The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anazwien7878, 2022-01-21 10:18:54

MAKROEKONOMI

MAKROEKONOMI

TOPIK 5 WANG, KADAR FAEDAH DAN PENDAPATAN: ANALISIS DASAR  133

Dasar fiskal menguncup adalah penurunan dalam perbelanjaan
kerajaan (G) atau peningkatan cukai (T). Ia bertujuan untuk
mengurangkan pengeluaran agregat (Y).

Walau bagaimanapun, jika kita mengambil kira pasaran wang,
pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan (G) atau peningkatan cukai (T)
akan berlaku. Ia membawa kepada penurunan dalam pengeluaran agregat
(Y), pengurangan dalam permintaan wang (Md) dan kemudiannya
mengurangkan kadar faedah (r). Jika ini berlaku, penurunan dalam output
agregat (Y) akan menjadi lebih kecil berbanding kadar faedah (r) yang
menyebabkan pelaburan dirancang (I) meningkat. Peningkatan pelaburan
dirancang menutup sebahagian penurunan dalam agregat perbelanjaan
dirancang yang disebabkan oleh penurunan dalam perbelanjaan kerajaan
(G).

Kesan dasar fiskal menguncup boleh dirumuskan seperti berikut:

G↓

Y↓

Md ↓ ( M s )

r↓

I ↑ Y↑

5.2.2 Analisis Dasar Kewangan

Dalam bahagian ini, kita akan melihat bagaimana ekonomi dipengaruhi oleh
dasar kewangan yang melibatkan perubahan dalam bekalan wang. Tindakan ini
bertujuan untuk mempengaruhi output agregat (Y). Kerajaan boleh
menggunakan sama ada dasar kewangan mengembang atau dasar kewangan
menguncup untuk mempengaruhi ekonomi. Mari kita lihat kedua-dua dasar ini
dengan lebih terperinci satu persatu dalam bahagian seterusnya.

134  TOPIK 5 WANG, KADAR FAEDAH DAN PENDAPATAN: ANALISIS DASAR

(a) Dasar Kewangan Mengembang: Peningkatan dalam Bekalan Wang
Kerajaan boleh menggunakan dasar kewangan mengembang untuk
merangsang ekonomi melalui peningkatan dalam bekalan wang. Seperti
yang dinyatakan dalam Topik 4 yang lalu, ini boleh dilakukan melalui
beberapa cara. Mari kita andaikan kerajaan memutuskan untuk melakukan
ini melalui operasi pasaran terbuka. Dengan cara ini, bekalan wang
meningkat dan keluk penawaran wang beralih ke kanan. Oleh kerana
kuantiti wang kini lebih besar daripada apa yang mereka mahu pegang,
maka kadar faedah pun jatuh.

Oleh yang demikian, perbelanjaan pelaburan yang dirancang meningkat
dan ini akan membawa kepada peningkatan dalam perbelanjaan agregat
dirancang. Peningkatan dalam bekalan wang menyebabkan kadar faedah
jatuh dan output (Y) meningkat. Pada peringkat pendapatan yang lebih
tinggi, permintaan untuk wang juga turut meningkat. Ini bermakna
bahawa kadar faedah tidak akan jatuh seperti yang sepatutnya. Dengan
kata lain, kita boleh katakan bahawa:

Dasar kewangan mengembang ialah peningkatan dalam bekalan wang
(Ms) yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran agregat (Y).

Kesan dasar kewangan mengembang boleh dirumuskan seperti berikut:

Ms ↑

r↓

I↑

Y ↑ Md ↑

Walau bagaimanapun, keberkesanan dasar kewangan bergantung kepada
sensitiviti perbelanjaan pelaburan kepada perubahan dalam kadar faedah.
Jika pelaburan adalah sensitif kepada perubahan dalam kadar faedah
(sebagai contoh, kejatuhan dalam kadar faedah yang mendorong syarikat
untuk melabur lebih), maka dasar kewangan mengembang akan berkesan
dalam merangsang ekonomi.

TOPIK 5 WANG, KADAR FAEDAH DAN PENDAPATAN: ANALISIS DASAR  135

Sebaliknya, jika pelaburan tidak sensitif kepada perubahan dalam kadar
faedah, maka dasar kewangan yang mengembang tidak akan menjadi
sangat berkesan. Keberkesanan dasar kewangan bergantung kepada bentuk
fungsi pelaburan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.6 tadi.

AKTIVITI 5.2

Kerajaan boleh menggunakan dasar kewangan untuk mempengaruhi
ekonomi. Jelaskan bagaimana sensitiviti kadar faedah bagi permintaan
pelaburan boleh mempengaruhi keberkesanan dasar.

(b) Dasar Kewangan Menguncup: Pengurangan dalam Bekalan Wang
Mari kita lihat definisinya terlebih dahulu.

Dasar kewangan menguncup adalah penurunan dalam bekalan wang
(Ms) yang bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran agregat (Y).

Kerajaan boleh menggunakan dasar kewangan menguncup dengan
mengurangkan bekalan wang (Ms) untuk mengurangkan pengeluaran
agregat (Y). Apabila bekalan wang meningkat, kadar faedah akan jatuh.
Perbelanjaan pelaburan dirancang berhubung negatif dengan kadar faedah.
Dengan kadar faedah yang lebih tinggi, pelaburan dirancang akan
berkurang. Oleh itu, perbelanjaan agregat juga adalah lebih rendah, ini
membawa kepada tahap keseimbangan output (Y) yang lebih rendah.
Apabila tahap output (Y) adalah lebih rendah, permintaan untuk wang juga
akan menjadi lebih rendah.

Kesan dasar kewangan menguncup boleh dirumuskan seperti berikut:

Ms ↓

r↑

I↓

Y ↓ Md ↓

136  TOPIK 5 WANG, KADAR FAEDAH DAN PENDAPATAN: ANALISIS DASAR

5.3 KOMBINASI DASAR FISKAL DAN
KEWANGAN

Dalam subtopik-subtopik sebelum ini, kita telah melihat kedua-dua dasar (dasar
fiskal dan kewangan) secara berasingan. Tahukah anda bahawa kerajaan boleh
menggunakan kedua-dua dasar tersebut secara serentak? Sebagai contoh,
kerajaan boleh menggunakan dasar fiskal yang mengembang iaitu dengan
meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G), dengan dasar kewangan mengembang
iaitu dengan meningkatkan bekalan wang. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
(G) sahaja akan meningkatkan kedua-dua output agregat (Y) dan kadar faedah
(r), manakala meningkatkan bekalan wang sahaja akan meningkatkan
pengeluaran agregat (Y) tetapi turut mengurangkan kadar faedah (r).

Oleh itu, jika matlamat kerajaan adalah untuk meningkatkan Y tetapi
mengekalkan kadar faedah, ia boleh mencapai matlamat ini dengan
meningkatkan kedua-dua perbelanjaan kerajaan (G) dan bekalan wang (Ms)
dengan jumlah yang tertentu. Dengan kata lain:

Kombinasi dasar adalah gabungan dasar fiskal dan kewangan yang
digunakan pada masa yang diberikan untuk mencapai objektif tertentu iaitu
meningkatkan output (Y) dan mengekalkan kadar faedah (r).

AKTIVITI 5.3

Pelaksanaan kombinasi dasar iaitu dasar fiskal dan kewangan boleh
dilakukan oleh kerajaan untuk mengelakkan kesan asakan keluar.
Bincangkan perkara ini dalam kumpulan.

TOPIK 5 WANG, KADAR FAEDAH DAN PENDAPATAN: ANALISIS DASAR  137

 Pasaran barangan dan pasaran wang beroperasi secara saling bergantungan.
Mana-mana aktiviti dalam pasaran barangan tersebut akan mempengaruhi
pasaran barangan dan sebaliknya.

 Ada dua kaitan penting antara pasaran barangan dan pasaran wang;
pertama, tahap pendapatan (Y) (yang ditentukan dalam pasaran barangan)
menentukan jumlah urus niaga bagi setiap tempoh dan dengan itu ia
memberi kesan kepada permintaan wang (Md) dalam pasaran wang. Kedua,
kadar faedah yang ditentukan dalam pasaran wang memberi kesan kepada
tahap pelaburan dirancang dalam pasaran barangan.

 Pelaburan dirancang dan kadar faedah adalah berhubung negatif di mana
kadar faedah menentukan kos projek-projek pelaburan.

 Dengan nilai kadar faedah yang berbeza, perbelanjaan pelaburan dirancang
dan keseimbangan output adalah berbeza.

 Penggunaan dasar fiskal dan kewangan boleh dirumuskan seperti berikut.

Dasar G T Ms
Dasar fiskal mengembang ↑↓
Dasar fiskal menguncup ↓↑
Dasar kewangan mengembang
Dasar kewangan menguncup ↑


 Kombinasi dasar adalah pelaksanaan kedua-dua dasar fiskal dan kewangan
untuk mencapai objektif tertentu, iaitu untuk meningkatkan output (Y) dan
mengekalkan kadar faedah (r).

138  TOPIK 5 WANG, KADAR FAEDAH DAN PENDAPATAN: ANALISIS DASAR

Dasar fiskal Kombinasi dasar
Dasar fiskal menguncup Pasaran barangan
Dasar fiskal menguncup Pasaran wang
Dasar kewangan mengembang Pelaburan
Dasar kewangan menguncup Pendapatan
Kadar faedah Penyisihan keluar kesan
Kesan asakan keluar Permintaan untuk wang

Topik  Permintaan

6 Agregat dan
Penawaran
Agregat

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan maksud terma permintaan agregat;
2. Menjelaskan faktor yang menyebabkan keluk permintaan agregat

bercerun negatif;
3. Menjelaskan penentu permintaan agregat;
4. Menjelaskan maksud terma penawaran agregat dan keluk

penawaran agregat dalam jangka pendek;
5. Meringkaskan bagaimana tahap pengeluaran dan harga

keseimbangan ditentukan;
6. Menggunakan permintaan agregat dan penawaran agregat terhadap

dasar fiskal dan dasar kewangan; dan
7. Meringkaskan pembentukan keluk penawaran agregat jangka

panjang.

 PENGENALAN

Terdahulu, anda telah diperkenalkan kepada penawaran dan permintaan.
Pengetahuan tentang faktor yang memberi kesan atau mempengaruhi
permintaan dan penawaran wang adalah penting supaya anda boleh memahami
kesannya terhadap kadar faedah, pelaburan dan pendapatan negara. Topik

140  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

keenam ini akan menerangkan konsep permintaan dan penawaran agregat dan
perkara yang berkaitan dengannya. Jadi, mari kita mulakan topik baru ini!

6.1 PERMINTAAN AGREGAT

Pertama sekali, apakah yang anda faham mengenai permintaan agregat?

Permintaan agregat adalah jumlah permintaan untuk barang dan
perkhidmatan dalam ekonomi dalam tempoh masa tertentu.

Biasanya, permintaan agregat ditunjukkan menggunakan keluk atau jadual yang
menunjukkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan (pengeluaran sebenar)
yang secara kolektif dibeli oleh pengguna pada tahap harga tertentu.
Keluk permintaan agregat (AD) yang mencerun ke bawah menunjukkan
hubungan yang negatif antara harga dan tahap pengeluaran, dengan andaian
bahawa semua faktor lain adalah tetap (tidak berubah). Apabila harga adalah
rendah, permintaan untuk pengeluaran adalah tinggi. Sebaliknya, apabila harga
tinggi, permintaan untuk pengeluaran adalah rendah.
Walaupun kedua-dua keluk permintaan agregat (AD) dan keluk pasaran agregat
kelihatan sama, faktor yang menyebabkan keluk mencerun ke bawah adalah
berbeza.
Keluk permintaan pasaran bercerun negatif kerana kesan penggantian dan kesan
pendapatan. Ada tiga faktor yang menyebabkan keluk permintaan agregat
mencerun negatif. Ia dinyatakan dalam Rajah 6.1 berikut.

Rajah 6.1: Tiga faktor yang menyebabkan keluk AD bercerun negatif

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  141

Sekarang, mari kita pelajari faktor ini dengan lebih lanjut dalam bahagian
seterusnya.

(a) Kesan Imbangan Benar
Perbelanjaan pengguna atau penggunaan, bergantung kepada berapa
banyak wang dimiliki oleh individu. Ini adalah hubungan yang positif.
Lebih banyak wang yang anda ada, lebih banyak anda belanjakan. Apakah
maksud mempunyai wang?

Mempunyai wang merujuk kepada kekayaan dan jumlah bon, saham,
rumah atau aset fizikal yang dimiliki seseorang. Jumlah kekayaan yang
dimiliki bergantung kepada paras harga.

Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang negatif antara kadar harga
dan kekayaan pengguna. Jika paras harga meningkat, kuasa beli sebenar
berkurang dan wang tidak boleh membeli seberapa banyak barang dan
perkhidmatan. Sebaliknya, jika harga jatuh, kuasa membeli pula meningkat.

Mari kita lihat contoh berikut.

Contoh 6.1:
Jika Ahmad mempunyai RM5,000 dan paras harga telah meningkat
sebanyak 10%, maka nilai wang Ahmad telah menurun sebanyak 10%
kerana harga barang yang dia ingin beli telah meningkat sebanyak 10%.
Oleh itu, kenaikan harga menyebabkan kuasa beli jatuh. Ini secara tidak
langsung akan mengurangkan penggunaan dan pengeluaran. Oleh itu,
kesan sebenar imbangan membawa hubungan yang negatif antara
harga dan pengeluaran. Walau bagaimanapun, jika peningkatan dalam
harga umum adalah sama dengan peningkatan dalam harga saham
atau harga hartanah, ini bermakna nilai sebenar saham dan hartanah
tidak berubah.

(b) Kesan Kadar Faedah
Perubahan dalam kadar faedah boleh memberi impak yang besar ke atas
penggunaan dan perbelanjaan pelaburan. Kadar faedah cenderung untuk
meningkat dan menurun kerana kenaikan atau pengurangan paras harga.
Ini bermakna bahawa tahap harga yang lebih tinggi mendorong kadar
faedah yang lebih tinggi, ini meningkatkan kos pinjaman dan tidak
menggalakkan pelaburan dan penggunaan atau perbelanjaan.

142  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Sebaliknya, tahap harga yang lebih rendah mempunyai hasil yang
bertentangan. Dengan mengandaikan bahawa bekalan wang kekal sama,
apabila paras harga meningkat, permintaan wang juga meningkat dan
apabila itu berlaku, kadar faedah juga naik. Sebagai contoh, jika harga naik,
permintaan wang akan bergerak ke atas dari Md0 ke Md1 . Dengan

mengandaikan bekalan wang Ms kekal, kadar faedah akan meningkat dari
r0 ke r1. Fenomena ini ditunjukkan dalam Rajah 6.2 berikut.

Rajah 6.2: Perubahan dalam kadar faedah
Perubahan dalam kadar faedah akan mempengaruhi penggunaan isi rumah
dan firma. Sebagai contoh, katakan kadar faedah adalah 15% setahun. Pada
masa yang sama, kadar pulangan yang diperoleh syarikat hasil daripada
pembelian modal adalah 20%. Ini membolehkan firma mendapat beberapa
keuntungan kerana pulangan pelaburan yang melebihi kadar faedah.
Seterusnya, ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan pelaburan.
Jika perkara yang sebaliknya berlaku, dengan kadar faedah pada 15% dan
kadar pulangan hanya pada kadar 10%, maka firma akan mengurangkan
pelaburan mereka. Keputusan ini akan membuatkan mereka mengurangkan
pengeluaran mereka juga.
Apabila kadar faedah tinggi, isi rumah akan melambatkan penggunaan
atau pembelian. Isi rumah menerima peningkatan dalam kadar faedah
sebagai tanda peningkatan dalam perbelanjaan dan kos. Sebagai contoh,
pengguna boleh melambatkan membeli rumah kerana kadar faedah yang
tinggi dan sebaliknya.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  143

Kesimpulannya, kenaikan harga akan menolak permintaan wang ke atas
dan akhirnya menyebabkan kenaikan kadar faedah (andaikan bekalan
wang adalah kekal sama).
(c) Kesan Eksport Bersih
Jumlah eksport dan import dalam ekonomi bergantung kepada harga
domestik dan asing. Jika barangan Malaysia adalah mahal, Malaysia akan
mengimport lebih banyak dari luar negara. Ini akan mengurangkan nilai
eksport bersih. Secara umumnya, peningkatan secara relatif tahap harga
dalam negara akan mengurangkan eksport dan permintaan agregat pada
pengeluaran. Sebaliknya, penurunan secara relatif tahap harga domestik
akan meningkatkan eksport dan permintaan agregat untuk pengeluaran.
Berdasarkan penerangan tadi, kita dapat simpulkan bahawa keluk permintaan
agregat (AD) bukan merupakan gabungan keluk permintaan individu. Keluk AD
bercerun negatif kerana kesan sebenar imbangan, kesan kadar faedah dan kesan
eksport bersih.

6.1.1 Membina Keluk Permintaan Agregat (AD)

Bagaimanakah caranya untuk kita membina keluk permintaan agregat? Keluk
AD boleh dibina daripada model perbelanjaan agregat. Komponen perbelanjaan
agregat boleh dilihat dalam Rajah 6.3 berikut. Permintaan agregat (AD) adalah
jumlah permintaan untuk barang dan perkhidmatan dalam ekonomi.

Rajah 6.3: Komponen perbelanjaan agregat

144  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Pada setiap titik di sepanjang keluk AD, kuantiti yang diminta adalah sama
dengan perbelanjaan agregat [C + l + G + (X ă M)].
Ketika membuat analisis tentang bagaimana untuk melakar keluk AD, kita perlu
menganggap bahawa dasar fiskal dan dasar kewangan adalah tetap. Mari kita
lihat Rajah 6.4 berikut.

Rajah 6.4: Membina keluk permintaan agregat (AD)
Rajah 6.4(a) tadi menunjukkan pasaran wang, Rajah 6.4 (b) menunjukkan keluk
pelaburan yang mencerminkan hubungan negatif antara kadar faedah dengan
tahap pelaburan, Rajah 6.4(c) adalah model perbelanjaan agregat atau pasaran
bagi barangan dan Rajah 6.4(d) adalah keluk permintaan agregat yang
menunjukkan hubungan yang songsang antara harga dengan kuantiti
pengeluaran yang diminta.
Kita andakan keseimbangan asal adalah di E0 iaitu pada harga P0 dan
pengeluaran Y0, kadar faedah r0, kuantiti wang M0, tahap pelaburan I0 dan
perbelanjaan agregat AE0. Perubahan dalam harga akan mempengaruhi nilai
sebenar kekayaan, kadar faedah dan eksport bersih. Jika paras harga naik, nilai
sebenar kekayaan dan eksport bersih akan menurun tetapi kadar faedah akan
meningkat dan sebaliknya. Jika tahap harga bergerak sehingga P1, kuantiti
permintaan wang akan meningkat kerana lebih banyak wang akan diperlukan
untuk perbelanjaan.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  145

Oleh itu, keluk Md0 akan beralih kepada Md1 , mewujudkan peningkatan
permintaan wang dengan andaian bahawa bekalan wang adalah tetap. Dalam
usaha untuk mencapai keseimbangan dalam pasaran wang, kadar faedah
meningkat kepada r1. Peningkatan seterusnya dalam kadar faedah akan
menurunkan pelaburan untuk I1. Begitu juga dengan penggunaan dan eksport
bersih. Keadaan ini ditunjukkan oleh peralihan AE0 untuk AE1 (P1) dan
penurunan dalam tahap pengeluaran kepada Y1 [Rajah 6.4 (c)].

Jika paras harga turun ke P2, sebaliknya akan berlaku. Tahap pengeluaran akan
beralih ke Y2 pada titik keseimbangan E2 [Rajah 6.4 (c)]. Dalam Rajah 6.4(d), jika
graf a, b dan c digabungkan, keluk AD yang bercerun negatif boleh dilihat. Ini
menunjukkan hubungan yang songsang antara harga dan tahap pengeluaran (Y).

Kita boleh merumuskan bahawa peningkatan dalam paras harga akan
menyebabkan keluk AE beralih ke bawah dan pengurangan dalam pengeluaran
(Y). Sebaliknya, penurunan harga akan menyebabkan AE untuk beralih ke atas
dan peningkatan berlaku dalam pengeluaran (Y).

6.1.2 Penentuan Permintaan Agregat

Keluk AD menunjukkan hubungan yang negatif antara harga dan pendapatan.
Oleh itu, sebarang perubahan harga akan menyebabkan perubahan permintaan
agregat (yang merupakan perubahan dalam kuantiti pengeluaran permintaan
agregat). Perubahan ini berlaku di sepanjang keluk AD, dengan andaian bahawa
semua faktor lain adalah tetap (ceteris paribus).

Sebenarnya, selain harga, terdapat juga beberapa faktor lain yang boleh
mempengaruhi permintaan agregat (AD). Faktor ini adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 6.1 nanti. Faktor tersebut berkait dengan empat
kategori perbelanjaan agregat iaitu penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan
kerajaan (G) dan eksport bersih (X ‒ M).

Sekarang, mari kita lihat faktor tersebut dengan lebih dekat.

(a) Perbelanjaan Penggunaan (C)
Perbelanjaan penggunaan biasanya berkaitan dengan isi rumah. Antara
faktor yang mempengaruhi penggunaan dan menyebabkan keluk AD
beralih ke kiri atau kanan ialah:

(i) Kekayaan pengguna;

(ii) Jangkaan pengguna;

(iii) Hutang isi rumah; dan

(iv) Cukai.

146  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Mari kita lihat pada setiap faktor ini secara terperinci.

(i) Kekayaan Pengguna
Ini termasuklah aset kewangan (bon dan saham) dan aset fizikal
(rumah dan tanah). Penurunan dalam nilai sebenar aset akan
menggalakkan orang ramai untuk menyimpan dan berbelanja kurang
bagi memperbaiki keadaan ekonomi mereka. Mereka akan
mengurangkan perbelanjaan mereka dan keluk AD akan bergerak ke
kiri. Jika sebaliknya berlaku, keluk AD akan beralih ke kanan.

Nota penting: Konsep ini berbeza daripada konsep kekayaan dan
imbangan benar kerana di sini, perubahan keluk AD adalah
apabila terdapat perubahan dalam harga.

Perubahan dalam kekayaan sebenar tidak bergantung kepada
perubahan harga tetapi kepada faktor bukan harga yang menyebabkan
perubahan dalam keluk AD. Sebagai contoh, pengurangan dalam
harga atau nilai sebenar rumah akan mengurangkan keadaan ekonomi
pengguna walaupun paras harga tidak meningkat.

(ii) Jangkaan Pengguna
Jangkaan pengguna memberi tumpuan kepada pendapatan sebenar.
Jangkaan keadaan ekonomi akan datang adalah penentu penting. Jika
isi rumah mengharapkan pendapatan benar untuk meningkat pada
masa akan datang, maka mereka cenderung untuk membeli lebih
banyak pada hari ini dan menyebabkan perbelanjaan penggunaan
dan permintaan agregat meningkat dan peralihan keluk AD ke kanan.
Jika pendapatan benar dijangka jatuh, pengguna akan mengelakkan
berbelanja. Ini akan menganjakkan keluk AD ke kiri.

(iii) Hutang Isi Rumah
Pengguna yang mempunyai hutang yang besar akan mengurangkan
perbelanjaan mereka kerana pendapatan atau wang mereka akan
digunakan untuk menyelesaikan hutang mereka. Oleh itu,
perbelanjaan pengguna akan berkurangan. Penurunan ini ditunjukkan
oleh peralihan keluk AD ke kiri.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  147

(iv) Cukai
Cukai pendapatan adalah kebocoran dalam pendapatan pengguna.
Kenaikan kadar cukai pendapatan akan mengurangkan pendapatan
boleh guna rakyat. Fenomena ini akan menyebabkan penurunan
dalam perbelanjaan dan keluk AD akan bergerak ke kiri.

(b) Perbelanjaan Pelaburan (I)
Perbelanjaan pelaburan biasanya ditanggung oleh firma. Perubahan dalam
membeli barang modal dan lain-lain pelaburan akan menyebabkan keluk
AD untuk bergerak sama ada ke kiri atau kanan.

Perubahan dalam pelaburan boleh disebabkan oleh:
(i) Kadar faedah;
(ii) Jangkaan pulangan daripada projek pelaburan;
(iii) Cukai perniagaan;
(iv) Tahap lebihan kapasiti; dan
(v) Teknologi.

Mari kita lihat setiap faktor ini dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.1 berikut.

Jadual 6.1: Faktor yang Menyebabkan Perubahan dalam Pelaburan

Faktor Penerangan

Kadar Faedah Peningkatan dalam kadar faedah atas sebab selain daripada harga
akan menyebabkan keluk AD beralih. Sebagai contoh, kenaikan
dalam bekalan wang akan menyebabkan kadar faedah menurun.
Fenomena ini akan mewujudkan peningkatan dalam pelaburan. Oleh
itu, keluk AD akan bergerak ke kanan dan situasi yang sebaliknya
akan menyebabkan ia bergerak ke kiri.

Jangkaan Pulangan yang tinggi daripada projek pelaburan bermakna
Pulangan keuntungan kepada firma. Jika pulangan dijangka adalah tinggi,
daripada maka firma akan meningkatkan pelaburan iaitu dengan membeli
Projek barang modal. Ini akan meningkatkan perbelanjaan firma dan keluk
Pelaburan AD akan beralih ke kanan. Keadaan sebaliknya akan menyebabkan
keluk beralih ke kiri.

148  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Cukai Cukai perniagaan adalah kebocoran kepada firma. Kadar cukai
Perniagaan perniagaan yang tinggi akan mengurangkan keuntungan selepas
cukai. Faktor ini akhirnya akan mengurangkan insentif bagi firma
Tahap Lebihan untuk meningkatkan pelaburan. Oleh itu, perbelanjaan firma akan
Kapasiti berkurang dan keluk AD bergerak ke kiri dan sebaliknya.

Teknologi Ini bermakna bahawa ada sumber pengeluaran yang berlebihan yang
tidak digunakan. Kapasiti lebihan yang lebih tinggi akan
melambatkan permintaan untuk barangan modal baru dan
mengurangkan permintaan agregat seperti yang ditunjukkan oleh
peralihan keluk AD ke kiri. Jika firma secara kolektif mendapati
bahawa tahap kapasiti yang rendah, maka firma akan meningkatkan
pembelian barangan modal dan membina premis baru. Ini akan
meningkatkan perbelanjaan firma dan keluk AD akan bergerak ke
kanan.

Penemuan teknologi baru akan meningkatkan perbelanjaan pelaburan
dan menaikkan perbelanjaan agregat (keluk AD akan bergerak ke
kanan). Sebagai contoh, dengan penemuan teknologi baru dalam
industri automobil, lebih banyak wang akan dilaburkan di dalam
industri ini. Fenomena ini akan menyebabkan keluk AD untuk
bergerak ke kanan.

(c) Pembelian Kerajaan (G)
Marilah kita ambil contoh penyediaan kemudahan infrastruktur untuk
memahami faktor pembelian kerajaan ini. Jika kerajaan meningkatkan
perbelanjaan dalam menyediakan infrastruktur melalui dasar fiskal
mengembang, keluk AD akan beralih ke kanan. Sebaliknya, jika kerajaan
mengamalkan dasar fiskal menguncup, maka keluk AD akan bergerak ke
kiri.

(d) Eksport bersih (X ‒ M)
Perubahan dalam eksport berkait dengan pergerakan keluk AD. Ia
dipengaruhi oleh faktor selain daripada harga. Mari kita rujuk Jadual 6.2
berikut.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  149

Jadual 6.2: Faktor Perubahan Eksport (Selain daripada Harga)

Faktor Penjelasan
Pendapatan
Asing Apabila pendapatan asing tinggi, permintaan mereka adalah agak
tinggi juga, sama ada untuk barangan tempatan atau asing.
Pertukaran Peningkatan permintaan untuk barang asing akan meningkatkan
Mata Wang eksport negara pengeksport (menganggap bahawa import negara
Asing pengeksport kurang). Peningkatan eksport bersih ditunjukkan dalam
peralihan keluk AD ke kanan. Jika pendapatan di negara asing adalah
rendah, maka eksport bersih akan berkurangan dan keluk AD akan
bergerak ke kiri.

Perubahan dalam kadar pertukaran mata wang asing juga
mempengaruhi eksport bersih dan permintaan agregat (AD). Mari kita
ambil kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Amerika
(kadar pertukaran E = RM/Dolar) sebagai contoh. Jika nilai Ringgit
merosot, maka kadar pertukaran telah meningkat. Amerika boleh
mendapatkan lebih banyak Ringgit bagi setiap Dolar, manakala rakyat
Malaysia akan mendapat kurang Dolar. Kemerosotan nilai Ringgit
akan membuat barangan Malaysia agak murah berbanding dengan
barangan Amerika. Oleh itu, eksport bersih Malaysia akan meningkat
(dengan andaian bahawa import kita adalah kurang daripada
eksport). Fenomena ini akan mengalih keluk AD ke kanan. Keadaan
sebaliknya akan membuatkan keluk beralih dengan cara bertentangan.

Berdasarkan penjelasan dalam Jadual 6.2 tadi, pergerakan keluk AD ditunjukkan

dalam Rajah 6.5 berikut. Keluk AD asal adalah di AD0. Peralihan ke kanan dari
AD0 kepada AD1. Peralihan ke kiri pula berlaku dari AD0 ke AD2.

Rajah 6.5: Pergerakan keluk AD

150  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT
Dari perbincangan ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa faktor harga
akan menyebabkan perubahan di sepanjang keluk permintaan agregat (AD),
yang bermaksud perubahan dalam kuantiti pengeluaran yang diminta. Selepas
itu, faktor selain daripada harga iaitu komponen perbelanjaan agregat seperti
penggunaan (C), pelaburan (I), pembelian kerajaan atau perbelanjaan (G) dan
eksport bersih (X ă M) akan menyebabkan keluk AD beralih ke kiri atau kanan.

6.1.3 Pergerakan Keluk Permintaan Agregat dan
Model Perbelanjaan Agregat

Cuba ingat kembali komponen perbelanjaan agregat yang kita telah bincangkan
sebelum ini. Perbelanjaan agregat termasuklah penggunaan (C), pelaburan (I),
perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport bersih (X ă M). Jika perubahan berlaku
dalam salah satu komponen, keluk AD akan beralih (dengan andaian bahawa
paras harga kekal). Mari kita lihat Rajah 6.6 berikut.

Rajah 6.6: Pergerakan keluk AD dan model AE

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  151

Berdasarkan Rajah 6.6 tadi, kita menganggap bahawa keseimbangan asal adalah
di AE0, yang menghasilkan pengeluaran sebenar (Y) pada Y0, dan keluk AD
adalah AD0. Jika pelabur yakin dan mengharapkan keuntungan meningkat pada
masa akan datang, maka tahap pelaburan akan meningkat juga. Ini ditunjukkan
oleh peralihan keluk AE0 untuk AE1, dengan harga tetap pada P0 dan tahap
pengeluaran baru dicapai pada Y1. Selaras dengan ini, keluk AD juga beralih ke
kanan ke AD1.

Peningkatan sebenar dalam pelaburan yang ditunjukkan oleh keluk AD beralih
daripada AD0 ke garis putus-putus. Walau bagaimanapun, proses pengganda
telah menyebabkan AD untuk beralih ke AD1 dan pengeluaran meningkat dari
Y0 ke Y1. Oleh itu, peningkatan dalam pelaburan akan menganjakkan keluk AD
ke kanan. Jarak antara AD0 dan AD1 adalah peningkatan dalam pelaburan (I)
kali pengganda nilai k(lk). Oleh itu, pergerakan AE dan AD adalah ke arah
yang sama atau secara ringkasnya,

Jarak antara AD0 ke AD1 = Δl  k

Di mana k adalah pengganda.

Selain faktor yang dinyatakan, apa-apa perubahan dalam penawaran wang (Ms)
juga menyebabkan permintaan agregat (AD) beralih sama ada ke kanan atau ke
kiri dari AD0 ke AD1 atau AD2 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6 tadi.

Sebagai contoh, jika peningkatan dalam bekalan wang dan paras harga adalah
tetap, kadar faedah jatuh dan ini mempengaruhi pelaburan dirancang
(meningkat). Oleh itu, perbelanjaan agregat dirancang turut meningkat. Keluk
AD kemudian beralih dari AD0 ke AD1.

6.2 PENAWARAN AGREGAT(AS)

Sebelum ini, anda telah didedahkan pada konsep permintaan. Sekarang, mari
kita beralih pula pada penawaran agregat.

Pertama sekali, apakah maksud penawaran agregat?

Penawaran agregat bermakna jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan
akhir yang disediakan dalam ekonomi.

152  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT
Definisi ini adalah satu analogi kepada takrif penawaran individu bagi barang
dan perkhidmatan. Keluk AS bercerun positif, menunjukkan hubungan yang
positif antara harga dan kuantiti pengeluaran yang ditawarkan (dengan andaian
ceteris paribus).
Keluk AS ditunjukkan dalam jadual atau keluk yang menunjukkan peringkat
pengeluaran sebenar (Y) yang dihasilkan dan ditawarkan oleh firma di pelbagai
peringkat harga, manakala faktor lain adalah tetap (ceteris paribus). Walau
bagaimanapun, keluk AS bukan gabungan keluk penawaran individu dalam
ekonomi.

6.2.1 Membentuk Keluk Penawaran Agregat (AS)

Bagaimanakah caranya kita membentuk keluk penawaran agregat? Keluk
penawaran agregat boleh dibentuk dengan melihat pasaran buruh dan keluk
fungsi pengeluaran. Mari kita lihat Rajah 6.7 berikut.

Rajah 6.7: Membentuk keluk penawaran agregat (AS)

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  153

Rajah 6.7(a) tadi menunjukkan keluk upah nominal dengan tahap harga pada
paksi menegak. Rajah 6.7(b) pula menunjukkan pasaran buruh dengan
permintaan buruh dan keluk penawaran buruh. Sementara itu, Rajah 6.7(c)
menunjukkan keluk fungsi pengeluaran dan akhir sekali, Rajah 6.7(d)
menunjukkan keluk penawaran agregat.

Kita andaikan bahawa keseimbangan asal adalah di E0, iaitu pada P0 dan Y0,
tahap pekerjaan adalah L0 dan gaji sebenar adalah W0/P0. Perubahan dalam
harga akan mempengaruhi kadar upah benar, tahap pekerjaan. Begitu juga paras
output, Y. Sekarang, mari kita andaikan bahawa paras harga menurun kepada P1
dan kadar upah benar adalah di (W0/P1). Ini bermakna, upah benar kini lebih
tinggi berbanding sebelum ini. Penawaran tenaga buruh akan menjadi lebih
besar daripada permintaan buruh. Dengan menganggap bahawa gaji nominal
adalah tegar menurun, oleh itu, pengangguran akan berlaku apabila SL > DL.
Jumlah pengangguran akan berada pada L1L2. Pada L1, jumlah pengeluaran
yang akan dihasilkan adalah Y1. Oleh itu, pada P1, jumlah pekerja yang akan
digunakan adalah L1.

Apabila paras harga adalah di P2, kadar gaji sebenar adalah di (W0/P2) (ia lebih
rendah berbanding sebelum ini). Oleh itu, permintaan buruh akan menjadi lebih
tinggi. Dengan andaian bahawa gaji nominal adalah tegar ke bawah tetapi tidak
ke atas, gaji nominal akan meningkat sehingga (W0/P2) = (W0/P0). Bilangan
pekerja yang akan bekerja adalah L0 dan output yang akan dihasilkan adalah Y0.
Jadi, pada P = P1, Y adalah pada Y1 dan apabila P = P2, Y adalah pada Y0.
Apabila kita menyambung semua titik, kita akan mendapat keluk penawaran
agregat.

Walau bagaimanapun, keluk penawaran agregat akan mempunyai bentuk yang
berbeza bergantung kepada andaian yang dibuat. Sebagai contoh, kes Klasik dan
kes Keynesian seperti yang dinyatakan dalam subtopik berikutnya.

6.2.2 Penawaran Agregat Jangka Pendek

Keluk penawaran agregat (AS) boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

(a) Mendatar (Keynesian);

(b) Mencerun ke atas; dan

(c) Menegak (Klasik).

154  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Rajah 6.8 berikut menunjukkan ketiga-tiga bahagian daripada keluk AS.
Bagaimanakah tiga keadaan ini boleh wujud?

Rajah 6.8: Keluk penawaran agregat jangka pendek
(a) Bahagian Mendatar (Keynesian)

Bahagian ini menunjukkan bahawa ekonomi negara sedang mengalami
kemelesetan. Berhadapan dengan aktiviti ekonomi yang jatuh, pekerjaan
dan pengeluaran sumber sebenar turut cenderung untuk jatuh. Apabila
terdapat peningkatan dalam pengeluaran, tidak ada kenaikan harga.
Keadaan ini berkaitan dengan analisis Keynes semasa kemelesetan
ekonomi yang berlaku pada tahun 1930an. Selaras dengan itu, bahagian ini
dinamakan bahagian Keynesian. Peningkatan dalam pengeluaran tidak
akan menyebabkan paras harga meningkat kerana sumber yang tidak
digunakan (bahan buruh dan mentah) akan digunakan untuk
meningkatkan pengeluaran. Oleh itu, kos purata keseluruhan adalah tetap.
Maka, tidak ada sebab untuk harga naik kerana tidak ada peningkatan
dalam kos purata pengeluaran.
Tahap ini juga menunjukkan kedudukan apabila kuantiti pengeluaran
dikurangkan. Walau bagaimanapun, paras harga keluaran dan input tidak
merosot. Ini bermakna bahawa pengeluaran dan pekerjaan boleh
dikurangkan tetapi harga input dan pengeluaran mungkin sukar untuk
diubah.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  155

(b) Bahagian Mencerun ke Atas
Pada tahap ini, pengeluaran meningkat dari Y0 ke Y1 dan faktor
pengeluaran berkurangan dengan jumlah secara timbal balik. Firma akan
bersaing antara satu sama lain bagi sumber yang terhad. Ini akan
menyebabkan harga input meningkat; bermakna kos pengeluaran akan
meningkat. Firma akan menaikkan harga keluaran sebagai insentif untuk
meningkatkan pengeluaran. Oleh itu, pada peringkat ini, akan ada
hubungan langsung antara pengeluaran sebenar (Y) dan tahap harga.
Peningkatan dalam pengeluaran dari Y0 ke Y1 akan menyebabkan kenaikan
harga dari P0 ke P1.

(c) Bahagian Menegak (Klasik)
Pada tahap ini, ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh (Y1). Di sini,
adalah sukar untuk meningkatkan pengeluaran, melainkan jika terdapat
kenaikan harga. Oleh itu, keluk AS adalah menegak. Bahagian ini juga
dikenali sebagai bahagian klasik kerana ia berkaitan dengan teori ahli
ekonomi klasik yang berpendapat bahawa ekonomi sentiasa beroperasi
pada tahap guna tenaga penuh. Firma akan bersaing untuk mendapatkan
sumber dan meningkatkan pengeluaran. Walau bagaimanapun, ini akan
menyebabkan kerugian kepada beberapa syarikat di mana persaingan akan
meningkatkan kos pengeluaran dan harga. Pengeluaran sebenar tidak akan
berubah. Walau bagaimanapun, ini bermakna kenaikan harga ke P2 tetapi
pengeluaran kekal pada Y1. Keadaan ini mempercepatkan proses inflasi.

6.2.3 Faktor Penentu Keluk Penawaran Agregat

AKTIVITI 6.1

Harga boleh mempengaruhi keluk penawaran agregat (AS). Bolehkah
anda kenal pasti faktor selain daripada harga yang memberi kesan
kepada keluk AS? Cuba senaraikan faktor tersebut.

Merujuk pada keluk AS yang bercerun positif, kita dapat melihat bahawa harga
adalah salah satu daripada penentu keluk AS. Walau bagaimanapun, perubahan
dalam harga hanya akan menyebabkan perubahan di sepanjang keluk penawaran
agregat iaitu perubahan dalam kuantiti pengeluaran yang ditawarkan. Sebagai
contoh, apabila harga naik dari P0 ke P1, kuantiti pengeluaran yang ditawarkan
akan meningkat dari Y0 ke Y1 (rujuk Rajah 6.8).

156  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Selain faktor harga, terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan keluk AS
beralih ke kiri atau kanan. Faktor tersebut adalah:

(a) Harga input;

(b) Produktiviti;

(c) Dasar kerajaan; dan

(d) Persekitaran.

Sekarang, mari kita ketahui pelajari lebih lanjut keempat-empat faktor ini.

(a) Harga Input
Adakah anda tahu bahawa harga input boleh dibahagikan kepada sumber
dalam negeri dan sumber yang diimport? Mari kita lihat perbezaan antara
dua sumber ini.

(i) Sumber dalam Negeri
Sumber ini termasuk tanah, buruh, modal dan usahawan. Inovasi
dalam sumber boleh mengurangkan harga sumber. Sebagai contoh,
terdapat peningkatan penyertaan wanita dalam pasaran buruh.
Fenomena ini akan meningkatkan bekalan buruh dan akhirnya
menyebabkan kos pengeluaran seunit jatuh. Penurunan dalam kos
pengeluaran akan menjadi insentif bagi firma untuk meningkatkan
pengeluaran, seperti yang ditunjukkan oleh keluk AS yang beralih ke
kanan. Kedudukan sebaliknya akan menyebabkan keluk beralih ke
kiri.

(ii) Sumber yang Diimport
Dalam proses pengeluaran yang menggunakan sumber yang
diimport, kenaikan harga input atau kejutan kos akan menyebabkan
keluk AS beralih ke kiri. Apabila sebaliknya berlaku, keluk AS akan
beralih ke kanan.

(b) Produktiviti
Produktiviti mengukur purata pengeluaran benar (jumlah pengeluaran
dibahagikan dengan jumlah input). Peningkatan dalam produktiviti
bermakna ekonomi menikmati sejumlah besar pengeluaran benar
berdasarkan sumber yang terhad. Sebagai contoh, untuk menghasilkan 10
unit pengeluaran, anda memerlukan jumlah input daripada lima unit pada
harga RM2 seunit, maka produktiviti dan kos purata dikira seperti berikut.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  157

Produktiviti = Jumlah pengeluaran
Jumlah input

= 10 = 2

5

Kos purata = Jumlah kos

Jumlah pengeluaran

= RM2  5

10

= RM1

Jika syarikat bercadang untuk meningkatkan pengeluaran kepada 20 unit
pada harga dan unit input yang sama, nilai produktiviti adalah empat, di
mana 20/5 dan kos seunit adalah RM0.50. Oleh itu, produktiviti meningkat
dari dua kepada empat dan kos pengeluaran berkurang dari RM1 kepada
RM0.50. Ini bermakna, produktiviti berganda dan kos pengeluaran per unit
menurun separuh. Keadaan ini akan menyebabkan keluk AS beralih ke
kanan. Sebaliknya, jika produktiviti jatuh, perkara sebaliknya akan berlaku.

(c) Dasar Kerajaan
Dua komponen dalam dasar kerajaan adalah:

(i) Subsidi Perniagaan dan Cukai
Kenaikan cukai perniagaan seperti cukai jualan eksais akan
meningkatkan kos pengeluaran. Ini akan menyebabkan keluk AS
untuk bergerak ke kiri. Jika kerajaan menyediakan subsidi, ia akan
mengurangkan kos pengeluaran dan ini ditunjukkan oleh keluk AS
yang beralih ke kanan.

(ii) Pengawal Seliaan
Biasanya, kerajaan akan mengawal pengeluaran produk tertentu.
Dalam usaha untuk mematuhi peraturan kerajaan, firma terpaksa
memperuntukkan sejumlah wang untuk menjalankan aktiviti
kawalan. Sebagai contoh, setiap firma diperlukan untuk membentuk
unit kawalan kualiti. Ini akan meningkatkan kos operasi firma dan
keluk AS akan beralih ke kiri.

158  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

(d) Persekitaran
Akhir sekali, mari kita belajar tentang penentu akhir iaitu faktor
persekitaran. Persekitaran termasuklah cuaca, bencana alam dan
peperangan. Sebagai contoh, semasa musim tengkujuh, nelayan tidak boleh
pergi ke laut. Ini akan menyebabkan pengurangan dalam bekalan makanan
laut, seperti yang ditunjukkan dalam pergerakan keluk AS ke kiri.
Sebaliknya, apabila tiada musim tengkujuh, bekalan akan meningkat dan
keluk AS akan beralih ke kanan. Pergerakan keluk AS ke kiri dan kanan
boleh dilihat dalam Rajah 6.9 berikut.

Rajah 6.9: Pergerakan keluk penawaran agregat (AS)

Peralihan ke kanan dari AS0 kepada AS1, manakala anjakan ke kiri dari AS0
untuk AS2.

6.3 TAHAP PENGELUARAN DAN HARGA
KESEIMBANGAN

Bagaimanakah caranya kita menentukan tahap pengeluaran dan harga
keseimbangan? Apakah faktor yang terlibat dalam menentukan perkara ini?
Keseimbangan berlaku pada titik di mana keluk AD dan keluk AS bersilang
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.10 berikut.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  159

Rajah 6.10: Keseimbangan harga dan pengeluaran

Keseimbangan harga dan pengeluaran dicapai pada Pe dan Ye. Jika paras harga
melebihi Pe, contohnya, jika ia adalah di P1, maka akan ada lebihan penawaran
agregat berjumlah Y0Y1. Pada tahap harga ini, pengguna hanya menuntut Y0
tetapi firma menawarkan Y1. Keadaan ini akan memaksa tahap harga jatuh sekali
lagi kepada harga keseimbangan iaitu Pe.
Jika paras harga adalah lebih rendah daripada Pe, contohnya, jika ia adalah di P2,
maka akan ada permintaan yang berlebihan berjumlah Y0Y1. Pada harga yang
lebih rendah daripada harga keseimbangan, kuantiti yang diminta adalah lebih
tinggi daripada jumlah yang ditawarkan. Fenomena ini akan memaksa paras
harga meningkat ke arah harga keseimbangan, Pe. Keseimbangan bagi kedua-
dua harga dan pengeluaran dicapai pada titik di mana keluk AD dan keluk AS
bersilang iaitu pada harga Pe dan pengeluaran Ye.

6.3.1 Perubahan dalam Keseimbangan

Perubahan dalam keseimbangan boleh berlaku disebabkan oleh perubahan
dalam AD dan keluk AS.
(a) Perubahan dalam Permintaan Agregat

Andaikan keluk AS tidak berubah. Perubahan dalam keluk AD berlaku jika
terdapat perubahan dalam salah satu komponen perbelanjaan agregat atau
dalam faktor penentu AD, selain daripada paras harga. Kesan perubahan
dalam keluk AD bergantung kepada bahagian keluk AS yang melintasi
keluk AD. Analisis ini adalah berdasarkan Rajah 6.11 berikut.

160  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Rajah 6.11: Pergerakan keluk permintaan agregat (AD)

Pada bahagian mendatar (Keynes), kita andaikan bahawa keseimbangan asal
adalah di AD0 dan AS0 (P0 dan Y0). Perubahan dalam AD akan
mempengaruhi harga. Sebagai contoh, jika kerajaan meningkatkan
perbelanjaan (G), keluk AD akan bergerak dari AD0 ke AD1. Ini memberi
kesan kepada pengeluaran yang akan meningkat kepada Y1 tetapi tahap
harga akan kekal pada P0. Ini adalah kerana sumber yang tidak digunakan
akan digunakan untuk meningkatkan pengeluaran di samping mengekalkan
kos pengeluaran seunit. Oleh itu, paras harga tidak meningkat kerana tidak
ada peningkatan dalam kos pengeluaran purata seunit.
Jika keseimbangan yang berlaku di bahagian yang mencerun ke atas, pada
keseimbangan asal AD2 dan AS0 (P2 dan Y2), peningkatan dalam
perbelanjaan kerajaan akan menganjakkan keluk AD daripada AD2 ke AD3.
Ini akan menyebabkan kenaikan harga dan tahap pengeluaran ke P3 dan
Y3. Kenaikan harga berlaku kerana terdapat kekurangan dalam sumber.
Andaikan bahawa keseimbangan asal pada bahagian menegak seperti di
AD4 dan AS0 (P4 dan Y4). Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan akan
menyebabkan keluk AD beralih kepada AD5 dan paras harga akan
meningkat kepada P5 tetapi tahap pengeluaran akan kekal pada Y4
(pengeluaran pada guna tenaga penuh).
Jika sebaliknya berlaku, keluk AD akan bergerak ke kiri. Kesimpulannya,
peralihan keluk AD akan membawa perubahan dalam harga dan kuantiti.
Walau bagaimanapun, kesan akhir bergantung kepada bahagian daripada
keluk AS yang bersilang dengan keluk AD.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  161

(b) Perubahan dalam Penawaran Aggregat (AS)
Keseimbangan harga dan kuantiti output untuk barang dan perkhidmatan
berubah apabila keluk penawaran agregat beralih. Pergerakan dalam keluk
AS adalah disebabkan oleh beberapa faktor penentu selain daripada paras
harga. Analisis ini adalah berdasarkan kepada keseimbangan di bahagian
yang mencerun ke atas bagi keluk AS, dengan andaian bahawa keluk AD
adalah tetap (rujuk Rajah 6.12).

Rajah 6.12: Peralihan keluk AS

Andaikan bahawa keseimbangan asal adalah di AS0 dan AD0 (P0 dan Y0).
Jika ada peningkatan dalam teknologi atau produktiviti, keluk AS akan
beralih kepada AS1. Fenomena ini akan menyebabkan peningkatan dalam
tahap pengeluaran ke Y1 dan penurunan harga ke P1.
Jika sebaliknya berlaku, sebagai contoh, peningkatan dalam kos
pengeluaran akan mengalihkan keluk AS ke kiri ke AS2. Kesan ini adalah
peningkatan harga ke P2 dan pengurangan dalam pengeluaran ke Y2.
Dalam bahagian mendatar dan menegak, kesannya adalah sama.
Peralihan AS ke kanan membawa kenaikan dalam pengeluaran dan
penurunan harga. Sebaliknya, apabila AS beralih ke kiri, harga akan naik
dan pengeluaran akan jatuh.
AKTIVITI 6.2
Beri analisis anda mengenai penentu lain kepada permintaan agregat.

162  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

6.4 PERMINTAAN AGREGAT DAN
PENAWARAN AGREGAT: DASAR FISKAL
DAN DASAR KEWANGAN

Model atau pendekatan AD dan AS boleh digunakan untuk menganalisis kesan
dasar belanjawan dan dasar kewangan (rujuk Rajah 6.13).

Rajah 6.13: Komponen dasar

Dasar fiskal dibahagikan kepada dua jenis, iaitu dasar mengembang dan dasar
menguncup. Dasar mengembang akan menganjakkan keluk AD ke kanan,
manakala dasar menguncup akan menggerakkan keluk AD ke kiri. Fenomena ini
akhirnya akan mengubah tahap keseimbangan harga dan kuantiti pengeluaran.
Kesan dasar fiskal atau kewangan boleh dianalisis berdasarkan Rajah 6.14
berikut. Andaikan bahawa ekonomi jangka pendek dan keseimbangan asal di
AD0 dan AS0 (P0 dan Y0) pada bahagian yang mencerun ke atas atau ekonomi
tidak mencapai guna tenaga penuh.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  163

Rajah 6.14: Kesan dasar fiskal dan kewangan dan pergerakan keluk

Sekiranya dasar kewangan atau fiskal mengembang dijalankan, keluk AD akan
beralih ke kanan, dari AD0 ke AD1. Harga dan pengeluaran akan meningkat
kepada P1 dan Y1. Sebaliknya, dasar fiskal yang menguncup akan menganjakkan
keluk AD ke kiri dari AD0 untuk AD2. Paras harga dan pengeluaran akan jatuh
ke P2 dan Y2.
Jika ekonomi beroperasi pada guna tenaga penuh di bahagian keluk AS yang
menegak, kesan dasar fiskal akan berbeza. Andaikan keseimbangan asal adalah
di AS0 dan AD4 (P4 dan Y4). Dasar fiskal yang mengembang (menganggap
bahawa dasar kewangan adalah tetap) akan mengerakkan keluk AD ke kanan ke
AD5. Perkembangan ini tidak akan menyebabkan peningkatan dalam output
kerana semua sumber yang telah digunakan untuk pengeluaran. Oleh itu, dasar
belanjawan mengembang dan menyebabkan peralihan AD4 ke keluk AD5 di
mana dasar kewangan yang tetap akan menyebabkan kenaikan kadar faedah.
Peningkatan dalam kadar faedah akan mengurangkan pelaburan dan akhirnya
akan menyebabkan penurunan tahap pengeluaran (Y). Apabila terdapat
peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan (G) dan pada masa yang sama, ada
jumlah yang sama dalam penurunan pelaburan (I), tidak akan ada perubahan
dalam tahap pengeluaran. Kesan terakhir ialah kenaikan harga dari P4 ke P5
sedangkan pengeluaran adalah tetap di Y4.

164  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Apabila kemelesetan (bahagian mendatar) berlaku, pengembangan atau
penguncupan dasar fiskal atau kewangan hanya akan menukar tahap
pengeluaran (paras harga tetap). Berdasarkan Rajah 6.14 tadi, kita andaikan
bahawa keseimbangan asal AS0 dan AD6. Jika dasar fiskal atau kewangan
mengembang diamalkan, keluk AD akan bergerak ke kanan dari AD6 ke AD7.
Tahap harga akan kekal pada P6 tetapi tahap pengeluaran akan meningkat
kepada Y7. Jika dasar penguncupan dilaksanakan, tahap pengeluaran akan jatuh
ke Y8.

6.5 MEMBINA KELUK PENAWARAN AGREGAT
JANGKA PANJANG

Dalam jangka pendek, perubahan dalam kos dan harga tidak berlaku secara
serentak. Pada bahagian keluk penawaran agregat (AS) yang mencerun ke atas,
peningkatan kos adalah lebih tinggi daripada peningkatan dalam pengeluaran.
Oleh itu, kenaikan harga adalah lebih tinggi daripada peningkatan tahap
pengeluaran. Dalam jangka panjang, pelarasan boleh dibuat untuk disesuaikan
dengan perubahan yang berlaku berdasarkan pengetahuan tentang tahap harga
sebenar. Pelarasan dibuat supaya tidak ada kejutan mengenai harga dalam
jangka masa panjang.
Pembinaan keluk penawaran agregat jangka panjang boleh dianalisis
berdasarkan Rajah 6.15 berikut.

Rajah 6.15: Keluk AS jangka panjang

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  165

Andaikan bahawa keluk AS jangka pendek asal adalah AS0. Keseimbangan
dicapai pada titik a dengan harga dan pengeluaran berada di P0 dan Y0. Y0
adalah tahap pengeluaran yang berpotensi dan P0 adalah harga yang
diharapkan. Jika berlaku kenaikan permintaan agregat, seperti yang ditunjukkan
oleh pergerakan keluk dari AD0 ke AD1, keseimbangan baru jangka pendek
dicapai pada titik b (P1 dan Y1). Tahap harga sebenar jangka pendek melebihi
harga jangkaan dan tahap pengeluaran yang lebih tinggi daripada pengeluaran
yang berpotensi. Jumlah yang berlebihan ini dikenali sebagai jurang
pengembangan, yang berjumlah Y0Y1.

Apabila pengeluaran benar melebihi potensi pengeluaran, kadar pengangguran
benar adalah lebih rendah daripada kadar pengangguran semula jadi. Oleh itu,
akan ada kerja lebih masa bagi buruh dan modal. Oleh kerana harga dalam
jangka pendek adalah lebih daripada harga yang dijangka, harga nominal pada
harga P0 dijangka jatuh. Selain itu, apabila pengeluaran sebenar melebihi potensi
pengeluaran, tekanan inflasi mula masuk. Semakin tinggi pengeluaran jangka
pendek melebihi pengeluaran yang berpotensi, jurang pengembangan menjadi
lebih besar dan tekanan untuk kenaikan harga juga bertambah.

Apakah yang dimaksudkan dengan „jangka panjang‰? Jangka panjang adalah
tempoh apabila firma dan sumber penawaran (faktor pengeluaran) tahu keadaan
pasaran, khususnya permintaan agregat dan tahap harga benar. Firma dan
sumber penawaran mempunyai masa untuk tawar-menawar berdasarkan harga
benar. Kenaikan harga untuk P1 telah mengheret turun nilai upah nominal benar.
Pekerja kini berunding dengan syarikat untuk mendapatkan bayaran yang lebih
tinggi. Jika proses ini berjaya, ia akan meningkatkan kos pengeluaran firma.

Peningkatan dalam kos akan mengalihkan keluk AS ke AS1 iaitu ke kiri
(andaikan bahawa kenaikan harga diselaraskan oleh kenaikan kos pada kadar
yang sama). Keseimbangan baru dicapai pada AD1 dan AS1 (P2 dan Y0). Pada
keseimbangan baru ini (titik c), hanya harga yang didapati telah meningkat
tetapi pengeluaran tetap sama di Y0 dan harga yang sebenar adalah sama dengan
harga yang dijangka. Oleh itu, keseimbangan ini adalah untuk kedua-dua jangka
pendek dan juga jangka panjang.

Jika sebaliknya berlaku (penurunan dalam permintaan seperti yang ditunjukkan
oleh pergerakan AD ke kiri [AD2]), harga baru dan tahap pengeluaran dicapai
pada ketika d (P3 dan Y2). P3 adalah tahap harga sebenar, yang kurang daripada
harga yang dijangka (P0) dan Y2 adalah tahap pengeluaran yang sebenar yang
lebih rendah daripada potensi pengeluaran (Y0). Jumlah ini dikenali sebagai
jurang yang menguncup sebanyak Y2Y0 dan kadar pengangguran melebihi kadar
pengangguran semula jadi.

166  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Apabila kadar pengangguran melebihi kadar pengangguran semula jadi, ia
menggalakkan peningkatan dalam upah yang sebenar pada jangka pendek.
Dalam jangka masa panjang, pengeluar tidak sanggup untuk membayar upah
yang tinggi disebabkan tahap harga sebenar nominal. Harga sebenar adalah
lebih rendah daripada harga yang dijangka dan kadar pengangguran tetapi lebih
tinggi daripada kadar semula jadi pengangguran. Dengan kadar pengangguran
yang tinggi, mereka yang menganggur akan bersaing antara satu sama lain
untuk mendapatkan pekerjaan dan mereka sanggup menerima upah yang
rendah (dengan andaian bahawa harga dan tahap upah yang fleksibel).

Kadar upah nominal yang rendah akan mengurangkan kos pengeluaran firma.
Ini ditunjukkan oleh pergerakan ke kanan ke AS2. Keseimbangan baru dicapai
pada titik e (AS2 dan AD2). Tahap harga jatuh kepada P4 dan pengeluaran jatuh
kembali kepada pengeluaran yang berpotensi (penurunan harga sama dengan
penurunan tahap upah). Oleh kerana harga yang dijangka adalah sama dengan
harga sebenar, keseimbangan jangka pendek dan jangka panjang kedua-duanya
berada pada titik e.

Secara umumnya, apa yang telah berlaku di titik-titik a, c dan e adalah:

(a) Tahap harga benar sama dengan tahap harga dijangka; dan

(b) Kuantiti pengeluaran yang diminta dan ditawarkan dalam jangka pendek
adalah sama seperti dalam jangka masa panjang.

Secara ringkasnya, pengeluaran sebenar boleh lebih atau kurang daripada
pengeluaran yang berpotensi dalam jangka pendek tetapi tidak dalam jangka
masa panjang. Keseimbangan dalam jangka panjang dicapai apabila keluk AD
bersilang dengan garis menegak potensi pengeluaran. Jika titik a, c dan e
disambung, keluk AS jangka panjang (LRAS) boleh dilihat.

6.5.1 Keluk Penawaran Aggregat Jangka Panjang

Keluk penawaran agregat jangka panjang menegak kerana dalam jangka masa
panjang, perubahan akan berlaku. Kita tahu bahawa dasar fiskal dan kewangan
akan menganjakkan keluk AD. Mari kita lihat Rajah 6.16 berikut.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  167

Rajah 6.16: Keluk penawaran agregat jangka panjang dan kesan dasar

Berdasarkan Rajah 6.16, andaikan keseimbangan asal e (P0 dan Y0). Jika bajet
yang mengembang atau dasar kewangan dilaksanakan, dasar ini akan
menyebabkan peralihan keluk AD ke AD1. Harga keseimbangan baru dan
pengeluaran akan berubah ke P1 dan Y0 yang bermaksud peringkat pengeluaran
tetap sama dan hanya kenaikan harga berlaku. Oleh itu, kesan pengganda
daripada perubahan dalam perbelanjaan kerajaan (G) pada pengeluaran (Y)
dalam jangka panjang adalah sifar. Begitu juga pengganda cukai adalah sifar
juga.
Sebaliknya, jika dasar fiskal atau kewangan menguncup dilaksanakan, keluk AD
akan beralih ke kiri (AD2). Harga baru dan tahap pengeluaran akan berubah ke
P2 dan Y0.
Kesimpulannya, dalam jangka panjang (sama ada dasar mengembang atau
menguncup dilaksanakan) hanya paras harga yang berubah.

168  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

LATIHAN 6.1

1. Apakah yang ditunjukkan oleh keluk permintaan yang bercerun
negatif dari kiri ke kanan?

2. Terangkan empat faktor yang mempengaruhi perubahan dalam
keluk penawaran sama ada ke kiri atau kanan.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan ekonomi makro
dalam jangka pendek?

4. Jika kerajaan Malaysia meningkatkan perbelanjaan dengan membeli
lebih banyak barang dan perkhidmatan, adakah ini mengubah dasar
fiskal atau dasar kewangan? Berikan pendapat anda.

5. Terangkan mengapa keluk penawaran agregat jangka panjang
menegak.

 Permintaan agregat adalah jumlah permintaan untuk barang dan
perkhidmatan oleh pengguna dalam ekonomi.

 Keluk permintaan (AD) yang bercerun negatif menunjukkan hubungan yang
negatif antara harga dan tahap pengeluaran, dengan andaian bahawa semua
faktor lain adalah tetap (tidak berubah).

 Faktor yang menyebabkan keluk permintaan bercerun negatif adalah kesan
imbangan benar, kesan kadar faedah dan kesan eksport bersih.

 Penentu permintaan agregat ialah perbelanjaan penggunaan (C), perbelanjaan
pelaburan (I), pembelian kerajaan (G) dan eksport bersih (X ă M).

 Penawaran agregat bermakna jumlah penawaran barang dan perkhidmatan
dalam ekonomi.

 Keluk penawaran agregat jangka pendek boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu mendatar (Keynes), cerun ke atas dan menegak (Klasik).
Penawaran agregat ditentukan oleh harga input, produktiviti, dasar kerajaan
dan persekitaran.

TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT  169
 Perubahan dalam keseimbangan boleh berlaku disebabkan oleh perubahan

dalam keluk permintaan dan penawaran agregat.
 Dasar fiskal melibatkan perbelanjaan kerajaan dan cukai, manakala dasar

kewangan melibatkan penawaran wang. Terdapat dua jenis dasar iaitu
mengembang dan menguncup.
 Dasar mengembang akan menganjakkan keluk AD ke kanan, manakala dasar
menguncup akan menggerakkan keluk AD ke kiri.
 Keluk penawaran jangka panjang menegak kerana dalam jangka panjang
pelarasan akan dibuat.
 Mari kita lihat ringkasan topik ini dalam Rajah 6.17.

Figure 6.17: Ringkasan Topik 6

170  TOPIK 6 PERMINTAAN AGREGAT DAN PENAWARAN AGREGAT

Dasar mengembang Klasik
Dasar menguncup Pelaburan
Eksport bersih Penawaran aggregat
Kekayaan pengguna Penggunaan
Keseimbangan Perbelanjaan kerajaan
Keynesian Permintaan agregat

Topik  Pengangguran

7 dan Inflasi

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan makna pengangguran dan bagaimana untuk mengukur

kadar pengangguran;
2. Membezakan antara tiga jenis pengangguran;
3. Menghuraikan sebab dan kesan pengangguran;
4. Menjelaskan maksud inflasi dan indeks harga pengguna (IHP);
5. Membincangkan bagaimana kadar inflasi diukur;
6. Menghuraikan kesan dan sebab inflasi; dan
7. Merumuskan keluk Phillips.

 PENGENALAN

Sekarang, kita sampai pada topik baru mengenai pengangguran dan inflasi.
Adakah anda tahu bahawa apabila tahap aktiviti ekonomi dinilai, individu
bukan sahaja melihat pengeluaran negara atau output tetapi juga faktor lain?
Faktor lain seperti pengeluaran negara, maklumat mengenai pengangguran dan
inflasi, juga penting untuk menentukan aktiviti ekonomi.

Bagaimana pula dengan pengangguran dan inflasi? Apakah yang ditunjukkan
oleh pengangguran dan inflasi? Pengangguran merupakan petunjuk penting
dalam pasaran buruh. Sebaliknya, inflasi menunjukkan tahap harga keseluruhan
dalam negara. Sebelum tahun 1920an, isu yang berkaitan dengan pengangguran
dan inflasi bukanlah topik hangat untuk dibincangkan. Hanya selepas
kemelesetan besar pada tahun 1929, isu ini menjadi semakin penting dan
mendapat tumpuan ekonomi.

172  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Berasaskan situasi tersebut, mari kita pelajari dengan lebih lanjut mengenai
pengangguran dan inflasi dalam topik ketujuh ini. Adakah anda bersedia? Mari
kita mulakan pembelajaran!

7.1 PENGANGGURAN

Adakah anda bekerja? Adakah anda masih dalam proses mencari pekerjaan?
Adakah anda seorang suri rumah atau pelajar universiti? Kita sering mendengar
istilah „pengangguran‰ yang disebut tetapi berapa ramai antara kita yang faham
dan tahu maknanya yang sebenar?

Orang yang menganggur adalah orang yang mempunyai kelayakan yang
diperlukan untuk bekerja, bersedia untuk bekerja dan bersetuju untuk bekerja
pada gaji pasaran tetapi malangnya tidak mendapat apa-apa pekerjaan.

Untuk membolehkan anda memahami konsep pengangguran, berikut adalah
beberapa faktor lain yang berkaitan dengan pengangguran yang akan
dibincangkan dengan panjang lebar.

Pada asasnya, penduduk negara boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
(a) Penduduk dalam kumpulan umur bekerja; dan
(b) Lain-lain (ini termasuk mereka yang terlalu muda untuk bekerja dan

mereka yang sakit atau tidak boleh bekerja).

Penduduk = Kumpulan umur kerja + Lain-lain

Apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan umur bekerja?

Kumpulan umur bekerja bermakna bilangan orang yang berumur 16 tahun
dan ke atas yang tidak pernah dihukum penjara, tidak pernah dimasukkan
ke hospital atau pusat jagaan lain.

Mari kita lihat Rajah 7.1 untuk mengetahui siapakah yang termasuk dalam
populasi dalam kumpulan umur bekerja.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  173

Rajah 7.1: Penduduk dalam kumpulan umur bekerja
Seperti yang diringkaskan dalam Rajah 7.1 tadi, kumpulan umur bekerja
dibahagikan kepada dua kategori iaitu orang yang tidak berada dalam tenaga
buruh dan orang yang berada dalam tenaga buruh. Mereka yang tidak berada
dalam tenaga buruh termasuklah kebanyakan pelajar sepenuh masa, pesara dan
suri rumah. Kumpulan umur bekerja pula boleh diringkaskan menjadi seperti
berikut:

Kumpulan umur bekerja = Mereka yang tidak berada dalam tenaga buruh +
Orang-orang yang berada dalam tenaga buruh

Mereka yang berada dalam tenaga buruh juga boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu orang yang bekerja dan mereka yang tidak bekerja. Jadi, apa yang
kita boleh simpulkan tentang pengangguran?

Tenaga buruh = Bekerja + Menganggur
Dalam konteks ekonomi, berikut adalah maksud penganggur.

Penganggur bermakna mereka yang tidak bekerja tetapi aktif mencari
pekerjaan.

174  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Rajah 7.2 berikut menunjukkan komposisi pengangguran di Malaysia pada
September 2012.

Rajah 7.2: Pengangguran di Malaysia bagi September 2012
Sumber: http://statistics.gov.my 2012

Berdasarkan Rajah 7.2, kita dapat melihat bahawa pada bulan September 2012,
terdapat peningkatan penduduk yang menganggur sebanyak 66,700 orang,
membawa kepada 413,900 orang, manakala terdapat penurunan kecil dalam
bilangan orang yang bekerja iaitu 18,100 orang kepada 12,550,000 orang.
Keadaan ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat kepada 3.2% pada
September 2012 iaitu peningkatan sebanyak 0.5% daripada 2.7% pada bulan
sebelumnya.

7.2 MENGUKUR KADAR PENGANGGURAN

Adakah anda sedar bahawa kadar pengangguran merupakan panduan penting
yang menunjukkan keadaan ekonomi negara? Kita boleh mengukur kadar
pekerjaan dengan menggunakan formula di mana kadar pengangguran
mengukur peratusan tenaga buruh yang tidak bekerja. Formulanya ialah:

Kadar pengangguran = Bilangan tidak bekerja  100
Tenaga buruh

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  175

Mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan formula ini dengan merujuk
kepada Rajah 7.3 berikut.

Rajah 7.3: Pekerjaan di negara X bagi tahun 2001

Berdasarkan maklumat dalam Rajah 7.3, kadar pengangguran di negara X bagi
tahun 2001 adalah:

Kadar pengangguran = 0.35 juta  100 = 3.54%

0.35 juta + 9.54 juta

LATIHAN 7.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran?

2. Negara A melaporkan kadar penganggurannya sebanyak 4%.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ini?

176  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

7.3 KADAR PENYERTAAN TENAGA BURUH

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar penyertaan tenaga buruh?

Kadar penyertaan tenaga buruh mengukur peratusan umur bekerja
sekumpulan penduduk yang berada dalam kumpulan tenaga buruh.

Bagaimanakah caranya kita berbuat demikian? Kita boleh melakukannya dengan
menggunakan formula yang mudah. Berikut adalah bagaimana kadar penyertaan
tenaga buruh diukur:

Kadar penyertaan tenaga buruh = Tenaga buruh  100

Populasi kumpulan umur bekerja

Peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh mungkin disebabkan oleh keadaan
ekonomi yang mengembang. Sebaliknya, kadar tersebut boleh jatuh kerana
peningkatan dalam bilangan pesara, mereka yang meneruskan pendidikan atau
kerana bilangan orang yang lebih tua berdasarkan penduduknya yang telah
meningkat.

7.4 PEKERJA TIDAK GIAT

Apa yang dimaksudkan dengan pekerja tidak giat?

Pekerja tidak giat adalah seseorang yang tidak bekerja, bersedia untuk
bekerja tetapi tidak membuat usaha untuk mencari pekerjaan dalam empat
minggu lepas.

Biasanya, pekerja yang tidak giat akan membuat alasan bahawa dia telah cuba
untuk mencari kerja tetapi tidak secara giat atau dia merasakan bahawa pasaran
buruh semasa tidak baik. Oleh itu, sebarang usaha untuk mencari pekerjaan akan
sia-sia.

Sekiranya pekerja tidak giat gagal mencari pekerjaan dalam tempoh empat
minggu, bancian akan mengklasifikasikan beliau seorang pekerja tidak giat dan
bukan sebagai penganggur. Oleh itu, kumpulan ini tidak termasuk dalam tenaga
buruh. Beberapa pihak berpendapat pekerja tidak giat perlu diklasifikasikan

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  177

sebagai penganggur untuk memberi gambaran yang lebih tepat bagi keadaan
tenaga buruh.

AKTIVITI 7.1

Pada pendapat anda, adakah perlu pekerja tidak giat diklasifikasikan
sebagai penganggur? Mengapa? Berikan sebab anda.

7.5 PEKERJA SEPARUH MASA

Pernahkah anda bekerja secara sambilan? Apakah perbezaan antara pekerja
sepenuh masa dengan pekerja separuh masa? Mari kita lihat definisi mereka
yang boleh memberikan kita perbezaan antara kedua-duanya.

Pekerja separuh masa adalah mereka yang bekerja kurang daripada 35 jam
dalam seminggu.

Pekerja sepenuh masa adalah mereka yang bekerja 35 jam atau lebih dalam
seminggu.

Pekerja separuh masa boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu orang yang
bekerja separuh masa kerana faktor ekonomi dan orang yang berbuat demikian
kerana faktor bukan ekonomi. Jadual 7.1 berikut menunjukkan perbezaan antara
kedua-dua kategori ini.

178  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Jadual 7.1: Perbezaan antara Pekerja Separuh Masa Disebabkan Faktor Ekonomi
dan Pekerja Separuh Masa Disebabkan Faktor Bukan Ekonomi

Pekerja Separuh Masa Disebabkan Faktor Pekerja Separuh Masa Disebabkan Faktor
Ekonomi Bukan Ekonomi

 Dikenali sebagai pekerja separuh masa  Tidak berminat untuk mendapatkan
bukan sukarela. kerja sepenuh masa.

 Bekerja antara 1 hingga 34 jam.  Tidak bersedia untuk melaksanakan
pekerjaan yang tersedia.
 Pada masa yang sama, mereka cuba
untuk menjadi pekerja sepenuh masa.  Ini termasuklah mereka yang:

 Mereka gagal mendapatkan pekerjaan ‒ Mempunyai masalah perubatan;
sepenuh masa.
‒ Mempunyai komitmen keluarga;
dan

‒ Masa terhad kerana masih belajar.

Mari cuba latihan ini untuk menguji kefahaman anda berkenaan subtopik yang
telah dipelajari.

LATIHAN 7.2

1. Nyatakan perbezaan antara pekerja tidak giat dan pekerja yang
menganggur.

2. Apakah perbezaan utama antara pekerja sepenuh masa dan pekerja
separuh masa?

AKTIVITI 7.2

Andaikan anda pekerja sambilan. Anda tidak terikat dengan mana-mana
kontrak jangka panjang dan anda mendapat bayaran yang baik daripada
usaha anda bekerja dengan banyak syarikat yang berbeza. Satu hari,
anda ditawarkan bekerja sepenuh masa oleh salah satu daripada syarikat
tersebut. Apakah faktor yang akan membantu anda untuk membuat
keputusan? Akhir sekali, adakah anda akan menerima tawaran tersebut?

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  179

7.6 JENIS PENGANGGURAN

Isu pengangguran adalah salah satu daripada isu ekonomi yang paling penting.
Ia boleh dianalisis secara terperinci apabila anda memahami pelbagai jenis
pengangguran. Secara amnya, ada tiga jenis pengangguran seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 7.4 berikut.

Rajah 7.4: Tiga jenis pengangguran

Berikut adalah penjelasan lanjut bagi setiap jenis pengangguran ini.

7.6.1 Pengangguran Geseran

Marilah kita renungkan Rajah 7.5 berikut. Apa yang anda boleh katakan
mengenainya?

Rajah 7.5: Pengangguran geseran

180  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Pada asasnya, situasi dalam Rajah 7.5 tadi merupakan apa yang anda boleh
katakan sebagai pengangguran geseran. Apakah yang dimaksudkan dengan
pengangguran geseran?

Pengangguran geseran atau pengangguran biasa yang hanya wujud untuk
tempoh yang singkat. Ia berlaku apabila individu bergerak antara pekerjaan,
kerjaya dan lokasi.

Kadangkala, orang sanggup menjadi penganggur, sementara menunggu untuk
mendapatkan pekerjaan lain dan bukan kerana mereka tidak dapat mencari
pekerjaan.

Biasanya, pengangguran geseran akan terus wujud sepanjang masa,
kebanyakannya apabila ekonomi mengalami pertumbuhan pesat yang
berterusan. Bahkan, pengangguran ini akan tetap wujud walaupun ekonomi
adalah pada guna tenaga penuh.

Walau bagaimanapun, pengangguran ini adalah bersifat jangka pendek dan ia
tidak dianggap sebagai masalah yang serius.

7.6.2 Pengangguran Struktur

Bagaimana pula dengan pengangguran struktur? Bilakah masa ianya berlaku?

Pengangguran struktur berlaku kerana pekerja tidak mempunyai kepakaran
dan keupayaan untuk bekerja dalam sektor baru. Ia biasanya wujud untuk
tempoh yang lebih lama dan dasar kerajaan perlu dilaksanakan untuk
mengatasi masalah ini.

Pertumbuhan ekonomi negara biasanya akan disusuli dengan perubahan
struktur dan perubahan dalam aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, di Malaysia,
pada awal 1980an, sektor perindustrian menjadi lebih penting berbanding
dengan sektor pertanian. Ini menyebabkan beberapa pekerja akan diberhentikan
kerana kemahiran yang dimiliki oleh petani tidak boleh digunakan dalam sektor
perindustrian.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan perubahan struktur ekonomi dalam
negara seperti perubahan dalam keutamaan pengguna dan kemajuan teknologi.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  181

7.6.3 Pengangguran Kitaran

Akhir sekali, mari kita belajar tentang pengangguran kitaran. Adakah anda tahu
maksudnya?

Pengangguran kitaran adalah pengangguran yang disebabkan oleh keadaan
ekonomi yang naik dan turun. Ia berlaku apabila kadar pengangguran
bergerak dalam arah yang bertentangan dengan kadar pertumbuhan KDNK.
Oleh itu, apabila pertumbuhan KDNK adalah kecil (atau negatif), kadar
pengangguran pula akan tinggi.

Apabila kemelesetan ekonomi berlaku, permintaan untuk barang dan
perkhidmatan akan berkurangan. Ini akan memaksa syarikat untuk mengurangkan
pengeluaran mereka dan dengan itu, mengurangkan tenaga kerja mereka.

Sebagai contoh, apabila kemelesetan ekonomi melanda rantau Asia pada tahun
1998 berikutan krisis mata wang, ramai pekerja terpaksa diberhentikan. Dalam
usaha untuk mengatasi pengangguran yang disebabkan oleh permintaan sektor
swasta yang lemah, kerajaan terpaksa meningkatkan perbelanjaan melalui dasar
fiskal. Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan adalah bertujuan untuk
mewujudkan peluang pekerjaan baru dan seterusnya, mengurangkan kadar
pengangguran.

182  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

SEMAK KENDIRI 7.1

Bagi setiap penerangan dalam jadual di bawah, tuliskan jenis
pengangguran yang sesuai.

Huraian Jawapan

Jenis pengangguran adalah kerana keadaan ekonomi
yang tidak stabil iaitu naik dan turun.

Jenis pengangguran ini adalah berjangka pendek dan
tidak dianggap serius.

Jenis pengangguran ini berlaku kerana pekerja tidak
mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk bekerja
dalam sektor baru.

Jenis pengangguran ini biasanya wujud untuk tempoh
yang lebih lama dan kerajaan perlu mencari jalan
untuk menyelesaikan masalah ini.

Jenis pengangguran ini lazimnya wujud.

7.7 GUNA TENAGA PENUH DAN KADAR
PENGANGGURAN SEMULA JADI

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita pelajari dahulu takrif guna tenaga penuh.

Guna tenaga penuh adalah keadaan ekonomi di mana setiap individu yang
mahu bekerja dibayar gaji atau upah mengikut pasaran semasa pekerjaan.
Salah satu matlamat utama ekonomi negara ialah untuk mencapai tahap
guna tenaga penuh.

Selain itu, guna tenaga penuh juga boleh ditakrifkan berdasarkan kadar
pengangguran semula jadi. Kadar ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Pengangguran struktur + Pengangguran geseran
= Kadar Pengangguran semula jadi


Click to View FlipBook Version