Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Rajah di bawah ialah kepentingan reka bentuk dan teknologi. Lengkapkan ruang kosong dengan jawapan yang betul.. Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1. .............................................................................................................. Dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat Menyumbang pembangunan sosial, sains dan teknologi Pengubahsuaian produk untuk memudahkan manusia Memupuk nilai invensi, inovatif dan kreatif ............................................................................................................ Latihan 43
Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Rajah di bawah ialah peranan reka bentuk. Lengkapkan ruang kosong dengan jawapan yang betul.. Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1 dan TP2 ............................ - Kebebasan memilih kepada pengguna untuk memenuhi keperluan dan kehendak mengikut kemampuan Masyarakat - Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif. Pengeluar - .............................................................................. ................................ - .................................................................... 44
Lampiran 1 Rajah di bawah ialah contoh lakaran bermaklumat Keseimbangan (Prinsip) Kontras (Prinsip) Warna (Elemen) Garisan (Elemen) 45
UNIT 4 1.2 Kepentingan Reka Bentuk Dan Teknologi 1.3 Invensi dan Inovasi Dalam Reka Bentuk 1.2.3 Menerangkan etika dalam reka bentuk 1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi 1.3.1 Mentakrifkan invensi dan inovasi 1.3.2 Mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk 1.3.3 Meneroka invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini. 1.2.3 Etika Reka Bentuk Rajah 1: Etika dalam reka bentuk SELAMAT DIGUNAKAN MESRA ALAM BERMANAFAAT Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 47
a. Bermanfaat - produk yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak. Semakin banyak orang menggunakannya maka produk tersebut semakin bermanfaat. Gambarfoto 1: Inovasi yang membawa manfaat Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=inovasi+yang+bermanfaat&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahU KEwigw8TbrYHYAhVFQY8KHdchC3IQ_AUICigB&biw=799&bih=742 b. Keaslian – mereka bentuk produk dengan usaha sendiri, tidak meniru karya orang lain kecuali mendapat keizinan pemilik. Gambarfoto 2: Contoh produk asli dan tiruan Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=contoh+produk+yang+asli+dan+tiruan&source=lnms&tbm=i sch&sa=X&ved=0ahUKEwj_gpr2roHYAhWLOI8KHZH3BooQ_AUICigB&biw=799&bih=742 48
c. Kejujuran – Memberi maklumat yang tepat kepada pengguna seperti bahan digunakan, harga dan kualiti. Produk sewajarnya tidak mempunyai agenda lain yang terselindung. Rajah 2: Tiada penipuan dalam memberi maklumat Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=seven+lies+car+dealers+will+tell+you&source=lnms&tbm=is ch&sa=X&ved=0ahUKEwieq861r4HYAhXGLY8KHZ7RAlMQ_AUICigB&biw=799&bih=742 d. Keselamatan produk – menghasilkan produk yang selamat digunakan dan tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna. Gambarfoto 3: Produk yang selamat digunakan Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=kitchen+durable+stainless+steel+garlic+press&oq=kitchen+durable+st ainless+steel+garlic+press&aqs=chrome..69i57.38368j1j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8 49
e. Mesra alam sekitar – Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan alam sekitar. Gunakan alatan atau bahan yang boleh dikitar semula. Gambarfoto 4: Produk yang mesra alam Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=loga+mesra+alam&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=IwJ5VwJRe1ciUM %253A%252CfGzX9icmBMuJdM%252C_&usg=__-kmxEMXhT9x0uEJikzWzjxQ8rI%3D&sa=X&ved=0ahUKEwjIhvm1sIHYAhUgS48KHRRDAdYQ9QEILjAB#imgrc=IwJ5VwJRe1ciUM: 1.2.4 Kerjaya Dalam Bidang Reka Bentuk Dan Teknologi Oleh kerana reka bentuk dan teknologi sangat berguna kepada manusia maka kerjaya dalam bidang ini sangat luas. Diantaranya seperti pereka fesyen, pereka barang kemas, pereka lampu, pereka seni bina, pereka taman, pengarah animasi, pereka perabot, pereka hiasan dalaman dan pengarah kreatif. 50
1.3.1 Invensi dan Inovasi Definisi Invensi Invensi ialah kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk yang baharu yang belum pernah wujud sebelumnya. Atau dengan kata lain mencipta sesuatu yang baharu yang belum pernah wujud sebelumnya. Sesuatu rekaan produk tidak lagi dipanggil invensi apabila tempoh penciptaannya melebihi 10 tahun atau kebanyakan orang sudah mengetahuinya Gambarfoto 5: Reka bentuk awal radio Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=evoslusi+radio&oq=evoslusi+radio&aqs=chrome..69i57j0l3.12503j1j8& sourceid=chrome&ie=UTF-8 Definisi Inovasi Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna. Gambarfoto 6:: Reka bentuk terkini telefon bimbit Sumber Internet https://www.google.com/search?q=rekabentuk+terkini+telefon+bimbit&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved =0ahUKEwjckou7sYHYAhVBo48KHVMHAsoQ_AUICigB&biw=799&bih=742 51
1.3.2 Aplikasi Prinsip Invensi dan Inovasi dalam Kerjaya Reka Bentuk Rajah 2: Prinsip invensi dan inovasi dalam bidang kerjaya reka bentuk Bidang Pendidikan Melalui prinsip ini, penyampaian dan penerimaan ilmu dapat dilakukan dengan tepat serta menarik minat pelajar. Antaranya ialah peralatan seperti papan putih pintar dan e-book yang menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih. Gambarfoto 5: Contoh medium komunikasi yang pantas Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=komputer+riba&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwj95uH1 sYHYAhWBOI8KHcbBD-QQ_AUICigB&biw=799&bih=742 PRINSIP INVENSI DAN INOVASI Menjimatkan tenaga Penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui Penjimatan masa dalam membaiki kelemahan produk 52
Bidang Kesihatan Contohnya jam pengukur degupan jantung dan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik. Gambarfoto 6: Jam yang mempunyai pelbagai fungsi Sumber Internet: https://www.google.com/search?biw=799&bih=742&tbm=isch&sa=1&ei=kS0uWr7SFsrOvgT2sJWgDQ&q =jam+tangan&oq=jam+tangan&gs_l=psyab.3..0l10.35667.36986.0.37965.10.6.0.4.4.0.60.323.6.6.0....0...1 c.1.64.psy-ab..0.10.331...0i67k1.0.r4cnnvngsrM Bidang Pembuatan Contohnya, pada masa dahulu, untuk membuat sebuah model, pereka cipta perlu menghabiskan masa untuk mengukur, mengerat, menggerudi, menyambung, melicin dan mewarna. Oleh itu, melalui teknologi pencetak 3D dan pen 3D, ini akan memudahkan semua tugas dengan hanya menggunakan hujung jari untuk menekan butang-butang arahan. Gambarfoto 7:: Produk daripada pen 3D Gambarfoto 8: Produk daripada pencetak 3D Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=pen+3D+dan+pencetak+3D&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ah UKEwiZrLaTt4HYAhULOo8KHX5CBmwQ_AUICigB&biw=1600&bih=769 53
Bidang Teknologi Maklumat Bidang teknologi maklumat mengaplikasikan invensi, inovasi dan reka bentuk dalam dua aspek iaitu peralatan dan rangkaian. Contohnya, jika dahulu kita menulis dengan menggunakan papan kekunci dan pen stilus tetapi kini kita boleh menulis dengan menggunakan jejari sahaja. Selain itu, sebelum ini alat kawalan jauh memerlukan peranti yang mempunyai infra merah atau kawalan frekuensi radio, tetapi dengan penggunaan telefon pintar pelbagai tugas dapat dilakukan secara serentak melalui rangkaian internet. Penggunaan telefon pintar ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk berkomunikasi malah boleh melakukan tugas kawalan dan pemantauan. Gambarfoto 9: Alat komunikasi pelbagai fungsi Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=alat+komunikasi&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjIxZD Ht4HYAhXEr48KHY7NAIEQ_AUICigB&biw=1600&bih=769 Bidang Pertahanan Dalam bidang pertahanan, prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk dapat dilihat melalui penghasilan peralatan persenjataan, teknologi komunikasi, perekodan dan pengawasan. Contohnya penciptaan robot yang tidak memudaratkan manusia. Gambarfoto 10: Robot pengesan periuk api Sumber Internet: https://www.google.com/search?biw=1600&bih=769&tbm=isch&sa=1&ei=ujMuWuKRJ4jsvgSo4a_YAQ&q =robot+pengesan&oq=robot+pengesan&gs_l=psyab.3..0.11577.12952.0.13795.9.7.0.2.2.0.138.468.5j2.7. 0....0...1c.1.64.psy-ab..0.9.469...0i67k1j0i8i30k1j0i30k1j0i24k1.0.RjR6GGEKFUg 54
1.3.3 Invensi dan Inovasi Reka Bentuk Terkini Reka bentuk akan terus berkembang maju selagi manusia mempunyai kehendak. Invensi dan inovasi reka bentuk terkini dapat dikelaskan kepada beberapa bidang teknologi seperti: a) Teknologi komunikasi Gambarfoto 11: Inovasi dalam teknologi komunikasi Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=inovasi+dalam+teknologi+komunikasi&source=lnms&tbm=isch&sa=X& ved=0ahUKEwiW1vb1uoHYAhXFQY8KHfqqCWgQ_AUICigB&biw=1600&bih=769 b) Teknologi nano Gambarfoto 12: Inovasi dalam teknologi nano Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=teknologi+nano&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjPzY6d u4HYAhXHrI8KHQ5TBG0Q_AUICigB&biw=1600&bih=769 55
c) Teknologi kecerdikan buatan (artificial intelligence) Gambarfoto 13: Inovasi dalam teknologi kecerdikan buatan Sumber Internet: https://www.google.com/search?biw=1600&bih=769&tbm=isch&sa=1&ei=VTcuWpSHE46QvQS7moewBQ &q=teknologi+kecerdikan+buatan&oq=teknologi+kecerdikan+buatan&gs_l=psyab.3..0i19k1.77838.80772.0.81233.17.16.0.1.1.0.68.802.15.15.0....0...1c.1.64.psyab..1.14.695...0j0i30k1j0i8i30i19k1j0i8i30k1j0i24k1j0i8i13i30k1.0._JdUhSMmfqY 56
Langkah 1 - 1.2.3 Perbincangan tentang etika reka bentuk. Guru meminta murid mengisi etika reka bentuk di ruang kosong pada paparan grafik. (Lembaran 1) Langkah 2 - 1.2.4 Perbincangan tentang kerjaya reka bentuk. Guru meminta murid mengisi kerjaya reka bentuk di ruang kosong pada jadual yang disediakan. (Lembaran 2) Langkah 3 - 1.3.1 Paparkan bahan maujud contoh produk seperti telefon bimbit atau paparan grafik . Guru mengaitkan tentang penciptaan telefon sejak dahulu sehingga sekarang. (Lampiran 1) Guru mengajak murid berfikir tentang takrif invensi dan inovasi. Guru membuat kesimpulan tentang takrif invensi dan inovasi serta meminta murid melengkapkan maklumat ke dalam kertas edaran (Lembaran 3) sebagai pengukuhan murid. Langkah 4 - 1.3.2 Guru memberi penerangan bagaimana prinsip invensi dan inovasi diaplikasikan dalam kerjaya reka bentuk. Langkah 5 - 1.3.3 Perbincangan tentang meneroka invensi dan inovasi dalam reka bentuk. Langkah 6 Rumusan. Aktiviti 57
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul. Aktiviti ini boleh dijadikan contoh pentaksiran TP1 dan TP2. ETIKA KETERANGAN Bermanfaat ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… Mesra alam Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan alam sekitar …………………………….. Memberi maklumat yang tepat. Keaslian ……………………………………………………………….. ……………………………………………………………….. ………………………………… Menghasilkan produk yang tiada kesan sampingan Latihan 58
Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang betul. BIL KERJAYA BIDANG TUGAS 1 ……………………………………………… Merancang reka bentuk dan pelan pembangunan 2 …………………………………….. Mereka bentuk kenderaan 3 Pereka Bentuk Kejuruteraan Mereka bentuk bangunan, mesin, jentera dan elektrik 4 …………………………………………… Mereka bentuk fesyen pakaian 5 Pereka Bentuk Persembahan Makanan Mereka bentuk persembahan kek, roti dan buah-buahan 6 Seni bina landskap Mereka bentuk hiasan taman 59
Lembaran 3 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Rajah di bawah mewakili a) takrif invensi dan b) takrif inovasi. Pilih dan susun perkataan yang diberikan ke dalam kotak jawapan yang disediakan dengan betul. a) b) menghasilkan produk yang kaedah dan proses baharu yang belum mencari jalan untuk pernah wujud sebelumnya T A K R I F I N V E N S I bermakna serta mesra pengguna terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik pengubahsuaian menjimatkan, bertenaga dan T A K R I F I N O V A S I 60
Lampiran 1 Gambarfoto 5: Evolusi telefon Sumber Internet: https://www.google.com/search?q=evolusi+telefon&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjRhvRv4HYAhUMvY8KHRgiAEAQ_AUICigB&biw=1600&bih=769 61
MODUL 2 PENGURUSAN PROJEK
UNIT 5 2.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk 2.1.1 Mentakrif Pengurusan Projek Reka Bentuk 2.1.2 Menjana Idea Reka Bentuk 2.1.3 Mengenal Pasti Langkah Pengurusan Pelaksanaan Projek 2.1.4 Merangka Perancangan Projek 2.1.1 Pengurusan Projek Reka Bentuk Pengurusan merupakan satu proses yang melibatkan aktiviti merancang, melaksana, memimpin dan mengawal. Projek membawa maksud rancangan atau usaha untuk membangunkan atau mengerjakan sesuatu. Pengurusan projek reka bentuk adalah kaedah mengurus sumber yang melibatkan proses kerja iaitu skop kerja, tempoh masa dan kos projek untuk memastikan sesuatu projek itu berjaya. Penerangan berkaitan proses kerja seperti dalam jadual 1 yang disediakan.. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 65
BIL. PROSES KERJA JENIS KETERANGAN 1 Skop Kerja Skop Produk Merancang kualiti, ciri-ciri dan fungsi reka bentuk Skop Projek Kerja-kerja yang perlu dilaksanakan 2 Tempoh Masa Tempoh kerja untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Jadual tugasan, carta Gantt antara yang digunakan untuk merancang masa. 3 Kos Projek Peruntukan kewangan diuruskan dengan baik agar dapat meminimakan kerugian dan dapat digunakan sebaiknya. Jadual 1: Proses kerja 2.1.2 Menjana Idea Reka Bentuk Apabila pereka bentuk menerima tempahan daripada pelanggan dan bersedia untuk membuatnya maka bermulalah pengurusan sesuatu projek itu. Pereka bentuk ini akan mereka bentuk mengikut pilihan/persetujuan pelanggan. Seorang pereka bentuk mesti mempunyai minda berfikir yang kreatif dengan memahami apa yang dikehendaki oleh pelanggan sebagai hasil akhir dari sebuah proses sama ada sebagai sebuah rencana, kertas kerja, persembahan, permodelan atau berbentuk objek nyata. Terdapat pelbagai cara untuk mendorong minda anda berfikir. Fikirkan berbeza akan mencetuskan idea yang kreatif. Antara kaedah menjana idea reka bentuk produk ialah: Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk Mempelbagaikan fungsi sesuatu objek Menukar saiz objek Menterbalik objek A D B c Rajah 1: Kaedah menjana idea reka bentuk produk 66
A. Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk. Contoh: Kita boleh menambahkan gelongsor di samping tangga spiral. Idea ini tentu sangat sesuai dicuba kalau ada anak kecil yang tinggal bersama. Gambarfoto 1: Tangga spiral B. Mempelbagaikan fungsi sesuatu produk Contoh: Raket lama yang dibuang jaringnya dan digantikan dengan cermin maka ia akan menjadi hiasan dinding yang unik. Gambarfoto 2: Hiasan dinding C. Menukar saiz objek Contoh: Pasu boleh dikecilkan saiznya untuk dijadikan hiasan di sudut meja. Gambarfoto 3: Pokok hiasan dalam pasu 67
D. Menterbalik objek Contoh: Topi ini biasanya dipakai dikepala. Sekiranya diterbalikkan ia sudah mempunyai fungsi yang lain. Setelah idea pereka bentuk dipersetujui oleh pelanggan mengikut konsep produk itu dibangunkan, pereka bentuk akan mengurus pelaksanaan projek. 2.1.3 Langkah Pengurusan Pelaksanaan Projek Pereka bentuk akan mengenal pasti langkah pengurusan pelaksanaan projek melalui proses kerja. Langkah pengurusan projek melibatkan proses memulakan, merancang, melaksanakan, mengawal, dan menamatkan kerja setelah matlamat tercapai. Rajah 2: Proses Asas Pengurusan Projek Memulakan aktiviti pertama dalam pengurusan projek iaitu apabila menerima tempahan daripada pelanggan. Perancangan proses menentukan matlamat yang ingin dicapai dan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi yang melibatkan reka bentuk, kaedah pembinaan, kos, masa dan pekerja. Penjadualan anggaran masa untuk projek siap bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos. Pengawalan mengawal penggunaan sumber, kos, kualiti, tenaga, bahan dan sebagainya. Menamatkan apabila projek selesai dan diserahkan kepada pelanggan Memulakan Perancangan Menamatkan Penjadualan Pengawalan Gambarfoto 4: Topi Jadual 2: Proses asas pengurusan projek 68
Pengurusan pelaksanaan projek akan melibatkan pasukan projek. Pasukan projek terdiri daripada ahli kumpulan di dalam atau luar organisasi yang mempunyai kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu projek. Pasukan projek di peringkat sekolah boleh dibentuk mengikut kesesuaian projek yang akan dilaksanakan. Ahli pasukan bekerjasama dan bergantung antara satu sama lain untuk menjayakan projek tersebut. Berikut adalah contoh Carta Organisasi. Carta Organisasi Pasukan Projek Sekolah Rajah 3: Carta Organisasi 2.1.4 Merangka Perancangan Projek Perancangan projek ialah peringkat pengurusan projek yang paling utama dan menjadi penentu objektif sesuatu projek. Perancangan projek yang baik dapat memastikan objektif tercapai, mengelakkan pembaziran sumber dan mencegah gangguan. Siapakah individu yang bertanggungjawab dalam merangka perancangan projek? Pengurus projek adalah orang yang mempunyai tanggungjawab keseluruhan untuk memulakan, merancang, merekabentuk, melaksanakan, memantau, mengawal dan menutup sesuatu projek. Pembangunan mock-up/model Pengurus Projek Pereka Bentuk Setiausaha Bendahari 69
A. Perancangan Tugas pengurus projek dalam membuat perancangan seperti: i Penentu Utama apa produk, siapa pelanggan, tempoh masa, kos, kuantiti dan kualiti ii Penentuan subutama menentukan pembahagian tugas kepada ahli kumpulan secara lebih terperinci. iii Pengelolaan aktiviti subutama perlu menyusun sumber dan tenaga kerja dengan teratur dan mengenal pasti keperluan. iv Matris Organisasi atau pasukan pembentukan pasukan kerja. Jadual 3: Tugas pengurus projek B. Penjadualan Penjadualan disediakan untuk menunjukkan anggaran masa yang ditetapkan bagi menyiapkan projek. Tujuan Penjadualan Mengelakkan kerugian masa dan kos Mengelakkan pembaziran atau pemborosan Mengurus bahan mentah secara sistematik Mengawal sumber tenaga pekerja Rajah 4: Tujuan Penjadualan 70
Penjadualan boleh dibuat dengan menggunakan blok hubungan aktiviti melalui rangkaian dan carta gantt atau carta bar. i. Blok hubungan aktiviti melalui rangkaian Contoh: menunjukkan proses belum berakhir. MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 Rajah 5: Blok hubungan PERBINCANGAN KONSEP LAKARAN IDEA MEMBUAT IDEA MILESTONE 71
ii. Carta gantt Bil Aktiviti Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 Perbincangan konsep bersama pelanggan / / 2 Melakar bentuk dengan persetujuan pelanggan / / 3 Mencari pembekal bahan / / 4 Membuat pesanan / / 5 Mendapatkan bekalan bahan / / 6 Menyiapkan projek / / / 8 Menguji guna / penambahbaikan / 9 Kemasan akhir / 10 Kerja siap, menyediakan laporan dan membuat penyerahan serta tuntutan bayaran / / / Jadual 4: Contoh Carta Gantt C. Pengawalan Pengawalan dilakukan sepanjang proses menyiapkan projek. Ia merangkumi pengawalan sumber, kos, kualiti, dan belanjawan terutamanya ketidakpatuhan terhadap penjadualan, kos, piawaian kualiti, dan belanjawan. Tujuan peringkat pengawalan untuk memastikan: i. Semua aktiviti yang dikenal pasti dilakukan secara optimum ii. Semua aktiviti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. iii. Sumber-sumber yang diperlukan dikenal pasti iv. Perubahan dalam penjadualan dibuat sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pembaharuan terhadap projek. 72
Langkah 1 - 2.1.1 Guru menerangkan takrif pengurusan projek reka bentuk menggunakan paparan grafik atau tayangan multimedia. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lembaran 1) dan meminta murid mengisi jawapannya. Langkah 2 - 2.1.2 Guru menerangkan kaedah menjana idea reka bentuk. Guru mengedar lembaran kerja (Lembaran 2) untuk dilengkapkan oleh murid. Langkah 3 - 2.1.3 Guru menerangkan langkah pengurusan pelaksanaan projek. Guru mengedar lembaran kerja (Lembaran 3) Langkah 4 - 2.1.4 Guru menerangkan perancangan projek. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lembaran 4) sebagai pengukuhan. Langkah 5 Rumusan. Aktiviti 73
Lembaran 1 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. 1. Rajah di bawah mewakili pengurusan projek. Lengkapkan ruangan kosong dengan jawapan yang betul. 2. Rajah di bawah menunjukkan pengurusan projek. Lengkapkan ruang kosong dengan perkataan yang betul. Latihan Pengurusan Projek ……………... ……….…….. ………………. Skop Kerja Skop Produk Skop Projek Melibatkan kualiti, ciri dan ………………… reka bentuk Melibatkan kepimpinan dan pengurusan terhadap …………………, bahan, maklumat, ruang dan ahli kumpulan fungsi reka bentuk Kos Projek Peruntukan ………………………………. dalam urusan pembelian bahan, peralatan, sewaan, insurans, upah dalam menyiapkan projek Tempoh masa Tempoh yang …………………………….. untuk menyiapkan sesuatu projek 74
Lembaran 2 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul. ..................................................... apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke dalam bentuk produk Mempelbagaikan ………………………….............sesuatu objek Menukar …………………………............. objek …………………………............. objek A B C D 75
Lembaran 3 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. 1. Rajah di bawah menunjukkan carta alir pengurusan projek. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. 2. Padankan pilihan jawapan dengan betul. A B Memulakan melibatkan reka bentuk, kaedah pembinaan, kos, masa dan pekerja. Penjadualan apabila projek selesai dan diserahkan kepada pelanggan. Menamatkan mengawal penggunaan sumber, kos, kualiti, tenaga, bahan dan sebagainya. Pengawalan aktiviti pertama dalam pengurusan projek iaitu apabila menerima tempahan daripada pelanggan. Perancangan anggaran masa untuk projek siap bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos. ………………… Perancangan ………………… … …………………… Pengawalan 76
Lembaran 4 Nama:………………………………………………………………………………………….. Kelas:……………………………………… Tarikh:…………………………. Dialog antara pereka bentuk dengan pelanggan. Pelanggan: Saya inginkan reka bentuk ‘flower crown’ untuk enam gadis pembawa bunga sempena majlis cukur jambul. Pereka Bentuk: Apakah konsep yang dikehendaki? Pelanggan: Berkonsepkan taman dan harmoni. Pereka Bentuk: Berapa bajet yang diperuntukkan? Pelanggan: RM30.00 setiap satu. Pereka Bentuk: Bila produk ini diperlukan? Pelanggan: Dalam tempoh tiga puluh hari dari sekarang. Pereka Bentuk: Ok. 1. Berdasarkan dialog di atas, pada peringkat manakah perancangan projek ini berlaku? 2. Apakah langkah yang perlu diambil seterusnya oleh pereka bentuk? 3. Sebagai seorang pereka bentuk anda dikehendaki merangka perancangan berdasarkan langkah pengurusan pelaksanaan projek di atas. 77
UNIT 6 2.2 Pengurusan Projek Reka Bentuk 2.1.5 Analisis Perancangan Projek Dan Jadual Kerja 2.1.6 Menyediakan Anggaran Kos 2.1.7 Merancang Pembentukan Kumpulan Kerja Berdasarkan Tugas Dan Peranan 2.1.5 Analisis Perancangan Projek Dan Jadual Kerja Menganalisis perancangan projek bermaksud mengenal pasti segala aktiviti yang terlibat dalam pembangunan projek. Dalam proses menganalisis perancangan projek, perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan jadual kerja. Garis panduan penyediaan penjadualan projek Menentukan aktiviti yang perlu ada dalam jadual. Menyusun aktiviti mengikut keperluan. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti Membangunkan jadual Menganggarkan kos dan menyediakan bajet. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Maklumat Penting 79
Menganalisis perancangan projek 1. Mengurus reka bentuk projek Menyedia cadangan reka bentuk Mengenal pasti bahan dan alatan yang digunakan Ciri-ciri istimewa reka bentuk projek Kos 2. Menyelidik Reka Bentuk Projek Reka bentuk tidak terlalu sukar mengikut keupayaan kendiri Kaedah teknologi yang sesuai 3 Menjana Idea Reka Bentuk Projek Pengumpulan idea reka bentuk Idea diperoleh melalui diri sendiri, kawan, guru, internet dan model sebenar. Idea diterjemahkan dalam lakaran 4 Membuat Mock-up projek Mock-up dibina sebelum model Mock-up dikenali sebagai model olokolok Tidak menggunakan bahan sebenar 5 Menguji dan Menambahbaik Mock-up Kerja penambaikan dibuat setelah ujian dilakukan. Jadual 1: Menganalisis perancangan projek 80
Contoh analisis penjanaan idea Unsur Reka Bentuk 1. Berfungsi / / / 2. Praktikal / / / 3. Bahan yang digunakan / / / 4. Langkah kerja yang mudah / 5. Kos yang murah / / 6. Ergonomik / / 7. Estetika / Jadual 2: Menganalisis penjanaan idea 81
2.1.6 Anggaran Kos Anggaran kos ialah anggaran perbelanjaan yang diperlukan sebelum menghasilkan sesuatu projek Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos, iaitu kaedah unit/kuantiti dan konsep SMART (Specify, Measurable, Attainable, Realistic, dan Time-Bound). i. Unit / kuantiti Kaedah ini dikenali sebagai anggaran mengikut aktiviti barangan atau perkhidmatan. Anggaran kos ini disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna. Contohnya, bilangan pengguna di sekolah, bilangan jemaah di masjid, dan bilangan kerusi penonton di stadium atau pawagam. Kaedah ini mudah untuk difahami dan pantas namun kurang tepat kerana tidak mengambil kira kos barangan yang terlibat. ii. Konsep SMART Konsep ini diguna pakai dalam penentuan anggaran keseluruhan projek bermula dari: S: Specific – spesifik penetapan tujuan atau objektif objek M: Measurable – boleh diukur pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat A: Attainable – boleh dicapai projek itu boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja. R: Rrealistic – realistik mewakili kesesuaian dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek. T: Time-bound – jangka masa ditetapkan masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek itu. 82
Contoh aplikasi SMART Tujuan projek Nama projek Flower Crown Tujuan Hiasan kepala Bilangan 6 unit Sasaran Kanak-kanak Pengukuran pengagihan kewangan a) Kos bahan dan alat Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah 1 Dawai bunga (Floral wire) 2 Peket RM1.00 RM 2.00 2 Pita bunga (Floral tape) 1 Gulung RM1.50 RM 1.50 3 Bunga pelbagai warna 5 Peket RM3.00 RM15.00 4 Daun 5 peket RM2.00 RM10.00 Jumlah RM 28.50 b) Kos upah Bil Pekerja X Masa X Kadar upah sejam X Bil. hari 1 X 5 X 5 X 1 = RM25.00 c) Kos overhed Perkara Kos/hari (RM) Jumlah (RM) Bil elektrik 0.30 0.30 Bil Air 0.20 0.20 Jumlah RM 0.50 83
Jumlah kos modal Kos bahan + Kos upah + Kos overhed RM 28.50 + 25.00 + 0.50 = RM 54.50 Kos pengeluaran untuk seunit RM 54.50 6 RM 9.00 Kos jualan Kos modal + Peratus keuntungan RM 9.00 + RM 21.00 (233.33% untung) Kos jualan = RM 30.00 Boleh dilaksanakan dan dicapai Kos jualan – kos modal = keuntungan RM 21.00 - RM 9.00 = RM 30.00 Kesesuaian dengan kehendak pelanggan Produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan melalui perbandingan harga produk yang sedia ada dipasaran Tempoh masa dan sumber kewangan Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sumber kewangan yang diperlukan tidak melebihi kos yang dianggarkan. 84
2.1.7 Merancang Pembentukan Kumpulan Kerja Berdasarkan Tugas Dan Peranan. Kumpulan kerja ialah ahli pasukan dalam sesuatu unit organisasi, iaitu setiap individu membantu dan bekerjasama, berkongsi maklumat, mempunyai matlamat yang sama, dan berkomunikasi. Setiap ahli kumpulan perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing. Perkara ini penting bagi membina pasukan yang cemerlang sama ada secara individu atau untuk sebuah organisasi. Contoh jadual pembahagian kerja Tugasan Senarai Tugas Pengurus Tadbir Urus Pereka Bentuk Pembanguna n Mock-up Tugasan 1 Perbincangan dengan pelanggan Mencari,mengikla n projek,dan pelanggan Perbincangan dengan pelanggan Mendapatkan lakaran bersaiz, menyediakan bahan dan peralatan Tugasan 2 Penentuan skop, projek dan penentuan masa Menyelidik maklumat dan data berkaitan Penyediaan pelbagai lakaran Mengukur, menanda, memotong dan memasang Tugasan 3 Pembahagian tugas ahli Mendapat sumber dan penentuan kos Menyediakan lakaran bersaiz Menghasilka n mock-up atau model Tugasan 4 Menganalisis maklum balas pelanggan untuk penambahbaika n versi yang berikutnya Menyediakan dokumentasi dan persembahan Menganalisis maklum balas pelanggan untuk penambahbaika n versi yang berikutnya Menguji dan menganalis Jadual 3: jadual pembahagian kerja 85
CONTOH FORMAT KERTAS KERJA: TAJUK PROJEK: RAK SERBAGUNA AHLI KUMPULAN : BIL NAMA TINGKATAN KAD PENGENALAN 86
Tajuk projek : Rak Serbaguna 1.0 Situasi Cenderahati kepada pelajar tingkatan 1 yang baru masuk ke asrama sebagai alat peragaan dan penyimpanan. “WELCOME GIFT” 2.0 Objektif/Tujuan 2.1 Menyediakan tempat penyimpanan alatan dan sebagai bahan peragaan. 2.2 Alatan tersusun kemas dan teratur 2.2 Mengambil masa yang singkat untuk mendapatkan alatan apabila diperlukan 3.0 Sasaran Kumpulan sasaran bagi projek ini ialah golongan pelajar baharu TINGKATAN 1 yang menginap di asrama. 4.0 Bilangan Pengeluaran 100 unit 87
5.0 Lakaran Projek Rajah 1: Contoh lakaran 88
Contoh 1 Jadual 4: Contoh jadual kerja 1 Contoh 2 Bil Aktiviti Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 Mendapatkan projek baharu / / 2 Mendapatkan sumber / / 3 Merancang strategi / / 4 Mendapatkan bahan / / 5 Melaksanakan projek / / 6 Kelulusan piawaian / / / 7 Penyerahan projek / / / Jadual 5: Contoh jadual kerja 2 6.0 Jadual kerja Bil Aktiviti Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 Perbincangan konsep bersama pelanggan / / 2 Melakar bentuk bakul dengan persetujuan pelanggan / / 3 Mencari pembekal bahan / / 4 Membuat pesanan / / 5 Mendapatkan bekalan bahan / / 6 Menanda, mengukur, memotong / / / 7 Memasang / / / 8 Menguji guna / penambahbaikan / 9 Kemasan / 10 Kerja siap dan membuat laporan serta tuntutan bayaran / / / 89
Rajah 2: Carta Organisasi Tugasan Senarai Tugas Pengurus Tadbir Urus Pereka Bentuk Pembangunan Mock-up Tugasan 1 Perbincangan dengan pelanggan Mencari,mengiklan projek,dan pelanggan Perbincangan dengan pelanggan Mendapatkan lakaran bersaiz, menyediakan bahan dan peralatan Tugasan 2 Penentuan skop, projek dan penentuan masa Menyelidik maklumat dan data berkaitan Penyediaan pelbagai lakaran Mengukur, menanda, memotong dan memasang Tugasan 3 Pembahagian tugas ahli Mendapat sumber dan penentuan kos Menyediakan lakaran bersaiz Menghasilkan mock-up atau model Tugasan 4 Menganalisis maklum balas pelanggan untuk penambahbaikan versi yang berikutnya Menyediakan dokumentasi dan persembahan Menganalisis maklum balas pelanggan untuk penambahbaikan versi yang berikutnya Menguji dan menganalis 7.0 Jawatankuasa Kerja Projek 8.0 Tugasan Ahli Jawatankuasa Pembangunan mock-up/mode JOTHI A/L KUMAR Pengurus Projek HARIS BIN ARIF Pereka Bentuk ASHRAF BIN ANIS Setiausaha HUSNA BINTI ALI Bendahari HO LEE CHOO Jadual 6: Senarai tugas 90
a) Kos bahan b) Kos upah c) Kos overhed 9.0 Anggaran Kos Projek Bil. Pekerja X Masa X Kadar upah sejam X Bil. hari 3 X 5 X 5 X 2 = RM 150.00 Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah 1 Kayu 2 RM1.00 RM 200.00 2 Perspek 1 RM0.50 RM 50.00 3 MDF 1 RM0.50 RM 50.00 4 Paip PVC 1 RM0.20 RM 20.00 5 Glu 2liter RM5.00 RM 10.00 6 Paku 500gram RM 5.00 7 Tona Kayu 2tin RM20.00 RM 40.00 Jumlah RM 275.00 Perkara Kos/hari (RM) Jumlah (RM) Bil elektrik 5.00 10.00 Bil Air 2.50 5.00 Jumlah RM 15.00 91
Jumlah kos modal Kos bahan + Kos upah + Kos overhed RM 275.00 + 150.00 + 15.00 = RM 435.00 Kos pengeluaran untuk seunit RM 435.00 100 RM 4.35 Kos jualan Kos modal + Peratus keuntungan RM 4.35 + RM 4.35 (100% untung) Kos jualan = RM 8.70 10.0 Penutup Kesimpulan rak sebaguna ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan ianya dapat berfungsi seperti yang dikehendaki. Disediakan oleh ; ......................................................... Pengurus Projek Tarikh : Disahkan oleh ; ............................................... Guru Reka Bentuk Dan Teknologi Tarikh : 92