UNIT 10 4.3 Lakaran – Lakaran Piktorial 4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial 4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial. Lakaran Piktorial ialah gambaran awal atau draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas tanpa bantuan alat lukisan seperti pembaris atau jangka lukis. Lakaran piktorial memberi gambaran suatu objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas (pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan. Melakar ialah proses menjana idea dan menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Terdapat beberapa jenis lakaran yang biasa digunakan oleh pereka untuk memaparkan idea lakaran. l l Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 143 Jenis-jenis Lakaran Lakaran Contengan Lakaran Penerokaan Lakaran Teknikal Lakaran Persembahan Lakaran Digital
Lakaran teknikal ialah lakaran yang menggambarkan perincian seperti ceraian, keratan rentas dan pelbagai sudut pandangan. Rajah 1: Lakaran teknikal 144
Langkah 1 - 4.1.2 Guru meminta murid melakar lakaran teknikal berdasarkan produk yang dibawa murid atau disediakan guru dengan bimbingan guru pada kertas A3 atau A4. (Lembaran 1) Langkah 2 Murid mempamerkan hasil lakaran dengan menampal pada papan hitam atau papan putih bengkel. Aktiviti 145
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:…………………………………… Tarikh:…………………………………. Lakaran Teknikal Latihan 146
UNIT 11 4.4 Lakaran – Lakaran Piktorial 4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial 4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial. Lakaran Piktorial ialah gambaran awal atau draf yang dihasilkan menggunakan teknik lakaran bebas tanpa bantuan alat lukisan seperti pembaris atau jangka lukis. Lakaran piktorial memberi gambaran suatu objek melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas (pelan), pandangan sisi dan pandangan hadapan. Melakar ialah proses menjana idea dan menzahirkan idea berkenaan dalam bentuk gambar. Terdapat beberapa jenis lakaran yang biasa digunakan oleh pereka untuk memaparkan idea lakaran. l Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 147 Jenis-jenis Lakaran Lakaran Contengan Lakaran Penerokaan Lakaran Teknikal Lakaran Persembahan Lakaran Digital
Lakaran persembahan ialah lakaran yang boleh membantu pelanggan memahami konsep rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka dengan menekankan elemen reka bentuk. Rajah 1: Lakaran Persembahan Lakaran digital ialah lakaran yang menggunakan perisian teknologi lakaran. Gambarfoto 1: Lakaran digital 148
Langkah 1 - 4.1.2 Guru meminta murid melakar lakaran persembahan berdasarkan produk yang dibawa murid atau disediakan guru dengan bimbingan guru pada kertas A3 atau A4. (Lembaran 1) Langkah 2 Murid mempamerkan hasil lakaran dengan menampal pada papan hitam atau papan putih bengkel. Langkah 3 Guru menerangkan mengenai lakaran digital. Aktiviti 149
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran Persembahan Latihan 150
UNIT 12 4.5 Lakaran – Lakaran Piktorial 4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial 4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial. Lakaran piktorial boleh dihasilkan dengan mengaplikasikan teknik lakaran oblik, lakaran isometik dan lakaran perspektif. Pada peringkat ini murid hanya diajar menggunakan teknik perspektif. a. Lakaran Perspektif Lakaran Perspektif ialah salah satu kaedah terbaik dalam menghasilkan lakaran piktorial dalam bentuk 3 dimensi. Lakaran Perspektif boleh dihasilkan melalui kaedah satu titik lenyap (TL), dua titik lenyap atau tiga titik lenyap. Rajah 1: Perspektif 1 titik lenyap Rajah 2: Perspektif 2 titik lenyap Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 151
Rajah 3: Perspektif 3 titik lenyap 152
b. Elemen Perspektif Terdapat tiga elemen penting untuk menghasilkan lukisan perspektif. Elemen tersebut ialah garis bumi, garis ufuk dan titik lenyap. Garisan-garisan yang membentuk perspektif GB Garis Bumi - Garisan dasar berdirinya sesuatu objek GU Garis Ufuk - Garisan yang kelihatan memisahkan objek dari langit TL Titik Lenyap – Titik selari dengan garisan ufuk yang diunjurkan ke arah lakaran hadapan di garisan bumi bagi membentuk pandangan perspektif . Titik lenyap merupakan satu titik di mana semua objek yang menyentuh titik ini tidak kelihatan lagi. Rajah 4: Kedudukan elemen perspektif 153
c. Langkah Melakar Lakaran Perspektif Satu Titik Lenyap Langkah 1 Binakan satu garis ufuk (GU) Langkah 2 Tandakan satu titik lenyap (TL) di atas garis ufuk (GU) tersebut. Langkah 3 Bina bahagian hadapan objek yang akan dilakarkan A,B,C dan D Rajah 5: Garis ufuk Rajah 6: Menanda titik lenyap Rajah 7: Membina bahagian hadapan objek 154
Langkah 4 Binakan semua garisan unjuran ke belakang A, B, C dan D menuju ke satu titik lenyap (TL) Langkah 5 Lakarkan bahagian dalaman objek mengikut kesesuaian anda dengan menggunakan garisan binaan sebagai sempadan kepada bahagian E, F G dan H. Rajah 8: Membina garisan unjuran dari A,B,C, dan D ke belakang TL Rajah 9: Melakar bahagian dalaman objek iaitu E, F, G, H 155
Langkah 6 Lengkapkan lakaran objek itu dengan menghitamkan garis bagi objek yang dikehendaki seperti rajah yang ditunjukkan. d. Langkah Melakar Lakaran Perspektif Dua Titik Langkah 1 Bina satu garis ufuk (GU) Rajah 10: Menghitamkan garis objek Rajah 11: Membina garis ufuk 156
Langkah 2 Tandakan dua titik lenyap 1 (TL1) dan titik lenyap 2 (TL2) pada garis ufuk (GU) Langkah 3 Bina satu garis menegak A dan B yang mewakili bahagian penjuru objek yang hendak dilakar Langkah 4 Lakarkan semua garisan unjuran ke belakang dari A dan B menuju ke TL1 dan TL2 Rajah 12: Menanda titik lenyap 1 dan 2 Rajah 13: Bina garis tegak A dan B Rajah 14: Garisan unjuran dari A dan B ke TL1 dan TL2 157
Langkah 5 Lakarkan bahagian dalaman objek mengikut kesesuaian anda dengan menggunakan garisan binaan sebagai sempadan kepada bahagian C, D dan E, F. Langkah 6 Bina satu unjuran dari TL1 ke sempadan bahagian E dan satu ujuran TL2 ke sempadan D. Rajah 14: Buat garisan binaan A ke B, C ke D dan E ke F Rajah 15: Buat garisan unjuran dari TL1 ke sempadan bahagian E dan TL2 ke sempadan bahagian D 158
Langkah 7 Lakarkan garisan yang mewakili objek yang dikehendaki dari A-C, A-F, F-E, C-D, D-G, G-E, A-B, dan B-D Rajah 16: Melakar garisan objek 159
Langkah 1 - 4.1.2 Guru menerangkan teknik lakaran piktorial. Guru memberi penekanan teknik yang akan digunakan pada peringkat ini ialah lakaran perspektif. Penerangan kepada tiga teknik lakaran perspektif iaitu kaedah satu titik lenyap, dua titik lenyap dan tigas titik lenyap. Langkah 2 Guru memberi penerangan tiga elemen penting dalam menghasilkan lakaran perspektif. Langkah 3 Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah satu titik lenyap. Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya sehingga murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan lakaran yang sempurna (Lembaran 1). Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada papan kenyataan di belakang bengkel. Langkah 4 Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah dua titik lenyap. Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya sehingga murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan lakaran yang sempurna (Lembaran 2). Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada papan kenyataan di belakang bengkel. Aktiviti 160
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran perspektif kaedah satu titik lenyap Latihan 161
Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran perspektif kaedah dua titik lenyap 162
UNIT 13 4.6 Lakaran – Lakaran Piktorial 4.1.2 Mengenal Pasti Teknik Lakaran Piktorial e. Langkah Melukis Lukisan Perspektif Tiga Titik Langkah 1 Bina satu garis ufuk dan satu garis menegak. Tandakan titik Lenyap 1, titik lenyap 2 dan titik lenyap 3 Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting Rajah 1: Pandangan pelan dan pandangan hadapan Rajah 2: Membina garis ufuk dan garis menegak 163
Langkah 2 Tanda 1 untuk pandangan mata Tanda 2 untuk lebar Tanda 3 untuk tinggi Langkah 3 Dari TL1 unjurkan garisan pada tanda 1, tanda 2 dan tanda 3 seperti rajah. Langkah 4 Dari TL2 unjurkan garisan pada tanda 1, tanda 2 dan tanda 3 seperti rajah Rajah 3: Tanda 1 untuk pandangan mata, Tanda 2 untuk lebar, Tanda 3 untuk tinggi Rajah 4: Unjurkan garisan dari TL1 ke tanda 1, tanda 2 dan tanda 3 Rajah 5: Unjurkan garisan dari TL2 ke tanda 1, tanda 2 dan tanda 3 164
Langkah 5 Tanda titik A dan Titik B, untuk tinggi objek. Unjurkan garisan dari TL3 ke titik A dan titik B seperti rajah. Gariskan garisan dari A-1 dan B-1 seperti rajah Lengkapkan dan hitamkan garisan objek seperti rajah . Rajah 8: Contoh Perspektif tiga titik lenyap pandangan bawah Rajah 6: Unjurkan garisan dari TL3 ke titik A dan titik B Rajah 7: Membina garisan objek 165
f. Gaya visual lakaran Lakaran yang dihasilkan oleh pereka biasanya dalam bentuk rangka 2D atau 3D, realistik dan konseptual. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menjadikan lakaran objek lebih realistik dan nampak menarik. Antara gaya visual lakaran yang biasa digunakan ialah rendering dan kesan bayang. i. Rendering Proses rendering merupakan satu kaedah yang digunakan untuk menghasilkan gaya visual lakaran objek yang seolah-olah wujud. Ianya juga digunakan untuk menerangkan maklumat berkaitan dengan permukaan lakaran seperti warna, tekstur, garisan dan bentuk. Penggunaan alatan asas mewarna digunakan untuk tujuan rendering ini. Antara alatan asas mewarna yang biasa digunakan seperti: 1. Pensel pelbagai gred 2. Pensel warna 3. Pen penyerlah (highlighter pen) 4. Pen dan dakwat 5. Pastel kapur (chalk pastel) 6. Design marker Rajah 9: Pelbagai idea kreatif gaya visual 166
Penggunaan Design Marker lebih mudah digunakan kerana bentuk mata pen yang dapat menghasilkan pelbagai jenis bentuk garisan yang berbeza. Highlighter pen juga dapat digunakan dengan pantas dan memberikan kesan yang menarik kepada objek. Pada masa kini, pen jenis ini boleh didapati dalam pelbagai warna dan memudahkah pereka untuk membezakan permukaan lakaran yang terang dan gelap. Gambarfoto 1: Pelbagai pilihan warna Design Marker yang terdapat di pasaran ii. Kesan cahaya dan bayang (Shading) Pereka menggunakan kesan bayang pada lakaran untuk menjadikan lakaran nampak lebih hidup. Sebelum melakarkan kesan bayang, kedudukan sumber cahaya perlu diketahui terlebih dahulu. Kesan cahaya yang terkena pada objek yang dilakarkan, akan menunjukkan warna terang atau putih berbanding kawasan lain. Tona yang gelap pada lakaran menunjukkan permukaan objek itu terlindung dari cahaya. Kesan bayang biasanya dihasilkan (shading) dengan warna yang gelap dan dilakar dikawasan yang terlindung. Kesan bayang juga dilakar di atas permukaan lantai untuk menunjukkan objek tersebut tidak terapung di udara. Kesan bayang boleh dilakar menggunakan pensel pelbagai gred ataupun Design Marker (Grey Set). Rajah 10: Mewarna dengan kesan bayang dan cahaya 167
Langkah 1 - 4.1.2 Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran perspektif kaedah tiga titik lenyap. Guru meminta murid menghasilkan lakaran tersebut dan mengulanginya sehingga murid dapat menguasai dengan cemerlang. Latih tubi untuk menghasilkan lakaran yang sempurna (Lembaran 1). Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada papan kenyataan di belakang bengkel. Langkah 2 Guru menerangkan dan tunjuk cara mengenai gaya visual lakaran iaitu rendering dan shading. Langkah 3 Guru meminta murid menghasilkan gaya visual lakaran iaitu rendering (Lembaran 2) dan shading (Lembaran 3). Aktiviti 168
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran perspektif kaedah tiga titik lenyap Latihan 169
Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Gaya visual iaitu rendering 170
Lembaran 3 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Gaya visual iaitu shading 171
UNIT 14 4.7 Lakaran – Lakaran Piktorial 4.1.3 Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D 4.1.3 Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D a) Lakaran 2 Dimensi (2D) Lakaran 2 dimensi terdiri daripada satu permukaan atau pandangan sahaja. Lakaran ini dapat dilihat pada satu arah dan tidak berstruktur. Hanya terdapat dua dimensi ukuran dalam lukisan 2D iaitu panjang dan lebar objek. Lakaran 2D hadapan Lakaran 2D Belakang Lakaran 2D Sisi Rajah 1: Lakaran 2D Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 173
b) Lakaran 3 Dimensi (3D) Lakaran 3 dimensi memberikan gambaran sebenar objek yang ingin dibina. Ianya mempunyai panjang, lebar dan tinggi (kedalaman) serta isipadu. Rajah 2: Lakaran 3D c) Perbezaan bentuk di antara 2D dan 3D Terdapat perbezaan ketara lukisan yang dilakar menggunakan kaedah 2D dan 3D seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Bentuk 2 dimensi Bentuk 3 dimensi 1. Leper 2. Mempunyai satu permukaan 3. Mempunyai dua ukuran iaitu panjang dan tinggi 4. Tidak menggambarkan kedalaman 5. Menggambarkan keluasan 1. Mempunyai bentuk yang menonjol 2. Mempunyai tiga permukaan 3. Mempunyai tiga ukuran iaitu panjang, lebar dan tinggi 4. Menggambarkan kedalaman dan ketinggian 5. Menggambarkan keluasan dan isipadu Jadual 1: Perbezaan 2D dan 3D 174
Langkah 1 - 4.1.3 Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D Guru tunjuk cara bagaimana menghasilkan lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D menggunakan tayangan multimedia atau lembaran grafik. Guru meminta murid menghasilkan beberapa lakaran dengan baik dan sempurna (Lembaran 1). Langkah 2 Murid melangkapkan lakaran termasuk warna dan gaya visual. Langkah 3 Murid mempamerkah hasil mereka dengan menampal pada papan kenyataan dalam bengkel. Aktiviti 175
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran Asas Produk Latihan 176
UNIT 15 4.8 Lakaran – Lakaran Piktorial 4.1.3 Menghasilkan Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D 4.1.4 Memilih Lakaran Produk Terbaik Berdasarkan Elemen Reka Bentuk 4.1.5 Menilai Maklumat Yang Ada Pada Lakaran Yang Dipilih 4.1.6 Mencadangkan Penambahbaikan Ke Atas Lakaran Yang Dipilih 4.1.3 Lakaran Asas Produk Dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D Melakar beberapa lakaran 3 dimensi (3D) yang sempurna termasuk gaya visual lakaran dan warna. (Sambungan dari unit 14) 4.1.4 Memilih Lakaran Produk Terbaik Berdasarkan Elemen Reka Bentuk Bagi memilih lakaran terbaik, beberapa kriteria boleh dinilai pada lakaran tersebut. Penilaian lakaran ini dipermudahkan dengan mewujudkan jadual perbandingan antara produk. Rajah 1: Kriteria pemilihan lakaran produk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 177
Penilaian produk boleh dibuat terus pada lakaran seperti rajah di bawah atau menyediakan borang kepuasan pelanggan. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan produk dari segi kos, bahan lebih baik dan kaedah pembuatan yang lebih pantas. Ini akan menguntungkan pihak pengeluar dan pelanggan juga berpuas hati. Rajah 2: Contoh penilaian lakaran 178
Pemilihan lakaran produk terbaik boleh dilakukan dengan mengedarkan borang kepuasan pelanggan. Kumpulan sasaran ditetapkan berdasarkan umur dan jantina. Maklumat yang diperoleh membantu pereka memilih lakaran yang terbaik berdaarkan kriteria pemilihan. Contoh borang penilaian kepuasan pelanggan 179
4.1.5 Lakaran Persembahan Bermaklumat Lakaran persembahan bermaklumat ialah lakaran akhir yang dihasilkan oleh pereka bentuk. Reka bentuk lakaran ini akan digunakan dalam proses seterusnya, iaitu penyediaan lukisan kerja dan penyediaan mock-up atau model. Untuk memudahkan pereka bentuk, maklumat yang berkaitan dengan produk dimasukkan ke dalam lakaran. Antara maklumat yang biasa dinyatakan dalam lakaran persembahan termasuklah elemen, prinsip, bahan yang digunakan, dimensi, fungsi setiap bahagian / komponen, dan kemasan yang digunakan seperti cat, lekar, dan varnis. Rajah 3: Maklumat yang perlu ada dalam sesebuah lakaran persembahan Maklumat yang perlu ada pada lakaran Prinsip Reka Elemen Reka Bentuk Dimensi Fungsi produk Jenis kemasan Bahan yang digunakan 114 Rajah 4: Contoh lakaran bermaklumat berdasarkan produk sebenar 180
Gambarfoto 1: Produk sebenar 4.1.6 Cadangan Penambahbaikan Lakaran Yang Dipilih Persaingan antara pengeluar produk sentiasa wujud di mana memerlukan kepekaan pereka untuk merekabentuk dan membuat penambahbaikan mengikut trend. Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut: 1. Memenuhi citarasa pengguna. 2. Mengikut trend. 3. Menyaingi reka bentuk produk yang ada di pasaran. 4. Mengikut kehendak pasaran semasa. Rajah 5: Contoh lakaran produk yang ditambah baik dari segi elemen reka bentuk 181
Langkah 1 - 4.1.3 Murid menghasilkan beberapa lakaran produk (Lembaran 1). Langkah 2 - 4.1.4 Murid memilih lakaran produk terbaik berdasarkan elemen reka bentuk. Langkah 3 - 4.1.5 Murid menilai maklumat yang ada pada lakaran yang dipililh dengan bimbingan guru (Lembaran 2). Murid mempamerkan lakaran yang dipilih pada papan kenyataan di belakang bengkel. Langkah 4 - 4.1.6 Murid mencadangkan penambahbaikan ke atas lakaran yang dipilih dengan bimbingan guru (Lembaran 3). Aktiviti 182
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran produk Latihan 183
Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran produk bermaklumat yang dipilih 184
Lembaran 3 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran produk yang telah dibuat penambahbaikan 185
UNIT 16 4.9 Lakaran – Lakaran Piktorial 4.1.6 Mencadangkan Penambahbaikan Ke Atas Lakaran Yang Dipilih Murid menghasilkan lakaran baharu selepas cadangan penambahbaikan dibuat. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 187
Langkah 1 - 4.1.6 Murid menghasilkan lakaran baharu selepas penambahbaikan kepada lakaran dibuat. (Lembaran 1). Langkah 2 Murid mempamerkan lakaran baharu dengan menampalkannya di papan kenyataan dalam bengkel. Aktiviti 188
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:……………………………. Lakaran produk baharu dengan nilai tambah Latihan 189
UNIT 17 3.1 Projek Brief 3.1.5 Mengaplikasikan Projek Brief Dalam Bentuk Jadual dan Lakaran 3.1.5 Mengaplikasikan Projek Brief Dalam Bentuk Jadual dan Lakaran Setelah proses saringan maklumat selesai, proses yang seterusnya adalah mengaplikasikan semua data dalam bentuk jadual dan lakaran. Selepas borang senarai semak projek brief dilengkapkan murid akan menghasilkan lakaran produk yang akan dibina. Idea untuk menghasilkan lakaran boleh diperoleh daripada pelbagai sumber. Murid akan membuat lakaran produk yang akan dihasilkan setelah sesi pembentangan dan sumbangsaran mengenai projek brief. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 191