The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CG SUZILAH HMO, 2024-06-24 07:57:35

KAJIAN LENGKAP ANTOLOGI SAJAK CERMIN DIRI SBC 2018

KAJIAN LENGKAP SAJAK CERMIN DIRI _ 2018

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 251 keluarganya juga dan masyarakatnya. TEMA Pengorbanan demi untuk mencapai cita-cita. Huraian: Pengorbanan penyajak untuk menuntut ilmu di manara gading yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak, ahli keluarga, sanak saudara serta kampung halaman. Tetapi demi untuk mencapai hasrat murni tersebut penyajak dengan rela hati sanggup berkorban segalanya. Semuanya ini dilakukannya untuk membantu dan membahagiakan keluarga di samping untuk menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada masyarakat dan negaranya. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga mencapai kejayaan cemerlang. Kita hendaklah sangup berkorban dalam apa jua bidang yang kita ceburi kerana pengorbanan merupakan salah satu aset penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Kita mestilah mempunyai semangat yang tinggi dalam usaha mencapai sesuatu itu jangan mudah berputus asa walau menempuh berbagai-bagai cabaran dan rintangan. NILAI Nilai pengorbanan. Huraian: Untuk mencapai kejayaan dan impian itu adakalanya memerlukan seseorang itu melakukan banyak pengorbanan. Nilai kegigihan. Huraian: Sifat gigih dan tekun perlu ada khususnya bagi sesiapa yang mahukan impiannya menjadi kenyataan. Nilai berusaha bersungguh-sungguh. Huraian: Kejayaan tidak datang bergolek begitu sahaja ianya memerlukan seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan dan impiannya. NADA Sedih. Hurian: Rasa kesedihan kerana meninggalkan dan berjauhan dengan kaum keluarga serta kampung halaman. Baginya, tidak ada gunanya dia menetap dan berada di tempat tinggalnya yang kaya dengan fenomena alam dan keindahan jika segala hasratnya untuk memperolehi kejayaan, ilmu pengetahuan dan masa depan yang cerah tidak dapat diperolehi / dikecapi. Semangat dan harapan. Huraian: Semangat dan harapan dapat dilihat melalui usaha penyajak yang begitu bersemangat dalam menuntu ilmu walau terpaksa berpisah dengan keluarganya dengan harapan akan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 252 dapat mencapai kejayaan cemerlang untuk dirinya, keluarga serta bangsanya apabila ia tamat pengajiannya nanti. CORAK Elegi. Huraian: Kesedihan kerana terpaksa berjauhan dan meninggalkan keluarga serta kampung halaman semata-mata mahu mengejar cita-cita belajar di manara gading. Epigram. Huraian: Nasihat kepada kita agar sentiasa berusaha untuk menuntut ilmu dan mengejar cita-cita hingga ke peringkat yang lebih tinggi walaupun terpaksa meninggalkan keluarga iaitu anak-anak. Semuanya ini perlu dilakukan untuk kejayaan diri sendiri, keluarga dan dapat pula menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada masyarakat dan negara. ALIRAN Realisme. Huraian: Kisah nyata tentang pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh seseorang untuk mencapai cita-cita dan kejayaan dalam hidup. Semuanya ini dilakukan untuk mengejar cita-cita dan kejayan diri disamping dapat menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada masyarakat dan negara. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B1 = Pagi dan mentari (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3:B6 = sepoi bayu yang menyapanya (konsonan y) 3) Personifasi (unsur pengorangan / kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R2:B3 = darah yang pilu (darah mempunyai sifat manusia – pilu) 4) Hiperbola (Pemakaian bahasa, kiasan, ungkapan atau kata secara berlebih-lebihan dan tidak logik), contoh: R2:B3 = darah yang pilu 5) Kata Asing (penggunaan perkataan yang dipinjam dari bahasa asing bukan dari bahasa Melayu standard), contoh: R3:B1 = ia kembara dan mampir (bahasa Indonesia) BENTUK Jumlah rangkap Sajak secara keseluruhannya mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mengandungi 3 baris (terzina), R2 dan R4 mengandungi 8 baris (oktaf), R3 mengandungi 7 baris (septaim). Rima akhir R1 ialah a/b/c, R2 ialah a/b/c/d/d/d/e/a (a/b/c/d/d/d/e/f), R3 ialah a/b/c/d/e/a/d, dan R4 ialah a/b/c/d/d/e/b/b.


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 253 Jumlah suku kata Sukukata pendek ialah R2:B2 = se/gum/pal (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B6 = se/poi/ba/yu/yang/me/nya/pa/nya (9 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R2:B2 = segumpal (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B6 = di sebuah kota menara gading (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Waktu pagi matahari memancarkan cahayanya yang lembut di jendela itu. Seekor burung bagaikan segumpal darah yang pilu berdegup kerana kehilangan anaknya dan rindunya pada cinta seorang insan di sebuah kota menara gading. Kini, tidak ada makna lagi bagi gunung dan lembah hijau, langit biru, kali indah dan sepoi bayu yang menyapanya di danau kehijauan itu. Dia kembara dan mampir dengan membawa rindu yang rela di tepi jendela. Kerana cinta seorang insan dia menyiulkan sebuah lagu damai dari dunianya untuk semua manusia MAKSUD RANGKAI KATA 1) lembut cahaya (R1:B2) maksud: suasana tenang dan aman damai 2) di sebuah kota menara gading (R2:B8) Maksud: Universiti 3) sebuah lagu damai (R3:B6) maksud: rasa kegembiraan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 254 NO : 61 SAJAK : ‘DI DUNIA SENDIRI’ TEKS SAJAK: ‘DI DUNIA SENDIRI’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Di Dunia sendiri Aku ingin bertenang Melihat ruang Menembus alam Di sana ada Laut ketenangan Pada R1 penyajak menginginkan sebuah dunia yang di dalamnya kehidupan yang penuh dengan ketenangan tidak ada sebarang perbalahan dan persengketaan. Persoalan R1 tentang impian ketenangan Huraian: Impian ingin hidup di dunia yang penuh ketenangan. Di dunia sendiri Aku ingin melihat wajah Bagai bunga di pagi Bagai laut tenang Bagai dunia damai Bagai senyum seorang bayi Pada R2 penyajak mengimpikan untuk melihat wujudnya kesegaran, keindahan, ketenangan, kedamaian dan hubungan yang penuh kejujuran dan keikhlasan tanpa sebarang persengketaan. Persoalan R2 tentang impian menikmati keindahan alam Huraian: Keinginan hidup dalam dunia yang penuh kedamaian jauh dari sebarang masalah. Di dunia sendiri Aku ingin bernafas rindu Pada seni Pada puisi indah Pada suara biola di malam sepi Pada sepoi bayu di daunan Pada R3 penyajak melahirkan impiannya untuk menikmati ketenangan umpama dia menikmati hasil seni yang penuh makna, memberi ketenangan dan mendamaikan jiwanya Ppersoalan R3 tentang impian menikmati keindahan seni Huraian: Mahukan suatu kehidupan yang penuh ketenangan dan kedamaian umpama indahnya karya seni. Di dunia sendiri Aku ingin melihat wajah Sebuah danau Tanpa bayu Tanpa riak Hanya wajah bulan Tersepit di biduk danau Pada R4 penyajak berkeinginan untuk melihat ketenangan dan keindahan sebuah dunia tanpa pencemaran dan sebarang gangguan. Persoalan R4 tentang impian menikmati keindahan alam Huraian: Impian hidup penuh ketenangan menikmati suasana aman damai dan keindahan alam. Di dunia sendiri Kuingin dengar Nyanyian burung Dan bisik embun Mencumbu bumi Yusof M.D. Kedamaian, kegembiraan adalah impian penyajak. Penyajak mahu melihat sebuah kehidupan yang penuh dengan kegembiraan dan tiada wujudnya sebarang masalah. Persoalan R5 tentang impian menikmati keindahan alam. Huraian: Mengimpikan kegembiraan hidup aman damai jauh dari sebarang masalah. TEMA Impian untuk menikmati dunia yang penuh ketenangan kedamaian dalam kehidupan Huraian: penyajak mengimpikan wujudnya satu dunia yang ideal penuh ketenangan dan kedamaian, alam sekitar yang segar jauh dari pencemaran dan tidak pernah ada


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 255 sebarang masalah dan persengketaan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah berusaha sedaya upaya mencari ketenangan, kedamaian dan keharmonian yang sebenar dengan cara kita sendiri. Kita hendaklah berusaha dan berikhtiar menjaga keamanan, kedamaian, keindahan dan kemakmuran dunia agar kita dapat hidup dengan tenang selalu. Hubungan yang ikhlas dan jujur hendaklah sentiasa dipupuk dalam hati dan jiwa agar dapat mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham. kita hendaklah mensyukuri dan berusaha mengekalkan ketenangan, kedamaian dan keharmonian hidup agar tidak wujud sebarang masalah dan persengketaan. Suasana tenang dan aman damai serta keharmonian hidup perlulah diwujudkan untuk setiap masyarakat itu rasa tenang, selesa dan dapat membangunan serta memajukan negara. NILAI Nilai kesedaran Huraian: Kesedaran manusia sejagat amat diperlukan bagi menjaga dan mengekalkan keindahan dan keharmonian alam sekitar. Nilai keikhlasan dan kejujuran Huraian: Keikhlasan dan kejujuran itu penting agar tidak berlakunya sebarang masalah atau persengketaan Nilai bersatu padu Huraian: Manusia perlu bersatupadu untuk mewujudkan negara yang aman damai dan rakyatnya hidup harmoni serta dapat membina negara yang maju. NADA semangat dan harapan Huraian: Penyajak penuh semangat mengharap akan wujud satu dunia aman damai, tenang mempunyai alam sekitar yang segar, bebas dari sebarang masalah dan persengketaan yang membolehkan manusia di dalamnya hidup dalam ketenangan dan harmoni. CORAK Elegi Huraian: Terdapatnya unsur kesedihan penyajak kerana terjadinya kehancuran di dunia. Oleh itu, penyajak melahirkan impian melalui sajak ini dengan mengambarkan dunia impiannya yang penuh pennduduknya hidup dengan tenang, harmoni, bersatu hati dengan tidak ada sebarang masalah dan persengketaan. ALIRAN Simbolisme Huraian: Kerana terlalu sedih melihat dunia sekarang yang terlalu banyak masalah dan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 256 persengketaan, penyajak dengan penuh simbolik mengimpikan satu dunia yang ideal penuh ketenangan dan kedamaian hidup jauh dari sebarang permasalahan. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B1 = Di dunia sendiri 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B2 = aku ingin bertenang 3) Simili (perbandingan langsung menggunakan tamsil / kiasan yang menggunakan penanda), contoh: R2:B3 = bagai bunga di pagi 4) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R4:B4 = tanpa bayu R4:B5 = tanpa riak 5) Repitasi perkataan pengulangan perkataan / beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak) Pengulangan perkataan di dunia sendiri sebanyak 5 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Di Dunia Sendiri’ mempunyai lima rangkap kesemuanya. Jumlah baris dan nama R1, R2 dan R3 mempunyai enam baris (sekstet). R4 mempunyai tujuh baris (septaim) dan R5 mempunyai lima baris (quint). Rima akhir R1 ialah a/b/b/c/d/e. R2 ialah a/b/a/c/a/a. R3 ialah a/b/a/c/a/d. R4 ialah a/b/c/c/d/e/c dan R5 ialah a/b/c/d/a. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R4:B4 = tanpa bayu (4 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B5 = pada suara biola di malam sepi (11 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R4:B4 = tanpa bayu (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B5 = pada suara biola di malam sepi (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati juga bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun dan syair. PROSA Di Dunia sendiri aku ingin bertenang dengan melihat ruang menembus alam. Ternyata di sana ada laut ketenangan. Aku ingin melihat wajah bagai bunga di pagi, laut tenang, dunia damai umpama senyum seorang bayi.Aku ingin bernafas rindu pada seni, puisi indah, suara biola di malam sepi dan sepoi bayu di daunan Di dunia sendiri aku ingin melihat wajah sebuah danau tanpa bayu dan riak. Hanya wajah


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 257 bulan tersepit di biduk danau. Aku ingin mendengar nyanyian burung dan bisik embun mencumbu bumi. Aku ingin bertenang dengan melihat ruang yang menembus alam dan melihat di sana yang ada laut ketenangan. Di dunia sendiri aku juga ingin melihat wajah yang bagai bunga di pagi hari, bagai laut yang tenang, bagai dunia yang damai dan bagai senyuman seorang bayi. Selain itu, di dunia sendiri, aku juga ingin bernafas rindu pada seni, pada puisi yang indah, pada suara biola di malam sepi dan pada sepoi bayu di daunan. Di dunia sendiri aku ingin melihat wajah sebuah danau tanpa bayu, tanpa riak tetapi hanya dengan wajah bulan tersepit di biduk danau. Di dunia sendiri, aku ingin mendengar nyanyian burung dan bisik embun yang mencumbu bumi. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Laut ketenangan (R1:B6) Maksud: suasana sentiasa aman damai 2) Bagai senyum seorang bayi (R2:B6) Maksud: membuat sesuatu penuh ikhlas dan jujur 3) Aku ingin bernafas rindu (R3:B2) Maksud: ingin menikmati sesuatu dengan penuh perasaan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 258 NO : 62 SAJAK : ‘ALAM ITU GURUKU’ TEKS SAJAK: ‘ALAM ITU GURUKU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Waktu itu aku di pinggir kali Dalam sebuah senja yang sepi Kulihat perhu-perahu kertas Perlahan-lahan mengikut arus Sekali-sekala dipagut-pagut dan Dikejar-kejar ikan seluang Dan beberapa ekor anak-anak ikan keratang Yang masih cinta bermain. Pada R1 penyajak menyatakan kehidupan ini penuh dengan kiasan dan perbandingan. Setiap makhluk yang hidup mempunyai alamnya sendiri. Mereka hidup dengan penuh kegembiraan di dalam alam masing-masing. Persoalan R1 tentang kelebihan dan keajaiban ciptaan Tuhan Huraian: bahawa setiap makhluk ciptaan Tuhan itu mempunyai alamnya dan kelebihan masing-masing. Di kali itu aku bermain Dalam melihat wajah Kulihat langit hijau Dan pulau awan belayar Diundang bayu perlahan. Pada R2 penyajak membandingkan dirinya dengan alam ciptaan Tuhan yang sentiasa berlalu mengikut pusingan sendiri dan saling memerlukan antara satu sama lain. Selain itu ia juga banyak memberi peringatan dan kesedaran kepada manusia. Persoalan R2 tentang kelebihan dan kebesaran Tuhan Huraian: yang telah menciptakan sesuatu itu dengan kelebihan masing-masing yang boleh memberi teladan dan peringatan kepada manusia. Kuping telingaku terasa sejuk Bagai dalam bilik hawa dingin Tetapi nyaman kerana ia gamitan alam semulajadi. Pada R3 penyajak menyatakan alam ini sebenarnya amat indah dan boleh memberikan keselesaan dan kebahagiaan jika benar-benar dipelihara dan tidak dibinasakan oleh tangan manusia sendiri. Persoalan R3 tentang kebesaran Tuhan Huraian: yang menciptakan alam ini yang banyak memberi keselesaan hidup penghuninya. Aku kagum Melihat betapa indahnya alam Guru kita Bila dirapati perlahan-lahan Dalam waktu tenang dan sepi Ia akan bermakna dan Hidup akan punya erti Bila kita berguru pada alam semulajadi. -Yusuf M.D. Jalan Dato’ Keramat Kuala Lumpur Pada R4 penyajak meluahkan perasaannya begitu mengkagumi dan menghargai segala ciptaan Tuhan di alam ini yang penuh memberi makna. Setiap kejadian ciptaan Tuhan mempunyai rahsia yang tersendiri. Ia amat bermanfaat dan segala-galanya boleh memberi pengajaran sama ada yang baik maupun yang buruk. Persoalan R4 tentang kebesaran Tuhan Huraian: Allah telah mencipta alam ini dengan penuh keindahan dan makna-makna yang tersirat di dalamnya. TEMA Kelebihan dan kebesaran setiap ciptaan Tuhan Huraian: Bertapa pentingnya alam sekitar ciptaan Tuhan yang memberi banyak makna serta kelebihan dalam kehidupan manusia. Selain itu juga, kebesaran Tuhan telah menciptakan


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 259 alam ini yang banyak memberikan ilmu, teladan dan peringatan kepada manusia. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah menjaga alam semula jadi dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan bersama. Kita hendaklah menghargai alam semula jadi ciptaan Tuhan kerana setiap ciptaanNya itu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk menjaganya. NILAI Nilai bersyukur Huraian: Mensyukuri setiap ciptaan Tuhan yang mempunyai kelebihan tertentu dalam kehidupan manusia. Nilai menjaga / mengekalkan sesuatu benda Huraian: Sesuatu benda yang memberi manfaat itu perlu dikekalkan dan dijaga dengan sebaikbaiknya. Nilai menghargai sesuatu benda. Huraian: Hargailah setiap ciptaan Allah itu kerana ia pasti mempunyi hikmah dan kelebihan yang tersembunyi. NADA Semangat dan harapan. Huraian: Penyajak penuh semangat menghayati kejadian alam yang dianggap sebagai guru kerana setiap kejadian itu mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri serta memperlihatkan harapan penyajak agar manusia menghargai alam ciptaan Tuhan. CORAK Epigram Huraian: Memberikan nasihat kepada para pembaca supaya sentiasa menghargai alam semulajadi kerana melalui alam, manusia boleh mempelajari sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan. Ode Huraian: Sanjungan penyajak terhadap alam semulajadi yang amat bermanfaat dan boleh memberi pengajaran serta peringatan kepada manusia. ALIRAN Realisme. Huraian: Menyatakan hakikat sebenar mengenai alam ciptaan Tuhan yang mempunyai hikmah tersendiri dan banyak memberi manfaat kepada kehidupan makhluk, terutama sekali manusia. Himne


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 260 Huraian: Menyanjung dan memuja kebesaran dan keindahan alam maya ciptaan Tuhan. Setiap apa yang diciptakan itu mempunyai keindahan, keajaiban dan kelebihan yang tersirat di dalamnya GAYA BAHASA 1) Asonansi (pengulangan huruf-huruf vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B2 = dalam sebuah senja yang sepi (vokal e) 2) Aliterasi (pengulangan huruf-huruf konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B8 = yang masih cinta bermain (konsonan n) 3) Kata ganda / gandaan (perkataan yanng diulang sebutan / perkataannya), contoh: R1:B4 = Perlahan-lahan mengikut arus 4) Disonansi (Perkataan yang menghasilkan bunyi tidak selaras), contoh: R1:B5 = sekali-sekala dipagut-pagut dan 5) Simili (perbandingan langsung menggunakan tamsil / kiasan yang menggunakan penanda), contoh: R3:B2 = bagai dalam bilik hawa dingin BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini keseluruhannya mengandungi 4 rangkap Jumlah rangkap dan nama R1 dan R4 mengandungi 8 baris (Oktaf), R2 mengandungi 5 baris (quint) dan R3 mengandungi 4 baris (quint). Rima akhir R1 ialah a/a/b/b/c/d/d/c, R2 ialah a/b/c/d/e, R3 ialah a/b/c dan R4 ialah a/a/b/c/d/e/d/d. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R4:B1 = a/ku/ ka/gum (4 sukukata) Sukukat panjang ialah R3:B2 = te/ta/pi/ nya/man/ ke/ra/na/ i/a/ ga/mi/tan/ al/am/ se/mu/la/ja/di/ (20 sukukata). Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R4:B1 = aku kagum (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B2 = tetapi nyaman kerana ia gamitan alam semula jadi (8 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Sewaktu aku berada di pinggir kali, dalam sebuah senja yang sepi, aku dapat melihat perahu-perahu kertas perlahan-lahan hanyut mengikut arus. Sekali-sekala ianya dipagutpagut dan dikejar-kejar oleh ikan seluang dan beberapa ekor anak ikan keratang yang asyik bermain-main. Di kali itu juga, aku bermain dan dapat melihat wajahku. Kulihat


Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 261 dilangit yang hijau dan pulau awan belayar diundang bayu yang perlahan. Kuping telingaku terasa sejuk bagai berada di dalam bilik berhawa dingin tetapi nyaman kerana ia gamitan alam semulajadi. Aku kagum melihat betapa indahnya alam, guru kita. Bila dirapati perlahan-lahan, dalam waktu tenang dan sepi ia akan bermakna dan hidup akan punya erti bila kita berguru pada alam semulajadi. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Yang masih cinta bermain (R1:B8) Maksud: berasa seronok dan gembira 2) Tetapi nyaman kerana ia gamitan alam semula jadi Maksud: berasa selesa dan segar menikmati keindahan alam semula jadi 3) Bila kita berguru pada alam semula jadi (R4:B8) Maksud: mempelajari sesuatu / iktibar tertentu yang berguna dari ciptaan Tuhan


Click to View FlipBook Version