The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anazwien7878, 2022-01-21 10:18:54

MAKROEKONOMI

MAKROEKONOMI

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  183

Guna tenaga penuh dicapai apabila kadar pengangguran sebenar adalah sama
seperti kadar pengangguran semula jadi. Ini bermakna, apabila kadar
pengangguran sebenar negara pada satu masa tertentu hanya terdiri daripada
pengangguran struktur dan geseran, maka negara tersebut telah mencapai guna
tenaga penuh. Dengan kata lain, pengangguran kitaran tidak wujud pada tahap
guna tenaga penuh.

Setiap negara mempunyai kadar pengangguran semula jadi yang berbeza,
bergantung kepada pelbagai faktor ekonomi. Sebagai contoh, kadar
pengangguran semula jadi di Malaysia adalah antara 3% hingga 4%. Kadar di
Amerika pula adalah antara 4% hingga 5%, manakala di Eropah, kadarnya
adalah antara 7% hingga 8%.

LATIHAN 7.3

1. Jelaskan tiga jenis pengangguran.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pengangguran semula

jadi?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga penuh dan

bagaimana ia berkait dengan kadar pengangguran semula jadi?

7.8 SEBAB PENGANGGURAN

Tiga sebab utama pengangguran adalah:
(a) Hilang pekerjaan;
(b) Meninggalkan pekerjaan; dan
(c) Peserta baru dan peserta semula.

Mari kita pelajari ketiga-tiga faktor ini dengan lebih lanjut dalam subtopik
seterusnya.

184  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

7.8.1 Hilang Pekerjaan

Mari kita lihat Rajah 7.6 berikut. Apa yang anda boleh katakan mengenainya?

Rajah 7.6: Hilang pekerjaan

Berdasarkan Rajah 7.6, kita boleh mentakrifkan maksud hilang pekerjaan.
Hilang pekerjaan adalah seseorang yang telah ditamatkan atau dibuang
kerja bukan secara sukarela sama ada untuk jawatan sementara atau jawatan
tetap.

Banyak sebab yang menyumbang pada masalah ini. Contohnya, kegagalan
pekerja untuk memenuhi keperluan kerja atau keadaan/kegagalan firma
tersebut untuk memenuhi keperluan pekerja itu sendiri.
Mereka yang telah kehilangan pekerjaan mempunyai dua pilihan, sama ada
mencari pekerjaan baru atau meninggalkan tenaga kerja. Mereka yang
meninggalkan pekerjaan tidak dianggap menganggur.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  185

AKTIVITI 7.3

Fikirkan kesan psikologi ke atas seseorang yang telah kehilangan kerja
beliau. Apakah tekanan dan masalah yang bakal dihadapinya? Siapakah
yang boleh membantunya?

7.8.2 Meninggalkan Pekerjaan

Ada juga beberapa orang yang secara sukarela meninggalkan pekerjaan mereka
dan tidak semestinya kerana mereka telah diberhentikan. Jika mereka telah
meninggalkan pekerjaan kerana mereka telah menerima tawaran lain, maka ini
tidak akan menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Kadar
pengangguran hanya akan meningkat, jika mereka yang melepaskan pekerjaan
ini masih mencari pekerjaan baru.

7.8.3 Peserta Baru dan Peserta Semula

Apakah yang dimaksudkan dengan peserta baru?

Peserta baru adalah mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian
mereka dan bersedia untuk menyertai tenaga kerja.

Mereka tidak pernah diambil bekerja sebelum ini dan aktif mencari pekerjaan
untuk kali pertama. Walau bagaimanapun, sementara mencari pekerjaan yang
sesuai, mereka dikira sebagai penganggur.

Bagaimana pula dengan peserta semula?

Peserta semula adalah mereka yang sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai
bekerja tetapi telah keluar daripada tenaga buruh bagi tempoh masa yang
tertentu, sebelum aktif mencari pekerjaan sekali lagi.

Biasanya, mereka dikira menganggur ketika cuba mencari pekerjaan baru.

186  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

AKTIVITI 7.4

Adakah anda sedar bahawa sesetengah graduan sangat memilih jenis
pekerjaan yang mereka ingin lakukan, mahu memegang jawatan yang
tinggi, mendesak dibayar jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar
pasaran walaupun tidak mempunyai apa-apa pengalaman? Apakah
pendapat anda tentang senario ini? Nyatakan pendapat anda.

7.9 KESAN PENGANGGURAN

Pengangguran merupakan fenomena biasa. Walau bagaimanapun, kadar
pengangguran yang tinggi akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Adakah anda tahu berapakah jumlah pengangguran yang boleh
menjejaskan atau mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara kita?

Ramai orang berfikir bahawa pengangguran geseran hanya fenomena jangka
pendek dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Pengangguran ini juga
boleh berlaku disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang berlaku dalam
negara.

Walau bagaimanapun, kadar pengangguran yang disebabkan oleh pengurangan
peluang pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi seperti pengangguran kitaran,
akan membawa kesan negatif kepada kestabilan ekonomi negara. Kesan negatif
daripada pengangguran boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan ke atas
ekonomi dan kesan kepada individu dan penduduk.

7.9.1 Kesan Negatif ke atas Ekonomi

Kadar pengangguran yang tinggi akan merosakkan pertumbuhan ekonomi
negara. Jadual 7.2 berikut menunjukkan kesan negatif pengangguran ke atas
ekonomi.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  187

Jadual 7.2: Kesan Negatif Pengangguran pada Ekonomi

Kesan Negatif Penerangan

Pengangguran Kadar pengangguran yang tinggi akan merosakkan pertumbuhan
Tidak ekonomi dan prestasi. Mungkin juga terdapat lebihan kapasiti
Menggalakkan daripada faktor pengeluaran perindustrian seperti mesin. Ini secara
Pertumbuhan tidak langsung akan menyebabkan penurunan tahap pelaburan.
Ekonomi

Penurunan Apabila orang menganggur, kutipan cukai juga dikurangkan.
Hasil Kerajaan Seterusnya, kerajaan harus mengurangkan perbelanjaan kerajaan
untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Pembaziran Kadar pengangguran yang tinggi memaksa ekonomi untuk beroperasi
Sumber pada tahap di bawah maksimum. Pembaziran sumber menyebabkan
Pengeluaran pengeluaran output jauh lebih rendah daripada keluaran potensi.

7.9.2 Kesan Negatif ke atas Individu dan
Penduduk

Selain daripada kesan negatif ke atas ekonomi, kadar pengangguran juga
memberi kesan kepada kehidupan sosial individu, masyarakat dan penduduk
secara keseluruhan. Jadual 7.3 berikut menunjukkan kesan negatif pengangguran
terhadap individu dan penduduk.

Jadual 7.3: Kesan Negatif Pengangguran kepada Individu dan Penduduk

Kesan Negatif Penerangan

Kehilangan Pengangguran sementara tidak akan merosakkan kehidupan rakyat di
Pekerjaan mana aktiviti harian boleh dilakukan dengan menggunakan simpanan
atau pinjaman. Walau bagaimanapun, kadar pengangguran yang
berterusan akan menghasilkan kesan sampingan yang tidak sihat
seperti terpaksa membuat atau mengambil bahagian dalam aktiviti
yang menyalahi undang-undang untuk mendapatkan wang.

Kehilangan Beberapa kemahiran hanya akan dapat dikekalkan jika ia digunakan
Kemahiran atau diamalkan selalu. Pengangguran jangka panjang mungkin
menyebabkan individu kehilangan kemahirannya.

Ketidakstabilan Pengangguran jangka panjang atau berterusan boleh menimbulkan
Politik huru-hara dan kerajaan akan berada di bawah tekanan dan menerima
kritikan daripada banyak pihak. Masalah ini secara tidak langsung
menyumbang kepada masalah sosial dan menyebabkan peningkatan
kadar jenayah. Peningkatan kadar jenayah yang tinggi boleh
menyebabkan pelabur asing menjauhkan diri.

188  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

LATIHAN 7.4

1. Apakah sebab pengangguran?
2. Apakah kesan negatif pengangguran ke atas ekonomi?

7.10 INFLASI

Secara umumnya, inflasi bermakna „kenaikan yang berterusan dalam paras
harga umum‰. Harga umum mencerminkan tahap harga untuk semua barang
dan perkhidmatan yang wujud dalam ekonomi pada bila-bila masa. Adakah
anda tahu kaedah yang digunakan di Malaysia untuk mengukur paras harga
umum? Jawapannya boleh kita dapati daripada definisi inflasi berikut.

Inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan yang berterusan dalam tingkat
harga umum barangan.

Inflasi adalah salah satu topik penting dalam perbincangan bidang ekonomi.
Kenaikan harga tidak merujuk kepada apa-apa perkara tertentu atau produk. Ia
merujuk kepada harga secara umum yang diukur berdasarkan indeks harga.
Terdapat beberapa indeks harga yang biasa digunakan untuk menggambarkan
paras harga umum. Antara yang sering digunakan adalah Indeks Harga
Pengguna (IHP).

7.11 INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP)

Mengapa kita menggunakan Indeks Harga Pengguna (IHP)? IHP biasanya
digunakan oleh kerajaan dan sektor swasta untuk mengukur tahap harga yang
dibayar oleh pengguna. Dengan kata lain:

Indeks Harga Pengguna adalah ukuran yang digunakan untuk mengesan
perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh isi
rumah iaitu bakul pengguna. Komposisi barang dalam bakul pengguna
adalah tetap berdasarkan corak perbelanjaan pengguna.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  189
Mari kita lihat Rajah 7.7 berikut yang menunjukkan contoh IHP.

Rajah 7.7: Indeks Harga Pengguna: Indeks bagi jumlah dan
kumpulan utama terpilih, Malaysia (Januari 2011 hingga Mac 2012)

Sumber: http://statistics.gov.my

LATIHAN 7.5
1. Kenaikan harga sentiasa berkait rapat dengan inflasi. Walau

bagaimanapun, tidak semua kenaikan harga mencerminkan inflasi.
Gambarkan situasi di mana kenaikan harga dapat disimpulkan
sebagai menunjukkan inflasi.
2. Apakah komponen utama dalam bakul pengguna bagi IHP
Malaysia?

190  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

7.12 PENGIRAAN IHP

Proses pengiraan IHP sebenar adalah rumit kerana bakul pengguna
mengandungi banyak barangan. Dalam usaha untuk memberi gambaran yang
jelas tentang bagaimana IHP dikira, mari kita lihat pada model dua item.
Andaikan bahawa bakul pengguna mempunyai dua item iaitu epal dan beras.
Ambil tahun 2000 sebagai tahun asas/tahun untuk tujuan perbandingan,
manakala tahun semasa adalah 2001. Pada asasnya, tiga langkah utama yang
digunakan untuk mengira IHP ini adalah:

(a) Kiraan kos bakul pengguna IHP pada harga tahun asas;

(b) Kiraan kos bakul pengguna IHP pada harga tahun semasa; dan

(c) Kiraan IHP tahun asas dan tahun semasa.

7.12.1 Mengira Kos IHP Bakul Pengguna pada Harga
Tahun Asas

Pada tahun asas, pengguna membeli 10 epal dan menggunakan 5kg beras. Kos
epal RM0.50 bagi setiap epal dan beras adalah RM1 sekilogram. Jadual 7.4
berikut menunjukkan maklumat perbelanjaan pengguna bagi tahun asas.

Jadual 7.4: Kos IHP Bakul Pengguna pada Harga Tahun Asas

Bakul Pengguna Kos Bakul

Barang Kuantiti Harga RM5.00
RM5.00
Epal 10 RM0.50/buah RM10.00

Beras 5 RM1.00/kg

Kos IHP pada harga tahun asas

Berdasarkan maklumat dalam Jadual 7.4, pengguna menghabiskan RM5 untuk
epal dan RM5 untuk beras. Jumlah perbelanjaan pengguna bagi tahun tersebut
ialah RM10.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  191

7.12.2 Mengira Kos IHP Bakul Pengguna pada Harga
Tahun Semasa

Kos bakul pengguna bagi tahun semasa dikira selepas mengira kos bakul
pengguna pada tahun asas. Dalam tahun semasa, kuantiti barangan yang dibeli
tidak berubah. Walau bagaimanapun, harga epal meningkat kepada 60 sen sebiji
dan harga beras meningkat kepada RM1.10 sekilogram. Jadual 7.5 berikut
memberikan maklumat mengenai kos epal dan beras bagi tahun semasa.

Jadual 7.5: Kos IHP Bakul Pengguna pada Harga Tahun Semasa

Bakul IHP Kos Bakul IHP

Barang Kuantiti Harga RM6.00
RM5.50
Epal 10 RM0.60/buah RM11.50

Beras 5 RM1.10/kg

Kos IHP pada harga tahun semasa

Secara keseluruhannya, pengguna membelanjakan RM11.50 untuk membeli
jumlah epal dan beras yang sama di mana RM6 telah dibelanjakan untuk epal
dan RM5.50 telah dibelanjakan untuk beras.

7.12.3 Mengira IHP bagi Tahun Asas dan Tahun
Semasa

Selepas mengira kos bakul IHP pada harga tahun asas dan harga tahun semasa,
langkah seterusnya adalah untuk mengira IHP bagi kedua-dua tahun. Formula
untuk mengira IHP bagi tahun asas dan tahun semasa adalah seperti berikut:

IHP = Kos bakul IHP pada harga tahun semasa 100
Kos bakul IHP pada tahun asas

Oleh itu, IHP bagi tahun 2000 ialah:
IHP bagi tahun 2000 = 10  100  100
10

192  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Walau bagaimanapun, IHP bagi tahun 2001 adalah:

IHP bagi tahun 2001 = 11.50  100  115
10

Berdasarkan IHP yang telah dikira, kita boleh simpulkan bahawa purata harga
barang dan perkhidmatan bagi tahun 2001 adalah 15% lebih tinggi daripada
tahun 2000.

7.13 PENGIRAAN KADAR INFLASI

Kadar inflasi adalah salah satu panduan yang penting dalam ekonomi. Ia
digunakan oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan pembuat dasar untuk
menilai perubahan harga dalam negara. Pada asasnya, kadar inflasi mengukur
peratusan kenaikan harga barang dan perkhidmatan (IHP) dalam tempoh masa
tertentu. Formula berikut boleh digunakan untuk mengira kadar inflasi.

Kadar inflasi = IHP baru  IHP lama  100
IHP lama

Sebagai contoh, pada tahun 2000, nilai IHP ialah 100. Nilai IHP bagi tahun 1999
adalah 94. Berdasarkan maklumat ini, kadar inflasi bagi tahun 2000 boleh diukur
seperti berikut.

Kadar inflasi bagi tahun 2000 = 100  94  100
94

= 6.38%

Kesimpulannya, purata harga bakul pengguna bagi tahun 2000 adalah 6.38%
lebih tinggi daripada tahun 1999. Dalam usaha untuk mendapatkan kuantiti
barangan yang sama seperti dalam tahun 1999, pengguna perlu meningkatkan
perbelanjaan mereka 6.38%.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  193

Rajah 7.8 berikut menunjukkan contoh kadar inflasi di negara X pada tahun 1990
hingga 2000.

Figure 7.8: Kadar inflasi di negara X dari tahun 1990 hingga 2000
Merujuk kepada Rajah 7.8 tadi, kadar inflasi tertinggi di negara X adalah pada
tahun 1998 iaitu kira-kira 5.3%. Ini adalah kerana krisis kewangan yang melanda
rantau Asia kecuali bagi tahun 1998, di mana kadar inflasi adalah di bawah 5%.
Ini adalah agak rendah berbanding dengan negara lain. Kadar inflasi yang
rendah adalah disebabkan oleh keberkesanan dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan untuk membendung inflasi.

LATIHAN 7.6
1. Jelaskan tiga langkah yang diperlukan untuk mengira IHP dengan

contoh yang sesuai.
2. Nyatakan formula yang digunakan untuk mengira kadar inflasi.

194  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

7.14 KESAN INFLASI

Selain pengangguran, inflasi juga merupakan satu lagi masalah ekonomi yang
serius. Inflasi bukan sahaja menjejaskan aktiviti ekonomi, malah ia juga
mempunyai kesan ke atas individu dan kebajikan masyarakat. Subtopik
berikutnya menerangkan tentang kesan inflasi di mana ia boleh dibahagikan
kepada empat kategori. Kategori tersebut ialah seperti berikut:

7.14.1 Kesan Inflasi ke atas Jumlah Pengeluaran

Dalam jangka panjang, inflasi akan menggalakkan peningkatan dalam
pengeluaran negara jika faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.
Kenaikan harga adalah tanda kepada pengeluar bahawa mereka boleh mendapat
lebih banyak keuntungan, jika mereka meningkatkan pengeluaran.

Walau bagaimanapun, jika pengeluaran telah menggunakan sumber penuh,
maka inflasi akan hanya meningkatkan harga dan bukan pengeluaran. Oleh itu,
hanya inflasi sederhana yang belum menggunakan sepenuhnya sumber yang
ada akan membawa peningkatan dalam pengeluaran negara.

7.14.2 Kesan Inflasi pada Simpanan dan Pelaburan

Inflasi menyebabkan kuasa beli mengecut (penurunan nilai wang). Ini bermakna
bahawa mereka yang memegang kekayaan dalam bentuk wang tunai akan
mengalami kerugian. Keadaan ini menggalakkan rakyat untuk berbelanja dan
seterusnya, mengurangkan simpanan mereka.

Selain itu, inflasi juga menggalakkan orang ramai untuk menggunakan
simpanan mereka bagi membeli saham dan aset seperti hartanah. Ini adalah
kerana semasa inflasi, harga aset cenderung untuk meningkat. Kenaikan dalam
paras harga juga menggalakkan firma untuk memulakan pelaburan baru kerana
keuntungan yang meningkat. Ini biasanya berlaku apabila ekonomi berkembang.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  195

7.14.3 Kesan Inflasi pada Pengagihan Pendapatan
dan Kekayaan Ekonomi

Inflasi memberi kesan kepada orang yang berbeza dengan cara yang berbeza.
Mereka yang bekerja untuk gaji yang tetap akan mengalami kerugian. Ini kerana
kenaikan harga akan merosotkan nilai wang. Individu yang mempunyai gaji
tetap akan mengalami pengurangan kuasa beli. Kesan yang sama terjadi pada
pesara yang dibayar pencen.

Mereka yang gemar menyimpan wang (sama ada dalam akaun simpanan atau
melalui pembelian bon kerajaan), turut sama mengalami kerugian. Kadar faedah
yang diterima daripada simpanan mereka boleh menjadi lebih rendah daripada
kadar inflasi.

Orang yang menambah wang apabila inflasi meningkat adalah ahli perniagaan.
Pada masa itu, mereka akan menaikkan harga pada kadar yang lebih tinggi
berbanding dengan kadar kenaikan kos pengeluaran. Keadaan ini membolehkan
perniagaan mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.

Di samping itu, inflasi juga membawa keuntungan kepada mereka yang
memiliki saham dan aset tetap seperti rumah dan bangunan. Pemegang saham
akan mendapat pulangan yang lebih tinggi apabila syarikat membuat
keuntungan. Mereka yang memiliki harta seperti tanah dan rumah, akan
mendapat lebih banyak keuntungan kerana harta itu akan berharga lebih tinggi
dalam tempoh inflasi.

Inflasi juga menyebabkan ketaksamarataan agihan pendapatan antara pihak
yang meminjamkan wang dengan mereka yang dipinjamkan wang. Mereka yang
dipinjam akan mendapat beberapa faedah kerana nilai sebenar bayaran balik
akan merosot. Walaupun jumlah dibayar akan sama, nilai sebenar daripada
jumlah (diukur berdasarkan kuantiti barang yang boleh dibeli) telah menurun.
Oleh itu, mereka yang meminjamkan wang akan mengalami beberapa kerugian
kerana jumlah itu kini mempunyai kuasa beli yang lebih rendah.

7.14.4 Kesan Inflasi ke atas Imbangan Pembayaran
Negara

Inflasi akan menyebabkan produk tempatan menjadi lebih mahal di pasaran
asing dan produk asing menjadi lebih murah di pasaran tempatan. Ini akan
menyebabkan peningkatan dalam import dan penurunan dalam eksport. Ini
akan membawa kepada defisit imbangan perdagangan. Ini bermakna, aliran
tunai keluar lebih daripada aliran tunai masuk ke negara ini. Jika baki akaun

196  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

modal tidak berubah, ia akan menyebabkan imbangan pembayaran negara
mengalami defisit.

Walau bagaimanapun, jika faktor lain tidak berubah, kenaikan harga eksport dan
kejatuhan harga import negara akan mewujudkan suasana perdagangan yang
lebih baik. Ini bermakna bahawa dengan kuantiti eksport yang sama, negara
boleh mendapatkan kuantiti import yang lebih tinggi. Keadaan ini berlaku hanya
jika permintaan untuk mengeksport barangan di negara ini masih tetap.

7.15 IHP DAN KOS HIDUP

Tahukah anda IHP sering dipanggil sebagai indeks kos sara hidup? Apakah
yang dimaksudkan dengan IHP?

Indeks harga pengguna (IHP) adalah indeks yang mengukur perubahan
atau peningkatan dalam wang yang diperlukan untuk mengekalkan gaya
hidup yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, penggunaan IHP bagi mengukur kos hidup tidak
mencerminkan piawai lengkap pengguna. Ini adalah kerana IHP mempunyai
beberapa masalah dan kelemahan.
Enam masalah dan kelemahan IHP yang dapat dikenal pasti disenaraikan dalam
Rajah 7.9 berikut.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  197

Rajah 7.9: Masalah yang berkaitan dengan IHP

Penjelasan lanjut terhadap masalah ini diberikan dalam Jadual 7.6 berikut.
Jadual 7.6: Kelemahan IHP

Kelemahan IHP Penerangan
Pilihan Barangan
dan Perkhidmatan Barang yang dipilih mesti mencerminkan corak perbelanjaan
masyarakat. Walau bagaimanapun, corak perbelanjaan ini
Perbezaan Harga tidak kekal dan sentiasa berubah, selaras dengan kehendak
Barang dan rakyat. IHP tidak menpertimbangkan perubahan ini.
Perkhidmatan
Masalah ini timbul disebabkan perbezaan harga barang dan
Perubahan dalam perkhidmatan mengikut masa dan tempat. Sebagai contoh,
Kualiti Barang dan produk baru seperti komputer akan lebih mahal berbanding
Perkhidmatan dengan mesin taip dan ini menjadikannya lebih sukar untuk
membuat perbandingan dengan tahun sebelumnya.

Ia hanya adil jika harga barang dan perkhidmatan meningkat
disebabkan kualiti yang lebih baik. Ini tidak bermakna bahawa
kuasa beli telah lemah kerana kenaikan harga adalah selaras
dengan peningkatan dalam kualiti. Walau bagaimanapun, IHP
tidak mengambil kira perubahan dalam kualiti barang dan
perkhidmatan. Satu lagi persoalan yang perlu diambil kira
ialah sama ada perubahan dalam kualiti adalah lebih besar
daripada perubahan dalam kos sara hidup.

198  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Pilihan Tahun Tahun asas dipilih berdasarkan kestabilan harga pada tahun
Asas tersebut. Pemilihan tahun asas adalah perlu untuk tujuan
perbandingan. Walau bagaimanapun, ia adalah sedikit sukar
untuk memilih mana-mana tahun tertentu yang mempunyai
kestabilan harga kerana inflasi dan deflasi berlaku sepanjang
masa.

Tidak Mengambil Rakyat kini mempunyai pilihan ke mana mereka ingin pergi
Kira Akaun Kos untuk membeli barang dan perkhidmatan. Sebagai contoh,
Melepas orang kini lebih berminat untuk pergi ke pasar raya yang
memberikan diskaun berbanding dengan kedai kecil yang
berdekatan. Ini menunjukkan bahawa IHP tidak melihat kos
peluang dan hanya menganggap kos mutlak.

Anggaran Terlebih Disebabkan beberapa masalah dalam pengiraan yang
Nilai atau di dinyatakan sebelum ini, IHP dikira mungkin mempunyai
Bawah Nilai beberapa kesilapan. Oleh itu, maklumat mengenai kadar inflasi
negara adalah tidak tepat kerana angka itu mungkin telah
terlebih nilai atau di bawah nilai.

7.16 FAKTOR YANG MENYEBABKAN INFLASI

AKTIVITI 7.5

Anda telah pun mempelajari konsep inflasi sebentar tadi. Huraikan
apakah keadaan yang boleh menyebabkan inflasi berlaku? Bagaimanakah
anda sebagai pengguna bertindak balas terhadap inflasi?

Secara umumnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan inflasi.
Rajah 7.10 berikut menyenaraikan faktor tersebut.

Rajah 7.10: Empat faktor yang menyebabkan inflasi
Mari kita lihat faktor tersebut satu demi satu dalam subtopik seterusnya.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  199

7.16.1 Tarikan Permintaan atau Lebihan Permintaan

Inflasi yang disebabkan oleh permintaan yang tinggi atau berlebihan dipanggil
inflasi tarikan permintaan. Apakah maksudnya?

Inflasi tarikan permintaan ditakrifkan sebagai keadaan di mana wang yang
banyak digunakan untuk mendapatkan kuantiti barangan yang kecil.
Inflasi ini berlaku apabila lebihan permintaan pada tahap guna tenaga penuh
menyebabkan peningkatan harga purata. Mari kita rujuk Rajah 7.11 berikut.

Rajah 7.11: Inflasi tarikan permintaan
Merujuk kepada Rajah 7.11 tadi, peningkatan dalam permintaan dari AD ke AD'
di tahap output guna tenaga penuh (Y*) menyebabkan kenaikan harga dari P ke
P'.

7.16.2 Peningkatan Kos

Bagaimana pula dengan peningkatan kos? Apakah kesan daripadanya?
Peningkatan dalam kos pengeluaran akan memaksa pengeluar untuk
memindahkan beban mereka kepada pengguna dengan menaikkan harga
jualan. Inflasi ini dipanggil inflasi tolakan kos.

200  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Sebagai contoh, apabila kesatuan sekerja menuntut kenaikan gaji, ini
meningkatkan kos pengeluaran firma. Peningkatan kos akan mengurangkan
bekalan pada setiap peringkat harga. Mari kita rujuk kepada Rajah 7.12 berikut.

Rajah 7.12: Inflasi tolakan kos
Ini menyebabkan keluk penawaran bergerak ke kiri dari AS kepada ASÂ dan
harga meningkat dari P ke PÂ. Keadaan ini akan berterusan kerana peningkatan
dalam harga barangan akan menyebabkan penurunan dalam pendapatan benar
individu.

7.16.3 Kejutan Penawaran

Adakah anda tahu bahawa kejutan penawaran boleh menyebabkan perubahan
drastik dalam kos pengeluaran barangan asas? Sebagai contoh, kemarau panjang
dan dahsyat boleh membawa bencana kepada sektor pertanian. Ia boleh
menyebabkan kenaikan harga makanan. Apabila harga petrol naik, kebanyakan
syarikat yang menggunakan petrol untuk pengeluaran mereka juga akan
terkesan kerana kos mereka meningkat. Ini akhirnya akan menyebabkan produk
akhir lebih mahal dan kadar inflasi berlaku hasil daripada keadaan ini.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  201

7.16.4 Jangkaan Penyesuaian

Inflasi mungkin berlaku jika pengguna mengharapkan ianya berlaku. Faktor
psikologi ini adalah faktor penting dalam bidang sains sosial. Jika orang
menjangkakan harga akan naik, mereka akan membeli barang sebelum kenaikan
harga.
Peningkatan dalam permintaan menyebabkan harga naik dan inflasi berlaku.
Inflasi yang disebabkan oleh faktor psikologi ini dipanggil inflasi jangkaan
penyesuaian.

7.17 KELUK PHILLIPS

Akhir sekali, sebelum kita mengakhiri topik ini, mari kita belajar tentang keluk
Phillips. Apakah hubungan antara inflasi dengan kadar pengangguran? Keluk
Phillips yang dinamakan sempena A. W. Phillips, (orang pertama yang menilai
inflasi dengan menggunakan data di UK) menunjukkan hubungan antara kadar
inflasi dengan kadar pengangguran. Ia adalah keseimbangan antara inflasi dan
pengangguran, di mana kita perlu menerima kadar inflasi yang lebih tinggi
untuk mengurangkan kadar pengangguran dan sebaliknya. Rajah 7.13 berikut
menunjukkan keluk Phillips.

Rajah 7.13: Keluk Phillips

202  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Dalam tahun 1950an dan 1960an, ada hubungan yang lancar antara inflasi
dengan kadar pengangguran dan kebanyakan orang bergantung pada keluk
Phillips sebagai penjelasan utama inflasi. Walau bagaimanapun, pada tahun
1970an dan 1980an, tiada hubungan tertentu antara inflasi dan pengangguran
berlaku di mana keluk tidak menunjukkan hubungan yang negatif antara kedua-
dua pemboleh ubah. Berdasarkan situasi ini, adakah kita boleh membuat
kesimpulan bahawa tidak ada keseimbangan antara inflasi dan pengangguran?
Tidak semestinya pengangguran sahaja menyebabkan inflasi. Ini adalah kerana
kita dapat melihat bahawa faktor-faktor lain selain pengangguran turut
mempengaruhi inflasi. Perubahan dalam mana-mana faktor-faktor ini akan
mempengaruhi hubungan antara inflasi dengan pengangguran.

 Orang yang menganggur adalah orang yang mempunyai kelayakan yang
diperlukan untuk bekerja, bersedia untuk bekerja dan bersetuju untuk
bekerja pada gaji pasaran tetapi malangnya tidak mendapat apa-apa
pekerjaan.

 Kadar pengangguran diukur dengan menggunakan formula berikut:

Kadar pengangguran = Bilangan tidak bekerja  100
Tenaga buruh

 Terdapat tiga jenis pengangguran iaitu struktur, geseran dan kitaran.

 Terdapat tiga sebab utama untuk pengangguran iaitu situasi hilang
pekerjaan, meninggalkan kerja, dan peserta baru dan peserta semula.

 Pengangguran disebabkan oleh pengurangan peluang pekerjaan akibat
kemelesetan ekonomi, seperti pengangguran kitaran akan membawa kesan
negatif kepada kestabilan ekonomi negara.

 Kesan negatif pengangguran boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan
terhadap ekonomi dan kesan kepada individu dan penduduk.

 Inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum
barangan.

TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI  203

 Indeks harga pengguna (IHP) adalah ukuran yang digunakan untuk
mengesan perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan yang dibeli
oleh isi rumah, iaitu, bakul pengguna.

 Terdapat tiga langkah utama dalam pengiraan IHP. Pertama, mengira kos
bakul pengguna IHP pada harga tahun asas. Kedua, mengira kos bakul
pengguna IHP pada harga tahun semasa dan akhirnya, mengira IHP tahun
asas dan tahun semasa.

 Terdapat empat kesan utama inflasi iaitu kesan ke atas jumlah pengeluaran,
kesan ke atas simpanan dan pelaburan, kesan ke atas pengagihan
pendapatan dan kekayaan ekonomi, dan kesan ke atas imbangan
pembayaran negara. Antara faktor yang menyebabkan inflasi adalah tarikan
permintaan, peningkatan kos dan kejutan penawaran.

 Hubungan antara indeks harga pengguna dan kos sara hidup juga
digambarkan sebagai tambahan kepada faktor yang menyebabkan inflasi.

 Tukar-ganti antara inflasi dan pengangguran boleh dijelaskan dengan
menggunakan keluk Phillips. Ia merupakan keseimbangan antara inflasi
dengan pengangguran.

Guna tenaga penuh Pekerja tidak giat
Hilang pekerjaan Pelajar yang bekerja
Indeks harga pengguna (IHP) Pengangguran
Inflasi Pengangguran geseran
Inflasi tarikan permintaan Pengangguran kitaran
Keluk Phillips Pengangguran struktur
Kumpulan umur bekerja Peserta baru
Pekerja separuh masa Peserta semula
Pekerja sepenuh masa

204  TOPIK 7 PENGANGGURAN DAN INFLASI

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2012). Principal statistics of labour force, Malaysia
(September 2012). Dicapai dari
http://statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/empl
oyment/Labour_Force_Indicator_Malaysia_Sept_2012BI.pdf

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2012). Free download ă Consumer price index,
Malaysia (October 2012). Dicapai dari
http://www.statistics.gov.my/portal/download_Prices/files/CPI/2012/
OKT/BI/02Malaysia.pdf

Topik  Perdagangan

8 Antarabangsa

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan apa itu perdagangan antarabangsa dan mengapa negara

berdagang;
2. Membezakan antara kelebihan mutlak dan kelebihan berbanding;
3. Menghuraikan faedah dan halangan perdagangan antarabangsa;
4. Menjelaskan syarat perdagangan; dan
5. Menjelaskan mengapa dasar perlindungan diperlukan.

 PENGENALAN

Adakah anda sedar bahawa kebanyakan kita sebenarnya terlibat dalam
perdagangan antarabangsa? Sebagai contoh, jika anda berjalan kaki ke kedai kopi
antarabangsa seperti The Coffee Bean dan Tea Leaf, di mana anda membeli Maui
Blend atau kopi Tanzania Peaberry, anda sebenarnya mengalami kesan
perdagangan antarabangsa.

Hari ini, kebanyakan negara terlibat dalam aktiviti ekonomi antarabangsa.
Perdagangan antarabangsa membolehkan kita memperluaskan pasaran bagi
barang dan perkhidmatan yang mungkin tidak ada di negara kita. Ini adalah
antara sebab mengapa anda boleh memilih untuk membeli kereta dari Jepun,
Jerman atau Amerika. Perdagangan antarabangsa, menyebabkan lebih banyak
persaingan hadir dalam pasaran. Oleh itu, harga yang lebih berdaya saing akan
memberikan pengguna produk yang lebih murah dan pelbagai. Justeru, topik
kelapan ini akan memberi tumpuan kepada perbincangan tentang perdagangan
antarabangsa.

206  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

8.1 KENAPAKAH NEGARA BERDAGANG?

Secara dasarnya, perdagangan adalah penting untuk negara. Tanpa
perdagangan, negara tidak boleh mempelbagaikan pengeluarannya. Sebelum
anda mula membaca, cuba fikirkan satu sebab mengapa perdagangan penting
dan diperlukan, terutamanya perdagangan antarabangsa yang dilakukan di
negara seperti Malaysia.
Sesebuah negara tidak hanya mengeluarkan barangan untuk kegunaan
tempatan, malah membuat beberapa produk untuk dieksport ke negara lain.
Sementara itu, barangan yang tidak boleh dikeluarkan dalam negara tersebut
akan diimport dari negara lain. Ini mewujudkan perdagangan antarabangsa.
Apakah yang dimaksudkan dengan perdagangan antarabangsa?

Perdagangan antarabangsa ialah proses bertukar-tukar barang atau transaksi
jual beli barang dan perkhidmatan antara dua atau lebih negara.

Pada asasnya, aktiviti ekonomi antarabangsa merujuk kepada aktiviti ekonomi
dengan negara lain. Setiap negara bergantung kepada yang lain untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan dan untuk menjalankan aktiviti
ekonomi yang lain seperti pelaburan dan pengeluaran. Kemajuan dalam
teknologi komputer dan komunikasi serta pengurangan sekatan perdagangan
membolehkan kita menjalankan perdagangan antarabangsa dengan mudah.
Secara umumnya, ada empat faktor utama yang menggalakkan perdagangan
antarabangsa antara satu negara dengan negara yang lain. Empat faktor ini
disenaraikan dalam Rajah 8.1 berikut.

Rajah 8.1: Empat faktor utama yang menggalakkan perdagangan antarabangsa
Penjelasan terperinci untuk semua faktor adalah seperti berikut.

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  207

8.1.1 Perbezaan Faktor Pengeluaran

Setiap negara mempunyai faktor pengeluarannya sendiri. Ia berbeza dari segi
jenis, kualiti dan kuantiti. Perbezaan ini adalah faktor utama mengapa negara ini
menjalankan perdagangan antara satu sama lain. Faktor pengeluaran yang
berlainan menjadikan setiap negara menumpukan pada pelbagai jenis
pengeluaran.
Sebagai contoh, negara yang mempunyai modal dan pengetahuan berteknologi
tinggi, seperti Jepun dan Amerika akan memberi tumpuan kepada produk
industri. Mari kita lihat Rajah 8.2 berikut yang menunjukkan contoh industri
yang memerlukan modal dan teknologi yang tinggi.

Rajah 8.2: Industri automobil merupakan perusahaan
yang memerlukan teknologi dan modal yang tinggi

Sumber: http://www.bloomberg.com
Negara yang kaya dengan sumber semula jadi, seperti Malaysia dan China akan
memberi tumpuan kepada pengeluaran barangan utama. Contohnya, minyak, gas
dan sebagainya. Oleh kerana setiap negara menghasilkan sesuatu barangan yang
khusus, maka setiap negara tersebut boleh dan akan menjalankan perdagangan
antarabangsa untuk mendapatkan barangan yang tidak dikeluarkan oleh
negaranya.

8.1.2 Perbezaan Iklim

Perbezaan iklim turut menyebabkan sesebuah negara memberi tumpuan kepada
penghasilan sesuatu jenis produk. Sebagai contoh, iklim panas dan lembap di
kebanyakan negara Asia Tenggara menjadikan negara seperti Malaysia,
Indonesia dan Thailand memberi tumpuan kepada ladang getah. Rajah 8.3
berikut menunjukkan sebuah ladang kelapa sawit di negara di Malaysia.

208  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Rajah 8.3: Minyak sawit adalah antara tanaman komoditi di kebanyakan negara tropika
Sumber: http://travel.mongabay.com

Iklim sejuk di Australia dan New Zealand membolehkan kedua-dua negara
tersebut memberi tumpuan kepada pengeluaran buah-buahan seperti epal dan
oren. Oleh itu, iklim yang berbeza menyebabkan pengeluaran barangan yang
berbeza. Perbezaan dalam hasil pertanian menggalakkan negara-negara ini
untuk berdagang antara satu sama lain. Rajah 8.4 berikut menunjukkan salah
satu buah-buahan yang ditanam di negara beriklim sejuk.

Rajah 8.4: Anggur adalah antara buah-buahan
yang dihasilkan di negara yang beriklim sejuk
Sumber: http://tourcoverage.files.wordpress.com

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  209

8.1.3 Perbezaan Kemahiran Buruh

Setiap negara mempunyai tahap kemahiran buruhnya yang tersendiri. Sebagai
contoh, negara seperti Jepun, Amerika dan Singapura mempunyai tenaga kerja
mahir dalam sektor industri. Oleh itu, negara ini memberi tumpuan kepada
pengeluaran barangan industri. Negara lain seperti New Zealand, Australia,
China dan Malaysia mempunyai tenaga kerja mahir dalam sektor pertanian.
Perbezaan kemahiran pekerja ini menyebabkan pengeluaran barangan pelbagai
jenis dan ini menggalakkan perdagangan antarabangsa.

AKTIVITI 8.1

Kebanyakan tenaga kerja semasa di Malaysia adalah dari negara lain
seperti Indonesia, Vietnam, Bangladesh dan sebagainya. Apakah kesan
kepada kemahiran dan kepakaran tempatan kita akibat daripada pekerja
asing yang membanjiri pasaran kerja kita?

8.1.4 Corak Penggunaan yang Berbeza

Biasanya, masyarakat yang berbeza mempunyai pilihan cita rasa dan corak
perbelanjaan yang berlainan. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran barangan
mengikut keperluan dan pilihan masyarakat.

Oleh itu, setiap negara akan menghasilkan pelbagai jenis barangan. Pelbagai jenis
barangan yang dihasilkan tersebut menggalakkan perdagangan antarabangsa.

LATIHAN 8.1

1. Apa yang anda faham daripada istilah perdagangan antarabangsa?
2. Bincangkan faktor yang menggalakkan perdagangan antarabangsa.

210  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

8.2 FAEDAH MUTLAK

Mari kita gambarkan senario yang akan memudahkan anda memahami konsep
faedah mutlak. Andaikan kedua-dua negara, X dan Y, menghasilkan dua jenis
produk iaitu oren dan epal. Jadual 8.1 berikut menunjukkan kuantiti output yang
dihasilkan oleh setiap negara menggunakan sumber yang sama. Negara X boleh
menghasilkan 100 biji oren atau 10 biji epal menggunakan sumber ini. Sementara
itu, negara Y boleh menghasilkan 50 biji oren atau 20 biji epal.

Jadual 8.1: Faedah Mutlak bagi Negara X dan Y

Negara Oren Epal
X 100 10
Y 50 20

Jadual 8.1 tadi dengan jelas menunjukkan bahawa negara X adalah lebih baik
dalam menghasilkan oren. Sementara itu, negara Y adalah lebih baik dalam
menghasilkan epal. Jadi, setiap negara mempunyai kelebihan mutlak masing-
masing. Apakah makna faedah mutlak?

Faedah mutlak ditakrifkan sebagai keupayaan negara untuk menghasilkan
lebih banyak produk daripada keupayaan negara lain dengan jumlah sumber
yang sama.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pemilikan sumber asli atau kecekapan
pengeluaran yang tinggi.

Negara X dikatakan mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran oren dan
negara Y mempunyai kelebihan mutlak dalam pengeluaran epal. Jadi, negara X
akan mengkhusus dalam pengeluaran oren manakala negara Y akan memberi
tumpuan kepada penghasilan epal. Persoalannya sekarang ialah berapa banyak
kadar pertukaran yang sesuai bagi kedua-dua negara untuk berdagang?

Andaikan 30 biji oren ditukar untuk 10 biji epal. Apa yang akan berlaku kepada
negara Y jika semua sumber yang digunakan untuk menghasilkan epal ditukar
dengan oren yang dihasilkan oleh negara X?

Dengan kadar ini, negara Y akan mendapat 60 biji oren. Ini bermakna, ia
mendapat kelebihan 10 biji berbanding jika ia menghasilkan buah oren sendiri.
Selain itu, negara X juga mendapat faedah daripada pengkhususan ini. Melalui
perdagangan ini, negara X menukar 60 biji oren dengan 20 biji epal. Selain masih
mempunyai baki 40 biji oren, negara X juga menerima lebih 10 biji epal
berbanding jika ia menghasilkan epalnya sendiri.

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  211

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah negara X menerima lebih 40 biji oren dan 10
biji epal selepas menjalankan perdagangan dengan negara Y. Sementara itu,
negara Y juga mendapat 10 biji oren tambahan daripada perdagangan ini. Ini
dapat digambarkan dalam Rajah 8.5 berikut.

Rajah 8.5: Setiap negara mempunyai faedah mutlak dalam satu produk

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua negara mendapat manfaat daripada
perdagangan tersebut. Tidak ada sebab untuk faedah dibahagikan secara sama
rata. Sebaliknya, kedua-dua negara mendapat lebih banyak barangan selepas
perdagangan. Dengan pengkhususan dalam pengeluaran sesuatu produk dan
mengamalkan aktiviti perdagangan, kedua-dua negara memperoleh lebih
banyak barangan daripada yang sepatutnya berbanding jika mereka
menghasilkan kedua-dua barangan itu sendiri.

Andaikan dua negara M dan R menghasilkan dua jenis barangan dengan
kuantiti output yang berbeza. Jadual 8.2 berikut menunjukkan kuantiti barangan
yang boleh dihasilkan menggunakan kuantiti sumber yang sama.

Jadual 8.2: Faedah Mutlak untuk Negara M dan R

Negara Oren Epal
M 100 20
R 30 10

Jadual 8.2 tadi menunjukkan negara M boleh menghasilkan 100 biji oren atau 20
biji epal. Negara R pula boleh menghasilkan 30 biji oren atau 10 biji epal. Ini
menunjukkan bahawa negara M mempunyai faedah mutlak bagi pengeluaran
kedua-dua oren dan epal. Dalam keadaan ini, adakah perlu bagi negara tersebut
untuk mengkhusus dan berdagang?

212  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Andaikan bahawa perdagangan dipersetujui pada kadar 40 biji oren kepada 10
biji epal. Walaupun negara R tidak mempunyai faedah mutlak, jika ia
menghasilkan 10 biji epal, maka ia boleh menukarkannya dengan 40 biji oren.
Oren yang diperoleh sudah pasti akan menjadi lebih daripada jumlah yang
mampu dihasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, negara M mampu untuk
melepaskan 10 biji epal untuk menghasilkan 50 biji oren lagi dan menukarkan 40
biji oren untuk mendapatkan 10 biji epal. Dengan cara ini, negara M mendapat
lebih 10 biji oren. Keadaan ini boleh digambarkan dalam Rajah 8.6 berikut.

Rajah 8.6: Negara M mempunyai kelebihan mutlak dalam kedua-dua produk
Sebagai rumusan, walaupun sesebuah negara tidak mempunyai faedah mutlak,
pengkhususan dan berdagang masih boleh diamalkan. Di samping itu, kedua-
dua negara turut akan mendapat manfaat masing-masing.

8.3 FAEDAH BERBANDING

Sekarang, mari kita beralih kepada faedah berbanding. Pertama sekali, mari kita
pelajari definisinya.

Faedah berbanding merujuk kepada keupayaan sesebuah negara untuk
menghasilkan produk pada kos relatif yang rendah berbanding dengan
negara lain.

Perdagangan tidak ditentukan oleh kecekapan pengeluaran barangan tertentu
tetapi lebih kepada kos melepas untuk mengeluarkan barangan tertentu
berbanding dengan negara lain. Negara dikatakan mempunyai kelebihan dalam
pengeluaran barangan tertentu, jika kos melepasnya adalah lebih rendah

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  213

berbanding dengan negara lain. Jadual 8.3 berikut menunjukkan kos melepas
untuk pengeluaran epal dalam kuantiti unit oren yang perlu diberikan.

Jadual 8.3: Faedah Berbanding untuk Epal

Negara Kos Melepas untuk 1 Epal
M 5 Oren (100/20)
R 3 Oren (30/10)

Berdasarkan Jadual 8.3 tadi, kita dapati bahawa negara M terpaksa melepaskan
lima biji oren untuk menghasilkan sebiji epal, manakala negara R terpaksa
melepaskan tiga biji oren untuk menghasilkan sebiji epal. Perbezaan ini
membolehkan pengkhususan serta perdagangan dijalankan antara kedua-dua
negara tersebut. Negara R lebih berkesan untuk menghasilkan epal. Walaupun ia
tidak mempunyai kelebihan mutlak, negara R mempunyai kelebihan dalam
menghasilkan epal.

Jadual 8.4 berikut menunjukkan kos melepas dalam pengeluaran oren,
dinyatakan sebagai kuantiti epal yang perlu dilepaskan.

Jadual 8.4: Faedah Berbanding untuk Oren

Negara Kos Melepas untuk 1 Oren
M 1/5 Epal (20/100)
R 1/3 Epal (10/30)

Memandangkan negara R mempunyai kelebihan dalam menghasilkan epal,
negara M akan mempunyai kelebihan dalam menghasilkan oren. Jadual 8.4 tadi
menunjukkan bahawa kos melepas untuk negara M untuk menghasilkan oren
adalah 1/5 epal. Sementara itu, kos melepas adalah 1/3 epal untuk negara R.
Oleh kerana 1/5 adalah lebih kecil daripada 1/3, maka negara M perlu
mengorbankan sedikit epal untuk menghasilkan oren berbanding dengan negara
R. Secara relatifnya, negara M adalah lebih cekap dalam pengeluaran oren.

Kesimpulannya, faedah berbanding bukanlah kelebihan mutlak. Ia merupakan
keadaan yang penting untuk pengkhususan dan perdagangan. Apa yang
penting ialah negara yang mampu menghasilkan produk dengan kecekapan
relatif dan bukannya negara yang boleh menghasilkan produk yang lebih murah.

Sama ada negara R memutuskan untuk berdagang dengan negara lain
bergantung pada kos melepas dan tidak kepada kuantiti sumber yang digunakan
dalam pengeluaran. Sesebuah negara akan mengkhusus dalam pengeluaran
sesuatu barangan jika ia mempunyai kos melepas yang lebih rendah berbanding
dengan negara lain.

214  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

LATIHAN 8.2

1. Berikan definisi faedah mutlak dan faedah berbanding.
2. Apakah perbezaan antara konsep faedah mutlak dengan faedah

berbanding?

8.4 FAEDAH PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

AKTIVITI 8.2

Perdagangan antarabangsa telah wujud di Malaysia sejak era Kesultanan
Melayu Melaka. Cuba fikirkan apakah faedah yang diperoleh daripada
perdagangan antarabangsa pada masa itu dan cuba bandingkannya
dengan faedah daripada perdagangan antarabangsa pada masa kini.
Hampir semua negara di seluruh dunia menjalankan perdagangan antarabangsa.
Ini adalah kerana perdagangan antarabangsa memberi manfaat kepada negara
yang terlibat. Apakah faedahnya? Mari kita rujuk Rajah 8.7 berikut untuk
mengetahui jawapannya.

Rajah 8.7: Empat manfaat perdagangan antarabangsa

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  215

Sekarang, mari kita lihat Jadual 8.5 berikut untuk penerangan terperinci bagi
semua manfaat ini.

Jadual 8.5: Kelebihan Perdagangan Antarabangsa

Kelebihan Penerangan
Perdagangan
Antarabangsa

Memperoleh Rakyat di setiap negara memerlukan pelbagai barangan.
Barangan yang Tidak Walau bagaimanapun, setiap negara tidak dapat
Boleh Dihasilkan menghasilkan semua barangan yang dikehendaki dan
dalam Negara diperlukan. Oleh itu, perdagangan antara negara boleh
dijalankan untuk memperoleh barangan yang tidak boleh
dikeluarkan dalam negara tersebut.

Meluaskan Pasaran Sebagai contoh, Malaysia mempunyai kepakaran dalam
untuk Produk pengeluaran kelapa sawit dan getah untuk dieksport ke
Tempatan negara lain. Sebagai balasan, Malaysia mendapat barang yang
tidak boleh dihasilkan di negara ini seperti kapal terbang,
Meningkatkan epal dan oren.
Kecekapan
Penggunaan Faktor Pengeluaran negara dapat dipasarkan secara meluas melalui
Pengeluaran perdagangan antarabangsa. Barangan yang dibuat dalam
negara boleh dieksport ke negara lain. Kuantiti pengeluaran
Memperoleh yang lebih tinggi akan membantu kecekapan penggunaan
Teknologi Moden faktor pengeluaran.

Ini akan mengurangkan kos pengeluaran dan harga. Selain
itu, ia juga akan meningkatkan keadaan hidup rakyat.

Perdagangan antarabangsa menggalakkan pengkhususan.
Pengkhususan bermakna setiap negara mengkhusus dalam
menghasilkan produk tertentu yang mana ia boleh mencapai
kecekapan. Ini akan memastikan kecekapan dalam
penggunaan faktor pengeluaran.

Perdagangan antarabangsa membolehkan teknologi moden
untuk diimport dari negara maju ke negara membangun.
Teknologi moden akan membolehkan negara membangun
meningkatkan keupayaan pengeluaran mereka. Perdagangan
antarabangsa juga membolehkan negara membangun
menikmati penggunaan produk berteknologi tinggi seperti
komputer, kamera digital dan lain-lain.

216  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

AKTIVITI 8.3

Terdapat juga faedah lain daripada perdagangan antarabangsa. Cuba
senaraikan faedah lain dan bincangkan senarai tersebut dengan rakan
anda.

8.5 SEKATAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

AKTIVITI 8.4

Sekatan perdagangan antarabangsa adalah usaha yang dibuat oleh
sesebuah negara untuk menyekat atau mengurangkan jumlah barangan
yang diimport dari negara lain. Negara lain yang ingin menjalankan
perdagangan dengan Malaysia sebagai contoh, akan melalui sekatan
perdagangan antarabangsa yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
Cuba fikirkan kesan kepada pengeluaran tempatan, jika Malaysia tidak
melaksanakan apa-apa sekatan perdagangan terhadap negara asing.

Sedarkah anda bahawa perdagangan antarabangsa sering dikaitkan dengan
kehilangan pekerjaan untuk rakyat tempatan? Sebagai contoh, jika perusahaan
bebas dibenarkan bagi industri automotif, maka kilang Proton mungkin terpaksa
ditutup disebabkan ketidakupayaan untuk bersaing dengan syarikat automotif
asing. Ini secara langsung akan menyebabkan ramai pekerja tempatan kehilangan
pekerjaan mereka dan akhirnya, kadar pengangguran akan meningkat.

Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, kerajaan perlu campur tangan
dengan mengenakan sekatan perdagangan bebas. Terdapat dua jenis sekatan
perdagangan iaitu sekatan tarif (boleh dibahagikan kepada tiga jenis) dan
sekatan bukan tarif (seperti kuota, subsidi, sekatan eksport sukarela [VER],
kawalan mata wang asing dan sekatan lain untuk mengawal perdagangan
antarabangsa).

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  217

8.5.1 Tarif

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan tarif?

Tarif adalah cukai ke atas barangan asing apabila diimport.

Tarif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu tarif ad valorem, tarif spesifik dan
tarif kompaun. Mari kita rujuk Jadual 8.6 berikut untuk mengenal pasti
perbezaan tarif ini.

Jadual 8.6: Tiga Jenis Tarif

Jenis Tarif Penerangan Contoh
Tarif Ad Valorem
Tarif Spesifik Cukai import yang dikira Jika cukai import untuk kereta
berdasarkan peratusan nilai adalah 50%, maka cukai yang
Tarif Kompaun barangan yang diimport. dikenakan ke atas kereta
bernilai RM20,000 yang
Cukai tetap yang tidak diimport ialah RM10,000.
bergantung kepada nilai
barangan yang diimport. Satu tan kayu jati telah
Walaupun nilai barangan dikenakan cukai import
sentiasa berubah, jumlah cukai sebanyak RM200. Ia tidak
yang dikenakan adalah tetap. mengambil kira sama ada harga
kayu jati naik atau turun, cukai
Gabungan tarif ad valorem dan yang dikenakan adalah sama
tarif spesifik. Ia sering pada kadar RM200 setan.
digunakan untuk barangan
perkilangan yang mengandungi Negara perlu membayar cukai
bahan mentah yang tertakluk tertentu sebanyak USD50 dan
kepada tarif. 5% daripada nilai produk yang
diimport.

Tarif akan menyebabkan kos barangan yang diimport akan naik dan ini bermakna
harga barangan akan meningkat juga. Secara tidak langsung, ia mengurangkan
hasrat pengguna tempatan untuk membeli barangan yang diimport.

218  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

8.5.2 Bukan Tarif

Halangan bukan tarif boleh dibahagikan kepada lima kategori. Mari kita pelajari
dengan lebih lanjut kelima-lima kategori tersebut.

(a) Kuota
Bagaimana kita menentukan kuota?

Kuota adalah had maksimum yang ditetapkan pada jumlah item yang
boleh diimport ke dalam negara dalam tempoh masa tertentu.

Pelaksanaan kuota tidak akan mempengaruhi hasil kerajaan. Malah, kuota
memberi perlindungan kepada firma tempatan. Tidak banyak persaingan
daripada syarikat asing apabila kuota dilaksanakan.

Kesan utama kuota adalah ia akan meningkatkan harga barangan yang
diimport. Namun, memandangkan kuantiti barangan adalah terhad, maka
pengguna sanggup menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan
produk ini.

(b) Subsidi
Bagaimana pula dengan subsidi? Apakah yang anda tahu tentangnya?

Subsidi ialah bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada pengeluar
tempatan untuk meningkatkan daya saing perdagangan mereka.

Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar untuk memperbaiki
kedudukan pasaran mereka. Pengeluar menggunakan subsidi untuk
memasarkan produk mereka pada harga yang lebih rendah daripada kos
sebenar mereka. Subsidi boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti
pengagihan langsung wang tunai, konsesi cukai, pinjaman pada kadar
faedah di bawah pasaran, dan sebagainya. Dua jenis subsidi yang biasanya
digunakan adalah subsidi pengeluaran domestik yang diberikan kepada
pengeluar barang import-bersaing dan subsidi eksport yang diberikan
kepada pengeluar barangan yang dieksport ke negara asing.

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  219

(c) Halangan Eksport Secara Sukarela (Voluntary Export Restraint, VER)
Dengan VER, kerajaan dapat menyederhanakan keinginan persaingan
antarabangsa dengan membenarkan pengeluar domestik yang kurang
cekap untuk mengambil bahagian dalam pasaran yang dikawal oleh
pengeluar asing. Ini membolehkan produk dijual pada harga yang lebih
rendah.

(d) Kawalan Mata Wang Asing
Selain tarif dan kuota, kerajaan juga boleh mengawal mata wang asing
yang digunakan untuk import. Kerajaan boleh mengenakan pelbagai
bentuk kawalan untuk mempengaruhi aktiviti perdagangan antarabangsa
seperti import. Antara kaedah yang digunakan untuk mengawal kuantiti
barangan yang diimport adalah dengan mengawal jumlah mata wang asing
yang biasanya digunakan untuk mengimport barangan. Alternatif lain
adalah dengan menjual mata wang asing pada kadar yang lebih tinggi
berbanding dengan kadar pasaran.

(e) Sekatan Lain
Di samping itu, kerajaan juga boleh menggunakan kaedah lain untuk
mengurangkan penggunaan barangan yang diimport. Sebagai contoh,
kerajaan boleh mengarahkan semua jabatan untuk menggunakan produk
yang dibuat di dalam negara sahaja seperti menggunakan kereta nasional
Proton.

Kerajaan juga boleh mengarahkan institusi kewangan seperti bank untuk
mengurangkan pemberian pinjaman bagi menyokong pembelian barangan
yang diimport.

LATIHAN 8.3

1. Bincangkan empat manfaat perdagangan antarabangsa.

2. Apakah kaedah yang diambil untuk menyekat perdagangan bebas
antara negara?

220  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

8.6 SYARAT PERDAGANGAN

Umumnya, perdagangan hanya akan berlaku jika ia memberi manfaat kepada
kedua-dua negara yang menjalankan perdagangan. Kadar pertukaran yang
dipersetujui oleh kedua-dua buah negara dikenali sebagai syarat perdagangan.
Apakah yang dimaksudkan dengan syarat perdagangan?

Syarat perdagangan boleh ditakrifkan sebagai nisbah harga atau kuantiti
eksport dengan harga atau kuantiti komoditi import.

Dua kaedah yang digunakan untuk mengukur terma perdagangan sesebuah
negara ialah:
(a) Harga; dan
(b) Barangan.
Mari kita lihat kedua-dua kaedah ini dengan lebih lanjut dalam bahagian
seterusnya.

8.6.1 Harga

Pertama sekali, mari kita belajar apakah maksud syarat perdagangan harga.

Syarat perdagangan harga bermaksud nisbah harga komoditi eksport
kepada harga komoditi import bagi sesebuah negara.

Syarat perdagangan harga boleh dikira dengan menggunakan formula ini:

Syarat perdagangan harga = Px/Pm

Px = Harga eksport
Pm = Harga import
Apabila harga eksport jatuh dan harga import naik atau tidak berubah, syarat
perdagangan harga bagi negara itu akan merosot.
Sebaliknya, apabila kenaikan harga eksport berlaku atau tidak berubah dan
harga import jatuh, syarat perdagangan harga akan meningkat.

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  221

8.6.2 Barangan

Bagaimana pula syarat perdagangan untuk barangan?
Syarat perdagangan barangan mengukur nisbah kuantiti eksport kepada
kuantiti komoditi import bagi sesebuah negara.

Syarat perdagangan barangan boleh dikira dengan formula berikut:
Syarat perdagangan barangan = Qx/Qm
Qx = Kuantiti eksport
Qm = Kuantiti import

Apabila kuantiti eksport yang sama boleh mendapatkan kuantiti import yang
lebih rendah, syarat perdagangan barang akan meningkat.
Sebaliknya, apabila kuantiti eksport yang sama boleh mendapatkan kuantiti
import yang lebih tinggi atau kuantiti eksport yang rendah boleh mendapatkan
kuantiti import yang sama, maka syarat perdagangan barangan akan jatuh.

8.7 KENAPAKAH DASAR PERLINDUNGAN
DIPERLUKAN?

Walaupun perdagangan antarabangsa terbukti boleh meningkatkan kebajikan
negara perdagangan, terdapat juga beberapa negara yang masih melaksanakan
dasar perlindungan (dasar ekonomi yang menyekat perdagangan bebas antara
negara). Mari kita rujuk Rajah 8.8 berikut untuk mengenal pasti sebab mengapa
dasar perlindungan diperlukan.

Rajah 8.8: Lima sebab mengapa dasar perlindungan diperlukan
Kesemua sebab ini dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

222  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

8.7.1 Melindungi Industri Baru

Setiap negara mempunyai industri baru untuk diwujudkan. Industri baru tidak
bersedia untuk bersaing dengan syarikat asing dan memerlukan bantuan
kerajaan dan sokongan untuk meneruskan operasi mereka. Tanpa bantuan
kerajaan, mereka boleh menghadapi persaingan yang kuat dan mungkin juga
perlu ditutup, jika mereka gagal untuk bertahan dalam persaingan.

Sebagai contoh, dalam pertengahan era 1980an, industri automobil di Malaysia
masih baru dan bantuan kerajaan diperlukan. Industri ini masih di peringkat
permulaan dan tidak bersedia untuk bersaing dengan syarikat gergasi asing
seperti Ford dan Honda. Pada peringkat ini, industri tersebut tidak berdaya
saing dalam pelbagai aspek seperti harga, kos pengeluaran dan kualiti produk.
Oleh itu, bantuan kerajaan amat diperlukan untuk memastikan industri ini boleh
berkembang dengan baik dan selesa.

8.7.2 Meningkatkan Keselamatan Negara

Barangan tertentu yang digunakan oleh rakyat perlu dihasilkan oleh negara
individu itu sendiri. Negara ini tidak boleh bergantung kepada negara lain untuk
menghasilkan barangan itu. Ini mungkin atas sebab keselamatan. Sebagai
contoh, jika Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Thailand untuk bekalan
beras dan sekiranya peperangan berlaku antara Malaysia dengan Thailand, ini
boleh menjejaskan keselamatan negara kita di mana Thailand boleh menyekat
bekalan beras ke Malaysia.

8.7.3 Mempelbagaikan Aktiviti Ekonomi Tempatan

Ia adalah perlu untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara di mana ia akan
menyumbang ke arah pendapatan negara melalui pertukaran asing. Jika
sesebuah negara banyak bergantung kepada industri eksport tertentu, ia boleh
menyebabkan penurunan dalam pendapatan negara jika industri tersebut
merosot.

Sebagai contoh, eksport minyak sawit Malaysia ke luar negara. Jika harga
minyak sawit di pasaran antarabangsa jatuh secara tiba-tiba dan Malaysia tidak
mempunyai sumber pendapatan lain, maka Malaysia tidak mempunyai pilihan,
selain hanya bergantung kepada eksport minyak sawit. Oleh itu, perlindungan
diperlukan bagi industri lain untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara.

TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA  223

8.7.4 Melindungi Sumber

Perlindungan juga boleh digunakan untuk melindungi industri tempatan dan
sumber mereka. Apabila pengguna mula bergantung kepada barangan import, ia
tidak akan menggalakkan aktiviti ekonomi dalam negeri. Ini akan memberi
kesan kepada permintaan bagi sumber pengeluaran tempatan termasuk buruh.

Ini akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat. Lain-lain masalah sosial
yang berkaitan seperti rompakan, kecurian dan ketidakstabilan politik akan turut
muncul.

8.7.5 Langkah Anti-lambakan

Apakah maksud anti-lambakan?

Anti-lambakan merujuk kepada aktiviti syarikat asing yang mempunyai
pengeluaran yang berlebihan dan menjualnya kepada negara lain dengan
harga yang jauh lebih murah, berbanding dengan harga yang dijual di
negara mereka sendiri.

Keadaan ini akan menggalakkan import. Jika ini berterusan, ia akan memberi
kesan serius kepada industri tempatan. Oleh itu, dasar perlindungan diperlukan
untuk menjaga kebajikan industri tempatan kerana mereka turut menyumbang
kepada ekonomi negara.

AKTIVITI 8.5

Cuba senaraikan sebab lain mengapa perlindungan dan sekatan
perdagangan diperlukan. Bincangkan jawapan anda dengan rakan-rakan
sekelas anda.

LATIHAN 8.4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan syarat perdagangan?
2. Mengapakah dasar perlindungan diperlukan?

224  TOPIK 8 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

 Perdagangan antarabangsa adalah proses pertukaran barang atau transaksi
jual beli barang dan perkhidmatan antara dua atau lebih negara.

 Antara faktor yang menggalakkan negara untuk berdagang antara satu sama
lain adalah faktor pengeluaran yang berbeza termasuklah iklim, kemahiran
pekerja dan corak penggunaan.

 Kelebihan mutlak adalah keupayaan negara untuk menghasilkan lebih
banyak produk daripada negara lain, dengan jumlah sumber yang sama.

 Kelebihan berbanding merujuk kepada keupayaan negara untuk
menghasilkan produk dengan kos relatif lebih rendah berbanding dengan
negara lain.

 Antara faedah daripada perdagangan antarabangsa adalah memperoleh
teknologi moden dan meluaskan pasaran bagi produk tempatan.

 Beberapa halangan yang wujud dalam perdagangan antarabangsa adalah
seperti tarif dan bukan tarif (seperti kuota, subsidi, sekatan eksport secara
sukarela, kawalan mata wang asing dan sekatan lain).

 Syarat perdagangan boleh diukur sama ada melalui harga atau barangan.

 Dasar perlindungan diperlukan untuk melindungi industri baru, melindungi
keselamatan negara, mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara dan
mengelakkan lambakan.

Anti-lambakan Sekatan tarif
Dasar perlindungan Subsidi
Halangan Syarat perdagangan
Kelebihan berbanding Syarat perdagangan barangan
Kelebihan mutlak Syarat perdagangan harga
Kuota
Sekatan bukan tarif

Topik  Kewangan

9 Antarabangsa

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan maksud kadar pertukaran asing dan bagaimana ia

ditentukan;
2. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran asing;
3. Menghuraikan maksud imbangan pembayaran dan tiga

komponennya; dan
4. Membincangkan strategi untuk mengurangkan defisit imbangan

pembayaran.

 PENGENALAN

Sedarkah anda bahawa import dan eksport adalah aktiviti yang penting bagi
ekonomi terbuka? Di samping itu, terdapat juga urus niaga antarabangsa lain
yang sama penting kepada ekonomi seperti pembelian bon, saham dan aset
kewangan asing yang lain.

Urus niaga antarabangsa yang paling berlaku adalah aliran pembayaran antara
negara. Bagi tujuan ini, satu mekanisme untuk menentukan nilai mata wang
asing diperlukan. Nilai mata wang adalah sangat penting untuk menentukan
eksport, import dan pelaburan asing negara. Sebagai contoh, nilai Ringgit
Malaysia berbanding dengan Dolar Amerika, Yen Jepun dan Euro adalah
penting untuk transaksi antarabangsa Malaysia.

Topik kesembilan ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama
memberi tumpuan kepada kadar pertukaran asing. Ini meliputi proses
menentukan kadar pertukaran asing dan faktor yang mempengaruhinya.
Bahagian kedua pula menerangkan bagaimana setiap transaksi antarabangsa

226  TOPIK 9 KEWANGAN ANTARABANGSA

mempengaruhi aliran pembayaran antara negara. Klasifikasi daripada urus
niaga ini juga akan turut dibincangkan. Bahagian kedua secara khususnya akan
membincangkan akaun imbangan pembayaran, isu dan konsep yang berkaitan
dengannya. Mari kita teruskan pelajaran!

9.1 KADAR PERTUKARAN MATA WANG
ASING

Hampir semua negara mempunyai mata wang mereka sendiri. Dalam usaha
untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dengan mata wang yang berbeza,
satu mata wang perlu ditukar dengan mata wang lain. Jadi, apakah kadar
pertukaran asing?

Kadar pertukaran asing merujuk kepada kadar di mana satu mata wang
boleh ditukar kepada yang lain.

Sebagai contoh, syarikat Proton bersetuju untuk menjual sebuah kereta Proton
Wira dengan harga RM30,000 kepada seorang peniaga di Amerika. Jika kadar
pertukaran asing antara Dolar Amerika dan Ringgit adalah RM2.50 kepada
USD1, maka peniaga di Amerika perlu membayar USD12,000 untuk membeli
sebuah kereta Proton Wira.

Oleh kerana perdagangan dijalankan dengan negara yang menggunakan mata
wang yang berbeza, kadar pertukaran asing memainkan peranan yang penting
dalam mempengaruhi perdagangan antarabangsa.

Jika kadar pertukaran asing meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.60 dengan
harga USD1, maka nilai Dolar telah meningkat berbanding Ringgit. Dengan kata
lain, nilai Ringgit telah merosot. Ini adalah kerana dengan USD1, pemegang kini
boleh mendapatkan lebih banyak Ringgit. Sebaliknya, jika kadar pertukaran
asing turun daripada RM2.50 kepada RM2.40 dengan harga USD1, maka nilai
Dollar telah susut berbanding Ringgit. Dengan kata lain, nilai Ringgit telah
meningkat berbanding dengan Dolar kerana satu Dolar kini boleh dibeli dengan
hanya RM2.40.

Untuk makluman anda, dalam topik ini, kadar pertukaran asing dinyatakan
dalam Ringgit bagi setiap unit Dolar, seperti RM2.50 untuk USD1. Sebenarnya,
kadar pertukaran asing juga boleh dinyatakan dalam Dolar untuk setiap Ringgit
seperti USD0.40 untuk setiap Ringgit. Ini bermakna bahawa USD0.40 boleh

TOPIK 9 KEWANGAN ANTARABANGSA  227

ditukar dengan RM1. Angka ini diperoleh dengan membahagikan USD1 dengan
RM2.50, yang bersamaan dengan USD0.40.

AKTIVITI 9.1

Pada pendapat anda, apakah kepentingan kadar pertukaran asing kepada
kerajaan yang menaja kos pendidikan pelajar di luar negara?

9.2 BAGAIMANAKAH KADAR PERTUKARAN
MATA WANG ASING DITENTUKAN?

Kadar pertukaran asing ditentukan dalam pasaran mata wang. Mari kita lihat
model permintaan dan penawaran untuk memahami penentuan kadar
pertukaran asing. Rajah 9.1 berikut menunjukkan permintaan dan penawaran
bagi Dolar berbanding dengan Ringgit.

Rajah 9.1: Penentu kadar pertukaran mata wang asing
Paksi menegak mewakili kadar pertukaran asing yang dinyatakan dalam Ringgit
bagi setiap Dolar. Keluk penawaran menunjukkan kuantiti Dolar ditawarkan
ditukar kepada Ringgit. Amerika perlu mendapatkan Ringgit untuk membeli
barangan dari Malaysia. Begitu juga, jika syarikat dari Amerika ingin membuat
pelaburan di Malaysia atau membuat pemindahan bayaran kepada penduduk di
Malaysia, mereka akan menawarkan Dolar Amerika untuk mendapatkan Ringgit
Malaysia.

228  TOPIK 9 KEWANGAN ANTARABANGSA

Keluk permintaan menunjukkan kuantiti Dolar yang dituntut dalam pertukaran
Ringgit. Jika individu atau syarikat dari Malaysia mahu membeli produk yang
dibuat di Amerika, mereka perlu mendapatkan Dolar dan menukarkannya
kepada Ringgit. Begitu juga, jika firma dari Malaysia mahu membuat pelaburan
di Amerika atau membuat pemindahan bayaran kepada penduduk di Amerika,
mereka akan meminta Dolar Amerika dan menukarkannya dengan Ringgit
Malaysia.
Nilai keseimbangan ialah RM2.50 untuk USD1. Jika kadar pertukaran meningkat
kepada RM3 dengan harga USD1, maka nilai Dolar telah meningkat berbanding
Ringgit kerana setiap USD1 boleh mendapatkan RM3. Sebaliknya, jika kadar
pertukaran jatuh kepada RM2 dengan harga USD1, maka nilai Ringgit telah
meningkat berbanding Dolar.

LATIHAN 9.1

1. Berikan takrif kadar pertukaran mata wang asing.
2. Jelaskan bagaimana mekanisme pasaran menentukan kadar pertukaran

asing.

9.3 PERUBAHAN DALAM PERMINTAAN
ATAU PENAWARAN

Perubahan dalam permintaan atau penawaran akan menyebabkan perubahan
dalam kadar keseimbangan pertukaran asing. Rajah 9.2 berikut menunjukkan
peningkatan permintaan untuk Dolar.

Rajah 9.2: Peningkatan dalam permintaan bagi Dolar

TOPIK 9 KEWANGAN ANTARABANGSA  229

Perhatikan bahawa permintaan asal keluk D bergerak ke kanan menuju ke DÊ. Ini
meningkatkan keseimbangan kadar pertukaran asing dari RM2.50 atau USD1
kepada RM2.75 atau USD1 (kini USD1 bersamaan dengan RM2.75). Peningkatan
permintaan meningkatkan nilai Dolar kerana lebih Ringgit boleh diperoleh
dengan USD1. Dengan kata lain, nilai Ringgit telah merosot berbanding Dolar.
Mari kita perhatikan angka yang lain seperi yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3
berikut.

Rajah 9.3: Peningkatan dalam penawaran Dolar
Rajah 9.3 tadi menunjukkan kesan peningkatan dalam penawaran Dolar
berbanding Ringgit. Peningkatan ini menyebabkan keluk penawaran asal S
bergerak ke SÊ dan mencapai kadar keseimbangan baru pada RM2.25 atau USD1.
Pada tahap ini, USD1 hanya boleh ditukar dengan RM2.25. Kadar ini adalah
lebih tinggi sedikit daripada kadar RM2.50 atau USD1. Dalam erti kata lain, nilai
Dolar telah susut berbanding dengan Ringgit atau nilai Ringgit telah meningkat
berbanding Dolar.

9.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR
PERTUKARAN MATA WANG ASING

AKTIVITI 9.2

Bayangkan anda seorang pengurup wang di Kuala Lumpur. Bincangkan
bagaimana aktiviti perdagangan antarabangsa di Malaysia boleh
mempengaruhi perniagaan anda.

230  TOPIK 9 KEWANGAN ANTARABANGSA

Keseimbangan kadar pertukaran asing akan berubah, jika permintaan atau
penawaran berubah. Ada empat faktor yang boleh mempengaruhi permintaan
dan penawaran mana-mana mata wang. Adakah anda tahu apakah faktor
tersebut? Mari kita rujuk kepada Rajah 9.4 berikut untuk mengenal pasti empat
faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran asing.

Rajah 9.4: Empat faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran asing
Mari kita pelajari dengan lebih lanjut keempat-empat faktor ini dalama subtopik
seterusnya.

9.4.1 Harga Barangan yang Didagangkan

Harga barangan yang diniagakan adalah faktor utama yang menentukan
permintaan dan penawaran. Jika barang tempatan boleh dijual lebih murah
daripada barangan dari negara lain, ia akan meningkatkan eksport dan akhirnya,
menyebabkan kenaikan dalam permintaan untuk mata wang tempatan. Ini
bermakna, nilai mata wang tempatan akan meningkat berbanding dengan mata
wang lain.
Sebaliknya, jika harga barang yang diimport lebih murah, ia akan menggalakkan
permintaan bagi mata wang asing dengan peningkatan dalam import. Ini akan
menyebabkan nilai mata wang asing naik dan nilai mata wang tempatan jatuh.

9.4.2 Tahap Inflasi

Ada dua sebab mengapa nilai mata wang boleh jatuh. Pertama, tahap inflasi
yang tinggi akan membuat produk tempatan lebih mahal berbanding dengan
barang yang diimport. Perbezaan dalam harga akan menggalakkan pengguna
untuk membeli barang yang diimport yang secara langsung akan meningkatkan
nilai dan permintaan bagi mata wang asing.

TOPIK 9 KEWANGAN ANTARABANGSA  231

Kedua, inflasi bukan sahaja memberi kesan kepada harga barangan yang dijual
dalam negara tetapi juga harga barangan yang dieksport. Pengeksportan barang
akan menjadi lebih mahal dan ini akan menyebabkan penurunan dalam
permintaan bagi mata wang tempatan. Akhirnya, nilai mata wang tempatan
akan merosot.

9.4.3 Kadar Faedah

Antara faktor penting yang mempengaruhi pergerakan modal adalah kadar
faedah. Apakah yang dicerminkan oleh kadar faedah?

Kadar faedah mencerminkan kadar pulangan ke atas pelaburan yang dibuat.

Kadar faedah yang tinggi menunjukkan pulangan pelaburan yang
menguntungkan dan aliran masuk modal meningkat. Peningkatan dalam aliran
masuk modal akan menyebabkan peningkatan dalam permintaan bagi mata
wang tempatan dan ini akhirnya akan meningkatkan nilai mata wang tempatan
berbanding dengan mata wang asing.

Sebaliknya, kadar faedah yang rendah berbanding dengan negara lain akan
menggalakkan aliran keluar modal. Ini akan mengurangkan permintaan dan
seterusnya, nilai mata wang tempatan. Permintaan bagi mata wang asing akan
meningkat kerana pelabur akan melabur di negara yang menawarkan kadar
faedah yang lebih tinggi.

9.4.4 Pendapatan Rakyat dalam Negara

Purata pendapatan penduduk di sesebuah negara mempengaruhi corak
perbelanjaan mereka. Mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi lebih
suka untuk mengimport barang dari luar negara kerana mereka mempunyai
kuasa beli yang lebih tinggi. Ini akan meningkatkan permintaan bagi mata wang
asing. Sebaliknya, pendapatan yang rendah menggalakkan orang ramai untuk
membeli hanya barangan keluaran tempatan.

LATIHAN 9.2

Bincangkan empat faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran mata
wang asing.

232  TOPIK 9 KEWANGAN ANTARABANGSA

AKTIVITI 9.3

Layari laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan di http://www.kpdnkk.gov.my. Terdapat banyak
artikel menarik untuk anda baca yang dapat memberikan maklumat
tambahan mengenai kepenggunaan di Malaysia.

9.5 IMBANGAN PEMBAYARAN

Adakah anda pernah mendengar istilah „imbangan pembayaran‰? Apakah yang
dimaksudkan oleh istilah ini?

Imbangan pembayaran adalah rekod sistematik jumlah pembayaran sesebuah
negara ke negara asing, termasuk pembayaran bagi import dan pengaliran
keluar modal dan emas, bersama-sama dengan jumlah penerimaan dari luar
negara, termasuk pembayaran untuk eksport dan aliran masuk modal dan
emas.

Apakah pula imbangan pembayaran negara?

Imbangan pembayaran negara merujuk kepada pengimbangan rekod
kewangan yang menunjukkan jumlah aliran masuk wang ke dalam negara
ini dan jumlah aliran wang yang dibayar kepada negara lain.

Rekod-rekod kewangan boleh diklasifikasikan sama ada kredit atau debit
bergantung kepada jenis transaksi antarabangsa yang dijalankan.

Transaksi kredit merekodkan penerimaan wang dari negara lain. Sebaliknya,
transaksi debit merekodkan pembayaran yang dibuat ke negara lain.

Urus niaga kredit akan bertanda positif (+) dalam imbangan akaun pembayaran.
Transaksi kredit termasuklah barangan dan perkhidmatan yang dieksport, resit
bayaran pindahan atau hadiah dan mana-mana aliran masuk modal. Urus niaga
debit akan ditandakan negatif (ă) dalam imbangan akaun pembayaran. Antara


Click to View FlipBook Version