The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-10356777, 2024-04-28 23:47:43

MODUL RBT TINGKATAN 1

iKUT DSKP

Keywords: education,design

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH BUKU PANDUAN PdP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 1 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH BUKU PANDUAN PdP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 1 Bahagian Pembangunan Kurikulum September 2017


Cetakan Pertama 2017 @Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lian sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.


KANDUNGAN MUKA SURAT Rukun Negara i Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii Pendahuluan 1 Cara Mengguna Buku Panduan PdP RBT 2 MODUL 1 – PENGENALAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI UNIT 1 5 UNIT 2 29 UNIT 3 39 UNIT 4 47 MODUL 2 – PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK UNIT 5 65 UNIT 6 79 MODUL 3 – PROSES REKA BENTUK UNIT 7 109 UNIT 8 127 UNIT 9 139 MODUL 4 – LAKARAN UNIT 10 143 UNIT 11 147 UNIT 12 151 UNIT 13 163 UNIT 14 173 UNIT 15 177 UNIT 16 187 UNIT 17 191 UNIT 18 195 UNIT 19 199 MODUL 5 – REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI UNIT 20 205 UNIT 21 215 UNIT 22 223 UNIT 23 231 UNIT 24 235 MODUL 6 – REKA BENTUK FESYEN UNIT 25 241 UNIT 26 251 UNIT 27 257 UNIT 28 267 PANEL PENULIS 287


RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN i


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) ii


PENDAHULUAN Reka Bentuk dan Teknologi ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) memberi penekanan kepada pengetahuan, kemahiran, nilai, estetika dan teknologi dalam dunia reka bentuk. Murid dididik supaya membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan keusahawanan di samping dapat membentuk kemahiran berkomunikasi. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat meningkatkan potensi individu untuk menjana ides sebagai pereka bentuk untuk menghasilkan produk baharu. Justeru, Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Satu ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan Satu serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum standard sekolah menengah (KSSM). Modul ini adalah usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelbagai pihak. Panduan ini mengandungi 28 unit contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan modul ini. 1


CARA MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN PdP Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi enam modul mengikut tajuk yang mengandungi 28 unit berdasarkan standard pembelajaran. Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai serta menambah baik aktiviti yang dicadangkan. Berikut ialah kandungan yang terdapat di dalam buku panduan pengajaran: Standard Kandungan KKandungan Mewakili tajuk yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Mewakili sub tajuk yang diajar untuk diukur dan boleh dicapai oleh murid Maklumat Penting Mengandungi maklumat yang berkaitan tajuk Aktiviti Langkah kerja yang perlu dilakukan oleh guru untuk pengajaran Latihan Untuk menguji sejauh mana murid dapat menguasai standard pembelajaran 2


MODUL 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


UNIT 1 1.1 Dunia Reka Bentuk 1.1.1 Mentakrif reka bentuk dan Teknologi 1.1.2 Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih 1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk 1.1.4 Mengaplikasikan Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Dalam Mereka Bentuk Objek Asas 1.1.1 Takrif reka bentuk dan teknologi Reka Bentuk Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan. Teknologi Teknologi adalah pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematik bagi memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia menggunakan pelbagai sumber dan pengetahuan teknikal yang terus berkembang. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 5


1.1.2 Elemen reka bentuk Apakah elemen reka bentuk? Elemen reka bentuk ialah perkara yang digunakan untuk menzahirkan idea awal sesebuah rekaan secara lakaran. Tujuannya adalah untuk membolehkan idea yang hendak digambarkan oleh pereka bentuk difahami. Dalam dunia reka bentuk, terdapat pelbagai elemen reka bentuk yang digunakan oleh pereka bentuk profesional untuk menghasilkan lakaran. Elemen reka bentuk yang lazim digunakan: Garisan Rupa Bentuk Tekstur Warna Ruang Saiz Nilai Garisan Garisan merupakan cantuman satu siri titik. Garisan adalah unsur terpenting dalam aktviti melakar, melukis, menggambar dan menulis. Garisan digunakan untuk menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayangan. Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan (gadget). Garisan halus Garisan tebal Garisan beralun Garisan berduri Garisan bergerigi Garisan berpancar Garisan berbulu Garisan berbiji Garisan berlingkar Garisan Zig zag Garisan Putus-putus Garisan berserabut Jadual 1: Jenis garisan Sumber interne: https://www.google.com/search?q=jenis2+garisan&tbm: 6


Rupa Rupa dibentuk apabila garisan bercantum. Rupa merujuk kepada ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai (tona). Ia juga merujuk kepada elemen yang berbentuk dua dimensi (2D) dan rata. Rajah 1: Contoh-contoh rupa Sumber: MRM Bentuk Merujuk kepada pandangan tiga dimensi (3D) yang mempunyai ketinggian, kelebaran dan kedalaman. Menggambarkan luas dan isipadu. Rajah 2: Contoh-contoh bentuk asas 3D Sumber: MRM 7


Tekstur Merujuk kepada jalinan atau susunan bahagian-bahagian halus yang membentuk struktur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui sentuhan dan visual seperti licin, kasar, halus, kesat, lembut, keras dan berkilat. Gambarajah di bawah contoh beberapa tekstur. Tekstur halus Tekstur kasar Tekstur licin Jadual 2: Contoh-contoh tekstur Sumber: Internet: https://www.google.com/search?q=contoh+tekstur&oq=contoh+tekstur&aqs Warna Terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Rajah 3: Roda warna Sumber Internet: https://www.google.com/search?ei=t_0tWpiyAonqvgTOg5TAAw&q=roda+warna&oq=roda+warna&gs 8


Terdapat dua kategori warna iaitu: i) Warna panas - Warna terang. ii) Warna sejuk - Warna lembut Rajah 4: Kategori warna Sumber: Internet: https://www.google.com/search?q=kategori+warna&source Nilai Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna. Rajah 5: Nilai kecerahan dan kegelapan bagi menimbulkan kesan Sumber: Internet https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=cQEuWteYMcLvvASv1rrIBg&q=n ilai+impak+terang+dan+gelap&oq=nilai+impak+terang+dan+gelap&gs_l=psyab.3...91362.98664.0.99376. 34.31.3.0.0.0.130.1453.29j1.30.0....0...1c.1.64.psy-ab..1.12.554...0j0i67k1j0i24k1j0i30k1.0.zLCpyB2KvaA 9


Ruang Ruang ialah kawasan kosong disekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek. Gambarfoto 1: Rongga dalam sesuatu objek Sumber: Internet: https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=YAEuWpD5EoXgvgSJlpvACQ&q =cawan+kertas&oq=cawan+kertas&gs_l=psyab.3..0i67k1j0l4j0i30k1j0i5i30k1l4.14228.14228.0.16871.1.1. 0.0.0.0.53.53.1.1.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.1.53....0.9grCC5DQENc Saiz Saiz merujuk kepada ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek. Gambarfoto 2: Keluasan yang menunjukkan saiz Sumber: Internet https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=OQQuWvW4LYzXvgTx0rbwDA&q=ukur an+tinggi+dan+lebar+cawan+kertas&oq=ukuran+tinggi+dan+lebar+cawan+kertas&gs_l=psyab.3...12215.40869.0.43641.29.29.0.0.0.0.64.1387.29.29.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.Rza_a2xyjF8 10


1.1.3 Prinsip reka bentuk Prinsip reka bentuk adalah konsep yang digunakan untuk menyusun maklumat. Prinsip reka bentuk membantu pereka membuat keputusan bagaimana hendak menggunakan elemen-elemen reka bentuk. Prinsip reka bentuk membantu sesebuah lakaran idea menjadi lebih menarik dan menyenangkan apabila dilihat. Prinsip reka bentuk yang lazim digunakan ialah: Keseimbangan Pergerakan Pengulangan Penekanan Keringkasan Kontras Kepelbagaian Kesatuan Harmoni Keseimbangan Merujuk kepada kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang digabungkan di dalam sesebuah komposisi. Rajah 6: Contoh keseimbangan Sumber: MRM Pergerakan Merujuk kepada aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata terhadap sesuatu objek. Rajah 7: Contoh pergerakan Sumber: MRM 11


Pengulangan Merujuk kepada penyusunan sesuatu elemen yang sama secara berulang. Rajah 8: Pola atau corak yang berulang-ulang dan lengkap Sumber Internet https://www.google.com/search?q=contoh+pengulangan+dalam+prinsip+rekabentuk&source=lnms&tbm=i sch&sa=X&ved=0ahUKEwju3NG3i4HYAhWJto8KHTlFDTQQ_AUICigB&biw=799&bih=742 Penekanan Merujuk kepada tumpuan elemen yang diserlahkan. Gambarfoto 3: Penekanan dari segi warna Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=contoh+penekanan+dalam+prinsip+rekabentuk&source=lnms&tbm=isc h&sa=X&ved=0ahUKEwir7Kjti4HYAhUDuo8KHTOvCxgQ_AUICigB&biw=799&bih=742 Keringkasan Reka bentuk yang menunjukkan intipati atau elemen yang penting sahaja. Gambar foto 4: Reka bentuk yang mudah difahami Sumber Internet: https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=9QYuWoL9OYr6vgSS9pnoCg&q =contoh+simbol+untuk+keringkasan+dalam+reka+bentuk&oq=contoh+simbol+untuk+keringkasan+dalam +reka+bentuk&gs_l=psy-ab.3...14165.20027.0.20737.22.20.2.0.0.0.146.984.18j1.19.0....0...1c.1.64.psyab..1.0.0....0.DGlAEpLu6Dw 12


Kontras Merujuk kepada pelbagai elemen yang berlawanan. Gambarfoto 5: Kontras dari segi warna Sumber Internet: https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=9QYuWoL9OYr6vgSS9pnoCg&q =contoh+kontras+dalam+rekabentuk&oq=contoh+kontras+dalam+rekabentuk&gs_l=psyab.3...7597.17043.0.17780.42.36.0.0.0.0.82.2038.35.35.0....0...1c.1.64.psyab..10.0.0....0.V18SWq5VJKM Kepelbagaian Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai elemen, gaya, kualiti dan idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk. Gambarfoto 6: Penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea Sumber Internet: https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=jwcuWo7tOojevATc27bgBQ&q=c ontoh+kepelbagaian+dalam+rekabentuk&oq=contoh+kepelbagaian+dalam+rekabentuk&gs_l=psyab.3...105987.107993.0.109315.12.12.0.0.0.0.74.677.12.12.0....0...1c.1.64.psyab..1.0.0....0.XKngkGmczdA 13


Kesatuan Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, konsep atau idea yang sempurna. Gambarfoto 7: Kesatuan warna, objek dan rupa Sumber: Internet https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=_QcuWuSKPMvbvASk2oHIAQ&q =contoh+kestuan+dalam+rekabentuk&oq=contoh+kestuan+dalam+rekabentuk&gs_l=psyab.3...81979.83010.0.84234.7.7.0.0.0.0.71.414.7.7.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.r2C98GjqMmg Harmoni Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan gambaran emosi yang positif. Sumber: Internet https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=3gouWtTFI4jhvgT_14SADw&q=c ontoh+harmoni+dalam+rekabentuk&oq=contoh+harmoni+dalam+rekabentuk&gs_l=psyab.3...5730.7041.0.7634.7.7.0.0.0.0.58.328.7.7.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.0.0....0.FQ5qh7sBau4 1.1.4 Aplikasi Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Dalam Mereka Bentuk Objek Asas Guru perlu menyediakan satu aktiviti untuk murid bagi menunjukkan, bagaimana prinsipprinsip reka bentuk dapat diaplikasikan semasa mereka bentuk objek asas.(Lampiran 7). Gambarfoto 8: Gaya yang sesuai dan seimbang 14


Langkah 1 - 1.1.1 Paparkan bahan maujud contoh botol air atau gambar tentang produk. (Lampiran 1) Guru mengaitkan rupa bentuk botol-botol dalam lampiran 1 dan mengajak murid berfikir tentang takrif reka bentuk, teknologi serta reka bentuk dan teknologi Dengan menggunakan paparan grafik guru meminta murid menyusun kata kunci untuk: i) takrif reka bentuk (Lampiran 2) ii) takrif teknologi (Lampiran 3) Guru membuat kesimpulan tentang takrif reka bentuk, takrif teknologi dan takrif reka bentuk dan teknologi serta meminta murid menyalinnya ke dalam buku nota/latihan. Guru mengedarkan latihan (Lembaran 1) sebagai pengukuhan murid. Langkah 2 - 1.1.2 Dengan menggunakan paparan grafik (Lampiran 5) guru meminta murid menyebut/menyatakan elemen reka bentuk dan guru menerangkan setiap elemen beserta dengan contoh. Untuk elemen garisan guru menunjuk cara membuat jenis-jenis garisan di papan hitam/putih dan pada masa yang sama meminta murid membuatnya dalam buku nota/latihan. Guru mengedarkan latihan (Lembaran 2) sebagai pengukuhan kepada murid. Langkah 3 - 1.1.3 Dengan menggunakan paparan grafik (Lampiran 6) guru menjelaskan setiap prinsip reka bentuk beserta dengan contoh. Guru mengedarkan latihan (Lembaran 3) sebagai pengukuhan kepada murid. Aktiviti 15


Langkah 4 - 1.1.4 Guru memaparkan contoh produk berasaskan objek asas atau paparan grafik. (Lampiran 7) Guru mengaitkan prinsip reka bentuk berdasarkan salah satu daripada objek/paparan grafik di Lampiran 7. Dengan menggunakan contoh objek yang lain guru mengajukan persoalan, apakah prinsip yang digunakan bagi objek ini? Latihan boleh diberikan sebagai pengukuhan jika perlu. (Lembaran 4) Sebagai kerja rumah, guru meminta murid memikirkan penghasilan produk yang terdiri daripada beberapa gabungan objek asas geometri yang akan dihasilkan oleh mereka pada pelajaran akan datang. Murid juga diminta membawa bahan dan peralatan sendiri untuk menghasilkan produk tersebut. Langkah 5 Perbincangan dan rumusan. 16


Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Isikan ruang yang kosong dengan perkataan yang diberikan di bawah. Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1. gabungan idea impak masalah pengetahuan produk sumber teknikal teknologi 1. Reka bentuk ialah …………………..………tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu …………..……………….. yang memberi ………………………………… kepada kehidupan. 2. ………………………………… adalah pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematik bagi memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia menggunakan pelbagai ………………………………..……….. dan pengetahuan …………………………….…….. yang terus berkembang. 3. Reka bentuk dan teknologi adalah …………………………………….. pengetahuan tentang penghasilan ………………………………………… secara terancang untuk menghasilkan produk yang dapat menyelesaikan …………………………………… dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik. Latihan 17


Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Rajah di bawah menunjukkan peta buih bagi elemen reka bentuk. Lengkapkan ruangan kosong dengan jawapan yang betul. ATAU Elemen Reka Bentuk Garisan ……………. Warna. Rupa Ruang ……………. ……………. ……………. 18


Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Gambarfoto di bawah ialah sebuah kotak yang telah dihasilkan. Lengkapkan ruangan kosong yang disediakan dengan elemen reka bentuk yang sesuai. Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1 dan TP2. Contoh produk: 150 mm 115 mm …………. ……………………. ……… ………………… ………. 19


Lembaran 3 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Jadual di bawah mewakili prinsip reka bentuk. Anda dikehendaki memilih jawapan daripada petak A, B dan C untuk diisi di ruangan yang disediakan dengan betul. Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP2. A B C Prinsip Reka Bentuk Keterangan Contoh Keseimbangan Pengulangan Merujuk kepada penyusunan sesuatu elemen yang sama secara berulang. Merujuk kepada tumpuan elemen yang diserlahkan. Keringkasan Reka bentuk yang menunjukkan intipati atau elemen yang penting sahaja. Kontras Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai elemen, gaya, kualiti dan idea yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk. Kesatuan Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, konsep atau idea yang sempurna. Harmoni Merujuk kepada pelbagai elemen yang berlawanan. Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan gambaran emosi yang positif. Keringkasan Kepelbagaian Penekanan Merujuk kepada kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang digahungkan di dalam sesebuah komposisi i ii 20


Lembaran 4 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. 1. Gambarfoto di bawah dapat menggambarkan prinsip reka bentuk. Lengkapkan ruang kosong dengan prinsip reka bentuk yang betul. 2. Gambarfoto di bawah ialah sebuah bekas alat tulis yang dihasilkan oleh rakan anda. Anda dikehendaki meletakkan anak panah yang mewakili prinsip pada produk dengan betul. …………………………… ……………………….. Harmoni Penekanan Keringkasan Pengulangan 21


Lampiran 1 Sumber: Internet Reka Bentuk Botol 22


Lampiran 2 Pelajar memilih dan menyusun kata kunci dengan betul ke dalam petak yang disediakan. Rajah 7: Takrif reka bentuk Guru membuat kesimpulan tentang takrif reka bentuk dan meminta murid menyalin takrif reka bentuk ke dalam buku nota/latihan. T A K R I f R E K a B E N T U k Impak Kepada Kehidupan Menghasilkan Produk Secara Terancang Pengetahuan Penghasilan Idea 23


Lampiran 3 Pelajar memilih dan menyusun kata kunci dengan betul ke dalam petak yang disediakan. Rajah 8: Takrif teknologi Guru membuat kesimpulan tentang takrif teknologi dan meminta murid menyalin takrif teknologi ke dalam buku nota/latihan. Pengetahuan Teknikal Yang Terus Berkembang Menyelesai Masalah Manusia Menggunakan Pelbagai Sumber Pengetahuan Sains Dan Matematik T A K R I f T E K N O L O G i 24


Lampiran 5 Pelajar menyebut elemen reka bentuk yang lazim digunakan berdasarkan paparan grafik. Rajah 9: Elemen reka bentuk Elemen Reka Bentuk Garisan Rupa Saiz Bentuk Warna Ruang Tekstur Nilai 25


Lampiran 6 Guru menjelaskan prinsip reka bentuk yang lazim digunakan berdasarkan paparan grafik beserta dengan contoh. Rajah 10: Prinsip reka bentuk Prinsip Reka Bentuk Pergerakan Pengulangan Keseimbangan Harmoni Kesatuan Kepelbagaian Kontras Keringkasan Penekanan an 26


Lampiran 7 Produk daripada riben Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=ketupat+daripada+riben&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKE wj2lOWnlIHYAhVKPo8KHSvWCAkQ_AUICigB&biw=799&bih=742 Produk daripada daun kelapa Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=ketupat+daripada+riben&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKE wj2lOWnlIHYAhVKPo8KHSvWCAkQ_AUICigB&biw=799&bih=742 Produk daripada botol plastik Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=Produk+daripada+botol+plastik&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0 ahUKEwiClLyDlYHYAhUCS48KHatyDjAQ_AUICigB&biw=799&bih=742 27


Produk daripada kotak Sumber Internet: https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=Rw8uWtPsGojzvgTizbu4Dw&q= Produk+daripada+kotak&oq=Produk+daripada+kotak&gs_l=psyab.3...123010.123624.0.124486.5.5.0.0.0. 0.57.231.5.5.0....0...1c.1.64.psy-ab..0.1.56...0j0i8i30k1j0i24k1.0.b-b1YYiQGkU 28


UNIT 2 1.1 Dunia Reka Bentuk 1.1.5 Membanding Beza Prinsip Dan Elemen Reka Bentuk 1.1.6 Meneroka Kriteria Reka Bentuk Yang Baik 1.1.7 Membina Objek Asas 1.1.5 Banding Beza Prinsip Dan Elemen Reka Bentuk Guru menyediakan aktiviti untuk menunjukkan banding beza prinsip dan elemen reka bentuk. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 29


1.1.6 Kriteria Reka Bentuk Yang Baik Kriteria reka bentuk yang baik: 1. Kecenderungan kreativiti dalam inovasi Kreativiti dalam menghasilkan idea reka bentuk baharu yang memberi manfaat dalam penggunaannya. Gambarfoto 1: Produk hasil kreativiti dalam inovasi Sumber MRM 2. Keaslian reka bentuk Penghasilan idea reka bentuk yang tidak meniru produk yang lain. Gambarfoto 2: Perbandingan antara produk yang asli dan tiruan Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=pcontoh+produk+real+n+fake&oq=pcontoh+produk+real+n+ fake&aqs=chrome..69i57.11655j1j8&sourceid=chrome&ie=UTF-8 30


3. Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran Produk yang bermutu dan diterima oleh pengguna. Rajah 1: Jaminan kualiti sesuatu produk Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=rajah+jaminan+kualiti+produk&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0a hUKEwivhO7qnoHYAhXHrI8KHQ5TBG0Q_AUICigB&biw=799&bih=742 4. Ergonomik Interaksi yang ada antara produk, pengguna dan persekitaran seperti keselesaan, mudah diguna dan keselamatan. Rajah 2: Contoh produk yang ergonomik dan tidak ergonomik Sumber Internet: https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=jxkuWvq1GcPsvASCgL3oDA&q= produk+yang+ergonaomik+dan+tidak+ergonomik&oq=produk+yang+ergonaomik+dan+tidak+ergonomik& gs_l=psy-ab.3...140608.179702.0.181385.46.43.2.1.1.0.633.3109.38j4-1j1.40.0....0...1c.1.64.psyab..3.25.1073...0j0i67k1j0i19k1j0i5i30i19k1j0i8i30i19k1j0i13i5i30i19k1j0i8i13i30i19k1.0.AStRAHrqUrQ 31


1.1.7 Membina Objek Asas Membina objek asas yang terdiri daripada gabungan beberapa objek asas geometri. Objek asas boleh dihasilkan melalui teknik pembinaan dengan memilih beberapa rupa geometri. Antara teknik pembinaan seperti; pembenaman, pembuangan, penyatuan, peleraian dan lipatan (kaedah hamparan). Untuk menghasilkan objek ini murid boleh membawa bahan dan peralatan sendiri atau yang disediakan oleh guru. Contoh Rupa Geometri Bulat Segi tiga sama Segi empat sama Heksagon Segi tiga tepat Segi empat tepat Donut Trapezium Bujur Diamond Semi bulatan Rajah 3: Rupa geometri Sumber MRM 32


Teknik pembinaan Teknik pembinaan objek asas: Pembenaman Pembuangan Penyatuan Peleraian Lipatan Pembenaman Apabila sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain. Rajah 4: Teknik pembenaman Pembuangan Teknik ini dilakukan pada bahagian yang tidak dikehendaki. Penyatuan Teknik penyatuan dilakukan dengan mencantumkan dua atau lebih objek tanpa melibatkan pembuangan atau pembenaman. Rajah 6: Teknik penyatuan Rajah 5: Teknik pembuangan 33


Peleraian Boleh dipisahkan atau dicantum semula. Lipatan Rupa asas yang dilipat menjadi bentuk asas. Rajah 8: Teknik lipatan Rajah 7: Teknik peleraian 34


Langkah 1 - 1.1.5 Murid membuat banding beza dengan menggunakan jadual (Lembaran 1) yang diedarkan. Langkah 2 - 1.1.6 Perbincangan tentang kriteria reka bentuk yang baik berdasarkan bahan sebenar/gambar produk. (Lampiran 1) Melengkapkan aktiviti bubble map. (Lembaran 2). Langkah 3 - 1.1.7 Guru meminta murid menghasilkan produk yang telah difikirkan yang terdiri daripada beberapa objek asas geometri dan mengenal pasti prinsip yang ada pada objek tersebut. Langkah 4 Perbincangan dan rumusan. Aktiviti 35


Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Tandakan ( / ) di ruangan yang disediakan dengan betul. Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP4. Gambarfoto 3: Banding Beza Prinsip Dan Elemen Reka Bentuk Elemen Reka Bentuk Tandakan (/) Jika Ada Prinsip Reka Bentuk Tandakan (/) Jika Ada Garisan Keseimbangan Bentuk Pengulangan Ruang Kepelbagaian Warna Kontras Tekstur Harmoni Saiz Keringkasan Rupa Kesatuan Nilai Pergerakan Penekanan Jadual 1: Banding beza elemen dan prinsip reka bentuk Latihan 36


Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Isikan ruang yang kosong dengan jawapan yang betul. Rajah 9: Kriteria reka bentuk yang baik Kriteria Reka Bentuk yang Baik …………………… …………………… …………………… .. …………………… …………………… …………………… .. …………………… …………………… …………………… .. …………………… …………………… …………………… .. 37


Lampiran 1 Murid dibimbing berfikir mengenai reka bentuk produk sebenar atau pada gambar. Persoalan seperti: Mengapa reka bentuk produk ini begini? Gambarfoto 4: Reka bentuk produk 38


UNIT 3 1.1 Dunia Reka Bentuk 1.2 Kepentingan Reka Bentuk Dan Teknologi 1.1.7 Membina Objek Asas 1.2.1 Senarai Kepentingan Reka Bentuk Dan Teknologi 1.2.2 Mengenal Pasti Peranan Reka Bentuk 1.2.3 Menerangkan etika dalam reka bentuk 1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi 1.1.7 Membina Objek Asas Setelah pembinaan objek asas siap, murid diminta membuat lakaran reka bentuk hasil daripada pembinaan objek asas yang telah dibuat. Lakaran Ini bagi menunjukkan elemen dan prinsip reka bentuk yang diaplikasikan pada objek tersebut. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 39


1.2.1 Kepentingan Reka Bentuk Dan Teknologi Kepentingan reka bentuk dan teknologi ialah: Rajah 1: Kepentingan reka bentuk dan teknologi Menyumbang perkembangan teknologi semasa Dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Menyumbang pembangunan sosial, sains dan teknologi Pengubahsuaian produk untuk memudahkan manusia Memupuk nilai invensi, inovatif dan kreatif Membuka peluang kerjaya dan perniagaan 40


1.2.2 Peranan Reka Bentuk Rajah 2: Kepentingan reka bentuk dan teknologi Individu - Kebebasan memilih kepada pengguna untuk memenuhi keperluan dan kehendak mengikut kemampuan Masyarakat - Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Pengeluar - Menghasilkan produk yang bermutu Negara - Meningkatkan imej dan ekonomi negara. 41


Langkah 1 - 1.1.7 Guru meminta murid melakar reka bentuk hasil daripada pembinaan objek asas yang telah dibuat. Lakaran ini perlu dilabel sekurang-kurang dua elemen dan dua prinsip yang digunakan pada produk tersebut. Contoh: (Lampiran 1) Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP3. Langkah 2 - 1.2.1 Perbincangan tentang kepentingan reka bentuk. Guru meminta murid mengisi kepentingan reka bentuk di ruang kosong pada paparan grafik. (Lembaran 1) Langkah 3 - 1.2.2 Perbincangan tentang peranan reka bentuk. Guru meminta murid mengisi peranan reka bentuk di ruang kosong pada paparan grafik. (Lembaran 2) Langkah 4 Perbincangan dan rumusan. Aktiviti 42


Click to View FlipBook Version