KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH
MENGGERAKKAN SUKARELAWAN SECARAOPTIMUM
LAPORAN AKHIR
Disediakan Oleh:
4 MAC 2016
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
LAPORAN AKHIR
Tajuk Projek:
KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH
MENGGERAKKAN SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Disediakan Oleh:
UKM Pakarunding Sdn Bhd
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Tel: 03-89213142
Fax: 03-89252469
Website: http://www.pakarunding.ukm.my/
Disediakan Untuk:
Institut Sosial Malaysia
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Lot PT 13856
KM 6 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban
Sungai Besi, 57100 KUALA LUMPUR
Tel: +60 3 7985 3333
Faks: +60 3 7985 3300
Laman web : www.ism.gov.my
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) i
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
KANDUNGAN MUKA
SURAT
PERKARA
ii-vi
KANDUNGAN vii-ix
SENARAI JADUAL x-xii
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN xiii
JAWATANKUASA TEKNIKAL xiv-xvi
PASUKAN PERUNDING
xvii
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1-1
1-2
1.1 PENGENALAN 1-3
1.2 KEPENTINGAN KAJIAN 1-3
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1-4
1.4 SKOP KAJIAN 1-4
1.5 DEFINISI KONSEP DAN DEFINISI OPERASIONAL KAJIAN 1-4
1-4
1.5.1 Pertubuhan Sukarela 1-4
1.5.2 Pertubuhan Sukarela Formal 1-4
1.5.3 Pertubuhan Sukarela Tidak Formal 1-5
1.5.4 Pertubuhan Sukarela Berdaftar
1.5.5 Pertubuhan Sukarela Tidak Berdaftar 1-5
1.5.6 Definisi Operasi Kajian Pertubuhan/Organisasi Sukarela dan 1-6
1-7
Sukarelawan
1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN 2-1
1.7 SEKTOR UTAMA SUKARELAWAN 2-7
1.8 JADUAL KAJIAN (CARTA GANTT PINDAAN) 2-8
2-11
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2-11
2-13
2.1 SUKARELAWAN DAN KESUKARELAWANAN
2.2 KAJIAN KESUKARELAWANAN 2-17
2.3 TREND KESUKARELAWANAN
2.4 ISU DAN CABARAN KESUKARELAWANAN 2-18
2-20
2.4.1 Etika, Polisi, Identiti, Keahlian/Penyertaan
2.4.2 Kekangan Kepelbagaian Sumber (Kewangan, Manusia,
Kepakaran)
2.4.3 Kemudahan Insfrastruktur dan Isu Kualiti
Perkhidmatan/Perubahan
2.4.4 Kekangan Ilmu
2.4.5 Kesedaran Masyarakat
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) ii
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
2.4.6 Keperluan Kepada Penyelidikan dan Pembangunan 2-23
2.5 RUMUSAN 2-26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3-1
3-1
3.1 PENGENALAN 3-1
3.1.1 Lokasi dan Populasi Kajian 3-4
3.1.2 Sasaran dan Pencapaian Bilangan Responden Kajian 3-4
3.1.3 Instrumen Kajian 3-5
3.1.4 Persampelan dan Proses Pengumpulan Data Kajian 3-5
3.1.5 Analisis Data 3-8
3.1.6 Isu dan Masalah Ketika Kerja Lapangan 3-9
3.1.7 Senarai Enumerator Kajian 3-10
3.1.8 Tarikh Perlaksanaan Temu Bual dan Lawatan Mengikut Negeri 3-11
3.1.9 Aktiviti Keseluruhan Pelaksanaan Kerja Lapangan 3-13
3-13
3.2 PENGENALAN KAJIAN RINTIS 3-17
3.3 HASIL KAJIAN RINTIS 3-19
3.3.1 Kajian Rintis Organisasi Sukarelawan 4-1
3.2.2 Kajian Rintis Sukarelawan 4-1
3.4 RUMUSAN KAJIAN RINTIS 4-3
BAB 4 ANALISIS ORGANISASI SUKARELA 4-5
4-6
4.1 PENGENALAN 4-6
4.2 PROFIL RESPONDEN ORGANISASI KAJIAN 4-8
Penyertaan Informan Organisasi Sukarela di dalam Program 4-9
4.2.1 Latihan 4-10
PROFIL ORGANISASI 4-13
4.3 Taburan Organisasi Sukarela Berdasarkan Negeri 4-15
4.3.1 Misi Organisasi Sukarela 4-16
4.3.2 Objektif Organisasi Sukarela 4-17
4.3.3 4-19
Sumber Pembiayaan Organisasi Sukarela 4-22
4.3.4 4-23
Sektor Organisasi Kesukarelawanan 4-28
4.3.5 4-31
AKTIVITI SEBENAR ORGANISASI SUKARELA 4-33
4.4 Tahap Keterlibatan Organisasi Sukarela
4.4.1 Kegiatan Terkini Organisasi Sukarela iii
4.4.2 PENERIMAAN PENGHARGAAN / ANUGERAH
KELEMAHAN ORGANISASI SUKARELA
4.5 AKTIVITI ORGANISASI SUKARELA
4.6 TAHAP KEAKTIFAN DAN PROSPEK ORGANISASI SUKARELA
4.7 BENTUK SOKONGAN ORGANISASI SUKARELA
4.8 KAEDAH PROMOSI DAN KOMUNIKASI ORGANISASI SUKARELA
4.9 PROSES ORGANISASI SUKARELA SECARA KESELURUHAN
4.10
4.11 UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
4.12 CABARAN KRITIKAL ORGANISASI SUKARELA 4-35
4.13 RUMUSAN ANALISIS ORGANISASI SUKARELA 4-38
BAB 5 ANALISIS AHLI SUKARELAWAN 5-1
5-1
5.1 PENGENALAN 5-8
5.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN 5-8
5.3 PROFIL KESUKARELAWANAN 5-11
5-13
5.3.1 Keanggotaan Sukarelawan dalam Organisasi 5-14
5.3.2 Kefahaman tentang Konsep Sukarelawan 5-15
5.3.3 Perangsang Penglibatan Responden dalam Aktiviti Sukarelawan 5-17
5.3.4 Medium Maklumat dan Ransangan 5-18
5.3.5 Faktor Penentu Keterlibatan Sukarelawan 5-25
5.3.6 Tahap / Peringkat Keterlibatan Kesukarelawanan 5-28
5.3.7 Individu Lain yang Terlibat Dalam Sukarelawan
5.4 LATIHAN 5-30
5.5 TAHAP KEPUASAN TERHADAP INDIKATOR PENGOPTIMUMAN 5-30
5-32
KESUKARELAWANAN 5-33
5.6 MANFAAT DAN MASA DEPAN SUKARELAWAN
6-1
5.6.1 Manfaat Sukarelawan 6-2
5.6.2 Masa Depan Sukarelawan 6-2
5.7 KESIMPULAN 6-3
BAB 6 ISU DAN CABARAN SUKARELAWAN DI MALAYSIA 6-4
6-6
6.1 PENGENALAN 6-7
6.2 ISU DAN CABARAN BERDASARKAN PERSPEKTIF ORGANISASI 6-8
6.2.1 Profil Sukarelawan dan Pertubuhan 6-9
6.2.2 Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi 6-10
6-11
Pengurusan
6.2.3 Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan 6-12
6.2.4 Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO 6-13
6.2.5 Latihan dan Pembangunan Kemahiran
6.2.6 Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan 6-14
6-15
dan Penyeliaan
6.2.7 Penilaian dan Prestasi Sukarelawan iv
6.2.8 Maklumbalas Organisasi dan Prestasi Sukarelawan
6.2.9 Amalan Berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan
Motivasi
6.2.10 Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
6.2.11 Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan
Berterusan
6.2.12 Pendokumentasian dan Maklumat Rekod
6.2.13 Sumber-Sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Manusia 6-16
6.2.14 Governans dan Institusi 6-17
6.2.15 Keselamatan dan Kesihatan 6-18
6.3 ISU DAN CABARAN DARIPADA PERSPEKTIF AHLI
6-18
SUKARELAWAN 6-21
6.3.1 Profil Sukarelawan dan Pertubuhan 6-22
6.3.2 Mobiliti, Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan 6-24
6.3.3 Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan 6-25
6.3.4 Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO 6-27
6.3.5 Latihan dan Pembangunan Kemahiran
6.3.6 Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan 6-28
6-30
dan Penyeliaan 6-31
6.3.7 Penilaian dan Prestasi Sukarelawan
6.3.8 Maklum Balas Organisasi 6-33
6.3.9 Amalan Berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan 6-34
Motivasi 6-35
6.3.10 Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan 6-36
6.3.11 Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan
6-38
Berterusan 6-38
6.3.12 Pendokumentasian Maklumat dan Rekod 6-39
6.3.13 Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber
Manusia
6.3.14 Governans dan Institusi
6.3.15 Keselamatan dan Kesihatan
6.4 RUMUSAN
BAB 7 AMALAN TERBAIK PENGURUSAN STRATEGIK ORGANISASI DAN SUKARELAWAN
7.1 PENGENALAN 7-1
7.2 KETERLIBATAN ORGANISASI DALAM PROGRAM SUKARELAWAN 7-1
7-2
7.2.1 Persediaan Organisasi Sukarela dalam Melaksanakan Program
Sukarelawan 7-3
7-6
7.2.2 Persediaan Lokasi bagi Program Sukarelawan 7-7
7.2.3 Tindak Balas Selepas Perlaksanaan Program Sukarelawan 7-9
7.2.4 Tindakan Selepas Post Mortem 7-10
7.3 AMALAN TERBAIK ORGANISASI DALAM KESUKARELAWAN 7-11
7.4 KETERLIBATAN AHLI SUKARELAWAN 7-11
7.4.1 Kefahaman tentang Konsep Sukarelawan 7-13
7.4.2 Operasi Aktiviti Sukarelawan
7.5 PERSEDIAAN SEBELUM MENJALANKAN AKTIVITI 7-15
SUKARELAWAN 7-16
7.6 SEMASA MENJALANKAN OPERASI ATAU AKTIVITI
v
SUKARELAWAN
7.6.1 Persiapan di Lokasi / Semasa Operasi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
7.6.2 Bidang Tugas Sukarelawan Sebenar di Tapak Operasi 7-17
7.6.3 Pembahagian Kerja Dalam Kalangan Ahli 7-17
7.6.4 Bentuk Kerjasama Dengan Pasukan Sukarelawan Lain 7-17
7.6.5 Jangka Masa Bertugas semasa Operasi Sukarelawan 7-19
7.7 SELEPAS OPERASI SUKARELAWAN 7-21
7.7.1 Post Mortem, Pelaporan dan Pemeriksaan Kesihatan 7-21
7.7.2 Cadangan untuk Mempertingkatkan Pengalaman Sukarelawan 7-22
7.8 AMALAN TERBAIK BERDASARKAN PERSPEKTIF SUKARELAWAN 7-23
7.9 RUMUSAN 7-24
BAB 8 KERANGKA PENGOPTIMUMAN SUKARELAWAN 8-1
8-1
8.1 PENGENALAN
8.2 PARAMETER DALAM MEMBANGUNKAN KERANGKA 8-4
PENGOPTIMUMAN SUKARELAWAN 8-9
8.3 KEPENTINGAN PARAMETER BERASASKAN PERSPEKTIF
8-14
ORGANISASI
8.4 KEPENTINGAN PARAMETER BERASASKAN PERSPEKTIF 8-18
SUKARELAWAN 8-20
8.5 KEPENTINGAN PARAMETER BERDASARKAN INTEGRATIF 8-22
8-23
ORGANISASI-SUKARELAWAN 8-24
8.6 PRINSIP TERAS DALAM KERANGKA PENGOPTIMUMAN 8-24
8-37
SUKARELAWAN
8.7 KERANGKA PENGOPTIMUMAN SUKARELAWAN
8.7.1 Peringkat Pra Operasi Sukarelawan
8.7.2 Peringkat Pelaksanaan Operasi Sukarelawan
8.7.3 Peringkat Pasca Operasi Sukarelawan
8.8 CADANGAN STRATEGI PENGOPTIMUMAN SUKARELAWAN
8.9 RUMUSAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
Lampiran 1 Borang Soal Selidik Organisasi Sukarelawan
Lampiran 2 Borang Soal Selidik Ahli Organisasi Sukarelawan
Lampiran 3 Senarai Kehadiran Mesyuarat/Bengkel
Lampiran 4 Senarai Organisasi Sukarelawan Yang Terlibat
Lampiran 5 Gambar Kerja Lapangan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) vi
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
No. Jadual SENARAI JADUAL Muka Surat
Jadual 1.1 1-7
Jadual 3.1 Perkara 3-2
Carta Gantt Kajian Pindaan
Jadual 3.2 Sasaran dan Bilangan Sebenar Responden Organisasi 3-3
Jadual 3.3 Sukarelawan 3-4
Jadual 3.4 Sasaran dan Bilangan Sebenar Responden Ahli Sukarelawan 3-5
Sasaran dan Bilangan Sebenar Responden Kajian
Jadual 3.5 Masalah Enumerator Semasa Menjalankan Temu Bual dan 3-8
Lawatan Mengikut Negeri
Jadual 3.6 Senarai Enumerator yang Menjalankan Temu Bual dan 3-9
Jadual 3.7 Lawatan Mengikut Negeri 3-10
Jadual 3.8 Tarikh Pelaksanaan Temu Bual dan Lawatan Mengikut Negeri 3-11
Jadual 3.9 Aktiviti Keseluruhan Pelaksanaan Kerja Lapangan 3-11
Jadual 3.10 Pemilihan Responden Organisasi Bagi Kajian Rintis 3-12
Pemilihan Responden Sukarelawan Bagi Kajian Rintis
Jadual 3.11 Bentuk Soalan Bagi Borang Soal Selidik Organisasi 3-12
Jadual 3.12 Sukarelawan 3-14
Jadual 3.13 Bentuk Soalan Bagi Borang Soal Selidik Sukarelawan 3-16
Jadual 3.14 Latar Belakang Informan dalam Organisasi 3-18
Jadual 4.1 Misi dan Objektif Organisasi
Jadual 4.2 Latar Belakang Responden 4-2
Jadual 4.3 Latar Belakang Responden dalam Organisasi 4-3
Jadual 4.4 Pekerjaan dan Kelayakan dalam Organisasi Sukarela 4-4
Jadual 4.5 Jenis Kelulusan atau Latihan yang Diterima 4-10
Jadual 4.6 Sumber Pembiayaan Organisasi Sukarela 4-14
Jadual 4.7 Aktiviti Sebenar Organisasi Sukarela 4-16
Jadual 4.8 Tahap Keterlibatan Organisasi 4-17
Jadual 4.9 Aktiviti Terkini Organisasi Sukarela 4-18
Jadual 4.10 Jenis Penghargaan Diterima Organisasi 4-18
Jadual 4.11 Senarai Anugerah Organisasi Sukarela 4-23
Peratusan Aktiviti Terkini Organisasi Sukarela Mengikut Jenis 4-24
Jadual 4.12 Adakah Wujud Persekitaran yang Menggalakkan Aktiviti
Jadual 4.13 Sukarelawan di Malaysia? 4-26
Jadual 4.14 Bilangan dan Peratusan Tahap Keaktifan Organisasi Sukarela 4-27
Jadual 4.15 Bilangan dan Peratusan Tahap Prospek Organisasi Sukarela 4-31
Jadual 5.1 Jenis Sumber Sokongan Organisasi Sukarela 4-34
Jadual 5.2 Ulasan Berkaitan Proses Organisasi Sukarela
Jadual 5.3 Latar Belakang Responden 5-2
Jadual 5.4 Tahap Pendidikan dan Pekerjaan Responden 5-3
Jadual 5.5 Kategori Pendapatan Sebulan Sukarelawan 5-5
Jadual 5.6 Ringkasan Kemahiran Berkomunikasi dan 3M 5-6
Jenis Pertubuhan / Organisasi Sukarelawan 5-8
Aktiviti Sukarelawan Utama Responden 5-9
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) vii
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Jadual 5.7 Kefahaman terhadap Konsep Sukarelawan 5-10
Jadual 5.8 Sukarelawan yang memberikan Maklum Balas dan Sebaliknya 5-12
Mengikut Organisasi
Jadual 5.9 Kefahaman tentang Kesukarelawanan 5-13
Jadual 5.10 Sumber Maklumat yang Menjadi Ransangan Keanggotaan 5-15
Jadual 5.11 Faktor yang Mendorong Responden Terlibat dalam 5-16
Kesukarelawanan
Jadual 5.12 Tahap / Peringkat Keterlibatan 5-17
Jadual 5.13 Contoh Penglibatan Ahli Keluarga dalam Kegiatan 5-19
Sukarelawan
Jadual 5.14 Penglibatan Ahli Keluarga dalam Aktiviti Sukarelawan 5-20
(bilangan)
Jadual 5.15 Tahun Mula Menceburi dalam Sukarelawan 5-21
Jadual 5.16 Jangka Masa Keterlibatan dalam Aktiviti Sukarelawan 5-21
Jadual 5.17 Keperluan Sokongan Mengikut Gender (Bagi Jawapan ‘Ya’ 5-22
Sahaja)
Jadual 5.18 Kumpulan Sasaran Sukarelawan 5-24
Jadual 5.19 Kumpulan Sasaran mengikut Zon Operasi 5-25
Jadual 5.20 Keutamaan Kanak-kanak dan Anak Yatim Mengikut Zon 5-26
Jadual 5.21 Kekerapan Sukarelawan Mengikuti Latihan 5-27
Jadual 5.22 Tahap Kepuasan Sukarelawan terhadap Parameter ke arah 5-29
Pengoptimuman Sukarelawan
Jadual 5.23 Adakah Anda Mendapat Manfaat Daripada Aktiviti 5-31
Sukarelawan?
Jadual 5.24 Kemahiran daripada Aktiviti Kesukarelawanan 5-32
Jadual 5.25 Kesediaan Sukarelawan Mempromosikan Aktiviti Sukarelawan 5-36
kepada Kawan-Kawan
Jadual 6.1 Isu Profil Sukarelawan 6-20
Jadual 6.2 Isu Ahli Sukarelawan 6-20
Jadual 6.3 Isu yang Berkaitan dengan Persekitaran Enabling, Pemantauan 6-28
dan Penyeliaan
Jadual 6.4 Isu Penilaian dan Prestasi Sukarelawan 6-30
Jadual 6.5 Maklum Balas Sukarelawan 6-31
Jadual 6.6 Isu Amalan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan 6-32
Motivasi
Jadual 6.7 Pengesanan dan Strategi Pengekalan Sukarelawan 6-34
Jadual 6.8 Isu Kelestarian dan Penambahbaikan Berterusan 6-35
Jadual 6.9 Isu-Isu Utama Mengikut Parameter Sukarelawan 6-39
Jadual 6.10 Cabaran Utama mengikut Parameter Sukarelawan 6-43
Jadual 7.1 Amalan Terbaik Organisasi Sukarela
Jadual 7.2 Persediaan Awal Menjalankan Aktiviti Sukarelawan 7-9
Jadual 7.3 Persediaan Sebelum ke Lokasi 7-13
Jadual 7.4 Persediaan dan Persiapan di Lokasi 7-14
Jadual 7.5 Pembahagian Kerja Dalam Kalangan Ahli Sukarelawan 7-16
7-17
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
viii
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Jadual 7.6 Bekerjasama dengan Pasukan Lain Semasa Operasi 7-18
Jadual 7.7 Kerjasama Sukarelawan antara Organisasi 7-18
Jadual 7.8 Tindakan Selepas Menjalankan Operasi / Aktiviti Sukarelawan 7-21
Jadual 7.9 Amalan Terbaik dalam Sukarelawan 7-22
Jadual 8.1 Parameter dalam Kerangka Pengoptimuman Sukarelawan
Jadual 8.2 Sub-Parameter dalam Kerangka Pengoptimuman Sukarelawan 8-2
Jadual 8.3 Parameter Membangunkan Kerangka Pengoptimuman 8-3
Sukarelawan Berasaskan Perspektif Organisasi 8-7
Jadual 8.4 Sub-Parameter Membangunkan Kerangka Sukarelawan
Berdasarkan Perspektif Organisasi 8-8
Jadual 8.5 Sub-Parameter Berasaskan Perspektif Sukarelawan
Jadual 8.6 Sub-Parameter Sukarelawan 8-12
Jadual 8.7 Parameter Membangunkan Kerangka Pengoptimuman 8-13
Sukarelawan 8-17
Jadual 8.8 Cadangan Pelan Strategik Sukarelawan
Jadual 8.9 Cadangan Strategi Bagi Pengoptimuman Sukarelawan 8-25
8-27
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) ix
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
No. Rajah SENARAI RAJAH Muka Surat
Rajah 1.1 1-6
Rajah 2.1 Perkara
Rajah 3.1 Sektor Utama Sukarelawan 2-25
Rajah 3.2 Kajian Sukarelawan di Peringkat Malaysia dan Antarabangsa 3-15
Rajah 4.1 Klasifikasi Organisasi 3-18
Rajah 4.2 Keterlibatan Responden dalam Organisasi Sukarelawan
Rajah 4.3 Jenis Pertubuhan/Organisasi Sukarela 4-5
Rajah 4.4 Taburan Negeri Organisasi Responden 4-6
Rajah 4.5 Misi Organisasi Sukarelawan 4-8
Rajah 4.6 Objektif Organisasi Sukarelawan 4-9
Rajah 4.7 Sumber Pembiayaan Melalui Sumbangan Lain 4-11
Rajah 4.8 Sektor Kesukarelawan Organisasi 4-12
Rajah 4.9 Peratusan Aktiviti Organisasi Mengikut Pecahan 4-13
Rajah 4.10 Kelemahan Organisasi Sukarela Mengikut Isu dan Cabaran 4-21
Rajah 4.11 Bilangan Aktiviti Terkini Organisasi Sukarela Mengikut Jenis 4-24
Rajah 4.12 Tahap Keaktifan Organisasi Sukarela 4-27
Rajah 4.13 Tahap Prospek Organisasi dan Aktiviti Sukarela di Malaysia 4-28
Rajah 5.1 Kaedah Promosi dan Komunikasi Organisasi Sukarela 4-33
Rajah 5.2 Cabaran Kritikal Organisasi Sukarela 4-37
Rajah 5.3 Zon Kediaman dan Zon Operasi Sukarelawan 5-4
Rajah 5.4 Kategori Pendapatan Sebulan Sukarelawan 5-5
Rajah 5.5 Kemahiran Berkomunikasi dan 3M dalam Kalangan Responden 5-7
Rajah 5.6 Keanggotaan Responden dalam Organisasi Sukarela 5-8
Sektor Sukarelawan Responden 5-10
Rajah 5.7 Peratus Responden yang Memberikan Maklum Balas Mengikut 5-12
Rajah 5.8 Organisasi
Peransang Keterlibatan Responden dalam Sukarelawan 5-14
Rajah 5.9 Sumber Keutamaan Mendapat Maklumat dan Ransangan 5-16
Keanggotaan dalam Kegiatan Sukarelawan
Rajah 5.10 Keterlibatan dalam Pertubuhan Sukarela Melebihi Satu 5-18
Rajah 5.11 Peringkat / Tahap
Rajah 5.12 Penglibatan Ahli Keluarga dalam Aktiviti Sukarelawan 5-20
Rajah 5.13 Sokongan Semasa Menjalankan Aktiviti Sukarelawan 5-23
Rajah 5.14 Peratusan Ahli Sukarelawan yang Pernah Mengikuti Latihan 5-26
Rajah 6.1 Tahap Kepuasan terhadap Indikator Sukarelawan 5-30
Rajah 6.2 Peratus Manfaat Kesukarelawan 5-31
Isu Berkait Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
Rajah 6.3 Isu Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi 6-3
Rajah 6.4 Pengurusan 6-4
Rajah 6.5 Isu Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
Isu Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO 6-5
Isu Latihan dan Pembangunan Kemahiran 6-6
6-8
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) x
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Rajah 6.6 Isu Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, 6-9
Pemantauan dan Penyeliaan
Rajah 6.7 Isu Penilaian dan Prestasi Sukarelawan 6-10
Rajah 6.8 Isu Maklum Balas Organisasi 6-11
Rajah 6.9 Isu Amalan-Amalan Berkaitan Pentauliahan, Pampasan, 6-12
Penghargaan dan Motivasi
Rajah 6.10 Isu Pengesanan Alumni dan Strategi 6-13
Rajah 6.11 Isu Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan 6-14
Berterusan
Rajah 6.12 Isu Pendokumentasian dan Maklumat Rekod 6-15
Rajah 6.13 Isu Sumber-Sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber 6-16
Manusia
Rajah 6.14 Isu Governans dan Institusi 6-17
Rajah 6.15 Isu Keselamatan dan Kesihatan 6-18
Rajah 6.16 Isu Profil Sukarelawan 6-19
Rajah 6.17 Isu Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi 6-21
Pengurusan
Rajah 6.18 Isu Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan 6-23
Rajah 6.19 Isu Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO. 6-25
Rajah 6.20 Isu Latihan dan Pembangunan Kemahiran Sukarelawan 6-26
Rajah 6.21 Isu berkaitan Persekitaran Enabling, Pemantauan dan 6-27
Penyeliaan
Rajah 6.22 Isu Penilaian dan Prestasi Sukarelawan 6-29
Rajah 6.23 Isu Maklum Balas Organisasi 6-30
Rajah 6.24 Isu Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi 6-32
Rajah 6.25 Isu pengesanan Alumni dan Pengekalan Sukarelawan 6-33
Rajah 6.26 Isu Kelestarian dan Penambahbaikan Berterusan 6-35
Rajah 6.27 Isu Dokumentasi dan Rekod 6-36
Rajah 6.28 Isu Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber 6-37
Manusia
Rajah 6.29 Isu Governans dan Institusi 6-38
Rajah 6.30 Isu Keselamatan dan Kesihatan 6-39
Rajah 7.1 Persediaan Organisasi Sebelum Perlaksanaan Program
Sukarelawan 7-3
Rajah 7.2 Persediaan Bagi Lokasi Program Sukarelawan
Rajah 7.3 Tindak Balas Selepas Program Sukarelawan 7-5
Rajah 7.4 Tindakan Selepas Post-Mortem Organisasi Sukarela 7-7
Rajah 7.5 Respons terhadap Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas 7-8
Operasi 7-12
Rajah 7.6 Kedudukan Persediaan Mental dan Fizikal Sebelum ke Lokasi
Operasi 7-15
Rajah 7.7 Jangka Masa Melaksanakan Operasi Sukarelawan
Rajah 7.8 Jangka Masa Bertugas Sukarelawan 7-20
Rajah 7.9 Bidang Pelaporan Sukarelawan 7-20
7-22
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
xi
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Rajah 7.10 Cadangan untuk Mempertingkatkan Sukarelawan 7-23
Rajah 8.1 Kerangka ke Arah Menggerakkan Sukarelawan Secara Optimum 8-21
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) xii
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JKM SENARAI SINGKATAN
SOP
ROS Jabatan Kebajikan Masyarakat
ISM Prosedur Operasi Piawaian
MBM Pendaftar Pertubuhan Malaysia
NGO Institut Sosial Malaysia
iM4U Majlis Belia Malaysia
SPSS Badan Bukan Kerajaan
PERWANI 1Malaysia for Youth
PBSM Statistical Package for Social Science
JKKK Komuniti PERWANI 1Malaysia
RELA Persatuan Bulan Sabit Malaysia
JPAM Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung
OKU Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
KPI Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Orang Kurang Upaya
Key Performance Indicators/Petunjuk Prestasi Utama
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) xiii
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Pengerusi JAWATANKUASA TEKNIKAL
:Dr. Haji Al-Azmi Bin Bakar
Pengarah, Institut Sosial Malaysia
Ahli-ahli Mesyuarat :
Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Dr. Waitchalla A/P R. R. V. Suppiah
Setiausaha Bahagian
Diwakili oleh:
Puan Nur Fathiah Raduwan
Penolong Setiausaha (Unit Pembangunan Masyarakat)
Puan Norasni binti Basarudin
Penolong Setiausaha (Unit Perancangan dan Penyelidikan)
Bahagian Komuniti
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Encik Zulkifli bin Ismail
Pengarah Bahagian Komuniti
Diwakili oleh:
Encik Mohd. Hamizan bin Nasir
Ketua Penolong Pengarah
Encik Zamzuri bin Mohamad
Penolong Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Dr. Zaitol binti Salleh
Pengarah
Diwakili oleh:
Encik Khairul Amri bin Ahmad
Penolong Pengarah Kanan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) xiv
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
iM4U (1Malaysia for Youth)
Encik Nizam bin Aman
Pengurus, Outreach Centre
Encik Mohd Azizan bin Mohd Yusof
Eksekutif Kanan, Outreach Centre
Kluster Penyelidikan dan Pembangunan
Institut Sosial Malaysia
Puan Nurul Hidayah binti Abd. Khalid
Ketua Kluster
Kluster Pembangunan Kapasiti dan Gender
Institut Sosial Malaysia
Encik Nor Maarof bin Idris
Ketua Kluster
Diwakili oleh:
Encik Gunaseelan A/L Munusamy
Perunding Latihan (1)
Encik Muhamad Fadhil bin Shafie
Pegawai Khidmat Singkat
Kluster Kesukarelawanan dan Keusahawanan Sosial
Institut Sosial Malaysia
Encik Che Ayob bin Othman
Ketua Kluster
Diwakili oleh:
Puan Esah binti Keling
Perunding Latihan (2)
Kluster Pembangunan Professional
Institut Sosial Malaysia
Puan Norliza binti Mokhtar
Ketua Kluster
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) xv
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Diwakili oleh:
Encik Azmi bin Ibrahim
Perunding Latihan (2)
Encik Muhd. Razmee Abd. Razak
Perunding Latihan (3)
Kluster Pembangunan Sosial
Institut Sosial Malaysia
Encik Desa bin Mat Rabi
Perunding Latihan 1 merangkap Ketua Kluster
Encik Mohd. Shukry bin Taharem
Perunding Latihan (3)
Urusetia
Cik Khor Siew Yee
Perunding Latihan 1
Kluster Penyelidikan dan Pembangunan, Institut Sosial Malaysia
Puan Dana binti Zulkeefly
Perunding Latihan 2
Kluster Penyelidikan dan Pembangunan, Institut Sosial Malaysia
Cik Loh Siew Lik
Pegawai Khidmat Singkat
Kluster Penyelidikan dan Pembangunan, Institut Sosial Malaysia
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) xvi
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
PASUKAN PERUNDING
BIL NAMA JAWATAN/BIDANG KEPAKARAN
1 Prof. Dr. Hamzah Jusoh Ketua Projek/Perancangan Bandar &
Wilayah; Pembangunan Sumber
2 Prof. Madya Dr. Habibah Ahmad Perunding/Pelancongan dan Khidmat
Komuniti
3 Encik Mohd Nasir Selamat Perunding/Pembangunan Sumber Manusia
4 Encik Andi Muhammad Yusuf Pengurus Projek
5 Encik Muhamad Shahrul Nizam Sulaiman Eksekutif Projek
6 Encik Nur Hadi Bin Ibrahim Pembantu Penyelidik
7 Encik Mohd Syafiq Akmal Bin Pembantu Penyelidik
Kasimun@Katmon
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) xvii
BAB 1
Latar Belakang
Kajian
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bab 1
Latar Belakang
Kajian
1.1 PENGENALAN
Bencana banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada
akhir 2014 dan awal 2015 telah memperlihatkan peri penting kehadiran pasukan
sukarelawan bagi membantu agensi-agensi kerajaan dan mempercepatkan proses
menyelamat dan pengagihan bantuan serta usaha-usaha pemulihan semula mangsa-mangsa
banjir. Namun, ekoran daripada tiadanya penyelarasan dan pengurusan yang sistematik dan
bersepadu, hal ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan dan pembaziran sumber yang
akhirnya menyebabkan ketidakcapaian matlamat dan impak kepada kumpulan sasar seperti
yang diharapkan. Pertubuhan sukarela dan ahli sukarelawan, sama ada yang berdaftar atau
tidak berdaftar (ditubuhkan secara ad hoc) berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran
yang telah menjejaskan kecekapan dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh
mangsa bencana. Selain itu, gangguan daripada pihak-pihak yang tidak berkaitan telah
mengurangkan lagi keberkesanan sistem penyampaian bantuan dan usaha menyelamat
serta pemulihan mangsa bencana.
Kesukarelawanan memainkan peranan penting dalam gerakan pembaharuan sosial
komuniti sesebuah negara. Pertubuhan sukarela dan ahli sukarelawan menjadi tenaga
penggerak kritikal dalam mengisi lompang dalam penyediaan perkhidmatan terutama
kepada golongan komuniti terpinggir dan sektor-sektor kehidupan serta persekitaran yang
tidak memberi pulangan ekonomi yang tinggi. Selain itu, perkembangan terkini pertubuhan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 1-1
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sukarela yang memperlihatkan keterlibatan dana pembiayaan awam dan swasta serta trend
pengambilan tenaga kerja sukarelawan berbayar (pampasan) menuntut satu sistem
pengurusan dan tahap profesionalisme yang tinggi.
Perkembangan dan pertumbuhan pertubuhan sukarela berlaku dengan pesatnya,
terutamanya melibatkan pertubuhan sukarela tidak berdaftar dan ad hoc. Statistik
pendaftaran pertubuhan sukarela berstatus aktif di Malaysia (Pendaftar Pertubuhan) pada
tahun 2015 adalah sebanyak 143 buah. Manakala, pertubuhan sukarela kebajikan berdaftar
dan menerima geran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah sebanyak 268
buah. Sementara itu, bilangan pertubuhan sukarela yang ditubuhkan dan dioperasikan di
bawah institusi kerajaan dan swasta serta tidak berdaftar jauh lebih besar, sama ada oleh
jabatan-jabatan kerajaan di peringkat negeri atau negara, syarikat-syarikat swasta, institusi
pengajian tinggi awam dan swasta, sukarelawan berasaskan komuniti dan persatuan dan
sebagainya terutama ketika berdepan dengan sesebuah bencana. Penggemblengan
pertubuhan-pertubuhan ini sudah pasti mampu menggerakkan satu gerak kuasa angkatan
sukarelawan yang besar dan berimpak tinggi. Namun hakikatnya, keberkesanan gerak kuasa
ini dipersoalkan kerana sehingga kini, sebahagian besar mangsa bencana banjir masih lagi
tinggal di kawasan penempatan sementara yang serba kekurangan, dan fenomena-
fenomena negatif sosial, ekonomi dan alam sekitar masih terus mewarnai kehidupan di
negara ini.
1.2 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini menyumbang kepada usaha untuk:
1. Mengenal pasti isu dan masalah berkaitan menggerakkan secara besar-besaran dan
sistematik para sukarelawan dalam memberikan perkhidmatan berasaskan kebajikan
kemanusiaan, terutama semasa bencana dan kecemasan;
2. Membangunkan mekanisme, pelan tindakan dan prosedur operasi piawai (SOP) bagi
menggerakkan sukarelawan; dan
3. Mencadangkan pembentukan Majlis Tindakan Sukarelawan/Dasar Sukarelawan
Negara sekiranya diperlukan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 1-2
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pertubuhan sukarela dalam
menyampaikan perkhidmatan;
2. Mengenal pasti amalan terbaik pengurusan strategik dalam kalangan pertubuhan
sukarela; dan
3. Mencadangkan pembentukan mekanisme bagi mengurus, menggerak dan
menyelaraskan pertubuhan sukarela dan sukarelawan.
1.4 SKOP KAJIAN
1. Kajian ini meliputi pertubuhan sukarela yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan
(ROS), dan pertubuhan-pertubuhan sukarela di bawah agensi kerajaan dan swasta, dan
juga pertubuhan sukarela tidak berdaftar;
2. Kajian ini melibatkan 1,405 buah ahli pertubuhan sukarela di Malaysia dan 243
organisasi/pertubuhan sukarela;
3. Kajian kuantitatif dijalankan menggunakan Borang Soal Selidik yang kandungannya
dibuat berdasarkan Kerangka Penyelidikan yang telah diperakukan oleh ISM;
4. Sementara kajian kualitatif pula berdasarkan temu bual berstruktur dengan pengerusi
atau setiausaha pertubuhan sukarela yang telah dikenal pasti;
5. Kajian ini dilakukan berdasarkan metodologi yang telah ditetapkan oleh ISM, dan
laporan lengkap dikemukakan berdasarkan ketetapan ISM; serta
6. Satu bengkel telah diadakan bagi membincangkan mekanisme pengoptimuman
pertubuhan dan ahli sukarelawan, yang dihadiri oleh pegawai sektor awam, swasta,
ahli professional dan ahli akademik.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 1-3
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
1.5 DEFINISI KONSEP DAN DEFINISI OPERASIONAL KAJIAN
1.5.1 Pertubuhan Sukarela
Majlis Organisasi Sukarelawan Nasional England mendefinisikan pertubuhan sukarela
sebagai pertubuhan yang mempunyai governans sukarela dan tidak memberikan
keuntungan kepada pemegang kepentingannya. Pada tahun 1998, satu forum berkaitan
sukarelawan di United Kingdom telah bersetuju dengan definisi:
Volunteering is an important expression of citizenship and is an essential
component of democracy. It is the commitment of time and energy for the
benefit of society and the community and can take many forms. It is
undertaken freely and by choice, without concern or financial gain.
1.5.2 Pertubuhan Sukarela Formal
Didefinisikan sebagai:
“unpaid work carried out with or under the auspices of an organization”
takes place not only in the voluntary sector, but also within the private and
the public sector, particularly in areas of education, sport, leisure,
environment, health, social care and criminal justice. Formal volunteering is
usually “managed”, although this may not be in a very structured way.
1.5.3 Pertubuhan Sukarela Tidak Formal
Didefinisikan sebagai:
“unpaid voluntary work carried out outside organizations, often at
neighborhood level, but outside the immediate family”, is usually self-
managed and therefore falls outside the scope of this project”.
1.5.4 Pertubuhan Sukarela Berdaftar
Pertubuhan sukarela berdaftar merupakan pertubuhan yang berdaftar dengan badan-badan
tertentu, seperti dalam konteks Malaysia dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
1.5.5 Pertubuhan Sukarela Tidak Berdaftar
Pertubuhan sukarela tidak berdaftar adalah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan mana-
mana pihak berkuasa, seringkali ditubuhkan secara ad hoc bagi memenuhi tuntutan semasa.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 1-4
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
1.5.6 Definisi Operasi Kajian Pertubuhan/Organisasi Sukarela dan Sukarelawan
Bagi tujuan kajian ini, pertubuhan/organisasi sukarela didefinisikan sebagai
pertubuhan/organisasi sukarela yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, dan
juga pertubuhan/organisasi yang beroperasi di bawah institusi-institusi awam dan swasta,
serta pertubuhan/organisasi yang tidak berdaftar dan ditubuhkan secara ad hoc, bagi
menjalankan sebarang bentuk aktiviti atau memberi sumbangan kebajikan; fizikal atau
bukan fizikal bagi menangani sebarang bentuk insiden dan bencana. Sementara
sukarelawan pula didefinisikan sebagai individu-individu yang melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan/organisasi sukarela di atas, ataupun yang
bergerak secara persendirian.
1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Dalam kajian ini, kerangka konseptual sukarelawan adalah berdasarkan 15 parameter yang
utama, iaitu;
1. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
2. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
3. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
4. Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
5. Latihan dan Pembangunan Kemahiran
6. Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
7. Penilaian Prestasi Sukarelawan
8. Maklum Balas Organisasi
9. Amalan-amalan Berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
10. Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
11. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan
12. Pendokumentasian Maklumat dan Rekod
13. Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
14. Governans dan Institusi
15. Keselamatan dan Kesihatan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 1-5
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
1.7 SEKTOR UTAMA SUKARELAWAN
Dalam kajian ini, penekanan diberikan kepada 14 sektor sukarelawan yang berteraskan
kebajikan manusia (Rajah 1.1).
1. Penjagaan Kesihatan 8. Alam Sekitar
2. Pendidikan dan Penyelidikan 9. Pekerjaan dan Latihan
3. Kempen dan Gerak Kerja 10. Keagamaan dan
Komuniti Kerohanian
4. Sukan, Rekreasi dan 11. Perumahan, Kejiranan dan
Pelancongan Keluarga
5. Nasihat Kaunseling dan 12. Aktiviti dan Khidmat Belia
Maklumat
13. Keselamatan dan Undang-
6. Kerja Umum Sukarela dan undang
Komuniti
7. Khidmat Sosial dan Kebajikan 14. Bencana
RAJAH 1.1: Sektor Utama Sukarelawan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 1-6
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA
AKHIR
1.8 JADUAL KAJIAN (CARTA GANTT PINDAAN)
JADUAL 1.1: Carta G
PERKARA TAHUN 2
BULAN JUN JULAI OGOS SEPT
MINGGU 123412341234123
LAPORAN AWAL
LAPORAN
INTERIM
DRAF LAPORAN
AKHIR
LAPORAN AKHIR
KE ARAH MENGGERAKKAN SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Gantt Kajian Pindaan
2015 TAHUN 2016
T OKT NOV DIS JAN FEB
3412341234123412341 2 34
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 1-7
BAB 2
Kajian Literatur
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bab 2
Kajian Literatur
2.1 SUKARELAWAN DAN KESUKARELAWANAN
Kesukarelawanan menjadi fenomena global di mana individu bebas meluangkan masa
mereka, tanpa paksaan atau ganjaran, sama ada melibatkan organisasi tertentu secara
rasmi dan berstruktur atau tidak, dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada orang lain
(Canaan, 2010; Jenner et al., 2012). Kegiatan sukarelawan kini semakin meluas dengan
keterlibatan banyak pihak, termasuk individu dan organisasi. Kramer, Gossett dan Lewis’
(2013) mendapati bidang sukarelawan ini semakin mendapat perhatian sejak kebelakangan
ini. Ada yang berpendapat, bidang sukarelawan semakin terserlah mempengaruhi
pembangunan ekonomi, sosiologi, psikologi dan sains politik (Hustinx, Cnaan & Handy,
2010). World Giving Index (2013) mendapati aktiviti kesukarelawanan mengikut benua
semakin meluas dan melibatkan banyak pihak, dengan kadar kesukarelawanan bagi tempoh
2008-2012 secara puratanya 37.9% di Oceania (Australia & New Zealand); 22.8% di Amerika;
19.7% di Asia; 17.2% di Eropah; dan 17.0% di Afrika.
Keterlibatan dalam aktiviti sukarelawan secara berterusan dan tetap adalah penting
untuk mengekalkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan tidak berfokus kepada keuntungan
organisasi semata-mata, tetapi mampu menjamin kesejahteraan global. Sebagai contoh, di
Amerika Syarikat, hampir sejuta sukarelawan menyumbang kepada 15.5 bilion jam aktiviti
sukarelawan pada tahun 2000, bersamaan dengan USD239.2 bilion kos gaji pekerja. Begitu
juga situasi di Australia di mana daripada 5.2 juta warga Australia yang menawarkan diri
untuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan pada tahun 2006, sebanyak 84% disumbangkan
(623 juta jam) untuk sektor bukan keuntungan Australia dengan nilai gaji yang setara
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-1
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sebanyak AUD15 bilion. Angka sebegini jelas menunjukkan keperluan dan kepentingan
aktiviti sukarelawan dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Dalam konteks Malaysia, didapati indeks tahunan yang dikendalikan oleh Yayasan
Bantuan Kebajikan (CAF) melaporkan bahawa Malaysia berada di tangga ketujuh dunia iaitu
berkongsi kedudukan dengan United Kingdom, dan berada di kedudukan kedua dalam
kalangan negara Asia Tenggara selepas Myanmar. Peningkatan peratusan skor kegiatan
sukarelawan pada tahun 2014 adalah sebanyak 22% (menjadi 63%) daripada 41% pada
tahun 2013. Ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara dunia yang mengambil
berat hal ehwal kebajikan dunia di mana boleh dijadikan contoh kepada negara-negara
dunia lain dalam usaha meningkatkan kegiatan kesukarelawan ini, serta memenuhi tuntutan
dunia dalam konteks bantuan kemanusiaan (Luqman Arif, 2014).
Oleh itu, kepentingan individu bergelar sukarelawan dan konsep kesukarelawanan
itu sendiri boleh dikatakan penting dengan merujuk kepada sumbangan dan faedah yang
diperoleh dengan aktiviti ini. Maka, adalah perlu untuk melihat dengan lebih mendalam lagi
konsep kesukarelawanan ini agar keberlangsungan konsep kebajikan dapat diteruskan
dalam usaha menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.
Pelbagai definisi dikemukakan oleh para pengkaji berkenaan konsep sukarelawan.
Secara asas sukarela membawa maksud kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak
dikerah, dengan rela hati, pekerja yang tidak digaji atau diupah (Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996). Manakala sukarelawan bererti melibatkan seseorang individu yang
melakukan sesuatu dengan sukarela iaitu yang ingin memberikan khidmat mereka kepada
golongan yang memerlukan tanpa memerlukan kelayakan tertentu (Wilson, 2012). Definisi
ini secara keseluruhannya menjurus kepada sikap individu untuk melakukan perkara
kebajikan tanpa mengharapkan balasan.
Dalam konteks kajian-kajian terdahulu, banyak lagi definisi-definisi yang
dikemukakan oleh pengkaji berkaitan dengan aspek sukarela dan kesukarelawanan.
Sukarelawan adalah individu yang secara sukarela menghulurkan bantuan dalam apa juga
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-2
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
bentuk sama ada fizikal, kewangan, nasihat dan kaunseling, idea ke arah penambahbaikan,
jaringan kerjasama dan sebagainya, tanpa mengharapkan apa-apa imbuhan sama ada dalam
bentuk kewangan atau bukan kewangan (Azizan, 2007; Cnaan, Hardy, & Wadsworth, 1996;
Ganesh & McAllum, 2009; Handy et al., 2000; Snyder & Otomo, 2008; Wilson, 2012). Shin
dan Kleiner (2003) menyatakan sukarelawan adalah individu yang menawarkan diri mereka
untuk berkhidmat tanpa mengharapkan sebarang balasan. Stukas et al. (2009) pula
menyatakan bahawa sukarelawan adalah aktiviti memberikan bantuan tanpa bayaran
kepada mereka yang benar-benar memerlukan termasuklah golongan berikut, kesunyian,
sakit, berdukacita dan serba kekurangan. Ini secara tidak langsung akan dapat mengisi
kekosongan yang tidak diberikan perhatian oleh masyarakat sekeliling. Justeru, seseorang
sukarelawan berperanan dalam menghubungkan anggota masyarakat daripada pelbagai
latar belakang. Dekker (2002) menyimpulkan tiga asas makna sukarelawan iaitu;
1. Active membership iaitu aktiviti tambahan di dalam sesebuah organisasi atau
badan-badan tertentu;
2. Active citizenship iaitu merujuk kepada tanggungjawab individu terhadap
komuniti atau masyarakat; dan
3. Unpaid work iaitu merujuk kepada melakukan sesuatu pekerjaan/perkara dengan
sukarela, sanggup berkorban untuk memberi masa dan tenaga.
Dekker (2002) ini merumuskan bahawa untuk menjadi sukarelawan, perlulah wujud
dalam diri rasa untuk berkhidmat dengan sukarela tanpa ada paksaan dengan adanya
keinginan untuk membantu masyarakat menyelesaikan masalah atau memudahkan sesuatu
perkara.
Kesukarelawanan pula boleh dirujuk sebagai aktiviti-aktiviti sukarela yang
melibatkan penyertaan sukarelawan dalam sesuatu program atau kerja dengan masyarakat;
di mana melibatkan konsep perkhidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau
pengalaman pembelajaran dan penglibatan aktif ahli masyarakat dalam hal ehwal
kemasyarakatan (Azizan, 2007). Konsep ini dikatakan sebagai satu tanggungjawab sosial ke
arah memenuhi keperluan masyarakat setempat atau dalam menangani sebarang isu
berkaitan kehidupan manusia, alam sekitar dan makhluk lain di dunia ini. Aktiviti
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-3
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sukarelawan ini kebiasaannya melibatkan individu dan organisasi yang secara sukarela untuk
membantu, memudahkan dan melaksanakan perkara-perkara yang sukar untuk dilakukan
oleh sesebuah masyarakat secara normal.
Kesukarelawanan dalam bahasa mudahnya ialah perbuatan memberi atau
kemahuan untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan orang lain (Ward & Parr, 2006). Okun
dan Michel (2006) pula menyatakan bahawa kesukarelawanan adalah bertujuan untuk
membantu orang lain atau organisasi tanpa paksaan dan tanpa mendapat sebarang bayaran
atau pampasan kebendaan. Menurut Lindenmeier (2008), kesukarelawanan adalah aktiviti
kebajikan. Manakala, Freeman (1997) pula mendefinisikan kegiatan sukarela sebagai
pekerjaan yang dilakukan tanpa ganjaran kewangan. Ini menjadikan hasil sosial, yang tidak
akan memerlukan sumber daya dibayar (Freeman, 1997). Secara umumnya,
kesukarelawanan boleh didefinisikan sebagai kerja tidak berbayar yang dilakukan dengan
sokongan organisasi atau pihak-pihak tertentu (Finkelstein & Brannick, 2007).
Untuk menjadi sukarelawan tulen, beberapa syarat perlu diambil kira agar
perkhidmatan sukarela menjadi lebih bermakna kepada penerima mahupun kepada pihak
yang memberi. Beberapa perkara perlu dititikberatkan mengenai syarat-syarat ini, seperti
mana yang dikemukakan oleh Tyler (1966) termasuklah;
1. Bersedia dan suka berkhidmat
2. Bertimbang rasa dan empati
3. Faham dan jelas mengapa menceburi bidang kerjaya / khidmat kesukarelawanan
4. Bersedia untuk berkongsi dan menerima situasi keadaan
5. Bersifat rendah diri dan mampu berkomunikasi serta bergaul dengan orang ramai
6. Mempunyai tanggapan baik dan positif terhadap kumpulan sasaran dan masyarakat
7. Suka belajar dan bersedia memperbaiki diri
8. Sanggup menghadapi cabaran dan rintangan
9. Bersemangat teguh meskipun tidak mendapat ganjaran dan pengiktirafan yang
sewajarnya
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-4
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Selain itu, ciri-ciri asas seorang sukarelawan juga perlu diberi perhatian. Dengan ciri-
ciri yang lengkap menjadikan urusan sukarelawan lebih bermakna. Antara ciri-ciri yang
diperlukan seperti yang dikemukakan oleh Mohamed Fadzil (2008) iaitu:
1. Kemahiran pengurusan diri
2. Perhubungan dari segi komunikasi
3. Kemahiran mendengar
4. Mengetahui, berpengalaman dan berkebolehan
5. Kemahiran pengurusan projek
6. Kemahiran menyusun organisasi
7. Kemahiran menyediakan laporan
8. Memantau perkembangan semasa
Dolnicar dan Randle (2007) dalam kajiannya di Australia, telah mengkategorikan
sukarelawan di Australia kepada enam kumpulan iaitu: “Sukarelawan klasik”, “Sukarelawan
berdedikasi”, “Sukarelawan yang melibatkan diri secara peribadi”, “Sukarelawan yang
terlibat kerana kepuasan peribadi”, “Sukarelawan altruistik”, dan akhir sekali “Sukarelawan
niche”. Para sukarelawan ini diklasifikasikan ke dalam kumpulan tertentu mengikut faktor
tertentu dan faktor keterlibatan mereka dalam aktiviti atau kerja sukarela.
Menurut kedua-dua pengkaji tersebut, “Sukarelawan klasik” terdorong untuk terlibat
dalam aktiviti atau kerja sukarela atas tiga faktor atau sebab iaitu; melakukan sesuatu yang
berbaloi, kepuasan peribadi, dan membantu orang lain. “Sukarelawan berdedikasi” pula
menganggap setiap satu motif untuk melakukan aktiviti atau kerja sukarela sebagai suatu
yang relevan. Manakala “Sukarelawan yang melibatkan diri secara peribadi”
menyumbangkan masa mereka kerana mengenali seseorang di dalam organisasi tersebut,
seperti anak mereka sendiri. “Sukarelawan yang terlibat kerana kepuasan peribadi” dan
“Sukarelawan altruistik” pula terlibat dalam kesukarelawanan tulen. Ini bermakna aktiviti
atau perkara yang dilakukan adalah dengan kehendak dan kerelaan sendiri untuk
kepentingan bersama. Akhir sekali, “Sukarelawan niche” biasanya mempunyai kurang
dorongan atau terdapatnya dorongan tertentu yang menggalakkan mereka untuk
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-5
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
menyumbangkan dan meluangkan masa, seperti keperluan untuk menambah pengalaman
kerja. Selain itu, Bellamy (2001) pula mengkategorikan sukarelawan kepada empat iaitu:
1. Profesional – sukarelawan yang mempunyai lesen dan kemahiran yang tertentu
seperti jururawat, mekanik, jurutera, akauntan dan doktor, selalunya bergerak
secara individu dan berkumpulan;
2. Tidak berkemahiran – sukarelawan yang tidak mempunyai kemahiran tetapi
mempunyai masa dan juga tenaga untuk menyumbang dan bersedia untuk
menjalani kursus kemahiran;
3. Spontan – sukarelawan yang berkhidmat mengikut keperluan dengan segera dalam
keadaan kecemasan seperti kebakaran serta tidak terbatas kepada mana-mana
kemahiran; serta
4. Rakan kongsi – sukarelawan yang menjadi ahli dalam mana-mana agensi sukarela
yang mempunyai kemahiran yang tertentu untuk menangani bencana dan sentiasa
bersedia pada bila-bila masa kecemasan.
Hakikatnya, kepelbagaian kategori sukarelawan tidak menjejaskan tujuan utama
aktiviti atau perkhidmatan yang dilakukan iaitu untuk kepentingan individu atau pihak yang
memerlukan. Justeru, tujuan dan matlamat konsep kesukarelawanan perlulah jelas agar
khidmat kebajikan ini tidak dipandang serong oleh masyarakat. Menurut Mohamed Fadzil
(2008), kerja-kerja sukarelawan adalah bertujuan untuk;
1. Memupuk kasih sayang, kerjasama, kerukunan dalam hidup, keprihatinan sosial,
sifat-sifat bertimbang rasa, persaudaraan, persefahaman dan perpaduan dalam
kalangan anggota dan kelompok masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum,
bangsa, agama dan etnik; serta
2. Menjana pelbagai kemahiran kepada individu sasaran, menyerlahkan potensi, bakal
dan kebolehan mereka di samping mencetuskan pelbagai tenaga individu dan
kolektif dalam masyarakat dengan tujuan untuk pembinaan kapasiti dan
pengupayaan atau pemerkasaan dalam masyarakat.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti kesukarelawanan perlulah berterusan dan bersifat jangka
panjang agar dapat memupuk masyarakat yang saling memerlukan dalam usaha
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-6
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
mewujudkan masyarakat majmuk, harmoni dan sejahtera. Dalam pada itu, cabaran dan isu-
isu yang melibatkan sukarelawan dan pengurusan aktiviti kesukarelawanan juga perlu diberi
perhatian sewajarnya. Falasca et al. (2009) menegaskan bahawa pengurusan sukarelawan
adalah penting dalam usaha menjadikan kegiatan murni ini menjadi lebih bermakna dan
seterusnya memberi dampak positif untuk semua pihak.
2.2 KAJIAN KESUKARELAWANAN
Kajian dan penulisan berkaitan dengan sukarelawan ini telah banyak dilakukan dan boleh
menjadi panduan dalam mencapai objektif kajian ini, sama ada daripada perspektif
pengurus atau sukarelawan serta peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak berkepentingan.
Kajian oleh Youthreach (2007) bertajuk ‘Learning From Best Practices In Volunteerism And
Its Impact In Delhi And Bangalore’ menonjolkan motivasi dan pencetus minat belia di India
untuk terlibat dalam program sukarelawan dan impak program tersebut kepada
pembangunan sumber daya. Kajian ini juga mengemukakan satu sistem pengurusan
sukarelawan bagi memantapkan aktiviti kesukarelawan di India, terutama di Delhi dan
Bangalore.
Sementara itu, Local Government Community Managers Group & South Australian
Local Government Volunteer (2008) telah menjalankan kajian bagi mengenal pasti isu dan
trend berkaitan sukarelawan bagi memahami dengan lebih mendalam dan memposisikan
secara lebih strategik pendekatan pengambilan dan pengekalan sukarelawan dalam
menghadapi cabaran-cabaran baharu dalam bidang ini. Kajian ini juga bertujuan
membangunkan satu kerangka pengurusan strategik keterlibatan sukarelawan bagi
memenuhi keperluan sesebuah kerajaan tempatan di Australia.
Dua perkara utama perlu diberi perhatian dalam mewujudkan kerangka pengurusan
strategik yang berkesan dalam konteks kesukarelawanan iaitu individu (sukarelawan) dan
organisasi (badan atau pertubuhan yang menguruskan aktiviti sukarelawan). Melihat
dengan lebih luas, kedua-dua konteks ini melibatkan isu-isu lain yang boleh mempengaruhi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-7
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
kerangka pengurusan tersebut termasuklah isu-isu yang melibatkan aspek di dalam dan luar
negara.
Secara spesifik beberapa isu telah dikenal pasti dalam konteks Malaysia. Ini
termasuklah isu etika, polisi, identiti, keahlian/penyertaan, kekangan kepelbagaian sumber
(kewangan, manusia, kepakaran), pengurusan dan pentadbiran, kemudahan infrastruktur,
pengurusan alumni, kesedaran masyarakat dan lain-lain isu seperti kualiti
perkhidmatan/perubahan, penyelidikan dan pembangunan, isu keselamatan dan kesihatan,
serta isu berkaitan dengan pampasan dan penghargaan. Isu-isu ini juga turut berkait rapat
dengan isu-isu kesukarelawanan di peringkat antarabangsa.
Selain itu, isu dan cabaran terhadap individu sukarelawan itu sendiri juga memberi
impak yang besar kepada perlaksanaan aktiviti sukarelawan yang berkesan. Isu seperti
faktor latar belakang individu (umur, latar belakang keluarga dan jantina), kekangan ilmu
berkenaan hal ehwal sukarelawan, perbezaan tahap motivasi dan kepuasan diri, kekangan
ilmu, kekangan kemahiran-kemahiran dan latihan tertentu, kepelbagaian sikap dan tingkah
laku, dan beberapa aspek individu lain yang berkaitan. Isu seperti ini juga tidak jauh
daripada isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat luar negara yang terlibat dengan aktiviti
kesukarelawanan. Justeru, pendekatan terbaik dan pengurusan strategik berkesan, perlu
dibentuk agar pelaksanaan aktiviti sukarelawan ini dapat memberi faedah kepada kedua-
dua pihak yang menerima dan memberi, sama ada jangka panjang atau jangka pendek.
2.3 TREND KESUKARELAWANAN
Kajian di Amerika Syarikat mendapati trend keterlibatan sukarelawan dalam kalangan
pelajar sekolah kekal berada pada tahap yang memberangsangkan semenjak tahun 1974
hingga 2005. Keterlibatan para pelajar dalam perkhidmatan komuniti sehingga tahun 1990
adalah stabil di mana para pelajar digalakkan untuk membuat khidmat sukarela kepada
masyarakat selain menjadi salah satu faktor penyumbang kepada kelayakan para pelajar
sekolah untuk memasuki alam pembelajaran kolej dan universiti (Syvertsen et al., 2011).
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-8
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Selain itu, galakan daripada ibu bapa juga menjadi faktor kepada keterlibatan para pelajar
ini (Porterfield & Winkler, 2007).
Arus kemodenan telah memberi sedikit perubahan kepada penerimaan aktiviti-
aktiviti kesukarelawanan. Sebagai contoh, kebanyakan penduduk Asia kini telah turut
terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan berbanding sebelum ini, iaitu bagi individu yang
telah berkeluarga dan berusia lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga
berbanding berkhidmat secara sukarela. Namun kini, peningkatan golongan berkeluarga
dengan aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan dilihat semakin memberangsangkan.
Kajian oleh O’Brien, Townsend & Ebden (2010) mendapati aktiviti kesukarelawanan
dapat meningkatkan kesihatan mental dan kajian oleh Cohen (2009) melaporkan individu
akan lebih “empowered” apabila terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan. Hal ini disokong
oleh kajian oleh Cheung dan Kwan (2006) yang menyatakan keterlibatan individu dengan
aktiviti sosial sebegini menjadikan individu lebih relax dan enjoy, seterusnya mampu
menghilangkan rasa tekanan dalam diri. Manakala Frase et al. (2009) berpendapat
keterlibatan ini mampu meningkatkan tahap kendiri mereka dan seterusnya membantu
menghilangkan stres.
Di sebalik kebaikan yang terjana, terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa
keterlibatan dalam aktiviti kesukarelawanan memberi kesan ke atas tahap kesihatan mental.
Contohnya, tahap tekanan seseorang individu boleh meningkat dengan penglibatan individu
dalam aktiviti kesukarelawanan (Hong & Marrow-Howell, 2010), namun kajian lain
mendapati peningkatan tahap tekanan ini berlaku dalam kalangan kumpulan tertentu
seperti golongan sukarelawan berusia dan golongan wanita (Kim & Pai, 2010; Cho &
Bonham, 2007; Sugihara et al., 2008). Kajian juga mendapati keterlibatan sukarelawan
adalah berhubung kait dengan keadaan kesihatan fizikal dan psikologi individu tersebut;
bermakna boleh memberi kesan ke atas keadaan fizikal dan psikologi individu itu sama ada
berjangka pendek atau panjang (Schwingel, Niti, Tang, & Ng, 2009; Tang, 2009; Thoits &
Hewitt, 2001).
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-9
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Kajian juga mendapati bahawa individu sukarelawan yang terlibat dengan aktiviti
sukarelawan berskala besar seperti bencana alam yang teruk seperti gempa bumi, serangan
pengganas dan pelbagai kemusnahan alam dan manusia, akan lebih terbeban dari segi
emosi mereka (Thormar et al., 2010). Hal ini berikutan sukarelawan perlu berhadapan
dengan musibah yang jarang berlaku dan mudah memberi kesan ke atas diri mereka
termasuklah dari aspek kematian, kemusnahan yang teruk terutama melibatkan golongan
seperti kanak-kanak, orang tua dan yang kurang upaya. Kajian oleh Li, Chen dan Chen (2013)
melibatkan kajian sukarelawan di Taiwan mendapati sukarelawan yang terlibat dengan
aktiviti sukarela akan mengalami masalah kesihatan sekiranya mereka tidak lagi aktif
melakukan aktiviti kesukarelawanan, di samping faktor umur yang meningkat juga turut
mempengaruhi. Oleh itu, sumbangan dan kesan tertentu daripada aktiviti kesukarelawanan
perlu dilihat bagi memastikan kesinambungan aktiviti ini berada di landas yang betul.
Kefungsian bidang sukarelawan ini juga perlu diambil kira sebagai panduan atau
dijadikan asas yang betul kepada pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan ini. Fungsi-fungsi
menjadi sukarelawan boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Houle, Sagarin dan Kaplan
(2005) telah mengadaptasi kajian Clary et al. (1998) dengan menyatakan terdapat enam
fungsi sukarelawan. Pertama, merujuk kepada fungsi nilai iaitu prihatin terhadap kebajikan
orang atau pihak lain dan keinginan untuk menyumbang kepada masyarakat. Ini bererti
individu telah sedar dan wujud keinginan untuk melakukan kebajikan dan memberi bantuan
kepada yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan. Kedua, adalah merujuk kepada
fungsi kefahaman iaitu di mana aktiviti kesukarelawanan akan memberi mereka peluang
untuk belajar, memahami, mempraktikkan kemahiran yang ada dan menggunakan
kemampuan yang ada. Kebanyakan individu belia dan remaja gemar untuk terlibat dengan
kegiatan sukarelawan kerana mereka mahu belajar dan menjadikan salah satu aktiviti yang
membantu mereka membangunkan diri mereka termasuklah dari segi pengalaman sosial
mereka. Fungsi ketiga pula merujuk kepada fungsi kerjaya. Kesukarelawanan dikatakan
sebagai tangga untuk mendapatkan kerja yang lebih baik atau peluang-peluang pekerjaan di
mana sekurang-kurangnya dapat membangunkan kerjaya seseorang individu di masa
hadapan. Fungsi keempat ialah sebagai fungsi sosial. Individu sukarelawan boleh membina
hubungan sosial dengan lebih baik dan bermanfaat. Keadaan ini akan mengukuhkan lagi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-10
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
hubungan dengan masyarakat setempat mahupun masyarakat luar, di mana pelbagai
kemungkinan faedah diperoleh pada masa akan datang. Fungsi kelima adalah fungsi
pelindung atau penyelamat. Kerjasama yang dilakukan boleh menjadikan seseorang individu
lebih selamat dan selesa, dan sekurang-kurangnya mampu membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Contohnya, amal kebajikan menderma darah adalah aktiviti sukarela
terbaik dalam membantu golongan yang memerlukan. Fungsi terakhir ialah fungsi esteem
atau penambahbaikan. Fungsi ini melibatkan diri individu sukarelawan iaitu melalui aktiviti
sukarela yang mereka lakukan boleh membantu mereka untuk meningkatkan lagi rasa
keyakinan, peningkatan kendiri dan emosi. Hal sebegini boleh ditemui apabila sukarelawan
terlibat dengan aktiviti yang melibatkan bencana berat yang sukar diterima masyarakat.
Melihat kepada semua fungsi tersebut, jelas menunjukkan bahawa keterlibatan individu
dalam kegiatan sukarelawan sebenarnya memberi kesan positif kepada diri mereka dan juga
pihak-pihak yang berkaitan dan terlibat.
2.4 ISU DAN CABARAN KESUKARELAWANAN
Beberapa isu dan cabaran telah dikenal pasti berdasarkan sorotan kajian-kajian lepas seperti
yang dinyatakan sebelum ini. Isu dan cabaran inilah yang perlu diberi penekanan oleh pihak-
pihak berwajib agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan segera. Antara isu-isu dan
cabaran-cabaran yang sering dihadapi dalam bidang kesukarelawanan ini termasuklah:
2.4.1 Etika, Polisi, Identiti, Keahlian/Penyertaan
Etika, polisi, identiti, keahlian/penyertaan menjadi isu utama bila mana tiada peruntukan
atau akta yang boleh diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti kesukarelawanan ini. Isu ini
lebih menjurus kepada pihak-pihak berwajib dan adakalanya melibatkan sistem
perundangan di dalam negara. Sebagai contoh, pemerhatian yang telah dibuat mendapati
masih terdapat pertubuhan sukarelawan yang tidak berdaftar secara rasmi dan ada di
antara pertubuhan tersebut yang mengambil kesempatan untuk memperoleh keuntungan
berasaskan aktiviti sukarelawan. Hal ini mungkin dapat dielakkan sekiranya terdapat polisi
dan peraturan yang jelas untuk setiap pertubuhan sukarelawan yang ingin diwujudkan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-11
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Pembentukan polisi kesukarelawanan adalah amat perlu kerana memberi kesan ke
atas kualiti program/aktiviti, mampu menyediakan perkhidmatan yang cemerlang,
meningkatkan produktiviti dan kepuasan serta mengelakkan sebarang risiko dan
permasalahan (Gesthuizan, 2010). Selain itu, ianya turut berkepentingan kepada
pertubuhan dalam membantu pengurusan yang cekap dan berkesan. Polisi sukarelawan
perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai nilai terhadap sukarelawan tersebut. Menurut
artikel penulisan mereka bentuk polisi sukarelawan di United Kingdom, untuk
membangunkan polisi sukarelawan yang baik perlulah mendapat persetujuan daripada
setiap sukarelawan, perlu mengikut perspektif organisasi atau program sukarela yang
hendak dilakukan dan perlu mengenal pasti dengan jelas mengapa sukarelawan berminat
untuk turut serta. Perkara ini sebenarnya akan dijadikan panduan dan rekod kepada
organisasi atau pihak bertanggungjawab untuk sebarang tindakan lanjut atau makluman
akan datang. Di dapati kepentingan polisi sebegini adalah perlu untuk kegunaan dan
kepentingan semua terutama melibatkan identiti keahlian sukarelawan tersebut.
Aspek identiti pertubuhan dan keahlian juga sering menjadi isu apabila, tiada
panduan yang jelas dan mudah difahami. Sebagai contoh, lambakan pertubuhan
kesukarelawanan di Malaysia sama ada berdaftar atau tidak berdaftar dengan visi dan misi
yang sama, boleh menyukarkan pengurusan atasan kerajaan dan menimbulkan kekeliruan
dalam kalangan masyarakat. Hal ini sekali gus memberi kesan ke atas isu pengurusan dan
pentadbiran sesebuah pertubuhan.
Polisi-polisi aktiviti kesukarelawanan perlu jelas dan meyakinkan agar
kesinambungan aktiviti sukarelawan tidak dipertikaikan dan mendapat perhatian
sewajarnya. Beberapa perkara perlu dititikberatkan dalam pembangunan polisi untuk
aktiviti kesukarelawanan. Sebagai contoh termasuklah:
1. Polisi hendaklah menghargai sumbangan sukarelawan;
2. Polisi perlulah mengiktiraf status sukarelawan sebagai sumber yang sah dan saling
melengkapi;
3. Polisi harus mengakui aktiviti sukarela yang adalah satu pengalaman yang
bermanfaat untuk kedua-dua sukarelawan dan pengguna perkhidmatan; dan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-12
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
4. Polisi perlu memasukkan kenyataan terhadap kepercayaan organisasi kualiti,
peluang yang sama, kepelbagaian, dan lain-lain serta bagaimana mereka memohon
untuk menjadi sukarelawan yang aktif.
Contoh tersebut boleh diguna pakai dalam proses memastikan aktiviti
kesukarelawanan adalah terjamin dan bukan sekadar kerja-kerja kosong. Oleh itu, dasar
seperti ini boleh digunakan untuk memastikan kesamarataan akses kepada peluang
sukarelawan berkualiti tinggi dan kesamarataan layanan untuk sukarelawan terhadap
aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dilakukan. Selain itu, keahlian sukarelawan juga perlu
mengambil kira aspek-aspek seperti pampasan, penghargaan, pentauliahan, aspek
keselamatan dan kesihatan mereka. Hal ini berikutan, kebiasaannya, aktiviti sukarelawan ini
dilakukan apabila terdapatnya keperluan segera. Oleh itu, pengurusan organisasi
kesukarelawanan perlu sedar akan kepentingan keperluan tersebut kepada sukarelawan. Ini
juga antara isu dan cabaran yang perlu dihadapi, kerana kebanyakan pihak-pihak terlibat
kurang memberi perhatian kepada aspek tersebut. Melalui pemerhatian di Malaysia juga,
hal ini kurang diberi perhatian sewajarnya terutama bagi kumpulan-kumpulan sukarelawan
yang bersifat sementara ataupun yang tidak memiliki organisasi yang formal.
2.4.2 Kekangan Kepelbagaian Sumber (Kewangan, Manusia, Kepakaran)
Terdapat aktiviti sukarelawan yang tidak diuruskan dengan sempurna sehingga
menyebabkan kesan sampingan kepada mangsa dan juga individu sukarelawan (Kreutzer &
Jager, 2010; Taylor et al., 2010). Ini merujuk kepada isu, perancangan gerak kerja yang
lemah, diskripsi tugas tidak jelas, prosedur dan pelaksanaan tidak memenuhi piawai dan
tergesa-gesa. Cnaan dan Casio (1999) menjelaskan apabila aktiviti sukarelawan dapat diurus
dengan sempurna dari aspek perancangan, pelaksanaan, pemilihan ahli sukarelawan, latihan
bersesuaian dan pemantauan berkesan, akan memberi impak positif yang berterusan dari
aspek kepuasan dan komitmen. Perkara sebegini yang boleh menjadikan konsep
kesukarelawanan dapat dioptimumkan sebaik mungkin. Kajian oleh Rehnborg, et al. (2009)
telah mengemukakan satu garis panduan keterlibatan sukarelawan secara strategik bagi
kedua-dua sektor awam dan organisasi bukan keuntungan, dengan memberi penekanan
kepada rangka kerja bagi keterlibatan dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-13
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Sementara itu, kepentingan pertubuhan sukarelawan ad hoc telah dibincangkan
dalam kajian yang dilakukan oleh National Volunteer & Philanthropy Centre, Singapore
(2008), di mana sukarelawan ad hoc dilihat sebagai satu alternatif bagi golongan yang tidak
dapat memberikan komitmen secara berterusan dalam aktiviti sukarelawan, namun
hakikatnya sekiranya digembleng dan diurus secara sistematik akan menghasilkan satu
gelombang gerak kuasa kerja yang efektif dan signifikan dalam menangani sesuatu isu,
seperti bencana alam sekitar. Bilangan pertubuhan sukarelawan yang ditubuhkan secara ad
hoc dan tidak berdaftar adalah jauh lebih besar, sama ada oleh jabatan-jabatan kerajaan di
peringkat negeri atau negara, syarikat-syarikat swasta, institusi pengajian tinggi awam dan
swasta, sukarelawan berasaskan komuniti dan persatuan dan sebagainya terutama ketika
berdepan dengan sesebuah bencana atau program-program berskala besar seperti sukan
antarabangsa, acara kebangsaan dan majlis-majlis keraian. Kesemua aspek pengurusan,
pentadbiran dan sumber-sumber terlibat perlu dijana dengan adanya peruntukan kewangan
atau dana. Namun, ianya menjadi isu apabila sumber-sumber ini sukar diperoleh dan
dikekalkan.
Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan awal penyelidikan, kajian berkaitan dengan
pengurusan dan penyelarasan aktiviti kesukarelawanan adalah masih kurang. Ekoran
daripada tiadanya penyelarasan dan pengurusan yang sistematik dan bersepadu, hal ini
telah menimbulkan pelbagai kesulitan dan pembaziran sumber yang akhirnya menyebabkan
ketidakcapaian matlamat dan impak kepada kumpulan sasar seperti yang diharapkan.
Contohnya, apabila berlaku bencana besar, pertubuhan-pertubuhan sukarelawan dan ahli
sukarelawan, sama ada yang berdaftar atau tidak berdaftar (ditubuhkan secara ad hoc)
berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran yang telah menjejaskan kecekapan dalam
menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa bencana. Selain itu, gangguan-gangguan
daripada pihak-pihak yang tidak berkaitan telah mengurangkan lagi keberkesanan sistem
penyampaian bantuan dan usaha-usaha menyelamat serta pemulihan mangsa bencana.
Dalam pada itu, terdapat juga halangan-halangan kepada sukarelawan ad hoc seperti
yang dinyatakan dalam kajian kebangsaan sukarelawan dan pusat dermawan Malaysia iaitu;
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-14
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
1. Sukarelawan semasa dan kakitangan yang dibayar mungkin melihat sukarelawan
ad hoc kurang bernilai;
2. Pengurus program sukarelawan boleh bersikap berat sebelah dalam mereka
bentuk skop kerja;
3. Organisasi tidak tahu bagaimana untuk merekrut atau mengendalikan ad hoc
sukarelawan;
4. Sumber-sumber yang ada memberi tumpuan kepada sukarelawan yang sedia ada
5. Organisasi takut terhadap risiko undang-undang; serta
6. Sukarelawan ad hoc mungkin menghadapi penolakan.
Oleh itu sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam konteks pengurusan
sukarelawan ad hoc. Kekangan sumber-sumber tertentu menyukarkan lagi sistem
pengurusannya. Dalam pada itu, pasukan sukarelawan ad hoc sebenarnya memberi
sumbangan tersendiri seperti menjadi instant backup sekiranya memerlukan sesuatu
perkara dilakukan dengan segera.
Selain itu, faktor kewangan sering menjadi agenda utama bila mana usaha-usaha
kesukarelawan ingin dilaksanakan. Peruntukan daripada pihak kerajaan, syarikat-syarikat
gergasi, pertubuhan tidak berdaftar, sumbangan persendirian amat diperlukan untuk
perlaksanaan kegiatan sukarelawan. Pada kebiasaannya peruntukan kewangan diberikan
bila mana sesuatu perkara yang ingin melibatkan khidmat sukarelawan dilakukan. Sebagai
contoh, sekiranya berlaku gempa bumi sehingga menyebabkan masyarakat kehilangan
tempat penginapan, masalah keperluan mangsa gempa, dan pada waktu inilah khidmat
sukarelawan diperlukan berserta peruntukan kewangan diberikan. Pemerhatian mendapati,
sumber kewangan diperoleh untuk tempoh tertentu dan adakalanya mengambil masa yang
lama untuk menguruskannya. Hal ini serba sedikit memberi kesan ke atas perlaksanaan
perkhidmatan tersebut. Kemungkinan juga berlaku bila mana peruntukan untuk kegiatan
sukarelawan tidak digunakan, peruntukan akan digunakan untuk fungsi lain sehingga
mungkin boleh memberi kesan pada waktu kewangan diperlukan. Sewajarnya, peruntukan
yang memang ada digunakan untuk persediaan atau perancangan bagi kemungkinan
khidmat sukarelawan diperlukan pada masa akan datang.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-15
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Merujuk kepada kebiasaan di Malaysia, sebagai contoh, pihak kerajaan Malaysia
sendiri ada memperuntukkan sejumlah besar wang untuk aktiviti sukarelawan. Contoh
terdekat boleh dilihat melalui penubuhan iM4U, di bawah pengurusan Jabatan Perdana
Menteri, memperuntukkan lebih RM1 juta untuk pelaksanaan aktiviti sukarelawan di
Malaysia. Namun, untuk mendapatkan dana tersebut perlulah mengikut prosedur yang
betul dan memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan.
Kajian di Czech Republics mendapati agak sukar untuk negara tersebut mendapatkan
sumber utama kewangan untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan (Jarmila & Parvina,
2014). Hal ini berikutan organisasi sukarelawan gagal untuk memberikan rekod kewangan
mereka seperti rekod kewangan tahunan. Kegagalan penyediaan ini juga berpunca daripada
tiada polisi atau undang-undang berkaitan terhadap badan-badan sukarelawan untuk
menyediakan rekod kewangan tahunan mereka, di samping pengurusan sumber yang
kurang memuaskan.
Dalam pada itu, terdapat beberapa perkara utama yang digunakan untuk mengukur
kecekapan dalam kerja-kerja sukarelawan, bukan sahaja melalui gaji, yang biasa digunakan
oleh Pejabat Statistik Czech (CSU, 2013). Ini bermakna, berdasarkan perkara tersebut
membolehkan mereka untuk meyakinkan pihak luar untuk menyumbang dan mendapatkan
sumber kewangan. Menurut Mc Curley (2001) dengan cara ini juga membolehkan semua
pihak yang berkepentingan memahami sumbangan penting sukarelawan, termasuklah
dalam usaha menyediakan laporan tahunan, belanjawan dan penyata kewangan dan
cadangan pembiayaan.
Tambahan lagi, pengkaji lain ada menyatakan bahawa sumbangan para sukarelawan
adakalanya tidak setaraf dengan sumbangan kewangan yang diberikan (Candler & Dumont,
2010). Walau bagaimanapun, Mook, Handy, Ginieniewicz dan Quarter (2007) menegaskan
bahawa pendedahan organisasi dan pelaporan sumbangan sukarelawan dengan
menyediakan perakaunan yang lebih lengkap, akan mencerminkan dengan lebih tepat nilai
organisasi kepada masyarakat dan sukarelawan itu sendiri. Di samping itu, ia boleh
menunjukkan nilai mereka kepada organisasi dan masyarakat luar berkenaan pengurusan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-16
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
kewangan yang telus. Oleh itu, kekangan pelbagai sumber seperti kewangan dan
pengurusan yang berkesan amat perlu dalam usaha untuk menjadikan pengurusan khidmat
sukarelawan ke arah yang optimum.
Selain itu, isu pengekalan sumber-sumber seperti sumber manusia, infrastruktur juga
memerlukan dana dan sumber kewangan yang besar, dan pengurusan yang cekap agar, isu
lain seperti penyelewengan, rasuah tidak wujud dalam pengendalian peruntukan kewangan
yang ada. Isu ini dianggap cabaran besar kepada pihak pengurusan sukarelawan.
Terutamanya bagi badan-badan atau organisasi yang tidak berdaftar secara rasmi atau
bersifat sementara. Sumber manusia dianggap faktor penting dalam perlaksanaan aktiviti
sukarelawan ini. Ada ahli yang bersifat sementara dan sebaliknya. Kramer (2011) ada
menyatakan keahlian sukarelawan dalam sesebuah organisasi penting kerana boleh
membawa pelbagai faedah, dan adakalanya ahli yang tidak terlibat dengan aktiviti walaupun
telah berdaftar juga boleh dianggap sebagai sukarelawan tetapi bersifat sementara.
Keahlian yang sebenar dan mampu memberi komitmen yang sewajarnya adalah
perlu untuk memudahkan urusan organisasi sukarelawan melaksanakan apa-apa aktiviti.
Kajian lain juga melaporkan keahlian individu sukarelawan itu bergantung kepada budaya
sesebuah tempat atau negara (Jessica & Howard, 2013). Hal ini kerana, walaupun individu
tersebut membantu jiran-jiran tetangga untuk melakukan sesuatu juga dianggap sebagai
seorang sukarelawan, dan ada negara-negara lain tidak menganggapnya sedemikian.
2.4.3 Kemudahan Infrastruktur dan Isu Kualiti Perkhidmatan/Perubahan
Selain itu, kekurangan kemudahan infrastruktur juga menjadi kekangan dalam pelaksanaan
aktiviti sukarelawan dengan lebih sempurna. Kemudahan fizikal seperti alat-alatan,
pengangkutan, keperluan bekalan makan dan minum sukarelawan dan seumpamanya perlu
diberi perhatian segera. Hal ini berkait dengan sistem pengurusan dan pentadbiran serta
memberi impak kepada kualiti dan hasil kerja yang akan diberikan kepada mereka yang
terlibat (John-Wilson, 2012).
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-17
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Isu kualiti perkhidmatan/perubahan yang diberikan oleh sukarelawan juga perlu
dititikberatkan agar persepsi masyarakat terhadap usaha murni golongan sukarelawan tidak
disalah tafsir dan menjadi contoh baik kepada masyarakat. Kajian sukarelawan di beberapa
buah hospital oleh Fox (2006) mendapati tindakan yang terlalu mempengaruhi pesakit
untuk berbuat sesuatu seperti senaman, nasihat pemakanan boleh menjejaskan tahap
kesihatan pesakit tersebut. Ini menunjukkan, seorang sukarelawan bukan sahaja
mempunyai niat baik untuk membantu, tetapi perlu ada pengetahuan yang cukup untuk
berhadapan dengan situasi yang dihadapi bagi mengelakkan sebarang masalah yang lebih
buruk berlaku.
Kejayaan sesebuah organisasi sukarelawan sewajarnya bergantung kepada faktor-
faktor seperti perancangan yang baik, saling memahami, latihan tetap dan pendidikan yang
berterusan. Faktor-faktor ini menyumbang kepada keputusan yang lebih baik dalam
penentuan matlamat, pembuatan keputusan, penyelesaian masalah dan pembangunan
organisasi (Haidar, Ahmad Fareed, & Jamsiah, 2010). Di samping itu juga, perkara ini boleh
menjamin aspek keselamatan dan kesihatan sukarelawan di mana perancangan dan kualiti
perkhidmatan yang baik mampu mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
2.4.4 Kekangan Ilmu
Selain itu, sebagai individu sukarelawan, perlulah mampu untuk mengimbangi kekurangan
seperti keadaan emosi, hal peribadi dan seumpamanya agar tidak memberi kesan
sampingan kepada aktiviti sukarelawan yang sedang dijalankan (Mellow, 2007). Kajian oleh
Hong dan Morrow, (2010), mendapati kebanyakan individu sukarelawan berhadapan
dengan simptom kesihatan mental, kerana gagal menguruskan aktiviti atau kerja
sukarelawan dengan sempurna. Oleh itu, isu kualiti dan perubahan dalam aktiviti
sukarelawan perlu diberi perhatian sewajarnya bagi mengelakkan kesan-kesan negatif
kepada individu sukarelawan dan juga kepada pihak yang dibantu. Pemantauan yang
berkesan, latihan yang bersesuaian, penghargaan sama ada dari segi kewangan atau
sokongan sosial penting dalam usaha memastikan aktiviti sukarelawan adalah berkualiti dan
memberi kesan positif (Tang et al., 2009).
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-18
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Program latihan boleh membantu pengembangan pengetahuan para sukarelawan.
Program latihan yang meliputi aspek kemahiran, pengetahuan dan keupayaan amat perlu
untuk sukarelawan mempraktikkan apa yang dipelajari semasa kerja lapangan atau aktiviti
sukarela dilaksanakan. Selain itu, pihak pengurusan organisasi perlu sentiasa memberikan
maklumat lengkap dan terperinci berkaitan dengan apa yang ingin dilakukan. Sebagai
contoh sekiranya aktiviti sukarelawan melibatkan program sukan bertaraf antarabangsa,
pemilihan sukarelawan perlulah sekurang-kurang mahir bertutur Bahasa Inggeris bagi
memudahkan interaksi dengan atlet-atlet luar negara mahupun para penonton luar negara
yang hadir. Begitu juga sekiranya aktiviti sukarelawan adalah melibatkan bencana besar
seperti banjir dan tanah runtuh. Sukarelawan perlulah sekurang-kurang tahu teknik asas
menyelamatkan orang. Justeru, tahap kekangan ilmu pengetahuan individu bergelar
sukarelawan menjadi cabaran kepada organisasi dan sukarelawan itu sendiri dalam usaha
memastikan khidmat yang diberikan adalah sesuai dan berkesan.
Seterusnya, banyak kajian sukarelawan dan aktiviti kebajikan melibatkan golongan
muda belia seperti pelajar sekolah, pelajar kolej dan universiti. Adakalanya, keterlibatan
mereka sebagai sukarelawan adalah dipengaruhi oleh faktor rakan-rakan, faktor syarat
untuk mendapat kelulusan gred yang baik dan seumpamanya. Ini menjadikan mereka
kurang bersedia sama ada dari segi fizikal, mental dan emosi. Hasilnya, aktiviti sukarelawan
akan bersifat sementara dan tiada kesan berterusan dengan aktiviti tersebut. Dengan ini
juga, impak kepada pihak yang dibantu juga kurang kelihatan disebabkan batas-batas
kekurangan dari pihak sukarelawan itu sendiri.
Kajian oleh Lee (2006), terdapat organisasi kini telah berfikir dengan lebih luas
dengan memikirkan hal berkenaan beberapa isu kakitangan, seperti gaji, keadaan kerja dan
latihan, yang terpakai bagi sukarelawan yang memainkan peranan kritikal. Ini bermakna,
sewajarnya kekangan ilmu dalam kalangan organisasi sukarelawan perlu turut diatasi agar
pengurusan dan perlaksanaan program sukarelawan akan lebih bermakna dan berkesan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-19
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
2.4.5 Kesedaran Masyarakat
Melihat dari sudut lain pula, aktiviti sukarelawan ini turut dipengaruhi oleh minat individu.
Tidak semua individu atau pihak-pihak tertentu gemar dan rela untuk berkhidmat secara
sukarela. Dalam era moden ini, ramai individu lebih bersifat individualistik, tiada semangat
kejiranan dan pergaulan sosial yang sihat, kurang semangat patriotik dan sikap sukar
menerima pendapat antara penyebab kepada kurangnya minat terhadap aktiviti
kesukarelawanan. Hal ini turut berkait dengan peranan individu sukarelawan itu sendiri
dalam melaksanakan khidmat sukarela sama ada mereka jelas atau tidak fungsi mereka
sebagai individu sukarelawan (Warburton & Winterton, 2010).
Selain itu, ada yang beranggapan bahawa aktiviti kesukarelawanan ini adalah
memfokuskan kepada golongan individu yang telah bersara (Intan Shafinaz, 2011). Ini
berikutan golongan ini lebih banyak mempunyai masa terluang berbanding mereka yang
masih bekerja dan memiliki tanggungjawab bekerja. Tuntutan kerjaya yang ketat dan
bertambah menyukarkan lagi golongan pekerja untuk terlibat dengan aktiviti
kesukarelawanan ini. Keadaan sebegini memberi tanggapan negatif kepada sebahagian
masyarakat di mana masyarakat akan memiliki persepsi yang terhad terhadap kegiatan
kesukarelawanan ini.
Beberapa faktor mempengaruhi sukarelawan untuk terlibat atau tidak terus terlibat
dengan aktiviti sukarelawan (Mirvis dan Hall, 1994; Okun dan Schultz, 2003). Tahap
motivasi, umur, personaliti, budaya, tanggapan terhadap peranan dan faktor keluarga, telah
memberi kesan ke atas keterlibatan sukarelawan untuk terus berkhidmat sebagai sukarela.
Bagi Van-Vianen (2008), latar belakang individu sukarelawan seperti tahap pendidikan,
jantina dan hubungan komitmen semasa dan masa depan mereka terhadap sesuatu turut
diambil kira. Bagi memastikan motivasi individu sentiasa tinggi untuk terus terlibat dengan
aktiviti kesukarelawan, satu sistem pengurusan sukarelawan yang lebih berkesan dan
komprehensif perlu dipraktikkan (Davis et al., 2003; Wang, 2004). Kajian ke atas pelajar
universiti yang terlibat dalam program penyelidikan sukarelawan berorientasikan alam,
menunjukkan bahawa penyertaan kepada aktiviti sukarelawan tersebut dipengaruhi oleh
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-20
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
motivasi mereka sendiri di samping untuk pembangunan peribadi dan pencapaian akademik
(Galley & Clifton, 2004).
Terdapat juga kajian yang mencadangkan agar konsep pengurusan sumber manusia
di dalam organisasi diaplikasikan dalam konteks kerja-kerja sukarelawan ini (Ichniowski &
Shaw, 2003). Hal ini kerana telah terbukti bahawa aplikasi pengurusan sumber manusia
yang berkesan terhadap individu akan memberi pulangan kepada organisasi itu sendiri
(Boxall, 1996). Sejarah terdahulu berkonsepkan pengasas pengurusan, F. W. Taylor pada
sekitar tahun 1880 menegaskan pengurusan saintifik yang berkesan mampu memperoleh
kesejahteraan yang maksimum antara pekerja dan juga pihak organisasi. Selain itu teori-
teori pengurusan awal juga seperti Elton W. Moya (Kajian Hubungan Kemanusiaan), Henri
Fayol (Teori Klasik Organisasi), Max Weber (Sistem Birokrasi) menegaskan bahawa
pengurusan yang strategik sewajarnya diaplikasikan agar perlaksanaan kerja dan tugas serta
kemampuan sumber (manusia, masa, tenaga, wang) dapat diurus dengan sempurna.
Justeru, penekanan kepada konsep pengurusan ini amat perlu untuk mengoptimumkan
pengurusan strategik aktiviti kesukarelawanan ini.
Selain itu, pengurusan individu sukarelawan yang lebih profesional dan efektif
bersandarkan konteks pengurusan sumber manusia mampu menjamin keterlibatan individu
sukarelawan untuk terus berkhidmat dan terlibat dengan pelbagai aktiviti sukarelawan.
Konteks pengurusan sumber manusia seperti pemilihan ahli sukarelawan yang betul,
pembahagian tugas yang jelas, lantikan yang sah, latihan yang terkini dan berkaitan serta
penilaian prestasi individu sukarelawan itu sendiri, mampu memberi jaminan pengurusan
yang berkesan. Aspek-aspek kebajikan sukarelawan juga amat perlu dititikberatkan agar
individu sukarelawan berasa lebih selamat dan selesa untuk berkhidmat. Oleh itu, organisasi
sukarelawan perlu peka akan situasi sebegini agar perlaksanaan aktiviti sukarelawan, ahli
sukarelawan dan perancangan organisasi akan lebih berkesan dan efektif.
Kajian-kajian tentang sukarelawan dan pemerkasaan pengurusan pertubuhan
sukarelawan banyak dilakukan, terutamanya sebagai tenaga kerja ‘Third Force’ dalam
menangani sesuatu bencana yang memerlukan komitmen tinggi tanpa mengharapkan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-21
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sebarang pampasan. Sebagai contoh di Malaysia, pasukan seperti ‘Third Force’ - pertubuhan
sukarelawan yang diketuai oleh Dr. Raja Shamri di Kelantan dan ‘ResQ’ yang diketuai oleh
Allahyarham Prof. Dr. Suhaily (UPSI) telah berusaha keras bersandarkan minat membantu
masyarakat menangani masalah-masalah yang berlaku. Hal ini melibatkan faktor individu itu
sendiri. Kajian terdahulu juga mendapati, golongan berusia lebih cenderung untuk terlibat
dengan aktiviti sukarelawan bersifat jangka panjang berbanding golongan muda yang gemar
terlibat dengan aktiviti sukarelawan bersifat sementara (Louis, 2004; Syvertsen et al., 2011).
Begitu juga kajian tersebut mendapati golongan yang berpendapatan tetap dan konsisten
lebih berminat untuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan berbanding yang tiada
pendapatan tetap.
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat tuntutan atau keperluan mendesak untuk
turut terlibat dalam aktiviti sukarelawan, majoriti masyarakat bersedia untuk memberi
sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit (Piliavin & Callero, 1991). Beberapa kajian lepas
juga menyokong faktor individu mampu mempengaruhi keterlibatan masyarakat dalam
aktiviti sukarelawan termasuklah faktor seperti tahap pendidikan, pendapatan individu,
umur, hubungan sosial, hal ehwal keagamaan, tahap kesihatan (Kim et al., 2007; Tienen,
Scheepers, Reitsma, & Schilederman, 2011; Voicu & Voico, 2009; Gestuizen et al., 2008;
Taniguchi, 2010). Namun, sejauh mana faktor ini mampu memberi impak positif kepada
aktiviti dan pengurusan kesukarelawanan yang dilaksanakan?
Keterlibatan golongan wanita dalam aktiviti sukarelawan semakin diberikan
perhatian. Keterlibatan mereka dalam aktiviti sukarelawan dikatakan terhad pada masa
dahulu, berbanding masa kini (Warburton & Winterton, 2010; Hoodfar, 2010). Konsep
jadual pekerjaan individu yang tidak tertakluk pada waktu pekerjaan juga memberikan lebih
peluang kepada individu untuk turut serta dalam aktiviti sukarelawan (Taylor, Mallinson &
Bloch, 2008). Adakalanya, terdapat juga organisasi yang mewajibkan keterlibatan para
pekerja dengan aktiviti sukarelawan sebagai tanda aras penilaian prestasi pekerja tersebut.
Namun, tidak semua organisasi mengaplikasikan cara kerja sebegini. Ini serba sedikit
menjadi penghalang kepada aktiviti sukarelawan, kerana masih kurang mendapat sokongan
daripada pihak-pihak tertentu.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-22