The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anazwien7878, 2022-01-21 10:18:54

MAKROEKONOMI

MAKROEKONOMI

BBEK4203

PRINSIP
MAKROEKONOMI/

MAKROEKONOMI I

Munzarina Ahmad Samidi
Norehan Abdullah
Jamal Ali
Zalina Mohd Mohaideen
Prof Madya Dr Nor' Aznin Abu Bakar
Wan Azman Saini Wan Ngah
Dr Law Siong Hook

Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Wardah Mohamad
Open University Malaysia

Penulis Modul: Munzarina Ahmad Samidi
Norehan Abdullah
Jamal Ali
Zalina Mohd Mohaideen
Prof Madya Dr Nor' Aznin Abu Bakar
Universiti Utara Malaysia

Penulis Bersama: Wan Azman Saini Wan Ngah
Dr Law Siong Hook
Universiti Putra Malaysia

Penyederhana: Lilian Kek Siew Yick
Chiam Chooi Chea
Open University Malaysia

Penterjemah: Dr Selamah Maamor
Universiti Utara Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi
Open University Malaysia

Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9,
Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Edisi Pertama, Disember 2013

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2013, BBEK4203
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana
cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Isi Kandungan

Panduan Kursus xiii-xix

Topik 1 Pengenalan Makroekonomi 1
1.1 Makroekonomi 2
2
1.1.1 Isu dalam Analisis Makroekonomi 8
1.2 Polisi Makroekonomi 10
1.3 Objektif Makroekonomi 11
1.4 Kitaran Perniagaan 11
15
1.4.1 Fasa dalam Aktiviti Ekonomi 15
1.5 Peranan Makroekonomi 17
1.6 Sejarah Pembentukan Makroekonomi 19
1.7 Permintaan dan Penawaran Agregat 20
Rumusan
Kata Kunci

Topik 2 Pengeluaran Negara 21
2.1 Aliran Model Pendapatan 22
2.2 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 24
25
2.2.1 Jumlah Nilai Pengeluaran
2.2.2 Apakah yang Dihasilkan oleh Barang dan 25

Perkhidmatan Akhir? 26
2.2.3 Di Manakah Barang dan Perkhidmatan 26
27
Dikeluarkan? 29
2.2.4 Bilakah Barang dan Perkhidmatan Dikeluarkan? 29
2.3 Keluaran Negara Kasar (KNK) 31
2.4 Kaedah Pengiraan KDNK 34
2.4.1 Kaedah Perbelanjaan 35
2.4.2 Kaedah Pengeluaran 36
2.4.3 Kaedah Pendapatan 37
2.5 Penyelarasan Kos Faktor kepada Harga Pasaran 37
2.6 Kegiatan Ekonomi yang Tidak Dinyatakan 38
2.6.1 Keluaran Pertanian Petani Tradisional 38
2.6.2 Aktiviti Haram 38
2.6.3 Aktiviti Produktif yang Tidak Dibayar 41
2.6.4 Ganjaran Bukan Wang
2.7 KDNK Benar dan KDNK Nominal
2.8 Kegunaan Data Pengeluaran Negara

iv  ISI KANDUNGAN

2.9 Faktor yang Mempengaruhi Tahap Pengeluaran Negara 42
2.9.1 Faktor Dalaman 42
2.9.2 Faktor Luaran 43
44
2.10 Masalah dalam Pengiraan Pengeluaran Negara 46
2.11 Kitaran Perniagaan 47
Rumusan 48
Kata Kunci

Topik 3 Teori Penentu Keseimbangan Pendapatan 49

3.1 Ekonomi Dua Sektor 50

3.1.1 Aliran Kitaran Pendapatan 50

3.1.2 Penggunaan, Tabungan dan Pendapatan Boleh

Guna 56

3.1.3 Keseimbangan Pendapatan Negara 57

3.1.4 Perubahan dalam Permintaan Aggregat 61

3.1.5 Kesan Pengganda 63

3.2 Ekonomi Tiga Sektor 64

3.2.1 Aliran Kitaran Pendapatan 65

3.2.2 Kerajaan dan Dasar Fiskal 66

3.2.3 Penggunaan, Tabungan dan Cukai 69

3.2.4 Keseimbangan Pendapatan Negara 70

3.2.5 Perubahan dalam Agregat Permintaan 73

3.2.6 Kesan Pengganda 73

3.3 Ekonomi Empat Sektor 75

3.3.1 Eksport dan Import 77

3.3.2 Keseimbangan Pendapatan Negara 78

3.3.3 Perubahan dalam Permintaan Agregat 80

3.3.4 Kesan Pengganda 80

3.4 Masalah Ekonomi dan Polisi Fiskal 82

3.4.1 Polisi Fiskal 83

3.4.2 Lompang Deflasi dan Inflasi 86

3.4.3 Penyelesaian Lompang Deflasi dan Lompang Inflasi 88

Rumusan 91

Kata Kunci 92

ISI KANDUNGAN  v

Topik 4 Wang dan Sistem Perbankan 93
4.1 Wang dan Sistem Perbankan 94
94
4.1.1 Definisi Wang 95
4.1.2 Fungsi Wang 96
4.2 Institusi Kewangan dan Sistem Perbankan 97
4.2.1 Sistem Perbankan 101
4.2.2 Institusi Kewangan Bukan Bank 102
4.2.3 Pengantara Kewangan Bukan Bank 102
4.2.4 Perbankan Islam 104
4.3 Proses Penciptaan Kredit 105
4.3.1 Contoh Penciptaan Kredit 108
4.4 Dasar Kewangan atau Monetari 109
4.4.1 Dasar Kewangan Kuantitatif 110
4.4.2 Dasar Kewangan Kualitatif 111
4.5 Permintaan Wang (Md) 111
4.5.1 Permintaan untuk Transaksi 112
4.5.2 Motif Berwaspada 112
4.5.3 Permintaan Spekulatif 115
4.6 Penawaran Wang 115
4.6.1 Ukuran Sempit Penawaran Wang 116
4.6.2 Ukuran Luas Penawaran Wang 117
4.6.3 Ukuran Paling Luas Penawaran Wang 117
4.7 Keseimbangan dalam Pasaran Wang dan Kadar Faedah 120
Rumusan 122
Kata Kunci

Topik 5 Wang, Kadar Faedah dan Pendapatan: Analisis Dasar 123

5.1 Hubungan antara Pasaran Barangan dan Pasaran Wang 124

5.1.1 Pendapatan, Permintaan Wang dan Kadar Faedah 125

5.1.2 Pelaburan, Kadar Faedah dan Pendapatan 126

5.2 Pasaran Barangan dan Pasaran Wang 128

5.2.1 Analisis Dasar Fiskal 129

5.2.2 Analisis Dasar Kewangan 133

5.3 Kombinasi Dasar Fiskal dan Kewangan 136

Rumusan 137

Kata Kunci 138

vi  ISI KANDUNGAN

Topik 6 Permintaan Agregat dan Penawaran Agregat 139
6.1 Permintaan Agregat 140
143
6.1.1 Membina Keluk Permintaan Agregat (AD) 145
6.1.2 Penentuan Permintaan Agregat
6.1.3 Pergerakan Keluk Permintaan Agregat dan 150
151
Model Perbelanjaan Agregat 152
6.2 Penawaran Agregat (AS) 153
155
6.2.1 Membentuk Keluk Penawaran Agregat (AS) 158
6.2.2 Penawaran Agregat Jangka Pendek 159
6.2.3 Faktor Penentu Keluk Penawaran Agregat
6.3 Tahap Pengeluaran dan Harga Keseimbangan 162
6.3.1 Perubahan dalam Keseimbangan 164
6.4 Permintaan Agregat dan Penawaran Agregat: 166
Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan 168
6.5 Membina Keluk Penawaran Agregat Jangka Panjang 170
6.5.1 Keluk Penawaran Aggregat Jangka Panjang
Rumusan 171
Kata Kunci 172
174
Topik 7 Pengangguran dan Inflasi 176
7.1 Pengangguran 176
7.2 Mengukur Kadar Pengangguran 177
7.3 Kadar Penyertaan Tenaga Buruh 179
7.4 Pekerja Tidak Giat 179
7.5 Pekerja Separuh Masa 180
7.6 Jenis Pengangguran 181

7.6.1 Pengangguran Geseran 182
7.6.2 Pengangguran Struktur 183
7.6.3 Pengangguran Kitaran 184
7.7 Guna Tenaga Penuh dan Kadar Pengangguran Semula 185
Jadi 185
7.8 Sebab Pengangguran 186
7.8.1 Hilang Pekerjaan 186
7.8.2 Meninggalkan Pekerjaan 187
7.8.3 Peserta Baru dan Peserta Semula 188
7.9 Kesan Pengangguran 188
7.9.1 Kesan Negatif ke atas Ekonomi
7.9.2 Kesan Negatif ke atas Individu dan Penduduk
7.10 Inflasi
7.11 Indeks Harga Pengguna (IHP)

ISI KANDUNGAN  vii

7.12 Pengiraan IHP 190
7.12.1 Mengira Kos IHP Bakul Pengguna pada Harga
Tahun Asas 190
7.12.2 Mengira Kos IHP Bakul Pengguna pada Harga
Tahun Semasa 191
7.12.3 Mengira IHP bagi Tahun Asas dan Tahun Semasa 191
192
7.13 Pengiraan Kadar Inflasi 194
7.14 Kesan Inflasi 194
194
7.14.1 Kesan Inflasi ke atas Jumlah Pengeluaran
7.14.2 Kesan Inflasi pada Simpanan dan Pelaburan 195
7.14.3 Kesan Inflasi pada Pengagihan Pendapatan dan
195
Kekayaan Ekonomi 196
7.14.4 Kesan Inflasi ke atas Imbangan Pembayaran 198
199
Negara 199
7.15 IHP dan Kos Hidup 200
7.16 Faktor yang Menyebabkan Inflasi 201
201
7.16.1 Tarikan Permintaan atau Lebihan Permintaan 202
7.16.2 Peningkatan Kos 203
7.16.3 Kejutan Penawaran 204
7.16.4 Jangkaan Penyesuaian
7.17 Keluk Phillips
Rumusan
Kata Kunci
Rujukan

Topik 8 Perdagangan Antarabangsa 205
8.1 Kenapakah Negara Berdagang? 206
207
8.1.1 Perbezaan Faktor Pengeluaran 207
8.1.2 Perbezaan Iklim 209
8.1.3 Perbezaan Kemahiran Buruh 209
8.1.4 Corak Penggunaan yang Berbeza 210
8.2 Faedah Mutlak 212
8.3 Faedah Berbanding 214
8.4 Faedah Perdagangan Antarabangsa 216
8.5 Sekatan Perdagangan Antarabangsa 217
8.5.1 Tarif 218
8.5.2 Bukan Tarif 220
8.6 Syarat Perdagangan 220
8.6.1 Harga 221
8.6.2 Barangan

viii  ISI KANDUNGAN

8.7 Kenapakah Dasar Perlindungan Diperlukan? 221
8.7.1 Melindungi Industri Baru 222
8.7.2 Meningkatkan Keselamatan Negara 222
8.7.3 Mempelbagaikan Aktiviti Ekonomi Tempatan 222
8.7.4 Melindungi Sumber 223
8.7.5 Langkah Anti-lambakan 223
224
Rumusan 224
Kata Kunci

Topik 9 Kewangan Antarabangsa 225
9.1 Kadar Pertukaran Mata Wang Asing 226
9.2 Bagaimanakah Kadar Pertukaran Mata Wang Asing
227
Ditentukan? 228
9.3 Perubahan dalam Permintaan atau Penawaran
9.4 Faktor yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Mata 229
230
Wang Asing 230
9.4.1 Harga Barangan yang Didagangkan 231
9.4.2 Tahap Inflasi 231
9.4.3 Kadar Faedah 232
9.4.4 Pendapatan Rakyat dalam Negara 233
9.5 Imbangan Pembayaran 235
9.5.1 Akaun Semasa 237
9.5.2 Akaun Modal 239
9.5.3 Akaun Penjelasan Rasmi 239
9.6 Strategi Mengurangkan Imbangan Pembayaran Defisit 239
9.6.1 Penurunan Kadar Pertukaran 240
9.6.2 Pengurusan Permintaan 240
9.6.3 Dasar Penawaran Sampingan 241
Rumusan
Kata Kunci

Topik 10 Kewangan dan Perdagangan Antarabangsa: Masalah dan Dasar 242
10.1 Piawaian Emas 243
10.2 Masalah dengan Piawaian Emas 244
10.3 Sistem Bretton Woods dan Kadar Pertukaran Tetap 245
10.4 Jatuhnya Sistem Bretton Woods 246
10.5 Sistem Kadar Pertukaran Mata Wang Fleksibel 247
248
10.5.1 Kadar Pertukaran Fleksibel Terurus
10.6 Kelebihan dan Kekurangan Sistem Kadar Pertukaran 248
249
Fleksibel 250
10.6.1 Kelebihan Kadar Pertukaran Fleksibel 251
10.6.2 Kelebihan Dasar Kadar Pertukaran Fleksibel
10.6.3 Kelemahan Kadar Pertukaran Fleksibel

ISI KANDUNGAN  ix

10.7 Kelebihan dan Kekurangan Sistem Kadar Pertukaran 252
Tetap 252
10.7.1 Kelebihan Kadar Pertukaran Tetap 253
10.7.2 Kekurangan Kadar Pertukaran Tetap 254
255
Rumusan
Kata Kunci 256

Jawapan

x  ISI KANDUNGAN

PANDUAN KURSUS  xiii

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN

BBEK4203 Prinsip Makroekonomi/Makroekonomi I adalah salah satu kursus
yang ditawarkan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di Open University
Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam
tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana
Muda Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Muda Perakaunan, Ijazah Sarjana
Muda Pengurusan Hospitaliti dan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Pelancongan. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan
kursus dan bagaimana kursus ini dijalankan serta keperluan-keperluannya.
Untuk itu, anda perlu membaca kandungan ini dengan teliti dari mula hingga
akhir.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan
pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

xiv  PANDUAN KURSUS

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40
jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus
yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Jam
Pembelajaran
Aktiviti Pembelajaran
3
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam
perbincangan awal 60
Membaca modul 10
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 12
Perbincangan atas talian 15
Ulang kaji 20
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 120
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN

OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti dua dasar makroekonomi yang penting;

2. Membezakan antara teori permintaan agregat dan penawaran agregat;

3. Menerangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan cara-cara untuk
mengukur KDNK;

4. Menilai faktor yang menentukan kadar pertukaran mata wang asing
dalam pasaran kadar tukaran asing;

5. Merumuskan fungsi sistem kewangan dan perbankan dalam dasar
kewangan yang dibuat oleh Bank Negara untuk menstabilkan ekonomi; dan

6. Menilai keadaan ekonomi negara semasa bersamaan dengan dasar-dasar
yang diambil oleh kerajaan.

PANDUAN KURSUS  xv

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan
seperti berikut:

Topik 1 memperkenalkan bidang ekonomi dari segi makro. Dalam topik pertama
ini, pelajar akan didedahkan kepada konsep asas yang sering digunakan dalam
konteks ekonomi seperti pekerjaan, pengangguran, inflasi, dasar kewangan dan
dasar fiskal. Pelajar juga akan mempelajari secara terperinci mengenai kitaran
ekonomi yang dibahagikan kepada beberapa fasa. Selain itu, pelajar juga akan
mempelajari asas penawaran dan permintaan agregat serta pandangan ahli
ekonomi Klasikal dan Keynesian.

Topik 2 memperkenalkan salah satu konsep penting dalam makroekonomi iaitu
pengeluaran negara. Topik ini menerangkan model aliran kitaran pendapatan
yang menghubungkan isi rumah dan firma. Topik ini juga membincangkan
kaedah pengiraan KDNK, penggunaan data pengeluaran negara dan masalah
dalam pengiraan pengeluaran negara.

Topik 3 memberi tumpuan kepada penentu keseimbangan pendapatan negara
dalam ekonomi dua sektor, tiga sektor dan empat sektor ini. Pelajar akan dapat
belajar bagaimana komponen permintaan agregat seperti penggunaan,
pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih memberi kesan kepada
keseimbangan pendapatan negara. Di samping itu, pelajar akan didedahkan
kepada model AD-AS dan model suntikan-bocoran yang digunakan untuk
mengira tahap keseimbangan. Konsep pengganda juga dijelaskan dalam topik
ini. Akhir sekali, topik ini menggambarkan dua komponen utama fiskal dalam
mencapai objektif kerajaan iaitu perbelanjaan kerajaan dan cukai, melalui dasar
fiskal automatik dan dasar fiskal budi bicara.

Topik 4 memberi tumpuan kepada wang dan sistem perbankan di Malaysia.
Pertama, pelajar akan diperkenalkan kepada istilah „wang‰. Topik ini
menerangkan secara terperinci sistem perbankan yang merangkumi institusi
kewangan, institusi kewangan bukan bank, pengantara kewangan bukan bank
dan bank Islam. Pelajar juga akan belajar tentang proses penciptaan kredit. Dasar
kewangan kuantitatif dan kualitatif akan turut dibincangkan. Pelajar akan
mengetahui sebab bagi permintaan wang dan istilah yang digunakan untuk
pelbagai kategori bekalan wang. Selain itu, topik ini juga membincangkan
keseimbangan dalam pasaran wang dan hubungannya dengan kadar faedah.

xvi  PANDUAN KURSUS

Topik 5 membincangkan hubungan antara pasaran barangan dan pasaran wang
di mana mereka beroperasi secara saling berpautan. Mana-mana aktiviti dalam
kedua-dua pasaran akan memberi kesan antara satu sama lain. Pelajar akan
didedahkan kepada hubungan penting antara pasaran barangan dengan pasaran
wang. Kesan dasar fiskal mengembang dan menguncup ke atas ekonomi turut
akan dibincangkan. Akhir sekali, perbincangan tentang gabungan dasar fiskal
dan kewangan akan turut diberikan di mana gabungan ini adalah bertujuan
untuk mencapai objektif tertentu.

Topik 6 memberi tumpuan kepada permintaan dan penawaran agregat. Dari segi
permintaan agregat, pelajar akan mempelajari faktor yang menyebabkan keluk
permintaan agregat bercerun negatif, komponen permintaan agregat seperti
penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport bersih
(X-M), dan penentu keluk permintaan agregat. Topik ini juga membincangkan
keluk penawaran agregat jangka pendek dan penentunya. Pelajar akan belajar
bagaimana tahap pengeluaran dan harga keseimbangan ditentukan serta
bagaimana model AD-AS digunakan untuk menganalisis kesan dasar bajet dan
dasar kewangan. Akhir sekali, penjelasan mengenai pembinaan keluk
penawaran agregat jangka panjang akan turut diberikan.

Topik 7 membincangkan dua pemboleh ubah penting dalam ekonomi iaitu
pengangguran dan inflasi. Pelajar akan belajar untuk mengkategorikan rakyat
sesebuah negara ke dalam kumpulan tertentu seperti populasi kumpulan umur
bekerja, tenaga buruh, penganggur, pekerja, pekerja tidak giat dan pekerja
sambilan. Kaedah mengira kadar pengangguran dan kadar penglibatan dalam
tenaga buruh juga akan dijelaskan. Pelajar akan mempelajari tiga jenis
pengangguran yang wujud dalam ekonomi, sebab pengangguran dan kesan
pengangguran terhadap ekonomi, individu dan masyarakat. Akhir sekali,
keseimbangan antara kadar pengangguran dan kadar inflasi akan dibentangkan.
Tidak ketinggalan, keluk Phillips juga akan dibincangkan.

Topik 8 memperkenalkan konsep perdagangan antarabangsa. Dalam topik ini,
pelajar akan belajar tentang faktor yang menggalakkan perdagangan
antarabangsa seperti iklim yang berbeza, faktor pengeluaran, kemahiran pekerja
yang berlainan dan corak penggunaan. Selain itu, dua konsep penting dalam
perdagangan antarabangsa iaitu faedah mutlak dan faedah berbanding akan
dibincangkan. Pelajar akan didedahkan kepada perkara seperti faedah
melakukan perdagangan antarabangsa, sekatan perdagangan antarabangsa,
syarat perdagangan dan sebab untuk melaksanakan dasar perlindungan.

PANDUAN KURSUS  xvii

Topik 9 memberi tumpuan kepada kewangan antarabangsa. Pelajar akan
diperkenalkan kepada kepentingan kadar pertukaran asing dan bagaimana
kadar ini ditentukan dalam perdagangan antarabangsa. Selain itu, topik
kesembilan ini juga akan membincangkan faktor yang mempengaruhi kadar
pertukaran asing. Sebagai penutup, topik ini juga akan membincangkan konsep
imbangan pembayaran dan komponennya seperti akaun semasa, akaun modal
dan akaun penyelesaian rasmi.

Topik 10 membincangkan pelbagai sistem kewangan yang telah digunakan sejak
awal abad ke-20. Secara khususnya, pelajar akan belajar tentang Piawaian Emas
dan Sistem Bretton Woods. Masalah yang berlaku dalam setiap sistem yang
akhirnya membawa kepada penamatan sistem akan turut dibincangkan. Selain
itu, sistem kadar pertukaran fleksibel juga akan dijelaskan. Akhirnya, kebaikan
dan keburukan sistem kadar pertukaran tetap dan fleksibel akan dibincangkan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan
sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam
sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

xviii  PANDUAN KURSUS

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam
sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Pelajar kursus ini perlu lulus kursus BBEK1103 Prinsip Mikroekonomi/
Mikroekonomi I.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myVLE.

PANDUAN KURSUS  xix

RUJUKAN

Case, K. E., & Fair, R. C. (2006). Principles of economics (8th ed.). New Jersey:
Prentice Hall.

Mankiw, N. G. (2008). Principles of economics (5th ed). Mason, Ohio: South-
Western Cengage Learning.

McEachern, W. (2008). Economics: A contemporary introduction (8th ed.).
Kentucky: Thomson South-Western College.

Sloman, J., & Sutcliffe, M. (2002). Economics (4th ed.). New Jersey: FT Prentice Hall.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH
SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

xx  PANDUAN KURSUS

Topik  Pengenalan

1 Makroekonomi

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan maksud makroekonomi dan lima isu utama dalam

makroekonomi;
2. Menghuraikan dua dasar utama makroekonomi di samping dasar

lain yang berkaitan;
3. Membincangkan empat objektif makroekonomi;
4. Menjelaskan dua fasa ekonomi dalam kitaran perniagaan;
5. Membezakan antara teori Klasikal, Keynesian, Monetaris dan

jangkaan rasional serta hubungannya dengan makroekonomi; dan
6. Meneliti maksud permintaan dan penawaran agregat dalam ekonomi.

 PENGENALAN

Apakah yang anda fikirkan apabila kita berbicara tentang makroekonomi?
Apakah yang dimaksudkan dengan makroekonomi? Makroekonomi adalah
analisis struktur dan perkembangan ekonomi negara serta dasar kerajaan dalam
mempengaruhi keadaan ekonomi. Ahli ekonomi teruja untuk mengetahui faktor
yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kerana jika ekonomi
berkembang, ia akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, barang dan
perkhidmatan. Seterusnya, ia juga dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.

2  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Tahukah anda bahawa pergerakan makroekonomi dapat dinilai dengan cara
mengujinya dengan teori yang tertentu? Pengujian ini dapat memaparkan
bagaimana ekonomi berfungsi secara keseluruhan di mana teori ini digunakan
untuk meramal kesan dasar atau peristiwa tertentu. Bagaimanakah pula dengan
konsep lain? Mari kita pelajari tentangnya dengan meneruskan pembelajaran
kita dalam subjek yang menarik ini.

1.1 MAKROEKONOMI

Berikut adalah satu lagi definisi makroekonomi daripada ahli ekonomi:

Makroekonomi merupakan bidang ekonomi yang mengkaji hubungan
antara pemboleh ubah agregat seperti pendapatan, kuasa beli, harga dan
wang. Ini bermakna, makroekonomi menilai fungsi ekonomi sebagai sistem
yang melihat bagaimana permintaan dan penawaran barang berlaku, selain
bagaimana perkhidmatan dan sumber ditentukan serta faktor yang
mempengaruhinya.

1.1.1 Isu dalam Analisis Makroekonomi

Tahukah anda terdapat lima isu yang berkaitan dengan analisis makroekonomi?
Isu analisis makroekonomi adalah seperti berikut:

(a) Apakah Penentu Pertumbuhan Ekonomi dan Taraf Kehidupan Negara?
Sejak seabad yang lalu, negara membangun telah mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi yang tinggi di mana hasilnya adalah peningkatan
taraf hidup masyarakat. Makroekonomi menentukan sebab di sebalik
pertumbuhan ekonomi yang rancak dalam negara membangun dan
memahami sebab mengapa pertumbuhan tersebut adalah berbeza antara
satu negara dengan negara yang lain.

Rajah 1.1 berikut menunjukkan keluaran sebenar Malaysia (diukur dengan
keluaran dalam negara kasar) daripada tahun 1980 hingga 2010.

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  3

Rajah 1.1: Keluaran sebenar Malaysia
Berdasarkan Rajah 1.1 ini, kita boleh lihat bahawa terdapat peningkatan
dalam keluaran negara sepanjang tempoh tersebut. Namun, terdapat
penurunan ekonomi dari tahun:
(i) 1985 hingga 1986 akibat krisis harga komoditi;
(ii) 1997 hingga 1998 akibat krisis kewangan Asia; dan
(iii) 2008 hingga 2009 akibat krisis ekonomi global.
(b)
(b) Produktiviti
Purata produktiviti buruh atau keluaran bagi setiap buruh adalah penting
untuk menentukan taraf hidup. Makroekonomi akan menyiasat faktor yang
menentukan kadar pertumbuhan produktiviti buruh. Mari kita lihat Rajah
1.2 berikut. Apakah yang anda boleh katakan tentang graf ini?

4  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Rajah 1.2: Produktiviti per buruh di Malaysia
Rajah 1.2 menunjukkan purata produktiviti per buruh di Malaysia dari
tahun 1982 hingga 2008. Secara ringkasnya, produktiviti per buruh adalah
meningkat, kecuali bagi tahun 1985 hingga 1986, 1997 hingga 1998 dan 2008
hingga 2009 kerana berlakunya kemelesetan ekonomi.

AKTIVITI 1.1

Bolehkah produktiviti buruh menurun walaupun terdapat peningkatan
dalam jumlah keluaran? Jelaskan.
(c) Apakah Penyebab kepada Penurunan dan Pertumbuhan Ekonomi?

Sebarang ekonomi pasti akan melalui penurunan dan pertumbuhan. Maka,
makroekonomi akan melihat kepada sebab berlakunya perubahan ekonomi
dan dasar kerajaan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah
ekonomi tersebut.
Rajah 1.3 berikut menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia
antara tahun 1980 hingga 2010.

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  5

Rajah 1.3: Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia
Rajah 1.3 tadi menunjukkan kedua-dua pertumbuhan dan penurunan
ekonomi. Sebagai contoh, penurunan ekonomi di Malaysia jelas berlaku
pada tahun 1985 hingga 1986 kerana krisis harga komoditi dari tahun 1997
hingga 1998 kerana krisis kewangan Asia dan pada tahun 2009 kerana
krisis ekonomi global. Ketiga-tiga situasi ini memperlahankan ekonomi
Malaysia dan telah menyebabkan kadar pertumbuhan menjadi negatif bagi
tempoh tahun 1985, 1998 dan 2009.
(d) Apakah Faktor Pengangguran?
Apakah maksud kadar pengangguran? Kadar pengangguran bermaksud
terdapat tenaga buruh yang ingin bekerja tetapi tiada pekerjaan. Kadar
pengangguran akan meningkat apabila berlaku penurunan dalam ekonomi,
namun pengangguran juga boleh berlaku dalam keadaan ekonomi yang
baik. Makroekonomi akan menjelaskan sebab pengangguran, jenis
pengangguran dan cara untuk mengatasi pengangguran tersebut.
Mari kita lihat Rajah 1.4 berikut yang menunjukkan kadar pengangguran di
Malaysia.

6  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Rajah 1.4: Kadar pengangguran di Malaysia
Berdasarkan Rajah 1.4 tadi, kita boleh katakan bahawa kadar
pengangguran adalah paling tinggi dalam tempoh tahun 1985 hingga 1986
kerana penurunan ekonomi (kejatuhan harga komoditi). Selepas tahun
1986, kadar tersebut jatuh tetapi meningkat semula pada tahun 1998 hingga
1999 kerana krisis kewangan Asia. Kemudian, kadar pengangguran jatuh
semula pada tahun 2000. Selepas itu, kadar tersebut kekal menjadi dalam
lingkungan antara 3.3% hingga 3.6%.
(e) Apakah Faktor Peningkatan Harga Umum atau Inflasi?
Apakah maksud inflasi? Inflasi adalah peningkatan dalam tingkat harga
umum dan biasanya ia melalui perubahan indeks harga pengguna. Soalan
yang timbul dalam makroekonomi adalah:
(i) Apakah faktor inflasi?
(ii) Mengapa kadar inflasi berbeza dari semasa ke semasa?
(iii) Mengapa kadar inflasi berbeza bagi setiap negara?
Rajah 1.5 berikut menunjukkan kadar inflasi di Malaysia dari tahun 1980
hingga 2010. Apakah yang boleh anda simpulkan tentang graf ini?

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  7

Rajah 1.5: Kadar inflasi di Malaysia
Seperti yang dapat dilihat, kadar inflasi adalah tinggi dalam tahun 1981
kerana krisis harga minyak kedua. Walau bagaimanapun, pada tahun 1974,
kadar inflasi tertinggi dicatatkan disebabkan peningkatan harga minyak.
Selepas tahun 1981, kadar inflasi di Malaysia semakin rendah dan kurang
daripada 5%, terutama dalam tahun 1986 dan 1988. Walau bagaimanapun,
dalam tahun 1998 dan 2008, kadar inflasi meningkat.

AKTIVITI 1.2

Di Malaysia, harga adalah lebih tinggi pada tahun 2003 berbanding pada
tahun 1980. Adakah ini bermaksud kualiti kehidupan rakyat Malaysia
adalah lebih baik pada tahun 1980? Anda bersetuju? Berikan sebab anda.

LATIHAN 1.1

1. Definisikan inflasi.
2. Bezakan kadar inflasi di Malaysia sebelum dan selepas krisis

kewangan Asia yang berlaku dari tahun 1997 hingga 1998.

8  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

1.2 POLISI MAKROEKONOMI

Kajian makroekonomi adalah berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Walaupun banyak faktor seperti sumber semula jadi, sumber manusia, stok
modal, teknologi dan pilihan manusia yang menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi, namun dasar kerajaan juga memainkan peranan dalam perkara ini.
Oleh itu, pentingnya anda memahami kesan pelbagai dasar ekonomi kerajaan
terhadap ekonomi dan keperluan untuk membentuk dasar yang lebih baik
kerana ia adalah matlamat penting dalam makroekonomi.

Dasar makroekonomi memberi kesan kepada keseluruhan prestasi ekonomi.
Terdapat dua dasar makroekonomi iaitu dasar kewangan dan dasar fiskal.
Walau bagaimanpun, terdapat juga dasar lain yang boleh digunakan oleh
kerajaan untuk mempengaruhi prestasi ekonomi negara. Antaranya adalah dasar
pendapatan dan dasar penawaran sampingan.

(a) Dasar Kewangan atau Dasar Monetari
Apakah tujuan dasar?

Tujuan dasar kewangan adalah untuk mempengaruhi penawaran wang
dalam ekonomi.

Ahli ekonomi percaya bahawa perubahan penawaran wang akan
mempengaruhi pemboleh ubah ekonomi yang penting seperti keluaran
negara, tenaga buruh, kadar bunga, inflasi, harga saham dan tukaran wang
asing. Dasar kewangan dikawal oleh bank pusat, di mana ia merupakan
agensi kerajaan (di Malaysia, ia diuruskan oleh Bank Negara). Rajah 1.6
berikut menunjukkan penawaran wang (M2) di Malaysia dari tahun 1960
hingga 2000 di mana terdapat pertumbuhan yang stabil terutamanya dalam
tahun 1990an.

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  9

Raja 1.6: Penawaran wang M2 di Malaysia
(b) Dasar Fiskal

Tahukah anda bahawa alat yang digunakan dalam dasar fiskal adalah
cukai dan perbelanjaan kerajaan? Oleh itu, imbangan yang baik antara
perbelanjaan dan hasil kerajaan adalah penting. Apabila kerajaan
berbelanja lebih daripada hasil cukai yang dipungut, ia akan menyebabkan
kurangan (defisit) bajet. Sebaliknya, jika hasil kerajaan melebihi
perbelanjaan, maka kerajaan akan ada lebihan bajet.
(c) Dasar Pendapatan
Dasar ini digunakan oleh kerajaan untuk mengawal harga dan upah.
Kerajaan akan menetapkan jumlah maksimum bagi harga dan upah yang
boleh ditingkatkan secara spesifik. Namun, kadang kala terdapat tawar-
menawar antara kerajaan dengan persatuan firma atau buruh dalam
menentukan harga dan upah tersebut.
(d) Dasar Penawaran Sampingan
Dasar ini memfokuskan kepada penawaran agregat dan bagaimana
pengeluaran dapat ditingkatkan. Instrumen atau alat utama dalam dasar
penawaran sampingan adalah sistem cukai. Dengan pengurangan dalam
cukai individu, pekerja akan lebih bersemangat untuk bekerja dan
seterusnya, ini akan meningkatkan penawaran buruh.

10  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

SEMAK KENDIRI 1.1

Apakah perbezaan antara dasar kewangan atau monetari dengan dasar
fiskal?

1.3 OBJEKTIF MAKROEKONOMI

Adakah anda tahu objektif makroekonomi? Berikut adalah empat objektif utama
makroekonomi:

(a) Mencapai Guna Tenaga Penuh
Ini tidak bermaksud tiada penganggur sama sekali atau kadar
pengangguran sifar dalam negara. Secara dasarnya, ahli ekonomi bersetuju
bahawa masih ada pengangguran walaupun ekonomi telah mencapai tahap
guna tenaga penuh. Ini bermakna, mereka yang mampu dan ingin bekerja
boleh mendapat pekerjaan. Kita akan lihat perkara ini dengan lebih lanjut
dalam Topik 7 nanti tentang konsep dan isu pengangguran.

(b) Kestabilan Harga
Umumnya, kestabilan harga bermaksud tiada perubahan dalam tingkat
harga umum. Ini juga bermaksud, terdapat harga sebahagian barang dan
perkhidmatan yang akan meningkat di samping terdapat sebahagian harga
lain yang akan turun dalam masa yang sama. Apabila sebahagian besar
harga kekal stabil, maka tiada inflasi dan deflasi yang akan berlaku dengan
pantas.

(c) Pertumbuhan Ekonomi yang Baik
Mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik adalah salah satu matlamat
makroekonomi. Ini bermaksud, terdapat pertumbuhan dalam pendapatan
per kapita benar dari tahun ke tahun.

(d) Kerancakan Aktiviti Perdagangan Antarabangsa
Semua negara yang menyertai perdagangan antarabangsa ingin mendapat
manfaat daripada pengkhususan dan perdagangan. Kajian empirikal
menunjukkan bahawa negara yang secara aktif menyertai perdagangan
antarabangsa mendapat manfaat dari segi pengeluaran dan tahap
penggunaan yang lebih tinggi.

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  11

AKTIVITI 1.3

Mari kita rujuk laman web Bank Negara: www.bnm.gov.my dan Jabatan
Statistik Negara: www.statistics.gov.my. Bolehkah anda cari kadar inflasi
dan pengangguran di Malaysia pada tahun 2004? Apa yang boleh anda
simpulkan tentang dua keadaan tersebut?

1.4 KITARAN PERNIAGAAN

Sekarang, mari kita beralih kepada kitaran perniagaan. Apakah yang
dimaksudkan dengan kitaran perniagaan?

Kitaran perniagaan merujuk kepada tahap turun naik aktiviti ekonomi
berulang yang dialami oleh sesebuah ekonomi dalam satu tempoh masa
yang panjang.

Pertumbuhan dan kejatuhan ekonomi secara amnya melibatkan seluruh negara
dan dunia. Ia memberi kesan kepada hampir keseluruhan aktiviti ekonomi dan
melibatkan lebih daripada kuasa beli dan pengeluaran.

Tahukah anda terdapat perbezaan beberapa fasa dalam aktiviti ekonomi? Mari
kita lihat fasa tersebut dalam subtopik seterusnya.

1.4.1 Fasa dalam Aktiviti Ekonomi

Aktiviti ekonomi boleh dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu fasa
pengembangan (pertumbuhan) dan fasa penguncupan (kejatuhan).

(a) Fasa Pengembangan
Ini adalah fasa di mana aktiviti ekonomi adalah dalam keadaan meningkat
seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan dalam pengeluaran domestik.

12  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

(b) Fasa Penguncupan
Terdapat dua jenis penguncupan iaitu:
(i) Kemelesetan
Jika ekonomi merudum sangat teruk, maka ia dinamakan sebagai
kemelesetan. Walaupun tiada definisi yang tetap, kemelesetan adalah
penurunan yang tiba-tiba dalam pengeluaran negara, diikuti dengan
peningkatan dalam kadar pengangguran, di mana ia berakhir dalam
tempoh lebih setahun.
(ii) Resesi
Resesi adalah kejatuhan ekonomi sederhana, di mana ia melibatkan
kejatuhan dalam jumlah pengeluaran dan kuasa beli, selalunya
berakhir dalam masa enam bulan.

Rajah 1.7 berikut menunjukkan ringkasan bagi beberapa fasa dalam aktiviti
ekonomi.

Rajah 1.7: Fasa aktiviti ekonomi
Sekarang, mari kita lihat Rajah 1.8 pula di mana ia menunjukkan contoh kitaran
perniagaan.

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  13

Rajah 1.8: Kitaran perniagaan
Rajah 1.8 tadi menunjukkan kitaran perniagaan dengan aktiviti ekonomi dan
pergerakan di sepanjang garis pertumbuhan jangka panjang. Resesi wujud
apabila pertumbuhan ekonomi sebelumnya mencapai kemuncak dan jatuh ke
jurang, dikenali sebagai lompang. Kemudian, ekonomi akan mula meningkat
semula selepas pengalaman resesi dan ia seterusnya tumbuh sehingga mencapai
kemuncak yang baru. Oleh itu, titik daripada satu puncak ke satu puncak
dikenali sebagai kitaran. Begitu juga titik daripada lompang ke lompang,
seterusnya juga dikenali dengan kitaran lengkap.
Mari kita lihat kitaran perniagan yang lain. Rajah 1.9 berikut menunjukkan
kitaran perniagaan dari tahun 1960 hingga 2000 di mana ia menggambarkan
kadar pertumbuhan keluaran sebenar.

14  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Rajah 1.9: Kitaran perniagaan di Malaysia
Mari kita rujuk kembali Rajah 1.9 tadi di mana kita boleh melihat bahawa
Malaysia menghadapi resesi sepanjang tempoh antara tahun 1974 hingga 1975,
1985 hingga 1986, 1997 hingga 1998 di mana ekonomi pada masa tersebut berada
dalam tahap lompang.

AKTIVITI 1.4

Pada pendapat anda, adakah ekonomi Malaysia sekarang berada di
tahap pertumbuhan? Apa yang anda faham tentang resesi, lompang dan
pemulihan?

LATIHAN 1.2

Apakah maksud kitaran perniagaan? Bagaimana perubahan dalam kadar
pengangguran berkait dengan kitaran perniagaan? Bolehkah kadar
pengangguran menjadi sifar? Jelaskan.

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  15

1.5 PERANAN MAKROEKONOMI

Tahukah anda terdapat lima peranan makroekonomi? Makroekonomi
menggunakan kepakarannya untuk melaksanakan lima perkara berikut:
(a) Unjuran makroekonomi;
(b) Analisis makroekonomi;
(c) Penyelidikan makroekonomi;
(d) Membentuk dan menilai teori ekonomi; dan
(e) Mengumpul data.

LATIHAN 1.3

Senaraikan lima aktiviti utama makroekonomi. Apakah peraturan analisis
bagi setiap aktiviti ini?

1.6 SEJARAH PEMBENTUKAN
MAKROEKONOMI

Adakah anda tahu sejarah pembentukan makroekonomi? Terdapat empat
pandangan yang membentuk sejarah makroekonomi. Ia adalah Klasikal,
Keynesian, Monetaris dan Jangkaan Rasional.

Sekarang, mari kita pelajari setiap satu pandangan ini dengan lebih lanjut dalam
bahagian seterusnya.

(a) Pandangan Klasikal
Pandangan Klasikal adalah berdasarkan tanggapan bahawa individu dan
firma atau syarikat perniagaan bertindak mengikut minat dan keinginan
mereka sendiri. Upah dan harga akan berubah dengan pantas untuk
mencapai keseimbangan pasaran. Pandangan Klasikal melihat ekonomi
sebagai telah dikawal oleh „tangan-tangan tidak nampak‰, di mana ekonomi
pasaran bebas akan menyelesaikan semua masalah secara tersendiri dan
campur tangan kerajaan dalam ekonomi adalah sangat terhad.

16  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

(b) Pandangan Keynesian
Teori Keynesian menyatakan bahawa upah dan harga tidak berubah
dengan pantas dan tidak tertakluk kepada pandangan „tangan-tangan
tidak nampak‰ untuk menyelesaikan semua masalah secara efektif.
Berdasarkan perspektif ini (kerana upah dan harga berubah secara
perlahan-lahan), pengangguran akan kekal pada kadar yang tinggi dalam
tempoh masa yang panjang. Keynesian percaya bahawa campur tangan
kerajaan pasti akan membantu memulihkan pertumbuhan ekonomi negara.

(c) Pandangan Monetaris
Profesor Milton Friedman adalah ketua kepada pandangan ini di mana
beliau membangkitkan isu stagflasi yang berlaku pada 1970an. Apakah
maksud stagflasi?

Stagflasi adalah situasi di mana tingkat harga umum meningkat dengan
pesat dalam tempoh resesi atau pengangguran yang tinggi.

Berdasarkan pandangan ini, kebanyakan ketidakseimbangan dalam ekonomi
sepatutnya boleh dielakkan jika penawaran wang tidak dikembangkan
dengan pesat. Penyokong Monetaris berhujah bahawa penawaran wang
patut tumbuh pada kadar yang sama dengan pertumbuhan purata keluaran
benar (Y).

(d) Jangkaan Rasional
Pandangan ini mula terbentuk pada tahun 1970an dan mendapat banyak
perhatian selepas kemunculan masalah stagflasi. Berdasarkan pandangan
ini, ia mengandaikan manusia mempunyai maklumat lengkap mengenai
situasi ekonomi dan mereka bertindak secara rasional. Sebagai contoh,
berdasarkan maklumat dan pengalaman lepas, ahli ekonomi tahu
bagaimana inflasi ditentukan dan mereka menggunakan model ini untuk
mengunjurkan kadar inflasi pada masa hadapan.

LATIHAN 1.4

Bandingkan pandangan Klasikal dan Keynesian dalam perubahan upah
dan harga. Apakah implikasi perbezaan antara dua pandangan ini?

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  17

1.7 PERMINTAAN DAN PENAWARAN
AGREGAT

Dalam subtopik ketujuh ini, kita akan mempelajari tentang empat konsep yang
berkaitan dengan permintaan dan penawaran agregat. Mari kita lihat keempat-
empat konsep ini secara satu per satu.

(a) Keluaran Agregat dan Tingkat Harga
Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran agregat?

Keluaran agregat adalah jumlah pengeluaran ekonomi, di mana jumlah
keseluruhan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam tempoh
tertentu.

Bagaimana pula dengan permintaan agregat?

Permintaan agregat adalah jumlah barang dan perkhidmatan yang
diminta dalam ekonomi pada tingkat harga tertentu pada tempoh masa
tertentu.

Tingkat harga dalam ekonomi adalah purata harga berwajaran bagi semua
barang dan perkhidmatan seperti makanan, rumah, pakaian, hiburan,
pengangkutan, kesihatan dan semua barang.

(b) Keluk Permintaan Agregat
Tahukah anda apakah yang digambarkan oleh keluk permintaan agregat?

Keluk permintaan agregat adalah graf yang menunjukkan hubungan
antara tingkat harga ekonomi dengan jumlah keluaran agregat dalam
tempoh tertentu. Ia mengandaikan semua faktor lain adalah tidak
berubah.

Mari kita lihat Rajah 1.10 berikut yang menunjukkan keluk permintaan
agregat (AD).

18  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

Rajah 1.10: Keluk permintaan agregat
Rajah 1.10 tadi menunjukkan keluk permintaan agregat, di mana paksi
menegak (paksi-y) menunjukkan tingkat harga purata dan paksi mendatar
(paksi-x) menunjukkan keluaran agregat atau keluaran dalam negara kasar
(KDNK) (KDNK akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Topik 2
nanti).
Cerun negatif keluk permintaan agregat merujuk kepada hubungan
songsang antara keluaran agregat dengan tingkat harga. Ini bermakna, jika
tingkat harga menurun, pengguna akan meminta lebih barang dan
perkhidmatan, seterusnya ini akan meningkatkan perbelanjaan.
(c) Keluk Penawaran Agregat
Keluk penawaran agregat menunjukkan kuantiti keluaran yang sanggup
dikeluarkan oleh firma pada tingkat harga tertentu. Selalunya, terdapat
hubungan positif antara penawaran agregat dengan tingkat harga.
(d) Keseimbangan
Persilangan antara permintaan dan penawaran agregat akan menentukan
keseimbangan antara tingkat harga dengan keluaran ekonomi, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.11 berikut.

TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  19

Rajah 1.11: Keseimbangan
Berdasarkan keluk Rajah 1.11 tadi, keseimbangan adalah di „E‰ di mana ia
merupakan titik keluk AD dan AS bertemu. Tingkat harga keseimbangan
adalah di P*, manakala keluaran agregat keseimbangan adalah di Q*.

 Makroekonomi adalah bidang yang berkaitan dengan hubungan antara
pemboleh ubah agregat yang menganalisis ekonomi sebagai satu sistem.

 Makroekonomi tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi negara di mana ia
diukur berdasarkan pendapatan negara.

 Lima isu utama makroekonomi adalah keluaran benar, produktiviti,
pertumbuhan ekonomi, pengangguran dan inflasi.

 Dua dasar penting makroekonomi adalah dasar kewangan dan fiskal. Dasar
ini akan digunakan untuk mencapai objektif makroekonomi seperti guna
tenaga penuh, kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang
memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat juga dasar lain yang boleh
digunakan iaitu dasar pendapatan dan dasar penawaran sampingan.

 Perubahan ekonomi adalah berkait dengan turun naik keluaran. Ia boleh
dilihat dalam kitaran perniagaan.

20  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI

 Terdapat empat objektif makroekonomi. Antaranya adalah kestabilan harga
dan pertumbuhan ekonomi yang baik.

 Selalunya, kitaran perniagaan mempunyai dua fasa iaitu fasa pengembangan
dan fasa penguncupan. Ini boleh dilihat dengan terperinci daripada tingkat
yang berbeza; puncak, kemelesetan, lompang, pemulihan dan pengembangan.

 Sejarah pembentukan makroekonomi boleh dikaji dari perspektif Klasikal,
Keynesian, Monetaris dan Jangkaan Rasional.

 Keluk permintaan agregat yang bercerun negatif menunjukkan hubungan
songsang antara tingkat harga dengan keluaran agregat yang diminta.
Sebaliknya, keluk penawaran agregat menunjukkan hubungan positif antara
tingkat harga dengan kuantiti keluaran agregat yang ditawarkan. Persilangan
antara kedua keluk ini akan menentukan keseimbangan antara tingkat harga
dengan keluaran agregat dalam ekonomi secara keseluruhan.

Dasar fiskal Kitaran perniagaan
Dasar kewangan Objektif
Dasar penawaran sampingan Penawaran agregat
Dasar pendapatan Pengangguran
Fasa Permintaan agregat
Inflasi Pertumbuhan ekonomi
Keluaran benar Produktiviti
Kemelesetan Resesi
Keseimbangan Stagflasi

Topik  Pengeluaran

2 Negara

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan aliran model pendapatan;
2. Membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan

keluaran negara kasar (KNK);
3. Menunjukkan bagaimana pengiraan KDNK dilakukan;
4. Membezakan antara KDNK benar dengan KDNK nominal; dan
5. Membincangkan empat masalah semasa mengukur keluaran negara.

 PENGENALAN

Tahukah anda bahawa teori makroekonomi mula membangun dan semakin
popular berikutan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1929?
Kegawatan ekonomi yang berterusan selama lebih daripada lima tahun ini telah
mencatatkan kadar pengangguran sehingga 25% di Amerika. Ini bermakna
bahawa setiap seorang dari empat orang adalah penganggur dan sememangnya
ini menunjukkan kadar pengangguran yang sangat tinggi.

Oleh itu, ahli ekonomi terkenal yang diketuai oleh ahli ekonomi Inggeris
bernama John Maynard Keynes, mencadangkan bahawa pandangan makro akan
diambil kira untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Pandangan ini digunakan
semenjak teori mikroekonomi yang digunakan sebelum ini tidak dapat
mengatasi kadar pengangguran yang tinggi. Semenjak peristiwa ini, teori
makroekonomi pun mula berkembang.

22  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

Dari semasa ke semasa, masalah lain juga perlu diselesaikan dengan
menggunakan pandangan makro, seperti inflasi dan defisit. Tanpa inflasi dan
pengangguran, sistem ekonomi pasaran bebas tidak boleh mengukur kestabilan
dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kewujudan masalah ini dilihat sedikit
sebanyak membantu membuka lebih banyak ruang untuk makroekonomi
berkembang. Oleh itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada isu utama
makroekonomi iaitu pengeluaran negara. Mari kita belajar lebih lanjut mengenai
pengeluaran negara dalam topik baru yang menarik ini.

2.1 ALIRAN MODEL PENDAPATAN

Sedarkah anda bahawa tujuan utama aktiviti ekonomi negara adalah untuk
memastikan bahawa semua rakyat berpuas hati dengan keperluan barang dan
perkhidmatan? Ini adalah kerana tiada apa yang lebih penting daripada
menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan dan rekreasi untuk
setiap warganegara. Sebelum anda terus membaca, cuba fikir seketika
bagaimana aktiviti ekonomi diukur. Aktiviti ekonomi negara selalunya diukur
berdasarkan keluaran keseluruhan negara tersebut.

Pengeluaran negara dan keluaran negara adalah dua terma yang sama
maksudnya iaitu merujuk kepada barang dan perkhidmatan akhir yang
dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu seperti
setahun.

Sebelum kita pergi lebih lanjut kepada konsep pengeluaran negara, adalah
penting untuk anda memahami aliran model pendapatan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.1 berikut. Model tersebut menunjukkan aktiviti
ekonomi paling ringkas yang hanya melibatkan dua pihak iaitu isi rumah dan
firma.

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  23

Rajah 2.1: Aliran model pendapatan
Rajah 2.1 tadi menunjukkan aliran fizikal barang (keluaran dan sumber) dan
tunai antara isi rumah dengan firma. Setiap aliran fizikal barang akan diikuti
oleh aliran tunai dari arah yang bertentangan.
Aliran sumber (faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan)
daripada isi rumah ke firma akan diikuti oleh tunai yang mengalir dari firma ke
isi rumah. Sumber yang disumbangkan oleh isi rumah digunakan oleh firma
dalam proses pengeluaran dan akan dibayar oleh firma.
Aliran barang daripada firma kepada isi rumah juga akan diikuti oleh aliran
tunai daripada isi rumah kepada firma melalui bayaran kepada barang yang
dibeli oleh isi rumah daripada firma.

24  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

2.2 KELUARAN DALAM NEGARA KASAR
(KDNK)

AKTIVITI 2.1

Kita selalu mendengar terma „produk keluaran negara‰ dinyatakan
dalam berita ekonomi melalui media elektronik. Jelaskan apakah yang
anda faham tentang produk keluaran negara.

Setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menilai aktiviti ekonomi. Apa
yang pasti, proses untuk mengambil alih tugas ini bukanlah kerja mudah. Ini
juga berlaku kepada Malaysia. Malaysia mempunyai caranya yang tersendiri
untuk menilai jumlah keluaran dan keluar masuk aktiviti ekonomi yang
dipraktikkan. Adakah anda pernah diberitahu tentang perkara ini? Bagaimana
kerajaan Malaysia menilai pengeluaran negaranya?
Konsep pengeluaran negara yang diaplikasikan oleh Malaysia adalah
merupakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apakah yang dimaksudkan
dengan KDNK?

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bermaksud jumlah nilai pasaran
bagi semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam
lingkungan sesebuah negara bagi sesuatu tempoh tertentu.

Terdapat empat elemen penting dalam KDNK, seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.2 berikut.

Rajah 2.2: Empat elemen penting KDNK
Penerangan lanjut untuk empat elemen KDNK tadi adalah dalam subtopik
seterusnya.

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  25

2.2.1 Jumlah Nilai Pengeluaran

Untuk mengira jumlah nilai pengeluaran, anda perlu menambah nilai semua
barangan. Sebagai contoh, nilai sebiji oren ditambah dengan nilai sebuah
komputer, sebuah kereta, sebuah mesin pencuci kain dan sebagainya. Nilai
KDNK barang dibuat berdasarkan harga pasarannya. Harga pasaran adalah
harga bagi setiap satu item, perkhidmatan atau aset yang ditukar atau dijual beli
dalam sistem pasaran. Mari kita lihat contoh.

Contoh 2.1:
Jika sebiji oren dijual dengan harga 30 sen dan harga sebuah komputer adalah
RM1,000, maka nilai 100 biji oren dan lima buah komputer adalah RM5,030 di
mana ia adalah bersamaan dengan RM30 untuk oren dan RM5,000 untuk
komputer.

2.2.2 Apakah yang Dihasilkan oleh Barang dan
Perkhidmatan Akhir?

Pengiraan KDNK hanya mengambil kira harga pasaran bagi barang dan
perkhidmatan akhir. Barang dan perkhidmatan akhir sebenarnya digunakan
atau dibeli oleh individu dalam isi rumah, firma atau kerajaan dan tidak akan
digunakan sebagai komponen dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan
lain. Dengan kata lain, ia bukanlah barang dan perkhidmatan pertengahan
seperti yang diterangkan dalam Contoh 2.2 berikut.

Contoh 2.2:
Proton Waja (kereta Malaysia) adalah produk akhir tetapi tayar yang
digunakan adalah barang pertengahan. KDNK hanya mengambil kira barang
yang dijual di pasaran sahaja (kereta).

Oleh itu, barangan yang dikeluarkan untuk kegunaan anda sendiri tidak
diambil kira dalam pengiraan KDNK.

26  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

2.2.3 Di Manakah Barang dan Perkhidmatan
Dikeluarkan?

Hanya barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam lingkungan negara
akan menjadi sebahagian KDNK negara tersebut. Oleh itu, barang dan
perkhidmatan dikeluarkan dalam Malaysia adalah sebahagian KDNK Malaysia.
Mari kita lihat Contoh 2.3 berikut.

Contoh 2.3:
Nike merupakan syarikat Amerika di Malaysia yang mengeluarkan pakaian
santai dan sukan. Nilai pakaian yang dikeluarkan di Malaysia adalah
sebahagian KDNK negara kita dan bukannya KDNK Amerika.

Sementara itu, Petronas merupakan syarikat Malaysia yang mengeluarkan
minyak di Vietnam. Ia menyumbang kepada KDNK negara Vietnam dan
bukannya negara kita.

2.2.4 Bilakah Barang dan Perkhidmatan Dikeluarkan?

KDNK mengambil kira hanya pengeluaran barang dan perkhidmatan yang baru
dalam tempoh masa tertentu. Selalunya, dalam tempoh setiap tiga bulan atau
setahun. Hanya barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam
tempoh tersebut akan diambil kira untuk pengiraan KDNK. KDNK bukan sahaja
menilai jumlah nilai pengeluaran tetapi ia juga mengira jumlah hasil dan jumlah
perbelanjaan sesebuah negara. Contoh 2.4 berikut menghuraikannya dengan
lebih lanjut.

Contoh 2.4:
Di Malaysia, Bank Negara menggunakan data suku tahunan untuk mengesan
sebarang perubahan dalam aktiviti ekonomi jangka pendek. Ahli ekonomi
dalam bahagian lain pula menggunakan data tahunan untuk menilai
pertumbuhan aktiviti ekonomi dari segi jangka panjang.

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  27

LATIHAN 2.1

Tandakan „B‰ untuk kenyataan yang betul atau „S‰ untuk kenyataan
yang salah.

1. Pengeluaran negara bermaksud pengeluaran barang dan
perkhidmatan dalam lingkungan kawasan negara dalam tempoh
masa tertentu. __________

2. Dalam menilai jumlah pengeluaran, KDNK dinilai dalam tempoh
tertentu sahaja. Selalunya tempoh setiap enam bulan atau tiga
tahun. __________

3. Gucci adalah jenama Amerika. Nilai keluaran pakaian yang
dikeluarkan di Malaysia adalah sebahagian KDNK Amerika bukan
kita. __________

4. Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di Singapura adalah
dikira sebagai sebahagian daripada KDNK Singapura. __________

5. Dalam mengira nilai pengeluaran negara, nilai KDNK bagi barang
adalah berdasarkan harga pasaran. __________

2.3 KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)

Bagaimanakah dengan Keluaran Negara Kasar (KNK)? Apakah yang anda
faham tentang KNK? Bagaimanakah ianya berbeza dengan KDNK? Mari kita
teruskan pelajaran kita untuk mengetahui jawapannya.

Tahukah anda ada satu lagi konsep yang digunakan untuk mengukur
pengeluaran negara? Konsep tersebut ialah Keluaran Negara Kasar. Apakah
yang dimaksudkan dengan KNK?

Keluaran Negara Kasar (KNK) bermaksud jumlah nilai pasaran bagi barang
dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh rakyat negara tersebut
menggunakan sumber negaranya sendiri (tidak kira sama ada operasi
pengeluaran tersebut dijalankan di dalam atau luar negara).

28  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

Dengan erti kata lain, KNK tidak mengambil kira nilai keluaran yang
dikeluarkan oleh firma asing walaupun operasi pengeluaran dijalankan dalam
negara tersebut. Mari kita lihat contoh bagi KNK.

Contoh 2.5:
Nilai pengeluaran pakaian oleh Nike di Malaysia tidak dimasukkan dalam
pengiraan KNK Malaysia. Sebaliknya, ia digunakan dalam pengiraan KNK
Amerika.

Begitu juga petroleum yang dikeluarkan oleh Petronas di Vietnam, ia tidak
dimasukkan dalam KNK Vietnam. Sebaliknya, ia dimasukkan dalam KNK
negara kita.

Berikut adalah formula bagi KNK:

KNK = KDNK + Pendapatan diperoleh rakyat negara melalui pelaburan
asing ă Pendapatan diperoleh pelabur asing dalam pasaran domestik

AKTIVITI 2.2

Apabila memasuki pusat membeli-belah, cuba anda lihat premis
perniagaan antarabangsa seperti Gucci, Laura Ashley, Guess, Dorothy
Perkins, Topshop, Nike dan sebagainya.

Apakah sumbangan yang dilakukan oleh perniagaan ini terhadap
pertumbuhan ekonomi Malaysia? Berikan pendapat anda menggunakan
konsep KDNK dan KNK.

LATIHAN 2.2

1. Nyatakan perbezaan antara KNK dengan KDNK.
2. Satu produk dikeluarkan pada tahun 2002 tetapi dijual pada tahun

2003. Tahun yang manakah ia akan diambil kira untuk tujuan
pengiraan KDNK?
3. Bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia, nilai
manakah akan lebih tinggi, KDNK atau KNK?

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  29

2.4 KAEDAH PENGIRAAN KDNK

Umumnya, ada tiga kaedah untuk mengira KDNK iaitu kaedah perbelanjaan,
pengeluaran dan pendapatan. Walaupun kaedahnya berbeza, ia akan
menghasilkan nilai yang sama. Mari kita lihat kaedah ini dalam subtopik
seterusnya.

2.4.1 Kaedah Perbelanjaan

Pertama sekali, mari kita pelajari maksud „kaedah perbelanjaan‰.
Kaedah perbelanjaan adalah jumlah perbelanjaan negara (bagi individu,
firma dan kerajaan). Jumlah tersebut dihasilkan daripada permintaan akhir
barang dan perkhidmatan.

Ada empat kumpulan yang membeli barang dan perkhidmatan akhir iaitu isi
rumah, firma, kerajaan dan pengguna luar negara.
Perbelanjaan empat kumpulan ini boleh dibahagikan kepada empat kategori
pula iaitu perbelanjaan penggunaan individu, pelaburan kasar, perbelanjaan
kerajaan bagi barang dan perkhidmatan, dan eksport bersih. Rajah 2.3 berikut
menunjukkan empat kategori perbelanjaan tersebut.

Rajah 2.3: Empat kategori perbelanjaan

30  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

Penerangan lanjut untuk setiap kategori perbelanjaan ini dijelaskan dalam Jadual
2.1.

Jadual 2.1: Huraian Lanjut bagi Empat Kategori Perbelanjaan

Perbelanjaan Penerangan

Perbelanjaan Kategori ini termasuklah perbelanjaan oleh isi rumah bagi
Penggunaan Individu barang dan perkhidmatan akhir. Ia termasuklah perbelanjaan
untuk makanan, cucian, sewaan dan sebagainya.

Pelaburan Kasar Kategori ini merujuk kepada pelaburan oleh firma ke atas
modal berbentuk peralatan seperti mesin, bangunan dan
tambahan kepada inventori. Pengeluaran yang tidak boleh
dijual juga dimasukkan dalam inventori dan ini akan
dimasukkan juga dalam pelaburan. Pembelian saham dan bon
tidak termasuk sebagai pelaburan sehingga ia tidak
dibelanjakan untuk membeli barang dan perkhidmatan akhir.
Formula bagi pelaburan kasar adalah seperti berikut:

Pelaburan Kasar = Pelaburan bersih + Kemerosotan dalam aset
modal

Pembelian Kerajaan Kategori ini merujuk kepada perbelanjaan kerajaan pusat dan
terhadap Barang dan negeri terhadap barang dan perkhidmatan daripada sektor
Perkhidmatan Akhir swasta. Bagi memastikan ia berfungsi secara lebih efektif,
kerajaan perlu membeli barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan firma.

Sebagai contoh, kerajaan membeli komputer, kertas, pen dan
peluru. Semua barang adalah perlu kepada kerajaan supaya ia
dapat berfungsi secara efektif.

Eksport Bersih Kategori ini adalah jumlah eksport tolak import (X ă M). Jika
nilai jumlah eksport melebihi jumlah import, maka eksport
bersih adalah positif. Sebaliknya, jika nilai eksport kurang
daripada nilai import, maka eksport bersih adalah negatif.

Terdapat beberapa barang yang dikeluarkan dalam negara
tidak boleh dijual dalam negara. Pada masa yang sama,
terdapat beberapa barang yang diperlukan oleh masyarakat
tidak dikeluarkan di dalam negara. Oleh itu, ia perlu dimport
daripada luar negara.

TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  31

Jumlah perbelanjaan untuk barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan
oleh negara adalah jumlah selepas mencampurkan kesemua empat kategori yang
disenaraikan tadi. Formulanya adalah seperti berikut.

(a) Perbelanjaan penggunaan individu =C

(b) Pelaburan =I

(c) Perbelanjaan kerajaan bagi barang dan perkhidmatan akhir = G

(d) Eksport bersih = XăM

Jumlah perbelanjaan = C + I + G + (X ă M) = KDNK

Jumlah perbelanjaan menunjukkan nilai atau jumlah yang diperoleh oleh firma
yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan tersebut.

2.4.2 Kaedah Pengeluaran

Mari kita lihat Rajah 2.4 berikut. Apakah yang boleh anda katakan tentang
kaedah pengeluaran?

32  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA

Rajah 2.4: Kaedah pengeluaran
Berdasarkan kaedah pengeluaran, semua nilai barang dan perkhidmatan akhir
daripada pelbagai sektor ekonomi perlu dijumlahkan. Rajah 2.4 tadi
menunjukkan contoh sektor yang terdapat di Malaysia. Untuk pengetahuan
anda, di Malaysia, sektor ekonomi boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan
iaitu sektor utama, sektor industri dan sektor perkhidmatan. Maklumat bagi nilai
pengeluaran setiap sektor ini diperoleh melalui bancian.
Kaedah ini menggunakan konsep menjumlahkan kesemua nilai untuk
mengelakkan masalah pengiraan dua kali.
Apakah yang dimaksudkan dengan masalah pengiraan dua kali?

Masalah pengiraan dua kali adalah situasi di mana nilai barang tersebut
dikira lebih daripada sekali apabila menilai KDNK.


Click to View FlipBook Version