Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa dan perubahan cita rasa pengguna. Reka bentuk fesyen ialah sesuatu yang digunakan untuk menonjolkan keindahan dan prestij seseorang. Nilai estetika perlu dalam menonjolkan keindahan dan prestij seiring dengan perkembangan zaman. Nilai itulah yang kemudian muncul dalam pelbagai reka bentuk fesyen yang sekarang ini terus berganti setiap tahun dan musim. 5.2.2 Jenis reka bentuk fesyen Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis reka bentuk fesyen dicipta. Jenis reka bentuk fesyen yang akan dipelajari oleh murid terdiri daripada pakaian dan aksesori. Contoh jenis reka bentuk fesyen pakaian dan aksesori seperti: Rajah 1: Jenis reka bentuk fesyen JENIS REKA BENTUK FESYEN PAKAIAN AKSESORI BAJU SELUAR TALI PINGGANG SKIRT TUDUNG TOPI JAM PIN TUDUNG SKAF KERONGSANG KASUT 242
Gambarfoto 1: Contoh aksesori di pasaran 243
Gambarfoto 2: Contoh aksesori kepala untuk kanak-kanak 244
5.2.3 Teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen Proses reka bentuk fesyen memerlukan teknik cantuman yang bersesuaian mengikut jenis reka bentuk. a) Teknik Cantuman Cantuman ialah proses mencantum, menyambung atau menyatukan kepingan fabrik atau bahan lain bagi menghasilkan produk reka bentuk fesyen. Antara teknik cantuman seperti: Rajah 2: Teknik-teknik dalam cantuman JAHITAN TEKNIK CANTUMAN MENGGLU SULAMAN TAMPALAN 245
b) Alatan dan Bahan Alatan dan bahan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen seperti: Nama/Contoh Alatan Mesin Jahit Mesin Sulaman Hot Glue Gun Gunting Glu Pensel Jarum Kapur Penanda Pita Pengukur Kertas Perang Kertas Surih Kertas Karbon Tukang Jahit PEMBARIS TUKANG JAHIT Jadual 1: Alatan dan bahan semasa proses penyediaan reka bentuk fesyen 246
Langkah 1 5.2.1 Guru menunjukkan gambar atau video peragaan fesyen. Guru menyoal murid tentang: a) Apa yang murid dapat lihat daripada gambar atau video ini ? b) Senaraikan mengikut jenis apa yg kamu lihat. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. (guru memberikan maksud reka bentuk fesyen) Langkah 2 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi sebuah majalah fesyen. Murid diminta untuk menyenaraikan jenis-jenis reka bentuk fesyen. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lembaran 1) untuk diisi oleh murid. Guru membuat ulasan. Langkah 3 Murid kekal dalam kumpulan masing-masing. Murid dikehendaki mengenal pasti teknik cantuman dan menyenaraikan alatan yang digunakan untuk mencantum produk reka bentuk fesyen tersebut. Guru memilih secara rawak satu kumpulan membentangkan hasil pembincangan. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lembaran 2) untuk diisi oleh murid. Guru membuat ulasan. Aktiviti 247
Lembaran 1 Nama: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Anda dikehendaki melengkapkan ruang jawapan pada jadual yang disediakan dengan melekatkan gambar produk (Lampiran 1) yang diberikan mengikut kategorinya dengan betul. Pakaian Aksesori Latihan 248
Lembaran 2 Nama: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. 1. Lengkapkan ruang kosong pada rajah di bawah dengan jawapan yang betul. 2. Lengkapkan ruang kosong pada rajah di bawah dengan jawapan yang betul. ………………... MENGGLU SULAMAN ……………… …………… ……………... ALATAN MESIN JAHIT ………………………. ………………………. ………………………………….. MESIN SULAMAN …………………… GLU PENSEL KAPUR PENANDA PITA PENGUKUR Latihan 249
Lampiran 1 Jadual 2: Katergori pakaian 250
UNIT 26 5.2 Reka Bentuk Fesyen 5.2.4 Menghasilkan dua lakaran reka bentuk fesyen 5.2.4 Lakaran reka bentuk fesyen Lakaran merujuk gambar yang dilukis secara kasar. Lakaran merupakan proses awal yang ringkas dan cepat bagi menterjemahkan idea kepada lukisan dua dimensi, manakala lukisan tiga dimensi pula melibatkan kerja yang sistematik untuk mendapatkan kesan dari segi pencahayaan, ton dan warna. a. Lakaran dua dimensi (2D) Lakaran dua dimensi (2D) ialah lakaran yang dihasilkan diatas satu permukaan. Ianya tidak mempunyai isipadu. Rajah 1: Paparan Grafik 2D Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 251
b. Lakaran tiga dimensi (3D) Objek lakaran 3D mempunyai panjang, lebar dan tinggi (kedalaman). Ianya mempunyai isipadu. Proses Menghasilkan Lakaran Rajah 2: Paparan Grafik 3D Rajah 3: Proses lakaran reka bentuk 252
Rajah 4: Kasut yang telah siap dilakar Rajah 5: Proses lakaran reka bentuk gaun pengantin Rajah 6: Contoh lakaran reka bentuk gaun pengantin 253
Langkah 1 5.2.4 Murid diberikan sekeping kertas A4, guru kemudiannya meminta murid untuk melakar apa yang sedang difikirkan oleh guru berdasarkan kriteria produk yang berikut: (Pemikiran kreatif) a. Produk ini mempunyai pelbagai warna dan corak b. Ianya dipakai oleh semua golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak. c. Digunakan untuk melindungi kaki Langkah 2 Setiap murid diberikan sekeping kertas A4 untuk membuat dua lakaran reka bentuk fesyen yang akan dihasilkan. Murid perlu menggunakan elemen garisan, bentuk dan warna di dalam lakaran masing-masing. Guru memilih murid secara rawak untuk membentangkan hasil lakaran yang dipilih. Guru dan murid membuat rumusan. Aktiviti 254
Lembaran 1 Nama: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Contoh murid ingin menghasilkan seluar longgar. Contoh Lakaran 1 Rajah 7: Reka bentuk seluar longgar Kun alur Pinggang cerut Latihan 255
Nama: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Contoh Lakaran 2 Rajah 8: Reka bentuk seluar longgar Poket Pinggang Cerut bertali 256
UNIT 27 5.2 Reka Bentuk Fesyen 5.2.5 Menganalisis Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen 5.2.5 Analisis Elemen Dalam Reka Bentuk Fesyen Elemen dalam reka bentuk fesyen yang lazim digunakan: a. Garisan Garisan boleh diolah dalam reka bentuk fesyen untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan. Contoh garisan dalam fesyen: - Garisan melintang adalah gambaran perasaan tenang dan statik. - Garisan menegak menggambarkan kuasa dan gaya, garisan condong sebagai gerakan, tindakan, dan perubahan. - Garisan melengkung atau berbentuk ‘S’ adalah gambaran senyap, tenang dan perasaan berahi. b. Bentuk Bentuk merupakan salah satu elemen penting dalam reka bentuk fesyen kerana ia mempunyai perkaitan dengan nilai komersial sesuatu produk reka bentuk fesyen. c. Rupa Rupa dibentuk apabila garisan bercantum. Rupa merujuk kepada ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai (tona). Ia juga merujuk kepada elemen yang berbentuk dua dimensi (2D) dan rata. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 257
d. Warna Warna adalah elemen yang memberi pelbagai erti dan boleh mempengaruhi perasaan individu. Pemilihan warna untuk pakaian dan aksesori dapat membina imej dan keyakinan diri Rajah 1: Elemen warna dalam reka bentuk fesyen e. Tekstur Merujuk kepada struktur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui sentuhan dan visual seperti licin, kasar, dan lain-lain. f. Nilai Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna. g. Ruang Ruang ialah kawasan kosong disekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek. h. Saiz Saiz merujuk kepada ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek. 258
Analisis Elemen Reka Bentuk Fesyen Penilaian terhadap produk sangat penting ,jadi untuk membuat penilaian tersebut beberapa elemen dalam reka bentuk fesyen perlu dianalisis. Analisis ini perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Antara kriteria yang perlu dianalisis ialah fungsi produk, kesesuaian bahan, estetik, kepelbagaian warna,garisan dan bentuk. kriteria Keterangan Fungsi Produk Adakah produk tersebut praktikal digunakan untuk menjalankan fungsinya dengan baik dan berkesan. Fungsi tambahan dan adakah ia diperlukan. Kebaikan-kebaikan tentang fungsi produk juga sangat perlu dinyatakan. Kesesuaian Bahan Apakah bahan yang digunakan sesuai dengan fungsi sesuatu produk, praktikal dan selamat digunakan. Estetik Adakah bentuk yang dilihat dari sudut gaya, berketrampilan dan mutu kemasan dilaksanakan sebaik-baiknya. Penilaian berkaitan dengan bentuk estetik seperti bahan yang indah (sedap dipandang), warna yang menawan dan rupa yang menyenangkan. Kepelbagaian Warna Berkaitan dengan tawaran warna yang ada pada sesebuah produk. Adakah warna yang digunakan merupakan warna yang menjadi trend semasa? Garisan Adakah garisan atau corak yang dipilih mengikut trend semasa dan ianya bersesuaian dengan budaya sesuatu masyarakat. Bentuk Analisis produk dari segi bentuk ianya berkait secara langsung dengan bentuk luaran produk atau penampilan visual sesuatu produk. Kriteria ini sebenarnya ingin menjelaskan sama ada bentuk dan rupa bertepatan dengan tujuan sebenar sesuatu reka bentuk itu dirancang atau sebaliknya. Jadual 1: Analisis elemen reka bentuk fesyen 259
Contoh menganalisis elemen reka bentuk fesyen: CONTOH : KASUT Rajah 2: Reka bentuk kasut Bentuk : Elemen bentuk dalam lakaran reka bentuk fesyen menunjukkan lebih daripada satu permukaan dan mempunyai ruang. * pereka perlu memahami bentuk kaki dan tujuan si pemakai sebelum membuat lakaran reka bentuk fesyen. Warna: Memberi kesan kepada mata, emosi dan psikologi orang yang melihat dan menggunakannya, mengikut kesesuaian objek, acara, kegunaan dan kehendak pelanggan. * warna terang dan jelas yang digunakan pada reka bentuk kasut tersebut memberikan kesan psikologi ceria dan bersemangat. Garisan : Elemen garisan dalam lakaran reka bentuk fesyen menunjukkan cantuman yang mempunyai ukuran,panjang dan jarak. * garisan melengkung yang digunakan pada reka bentuk fesyen menghasilkan kesan visual bentuk kasut si pemakai . 260
Rajah 3: Contoh menganalisis Elemen Reka Bentuk Pada Beg Rajah 4: Contoh menganalisis Elemen Reka Bentuk Pada Apron 261
Langkah 1 5.2.5 Guru menunjukkan satu produk reka bentuk fesyen (Lampiran 1). Murid diminta memberikan pandangan tentang gambar tersebut seperti fungsinya, warna, kesesuaian bahan, garisan dan bentuk. Langkah 2 Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas yang mengandungi gambar produk reka bentuk fesyen. Murid diminta menganalisis produk reka bentuk berkenaan dari aspek garisan, warna dan bentuk (Lampiran 2). Langkah 3 Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang perincian elemen reka bentuk fesyen. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan. Guru membuat ulasan. Guru mengedarkan lembaran 1 dan 2 untuk diisi murid sama ada secara individu atau kumpulan. Aktiviti 262
Lembaran 1 Nama: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Berdasarkan reka bentuk fesyen di bawah senaraikan elemen reka bentuk fesyen yang telah anda pelajari. Gambarfoto 1: Reka bentuk beg Gambarfoto 1: Reka bentuk kasut Elemen Keterangan Jadual 2: Borang elemen dan keterangan reka bentuk Latihan 263
Lembaran 2 Nama: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Berdasarkan gambar produk pada lampiran 2, huraikan setiap elemen reka bentuk fesyen berikut ke dalam jadual yang disediakan di bawah. Elemen Produk Warna Garisan Bentuk Lekatkan gambar di sini Lekatkan gambar di sini Lekatkan gambar di sini Lekatkan gambar di sini 264
Lampiran 1 Contoh produk ialah topi. Gambarfoto 3: Reka bentuk topi 265
Lampiran 2 Gambarfoto 3: Reka bentuk fesyen 266
UNIT 28 5.2 Reka Bentuk Fesyen 5.2.6 Membincangkan Jenis Bahan Dalam Reka Bentuk Fesyen Berdasarkan Lakaran 5.2.7 Menghasilkan Reka Bentuk Fesyen Berdasarkan Lakaran Yang Dipilih 5.2.6 Jenis Bahan Dalam Reka Bentuk Fesyen Berdasarkan Lakaran Bahan-bahan (aksesori pada produk fesyen) yang boleh digunakan seperti: a. Fabrik - Bahan asas dalam reka bentuk fesyen ialah fabrik. Jenis fabrik yang biasa digunakan ialah kapas, jeans, broked, satin dan sebagainya. b. Benang - Benang digunakan untuk menjahit sama ada dengan tangan atau mesin jahit. Ukuran benang adalah pelbagai iaitu daripada kecil hingga besar. c. Pita perekat/ Velkro - Terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian bergerigi kasar dan bergerigi halus. d. Kancing - Ada beberapa jenis kancing seperti kancing kemeja dan kain. Ukurannya pelbagai iaitu daripada kecil hingga besar. e. Butang hiasan - Pelbagai saiz dan bentuk. f. Getah - Pelbagai saiz dan ketebalan g. Tali - Tali senar elastik, satin, nilon, poliester h. Bahan trimin - Pita siku, renda, pita brid, pita jalur serong tepat. i. Bunga reben - Pelbagai saiz dan jenis j. Manik / beads - Pelbagai bentuk, warna, saiz dan reka bentuk. k. Gam - Gam biasanya digunakan untuk cantuman aksesori dalam reka bentuk fesyen. Antara jenis gam yang selalu digunakan ialah gam stick hot glue, gam fabric dan PVA. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 267
l. Kain gam atau interfacing Backing material - Terdapat dalam pelbagai saiz bergantung kepada jenis kegunaan pada reka bentuk fesyen. Contoh kegunaan kain gam ialah pada: Leher baju iaitu menjadikan leher baju terletak dengan elok Untuk bahagian hadapan tudung Untuk bahagian beg supaya mempunyai bentuk yang cantic Pinggan seluar atau lengan baju Untuk kerja sulaman ringkas berkomputer. m. Dawai - Dawai halus atau dawai lembut juga biasanya digunakan untuk menghasilkan aksesori. n. Kain felt - Kain felt juga biasanya digunakan untuk membuat reka bentuk aksesori. Jenis bahan yang boleh digunakan dalam reka bentuk fesyen Fabrik Felt Kancing Butang hiasan 268
Jadual 1: Jenis bahan untuk reka bentuk fesyen Lapik dalam / Interfacing Bunga reben Tali Benang Manik/ Beads Bahan trimin Pita perekat/ velkro Gelang getah Dawai bunga 269
5.2.7 Menghasilkan Reka Bentuk Fesyen Berdasarkan Lakaran Yang Dipilih Berikut adalah contoh lakaran reka bentuk fesyen yang dipilih untuk dihasilkan murid. Rajah 1: Lakaran reka bentuk seluar longgar Kun alur 270
Langkah 1 – 5.2.6 Guru memaparkan gambar reka bentuk fesyen (Lampiran 1). Murid dikehendaki menyenaraikan bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. a) Apa yang murid tahu b) Apa yang murid Nampak Langkah 2 Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas sebak dan sejenis produk reka bentuk fesyen (Lampiran 1). Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. Murid juga dikehendaki membincangkan kebaikan dan kelemahan menggunakan bahan tersebut. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan. Guru membuat ulasan. Langkah 3 Setiap murid dikehendaki menghasilkan mock-up, model atau produk sebenar reka bentuk fesyen yang telah dilakarkan dalam topik lakaran reka bentuk fesyen sebelum ini. Saiz mock up, model atau produk sebenar dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan mock-up adalah bergantung kepada murid. Setelah memilih lakaran reka bentuk fesyen pakaian yang ingin dihasilkan, murid akan mengikut langkah contoh membuat pakaian seperti di lampiran 2. Contoh menghasilkan aksesori seperti di lampiran 3. Aktiviti 271
Lembaran 1 Nama: ………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Murid akan menampal contoh reka bentuk fesyen yang dipilih untuk dihasilkan. Latihan 272
Lampiran 1 Contoh reka bentuk fesyen. Gambarfoto 1: Pelbagai jenis reka bentuk fesyen 273
Lampiran 2 Langkah membuat pakaian Contoh: Seluar longgar Langkah 1: Mengukur – ukuran melibatkan pinggang, punggung, panjang cawat/kelengkang dan labuh seluar Rajah 3: Mengambil ukuran bagi seluar longgar Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=mengambil+ukuran+seluar+longgar&oq=mengambil+ukuran+seluar+lo nggar&aqs=chrome..69i57.6023j1j8&sourceid=chrome&ie=UTF-8 MENGUKUR MENDRAF POLA MENANDA MENGGUNTING MENCANTUM MENEKAN/ KEMASAN PRODUK SIAP Rajah 2 Proses pada peringkat pembuatan mock-up, model atau produk fesyen 274
Langkah 2: Mendraf pola Garis asas dibuat sebelum murid mendraf pola. Rajah 4: Membuat garis asas pola seluar longgar 275
Contoh penggunaan alatan dan bahan semasa mendraf pola. Gambarfoto 2: Penggunaan alatan dan bahan semasa mendraf pola 276
Langkah dan butiran kerja mendraf dan menanda pola Rajah 5: Pola seluar longgar 1- 2 = labuh seluar 1- 3 = jarak pinggang ke pinggul 1- 4 = jarak kelengkang 1-5 = ukuran pinggul ÷ 4 + 2 cm (garis pinggang bahagian hadapan) 3-6 dan 4-7 = 1-5 sambungkan 5,6 dan7 7-8 = 7.0 cm 5,6, 8 disambung untuk membentuk garis kelengkang hadapan 2-9 = ukuran lebar kaki seluar . ÷ 2 8-9 = garis kelim seluar 1-10 = ukuran pinggul ÷ 4 + 3 cm (garis pinggang bahagian belakang) 3-11 dan 4-12 = 1-10 12-13 = 5.0cm 10,11,13 = garis kelengkang belakang 2-14 = ukuran lebar kaki seluar ÷ 2 13-14 = garis kelim seluar 14-9 = garis kelepet kaki seluar 5 –15 = Naikkan 1.5cm Gunting 2 keping 277
Susun atur pola Rajah 6: Susun atur pola seluar longgar 1. Bentang fabrik 2. Letakkan pola bahagian 1 dan bahagian 2 ke atas fabrik dan potong fabrik mengikut pola. Bahagian 1 Bahagian 2 278
Cara Mencantum Fabrik Yang Telah Siap Dipotong Rajah 7: Contoh bahagia fabrik yang siap dipotong 1. Lapiskan bahagian 1 dengan bahagian 2, pastikan bahagian dalam fabrik berada di bahagian luar seperti pada rajah 7 Bahagian 2 Sebelah dalam fabrik Sebelah dalam fabrik Bahagian 1 279
. Rajah 8: Fabrik yang telah siap dilapis Sebelah dalam fabrik 280
2. Jahit a ke c dan b ke d. Rajah 9: Bahagian kelengkang yang telah siap dijahit 281
3. Buka dan bentangkan seluar longgar seperti di bawah. 4. Jahit no 1 5. Jahit kelepet no. 2 dan masukkan getah. (Tali boleh digunakan untuk menggantikan getah) 6. Jahit kelepet no 3 1 3 2 Rajah 10: Bahagian yang akan dijahit 282
7. Jahit kun alur pada kedua-dua kaki seluar seperti dalam rajah di bawah. Rajah 11: Reka bentuk seluar longgar yang telah siap 283
Lampiran 3 Contoh menghasilkan reka bentuk aksesori Gambarfoto 3: Langkah membuat rantai leher Cara membuat rantai leher 1 2 4 3 284
Gambarfoto 4: Langkah membuat pin rambut Cara membuat pin rambut 1 4 3 2 5 6 285
Gambarfoto 5: Contoh mock-up atau produk reka bentuk fesyen 286
PANEL PENULIS 1. Faizah binti Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum 2. Halim bin Jajuli Bahagian Pembangunan Kurikulum 3. Zainal Abidin bin Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum 4. Abd Samad bin Hanif Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 5. Dr. Zaliza binti Hanapi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 6. Ismail bin Rosdi Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) 7. Farizzah binti Mohd Razali SMK Putrajaya Presint 16 (1) 8. Hami’at bin Semahon SMK Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur 9. Hasliza binti Abdullah SMK Putrajaya Presint 9 (2) 10. Maryam binti Mohamad Yusoff SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor 11. Mazlina binti Abd Rahman SMK Putrajaya Presint 8 (1) 12. Mohamad Al Mizan bin Mohd Nawee SMK Seri Selayang, Selangor 13. Mohd Ismail bin Abdul Rahim SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Selangor 14. Mohd Ridzuan bin Fadzil SMK Dengkil, Selangor 15. Mokhtar bin Yaacob SMK Darulaman, Alor Setar, Kedah 16. Nathan A/L Balakhrisnan SMK Bukit Baru, Melaka 17. Noraini binti Zakaria SMK Putrajaya Presint 9 (2) 18. Noorazzima binti Mohamad Nor SMK Putrajaya Presint 8 (1) 19. Nur Fadia binti Mohamed Radzuan Sekolah Sukan Bukit Jalil 20. Rosni binti Awang SMK Putrajaya Presint 14 (1) 21. Rusni binti Khamis SMK Sierramas, Sg. Buloh, Selangor 22. Sarifah binti AB Rahman SMK (P) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur 23 Sukarno bin Abd Hamid SMK Tajar, Langgar, Kedah 287
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4 – 8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62604 Putrajaya Tel:03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http://bpk.moe.gov.my