The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakidah abdullah, 2021-10-03 19:56:21

RENDANG TOK DAPUR KAYU:RAKAN ELIT MENULIS...

BOOK

Terbitan Oktober 2021 (Cetakan Pertama)

HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau
apa-apa jua alat kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis
daripada Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Begitu juga ilustrasi kulit luar
ialah hasil kreatif ilustrator semata-mata. – Penerbit.

Diterbitkan oleh:

Unit Sekolah Jenis Khas,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05 – 501 5000
Faks: 05 – 527 7273
Emel: [email protected]

RENDANG TOK
DAPUR KAYU:

Rakan ELIT menulis…

Bimbingan menyengat tanpa seksa
Mengupas sejuta rasa
Menyahut pelbagai cabaran semasa
Bina kekuatan membimbing tanpa sisa…

Terbitan Oktober 2021 (Cetakan Pertama)

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
GARAPAN RASA
1-2
BELILAH JIWA WALAU HANYA 3-9
1 SATU SENYUMAN
10 - 15
DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI, PCM. 16 - 25
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK 26 - 28

MENGISAR ADUNAN MODAL INSAN 29 - 32

2 DENGAN RAMUAN BERSTRUKTUR

MD ZUKI BIN HASHIM

RAKAN ELIT (PERAK)

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

AMALAN A.S.K (Attitude, Skill,
Knowledge) SIP+ NOVIS
MELAKSANAKAN BIMBINGAN
3 KEPADA SLT SEKOLAH DI BAWAH
PROGRAM TS25

SYED AZELAN BIN SYED ABU HASSAN
RAKAN ELIT SIP+ PPD PERAK TENGAH

MENYUSURI DENAI PROGRAM TS25
4 FAIRUZ BIN LEMAN

RAKAN ELIT SIP+ PPD KUALA KANGSAR

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH
2025 (TS25) PEMANGKIN
5 KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

MOHD IDRIS BIN SULAIMAN
RAKAN ELIT SISC+ PPD KINTA SELATAN

ILUSTRASI PERUBAHAN KAEDAH
PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN (PDPC) GURU
6 DI DALAM BILIK DARJAH KEPADA
KAEDAH ATAS TALIAN
(ONLINE CLASSROOM)

DR. CHEN SIEW PING
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
RENCAH PELBAGAI RASA
33 - 35
SAMBAL PECAL KAYU MANIS 36 - 45
7 MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF 46 - 51
52 - 57
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA 58 - 64
65 - 66
CIKGU MOORTHY 67 - 77
8 HILMUN BINTI BAHARUDDIN 78 - 83
84 - 86
MASTER TRAINER TS25 (PERAK) 87 - 91
IAB CAWANGAN UTARA

11 BULAN 9 HARI
9 KASMIYATI BINTI KATIMAN

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BAGAN DATUK

HARAPANMU, HARAPAN SEMUA
10 LATIFAH BINTI A JAMIL

RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH

DIALOG SEORANG PM TS25
11 KAMARULAZUA BIN ABU KASSIM @ AUZALURAMAK

PEGAWAI MEJA TS25 DAERAH KUALA KANGSAR

SKETSA CIK OP DAN CIK KK
12 NORHANI BEBE BINTI ALTA MIAH

RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH

TUMIS UDANG PERIA KATAK
13 ABDUL RAHIM BIN GHAZALI

RAKAN ELIT SISC+ PPD BATANG PADANG

MASAM MANIS ASAM JAWA
14 ROZALI BIN DIN

RAKAN ELIT SISC+ PPD KINTA SELATAN

SAMBAL BELACAN
15 MOHAMAD RIDZWAN BIN MAHMUD

RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK

DAUN LIMAU DAUN KUNYIT
16 MEOR ZAIYAN BIN ASHAARI

RAKAN ELIT SISC+ PPD PERAK TENGAH

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
RASA MANIS BUNGA CENGKIH 92 - 101
17 ZAKIDAH BINTI HAJI ABDULLAH @ AWEKMUO 102 - 108
109 - 113
PENYELARAS TS25 NEGERI PERAK 114 - 118
119 - 125
ASAM PEDAS LAKSA
18 SALAHUDDIN BIN HASSAN JABA’IE 126 - 133

RAKAN ELIT SIP+ PPD BAGAN DATUK 134 - 137
138 - 143
SIRIH PULANG KE GAGANG 144 - 149
19 NUR ASNI BINTI ALIAS 150 - 153
154 - 160
RAKAN ELIT SISC+ PPD PERAK TENGAH

AKU MASIH HIJAU
20 AYOUB BIN ABU

RAKAN ELIT SIP+ PPD MANJUNG

WAJIK DOYAN
21 RA’BANIAH BINTI NOR HAMDAN

RAKAN ELIT SIP+ PPD KINTA UTARA

ANTARA LAKSA UTARA DAN
22 LAKSA MI PANGKOR

MAHADI ROSLI BIN ZAMRI
RAKAN ELIT SISC+ PPD MANJUNG

PAHIT KELAT BUNGA LAWANG
23 MOHD NOOR AZAMI BIN ABU BAKAR

RAKAN ELIT SIP+ PPD KUALA KANGSAR

KETUMBAR DAN JINTAN
24 SALINA BINTI HAJI MUSA

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

HIJAU SI DAUN KUNYIT
25 MAHANI BINTI MOHAMED NOORDIN

RAKAN ELIT SIP+ PPD KERIAN

KERISIK DAGING DENDENG
26 KHAIRULAMRI BIN SULAIMAN

RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

ASAM GARAM COACHING
27 ABD MANAN BIN MOHAMED

RAKAN ELIT SIP+ PPD HULU PERAK

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
RASA KELAT BUNGA LAWANG 161 - 167
28 DR. RAMAN BIN NUSI 168 - 172
173 - 177
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA 178 - 183
184 - 188
IBU KUNYIT DAUN SERAI 189 - 191
29 MOHAMAD SHAHAIZAM BIN ZAKARIA 192 - 197

RAKAN ELIT SISC+ PPD KERIAN 199

RENDANG DAGING CILI KERING 200
30 NOOR AZIZI BINTI KASIM 201

RAKAN ELIT SISC+ PPD HULU PERAK

INILAH KISAHKU!
31 NUR SHAMSUL BIN HAJI NOMAWI

RAKAN ELIT SISC+ PPD MANJUNG

JINTAN MANIS JINTAN PUTIH
32 RUSLINDA BINTI SHARI

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

AIR TANGAN BONDA SAMBAL JAMBI
33 NOR HAYATI BINTI ABDULLAH

RAKAN ELIT SIP+ PPD KUALA KANGSAR

NASI LEMAK DAUN PISANG
34 ISWARY MUNUSAMY

RAKAN ELIT SISC+ PPD BAGAN DATUK

LAKARAN JIWA

SEIKAT KAYU MANIS
35 AZMI BIN DAHALI

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

INSPIRASI BIAR MENJADI
36 DR. SHARIFFAH SEBRAN BINTI JAMILA SYED IMAM

TIMBALAN PENGARAH
BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU (BPG)

GENGGAM BARA
37 ZAKIDAH BINTI HAJI ABDULLAH @ AWEKMUO

PENYELARAS TS25 JPN PERAK

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
TS25: TELAH LAMA AKU BERDIRI
38 DI SINI… 202

HADZRAWIAH BINTI ABU KASIM 203
MASTER TRAINER (PERAK) IPG KAMPUS IPOH 204
205
HADIRMU 207
39 DR. ABD. HAMID BIN ABU BAKAR 208
209
RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK 210

SATU HATI 213
40 NOOR HASIAH BINTI SULAIMAN
214
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH

GAMITAN KEJORA TS25
41 KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZAHARI @ AZIEROOL (RZ)

RAKAN ELIT SISC+ PPD BATANG PADANG

AKU, PKP DAN TS25
42 DR. RAMAN BIN NUSI

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

RASA PEDAS RENDANG TOK
43 SARIMAH BINTI MABEE

RAKAN ELIT SISC+ PPD KINTA SELATAN

KAYUHAN PADU TS25
44 NORHANI BEBE BINTI ALTA MIAH

RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH

FANTASI ATAU REALITI
45 MEOR ZAIYAN BIN ASHAARI

RAKAN ELIT SISC+ PPD PERAK TENGAH

APABILA ASAM DI DARAT BERTEMU
46 GARAM DI LAUT

SALINA BINTI HAJI MUSA
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

KETUPAT PALAS SERUNDING RE
47 MUHAMMAD FADZLI BIN MAT ZAIN

RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
MELANGKAH JAUH SEKONDAK HATI
(Intipati Kerangka TS25 – We Love Sebati: 215
48 SK Batu Tiga)
216
AZLAN BIN LIN 217
218
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH 219

TS25 PADA KACA MATA USA 220
49 SHARIFFUDDIN BIN AHMAD
221
RAKAN ELIT SISC+ PPD PERAK TENGAH 222
223
PIPIT KECIL
50 DR. FATIMAH BIN MOHAMED

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

HARAPAN KOTA KEYAKINAN
51 MAHADI ROSLI BIN ZAMRI

RAKAN ELIT SISC+ PPD MANJUNG

KATA AYAHKU!
52 SAPURA BIN DALMI

RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

PEMIMPIN BERKESAN PENERAJU

53 SEKOLAH BERWAWASAN

MOHD SUFFIAN @ SYED MOHD SUFFIAN BIN SYED

MOHAMAD YUSOF @ MOHAMED YUSOF

RAKAN ELIT SISC+ PPD HULU PERAK

TS25 DAN SEBUAH KETABAHAN
54 SALINA BINTI HAJI MUSA

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

TS25 JANGAN MENGALAH
55 ZALINA BINTI JAMALLUDIN

RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

TRANSFORMASI
56 NUR HAMIDAH BIN RADZALI

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SENTUHAN JIWA
225
MENERAJUI KECEMERLANGAN 226
57 MOHD FATHILAH BIN MOHD NOOR 227

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH 229

GURINDAM PENGGERAK 231
58 TRANSFORMASI 232
233
HASSAN AZAHARI BIN YUNUS 234
RAKAN ELIT SIP+ PPD KINTA SELATAN

JEJAKKU INGIN MENYAKSI BINTANG
59 AIDA BIN ABDUL

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

GEMERSIK SUARA

SYAIR CERITERA TS25:
60 IRAMA SELENDANG DELIMA

MOHD HELMI BIN MUSA
RAKAN ELIT SISC+ PPD BAGAN DATUK

MADAH MENGUSIK JIWA

BERDENDANG SEIRAMA
61 OSMAN BIN MOHAMED BAHARI, AMN.

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG

ASAM GARAM BUAH PALA
62 AHMAD SHAMIL BIN OTHMAN

RAKAN ELIT (PERAK) IAB CAWANGAN UTARA

PIMPINAN ILMU
63 DR. HAIZUL RASDY BIN SAIDIN,

RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS PULAU PINANG

MELUNTUR BULUH
64 ZAILEHA BINTI HASINE

RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
CERITAKU
65 NORLEHA BINTI IBRAHIM 235
236
RAKAN ELIT (PERAK) IAB CAWANGAN UTARA 237
238
KUALA KANGSAR TERATAS 239
66 HASWATI BINTI MOHD WASIR 240
241
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR 242

KOPI O KAW TS25 245
67 SURAIYA BINTI OSMAN 246

RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK

KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG
68 NOOR LELA BINTI MOHD ZAIN

RAKAN ELIT SISC+ PPD HULU PERAK

RENDANG DAGING KELAPA PARUT
69 REDZUAN BIN MOHAMED

RAKAN ELIT SIP+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

TRANSFORMASI BIAR JADI
70 NORHANI BEBE BINTI ALTA MIAH

RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH

HARAPAN NUSA
71 SALINA BINTI HAJI MUSA

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

AIS KACANG ABC
72 UMI SAMRA BINTI MD SAIDAN

RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK

SANTUN IRAMA

DEMIMU TS25
73 YUSNITAR BINTI MUNIAR

RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

ALKISAH TS25
74 KHAIRUL ANUAR BIN SHAHALUDDIN

RAKAN ELIT SIP+ PPD HILIR PERAK

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
CINTA TS DUA PULUH LIMA
75 ZARINA BINTI MOHAMED YUSUF 248
249
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA 250
251
SELOKA PLOTOSUS UTARA 252
76 ANIS OWEEDA BINTI ISMAIL
255
RAKAN ELIT SISC+ PPD KERIAN
257
SELOKA SI ULAM RAJA
77 PUTRI FARIDAH HANIZAH BIN DAHALAN 258
259
RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK

METAMORFOSIS TS25
78 YANG ROZIAH BINTI MOHAMED YAACOB

RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

MENERAJUI KEPIMPINAN
79 NOOR A’LAUYAH BINTI MEOR AHMAD

RAKAN ELIT SIP+ PPD KINTA UTARA

BICARA HATI

MONOLOG RAKAN ELIT
80 SISC+ BAHARU

ASLINDA BINTI OMAR
RAKAN ELIT SISC+ PPD BATANG PADANG

ILUSTRASI

SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS+
81 VS SELF IMPROVEMENT PROCESS

WAN SAIFUL BAHRIN BIN WAN AYUB
RAKAN ELIT SIP+ PPD PERAK TENGAH

APAKAH PERKAITAN THE IMPACT
82 CYCLE & MKO?

AZNEEZAL AR-RASHID BIN MOHD RAMLI
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

ILUSTRASI BORAK TS25
83 DR. SITI HAYATI BINTI MOHD YUSOFF

RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
ASALKAN ALASAN
84 JULIANA BINTI ALI 263
265
RAKAN ELIT SISC+ PPD KINTA UTARA
267
SENDA BERMADAH
85 MA NORALASIKIN BINTI ABDUL MANAF

RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

UJI MINDA

TEKA SILANG KATA TS25
86 SITI SHAKILAH NIRMALA BINTI ABDULLAH

RAKAN ELIT SISC+ PPD KERIAN

Sedulang Rempah
Selengkap Rasa

Berkongsi pengalaman suka duka sewaktu berlakunya
bimbingan bukanlah perkara yang mudah untuk
diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Inilah karya yang julung kalinya diterbitkan dengan
mengumpul pelbagai pengalaman Rakan ELIT Perak

daripada kalangan IAB, IPG, SIP+, SISC+,
Pegawai Meja TS25 negeri mahupun daerah.

Semoga pada hujung pengalaman ini, dapatlah dititipkan
perkongsian yang bermanfaat.

~ Dari meja TS25 Negeri Perak ~

URUS SETIA PENERBITAN

Rendang Tok Dapur Kayu:

Rakan E L I T menulis…

PENASIHAT
Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, PCM.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak

PENGURUS PROGRAM
Encik Azmi bin Dahali

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah

PENOLONG PENGURUS PROGRAM I
Puan Sabarina binti Jamaluddin

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sekolah Jenis Khas

PENOLONG PENGURUS PROGRAM II
Encik Baharim bin Haji Ali

Ketua Penolong Pengarah, Unit Sekolah Jenis Khas

KETUA EDITOR
Puan Zakidah binti Haji Abdullah

Penolong Pengarah @ Penyelaras TS25 Negeri Perak

SUNTINGAN
Puan Zuraida binti Ahmad Khulaimi

RE SIP+ PPD Kinta Utara

Puan Salina binti Haji Musa

RE SISC+ PPD Larut Matang & Selama

Puan Anis Oweeda binti Ismail

RE SISC+ PPD Kerian

MUNSYI DEWAN
Encik Mudzaffar Shah bin Mohammed Rajamal

Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Ahmad Boestamam

Haji Ahmad Salehin bin Haji Shaari

RE SISC+ PPD Kinta Utara

Garapan
Rasa

BELILAH JIWA WALAU HANYA SATU SENYUMAN

DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI, PCM.
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK

If you’re not recognising others, you’re not leading ~ Chris Richardson

Coaching untuk membentuk sekumpulan pasukan high
performance perlu meletakkan recognition atau
pengiktirafan sebagai salah satu elemen utama.
Pengiktirafan sangat penting dalam effective
coaching. Coach yang hebat akan selalu
berminat untuk memperkuat dan
mengupayakan orang yang mereka dilatih oleh
mereka, mendorong mereka untuk memajukan
potensi diri dan membantu mereka menjadi
lebih baik dalam apa-apa jua yang mereka
lakukan. Salah satu elemen effective coaching
ialah caring, dalam erti kata lain percaya
mereka boleh menjadi lebih hebat. Berbalik
kepada pengiktirafan tadi, ia dapat
menyumbang mewujudkan persekitaran kerja
yang baik, meningkatkan kecekapan dan
harga diri, memotivasi orang lain ke tahap lebih tinggi lagi dan
pastinya meningkatkan kesetiaan kepada organisasi.

Pemimpin organisasi apabila memberi pengiktirafan perlu
memahami nilai pengiktirafan tersebut dari perspektif pekerja anda.
Kebiasaannya kita menganggap wang sebagai pendorong utama.
Namun, yang lebih tepat, wang bukan segala-galanya, mungkin
faedah lain, termasuk peluang menyambung pelajaran, job rotation,
pelbagai program penandaarasan yang boleh membantu peningkatan
profesionalisme seseorang. Bagi memastikan kumpulan high
performing kita sentiasa bermotivasi tinggi, mereka perlu dari semasa
ke semasa dihargai kerana mereka mendambakan pengawalan
bagaimana task mereka dilaksanakan, pengiktirafan yang berbentuk
personal, ambil tahu mereka telah memberi sumbangan dan memberi
tugasan yang memberi manfaat kepada mereka dan organisasi.

1

Pengiktirafan bukan konsep one size fits all. Maknanya untuk
impak maksimum, reward perlu berbentuk personal sama ada
anugerah secara formal (APC), penghargaan dan perakuan, puiian
malahan dalam bentuk maklum balas yang positif. Pengiktirafan juga
bukan berkaitan keberhasilan sahaja. Apabila kita memberi
pengiktirafan, pekerja yang lain juga akan bersaing untuk menjadi
seperti mereka yang berjaya dan ini mewujudkan role model dalam
sesebuah organisasi. Sebagai pemimpin organisasi kita mesti selalu
dilihat sebagai ketua yang aware dan care. Amalan untuk melihat
sesuatu dengan positif dan betul serta maklumkan kepada pekerja
juga dapat mewujudkan suasana yang lebih kondusif. Mereka lebih
teruja sekiranya ketua menyedari kejayaan mereka.

Penghargaan wajar dilaksanakan sebaik sahaja sesuatu tugas atau
program itu berjaya dilaksanakan bukan kita mengambil tempoh yang
lama untuk menyatakan pujian dan makluman kita. Pujian,
penghargaan dan pengiktirafan walau sekecil manapun mestilah
dilakukan dengan jujur dan ikhlas dan bukan dibuat-buat. Elok juga
apabila pujian dan penghargaan diberi kita nyatakan secara spesifik
perkara yang mereka lakukan yang mungkin boleh dijadikan amalan
baik di organisasi tersebut.

Penghargaan dan pengiktirafan bukan hanya dalam bentuk wang
ringgit. Kita boleh melaksanakannya setiap hari hanya dengan
senyuman, minum pagi bersama-sama, menghantar kad ucapan,
ucap terima kasih, tunjukkan kepercayaan kita kepada mereka, surat
penghargaan dan yang paling utama be a real person!

Every poor performance is an opportunity for encouragement. Every
great performance is an opportunity to reward and celebrate – Jeffery
Gitomer.

2

MENGISAR ADUNAN MODAL INSAN DENGAN
RAMUAN BERSTRUKTUR

MD ZUKI BIN HASHIM
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Teruja dengan Rendang Tok Dapur Kayu, maka penulis tidak
mahu ketinggalan memeriahkan kenduri besar ini walaupun hanya
sekadar mampu untuk Mengisar Adunan Modal Insan Dengan
Ramuan Berstruktur. Itulah sebuah analogi untuk menggambarkan
proses pembelajaran koperatif dan kolaboratif dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Proses ini mula diperkenalkan melalui
pelaksanaan Kurikulum Baharu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun
1982 dan Kurikulum Baharu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun
1988 apabila kedua-dua kurikulum ini menegaskan amalan
pembelajaran berpusatkan murid dalam sistem penyampaian
kurikulum di sekolah. Guru-guru telah dilatih dengan ilmu dan
kemahiran yang sewajarnya. Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) yang diperkenalkan pada tahun 2015 telah melangsungkan
kesinambungan ini. Latihan kepada pasukan pengurusan sekolah
telah disampaikan dengan giatnya melalui jurulatih yang dilantik oleh
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Siri latihan ini disusuli
dengan khidmat sokongan profesional oleh Rakan Educational
Leadership and Instructional Team (ELIT) melalui tiga fasa lawatan
setahun ke sekolah-sekolah yang menyertai program ini.

ISU PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Pada tahun 2018, pihak KPM telah mengeluarkan kertas
laporan perkembangan pelaksanaan Program TS25 melalui Mesej
Strategik Program TS25. Dalam usia semuda dua tahun, program ini
sudah mula menzahirkan impaknya dengan beberapa perubahan
yang berlaku di sekolah. Namun begitu, sudah tentu di sana terdapat
beberapa kelemahan dan kekurangan yang memberikan cabaran
menarik kepada seluruh tenaga penggerak program ini supaya tidak
berputus asa dan istiqamah mempergiatkan lagi usaha
penambahbaikan. Laporan ini membugarkan matlamat supaya

3

sekolah-sekolah peserta dapat mengamalkan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) berasaskan konsep Pendidikan Abad Ke-21
(PAK21) yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Pembugaran
mesej ini berdasarkan situasi semasa di sekolah yang didapati dari
segi amalan PdP masih bersifat konvensional, kurang memberi ruang
kepada aspek kreativiti dan kritis murid, kurang memberi fokus
kepada komunikasi dan kolaboratif serta pelibatan murid kurang aktif.
Mesej ini seterusnya mencadangkan perlunya pembugaran ilmu dan
amalan PAK21 dalam PdP, mengaktifkan Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) mengoptimumkan peranan panitia dan
pemantauan PdP secara berterusan (KPM, 2018).

CADANGAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai Rakan ELIT, penulis amat terpanggil untuk
mengambil tanggungjawab membantu pihak sekolah membuat
penambahbaikan bagi merealisasi matlamat mesej KPM ini. Dalam
siri lawatan bimbingan ke sekolah, penulis menumpukan kepada
usaha-usaha mengumpul data melalui pemerhatian aktiviti PdP dan
soal selidik melalui aktiviti jelajah pembelajaran serta temu bual
dengan para pemimpin sekolah. Dapatan daripada soal selidik dan
pemerhatian menzahirkan guru telah melaksanakan aktiviti
perbincangan berkumpulan bagi memenuhi hasrat PAK21 melalui
paksi pembelajaran koperatif dan kolaboratif (Md Zuki, 2019). Namun
begitu, dapatan daripada temu bual menzahirkan bahawa masih
terdapat sedikit ruang untuk penambahbaikan apabila kajian
mendapati kumpulan yang dilaksanakan ialah kumpulan statik dan
bukan kumpulan dinamik. Murid berada dalam kumpulan yang sama
sepanjang tempoh sesi pembelajaran tanpa bertukar rakan
pembelajaran daripada kumpulan lain. Pelbagai kekangan yang
memberi cabaran kepada guru bagi tujuan merealisasikan kumpulan
dinamik koperatif dan kolaboratif seperti bilangan murid yang terlalu
ramai, ruang bilik darjah yang sempit serta kurang pengetahuan dan
kemahiran dalam kalangan guru tentang pengelolaan kumpulan
dinamik.

Dalam hal ini, penulis telah berkongsi pengalaman dan hasil
inovasi dengan pihak sekolah berfokuskan amalan PdP koperatif dan

4

kolaboratif melalui sesi percambahan fikiran dan aplikasi amali aktiviti
kumpulan dinamik koperatif dan kolaboratif secara berstruktur.
Penulis telah membina 36 struktur aktiviti koperatif dan kolaboratif
berteraskan idea pelopornya, Kagan. Dalam ruangan yang terhad ini,
penulis kongsikan contoh aktiviti bagi tujuan menyokong pembugaran
idea dan pembinaan struktur pembelajaran koperatif dan kolaboratif
dalam kalangan guru.
CONTOH TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

Struktur: Grab the Group

5

BAHAN SUMBER
1. Kertas mahjung.
2. Marker pen pelbagai warna secukupnya berdasarkan jumlah
kumpulan.
3. Sticker (lima set berlainan warna). Sticker bersegi tiga akan
ditampal oleh murid di atas kertas mahjung kumpulan
masing-masing. Sticker bersegi empat akan ditampal dibahu
ketua kumpulan.

6

PROSEDUR

1. Guru mengemukakan tugasan untuk dibincangkan oleh
setiap kumpulan. Agihan kumpulan mengikut kreativiti guru.
Dalam modul dicadangkan lima kumpulan.

2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sekeping kertas
mahjong dan satu set sticker yang bersegi tiga dan bersegi
empat yang berlainan warna seperti contoh. Sticker bersegi
tiga ditampal di atas kertas mahjong setiap kumpulan dan
sticker bersegi empat ditampal pada lengan ketua kumpulan
sebagai penanda kumpulan.

3. Setiap kumpulan perlu memilih salah satu format peta iThink
untuk melengkapkan hasil tugasan masing-masing.

4. Setelah selesai perbincangan, setiap kumpulan
mempamerkan hasil tugasan masing-masing di atas meja
kumpulan.

7

5. Apabila isyarat diberikan, setiap kumpulan akan bergerak
secara berkumpulan untuk menuju ke kumpulan lain untuk
memahami hasil tugasan kumpulan berkenaan. Mereka
dibenarkan mencatat saranan jawapan tambahan dengan
warna dakwat yang berbeza daripada kumpulan asal.
Apabila isyarat diberikan sekali lagi, maka semua kumpulan
dikehendaki berada di tempat kumpulan yang sama warna
dengan sticker pada bahu ketua kumpulan masing-masing.

6. Murid ditugaskan mengambil alih peranan kumpulan asal.
7. Kumpulan baru bertanggungjawab berusaha memahami

saranan jawapan bagi kumpulan asal. Seterusnya
menambah baik (jika perlu) dan memurnikannya mengikut
pertimbangan mereka sendiri.
8. Guru memilih semua atau beberapa kumpulan (mengikut
kesesuaian masa) untuk membentang hasil perbincangan
mereka dengan memainkan peranan sebagai kumpulan
asal. Manakala kumpulan yang tidak berpeluang membuat
pembentangan akan mempamerkan hasil tugasan pada
ruang parking lot.

Aktiviti seumpama ini diolah sebegitu rupa bagi memenuhi
keperluan pembelajaran dan pedagogi masa ini yang menekankan
penerapan kompetensi global untuk pembelajaran bermakna iaitu
Komunikasi, Kolaboratif, Kreatif, Kewarganegaraan, Karakter dan
Kritis atau 6C (Md Zuki, 2020). Bagi guru yang menghadapi kekangan
masa dan bebanan kerja untuk menghasilkan sendiri struktur
pembelajaran koperatif, maka guru-guru boleh mendapatkan struktur-
struktur ini di pasaran terbuka sama ada seperti kedai-kedai buku.
Guru juga boleh menterjemahkan struktur yang dipamerkan di ruang
sumber terbuka dalam jaringan maya dengan memasukkan
penghargaan kepada tuan punya bahan berkenaan. Pihak sekolah
juga disarankan agar lebih kerap menjalankan bengkel-bengkel
pembangunan profesional berterusan berkaitan aplikasi struktur ini.

8

PENUTUP

Bagi menggalakkan guru untuk berkarya bagi menghasilkan struktur
pembelajaran koperatif dan kolaboratif, maka adalah disarankan
supaya pihak sekolah dapat kiranya mempermudahkan
tanggungjawab guru menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
dengan hanya mencatat nama struktur dalam ruangan aktiviti dengan
syarat guru memiliki dokumen rujukan yang diperakui. Hal ini akan
menjadikan RPH lebih ringkas dan padat. Galakan dan sokongan
yang disusuli dengan pelbagai penghargaan juga akan menjadi
pendorong kepada guru lebih proaktif mengerah kreativiti masing-
masing bagi menjalankan PdP yang menyeronokkan dan memastikan
kemenjadian murid dapat direalisasikan.

Enak Rendang Tok Dapur Kayu,
Adunan modal insan ramuan berstruktur;
Rapatkan jurang generasi baharu,
Transformasi budaya bersama kita akur.

Rujukan:

Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), Mesej Strategik
Berdasarkan Laporan Pemeriksaan Program TS25, (Tidak
diterbitkan).

Md Zuki Hashim (2019), Impak pelaksanaan Model Kefahaman
melalui Rekabentuk dan kaedah Pembelajaran Berasaskan
Projek Terhadap Kemenjadian Murid, dalam Booklet
Abastract International Conference on Global Education VII
1-2 July 2019 Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.

Md Zuki Hashim (2020), Struktur Pembelajaran Koperatif dan
Kolaboratif, (Tidak diterbitkan).

9

AMALAN A.S.K (Attitude, Skill, Knowledge) SIP+ NOVIS
MELAKSANAKAN BIMBINGAN KEPADA SLT
SEKOLAH DI BAWAH PROGRAM TS25

SYED AZELAN BIN SYED ABU HASSAN
RAKAN ELIT SIP+ PPD PERAK TENGAH

Setelah dilantik secara rasmi sebagai Pegawai SIP+ di salah
sebuah Pejabat Pendidikan Daerah di negeri Perak pada bulan Julai
2020, penulis perlu memahami bidang tugas yang diamanahkan
dengan lebih terperinci. Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) dalam
perjumpaan awal bersamanya telah meletakkan kehadiran penulis
mesti mempunyai standard KPI yang perlu dicapai dan menasihatkan
penulis supaya berhemah dengan ciri-ciri peribadi disenangi serta
mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi rakan
pembimbing yang diterima oleh pentadbir di sekolah. Salah satu
peranan yang SIP+ dipertanggungjawabkan adalah untuk
membimbing PGB dan Penolong-penolong Kanan yang dirujuk
sebagai SLT dari sekolah Program TS25. Pastinya, ilmu di dada mesti
mantap sebelum berjumpa dengan SLT di sekolah. Penulis perlu
berubah daripada jiwa bekas Pengetua kepada tugasan baharu
menjadi rakan pembimbing PGB demi peningkatan kualiti kepimpinan
di sekolah. Perubahan tugasan ini memerlukan satu transformasi dari
aspek dalaman dan luaran diri seseorang dan penulis telah membuat
refleksi serta mendalami konsep A.S.K bagi melakukan perubahan
tugasan ini. A.S.K ialah singkatan daripada perkataan Attitude (sikap),
Skill (kemahiran) dan Knowledge (pengetahuan). Sehubungan itu,
dalam coretan pengalaman ini, penulis ingin membawa pembaca
kepada cara menggunakan amalan A.S.K untuk melaksanakan
bimbingan kepada SLT di sekolah merujuk kepada Program TS25
khasnya dalam kefahaman kandungan Modul 1 dan 2 TS25 yang
banyak berkisar kepada transformasi kepimpinan sekolah.

A.S.K ialah gabungan aktiviti yang dilakukan secara berulang-
ulang secara konsisten yang akan meningkatkan kemahiran dan
membawa kepada habit (kebiasaan). Pengetahuan akan bertambah
secara berperingkat sepanjang proses penambahan ilmu melalui
pembacaan dan pembelajaran sepanjang hayat. Teori kompetensi

10

Knowledge, Skill dan Attitude dikemukakan oleh Benjamin Bloom
pada tahun 1956 dalam sebuah sidang American Psychological
Association. Teori tersebut menghasilkan tiga domain utama dalam
pendidikan, meliputi kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran)
dan afektif (sikap). Ketiga-tiga domain ini menentukan kewibawaan
seorang pemimpin dan menjadi prasyarat untuk lahir sebagai
pemimpin yang berkesan serta tahu menjalankan peranan sebagai
seorang pemimpin yang rasional, progresif dan pragmatik.
Sementara itu, Model Kompetensi Icerberg yang dikemukakan oleh
Spencer pada tahun 1993 memaparkan tingkat kompetensi kepada
kompetensi teknikal dan kompetensi perilaku seseorang dalam
melaksanakan tugas. Bagi model tersebut, kompetensi merupakan
sebuah iceberg di mana kemahiran dan pengetahuan terletak di
hujung iceberg dan berada di atas paras air. Manakala ciri-ciri peribadi
adalah terletak di bawah paras air dan sukar diketahui. Elemen
perilaku atau sikap yang ditentukan oleh ciri-ciri peribadi (yang
tersembunyi) merupakan faktor penting yang akan membezakan
pekerja berprestasi tinggi dan pekerja berprestasi biasa berbanding
dengan aspek pengetahuan dan kemahiran yang sering boleh
dikesan oleh orang lain dengan cepat.

Attitude atau sikap ialah kemahuan untuk seseorang
melaksanakan kerja sepenuh hati, simpati dan empati pada orang lain
sama ada rakan dan orang bawahan, keinginan untuk beradaptasi
secara optimum dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang yang dapat memenuhi hasrat diri sendiri dan orang lain.
Sumber wikipedia menyatakan bahawa soft skills merujuk kepada
sikap atau kekuatan dalaman pada diri individu untuk berinteraksi
(kemahiran individu/intrapersonal) dan kemahiran yang melibatkan
interaksi sosial dalam masyarakat (kemahiran interpersonal). Secara
keseluruhannya, hal ini menjurus kepada kemahiran berkomunikasi
secara berkesan. Ringkasnya, sikap ialah suatu pola pemikiran
seseorang yang diimplementasikan dalam bentuk tingkah laku dan
sifat keperibadian yang positif atau negatif. Apa-apa pun yang kita
lakukan sebagai manusia dapat ditingkatkan melalui perubahan sikap
kita sendiri dari semasa ke semasa. Kajian mendapati, faktor utama
untuk kita berjaya ialah sikap iaitu sebanyak 90 peratus daripada
faktor kejayaan dan 10 peratus lagi adalah gabungan pengetahuan

11

dan kemahiran. Sikap wujud apabila seseorang memandang sesuatu
tugasan sebagai peluang dengan berfikiran positif. Penulis
berpendapat, antara sikap positif yang perlu ada untuk SIP+ berjaya
dalam tugas membimbing SLT ialah kejujuran dan integriti,
ketrampilan diri, kuat berkerja secara ‘work smart’, tepati masa, tidak
putus asa dalam aspek memberi bimbingan, berfikiran positif, berani
atau bersemangat dan membuat apa-apa yang orang lain tidak
berjaya lakukan.

Dalam konteks pelaksanaan Program TS25, SIP+ dan PGB
selaku SLT perlu mempunyai sikap positif untuk melaksanakan
pengisian program khasnya dalam Modul 1 Program TS25. SIP+
seharusnya berupaya untuk menjadi pembimbing yang berintegriti
sesuai dengan peranannya sebagai Rakan ELIT (RE) supaya dapat
menarik kepercayaan daripada SLT di sekolah. Melalui sikap positif
ini, pelaksanaan program TS25 berdasarkan submodul 1.1, 1.2 dan
1.3 dalam modul 1 akan mudah dilaksanakan kerana warga sekolah
memahami hala tuju menjayakan program TS25 dengan matlamat
akhir mencapai elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Dari aspek untuk mengurus perubahan (submodul 1.4), berfikiran
positif, berani atau bersemangat waja dan sanggup membuat apa-apa
yang orang tidak berjaya lakukan pastinya menjadi sikap yang perlu
ada kepada SIP+ dan SLT di sekolah. Pemimpin berprestasi tinggi di
sekolah juga berperanan memberikan kepercayaan sepenuhnya
kepada pemegang taruh untuk sama-sama terlibat dalam memajukan
sekolah melalui aktiviti kolaboratif. Selain itu, mereka juga percaya
bahawa pelibatan pemegang taruh seperti PIBG, PIBK, Alumni,
IPTA/IPTS dan NGO dalam aktiviti-aktiviti sekolah amat bermanfaat
terutama dari sudut tenaga dan sumber kewangan melalui kaedah
jaringan dan jalinan seperti yang terdapat dalam submodul 1.5 modul
1 TS25. Akhirnya dalam submodul 1.6, sebagai coach yang
dipercayai oleh coachee (SLT) akan memudahkan proses bimbingan
oleh SIP+ berdasarkan prinsip GROW (Goal, Reality, Option dan Will
forward).

Penulis ingin menganjak kepada konsep A.S.K yang kedua
iaitu kemahiran (Skill). Kemahiran adalah kemampuan
"melaksanakan" pekerjaan termasuk soft skill (kemahiran insaniah),

12

sedangkan hard skills adalah kemahiran kerja kasar menggunakan
fizikal. Soft skills ialah pelengkap kepada hard skills yang juga
merupakan keperluan teknikal untuk mendapatkan pekerjaan.
Sumber wikipedia menyatakan bahawa soft skills merujuk kepada
sikap atau kekuatan dalaman pada diri individu untuk berinteraksi
(kemahiran individu) seperti esteem diri, pengurusan diri, sikap
bertanggungjawab, kebolehan bersosial dan kejujuran. Manakala
kemahiran interpersonal pula merujuk kepada ciri-ciri seperti
penglibatan sumbangan individu sebagai ahli dalam sesebuah kerja
kumpulan, kebolehan individu memberikan tunjuk ajar kepada
individu lain bukan sebagai ketua tetapi sebagai individu yang setara
kedudukan sosialnya, kebolehan memimpin iaitu kemahiran
memimpin organisasi mahupun sekadar sebuah kumpulan kecil,
kebolehan berunding dan menyelesaikan masalah.

Aspek kemahiran yang penulis ingin kaitkan dengan A.S.K
dalam penulisan ini berkaitan bagaimana SIP+ berupaya menerapkan
kemahiran yang diwujudkan melalui urutan tingkah laku yang
berkaitan dengan fungsi untuk mencapai matlamat bimbingan kepada
SLT di sekolah program TS25. Menyorot semula kepada Modul 1
TS25 dalam submodul 1.6 Bimbingan dan Pementoran jelas
menunjukkan sebagai SIP+, tugas melaksanakan bimbingan adalah
menjadi sebahagian tugas utama yang perlu dilaksanakan kepada
pemimpin sekolah. Seorang coach yang mahir akan menggunakan
gabungan pelbagai teknik termasuklah mendengar, menyoal,
memberi maklum balas dan mungkin membuat pemerhatian. Peranan
coach adalah untuk membantu coachee mendapatkan gambaran dan
kefahaman mengenai topik perbualan, bukan untuk menyelesaikan
masalah dan berfokuskan kepada penyelesaian oleh coachee sendiri.
Sebagai SIP+ Novis, penulis perlu menguasai aspek kemahiran
coaching ini untuk memastikan sesi bimbingan di sekolah menjadi
lebih berkesan. Oleh itu, proses coaching yang meliputi tiga (3)
langkah iaitu membina hubungan, sesi coaching menggunakan
GROW (Goal, Reality, Options dan Way forward) dan aplikasi empat
(4) kemahiran intrapersonal dan interpersonal akan menjayakan sesi
bimbingan yang berkesan yang diharapkan mencapai matlamat akhir
program TS25 iaitu kemenjadian murid dan meningkatkan kualiti
sekolah.

13

Aspek A.S.K yang ketiga ialah Knowledge (Pengetahuan).
Sebagai SIP+ yang telah berkhidmat lebih 25 tahun dan melalui
kerjaya daripada guru biasa hingga kepada jawatan pengetua, penulis
berasakan sudah pasti pengetahuan melalui pengalaman sudah
cukup banyak tetapi ilmu pengetahuan perlu sentiasa ditambah
kerana sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Antara ciri
seorang pemimpin ialah berilmu pengetahuan yang luas. Ilmu
tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran
pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa.
Pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda
pemimpin akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia
untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang sesuai
dengan perkembangan global berkaitan IR 4.0 dan VUCA (volatile,
uncertain, complex, ambiguous) yang memerlukan pemimpin
sentiasa bersiap sedia, peka terhadap perubahan dan dinamik dalam
pengurusan dan kepimpinan melalui pengetahuan yang sentiasa
ditambah mengikut perkembangan semasa.

Penulis ingin mengaitkan aspek penguasaan ilmu
pengetahuan ini dengan kandungan Modul 2 TS25 iaitu Menerajui
Kepimpinan. Sebagai Rakan ELIT (RE), SIP+ perlu mengetahui
dengan lengkap kandungan Modul 2 ini khasnya pengupayaan
pemimpin pertengahan, menginterpretasi data dan pembudayaan
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Kesemua submodul ini
memerlukan kefahaman dan penguasaan ilmu pengetahuan yang
banyak. Modul 2 memberi penekanan kepada pembinaan keupayaan
dan kapasiti pemimpin sekolah untuk mengupayakan pemimpin
pertengahan dalam menggerakkan program transformasi di sekolah
masing-masing. Dalam Modul 2 ini, pengetahuan ilmu kepimpinan
boleh ditingkatkan dengan membaca Buku The Five Levels of
Leadership dan Kepimpinan 360° oleh John C. Maxwell yang
memberi panduan bagaimana seseorang pemimpin pertengahan
berperanan secara ‘ke atas’ kepada ketua atau ‘bos’, ‘ke sisi’ kepada
rakan sejawat dan ‘ke bawah’ kepada staf bawahan. Menganalisis
dan menginterpretasi data dimantapkan dengan pengetahuan
tentang lima (5) kitaran data dan seterusnya berupaya memacu
perubahan dan menilai tindakan penambahbaikan di sekolah
berfokuskan data menggunakan PInTaS dan OPPM sebagai alat

14

yang cekap untuk memantau dan mengawal pelaksanaannya. Dalam
masa yang sama adalah diharapkan Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) dilaksanakan dalam kalangan warga pendidik akan
dapat meningkatkan kualiti PdPc untuk memacu perubahan di
sekolah masing-masing.

Sebagai rumusan, amalan A.S.K (sikap, kemahiran dan
pengetahuan) akan dapat membantu SIP+ memberikan bimbingan
berkesan kepada kepimpinan sekolah. Matlamat utama bimbingan
adalah untuk membina kemahiran, meningkatkan prestasi dan
penetapan objektif organisasi yang sepadan dengan keperluan
pendidikan hari ini. Walaupun sesetengah Pengetua dan Guru Besar
mungkin dapat mengubah sekolah mereka tanpa bimbingan tetapi
seorang pembimbing (coach) boleh menjadi pemangkin untuk
mengubah sekolah dengan lebih cepat. Konsep A.S.K boleh
membantu pemimpin organisasi sama ada di PPD atau sekolah
dalam membangunkan kemahiran, pengetahuan, tingkah laku dan
sikap yang diperlukan untuk melengkapkan mereka dalam
menghadapi tuntutan dan pembaharuan tugas yang sangat mencabar
sesuai dengan perubahan transformasi bidang pendidikan. Penulis
berasa yakin untuk melaksanakan tugas sebagai Rakan ELIT sekolah
program TS25 apabila sentiasa mengamalkan konsep A.S.K dalam
tugas serta mengharapkan pihak SLT di sekolah juga akan membuat
perkara yang sama demi mencapai kecemerlangan sekolah secara
berterusan.

15

MENYUSURI DENAI PROGRAM TS25

FAIRUZ BIN LEMAN
RAKAN ELIT SIP+ PPD KUALA KANGSAR

Dari mana asalnya benang,
Dijalin dari kapas yang suci,
Dari mana asalnya gemilang,
Dianyam dari sikap, kemahiran dan ilmu ilahi.

Mula menjawat jawatan School Improvement Partners+ pada
2 Mei 2014, amanah yang digalas adalah memberi bimbingan kepada
Pengetua dan Guru Besar sekolah dalam sembilan bidang
kompetensi kepengetuaan. Bermula dari tarikh bersejarah itu,
perjalanan hidup diri berubah mengikut kehendak perjawatan.
Daripada mengenali 54 buah sekolah Sektor Berasrama Penuh di
seluruh Malaysia, diri ini mula mengenali sekolah-sekolah di Kuala
Kangsar, sekolah rendah dan sekolah menengah iaitu sebanyak 112
buah semuanya. Jika dulu menyusuri lebuh raya dan jalan-jalan
persekutuan, mulai tarikh itu aku mula melalui jalan-jalan kecil bertar,
jalan-jalan kerikil, dan jalan-jalan balak. Sekolah yang paling hampir
dengan pejabat ialah SK Sultan Idris II, dan yang paling jauh ialah SK
Pos Kuala Mu, berhampiran sempadan Perak dengan Kelantan.

Sedang dalam tempoh penyesuaian dengan gaya kerja di
PPD, diri dikejutkan dengan hadirnya sebuah projek gergasi, duplikasi
Sekolah Amanah katanya, Program Transformasi Sekolah 2025
namanya. Apakah program ini sebenarnya? Bermodul-modul
tebalnya, dan telah siap dicetak, dan diberi fail istimewa lagi. Megah
tertulis Program Transformasi Sekolah 2025. Apa-apa yang datang
perlu dihadap, apa-apa yang dilontar perlu disambut, apa-apa yang
dihasrat perlu dipenuhi. Tidak boleh sekali-kali menyebut “biaq pi”
kerana kata-kata seperti itu pastinya mencacatkan integriti diri dan
imej personaliti. Yang paling penting sekali, “biaq pi” tidak kena
dengan pegangan diri. Kerja kenalah ikut kerja. Alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang berdakwat biar

16

hitam, alang-alang menggenggam bara biarlah sampai jadi abu.
Itulah pesanan mahaguru.

Maka, bermulalah pengalaman sebagai Rakan ELIT (RE).
Ketika itu yang ada hanya gelaran dan surat arahan, tiada watikah
mahupun surat perlantikan. Diberi pendedahan dengan sebegitu rapi
oleh pensyarah IAB dan juga BPG, tiada tertinggal walaupun satu inci.
Di Zon Utara, Tengah dan Selatan bengkel kerja dihadiri. Satu modul
satu minggu, di tempat khusus yang telah ditentu. Aduh, pedih perit
pilu dan ngilu! Yang perlu dihadam dan yang perlu dilaksana. Yang
menjadi penekanan pastinya perubahan sekolah. Kerangka TS25
sebagai rumah apinya.

Seperti yang dinyatakan dalam pantun, penulisan ini
mempunyai tiga sisi; yang pertama sikap, yang kedua kemahiran, dan
yang ketiga ilmu Ilahi. Pakat baca pakat perhati, yang baik ambil
simpan, yang geli letak di tepi. Sesungguhnya Menyusuri Denai
Program TS25 ini ialah himpunan pengalaman, tindakan dan
pemerhatian diri ini sebagai seorang RE.

SIKAP

Dalam melaksanakan Program TS25, sikap ialah salah satu
daripada elemen yang memainkan peranan penting dalam
menjayakannya. Sikaplah yang menentukan sama ada semua yang
terlibat melihat semua aktiviti yang disediakan sebagai aktiviti yang
boleh memajukan diri atau aktiviti yang menambah beban dan
tugasan dalam tugas harian. Sikap ini jugalah yang mempengaruhi
sama ada pelaksana akan sanggup pergi lebih jauh ataupun sekadar
menyelesaikan tugasan.

Pengalaman menjayakan Program TS25 ini melihatkan
bahawa kepentingan sikap ini bukan hanya perlu ada di pihak
coachee tetapi juga di pihak RE. Kedua-duanya termasuk dalam
kategori yang sama iaitu kategori pelaksana. Kedua-duanya akan
teruji kerana selain daripada Program TS25, terdapat pelbagai lagi
tugasan lain yang turut menjadi amanah untuk dilaksanakan. Di pihak

17

RE, sikap yang perlu ada ialah sabar, tidak cepat putus asa, dan
sentiasa menunjukkan sikap positif dan yakin diri dalam setiap situasi
yang dihadapi, baik yang manis, sederhana manis, mahupun yang
pahit. Banyak keadaan di mana RE terpaksa memikirkan laluan mana
yang paling baik untuk menarik minat sekolah yang dibimbing untuk
senang memahami dan seterusnya melaksanakan perkara yang
dikehendaki dalam modul-modul yang disediakan.

Sentuhan RE dalam menyampaikan modul-modul yang ada
haruslah berupaya meningkatkan rasa ingin mendapatkan ilmu
tersebut dalam kalangan coachee. Idea-idea dan justifikasi yang
dilontarkan harus berfungsi memikat coachee untuk tertarik
melaksanakannya. Dalam keadaan ini, hampir pada setiap masa RE
terpaksa memainkan peranan seperti seorang pengail. Apa-apa yang
hendak dijadikan matlamat diolah molek menjadi seumpama umpan
kepada ikan yang hendak dikail. Lain ikan lain umpannya. Lain ikan
lain seleranya. Lain ikan lain cara pujuknya. RE perlu menjadikan
olahan tersebut sebagaimana telur kerengga kepada si puyu,
sebagaimana anak katak kepada si haruan, sebagaimana anak
udang kepada sebarau, sebagaimana umpun-umpun kepada si
sembilang, dan sebagaimana sotong kurita kepada si pari. Apabila
nampak sudah terliur, apabila terlihat terus dikejar, apabila di depan
mata terus digigit. Apabila pengail sudah faham kehendak ikan di air
maka peratus untuk mencapai hasrat pastinya cepat. Ikan di air
pastinya akan berjaya dibawa ke darat.

Seorang pengail yang berjaya harus ada rasa hormat kepada
perkara yang terdapat di alam sekelilingnya. Dia harus hormat kepada
lekuk sungai, dia harus hormat kepada putaran air di lubuk, dia harus
hormat kepada laju dan perlahannya arus, dia harus hormat apa yang
ada di aur dan apa yang ada di tebing dan pantai, dan yang paling
penting dia harus hormat kepada entiti yang menjadi idaman hati.
Sebarau pasti lain bunga silatnya, lampam pasti lain bangun jatuhnya,
kelah pasti lain rentak renangnya, dan pari pasti lain cara tariknya.
Ada yang tidak perlu lama sudah berjaya di bawa ke darat, ada yang
sederhana lama baru mendapat, dan ada yang jenuh bersabar baru
berjaya. Hal itu belum mengambil kira sapaan si belit, teguran si
senduk, dan salaman si penunggu sungai. Hanya dengan rasa hormat

18

akan datang ilham cara mengatasi cabaran, akan timbul intervensi
menyelesaikan kekangan.

Akhir bicara berkenaan sikap, dalam pelaksanaan apa-apa
juga program, perlu ada ketekalan semangat dan kesedaran minda
bahawa cabaran dan dugaan pastinya ada. Jarang berjumpa keadaan
apabila melaksanakan sesuatu program yang besar dan baharu,
dengan mudahnya yang bulat datang bergolek, yang pipih datang
melayang, yang capik datang bertongkat, yang buta datang
berpimpin, dan segala perkara yang mudah lagi. Dalam hal ini, orang
dulu bijak berbicara, orang lama pintar berseloka, dan orang tua
menyisip pengalaman di pantun lama:

Timba suasa di tepi kali,
Buat menyiram si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

KEMAHIRAN

Dalam menyusuri denai menjayakan Program TS25, banyak
sekali kemahiran yang dipelajari, mahupun yang dinyatakan dalam
modul-modul ataupun melalui pengalaman-pengalaman bersemuka
dengan coachee dalam memberi penerangan tentang modul dan
menyelia tugasan modul. Untuk coretan ini, saya kongsikan tiga
kemahiran yang pada saya, yang amat berguna untuk RE bergerak
bersama-sama sekolah dalam menjayakan Program TS25 ini.
Pengamalan kesemua tiga kemahiran ini akan membolehkan sekolah
disuburkan dengan idea-idea penambahbaikan baik dalam segi fizikal
mahupun iklimnya. Pastinya seorang pemimpin instruksional itu mahu
setiap bantuan dicurahkan di tempat yang tepat dan sesuai agar
menjadi cemerlang sekolah yang dipimpin. Perlu dielakkan kejadian
dalam pantun ini:

Anak dara mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana tanaman tak layu,
Embun menitis di tempat lain.

19

Apabila seseorang RE dalam tugasan menerangkan sesuatu
program, RE itu mesti sedar bahawa dia seolah-olah membawa pihak
yang menerima penerangan dalam satu perjalanan ke satu tempat
baharu. Dalam perjalanan itu, semua yang terlibat akan terpaksa
melaksana pelbagai perkara - mengharungi jeram, mendaki tebing,
menuruni lurah, membersihkan rintangan, dan akhirnya memasuki
terowong perubahan. Yang penting dalam semua ini, RE mesti
memastikan bahawa pihak yang menerima penerangan mempunyai
kepastian tentang perkara yang akan dilakukan oleh mereka, cara-
cara akan melakukannya, dan akhirnya dapat melihat cahaya di
hujung terowong perubahan tersebut. Hal ini semua membawa
kepada kemahiran pertama iaitu kemahiran menerang.

Untuk menguasai kemahiran menerang, seorang RE harus
terlebih dahulu menguasai ilmu yang hendak diterangkan itu. Banyak
perkara yang perlu diterangkan terutama pada peringkat awal bagi
membina keyakinan pihak sekolah seperti ‘Mindscaping’, Model
Perubahan Lapan Langkah Kotter, PInTaS, OPPM, bimbingan dan
pementoran berteraskan GROW, dan 5 tahap kepimpinan Maxwell.
Bagi 5 tahap kepimpinan Maxwell contohnya, hanya dimaklumkan
secara ringkas dalam modul yang diberikan. Saya yang tidak berpuas
hati dengan keadaan itu memandu turun dari Kuala Kangsar ke kedai
buku MPH di AEON Ipoh, membeli buku 5 Levels of Leadership yang
diterangkan dalam modul dan meluangkan masa untuk membaca dan
memahami kandungan buku tersebut. Barulah jiwa menjadi tenang
dan keyakinan meningkat untuk memberi penerangan kepada
coachee.

Seperti yang dinyatakan di atas, banyak aktiviti yang terlibat
sebelum sampai ke hujung terowong perubahan dan menggapai
cahaya yang dihasratkan. Dalam melaksanakan aktiviti tersebut,
situasi coachee akan jelas dilihat oleh RE. Coachee perlu membaca
dan memahami modul, menjawab kuiz, melengkapkan tugasan, dan
menyebar luas kepada semua warga sekolah termasuk komuniti.
Kehendak Program TS25 ini dan tugasan lazim yang mendesak
selalunya menjadikan masa sebagai cabaran dan kekangan.
Himpunan tugasan ini kadang kala menimbulkan tekanan dan rasa

20

libang libu di jiwa coachee. Di sinilah hadirnya keperluan kemahiran
menenang pada diri RE.

Saya selalu mengguna pakai pengetahuan dalam Program
TS25, sama dengan yang didedahkan kepada coachee untuk
menenangkan mereka yang terasa tekanan dalam melaksanakan
Program TS25. Alat yang saya selalu gunakan ialah Model
Perubahan Lapan Langkah Kotter dan 5 Tahap Kepimpinan Maxwell.
Teknik yang diguna pakai adalah dengan menggalakkan coachee
menerangkan apakah kekangan yang mereka hadapi dan tekanan
yang mereka rasai? Seterusnya saya menfrasa perkara yang
coachee sebutkan untuk memastikan kefahaman saya sama dengan
perkara yang mereka maksudkan. Langkah seterusnya meletakkan
situasi coachee tersebut pada pengetahuan Model Perubahan Lapan
Langkah Kotter atau 5 Tahap Kepimpinan Maxwell bagi
membolehkan coachee melihat isu tersebut secara menyeluruh.
Akhir sekali, pendekatan GROW digunakan untuk coachee sendiri
memikirkan alternatif dan menyelesaikan halangan yang memberi
tekanan kepada mereka.

Menggunakan pendekatan GROW membawa ke dalam
coretan ini kemahiran ketiga yang RE perlu ada iaitu Kemahiran
Mengupaya. Dalam mengupayakan seorang coachee, seorang RE
perlu tenang dan tahu suis yang hendak dipetik agar coachee terus
dalam keadaan bermotivasi dalam melihat cabaran yang mereka
hadapi, melihat kembali pengalaman dan pengetahuan yang mereka
ada, memikirkan tindakan-tindakan sesuai yang mereka boleh ambil,
dan mengambil akauntabiliti dan tanggungjawab untuk tindakan-
tindakan yang akan diambil.

Coachee perlu disedarkan melalui GROW iaitu tiga elemen
yang mereka perlu kuasai dalam menjayakan TS25 – jawatan (kuasa
yang ada), pendekatan yang hendak digunakan (senjata), dan
komitmen yang padu (hati). Kuasa, senjata, dan hati yang
disepadukan dengan baik akan memastikan perubahan positif yang
dikehendaki oleh Program TS25 direalisasi di sekolah. Coachee juga
perlu difahamkan pada penghujung setiap usaha, semua yang dibuat
akan menyumbang kepada satu keputusan yang menjadi satu

21

statistik. Biarlah sumbangan keputusan itu merupakan sumbangan
kepada statistik bagi kejayaan, bukannya statistik untuk kegagalan.
Ternyata kompleks perkara yang perlu dikuasai dan dilaksanakan,
tetapi itulah amanah bagi seorang RE.

ILMU ILAHI

Sisi ketiga dalam menyusuri denai ini ialah ilmu Ilahi.
Pegangan yang saya pegang dalam bab ilmu sepanjang menjadi RE
Program TS25 ini ialah pegangan sama yang dipegang sejak dari
zaman persekolahan menengah lagi, dan saya kongsikannya dengan
hampir semua coachee saya. Ceritanya begini. Pada dinding
berhampiran tangga untuk naik ke pentas Dewan Besar Sekolah
Menengah Sains Kelantan, Pengkalan Chepa (1984), terpamer
megah kata-kata ini:

Jikalau mahukan dunia perlulah berilmu,
Jikalau mahukan akhirat perlulah berilmu,
Jikalau mahukan kedua-duanya perlulah berilmu.

Kata-kata inilah yang menjadi pegangan yang menjadi
pembakar semangat dalam menongkah tangga-tangga dalam bidang
pendidikan. Seseorang tidak boleh cepat puas hati dengan ilmu yang
dia ada. Terdapat banyak lagi ilmu dalam pelbagai lapangan yang
boleh dipilih untuk dipelajari, difahami dan dikuasai. Ada orang yang
menimba ilmu untuk pengetahuan seperti ilmu pengkomputeran yang
dapat membantu dalam menjalankan tugas seharian, ada orang yang
menggali ilmu untuk masa hadapan seperti untuk tujuan naik pangkat
dalam perkhidmatan, dan ada juga yang mengumpul ilmu untuk
disebarluaskan kepada orang lain demi kemaslahatan ummah.

Dalam Program TS25, banyak ilmu yang ditawarkan untuk
merubah sesebuah sekolah itu menjadi sekolah yang cemerlang
dalam aspek sekolah berkualiti dan kemenjadian murid.

22

Setitik jadikan laut,
Sekepal jadikan gunung,
Alam terbentang jadikan guru.

Semua ilmu yang ada dalam Modul 1 dan Modul 2
memperlihatkan satu urutan yang jelas dan memberi kemahiran
kepada coachee dalam melaksanakan sesuatu program. Dalam
Modul 1 contohnya, coachee diperkenalkan kepada kerangka
Program TS25, penglibatan pemegang taruh, menggunakan
perancangan minda dengan lakaran mindscaping, cara mengurus
perubahan melalui Model Perubahan Lapan Langkah Kotter, dan
bimbingan dan pementoran. Tool kit, kuiz dan tugasan seperti
melengkapkan buletin infografik, analisis SWOT, templat KRA, dua
video simulasi, borang One Page Coaching dan borang kemahiran
Coaching menguatkan lagi pemahaman coachee.

Dalam Modul 2 pula, Pengupayaan Pemimpin Pertengahan,
Interpretasi Data, dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
mendepakan tangan kepada semua coachee agar mengupayakan
dan meningkatkan keberkesanan kepimpinan mereka. Ilmu-ilmu ini
melengkapkan pengetahuan semua coachee dalam memimpin,
meneraju, membimbing dan mendorong organisasi masing-masing.

Ilmu-ilmu Ilahi inilah yang saya usahakan untuk fahami,
kuasai, memberi penerangan yang jelas dan difahami kepada semua
coachee saya, dan mengupaya seseorang coachee menjadi
pemimpin instruksional yang membawa sekolah yang diterajui
menjadi sekolah yang berkualiti dan mempunyai para murid yang
berdaya saing dan kalis masa hadapan. Ilmu-ilmu inilah juga yang
hadir di sepanjang denai Program TS25 untuk dipetik, dirungkai,
diolah, diaplikasikan, dilaksanakan dan dijadikan budaya di semua
sekolah Program TS25 oleh mereka yang bergelar SLT.

BICARA PENUTUP

Pengalaman menyusuri denai Program TS25 bermula dari
Kohort 2 sehinggalah sekarang, Kohort 6, sungguh terserlah lagilah

23

nyata bahawa sikap, kemahiran dan ilmu Ilahi ialah tiga faktor paling
utama dalam menjayakan Program TS25. Tiga faktor inilah yang
telah saya gabung jalinkan dalam membantu menjadikan proses
pembelajaran dan pelaksanaan Program TS25 ini satu proses yang
bermakna dan berkesan kepada setiap coachee yang terlibat.

Gabungan kesemua tiga faktor inilah yang membantu
menjadikan suatu detik itu lebih bermakna dan lebih diingati oleh
semua yang terlibat. Cabaran dalam menyediakan infografik yang
informatif, kesukaran untuk menyediakan PInTaS yang mantap, dan
sumbang saran dalam menyediakan intervensi kepada halangan
dalam mindscaping menambahkan nilai kepada hasil, menambahkan
kenangan kepada aktiviti, dan meningkatkan kejelekitan dalam
bekerja.

Gabungan kesemua tiga faktor inilah yang menjadi mangkin
kepada kesan mendalam yang dialami setiap coachee, sama seperti
paku yang dipaku ke papan, tetap meninggalkan kesan walaupun
paku sudah dicabut. Dalam hal Program TS25, apabila modul latihan
berganti, kesan modul yang sebelumnya dibawa bersama ke modul
berikutnya. PInTaS dalam Modul 2 bukan sahaja digunakan untuk
perancangan kepimpinan dan pengurusan, tetapi juga bagi
pemantapan kualiti pendidikan di Modul 3.

Bicara akhir daripada saya, semua RE harus memastikan tiga
faktor utama, detik-detik bermakna dan kesan paku pada papan yang
dinyatakan dalam coretan ini hadir dalam bimbingan dan pementoran,
sokongan dan penyeliaan, aktiviti kuiz mahupun menyiapkan tugasan
setiap modul. RE yang berkesan dan berimpak tinggi bagi saya
bukanlah seorang RE yang tegas dan rigid, tetapi RE yang berkesan
dan berimpak tinggi ialah RE yang berjaya mengupayakan coachee
menjalankan dan membudayakan Program TS25 dalam keadaan
tidak tertekan, berpengetahuan, dan tenang. Jadilah RE yang
menyenangkan serta membantu, bukan RE yang menyulitkan dan
menimbulkan keserabutan dalam fikiran coachee.

24

“Sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling
bermanfaat kepada orang lain.”

(Rasulullah S.A.W)
Jadilah kita RE yang seperti ini dalam menjayakan Program TS25.

25

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
PEMANGKIN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

MOHD IDRIS BIN SULAIMAN
RAKAN ELIT SISC+ PPD KINTA SELATAN

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan aspek
kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi selaras dengan
keperluan semasa pendidikan di Malaysia. Melalui TS25, guru-guru
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPC) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Antara elemen TS25 ialah 4K dan 1N merujuk kepada
komunikasi, kolaborasi, kreativiti, kritis dan nilai. Komunikasi di sini
dimaksudkan ialah pengajaran guru tersebut hendaklah aktif dan
wujudnya komunikasi dua hala antara guru dan murid ataupun antara
murid dan murid. Pengajaran yang memerlukan murid melakukan
pembentangan sesuatu projek akan lebih menarik dan berkesan
kerana murid terlibat sepenuhnya dan guru hanya bertindak sebagai
fasilitator. Penglibatan murid secara langsung ini seterusnya dapat
memberi peluang kepada murid untuk mencuba dan mengutarakan
pendapatnya tentang sesuatu perkara.

Elemen kedua ialah kolaborasi iaitu pengajaran yang
memerlukan murid membuat perbincangan dalam kumpulan mereka.
Contohnya, guru mewujudkan satu situasi atau permasalahan yang
perlu diselesaikan oleh murid dalam kumpulan mereka. Setelah
perbincangan berlaku, murid dikehendaki menjelaskan solusi yang
mereka hasilkan kepada rakan-rakan yang lain. Kolaborasi ini secara
tidak langsung memerlukan murid menyuarakan pendapat mereka
mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, mereka boleh
mengkritik secara kritis idea-idea yang dilontarkan oleh rakan-rakan
mereka. Oleh itu, pengajaran seperti ini lebih menarik dan berkesan
kerana murid-murid merupakan penggerak utama dalam pengajaran
dan pembelajaran tersebut.

26

Seterusnya, nilai-nilai murni dapat diterapkan kepada murid
semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung mahupun di luar
bilik darjah. Kemenjadian murid adalah secara holistik termasuk
sahsiah murid. Kecemerlangan akademik tanpa nilai-nilai yang positif
dalam diri seseorang murid akan menyebabkan goyahnya semangat
dan jati diri mereka pada masa yang akan datang.

Bertepatanlah bahawa Program Transformasi Sekolah 2025
ini dilancarkan untuk melahirkan modal insan unggul yang cemerlang
secara menyeluruh untuk mencapai hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Hal ini dibuktikan oleh Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Malim Nawar yang merupakan sekolah
menengah pertama di daerah Kinta Selatan yang melaksanakan
program TS25 di daerah tersebut.

Dari segi demografi, SMK Malim Nawar merupakan sekolah
yang terletak di kawasan luar bandar dan mampu berjaya
meningkatkan pencapaian akademik dan daya kreatif dalam kalangan
warga sekolah. Pengetua SMK Malim Nawar, Ismail bin Ebrahim
berkata, Program TS25 telah menjadi pemangkin ke arah
peningkatan akademik, kreativiti guru dan pelajar serta warga sekolah
melakar kejayaan. Perkara ini terbukti apabila sekolah terbabit
berjaya mencipta replika wau terbesar yang dihasilkan oleh guru, ibu
bapa dan murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim
Nawar, dan telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Books of
Record (MBOR) sebagai wau terbesar yang pernah dibuat di negara
ini.

Wau bersaiz 75 meter panjang dan 70 meter lebar itu yang
hampir memenuhi sebuah padang bola, dibuat menggunakan
lembaran plastik yang dicantumkan pada rangka wau yang diperbuat
menggunakan buluh. Usaha ini merupakan hasil kerjasama antara
warga sekolah bersama-sama ibu bapa dan pelajar.

Menyingkap semula sejarah pelaksanaan projek, Ismail
berkata, pada asalnya replika wau ini dibina hasil usaha sama 649
pelajar serta 80 warga pendidik sekolah ini menggunakan kira-kira
500 lembaran kertas surat khabar pada bahagian badannya.

27

“Namun, replika tersebut musnah apabila hujan lebat malam sebelum
hari perasmian yang betul-betul menguji ketabahan setiap warga
sekolah. Keadaan itu memaksa semua murid dan guru dan ibu bapa
bersengkang mata semalaman bagi menggantikan bahagian badan
wau yang musnah itu dengan lembaran plastik. Alhamdulillah, berjaya
disiapkan juga," katanya.

Ismail berkata lagi bahawa projek terbabit hasil kreativiti Guru
Pendidikan Seni Visual (PSV) sekolah berkenaan iaitu Muzafar Saari
yang telah berjaya membantu memupuk penjanaan minda bagi
menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif dalam kalangan
murid, selain bertujuan mengeratkan hubungan sosial dan silaturahim
serta mengetengahkan semangat kerjasama antara pelajar, ibu bapa
serta warga pendidik sekolah yang berbilang kaum. Perasmian
projek berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi, dan Multimedia
Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi. Manakala Eksekutif
Pentadbiran MBOR, Siti Hajar Johor mengesahkan pengiktirafan
projek berkenaan.

28

ILUSTRASI PERUBAHAN KAEDAH PEMBELAJARAN
DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) GURU DI DALAM
BILIK DARJAH KEPADA KAEDAH ATAS TALIAN
(ONLINE CLASSROOM)

DR. CHEN SIEW PING
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

Penyampaian PdPc di dalam bilik darjah sememangnya
menjadi satu kerja rutin bagi setiap guru. Namun akibat daripada
pendemik COVID-19 telah mendesak kerja rutin guru perlu berubah
kepada satu kaedah yang baharu iaitu secara atas talian (online
classroom). Perubahan ini dapat diilustrasikan seperti dalam Model
Perubahan Lewin’s yang mengungkapkan perubahan tingkah lalu
manusia seperti perubahan bentuk ketulan ais. Menurut Lewin (1958),
jika anda menyedari anda mempunyai seketul ais yang berbentuk
kubus yang ingin anda jadikannya kepada bentuk kon. Apakah yang
perlu anda lakukan? Yang pertama cairkan ketulan ais tersebut (1.
unfreeze). Kemudian anda mestilah mengisi air cairan tersebut ke
dalam bentuk acuan yang anda perlukan (2. change). Akhir sekali
anda mestilah menyejukbekukan semula air untuk menjadi ais semula
(3. refreeze). Ilustrasi ini dapat ditunjukkan dalam gambar rajah di
bawah.

29

1. Unfreeze
Dalam organisasi sekolah, peranan pemimpin sekolah

khususnya pengetua amat penting untuk mengamalkan kepimpinan
instruksional ataupun kepimpinan transformasi untuk mempengaruhi
guru-guru supaya berubah kaedah PdPc mengikut keperluan
semasa. Pengetua sekolah perlu memberi kesedaran kepada guru-
guru tentang kepentingan mengubah bentuk PdPc konvensional
kepada bentuk atas talian supaya guru-guru bersedia untuk menerima
perubahan. Untuk tujuan ini, guru perlu memahami mengapakah cara
PdPc secara bersemuka dengan pelajar di bilik darjah tidak dapat
diteruskan dalam situasi pendemik? Apabila guru memahami tentang
bahayanya jika guru dan pelajar bersemuka ketika sesi PdPc kerana
berisiko tinggi akan dijangkiti virus COVID-19, pasti dapat mengubah
fikiran guru-guru untuk menerima kaedah PdPc yang baharu ini.

Pengetua sekolah perlu mula bertindak dari peringkat teras
sekolah untuk memastikan pelaksanaan perubahan ini berjaya.
Kepimpinan pengetua perlu berani mencabar kepercayaan, nilai,
sikap dan tingkah laku guru-guru yang sedia ada dalam sesebuah
organisasi sekolah. Hal ini ibarat analogi ‘pembinaan bangunan’,
pemimpin perlu memeriksa dan membuat persediaan untuk
mengubah tapak bangunan sedia ada yang tidak dapat menyokong
bebanan tambahan. Melainkan masalah di atas dapat diselesaikan.
Sekiranya tidak, keseluruhan bangunan akan mengalami keruntuhan.

Lazimnya fasa pertama proses perubahan adalah paling sukar
dilaksanakan dan mendatangkan masalah stress dalam kalangan
guru. Hal ini kerana pemimpin sekolah akan menyingkirkan semua
perkara yang telah diselesaikan guru dan menyebabkan setiap guru
dalam situasi yang ketidaktentuan. Pemimpin akan menerima
pelbagai bantahan daripada guru.

Pemimpin sekolah perlu memaksa subordinatnya untuk
memeriksa semula dasar, mengawal krisis dan membina motivasi
yang kuat untuk menyeimbangkan emosi guru. Tanpa motivasi ini,
pemimpin tidak mungkin dapat mengubah cara pekerja setiap ahlinya
secara efektif dan bermakna.

30

2. Change
Selepas mewujudkan suasana ketidaktentuan dalam peringkat

unfreeze, peringkat change ini memerlukan guru-guru menyelesaikan
masalah ketidaktentuan ini dan mencari kaedah baharu untuk
melaksanakan PdPc secara berkesan. Guru-guru mula percaya dan
bertindak ke arah menyokong dasar perubahan yang diperkenalkan
oleh pemimpin mereka.

Proses transisi dari unfreeze kepada change mustahil dapat
berlaku dengan sekelip mata. Hal ini kerana guru-guru memerlukan
masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang baharu ini
dan mengambil bahagian secara proaktif dalam perubahan baru.

Guru-guru akan menerima perubahan dan memberi
sumbangan untuk menjayakan sesuatu dasar baharu sekiranya
mereka betul-betul memahami adakah perubahan itu dapat memberi
manfaat kepada diri mereka sendiri? Hal ini kerana bukan setiap guru
dapat menerima perubahan baharu semata-mata kerana kepentingan
perubahan itu hanya untuk organisasi sekolah. Andaian ini kerap
timbul dalam kalangan guru dan masalah ini patut dielakkan.

Maka, masa dan komunikasi merupakan dua foktor yang
penting untuk menentukan kejayaan bagi sesuatu perubahan. Hal ini
kerana guru-guru memerlukan masa untuk memahami sesuatu
perubahan itu. Guru-guru juga perlu sangat komited dalam tugas
organisasi dalam tempoh transisi perubahan. Maka dalam menangani
perubahan ini, pemimpin sekolah memerlukan masa dan usaha yang
lebih untuk berkomunikasi secara langsung dengan guru-guru.

3. Refreeze
Setelah perubahan dapat dibentuk dan guru-guru telah

menerima cara penyampaian PdPc secara atas talian. Maka
organisasi sekolah perlu bersedia untuk proses refreeze. Makna
refreeze adalah seperti menstabilkan carta organisasi, menyediakan
deskripsi kerja yang konsisten dan sebagainya. Pada peringkat ini
pihak kepimpinan sekolah perlu membantu guru-guru untuk
menjadikan perubahan ini sebagai budaya organisasi yang baharu
supaya guru-guru dapat mengaplikasikan kaedah PdPc secara atas

31

talian sepanjang bertugas dari rumah (BDR). Akhirnya guru-guru
berasa yakin dan selesa dengan kaedah kerja yang baharu ini.

Ilustrasi perubahan bentuk ini yang melibatkan tiga peringkat
iaitu unfreeze, change dan refreeze dapat menjelaskan situasi
perubahan kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru
di dalam bilik darjah kepada kaedah atas talian (Online Classroom).
Diharapkan ilustrasi ini dapat membantu pemimpin sekolah untuk
memotivasikan guru-guru dalam keadaan pendemik supaya guru-
guru kekal bersemangat merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara online demi kepentingan
para pelajar, sebagaimana harapan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu tiada murid tercicir dalam
pelajaran.

32

Rencah
Pelbagai
Rasa

SAMBAL PECAL KAYU MANIS

MOHAMAD HAZAWAWI BIN YUSOF
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA

Pada suatu petang, kelihatan tiga orang pemuda dalam
lingkungan 40-an memasuki kedai mamak dan terus duduk di meja di
sebelah meja yang aku duduk bersama kawanku.

“Mamak…, mi goreng dua, roti banjir satu, teh tarik tiga,”
terdengar salah seorang daripada mereka membuat pesanan. Dalam
jarak lebih kurang tiga meter ini, aku boleh mendengar dengan jelas

perbualan mereka.
“Aku fed-up la dengan pengetua aku, macam-macam
nak kena buat sekarang. Pengetua dulu OK jer, takde
la nak buat itu ini macam sekarang tapi SPM naik
jugak,” kata salah seorang daripada mereka.
“Dulu takde tension macam ni,” rungutnya
lagi.

“Awat dengan pengetua hang, Din?”
Sampuk seorang kawan dengan loghat
utaranya. “Dak la, pening pasai PBD pun tak
abih lagi, ni nak buat TS25 pulak. Geng aku
semua tak faham apa-apapun,” jelas cikgu
yang bernama Din lagi. “Hari-hari mesyuarat,
kena buat dokumentasi la, hi…, macam-macam,” keluhnya lagi. “Aku
tengok sekolah hang OK je Lan.”

Aku boleh nampak dengan jelas mukanya yang tidak ceria
bercampur geram. “Awai-awai ni memang lagu tu la Din, benda baru
semua orang tak faham. Kami dulu pun macam tu jugak,” ujar Cikgu
Lan menjelaskan. “Tapi, PK-PK yang banyak bantu sebab depa
faham macam mana nak buat. Lagipun depa gi kursus.”

Tiba-tiba rakan mereka yang sejak tadi asyik bermain dengan
telefon bimbitnya mencelah, “aku nak bagitau hang Din, TS25 ni takde
la susah manapun, tapi yang penting kita kena open minded dan

33

faham betul-betul sebab ada step-step dia, ada modul. Kalau kita
follow, kita dapat buat.” “Betul, tu,” Cikgu Lan mengiyakan. “Cer hang
cerita sikit kat aku, Mi,” gesa Cikgu Din.

“Macam ni…, TS25 ni pada aku sangat bagus sebab program
ni nak meningkatkan kualiti PdP kita. Lagipun budak-budak sekarang
ni tak macam kita Din. Deme ni budak-budak yang guna teknologi,
semua main Internet saja. Nak tahu satu-satu benda, deme cari dalam
google. Nak makan, deme order online. Kita dulu mana ada gitu,
semua tanya cikgu aje. Kalau lapar, gi cari dalam periuk atau makan
apa yang ada.” Din kelihatan khusyuk mendengar huraian kawan dia.

Mi sambung lagi, “jadi, cara belajar deme pun lain, Din. Kita
yang nak ajar deme kena advance, kena guna kaedah baru, guna
internet. Kalau hang masuk kelas macam dulu-dulu, tulis di papan
putih, cakap banyak dok hurai itu ini, lepas tu bagi latihan, alamatnya
tak ke mana la budak tu Din.”

Kemudian aku tengok kawan yang bernama Lan pula
sambung, “yang hang kena tau la ni, dalam TS25 ni kementerian nak
jadikan PdP kita tip top, cikgu-cikgu pulak banyak kepakaran depa
dan suasana belajar jadi seronok. Tu aku bagi keyword pasai TS25.
Nanti pengetua hang ka, PK hang ka akan bagi taklimat. Ada lapan
modul. Pelan-pelan bro. Yang penting, kena buka minda dulu. Kalau
hang nak tahu lebih, hang baca dalam portal kementerian ataupun
hang call aku,” terang Lan panjang lebar. Kelihatan Din tersenyum
puas setelah mendengar penerangan ringkas daripada kawannya.

Aku tersenyum kerana nampak Cikgu Din mula mengangguk-
angguk, mungkin kerana dia sudah mula memahami sedikit tentang
big why TS25 dan matlamat program tersebut. Aku terfikir sejenak,
bagaimana hendak menangani guru-guru yang cuba mempertikai dan
tidak membuat kesimpulan awal untuk menolak sesuatu dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia yang diperkenalkan?

Sementara kawanku ke kaunter untuk membayar harga
makanan, aku berfikir sendirian, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah mengeluarkan banyak belanja untuk menyebarluaskan dasar

34


Click to View FlipBook Version