The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CG SUZILAH HMO, 2024-06-24 07:57:35

KAJIAN LENGKAP ANTOLOGI SAJAK CERMIN DIRI SBC 2018

KAJIAN LENGKAP SAJAK CERMIN DIRI _ 2018

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 1 NO: 1 SAJAK: ‘PAK TUA’ TEKS SAJAK : ‘PAK TUA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Pak Tua wajahmu telah menghilang di titian musim yang panjang pada waktu yang menyepi begini wajahmu yang tua terbayang di persadaian masih pada perahumu yang hampir reput di sana rindukan terpaut. Pada R1 penyajak menceritakan tentang seorang nelayan tua yang telah lama meninggal dunia. Penyajak teringat kisah silam, iaitu semasa Pak Tua tidak dapat turun ke laut, dia begitu sedih kerana tidak dapat menangkap ikan untuk mencari rezeki. Kini, perahunya yang reput hanya tinggal kenangan. Pada perahu itulah Pak Tua pernah mengharap untuk meneruskan kehidupannya Persoalan pada R1 ialah tentang kegigihan. Huraian: Kerinduan dan kenangan silam penyajak terhadap Pak Tua yang suatu ketika mencari rezeki dengan gigih dan tekun. Angin laut mendayu sayu mendengarnya hatiku pilu memori indah kenangan di sudut hatiku tiada pernah padam selari di pinggiran waktu Pada R2 penyajak menyatakan bahawa hembusan dan tiupan angin laut telah membangkitkan kenangan pilu penyajak terhadap Pak Tua yang semasa hayatnya telah bersusah payah mencari rezeki di laut. Penyajak juga menegaskan bahawa kenangan pilu itu akan menjadi kenangan abadi buat diri penyajak selamalamanya. Persoalan pada R2 juga tentang kegigihan. Huraian: Memaparkan kenangan penyajak terhadap kegigihan Pak Tua yang bersusah payah turun ke laut semata-mata kerana mencari rezeki dan rasa tanggungjawab untuk menyara keluarganya. Aduhai Pak Tua di sini di hujung pantai yang putih di gigi air meniti buih anak nelayan hatinya gusar dalam menempuh ombak yang besar Pada R3 penyajak menyatakan bahawa penyajak masih ingat bahawa di pantai yang putih bersih itulah kebiasaannya anak-anak nelayan dengan penuh rasa debaran menunggu kepulangan ayah masing-masing pulang dari laut setelah keluar mencari rezeki dengan bersusah payah tanpa menghiraukan keadaan laut yang bergelora. Persoalan pada R3 ialah tentang kegigihan. Huraian: Disebabkan kemiskinan dan rasa tanggungjawab terhadap keluarganya, Pak Tua sanggup turun ke laut menangkap ikan walaupun dalam keadaan bahaya kerana keadaan laut penuh bergelora. TEMA Kegigihan seorang nelayan. Huraian: Tema sajak ini ialah kegigihan seorang nelayan digambarkan atau difokuskan kepada kehidupan golongan nelayan yang menyara kehidupan dengan menangkap ikan di laut. Namun kerana rasa tanggungjawab untuk menyara kehidupan keluarganya, dia sanggup turun mencari rezeki ke laut walaupun keadaan laut penuh bergelora. Nelayan telah


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 2 meninggal dunia dan segala kenangan bersamanya tetap menjadi ingatan penyajak. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Menjadi nelayan merupakan suatu pekerjaan yang susah dan penuh cabaran. Oleh itu, kita haruslah sentiasa tekun dan tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan tersebut. Para nelayan atau orang yang hidup susah hendaklah diberi sokongan dan bantuan supaya hidup mereka lebih terjamin dan tidak rasa terpinggir dari masyarakat. Anak-anak hendaklah berdikari meneruskan pesanan dan perjuangan kedua-dua orang tua mereka bukan hanya mengharapkan mereka semata-mata. Kita mestilah bekerja dan berusaha sendiri untuk mendapat rezeki yang halal. Janganlah kita melupai akan seseorang yang berjasa kepada kita. NILAI Nilai Kesabaran. Huraian: Seorang nelayan sabar untuk mendapatkan rezeki yang halal bagi menyara ahli keluarganya. Nilai menghargai kenangan. Huraian: Segala kenangan dan memori indah masa lalu tidak pernah dilupakan malah menjadi kenangan abadi khususnya tentang kegigihan dan usaha seorang nelayan tua dalam menyara keluarga. Nilai Ketekunan. Huraian: Seorang nelayan yang tabah, penyajak menyatakan yang pencarian di laut boleh mendatangkan rezeki tanpa mengira waktu dan keadaan yang penting ialah keikhlasan dan selalu memohon kepada Allah supaya hasil dan rezeki dapat diperolehi. NADA Simpati. Huraian: Perasaan simpati terhadap nasib golongan nelayan yang terpaksa bekerja keras tanpa menghiraukan keselamatan diri semata-mata mahu mencari rezeki dan menyara kehidupan keluarga. Kesedihan. Huraian: Perasaan sedih kerana kehilangan seseorang yang tersayang iaitu seorang nelayan yang banyak berjasa dan mencurahkan rezeki kepada mereka. CORAK Epigram. Huraian: Memberi nasihat agar kita menghargai segalan usaha yang dilakukan oleh kaum nelayan. Golongan nelayan ternyata gigih berusaha dan bersusah-payah untuk mencari rezeki di laut demi menyara keluarga mereka


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 3 ALIRAN Realisme. Huraian: Menceritakan tentang realiti kehidupan nelayan yang berkerja keras dan tekun untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarganya. Segala usaha dan ikhtiar mereka akan membuahkan hasilnya lumayan tertakluk kepada cuaca dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Didaktisisme. Huraian: Beberapa pengajaran boleh diperolehi dari paparan kesusahan hidup para nelayan yang boleh dijadikan contoh dan tauladan terutamanya tentang kegigihan, usaha dan rasa tanggungjawab mereka untuk menyara keluarga mereka. GAYA BAHASA 1) Asonansi (pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris sajak) contoh: R1:B2 = titikan keringat yang hangat (vokal a) 2) Aliterasi (pengulangan huruf konsonan sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris sajak), contoh: R1:B5 = wajahmu telah menghilang (konsonan h) 3) Personifikasi (unsur pengorangan atau kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: (R2:B1) angin laut mendayu sayu (sayu adalah sifat manusia) 4) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan tersebut), contoh: R1: B1 = Pak Tua (para nelayan / kemiskinan) 5) Anafora (pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3:B2 = di hujung pantai yang putih R3:B4 = di gigi air meniti buih BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai tiga rangkap. Jumlah baris dan nama. Rangkap1 mempunyai 8 baris (Oktaf), R2 mempunyai 5 baris (Quint), R3 mempunyai 6 baris (Sekstet). Rima akhir. Rima akhir pada R1 ialah a/b/b/c/a/d/e/e, R2 ialah a/a/b/a/a (bebas) dan R3 ialah a/b/c/c/d/d. Jumlah suku kata. Sukukata pendek ialah R1 B 1 = pak/ tu/a (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R 2 B 5 = ti/a/da/per/nah/pa/dam/se/la/ri/di/ping/gir/an/wak/tu (16 suku kata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R 1 B 1 = Pak/Tua (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1 B 5 = tiada pernah pada selari di penggiran waktu (7 patah


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 4 perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Pak tua wajahmu telah menghilang di titian musim yang panjang dan waktu yang menyepi begini wajahnya yang tua telah terbayang-bayang di persadaian masih. Pada perahumu yang hampir reput dan di sana terlalu rindukan terpaut. Setelah angin laut pun mendayu sayu dan mendengar hati aku bertambah pilu dan memori indah serta kenangan di sudut hati aku tiada pernah padam selari di pinggiran waktu. Aduhai Pak tua, di sini dan di hujung pantai yang memutih serta pula di gigi air telah meniti buih manakala seorang anak nelayan mengalami hatinya yang gusar ketika dalam menempuh ombak yang besar. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Pak Tua (R1:B1) Maksud : seorang nelayan yang sudah berusia 2) wajahmu telah menghilang (R1:B2) Maksud : seorang nelayan telah meninggal dunia 3) tidak pernah padam selari di pinggiran waktu (R2:B5) Maksud : ertinya tidak pernah dilupakan akan pekerjaannya sebagai nelayan 4) di gigi air meniti buih (R3:B4) Maksud: ertinya di tepi laut 5) dalam menempuh ombak yang besar (R3:B6) Maksud : berani dalam menempuhi cabaran dan dugaan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 5 TEKS SAJAK: ‘KAU DAN AKU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih jadilah anakmu anak perkasa yang gagah mata bolanya api yang merah dan kau pun jadi lilin yang lembut Pada R1 penyajak menyatakan tentang seorang bapa yang mahu anaknya berkelakuan baik dan bersopan tetapi sebaliknya anaknya itu nakal dan tidak mahu mendengar nasihat. Si ayah tiada pilihan kecuali menurut sahaja kemahuan dan katakata anaknya. Persoalan R1 ialah tentang keruntuhan akhlak. Huraian: Memperlihatkan seorang anak yang nakal dan tidak mahu mendengar apa jua nasihat dan ajaran daripada ayahnya. Di rumahmu anak-anakmu lebih bersuara lantang matamu mampu berkelip-kelip cuma jiran masih mengatakan kau baik hati senang hatimu menerima pujian kau pun semakin sunyi Pada R2 penyajak menyatakan bahawa di rumah anaknya semakin tidak mahu mendengar nasihat tetapi si bapa hanya berdiam diri sahaja. Jiran-jiran yang memerhatikan, memuji sikap si bapa yang terlalu baik dalam mendidik anak-anaknya tetapi sebenarnya si ayah ini tidak dapat berkata dan berbuat apa-apa lagi untuk mendidik anaknya yang semakin nakal. Persoalan pada R2 ialah tentang keruntuhan akhlak. Huraian: Semasa berada di rumah si anak semakin tidak mendengar nasihat daripada ayahnya. Jiran-jiran yang memerhatikan, memuji sikap si bapa yang terlalu baik mendidik anak-anaknya tetapi sebenarnya si ayah amat kesal dan kecewa kerana tidak dapat berkata apa-apa lagi untuk mendidik anaknya yang semakin nakal. anak-anakmu semakin berani berguru liar pada gagak-gagak hitam di rimba dan kau sedar kini… langkahmu terbelenggu anakmu si manis pula pulang bersama cucumu rambutnya perang jiran masih mengatakan kau baik hati sedang hatimu semakin pilu… Pada R3 penyajak mengambarkan si anak semakin liar dan langsung tidak mendengar nasihat. Mereka lebih senang mengikut cara hidup yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Si bapa sedar tentang perkara ini tetapi masih tidak berkemampuan untuk membetulkan keadaan ini. Anak perempuannya juga berkelakuan tidak sopan dengan orang asing sehingga menyebabkan dia melahirkan anak luar nikah. Jiran-jiran mengatakan dia terlalu berlembut dengan anakanaknya tetapi hakikatnya dia amat kecewa dengan tingkah laku buruk anak-anaknya. Persoalan pada R3 ialah tentang keruntuhan akhlak. Huraian: Si anak semakin liar dan tidak mendengar nasihat. Mereka lebih senang mengikut cara hidup yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Si ayah sedar tentang perkara ini tetapi masih tidak berkemampuan untuk membetulkan keadaan ini. Manakala anak perempuannya juga berkelakuan tidak sopan dengan orang asing sehingga menyebabkan dia melahirkan anak luar nikah. Beginilah lumrah alam kau pun tersisih dari anak-anakmu di pelabuhan waktu kau di sisiku di hujung perjalananmu Pada R4 penyajak menyatakan bahawa keadaan yang berlaku dalam sepanjang hidup si ayah ini Persoalan pada R4 ialah tentang pengabaian tanggungjawab. Huraian: NO: 2 SAJAK : ‘KAU DAN AKU’


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 6 dan aku pun terpisah. -A.Rahim Hamid menyebabkan ia tidak dipedulikan anak-anaknya. Si ayah semakin tua dan uzur. Akhirnya dia meninggalkan anak-anak yang tidak berakhlak. Keadaan yang berlaku dalam sepanjang hidup si ayah menyebabkan dia tidak dipedulikan anak-anaknya. Si ayah semakin tua dan uzur. Akhirnya, dia meninggalkan anak-anak yang tidak berakhlak tersebut TEMA Keruntuhan akhlak. Huraian: Keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi di kalangan anak-anak sehingga ada yang sanggup berkelakuan kurang sopan serta melawan dan mengingkari nasihat ibu bapa. Anak-anak juga bergaul bebas sehingga terjebak dalam perbuatan tidak bermoral. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka dengan baik sejak kecil algi supaya apabila dewasa mereka menjadi orang yang berakhlak mulia. Keruntuhan moral merupakan gejala sosial yang sepatutnya dikawal oleh ibu bapa dari rumah lagi. Setiap anak hendaklah mendengar nasihat dari ibu bapa agar menjadi insan berakhlak mulia dan tidak terpengaruh dengan gejala sosial. NILAI Nilai mengenang jasa. Huraian: Seorang anak hendaklah menghargai akan jasa dan pengorbanan kedua ibubapa mereka yang menjga mereka dari sejak kecil lagi. Nilai pandai memilih kawan. Huraian: Hendaklah kita memilih kawan yang baik dan betul agar kita tidak terjebak kepada gejala yaang tidak baik. Nilai membuat kebaikkan. Huraian: Setiap perbuatan yang baik dan mulia akan mendapat balasan yang baik sama ada di dunia dan di akhirat nanti. NADA Simpati. Huraian: Nada sajak ini ialah khususnya perasaan simpati terhadap seorang ayah yang ingin menjadi pemurah dan pengasih terhadap anaknya tetapi anaknya seorang yang nakal dan tidak menghoramti ayahnya. Anaknya juga semakin berani dan berkawan dengan orang yang tidak baik. Akhirnya membawa padah sendiri iaitu anaknya telah melahirkan anak luar nikah. Sedih. Huraian:


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 7 Seorang ayah berasa sedih kerana anaknya tidak menghormati dan menyayanginya walaupun ayahnya ingin menjadi seorang ayah yang pemurah dan penyayang terhadap anaknya. Ayah juga berasa sedih kerana kegagalannya mendidik anaknya menjadi seorang anak yang baik dan berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. CORAK Epigram. Huraian: Memberi pengajaran kepada kita bahawa seorang ayah berasa sedih kerana anaknya tidak menghormati dan menyayanginya walaupun ayahnya ingin menjadi seorang ayah yang pemurah dan penyayang terhadap anaknya. Ayah juga berasa sedih kerana kegagalannya mendidik anaknya menjadi seorang anak yang baik dan berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Elegi. Huraian: Kesedihan dan kekecewaan yang berlaku kepada seorang ayah yang gagal untuk memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya dan akhirnya anaknya pula terjebak dengan melakukan perkara yang tidak baik iaitu berkawan dengan orang yang tidak baik dan melahirkan anak luar nikah. ALIRAN Realisme. Huraian: Menyatakan tentang kebenaran atau realiti bahawa dalam kehidupan ini banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi dengan sabar dan redha kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dariNya jua. Didaktisisme. Huraian: Mengajar atau mendidik dan membimbing agar masyarakat menyedari bahawa didikan yang sempurna itu bermula dari rumah dengan memberikan agama yang secukupnya dan membimbing anak-anak ke jalan yang betul dan baik agar mereka tahu mebezakan mana yang baik dan tidak baik. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf-huruf vokal dalam 1 baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih), Contoh: R1:B1 = Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf-huruf konsonan dalam 1 baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih), contoh : R3:B1 = Anak-anakmu semakin berani (konsonan n) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan atau beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Pengulangan perkataan kau sebanyak 9 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Hiperbola (pemakaian bahasa, kiasan, ungkapan atau kata secara berlebih-lebihan dan tidak logik), contoh: R2: B4 = mata bolanya api yang merah 5) Anafora (pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh:


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 8 R1:B1 = kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah R1:B2 = kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 13 baris( Bebas ), R2 mempunyai 6 baris (sekstet), R3 mempunyai 9 baris (bebas) dan R4 mempunyai 5 baris (Quint). Rima akhir. Rima akhir bagi R1 ialah: a/a/b/a/a/c, R2 ialah: a/b/c/d/d/d, R3 ialah: a/b/c/a/d/e/e/a/d dan R4 ialah: a/b/b/b/c . Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R2:B1 = di/ru/mah/mu (4 sukukata) Sukukata panjang ialah (R1:B1 = Kau/a/da/lah/ba/pa/yang/i/ngin/ja/di/pe/mu/rah/ (14 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R2:B1 = di rumahmu (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B1 = kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah (7 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA EngKau adalah seorang bapa yang ingin menjadi pemurah dan pengasih jadilah kau seorang anak yang anak perkasa yang gagah dan mata bolanya api yang merah. Engkau pun menjadi lilin yang lembut. Di rumahmu anak-anakmu lebih bersuara lantang,matamu hanya mampu berkelip-kelip cuma dan jiran masih mengatakan engkau seorang yang baik hati senang hatimu telah menerima pujian itu sebenarnya engkau pun semakin sunyi. Anak-anakmu semakin berani telah berguru liar pada gagak-gagak hitam di rimba, dan engkau menyedar kini langkahmu telah terbelenggu. Anakmu si manis pula pulang bersama cucumu rambutnya yang perang. Jiran masih mengatakan engkau adalah seorang yang baik hati sedangkan hatimu semakin pilu. Beginilah lumrah alam engkau pun tersisih dari anak-anakmu di pelabuhan waktu dan engkau di sisiku di hujung perjalananmu. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Berguru liar (R3:B2) Maksud : berkawan dengan orang yang tidak baik 2) Anak perkasa yang gagah (R1:B4) Maksud : anak yang berani dan tidak menghormati orang lain 3) Sedangkan hatimu semakin pilu (R3:B9) Maksud : hatimu semakin sedih dan kecewa dengan perbuatan anaknya itu 4) Beginilah lumarah alam (R4:B1)


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 9 Maksud : memang kenyatan kehidupan ini 5) Dan aku pun terpisah (R4:B5) Maksud : ayahnya telah pergi buat selama-lamanya ( meninggal dunia )


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 10 NO : 3 SAJAK ‘ENGKAU BAGAI DALAM SANGKAR’ TEKS SAJAK : ‘ENGKAU BAGAI DALAM SANGKAR’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Kamar itu bukan kamar yang engkau impikan pintunya pagar duri ada penjaga setia bentengnya batu kelikir keras sukar untukmu melepas Pada R1 penyajak menyatakan bahawa bilik penjara itu bukanlah satu tempat yang diidamkan oleh penjenayah atau banduan. Bilik penjara itu dikawal dengan rapi dan ketat oleh pengawal penjara dan dipagari dengan tembok yang kukuh sehingga menyebabkan penjenayah atau banduan sukar untuk melarikan diri. Persoalan R1 tentang keresahan dan kesedihan. Huraian: Keresahan hati dan rasa kesedihan terhadap keadaan bilik penjara serbaserbinya terkawal rapi. Angin panas memasuki pintu kamarmu menghantar ganjaran duniawi hambarlah kaurasakan kehidupan ini engkau yang memilih jalan itu jalan yang keras ranjau runcing pucuk api merah engkau menujah jalan itu tali fikirmu pun berlalu Pada R2 penyajak menyatakan masyarakat melemparkan cemuhan dan ejakan atas perbuatannya dan memang patut dia menerima hukuman. Pesalah digambarkan cukup tersiksa di situ sehingga merasakan hidup tidak bermakna lagi. Namun itulah tempat balasan atas kesalahan yang telah dilakukannya tanpa berfikir dan membuat pertimbangan yang baik terlebih dahulu. Persoalan pada R2 tentang kekecewaan dan kesedihan. Huraian: Setelah penjenayah atau banduan berada di penjara, dia pun berasa kecewa dan sedih dan baru menyedari akan dan terpaksa menanggung akibat / balasan dari kesalahan yang dilakukannya tanpa berfikir terlebih dahulu. Kini Engkau bagai dalam sangkar kokokmu tidak kedengaran lagi suara lantangmu menghilang engkau tinggal menantikan cuma hari-hari pembalasan yang pasti Pada R3 penyajak mengatakan bahawa kini kebebasan pesalah tersebut telah tiada. Suara penentangannya dan kritikan tajamnya terhadap pihak berkuasa tidak kedengaran lagi. Dia kini terpaksa menjalani hukuman atas kesalahan yang telah dilakukannya. Persoalan R3 tentang tentang kepasrahan. Huraian: Setelah dipenjarakan pesalah tidak dapat berbuat apa-apa lagi dan hanya pasrah menjalani hukuman yang dijatuhkan keatasnya. TEMA kesedihan, kekecewaan dan kepasrahan. Huraian: Kesedihan, kekecewaan dan kepasrahan, digambarkan semasa dipenjara pesalah menjalani kehidupannya di penjara dengan penuh dengan rasa sedih serta kecewa. Dia juga digambarkan terpaksa akur dan pasrah dengan hukuman yang dijatuhi keatasnya. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ Janganlah kita melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang Negara Hendaklah kita merasa insaf dan menyesal apabila kita melakukan perbuatan yang


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 11 AMANAT/ MESEJ salah. Haruslah kita menyedari bahawa memiliki senjata api itu adalah satu perbutan yang salah dan melanggar undang-undang Negara. Pastikanlah kita mengetahui setiap perbuatan yang baik dan tidak baik akan mendapat pembalasan sewajarnya. NILAI Nilai mematuhi undang-undang negara. Huraian: Sifat ini perlu ada dalam diri seseorang ini agar kita menjalani kehidupan ini dengan penuh harmoni dan aman-damai. Nilai kesedaran. Huraian: Setiap perbuatan yang baik dan bermanafat akan mendapat balasan yang baik begitu sebaliknya. Nilai berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Huraian: Kita hendaklah berfikir sepuas-puasnya dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara agar tidak menyesal dikemudian hari. NADA Sedih. Huraian: Seseorang penjenayah berasa sedih dan kecewa kerana dia telah di penjara kerana dia memiliki senjata api yang melanggar undang-undang negara. Kini, dia sekarang menerima hukuman atas perbuatannya itu. Kecewa. Huraian: Kekecewaannya pula adalah kerana dia diejek dan dicemuh oleh masyarakat sehingga dia merasakan hidupnya tidak bermakna lagi akibat perbuatannya yang menentang kerajaan itu. CORAK Elegi. Huraian: Ratapan dan rasa penyesalan atas perlakuan / kesalahan yang telah dilakukan sehingga mengakibatkannya dipenjarakan. Epigram. Huraian: Memberi pengajaran kepada orang lain supaya sentiasa berwaspada dan tidak sewenangwenangnya terlibat dalam penentangan terhadap kerajaan (sama ada bersenjata / tidak) kerana ia akan mengakibatkan pelakunya menerima hukuman berat. ALIRAN Realisme. Huraian: Perkara yang benar-benar berlaku kerana seorang banduan atau penjenayah yang telah melakukan kesalahan jenayahnya iaitu dia memiliki senjata api. Setiap perbuatan yang


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 12 melanggar undang-undang negara akan menerima hukuman yang setimpal atas perbuatannya itu. Didaktisisme. Huraian: Memberi pengajaran yang berguna kepada kita agar mematuhi akan peraturan undangundang negara. Kita patut mengetahui bahawa sesiapa yang memiliki senjata api itu adalah perbuatan yang salah dan melanggar undang-undang negara. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2: B1 = angin panas memasuki pintu kamarmu (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3: B2 = Engkau bagai dalam sangkar (konsonan g) 3) Singkatan / Sinkop (perkataan yang disingkatkan / dipendekkan), contoh: R1:B6 = sukar untuk mu melepas (mu = kamu) 4) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R3:B6 = hari-hari pembalasan yang pasti 5) Simili (perbandingan langsung menggunakan tamsil / kiasan yang menggunakan penanda), contoh: R3: B2 = engkau bagai dalam sangkar BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 6 baris (Sekstet) R2 mempunyai 8 baris (Oktaf) dan R3 mempunyai 6 baris (Sekstet). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/d/e/e, R2 ialah a/b/b/a/c/d/a/a dan R3 ialah a/b/a/c/d/a. Jumlah suku kata. Sukukata pendek ialah R3:B1 = ki/ni (2 sukukata). Sukukata panjang ialah R1:B1 = a/ngin pa/nas me/ma/suk/i pin/tu ka/mar/mu (13 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkatan pendek ialah R3:B1 = kini (1 patah perkataan). Perkataan ialah panjang R1:B2 = bukan kamar yang engkau impikan (6 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Kamar itu bukanlah kamar yang engkau impikan. Pintunya pagar berduri dan ada penjaga setia. Bentengnya diperbuat dari batu kelikir keras maka sukar untukmu melepaskan diri. Angin panas yang memasuki pintu kamarmu itu menghantar ganjaran duniawi. Maka kau merasakan hambar kehidupan ini. Engkau yang memilih jalan itu, iaitu jalan yang keras


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 13 beranjau runcing pucuk api yang merah. Engkau rakus menujah jalan itu sedangkan tali fikirmu berlalu. Kini, engkau bagai dalam sangkar. Kokokmu tidak kedengaran lagi begitu juga dengan suara lantangmu. Engkau cuma tinggal menantikan hari-hari pembalasan yang pasti. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Kamar itu (R1:B1) Maksud : sebuah penjara bagi orang-orang yang melakukan kesalahan 2) Ada penjaga setia (R1:B4) Maksud : ada pegawal keselamatan mengawasi sebuah penjara itu 3) Menghantar ganjaran duniawi (R2:B2) Maksud : balasan setimpal dari kesalahan yang dilakukan oleh banduan 4) kokokmu tidak kedengaran lagi (R3:B3) Maksud : tidak lagi ada suara penentangan dari banduan itu 5) hari-hari pembalasan yang pasti (R3:B6) Maksud : menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 14 NO: 4 SAJAK : ‘TENTERA PULANG DARI MEDAN PERANG’ TEKS SAJAK : “TENTERA PULANG DARI MEDAN PERANG” MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Derap sepatu tentera pulang dari medan perang Pada R1 penyajak memperlihatkan suasana kepulangan anggota tentera dari medan perang. Mereka kelihatan begitu gagah dan bersemangat sekali. Persoalan pada R1 ialah tentang kepulangan tentera. Huraian: Gambaran kepulangan tentera dari medan petempuran. Wajah alam kelabu asap peluru sepanjang jalan bekas-bekas peperangan belantara menjadi kering dibakar debu racun nuklear air sungai merah darah hamis dan busuk Pada R2 penyajak menyatakan beberapa kesan yang tidak baik berlaku disebabkan peperangan. Udara tidak bersih disebabkan oleh asap yang datangnya dari senjatasenjata peperangan sehingga membuatkan manusia sukar untuk bernafas. Kawasan menjadi kering kerana berlakunya kebakaran di kawasan tersebut sehingga menyebabkan cuaca begitu panas sekali. Sungai dan tanah pula penuh dengan lumuran darah. Mayat bergelimpangan di sana-sini akibat peperangan yang berlaku sehingga mendatangkan bau yang busuk. Persoalan pada R2 ialah tentang kesengsaraan hidup. Huraian: Peperangan yang berlaku telah menyebabkan pencemaran alam khususnya daripada asap senjata api. Hutan belukar musnah kerana kebakaran dan air tercemar. Ini hanya kenangan hitam merenggut dunia damai mengheret di dunia kelabu asap peluru udara debu racun nuklear berjuta manusia kesengsaraan berjuta anak-anak bergelandangan di bumi, meratap tanpa cinta dan kasih sayang tentera pulang dari medan perang membawa kenangan hitam menggemakan suara sedih meraung pedih Pada R3 penyajak menyatakan bahawa dunia yang pada mulanya damai kini berada dalam kekacauan. Ini merupakan kenangan pahit yang begitu memeritkan. Berjuta insan sengsara kerana kehilangan tempat berteduh dan juga orang yang tersayang. Kanak-kanak merupakan golongan yang paling terseksa kerana kehilangan kedua ibu bapa, dan tempat bergantung. Hidup mereka kini tiada kasih sayang daripada insan yang digelar ibu dan ayah. Tentera yang pulang dari medan peperangan turut berasa sedih. Mereka pulang dengan perasaan yang pedih Persoalan pada R3 ialah tentang Kesengsaraan hidup. Huraian: Peristiwa peperangan yang berlalu amat menyedihkan kerana menyebabkan kekacauan dan pencemaran alam akibat senjata berbahaya. Berjuta manusia sengsara, anak-anak kehilangan tempat bergantung dan kehilangan cinta serta kasih sayang bapa mereka.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 15 ditemani oleh kenangan pahit yang tidak mungkin dapat dilupakan. Berjuta manusia hilang dan terbenam Pada R4 penyajak mengakui hakikat tentera yang pulang dari medan perang hanya membawa berita kematian yang menyebabkan perasaan kesedihan, penderitaan dan kesengsaraan. Persoalan pada R4 ialah tentang Kesengsaraan hidup. Huraian: Ternyata tentera yang pulang dari medan perang hanya membawa berita kematian yang menyebabkan perasaan sedih, tangisan, kesengsaraan dan penderitaan. TEMA Kesengsaraan hidup manusia akibat perperangan. Huraian: Peperangan telah memperlihatkan keruntuhan akhlak manusia. Mereka tidak lagi ada perasaan kasihan dan sayang menyayangi antara satu sama lain. Mereka yang terlibat dengan peperangan hilang sikap perikemanusiaan dan sikap memelihara kepentingan alam sekitar. Mereka sanggup menggunakan senjata berbahaya dan bunuh membunuh asalkan mencapai kemenangan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah sentiasa bekerja sesama sendiri untuk mencari penyelesaian suatu masalah kerana peperangan itu tidak membawa apa – apa kebaikan. Hendaklah sebuah negara itu mempunyai pemerintah yang bijaksana supaya negara akan sentiasa aman dan dijauhi dari bencana. Janganlah kita bersikap mementingkan diri sendiri kerana ia boleh menyebabkan kekucar-kaciran (seperti berlakunya peperangan). NILAI Nilai menjaga keamanan dan keharmonian bernegara. Huraian: Sajak ini mengajar kita agar sentiasa bersatu padu untuk mengelakkan peperangan berlaku yang boleh menjadi bencana terhadap pembangunan negara. Pada masa itu juga, sajak ini memberikan gambaran kepada kita tentang kedahsyatan yang berlaku jika sewaktu dan selepas peperangan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa perlulah memastikan tidak akan terjadinya peperangan kerana pasti negara dilanda musibah. Nilai bermuafakat. Huraian: Bermuafakat dalam membuat sesuatu perkara itu dan mendapat hasil yang baik bagi semua pihak. Nilai hormat-menghormati. Huraian: Sifat hormat-menghormati perlu ada pada diri seseorang kita itu agar kita menjalani kehidupan ini dengan aman-damai dan bahagia.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 16 NADA Sedih dan kecewa. Huraian: Nada kesedihan dan kekecewaan ini dapat dirasakan melalui gambaran banyak manusia yang terkorban dan hidup menderita akibat peperangan mankala alam sekeliling musnah dan udara tercemar. CORAK Elegi. Huraian: Rasa kesedihan akibat kesan-kesan peperangan yang mendatangkan musibah kepada negara dan mengisahkan suasana kesedihan sewaktu dan selepas peperangan, mayatmayat bergelimpangan dan anak-anak kehilangan ibubapanya dan tempat bergantung. Epigram. Huraian: Sajak ini mengingatkan dan bertujuan untuk menyedarkan kepada kita akibat-akibat yang akan berlaku semasa dan selepas peperangan yang ternyata meragut nyawa ramai manusia. Peperangan juga menyebabkan ramai manusia yang kehilangan tempat tinggal. Kanak-kanak pula hidup sendiri tanpa kasih sayang. Sajak ini juga menggambarkan betapa peperangan ini boleh memusnahkan negara hanya sekelip mata sahaja. ALIRAN Realisme. Huraian: Tentang realiti peperangan yang banyak meninggalkan penderitaan dan kesedihan dalam kehidupan manusia dan juga banyak membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan sesebuah masyarakat serta negara. Didaktisisme. Huraian: Melalui peristiwa pahit ini diharapkan manusia mendapat iktibar dan pengajaran yang berguna dalam melalui kehidupan yang penuh persaingan ini untuk menjauhi terjadinya peperangan yang ternyata sangat dahsyat akibatnya. GAYA BAHASA 1) Kata asing (penggunaan bahasa asing, selain bahasa Melayu), contoh: R1:B1 = Derap sepatu tentera (bahasa Indonesia) 2) Kata ganda / gandaan (kata-kata yang diulang sebutan atau perkataannya), contoh: R2:B2 = sepanjang jalan bekas–bekas peperangan 3) Asonansi (pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris sajak), contoh: R1:B1 = Derap sepatu tentera (vokal e) 4) Aliterasi (pengulangan huruf konsonan sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris sajak), contoh: R1:B2 = tentera pulang dari medan perang (konsonan r) 5) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3:B5 = berjuta manusia kesengsaraan R3:B6 = berjuta anak-anak bergelandangan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 17 BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai empat rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 dan R4 mempunyai 2 baris (Distikon). R2 mempunyai 6 baris (Sekstet). R3 mempunyai 12 baris (bebas). Rima akhir. Rima akhir bagi R1 dan R4 ialah a/b. R2 a/b/c/d/e/f. R3 ialah a/b/c/d/e/e/f/g/g/a/h/h. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R2:B6 = ha/mis/ dan/ bu/suk (5 suku kata). Sukukata panjang ialah R3:B3 = meng/he/ret/di/ du/ni/a/ke/la/bu/a/sap/pe/lu/ru (15 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R4:B1 = berjuta manusia (2 patah perkataan). Perkatan panjang ialah R3:B3 = mengheret di dunia kelabu asap peluru (6 patah perkataan) manakala Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Derap sepatu tentera baru pulang dari medan peperangan. Wajah alam menjadi kelabu asap peluru di sepanjang jalan terdapat bekas-bekas peperangan. Belantara menjadi padang yang kering kerana dibakar oleh debu dan racun nuklear, air sungai menjadi merah darah kerana berbau hamis dan busuk. Ini hanyalah kenangan hitam disebabkan merenggut dunia yang damai dan mengheret di dunia kelabu asap peluru. Udara menjadi debu racun nuklear kerana berjuta manusia kesengsaraan dan anak-anak bergelandangan di bumi, meratap tanpa adanya cinta dan kasih sayang. Tentera pulang dari medan dari medan peperangan dan membawa kenangan yang hitam, menggemakan suara yang sedih dan meraung pedih. Berjuta manusia telah menghilang dan terbenam. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Wajah alam kelabu asap peluru (R2:B1) Maksud : keadaan tempat itu hancur dan musnah oleh peluru semasa peperangan 2) Berjuta manusia bergelandangan (R3:B6) maksud : berjuta manusia berasa sedih dan kecewa kehilangan orang yang mereka sayangi 3) Meraung pedih (R3:B12) Maksud : berasa sangat kecewa 4) Hilang dan terbenam (R4:B2) Maksud : manusia ada yang hilang dan meninggal dunia akibat peperangan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 18 TEKS SAJAK: ‘AYAH’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Setelah kau hidup tujuh puluh tiga tahun bersama hidayat dan cinta Tuhan akhirnya kau pun kembali ke tempat asal bagai nakhoda dengan kapal meninggalkan pelabuhan sementara menuju ke dunia kekal. Pada R1 penyajak menyatakan tentang seorang ayah yang berumur tujuh puluh tiga tahun. Si ayah akhirnya telah meninggal dunia untuk menemui Ilahi dalam keadaan yang beriman dan telah melaksanakan tugasnya di dunia ini. Persoalan pada R1 tentang kerinduan terhadap ayah. Huraian: Seorang anak mengingat dan merindui ayahnya yang berumur 73 tahun yang telah meninggal dunia dalam keadaan yang beriman. Kami pun rela melepaskan kaupergi keluarga yang kautinggalkan tanpa kesal atau marahkan kuasa Tuhan kami mengetahui nasibmu telah ditentukan. Pada R2 penyajak menyatakan kepasrahan anak-anak merelakan kepergian ayah mereka. Mereka meredhai kepergian ayah mereka kerana mereka mengetahui bahawa ajal merupakan kuasa Allah dan telahpun ditentukan olehNya. Persoalan pada R2 tentang kerinduan terhadap ayah. Huraian: Buktinya anak-anak si ayah meredhakan pemergian ayah mereka, kerana mereka mengetahui hidup dan mati merupakan kuasa Ilahi. Aku puteramu telah kaudidik mengenal kesukaran dan ketakwaan kaulembutkan hatiku daam kedegilan kaukeraskan hatiku dalam kelemahan. Pada R3 penyajak menyatakan bahawa anak lelaki si ayah yang telah diajarkan tentang kesukaran kehidupan dan ketakwaan, si ayah juga telah mengajar anak lelakinya untuk mengenal erti belas kasihan dan kekuatan dalam diri sendiri ketika ditimpa masalah. Pada R3 tentang pendidikan yang sempurna. Huraian: Buktinya si ayah telah berjaya mendidik anak-anaknya hingga menjadi anak yang berguna dan mengenal erti kehidupan sebenar. Walaupun si ayah sudah tiada, anak lelakinya sentiasa merinduinya. TEMA Kerinduan seorang anak terhadap seorang ayah. Huraian: Anak-anak akan sentiasa mengingati dan mengenang jasa, pengorbanan dan didikan yang diberikan oleh seorang ayah walaupun ayah mereka itu telah meninggal dunia. Apabila ayahnya sudah meninggal dunia anak-anak pasti merindui saat suka dan duka bersama ayah mereka dalam menjalani kehidupan ini. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Setiap anak hendaklah sentiasa mengingati jasa ayah sampai bila-bila masa kerana jasanya membesarkan hingga menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat. Pemergian seorang ayah hendaklah disertai dengan doa dan rasa redha dengan segala yang berlaku dan bukannya dengan ratapan tangisan dan kekesalan. Hargailah jasa seorang ayah dalam mendidik anak-anak adalah sungguh besar NO : 5 SAJAK: ‘AYAH’


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 19 sehingga menjadikan anak insan berguna dan berjaya dalam kehidupannya. Kita wajiblah mempercayai setiap yang hidup pasti akan mati itu adalah kehendakNya jua. Kita mestilah mempercayai akan Qada dan Qadar yang ditentukan oleh Allah pada setiap hamba-hambanya. NILAI Nilai memberikan didikan yang sempurna. Huraian: Menunjukkan seorang ayah yang telah berjaya mendidik anak tentang ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Nilai kebaikan seorang ayah. Huraian: Kebaikan yang diperlihatkan oleh ayah ini menjadi tauladan yang baik kepada semua kerana dapat mendidik anak-anaknya hingga berjaya. Nilai pendidikan untuk anak-anak. Huraian: Anak-anak yang telah dididik dengan baik dan sempurna oleh ibu bapa mereka akan berjaya dalam kehidupannya dan mereka akan sentiasa mengenang didikan yang diberikan. NADA Sedih dan rindu. Huraian: Rasa sedih dan rindu terhadap kehilangan oraang tersayang, seorang ayah yang telah berjasa mendidik anak-anaknya sehingga menjadi insan berguna dan berjaya. Harapan. Huraian: Mengharap agar anak-anak yang ditinggalkan oleh si ayah dapat menjalani kehidupan dengan baik khususnya berbekalkan didikan yang telah diberikan ataupun ditinggalkan oleh seorang ayah. CORAK Ode. Huraian: Mengingati dan menyanjung ayahnya yang telah meninggal dunia kerana telah berjasa dan berjaya menjalankan tanggungjawapnya dalam mendidik anak-anaknya sehingga menjadi insan berjaya. Epigram. Huraian: Nasihat kepada kita agar sentiasa mengenang jasa dan bakti ayah dalam mendidik dan membersarkan kita sehingga kita menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara tidak kira sama ada si ayah itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia. ALIRAN Realisme. Huraian: Mengungkapkan kebenaran tentang jasa, pengorbanan seorang ayah dalam mendidik


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 20 anak-anaknya sehingga anak-anaknya insan berguna dan berjaya. Didaktisisme. Huraian: Mendidik dan mengajar kita supaya menerima segala ketentuanNya dengan redha tanpa rasa kesal atau menyalahkan orang lain. Selain itu, meberi peringatan agar kita sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah menjadikan kita insan yang berjaya dan berguna dalam kehidupan. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris), contoh: R1:B2 = bersama hidayat dan cinta Tuhan (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris), contoh: R2:B3 = tanpa kesal atau marahkan kuasa Tuhan (Kon k) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak, contoh: perulangan perkataan ‘kau’ diulang sebanyak 6 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3:B4 = Kau lembutkan hatiku dalam kedegilan. (R3:B4) R3:B5 = Kau keraskan hatiku dalam kelemahaan (R3:B5) 5) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R3:B4 = kau lembutkan hatiku dalam kedegilan R3:B5 = Kau keraskan hatiku dalam kelemahan BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mengandungi 3 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 ada enam baris (sekstet), R2 ada empat baris (quatrain), manakala R3 ada lima baris (quint). Rima akhir. Rima akhir R1 ialah a/a/b/b/c/b, R2 ialah a/b/b/b dan R3 ialah a/b/c/c/c. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R3:B1 = a/ku/ pu/te/ra/mu (6 sukukata). Sukukata panjang ialah R2:B4 = ka/mi/ me/nge/ta/hu/i/na/sib/mu/te/lah/ du/lu/di/ten/tu/kan (18 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3:B1 = aku puteramu (2 patah perkataan). Perkatan panjang ialah R1:B1 = setelah kau hidup tujuh puluh tiga tahun (7 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 21 sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Setelah engkau hidup selama tujuh puluh tiga tahun, akhirnya engkau pun kembali ke tempat asalmu bersama hidayat dan cinta Tuhan, bagaikan nakhoda dengan kapal yang meninggalkan perlabuhan sementara dan terus menuju ke dunia yang kekal. Kami pun rela melepaskan engkau pergi. Keluarga yang engkau tinggalkan ini tidak berasa menyesal atau marah dengan kuasa Tuhan kerana kami mengetahui nasibmu telah ditentukan. Aku ialah puteramu telah engkau berikan didikan untuk mengenal erti kesukaran dan ketakwaan. Engkau lembutkan hatiku ketika dalam kedegilan dan engkau keraskan pula hatiku ketika dalam kelemahan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Setelah kau hidup tujuh puluh tiga tahun (R1:B1) Maksud : setelah seorang ayah berumur 73 tahun 2) Bersama hidayat dan cinta Tuhan (R1:B2) Maksud : bersama membuat amalan dan kebaikan dalam kehidupan 3) menuju ke dunia kekal (R1:B6) maksud : menuju ke alam akhirat 4) kami mengetahui nasibmu telah dulu ditentukan (R2:B4) maksud : menerima takdir dengan hati yang terbuka 5) aku puteramu (R3:B1) maksud : aku adalah seorang anak lelakimu


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 22 NO : 6 SAJAK : ‘KETIKA MENJELANG TUA’ TEKS SAJAK : “KETIKA MENJELANG TUA” MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Masa lapang mengizinkan aku berbual-bual dengan seorang teman lama di sebuah warung di tepi sebatang lorong tiga puluh tahun jarak waktu memisahkan tiga puluh tahun jarak waktu memisahkan sejak keluar dari alam persekolahan kami dengan nasib menuju laluan masing-masing akhirnya diketemukan dalam suasana zaman sudah berubah dan usia memanjat tua Pada R1 penyajak menyatakan telah bertemu dan berbual-bual dengan teman lamanya di sebuah warung kopi setelah terpisah 30 tahun yang lalu iaitu semenjak keluar dari alam persekolahan. Mereka hidup setelah melalui kehidupan masing-masing tetapi bertemu apabila meningkat tua dalam keadaan dan suasana yang sudah berbeza. Persoalan pada R1 ialah tentang rasa kesyukuran. Huraian: Rasa bersyukur kerana di usia tuanya penyajak dapat bertemu kawan lama setelah 30 tahun terpisah, selepas alam persekolahan mereka. Betapa kami dituakan oleh persekitaran dengan kaki dan sepatu tua mengheret kami mengenal erti penderitaan dan kepahitan tanpa meringis atau menangis kami mengutip serpihan-serpihan kehidupan dari maknawi kebijaksaan Pada R2 penyajak menyatakan bahawa mereka telah dituakan oleh pengalaman. Selama ini mereka telah menghadapi berbagai-bagai dugaan hidup tanpa rasa kesal dan menjadikan segala pengalaman sebagai contoh dan tauladan dalam menghadapi kehidupan. Persoalan pada R2 ialah tentang kesedaran. Huraian: Mereka menjadi matang disebabkan pengaruh persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Dari pengalaman manis dan pahit itulah mereka berjaya membina kehidupan serta mengenali asam garam sebenar kehidupan di dunia ini. Zaman remaja telah berlalu buku pengalaman terbuka dan tertutup merenung masa lalu dan menilai masa lalu dan menilai masa kini kedua-duanya membentuk diri dan peribadi menjadi lelaki berjaya dan terlonta-lonta melayani diri sendiri di negeri luka tanpa cinta dan kerja Pada R3 penyajak mengenang masa silam iaitu pada zaman muda dan membandingkan kehidupan pada masa lalu dengan masa kini. Kedua-dua pengalaman kehidupan itu telah menjadikan mereka sama ada lelaki yang berjaya atau gagal kerana tiada pekerjaan dan juga tiada keluarga. Persoalan pada R3 ialah tentang kesedaran. Huraian: Walaupun kehidupan zaman remaja mereka sudah pun berlalu. Namun segala kenangan, pengalaman, pendidikan dan persekitaran masa lalu itulah yang membentuk diri mereka, sama ada berjaya dalam kehidupan atau sebaliknya. Akhirnya kami kembali ke dalam diri Tanpa menyesali nasib atau kehendak takdir Ketika usia menjelang tua Kami mengisikan masa-masa lapang Melakukan ibadah dan berziarah di rumah kawan Pada R4 penyajak menyatakan akhirnya, mereka kembali memikirkan masa depan dan menerima semua suratan takdir. Mereka mengisikan masa tua dengan melakukan ibadat dan saling mengunjungi ke rumah Persoalan pada R4 ialah tentang kesedaran dan keinsafan. Huraian: Penyajak dan kawannya akur dengan nasib dan keadaan diri mereka. Mereka akur bahawa


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 23 teman. peristiwa dan zaman lampau tidak akan berulang lagi. Berjaya atau tidak seseorang itu memang telah ditakdirkan. Jadi di usia tua ini, mereka tidak begitu memikirkan soal mahu mengejar kejayaan hidup. Mereka lebih menumpukan atau mengisikan masa mereka dengan melakukan amal ibadah atau jika ada kesempatan berziarah ke rumah kawan-kawan. TEMA Rasa kesedaran, keinsafan dan kesyukuran manusia. Huraian: Rasa kesedaran yang timbul dalam diri setelah menempuh berbagai pengalaman dan keperitan hidup. Pengalaman dan persekitaran hidup telah menjadikan mereka dewasa dan menghargai erti hidup serta berusaha untuk mencapai kejayaan. Mereka juga mensyukuri dengan kehidupan yang mereka lalui dan redha dengan takdir yang telah ditentukan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Hendaklah kita banyak melakukan ibadat, menziarahi ke rumah kawan-kawan dan berbuat kebaikan daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Janganlah kita menyesali kegagalan yang kita hadapi pada masa yang lalu sebaiknya dijadikan sebagai pengajaran agar kita beroleh kejayaan. Mestilah kita berusaha dengan gigih dan tekun untuk kita mencapai kejayaan yang kita inginkan. Pastikanlah kita menghargai masa dengan sebaik-baiknya. NILAI Nilai menghargai masa. Huraian: Menghargai masa yang ada dengan melakukan sesuatu yang bermanafaat dan berfaedah agar kita mendapat imbalan yang baik dan berfaedah nanti. Nilai berusaha dengan gigih dan tekun. Huraian: Sesuatu ataupun kejayaan dapat diperolehi dengan berusaha dengan gigih dan tekun dan akhirnya mendapat apa yang kita inginkan. Nilai mendekatkan diri kepada Allah. Huraian: Mendekatkan diri kepada Allah tanpa mengira waktu dan usianya serta menghargai masanya yang ada. NADA Semangat. Huraian: Nada semangat ditujukan kepada seorang tua untuk meneruskan hidup di hari-hari tuanya


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 24 dengan dia melakukan amal ibadat dan mendekatkan diri kepadaNya serta menziarahi rakan-rakan yang lain. Pengalamannya samada suka ataupun duka menjadi pendorongnya dan pengalaman yang berharga untuk meneruskan kehidupan ini. Harapan. Huraian: Penyajak berharap akan dapat menghabiskan masanya dengan melakukan ibadat dan perkara yang berkebajikan, dan memperbaiki dirinya lagi untuk menjadi yang lebih baik lagi dan menziarahi rakan-rakannya yang dulu. CORAK Epigram. Huraian: Memberikan pengajaran kepada kita jangan mensia-siakan dan menghargai masa muda kerana ia kan mencorakkan masa depan kita. Sekiranya lalai semasa muda maka belum terlambat apabila sudah berusia hendakklah melakukan ibadat dan kerja-kerja yang berfaedah untuk bekalan di akhirat kelak. ALIRAN Realisme. Huraian: Memaparkan kehidupan orang yang berusia (tua) yang menghabiskan masa dengan amal ibadat dan menziarahi teman dan sanak-saudara. Dia pun mula menyedari dan menginsafi akan pengalaman kehidupannya itu kemudian dia pun mendekatkan diri kepada Allah dan menziarahi teman-temannya dulu. Didaktisisme. Huraian: Menasihati dan mengajar manusia supaya melakukan amal ibadat dan mengisi masa luang dengan sesuatu yang berfaedah baik semasa muda mahupun setelah usia tua serta menghargai dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), Contoh: R1:B1 = masa lapang (vokal a). 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contohnya: R1:B9 = menuju laluan masing-masing (konsonan n). 3) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B4 = di sebuah warung R1:B5 = di tepi sebatang lorong 4) Paradoks (Dua unsur / ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R3:B3 = merenung masa lalu R3:B4 = dan menilai masa kini 5) Kata ganda / gandaan (kata-kata yang diulang sebutan atau perkataannya, contohnya: R1:B1 = mengizinkan aku berbual-bual


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 25 BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini terdiri daripada 4 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 12 baris (bebas), R2 mempunyai 7 baris (septaim), R3 mempunyai 8 baris (oktaf) dan R4 mempunyai 5 baris yang dikenali (quint). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/a/a/d/d/e/a/d/f/c, R2 ialah a/b/c/a/d/a/a, R3 ialah a/b/a/c/c/d/d/d dan R4 ialah a/b/a/c/d. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:b1 = ma/sa/ la/pang/ (4 sukukata). Sukukata panjang ialah R3:B7 = me/la/yan/i/ di/ri/ ber/sen/di/ri/ di/ ne/ge/ri/ du/ka/nya/ (17 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B1 = masa lapang (2 patah perkataan). Perkataan panjang ialah R4:B5 = melakukan ibadat dan berziarahi ke rumah kawan (7 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Pada masa lapang telah mengizinkan aku berbual-bual dengan seorang teman lama di sebuah warung, di tepi sebatang lorong setelah tiga puluh tahun jarak waktu memisahkan iaitu sejak keluar dari alam persekolahan. Kami dengan nasib menuju ke laluan masingmasing yang akhirnya kami ditemukan dalam suasana zaman yang sudah berubah dan usia semakin memanjat tua. Betapa kami telah dituakan oleh persekitaran. Dengan kaki dan sepatu yang sudah tua telah mengheret kami mengenal erti penderitaan dan kepahitan tanpa meringis atau menangis. Kami telah mengutip serpihan-serpihan kehidupan dari maknawi yang kebijaksanaan. Zaman remaja telah lama berlalu. Buku pengalaman terbuka dan tertutup kerana merenung masa lalu dan menilai masa kini. Kedua-duanya membentuk diri dan peribadi untuk menjadikanseorang lelaki yang berjaya atau terlonta-lonta melayani diri bersendiri di negeri yang dukanya tanpa cinta dan pekerjaan. Akhirnya kami pun kembali ke dalam diri sendiri tanpa menyesali nasib atau kehendak takdir Allah. Ketika usia sudah menjelang tua ini, kami telah banyak mengisikan masamasa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti beribadah dan berziarah ke rumah kawan-kawan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) masa lapang (R1:B1) maksud : di masa yang tiada apa-apa dibuat atau masa yang terluang 2) di sebuah warung (R1:B4)


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 26 Maksud : di sebuah kedai makan di tepi jalan 3) dan usia memanjat tua (R1:B12) Maksud : sudah berusia 4) kami mengutip serpihan-serpihan (R2:B6) Maksud : tinggal sia-sia kehidupan lagi 5) tanpa cinta dan kerja (R3:B8) Maksud : tiada ada sebuah keluarga yang bahagia dan tiada ada sebarang pekerjaan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 27 NO : 7 SAJAK: ‘DIALOG BUAT ANAK’ TEKS SAJAK: ‘DIALOG BUAT ANAK’ MENGHURAI MAKSUD PERSOALAN yah anak tak payah lagilah kaubaca buku cerita burung bangau dengan ikan seluang tapi bacalah buku bagaimana hendak ke bulan kerana dunia ini bakal ditinggalkan. Pada R1 penyajak membicarakan tentang seorang ayah (guru / pemimpin) menasihatkan supaya anak-anaknya (golongan muda) jangan lagi leka dengan berfikiran cara lama tetapi penyajak meminta supaya mereka berfikiran lebih terbuka dengan menuntut ilmu dan berusaha gigih untuk mencapai kemajuan dan teknologi canggih. Kepakaran tentang ilmu moden dan teknologi canggih tersebut setentunya akan menjadi warisan generasi dan bangsa walaupun kita sudah meninggal dunia. Persoalan pada R1 ialah tentang nasihat. Huraian: Nasihat agar anakanak/golongan muda berusaha mempelajari ilmu moden dan teknologi cangih agar dapat membangun negara dan memajukan diri serta tidak mudah tertipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. hari ini atau esok adalah utusan sebuah tamadun dalam sandiwara yang pernah ditontonkan rama mati dalam satu panggilan dan sita tak mau berkata apa-apa ketika penonton dibisukan dalam udara dingin yang nyaman. Pada R2 penyajak menyatakan bahawa setiap waktu kita akan sentisa melihat kemajuan dan pembangunan pesat yang kebanyakannya berlaku di hadapan kita sendiri. Penyajak menegaskan bahawa kita sering melihat dan mendengar peristiwa pembunuhan / kematian tetapi kebanyakan pihak tidak boleh berbuat apa-apa. Dalam hal ini, masyarakat sering diputerbelitkan dengan fakta-fakta yang mengelirukan di samping disogok dengan kebahagiaan / kemewahan dunia supaya mereka berdiam diri sahaja. Persoalan pada R2 ialah tentang eksploitasi atau penindasan. Huraian: Penindasan daripada pihak tertentu terhadap ahli masyarakat lain yang tidak dapat berbuat apa-apa dan mereka sering diputerbelitkan dengan faktafakta yang mengelirukan di samping disogok dengan kebahagiaan / kemewahan dunia supaya mereka berdiam diri sahaja. kini tanah laman dan padang permainan telah kebanjiran para peneroka entah dari mana datangnya tau-tau kita di hutan mati pada tanah yang tak berpenghuni dan hanyut di air mata dalam rumah yang tak bertepi. Pada R3 penyajak menggambarkan tentang keadaan halaman rumah dan padang permainan yang dipenuhi air akibat arus permodenan dan pembangunan pesat yang dibawa oleh orang asing. Akibat arus pembangunan pesat yang banyak dikuasai oleh orang asing ini telah menyebabkan masyarakat tempatan kehilangan punca rezeki Persoalan pada R3 ialah tentang eksploitasi atau penindasan. Huraian: Akibat kerakusan arus permodenan dan pembangunan pesat yang dibawa oleh orang asing telah menyebabkan anakanak (masyarakat tempatan) kehilangan punca rezeki dan kehilangan segala-galanya.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 28 dan kehilangan segalanya. lihatlah anak betapa ghairahnya mereka mencari tapak peninggalan yang berada menyisa segala tidak kira apa warna dan engkau bakal melihat dengan memejamkan mata kerana selama jaga kita mimpi pada kebenaran tak kunjung tiba sedang sebuah jalan lurus entah bagaimana boleh dipesongkan! Pada R4 penyajak menyatakan bahawa si ayah mengingatkan anak-anaknya tentang keghairahan pengusaha meneroka tanah untuk tujuan membangun rumah / bangunan. Perbuatan mereka ini hanya akan disaksikan sahaja oleh anak-anak / masyarakat tempatan tanpa dapat berkata apa-apa kerana mereka tertipu / ditipu oleh pihak-pihak tertentu yang senghaja melakukan penindasan / mengambil kesempatan atas kelalaian / kekurangan ilmu pengetahuan. Persoalan pada R4 ialah tentang eksploitasi atau penindasan. Huraian: Keghairahan pengusaha (kontraktor) meneroka tanah untuk tujuan membangun rumah / bangunan hanya dapat disaksikan sahaja oleh anakanak (masyarakat tempatan) tanpa dapat berbuat apa-apa kerana mereka sudah pun ditipu oleh pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dan melakukan penindasan atas kelalaian mereka. Demikianlah anak hidup hari ini adalah permulaan hari esok dan ia bakal menyisihkan jika kau lupa dan dilupakan justeru kaulah bakal menentukan hari depan yang gampang bukan pada janji atau harapan dari seluang yang hilang dari ingatan. Bengkurong Brunei - Abdullah Idris Mei 1995 Pada R5 penyajak menyatakan tentang kepasrahan penyajak, bahawa memang dalam kehidupan di dunia ini penuh rintangan, cabaran dan tipu helah tetapi yang penting ialah kita mesti sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada selalu kerana jika lalai kita akan rugi dan mudah tertipu. Justeru itu, si ayah meminta supaya anak-anak mempersiapkan diri dengan kekuatan semangat sama ada dari segi fizikal mahupun mental bukannya dengan cara beranganangan mengingat kegemilangan sejarah tamadun lampau sahaja. Persoalan pada R5 ialah tentang nasihat. Huraian: Anak-anak / golongan muda jangan mudah dibuai lena tentang sejarah keagungan / kejayaan temadun di masa lampau tetapi harus sentiasa bersiap siaga, sentiasa beringatingat dan berwaspada terhadap apa jua perkara yang akan mereka lalui dan lakukan. TEMA Eksploitasi dan penindasan. Huraian: Eksploitasi dan penindasan yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan berbagai macam cara seperti tipu helah dan mengambil tanah serta peluang pembangunan semata-mata untuk keuntungan peribadi mereka sahaja tanpa memperdulikan hak dan kepentingan rakyat tempatan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita janganlah terlalu terpesona dengan kemudahan dan hiburan dunia kerana ia boleh memesongkan kita dari memedulikan perkara yang lebih penting. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan berusaha mencari ilmu untuk memajukan negara dan diri sendiri supaya tidak ditindas oleh orang lain yang mahu mencari keuntungan atas kekurangan kita.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 29 Kita hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap apa jua tipu helah pihak tertentu yang sentisa berusaha untuk menindas kita daripada menyuarakan suatu kebenaran. Golongan tua / berpendidikan haruslah sentiasa mengingatkan golongan muda / remaja supaya jangan mudah mempercayai seseorang / suatu pihak tanpa menyelidiki maksud sebenar atas apa yang akan mereka lakukan. NILAI Nilai Kasih sayang. Huraian: Kasih sayang dan nasihat seorang ayah pada anak-anaknya betapa pentingnya ilmu pengetahuan terutamanya ilmu sains dan teknologi dalam zaman moden (globalisasi). Nilai Tanggungjawab. Huraian: Tanggungjawab dan waspada terutamanya terhadap orang asing yang ingin mengambil kesempatan. Nilai Kebijaksanaan. Huraian: Kebijaksanaan perlu dimiliki untuk membezakan mana perkara-perkara yang menguntungkan dan merugikan. NADA Semangat dan harapan. Huraian: Penyajak amat berharap agar anak-anak / golongan muda berusaha menutut ilmu setinggi yang boleh agar jangan lagi tertipu dan ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. kecewa. Huraian: kecewa atas penindasan pihak tertentu terhadap masyarakat tempatan yang dengan sewenang-wenangnya ditipu disebabkan kurang ilmu pengetahuan. CORAK Epigram. Huraian: Nasihat dan pengajaran kepada anak-anak / golongan muda supaya berusaha menuntut ilmu setinggi yang boleh dan berhati-hati dengan tipu daya pihak tertentu (pengusaha) atau orang asing yang sentiasa mencari kesempatan untuk mendapat dan mengaut keuntungan dengan apa cara sekalipun. ALIRAN Realisme. Huraian: Realiti keadaan yang sebenar akan berlaku kepada sesiapa yang kurang ilmu pengetahuannya akan mudah tertipu dan ditindas. Betapa pentingnya mengejar kemajuan dalam zaman moden ini berbekalkan ilmu pengetahuan yang banyak. Didaktisisme. Huraian: Mengandungi nasihat dan pengajaran bahawa ilmu pengetahuan sangatlah berguna dalam


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 30 kehidupan ini. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh R1:B2 = tak payah lagilah kau baca buku cerita (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B3 = burung bangau dengan ikan seluang (kon n) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan / beberapa perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Perkataan anak berulang sebanyak 3 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Kata Asing (penggunaan perkataan yang dipinjam dari bahasa asing selain bahasa Melayu), contoh: R5:B4 = justeru kaulah bakal menentukan hari depan yang gampang (bahasa Indonesia) 5) Kata Singkatan / Sinkop (Perkataan yang dipendekkan atau disingkatkan), contoh: R1:B2 = tak payah lagilah kau baca buku cerita (tidak) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 5 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 5 baris (Quint). R2 mempunyai 7 baris (septaim), R3 mempunyai 4 baris (quatrain), R4 mempunyai 7 baris (septaim), R5 mempunyai 6 baris (sekstet) Rima akhir. R1 ialah: a/b/c/d/d , R2 ialah: a/b/b/b/c/b/b, R3 ialah: a/b/c/c, R4 ialah: a/b/c/c/d/c/b, R5 ialah: a/a/b/c/c/b Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B1= yah anak (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B3 = tau-tau kita di hutan mati pada tanah yang tak berpenghuni (21 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B1 = yah anak (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B3 = tau-tau kita di hutan mati pada tanah yang tak berpenghuni (10 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Yah anak, tidak payah lagilah kau membaca buku cerita tentang burung bangau dengan ikan seluang tetapi bacalah buku bagaimana hendak ke bulan kerana dunia ini bakal ditinggalkan. Hari ini atau hari esok adalah utusan sebuah tamadun di dalamnya penuh sandiwara yang pernah ditontonkan iaitu rama mati dalam satu panggilan dan sita pula tidak mahu berkata


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 31 apa-apa. Ketika itu, penonton telah dibisukan di dalam udara dingin yang nyaman. Kini, tanah halaman dan padang permainan telah kebanjiran. Para peneroka entah dari mana datangnya dan tahu-tahu kita di hutan mati pada tanah yang tidak berpenghuni dan telah hanyut di air mata dalam rumah yang tidak bertepi. Lihatlah anak, betapa ghairahnya mereka mencari tapak peninggalan yang berada di sini telah menyisakan segalanya tidak mengira apa warnanya dan engkau bakal melihat dengan memejamkan mata sahaja. Ini adalah kerana selama berjaga kita telah bermimpi pada kebenaran yang tidak kunjung tiba sedangkan sebuah jalan lurus itu entah bagaimana ianya boleh dipesongkan! Demikianlah anak, kehidupan hari ini adalah permulaan bagi hari esoknya dan ia bakal menyisihkan jika kau buat-buat lupa dan juga dilupakan. Justeru itu, kaulah bakal menentukan hari depanmu yang gampang tetapi bukannyahanyamengharapkan pada janji dan harapan dari seluang yang hilang dari ingatan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) tapi bacalah buku bagaimana hendak ke bulan (R1:4) Maksud:Galakan untuk menimba ilmu pengetahuan dan pelajaran. 2) ketika penonton dibisukan dalam udara dingin (R2:6) Maksud: Orang yang mengejar hiburan akan menjadi terlalu leka dan lalai. 3) tau-tau kita di hutan mati pada tanah yang tak berpenghuni (R3:B3) Maksud: tanpa kita sedari tanah pusaka bangsa kita semakin hari semakin hilang dibeli oleh bangsa asing manakala hidup kita pula merempat. 4) betapa ghairahnya mereka mencari tapak peninggalan (R4:B2) Maksud: Bangsa asing bersusah-payah dan tekun untuk meraih tanah di negara kita. 5) justeru kaulah bakal menentukan hari depan yang gampang (R5:B4) Maksud: Kegigihan anak-anak sekarang adalah masa depan bangsa dan negara untuk memperbaiki keadaan sekarang.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 32 NO : 8 SAJAK : ‘KASIH IBU’ TEKS SAJAK: ‘KASIH IBU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN memang telah lama kufikir untuk berbakti pada ibu dan siapa nanti alih-alih tiba saatnya kami menyendiri antara hidup dan mati Pada R1 penyajak menyatakan bahawa dia sebenarnya ingin berbakti kepada ibunya sejak dari dahulu lagi tetapi disebabkan sentiasa sibuk dengan tugas, tanggungjawab dan bebanan yang banyak sesudah berumahtangga menyebabkan hasratnya itu tidak kesampaian. Persoalan R1 tentang berbakti, / ingin berbakti. Huraian: Seorang anak yang ingin berbakti kepada ibunya yang sudah tetapi hasratnya tidak kesampaian. sejak kecil pun aku diajari tentang anak-anak yang salat balasannya adalah syurga bersama ibu yang tercinta dan para syuhada. Pada R2 pula penyajak akur dengan mengakui bahawa sejaknya kecil lagi ibunya telah memberikan dia didikan agama yang sempurna, seperti diajarkan sembahyang lima waktu agar nanti dia menjadi orang yang beriman di dunia dan akan ditempatkan bersama-sama dengan orangorang yang soleh di akhirat kelak. Persoalan R2 tentang keagamaan. Huraian: Penyajak telah dibekalkan dengan ilmu keagamaan yang cukup dan boleh menjadi panduan dalam mengharungi kehidupan di dunia dan di akhirat. tapi bila aku telah dewasa ibu sudah tidak mau bercerita dan aku jadi lupa tentang hukuman anak derhaka. Pada R3 pula penyajak menerangkan bahawa apabila dia sudah mengecapi kejayaan dan kesenangan, dia telah lalai dan leka dengan hanya mementingkan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri sahaja sehinggakan dia mengabaikan ibunya yang sudah tua dan uzur serta lupa akan segala jasa ibunya yang pernah dicurahkan kepadanya selama ini. Persoalan R3 tentang pengabaian tanggungjawab. Huraian: Seorang anak tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya disebabkan leka dengan kejayaan yang dikecapinya dia telah mengabaikan ibunya yang telah banyak berjasa mengasu dan mendidikanya sehingga menjadi insan yang berjaya. lalu sekarang semuanya bagai membebani jauh-jauh dinihari air mata membasahi dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri justeru kerananya bagai menuntuti sebuah ungkapan yang tak bererti lagi. Bengkurong Brunei - Abdullah Idris Julai 1992 Pada rangkap yang terakhir memperlihatkan bahawa penyajak terjebak dalam kesengsaraan, dia berasa amat menyesal setelah kematian ibunya kerana semasa ibunya masih hidup dia telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibunya. Penyajak menyatakan dia menyesali perbuatannya, namun perkara itu sudah tiada ertinya lagi untuk Persoalan R4 tentang penyesalan. Huraian: Penyesalan seorang anak terhadap ibunya yang sudah meninggal dunia kerana semasa hayat ibunya, dia telah mengabaikan kehidupan ibunya disebabkan terlalu sibuk dengan pelbagai urusan peribadinya.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 33 dikenangkan dan hanya mampu dijadikannya sebagai suatu kenangan pahit dalam hidupnya. TEMA Penyesalan seorang anak terhadap ibunya. Huraian: Memaparkan kisah penyesalan seorang anak yang berjaya dalam kehidupannya tetapi sayangnya dia menjadi leka terhadap tanggungjawab sebagai seorang anak sehinggakan mengabaikan ibunya yang sudah tua sehinggalah dia meninggal dunia. Rasa bersalah dan menyesalnya berlarutan kerana tidak sempat untuk memohon kemaafan dari ibunya. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Janganlah kita melukai perasaan orang tua kita kerana merekalah orang yang membesarkan kita. Seorang anak hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya untuk membantu menjaga kesejahteraan orang tuanya dan membantu menyenangkan mereka. Anak yang lupa diri hendaklah muhasabah diri dengan mengenang semula didikandidikan baik orang tuanya agar tidak terburu-buru melakukan sesuatu yang boleh disesalkan kemudian hari. Janganlah mementingkan diri sendiri sahaja walaupun sibuk berusaha untuk mengejar kejayaan/kebendaan tetapi janganlah sampai mengabaikan ibu/ kedua-dua orang tua kita. NILAI Nilai didikan agama. Huraian: Seorang ibu berusaha mendidik anaknya mengerjakan sembahyang dari sejak kecil lagi dan memberitahu balasan anak yang soleh/solehah adalah masuk syurga bersama ibu tersayang dan para syuhada. Nilai berbakti kepada Ibu. Huraian: Setiap anak adalah wajib mengenang jasa ibu juga berbakti dengan menjaganya dengan baik kerana ibu telah melahirkan, membesarkan, mendidik dan memberi keperluan dari sejak kecil lagi hingga dewasa. Nilai taat kepada Ibu. Huraian: Sikap taat kepada ibu menunjukkan anak yang mendengar perintah dan pesanan ibunya tidak kira dari sejak kecil hinggalah dewasa kerana nasihat ibu banyak kebenarannya supaya tidak ada penyesalan pada masa depan kelak. NADA Sedih. Huraian: Penyajak telah menitiskan air mata tanda penyesalan akan perbuatannya terhadap ibunya yang tidak mendengar nasihat ibunya apabila ianya sudah meningkat dewasa. Kecewa dan hampa. Huraian: Rasa kecewa dan hampa serta perasaan sungguh menyesal seorang anak kerana tidak


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 34 menunaikan tanggungjawab dan tidak sempat berbakti kepada ibunya yang telah meninggal dunia. CORAK Elegi. Huraian: Kesedihan seorang anak yang menyesal tidak dapat berbakti kepada ibunya sendiri. Ini kerana selama ibunya masih hidup dia alpa dan lalai dengan kejayaan yang dikecapinya. Apabila ibunya meninggal dunia, penyajak mula menyedari akan kesilapannya namun penyesalan itu tidak berguna lagi kerana semuanya sudah terlambat. Epigram. Huraian: Memberi pengajaran kepada pembaca bahawa hendaklah membalas jasa ibu dengan menjaganya dengan baik, mengerjakan apa yang telah diajarnya dari sejak kecil seperti sembahyang dan mendengar nasihatnya kerana syurga di telapak kaki ibu. ALIRAN Realisme. Huraian: Segala perkara yang diceritakan oleh penyajak melalui sajak ini benar-benar berlaku dan wujud dalam dunia realiti (sekarang) iaitu terdapat sebahagian anak-anak yang tidak mendengar nasihat ibu dan mengabaikan tanggungjawab mereka kepada ibu setelah dewasa. Didaktisisme. Huraian: Menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan mendidik para pembaca agar jangan menderhaka kepada ibu kerana syurga itu terletak di telapak kaki ibu. Sebagai anak juga jangan terlalu mementingkan diri sendiri dan melupakan jasa ibu terutama apabila sudah dewasa dan sudah mempunyai pekerjaan juga keluarga. GAYA BAHASA 1) Asonansi (pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R4:B1 = Lalu sekarang semuanya bagai membebani (vokal a). 2) Aliterasi (pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contohnya: R2:B2 = tentang anak-anak yang salat (konsonan t). 3) Kata Singkatan / Singkop (perkataan yang dipendekkan atau disingkatkan), contoh: R1:B1 = memang telah lama kufikir (aku) 4) Gandaan / kata ganda (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R1:B4 = alih-alih tiba saatnya kami menyendiri 5) Paradoks (dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan dalam rangkap yang sama), contoh: R1:B5 = hidup dan mati


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 35 BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 4 rangkap Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 5 baris (Quint), R2 mempunyai 5 baris (Quint), R3 mempunyai 4 baris (Quatrain) dan R4 mempunyai 5 baris (Quint). Rima akhir. R1 ialah: a/b/b/b/b. R2 ialah: 2: a/b/c/c/c. R3 ialah: a/a/a/a dan R4 ialah: a/a/a/a/a Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B2 = untuk berbakti (5 sukukata) Sukukata panjang ialah R4:B2 = jauh-jauh dinihari air mata membasahi (16 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B2 = untuk berbakti (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R4:B5 = sebuah ungkapan yang tak bererti lagi (6 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Memang telah lama aku fikirkan untuk berbakti kepada ibu dan sesiapa sahaja nanti. Alihalih apabila tiba saatnya, kami pula menyendiri di antara hidup dan juga mati. Semenjak dari kecil aku sudah pun diajari tentang balasan anak-anak yang salat. Balasannya adalah syurga bersama ibu yang tercinta dan juga para ahli syuhada. Tetapi apabila aku telah dewasa, ibu sudah tidak mahu bercerita lagi dan akhirnya aku jadi lupa tentang hukuman anak yang derhaka. Lalu, sekarang semuanya bagaikantelah membebani. Jauh-jauh dinihari, air matakutelah membasahi dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri. Justeru kerananya adalah bagaikan menuntuti sebuah ungkapan yang tidak bererti lagi. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Alih-alih tiba saatnya kami menyendiri (R1:B3) Maksud: Apabila sampai masanya ditinggalkan bersendirian. 2) Dan aku jadi lupa tentang hukuman anak derhaka (R3:B3&4) Maksud: Sudah tidak terkenang ajaran sekiranya derhaka terhadap orang tua. 3) Sebuah ungkapan yang tak bererti lagi (R4:B5) Maksud: Kata-kata yang dilafazkan sudah tidak bermakna.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 36 NO: 9 SAJAK : ‘AYAHKU’ TEKS SAJAK: ‘AYAHKU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Di antara tulang dan belulang yang keras dan padu di sanalah aku bergayut doa di atas bau keringat yang lusuh aku hidup membesar dan patuh. Pada R1 penyajak menyatakan bahawa dia dibesarkan oleh seorang ayah yang bekerja menyara dan membesarkan anaknya dengan dengan tulang 4 kerat. Disamping bekerja keras, si ayah juga sentiasa berdoa untuk mendapat keredaan Allah. Penyajak menegaskan walaupun hidup susah tetapi dia tetap patuh dan setia kepada ayahnya. Persoalan R1 ialah tentang kegigihan. Huraian: Memaparkan kegigihan seorang ayah yang telah bekerja keras menyara dan membesarkan anaknya dengan dengan tulang empat kerat. Apakah ini suatu hakikat dan mesti dipatuhi kalau bukan suatu kewajipan diri atas darah yang dipinjami. Pada R2 penyajak menyatakan bahawa kepatuhan dan kesetiaan terhadap ayah adalah suatu hakikat yang tidak dapat diubah-ubah dalam kehidupan. Sebagai seorang anak, penyajak akan berusaha setia dan patuh kepada ayah malah berharap segala pengorbanan ayahnya akan dapat dibalas dengan sebaiknya. Persoalan pada R2 ialah tentang kasih sayang. Huraian: Disebabkan rasa kasih dan sayang, si anak berusaha untuk patuh dan setia kepada ayahnya. Dia juga berharap segala susah payah dan pengorbanan si ayah mengasuh dan membesarkannya akan dapat dibalas dengan sebaiknya. Kini waktu tua telah datang menyendiri dengan nadi dan sendi yang lesu ini selama perjalanan bertahun-tahun jerih payah yang dilalui siang membebani dan malam menuntuti. Pada R3 penyajak menegaskan bahawa dia sekarang sudah berada di usia tua. Sepanjang hidupnya dia telah berusaha keras, siang dan malam untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan sempurna dengan terpaksa menghadapi berbagai-bagai rintangan. Persoalan pada R3 ialah tentang kegigihan. Huraian: Sepanjang hidupnya, si ayah telah berusaha keras siang dan malam semata-mata untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan sempurna walaupun terpaksa menghadapi berbagaibagai rintangan. Bukankah segalanya harus dinilai di hujung kayu pengukur takdir dan penentuan maka adalah kita sesal menyesalkan kalau harapan demi harapan tidak tercapai? Pada R4 penyajak menegaskan bahawa segala usaha yang telah dilakukannya itu telah pun ditentukan oleh takdir. Penyajak selaku manusia biasa hanya mampu berusaha dan bertawakal. Sekiranya segala yang diusahakannya itu tidak tercapai maka ia tidak perlu disesalkan Persoalan R4 tentang kepasrahan. Huraian: Walaupun si ayah telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan namun jika gagal dia tidak akan berasa kecewa kerana semuanya adalah suratan takdir. Si ayah pasrah terhadap


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 37 kerana tentu ada rahsia / hikmah di sebaliknya. ketentuan ilahi kerana segala perkara yang berlaku itu tentu ada hikmah disebaliknya. Kini atas watak keras dan padu itu kita bangunkan tugu keluarga yang agung berdiri di atas cita-cita yang luhur biar payah, tapi jangan menyerah dan gugur! Bengkurong Brunei Abdullah Idris Jun 1992 Pada R5 penyajak menyatakan bahawa dengan kegigihan dan keyakinan serta dengan penuh semangat dan cita murni dia mahu terus mencapai kejayaan. Walaupun kenyataannya terlalu sukar kejayaan itu diperolehi, namun penyajak tidak mahu menyerah atau kecewa. Persoalan R5 tentang harapan. Huraian: Dalam kehidupan yang penuh cabaran, penyajak dengan penuh semangat mengharapkan dengan usaha gigih dan penuh keyakinan dia akan mencapai kejayaan. Walaupun kenyataannya terlalu sukar mencapai kejayaan itu namun penyajak tidak mahu menyerah kalah, putus asa atau rasa kecewa. TEMA kegigihan dan harapan seorang ayah. Huraian: Memaparkan kegigihan seorang ayah yang telah bersusah payah, tergambar kesengsaraan hidup yang dihadapi oleh si ayah dalam membesarkan anak-anaknya serta menyara keluarganya. Namun di tetap gigih berusaha siang dan malam semata-mata mahu melihat dan berharap agar keluarganya mendapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita mestilah patuh kepada orang tua dan mengenang jasa baik mereka. Janganlah mengabaikan orang tua kita terutama sekali apabila mereka sudah semakin tua dan kesepian. Apabila anak-anak sudah berjaya janganlah lupa mengenang kembali zaman hidup susah satu ketika dahulu sehingga sanggup lari dari sikap tanggungjawab menjaga orang tua. Kita janganlah menyerah kalah atau berputus asa apabila mahukan keluarga kita menjadi keluarga yang Berjaya. NILAI Nilai kasih sayang. Huraian: Seorang ayah yang menyayangi keluarganya sanggup berkorban apa saja untuk membesarkan anaknya dan memenuhi keperluan mereka sehingga menjadi anak yang berjaya. Nilai tanggungjawab. Huraian: Tanggungjawab seorang ayah amat besar untuk mencari rezeki tidak kira siang dan malam demi menyara keluarga walaupun banyak pengalaman pahit manis terpaksa dilalui. Nilai tidak putus asa. Huraian:


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 38 Sikap berusaha tanpa menyerah seorang ayah memberikan kebahagiaan kepada keluarganya boleh mewujudkan keteguhan keluarga yang harmoni dan akan sentiasa dikenang jasanya sepanjang hayat. NADA Semangat dan harapan. Huraian: Penyajak dengan penuh semangat dan harapan menyatakan bahawa walaupun kehidupan ini penuh cabaran tetapi dengan usaha gigih serta penuh keyakinan, dia dan anak-anaknya berharap akan mencapai kejayaan. Walaupun kenyataannya terlalu sukar mencapai kejayaan itu namun penyajak tidak mahu menyerah kalah, putus asa apatah lagi berasa kecewa. CORAK Ode. Huraian: Sanjungan kepada seorang ayah yang bekerja keras dengan tulang 4 kerat telah menyara dan membesarkan anak-anak sehingga mencapai kejayaan. Epigram. Huraian: Memberikan pengajaran agar seorang anak hendaklah membalas jasa ayah dan mencontohi sikap ayah yang begitu bertanggungjawab dan kegigihan mencari rezeki dalam mencari rezeki demi mnyara kehidupan keluarga. ALIRAN Realisme. Huraian: Suatu realiti yang benar berlaku dalam kehidupan manusia. Setiap ayah (/ibu bapa) pasti akan berusaha sedaya upaya menyara kehidupan dan memberi pendidikan terhadap anakanaknya walaupun menghadapi kesusahan hidup. Didaktisisme. Huraian: Memberi pengajaran kepada anak untuk menyayangi, menghargai dan berbakti kepada ayah yang telah bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan mereka walau apa rintangan yang dihadapi. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), Contoh: R1:B3 = doa di atas bau keringat yang lusuh (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contohnya: R4:B3 = maka adalah kita sesal-menyesalkan (konsonan k) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Perkataan dan berulang sebanyak 8 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Repitisi (Pengulangan perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris yang sama), contoh: R4:B4 = kalau harapan demi harapan tidak tercapai?


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 39 5) Gandaan / kata ganda (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R3:B3 = selama perjalanan bertahun-tahun BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ‘Ayahku’ mempunyai 5 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 4 baris (Quatrain),R2 mempunyai 4 baris (Quatrain), R3 mempunyai 6 baris (Sekstet), R4 mempunyai 4 baris (Quatrain) dan R5 mempunyai 4 baris (Quatrain) Rima akhir. Rima akhir R1 ialah a/b/c/c. R2 ialah a/b/b/b. R3 ialah a/a/b/a/a/a. R4 ialah a/b/b/a dan R5 ialah a/b/c/c. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R3:B5 = siang membebani (6 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B1 = di antara tulang dan belulang yang keras dan padu (16 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3:B5 = siang membebani (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B1 = di antara tulang dan belulang yang keras dan padu (9 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Di antara tulang belulang yang keras dan padu itu, di sanalah aku bergayut dan doa di atas bahu keringat yang lusuh itulah aku telah hidup membesar dan patuh. Apakah ini suatu hakikat dan mesti dipatuhi? Kalau bukan, ianya adalah kerana kewajipan diri di atas darah yang telah dipinjami. Kini waktu tua telah datang menyendiri dengan nadi dan sendi yang lesu ini. Selama menempuh perjalanan bertahun-tahun, segala jerih payah yang sudah dilalui antara waktu siang yang membebani dan waktu malam menuntuti. Bukankah segalanya harus dinilai seperti di hujung kayu sebagai pengukur takdir dan penentuan saja? Maka adakah kita akan rasa sesal dan menyesalkan jikalau harapan demi harapan yang diharapkan itu tidak tercapai?. Kini pada watak yang keras dan padu itu, mari kita bangunkan sebuah tugu keluarga yang agung dengan berdirinya ia di atas cita-cita yang luhur biar pun payah, tetapi janganlahmudah menyerah kalah dan gugur! MAKSUD RANGKAI KATA 1) Kini waktu tua telah datang menyendiri (R3:B1) Maksud: Kini si penulis pun merasakan usia sebagai seorang tua dan dia berasa kesepian tanpa orang mendampingnya. 2) di hujung kayu pengukur takdir dan penentuan (R4:B2) Maksud: Apa yang terhasil di penghujung hayat seseorang adalah penentu kepada sama ada seseorang itu berjaya ataupun tidak dalam kehidupannya.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 40 3) berdiri di atas cita-cita yang luhur (R5:B3) Maksud: Bangkit dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan niat yang baik.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 41 NO: 10 SAJAK: ‘MENARA GADING’ TEKS SAJAK: ‘MENARA GADING’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Aku hadir di sisimu harungi awan biru tinggalkan kesayangan kalbu nekad pada yang satu. Pada R1 penyajak menyatakan dia menyambung pelajarannya di universiti atau di institusi pengajian tinggi di seberang laut. Dia terpaksa meninggalkan keluarga yang disayanginya demi untuk mencapai impian mendapatkan ilmu. Persoalan R1 tentang kecekalan. Huraian: kecekalan hati penyajak yang sanggup berkorban meninggalkan keluarganya demi untuk menuntut ilmu di luar negara. Tiada teman tiada idaman tiada pedoman bukan dagang merempat tapi bertempat. Pada R2 penyajak menyatakan ditempat baru terebut, dia berasa terasing tidak mempunyai kawan, tiada kegembiraan dan tiada petunjuk tetapi penyajak sedar bahawa dia di sana bukanlah sekadar bersuka-suka tetapi untuk menuntut ilmu. Persoalan R2 tentang kecekalan hati. Huraian: Penyajak walau berasa terasing ditempat orang namun tetap cekal mengharunginya demi untuk menuntut ilmu Dulu, aku merayu meratap dan memujukmu wahai menara gadingku tapi hampa kerana usiaku. Pada R3 penyajak menyatakan lagi bahawa dahulu dia pernah merayu untuk melanjutkan pengajian di universiti atau di institusi pengajian tinggi tetapi dia kecewa dan hampa kerana permohonannya ditolak atas alasan usianya yang sudah tua. Persoalan R3 ialah tentang kesungguhan. Huraian: Kesungguhan penyajak mahu menuntut ilmu walaupun sudah lanjut usianya. Kini, aku hadir di sisimu menara gading khazanah ilmu di tengah kota berjerebu idaman kalbu yang dahaga dan lapar ilmu. Pada R4 penyajak menegaskan bahawa kini dia telah berjaya melanjutkan pengajiannya di sebuah universiti atau institusi pengajian tinggi yang terkenal dan menjadi tumpuan semua orang yang mahu meninggikan ilmu mereka. Di situ banyak cabaran dan halangan yang perlu dilaluinya namun perkara itu tidaklah dipedulikannya kerana kekuatan semangatnya untuk menuntut ilmu menjadi keutamannya. Persoalan R4 ialah tentang kecekalan. Huraian: Penyajak mengharungi segala cabaran dan dugaan yang ditempuhinya kita menuntut ilmu di luar negara. Aku mendakapmu rakus dalam usia meskipun, memori semakin susut hasrat semakin malas Pada R5 penyajak menyatakan dia bersungguh-sungguh untuk mengikuti pengajian di universiti walaupun ingatan dan Persoalan pada R5 ialah tentang kesungguhan dan kecekalan. Huraian: Kesungguhan dan kecekalan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 42 tapi, semangat pasti berkobar aku tetap di sisimu. Universiti Malaya Adi Dharma Julai 1996 kemampuannya semakin berkurangan kerana faktor usianya yang sudah tua tetapi semangat dan usaha penyajak tidak berkurangan demi untuk mencapai kejayaan. penyajak dalam menuntut ilmu. Baginya faktor usia bukan penghalang baginya mencapai kejayaan. TEMA Pengorbanan, kecekalan dan kesungguhan seseorang dalam mencari ilmu. Huraian: Penyajak diterima masuk ke Pengajian Tinggi (Universiti) adalah seorang yang sudah berusia dan kurang bermaya dari segi fizikal. Namun kecekalan hatinya dan kesungguhannya untuk belajar membuatkannya dapat diterima di sana. Sudah banyak yang dikorbankannya untuk berada di sana dan dia tidak akan mensia-siakan semua pengorbanannya. Dia akan kembali dengna ijazah kejayaannya. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Tidak kira berapa pun usia kita janganlah putus asa untuk terus belajar. Untuk mencapai kejayaan hendaklah berusaha bersungguh-sungguh kerana orang yang berusaha itu adalah orang yang paling hampir untuk mencapai kejayaan. Untuk mencapai cita-cita yang diimpikan hendaklah sanggup berkorban masa, tenaga dan perasaan. NILAI Nilai tidak berputus asa. Huraian: Tidak berputus asa untuk menimba ilmu walaupun sudah berusia. Nilai berusaha. Huraian: Orang yang bersungguh-sungguh dalam usahanya adalah orang yang paling hampir untuk mencapai kejayaan. Nilai pengorbanan. Huraian: Pengorbanan masa, tenaga dan perasaan adalah suatu yang sukar tetapi lumrah untuk dilakukan untuk mencapai cita-cita NADA Semangat dan harapan. Huraian: Penyajak bersemangat untuk melanjutkan pelajaran di universiti walaupun sudah berusia dan memorinya semakin berkurangan. Penyajak juga mempunyai harapan yang agak besar untuk mencapai kejayaan yang dihajatinya di universiti luar negeri demi mengejar cita-cita. CORAK Ode. Huraian: Memaparkan sanjungan penyajak tentang universiti tempatnya menuntut ilmu itu telah berjaya permohonannya kali ini walaupun usianya sudah tua. Penyajak merasa bangga


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 43 dapat belajar di universiti tersebut demi mencapai cita-cita walaupun terpaksa meninggalkan keluarganya. Epigram. Huraian: Memberi pengajaran kepada pembaca untuk mencontohi penyajak yang bersungguhsungguh untuk mengikuti pengajian di universiti walaupun ingatan dan kemampuannya semakin berkurangan kerana usianya yang sudah tua tetapi semangat dan usaha penyajak tidak berkurangan demi mencapai kejayaan. ALIRAN Realisme. Huraian: Mengutarakan tentang kehidupan yang benar-benar terjadi di alam nyata iaitu seseorang yang ikhlas ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupannya sanggup berkorban berjauhan dan meninggalkan keluarga yang disayangi di tempat asalnya bagi menuntut ilmu pengetahuan dan mencapai cita-citanya. Didaktisisme. Huraian: Penyajak menyelitkan pengajaran bahawa usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu di universiti dan janganlah berputus asa untuk mencapai kejayaan selagi peluang masih ada. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B1 = Aku hadir di sisimu (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contohnya: R1:B3 = tinggalkan kesayangan kalbu (konsonan n) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Perkataan aku berulang sebanyak 5 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B1 = tiada idaman R2:B2 = tiada pedoman 5) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan tersebut), contoh: R4:B3 = menara gading khazanah ilmu (bermaksud universiti) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 5 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 4 baris (Quatrain), R2 mempunyai 5 baris (Quint), R3 mempunyai 5 baris, (Quint), R4 mempunyai 6 baris (Sekstet) dan R5 mempunyai 8 baris (Oktaf). Rima akhir. Rima R1 ialah a/a/a/a. R2 ialah a/a/a/b/b. R3 ialah a/a/a/a/a. R4 ialah a/b/b/b/b/b dan R5


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 44 ialah a/b/c/d/e/f/g/a. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R3:B1 = Dulu (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R4:B3 = menara gading khazanah ilmu (10 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3:B1 = Dulu (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B6 = yang dahaga dan lapar ilmu (5 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Aku hadir di sisimu setelah mengharungi awan biru. Aku tinggalkan kesayangan kalbu kerana nekad pada yang satu. Walaupun tiada teman, tiada idaman dan tiada pedoman pun bukan juga seperti dagang merempat tetapi bertempat. Dulu, aku merayu, meratap dan memujukmu wahai menara gadingku tetapi aku hampa kerana usiaku. Kini, aku hadir di sisimu wahai menara gadingkuiaitu tempat khazanah ilmu di tengah kota yang berjerebu hanya kerana idaman kalbuku yang dahaga dan lapar ilmu. Aku mendakapmu dengan rakus walaupun dalam usiakuyang sudah tua. Meskipun memoriku semakin susut, hasrat pun semakin malas tetapi semangat ini pasti berkobar untuk aku tetap berada di sisimu. MAKSUD RANGKAI KATA 1) tinggalkan kesayangan kalbu (1:3) Maksud: Meninggalkan keluarga dan berjauhan dari rumah sendiri. 2) tapi hampa kerana usiaku (3:5) Maksud: Ditolak kerana umurnya yang tua. 3) menara gading khazanah ilmu (4:3) Maksud: Pusat pengajian tertinggi (Universiti) adalah tempat meraih ilmu pendidikan yang terbaik.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 45 NO: 11 SAJAK: ‘MANA ORANG KITA?’ TEKS SAJAK: ‘MANA ORANG KITA?’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Orang kita: terlalu malu kerana pemalu tidak peraga diri demi harga diri tidak boleh sentuh-sentuhan tidak boleh tonjol-tonjolan. Pada R1 penyajak menyatakan bahawa orang Melayu bersifat pemalu dan tidak suka bermegahmegah atau menonjolkan diri jatidiri mereka sebagai orang timur dan kekuatan beragama. Persoalan R1 tentang tatasusila bangsa Melayu. Huraian: Orang Melayu bersifat pemalu dan tidak suka bermegah-megah atau menonjolkan diri jatidiri mereka sebagai orang timur dan kekuatan beragama. Orang asing: perilaku yang melulu peraga diri mengulum senyum rambut mengintai di sebalik tudung melayan mesra menusuk kalbu bikin pak tua giling kepala mak tua memburu rasa. Pada R2 penyajak mengatakan bahawa kebanyakan orang asing ramai yang kurang / tidak bermoral kerana terlalu bebas dalam semua hal seperti melalui percakapan, pergaulan, pakaian dan layanan sehinggakan golongan tua merasa tidak senang hati terutama para ibu melihat tingkah-laku mereka yang keterlaluan. Pada R2 tentang keruntuhan moral. Huraian: Memperlihatkan kebanyakan orang asing ramai yang kurang/tidak bermoral kerana terlalu bebas dalam semua hal seperti melalui percakapan, pergaulan, pakaian dan layanan sehinggakan golongan tua merasa tidak senang hati terutama para ibu melihat tingkah-laku mereka yang keterlaluan. Orang kita: patuh orang tua hormat ketua sosial amalan bangsa bangsa terhormat nilai murni budaya bangsa. Pada R3 penyajak juga menyatakan bahawa orang Melayu mematuhi orang tua / pemimpin mereka. Sifat ini menjadi amalan dalam hidup bermasyarakat dab berbudaya iaitu dengan menerapkan nilai-nilai murni bangsa serta agama dalam kehidupan seharian. Persoalan R3 tentang tatsusila bangsa Melayu. Huraian: Memperlihatkan tentang orang Melayu mematuhi orang tua / pemimpin mereka. Sifat ini menjadi amalan dalam hidup bermasyarakat dab berbudaya iaitu dengan menerapkan nilainilai murni bangsa serta agama dalam kehidupan seharian. orang asing: mereka bilang boleh saja usik-mengusik alpa segalanya mungkin betul budaya tak sama kebiasaan yang terbiasa biasa jadi boleh. Pada R4 penyajak mengatakan bahawa orang asing begitu berbeza sifat dan budayanya dengan orang Melayu. Penyajak bimbang kerana kadang-kadang budaya luar ini menjadi ikutan sehingga meminggirkan budaya orang Melayu Persoalan R4 tentang keruntuhan moral. Huraian: Memperlihatkan bahawa orang asing begitu berbeza sifat dan budayanya dengan orang


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 46 itu sendiri. Melayu. Penyajak bimbang kerana kadang-kadang budaya luar ini menjadi ikutan sehingga meminggirkan budaya orang Melayu itu sendiri. Mana orang kita? zuriat Puteri Gunung Ledang rebutan pemuda terbilang kini pupus dan ketandusan bikin orang asing tawa ghairah terbang di awan biru monopoli segalanya. Kuala Lumpur -Adi Dharma Julai 1996 Pada R5 Penyajak menjelaskan bahawa sifat orang Melayu khususnya wanita yang terkenal dengan ciri-ciri murni budaya Melayu yang penuh kelembutan kini semakin hilang atau pupus disebabkan pertembungan budaya Timur dan Barat. Mereka kebanyakannya jelas terikut-ikut budaya luar sehingga melupakan budaya sendiri. Keadaan ini menyebabkan orang asing tersenyum lebar dan ketawa sinis melihat perbuatan orang Melayu yang telah berjaya mereka pengaruhi itu. Persoalan R5 tentang keruntuhan moral. Huraian: Orang Melayu khususnya perempuan yang terkenal dengan ciri-ciri murni dan kelembutan itu semakin hilang atau pupus disebabkan pertembungan budaya Timur dan Barat. Mereka kebanyakannya jelas terikut-ikut budaya luar sehingga melupakan budaya sendiri. Keadaan ini menyebabkan orang asing tersenyum lebar dan ketawa sinis melihat perbuatan orang Melayu yang telah berjaya mereka pengaruhi itu. TEMA Keruntuhan moral bangsa Melayu. Huraian: Keruntuhan moral khususnya bangsa Melayu yang kini kebanyakannya hilang identiti kemelayuan mereka yang terkenal dengan tatasusila adap sopan kerana banyak terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya Barat sehingga mencemarkan budaya sendiri. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita mestilah berusaha mengangkat dan mempertahankan budaya kita yang bernilai agar tidak pupus ditelan pengaruh budaya asing. Kita janganlah mudah terikut-ikut dengan budaya asing sehingga kita lupa dan mengabaikan budaya sendiri. Kita hendaklah mengamalkan nilai-niali murni yang terpuji bangsa Melayu dari terus hilang dan dipengaruh budaya asing. Kita hendaklah patuh kepada kedua ibu bapa dan ketua kerana ia adalah antara sifatsifat mulia dan terpuji bangsa Melayu. NILAI Nilai berakhlak mulia. Huraian: Orang Melayu terkenal dengan akhlak mulia berbudi bahasa, pemalu, menghormati ibu bapa juga ketua dan bersikap bermasyarakat dalam kehidupan sosial. Nilai menjaga batasan. Huraian:


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 47 Orang Melayu bersikap tegas, tidak mudah menerima sesuatu, tidak menunjuk-menunjuk, menonjolkan apa keistimewaan yang ada pada diri mereka dan menjaga perbatasan pakaian juga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Nilai Menjaga / mempertahankan maruah bangsa Melayu Huraian: Orang Melayu perlu mempunyai kesedaran dan mempertahankan maruah/martabat juga nilai-nilai murni orang melayu agar tidak dipandang mudah mengikut budaya orang asing serta berusaha mengekalkannya agar nilai orang melayu itu tidak hilang disebabkan zaman moden yang banyak godaan dan penindasan. NADA Kecewa dan hampa. Huraian: Memaparkan rasa kecewa bahawa orang melayu pada masa ini semakin berkurangan menerapkan nilai-nilai murni orang melayu dan penyajak begitu hampa kebanyakannya telah terpengaruh dengan budaya orang barat. Sinis. Huraian: Menggambarkan orang melayu sekarang telah dikuasai pemikiran mereka dalam zaman moden ini oleh orang asing yang mana orang melayu banyak terikut-terikut dengan sikap, cara pergaulan dan pakaian. CORAK Satira. Huraian: Mengandungi sindiran tajam terhadap orang Melayu yang terlalu bersifat malu, sombong dan emosional walau bagaimanapun telah mudah terpengaruh akhirnya oleh budaya asing. Sajak ini juga menyindir orang asing yang pergaulannya terlalu bebas dan sukahati membuat tindakan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Epigram. Huraian: Memberi pengajaran agar orang melayu mengekalkan nilai-nilai peribadi bangsa melayu dan jangan biarkan orang barat berjaya menguasai pemikiran dan meruntuhkan budaya bangsa melayu. ALIRAN Realisme. Huraian: Memperlihatkan kebenaran atau kenyataan bagaimana masyarakat kita semakin mudah menerima kebudayaan asing malah ada yang membuang nilai-nilai kemelayuan. Idealisme Huraian: Memperlihatkan sikap penulis yang memandang bangsa Melayu yang mempunyai tinggi nilainya seperti patuh kepada orang tua, berbudi bahasa dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing kerana mereka mempunyai sikap pemalu dan juga menjaga pergaulan mereka.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 48 GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B2 = terlalu malu kerana pemalu (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B6 = bikin pak tua giling kepala (konsonan k) 3) Repitasi Perkataan (pengulangan perkataan / bebrapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap), contoh: Perkataan orang kita berulang sebanyak 4 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B3 = tidak peraga demi harga diri R1:B4 = tidak boleh sentuk-sentuhan R1:B5 = tidak boleh tonjol-tonjolan 5) Kata Singkatan / Sinkop (Perkataan yang dipendekkan atau disingkatkan), contoh: R4:B5 = budaya tak sama (tidak) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 5 rangkap Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 5 baris (Quint), R2 mempunyai 7 baris (Septaim), R3 mempunyai 6 baris (Sekstet), R4 mempunyai 7 baris (Septaim) dan R5 mempunyai 7 baris (Septaim). Rima akhir. Rima akhir R1 ialah a/b/c/d/d, R2 ialah a/b/c/a/b/d/d, R3 ialah a/a/a/a/b/a. R4 ialah a/b/b/c/b/b/d dan R5 ialah a/b/b/c/d/e/a. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B1 = orang kita (4 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B3 = tidak peraga diri demi harga diri (13 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek R1:B1 = orang kita (6 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B3 = tidak peraga diri demi harga diri (6 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Orang kita dikenali sebagai orang yang terlalu pemalu kerana memang bersikap pemalu, tidak memperagakan diri demi menjaga harga diri, juga tidak boleh bersentuh-sentuhan yang bukan muhrim dan tidak boleh bersikap menonjol-nonjolkan sesuatu yang ada pada diri. Orang asing pula menunjukkan perilaku yang melulu, merekamemperagakan diri sambil mengulum senyum malah rambutnyayang mengintai di sebalik tudung itu berani melayan mesra sehingga menusuk kalbu yang membikin pak tua mengelengkan kepala dan mak tua pula memburu rasa.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 49 Orang kita ialah orangnya yang patuh kepada orang tua dan hormat kepada ketua, mengamalkan sosial bangsa yang menjadi bangsa melayu yang terhormat menunjukkan nilai-nilai murni budaya bangsa kita. Orang asing pula menunjukkan mereka boleh bilang apa saja dan usik-mengusik sehingga alpa segalanya. Mungkin juga betul budaya tidak sama tetapi kebiasaan yang terbiasa menyebabkan sesuatu yang sudah terbiasa menjadi sesuatu yang diperbolehkan. Manakah orang kita sekarang? Dulu, zuriat Puteri Gunung Ledang telah menjadi rebutan pemuda terbilang. Kini, ianya sudah pupus dan ketandusan yang membikin orang asing ketawa dengan ghairahnya lalu terbang di awan biru memonopoli segalanya. MAKSUD RANGKAI KATA 1) tidak peraga diri demi harga diri (R1:B3) Maksud : berpakian sopan / menutup aurat sesuai dengan budaya dan tuntutan ugama. 2) rambut mengintai di sebalik tudung (R2:B4) Maksud : di sebalik percubaan untuk mengambil hati orang Melayu, orang asing masih juga dengan agenda / maksud tersembunyi. 3) sosial amalan bangsa (R3:B4) Maksud : Bangsa melayu mengamalkan ciri-ciri murni dalam kehidupan mereka. 4) bikin orang asing tawa ghairah (R5:B5) Maksud : orang asing berasa bangga kerana berjaya mempengaruhi orang Melayu.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 50 NO: 12 SAJAK: ‘SULUNG’ TEKS SAJAK: ‘SULUNG’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Anakku, kesulunganmu buatku melamun kau jadi apa? milik siapa? semoga tidak apa-apa. Pada R1 penyajak memperlihatkan kerisauannya memikirkan tentang keadaan dan masa depan anaknya yang sulung. Persoalan R1 ialah tentang doa dan harapan. Huraian: Si ayah mengharapkan kebaikan sentiasa menyelubungi anaknya yang sulung kerana harapannya terletak pada anaknya itu. Antara barat dan timur kucanangkan hala ke timur dengan kudrat dan iradat dengan akal dan tawakal restu ilahi agar pilihanku tepat dan benar. Pada R2 penyajak menyatakan sekiranya diberi pilihan antara aliran barat atau timur, si ayah akan menghalakan anaknya agar membesar dengan pendidikan dan budaya ketimuran. Si ayah berdoa agar pilihannya dan usahanya membesarkan anaknya itu mendapat keredhaan dari Allah swt. Persoalan R2 adalah tentang keyakinan diri dan pendidikan. Huraian: Memperlihatkan tentang keyakinan si ayah dalam membuat pilihan untuk menghantar anak belajar di Timur sahaja. Kesulunganmu jadi pemimpin adik-adikmu yang kehausan ilmu dengan aliran baratnya kautetap berdiri dengan aliranmu ketimuran yang tulen. Pada R3 penyajak menyatakan si ayah begitu berharap agar anaknya yang sulung dapat membimbing adikadiknya yang telah dipengaruhi pendidikan Barat. Penyajak amat berharap anak sulungnya yang berpendidikan Timur (Islam) tidak akan terpengaruh dengan budaya dan pendidikan Barat malah akan terus mempertahankan ciri-ciri ketimuran dan Islam. Persoalan pada R3 ialah tentang harapan. Huraian: Si ayah amat mengharapkan anaknya yang sulung dapat memberi panduan dan bimbingan kepada adik beradiknya yang lain. Ianya juga memperlihatkan betapa penyajak begitu mengharapkan agar anakanaknya tidak akan terpengaruh dengan budaya barat. Tapi hatimu dan hati adik-adikmu gaya dan sikapmu juga adik-adikmu pasti, ketimuran yang berintikan Islam yang agung. Anggerik Desa -Adi Dharma Januari 1990 Pada R4 penyajak menunjukkan si ayah seolah-olah meluahkan rasa yakin bahawa tingkah laku dan ciriciri ketimuran anak sulungnya berserta adik-adiknya yang lain pasti tidak akan hilang begitu sahaja disebabkan pengaruh Barat kerana ciri-ciri ketimuran yang disemai pada anak-anaknya tersebut berteraskan dan bertunjangkan agama Islam yang maha suci dan agung. Persoalan pada R4 ialah tentang keyakinan. Huraian: Si ayah penuh yakin dan percaya bahawa anak-anaknya walau pun mereka semua ada perbezaan, mereka tetap berjiwa ketimuran dan Islam.


Click to View FlipBook Version