al 74
Kerja Sosial Bagi Peningkatan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan
mbangunan Pen. Pegawai Keseluruhan
rakat Pembangunan
Masyarakat
an Tahap Min Sisihan Tahap Min Sisihan Tahap
ai Piawai Piawai
5 Tinggi 2.57 .527 Tinggi 2.57 .531 Tinggi
6 Tinggi 2.57 .529 Tinggi 2.59 .538 Tinggi
7 Tinggi 2.58 .497 Tinggi 2.54 .522 Tinggi
145
Sambungan Jadual 74 Pembantu Pem
Masyar
PENINGKATAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN
PERKHIDMATAN
Min Sisiha
Piawa
Melaksanakan bengkel penyediaan material bagi 2.51
menyebarluaskan piawaian Kompetensi Praktis Kerja 2.50 .536
Sosial.
2.55 .536
Menyebarluaskan material Piawaian Kompetensi 2.55
Praktis Kerja Sosial kepada kakitangan jabatan. .547
Pemadanan Sistem Pengurusan Kerja Sosial (CMS)
dengan Standard Operating Procedures (SOP) .532
sedia ada
Bengkel pemadanan Sistem Pengurusan Kerja Sosial
(CMS) dengan Standard Operating Procedures (SOP)
sedia ada JKM.
Semakan SOP yang telah dipadankan dengan Sistem
Pengurusan Kerja Sosial (CMS).
mbangunan Pen. Pegawai Keseluruhan
rakat Pembangunan
Masyarakat
an Tahap Min Sisihan Tahap Min Sisihan Tahap
ai 2.44 Piawai 2.48 Piawai Tinggi
6 Tinggi
.529 Tinggi .533
6 Tinggi 2.48 .559 Tinggi 2.49 .543 Tinggi
7 Tinggi 2.51 .578 Tinggi 2.53 .558 Tinggi
2 Tinggi 2.43 .639 Tinggi 2.51 .577 Tinggi
146
3.7.4 Penyelidikan dan pembangunan
Penyelidikan dan pembangunan merupakan salah satu sub item yang
disenaraikan sebagai salah satu keberkesanan pelan tindakan JKM. Melalui Jadual
75, setiap sub item menunjukkan tahap keberkesanan penyelidikan dan
pembangunan di tahap tinggi dengan skor purata tertinggi dicatatkan melalui
item mewujudkan jaringan kerjasama serantau peringkat pegawai dan fellowship
antara negara ASEAN dalam bidang kerja sosial (min.=2.57, sp.=0.55).
3.7.5 Promosi dan advokasi
Akhirnya, Jadual 76 memaparkan kaedah promosi dan advokasi di dalam
keberkesanan pelan tindakan amalan kerja sosial. Walaupun keseluruhan tahap
keberkesanan promosi dan advokasi adalah tinggi, aktiviti melaksanakan
jerayawara bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap usaha
meningkatkan profesionalisme kerja sosial merupakan skor min tertinggi
(min.=2.53, sp.=0.52).
147
Jadua
Skor Bagi Setiap Item Tahap Keberkesanan Pelan Tindakan
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN Pembantu Pem
Masyar
Min Sisihan
Piawai
Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam kerja 2.51
sosial 2.56 .555
Menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kebajikan .535
Masyarakat di Kuala Kubu Bharu. 2.58
Menaik taraf jurnal kebajikan yang sedia ada kepada satu jurnal 2.54 .496
yang berimpak tinggi yang diperakukan oleh Pusat Sitasi Malaysia 2.56 .552
dan menerbitkan hasil penyelidikan ke dalam jurnal flagship. .534
Penerbitan artikel dalam bidang kerja sosial. 2.53
Kerjasama strategik dengan IPT dalam penganjuran persidangan 2.50 .534
dan seminar. 2.51 .550
Mewujudkan jaringan kerjasama serantau peringkat pegawai dan 2.51 .534
fellowship antara negara ASEAN dalam bidang kerja sosial. .551
Memantapkan mekanisme penilaian terhadap usaha
meningkatkan profesionalisme kerja sosial
Penilaian Outcome program/latihan berkaitan bidang kerja sosial.
Melaksanakan tinjauan kefahaman dan kesediaan pelaksanaan
Piawaian Kompentasi Praktis Kerja Sosial.
Menilai pelaksanaan Piawaian Kompentasi Praktis Kerja Sosial.
Penilaian kompetensi PKMD dan ketua institusi.
al 75
n Amalan Kerja Sosial Bagi Penyelidikan dan Pembangunan
mbangunan Pen. Pegawai Pembangunan Keseluruhan
rakat Masyarakat
Sisihan Tahap
n Tahap Min Sisihan Tahap Min Piawai
i Piawai
5 Tinggi 2.41 .660 Tinggi 2.47 .597 Tinggi
5 Tinggi 2.52 .644 Tinggi 2.54 .576 Tinggi
6 Tinggi 2.49 .616 Tinggi 2.55 .543 Tinggi
2 Tinggi 2.58 .575 Tinggi 2.56 .560 Tinggi
4 Tinggi 2.58 .579 Tinggi 2.57 .551 Tinggi
4 Tinggi 2.49 .530 Tinggi 2.52 .532 Tinggi
0 Tinggi 2.47 .581 Tinggi 2.49 .561 Tinggi
4 Tinggi 2.46 .580 Tinggi 2.49 .551 Tinggi
1 Tinggi 2.52 .556 Tinggi 2.51 .551 Tinggi
148
Jadua
Skor Bagi Setiap Item Tahap Keberkesanan Pelan Tind
PROMOSI DAN ADVOKASI Pembantu Pem
Masyar
Min Sisiha
Piaw
Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat
terhadap usaha meningkatkan profesionalisme
kerja sosial
Melaksanakan publisiti dan promosi (spt: seminar, 2.49 .579
persidangan, pameran, hari kerja sosial, hebahan
media perdana dan media sosial).
Melaksanakan jerayawara (spt: akta pekerja sosial, 2.52 .533
peraturan-peraturan kerja sosial, Piawaian Kompentasi
Kerja Sosial, Sistem Pengurusan Kerja Sosial).
Mengukuhkan jaringan kerjasama multi sektoral
dalam bidang kerja sosial
Memantapkan kerjasama strategik dalam bidang kerja 2.50 .519
sosial (MOU dengan IPTA, kerja sama strategik
dengan sektor awam, pemain industri, agensi-agensi
lain, pemimpin tempatan).
al 76
dakan Amalan Kerja Sosial Bagi Promosi dan Advokasi
mbangunan Pen. Pegawai Keseluruhan
rakat Pembangunan
Masyarakat
an Tahap Min Sisihan Tahap Min Sisihan Tahap
wai Piawai Piawai
9 Tinggi 2.51 .548 Tinggi 2.50 .565 Tinggi
3 Tinggi 2.55 .501 Tinggi 2.53 .519 Tinggi
9 Tinggi 2.55 .527 Tinggi 2.52 .521 Tinggi
149
3.8 Kelemahan/limitasi sistem penyeliaan dan
pemantauan sedia ada
Persoalan kedua kajian ini adalah mengapa sistem penyeliaan dan pemantauan
khidmat kerja sosial yang sedia ada perlu diperkukuhkan lagi agar JKMM boleh
memperkasakan lagi Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan
Pembantu Pembangunan Masyarakat nya (Supra, halaman 21)? Bagi menjawab
persoalan ini, kajian ini telah mengumpulkan maklumat tiga perkara berikut:
(1) Jenis-jenis sistem/ mekanisme penyeliaan dan pemantauan yang
terdapat di JKMM.
(2) Limitasi/ fragmentasi yang wujud di dalam sistem/ mekanisme
penyeliaan dan pemantauan sedia ada.
(3) Tipologi sumber yang diperlukan oleh JKMM bagi memperkasakan
sistem/ mekanisme penyeliaan dan pemantauan nya.
Maklumat bagi ketiga-tiga perkara di atas telah dikumpulkan menerusi
soalan-soalan berstruktur dalam instrumen kajian. Selain daripada soalan-soalan
berstruktur, terdapat dua soalan terbuka di dalam instrumen kajian yang
digunakan bagi memberi peluang kepada responden kajian menyatakan
pandangan mereka mengenai dua perkara. Pertama, kelemahan atau limitasi
yang terdapat di dalam sistem penyeliaan dan pemantauan sedia ada. Kedua,
cadangan bagi menambahbaik sistem penyeliaan dan pemantauan berkenaan.
Selain responden yang terlibat di dalam survei, temubual mendalam dengan lima
orang pemberi maklumat utama (key informants) yang merupakan para Pegawai
Kanan dan Pegawai Tertinggi JKMM juga telah ditanya mengenai hal ini.
Kelemahan atau limitasi yang terdapat di dalam sistem penyeliaan dan
pemantauan sedia ada dilaporkan di dalam bahagian ini.
150
Dapatan data kualitatif ini disusun ke dalam tiga tema yang dibentuk selari
dengan model konseptual kajian ini yang berteraskan Perspektif Kecekapan
berasaskan Budaya (Supra, hal.35); iaitu:
(i) Kualiti sumber manusia yang mengendalikan penyeliaan dan
pemantauan kerja sosial,
(ii) Budaya kecekapan organisasi; dan
(iii) Struktur sosiobudaya yang mengelilingi perkhidmatan kerja sosial.
3.8.1 Tema 1: Kualiti sumber manusia yang mengendalikan
penyeliaan dan pemantauan kerja sosial
Komponen pertama yang disentuh oleh Perspektif Kecekapan berasaskan
Budaya adalah kualiti sumber manusia yang menyampaikan perkhidmatan. Ia
merangkumi tiga sub komponen utama; iaitu pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki oleh sumber manusia (kualiti kognitif), pengamalan (sensori motor) yang
melibatkan aspek kefahaman sumber manusia terhadap prosedur kerja yang
telah ditetapkan oleh organisasi, kemampuan menyampaikan perkhidmatan
mengikut kerangka prosedur kerja yang telah digariskan oleh organisasi kerja
serta mempunyai inisiatif kendiri untuk memajukan diri membangunkan
perkhidmatan yang disampaikan, serta pematuhan (penjiwaan tingkah laku) yang
merujuk kepada kemampuan sumber manusia menjalankan tugas dengan baik
mengikut garis panduan, peraturan, etika dan nilai spesifik yang telah ditetapkan
oleh perkhidmatan (di dalam konteks kajian ini merujuk kepada perkhidmatan
kerja sosial).
3.8.1.1 Kekurangan Pegawai Kerja Sosial terlatih
Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan yang Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat yang
terlibat di dalam kajian ini mempunyai tahap pengetahuan, pengamalan dan
pematuhan yang tinggi berkaitan ilmu, kemahiran dan SOP kerja sosial, terdapat
151
beberapa aspek dalam sumber manusia yang menyampaikan khidmat kerja sosial
yang menyumbang kepada limitasi kepada penyampaian perkhidmatan kerja
sosial yang efektif.
Ketua Pengarah JKMM misalnya menyatakan JKMM masih tidak
mempunyai ramai kakitangan yang benar-benar terlatih di dalam bidang kerja
sosial. Maklumat beliau disokong oleh dapatan kuantitatif kajian ini yang
melaporkan hanya 1.3 peratus responden kajian ini datang dari mereka yang
mempunyai latarbelakang akademik dalam bidang kerja sosial (Jadual 22, Supra
hal. 56). Menurut beliau, sehingga kini JKMM hanya mempunyai seramai 138
orang kakitangan bertaraf pegawai yang berkelulusan Ijazah Kerja Sosial.
Kekurangan Pegawai Kerja Sosial yang benar-benar dari bidang pengajian Kerja
Sosial ini menyebabkan JKMM mengalami masalah dalam penyeliaan kerja sosial
yang disampaikan oleh Pembantu Pembangunan Masyarakat dan Penolong
Pegawai Pembangunan Masyarakat. Menurut beliau:
Kalau kita tengok sekarang ini, pegawai kita yang dalam
Kerja Sosial tak ramai. Tak ramai yang betul betul dalam
bidang Kerja Sosial ini. Tak salah saya 138 orang sahaja
pegawai kita yang betul-betul dalam bidang ini. Jadi, kita
ada masalah dalam penyeliaan. Kita menyelia secara umum
sahaja. Biasa sahaja. Tak ada satu pun yang kita panggil
penyeliaan yang betul-betul. Kalau ikut sekarang ini,
sekarang ini kita nak wujudkan sistem mentoring dan
coaching. Kita nak wujudkan itu sebab tak ramai. Itu
masalah. Kita ada hanya 138 orang yang betul-betul dalam
bidang itu. Bila kita buat PKMS semua ini, kita nak guna
orang dalam bidang kerja sosial ini jadi mentor kepada
yang lain-lain, yang bukan bidang.
(Ketua Pengarah JKMM, 9/11/2018; 5.45 ptg; Putrajaya)
Berikutan daripada kekangan kekurangan Pegawai Kerja Sosial terlatih,
JKMM tidak mempunyai “pool” atau pasukan penyelia kerja sosial yang mampu
menyelia kakitangannya yang bukan dari latar kerja sosial, tetapi, merupakan
152
sumber utama yang menyampaikan khidmat kerja sosial. Akibatnya, tugas
penyeliaan tidak dapat dijalankan secekap dan sekerap mungkin. Apa yang
berlaku adalah kakitangan yang paling kanan dalam unit kerja atau perkhidmatan
menyelia kakitangan yang masih baharu. Kekangan ini menyebabkan beberapa
responden kajian menyatakan antara limitasi utama di dalam sistem penyeliaan
dan pemantauan adalah kurang pegawai atasan yang turun padang menyelia
dan memantau Pembantu Pembangunan Masyarakat dan Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat yang menyampaikan khidmat kerja sosial. Malah, ada
di antara mereka yang menyatakan antara sebab pegawai kanan mereka
(khususnya pegawai-pegawai yang baharu) tidak menyelia kerana pegawai
tersebut tidak tahu cara untuk menyelia.
3.8.1.2 Khidmat kerja sosial yang hanya bersifat generik
Dari aspek pengetahuan pula, antara limitasi yang menyumbang kepada
kelemahan dalam sistem penyeliaan dan pemantauan yang dilaporkan oleh
responden survei adalah:
(1) segelintir Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu
Pembangunan Masyarakat tidak mempunyai pengetahuan yang
secukupnya atau kurang pengetahuan mengenai penyeliaan kerja sosial,
(2) pemahaman pegawai atasan (yang bukan dari bidang kerja sosial)
terhadap kerja lapangan adalah lemah,
(3) kurang pendedahan terhadap pengetahuan kerja sosial menyebabkan
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu
Pembangunan Masyarakat tidak dapat menyampaikan perkhidmatan
secara berkesan kepada klien dan perkara ini dibiarkan sahaja kerana
ketiadaan penyeliaan yang berkesan,
(4) kekurangan Pegawai Kes/Pekerja Kes untuk menyelia kakitangan yang
melaksanakan kerja kes,
(5) kekurangan pakar untuk membantu menyelia,
153
(6) Kekurangan kakitangan yang mempunyai ilmu yang mencukupi dalam
kerja sosial menyebabkan tidak ramai kakitangan yang boleh
melaksanakan tugas penyeliaan,
(7) Kurang pemahaman dalam pengendalian kes,
(8) Kurang pengetahuan (khususnya pengetahuan kerja sosial),
(9) Pekerja kes tidak didedahkan dengan teori dan model kerja sosial; dan,
(10) Kurang pemahaman terhadap undang-undang berkaitan kebajikan
sosial.
Maklumbalas-maklumbalas di atas secara tidak langsung menggambarkan
yang kebanyakan kakitangan kebajikan yang menyampaikan khidmat kerja sosial
hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai kerja sosial. Akibatnya, mereka
hanya mampu melaksanakan kerja-kerja sosial yang bersifat generik sahaja.
Keadaan ini sudah pasti menyukarkan mereka untuk membantu klien yang
mempunyai masalah-masalah spesifik yang memerlukan teknik, intervensi atau
terapi spesifik. Apabila kebanyakan mereka hanya dilengkapi dengan
pengetahuan dan kemahiran generik kerja sosial, ini menyebabkan ada diantara
Pembantu Pembangunan Masyarakat tidak mampu untuk mengendalikan kes-
kes yang kritikal. Keadaan ini berlangsung begitu sahaja kerana
ketiadaan/kekurangan kapasiti penyeliaan dan pemantauan dari pekerja sosial
yang terlatih di JKMM.
3.8.1.3 Ketepuan dan kelesuan kerja (burnout) dalam kalangan kakitangan
yang menyampaikan khidmat kerja sosial
Sebahagian besar Pembantu Pembangunan Masyarakat dan Penolong
Pegawai Pembangunan Masyarakat yang menyertai kajian ini melaporkan yang
mereka mengalami ketepuan dan kelesuan kerja yang melampau. Bagi ketepuan
misalnya, tidak boleh memegang sesuatu perjawatan atau diletakkan di satu-
satu unit bagi tempoh yang lama menyebabkan Penolong Pegawai
154
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat tidak
sempat untuk memahami proses dan prosedur kerja di unit terbabit dengan baik.
Beberapa orang responden melaporkan yang pertukaran pekerja yang
berlaku dengan cepat tidak memberi kesempatan untuk kakitangan terbabit
mempelajari perkhidmatan, unit baru atau klien yang dipertanggungjawabkan
kepada mereka. Bayangkan apabila kebanyakan kakitangan yang menyampaikan
khidmat kerja sosial mengalami masalah ini. Sudah pasti mereka tidak mampu
untuk menyelia kes atau klien mereka sendiri dengan baik. Dalam kalangan
pegawai kerja sosial pula, keadaan sebegini sudah pasti menyebabkan mereka
tidak boleh memberi perhatian penuh kepada tugas-tugas penyeliaan kakitangan
bawahan mereka.
Malah, terdapat beberapa orang responden yang melaporkan mereka
terpaksa memegang beberapa portfolio pada satu-satu masa yang sama.
Akibatnya, keadaan ini menyumbang kepada pertindihan tugas yang kritikal
sehingga mereka tidak mampu untuk memberi penumpuan kepada satu-satu
tugas yang diberikan dengan baik. Skop kerja yang luas menyebabkan mereka
keliru untuk mengaplikasikan semua pengetahuan asas kerja sosial yang telah
dipelajari. Keadaan ini juga menyebabkan mereka merasa “tepu” untuk
memahami proses-proses, prosedur, pendekatan dan teknik kerja sosial yang
khusus untuk perkhidmatan sosial yang berbeza. Kesannya, kebanyakan mereka
hanya menyampaikan khidmat kerja sosial secara “touch and go”; tidak mampu
untuk membantu klien sepenuhnya, dan yang paling kritikal adalah tidak mampu
untuk melaksanakan aktiviti penyeliaan yang rapi dan sistematik.
Kita selesaikan kes. Kita ambil kes dari awal, kita selesaikan.
Kalau macam di JKM, kita macam touch and go aje. Bila kita
touch sahaja, kita selesaikan sekejap. Kita tidak betul-betul
menyelia isu secara in depth. Itu (penyeliaan) yang kita rasa
masih kritikal.
(Ketua Unit Latihan Kerja Sosial, 9/11/2018; 2.45; Putrajaya)
155
Bagi aspek kelesuan kerja pula, beban kerja yang tinggi akibat daripada
pengendalian kes yang terlalu banyak menyebabkan ramai Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat tertekan
dan terbeban dari segi fizikal dan emosi. Ada beberapa orang responden yang
menyatakan mereka terbeban dengan khidmat kerja sosial kerana terdapat
terlalu banyak kes yang perlu diselesaikan. Data yang diperolehi daripada survei
menunjukkan ada bilangan kes maksimum yang diselia oleh responden adalah
300 kes; manakala bagi pemantauan pula kes maksimumnya adalah 540 kes.
Malah, terdapat beberapa responden yang melaporkan mereka sendiri tidak sihat
(dari segi fizikal dan emosi) untuk membantu klien, dan mendesak agar JKMM
memberi tumpuan kepada kebajikan kakitangan jabatan yang menyampaikan
khidmat kerja sosial.
3.8.1.4 Personaliti tidak produktif dalam kalangan kakitangan kebajikan
yang menyampaikan khidmat kerja sosial
Seterusnya, limitasi/kelemahan lain berkaitan sumber manusia yang mampu
menjejaskan sistem penyeliaan dan pemantauan kerja sosial yang dinyatakan
oleh responden kajian ini adalah terdapat segelintir Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat yang tidak
serius dalam melakukan tugasan, tidak mengikut SOP ketika melakukan tugasan,
tidak menjalankan kerja dengan baik serta sikap antisosial dalam kalangan
segelintir pekerja sosial. Semua sikap berkenaan menyebabkan unsur penyeliaan
dalam khidmat kerja sosial tidak sampai ke tangan klien.
3.8.2 Tema 2: Budaya kecekapan organisasi
Menurut Perspektif Kecekapan berasaskan Budaya, terdapat lima aspek
yang perlu diberi perhatian di dalam sebarang usaha untuk menyampaikan
perkhidmatan yang berkesan. Pertama, organisasi perlu mempunyai misi, visi dan
156
objektif yang sesuai dengan fungsi dan perkhidmatan yang disampaikan. Kedua,
perkhidmatan yang disampaikan perlu berfokuskan klien. Ketiga, organisasi
mempunyai pasukan jaringan kerja dari pelbagai disiplin. Keempat, persekitaran
organisasi yang menyokong dan menggalakkan pembangunan perkhidmatan.
Kelima, sistem dan mekanisme penyeliaan, pemantauan dan penilaian yang jelas
terhadap keberkesanan penyampaian perkhidmatan.
Budaya kecekapan organisasi merupakan aspek limitasi yang paling
banyak dilaporkan oleh responden kajian ini. Berdasarkan maklumat dalam
Jadual 77 di bawah, limitasi budaya kecekapan organisasi mencatatkan sebanyak
211 kata masuk (entry); berbanding 27 kata masuk untuk kualiti sumber manusia
dan hanya 3 kata masuk untuk aspek struktur sosiobudaya. Dari aspek
penambahbaikan juga, aspek budaya kecekapan organisasi menyumbang kepada
kata masuk tertinggi (264 kata masuk); berbanding dengan kata masuk untuk
kualiti sumber manusia (hanya 1) dan struktur sosio-budaya (hanya 13 kata
masuk).
Jadual 77
Bilangan Kata Masuk (Entry) untuk Limitasi dan Penambahbaikan Sistem
Penyeliaan dan Pemantauan Sedia Ada
Tema Limitasi Penambahbaikan
Kualiti sumber manusia 27 entri 1 entri
Budaya kecekapan 211 entri
organisasi 264 entri
Struktur sosiobudaya 3 entri
241 entri 13 entri
Jumlah 278 entri
3.8.2.1 Ketiadaan satu sistem penyeliaan yang seragam dan sistematik
Limitasi budaya kecekapan organisasi yang dilaporkan oleh responden
kajian ini meliputi semua aspek kecekapan sosial dan fizikal organisasi. Kedua-
dua kumpulan sampel kajian; survei dan temubual mendalam banyak menyentuh
157
limitasi ini. Di dalam aspek penyeliaan misalnya, Ketua Pengarah JKMM mengakui
yang JKMM masih tidak mempunyai satu sistem penyeliaan yang seragam,
berstruktur, terancang dan sistematik. Ketiadaan “pool” pegawai kerja sosial yang
boleh menyelia kakitangan yang menyampaikan praktis kerja sosial kepada klien
perkhidmatan menyebabkan kebanyakan mereka menyelia secara umum atau
generik sahaja.
Macam sekarang, kita akui kita tak ada penyeliaan yang
betul- betul kita kata secara sistematik. Struktur betul, tapi
tak terancang. Kita tak ada satu sistem yang teratur, yang
sistematik, dibuat tapi tak secara sistematik.
(Ketua Pengarah JKMM; 9/11/2018; 5.45 ptg; Putrajaya)
3.8.2.2 Defisit dalam sistem pentadbiran perkhidmatan kerja sosial
Budaya pentadbiran organisasi yang menawarkan sesebuah perkhidmatan
mempengaruhi kecekapan sistem penyeliaan dan pemantauan yang dilaksanakan
oleh organisasi berkenaan. Bagi konteks kajian ini khususnya, keadaan
pentadbiran organisasi JKMM yang menyelia dan memantau penyampaian
khidmat kerja sosial mempunyai kesan yang signifikan dalam menentukan
kecekapan kakitangannya yang menyampaikan khidmat kerja sosial. Pengkaji
telah menyenaraikan sebahagian daripada limitasi-limitasi yang dilaporkan oleh
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat yang terlibat di dalam survei di dalam Jadual 78 di halaman
berikutnya.
Dari Jadual 78, dapat kita perhatikan yang limitasi yang wujud dalam
aspek budaya kecekapan organisasi boleh dipecahkan kepada dua tema utama,
dengan setiap tema utama tersebut mempunyai beberapa tema kecil lain. Di
bahagian tema budaya kecekapan fizikal organisasi misalnya, limitasi-limitasi
158
yang wujud di dalam sistem pentadbiran-pengurusan perkhidmatan kerja sosial,
keadaan program perkhidmatan yang disampaikan kepada kumpulan sasar dan
beberapa kekangan yang wujud di dalam prasarana fizikal kerja menghalang
kelancaran penerapan sistem penyeliaan dan pemantauan praktis kerja sosial
sedia ada. Manakala, bagi aspek budaya kecekapan sosial organisasi pula,
kekangan-kekangan yang wujud di dalam sumber manusia yang menyalurkan
aktiviti-aktiviti penyeliaan dan pemantauan kerja sosial serta jaringan kerja yang
terbabit di dalam penyeliaan dan pemantauan kerja sosial juga mempengaruhi
kualiti penyeliaan dan pemantauan khidmat kerja sosial yang disampaikan.
Semua limitasi berkaitan budaya kecekapan organisasi yang tersenarai di dalam
jadual berkenaan perlu diberi perhatian serius oleh JKMM, memandangkan
semua perkara tersebut menghalang kelancaran sistem penyeliaan dan
pemantauan praktis kerja sosial sedia ada.
Jadual 78
Limitasi Budaya Kecekapan Organisasi
Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi Budaya Kecekapan Sosial Organisasi
Sistem pentadbiran perkhidmatan: Sumber penyeliaan & pemantauan:
(1) Borang terlalu ringkas (1) Nisbah kes untuk setiap pegawai
(2) Dokumentasi pentadbiran yang terlalu
banyak adalah tinggi - Beban kerja tinggi
(3) Sistem dokumentasi lapuk dan tidak (2) Portfolio yang dipegang terlalu
relevan/borang pemantauan tidak
relevan banyak – pertindihan tugas
(4) Penyampaian maklumat tidak selari (3) Kekurangan Pegawai Kes/pekerja kes
(5) Maklumat kadang-kadang tidak sampai (4) Pegawai atasan tidak memahami
(6) Sistem penyeliaan lemah/sistem
penyeliaan dan pemantauan tidak pekerja bawahan
menyeluruh (5) Tiada pengkhususan kerja
(7) Sistem penyeliaan tidak selari dengan (6) Kekurangan pakar/kekurangan
manual pengurusan kes
(8) Kurang pemantauan ke atas pekerja kes kakitangan yang mempunyai ilmu
(9) Tiada pemantauan dari peringkat atasan yang mencukupi dalam kerja sosial
(10)Tempoh pemantauan tidak praktikal (7) Kekerapan pertukaran pegawai
(11)Kekurangan penyeliaan dan pemantauan (8) Pekerja mengalami risiko penyakit
berkala (9) Kekangan masa untuk menjalankan
(12)Tindakan/respons lambat tugas
(13)Tadbir-urus pengurusan lemah (10)Pihak atasan terlalu mendesak
mengikut SOP/Terbeban dengan SOP
(11)Kekurangan kakitangan di peringkat
daerah
159
(14) Terlalu banyak sistem/pertindihan (12)Tidak cukup masa untuk buat
sistem intervensi kes
(15) Tahap ketelusan rendah (13) Sukar mendapat kerjasama dari
(16)Masalah kronisme dalam JKM pihak atasan
(17)Birokrasi pihak atasan
(18)Campur tangan politik (14)Pihak atasan tidak turun padang
(19)Sistem pengurusan yang sangat
Jaringan kerja
bermasalah (1) Kurang penglibatan dengan agensi
Program /perkhidmatan luar
(1) Program tidak bersesuaian (2) Tiada sistem rangkaian bersepadu
(2) Program bersifat touch and go
(3) Program tidak teratur dengan jabatan/agensi lain
(4) Terlalu banyak skop perkhidmatan yang (3) Pasukan kerja yang tidak terlaras
perlu diuruskan
(5) JKM mempunyai terlalu banyak Masalah kolaborasi/kerjasama
kumpulan sasar
Prasarana fizikal kerja
(1) Ketiadaan peruntukan/keterbatasan
kewangan
(2) Kekurangan peralatan kerja (spt., mesin
pencetak, komputer, toner)
(3) Limitasi kenderaan jabatan/ tiada
pemandu
(4) Elaun perjalanan rendah
(5) Jalur lebar halaman jaring (internet)
lemah
3.8.3 Tema 3: Struktur sosiobudaya yang mengelilingi
perkhidmatan
Terdapat dua elemen struktur sosio-budaya yang perlu ada sebagai
landasan untuk menyampaikan sebuah perkhidmatan yang berkesan dan
berkualiti. Pertama, elemen struktural organisasi/perkhidmatan seperti polisi
sosial, undang-undang, peraturan serta prosedur kerja yang berfungsi sebagai
instrumen penguatkuasaan dan pengiktirafan perkhidmatan. Kedua, elemen
kemasyarakatan seperti sikap masyarakat dan persepsi masyarakat terhadap
perkhidmatan yang disampaikan.
160
3.8.3.1 Ketiadaan kepimpinan politik untuk kerja sosial
Limitasi kritikal yang diutarakan oleh Ketua Pengarah JKMM berkaitan
komponen ini adalah kerja sosial tidak mempunyai “political leadership” dan
“political will” yang boleh melonjakkan profesion dan bidang ini ke satu status
yang boleh diterima oleh masyarakat. Ketiadaan aktor politik yang melakukan
advokasi kepada praktis kerja sosial menyebabkan anggota masyarakat gagal
untuk melihat kerja sosial sebagai satu perkhidmatan sosial penting untuk
mereka. Menurut Ketua Pengarah JKMM:
Kekangan kita tak ramai dalam bidang kerja sosial. Itu satu isu
juga lah, sebab tak ramai. Lagi satu bila kita nak melaksanakan
kerja sosial ini, kita perlu political will supaya mudah tolong kita.
Contohnya kita nak angkat RUU itu menjadi akta, kita perlukan
political will. Kalau ada political will, lagi mudah lah kan. Kalau
takde tu, mungkin payah sedikit lah. Bila kita nak angkat RUU ke
parlimen sahaja, melalui kementerian, yang dipersetujui oleh
menteri sebagainya. Itu kita lihat sebagai cabaran. Kita usaha
kan juga lah sebab bertahun-tahun kita minta angkat ke
parlimen. Macam mana kita nak buktikan, kompentensi kerja
sosial, tingkatkan dan mendapat pengiktirafan, dari segi
penyampaian, perkhidmatan kita lebih meningkat, akan lebih
tinggi, meningkat dari segi penyampaian, kualiti penyampaian
perkhidmatan, macam mana kita nak buktikan pada orang?
Supaya orang boleh terima untuk jadikan kerja sosial ini sebagai
bidang yang profesional, kita kena angkat akta dan sebagainya.
Sebab itu mesti ada political will atau political leadership dalam
kerja sosial.
(Ketua Pengarah JKMM; 9/11/2018; 5.45 ptg; Putrajaya)
3.8.3.2 Ketiadaan satu peruntukan undang-undang khusus berkaitan
khidmat kerja sosial
Malah, ketiadaan aktor politik yang menonjol dalam kepimpinan kerja sosial
juga menyebabkan penggubalan Rang Undang-undang berkaitan Kerja Sosial
berjalan dengan begitu perlahan sekali. Ketiadaan “political will” yang boleh
161
melonjakkan profesion dan bidang kerja sosial menyebabkan agensi/organisasi
JKMM menghadapi kesukaran untuk membuktikan kompetensi kerja sosial dalam
kalangan kakitangannya. Penggubalan Akta Kerja Sosial penting kerana ia
mampu memberi semangat kepada semua kakitangan kebajikan masyarakat
yang melakukan praktis ini, yang seterusnya mampu mempertingkatkan lagi
kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh JKMM kepada masyarakat.
Bercakap mengenai kepentingan satu akta khusus berkaitan kerja sosial,
Ketua Unit Latihan Kerja Sosial dan Pengarah Bahagian Pengurusan yang pernah
terlibat dalam merangka Rang Undang-Undang Kerja Sosial menyatakan
penggubalan Akta ini begitu signifikan dalam mempengaruhi perkembangan
perkhidmatan dan profesion kerja sosial di negara ini. Sistem dan mekanisme
penyelian dan pemantauan sedia ada boleh dibangunkan dengan lebih baik
dengan sokongan Akta terbabit. Menurut beliau:
Akta Kerja Sosial itu sebagai umbrella. In case lah semasa kita
buat social work, tercedera ke, bila kita ada akta, kita boleh
protect ourselves. Bila kita tak ada akta, masyarakat
menganggap kerja sosial ini bukan satu keperluan. Ada juga
beberapa pandangan dari pihak atas, especially top
management yang tak terlibat dengan kerja sosial, agak tak
nampak kepentingan Akta Kerja Sosial ini. Dia kata bila akta
ini kita angkat dan diluluskan di parlimen, JKM seolah-olah
tidak penting lagi apabila everybody boleh praktis social
work. Nampaknya, ramai orang masih tak memahami
mengapa akta ini perlu diluluskan dekat parlimen. Kita kena
war-warkan dengan lebih meluas supaya masyarakat lebih
aware apa tujuan akta ini diwujudkan dan mengapa kita
kata, dia perlu diprofesionalkan, kerja sosial ini perlu
diwujudkan.
(Ketua, Unit Latihan Kerja Sosial; 9/11/2018; 2.45 ptg; Putrajaya)
162
3.8.3.3 Kesedaran terhad masyarakat Malaysia mengenai kewujudan dan
kepentingan perkhidmatan kerja sosial
Berkaitan rapat dengan limitasi di atas, kesemua pemberi maklumat utama
yang ditemubual juga ada menyentuh mengenai kesedaran anggota masyarakat
mengenai kerja sosial sebagai salah satu limitasi kepada perkembangan dan
pengiktirafan kerja sosial, yang seterusnya mempengaruhi pemantapan sistem
penyeliaan dan pemantauan praktis kerja sosial sedia ada.
Ketua Unit Bahagian Latihan Kerja Sosial misalnya menyatakan
pengetahuan dan kesedaran masyarakat Malaysia mengenai praktis kerja sosial
adalah mendukacitakan. Kebanyakan anggota masyarakat kita tidak tahu
mengenai praktis ini. Malah, kebanyakan anggota masyarakat menganggap
khidmat bantuan yang disampaikan oleh kakitangan JKM merupakan satu
aktiviti derma-amal (charity) dan berlandaskan pendekatan sukarela
(voluntarism). Justeru itu, beliau menyimpulkan yang promosi berkaitan praktis
kerja sosial yang disampaikan oleh JKMM merupakan satu perkara
penambahbaikan yang perlu dilakukan. Beliau percaya kalau setiap akar umbi
dalam masyarakat tahu dan faham pasal kerja sosial, banyak masalah sosial boleh
diselesaikan. Menurutnya:
Social work ini saya nampak, bukan sahaja ia perlu diajar
kepada kakitangan jabatan. Social work ini perlu diajar dan
difahami oleh pemimpin di peringkat daerah, penghulu,
ketua kampung, semuanya kena ada knowledge tentang
social work. Baharulah mereka menyokong tindakan kita
nanti. Bila pemimpin tempatan faham, apa itu social work,
dibantu oleh jabatan kebajikan, sangat mudah
menyelesaikan masalah. Dia saling membantu. Dengan
kata lain, tak perlu tunggu pegawai JKM sampai. Contoh,
kalua ada kanak-kanak kena dera dalam kampung tu, ketua
kampung itu datang ambil, sebab dia alert perintah
pelindungan. Tak perlu tunggu pekerja sosial datang baru
nak selamatkan kanak-kanak itu. Boleh selamatkan nyawa
kanak-kanak ini.
(Ketua Unit Latihan Kerja Sosial, 9/11/2018: 2.45 petang)
163
Bersangkut-paut dengan hal ini, Ketua Pengarah JKMM dan juga Ketua
Unit Bahagian Latihan Kerja Sosial di JKMM berpandangan penggubalan Akta
Kerja Sosial berpotensi besar untuk “membuka mata” dan mengubah paradigma
masyarakat Malaysia terhadap khidmat kerja sosial yang disampaikan oleh
Pegawai Kebajikan, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu
Pembangunan Masyarakat. Kewujudan Akta Kerja Sosial mampu melonjak status
dan kedudukan kakitangan kebajikan yang menyampaikan khidmat kerja sosial
kepada masyarakat. Ini bukan sahaja boleh meningkatkan motivasi mereka untuk
berkhidmat dengan lebih berdedikasi, malah, apa yang lebih penting adalah
kewujudan Akta tersebut mampu melengkapi pelaksanaan sistem penyeliaan dan
pemantauan praktis kerja sosial yang lebih efisien, serta melindungi keselamatan
dan hak pekerja sosial. Kata mereka:
Kalau kita tak ada akta, kita buat, kita kena serang. Niat kita
murni, bagus. Kita nak membantu kita punya komuniti. Tapi,
dalam masa yang sama kita pun nak protect ourselves. Kita
pun nak lindungi diri kita. So, akta lah kita perlukan. Orang tak
boleh simply declare dia social worker kalu sudah ada akta itu.
Bila dah ada akta, apabila diluluskan Akta Kerja Sosial nanti,
ramai pegawai kita boleh didaftarkan sebagai social workers
sama ada bersekutu ke, separuh ke, mengikut syarat-syarat
yang diletakkan di dalam Akta Kerja Sosial, tapi sekarang ini
kita nak declare “saya adalah social worker” pun tak berani
(Ketua Unit Latihan Kerja Sosial, 9/11/2018: 2.45 petang)
Maklumat kualitatif yang diperoleh daripada survei dengan responden
(Pembantu Pembangunan Masyarakat dan Penolong Pegawai Pembangunan
Masyarakat) berkenaan dengan limitasi yang dihadapi oleh Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat di JKMM
dalam melaksanakan tugas mereka dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 79 di
bawah.
164
Jadua
Kelemahan/Limitasi Sistem Pemyelia
Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi Bil Pe
Entri
Sistem pentadbiran perkhidmatan:
1. Birokrasi pihak atasan 5
2. Campur tangan politik 4
3. Maklumat kadang-kadang tidak sampai 2
4. Borang terlalu ringkas 1
5. Dokumentasi pentadbiran yang terlalu banyak 1
6. Sistem dokumentasi lapuk dan tidak relevan/borang 1
pemantauan tidak relevan
1
7. Penyampaian maklumat tidak selari
1
8. Sistem penyeliaan lemah/sistem penyeliaan dan
pemantauan tidak menyeluruh
9. Sistem penyeliaan tidak selari dengan manual 1
pengurusan kes
1
10. Kurang pemantauan ke atas pekerja kes 1
11. Tiada pemantauan dari peringkat atasan
al 79
aan dan pemantauan JKM Sedia Ada
eratusan Budaya Kecekapan Sosial Organisasi Bil Entri Peratusan
(%) (%)
2.40 Sumber penyeliaan & pemantauan: 17 8.05
1.90 1. Nisbah kes untuk setiap pegawai 9 4.26
1.00 adalah tinggi - Beban kerja tinggi 8 3.80
0.50 2. Tiada pengkhususan kerja 5 2.40
0.50 3. Portfolio yang dipegang terlalu 3 1.42
0.50 banyak – pertindihan tugas 2 1.00
0.50 4. Kekurangan Pegawai Kes/pekerja 1 0.50
0.50 kes 1 0.50
5. Kekangan masa untuk
0.50 menjalankan tugas 1 0.50
6. Kekurangan kakitangan di
peringkat daerah
7. Pegawai atasan tidak memahami
pekerja bawahan
8. Kekurangan pakar/kekurangan
kakitangan yang mempunyai ilmu
yang mencukupi dalam kerja
sosial
9. Kekerapan pertukaran pegawai
0.50 10. Pekerja mengalami risiko penyakit 1 0.50
0.50 11. Pihak atasan terlalu mendesak 1 0.50
mengikut SOP/Terbeban dengan
SOP
165
Sambungan Jadual 79
Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi Bil Pe
12. Tiada pemantauan dari peringkat atasan Entri
1
13. Tempoh pemantauan tidak praktikal 1
14. Kekurangan penyeliaan dan pemantauan berkala 1
15. Tindakan/respons lambat 1
16. Tadbir-urus pengurusan lemah 1
17. Terlalu banyak sistem/pertindihan sistem 1
18. Tahap ketelusan rendah 1
19. Masalah kronisme dalam JKM 1
20. Sistem pengurusan yang sangat bermasalah 1
Program /perkhidmatan
1. Program tidak bersesuaian 2
2. Terlalu banyak skop perkhidmatan yang perlu diuruskan 2
3. Program bersifat touch and go 1
4. Program tidak teratur 1
5. JKM mempunyai terlalu banyak kumpulan sasar 1
eratusan Budaya Kecekapan Sosial Organisasi Bil Entri Peratusan
(%) 1 (%)
0.50 12. Tidak cukup masa untuk buat 1 0.50
intervensi kes
0.50 2 0.50
13. Sukar mendapat kerjasama dari 1
0.50 pihak atasan 1 1.00
0.50 1 0.50
0.50 Jaringan kerja
1. Pasukan kerja yang tidak terlaras 0.50
0.50 2. Kurang penglibatan dengan
agensi luar 0.50
0.50 3. Tiada sistem rangkaian bersepadu
0.50 dengan jabatan/agensi lain
0.50 4. Masalah kolaborasi/kerjasama
1.00
1.00
0.50
0.50
0.50
166
Sambungan Jadual 79
Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi Bil Pe
Entri
Prasarana fizikal kerja
(6) Limitasi kenderaan jabatan/ tiada pemandu 12
(7) Kekurangan peralatan kerja (spt., mesin pencetak, 8
komputer, toner)
(8) Ketiadaan peruntukan/keterbatasan kewangan 1
(9) Elaun perjalanan rendah 1
(10) Jalur lebar halaman jaring (internet) lemah 1
eratusan Budaya Kecekapan Sosial Organisasi Bil Entri Peratusan
(%) (%)
5.70
3.80
0.50
0.50
0.50
167
3.9 Cadangan Penambahbaikan
Persoalan ketiga kajian ini adalah bagaimana mekanisme, strategi dan pelan
tindakan sedia ada JKMM boleh ditambahbaik agar amalan kerja sosial yang
berkesan boleh dijiwai, dipatuhi dan disampaikan oleh Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat kepada
klien perkhidmatan? (Supra, halaman 21). Bagi menjawab persoalan ini, kajian ini
telah mengumpulkan maklumat mengenai tindakan-tindakan penambahbaikan
yang perlu diambil oleh JKMM ke atas mekanisme, strategi dan pelan tindakan
sedia ada mereka.
Maklumat mengenai tindakan penambahbaikan berkenaan ditanya dalam
soalan terbuka borang soal selidik survei dan juga protokol temubual untuk
pemberi maklumat utama (key informants) adalah idea mereka tentang cara
bagaimana JKMM boleh menambahbaik sistem penyeliaan dan pemantauan
praktis kerja sosial yang disampaikan oleh kakitangan kebajikannya (spt., Pegawai
Kerja Sosial, Pegawai Kebajikan, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
dan Pembantu Pembangunan Masyarakat). Sama seperti di bahagian limitasi,
dapatan data kualitatif bagi cadangan penambahbaikan ini juga disusun ke
dalam tema-tema yang dibentuk selari dengan tiga komponen utama Perspektif
Kecekapan berasaskan Budaya; iaitu:
(i) Kualiti sumber manusia yang mengendalikan penyeliaan dan
pemantauan kerja sosial,
(ii) Budaya kecekapan organisasi; dan
(iii) Struktur sosiobudaya yang mengelilingi perkhidmatan kerja sosial.
168
3.9.1 Tema 1: Kualiti sumber manusia yang menyampaikan
perkhidmatan kerja sosial
Kesemua pemberi maklumat utama memberi penekanan kepada aspek ini.
Kesemua mereka percaya Pegawai Kerja Sosial, Pegawai Kebajikan Masyarakat,
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat yang berkualiti merupakan “key” kepada penyaluran dan dan
penyampaian perkhidmatan kerja sosial yang berkesan. Justeru itu, sebarang
strategi penambahbaikan seharusnya memberi tumpuan utama kepada
pembangunan kapasiti ilmu dan kemahiran kakitangan yang terlibat secara
langsung di dalam proses penyampaian, penyeliaan dan pemantauan khidmat
dan praktis kerja sosial.
3.9.1.1 Strategi pembangunan modal insan yang berteraskan pengetahuan
dan latihan kemahiran
Pada masa kini, JKMM hanya mempunyai kira-kira 138 orang pegawai
yang merupakan Pekerja Sosial terlatih. Boleh dikatakan lebih 90 peratus
kakitangan JKMM yang menyampaikan khidmat kerja sosial bukan merupakan
pekerja sosial terlatih, serta terdiri daripada mereka yang bukan berlatarbelakang
kan bidang akademik kerja sosial. Atas kapasiti sumber tenaga manusia kerja
sosial terlatih yang begitu terhad, JKMM telah merancang dan melaksanakan
pelbagai strategi bagi memastikan modal insannya yang menyampaikan
perkhidmatan kerja sosial berkualiti, serta benar-benar mampu menyalurkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kerja sosial terpiawai dengan cekap dan berkesan.
Menurut Ketua Pengarah JKMM:
Dari semasa ke semasa, memang ada kursus-kursus ikut
bidang kerja mereka. Pegawai Pelindung ada kursus
sebagai Pegawai Pelindung. Pegawai Akhlak yang handle
kes akhlak ada kursus yang dipanggil Kursus Pegawai
Akhlak. Begitu juga yang lain-lain itu. Mereka yang di
bawah Perintah Khidmat Masyarakat kita ada kursus jangka
pendek.
169
Selepas 23 April 2010, menteri telah meluluskan
memorandum meningkatkan profesionalisme dalam bidang
kerja sosial. Dari situ, kita mula deraf Piawaian kompetensi
kerja sosial. Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan
kurikulum kerja sosial. Yang paling penting, Akta Kerja
Sosial. Kemudiannya, penubuhan Majlis Kerja Sosial
Malaysia. Seterusnya, kita buat Rancangan Strategik Kerja
Sosial. Dari segi pembangunan modal insan, kita tingkat
kompetensi latihan kerja sosial, tingkatkan kemahiran
kakitangan dalam bidang ini melalui Pendidikan. Lepas itu,
pengiktirafan latihan pakar bidang dalam bidang kerja
sosial. Kita juga nak wujudkan pangkalan data kerja sosial.
Dari segi meningkatkan kecekapan, itu lah melalui
penggubalan RUU dan sebagainya, dan penubuhan majlis.
Lepas itu nak sebarkan piawaian agensi kebangsaan kerja
sosial dan perbadanan sistem pengurusan kerja.
Perkhidmatan kita sekarang ini semua dah ada SOP. Macam
mana nak uruskan orang tua, macam mana nak uruskan
kanak-kanak, memang dah ada SOP.
(Ketua Pengarah JKMM; 9/11/2018; 5.45 ptg; Putrajaya)
Bagi mencapai matlamat melahirkan kakitangan kebajikan yang mampu
menyampaikan khidmat kerja sosial profesional, JKMM telah dan sedang
menganjurkan pelbagai program akademik yang mampu menyalurkan ilmu
pengetahuan kerja sosial kepada kakitangannya (khususnya kakitangannya yang
tiada latarbelakang kerja sosial) serta program-program berbentuk kemahiran
praktikal kerja sosial bagi mengukuhkan lagi amalan dan penguasan kemahiran
teknikal kerja sosial.
Antara contoh program akademik berkaitan ilmu kerja sosial yang
dianjurkan oleh JKMM dengan kerjasama institusi latihannya; iaitu Institut Sosial
Malaysia (ISM) dan beberapa IPTA yang ada menawarkan program akademik
kerja sosial (spt., UKM, UUM, UiTM, ILKAP) adalah Program Sijil Eksekutif Praktis
170
Kerja Sosial (SPEC), Program Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial (DPSKS), Kursus
Eksekutif Penguatkuasaan Undang-Undang, Kursus Pemahaman Teori-teori
Sosial, Kursus Pengenalan Kerja Sosial dan Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial.
Memandangkan kerja sosial merupakan satu profesion memberi bantuan
profesional yang melibatkan pelbagai kemahiran saintifik, JKMM telah
menganjurkan secara berkala pelbagai jenis kursus dan bengkel yang boleh
menyalurkan pelbagai jenis kemahiran kerja sosial kepada kakitangannya yang
terlibat di dalam penyampaian khidmat kerja sosial. Antara contoh kursus-kursus
kemahiran yang dianjurkan adalah Bengkel Perkhidmatan Sosial di Mahkamah,
Kursus Kemahiran Penyeliaan Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat, Kursus Case
Management System (CMS) Kerja Sosial, Kursus Piawaian Kompetensi Praktis
Kerja Sosial (Generik dan Spesifik), Kursus Pengurusan dan Pengendalian Kes di
Institusi OKU, Kursus Anak Pelihara dan Pengangkatan, Kursus Penyediaan
Laporan Kemajuan Penghuni di Institusi Kanak-kanak, Bengkel Pemantapan
Penyediaan Laporan Akhlak dan Pelindung, Kursus Pengurusan Kes Akhlak,
Kursus Pengurusan Program Khidmat Bantu di Rumah (Kursus Home-Help),
Kursus Kerja Sosial dalam Komuniti, Bengkel Perkhidmatan Sosial di Mahkamah,
Kursus Penyeliaan Profesional dalam Organisasi, Kursus Kompetensi Kerja Sosial,
Kursus Piawaian Kompetensi Kerja Sosial serta Kursus Professional Accountable
Practice (PAP) Model.
3.9.1.2 Pelan strategik pembangunan kerja sosial
Mekanisme penting berkaitan pembangunan sumber manusia dan praktis
kerja sosial dilakukan menerusi Pelan Strategik JKMM 2016-2020 dan Pelan
Strategik Kerja Sosial 2018-2020. Menerusi pelan ini (khususnya Pelan Strategik
Kerja Sosial 2018-2020), JKMM telah merancang pelbagai strategi dan aktiviti
yang mampu mempertingkatkan lagi kompetensi kerja sosial dalam kalangan
kakitangan jabatan.
171
Antara strategi dan aktiviti yang sedang dan bakal dilaksanakan menerusi
pelan tindakan ini adalah:
(1) Mewujudkan satu pangkalan data khusus mengenai modal insan
kerja sosial yang terdapat di seluruh negara,
(2) Mewujudkan kerjasama strategik dengan JPA dalam membangunkan
moduk pangkalan data pekerja sosial dalam HRMIS,
(3) Pengiktirafan latihan pelbagai bidang yang setara dengan bidang
kerja sosial sebagai pelengkap kepada praktis kerja sosial yang
sensitif dengan keperluan sosiobudaya Malaysia,
(4) Mewujudkan pelbagai program latihan yang sesuai dengan kerja
sosial, khususnya yang berkaitan degan peningkatan kecekapan
perkhidmatan kerja sosial,
(5) Memperkukuhkan lagi Piawaian Kompetensi Kerja Sosial,
(6) Pelaksanaan NOSS (National Occupational Skill Standard) untuk
pengurusan kerja sosial di JKMMM,
(7) Menambahbaik SOP sedia ada berkaitan praktis kerja sosial menerusi
pengukuhan Sistem Pengurusan Kes (Case Management System atau
CMS) sedia ada,
(8) Menjana lebih banyak kerja-kerja advokasi berkaitan kerja sosial yang
mampu memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai
kepentingan praktis kerja sosial di dalam menjaga kesejahteraan
hidup mereka.
(Sumber: Ketua Pengarah JKMM,
Jumaat/9 November 2018; 5.45 petang)
Menurut Ketua Pengarah JKMM lagi, komitmen kementerian dan jabatan
dalam menghasilkan pekerja sosial yang berkualiti telah lama berlangsung. Beliau
mengimbau penubuhan Institut Latihan Kebajikan pada tahun-tahun 1970-an
sebagai institusi utama dalam melatih kakitangan JKMM. Menurut Ketua
Pengarah JKMM juga, bertitik-tolak daripada Memorandum Jemaah Menteri
pada 23 April 2010 yang memberi penekanan kepada peningkatan kualiti kerja
172
sosial di negara ini, JKMM telah merancang dan melaksanakan pelbagai strategi
dan pelan tindakan bagi memastikan praktis kerja sosial yang disampaikan oleh
kakitangannya (khususnya kakitangan yang bukan dari latar kerja sosial) sampai
ke tangan klien dengan berkesan.
Kebanyakan strategi yang dirancang adalah berfokuskan kepada latihan
kemahiran kerja sosial. Antara strategi-strategi tersebut adalah:
(1) Penganjuran Kursus Asas Kerja Sosial yang diwajibkan ke atas semua
kakitangan JKMM yang terlibat dalam praktis kerja sosial kepada klien,
(2) Penganjuran Kursus Peringkat Diploma bersama Institut Sosial
Malaysia (ISM) dan beberapa IPTA di Malaysia (spt., Program Sijil
Eksekutif Kerja Sosial oleh Universiti Utara Malaysia, Sijil Kerja Sosial
bersama Universiti Kebangsaan Malaysia).
3.9.1.3 Penajaman tahap kecekapan atau kompetensi kakitangan kebajikan
yang menyampaikan, menyelia dan memantau khidmat kerja sosial
Satu lagi usaha penambahbaikan berkaitan latihan yang telah dirancang
oleh JKMM adalah Program Analisis Keperluan Latihan (Training Needs Analysis
atau TNA). TNA ini penting untuk perancangan kerja kursus kerja sosial, serta
pembangunan latihan bidang kerja sosial di dalam kalangan kakitangan JKMM.
Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan:
Kita cuba bangunkan TNA. That one merupakan salah satu
rancangan urus strategik. Tahun depan, kita akan cuba buat
bengkel TNA. Dalam bulan 12 ini, kita akan panggil semua
bahagian. Akhir bulan November ini, kita akan panggil semua
bahagian, minta mereka punya pelan strategik. Duduk sekali
dengan bahagian latihan. Kalau bahagian buat latihan tidak
fokus pada pelan strategik itu, dia memang tak buat latihan ikut
keperluan jabatan dan TNA. Blueprint ini sangat membantu kita
menyediakan satu latihan yang lebih berstruktur. Kita boleh
nampak dari segi pembangunan kerjaya, pembangunan
pengetahuan dan pembangunan kemahiran kakitangan
(Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber; 9/11/2018, 2.45
ptg/Putrajaya)
173
Selain itu, JKMM juga beriltizam untuk mengukuhkan lagi Piawaian
Kompetensi Kebangsaan Berkaitan Kerja Sosial. Piawaian ini signifikan untuk
pengiktirafan kecekapan dan pembangunan praktis kerja sosial profesional dalam
kalangan kakitangan JKMM. Bagi tujuan ini, JKMM telah menubuhkan
Jawatankuasa Pengiktirafan Latihan Bidang Kerja Sosial, mewujudkan sistem
pengiktirafan latihan dan pakar bidang (SME) Kerja Sosial, menganjurkan
pelbagai bengkel yang berpotensi untuk menyebarluaskan Piawaian Kompetensi
Praktis Kerja Sosial dan menyebarluaskan material Piawaian Kompetensi Praktis
Kerja Sosial kepada kakitangan jabatan.
3.9.1.4 Mengukuhkan kerjasama strategik multi agensi tempatan dan luar
negara dalam bidang kerja sosial
Bagi mengukuhkan lagi pengetahuan kakitangan JKMM yang terlibat
dalam praktis kerja sosial, JKMM juga sentiasa komited memantapkan kerjasama
strategik dalam bidang kerja sosial dengan pelbagai sektor dan agensi. JKMM
telah memeterai MOU dengan beberapa IPTA, beberapa agensi sektor awam
yang lain dan pemain industri yang mampu menyumbang kepada
perkembangan bidang kerja sosial. Kolaborasi dengan IPTA tempatan misalnya
terlihat menerusi penganjuran pelbagai persidangan dan seminar berkaitan kerja
sosial, penerbitan artikel dalam bidang kerja sosial dan kolaborasi dalam kerja-
kerja penyelidikan dan perundingan berkaitan kerja sosial dan kebajikan.
Selain itu, JKMM juga menjalin kerjasama serantau dan antarabangsa
dengan beberapa organisasi supranasional. Contohnya, jaringan kerjasama
dengan pegawai dan fellowship antara negara-negara ASEAN dalam bidang kerja
sosial. Dalam temubual bersama Ketua Pengarah JKMM, beliau misalnya memetik
kerjasama JKMM/ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
dengan UNICEF di dalam usaha menambahbaik kualiti perkhidmatan
174
perlindungan untuk kanak-kanak di Malaysia menerusi Program Keperluan
Perlindungan Kanak-kanak.
Kita sedang buat kerjasama dengan UNICEF. Kita panggil
program CCNCPU (Care Need and Child Protection Unit).
Beberapa orang pegawai kita latih di bawah CCNCPU.
Mereka dilatih bagaimana membuat kerja itu betul-betul
menggunakan kaedah Kerja Sosial supaya kanak-kanak ini
kemasukan ke dalam institusi adalah jalan terakhir. Kita kasi
kemahiran kepada Pegawai Pelindung dan Pegawai Akhlak
supaya boleh handle kes itu. Maka, tak payah masuk
budak-budak ke dalam institusi.
(Ketua Pengarah JKMM; 9/11/2018; 5.45 ptg; Putrajaya)
3.9.1.5 Kurikulum kerja sosial profesional di peringkat pengajian ijazah
Mereka yang berada di peringkat tertinggi di dalam JKMM juga percaya
bahawa kualiti kerja sosial berakar-umbi daripada sistem pendidikan yang
menyalurkan bidang pengajian berkaitan kerja sosial. Berikutan itu, kurikulum
kerja sosial yang setanding dengan amalan kerja sosial profesional perlu dijana di
peringkat pengajian tertiari lagi.
Berkaitan hal ini, dokumen Dasar Pendidikan dan Piawai untuk Pendidikan
Kerja Sosial Nasional telah dirangka kerana adanya keperluan yang mendesak
untuk menggariskan polisi dan piawai kebangsaan bagi pendidikan kerja sosial di
Malaysia. Dokumen ini diusahakan oleh Jawatankuasa Bersama Kebangsaan
Pendidikan Kerja Sosial (JBKPKS), Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2006.
Jawatankuasa bersama ini ditubuhkan pada tahun 2000 bertujuan untuk
menyediakan satu piawai bagi pendidikan dan latihan untuk melahirkan pelajar
jurusan Kerja Sosial yang cekap dan profesional. Dasar Pendidikan dan Piawai
untuk Pendidikan Kerja Sosial secara terperincinya mengandungi empat teras
piawaian untuk program kerja sosial di institusi-institusi Pengajian Tinggi di
175
Malaysia iaitu; objektif dan hasil, kandungan kurikulum, keutuhan program,
struktur dan sumber, dan pembangunan profesional pelajar.
Pengukuhan kurikulum akademik dan latihan kerja sosial yang
komprehensif di peringkat pendidikan tertiari bukan sahaja mampu
menghasilkan graduan kerja sosial yang berkualiti. Malah, perkara yang lebih
penting adalah ia merupakan mekanisme pembekalan dan penawaran kepada
tenaga kerja sosial profesional negara. Secara tidak langsung, inisiatif ini mampu
meningkatkan lagi bilangan pekerja sosial berijazah kerja sosial.
3.9.1.6 Perincian syarat kelayakan perlantikan ke jawatan Pegawai Kerja
Sosial
Selain itu, bagi memastikan kakitangan JKMM yang menyampaikan
khidmat kerja sosial kepada klien perkhidmatan merupakan “pekerja sosial” yang
berkualiti, syarat kelayakan bagi perlantikan ke jawatan ini perlu diberi perincian.
Ketua Pengarah JKMM misalnya mengesyorkan agar JKMM dan Jabatan
Perkhidmatan Awam dapat memastikan mereka yang mahu diserap masuk ke
dalam institusi kebajikan sosial negara perlu mempunyai kelayakan akademik
khusus dalam bidang pengajian kerja sosial. Menurut beliau:
Dari segi kemasukan pegawai dalam bidang ini, dengan
syarat pelantikan sekarang ini terlampau open sangat. Siapa
siapa pun boleh masuk dalam bidang ini. Tidak ada syarat
yang khusus. Dua atau tiga tahun yang lepas baru kita
minta SPA ambil mereka yang dari bidang kerja sosial.
Kalau tidak pun mereka yang dalam bidang sains
kemasyarakatan, sosial sains ….. ada asas di peringkat sosial
sains itu. Bagi peringkat kursus sijil diploma, kita memang
buat kerjasama dengan UUM. Kita panggil Sijil Eksekutif
Kerja Sosial. Lepas itu kita dengan ISM, kerjasama dengan
UKM tawarkan kursus-kursus diploma dan pasca siswazah
kerja sosial pada siapa yang dah ada ijazah dalam bidang-
bidang lain, tetapi memang sedang/sudah berkhidmat
dengan JKM.
(Ketua Pengarah JKMM; 9/11/2018; 5.45 ptg; Putrajaya)
176
Dalam kalangan responden survei pula, syor yang mereka utarakan bagi
mempertingkatkan lagi kualiti Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan
Pembantu Pembangunan Masyarakat yang menyampaikan khidmat kerja sosial
kepada klien perkhidmatan adalah sikap positif yang perlu ada di dalam diri
semua kakitangan kebajikan yang bekerja secara langsung dengan mana-mana
klien organisasi. Menurut responden ini, sekiranya Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat mempunyai
sikap positif dan benar-benar ikhlas mahu membantu klien, matlamat hakiki kerja
sosial untuk bantuan anggota masyarakat yang berkeperluan sudah pasti
tercapai.
3.9.2 Tema 2: Budaya kecekapan organisasi
Aspek ini paling banyak dilaporkan oleh responden kajian; baik responden
yang terlibat di dalam survei mahupun lima orang key informants yang terlibat di
dalam temubual mendalam. Dalam kalangan pemberi maklumat utama, mereka
menyatakan yang JKMM sentiasa patuh kepada keperluan untuk mewujudkan
satu budaya organisasi kerja sosial yang cekap. Berikut merupakan cadangan-
cadangan penambahbaikan berkaitan budaya kecekapan organisasi yang
dilontarkan oleh peserta kajian ini:
3.9.2.1 Pemantapan pengurusan Standard Operating Procedures (SOP) kerja
sosial
Antara teras penambahbaikan yang diberi perhatian mendalam oleh
JKMM adalah pengurusan SOP agar selari dengan matlamat kualiti
jabatan/kementerian. Berkaitan hal ini, JKMM telah menganjurkan Bengkel
Pemadanan Sistem Pengurusan Kerja Sosial (CMS) dengan Standard Operating
Procedures (SOP) sedia ada JKMM. JKMM juga sentiasa melakukan semakan
177
terhadap SOP yang telah dipadankan dengan Sistem Pengurusan Kerja Sosial
(CMS).
Berkaitan hal ini juga, satu sistem inspektorat pengurusan kualiti telah
dibangunkan. Menurut Ketua Unit, Bahagian Latihan Kerja Sosial JKMM:
Sekarang kita pakai ISO, Inspektorat Sistem Pengurusan
Kualiti. Selain itu kita melakukan pemantauan. Macam saya
cakap tadi, dan kita cadang. Berkaitan SOP kerja sosial ini,
kami juga ada Etika Kebajikan. Ia sangat dekat dengan Etika
Piawaian Kerja Sosial dan kebajikan. Kita cuba pastikan etika
kerja sosial itu diamalkan lah. Kalau kita tengok Etika Kerja
Sosial dengan Etika Kebajikan itu tak jauh sangat.
(Ketua Unit Latihan Kerja Sosial, 9/11/2018: 2.45 petang)
3.9.2.2 Khidmat kerja sosial sebagai salah satu komponen penilaian SKT
kakitangan
Selain itu, kecekapan penyampaian khidmat kerja sosial juga dimasukkan
sebagai salah satu komponen utama dalam sistem penilaian tahunan JKMM; iaitu
SKT sebagai komponen Laporan Penilaian Tahunan (LPT) JKMM. Menurut Ketua
Pengarah JKMM:
Lagi satu, untuk penambahbaikan penyeliaan, kita gunakan
orang yang dah ada dalam bidang itu untuk jadi mentor.
Kita juga akan jadikan penyeliaan kerja sosial itu sebagai
SKT. Kadang kadang tak jadikan SKT orang tak pandang
serius. Tapi, bila dah jadi SKT, dia akan beri impak. Pegawai
yang kita kenalpasti tadi jadi mentor, mungkin kita SKT kan
dia. Bila kita SKT kan dia nanti, baru lah kita nampak serius.
Kalau dia tercapai dia punya SKT tu, impak pada MPT dia
lah kan.
(Ketua Pengarah JKMM; 9/11/2018; 5.45 ptg; Putrajaya)
178
3.9.2.3 Memperkukuhkan sistem penyeliaan dan pemantauan kerja sosial
Ketua Pengarah JKMM sedar dengan fragmentasi yang wujud di dalam
sistem penyeliaan kerja sosial organisasinya. Justeru itu, beliau yakin bahawa
penumpuan penambahbaikan perlu diberikan kepada limitasi ini. Beliau
seterusnya menyentuh inisiatif JKMM dalam membangunkan satu model
pengendalian penyeliaan yang dipanggil sebagai PAP Model (Professional
Accountable Practice). Model ini dibangunkan dengan kerjasama kerajaan
Australia. Pelaksanaan model ini diharapkan akan membawa nafas baru dalam
sistem penyeliaan kerja sosial. Selain itu, JKMM juga sedang mewujudkan satu
sistem terancang dan berstruktur untuk aspek ini. Menurut Ketua Pengarah
JKMM lagi, mereka sedang memperhalusi Program/Sistem Mentoring dan
Coaching praktis kerja sosial.
3.9.2.4 Instrumen penyeliaan
Selari dengan inisiatif pemantapan sistem penyeliaan kerja sosial, JKMM
juga sedang berusaha memperkenalkan dua instrumen khusus berkaitan
penyeliaan. Malah, satu unit khas baru yang dikenali sebagai Cawangan
Kemahiran Kerja Sosial telah diwujudkan bagi meneliti kompetensi kerja sosial
menerusi sistem penyeliaan ini. Instrumen pertama berkaitan penyeliaan yang
sedang dibangunkan oleh JKMM adalah Buku Panduan Penyeliaan Kerja Sosial
2018. Instrumen kedua adalah Kad Pencapaian Penyeliaan (Supervision Score
Card). Menjelaskan perkara ini, Ketua Unit Latihan Kerja Sosial menyatakan:
Kita ada score card untuk penyeliaan. Kita mahu penyelia-
penyelia aware dengan score card ini. Kalau dia tak selia atau
pantau, sampai hujung tahun, kad dia merah lah. Siapa nak
kad merah? In bukan paksaan. Ini sebagai satu kaedah
penyeliaan dalam social work itu. Selia staf buat kerja.
Bagaimana selia staf amalkan kerja sosial? Dengan score card
lah.
(Ketua, Unit Latihan Kerja Sosial, 9/11/2018, 2.45 ptg, Putrajaya)
179
3.9.2.5 Penyeliaan sebagai elemen penilaian tahunan kerja
Selain itu, bagi memperkukuhkan lagi penyeliaan kerja sosial, pihak JKMM
juga mengambil keputusan untuk menjadikan penyeliaan sebagai salah satu
komponen teras penilaian dalam sistem SKT nya. Tindakan ini diharapkan
mampu memperlihatkan kepada semua kakitangan JKMM yang terlibat di dalam
penyampaian praktis kerja sosial bahawa kerja sosial yang mereka lakukan adalah
penting di dalam mengukur pencapaian kerja mereka. Penerapan penyeliaan
kerja sosial sebagai salah satu indikator pencapaian kerja (work performance
indicator) diharapkan dapat mengubah paradigma kakitangan JKMM agar
mampu melihat dan menyampaikan kerja sosial dengan lebih serius.
Dalam kalangan responden survei, terdapat 264 entri (Jadual 77, supra hal.
157) bagi penambahbaikan dalam aspek ini. Antara cadangan-cadangan
penambahbaikan berkaitan budaya kecekapan organisasi yang telah disyorkan
oleh responden kajian dipaparkan di dalam Jadual 80 di halaman berikut.
180
Jadua
Cadangan Penambahbaikan Berkai
Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi
(a) Sistem pentadbiran perkhidmatan:
(1) Memperbanyakkan kursus
(2) Mengadakan kursus bahasa isyarat
(3) Menambahbaik sistem penyeliaan sedia ada
Pihak atasan perlu melakukan penyeliaan berkala
(4) Penyeliaan dan pemantauan perlu direkod dengan baik
Menjalankan pemantauan yang lengkap
Memastikan sistem pemantauan yang adil
Melakukan audit pemantauan
(5) Memperkemaskini sistem pentadbiran sedia ada
Menambahbaik borang
Menyelia dan memantau dokumentasi jabatan
Sistem pemantauan yang ringkas dan mudah difahami
(6) Menyediakan borang penambahbaikan kepada klien
(7) Mewujudkan SOP yang lengkap
(8) Menilai semula sistem kenaikan pangkat sedia ada
(9) Menyediakan senarai semak praktis kerja sosial
(10) Kurangkan birokrasi jabatan
(11) Setiap arahan perlu sejajar di setiap negeri
(12) Tindakan tegas terhadap kakitangan yang bermasalah tingkah laku
(13) Melihat semula SOP agar tidak membebankan kakitangan
al 80
itan Budaya Kecekapan Organisasi
Budaya Kecekapan Sosial Organisasi
(a) Kecekapan kerja
(1) Mengelakkan pertindihan tugas
(2) Pembahagian tugas yang adil
(3) Memberi tugas yang spesifik kepada kakitangan
mengadakan pengkhususan kerja
Fokus pada tugasan hakiki
(4) Menambah kakitangan/perjawatan (khususnya pekerja kes)
(5) Menyediakan latihan praktikal
(6) Mempelbagaikan kursus yang berbeza
Kehadiran kursus perlu diwajibkan
(7) Mengambil tenaga kerja yang telah berkhidmat di peringkat profesional
(8) Mewajibkan kehadiran kursus
(9) Memberi kesedaran tentang bidang tugas kepada pekerja sosial
(10) Mendedahkan pekerja dengan jurnal berilmiah
(11) Kurangkan konsep “multi tasking”
(12) Perlantikan kakitangan yang sekurang-kurangnya mempunyai diploma
kerja sosial
(13) Kurangkan beban kerja kakitangan/nisbah klien dengan kakitangan
harus bersesuaian
(14) Menilai semula keupayaan pekerja sosial
(15) Perlantikan pegawai khusus untuk praktis kerja sosial
(16) Wujudkan jabatan khas untuk kerja sosial
181
Sambungan Jadual 80
Budaya Kecekapan Fizikal Organisasi
(b) Program /perkhidmatan
(1) Pemberian elaun kritikal/insurans kepada kakitangan yang terlibat
dengan kerja luar (lawatan ke rumah klien)
(2) Mewujudkan insurans untuk pekerja kes
(3) Program latihan yang komprehensif
(4) Fokus kepada klien (kumpulan sasar) yang berkaitan sahaja
(c) Prasarana fizikal kerja
(1) Kelajuan internet perlu dipertingkatkan
(2) Menyediakan peralatan pejabat yang mencukupi
(3) Peruntukan kenderaan dipertingkatkan
Budaya Kecekapan Sosial Organisasi
(b) Jaringan kerjasama
(1) Melantik ramai pakar sosial dari luar
(2) Mewujudkan kerjasama dengan kolej
(3) Membuat networking dengan agensi lain
(4) Pertukaran Pegawai Kerja Sosial dengan negara ASEAN
182
3.9.3 Tema 3: Struktur sosiobudaya yang mengelilingi
perkhidmatan
Dua elemen struktur sosiobudaya yang terangkum dalam skop kajian ini
adalah struktur perundangan sosial dan ekologi politik yang menyokong
pembangunan kerja sosial serta elemen kemasyarakatan seperti sikap dan
persepsi masyarakat terhadap khidmat kerja sosial. Antara cadangan
penambahbaikan berkaitan struktur sosiobudaya yang mengelilingi
perkhidmatan kerja sosial yang diutarakan oleh responden kajian ini adalah
seperti berikut:
3.9.3.1 Penggubalan Akta Kerja Sosial
Cadangan utama yang banyak kali diulang oleh responden kajian adalah
berkaitan dengan Rang Undang-Undang Kerja Sosial. Majoriti responden yang
menyentuh aspek ini mendesak agar RUU Akta Kerja Sosial diluluskan bagi
mengiktraf khidmat kerja sosial sebagai satu profesion dan perkhidmatan
profesional. Menurut Ketua Pengarah JKMM, Akta Kerja Sosial merupakan satu
keperluan kepada perkembangan perkhidmatan kerja sosial profesional.
Menurut beliau lagi, Rang Undang-Undang Kerja Sosial telah dirancang
dengan teliti. Sebanyak 95 peratus rangkuman Rang Undang-Undang ini telah
lengkap. Penggubalan Akta khusus untuk profesion kerja sosial ini akan
membuka jalan kepada penyediaan peraturan-peraturan lain berkaitan kerja
sosial, khususnya peraturan-peraturan berkaitan pendaftaran lesen, peraturan
disiplin pekerja sosial, peraturan pembangunan profesionalisme pekerja sosial
serta peraturan berkaitan fi dan caj pekerja sosial profesional.
Namun begitu, Ketua Pengarah JKMM juga menegaskan yang Rang
Undang-Undang ini harus membuat keputusan dengan teliti berkaitan beberapa
perkara. Antaranya adalah siapa yang boleh diikitiraf sebagai pekerja sosial?
183
Berkaitan hal ini, jawatankuasa yang terlibat di dalam penentuan hal ini perlu
membuat keputusan mengenai kedudukan majoriti daripada Pegawai Kebajikan,
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan
Masyarakat yang tidak mempunyai kelayakan kerja sosial. Bagaimana keahlian
sebagai Associate Social Workers (Pekerja Sosial Bersekutu) boleh membina satu
“pool” kerja sosial yang boleh diutilisasi oleh JKMM dalam menyampaikan
perkhidmatan kerja sosial nya? Contoh ulasan Ketua Pengarah JKMM mengenai
hal ini:
Lagi satu apa yang kita nak buat ini, apabila kita ada
undang-undang, sekarang ini di peringkat terakhir, kita
buat satu peraturan baru. Contoh, siapa yang kita nak iktiraf
sebagai Pekerja Sosial? Satu lagi kategori yang kita nak
wujudkan, kita panggil associate social worker - pekerja
sosial bersekutu. Tapi, dia perlu mendaftar. Jadi, orang yang
ada Diploma Kerja Sosial tadi, kita tak boleh nak iktiraf
mereka sebagai Pekerja Sosial. Tetapi, kita boleh iktiraf
mereka sebagai Associate Social Worker. Itu sebabnya
yang yang kita nak buat DKM, NOSS, SPEC. Sekurang-
kurangnya kita iktiraf staf kita itu memenuhi kehendak
undang-undang.
(Ketua Pengarah JKMM; 9/11/2018; 5.45 ptg; Putrajaya)
3.9.3.2 Penubuhan Majlis Kerja Sosial Malaysia
Berkaitan rapat dengan perundangan sosial khusus untuk profesion kerja
sosial, kesemua pemberi maklumat utama yang terlibat di dalam temubual
mendalam menyentuh kepentingan kewujudan satu majlis atau jawatankuasa
khas berkaitan kerja sosial; iaitu Majlis Kerja Sosial Malaysia.
3.9.3.3 Pengukuhan kod etika pekerja sosial
Cadangan seterusnya adalah menyuburkan dan mengukuhkan proses
penjiwaan kod dan etika kerja sosial dalam kalangan Kakitangan JKMM yang
184
menyampaikan khidmat kerja sosial. Memandangkan kod dan etika kerja sosial
ini berkaitan rapat dengan SOP kerja sosial, kedua-duanya harus konsisten
dengan Kod Etika JKMM, Kod Etika Pekerja JKM 2011, Kod Etika Kerja Sosial dan
juga Piagam Pelanggan jabatan. Menurut Ketua Unit Bahagian Latihan Kerja
Sosial, perkara ini penting kerana ia membentuk satu etika kebajikan yang boleh
diterima oleh semua rakyat Malaysia. Menurut beliau lagi, kod etika kerja sosial
berperanan penting dalam melahirkan pekerja sosial yang bertanggungjawab
dan ada nilai akauntabiliti terhadap diri sendiri, klien perkhidmatan, organisasi
kerja dan masyarakat secara keseluruhan.
3.9.3.4 Eco-politik yang pro kerja sosial
Seterusnya, persekitaran politik yang pro kebajikan dan menyokong
perkembangan perkhidmatan sosial juga penting di dalam meningkatkan lagi
profesion dan praktis kerja sosial di negara ini. Menurut Pengarah Bahagian
Pengurusan, perancangan strategik 2016-2020 yang dibuat oleh kerajaan
terdahulu perlu difahami dan diterima oleh pelan tindakan dan halatuju kerajaan
Pakatan Harapan kini bagi memastikan proses implementasi semua mekanisme
strategik peningkatan kualiti praktis kerja sosial berjalan lancar.
Contohnya, beliau memetik kepentingan konsistensi antara Rancangan
Malaysia KeSebelas dan Bajet 2019 dalam aspek pembangunan perkhidmatan
kebajikan sosial negara. Bajet 2019 seharusnya dapat membuka minda
masyarakat dan mengubah paradigma kerajaan baharu terhadap pendekatan
kebajikan yang proaktif. Beliau juga berharap kerajaan Pakatan Harapan mampu
melaksanakan dasar-dasar sosial yang menyokong kepada perkembangan
praktis kerja sosial profesional di negara ini sehingga ke peringkat akar umbi.
Berikut merupakan pandangan beliau berkaitan hal ini:
185
Saya rasa kita punya pelan strategik ini ada revision all the
time. Pelan yang baru-baru ini kita akan embedded dengan
pihak kerajaan baru, Pakatan Harapan. Mereka ada Buku
Harapan itu, ada hala tuju yang ditujukan. Baru-baru ini dia
diselarikan pula dengan RMK 11 kita, dan bajet yang terkini
dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Saya rasa semua itu
diselaraskan supaya mengikut acuan kerajaan yang
sekarang lah. Cuma, di peringkat kita pula, JKM pula, kita
punya social work ini, saya nampak baru dipandang oleh
kerajaan Pakatan Harapan. Nampak ada seriousness dalam
nak mengangkat Kerja Sosial ini, mendapat pengiktirafan.
Bukan kata dulu tidak dilihat, tapi elemen sosial kalau kita
buat comparison, portion peruntukan yang dia bagi dekat
sosial dan pembangunan agak sangat berbeza, jauh
berbeza, Cuma baru-baru ini, kita tengok di dalam kerajaan
baru punya bajet yang dibentangkan, kita nampak ada
sumbangan-sumbangan ke arah sosial. Dia melihat
kumpulan-kumpulan yang diberi keutamaan. Dia tak lokek.
Potong cukai pendapatan. Siapa-siapa yang ada
contribution to social work akan dipotong cukai
pendapatan, akan beri potongan. Kalau dulu, kita menagih
dengan kerajaan dulu nak dapat satu dua potongan cukai
pun agak susah. Mungkin saya rasa kita punya pelan
strategik dan apa juga tindakan jabatan ke arah akta akan
mendapat perhatian serius.
(Pengarah Bahagian Pengurusan; 9/11/2018; 2.45 ptg; Putrajaya)
3.9.3.5 Promosi dan advokasi kerja sosial
Bagi bertindakbalas dengan limitasi kesedaran masyarakat mengenai
praktis kerja sosial, pemberi maklumat utama mencadangkan agar JKMM
mempergiatkan lagi program-program promosi perkhidmatan kerja sosial nya.
Ketua Pengarah JKMM misalnya ada menyentuh sedikit mengenai usahasama
antara Persatuan Kerja Sosial Malaysia dengan JKMM dalam Program Kembara 1
Malaysia pada bulan Mac (Bulan Kerja Sosial) bagi mempromosi kerja sosial.
Beliau berharap program-program sebegini perlu dipergiatkan secara
berterusan.
186