Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 101 Jika tidak mahu hidup susah seperti kehidupan nelayan, kita haruslah berusaha / belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan kesenangan dalam kehidupan nanti. NILAI Nilai kerajinan. Huraian: Kehidupan memerlukan kita untuk rajin berusaha untuk mendapatkan apa yang dimahukan terutama dalam mencari rezeki. Nilai kesabaran dan ketabahan. Huraian: Kesabaran dan ketabahan adalah menjadi kekuatan bagi menempuhi cabaran kehidupan terutama dalam zaman yang canggih ini. Nilai berdikari. Huraian: Berdikari dalam melakukan sesuatu kerja tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain menunjukan kebolehan dalam melaksanakan apa sahaja perkerjaan. Nilai berusaha. Huraian: Allah telah memberikan rezeki yang halal daripada pelbagai segi dan manusia perlu berusaha untuk mendapatkannya. NADA Semangat dan harapan. Huraian: Mengharap agar manusia walaupun hidup penuh dengan dugaan, cabaran serta halangan namun haruslah dengan penuh semangat berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki serta mengubah keadaan hidup mereka kepada corak kehidupan yang lebih baik lagi. CORAK Epigram. Huraian: Mengandungi pengajaran, nasihat dan panduan moral untuk kehidupan manusia. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup, kita haruslah sabar dan tabah menghadapinya malah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki serta mengubah keadaan. ALIRAN Realisme. Huraian: Realiti kehidupan nelayan yang banyak menempuh cabaran dan dugaan dalam mencari rezeki di laut / sungai namun mereka berjiwa gigih dan cekal tidak pernah putus asa dalam mencari sumber rezeki. Selain itu beraliran Didaktisisme. Huraian: iaitu sebagai pengajaran kepada individu lain agar mencontohi sifat nelayan yang cekal,
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 102 gigih dan tabah berusaha walau menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan. GAYA BAHASA 1) Singkatan / sinkop (perkataan yang disingkatkan/ dipendekkan perkataannya), contoh: R2: B4= walau angin tak kelihatan (tidak) 2) Kata ganda / gandaan (pengulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R3:B3 = padahal ikan-ikanmu adalah rezekiku 3) Personifikasi (unsur pengorangan atau ata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R6: B 1 = Pangkalan R6: B2 = kau melamar aku jadi tamu (melamar perbuatan manusia) 4) Asonansi (pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam satu baris): R5:B3 = apabila kauciptakan keindahan panorama senja (vokal i) 5) Aliterasi (pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam satu baris): R1:B2 = airmu yang tertumpah melemaskan aku (kon m) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak mempunyai 6 rangkap. Jumlah baris dan nama. Pada R1, R4, R5 dan R6 sajak ini mempunyai 3 baris (Terzina). Manakala R2 dan R3 pula terdiri dari 5 baris (Quint). Rima akhir. R1 ialah a/b/b. R2 pula ialah a/a/b/c/a. R3 ialah a/b/c/d/e. R4 ialah a/b/c. R5 ialah a/b/c. R6 ialah a/b/c. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B1 = Arus (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R5:B3 = apabila kauciptakan keindahan panorama senja (18 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B1 = Arus (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B2 = mahu kukirimkan lelahku yang sarat muatan (6 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini adalah berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Arus, airmu yang tertumpah telah melemaskan aku padahal ikan-ikanmu adalah merupakan sumber rezekiku. Nipah, telah aku sangkutkan celanaku yang basah pada dahan tuamu walaupun angin tidak kelihatan tetapi sentuhannya telah mengeringkan kudisku yang masih belum sembuh. Pada perahu mahu kukirimkan lelahku yang sarat muatan padahal sering aku pesankan terima kasih, sewaktu tergelincir dari gunung ombak
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 103 yang menghantar aku tinggi sebentar. Tanjung, bentukku memaksa aku untuk sentiasa berjaga-jaga agar dapat aku amati perjalanan. Sebuah tebing, segalanya telah mengingatkan aku pada hari apabila kau menciptakan keindahan panorama senja. Sebuah pangkalan, kau telah melamar aku untuk menjadi tetamu tetapi tiba-tiba aku tidak jadi untuk singgah. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Airmu yang terrtumpah melemaskan aku (R1:B2) Maksud: Keadaan sungai yang tidak menentu menjadi cabaran bagi nelayan untuk mencari rezeki. 2) apabila kauciptakan keindahan panorama senja (R5:B3) Maksud: keindahan alam di waktu senja 3) bentukmu memaksa aku sentiasa terjaga (R4:B3) Maksud: Keadaan sungai sentiasa menuntut nelayan untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling sungai.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 104 NO : 25 SAJAK : ‘KISS OF FIRE’ TEKS SAJAK: ‘KISS OF FIRE’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Dalam rangkulan kabus Kuning Merah jambu Putih Kau telah dewasa Indah dan menawan Atas kehebatan namamu Kiss of fire Pada R1 penyajak menyatakan bahawa dalam keadaan tertentu dan persekitaran yang baik telah menjadikan seseorang itu menjadi terkenal dan berjaya dan merasakan dirinya hebat. Ini semua dibantu oleh faktor-faktor persekitaran yang baik, atas keupayaannya atau faktor keturunan individu itu sendiri. Persoalan R1 tentang kejayaan dan keyakinan diri. Huraian: Seorang individu itu berjaya disebabkan adanya unsur-unsur yang istimewa terdapat pada dirinya. Dia berusaha dengan gigih dan tekun untuk menggunakan segala kelebihan/keistimewaan yang ada pada dirinya untuk mengecapi kejayaan. Di sini Jangan kau mendabik dada Bila tanganku terluka Dalam genggamanmu Dan nafasku sesak Dalam wangi menggoda Pada R2 pula penyajak menekankan bahawa walaupun sudah menjadi terkenal dan berjaya dalam kehidupan, janganlah sekalikali bersifat meninggi diri atau bersifat angkuh kerana sifat itu boleh melukakan hati dan perasaan orang lain. Persoalan R2 tentang angkuh dan beringat-ingat. Huraian: Penyajak memberikan peringatan semasa seseorang itu berada pada zaman kegemilangan dan kemewahan janganlah bersikap menindas orang lain. Janganlah nanti sudah ditimpa sesuatu musibah atau mengalami zaman kejatuhan baharulah menyedari kesalahan diri. Saksikanlah bahawa aku takkan rebah dalam sentuhan lembutmu kerana tanganku yang berdarah masih mampu mengucapkan selamat tinggal demi aku hanya penghujung sementara Kebun Ros- Faridah Hamid Cameron Highland 15 Ogos 1988 Pada R3 penyajak menegaskan bahawa kejayaan, kekayaan dan kehebatan seseorang itu tidak akan dapat memperdaya dan mempengaruhi diri penyajak atau anggota masyarakat kerana pengalaman-pengalaman pahit masa lalu telah banyak mengajar mereka untuk menilai dan mempertimbangkan keadaan sebenar. Malah pengalaman juga menjadi guru untuk mereka sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap perkara yang akan dihadapi di masa hadapan. Persoalan R3 tentang sikap berwaspada. Huraian: Penyajak menegaskan bahawa dia dan anggota masyarakat yang lain tidak akan mudah terpengaruh dan terpedaya dengan kebaikan atau budi yang dihulurkan. TEMA Keangkuhan dan kewaspadaan. Huraian: Dalam sajak ini menegaskan bahawa manusia yang berjaya, terkenal dan berada dikedudukan yang baik itu biasanya akan bersikap sombong dan angkuh dan adakalanya pula menindas orang lain. Manakala golongan masyarakat yang kurang bernasib baik pula biasanya akan sentiasa bersikap waspada dan berhati-hati, terutamanya terhadap kebaikan dan budi yang dihulurkankerana pengalaman-pengalaman pahit yang lalu
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 105 banyak mengajar mereka agar sentiasa berhati-hati dalam apa jua keadaan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Walaupun kita sudah mencapai kejayaan gemilang, janganlah sekali-kali kita bersikap sombong kerana ia boleh melukakan perasaan dan hati orang lain. Setiap orang mestilah sentiasa berhati-hati atau berwaspada dengan setiap godaan atau cabaran yang datang, jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis yang diluahkan. Kita haruslah sentiasa beringat-ingat bahawa zaman kegemilangan yang kita alami tidak akan berpihak kepada kita selama-lamanya. Jadi kita haruslah mempergunakannya dengan sebaik-baiknya. Bila berada di zaman atau kegemilangan janganlah kita bersikap sesuka hati dan menindas golongan lain. NILAI Nilai hormat-menghormati. Huraian: Kehidupan ini memerlukan kita untuk saling hormat-menghormati sesama manusia tanpa mengira pangkat dan darjat. Nilai merendah diri. Huraian: Kejayaan dalam kehidupan memerlukan adanya sikap merendah diri agar tidak terjebak dengan sikap angkuh dan memandang rendah kepada orang lain. Nilai keprihatinan. Huraian: Keperihatinan untuk membantu dalam kesusahan orang lain akan dapat meringankan beban mereka yang berada dalam kesusahan. NADA Sinis dan semangat. Huraian: Sajak ini mengandungi sindiran tajam terhadap golongan yang bersikap angkuh dan ego apabila sudah mencapai kejayaan. Selain itu, sajak ini juga mempunyai nada penuh semangat, iaitu penyajak dengan penuh semangat mengecam gejala sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat khususnya golongan yang selalu melakukan penindasan. CORAK Epigram. Huraian: Sajak ini padat dengan kata-kata yang bernas yang ternyata dapat memberi nasihat, pengajaran dan didaktik moral dalam kehidupan manusia agar berwaspada selau dlam kehidupan yang penuh cabaran ini dan bila sudah berjaya beringat-ingatlah jangan sombong dan menindas orang lain. ALIRAN Didaktisisme. Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 106 Memperingatkan agar kita sentiasa berhati-hati atau berwaspada dengan setiap godaan atau cabaran yang datang, jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis yang diluahkan. Selain itu menyuruh kita beringat-ingat bahawa zaman kegemilangan yang kita alami tidak akan berpihak kepada kita selama-lamanya. Realisme Huraian: Sajak ini mengutarakan kisah yang benar-benar terjadi dalam realiti kehidupan masyarakat. Realitinya ramai orang yang berjaya berasa banggga dengan kejayaan yang dicapainya sehingga bersikap ego. GAYA BAHASA 1) Singkatan / sinkop (penggunaan perkataan / dipinjam dari asing selain bahasa Melayu), contoh: R3:B2 = Bahawa aku takkan rebah (tidak akan) 2) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B7 = atas kehebatan namamu (vokal a) 3) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3:B5 = masih mampu mengucapkan selamat tinggal (konsonan m) 4) Kata asing (penggunaan perkataan yang dipinjam dari bahasa asing selain bahasa Melayu), contoh: R1:B8 = kiss of fire (bahasa Inggeris) 5) Personifikasi (unsur pengorangan / kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R3:4 = kerana tanganku yang berdarah R3:5 = masih mampu mengucapkan selamat tinggal (mengucapkan selamat tingga adalah perbuatan manusia) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ‘Kiss of Fire’ keseluruhannya mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama. Pada R1 mempunyai 8 baris (Oktaf). R2 pula mempunyai 6 baris (Sekstet). Manakala R3 pula mempunyai 7 baris (Septaim). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/d/e/f/c/g. R2 ialah a/b/b/c/d/b. R3 ialah a/a/b/a/c/b/e. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B2 = kuning (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B5 = masih mampu mengucapkan selamat tinggal (13 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B2 = kuning (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B5 = masih mampu mengucapkan selamat tinggal (5 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini adalah berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 107 sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Dalam rangkulan kabus yang berwarna kuning , merah jambu dan putih, kau telah menjadi dewasa dengan indah dan menawan di atas kehebatan namamu iaitu kiss of fire. Di sini, janganlah kau mendabik dada mu apabila tanganku terluka di dalam gengggamanmu dan nafasku menjadi sesak di dalam wangian mu yang menggoda. Saksikanlah bahawa aku tidak akan sesekali rebah di dalam sentuhan lembutmu kerana tanganku yang berdarah ini masih lagi mampu untuk mengucapkan selamat tinggal. Demi aku yang hanya menjadi pengunjung sementara. MAKSUD RANGKAI KATA 1) jangan kau mendabik dada (R2:B1) Maksud: Jangan menjadi angkuh dan meninggi diri dalam kehidupan. 2) bahawa aku takkan rebah (R3:B2) Maksud: Tidak akan sesekali terpedaya dengan tipu daya yang diberikan. 3) dalam sentuhan lembutmu (R3:B3) Maksud: segala pujuk rayu yang diungkapkan oleh mu.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 108 NO : 26 SAJAK : ‘SEMUDAH ITU MEREKA DILUPAKAN’ TEKS SAJAK: ‘ SEMUDAH ITU MEREKA DILUPAKAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Dunia semakin angkuh dan sombong pada unggas di taman terbiar bila seorang ibu tabah kulihat menggendong anak berjaja di pasar serpihan seorang datuk teguh pendirian mengais timbunan sisa makanan ditepi longkang hanyir Pada R1 penyajak menyatakan bahawa kehidupan sekarang banyak mementingkan diri sendiri dan mengabaikan orang lain. Hanya orang-orang yang tabah sahaja sanggup menghadapi kehidupan ini. Selain itu, digambarkan bahawa orang-orang yang mahu berjuang dan tidak malu menerokai berbagai-bagai bidang perniagaan dan apa sahaja mata pencarian demi untuk menyara kehidupan. Persoalan pada R1 ialah tentang keruntuhan akhlak. Huraian: Dalam kehidupan sekarang ini banyak mementingkan diri sendiri dan mengabaikan orang lain. Hanya orang-orang yang tabah dan gigih berusaha sahaja sanggup menghadapi cabaran kehidupan masa kini. Di sana, dunia berpesta muda-mudi memakai fesyen terbaru dengan wangian dari Paris kulihat mereka mencebik bibir dan melontar simpati tanpa menyapa ibu dan datuk sendiri Pada R3 pula penyajak menegaskan bahawa dalam kehidupan ini , perjuangan orang tua-tua seakan-akan dilupakan oleh golongan muda. Mereka terlalu mengejar kebendaan dan berseronok dengan berbagai-bagai keindahan pakaian dan wangian yang mahal harganya. Di samping itu, tingkahlaku mereka terhadap orang tua juga amat menyedihkan kerana mereka kurang bersimpati terhadap golongan tua sehinggakan ibu bapa, nenek dan datuk mereka tidak dihiraukan sama sekali. Persoalan R2 juga memperlihatkan tentang keruntuhan akhlak muda-mudi. Huraian: Mereka seakan-akan melupakan perjuangan orang tua-tua dan yang menyedihkan lagi mengabaikan ibu bapa, nenek dan datuk mereka tidak dihiraukan sama sekali Selain itu, golongan muda-mudi terlalu mengejar kebendaan dan sering berseronok kemewahan dunia. Begitu mudah mereka berangkat dan melupakan - Faridah Hamid Universiti Malaya 1989 Pada R3 penyajak menyatakan bahawa golongan muda dengan begitu mudah meninggalkan/ melupakan/mengabaikan nasihat orang tua serta adat resam budaya mereka. Persoalan R3 juga masih tentang keruntuhan akhlak muda-mudi. Huraian: Golongan muda-mudi dengan begitu mudah meninggalkan/ melupakan / mengabaikan nasihat orang tua serta adat resam budaya mereka. TEMA Keruntuhan akhlak muda-mudi. Huraian: Golongan muda-mudi pada zaman sekarang terlalu mementingkan kebendaan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 109 (meterialistik) sahaja sehinggakan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap orang tua. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Dalam kehidupan ini kita hendaklah tabah dan jangan mudah berputus asa dalam menghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan yang mendatang. Golongan muda-mudi sekarang janganlah bersikap terlalu mementingkan diri sendiri dan mengejar keseronokan/ kemewahan dunia semata-mata. Kita hendaklah menghormati orang tua dan jangan melupakan jasa-jasa mereka. NILAI Nilai ketabahan. Huraian: ketabahan dalam diri seseorang adalah sangat diperlukan dalam menjalani pelbagai cabaran hidup. Nilai gigih berusaha. Huraian: Berusaha dalam mencari rezeki yang halal tanpa ada rasa malu walaupun kerja yang dijalankan itu tidaklah sehebat perkerjaan yang lain. Nilai mengenang jasa. Huraian: Kepentingan untuk mengenang jasa kedua ibu bapa kerana tanpa mereka kita tidak mungkin akan mampu untuk berjaya dalam kehidupan. NADA Sedih, kecewa dan simpati. Huraian: Khususnya rasa sedih dan kecewa terhadap sikap dan perangai golongan muda-mudi yang mengabaikan golongan tua dan bersimpati terhadap mereka yang sepatutnya dibantu dan dihormati. CORAK Epigram. Huraian: Kerana ia secara tidak langsung mengajar anak-anak/golongan muda-mudi supaya jangan melupakan jasa orang tua / dan jangan terlalu mementingkan diri sendiri dengan hanya mengejar kebendaan semata-mata. . ALIRAN Realisme Huraian: Tidak dapat dinafikan bahawa muda-mudi sekarang kurang dan ada yang langsung tidak menghormati orang tua. Realitinya, semakin melupakan adat resam budaya kehidupan dan ajaran agama mereka. Didaktisisme. Huraian: Penyajak juga secara tidak langsung mahu mendidik dan memberi pengajaran agar golongan muda-mudi ini agar menghormati orang yang tua / orang yang lebih tua
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 110 daripada mereka GAYA BAHASA 1) Disonansi (perulangan kata yang menghasilkan bunyi yang tidak selaras), contoh: R2:B2 = muda-mudi memakai fesyen terbaru 2) Asonansi (perulangan vokal sebanyak 2 kali atau lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B1 = dunia semakin angkuh dan sombong (vokal a) 3) Aliterasi (perulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B7 = mengais timbunan sisa makanan (kon m) 4) Singkatan / sinkop (perkataan yang disingkatkan / dipendekkan), contoh: R1:B4 = kulihat menggendong anak (aku) 5) Kata asing (penggunaan perkataan yang dipinjam dari bahasa asing selain bahasa Melayu), contoh: R1:B4 = kulihat menggendong anak (bahasa Indonesia) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ‘Semudah Itu Mereka Dilupakan’ keseluruhannya mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 dan R2 terdiri dari 8 baris serangkap (oktaf). Manakala pada R3 terdiri dari 3 baris serangkap (terzina). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/d/e/e/e/b. R2 ialah a/b/c/a/d/a/d/e. R3 ialah a/b/b. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R3:B3 = melupakan (4 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B2 = muda-mudi memakai fesyen terbaru (12 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3:B3= melupakan (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B1= dunia semakin angkuh dan sombong (5 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Dunia semakin angkuh dan sombong pada unggas di taman terbiar,apabila aku melihat seorang ibu sedang tabah menggendong anak sambil berjaja di pasar serpihan dan seorang datuk kelihatan teguh pendirian mengais timbunan sisa makanan ditepi longkang yang berbau hanyir. Sebaliknya di sana, dunia sedang berpesta dan muda-mudi memakai fesyen terbaru dengan wangian dari Paris. Aku melihat mereka hanya mencebik bibir dan melontarkan rasa simpati tanpa menyapa ibu dan datuk mereka sendiri. Begitu mudah bagi mereka untuk berangkat dan melupakan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 111 MAKSUD RANGKAI KATA 1) Dunia semakin angkuh dan sombong (R1:B1) Maksud: Manusia semakin mementingkan diri sendiri dan tidak lagi mempedulikan orang susah. 2) Mengais timbunan sisa makanan (R1:B7) Maksud: Mendapatkan sisa makanan daripada himpunan sampah. 3) Muda-mudi memakai fesyen terbaru (R2:B2) Maksud: golongan muda terikut-ikut dengan fesyen terbaru daripada luar negara.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 112 NO : 27 SAJAK : ‘PEREMPUAN TUA DAN MERPATI PUTIH’ TEKS SAJAK: ‘PEREMPUAN TUA DAN MERPATI PUTIH” MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Dari jendela usang kulihat senja-senja kelmarin mencalitkan wajah seorang perempuan tua berbicara dalam diam menangis dalam dendam Pada R1 penyajak menyatakan bahawa dalam lipatan sejarah silam memperlihatkan harapan dan impian seseorang (perempuan tua) untuk mencapai kemerdekaan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa dan hasrat serta impian tersebut terpaksa diharungi dengan penuh kesengsaraan / kesedihan dan akhirnya dipendamkan begitu sahaja Persoalan pada R1 ialah tentang hasrat dan impian kemerdekaan. Huraian: Memperlihatkan harapan dan impian seseorang (perempuan tua) untuk mencapai kemerdekaan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa dan hasrat serta impian tersebut terpaksa diharungi dengan penuh kesengsaraan / kesedihan dan akhirnya impian itu dipendamkan begitu sahaja Senja-senja kelmarin yang mengharukan mulai didandan cahaya bulan memuluskan bibirnya yang kering; dan seekor merpati putih di tangannya mengibas-ngibas sayap pendek menyanyikan lagu-lagu merdeka Pada R2 penyajak menyatakan bahawa detik masa silam (semasa penjajahan) yang penuh mengharukan kini mula berubah memperlihatkan saat kegembiraan kerana usaha dari pihak tertentu untuk negara mendapat kemerdekaan mula menampakkan hasil. Digambarkan pemimpin dan seluruh rakyat tidak sabar-sabar menantikan saat-saat kegembiraan tersebut. Persoalan pada R2 ialah tentang kegembiraan dan kejayaan. Huraian: Memperlihatkan usaha dari pihak tertentu untuk negara mendapat kemerdekaan mula menampakkan hasil. Digambarkan pemimpin dan seluruh rakyat tidak sabar-sabar menantikan saat-saat kegembiraan tersebut. Dirgahayu dinihari dengan kalimah syahdu Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! terpahat di tiang sari; dan merpati putih pun menguakkan sayapnya berlegar di ruang angkasa. - Fatimah Asgar Pada R3 penyajak menegaskan bahawa dengan laungan ‘Allahu Akhbar’ sebanyak 3 kali oleh pemimpin negara maka terpahatlah dalam lipatan sejarah negara telah mencapai kemerdekaan. Saat pengisytiharan kemerdekaan tersebut disambut dengan penuh kegembiraan oleh pemimpin dan seluruh rakyat. Persoalan pada R3 adalah hasrat / impian kemerdekaan tercapai. Huraian: Dengan laungan ‘Allahu Akhbar’ sebanyak 3 kali oleh pemimpin negara maka terpahatlah dalam lipatan sejarah negara telah mencapai kemerdekaan. Saat pengisytiharan kemerdekaan tersebut disambut dengan penuh kegembiraan oleh pemimpin dan seluruh rakyat TEMA Hasrat dan impian kemerdekaan. Huraian: Negara telah berjaya mencapai kemerdekaan setelah lama berjuang untuk
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 113 mendapatkannya daripada kuasa asing dan pemimpin serta seluruh rakyat menyambut dengan kegembiraan dan kesyukuran. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kemerdekaan negara hendaklah dipertahankan oleh rakyat kerana untuk mendapatkan kemerdekaan itu bukanlah sesuatu yang senang dan memerlukan usaha serta kerja keras daripada semua pihak. Setiap rakyat perlulah ada semangat nasionalisme agar kita akan sentiasa ingat perjuangan para pejuang negara dalam mencapai kemerdekaan negara. Kita hendaklah mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah diperolehi. NILAI Nilai kesabaran dan ketabahan. Huraian: Kesabaran dan ketabahan para pejuang negara dalam menghadapi pelbagai dugaan semata-mata untuk mencapai kemerdekaan. Nilai kesyukuran. Huraian: Kemerdekaan adalah sesuatu yang perlu disyukuri oleh setiap rakyat kerana untuk memperjuangkan kemerdekaan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Nilai usaha. Huraian: Pelbagai usaha dan cara telah digunakan oleh pemimpin serta para pejuang negara untuk mencapai kemerdekaan. NADA Semangat dan harapan. Huraian: Memperlihatkan semangat dan harapan pemimpin serta seluruh rakyat untuk mencapai kemerdekaan negara sehingga mengalunkan lagu-lagu kemerdekaan. CORAK Epigram. Huraian: Mendidik masyarakat supaya berusaha dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara serta mempertahankannya. ALIRAN Realisme. Huraian: Kisah nyata bahawa kemerdekaan yang dicapai oleh negara adalah merupakan hasil daripada perjuangan orang-orang terdahulu. Mereka telah mengharungi pelbagai dugaan dan kesengsaraan ketika berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Oleh itu, generasi baru dididik supaya sentiasa bersemangat nasionalisme dan sentiasa mempertahakan kemerdekaan negara Didaktisisme. Huraian: Mendidik masyarakat supaya menghargai kemerdekaan negara serta rela dan sanggup
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 114 berkorban mempertahankannya. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1: B2 = Dari jendela usang (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1: B2 = kulihat senja-senja kelmarin (kon n) 3) Kata ganda / gandaan (pengulangan kata dasar / perkataan yang diulang sebutannya), contoh: R2:B1 = kulihat senja-senja kelmarin 4) Repitisi perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: R3:B3 = Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! 5) Personifikasi (unsur pengorangan atau kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R2: B3 : Mulai didandan cahaya bulan (dandan perbuatan untuk manusia) 6) Responsi (Pengulangan perkataan pada pertengahan baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B4 = berbicara dalam diam R1:B5 = menangis dalam dendam BENTUK Jumlah rangkap. Secara keseluruhannya sajak ‘Perempuan Tua dan Merpati Putih’ mempunyai 3 rangkap sahaja. Jumlah baris dan nama. R1 sajak ini mengandungi 5 baris (Quint). R2 pula mempunyai 7 baris ( Septaim) dan R3 pula mempunyai 6 baris (sekstet). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/d/d, R2 ialah a/b/b/c/d/e/f, R3 ialah a/b/c/a/d/e Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah (R2:B2 = yang mengharukan (6 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B3= mencalitkan wajah seorang perempuan tua (15 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3:B1 = Dirgahayu dinihari (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B5 = dan merpati putih pun menguakkan sayapnya (6 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Dari jendela yang usang, aku melihat senja-senja kelmarin mencalitkan wajah seorang perempuan tua sedang berbicara dalam diam dan menangis dalam dendam. Senja-senja kelmarin yang mengharukan mulai didandan dengan cahaya bulan dan memuluskan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 115 bibirnya yang kering;dan seekor merpati putih di tangannya mengibas-ngibas sayap pendek sambil menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan. Dirgahayu dinihari dengan kalimah syahdu Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! terpahat di tiang sari;dan merpati putih pun menguakkan sayapnya berlegar di ruang angkasa. MAKSUD RANGKAI KATA 1) berbicara dalam diam (R1:B4) Maksud: Hanya mampu berkata-kata dalam hati 2) senja-senja kelmarin (R2:B1) Maksud: Masa silam/ kenangan yang lalu. 3) Mulai didandan cahaya bulan (R2:B3) Maksud: memperlihatkan sinar harapan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 116 NO : 28 SAJAK : ‘BERGELIMPANGAN’ TEKS SAJAK: ‘BERGELIMPANGAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Bila senja menyapa ramailah mereka yang duduk-duduk berbaring di kerusi simen bergelimpangan di kaki lima kompleks membeli-belah tanpa ragu malu manusia yang lalu-lalang tiada di mata hatinya mereka kaku kelelahan siang tadi mencari sesuap rezeki saban hari yang gersang Pada R1 penyajak menggambarkan mereka yang hidup susah dan terbiar, penat dan lelah mencari sesuap rezeki di siang hari maka apabila hari menjelang malam mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh ramailah yang kelihatan dudukduduk, berbaring di kerusi simen dan bergelimpangan di kaki lima kompleks membeli belah. Disebabkan kemelaratan hidup, mereka tidak malu dan tidak lagi menghiraukan pandangan orang yang lalu lalang dan melintasi mereka. Persoalan R1 ialah tentang kemiskinan hidup. Huraian: Memaparkan tentang kehidupan golongan miskin yang mencari rezeki di kota. Mereka hidup merempat dan tidur dimerata tempat. Sang suria kian benderang manusia, kenderaan lalu-lalang tiada hiraukannya mereka masih dengkur selesa beralaskan kertas suratkhabar cuma betis yang telanjang, melidi sehelai sepinggang yang sudah usang perutnya kempis kutang bajunya entah di mana persis bangkai bernyawa Pada R2 pula menggambarkan apabila hari sudah menjelang siang, dan keadaan sekeliling sudah sibuk dengan manusia dan kenderaan lalu lalang namun mereka masih nyenyak tidur dengan selesa walaupun hanya beralaskan kertas suratkhabar. Keadaan mereka yang terbiar dan tidak terurus itu menyebabkan mereka dianggap seperti bangkai bernyawa. Persoalan pada R2 ialah tentang kemiskinan hidup. Huraian: Digambarkan mereka hidup tidak terurus dan tidak menghiraukan keadaan disekeliling mereka menyebakan mereka dianggap seperti bangkai bernyawa. kesangsian menerpa fikiran apakah mereka sebatang kara cuma di lembah marhaenisme ataukah mereka sengaja meconteng arang di wajah lembahnya. Firdaus H.N. Pulau Pinang 3 Jun 1998 Pada R3 penyajak memaparkan tentang perasaan tertanya-tanya dan rasa penuh kesangsian melihat keadaan mereka yang terbiar ini. Sama ada mereka ini tidak mempunyai saudara mara atau sengaja berserah begitu sahaja, tidak mau berusaha gigih merubah kehidupan mereka. Persoalan pada R3 ialah tentang kesangsian dan kesedihan. Huraian: Khususnya melihat mereka yang terbiar ini dengan rasa bercelaru sama ada mereka ini hidup sebatang kara atau pun sengaja berserah begitu sahaja tanpa mahu berusaha mengubah nasib. TEMA Kemiskinan hidup. Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 117 Memaparkan kemiskinan hidup golongan marhaen yang melarat, tidak terurus dan dianggap sebagai bangkai bernyawa. Kehidupan daif ini terbiar begitu sahaja tanpa mendapat bantuan dari pihak tertentu. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kemiskinan hidup bukanlah penghalang dan alasan untuk merubah kehidupan seseorang. Jika gigih berusaha dan bekerja keras pasti mencapai kejayaan. Orang-orang yang hidup susah dan bermasalah dalam kehidupan janganlah diabaikan begitu sahaja. Berilah pertolongan dan bantuan yang sewajarnya. Kejayaan dan kesenangan hidup tidak datang bergolek begitu sahaja. Setiap individu hendaklah janganlah mudah berputus asa mestilah cekal dan tabah menghadapi apa jua rintangan dan cabaran yang dihadapi NILAI Nilai tolong-menolong. Huraian: Keperluan untuk tolong-menolong sesama sendiri terutama bagi golongan yang kaya untuk membantu golongan yang hidup susah. Nilai prihatin. Huraian: Sikap keprihatinan masyarakat sangat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan susah. Nilai berusaha. Huraian: Kehidupan yang berjaya memerlukan kita untuk berusaha bagi mendapatkannya kerana semua itu tidak akan diperolehi secara percuma. NADA Sedih dan simpati. Huraian: Rasa sedih dan bersimpati melihat kehidupan mereka yang hidup miskin, melarat dan tidak terurus sehingga dianggap seperti bangkai bernyawa. CORAK Elegi. Huraian: Rasa sedih melihat mereka yang hidup susah da melarat serta tidak terurus. Rasa sedih juga mereka tidak diperdulikan atau diberi bantuan yang sepatutnya. ALIRAN Realisme. Huraian: Memperlihatkan realiti kehidupan manusia yang hidup susah, melarat dan serba kekurangan di dalam masyarakat yang memang berlaku di mana-mana. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1 : B1 = Bila senja menyapa (vokal a)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 118 2) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1 : B2 = ramailah mereka yang duduk-duduk (konsonan k) 3) Kata ganda / gandaan (pengulangan kata dasar / perkataan yang diulang sebutannya),contoh: R1 : B2 = ramailah mereka yang duduk-duduk 4) Disonansi (Perulangan perkataan yang menghasilkan bunyi yang tidak selaras), contoh: R2 : B2 = manusia, kenderaan lalu-lalang 5) Singkatan / sinkop (Perkataan yang disingkatkan / dipendekkan), contoh: R1 : B8 = tiada di mata hatinya (tidak ada) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ‘Bergelimpangan’ keseluruhannya mempunyai 3 rangkap sahaja. Jumlah baris dan nama. R1 mengandungi 11 baris (bebas), R2 mengandungi 10 baris (bebas) dan R3 mengandungi 7 baris (septaim). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/a/d/e/f/a/c/g/f. R2 ialah a/a/b/b/b/c/a/d/b/b dan R3 ialah a/b/b/c/b/d/b. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R3:B2 = perutnya kempis (5 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B12 = siang tadi mencari sesuap rezeki (13 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3: B2 = perutnya kempis (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1: B12 = siang tadi mencari sesuap rezeki (5 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Apabila senja menyapa maka ramailah diantara mereka yang duduk-duduk dan berbaring di kerusi simen bergelimpangan di kaki lima kompleks membeli-belah tanpa ada rasa ragu atau malu pada manusia yang lalu-lalang kerana tiada di mata hatinya. Mereka kaku kelelaha disebabkan siang tadi sibuk mencari sesuap rezeki walaupun diwaktu saban hari yang gersang. Sang suria kian terang benderang. Manusia dan kenderaan yang lalu-lalang tiada menghiraukannya walaupun mereka masih berdengkur selesa dengan beralaskan kertas suratkhabar. Cuma betis yang telanjang dan melidi dengan sehelai sepinggang yang sudah usangmemperlihatkan perutnya yang kempis. Kutang bajunya entah di mana persis seperti bangkai yang bernyawa. Kesangsian menerpa di fikiran apakah mereka itu cuma sebatang kara di lembah marhaenismeataukah mereka hanya sengaja meconteng arang di wajah lembahnya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 119 MAKSUD RANGKAI KATA 1) Saban hari yang gersang (R1:B13) Maksud : Keadaan cuaca yang panas sepanjang hari. 2) Sang suria kian benderang (R2:B1) Maksud : matahari sudah memancarkan cahaya dan menerangi alam. 3) Persis bangkai bernyawa (R1:B2) Maksud: keadaan kehidupan yang tidak menentu dan terurus.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 120 NO : 29 SAJAK : ‘URUSNIAGA BUMIPUTERA’ TEKS SAJAK: ‘URUSNIAGA BUMIPUTERA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Apa itu urus? Mana dia niaga? Apa erti bumi? Siapakah putera? Pada R1 penyajak mempersoalkan wujudkah peniaga dikalangan bumiputera yang berjaya dalam perniagaan mereka. Persoalan R1 tentang kegelisahan. Huraian: Penyajak mempersoalkan adakah wujud peniaga bumiputera yang berjaya dalam perniagaan mereka. Yang jelas ramai sudah kapih yang nyata ada sudah rimpih paling ketara ramai yang menangis dan banyak yang merintih. Pada R2 penyajak menegaskan bahawa apa yang difahaminya tentang urusniaga bumiputera itu ialah ramai orang terlibat (peniaga tempatan) mengalami kegagalan dan kekecewaan dalam dunia perniagaan. Persoalan R2 tentang kegagalan. Huraian: Menyatakan bahawa ramai orang bumiputera yang terlibat dengan perniagaan itu mengalami kegagalan dan kekecewaan. Oh bumiputera apa itu usaha yang jelas ada keriangan ada kemewahan dalam kepahitan ada usaha dalam tipu daya bisa maju kalau laju mungkin mundur kalau tidur Pada R3 penyajak menyeru agar para peniaga berusaha dengan lebih gigih dan tekun untuk memperolehi kejayaan. Di samping itu, penyajak juga memperingatkan bahawa ada segelintir usaha itu nanti akan diselitkan dengan unsur penipuan agar cepat maju. Manakala begitu juga sebaliknya berlaku, iaitu peniaga akan berhadapan dengan kegagalan jika tidak berhati-hati. Persoalan R3 tentang kejayaan dan peringatan. Huraian: Para peniaga perlu berusaha gigih dan tekun untuk memperoleh kejayaan. Tetapi perlu juga berhatihati kerana ada bermacam halangan dan cabaran yang memerlukan peniaga tabah dan cekal menghadapinya. Oh bumiputera niaga itu usaha usaha itu ada cara dari cara-cara jika mampu ikut cara mun tidak ikut cara tunggulah kedatangan berbagai cara Pada R4 pula penyajak menyatakan bahawa jika sudah memasuki alam perniagaan, seseorang itu perlu mengikut tatatertib atau teknik-teknik tertentu dalam perniagaan. Jika merasakan cara / teknik yang ada tidak sesuai atau melangar peraturan, demi kebaikan peniaga terpaksa perlu menunggu lagi cara / teknik baru yang sesuai Persoalan R4 tentang bidang perniagaan. Huraian: Jika sudah memasuki alam perniagaan terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk mencapai kejayaan. Di sini ada janji di sana ada lagi tapi... semua hanya boleh jadi tunggu sajalah Pada R5 penyajak menegaskan bahawa dalam dunia perniagaan banyak terdapat peluang dan janjijanji manis yang ditaburkan namun Persoalan R5 tentang peluang perniagaan dan kesabaran. Huraian: Dalam dunia perniagaan banyak
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 121 semua dalam perhatian sedang dalam penelitian lagi peringkat pertimbangan tunggulah walau seribu tahun. Haji Harun Mokti. Kuala Belait. semuanya belum pasti. Mungkin sahaja peluang atau janji tersebut menuntut peniaga menggunakan teknik yang salah atau melanggar peraturan. Oleh itu, peniaga haruslah pandai bertindak dan membuat keputusan. Walau bagaimanapun, penyajak menegaskan jika peniaga sanggup bersabar, mengikut peraturan, insya Allah akhirnya pasti akan beroleh kejayaan. terdapat peluang dan janji-janji manis yang ditaburkan namun semuanya belum pasti. Para peniaga perlu bijak membuat tindakan dan keputusan agar tidak melakukan kesalahan yang boleh memusnahkan mereka. TEMA Kegagalan peniaga bumiputera. Huraian: Memaparkan tentang kegagalan bidang perniagaan yang diusahakan oleh urusniaga bumiputera disebabkan kurang kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan. Untuk berjaya paara peniaga bumiputera perlu bertindak bijak dalam mengambil serta membuat keputusan. Diperingatkan kepada para peniaga bumiputera jika mahu berjaya dan memperolehi kejayaan haruslah sabar, tekun dan gigih berusaha. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah tekun dan gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan. Walaupun menempuh berbagai cabaran dan rintangan, kita perlulah menanamkan sifat sabar jika hendak memperolehi kejayaan. Janganlah berputus asa jika perniagaan / apa yang kita usahakan menghadapi kegagalan tetapi hendaklah kita bangkit semula dan buatlah perubahan. Jika sudah menceburi bidang perniagaan, usahakanlah bersungguh sehingga berjaya kerana usaha yang 'sekerat jalan' itu tidak memberi apa-apa keuntungan. NILAI Nilai jujur dan amanah. Huraian: Menjalankan perniagaan dengan jujur dan amanah akan memberikan keberkatan kepada perusahaan dan sumber rezeki. Nilai berusaha dengan gigih. Huraian: Kejayaan di dalam dunia perniagaan memerlukan usaha yang gigih kerana tanpa ada usaha tidak mungkin perniagaan itu akan berjaya. Nilai kesabaran. Huraian: Nilai kesabaran sangat diperlukan di dalam dunia perniagaan kerana dalam dunia peniagaan pasti ada pasang surutnya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 122 NADA Semangat dan harapan. Huraian: Semangat menasihati dan memberi pengajaran agar bumiputera sentiasa berhati-hati dan waspada selalu dalam menjalankan pernigaan dengan harapan mereka tidak mudah lalai dan terpengaruh dengan apa jua gejala yang boleh memusnahkan perniagaan serta kehidupan mereka. CORAK Epigram. Huraian: Peringatan dan nasihat kepada para peniaga bumiputera khususnya agar bertindak bijak, penuh waspada dan berhati-hati selalu serta tekun dan gigih berusaha untuk berjaya dalam perniagaan mereka. ALIRAN Realisme. Huraian: Suatu kisah nyata yang terjadi dalam kehidupan manusia khususnya golongan bumiputera yang terlibat dalam dunia perniagaan. Ramai dikalangan terkandas dan tidak berjaya dalam dunia perniagan. Didaktisisme. Huraian: Mahu menyedarkan dan memberi nasihat kepada golongan bumiputera khususnya yang menceburi bidang perniagaan supaya berhati-hati dan berwaspada selalu dalam mengurus perniagaan mereka agar tidak terkandas dalam menjalankan perniagaan mereka. GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R4:B3 = usaha itu ada cara dari cara-cara 2) Kata asing (penggunaan perkataan yang dipinjam dari bahasa asing selain bahasa Melayu), contoh: R3: 6 = bisa maju kalau laju (bahasa Indonesia) 3) Kata / dialek tempatan (penggunaan bahasa/ dialek tempatan), contoh: R2: B1 = Yang jelas ramai sudah kapih (tidak mempunyai wang) 4) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B1 = yang jelas ramai sudah kapih R2:B2 = yang nyata ada sudah rimpih 5) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B2 = Mana dia niaga? (kon n) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai 5 rangkap. Jumlah baris dan nama
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 123 R1 dan R2 mempunyai 4 baris (Quatrain). R3 mempunyai 7 baris (Septaim). R4 mengandungi 6 baris (Sekstet). R5 mengandungi 9 baris (bebas). Rima akhir R1 ialah a/b/c/b. R2 pula ialah a/a/b/a. R3 ialah a/a/b/b/a/c/d. R4 ialah a/a/a/a/b/a dan R5 ialah a/a/a/a/b/c/c/c/c. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R5:B3 = tapi… (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R4:B3 = usaha itu ada cara dari cara-cara (15 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkan pendek ialah R5:B3 = tapi... (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R4:B3 = usaha itu ada cara dari cara-carah (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Apakah yang dimaksudkan urus dan dimanakah dia niaga? Apakah pula ertinya bumi dan siapakah pula putera? Hakikatnya, ramai sudah yang kapih dan rimpih serta ramai yang menangis dan merintih. Oh, bumiputera!. Apakah itu usaha?. Kenyataannya, yang jelas di dalamnya ada keriangan dan ada kemewahan dalam kepahitan. Di samping itu, dalam usaha juga ada tipu daya. Justeru itu, kita boleh maju kalau laju dan mungkin mundur kalau tidur. Oh, bumiputera!, niaga itu adalah usaha. Manakala usaha itu ada cara tertentu yang boleh diikuti dari berbagai cara yang ada. Jika tidak mampu mengikutinya, tunggulah sehingga kedatangan berbagai cara yang lain. Di sini ada janji dan di sana pun ada lagi. Tunggu sajalah kerana semua itu hanya boleh jadi, masih dalam perhatian dan sedang dalam penelitian serta masih dalam peringkat pertimbangan. Tunggulah, walau seribu tahun lagi. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Yang jelas ramai sudah kapih (R2:B1) Maksud: Ramai yang sudah kehabisan harta untuk menjalani perniagaan. 2) ada usaha dalam tipu daya (R1:B5) Maksud: Terdapat unsur penipuan dalam mencapai/mendapatkan sesuatu. 3) Mungkin mundur kalau tidur (R3:B7) Maksud: jika kita tidak berusaha kemungkinan akan mengalami kegagalan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 124 NO: 30 SAJAK : ‘PEGUAM KERTAS’ TEKS SAJAK: ‘PEGUAM KERTAS’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Yang Kaubela hanya tangan yang mampu yang kaubela hanya pengisi perutmu. Pada R1 penyajak menyatakan tentang peguam yang hanya ingin menjalankan tanggungjawabnya hanya apabila dia diberikan habuan yang hebat atas khidmat yang telah diberikannya. Pada R1 mengutarakan persoalan ketidakjujuran Huraian: Terdapat sebilangan peguam hanya mementingkan diri sendiri sahaja, iaitu hanya akan membela orang yang mampu membayar perkhidmatannya atau mampu memberikan kesenangan kepadanya. Semboyanmu keadilan hanya kata buaian selimut mereka yang kurap pembalut pesakit Siplis persembunyian pengidap Aids Itulah untung rugi buatmu. Pada R2 penyajak menjelaskan bahawa peguam yang inginkan imbalan dari perkhidmatan yang telah diberikannya hanya mempermainkan fakta mengenai kebenaran. Mereka cuba melindungi orang-orang yang mampu membayar mereka meskipun yang dilindungi itu memang melakukan kesalahan. Persoalan pada R2 tentang ketidakjujuran Huraian: Peguam tidak jujur dalam melaksanakan tugas. Ia hanya mahu imbalan dari khidmatnya. Jujurmu hanya pada kertas yang ungu, yang merah, yang hijau atau bunyi-bunyi yang gemerancing melelapkan matamu. Pada R3 penyajak menyatakan peguam jenis materialistik hanya menghambakan diri mereka demi wang atau ganjaran yang mereka terima dan membuatkan mereka lupa akan tanggungjawab sebenar. Persoalan R3 tentang ketamakan Huraian: Peguam hanya memperjuangkan keadilan untuk orang yang kaya saja. Mereka anak yang kurus lesi bukan perhatianmu mereka yang lapar terhimpit terfitnah tertohmah semakin malang. Pada R4 penyajak menyatakan peguam yang tidak jujur tidak pernah mempunyai rasa simpati terhadap golongan miskin yang betul-betul memerlukan pembelaan. Golongan yang menderita ini tidak akan pernah mendapat simpati darinya. Nasib golongan miskin tidak akan terbela oleh peguam seperti ini. Pada R4 dan R5 mengutarakan persoalan pengabaian tanggungjawab. Huraian: Golongan miskin yang tidak berkemampuan biasanya tidak akan diperdulikan atau dibela nasib mereka walaupun ternyata mereka tidak bersalah. Perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan nasib orangorang miskin dan tidak Mereka tak pernah dibelai apa mengusap ubun-ubun tiada sedikit pun ihsanmu menjamah pundaknya. Pada R5 penyajak menyatakan bahawa golongan yang menderita dan tidak berdaya tidak akan pernah mendapat simpati dari peguam begini.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 125 berkemampuan akan terus sengasara, teraniaya dan tidak terbela. Kau tidak pernah mengenal kerugian lantaran di matamu hanya terukir hitam dan putih. Pada R6 penyajak menyatakan peguam yang mementingkan diri sendiri dan kemewahan tidak akan melepaskan peluang keemasan utuk mendapat keuntungan. Bagi mereka hanya orang yang boleh memberikan ganjaran tinggi sahaja yang boleh dibantu. Pada R6 mengutarakan persoalan pengabaian tanggungjawab dan ketidakjujuran. Huraian: Ada sebilangan peguam tidak pernah mengenal sebarang kerugian/ perihatin terhadap keputusan perbicaraan kerana difikiran dan hati mereka hanya ada dua perkara penting sama ada kemenangan atau kekalahan. Salah/benar sesuatu perkara tidak dipentingkan sama sekali. Kau hanyalah Pembela kertas - Haji Harun Mokti 25 Oktober 1988 Pada R7 penyajak menjelaskan bahawa begitulah kenyataan tentang peguam yang tidak jujur dalam menjalankan tugas mementingkan wang ringgit sebagai imbalan semata-mata. Persoalan pada R7 tentang ketamakan dan ketidakjujuran Huraian: Penyajak juga dengan tegas melebalkan peguam yang tidak jujur dan tamak mementingkan wang ringgit dari pada membela kebenaran dan menegakan keadilan tersebut sebagai ‘peguam kertas’ sahaja. TEMA Ketamakan dan ketidakjujuran dalam menegakkan kebenaran Huraian: Ternyata ketamakan untuk kepentingan diri sendiri membawa ketidakjujuran ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang penegak keadilan. Sikap tamak dan tidak jujur menyebabkan sebilangan peguam hanya mementingkan wang ringgit dan kemenangan dalam kerjaya mereka sedangkan yang kurang berkemampuan akan terus ditimpa malang dan sengsara walaupun hakikatnya mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Dalam agama kita diajar supaya jujur dalam melaksanakan tugas, jadi laksanakanlah kejujuran itu kerana ia akan membawa kepada keadilan semua pihak. Janganlah kita hanya mementingkan kemewahan dan mengenepikan soal keadilan dan kebenaran semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu yang dahagakan kemewahan. Bantulah golongan yang miskin dan teraniaya Allah pasti memberikan ganjaran yang
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 126 baik atasnya. Belajarlah untuk berlaku jujur dalam segala aspek kehidupan kita. Janganlah kita melakukan sebarang penyelewangan dalam melaksanakan tugas. Berazamlah untuk sentiasa menjadi seorang penegak keadilan berasaskan kepada kebenaran bukan kerana sogokan yang diterima. NILAI Nilai tiada kejujuran Huraian: Tiada kejujuran dalam menjalani pembelaan akan menyebabkan orang yang tidak berdosa akan teraniaya. Nilai mementingkan diri sendiri Huraian: Sifat mementingkan diri sendiri adalah sifat yang tidak baik perlu dikikis terutamanaya yang terlibat sebagai penegak kedilan / menjatuhkan hukuman. Nilai tiada keadilan Huraian: Tidak adil dalam menjalani pembelaan akan menyebabkan orang yang susah, miskin dan tidalk bersalah akan berterusan menjadi mangsa serta mendapat kesusahan. NADA Sedih, kecewa dan hampa Huraian: Sajak ini memaparkan nada sedih, kecewa dan hampa kerana terdapatnya golongan yang seharusnya memperjuangkan kebenaran tetapi terleka dengan kemewahan sehingga orang yang tidak bersalah tidak dibela malah teraniaya. CORAK Epigram Huraian: Sajak ini memberikan nasihat, mengajar dan mendidik manusia agar tidak diselubungi oleh sifat tamak hanyak kerana mengikut kehendak nafsu yang menginginkan kemewahan hingga mengenepikan soal kebenaran. Satira Huraian: Sajak ini mengkritik dengan tajam golongan peguam yang tidak jujur dalam melaksanakan tugas yang diberikan. ALIRAN Realisme Huraian: Memaparkan realiti dan kebenaran tentang wujudnya di dunia nyata seorang peguam yang tidak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya atas kejujuran malah mementingkan untuk mencari kemewahan untuk diri sendiri. Didaktisisme Huraian: Mendidik, membimbing serta mengajar supaya manusia sedar bahawa dalam melaksanakan tugas perlu kejujuran dan bukannya melayan kehendak hati untuk
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 127 mengejar kemewahan. GAYA BAHASA 1) Asonnansi (pengulangan vokal 2 kali atau lebih dalam 1 baris sajak), contoh: R2:B3 = selimut mereka yang kurap (vokal e) 2) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali atau lebih dalam1 baris), contoh: R3:B3 = atau bunyi-bunyi yang gemerancing (vokal n) 3) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan atau ayat sajak tersebut), contoh: R3:B2 = yang ungu, yang merah, yang hijau (bermaksud nilai duit $100, $10 & $5) 4) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R2: B6 = itu untung rugi buatmu 5) Repitasi Perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap), contoh : Pengulangan perkataan yang sebanyak 11 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. BENTUK Jumlah rangkap Sajak peguam kertas mengandungi 7 rangkap. Jumlah baris dan nama R 1 ada 4 baris (quatrain). R2 ada 6 baris (sekstet). R3 ada 4 baris (quatrain). R4 ada 7 baris (septaim). R5 pulang ada 4 baris (quatrain). R6 ada 4 baris (quatrain). R7 ada 2 baris (distikon). Rima akhir R1 ialah a/b/a/b. R2 ialah a/a/b/c/c/d. R3 ialah a/b/c/d. R4 ialah a/b/c/d/e/e/f. R5 ialah a/b/c/d. R6 ialah a/a/b/c. R7 ialah a/b. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R4:B4 = ter/him/pit (3 sukukata). Sukukata panjang ialah R3:B3 = a/tau/bu/nyi/bu/nyi/yang/ge/mer/an/cing (11 sukukata). Jumlah Patah perkataan Perkataan pendek ialah R4:B4 = terhimpit (1 patah perkataan). Perkataan panjanag ialah R3:B2 = yang ungu, yang merah, yang hijau (6 patah perkataan). Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Yang kau bela hanya di tangan yang aku mampu dan yang kau bela hanya pengisi perutmu. Kau membela kepada yang mampu dan untuk pengisi perutmu sahaja. Semboyanmu keadilan hanya kata buaian. Itu semua hanya selimut bagi meraka yang kurap, pembalut pesakit siplis dan persembunyian penghidap Adis. Hakikatnya, itu lah untung buatmu. Jujurmu itu hanya pada kertas yang berwarna ungu, yang merah, yang hijau atau bunyi-bunyi yang gemerancing melelapkan matamu.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 128 Meraka adalah anak yang kurus lesi dan bukanlah perhatianmu dan mereka sedang lapar, terhempit, terfitnah dan tertohmah dan semakin malang. Meraka itu tidak pernah di belai dengan apa-apa yang mengusap umbun-umbun dan tidak ada sedikit pun ihsanmu yang menjamah pundak nya. Kau tidak pernah mengenal kerugian yang ada lantaran dan di mata mu hanya kerukir dengan hitam dan putih. Kau hanyalah pembela kertas. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Hanya tangan yang mampu (R1:B1) Maksud: orang yang kaya / berkemampuan 2) Yang unggu, yang merah, yang hijau (R3:B2) Maksud: nilai wang ($100, $10 & $5) 3) Mereka anak yang kurus lesi (R4:B1) Maksud: orang yang susah dan miskin
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 129 NO : 31 SAJAK : ‘MATINYA SEORANG KONTRAKTOR’ TEKS SAJAK: ‘MATINYA SEORANG KONTRAKTOR’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Dia kontraktor berjiwa besar semangatnya berkobar. Pada R1 penyajak menyatakan tentang seorang kontraktor yang berjiwa besar dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Persoalan pada R1 tentang keyakinan diri Huraian: Seorang kontraktor yang berjiwa besar dan mempunyai semangat berkobar-kobar. Dia mahu menggapai hasrat dan cita-cita menggunung yang berbagai konon idea dari berbagai lelakon. Pada R2 penyajak menegaskan bahawa kontraktor mahu mencapai hasrat dan cita-citanya yang tinggi tanpa berusaha bersungguhsungguh. Dia digambarkan hanya mempunyai pemikiran atau idea sebagai untuk berlagak atau menunjuk-nunjuk sahaja. Persoalan pada R2 tentang cita-cita Huraian:i Memperlihatkan cita-cita dan hasrat tinggi seorang kontraktor tetapi dia tidak mahu berusaha malah hanya pandai berlagak sahaja. Dia kontraktor yang kini sudah menjadi bisu matanya rabun semakin kuyu jauh di balik senyuman hatinya terhiris pilu. Pada R3 penyajak menyatakan bahawa kini segala usaha kontraktor tersebut tidak berjaya. Perkara ini telah menyebabkan kontraktor tersebut kehilangan pertimbangan diri. Walaupun dia mampu tersenyum namun hakikatnya hatinya sedih dan kecewa. Persoalan pada R3 tentang kegagalan Huraian: Memperlihatkan kegagalan kontraktor dalam urusniaganya sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan diri. Modal sudah luak mendasar laut hutang nan menggunung menghimpit yang tercepit menindih dada yang pedih. Pada R4 penyajak menegaskan bahawa model kontraktor tersebut sudah pun habis sedangkan hutangnya semakin bertambah banyak. Hal ini menyebabkan keadaannya bertambah parah dan membebankan dirinya. Persoalan pada R4 tentang kegagalan Huraian: Memperlihatkan bahawa banyak model kontraktor telah digunakan dan hutangnya pula semakin bertambah menyebabkan keadaannya tersepit. Dia tidak mampu bernyanyi lagu-lagu untung tidak mampu menari teknik-teknik tari kerana dia bukan seorang wali. Pada R5 penyajak menyatakan bahawa kontraktor tersebut tidak lagi dapat mencari keuntungan dalam perniagaannya. Hal ini terjadi disebabkan dia tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang perniagaan. Keadaan ini bertambah Persoalan pada R5 tentang kegagalan Huraian: Disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan dalam perniagaan telah menyebabkan kontraktor gagal menjalankan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 130 buruk lagi disebabkan dia juga tidak mempunyai sikap jujur dan ikhlas dalam menjalankan urusniaganya. perniagaannya sehingga menyebabkannya rugi. Hal ini bertambah buruk lagi dengan sikapnya yang tidak bertanggungjawab dan jujur. Pekerjanya mogok, fikiran rancau jiwanya kacau, langkahnya palau. Pada R6 penyajak menegaskan bahawa para pekerja kontraktor tersebut menjalankan mogok. Kejadian ini menyebabkan fikirannya bertambah kusut hingga menyebabkan semua tindakannya semakin tidak menentu. Persoalan pada R6 tentang kegagalan Huraian: Akibat kegagalan perniagaannya, para pekerjanya melancarkan mogok dan kejadian ini menambah beban kepada kontraktor tersebut. Cuma sekelip mata tumbuh Ali Baba, Ali Kassim, dan Ali John tersandar kenyang di mesin simen. Pada R7 penyajak menerangkan bahawa disebabkan terdesak dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya, akhirnya kontraktor tersebut tanpa berfikir panjang menyerahkan perniagaannya kepada orang asing yang sebenarnya mengambil kesempatan mendapat keuntungan dari keadaan tersebut. Persoalan pada R7 tentang kegagalan Huraian: Akibat terdesak kontraktor tersebut telah menyerahkan perniagaannya kepada orang asing yang sebenarnya mengambil kesempatan dari keadaan kontraktor tersebut. Tamatlah riwayat seorang kontraktor tertelan sebiji coklat ketika menonton permainan silap. - Haji Harun Mokti Pada R8 penyajak menegaskan bahawa berakhirlah kerjaya seorang kontraktor kerana tanpa ilmu pengetahuan dia dengan mudah terpengaruh serta termakan katakata serta janji-janji manis yang berupa tipu muslihat daripada orang-orang tertentu yang hakikatnya tidak mahu melihat kemajuan bangsa Melayu. Persoalan pada R8 tentang kegagalan kontraktor Huraian: Berakhirnya kerjaya kontraktor tersebut. Tanpa ilmu pengetahuan ternyata kontraktor tersebut dengan mudah terpengaruh serta termakan janji-janji manis yang berupa muslihat dari pihakpihak tertentu. TEMA Kegagalan kontraktor tempatan dalam bidang perniagaan Huraian: Memperlihatkan bahawa ilmu pengetahuan itu penting untuk seseorang itu maju dan mencapai cita-citanya. Tanpanya dengan mudah sahaja seseorang itu akan menemui kegagalan dan mudah tertipu dengan muslihat dari pihak tertentu yang mahu mencari keuntungan semata-mata.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 131 PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Jika ingin berjaya dalam bidang perniagaan, kita hedaklah mengusahakannya bersungguh-sungguh dan bukan setakat berangan-angan sahaja. Kontraktor haruslah menanamkan sifat jujur dan tidak menipu dalam menjalankan urusniaganya. Para kontraktor mestilah menghindari sifat suka berlagak sedangkan usahanya belum begitu kukuh dan berjaya. Sifat apabila terdesak, suka menyerahkan segala urusan kepada orang asing haruslah dihentikan kerana ia boleh mencemarkan nama baik bangsa. NILAI Realisme Huraian: Memaparkan satu kejadian nyata berkaitan kontraktor tempatan khususnya mereka yang cuba menceburi bidang perniagaan, disebabkan sikap dan kurangnya pengetahuan telah menyebabkan mereka terperangkap dan akhirnya perniagaan mereka musnah. NADA Sinis Huraian: Sajak ini menyindir para kontraktor yang kurang berpengetahuan tetapi pandai berlagak dan akhirnya tanpa mereka sedari menjadi mangsa kepada golongan tertentu yang mengambil kesempatan. Harapan Huraian: Penyajak berharap mereka (kontraktor) menyedari kesilapan diri mereka dan berusaha mengubahnya untuk mencapai kejayaan. CORAK Epigram Huraian: Memberi nasihat kepada para pengusaha supaya mempunyai ilmu pengetahuan, bersikap jujur dan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang diusahakan. Satira Huraian: Menyindir golongan usahawan yang selalu berlagak tetapi hakikatnya kurang berpengetahuan dan akhirnya menjadi mangsa kepada pihak tertentu yang mengambil kesempatan atas kelemahan mereka. ALIRAN Realisme Huraian: Kebenaran atau realiti dalam kehidupan bahawa ada pihak yang lebih mementingkan perasaan dan kemahuan sendiri. Akibatnya golongan lemah terbiar dan melarat hidupnya serta menderita.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 132 GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf-huruf vokal dalam baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih), contoh: R2:B4 = idea dari berbagai lelakon (vokal i) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf-huruf konsonan dalam baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih), contoh: R2:B2 = dan cita-cita menggunung (kon n) 3) Simbol (perkataan / frasa yang mempunyai makna tertentu), contoh: R8:B2 = tertelan sebiji coklat (bermaksud terpedaya dengan janji-janji manis) 4) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan atau perkataannya), contoh: R2:B2 = dan cita-cita menggunung 5) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap) Pengulangan perkataan kontraktor sebanyak 3 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 5 baris (Quint). R2 mempunyai 8 baris (Oktaf). Rangkap 3 10 baris ( bebas) Rima akhir R1 ialah a/b/c/d/e. R2 ialah a/b/c/d/d/d/e/e. R3 ialah a/b/c/d/e/c/c/c/c/c. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R3:B5 = ko/non/nya (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B7 = i/bu/i/bu de/gan se/jam/bak bu/nga la/yu (13 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R3:B5 = kononnya (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B8= lambang gagah dan berani mati (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Dia seorang kontraktor yang berjiwa besar dan mempunyai semangat berkobar-kobar. Dia mahu menggapai hasrat dan cita-cita menggunung yang berbagai-bagai konon. Namun itu hanyalah idea dari berbagai lelakon. Dia kini sudah menjadi bisu dan matanya pula kelihatan semakin kuyu. Manakala jauh disebalik senyumannya, tergambar hatinya terhiris pilu. Modal sudah pun luak mendasar laut. Manakala hutang pula semakin menggunung tinggi dan menghimpit yang tercepit serta menindih dada yang pedih. Dia tidak lagi mampu bernyanyi lagu-lagu untung dan menari teknik-teknik tari kerana dia bukan seorang wali. Pekerjanya melancarkan mogok menyebabkan fikirannya rancau, jiwanya kacau dan langkahnya palau. Cuma dengan sekelip mata tumbuh Ali Baba, Ali Kassim dan Ali John
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 133 yang tersandar kenyang di mesin simen. Maka tamatlah riwayat seorang kontraktor kerana tertelan sebiji coklat ketika sedang menonton permainan silap. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Dia mahu menggapai hasrat (R2:B1) Maksud: Mahu mencapai cita-cita / impian 2) yang kini sudah menjadi bisu (R3:B2) Makksud : menghadapi masalah / kegagalan 3) Modal sudah luak mendasar laut (R4:B1) Maksud: wang sudah banyak digunakan 4) hutang nan menggunung (R4:B2) Maksud: menanggung hutang yang banyak 5) Dia tidak mampu bernyanyi lagu-lagu untung (R5:B1) Maksud : tidak mendapat keuntungan lagi
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 134 NO: 32 SAJAK: ‘BASIKAL TUA’ TEKS SAJAK: ‘BASIKAL TUA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Sebuah basikal tua peninggalan datukku katanya di atas bontot basikal itulah datuk membonceng setiap hari menorah getah pergi ke bendang membajak sawah di zaman matahari menakluk bumi. Pada R1 penyajak mengingat kembali sebuah basikal kepunyaan datuknya yang telah digunakan oleh arwah datuknya untuk pergi menorah getah dan ke bendang untuk mengerjakan sawah suatu masa dahulu ketika negara dijajah oleh kuasa asing (Jepun). Persoalan R1 ialah tentang kenangan, kegigihan dan perjuangan hidup Huraian: Kenangan terhadap seorang datuk tua yang bersungguhsungguh memperjuangkan hidupnya mencari rezeki dengan bantuan sebuah basikal tua pergi menoreh dan membajak sawah di zaman pemerintahan Jepun. Kini basikal itu tiada lagi reput besinya dimakan waktu umurnya selanjut usia datukku sering mengorak senyum menampakkan pagar-pagar tumbang Pada R2 Penyajak menjelaskan bahawa basikal itu pada waktu ini tidak lagi boleh digunakan kerana sudah usang sebab terlalu lama. Basikal itu sudah berjasa kepada datuknya. Persoalan R2 ialah tentang kenangan terhadap jasa basikal terhadap datuk Huraian: Iaitu kenangan terhadap basikal tua yang telah banyak berjasa kepadanya dalam menjalani kehidupan seharian. Kini datukku tiada selanjut usianya sereput tubuhnya di dada bumi Pada R3 penyajak memberitahu bahawa datuknya sekarang sudah tidak lagi ada di dunia, dia sudah meninggal dunia kerana sudah terlalu tua. Persoalan R3 tentang pengorabanan / jasa Huraian: Sehingga datuk meninggal dunia basikal itu telah menabur jasa kepadanya. TEMA Kenangan dan kegigihan serta perjuangan hidup Huraian: Kenangan tentang kegigihan dan perjuangan hidup seorang datuk (petani) semasa zaman penjajahan Jepun, walaupun dalam keadaan susah tetapi dengan semangat kental yang dimilikinya, dia meneruskan kehidupannya dengan bantuan sebuah basikal yang banyak berbakti kepadanya untuk pergi menoreh getah dan membajak sawah. Penghargaan terhadap basikal itu tetap dikenang dan diabadikan biarpun datuk sudah meninggal dunia. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ Barang lama haruslah disimpan dan dijadikan suatu yang boleh memberikan kita peringatan mengenai suatu peristiwa untuk tatapan generasi akan datang. Setiap orang hendaklah gigih berusaha meneruskan kehidupan ini walau menempuh
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 135 AMANAT/ MESEJ apa jua keadaan sekalipun. Ingatlah bahawa barang siapa yang rajin dan gigih serta tabah pasti akan mencapai kejayaan / kebahagiaan dalam hidupnya. Kita hendaklah mempunyai semangat dan harapan tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan biarpun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan. Menyayangi warga tua (emas) adalah satu sifat yang terpuji. Hendaklah kita menyayangi mereka selagi mereka ada. NILAI Nilai kasih sayang Huraian: Seorang cucu yang menyayangi datuknya. Dulu datuknya seorang yang rajin berusaha hanya dengan menaiki sebuah basikal dia menyara kehidupan semasa zaman Jepun. Nilai simpati / berperikemanusiaan Huraian: Datuk selalu diingat oleh cucunya kerana rasa simpati dan timbangrasa terhadap usaha neneknya yang rajin menyara kehidupan. NADA Semangat dan harapan Huraian: Semangat dan harapan seorang datuk untuk dapat hidup dengan baik dalam zaman pemerintahan Jepun. Semangat seorang cucu apa bila mengingat usaha datuknya yang gigih berusaha semasa negara di perintah oleh bangsa asing. CORAK Epigram Huraian: Mengajar kita supaya lebih menghargai dan menjaga barang lama yang menyimpan seribu kenangan. Ode Huraian: Menyanjungi semangat atau keazaman seorang tokoh iaitu datuk kepada penyajak yang pernah hidup di zaman negara dalam jajahan asing. ALIRAN Realisme. Huraian: Menyatakan tentang kebenaran atau realiti bahawa setiap barang peninggalan itu meyimpan cerita atau kenangan tertentu. Didaktisisme. Huraian: Mengajar atau mendidik dan membimbing agar masyarakat sedar dan menghargai perjuangan orang-orang dahulu dalam memperjuangan kemakmuran negara. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf-huruf vokal dalam baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih), contoh:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 136 R2:B5 = umurnya selanjut usia datukku (vokal u) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf-huruf konsonan dalam baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih),contoh: R1:B2 = peninggalan datukku (kon n) 3) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan atau ayat sajak tersebut), contoh: R1:B12 = zaman matahari (negeri Jepun) 4) Gandaan (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contohnya: R2:B7 = menampakkan pagar-pagar 5) Efifora (perulangan perkataan dihujung baris sebanyak 2 kali / lebih secara berturutan dalam rangkap yang sama), contohnya: R2:B2 = selanjut usianya R2:B3 = sereput usianya BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 13 baris (bebas) manakala R2 mempunyai 8 baris (oktaf) dan R3 mempunyai 4 baris (Quatrain). Rima akhir R1 ialah a,b,a,c,d,e,f,e,d,e,d,f,f R2 ialah a,b,c,a,a,d,e,f dan R3 ialah a,a,a,b. Jumlah keseluruhan sukukata Sukukata pendek ialah R1:B3 = ka/ta/nya (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R2B5 = u/mur/nya se/lan/jut/ u/sia da/tuk/ku (12 sukukata) Jumlah keseluruhan patah perkataan Perkataan pendek ialah R1:B3 = katanya (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B5 = umurnya selanjut usia datukku (4 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Sebuah basikal tua merupakan peninggalan datukku. Katanya di atas bontot basikal itulah datuk membonceng setiap hari apabila turun ke ladang untuk menorah getah dan pergi ke bendang untuk membajak sawah, di zaman matahari menakluk bumi. Namun kini, basikal itu telah tiada lagi. Besinya sudah reput dimakan waktu. Umurnya selanjut usia datukku yang sering mengorak senyum hingga menampakkan pagar-pagar yang rebah dan tumbang. Kini datukku telah tiada, selanjut usianya dan sereput tubuhnya hilang di dada bumi. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Sebuah basikal tua (R1:B1) Maksud: kenangan tentang kegigihan seorang datuk 2) Membajak sawah (R1:B11)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 137 Maksud: berusaha dengan gigih mencari rezeki 3) Menakluk bumi (R1:B13) Maksud: menjajah 4) Dimakan waktu (R2:B4) Maksud: sudah lama atau usang 5) Tiada lagi (R2:B2) Maksud: meninggal dunia .
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 138 NO : 33 SAJAK : ‘GELOMBANG REMAJA' TEKS SAJAK: ‘GELOMBANG REMAJA' MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Anak remaja kau sebenarnya berada di samudera di lambung ombak setiap masa Pada R1 penyajak menyatakan kehidupan seorang remaja itu ibarat belayar di lautan terpaksa di hadapi biarpun perlu selalu menempuh rintangan atau cabaran. Persoalan pada R1 tentang cabaran dan rintangan Huraian: Kehidupan remaja pasti diuji dengan cabaran dan dugaan setiap masa. Anak remaja gelombang itu alunnya deras kalau kau lalai kapalmu akan tenggelam Pada R2 penyajak menasihatkan remaja bahawa segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan itu terlalu besar sehingga jika remaja leka kehidupannya akan musnah. Persoalan pada R2 tentang nasihat atau pengajaran Huraian: Mengingatkan remaja bahawa apabila mereka leka pasti kehidupan akan musnah. Anak remaja tabahkan hatimu jangan gentar iman jadi pedoman Pada R3 penyajak mengingatkan agar remaja akan sentiasa cekal dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan rintangan. Persoalan pada R3 tentang kecekalan atau ketabahan Huraian: Remaja perlu cekal dan tabah dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan rintangan dan cabaran Anak remaja kau pasti selamat memijak daratan tapi kau harus ingat di sana ada ranjau ada duri harapan Pada R4 penyajak meyakinkan remaja bahawa mereka pasti akan berjaya dalam kehidupan jika mereka sentiasa berhati-hati atau berwaspada dengan segala rintangan serta cabaran yang terlalu besar itu. Jika remaja berjaya melepasinya pasti akan ada kehidupan yang baik di masa akan datang. Persoalan pada R4 tentang kewaspadaan Huraian: Kejayaan dan harapan pasti menanti apabila remaja berjaya melepasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Remaja perlu berwaspada dan berhati-hati dengan pancaroba yang datang dalam kehidupan. Anak remaja mulakanlah langkah biar berhati-hati berhimat-himat suara-suara sumbang jangan hiraukan ilmu di dada jadi bekalan Pada R5 penyajak menyeru para remaja supaya bersemangat dalam mengharungi kehidupan di samping itu berwaspada dan berjaga-jaga dengan segala pengaruh jahat yang boleh memesongkan dan perlu remaja ingat bahawa penghalang kepada segala pengaruh jahat dan cabaran itu hanyalah dengan ilmu Persoalan pada R5 tenttang nasihat atau pengajaran Huraian: Remaja perlu menghindarkan diri dari segala pengaruh jahat yang boleh menyebabkan remaja terpesong dalam kehidupannya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 139 pengetahuan. TEMA Cekal dan waspada dalam menempuh cabaran kehidupan Huraian: Remaja perlu menjalani kehidupan dalam dunia sekarang dengan penuh kecekalan dan kewaspadaan kerana terdapatnya banyak cabaran dan rintangan yang bakal ditempuhi. Perlu lebih tabah dan berhati-hati dalam menepuh kehidupan ditakuti pengaruh jahat akan mempengaruhi diri mereka sehingga hidup jadi tidak ketentuan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kehidupan di alam remaja hanya datang sekali oleh itu lakukanlah yang terbaik untuk diri sendiri janganlah sampai nanti menyesal di kemudian hari. Kita wajiblah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang remaja muslim yang sentiasa menunjukkan akhlak dan peribadi mulia agar dapat jadi ikutan generasi yang akan datang. Sentiasalah bersemangat untuk memajukan diri walau terpaksa menempuh rintangan dan cabaran, kerana Allah suka kepada hambaNya yang rajin berusaha. Hindarkanlah diri dari pengaruh jahat yang boleh memesongkan akidah dan prinsip kita agar kita akan menjadi individu yang menjadi kebanggaan ibu bapa suatu hari nanti. Tidak ada kehidupan yang tidak mempunyai cabaran dan rintangan, namun segalanya hendaklah ditangani dengan kebijaksanaan dan ketabahan, suatu hari ia pasti akan mematangkan kita untuk menempuh kehidupan di masa hadapan. NILAI Nilai Kewaspadaan Huraian: Remaja harus berwaspada dalam mengharungi kehidupan supaya terhindar dari perkara – perkara buruk yang boleh melanda pemikiran dan tingkahlaku. Nilai kecekalan Huraian: Ketabahan dan kesabaran perlu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang remaja. NADA Semangat dan harapan Huraian: Remaja dalam menjalani kehidupan dengan penuh rasa cekal dan waspada supaya terhindar dari segala unsur jahat yang boleh mempengaruhi diri. CORAK Epigram Huraian: Mengajar atau menasihati para remaja supaya sedar bahawa hidup perlu cekal dan tabah dalam mengharungi berbagai dugaan dan rintangan. Ode Huraian: Menyanjungi remaja yang berjaya mengharungi cabaran hidup dengan ketabahan dan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 140 kecekalan sehingga menjadikan mereka individu yang mempunyai jati diri yang tinggi. ALIRAN Realisme Huraian: Realiti atau kebenaran bahawa remaja selalu terdedah dengan pengaruh jahat dan mereka perlu berwaspada dengan segala apa jua yang akan merosakkan diri mereka. Didaktisisme Huraian: Menasihati atau membimbing masyarakat khususnya para remaja supaya selalu sedar dan berhati-hati dalam mengharungi alam remaja yang penuh pengaruh, dugaan dan cabaran. GAYA BAHASA 1) Asonansi (pengulangan huruf-huruf vokal dalam baris sajak sebanyak dua kali atau lebih), contoh: R1:B3 = berada di samudera (vokal a) 2) Aliterasi (pengulangan huruf-huruf kosonan dalam baris sajak sebanyak dua kali atau lebih), contoh: R5:B8 = jangan hiraukan (kon n) 3) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3:B3 = jangan gusar R3:B4 = jangan gentar 4) Kata ganda (perkataan yang diulang sebutan /perkataannya), contoh: R5:B7 = suara-suara sumbang 5) Repitasi Perkataan ((pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Pengulangan perkataan anak remaja yang diulang sebanyak 5 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai 5 rangkap. Jumlah baris dan nama R1, R2 & R3 mempunyai 5 baris (quint), R4 mempunyai 7 baris (septaim) dan R5 mempunyai 10 baris (bebas). Rima akhir R1 ialah a,a,a,b,a. R2 ialah a,b,c,d,e. R3 ialah a,b,c,c,d. R4 ialah a,b,c,d,a,e,c. R5 a,b,b,c,d,e,f,g,a,g. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah 2 sukukata (R5:B4 = bi/ar) Sukukata panjang ialah 8 sukukata (R2:B5 = ka/pal/mu a/kan teng/ge/lam) Jumalah Patah Perkataan Perkataan pendek ialah 1 patah perkataan (R5:B4 = biar) Perkataan panjang ialah 3 patah perkataan (R2:B5 = kapalmu akan tenggelam)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 141 Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Anak remaja, engkau sebenarnya berada di samudera dilambung oleh ombak pada setiap masa. gelombang itu mempunyai alunnya yang deras, kalau engkau lalai kapalmu akan tenggelam. Namun tabahkan hatimu dan jangan gusar sertagementar bekalkan keimanan menjadi pedoman. Engkau pasti akan selamat untuk memijak daratan tetapi engkau harus beringat di sana ada ranjau dan duri pengharapan. Anak remaja, mulakanlah langkah biar berhati-hati, berhimat-himat dan suara-suara sumbang jangan dihiraukan jika ilmu di dada menjadi bekalan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Berada di samudera (R1:B3) Maksud: tengah lautan 2) dilambung ombak (R1:B4) Maksud: menghadapi rintangan hidup atau cabaran hidup 3) kapalmu akan tenggelam (R2:B5) Maksud: hidup akan musnah 4) ada ranjau (R4:B6) Maksud: cabaran / rintangan 5) duri harapan (R4:B7) Maksud: impian yang perlu dikejar
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 142 TEKS SAJAK: ‘DUNIA SEMAKIN SEMPIT’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Di sana sini Anak-anak berlari Mencari bapa Mencari mama Tiada haluan dituju Semakin dekat pada penderitaan Pada R1 penyajak menyatakan tentang keadaan penderitaan anakanak yang ditinggalkan / kehilangan ibu bapa menyebabkan mereka kehilangan tempat bergantung dan hidup menderita. Persoalan R1 tentang penderitaan hidup Huraian: Memperlihatkan penderitaan anak-anak yang ditinggalkan / kehilangan ibu bapa menyebabkan mereka kehilangan tempat bergantung dan hidup menderita. Ke mana perginya kemanisan Ke mana perginya kasih sayang Ke mana perginya belaian kemesraan Pada R2 penyajak menegaskan bahawa tidak ada lagi rasa keseronokan, kasih sayang dan kemesraan di kalangan ahli keluarga atau antara sesama manusia. Persoalan R2 tentang keruntuhan moral Huraian: Digambarkan tidak lagi ada rasa keseronokan, kasih sayang dan kemesraan antara sesama manusia. Di sana sini Anak-anak telanjang Sesak menghirup karbon Nafas berbaur debu Semakin dekat pada kematian Pada R3 penyajak menyatakan bahawa di mana-mana anak-anak hidup dalam kemiskinan dan menderita kerana berlaku pendedahan anak-anak kepada udara karbon (pencemaran alam sekitar) yang membahayakan kesihatan dan akhirnya menyebabkan kematian. Persoalan R3 tentang penderitaan hidup dan pengabaian tanggungjawab Huraian: iaitu memperlihatkan anakanak hidup dalam kemiskinan dan menderita kerana berlaku pendedahan anak-anak kepada udara karbon (pencemaran alam sekitar) yang membahayakan kesihatan dan akhirnya menyebabkan kematian Ke mana perginya kehijauan Ke mana perginya kesengsaraan Kemana perginya keharmonian Pada R4 penyajak menegaskan bahawa penjagaan terhadap alam sekitar, kesegaran udara dan keharmonian hidup telah diabaikan. Persoalan R4 tentang pengabaian tanggungjawab Huraian: Pengabaian terhadap penjagaan terhadap alam sekitar, kesegaran udara dan keharmonian hidup manusia. Di sana sini Anak-anak menangis Pada R5 penyajak menyatakan bahawa di sana sini berlakunya Persoalan R5 tentang keruntuhan moral NO: 34 SAJAK : ‘DUNIA SEMAKIN SEMPIT’
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 143 Kelaparan dan kehausan Bapa hilang dalam perang Mama hilang dalam pelukan peperangan yang menyebabkan anak-anak menderita (kelaparan dan kehausan) serta kehilangan bapa dan kasih sayang ibu. Huraian: Berlakunya peperangan yang menyebabkan anak-anak menderita (kelaparan dan kehausan) serta kehilangan bapa dan kasih sayang ibu. Ke mana perginya belas kasihan Ke mana perginya kemanusiaan ke mana perginya kedamaian Pada R6 penyajak menegaskan bahawa tidak ada lagi perasaan simpati, belas kasihan, kemanusiaan dan kedamaian di hati manusia di dunia ini. Persoalan R6 tentang keruntuhan moral Huraian: Tidak ada lagi perasaan belas kasihan, kemanusiaan dan kedamaian di hati manusia di dunia ini. Di sana sini Anak-anak kegilaan Khayal dalam awangan Ganja dan heroin dalam genggaman Terlantar dalam pelukan syaitan Pada R7 penyajak menerangkan bahawa di mana-mana tempat kebanyakan anak-anak terjebak dengan penyalahgunaan dadah (atau perbuatan negatif). Akibat godaan syaitan, mereka ketagih ganja dan heroin sehingga khayal dan tidak sedarkan diri. Persoalan R7 tentang keruntuhan moral Huraian: Mempersoalkan anak-anak yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah (atau perbuatan negatif). Akibat godaan syaitan, mereka ketagih ganja dan heroin sehingga khayal dan tidak sedarkan diri. Ke mana perginya temadun terbilang Ke mana perginya budaya warisan Ke mana perginya adab dan sopan Pada R8 penyajak menegaskan bahawa tidak ada lagi segala temadun, budaya warisan dan adap sopan masyarakat Melayu yang terbilang dengan ciri-ciri ketimurannya. Persoalan R8 tentang keruntuhan moral Huraian: Tidak ada lagi segala temadun, budaya warisan dan adap sopan masyarakat Melayu yang terbilang dengan ciri-ciri ketimurannya. TEMA Pengabaian tanggungjawab dan keruntuhan moral Huraian: Memperlihatkan pengabaian tanggungjawab dari pihak tertentu terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan alam persekitaran sehingga menyebabkan penderitaan dan berlakunya keruntuhan moral terutamanya dikalangan anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa. Hidup mereka penuh penderitaan dan serba kekurangan. Kehidupan mereka terabai tanpa didikan dan ilmu pengetahuan yang akhirnya secara tidak langsung memusnahkan kehidupan mereka.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 144 PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Manusia hendaklah mempunyai kesedaran supaya menjaga nilai-nilai kemanusiaan di dunia ini. Pencemaran alam hendaklah dikawal supaya tidak merosakkan dunia dan makhluk di dunia. Keruntuhan moral di kalangan remaja hendaklah diawasi sejak dari awal lagi supaya mereka tidak terjebak kepada perbuatan yang boleh memusnahkan kehidupan mereka. Ibu bapa hendaklah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak supaya ia dapat menjadi pendinding daripada mudah terpedaya terhadap perkara-perkara negatif. NILAI Nilai mengenang jasa Huraian: Segala pengorbanan yang dilakukan oleh datuk mestilah kita menghargainya. Nilai menghargai pengorbanan Huraian: Pengorbanan yang dibuat oleh datuk bekerja dengan gigih dan tekun untuk menyara kehidupannya yang susah ketika itu. Nilai hidup berjasa Huraian: Hidup berjasa ini adalah satu perbuatan yang baik dan mulia. NADA Sinis dan harapan Huraian: Menyindir golongan tertentu yang mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan kepentingan alam sekitar sehingga menyebabkan anak-anak mengalami kemusnahan dan penderitaan hidup. Penyajak berharap ahli masyarakat akan menyedari kesilapan mereka serta mahu berubah sikap supaya dapat mewujudkan kehidupan harmoni. CORAK Epigram Huraian: Bertujuan memberi nasihat, pengajaran dan didikan kepada seluruh manusia supaya mempunyai rasa kesedaran menjaga nilai-nilai kemanusiaan dan kepentingan alam sekitar supaya menusia akan dapat hidup aman dan selesa. Satira Huraian: Menyindir golongan tertentu yang mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan kepentingan alam sekitar sehingga menyebabkan anak-anak mengalami kemusnahan dan penderitaan hidup ALIRAN Realisme Huraian: Memaparkan satu kejadian nyata yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Disebabkan kemiskinan dan pengabaian tanggungjawab telah menyebabkan anak-anak mengalami penderitaan hidup dan akhirnya berlaku keruntuhan moral di kalangan kanak-
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 145 kanak tersebut. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B1 = di sana sini (vokal i) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B4 = mencari mama (Konsonan m) 3) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B3 = mencari bapa R1:B4 = mencari mama 4) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R1:B3 = mencari bapa R1:B4 = mencari mama 5) Disonansi (Perkataan yang menghasilkan bunyi tidak selaras), contoh: R1:B1 = di sana sini BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Dunia Semakin Sempit' keseluruhannya mempunyai 8 rangkap. Jumlah Baris dan nama R1 mempunyai 6 baris (Sekstet). Pada R2, R4, R6 dan R8 terdiri dari tiga baris (Terzina). Manakala R3, R5 dan R7 terdiri 5 baris (Quint). Rima akhir R1 ialah a/a/b/b/c/d. R2 pula ialah a/b/a. R3 ialah a/b/c/d/c. R4 ialah a/a/a. R5 ialah a//b/c/d/c. R6 ialah a/a/a. R7 ialah a/b/b/b/b. R8 ialah a/b/b. Jumlah suku kata Sukukata pendek ialah R1:B1 = Di sana sini (5 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B3 = ke mana perginya belaian kemesraan (13 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R1:B1 = Di sana sini (3 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R8:B3 = ke mana perginya adab dan sopan (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Di sana sini anak-anak terbiar berlari mencari ibu bapa mereka. mereka tidak ada haluan hendak dituju dan semakin dekat kepada penderitaan. Ke mana telah perginya segala kemanisan, kasih sayang dan belaian kemesraan. Di sana sini anak-anak telanjang, sesak menghirup asap karbon dan nafas berbaur debu mengakibatkan mereka semakin dekat pada kematian. Ke mana perginya kehijauan,
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 146 kesegaran dan keharmonian. Di sana sini anak-anak menangis kerana kelaparan dan kehausan kerana bapa mereka hilang dalam peperangan dan mama mereka pula hilang dalam pelukan. Ke mana perginya belas kasihan, kemanusiaan dan kedamaian. Di sana sini anak-anak hanyut dengan kegilaan dan khayal dalam awangan. Ganja dan heroin dalam genggaman. Kehidupan mereka asyik terlantar dalam pelukan syaitan. Ke mana perginya tamadun terbilang, budaya warisan dan adab serta kesopanan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Tiada haluan dituju (R1:B5) Maksud: tidak ada tempat bergantung 2) Sesak menghirup karbon (R3:B3) Maksud: kesan pencemaran udara / alam sekitar 3) Bapa hilang dalam perang (R5:B4) Maksud : terkorban dalam peperangan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 147 NO : 35 SAJAK : ‘KITA AKAN PULANG’ TEKS SAJAK: ‘KITA AKAN PULANG’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Kita akan pulang di atas pundak terserlah perhitungan yang panjang: Khabar yang meyakinkan pasti digenggam erat segelas air yang disaji bakal membasahi kerongkong Pada R1 penyajak menyatakan bahawa setiap manusia itu pasti akan mati dan tentang masanya pula adalah terserah atas ketentuan ilahi. Sebelum saat itu tiba, manusia hendaklah bersedia dengan amalanamalan yang baik agar dapat meringankan keadaan kita di hari kemudian kelak. Persoalan R1 tentang kematian dan balasan Huraian: Setiap manusia pasti akan mati dan mendapat balasan melalui segala amalan dan perbuatan mereka di dunia. Kita akan pulang membuat halaman sejauh mata memandang pasti kita hidup di dalamnya membuat perkiraan untung dan rugi perjalanan yang terbatas ruangnya Pada R2 penyajak menegaskan bahawa setelah meninggal dunia,manusia akan melalui satu perjalanan / kehidupan yang panjang dan abadi. Segala amalan & perbuatan di dunia akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah Taala. Persoalan R2 tentang kematian dan balasan Huraian: Apabila apabila seseorang itu menemui kematian dia akan melalui satu perjalanan yang panjang dan abadi dan akan menerima perhitungan di atas segala amalan dan perbuatannya di dunia. Kita akan pulang membawa rindu dengan sekalung kasturi menanti di jambangannya Pada R3 penyajak menyatakan apabila kita meninggal dunia dengan berbekalkan banyak amalan baik, setentunya akan mendapat balasan baik dari Allah Taala sebagaimana yang dijanjikannya. Persoalan R3 tentang kematian dan balasan Huraian: Manusia yang meninggal dunia dengan berbekalkan amalan dan perbuatan baik pasti akan mendapat ganjaran baik dari Allah Taala. Kita akan pulang entah esok entah lusa tanpa khabar tanpa berita Pada R4 penyajak menegaskan setiap manusia itu pasti akan menemui ajalnya tetapi hakikatnya tidak ada siapa yang dapat mengetahui dan mengagaknya, semua itu adalah ketentuan Ilahi. Persoalan R4 tentang kematian Huraian: Setiap manusia pasti menemui ajal tetapi tiada siapa pun yang mengetahui bila masanya akan tiba. TEMA Kematian dan balasan Huraian: Setiap manusia itu pasti akan menemui ajalnya yang tidak diketahui bila masanya akan tiba bergantung kepada ketentuan ilahi. Segala amalan dan perbuatan manusia itu pasti
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 148 akan diperhitungkan dan diberi balasan yang seadil-adilnya. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Hadapilah kematian dengan penuh redha dan tawakkal kepada Allah dan bekalkanlah diri dengan persiapan amalan yang cukup agar senang urusan kita bertemu dengannya nanti. Walaupun kita tidak mengetahui bila kita akan dipanggil untuk bertemu Ilahi tetapi kita perlulah ingat bahawa ajal pasti akan sampai bila-bila masa dan wajiblah kita mempersiapkan diri semampunya. Allah Maha mengasihi hambanya yang melakukan segala perintahnya semasa hayat dan menjauhi segala laranganNya oleh yang demikian kerjakanlah amalan selama kita masih hidup. Kita hendaklah selalu mengingat bahawa mati itu pasti kerana mengingat mati itu sunah. Kita perlulah yakin dan percaya bahawa segala perbuatan baik atau sebaliknya yang kita lakukan pasti akan medapat pembalasan dari Allah Taala. NILAI Nilai keinsafan Huraian: Mengingat mati adalah sesuatu yang baik untuk kita lakukan. Setiap kematian juga mengingatkan kita akan kematian kita suatu hari nanti. Nilai berbuat amal kebajikan Huraian: Perbanyakanlah berbuat amal kebajikan semasa hidup kerana Allah menjanjikan balasan baik bagi yang melakukannya. Nilai beringat-ingat Huraian: Kita mesti sentiasa beringat-ingat kerana kita tidak mengetahu bila akan berlakunya kematian atau sesuatu perkara itu. Kita perlu sentisa bersedia dan redha. NADA Semangat dan harapan Huraian: Agar manusia sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini. Manusia perlu sedar dan insaf tentang kehidupan di akhirat yang abadi. oleh itu manusia diharapkan berusaha banyak melakukan amalan dan perbuatan baik sebagai bekalan di akhirat kelak. CORAK Epigram Huraian: Menasihat atau mengajar supaya sentiasa mengingati kematian dan bertawakkal kepada Allah atas segala ketentuan yang telah diberikannya. Juga menasihatkan kita memperbanyakkan melakukan amalan dan perbuatan baik sebagai persediaan di hari akhirat.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 149 ALIRAN Realisme Huraian: Kenyataan atau realiti bahawa kematian pasti terjadi dalam kehidupan seorang manusia dan akan menerima pembalasan atas apa yang mereka lakukan semasa hidup di dunia. Didaktisisme Huraian: Mengajar atau mendidik manusia agar sentiasa beringat-ingat dan bersedia menghadapi kematian serta sentiasa membanyakkan amalan untuk mendekatkan diri kepadaNya dan sebagai bekalan di akhirat kelak. GAYA BAHASA 1) Asonansi (pengulangan huruf-huruf vokal dalam baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih dalam baris sajak) contoh: R3:B2 = Sejauh mata memandang (vokal a) 2) Aliterasi (pengulangan huruf-huruf konsonan dalam baris sajak sebanyak dua kali atau lebih), contoh: R2:B2 = Membuat halaman (kon m) 3) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R4:B2 = entah esok R4:B3 = entah lusa 4) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan atau ayat sajak tersebut), contoh: R1:B1 = kita akan pulang (bermaksud meninggal dunia) 5) Anafora (Pengulangan kata di bahagian awal baris sajak sebanyak dua kali atau lebih secara berturuttan), contoh : R4:B2 = entah esok R4:B3 = entah lusa BENTUK Jumlah rangkap Sajak kita akan pulang mempunyi 5 rangkap. Jumlah baris dan nama R 1, R2 dan R4 mengandungi 4 baris (quatrain). R 3 mengandungi 7 baris (septaim). R5 megandungi 5 baris (qunit). Rima akhir R1 ialah a/b/c/a. R2 ialah a/b/c/d. R3 ialah a/b/a/c/b/d/c. R4 ialah a/b/c/d. R5 ialah a/b/c/d/c. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R1:B4 = yang/pan/jang (3 sukukata). Sukukata panjang ialah R2:B4 = per/ja/la/nan/yang/ter/ba/tas/ru/ang/nya (11 suku kata). Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R4:B2 = entah esok (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B7 = perjalan yang terbatas ruangnya (4 patah perkataan)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 150 Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Kita akan pulang di atas pundak dan terselah perhitungan yang panjang. Khabar yang meyakinkan akan pasti di gengam dengan erat. Segelas air yang disaji bakal membasahi kerongkong. Kita akan pulang dan membuat halaman. Sejauh mana mata memandang pasti kita hidup di dalamnya dengan membuat perkiraan sama ada untung atau rugi dalam perjalan yang terbatas ruangnya. Kita akan pulang dengan membawa rindu dengan sekalung kasturi yang menanti di jambangannya. Kita akan pulang sama ada esok atau lusa dan tampa khabar atau berita. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Kita akan pulang (R1:B1) Maksud: kembali menemui Allah (pergi menemui Illahi) 2) Terserlah perhitungan (R1:B3) Maksud: Pengadilan 3) Membuat halaman (R2:B2) Maksud: kubur 4) perjalanan yang terbatas ruangannya (R2:B7) Maksud: kehidupan dalam alam kubur 5) Membawa rindu (R3:B2) Maksud: cinta kepada Allah 6) Dengan sekalung kasturi (R3:B3) Maksud: segala pahala dari amalan