerah Johor Bahru.

3.6 Jaringan dan Pengantarabangsaan

Kejayaan SK Taman Anggerik dalam inovasi i-RK ini telah melayakkan SKTA
menerima anugerah inovasi bilik j-QAF. Program Penandaarasan dari Sekolah
di dalam Daerah Johor Bahru seperti SK Taman Bukit Kempas, SK Seri Perling
2, SK Taman Universiti 1, SK Taman Universiti 3 dan SK Kempas. Ini memberi
peluang perkongsian inovasi dan penyediaan bilik yang kondusif. Perkongsian
dalam facebook juga telah mendapat ‘like’ yang berjumlah melebihi 30000. Projek
i-RK telah memberi peluang kepada seorang murid SKTA menyertai pertandingan
Bahasa Arab di SD 003 TebingTinggi, Karimun pada 26 Oktober 2017.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Projek i-RK ini pada masa hadapan akan diperluaskan dengan menyediakan ‘story board’
tajwid dan diperluaskan pada matapelajaran teras yang lain. Projek ini diharapkan dapat
dimanfaatkan dan menjadi pemangkin kemenjadian murid secara holistik dan dapat
diamalkan dalam kehidupan harian dan pembudayaan kerja sepasukan dapat diteruskan.

5.0 KESIMPULAN

Projek i-RK dilihat dapat menarik minat murid untuk belajar membaca IQRA dan Al Quran.
Kerja sepasukan dapat dipupuk di mana terdapat guru-guru subjek bukan agama Islam
turut mengajari anak-anak membaca Al-Quran. Pemupukan akhlak yang bertambah
baik dalam kalangan murid-murid dan guru-guru serta pemupukan nilai murni dalam diri
modal insan.

119

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

6.0 RUJUKAN
Alimuddin Mohd Dom( 2006). Peranan Pengetua dan Guru Besar Dalam Meningkatkan
Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kuala Lumpur.
Brent Davies & Linda Ellison (1949). Strategic Marketing For Schools. Pearson Education,
Dinburgh Gate.United Kingdom.
Hussein Mahmud (1993), Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Memperkasa Kepimpinan Instruksional di
Sekolah. Perniagaan Rita. Kuala Lumpur.
Salleh Mohd Husein (2006). Kepimpinan Instruksional Menjana Keberkesanan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

120

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PENYELIAAN BERKESAN MEMACU PRESTASI AKADEMIK MURID

Zarina binti Mahmad
Ambilan 2/2015
Guru Besar

SK Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka

ABSTRAK

Amalan terbaik dalam kepimpinan bertujuan untuk membantu, membimbing dan menyelia
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru Matematik dalam meningkatkan
pencapaian murid Tahun 6 dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Rumusan
pencapaian Matematik yang kurang memberangsangkan menimbulkan kebimbangan dalam
kalangan guru dan ibu bapa yang dikongsi bersama menerusi mesyuarat PIBG atau pertemuan
bersemuka secara informal. Justeru sebagai seorang pemimpin sekolah alaf baru perlu
menerima cabaran dengan menanganinya secara bijak dan berhemah. Kaedah penyeliaan
terhadap semua guru terutamanya guru Matematik semasa proses PdPc dijalankan telah
dikenal pasti. Dengan merujuk kepada Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, amalan ini cuba menghurai aspek perancangan
dan strategi pelaksanaan “Back to Basic” menerusi program Menggapai Bintang di samping
meninjau sejauh mana penyeliaan mampu mengubah pencapaian prestasi pelajar-pelajar di
SK Sungai Tuang (SKST).

Kata Kunci: Pencapaian, Penyeliaan, Kepimpinan, Matematik

1.0 PENGENALAN

Kepimpinan merupakan satu istilah yang merangkumi sepenuhnya tanggungjawab
pengurusan. Dalam hal ini, kepimpinan dilihat sebagai satu proses di mana ketua
sebagai pemimpin berusaha mendapatkan kerjasama daripada orang lain iaitu pengikut
atau subordinat untuk mencapai sesuatu matlamat dalam situasi yang tertentu dan
seorang pemimpin boleh dijadikan contoh yang baik dan dapat disukai oleh pengikut
dan masyarakat (Kamarudin Hj. Kacar, 1989). Seorang pemimpin merupakan seorang
yang dapat memikul tanggungjawab, cepat membuat keputusan, berpengetahuan luas,
mempunyai pemikiran pintar, mempunyai pengetahuan mengenai prinsip perhubungan
manusia, mempunyai keyakinan yang teguh dan bukan beremosi. Selain itu, seorang
pemimpin boleh membuat keputusan berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman,
sanggup menghadapi cabaran, masalah serta risiko, mempunyai kreativiti tersendiri,
sedia memberi dan menerima pendapat, mempunyai sikap positif yang terbuka, daya
penggerak dan semangat juang yang kuat serta kebolehan berkomunikasi secara
berkesan.

Dalam pembentangan ini, pembentang merujuk kepada model pencerapan pengajaran
yang diketengahkan oleh Acheson dan Gall (2003) yang mirip kepada penyeliaan klinikal.
Model ini dipilih kerana didapati dapat memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (Bil 3/87) yang menyarankan tiga
langkah dalam pencerapan pengajaran, iaitu (1) perbincangan sebelum pemerhatian, (2)
pemerhatian dalam bilik darjah dan (3) perbincangan selepas pemerhatian.

121

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

Seorang guru besar tidak boleh mengabaikan tugas-tugas kepimpinan pengajaran dan
tidak sahaja memberi tumpuan kepada fungsi rutin. Perkara ini perlu diberi perhatian
serius kerana kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran
adalah berkait rapat dengan pencapaian pelajar. Pengesanan (termasuk penyeliaan)
merupakan salah satu fungsi pengurusan dan salah satu komponen penting dalam
proses kurikulum. Justeru adalah wajar bagi pembentang mendapatkan gambaran
mengenai penyeliaan dan pencerapan yang berlaku di dalam bilik darjah sekolahnya.
Pebincangan kertas kerja ini adalah untuk melihat sejauh mana peningkatan prestasi
akademik pelajar menerusi penyeliaan dan pencerapan yang dijalankan oleh guru besar
di bilik darjah menerusi strategi pelaksanaan “Back to basic” dengan menggunakan
program ‘Menggapai Bintang’ dan hubung kaitnya dengan keberkesanan pengajaran
guru semasa PdPc dijalankan.

SK Sungai Tuang (SKST) telah diasaskan pada Julai 1952 dan tapak bangunannya masih
kekal terletak di persisiran pantai antara Kuala Linggi dengan Pengkalan Balak, Masjid
Tanah, Melaka, yang mengadap laut Selat Melaka. Sekolah ini mempunyai jumlah murid
seramai 180 orang, 80% daripadanya merupakan anak-anak nelayan persisir pantai,
sebahagiannya petani dan pekerja kilang manakala sebahagian kecil yang lain ialah
anak kaki tangan kerajaan termasuklah anak-anak kepada tenaga pengajar di sekolah
ini. Murid-muridnya datang dari tiga buah perkampungan nelayan yang berhampiran
iaitu Kampung Telok Gong, Kampung Sungai Kertah dan Kampung Sungai Tuang. Luas
keseluruhan kawasan sekolah ialah 2 ekar 1 rod dan 2.5 pole dan terletak kira-kira 8.5
km dari Pekan Masjid Tanah dan 38 km dari Bandar Melaka.

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

SKST pernah mendapat anugerah new deal pada tahun 2013 tetapi prestasi
kecemerlangannya tidak berjaya dipertahankan bagi tahun-tahun yang berikutnya
sehingga guru besar yang baharu dilantik di sekolah ini pada tahun 2016. Diperingkat
awalnya beliau telah mendapat pelbagai maklumat terutamanya melalui PIBG yang kurang
berpuashati dengan prestasi akademik pelajar di sekolah ini. Berdasarkan maklumat
yang diterima, guru besar baharu tersebut telah menjalankan pemerhatian secara luaran
sepanjang dua minggu pertama berada di SKST. Hasil pemerhatian itu ialah didapati
PdPc kurang memuaskan dan ini mungkin menjadi antara punca penurunan pencapaian
sekolah. Tambahan lagi kunjungan daripada Unit Matematik Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka (JPNM) turut mengesahkan maklumat sebelum ini dan sekaligus maklumat ini
dapat dikongsi bersama antara barisan pentadbir dengan JPNM.

Tindakan susulan segera telah dijalankan. Kaedah penyeliaan telah dikenal pasti dan
disebarluaskan kepada semua warga sekolah. Pelaksanaan perancangan penyeliaan ini
dilaksanakan secara menyeluruh (as a whole) bukan secara terpisah-pisah. Seperkara
yang perlu diberi perhatian serius ialah bukanlah sesuatu yang mudah untuk membawa
keluar warga sekolah dari kepompong keselesaan yang membaluti diri mereka selama
ini. Sebagai pemimpin sekolah, guru besar perlu kekuatan diri untuk menggerakkan
warga sekolah dari ”comfort zone” untuk berusaha gigih mengembalikan kecemerlangan
yang tercipta sebelum ini.

Melalui penyeliaan yang dijalankan sama ada secara spontan atau dimaklumkan terlebih
dahulu, membolehkan guru besar mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di bilik
darjah. Maka langkah-langkah mengatasinya dapat diatur dan seterusnya masalah

122

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

kurang berkesan proses pengajaran dalam bilik darjah ini dapat diatasi dan disekat
daripada terus berleluasa. Adalah dipercayai bahawa melalui dimensi pengurusan
program pengajaran yang melibatkan tiga fungsi iaitu pencerapan dan penilaian
pengajaran, pengurusan kurikulum dan pengawasan, kemajuan pelajar dapat dijalankan
serentak. Perubahan yang sedikit tetapi impaknya secara holistik.

Semua warga pendidik SKST telah dimaklumkan tentang pelaksanaan strategi ”Back to
basic” yang akan dijalankan dan diminta sentiasa bersedia melakukan peubahan dalam
PdPc. Guru besar akan melakukan penyeliaan dari semasa ke semasa terutamanya
mata pelajaran Matematik menerusi program ’Menggapai Bintang’. Pendekatan ini telah
mula dijalankan semenjak bulan Mac 2016 sehingga kini dengan mendapat kerjasama
penuh daripada warga pendidik yang terlibat dan perlaksanaannya dipantau guru besar.

“Penerimaan” penyeliaan dalam kalangan guru di SKST sentiasa dalam pemerhatian
guru besar kerana amalan baru ini belum lagi dapat memenuhi keperluan tanggapan
dan nilai mereka. Tambahan pula untuk mengubah kebiasaan yang telah menjadi rutin
melibatkan risiko yang perlu ditanggung. Namun guru besar berfikiran optimis dan
menaruh keyakinan yang tinggi bahawa penyeliaan yang kerap dan secara konsisten
mampu mengubah persepsi dalam kalangan guru. Pendekatan yang diambil lebih
bersifat membimbing dan bukannya untuk mencari kelemahan mereka, dan ini boleh
diterima oleh warga sekolah SKST.

’Menggapai Bintang’ adalah program mentor mentee Matematik antara murid tahun
enam dengan tahun lima yang merupakan idea daripada Panitia Matematik. Setiap
pelajar diminta untuk menghafal sifir dan segala formula sebagai satu langkah awal
untuk mendapat kecemerlangan dalam Matematik dan sekaligus UPSR. Ternyata
ganjaran mampu mengubah tingkah laku pelajar dan mempamerkan keputusan yang
memberangsangkan dalam UPSR 2016 meskipun tiada pelajar yang cemerlang dalam
Matematik.

Rajah 1: Perbandingan keputusan Matematik
UPSR 2015–2016

Rajah 2: Perbandingan keputusan UPSR 2014 – 2016

123

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

3.0 IMPAK

Pendekatan yang diambil memberi impak positif terutamanya memperkukuh hubungan
profesional dan interaksi positif antara guru dengan guru besar dan murid dengan guru
besar.

Daripada program yang dijalankan, dapatan menunjukkan guru mempunyai persepsi
yang positif terhadap penyeliaan, dan penyeliaan yang dijalankan bersifat eklektik yang
akhirnya menuju ke arah gaya tidak mengarah. Guru-guru pula lebih bersedia dalam
proses PdPc. Murid-murid lebih berdisiplin dan fokus terhadap pelajaran.

Suasana PdPc pula lebih bersemangat dan hidup. Ini membantu pencapaian matlamat
sekolah dan keseluruhan warga sekolah. Ia jua membantu meningkatkan ‘morale’ guru
dan menghasilkan output pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan Negara.

Pendekatan yang diambil masih terus diamalkan di sekolah sehingga kini dan dipanjangkan
kepada semua subjek dan semua unit di sekolah sehingga menjadi amalan dan budaya
SKST agar kecemerlangan yang lebih menyeluruh akan tercipta pada masa akan datang.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Langkah penambahbaikan yang boleh diambil ialah menjalankan satu kajian tindakan
untuk mengukur kepuasan guru tentang pendekatan yang diambil. Kajian tindakan itu
juga akan mengkaji tentang keselesaan murid terhadap pendekatan yang diambil dan
impaknya terhadap kemenjadian murid. Disamping itu, boleh dikaji tahap kepuasan guru
terhadap kepemimpinan dan pengajaran guru besar dan impaknya terhadap kualiti PdPc
guru.

Sebagai langkah tambahan, pembudayakan PLC dicadangkan yang akan melibatkan
kolaborasi antara panitia, terutamanya Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Ini selain
penyeliaan/pencerapan akan mula dijalankan oleh ketua panitia subjek teras. Penyeliaan
berkesan ini akan disebarluaskan untuk semua subjek, dan penyeliaan akan dimantapkan
dalam kalangan barisan pentadbir agar lebih menyeluruh dan efektif.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, untuk keluar daripada kepompong keselesaan (“comfort zone”), guru
besar perlu bijaksana dan berhemah untuk membawa para pendidik yang dipimpin
berhijrah keluar daripada keadaan tersebut. Warga pendidik harus bangun untuk
kembali menerajui kegemilangan pendidikan. Hal ini perlu diberi perhatian serius kerana
kepemimpinan pengajaran berkait rapat dengan pencapaian murid.

Langkah seterusnya ialah kepemimpinan pengajaran guru besar perlu dipertingkatkan
dari semasa ke semasa agar lebih relevan dengan keperluan pendidikan semasa dan
seiring dengan perkembangan pendidikan di peringkat global.

Akhir sekali, Institut Aminuddin Baki (IAB) pula dicadangkan untuk menjalankan kursus
kepengetuaan yang mencakupi aspek kepemimpinan pengajaran yang berfokuskan
fungsi-fungsi kepemimpinan agar peranan guru besar sebagai pemimpin pengajaran

124

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

lebih terserlah dan diakui oleh guru-guru di sekolah terutamanya guru novis yang
sememangnya memerlukan bimbingan dan penyeliaan daripada pentadbir sekolah.
6.0 RUJUKAN
Acheson, K.A., & Gall, N.D. (2003). Clinical Supervision and Teacher Development (5th

ed.). Hoboken, NJ: John Wiley & Son.
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Jurnal Pengurusan

dan Kepimpinan Pendidikan. Jiid 10, Bil. 02. Genting Highland.
Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). Ke Arah

Memperkasakan Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah. Genting Highlands.
Kamarudin Hj. Kachar. (1989). Kepimpinan Profesional dalam Pendidikan. Teks

Publication, Kuala Lumpur
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1987). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan

Pengajaran-Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah. Kuala
Lumpur: Author.

125

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

MENGKAJI KEBERKESANAN KELAS TAMBAHAN DALAM
MENINGKATKAN PENCAPAIAN PERATUS DAN MENGECILKAN GPS

SEKOLAH MURID TAHUN 6

Zurina binti Said
Ambilan 2015
Guru Besar

SK Temonyong, Langkawi, Kedah

ABSTRAK
Kelas tambahan merupakan satu inisiatif pihak sekolah meningkatkan masa PdPc di luar
waktu persekolahan. Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan atau impak kelas tambahan
terhadap prestasi murid. Kajian ini dilaksanakan kepada 89 orang murid tahun 6 SK
Temonyong yang menduduki UPSR pada bulan September 2017. Keseluruhan murid adalah
anak-anak dari kampung berhampiran sekolah dan majoriti pekerjaan ibu bapa adalah dalam
bidang perhotelan dan pelancongan kerana lokasi sekolah ini berhampiran Pantai Cenang
yang popular dengan aktiviti pelancongan. Kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak menentu
masa menyebabkan anak-anak kurang dipantau dan masalah tidak hadir sekolah juga tinggi.
Program ini dilaksanakan dengan mengambil kira kesediaan guru dan murid. Pelaksanaan kelas
tambahan dirancang dalam tiga fasa yang teratur. Fasa I memberi ruang guru menghabiskan
sukatan lebih awal. Apabila selesainya sukatan, guru-guru boleh memberi penekanan dalam
setiap topik secara lebih mengkhusus. Ulang kaji dan penekanan dalam topik diberikan dalam
fasa kedua. Pada fasa kedua ini guru-guru mata pelajaran turut memperbaiki kelemahan-
kelemahan murid melalui bimbingan. Fasa kedua ini memfokuskan juga peratus kelulusan
mata pelajaran dan GPS matapelajaran. Dua bulan terakhir persekolahan merupakan fasa
ketiga di mana murid diasingkan mengikut target sekolah, iaitu kumpulan target semua A,
kumpulan lulus dan kumpulan bantu GPS. Ujian AR3 (Ujian Percubaan Negeri) adalah sasaran
pihak sekolah melihat keberkesanan program. Peningkatan dan prestasi yang ditunjukkan
menterjemahkan keberkesanan program.
Kata Kunci: kelas tambahan, head count

1.0 PENGENALAN

Latihan adalah aktiviti pengukuhan bagi membantu murid menguatkan kefahaman dan
kejelasan kandungan pelajaran yang sudah diajar oleh guru. Kelas tambahan adalah
salah satu iniaistif pihak sekolah bagi membantu murid mengukuhkan lagi kefahaman
murid dalam mata pelajaran yang dipelajarinya. Menurut Saragih (2011), salah satu
faktor penyebab lemahnya keupayaan penyelesaian masalah oleh pelajar dapat dilihat
apabila didapati pelajar kurang memahami masalah tersebut secara sepenuhnya,
tidak menguasai strategi-strategi yang perlu digunakan dalam menyelesaikan masalah
matematik, mengabaikan maklumat yang disediakan soalan, dan mengabaikan proses
penyemakan jawapan.

126

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

2.0 INOVASI DAN AMALAN TERBAIK

Jawatankuasa peningkatan UPSR telah mengadakan perbincangan dengan menetapkan
headcount bagi setiap murid, penetapan TOV, ETR dan penetapan peratus dan GPS(Gred
purata sekolah). Didapati TOV bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris
amat rendah dan jauh lebih rendah berbanding mata pelajaran lain. Jawatankuasa telah
memutuskan panitia kedua mata pelajaran dapat mencadangkan program intervensi bagi
membantu murid meningkatkan pencapaian kedua-dua mata pelajaran ini. Beberapa
program telah disusun bagi merealisasikan sasaran peratus dan GPS. Tidak ketinggalan
diaturkan juga program yang melibatkan waris. Antara program yang di anggap “Program
Prime” ialah kelas tambahan. Pihak sekolah telah mensasarkan program kelas tambahan
ini bermula bulan Mac berterusan sehingga peperiksaan UPSR. Kelas ini dirancang dalam
tiga fasa utama, iaitu fasa pertama bermula bulan Februari sehingga Mei, Fasa kedua,
bermula Jun hingga Julai dan fasa terakhir ialah dari bulan Ogos hingga September (
menjelang UPSR).

2.1 Pelaksanaan Amalan Terbaik

Pada dasarnya Program Prime ini dilaksanakan mengikut 3 fasa; Fasa 1: Februari
hingga Mei, Fasa 2: Jun – Julai dan Fasa 3: Ogos – September (menjelang UPSR).
Di setiap fasa, kutipan data pencapaian murid serta pemantauan kelas tambahan
dijalankan untuk memastikan objektif dan tujuan program tercapai. Objektif yang
ingin dicapai dalam program ini ialah;

1. Memastikan prestasi murid meningkat dan mencapai ketetapan headcount.
2. Meningkatkan peratus dan mengecilkan GPMP Matematik dan Bahasa Inggeris
3. Meningkatkan peratus kelulusan murid dan mengecilkan Gred Purata Sekolah.

Secara tidak langsung program ini juga bertujuan menambahbaik program sedia
supaya lebih efektif.

Pemantauan mengenai keberkesanan kelas tambahan yang disusun secara
sistematik dibuat untuk memastikan samada telah memberi impak terhadap prestasi
murid, peningkatan pencapaian peratus kelulusan murid dan mengecilkan GPS.

2.1.1 Fasa 1: Februari hingga Mei.
Kelas tambahan dijalankan selepas masa persekolahan iaitu jam 2.00
petang hingga 3.30 petang selama satu setengah jam bagi murid sesi pagi.

Sasaran guru ialah menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh yang
ditetapkan. Guru juga mengamal PdPc merentas kurikulum bagi memastikan
murid lebih terbuka dan memahami setiap tajuk dengan meluas. Guru
menjalankan PdPc dengan pelbagai teknik dan kaedah termasuk Pak21.
Hanya guru yang mengajar mata pelajaran setiap kelas yang terlibat dengan
kelas tambahan ini. Bahan pembelajaran disediakan mengikut topik yang
diajar.

2.1.2 Fasa 2: Jun – Julai
Kelas tambahan dijalankan selepas masa persekolahan juga, iaitu pada
jam 2.00 hingga 3.30 petang. Tempoh masa juga satu setengah jam. Murid
dipecah kepada 4 kumpulan mengikut aras mata pelajaran. Semua guru

127

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

setiap panitia mata pelajaran UPSR terlibat mengikut jadual. Sasaran fasa
ini ialah setiap panitia dapat meningkatkan peratus kelulusan sekurang-
kurangnya D dalam panitia masing-masing. Bahan pembelajaran yang
digunakkan lebih topikal dan mengikut aras pencapaian murid. Guru
menggunakan modul yang diubah suai mengikut keperluan murid.

2.1.3 Fasa 3: Ogos – September (menjelang UPSR)
Fasa ini adalah bagi penentuan sasaran dimana murid-murid diagihkan
mengikut sasaran sekolah. Kumpulan intervensi tersebut dipecahkan
kepada lima kumpulan iaitu;
a. Kumpulan Target : 12 orang
b. Kumpulan perlu lulus : 3 kumpulan
c. Kumpulan mengurangkan ‘straight E’: 6 orang
Kelas tambahan ini melibatkan semua guru panitia UPSR. Tiga jenis bahan
berbeza di sediakan untuk digunakkan mengikut kumpulan.

2.2. Kaedah Pelaksanaan

Pendekatan kaedah kuantitatif digunakan iaitu merujuk kepada data-data
peperiksaan AR1, AR2 dan AR3. AR1 adalah ujian bagi bulan Mac, ketika ini guru-
guru belum dapat habiskan sukatan pelajaran. AR2 ialah peperiksaan pertengahan
tahun dan AR3 ialah ujian percubaan negeri. Setiap kali penilaian dibuat, data-data
ini diguna untuk melihat perubahan markah murid, peningkatan mata pelajaran,
GPS, peratus keseluruhan, bilangan silang cemerlang dan bilangan silang lulus.

Data-data ini digunakan juga untuk merancang penambaikan program, terutama
bagi kelas tambahan. Perkara-perkara yang diambil kira ialah penggunaan bahan
yang sesuai dengan keperluan murid, pemberatan kelemahan, bilangan bahan
mengikut keperluan, menyelaras kumpulan murid dan strategi pengajaran.

3.0 IMPAK AMALAN

3.1 Kesan Pelaksanaan

Jadual 1: Analisis Pencapaian Pelajar dari AR1 hingga AR3

Bil MATA PELAJARAN PERATUS/GPMP
1 BM –KEFAHAMAN
2 BM- PENULISAN TOV AR1 AR2 AR3 ETR
3 BI-KEFAHAMAN
4 BI-PENULISAN 3.16 3.09 3.26 2.76 2.19
5 MATEMATIK 83.15 80.09 79.78 85.39 95.51
6 SAINS
7 GPS/ PERATUS LULUS 3.16 3.09 3.26 2.76 2.19
83.15% 80.90 79.78 85.39 95.51

4.46 3.66 4.08 3.71 3.12
44.05 64.04 46.07 56.18 70.79

4.52 4.21 4.0 3.62 3.09
33.33 43.82 57.30 68.54 70.79

4.8 4.51 4.71 3.79 3.06
33.33% 30.68 49.44 59.55 70.79

3.92 3.97 4.02 3.47 2.74
60.67% 55.68 54.55 71.91 89.89

3.85 3.79 3.72 3.34 2.73
33.64 33.60 22.4 35.96 67.42

128

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Jadual 1: Analisis keputusan 1 di atas, keputusan TOV murid bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan Matematik agak jauh berbeza dengan mata pelajaran lain.
Dengan jumlah lulus yang agak rendah iaitu 33.33% bagi Bahasa Inggeris Penulisan
dan Matematik dan GPMP yang melebihi 4 , bermakna kebanyakan pelajar-pelajar
hanya berjaya lulus minima sahaja. Keputusan ujian Mac (AR1), kelemahan masih
belum dapat diatasi sepenuhnya, kerana ketika ini guru tidak sempat membuat
ulangkaji kerana sibuk menghabiskan sukatan pelajaran.

Bilangan kelulusan mula berubah pada ujian pertengahan tahun (AR2) setelah
dilaksanakan program intervensi iaitu kelas tambahan berfokus, murid diasingkan
mengikut aras pencapaian mata pelajaran. Bahan juga disediakan mengikut aras.
Guru lebih mudah memberi bimbingan mengikut daerah kelemahan murid. Jumlah
peratus lulus keseluruhan dalam ujian pertengahan tahun sebanyak 22.4%, masih
agak rendah walaupun kelulusan setiap mata pelajaran paling minima adalah
46.07%. Ini kerana berlaku silang yang banyak terutama bagi mata pelajaran
Bahasa inggeris dan Matematik.

Intervensi seterusnya masuk ke fasa 3, murid dibuat agihan baru, kumpulan murid
juga diubah dan dirombak semula mengikut sasaran sebenar iaitu kumpulan target
semua A, kumpulan lulus dan kumpulan bantu GPS (sekurang-kurangnya lulus 1
mata pelajaran). Hasilnya peningkatan berterusan bagi setiap mata pelajaran pada
Penilaian Percubaan (AR3) bagi semua mata pelajaran bilangan silang lulus juga
dapat dikurangkan.

3.2 Kompetensi Guru

Program kelas tambahan ini banyak membantu meningkatkan profesional guru, guru
lebih jelas melihat keberkesanan pengajaran guru melalui data-data dan respon
murid. Perbincangan yang dibuat dari masa kesemasa dengan melihat kelemahan-
kelemahan murid dapat membantu guru mencari idea baru meningkatkan lagi
profesional guru. Selain itu hubungan guru bersama murid bertambah erat, guru
lebih memahami kehendak murid dan lebih senang untuk guru membimbing murid.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Harapan masa hadapan kelas tambahan ini akan dapat diteruskan dengan penambaikan.
Pihak sekolah juga berharap akan mendapat sokongan dari pihak luar seperti PIBG
dan pihak swasta turut sama membantu pihak sekolah terutama dari segi kos untuk
penyediaan bahan-bahan dan insentif kepada murid.

5.0 RUMUSAN

Walaupun kelas tambahan ini hanya sebahagian sahaja aktiviti yang dirancang dalam
program peningkatan UPSR, kesannya sangat besar dan amat membantu dalam
mencapai sasaran KPI sekolah. Tidak dinafikan kelas tambahan ini bukan suatu yang
wajib dilaksanakan, bagi sesetengah sekolah tiada kelas tambahan pun mampu mencapai
peratus kelulusan yang tinggi. Bagi Sekolah Kebangsaan Temonyong, kelas tambahan
amat perlu kerana kebanyakan murid adalah dari golongan pendapatan sederhana dan
tiada kelas kelas tusyen luar sekolah. Semua murid hanya mengharapkan sekolah sahaja

129

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

yang membantu. Kerjaya ibubapa yang sibuk tidak ada kesempatan untuk meihat anak-
anak mereka untuk mengulangkaji di rumah. Kelas tambahan adalah satu inisiatif mengisi
masa murid untuk mengulangkaji pelajaran mereka dengan bimbingan guru-guru.
6.0 RUJUKAN
Mahzan Arshad (2004). Tuisyen - Amalan Dalam Sistem Pendidikan. Utusan Malaysia:

26 Januari 2004.
Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub (2003). Psikologi Pembelajaran dan

Personaliti. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

130

BAHAGIAN 3:
HAL EHWAL MURID

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

ABSTRAK BUDAYA KERJA BERPASUKAN:
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SAHSIAH MURID

Dalina binti Mohamed Ariffin
Guru Besar

SK Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

ABSTRAK
Istilah ‟kerja berpasukan” bermaksud sekumpulan manusia yang bekerja bersama-sama dan
menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai visi dan misi sesebuah organisasi.
Bekerja secara berpasukan dapat menggabungkan keupayaan, kemahiran, idea, pengalaman
dan pengetahuan dalam melaksanakan tugasan bersama walaupun terdiri daripada pelbagai
latar belakang yang berlainan. Keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan sering kali
melewati kepentingan dan sasaran secara individu. Kerja berpasukan ini akan lebih berkesan
dan efektif dari segi kualiti dan kuantiti apabila semua ahli kumpulan dapat melibatkan diri
secara bertanggungjawab, harmoni dan efektif untuk mencapai matlamat yang sama. Sesebuah
sekolah boleh dinilai berdasarkan kualiti keberhasilan dan kerjasama yang ditunjukkan
oleh warga sekolah dalam usaha membentuk satu kumpulan. Kerjasama yang erat dengan
berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang membawa kejayaan merealisasikan
visi dan misi sekolah. Pembentukan sahsiah murid secara sepakat dan kerjasama antara
pihak pentadbir, guru-guru dan ibu bapa dapat membendung masalah disiplin yang semakin
ketara dan mencabar. Pembinaan sahsiah dalam setiap anak didik perlulah bermula daripada
prasekolah dan sentiasa diterapkan nilai-nilai murni secara berterusan. Transformasi kepimpinan
di barisan pentadbir perlu lebih kreatif dan inovatif serta dapat dijadikan ikutan kepada semua
warga sekolah. Slogan ‟Kepimpinan Melalui Teladan” perlu dititikberatkan supaya menjadi
budaya dalam membentuk kemenjadian murid yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kata Kunci: kerja berpasukan, sahsiah, kemenjadian

1.0 PENGENALAN

Kepimpinan instruksional seorang guru besar selain daripada mengurus dan mentadbir
sekolah ialah memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah terjamin dan
dipertingkatkan secara berterusan. Pemimpin instruksional yang berkesan ini mesti
mempunyai kemahiran interpersonal yang baik di mana beliau dapat memotivasikan
anggota pasukannya berusaha ke arah merealisasikan visi dan misi sekolah yang
dipimpin. Membangunkan sesebuah sekolah memerlukan penglibatan semua pihak.

Penerapan budaya kerja sepasukan dapat meningkatkan produktiviti dan dapat dilakukan
dalam tempoh yang dikehendaki berbanding apabila bekerja bersendirian. Gabungan
kebolehan, kemahiran, pengalaman antara semua pihak disertakan dengan sikap yang
boleh bekerja sepasukan disulami dengan sikap sabar dan bertoleransi dapat membawa
sesebuah sekolah itu menuju ke arah kecemerlangan. Mewujudkan iklim kerja yang
positif dan kondusif memainkan aspek penting untuk menjana kecemerlangan.

132

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

1.1 Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Brinchang ini dibina pada 1 Julai 2000 dan siap sepenuhnya
pada 30 April 2002. Sekolah ini dibina atas lot yang melibatkan tanah seluas
2.5995 hektar bersebelahan jalan utama dari Brinchang menghala ke Kea Farm,
Cameron Highlands. Pada 13 Jun 2002, SK Brinchang secara rasminya beroperasi
dengan jumlah pelajar sulungnya ialah seramai 130 orang, 10 orang guru dan 2 staf
sokongan. Guru Besar yang pertama yang mentadbir sekolah ini ialah Tuan Haji
Wahib bin Mustakim yang memulakan tugasnya pada Januari 2002.

Di bawah kepimpinan guru besar dan barisan kepimpinan yang berkaliber, visi, misi,
falsafah sekolah dan piagam pelanggan telah dimurnikan. Visi dan misi sekolah ini
adalah selaras dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

VISI
SEKOLAH KEBANGSAAN BRINCHANG AKAN MENJADI

SEKOLAH TERBAIK DI CAMERON HIGHLANDS
MENJELANG TAHUN 2020

MISI
UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID

BAGI MEREALISASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
DAN MENGAMALKAN BUDAYA ILMU UNTUK
MELAHIRKAN INSAN CEMERLANG

2.0 AMALAN TERBAIK

Dalam membangunkan insan, kita tidak boleh mengejar kemajuan akademik sahaja,
tetapi perlulah seiring dalam membentuk disiplin dan sahsiah murid. Keimanan, ilmu
dan akhlak perlu seimbang dalam pendidikan untuk memperkasakan peradaban dan
tamadun bangsa.

Seawal pagi dan setiap hari persekolahan, semua murid Tahun 6 dimestikan untuk
berkumpul di Bilik Gerakan untuk bacaan surah Yasin. Program ini dilaksanakan dari
awal tahun persekolahan. Pada awalnya, program ini dikendalikan oleh Guru Besar
dan dibantu oleh Guru Penolong Kanan. Lama-kelamaan, secara tidak langsung, murid
Tahun 6 telah dapat dibudayakan tanpa arahan atau suruhan. Manakala murid Tahun 1
sehingga Tahun 5 akan berkumpul di kantin sekolah setiap hari untuk menjalani aktiviti
Minda Pagi mengikut panitia. Program ini dijalankan serentak sehingga jam 7.45 pagi.

Pada setiap hari Jumaat, semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 berkumpul di Surau Al- Azhar
untuk Bacaan Yasin, Solat Dhuha, Solat Hajat dan Tazkirah. Program ini akan dikendalikan
oleh guru-guru lelaki secara bergilir. Walaupun SK Brinchang hanya mempunyai empat
(4) orang guru lelaki, tetapi mereka sanggup dan boleh memimpin program tersebut.
Manakala slot tazkirah pula akan diberikan kepada setiap guru sehingga ke barisan
pentadbir untuk berkongsi nasihat, amalan atau doa untuk dijadikan amalan.

Pada hujung bulan setiap hari Jumaat, Bacaan Yasiin Perdana diadakan di surau Al
Azhar yang melibatkan semua murid prasekolah sehinggalah di Tahun 6. Program ini
melibatkan semua guru, kakitangan pejabat dan pekerja kebersihan sekolah. Ada kala
dan ketikanya, pihak sekolah akan menjemput ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa
dan guru atau ibu bapa Tahun 6 untuk hadir menjayakan beberapa program berkaitan.

133

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

2.1 Rasional Program

Rasional mengadakan program dan amalan ini adalah untuk membentuk nilai diri
pada setiap anak didik di SK Brinchang. Secara tidak langsung dapat membendung
masalah salah laku ke arah sifar salah laku. Program ini juga dapat mendidik murid
Tahun 6, khasnya untuk datang awal ke sekolah dan dari hari ke hari mereka
dapat memperbaiki bacaan dan kelancaran bacaan dalam Surah Yasin dan boleh
digunakan sebagai amalan harian dalam kehidupan. Di samping itu juga, menerusi
amalan tazkirah ini, sedikit sebanyak dapat memupuk gaya kepimpinan semua
guru untuk lebih fokus ke arah kemenjadian murid dan keberhasilan. Kehadiran
ibu bapa ke sekolah dalam menjayakan sesuatu program juga dapat meningkatkan
motivasi murid dan sarana ibu bapa.

Amalan dan budaya ini, dapat membentuk semangat kerjasama antara semua
pihak dan memupuk sikap saling menghormati. Sewaktu rehat, murid-murid pula
berdisiplin untuk mengambil dan menyimpan kerusi yang digunakan semasa
makan. Mereka juga secara tidak langsung telah mengamalkan membuang dan
memasukkan sampah ke dalam tong tanpa disuruh. Murid-murid tidak mengambil
masa yang lama untuk membudayakan amalan baik yang diterapkan dan guru
hanya perlu mengingatkan supaya amalan tersebut berterusan.

Sekiranya masih ada murid yang melanggar peraturan atau melakukan kesalahan
disiplin, murid akan dipanggil dan diminta menyatakan secara hitam putih tentang
kesalahan yang dilakukan. Selepas itu, murid akan dibawa kepada guru disiplin
untuk dinasihati atau diberi amaran. Dalam menangani perkara sebegini, Guru
Bimbingan Kaunseling juga memainkan peranan penting untuk pembangunan
sahsiah diri.

SK Brinchang juga mengamalkan konsep guru penyayang. Sepanjang sesi
persekolahan 2017, barisan pentadbir, guru disiplin dan guru kaunseling telah
mengadakan ziarah cakna kepada murid yang tidak hadir ke sekolah.

Kami juga sentiasa menerapkan nilai kebersihan dan kesepunyaan untuk menjaga
keceriaan sekolah dengan mengadakan gotong-royong. Antara gotong-royong yang
telah diadakan ialah menceriakan dan mencetuskan suasana persekitaran kelas
abad 21, membersihkan Lavender Café, mengecat dan membersihkan tandas.

2.2 Cabaran dan Halangan

Melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai pentadbir dalam membentuk
kemenjadian murid sangat mencabar. Cabaran yang dihadapi dalam membentuk
amalan dan dibudayakan di sekolah ialah pada awal tahun, hanya seorang sahaja
murid Tahun 6 yang boleh membaca surah Yasiin. Apabila diselidik dan disoalsiasat
bersama guru, murid dan ibu bapa, penekanan kepada agama tidak dititikberatkan.
Pada awalnya, bacaan Yasiin dilakukan dengan membaca secara perlahan supaya
semua murid boleh mengikutinya. Apabila dilakukan secara berterusan, murid-
murid Tahun 6 sekarang, kebanyakkannya telah lancar dan ada yang telah dapat
menghafal surah tersebut.

Dalam usaha menceriakan sekolah ke arah persekitaran yang kondusif dan
ceria, pihak sekolah juga menghadapi masalah dan cabaran dalam mencari dana

134

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

kewangan. Hasil dan berkat kerjasama serta hubungan baik PIBG dengan pihak
luar,sedikit sebanyak dapat mencari sumber kewangan untuk keceriaan. Pihak
Masjid Kayangan Brinchang juga kerap membantu sekolah dari segi kewangan
untuk kebajikan murid terutamanya dari segi tanggungan makan dan minum dalam
program-program besar seperti Hari Sukan, Hari Kanak-Kanak, Perkhemahan
Bersepadu Unit Beruniform dan Kem Bestari Solat.

3.0 IMPAK PELAKSANAAN

Setiap satu program, pasti ada impak dan kesannya kepada sesebuah organisasi. Hasil
penerapan nilai secara berterusan secara kerjasama semua pihak, SK Brinchang dapat
ditansformasikan kepada sebuah sekolah yang ceria, bersih, selamat dan seronok untuk
mengajar dan belajar. Setiap guru dan murid dapat diterapkan dengan rasa sepunyaan
dan boleh membangunkan sekolah bersama-sama ke arah kecemerlangan untuk
mencapai visi dan misi sekolah.

Menerusi amalan ini, guru dan murid secara tidak langsung dapat hadir awal ke sekolah.
Usai bacaan Yasin, murid-murid Tahun 6 akan meneruskan aktiviti pembelajaran dengan
pendedahan kepada tiga atau empat soalan Matematik Kertas 2

Potensi SK Brinchang boleh menuju ke arah sekolah cemerlang dengan menggilap
bakat-bakat terpendam dari guru itu sendiri mahupun pada murid. Pendedahan amat
diperlukan untuk tingkatkan keyakinan diri murid pada masa akan datang.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan yang akan dilakukan pada masa yang akan datang ialah untuk
lebih memperkasakan Program Bacaan Yasin ini secara menyeluruh dan melibatkan
semua warga sekolah. Program Minda Pagi untuk murid Tahun 1 sehingga Tahun 5
yang dijalankan mengikut panitia akan diperkukuhkan lagi dengan mempelbagaikan
aktiviti. Penumpuan akan diberi kepada program pengukuhan kemahiran asas supaya
SK Brinchang sifar linus dan berkualiti bermula Prasekolah sehinggalah di Tahun 6.
Keceriaan di persekitaran sekolah dan juga di dalam setiap kelas dan bilik khas akan
lebih diberi tumpuan.

5.0 RUMUSAN

Kerjasama berpasukan yang diamalkan telah menampakkan hasilnya. walaupun di
peringkat daerah. Antara anugerah yang telah diraih setakat ini ialah;

1. Anugerah Kantin Terbaik
2. Anugerah Kelas Abad Ke-21 dan
3. Anugerah Tandas Terbaik

Jelaslah bahawa usaha secara berpasukan telah menyemarakkan warga SK Brinchang
untuk terus cemerlang. Amalan budaya kerja berpasukan akan terus diterapkan dan
diamalkan dari masa ke masa bukan setakat warga dalaman sekolah malahan penglibatan
lebih aktif pihak komuniti setempat. Ibarat kata pepatah, bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

135

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

3S+3S
(SENYUM, SAPA, SALAM & SUKA, SERONOK, SAYANG)

Hindon binti Wahid
Guru Besar

SK Bakong, Lambor, Perak

ABSTRAK

Berfokuskan salah satu daripada 6 Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-202. Penerapan nilai kerohanian perlu diberi penekanan bagi melahirkan
individu yang berani menghadapi cabaran masa depan dan berani melakukan apa yang
betul. Hubungan kerohanian sesama insan perlu dididik dari peringkat awal agar mereka
dapat mengaplikasikan dalam kehidupan masa depan sebagai bangsa berhemah, bersopan
santun dan ukhwah yang kukuh dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia. 3S amalan
yang dapat membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif dan harmoni.
Ia mewujudkan hubungan saling menghormati, sifat kasih sayang dan peka kepada keadaan
sekeliling serta berlandaskan keislaman. Amalan 3S ini disokong dengan rasa suka, seronok
dan sayang. Penerapan perasaan 3S pada apa yang dilakukan dapat memberikan impak
kepada kehadiran murid kesekolah. Suasana sekolah yang ceria, bersih dan kondusif terbina
hasil kerjasama warga sekolah dan komuniti dapat menarik kehadiran murid. Kebersamaan
tanggungjawab membina dan memelihara persekitaran pemangkin kejayaan sekolah.
Bersama-sama perasaan 3S, ia melahirkan insan yang bersahsiah mulia dan berbudi pekerti
jika sentiasa dipraktikkan. Amalan sentiasa senyum, menyapa dan bersalam satu cara bagi
semua insan membina hubungan yang baik seterusnya melahirkan rasa 3S pada apa jua yang
dilakukan. Keseronokan dapat menjadikan yang berat menjadi ringan, yang susah menjadi
senang.

Kata Kunci: Senyum, Sapa, Salam, Suka, Seronok, Sayang, Sekolah Ceria

1.0 PENGENALAN

Budaya amalan 3S+3S SK Bakong adalah penambahbaikan amalan guru penyayang
yang dilaksanakan sebelum ini. Pemurnian diberi agar ianya dihayati dan menjadi
budaya sekolah sepanjang masa. Amalan 3S (Senyum ,Sapa, Salam) dilakukan warga
sekolah samada dengan kawan, guru, kakitangan sekolah, tetamu bahkan pekerja
swasta tanpa mengira usia dan pangkat semasa datang dan balik. Dalam amalan
3S+3S SK Bakong, memfokuskan kepada membudayakan cara senyuman, menyapa
dan bersalaman antara lelaki dan perempuan. Seterusnya menanamkan rasa sukakan
sekolah, seronok berada di sekolah dan sayangkan sekolah mereka. Rasa suka dan
seronok juga diterapkan dalam tugasan yang diberi atau aktiviti yang dijalankan. Amalan
ini mensasarkan penglibatan seluruh warga sekolah iaitu pihak pengurusan, guru-guru,
murid-murid, kakitangan sekolah, pekerja swasta dan tetamu yang hadir. Fokus utama
amalan 3S+3S ialah menjadikan semua warga sekolah sentiasa senyum, memberi
salam dan bersalaman dengan adab sopan mengikut cara islam. Murid-murid akan suka
datang ke sekolah, merasa seronok berada di sekolah dan sayangkan sekolah. Selain
itu menjadikan sekolah lebih ceria, bersih dan kondusif. Ini semua memberikan impak
mengekalkan kehadiran murid melepasi Key Peformance Indikator (KPI) yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

136

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

1.1 Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bakong adalah sebuah sekolah yang terletak 11km dari
Bandar Seri Iskandar dan 59km dari pusat Bandaraya Ipoh. Sebuah sekolah luar
bandar kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) gred B dalam daerah Perak Tengah.
Sekolah ini terletak dipesisiran Sungai Perak dan hanya mempunyai keluasan 3
ekar. Sekolah yang dibina pada tahun 1924, hanya mempunyai sebuah bangunan 2
tingkat yang menempatkan 4 kelas dan bilik-bilik khas termasuk pejabat. Muridnya
berjumlah 94 orang di arus perdana dan 22 orang murid prasekolah. 80% murid
dari dua buah kampung berdekatan manakala 20% adalah anak guru sekolah SK
Bakong. Tahap pencapaian akademik agak cemerlang, dengan penarafan sekolah
Band 2. Pencapaian UPSR 2016 mencapai 98.24% kuantiti lulus, yang dididik oleh
13 orang guru. Suasana persekitaran sekolah agak suram dan kurang ceria.

2.0 AMALAN TERBAIK

3S+3S ialah singkatan nama bagi dua akronim yang dilakukan bagi menunjukkan sahsiah
dan rasa cintakan sekolah. 3S pertama adalah akronim bagi Senyum, Sapa dan Salam
iaitu tingkahlaku yang dilihat secara luaran. Setiap kali bertemu dengan sesiapa sahaja,
guru, kawan, kakitangan sekolah, tetamu dan pekerja sekolah, mereka akan berhenti
dengan tersenyum lalu menyapa dengan ucapan “Assalamualaikum” atau “Selamat
Sejahtera” seterusnya menghulurkan tangan sesama mahram atau meletakkan tangan
kanan di dada kiri bagi yang bukan mahram (lelaki dan perempuan). 3S yang kedua pula
ialah akronim bagi Suka, Seronok, Sayang, di mana ia satu perasaan yang ditunjukkan
oleh warga sekolah. Keseronokan yang diperlihatkan menggambarkan keharmonian
setiap warga sekolah.

2.1 Cabaran dan Kaedah Penyelesaian

Dalam proses membudayakan amalan 3S+3S ini, menjadi kesukaran diperingkat
awal. Proses membiasakan yang betul, betulkan yang biasa dengan amalan
cara bersalam yang dilakukan sebelum ini mengambil masa dua bulan. Pihak
pengurusan bersama-sama guru menjadi suri teladan dan sentiasa mendampingi
murid-murid, mengingatkan semula secara spontan dan 3 minit awal pagi sebelum
sesi pembelajaran. Cabaran paling besar untuk menjadikan murid-murid suka dan
seronok datang kesekolah adalah kos untuk menceriakan kelas dan persekitaran
sekolah. Sumbangan diterima daripada ibu bapa, alumni dan syarikat persendirian
selain sumbangan daripada guru-guru sendiri. Proses penyediaan bahan secara
sukarela dan gotong royong dapat menjimatkan kos. Barang-barang untuk pameran
sudut keceriaan banyak disumbangkan oleh guru-guru, ibubapa dan komuniti.
Usaha sama semua pihak menambahkan nilai sayang kepada sekolah.

3.0 IMPAK

Amalan 3S (Senyum, Sapa, Salam) telah lama dilaksanakan, namun semasa mula
melapor diri di sekolah ini, Guru Besar tidak nampak dan merasai amalan ini dipraktikkan
secara menyeluruh. Murid-murid berlari-lari dalam kawasan sekolah tanpa mengira
waktu. Apabila bertemu dengan guru atau sesama kawan tidak mengucapkan salam,
jauh sekali untuk bersalaman. Melalui pemerhatian Guru Besar, didapati kehadiran

137

KOLOKIUM GRADUAN NPQEL 2017 - Siri 1

murid perlu dipantau selalu agar peratus kehadiran sentiasa mencapai KPI. Justeru itu
bagi menggalakkan murid-murid suka datang sekolah dan seronok belajar, Guru Besar
berpendapat sekolah yang ceria, bersih dan cantik menarik kehadiran murid. Kasih
sayang dan perhatian guru juga akan menjadikan mereka seronok berada di sekolah.
Amalan 3S+3S ini akhirnya akan menjadikan murid-murid bersahsiah mulia, beradab
sopan dan sayangkan sekolah. Perancangan peringkat awal bermula hasil dapatan
penulis melalui pemerhatian dan temubual, kemudian diputuskan dengan pemuafakatan
semua guru setelah mengambilkira impak kepada sekolah. Pelancaran secara rasmi
untuk membudayakan 3S+3S seiring dengan amalan guru penyayang diadakan pada
awal tahun. Simulasi cara senyum, sapa dan salam memberikan kefahaman yang jelas
kepada warga sekolah. Pelaksanaan program 1Kelas 1Guru 1Ibu (1K1G1I), Program
1Pasu 1Murid 1Bunga dan membina sudut-sudut berinformasi diadakan secara
bergotong-royong dengan kerjasama PIBG dan komuniti. Edaran brosur, makluman
dalam surat bulanan kepada waris dan taklimat yang diberi kepada ibu bapa membantu
menyebarluas agar amalan ini sentiasa berterusan di mana sahaja. Semua pihak terlibat
memastikan amalan ini menjadi budaya sekolah

Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti/Program Bulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1 Mesyuarat
2 Pelancaran xx
3 AmalanSenyum, x
xxxxxxxxxxxx
Sapa, Salam
4 Gotong-Royong xx xx x
5 IngatSemula/
xxxx
Taklimat
6 Pemantauan xxxxxxxxxxx
7 Laporan
xx xx

138

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

Amalan terbaik ini telah menjadikan murid-murid SK Bakong bersahsiah mulia, saling
hormat-menghormati, ceria, suka dan seronok datang ke sekolah. Setiap bulan peratus
kehadiran mencapai KPI yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ada
kelas yang mencapai kehadiran 100%. Persekitaran sekolah menjadi lebih ceria dan
kondusif dengan pertambahan sudut pembelajaran. Tanggungjawab bersama menjaga
keceriaan dan kebersihan sekolah menunjukkan sayang mereka kepada sekolah.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Amalan bersalaman dan saling memaafkan diterapkan kepada semua murid dan guru
sebelum balik. Guru di akhir mata pelajaran akan melaksanakan dan memantau amalan
ini berjalan dengan lancar dan menjadi budaya sekolah. Sudut-sudut pembelajaran luar
bilik darjah akan diperluas dengan tema tertentu. Etika kerohanian adalah tunjang utama
yang perlu dterapkan kepada semua murid yang akan menjadikan mereka bersahsiah
cemerlang. Adab sopan dan tatasusila dalam hubungan sesama warga sekolah
menjadikan sekolah lebih harmonis. Senyum, saling bersapa dan bersalaman akan
lebih mengeratkan hubungan seluruh warga sekolah. Sekolah yang ceria dapat menarik
minat murid suka datang ke sekolah dan seronok belajar di dalam kelas yang ceria dan
persekitaran sekolah yang kondusif. Keadaan itu menjadikan peratus kehadiran sentiasa
mencapai KPI. Murid yang bersahsiah cemerlang mendorong kepada pencapaian
akademik yang gemilang.

5.0 RUJUKAN
Buku Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2013
Kertas Konsep Memperkasakan Amalan Guru Penyayang Melalui Program 3S (Senyum,
Sapa & Salam). JabatanPelajaran Perak, 2015

139


Click to View FlipBook Version