sekolah dalam memahami tugasan Modul 2 untuk Kohort 5. Jadual
pergerakan dan ahli kumpulan telah pun ditaklimatkan.
“Bimbingan TS25 ni lain tau Linda, sekolah memang
tertunggu-tunggu akan kedatangan kita,” temanku Aida memulakan
bicara. Dia ni memang tidak pernah tidak bersemangat. Sejak awal
perkenalan kami, jarang bercakap tentang perkara yang bukan pasal
kerja. Tidak kiralah di mana-mana. Pendek kata, kadang-kadang
terserempak dalam tandas pun masih bercerita pasal kerja.
Sambungnya lagi, “Linda akan rasa lain nanti tau, sebab dulu kita
bimbing guru, tetapi TS25 ini kita bimbing satu sekolah, bermula
dengan barisan kepimpinan hinggalah guru-guru di dalam kelas.”
Aku mengangguk-anggukkan kepala tanda mengiyakan kata-
katanya. Lagakku seperti murid sekolah yang menunggu ilmu
daripada gurunya. Aku sempat membayangkan pengalaman lalu,
membimbing guru-guru untuk memahami pedagogi abad ke-21.
Bagaimana pula agaknya rasa lain ketika membimbing TS25 ini?
Tiba-tiba sahaja aku menjadi terinspirasi untuk menyertai dan merasai
kelainan yang dimaksudkan oleh temanku ini. Kiranya sudah berjaya
temanku ini mempersiapkan mindaku dengan TS25.
Aku dimaklumkan oleh temanku ini bahawa Guru Besar
sekolah ini telah berkali-kali menelefon supaya datang ke sekolah.
Banyak perkara yang hendak ditanya katanya. Sebenarnya memang
ada dalam perancangan kami untuk ke sekolah ini tetapi setiap kali
merancang, ada sahaja perkara yang menghalang.
Tugas sebagai pegawai SISC+ kini kulihat banyak yang telah
berubah. Kelihatan teman-temanku memang tidak menang tangan.
Ada sahaja tugas ad-hoc yang memerlukan tindakan yang segera.
Aku yang baru sahaja masuk kerja setelah bercuti sekian lama, terasa
bodohnya diri. Tidak reti hendak mula dari mana. Mujurlah ada rakan-
rakan baik hati yang banyak memberi tunjuk ajar dan sentiasa
memberiku ruang untuk memahami situasi bimbingan sekarang.
“Ha, Puan Aida dah sampai. Lama dah saya tunggu puan
datang. Banyak perkara yang saya nak tanya puan berkenaan
185
tugasan TS25 ini”. Guru Besar memulakan bicaranya. “Minggu lepas
ada pegawai dari IAB datang berkampung di sini selama tiga hari.
Tetapi saya pula tak ada”, sambungnya lagi. Kami berdua mendengar
sahaja apa-apa yang diberitahu oleh Guru Besar ini. Dalam hatiku
rasa lega kerana kami merancang untuk mengunjungi dua buah
sekolah hari ini. Tidak boleh lama di sini. Tentunya boleh selesai awal.
“Kami singgah sekejap sahaja di sini sebab ada sebuah sekolah lagi
menunggu.” Cepat-cepat temanku menjelaskan perancangan awal
kami hari ini. Sebenarnya kunjungan ini telah dimaklumkan terlebih
awal. Telah diterangkan juga jadual kunjungan supaya sekolah telah
bersedia. Jadi, seharusnya dalam tempoh dua jam, mesti selesai
untuk sekolah ini.
Kelihatan perancangan sekolah telah diatur dengan baik. Kami
berdua berpecah, Aida dengan Guru Besar masuk mencerap
pengajaran guru Sains di makmal sekolah. Aku dan Penolong
Pentadbiran masuk ke bilik mesyuarat untuk menonton video
pengajaran guru yang telah tersedia untuk dimainkan. Sesi ini lebih
kurang 30 minit dan kami akan berkumpul semula untuk sesi
rumusan. Barisan Penolong Kanan sama-sama menilai pengajaran
guru menggunakan instrumen SKPMg2 Standard 4. Setakat ini aku
telah merasai kelainan yang dimaksudkan oleh Aida sebelum ini.
Barisan kepimpinan dibimbing secara hands-on untuk memahami
rubrik baris demi baris yang terkandung dalam instrumen. Aku kira
langkah ini sangat berkesan untuk membantu meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Skor yang diberi
seharusnya seiring dengan kehendak rubrik. Jika semua warga
pendidik memahami kehendak rubrik, maka peranan guru sebagai
pemudah cara sudah pasti akan dapat direalisasikan. Aku yakin inilah
sebahagian daripada kepimpinan instruksional yang cuba dibawa
dalam TS25.
“Saya tidak reti term-term moden hari ni. Bagi saya inilah yang
telah saya buat di sekolah ini,” jelas Guru Besar ketika aku cuba
menjelaskan bahawa maklumat yang dibentangkan dalam slide itu
ialah Lesson Study. Sebenarnya mereka telah melaksanakannya di
sekolah sejak sekian lama. Dalam video juga memaparkan
pengajaran guru secara team-teaching untuk mata pelajaran
186
Matematik. Hal ini adalah antara senario yang berlaku di sekolah. Ada
segelintir yang masih tidak sedar bahawa mereka memang telah
menuju ke arah transformasi bilik darjah. Namun, usaha ini akan lebih
terancang dan terarah sekiranya mereka betul-betul faham struktur
dalam alat-alat kolaboratif yang mereka gunakan. Lesson Study ialah
alat kolaboratif dalam PLC yang sangat berkesan untuk mengatasi
isu-isu dalam bilik darjah. Jika dapat dibudayakan, pengajaran akan
lebih berkesan.
“Inilah team-teaching yang cikgu rancang dalam Lesson
Study. Tahniahlah! Sekolah telah berjaya melaksanakan dua aktiviti
PLC sekali gus. Sebenarnya video ini juga boleh dijadikan bahan
untuk aktiviti video critic pada masa akan datang,” aku memuji usaha
yang telah mereka lakukan. Kelihatan ceria wajah guru-guru yang
berada dalam bilik mesyuarat apabila mereka mendapat pujian.
Mereka sebenarnya memerlukan sokongan moral dan bimbingan
yang berterusan daripada semua pihak. Mereka boleh melakukannya
dengan baik sekiranya mereka mendapat kefahaman yang jelas. Itu
keyakinanku. Dalam hatiku berbisik sendirian, “Akupun sejak jadi
SISC+ baru benar-benar faham semuanya ini. Jika diberi peluang,
hendak sahaja aku kembali mengajar ke sekolah, tetapi apakan daya,
semuanya telah berlalu untukku.”
Sesi bersoal jawab berlangsung dengan lancar. Hampir tiga
jam sudah kami di sini. Impian ke sekolah kedua berkuburlah sudah.
Perut berkeriut minta diisi. Kononnya tadi hendak bersarapan dalam
perjalanan ke destinasi kedua. Memang begitu selalunya jika kami
turun ke sekolah. Temanku mengerling ke arahku memberi signal
mata yang dalam tafsiranku, lapar! Itulah yang ingin disampaikannya.
“Puan, apa lagi yang perlu kami lakukan? Kami telah
melakukan macam-macam. Jika boleh, puan cadangkan apakah yang
harus kami lakukan lagi,” satu soalan yang mematikan rasa laparku
tadi. Soalan ini datangnya dari seorang guru wanita muda yang dalam
jangkaanku usianya lingkungan 20-an. Begitu tulus pertanyaan.
Sekolah ini memang beruntung. Selain majoriti guru-gurunya
yang muda, prasarana dan kemudahannya lengkap. Lokasi sekolah
187
pula dalam bandar dan terletak di tepi jalan. Semuanya ini merupakan
aset untuk memacu sekolah ke arah kecemerlangan. Pertanyaan
guru tersebut bagi aku memberi petunjuk bahawa guru-guru sentiasa
bersedia bersama pemimpin untuk membawa sekolah ke tahap
seterunya. PInTaS adalah jawapannya yang perlu digunakan untuk
mengenal pasti isu sebenar yang perlu ditangani dahulu. Dalam
menyempunakan tugasan Modul 2, PInTaS harus difahami terlebih
dahulu. Memandangkan ia mengandungi tiga belas lajur, percubaan
untuk memahaminya secara bersendirian pastinya agak sukar dan
memeningkan kepala.
Aku memuji kebijaksanaan temanku dalam memberikan
penjelasan demi penjelasan mengenai PInTaS ini. Beliau
sememangnya hebat menyusun kata-kata. Jawapan yang diberikan
olehnya cukup mudah difahami. Aku pun sebenarnya banyak belajar
hari ini. Memang daripada pengalamannya yang terlibat dari awal
telah meyakinkan dirinya untuk memberi input-input yang diperlukan
oleh sekolah. Aku hanya menyampuk di mana-mana yang kurasakan
boleh aku tokok-tambah. Jadilah, berpeluang jugak aku berkongsi
pengetahuan yang aku ada. Rumusan yang boleh aku berikan di sini
ialah setiap ilmu perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum kita
menerangkannya pula kepada orang lain. Pendengar akan faham dan
boleh melaksanakan tugas dengan baik. Bak kata orang putih,
message delivered!
Aku kagum dengan kepakaran temanku ini yang selalu
menjadikan sesuatu yang sukar difahami kepada suatu bentuk cerita.
Hari ini aku di sini berdiri sebagai pembimbing tetapi dalam masa yang
sama aku juga sebenarnya dibimbing seperti juga guru-guru yang
lain. Inilah proses kehidupan. Belajar ialah proses sepanjang hayat.
Aku puas hari ini walaupun rasa sangat penat tetapi berbaloi melihat
wajah-wajah ceria guru-guru dan pemimpin sekolah yang berpuas
hati dengan pertemuan hari ini. Bagiku ia adalah satu lagi pengalaman
indah untuk kusimpan dalam lipatan memoriku.
188
AIR TANGAN BONDA SAMBAL JAMBI
NOR HAYATI BINTI ABDULLAH
RAKAN ELIT SIP+ PPD KUALA KANGSAR
Sedang enak menjamah nasi berlaukkan sambal jambi resipi bonda
tersayang (bonda telah menemui Pencipta pada tahun 2011, al-
Fatihah) tiba-tiba ingatan melayang mengingatkan tugasanku sebagai
SIP+ selama hampir lapan tahun di PPD Kuala Kangsar, lantas
ungkapan TS25 muncul dalam mindaku. Aduh, tercabar sungguh
keimananku! Menjadi seorang mentor, coach dan rakan baik kepada
PGB tidak semudah difikirkan tidak semudah dipraktikkan.
TS25 benar-benar mengajar erti kesabaran, keteguhan dan
kekuatan jiwa yang sangat kental. Alahai, terkadang rasa mahu saja
bersara awal! Namun, apabila kulihat wajah ayu Puan Zek, ah…,
tidak sanggup menjawab seribu persoalan yang bertubi-tubi.
Kugagahkan jua semangat dan melangkah terus ke persada
perkarangan sekolah kohort 3, 4, 5 dan 6 dan akhirnya senyuman
manis Puan Zek menguntum. Lega rasanya.
TS25, untuk berdepan dengan pakar-pakar pemimpin
bukanlah satu episod yang mudah namun apabila dipraktikkan dan
diimplementasikan ‘knowledge’ dan ‘skill’ yang diperoleh dalam
‘certified coach’ dan sedikit ilmu dalam NPQEL, maka alhamdulillah
segala keraguan yang berserabut di dalam kepala dapat dirungkai
satu persatu. Amin!
TS25 tidak semudah dibicarakan apatah lagi menyusun bait
demi bait untuk menawan hati pemimpin berkaliber di sekolah
menerima transformasi dalam pelbagai aspek dan perubahan minda.
Namun semua itu, setelah enam tahun kuredah…, ku tempuh…,
akhirnya jauh di sudut hati berkata, ‘alangkah bagusnya TS25 ini, jika
daripada dahulu lagi kujajahi.’ Tidaklah PGB terkedu, terkial-kial,
dengan persoalan, ‘apa lagi yang hendak diubah? Yang dah ada pun
tak terikut.’
TS25, mengimbas kembali nostalgia PGB Kohort 3, diberi dua
buah sekolah SJKT dan SJKC. Ah, sangat mencabar sekali!
189
Pemahamanku berbeza dengan mereka. Namun satu demi satu
bengkel yang entah berapa banyak kali kuhadiri bersama-sama PGB,
kekusutan dapat dileraikan dengan kesepakatan yang terjalin antara
kami, dan hubungan kami sangat akrab. Modul demi modul dapat
dihadapi dengan penuh iltizam yang tinggi, lawatan demi lawatan ke
sekolah, kekerapan berbengkel dengan PGB dan SLT serta MLT,
sedikit sebanyak peratusan penerimaan PGB kepada TS25 ini sangat
positif. Syukran…!
Seperti dilihat melalui model iceberg, bukan mudah untuk
membuat transform daripada situasi ‘comfort zone’ kepada satu
anjakan paradigma yang jauh berbeda pada mula-mula menjadi
pendidik dahulu, lebih kurang 32 tahun yang lalu. Wah, banyaknya
perubahan tanpaku sedari!
TS25, kohort demi kohort hinggalah kini kohort keenam,
kepenatan dan kekentalan jiwaku kini kupegang erat tidak lagi
menoleh ke belakang. Aku terus berjuang membuat penataran dan
pencerahan kepada PGB yang baharu dan yang akan bersara tidak
kupatahkan semangatnya. Aku berbicara terus menerus membuka
intipati yang ada dalam Modul 1, 2 dan 5 tanpa rasa lelah.
Alhamdullillah.
TS25, halangan yang amat besar sedang kuhadapi kini.
Bermulanya Covid-19 meratah keamanan dunia kini, segala yang
dirancang terlihat seperti menyekat segala aktiviti bersemuka untuk
meneruskan perubahan yang terdapat dalam setiap modul-modul
TS25. Hanya melalui google meet sahaja pendekatan yang ada.
‘Tidak puas hati,’ luahan PGB. Apa dayaku.
TS25, tidak akan kumengalah denganmu Covid-19
laknatuallah, perjuangan demi perjuangan walau seribu halangan,
namun kutetap utuh dan padu untuk melihat sebuah transformasi di
setiap minda PGB yang dikasihi begitu juga kepada SLT dan MLT
yang menjadi tonggak utama, akar umbi tulang belakang PGB di
sekolah kerana tanpa mereka tiadalah siapa-siapa untuk nama
sebuah sekolah di bawah Program TS25.
190
TS25, tidak akan kupadam ingatanku sewaktu turun berjuang
ke sekolah Pos Asli. Pada hematku yang cetek ini, sekolah Asli…,
mana mungkin boleh berubah dalam pelbagai aspek dan tindakan.
Namun, semua itu meleset setelah aku berkampung dua hari
bersama-sama dengan Rakan ELIT IPG dan IAB. Kami berasa
terpegun dan terkesima melihat hebatnya transformasi yang telah
mereka cipta tanpa keluh kesah dan membuktikan kepada dunia
pendidikan bahawasanya sekolah Pos Asli tidak seperti dahulu lagi.
Semangatku berkobar-kobar untuk bercerita. Semua ini seperti modul
ice berg. Di atas, tiada siapa yang tahu keperitannya, kedukaannya,
tangisannya, kegigihannya, ketidakpuasannya, dan macam-macam
lagi klausa tersurat dan tersirat demi sebuah perubahan yang
akhirnya kejayaan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang dapat
dilihat dan ukurannya bukan hanya dalam bidang akademik. Tahniah!
SK Pos Chenein telah tersohor di peringkat kebangsaan sebagai satu
sekolah yang menawan setiap hati sesiapa sahaja. Pengunjung yang
tiba akan terpegun melihat indahnya sekolah Asli jauh di pedalaman
memenangi pelbagai piala dalam pelbagai bidang. Tahniah, Guru
Besar dan guru-guru dan staf sekolah! Hanya Allah swt sahaja yang
membalas jasa baik kalian. Tanpa Guru Besar, SLT, MLT dan seluruh
organisasi sekolah, kejayaan yang dikecapi tidak mungkin menjadi
kenyataan.
TS25, akhir tinta. Tiada yang mustahil di dunia ini, pokok
pangkalnya berpegang kepada hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih. Ubahlah demi anak bangsaku yang bakal menjadi
pemimpin pada masa akan datang. Yang pipih tidak datang
melayang, yang bulat tidak datang bergolek, tanpa pemimpin yang
penuh iltizam dan jiwa yang kental, maka tidak ada ertinya sebuah
sekolah yang dikasihi dan di sayangi oleh anak muridnya. Maka, tidak
wujudlah kemenjadian murid yang terulung.
Kata Buya Hamka, “tugas kita bukanlah untuk berhasil, tugas
kita adalah untuk mencuba kerana dalam mencuba itulah kita
menemukan kesempatan untuk berhasil.”
191
NASI LEMAK DAUN PISANG
ISWARY MUNUSAMY
RAKAN ELIT SISC+ PPD BAGAN DATUK
“Cikgu, cikgu, saya sudah siap kerja rumah, saya mahu nasi
lemak, cikgu!” Suara Arun lantang kedengaran dengan menunjukkan
buku latihannya. Sambil membelai rambutnya Cikgu Azman
menjawab, “nanti masa rehat saya bagi ya!” “Ok, cikgu,” dengan
gembira dia menuju ke tempat duduk. Dia percaya Cikgu Azman pasti
akan mengotakan janjinya. Nasi lemaklah menjadi pendorong dan
motivasi untuk Arun kerana makanan itulah yang paling disukainya.
Sebelum ini dia jarang bercakap, terutama dalam bahasa Melayu. Di
dalam kelas, apabila dia bertanya soalan, pelajar lain terus menjawab,
“Cikgu, Arun tak tahu cakap, tak tahu baca, tak tahu tulis.”
Arun hanya buka mulut sewaktu Bahasa Tamil sebab hanya
Bahasa itu yang difahaminya. Begitu juga dengan kebanyakan murid
lain. Pada peringkat awal, Cikgu Azman terasa kehadirannya tidak
disenangi oleh kebanyakan murid. Malah, kadang-kadang hanya dia
sahaja bercakap di dalam kelas kerana tidak mendapat respon
daripada murid. Dalam pada itu, dia mula mengambil berat terhadap
Arun. Dia mendekati Arun dengan memberi hadiah dan makanan.
Arun murid Tahun Empat semasa dia mula mengajar di sekolah ini.
Menurut guru-guru lain, Arun memang lemah dan pelbagai cara telah
dilakukan untuk membantunya, namun tidak berkesan. Arun dibiarkan
dan seolah-olah tidak boleh dibantu lagi. Terdapat seramai 11 orang
murid dalam Tahun 4 dan Arun ialah murid yang paling lemah. Dari
segi perawakannya, kita dapat lihat kemiskinan keluarganya. Apa-apa
soalan yang diajukan kepada Arun, ketua kelas yang akan memberi
jawapan. “Bapa kerja apa, Arun?” “Cikgu! Arun tak ada bapa, bapanya
sudah mati!” Jawab ketua kelas. Selepas itu, Arun menjadi
tumpuannya di dalam kelas tersebut. Kehadiran Arun dan adik
beradiknya yang lain ke sekolah juga juga tidak memuaskan. Dia
bercadang dia mesti mencari ‘Root Problem’ Arun. Dia mula
mendekati Arun dengan memberi pelbagai hadiah.
“Superman, Cikgu,” itulah ayat pertama yang dia dengar
daripada mulut Arun. Dia memberi hadiah kotak pensel yang terdapat
192
gambar ‘Superman’ dengan satu set alat tulis, kerana setiap hari dia
melihat Arun meminjam pensel dan pemadam daripada kawan-
kawannya.
Apabila dia mendekati Arun, dia mula memahami keadaan
sebenar kehidupannya. Ibunya keluar rumah seawal pukul enam pagi
dan dia mengambil tugas mengejutkan adik beradiknya untuk pergi ke
sekolah. Setiap kali dia bertanyakan tentang sarapan pagi, setiap
murid akan bercerita tentang makanan yang dimakan oleh mereka.
Akan tetapi, “saya makan kopi,” itulah jawapan Arun kepada guru
muda itu.
Dia membelikan roti dan kuih muih terutamanya nasi lemak
untuk Arun. Sekarang, membeli sarapan menjadi satu kebiasaan
kepadanya. Kehadiran Arun dan adik-beradiknya ke sekolah semakin
bertambah baik. Sekolah tersebut merupakan sekolah di bawah
Program TS25 yang memilih Kualiti Guru sebagai elemen untuk
ditingkatkan. Dia mula menarik perhatian murid dengan menghias
kelas, dan mengubah tempat duduk murid mengikut PAK21. Dalam
mesyuarat pertama, Guru Besar telah melantiknya sebagai
Setiausaha Program TS25. Apabila dia meletakkan kad trafik light
berwarna warni di atas meja setiap murid, mereka lebih suka dan mula
menggunakannya. Selain itu, dia mula-mula perlahan-lahan
memperkenalkan “Hot Seat” dalam aktiviti PdPc. Dia juga kerap
mengaplikasikan didik hibur menyebabkan murid-murid tidak sabar
menunggu waktu kelasnya. Apabila dia memerlukan pertolongan,
Arunlah yang menjadi murid pertama menuju ke hadapan untuk
membantunya.
Kelemahan murid-murid menjadi kekuatan baginya untuk
menambah baik pengajarannya. Pernah Guru Besar memantau
PdPc, dan beliau amat berpuas hati dengan pembelajaran murid di
dalam kelasnya. Beliau memuji PdPc tersebut kerana semua murid
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dirancangkan.
“Saya terkejut melihat perubahan pada Arun. Dulu, dia jarang
buka mulut. Sekarang, dia boleh membaca ayat-ayat pendek. Inilah
kemenjadian murid, cikgu.”
193
Dia amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah yang memberi ilmu, dan ibu angkatnya yang menjadi pakar
rujuk.
Cikgu Azman juga menubuhkan kelab bola sepak di sekolah.
Pada waktu petang, dia selalu melatih murid-murid bermain bola
sepak. Ramai daripada kalangan muridnya yang menyertai latihan
bola sepak tersebut, dan perkara ini juga menjadi kebanggaan kerana
dia berjaya menarik minat murid-murid kepada sukan bola sepak.
Arun juga antara murid yang tidak ketinggalan mengikuti latihan setiap
petang.
‘Dah genap satu tahun aku di sekolah ini,’ bisik hatinya apabila
melihat kalendar di rumah sewanya. Dia merenung jauh ke luar
jendela. Persekitarannya hijau dengan bunyi merdu kicauan burung.
Satu kenikmatan apabila tinggal di kampung kerana udara yang
bersih dan pemandangan yang hijau. Seekor merpati terbang jauh
dan hilang daripada pandangan. Fikirannya melayang jauh,
mengimbau memori sewaktu mendapat surat tawaran penempatan
sebagai guru di sekolah rendah. Selepas tamat kursus Perguruan
IPG, dia terpaksa menunggu selama sembilan bulan untuk diberi
penempatan. Dia ditempatkan di sebuah Sekolah Rendah Jenis
kebangsaan Tamil di negeri Perak. Pada awalnya, dia berasa agak
keberatan kerana ditempatkan di kawasan terpencil. Sekolah itu
terletak di sebuah ladang kelapa sawit iaitu tujuh kilometer dari jalan
raya utama. Dia teringat kata-kata gurunya sewaktu di sekolah
menengah dahulu. “Azman, apabila dapat posting, jangan pilih
sekolah biar sekolah pilih kita, Tuhan telah memberi beluang kepada
kita berkhidmat kepada pelajar di sekolah itu”.
Gurunya seorang yang tegas tetapi penyayang dan selama
dua tahun beliau menjadi guru kelasnya sekali gus menjadi ibu
angkatnya. Apabila ibunya meninggal dunia, dia ditukarkan ke
sekolah harian dari sekolah berasrama penuh kerana prestasi
akademiknya semakin merosot. Gurunya itulah yang menjadi teladan
dan pendorongnya untuk dia terus berusaha dan berjaya.
194
Apabila masuk ke jalan susur ke ladang kelapa sawit dari jalan
utama, jalan rayanya berturap tar tetapi berlubang-lubang ditutupi
tanah merah. Selepas tiga kilometer, dia mula melihat rumah-rumah
kampung. Kemudian dia melihat papan tanda ditulis ‘Kampung Toh
Pawang.’ Dari jauh dia nampak rumah berkembar berbaris panjang.
Semua rumah batu. Nampak seperti rumah di taman perumahan
kawasan bandar.
Dia menghentikan keretanya di hadapan pondok pegawal
keselamatan di ladang tersebut. Keluar seorang pengawal
keselamatan warga asing. Selepas menulis butiran yang diperlukan
di dalam buku log, pengawal keselamatan menunjuk arah ke sekolah.
Dia terus memandu ke arah bangunan sekolah tersebut. Dia melihat
satu papan tanda besar dengan tulisan berwarna biru iaitu ‘SEKOLAH
PROGRAM TS25’. Dia terpegun melihat papan tanda itu. Nampak
baharu, mungkin baru dipasang. ‘Oh, ini sekolah Program TS25!’ Dia
pernah didedahkan dengan Modul 1 semasa di IPG.
Apabila pengawal keselamatan sekolah melihat Cikgu Azman
turun dari kereta dia pun keluar dari pondoknya. “Selamat Pagi,
Cikgu,” ucap pegawal keselamatan yang agak berumur. “Guru Besar
beritahu ada guru baharu akan melapor diri hari ini,” tambahnya lagi.
Sambil senyum mendengar lenggok bahasanya, dia mengucapkan
selamat pagi. Dia mengisi maklumat dalam buku kehadiran, dan
kemudian masuk ke kawasan sekolah.
Sekolah itu terdiri daripada sebuah bangunan batu dan dua
lagi bangunan kayu. Kawasan sekolah agak luas tidak seperti sekolah
sewaktu dia membuat latihan praktikum dahulu. Banyak pokok bunga
di sekitar setiap bangunan.
“Selamat datang, Cikgu,” kedengaran suara seorang
perempuan. Dia mengalih pandangan sambil mengucapkan terima
kasih. “Saya Puan Selvi, Guru Besar sekolah ini,” beliau
memperkenalkan dirinya kemudian mengajak Cikgu Azman ke
biliknya. “Saya pun baru dua bulan di sekolah ini dan kami memang
menunggu guru opsyen Bahasa Melayu.” Ujar Guru Besar tersebut.
Kemudian, dia bercerita serba sedikit tentang masyarakat di ladang
195
itu yang kebanyakan penduduk ialah warga asing yang menjadi buruh
ladang, selebihnya ialah masyarakat tempatan berbangsa India dan
Melayu.
Dia diperkenalkan pula kepada Encik Fauzi, Pembantu Tadbir
di sekolah tersebut. Selepas ini dia akan tinggal bersama-sama Encik
Fauzi di kampung itu.
“Cikgu Azman, ini sekolah Program TS25 Kohort 6. Cikgu
mesti sudah didedahkan tentang sekolah TS25, saya sangat berharap
Cikgu boleh bantu kami dalam meningkatkan prestasi murid, kerana
rata-rata pencapaian murid di sekolah ini sederhana sahaja.” Guru
Besar bercakap dengan memberi harapan yang tinggi.
Dia dibawa melawat kawasan sekolah. Apabila masuk ke
dalam kelas Tahun Satu, dia terkejut kerana lebih kurang sepuluh
buah sahaja meja dan kerusi disusun. “Berapakah jumlah murid
Tahun Satu cikgu?” tanyanya kaget.
“Tahun satu, sembilan orang sahaja,” jawab Guru Besar.
Beliau menjelaskan lagi bahawa jumlah keseluruhan murid ialah 49
orang sahaja. Dia terkejut besar kerana dia membayangkan satu
kelas mesti dalam 20 hingga 30 orang murid seperti sekolah latihan
praktikumnya dahulu. Menurut Guru Besar lagi, dia satu-satunya guru
lelaki sekolah itu daripada sebelas orang guru.
Setibanya di rumah sewa, dia terus menelefon ibu angkatnya.
“Azman, murid-murid di ladang itu perlukan jasa kamu, bantulah
mereka.” Kata-kata itu menaikkan semangatnya. Dia memang
mempunyai opsyen Bahasa Melayu SJK dan hasratnya untuk
membimbing murid-murid di SJK.
Waktu cuti hujung minggu, dia dan Encik Fauzi akan keluar ke
pekan untuk membeli barang keperluan. “Banyaknya beli barang
dapur, Man,” ujar Encik Fauzi. “Ya bang, semalam dah janji dengan
anak murid, jika menang pusingan pertama perlawanan bola sepak,
nak belanja makan nasi lemak ayam. Mereka dah menang, jadi saya
kena belanja hari Isnin nanti. Saya nak masak sendiri nasi lemak.”
“Pandai cikgu ambil hati murid ya,” balas rakan serumahnya itu.
196
Dia sudah nampak sekarang bahawa murid-muridnya sudah
menunjukkan minat untuk belajar dan juga bersukan. Jika kita jadikan
pelajar aset kita, perubahan dan kejayaan mereka akan
merealisasikan setiap program yang dijalankan oleh kementerian,
termasuklah Program TS25 ini.
Dia teringat kata-kata hikmah daripada gurunya. “Sebelas
tahun kita belajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, itu ialah deposit
kita untuk kehidupan kita pada 50 hingga 60 tahun akan datang, Jika
kita rajin berusaha, cerahlah masa depan kita.” Dia memahat kukuh
kata-kata itu dalam jiwanya. Dia bermula dengan mengubah Arun,
muridnya.
Program intervensi yang dijalankan ialah kelas tambahan
Bahasa Melayu di sekolah pada setiap minggu. Walaupun pada
awalnya mendapat sambutan dingin namun kini berubah. Ramai guru
muda sekolah itu turut berganding bahu dengannya. Dia menjadi
buah mulut masyarakat di kampung itu dan dikenali sebagai Cikgu
Man yang sangat disayangi dan disanjungi. Sebungkus nasi lemak
yang menjadi senjata awal telah mengorak langkah yang lebih jauh.
Kini, dia melangkah ke sekolah tempat dia bertugas dengan dengan
yakin dan bersemangat. Jika Arun mendapat cahaya masa depan,
sudah pasti rakan-rakan dan adik beradik dan rakan-rakan Arun juga
dapat melihat cahaya kejayaan itu. ‘Nasi lemak buah bidara, sayang
selasih lurut-lurutkan…, ya, kerana sayangkan murid-murid seperti
Arun yang dahagakan ilmu pengetahuan, kusanggup berada di sini,
jauh daripada keluarga,’ bisik hati kecilnya.
197
Lakaran
Jiwa
SEIKAT KAYU MANIS
AZMI BIN DAHALI
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN, SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH
Kalam menyusun kata atas putih kertas
Melakar satu kisah yang panjang
Bercerita tentang nafas perjuangan
ilmu
Mengeja daripada alif ba ta
Mengira daripada 1, 2 dan 3
Tersusun menjadi sebuah cerita.
Zaman berengsot daripada hanya
surat khabar dan majalah
Daripada telegraf, telegram dan
telefon biasa
Berubah ke telefon bimbit dan
Internet dunia tanpa sempadan
Zaman anak-anak generasi Z dan
Alpha
Sedang kita di mana?
Berubah dan perubahan
‘Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya’
Nah, jangan dinafikan hak mereka!
Kita penggerak ke arah pembelajaran bermakna
Kerna ilmu hanya di hujung jari
Didiklah anak-anakmu dalam dunianya
Berbekal kalam Allah dan adab nilai
Insya-Allah anak-anakmu menjadi insan berjaya.
199
INSPIRASI BIAR MENJADI
DR. SHARIFFAH SEBRAN BINTI JAMILA SYED IMAM
TIMBALAN PENGARAH, BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU
Bisikan sebuah harapan
Ilmu dititip dengan pedoman
Mendidik insan membina wawasan
Meniti arus lambang kemajuan
Tuntut ilmu ke negeri China
Kerana ilmu tinggi nilainya
Masa muda amat berharga
Rasa menyesal tiada gunanya
Oh, guru pencetus inovasi
Usaha gigihmu tidak bertepi
langkahmu pantas menabur bakti
ilmu diberi seikhlas hati
Wahai pemimpin pencetus ilusi
Ilusi dicipta di Lautan Hindi
Bina strategi peneroka revolusi
Strategi dinamik melalui sinergi
Transformasi Sekolah nama diberi
Hasrat untuk menerajui inspirasi
Kemenjadian murid membina potensi
Perubahan dirangka melalui intervensi
Hasrat KPM mendepani masa depan
TS25 membawa pembelajaran bermakna
Pengetua Guru Besar suri teladan
Murid berwibawa memacu kejayaan.
200
GENGGAM BARA
ZAKIDAH BINTI ABDULLAH
PENYELARAS TS25 JPN PERAK
Dalam langkah ini
aku yang menjalankan amanah
memahat teguh di atas bahuku
memikul tanggungjawab yang terpateri kukuh
agenda negara yang tidak mungkin kulalaikan.
Kurenung maksud TS25
mengalir dalam darah urat nadiku
memaham tiap baris cita-citanya
menghadam tiap klausa impiannya
kuhala tuju matlamatnya agar berjaya.
Rakan ELITku
kamu panglima terbilang dalam medan juangmu
gerak tangkas dalam rentak silatmu
bertempur dengan masa dan keadaan tanpa jemu
memasang perisai siap sedia SLT MLT warga didikmu.
Aku renyut dalam keterpaksaan ini
kadang-kadang aku rebah dalam langkah
kadang-kadang aku nanar dalam membuat keputusan
TS25 yang tersanjung dalam gah namanya
aku terhanyut dalam ombak emosi
aku penat
aku lemah
aku pasrah.
Maafkan aku andai tinta ini kian sepi
Kerana aku perlu mencari diriku kembali
Mengumpul kekuatan dan semangat diri
Hanya menanti sahabat sejati
Memahami erti perjuangan abadi
Berani membina legasi tersendiri
TS25 penghujung nanti.
201
TS25: TELAH LAMA AKU BERDIRI DI SINI…
HADZRAWIAH BINTI ABU KASIM
MASTER TRAINER (PERAK) IPG KAMPUS IPOH
Telah lama aku berdiri di sini
Menyaksikan perubahan demi perubahan
Menyaksikan pertukaran pemimpin demi pemimpin
Menyaksikan pertukaran guru demi guru
Namun kemenjadian murid masih belum terserlah.
Telah lama aku berdiri di sini
Menyaksikan anak-anak dihantar ke sekolah
Menyaksikan guru-guru bergegas ke kelas
Menyaksikan pemimpin menggapai kecemerlangan
Namun kemenjadian murid masih belum terserlah.
Sehinggalah suatu ketika aku berdiri di sini
Kulihat perubahan mula berlaku
Kulihat pemimpin sekolah mula mengubah paradigma
Kulihat guru mula membudayakan PdP abad 21
Kulihat murid-murid mula aktif dalam pembelajaran
TS25 telah menggerakkan pembelajaran bermakna.
TS25 melahirkan pemimpin berkualiti dan berwawasan
Menggerak dan memacu sekolah berkualiti
TS25 melahirkan guru beraspirasi tinggi
Komited mengaplikasi amalan terbaik
TS25 melahirkan kemenjadian murid yang diimpikan
Menerusi pembelajaran bermakna
TS25 melahirkan sekolah berkualiti
Selari dengan hasrat PPPM.
Ayuh...
TS bukannya bermaksud Tugasan Sekolah
TS bukannya Tersirat Susah
TS bukannya Tersurat Sengsara
tetapi...TS adalah TRANSFORMASI SEKOLAH
TS adalah Tersirat Sukses.
202
HADIRMU
ABD. HAMID BIN ABU BAKAR
RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK
Tidakku gentar
tidakku keluh
tidakku resah
hadirmu TS25
cabaran baharu
perubahan baharu
bukan….
membawa kejutan baharu
bukan….
membawa kerja baharu
bukan….
membawa belenggu baharu.
Adakah semua itu
satu halangan?
satu cabaran?
Hadirmu
bagai pancawarna
untuk insan itu
untuk warga itu
demi murup
untuk satu mustika
kilauan pendidikan
di punca marcapada.
203
SATU HATI
NOOR HASIAH BINTI SULAIMAN
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH
Ayuh kita!
melangkah bersama
menebar ilmu, menabur bakti
pancarkan nur dari jemala saktimu
alirkan ilmu di padang nusa dan bangsa
menjadi jauhari, memberi inspirasi
menggapai mercu transformasi
TS25 bercahaya seantero nusa.
Ayuh!
bangun dan berlarilah
jangan kau alpa diulit intan permata
kita punya visi dan misi bersama
laungkan satu gema
tanda satu hati kita
memaknai TS25
demi pendidikan anak bangsa
memperkasa pertiwi tercinta.
Ayuh kita!
melangkah bersama
sahut visi dan misi TS25
transformasi ladang ilmu kita
agar berbuah subur cendekiawan bijaksana
anak watan berjiwa merdeka penuh ilmu di dada
berminda kritis, kreatif, petah bicara
pintar kolaboratif berhati waja
merekalah pahlawan ilmuan
generasi millennium.
Ayuh!
bangun dan berlarilah
kita tiada masa
untuk alpa dan leka
204
mereka menanti kita
menggenggam impian bersama
ke destinasi TS25.
GAMITAN KEJORA TS25
KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZAHARI @ AZIEROOL (RZ)
RAKAN ELIT SISC+ PPD BATANG PADANG
Era teknologi pendidikan meniti
Arus globalisasi industri 4.0
Tuntutan alaf modenisasi
Cetusan idea menjana kemantapan
Kau muncul di saat ledakan inovasi.
TS… Istilah yang mudah
Dua huruf singkatan yang sinonim serasi
Hadirmu mengukir kegemilangan
Hasrat yang jitu jadi sasaran
Aturan langkah kohort demi kohort
Sehingga ke destinasi titisan akhirmu
Menggapai seribu impian.
Bimbingan pimpinan yang jelas
Menyusun cara mengatur bicara
Mengorak langkah aliran keberhasilan
Nilai kreativiti umpama permata.
TS… matlamatmu nyata
Biar cemuhan, rintihan, rungutan, kritikan
Dilempari setiap sudut
Memacu dan terus melangkah
Hiraukan cemuhan
Abaikan kritikan
Lemparkan rungutan
Pulihkan rintihan
Bayangkan sinaran gemerlapan
Hujung pengakhiran
205
Menggapai awan memutih suci
Memetik bintang suntingan abadi
Keberhasilan yang nyata, kemenjadian holistik.
TS twenty five
Meski terdengar suara-suara kecil
Mencemuh, merobek, mempertikaimu
Sumbang mencalar hasrat
Namun gagah melangkah terus dihayun
Aturan langkah terus sederap
Tanpa hirauan halangan mendatang
Tanpa menoleh ke belakang
Ciptaan cetusan idea terukir indah
Bertambah kukuh perkasakan dirimu.
Ungkapan istilah demi istilah diukur
OPPM, PAK 21, SLT, MLT, KMR
PINTAS jua KRITERIA KEJAYAAN
Berlegar seumpama helang di udara
Bermain diingatan berselubung di sanubari
Kefahaman bersatu menerajui inovasi baru
Pendidikan sejahtera negara terpelihara
Sentosalah pertiwi pujangga watan
Jauh melangkah mencapai impian
Namun sedetik tidak berundur
Kecekalan, ketabahan merangkumi segala
Tidak terasa bebanan digalas
Hanyalah
Memacu dan terus menjana cetusan idea
Padamu hati bertaut kasih
Akauntibiliti dipikul selamanya.
Kini… baru disedari
Di sebalik kegusaran terselit nikmat kemanisan
Di sebalik kepayahan terungkap keindahan yang tersembunyi
Susunan panduan, aturan strategi
Mindscaping suluhan capaian kejora
Engkau pembimbing mercu jaya
206
Ayuh, ayuhlah menggapai mutiara kerdipan.
Kalimat tersemat aspirasi utama
Guru berkualiti, kemenjadian murid
Hasrat program diamati bersama
Disambut hingga jaya dan bahagia
Pelbagai pedagogi digembleng seiring
Mencipta, ukiran kegemilangan
Menerajui bintang berkelipan angkasa raya.
Sederap melangkah keunggulan sepadu
Tiada jemu, tiada gentar, tiada sekelumit resah
Mendukung matlamat penyatuan hasrat
Usaha digarap inovasi dicanai
Acuan diadun hasil dinikmati
Sejahtera diulit selamanya.
TS25… namamu terus meniti
Dibibir ukiran hati murani
Gagah terbilang persada bakti
Seiring keunggulan abadi yang sukar dimengerti
Lambaian terus berkibar megah.
AKU, PKP DAN TS25
DR. RAMAN BIN NUSI
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Aku
Aku adalah pembimbing
Aku adalah pembimbing guru
Aku adalah pembimbing guru subjek
Aku membimbing guru ke arah jalan yang benar.
Aku
Aku adalah pembimbing TS25
Aku adalah pakar pembimbing pembangunan sekolah
Aku juga mentor
207
Aku juga mentor TS25 untuk guru.
Aku
Aku tersangkut dipersada PKP
Langkahku terhenti
Langkahku sumbang
Langkahku kaku
Langkahku terbatas.
PKP
SOP PKP membataskan pergerakanku
SOP PKP perluku patuhi
SOP PKP perluku amalkan
SOP PKP membuatku lebih bersabar
SOP PKP membuatku lebih menghargai nilai kehidupan yang aman.
TS25
TS25 perluku galas
TS25 perlu teruskan
TS25 perlu perjuangkan
TS25 perluku telusuri
TS25 perluku gapai impian
Demi untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, PPPM (2013-2025).
RASA PEDAS RENDANG TOK
SARIMAH BINTI MABEE
RAKAN ELIT SISC+ PPD KINTA SELATAN
TS25
Menuntut perubahan, pengorbanan dan pengertian
Menjelajah segala kecanggihan
Meneroka ilmu demi kelestarian
Membuak rasa demi masa depan
Agar ilmu sentiasa ke hadapan.
TS25
Perlu tekad dalam pengajaran
208
Perlu merungkai alam pengalaman
Memahami makna dan peranan
Meneliti aspek rasa dan harapan
Tidak semudah pandangan mata
Jiwa meronta demi anak bangsa.
TS25
Cekal bersedia, kalis dan sasar optimis
Potensi murid diukur tiada limitasi
Justeru kemenjadian murid tiada kompromi
Cara berikir dan tindak susul perlu didasari
Dek kerana pelbagi ilmu perlu diterokai.
TS25
Pendidikan bukan urusan untung rugi
Ia tapak membina jati diri
Justeru
Komunikasi berkesan perlu bersinergi
Dalam kematangan mencapai matlamat sejati
Transformasi pendidikan wadah generasi kini.
KAYUHAN PADU TS25
NORHANI BEBE BINTI ALTA MIAH
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH
Barisan hadapan SLT
Barisan pengiring MLT
Barisan bertenaga guru kanan
Barisan hadapan warga tercinta
Kayuhan padu.
Melodi cantik hamparan harapan
Pundak penuh muatan semangat
Tersusun langkah penuh strategi
Bergerak sederap usungan jaya
Kayuhan padu.
209
PLC diperkemaskan senjata utama
Umpama laskar siap berperang
Mantap ilmu tindakan tepat
Amalan terbaik fokus jauhari
Kayuhan padu.
Inspirasi tinggi terpahat kukuh
Masa depan anak didik jadi taruhan
Riak wajah membawa seribu makna
Antara senyuman atau tangisan
Kayuhan padu.
FANTASI ATAU REALITI
MEOR ZAIYAN BIN ASHAARI
RAKAN ELIT SISC+ PPD PERAK TENGAH
TS25 garapan huruf dan angka
Timbul pelbagai soalan diminda
Apakah maksud tersirat di sebaliknya?
Bagaimanakah cara pelaksaannya?
Realitikah ia … atau sekadar fantasi cuma
Apapun andaiannya realisasikannya menjadi nyata.
Program Transformasi Sekolah 2025
Sinonim namanya dengan TS25
Satu usaha melahirkan modal insan unggul mulia
Dengan gabungan 4 elemen bermakna
Persekitaran pembelajaran menyeronokkan dicipta
Kepimpinan berkualiti dibina
Guru yang kompeten beraspirasi tinggi dijana
Serta komitmen PIBG yang padu dipupuk bersama.
Program TS25
Mengandungi 4 fasa pelaksanaannya
Fasa 1 tahun pertama latihan Modul 1 hingga 5
Sokongan profesional pengisiannya
Tahun ke 2 Fasa Transisi diberi nama
Modul 6, 7 dan 8 bakal diguna
210
Fasa Pembudayaan adalah tahun ke-3
Sokongan profesional masih teguh dilaksana
Tahun ke 4 Fasa Melestarikannya
Pemeriksaan dan kajian impak pengakhiran agenda.
Program TS25
Matlamatnya merangkumi 3 misi bermakna
Pertama… Pemantapan kepimpinan sekolah teras utama
Kedua… Meningkatkan kualiti PdP dengan semaksima
Ketiga... Mengukuhkan pelibatan PIBG PIBK demi kejayaan murid
kita.
Program Transformasi
Mengaplikasikan 8 modul latihan bervisi
Hasratnya murni dan tinggi
Transformasikan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti
Ayuh semua, mari kita sama selami
Modul latihan transformasi ini.
Modul 1, Bimbingan dan Pementoran tajuk diberi
Bersandarkan pengalaman sekolah dan refleksi
Bina hubungan baik juga kepercayaan perlu didahului
Seterusnya mencipta pelan tindakan dan strategi
Juga menghapuskan sekatan yang menghalangi
Dan menjadikan PInTaS sebagai pelan intervensi.
Modul 2 mula menyusuri
Menerajui Kepimpinan fokusnya kini
Berteraskan dimensi kompetensi
SLT, MLT ‘as a leader’ wajar berkolaborasi
Rakan sejawat dan orang bawahan perlu difahami
Agar mereka dapat melangkah seiring misi.
Modul ke 3, Menerajui Pembelajaran bakal disaji
Guru sebagai perancang menentukan matlamat itu pasti
PAK 21 difahami dan dipelbagaikan aktiviti
Standard 4 SKPMg2 juga perlu diteliti
OP dan KK pengukuran PdPc berjaya didokumentasi.
211
Persekitaran Pembelajaran Profesional
Modul 4, dilihat lebih formal
SLT, MLT dan guru pemimpin instruksional
Penekanan data, intervensi berfokus, pemantauan berterusan
diamal
Pemimpin Terbaik ‘The Impact Cycle’ sebagai model
Penilaian dan Refleksi modul ke 5
Kenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada
Melalui penilaian kendiri yang dilaksana
Dengan refleksi elemen-elemen terbaik dibina
Inspirasikan juga amalan terbaik dari sekolah yang dilawatinya.
Modul ke 6, murid diminta beraksi pula
Kefahaman melalui Reka Bentuk tajuk diberi nama
Pendekatan modular kognitif, afektif dan psikomotor murid diuji
mereka
PBL KmR pencetus kreativiti pembelajaran bermakna
Pengajaran inovatif melahirkan modal insan kreatif dapat dijana.
Digital Tool & Resources pedagogi untuk pembelajaran bermakna
Modul ke 7, mari kita fahami bersama
Pembelajarannya menggabungkan 3 komponen utama
Belajar cara belajar, perhubungan dan aspirasi pengisiannya
Kompetensi pembelajaran bermakna 6C jangan dilupa.
Modul ke 8, ‘Redesigning Students’ Learning Experience
PBD sebagai pentaksiran berterusan
Dinilai dan rekod sebagai catatan
Eviden guru murid kuasai pembelajaran
Pertimbangan profesional ketika laporan dirumuskan
Agar TP murid sesuai, logik dan berpadanan.
Program TS25 pasti berjaya andainya…
Pemantapan kepimpinan sekolah diperkasa
Peningkatan kualiti PdPc dilaksana
Pelibatan pemegang taruh dijaga
Berganding bahu semua membentuk modal insan syumul sempurna
2025, realisasikannya menjadi nyata.
212
APABILA ASAM DI DARAT BERTEMU GARAM DI LAUT
SALINA BINTI HAJI MUSA
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Janji kita pasti
TS25 dalam rencana 2025.
Garam yang menghuni lautan
masin tak memati
hidupan bugar dalam rahmat.
Asam yang segar di pohon darat
mekar menghijau tak terpandang
cuma sebagai bahan masakan.
SLT MLT bagai garam
menabur keenakan dalam ribuan rasa
memberi makna menyatu perasaan.
Rakan ELITumpama asam
hadir mungkin tiada yang perasan
namun cukup memberi kesan.
Paduan asam dan garam
bukan sekadar penambah kelazatan
Gabungan asam dan garam
menjadi wadah dalam masakan
Gabungan SLT MLT dan Rakan ELIT
menjana pendidikan dalam transformasi
Janji TS25 itu pasti, kemenjadian murid paling diimpi.
213
KETUPAT PALAS SERUNDING RE
MUHAMMAD FADZLI BIN MAT ZAIN
RAKAN ELIT SISC+ PPD HILIR PERAK
Kali pertama bergelar Rakan ELIT
Sangkaan ku mula merawang akan pelbagai kemungkinan
Akankah sukar langkahku nanti?
Kuatkah aku memikul tugas ini?
Apakah cabaran yang bakal didepani?
Mampukan aku menepis segala persepsi?
Rupa-rupanya…
Aku tidak keseorangan
Tangan ku disambut rakan-rakan sepasukan
Mereka tanpa mengira senioriti
Tanpa mengira pangkat dimiliki
Tanpa mengira warna kulit dan jantina
Berkongsi pelbagai input di minda
Berkongsi percambahan idea
Berkongsi hati luahan rasa
Berkongsi bermacam-macam strategi dan tunjuk cara
Apa yang sukar kini tidak terasa.
Alhamdulillah…
Syukurku ke hadrat Ilahi
Kehadiran sahabat-sahabat sedaerah sebagai RE
Umpama cebisan teka teki
Saling melengkapi.
TS25 bukan sekadar sekolah yang ditransformasi
Diriku sebgai RE tidak terkecuali
Semua modul perlu dikuasai
Bimbingan dan pementoran untuk PGB
Menerajui kepimpinan SLT dan MLT
Menerajui pembelajaran guru-guru berkualiti
Persekitaran pembelajaran yang positif mesti dimiliki
Penilaian dan refleksi perlu dikuasai
Kefahaman melalui rekabentuk menarik sekali
214
Digital tools & resources mengukuhkan pedagogi
Redesigning students’ learning experience dalam pelaksanaan PBD.
Semoga Allah memberi berkah
Tanggungjawab diberi bukannya mudah
Ternyata tugas yang digalas itu suatu ibadah
Akan kami RE terus melangkah
Bukan terhenti kerana noktah
Terus dilestarikan tanpa lelah
InsyaAllah!
MELANGKAH JAUH SEKONDAK HATI
(Intipati Kerangka TS25 – We Love Sebati (SK Batu Tiga)
AZLAN BIN LIN
RAKAN ELIT (PERAK) IPG KAMPUS IPOH
Pertama…
Huru-hara jiwa
Meresah dan meronta-ronta
Transformasi segalanya
Itulah di fikiran kita.
Kedua…
Mula atur langkah
Sederap dalam mengah
Hayunan minda lagut tanpa lengah
Meneruskan agenda dengan megah
Menjana pemimpin, guru dan komuniti bermaruah
Demi kemenjadian murid kian terserlah
Tunjang OPPM-SEBATI yang menyerlah
Kini…
Senyuman di bibir
Gabungan bersama yang mengalir
Relung cahaya Kerangka TS25 yang jelas diukir
Kefahaman jelas melonjak nada semilir
Menguak tirai jaya permata berbutir.
215
Ayuh…
Adunan sebati
Terus membentuk sehati
Kerangka TS25 penuh intipati
Jauh melangkah sekondak hati
We Love SEBATI.
TS25 PADA KACA MATA USA
SHARIFFUDDIN BIN AHMAD
RAKAN ELIT SISC+ PPD PERAK TENGAH
Koleksi Modul TS25
Bermula dengan Bimbingan Pementoran
Diakhiri dengan Pelaksanaan PBD di Modul 8
Semuanya disusun rapi pakar pedagogi.
Ke sana ke sini RE mencari tok guru menambah ilmu
Ke Manjung, ke Ipoh, Kampar juga Bota
Dalam talian mahupun bersemuka
Rakan ELITSIP+ SISC+
Pakar IPG dan IAB sebagai rujukan.
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Murid datang berlumba-lumba
Sekolah ceria murid gembira
Bengkel, surau, kantin dan asrama
Persekitaran selamat, belajar selesa
Semua jiwa terasa mesra.
Disokong kepimpinan yang berkualiti/ berwawasan
Pengetua, Guru Besar sentiasa siaga
Suri teladan buat warga
Aspirasi tinggi menggunung sana
Menjulang nama sekolah ke persada
Demi kebaikan anak bangsa.
216
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
PDP terancang penuh aktiviti
Padat, menarik secara realiti
6C diterap sepanjang sesi
Guru mantap kemahiran ICT.
Komitmen komuniti yang padu
Ibu bapa penjaga dan pihak swasta
Jalinan dan jaringan kukuh terbina
Sekolah dan PIBG berpisah tiada.
PIPIT KECIL
DR. FATIMAH BIN MOHAMED
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Awal jumpa kita... aku bukan siapa-siapa
Hanya pipit kecil dengan paruh menganga
Dan sayap setengah terbuka
Aku hanya berputar… berputar… terus berputar
Dan hinggap di pundak ilmu rakan-rakan
Yang bergelar RE… hebat… berhati waja.
Awal jumpa kita… aku bukan apa-apa
Hanya sobekan-sobekan kertas tak bermakna
Menunggu tangan-tangan kukuh dan jemari lentik
Rakan-rakan RE TS25 di luar sana
Merangkainya menjadi buku yang patut diperhitungkan.
Rakan-rakanku… lihatlah pipit kalian ini
Aku kini seakan seperkasa garuda…
Selincah merpati ke sini dan ke sana
Berkat ilmu dan petua kalian dulunya
Picing mata nanar... telah sejelita seakan mentari senja
Langkahku kini makin hebat... mantap… menapak jalan penuh onak.
217
Rakan-rakan RE sekalian…
Kini pipitmu
Telah siap siaga untuk terbang… terbang memetik cita-cita
kehidupan
Menjulang persada pendidikan... kiriman agung daripada Tuhan.
HARAPAN KOTA KEYAKINAN
MAHADI ROSLI BIN ZAMRI
RAKAN ELIT SISC+ PPD MANJUNG
Bermula harapan lahir kota keyakinan
mengharungi perit jerih rintangan lalu
pohon hidup subur sementara waktu
namun akar tunjang mereput gersang
kering kontang daripada air kehidupan.
Wahai pemimpin Transformasi 25
bukan hasil sedikit dalam dada terhimpit
harapan menggunung demi keupayaan diri
bebas kehilangan kemalasan untuk berfikir
demi survival kehidupan masa hadapan.
Bangkitlah wahai guru Transformasi 25
bukalah mata meluas agar diri kita bebas
jentiklah telinga agar kita sedar
patahkan ranting parasit cuba merosakkan
jadilah guru berkualiti penuh integriti.
Wahai ibu bapa dan komuniti Transformasi 25
nilai yang utuh teguh yang kita miliki
bantulah sedaya upaya keringatmu
hidup untuk berjuang dan menyumbang
memenuhi rasa dan impian kejayaan.
Anak Transformasi 25 lahir merentasi sejarah
pejam mata celikmu merenungi mata hati
bukalah dada untuk merasa dengan reda
218
susah payah guru mendidik dirimu
pengorbanan kasih sayang jadi taruhan.
KATA AYAHKU
SAPURA BIN DALMI
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR
Kehidupan ini aneh
Kata ayahku dulu
Sewaktu hayatnya ada.
Katanya lagi…
Sering rasa berjalan lurus
Nyatanya kiri, kanan atau terus
Sering rasa mereka terurus
Nyatanya banyak yang perlu ditebus.
Kini mengertilah aku
Maksud kata-kata benak itu
Setelah jiwaku parah dipalu
Memikul beban dipundakku
Bergelar SISC+… dalam impian TS25
Aku luruskan yang berhelah
Aku upayakan yang lelah
Aku pastikan pedagogi bercambah
Aku pastikan murid tidak gelabah.
Walau aku berniat murni
Sering kali disalah erti
Kuatlah kau wahai hati
Tanggungjawab ini perlu dilunasi
Air mata dan kekecewaan mengiringi
Tiap langkah berliku diharungi.
Kini….
Kepompong jadi kupu-kupu
Terbayar sudah penat jerihku
219
Kehadiranku ditunggu-tunggu
Kelibatku dinanti-nanti
CM antara kita termeterai
Profesional disulami
Ukhwah bersaksi Ilahi
Demi mereka generasi kini dalam wadah transformasi
TS25 mencipta legasi.
Alfatihah buat ayahanda tersayang,
Dalmi bin Jidin
PEMIMPIN BERKESAN PENERAJU SEKOLAH
BERWAWASAN
MOHD SUFFIAN @ SYED MOHD SUFFIAN BIN SYED MOHAMAD YUSOF
@ MOHAMED YUSOF
RAKAN ELIT SISC+ PPD HULU PERAK
Transformasi sekolah gabungan tenaga
pemimpin berkesan sekolah berwawasan
namun jika komuniti tidak seiringan
kegagalan pasti ditempuhi
satu wawasan pandangan jauh
ke arah memartabat institusi pendidikan.
Idea digarap bersama-sama demi satu pasukan
pastikan jangan ada yang ketinggalan
kerana semua satu arah satu tujuan
guru berkualiti sering diungkapkan
senjata ampuh modal insan cemerlang
kehebatan terbina seiring usaha
pemimpin bertenaga yang hebat berbicara.
Dulu sekolahnya muram tidak berseri
modul-modul pembelajaran memberi erti
semangat terus diberi tanpa kenal erti jemu
demi anak bangsa yang dicintai
Rakan ELIT pemberi semangat
220
ilmunya diberi tak kenal erti jemu
sumbangan bermakna
pembentukan sekolah berkualiti.
Dalam kemanisan pasti ada kepahitan
namun semua itu di tempuhi
dengan sabar dan tabah
demi transformasi sekolah
ke arah pembentukan sebuah perubahan
usaha demi usaha ke arah kejayaan
pasti senyuman mampu diukir
pemimpin berwibawa sekolah berkualiti
transformasi sekolah memberi seribu erti
bersatu hati komitmen diberi
pasti kejayaan ditempuhi.
TS25 DAN SEBUAH KETABAHAN
SALINA BINTI HAJI MUSA
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Kupandang…
jauh merentasi maya
mencari sesuatu yang menjadi nadi
penyambung penggerak kemenjadian
kepada insan-insan cilik yang dahagakan ilmu.
Kerana
pandemik ini memberi sumpahan
melingkar virus yang membaham peradaban
merencat suatu ketamadunan yang baru ingin berkembang
tamadun TS25 yang hampir hilang dan tenggelam.
Tangan-tangan kecil menadah memohon keampunan
memohon Tuhan memberi seribu ketabahan
terasa amat payah dan serba lelah
bertemu sang guru cuma layar yang pasrah
221
kadang-kadang tenggelam dalam maya yang tewas.
Bangkit! Bangkit anak bangsaku…
kamu tidak boleh kecundang dalam rebah dan lelah
pandemik ini suatu hikmah
kita sudah bijak mengatur arah
belajar secara kendiri walau dalam serba susah
TS25 bukan angan dalam pasrah.
dan kerana juga…
kita semakin tabah dalam rencana Allah.
TS25 JANGAN MENGALAH
ZALINA BINTI JAMALLUDIN
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR
Apabila langkahmu sepertinya tersalah arah
dan jalannya semakin sukar
saat kau ingin tersenyum
hanya keluhan yang kau dengar
berehatlah, tapi bukan mengalah
perancanganmu dipenuhi onak dan duri
seperti kejayaan seadanya sukar dicari
banyak gagal datang bertandang.
Seolah hampir menang
tapi tidak sampai dek tangan
berehatlah, tapi bukan mengalah
jangan kecewa kalau langkahmu perlahan
kejayaanmu mungkin masih ditahan.
Ia tidak datang kalau tidak diundang
mungkin terasa jauh dan masih renggang
berehatlah, tapi bukan mengalah
redahlah sukar dalam payah
jangan berhenti walau terasa goyah
222
kekal dalam perjuangan yang belum bernoktah
kejayaanmu pasti datang jangan mengalah.
TRANSFORMASI
NUR HAMIDAH BIN RADZALI
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
T: Tujuan dan usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti
R: Rakan ELIT dan warga sekolah sederap langkah bagi mencapai
matlamat yang murni
A: Amalan terbaik pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
kualiti pedagogi
N: Namun tidak dilupa penglibatan pemegang taruh dan juga
komuniti
S: Selari pembelajaran menyeronokkan dan pendekatan terkini
F: Faktor kejayaan: merancang dan melaksanakan strategi
O: Organisasi ditunjangi pentadbir cemerlang berdedikasi
R: Realisasikan guru kompeten, berkualiti dan beraspirasi tinggi
M: Memegang teguh hasrat Standard 4 dalam menjalankan semua
PdPc
A: Anjakan pasti berlaku tatkala murid aktif dan pembelajaran
bermakna disantuni
S: Sabda Nabi "Ajarilah anak-anakmu sesuai dengan zamannya”
perlu kita semua selami
I: Insya-Allah Transformasi Sekolah 2025 untuk menjadikan murid
kalis masa depan kelak terbukti
223
Sentuhan
Jiwa
MENERAJUI KECEMERLANGAN
MOHD FATHILAH BIN MOHD NOOR
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH
Saban hari silih berganti,
Ilmu diberi menyinari hati,
Usaha berterusan pendidikan berkualiti,
Melahirkan guru beraspirasi tinggi.
Maklumat kini di hujung jari,
Tak kira waktu dan juga hari,
Usaha negara tingkatkan kualiti,
Pembelajaran abad 21 sudah sebati.
Di sini menunggu di sana menanti,
Menyampaikan ilmu melalui teknologi
terkini,
PLC serta Coaching Mentoring sebagai
strategi,
Itulah ciri guru berkualiti.
Dengarlah kalian sedikit coretan,
Kelak berguna dijadikan amalan,
Hormat menghormati menjadi ikutan,
Pemimpin berwawasan pemimpin berkesan.
Penglibatan komuniti satu kelebihan,
Tubuhnya PIBG sumber sokongan,
Persekitaran PdP bermakna lagi menyeronokkan,
Kemenjadian murid berkualiti suatu kepastian.
Usaha KPM telah dimartabatkan,
JPN Perak sebagai rakan sokongan,
Bertungkus lumus memainkan peranan,
Program TS25 menerajui kecemerlangan.
225
GURINDAM PENGGERAK TRANSFORMASI
HASSAN AZAHARI BIN YUNUS
RAKAN ELIT SIP+ PPD KINTA SELATAN
Jika impikan sekolah berkualiti,
Harus dimulai pemimpin sejati.
Jika impikan pemimpin sejati,
Haruslah berwawasan pandai meneliti.
Ketika meneliti gerakkan transformasi,
Kemenjadian murid jadi asas aspirasi.
Ketika melaksana jangan sendirian,
Kelak tak ketentuan komuniti pendidikan.
Tahu mendesak tahu juga memudah,
Terupaya nanti kepimpinan 360 darjah.
Kenali virus dan yang pasif menyendiri,
Laksanakan coaching muhasabah diri.
Kenali personaliti guru berkualiti,
Kongsikan kepakaran ubah mentaliti.
Merangka PInTaS bukanlah senang,
Haruslah telus bijak merancang,
Hasilkan perancangan perlu strategi,
Agar pemantauan berfokuskan intervensi.
Usaha gigih adakalanya letih,
Usaha kolaboratif haruslah ditagih.
Pelibatan ibu bapa dan komuniti,
Insya-Allah terpadu TS25 satu realiti.
226
JEJAKKU INGIN MENYAKSI BINTANG
AIDA BIN ABDUL
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA
Warkah diterima keputusan muktamad,
Arahan datang dari penguasa,
Dua ribu tujuh belas tahun keramat,
Menerima TS25 di IAB Utara.
Ilmu diberi secara bertema,
Dari mereka yang hebat belaka,
Modul demi modul sentiasa diterima,
Sekejap di Sepang kemudian di Melaka.
Sampai masa untuk penataran,
PGB dan SIP menjadi peserta,
Tanggungjawab dipikul penuh debaran,
Kerana sedar diri ini bukan siapa siapa.
Segan ada malu pun ada,
Perlu ditanam satu semangat,
Amanah diberi jangan ditunda,
Semoga usaha mendapat berkat.
Bermulalah kisah membimbing sekolah,
Ingin membantu dalam perubahan,
Malang sekali tidak diendah,
Untuk berubah menghadapi kesukaran.
Dua tahun berlalu tanpa kepuasan,
Namun tanggungjawab perlu diteruskan,
Cinta berputik tanpa perasan,
Mereka mula menerima perubahan.
Bahang TS sangat dirasai,
Warga sekolah dan juga RE,
Nilainya sangatlah tinggi,
Mengharapkan murid semua menjadi.
227
Masa pantas berlalu dan pergi,
Sayang TS terpahat sudah,
Apa yang ditabur menjadi saksi,
Perjalanan seterusnya sentiasa mudah.
Kini lebih ramai meminatinya,
Menjadi penggerak pembelajaran bermakna,
Murid yang holistik tujuan utama,
Semoga Allah meredhainya.
Setiap murid umpama bintang,
Kerdip cahaya beza sinarnya,
Capailah hajat tiada menghalang,
Mengisi keperluan generasi semasa.
228
Gemersik
Suara
SYAIR CERITERA TS25: IRAMA SELENDANG DELIMA
MOHD HELMI BIN MUSA
RAKAN ELIT SISC+ PPD BAGAN DATUK
Enam tahun telah berlalu,
TS25 rancak dipacu,
Kemenjadian murid jadi penentu,
Sekolah berkualiti impian dikalbu.
Empat komponen menjadi wawasan,
Guru berkualiti pemimpin berkesan,
Pembelajaran bermakna dan persekitaran,
Tidak dilupa PIBK berkesan.
Empat fasa pengukur pelaksanaan,
Fasa latihan hingga pelestarian,
Empat tahun masa perubahan,
Biar perubahan jadi amalan.
Kali pertama memberi sokongan,
Pembimbing sekolah setia seiringan,
Konsep TS25 membuka lembaran,
Guru teruja untuk melaksanakan.
Kini sepurnama telah berlalu,
Lambang TS25 di setiap penjuru,
Warga sekolah sepakat membantu,
Ibu bapa pula sedikit keliru.
Mesyuarat PIBG serta komuniti,
Sebagai medan mengatur strategi,
Ahli mesyuarat bersatu hati,
Onak dan duri dapat diharungi.
Demi meningkatkan prestasi tugasan,
Bimbingan dan pementoran jadi amalan,
Kemahiran menyoal jadi keutamaan,
Kemahiran mendengar tidak dikesampingkan.
229
PInTaS pula membuka ruang,
Isu kritikal berdasarkan bidang,
Tiga belas lajur tidaklah kurang,
Semoga isu semakin kurang.
OPPM pula mula dicipta,
Satu halaman ringkas sahaja,
Rumusan projek jelas ketara,
Sebagai alat pemantau bersama.
Modul 3 sedikit terkesan,
SISC+ datang menghulur bantuan,
Bengkel dilaksana merungkai kekeliruan,
Agar cerah jalan ke hadapan.
Setahun sudah masa berlalu,
OP dan KK diamal guru,
RPH guru bertambah jitu,
Penglibatan murid bertambah padu.
Jelajah pembelajaran bukan dogengan,
SLT dan MLT menjadi taulan,
Aktiviti murid fokus perdebatan,
Hasil dapatan menjadi perkongsian.
Modul 6 penggerak pembelajaran,
KmR pula dalam latihan,
Tidak terfikir akal dan fikiran,
Pembelajaran bermakna jadi kenyataan.
Wahai semua rakan dan taulan,
Marilah kita bersama mendoakan,
Impian dan hasrat dapat diteruskan,
Agenda pendidikan penyelamat keadaan.
230
Madah
Mengusik Jiwa
BERDENDANG SEIRAMA
OSMAN BIN MOHAMED BAHARI, AMN.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG
Cantiknya merak penghias buana,
Sempat mandi di bawah titi;
TS25 Penggerak pembelajaran bermakna,
Murid menjadi sekolah berkualiti.
Tuanku memesan si ikan kelah,
Untuk disantap Puteri Amira;
Pemimpin berkesan pemacu sekolah,
Kepimpinan mantap aset negara.
Tudung saji disalut baldu,
Buah dokong di tepi para;
Sokongan PIBG jitu dan padu,
Komuniti mendokong bersatu suara.
Pisang di laman enak dimakan,
Kukus lepat bersama tapai;
Kepakaran dalaman kita bangunkan,
Pembimbing hebat hasrat tercapai.
Hati tertarik dengan Pak Hasan,
Pergi bersama tanpa disuruh;
Persekitaran menarik pengajaran berkesan,
Tahun 2025 transformasi menyeluruh.
Masak taucu udang tempura,
Gunung Daik bumi kenangan;
TS25 memacu pendidikan negara,
Amalan terbaik jadikan pegangan.
Hidup serasi jauhi seteru,
Kasih melekat tertanam di hati;
Maksimum potensi murid dan guru,
PdPc dipertingkat pendidikan berkualiti.
231
ASAM GARAM BUAH PALA
AHMAD SHAMIL BIN OTHMAN
RAKAN ELIT (PERAK) INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA
Pagi hari pergi ke pekan,
Pergi membeli si ikan pari;
Untuk bimbingan dan penambahbaikan,
SK Iskandar Perdana sekolah diberi.
Mendaki gunung membawa tali,
Tali diguna bersama-sama;
SMK Iskandar Shah tidak terkecuali,
Menjadi amanah TS25.
Menjamah mi hailam di waktu pagi,
Makan bersama cikgu Helmi;
Tiba masanya menyenarai strategi,
Setelah Analisis SWOT sudah difahami.
Patah sudah dahan dan ranting,
Ditiup angin berulang kali;
Kesedaran TS25 amat penting,
Perlu disebar luas kepada warga di sini.
Tidak selesa berdiri lama,
Lenguh berdiri, duduklah di kerusi;
KRA sekolah harus diutama,
Data yang ada perlu halusi.
Merangkak-rangkak di bawah meja,
Bermain bersama si anak kucing;
Borang OPC memudahkan kerja,
Semasa menjalankan sesi coaching.
Indahnya persahabatan bila serasi,
Saling memahami sesama rakan;
PInTaS alat menjalankan intervensi,
Agar isu dapat diselesaikan.
232