The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafizarahman80, 2021-08-02 05:29:59

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

ISI KANDUNGAN

Perutusan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran 5
Profil Korporat 8

Pengenalan 11

BAB 1 : TADBIR URUS TVET BAB 3 : PEMBIAYAAN LATIHAN

• 1.1 Majlis Pembangunan 20 • 3.1 Projek Pembangunan JPK di 80
Kemahiran Kebangsaan Bawah RMKe-11

• 1.2 Akta Pembangunan Kemahiran 31 • 3.2 Kajian Penilaian Outcome 81
Kebangsaan 2006 [Akta 652] Projek Pembangunan (P46)
Di Bawah RMKe-11
• 1.3 Pematuhan Terhadap Dasar dan 36
Peruntukan Perundangan
• 3.3 Penyediaan Projek 85
Di Bawah Akta 652 Pembangunan JPK di Bawah
RMKe-12
• 1.4 Transformasi Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional 39 • 3.4 Business Plan 2021 87
(TVET) Untuk Memenuhi
Permintaan Industri

• 1.5 Pematuhan Standard Operation 48 BAB 4 : KUALITI LATIHAN
Procedure (SOP) di Institut Latihan
• 4.1 Kajian Pembangunan
Kemahiran Awam (ILKA) Latihan Kemahiran 90

Semasa COVID-19 • 4.2 Pembangunan NOSS dan
Kurikulum Latihan Kemahiran
• 1.6 Profiling Kemahiran Pekerja 51 91
Malaysia
• 4.3 Pelaksanaan Latihan Kemahiran
Jangka Panjang (Pra Perkhidmatan) 112

BAB 2 : PERSIJILAN DAN • 4.4 Pelaksanaan Latihan Kemahiran 118
PENGIKTIRAFAN Training Methodology

• 2.0 Sistem Persijilan 58 (Dalam Perkhidmatan)
Kemahiran Malaysia (SPKM) 62
65 • 4.5 Kursus Jangka Pendek 121
• 2.1 Pentauliahan 67
• 4.6 Sistem Profil Kompetensi 122
• 2.2 Pensijilan 67 Pengajar TVET (TiPS)

• 2.3 Program Pemerkasaan 77 • 4.7 Program Pembangunan 131
Pentauliahan dan Pensijilan Fasilitator
Kemahiran Malaysia 78
• 4.8 Pengurusan Personel SPKM 136
• 2.4 Pengiktirafan Persijilan
Kemahiran Malaysia • 4.9 Program Pembangunan 145
Profesional Kemahiran
• 2.5 Pengiktirafan Lembaga
Teknologis Malaysia (MBOT) • 4.10 Program Antarabangsa 156

• 2.6 Pengiktirafan JPA

BAB 4 : KUALITI LATIHAN BAB 7 : PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
• 4.11 Klinik Penarafan Bintang 171 DAN KEWANGAN
Program Bertauliah

• 4.12 Pembangunan Soalan-Soalan 173 • 7.1 Perjawatan 232

Lazim (FAQ) • 7.2 Kenaikan Pangkat 231

• 4.13 Penyediaan User 175 • 7.3 Penstrukturan Semula 233
Requirement Specifications (URS)

• 4.14 Program Pemantauan SPKM 174 • 7.4 Sistem Pengurusan Maklumat 234
Sumber Manusia (HRMIS)
Melalui PPT

• 4.15 Taklimat Pemantapan SPKM 176 • 7.5 Anugerah Perkhidmatan 234
Cemerlang (APC)
Bagi PPT

• 7.6 Pengurniaan Darjah Kebesaran 235

BAB 5 : KERJASAMA • 7.7 Jasamu Dikenang 235
STRATEGIK
180 • 7.8 Pembangunan Kompetensi 238
• 5.1 Industry Lead Body (ILB) 188 Kakitangan

• 5.2 Jalinan Kerjasama dengan • 7.9 Pematuhan SOP Semasa 245
Agensi Dan Industri Pandemik COVID-19

BAB 6 : PROMOSI BAB 8 : PERLAKSANAAN
AKTIVITI PROGRAM JPK
• 6.1 Majlis Pertandingan 194 WILAYAH 2020
Kemahiran Malaysia
• 8.1 Ekosistem Kondusif Sektor
• 6.2 Pertandingan Kemahiran 195 Awam (EKSA) 252
Peringkat Kebangsaan
• 8.2 Sosial Dan Rekreasi 253
• 6.3 Pertandingan Kemahiran 194 254
Peringkat Antarabangsa • 8.3 Kejohanan Sukan
Persahabatan
• 6.4 Mesyuarat-Mesyuarat
Peringkat Antarabangsa 200 • 8.4 Aktiviti Sistem Persijilan 255
Kemahiran Malaysia Di JPK
• 6.5 Program Motivasi Peserta 202 Wilayah
ASC 2020

• 6.6 Kajian Pengesanan 203
(Tracer Study) Bekas Peserta

Pertandingan Kemahiran Peringkat

Antarabangsa

• 6.7 Program Kesedaran Bagi 208
Memartabatkan Latihan Kemahiran

4 laporan tahunan jpk

PenPgearrKuaethmusPaaehmnirbKaaenntguuanan

Assalamualaikum WBT, Salam Kemahiran Malaysia,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atas kejayaan menerbitkan Buku Laporan
Tahunan JPK 2020. Selain daripada menunjukkan keberhasilan strategik yang
telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020, buku laporan ini juga merupakan kayu
pengukur dalam menilai prestasi JPK sebagai sebuah badan penyelaras latihan
kemahiran di Malaysia.

Seperti mana semua sedia maklum, penularan wabak Coronavirus
Disease 2019 (COVID-19) serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bermula 18 Mac 2020 yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
sedikit sebanyak telah memberi kesan terhadap pelaksanaan aktiviti yang telah
dirancang oleh JPK. Sebahagian besar aktiviti yang melibatkan aktiviti bersemuka
secara fizikal terpaksa ditangguhkan serta dirancang semula untuk disesuaikan
dengan Prosedur Operasi Standard atau Standard Operation Procedure (SOP) yang
dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam menyelaras, merumus
dan menggalak pembangunan tenaga kerja mahir negara, JPK terus unggul dalam
menerajui latihan kemahiran melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
(SPKM). Walaupun pandemic COVID-19 terus menular sehingga Disember 2020,
JPK masih mampu melaksanakan sebahagian besar aktiviti yang telah dirancang.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti
Tunggal TVET: Pemakaian Kod Amalan Akreditasi Program TVET (Code Of Practice
For TVET Programme Accreditation, COPTPA) melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal Bersama (Joint Technical Committee) Malaysian Qualifications Agency
(MQA); kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan melalui seminar dan
perbincangan serta program outreach yang telah diadakan; sesi libat urus antara
Kementerian/ Jabatan/ agensi bagi cadangan pindaan Akta 652; pembangunan
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan Malaysia
Standard Industrial Classification (MSIC); program peningkatan kemahiran
tenaga pengajar; pentauliahan pusat bertauliah; pengiktirafan dan persijilan
terhadap kompetensi yang dimiliki oleh pekerja; dan aktiviti penguatkuasaan bagi
memastikan penyedia latihan kemahiran mematuhi tatacara dan prosedur yang
ditetapkan.

5 laporan tahunan jpk

Selain itu, satu kejayaan paling besar bagi JPK pada tahun 2020 adalah Majlis
Pelancaran Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) dan TVET
Instructor eProfiling System (TiPS) yang telah disempurnakan oleh YB Datuk
Haji Awang Bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 19 Ogos 2020
di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Majlis ini juga telah
disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook dan YouTube Jabatan dengan
bilangan penonton seramai 8,100 dari seluruh negara. Selain itu, satu sesi dialog
bersama ahli panel MySPIKE dan TiPS telah dibuat bagi membolehkan peserta
yang hadir mendapatkan maklumat berkaitan MySPIKE dan TiPS secara terus. Satu
pasukan desk officer atau bantuan khas yang terdiri daripada 34 pegawai daripada
MySPIKE dan TiPS disediakan bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
oleh orang ramai.

Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia atau secara ringkasnya
MySPIKE merupakan sistem pangkalan data berpusat yang dibangunkan untuk
meningkatkan sistem penyampaian dan pengurusan SPKM. Manakala TiPS pula
merupakan sistem atas talian yang dibangunkan untuk mengumpul,  menganalisa
potensi dan kompetensi Pengajar TVET serta latihan yang diperlukan untuk merapat
jurang kemahiran yang wujud pada setiap Pengajar TVET supaya latihan yang
berkualiti dapat disampaikan kepada pelatih. Ia juga akan dapat membangunkan
pengajar bidang kemahiran bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten,
berdisiplin dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi.

Semoga segala langkah Jabatan dan Kementerian ini dapat memantapkan
pembangunan modal insan terbaik di bidang TVET, memantapkan latihan
kemahiran bagi menyokong pembangunan industri dan penguasaan teknologi, dan
seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja
mahir dari negara luar. Akhir kata, saya ingin menzahirkan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua warga JPK yang sentiasa memberi sokongan
dan kerjasama untuk memastikan JPK terus berada di persada kecemerlangan.
Saya berharap kita semua terus bersatu hati untuk bergerak seiringan dalam
mengharungi cabaran yang mendatang bagi memastikan JPK sentiasa gemilang
dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

Ts Zaihan Bin Shukri
Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran
Jabatan Pembangunan Kemahiran

6 laporan tahunan jpk

Pengurusan Tertinggi Jabatan Pembangunan Kemahiran

Dari kiri : Dr. Mohd Rashid Bin Buyong Hamzah (Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)),
Pn. Hjh. Zuleah Bt Darsong (Pengarah CIAST), Ts. Dr. Mohamad Bin Sulaiman (Timbalan
Ketua Pengarah (Pembangunan)), En. Zaihan Bin Shukri (Ketua Pengarah)

Dari kiri : Pn. Molinda Abd Rahman (Pengarah PPP), En. P.Jeevananth A/L Paliah
(Pengarah KPSM), Dr. Mohd Faizal Tokeran (Pengarah P&KS), En. Abd Halim Hasan
(Pengarah W. Selatan), Dr. Hj. Ghalip Spahat (Pengarah NOSS), Pn. Faizah Harun
(Pengarah KS), Dr. Aruna Ismail@ Abd Wahab (Pengarah BPT) En. Mohd Sukri Ismail
(Pengarah BPK), Dr. Hjh. Ruminah Muhammad Zain (Pengarah W. Tengah)

7 laporan tahunan jpk

PROFIL KORPORAT

Ts. Zaihan Bin Shukri
Ketua Pengarah
Dr. Mohd Rashid Bin Buyong Hamzah
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Ts. Dr. Mohamad Bin Sulaiman
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)

Pn. Hjh. Zuleah Bt Darsong
Pengarah CIAST

Dr. Aruna Bt Ismail@ Abd Wahab
Pengarah Bahagian Pentauliahan (BPT)

8 laporan tahunan jpk

PROFIL KORPORAT

En. Mohd Sukri Bin Ismail
Pengarah Bahagian
Kompetensi Persijilan (BPK)

Pn. Faizah Bt Harun
Pengarah Bahagian Kerjasama Strategik
(BKS)
Dr. Hj. Ghalip Bin Spahat
Pengarah Bahagian National
Occupational Skills Standard (NOSS)
Dr. Mohd Faizal Bin Tokeran
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
dan Kawal Selia (P&KS)
Pn. Molinda Bt Abd Rahman
Pengarah Bahagian Perancangan,
Penyelidikan dan Pembangunan (PPP)
En. P.Jeevananth A/L Paliah
Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan Sumber Manusia (KPSM)

9 laporan tahunan jpk

PROFIL KORPORAT

Pengarah Bahagian Pemantauan Projek
Dr. Hjh. Ruminah Bt Muhammad Zain
Pengarah JPK Wilayah Tengah

En. Abd Halim Bin Hasan
Pengarah JPK Wilayah Selatan
Pn. Wan Fadzilah Bt Wan Dagang
Pengarah JPK Wilayah Timur
En. Mohd Azmir Bin Ahmad
Pengarah JPK Wilayah Utara
En. Mohd Azmi Bin Pelah
Pengarah JPK Wilayah Sabah
Hj. Sudirman Bin Suratin
Pengarah JPK Wilayah Sarawak

10 laporan tahunan jpk

PENGENALAN

laporan tahunan jpk
laporan tahunan jpk

Visi Peneraju Dalam Pembangunan
Sumber Manusia Mahir Bertaraf
Dunia

Membangunkan Sumber
Manusia Yang Berpengetahuan

Misi(K-Pekerja) Dan Berdaya Saing

Menyelaras dan mengawal pelaksanaan latihan
kemahiran bagi melahirkan K-Pekerja untuk keperluan
pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan
antarabangsa

objektif

Menyelidik dan membangunkan standard kekompetenan
pekerjaan dan kepakaran bagi meningkatkan kualiti
sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi negara

12 laporan tahunan jpk

Membimbing pembelajaran/penyelidikan
berkenaan latihan kemahiran

Menilai keperluan Fungsi Melaksanakan
latihan program persijilan
jabatan latihan kebangsaan
Membantu dan
meningkatkan Mempromosikan
sistem latihan
keupayaan kemahiran
kemahiran individu

Membangunkan, meluluskan dan
menyemak standard kemahiran

kebangsaan

Piagam Pelanggan

1. Melahirkan pekerja mahir bagi menampung keperluan industri negara melalui
pentauliahan program latihan kemahiran di pusat bertauliah dan mencapai sekurang-
kurangnya 90% siap proses pentauliahan dalam tempoh tiga bulan bagi setiap

1. permohonan.
22.. MMeemmpprroosseesssseemmuuaappeerrmmoohhoonnaannPPerearkaukaunandadnaPnePnegnikgtiikrtaifraanfaTnenPaegrasoPneenlgPajuasradtan

BTeenratagualPiaahka(TreIndaugastPrieNneggaajarra)ddaalanmPetermsopnoehl 5P0enhialariadnardiaTnarVikehripfiekramsiodhaolnaamn lengkap
tdeitmerpiomha;3d0ahnari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima

3. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3)
hari.

313 laporan tahunan jpk

KAJIAN SEPARUH PENGGAL
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS
(KSP RMK 11)

ENAM TONGGAK DASAR KSP RMK-11

1 Mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan
ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam

2 Memperkukuh pembangunan inklusif dan
kesejahteraan rakyat

3 Menuju ke arah
pembangunan
wilayah yang
seimbang

4 Memperkasa modal insan
5 Mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui

pertumbuhan hijau
6 Memperkukuh pertumbuhan ekonomi

TERAS STRATEGIK DAN PEMACU PERUBAHAN

1. Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama
2. Meningkatkan kesejahteraan rakyat
3. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
4. Menuju pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya

tahan
5. Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
6. Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran

14 laporan tahunan jpk

PELAN STRATEGIK KSM 2018-2020

ENAM (6) TERAS STRATEGIK KSM

1. Meningkatkan Modal Insan yang Relevan, Kompeten dan Berdaya Saing
untuk Memenuhi Keperluan Ekonomi Negara

2. Mengutamakan Peluang Pekerjaan kepada Warganegara

3. Memelihara dan Meningkatkan Perhubungan Perusahaan yang
Kondusif, Matang dan Harmoni serta Menjamin Hak Pekerja dan
Majikan

4. Mengamalkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat yang Dinamik

5. Memantapkan Jaringan Keselamatan Sosial yang Progresif dan
Komprehensif kepada Seluruh Lapisan Pekerja

6. Memantap dan Memperkasakan Tadbir Urus KSM

PELAN RETREAT JPK 2018-2020

Strategi 1: Strategi 2:
Memantapkan Memperkukuhkan
dan meningkatkan kompetensi tenaga
kualiti latihan pengajar untuk menjadi
lebih dinamik dan
responsif dengan
perubahan persekitaran

Strategi 3: pelan Strategi 4:
Memantapkan Memperkasa
retreat promosi dan
pengurusan publisiti serta
sumber jpk pengurusan media
manusia yang lebih dinamik
dan terkini

Strategi 5: Strategi 6:
Meningkatkan Menambahbaik
kerjasama industri dan meningkatkan
di peringkat kualiti standard
dan kurikulum
nasional
jabatan

15 laporan tahunan jpk

ROLLING PLAN 4

LAPAN (8) PROJEK
ROLLING PLAN 4

1 1. Pembangunan 22. Memperkasakan 33. Pembangunan 44. Pembangunan
Kurikulum Sistem Latihan Kepakaran dan e-Profiling
dan Standard Dual Nasional Latihan Semula Pengajar
Kemahiran (SLDN) - (Reskilling) TVE T
Pekerjaan Pembangunan Tenaga Pengajar
Kebangsaan. Bahan TVET
(NOSS) Pengajaran Dan
Pembelajaran
SLDN

51. Memperluaskan 61. Program 71. Menaiktaraf 81. Perkongsian
Jalinan Kerjasama Penilaian Star dan Tenaga
Strategik Dengan Rating Pusat Membaikpulih Pengajar
Industri Melalui Bertauliah Bangunan di ILKA/ ILKS/
Pelantikan Pusat Latihan Industri
Industry Lead Pengajar dan melalui
Body (ILB) Kemahiran Latihan
Lanjutan Sangkutan
(CIAST) Shah Industri (LSI)
Alam

16 laporan tahunan jpk

KERANGKA ‘BLUEPRINT’
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
BERKEMAHIRAN

ENAM (6) KLUSTER STRATEGIK JPK 2018-2020

Persijilan & Pembiayaan
Pengiktirafan Latihan

2 3

Tadbir Urus Kualiti Latihan
TVET
4
1
5
Kerjasama
Strategik

6
Promosi

17 laporan tahunan jpk



TUTAVRDEBUITSR

laporan tahunan jpk
laporan tahunan jpk

1.1 MAJLIS PEMBANGUNAN
KEMAHIRAN KEBANGSAAN (MPKK)

Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) merupakan suatu Majlis
yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta
652]. Majlis ini bertanggungjawab meluluskan Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (SKPK), menasihati Menteri Sumber Manusia tentang perkara-perkara
yang berhubungan dengan akta ini dan perkara yang dirujukkan kepadanya oleh
Menteri serta melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan
dalam akta ini.

1.1.1 Keanggotaan Majlis

Keanggotaan MPKK adalah terdiri daripada anggota yang telah dilantik oleh YB
Menteri Sumber Manusia. Pada tahun 2020, seramai 21 anggota MPKK baharu
telah dilantik untuk tempoh tiga (3) tahun bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Julai
2023. Senarai anggota MPKK sesi 2020-2023 adalah seperti dinyatakan dalam
Jadual 1.1. Majlis penyerahan watikah pelantikan anggota baharu MPKK dan sesi
amanat oleh YB Menteri Sumber Manusia telah diadakan pada 3 September 2020
bertempat di Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Jadual 1.1: Senarai Ahli Anggota MPKK Sesi 2020-2023

BIL KEANGGOTAAN MAJLIS AHLI MAJLIS

1 seorang Pengerusi Datuk Haji Awang Bin Hashim
Timbalan Menteri
seorang anggota mewakili Kementerian Sumber Manusia

2 Kementerian yang Dato’ Jamil bin Rakon
bertanggungjawab bagi Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Manusia
sumber manusia (Timbalan Pengerusi MPKK)

3 Ketua Pengarah Ts. Zaihan Bin Shukri
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran

4 seorang anggota mewakili Encik Luqman bin Ahmad
Unit Perancang Ekonomi di Pengarah
Jabatan Perdana Menteri Seksyen Pembangunan Modal Insan
Unit Perancang Ekonomi

20 laporan tahunan jpk

BIL KEANGGOTAAN MAJLIS AHLI MAJLIS

Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed

5 seorang anggota mewakili Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Perkhidmatan Awam

seorang anggota mewakili Tuan Haji Azman bin Adnan
Pengarah
6 Kementerian yang Bahagian Pendidikan Latihan Teknik
bertanggungjawab bagi dan Vokasional (BPLTV)
Kementerian Pendidikan Malaysia
pelajaran

seorang anggota mewakili Ts. Zainab binti Ahmad
Ketua Pengarah
7 Kementerian yang Jabatan Pendidikan Politeknik dan
bertanggungjawab bagi Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
pengajian tinggi

8 seorang anggota mewakili Datuk Dr. Hajah Wasitah binti Haji
Kementerian yang Mohd. Yusof
bertanggungjawab bagi belia Pengarah Kemahiran
dan sukan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Kementerian Belia dan Sukan

seorang anggota mewakili Encik Mahzan Bin Teh
Pengarah Kemahiran dan Teknikal
9 Kementerian yang Majlis Amanah Rakyat (MARA)
bertanggungjawab bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah
pembangunan usahawan
Tuan Haji Mohd Sufian Bin
seorang anggota mewakili Sulaiman
Pengarah Kanan
10 Kementerian yang Bahagian Taman Laut dan Pengurusan
bertanggungjawab bagi Sumber
Kementerian Pertanian dan Industri
pertanian Asas Tani

seorang anggota mewakili Encik Azhar Bin Ahmad

11 Kementerian yang Ketua Penolong Setiausaha
bertanggungjawab bagi kerja Bahagian Dasar dan Antarabangsa

raya Kementerian Kerja Raya

21 laporan tahunan jpk

BIL KEANGGOTAAN MAJLIS AHLI MAJLIS

12 enam orang anggota Encik Abdul Wahab bin Abu
mewakili sektor swasta Bakar
Vice President
seorang anggota yang Persatuan Majikan-Majikan Malaysia
(MEF)
13 mewakili penyedia latihan
Encik Jey Kumar a/l P Rama
kemahiran swasta Timbalan Presiden
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
14 seorang anggota mewakili (MTUC)
pertubuhan wanita
Dato’ Nathan K Suppiah
dua orang anggota yang Vice President
Federation of Malaysian Manufacturers
mempunyai, pada pendapat (FMM)

15 Menteri, pengetahuan khas Encik Mohamad Halim Merican
Presiden
atau pengalaman dalam Malaysian Association of Hotels (MAH)

latihan kemahiran Dato’ Dr. Ir. Andy Seo Kian Haw
Penasihat
Persatuan Teknologi Malaysia (TAM)

Encik Mohamad Asri Ahmad
Leader
Enterprise Hybrid Cloud Service /
Teknologi Maklumat

Encik Sailanatan a/l Podian
Presiden
Federation of JPK Accredited Centers
Malaysia (FeMAC)

Puan Sarojini Ruth Rajahser
Presiden
National Association of Women,
Enterpreneurs of Malaysia (NAWEM)

Dr. Kalaivani Chellapan
Pensyarah Kanan
Program Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik, UKM

Datin Ts. Dr. Norsaadah bt.
Zakaria
Pengasas Clotech Atelier Academy

22 laporan tahunan jpk

Ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan
(MPKK) bagi Sesi 2020-2023

Ketua Pengarah
Pembangunan
Kemahiran
Menerima
Watikah
Pelantikan

Anggota Baharu
MPKK

Majlis
Penerimaan

Watikah
Pelantikan

daripada
YB Menteri

Sumber
Manusia

Sesi Amanat YB Menteri Sumber Manusia Kepada Ahli
MPKK yang baharu di PSMB pada 3 September 2020

23 la2p3oralnaptoarhaunnatanhjupknan jpk

1.1.2 Mesyuarat MPKK

Sepanjang tahun 2020, sebanyak dua (2) mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB
Timbalan Menteri Sumber Manusia selaku Pengerusi MPKK telah dilaksanakan
bagi membincangkan isu dan cabaran pelaksanaan latihan TVET melalui Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) selain meluluskan 93 Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). Tarikh dan lokasi mesyuarat adalah seperti di
Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Tarikh Mesyuarat MPKK bagi Tahun 2020

BIL MESYUARAT TARIKH & LOKASI BIL. NOSS DILULUSKAN
1 MPKK Bil. 1/2020
3 September 2020 60 NOSS

Ballroom PSMB, Kuala
Lumpur

2 *MPKK Bil. 13 November 2020 33 NOSS
2/2020
Bilik Wawasan, JPK
Putrajaya

MPKK Bil. 2/2020 Nota: *Dilaksanakan secara dalam talian

Mesyuarat MPKK Bil.1/2020 yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri
Sumber Manusia di PSMB pada 3 September 2020

24 laporan tahunan jpk

1.1.3 Jawatankuasa di Bawah MPKK

Seksyen 8(1) dalam Akta 652 menyatakan bahawa Majlis boleh menubuhkan apa-
apa jawatankuasa yang difikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantunya
melaksanakan fungsinya di bawah akta ini. Sepanjang penubuhan MPKK sehingga
Disember 2020, sebanyak dua (2) Jawatankuasa dan enam (6) Jawatankuasa Kerja
telah ditubuhkan dengan fungsinya tersendiri seperti dinyatakan dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3 : Senarai Jawatankuasa dan Jawatankuasa Kerja
di bawah MPKK serta Fungsinya

BIL JAWATANKUASA FUNGSI
DI BAWAH MPKK

Bertanggungjawab dalam menilai

penyetaraan program persijilan kemahiran

Jawatankuasa Penilaian Malaysia dengan kelayakan kemahiran lain

1 dan Pengiktirafan yang dikeluarkan oleh mana-mana badan
Kelayakan Kemahiran atau organisasi dalam dan luar Malaysia

(JPPKK) (kecuali bagi program atau kelayakan yang

dikeluarkan oleh badan profesional seperti

CIDB, Suruhanjaya Tenaga dan lain-lain)

Bertanggungjawab dalam mengesah

2 Jawatankuasa Teknikal dan memperaku Standard yang telah
Standard (JTS) dibangunkan selaras dengan keperluan

industri negara untuk kelulusan MPKK

3 Jawatankuasa Kerja Bertanggungjawab dalam menyelaras tadbir
Tadbir Urus TVET urus TVET bagi menjadikan latihan TVET
lebih efektif

Jawatankuasa Bertanggungjawab dalam mengharmoni
hubungan di antara JPK dengan regulatory
4 Kerja Persijilan & body yang lain untuk mengelakkan
pertindihan kuasa serta mewujudkan laluan
Pengiktirafan kerjaya yang lebih jelas

5 Jawatankuasa Kerja Bertanggungjawab dalam merangka kaedah
Pembiayaan Latihan pembiayaan latihan yang lebih produktif

25 laporan tahunan jpk

BIL JAWATANKUASA FUNGSI
DI BAWAH MPKK
Bertanggungjawab dalam mencadangkan
Jawatankuasa Kerja mekanisme pelaksanaan latihan yang lebih
signifikan selaras dengan keperluan industri
6 Peningkatan Kualiti negara

Latihan TVET Bertanggungjawab dalam mewujudkan
kerjasama strategik di antara kerajaan,
7 Jawatankuasa Kerja industri serta pusat latihan bagi
Kerjasama Strategik merancakkan pelaksanaan TVET

8 Jawatankuasa Kerja Bertanggungjawab dalam menjenama
Promosi semula bagi meningkatkan tahap
penerimaan masyarakat berkaitan TVET

1.1.4 Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS)

Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) merupakan suatu Jawatankuasa yang
ditubuhkan di bawah MPKK bagi melaksanakan fungsi Majlis yang diperuntukkan
di bawah Seksyen 4(a) Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]
iaitu meluluskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational
Skills Standard). Fungsi JTS adalah:

Mengesahkan 1 Memperakukan
dokumen Standard 2 Standard untuk
yang disyorkan oleh kelulusan Majlis
Jawatankuasa Teknikal
Penilaian Standard 3 Pembangunan

(JTPS) mengikut Kemahiran
Garis Panduan yang Kebangsaan
ditetapkan Jabatan
Membantu Jabatan
Mengesahkan Standard mempromosikan
yang telah dibangunkan
sejajar dengan keperluan penggunaan Standard

industri negara 4 ke industri negara.

2626 lalpaoporranantathahuunnananjpjkpk

Pada tahun 2020, pelantikan anggota JTS baharu yang

melibatkan 94 anggota telah dibuat untuk tempoh 2020
dua (2) tahun bermula 1 September 2020 hingga 31
Ogos 2022. Keanggotaan JTS ini melibatkan pelbagai JTSPerlantikan Anggota
kategori yang merangkumi wakil pihak berkepentingan, baharu
wakil institusi latihan kemahiran dan wakil peneraju
industri berdasarkan kepada seksyen dalam Malaysia melibatkan
Standard Industrial Classification (MSIC).

Sepanjang tahun 2020, satu (1) taklimat kepada 94 anggota
anggota JTS baharu dan empat (4) mesyuarat JTS telah

dilaksanakan dan sebanyak 33 NOSS telah diperaku

untuk kelulusan MPKK merangkumi 14 NOSS baharu

dan 19 NOSS kaji semula. Tarikh pelaksanaan sesi

taklimat dan mesyuarat JTS adalah seperti di Jadual 1.4

manakala statistik NOSS yang diperaku adalah seperti

di rajah 1.1.

Jadual 1.4: Sesi Taklimat JTS Sesi 2020-2022

NAMA AKTIVITI TARIKH LOKASI
8 September 2020 Bangi Resort Hotel
Taklimat JTS Sesi
2020–2022 24 September 2020 Sama-Sama Hotel, KLIA

Mesyuarat JTS Bil. 4 November 2020 JPK Cyberjaya & Dalam
1/2020 10 November 2020 Talian (Google Meet)
11 November 2020
Mesyuarat JTS Bil. JPK Cyberjaya & Dalam
2/2020 Talian (Google Meet)

Mesyuarat JTS Bil. JPK Cyberjaya & Dalam
3/2020 Talian (Google Meet)

Mesyuarat JTS Bil.
4/2020

27 laporan tahunan jpk

Statistik Standard yang diperaku oleh JTS mengikut
MSIC dan Tahap

4 2 22

3
22 22

11 11 1 1 1 11 11 1

A C EF J M O NCS

TAHAP
1 2 34 5

SEKSYEN TAJUK
A
C Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
Pembuatan
E Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa Dan Aktiviti
Pemulihan
F Pembinaan
J Maklumat Dan Komunikasi
M Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
NCS National Competency Standard
O Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Sosial Wajib

Rajah 1.1 : Standard yang diperaku oleh Mesyuarat
JTS pada Tahun 2020

28 laporan tahunan jpk

Taklimat
Jawatankuasa

Teknikal
Standard (JTS)

kepada Ahli
Baharu JTS pada

8 September
2020 di Bangi

Resort Hotel

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS) Bil.
1/2020 pada 24 September 2020 di Sama-Sama Hotel
KLIA, Sepang Selangor.

2929 lalpaoporranantathahuunnananjpjkpk

Mesyuarat JTS Bil. 2/2020 pada 4 November 2020
dilaksanakan secara dalam talian

Mesyuarat JTS Bil. 3/2020 pada 10 November 2020
dilaksanakan secara dalam talian

Mesyuarat JTS Bil. 4/2020 pada 11 November 2020
dilaksanakan secara dalam talian

30 laporan tahunan jpk

1.2 AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEBANGSAAN 2006 [AKTA 652]

Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta
652] telah diwartakan pada 29 Jun 2006 setelah mendapat
perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong pada 15 Jun 2006. Akta 652 merupakan
suatu Akta untuk menggalakkan, melalui latihan kemahiran,
pembangunan dan perbaikan keupayaan seseorang, yang
diperlukan untuk kerjaya serta mengadakan peruntukan bagi
perkara lain yang berkaitan dengannya.


 

Akta 652 ini mula berkuat kuasa pada 1 September 2006
dan nama bagi Jabatan ditukarkan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
daripada nama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Nama dan peranan
baru JPK telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia pada
23 November 2006 di Hotel Marriott, Putrajaya. Akta 652 ini mengandungi 12
Bahagian dengan 74 Seksyen seperti dinyatakan dalam Jadual 1.5 berikut:

Jadual 1.5: Senarai Bahagian dan Seksyen dalam Akta 652

BAHAGIAN PERKARA SEKSYEN

I Permulaan 1-2
II Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 3-16
III Pelantikan Pegawai 17-19
IV Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 20-22
V Pentauliahan 23-30
VI Rayuan 31-33
VII Sijil dan Pengiktirafan 34-36
VIII Pemeriksaan Penyedia Latihan Kemahiran 37-39
IX Penguatkuasaan dan Penyiasatan 40-51
X Kesalahan dan Penalti 52-66
XI Am 67-73
XII Peruntukan Peralihan dan Kecualian 74

Aktiviti semakan terhadap Akta 652 telah bermula pada tahun 2018 dan beberapa
siri bengkel telah diadakan sepanjang tahun 2019 dan 2020. Semakan Akta 652 ini
dibuat selaras dengan penambahbaikan proses dan pelaksanaan Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM). Justifikasi keperluan pindaan Akta 652 adalah
seperti berikut:

31 laporan tahunan jpk

Peningkatan tahap pelaksanaan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia sehingga
kelayakan kemahiran Ijazah Kedoktoran
Kemahiran Malaysia (Tahap 8);

Penggiatan kolaborasi industri bersama
Penyedia Latihan Kemahiran menerusi
penambahan keanggotaan Majlis Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (MPKK);

Peningkatan kualiti penyampaian latihan
kemahiran menerusi peranan pakar industri
dalam melaksanakan Verifikasi Persijilan;

Pengukuhan Seksyen 29 Akta 652 berkaitan
tindakan penggantungan dan pembatalan
Sijil Pentauliahan; dan

Penyelarasan elemen-elemen yang mempunyai
hubung kait di antara Akta Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] dan Akta
Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta
640].

32 laporan tahunan jpk

1.2.1 Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan di Bawah Akta 652

Bagi memastikan penambahbaikan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran
Malaysia (SPKM) sentiasa dilaksanakan secara berterusan, beberapa peraturan di
bawah Akta 652 telah digubal. Sepanjang tahun 2020, hanya satu (1) Peraturan-
peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan telah diwartakan di bawah Akta 652
iaitu Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pengkompaunan
Kesalahan) 2020 menjadikan jumlah keseluruhan Peraturan-peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan telah diwartakan di bawah Akta 652 adalah sebanyak 24
peraturan seperti dinyatakan dalam Jadual 1.6.

Jadual 1.6 : Peraturan-Peraturan yang telah Diwartakan di Bawah Akta 652

BIL TARIKH NO P.U TAJUK
PEWARTAAN
Peraturan-Peraturan Pembangunan
1 15-06-2020 P.U. (A) Kemahiran Kebangsaan
184/2020 (Pengkompaunan Kesalahan) 2020

2 12-12-2019 P.U. (A) Peraturan-Peraturan Pembangunan
346/2019 Kemahiran Kebangsaan (Penepian
Fi Kepada Pelatih Di Pusat Latihan
3 12-12-2019 P.U. (A) Gurney, Kuala Lumpur) 2019
347/2019
Peraturan-Peraturan Pembangunan
4 26-07-2019 P.U. (A) Kemahiran Kebangsaan (Penepian
210/2019 Fi Kepada Pelatih Di Monfort Youth
Centre, Melaka) 2019
5 17-07-2019 P.U. (A)
198/2019 Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
Kepada Orang Kurang Upaya) 2019

Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
Kepada Pusat Bertauliah) 2019

33 laporan tahunan jpk

BIL TARIKH NO P.U TAJUK
PEWARTAAN

6 31-05-2019 P.U. (A) Peraturan-Peraturan Pembangunan
159/2019 Kemahiran Kebangsaan (Fi Dan Caj)
(Pindaan) 2019

7 11-10-2018 P.U. (A) Peraturan-Peraturan Pembangunan
256/2018 Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
Kepada Murid Berkeperluan Khas) 2018
8 15-05-2018 P.U. (A)
116/2018 Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
9 05-04-2018 P.U. (A) Kepada Pelatih Di Pusat Bertauliah)
90/2018 2018

10 21-11-2017 P.U. (A) Peraturan-Peraturan Pembangunan
354/2017 Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
Kepada Pusat Bertauliah) 2018
11 21-11-2017 P.U. (A)
355/2017 Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
12 29-07-2016 P.U. (A) Kepada Pelatih Sistem Latihan Dual
217/2016 Nasional Di Jabatan Penjara Malaysia)
2017
13 04-04-2016 P.U. (A)
86/2016 Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian
14 05-02-2016 P.U. (A) Fi Kepada Pelatih Di Pusat Latihan
35/2016 Gurney, Kuala Lumpur) 2017

15 18-12-2014 P.U. (A) Peraturan-peraturan Pembangunan
337/2014 Kemahiran Kebangsaan (Penepian
Fi Kepada Pelatih Di Montfort Youth
Centre, Melaka) 2016

Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Fi Dan Caj)
2016

Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
Kepada Pelatih Di Pusat Bertauliah)
2016

Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
Kepada Ahli Pertubuhan Orang Cacat
Penglihatan Malaysia, Cawangan
Sarawak) 2014

34 laporan tahunan jpk

BIL TARIKH NO P.U TAJUK
PEWARTAAN
Peraturan-Peraturan Pembangunan
16 17-10-2014 P.U. (A) Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
282/2014 Kepada Pelatih Di Montfort Boys Town,
Shah Alam, Selangor) 2014
17 12-09-2014 P.U. (A)
256/2014 Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
18 09-04-2014 P.U. (A) Kepada Ahli Persatuan Bagi Orang Buta
97/2014 Malaysia) 2014

19 22-08-2013 P.U. (A) Peraturan-Peraturan Pembangunan
266/2013 Kemahiran Kebangsaan (Penepian
Fi Kepada Pengajar Jabatan Tenaga
20 22-08-2013 P.U. (A) Manusia) 2014
267/2013
Peraturan-Peraturan Pembangunan
21 22-08-2013 P.U. (A) Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
268/2013 Kepada Pelatih Di Pusat Bertauliah)
2013
22 17-10-2011 P.U. (A)
350/2011 Peraturan-Peraturan Pembangunan
Kemahiran Kebangsaan (Penepian Fi
23 14-10-2011 P.U. (A) Kepada Ahli Sabah Society For The
346/2011 Blind) 2013

24 14-10-2011 P.U. (A) Peraturan-Peraturan Pembangunan
347/2011 Kemahiran Kebangsaan (Penepian
Fi Kepada Pemenang Pertandingan
Kemahiran Di Peringkat Kebangsaan
Atau Antarabangsa) 2013

Perintah Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan (Pengecualian Fi Dan Caj
Kepada Montfort Youth Training Centre,
Kota Kinabalu, Sabah) 2011

Perintah Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan (Pengecualian Fi Dan
Caj Bagi Permohonan Pentauliahan
Penyedia Latihan Sistem Latihan Dual
Nasional) 2011

Perintah Pembangunan Kemahiran
Kebangsaan (Pengecualian Fi Dan Caj
Kepada Montfort Boys Town, Shah
Alam, Selangor) 2011

35 laporan tahunan jpk

1.3 PEMATUHAN TERHADAP DASAR DAN
PERUNTUKAN PERUNDANGAN
DI BAWAH AKTA 652

1.3.1 Pemeriksaan dan Pemantauan
Pusat Bertauliah

Lawatan pemeriksaan ke atas Pusat Bertauliah dijalankan sebagaimana peruntukan
di bawah Seksyen 38, Akta 652 iaitu pemeriksaan hendaklah dibuat dari semasa ke
semasa. Ini bagi memastikan pelaksanaan latihan kemahiran oleh Pusat Bertauliah
mematuhi keperluan Akta 652 serta mengikut peraturan dan syarat yang telah
ditetapkan.

Sepanjang tahun 2020, sebanyak 25 lawatan di bawah Seksyen 38 dan lima (5)
lawatan pemantauan pengiklanan telah dibuat. Manakala, Jadual 1.7 menunjukkan
jenis tindakan yang telah dikenakan ke atas program bertauliah dan bilangan
pusat bertauliah yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan.
Penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan aktiviti pemeriksaan di bawah
Seksyen 38 dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi
Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN).

25

Lawatan
di Bawah
Seksyen 38

5

Lawatan
Pemantauan
Pengiklanan

3636 lalpaoporranantathahuunnananjpjkpk

Jadual 1.7 : Bilangan Pusat Bertauliah dan Program Bertauliah
Mengikut Jenis Tindakan

JENIS TINDAKAN BILANGAN PUSAT BILANGAN PROGRAM
BERTAULIAH YANG BERTAULIAH YANG

TERLIBAT DIKENAKAN TINDAKAN

Amaran 2 3
Pembatalan 3 7
Pentauliahan Program

Tindakan Secara 1 1
Pentadbiran

1.3.2 Kawalan Pengiklanan

Seksyen 53 (Larangan ke atas pengiklanan, dsb) dan Seksyen 54 (Kawalan
pengiklanan) dalam Akta 652 diadakan bagi memastikan iklan berkaitan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) oleh Pusat Bertauliah adalah sahih dan
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti dalam Rajah 1.2.

Menyatakan Hanya dibenarkan 3 Hendaklah 4
maklumat untuk program mengutamakan
lengkap PB yang telah Tidak
dibenarkan penggunaan
1 dan program 2 ditauliahkan menggunakan Bahasa
bertauliah dan masih Jata Negara
bagi PB JPK Kebangsaan dan
dalam tempoh penggunaan
pentauliahan dwibahasa jika

melibatkan bahasa
lain

Menyatakan Tidak Tidak Tidak
tema dibenarkan mengandungi mengandungi
menggunakan pernyataan yang maklumat palsu,
pembiayaan 6 logo JPK mendiskriminasikan tidak benar,
5 latihan kaum, jantina dan menyinggung
perasaan dan
agama mengelirukan 8

7

Rajah 1.2 : Kriteria Pengiklanan bagi Pematuhan Akta 652

37 laporan tahunan jpk

14

06 06
03
02 02

Tengah Utara Timur Selatan Sabah Sarawak

Jumlah keseluruhan = 33 Permohonan

Rajah 1.3 : Bilangan permohonan Pengiklanan oleh Pusat Bertauliah
mengikut zon

Sepanjang tahun 2020 sebanyak 33 permohonan pengiklanan telah diproses seperti
dinyatakan dalam Rajah 1.3. Sebanyak 29 (88%) permohonan telah diluluskan
dan 4 (12%) permohonan tidak diluluskan disebabkan gagal memenuhi kriteria
pengiklanan yang ditetapkan

12% 88%
Tidak Lulus Lulus

38 laporan tahunan jpk 4

1.4 TRANSFORMASI PENDIDIKAN DAN
LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
(TVET) UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN
INDUSTRI

1.4.1 Sistem Akreditasi Tunggal

Merujuk kepada dokumen RMK-11, di bawah strategi 1: Memperkukuh Tadbir
Urus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau Technical and
Vocational Education and Training (TVET) untuk pengurusan yang lebih baik
dengan memantapkan kerangka kelayakan nasional dan mengharmonikan pelbagai
sistem penarafan bagi institusi TVET awam dan swasta. Sektor TVET yang tidak
bersepadu akan diperkukuh melalui penubuhan sistem tunggal yang akan diguna
pakai oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan JPK bagi tujuan penyelarasan
dan pemantauan yang lebih baik. Sistem baharu ini akan mengakreditasi program
TVET yang ditawarkan oleh institusi TVET awam dan swasta berdasarkan Kerangka
Kelayakan Malaysia (MQF) yang disemak semula bagi membolehkan mobiliti
pelajar antara semua institusi TVET. Rajah 1.4 menunjukkan Kerangka Kelayakan
Malaysia yang dikaji semula.

Rajah 1.4 : Kerangka Kelayakan Malaysia yang dikaji semula

39 laporan tahunan jpk

Proses pembangunan Sistem Akreditasi Tunggal telah bermula pada Mac 2016
selepas persetujuan diperolehi daripada Jemaah Menteri pada 30 Januari 2019.
Penggabungan dua kod amalan iaitu Code of Practice for Programme Accreditation
(COPPA) di bawah Malaysian Qualifications Agency Act 2007 [Act 679] dan Kod
Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) di bawah National Skills
Development Act 2006 [Act 652] telah membentuk satu sistem baharu yang
dinamakan Kod Amalan Akreditasi Program TVET (Code Of Practice For TVET
Programme Accreditation, (COPTPA). COPTPA yang dibangunkan bersama MQA,
JPK dan pakar TVET akan menjadi rujukan kepada Pemberi Pendidikan Tinggi
(PPT) yang terdiri daripada penyedia TVET, panel penilai MQA dan JPK, pegawai
MQA dan JPK, penggubal dasar dan lain-lain pihak berkepentingan yang berkaitan.

Pada 30 Ogos 2019, MQA telah membuat hebahan melalui Pekeliling MQA
Bil.10/2019 berkenaan Pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET:
Pemakaian Kod Amalan Akreditasi Program TVET (Code Of Practice For TVET
Programme Accreditation, COPTPA) di mana pemakaian kod ini akan mula
dikuatkuasakan pada 1 Februari 2020. Bermula tarikh ini, penilaian program
TVET yang merangkumi aspek pemilihan pelajar perlu mematuhi syarat kelayakan
masuk berdasarkan COPTPA. Merujuk kepada Pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti
Tunggal TVET, COPTPA akan digunakan dalam pelaksanaan jaminan kualiti
program-program TVET oleh MQA dan JPK.

COPTPA menggariskan skop program TVET dan standard minimum pelbagai
keperluan khusus program TVET sebagai rujukan kepada PPT dalam penawaran
dan jaminan kualiti program pengajian di Malaysia. Ianya adalah menepati
kehendak dan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia dan telah menyenaraikan
tujuh (7) bidang penilaian seperti berikut:

1 2 3 4
Staf Pengajar
Pembangunan Penilaian Pemilihan
dan Pelajar dan Khidmat

Penyampaian Sokongan
Program Pelajar

5 6 7

Sumber Pengurusan Pemantauan,
Pendidikan Program Semakan dan
Penambahbaikan
Kualiti Berterusan

Program

40 laporan tahunan jpk

1.4.2 Jawatankuasa Teknikal Bersama
(Joint Technical Committee, JTC)

Bagi menyelaras pelaksanaan Sistem Akreditasi Tunggal berdasarkan COPTPA,
Jawatankuasa Teknikal Bersama (Joint Technical Committee, JTC) antara JPK dan
MQA telah diwujudkan. Terdapat empat (4) Jawatankuasa Kecil telah ditubuhkan
di bawah JTC iaitu:

Jawatankuasa
Kecil Hebahan

Jawatankuasa Kecil
Pembangunan Daftar
Occupational/Industry
Standard and Prctices

Jawatankuasa Jawatankuasa Kecil
Kecil Pool of Proses
Assessors

Sepanjang tahun 2020, sebanyak tiga (3) mesyuarat JTC yang dipengerusikan
secara bersama oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran dan Ketua
Pegawai Eksekutif MQA telah diadakan. Antara perkara yang dibincangkan adalah
pelaporan aktiviti setiap Jawatankuasa Kecil serta perkara-perkara lain berkaitan
proses akreditasi tunggal berdasarkan COPTPA. Jadual 1.8 menunjukkan tarikh
pelaksanaan mesyuarat JTC dan Jadual 1.9 pula merupakan senarai ahli bagi
Jawatankuasa Teknikal Bersama.

41 laporan tahunan jpk

Jadual 1.8 : Pelaksanaan Mesyuarat JTC bagi Tahun 2020

NO MESYUARAT TARIKH & LOKASI URUS SETIA

17 Februari 2020 JPK

1 Mesyuarat JTC Bil. 1/2020 Bilik Gerakan KSM,

Kompleks D Putrajaya

11 Ogos 2020 MQA

2 *Mesyuarat JTC Bil. 2/2020 Dilaksanakan secara

dalam talian

10 November 2020 JPK

3 *Mesyuarat JTC Bil. 3/2020 Dilaksanakan secara

dalam talian

Nota: * Mesyuarat dilaksanakan secara dalam talian bagi mematuhi PKP/PKPB/PKPP

Jadual 1.9 : Senarai Ahli Jawatankuasa Teknikal Bersama

BIL NAMA JAWATANKUASA AHLI

Ts. Zaihan Bin Shukri
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Bin Omar
Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

1 Joint Technical Committee Dr. Mohd Rashid Bin Buyong Hamzah
(JTC) TVET Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Bin
Mohamed Sahari
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
(Jaminan Kualiti)
Agensi Kelayakan Malaysia

42 laporan tahunan jpk

BIL NAMA JAWATANKUASA AHLI

Puan Lilian Kek Siew Yick `
Pengarah Kanan (Akreditasi)
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Encik Mohd Sukri Bin Ismail
Pengarah
Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan
Malaysia (MOSQ)
Jabatan Pembangunan Kemahiran

Puan Zainab Binti Ahmad
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti

Encik Paul Delvaraj Michael
Ketua Penolong Setiausaha
Cawangan Dasar Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia

Joint Technical Committee Encik Hamizun Bin Hamzah
(JTC) TVET Timbalan Pengarah (Pendidikan &
Latihan)
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

Encik Ahmad Bachtiar Bin
Baharudin
Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Pelaburan dan Kawalselia Anak
Syarikat
Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Dr. Ir. Azmi Bin Ahmad
Timbalan Ketua Pengarah
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
(BPKB),
Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

YBhg. Dato’ Abdul Hakim Bin Juri
Universiti Kuala Lumpur – Malaysia
France Institute

En. Cheah Wing Yew
Bermaz Motor Sdn. Bhd.

43 laporan tahunan jpk

BIL NAMA JAWATANKUASA AHLI

2 Ketua Jawatankuasa Kecil Encik Zabib Bin Bakar
JTC TVET-Hebahan Ketua Unit
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

3 Kecil JTC TVET-Pool Of Puan Zuleah Binti Darsong
Pengarah
Assessors Bahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO)
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Ketua Jawatankuasa Kecil
JTC TVET- Pembangunan Encik Muhamad Amran bin
Zainal Abidin
4 Daftar Occupational/ Pengarah
Bahagian Akreditasi
Industry Standards and (Kejuruteraan dan Teknologi)
Practices Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Ketua Jawatankuasa Kecil Dr. Mohamad Bin Sulaiman
Pengarah
5 JTC TVET-Proses Kerja Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran
Lanjutan (CIAST)
Akreditasi Tunggal TVET
Encik Kamarul Bakri Bin Abd Aziz
Pengarah
Bahagian Standard
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Dr. Hj. Ghalip Bin Spahat
Pengarah
Bahagian Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (NOSS)
Jabatan Pembangunan Kemahiran

Encik Mohd Sukri Bin Ismail
Pengarah
Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan
Malaysia (MOSQ)
Jabatan Pembangunan Kemahiran

Puan Mazlinawati Binti Mohamed
Pengarah
Bahagian Akreditasi ( Sastera dan
Kemanusiaan)
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

44 laporan tahunan jpk

1.4.3 Sistem Penarafan Tunggal TVET

Kerajaan akan mengharmoni pelbagai sistem penarafan merentasi institusi TVET
awam dan swasta kepada sistem penarafan tunggal. Sistem ini termasuk sistem
penarafan sedia ada yang diguna pakai oleh JPK bagi institusi TVET awam dan
swasta dan Polyrate serta MySpeKK bagi institusi TVET awam. Sistem Penarafan
yang seragam ini akan menilai kualiti institusi dan program berdasarkan kepada
indicator outcome seperti keupayaan mendapatkan pekerjaan dan penglibatan
industri.

JPK telah diberi tanggungjawab untuk menyelaras aktiviti pengharmonian
sistem penarafan program TVET di mana ianya melibatkan wakil daripada 15
agensi yang terdiri daripada badan akreditasi utama TVET, agensi pelaksana TVET
dan lain-lain agensi berkaitan seperti dinyatakan dalam Rajah 1.5.

Badan Akreditasi Agensi Pelaksanaan TVET Agensi Berkaitan
TVET
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Bahagian Dasar KPT
Jabatan Kolej Komuniti (JPPKK), KPT
Pembangunan Unit Perancang Ekonomi
Kemahiran , KSM Jabatan Tenaga Manusia (JTM), KSM (EPU)

Malaysian Majlis Amanah Rakyah (MARA), KPLB Bahagian Dasar KSM
Qualification Agency Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Jabatan Pengajian Tinggi
(MQA) GIATMARA (JPT), KPT
Kementerian Pertanian (MOA)
Universiti Tun Hussein
Kementerian Kerja Raya dan CIDB Onn Malaysia (UTHM)
Bahagian Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional (BPLTV), KPM

Rajah 1.5 : Agensi terlibat dalam pembangunan Instrumen Penarafan
Tunggal Program TVET

45 laporan tahunan jpk

Sepanjang tahun 2020, pembangunan instrumen, penyelarasan serta pembangunan
sistem bagi Penarafan Tunggal TVET telah dilaksanakan seperti dalam Rajah 1.6.
Perbincangan penyelarasan serta kriteria yang akan digunakan bagi Penarafan
Tunggal TVET dibuat dengan merujuk kepada tujuh (7) bidang Standard TVET yang
digariskan dalam COPTPA. Walaupun aktiviti Penarafan Tunggal Program TVET
tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19 dan
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN), pelaksanaan sebahagian aktiviti masih diteruskan secara dalam
talian.

13

Mesyuarat Kerja Mesyuarat Kerja menaiktaraf
Penstrukturan & sistem sedia ada (MySpike)
Pembentukan Kriteria bagi menyokong Penarafan
Penarafan Tunggal TVET Tunggal TVET berdasarkan
Instrument baharu
Siri 1 : 24 - 26 Februari 2020
Siri 2 : 22 – 24 Julai 2020 Siri 1 : 28 -30 September 2020
Siri 3 : 5 -7 Ogos 2020 Siri 2 : 9 November 2020 – Sesi 1

2 24 November 2020 – Sesi 2
25 November 2020 – Sesi 3
7 Disember 2020 – Sesi 4
10 Disember 2020 – Sesi 5

Mesyuarat Bersama
Stakeholder / Agensi

Berkaitan

14 Ogos 2020

Rajah 1.6 : Aktiviti Penyelarasan, Pembangunan Instrumen dan Sistem
Penarafan Tunggal Program TVET

46 laporan tahunan jpk

Mesyuarat Kerja Penstrukturan dan Pembentukan Kriteria Penarafan Tunggal TVET Siri
1 pada 24-26 Februari 2020 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson

Mesyuarat Kerja Penstrukturan dan Pembentukan Kriteria Penarafan Tunggal TVET
Siri 3 pada 5-6 Ogos 2020 di Hotel Holiday Inn, Melaka

Mesyuarat Kerja Menaiktaraf Sistem Sedia Ada (MySPIKE) Siri 2 – Sesi
1 Bagi Menyokong Penarafan Tunggal TVET Secara Dalam Talian Pada 9

November 2020

47 laporan tahunan jpk

1.5 PEMATUHAN STANDARD OPERATION
PROCEDURE (SOP) DI INSTITUT LATIHAN
KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
SEMASA COVID-19

Penularan pendemik COVID-19 telah menimbulkan keresahan dalam kalangan
warga TVET khususnya di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Salah satu
usaha Kerajaan untuk mengurangkan penyebaran pendemik ini adalah melalui
pematuhan Prosedur Kendalian Standard atau Standard Operation Procedure
(SOP) di ILKA yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
pada 30 Jun 2020 iaitu SOP Sektor Perkhidmatan Latihan Kemahiran. SOP
tersebut terpakai kepada semua Institut Latihan Kemahiran di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Sumber Manusia (KSM),
Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensi
kerajaan yang berkaitan.

SOP ini juga terpakai kepada Pusat Bertauliah dan premis penilaian
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) di bawah JPK. Antara kandungan
SOP tersebut adalah berkaitan pengurusan institut, pengajaran dan pembelajaran
(P&P), pengurusan asrama pelajar dan dewan makan dan verifikasi penilaian calon
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) di premis penilaian. Pembentukan
SOP Sektor Perkhidmatan Latihan Kemahiran adalah hasil perbincangan bersama
di antara JPK, Jabatan Tenaga Manusia (JTM), KBS dan agensi TVET lain yang
berkaitan.

48 laporan tahunan jpk

SOP Sektor Perkhidmatan Latihan Kemahiran -
MOHR - 30 Jun 2020

4499 llaappoorraannttaahhuunnaannjjppkk


Click to View FlipBook Version