The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Pemahaman Dan Pengamalan Kerja Sosial Dalam Kalangan Pegawai Kebajikan Masyarakat (2018)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-21 23:17:33

Kajian Pemahaman Dan Pengamalan Kerja Sosial Dalam Kalangan Pegawai Kebajikan Masyarakat (2018)

Kajian Pemahaman Dan Pengamalan Kerja Sosial Dalam Kalangan Pegawai Kebajikan Masyarakat (2018)

Seterusnya, dalam kalangan responden yang terlibat di dalam survei,
terdapat 13 entri penambahbaikan berkaitan struktur sosiobudaya yang
mengelilingi perkhidmatan kerja sosial. Antara cadangan-cadangan
penambahbaikan yang diberikan adalah:

(1) Meluluskan RUU Akta Kerja Sosial,
(2) Memperketatkan peraturan dalam penerimaan bantuan,
(3) Membentuk satu Rang undang-undang yang dapat melindungi pekerja

kebajikan yang menyampaikan khidmat kerja sosial,
(4) Tubuhkan seksyen yang jelas berkaitan khidmat kerja sosial,
(5) Perundangan kerja sosial perlu jalinan dengan agensi lain,
(6) Melaksanakan Akta Kerja Sosial,
(7) Mengiktiraf pegawai yang mempunyai kepakaran kerja sosial,
(8) Mewujudkan penganugerahan pekerja sosial; dan
(9) Menaiktaraf bidang kerja sosial.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat yang terlibat dalam survei yang dilakukan telah mengemukakan
pelbagai cadangan untuk menambahbaik sistem penyelian dan pemantauan di
JKMM. Semua cadangan tersebut boleh dilihat dalam Jadual 81 di bawah.

187

Jadua
Cadangan Penambahbaikan Sistem P

Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi Bil Peratu

Sistem pentadbiran perkhidmatan: Entri (%)
1. Memperbanyakkan kursus
2. Menambah baik sistem penyeliaan sedia ada 52 19.7
 Pihak atasan perlu melakukan penyeliaan 28 11.0
berkala

3. Penyeliaan dan pemantauan perlu direkodkan 7 2.70
7 2.70
dengan baik
 Menjalankan pemantauan yang lengkap
 Memastikan sistem pemantauan yang adil
 Melakukan audit pemantauan

4. Memperkemaskini sistem pentadbiran sedia ada
 Menambah baik borang
 Menyelia dan memantau dokumentasi

jabatan
 Sistem pemantauan yang ringkas dan mudah

difahami

5. Mewujudkan SOP yang lengkap 6 2.27

al 81
Penyeliaan dan Pemantauan di JKMM

usan Budaya Kecekapan Sosial Organisasi Bil Entri Peratusan
) (%)
Kecekapan kerja
70 1. Menyediakan latihan praktikal 10 4.00
00 2. Kurangkan beban kerja 10 4.00
kakitangan/nisbah klien
0 dengan kakitangan harus 5 2.00
bersesuaian
3. Pembahagian tugas yang adil

0 4. Mewajibkan kehadiran kursus 5 2.00

7 5. Memberi tugas yang spesifik 4 1.90
kepada kakitangan

188

Sambungan Jadual 81 Bil Peratu
Entri (%)
Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi
3 1.13
6. Menyediakan borang penambahbaikan kepada
klien

7. Menilai semula sistem kenaikan pangkat sedia ada 3 1.13

8. Tindakan tegas terhadap kakitangan yang 2 0.80
bermasalah tingkah laku 2 0.80

9. Kurangkan birokrasi jabatan

10. Mengadakan kursus bahasa isyarat 2 0.80
11. Setiap arahan perlu sejajar di setiap negeri 1 0.40

usan Budaya Kecekapan Sosial Organisasi Bil Entri Peratusan
) (%)
 Mengadakan
3 pengkhususan kerja

3  Fokus pada tugasan hakiki

0 6. Menambah 3 1.13
kakitangan/perjawatan 2 0.80
(khususnya pekerja kes)

7. Mengelakkan pertindihan tugas

0 8. Mempelbagaikan kursus yang 2 0.80

berbeza
 Kehadiran kursus perlu

diwajibkan

0 9. Kurangkan konsep “multi 2 0.80

tasking”

0 10. Pelantikan kakitangan yang 2 0.80

sekurang-kurangnya

mempunyai diploma kerja

sosial

189

Sambungan Jadual 81 Bil Pe
Entri
Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi
1
12. Menyediakan senarai semak praktis kerja sosial
12. Melihat semula SOP agar tidak membebankan 1

kakitangan

Program /perkhidmatan 4
4
1. Pemberian elaun kritikal/insurans kepada
kakitangan yang terlibat dengan kerja luar (lawatan
ke rumah klien)

2. Program latihan yang komprehensif

3. Mewujudkan insurans untuk pekerja kes 2

4. Fokus kepada klien (kumpulan sasar) yang berkaitan 1
sahaja

eratusan Budaya Kecekapan Sosial Organisasi Bil Entri Peratusan
(%) (%)
11. Pelantikan pegawai khusus
0.40 untuk praktis kerja sosial 2 0.80
0.40 1 0.40
12. Mengambil tenaga kerja yang
1.90 telah berkhidmat di peringkat 1 0.40
profesional
1 0.40
13. Memberi kesedaran tentang
bidang tugas kepada pekerja
sosial

14. Mendedahkan pekerja dengan
jurnal berilmiah

1.90 15. Menilai semula keupayaan 1 0.40

pekerja sosial

0.80 16. Wujudkan jabatan khas untuk 1 0.40

kerja sosial

0.40

190

Sambungan Jadual 81

Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi Bil Pe
Entri
Prasarana fizikal kerja
1. Kelajuan internet perlu dipertingkatkan 3

2. Menyediakan peralatan pejabat yang mencukupi 3

eratusan Budaya Kecekapan Sosial Bil Peratusan
(%) Organisasi
Entri (%)
1.13 Jaringan kerjasama
1. Membuat networking dengan 6 2.27
1.13 agensi lain
2 0.80
2. Melantik ramai pakar sosial
dari luar

3. Mewujudkan kerjasama 2 0.70
dengan kolej 1 0.40

4. Pertukaran Pegawai Kerja
Sosial dengan negara ASEAN

191

4.

PELAN TINDAKAN SUSULAN

Perbincangan dalam bahagian ini dibuat bagi menjawab persoalan ketiga kajian
perundingan ini; iaitu bagaimana mekanisme, strategi dan pelan tindakan sosial
sedia ada boleh ditambah baik agar amalan kerja sosial yang berkesan boleh
dijiwai, dipatuhi dan disampaikan oleh pegawai kebajikan masyarakat yang
berkhidmat.

Terdapat beberapa perkara yang para perunding pelajari daripada kajian
ini. Tiada cadangan kritikal yang pasukan perunding ingin syorkan kepada agensi
yang membiayai kajian perundingan ini. Justifikasinya adalah langkah-langkah
proaktif yang telah diambil oleh pihak JKMM merupakan intervensi-intervensi
kritikal yang pada pengamatan para perunding perlu dilaksanakan terlebih
dahulu sebelum cadangan-cadangan lain diimplementasi. Malah, kebanyakan
mekanisme, strategi dan pelan tindakan sedia ada yang telah dirancang dan
sedang dilaksanakan (ada juga yang bakal dilaksanakan) diyakini mampu
mengangkat taraf praktis kerja sosial ke satu tahap profesionalisme yang lebih
baik.

Namun begitu, kajian perundingan ini telah mengumpulkan pelbagai
maklumat yang boleh bertindak sebagai input penting bagi mempertingkatkan
lagi intervensi-intervensi sedia ada yang dilaksanakan atau sedang dirancang
oleh JKMM bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kerja sosial yang
disediakan oleh JKMM untuk rakyat Malaysia. Perkara-perkara yang disyorkan di

192

bahagian ini hanya merupakan tindakan-tindakan susulan berskala kecil bagi
memperincikan lagi inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh pihak JKMM dan
agensi-agensi sekutunya berkait dengan pembangunan praktis kerja sosial dalam
kalangan pegawai kebajikan yang menyampaikan khidmat kerja sosial.

Berdasarkan kepada bukti-bukti empirikal yang diperolehi daripada kajian
ini, para perunding hanya mahu mengesyorkan tiga tindakan susulan utama yang
perlu dipertimbangkan oleh agensi-agensi terbabit dengan perkhidmatan kerja
sosial. Tiga tindakan susulan tersebut adalah:

(1) Memperkayakan lagi inisiatif-inisiatif latihan dan pembangunan yang
mampu menghasilkan pegawai kebajikan yang cekap dan berkesan
menyampaikan khidmat kerja sosial kepada masyarakat,

(2) Memperkasakan budaya kecekapan organisasi kerja sosial; dan
(3) Menjana hubungan simbiosis proaktif antara perkhidmatan kerja sosial

dengan struktur perundangan, politik dan sosial negara.

Rajah B di halaman 195 menggambarkan keseluruhan tindakan susulan
yang disyorkan berdasarkan bukti-bukti empirikal yang diperolehi daripada
kajian ini.

4.1 Pengkayaan Inisiatif-inisiatif Latihan dan Pembangunan
Pengetahuan dan Kemahiran Praktis Kerja Sosial

Pemantapan kursus-kursus berkaitan pengetahuan dan kemahiran kerja sosial
yang disalurkan kepada kakitangan kebajikan yang terlibat secara langsung di
dalam penyampaian praktis kerja sosial kepada klien JKMM ini mempunyai kaitan
langsung dengan matlamat untuk memastikan modal insan yang menyampaikan
khidmat kerja sosial kepada masyarakat yang berkeperluan adalah berkualiti.
Kursus-kursus berkaitan pengetahuan dan kemahiran kerja sosial yang disalurkan

193

Pengkayaan Inisiatif-Inisiatif Rajah B: Tinda
Latihan & Pembangunan
Praktis Kerja Sosial Pemerkasaan Budaya
Kecekapan Organisasi Kerja
Pemurniaan Kurikulum
Kerja Sosial Sosial

Penerapan Teknik Pengajaran & Anjakan Paradig
Pembelajaran Kerja Sosial Kecekapan Ke
Terkini
Pemantapan A
Pasukan Tenaga Pengajar Kerja Sosial B
Transformatif
Kecekapan Bu
Penggalakkan Penyertaan
Latihan Ekologi Kerja Ya
Menyokong Pra

Program
Pembangunan

Pembangu
Penyeliaan & Pe

Terancang &

Penambahan
Pekerja Sosia

akan Susulan Penjanaan Hubungan
Simbiosis Proaktif Dengan
a
Struktur Perundangan,
gma Budaya Politik dan Masyarakat
erja Sosial
Amalan Praktis Merealisasikan
Berlandaskan Penggubalan Akta
udaya Malaysia
Kerja Sosial
ang Kondusif dan Membina Hubungan
aktis Kerja Sosial
Advokasi Dengan
Latihan & Masyarakat
Khas untuk PPM
194
unan Sistem
emantauan yang
& Sistematik

n Bilangan
al Terlatih

kepada kakitangan kebajikan yang terlibat di dalam praktis kerja sosial perlu
dimantapkan lagi kualiti kandungannya kerana ia mempunyai kaitan rapat
dengan kualiti pekerja sosial yang ingin dihasilkan. Tindakan pengkayaan
(enrichment) dan pemantapan kursus-kursus akademik dan praktis kemahiran
kerja sosial ini boleh dipecahkan kepada empat aspek, seperti berikut:

(1) Pemurniaan kurikulum dan kandungan kursus kerja sosial yang bersifat
mampan (sustainable social work curriculum),

(2) Penerapan teknik pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dengan
tabii bidang kerja sosial,

(3) Bekalan (supply) pasukan (pool) tenaga pengajar kerja sosial yang
transformatif; dan

(4) Penggalakan penglibatan kakitangan kebajikan dalam kursus-kursus
pengetahuan dan kemahiran praktis kerja sosial.

Pihak pelaksana latihan untuk kakitangan JKMM juga perlu memberikan
perhatian kepada kakitangan JKMM yang bertugas di negeri-negeri yang
mempunyai nilai min yang rendah dalam aspek pengetahuan (Jadual 27, Supra
hal. 62), pengamalan (Jadual 39, Supra hal. 94 ), pematuhan kepada SOP kerja
sosial (Jadual 54, Supra hal. 115), penyeliaan dan pemantauan (Jadual 64 dan 65,
Supra hal. 132) serta keberkesanan Pelan Tindakan (Jadual 71, Supra hal. 141).

4.1.1 Pemurniaan kurikulum dan kandungan kursus kerja sosial yang
bersifat mampan (sustainable social work curriculum)
Dapatan kajian ini menunjukkan yang JKMM mempunyai modal insan

yang berdedikasi dalam menyampaikan khidmat kerja sosial kepada klien
jabatan. Keadaan ini disumbangkan oleh pengetahuan mereka terhadap ilmu
pengetahuan dan kemahiran asas kerja sosial yang disalurkan kepada mereka
secara berterusan oleh JKMM menerusi institut latihan mereka, iaitu Institut
Sosial Malaysia (ISM). Tahap pengetahuan Penolong Pegawai Pembangunan

195

Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat yang menyampaikan
khidmat kerja sosial kepada klien kerja sosial berada pada tahap yang tinggi.
Mereka berjaya menghubungkan segala teori kerja sosial yang mereka pelajari di
dalam kursus-kursus asas berkaitan ilmu kerja sosial ke dalam kerja mereka.
Selain itu, mereka juga mampu mengaplikasi segala model dan pendekatan
berkaitan kerja sosial yang dipelajari dalam proses kerja mereka membantu klien.

Bagi aspek komponen asas kerja sosial pula, kajian ini mendapati yang
kerja kes (casework) merupakan jenis kerja sosial yang utama yang disampaikan
oleh Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat kepada klien JKMM. Lebih 85 peratus daripada Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat
mengendalikan kerja kes. Hanya 50 ke 53 peratus sahaja daripada Penolong
Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat
mengendalikan kerja kumpulan (group work) dan kerja komuniti (community
group).

Kerja kes memerlukan satu bentuk kepakaran spesifik serta kemahiran
teknikal khusus di dalam membantu klien. Ini kerana kebanyakan pekerja kes
perlu mengenal pasti, mengesyorkan dan mencadangkan terapi sosial yang
sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh klien. Di dalam dunia kerja sosial
sebenar, hanya pekerja sosial yang bertauliah dan mempunyai latar psikologi,
kaunseling dan psikoterapi sahaja yang dibenarkan melakukan kerja kes. Justeru,
pengetahuan mengenai kerja kes perlu diberi penelitian lebih terperinci oleh
pihak yang terlibat dalam latihan kerja sosial.

Selain itu, kajian ini juga mendapati yang kurikulum kerja komuniti juga
memerlukan penajaman kurikulum. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
dan Pembantu Pembangunan Masyarakat yang menyertai kajian ini

196

memperlihatkan penguasaan yang agak rendah di dalam pemahaman mereka
terhadap beberapa teori dan model pembangunan komuniti. Contohnya, kajian
ini mendapati tahap pengetahuan Pembantu Pembangunan Masyarakat dan
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat yang terlibat dalam kajian ini
terhadap Teori Pembangunan Sosial, Teori Pembangunan Komuniti dan Teori
Pemerkasaan Komuniti adalah rendah. Begitu juga dengan tahap pengetahuan
mereka terhadap Model Pembangunan Lokaliti, Model Perancangan Sosial dan
Model Tindakan Sosial. Memandangkan komuniti (khususnya komuniti tersisih
dan komuniti berpatologi sosial) merupakan klien utama pegawai kebajikan di
JKMM, kurikulum kerja sosial bagi kerja komuniti perlu diulangkaji dengan
mendalam. Justeru, pihak yang terlibat di dalam penyaluran ilmu kerja sosial
yang berkaitan dengan kerja komuniti perlu mengambil perhatian tentang hal ini.

Pihak yang bertanggungjawab kepada pembangunan kurikulum ilmu
pengetahuan praktis kerja sosial perlu duduk semeja dengan pakar-pakar
pembangunan kurikulum meneliti, menilai dan membangunkan satu kurikulum
kursus kerja sosial yang selari dengan keperluan semasa dan perubahan sosial
yang berlaku. Teori, model, teknik dan pendekatan yang digunakan harus bersifat
dinamik; sama seperti kedinamikan yang berlaku di dalam komuniti hari ini.
Penguasaan teori, model, teknik dan pendekatan kerja komuniti kontemporari
dan terkini boleh membantu pekerja sosial yang bekerja dengan komuniti-
komuniti tertentu, khususnya komuniti terpinggir memperkasa dan mengubah
keadaan hidup mereka kepada keadaan hidup yang lebih sejahtera. Bidang-
bidang pengkhususan kerja sosial perlu dikemaskini (updated) mengikut
keperluan terkini masyarakat. Misalnya, kerja sosial malapetaka (disaster social
work), kerja sosial dengan kumpulan masyarakat berisiko (social work with the at-
risk groups) dan kerja sosial dengan kumpulan tersisih (spt., golongan immigran,
golongan suaka politik, golongan HIV/AIDS, golongan transgender) merupakan
satu keperluan mendesak dalam masyarakat Malaysia hari ini.

197

Selain itu, ia harus merangkumi ketiga-tiga tahap praktis dalam kerja
sosial; (1) tahap mikro, (2) tahap mezo dan (3) tahap makro. Pada tahap mikro
misalnya, institusi latihan dan perkembangan kerja sosial yang menyalurkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran praktis kerja sosial kepada para pegawai kebajikan
perlu mengambil kira penawaran bidang-bidang kerja sosial berikut; kerja sosial
klinikal (sangat relevan dengan keperluan masyarakat pada hari ini yang
mengalami banyak isu kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah/ubat-
ubatan/arak) yang mampu melakukan pelbagai jenis rawatan teraputik, kerja
sosial psikiatri, kerja sosial keluarga dan kanak-kanak (child and family social
worker), serta kerja sosial penjagaan kesihatan, kerja sosial perubatan, kerja sosial
geriatrik dan kerja sosial hospis.

Manakala, pada peringkat mezo pula, antara bidang kerja sosial baru yang
perlu dipertimbangkan penawarannya adalah kerja sosial sekolah, kerja sosial
komuniti dan kerja sosial kesihatan komuniti. Akhirnya, bagi tahap makro, antara
bidang kerja sosial baru yang perlu diperlengkapkan kepada pegawai kebajikan
adalah kerja sosial yang terlibat dalam hal-ehwal dasar sosial (public policy social
worker), kerja sosial pentadbiran (administrative social worker), kerja sosial
penyelidikan (research social worker) dan kerja sosial kesihatan persekitaran
(environmental health workers). Pendek kata, kurikulum kerja sosial yang
disampaikan kepada pegawai kebajikan perlu mampu menyalurkan pelbagai jenis
pengetahuan baru (diversity of ideas and knowledge). Kurikulum sebegini
mampu menghasilkan pekerja sosial yang kreatif dan inovatif dalam membantu
klien mereka keluar daripada masalah yang mereka alami.

Kursus-kursus kerja sosial yang disalurkan kepada pegawai kebajikan juga
perlu bersifat kemahiran yang meluas (broad-based skills); bukan hanya
tertumpu kepada bidang saintifik kerja sosial itu sahaja. Ini kerana kerja sosial

198

adalah satu bidang memberi bantuan profesional yang mana seseorang pekerja
sosial perlu bekerja dengan pelbagai jenis individu yang bermasalah.
Pengetahuan kerja sosial yang disulami dengan penyaluran kemahiran-
kemahiran sosial seperti kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar,
kemahiran menyelesai masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran
mentaksir situasi dan sebagainya merupakan satu keperluan untuk mereka yang
menyampaikan praktis kerja sosial.

4.1.2 Penerapan teknik pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dengan
tabii bidang kerja sosial
Penyaluran ilmu kerja sosial berbeza daripada beberapa bidang sains

sosial yang lain. Ia memerlukan satu teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang unik kerana ia membantu anggota masyarakat yang berkeperluan
menyelesaikan masalah yang dialami oleh individu secara in-situ dan hands-on.
Kerja sosial bersifat action-based. Tabii ini menyebabkan teknik pengajaran yang
hanya berlangsung di dalam kelas dan “syarahan” (classroom lecture) mungkin
tidak/kurang sesuai untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran kerja sosial.

Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab di dalam mengurus-tadbir atau
menyelia P&P kerja sosial perlu mempertimbangkan utilisasi pelbagai opsyen
P&P bagi memastikan kakitangan kebajikan yang mengikuti kursus-kursus kerja
sosial dapat menguasai dan memahami ilmu kerja sosial yang disalurkan kepada
mereka. Contohnya, teknik P&P yang berasaskan masalah (problem-based
learning) merupakan satu model P&P yang sesuai untuk pengajaran ilmu
pengetahuan dan kemahiran praktis kerja sosial kerana kerangka kerja
instructional nya serta perspektifnya yang terdorong kepada konstruktivis
(Palincsar, 1998; Savery & Duffy, 1995). Teknik P&P ini memberi ruang kepada
kakitangan kebajikan yang mengikuti kursus-kursus kerja sosial mengeksplorasi
masalah yang ingin diselesaikan, memahami anteseden masalah tersebut dan

199

kemudiannya bersama-sama dengan klien membina intervensi bagi
bertindakbalas dengan masalah tersebut.

Memandangkan kerja sosial adalah satu bidang ilmu yang bersifat
praktikal, elemen ini perlu menjadi komponen teras dalam P&P ilmu kerja sosial.
Bahagian (portion) komponen praktikal ini perlu lebih besar (sekurang-kurangnya
60%) daripada komponen teoritikal yang berlangsung di dalam kelas. Ini
merupakan satu kelebihan kepada kakitangan kebajikan. Kerja mereka
merupakan satu bentuk praktikal untuk mereka. Berkaitan hal ini, sistem
“internship in real work” mungkin boleh dipertimbangkan sebagai salah satu
bentuk extended learning dalam P&P pengetahuan dan kemahiran kerja sosial.

Selain itu, P&P kerja sosial juga perlu disokong dengan pelbagai teknologi
peralatan pembelajaran (learning tool) terkini berkaitan P&P kerja sosial (Nguyen,
2013). Pengajaran dan pembelajaran kerja sosial memerlukan peralatan teknologi
secara langsung (hands-on technologies equipments). Misalnya, digital
organizing and activism yang penting dalam kerja komuniti serta teknologi-
teknologi sosial seperti social networking tool dan social work podcast (Coyle,
2017). Penggunaan peralatan teknologi sebegini mendedahkan pegawai
kebajikan yang mengikuti kursus kerja sosial kepada pengalaman sosial sebenar.
Peralatan teknologi sebegini juga mampu membentuk pekerja sosial yang bukan
sahaja berpengetahuan (knowledgeable social workers), bermaklumat (informed
social workers), tetapi juga pekerja sosial yang mampu memberi impak kepada
kesejahteraan hidup klien mereka.

4.1.3 Bekalan (supply) pasukan (pool) tenaga pengajar kerja sosial yang
transformatif
Penyampaian pengetahuan kerja sosial yang berkesan bergantung kepada

kualiti tenaga pengajar yang menyalurkan ilmu tesebut. Individu yang mengajar

200

kerja sosial juga perlu mematuhi etika kerja sosial, bersifat dinamik dan yang
paling penting adalah bersifat transformatif. Tenaga pengajar yang transformatif
membentuk pengalaman dalam pengajaran yang mendorong pelajar merasa
tertarik dan komited dengan subjek yang dipelajari. Mereka berpotensi tinggi
menjana pemikiran yang kritikal dan analitikal (Finley, 2014).

Agensi yang menawarkan kursus-kursus pengetahuan dan kemahiran
kerja sosial (cth., ISM, JKMM) boleh membina hubungan dan jaringan kerjasama
perkongsian tenaga pengajar dengan IPTA yang ada menawarkan program kerja
sosial dan agensi-agensi perkhidmatan manusia yang berpotensi menjadi rakan
praktikum yang mampu menyalurkan kemahiran praktikal kerja sosial kepada
kakitangan kebajikan yang mengikuti kursus-kursus pengetahuan kerja sosial.

Selain itu, bekalan tenaga pengajar yang transformatif juga boleh
diperolehi menerusi kerjasama (partnership) pelbagai sektor (multi sectoral
partnership) dengan tenaga pakar-tenaga pakar luar menerusi pelbagai sistem
“training and development tenureship” (i.e., fellowship kerja sosial dan industri
perkhidmatan manusia menerusi latihan industrial internship yang mampu
membantu dari segi penyaluran input kecekapan kerja sosial). Tenaga pengajar
kerja sosial yang transformatif lazimnya menyalurkan ilmu dan kemahiran praktis
kerja sosial di dalam kerangka visi humanistik (humanistic vision) yang bersifat
“learning throughout life”;

Juga, pihak ISM dan JKMM boleh mempertimbangkan untuk membina
satu “pool” tenaga pengajar daripada kakitangannya yang berpengalaman dan
mahir di dalam praktis kerja sosial. Strategi ini bukan sahaja menjimatkan, malah,
apa yang lebih penting adalah kakitangan yang berpengalaman ini terdedah
dengan segala organisasi dan prosedur kerja JKMM, dan juga memahami klien
perkhidmatan dan perkhidmatan yang disampaikan dengan baik.

201

4.1.4 Penggalakan penglibatan kakitangan kebajikan dalam kursus-kursus
pengetahuan dan kemahiran praktis kerja sosial
Kajian ini juga mendapati yang tahap pengetahuan dan pengamalan yang

tinggi dalam ilmu kerja sosial mempunyai kaitan rapat dengan strategi JKMM
mempergiatkan kursus-kursus asas berkaitan kerja sosial kepada kakitangannya
yang menyampaikan khidmat kerja sosial. Terdapat lebih 30 kursus kerja sosial
(spt., Program Sijil Eksekutif Praktis Kerja Sosial atau SPEC, Program Diploma
Pasca Siswazah Kerja Sosial atau DPSKS, Kursus Kerja Sosial dalam Komuniti,
Kursus Pemahaman Teori-Teori Sosial, Kursus Pengenalan Kerja Sosial, Diploma
Pasca Siswazah Kerja Sosial) yang ditawarkan oleh JKMM (menerusi ISM dan
kerjasama dengan beberapa IPTA tempatan) untuk kakitangannya yang
menyampaikan khidmat kerja sosial. Kursus-kursus tersebut dilakukan secara
berkala dan berterusan. Penglibatan kakitangan dalam kursus-kursus berkenaan
juga baik. Rata-rata Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu
Pembangunan Masyarakat yang menyertai kajian ini melaporkan yang mereka
telah menyertai kebanyakan kursus asas kerja sosial yang disediakan itu.

Aspek yang perlu diberi perhatian berkaitan kursus-kursus ini adalah
penglibatan dan peluang setiap kakitangan JKMM yang menyampaikan khidmat
kerja sosial untuk menyertai kajian ini. Pengkaji difahamkan yang semua
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat perlu menghadiri kursus-kursus berkenaan. JKMM mempunyai lebih
7,000 kakitangan yang menyampaikan khidmat kerja sosial kepada masyarakat
Malaysia. Jadi, JKMM perlu memikirkan cara bagaimana semua kakitangan ini
mempunyai peluang yang sama untuk menghadirkan diri atau terlibat di dalam
kursus-kursus kerja sosial yang disediakan oleh pihak JKMM.

202

Aspek lain adalah memindahkan segala bentuk halangan fizikal, peribadi
dan sosial yang boleh menyekat atau mengurangkan daya penglibatan
kakitangan yang menyampaikan khidmat kerja sosial untuk menyertai kursus-
kursus ilmu dan kemahiran kerja sosial yang dianjurkan oleh JKMM dan ISM serta
agensi-agensi latihan lain. Aksesibiliti mereka terhadap program-program
peningkatan ilmu dan kemahiran kerja sosial perlu menjadi prioriti utama agensi
latihan. Contohnya, ada beberapa responden kajian wanita yang melaporkan
mereka sukar untuk menyertai kursus-kursus kerja sosial yang dianjurkan oleh
JKMM dan ISM kerana faktor beban tugas dan tanggungjawab keluarga. Justeru,
mereka mengesyorkan agar JKMM mahupun ISM mempertimbangkan inisiatif
mendesentralisasikan program-program pengetahuan dan kemahiran kerja sosial
mereka ke peringkat negeri dan daerah; bukan sahaja terpusat di ISM. Komen
dan cadangan mereka ini tidak boleh dipandang remeh oleh ISM dan JKMM.

Selain itu, perunding juga berpendapat kewujudan pusat-pusat sehenti
(social work learning and training stop centre) berkaitan pengetahuan dan
kemahiran kerja sosial perlu disediakan di pusat-pusat komuniti. JKMM boleh
menempatkan seorang pegawainya yang arif mengenai ilmu dan kemahiran kerja
sosial di pusat-pusat sehenti ini agar para pegawai kebajikannya yang
menyampaikan praktis dan khidmat kerja sosial mempunyai sumber rujukan
terdekat yang boleh mereka akses dan rujuk apabila berhadapan dengan
sebarang kerumitan atau konflik ketika menyampaikan perkhidmatan kerja sosial
kepada klien.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah memindahkan (remove)
kesan-kesan negatif atau tidak produktif (stick and carrot effects) yang mungkin
dihadapi oleh kakitangan sekiranya mereka perlu terlibat di dalam kursus-kursus
kerja sosial, atau terlibat di dalam praktis kerja sosial. Misalnya, kegagalan untuk
menguruskan keluarga, kos emosional dan potensi untuk memperolehi

203

tekanan/bebanan kerja yang kritikal sekiranya perlu mengendalikan praktis
khidmat kerja sosial atau menghadiri kursus/bengkel pengetahuan dan
kemahiran kerja sosial selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan di satu
lokasi yang memerlukan kakitangan meninggalkan keluarga dan tanggungjawab
serta fungsi sosialnya yang lain.

4.2 Memperkasakan Budaya Kecekapan Organisasi Kerja Sosial

Pelan tindakan susulan kedua ini mempunyai kaitan rapat dengan komponen
budaya kecekapan terhadap praktis kerja sosial yang JKMM terapkan ke dalam
diri pegawai kebajikan nya yang menyampaikan praktis kerja sosial. Pelan
tindakan susulan yang ingin dicadangkan oleh pasukan perunding bagi aspek ini
adalah:

(1) Anjakan paradigma budaya kecekapan amalan kerja sosial,
(2) Pemantapan pengamalan praktis kerja sosial berdasarkan piawaian dan

kod etika kerja sosial yang berlandaskan kecekapan berasaskan budaya
Malaysia,
(3) Mewujudkan ekologi kerja yang kondusif dan menyokong penyampaian
praktis kerja sosial,
(4) Program latihan dan pembangunan khas untuk pegawai kebajikan gred
Pembantu Pembangunan Masyarakat; dan
(5) Pembangunan sistem penyeliaan dan pemantauan kerja sosial yang lebih
terancang (structured), sistematik dan praktikal.

4.2.1 Anjakan paradigma budaya kecekapan amalan kerja sosial
Organisasi yang menawarkan perkhidmatan kerja sosial harus menetapkan

semula (repositioning) semula cara mereka mentakrif maksud kecekapan, agar ia
sesuai dengan tabii dan proses kerja sosial. Kecekapan pengamalan praktis kerja
sosial oleh pekerja sosial perlu dilihat dari sudut kebajikan produktif (productive

204

welfare); iaitu khidmat kerja sosial yang disampaikan perlu mempunyai impak ke
atas kehidupan masyarakat/klien perkhidmatan (societal impact practice). Malah,
amalan praktis kerja sosial yang meninggalkan impak positif terhadap
kesejahteraan atau kualiti hidup masyarakat perlu menjadi teras kepada ukuran
atau penilaian kecekapan praktis kerja sosial (core mission of social work
practice) dalam kalangan pekerja sosial. Perkara ini perlu menjadi asas budaya
kecekapan organisasi yang menyampaikan khidmat kerja sosial kepada
masyarakat.

Selain itu, organisasi yang menyampaikan perkhidmatan kerja sosial juga
perlu menggambarkan semula (envisioning) kecekapan pengamalan praktis kerja
sosial mengikut matlamat sosial negara. Contohnya, ia perlu konsisten dengan
kerangka kod tingkah laku (code of conduct) profesional yang berpotensi tinggi
mempromosikan sikap tanggungjawab sosial dalam kalangan pengamal kerja
sosial (promoting social responsibility) dan prinsip keadilan sosial (social justice)
yang menjadi akar umbi kepada praktis yang berbentuk inklusif (inclusion
practice), kesamaan sosial (social equality/ equity) dan amalan memberi peluang
untuk anggota masyarakat memajukan diri dan masyarakat (social opportunities).
Pendek kata, takrif kecekapan yang dapat mengambil kira elemen-elemen sosial
berkenaan mampu membentuk satu sistem amalan praktis kerja sosial yang
sensitif dengan sosiobudaya masyarakat di mana khidmat kerja sosial itu
berlangsung.

4.2.2 Pemantapan pengamalan praktis kerja sosial berdasarkan piawaian
dan kod etika kerja sosial yang berlandaskan kecekapan berasaskan
budaya Malaysia
Bagi memastikan pegawai kebajikan yang menyampaikan khidmat kerja

sosial mengamalkan prinsip, kaedah dan teknik kerja sosial, serangkaian
peraturan tingkah laku kerja berkaitan kerja sosial perlu diwujudkan. JKMM telah
lama mengambil tindakan berkaitan hal ini menerusi perancangan, penggubalan

205

dan pelaksanaan beberapa piawaian berkaitan praktis kerja sosial dan pekerja
sosial. Misalnya, mewujudkan Kod Etika Kerja Sosial, Piawaian Kompetensi Kerja
Sosial, Piawaian Praktis Kerja Sosial Profesional serta Sistem Pengurusan Kerja
Sosial yang boleh menjadi panduan kepada para pegawai kebajikannya. Kajian
ini mendapati piawaian-piawaian berkenaan telah berjaya menghasilkan tahap
pengamalan terhadap praktis kerja sosial yang tinggi di dalam kalangan
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat JKMM yang menyampaikan khidmat kerja sosial.

Sama seperti kursus-kursus pengetahuan dan kemahiran kerja sosial yang
telah disentuh di dalam pelan tindakan pertama laporan kajian perundingan ini,
kandungan setiap piawaian tersebut perlu diperhalusi agar mereka benar-benar
mampu menjadi instrumen untuk mengukur dan menilai kecekapan
penyampaian praktis yang realistik. Misalnya, banyak komen yang diberikan oleh
responden kajian yang mengatakan Sistem Pengurusan Kerja Sosial (CMS) sedia
ada agak membebankan mereka. Sikap majikan (dalam konteks kajian ini
merujuk kepada JKMM) yang terlalu taasub kepada pengamalan praktis kerja
sosial yang terikat dengan pelbagai jenis piawaian praktis kerja sosial profesional
dan kod etika kerja sosial adakalanya membebankan pegawai kebajikan.

Misalnya, kajian ini mendapati yang kadar kelesuan kerja (burnout) dalam
kalangan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu
Pembangunan Masyarakat; khususnya mereka yang mengendalikan kerja kes
adalah tinggi dan kritikal. Anggaran maksimum kes yang diselia dalam sebulan
adalah 300 ke 500 kes. Memandangkan kerja kes melibatkan satu proses yang
panjang, yang menuntut banyak tenaga dan masa Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat, keperluan
mengikuti SOP kerja sosial yang merumitkan amat membebankan kapasiti
mental dan fizikal mereka.

206

Justeru itu, JKMM perlu memberi perhatian kepada aspek ini. Piawaian
praktis kerja sosial serta Sistem Pengurusan Kerja Sosial (CMS) perlu tidak terlalu
cerewet, rigid, rumit dan tidak praktikal bagi situasi-situasi tertentu. Berkaitan hal
ini, JKMM perlu memikirkan bagaimana instrumen-instrumen pengukuran
kecekapan amalan praktis kerja sosial sedia ada boleh ditambahbaik atau
disuburkan lagi agar menjadi satu instrumen yang realistik, tidak membebankan
pegawai kebajikan, senang anjal (fleksibel) dengan pelbagai situasi klien serta
tidak terlalu rigid.

4.2.3 Mewujudkan ekologi kerja yang kondusif dan menyokong
penyampaian praktis kerja sosial
Pelan tindakan susulan ini mempunyai kaitan rapat dengan bukti empirikal

di bahagian limitasi; iaitu apabila responden kajian survei diminta melaporkan
limitasi-limitasi dan kekangan-kekangan yang mereka hadapi yang menghalang
kelancaran mereka untuk menyampaikan praktis kerja sosial secara cekap. Semua
limitasi/kekangan yang mereka laporkan telah diringkaskan di dalam Jadual 78
(supra, hal. 160 dan 161). Manakala, maklumat dalam Jadual 79 pula (supra,
hal.166, 167 dan 168) mengandungi cadangan-cadangan penambahbaikan
terhadap limitasi-limitasi yang wujud.

Tindakan penambahbaikan berasaskan ekologi kerja yang kondusif perlu
memberi penumpuan kepada kedua-dua komposisi kecekapan; iaitu ekologi
fizikal dan ekologi sosial organisasi kerja sosial.

4.2.3.1 Ekologi fizikal organisasi yang kondusif dan menyokong praktis
kerja sosial

Bagi ekologi fizikal, tindakan susulan yang boleh diambil bagi
menambahbaik keadaan persekitaran kerja khidmat kerja sosial seharusnya
merangkumi ketiga-tiga sub komposisi ekologi fizikal organisasi; iaitu (1) sistem

207

pentadbiran perkhidmatan, (2) program/perkhidmatan kerja sosial yang
ditawarkan/disampaikan oleh organisasi serta (3) prasarana fizikal perkhidmatan.

Tindakan susulan bagi penambahbaikan sistem pentadbiran perkhidmatan
merangkumi semua bentuk amalan tadbir-urus perkhidmatan seperti sistem
dokumentasi organisasi, sistem penyampaian perkhidmatan yang diamalkan oleh
organisasi, sistem penyeliaan dan pemantauan yang diamalkan oleh organisasi,
sistem birokrasi organisasi dan sebagainya. Berdasarkan bukti empirikal yang
dipaparkan di dalam Jadual 80 (Supra, hal. 182 dan 183) umpamanya, antara
tindakan susulan yang boleh dipertimbangkan oleh JKMM adalah mengaudit
semula semua sistem pendokumentasian berkaitan perkhidmatan kerja sosial
nya, menghapuskan semua isu birokrasi pentadbiran yang menyekat kelancaran
penyampaian perkhidmatan kerja sosial, mengukuhkan sistem pemantauan dan
penyeliaan praktis kerja sosialnya (ada dibincangkan di dalam satu bahagian
khusus) serta meneliti semula sistem penyampaian perkhidmatan kerja sosial
kepada klien perkhidmatan (i.e., sistem berpusat, sistem blok, berasaskan sistem
pengurusan penjagaan dan sebagainya).

Manakala, untuk sub komposisi program/perkhidmatan yang disampaikan
pula, antara tindakan susulan yang boleh difikirkan oleh organisasi yang
menyampaikan perkhidmatan kerja sosial adalah meneliti semula struktur
program dan perkhidmatan, kesesuaian program/perkhidmatan dengan
keperluan semasa dan kesesuaian perkhidmatan dengan kapasiti sumber
manusia dan fizikal yang dimiliki oleh organisasi yang menyediakan
perkhidmatan.

Akhirnya, bagi sub komponen prasarana fizikal kerja pula, antara tindakan
susulan semerta dan jangka pendek yang boleh diambil oleh organisasi yang
menyampaikan perkhidmatan kerja sosial adalah meneliti semua peruntukan

208

kewangan khusus untuk perluasan perkhidmatan atau praktis kerja sosial,
memperbaharui peralatan-peralatan pentadbiran perkhidmatan kerja sosial serta
menyokong kemudahan mobiliti pekerja sosial (spt., menyediakan pengangkutan
yang memudahkan pekerja sosial bergerak ke lokasi klien).

4.2.3.2 Ekologi sosial organisasi yang kondusif dan menyokong praktis kerja
sosial

Antara tindakan susulan yang boleh dipertimbangkan oleh organisasi
yang menyediakan, menawarkan dan menyampaikan perkhidmatan kerja sosial
adalah seperti berikut:

4.2.3.2 (a) Memperbanyakkan rantaian sistem jaringan kerja praktis kerja
sosial

Seterusnya, bagi ekologi sosial organisasi penyedia dan penyampai
perkhidmatan pula, antara tindakan susulan yang boleh dipertimbangkan adalah
membangunkan sumber penyeliaan dan pemantauan praktis kerja sosial dan
memperkukuhkan sistem jaringan kerja (networking system) antara pelbagai
sektor, disiplin ilmu dan pasukan kerja yang boleh membantu di dalam
penyampaian perkhidmatan kerja sosial yang komprehensif kepada klien
perkhidmatan yang datang dari pelbagai latar sosial, keperluan dan kepentingan.

4.2.3.2 (b) Penambahan kakitangan dalam praktis kerja sosial kes
Selain itu, antara tindakan susulan praktikal yang boleh dipertimbangkan

oleh JKMM bagi menyediakan ekologi sosial yang kondusif untuk penyampaian
praktis khidmat sosial yang cekap adalah menambah pengambilan kakitangan
yang menyampaikan perkhidmatan kerja sosial, dari mereka yang mempunyai
latar pendidikan bidang kerja sosial. Tindakan ini secara langsung boleh
bertindakbalas dengan isu kelesuan kerja dalam kalangan pegawai kebajikan
yang menyampaikan khidmat kerja sosial. Sumber manusia yang terlatih dalam
bidang kerja sosial boleh mengatasi limitasi beban tugas melampau dalam

209

pengendalian kerja kes. Tindakan ini juga mampu mengurangkan beban tugas
melampau dalam kalangan kakitangan kerja kes sedia ada. Namun, tindakan
susulan ini perlu konsisten dengan pelan perjawatan dan pelan strategik
perkhidmatan JKMM.

4.2.3.2 (c) Sokongan sosial untuk pegawai kebajikan yang menyampaikan
khidmat kerja sosial
Sekiranya penambahan perjawatan ini hanya boleh dilakukan secara

berperingkat, ada baiknya dalam masa terdekat ini pihak JKMM membangunkan
satu bentuk sokongan sosial kepada kakitangannya yang menyampaikan kerja
sosial. Sokongan sosial yang disediakan oleh JKMM ini sekurang-kurangnya
mampu “compensate” isu kelesuan kerja dalam kalangan Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat nya yang
terlibat dalam penyampaian khidmat kerja sosial kepada klien.

4.2.4 Program latihan dan pembangunan khas untuk pegawai kebajikan
gred Pembantu Pembangunan Masyarakat
Satu dapatan penting kajian ini adalah Pembantu Pembangunan

Masyarakat menunjukkan tahap kecekapan yang lebih rendah dalam ketiga-tiga
aspek yang diukur oleh kajian ini (pengetahuan, pengamalan dan pematuhan);
berbanding Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. Hanya di dalam aspek
pemantauan sahaja menunjukkan nilai keberkesanan yang lebih tinggi daripada
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat.

Perunding sedar yang faktor pembolehubah latar pendidikan mempunyai
peranan dominan di dalam menyumbang kepada keadaan ini. Kebanyakan
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dalam kajian ini mempunyai
kelayakan akademik yang jauh lebih tinggi daripada Pembantu Pembangunan
Masyarakat.

210

Namun, perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana berbanding
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, lebih ramai kakitangan JKMM
adalah mereka yang berada di dalam gred perjawatan Pembantu Pembangunan
Masyarakat. Ini juga bermakna, mereka merupakan pekerja barisan utama (front
line workers) yang menyampaikan khidmat kerja sosial kepada klien JKMM.

Dalam masa yang sama, perunding juga yakin outcome ini mempunyai
kaitan dengan jenis-jenis dan keadaan kursus kemahiran dan kursus
pengetahuan yang disediakan untuk kumpulan ini. Justeru itu, bagi bertindak-
balas dengan keadaan ini, intervensi yang boleh dipertimbangkan oleh JKMM
adalah merancang satu program pendidikan kerja sosial dan program-program
kemahiran kerja sosial yang spesifik untuk kumpulan perjawatan gred ini.
Program-program kemahiran kerja sosial yang disediakan juga perlu sesuai
dengan kapasiti intelektualiti kumpulan ini. Juga, sistem penilaian kecekapan
untuk mereka juga perlu mengikut kemampuan dan keperluan kerja perjawatan
ini. Pertimbangan sebegini lebih adil untuk mereka.

4.2.5 Pembangunan sistem penyeliaan dan pemantauan kerja sosial yang
lebih terancang (structured), sistematik dan praktikal

Antara limitasi dan cabaran yang kerap disebut oleh keempat-empat
pemberi maklumat utama dan juga responden kajian survei ini adalah kualiti dan
keberkesanan sistem penyeliaan dan pemantauan praktis kerja sosial sedia ada.
Justeru itu, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh agensi terbabit.

Jabatan Kebajikan Masyarakat memang telah mempunyai satu sistem
penyeliaan dan pemantauan untuk praktis kerja sosial. Contohnya, bagi sistem
penyeliaan praktis kerja sosial, JKMM masih menggunakan sistem pengurusan
kes, rundingan kes, bengkel latihan berterusan, Buku Mentor Mentee dan
Laporan Penilaian Tahunan. Manakala, untuk sistem pemantauan praktis kerja

211

sosial pula, JKMM melaksanakan antaranya Sistem Pengurusan Kes Kerja Sosial
(CMS), aduan klien, laporan kes, laporan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) senarai
semak kerja, laporan Rakan Sekerja dan pembentangan kes. Malah, menerusi
temubual dengan Ketua Pengarah JKMM dan Ketua Unit Latihan Kerja Sosial,
mereka ada menyatakan yang JKMM telah menyediakan Buku Panduan
Penyeliaan dan sistem Score Card bagi penyeliaan dan pemantauan praktis
kerja sosial. Kedua-dua instrumen kajian ini bakal digunakan dalam masa
terdekat.

Realitinya, kebanyakan sistem penyeliaan dan pemantauan praktis kerja
sosial sedia ada itu masih tidak berstruktur dan terdapat beberapa “loop holes”.
Kebanyakannya juga bersifat generik sahaja. Akibatnya, sistem-sistem tersebut
tidak berapa cekap untuk digunakan bagi menilai dan memantau amalan kerja
sosial di dalam kakitangan pegawai kebajikan yang menyampaikan khidmat kerja
sosial.

Isu lain berkaitan sistem penyeliaan dan pemantauan amalan kerja sosial
adalah kekurangan kakitangan kerja sosial terlatih di JKMM yang boleh
menjalankan tugas-tugas penyeliaan ke atas Penolong Pegawai Pembangunan
Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat secara sempurna. Bukan
sahaja setakat isu “who can supervise/monitor?”, JKMM juga berhadapan dengan
isu “who can supervise/monitor the supervisor/monitor?” JKMM mempunyai
lebih 7,000 orang kakitangan keseluruhannya, dengan Pembantu Pembangunan
Masyarakat berjumlah 1919 orang dan Penolong Pegawai Pembangunan
Masyarakat berjumlah 1183 orang. Secara keseluruhannya hanya 138 orang
Pegawai Pembangunan Masyarakat yang terlatih dalam bidang kerja sosial.
Komposisi ini tidak seimbang untuk penyeliaan dan pemantauan amalan kerja
sosial. Ini akan menyebabkan lelah-tugas (burnout) dan beban tugas yang tinggi
dalam kalangan mereka yang perlu menyelia. Apatah lagi, penyeliaan kerja sosial

212

melibatkan satu proses yang rumit dan panjang. Pendek kata, JKMM memang
berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga manusia pakar yang boleh
menjalankan penyeliaan dan pemantauan terhadap amalan kerja sosial yang
disampaikan oleh pegawai kebajikannya.

Bagi bertindak-balas dengan limitasi di atas, beberapa tindakan susulan
berikut boleh dipertimbangkan:

(1) Membangunkan satu instrumen penyeliaan dan pemantauan yang
realistik (i.e., mudah guna, praktikal, mudah urus dan mudah ukur) dan
boleh digunakan oleh pegawai kebajikan yang melaksanakan kerja-kerja
penyeliaan dan pemantauan. Instrumen ini perlu juga jelas dan sesuai
dengan tabii praktis kerja sosial. Ia juga perlu merefleksi piawaian kualiti
sejagat mengenai amalan dan perkhidmatan kerja sosial yang cekap,
berkesan dan beretika,

(2) Menyediakan satu buku panduan mengenai penyeliaan dan
pemantauan amalan kerja sosial yang bolel membimbing para penyelia
yang menyelia dan memantau amalan kerja sosial,

(3) Membangunkan sistem inspektorat kualiti sebagai medium penyeliaan
dan pemantauan amalan kerja sosial,

(4) Membangunkan pangkalan data (database) mengenai pekerja sosial
terlatih; sama ada di dalam organisasi JKMM atau di agensi-agensi lain
yang boleh menjadi sumber penyeliaan dan pemantauan amalan kerja
sosial,

(5) Membina jaringan kerja (networking) penyeliaan dan pemantauan
amalan kerja sosial; sama ada individual, kumpulan ataupun menerusi
sistem jawatankuasa penyeliaan dan pemantauan,

(6) Melibatkan pelbagai pihak berkepentingan (multistakeholders
involvement) di dalam pentadbiran instrumen-instrumen penilaian dan

213

pemantauan amalan kerja sosial bagi memastikan praktis penilaian yang
adil.

4.3 Menjana Hubungan Simbiosis Proaktif Antara Perkhidmatan
Kerja Sosial Dengan Struktur Perundangan, Politik dan
Masyarakat

Selain daripada aspek kualiti dan keberkesanan sistem penyeliaan dan
pemantauan amalan kerja sosial, rata-rata responden kajian survei dan pemberi
maklumat utama ada menyentuh mengenai Rang Undang-Undang Pekerja Sosial
dan Akta Kerja Sosial apabila mereka diminta menyatakan pandangan mereka
mengenai limitasi sistem penyeliaan dan pemantauan amalan kerja sosial sedia
ada. Ini menunjukkan yang elemen-elemen sosiobudaya yang mengelilingi
perkhidmatan kerja sosial; khususnya struktur politik dan mekanisme nya (spt.,
dasar sosial, perundangan sosial, ideologi kebajikan, sistem governans kebajikan
negara) dan elemen masyarakat (sosial) mempunyai pengaruh yang amat
bermakna terhadap pembangunan praktis kerja sosial.

4.3.1 Merealisasikan penggubalan Akta Kerja Sosial
Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang signifikan di dalam menjaga

kebajikan hidup rakyat. Bagi memastikan tanggungjawab ini terlunas, kerajaan
pemerintah perlu bertanggungjawab di dalam penyediaan perkhidmatan-
perkhidmatan sosial awam kepada anggota masyarakat, khususnya mereka yang
berkeperluan. Walaupun negara kita bermodelkan kebajikan residual dan
mengamalkan pendekatan kebajikan yang bersasaran (targeted welfare), kerajaan
masih menjadi pembiaya dan pengeluar utama kebanyakan perkhidmatan sosial
dalam negara. Justeru itu, kerajaan bertanggungjawab memastikan perkhidmatan
kerja sosial (salah satu perkhidmatan sosial yang disediakan oleh kerajaan untuk
rakyat) diiktiraf sebagai salah satu daripada perkhidmatan sosial kritikal untuk

214

kesejahteraan hidup rakyat; setanding dengan keperluan perkhidmatan
pendidikan, perumahan, pekerjaan, kesihatan dan sebagainya.

Bagi memperlihatkan kerajaan sebagai “political alliance” kepada
perkhidmatan kerja sosial, kerajaan perlu menjadikan kerja sosial sebagai salah
satu institusi sosial yang penting (institutionalised social work) untuk
pembangunan negara. Kerajaan perlu mengiktiraf kerja sosial sebagai mekanisme
penting kepada kesejahteraan negara. Pengiktirafan kerajaan terhadap
kepentingan kerja sosial dapat direalisasikan menerusi penggubalan Akta Kerja
Sosial. Penggubalan akta ini secara tidak langsung memperlihatkan kepercayaan
(trust) kerajaan terhadap kemampuan kerja sosial sebagai agen transformasi
masyarakat, yang penting untuk pembangunan sosial negara. Sekiranya ini dapat
dilakukan, imej kerajaan sebagai governans kerja sosial mampu melonjakkan
kepercayaan rakyat kepada pemerintah sebagai pemerintah yang peka dan
prihatin terhadap kebajikan hidup mereka. Sebagai balasan, kerajaan pemerintah
sebegini lazimnya disayangi, dihormati dan disayangi oleh rakyat.

4.3.2 Membina advokasi dengan masyarakat agar mereka menyokong
amalan kerja sosial
Selain daripada elemen struktural di atas, kajian ini juga mendapati

elemen kemasyarakatan juga ada disentuh sebagai antara punca yang
mempengaruhi perkembangan praktis kerja sosial di negara ini. Sebahagian
besar rakyat Malaysia masih ketidaktahuan (ignorance) mengenai perkhidmatan
dan praktis kerja sosial. Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai pemahaman yang
kurang membina atau positif mengenai kerja sosial. Kebanyakan rakyat Malaysia
juga mempunyai persepsi konvensional mengenai kerja sosial. Ramai daripada
kita masih melabel kerja sosial sebagai kerja-kerja bantu-membantu yang tidak
ekonomikal. Mereka juga melabel komuniti atau individu yang dibantu (spt.,
golongan miskin, OKU, kanak-kanak juvenil) adalah individu/komuniti yang tidak

215

ada nilai ekonomi atau hanya liabiliti kepada masyarakat. Semua persepsi negatif
ini menyebabkan amalan kerja sosial langsung tidak penting atau tidak dihargai
oleh masyarakat.

Bagi bertindak balas dengan limitasi di atas, perundingan ini
mengesyorkan agar agensi-agensi yang menawarkan praktis dan perkhidmatan
kerja sosial “bekerja” dengan anggota masyarakat menyalurkan maklumat yang
betul dan positif mengenai kepentingan praktis dan khidmat kerja sosial dalam
hidup masyarakat. Kerajaan dan agensi-agensi yang menawarkan praktis dan
perkhidmatan kerja sosial perlu berdialog secara berterusan dengan pelbagai
sektor dalam masyarakat menyebarkan idea mengenai kerja sosial. Ini boleh
dilakukan menerusi inisiatif-inisiatif promosi seperti advokasi sosial dan
pemasaran sosial (social marketing) mengenai praktis dan perkhidmatan kerja
sosial.

216



5.

RUMUSAN DAN HALA TUJU
MASA HADAPAN

Kajian perundingan ini telah dibiayai oleh Institut Sosial Malaysia bagi meneliti
tahap pengetahuan, pengamalan dan pematuhan pegawai kebajikan di JKMM;
khususnya Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu
Pembangunan Masyarakat yang menyampaikan khidmat kerja sosial kepada klien
organisasi mengenai praktis kerja sosial.

Secara spesifiknya, kajian ini mempunyai lima objektif utama, seperti
berikut:

1) Mengukur tahap pengetahuan Penolong Pegawai Pembangunan
Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat terhadap praktis
kerja sosial,

2) Mengukur tahap pengamalan praktis kerja sosial oleh Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat
apabila menyampaikan perkhidmatan kepada klien,

3) Mengenal pasti sistem atau mekanisme pemantauan dan penyeliaan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap Penolong Pegawai Pembangunan
Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat nya yang
menyampaikan khidmat kerja sosial,

217

4) Mengenal pasti tahap pematuhan terhadap Standard Operating
Procedures (SOP) kerja sosial dalam kalangan Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat; dan

5) Menilai semula mekanisme, strategi dan pelan tindakan sedia ada untuk
mengaplikasikan amalan kerja sosial dalam kalangan Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat.

Bagi memandu kajian perundingan ini, Perspektif Kecekapan berasaskan
Budaya (Cultural-Based Competency Perspective) telah digunakan sebagai
kerangka analitikal dan model konseptual kajian. Pemilihan penggunaan
perspektif ini dibuat kerana ia bertindak-balas dengan baik terhadap ekologi
sosio-budaya majmuk di mana sesebuah praktis kerja sosial disampaikan.
Perspektif ini merupakan satu perspektif yang signifikan dan relevan dalam
bidang kerja sosial kerana semua organisasi, program atau perkhidmatan
kerja sosial mengutamakan kecekapan berdasarkan budaya di dalam
penyampaian perkhidmatan mereka. Kecekapan berasaskan budaya
merupakan satu elemen yang penting di dalam penyampaian perkhidmatan
kerja sosial yang berkesan kepada klien perkhidmatan.

Perspektif Kecekapan Berasaskan Budaya menggariskan lima komponen
utama dalam kecekapan atau kompetensi berasaskan budaya budaya. Lima
komponen utama tersebut adalah pengetahuan, praktis/amalan, kecekapan,
budaya organisasi dan sumber manusia. Kelima-lima komponen utama ini
kemudiannya dikentalkan kepada tiga faktor utama yang mempengaruhi
kecekapan penyampaian sesebuah perkhidmatan sosial (dalam konteks kajian ini
ia merujuk kepada perkhidmatan kerja sosial). Tiga faktor tersebut adalah modal
insan/sumber manusia yang menyampaikan perkhidmatan, budaya kecekapan
yang terdapat atau diamalkan oleh organisasi perkhidmatan serta struktur
sosiobudaya yang melingkari perkhidmatan sosial.

218

Perspektif Kecekapan Berasaskan Budaya percaya segerombolan modal
insan yang berkualiti diperlukan bagi menyampaikan sesuatu khidmat sosial yang
efisian. Modal insan yang berkualiti dicirikan oleh pemilikan ilmu pengetahuan
yang baik dan penguasaan kemahiran yang cekap berkaitan bidang
perkhidmatan yang disampaikan (dalam konteks kajian ini ia merujuk kepada
pengetahuan kerja sosial). Selain itu, modal insan yang berkualiti juga dicirikan
oleh pengamalan kakitangan yang menyampaikan perkhidmatan terhadap
prosedur kerja, protokol dan standard operating procedures (SOP) perkhidmatan
serta mempunyai inisiatif diri untuk memajukan diri dan membangunkan
perkhidmatan yang disampaikan. Sekiranya elemen pertama dan kedua ini ada di
dalam diri modal insan yang menyampaikan perkhidmatan, Perspektif Kecekapan
Berasaskan Budaya percaya sumber manusia yang menyampaikan perkhidmatan
mampu menjalankan tugas dengan cekap dan baik mengikut garis panduan,
peraturan, etika dan nilai-nilai kod sosial yang telah ditetapkan oleh
perkhidmatan sosial tersebut.

Seterusnya, Perspektif Kecekapan Berasaskan Budaya juga menekankan
kepentingan suasana budaya kecekapan yang terdapat di dalam organisasi yang
menyediakan perkhidmatan sosial itu. Organisasi yang mempunyai misi, visi dan
objektif yang jelas dan sesuai dengan fungsi perkhidmatan sosial yang
disediakan memberi satu matlamat kerja (work purpose) yang boleh dicapai oleh
sumber manusia yang menyampaikan perkhidmatan. Bagi konteks kerja sosial,
budaya perkhidmatan yang berpusatkan atau berpaksikan (client-focused)
menyediakan ruang yang jelas untuk kakitangan mengenali dan membantu klien
perkhidmatan dengan tepat. Selain itu juga, organisasi yang memandang tinggi
kepada pasukan jaringan kerja dari pelbagai disiplin memperluaskan kecekapan
kakitangan dalam membantu klien perkhidmatan. Organisasi yang
mempraktikkan sistem dan mekanisme penyeliaan, pemantauan dan penilaian

219

terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan secara tidak langsung akan
membentuk sikap melunaskan tanggungjawab dengan cekap dalam kalangan
kakitangan. Pendek kata, organisasi yang berbudayakan kecekapan kerja secara
tidak langsung menggambarkan satu persekitaran yang menyokong dan
menggalakkan pembangunan perkhidmatan.

Faktor terakhir (tetapi paling signifikan) yang disentuh oleh Perspektif
Kecekapan berasaskan budaya adalah struktur sosiobudaya yang mengelilingi
perkhidmatan. Perkhidmatan sosial perlu diiktiraf kepentingannya bagi
menggiatkan lagi penerapannya ke dalam kehidupan masyarakat. Berkaitan hal
ini, input-input struktural seperti satu dasar sosial khusus berkaitan praktis dan
ilmu kerja sosial, satu akta khusus untuk perkhidmatan dan praktis kerja sosial
serta satu kepimpinan politik yang mampu mengiktiraf kepentingan dan
menaiktaraf status kerja sosial dalam masyarakat adalah kritikal di dalam
memotivasi kakitangan yang menyampaikan khidmat sosial dengan cekap dan
berkesan. Juga, elemen kemasyarakatan seperti sikap masyarakat terhadap
perkhidmatan, kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai perkhidmatan,
persepsi masyarakat mengenai perkhidmatan serta penerimaan masyarakat
terhadap perkhidmatan berperanan penting di dalam mempengaruhi kecekapan
penyampaian sesuatu khidmat sosial kepada anggota masyarakat.

Seterusnya, bagi mengumpulkan maklumat-maklumat penting berkaitan
kelima-lima objektif kajian ini, satu survei yang melibatkan 346 orang Penolong
Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat di
setiap agensi JKMM di seluruh negara telah dilakukan. Namun, hanya 305 orang
sahaja yang dapat melibatkan diri dalam kajian ini. Mereka telah diminta mengisi
satu borang soal-selidik yang mengandungi soalan-soalan berstruktur mengenai
pengetahuan mereka terhadap bidang kerja sosial, pengamalan praktis kerja
sosial semasa mereka menyampaikan perkhidmatan kepada klien, pematuhan

220

mereka terhadap SOP kerja sosial serta pandangan mereka mengenai sistem
penyeliaan dan pemantauan kerja sosial yang sedia ada. Selain survei ini, kajian
ini juga telah menemubual secara mendalam empat orang kakitangan kanan di
JKMM bagi mengumpulkan maklumat yang lebih terperinci mengenai sistem dan
mekanisme penyeliaan dan pemantauan kerja sosial serta pelan tindakan bagi
memajukan lagi praktis kerja sosial dalam kalangan kakitangan kebajikan yang
menyampaikan khidmat kerja sosial.

Kajian ini telah berjaya mengumpulkan data yang banyak dan “kaya”
mengenai subjek fokus kajian. Semua objektif kajian ini telah tercapai. Intipati
utama berkaitan dapatan-dapatan kajian ini adalah pegawai kebajikan, khususnya
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat di JKMM mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap
bidang kerja sosial. Mereka juga menunjukkan pengamalan yang baik/tinggi
terhadap praktis kerja sosial. Berkaitan dengan pematuhan pula, kajian ini juga
mendapati yang mereka mempunyai tahap pematuhan yang tinggi terhadap
segala standard operating procedures (SOP), kod etika, sistem pengurusan kerja
sosial (social work case managament system), peraturan dan prosedur kerja
berkaitan kerja sosial. Seterusnya, bagi aspek penyeliaan dan pemantauan kerja
sosial, kajian ini juga mendapati yang mereka tahu dan faham mengenai sistem-
sistem tersebut.

Berdasarkan kepada bukti-bukti empirikal tersebut, para perunding yang
terlibat di dalam kajian ini telah memberikan beberapa cadangan bagi
memperkukuhkan dan memperkasakan lagi kebanyakan tindakan intervensi
proaktif yang telah dirancang, diambil dan dilaksanakan oleh pihak Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia, mahupun pihak Institut Sosial Malaysia. Memandangkan banyak komen
telah diberikan oleh responden kajian terhadap faktor budaya kecekapan

221

organisasi, cadangan tindakan susulan banyak tertumpu kepada aspek ini. Antara
tindakan susulan yang disyorkan di bahagian ini adalah pengukuhan dan
pemantapan sistem dan mekanisme penyeliaan dan pemantauan kerja sosial dan
juga penyuburan budaya organisasi yang menyokong praktis kerja sosial.

Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat mempunyai
tahap pengetahuan dan pengamalan yang baik terhadap ilmu dan kemahiran
praktis kerja sosial, kajian ini masih mencadangkan pemantapan kurikulum kursus
pendidikan dan kemahiran kerja sosial yang disampaikan kepada kakitangan JKM
yang mengikuti kursus-kursus akademik dan kemahiran kerja sosial di sama ada
JKMM mahupun ISM. Ia merangkumi penelitian terhadap kandungan kursus,
teknik pengajaran dan pembelajaran kerja sosial dan tenaga pengajar dan
instruktor kemahiran kerja sosial. Bagi pengamalan pula, kajian ini
mengesyorkan agar piawaian praktis kerja sosial dan kod etika amalan kerja
sosial yang digunapakai ditambah baik acuannya agar mengikuti Perspektif
Kecekapan Berasaskan Budaya, agar ia bersesuaian dengan konteks sosial
masyarakat Malaysia.

Di dalam bahagian penutup ini, pasukan perunding perlu memberi
pencerahan kepada kepentingan mempunyai satu akta khusus berkaitan kerja
sosial. Ini berkaitan rapat dengan faktor struktur sosiobudaya yang mengelilingi
perkhidmatan kerja sosial di negara ini. Ini merupakan hala tuju masa hadapam
pembangunan praktis kerja sosial profesional di negara ini.

Semua komuniti kerja sosial (social work community) di negara ini tahu
dan sedar mengenai Rang Undang Kerja Sosial. Penggubalan Rang Undang-
undang (RUU) Profesion Kerja Sosial pertama kalinya telah dicadangkan pada
tahun 2012. RUU Profesion Kerja Sosial ini dilihat perlu bagi menangani pelbagai

222

isu dan masalah sosial yang membimbangkan. Pendek kata, RUU Profesion Kerja
Sosial ini penting dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian
perkhidmatan kebajikan profesional kepada rakyat. Secara simboliknya, RUU
Profesion Kerja Sosial ini menggambarkan siapsiaga masyarakat Malaysia
terhadap sebarang risiko sosial yang mampu menggugat kesejahteraan hidup
masyarakat.

Secara teoritikalnya, RUU Profesion Kerja Sosial dan Akta Kerja Sosial
merupakan struktur utama (superstructure) kehidupan masyarakat. Akta Kerja
Sosial merupakan tonggak kepada kefungsian perkhidmatan kerja sosial negara.
Kewujudan akta ini bukan sahaja mampu melonjakkan kualiti perkhidmatan sosial
yang JKMM sampaikan kepada rakyat, malah, ia merefleksi ideologi kebajikan
(welfare ideology) yang pro dan mengutamakan kebajikan rakyat. Kerajaan
pemerintah yang pro dan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyatnya
lazimnya berpotensi tinggi untuk mencapai matlamat sosial negara seperti
pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu padu, berintegriti dan adil.

Sebagai struktur tonggak kepada kehidupan masyarakat, Akta Kerja Sosial
berperanan penting di dalam mengekalpulihara (maintains) dan membentuk
(shapes) struktur asas (base or substructure) masyarakat (spt., modal insan,
komoditi, sumber fizikal, peralatan, mekanisme, bahan mentah). Dalam konteks
kerja sosial umpamanya, Akta Kerja Sosial mampu membentuk kualiti modal
insan (social capital) seperti Pegawai Kebajikan, Penolong Pegawai Pembangunan
Masyarakat, Pembantu Pembangunan Masyarakat serta Pekerja Sosial Profesional
yang menyampaikan khidmat kerja sosial kepada masyarakat. Akta Kerja Sosial
membentuk satu hubungan yang produktif (positive relations of production) di
antara modal insan yang menyampaikan praktis kerja sosial dengan struktur-
struktur sosial utama yang terdapat dalam negara (spt., institusi keluarga,
agama/kepercayaan, budaya, media, politik, sains, Pendidikan). Akta Kerja Sosial

223

juga penting di dalam memandu-urus peralatan pengeluaran (means of
production) perkhidmatan kerja sosial seperti peralatan penyeliaan dan
pemantauan kerja sosial, teknik dan strategi kerja sosial yang efisian untuk
membantu klien serta model-model terapi dan intervensi yang mesra kos dan
mesra keperluan klien.

Pendek kata, keperluan mempunyai satu akta khusus berkaitan kerja
sosial; iaitu Akta Kerja Sosial adalah kritikal. Hubungan simbiosis antara Akta
Kerja Sosial dan praktis kerja sosial di dalam membentuk masyarakat Malaysia
yang sejahtera tidak boleh dinafikan lagi (Rajah C). Komuniti kerja sosial
memerlukan akta khusus ini untuk memajukan lagi praktis kerja sosial di dalam
menguruskan kehidupan masyarakat. Manakala, negara memerlukan
perkhidmatan kerja sosial bagi membantu membentuk masyarakat Malaysia
yang sejahtera.

Penggubalan Akta Kerja Sosial mengambil masa yang agak lama.
Keraguan segelintir anggota masyarakat terhadap perkhidmatan kerja sosial
mungkin menjadi penyumbang utama kepada kelembaman kelulusan akta ini.
Mungkin ada diantara anggota masyarakat yang mempertikaikan persediaan kita
terhadap akta ini. Dari segi sumber manusia dan fizikalnya, mungkin ada di
antara kita yang masih mempertikaikan kapasiti dan siapsiaga JKMM untuk
menjamin penyediaan perkhidmatan kerja sosial yang berkualiti sebaik sahaja
akta ini diluluskan. Dapatan kajian ini yang menunjukkan majoriti pegawai
kebajikan (khususnya Penolong Pegawai Pembantu Masyarakat dan Pembantu
Pembangunan Masyarakat) mempunyai tahap pengetahuan, tahap pengamalan
dan tahap pematuhan yang tinggi dalam aspek ilmu, kemahiran dan praktis kerja
sosial memadai untuk membuktikan yang JKMM mempunyai modal insan yang
berkapasiti untuk menyampaikan perkhidmatan kerja sosial yang cekap kepada
anggota masyarakat. Malah, persiapan JKMM dan agensi-agensi sekutunya yang

224

lain (misalnya menerusi Pelan Perancangan Strategik Kerja Sosial 2016-2020 nya,
Sistem Pengurusan Kerja Sosial, Standard Operating Procedure (SOP) Kerja Sosial
nya, dan NOSS membuktikan yang organisasi sosial negara ini telah bersedia
untuk menerima akta ini.

Perkara terakhir yang laporan ini ingin tegaskan ialah berkaitan dengan
keperluan mempunyai satu akta khusus berkaitan kerja sosial adalah Akta Kerja
Sosial ini mempunyai banyak manfaat kepada kesejahteraan hidup masyarakat.
Pengalaman di negara-negara maju (spt, Britain, Amerika Syarikat, Jepun,
Sweden, Singapura) yang mempunyai Akta Kerja Sosial memperlihatkan kejayaan
akta berkenaan meregulasi kehidupan sosial masyarakat. Ramifikasi signifikan
akta ini adalah ia melindungi para pekerja sosial yang menyampaikan khidmat
kepada masyarakat. Setiap hari pekerja sosial menyalurkan pelbagai bentuk
bantuan dan khidmat sosial kepada anggota masyarakat yang mempunyai
pelbagai jenis defisit keperluan dan masalah, dan berlangsung di dalam pelbagai
konteks ekologi sosial yang rumit dan merbahaya (spt., agensi-agensi kebajikan
kanak-kanak, sekolah, pusat kesihatan mental, hospital, penjara). Keselamatan
pekerja sosial perlu diberi keutamaan apabila bekerja di dalam latar-latar ekologi
yang berisiko itu. Pekerja sosial selalu terlibat (engaging) dalam situasi-situasi
yang membahayakan diri mereka. Mereka cenderung menjadi sasaran serangan
verbal dan fizikal (verbal and physical assaults), malah, berisiko untuk dijangkiti
oleh penyakit yang dihidapi oleh klien yang mereka bantu.

225

Raja
Hubungan Simbiosis Antara Akta Ke

Kekalpulihara
(dan membentuk)

Struktur Asas

ah C
erja Sosial dan Praktis/Profesion Kerja Sosial

Struktur Utama

Membentuk
(dan kekalpulihara)

226

Setelah hampir 72 tahun khidmat kerja sosial ini berlangsung di JKMM,
masih tidak terdapat satu akta khusus pun yang melindungi hak dan keselamatan
pekerja sosial di negara ini. Justeru itu, menerusi penggubalan Akta Kerja Sosial,
pekerja sosial yang secara konsistennya menjadi pekerja barisan hadapan
menghulurkan bantuan kepada anggota masyarakat yang mengalami krisis,
mempunyai satu sumber perundangan yang melindungi keselamatan mereka
semasa bekerja. Perundangan sosial ini juga berpotensi tinggi untuk
mengurangkan insiden keganasan fizikal atau serangan sosial (social assaults)
terhadap pekerja sosial.

Pada masa-masa hadapan, pasukan perunding berharap kajian sebegini
perlu diperluaskan lagi liputannya. Ia harus merangkumi semua pekerja sosial di
JKMM; bukan hanya meliputi gred-gred perjawatan tertentu. Kedua, Pegawai
Kerja Sosial di JKMM juga perlu dinilai kemahiran praktis kerja sosial mereka serta
pematuhan mereka terhadap SOP kerja sosial secara berkala. Ketiga, kecekapan
penyampaian perkhidmatan sebaiknya dinilai oleh klien yang menerima
perkhidmatan. Justeru itu, kajian-kajian pada masa akan datang perlu memberi
peluang kepada klien perkhidmatan untuk menilai tahap pengetahuan,
pengamalan dan pematuhan pegawai kebajikan yang menyampaikan khidmat
kerja sosial kepada mereka. Akhirnya, persepsi dan sikap masyarakat Malaysia
mengenai perkhidmatan kerja sosial juga perlu diterokai bagi melihat kedudukan
kerja sosial di dalam hati dan minda rakyat Malaysia. Input-input yang bakal
dihasilkan daripada kajian-kajian tersebut mempunyai prospek yang tinggi dalam
membantu agensi membangunkan lagi perkhidmatan, profesion dan praktis kerja
sosial di negara ini.

227



SENARAI RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan., Mohd Najib Ghafar., & Anis Ayuni. (2010, Oktober 19-20).
Fostering inter group contacts among multiracial students In Utm. Paper
presented at International Conference on Learner Diversity: ICELD 2010.
Bangi, Selangor: UKM.

Amna Md Noor. (2000). Keperluan dan Cabaran Masa Depan Praktis Kerja Sosial di
Sekolah. Seminar Kebangsaan Kerja Sosial 1999.

Argyris, C., & Schon, D. (1978). Organizational learning: A Theory of action
perspective, Reading. Menlo Park, California: Addison Wesley Publishing
Company.

Ayob Jantan. (2004). Pengetua Sekolah Yang Efektif. Batu Caves, Selangor: PTS
Professional.

Banks, J.A. (2004). Introduction: Democratic citizenship education in multicultural
societies. In J. A. Banks (Ed.), Diversity and citizenship education: Global
perspectives (pp. 3-15). San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Buku Pelan Strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat 2016-2020.
http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/penerbitan/BUKU%20PELAN%2
0STRATEGIK%20JKM%202016-2020%20FINAL%20(FULL).pdf

Coyle, S. (2017). Teaching with technology in Social Work Education. Social Work
Today, 17(2):14

Davis, P., & Donald, B. (1997). Multicultural counselling competencies: Assessment,
evaluation, education and training, and supervision. Thousand Oaks, CA:
Sage Publications.

Diller, J.V. ( 2007). Cultural diversity: A primer for the human services (3rd ed.).
Belmont, CA: Thompson.

Finley, T. (2014). 4 things transformational teachers do. http://www.edutopia.org
(retrieved 13 November 2018).

Fuziah Shaffie & Abd Razak Abd Manaf. (2001). Pengenalan kerja sosial. Artikel-
artikel Pilihan. Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.

228


Click to View FlipBook Version