The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rafizarahman80, 2021-08-02 05:29:59

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

Laporan Tahunan JPK_2020 (Kementerian Sumber Manusia)

SOP Sektor Perkhidmatan Latihan Kemahiran -
Kemaskini 18 Julai 2020

50 laporan tahunan jpk

1.6 PROFILING
KEMAHIRAN
PEKERJA MALAYSIA

Selaras dengan Revolusi Industri Keempat
(Industri 4.0) yang melibatkan teknologi
integrasi sistem, big data dan Internet of
Things (IoT) serta transformasi digital,
inisiatif Jabatan membangunkan Profiling
Kemahiran Pekerja Malaysia adalah
sangat bertepatan dalam menyediakan
platform rujukan bagi menyelaras data
profil kemahiran pekerja negara. Profiling
Kemahiran Pekerja Malaysia adalah suatu
pendekatan bagi mengumpul, mengukur
dan menganalisis kompetensi pekerja
di Malaysia, seterusnya mengenal pasti
dan menetapkan latihan yang bertepatan
bagi pemantapan dan peningkatan
kompetensi pekerja tersebut. Profiling
Kemahiran Pekerja Malaysia boleh
dicapai melalui capaian https://www.
myspike.my. Pelaksanaan sistem ini
menjadi platform rujukan bagi menyelaras
data profil kemahiran pekerja Negara
yang merangkumi tahap persijilan,
pengalaman pekerjaan, dan peluang dalam
meningkatkan kemahiran serta laluan
kerjaya.

Melalui pelaksanaan sistem ini, ianya dapat menjalinkan kolaborasi bersama antara
industri, pusat latihan dan agensi dalam:

Pendaftaran pekerja industri yang berminat untuk meningkatkan kemahiran
dan status pekerjaan;

Penyedia latihan berdaftar di pelbagai agensi iaitu dengan menggalakkan
penyedia latihan mempunyai tauliah dan persijilan diiktiraf;

Perkongsian pengajar dan pakar industri serta memberi peluang kepada
pekerja memberi latihan di luar premis; dan

Industri boleh bekerjasama dengan agensi yang mempunyai dana bagi
tujuan latihan pekerja industri.

51 laporan tahunan jpk

Objektif pembangunan Profiling Kemahiran Pekerja Malaysia adalah bagi
mewujudkan sistem pangkalan data berpusat berkaitan profil kompetensi pekerja
Malaysia secara sistematik dengan:

12

Mengenal pasti latihan dan Membantu agensi,
industri dan penyedia
kemahiran yang diperlukan
latihan merancang
bagi pemantapan dan dan melaksanakan
latihan yang tepat dan
peningkatan kompetensi berstruktur kepada

pekerja secara Up-skilling, pekerja.
Re-skilling dan New-Skilling
melalui kursus kemahiran

yang berkaitan

Bagi merealisasikan pembangunan Profiling Kemahiran Pekerja Malaysia, JPK telah
mengadakan beberapa siri perbincangan awal dengan wakil daripada 25 Industry
Lead Body (ILB) pada 25, 29 dan 30 Jun 2020 bertempat di JPK Cyberjaya.
Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan input selain maklum balas
ILB tentang cadangan pembangunan profiling berkenaan. Perbincangan ini telah
dibahagikan kepada empat (4) sesi bagi membolehkan perbincangan dilaksanakan
dengan mematuhi penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) berikutan penularan pandemik COVID-19. ILB secara dasarnya
menyokong idea pembangunan Profiling Kemahiran Pekerja Malaysia dan
bersedia memberi kerjasama yang sewajarnya. ILB juga mengemukakan beberapa
aspek yang perlu diberi penekanan dan penelitian Jabatan termasuklah isu
penguatkuasaan, cadangan integrasi data dengan sistem sedia ada di industri serta
isu kebolehpercayaan, keselamatan dan pengemaskinian data dalam profiling yang
akan dibangunkan kelak.

52 laporan tahunan jpk

  Perbincangan Sesi 1 : Pembangunan Profiling Kemahiran Pekerja

Malaysia bersama dengan ILB HDC, MDEC, MSI, MTFSB, MARii,
MRA dan JKM pada 25 Jun 2020 di JPK Cyberjaya


 

Perbincangan Sesi 2 : Pembangunan Profiling Kemahiran
Pekerja Malaysia Bersama dengan ILB MWA, SWCORP, FMFF,

MEMA, MSNT, MPMA dan PIKM pada 29 Jun 2020 di JPK
Cyberjaya

53 laporan tahunan jpk

 

Perbincangan Sesi 3 : Pembangunan Profiling Kemahiran Pekerja
Malaysia bersama dengan ILB JKKN, FINAS, IMPAC, MIHRM,
MOGSC dan BIOECONOMY pada 29 Jun 2020 di JPK Cyberjaya


  Perbincangan Sesi 4 : Pembangunan Profiling Kemahiran

Pekerja Malaysia dengan ILB MATAC, NAICO, MAH, MGTC
dan JLM pada 30 Jun 2020 di JPK Cyberjaya

54 laporan tahunan jpk

Susulan daripada perbincangan bersama ILB, satu Bengkel Pembangunan Garis
Panduan Profiling Kemahiran Pekerja Malaysia telah diadakan pada 25 hingga 27
Ogos 2020 bertempat di Hotel Shaftsbury Stellar, Putrajaya. Bengkel yang diadakan
telah berjaya membangunkan Terma Rujukan (TOR) Jawatankuasa Teknikal dan
Pemandu Profiling Kemahiran Pekerja Malaysia serta input bagi Garis Panduan
Profiling Kemahiran Pekerja Malaysia.

Bengkel Pembangunan Garis Panduan Profiling Kemahiran Pekerja Malaysia pada
25 hingga 27 Ogos 2020 di Hotel Shaftsbury Stellar Putrajaya

55 laporan tahunan jpk

56 laporan tahunan jpk

persijilan

dan
pengiktirafan

laporan tahunan jpk
laporan tahunan jpk

2.0 SISTEM PERSIJILAN
KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM)

Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang mula diperkenalkan pada tahun
1993 adalah berkonsepkan latihan berasaskan keterampilan Competency Based
Training (CBT) di mana National Occupational Skills Standard (NOSS) digunakan
sebagai asas untuk mengukur keterampilan pelatih sebelum dipersijilkan. Selaras
dengan keperluan semasa, SPKM telah ditambahbaik dengan pelaksanaan kredit
di mana pencapaian pelatih diberi nilai kredit dan gred bagi memperjelaskan
tahap keterampilan yang dicapai. SPKM berasaskan kredit akan diguna pakai
dalam pelaksanaan latihan melalui kaedah pentauliahan Sistem Latihan Program
Bertauliah (SLaPB) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) supaya kelayakan
yang dianugerahkan lebih diterima dan diiktiraf.
Penambahbaikan ini merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh JPK bagi:

Meningkatkan kualiti dan keberkesanan
pelaksanaan latihan kemahiran sedia ada

Menyediakan laluan kerjaya yang lebih baik,
fleksibel dan memberi peluang kepada pelatih/
individu untuk meningkatkan kepakaran dalam
pelbagai bidang

Memudahkan individu
mendapatkan pengiktirafan.

58 laporan tahunan jpk

Ciri-ciri pelaksanaan SPKM berasaskan kredit adalah seperti berikut:

Menggunakan NOSS yang mempunyai ciri-
ciri dinamik, fleksibel dan responsif

Membolehkan kelayakan diperolehi mengikut
kesesuaian masa, tempat dan keupayaan
individu

Menyediakan kaedah pembelajaran latihan
yang fleksibel dalam bentuk sepenuh masa dan
separuh masa bagi mendapatkan pengiktirafan
kelayakan

Memberi nilai kredit kepada setiap kelayakan
yang diiktiraf

Menyimpan dan mengumpul kredit secara
berterusan dengan menggunakan pangkalan data
MySPIKE

59 laporan tahunan jpk

Kaedah Pelaksanaan SPKM berasakan kredit adalah suatu polisi dan dasar
pelaksanaan kredit di bawah SPKM kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada
penyedia latihan, pekerja dan pengamal industri, majikan dan mana-mana individu
yang berminat. Pelaksanaan SPKM ini mengambil kira keperluan COPTPA dan
Sistem Akreditasi Tunggal TVET yang telah diluluskan Jemaah Menteri Pada 30
Januari 2019.

Selaras dengan itu, Jabatan telah melaksanakan sebanyak tujuh (7) siri bengkel
seperti Jadual 2.1 bagi memastikan panduan pelaksanaan yang dihasilkan dapat
memenuhi kehendak COPTPA.

Jadual 2.1 : Siri Bengkel Pembangunan Panduan COPTPA

BIL SIRI BENGKEL LOKASI PENGLIBATAN TARIKH

Bengkel 1. JPK (MOSQ,

1 Pembangunan Mercu MQA SLDN) 2–3
Panduan COPTPA 2. Panel Industri Mac 2020

– Siri 1 (My Personnel)

Bengkel 1. JPK (MOSQ,

2 Pembangunan Mercu MQA SLDN, P&KS) 2 September
Panduan COPTPA 2020
2. KPM
– Siri 2

Bengkel 1. JPK (MOSQ,
SLDN)
3 Pembangunan Hotel 10 – 13
Panduan COPTPA Dorsett 2. Panel Industri Ogos 2020
(My Personnel)
– Siri 3

Bengkel 1. JPK (MOSQ, 3–5
SLDN) September
4 Pembangunan Hotel
Panduan COPTPA Avillion 2. Panel Industri 2020
(My Personnel
– Siri 4
3. JTM

4. KBS

5. MARA

60 laporan tahunan jpk

BIL SIRI BENGKEL LOKASI PENGLIBATAN TARIKH

1. JPK (MOSQ,

SLDN)

5 Bengkel Hotel 2. Panel Industri 14 – 15
Pembangunan Movenpick (My Personnel September
Panduan COPTPA
– Siri 5 3. JTM 2020

4. KBS

5. MARA

Bengkel 1. JPK (MOSQ, 21 – 22
SLDN, P&KS September
6 Pembangunan Hotel
Panduan COPTPA Marriott 2. Panel Industri 2020
(My Personnel)
– Siri 6

1. JPK (MOSQ,

7 Bengkel Hotel SLDN, P&KS) 25 – 27
Pembangunan Mudzaffar September
Panduan COPTPA 2. Panel Industri
– Siri 7 (My Personnel) 2020

3. JTM

Panduan berasaskan COPTPA ini telah diluluskan untuk digunapakai oleh semua
Pusat bertauliah pada November 2020. Walau bagaimanapun pelaksanaan COPTPA
di Pusat Bertauliah JPK ini diberikan tempoh peralihan sehingga 2025.

61 laporan tahunan jpk

2.1 PENTAULIAHAN

2.1.1 Pentauliahan Sistem Latihan
Program Bertauliah (SLaPB)

Sehingga Disember 2020, sebanyak 4,178 program latihan kemahiran berasaskan
NOSS telah ditauliahkan kepada 1,085 Pusat Bertauliah di seluruh negara. Jadual
2.2 dan Jadual 2.3 menunjukkan bilangan Pusat Bertauliah SLaPB dan Program
Bertauliah SLaPB bagi tahun 2020.

Jadual 2.2 : Bilangan Pusat Bertauliah SLaPB Awam
dan Swasta Mengikut Negeri

NEGERI AWAM SWASTA JUMLAH PB

Selangor 66 142 208
Johor 71 36 107
W.P Kuala Lumpur 25 67 92
Perak 66 38 104
Sarawak 36 20 56
Sabah 39 28 67
Pulau Pinang 29 33 62
Negeri Sembilan 47 26 73
Terengganu 48 19 67
Kedah 46 14 60
Pahang 47 10 57
Kelantan 47 9 56
Melaka 34 20 54
Perlis 15 1 16
W.P Labuan 5 0
W.P Putrajaya 1 0 5
622 463 1
JUMLAH PB 1,085

62 laporan tahunan jpk

Jadual 2.3 : Bilangan Program Mengikut Kategori
Pentauliahan Di Pusat Bertauliah

KATEGORI PENTAULIAHAN AWAM SWASTA JUMLAH
PROGRAM
Mengikut tahap 1,193 1,554
Tahap tunggal 1,090 115 2,747
Modular 140 72 1,205
NCS 7 212
7
14

JUMLAH 2,430 1,748 4,178

2.1.2 Pentauliahan Sistem Latihan
Dual Nasional (SLDN)

Sehingga Disember 2020, sebanyak 3,218 program latihan kemahiran berasaskan
NOSS telah ditauliahkan kepada 1,366 Pusat Bertauliah SLDN di seluruh negara.
Jadual 2.4 dan Jadual 2.5 menunjukkan bilangan Program Bertauliah mengikut
tahap dan Pusat Bertauliah SLDN mengikut negeri bagi tahun 2020.

Jadual 2.4 : Bilangan Program mengikut tahap bagi Tahun 2020

PB SLDN

TAHAP PUSAT LATIHAN SYARIKAT SYARIKAT (IN-HOUSE)

Bil. Bil. Bil. Bil. Bil. PB Bil. Program

PB Program PB Program 128
350
Tahap 1 31 43 252 270
12
Tahap 2 292 689
1
Tahap 3 228 364 886 963 761

DKM 19 35

DLKM 5 16

JUMLAH 771 1,746

63 laporan tahunan jpk

Jadual 2.5 : Bilangan Pusat Bertauliah SLDN mengikut negeri
bagi Tahun 2020

NEGERI PUSAT PB SLDN SYARIKAT JUMLAH
LATIHAN SYARIKAT (IN-HOUSE) PB Program

Bil. Bil. Bil. Bil. Bil. Bil.
PB Program PB Program PB Program

W.P Putrajaya 0 0 6 10 1 1 7 11

W.P. Labuan 0 0 0 02 7 2 7

W.P Kuala Lumpur 21 61 111 203 10 28 142 292

Terengganu 11 29 13 30 24 78 48 137

Selangor 59 181 258 476 35 127 352 784
Sarawak 17 65 41 145 21 43 79 253

Sabah 22 105 85 180 25 71 132 356

Pulau Pinang 14 45 52 106 14 33 80 184
Perlis 1 2 3 4 2 5 6 11
Perak 12 20 32 60 23 95 67 175

Pahang 7 17 29 42 9 33 45 92

Negeri Sembilan 10 37 46 84 9 27 65 148

Melaka 14 30 32 61 10 31 56 122
Kelantan 5 9 24 30 28 79 57 118
Kedah 11 39 34 73 19 49 64 161
Johor 24 71 120 242 20 54 164 367

JUMLAH 228 711 886 1,746 252 761 1,366 3,218

64 laporan tahunan jpk

2.2 PENSIJILAN

Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM), Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dan
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 akan dianugerahkan
kepada individu yang berjaya memenuhi kehendak kompetensi yang dinyatakan
dalam NOSS melalui kaedah persijilan Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB),
Sistem Latihan Dual National (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
(PPT).

2.2.1 Pensijilan Melalui SLaPB, SLDN
dan PPT

Sehingga Disember 2020, sejumlah 90,866 Sijil (SKM/DKM/DLKM) dan 880
Penyata Pencapaian (PC) seperti dalam Jadual 2.6 telah dianugerahkan kepada
pelatih yang berjaya menamatkan latihan dalam pelbagai program melalui kaedah
SLaPB, SLDN dan PPT.

Jadual 2.6 : Pengeluaran Sijil melalui SLaPB, SLDN dan PPT bagi Tahun 2020

KAEDAH PENSIJILAN

SLaPB PPT SLDN JUMLAH

SIJIL BIASA NDT

SKM PC SKM PC SKM PC SKM PC SKM PC

SKM 1 1,084 - 58 - 632 21 355 4 2,129 51
252
SKM 2 15,091 - 44 - 3,376 37 2,792 106 21,303 211

SKM 3 40,973 - 2 - 6,739 57 1,705 40 49,419 1
2
DKM 15,274 - - - 2,147 - 49 1 17,470 192
171
DLKM 272 - - - 258 - 15 2 545

NCS - 192 - -- - - - -

MODULAR - 18 - - - - - 153 -

JUMLAH 72,694 210 104 - 13,152 115 4916 555 90,866 880

65 laporan tahunan jpk

2.2.2 Persijilan Melalui Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia (SPKM)
Berasaskan Kredit

Selaras dengan keperluan semasa dan sebagai persediaan serta pematuhan kepada
COPTPA, JPK telah menambahbaik pelaksanaan SPKM melalui penggubalan polisi
dan dasar berkaitan pelaksanaan SPKM berasaskan kredit bagi menyediakan
kelayakan kemahiran yang lebih baik kepada graduan SPKM supaya kelayakan yang
dianugerahkan lebih diterima dan diiktiraf. Penguatkuasaan SPKM berasaskan
kredit telah diperluaskan kepada semua PB mulai 1 November 2019.

Keputusan persijilan bagi pelaksanaan SPKM berasaskan kredit telah mula
dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Persijilan SPKM
(JPPS) Bil. 9/2020, Bil. 10/2020 dan Bil. 11/2020 yang melibatkan 132 kumpulan
pelatih dari 99 Pusat Bertauliah. Seramai 1,524 pelatih dari 1,936 pelatih yang
dinilai mendapat keputusan terampil dan dianugerahkan sijil mengikut tahap
kelayakan yang dicapai. Ringkasan persijilan bagi pelatih yang melaksanakan
latihan melalui SPKM berasaskan kredit adalah seperti di Jadual 2.7.

Jadual 2.7 : Keputusan persijilan pelatih penilaian berasaskan kredit bagi
Tahun 2020

TAHAP BILANGAN BILANGAN BILANGAN KEPUTUSAN
PENSIJILAN PUSAT KUMPULAN PELATIH DINILAI TERAMPIL

BERTAULIAH PELATIH

SKM 1 22 26 339 288

SKM 2 77 106 1,597 1,236

JUMLAH 99 132 1,936 1,524

66 laporan tahunan jpk

2.3 PROGRAM PEMERKASAAN
PENTAULIAHAN DAN PENSIJILAN
KEMAHIRAN MALAYSIA

Pada tahun 2020, bengkel penyelarasan dan pemurnian data persijilan telah
diadakan bertujuan untuk melengkapkan data persijilan tahun 2000 sehingga tahun
2019. Ini adalah bagi meningkatkan pangkalan data persijilan supaya data yang
bersih dan lengkap boleh dicapai secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan
Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE). Sebanyak dua (2) siri bengkel telah
diadakan seperti dalam Rajah 2.1 dan telah berjaya mengemaskini 8,125 data
persijilan.

1/2020 2/2020

TARIKH: TARIKH:
25-27 Ogos 2020 14-27 Oktober 2020

TEMPAT: TEMPAT:
Palm Garden Hotel, Secara dalam talian

IOI Resort City

Rajah 2.1 : Bengkel penyelarasan dan pemurnian Data Persijilan
bagi Tahun 2020

2.4 PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN
KEMAHIRAN MALAYSIA

2.4.1 Artikulasi SKM -DKM/DLKM-Ijazah
bersama JPK-UniKL-ILJTM-ILKBS

Bagi membolehkan pemegang Sijil SPKM melanjutkan pelajaran ke peringkat
lebih tinggi melalui program artikulasi SKM-DKM/DLKM-Ijazah, JPK telah
melaksanakan mesyuarat kerja Artikulasi SKM-DKM/DLKM-Ijazah yang melibatkan
melibatkan lima (5) program. Mesyuarat ini telah melaksanakan pemetaan bagi
pindahan kredit serta mengabungkan sebanyak sepuluh (10) program yang terlibat
di peringkat menyiapkan dokumen dan semakan akhir pindahan kredit sebelum
pengesahan. Penentuan keputusan yang diperolehi dan mengesahkan dari pemetaan
mesyuarat kerja sebelum ini melibatkan pengarah-pengarah dan pihak pengurusan
latihan bagi JPK-UniKL-JTM-KBS. Mesyuarat kerja ini telah dilaksanakan sebanyak
empat (4) fasa.

67 laporan tahunan jpk

Mesyuarat kerja Artikulasi SKM-DKM/DLKM-Ijazah Fasa 1 pada
13-15 Mac 2020 di TAMU Hotel & Suite Kg Baru, Kuala Lumpur

Mesyuarat Kerja Artikulasi Fasa 2 pada 14 – 16 Ogos 2020
di Katerina Hotel Batu Pahat.

68 laporan tahunan jpk

Mesyuarat Kerja Artikulasi Fasa 3 melibatkan Ketua-Ketua Jabatan
pada 11-13 September 2020 di Impiana KLCC Kuala Lumpur

Mesyuarat Kerja Fasa 4 pada 22 September 2020 di Pulse Grande
Putrajaya - Melibatkan Pengarah-pengarah dan Pihak Pengurusan
Latihan Bagi JPK-UniKL-JTM-KBS bagi menentukan keputusan yang
diperolehi dan mengesahkan dari pemetaan mesyuarat kerja sebelum ini.

69 laporan tahunan jpk

2.4.2 Artikulasi Program Kemahiran

Artikulasi program kemahiran merupakan inisiatif dalam Pelan Strategik
Kementerian Sumber Manusia 2016 hingga 2020 yang bertujuan menyediakan akses
pendidikan berkualiti untuk membangunkan modal insan yang relevan, kompeten
dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan ekonomi Negara. Program artikulasi
akan mewujudkan laluan bagi pelajar lulusan SPKM melanjutkan pelajaran pada
tahap yang lebih tinggi (diploma/ijazah) di Ínstitut Pengajian Tinggi (IPT) Awam
dan Swasta terutamanya Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia atau
Malaysia Technical Universities Network (MTUN) yang merupakan gabungan
empat (4) buah Universiti berasaskan teknikal:

Universiti
Malaysia Perlis

(UniMAP)

Universiti
Malaysia Pahang

(UMP)

Universiti Universiti Tun
Teknikal Melaka Hussein Onn
Malaysia (UTHM)
(UTeM)

70 laporan tahunan jpk

Sebanyak 46 program telah Rangkaian Universiti-universiti
ditawarkan oleh MTUN yang Teknikal Malaysia atau Malaysia
menawarkan permohonan bagi
kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Technical Universities Network
Muda Teknologi Kejuruteraan Dengan (MTUN)
Kepujian melalui laman sesawang
Unit Pengambilan Universiti (UPU) PERMOHONAN
untuk sesi kemasukan 2020/2021
bagi lepasan Diploma Kemahiran 249
Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan
Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam PENAWARAN
bidang berkaitan. Bilangan program
yang ditawarkan adalah seperti Jadual 124
2.8.

Jadual 2.8: Bilangan Program
Ijazah Sarjana Muda yang
ditawarkan MTUN

BIL MTUN BILANGAN
1 UNiMAP PROGRAM

15

2 UTeM 11

3 UTHM 11

4 UMP 6
JUMLAH 46

Bagi sesi akademik 2020/2021,
selain MTUN, Universiti awam (UA)
lain yang turut membuat penawaran
termasuk Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dan Universiti
Malaysia Kelantan (UMK). Bilangan
permohonan yang diterima bagi
calon lepasan DKM/DLKM untuk
kemasukan ke program pengajian di
Universiti Awam adalah sebanyak
249 dan hanya 124 sahaja ditawarkan
untuk penempatan.

71 laporan tahunan jpk

Selain Universiti Awam, Universiti Swasta iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
turut membuat penawaran kemasukan kepada lepasan DKM/DLKM. Antara
cawangan UniKL yang terlibat termasuklah British Malaysian Institute (UniKL
BMI), Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology (UniKL
MICET), Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Malaysia Italy Design Institute
(UniKL MIDI) dan Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC).
UniKL telah menawarkan sebanyak 10 program untuk calon lepasan DKM / DLKM
daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) & Institut Latihan
Kementerian Belia & Sukan (ILKBS) untuk kemasukan ke Program Ijazah Teknologi
Kejuruteraan bagi sesi akademik 2020/2021 seperti Jadual 2.9. Manakala Rajah
2.2 menunjukkan kemasukan ambilan Jan 2020 di UniKL bagi lepasan ILJTM dan
ILKBS.

Jadual 2.9 : Program Ijazah Teknologi Kejuruteraan untuk lepasan DKM dan
DLKM bagi program Diploma Teknologi dari ILJTM dan IKTBN

BIL IJAZAH TEKNOLOGI DIPLOMA TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN

Bachelor of Electrical JTM Diploma Teknologi Elektrik
Engineering Technology
1 (ADTEC) (Kuasa)

with Honours KBS Diploma Teknologi Elektrik

(IKTBN) (Penjaga Jentera Elektrik A1)

Bachelor of Electronic JTM Diploma Teknologi Elektronik
(ADTEC)
2
Engineering Technology KBS Diploma Teknologi Elektronik
with Honours (IKTBN) (Industri)

JTM Diploma Teknologi Pemasangan

Bachelor of Chemical (ADTEC) Paip Minyak dan Gas
3 Engineering Technology
KBS Diploma Teknologi Mekanikal
(Hons.) in Process

(IKTBN) (Fabrikasi Paip Minyak & Gas)

Bachelor of Engineering JTM Diploma Teknologi

4 Technology (Hons) in (ADTEC) Penyelenggaraan Mekanikal
Facilities Maintenance KBS Diploma Teknologi Mekanikal

Engineering (IKTBN) (Penyelenggaraan Industri)

72 laporan tahunan jpk

BIL IJAZAH TEKNOLOGI DIPLOMA TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN

5 Bachelor of Petroleum JTM Diploma Teknologi Pemasangan
Engineering Technology (ADTEC) Paip Minyak dan Gas
(Operation and Safety)
with Honours KBS Diploma Teknologi Mekanikal
(IKTBN) (Fabrikasi Paip Minyak & Gas)

JTM Diploma Teknologi Automotif
Bachelor of Engineering (ADTEC)
Diploma Teknologi Automotif
6 Technology (Hons.) in
Diploma Teknologi Mekatronik
Mechanical (Automotive) KBS
(IKTBN) Diploma Teknologi Mekanikal
(Mekatronik)
7 Bachelor of Engineering JTM
Technology (Hons.) (ADTEC) Diploma Teknologi Pembuatan
in Mechatronics (Pemesinan)
(Automotive) KBS
(IKTBN) Diploma Teknologi Mekanikal
(Pembuatan - CAD/CAM )
8 Bachelor of Engineering JTM
Technology (Hons.) (ADTEC) Diploma Teknologi
in Manufacturing Mikroelektronik
(Automotive) KBS
(IKTBN) Diploma Teknologi Elektronik
(Industri)
JTM
Diploma Teknologi Pembuatan
Bachelor of Engineering (ADTEC) (Perkakasan-Dai)

9 Technology (Hons.) in Diploma Teknologi Pembuatan
KBS (Perkakasan-Acuan)
Applied Electronics
Diploma Teknologi Mekanikal
(IKTBN) (Alat Tekan)

Bachelor of Engineering JTM Diploma Teknologi Mekanikal
(ADTEC) (Acuan Plastik)
10 Technology (Hons) In
KBS
Precision Engineering (IKTBN)

73 laporan tahunan jpk

Taklimat dan Promosi Artikulasi ILJTM

Taklimat dan Promosi Artikulasi IKBN

74 laporan tahunan jpk

Kemasukan Ambilan JAN 2020 di UNIKL

Institut Kemahiran Tinggi Institut Kemahiran
Belia Negara - Tinggi Belia Negara -
Bukit Mertajam
Pagoh
3%
4%
ADTEC Taiping

3%

ADTEC 30% ADTEC
Batu Pahat Shah Alam

17%

ADTEC 23%
Kemaman
17%
4%
ADTEC Bintulu

ADTEC Melaka

Rajah 2.2: Kemasukan Ambilan Jan 2020 di UniKL bagi
Lepasan ILJTM dan ILKBS

75 laporan tahunan jpk

Bagi meningkatkan dan menggalak lebih banyak permohonan kemasukan calon
lepasan DKM/DLKM ke IPTA, jalinan kerjasama pintar diwujudkan antara JPK
dengan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA,
JPT). Hasil kerjasama pintar tersebut, Program Jelajah Kolej Vokasional & Pusat
Bertauliah di bawah JPK telah diadakan secara dalam talian pada 27 November
2020. Melalui program jelajah ini, lepasan DKM/DLKM didedahkan dengan syarat
kemasukan ke IPTA, takwim akademik serta perincian program-program yang
ditawarkan kepada lepasan DKM/DLKM. Program sebegini membuka lebih banyak
peluang dan ruang kepada lepasan DKM/DLKM meningkatkan tahap pendidikan
ke peringkat tertinggi.

Program Jelajah Kolej Vokasional & Pusat Bertauliah di bawah JPK bagi
Tahun 2020 yang diadakan secara dalam talian pada 27 November 2020

76 laporan tahunan jpk

2.5 PENGIKTIRAFAN LEMBAGA
TEKNOLOGIS MALAYSIA (MBOT)

TVET merupakan salah satu agenda nasional bagi tahun 2020 di mana ianya
akan menjadi pemacu utama dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir
tempatan yang mempunyai kemahiran tinggi, sekali gus mengurangkan
kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing. Sebagai sebuah agensi awam
utama yang menerajui kemahiran di negara, JPK memainkan peranan penting
dalam memartabatkan TVET di Malaysia. Sehubungan itu, bagi meningkatkan
keberkesanan dan kepercayaan orang ramai serta industri terhadap pengajar dan
pegawai JPK dalam menerajui TVET ini, satu usaha menaik taraf kompetensi
pengajar dan pegawai JPK telah dilaksanakan oleh CIAST bagi memastikan mereka
mendapat pengiktirafan selayaknya daripada badan profesional. Pengiktirafan
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) merupakan badan yang bertanggungjawab
mendaftar graduan teknologis dan juruteknik untuk diiktiraf sebagai Professional
Technologists, Graduate Technologist, Certified Technicians dan Qualified
Technician. Memandangkan MBOT mengiktiraf TVET sebagai salah satu cabang
teknologis yang membantu pembangunan negara maka CIAST telah menyelaras
satu aktiviti bagi menjayakannya.

Beberapa siri temuduga telah diadakan sama ada secara fizikal ataupun dalam
talian di mana sehingga kini seramai 65 orang pegawai JPK termasuk CIAST telah
berjaya diiktiraf sebagai teknologis dengan pecahan seperti Jadual 2.10 di bawah:

Jadual 2.10 : Bilangan Teknologis mengikut pecahan CIAST
dan Ibu Pejabat (JPK)

PENGIKTIRAFAN CIAST JPK

Professional Technologists (Ts.) 35 18

Qualified Technician (Tc) 10 2
JUMLAH 45 20

77 laporan tahunan jpk

Sesi Temuduga bagi Professional Technologists (Ts.) dan Qualified Technician (Tc)

2.6 PENGIKTIRAFAN JPA

Mesyuarat Kerja Berhubung Cadangan Memperuntuk Kelayakan
DKM/DLKM Dalam Syarat Lantikan Bagi Skim Perkhidmatan Yang
Bersesuaian Di Gred 29 Bersama Wakil Ketua Perkhidmatan Pada 23
Julai 2020 bertempat di Hotel Zenith Putrajaya

Tujuan mesyuarat adalah untuk memuktamadkan kajian penambahbaikan ke
atas syarat lantikan bagi setiap skim perkhidmatan di dalam Perkhidmatan Awam
yang dilaksanakan oleh JPK dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mana
ianya adalah sejajar dengan perubahan industri dan teknologi serta memenuhi
kehendak Ketua Perkhidmatan dan stakeholders untuk mendapatkan calon terbaik
bagi mengisi sesuatu jawatan. Matlamat mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan
persetujuan akhir bersama wakil Ketua Perkhidmatan bagi 44 Skim Perkhidmatan
yang telah bersetuju pada peringkat awal untuk memperuntukan DKM/ DLKM
sebagai salah satu syarat lantikan masuk ke skim-skim perkhidmatan awam
berkenaan. Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pengarah
Pembangunan Kemahiran dan Pengarah Bahagian Pembangunan Operasi (BPO),
JPA.

Mesyuarat Kerja Berhubung Cadangan Memperuntuk Kelayakan DKM/DLKM Dalam
Syarat Lantikan Bagi Skim Perkhidmatan Yang Bersesuaian Di Gred 29 Bersama Wakil

Ketua Perkhidmatan Pada 23 Julai 2020 bertempat di Hotel Zenith Putrajaya

78 laporan tahunan jpk

lpeamtbiiahyaaann

laporan tahunan jpk
laporan tahunan jpk

3.1 PROJEK PEMBANGUNAN JPK DI
BAWAH RMKe-11

Pada tahun 2020, sebanyak lapan (8) projek pembangunan Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) di bawah RMKe-11 telah dilaksanakan walaupun berhadapan
dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Jadual 3.1 menunjukkan
pencapaian projek pembangunan JPK bagi tahun 2020.

Jadual 3.1 : Pencapaian Projek Pembangunan JPK bagi Tahun 2020

NAMA PROJEK PENCAPAIAN 2020

Memperkasa Sistem Latihan Dual Pembangunan Kepakaran bagi 29
Nasional (SLDN) – Pembangunan personel industri melibatkan 4
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran program NOSS
SLDN

Pembangunan Kurikulum & 1. Pembangunan 21 NOSS
Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan. 2. 528 peserta mengikuti kursus
pembangunan fasilitator dan 156
fasilitator telah ditauliahkan

3. Pembangunan WIM bagi 1
program

Program Penilaian Star Rating 23 program dinilai melibatkan 3 PB.

Memperluaskan Jalinan Kerjasama 1. Kajian Permintaan dan Penawaran
Strategik dengan Industri melalui Tenaga Kerja TVET dalam bidang
perlantikan Industry Lead Body Automotif Selepas Jualan
(ILB).
2. Pembangunan 2 Occupational
Framework (OF)

3. Pembangunan 29 NOSS

4. 45 sesi promosi berkaitan SPKM

5. Pengiktirafan kemahiran melalui
PPT kepada 1,086 pengamal
industri.

Perkongsian Tenaga Pakar ILKA/ 1. Penyertaan seramai 306 pengajar
ILKS/Industri melalui Latihan dalam LSI
Sangkutan Industri (LSI)
2. Penyertaan seramai 269 pengajar
dalam program Perkongsian
Kepakaran Industri.

80 laporan tahunan jpk

NAMA PROJEK PENCAPAIAN 2020

Pembangunan Kepakaran dan 1. Penyertaan seramai 4,639
Latihan Semula (Reskilling) Tenaga pengajar TVET dalam 492 kursus
Pengajar TVET kemahiran.

2. Penyertaan seramai 970 personel
SLDN dalam 39 kursus.

Pembangunan e-Profiling Pengajar 1. Pembangunan 23 Ability
TVET Checklist.

2. Latihan penggunaan sistem
kepada 335 e-Profiling learner.

3. Latihan kepada 77 e-Profiling
leader

4. 2 kajian keberkesanan

Membina Bangunan Tambahan 2 1. K erja-kerja ukur tanah dan utility
Tingkat dan Menaik Taraf serta mapping
Membaik pulih bangunan di Pusat
Latihan Pengajar dan Kemahiran 2. Kerja-Kerja Soil Investigation
Lanjutan (CIAST)
3. Lukisan arkitek, elektrikal dan
mekanikal

3.2 KAJIAN PENILAIAN OUTCOME
PROJEK PEMBANGUNAN (P46)
DI BAWAH RMKe-11

Pencapaian program/projek pembangunan boleh diukur melalui kaedah penilaian
outcome iaitu kajian formal mengenai keberkesanan program/projek pembangunan
terhadap golongan sasar melalui proses pengumpulan dan analisis data secara
empirikal dan sistematik. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar
sama ada program/projek itu mencapai objektif yang telah ditetapkan ataupun
sebaliknya. Setiap tahun, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
(ICU, JPM) yang merupakan agensi bagi menyelaras penilaian outcome program/
projek pembangunan akan melaksanakan penilaian outcome program/projek
pembangunan yang dikenalpasti di setiap Kementerian/ Jabatan/ Agensi.

81 laporan tahunan jpk

Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), sebanyak sepuluh
(10) projek pembangunan telah dilaksanakan oleh JPK. Oleh itu, Jabatan telah
mengambil inisiatif mengadakan mesyuarat kerja bagi membangunkan Strategic
dan Result Framework bagi kajian penilaian outcome untuk setiap projek
pembangunan Jabatan di bawah RMKe-11. Sepanjang tahun 2020, perbincangan
bersama setiap pasukan projek telah diadakan seperti dinyatakan dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Mesyuarat Kerja Pembangunan Strategic dan Result Framework
Kajian Penilaian Outcome bagi Projek Pembangunan RMKe-11

BIL TARIKH PROJEK TEMPAT

1 15-16 Julai Program Penilaian Star Rating JPK Cyberjaya
2020 Pusat Bertauliah

2 22-23 Julai Pembangunan Kurikulum dan JPK Cyberjaya
2020 Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan

Membina Bangunan Tambahan 2 CIAST, Shah
Tingkat dan Menaik Taraf serta Alam
3 5 Ogos 2020 Membaik pulih bangunan di Pusat
Latihan Pengajar dan Kemahiran
Lanjutan (CIAST)

4 17-18 Ogos Kajian Pembangunan Latihan JPK Cyberjaya
2020 Kemahiran di Malaysia

5 2 September Pembangunan e-profiling Pengajar CIAST, Shah
Alam
2020 TVET

17 Pembangunan Kepakaran dan CIAST, Shah
6 September Latihan semula (Reskilling) Tenaga Alam
Pengajar TVET
2020
Memperluaskan Jalinan Kerjasama JPK Cyberjaya
24 Strategik dengan Industri melalui
7 September Pelantikan Industry Lead Body
(ILB)
2020

82 laporan tahunan jpk

BIL TARIKH PROJEK TEMPAT

25 Pembangunan Kepakaran dan Hotel Holiday Inn
8 September Latihan semula (Reskilling) Tenaga Glenmarie, Shah
Pengajar TVET bersama agensi Alam
2020

9 7 Oktober Memperkasakan Sistem Latihan JPK Cyberjaya
2020 Dual Nasional (SLDN) -
Pembangunan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran SLDN

10 14 Disember Perkongsian Tenaga Pengajar TVET JPK Cyberjaya
2020 melalui Latihan Sangkutan Industri
(LSI)

Sesi Perbincangan strategic dan result framework bagi
Kajian Penilaian Outcome

Pada tahun 2020, projek Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di Malaysia telah
dipilih di peringkat Kementerian untuk dilaksanakan penilaian outcome bagi Projek
Pembangunan JPK di bawah RMKe-11. Maklumat perincian penilaian outcome bagi
projek yang terpilih adalah seperti berikut;

83 laporan tahunan jpk

Wawasan 2020: Misi Nasional (2006-2020)

Rancangan Malaysia Ke-11
Teras: Bab 5, Memperkasa Pembangunan Modal Insan Untuk Negara Maju, 5.1:
Mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri
Strategi: Memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET untuk tambah baik keboleh-
pasaran graduan

Key Result Area (KRA): Pengarusperdanan latihan vokasional dan kemahiran (KRA11)

Outcome RMKe-11: Graduan TVET yang berkualiti dan memenuhi
Program RMKe-11 kehendak pasaran
Projek Pembangunan JPK:
Petunjuk Prestasi Utama (KPI): Program Mengarusperdana Latihan
Vokasional dan Kemahiran

Kajian Pembangunan Latihan Kemahiran di
Malaysia

Maklumat penerimaan kurikulum,
kebolehkerjaan graduan dan kesan
pelaksanaan PPT sedia ada serta kaedah
penambahbaikan diperolehi.

Objektif projek JPK:

1. Kenalpasti penerimaan kurikulum latihan dan kebolehkerjaan graduan SPKM serta
cadangan

2. Kenalpasti kesan pelaksanaan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu kepada pemegang sijil
dan majikan serta cadangan penambahbaikan.

Indikator Pencapaian Projek

Output Projek: Outcome Projek:

Dua laporan kajian telah dihasilkan iaitu 1. Peningkatan kebolehkerjaan graduan
SPKM di industri
1. Kajian Penerimaan Kurikulum Latihan 64.5 % syarikat di bawah ILB bersetuju
Kemahiran Terhadap Kebolehkerjaan kebolehkerjaan graduan SPKM adalah
Graduan Sistem Persijilan Kemahiran tinggi.
Malaysia (SPKM) (1 april 2016 - 30 jun
2017) 2. Peningkatan penerimaan SPKM oleh
industri
2. Kajian Pelaksanaan Terbaik Pensijilan 59.5% syarikat dibawah ILB mempunyai
Berkonsepkan Pembelajaran Sepanjang penerimaan yang tinggi terhadap SPKM
Hayat (PSH) melalui Pengiktirafan 61.8% syarikat menunjukkan penerimaan
Pencapaian Terdahulu (Feb-Nov 2018) NOSS pada tahap tinggi

50.7% syarikat menunjukkan penerimaan
pelaksanaan PPT pada tahap tinggi

84 laporan tahunan jpk

3.3 PENYEDIAAN PROJEK
PEMBANGUNAN JPK DI BAWAH RMKe-12

Tahun 2020 menandakan berakhirnya tempoh Wawasan 2020 dan Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Sebagai kesinambungan, pelan pembangunan
pasca 2020 akan digubal dengan menetapkan hala tuju strategik yang jelas bagi
menentukan hala tuju pembangunan negara dalam tempoh satu dekad dan
menyediakan rangka kerja asas pelaksanaanya. Ini bagi memastikan pembangunan
sosio ekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah masyarakat yang lebih makmur.
Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) akan dijajarkan dengan inisiatif
kemakmuran bersama berasaskan tiga (3) dimensi iaitu pemerkasaan ekonomi,
kemampanan alam sekitar serta kerekayasaan sosial.

Dimensi pemerkasaan ekonomi meliputi sumber dan bidang baharu
pertumbuhan termasuk Revolusi Perindustrian 4.0, ekonomi digital, industri
aeroangkasa dan pembangunan wilayah yang bersepadu serta pemboleh
pertumbuhan seperti sumber tenaga yang mampan dan ketersambungan
infrastruktur. Manakala dimensi kemampanan alam sekitar pula mengambil kira
antara lain, ekonomi biru, teknologi hijau, tenaga boleh baharu serta adaptasi
dan mitigasi perubahan iklim. Dimensi perekayasaan sosial pula mencakupi
peningkatan nilai-nilai murni, penambahan kuasa beli rakyat, pembentukan
masyarakat Bumiputera yang berdaya tahan, pengukuhan jaringan keselamatan
sosial dan peningkatan kesejahteraan rakyat.

Dalam memastikan hasrat kerajaan melalui dimensi yang dicadangkan
tercapai, satu mesyuarat kerja bagi meneliti cadangan projek pembangunan
sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) telah diadakan pada
29-31 Januari 2020 bertempat di Hotel Dorsett Putrajaya yang disertai oleh
pengurusan tertinggi JPK bersama ahli kumpulan projek pembangunan RMKe-
12. Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi membincangkan dan memutuskan senarai
projek pembangunan Jabatan berdasarkan keutamaan untuk dimajukan kepada
Kementerian dengan memastikan semua inisiatif/program JPK berkaitan latihan
kemahiran yang telah dirancang di bawah halatuju dan pelan tindakan Technical
Working Group (TWG) TEVT kepada Inter Agency Planning Group (IAPG).

JPK telah mencadangkan sebanyak 12 projek yang meliputi projek fizikal dan
bukan fizikal sepanjang RMK-12 (2021-2025) seperti dinyatakan dalam Jadual 3.3.

85 laporan tahunan jpk

Jadual 3.3 : Senarai Cadangan Projek RMKe-12

BIL TARIKH PROJEK

1 Membina Bangunan Tambahan Dua Tingkat di Pusat Fizikal
Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan

2 Industry Led Training - Sistem Latihan Dual Bukan Fizikal
Nasional

3 Intelligent and Dynamic TVET Standard & Bukan Fizikal
Curriculum Development

4 Penarafan Tunggal Program TVET Bukan Fizikal

5 Pengukuhan Pangkalan Data dan Perluasan Akses Bukan Fizikal
TVET Instructor eProfiling System (TiPS)
Bukan Fizikal
6 Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Bukan Fizikal
Pengajar TVET & Personel SPKM Bukan Fizikal
Bukan Fizikal
7 TVET Instructor Technology Update (TITU) Bukan Fizikal
Bukan Fizikal
8 Integrated Web-Based Assessment Bukan Fizikal

9 Pengukuhan Peranan Industry Lead Body (ILB)
Dalam Ekosistem TVET

10 Memperkasa Pengajar TVET Dalam Penyelidikan
dan Inovasi

11 Pembangunan Data Raya TVET

12 Malaysia sebagai Hub Kecemerlangan TVET dan
Latihan Kemahiran Serantau

86 laporan tahunan jpk

Mesyuarat Kerja Penyediaan Program / Inisiatif RMKe-12 Jabatan pada 29-31 Januari 2020
bertempat di Hotel Dorset, Putrajaya

3.4 BUSINESS PLAN 2021

Mesyuarat Kerja Business Plan 2021 JPK telah bersidang pada 2 hingga 4 Disember
2020 di JPK Putrajaya. Mesyuarat kerja ini bertujuan untuk membincang, meneliti
dan merumus cadangan aktiviti yang dirancang oleh bahagian bagi tahun 2021.
Sebanyak 141 projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2021.

87 laporan tahunan jpk

Mesyuarat Kerja Business Plan JPK 2021 diadakan pada 2 hingga 4 Mac 2020 bertempat di Bilik
Mesyuarat Wawasan, JPK Putrajaya

88 laporan tahunan jpk

lKaUtAihLaITnI

laporan tahunan jpk
laporan tahunan jpk

4.1 KAJIAN PEMBANGUNAN
LATIHAN KEMAHIRAN

Tajuk Kajian : A Study on Supply and Demand Of
Technical and Vocational Education and Training
(TVET) Workforce In Automotive Aftermarket Industry

ILB : Malaysia Automotive, Robotic And IoT Institute
(MARii)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jurang penawaran
dan permintaan tenaga kerja TVET dengan menilai
program TVET sedia ada dan menentukan kompetensi
 
teknikal industri, kemahiran baharu, dan jawatan kerja
yang diperlukan oleh industri Automotif. Selain itu,
kajian ini juga mengunjurkan unjuran lima (5) tahun
bagi penawaran dan permintaan tenaga kerja mahir bagi
tahun 2021-2025, mengenal pasti amalan tadbir urus
terbaik yang berkaitan dengan kerjasama antara Kerajaan
dan industri, seterusnya mencadangkan penambahbaikan
program latihan bagi memenuhi permintaan tenaga
kerja industri. Kajian ini melibatkan lebih daripada 800
syarikat dan institusi TVET di bawah Kementerian Sumber
Manusia (KSM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta dilaksanakan
dalam empat fasa iaitu penyediaan soal selidik, penglibatan industri, perundingan
tinjauan, serta kajian perbandingan permintaan dan penawaran. Data yang
diperoleh dianalisis menggunakan kaedah statistik untuk menilai senario industri
semasa, meramalkan permintaan tenaga kerja untuk lima tahun akan datang, dan
menilai kualiti modal insan yang dihasilkan oleh institusi latihan. Hasil kajian
mendapati tenaga kerja TVET masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan
tenaga kerja untuk lima tahun akan datang, kecuali bagi bidang penyelenggaraan
dan pembaikan juruteknik kenderaan bermotor dan personel penjualan dan
perkhidmatan. Kajian juga mendapati industri automotif selepas jualan berhadapan
cabaran penyesuaian kepada teknologi canggih yang memerlukan pekerja dengan
set kemahiran penyelenggaraan dan pembaikan pada tahap tinggi. Selain itu,
industri memerlukan pekerja dengan kemahiran interpersonal yang baik dan mahir
dalam e-commerce serta pemasaran digital. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
dikenal pasti sebagai pendekatan latihan yang sesuai untuk menghasilkan tenaga
kerja yang sedia untuk industri (industry-ready). Namun, pelaksanaannya belum
diterima baik oleh pemain industri disebabkan beberapa faktor yang berkaitan
dengan strategi promosi dan insentif kerajaan.

90 laporan tahunan jpk

4.2 PEMBANGUNAN NOSS DAN
KURIKULUM LATIHAN KEMAHIRAN

4.2.1 Pembangunan NOSS

Sepanjang tahun 2020, sebanyak 93 NOSS telah diluluskan oleh MPKK mengikut
tahap yang merangkumi NOSS baharu dan NOSS kaji semula menjadikan jumlah
keseluruhan NOSS aktif sehingga 31 Disember 2020 adalah sebanyak 2,002 NOSS.
Statistik NOSS terkini mengikut seksyen dan tahap adalah seperti di Jadual 4.1
manakala jumlah NOSS yang telah diluluskan oleh MPKK adalah seperti ditunjukkan
dalam Jadual 4.2, Rajah 4.1 dan Rajah 4.2.

Jadual 4.1 : Bilangan NOSS mengikut Seksyen dan Tahap
sehingga Disember 2020

BIL KOD BAHAGIAN A: T1 T2 T3 T4 T5 NCS JUMLAH
NOSS

Pertanian,
1 A Perhutanan Dan 5 25 44 20 19 0 113

Perikanan

2 B Perlombongan 4 5 12 9 9 0 39
Dan Pengkuarian

3 C Pembuatan 27 123 189 88 87 0 514

Bekalan Elektrik,

4 D Gas, Wap Dan 26 8550 26
61
Pendingin Udara

Bekalan Air;
Pembentungan,
5 E Pengurusan Sisa 2 17 20 11 11 0
Dan Aktiviti
Pemulihan

6 F Pembinaan 33 79 82 15 11 0 220

91 laporan tahunan jpk

BIL KOD BAHAGIAN A: T1 T2 T3 T4 T5 NCS JUMLAH
7G NOSS 3 9 27 10 10 0 59

Perdagangan
Borong Dan
Runcit,
Pembaikan
Kenderaan
Bermotor Dan
Motosikal

8 H Pengangkutan 7 23 47 24 24 0 125
Dan Penyimpanan

9I Penginapan 0 7 11 6 5 0 29
Dan Aktiviti
Perkhidmatan
Makanan Dan
Minuman

10 J Maklumat Dan 5 18 49 42 41 0 155
Komunikasi

Aktiviti Kewangan

11 K Dan Insurans/ 0 0 8 8 8 0 24

Takaful

12 L Aktiviti Hartanah 0 1 1 1 0 0 3

13 M Aktiviti 18 38 69 43 44 0 212
14 N Profesional, 3 13 32 21 21 0 90
15 O Saintifik Dan 1 5 9 7 7 0 29
Teknikal

Aktiviti
Pentadbiran
Dan Khidmat
Sokongan

Pentadbiran
Awam Dan
Pertahanan;
Aktiviti
Keselamatan
Sosial Wajib

16 P Pendidikan 1 4 14 9 9 0 37

17 Q Aktiviti Kesihatan
Kemanusiaan Dan 5 9 35 13 12 0 74
Kerja Sosial

92 laporan tahunan jpk

BIL KOD BAHAGIAN A: T1 T2 T3 T4 T5 NCS JUMLAH
NOSS

18 R Kesenian, 6 19 41 15 16 0 97
Hiburan Dan
Rekreasi

19 S Aktiviti 2 6 10 7 6 0 31
Perkhidmatan
Lain

Aktiviti Isi

Rumah Sebagai

Majikan; Aktiviti

Mengeluarkan

20 T Barangan Dan 01 21 1 05
Perkhidmatan

Yang Tidak Dapat

Dibezakan Oleh

Isi Rumah Untuk

Kegunaan Sendiri

21 U Aktiviti Badan
Dan Pertubuhan 0 0 0 0 0 0 0
Luar Wilayah

22 NCS Bahagian 0 0 0 0 0 29 29
B: National
Competency
Standard (NCS)

23 K- Bahagian C: 0 2 27 0 0 0 29
SLDN K-SLDN

Jumlah SKPK Mengikut Tahap 124 408 710 355 346 0 1,943

Jumlah Keseluruhan NOSS 124 410 737 355 346 30 2,002
+ NCS + K-SLDN

Bilangan NOSS + NCS (Kaji Semula/ Jumud) 1,432
Jumlah Keseluruhan NOSS + NCS +K-SLDN ( Termasuk Kaji Semula/ Jumud) 3,434

Nota: Statistik NOSS adalah berdasarkan MPPK Bil. 2/2020 bertarikh 13 November 2020

93 laporan tahunan jpk

Jadual 4.2 : Bilangan NOSS diluluskan oleh MPKK pada Tahun 2020

STATUS NOSS/NCS JUMLAH
KESELURUHAN
KATEGORI BAHARU KAJI SEMULA
BILANGAN 43 50 93

Kaji Semula Baharu

54% 46%

Peratusan Pembangunan
NOSS Baharu dan Kaji
Semula

Rajah 4.1 : Peratusan NOSS diluluskan pada Tahun 2020
mengikut kategori

94 laporan tahunan jpk

Bil. Standard 35
30
25
20
15
10
5

TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4 TAHAP 5 NCS

BAHARU 0 9 14 10 9 1

KAJI 4 10 20 8 8 0
SEMULA

JUMLAH 4 19 34 18 17 1

Rajah 4.2 : Bilangan NOSS diluluskan oleh MPKK mengikut kategori
dan Tahap pada Tahun 2020

Pada tahun 2020, sebanyak 49 NOSS dan dua (2) National Competency Standard
(NCS) telah dibangunkan secara dalaman dan ILB. Senarai NOSS yang dibangunkan
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3 : Senarai Standard yang dibangunkan secara Dalaman dan ILB
bagi Tahun 2020

BIL TAJUK NOSS TAHAP KAEDAH KAJI SEMULA/

PEMBANGUNAN BAHARU

1 Kejurulatihan Sukan 3 JPK Baharu
Elektronik

2 Perfusi Karsiovakular 4 JPK Baharu

3 Pengurusan Perfusi 5 JPK Baharu
Karsiovakular

4 Web Design and 3 JPK Baharu
Development

5 Bidang Statistik 4 JPK Baharu

6 Dakwah Islam 3 JPK Baharu

95 laporan tahunan jpk

BIL TAJUK NOSS TAHAP KAEDAH KAJI SEMULA/

PEMBANGUNAN BAHARU

7 Operasi Kren Pukal Kering 2 JPK Baharu

8 Operasi Mesin Pukal 3 JPK Baharu
Kering

9 Pembuatan Pakaian 2 JPK Kaji Semula
Wanita

10 Pembuatan Pakaian 3 JPK Kaji Semula
Wanita

11 Perkhidmatan Gunting 2 JPK Kaji Semula
Rambut

12 Perkhidmatan Gunting 3 JPK Kaji Semula
Rambut

13 Operasi Peralatan Kontena 1 JPK Kaji Semula

14 Operasi Peralatan 2 JPK Kaji Semula
Kontena-RTG/RMG

15 Operasi Peralatan 2 JPK Kaji Semula
Kontena-Stacker

16 Operasi Peralatan Kontena 3 JPK Kaji Semula

17 TVET Implementation 4 JPK Kaji Semula
5 JPK Kaji Semula
18 TVET Management

19 NCS Social Security / NCS JPK Baharu
Workers Right

20 NCS Technopreneur NCS JPK Baharu
3 Baharu
21 Digital Forensic First ILB
Response Operations* 4 CyberSecurity Baharu
5 Baharu
22 Stage Operations Malaysia
Coordination * (CYBERSECURITY)

23 Stage Management * ILB
Jabatan
Kebudayaan dan
Kesenian Negara
(JKKN)

96 laporan tahunan jpk

BIL TAJUK NOSS TAHAP KAEDAH KAJI SEMULA/

PEMBANGUNAN BAHARU

ILB

Malaysia
24 Used Vehicle Evaluation * 3 Automotive Robotic Baharu

and IoT Institute

(MARii)

Thermal Energy Audit 3 Baharu
25 Measurement
ILB
M749-005-3:2020

26 Solar Thermal System 4 Malaysian Green Baharu
Engineering * Technology

Solar Thermal System Corporation
Engineering *
27 5 (MGTC) Baharu

28 Solar Thermal System 3 Baharu
Installation * 2 Baharu

Steel Cold Rolling Mill 3
29 Operation
4
C241-004-2:2020
5
Steel Cold Rolling Mill 2 ILB Baharu
30 Operation Supervision 3 Baharu
2 Malaysia Steel
C241-004-3:2020 3 Institute (MSI)
3
Steel Cold Rolling Mill
31 Operation Control

C241-004-4:2020

Steel Cold Rolling Mill Baharu
32 Management

C241-004-5:2020

33 Ship to Ship Bunkering Baharu
Services*
Baharu
34 Ship to Ship Bunkering Baharu
Supervision* Baharu
ILB
35 Ship Catering Operation*
Jabatan Laut
36 Ship Catering Malaysia (JLM)
Supervision*

Shore - Based Terminal Kaji Semula
37 to Ship Bunkering

Operation*

97 laporan tahunan jpk

BIL TAJUK NOSS TAHAP KAEDAH KAJI SEMULA/

PEMBANGUNAN BAHARU

Front-End Software

38 Development 4 Baharu

J620-002-4:2020 ILB

Full Stack Software 5 Malaysia Digital Baharu
39 Development 3 Economy Kaji Semula

J620-002-5:2020 Corporation
(MDEC)
3D Game Asset Production
40

J582-002-3:2020

Halal Operation 3 ILB Kaji Semula
41 Supervision
Halal Industry
M749-004-3:2020
4 Development Kaji Semula
Halal Administration Corporation (HDC)
42

M749-004-4:2020

Halal Managament 5 Kaji Semula
43 2 Kaji Semula
3
M749-004-5:2020 4 Kaji Semula
5
Oil Palm Estate 2 ILB Kaji Semula
44 Mechanisation Operation 3 Kaji Semula
Institute of
A012-004-2:2020 Malaysian
Plantation and
Oil Palm Estate Commodities
Mechanisation Operation (IMPAC)
45 Supervision
Kaji Semula
A012-004-3:2020
Kaji Semula
Oil Palm Mechanisation
46 Administration

A012-004-4:2020
Oil Palm Mechanisation
47 Management
A012-004-5:2020
Rubber Plantation
48 Operation
A012-003-2:2020

Rubber Plantation
49 Supervision

A012-003-3:2020

98 laporan tahunan jpk

BIL TAJUK NOSS TAHAP KAEDAH KAJI SEMULA/

PEMBANGUNAN BAHARU

50 Community Services ILB
Operation*
3 Jabatan Kebajikan Kaji Semula
Masyarakat (JKM)

ILB

Solid Waste Treatment Perbadanan
and Disposal Operation
51 E382-002-3:2020 3 Pengurusan Kaji Semula

Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam

(SWCorp)

Sesi Pembangunan NOSS Fasa 1 pada 3 -7 September
2020 di Bangi Resort Hotel

999 laporan tahunan jpk


Click to View FlipBook Version