The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafizarahman80, 2021-08-02 05:29:59

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

PERALKATKIVSIATIN–AAN
PROGRAM JPK
WILAYAH 2020

laporan tahunan jpk
laporan tahunan jpk

8.1 EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR
AWAM (EKSA)

Pada 20-21 Februari 2020, JPK Wilayah Sabah dan Labuan telah diaudit oleh
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi
Pensijilan Semula Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Hasil lawatan
audit MAMPU, JPK Wilayah Sabah dan Labuan telah mendapat penganugerahan
Kategori CEMERLANG.

252 laporan tahunan jpk

8.2 SOSIAL DAN REKREASI

Program Gaya Hidup Sihat

Program Gaya Hidup Sihat telah dilancarkan bagi menggalakkan penjagaan
kesihatan di kalangan kakitangan JPK Wilayah Tengah. Hasrat tersebut telah
tercapai dengan jayanya hasil daripada kerjasama erat di antara pihak pengurusan
dan kakitangan JPK Wilayah Tengah. Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam
program ini adalah seperti Kempen Active Living Kicks (Walk) 15 Minit, bacaan
tekanan darah tinggi, kencing manis dan data BMI setiap kakitangan jabatan
diambil dan direkod bagi setiap suku tahun bagi tujuan pemantauan. Hasil daripada
pelaksanaan program ini, status kesihatan semua kakitangan JPK Wilayah Tengah
dalam keadaan terkawal.

253 laporan tahunan jpk

8.3 KEJOHANAN SUKAN PERSAHABATAN

Kejohanan Ping Pong berpasukan persahabatan antara JPK Wilayah Timur,
ILP Kuala Terengganu dan ILP Marang telah diadakan pada 29 Disember 2020
bertempat di Dewan Besar ILP Kuala Terengganu. Kejohanan ini telah dianjurkan
oleh JPK Wilayah Timur dengan kerjasama ILP Kuala Terengganu dimana ILP
Marang dijemput sebagai peserta. Objektif kejohanan ini dilakukan adalah
bagi mewujudkan kerjasama strategik dan ikatan silaturahim melalui semangat
kesukanan di samping bertukar-tukar fikiran melalui hubungan dalam bersukan.
Peserta adalah terdiri daripada warga kerja JPK Wilayah Timur, ILP Kuala
Terengganu dan ILP Marang. Format kejohanan dijalankan dalam format “Best Of
Five” secara berpasukan yang terdiri daripada Perseorangan Lelaki, Perseorangan
Perempuan, Beregu pertama lelaki, beregu Kedua Lelaki serta Beregu Campuran.
Kejohanan ini telah dimenangi oleh ILP Terengganu di tempat pertama, JPK
Wilayah Timur di tempat kedua dan ILP Marang di tempat ketiga.

254 laporan tahunan jpk

Kejohanan Ping Pong Berpasukan Persahabatan Antara JPK Wilayah
Timur, ILP Kuala Terengganu Dan ILP Marang

8.4 AKTIVITI SISTEM PERSIJILAN
KEMAHIRAN MALAYSIA DI JPK WILAYAH

Lawatan Panel Program Pentauliahan Kemahiran (4PK) ke Tan Chong Technical
Institute, Sandakan Sabah pada 1 Julai 2020

255 laporan tahunan jpk

Lawatan Panel Program Pentauliahan Kemahiran (4PK) ke Institut
Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP)-Jabatan Pembangunan
Sumber Manusia (JPSM) Sabah pada 22 Julai 2020

Lawatan Verifikasi, Pemantauan & Bimbingan SLDN RMKe-11
Tahun 2020 ke Sugee & Family Sdn. Bhd pada 3 Julai 2020

Kursus Pengenalan SPKM secara
PPT di Dewan Pejabat Pembangunan
Wanita Negeri Kelantan oleh JPK
Wilayah Timur

Sesi Taklimat & Bimbingan SLDN
kepada Syarikat Sierra maya Travel
& Tour Sdn. Bhd pada 4 Februari
2020 oleh JPK Wilayah Sabah

256 laporan tahunan jpk

Taklimat SLDN sempena Program TVET Internship for Industry anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Sarawak International Technical &
Vocational Education Association (SITVEA), pada 21/2/2020 bertempat di

Auditorium, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Taklimat PPT dan SLDN kepada pihak industri pada 25/2/2020 bertempat di
Kolej Laila Taib, Sibu.

257 laporan tahunan jpk

Taklimat Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
kepada Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation
Authority (SALCRA) pada 14/2/2020 bertempat di Wisma

SALCRA, Kota Samarahan.

Taklimat SLDN kepada industri penyediaan dan pembuatan
makanan anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
(PPKS) pada 13/1/2020 bertempat di iCATS West Campus,

Kuching.

258 laporan tahunan jpk

Pameran bersempena Program Labour GRAP
(Go Rural Area Programme) anjuran JTK
Sarawak pada 15/9/2020 bertempat di Dewan
Kampung Jerijeh, Belawai. Program telah
disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Awang bin
Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia
yang diwakili oleh Encik Mazlan bin Abu
Mutalib, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
KSM. Turut hadir ialah YB Datu Haji Len Talif
Salleh, Menteri Muda Pembangunan Bandar,
Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak
merangkap ADUN N.41 Kuala Rajang. Jabatan
turut terlibat bagi mempromosikan SPKM
kepada para pengunjung.

Majlis Konvokesyen SLDN bagi
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
pada 10 Januari 2020 di Gdex Express
Sdn Bhd

259 laporan tahunan jpk

Promosi SPKM pada 15 Januari 2020 di Syarikat Spirit Sdn Bhd

Promosi SPKM pada 16 Januari 2020 di Syarikat Flexis
Idea Sdn Bhd

Taklimat Promosi SLDN pada 27 Februari 2020 di Syarikat Hino
Motors (M) Sdn Bhd

Perbincangan bersama Sime Darby Plantation Bhd bagi Pelaksanaan
SPKM pada 18 Mei 2020 di JPK Wilayah Tengah

Kunjungan hormat daripada Fakulti Sains Gunaan, UiTM Tapah
pada 22 Julai 2020 di JPK Wilayah Tengah

260 laporan tahunan jpk

Perbincangan bersama Aeon Training School bagi Pelaksanaan SPKM pada 22
Julai 2020 di JPK Wilayah Tengah

Pameran sempena Majlis Go TVET Orang Asli Yang Dirasmikan oleh Menteri
Sumber Manusia pada 8 Ogos 2020 di Dewan Merdeka Tapah Perak

261 laporan tahunan jpk

Mesyuarat Jawatan Kuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor
Bil 1/2020 telah diadakan pada 13 Mac 2020 di bangunan S.U.K
Selangor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.A.B Dato’
Sri Amiruddin Bin Shari, Menteri Besar Selangor Darul Ehsan.
Jemputan daripada pihak kerajaan negeri Selangor buat julung
kalinya ini adalah merupakan satu pengiktirafan kepada usaha
JPK Wilayah Tengah, dalam mengarusperdanakan latihan
kemahiran di Malaysia melalui pelaksanaan Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM). Mesyuarat ini membincangkan
berkenaan hala tuju serta dasar pembangunan pendidikan bagi
semua warga Selangor di setiap peringkat usia bagi mencapai
matlamat kerajaan negeri dalam melahirkan insan yang berilmu
serta berakhlak mulia. Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Y.A.B Dato’ Seri Menteri Besar kerana sudi memberi
ruang kepada pihak kementerian untuk menyatakan pandangan
dan pendapat mengenai dasar latihan kemahiran untuk negeri
Selangor.

262 laporan tahunan jpk

Majlis Breakfast Talk & Sesi Penyerahan Sijil Kemahiran Malaysia telah diadakan
pada 20 Oktober 2020 bertempat di Dewan Banquet, Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar
Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya. Sesi Penyerahan Sijil kemahiran Malaysia
telah disempurnakan oleh Tuan  Mohd Izhar Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa
Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor
dan dihadiri oleh 24 orang penerima sijil. Majlis ini diadakan bagi meraikan peserta-
peserta yang telah berjaya mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui
kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Mereka adalah merupakan
peserta Program Inisiatif Pensijilan Tenaga Mahir Johor yang diadakan dengan
kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan dan Unit Strategik
Modal Insan Johor. Seramai 212 orang peserta telah menyertai program ini di mana
program telah mendapat insentif daripada Kerajaan Negeri Johor dan para peserta
telah memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia dalam pelbagai bidang kemahiran.

263 laporan tahunan jpk

Pada 11 Januari 2020, Jabatan Tenaga Kerja Sabah telah menganjurkan
Karnival Kerjaya Kimanis 2020 bertempat di Dewan Kesenian Islam
Membakut, Sabah yang dirasmikan oleh YAB Sei Panglima Haji Mohd
Shafie Bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah. Turut hadir bersama ialah
Yang Berhormat Dato’ Haji Mahfuz Bin Haji Omar, Timbalan Menteri
Sumber Manusia dan Datuk Dr. Yusof Bin Yacob, Menteri Pelajaran
& Inovasi Negeri Sabah. Unit Promosi & Kerjaya JPK Sabah tidak
melepaskan peluang untuk membuka booth pameran kerjaya untuk
memberi pendedahan tentang kepentingan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) kepada para pengunjung Karnival Kimanis 2020 tersebut.

264 laporan tahunan jpk

8.4.1 Mesyuarat Penyelarasan Cadangan
dan Isu Penambahbaikan Latihan
Kemahiran Bersama Persatuan Pusat
Latihan Kemahiran Sabah dan WP Labuan

Pada 11 Ogos 2020, Bahagian SLDN Ibu Pejabat telah mengadakan satu mesyuarat
Penyelarasan Cadangan & Isu Penambahbaikan Latihan Kemahiran Bersama
Persatuan Pusat Latihan Kemahiran Sabah & WP Labuan bertempat di Bilik Mesyuarat
JPK Wilayah Sabah & Labuan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd.
Rashid Bin Buyong Hamzah, TKP (Operasi). Turut hadir bersama ialah Dr. Aruna
Binti Ismail @ Abd Wahab, Pengarah SLDN & Tn Hj Borhan Bin Harman, Timbalan
Pengarah MOSQ. Pelbagai cadangan & isu telah dibincangkan sepanjang mesyuarat
tersebut di antara pihak persatuan dan pihak Pengurusan JPK. Mesyuarat ini telah
berjaya mencapai objektif dan matlamat yang disasarkan dan dilihat dapat menjadi
satu platform kepada Jabatan untuk memartabatkan Latihan Kemahiran khususnya
kepada para belia Sabah.

265 laporan tahunan jpk

8.4.2 Lawatan kunjung hormat Ketua
Pengarah Pembangunan Kemahiran,
ke pejabat Menteri Muda Kementerian
Pendidikan, Sains dan Penyelidikan
Teknologi Sarawak (MESTR)

Lawatan kunjung hormat Ketua Pengarah
Pembangunan Kemahiran, Tuan Haji
Zaihan bin Shukri ke pejabat Menteri
Muda Kementerian Pendidikan, Sains
& Penyelidikan Teknologi Sarawak
(MESTR), Dr Annuar Rapaee telah
diadakan pada 10/2/2020 bertempat
di Menara LCDA, Kuching. Lawatan ini
adalah atas jemputan pihak MESTR yang
ingin mengetahui dengan lebih lanjut
peranan serta perancangan JPK dalam
mempergiatkan latihan kemahiran di
Sarawak, terutama bagi program SLDN.

266 laporan tahunan jpk

8.4.3 Kunjungan Hormat Ketua Eksekutif
Kolej Teknikal Yayasan Sabah dan Labuan
ke JPK Wilayah Sabah

Pada 25 Jun 2020, Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah & Labuan
telah dikunjungi oleh Ketua Eksekutif Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS).
Kunjungan hormat itu dihadiri oleh empat (4) orang pegawai & kakitangan KTYS
sambil membincangkan tentang halatuju Latihan Kemahiran dan usaha untuk
meningkatkan kualiti & kuantiti pelajar Latihan Kemahiran khususnya negeri di
bawah bayu ini.

8.4.4 Program Lawatan Kerja YB Menteri
Sumber Manusia Ke Sabah

Pada 5 dan 6 September 2020, YB Menteri Sumber Manusia telah mengadakan
lawatan kerja ke daerah Kota Kinabatangan dan Sandakan, Sabah. Antara aturcara
program tersebut adalah Mini Karnival Kerjaya dan Program CSR yang melibatkan
penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Taman Bukit Permata,
Kinabantangan.

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia
di Dataran Al-Hamka, SMK Gum -Gum

267 laporan tahunan jpk

Hubungi kami

Jabatan Pembangunan Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran Cyberjaya
Tingkat 7 - 8, Blok D4, Kompleks D  Blok 4803, Suite 0-10, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan  Bangunan CDB Perdana
62530 Putrajaya Persiaran Flora
63000 Cyberjaya, Selangor.
Tel : 03-8886 5589
Faks : 03-8889 2423 Tel : 03-8321 4700
Email : [email protected] Faks : 03-8321 4888
Email : [email protected]

Jabatan Pembangunan Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran
Wilayah Tengah, Wilayah Selatan,
Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia
A305-7 & A301-2, West Tower,  Aras 18, Menara KWSP, Jalan Dato’ Dalam
Wisma Consplant 2, No. 2, Jalan SS 16/4, 80000 Johor Bahru, Johor.
47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel : 07-2226503
Tel : 03-56359995 Faks : 07-2226607
Faks : 03-56388777 / 03-56381113 Email : [email protected]
Email : [email protected]

Jabatan Pembangunan Kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran
Wilayah Utara, Wilayah Timur,
Kementerian Sumber Manusia Kementerian Sumber Manusia
Lot MZ.03 & MZ.04, Tingkat Mezzanin Tingkat 6, Wisma MAIDAM, Jalan Banggol
Bangunan KWSP, No. 3009, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Off Lebuh Tenggiri 2,
Bandar Seberang Jaya, Tel : 09-6265500
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Faks : 09-6265502 / 09-6265503
Email : [email protected]
Tel : 04-3809400/1/2
Faks : 04-3809413 Jabatan Pembangunan Kemahiran
Email : [email protected] Wilayah Sabah,
Kementerian Sumber Manusia 
Jabatan Pembangunan Kemahiran Lot A6.2 & A6.3, Tingkat 6 Blok A,
Wilayah Sarawak, Bangunan KWSP, Jalan Karamunsing
Kementerian Sumber Manusia 88598 Kota Kinabalu, Sabah.
No.11-01 & 11-02, Level 11
Gateway Kuching, Jalan Bukit Mata
93100 Kuching, Sarawak

Tel : 082-420257/70/73 Tel : 088-270420/413
Faks : 082-420278 Faks : 088-270424
Email : [email protected] Email : [email protected]

www.dsd.gov.my


Click to View FlipBook Version