The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zakidah abdullah, 2021-10-03 19:56:21

RENDANG TOK DAPUR KAYU:RAKAN ELIT MENULIS...

BOOK

penolong Kanan. Akhirnya pencapaian SPM melonjak naik. Dia
mengucapkan terima kasih. Dia kemudiannya mohon pertolongan aku
untuk bertukar ke sekolah yang lebih dekat dengan rumahnya. Dia
pun berjaya ditukarkan atas sokongan dan cadangan aku kepada
Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).

Yang aku ingat lagi, aku hadir ke sekolah baharunya untuk sesi
bimbingan berkelompok. Apabila aku tidak tahu bilik mesyuarat yang
ditetapkan, dia mengata-ngata kepada aku di depan Penolong-
penolong Kanan dan Guru-guru Kanannya, “ingatkan SIP+ dah tahu
semua lokasi dan bilik di sekolah yang dibimbing.” Akupun berkata
balik kepada dia, “bukan kerja aku nak kira dan tahu semua bilik, itu
kerja Pengetua.” Terdiam dia.

Yang masih aku ingat lagi, pernah aku hendak membuat temu
janji untuk berjumpanya. Dia berkata bahawa tidak berjumpa
dengannya, dan bertanya sahaja kerja buat dia kepada semua PK.
Aku bertanya dia semula, “kalau bukan SIP+ yang bimbing dan tegur
Pengetua, ada ke Penolong Kanan atau gurunya yang berani
menegurnya? Terus dia terdiam dan meminta maaf kepada aku.
Kasihan kepadanya.

Dia juga apabila diminta membuat pembentangan Dialog
Prestasi Daerah, ada-ada sahaja salah dan merepeknya. Tidak
berfokus katanya. Malu aku sebagai rakan pembimbingnya. Sebelum
itu, aku ada memaklumkan bahawa aku akan datang untuk membuat
bimbingan TS25. Ada sahaja alasannya untuk mengelak. Baru-baru
ni kerap pulak telefon aku meminta tolong untuk membimbing tugasan
TS25. Bodoh sombong agaknya. Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak
boleh diajar. Hanya aku yang tahu.

YANG MANISNYA

Yang aku ingat, ada seorang guru besar perempuan, kali
pertama aku bimbing tentang pengurusan sekolah terus mohon
menjadi bapa angkatnya. Dia sentiasa bertanya dan meminta
pandangan aku dalam mengurus sekolah. Diberinya aku macam-

135

macam hadiah. Durian Musang King jangan ceritalah, kerana
suaminya mempunyai ladang Musang King. Sudah berpeket udang
galah besar dihantarnya ke rumah aku. Ikan patin, pisang, kuih raya,
kain pelikat dan banyak lagi. Risau pulak aku. Sekarang ini, dia jadi
Guru Besar yang hebat. Macam-macam kejayaan yang telah
dicapainya. Tahniah anak abah. Cemburunya isteri aku.

Yang aku ingat, ada seorang Pengetua yang baru dilantik. Dia
menelefonku meminta aku membuat perkongsian ilmu dan
pengalaman kepadanya, barisan Penolong Kanan, Guru Kanan dan
Ketua Panitia. Akupun bentanglah apa-apa sahaja strategi dan rahsia
kejayaan aku di beberapa buah sekolah semasa aku menjadi
Pengetua. Dia sangat positif orangnya. Banyak pengalaman, strategi
dan pelbagai jenis program yang ditirunya atau yang diubah suai. Dia
sangat berjaya membawa perubahan kepada sekolahnya dari semua
aspek atau bidang keberhasilan. Baru-baru ini dia menerima lantikan
sebagai Pengetua Cemerlang. ‘Tahniah, teman tumpang bangga
walaupun bukan teman yang jadi RE SIP+ mike.’ Paling tidak, ada
saham akhirat. Terima kasih Tuan Pengetua.

Yang aku ingat, ada seorang Pengetua ini memberitahuku
bahawa Guru Kanannya asyik menyebut tentang kerja buat aku
semasa menjadi Pengetua. Yang Si Pengetua inipun berilah amanah
kepada Guru Kanan berkenaan untuk meningkatkan pencapaian
akademik calon SPM sekolahnya menggunakan sepenuhnya model
OPPMA yang aku bangunkan. Justeru, aku selaku SIP+ sekolah ini,
selalu datang untuk kunjung bantu bagi Penolong Kanan Pentadbiran
dan semua Guru Kanan. Pengetua pula, selalu menyebut-nyebut
kaedah OPPM. Alhamdulillah, peratus lulus meningkat daripada TOV
hingga PPC yang diadakan. Jika Pengetua sudah cemerlang, tentu
anak buahnya berjaya dicemerlangkan. Terima kasih sahabat kerana
menaruh kepercayaan.

Yang aku ingat, ada Penolong Kanan Sekolah rendah ini yang
suka setiap kali aku datang ke sekolahnya. Katanya banyak ilmu yang
diperolehnya dan banyak kekusutan yang terungkai. Dia tidak stress.
Dia suka jika aku dapat datang selalu kerana dia tahu aku sedia

136

mendengar apa-apa sahaja masalahnya dan dapat membantunya
melalui sesi coaching yang tidak stress. Itu katanya. Takut pula aku.

Rupa-rupanya sudah tidak banyak yang aku ingat. Faktor usia
agaknya. Tahun 2022 sudah ingin bersara wajib. Moga ada
manfaatnya apa-apa yang aku masih ingat lagi sebelum aku sudah
tidak ingat apa-apa.

137

KETUMBAR DAN JINTAN

SALINA BINTI HAJI MUSA
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

TS25? Pada tahun 2018 aku dikehendaki menggantikan rakan yang
tidak dapat menghadiri bengkel penyebaran Modul 1 kerana dia tiba-
tiba ditimpa kecemasan. Surat bengkel diminitkan kepadaku dan dua
orang lagi SISC+. Aku terima hakikat tersebut walaupun dalam
fikiranku masih lagi terawang-awang, TS25 ini apa? Aku baru masuk
tahun kedua menjadi SISC+ dan tahun kedua ini aku bertukar daerah
pula. Semasa di daerah lama, sumpah aku tidak tahu kewujudan
TS25. Mungkin kerana di daerah itu tiada lagi sekolah di bawah TS25.
Ampun, saya budak baru belajar! Tetapi, ya, aku positif. Aku mula
google untuk mencari maklumat TS25. Nanti tidaklah aku ini macam
tidak tahu langsung. TS25 suatu program untuk tranformasikan
sekolah rupanya. Atas maklumat-maklumat yang aku peroleh
daripada pakcik google, sekurang-kurangnya dalam otak aku ini ada
terisi dengan maklumat TS25.

Modul 1 dan Modul 2. Waktu itu bengkel penyebaran dibuat di
IPG Ipoh. Aku mula memerhati dan menghayati apakah TS25.
Penceramah-penceramah IAB dan IPG cemerlang menjalankan
tugas masing-masing memberi ilmu yang mereka kuasai. Tabik
kepada mereka yang bertungkus lumus menurunkan ilmu. Tetapi
aku? Aku tak faham! Lucunya menjadi seorang aku. Pandanganku
seolah-olah tembus merenung wajah-wajah penceramah, tetapi
kosong. Pandangan dan renungan yang kosong. Dari pagi seusai
petang, esoknya lagi serta lusa, yang aku dapat ialah penat badan
dan penat otak. Orang berbengkel aku berbengkel, orang
menjalankan aktiviti, aku ikut. Ya, aku ikut menjalankan aktiviti dengan
hanya menjadi penulis pada kertas sebak. Masya-Allah, lucunya
seorang aku. Memang aku tahu TS25 itu suatu program tetapi apakah
rasionalnya? Kerana semua sekolah serasa aku memang berusaha
untuk menjadi sekolah yang akan melahirkan murid-murid yang
cemerlang.

138

Baik, Modul 1 dan Modul 2 selesai. Setiap hari aku membuka
modul yang aku cetak. Dua rim kertas A4 pun tidak cukup rasanya.
Aku belek-belek mencari poin-poin yang boleh difahami. Kutemui
jawapan, sebenarnya TS25 ini sebenarnya adalah suatu program
yang amat bagus dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang
unggul. Konsep unggul bukan setakat cemerlang atau mempunyai
pencapaian semua A dalam peperiksaan, malah cemrlang dalam
semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Untuk melahirkan
modal insan yang unggul ini mestilah melalui persekitaran yang
menyeronokkan, disokong oleh kepimpinan sekolah yang berkualiti
dan berwawasan, selain mempunyai guru yang kompeten dan
beraspirasi tinggi. Suatu perkara lagi ialah sokongan komuniti sekolah
juga penting dalam merealisasikan kejayaan sekolah dan melahirkan
modal insan yang unggul. Sekurang-kurangnya kefahaman aku
tentang TS25 sudah tiga persepuluh.

Modul 3 dan 4. Aku tidak tahu berlangsungnya di mana, sebab
waktu itu aku tidak dapat turut serta kerana terlibat dengan Bengkel
Certified Coach di IAB Cawangan Jitra. Aku hubungi Puan Zakidah,
Penyelaras TS25 untuk memaklumkan perkara ini. Katanya jika aku
tidak dapat hadir untuk sesi kali ini, aku mesti join dengan PGB dan
Penolong Kanan. “Baiklah, Puan Z.” Aku akur. Tegas sekali jawapan
Puan Zakidah. Aku terpaku akan kata-katanya… ingatkan dah boleh
lepas daripada sertai bengkel. Aku senyum-senyum sendiri. Mahu
mengelat juga!

Sewaktu bengkel Modul 3 dan 4, aku duduk dalam kumpulan
dari daerah sendiri. Aku mula berkenalan dengan Guru Besar dan
Penolong Kanan sekolah-sekolah tersebut. Sebuah sekolah Cina dan
dua buah sekolah Tamil. Alhamdulillah, kami dapat berbual-bual
dengan mesra. Sekurang-kurangnya mereka dapat menerima aku
sebagai Rakan ELIT(RE). Berbengkel bagi Modul 3 dan 4 ini tidaklah
sesusah Modul 1 dan 2 dulu kerana modul ini agak dekat dengan
tugas hakiki aku sekarang, PdP iaitu tentang menulis Rancangan
Pengajaran Harian Harian dan PdP. Juga tentang mengenali cara
pembelajaran murid dan Pentaksiran Bilik Darjah. Fine! Aku faham
modul ini.

139

Dalam pengetahuan yang rasanya lima persepuluh, aku dikehendaki
membuat lawatan bimbingan ke sekolah SJKC Hua Lian 3. Aku
bersama-sama seorang RE SIP+ ke sekolah tersebut bagi memberi
bimbingan Modul 3 dan 4, sementara RE SIP+ tersebut bagi Modul 1
dan 2. Bagaimanakah bimbingan tersebut? Dengan pengetahuan
yang tidak seberapa ini, aku belajar dengan meminta Penolong Kanan
sekolah tersebut menerangkan perkara-perkara yang dilakukan
daripada Modul 1 hingga Modul 4. Allah Maha Besar, ilmu diberi,
dicurahkan dengan pelbagai cara, termasuklah dengan penerangan
daripada individu-individu tertentu. Kefahaman aku semakin jelas.
Banyak yang aku belajar di sekolah ini. PInTaS dan OPPM jelas diberi
kefahaman. Benarlah kata orang, apabila kita mengalami sendiri
sesuatu keadaan tersebut, barulah kita lebih memahami.
Alhamdulillah. Tiada yang negatif di sekolah ini, rata-rata warga
sekolah termasuklah PIBG dan komuniti amat memahami konsep
TS25. Tahniah SJKC Hua Lian 3!

Rupa-rupanya banyak kejayaan yang diperoleh sekolah ini,
dan walaupun dalam beberapa bulan menjadi sekolah di bawah
Program TS25, sekolah ini sempat melakar kejayaan dalam Robotik.
Tahniah sekali kepada sekolah. Benarlah, sokongan komuniti itu amat
penting. Sekolah ini mendapat sokongan yang kuat daripada komuniti
seperti alumni sekolah dan ibu bapa murid. Dana diberikan oleh
mereka bagi membangunkan Program Robotik Sekolah sehingga
berjaya di peringkat antabangsa. Maksudnya sekolah ini bukanlah
sekolah yang biasa, yang akhirnya cemerlang dalam program TS25?
Tidak, sekolah ini hanya sebuah sekolah Cina yang biasa, yang pada
hakikatnya cemerlang dalam Robotik dan sebagainya, akan tetapi
selepas diikat dengan TS25, sekolah ini semakin mempamerkan
kejayaan terutama melahirkan murid-murid yang boleh berkomunikasi
dengan baik dan beradab sama ada dalam bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris apatah lagi dalam bahasa Ibunda mereka sendiri.
Murd-murid ini semakin yakin apabila berhadapan dengan orang
ramai dan dapat menjawab soalan dengan baik semasa showcase
dijalankan. (Hasil pemerhatianku dari 2018 hingga 2021)

Berbalik kepada bimbinganku, selain ke SJKC Hua Lian 3, aku
juga dikehendaki ke sekolah-sekolah lain juga. Tahun 2019 dan 2020,

140

sekolah semakin bertambah. Dengan keterbatasan tugas-tugas lain
yang memerlukan komitmen juga, bimbingan TS25 tetap diteruskan.
Ilmuku tentang TS25 harap semakin bertambah, kerana telah
beberapa kali terpaksa menyertai bengkel TS25 dari 2018 hingga
2020. Sementelah lagi apabila terpaksa menjadi penceramah bagi
bengkel-bengkel TS25 kepada sekolah-sekolah TS25 yang baharu.
‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’, atas keterpaksaan
mengulang kaji modul-modul tersebut, aku memaksa diri untuk
memahami ilmu tersebut kerana amanah sebagai RE perlu dipegang
demi kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid.

TAHUN CABARAN

Pandemik Covid-19 menghukum kita. Meranapkan
perancangan yang telah kita buat. Mematikan semangat yang telah
kita bina. Namun, pandemik ini telah merubah kerja buat dan
pemikiran kita 360 darjah. Terdapat sekolah TS25 yang tetap kreatif
mencabar pandemik ini. Tetap melebarkan sayap ke peringkat
antarabangsa walaupun sedikit terbatas, kerana murid hanya bergaya
di hadapan kamera, bukan di hadapan khalayak ramai. Akan tetapi,
sedarkah kita, dalam situasi pendemik ini, seberapa banyak sekolah
yang berjaya melahirkan bakat-bakat terpendam murid. Jika sebelum
ini hak itu hanya untuk murid tertentu sahaja tetapi, sekarang hak itu
kepada semua murid yang berminat. Dalam pada itu, terdapat
sekolah TS25 yang ‘diam’ dan ‘sepi’. Seolah-olah larut dalam
keadaan yang suram. Sekolah-sekolah inilah yang menghentak
perasaanku dan mencabar semangatku. Tidak sekali-kali kusalahkan
mereka. Mungkin keadaan yang memaksa menyebabkan
perancangan asal tergendala. Aku faham. Banyak masalah lain yang
timbul. Masalah murid yang tidak habis-habis dengan 1001 ceritanya.
Masalah tentang ekonomi murid-murid yang pelbagai latar belakang.
Semua perlu diambil tahu dan diselesaikan. Namun, TS25 tidak boleh
berkubur. Hasrat KPM dengan wadah Mantan KPPM dahulu cukup
jelas untuk menjadikan semua sekolah sebagai TS25. Aku mula
perlahan-lahan masuk dalam situasi mereka. Cuba berada dalam
kasut mereka. Jika tidak, apakah guna aku sebagai Rakan ELIT?
Setiap masa kutanya khabar, sambil-sambil menjelaskan tugasan

141

TS25. Kadang-kadang memberi penerangan semula. Kadang-
kadang “sabar cikgu, buatlah perlahan-lahan. Jangan memaksa diri.”
Namun, akhirnya tugasan itu selesai. Mereka dapat melakukannya
walaupun dalam keadaan yang agak payah sekarang. “Cikgu, bukan
senang kita nak ubah rutin kita yang biasa kepada rutin baharu
sehingga menjadi budaya.” Kita sebenarnya menjadi apa-apa yang
kita fikirkan. Jika kita berfikir negatif, negatiflah akhirnya. Jika positif,
bermakna kita menuju ke arah yang lebih baik kerana sesungguhnya
menurut Charles F. Glassman, percaya kepada fikiran yang negatif,
menyebabkan menjadi halangan terbesar untuk mencapai kejayaan.

Revolusi berlaku saban waktu. Perubahan yang berlaku
dahulu sekurang-kurangnya dapat diramal dan pemimpin dapat
menangani perubahan dengan mudah, akan tetapi perubahan dalam
waktu sekarang sukar dijelaskan. Perubahan ini terlalu pantas.
Keadaan new normal atau VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity
dan Ambiguity) ini perlu ditempuh dengan transform diri sendiri
dahulu. Pandemik ini hikmah. Hikmah kepada semua makhluk di
dunia ini. Aku menyaksikan pelbagai perubahan sama ada
sosioekonomi dan pendidikan. Dan aku menyaksikan pemimpin
pertengahan sekolah-sekolah di bawah Program TS25 ini dapat
menangani perubahan ini walaupun agak sukar pada peringkat awal.
Keadaan semua menjadi online. Alhamdulillah, pemimpin
pertengahan sekolah semakin bijak online. Bayangkan semua
pembelajaran modul terpaksa belajar melalui e-pembelajaran. Berkat
usaha pembelajaran kendiri yang bersungguh-sungguh, dan dengan
bantuan Rakan ELIT, modul dapat dilaksanakan dengan mudah dan
dapat melakukan tugasan dengan baik.

Dalam kesempatan ini juga, ingin kukalungkan bunga-bunga
ucapan terima kasih kepada JPN Perak, terutamanya Puan Zakidah
Abdullah yang banyak membantu kami di daerah. Yang paling
penting, ucapan terima kasih diucapkan kerana banyak memberi
peluang kepadaku dalam menempuh liku-liku TS25. Kita sentiasa
bersama-sama dalam suka duka…, pembukuan amalan terbaik guru,
Quick Facts TS25, pembukuan pelaporan TS25 dan sekarang,
catatan ini. Terima kasih, Puan. Aku mengambil semangatnya…,
kekuatan tidak terbina atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu

142

terbina atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian
berkumpulan.

Kepada sekolah-sekolah di bawah bimbinganku, terima kasih
kerana sudi berkongsi ilmu. Dalam kekalutan dan kengerian
menghadapi pandemik ini, sekolah-sekolah TS25 tetap releven
menjalankan tugasan Modul 6. The Big Idea dan Essential Question,
serta elemen pentaksiran terpadu dalam perancangan KmR. Hanya
Allah yang dapat membalas jasa kalian untuk anak-anak didik. Kita
sama-sama belajar dan tidak takut untuk mencuba. Kerana kita tahu,
tanpa mencuba kita tidak pernah merasakan keberhasilan. Terima
kasih SMK King Edward VII, SK Ayer Puteh, dan SK Assam
Kumbang. Juga kepada SK (P) Treacher Methodist dan SJKC Hua
Lian 3 yang semakin mantap dalam rentak TS25. Tahniah, sekolah-
sekolahku. Kamu hebat dalam merencanakan watak modal insan
negara yang holistik.

143

HIJAU SI DAUN KUNYIT

MAHANI BINTI MOHAMED NOORDIN
RAKAN ELIT SIP+ PPD KERIAN

Susuk wajahmu meruntun hati ini untuk mengenali dirimu
dengan lebih dekat. Cantik dan ceria sekali. Tersusun indah lembaran
demi lembaran bagi memudahkan perjalananku mengenalimu. “Cinta
pandang pertamakah aku?” bisik hati kecilku. Banyak sudah aku
telusuri denai, kampung, bandar, mahupun kota raya metropolitan
namun belumku temui susuk rupa yang sehebatmu sehingga boleh
merubah persekitaran seindah pelangi.

Aku mula mengenalimu sekitar tahun 2017, warkah pertama
kuterima daripada JPN dengan penuh tanda tanya? Siapakah kamu,
mengapakah aku perlu mengenalimu, bagaimana aku boleh
mengenalimu, apakah tindakanku setelah mengenalimu? Aku diminta
untuk menghadirkan diri ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Ipoh semata-mata untuk diperkenalkan kepadamu. Puan Zek, selaku
Penyelaras serta MT IAB telah siap sedia untuk memperkenalkan
dirimu wahai kesayanganku.

Bermula dari saat itu, aku mula jatuh cinta denganmu. Tak
kenal maka tak cinta. Walau sebelum ini banyak sindiran sinis
tentangmu. ‘Program membebankanlah, program yang menyusahkan
dan bla… bla…, namun kucuba jadi positif dan menepis semua kata-
kata sinis yang berlegar di sekelilingku. Aku perlu fokus terhadap
program pengenalanmu dan aku mahu menjadi rakan pembimbing
yang menjadi penghubung untuk memperkenalkan kamu kepada
rakan PGB di sekolah yang sedia menanti untuk menyambutmu
dengan penuh debaran dan ketidakpastian.

Di dewan yang nyaman dan ceria, aku diperkenalkan siapakah
kamu? Jurulatih MT silih berganti membentangkan dengan panjang
lebar berkaitan kerangkamu yang digambarkan dengan bulatan
penuh dan rajah tiga segi di dalam bulatan.

“Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan satu
usaha Kementerian Pendidikan yang holistik dan menyeluruh ke arah

144

melahirkan modal insan unggul melalui kepimpinan yang berkualitii,
guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, persekitaran
pembelajaran bermakna dan mendapat sokongan dan komitmen
PIBG dan komuniti yang padu,” MT memulakan perkongsian ilmu pagi
itu. Menarik bait-bait kata yang digunakan.

Murid holistik? Tiba-tiba aku terbayang wajah ayu seorang
guruku semasa aku masih dibangku sekolah, “Cikgu rasa puas dan
gembira jika kamu meninggalkan sekolah ini dengan ilmu penuh di
dada dan dilengkapi dengan ciri-ciri modal insan holistik. Yang
penting walau di mana kamu berada kamu dapat memberi manfaat
kepada orang lain.”

Apa yang sedang dibicarakan oleh MT selari dengan
perkongsianku bersama-sama sekumpulan Pengetua dan Guru
Besar dalam satu seminar kepimpinan di daerahku berkaitan enam
Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
mendambakan setiap murid berhak mendapat ilmu pengetahuan,
kemahiran dwibahasa, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
mempunyai nilai dan estetika serta identiti nasional yang utuh.

“Matlamat akhir Program TS25 ada dua iaitu kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti yang merupakan sasaran mikro TS25
bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan
menyeronokkan meliputi persekitaran fizikal, sosial dan emosi,” MT
terus berbicara di hadapan pentas dengan bersemangat.

Anak-anakmu, Modul 1 dan Modul 2 pun diperkenalkan.
Modul 1 membawaku untuk memahami proses bimbingan dan
pementoran serta siapa yang memerlukannya. Selepas itu peserta
kursus diperkenalkan pula dengan Modul 2, Menerajui Kepimpinan.
Pengisian kedua-dua modul ini lebih berfokus kepada peranan
kepimpinan di sekolah. Penjelasan demi penjelasan oleh MT IAB,
diiringi aktiviti yang menyeronokkan mula membuka mataku
tentangmu TS25. Tiga hari di IPG, peserta kursus diberi input yang
cukup sebagai bekalan ilmu tentang programmu. Walaupun masih
kabur tentang keseluruhan program yang begitu terancang, tersusun
dengan modul-modul lengkap bagi kegunaan rakan-rakan PGB yang
dipertanggungjawab kepadaku nanti. Aku sudah jatuh hati denganmu.

145

Masa terus berlalu, dua tahun aku menimba ilmu asas dalam
Modul 1 hingga Modul 5, seterusnya Modul 6 Kemahiran Melalui Reka
bentuk (KMR) pula diperkenalkan. Apabila sampai kepada Modul
KMR, aku semakin teruja dan matlamatmu kian terserlah.
Kemenjadian murid dalam aktiviti pembelajaran berasaskan projek
adalah kemuncak pelaksanaan programmu. Sehingga ke saat ini
lengkaplah sudah aku mengikuti dan memahami setiap modul
daripada Modul 1 hinggalah Modul 8. e-Learning Program TS25
melalui platform DELima dan Google Classroom melengkapkan
pembelajaranku. Dengan bimbingan MT, perbincangan dalam
Training of Trainer dalam setiap modul yang dirancang oleh Puan Zek,
membaca bahan tambahan dan mengikuti perkongsian amalan
terbaik PGB sekolah-sekolah Kohort 1, 2, 3 dan 4 melalui media
Youtube menjadikan aku cukup bersedia untuk membimbing rakan-
rakan PGB dengan penuh yakin.

Aku masih ingat bait kata-kata yang kugunakan semasa
membuat bimbingan kali pertama di sebuah sekolah di daerahku.

“Tahniah Tuan Pengetua, kerana sekolah tuan telah terpilih
mengikuti Program TS25, Tuan patut berbangga kerana menjadi
sekolah terawal menerima program yang hebat ini. Tak kenal maka
tak cinta.” Aku menanti reaksi Puan Mona.

“Emm…, kenapa sekolah saya? Saya belum bersedia, Puan.
Saya dengar Pogram TS25 ni banyak kerja yang perlu dibuat. Saya
bimbang guru-guru saya tak boleh ikut. Puan pun fahamkan
bagaimana sibuknya pengetua dan guru-guru dengan tugas dan
tanggungjawab sedia ada.” Aku melihat tanda-tanda kebimbangan
pada wajah Puan Mona, namun aku cuba yakinkan beliau.

“Saya selaku Rakan ELIT (RE) SIP+ yang
dipertanggungjawabkan untuk membimbing puan, saya akan sama-
sama membantu puan merancang hala tuju sekolah supaya sekolah
puan akan berubah. Program TS25 akan menjadikan sekolah puan
dikenali suatu ketika nanti.”

Selepas pertemuan pertama, aku mula merancang strategi
untuk membantu dan membimbing Puan Mona. Langkah pertama

146

yang kuambil adalah melaksanakan bimbingan dan pementoran yang
kerap. Aku menggali dan terus menggali kefahaman Puan Mona
tentang kepimpinan, perancangan strategik sekolah, program yang
sedang dilaksanakan di sekolah, impak program dan lain-lain. Aku
jelaskan kerangka TS25 dengan panjang lebar dan memberi peluang
Puan Mona untuk bertanya pelbagai persoalan sehingga beliau jelas
tentang hala tuju dan kerangka TS25.

Tiba-tiba Puan Mona menjerit kecil, “Puan, saya dah nampak
apa yang saya perlu buat bagi menjayakan program TS25 ini,”
berseri-seri wajah Puan Mona ketika itu.

Syukur alhamdulillah, akhirnya Puan Mona berjaya
menterjemahkan Kerangka Program TS25 dengan amalan di sekolah
beliau. Perkara inilah bahagian yang terpenting yang perlu dirungkai
oleh pemimpin sekolah. Kebimbangan yang bersarang dalam hati
Puan Mona pada hari pertama bimbinganku lenyap sekelip mata.
Kami terus berbincang hala tuju bersama-sama Penolong Kanan
Pentadbiran dan mula merangka garis masa TS25 untuk tiga tahun
pertama. Pengalaman ini berjaya membuka hati Puan Mona.

Bimbingan dan pementoran untuk hari-hari seterusnya
menjadi lebih mudah kerana Pengetua sudah meletakkan pemikiran
positif untuk melaksanakan program TS25. Puan Mona telah
menjadikan TS25 sebagai cabaran kepada beliau untuk mengubah
pengurusan dan kepimpinan di sekolah dengan penuh
tanggungjawab.

Berkat perancangan yang berfokuskan data dan
pembudayaan amalan Coaching dan Mentoring (C&M), pengupayaan
pemimpin pertengahan (MLT), Profesional Learning Community
(PLC) dan pelaksanaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
PAK21 serta penggunaan digital tools oleh guru-guru telah
mencetuskan satu aura positif untuk terus melaksanakan transformasi
yang lebih berimpak tinggi.

“Tak kenal maka tak cinta,” bisik Puan Mona kepadaku setelah
Amalan Terbaik Pengurusan TS25 berjaya dibentangkan beliau di
peringkat kebangsaan dan mendapat pujian ramai. Aku tersenyum

147

puas dan bangga dengan pencapaian puan Mona, antara memori
indah yang akan kusimpan sementara menanti detik-detik
persaraanku pada hujung tahun ini.

Aku masih ingat pada suatu pagi yang damai ketika
menghadiri Majlis Hari Anugerah di sebuah sekolah bimbinganku
yang dikendalikan oleh murid-murid sepenuhnya, bermula daripada
perancangan program sehinggalah tamat program. Guru bertindak
sebagai pembimbing kepada murid-murid yang diberi tanggungjawab
melaksanakan majlis tersebut. Perjalanan program sangat lancar dan
jelas mempamerkan kemenjadian murid dalam aspek kepimpinan dan
komunikasi berkesan. Murid diberi peranan sebagai pengacara majlis,
murid juga ambil peranan dalam jawatankuasa penyampaian hadiah,
merancang dan melaksanakan tiga persembahan untuk
dipertontonkan kepada ibu bapa pada hari tersebut. Tepukan
bergemuruh mengiringi setiap persembahan mereka. Persembahan
yang diberikan mempamerkan kematangan dan cukup menarik serta
menghiburkan ibu bapa yang hadir. Selepas tamat Program Hari
Anugerah, aku mengmbil peluang untuk berbicara tentang
kemenjadian murid yang sudah berlaku di sekolah ini. Puan Zuraini
bercerita panjang lebar tentang perubahan-perubahan yang beliau
nampak selepas tiga tahun pelaksanaan program TS25 di sekolah
beliau.

“Untuk tahun pertama pelaksanaan TS25, saya belum ada
keyakinan untuk menjayakan program ini, tetapi apabila mengikuti
Modul KmR dan guru-guru mula membudayakannya, kemenjadian
murid makin terserlah. Murid yang pendiam sudah semakin ramah,
daya fikir mereka semakin meningkat dan keyakinan mereka cukup
tinggi. Peluang yang diberi kepada murid-murid untuk mengurus
program cukup memberangsangkan,” Puan Zuraini terus berbicara.

“Apabila guru-guru menukar pendekatan mengajar kepada
pembelajaran berasaskan projek, murid-murid menunjukkan minat
untuk belajar dan saling bersaing untuk menghasilkan projek
mengikut subjek-subjek yang terlibat.” Puan Zuraini kelihatan puas
hati dengan hasil KmR.

148

“Ibu bapa turut memuji kerana mereka mula nampak
perubahan tingkah laku anak-anak mereka. Permintaan untuk masuk
ke sekolah ini turut meningkat. Satu lagi yang saya kagum berkaitan
program TS25 adalah perubahan kaedah mengajar oleh guru-guru
saya. Daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.
Peratus kehadiran murid melebihi sasaran. Hasil pengupayaan
pemimpin MLT dan PLC yang terancang, corak pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah semakin menyeronokkan. Ya, saya
rasa bertuah kerana terpilih untuk melaksanakan Program TS25 lebih
awal dan kelestarian lebih cepat berlaku. Terima kasih atas bimbingan
Puan kepada saya dan SLT di sekolah kami.” kata Puan Zuraini
mengakhiri pertemuan kami pada hari tersebut. Sebelum pulang ke
pejabat Puan Zuraini menjemputku ke kantin untuk makan tengah
hari.

Aku kagum dengan sikap profesional Puan Mona dan Puan
Zuraini kerana mereka menjadikan Program TS25 sebagai satu
cabaran kepada mereka untuk merealisasikan matlamatnya.
Perubahan-perubahan yang mereka lihat selepas pelaksanaan modul
demi modul ternyata mencetuskan satu fenomena yang semakin gah
dan menjadi buah mulut rakan-rakan dan masyarakat sekitar. Untuk
berjaya memerlukan satu proses yang panjang seperti aku menikmati
makan tengah hari bermenukan Rendang Tok bersama-sama Puan
Zuraini dan tetamu jemputan yang lain. “Wah, sedapnya rendang ini
macam tok-tok kita buat,” terpacul kata di mulutku sebaik merasa
keenakan masakan Rendang Tok yang disajikan. Puan Zuraini dan
tetamu mengangguk-angguk kepala mereka tanda setuju denganku.
“Nikmatnya Rendang Tok ini kerana proses memasaknya yang
panjang dan bahan-bahan yang diadun dengan begitu teliti oleh
generasi nenek kita yang menjadi pencipta resipi yang hebat ini,”
celah Tok Ketua Kampung dengan bangga.

Aku pulang ke pejabat dengan perasaan gembira dan hati
yang berbunga. Esok dan seterusnya akan kubimbing lagi pengetua
dan guru besar serta barisan SLT untuk mencipta peubahan di
sekolah mereka. Terima kasih wahai kesayanganku TS25.

149

KERISIK DAGING DENDENG

KHAIRULAMRI BIN SULAIMAN
RAKAN ELIT SISC+ PPD KUALA KANGSAR

Telefon bimbitku tiba-tiba berdering, meronta-ronta minta
segera dijawab. Jarang pagi-pagi macam ini ada panggilan.
Kupandang skrin. Nombor yang tidak kukenali. Berat rasa hati hendak
menjawab. Tetapi jika tidak jawab nanti dibuatnya ada perkara
penting, mati aku. Gerutu aku dalam hati. Ah, jawab sajalah.

“Helo. Waalaikumussalam.” “Ni, Encik Amri ke?” “Ya, saya.”
“SISC+ PPD Kuala Kangsar?” “Betul tu. Saya Puan Zek dari JPN
Perak.”

Puan Zek mana pulak ni? Aduh! “Puan Zek?” “Ya, saya Puan
Zakidah. Penyelaras Program TS25 JPN Perak.” “Oh, maaf la. Saya
tak cam suara. Apa yang boleh saya bantu ya?”

“Saya nak mohon bantuan Encik Amri jadi panel penilai
Penulisan Amalan Terbaik Sekolah TS25. Boleh ke?” “Layak ke saya
ni Puan Zek? Saya ni tak berapa mahir tentang TS25. Belum pun
dilantik jadi Rakan ELIT. Ramai lagi rakan SISC+ yang hebat yang
boleh bantu puan”. Cubaan melepaskan diri. Nak selamatkan diri.
Aku tergelak dalam hati.

“Saya kalau boleh nak Encik Amri jadi panel penilai”.
Sambung Puan Zek. Aku terdiam. Ligat kepala otak mencari alasan.
“Pengalaman Encik Amri sebagai ketua SISC+, saya percaya dapat
membantu meningkatkan kualiti penulisan cikgu-cikgu ni. “Saya ni
biasa biasa saja Puan Zek. Saya cuba buat yang terbaik dalam kerja
saya.” Jangan la tolak ya, Encik Amri.” Aduh. Ni aku lemah ni.
“Baiklah, Puan Zek. Macam mana boleh saya bantu?”

“Ha…, macam tu la. Minggu depan hari Selasa saya akan buat
perjumpaan dengan semua panel penilai.” “Kat mana tu? Kita akan
buat di PPD LMS.” “Ada surat ke? Nanti saya akan keluarkan surat.

150

Nanti Encik Amri ‘pm’ saya nama penuh dan jawatan ya. Saya akan
keluarkan surat esok.” “Baik. Terima kasih Puan Zek.”

Talian diputuskan. Aduh. Terjebak pulak aku dalam Program
TS25 ini. Sudah lama aku mengelak sebenarnya. Aku bagi SISC+
yang lain menjadi RE. Aku pelan-pelan kayuh. ‘Menjadi ketua SISC+
ni pun sudah macam-macam kerja yang datang. Hendak kena baca
modul TS25 la pula,’ gerutu hati kecilku. Tidak mengapa. Hadap
sajalah. Untung-untung dapat ilmu baru. Pujuk hati ini. Tiada apa
yang boleh dikatakan lagi.

‘Tok tok tok!’ Pintu bilikku ditolak. “Assalamua’laikum.” Terus
aku tersedar. Jauh aku mengelamun rupanya. Tercegat Encik
Kamarul. Pegawai Meja TS25 PPD Kuala Kangsar.

“Hai. Jauh menungnya tu. Ingat awek lama ke?” Sapa Encik
Kamarul. Macam biasa dengan muka sempoinya. Tersengih aku
dibuatnya. “Tak de la, bang. Teringat kisah silam,” aku terus tersengih.
“Barang yang lepas jangan dikenang. Nanti merana badan.”

Tergelak besar aku dibuatnya. “Tak de la, bang. Ni, ha. Minggu
depan nak kena buat penataran Modul 6 kepada sekolah Kohort 5.
Apa-apapun tak prepare lagi ni. Abang ada idea ke nak buat macam
mana? Bagi la idea sikit. Taklimat online ni tau saja la. Tah deme
dengo entah idok.” Bebel aku kepada Encik Kamarul. “Abang kan
terror bab teater dan pengacaraan ni. Bagi la tips sikit”.

Gelak besar Encik Kamarul. “Sepuluh tahun dulu memang la
hero tapi sekarang ni dah herot.” Berderai tawa kami berdua. Nasib
baik pintu bilik tertutup. Kalau tidak, mahu dengar sampai bilik Pak
Yazid.

Program TS25 membuatkan aku lebih rapat dengan Encik
Kamarul. Sebelum penstrukturan baharu pegawai di PPD Kuala
Kangsar beliau bertugas di bawah Unit Akademik sebagai Penolong
PPD Bahasa (Sekolah Menengah). Masa itu SISC+ tidak terlibat
dalam pengurusan akademik. Tugas kami masa itu membimbing guru
dalam PdP. Tahun 2021 merupakan tahun kedua beliau menjalankan

151

tugas sebagai Pegawai Meja TS25 PPD Kuala Kangsar. Keadaan
kesihatan beliau yang kurang baik menyebabkan beliau agak kurang
kompeten semasa tahun pertama bertugas sebagai Pegawai Meja
TS25. Kadang-kadang kesian pula aku kepadanya. Mata rabun
disebabkan oleh penyakit kencing manis yang kronik. Jika menaip,
kena besarkan paparan huruf pada skrin komputer. Mukanya pula
mesti dekat dengan skrin monitor. Baru clear, katanya. Kelebihan
Encik Kamarul ini ialah celotehnya. Tidak kering gusi kita dibuatnya.
Dia pernah terlibat sebagai pengacara dalam rancangan TV
Pendidikan suatu masa dahulu. Sememangnya beliau insan hebat.
Pada awal penglibatannya dalam Program TS25, Kuala Kangsar
selalu agak ketinggalan berbanding daerah yang lain. Pening aku
dibuatnya. Fikir punya fikir, akhirnya aku nekad. Aku bercakap
kepada Encik Kamarul, “Bang, Puan Zek bising pasei Kuala ni.”

“Teman tau. Dia tak puas hati dengan teman,” balas Encik
Kamarul. Tersenyum saja dia. “Tahun lepas memang teman akui
banyak yang teman tak ikut deadline,” sambungnya. “Tahun pertama
pegang Pegawai Meja ni teman penin. Tak tau mana satu nak buat
dulu. Tapi dah masuk tahun kedua ni teman dah nampak
overviewnya. Dah boleh rancang apa nak buat.” tambahnya lagi.

“Bagus la kalau gitu. Saya risau kot-kot abang stress pulak
ngadap TS25 ni.” Tersenyum Encik Kamarul. “Kalau mike ada teman
ok”. Sambungnya lagi.

“OKlah. Saya cadang kita buat macam ni untuk tahun 2021 ni.
Abang sebagai Pegawai Meja buat jadual penataran modul dan
segala yang berkaitan dengan pengurusan TS25. Kami sebagai RE
SISC+ akan terlibat sebagai penceramah dan fasilitator. Saya boleh
deal dengan SIPartners+ untuk jadi fasilitator Modul 1 dan 2. Amacam
ok tak?” Aku cuba bagi cadangan. “Kalau macam tu cantik. Teman
boleh jadi moderator.” ‘Pucuk dicita ulam mendatang,’ bisik hati
kecilku.

Memang aku nak cadangkan Encik Kamarul jadi moderator.
Alhamdulillah. Allah permudahkan kerja aku. Bermula dari detik itu,
maka terbinalah kerjasama yang sangat baik dan ukhuwah yang erat

152

antara Rakan ELIT SIPartner+ dan SISC+ PPD Kuala Kangsar
dengan Pegawai Meja TS25. Aku sering menitipkan doa ke hadrat
Ilahi agar hubungan baik dan kerjasama erat ini terus berkekalan dan
Program TS25 terus bersemarak di bumi Kuale demi menjana
kecemerlangan sekolah serta kemenjadian murid dalam daerah
kesayanganku ini. Kuala Kangsar Teratas. Kuala Kangsar Satu
Matlamat.

153

ASAM GARAM COACHING

ABD MANAN BIN MOHAMED
RAKAN ELIT SIP+ PPD HULU PERAK

Seperti biasa, bangun pada awal pagi untuk menunaikan
kewajipan pada Ilahi. Aku bertanya pada diri sendiri, kenapa hari ini
tiada jadual kerja yang biasanya disediakan pada hari sebelum? Aku
sedar bahawa perasaan malas telah mula tumbuh dalam diriku
kerana sudah hampir lapan tahun membuat kerja yang sama sebagai
coach. Namun aku gagahi juga khudrat yang ada untuk mengisi
masa-sama akhirku sebagai penjawat awam. Seawal tujuh pagi aku
melangkah ke pintu rumah dan terus ke kereta Alzaku yang
berkhidmat kepadaku hampir sepuluh tahun. Enjinnya aku hidupkan
dan menunggu seketika sebelum bergerak untuk melengkapkan diri
dengan doa menaiki kenderaan. Dalam perjalanan aku ke pejabat
yang mengambil masa hampir 40 minit ditemani dengan radio usang
kereta Alzaku. Aku tiba di pejabat hampir pukul lapan pagi dan terus
melaksanakan rutin wajib iaitu menanda kehadiran. Dalam kotak
fikiranku, belum ada lagi pemimpin sekolah TS25 yang akan aku
kutemui pada hari itu.

Aku melangkah menaiki tangga ke tingkat satu menuju ke arah
bilik yang hampir lapan tahun aku sebagai penghuninya. Aku disapa
oleh bekas coachee yang kini menjadi ketua nombor dua di pejabatku.
“Encik nak ke mana hari ni?” tanya bekas coacheeku. Terus aku
jawab, “hari ini tak tau lagi nak ke mana, ingat lepas ni baru nak fikir
kerana nak tengok data sekolah TS25 dulu yang perlu dibantu,”
jawabku spontan.

“Kalau macam tu boleh kita bincang sikit tak?” tanya bekas
coacheeku semula. Aku terus memberi jawapan, “baik, cikgu. Nanti
saya ke bilik cikgu dalam masa sepuluh hingga lima belas minit.”
Sudah terbiasa menetapkan masa apabila aku ingin berjumpa dengan
seseorang. Aku sepatutnya menggunakan panggilan hormat lain
kepada bekas coacheeku ini sebab sekarang dia ketuaku, tapi
panggilan itu telah terbiasa semenjak dua tahun dia menjadi
coacheeku.

154

Dalam kotak pemikiran terus berlegar, kerana sebab apa tiba-
tiba dia hendak berbincang denganku. Aku pasti mesti ada isu yang
berat, yang perlu aku selesaikan pada hari ini. Hari ini mood aku
kurang stabil kerana memikirkan sudah bertahun-tahun mengulangi
kerja coaching dan sebagai mentor sekolah. Namun aku gagahi juga
kaki untuk ke biliknya. Aku terus melangkah ke biliknya dengan seribu
persoalan dibenakku.

“Assalamualaikum, Cikgu.” “Waalaikumussalam, duduk
Encik.” Aku terus membuka mulut dan bertanya sebab sudah terbiasa
begitu kerana coach kena banyak bertanya.

“Encik ni, belum sempat duduk lagi dah tanya,” jawab bekas
coacheeku ini. “Bukan apa cikgu sebab terkejut tadi tiba-tiba nak kena
jumpa cikgu,” jawabku selamba. “Ada masalah encik, yang perlu
diselesaikan hari ini,” sahutnya semula. Berdegup jantung
mendengarkannya sebab dia mengatakan masalah aku dan aku perlu
selesaikan.

Aku terus bertanya soalan bentuk gurauan kepadanya. “Cikgu,
masalah timbul atau masalah tenggelam, kalau masalah timbul ringan
saja, kalau yang tenggelam yang beratnya.” “Encik ni, orang cakap
betul dia main-main pulak,” katanya.

Sebenarnya aku cuba untuk mendapat respon darinya secara
spontan tentang masalah tersebut dan melihat bahasa badannya,
adakah benar masalah itu masalah yang melibatkan aku? Jika
masalah melibatkan aku sudah pasti ada perubahan pada air
mukanya. Tetapi ternyata tidak, kerana dia masih boleh senyum.

“Macam ni encik, saya dapat aduan daripada Pembantu Tadbir
Kewangan kita, Guru Besar sekolah di bawah bimbingan encik tidak
mahu menandatangani baucer bayaran kontraktor pembersihan
kawasan sudah masuk tiga bulan, boleh tak encik bantu?” tanyanya
kepada aku.

155

Aku terus bertanya balik kepadanya, “Ada tak tindakan telah
dilakukan sebelum ini?” Sebab sudah terbiasa sebagai coach, apabila
orang bertanya aku akan bertanya balik.

Bekas coachee aku mengatakan sudah ada pegawai yang
menghubunginya untuk memohon supaya Guru Besar itu
menandatangani baucer tersebut kerana aduan daripada syarikat,
semua kerja telah dilaksanakan, tetapi Guru Besar tersebut enggan
untuk tandatangan juga.

Aku bertanya lagi, “ada tak cikgu hantar pegawai yang lain
yang lebih senior untuk berjumpa Guru Besar ini?” Jawabnya, “dah
tapi masih belum lagi dia tandatangan malah Guru Besar ni seolah-
olah memarahi pulak pegawai kita yang katanya tak tau pasal sekolah
dia.”

“Oh, begitu. Saya rasa Guru Besar ini tiada masalah
sepanjang saya melaksanakan coaching dengannya, dan dia ada
rapport yang baik dengan saya, apa perlu saya buat cikgu?” Aku
bertanya. “Encik kena bantu saya selesaikan masalah ini,” mohonnya.
Aku bertanyakan lagi kepada bekas coacheeku ini, “Adakah menjadi
kesalahan kepada Guru Besar ini dengan tindakannya?” “Guru Besar
ini salah jika dia tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan,”
jawabnya.

Aku mendapat idea untuk bertanyakan soalan tentang syarat-
syarat pengurusan syarikat pembersihan kawasan sekolah apabila
melaksanakan coaching nanti. Perkara yang aku tahu, sekolah ini
mungkin akan menerima watikah untuk melaksanakan Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Aku yang bertanggungjawab
sebagai Rakan ELITnya. Berlegar di fikiranku dengan persoalan-
persoalan punca Guru Besar ini bersikap demikian.

Aku terus mengajukan soalan lagi kepada bekas coacheeku
ini, “ada atau tidak cikgu tahu sebab Guru Besar ini enggan
tandatangan?” “Kalau mengikut Pembantu Tadbir Kewangan, pekerja
kebersihan banyak tak siapkan kerja,” jawabnya.

156

Aku teringat kes yang hampir sama juga berlaku pada masa
mula-mula aku menjadi coach. Seorang pentadbir yang menjadi
coachee aku menganggap dirinya bos dan tiada orang lain yang boleh
membatasi kuasanya. Pentadbir ini, langsung melupakan ilmu yang
dipelajari di IAB sebagai pemimpin instruksional. Dia hanya
menggunakan pendekatan arahan tanpa memikirkan atau berbincang
untuk membuat keputusan. Apabila aku melaksanakan khidmat
bimbingan kepadanya ternyata banyak perkara yang tidak diketahui
dalam ilmu pentadbiran terutama gaya kepimpinan iaitu demokratik,
laissez-faire dan autokratik. Pada masa itu, terpaksa aku mendalami
ilmu coaching untuk mengubah sikapnya. Ternyata soalan-soalan
untuk membangunkan potensi diri yang aku ajukan berjaya
mengubah sikapnya dan bertukar menjadi pentadbir sekolah TS25
yang berjaya.

“Cikgu, esoklah saya pergi, boleh?” tanyaku. “Boleh, tapi
kenapa esok, kata tadi hari ini tiada perancangan lagi?” tanyanya
kembali kepada aku.

“Cikgu, saya kena baca dulu terutama undang-undang
berkaitan dengan pekerjaan, kalau tidak nanti tak ada soalan yang
nak ditanya,” jelasku kepadanya.

“Oh begitu, baiklah, tapi cikgu kena tolong pastikan Guru Besar
ini tandatangan juga.” Bekas coachee aku ini memohon harapan
daripada aku. “Ini berat ni, tapi saya cuba,” jawabku. “Saya tahu encik
boleh, sayakan di bawah encik dulu,” katanya pula. “Baiklah, cikgu.
Saya cuba sedaya upaya saya,” aku memberi harapan kepadanya.

Aku terus ke bilik membuka laptop dan membuat carian dalam
Google mengenai akta pekerjaan. Hasrat untuk ke sekolah TS25
Kohort 4, aku batalkan pada hari itu.

Seawal pukul empat pagi aku sudah terjaga kerana malamnya
asyik memikirkan dan mengatur soalan serta kaedah penyoalan sama
ada GROW, OSCAR, atau lain-lain yang akan ditanya. Pada pukul
7:30 pagi aku terus ke sekolah yang terletak tidak jauh dari rumahku.
Aku memberhentikan kereta agak jauh dari sekolah serta
memerhatikan guru dan murid masuk ke kawasan sekolah. Setelah

157

selesai semuanya aku masuk ke kawasan sekolah dan disambut oleh
Guru Besar dan guru-gurunya yang baru selesai menguruskan murid
masuk ke kelas.

“Awalnya datang encik,” sapa Guru Besar tersebut. “Biasa la
Cikgu, kalau pergi pejabat dulu banyak perkara nak diuruskan.”

“Lawa baju cikgu hari ini, macam inilah Guru Besar TS25 kalau
dipilih nanti.” Aku melihat batik eksklusif yang dipakainya mungkin
dibeli oleh suaminya yang berasal dari Terengganu. Guru Besar itu
hanya tersenyum. Disebabkan jam masih lagi belum menunjukkan
pukul lapan pagi, Guru Besar tersebut mengajak aku minum di kantin.
Aku tidak menolak kerana rezeki makan percuma pada hari itu.
Setelah minum, Guru Besar mempelawa aku ke pejabatnya. Aku
menolak dengan memberi alasan, “elok kita jalan-jalan dulu cikgu,
turunkan makanan ke perut,” aku bergurau.

Aku meronda-ronda kawasan sekolah bersama-samanya,
sambil melihat pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung serta melihat kebersihan persekitaran. Dari hadapan
sampailah ke belakang sekolah. Terfikir aku untuk mula sesi coaching
kepadanya. Aku berlagak seperti tidak tahu isu Guru Besar ini dengan
kontraktor.

“Bersihnya kawasan sekolah Cikgu, berapa orang pekerja
swasta di sini?” soalan pertama aku. “Memang bersih, tapi enam
orang pekerja ni semuanya tak ikut arahan saya,” jawabnya. “Apa
yang cikgu arahkan?” Aku bertanya lagi. “Mereka tak cuci kolam ikan
saya, dah hampir dua bulan saya suruh,” jawabnya lagi.

Aku bertanya lagi untuk mohon penjelasan. “Cikgu sudah buat
perbincangan dengan mereka?” “Sudah,” jawabnya. “Dah dua kali
saya memanggil mereka,” katanya lagi. “Apa tindakan Cikgu
seterusnya?” tanyaku. “Saya tidak tandatangan baucer bayaran gaji
mereka.” “Dah berapa bulan?” tanyaku mohon penjelasan. “Sudah
masuk dua bulan.” “Betul tindakan Cikgu ni,” aku berlagak
menyokongnya kerana aku ialah RE SIP+ sekolah itu. “Apa-apapun

158

kita kena tengok syarat-syarat perjanjian dulu cikgu.” Aku menyatakan
syarat sokongan aku.

Guru Besar itu terus mengajakku ke pejabat untuk melihat
syarat-syarat perjanjian yang aku telahpun ketahui semasa aku
membuat semakan di pejabatku bersama-sama Penolong Jurutera.

“Baiklah, cikgu boleh tolong tanda tangan Buku Log
Pergerakan saya terus,” aku memohon Guru Besar menandatangani
Buku Log Pergerakanku.

Aku diberikan Fail Kontraktor Pembersihan Kawasan olehnya.
Aku terus membelek sehelai demi sehelai lembaran kertas dalam fail
itu sambil membacanya, sementara dia membuat urusan lain dengan
pembantu tadbir sekolah. Apabila dia masuk semula ke biliknya, aku
terus menyapanya. “Cikgu, dalam perjanjian ini tiada menyatakan cuci
kolam ikan dalam kerja yang patut mereka lakukan, atau ada dalam
dokumen lain?” tanya aku kepadanya.

“Tidak ada encik, itu saja failnya,” jawabnya. “Kalau begitu
adakah betul atau salah dalam tindakan cikgu sebelum ini?” tanyaku
lagi. Dia memikirkan jawapan kepada soalanku, lalu dia pun mengaku
kesalahannya. Aku terus membuka handphone kononnya untuk
menyemak Akta Buruh.

“Cikgu salah kerana tiada tercatat dalam akta ini cuci kolam
ikan. Kalau dibawa ke mahkamah kita teruk kena jawab, dah pencen
pun kena ke mahkamah juga,” aku memberi penjelasan kepadanya.
“Kalau begitu apa fikiran encik tentang perkara ni?” tanyanya balik
kepada aku.

“Mungkin Cikgu kena tandatangan kali ini, selepas ini Cikgu
kena masukkan kerja cuci kolam ikan dalam syarat kerja,” jawabku.
“OKlah kali ini saya tandatangan, encik kena tolong saya bagaimana
nak masukkan syarat ini dalam dokumen syarat kerja sekolah nanti.”
“Baiklah Cikgu, kita selesai dulu isu ini supaya tidak menjadi panjang,
takut nanti susah pada kemudian hari.”

159

Aku bersyukur dapat menyelesaikan isu ini. Satu lagi kejayaan
terbesar coaching yang menjadi amalanku selama ini. Sebelum aku
dalam jawatan ini ramai guru dan pentadbir seolah-olah tidak
menerima aku membuat kunjungan ke sekolah mereka, kerana
seolah-olah akan mencari salah mereka dalam pemantauan. Aku
sedar tidak banyak perubahan yang aku lakukan ke arah kebaikan
sekolah. Aku merasakan tugas aku sebagai Rakan ELIT TS25 akan
berjaya nanti.

Pada esoknya, pembantu pejabat menghantar baucer bayaran
siap ditandatangan oleh Guru Besar tersebut. Timbalan Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah mengucapkan terima kasih kepadaku.
Aku bangga sebagai SIPartner+ yang kini tugasnya mencabar untuk
membantu transfomasi sekolah sebagai Rakan ELIT dan insya-Allah,
aku akan bersara dengan jawatan ini.

160

RASA KELAT BUNGA LAWANG

DR. RAMAN BIN NUSI
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

“Tok, tok, tok,” pintu bilik pejabatku diketuk agak kuat oleh
pembantu tadbir di Sektor Pembelajaran PPD Larut Matang dan
Selama iaitu Puan Fizah. Beliau menghulurkan surat sambil berlalu
pergi. Kubaca surat itu untuk memahami isi kandungannya. Tergaru-
garu aku seketika sambil menarik nafas dalam-dalam dan
menghembuskan keluar secara perlahan-lahan. ”Apa ni?” “TS25?”

Aku terlibat dalam TS25. TS25 ialah satu Program
Transformasi Sekolah 2025. Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa
pendidikan di negara kita.

Sambil membelek-belek surat tersebut dan membaca satu
demi satu baris patah perkataan agar dapat memahami kehendak isi
utama surat itu. Rupa-rupanya aku diminta untuk hadir ke satu
bengkel bagi peningkatan ilmu tentang TS25 di salah sebuah hotel di
Ipoh. Surat itu ditandatangani oleh Pengarah Pendidikan Negeri
Perak. Aku diminta hadir sebagai peserta baharu bagi kohort 4. Surat
itu telah diminitkan oleh Pegawai PPD LMS.

Aku pun cuba mencari maklumat tentang TS25. Aku melayari
internet dan cuba seberapa banyak maklumat yang perlu
dikumpulkan untuk bekalan esok. Biasanya dalam sesebuah bengkel,
jika tidak silap perkara pertama yang akan ditanya oleh penceramah
ialah soalan pemahaman terhadap sesuatu nama bengkel. Soalan
cepu emas! Mahu merah padam muka sekiranya tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukakan.

Hari yang ditunggupun menjelang tiba. Aku, Zahudi dan
Reduan pergi bersama-sama menaiki keretaku. Perjalanan menuju ke
destinasi mengambil masa lebih kurang sejam. Sepanjang perjalanan

161

itu, kami berbual-bual kosong sahaja. Maklumlah tidak tahu lagi apa-
apa yang akan diterima untuk tugasan seterusnya nanti. Sesampai
sahaja di perkarangan MH Hotel Ipoh, aku pun mencari tempat parkir
kereta. Pusing punya pusing akhirnya dapat juga sebuah parkir yang
kosong. Agak jauh juga dan tersorok daripada pandangan mata
kasar. Namun, apa boleh buat itu sahaja tempat yang ada. Lagipun
hampir seratus lebih peserta yang akan hadir dalam bengkel tersebut.

Selesai sahaja urusan pendaftaran, aku pun mencari tempat
duduk yang agak strategik supaya senang mendengar taklimat
bengkel tersebut. Tambahan pula, semenjak kebelakangan ini
pendengaranku agak merosot. Hal Ini kerana kemalangan yang aku
alami pada tahun 2018 iaitu pada hari Jumaat 03 Mac menyebabkan
kondisiku tidak berapa stabil terutama alat pendengaranku.

Aku masih ingat lagi pada pagi itu, perlahan-lahan aku
mengeluarkan basikalku daripada stor untuk kayuhan pagi Jumaat.
Hari itu merupkan hari cuti Tahun Baru Cina. Aku memulakan
kayuhan dengan agak perlahan. Pada kebiasaannya team kayuhan
basikalku terdiri daripada empat orang. Semasa kemalangan berlaku
aku tidak sedar. Perkara yang pasti, apabila sahaja terjaga, aku sudah
berada di Hospital Taiping. Menurut sumber yang boleh dipercayai
iaitu rakanku Cikgu Fadli yang sama–sama berkayuh pada hari itu,
aku hilang kawalan apabila seorang penunggang basikal
dihadapanku cuba mengelak objek di hadapan. Lantaran itu,
berlakulah kemalangan yang tidak diduga. Akibat daripada
kemalangan itu, aku terpaksa menjalani pembedahan untuk
menyambung cuping telinga yang hampir putus. Tambahan pula
beberapa kecedaraan lain dibahu serta muka dan kepala akibat
hentakan semasa kemalangan tersebut. Akibat daripada kesan
kemalangan ini menyebabkan beberapa peratus pendengaranku
terjejas.

Selesai sahaja bengkel tiga hari dua malam tersebut, aku dan
Zahudi serta Reduan pun pulang ke rumah masing-masing. Aku telah
dilantik sebagai Rakan ELIT atau singkatannya ialah RE. Tugasku
ialah membimbing sekolah di bawah Program TS25. Dalam kohort 4
ini, aku telah ditugaskan untuk membimbing tiga buah sekolah iaitu

162

SK Taman Jana, SJKC Sin Min dan SMK Klian Pauh. Bimbingan yang
diberikan adalah berdasarkan Modul 3, Modul 4, Modul 6 dan Modul
7.

Maka, bermulalah siri bimbinganku. Bimbingan berjadual
dijalankan bagi memberi kefahaman kepada sekolah yang aku
bimbing. Selama setahun sekolah yang bimbinganku berjalan lancar.
Tiada apa-apa masalah besar yang timbul. Pihak sekolah menerima
kehadiranku sebagai RE. Bagi SK Taman Jana pula, penerimaan
mereka amat positif. Teringat lagi aku akan kata-kata Guru Besar SK
Taman Jana iaitu Haji Meor Aziz bin Ahmad, “Kami mengalu-alukan
kehadiran tuan dan amat menghargai bimbingan yang diberikan”.

Hampir setahun aku memberi bimbingan kepada tiga buah
sekolah tersebut tanpa rasa jemu. Segala kepakaran yang ada
kucurahkan. Jika aku menghadapi kesukaran dalam memberi
bimbingan aku akan merujuk kepada rakanku yang lain. Begitulah
rutin harian bimbingan yang kujalankan. Tetapi bak kata orang, langit
tidak selalu cerah. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, begitulah
dengan kehidupan ini. Episod siri bimbinganku secara bersemuka
tidak lagi dapat diteruskan. Segalanya berubah. Tiada lagi siri
pertemuan bimbingan secara empat mata. Segalanya perlu
kutempuhi jua.

PKP..., aku masih lagi berada dalam ketakutan. Takut kerana
pelbagai cerita, berita dan khabar angin tentang wabak ini. Wabak
yang melanda seluruh pelosok dunia. Huh…, sudah hampir masuk
tahun kedua aku berkurung ‘stay at home’ dan sudah macam kera
sumbang. Namun aku bersyukur kerana masih lagi diberi kesihatan
dan nafas oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan ini.

“Ini ialah jadual bertugas baharu, BDR,” kata Timbalan
Pegawai Pendidikan Sektor Perancangan. Terpinga-pinga kami
apabila menerima memo daripada ‘second bos’. Sebelum ini tidak
pernah terfikir tentang BDR. BDR? Aku terpinga-pinga dan memohon
penjelasan apakah maksud BDR? Kemudian Timbalan PPD pun
menjelaskan bahawa BDR itu ialah tugasan yang perlu dilakukan dari
rumah atau bekerja dari rumah. Beliau menjelaskan bahawa setiap

163

pegawai hanya dibenarkan 30 peratus sahaja untuk bertugas di
pejabat. Memandangkan sekarang PKP 3.0 maka BDR hanya
dibenarkan di rumah sahaja. Termenung sejenak aku memikirkan
perkara yang akan terjadi dengan negara Malaysia ini, lebih-lebih lagi
masalah keciciran murid dan berlakunya defisit pembelajaran yang
amat ketara.

Sambil merenung jauh ke luar jendela, aku teringat kampung
halaman yang lama kutinggalkan. Daerah yang kutinggalkan hampir
dua puluh tahun. Ditambah pula situasi semasa kini iaitu pandemik
Covid-19 yang melanda negara kita, SOP yang ketat membataskan
pergerakanku untuk pulang ke kampung. Aku tidak boleh bergerak
merentas daerah mahupun negeri. Langkahku terhenti, hanya
whatsapp dan telefon menjadi penghubung antaraku dengan ibuku.
Kali ini aku rasa lebih mencabar. PKP 3.0 atau ‘total lock down’ amat
perit dengan penutupan pelbagai sektor. Hanya sektor yang berimpak
tinggi seperti makanan dan sektor lain yang dibenarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tugasku sebagai ‘Pegawai Pembimbing Pakar Pembangunan
Sekolah’ (School Improvement Specialist Coaches (SISC+)) pula
semakin mencabar. Sebelum ini, aku menjalankan sesi bimbingan
secara bersemuka. ‘Macam mana ni?’ Aku semakin gusar. ‘Bolehkah
aku menjalankan sesi bimbingan memandangkan segala pergerakan
bersemuka tidak dibenarkan?’ Tambahan pula ‘normal baharu’ ini aku
terpaksa memantapkan kompentensiku dalam pembelajaran secara
maya. Macam mana dengan bimbingan untuk sekolah TS25, sekolah
PLaN (Program Literasi dan Numerasi) dan sekolah fokus? Aku cuba
menghubungi rakan SISC+ iaitu Zahudi, Salina dan Yang Roziah.
Aku cuba meminta bantuan mereka untuk menyelesaikan masalah
bimbinganku. Kami bersetuju agar bimbingan dilakukan secara maya.
Masalahnya ialah arahan pihak KPM (Kementerian Pendidikan
Malaysia) yang mengarahkan bimbingan perlu diberhentikan seketika
untuk memberi peluang kepada guru-guru menjalankan PdPR
(pembelajaran dan pengajaran dari rumah). Aku lebih bertambah
buntu.

164

Aku tidak berputus asa. Aku cuba menghubungi rakan SISC+
yang lain. Kali ini rakan dari daerah lain pula. Aku bertanyakan tentang
kaedah bimbingan yang mereka lakukan. Jawapan telah kutemui.
Rupa-rupanya aku boleh menggunakan pelantar pembelajaran
secara maya iaitu Webex, Google Meet, Teams dan pelbagai lagi.
Lantaran itu, tanpa membuang masa aku pun menyertai beberapa siri
PLC tentang siri pembelajaran yang menggunakan pelantar maya ini.
Akhirnya aku dapat juga menggunakan pelantar pembelajaran maya
ini dalam siri bimbingan TS25. Aku tersenyum sendirian. Terasa puas
kerana ada sedikit kepakaran dalam diri tentang penggunaan pelantar
ini.

Hari demi hari kulalui. Kali ini aku semakin yakin dengan cara
bimbingan TS25 yang dijalankan. Akupun mengatur langkah
membuat bimbingan TS25 secara berjadual. Pada tahun ini, siri
bimbingan TS25 ku ditambah lagi dengan tiga buah lagi sekolah iaitu
SK Kampung Gudang dan SK Toh Ratna Sakti bagi kohort 5. Aku
bersyukur kerana ada sedikit ilmu di dada tentang kaedah bimbingan
TS25 yang akan kujalankan nanti. Tambahan pula, aku baharu sahaja
mendapat Certified Coach dari Institut Aminuddin Baki (IAB). Sijil itu
menjadi pembakar semangatku untuk membimbing sekolah dengan
lebih baik lagi. Bagi mendapatkan sijil itu, pelbagai onak dan duri
terpaksa kutempuh. Pastinya tidak kusia-siakan curahan ilmu oleh
pakar pembimbing dari IAB itu. Segala ilmu yang kuperoleh akan
kusumbang kembali kepada sekolah.

Dalam siri bimbingan TS25 ini, aku perlu menguasai segala
kemahiran yang terkandung dalam Modul TS25 ini. Sambil aku
membelek-belek buku catatan bengkel TS25 yang pernah aku hadiri
dahulu, aku cuba membaca satu persatu isi atau maklumat yang
kucatat. Ada lapan modul yang perlu aku kuasai. Modul 1 berkaitan
Bimbingan dan Pementoran. Modul 2, berkaitan Menerajui
Kepimpinan. Modul 3, tentang menerajui pembelajaran. Modul 4 pula
berkaitan dengan Persekitaran Pembelajaran Profesional. Keempat-
empat modul ini perlu aku kuasai dengan lebih mantap. Hal ini penting
supaya dalam siri bimbingan yang kujalankan nanti tidak timbul
masalah. Manakala empat lagi modul itu agak mudah untuk difahami.
Modul 5 ialah Penilaian dan Refleksi. Modul 6 tentang Kefahaman

165

Melalui Reka Bentuk. Modul 7 ialah Digital Tools and Resources.
Modul 8 pula tentang Redesign Students’ Learning Experience.
Manakala modul elektif menyentuh tentang STEM, dan BI-Improved.
Begitulah antara modul-modul yang perlu kubimbing MLT agar
program TS25 mencapai objektifnya.

Secara umumnya, pelaksanaan Program TS25 ini akan
memakan masa selama empat tahun. Oleh itu, aku telah memberi
coaching dan mentoring kepada sekolah dengan berhati-hati dan
menggunakan ilmu coaching dan mentoring yang telah kuperoleh di
IAB. Bak kata orang, kalau menarik rambut di dalam tepung, rambut
jangan putus, tepung jangan berserak. Insya-Allah segalanya akan
dipermudahkan. Permulaan memang agak susah kerana kurangnya
kefahaman pihak sekolah. Lama-kelamaan mereka faham dan mudah
menerima kehadiranku. Aku cuba mnerangkan bahawa bukan dalam
masa setahun perlu dibuat. Beberapa fasa akan diberikan kepada
pihak sekolah.

“Berapa fasa Dr. Raman, yang kami akan laksanakan?”
persoal Puan Tan, Guru Besar SJKC Sin Min. “Empat fasa sahaja
Puan Tan,” balasku ringkas. “Itupun memakan masa selama empat
tahun,” ujarku lagi bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam
tentang TS25. Aku pun cuba sedaya upaya menerangkan kepada
Puan Tan tentang fasa pelaksanaan TS25 itu.

“Begini Puan Tan, ada empat fasa sebenarnya.” “Dalam fasa
pelaksanaan itu terdiri daripada fasa latihan bagi tahun pertama iaitu
latihan modul 1 hingga 5, fasa transisi bagi tahun kedua iaitu latihan
Modul 6, 7 dan 8. Bagi fasa pembudayaan pula ialah tahun ketiga iaitu
latihan modul elektif dan yang terakhir pula fasa lestari bagi tahun
keempat iaitu pemeriksaan dan kajian impak.” Jelasku lagi dengan
panjang lebar.

Walaupun PKP masih lagi diteruskan namun siri bimbingan
TS25 tetap kujalankan. Beberapa kejayaan telah diperoleh oleh
sekolah yang kubimbing. SK Taman Jana telah mengorak langkah ke
hadapan. Pelbagai kejayaan telah dicapai.

166

Program TS25 ini telah melahirkan modal insan unggul melalui
kepimpinan yang berkualiti. Hal ini amat terselah melalui beberapa
orang Guru Besar yang berjaya menunjukkan kepimpinan yang
berkualiti seperti Guru Besar SK Taman Jana, Guru Besar SJKC Sin
Min, Guru Besar SK Kg Gudang, dan Guru Besar SK Toh Ratna Sakti
serta Pengetua SMK Klian Pauh. Begitu juga dengan guru-guru yang
kompeten dan beraspirasi tinggi, persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan dan komitmen PIBG dan komuniti yang padu telah
menjadikan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dalam TS25.

Aku tersenyum puas. Namun aku perlu bekerja lebih kuat. Aku
akan pastikan sekolah yang kubimbing terus cemerlang hingga
kepersada dunia. Amat besar harapan dan impianku. Perkara ini tidak
mustahil jika hendak seribu daya. Dalam memikirkan cabaran
seterusnya, aku perlu terus mencari dan mengali lagi beberapa ilmu
tentang bimbingan TS25. Aku berharap pandemik ini akan berakhir.
Tidak sabar rasanya hendak ke sekolah untuk melihat perkembangan
TS25 yang telah kujalankan siri bimbingan sebelum ini. Aku hanya
mampu berdoa dan terus berdoa.

167

IBU KUNYIT DAUN SERAI

MOHAMAD SHAHAIZAM BIN ZAKARIA
RAKAN ELIT SISC+ PPD KERIAN

“Maz, sekolah kau dah hantar tugasan Modul 6 ka?” Tegas
bunyi suara rakan sejawatku menyapa sambil menolak sedikit daun
pintu bilikku. “Dah, ni yang aku sedang semak ni. Pening jugak la ni,”
jawabku bersahaja.

Rakanku itu terus berlalu apabila melihat aku tidak
mengangkat muka semasa aku menjawab sapaannya tadi. Kami
memang saling memahami apabila sedang tekun melakukan sesuatu
kerja memang begitulah respon kawan-kawan.

Rakanku tadi sama seperti diriku seorang RE atau Rakan ELIT
untuk membimbing sekolah-sekolah TS25. Tugasan yang perlu
laksanakan oleh sekolah akan dihantar untuk disemak dan diberi
bimbingan oleh Rakan ELIT. Memang bukan satu tugas mudah untuk
membimbing sekolah ke arah satu perubahan yang di luar kebiasaan.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul, ungkapan keramat untuk
membentuk hala tuju betul.

Aku terus menyelak helaian tugasan sambil mendengar lagu
dari corong suara komputer ribaku. Memang menjadi kebiasaan
untuk aku mendengar lagu semasa membuat kerja sendirian sambil
menyanyi mengikut lirik lagu yang dimainkan.

Oh, ibu kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian
Kan aku bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering tiada tempat kulayarkan

Ibu…, kalimah keramat yang tidak pernah kurasai, tidak
pernah kusebut, tidak pernah kukenal, tidak pernah kusantuni, tidak
pernah kucium tangannya, tidak pernah kurasa hangatnya
pelukannya, tidak pernah kutahu rupa wajahnya, tidak pernah
kudengar lembut tutur bicaranya, dan tidak pernah juga kulihat manis
senyumannya, sungguh tidak pernah. Namun, aku cuba mengambil

168

semangat seorang ibu untuk aku terus tabah dan cekal dalam
mendepani arus-arus kehidupan, sama ada dalam kehidupan
ataupun alam pekerjaan. Bukan mudah untuk aku terus berjuang
dalam perkhidmatanku sekarang. Dengan bidang tugas yang semakin
mencabar, aku perlu kekal relevan dalam bimbinganku terutama
kepada MLT di sekolah-sekolah Program TS25.

Membimbing sekolah yang melaksanakan program TS25
memerlukan daya tahan yang tinggi. SLT dan MLT telah diberi
taklimat dalam siri-siri bengkel yang dianjurkan oleh JPN, akan tetapi
tugasan yang dihantar kurang memuaskan dan aku terpaksa
membetulkan kesilapan-kesilapan yang mungkin kerana
ketidakfahaman. Kadang-kadang terdetik dalam hati, ‘mereka pergi
kursus untuk apa?’ Semua tidak faham. Mereka sepatutnya sudah
faham untuk membuat tugasan-tugasan modul. Pihak sekolah perlu
mengambil perkara ini dengan lebih serius. SLT dan MLT yang hadir
perbengkelan, sepatutnya menyampaikan kepada rakan-rakan guru
yang lain dengan lebih telus tanpa kecairan atau pemekatan.

Aku mengomel sendirian. Lagu ‘Untukmu, Ibu’ masih
berkumandang. Mengantuk pula rasanya. Apatah lagi dalam
kesejukan pendingin hawa mencengkam tubuhku. Rupanya di luar
hujan lebat. Kebetulan bilikku tiada jendela menyebabkan aku tidak
perasan hujan di luar. ‘Waktu kecil dahulu, hujan-hujan begini, nenek
suka merebus ubi kayu, dimakan sambil minum air kopi.

‘Ring… ring… ring…’ Bunyi deringan telefon bimbitku
menyedarkan aku dari lamunan. Aku senyum sendiri teringat kisah
hujan, ubi kayu rebus dan air kopi. “Bos nak data PBD segera.”

Aku terus mencapai komputer riba yang memang sedia
terbuka di hujung mejaku. Alhamdulillah, semua data telah tersedia,
tunggu untuk aku ketik sahaja. Terus aku panjangkan maklumat yang
bos perlukan. Selesai…

169

TUGASAN TS25

Sambil menyanyikan lagu ‘Untukmu Ibu’ lagi (aku suka lagu ini,
kerinduan yang tak bertepi…, Alfatihah buat ibu yang bertarung
nyawa melahirkanku, namun Allah lebih menyayangimu…, semoga
ibu damai di alam sana), aku menyelak helaian tugasan yang dihantar
oleh sebuah sekolah jenis kebangsaan. Menarik. The Big Idea ditulis
dengan tepat, kemudian diikuti essential question, sangat menarik
idea yang dipersembahkan dalam perancangan KmR. SJK
nampaknya seolah-olah lebih memahami kehendak tugasan daripada
SK. Hmm..., aku mengeluh sendiri.

Namun aku faham, bukan mudah bagi sesebuah sekolah
untuk transform. Banyak kekangan, rintangan, cabaran di samping
tugas hakiki yang memang telah sedia ada. Memang perit juga untuk
menyiapkan tugasan TS25 ini, hakikat yang sememangnya aku
sendiri akui. Justeru, peranan akulah sebagai Rakan ELIT untuk
membantu sekolah-sekolah ini dalam usaha untuk menjayakan
Program TS25. Aku memicit-micit kepala walaupun tidak sakit. Tugas
yang mencabar mesti bersendikan jiwa yang kental. Rapport mesti
baik, bahasa mesti lembut dan teratur, bertutur mesti bijaksana. Ya,
itulah coach yang sebenarnya.

Hujan di luar semakin lebat. Kesejukan semakin mencengkam.
Aku mencapai blazer untuk sedikit mengurangkan kesejukan. Layan
lagu ‘Untukmu Ibu lagi’. Tidak dapat aku bayangkan perit derita yang
terpaksa engkau lalui demi seorang aku. Kalaulah masa boleh diputar
kembali, aku lebih rela menggantikan tempatmu kerana pada usia
yang terlalu muda engkau telah melakukan satu pengorbanan yang
tidak mungkin anakmu ini dapat membalasnya.

‘Tok… tok… tok…’ Pintu bilikku diketuk. Muncul seorang gadis
pelajar latihan industri masuk sambil memberi salam.
“Waalaikumussalam wbt,” jawabku.

“Encik, nak minta tolong isi soal selidik ni boleh tak?” “Soal
selidik apa ni?” “Untuk tugasan latihan saya, tolong ya, Encik!” Seperti
merayu kepadaku. “OK, OK…, saya tengok dulu. Banyaknya

170

soalan…,” spontan keluar ayat dari mulutku. “Takpa Encik, saya
bukan nak sekarang, hari Khamis ni saya datang ambik. Bolehkan,
Encik?”

“Baik, hari Khamis ya?” Balasku. Gadis itu bangun sambil
mengucapkan terima kasih kepadaku. Memang menjadi kebiasaan
pejabat tempatku bertugas memberi peluang kepada pelajar universiti
untuk membuat latihan mereka.

Perut sudah mula berkeroncong. Aku melihat jam, baru pukul
11.30 pagi. Lambat lagi waktu makan tengah hari. Sambil menyelak
helaian tugasan TS25 yang dihantar kepadaku aku bermonolog
sendiri, ‘banyak juga perubahan yang sekolah telah laksanakan
semenjak Program TS25 ni diperkenalkan. Penulisan OP dan KK
telah menjadi budaya mereka. Penggunaan media dalam bentuk yang
pelbagai mula menjadi kebiasaan dalam kalangan warga TS25. Tak
kekok lagi…, tiada lagi istilah buta IT. Bagus ni!’

‘PAK21 dan KBAT menjadi sebati dengan mereka. Hasilnya
murid tampil berketerampilan, berani, kritis, kreatif dan saling
berkolaboratif. Alhamdulillah, syukur Ya Allah!’

Bunyi whatsapp tanda ada mesej baru di telefon bimbitku. Aku
lantas mengambil telefon dan membaca mesej tersebut. Mesej
daripada grup sekolah. Tiada yang penting, biasa-basa sahaja.

“Maz, tidur ka…?” Tersentak aku daripada lamunan. Memang
aku terlelap agaknya. “Eh, Nisa. Aduh, sampai termimpi-mimpi aku!
Nasib engkau datang.”

“Orang lainpun RE juga, takde la sampai termimpi-mimpi,”
sindir Nisa, sahabat karibku juga seorang RE. “Jom, lunch! Lapar dah
ni. Tinggal dulu tugasan tu, lepas solat nanti sambung balik.” “Baiklah,
aku belanja kau hari ni.” Aku terus mencapai telefon bimbit lalu
membuntuti Nisa menuju ke parkir kereta untuk keluar makan tengah
hari.

Dalam hati kecilku berteka-teki memberi persoalan, apakah
akan terjadi kepada sekolah Program TS25 sekiranya tiada

171

bimbingan yang sepatutnya dari RE? Ibarat seseorang yang
kehilangan ibunya seperti dalam igauanku tadi. “Maz, dah sampai ni,
jom la…, dok mengelamun apa lagi?”

172

RENDANG DAGING CILI KERING

NOOR AZIZI BINTI KASIM
RAKAN ELIT SISC+ PPD HULU PERAK

Bismillah… “jumpa saya kejap. Sekarang dah pukul 10:00
pagi, nanti lepas kelas, terus datang ke bilik saya.”

Aduh, kenapa? Bermacam-macam kupikir. Kerisauan yang
amat sangat. Namun kutarik nafas panjang-panjang dan pelan-pelan
kulepaskan. Bisik hatiku, “ya, Allah…, andai kata ini satu khabar
gembira aku redha dengan ketentuan-Mu tapi jika sebaliknya…,” ah,
berbagai-bagai kufikirkan di benak hatiku.

“Terima kasih cikgu.” “Baiklah anak-anak, esok kita sambung
semula kemahiran pada hari ini,” tegasku lagi. “Esok, kerja rumah
yang cikgu berikan tu, kamu siapkan sekurang-kurangnya tiga soalan
dengan jawapan lengkap ya.” “Baik, cikgu!”

Masih tergiang-giang ucapan itu disebut oleh semua anak
muridku. Sehabis kelas, perlahan-lahan aku menapak ke bilik Guru
Besar. Sambil berjalan sambil berfikir macam-macam. Sesampai
sahaja di depan pintu bilik Guru Besar, aku ketuk perlahan-lahan.
Bunyi satu suara, “masuk!” Ah…, rupa-rupanya Guru Besar memang
sedang menunggu kehadiranku.

“Assalamualaikum, Tuan Haji.” Salamku disambut. “OK, duduk
dulu.” Perlahan-lahan kulabuhkan punggungku di atas sofa, betul-
betul berdepan dengan Guru Besar tersebut. Aura wajahnya nampak
serius.

‘Biar betul ni,’ getus hatiku. Kerisauan semakin menebal dalam
hatiku. Aku pandang sekeliling, kiri dan kanan tetapi seperti ada
kelibat mata sedang memerhatikan gelagatku. ‘Eh, kenapa ya?’
Hatiku berteka-teki.

“Baiklah, begini…,” ucap Guru Besar sambil menghulurkan
sekeping surat kepadaku. Ah, berdegup-degup jantungku. Kena tukar

173

dari sekolahlah? “Baiklah Cikgu, begini…, daripada surat yang saya
berikan tu, Cikgu ditempatkan ke PPD.” Hah…, kan aku dah teka.
Alamak! Ke mana aku selepas ini? Aku semakin risau memikirkannya.

Sambung Guru Besar lagi, “khidmat dan kepakaran Cikgu
amat diperlukan di daerah kita, jadi saya sokong untuk Cikgu ke
Pejabat Pendidikan Daerah dengan perjawatan yang baharu
diwujudkan. Saya harap, semoga Cikgu di sana lebih cemerlang
dalam melaksanakan tugas. Tahniah, Cikgu.”

Allah, terkulat-kulat aku menerima surat daripada Guru Besar
bahawa aku ditempatkan ke salah satu institusi yang semakin
mencabar dalam melakukan tugas. Tambah guru besar lagi, “lebih
baik Cikgu terima sahaja. Sekurang-kurangnya ini satu proses untuk
Cikgu menimba pengalaman dalam kerjaya cikgu.”

Oh, baru kuingat. Rupa-rupanya hasil daripada temuduga
pada suatu hari itu dan aku diterima untuk mengisi kekosongan
perjawatan baharu yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Pada saat dan ketika itu, aku hanya mampu
mengucapkan terima kasih dan mendengar nasihat daripada Guru
Besar tersebut.

“Baik Tuan Haji, saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar
dalam bidang baharu ini. Terima kasih atas nasihat Tuan Haji. Saya
mohon untuk diberikan masa untuk serahan tugasan akhir.”

Alhamdulillah, Guru Besar mengiakan dan memberi
kebenaran. Aku bingkas bangun dari sofa sambil mengucapkan
terima kasih kepada Guru Besar. Sambil berlalu keluar dari bilik
beliau, bermacam-macam perkara berlegar-legar dalam benak
fikiranku.

Bolehkah aku? Macam mana dengan anak muridku? Baru
sahaja sebentar tadi aku bersama-sama dengan mereka. Sambil
bergerak ke Bilik Guru, seorang rakan guru bertanya, “Kenapa tu,
kak? ”Surat apa?” Jawabku, “kena tukar.” Tidak lama kemudian, riuh
satu sekolah aku akan berpindah ke PPD.

174

Keesokannya, aku ke sekolah seperti biasa. Ah, apalah semua
ini? Hendak tinggalkan segalanya. Apabila tiba waktu kelas, ketua
kelas datang memanggil, “Cikgu, masa Matematik sekarang.” Aku
berfikir sehingga terlupa waktu kelasku.

“Baiklah, tunggu Cikgu ambil barang!” Dari jauh kulaung.
Sambil menapak ke kelas, salah seorang daripada muridku datang.
“Boleh saya tolong?” Rupa-rupanya dia memerhatikan aku dari jauh
yang membawa barang segalanya ke kelas. Anak muridku itu
bernama Ahmad. Dia memang rajin menolong guru-guru.

Setelah sampai ke kelas, aku meminta Ahmad untuk
meletakkan barang-barang yang dibawa olehnya untuk diletakkan di
atas meja guru. Maka bermulalah sesi pembelajaran di dalam kelas.
Apabila aku selesai mengajar, aku memberikan mereka latihan untuk
mereka lebih memahami cara pengiraan dengan betul. Sementara
menunggu mereka menyiapkan tugasan yang diberikan olehku tiba-
tiba ada seorang murid bertanya kepadaku, “Cikgu, saya ada dengar
yang cikgu tak akan mengajar kami lagi, betulkah cikgu?” Aku melihat
anak muridku dan terdiam seketika. Akupun memberitahu hal yang
sebenar, “ya, hari ini merupakan hari terakhir Cikgu mengajar kalian
semua. Selepas ini cikgu akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan
Daerah.”

Aku tidak menyangka bahawa pemindahanku ke tempat
baharu membuatkan ramai anak-anak muridku sedih. Ada dalam
kalangan mereka mengatakan, “ala, lepas ini Cikgu dah tak mengajar
kami lagi, sedihnya!”

Rasa berat hatiku untuk meninggalkan sekolah dan anak-anak
muridku. Selepas ini, sudah tiada lagi kenangan Bersama-sama
mereka memandangkan hari tersebut merupakan hari terakhir aku
mengajar mereka. Bukan mudah untuk aku membuat keputusan ini
tetapi apakan daya, khidmatku diperlukan untuk membantu generasi
pendidik yang akan datang.

Seminggu kemudian, aku memberikan dokumen-dokumen
penting kepada pihak atasan untuk memudahkan proses

175

pemindahanku ke tempat baharu iaitu Pejabat Pendidikan Daerah.
Sedih? Ya, mestilah aku sedih sebab aku akan meninggalkan sekolah
ini, tidak dapat melihat celoteh anak-anak muridku, tidak dapat
mengajar mereka lagi. Yang tinggal hanyalah kenangan. Nak kata
gembira, ya…, aku gembira juga sebab aku akan dapat banyak
pengalaman, banyak kenalan baharu dan lain-lain apabila
dipindahkan ke PPD.

Aku tahu bukan mudah bagi diriku untuk memasuki era baharu
dalam hidupku tetapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk
berkhidmat di bawah Pejabat Pendidikan Daerah. Maka pada tahun
2014, bermulalah kehidupan baharuku sebagai SISC+. Tahun itu
merupakan tahun keramat bagiku untuk memulakan sesuatu yang
lebih mencabar dan baharu dalam hidupku. Apabila aku memasuki
Pejabat Pendidikan Daerah, banyak ilmu dan pengalaman yang aku
peroleh. Sepanjang menjadi SISC+, banyak suka duka yang aku
tempuhi hingga kini.

Menyelusuri pengalamanku sebagai rakan ELIT (RE) TS25,
kuceritakan di sini. Bukan mudah untuk menjadi rakan pembimbing
sekolah, apatah lagi apabila sekolah tersebut di bawah Program
TS25. Terlalu banyak arus yang melintang untuk membimbing
sekolah ini. Pemahaman guru-guru perlu ditingkatkan. Pengetahuan
mereka perlu dikuasakan.

Aku RE Sekolah Molek. Sebuah sekolah di daerah Hulu Perak
yang pencapaiannya agak ke belakang. Selepas berakhirnya Modul
1 dan Modul 2, tibalah giliranku untuk memberi bimbingan Modul 3.

“Maaf, saya ingin bertanya, adakah guru-guru sudah merubah
gaya penulisan RPH?” Guru Besar hanya tersenyum. “Maaf Puan,
tidak semua guru telah mengubah cara penulisan RPH,” ujar Ketua
Panitia Matematik sekolah itu. “Tak mengapa, bukan mudah untuk
membuat perubahan, perlahan-lahan ya, Cikgu. Yang penting
sebagai SLT dan MLT, kita boleh mengupayakan panitia.” Mereka
mengangguk-angguk. Alhamdulillah, mereka tetap bersemangat
untuk membuat perubahan.

176

Hal itu hanyalah secebis asam asam dalam tugasku
membimbing sekolah di bawah Program TS25. Belum lagi bab
pelaksanaan KmR dan PBD. Haru! Hanya Rakan ELIT sahaja yang
tahu akan pahit getir memberi bimbingan kepada sekolah-sekolah ini.
Kecekalan itu perlu. Dan dengan kecekalan ini, alhamdulillah,
sekolah-sekolah Program TS25 di daerah ini, berjaya menjalankan
setiap tugasan dalam Modul TS25. Malah, terdapat sekolah yang
berjaya dalam KmR sehingga dapat membuat perbentangan amalan
baik dalam KmR. Tahniah! Aku amat berbangga sekali kepada
sekolah-sekolah ini.

Terima kasih semua kerana memberiku peluang sebagai guru
dan sebagai SISC+. Mencabar? Ya, semestinya mencabar tetapi
penat lelah ini memberikan hasil yang terbaik buat diriku. Menjadi
pendidik bukanlah sesuatu yang mudah akan tetapi disebabkan
ketekunan, usaha, dan integriti, menjadikan aku siapa pada hari ini.

177

INILAH KISAHKU!

NUR SHAMSUL BIN HAJI NOMAWI
RAKAN ELIT SISC+ PPD MANJUNG

Cuaca pagi itu terasa dingin sekali. Tambahan pula hujan
masih lagi turun sejak dari malam tadi. Pagi itu aku telah berjanji
dengan Rakan ELIT SIPartners+ untuk bersama-sama ke sebuah
sekolah bagi melaksanakan lawatan bimbingan sekolah TS25.
Bersama-sama dengan kami nanti ialah Rakan ELIT (RE) daripada
pihak IPG. Lawatan bimbingan ini ialah lawatan yang kedua di sekolah
tersebut. Kedatangan kami telah disambut dengan penuh mesra oleh
barisan pentadbir sekolah dan juga beberapa orang guru yang terdiri
daripada Middle Leader Team (MLT) sekolah tersebut. Objektif utama
perjumpaan pada pagi itu adalah untuk memberi bimbingan kepada
MLT berkaitan bagaimana untuk menjalankan Learning Walk (LW).
Setelah berbincang bersama RE IPG dan MLT, kami semua telah
bersepakat untuk memilih aspek tingkah laku dan kesediaan murid
bagi menghadapi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai aspek
yang dinilai sepanjang LW. Aku bersama-sama RE SIPartner+ dan
RE pensyarah IPG telah memberikan penerangan mengenai perkara
yang perlu diperhatikan dan dinilai sepanjang LW nanti.

Tepat jam 10.15 pagi, kami pun bergerak bersama-sama ke
beberapa kelas yang telah dijadualkan. Aku perhatikan MLT yag
terlibat begitu tekun melihat aspek yang telah difokuskan sehinggalah
apabila tiba di satu kelas, kami melihat ada seorang murid yang
menunjukkan tingkah laku yang kurang menyenangkan. Murid itu
asyik berjalan ke sana sini dan mengganggu tumpuan murid lain.
Guru yang mengajar di hadapan kelas tidak pula menegur murid
tersebut. Guru itu seolah-olah membiarkan murid itu mengganggu
rakan-rakan yang lain. Beliau hanya fokus kepada pengajaran di
hadapan kelas.

Setelah tamat LW kami berbincang mengenai dapatan yang
diperoleh. Salah seorang MLT membangkitkan mengenai isu murid
dan tindakan yang tidak diambil oleh guru berkenaan untuk
menyelesaikan masalah murid tersebut. Setelah berbincang, kami

178

semua bersepakat bahawa guru tersebut perlu menyelesaikan
masalah murid tersebut bagi membolehkan semua murid memberi
tumpuan dan fokus kepada PdP. Memang benar dalam kelas akan
ada murid yang seperti ini yang cuba mengambil perhatian guru.
Seorang guru perlu peka dan sensitif terhadap perlakuan muridnya.
Kejadian ketika lawatan bimbingan RE ini mengingatkan aku kepada
tiga kisah yang pernah aku alami sendiri ketika berkhidmat sebagai
seorang guru dan ketika menjadi seorang murid. Inilah kisahku…

KISAH 1

“Cikgu, cikgu…, Amir (bukan nama sebenar) buang air besar
lagi!” jerit seorang murid. Aku yang ketika itu sedang menulis di papan
hitam tersentak dan berhenti menulis. Baik, tak apa jangan risau.
Amir, pergi salin seluar dalam bilik air ya. Amir yang mendengar
arahanku itu lantas mengambil seluar simpanan di dalam beg
sekolahnya dan bergerak ke bilik air. Begitulah rutin Amir setiap hari.
Amir menghidap penyakit buang air besar tanpa sedar kerana
mempunyai masalah usus. Disebabkan penyakitnya itu Amir sering
disisihkan oleh rakan-rakannya. Bukan itu sahaja Amir juga ada
kalanya disisihkan oleh guru-guru. Aku sebagai guru kelasnya berasa
amat bersimpati dengan Amir. Aku selalu mengambil berat akan
masalah Amir dan tidak pernah memarahi beliau walaupun setiap hari
dia akan buang air besar di dalam kelas. Oleh kerana itu, Amir amat
menghormati aku.

Pernah satu ketika, kerana diejek oleh rakan-rakannya Amir
buat perangai dengan berbaring di lantai kelas dan tidak mahu
bergerak sedangkan pada waktu itu loceng telah berbunyi
menandakan waktu pulang. Guru yang berada di dalam kelas pada
waktu itu juga gagal untuk memujuk Amir untuk bangun. Ditambah
pula dengan badan Amir yang agak besar menyebabkan susah untuk
rakan-rakannya mengangkat Amir. Seorang daripada murid kelas itu
telah datang memanggil aku yang ketika itu berada di bengkel
Kemahiran Hidup. Aku dengan segera pergi mendapatkan Amir. Aku
menyuruh Amir bangun. Amir bingkas bangun sambal menangis. Aku
memujuk Amir dan bertanyakan Amir kenapa jadi begitu. Dia

179

memberitahuku dia telah diejek oleh rakan-rakan kerana berbau
busuk. Sedihnya aku apabila Amir diperlakukan sebegitu rupa. Berat
dugaanmu, Amir! Aku mengambil tindakan segera dengan
menasihatkan murid-muird di kelas tersebut agar tidak mengejek
mereka yang mempunyai kekurangan diri kerana bukan mereka yang
meminta dilahirkan sedemikian rupa.

Amir juga pernah cuba untuk terjun daripada koridor bangunan
sekolah. Nasib baik aku sempat tiba dan berjaya memujuknya
lantaran guru-guru lain gagal berbuat demikian. Beberapa insiden
yang tejadi membabitkan Amir membuatkan aku insaf dan menyedari
betapa beratnya tanggungjawab sebagai seorang guru. Seorang guru
perlu peka dan sensitif serta mempunyai sifat empati yang tinggi
dalam diri. Mempunyai sifat-sifat ini akan banyak membantu kita
menyelesaikan masalah murid. Jika murid tidak fokus dan tidak dapat
menumpukan perhatian di dalam kelas, bagaimana mungkin mereka
dapat belajar dengan baik.

KISAH 2

Pada Januari 1997 setelah menamatkan pengajian di Institut
Perguruan, aku telah ditempatkan di sebuah sekolah rendah di Shah
Alam. Ketika melapor diri, aku telah diarahkan untuk mengajar pada
sesi petang dan menjadi guru kelas di kelas 3 Bidara. Pada awalnya
kelas 3 Bidara berada di bawah jagaan seorang guru yang lain tetapi
disebabkan guru tersebut meminta untuk ditukarkan ke kelas lain, aku
pula diminta untuk menggantikan beliau sebagai guru kelas. Sebagai
seorang guru baharu, aku menerimanya dengan hati terbuka. Rupa-
rupaya ada sebab kenapa cikgu tersebut tidak mahu menjadi guru
kelas 3 Bidara.

Hari ini bermulanya tugas aku sebagai seorang guru Bahasa
Melayu dan guru kelas 3 Bidara. Aku dengan penuh bersemangat
melangkah kaki ke kelas 3 Bidara. Sesampainya aku di sana, aku
sangat terkejut kerana murid-murid sedang berkejar-kejaran di dalam
kelas. Ada yang bergaduh, ada yang menyanyi dan ada juga yang
bermain bola! Allahuakbar! Begini rupa-rupanya kelas 3 Bidara.

180

Mengucap panjang aku apabila melihat keadaan kelas. Walau
bagaimanapun aku tidak cepat panik. Aku cuba mengawal keadaan.
Masih lagi teringat pesanan pensyarah di IPG dahulu, pandangan
pertama sangat penting. Jika kita gagal dalam menangani pandangan
pertama ini, kemungkinan untuk gagal akan menjadi lebih tinggi. Aku
dengan nada serius dan tegas mengarahkan agar semua murid untuk
duduk di tempat masing-masing. Alhamdulillah, mereka semua
menuruti arahanku.

Sejak hari itu, aku menggalas tugas yang amat berat untuk
mendisiplinkan murid-murid kelas 3 Bidara. Kenakalan mereka amat
mencabar kredibiliti guru-guru yang mengajar kelas itu. Adakalanya
ketika guru sedang menulis di papan hitam ada beberapa orang murid
yang akan keluar mengikut pintu belakang. Membuat bising dan
mengganggu rakan-rakan yang lain, usah cerita lah. Aku sering
menerima aduan daripada rakan-rakan guru yang lain mengenai
tahap kenakalan murid-murid kelas 3 Bidara.

Ketika sambutan hari guru pada tahun itu, aku tidak mendapat
sebarang hadiah daripada murid kelas 3 Bidara. Terfikir juga aku,
adakah mereka tidak sayang padaku? Perkara ini tidak seharusnya
berlarutan. Aku perlu mengambil langkah yang proaktif dan drastik
bagi memenangi hati murid-murid ini seterusnya menangani masalah
disiplin mereka. Berbekalkan dengan ilmu psikologi dan pedagogi
yang aku pelajari ketika berada di IPG, sedikit demi sedikit aku cuba
untuk mengubah situasi ini. Aku sediakan ganjaran kepada tingkah
laku positif yang ditunjukkan mereka. Aku juga selalu merapatkan diri
dengan menggunakan teknik bercerita apabila mereka telah siap
tugasan. Mereka akan berada di keliling aku untuk mendengar cerita.
Adakalanya cerita yang aku sampaikan hanya cerita rekaan sahaja
tapi mereka amat menyukainya. Aku juga sentiasa mengambil berat
akan sebarang masalah murid 3 Bidara. Sedikit demi sedikit telah ada
perubahan yang berlaku. Aku juga tidak pernah sesekali memukul
mereka tetapi banyak menggunakan emosi walaupun mereka ada
melakukan kesalahan. Alhamdulillah, kemuncak pada perubahan
mereka, kelas 3 Bidara telah berjaya menjadi johan dalam
pertandingan kecerian kelas bagi tahun tersebut. Berkat kesabaran
aku, akhirnya kelas 3 Bidara telah keluar dari kepompong negatifnya.

181

Kisah ini membuktikan bahawa seorang guru perlu mempunyai sifat
kesabaran dan sifat kemanusiaan yang tinggi. Sentiasa berusaha
dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan
masalah murid. Insya-Allah, Allah akan memudahkan urusan kita.

KISAH 3

Kisah ini berlaku ketika aku bergelar murid sekolah rendah
kira-kira 37 tahun yang lalu. Pada waktu itu, aku berada dalam Tahun
6 dan baru bertukar dari sekolah lama di Kedah ke sekolah yang
baharu di Perlis kerana mengikut ayah yang bertugas di Perlis. Ketika
berada di sekolah lama iaitu ketika darjah 1 hingga darjah 5, aku tidak
pernah gagal untuk mendapat tempat sekurang-kurangnya tempat ke-
5 dalam peperiksaan akhir tahun. Pendek kata setiap tahun aku akan
memanjat tangga pentas sekolah untuk menerima hadiah tanpa
gagal. Ketika Ujian Penilaian Darjah Lima, aku memperoleh
keputusan 3A 1B dan 1C. Walaupun keputusan itu tidak cemerlang
seperti murid sekarang tapi aku merupakan murid ke-2 terbaik
disekolahku kerana pelajar terbaik pun hanya memperoleh keputusan
4A1C. Hal ini tidak lah menjadi satu kehairanan sekolah lamaku itu
hanyalah sekolah kampung sahaja dan muridnya pun tidaklah ramai.

Ketika mendaftar di sekolah baharu, aku telah ditempatkan di
kelas kedua. Sekolah baharu aku itu mempunyai dua kelas bagi setiap
tahun. Pembahagian murid pula mengikut tahap pencapaian
akademik masing-masing. Kelas yang pertama diperuntukkan untuk
murid yang lebih baik pencapaian akademiknya. Pada ketika aku
hanya mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh pihak sekolah tanpa
mengetahui situasi sebenar kenapa aku diletakkan di kelas kedua.
Sepatutnya jika pihak sekolah melihat rekod prestasi akademik
melalui kad kemajuan murid, pasti aku diletakkan di kelas yang
pertama.

Pada suatu hari, ketika PdP Bahasa Melayu, guru yang
mengajar telah meminta kami untuk menulis sebuah karangan
sebagai kerja rumah. Aku menyiapkan kerja sekolah itu dengan
segera dan menghantar pada keesokan harinya. Aku memang sangat

182

mementingkan tugasan dan kerja sekolah yang diberi kerana didikan
daripada ibu dan ayah yang amat mementingkan pelajaran kepada
kami adik beradik. Selagi tidak menyiapkan kerja sekolah, ayah dan
ibuku tidak akan memberikan kami makan malam. Pendek kata perlu
siapkan kerja sekolah dahulu barulah boleh menikmati makan malam.
Ketika menghantar tugasan itu kepada guru Bahasa Melayu,
terjadilah satu peristiwa yang aku ingati sehingga sekarang ini. Guru
tersebut tidak percaya bahawa aku yang menulis karangan itu. Dia
menuduh ayah atau ibu aku yang menulis karangan itu kerana tulisan
pada karangan sangat kemas dan cantik. Dia memarahi aku di depan
kelas. Aku berasa sangat malu dan kecewa. Tambahan pula dengan
status aku sebagai murid baharu di sekolah itu. Peristiwa tersebut
membuat aku berfikir bahawa sebagai seorang guru tidak sepatutnya
membuat tindakan yang terburu-buru tanpa usul periksa. Tindakan
guru yang sebegini bukan sahaja telah menjatuhkan air muka murid
tetapi juga boleh membuatkan seseorang murid itu hilang semangat
dan harga diri.

Ketiga-tiga rangkuman kisah aku ini membawa kepada satu
pernyataan bahawa seseorang guru itu perlu mempunyai sifat
kemanusiaan yang tinggi terutamanya kepada anak muridnya. Guru
perlu peka dan sensitif dengan situasi dan keadaan anak muridnya
kerana jika tersalah langkah akan membawa kesan yang sangat
negatif kepada murid dalam jangka masa yang panjang. Kerjaya
sebagai seorang guru menuntut pengorbanan, kesabaran dan sifat
kemanusiaan yang tinggi. Alang-alang menjadi guru, biarlah hingga
ke akhir hayat kita berperwatakan sebagai seorang guru kerana guru
itu bersifat sebagai murabbi dan dipandang sangat mulia dalam
masyarakat. Matlamat program TS25 untuk meningkatkan
kemenjadian murid pasti dapat direalisasikan jika semua guru
mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi. Semoga terus
istiqamah.

183

JINTAN MANIS JINTAN PUTIH

RUSLINDA BINTI SHARI
RAKAN ELIT SISC+ PPD LARUT MATANG & SELAMA

Menjejak kaki ke sekolah ini bersama-sama seorang teman
seperjuangan sejak LINUS lagi, pastinya banyak kenangan yang akan
menjengah ke ruang mindaku. Aku secara peribadi memang sudah
lama tidak ke sini. Setelah dua tahun bercuti menjadi lompong besar
sebenarnya untukku mengejar dari belakang tentang ilmu TS25.
Sedangkan temanku ini sememangnya sudah bertaraf ‘sifu’. Tidak
sia-sia sebenarnya apabila aku bersetuju untuk menemaninya.
Setidak-tidaknya ada sesuatu yang bakal kupelajari. Kupujuk hati ini
agar bertenang, pastinya hari ini akan berlalu dengan cepat seperti
juga hari-hari yang lalu.

Terlintas nama “Aisyah Tualang” dalam kotak pemikiranku.
Mana mungkin dapat kulupai sesusuk kecil yang tidak mengerti apa-
apa akan masa depannya. Namanya sahaja pun sudah unik, apatah
lagi kisah hidupnya. Kubiarkan ia menjadi sebahagian daripada
kenangan indah yang terlipat kemas dalam diari hidupku. Di sinilah
suatu ketika dahulu, aku dan rakan-rakan LINUSku berjaya
meletakkan Aisyah Tualang di tempat yang sepatutnya. Mengingati
semula memori ini bisa menguntumkan senyuman di bibirku yang
hanya aku sendiri mengerti di sebalik perkara yang telah berlaku.

Semoga kehadiran aku di sini, kali ini menjanjikan satu lagi
pengalaman yang indah seperti alkisahnya Aisyah Tualang. Itulah
harapanku setiap kali menjejakkan kaki turun ke sekolah. Begitu juga
harapan teman-temanku yang lain. Biarlah kehadiran kita dinanti dan
kehadiran kita itu bisa memberi kebaikan kepada sekolah. Itulah
antara pesanan daripada mantan Pegawai PPDku yang sentiasa
menjadi azimat dan peganganku selama ini.

Dalam beberapa hari ini, kulihat teman-temanku begitu
bersemangat lain macam gayanya. Masing-masing sudah merangka
strategi dan membuat perancangan tentang cara untuk membantu

184


Click to View FlipBook Version