The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Pembangunan Kerangka Ke Arah Menggerakkan Sukarelawan Secara Optimum (2016)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-21 00:46:42

Kajian Pembangunan Kerangka Ke Arah Menggerakkan Sukarelawan Secara Optimum (2016)

Kajian Pembangunan Kerangka Ke Arah Menggerakkan Sukarelawan Secara Optimum (2016)

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Bil Parameter Cabaran-cabaran utama melestarikan

Pengesanan Alumni dan 1. Pengesanan alumni dilihat sebagai potensi
sukarelawan dan organisasi.
10. Strategi Pengekalan
2. Menetapkan agar semua organisasi melaksanakan pengesanan
Sukarelawan alumni.

Inisiatif Kelestarian 1. Memastikan pergerakan dan aktiviti sukarelawan sentiasa lestari
dari segi kapasiti dan kualiti kerja sukarelawan.
Sukarelawan dan
2. Memastikan suatu mekanisme dan garis panduan tentang
11. Penambahbaikan kelestarian dapat digunakan oleh semua kategori sukarelawan.

Berterusan 3. Membentuk manual yang memudahkan SOP ke arah kelestarian
sukarelawan dan organisasi.

Pendokumentasian 1. Pendokumentasian perlu dilaksanakan bagi menjamin profil
sukarelawan lengkap dengan kemahiran, bidang dan lokasi operasi .
12. Maklumat dan Rekod
2. Rekod dan maklumat dibangunkan oleh organisasi dengan elemen-
elemen asas lengkap dan mudah dilaksanakan.

1. Pemberian dana insentif kepada mana-mana badan sukarelawan.

2. Memastikan setiap sukarelawan mempunyai akaun khas dalam

Sumber-sumber Program: belanjawan dan kemasukan dana agar telus dan

13. Dana, Belanjawan dan kebertanggungjawaban ke atas pelaksanaan mana-mana aktiviti
Sumber Manusia sukarelawan.

3. Menyarankan dana melatih sumber manusia diguna pakai sama
dalam proses menambahkan baik kualiti sukarelawan.

1. Melaksanakan governans yang baik dalam pemberian dana kepada
aktiviti / badan sukarelawan.

14. Governans dan Institusi 2. Meminimumkan karenah birokrasi dalam menepati operasi,
perjalanan dan pembangunan sukarelawan.

3. Menetapkan semua organisasi supaya membentuk struktur
organisasi yang jelas sebagai asas amalan terbaik dalam organisasi.

Keselamatan dan 1. Menetapkan prasyarat kepada sukarelawan dan badan organisasi
agar mengemukakan amalan dan prosedur keselamatan dan
15. Kesihatan kesihatan.

2. Menggariskan agar skim perlindungan aset dan badan dididik,
disebar dan diaplikasikan dalam amalan sukarelawan.

3. Memastikan tenaga kerja kumpulan sasaran mempunyai track
record dalam kerja-kerja menyelamat dan sebagainya.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-45

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Kesimpulannya, isu dan cabaran yang dihadapi oleh ahli sukarelawan dan organisasi
sukarela saling bertindih dan saling berkaitan di antara satu sama lain, memandangkan kedua-
duanya berkongsi perspektif walaupun dalam konteks yang berbeza, sama ada dalam konteks
parameter yang menentukan operasi dan juga kelangsungan organisasi. Kedua-dua perspektif
ini memberikan sudut pandang yang boleh membantu arah tuju sukarelawan di Malaysia.
Perspektif inilah juga yang akan digunakan dalam membangunkan kerangka pengoptimuman
sukarelawan individu dan juga organisasi sukarelawan.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-46

BAB 7

Amalan Terbaik
Pengurusan Strategik

Organisasi
Sukarelawan

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Bab 7

Amalan Terbaik Pengurusan
Strategik Organisasi dan
Sukarelawan

7.1 PENGENALAN

Bab ini mengupas persoalan kajian berkenaan amalan-amalan terbaik organisasi sukarela
Amalan terbaik ini merangkumi tindakan-tindakan yang dilakukan sebelum, semasa dan
selepas program atau aktiviti sukarelawan dilakukan.

7.2 KETERLIBATAN ORGANISASI DALAM PROGRAM SUKARELAWAN

Sebelum menjalankan sesuatu program atau aktiviti sukarela, pihak pengurusan organisasi
terlebih dahulu mengenal pasti objektif dan tujuan aktiviti tersebut. Pelbagai sumber dan
kaedah digunakan untuk memastikan aktiviti sukarelawan dapat dilakukan dengan lancar
dan berkesan. Kajian mendapati, pihak pengurusan organisasi memiliki cara dan kaedah
tersendiri untuk menentukan keterlibatan organisasi dalam mana-mana program
sukarelawan.

Keterlibatan organisasi dalam sesebuah program sukarelawan boleh dilakukan sama
ada berdasarkan cadangan pihak tertentu atau ahli organisasi, jemputan pihak tertentu,
ataupun dilakukan secara ad hoc seperti dalam kes bencana seperti banjir dan tanah

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-1

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

runtuh. Kajian ini mendapati sebahagian organisasi membuat perancangan rapi daripada
peringkat awal program dan melaksanakannya mengikut jadual yang ditetapkan.
Sebahagian organisasi bekerjasama dengan pihak-pihak lain dalam penganjuran aktiviti-
aktiviti sukarelawan ini.

Beberapa aspek perlu diberikan perhatian, melibatkan hal ehwal sebelum, semasa
dan selepas aktiviti atau program yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Ianya
menjadi satu kemestian dan amalan yang memandu perjalanan aktiviti dan program agar
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi faedah kepada semua pihak.

7.2.1 Persediaan Organisasi Sukarela dalam Melaksanakan Program Sukarelawan
Dalam proses mengenal pasti amalan-amalan terbaik organisasi, kajian ini melihat dengan
terperinci perancangan oleh organisasi sebelum pelaksanaan sesuatu program sukarelawan.
Hampir semua organisasi memberikan maklum balas yang baik dalam hal ini, dan ini
menunjukkan bahawa setiap organisasi membuat perancangan awal sebelum melaksanakan
sesuatu program atau aktiviti sukarelawan.

Pihak pengurusan organisasi selalunya memainkan peranan penting dalam
merancang persediaan sebelum aktiviti sukarelawan dilakukan seperti pemantauan dengan
lebih berkesan terhadap gerak kerja ahli atau kakitangan organisasi, memastikan keperluan
dana, sumber kewangan, kemungkinan-kemungkinan perkara di luar jangka berlaku dan
sebagainya. Satu kertas kerja lengkap disediakan yang melibatkan pelbagai aspek yang
menjadi pedoman organisasi dalam menjalankan aktiviti atau program sukarelawan.
Sebelum sesebuah organisasi mengadakan mesyuarat, pihak organisasi menyediakan satu
kertas kerja lengkap merangkumi penyediaan sumber-sumber bagi program (ahli, peralatan,
kemudahan, kewangan). Hal-hal sedemikian perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan
organisasi bagi menangani masalah yang mungkin timbul. Perincian peratusan bagi setiap
tindakan boleh dirujuk dalam Rajah 7.1. Secara umumnya, beberapa prosedur telah
diamalkan oleh organisasi dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti:

1. Menyediakan kertas kerja cadangan program
2. Mendapatkan kelulusan perbelanjaan program daripada pihak pengurusan

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-2

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

3. Membentuk jawatankuasa, pemilihan dan perlantikan ahli
4. Merancang, berbincang, menyediakan keperluan semua sumber dan perkara-

perkara berkaitan dengan program
5. Membuat pemantauan terhadap gerak kerja (melihat kepada kelebihan dan

kekurangan yang wujud bagi membolehkan tindakan diambil)
6. Membuat kursus persediaan / tatacara perlaksanaan program
7. Menyediakan senarai semak
8. Perlaksanaan program

n = 203

RAJAH 7.1: Persediaan Organisasi Sebelum Perlaksanaan Program Sukarelawan

7.2.2 Persediaan Lokasi Bagi Program Sukarelawan
Lokasi merupakan aspek penting yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan kejayaan
sesuatu aktiviti atau program sukarelawan. Ini lebih terserlah dalam konteks aktiviti atau
program yang telah dirancang awal dan bukan di luar jangkaan.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-3

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Beberapa aspek perlu diberikan perhatian sebelum perlaksanaan sesebuah program.
Kerangka program, keperluan-keperluan logistik dan seumpamanya menjadi agenda utama
pengurusan organisasi bertujuan memastikan perjalanan program berjalan dengan baik.
Penilaian, pemantauan, nilai kos tetap dan berubah perlu diambil kira dalam persediaan
lokasi dan perlaksanaan program. Peratusan secara terperinci boleh dirujuk di Rajah 7.2.

Berdasarkan kajian, antara perkara-perkara penting yang diambil kira oleh organisasi
sukarela dalam persediaan lokasi bagi program sukarelawan termasuklah:

1. Perancangan dan Kerangka Program
2. Aspek Keselamatan dan Kebolehcapaian
3. Kawasan Komuniti dan Persekitaran
4. Kemudahan Infrastruktur/Kemudahan
5. Peruntukan Perbelanjaan
6. Jarak Lokasi
7. Jenis Kenderaan yang Digunakan
8. Kebersihan
9. Bersesuaian dengan Program
10. Faktor Peserta (profil)

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-4

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

n = 217

RAJAH 7.2: Persediaan Bagi Lokasi Program Sukarelawan

Meskipun begitu, sekiranya aktiviti/program sukarelawan dikendalikan oleh pihak
luar, organisasi sukarela tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan lokasi program.
Begitu juga sekiranya melibatkan aktiviti sukarela secara ad hoc atau di luar jangka yang
memerlukan tindakan segera seperti kejadian gempa bumi, banjir besar, kemalangan, tanah
runtuh dan apa jua bencana yang memerlukan khidmat dan tindakan segera daripada
sukarelawan. Merujuk kepada perkara-perkara sebegini, sukarelawan tiada pilihan lain dan
wajar bertindak dengan lebih fleksibel dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang akan
berlaku ketika berada di lokasi kejadian. Oleh itu, persediaan awal meliputi semua aspek
berkaitan dengan sukarelawan perlu diberi perhatian sewajarnya pada peringkat awal lagi
tanpa mengira masa, tempat dan aktiviti.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-5

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

7.2.3 Tindak Balas Selepas Perlaksanaan Program Sukarelawan
Selepas perlaksanaan sesebuah program atau aktiviti sukarelawan, beberapa perkara perlu
diberikan perhatian bagi memastikan program atau aktiviti telah mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Untuk tujuan itu, kebiasaannya organisasi akan mengambil beberapa
tindakan yang dilihat sebagai amalan selepas pelaksanaan program atau aktiviti.

Berdasarkan kajian ini, dapatan menunjukkan bahawa organisasi sukarelawan telah
mengambil beberapa inisiatif selepas program atau aktiviti selesai, termasuklah;

1. Mengadakan post mortem - iaitu untuk melihat semula kekuatan, kelemahan dan
cadangan penambahbaikan program yang dilaksanakan.

2. Penghargaan secara lisan oleh pihak pengurusan organisasi kepada semua
sukarelawan yang terlibat.

3. Aktiviti mengemas dan menyempurnakan mana-mana keperluan lain seperti
peralatan, keperluan teknikal dan sebagainya.

4. Mendapatkan maklum balas daripada peserta atau pihak yang menerima/terlibat
dengan aktiviti sukarelawan. Ini bertujuan untuk mendapatkan respons dan
rancangan penambahbaikan boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

5. Membuat laporan aktiviti – iaitu terutamanya melibatkan ketua-ketua di bahagian
tertentu dengan tujuan sebagai rekod dan proses penambahbaikan di masa depan.

6. Mengadakan mesyuarat untuk mendapatkan respons daripada ahli sukarelawan.

Berdasarkan beberapa kata kunci utama yang dianalisis daripada kajian ini, jelas
menunjukkan bahawa organisasi sukarela masih melaksanakan amalan-amalan terbaik
seperti terdapatnya sistem perancangan aktiviti dengan berkesan. Walaupun sebahagian
organisasi tidak memberikan respons berkenaan isu ini, secara keseluruhannya didapati
organisasi sukarela masih mengamalkan konsep post mortem dengan tujuan untuk
penambahbaikan dengan mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan yang wujud
dan meneruskan aspek-aspek positif yang ada. Rajah 7.3 menunjukkan peratusan bagi
organisasi yang membuat tindakan selepas aktiviti atau program sukarelawan dilaksanakan.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-6

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

n = 165

RAJAH 7.3: Tindak Balas Selepas Program Sukarelawan

7.2.4 Tindakan Selepas Post Mortem
Kajian ini juga meneliti secara terperinci tindakan selepas aktiviti post mortem dilakukan.
Berdasarkan respons yang diberikan oleh beberapa organisasi sukarela, kajian mendapati
hampir keseluruhan organisasi mengambil tindakan selepas post mortem dilakukan. Ini
bertujuan sebagai langkah penambahbaikan kepada perkara-perkara yang telah diambil
tindakan sebelum ini.

Rajah 7.4 menunjukkan maklumat statistik berkenaan hal ini. Sebanyak 192 buah
organisasi sukarelawan (79%) mengambil inisiatif ini berbanding 51 buah organisasi
sukarelawan tidak melakukannya.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-7

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

192

79% 51
Ya 21%

Tidak Peratusan
Bilangan

n = 243

RAJAH 7.4: Tindakan Selepas Post Mortem Organisasi Sukarela

Aspek utama yang diberikan penekanan oleh setiap organisasi ialah perancangan
untuk penambahbaikan bagi kelemahan dan kekurangan yang timbul sebelum ini. Hal ini
penting agar kesilapan dan kelemahan tidak berulang yang mungkin boleh menjejaskan
prestasi aktiviti sukarelawan yang dilakukan. Seterusnya, aspek pengemaskinian terhadap
pengurusan dan perancangan program akan datang perlu dilakukan. Berdasarkan respons
yang diterima, pihak pengurusan organisasi sukarela bertindak untuk melakukan
pemantauan dan kemas kini setiap program dan aktiviti yang akan dilaksanakan. Selain itu,
penyediaan latihan dan kursus yang berkaitan yang boleh menambah baik prestasi ahli juga
turut dilakukan dengan tujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan sebelum ini.

Tindakan lanjut terhadap peserta atau masyarakat yang terlibat dengan aktiviti
sukarelawan sebelum ini juga diambil kira sebagai faktor yang dilakukan selepas post
mortem. Konsep tindakan susulan dilakukan ahli untuk mengenal pasti hasil daripada
program yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh, aktiviti sukarelawan yang berkonsepkan
pendidikan kepada belia, di mana pemantauan kepada peserta dilakukan untuk melihat
prestasi peserta belia tersebut sama ada berlaku peningkatan kemahiran, pengetahuan dan
perubahan sikap selepas beberapa bulan mengikuti aktiviti pendidikan tersebut.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-8

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Analisis untuk program akan datang turut mendapat respons yang banyak daripada
organisasi sukarelawan. Ini bermakna setiap organisasi lebih terperinci bagi setiap
perancangan dan tindakan yang akan dilakukan bagi setiap aktiviti. Hal ini bertujuan
mengelakkan sebarang kemungkinan perkara tidak diingini berlaku di samping sebagai
langkah penambahbaikan daripada program atau aktiviti sebelum ini.

7.3 AMALAN TERBAIK ORGANISASI DALAM KESUKARELAWAN

Adalah menjadi antara matlamat kajian ini untuk mengenal pasti amalan terbaik sesebuah
organisasi sukarela. Pada kefahaman pihak pengurusan organisasi, amalan terbaik adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1.

Konsep bekerjasama di semua peringkat merupakan antara asas amalan terbaik
organisasi dalam usaha untuk memastikan pengurusan organisasi adalah yang terbaik.
Konsep ini merangkumi semua peringkat dalam organisasi, daripada peringkat pengurusan
atasan sehingga ke peringkat ahli sukarelawan itu sendiri. Sikap bekerjasama ini dilihat
mampu memainkan peranan penting kepada organisasi seperti memudahkan proses
perancangan dan perlaksanaan sesuatu perkara mahupun program dan aktiviti sukarelawan.
Selain itu, ianya juga bertindak sebagai usaha dan amalan ahli organisasi untuk memajukan
organisasi.

JADUAL 7.1: Amalan Terbaik Organisasi Sukarela
Amalan Terbaik Organisasi

 Bekerjasama di semua peringkat  Berusaha untuk memajukan organisasi

 Menjaga kebajikan ahli dan peserta dan bersatu  Berkorban masa dan tenaga dengan memberi
padu komitmen yang tinggi

 Berkongsi ilmu sesama ahli dan saling bertukar  Bersifat jujur, amanah, ikhlas dan berniat kepada
pendapat Allah S.W.T

 Amalan kekeluargaan termasuk aspek berakhlak,  Memupuk sikap saling membantu, bertimbang
mendidik dan berbakti rasa, merendah diri

 Berdisiplin dan bertoleransi  Semangat membantu yang tinggi dan
memudahkan kehidupan orang lain
 Integriti dan bersikap telus
 Kerja berpasukan

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-9

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Amalan perkongsian ilmu dan maklumat serta amalan bertukar-tukar pandangan
sesama ahli dianggap sebagai antara amalan yang sering dilakukan dalam sesebuah
organisasi. Penambahan pengetahuan dan kesepaduan ahli dapat dibentuk dengan adanya
amalan seperti ini. Perbalahan dan sikap negatif lain seperti iri hati, bermasam muka sesama
ahli dapat dielakkan dengan adanya amalan terbaik sebegini. Selain itu, amalan terbaik lain
juga didapati turut dilaksanakan dalam sesebuah organisasi seperti mengamalkan konsep
kekeluargaan di dalam organisasi. Ini merangkumi konsep berakhlak mulia, saling
menghormati, berdisiplin, bertoleransi, bersikap telus dan berintegriti. Sikap positif ini
dijadikan amalan terbaik agar kesinambungan pengurusan organisasi menjadi lebih
berkesan dan berdaya maju.

Di samping itu, sifat jujur, amanah, ikhlas dan saling membantu dapat
menyemarakkan lagi semangat ahli sukarelawan dalam usaha memberi sumbangan sukarela
kepada pihak yang memerlukan. Oleh itu, konsep kerja berpasukan juga dapat dibentuk dan
dijadikan amalan terbaik organisasi sukarela serta dijadikan sebagai langkah
pengoptimuman pengurusan organisasi sukarela ke arah yang lebih berkesan.

Kesimpulannya, amalan terbaik ini bersifat secara menyeluruh di mana organisasi
sedaya upaya untuk menjadi contoh kepada perkara-perkara kebaikan di samping memberi
bantuan dan khidmat kepada golongan yang memerlukan. Amalan sebegini bersamaan
dengan konsep awal sukarelawan itu sendiri iaitu untuk membantu secara sukarela tanpa
mengharapkan balasan atau imbuhan setiap perkara yang dilakukan.

7.4 KETERLIBATAN AHLI SUKARELAWAN

Amalan terbaik daripada sukarelawan cuba disusuri daripada perspektif ahli, yang melihat
apakah bentuk persediaan mereka sebelum, semasa di tapak atau kawasan operasi dan juga
selepas sesuatu aktiviti atau program sukarelawan dilaksanakan.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-10

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

7.4.1 Kefahaman tentang Konsep Sukarelawan
Kefahaman seseorang sukarelawan tentang konsep sukarelawan sebenarnya merupakan
cerminan kualiti dan amalan terbaik yang ada di peringkat individu. Daripada maklum balas
yang diterima, pelbagai pandangan dan definisi telah diberikan tentang konsep
sukarelawan. Hanya sebahagian kecil sahaja yang masih kabur tentang makna sukarelawan.
Secara umum, mereka berpendapat konsep sukarelawan berkait dengan bantuan amal,
kerja kebajikan dan bantuan tenaga, idea, masa dan peluang yang diberikan oleh seseorang
individu kepada golongan sasaran. Berdasarkan kajian, 90 peratus berupaya memahami
secara jelas konsep sukarelawan. Elemen asas sukarelawan ini berkisar kepada sifat
perkhidmatan yang ikhlas, tanpa ganjaran, berasaskan tenaga dan profesional, minat dan
keupayaan. Semakin arif seseorang sukarelawan tentang konsep sukarelawan ini, semakin
terserlahlah amalan khidmat sukarela yang diberikan.

7.4.2 Operasi Aktiviti Sukarelawan
Berdasarkan kes operasi sukarelawan yang terakhir, responden diminta untuk memberikan
pandangan berhubung dengan bagaimana seseorang sukarelawan melakukan persediaan
sebelum menjalankan aktiviti, semasa di tempat operasi dan sekembalinya mereka dari
operasi terakhir yang mereka ikuti. Daripada segi persediaan sebelum menjalankan aktiviti,
mereka dikehendaki menyatakan beberapa perkara berhubungan operasi di peringkat
organisasi yang dianggotai mereka. Ini melibatkan empat aspek iaitu menyatakan hasrat
kepada organisasi, mengisi borang pemilihan, mengikuti giliran untuk menjalankan aktiviti
sukarelawan dan tiada perancangan awal oleh pihak organisasi.

Sementara itu, persediaan fizikal dan mental melibatkan tujuh perkara seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.5. Ini melibatkan persediaan mental dan fizikal, barangan dan
keperluan, kit keselamatan dan juga persediaan kepada keluarga dan anak-anak yang
ditinggalkan semasa berkhidmat. Operasi aktiviti sukarelawan selepas daripada
aktiviti/operasi juga melibatkan perkara penting seperti post mortem, pelaporan dan
pemeriksaan kesihatan. Perincian aspek-aspek ini dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-11

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH

AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Bilangan Ya

Menyatakan hasrat kepada organisasi
Mengisi borang pemilihan

Mengikuti giliran untuk menjalankan aktiviti sukarelawan
Tiada perancangan awal oleh pihak organisasi, ad -hoc
Persediaan mental dan fizikal sebelum ke lokasi

Persediaan jagaan anak dan ahli keluarga semasa berkhidmat
Persediaan yang dikehendaki oleh organisasi
Persediaan keperluan barangan dan bantuan

Persediaan kesihatan dan kit keselamatan setiap ahli
Persediaan rancangan kerja sukarelawan
Persediaan logistik anggota sukarelawan

Adakah anda dan pasukan membuat post-mortem operasi sukarelawan
Adakah anda menjalani pemeriksaan kesihatan?

Adakah anda melapor kepada pihak pemegang taruh tentang keberkesanan…
Adakah anda melakukan pembahagian kerja dalam kalangan ahli?

Adakah anda akan mempromosikan aktiviti sukarelawan kepada kawan-kawan…

n = 1,405 (pelbagai pilihan jawapan)

RAJAH 7.5: Respons terhadap Persediaan

UKM Pakarunding Sdn. Bhd.

H MENGGERAKKAN

Bilangan Tidak

929 476
478 926
266 1139
345 1060

1239 166
408 997

835 570
782 621
543 862
793 612
530 875

963 442
1016 389
623
767
1224 181
1334 71

n Sebelum, Semasa dan Selepas Operasi
(561663-U) 7-12

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

7.5 PERSEDIAAN SEBELUM MENJALANKAN AKTIVITI SUKARELAWAN

Para sukarelawan ditanya apakah bentuk persediaan sebelum mereka mengikuti sebarang
aktiviti sukarelawan. Daripada respons mereka, perkara asas adalah meneliti prosedur untuk
melakukan aktiviti. Sebagai ahli, mereka akur tentang prosedur seperti memaklumkan dan
mendapatkan kebenaran daripada organisasi. Dua perkara utama ialah menyampaikan
hasrat dan mengisi borang yang berkaitan, dan ini masing-masing menyumbang 66.1% dan
34.0%. Seterusnya prosedur yang berkaitan dengan giliran bagi membolehkan mereka
berada di aktiviti atau program yang diinginkan.

Daripada aspek persediaan, kedua-dua aspek fizikal dan mental perlu dipenuhi oleh
sukarelawan. Daripada jawapan yang diberikan, perhatian lebih difokuskan kepada
persediaan di lokasi. Soal kebajikan keluarga dan tanggungan yang ditinggalkan kurang
diberikan penekanan. Dalam kebanyakan kes, soal ini diandaikan akan ditangani oleh ahli
keluarga masing-masing. Sukarelawan dilihat cuba mengasingkan kegiatan sukarelawan
daripada komitmen yang perlu diberikan kepada keluarga masing-masing. Hal ini perlu
diberikan perhatian agar kebajikan ahli keluarga dan tanggungan mereka masih mendapat
perhatian daripada sukarelawan (Jadual 7.2).

JADUAL 7.2: Persediaan Awal Menjalankan Aktiviti Sukarelawan

Perkara YA TIDAK
Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Menyatakan hasrat kepada organisasi 929 66.1 476 33.9

Mengisi borang pemilihan 478 34.0 926 65.9

Mengikuti giliran untuk menjalankan aktiviti 266 18.9 1139 81.1
sukarelawan

Tiada perancangan awal oleh pihak organisasi, 345 24.6 1060 75.4
ad hoc

n = bagi setiap perkara 1,405

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-13

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Berdasarkan Jadual 7.3, didapati persediaan mental dan fizikal sebelum ke lapangan
paling dominan dari segi amalan, iaitu sebanyak 88.2%. Ini diikuti oleh persediaan
rancangan kerja yang menyumbang sebanyak 56.0%. Paling sedikit dilakukan ialah
persediaan dalam memastikan kebajikan ahli keluarga yang ditinggalkan, iaitu sebanyak
29.0% sahaja.

Jika diamati, sebanyak lima perkara yang berkaitan dengan amalan sebelum

menjalankan aktiviti berada dalam kedudukan yang baik, di mana lebih daripada 60

responden menyatakan mereka melakukan aktiviti tersebut. Aturan keutamaan aktiviti

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.6 memberikan dimensi persediaan utama oleh

responden.

JADUAL 7.3: Persediaan Sebelum ke Lokasi

Aspek persediaan Bilangan Peratus Rank
Keutamaan
Ya 1239 88.2
Tidak 166 11.8 1

Persediaan mental dan fizikal sebelum ke lokasi

Ya 835 59.4 2
Tidak 570 40.6
Persediaan yang dikehendaki oleh organisasi

Ya 793 56.4 3
Tidak 612 43.6
Persediaan rancangan kerja sukarelawan

Ya 782 55.7 4
Tidak 623 44.3
Persediaan keperluan barangan dan bantuan

Persediaan kesihatan dan kit keselamatan setiap Ya 543 38.6 5
ahli Tidak 862 61.4

Ya 530 37.7 6
Tidak 875 62.3
Persediaan logistik anggota sukarelawan

Persediaan jagaan anak dan ahli keluarga semasa Ya 408 29.0 7
berkhidmat Tidak 997 71.0

Jika diteliti keutamaan persediaan dalam kalangan sukarelawan, didapati persediaan
mental dan fizikal sebelum ke lokasi merupakan persediaan yang paling penting, diikuti
dengan persediaan yang dikehendaki organisasi, rancangan kerja, dan keperluan barangan

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-14

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

dan bantuan. Ini merupakan antara usaha sukarelawan bagi meminimumkan masalah di
lokasi, dan memastikan faedah kunjungan di lokasi dioptimumkan. Persediaan dari segi
kesihatan dan kit keselamatan kurang diberikan perhatian, selalunya diandaikan ia sudah
diambil kira dalam persediaan secara keseluruhan.

Mental dan fizikal sebelum ke lokasi 1239 88.2 1
Persediaan organisasi 835 59.4 2
Rancangan kerja 793 56.4 3
Barangan dan bantuan 782 55.7 4
543 38.6 5
Kesihatan dan kit keselamatan setiap ahli 530 37.7 6
Logistik anggota sukarelawan 408 29 7

Jagaan anak dan ahli keluarga semasa berkhidmat

Bilangan Peratus Rank Keutamaan

n = 1,405 bagi setiap aspek persediaan.
RAJAH 7.6: Kedudukan Persediaan Mental dan Fizikal Sebelum ke Lokasi Operasi

7.6 SEMASA MENJALANKAN OPERASI ATAU AKTIVITI SUKARELAWAN

Beberapa aktiviti mendapat maklum balas yang positif. Mereka secara menyeluruhnya
melakukan tugasan secara bekerjasama. Daripada segi bentuk bantuan yang diberikan,
terdapat beberapa aspek yang jelas agak sinonim dengan barangan dan perkhidmatan
sukarelawan. Ini ditunjukkan dalam Jadual 7.4 yang memperincikan bentuk barangan dan
keperluan yang disediakan.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-15

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

7.6.1 Persiapan di Lokasi / Semasa Operasi

JADUAL 7.4: Persediaan dan Persiapan di Lokasi

Keperluan Asas Masa dan Tenaga

i) Keperluan asas (beras, gula); ii) pakaian; iii) duit; iv) Tenaga kerja dan kewangan.
barang terpakai.
Kami menyediakan barang-barang asas dan keperluan Tenaga, masa, pergerakan.
duit pada mereka.
Barangan. Idea, krew, tenaga.

Barangan keperluan dan khidmat di tempat kejadian. Tenaga, fizikal dan peralatan.

Makanan dan pakaian. Tenaga sepenuhnya.
Tenaga, wang ringgit, masa.
Buku, alat tulis, barang perhiasan bilik darjah dan
telekung. Tenaga dan kewangan.
Tenaga, masa, sokongan moral.
Ilmu dan Kemahiran. Dana.
Mencari dana dan pihak yang ingin memberi
Pendapat dan tenaga bagi membantu dalam sumbangan.
penyelesaian masalah (OKU Pendengaran). Mencari dana daripada pihak yang ingin memberi
Pendapat dan ilmu bagi OKU Pendengaran. sumbangan.

Memberikan tuisyen kepada anak yatim. Kemahiran, Keperluan menyeluruh.
kepakaran, tenaga. Menyediakan keperluan bagi sesuatu program.
Bantuan fizikal, sumbangan idea terhadap aktiviti.
Mengikut keperluan dan keutamaan.
Kasih sayang. Kewangan, tenaga dan masa juga buah fikiran.
Tenaga, wang ringgit dan masa.
Memberikan layanan dan kasih sayang kepada Mengagihkan dan memberi segala komitmen dengan
penghuni. Memberikan khidmat pemeriksaan penuh dedikasi dan bersedia.
kesihatan dan fisioterapi. Sumbangan idea pelaksanaan program, dana
persendirian, protokol.

Responden ditanya tentang pembahagian kerja dalam kalangan ahli semasa berada
di lokasi atau tapak operasi. Sebanyak 87.0% menyatakan ya, sementara sebahagian kecil
sahaja menyatakan mereka tidak atau tidak pasti dalam hal ini.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-16

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

7.6.2 Bidang Tugas Sukarelawan Sebenar di Tapak Operasi
Ketika menjalankan aktiviti sukarelawan, bidang tugas ahli sukarelawan dinyatakan secara
terperinci. Berdasarkan bidang tugas, sebahagian besar sukarelawan melakukan tugas
bantuan amal ketika berada di tapak lokasi. Dari segi pelaporan bidang tugas semasa di
tapak operasi, kebanyakan memberikan laporan tentang kerja sebenar yang dilakukan, dan
tidak tertakluk kepada kategori tertentu sahaja. Bidang tugas ini mencakupi memberikan
khidmat yang diperlukan oleh kumpulan sasaran, seperti merawat pesakit, menjaga orang
tua, membantu orang kurang upaya dan sebagainya.

7.6.3 Pembahagian Kerja dalam Kalangan Ahli
Para sukarelawan juga dikehendaki memberikan maklum balas tentang cara mereka
melaksanakan kerja atau operasi mereka. Sebanyak 87.1% responden menyatakan mereka
melakukan pembahagian kerja dalam kalangan ahli (Jadual 7.5). Ini kerana sebahagian besar
kerja melibatkan tenaga, terutama kerja-kerja yang berkaitan dengan bencana.
Pembahagian kerja secara syif juga dilaksanakan apabila mereka melakukan kerja merawat
orang tua di rumah-rumah kebajikan. Manakala dalam acara kebajikan yang melibatkan
ramai kumpulan sasaran dan jenis kerja, pembahagian kerja dalam kalangan ahli
sukarelawan banyak membantu mereka menjalankan misi dengan baik.

JADUAL 7. 5: Pembahagian Kerja dalam Kalangan Ahli Sukarelawan

Jawapan Bilangan Peratus

Ya 1224 87.1

Tidak 68 4.8

Tidak Pasti 113 8.0
Jumlah 1,405 100.0

n = 1,405 responden

7.6.4 Bentuk Kerjasama dengan Pasukan Sukarelawan Lain
Para sukarelawan juga ditanyakan sama ada mereka melakukan kerjasama dalam
menjalankan mana-mana aktiviti. Daripada maklum balas mereka, didapati sebanyak
melakukan kerjasama seperti yang diwar-warkan dalam kegiatan sukarelawan, iaitu

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-17

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

sebanyak 63.6%. Sementara sebanyak 32.8% pula menyatakan mereka tidak melakukan
kerjasama dengan pasukan lain (Jadual 7.6).

JADUAL 7.6: Bekerjasama dengan Pasukan Lain Semasa Operasi

Jawapan Bilangan Peratus

Ada 894 63.6

Tidak 461 32.8

Tidak pasti 50 3.6

Jumlah 1,405 100.0
n = 1,405 responden

Penelitian secara lebih mendalam ke atas bentuk kerjasama yang dijalankan
mendapati wujudnya perbezaan daripada segi amalannya. Kerjasama antara ahli dalam
organisasi yang sama adalah tinggi. Hampir 90%menyatakan hal ini wujud dalam amalan
mereka. Sementara 63.6% menyatakan mereka juga bekerjasama dengan ahli sukarelawan
organisasi yang lain (Jadual 7.7). Hal ini dianggap memberangsangkan kerana para
sukarelawan melihat rakan kolaborasi mereka tidak sahaja terhad dalam organisasi mereka
sahaja, tetapi juga melibatkan organisasi yang lain. Antara aspek yang memperlihatkan
amalan ini berkesan ialah:

i) Perancangan dan pelaksanaan tugas dan operasi.
ii) Dana dan mobilisasi sukarelawan.
iii) Tempat atau tapak operasi.

JADUAL 7.7: Kerjasama Sukarelawan antara Organisasi

Jawapan Bekerjasama dalam Organisasi Bekerjasama dengan Organisasi Lain
Sendiri

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Ya/ada 1,224 87.1 894 63.6

Tidak 68 4.8 461 32.8

Tidak pasti 113 8.0 50 3.6

Jumlah 1,405 100.0 1,405 100.0

n = 1,405 responden

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-18

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Kerjasama ini diperkukuhkan lagi dengan penyertaan agensi-agensi kerajaan negeri
dan persekutuan yang dianggap sebagai persekitaran enabling dalam pelbagai bidang
perkhidmatan seperti bomba, kesihatan dan keselamatan awam serta Pihak berkuasa
Tempatan (PBT), yang sering kali turut serta dalam sebarang aktiviti sukarelawan yang
dijalankan dalam skala yang besar.

7.6.5 Jangka Masa Bertugas Semasa Operasi Sukarelawan
Kepatuhan kepada jangka masa yang bersesuaian dengan tugas sukarelawan juga
memberikan dimensi amalan baik yang dilakukan di peringkat individu. Berdasarkan kajian,
didapati bahawa seseorang sukarelawan mengetahui tuntutan organisasi, yang menjadi
landasan kerja organisasi di mana mereka bernaung. Terdapat dua kecenderungan jawapan
jangka masa bertugas, sama ada ia diukur mengikut jam per hari, per minggu, per bulan dan
mengikut program. Satu lagi perspektif ialah jangka masa hari sukarelawan berada di tapak
operasi.

i) Dari segi pengukuran mengikut jam per hari, per minggu, per bulan atau
mengikut program, didapati kecenderungan jam per hari adalah menjadi
perkiraan yang mudah diterima dan dominan dalam kalangan ahli sukarelawan
(Rajah 7.7).

ii) Sementara itu, dari segi perkiraan mengikut jumlah hari, jangka masa dua
sehingga tiga hari adalah kelaziman bidang tugas mereka. Sebanyak 30%
responden menyatakan jangka masa ini, diikuti oleh 28% yang menyatakan
mereka bertugas sekurang-kurang sehari di tapak operasi. Para responden akur
tentang jangka masa mereka berada di lokasi atau memberikan khidmat bakti
mereka (Rajah 7.8).

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-19

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

6% 7%
7%

26% 54%
per hari (193)

per minggu (92)

mengikut program
(27)
per bulan (21)

tidak pasti (24)

n = 357 responden

RAJAH 7. 7: Jangka Masa Melaksanakan Operasi Sukarelawan

4% 2%

30%

17% 28% Lebih 2 - 3 hari (263)
19%
Sehari (259)
n = 912 responden
Bergantung kepada program
(171)
Lebih 3 - 7 hari (155)

Sepanjang tahun (40)

Sebulan (17)

RAJAH 7.8: Jangka Masa Bertugas Sukarelawan

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-20

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

7.7 SELEPAS OPERASI SUKARELAWAN

7.7.1 Post mortem, Pelaporan dan Pemeriksaan Kesihatan
Jadual 7.8 memperincikan tindakan yang dilakukan oleh para sukarelawan selepas
menjalankan sesuatu aktiviti atau program. Didapati 68.5% ahli menyatakan mereka
melakukan post mortem, sementara 31.4% menyatakan sebaliknya. Seramai 44.3%
responden membuat pelaporan kepada pemegang taruh atau organisasi. Bagi pemeriksaan
kesihatan pula, seramai 72.3% sukarelawan menyatakan mereka melakukan pemeriksaan
kesihatan.

JADUAL 7.8: Tindakan Selepas Menjalankan Operasi/ Aktiviti Sukarelawan

Soalan dan jawapan Bilangan Peratus

Adakah anda dan pasukan membuat post Ya 963 68.5
mortem operasi sukarelawan Tidak 442 31.5

Adakah anda melaporkan kepada pihak Ya 638 45.4
pemegang taruh tentang keberkesanan operasi Tidak 767 54.6

sukarelawan?

Adakah anda menjalani pemeriksaan Ya 1,016 72.3
kesihatan? Tidak 389 27.7

n = 1,405 bagi setiap aspek tindakan

Jika diperincikan aspek post mortem, tindakan yang disarankan sebagai penambahbaikan
adalah berkait dengan aspek-aspek berikut:

i. Kuantiti atau bilangan ahli dalam setiap aktiviti sukarelawan.
ii. Perancangan kerja, persediaan kerja dan aktiviti, yang lebih bersedia dan teratur

sebelum menjalankan misi dan tugas operasi.
iii. Kekuatan mental dan fizikal ahli sukarelawan.
iv. Gerak kerja berkumpulan dalam kegiatan sukarelawan.

Sementara itu, pelaporan kepada pihak organisasi sering menyentuh aspek-aspek
yang ditunjukkan dalam Rajah 7.9. Kajian menunjukkan bahawa aspek pengurusan
keseluruhan merupakan perkara yang utama, diikuti oleh pelaksanaan aktiviti dan implikasi
dan keberkesanan program, masing-masing sebanyak 17%. Logistik yang melibatkan

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-21

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

pengagihan sumber bantuan, ahli dan juga keselamatan merupakan pelaporan yang
semakin ketara dengan 12%. Dalam melaksanakan program atau aktiviti, aspek kewangan
dan perbelanjaan diberikan perhatian dan menjadi tanggungjawab terutama apabila
melibatkan program-program terancang. Sebagai aktiviti yang melibatkan masyarakat dan
kumpulan sasaran, aspek logistik dan maklum balas peserta/kumpulan masyarakat yang
terlibat merupakan aspek-aspek pelaporan yang bersifat telus dan berlandaskan tadbir urus
yang baik.

28 (6%) 12 (3%)

43 (10%) 88 (20%) Pengurusan Keseluruhan
53 (12%) 76 (17%) program
Pelaksanaan aktiviti/ program
69, (15%) 75 (17%)
Implikasi dan Keberkesanan
Program
Kewangan/ dana dan
perbelanjaan
Logistik

Maklum balas peserta

Kejayaan dan cadangan
penambahan

n = 444 responden sukarelawan

RAJAH 7.9: Bidang Pelaporan Sukarelawan

7.7.2 Cadangan untuk Mempertingkatkan Pengalaman Sukarelawan
Cadangan untuk menambah baik aktiviti dan organisasi adalah diringkaskan seperti berikut
dan ditunjukkan dalam Rajah 7.10.

i. Latihan - yang berkait dengan pembangunan diri seperti kemahiran menyelamat,
berkomunikasi dan berhadapan dengan keadaan sebenar.

ii. Bengkel dan kursus bagi meningkatkan ilmu dan perkembangan sukarelawan.
iii. Memperbanyakkan program sukarelawan kepada masyarakat.
iv. Sertai lebih banyak program atau aktiviti sukarelawan.
v. Promosi tentang sukarelawan bagi menarik lebih ramai penyertaan terutama belia.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-22

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

vi. Insentif kepada sukarelawan.
vii. Pembangunan diri sukarelawan.

26 (4%)

30 (4%) 10 (1%)

34 (5 % ) 306 (45%) Latihan
63 (9%)
Aktif dalam Sukarelawan
216 (32%)
Perbanyakkan Aktiviti/Program
309 31%
Jiwai Konsep Sukarelawan

Kemahiran, Komunikasi dan
promosi
Bekerjasama dengan
agensi/pertuhuan lain
Dana

Enabling factors

n = 998 responden

RAJAH 7.10: Cadangan untuk Mempertingkatkan Sukarelawan

7.8 AMALAN TERBAIK BERDASARKAN PERSPEKTIF SUKARELAWAN

Para sukarelawan telah ditanya berhubung dengan amalan terbaik mereka sepanjang
terlibat dalam aktiviti sukarelawan. Berdasarkan maklum balas mereka, amalan terbaik
dalam kalangan sukarelawan diringkaskan dalam Jadual 7.9.

JADUAL 7.9: Amalan Terbaik dalam Sukarelawan

Kerja Berpasukan Tanpa ganjaran melakukan aktiviti sukarelawan

Mengikut prosedur yang jelas dan tepat Tertakluk kepada keperluan dan masa yang
dikehendaki

Bekerjasama dengan pihak yang lain Fleksibel dalam menjalankan tugas berkala

Melakukan tanggungjawab atau tugas berlandaskan Komited melakukan tugas individu
bidang utama sukarelawan Tanpa mengira masa, tenaga dan idea

Sukarela dalam melaksanakan tugas, amal dan kerja
amal

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-23

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

7.9 RUMUSAN

Berdasarkan kajian, amalan terbaik daripada organisasi dan sukarelawan adalah
memperincikan tatakerja yang berkait dengan bidang kerja yang dilaksanakan. Bagi
organisasi, perincian tentang prosedur lebih ketara berbanding dengan sukarelawan.

i. Bagi organisasi, perjalanan dan tatacara yang dilakukan menyentuh keperluan
amalan terbaik dalam mengurus organisasi dan ahli, terutama dalam rancangan
kerja sebelum, semasa dan selepas operasi.

ii. Bagi sukarelawan, amalan terbaik dilihat sebagai apa yang boleh mereka laksanakan
sebagai sukarelawan, terutama dalam menyelami erti sukarelawan, kesediaan
menjalankan tugas mengikut bidang, masa dan tempat serta kumpulan sasaran yang
diperlukan.

Dalam kalangan ahli sukarelawan, aras kepuasan mereka tentang tatacara dan
pelaksanaan dilihat berada dalam keadaan sederhana tinggi dan tinggi. Justeru, dalam usaha
membentuk satu kerangka pengoptimuman, dimensi isu dan tahap pelaksanaan semasa
adalah sangat penting dilihat dalam konteks kedua-dua perspektif.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 7-24

BAB 8

Kerangka
Pengoptimuman

Sukarelawan

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Bab 8

Kerangka Pengoptimuman
Sukarelawan

8.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan pembangunan kerangka pengoptimuman sukarelawan berdasarkan
rank parameter dan sub-parameter yang diukur menggunakan dua perspektif, iaitu ahli
sukarelawan dan organisasi sukarela. Seterusnya gabungan kedua-dua perspektif ini
digunakan bagi mengukur kepentingan parameter secara menyeluruh bagi membangunkan
kerangka pengoptimuman sukarelawan di Malaysia.

8.2 PARAMETER DALAM MEMBANGUNKAN KERANGKA PENGOPTIMUMAN
SUKARELAWAN

Berdasarkan 15 parameter yang dikenal pasti, kajian ini telah menilai kepentingan
parameter tersebut dalam membentuk kerangka pengoptimuman sukarelawan di Malaysia
(Jadual 8.1). Prosedurnya adalah seperti berikut:

1. Bagi setiap parameter, organisasi dan ahli sukarelawan diminta memberikan
pandangan mereka tentang hal-hal berkaitan. Data yang merupakan jawapan
sebenar responden direkodkan dalam SPPS dan kemudiannya dikodkan mengikut
sub-tema yang digariskan seperti dalam Jadual 8.2. Hanya maklum balas bertulis
sahaja yang digunakan dalam menilai kedudukan kepentingan parameter dan isu-isu
yang diketengahkan.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-1

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

2. Berasaskan maklum balas ini, kepentingan (rank) parameter disusun mengikut
keutamaan.

3. Kepentingan parameter berasaskan perspektif organisasi dan sukarelawan dinilai
dan hasilnya ditunjukkan dalam Bahagian 8.3 hingga 8.6. Berdasarkan pandangan
daripada kedua-dua perspektif ini, kepentingan keseluruhan parameter dirumuskan
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8. 7.

4. Langkah seterusnya adalah mencadangkan beberapa prinsip teras, mengambil kira
dapatan parameter secara rentas bagi membentuk kerangka pengoptimuman
sukarelawan yang holistik.

5. Pembentukan kerangka pengoptimuman sukarelawan sesebuah organisasi
dikemukakan dalam Rajah 8.1.

JADUAL 8.1: Parameter dalam Kerangka Pengoptimuman Sukarelawan

Parameter

1. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
2. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
3. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
4. Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
5. Latihan dan Pembangunan Kemahiran
6. Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
7. Penilaian Prestasi Sukarelawan
8. Maklum Balas Organisasi
9. Amalan-amalan berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
10. Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
11. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan
12. Pendokumentasian Maklumat dan Rekod
13. Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
14. Governans dan Institusi
15. Keselamatan dan Kesihatan

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-2

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

JADUAL 8.2: Sub-Parameter dalam Kerangka Pengoptimuman Sukarelawan

Parameter Kerangka Sukarelawan Organisasi Sukarelawan

1. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan Sub-Parameter Sub-Parameter

2. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Keahlian Keahlian
Prosedur dan Polisi Pengurusan Kefahaman Konsep
Kefahaman Konsep Sukarelawan
3. Promosi, Koordinasi dan Struktur Organisasi
Pengambilan Sukarelawan Struktur Organisasi Lain-lain
Lain-lain Mobilisasi
4. Penempatan dan Penilaian Mobilisasi Strategi
Keperluan NGO Strategi Prosedur
Prosedur Polisi Pengurusan
5. Latihan dan Pembangunan Polisi Pengurusan
Kemahiran Lain-lain Promosi
Promosi Koordinasi
Koordinasi Pengambilan Sukarelawan
Pengambilan Sukarelawan Ciri-ciri Sukarelawan
Lain-lain Penilaian Keperluan NGO
Penempatan Lain-lain
Penilaian Keperluan NGO
Lain-lain Latihan
Pengetahuan Pengetahuan
Kemahiran Kemahiran
Sikap Sikap
Lain-lain Pengurusan dan Dasar
Persekitaran Enabling
6. Mewujudkan Persekitaran yang Persekitaran Enabling Pemantauan
Bersifat Enabling, Pemantauan dan Pemantauan Penilaian
Penyeliaan Lain-lain Individu
Individu/Perkhidmatan Organisasi
7. Penilaian Prestasi Sukarelawan Program Sistem Penilaian
Organisasi
8. Maklum Balas Organisasi Lain-lain Maklum Balas
Maklum balas Tidak Maklum Balas
9. Amalan-amalan Berkaitan Tidak Maklum Balas Tiada Jawapan
Pentauliahan, Pampasan, Lain-lain Pentauliahan
Penghargaan dan Motivasi Pentauliahan Pampasan
Pampasan Penghargaan
Penghargaan Motivasi
Motivasi Governans
Governans

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-3

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Parameter Kerangka Sukarelawan Organisasi Sukarelawan
Sub-Parameter
10. Pengesanan Alumni dan Strategi Sub-Parameter
Pengekalan Sukarelawan Rekod Alumni
Pengesanan Alumni Ahli
Tiada Rekod Alumni Pengesanan Alumni
Lain-lain Organisasi
Pengekalan Sukarelawan Ahli
11. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Kelestarian Sukarelawan Pengekalan Sukarelawan
Penambahbaikan Berterusan Penambahbaikan Organisasi
Kelestarian Ahli
Lain-lain Organisasi
Penambahbaikan Berterusan
12. Pendokumentasian Maklumat dan Dokumentasi maklumat Ahli
Rekod Sukar Diurus Penambahbaikan Berterusan
Organisasi
13. Sumber-sumber Program: Dana, Tiada Direkodkan Dokumentasi
Belanjawan dan Sumber Manusia Lain-lain Sukar dilakukan Dokumentasi
Dana/Sumber Kewangan Tidak melakukan
14. Governans dan Institusi Belanjawan dokumentasi
Sumber Manusia
Lain-Lain Dana / Sumber Kewangan
Pengurusan Belanjawan
Keahlian Sumber Manusia
Sasaran Masa Depan
Lain-lain Pengurusan
Keahlian
15. Keselamatan dan Kesihatan Keselamatan Sasaran Masa Depan
Kesihatan Governans dan Institusi
Lain-Lain Tiada Maklum Balas
Keselamatan
Kesihatan
Governans

8.3 KEPENTINGAN PARAMETER BERASASKAN PERSPEKTIF ORGANISASI

Kepentingan parameter berdasarkan perspektif organisasi ditunjukkan dalam Jadual 8. 3 dan
Jadual 8.4. Secara umumnya, kedudukan kepentingan organisasi adalah seperti berikut:

Parameter pertama adalah profil sukarelawan dan mobilisasi, dan parameter kedua
adalah dana, belanjawan dan sumber manusia. Kedua-dua parameter ini penting bagi
menggerakkan sukarelawan. Begitu juga tanpa sukarelawan, mobilisasi dan aktiviti
sukarelawan tidak dapat direalisasikan. Parameter ketiga adalah promosi, koordinasi dan

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-4

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

pengambilan sukarelawan. Parameter ini penting kepada organisasi sukarela, kerana ia
menjadi penentu kepada saiz, liputan operasi dan juga kapasiti ahli sukarelawan itu sendiri.
Kini, media sosial menjadi wahana baru yang digunakan bagi menarik ahli baru dan juga
mengekalkan ahli sedia ada.

Parameter keempat adalah latihan, melibatkan orientasi pendedahan dan latihan
sebenar sebelum sukarelawan terlibat dalam kerja-kerja yang lebih mencabar. Parameter
kelima dan keenam adalah pendokumentasian dan penilaian prestasi, menjadi ukuran
kepentingan organisasi. Parameter ini wajar diutamakan dan diambil tindakan sebagai usaha
mengabsahkan kegiatan sukarelawan, dan ini menjadi sandaran kepada pengambilan dan
pencarian dana. Parameter ketujuh dan kelapan adalah keselamatan dan kesihatan, serta
persekitaran yang enabling, pemantauan dan penyeliaan. Kepentingan parameter
keselamatan dan kesihatan menjadi pertimbangan organisasi kerana ini melibatkan risiko
apabila mereka menghantar ahli sukarelawan daripada pertubuhan mereka. Malah,
parameter keselamatan dan kesihatan sangat penting kepada sukarelawan sebagai jaminan
kepada usaha operasi yang optimum. Persekitaran yang bersifat enabling menjadi satu
pelengkap kepada skop dan bidang tugas sukarelawan. Ini membolehkan bantuan, sama ada
berupa material atau bukan material diagihkan kepada yang memerlukan, atau
perkhidmatan diberikan kepada pihak yang mengalami masalah, musibah dan sebagainya.

Parameter kesembilan ialah penempatan ahli di kawasan/lokasi/kumpulan yang
sedang menjalankan operasi. Penempatan dengan keperluan logistik yang mudah bagi
semua pihak akan memberikan laluan optimum. Sementara itu, sekiranya terdapat
masalah dalam penempatan bukan sahaja dalam sesebuah organisasi, tetapi juga antara
organisasi dan individu di kawasan bencana umpamanya, penempatan yang tidak
komprehensif akan melambatkan bantuan material dan bukan material. Parameter
kesepuluh yang berkaitan dengan pentauliahan, penganugerahan dan pengesanan alumni
dan strategi pengekalan sukarelawan merupakan parameter yang saling memperkukuhkan
jalinan sukarelawan. Pentauliahan adalah penting kerana ia meletakkan seseorang individu
dalam kelompok sosial dan komuniti yang baik.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-5

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Parameter ke-11, ke-12 dan ke-13 masing-masing ialah inisiatif kelestarian dan
penambahbaikan berterusan sukarelawan dan maklum balas organisasi. Ketiga-tiga skop
kerja dan tindakan ini, masih terlalu baru dalam dimensi sukarelawan. Kelestarian meskipun
merupakan perkataan ideal kepada pengekalan dan pengoptimuman sukarelawan, namun
ia masih belum terlaksana secara eksplisit dan menjadi panduan kepada sesebuah
organisasi.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-6

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH

AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

JADUAL 8.3: Parameter Membangunkan Kerangka Pengop

Parameter Membangunkan Kerangka Sukarelawan Berasaskan Pers

1. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
2. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
3. Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
4. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
5. Latihan dan Pembangunan Kemahiran
6. Pendokumentasian Maklumat dan Rekod
7. Penilaian dan Prestasi Sukarelawan
8. Keselamatan dan Kesihatan
9. Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
10. Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
11. Amalan-amalan berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
12. Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
13. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan
14. Governans dan Institusi
15. Balas Maklum Organisasi

JUMLAH

H MENGGERAKKAN

ptimuman Sukarelawan Berasaskan Perspektif Organisasi

Sub-Parameter

spektif 1 2 3 4 5 Jumlah % Ranking
(n)
10.34 1
18 18 14 27 77 10.34 1
10.07 2
14 10 8 12 33 77 3
9.93 4
6 58 1 10 75 9.13 5
6.71 6
13 12 25 24 74 6.58 7
5.77 8
3 11 6 48 68 5.64 9
5.10 10
6 26 4 14 50 4.43 10
4.43 11
28 8 3 10 49 4.30 12
4.16 13
16 5 22 43 3.09
100.00
8 8 26 42

13 4 21 38

2 2 2 6 21 33

0 8 25 33

4 6 22 32

4 2 0 25 31

2 2 19 23

n Organisasi 745

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-7

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

JADUAL 8.4: Sub-Parameter Membangunkan Kerangka Sukarelawan Berdasarkan
Perspektif Organisasi

Parameter Membangunkan Kerangka Sub-Parameter nN
Sukarelawan Ini

1. Keahlian 18

1. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan 2. Kefahaman Konsep 18
77
3. Struktur Organisasi
4. Lain-lain 14
1. Mobilisasi 27
14

2. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, 2. Strategi 10 77
Prosedur dan Polisi Pengurusan 8 74
3. Prosedur 12
3. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan 4. Polisi Pengurusan 33
Sukarelawan 5. Lain-lain 13
1. Promosi 12
2. Koordinasi 25
3. Pengambilan Sukarelawan 24
4. Lain-lain

4. Penempatan dan Penilaian Keperluan 1. Penempatan 13 38
NGO 2. Penilaian Keperluan NGO 4 68
3. Lain-lain 21
3
1. Pengetahuan 11
6
5. Latihan dan Pembangunan Kemahiran 2. Kemahiran
3. Sikap

4. Lain-lain 48

6. Mewujudkan Persekitaran yang 1. Persekitaran Enabling 8

bersifat Enabling, Pemantauan dan 2. Pemantauan 8 42
Penyeliaan 3. Lain-lain 26

1. Individu / Perkhidmatan 28

7. Penilaian Prestasi Sukarelawan 2. Program 8
3. Organisasi 49

3

4. Lain-lain 10

1. Maklum 2

8. Maklum Balas Organisasi 2. Tidak Maklum 2 23

9. Amalan-amalan berkaitan 3. Lain-lain 19
Pentauliahan, Pampasan, 1. Pentauliahan 2
Penghargaan dan Motivasi 2. Pampasan 2
3. Penghargaan 2 33
10. Pengesanan Alumni dan Strategi 4. Motivasi 6
Pengekalan Sukarelawan 5. Lain-lain 21
1. Rekod Alumni 0
2. Tiada Rekod Alumni 8 33
3. Lain-lain 25

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-8

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Parameter Membangunkan Kerangka Sub-Parameter nN
Sukarelawan Ini

11. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan 1. Kelestarian Sukarelawan 4

Penambahbaikan Berterusan 2. Penambahbaikan 6 32

3. Lain-lain 22

1. Data Direkodkan 6

12. Pendokumentasian Maklumat dan 2. Sukar Diurus 26
Rekod 3. Tidak Direkodkan 50

4

4. Lain-lain 14

1. Dana/Sumber Kewangan 6

13. Sumber-sumber Program: Dana, 2. Belanjawan 58
Belanjawan dan Sumber Manusia 3. Sumber Manusia 75

1

4. Lain-Lain 10

1. Pengurusan 4

14. Governans dan Institusi 2. Keahlian 2
3. Sasaran Masa Depan 31

0

4. Lain-lain 25

1. Keselamatan 16

15. Keselamatan dan Kesihatan 2. Kesihatan 5 43

3. Lain-Lain 22

745 745

8.4 KEPENTINGAN PARAMETER BERDASARKAN PERSPEKTIF SUKARELAWAN

Berdasarkan maklum balas ahli sukarelawan, kepentingan parameter dalam membentuk
kerangka pengoptimuman sukarelawan juga diteliti. Jadual 8.4 dan Jadual 8.5 menunjukkan
kepentingan parameter berdasarkan perspektif sukarelawan.

Parameter pertama adalah promosi, koordinasi dan pengambilan sukarelawan,
sementara parameter kedua adalah profil sukarelawan dan pertubuhan. Bagi sukarelawan,
kepentingan dalam mempromosikan, pengambilan ahli baru dan mengkoordinasikan aktiviti
kesukarelawan amat ketara. Ini kerana pertindihan kerja, pertembungan dengan tuntutan
keluarga dan majikan menyebabkan berlaku ketidakberkesanan kerja dan perlu dielakkan.
Parameter ketiga pula adalah sumber dana, belanjawan dan sumber manusia. Bagi
pelaksanaan sesuatu aktiviti sukarelawan, dana merupakan faktor penting terutama bagi
menampung keperluan ahli dan menyediakan bantuan bekalan dan perkhidmatan. Dana

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-9

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

bagi tujuan aktiviti sukarelawan dilihat lebih penting berbanding bagi tujuan pengurusan
organisasi.

Parameter keempat merujuk kepada keperluan latihan dan pembangunan
kemahiran. Paling ketara dalam kalangan ahli, latihan secara hands on atau situasi sebenar
memberikan kekuatan dalaman dan pedoman untuk terus melaksanakan tugas dengan lebih
efisien. Malah, dengan segmen sasaran yang meliputi kumpulan mudah terancam, iaitu
orang kurang upaya, kanak-kanak, mangsa bencana dan warga emas dan belia, latihan
ketika berhadapan dengan golongan-golongan ini menjadi semakin kompleks dan
memerlukan dimensi psikologi.

Parameter kelima melibatkan mobilisasi dan strategi, prosedur dan polisi
pengurusan. Parameter ini menekankan bahawa pergerakan sukarelawan adalah sentiasa
dinamik, ada yang terancang dan ada yang bersifat ad hoc. Batasan akses dan pengangkutan
sewajarnya tidak timbul sebagai langkah mengerakkan secara optimum. Parameter keenam
adalah maklum balas. Bagi sukarelawan, maklum balas adalah penting sama ada sebelum
operasi dilakukan, semasa di kawasan operasi dan juga selepas operasi. Maklum balas yang
cepat membolehkan tindakan diambil dalam masa yang singkat dan meminimumkan kos
operasi.

Parameter ketujuh adalah pendokumentasian maklumat dan rekod. Bagi
sukarelawan, parameter ini penting bagi memastikan pengurusan yang cekap dan optimum.
Ini kerana penempatan dan agihan ahli yang cekap dapat mengelakkan pembaziran sumber
sukarelawan yang hanya tertumpu pada satu-satu kawasan atau aktiviti sahaja.
Pendokumentasian juga penting sebagai asas kepada tindakan jika berlaku kemalangan dan
insiden yang tidak diingini.

Bagi sukarelawan, parameter keselamatan dan kesihatan adalah penting dalam
kerangka pengoptimuman operasi dan pertubuhan. Parameter ini berada dalam kedudukan
kelapan daripada 15 parameter yang dikemukakan kepada para sukarelawan. Keselamatan
dan kesihatan merangkumi kerja-kerja persediaan awal yang perlu dilakukan, di samping

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-10

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

pengambilan insurans perlindungan sebagai usaha menjaga kebajikan diri. Parameter
kesembilan dan ke-10 merujuk kepada pengesanan alumni dan strategi pengekalan ahli.
Pengesanan alumni adalah tindakan yang menjamin adanya ahli dan pertubuhan.
Pengesanan alumni yang optimum perlu digerakkan bagi mengatasi masalah ketiadaan ahli
untuk berkhidmat dan memberikan bantuan.

Parameter ke-11 dan parameter ke-12 adalah inisiatif kelestarian sukarelawan dan
penambahbaikan berterusan, serta amalan berkaitan pentauliahan, pampasan,
penghargaan dan motivasi. Kedua-dua parameter ini mendukung tindakan untuk
memastikan organisasi sukarela mempunyai jumlah keahlian yang mencukupi. Kelestarian
sukarelawan boleh direalisasikan dengan amalan pentauliahan, penghargaan dan motivasi
serta pampasan bagi kes kemalangan atau melibatkan kerugian harta benda dan nyawa.
Pentauliahan yang dirangsangkan oleh mekanisme terpilih dan pengkategorian yang
menonjolkan khidmat dan keistimewaan penglibatan menjadi ukuran yang positif dalam
pembangunan diri sukarelawan.

Parameter yang menduduki rank tiga terakhir iaitu, rank ke-13, ke-14 dan ke-15
adalah mewujudkan persekitaran yang enabling, di samping sistem pemantauan dan
penyeliaan yang cekap. Bagi ahli sukarelawan, parameter persekitaran yang enabling,
pemantapan dan keperluan NGO dan governans serta institusi adalah antara parameter
yang mendukung aktiviti sukarelawan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-11

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

JADUAL 8.5: Sub-Parameter Berasaskan Perspektif Sukarelawan

PARAMETER MEMBANGUNKAN SUB-PARAMETER % RANKING
KERANGKA SUKARELAWAN 1 2 3 4 5 Jumlah 10.1 1

1. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan (n)
Sukarelawan
59 55 58 18 190

2. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan 53 78 42 9 182 9.7 2
3. Sumber-sumber Program: Dana, 122 22 18 162 8.6 3

Belanjawan dan Sumber Manusia

4. Latihan dan Pembangunan Kemahiran 87 26 18 10 18 159 8.4 4
5. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, 62 46 38 11 157 8.3 5

Prosedur dan Polisi Pengurusan

6. Maklum Balas Organisasi 78 75 153 8.1 6
7. Pendokumentasian Maklumat dan 79 68 147 7.8 7

Rekod

8. Keselamatan dan Kesihatan 40 24 46 110 5.8 8
9. Pengesanan Alumni dan Strategi 42 33 12 11 98 5.2 9

Pengekalan Sukarelawan

10. Penilaian Prestasi Sukarelawan 36 12 50 98 5.2 10
11. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan 26 19 6 42 93 5.0 11

Penambahbaikan Berterusan 31 6 20 14 21 92 4.9 12
12. Amalan-amalan berkaitan 13
50 21 84 4.5 13
Pentauliahan, Pampasan, 32 52 8 32 84 4.5 14
Penghargaan dan Motivasi 24 11 75 4.0 15
13. Mewujudkan Persekitaran yang
Bersifat Enabling, Pemantauan dan
Penyeliaan
14. Penempatan dan Penilaian Keperluan
NGO

15. Governans dan Institusi

JUMLAH n Sukarelawan 1,884 100

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-12

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

JADUAL 8.6: Sub-Parameter Sukarelawan

Parameter Membangunkan Kerangka Sub-Parameter N N
Sukarelawan
1. Keahlian 53 182
1. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan 2. Kefahaman Konsep 157
78 190
2. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Sukarelawan 84
Polisi Pengurusan 3. Struktur Organisasi 42 159
4. Lain-lain 9 84
3. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan 1. Mobilisasi 62 98
Sukarelawan 2. Strategi 46 153
38 92
4. Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO 3. Prosedur 11
4. Polisi Pengurusan 59 98
5. Latihan dan Pembangunan Kemahiran 1. Promosi 55
2. Koordinasi 58
6. Mewujudkan Persekitaran yang bersifat Enabling, 3. Pengambilan Sukarelawan 18
Pemantauan dan Penyeliaan 4. Ciri-ciri Sukarelawan 32
1. Penilaian Keperluan NGO 52
7. Penilaian Prestasi Sukarelawan 2. Lain-lain 87
8. Maklum Balas Organisasi 1. Latihan 26
2. Pengetahuan 18
9. Amalan-amalan berkaitan Pentauliahan, 3. Kemahiran 10
Pampasan, Penghargaan dan Motivasi 4. Sikap 18
5. Pengurusan dan Dasar 50
10. Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan 1. Enabling 21
Sukarelawan 2. Pemantauan 13
3. Penilaian 36
1. Individu 12
2. Organisasi 50
3. Sistem Penilaian 78
1. Maklum Balas 75
2. Tidak Maklum Balas 31
1. Pentauliahan 6
2. Pampasan 20
3. Penghargaan 14
4. Motivasi 21
5. Governans 42
1. Pengesanan Alumni Ahli 33
2. Pengesanan Alumni Organisasi 12
3. Pengekalan Sukarelawan Ahli
11
4. Pengekalan Sukarelawan
Organisasi

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-13

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

Parameter Membangunkan Kerangka Sukarelawan Sub-Parameter NN

11. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan 1. Kelestarian Ahli 26
Penambahbaikan Berterusan 2. Organisasi 19
3. Penambahbaikan Berterusan 6 93
12. Pendokumentasian Maklumat dan Rekod
13. Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Ahli 42
4. Penambahbaikan Berterusan
Sumber Manusia 79 147
Organisasi 68 162
14. Governans dan Institusi 1. Dokumentasi 122
2. Sukar dilakukan Dokumentasi 22 75
15. Keselamatan dan Kesihatan 1. Dana / Sumber Kewangan 18
2. Belanjawan 24 110
3. Sumber Manusia 11 1,884
1. Pengurusan 8
2. Keahlian 32
3. Sasaran Masa Depan 40
4. Governans dan Institusi 24
1. Keselamatan 46
2. Kesihatan
3. Governans 1,884

8. 5 KEPENTINGAN PARAMETER BERDASARKAN PERSPEKTIF INTEGRATIF ORGANISASI -
SUKARELAWAN

Penentuan kepentingan parameter bagi kedua-dua segmen, ahli dan organisasi dilakukan
dalam kajian ini. Pertimbangan untuk menggabungkan kepentingan perspektif organisasi
dan sukarelawan bertujuan mendapat konsensus yang lebih seimbang dan integratif.
Berdasarkan dapatan yang ditunjukkan dalam Jadual 8.7, kepentingan parameter adalah
mengikut urutan berikut:

Kepentingan parameter pertama, kedua dan ketiga iaitu promosi, koordinasi dan
pengambilan sukarelawan, diikuti oleh peri pentingnya profil sukarelawan dan pertubuhan
dan jaminan dana, belanjawan dan sumber manusia menunjukkan bahawa sukarelawan
adalah suatu entiti berpasukan yang bertujuan melakukan aktiviti/program dan acara amal,
kerja sukarela yang memberikan kesan kepada masyarakat umum.

Parameter keempat, kelima dan keenam menunjukkan keserasian yang saling
melengkapi iaitu, mobilisasi sukarelawan, strategi, prosedur dan polisi pengurusan, diikuti

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-14

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

parameter latihan dan pembangunan kendiri dan seterusnya pendokumentasian dan rekod.
Mobilisasi sukarelawan penting digerakkan oleh prosedur, strategi dan polisi yang sesuai
dengan keadaan. Dalam masa yang sama, kepentingan latihan dan pembangunan diri
dianggap berterusan dan terbuka kepada ahli baharu dan lama, kerana situasi dan
tanggungjawab sentiasa berubah dan berisiko. Apa pun tindakan yang dilaksanakan,
pendokumentasian dan rekod adalah satu bentuk asas perancangan dan pembangunan
sukarelawan yang mengarah kepada penggunaan peluang dan sumber sukarelawan.

Parameter ketujuh dan kelapan merujuk kepada maklum balas organisasi dan faktor
keselamatan dan kesihatan. Dalam konteks keseluruhan, maklum balas organisasi merujuk
kepada pengurusan sumber yang bijak, sementara penekanan kepada keselamatan dan
kesihatan sebenarnya membolehkan aktiviti digerakkan secara optimum. Dengan jaminan
selamat dan sihat, ahli dan organisasi dapat merancang aktiviti seiring dengan sumber yang
ada.

Parameter kesembilan dan ke-10 juga menunjukkan keperluan yang saling
mendukung prestasi baik pertubuhan dan sukarelawan. Penilaian prestasi sukarelawan dan
pengesanan alumni dan strategi pengekalan sukarelawan sebenarnya memberikan
kelebihan kepada semua pihak ahli dan pertubuhan sukarelawan. Langkah penilaian prestasi
sukarelawan jika diberikan penekanan yang tidak bias kepada mana-mana segmen, lokasi,
bidang dan masa, akan menghasilkan suatu budaya yang dapat menerima sukarelawan
adalah suatu kerja sosial yang bersifat prihatin dan mendapat wajaran yang munasabah.

Parameter ke-11 sehingga ke-15, masing-masing mengikut urutan kepentingan
seperti berikut. Parameter ini adalah mewujudkan persekitaran yang enabling, pemantauan
dan penyeliaan yang baik, diikuti oleh parameter amalan pentauliahan, pampasan dan
penghargaan dan motivasi. Wujudnya persekitaran yang bersifat memudahkan operasi
tentunya menjadi satu prasyarat yang baik kepada kerja berkaitan sukarelawan.
Persekitaran yang bersifat enabling ini bukan sahaja penting semasa berada di kawasan
operasi dan menjalankan tugas, tetapi ia merupakan sokongan berbentuk material,
kewangan, bangunan dan kemudahan yang membolehkan kegiatan sukarelawan mendapat

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-15

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

perhatian masyarakat awam. Parameter ke-12 melibatkan amalan pentauliahan, pampasan
dan penghargaan yang sebenarnya wajar diambil tindakan oleh pertubuhan sukarelawan.
Dengan adanya pentauliahan yang ada sistem dan pengukuran, kerja dan amal sukarelawan
menjadi satu insentif menarik kepada tuntutan ini. Parameter ke-13 adalah parameter
inisiatif kelestarian dan penambahbaikan berterusan. Parameter ini meskipun nampak
mudah, namun ukuran kelestarian perlu lebih accountable dalam mengukur kegiatan
sukarelawan yang optimum. Parameter ke-14 adalah penempatan dan penilaian keperluan
NGO. Hal ini juga wajar diambil memandangkan kerja sukarelawan juga tertakluk kepada
ketersampaian dan mobilisasi mereka ke kawasan dan juga semasa berada di kawasan
operasi. Parameter ke-15 adalah governans and institusi. Bagi sukarelawan, ini merupakan
satu struktur dan mekanisme yang seharusnya menjadi pendukung secara formal dan tidak
formal inisiatif kesukarelawan. Dengan adanya sokongan dan insentif, pertimbangan
terhadap khidmat masyarakat dalam penilaian prestasi kerja tahunan sektor awam dan
swasta akan menarik lebih ramai lagi masyarakat dan warga kerja awam dan swasta
menyertai pertubuhan sukarelawan di pelbagai peringkat.

Secara keseluruhannya, dengan adanya ketiga-tiga prioriti parameter, pertama dari
perspektif organisasi, kedua dari perspektif ahli sukarelawan dan ketiga berdasarkan
integrasi kedua-dua perspektif, organisasi – sukarelawan, maka cadangan dan kerangka
pengoptimuman boleh dibangunkan menggunakan parameter-parameter yang
dicadangkan. Kajian ini juga mencadangkan prinsip teras dibina agar parameter yang
dibangunkan mengaplikasikan prinsip ini semasa melaksanakan kerja amal atau kegiatan
sukarelawan.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-16

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH

AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

JADUAL 8.7: Parameter Membangunkan K

Parameter Membangunkan Kerangka Sub-Parameter Organisasi
Sukarelawan Ini Iaitu;
1 2 3 4 5 Jum
1. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan (n
Sukarelawan
13 12 25 24 74
2. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan 18 18 14 27 77
3. Sumber-sumber Program: Dana,
6 58 1 10 75
Belanjawan dan Sumber Manusia
4. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, 14 10 8 12 33 77
3 11 6 48 68
Prosedur dan Polisi Pengurusan 6 26 4 14 50
2 2 19 23
5. Latihan dan Pembangunan Kemahiran 16 5 22 43
28 8 3 10 49
6. Pendokumentasian Maklumat dan Rekod
0 8 25 33
7. Maklum Balas Organisasi
8 8 26 42
8. Keselamatan dan Kesihatan
2 2 2 6 21 33
9. Penilaian Prestasi Sukarelawan
10. Pengesanan Alumni dan Strategi 4 6 22 32

Pengekalan Sukarelawan 13 4 21 38
11. Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat
4 2 0 25 31
Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
12. Amalan-amalan berkaitan Pentauliahan, N Organisasi 74

Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
13. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan

Penambahbaikan Berterusan
14. Penempatan dan Penilaian Keperluan

NGO

15. Governans dan Institusi

JUMLAH

H MENGGERAKKAN

Kerangka Pengoptimuman Sukarelawan

Sub-Parameter Sukarelawan N Organisasi +

N % Rank
mlah Jumlah Sukarelawan
n) 1 2 3 4 5 (n)

4 59 55 58 18 190 264 10.04 1
7 53 78 42 9 182 259 9.85 2

5 122 22 18 162 237 9.01 3

7 62 46 38 11 157 234 8.90 4
227 8.63 5
8 87 26 18 10 18 159 197 7.49 6
176 6.69 7
0 79 68 147 153 5.82 8
147 5.59 9
3 78 75 153

3 40 24 46 110

9 36 12 50 98

3 42 33 12 11 98 131 4.98 10

2 50 21 13 84 126 4.79 11

3 31 6 20 14 21 92 125 4.75 12

2 26 19 6 42 93 125 4.75 13

8 32 52 84 122 4.64 14
106 4.03 15
1 24 11 8 32 75 2,629 100.00

45 N Sukarelawan 1,884

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-17

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

8.6 PRINSIP TERAS DALAM KERANGKA PENGOPTIMUMAN SUKARELAWAN

Berasaskan dapatan daripada parameter yang dikemukakan di atas, kajian ini
mencadangkan SEMBILAN (9) prinsip teras dalam pembinaan kerangka pengoptimuman
sukarelawan.

1. PRINSIP 1: Keterangkuman
Prinsip keterangkuman menuntut seseorang individu dan organisasi memberikan
sebarang bentuk sumbangan yang berupa sama ada tenaga, masa, dana dan
bantuan amal yang ikhlas, sukarela dan saksama kepada mana-mana segmen
yang memerlukan bantuan / pertolongan kemanusiaan dan mana-mana kawasan
yang ditimpa bencana atau sedang melaksanakan kerja-kerja kesukarelawan.
Prinsip ini juga menganjurkan agar sesebuah organisasi sukarelawan
melaksanakan pengurusan yang telus, terangkum, efisien dan sistematik bagi
mencapai faedah keterlibatan optimum.

2. PRINSIP 2: Cakna
Prinsip cakna membolehkan seseorang individu dan sesebuah organisasi
prihatin, dan sedia bertindak dengan tahap kepedulian yang tinggi terhadap
sebarang bentuk bantuan kepada kumpulan sasaran berdasarkan matlamat dan
situasi tanpa ada bias kepada mana-mana kumpulan yang memerlukan operasi
dan khidmat sukarelawan. Dalam masa yang sama, prinsip cakna organisasi
kepada seseorang sukarelawan ialah menunjukkan kepedulian dan tindakan
dalam pembinaan minat, latihan, ilmu, amalan sukarelawan dan kerjaya
sukarelawan.

3. PRINSIP 3: Selamat dan Sihat
Seseorang sukarelawan dan sesebuah organisasi akan memastikan keselamatan
dan kesihatan kumpulan sasaran terjamin, termasuk segala bentuk keperluan
dan tempat di mana mereka menjalankan operasi sukarelawan. Dalam masa
yang sama, keselamatan dan kesihatan seseorang sukarelawan adalah menjadi

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-18

LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM

prasyarat kepada sesebuah organisasi dalam memberikan laluan menjalankan
operasi/khidmat.

4. PRINSIP 4: Berilmu, Terlatih dan Profesional
Seseorang individu dan sesebuah organisasi akan bertindak, berkhidmat dan
memberikan bantuan kepada individu atau kumpulan yang memerlukan, secara
berilmu, terlatih, ikhlas, berdisiplin dan profesional. Bagi organisasi, semua
sukarelawan dikehendaki mengikuti sesi latihan dan pembangunan diri wajib
(dilakukan secara dalaman atau luar organisasi) bagi memastikan perkhidmatan
yang diberikan adalah berlandaskan ilmu, terlatih, berdisiplin dan profesional.
Penetapan sesi latihan wajib adalah mengikut prosedur dan cadangan organisasi.

5. PRINSIP 5: Siap-siaga
Seseorang individu atau sesebuah organisasi sukarelawan sentiasa bersiap sedia
untuk memberikan pertolongan, bantuan dan khidmatnya kepada golongan
sasaran dalam situasi yang diperlukan, termasuk ketika bencana dan berhadapan
dengan situasi berisiko tinggi.

6. PRINSIP 6: Governans dan Keefisienan
Seseorang individu atau sesebuah organisasi akan memastikan pengurusan dan
pelaksanaan kerja-kerja sukarelawan mengikuti peraturan dan prosedur yang
ditetapkan. Kerja-kerja pengurusan dapat diurus secara bijak, telus, efisien dan
berhemat. Mekanisme dan keanggotaan governans yang jelas fungsi-fungsinya
adalah digalakkan.

7. PRINSIP 7: Bermaklumat dan Responsif
Seseorang individu atau sesebuah organisasi akan memastikan kerja-kerja
sukarelawan berpandukan maklumat, pengetahuan dan sentiasa responsif
untuk memberikan yang optimum. Sesebuah organisasi juga digalakkan
membina sistem maklumat interaktif bagi menyampaikan maklumat kepada ahli
dan bakal sukarelawan.

UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 8-19


Click to View FlipBook Version