Di waktu petang memancing ikan,
Memancing bersama kakak Lelawati;
PLC perlu dibudayakan,
Agar PdPc dapat dihayati.
Hendak gugur, gugurlah bunga,
Harum semerbak serata-rata;
Borang OPPM mudah diguna,
Supaya projek menjadi nyata.
Rakan ELIT dan pemimpin sekolah,
Ayuh bersama kita mara;
Menjayakan TS25 tanpa mengalah,
Demi agama, bangsa dan negara.
PIMPINAN ILMU
DR. HAIZUL RASDY SAIDIN
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS PULAU PINANG
Menu terakhir ikan salai,
Pergi ke kantin ketika rehat;
Kemahiran berfikir mencipta dan menilai,
Tahap terpenting dalam KBAT.
Guru itu seorang mursyid,
Penunjuk ajar penyampai ilmu;
Kolaboratif berpusatkan murid,
Itulah ciri kelas PAK21.
Masuk kelas tak pernah lambat,
Pengurusan masa amat cekap;
SLT dan MT insan terhebat,
RE IAB IPG sebagai pelengkap.
Guru PdPR saban hari,
Tercuit rindu bertemu murid;
Lahirlah insan guru berkualiti,
Hanya untuk kemenjadian murid.
233
PdPR hebat tidaklah bosan,
Anak murid sering ternanti-nanti;
Hebatnya menjadi pemimpin berkesan,
Agar terbina sekolah berkualti.
Amanah pendidik sudah sebati,
Terpahat kukuh selama-lama;
Sokongan PIBG dan Komuniti,
Demi merealisasikan TS25.
Menyemak tugasan di malam hari,
Mula menyemak sehingga usai;
Visi bersama pendidikan berkualiti,
WE DELIVER moh kite capai.
MELUNTUR BULUH
ZAILEHA BINTI HASINE
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR
Tumbuh melata buah bidara;
Assalamualaikum pembuka bicara.
Anak rusa seronok berlumba;
Jawatan SISC+ menjengah tiba.
Bukit Sauk tenang sentiasa;
19 April 2021 mula berkuatkuasa.
Baik-baik membawa diri;
Banyak perkara perlu dipelajari.
Merpati singgah terbanglah ia;
Mesej diterima sentiasa bersedia.
Sedap sungguh makan serawa;
Tugas digalang sepenuh jiwa.
234
Rimbun redup si pohon belimbing;
Syukur senior sentiasa membimbing.
Naik kapal belayar ke Hong Kong;
Empat sahabat baharu saling menyokong.
Enak dimakan si ikan tenggiri;
Selalu berbincang hala tuju diri.
Teluk Senangin dekat di hati;
Semoga Allah sentiasa memberkati.
CERITAKU
NORLEHA BINTI IBRAHIM
RAKAN ELIT (PERAK) IAB CAWANGAN UTARA
Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke dataran;
Dari mana saya datang,
Dari Jitra turun ke Kerian.
Kain dijemur, padi ditabur,
Pokok mempelas di hutan mengkuang;
Saya menyantun tangan dihulur,
Moga dapat diberikan ruang.
Anak ayam turunnya lima,
Mati seekor tidaklah makan;
Program TS25 Kohort 5,
Dua sekolah saya dipertanggungjawabkan.
Bapa Harris makan delima,
Makan delima sambil bertapa;
SMK Muzaffar Shah sekolah pertama,
Bertemu Pengetua Haji Mustafa.
235
Dari Kerian ke Kubang Pasu,
Beli baldi di Sungai Petani;
Sekolah kedua SK Alor Pongsu,
Cikgu Salji Guru Besar di sini.
KUALA KANGSAR TERATAS
HASWATI BINTI MOHD WASIR
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR
Jalan-jalan di taman rekreasi,
Duduk sebentar menikmati panorama;
Jawatan SISC+ tugas kami,
Menjayakan Program Transformasi Sekolah 2025.
Banyak tugas yang digalas,
Demi mencapai satu kejayaan;
Siapa tak kenal SISC+,
Kami sahabat memberi bimbingan.
‘Kuala Kangsar teratas’ slogan kami,
Terkenal di seluruh negeri;
Menganalisis data tugas kami,
Sebelum khidmat bimbingan diberi.
Kerana lebah manisnya madu,
Sanggup meredah semak berduri,
Kami sahabat menyokong padu,
Amalan terbaik kami cari.
Rakan ELIT diberi nama,
Menjadi tunjang tranformasi Pendidikan;
Siap sedia memberi kerjasama,
Program dan latihan dipancangkan.
Anak gadis riang menari,
Wajahnya ayu manis bergincu;
Menggembleng pemimpin tugas diberi,
Agar sekolah mencapai mercu.
236
KOPI O KAW TS25
SURAIYA BINTI OSMAN
RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK
Burung kedidi terbang tinggi,
Hinggap sebentar di pohon delima;
Marilah sehati menuju visi,
Menjayakan hasrat program TS25
Berkilau rantai bertatah berlian,
Buat hiasan si anak nakhoda;
Mendengar latihan dalam talian,
Berpinar mata, faham tiada.
Merimbun palas di tepi paya,
Hijau daunnya jangan dibelah;
Tugas digalas sedaya upaya,
Terus berusaha tanpa mengalah.
Buah keranji di atas batu,
Campak sebiji ke dalam kolah;
Rakan ELIT terus membantu,
Bimbing dan dengar luahan sekolah.
Tak sabar hati menunggu malam,
Tunggu saat munculnya bintang;
Modul ditatap berbalam-balam,
RE dirujuk pagi dan petang.
Tegak berdiri si pokok palma,
Sayang bidara dahannya patah;
RE SISC+ tetap bersama,
Membantu sekolah menuju noktah.
Anak kera makan berangan,
Duduk makan di tepi titi;
Banyak halangan juga rintangan,
Namun TS25 tetap di hati.
237
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG
NOOR LELA BINTI MOHD ZAIN
RAKAN ELIT SISC+ PPD HULU PERAK
Berbuah lebat pohonan jambu,
Dahannya patah menimpa duri;
Sekolah tempat menuntut ilmu,
Takkan beralah insan bestari.
Dari pekan ke mukim Selama,
Membeli lauk untuk dijamu;
Transformasi pendidikan digalas bersama,
Pengetahuan dituntut janganlah jemu.
Hinggap belalang bunga sena,
Cantik berseri harum mewangi;
Guru penyayang program dilaksana,
Dibantu PIBG sering kunjungi.
Berarak awan di senja berganti,
Awan mega menuju ke barat;
Murid cemerlang sering dinanti,
Lahirnya warga terserlah bakat.
Pohon kekabu tumbuh berjajar,
Gugurnya buah atas beranda;
Kelas itu tempat belajar,
PAK21 penggalak minda.
Cantik diolah pandang tak jemu,
Taman buatan digali perigi;
Tanpa lelah curahkan ilmu,
Guru kompeten beraspirasi tinggi.
Bungaan kekwa dikarang dara,
Cantik karangan tertawan kalbu;
Pemimpin berkesan kemudi bahtera,
Sekolah cemerlang wawasan ditugu.
238
Berwarna-warni mawar berduri,
Cantik tersemat dihinggap ungas;
PdP terbaik sering dicari,
Menyantun murid amanah digalas.
RENDANG DAGING KELAPA PARUT
REDZUAN BIN MOHAMED
RAKAN ELIT SIP+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Rendang Tok Dapur Kayu,
Dimakan bersama ketupat palas;
Puan Zakidah pelopor dan peneraju,
Penulisan kreatif tanggungjawab digalas.
Dimakan bersama ketupat palas,
Rasanya sedap tidak terperi;
Penulisan kreatif tanggungjawab digalas,
RE dijemput menulis memori.
Rasanya sedap tidak terperi,
Sudah tersohor serata tempat;
RE dijemput menulis memori,
Kenangan manis kekal terpahat.
Sudah tersohor serata tempat,
Menu warisan turun temurun;
Kenangan manis kekal terpahat,
Umpama emas dan harta karun.
Menu warisan turun temurun,
Rakyat negeri berbangga dengannya;
Umpama emas dan harta karun,
Sungguh berharga tinggi nilainya.
Rakyat negeri berbangga dengannya,
Disebut orang di mana-mana;
Sungguh berharga tinggi nilainya,
Buat kenangan hati terpana.
239
Disebut orang di mana-mana,
Jadi hidangan di atas talam;
Buat kenangan hati terpana,
Memori indah tersusun sulam.
Jadi hidangan di atas talam,
Dinikmati dengan suapan tangan;
Memori indah tersusun sulam,
Menjadi azimat teruskan perjuangan.
TRANSFORMASI BIAR JADI
NORHANI BEBE BINTI ALTA MIAH
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH
Penulisan lemah berunsur plagiat,
Cubalah menukang idea sendiri;
Program transformasi sekolah dipergiat,
Pemacu pendidikan teguh berdiri.
Harapan menggunung begitu lama,
Kemaskan tindakan dengan teliti;
Hasrat terkandung dikendung bersama,
Tumpahkan keringat menuju sekolah berkualiti.
Kuatkan ikatan kibaran bendera,
Kumpul beramai semangat laungan;
Kukuh menjunjung aspirasi negara,
Kepimpinan berkualiti pasak kecemerlangan.
Berinovasi biar sampai dipeten,
Pencapaian diraih kita berbahagi;
Barisan kemas guru kompeten,
Pantang mengalah beraspirasi tinggi.
Irama tradisional berunsur boria,
Penuh emosi ketika bersuara;
Iklim sekolah pencorak ceria,
Pembelajaran seronok murid gembira.
240
Jatuh sekali jangan lupa bangkit,
Pengalaman silam kejaran bayang;
Komitmen PIBG pautan jelekit,
Berpadu komuniti masyarakat penyayang.
HARAPAN NUSA
SALINA BINTI HAJI MUSA
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Anak dara memetik pulasan,
Pulasan diletak di atas papan;
TS25 wadah wawasan,
6C murid menjadi harapan.
Hendak ke baruh membawa jaring,
Berjalan kaki tanpa sepatu;
Pemegang taruh bergerak seiring,
Pembelajaran bermakna sama membantu.
Menanam cili kayu dipancang,
Buluh disambung dibuang jangan;
SLT MLT komitmen terancang,
RE bergabung mantap bimbingan.
Tiba musim menangkap haruan,
Musim tengkujuh sewaktu hujan;
PInTaS OPPM penggerak kemajuan,
Fahami isu intevensi cemerlang.
Cili padi di dalam pinggan,
Merah berseri bukan hiasan;
Rancang PdP kenali pelanggan,
Ubah strategi PdP berkesan.
Perahu panjang peti bersegi,
Dibuka orang berisi lokan;
Guru kompeten aspirasi tinggi,
Insan unggul diidam-idamkan.
241
Terbang tinggi si burung helang,
Singgah ke dahan rosaklah kuntum;
Kepimpinan berkualiti bukan calang,
Mengurus perubahan kekal momentum.
Berbaju biru cantik di taman,
Riang si anak berlompat-lompatan;
Wahai guru cendekiawan budiman,
Mendidik insan membina watan.
Panglima kedua dipersalini,
Baru mudik dari kuala;
TS25 cita-cita murni,
Murid terdidik berpekerti mulia.
Di tepi pokok memasang jerat,
Pokok pauh dipanjat-panjat;
Murid holistik menjadi hasrat,
Moga termakbul apa dihajat.
AIS KACANG ABC
UMI SAMRA BINTI MD SAIDAN
RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK
Belimbing besi pucuk delima,
Jatuh berserak letak di para;
Karnival PLC program TS25,
Hilir Perak empunya acara.
Cari buluh menjaring kisa,
Habis terluka angkara Samin;
3 Mac 2020 hari Selasa,
Di Dewan Terbuka SJKC Chong Min.
Bawa tenggala menanam padi,
Benih padi dari Tuaran;
Cetusan idea Tuan PPD,
Warga PPD sahut cabaran.
242
Mari singgah ke Pasar Tamu,
Petik ulam buat jualan;
Guru Besar dan Pengetua menimba ilmu,
PK Pentadbiran tidak ketinggalan.
Kalau sudi singgah ke Pekan,
Mari beli si buah longan;
Ilmu RE jadi rujukan,
MLT dan SLT saling bergandingan.
Anak kerang bercampur lokan,
Dimasak gulai si ikan loma;
312 orang hadir memeriahkan,
Focus - Improve - Share itulah tema.
Usah jeran menanam temu,
Buat berhias anak pangeran;
Daerah jiran, pegawai JPN jadi tetamu,
8 sekolah program TS25 buat pameran.
Cantik sungguh si anak ratu,
Makin ayu berkain batik;
SMK Abdul Rahman Talib Kohort 1,
PLC dipilih Kumpulan Rakan Kritik.
Dari lombong sampai ke gua,
Habis gunung di tarah rata;
SK Changkat Jong Kohort 2,
PLC dibentang analisis data.
Dari jauh nampak berbega,
Singgah sebentar rehat di stesen;
SJKC Chong Min Kohort 3,
e-RPH dan Digital Teacher Sharing Session.
Lautan luas jangan diduga,
Kelak ditimpa bahaya nian;
SJKT Sithambaram Pillay Kohort 3,
243
Teacher Study Group buat perkongsian.
Anak merak melompat-lompat,
Dikejar musang di atas dahan;
SMK Seri Perak Kohort 4,
Dialog Prestasi dan KMR jadi pilihan.
Ikan puyu si ikan sepat,
Masak bersama serai dititik;
SK Sultan Abdul Aziz Kohort 4,
Hasil pembentangan Video Critic.
Pisang sira dibuat lepat,
Enak dicicah bersama susu;
SK Perwira Kohort 4,
Kumpulan Penyelesaian Masalah selesaikan isu.
Pantun seloka indah berima,
Gurindam syair jadi penyeri;
SK Raja Muda Musa Kohort 5,
TSS Inovasi Goyang 2 Jari.
Penat lelah aduh kasihan,
Moga usaha mendapat keberkatan;
Terima kasih atas perkongsian,
Ilmu yang baik terus sebarkan.
244
Santun
Irama
DEMIMU TS25
YUSNITAR BINTI MUNIAR
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR
TS25,
Bermula episod perubahan,
Kepimpinan berkualiti serta berwawasan,
Guru kompeten memainkan peranan,
Persekitaran sekolah sentiasa menyeronokkan.
TS25,
Helaian ini menjadi saksi,
Kuukir namamu dalam puisi,
8 modulmu sentiasa di sisi,
Agar ilmu sentiasa diperbaharui.
TS25,
Fahaman mereka banyak yang berbeza,
Kuhanya mampu berusaha,
Zaman gemilangmu akan dirasa,
Segala amanah akan kulaksana.
TS25,
Hujan ini semakin lebat,
Bagaikan sayangku yang makin hebat,
Hanya satu menjadi hajat,
Kejayaan dirimu membawa rahmat.
TS25,
2025 makin dekat,
Tunai kewajipan dengan semangat,
Agar semua tersirat dan tersurat,
Dapat dicapai dengan berkat.
245
ALKISAH TS25
KHAIRUL ANUAR BIN SHAHALUDDIN
RAKAN ELIT SIP+ PPD HILIR PERAK
Salam ukhuwah untuk semua,
Warga sekolah warga KPM,
Program Transformasi Sekolah 2025,
Satu program strategik KPM.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,
Satu perancangan penuh teliti,
Mari kita semua berdoa,
Murid Menjadi Sekolah Berkualiti,
Kerangka TS25 empat komponennya,
Pemimpin Berkesan Guru Berkualiti,
Persekitaran PdP bermakna,
Sokongan PIBG dan Komuniti.
SIP+ SISC+ Rakan ELIT Sekolah,
Saling membantu satu pasukan,
Sedia membimbing warga sekolah,
Modul wajib - satu hingga lapan.
Modul 1 - Bimbingan dan Pementoran,
Kerangka TS25 dan dasar pelaksanaan,
Kebijaksanaan PGB menguruskan perubahan,
Peranan pemegang taruh satu kelebihan.
Modul 2 – Menerajui Kepimpinan,
Usaha mengupayakan pemimpin pertengahan,
Memantau PInTaS melalui OPPM,
PLC dibudayakan satu kejayaan.
Modul 3 – Menerajui Pembelajaran,
Guru berperanan sebagai perancang,
Pembelajaran Abad ke 21 menjadi amalan,
Pengajaran berkesan murid cemerlang.
246
Modul 4 – Persekitaran Pembelajaran Profesional,
Autonomi guru, budaya kolaborasi jadi amalan,
Pengalaman pembelajaran formal dan tak formal,
Bimbingan instruksional oleh pemimpin pertengahan.
Modul 5 – Penilaian dan Refleksi,
Program disemak menilai keberkesanan,
Lawatan penandaarasan mencari inspirasi,
Peluang PGB melaksanakan penambahbaikan.
Merungkai Standard dalam DSKP,
Modul 6 – Kefahaman melalui Reka Bentuk,
Berasaskan KmR – PBL Merancang PdP,
Amalan 6C dalam menghasilkan produk.
Modul 7 – Digital Tools and Resources (DTR),
Peralatan digital dimanfaatkan sepenuhnya,
Pengajaran menarik murid seronok belajar,
Pedagogi berkesan pembelajaran bermakna.
Modul 8 – Redesign Students’ Learning Experience,
Pentaksiran Bilik Darjah berasaskan Tahap Penguasaan,
Pemantauan PBD lebih transparent,
Pertimbangan profesional guru digunakan.
Khatam sudah modul TS25 dipelajari,
Modul satu dan dua memantapkan pemimpin berkesan,
Modul tiga hingga lapan melestarikan guru berkualiti,
Sederap langkah – moh kita semua jayakan.
CINTA TS DUA PULUH LIMA
ZARINA BINTI MOHAMED YUSUF
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Tak kenal maka tak cinta,
Sudah kenal kemaruk dilanda cinta,
Semakin lama cinta semakin menggila,
247
Begitulah cinta mereka kepada TS dua puluh lima.
Pertemuan pertama bertentang mata,
Dijamu secangkir ilmu untuk sang ketua,
Mengajar membimbing warga semua,
Berganding bahu, berhemah, sayang semata.
Bibit cinta TS dua puluh lima mula terasa,
Tidak sabar menunggu untuk bersua,
Kali ke dua, kali ke tiga dan seterusnya,
Rasa rindu mula menyentuh hati mereka.
Menimba ilmu menjadi keutamaan mereka,
Disampaikan pula oleh rakan idola,
Menunjuk ajar dengan sabar senyuman asyik di mata,
Ilmu menjadi bermakna hingga ke jiwa.
Menempuh segala cabaran dan ranjau diiringi doa,
Bersatu hati membukti kehandalan semua warga,
Kejayaan kecil mula menyapa warga sangat teruja,
Semakin cinta mereka kepada TS dua puluh lima.
Anak didik turut gembira rasa berharga,
Ilmu disampai pelbagai cara, mereka suka,
Semakin bermakna ilmu diterima terus ke minda,
Yakin diri bahawa mereka juga ada tempat di dunia.
Warisan kalis masa depan sedang dicipta,
Tinggi berdiri membawa nama di merata dunia,
Demi agama, keluarga, bangsa dan negara tercinta,
Merekalah hasil cinta TS dua puluh lima.
248
SELOKA PLOTOSUS UTARA
ANIS OWEEDA BINTI ISMAIL
RAKAN ELIT SISC+ PPD KERIAN
2017 semuanya bermula,
Di IPG Ipoh tempat pertama,
TS25 dikenali nama,
Di kohort 3 baru menyapa.
Modul 1 pemula bicara,
Pensyarah IAB berkongsi cerita,
Terasa sekelumit ilmu di dada,
Banyak lagi perlu diteroka.
Sekembali IPG baru menghadam,
Sekolah pula dipanggil ke sana,
Belajar sendiri cuba nak faham
Sebelum bersama warga yang ada.
Minggu berikut ke IPG lagi,
Modul ke dua kami terokai,
Terasa berasap kepala di dahi,
TS25 sememangnya transformasi.
Belajar lagi sesama kami,
Baca, teroka juga aplikasi,
Bersama sekolah kami selusuri,
Kandungan TS25 kami jelajahi.
Sepakat kami hadir ke sekolah,
Menjalankan tugas yang diamanah,
Berkumpul guru mendengar kisah,
OPPM dan PInTaS dijelas sudah.
Belum pun sempat berkenal mesra,
Dengan Modul 1 dan Modul 2,
Ke Kopisan pula kami menghala,
Menadah ilmu untuk Modul 3.
249
Ilmu diperoleh kini diselami,
Sederap dengan tugas hakiki,
Kurikulum, pentaksiran juga pedagogi,
Di modul 3 menjadi intipati.
Tugasan modul dilaksana sekolah,
Terkadang ada yang berkeluh kesah,
Bimbingan diberi mengelak helah,
Kekuatan dibina menghindar resah.
Modul 4 empunya giliran,
Intinya agak sukar difahamkan,
Kandungannya perlukan isi tambahan,
Pembelajaran kendiri pula diteruskan.
Kini yang kabur semakin jelas,
Belajar dan berkongsi tidak kami culas,
Salah dah silap memang tak lepas,
Unlearn dan relearn ilmu dengan ikhlas.
SELOKA SI ULAM RAJA
PUTRI FARIDAH HANIZAH BIN DAHALAN
RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK
Anak Puan Limah bernama Hanim,
Puan Z dan TS25 sangat sinonim.
Berkejar-kejar sampai tersadung,
TS25 wajar didukung.
Rumah Mak Limah beratap genting,
8 Modul TS25 modul yang penting.
Gelas kaca milik Mak Andam,
Modul dibaca perlu dihadam.
Anak nyonya kaki terselit,
Sekolah bertanya Rakan ELIT.
250
Jalan pintas menuju persimpangan,
Hayati PInTaS untuk perancangan.
Timun Jepun dijual kadam,
OPPM pun perlu dihadam.
Burung gagak tepi kolah,
SLT MLT tonggak teraju sekolah.
Corak kamar si rama-rama,
PdP KmR ditaksir bersama.
Baru dapat kereta Bezza,
OP dan KK perlu dibeza.
Pergi ke baruh main ting-ting,
Pemegang taruh sangat penting.
Buah delima sayur kubis,
Pejuangan TS25 belum habis.
Enak makan mi sanggul,
TS25 lahirkan insan unggul.
METAMORFOSIS TS25
YANG ROZIAH BINTI MOHAMED YAACOB
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Norma biasa,
Mengubah kepada pembelajaran bermakna,
Menggapai visi, misi serta hasrat dan aspirasi,
Tradisional ke Backward Design,
Idea utama mengilhamkan penemuan inkuiri,
Lahirkan anak didik berkompentesi global.
Dulu, arahan diterima,
Sekarang bijak mereka strategik,
PInTaS dan OPPM memacu transformasi,
251
Bidang keberhasilan menjadi fokus pemulihan,
8 Langkah Perubahan Kotter pencetus hala tuju.
Coaching & mentoring,
Mengalirkan sokongan professional,
Membina hubungan rakan kongsi,
GROW dan Impact Cycle,
Perantara pembelajaran interaktif berterusan,
Rakan ELITmenggarap impian dan berkongsi pengetahuan.
Dari pembelajaran bersemuka, ke PdPR,
Pembelajaran Digital nilai tambah pedagogi,
Memperhebat metakognitif minda anak didik,
Mencipta keterampilan yang autentik,
Memenafaat hubungan sesama rakan pembelajar,
Di era VUCA, pedagogi normal baharu penggerak kemenjadian
murid.
Engage, enhance dan extend teras aspirasi transformasi 2025,
Murid kalis masa hadapan.
MENERAJUI KEPIMPINAN
NOOR A’LAUYAH BINTI MEOR AHMAD
RAKAN ELIT SIP+ PPD KINTA UTARA
(Memimpin Pegawai Atasan)
Tidak mengurus mengikut perasaan,
Tapi memimpin mencapai kejayaan.
Bak bendahara Melaka di zaman kegemilangan,
Mengangkat bangsa menjunjung sultan.
Orang harapan didudukkan di hadapan,
Ayam tambatan kebanggaan jabatan.
Sanggup menjadi galang ganti,
Selamat sejahtera seluruh organisasi.
252
Tetapi ubi yang diam berisi,
Padi yang lebat tunduk ke bumi.
Kalau semalam dirimu cemerlang,
Hari ini gilang gemilang.
Tidak terpaku prestasi yang statik,
Pencapaian mencanak carta pun molek.
Ketua dijaga kebajikan dan maruah,
Membantu memudah segala yang payah.
Bukan kaduk memanjat junjung,
Rebah habis musnah tak menolong.
(Memimpin Rakan Sejawat)
Faham dan amal ilmu kepimpinan,
Barulah terhindar dari kebinasaan.
Rakan sekeliling dibuat sahabat,
Bukan dimusuhi berdendam kesumat.
Tidak berlagak kononnya pandai,
Idea orang dibuat gulai.
Pemimpin yang cekap dihargai diteladani,
Bukan ditikam dengan belati.
(Memimpin Orang Bawahan)
Perlahankan langkah semasa berjalan,
Agar pengikut tidak terpempan.
Tunjukkan teladan menjadi contoh,
Jangan dipamer akhlak yang hodoh.
Beri ganjaran atas kejayaan,
Duit keraian bertambah keberkatan.
253
Tempatkan warga di tempat yang sesuai,
Pasti berkhidmat tak mengelat tak cuai.
Kembangkan potensi setiap ahli,
Mudahlah kapal hendak dikemudi.
254
Bicara
Hati
MONOLOG RAKAN ELIT SISC+ BAHARU
ASLINDA BINTI OMAR
RAKAN ELIT SISC+ PPD BATANG PADANG
Tugas baharuku menjadi Rakan ELIT,
Bagai terkejut dari mimpi yang mengulit,
Macam mana namaku boleh terselit?
Menyebut SISC+ pun lidah masih berbelit.
Sebelum ke sekolah kufikir dua kali,
Mungkinkah nanti diri tak dipeduli?
Umpama menjual tiada yang membeli,
Ah… abaikanlah, lama-lama nanti pasti lali.
Bagaimana hati tak merasa sangsi?
Ilmu di dada belum penuh terisi,
Silap-silap hadir diriku ditangisi,
Akhirnya ditolak kerana gagal berfungsi.
Tugas RE membimbing dan membantu,
Mulakan hubungan baik sudahlah tentu,
Sokongan Ibu bapa dan komuniti kenalah jitu,
Matlamat kan tercapai bila semua bersatu.
Tingkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti,
Fokus itulah dijulang tanpa henti,
Walau ada yang buat tak reti,
Teruslah ulang sampai meresap di hati.
Kepimpinan sekolah semakin mantap,
Bimbingan Coaching and Mentoring sudah ditetap,
Semua warga sepakat tiada yang sentap,
Nampak hasil nanti, jangan pula usaha direntap.
Kualiti guru semakin bercahaya,
PLC dan PAK21 kini menjadi budaya,
Fahamkan SKPMg2 sehabis daya,
Warga sekolah kini berhasil diupaya.
255
Bersedia sentiasa tak pernah rasa terganggu,
Soalan bertubi-tubi dah macam lirik lagu,
Sampai terkadang diri ini menjadi ragu,
Kena bimbing murid atau membimbing cikgu?
Segala cabaran berjaya diharungi bersama,
Semoga kemesraan yang terbina kekalnya lama,
Mencipta memori, kenangan maupun drama,
Kekal eratkan kita bagai lagu dan irama.
256
Ilustrasi
SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS
vs SELF IMPROVEMENT PROCESS
WAN SAIFUL BAHRIN BIN WAN AYUB
RAKAN ELIT SIP+ PPD PERAK TENGAH
257
APAKAH PERKAITAN THE IMPACT CYCLE & MKO?
AZNEEZAL AR-RASHID BIN MOHD RAMLI
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR
258
ILUSTRASI BORAK TS25
DR. SITI HAYATI BINTI MOHD YUSOFF
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH
ILUSTRASI BORAK TS25
DR. SITI HAYATI BINTI MOHD YUSOFF
RAKAN ELIT(PERAK) IPG KAMPUS IPOH
259
260
261
262
ASALKAN ALASAN
JULIANA BINTI ALI
RAKAN ELIT SISC+ PPD KINTA UTARA
SITUASI 1
SITUASI 2
263
SITUASI 3
SITUASI 4
264
SELOKA TS25 @ MYKUALE Duduk bersembang dekat dataran,
Sambil makan mi ketam,
MA NORALASIKIN BINTI ABDUL MANAF Dulu bersemuka sekarang e-pembelajaran,
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR 8 modul kena khatam.
Mengambil bakul di atas meja,
Dibawa pergi memetik bunga,
RE TS25 buat kerja,
PM senyum sampai telinga.
Tukang rumah membina atap, Hari minggu ke pasar raya,
Membina dengan berhati-hati, Pergi bersama si anak dara,
TS25 semakin mantap, Program TS25 sangat berjaya,
Kemenjadian murid makin berkualiti Semua pihak pasti gembira.
265
Dari Malaysia melancong ke Belanda, Gunung Kinabalu di negeri Sabah,
Untuk melihat pemandangan indah, Ambil gambar untuk kenangan,
Covid 19 datang melanda, Bilangan sekolah makin bertambah,
TS25 tertangguh sudah. RE TS25 teruskan bimbingan.
Ketupatpulut daun palas, Memasak lemang di hari raya,
Dibawa bonda menaiki jambatan, Lalu dihidang di dalam dulang
Penat lelah sudah terbalas, Program TS25 sangat berjaya
TS25 menjadi sebutan Didoakan agar terus cemerlang.
266
Uji Minda
TEKA SILANGKATA
SITI SHAKILAH NIRMALA BINTI ABDULLAH
RAKAN ELIT SISC+ PPD KERIAN
CARI 25 PERKATAAN ATAU AKRONIM YANG BERKAITAN DENGAN
PROGRAM TS25 SEPERTI DI BAWAH:
KMR ASPIRASI PEMBELAJARAN PBL IDENTITI
VISI UNGGUL MODAL INSAN ANJAKAN AUTONOMI
MISI KEPAKARAN WAWASAN
PPPM KMR KEMENJADIAN SOKONGAN PINTAS
KUALITI BITARA KEPIMPINAN PROGRAM TRANSFORMASI
OPPM
KOMPETENSI
267
Sekalung Penghargaan
Jawatankuasa Penerbitan Rendang Tok Dapur Kayu: Rakan ELIT menulis…
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
Bahagian Profesionalisme Guru (BPG)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pengurusan Sekolah
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Sekolah Jenis Khas
Semua Pegawai Unit Sekolah Jenis Khas
Semua Rakan ELIT TS25 Negeri Perak
Semua Pegawai Meja TS25 daerah
Serta semua pihak yang turut menghulurkan sumbangan dan kerjasama bagi
menjayakan penerbitan buku ini.
Catatan