The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-10356777, 2024-04-28 23:47:43

MODUL RBT TINGKATAN 1

iKUT DSKP

Keywords: education,design

Langkah 1 - 3.1.5 Murid membuat lakaran produk yang akan dihasilkan (Lembaran 1). Langkah 2 Murid akan mempamerkan lakaran produk yang akan dihasilkan di papan kenyataan dalam bengkel dan guru memilih beberapa murid untuk membentangkan lakaran mereka. Langkah 3 Guru mengingatkan murid, mereka akan membina mock-up atau model berdasarkan lakaran yang dibuat. Aktiviti 192


Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran Produk Latihan 193


UNIT 18 3.2 Projek Brief 3.1.6 Membina Mock-Up Atau Model Berdasarkan Projek Brief 3.1.6 Membina Mock-Up Atau Model Berdasarkan Projek Brief Pembinaan Mock-Up Atau Model Mock-up atau model akan dibangunkan setelah selesai membuat saringan borang projek brief. Proses membina mock-up atau model akan menggunakan bahan-bahan dan alatan cantuman yang sesuai. Pemilihan bahan perekat yang tepat, kaedah cantuman yang baik dan pemilihan bahan yang sesuai perlu ditekankan untuk memastikan mock-up atau model dapat bertahan semasa proses pengujian dijalankan. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting Model olokan yang dibuat sebelum menghasilkan model sebenar. Dibina untuk memberi gambaran awal produk dari segi keseimbangan, rupa bentuk, warna dan ergonomik. Model separa berfungsi (model blok) Dihasilkan secara berskala atau bersaiz sebenar. Bahan penghasilan tidak semestinya menggunakan bahan sebenar namun beberapa komponen pada model tersebut dapat berfungsi seperti produk sebenar. (a) Mock-up (b) Model Pembinaan Mock-up atau Model Model berfungsi sepenuhnya Dibina menyerupai objek sebenar. Berfungsi mengikut tujuan asal. Dibina menggunakan bahan dan dan kaedah cantuman yang sebenar. 195


CONTOH PRODUK MOCK-UP MODEL SEPARA BERFUNGSI MODEL BERFUNGSI SEPENUHNYA Jadual 1: Contoh produk Langkah 1 - 3.1.6 Murid membina mock-up atau model secara individu atau berkumpulan. Bahan dan peralatan disediakan oleh guru atau dibawa sendiri oleh murid. Keselamatan diutamakan serta pengawasan rapi oleh guru diperlukan memandangkan terdapat peralatan yang tajam digunakan. Aktiviti 196


Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Membina Mock-Up Atau Model Latihan 197


UNIT 19 3.2 Proses Reka Bentuk – Projek Brief 3.1.6 Membina mock-up atau model berdasarkan projek brief 3.1.7 Menilai hasil mock-up atau model 3.1.6 Pembinaan Mock-Up Atau Model Murid membina mock-up atau model. Utamakan keselamatan semasa proses pembinaan berlaku. 3.1.7 PENILAIAN HASIL MOCK-UP ATAU MODEL Penilaian hasil mock-up atau model merupakan proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk. Tahap keberkesanan produk diukur berdasarkan tiga faktor penting iaitu mematuhi kriteria projek brief, mematuhi kehendak pelanggan dan ketepatan rupa bentuk. Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan untuk menguji produk iaitu pengujian lapangan dan pengujian di makmal. Sebelum melakukan pengujian, parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu. Parameter bermaksud sesuatu ukuran yang ingin dijadikan piawaian contohnya masa selama 30 saat, ketinggian 50 cm dan berat beban 50 gram. Semua parameter yang ditetapkan haruslah boleh diukur. Item yang bersifat subjektif tidak boleh dijadikan parameter kerana penilaian tersebut bergantung kepada individu penilai dan bukan pada produk. Contoh parameter subjektif ialah cantik, menarik dan kemas. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 199


Penilaian mock-up Pengujian bagi mock-up dibuat berdasarkan kepada kesesuaian bahan yang digunakan. Pengujian mock-up tidak boleh digunakan untuk mengukur fungsi produk. Sebelum ujian dilakukan, parameter perlu ditetapkan terlebih dahulu. Keputusan terhadap ujian yang dilakukan perlu dicatatkan sebagai rujukan untuk tujuan penambahbaikan. Contoh laporan pengujian Mock-up Jenis ujian Parameter Keputusan Ujian kekuatan cantuman 1. Berat beban 100 gram 2. Masa beban diletakkan di dalam mock-up ialah 10 minit. Mock-up dapat bertahan tanpa rosak selepas 10 minit jika menggunakan beban 100 gram Ujian kesetabilan 1. Sudut condongan permukaan ialah 450 . 2. Mock-up diletakkan pada satu tapak rata dan dilekatkan dengan perekat yang sesuai. Mock-up tidak jatuh dan kukuh pada tapaknya. Penilaian Model Pengujian bagi model dibuat bergantung kepada jenis model sama ada model separa berfungsi atau model berfungsi sepenuhnya. Pengujian model adalah dari segi kefungsian. Sepeti penilaian mock-up, parameter juga perlu ditetapkan terlebih dahulu. 200


Langkah 1 - 3.1.6 Murid membina mock-up atau model. Utamakan keselamatan. Langkah 2 - 3.1.7 Murid menetapkan apakah parameter yang hendak diukur ke atas mock-up atau model yang dihasilkan oleh mereka. Langkah 3 Murid membuat persembahan dan menilai produk yang dihasilkan. Aktiviti 201


Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Produk Dan Parameter Yang Hendak Diukur Latihan 202


MODUL 5 REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI


UNIT 20 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi 5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi 5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi dalam penyediaan reka bentuk. 5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem fertigasi adalah satu kaedah penanaman melalui pemberian baja yang lengkap kepada tanaman dalam bentuk larutan nutrien yang disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Fertigasi merupakan salah satu daripada cabang hidroponik. Antaranya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik Statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro. Gambarfoto 1: Tanaman fertigasi Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 205


Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Kebanyakan sistem pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Terdapat dua kaedah penanaman secara fertigasi yang digunakan iaitu penanaman fertigasi di bawah struktur pelindung hujan (SPH) dan penanaman fertigasi terbuka. Tujuan Sistem Fertigasi Mengelakkan jangkitan penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat. Pemberian baja yang lebih berkesan. Memudahkan kawalan serangga perosak dan penyakit. Kelebihan Sistem fertigasi Kelebihan sistem fertigasi seperti berikut: kualiti hasil yang lebih baik dan bermutu penggunaan baja lebih cekap dan jimat mengurangkan penggunaan racun modal pusingan yang rendah Mengatasi masalah rumpai 214utrient boleh dikawal mengikut pertumbuhan pokok kos operasi yang rendah meningkatkan hasil pengeluaran mengatasi masalah penyakit bawaan tanah menjamin kebersihan dan menghindar penyakit 5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi dalam penyediaan reka bentuk. Sistem fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat atau komponen utama seperti 214utrie 214utrient, alat pengatur masa, pam, penapis, paip 214utrie, paip utama, paip sekunder, set penitis, tong larutan baja, bekalan elektrik dan sumber air untuk beroperasi. Selain itu, ia juga memerlukan keperluan asas yang lain bagi menyokong pengendaliannya. 206


Komponen utama yang perlu ada dalam Sistem Fertigasi seperti: Komponen Gambar Fungsi Tangki nutrien Menampung larutan 215utrient untuk dialirkan kepada tanaman Alat Pengatur Masa (Timer) Sebagai suis 215utrient215 yang mengawal bekalan elektrik ke pam air mengikut waktu yang dirancangkan Pam(Water pump) Mengawal pengaliran 215utrient dari 215utrie ke paip sekunder. Penapis (Filter) Menapis bendasing daripada memasuki pengairan sistem fertigasi Paip 215utrie Paip utama (main lines) Biasanya paip PVC bergaris pusat 32mm40mm yang menyambung 215utrie 215utrient ke pam air Paip sekunder (secondary line) Biasanya paip PVC bergaris pusat 32mm40mm dari pam air ke paip tertier 207


Paip tertier (lateral lines) Biasanya paip poli bergaris pusat 16mm-20mm yang akan menyalirkan 216utrient ke tiub mikro Set penitis. Tiub mikro Dipasang pada nipper dan menyambung paip tertier ke penitis Nipper Dipasang pada paip tertier dan menjadi penghubung ke tiub mikro Penitis Dipasang di hujung tiub mikro untuk menitiskan larutan 216utrient ke medium penanaman Penyambung paip Tee Bahan penyambungan paip utama dan sekunder Elbow Bahan penyambungan paip utama dan sekunder 208


End cap Penutup sementara di hujung paip tertier Injap Mengawal aliran 217utrient dalam penyambungan paip sistem fertigasi Jadual 1: Komponen utama fertigasi 209


Langkah 1 - 5.1.1 Guru menayangkan tayangan video (https://www.youtube.com/watch?v=pTQ1tGYinl8), tentang sistem gertigasi yang diamalkan masa kini. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan video yang ditayangkan. Guru merumuskan jawapan murid dan mengaitkan tayangan video dengan topik yang akan dipelajari hari ini. Murid diberi penerangan oleh guru tentang definisi fertigasi. Murid berinteraksi dengan guru berkaitan isi pembelajaran yang dipelajari. Murid menjawab lembaran kerja 1. Guru membuat ulasan mengenai jawapan lembaran kerja 1. (Lembaran 1) Langkah 2 - 5.1.2 Murid membentuk 4 kumpulan. Setiap kumpulan diberi lembaran kerja 2. Setiap kumpulan diminta berbincang mengikut tajuk yang diberi. (Lembaran 2) Langkah 3 Setiap kumpulan perlu berbincang dan menulis maklumat di dalam kertas sebak untuk dibentangkan berdasarkan tajuk yang diberi. Murid menyiapkan tugasan lembaran 3. Guru membuat rumusan daripada hasil pembentangan setiap kumpulan. (Lembaran 3). Langkah 4 Murid menjawab lembaran kerja 4 yang diberikan oleh guru. (Lembaran 4) Langkah 5 Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran yang telah dipelajari. Murid diminta memberi pandangan tentang aktiviti PdP pada hari tersebut. (exit card) Aktiviti 210


Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Apakah yang anda faham tentang sistem fertigasi? ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Latihan 211


Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Secara berkumpulan, bincangkan tentang tajuk yang telah diberikan (sumber, medium dan alur keluar). Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menyiapkan tugasan. Hasil kerja boleh diterjemahkan dalam bentuk peta pemikiran atau peta minda. Salah seorang daripada ahli kumpulan akan tinggal di dalam kumpulan untuk menerangkan tajuk yang diberi manakala ahli kumpulan yang lain akan bergerak ke meja kumpulan yang lain. (3 stray 1 stay) 212


Lembaran 3 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Kertas mahjung / Kertas sebak 213


Lembaran 3 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Lengkapkan ruang kosong dengan komponen utama sistem fertigasi. Rajah 1: Komponen utama sistem fertigasi KOMPONEN UTAMA SISTEM FERTIGASI Medium Alur keluar Sumber 214


UNIT 21 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi 5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi. 5.1.3 Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi. Sebelum murid menghasilkan lakaran reka bentuk baharu system fertigasi guru akan memperkenalkan beberapa reka bentuk sistem fertigasi yang sedia ada di pasaran. Rajah 1: Jenis Sistem Fertigasi Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari Gegelang Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 215


Reka bentuk sistem fertigasi jejari Contoh lakaran idea 2D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari Rajah 2: lakaran 2D Idea Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari Contoh Lakaran 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari Rajah 3: Lakaran 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Jejari 216


Reka bentuk sistem fertigasi gegelang Contoh lakaran idea 2D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang Rajah 4: Lakaran idea 2D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang Contoh lakaran idea 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang Rajah 5: Lakaran idea 3D Reka Bentuk Sistem Fertigasi Gegelang 217


Contoh Reka Bentuk Sistem Fertigasi Rajah 6: Contoh pemasangan paip pada tangka air baja Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Pam Elektrik Automatik Rajah 7: Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Ladang Rajah 8: Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi – Set Pemasa (Timer) 218


Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi Sedia Ada Rajah 9: Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi Sedia Ada Yang Digunakan di Malaysia Setelah murid mempelajari reka bentuk sistem fertigasi yang sedia ada terdapat di Malaysia, murid dikehendaki membuat lakaran reka bentuk baharu mengikut kreativiti dan inovasi masing-masing berdasarkan komponen utama yang digunakan dalam sistem tersebut. Lakaran tersebut perlulah dihasilkan dalam bentuk lakaran 2D atau 3D. Lakaran juga perlu menggambarkan bentuk dan saiz sebenar reka bentuk yang akan dibina. 219


Langkah 1 - 5.1.3 Guru menayangkan tayangan video atau memberikan beberapa contoh lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang sedia ada digunakan di Malaysia sebagai panduan. Langkah 2 Berdasarkan kepada reka bentuk sistem fertigasi yang ditunjukkan oleh guru, murid dikehendaki melakar satu lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Murid diberi kertas A4 atau kertas lukisan secara individu untuk digunakan membuat lakaran. Lakaran perlu menggunakan elemen-elemen reka bentuk yang telah murid pelajari dan dihasilkan dalam bentuk dua dimensi atau tiga dimensi. Langkah 3 Lakaran yang telah siap perlu ada label komponen-komponen utama yang digunakan serta nyatakan sama ada menggunakan bahan-bahan terbuang atau tidak. Langkah 4 Guru memilih secara rawak hasil lakaran yang dibuat oleh murid untuk pembentangan. Guru membuat rumusan secara keseluruhan. Murid mengisi Jadual KWL. (Lampiran 1) Aktiviti 220


Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi Latihan 221


Lampiran 1 Nama Murid : Tingkatan : Tajuk : JADUAL KWL Pengetahuan (K) Apa yang perlu dipelajari (W) Pembelajaran (L) *Bahagian pembelajaran (L) diisi selepas sesi PdP berakhir selepas guru membuat rumusan. 222


UNIT 22 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi 5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi. 5.1.4 Menganalisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi. 5.1.5 Menilai lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi 5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi. 5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi. Murid menyiapkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 223


5.1.4 Menganalisis Elemen Reka Bentuk Dalam Sistem Fertigasi. Analisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi ELEMEN PENERANGAN Garisan Dalam sistem fertigasi, garisan menunjukkan lakaran laluan paip saliran, injap kawalan, dan komponen yang digunakan. Rupa Rupa menunjukkan gambaran lakaran dalam bentuk 2D. Bentuk Bentuk menunjukkan keseluruhan sistem fdertigasi pada pandangan mata sebenar. Bentuk lebih mudah difahami berbanding dengan lakaran 2D. Contohnya, tangki nutrien dan polibeg. Tekstur Lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi terhadap sesuatu objek yang dilakar. Saiz Saiz menunjukkan perbezaan, jarak atau perbandingan komponen yang digunakan. Contohnya, jarak antara bekas tanaman. Warna Warna menunjukkan kesan ton pada objek yang dilakar. Sebagai contoh, lakaran komponen reka bentuk sistem fertigasi yang menggunakan teknik rendering. Ruang Ruang ditunjukkan untuk memisahkan antara satu komponen dengan komponen yang lain. Contohnya, kedudukan komponen dengan persekitarannya secara ilusi. Nilai Merupakan darjah kecerahan dan kegelapan relatif. Garisan, warna, tekstur dan bentuk memerlukan perbandingan nilai supaya dapat dilihat dan digunakan untuk menjelaskan objek, bentuk dan ruang yang diaplikasikan dalam menghasilkan reka bentuk sistem fertigasi. Jadual 1: Analisis elemen reka bentuk 224


5.1.5 Menilai Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kriteria seperti berikut: 1. Kecenderungan Inovasi, Kreativiti dan Keaslian Reka Bentuk Kreativiti idea dalam menghasilkan reka bentuk atau kaedah baharu atau fungsinya diperbaiki untuk memberi manfaat dalam penggunaan. 2. Kandungan Unsur Simbolik, Emosi, Estetika dan Penampilan Daya penarik produk yang boleh mempengaruhi pengguna atau membawa mesej tertentu yang memberikan nilai tambah kepada produk dan pengguna. Ciri-ciri mesra alam yang terdapat pada reka bentuk produk, sama ada melibatkan pengguna atau persekitaran. 3. Kecenderungan Fungsi dan Praktikal Kekuatan bagi memenuhi sasaran penggunaan, keperluan semasa dan penyelesaian masalah. 4. Kekuatan Kualiti dan Kebolehpasaran Idea rekabentuk dapat menerangkan kebolehan pembuatan, rupabentuk, penggunaan bahan, teknologi dan kebolehpasaran. 5. Ergonomik Memberi keselesaan, kecekapan, keselamatan dan mudah guna kepada pengguna 225


Langkah 1 - 5.1.3 Murid menyiapkan lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi yang akan dihasilkan. Lakaran yang dihasilkan ialah lakaran bermaklumat model struktur fertigasi. Langkah 2 5.1.4 Guru menunjukkan satu contoh lakaran reka bentuk sistem fertigasi (Lampiran 1). Murid diminta menyatakan elemen reka bentuk yang digunakan dan membuat penilaian secara menyeluruh terhadap reka bentuk sistem fertigasi yang ditunjukkan. Murid menganalisis elemen reka bentuk dalam sistem fertigasi yang dihasilkan dengan mengisi borang yang disediakan oleh guru. (Lembaran 1) Langkah 3 - 5.1.5 Murid menilai reka bentuk baharu sistem fertigasi yang dihasilkan dengan mengisi borang yang disediakan oleh guru. (Lembaran 2) Langkah 4 - 5.1.6 Murid membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi sebagaimana yang telah dilakar. Peralatan dan bahan disediakan oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid. Sekiranya secara berpasangan, murid perlu memilih salah satu lakaran mereka untuk menghasilkan sebuah mock-up atau model struktur reka bentuk sistem fertigasi baharu. Aktiviti 226


Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Borang analisis elemen rekabentuk sistem fertigasi Bil. Elemen Ya Tidak Keterangan 1 Garisan 2 Rupa 3 Bentuk 4 Tekstur 5 Saiz 6 Warna 7 Ruang 8 Nilai Jadual 2: Borang analisis elemen Latihan 227


Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Arahan : Tandakan ( ) pada kriteria-kriteria yang memenuhi spesifikasi penilaian yang dibuat. Borang penilaian reka bentuk baharu sistem fertigasi Bil. Kriteria Baik Memuaskan Lemah Sangat Lemah 1 Kecenderungan Inovasi, Kreativiti dan Keaslian Reka Bentuk 2 Kandungan Unsur Simbolik, Emosi, Estetika dan Penampilan 3 Kecenderungan Fungsi dan Praktikal 4 Kekuatan Kualiti dan Kebolehpasaran 5 Ergonomik Jadual 3: Borang Penilaian Kriteria Reka Bentuk 228


Lampiran 1 Rajah 1: Reka bentuk sistem fertigasi 229


UNIT 23 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi 5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi. Murid menyambung pembinaan mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi sebagaimana yang telah dilakar. Peralatan dan bahan disediakan oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid. Mock-up atau model yang dibina hendaklah mengandungi komponen-komponen utama dan mempunyai ciri-ciri setiap elemen dalam sistem fertigasi. Murid diminta untuk melabelkan komponen pada model fertigasi yang dibina. Mock-up atau model boleh dihasilkan secara individu atau berkumpulan. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 231


Langkah 1 - 5.1.6 Murid membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi sebagaimana yang telah dilakar secara individu atau berkumpulan. Peralatan dan bahan disediakan oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid. Langkah 2 Setiap kumpulan perlu memastikan mock-up atau model yang dibina mengandungi komponen-komponen utama dan mempunyai ciri-ciri setiap elemen dalam sistem fertigasi dengan mengisi senarai semak yang disediakan oleh guru (Lembaran 1). Aktiviti 232


Lembaran 1 Nama Kumpulan: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Senarai Semak Komponen Utama Elemen Jadual 1: Borang senarai semak Latihan 233


UNIT 24 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi 5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi. Murid menyambung pembinaan mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi sebagaimana yang telah dilakar. Peralatan dan bahan disediakan oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid. Mock-up atau model yang dibina hendaklah mengandungi komponen-komponen utama dan mempunyai ciri-ciri setiap elemen dalam sistem fertigasi. Murid diminta untuk melabelkan komponen pada model fertigasi yang dibina. Mock-up atau model boleh dihasilkan secara individu atau berkumpulan. Bagi murid yang menghasilkan mock-up, ujian bagi mengukur tahap keberkesanan dan menjana keputusan ujian tidak dilakukan. Bagi murid yang menghasilkan model, ujian bagi mengukur tahap keberkesanan dan menjana keputusan ujian dilakukan. Sekiranya murid memilih untuk membuat mock-up sahaja, murid mungkin mempunyai masalah sekiranya ingin menghasilkan produk di tingkatan tiga nanti, jika sekiranya fertigasi menjadi pilihan gabungan teknologi, mereka tidak mempunyai pengalaman menghasilkan model fertigasi. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 235


Langkah 1 - 5.1.6 Murid membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi sebagaimana yang telah dilakar secara individu atau berkumpulan. Peralatan dan bahan disediakan oleh guru atau yang dibawa sendiri oleh murid. Mock-up direka mengikut saiz objek sebenar. Ia dibina sebelum model atau prototaip dihasilkan. Ia juga dikenali sebagai model olok -olok. Warnanya mengikut warna asal bahan yang digunakan dan tidak menggunakan bahan sebenar. Contohnya seperti warna tanah liat (clay). Langkah 2 Ujian bagi mengukur tahap keberkesanan dan menjana keputusan ujian tahap keberkesanan akan dilakukan ke atas model yang dihasilkan. Langkah 3 Pembentangan hasil kerja oleh individu atau kumpulan. Penilaian hasil kerja oleh rakan murid berdasarkan kriteria pencapaian yang disediakan oleh guru (Lampiran 1). Borang penilaian akan disediakan oleh guru (Lembaran 1). Setiap kumpulan akan mengisi borang penilaian hasil kerja bagi kumpulan lain. Aktiviti 236


Lembaran 1 Nama Kumpulan: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Borang Penilaian hasil kerja kumpulan lain. BIL PERKARA PENCAPAIAN 1 2 3 4 1. Semua komponen utama sistem fertigasi wujud pada mock-up 2. Elemen yang diperlukan pada mock-up kelihatan jelas 3. Mengikut lakaran yang dibuat 4. Kekemasan hasil 5. Kesesuaian fungsi berkaitan fertigasi 6. Kreativiti dan innovasi Jadual 1: Borang analisis elemen Latihan 237


Lampiran 1 Jadual di bawah menunjukkan kriteria pencapaian yang boleh dicapai oleh murid : Tahap Keterangan 1 Kurang dari 6 komponen fertigasi Sekurang-kurangnya 3 elemen rekabentuk Mengikut lakaran Terdapat cantuman komponen yang tidak kemas 2 Mempunyai sekurang-kurangnya 6 komponen fertigasi utama Menunjukkan lebih dari 3 elemen rekebentuk Mengikut lakaran Cantuman komponen kemas 3 Mempunyai 8 komponen fertigasi Mempunyai 6 elemen reka bentuk Mengikut lakaran Cantuman komponen yang kemas Kreativiti 4 Mempunyai 8 komponen fertigasi Mempunyai 6 elemen rekabentuk Mengikut lakaran Kreatif dan berinnovasi Cantuman komponen yang kemas 238


MODUL 6 REKA BENTUK FESYEN


UNIT 25 5.2 Reka Bentuk Fesyen 5.2.1 Mentakrifkan reka bentuk fesyen. 5.2.2 Menyenaraikan jenis reka bentuk fesyen 5.2.3 Mengenal pasti teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen. 5.2.4 Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen 5.2.1 Takrif reka bentuk fesyen Reka bentuk fesyen merupakan proses pengaplikasian idea bagi menghasilkan pakaian dan aksesori. Fesyen merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Reka bentuk fesyen dalam berpakaian yang dipakai selain daripada menutup tubuh ia adalah luahan rasa si pemakainya. Malahan merupakan medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan melihat gaya seseorang berpakaian kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, etnik dan gaya hidup. Fesyen juga merupakan sesuatu yang ceria yang menunjukkan ekspresi diri dan juga mengenai pilihan seseorang. Fesyen boleh membuatkan kita lebih menarik, kreatif dan yakin terhadap diri apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap orang berhak berfesyen mengikut kemampuan dan cita rasa tersendiri. Namun begitu, ianya perlu disesuaikan dengan budaya dan latar belakang masyarakat. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 241


Click to View FlipBook Version