LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
2.4.6 Keperluan Kepada Penyelidikan dan Pembangunan
Selain itu, isu-isu berkaitan dengan keperluan kepada penyelidikan dan pembangunan
terhadap aktiviti kesukarelawanan, keberkesanan pengurusan pertubuhan sukarelawan,
keahlian sukarelawan dan usaha-usaha menaik taraf keahlian dan pertubuhan sukarelawan
perlu diberi perhatian sewajarnya dalam usaha untuk mengoptimumkan aktiviti
sukarelawan dalam kalangan masyarakat.
Ketiadaan maklumat aktiviti sukarelawan juga antara penyebab kepada kurangnya
kajian-kajian yang mendasari konsep kesukarelawan ini dilakukan. Kekangan data-data yang
berkaitan menyukarkan lagi usaha penyelidikan dijalankan. Kebanyakan urusan-urusan
kesukarelawanan ini dilakukan untuk tempoh sementara dan terdesak. Oleh itu, pengurusan
yang berkesan dan rekod yang terperinci sukar dilakukan bila mana keadaan menjadi sukar
dikawal terutamanya melibatkan musibah-musibah yang besar dan juga program-program
kemasyarakatan yang berskala besar. Oleh itu, rekod dan data terperinci adakalanya
terlepas pandang daripada pihak penganjur atau pihak-pihak yang menguruskan aktiviti
sukarelawan ini sehingga menjadi sukar untuk mendapatkan data-data dan rekod terdahulu.
Dalam pada itu, kajian berkenaan dengan aktiviti kesukarelawanan dan hubung kait
dengan kesihatan fizikal kurang mendapat perhatian walaupun ada kajian-kajian
kesukarelawanan lain yang dilakukan (John-Wilson, 2012). Kajian-kajian yang berkaitan
seperti yang dilakukan oleh Burr, Tavaress & Mutchler (2011), Tang (2009), dan Konrart, et
al. (2009) mendapati kegiatan sukarelawan mampu mengurangkan hypertensive individu
sukarelawan, meningkatkan kesihatan fizikal individu dan mengurangkan risiko mortality
individu. Dari sudut lain, sukarelawan mempunyai kesan ketara yang positif kepada
organisasi yang melibatkan sukarelawan. Kesan kolektif terhadap projek alam sekitar dan
kelestarian alam dapat dicapai dalam skala yang besar (Church & Elster, 2002). Ini bererti
kesan sampingan aktiviti sukarelawan ini bukan sahaja kepada individu, organisasi
sukarelawan, malah kepada alam sejagat.
Di Malaysia, kekangan-kekangan untuk melakukan kajian berkenaan bidang
sedemikian masih sukar didapati. Menurut kajian luar, kebolehkesanan, kekangan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-23
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
perbelanjaan, tempoh masa dan latar belakang budaya adalah antara punca kajian sukar
untuk dilaksanakan (Li-Ju & Joseph, 2011). Sewajarnya, kajian-kajian perlu dilaksanakan agar
kesinambungan aktiviti sukarelawan dapat berjalan dengan baik di samping menjamin
pengurusan yang produktif. Pemantauan dan penyeliaan juga akan mudah dilakukan
sekiranya perancangan awal dapat dilakukan sebelum aktiviti sukarelawan dilaksanakan.
Secara umumnya jika dilihat daripada pelbagai faktor, kajian di Malaysia berkenaan
isu-isu sukarelawan boleh dikatakan masih belum menyeluruh di mana masih terdapat
aspek-aspek yang belum diterokai dengan mendalam. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat
memberi impak baru kepada isu-isu yang dikemukakan dengan sokongan kajian-kajian
terdahulu, dalam usaha membangunkan kerangka ke arah menggerakkan sukarelawan
secara optimum. Secara menyeluruhnya, kajian tentang sukarelawan dapat dirumuskan
dalam Rajah 2.1.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-24
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Etika Polisi dan Identiti, keahlian Kemudahan dan Infrastruktur
& Penyertaan
Pengurusan, Pentadbiran dan
Limitasi Kepelbagaian Sumber Pengekalan Sumber
(Kewangan, Manusia, Kepakaran)
Polisi, Sokongan dan Jenis
Kemudahan Infrastruktur Sukarelawan serta Kepentingan
Peribadi
Penyelidikan dan Pembangunan
Kekangan Ilmu
Kewangan dan Dana
Kesedaran Masyarakat
Kualiti Perkhidmatan dan
Penambahbaikan
RAJAH 2.1: Kajian Sukarelawan di Peringkat Malaysia dan Antarabangsa
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-25
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Beberapa aspek penting telah dikenal pasti berkaitan dengan isu-isu dan cabaran
dalam bidang kesukarelawanan untuk dikaji dengan lebih terperinci. Boleh dikatakan isu dan
cabaran yang dikenal pasti adalah berkaitan antara satu sama lain. Ini bermaksud, sekiranya
isu dan cabaran tertentu dapat dihadapi, maka isu dan cabaran lain juga boleh diselesaikan.
Oleh itu, sifat saling kebergantungan di dalam organisasi atau badan sukarelawan terhadap
beberapa aspek perlu diberi perhatian serius untuk menjamin keberkesanan perlaksanaan
aktiviti kesukarelawanan tersebut. Dalam tinjauan ini, secara keseluruhannya terdapat 15
parameter penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha untuk membangunkan
kerangka sukarelawan ini iaitu:
1. Profil Sukarelawan dan Pertubuhan
2. Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan
3. Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan
4. Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO
5. Latihan dan Pembangunan Kemahiran
6. Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat Enabling, Pemantauan dan Penyeliaan
7. Penilaian Prestasi Sukarelawan
8. Maklum Balas Organisasi
9. Amalan-amalan berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi
10. Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan
11. Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan
12. Pendokumentasian Maklumat dan Rekod
13. Sumber-sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia
14. Governans dan Institusi
15. Keselamatan dan Kesihatan
2.5 RUMUSAN
Pengalaman daripada negara-negara maju menunjukkan bahawa strategi pengurusan yang
optimum memerlukan parameter yang terpilih, meliputi bidang perkhidmatan sukarelawan
yang dilaksanakan, prosedur dan tatacara, kategori sukarelawan dan juga polisi yang berkait
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-26
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
dengan aktiviti dan organisasi. Di Malaysia, meskipun kajian sukarelawan dilakukan, namun,
hasilnya bersifat kes atau empiris, tertumpu kepada aspek-aspek tertentu dan tidak
mengarah kepada keperluan dan kerangka pengoptimuman aktiviti dan organisasi sukarela.
Sehubungan itu, kajian yang dilakukan ini berusaha mengisi lompang keperluan dan ilmu
dalam membentuk sebuah kerangka pengoptimuman aktiviti dan organisasi sukarelawan di
Malaysia.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 2-27
BAB 3
Metodologi Kajian
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bab 3
Metodologi Kajian
3.1 PENGENALAN
Kajian tentang sukarelawan telah banyak dilakukan di luar negara, terutama sekali
mengenal pasti fungsi dan amalan-amalan baik serta set piawaian bagi mencapai sasaran
setempat atau sektor-sektor tertentu. Dalam konteks kajian ini, satu Jawatankuasa
Pemantauan Projek ditubuhkan bagi mengenal pasti mekanisme pelaksanaan projek dan
juga satu set soal-selidik yang berupaya mencapai objektif kajian. Selain itu, perundingan
dengan pihak berkepentingan juga telah dijalankan.
3.1.1 Lokasi dan Populasi Kajian
Kajian ini dijalankan di seluruh Malaysia, dan mengikut zon yang ditetapkan, iaitu zon Utara,
zon Tengah, zon Timur, zon Selatan, zon Sabah dan zon Sarawak. Kajian ini melibatkan
sukarelawan dan pertubuhan/organisasi sukarela yang telah didefinisikan dalam kajian ini.
Kajian ini melibatkan pertubuhan/organisasi sukarela dan sukarelawan yang berdaftar
dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), pertubuhan/organisasi dan sukarelawan
yang bernaung di bawah institusi kerajaan, swasta dan komuniti/kejiranan/keagamaan, dan
pertubuhan/organisasi dan sukarelawan yang tidak berdaftar. Kajian ini hanya melibatkan
pertubuhan/organisasi sukarela dan sukarelawan yang menjalankan operasi berteraskan
kebajikan manusia.
3.1.2 Sasaran dan Pencapaian Bilangan Responden Kajian
Sebanyak 300 organisasi sukarelawan dan 1,700 ahli sukarelawan dikenal pasti dan
disasarkan sebagai responden kajian (Rujuk Jadual 3.1, 3.2 dan 3.3).
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-1
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA K
AKHIR
JADUAL 3.1: Sasaran dan Bilangan Seben
SASARAN DAN BILANGAN SEBENAR RES
No Zon Negeri Bilangan Sasaran Responden
Perlis Negeri
1 Utara Kedah
6
Pulau Pinang 18
Perak 19
Selangor
2 Tengah 20
Kuala Lumpur 67
Putrajaya 49
Negeri Sembilan 4
3 Selatan Melaka 12
Johor 10
Kelantan 27
4 Timur Terengganu 16
Pahang 8
5 Sabah Sabah 18
6 Sarawak Sarawak 14
12
JUMLAH
300
KE ARAH MENGGERAKKAN SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
nar Responden Organisasi Sukarelawan
SPONDEN ORGANISASI SUKARELAWAN
n Organisasi Bilangan Sebenar Responden Organisasi
Zon
Negeri Zon
43
10 33
140 10
13
49
20
42 58
14
12 100
300 19
3
11
7 41
23
9
7 48
32
15 15
66
243 243
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-2
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA K
AKHIR
JADUAL 3.2: Sasaran dan Bilangan Se
SASARAN DAN BILANGAN SEBENAR
No Zon Negeri Sasaran Responden Ahli Suk
Negeri
Perlis 33
1 Utara Kedah 93
Pulau Pinang 139
Perak 113
Selangor 383
2 Tengah 273
Kuala Lumpur 20
Putrajaya 78
Negeri Sembilan 52
3 Selatan Melaka 159
Johor 69
Kelantan 39
4 Timur Terengganu 115
Pahang 72
5 Sabah Sabah 62
6 Sarawak Sarawak
1,700
JUMLAH
KE ARAH MENGGERAKKAN SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
ebenar Responden Ahli Sukarelawan
RESPONDEN AHLI SUKARELAWAN
karelawan Bilangan Sebenar Responden Ahli Sukarelawan
Zon Negeri Zon
265 67 204
62
798 514
75
289 324
129
233 217 250
72 142 71
62 26 42
1,700 88 1,405
48
188
54
36
160
71
42
1,405
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-3
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JADUAL 3.3: Sasaran dan Bilangan Sebenar Responden Kajian
No Kategori Responden Sasaran Bilangan Responden
Bilangan Responden
1 Pertubuhan/Organisasi Sukarela 300 243
2 Ahli Sukarelawan 1,700 1,405
JUMLAH 2,000 1,648
3.1.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan dua jenis borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat primari,
iaitu soal selidik organisasi sukarelawan dan soal selidik ahli sukarelawan (Rujuk Lampiran
soal selidik).
a) Soal Selidik Organisasi Sukarela
b) Soal Selidik Ahli Sukarelawan
3.1.4 Pensampelan dan Proses Pengumpulan Data Kajian
a) Data Kuantitatif
Seramai 1,405 ahli sukarelawan telah dipilih secara Stratified Random Sampling ditemu bual
menggunakan borang soal selidik. Proses pengumpulan data kuantitatif ini meliputi enam
zon kajian yang ditetapkan. Soal selidik ini menekankan tentang pencetus dan motivasi
sukarelawan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan impak keterlibatan
mereka dalam membangunkan sumber daya mereka. Ini dapat memberi gambaran tentang
potensi keterlibatan kesukarelawan pada masa hadapan.
b) Data Kualitatif
Data kualitatif diperoleh melalui temu bual berstruktur ke atas ‘Pengurus Sukarelawan’ yang
terdiri daripada Pengerusi atau Setiausaha organisasi sukarela yang telah dikenal pasti dan
yang terpilih. Sebanyak 243 buah organisasi terlibat dengan kajian ini. Temu bual
berstruktur ini menekankan kepada soal pengurusan pertubuhan sukarela dan cabaran-
cabaran yang dihadapi dalam melestarikan penglibatan ahli-ahli sukarelawan. Selain itu,
aspek keberkesanan dan penambahbaikan sistem pengurusan yang strategik bagi
menjadikan pertubuhan sukarelawan lebih berdaya saing dan dapat memberi sumbangan
yang lebih efektif dan optimum terhadap pembangunan negara.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-4
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
3.1.5 Analisis Data
Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science
(SPSS). Beberapa teknik analisis secara Mixed-method akan digunakan dalam kajian ini.
Statistik deskriptif digunakan bagi menghuraikan demografi sukarelawan dan pertubuhan
dan digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerical. Sementara Statistik
Inferensi pula menggunakan Ujian T-Tak Bersandar, ANOVA, Analisis Korelasi Pearson dan
Analisis Regresi Berganda.
3.1.6 Isu dan Masalah Ketika Kerja Lapangan
Jadual 3.4 menunjukkan masalah enumerator semasa menjalankan temu bual dan lawatan
mengikut negeri.
JADUAL 3.4: Masalah Enumerator Semasa Menjalankan Temu Bual dan Lawatan Mengikut
Negeri
No Zon Negeri Masalah
Perlis a) Ahli sukarelawan tidak mempunyai pengetahuan tentang
organisasi yang mereka sertai.
b) Terdapat organisasi sukarelawan yang kurang memberi
kerjasama kepada pihak enumerator terutama daripada
penyaluran maklumat.
Kedah a) Sukar mendapat kerjasama daripada pihak organisasi
1 Utara sukarelawan.
b) Maklumat pemfailan dalam sistem organisasi yang tidak di
kemas kini.
c) Terdapat organisasi sukarelawan yang tidak mempunyai ahli
sukarelawan langsung.
d) Organisasi gagal dihubungi dan dijejaki kerana maklumat tidak
dikemas kini.
e) Pengerusi/Setiausaha sukar untuk mengumpulkan ahli
sukarelawan kerana kekangan masa ahli sukarelawan.
Pulau Pinang a) Organisasi dan ahli sukarelawan tidak menaruh kepercayaan
kepada enumerator yang ingin membuat kajian kerana sejarah
lampau kes-kes kajian oleh penyelidik terdahulu.
b) Responden menolak untuk sebarang rakaman secara
bergambar, video dan suara menyukarkan enumerator
menjalankan tugas.
c) Maklumat organisasi PERWANI tidak dikemas kini, terdapat
organisasi PERWANI yang sudah bubar.
d) Pengerusi/Setiausaha gagal untuk mengumpulkan ahli
sukarelawan seperti mana yang dijanjikan menyebabkan temu
janji terpaksa dibuat berulang kali.
e) Sukar mendapat kerjasama daripada pihak organisasi untuk
mendedahkan maklumat berkaitan organisasi mereka.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-5
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
No Zon Negeri Masalah
f) Pengurus rumah kebajikan (JKM) tidak mahu mengisi borang
atas alasan mereka bukan organisasi sukarelawan, mereka
bekerja dan dibayar gaji tetap.
Perak a) Gagal untuk memberi kerjasama kepada pihak enumerator
terutamanya organisasi daripada kaum Cina.
b) Sebahagian organisasi tidak mempunyai alamat / pejabat
tetap
c) Pengerusi / Setiausaha sukar untuk mengumpulkan ahli
sukarelawan disebabkan maklumat sukarelawan yang terhad.
Selangor a) Sukar untuk membuat temu janji dengan
Pengerusi/Setiausaha organisasi kerana sibuk dengan tugasan
hakiki.
b) Pertubuhan organisasi yang terlibat tidak mempunyai pejabat
tersendiri sebagai pusat gerakan.
c) Kesukaran untuk mengumpulkan ahli sukarelawan pada satu
masa tertentu akibat kekangan masa.
d) Ahli sukarelawan tidak dapat menguasai pengetahuan
berkaitan dengan kemahiran kesukarelawan.
e) Masalah komunikasi, terdapat organisasi sukarelawan
berasaskan komuniti Cina tidak dapat bertutur fasih di dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
2 Tengah a) Organisasi sukarela tidak mahu memberi kerjasama kepada
pihak enumerator untuk menjawab soalan yang diberikan.
b) Kurang yakin dengan kajian sukarelawan yang dijalankan oleh
enumerator atas alasan tidak memberi sebarang manfaat
kepada mereka.
Kuala Lumpur c) Wakil organisasi sukarelawan memberikan alasan sibuk untuk
tidak mahu menjawab soalan soal selidik.
d) Ahli sukarelawan tidak arif tentang konsep kesukarelawanan
yang disertai mereka.
e) Penglibatan pihak-pihak yang tidak berkaitan menjejaskan
aktiviti kajian lapangan.
Putrajaya a) Pengerusi/Setiausaha sukar memberikan komitmen kerana
tugasan luar dan sering tiada di pejabat.
b) Permasalahan daripada sudut pendokumentasian.
c) Terdapat ahli sukarelawan yang tidak aktif tetapi masih ada di
dalam sistem.
d) Kesukaran untuk mengumpulkan ahli sukarelawan di pusat
gerakan.
Negeri a) Pengerusi/Setiausaha organisasi tidak mahu memberi
Sembilan kerjasama di dalam kajian sukarelawan ini.
3 Selatan
b) Tiada pejabat dan pusat gerakan yang tetap atau tukar alamat
Melaka menyebabkan enumerator gagal mengesan lokasi yang
sebenar.
a) Pengerusi/Setiausaha mempunyai masalah untuk
mengumpulkan ahli sukarelawan.
b) Sistem pendokumentasian/pemfailan yang tidak dikemas kini.
c) Terdapat organisasi sukarelawan yang bergerak secara
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-6
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
No Zon Negeri Masalah
Johor solo/individu, tidak mempunyai ahli sukarelawan.
Kelantan a) Pengerusi/Setiausaha kurang keyakinan terhadap kajian
sukarelawan atas alasan tidak memberi sebarang manfaat.
4 Timur
Terengganu b) Pengerusi/Pengarah/Setiausaha yang kerap tiada di pejabat
membantutkan masa untuk membuat kajian.
Pahang
c) Organisasi sukarelawan gagal untuk memberikan kerjasama
5 Sabah Sabah kepada enumerator yang terlibat.
6 Sarawak Sarawak
a) Prosedur untuk membuat temu janji yang ketat menyebabkan
enumerator mengambil masa yang lama untuk berjumpa
dengan pengerusi, setiausaha dan ahli sukarelawan
terutamanya daripada agensi kerajaan.
b) Musim tengkujuh di negeri Pantai Timur menyebabkan
Pengerusi/Setiausaha tidak mempunyai masa ditemu bual
kerana ingin fokus kepada aktiviti sukarelawan di kawasan
bencana.
c) Sistem pendokumentasian ahli sukarelawan tidak teratur
menyebabkan Pengerusi/Setiausaha gagal untuk
mengumpulkan ahli sukarelawan.
a) Terdapat organisasi sukarelawan yang bergerak secara
solo/individu, dan tidak mempunyai ahli sukarelawan.
b) Kurang yakin dengan kajian sukarelawan yang dijalankan oleh
enumerator atas alasan tidak memberi sebarang manfaat
kepada mereka.
c) Ahli sukarelawan tidak jelas dengan peranan mereka di dalam
organisasi sukarelawan yang disertai.
a) Kelewatan organisasi mendapat kelulusan pihak atasan
memberi kesan kepada tempoh masa kajian enumerator.
b) Keengganan Pengerusi/Setiausaha dan ahli sukarelawan untuk
menjawab soalan menyukarkan enumerator untuk mendapat
maklumat.
c) Tanggapan yang negatif organisasi sukarelawan Cina dan India
menjejaskan kajian sukarelawan dan soal selidik yang ingin
diedarkan oleh enumerator.
a) Jarak dan akses ke pusat gerakan sukarelawan yang jauh
mengehadkan kerja lapangan enumerator.
b) Pengerusi/Setiausaha organisasi tidak mahu memberi
kerjasama kepada enumerator.
c) Latar belakang, demografi dan tahap pendidikan responden
mempengaruhi pemahaman terhadap soal selidik yang
diedarkan.
d) Ahli sukarelawan tidak mempunyai pengetahuan yang luas
tentang dunia kesukarelawanan.
a) Pendokumentasian dan sistem pemfailan yang tidak dikemas
kini.
b) Pengerusi/Setiausaha tidak dapat mengumpulkan ahli
sukarelawan disebabkan komitmen masa dan tugasan
seharian ahli.
c) Jarak dan akses ke pusat gerakan sukarelawan yang jauh
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-7
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
No Zon Negeri Masalah
7 PERWANI Keseluruhan mengehadkan kerja lapangan enumerator.
Negeri d) Organisasi sukarelawan gagal untuk memberikan kerjasama
kepada enumerator yang terlibat.
a) Data tidak dikemas kini seperti nombor telefon dan alamat,
maka pasukan enumerator gagal mengenal pasti organisasi
sukarelawan di bawah PERWANI.
b) Organisasi Sukarelawan PERWANI kurang memberikan
kerjasama kerana mereka tidak berminat untuk membuat
temu bual.
c) Organisasi Sukarelawan PERWANI menghadapi kekangan
untuk mengumpulkan ahli sukarelawan dalam satu masa.
d) Pengerusi/Setiausaha sukar memberikan komitmen atas
urusan dan tugasan luar dan dimaklumkan terlalu sibuk.
e) Pembubaran Organisasi PERWANI
3.1.7 Senarai Enumerator Kajian
Jadual 3.5 memperlihatkan senarai enumerator yang menjalankan temu bual dan lawatan
mengikut negeri.
JADUAL 3.5: Senarai Enumerator Yang Menjalankan Temu Bual Dan Lawatan Mengikut
Negeri
No Zon Negeri Nama Enumerator
Perlis a) Mohd Atif Bin Johari.
Kedah a) Muhammad Hussin Bin Hassan.
1 Utara b) Siti Khairati Binti Zakaria.
c) Hishamuddin Bin Hassan.
Pulau Pinang
a) Yasirah Binti Mohamed Ali.
b) Nazri Bin Mohd Noor.
c) Muhammad Harith Asri Bin Zulkifli.
Perak a) Mohd Azahar Bin Hiruldin.
b) Narinjit Singh A/L Ranjit Singh.
c) Asmilah Hani Binti Mohamad.
2 Tengah a) Nur 'Aishah Binti Zarime.
Selangor b) Mohamad Adli Bin Baco.
Kuala Lumpur c) Rabiatul Adawiyah Binti Abu Zarim.
d) Siti Nur Rabiatul Adawiyah Binti Nazri.
e) Atiqah Binti Abdul Samad@Sahmad.
a) Muhammad Anuar Fadhil Bin. Musa.
b) Mohd Gazali Bin Alimuddin.
c) Mohd Azahar Bin Hiruldin.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-8
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
No Zon Negeri Nama Enumerator
Putrajaya d) Mohd Anwar Bin Mohd Rafi.
Negeri Sembilan
Melaka a) Wan Mohamad Bin Wan Ismail.
3 Selatan
Johor a) Mohd Hafez Bin Zolkifly.
b) Nur Hidayah Binti Haron.
Kelantan
Terengganu a) Amirul Bin Abdul Rahman.
4 Timur a) Siti Asma Binti Abd Nasir.
Pahang b) Eva Natasha Binti Yussaini.
c) Muhammad Wafi Bin Abd Wahid.
5 Sabah Sabah d) Muhammad Allif Bin Mohd Rafi.
6 Sarawak Sarawak e) Amirul Bin Abdul Rahman.
a) Tuan Siti Nuur Fatihah Binti Tuan Soh.
a) Norazimah Binti Pain.
a) Nur Shahirah Binti Mohd Shamsuddin.
b) Mohd Ridzuan Bin Rashid.
c) Nur Amalina Binti Azman.
d) Masrul Ezwani Binti Kamarudin.
e) Azwa Zawana Binti Azlin.
f) Mohd Shahril Azim Bin Abidin.
a) Mohamad Adli Bin Baco.
a) Mohamad Nazrin Bin Mazlan.
3.1.8 Tarikh Pelaksanaan Temu Bual dan Lawatan Mengikut Negeri
Jadual 3.6 menunjukkan tarikh perlaksanaan temu bual dan lawatan mengikut negeri.
JADUAL 3.6: Tarikh Pelaksanaan Temu Bual dan Lawatan Mengikut Negeri
No Zon Negeri Tarikh Tempoh
Perlis 16-23 Oktober 2015 7 Hari
1 Utara Kedah 16-23 Oktober 2015 7 Hari
16-29 Oktober 2015 13 Hari
Pulau Pinang 9 November 2015 – 18 Disember 2015 33 Hari
Perak 16-29 Oktober 2015 13 Hari
Selangor 16-29 Oktober 2015 13 Hari
2 Tengah 16-29 Oktober 2015 13 Hari
Kuala Lumpur 16-23 Oktober 2015 7 Hari
Putrajaya 9 November 2015 – 18 Disember 2015 33 Hari
Negeri Sembilan 16-29 Oktober 2015 7 Hari
3 Selatan Melaka 16-29 Oktober 2015 7 Hari
Johor
4 Timur Kelantan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-9
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
No Zon Negeri Tarikh Tempoh
Terengganu 16-29 Oktober 2015 7 Hari
Pahang 9 November 2015 – 18 Disember 2015 33 Hari
5 Sabah Sabah 9 November 2015 – 18 Disember 2015 33 Hari
6 Sarawak Sarawak 9 November 2015 – 18 Disember 2015 33 Hari
3.1.9 Aktiviti Keseluruhan Pelaksanaan Kerja Lapangan
Jadual 3.7 menunjukkan aktiviti keseluruhan pelaksanaan kerja lapangan.
JADUAL 3.7: Aktiviti Keseluruhan Pelaksanaan Kerja Lapangan
No Aktiviti Tarikh
1 PERSIAPAN KAJIAN RINTIS DAN KERJA LAPANGAN 10-17 September 2015
Pengemaskinian Data Primer Organisasi Sukarelawan Daripada
Agensi Kerajaan Seperti ROS, JKM, MBM
Pemurnian dan Penambahbaikan Soal Selidik
Persiapan Kajian Rintis
Taklimat Bersama Enumerator
2 PELAKSANAAN KAJIAN RINTIS
Membuat Temu Janji dengan Organisasi Terpilih 15-30 September 2015
Menjalankan Temu Bual Bersama Organisasi
3 PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN RINTIS
Key-In Data Borang Selidik ke dalam Perisian SPSS 1-15 Oktober 2015
Pembersihan dan Analisis Data Kajian Rintis
Penyediaan Laporan Kajian Rintis
4 PENYEDIAAN LAPORAN INTERIM 16-30 Oktober 2015
5 PENYERAHAN LAPORAN INTERIM 30 Oktober 2015
6 PEMBENTANGAN LAPORAN INTERIM 6 November 2015
7 PEMURNIAN DAN PENAMBAHBAIKKAN SOAL SELIDIK DAN LAPORAN 7-15 November 2015
INTERIM
8 PENYERAHAN DAN PENGESAHAN PENERIMAAN LAPORAN INTERM 16 November 2015
PINDAAN*
9 PERSIAPAN KERJA LAPANGAN
Pengrekrutan Enumerator
Membuat Saringan/Pemilihan Kepada Enumerator Yang
Terlibat 17 November 2015
Taklimat dan Latihan Khas Bersama Enumerator
Penyerahan Maklumat Organisasi Sukarelawan kepada
Enumerator
10 PELAKSANAAN KAJIAN LAPANGAN SELURUH MALAYSIA 18 November – 17
Pelaksanaan Kajian oleh Enumerator Disember 2015
Pemantauan Berkala oleh Pasukan Perunding
11 PENGANALISISAN DATA
Pengekodan data
Key in data 18 Disember 2015
Pembersihan data
Analisis data
12 PENULISAN DRAF LAPORAN AKHIR 19 – 30 Disember 2015
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-10
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
3.2 PENGENALAN KAJIAN RINTIS
Sebanyak 10 organisasi sukarelawan dan 30 orang sukarelawan di Zon Tengah dan Zon
Selatan telah dipilih bagi tujuan kajian rintis (Jadual 3.8 & 3.9). Kajian rintis dijalankan
bermula dari 7 September sehingga 10 September 2015. Maklumat dari kajian rintis telah
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Analisis kebolehpercayaan iaitu Alpha
Cronbach digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen. Menurut Nunally &
Bernstein (1978), tahap kepercayaan yang boleh diterima dalam membina set soal-selidik
ialah 0.7 dan ke atas. Kajian rintis juga dilakukan bagi membolehkan pola awal kajian boleh
dikenal pasti dan menepati dengan tujuan kajian.
n=10, peratus =100
JADUAL 3.8: Pemilihan Responden Organisasi Bagi Kajian Rintis
Responden Lokasi Bilangan Peratus
10 responden organisasi Kuala Lumpur 4 40
Selangor 4 40
20
Negeri Sembilan 2
n = 10, peratus = 100
JADUAL 3.9: Pemilihan Responden Sukarelawan Bagi Kajian Rintis
Responden Lokasi Bilangan Peratus
30 responden sukarelawan Kuala Lumpur 12 40
n = 30, peratus = 100 Selangor 12 40
Negeri Sembilan 6 20
Hasil daripada kajian rintis ini, didapati semua soalan mendapat maklum balas dan
diisi dengan memuaskan. Berasaskan dua borang soal selidik tersebut, berikut adalah
langkah yang dilakukan untuk menilai kesahan data dan pemboleh ubah yang digunakan.
Perincian data dan ukuran ditunjukkan dalam Jadual 3.10 dan Jadual 3.11. Secara
keseluruhannya, set soal selidik dapat diguna pakai dalam mendapatkan maklum balas dari
segi pembangunan kerangka sukarelawan yang optimum.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-11
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JADUAL 3.10: Bentuk Soalan Bagi Borang Soal Selidik Organisasi Sukarelawan
Bahagian Butiran Bilangan Jenis soalan Alpha Cronbach
soalan
3 Nominal (soalan 1, 2, 6)
2 Ordinal (soalan 4,5)
B Maklumat Informan 7 1 Terbuka (soalan 3) Tiada
1 Campuran (soalan 7)
4 Nominal
(soalan 3, 5, 9, 11)
C Profil Organisasi 12 7 Terbuka Tiada
Sukarelawan (soalan 1, 2, 4, 6, 7, 8, 12)
1 Campuran (soalan 10)
Maklumat Operasi 8 Terbuka Tiada
D Sukarelawan (soalan 1, 2, 3, 5, 6, 7, 8, 9)
9 1 Campuran
Organisasi (soalan 4)
Persekitaran 2 Campuran (soalan 1, 2)
E Pertubuhan 5 1 Terbuka (soalan 3) Tiada
Sukarelawan di 2 Nominal (soalan 4, 5)
Malaysia
15 Terbuka
F Isu dan Cabaran 15 (soalan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, Tiada
Sukarelawan 10, 11, 12, 13, 14, 15)
Kelestarian 1 1 Terbuka (soalan 1) Tiada
G Organisasi
Pencapaian dan Tiada *
H Prospek Organisasi 2 2 Likert (soalan 1, 2)
I Ulasan Tambahan 1 1 Terbuka (soalan 1) Tiada
*Nilai Alpha Cronbach tidak boleh diperoleh. Hal ini kerana untuk menguji satu kontruks, perlu ada bilangan
soalan yang banyak. Dalam soal selidik ini, hanya terdapat 1 soalan bagi konstruks pencapaian dan 1 soalan
bagi prospek.
JADUAL 3.11: Bentuk Soalan Bagi Borang Soal Selidik Sukarelawan
Bahagian Butiran Bilangan Jenis soalan Alpha Cronbach
soalan
A
3 Terbuka
(soalan 1, 15, 16)
Profil 12 Nominal Tiada
Sukarelawan 17 (soalan 2, 3, 4, 5, 7, 8, 10, 11,
12, 13, 14, 17)
2 Ordinal (soalan 6, 9)
Aktiviti 5 Terbuka
B Sukarelawan &
18 (soalan 1, 5, 6, 8, 15) Tiada
Pertubuhan 3 Campuran
(soalan 2, 3, 18)
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-12
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bahagian Butiran Bilangan Jenis soalan Alpha Cronbach
soalan
10 Nominal
(4, 7, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 16,
17)
Operasi 1 Nominal (soalan 1) Tiada
C Sukarelawan 3 2 Campuran(soalan 2, 3) 0.961
Terakhir
15 Likert
D Tahap Kepuasan 15 (soalan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,
Sukarelawan 10, 11, 12, 13, 14, 15)
E Isu dan Cabaran 15 Terbuka Tiada
Sukarelawan 15 (soalan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,
10, 11, 12, 13, 14, 15)
1 Likert (soalan 1)
F Manfaat Aktiviti 2 Terbuka (soalan 2, 4) Tiada *
Sukarelawan 5 1 Nominal (soalan 3)
1 Campuran (soalan 5)
G Komen Tambahan 1 1 Terbuka Tiada
(soalan 1)
*Nilai Alpha Cronbach tidak boleh diperoleh. Hal ini kerana untuk menguji satu konstruks, perlu ada bilangan
soalan yang banyak. Dalam soal selidik ini, hanya terdapat 1 soalan bagi konstruks manfaat daripada aktiviti
sukarelawan.
Walau bagaimanapun, keberkesanan Bahagian E iaitu isu dan cabaran disarankan
oleh organisasi agar ia diletakkan secara selari, dan bukannya soalan di bahagian yang
berasingan. Masa yang diambil agak lama oleh organisasi kerana mereka memerlukan
perincian rekod yang melibatkan aspek formal. Namun, kesediaan memberikan respons
menunjukkan bahawa kesukarelawanan menjadi perhatian organisasi dan juga ahli
sukarelawan. Bahkan sebahagian besar menyatakan ia adalah langkah yang proaktif kerana
soal pengoptimuman kegiatan kesukarelawanan dan keberkesanannya adalah wajar.
3.3 HASIL KAJIAN RINTIS
3.3.1 Kajian Rintis Organisasi Sukarelawan
i. Profil Informan
Sebanyak 10 organisasi terlibat dalam kajian rintis, dan ini melibatkan informan sama ada
berjawatan Pengerusi atau Setiausaha sahaja. Seramai dua orang pengerusi dan 8 orang
setiausaha telah memberikan kerjasama dalam kajian rintis ini. Kajian rintis tertumpu di
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-13
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Informan adalah terdiri daripada lelaki
dan wanita yang teragih secara seimbang. Sementara daripada segi umur pula, 80 peratus
responden berada dalam kategori umur yang lebih matang iaitu antara umur 35 – 44 tahun
sehingga 55 – 64 tahun, selebihnya berumur kurang daripada 34 tahun. Dari segi
pencapaian pendidikan, rata-rata responden memiliki pendidikan yang memberangsangkan,
iaitu daripada peringkat Sekolah Menengah Atas sehingga Ijazah Sarjana (Jadual 10.24).
Daripada segi status pekerjaan, kebanyakan mereka bekerja sepenuh masa dalam
sektor awam dan swasta. Mereka yang bersara juga dominan dalam memainkan peranan
sebagai tunggak dalam organisasi sukarelawan. Hanya 20 peratus sahaja informan ini
mempunyai kelayakan formal dalam bidang tugas yang dijalankan oleh organisasi yang
terlibat, selebihnya sama ada tidak ada atau tidak menyatakannya secara jelas. Malah,
latihan, kursus rehabilitasi dan latihan menyelamat mangsa bencana juga tidak dominan
dalam kalangan responden (Jadual 3.12).
JADUAL 3.12: Latar Belakang Informan dalam Organisasi
Aspek Bilangan Peratus
Jawatan Informan dalam Organisasi Pengerusi 2 20.0
Setiausaha 8 80.0
Jantina Lelaki 5 50.0
Perempuan 5 50.0
Tarikh Pelantikan ke Jawatan Semasa Tahun 2008 1 10.0
Umur Informan (Tahun) Tahun 2013 1 10.0
Tidak dinyatakan. 8 80.0
Pencapaian Pendidikan Informan
n = 30, peratus = 100 Bawah 24 Tahun 1 10.0
25 hingga 34 Tahun 1 10.0
35 hingga 44 Tahun 2 20.0
45 hingga 54 Tahun 4 40.0
55 hingga 64 tahun 2 20.0
Sekolah Menengah Atas 5 50.0
Diploma 2 20.0
Ijazah Pertama 1 10.0
Sarjana 2 20.0
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-14
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
ii. Profil Organisasi
Organisasi yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada empat jenis pertubuhan.
Pertubuhan utama adalah daripada pertubuhan berdaftar di bawah ROS, JKM, MBM dan
PERWANI yang merangkumi 70 peratus daripada organisasi yang dikaji, sementara daripada
pertubuhan berdaftar di bawah agensi swasta dan institusi komuniti dan pertubuhan ad hoc
masing-masing sebanyak 10 peratus (Rajah 3.1).
10%
10%
10% Pertubuhan Berdaftar
(ROS/JKM/MBM/PERWANI)
Pertubuhan Berdaftar di bawah
70% Institusi/Agensi Swasta
Pertubuhan Berdaftar di bawah
Institusi Komuniti/Keagamaan
Pertubuhan Tidak Berdaftar / Ad-
Hoc
RAJAH 3.1: Klasifikasi Organisasi
Kesemua organisasi mempunyai misi untuk memberikan bantuan kepada kumpulan
sasaran, dengan tujuan untuk memberikan bantuan kepada anak-anak yatim golongan yang
tidak berkemampuan dan membangunkan diri mereka agar lebih kental dan berjaya (Jadual
3.13). Apa yang penting daripada matlamat organisasi ini adalah untuk memberikan
bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan, terutama bantuan keperluan asas dan
kerohanian. Turut menjadi matlamat ialah untuk memberikan bantuan misi banjir yang
kebelakangan ini menjadi satu bencana peringkat negara.
Dalam menentukan mobilisasi organisasi terutama dari segi ahli, organisasi peka
kepada keperluan menyasarkan golongan dan segmen yang sepatutnya menjadi anggota
pertubuhan mereka. Berdasarkan 10 organisasi yang dikaji, kebanyakan mereka sudah jelas
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-15
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sasaran mereka dalam pengambilan ahli bagi memberikan perkhidmatan kesukarelawanan
ini. Secara ringkasnya:
i Umur: bermula 18 tahun hingga tiada had
ii Kaum: dominasi kaum Melayu dan semua kaum
iii Pendidikan: pelbagai dari sekolah menengah sehingga pendidikan tinggi
iv Pendapatan: tiada had semua kategori
v Pekerjaan: Terbuka/tiada ketetapan khusus
vi Kewarganegaraan: Malaysia
JADUAL 3.13: Misi dan Objektif Organisasi
Misi organisasi Objektif organisasi
Membantu jabatan dalam mengendalikan Memberi kesedaran yang membina kepada
latihan anggota dan ahli. pesakit dari segi agama.
Kebajikan ahli. Meringankan beban waris.
Membangunkan kemajuan diri bagi setiap Tunjuk ajar kepada staf dalam bantu pesakit.
peserta. Mengajar warga OKU tentang kemahiran seperti
Membantu anak-anak OKU untuk terus menjahit baju kurung, membuat sampul surat dan
berdikari dan belajar. pertanian.
Membantu anak-anak yatim dengan Menyediakan tempat tinggal dan makanan.
menyediakan kemudahan untuk mereka. Menyediakan tempat tinggal, makanan,
Membantu kanak-kanak kurang bernasib baik. persekolahan.
Membantu meringankan dan memberi Mengadakan aktiviti-aktiviti luaran.
khidmat nasihat kepada pesakit, waris pesakit Menyediakan / menganjur ceramah agama.
dan staf. Aktiviti kemasyarakatan.
Memberi latihan kemahiran kepada OKU untuk Pengisian jiwa dengan ceramah / tilawah, Aktiviti
meningkatkan keupayaan diri dan santai.
meningkatkan sosioekonomi. Melahirkan anak-anak OKU yang boleh berdikari
Menerapkan nilai-nilai jati diri dan berdikari dan meningkatkan ekonomi diri mereka.
dalam diri kanak-kanak. Memastikan ahli-ahli mempunyai kemahiran
Menyediakan kelengkapan untuk para pelajar/ tinggi dalam pengurusan dan pengendalian kes
ahli dari segi ilmu untuk dunia dan akhirat. dan bencana.
Menyediakan tempat dan kemahiran kepada Memberi pendedahan dan ilmu dari segi
orang OKU untuk berdikari. kemasyarakatan, diri, perniagaan dan
antarabangsa.
Mendidik OKU dengan kemahiran seperti
membuat sarung tangan, sticker dan
membungkus makanan ringan.
Menjadikan kanak-kanak dapat belajar sesuatu
dan meningkatkan kualiti diri.
Menolong kanak-kanak yang kurang bernasib baik
seperti anak yatim, terbuang, keluarga susah.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-16
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
3.2.2 Kajian Rintis Sukarelawan
Kajian rintis ini melibatkan 30 responden sukarelawan di tiga buah negeri iaitu Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Kajian ini dilakukan secara
bersemuka dengan responden. Sebanyak tujuh bahagian menjadi fokus dalam penelitian
kajian. Ini melibatkan aspek latar belakang responden dan profil keanggotaan dalam
bahagian pertama; bahagian kedua melibatkan aktiviti sukarelawan; bahagian ketiga
melibatkan pengalaman mereka ketika terlibat dalam kegiatan sukarelawan yang terakhir;
diikuti dengan tahap kepuasan dan isu serta tindakan kepada permasalahan kegiatan
sukarelawan. Dalam hal ini, hanya bahagian yang menggunakan skala Likert menunjukkan
ujian Cronbach’s Alpha melebihi daripada 0.7, iaitu 0.961. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian yang berasaskan 30 responden menunjukkan maklum balas yang menyokong
pengedaran soal selidik dilakukan di peringkat nasional.
i. Siapakah Ahli Sukarelawan?
Kajian ini melibatkan 30 orang responden daripada organisasi yang dipilih daripada empat
jenis pertubuhan. Mereka terdiri daripada responden kaum Melayu dan warga negara
Malaysia. Seramai 18 orang terdiri daripada responden lelaki dan 12 orang lagi adalah
responden perempuan. Dari segi status perkahwinan, 56.7 peratus adalah bujang,
sementara yang berkahwin dan janda masing-masing adalah 35.7 peratus dan 6.6 peratus.
Responden terdiri daripada kategori golongan aktif bekerja, iaitu lebih 80 peratus berada
dalam kategori umur 18-24 sehingga 35-39, sementara golongan yang berada dalam
kategori umur 50-65 merupakan 10 peratus daripada jumlah responden (Jadual 3.14).
Responden mendapat pendidikan formal, sekurang-kurangnya pada peringkat
sekolah menengah. Lebih daripada 40 peratus responden mendapat pendidikan formal yang
lebih tinggi. Dari segi pekerjaan pula, mereka terdiri daripada golongan yang aktif bekerja
dan juga tidak bekerja. Lebih 70 peratus responden bekerja, sementara lebih kurang 20
peratus terdiri daripada mereka yang tidak bekerja, sama ada sedang mencari pekerjaan,
pencen dan sedang belajar. Mereka yang bekerja, terdiri daripada kakitangan awam dan
swasta serta NGO. Ini menunjukkan sektor awam dan swasta kini menggalakkan pekerja
mereka terlibat dalam kegiatan kesukarelawanan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-17
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Zon Kediaman JADUAL 3.14: Latar Belakang Responden
Kaum
Warganegara Bilangan Peratus
Umur
Tengah dan Selatan 30 100.0
Jantina 100.0
Status Perkahwinan Melayu 30 100.0
n = 30 responden 36.7
Malaysia 30 36.7
16.7
18-24 Tahun 11 10.0
60.0
25-34 Tahun 11 40.0
56.7
35-39 Tahun 5 36.7
50-65 Tahun 3 6.7
Lelaki 18
Perempuan 12
Bujang (Belum Pernah Berkahwin) 17
Berkahwin 11
Janda 2
ii. Keterlibatan Responden dalam Pertubuhan/Organisasi Sukarela
Responden adalah daripada organisasi berikut. Sebanyak 77 peratus adalah daripada
pertubuhan berdaftar iaitu sama ada ROS, JKM, MBM atau Perwani. Sementara responden
daripada pertubuhan berdaftar di bawah institusi kerajaan dan swasta masing-masing
merupakan 20 peratus daripada jumlah keseluruhan responden dan 3 peratus adalah
daripada organisasi persendirian (Rajah 3.2).
3%
7%
13%
77% Pertubuhan Berdaftar
(ROS/JKM/MBM/PERWANI)
Pertubuhan Berdaftar di bawah
Institusi/Agensi Kerajaan
Pertubuhan Berdaftar di bawah
Institusi/Agensi Swasta
Persendirian
RAJAH 3.2: Keterlibatan Responden dalam Organisasi Sukarelawan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-18
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
3.4 RUMUSAN KAJIAN RINTIS
Hasil kajian rintis bagi kedua-dua segmen iaitu organisasi dan ahli sukarelawan
menunjukkan satu trend yang memberangsangkan, dalam usaha untuk membangunkan
kerangka pengoptimuman aktiviti sukarelawan. Dalam hal ini, meskipun soalan yang
diajukan memakan masa yang agak panjang, namun kesedaran dan kepekaan aktiviti
sukarelawan di negara ini perlu berteraskan satu struktur dan organisasi yang lebih
menyeluruh, jelas dan mengguna pakai prosedur dan aspek penilaian yang sama. Kerjasama
yang diberikan oleh Pengerusi/Setiausaha dan juga ahli sukarelawan di peringkat kajian
rintis mewajarkan kajian yang lebih besar, iaitu di peringkat kebangsaan dijalankan dengan
lebih efisien dan tepat. Ini dapat memastikan satu merangka bagi mengoptimumkan aktiviti
sukarelawan dapat dibangunkan di negara ini.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 3-19
BAB 4
Analisis Organisasi
Sukarela
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Bab 4
Analisis Organisasi
Sukarela
4.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan profil organisasi sukarela yang merangkumi aktiviti organisasi,
status organisasi, sumber pembiayaan operasi dan tahap penglibatan organisasi dalam
kerja-kerja kesukarelawanan. Bab ini juga membincangkan jenis-jenis aktiviti yang sering
dilaksanakan, bentuk sokongan organisasi dan jenis pengiktirafan yang diperoleh organisasi
sukarela. Selain itu, aspek berkaitan dengan kelestarian organisasi dan cabaran-cabaran
kritikal yang sering dihadapi oleh organisasi sukarela turut dibincangkan.
4.2 PROFIL INFORMAN ORGANISASI KAJIAN
Kajian ini melibatkan 243 buah pertubuhan/organisasi di seluruh Malaysia yang diwakili
sama ada oleh pengerusi ataupun setiausaha organisasi. Seramai 119 (49%) informan adalah
berjawatan pengerusi organisasi, sementara 100 (41.2%) informan menyandang jawatan
setiausaha organisasi sukarela dan seramai 24 orang (9.8%) tidak menyatakan jawatan
mereka. Berdasarkan keseluruhan jumlah informan iaitu 243 orang selaku wakil organisasi,
didapati 145 orang (59.7%) adalah lelaki dan selebihnya adalah wanita. Majoriti mereka
telah dilantik ke jawatan tersebut bermula pada tahun 2011 sehingga kini dengan jumlah
informan seramai 122 orang (50.2%). Kurang daripada 50 orang informan telah dilantik
sebelum tahun 2010.
Golongan belia mendominasi jumlah informan iaitu seramai 131 orang dengan
peratusan melebihi separuh, iaitu dalam lingkungan umur 34 tahun dan ke bawah. Seramai
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-1
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
46 orang (18.9%) berada dalam lingkungan umur 45 hingga 54 tahun. Sementara seramai 31
orang (12.8%) informan boleh dikategorikan sebagai golongan dewasa yang telah bersara
iaitu berada dalam lingkungan umur 55 tahun dan ke atas.
JADUAL 4.1: Latar Belakang Informan dalam Organisasi
Aspek Bilangan Peratusan
Pengerusi 119 49.0
41.2
Jawatan Informan dalam Organisasi Setiausaha 100
9.8
Lain-lain 24 59.7
40.3
Jantina Lelaki 145
Perempuan 98 4
12.4
Sebelum tahun 2000 10 50.2
33.3
Tarikh Pelantikan ke Jawatan Semasa Tahun 2001 - 2010 30 30.0
Tahun 2011 - kini 122 23.9
14.4
Tidak dinyatakan 81 18.9
Bawah 24 Tahun 73 9.1
3.7
25 hingga 34 Tahun 58 1.2
38.7
Umur Informan (Tahun) 35 hingga 44 Tahun 35 25.1
45 hingga 54 Tahun 46 46.9
7.8
55 hingga 64 tahun 22 0.8
65 dan ke atas 9 23.0
Sekolah Rendah 3 20.2
Sekolah Menengah 44 4.5
Pencapaian Pendidikan Informan Diploma 61 1.2
Ijazah Pertama 114
8.6
Sarjana dan Ke atas 19 30.0
Lain-lain 2 9.5
Bekerja sepenuh masa 56
dengan agensi kerajaan 49
Bekerja sepenuh masa
dengan agensi swasta
Status Pekerjaan Tetap Informan Bekerja separuh masa 11
Tidak bekerja dan sedang 10
mencari pekerjaan
Bersara 21
Sedang belajar 73
Lain-lain 23
n = 243
Hampir separuh daripada jumlah informan iaitu seramai 114 orang (46.9%)
berkelulusan Ijazah pertama dan 19 orang (7.8%) berkelulusan pasca siswazah. Segelintir
informan organisasi iaitu kurang daripada 45 orang berpendidikan sekolah menengah.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-2
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Secara umumnya, mereka yang berpendidikan mendominasi pengurusan kebanyakan
organisasi sukarela.
Merujuk kepada status pekerjaan wakil organisasi, seramai 43.2% informan (105
orang) bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan. Sementara 73 orang (30%) masih
berstatus pelajar, namun telah terlibat dengan aktiviti organisasi sukarela. Seterusnya
golongan pesara seramai 21 orang (8.6%), golongan individu yang tidak bekerja lain dan
masih mencari pekerjaan seramai 10 orang dan 11 orang informan berstatus bekerja
separuh masa mendominasi pengurusan sesebuah organisasi sukarela.
4.2.1 Penyertaan Informan Organisasi Sukarela di dalam Program Latihan
Berdasarkan Jadual 4.2, lebih separuh daripada informan organisasi iaitu 155 orang (63.8%)
tidak mempunyai kelayakan atau telah menerima latihan berkaitan bidang tugasnya.
Namun, seramai 62 orang (25.5%) informan, ada menyatakan jenis kelulusan dan latihan
yang pernah mereka ikuti. Jadual 4.3 menyenaraikan secara lengkap bidang kelulusan dan
jenis program latihan yang diperoleh oleh informan.
JADUAL 4.2: Pekerjaan dan Kelayakan dalam Organisasi Sukarela
Pekerjaan dan kelayakan Respons Bilangan Peratus
Adakah anda mempunyai kelayakan atau Ya 88 36.2
telah menjalani latihan berkaitan dengan Tidak 155 63.8
bidang tugas di organisasi ini? Tidak dinyatakan
- -
25.5
Jenis kelulusan dan latihan dalam Ya 62 74.5
organisasi sukarela Tidak dinyatakan 181
n = 243
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-3
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JADUAL 4.3: Jenis Kelulusan atau Latihan yang Diterima
Kelulusan atau Latihan yang Diterima
Akauntan Kursus Pengurusan Kursus Kepimpinan
Organisasi.
Bengkel Pengurusan Organisasi Kursus tentang sukarelawan Kursus Kepimpinan Sukarelawan
Bidang Penyeliaan Latihan Asas PDRM di Pulau UTHM
Bidang Perubatan Langkawi pada tahun 2010 Kursus Kesetiausahaan
Latihan ketenteraan
Kursus kesetiausahaan, kursus
Degree in Occupational Therapy Latihan menyelamat dan perkara kepimpinan
yang berkaitan dengan Kursus Pengurusan Bengkel
Environmental Education menyelamat dari bencana Sampul Surat Kursus
Division Sukarelawan JKM
Felo Muda YADIM Latihan pembangunan komuniti Kursus Pengurusan Organisasi
Group Admin Director Fajar di Jepun Tahap 1 Dan 2
Group of Supermarkets Peringkat IPTA
Kelayakan Akademik Latihan pentadbiran Pesara JKM
Malaysia Youth for Leader
Kelulusan dalam Bidang Profesional Pekerja Sosial
Pentadbiran Menyertai aktiviti dalam
Kelulusan dalam Bidang Sosial, persatuan dan merupakan ahli Psikologi
Politik dan Pentadbiran dalam persatuan
Kelulusan dalam Pentadbiran Pengalaman bekerja di pusat Psikologi (Ijazah Sarjana)
jagaan orang tua
Pengalaman Sedang mengambil jurusan
Pengurusan dan pentadbiran
Kem Kepimpinan semasa Ijazah Pengurusan NGO pengurusan di peringkat Ijazah
Kem Kepimpinan Universiti Sijil dan kursus
Pengurusan NGO dan kursus Sijil daripada Kementerian
Kem Pemantapan Urusetia kepimpinan Pelajaran Malaysia
Kelab Penyayang UKM Sijil kemahiran "Professional
Pengurusan Care Givers" 2 1/2 tahun OUM
Pentadbiran
dan Dos Basic Psychiatric 1
tahun Kolej Jururawat Johor
Kem Tentera Wataniah Penjagaan OKU dan lain-lain Baharu
Terapi komuniti
Kepimpinan UMS, Perwakilan Pentadbiran (SJKC Hwa Lian 1, Fungsi dan tanggungjawab dan
Pelajar UMS Pulau Pangkor) situasi yang berlaku terhadap
Kursus Asas Perkhidmatan Pentadbiran dan pengurusan sukarelawan
Pegawai Pertahanan Awam kanak-kanak terencat akal Warden sekolah
Kursus Intervensi Awal Kanak- Pentadbiran, kursus
kanak dan Cara Mengendalikan kesukarelaan, kepimpinan
Kanak-kanak OKU organisasi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-4
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
4.3 PROFIL ORGANISASI
Organisasi yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada lima jenis pertubuhan (Rajah 4.1).
Pertubuhan utama adalah daripada pertubuhan berdaftar di bawah ROS yang merangkumi
49 peratus (119 buah organisasi), sementara daripada pertubuhan berdaftar di bawah
agensi kerajaan adalah sebanyak 23 peratus (56 buah organisasi). Manakala pertubuhan
berdaftar di bawah agensi swasta dan institusi komuniti masing-masing kurang 7 peratus
(kurang daripada 15 organisasi). Seterusnya pertubuhan ad hoc adalah sebanyak 17 peratus
(40 buah organisasi). Senarai organisasi sukarela boleh dirujuk di Lampiran.
13 (5%)
15 (6%)
40 (17%)
119 (49%)
Pertubuhan Berdaftar (ROS)
56 (23%) Pertubuhan Berdaftar di bawah
Institusi/Agensi Kerajaan
Pertubuhan Tidak Berdaftar
Pertubuhan Berdaftar di bawah
Institusi Komuniti/Keagamaan
Pertubuhan Berdaftar di bawah
Institusi/Agensi Swasta
n = 243
RAJAH 4.1: Jenis Pertubuhan/Organisasi Sukarela
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-5
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
4.3.1 Taburan Organisasi Sukarela Berdasarkan Negeri
Berdasarkan Rajah 4.2, taburan organisasi sukarelawan mengikut zon adalah agak seimbang.
Setiap negeri juga diwakili oleh organisasi-organisasi tertentu. Antara negeri yang
melibatkan informan paling ramai termasuklah Selangor (19.3%), diikuti negeri Pahang
(13.2%) dan Johor (11.9%) serta seterusnya beberapa buah negeri yang lain. Putrajaya,
Melaka, Terengganu, Sabah dan Sarawak menyumbang kepada kurang daripada 4 peratus
informan organisasi kajian bagi setiap negeri.
50 47
45
40
35 32
30 29
25 22
19.3
20
15 15
13.2
15 12 12 12 11.9 11
10
10 9.1 4.5 5 98
2.1 3.7 3.3
5 4.1 4.9 6.2 4.9 4.9 6.2
2 .8 2 .8
0
n = 243
RAJAH 4.2: Taburan Negeri Organisasi Informan
4.3.2 Misi Organisasi Sukarela
Misi dan objektif memainkan peranan penting bagi sesebuah organisasi. Begitu juga
organisasi sukarela kajian ini, ada memberikan beberapa misi dan objektif penubuhan
organisasi sukarelawan mereka. Rajah 4.3 ada menyenaraikan secara terperinci beberapa
contoh terbaik misi organisasi sukarelawan. Secara umum, dapat dilihat misi utama
penubuhan organisasi ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkonsepkan
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-6
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sukarela dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan di semua
peringkat umur, bangsa, agama dan fahaman.
Selain daripada itu juga, kebanyakan organisasi sukarelawan inginkan masyarakat
sedar akan keperluan sifat bekerjasama atau lebih mudah dikenali sebagai konsep ‘berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Istilah ini banyak digambarkan dalam misi-misi yang
dinyatakan oleh setiap organisasi. Selain daripada ingin menjadikan ahli sukarelawan
sebagai individu yang dihormati dan disegani, organisasi ini juga dibentuk untuk
memperkasakan lagi kebolehan ahli-ahli sukarelawan dalam usaha memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pihak yang memerlukan.
Kajian menunjukkan bahawa pembentukan misi organisasi sukarela boleh
diklasifikasikan berdasarkan 14 sektor yang telah dikenal pasti terlebih dahulu. Berdasarkan
Rajah 4.3, kajian menunjukkan misi organisasi yang berteraskan sektor perumahan,
kejiranan dan keluarga adalah yang tertinggi, iaitu sebanyak 51 buah organisasi (23.9%).
Pembentukan misi yang berteraskan sektor ini adalah bertunjangkan kepada beberapa
aspek, merangkumi tiga indikator; (1) perumahan (masyarakat sekeliling), (2) kejiranan
(komuniti), dan (3) keluarga (ahli keluarga dan yang berkaitan). Ini bermakna, sektor ini
diberikan lebih perhatian oleh sebahagian organisasi sukarela dengan tujuan memberi
perkhidmatan sukarelawan dalam kalangan masyarakat sekeliling yang memerlukan.
Seterusnya, misi berteraskan khidmat belia digerakkan oleh 28 buah organisasi (28%),
sektor pendidikan dan penyelidikan sebanyak 21 buah organisasi (9.9%), dan misi khidmat
sosial dan kebajikan adalah sebanyak 20 buah organisasi (9.4%), keagamaan dan kerohanian
(19%), keselamatan dan undang-undang (16%) dan penjagaan kesihatan (14%). Hasil kajian
juga menunjukkan misi organisasi yang berpandukan sektor-sektor lain kurang diberi
perhatian seperti dari sektor sukan, rekreasi dan pelancongan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-7
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Perumahan, Kejiranan & Keluarga 51 23.9
60 70
Aktiviti & Khidmat Belia 28 13.1
Pendidikan & Penyelidikan 21 9.9
Kategori Misi Organisasi Sukarelawan Khidmat Sosial & Kebajikan 20 9.4
Keagamaan & Kerohanian 19 8.9
Keselamatan & Undang-undang 16 7.5
Penjagaan Kesihatan 14 6.6
Kempen & Gerak Kerja Komuniti 13 6.1
Pekerjaan & Latihan 9 4.2
Kerja Umum Sukarela & Komuniti 7 3.3
Nasihat Kaunseling & Maklumat 7 3.3
Alam Sekitar 5 2.3
Bencana 31.4
Sukan, Rekreasi & Pelancongan 00.0
0 10 20 30 40 50 80 Bilangan
Peratus
Bilangan & Peratusan
n=213
RAJAH 4.3: Misi Organisasi Sukarelawan
4.3.3 Objektif Organisasi Sukarela
Secara lebih spesifik, setiap penubuhan organisasi sukarela ini mempunyai objektif yang
tersendiri, namun didapati juga bahawa asas dan pegangan setiap organisasi sukarela
adalah sama iaitu memperjuangkan hak-hak atau keperluan bagi mereka yang memerlukan
atau membantu memudahkan urusan pihak lain. Rajah 4.4 menggambarkan beberapa
objektif organisasi sukarela berdasarkan beberapa sektor utama yang disenaraikan di dalam
kajian ini.
Berdasarkan senarai objektif tersebut, dapat disimpulkan bahawa setiap organisasi
memiliki nilai objektif tersendiri namun, memiliki tujuan dan arah yang sama iaitu
menyediakan perkhidmatan sukarela kepada mereka yang memerlukan sebaik mungkin dan
berkesan. Objektif yang berteraskan sektor perumahan, kejiranan dan keluarga
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-8
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
mendominasi keseluruhan organisasi dengan menyumbang sebanyak melebihi 21 peratus
daripada jumlah keseluruhan. Diikuti beberapa sektor lain seperti aktiviti dan khidmat belia
(15%), sektor keagamaan dan kerohanian (10%), sektor pendidikan dan penyelidikan, dan
sektor penjagaan kesihatan dengan masing-masing menyumbang sebanyak (8%). Secara
kesimpulannya, ini bermakna sektor perumahan, kejiranan dan keluarga menjadi tumpuan
para organisasi sukarelawan dalam usaha mereka untuk berkhidmat secara sukarela.
n = 203
RAJAH 4.4: Objektif Organisasi Sukarela
4.3.4 Sumber Pembiayaan Organisasi Sukarela
Sumber kewangan menjadi tunggak utama dalam melaksanakan sesuatu program
sukarelawan. Begitu juga bagi setiap organisasi yang ditubuhkan dengan tujuan untuk
kebajikan dan kerja-kerja sukarela. Hasil kajian mendapati sumber kewangan diperoleh
melalui beberapa sumber termasuklah derma orang ramai (66.7%), pembiayaan ahli
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-9
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
(48.1%), pembiayaan peribadi (42.4%) dan juga daripada sumbangan dalam bentuk ‘in kind’
(34.2%) (Jadual 4.4). Selain itu, terdapat juga sumber-sumber kewangan lain yang diperoleh
untuk menjana dana kewangan organisasi sukarela seperti daripada aktiviti pengumpulan
dana, jualan amal, kerjasama dengan pihak-pihak tertentu seperti pihak kementerian, pihak
swasta, geran kerajaan dan sumbangan korporat daripada individu dan pihak tertentu
(Rajah 4.5). Melalui sumber-sumber inilah kebiasaan organisasi sukarela beroperasi untuk
melaksanakan misi dan objektif organisasi masing-masing.
JADUAL 4.4: Sumber Pembiayaan Organisasi Sukarela
Ya Tidak
Bilangan Peratus
Jenis Pembiayaan
Bilangan Peratus
Derma Orang Ramai 162 66.7 81 33.3
Pembiayaan daripada Ahli 117 48.1 126 51.9
Pembiayaan Peribadi 103 42.4 140 57.6
Yuran Keahlian 83 34.2 160 65.8
Sumbangan dalam Bentuk ‘in kind’ 61 25.1 182 74.9
Sumbangan Lain-lain * 23 9.5 220 90.5
Jawapan Pelbagai
4.3.5 Sektor Organisasi Kesukarelawanan
Merujuk Rajah 4.6, organisasi sukarela lebih menjurus kepada sektor khidmat sosial dan
kebajikan dengan keterlibatan organisasi sebanyak 159 (65.4%), diikuti sektor kerja-kerja
umum sukarela dan komuniti dengan keterlibatan sebanyak 118 organisasi (48.6%). Selain
itu, sektor bagi pendidikan dan penyelidikan, kempen dan gerak kerja komuniti dan sektor
keagamaan dan kerohanian turut mendapat tempat dalam organisasi sukarela iaitu
menyumbang kepada melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan organisasi kajian.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-10
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Aktiviti Mengumpul Dana
Geran Kerajaan
Tajaan Kerajaan Negeri atau Pihak Swasta
Memohon Tajaan dan Sumbangan Korporat
Bayaran Yuran
Memohon Tajaan dan Sumbangan Korporat
Kerjasama Organisasi Sekitar Lokasi
RAJAH 4.5: Sumber Pembiayaan Melalui Sumbangan Lain
Sektor lain seperti, penjagaan kesihatan, sukan, rekreasi dan pelancongan, nasihat
kaunseling dan maklumat, alam sekitar, pekerjaan dan latihan, perumahan, kejiranan dan
keluarga, aktiviti belia dan bencana turut mendapat perhatian daripada kalangan organisasi
sukarelawan. Sektor keselamatan dan kesihatan didapati kurang mendapat keterlibatan
dengan kurang daripada 20 peratus keterlibatan. Sekiranya dilihat dengan terperinci aktiviti
yang dilaksanakan secara keseluruhannya lebih kepada hal-hal kebajikan dan khidmat sosial
yang melibatkan masyarakat, kejiranan dan ahli-ahli keluarga seperti golongan wanita,
kanak-kanak, golongan orang kurang upaya dan juga golongan belia. Oleh itu, boleh
disimpulkan bahawa aktiviti sukarelawan ini melibatkan keseluruhan lapisan masyarakat.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-11
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Khidmat Sosial & Kebajikan
•159 (65.4%)
Kerja Umum Sukarela & Komuniti
•118 (48.6%)
Pendidikan & Penyelidikan
•113 (46.5%)
Kempen & Gerak Kerja Komuniti
•111 (45.7%)
Keagamaan & Kerohanian
•102 (42.0%)
Aktiviti & Khidmat Belia
•94 (38.7%)
Penjagaan Kesihatan
•93 (38.3%)
Bencana
•92 (37.9%)
Sukan, Rekreasi & Pelancongan
•91 (37.4%)
Nasihat Kaunseling & Maklumat
•77 (31.7%)
Pekerjaan & Latihan
•67 (27.6%)
Perumahan, Kejiranan & Keluarga
•66 (27.2%)
Alam Sekitar
•65 (26.7%)
Keselamatan & Undang-undang
•45 (18.5%)
n = 243 (pilihan jawapan adalah pelbagai) 4-12
RAJAH 4.6: Sektor Kesukarelawan Organisasi
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U)
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
4.4 AKTIVITI SEBENAR ORGANISASI SUKARELA
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, semua aktiviti organisasi sukarela adalah mengikut
sektor pilihan organisasi berkenaan. Rajah 4.7 menunjukkan peratusan aktiviti organisasi
mengikut pecahan sektor organisasi sukarelawan. Walau bagaimanapun, didapati
sebahagian daripada organisasi kajian tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan aktiviti
yang mereka utamakan dalam organisasi tersebut iaitu sebanyak 153 buah organisasi.
3 3 222 17
4 66
5 12
9
5
6
Perumahan, Kejiranan dan Keluarga (17/20.7%) Pendidikan dan penyelidikan (12/14.6%)
Keagamaan dan Kerohanian (9/11%) Khidmat Sosial dan Kebajikan 6/(7.3%)
Keselamatan dan Undang-undang (6/7.3%) Bencana (6/7.3%)
Kerja Umum Sukarela dan Komuniti (5/6.1%) Penjagaan Kesihatan (5/6.1%)
Aktiviti dan Khidmat Belia (4/4.9%) Alam Sekitar (3/3.7%)
Sukan, Rekreasi dan Pelancongan (3/3.7%) Kempen dan Gerak Kerja Komuniti (2/2.4%)
Pekerjaan dan Latihan (2/2.4%) Nasihat Kaunseling dan Maklumat (2/2.4%)
n = 82
RAJAH 4.7: Peratusan Aktiviti Organisasi Mengikut Pecahan
Sebagai contoh melihat kepada sektor penjagaan kesihatan, beberapa organisasi
sukarela melaksanakan aktiviti seperti bersukan melibatkan ahli dan masyarakat luar,
beriadah secara berkumpulan. Selain itu, terdapat juga organisasi yang menganjurkan
program penjagaan pemakanan yang sihat untuk kesejahteraan semua. Melihat kepada
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-13
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
sektor pendidikan dan penyelidikan, terdapat organisasi sukarelawan yang melaksanakan
aktiviti pendidikan peningkatan motivasi kepada anak-anak yatim dan pelajar sekolah.
Aktiviti sebegini dapat membantu perkembangan minda dan motivasi para pelajar. Jadual
4.5 menyenaraikan aktiviti organisasi sukarelawan secara terperinci berdasarkan respons
organisasi.
JADUAL 4.5: Aktiviti Sebenar Organisasi Sukarela
Aktiviti Organisasi Sukarela
Aktiviti keagamaan (masjid). Melaksanakan bantuan kecemasan ke
seluruh negara, makanan, perubatan
kaunseling.
Aktiviti kemanusiaan. Membantu anak-anak yatim.
Alam sekitar (Pemeliharaan dan pemuliharaan Membantu anak-anak yatim.
alam sekitar dan habitat).
Anak yatim, maulid nabi dan dakwah. Membantu apabila ada bencana.
Asrama anak-anak yatim. Membantu mangsa banjir.
Bantu mangsa banjir / khidmat nasihat Membantu orang asli pedalaman.
kewangan.
Bantuan banjir, bencana alam, mualaf. Membantu orang tua dan kurang upaya.
Berkhidmat dalam masyarakat dan melakukan Membantu PDRM melaksanakan tugas-
kerja-kerja amal. tugas kepolisan yang ditetapkan.
Kursus motivasi pelajar Membantu pembangunan madrasah.
Budaya dan warisan. Membantu warga emas yang tersisih dan
tidak ada tempat tinggal.
Corporate Sosial Responsibility (CSR). Memberi kesedaran mengenai dadah.
Dakwah dan kebajikan. Memberi pendidikan kepada anak yatim
dan miskin.
Dakwah, kaunseling keagamaan dan kebajikan. Memberi pendidikan percuma.
Dana disalurkan ke Gaza. Membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.
Fisioterapi. Membuat sampul surat untuk tempahan
oleh agensi kerajaan
Gotong-royong/pemeriksaan kesihatan. Memperkasa wanita kampung
Gunting rambut. Mendidik anak-anak yatim dan miskin.
Hari Keusahawanan Sejagat. Mengagihkan makanan secara percuma
dan aktiviti pendidikan bersama anak-anak.
Hari PERWANI Daerah Baling Mengajar dan membantu pelajar dalam
pelajaran.
Hubungan fauna. Mengurus dan membiayai persekolahan
penghuni.
Jalinan kasih siswa, Menjaga dan didik kanak-kanak.
Karnival sihat sepanjang hayat KKM Menjaga kebajikan dan membiayai
pendidikan anak yatim.
Keagamaan (Melahirkan Hafiz). Menjaga kebajikan orang cacat.
Kebajikan pelajar. Menjaga keselamatan dan keamanan
komuniti.
Kebajikan wanita dan keluarga. Menjaga orang-orang tua, mental, kurang
upaya.
Kempen dan gerak kerja komuniti. Menjaga, mengajar (pemulihan) kanak-
kanak OKU.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-14
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Aktiviti Organisasi Sukarela
Kerja umum sukarela dan komuniti. Menyelaras kegiatan dakwah Islam melalui
pendekatan sosial.
Keselamatan khidmat sosial, kebajikan dan Merapoh Run.
latihan.
Nasihat kaunseling dan maklumat.
Keselamatan.
Peer support.
Khidmat sosial dan kebajikan Pembangunan belia
Pembangunan komuniti.
Pembangunan sumber manusia.
Kursus motivasi pelajar. Pemulihan, penjagaan dan tempat
Melaksanakan bantuan kecemasan ke seluruh
perlindungan.
negara, makanan, perubatan kaunseling. Pendidikan kanak-kanak khas
Membantu anak yatim. Pendidikan.
Membantu anak-anak yatim. Penganjuran aktiviti celik al-Quran kepada
Membantu apabila ada bencana.
masyarakat umum dan golongan asnaf.
Membantu mangsa banjir. Penjagaan, advokasi dan latihan untuk
Membantu orang asli pedalaman. OKU.
Kebajikan pelajar. Perpaduan oleh kejiranan.
Perpaduan, keselamatan dan keceriaan
Kempen dan gerak kerja komuniti. kampung.
Kerja umum sukarela dan komuniti. Program bantuan banjir
Keselamatan khidmat sosial, kebajikan dan Program belia.
Program membaca selama 12 jam.
latihan. Sambutan Maal Hijrah.
Keselamatan.
Khidmat sosial dan kebajikan Sukan Anak Yatim Malaysia (SUKYA)
Sukaneka/berkelah.
Khidmat sosial kebajikan. Sukarelawan dalam mangsa bencana.
Kursus motivasi pelajar. Sukarelawan di PDK.
n = 243 (jawapan pelbagai) Tuisyen/kelas tambahan.
4.4.1 Tahap Keterlibatan Organisasi Sukarela
Kajian mendapati 41 (16.9%) organisasi sukarela dikategorikan berada di peringkat
antarabangsa (Jadual 4.6). Namun, majoriti organisasi sukarelawan berperanan di peringkat
negeri masing-masing dengan peratusan 54.7%. Keterlibatan organisasi di peringkat daerah
adalah memberangsangkan dengan keterlibatan melebihi 127 (52.3%) buah organisasi.
Selain itu, kajian juga menunjukkan ada sebahagian organisasi yang memfokuskan kepada
tujuan dan tahap keterlibatan tertentu sahaja seperti, fokus kepada anak-anak yatim, kolej
kediaman pelajar (universiti/kolej), dan peringkat institusi pengajian tinggi sahaja.
Walaupun begitu, tujuan dan misi setiap organisasi adalah sama iaitu memberikan khidmat
secara sukarela mengikut keperluan dan perancangan aktiviti tersebut.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-15
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JADUAL 4.6: Tahap Keterlibatan Organisasi
Tahap Organisasi Respons Bilangan Peratus Rank
Keutamaan
Negeri Ya 133 54.7
Daerah Tidak 110 45.3 1
Nasional 127 52.3
Kejiranan Ya 116 47.7 2
Antarabangsa Tidak
Lain-lain 81 33.3 3
n = 243 Ya 162 66.7
Tidak 4
70 28.8
Ya 173 71.2 5
Tidak
41 16.9 6
Ya 202 83.1
Tidak
8 3.3
Ya 235 96.7
Tidak
4.4.2 Kegiatan Terkini Organisasi Sukarela
Pelbagai kegiatan utama dilaksanakan bagi setiap organisasi sukarela. Kegiatan yang mampu
mengeratkan ukhuwah dan persaudaraan serta mampu memupuk nilai-nilai murni
kehidupan menjadi antara kegiatan terkini organisasi sukarela. Selain itu, aktiviti atau
program setiap organisasi adalah selari dengan persekitaran semasa seperti bilamana
adanya cuti umum, sambutan hari-hari bersejarah, alam persekolahan, program sukan
bertaraf antarabangsa dan juga kepada keperluan semasa atau luar jangka. Sebanyak 82
buah organisasi memberikan respons berkenaan aktiviti terkini yang dilaksanakan.
Berdasarkan Jadual 4.7, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh organisasi sukarela
dan aktiviti yang mendapat perhatian adalah aktiviti melibatkan kejiranan dan keluarga
(20.7%) diikuti oleh aktiviti yang melibatkan aspek pendidikan dan penyelidikan iaitu dengan
peratusan 14.6%. Bagi kategori aktiviti lain, didapati mempunyai persamaan bagi semua
organisasi iaitu dalam lingkungan peratusan sebanyak 8.0 peratus. Secara umumnya, semua
aktiviti yang dilaksanakan memerlukan keterlibatan orang ramai yang mana boleh memupuk
sifat kasih sayang sesama manusia di samping mengembangkan lagi hubungan dan
komunikasi sesama individu yang terlibat.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-16
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JADUAL 4.7: Aktiviti Terkini Organisasi Sukarela
Aktiviti Bilangan Peratus
Perumahan, Kejiranan & Keluarga 17 20.7
Pendidikan & Penyelidikan 12 14.6
Keagamaan & Kerohanian 9 11.0
Bencana 6 7.3
Keselamatan & Undang-Undang 6 7.3
Khidmat Sosial & Kebajikan 6 7.3
Penjagaan Kesihatan 5 6.1
Kerja Umum Sukarela & Komuniti 5 6.1
Aktiviti & Khidmat Belia 4 4.9
Sukan, Rekreasi & Pelancongan 3 3.7
Alam Sekitar 3 3.7
Kempen & Gerak Kerja Komuniti 2 2.4
Nasihat Kaunseling & Maklumat 2 2.4
Pekerjaan & Latihan 2 2.4
n = 82
4.5 PENERIMAAN PENGHARGAAN / ANUGERAH
Dalam usaha melakukan aktiviti sukarelawan, organisasi sukarela turut memberi dan
menerima penghargaan daripada pihak-pihak tertentu. Di dalam kajian ini mendapati semua
organisasi memberi respons berkenaan jenis penghargaan yang diberikan kepada ahli dan
para sukarelawan serta hanya 44 organisasi memberi respons berkenaan isu penerimaan
penghargaan. Jadual 4.8 menunjukkan jenis penghargaan yang diberikan kepada ahli dan
para sukarelawan yang menyertai aktiviti atau program anjuran organisasi sukarelawan.
Penghargaan dari segi sijil adalah jenis penghargaan yang kerap dilakukan oleh organisasi
untuk ahli dan para sukarelawan dengan peratusan 74.9%, diikuti penghargaan jenis dari
segi honorarium iaitu 16.9%. Turut diberi penghargaan kepada sukarelawan tersebut
melalui penghargaan dari segi kenaikan pangkat di dalam organisasi (10.3%) dan
penghargaan dari segi penerimaan pingat (9.5%).
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-17
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
JADUAL 4.8: Jenis Penghargaan Diberikan oleh Organisasi
Bil. Jenis Penghargaan Bilangan Peratusan
74.9
1 Penghargaan dari segi sijil 182 16.9
10.3
2 Penghargaan dari segi honorarium 41 9.5
25
3 Penghargaan dari segi kenaikan pangkat dalam 23
organisasi
4 Penghargaan dari segi pingat
n = 243 (pilihan jawapan adalah pelbagai)
Seterusnya, Jadual 4.9 menyenaraikan beberapa penghargaan dan anugerah yang
diterima sebagai tanda kejayaan organisasi melaksanakan aktiviti sukarela. Dapatan juga
menunjukkan sebanyak 199 (81.9%) buah organisasi tidak memberikan respons. Berikut
adalah senarai penghargaan yang diterima sebahagian daripada organisasi sukarelawan:
JADUAL 4.9: Senarai Anugerah Organisasi Sukarela
Anugerah/Penghargaan Anugerah/Penghargaan
Pertama dalam Pertandingan Pertubuhan Anugerah Jati Diri Kesukarelawan yang
Cemerlang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri diberikan oleh JAKIM pada tahun 2014
pada tahun 2005
Misi Kemanusiaan Palestine dan Syria yang
Sijil penghargaan sambutan Hari Warga Emas diberikan oleh Kerajaan Turki pada tahun
peringkat Kebangsaan yang diberikan oleh JKM 2015
pada tahun 2008
Anugerah Sukarelawan Cemerlang yang
Pertandingan Keceriaan Peringkat Daerah yang diberikan oleh JKM pada tahun 2013
diberikan oleh Majlis Daerah (Johan) untuk 3
tahun berturut-turut Anugerah Sukarelawan Khidmat Bantu
Cemerlang yang diberi oleh JKM pada tahun
Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Cemerlang 2015
Negeri Kedah oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat pada tahun 2014 Belia Award yang diberikan oleh NTV7 pada
tahun 2014
PPWK Terbaik yang diberikan oleh VPWK pada
tahun 2014 Force for Good Award yang diberikan oleh
Tatler pada tahun 2015
PPWK Dinamik yang diberikan oleh VPWK pada
tahun 2011 Bumi Hijau Terbaik Kategori NGO yang
diberikan oleh Jabatan Pertanian pada tahun
Sijil keahlian organisasi yang diberikan oleh 2014
Persatuan Buddhist Malaysia pada tahun 2010
NGO yang aktif yang diberikan oleh Yayasan
Sijil pendaftaran yang diberikan oleh Pendaftar Sultanah Bahiyah pada tahun 2012
Pertubuhan Malaysia pada tahun 2011
Jaulah Ilmu ke Perak yang diberikan oleh
The 12th Green International oleh Korean Tahsin Travel dan Tours pada tahun 2013
Federation for Environment in Cheonan-Asean
Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak anjuran
Pertubuhan Cemerlang oleh Registrar of Society Barisan Pimpinan Gabungan Mahasiswa
Anugerah Cemerlang yang diberikan oleh Bersatu Perak pada tahun 2013
Khidmat bimbingan dalam pentadbiran dan
pengurusan anugerah diberikan oleh Majlis
Kebajikan Negeri Perlis pada tahun 2013
Malaysia NGO Awards yang diberikan oleh
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-18
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Anugerah/Penghargaan Anugerah/Penghargaan
Kementerian Perpaduan Negara dan Resource Alliance Exxon & Mobile pada
Pembangunan Masyarakat pada tahun 2001
tahun 2008
Anugerah Cemerlang yang diberikan oleh Anugerah Mayor 2009 yang diberikan oleh
Pertubuhan Negara pada tahun 2012.
DBKK pada tahun 2009
Sijil Penghargaan yang diberi oleh DUN Anugerah Sumbangan Ikhlas yang diberikan
Mahkota pada tahun 2015
oleh kerajaan negeri pada tahun 2009
Anugerah Ikon Belia Negeri Sarawak 2015 yang Membuat demonstrasi menyelamat yang
diberikan oleh TEGAS pada tahun 2015
diberikan oleh pihak swasta pada tahun
Anugerah Keluarga Mithali yang diberikan oleh
Kerajaan Malaysia pada tahun 2014 2015
Menyediakan khidmat pertolongan cemas
Anugerah Khas Juri yang diberikan oleh USIM
pada tahun 2012 yang diberikan oleh Bomba, PPJ dan Agensi
Anugerah NGO Terbaik Kerajaan pada tahun 2015
Merdeka Award yang diberikan oleh
Anugerah Pertubuhan Penyayang oleh Badan
Kerajaan pada tahun 2012 kementerian pada tahun 2008
Europa Sustainability yang diberikan oleh
Anugerah Sanggu Sangung yang diberikan oleh
USM pada tahun 2013/2014 Eropah pada tahun 2012
Isu Palestine yang diberikan oleh JAIP pada
Anugerah Tokoh Pelajar yang diberikan oleh
Kolej Ungku Omar pada tahun 2015 tahun 2014
Jalur Gemilang yang diberikan oleh Jabatan
Anugerah yang diberikan oleh Pasukan
Keselamatan Acheh pada tahun 2012 Perpaduan Negeri dan Integrasi Nasional
GIFA yang diberikan oleh International Islamic pada tahun 2015
Finance pada tahun 2014 Johan Tilawah A-Quran oleh PEYATIM, JKM
Sijil penghargaan yang diberikan oleh PDRM pada tahun 2015
pada tahun 2014 KBS - Anugerah Tokoh Belia yang diberikan
Sukarelawan dari peringkat Antarabangsa oleh oleh KBS (setiap tahun) pada tahun 2015
AIESEC pada tahun 2014 dan 2015 Kepada Pengerusi Datuk Razak yang
Tokoh ASUS 2014 oleh JBS Pahang diberikan oleh Tokoh Dakwah pada tahun
Wira Rakyat yang diberikan oleh Kerajaan
2014
Negeri Melaka pada tahun 2015. Outstanding Achievement In Non-
Traditional Media 2012 oleh MAC
Pelatih cemerlang yang diberikan oleh JKM
pada tahun 2012
Pengiktirafan yang diberikan oleh
Kementerian Kebajikan Masyarakat pada
tahun 2014
Penilaian-5 bintang daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia pada 2011
Pensijilan ISO 9001:2008 oleh SIRIM pada
tahun 2012
Persatuan Belia Teraktif 2014 oleh MPNNS
Pingat PJK Jasa Kebajikan oleh YDB Negeri
Sembilan
4.6 KELEMAHAN ORGANISASI SUKARELA
Beberapa aspek kelemahan dalam organisasi sukarela juga turut dikenal pasti. Kelemahan
organisasi memerlukan penambahbaikan dan tindakan segera. Pelbagai peringkat akan
menerima kesan akibat daripada kelemahan-kelemahan ini, termasuklah peringkat pihak
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-19
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
pengurusan atasan organisasi, kakitangan, dan juga pihak-pihak yang terlibat merangkumi
golongan yang menerima khidmat sukarelawan. Walaupun 65 (26.7%) buah organisasi tidak
menyatakan kelemahan mereka, namun beberapa kelemahan utama telah dikenal pasti
mengikut parameter tertentu.
Didapati kelemahan berkaitan hal ehwal yang melibatkan parameter sumber-sumber
program seperti keperluan dana kewangan, belanjawan, keperluan tenaga sumber manusia
adalah yang tertinggi iaitu melibatkan 86 buah organisasi, diikuti sebanyak 57 buah
organisasi berpendapat bahawa kelemahan dalam mengendalikan aspek promosi,
koordinasi dan pengambilan sukarelawan. Didapati organisasi mengalami kesukaran untuk
mempromosikan aktiviti yang akan dilaksanakan di samping kesukaran untuk mendapatkan
penyertaan sukarelawan. Sebahagian sukarelawan yang ada adalah bersifat sementara dan
adakalanya sukar untuk mendapatkan kerjasama dengan baik daripada golongan ini. Hal ini
memberi kesan kepada konteks keahlian dalam sesebuah organisasi sukarelawan tersebut.
Selain itu, berdasarkan Rajah 4.8 kajian mendapati 24 buah organisasi mengutarakan
bahawa aspek mobilisasi sukarelawan, strategi, prosedur dan polisi pengurusan antara
kelemahan yang paling ketara berlaku dalam organisasi sukarelawan. Kegagalan pihak
pengurusan dalam mengendalikan pengurusan organisasi turut memberi kesan kepada ahli
dan aktiviti yang dilakukan. Strategi dan polisi yang jelas mampu memberi gambaran positif
kepada ahli dan aktiviti yang akan dilaksanakan. Oleh itu, peranan kepimpinan yang
berkualiti dan efisien dalam organisasi sukarelawan juga memainkan peranan penting untuk
memastikan kelangsungan proses pengurusan dilakukan dengan baik dan berkesan.
Seterusnya, aspek latihan dan pembangunan kemahiran turut mendapat maklum
balas daripada organisasi (iaitu sebanyak 18 buah organisasi). Kesukaran mendapatkan dana
dan peruntukan yang terhad menyukarkan lagi organisasi melakukan program latihan.
Sewajarnya kepentingan program latihan kepada ahli sukarelawan perlu dikenal pasti agar,
pelaksanaan program tersebut boleh dilakukan dengan baik kerana ianya merupakan
keperluan penting dalam konteks sukarelawan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-20
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
Kelemahan-kelemahan ini memerlukan tindakan pembaikan segera diambil. Di
samping itu, kelemahan-kelemahan lain juga tetap wujud seperti isu berkaitan kaedah
mewujudkan persekitaran yang bersifat enabling, proses pemantauan dan penyeliaan serta
isu berkaitan dengan inisiatif kelestarian sukarelawan dan penambahbaikan berterusan juga
memerlukan perhatian sewajarnya.
8 5 4 21 0 0 86
9
18
24
57
Isu Sumber-Sumber Program: Dana, Belanjawan dan Sumber Manusia (86/40.2%)
Isu Promosi, Koordinasi dan Pengambilan Sukarelawan (57/26.6%)
Isu Mobilisasi Sukarelawan, Strategi, Prosedur dan Polisi Pengurusan (24/11.2%)
Isu Latihan dan Pembangunan Kemahiran (18/8.4%)
Isu Inisiatif Kelestarian Sukarelawan dan Penambahbaikan Berterusan (9/4.2%)
Isu Mewujudkan Persekitaran yang Bersifat ‘Enabling’, Pemantauan dan Penyeliaan (8/3.7%)
Isu-Isu Profil Sukarelawan dan Pertubuhan (5/2.3%)
Isu Pendokumentasian dan Maklumat Rekod (4/1.9%)
Isu Penilaian dan Prestasi Sukarelawan (2/0.9%)
Isu Governance dan Institusi (1/0.5%)
Isu Penempatan dan Penilaian Keperluan NGO (0%)
Isu Maklumbalas Organisasi dan Prestasi Sukarelawan (0%)
Isu Amalan Berkaitan Pentauliahan, Pampasan, Penghargaan dan Motivasi (0%)
Isu Pengesanan Alumni dan Strategi Pengekalan Sukarelawan (0%)
Isu Keselamatan dan Kesihatan (0%)
n = 214
RAJAH 4.8: Kelemahan Organisasi Sukarela Mengikut Isu dan Cabaran
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-21
LAPORAN KAJIAN PEMBANGUNAN KERANGKA KE ARAH MENGGERAKKAN
AKHIR SUKARELAWAN SECARA OPTIMUM
4.7 AKTIVITI ORGANISASI SUKARELA
Kajian juga telah mengenal pasti aktiviti-aktiviti utama yang sering dilakukan oleh organisasi
sukarela. Aktiviti sebegini sebenarnya boleh memupuk perasaan kerjasama dan ukhuwah
yang lebih erat dalam kalangan ahli organisasi sukarela. Apabila aktiviti sukarelawan lain
yang kerap dilakukan, kesan yang sama diperoleh. Hubungan antara sukarelawan dan
masyarakat menjadi lebih baik dan mampu menjamin kehidupan yang harmoni.
Beberapa jenis aktiviti telah dikenal pasti dan telah dikategorikan mengikut
kumpulan aktiviti. Jadual 4.10 dan Rajah 4.9 menunjukkan beberapa aktiviti utama yang
sering dilakukan oleh organisasi sukarela. Antara yang mendapat perhatian penyertaan
adalah aktiviti melibatkan sukan, rekreasi dan pelancongan iaitu sebanyak 15.7 peratus
penyertaan daripada 268 jenis aktiviti yang disenaraikan. Aktiviti sukan dan rekreasi lebih
menyerlah kerana ianya melibatkan aktiviti yang berkonsepkan santai dan kurang
membebankan. Selain itu, aktiviti lain yang mendapat sambutan ialah aktiviti sukarelawan
berkaitan dengan bencana dengan peratusan 13.8 peratus. Bencana banjir dan tanah runtuh
yang baru melanda Malaysia adalah antara lokasi dan sasaran organisasi untuk memberi
sumbangan khidmat sukarela.
Selain itu, kegiatan dan aktiviti berkaitan dengan kerja umum sukarelawan dan
komuniti turut mendapat perhatian daripada masyarakat dan sukarelawan dengan
peratusan sebanyak 12.3 peratus. Aktiviti seperti gotong royong adalah antara yang sering
mendapat penyertaan tertinggi. Seterusnya aktiviti melibatkan penjagaan kesihatan,
kempen dan gerak kerja komuniti, khidmat sosial dan kebajikan serta aktiviti dan khidmat
belia turut menyumbang kepada penyertaan masyarakat dengan masing-masing
menyumbang kepada antara 5 - 7 peratus. Aktiviti melibatkan keagamaan dan kerohanian
serta pemuliharaan alam sekitar juga mendapat perhatian daripada masyarakat. Walau
bagaimanapun, aktiviti yang melibatkan aspek seperti keselamatan, undang-undang, nasihat
kaunseling dan maklumat serta aspek berkaitan pekerjaan dan latihan kurang dilaksanakan
dan kurang mendapat sambutan dengan peratusan di bawah 3.0 peratus daripada jumlah
keseluruhan.
UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (561663-U) 4-22