LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
3.90 3.87
3.85
3.85
3.81
3.80 3.78 3.78 3.77 3.77 3.75 3.74 3.74 3.74 3.74
3.72 3.71
3.75
3.70 3.69
3.65
3.60
3.55
MMeainn
RAJAH 5.13 Tahap Kepuasan terhadap Indikator Sukarelawan
5.6 MANFAAT DAN MASA DEPAN SUKARELAWAN
5.6.1 Manfaat Sukarelawan
Penglibatan dalam kegiatan sukarelawan dijangkakan dapat memberikan impak kepada
seseorang individu. Daripada enam senarai yang dikemukakan dalam soal selidik ini,
didapati kesemua faedah dapat dinikmati oleh responden (Jadual 5.23). Rajah 5.14
menunjukkan bahawa responden merasakan faedah daripada aktiviti sukarelawan berada di
tahap ‘sangat bermanfaat’ dan ‘manfaat’, masing-masing sebanyak 42.9% dan 51.3%.
Responden yang menyatakan faedah di peringkat sederhana dan kurang atau tidak
memberikan manfaat adalah kecil, masing-masing 5.1% dan kurang 0.5%.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 5-30
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
51.3
42.9
0.4 0.1 5.3
Sangat Tidak Kurang Sederhana Manfaat
Bermanfaat Bermanfaat
Sangat Peratus
Bermanfaat
n = 1,405
RAJAH 5.14 Peratus Manfaat Kesukarelawan
JADUAL 5.23 Adakah Anda Mendapat Manfaat Daripada Aktiviti Sukarelawan?
Jawapan Jumlah Bilangan Peratus
Sangat Bermanfaat 603 42.9
Manfaat 721 51.3
Sederhana
Kurang Bermanfaat 74 5.3
Sangat Tidak Bermanfaat 2 1
5 4
n = 1,405
1,405 100.0
Faedah sukarelawan diperincikan melalui beberapa aspek seperti dalam Jadual 5.24.
Beberapa jenis kemahiran diperoleh oleh responden, hasil daripada penglibatan mereka
dalam aktiviti sukarelawan. Kesemua kemahiran dapat dirasai oleh responden. Ini jelas
sekali apabila hampir kesemua kemahiran mendapat responden lebih daripada 50%, kecuali
satu sahaja iaitu kemahiran pengumpulan dana. Paling ketara ialah kemahiran komunikasi,
dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kegiatan sukarelawan dan organisasi mereka.
Walau bagaimanapun, kemahiran interpersonal masih boleh dipertingkatkan kerana
sebanyak 69.8% menyatakan mereka telah mendapat manfaat tersebut. Kemahiran
teknikal, pekerjaan dan pengumpulan hanya dimanfaatkan oleh separuh atau hampir
separuh daripada jumlah responden.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 5-31
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JADUAL 5.24: Kemahiran daripada Aktiviti Kesukarelawan
Jenis Kemahiran Maklum Bilangan Peratus
Balas
Kemahiran interpersonal 980 69.8
Ya 425 30.2
Kemahiran komunikasi Tidak 1,224 87.1
181 12.9
Meningkatkan pengetahuan Ya 1,163 82.8
Kemahiran pengurusan dan Tidak 242 17.2
organisasi 964 68.6
Kemahiran berkaitan pekerjaan Ya 441 31.4
Tidak 710 50.5
Kemahiran teknikal 695 49.5
Ya 739 52.6
Kemahiran pengumpulan dana Tidak 666 47.4
n = 1,405 654 46.5
Ya 751 53.5
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
5.6.2 Masa Depan Sukarelawan
Masa depan sukarelawan sangat bergantung pada pengrekrutan ahli-ahli baharu. Bagi
tujuan ini, promosi bagi pengrekrutan ahli-ahli baharu sangat kritikal bagi memastikan
kesinambungan aktiviti sukarelawan. Justeru peranan ahli sukarelawan sedia ada dalam
mempromosikan ahli-ahli baharu adalah signifikan. Berdasarkan kajian, sebahagian besar
responden membuat promosi bagi tujuan pengrekrutan ahli-ahli baharu (Jadual 5.25).
JADUAL 5.25: Kesediaan Sukarelawan Mempromosikan Aktiviti Sukarelawan kepada
Kawan-kawan
Pertanyaan Maklum Bilangan Peratus
Balas
Adakah anda akan mempromosikan aktiviti Ya 1334 94.9
sukarelawan kepada kawan-kawan anda? Tidak 71 5.1
Jumlah 1,405 100.0
n = 1,405
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 5-32
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Secara lebih terperinci, terdapat sekurang-kurang tiga rasional dalam melakukan
kerja-kerja promosi:
1. Bagi meramaikan lagi ahli, yang dilihat sebagai potential participant bagi
membuka peluang kepada umum untuk berbakti kepada masyarakat;
2. Memperluaskan manfaat sukarelawan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi
juga rakan taulan dari segi pembangunan diri, memperluaskan jaringan, kesatuan
dan ukhuwah; serta
3. Bagi faedah organisasi, penglibatan rakan menjadi medium bagi pengukuhan dan
perluasan aktiviti sukarelawan.
5.7 KESIMPULAN
Sukarelawan di Malaysia kini menjadi sebahagian daripada tuntutan kemodenan dan
keprihatinan masyarakat dan komuniti kepada golongan sasaran tertentu. Ahli sukarelawan
merupakan asas pembentukan aktiviti kesukarelawanan. Dalam konteks sukarelawan era
milenium, ciri-ciri, perspektif dan suara hati sukarelawan semakin perlu diberikan perhatian
bagi memastikan keberkesanan sesuatu operasi atau aktiviti sukarelawan, merangkumi:
1. Golongan aktif, berpendapatan dan berilmu, di mana menjadi sukarelawan bukan
lagi hanya sebagai pengikut tetapi menuntut ruang dan peluang berkhidmat,
menjalankan amal bakti, tanpa ganjaran ekonomi, suka dan rela melakukan aktiviti;
2. Sistem pengurusan sukarelawan wajar peka kepada satu sistem yang lebih
sistematik, mengetahui dan mempunyai Standard of Procedure (SOP) yang jelas dan
mudah diikuti oleh ahli sukarelawan;
3. Hasil dan manfaat aktiviti sukarelawan perlu jelas, terutama dari segi pengalaman
dan kualiti kerja yang dihasilkan, berteraskan keikhlasan dalam menyumbangkan
idea, tenaga, masa dan kebendaan; serta
4. Kumpulan sasaran sukarelawan kini lebih kompleks dan, dengan pelbagai fokus
kepentingan. Ini menuntut ahli sukarelawan menjadi lebih profesional. Akhir-akhir
ini sukarelawan bencana telah melonjakkan lagi minat masyarakat, ekoran pelbagai
tragedi dan bencana alam yang menimpa negara. Ini menyebabkan pelbagai pihak,
sektor dan peringkat begitu prihatin dengan fenomena ini, yang dapat
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 5-33
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
diterjemahkan dalam pelbagai strategi dan tindakan diperkenalkan bagi menambah
baik amalan dan prosedur dalam menangani sesuatu tragedi dan bencana.
Sementara dalam sektor-sektor lain pula, perhatian masyarakat masih berada pada
tahap yang agak kurang memberangsangkan, misalnya dalam sukarelawan golongan-
golongan yang tidak popular, seperti orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan
terpinggir. Di satu sudut yang lain, sering kali diperkatakan bahawa keprihatinan
masyarakat dalam menangani sesuatu fenomena sangat berkait dengan kepentingan
yang bakal diperoleh atau political mileage hasil daripada keterlibatan sesuatu
kumpulan dalam aktiviti sukarelawan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 5-34
BAB 6
Isu dan Cabaran
Sukarelawan Di
Malaysia
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bab 6
Isu dan Cabaran Sukarelawan
di Malaysia
6.1 PENGENALAN
Bab ini mengemukakan isu dan cabaran yang dihadapi oleh ahli sukarelawan dan organisasi
sukarela dalam memastikan kerelevanan dan kecekapan aktiviti, operasi serta program yang
dianjurkan. Perbincangan ini berdasarkan kajian ke atas 1,405 responden ahli sukarelawan dan
243 organisasi. Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu bahagian pertama,
mengungkapkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh organisasi sukarela, dan bahagian kedua
pula membincangkan isu dan cabaran daripada perspektif ahli sukarelawan. Rumusan isu dan
cabaran bagi kedua-dua perspektif ini amat penting dalam menyelusuri perjalanan pengurusan
dan pengendalian hal-ehwal sukarelawan serta asas kepada penggubalan kerangka
pengoptimuman sukarelawan di Malaysia. Dalam memperincikan isu dan cabaran daripada
kedua-dua perspektif ini, sebanyak 15 parameter digunakan sebagai pedoman perbincangan,
iaitu:
1. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
2. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
3. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
4. Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
5. Latihan dan Pembangunan Kemahiran
6. Mewujudkan Persekitaran yang bersifat Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
7. Penilaian Prestasi Sukarelawan
8. Maklum Balas Organisasi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-1
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
9. Amalan-amalan berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
10. Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
11. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan
12. Pendokumentasian Maklumat dan Rekod
13. Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
14. Governans dan Institusi
15. Keselamatan dan Kesihatan
6.2 ISU DAN CABARAN BERDASARKAN PERSPEKTIF ORGANISASI
6.2.1 Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
Profil sukarelawan dan pertubuhan memainkan peranan penting dalam memastikan organisasi
sukarela dapat digerakkan seiring dengan objektif dan misi yang telah ditetapkan. Kedapatan
ahli sukarelawan yang berwibawa dan memenuhi ciri-ciri terbaik mampu memimpin organisasi
ke arah yang lebih baik dan produktif. Dalam kajian ini, sebahagian daripada responden
organisasi berpendapat bahawa organisasi sukarela masih kurang jelas dengan struktur
sesebuah organisasi berkaitan. Berdasarkan dapatan daripada 77 organisasi yang memberikan
respons, antara cabaran yang dibangkitkan adalah pengurusan keahlian organisasi dan
meningkatkan kefahaman tentang konsep sukarelawan. Sebahagiannya dipengaruhi oleh faktor
kurangnya kerjasama dalam kalangan ahli dan pihak pengurusan, sistem perekodan ahli yang
tidak sempurna, dan kurangnya kerjasama daripada masyarakat setempat.
Berdasarkan Rajah 6.1, 18 buah (23.4%) organisasi berpendapat ahli-ahli masih lagi
kabur dengan tujuan sebenar penyertaan mereka dalam program sukarelawan dan sebagai ahli
dalam sesuatu organisasi sukarela. Selain itu, 18% organisasi juga berpendapat bahawa struktur
organisasi yang sempurna membolehkan sesebuah organisasi sukarela melaksanakan visi dan
misi mereka dengan sempurna.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-2
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
27 (35.1%) 18 (23.4%)
18 (23.4%)
14 (18.2%)
Keahlian
Kefahaman Konsep
Struktur Organisasi
Lain-Lain
n = 243 organisasi
RAJAH 6.1: Isu Berkait Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
6.2.2 Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
Terdapat organisasi yang menguruskan sendiri aktiviti mobilisasi, dan berdepan dengan
kesukaran dalam memobilisasikan organisasi mereka. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor
utama seperti ketiadaan kemudahan pengangkutan yang khusus, kurangnya jaringan dengan
pihak luar, dan kesukaran mendapatkan ahli sukarelawan yang tetap. Walaupun begitu, pihak
organisasi sentiasa berusaha bagi membolehkan mobilisasi sukarelawan berjalan lancar.
Isu mobilisasi sangat berkait dengan strategi, prosedur dan polisi pengurusan sesebuah
organisasi sukarela. Berdasarkan Rajah 6.2, beberapa isu perlu diberikan perhatian oleh
organisasi:
1. Aspek kepelbagaian aktiviti dan program sukarelawan yang memerlukan
tindakan yang berlainan;
2. Keperluan kepada tenaga sumber manusia berkepakaran dalam membuat
strategi;
3. Prosedur dan polisi berkaitan;
4. Perlaksanaan yang terbatas kerana kekurangan dana kewangan;
5. Polisi pengurusan yang berlainan;
6. Kurangnya kerjasama dalam kalangan ahli pengurusan; dan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-3
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
7. Peraturan-peraturan yang membataskan aktiviti, terutama bila melibatkan
pihak luar.
Sebanyak 33 buah (42.9%) organisasi memberikan respons berkenaan isu mobilisasi dan
perkara-perkara berkaitan dengannya. Antara yang sering dinyatakan adalah kekurangan
sumber kewangan, yang menyebabkan isu ini sukar untuk diselesaikan, kekangan sukarelawan
yang mempunyai pekerjaan hakiki menyukarkan urusan kerja-kerja sukarelawan dilakukan dan
adakalanya ahli organisasi hanya memfokuskan kepada dalaman organisasi sahaja di mana isu
ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang penting.
33 (42.9%) 14 (18.2%)
10 (13%)
8 (10.4%)
12 (15.6%) Mobilisasi
Strategi
Prosedur
Polisi Pengurusan
Lain-Lain
n = 243 organisasi
RAJAH 6.2: Isu Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
6.2.3 Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
Dalam konteks mempromosikan organisasi sukarelawan, kebanyakan organisasi berdepan
dengan kesukaran. Adakalanya promosi yang dilakukan kurang menarik perhatian masyarakat
dan pihak-pihak lain. Ini menyebabkan ada organisasi tidak dikenali dan sukar untuk
mendapatkan bantuan terutama dana kewangan yang menjadi isu dan cabaran paling utama.
Sementara itu, sesebuah organisasi berdepan kesukaran untuk mengkoordinasikan ahli-ahli
dalam organisasi. Kajian ini juga mendapati ada organisasi yang baru ditubuhkan mengalami
kesukaran dalam mendapatkan keterlibatan sukarelawan walaupun mempunyai objektif yang
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-4
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
baik. Keterlibatan pihak berwajib juga dikatakan menjadi kekangan kepada organisasi untuk
lebih berfungsi dan berkhidmat untuk masyarakat.
Sebanyak 25 buah (33.8%) organisasi berdepan dengan masalah pengambilan ahli
sukarelawan (Rajah 6.3). Isu pengambilan ahli berlaku ekoran kurangnya kesedaran dan
promosi yang berkesan untuk menarik perhatian masyarakat menyertai aktiviti sukarelawan.
Kajian juga mendapati sebahagian besar penglibatan sukarelawan adalah bersifat sementara.
Ini menyukarkan organisasi dalam memastikan kelestarian aktiviti sukarelawan. Bentuk
program atau khidmat yang dilakukan oleh organisasi sukarela merupakan faktor penting dalam
memastikan kelestarian penglibatan ahli dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, sekiranya
aktiviti sukarelawan itu lebih kepada aktiviti yang memenatkan dan memerlukan banyak kerja,
didapati keterlibatan dan pengambilan sukarelawan menjadi lebih sukar berbanding dengan
aktiviti yang memberikan pelbagai faedah kepada ahli sukarelawan. Terdapat sebahagian
sukarelawan yang turut serta bagi tujuan untuk memenuhi keperluan semasa mereka sahaja
seperti penyertaan pelajar universiti bagi memenuhi tuntutan tugasan bagi kursus-kursus
tertentu. Hal ini menyukarkan lagi proses pengekalan sukarelawan yang benar-benar memiliki
jiwa sukarela.
24 (32.4%) 13 (17.6%)
12 (16.2%)
25 (33.8%) Promosi
Koordinasi
Pengambilan sukarelawan
Lain-Lain
n = 84 organisasi
RAJAH 6.3: Isu Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-5
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
6.2.4 Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
Terdapat 13 buah (34.2%) organisasi yang berpuas hati dengan penempatan sedia ada
sukarelawan. Namun, terdapat sebilangan kecil organisasi yang masih memerlukan
penstrukturan semula penempatan, disebabkan beberapa faktor (Rajah 6.4). Dalam konteks
penilaian keperluan NGO, lebih banyak NGO diperlukan bagi membantu dan bekerjasama
dengan organisasi bagi melaksanakan program dan aktiviti sukarelawan. Beberapa kekangan
ditonjolkan oleh organisasi, seperti kekurangan kerjasama, kesukaran membekalkan keperluan
NGO secara sepenuhnya, dan kurangnya sokongan dan kerjasama oleh pihak kerajaan. Lebih
banyak NGO yang berwatakkan kebajikan diperlukan bagi menangani isu-isu ini.
Berdasarkan Rajah 6.4, 21 buah (55.3%) organisasi mengaitkan isu penempatan dan
keperluan NGO dengan halangan kewangan dan dana, hal ehwal keahlian, serta kekurangan
aktiviti dan maklumat. Secara keseluruhannya, isu ini perlu tindakan segera kerana ia boleh
memberikan kesan negatif jangka panjang kepada sesebuah organisasi.
13 (34.2%)
21 (55.3%)
4 (10.5%)
Penempatan
Penilaian Keperluan NGO
Lain-Lain
n = 38 organisasi
RAJAH 6.4: Isu Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-6
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
6.2.5 Latihan dan Pembangunan Kemahiran
Bagi menilai keberkesanan program latihan, terdapat kecenderungan untuk melibatkan
perubahan tiga aspek utama iaitu tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan tahap perubahan
tingkah laku. Ketiga-tiga aspek ini telah diguna pakai oleh pengkaji-pengkaji lain dalam
menentukan keberkesanan sesuatu program latihan kepada individu. Dalam kajian ini, isu
latihan dan pembangunan kemahiran para sukarelawan dalam organisasi turut dikenal pasti.
Adakah organisasi menyediakan program latihan khas kepada para ahlinya atau adakah
organisasi menghantar ahli untuk menjalani latihan atau penambahbaikan ilmu dalam bidang
sukarelawan di tempat lain?
Kajian ini mendapati daripada 68 organisasi yang memberi respons, boleh dikatakan
80% memperlihatkan bahawa program latihan kurang diberi perhatian dalam organisasi (Rajah
6.5). Hal ini menjadi isu penting dan terbukti bila mana organisasi menyatakan bahawa
kekangan dana kewangan menyukarkan organisasi untuk menyediakan latihan kepada ahli-ahli.
Selain itu, kekangan lain juga turut dinyatakan termasuklah: ketiadaan modul pendidikan yang
khas, ketiadaan tempat untuk program latihan, kekurangan tenaga pengajar yang secara
sukarela memberikan tunjuk ajar, sikap takut mencuba, kurangnya penyertaan ahli dan tidak
berminat untuk menghadiri program latihan. Ini merupakan cabaran besar kepada pihak
pengurusan organisasi dalam usaha untuk memastikan ahli-ahli organisasi memiliki ciri-ciri yang
sepatutnya untuk berkhidmat sebagai sukarelawan.
Walau bagaimanapun, kajian juga mendapati sebahagian kecil organisasi masih
mengambil berat tentang aspek latihan kepada para ahlinya. Tujuan organisasi adalah untuk
meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan perubahan sikap kepada ahli agar lebih kompeten
untuk menjadi seorang sukarelawan yang berwibawa di samping mampu menguruskan aktiviti
sukarelawan serta pengurusan organisasi ke arah yang lebih baik. Aspek program latihan
organisasi sukarelawan menunjukkan keperluan untuk memfokuskan kepada pembangunan
kemahiran. Kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi berkesan,
pengurusan aktiviti program sukarelawan, kemahiran bersosial, kemahiran kepimpinan dan
pelbagai kemahiran lain amat penting untuk membantu organisasi terus bergerak dengan
optimum dalam menyediakan perkhidmatan percuma kepada yang memerlukan. Ditambah lagi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-7
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
dengan keperluan latihan pembangunan diri dari segi mental, emosi dan fizikal kepada ahli
sukarelawan. Kesemua ini sewajarnya dianggap sebagai satu cabaran yang perlu diambil kira
oleh setiap organisasi sukarelawan.
3 (4.4%')
11 (*16.2%)
6 ( 8.8%)
48 ( 70.6%)
n = 68 organisasi Pengetahuan
Kemahiran
Sikap
Lain-Lain
RAJAH 6.5: Isu Latihan dan Pembangunan Kemahiran
6.2.6 Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
Tiada pemantauan secara berterusan oleh pihak organisasi kepada ahli turut menjadi isu yang
diutarakan oleh organisasi sukarela. Hal ini juga dianggap sebagai isu yang perlu diambil
tindakan segera bagi memastikan ahli merasai kewujudan mereka dalam organisasi berkenaan.
Namun, 18% organisasi memaklumkan pemantauan dilakukan dengan baik sekali terhadap ahli-
ahli (Rajah 6.6), terutamanya bagi ahli-ahli sukarelawan yang masih baharu. Meskipun,
pemantauan adakalanya tidak dilakukan secara menyeluruh bila mana melibatkan aktiviti
berskala besar dan agak sukar dikawal.
Daripada aspek persekitaran yang bersifat enabling, terdapat organisasi yang
bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu bagi memperluaskan lagi konsep kerjasama dan
persekitaran enabling tersebut. Meskipun begitu, kajian juga mendapati organisasi berdepan
kesukaran untuk mewujudkan persekitaran enabling ini yang berpunca daripada kekangan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-8
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
tertentu seperti kewangan, masa dan tenaga. Oleh itu, isu ini sangat mencabar organisasi bila
mana isu dan masalah kewangan tidak diatasi terlebih dahulu, ianya mampu memberi kesan ke
atas isu-isu lain.
8 (19%)
8 (19%)
26 (61.9%)
Persekitaran Enable
Pemantauan
Lain-Lain
n = 42 organisasi
RAJAH 6.6: Isu Mengujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan dan
Penyeliaan
6.2.7 Penilaian dan Prestasi Sukarelawan
Isu berkaitan penilaian dan prestasi sukarelawan lebih menjurus kepada tiga aspek utama iaitu
individu sukarelawan, program atau aktiviti sukarelawan dan pengurusan organisasi itu sendiri.
Kajian menunjukkan bahawa penilaian prestasi individu menjadi isu yang kompleks.
Berdasarkan respons daripada 28 buah organisasi (57.1%), terdapat sebahagian ahli tidak
dapat dinilai prestasi mereka dengan sempurna disebabkan halangan-halangan sumber seperti
peruntukan masa, kepakaran dan sebagainya (Rajah 6.7). Sebahagian organisasi menyatakan
bahawa penilaian prestasi ahli sukarelawan dinilai berdasarkan kehadiran ahli dalam
penyertaan program, kesungguhan ahli, komitmen, maklum balas peserta dan masyarakat,
disiplin ahli dan seumpamanya. Aktiviti penilaian ini memberi cabaran kepada organisasi kerana
melibatkan masa, kepakaran dan juga tenaga manusia di samping faktor kewangan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-9
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bagi menilai prestasi program dan organisasi pula, kajian menunjukkan kurang daripada
10% organisasi mengalami kesukaran dalam membuat penilaian secara terperinci disebabkan
halangan-halangan seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Oleh itu, penumpuan kepada
penilaian individu diberikan keutamaan.
10(20.4%)
3 (6.1%) 28 (47.1%)
8 (16.3%)
n = 49 organisasi Individu/Perkhidmatan
Program
Organisasi
Lain-Lain
RAJAH 6.7: Isu Penilaian dan Prestasi Sukarelawan
6.2.8 Maklum Balas Organisasi dan Prestasi Sukarelawan
Tidak semua organisasi memberi maklum balas berkenaan isu ini, namun sebahagian kecil
dapatan kajian menunjukkan bahawa masih terdapat respons yang menyatakan maklum balas
berkenaan sesuatu perkara adakalanya lewat dan memerlukan prosedur yang tertentu
menyebabkan maklum balas diberikan secara tidak menyeluruh dan sukar dilaksanakan.
Sebahagian kecil organisasi menyatakan mendapat maklum balas positif terhadap aktiviti dan
program yang dilakukan (Rajah 6.8). Isu dan cabaran dalam aspek ini agak sukar ditangani,
disebabkan oleh beberapa faktor:
1. Ketiadaan peti cadangan menyukarkan untuk mendapatkan maklum balas;
2. Ketiadaan kemudahan untuk mengenal pasti maklum balas;
3. Kesukaran pelaksanaan;
4. Mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan;
5. Menambahkan beban kerja kepada ahli dan pengurusan organisasi; dan 6-10
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
6. Kekeliruan organisasi dalam mengenal pasti isu yang perlu diberi maklum balas untuk
tindakan penambahbaikan.
Hal sebegini sememangnya menjadi isu dan cabaran kepada organisasi. Maklum balas
dan penilaian prestasi sukarelawan penting bagi tujuan penambahbaikan, selaras dengan
keperluan organisasi dan pihak yang menerima khidmat sukarelawan tersebut.
2 (8.7%)
2 (8.7%)
19 (82.6%) Maklum
Tidak Maklum
RAJAH 6.8: Isu Maklum Balas Organisasi Lain-Lain
n = 21 organisasi
6.2.9 Amalan Berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
Berdasarkan kajian-kajian lepas, penghargaan kepada ahli dan organisasi sukarela merupakan
satu isu yang diberikan perhatian, kerana kebanyakan organisasi terutama organisasi yang
berskala kecil tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak yang berkenaan. Kajian ini juga
mendapati kebanyakan organisasi tidak diberikan pengiktirafan atau penghargaan yang
sewajarnya. Sebilangan kecil organisasi (6%) diberikan pengiktirafan berdasarkan aktiviti yang
dilaksanakan dan sebahagiannya berdasarkan keperluan organisasi tersebut seperti
pengiktirafan dan pentauliahan diraja (Rajah 6.9).
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-11
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Lapan buah organisasi (18.2%) berpandangan, dengan penghargaan yang diberikan
sebenarnya boleh memberikan motivasi kepada ahli untuk terus komited berkhidmat sebagai
sukarelawan. Namun, terdapat organisasi yang menyatakan kesukaran untuk memberi
penghargaan secara formal disebabkan oleh peruntukan kewangan yang terhad, masa yang
singkat, dan adakalanya kurang mendapat sambutan. Dalam pada itu, hal ehwal pampasan
kepada ahli tetap diambil kira sekiranya diperlukan.
2 (6.1%)2 (6.1%)
2 (6.1%)
6 (18.2%)
21 (63.6%)
Pentauliahan
Pampasan
Penghargaan
Motivasi
Lain-Lain
n = 43 organisasi
RAJAH 6.9: Isu Amalan-Amalan Berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan
Motivasi
6.2.10 Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
Alumni merupakan mantan ahli dalam sesebuah organisasi, yang telah memberikan khidmat
dalam organisasi berkenaan. Dalam konteks kajian organisasi sukarela ini, isu pengesanan
alumni dan strategi pengekalan sukarelawan yang sedia ada dianggap sebagai isu yang
mencabar kerana beberapa faktor. Faktor kegagalan organisasi untuk menjejaki alumni adalah
disebabkan oleh sistem perekodan maklumat ahli gagal dilakukan dari peringkat awal lagi. Data
ahli yang tidak dikemas kini, lambakan ahli keluar dan masuk, ahli yang tidak tetap, dan kurang
strategi untuk mengekalkan ahli dalam organisasi menjadi punca isu ini semakin sukar ditangani
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-12
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
(Rajah 6.10). Justeru, hal ini berbalik semula kepada sistem pengurusan organisasi yang
memerlukan penambahbaikan secara menyeluruh.
8, (24%)
25, (76%) Rekod Alumni
Tiada Rekod Alumni
n = 33 organisasi
RAJAH 6.10: Isu Pengesanan Alumni dan Strategi
6.2.11 Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan
Usaha penambahbaikan secara berterusan perlu dilakukan oleh setiap organisasi sukarela agar
organisasi tersebut berupaya menangani sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Hal
sebegini penting dalam konteks organisasi yang terlibat memberikan khidmat ketika berlakunya
bencana di luar jangkaan. Ini bermakna, organisasi perlu sentiasa bersedia untuk berdepan
dengan sesuatu fenomena secara pantas. Kajian mendapati, terdapat organisasi yang
mengambil kira aspek seperti konsep mengkritik untuk tujuan penambahbaikan, mengurangkan
penggunaan bahan-bahan yang boleh merosakkan alam, melaksanakan post-mortem selepas
program sukarelawan dilaksanakan dan sentiasa memastikan sukarelawan datang dan
menyempurnakan objektif mereka. Tindakan sebegini sekurang-kurang mampu menyelesaikan
isu ini di samping mengurangkan bebanan cabaran organisasi.
Rajah 6.11 menunjukkan bilangan aspek-aspek lain adalah tinggi berbanding dengan
inisiatif kelestarian dan penambahbaikan sukarelawan. Ini disebabkan kebanyakan organisasi
tidak memberikan maklum balas berkaitan dengan isu kelestarian ini. Kebanyakan organisasi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-13
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
menafikan bahawa usaha melestarikan organisasi kurang dilakukan disebabkan faktor seperti
kurang berkesan, kurang kepakaran, kurang kesedaran, tiada latihan yang berkaitan,
kebergantungan kepada sikap sukarelawan dalam organisasi itu sendiri. Oleh itu, faktor-faktor
ini boleh dianggap cabaran besar kepada organisasi. Walaupun begitu, masih ada organisasi
yang cuba untuk mengekalkan kelestarian dalam organisasi dengan mengambil kira faktor
perhubungan dengan ahli-ahli dalam organisasi.
4 (12.5%)
6 (18.8%)
22 (68.8%)
Kelestarian Sukarelawan
Penambahbaikan
Lain-Lain
n = 32 organisasi
RAJAH 6.11: Isu Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan
6.2.12 Pendokumentasian dan Maklumat Rekod
Kajian menunjukkan isu pendokumentasian boleh dikatakan serius kerana ianya melibatkan
masa depan sesebuah organisasi. Ini bermakna, tiadanya pendokumentasian dan maklumat
tidak direkodkan dengan sempurna akan menyukarkan rujukan pada masa hadapan. Rajah 6.12
mendapati 26 buah organisasi (28%) daripada 50 organisasi (52%) yang memberi respons tidak
mampu untuk menguruskan pendokumentasian dengan sempurna. Kemahiran ahli yang
terbatas dalam pendokumentasian merupakan salah satu faktor menjadikan usaha untuk
pendokumentasian ini sukar dilakukan. Selain itu, faktor kekangan sumber manusia, masa,
kehilangan fail-fail program, maklumat yang tidak lengkap, dan sistem pemfailan yang bercelaru
menyebabkan isu pendokumentasian ini perlu dipandang serius. Terdapat juga organisasi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-14
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sukarelawan yang langsung tidak membuat sebarang rekod program sama ada dari segi
perbelanjaan, pengurusan dan seumpamanya.
Kajian ini mendapati sebahagian kecil sahaja organisasi yang berjaya membuat
pendokumentasian dengan baik. Sebanyak enam buah organisasi menyatakan ada membuat
pendokumentasian dan merekodkan semua perkara yang berkaitan dengan program dan hal
ehwal organisasi. Organisasi tersebut memiliki cara yang tersendiri dalam menguruskan sistem
perekodan mereka. Perkara ini serba sedikit memberi petunjuk bahawa organisasi sukarela
mampu mengurus dengan baik aktiviti mereka dan mampu memudahkan pihak-pihak lain serta
meyakinkan pihak luar berkenaan status organisasi sukarela ini.
6 (12%)
52 (28%)
4 (8%)
26 (52%) Data Direkod
Sukar Diurus
Tidak Direkod
Lain-Lain
n = 88 organisasi
RAJAH 6.12: Isu Pendokumentasian dan Maklumat Rekod
6.2.13 Sumber-Sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
Bagi melaksanakan program dan aktiviti sukarelawan, sumber kewangan menjadi aspek utama
yang dikemukakan oleh responden organisasi. Lebih daripada separuh maklum balas
menyatakan keperluan sumber kewangan akibat daripada belanjawan yang tinggi. Rajah 6.13
menunjukkan aspek belanjawan dalam mengendalikan program sukarelawan adalah tinggi dan
menjadi isu serta cabaran kepada organisasi untuk menghadapinya. Kesukaran mendapatkan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-15
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
dana menjadi faktor utama kepada perlaksanaan program. Kebanyakan menyatakan sumber
kewangan tidak mencukupi, sukar diperoleh dan hanya bergantung kepada sumbangan pihak-
pihak luar sahaja. Ini merupakan cabaran besar dan memerlukan pelbagai jalan penyelesaian.
Apabila program melibatkan masyarakat berskala besar, pastinya lebih banyak peruntukan
kewangan diperlukan.
Dalam pada itu, isu sumber manusia juga sewajarnya mendapat perhatian. Namun,
kebanyakan organisasi lebih mementingkan faktor kewangan kerana tanpa kewangan yang
mencukupi akan menyukarkan gerak kerja ahli dan pengurusan. Dengan itu, sesuatu program
atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin sehingga berkemungkinan
memberi kesan negatif kepada ahli dan pihak pengurus serta masyarakat yang terlibat.
10 (13.3%) 6 (8%)
1 (1.3%)
58 (77.3%) Dana/Sumber Kewangan
Belanjawan
Sumber Manusia
Lain-Lain
n = 75 organisasi
RAJAH 6.13: Isu Sumber-Sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
6.2.14 Governans dan Institusi
Isu governans dilihat sebagai isu pengurusan organisasi ke arah menjadi sebuah entiti yang
berfungsi sebagai organisasi sukarelawan yang sebenar. Ini kerana, sekiranya entiti organisasi
dapat diurus dengan baik, kemungkinan untuk mendapatkan bantuan dana sumber kewangan
lebih mudah. Kajian menunjukkan bahawa kesukaran mendapatkan bantuan kewangan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-16
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
daripada pihak kerajaan antara cabaran utama dalam usaha merealisasikan misi organisasi
sukarelawan (Rajah 6.14). Isu-isu seperti karenah birokrasi, lantikan keahlian, pengagihan tugas
dan juga kesukaran penglibatan kerjasama dengan organisasi luar, dianggap masih berlaku
dalam organisasi. Hal ini menyukarkan lagi pembentukan institusi yang benar-benar
berteraskan sukarelawan.
4 (12.9%)
2 (6.5%) 0
25 (80.6%) Pengurusan Sempurna
Keahlian
Sasaran Masa Depan
Lain-lain
n = 31 organisasi
RAJAH 6.14: Isu Governans dan Institusi
6.2.15 Keselamatan dan Kesihatan
Isu keselamatan dan kesihatan dalam konteks organisasi sukarela adalah melibatkan ahli-ahli
dalam pengendalian aktiviti sukarelawan di samping pihak luar yang terlibat dengan aktiviti
tersebut. Sebanyak 22 organisasi (52.1%) tidak memberikan respons berkaitan isu ini (Rajah
6.15). Meskipun begitu, terdapat organisasi yang memandang isu keselamatan (37.2%) sebagai
satu isu yang besar yang menjadi perhatian dalam organisasi tersebut. Berdasarkan respons
yang diberikan, sebahagian organisasi mementingkan aspek seperti insurans keselamatan ahli
dan organisasi, pengawalan keselamatan secara berterusan dalam pelbagai aspek, jaminan
keselamatan untuk setiap program atau aktiviti yang dilaksanakan. Hal ini dilihat menjadi satu
kewajipan terutamanya apabila melibatkan aktiviti masyarakat luar seperti golongan kanak-
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-17
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
kanak, warga tua, golongan wanita dan mereka yang kurang upaya. Penekanan terhadap isu ini
memang sewajarnya diberi perhatian dan merupakan cabaran besar bagi organisasi.
Dalam pada itu, aspek kesihatan juga diberi perhatian. Kajian menunjukkan bahawa 5
organisasi (11.6%) berusaha bagi memastikan aspek kesihatan setiap ahli dan mereka yang
terlibat dengan aktiviti yang dilakukan dipantau dengan sewajarnya. Pemeriksaan kesihatan
perlu dilakukan untuk ahli, pemantauan kesihatan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga bagi
mengelak penyakit berjangkit dan sentiasa memastikan aspek kesihatan ahli semasa di
lapangan sukarelawan. Oleh itu, isu dan cabaran keselamatan dan kesihatan ini sewajarnya
diberi perhatian yang serius agar keadaan sukarelawan sentiasa berada dalam keadaan baik.
16 (37.2%)
22 (51.2%)
5 (11.6%) Keselamatan
Kesihatan
RAJAH 6.15: Isu Keselamatan dan Kesihatan Lain-Lain
n = 43 organisasi
6.3 ISU DAN CABARAN DARIPADA PERSPEKTIF AHLI SUKARELAWAN
6.3.1 Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
Isu berkaitan dengan siapakah sukarelawan yang sebenar dibangkitkan oleh responden
sukarelawan, terutama dalam konteks sesebuah komuniti dan kaca mata penduduk. Ahli
sukarelawan berpendapat, masyarakat umum tidak begitu arif akan kewujudan dan peranan
seorang sukarelawan. Bagi sukarelawan, masalah berkait dengan maklumat profil sukarelawan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-18
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
yang tidak dikemaskinikan, dan hanya dilakukan secara atas talian menunjukkan bahawa
sukarelawan hanya dianggap sebagai tenaga sokongan yang tidak begitu penting dalam
sesebuah skuad atau pasukan. Rajah 6.16 dan Jadual 6.1 menunjukkan perincian maklum balas
sukarelawan, melibatkan konsep sukarelawan, keahlian dan struktur organisasi. Berdasarkan
Jadual 6.1, isu profil sukarelawan yang berada di luar kawalan dan jangkaan sesebuah
organisasi menunjukkan bahawa struktur organisasi tersebut masih belum mantap.
9 (5%) 53 (29%)
42 ( 23%)
78 (43%) Keahlian
Kefahaman Konsep
Sukarelawan
Struktur Organisasi
Lain-Lain
n = 182 responden
RAJAH 6.16: Isu Profil Sukarelawan
Kuantiti dan kualiti keahlian sukarelawan juga merupakan isu yang utama. Sebahagian
sukarelawan berpendapat kualiti ahli menjadi semakin kritikal, sekiranya kuantiti keahlian agak
terbatas, apa lagi dalam mengenal pasti ahli sukarelawan yang layak menerajui sesebuah
operasi. Malah, keahlian dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu keahlian sebagai individu
dan keahlian sebagai komuniti sukarelawan.
Bagi keahlian individu, penglibatan sukarelawan sebagai seorang individu merujuk
kepada kepuasan yang mereka inginkan, rasional penglibatan mereka, dan kefahaman mereka
sebagai seorang ahli yang bergiat dalam kerja-kerja sukarelawan (Jadual 6.2). Sementara itu
sebagai komuniti sukarelawan, kerjasama menjadi teras dalam menjalankan tanggungjawab
sukarela, tertakluk kepada faktor kekangan masa, kerja dan organisasi yang berbeza-beza.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-19
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Keahlian JADUAL 6.1: Isu Profil Sukarelawan
Kualiti dan latar Konsep Organisasi Lain-lain – isu di luar
belakang yang Sukarelawan kawalan organisasi
berbeza sosio-
demografi Konsep kerja amal Profil tidak lengkap, tidak Ancaman
itu sendiri dikemas kini dan tidak pemalsuan
Kurang komprehensif maklumat daripada
pendedahan pihak luar
kepada apa Tiada kefahaman Isu pengurusan profil
sebenarnya skop kerja amal responden – borang Bergerak di bawah
lama, tidak standard pemantauan
Ahli tidak
konsisten untuk Pemahaman Ahli tidak mengetahui Dituduh tidak
membuat kerja mendaftar
amal sukarelawan yang sesama ahli, kuantiti
Kurang mendapat
Tidak kenal ahli pelbagai, suka dan tidak spesifik, dana
dengan baik
rela, khidmat bakti, Kekurangan ahli Kepercayaan awam
Kekangan masa
dan kerja kerja sosial, kerja Kewangan luar/
dana luar
tanpa paksaan dan
kawalan, kerja amal
Tidak difahami Ahli kurang faham siapa
masyarakat awam sukarelawan
siapa sukarelawan
Organisasi tidak fokus
kepada satu-satu aktiviti
menyebabkan ahli jarang
berkekalan
Kesahihan organisasi
Isu kurang arif dengan
pengurusan ahli yang
banyak
Latihan
Keahlian JADUAL 6.2: Isu Ahli Sukarelawan
Ahli sebagai individu
Huraian
Ahli sebagai komuniti
sukarelawan Kualiti dan latar belakang yang berbeza sosio-demografi
Kurang pendedahan kepada apa sebenarnya
Pemahaman sukarelawan yang berbagai, suka dan rela, khidmat bakti,
kerja sosial, kerja tanpa paksaan dan kawalan, kerja amal
Tidak kenal ahli dengan baik, menyeluruh
Ahli tidak konsisten untuk adakan kerja amal
Tidak difahami masyarakat awam siapa sukarelawan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-20
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Sementara itu, berdasarkan profil sukarelawan, beberapa ciri berikut terserlah:
1. Data bank keahlian sukarelawan yang tidak wujud atau hanya wujud secara picisan
sahaja. Penggunaan perisian untuk memasukkan data terhad kerana hanya sebahagian
kecil sahaja yang mempunyai struktur organisasi yang benar.
2. Isu pengesanan dan pengurusan alumni merupakan komponen dalam ciri-ciri profil.
Pendapatan, sosioekonomi antara kawasan memberikan dimensi yang berbeza.
3. Isu pengurusan dana untuk menghasilkan pengumpulan profil yang cekap agar sukar
diperoleh. Ini kerana pusingan dana adalah untuk kerja-kerja amal dan bukannya
berbentuk pengurusan.
6.3.2 Mobiliti, Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
Daripada maklum balas ahli sukarelawan, mereka berpendapat isu berkaitan dengan mobilisasi,
strategi, prosedur dan polisi pengurusan secara relatif perlu diberikan tindakan segera. Mereka
juga semakin peka dengan bentuk pergerakan, berstruktur, mempunyai prosedur dan polisi
pengurusan yang jelas (Rajah 6.17).
62 46 38
40% 29% 24%
11
7%
Mobilisasi Strategi Prosedur Polisi Pengurusan
Bilangan Peratus
n = 157 responden
RAJAH 6.17: Isu Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-21
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
1. Sukarelawan juga menyatakan beberapa isu yang kurang ditangani oleh organisasi dan
juga pihak berkepentingan, terutama dalam soal ahli sukarelawan dan sumber manusia
yang menyumbang dan bergiat dalam sukarelawan.
2. Ahli yang ramai dari seluruh Malaysia sukar diurus, disusuli ahli yang tidak menghubungi
semula organisasi selepas melaksanakan sesebuah program atau aktiviti tertentu.
3. Prosedur yang ketat daripada pihak organisasi atau pihak yang memberikan laluan
melakukan aktiviti sukarelawan juga dilihat sebagai satu faktor yang menghalang
kelangsungan aktiviti sukarelawan.
4. Pandangan mudah sukarelawan tentang mobilisasi juga merujuk kepada mudahnya
mereka bergerak ke tempat atau lokasi yang memerlukan bantuan mereka. Pada
mereka, dengan adanya kemudahan pengangkutan, aktiviti boleh dipergiatkan lagi.
Sebaliknya tanpa kemudahan pengangkutan, kawasan operasi terbatas.
5. Acara yang dianjurkan tidak luas disebarkan, terutama sebelum dilaksanakan.
6.3.3 Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
Promosi, koordinasi dan pengambilan sukarelawan menjadi isu yang dibangkitkan oleh para
sukarelawan (Rajah 6.18). Antaranya berkisar kepada bagaimana promosi itu dilakukan sama
ada tidak berkesan dan terhad, hambar atau tidak berjaya menarik perhatian sukarelawan.
Bagaimanapun, terdapat responden yang menyatakan apa yang dilakukan adalah memuaskan.
Bagi responden, dalam soal pengambilan sukarelawan, ada sesetengah individu agak malu
untuk tampil ke depan meskipun berhasrat untuk turut terlibat. Dalam hal ini, terdapat dua
kekangan yang timbul iaitu daripada perspektif organisasi dan juga daripada sukarelawan
sendiri.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-22
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
18 (9%)
59 (31%)
58 (31%)
55 (29%) Promosi
Koordinasi
Pengambilan sukarelawan
Cirian Sukarelawan
n = 190 responden
RAJAH 6.18: Isu Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
Beberapa faktor dikenal pasti menyebabkan ketidakberkesanan promosi yang dilakukan, iaitu
keterbatasan promosi, promosi yang kurang berkesan, penggunaan medium konvensional dan
promosi dalam masa yang terhad. Sementara dari segi koordinasi, beberapa aspek
dibangkitkan:
1. Maklumat tidak menyeluruh dan gagal mendorong keterlibatan masyarakat.
2. Koordinasi dalam promosi dan publisiti kurang menyerlah.
3. Koordinasi acara kurang berkesan.
4. Pengambilan hanya kepada golongan dan pihak tertentu sahaja.
5. Masa yang terhad dan kurang tenaga kerja yang efisien dalam penyampaian maklumat
kepada peserta dan organisasi.
6. Kurangnya dana dan sumber kewangan menyebabkan promosi dibuat secara terhad,
kurang kreatif dan penyampaian kurang berkesan menyebabkan acara dan program
kurang berjaya menarik minat untuk penglibatan yang memberangsangkan.
7. Sistem penyampaian yang tidak efisien.
8. Ahli baharu yang kurang menepati kehendak organisasi, golongan muda kurang, lebih
kepada golongan tua.
9. Dominasi gender dalam pengambilan ahli.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-23
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
6.3.4 Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
Dalam konteks penempatan dan penilaian keperluan NGO memperlihatkan beberapa isu yang
berkait dengan lokasi dan kemudahan yang terhad. Isu penempatan sukarelawan dikaitkan
dengan premis dan infrastruktur fizikal. Ini kerana penempatan pusat untuk mengurus hal
ehwal sukarelawan masih kurang ditangani. Malah untuk mempunyai premis operasi yang tetap
dan berstatus kekal, kurang diberikan penekanan. Infrastruktur terhad bagi mengadakan aktiviti
terpusat, bermesyuarat dan merancang operasi. Antara yang lebih ketara ialah:
1. Lokasi dan ruang pejabat / operasi yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap,
terbatas, tiada kemudahan asas.
2. Tiada penempatan langsung.
3. Sokongan kemudahan asas tidak lengkap.
4. Cawangan di peringkat yang lebih rendah tidak mempunyai pejabat tetap.
5. Kemudahan sokongan daripada pihak berkepentingan tidak diperoleh.
Sementara itu, soal penilaian keperluan ahli dan badan sukarelawan juga menarik perhatian
26% responden (Rajah 6.19). Penilaian ini dilihat dalam konteks penempatan semasa mereka
berada di lokasi operasi, penilaian yang dikaitkan dengan aset untuk pengurusan dan ketepatan
persediaan yang dilakukan semasa mereka menjalankan kerja-kerja operasi sukarelawan.
Keperluan untuk merancang kegiatan kurang diberikan penekanan, kerana ia berkait dengan
tuntutan dan juga dana yang diperoleh mereka. Malahan, penilaian keperluan yang tidak tepat
menyebabkan sukarelawan berhadapan dengan isu agihan tenaga kerja, masa dan bidang kerja
yang mereka laksanakan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-24
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Lain-Lain Penempatan
52 (42%) 39 (32%)
n= 123 responden Penilaian Keperluan
NGO
32 (26%)
RAJAH 6.19: Isu Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
6.3.5 Latihan dan Pembangunan Kemahiran
Isu kemahiran dan pembangunan kemahiran juga mendapat respons daripada sebahagian
daripada ahli sukarelawan. Mereka menimbulkan soal latihan adalah terhad, kurang
dilaksanakan, dan kaitannya dengan kepakaran, kos pembiayaan dan masa (Rajah 6.20). Dapat
dirumuskan bahawa sukarelawan melihat latihan dan pembangunan kemahiran merupakan
satu kekangan yang perlu diambil tindakan, sama ada melalui kolaborasi atau langkah proaktif
dalaman bagi mengadakan sesi latihan yang bersesuaian.
Dari segi latihan, seramai 55 responden menyatakan kewujudan isu latihan berkisar
kepada kandungan, pendekatan dan amalan latihan dilakukan. Malahan, sukarelawan
menekankan latihan yang kurang diberikan dan didedahkan kepada mereka adalah kelemahan
yang ketara. Latihan yang tidak menepati masa dan kehendak sukarelawan, diakhiri dengan
tiada sambutan yang memberangsangkan. Sementara itu, isu pengetahuan dan sikap
sukarelawan, masing-masing menyumbang kepada faktor latihan dan pembangunan diri. Bagi
ahli, faktor yang berkisar kepada aspek berikut memberikan petanda bahawa kesedaran
sukarelawan untuk mendapat latihan adalah tinggi.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-25
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
18 (11%)
10 (6%) 87 (55%)
18 (11%)
26 (17%) Latihan
Pengetahuan
Kemahiran
Sikap
Pengurusan dan dasar
n = 159 responden
RAJAH 6.20: Isu Latihan dan Pembangunan Kemahiran Sukarelawan
Daripada isu yang dibangkitkan, isu latihan terserlah dalam konteks: 6-26
i). Latihan
1. Terpilih sahaja
2. Keselamatan dan kecemasan tiada
3. Skala tidak menentu
4. Tiada langsung latihan
5. Masa yang sesuai bertindih
6. Kurang sesi latihan
ii) Ahli – sikap, kemahiran dan pengetahuan
1. Ahli kurang berpengalaman
2. Tiada masa mengikuti latihan
3. Bilangan ahli sedikit atau banyak
4. Kemahiran khusus tidak mencukupi
5. Rata-rata belia tiada pengalaman dan latihan
iii) Organisasi dan Pengurusan
1. Tiada kemahiran latihan disediakan
2. Tiada dana latihan
3. Tidak berkala
4. Kos latihan tinggi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
5. Kepakaran tidak selari dengan aktiviti
6. Kewangan
7. Kurang saluran mendapat sokongan dan biaya
8. Masalah mendapat tenaga pengajar terlatih dan professional
6.3.6 Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
Ahli sukarelawan memberi maklum balas yang memberangsangkan bila menyentuh isu
persekitaran yang memberikan sokongan kepada kegiatan sukarelawan, adanya pemantauan
dan penyeliaan. Seramai 40% responden tidak memberikan sebarang maklum balas, namun
selebihnya menyatakan ia merupakan satu isu yang perlu ditangani (Rajah 6.21). Isu kesesuaian
aktiviti, konsisten dan kejelasan aktiviti juga perlu menjadi fokus dalam pelaksanaan kegiatan
sukarelawan. Malah, ada dalam kalangan ahli sukarelawan menyatakan ia merupakan satu
indikator pengukuran yang perlu ada pada semua organisasi dan menjadi ketelusan kepada ahli
sukarelawan.
21 (12%)
97 (58%)
50 (30%)
Penyeliaan
Persekitaran yang enabling
Pemantauan
n = 168 responden
RAJAH 6.21: Isu berkaitan Persekitaran Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
Berdasarkan maklum balas yang lebih terperinci, aspek-aspek ini dapat dipecahkan kepada
beberapa pandangan yang melibatkan kepentingan ahli, organisasi dan kumpulan sasaran.
Sementara bagi pemantauan dan penyeliaan juga menonjolkan hal yang sama, seperti yang
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-27
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
ditunjukkan dalam Rajah 6.21 dan Jadual 6.3. Isu persekitaran yang tidak enabling sebenarnya
agak besar, kerana 60% responden menyuarakan keterbatasan aspek ini. Sementara isu
pemantauan dan penilaian masing-masing 25% dan 15%.
Dalam konteks pemantauan, sukarelawan menyuarakan bahawa aspek ruang dan ahli
yang menetap di luar kawasan organisasi menyebabkan pemantauan agak sukar
dilakukan. Begitu juga dengan aspek penyeliaan, aspek ini dianggap tidak profesional
kerana yang melakukannya tidak bertauliah, dan lebih ketara tiada penglibatan pihak
atasan.
JADUAL 6.3: Isu yang Berkaitan dengan Persekitaran Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
Persekitaran yang Bersifat Pemantauan Penyeliaan
Enabling
Ahli
Sifat yang tidak menggalakkan Ahli berada dalam lingkungan yang
dari perspektif ahli luas
Kurang kerjasama ahli dan Tiada pemantauan berkala
mangsa
Tiada isu
Sukar diwujudkan kerana
persepsi ahli berbeza-beza Pemantauan yang lemah
Sukar mengawal ahli
Ketua yang tidak aktif Organisasi Kurang penglibatan pihak atas
Kurang data dan ahli Tiada bentuk pemantauan
Kurang diberikan perhatian Kurang memantau dan selia Kurang penyeliaan
Tiada tindakan pemantauan dan Penyeliaan yang minimum
Kekurangan kos
penyeliaan Tiada penilaian prestasi
Penyeliaan tidak profesional
Komitmen ahli dan jawatankuasa
Kurang menerima orang asing Kumpulan Sasaran Tiada isu
Kurang memberikan kerjasama Tiada isu
Kurang sambutan kejiranan
6.3.7 Penilaian dan Prestasi Sukarelawan
Aspek penilaian dan prestasi sukarelawan dianggap suatu kepekaan yang baik bagi
pengoptimuman aktiviti sukarelawan. Ia perlu diambil kira bagi mengukur pencapaian, namun
sehingga kini tiada kayu pengukur dan kurang kesedaran organisasi untuk melaksanakannya
demi kepentingan ahli (Rajah 6.22). Bagi yang organisasi yang melaksanakannya, ahli
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-28
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sukarelawan menimbulkan soal tiadanya penilaian yang berkala dilakukan dan sukarelawan
kurang menonjolkan diri.
12 (12%) 50 (51%)
36 (37%)
n = 98 responden sistem penilaian
individu
organisasi
RAJAH 6.22: Isu Penilaian dan Prestasi Sukarelawan
Berdasarkan Rajah 6.22, didapati soal penilaian dan prestasi mempunyai perkaitan dengan ahli,
sistem penilaian dan juga organisasi. Bagi ahli, masalah timbul bilangan ahli yang terlalu ramai
dan kurang memberikan kerjasama, kurang peka kepada kemahiran yang perlu diikuti,
ditambah lagi dengan masalah disiplin sukarelawan. Dalam konteks sistem penilaian yang sedia
ada, sebahagian responden kajian menjelaskan ia berkait dengan sistem yang tidak lengkap dan
holistik, ahli jawatan kuasa yang kurang arif akan peri pentingnya penilaian prestasi
sukarelawan, dan paling penting, tiada rekod ahli yang dapat dijadikan platform pengurusan
yang cekap (Jadual 6.4). Sementara itu, isu ini timbul ekoran organisasi mengambil perspektif
berikut:
Data tidak mudah disimpan dan dikumpul
Kurang kerjasama daripada ahli
Sukar mendapat penilai bertauliah
Kurang mendapat maklum balas
Masa AJK yang terbatas
Profil dan rekod tidak jelas
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-29
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JADUAL 6. 4: Isu Penilaian dan Prestasi Sukarelawan
Ahli Organisasi Sistem Penilaian
Ahli terlalu ramai dan kurang Data tidak mudah disimpan dan Sistem yang tidak konsisten dan
memberikan kerjasama dikumpul holistik
Ahli kurang peka dan kurang Kurang kerjasama daripada ahli
kemahiran Kurang menepati objektif
Kerjasama pelaksana kurang Sukar mendapat penilai bertauliah
daripada ahli Penilaian yang lemah dan kurang
Kurang mendapat maklum balas serius
Disiplin sukarelawan Suka dan rela, tidak perlu kepada
sistem yang rigid
Sifat sukarelawan, ad hoc, tidak Masa AJK terbatas Prestasi ahli kurang memuaskan
suka diikat dengan sistem Profil dan rekod tidak jelas
6.3.8 Maklum Balas Organisasi
Maklum balas dilakukan oleh organisasi yang menjadi penaung ahli sukarelawan. Hal ini
mendapat maklum balas yang baik daripada sukarelawan. Namun, ada beberapa kelemahan
yang perlu diatasi segera terutama apabila melibatkan maklum balas dan tindakan organisasi
(Rajah 6.23). Berdasarkan maklum balas responden, hanya sebahagian kecil sahaja menyatakan
organisasi mengambil tindakan terhadap maklum balas yang disampaikan sama ada laporan
atau keluhan sukarelawan. Dalam kalangan yang memberikan maklum balas, sebahagian kecil
menyatakan ia berada di tahap yang baik, sementara yang menyatakan tidak memberikan
maklum balas mengemukakan beberapa aspek organisasi sebagai kekangan dalam mengambil
tindakan.
1400 Bilangan dan Peratus
1200
1000 Maklum Balas Tidak Maklum Tiada Jawapan
78 75 1,252
800
600 6 5 89
400
200
0
Bilangan
Peratus
n = 1405 responden
RAJAH 6.23: Isu Maklum Balas Organisasi 6-30
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Terdapat dua perspektif yang ketara tentang isu maklum balas organisasi:
a) Maklum balas yang positif di mana tindakan diambil oleh pihak berkepentingan,
memberikan satu idea dan tindakan ke arah pelaksanaan kegiatan sukarelawan secara
professional dan bertanggungjawab.
1. Maklum balas adalah positif kerana prihatin kepada apa yang dilaksanakan oleh
ahli
2. Maklum balas ada di tahap baik kerana organisasi atau ahli cepat bertindak.
b) Sementara itu maklum balas yang bersifat negatif, lambat dan tiada maklum balas
daripada organisasi diperincikan kepada beberapa aspek yang melibatkan domain
seperti ditunjukkan dalam Jadual 6.5.
Jadual 6.5: Maklum Balas Sukarelawan
Ahli Organisasi maklum balas lambat, tidak konsisten
dan tidak memberikan maklum balas langsung
Maklum balas lambat, tidak konsisten dan ada yang
Ahli malu mengutarakan pendapat langsung tidak memberikan sebarang maklum
balas.
Tidak mendapat respons daripada organisasi
Dipandang sepi Kelengkapan tidak mencukupi, tiada teknologi
Kurang jelas apa tindakan Kurang arif dengan laman sosial dengan pelanggan
Maklum balas mengambil masa yang lama Kurang aktif di laman sosial/ laman web
Kurang memberikan kerjasama Lambat mendapat respons
Kurangnya penghargaan Ahli kurang memberikan kerjasama
Perlu banyak pembaharuan dalam berorganisasi
dan menjalan aktiviti sukarelawan
Latar belakang ahli yang berbeza Wujud birokrasi yang keterlaluan
Tersalah maklumat kerana tiada sistem yang cekap
Kekurangan dana dan tenaga kerja khusus
Tiada rekod maklum balas
6.3.9 Amalan Berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
Isu berkaitan amalan pentauliahan, pampasan, penghargaan dan motivasi amat jarang
dibincangkan dalam kalangan sukarelawan (Rajah 6.24). Sebanyak 89.0% responden tidak
memberikan maklum balas tentang aspek ini. Berasaskan jawapan yang diberikan oleh
responden (Rajah 6.24), didapati isu pentauliahan adalah yang tertinggi iaitu 34%, dan dalam
masa yang soal penghargaan yang kurang diberikan penekanan dan amalan adalah sebanyak
22%. Daripada yang memberikan maklum balas (Jadual 6.6), isu yang dibangkitkan ialah:
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-31
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
1. Berdasarkan ciri-ciri ahli, mereka tidak terdedah kepada sistem pentauliahan, pampasan
dan penghargaan, belum ada setakat ini, dan mereka juga tidak mengharapkan perkara
sedemikian.
2. Dari segi amalan dalam konteks organisasi, kesemua aspek ini adalah langkah yang
wajar, baik dan perlu dilaksanakan.
3. Dari segi amalan pentauliahan, kebanyakannya menyatakan ia tiada sistem, tiada rekod
dan maklumat sukarelawan yang lengkap bagi mengambil sesuatu tindakan, dan sukar
mencari dana dalam soal memberi dan meningkatkan kualiti sukarelawan.
Isu Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
6 (6%)
14 (15%) 31 (34%)
20 (22%) Pentauliahan
Governans
21(23%) Penghargaan
Motivasi
Penghargaan
n = 92 responden
RAJAH 6.24: Isu Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
JADUAL 6.6: Isu Amalan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
Ahli Organisasi Aspek Pentauliahan
Tidak mengharapkan Wajar dilaksanakan Tidak ada pentauliahan
Tiada isu Amalan yang baik, bagus Tidak ada latihan
Tidak wajib
Tiada pendedahan Tiada sistem
Belum ada setakat ini Tiada rekod dan maklumat
sukarelawan lengkap
Sukar mencari dana
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-32
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Namun, hal ini merupakan langkah yang baik untuk dilaksanakan. Bagi sukarelawan,
mereka belum menerima sebarang bentuk pentauliahan, dan belum mendapat mana-mana
pengiktirafan. Kesemua ini merupakan satu motivasi untuk terlibat dalam bidang ini walaupun
mereka sedar konsep asas sukarelawan yang sebenarnya tidak memberikan sebarang pulangan
kepada individu.
6.3.10 Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
Pengesanan alumni dan strategi pengekalan sukarelawan oleh organisasi masih kurang
menyeluruh. Ia dianggap sebagai satu ganjaran atau hadiah kepada mereka yang telah
memberikan sumbangan. Walau bagaimanapun, pengesanan alumni yang dilakukan setelah
selesai sesuatu aktiviti itu tidak dilakukan secara konsisten, memandangkan ada yang terlibat
secara ad hoc. Pun begitu, usaha melakukannya secara agresif terkekang akibat sambutan yang
kurang memuaskan daripada ahli, seperti tidak hadir ketika acara berkaitan dianjurkan.
Rajah 6.25 menunjukkan bahawa isu pengesanan alumni dan strategi pengekalan
sukarelawan daripada maklum balas responden. Didapati bagi isu pengesanan alumni dan
strategi pengesanan, ahli sukarelawan berpandangan bahawa ia berkaitan dengan tindakan ahli
dan juga organisasi. Di pihak lain, mereka mempunyai kekangan masa, sukar memberikan
kerjasama, minat yang tidak konsisten, hilang perhubungan, berpindah tempat kerja dan
sebagainya.
11 (11%) 42 (43%)
12 (12%)
33 (34%) Pengesanan Alumni Ahli
Pengesanan Alumni Organisasi
Pengekalan Sukarelawan Ahli
n = 98 responden 6-33
RAJAH 6.25: Isu Pengesanan Alumni dan Pengekalan Sukarelawan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Sementara itu, isu pengesanan alumni dan strategi pengekalan sukarelawan didapati
lebih menghala kepada peranan organisasi, meliputi soal pangkalan data yang kurang lengkap,
jaringan perhubungan dengan sukarelawan yang tidak efisien dan organisasi juga tidak kekal
dan sering dirombak (Jadual 6.7). Bagi sukarelawan, tindakan pengesanan adalah amat wajar
dilakukan kerana ini akan mengekalkan keterlibatan sukarelawan.
JADUAL 6.7: Pengesanan dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
Ahli Organisasi
1. Alumni sukar bekerjasama 1. Dalam proses pengesanan
2. Kekangan masa 2. Data base kurang
3. Kurang dijalankan 3. Kurang maklumat
4. Minat dan konsistensi 4. Ada perancangan
5. Terputus hubungan 5. Jaringan hubungan dengan luar
6. Alumni tidak libat diri secara berterusan 6. Organisasi tidak kekal dan sering dirombak
7. Sukarelawan sering berpindah tempat kerja/ Strategi pengekalan
lokasi
1. Sukar kumpul sukarelawan
8. Masa sukarelawan terhad 2. Sukarelawan tidak kekal
3. Tiada medium rasmi
9. Sukarelawan selalu dipandang hina
6.3.11 Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan
Isu inisiatif kelestarian dan penambahan secara berterusan juga menerima maklum balas yang
tidak signifikan. Seramai 90% ahli sukarelawan tidak memberikan maklum balas tentang hal ini.
Daripada responden yang memberikan maklum balas, beberapa perkara yang dibangkitkan
berhubung dengan keahlian, organisasi dan inisiatif kelestarian dan penambahbaikan itu
sendiri. Rajah 6.26 menunjukkan isu inisiatif kelestarian dan penambahbaikan berterusan.
Didapati dalam soal kelestarian, aspek ini juga berpunca daripada komitmen ahli dan organisasi
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.8. Bagi ahli, mereka melihat aspek-aspek kebajikan,
kekangan masa, kekurangan pengetahuan, latihan berterusan dan kurang minat yang
berpanjangan sebagai isu kelestarian dan penambahan berterusan. Sementara bagi organisasi,
soal kelestarian berkait dengan kekurangan, kurang idea dan pemantauan serta kerjasama yang
maksimum.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-34
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
42 (45%)
(28%)
26
19 (20%)
6 (7%)
Ahli Organisasi Ahli Organisasi
Kelestarian Penambahan Berterusan
Bilangan Peratus
n = 93 responden
RAJAH 6.26: Isu Kelestarian dan Penambahbaikan Berterusan
6.3.12 Pendokumentasian Maklumat dan Rekod
Dalam konteks sukarelawan, pendokumentasian maklumat dan rekod aktiviti dan keterlibatan
ahli menjadi pembuktian dan keupayaan untuk memacu dalam bidang ini. Berdasarkan kajian
ini, sebahagian besar tidak memberikan maklum balas, sama ada mereka pasti akan
pelaksanaan itu atau tidak. Dalam perspektif ketelusan, dokumentasi atau tidak, ini menjadi
soal hal yang perlu dititikberatkan.
JADUAL 6.8: Isu Kelestarian dan Penambahbaikan Berterusan
Isu kelestarian Isu penambahbaikan berterusan
Ahli Organisasi Ahli Organisasi
Kebajikan ahli tidak Kekurangan dana Kekangan masa Kelestarian dan
dijaga penambahbaikan
Kurang
Kekangan masa Kerjasama kurang pengetahuan dan Perjumpaan berterusan
pendekatan
Bergantung kepada ahli Kurang idea Kurang latihan Perlukan SOP
Kekurangan Kurang latihan Memberikan ganjaran
penerangan berterusan
Kekurangan dana
Kurang kesedaran Kurang pemantauan Tiada indikator yang tetap
Kurang pengetahuan
Masalah peruntukan untuk menilai sukarelawan
tentang sukarelawan Kurang pemantauan
Kurang latihan Kurang dana
Kurang diberikan daripada pihak atasan
berterusan Mempunyai sukarelawan
perhatian
Kurang minat yang ramai
Tiada post-
mortem
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-35
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Maklum balas daripada seramai 6% responden menunjukkan bahawa isu dokumentasi
ini berkisar kepada keupayaan organisasi peka kepada kesatuan ahli (Rajah 6.27). Walaupun
dokumentasi dilakukan, ia lazimnya tidak komprehensif, lengkap, rekod ad hoc, rekod tidak
kemas dan terkini. Sementara yang menyatakan agak sukar melakukan dokumentasi,
menyerlahkan faktor kemahiran dan komitmen pengurusan, tiada dana untuk pengajian, ahli
yang ramai dan tidak konsisten pendaftarannya.
79 (6%) 68 (5%)
1,258 (89%)
Dokumentasi
Sukar dilakukan
dokumentasi
Tiada Maklum Balas
n = 1,405 responden
Rajah 6.27: Isu Dokumentasi dan Rekod
6.3.13 Sumber-sumber Program, Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
Soal sumber bagi ahli sukarelawan menjadi topik utama dalam perencanaan dan pelaksanaan
program dan aktiviti sukarelawan. Dalam hal ini, daripada maklum balas responden, soal dana,
belanjawan dan sumber manusia masing-masing menyumbang sebanyak 75 peratus,
belanjawan dan sumber manusia (Rajah 6.28).
Dalam aspek dana, kebanyakan responden menyatakan isu berkait dengan soal dana
yang terbatas, terhad, sukar mendapat tajaan dan sumber dana yang tertakluk kepada sumber
pelbagai. Sementara dalam aspek belanjawan, ahli menyatakan bahawa perbelanjaan semasa
operasi kebanyakannya terhad, dan terkesan dengan persekitaran ekonomi dan kenaikan kos
dan harga barangan. Para sukarelawan juga perlu mendapatkan keperluan ini melalui dana
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-36
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
yang mereka peroleh. Dalam soal sumber manusia, isu yang dibangkitkan oleh responden ialah
sumber dana bagi membolehkan mereka mendapat latihan dan tenaga sumber manusia yang
berkelayakan dalam bidang-bidang yang khusus. Ini berkaitan dengan pengurusan organisasi.
18 (11%)
22 (13%)
129 (76%)
Dana/Sumber Kewangan
Belanjawan
Sumber Manusia
n = 169 responden
RAJAH 6.28: Isu Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-37
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
6.3.14 Governans dan Institusi
Governans dan institusi perlu mendokong amalan dan prinsip yang menjadi contoh kepada
ketelusan dan integriti, prihatin dalam melaksanakan gerakan sukarelawan. Berdasarkan
maklum balas ahli, isu dalam governans menyerlahkan soal pengurusan, keahlian, sasaran masa
dan hal ehwal yang berkaitan dengan governans dan institusi rentas sempadan.
8 (11%)
11 (15%) 32 (42%)
24 (32%) Governans dan Institusi
n = 75 responden Pengurusan
Keahlian
Sasaran Masa Depan
RAJAH 6.29: Isu Governans dan Institusi
Secara terperinci, isu governans menekankan soal birokrasi, kerjasama daripada
pelbagai pihak berkepentingan, dan kekurangan mempunyai dana. Bagi ahli, pengurusan
sukarelawan amat penting bagi memastikan acara dan operasi berjalan lancar. Walau
bagaimanapun, isu governans ternyata kurang memberikan penekanan terhadap kepentingan
ahli dan juga arah tuju organisasi.
6.3.15 Keselamatan dan Kesihatan
Dalam soal aktiviti sukarelawan, keselamatan dan kesihatan ahli adalah perkara yang tidak
boleh dipinggirkan oleh seseorang individu dan juga organisasi sukarelawan. Daripada maklum
balas responden, mereka peka dengan soal ini. Sebanyak 42.0% maklum balas peka kepada isu
keselamatan, diikuti 36.0%isu kesihatan dan sebanyak 22.0% isu governans.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-38
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
24 (22%)
46 (42%)
40 (36%) Governans
Keselamatan
Kesihatan
n = 100 responden
RAJAH 6.30: Isu Keselamatan dan Kesihatan
6.4 RUMUSAN
Berasaskan dapatan daripada kedua-dua perspektif: organisasi dan sukarelawan, perincian isu
dan cabaran dirumuskan dalam Jadual 6.9.
JADUAL 6.9: Isu-Isu Utama Mengikut Parameter Sukarelawan
Bil Parameter Isu-Isu Utama
1. Profil sukarelawan yang dianggap tidak menyeluruh, lengkap, up to date dan
kesukaran akses kepada seseorang individu dan organisasi. Maklumat rentas
sukarelawan tidak menjadi pedoman dalam pembentukan profil yang ada.
1. Profil Sukarelawan 2. Isu siapakah sukarelawan masih kurang menyerlah sebagai identiti individu
dan Pertubuhan atau organisasi yang bertanggungjawab dan sukarela dalam melakukan aktiviti.
3. Dominasi sukarelawan daripada golongan muda, berpendidikan sederhana,
berpendapatan rendah dan sederhana, telah menyebabkan kekangan dalam
mengangkat darjat sukarelawan sebagai insan dan bakti yang perlu didukung
oleh penduduk di negara ini.
Mobilisasi 1. Mobilisasi sukarelawan berdepan dengan isu mod pergerakan yang terbatas,
maklumat yang terhad, dan dana yang tidak mencukupi untuk memperluaskan
Sukarelawan, kerja amal dan sukarelawan.
2. Strategi, Prosedur 2. Prosedur dan Polisi yang tidak jelas dalam menjalankan operasi dan
pengambilan sukarelawan, tidak mempunyai SOP yang boleh dikongsi sama
dan Polisi dalam menjaga kualiti sukarelawan.
Pengurusan UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-39
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bil Parameter Isu-Isu Utama
3. Tiada sistem pengurusan dan pemantauan sukarelawan serta kawal selia yang
sepunya semasa di kawasan operasi – bencana dan segmen sasaran dan dapat
diguna pakai secara bersama.
4. Kurang penekanan terhadap soal mobilisasi sukarelawan berasaskan
pengalaman, bidang kepakaran dan minat serta siap siaga sukarelawan.
1. Promosi yang terhad, terbatas kepada kelompok tertentu dan tiada sokongan
dana menyebabkan sukarelawan dianggap sebagai kegiatan amal jariah
semata-mata.
2. Koordinasi dan pengambilan sukarelawan masih bersifat terpilih, dan tidak
tersebar dari segi akses, peluang penglibatan dan pengoptimuman tenaga,
Promosi, Koordinasi dana dan sasaran.
3. dan Pengambilan 3. Pengambilan baru sukarelawan dibuat secara ad hoc, bersifat bias gender, ras
dan politik dan juara komuniti.
Sukarelawan
4. Dana dan kepakaran terhad dalam menangani koordinasi kerja / aktiviti.
5. Perancangan jangka panjang arah tuju dan haluan sukarelawan tidak jelas dan
tidak tersebar kepada sasaran dan masyarakat.
1. Penempatan sukarelawan tidak saksama dan tersebar ekoran faktor mod
pengangkutan, ahli yang terhad, dana dan acara / program/ aktiviti
sukarelawan, akses kepada kawasan operasi dan sektor sukarelawan.
Penempatan dan 2. Penilaian keperluan NGO dipengaruhi oleh faktor dana yang terhad,
4. Penilaian Keperluan kakitangan kecil, berstatus sementara dan tidak mempunyai kepakaran,
NGO sistem penilaian yang tidak menepati keperluan dan tuntutan sukarelawan.
3. Penilaian keperluan NGO tidak menjadi prasyarat asas dalam menentukan
hayat perkhidmatan sukarelawan.
1. Tidak ramai ahli sukarelawan yang terlatih dalam bidang sukarelawan.
Latihan dan 2. Pembangunan kemahiran dan intelektual sukarelawan dan juga kepimpinan
organisasi dipengaruhi oleh jangka masa latihan, operasi secara hands on dan
5. Pembangunan tiada landasan kerjaya yang jelas kepada mereka yang berminat menceburi
bidang ini.
Kemahiran
3. Latihan yang dilakukan tidak mempunyai modul yang komprehensif, dilakukan
dalam tempoh yang singkat, kurang dilakukan kerana kekurangan dana dan
penaja.
4. Pembangunan kemahiran dalam kalangan sukarelawan dan organisasi tidak
dianggap satu keperluan wajib, menyebabkan pembangunan kemahiran
dilakukan mengikut keutamaan tertentu sahaja.
Mewujudkan 1. Persekitaran yang bersifat enabling terhad kepada keupayaan organisasi
mendapat penajaan, khidmat pakar dan keterlibatan organisasi yang lebih
6. Persekitaran yang besar.
bersifat Enabling,
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-40
Pemantauan dan
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bil Parameter Isu-Isu Utama
Penyeliaan 2. Persekitaran enabling kepada sukarelawan tidak bersifat membina kapasiti
modal insan jangka panjang.
7. Penilaian Prestasi
Sukarelawan 3. Pemantauan yang berterusan kurang diberikan selain daripada pemantauan
semasa projek / kerja amal / kerja sukarelawan dilakukan di premis atau
8. Maklum Balas kawasan operasi.
Organisasi
4. Penyeliaan terhad kepada sektor sukarelawan yang memberikan khidmat
Amalan-amalan kepada segmen sasaran terpilih dan bersifat penyeliaan SOP kerja.
berkaitan 1. Ramai ahli sukarelawan menyatakan penilaian adalah satu aspek baharu,
kurang diberikan perhatian oleh sukarelawan dan juga organisasi.
9. Pentauliahan,
Pampasan, 2. Penilaian prestasi tidak dilakukan kerana mekanisme tiada dalam organisasi,
sejajar dengan konsep sukarela itu sendiri, tanpa ganjaran dan atas
Penghargaan dan kepedulian individu untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
motivasi 1. Maklum balas organisasi pada tanggapan sukarelawan sukar dilakukan dan
jika dilakukan lambat tindakan yang diambil.
Pengesanan Alumni
2. Tiada kesedaran atau tidak tahu prosedur untuk memaklumkan kepada
10. dan Strategi organisasi.
Pengekalan
3. Tiada latihan pelaporan tindakan kerja operasi.
Sukarelawan
4. Organisasi berhadapan dengan kekurangan dana dan kerja pengurusan yang
dianggap tidak terlalu kritikal dalam amalan kerja sukarelawan.
5. Tidak mendapat maklum balas yang konsisten dengan masalah atau tindakan.
1. Pentauliahan hanya dilakukan oleh sebilangan organisasi atas kapasiti
keupayaan melaksanakan kerja sukarelawan.
2. Dari segi amalan pentauliahan, kebanyakannya menyatakan ia tiada sistem,
tiada rekod dan maklumat sukarelawan yang lengkap bagi mengambil sesuatu
tindakan, dan sukar mencari dana dalam soal memberi dan meningkatkan
kualiti sukarelawan
3. Perspektif organisasi memperlihatkan inisiatif yang perlu diberikan wajaran
kerana ini meningkatkan motivasi dan identiti sukarelawan.
1. Pengesanan alumni dilihat sebagai potensi melestarikan sukarelawan dan
organisasi.
2. Di pihak sukarelawan, mereka mempunyai kekangan masa, sukar memberikan
kerjasama, minat yang tidak konsisten, hilang perhubungan, berpindah
tempoh kerja dan faktor ekonomi.
3. Isu pengesanan alumni dan strategi pengekalan sukarelawan lebih menghala
kepada peranan organisasi apabila ini melibatkan soal pangkalan data yang
kurang lengkap, jaringan perhubungan dengan sukarelawan yang tidak efisien
dan organisasi tidak kekal dan sering dirombak.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-41
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bil Parameter Isu-Isu Utama
Inisiatif Kelestarian 1. Bagi ahli, mereka melihat aspek-aspek kebajikan, kekangan masa, kekurangan
pengetahuan, latihan berterusan dan kurang minat yang berpanjangan
11. Sukarelawan dan sebagai isu kelestarian dan penambahan berterusan.
Penambahbaikan
2. Bagi organisasi, soal kelestarian berkait dengan kekurangan dana, kurang idea
Berterusan dan pemantauan serta kerjasama yang tidak optimum.
Pendokumentasian 3. Tiada alat dan medium untuk mengetengahkan penambahan berterusan.
12. Maklumat dan 4. Kekurangan mekanisme, dana dan sumber tenaga kerja dalam menentukan
kelestarian sukarelawan dan organisasi.
Rekod
1. Dokumentasi dilakukan, namun ia lazimnya tidak komprehensif, lengkap,
Sumber-sumber rekod ad hoc, rekod tidak kemas dan terkini.
13. Program: Dana, 2. Sementara yang menyatakan agak sukar melakukan dokumentasi,
Belanjawan dan menyerlahkan faktor kemahiran dan komitmen pengurusan, tiada dana untuk
pengajian, ahli yang ramai dan tidak konsisten pendaftarannya.
Sumber Manusia
1. Kesukaran mendapatkan dana menjadi faktor utama kepada perlaksanaan
14. Governans dan program. Kebanyakan menyatakan sumber kewangan tidak mencukupi, sukar
Institusi diperoleh dan hanya bergantung kepada sumbangan pihak luar sahaja.
15. Keselamatan dan 2. Dalam aspek belanjawan, ahli menyatakan bahawa perbelanjaan semasa
Kesihatan operasi kebanyakannya terhad, dan terkesan dengan persekitaran ekonomi
dan kenaikan kos dan harga barangan. Para sukarelawan juga perlu
mendapatkan keperluan ini melalui dana yang mereka peroleh.
3. Dalam soal sumber manusia, isu yang dibangkitkan ialah sumber dana bagi
membolehkan mereka mendapat latihan dan tenaga sumber manusia yang
berkelayakan dalam bidang-bidang yang khusus.
1. Kesukaran mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan antara
cabaran utama dalam usaha merealisasikan misi organisasi sukarelawan.
2. Isu-isu seperti karenah birokrasi, lantikan keahlian, pengagihan tugas dan juga
kesukaran penglibatan kerjasama dengan organisasi luar dianggap masih
berlaku dalam organisasi.
3. Governans dan institusi perlu mendokong amalan dan prinsip yang menjadi
contoh kepada ketelusan dan integratif, prihatin dalam melaksanakan gerakan
sukarelawan.
4. Maklum balas ahli, isu dalam governans menyerlahkan soal pengurusan dan
birokrasi, dana, keahlian, sasaran masa dan hal ehwal yang berkaitan dengan
governans rentas sempadan.
5. Bagi ahli, pengurusan sukarelawan amat penting bagi memastikan acara dan
operasi berjalan lancar. Walau bagaimanapun, isu governans ternyata kurang
memberikan penekanan kepentingan ahli dan juga arah tuju organisasi.
1. Isu keselamatan dan kesihatan menjadi satu aspek kewajipan, keprihatinan
dan kepekaan keperluan sukarelawan, organisasi dan kumpulan sasaran
terutama melibatkan golongan kanak-kanak, warga tua, golongan wanita dan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-42
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bil Parameter Isu-Isu Utama
mereka yang kurang upaya.
2. Tiada skim perlindungan yang jelas semasa beroperasi dan memberikan
khidmat dalam sukarelawan.
3. Elemen selamat dan sihat perlu menjadi pedoman dalam menjalankan
operasi, namun latihan dan persediaan mental dan fizikal bersifat
menyeluruh.
4. Keselamatan dan kesihatan semasa bencana tertakluk kepada pihak
berkepentingan dan pasukan sukarelawan, namun kurang koordinasi yang
mantap.
5. Piawai dan standard keselamatan dan kesihatan belum menjadi ilmu asas
kepada sukarelawan dalam pelbagai bidang, situasi dan merentas sektor.
Berdasarkan isu-isu yang dikemukakan dalam parameter sukarelawan, cabaran utama
dalam memastikan sukarelawan bergerak dan menjalani operasi secara maksimum dirumuskan
dalam Jadual 6.10.
JADUAL 6.10: Cabaran Utama mengikut Parameter Sukarelawan
Bil Parameter Cabaran-cabaran utama
1. Profil sukarelawan dan organisasi perlu lengkap, komprehensif agar
dapat memberikan sumbangan tenaga, idea dan masa bagi tujuan
kerja amal yang menepati kehendak sasaran.
1. Profil Sukarelawan dan 2. Sukarelawan perlu mempunyai identiti syumul dalam menjalankan
Pertubuhan aktiviti.
3. Sukarelawan perlu bergerak dalam kategori pelbagai rentas etnik,
reruang, masa dan pendidikan dan bidang profesion.
1. Sama ada organisasi atau sukarelawan, mobilisasi adalah optimum
terutama dalam menangani operasi bencana dan kumpulan sasar
terancam.
2. Sukarelawan mempunyai prosedur yang jelas dalam menjamin
Mobilisasi Sukarelawan, kualiti sukarelawan.
2. Strategi, Prosedur dan
Polisi Pengurusan 3. Strategi pengurusan integrasi dilaksanakan dalam kes bencana dan
acara mega.
4. Sukarelawan ditauliahkan dan mengelaskan kepada kategori
beridentiti terpilih.
Promosi, Koordinasi dan 1. Promosi perlu merentas segmen, kawasan dan bidang bagi
3. Pengambilan mengekalkan ahli dan organisasi.
Sukarelawan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-43
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bil Parameter Cabaran-cabaran utama
2. Pengambilan baru sukarelawan perlu dilaksanakan secara seimbang
tanpa mengira akses, peluang dan siapa sukarelawan.
3. Setiap organisasi perlu mempunyai misi dan visi yang jelas dalam
tempoh jangka panjang.
4. Promosi secara one stop centre dilaksanakan bagi menangani
masalah dana dalam menyebar luas kegiatan dan akses maklumat
kegiatan sukarelawan.
1. Penempatan sukarelawan bergerak atas perkiraan mod
pengangkutan, kawasan dan sektor yang saksama kepada
sukarelawan dan organisasi.
4. Penempatan dan
Penilaian Keperluan NGO 2. Penilaian keperluan NGO dilaksanakan melalui manual yang dapat
digunakan secara mudah dalam mengakses keperluan dan dana
insentif kerajaan.
1. Sama ada sukarelawan atau organisasi, memastikan sukarelawan
terlatih melalui modul sukarelawan yang diterima pakai oleh semua
Latihan dan segmen adalah satu cabaran utama.
5. Pembangunan Kemahiran 2. Pembangunan kemahiran diri dalam sukarelawan menjadi satu
kewajipan dan diterima pakai oleh semua ahli dan organisasi.
1. Persekitaran yang enabling wajar menjadi pendokong kepada
amalan sukarelawan.
Mewujudkan 2. Pengukuhan modal insan menjadi satu ketetapan amalan ahli dan
Persekitaran yang bersifat badan sukarelawan.
6. Enabling, Pemantauan
dan Penyeliaan 3. Pemantauan aktiviti / program sukarelawan menerima pakai kod
amalan yang dipersetujui semua kategori persatuan sukarelawan.
7. Penilaian Prestasi 1. Menerima pakai sistem penilaian prestasi sukarelawan berasaskan
Sukarelawan manual yang dibentuk melalui runding cara semua pihak.
1. Menetapkan syarat organisasi agar perlu mengemukakan laporan
tahunan kepada Kementerian.
2. Mengguna pakai dan memberikan latihan kepada organisasi dalam
8. Maklum Balas Organisasi memberikan maklum balas kepada awam.
3. Menetapkan agar saluran maklum balas bersifat mudah akses
kepada ahli sukarelawan dan bakal sukarelawan.
Amalan-amalan berkaitan 1. Menggalakkan pentauliahan ke atas sukarelawan bersama
Pentauliahan, Pampasan, pengkategorian yang menarik.
9. Penghargaan dan 2. Menetapkan prosedur pentauliahan yang sistematik dan mudah
Motivasi diguna dan diamalkan oleh badan sukarelawan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 6-44