Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 51 TEMA Harapan seorang ayah terhadap anak sulungnya. Huraian: Dalam sajak ini si ayah menaruh harapan dan cita-citanya dengan mendidik anak sulungnya dengan cara yang terbaik agar anak sulungnya tidak terpesong dari haluan dan dia menaruh harapan tinggi agar anaknya yang sulung berjaya memimpin adik-adiknya yang lain. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Anak yang tertua dalam keluarga adalah harapan kepada ibu bapa untuk memimpin adik-adiknya yang lebih muda. Oleh itu janganlah mereka menghampakan harapan tinggi dan murni ibu bapa ini. Didiklah anak dengan cara yang terbaik dan berikan mereka peluang untuk memimpin agar mereka boleh berdiri dengan sendiri dengan lebih yakin Janganlah kita lupa untuk mengajar anak-anak kita nilai budaya bangsa kita sendiri kerana mereka adalah penerus warisan budaya kita nanti. NILAI Nilai bertanggungjawab. Huraian: Anak sulung itu bertanggungjawab menunjukkan sikap-sikap yang positif agar menjadi ikutan kepada adik-adiknya dan membantu ibu bapa membimbing adiknya ke jalan yang benar. Nilai pendidikan Islam. Huraian: Mementingkan pendidikan agama agar sikap dan cara hidupnya berunsurkan dengan didikan agama Islam yang sangat murni. Seorang ayah yang sentiasa mendoakan perjalanan kehidupan anaknya akan beroleh kejayaan sebagai anak soleh/solehah. Nilai keyakinan diri. Huraian: Ibu bapa merancang apa yang terbaik untuk anak-anaknya demi masa depan dengan sentiasa berusaha mendidik, memberi sokongan dan keyakinan kepada anak sulung yang dididik dengan cara pendidikan agama Islam boleh membimbing adik-adiknya walaupun menghadapi cabaran apa sekalipun. NADA Semangat dan harapan. Huraian: Penyajak mengungkapkan tentang kepentingan ilmu agama Islam itu awal dididik terhadap anak yang sulung dan boleh membimbing adik-adiknya yang terpengaruh dengan budaya barat. Ini juga menunjukkan penyajak yang bersemangat merancang masa depan anakanaknya dan mempunyai harapan yang besar bahawa anak-anaknya itu mengamalkan gaya hidup Islam sepenuhnya. CORAK Epigram. Huraian: Memberikan nasihat dan pengajaran kepada pembaca bahawa ilmu atau pendidikan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 52 agama adalah sangat penting untuk diajarkan kepada anak-anak kita. ALIRAN Realisme. Huraian: Perkara ini benar-benar terjadi bahawa para ibu bapa bimbang akan masa depan anakanaknya dan mendidik anak yang sulung dengan pendidikan Islam agar boleh dijadikan ikutan kepada adik-adiknya nanti. Didaktisisme. Huraian: Mendidik pembaca betapa pentingnya mencari ilmu agama untuk mencari keberkatan hidup dunia dan akhirat. Begitu juga usaha mendidik dan pemedulian tentang masa depan anak-anak dan adalah penting agar kehidupan bahagia juga sempurna. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), Contoh: R2:B2 = ku canangkan hala ke timur (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B2 = kesulunganmu buatku melamun (konsonan n) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan yang sama, sama ada dalam bentuk perkataan, frasa, baris atau suku kata sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Perkataan ‘adik-adikmu’ berulang sebanyak 3 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B3 = dengan kudrat dan iradat R2:B4 = dengan akal dan tawakal (R2:B3 &4) 5) Epifora (Pengulangan perkataan yang sama pada akhir baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B1 = Antara barat dan timur R2:B2 = Ku canangkan hala ke timur BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 5 baris (Quint), R2 mempunyai 7 baris (Septaim), R3 mempunyai 6 baris (Sekstet) dan R4 mempunyai 6 baris (Sekstet). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/c/c. R2 ialah a/a/b/c/d/b/a. R3 ialah a/a/a/b/a/c dan R4 ialah a/a/a/b/c/d Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R4:B4 = pasti (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R4:B1 = tapi hatimu dan hati adik-adikmu (13 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R4:B4 = pasti (1 patah perkataan)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 53 Perkataan panjang ialah R4:B1 = tapi hatimu dan hati adik-adikmu (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Anakku, kesulunganmu buatku melamun memikirkan suatu masa kau akan jadi apa dan milik siapa? Semoga tidak akan berlaku apa-apa pada dirimu nanti. Antara barat dan timur, ku canangkan halamu ke timur dengan kudrat dan iradat mahupun akal dan tawakal dengan restu ilahi agar pilihanku tepat dan benar. Kesulunganmu akan menjadi pemimpin adik-adikmu yang kehausan ilmu dengan aliran baratnya tetapi kau tetap berdiri dengan aliranmu iaitu ketimuran yang tulen. Tetapi hatimu dan hati adik-adikmu juga gaya dan sikapmu adik-adikmu itu adalah sesuatu kepastian, iaitu mengikut ketimuran yang berintikan Islam yang agung. MAKSUD RANGKAI KATA 1) kesulunganmu buatku melamun (R1:B2) Maksud: Si ayah memikirkan tentang anaknya yang sulung 2) antara barat dan timur kucanangkan hala ke timur (R2:B1&2) Maksud: Si ayah menghalakan pelajaran anaknya agar tidak dipengaruhi dengan budaya yang salah tetapi dikayakan dengan pendidikan dan budaya ketimuran yang baik-baik. 3) kautetap berdiri dengan aliranmu (R3:B5) Maksud: Anak sulungnya tetap teguh dengan aliran Timurnya. 4) ketimuran yang berintikan Islam yang agung (R4:B5&6) Maksud: Budaya timur yang tidak menyalahi ajaran Islami adalah yang yang dipercayai si ayah ada pada anak-anaknya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 54 NO : 13 SAJAK : ‘OMBAK DI PASIR PANTAI’ TEKS SAJAK: ‘OMBAK DI PASIR PANTAI’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Dalam hidup Kita bagaikan ombak-ombak laut yang berkejaran Menghempaskan diri ke pantai pasir Meskipun ombak itu tahu bahawa itulah akhirnya Pada R1 penyajak menyatakan bahawa kehidupan di dunia ini penuh dengan cabaran, harapan, matlamat dan rintangan hidup. Manusia sentiasa sahaja berlumbalumba untuk mencapai matlamat dan cita-citanya, meskipun adakalanya mereka sudah tahu bahawa mereka akan menemui kegagalan. Namun mereka tetap menaruh harapan agar usaha yang berterusan tanpa mengenal putus asa itu pasti akan menghasilkan kejayaan jua akhirnya. Persoalan pada R1 adalah tentang perjuangan dan kegigihan. Huraian: Memperlihatkan perjuangan manusia yang sentiasa bersaing dan juga kegigihan manusia berjuang untuk mengejar cita-cita dan mencapai matlamat mereka. Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa Jemu menghempaskan dirinya Engkau jadikan manusia pun terus Mengejar Sesuatu yang dicarinya Sehingga bila ia menemukan Engkau Akan terhenti Bagaikan ombak-ombak yang terhenti Setelah menghempas pantai Resap di telan pasir Pada R2 pula penyajak mengibaratkan manusia itu bagaikan ombak, sentiasa gigih berusaha mencari kebahagiaan dan kenikmatan hidup tanpa mengenal erti putus asa. Penyajak juga akur bahawa memang Allah s.w.t telah menyarankan manusia itu untuk mencari kenikmatan dan kebahagian hidup, tetapi bukan sahaja untuk di dunia malah juga untuk di akhirat. Hakikatnya, perjuangan manusia untuk mengecapi kebahagiaan dan kenikmatan hidup itu pasti akan berterusan hingga ke akhir hayat. R2 juga masih membicarakan persoalan perjuangan dan kegigihan. Huraian: Memperlihatkan tentang kegigihan manusia yang sentiasa berjuang tanpa mengenal erti putus asa semata-mata untuk mencapai cita-cita dan matlamat yang diimpikan sama ada di dunia dan di akhirat kelak. Engkau telah ciptakan malam Dan engkau ciptakan siangnya Engkau ciptakan ombak-ombak Dan engkau ciptakan pantainya Engkau jadikan hati ini Rindu Sehingga ia bagaikan ombak Yang mengejar pantai Mestipun sewaktu-waktu ia Tahu Akan mati menghempas pasir Pada R3 penyajak menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menjadikan kejadian alam ini berpasangpasangan dan disebalik kejadian itu pasti ada rahsianya yang tersendiri. Begitu juga kejadian serta keadaan manusia, mereka sentiasa gigih berusaha / sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai apa yang mereka impikan atau merubah keadaan hidup mereka. Malangnya, Persoalan R3 tentang ketuhanan / keagamaan. Huraian: Rangkap ini banyak menyentuh hal-hal keagamaan terutamanya menyarankan manusia jangan mudah lalai dan leka dibuai citacita mengejar kemewahan dunia semata-mata tetapi haruslah seimbang dengan berusaha mengejar bekalan di akhirat jua
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 55 kemewahan di dunia menjadikan mereka lalai dan leka terhadap perintah Allah s.w.t sedangkan mereka tahu bahawa suatu hari nanti mereka akan kembali jua kepadaNya. Bagi mereka yang mendapat petunjuk dan pedoman dari Allah pasti akan berusaha mendekatkan diri kepadaNya supaya dapat juga mengecapi kebahagian hakiki di akhirat kelak. TEMA Perjuangan dan kegigihan hidup manusia dalam mengejar impaian. Huraian: Setiap manusia yang inginkan hasratnya tercapai haruslah gigih dan tekun berusaha, tahan menempuh segala cabaran dan rintangan hidup di dunia ini. Walau bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kebahagian di akhirat jangan diabaikan. Manusia haruslah juga gigih dan tekun berusaha untuk mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah s.w.t. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Walaupun kita tahu manusia akan mati juga akhirnya tetapi kita perlulah melalui kehidupan ini dengan penuh kecekalan dan penuh dengan tanggungjawab. Janganlah kita kecewa dan berputus asa terhadap setiap kejadian yang ditakdirkan itu, kerana pasti ada rahsia dan hikmahnya untuk manusia Hendaklah kita bersikap cekal atau tabah dan kesabaran menempuh pelbagai cabaran hidup. Kita hendaklah bersikap cekal menghadapi cabaran yang mendatang. Hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih demi mencapai kebahagiaan hidup. NILAI Nilai kecekalan atau ketabahan dan kesabaran. Huraian: Dalam kehidupan di dunia ini mesti tanamkan sikap kecekalan atau ketabahan dan kesabaran supaya kehidupan kita lebih baik. Nilai berusaha keras untuk mencapai kehidupan yang bahagia. Huraian: Untuk berjaya dalam kehidupan ini mestilah bersikap rajin berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih bahagia. Nilai tidak mudah berputus asa. Huraian: Tidak mudah berputus asa walau pun menempuh pelbagai cabaran atau kegagalan namun harus bangkit untuk mencapai matlamat dan apa yang dicita-citakan. NADA Sinis, semangat dan harapan. Huraian: Manusia tetap akan berusaha dan bersemangat untuk mencari kemewahan dengan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 56 harapan kemewahan itu dapat memberikan kebahagiaan hidup. Namun penyajak juga secara sinis sebanranya menyindir individu yang terlalu mengejar kemewahan sehingga mengabaikan nilai-nilai kemanusian. CORAK Satira. Huraian: Sindiran tajam kepada manusia hanya memenuhi masa dengan mencari kemewahan semata-mata, walaupun mereka telah menempuhi pelbagai cabaran; dalam kehidupan manusia. ALIRAN Realisme. Huraian: Memperlihatkan realiti keadaan kehidupan manusia yang mesti mencapai matlamat yang diinginkan atau dicita-citakan sehingga mereka berjaya mendapatkan apa yang mereka hajati atau inginkan. Didaktisisme. Huraian: Memberi pengajaran kepada manusia untuk berusaha dan terus berusaha demi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan manusia. GAYA BAHASA 1) Kata ganda (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R2 : B1= Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa 2) Personifikasi (unsur pengorangan / kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R2: B1 = Engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa R2:B2 = jemu menghempaskan dirinya 3) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan dalam rangkap yang sama), contoh: R3:B1 = Engkau telah ciptakan malam R3:B2 = Dan engkau ciptakan siangnya 4) Asonansi,(Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B2 = kita bagaikan ombak-ombak laut yang (vokal e) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B1 = engkau jadikan ombak-ombak itu tanpa (konsonan k) BENTUK Jumlah rangkap. sajak ‘Ombak di Pasir Pantai’ keseluruhannya mempunyai 3 rangkap sahaja. Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 6 baris (sekstet). R2 dan R3 mempunyai 11 baris (bebas) Rima akhir. R1 ialah a/b/c/b/d/e/f/f/d. R2 pula ialah a/b/a/b/c/b/a/a/d dan R3 pula a/b/c/b/d/e/c/d/b/e/f. Jumlah suku kata.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 57 Sukukata pendek ialah R3:B6 = rin/du (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B5 = mes/ki/pun/om/bak/i/tu/ta/hu/ba/ha/wa/i/tu/lah (15 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B3 = berkejaran (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B5 = meskipun ombak itu tahu bahawa itulah (6 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Dalam hidup ini kita bagaikan ombak-ombak laut yang berkejaran, menghempaskan diri ke pasir pantai. Meskipun ombak itu tahu bahawa itulah akhirnya. Engkau menjadikan ombak-ombak itu tanpa berasa jemu menghempaskan dirinya. Engkau pun terus menjadikan manusia mengejar sesuatu yang dicarinya sehingga apabila ia menemukan Engkau dan akan terhentilah ia. Bagaikan ombak-ombak yang terhenti setelah menghempas pantai dan terus ia meresap di telan pasir. Engkau telah menciptakan malam dan siangnya. Engkau telah menciptakan ombak-ombak dan pantainya. Engkau menjadikan hati ini rindu sehingga ia bagaikan ombak yang mengejar pantai. Meskipun sewaktu-waktu ia mengetahui akan mati menghempas pasir. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Kita bagaikan ombak-ombak laut yang berkejaran (R1 : B2&3 ) Maksud : keadaan yang penuh dengan cabaran dan rintangan yang harus kita tempuhi 2) Yang mengejar pantai (R3: B8 ) Maksud : menghadapi kesusahan dalam mengharungi kehidupan ini 3) Sehingga bila ia menemukan Engkau (R2:B6) Maksud: Menemui kematian
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 58 NO : 14 SAJAK : ‘ORANG TUA DENGAN HUJAN’ TEKS SAJAK: ‘ORANG TUA DENGAN HUJAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Hujan di luar titis-titisnya melanda atap daun-daun nipah yang reput dimamah usia Pada R1 penyajak menyatakan menceritakan keadaan hujan yang turun melanda sebuah rumah lama yang sudah usang yang hanya beratapkan daun nipah. Persoalan R1 tentang kemiskinan hidup. Huraian: Mengambarkan kedaifan sebuah rumah yang sudah usang hanya beratapkan daun nipah. Bagaikan rumah Lantai dan pintu yang goyak Seorang tua Kuyup dalam hujan Kedinginan Mengetuk daun pintu Yang hampir kopak Itu Pada R2 penyajak membayangkan keadaan rumah yang sudah usang dan tidak kukuh serta selamat untuk didiami, di samping itu digambarkan juga perihal menyedihkan iaitu keadaan seorang tua yang basah kuyup dan kedinginan mencari tempat berteduh dalam rumah usang tersebut yang setentunya boleh mendatangkan bahaya. Persoalan R2 tentang kemiskinan hidup. Huraian: Keadaan seorang tua yang hidup melarat dan dalam keadaan basah kuyup mencari perlindungan atau bantuan di sebuah rumah yang sudah usang. Hujan dan badai di luar Menghambat Seorang tua yang Mencari Perlindungan di rumah Yang seperti dirinya dan usianya Rapuh dan goyah Pada R3 penyajak menceritakan bahawa hujan lebat berterusan, diikuti dengan keadaan ribut yang menyebabkan orang tua tersebut terus mencari tempat berteduh iaitu di sebuah rumah usang yang boleh diibaratkan seusia dengannya dan tidak selamat dijadikan tempat berlindung. Persoalan R3 juga masih tentang pengabaian tanggungjawab. Huraian: Menggambarkan keadaan seorang tua tidak diperdulikan masih mencari perlindungan di sebuah rumah lama ketukan itu terus bertalu tapi rumah kosong tidak siapa yang menyahutnya Pada R4 penyajak memperlihatkan bahawa orang tua itu terus berusaha mencari perlindungan tetapi tidak dipedulikan dan diberikan bantuan. Persoalan R4 tentang pengabaian tanggungjawab. Huraian: Memaparkan gambaran seorang tua yang tidak dipedulikan atau diberikan bantuan oleh sesiapa. Seorang tua Yang kini Setengah mati Kedinginan Meneruskan jalannya Pada R5 penyajak memperlihatkan rasa kekecewaan orang tua tadi kerana tidak ada orang yang sudi menolong atau menghulurkan bantuan kepadanya. Digambarkan Persoalan R5 tentang pengabaian tanggungjawab. Huraian: iaitu tentang orang tua yang terus
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 59 Dalam hujan badai orang tua tersebut dengan perasaan kecewa serta dalam kedinginan meneruskan perjalanannya tanpa sebarang arah tujuan yang pasti. berusaha meminta bantuan dan mencari tempat perlindungan. Namun dia terus hampa dan kecewa kerana tidak diperdulikan. TEMA Kemiskinan hidup dan pengabaian tanggungjawab. Huraian: Seseorang yang hidup miskin dan susah mengharapkan pertolongan orang lain agar dapat meringankan kesusahan yang ditanggungnya. Namun tidak ada yang sudi menolongnya malah dia diabaikan begitu sahaja menyebabkan dia berasa sungguh kecewa kerana penderitaan berterusan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Sikap tolong menolong hendaklah diamalkan kerana ia merupakan amalan yang baik bagi setiap insan. Kita hendaklah sering ingat mengingati antara satu sama lain kerana kehidupan ini ada kalanya kita memerlukan bantuan orang lain. Kita Hendaklah sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik atau sempurna. Kita hendaklah mempunyai sikap kemanusiaan dan tolong menolong terutama terhadap orang yang memerlukannya. Kita hendaklah menanamkan sifat bersimpati kepada orang yang susah agar kita terbiasa membantu antara satu dengan yang lain. NILAI Nilai bantu membantu. Huraian: Dalam kehidupan ini saling bantu membantu di antara satu dengan yang lain tanpa mengira siapa. Nilai prihatin. Huraian: Mempunyai sifat prihatin kepada mereka yang menghadapi masalah dan bersedia untuk menghulurkan bantuan. Nilai perikemanusiaan. Huraian: memberikan bantuan kepada orang yang benar-benar memerlukan pertolongan agar dapat meringankan beban atau kesusahan hidup mereka. NADA Kecewa dan simpati. Huraian: Perasaan kecewa dan simpati terhadap nasib orang tua yang telah diabaikan dan mengharapkan belas kasihan orang ramai untuk membantu namun diabaikan begitu sahaja.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 60 CORAK Elegi. Huraian: Rasa sedih dan bersimpati terhadap nasib orang tua yang diabaikan dan tidak mendapat bantuan yang sepatutnya. Epigram. Huraian: Memberi pengajaran dan nasihat kepada semua golongan masyarakat agar mengamalkan sikap tolong menolong dan perihatin terutama kepada generasi tua. ALIRAN Realisme. Huraian: Kenyataan tentang pengabaian generasi tua dalam melayari kehidupan. Mereka tersisih, diabaikan dan tidak dihargai oleh anak-anak mereka dan masyarakat sekeliling. Didaktisisme. Huraian: Mendidik manusia supaya mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira usia, pangkat dan darjat. GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R1:B4 = Daun-daun nipah yang 2) Singkatan (kata yang disingkatkan / dipendekkan perkataannya), contoh: R4:B2 = tapi (tetapi) 3) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan tersebut), contoh: R2:B2 = lantai dan pintu yang goyak (kemiskinan) 4) Asonansi,(Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R3:B1 = Hujan badai di luar (vokal a) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B2 = Lantai dan pintu yang koyak (kon n) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini keseluruhannya mengandungi lima rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 & 5 mengandungi enam baris (sekstet), R2 mengandungi lapan baris (oktaf), R3 mengandungi tujuh baris (septaim) manakala R4 mengandungi lima baris (quint). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/d/e/b, R2 ialah a/a/b/c/c/d/e/d, R3 ialah a/b/c/d/e/f/e, R4 ialah a/b/c/c/d, dan R5 ialah a/b/b/c/a/b. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B3 = a/tap (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B2 = lan/tai/dan/pin/tu/ yang/goyah (7 sukukata)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 61 Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah iaitu R1:B3 = atap (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B6 = yang seperti diri dan usianya (5 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Hujan di luar dan titis-titisnya melanda atap daun-daun nipah yang telah reput kerana dimamah usia. Bagaikan rumah, lantai dan pintu yang goyah, seorang tua yang kuyup dalam hujan dan kedinginan telah mengetuk pintu yang hampir kopak itu. Hujan dan badai di luar menghambat seorang tua yang mencari perlindungan di rumah yang rapuh dan goyah seperti diri dan usianya. Ketukan itu terus berlalu tetapi rumah itu kosong kerana tidak ada siapa yang menyahutnya. Seorang tua yang kini setengah mati kerana kedinginan meneruskan perjalanannya dalam hujan badai MAKSUD RANGKAIKATA 1) Rapuh dan goyah (R3:B7) Maksud: tidak berupaya dan berdaya lagi 2) Daun-daun nipah yang reput (R1:B4) Maksud: masyarakat tua yang terbiar dan tidak pedulikan oleh anak-anak muda 3) kuyup dalam hujan (R2:B4) Maksud: mendapat kesusahan dan tersisih 4) hujan di luar (R1:B1) Maksud: kemiskinan dan kesusahan 5) perlindungan di rumah (R3:B4) Maksud: mengharapkan belas kasihan / meminta pertolongan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 62 NO : 15 SAJAK : ‘TENTANG CINTA’ TEKS SAJAK: ‘TENTANG CINTA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Bagaikan anjing yang menunggu Tuannya Kerana hanya seketul tulang Yang dilekati Cebisan daging Pada R1 penyajak menyatakan bahawa usaha, cinta dan taat setia itu hanya bersifat sementara sahaja atau disebabkan inginkan ganjaran daripada seseorang yang berkuasa tanpa memperdulikan nilai dan kualitinya. Persoalan R1 tentang kesetiaan, pengorbanan dan ganjaran. Huraian: kesetiaan itu disebabkan untuk mendapat ganjaran semata-mata atau dijanjikan sesuatu ganjaran. bagaikan bangau-bangau mencintai sungai kerana ikannya Pada R2 penyajak menyatakan bahawa perlakuan cinta dan taat setia itu hanya bersifat sementara sahaja, iaitu disebabkan mahu mencapai apa yang mereka hajati / mendapatkan ganjaran lumayan yang diberikan. Persoalan R2 juga tentang kesetiaan, pengorbanan dan ganjaran. Huraian: Memperlihatkan gambaran bahawa kesetiaan itu wujud disebabkan untuk mendapat suatu ganjaran yang ternyata lumayan. Demikian manusia mengikut Dirinya Kerana sesuatu yang Dicintainya Bagaikan kelkatu-kelkatu Yang menyambar api lilin Ia mati kerana Cintanya Pada sinar lilin Pada R3 penyajak menegaskan bahawa setiap diri manusia itu memang secara semula jadi dipengaruhi oleh keinginan yang kuat untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya. Keinginan yang begitu kuat ini menyebabkan manusia akan berusaha dengan apa cara sekalipun asalkan niat dan hajat mereka tercapai. Walaupun hakikatnya perkara tersebut di luar keupayaan / kemampuan meraka namun mereka tetap mencubanya dan akhirnya bukannya memberi kebaikan tetapi membinasakan diri mereka. Persoalan R3 adalah tentang perjuangan dan pengorbanan. Huraian: Memperlihatkan suatu perjuangan yang bersungguhsungguh semata-mata untuk mendapatkan hasil atau ganjaran walaupun menyedari kemampuan / keupayaan tidak mungkin dapat mencapainya dan akhirnya secara tidak langsung membinasakan diri sendiri. TEMA Kesetiaan dan pengorbanan. Huraian: Hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa setiap kesetiaan yang ada itu sebenarnya menuntut suatu ganjaran. Manakala untuk mendapatkan ganjaran tersebut memerlukan seseorang berkorban apa sahaja dan hasil dari pengorbanan itu baharulah dia dapat menikmati hasilnya. Dalam sajak ini dapat dilihat bahawa kesetiaan atau kepatuhan itu bukanlah secara ikhlas tetapi disebabkan untuk mendapatkan sesuatu hasil dan yang menyedihkan lagi kadangkalanya ada pengorbanan itu secara tidak langsung boleh membinasakan diri individu itu sendiri.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 63 PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Dalam melakukan perkara itu mestilah secara ikhlas dan jujur dan tidak terlalu mengharapkan ganjaran atau pangkat. Janganlah terlalu mengikutkan hawa nafsunya kerana ia hanya akan mendapat kerugian pada dirinya dan boleh membahayakan dirinya dan orang lain. Janganlah terlalu mengejar kesenangan dunia itu akan melalaikan dirinya daripada menjalankan tanggungjawabnya yang telah diamanahkan. Hidup ini biarlah bersederhana dan janganlah terlalu mengikut kehendak hati supaya kita dapat mengimbangi dan menjalankan tangggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Janganlah terlalu mengikut kehendak hati kerana ia boleh membawa kepada kehancuran dan kerugian pada diri sendiri. NILAI Nilai bekerja dengan ikhlas dan jujur. Huraian: Bekerja dengan ikhlas dan jujur tanpa mengharap sebarang balasan dari pihak atasan. Nilai hidup dalam berserderhana. Huraian: Dalam menjalani kehidupan ini biarlah bersifat sederhana tanpa menunjuk-nunjuk mengharapkan sesuatu. Nilai menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Huraian: Apapun pekerjaan atau perkara yang dipertanggungjawabkan atau diamanahkan perlu kita laksanakan dengan sebaik-baiknya. NADA Sinis. Huraian: Memberi sindiran tajam kepada golongan yang bekerja atau berusaha untuk sesuatu itu semata-mata mengharapkan ganjaran dan golongan atasan yang selalu menjanjikan sesuatu untuk yang akibatnya boleh menghancurkan masa depan orang bawahannya. Kecewa. Huraian: Kecewa terhadap perlakuan seseorang yang melakukan sesuatu itu semata-mata kerana mahukan ganjaran bukannya benar-benar ikhlas. CORAK Satira. Huraian: Sindiran tajam terhadap segolongan manusia yang sanggup berkorban semata-mata untuk mengejar ganjaran / keuntungan terhadap sesuatu perkara yang mereka lakukan walaupun ia bersifat sementara dan tidak menjanjikan kesenangan yang berkekalan. ALIRAN Realisme. Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 64 Kejadian ini merupakan kisah yang benar-benar berlaku kerana manusia itu ada yang bekerja semata-mata mengharapkan balasan dari pihak atasannya. Didaktisisme. Huraian: Mengajar manusia supaya tidak terlalu cinta terhadap sesuatu yang diinginkan hanya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan/ kesenangan/ pangkat kerana semua itu hanya bersifat sementara dan boleh mengakibatkan kerugian pada diri sendiri. GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R2:B1 = bagaikan bangau-bangau 2) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan atau beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Perkataan bagaikan diulang sebanyak 3 kali dalam keseluruhan sajak. 3) Simili (perbandingan langsung menggunakan tamsil / kiasan yang menggunakan penanda), contoh; R1:B1 = bagaikan anjing yang menunggu 4) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B1 = bagaikan bangau-bangau (vokal a) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh; R1:B1 = bagaikan anjing yang menunggu (konsonan g) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mengandungi 5 baris (Quint), R2 mengandungi 3 baris (Terzina) dan R3 mengandungi 9 baris (bebas). Rima akhir. Rangkap 1 ialah a/b/c/d/c, Rangkap 2 ialah a/b/c, Rangkap 3 ialah a/b/c/b/d/e/b/b/e. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B2 = tu/an/nya (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B1 = de/mi/ki/an/ma/nu/si/a me/ngi/kat (11 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B2 = tuannya (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B1 = bagaikan anjing yang menunggu (5 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Bagaikan seekor anjing yang menunggu tuannya kerana hanya mengharapkan seketul tulang yang dilekati oleh cebisan daging. Bagaikan bangau-bangau yang mencintai sungai kerana banyak terdapat ikan-ikan. Demikianlah manusia itu mengikat dirinya sendiri kerana
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 65 sesuatu yang dicintainya bagai kelkatu-kelkatu yang menyambar api lilin lalu ia mati kerana cintanya pada sinar lilin. MAKSUD RANGKAI KATA 1) bagaikan anjing yang menunggu tuannya (R1:B2&3) Maksud: bermaksud orang yang sangat taat kepada tuannya. 2) kerana hanya seketul daging (R1:B3) Maksud: mengharapkan sesuatu balasan 3) bagaikan kelkatu-kelkatu (R3:B5) Maksud inginkan sesuatu
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 66 NO : 16 SAJAK : ‘DAUN’ TEKS SAJAK: ‘DAUN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Daun Hijaumu menyegarkan Kuningmu kemusnahan Layumu kehancuran Pada R1 penyajak memaparkan perlambangan bahawa daun umpama kehidupan manusia. Kehidupan yang baik umpama kehijauan alam (warna daun). Apabila kehijauan bertukar warna menjadi kuning ia menandakan berlakunya penderitaan dan apabila ia layu pula menunjukkan berlakunya kemusnahan / kehancuran. Persoalan R1 tentang cabaran dan rintangan hidup. Huraian: Kehidupan di dunia ini digambarkan penuh dengan cabaran dan rintangan yang harus ditempuhi. Hijaumu daun Hembusan kemesraan Menguntum kebahagiaan Mewangi kehidupan Pada R2 penyajak menyatakan bahawa kehijauan daun itu juga melambangkan suatu perasaan kemesraan dan membawa kebahagiaan serta kegembiraan kepada seluruh manusia. Persoalan pada R2 ialah tentang kebahagiaan. Huraian: Dalam kehidupan ini pasti akan ada kemesraan dan kebahagiaan. Kuningmu daun Mengetuk keresahan Memeluk penderitaan Mendakap kematian Pada R3 penyajak menyatakan secara simbolik bahawa kekuningan daun perlambangan keresahan di hati manusia kerana ia merupakan suatu tanda penderitaan dan boleh menyebabkan kematian. Keadaan seperti ini secara tidak langsung boleh merosakan alam sekitar dan mengancam kehidupan manusia. Persoalan pada R2 ialah tentang penderitaan dan kemusnahan. Huraian: Kuning daun pula merupakan simbol menandakan berlaku satu masalah / penderitaan dalam kehidupan yang akhirnya akan membawa kepada kemusnahan dan kematian. Layumu daun Memusnahkan segala Kesegaran Kegembiraan Kebahagiaan Kehidupan Yang menjanjikan Kehancuran Kematian ABADI. Pada R4 penyajak menyatakan bahawa apabila layu simbolik menandakan berlakunya kemusnahan yang hakikatnya akan menghilangkan segala keharmonian, kegembiraan dan akhirnya bila tidak tertanggung lagi akan menyebabkan kematian. Persoalan pada R2 ialah tentang penderitaan dan kemusnahan. Huraian: Layu simbol penderitaan yang hakikatnya akan membawa kemusnahan / kematian.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 67 TEMA Cabaran dan kemusnahan hidup. Huraian: Menjadi cabaran kepada manusia agar menjaga alam sekitar yang hijau dan terpelihara kerana ia memberikan banyak kebaikan kepada kehidupan seluruh makhluk di muka bumi ini. Namun penyajak juga resah jika alam sekitar diabaikan kerana ia secara tidak langsung akan mengundang / memusnahkan kehidupan manusia dan tumbu-tumbuhan. Begitu juga jika diterjemahkan dalam kehidupan manusia, jika gagal menempuh cabaran pasti akan menghadapi masalah atau penderitaan dan Akhirnya akan menyebabkan kemusnahan hidup. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Segala kehidupan di dunia ini perlulah dijaga oleh setiap orang daripada kemusnahan dan kehancuran. Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini perlulah bertanggungjawab dan menjaga hubungan sesama manusia supaya dunia aman dan sentosa. Kita hendaklah menjaga alam sekitar supaya dapat hidup dengan selesa dan segar. Kita mestilah sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertanggungjawab supaya hidup kekal sejahtera. NILAI Nilai menghargai alam sekitar. Huraian: Menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya daripada kemusnahan. Nilai berusaha mencegah kemusnahan. Huraian: Berusaha mencegah kemusnahan tumbuh-tumbuhan / alam sekitar kerana ia secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia. Nilai bersatu padu. Huraian: Apabila menghadapi suatu masalah kita perlu bersatu padu dan bekerjasama mengatasi masalah agar dapat ditangani dengan baik dan sempurna. NADA Sinis dan harapan. Huraian: Sindiran tajam kepada golongan yang sering memusnahkan dan tidak menjaga alam sekitar. Di samping itu mengharap supaya manusia yang ada di dunia ini dapat menjaga dan mengekalkan alam sekitar daripada kemusnahan. CORAK Epigram. Huraian: Memberi ingatan dan pengajaran supaya kita menghargai dan menjaga menjaga alam sekitar dengan baik daripada kemusnahan manusia yang tidak bertanggungjawab. ALIRAN Simbolisme Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 68 Daun adalah sebagai simbol kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.jika ia berubah warna sebagai perlambangan berlaku suatu masalah dengan kehidupan manusia atau alam sekitar. Bila ia tidak dapat ditangani dengan baik pastikan akan mengakibatan penderitaan dan akhirnya menyebabkkan kemusnahan atau kematian. Didaktisisme. Huraian: Memberi nasihat dn pengajaran agar kita menghargai segala ciptaan Allah dan berusaha menjaga serta menggunakannya dengan sebaik-baiknya. GAYA BAHASA 1) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan tersebut), contoh: R1:B2 = hijaumu daun (sebagai minda dan kesegaran). 2) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B2 = ‘hijaumu menyegarkan’ (vokal a) 3) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B3 = menguntum kebahagiaan’ (kon n) 4) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Pengulangan perkataan daun sebanyak 4 kali dalam keseluruhan sajak 5) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R4:6 = Kehidupan R4:9 = kematian BENTUK Jumlah rangkap. Sajak Daun mengandungi 4 rangkap. Jumlah baris dan nama. Rangkap 1,2 dan 3 mempunyai 4 baris (Quatrain). Rangkap 4 mempunyai 10 baris (bebas). Rima akhir. R1 iaalah a/a/a/a, R2 ialah a/a/a/a, R3 ialah a/a/a/a dan R4 ialah a/b/a/a/a/a/a/a/a/c. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B1 = da/un mempunyai (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B3 = me/ngun/tum/ke/ba/ha/gi/a/an (9 sukukata) Jumlah Patah Perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B1 = daun (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B2 = hijaumu menyegarkan (2 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Daun, hijaumu menyegarkan tetapi kuningmu adalah kemusnahan dan layumu adalah kehancuran. Hijaumu daun sebagai hembusan kemesraan yang menguntum kebahagiaan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 69 serta mewangi di dalam kehidupan. Manakala kuningmu pula telah mengetuk segala keresahan, memeluk setiap penderitaan dan mendakap kematian. Layumu daun telah memusnahkan segala kesegaran, kegembiraan, kebahagiaan dan kehidupan yang telah menjanjikan segala kehancuran dan kematian yang abadi. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Hijaumu daun (R2:B1) Maksud : kesegaran atau kebahagiaan. 2) Kuningmu kemusnahan (R1:B3) Maksud : keresahan atau penderitaan. 3) Layumu kehancuran (R1:B4) Maksud : Kemusnahan atau kematian.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 70 NO : 17 SAJAK : ‘MENTARI’ TEKS SAJAK : ‘MENTARI’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Mentari ciptaan Ilahi Timur bangunmu Barat tidurmu Itu kehendak-nya Mengikut aturan pencipta-Nya Pada R1 penyajak membicarakan tentang matahari adalah salah satu daripada cipataan Allah S.W.T. yang sememangnya sudah tersurat terbit sebelah pagi dari sebelah Timur dan terbenam di waktu senja di sebelah Barat. Hakikat kejadian ini adalah kehendak Allah S.W.T. yang sudah ditetapkan dan setentunya mengandungi rahsia tersendiri. Persoalan R1 tentang kekuasaan Allah s.w.t. Huraian: Tuhan mencipta matahari yang mempunyai perjalanan/kejadian tersendiri. Misalnya, setiap hari terbit dari Timur dan akan tenggelam sebelah Barat. Hari-hari mentari Menyinari menyeri Alam maya ini Bangunmu kehidupan pasti Meraih sesuap rezeki Pada R2 penyajak menjelaskan bahawa setiap hari matahari menerbitkan cahaya untuk menyinari sekalian makhluk di muka bumi ini. Hakikatnya, apabila sahaja terbit matahari maka bermulalah kehidupan manusia, masing-masing sibuk hendak memulakan pekerjaan serta menjalankan urusan masingmasing semata-mata untuk mencari rezeki. Persoalan R2 tentang sumbangan matahari. Huraian: Setiap hari matahari menyinari/menerangi muka bumi ini. Kehadiran matahari pada setiap pagi menandakan bermulanya usaha manusia untuk memulakan urusan/pekerjaan mencari rezeki. Hari-hari mentari Menyendiri menghindari Pekatan malam Tidurmu menggunung mimpi Menggapai janji pasti Pada R3 penyajak menegaskan setiap hari matahari terbit sendirian. Kehadirannya menghilangkan kegelapan dunia/alam ini. Selain itu terbitnya matahari juga membangunkan manusia manakala terbenamnya matahari di waktu senja membolehkan manusia berehat dan tidur. Di samping itu membolehkan manusia berazam untuk membuat sesuatu yang lebih baik lagi apabila menjelang hari esoknya. Persoalan R3 tentang kekuasaan Allah s.w.t. Huraian: Matahari setiap hari terbit sendirian, bertugas membangunkan manusia dan memberi pelung manusia berehat di waktu malam. Terbenamnya matahari di waktu senja membolehkan manusia berehat dan tidur. Di samping itu membolehkan manusia berazam untuk membuat sesuatu yang lebih baik lagi apabila menjelang hari esok. Mentari Sinarmu Surammu Adalah janji-janji kehidupan Pada R4 penyajak mengingatkan bahawa sinar cahaya dan kesuraman matahari membawa makna-makna tertentu dalam kehidupan. Jika matahari bersinar akan memberi kebaikan kepada Persoalan R4 tentang peringatan. Huraian: Sinar dan kesuraman matahari membawa makna-makna
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 71 sekalin makhluk di muka bumi ini dan jika sebaliknya pasti muka bumi ini akan musnah. tertentu. Begitu jugalah dengan kehidupan manusia, setiap citacita, azam dan perbuatan tersebut mempunyai misi dan maksud tersendiri. TEMA Kekuasaan Allah s.w.t. menciptakan sesuatu itu mempunyai kelebihan tertentu, Huraian: Kehidupan manusia dan ciptaan Allah adalah satu perkara yang berkaitan antara satu sama lain. Kedua perkara ini telah ditentukan perjalanan setiap waktu. penyajak mengutarakan kekuasaan Allah s.w.t untuk menyedarkan manusia supaya mensyukuri segala ciptaan Ilahi dan mengambil iktibar serta peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah bijak memanfaatkan kegunaan cahaya matahari untuk tujuan yang baik dalam kehidupan seharian. Kita hendaklah sentiasa redha dan menerima aturan perjalanan hidup kita kerana semuanya telah ditentukan Allah. Ambillah kesempatan waktu siang untuk berusaha dan bekerja sebanyak dan semampu yang boleh untuk mendapatkan rezeki Allah. Ambillah kesempatan pada waktu malam untuk merehatkan badan yang sudah lelah bekerja pada siang hari. Kita hendaklah mengambil kesempatan sebanyak-banyaknya di siang dan malam hari bukan sahaja untuk tujuan keduniaan malah untuk bekalan di akhirat. NILAI Nilai memberi manafaat. Huraian: Matahari ciptaan Allah s.w.t ternyata memberi banyak manfaat dan kelebihan dalam kehidupan manusia. Nilai kebesaran Allah. Huraian: Kebesaran Allah yang telah menciptakan siang hari sebagai masa untuk manusia bekerja dan berusaha dan malam pula mereka berehat. Nilai kejayaan. Huraian: Sinar harapan dan kebahagiaan dan kejayaan pasti akan diperolehi oleh setiap orang yang gigih berusaha. NADA Semangat dan harapan. Huraian: Memberi harapan tentang hari esok yang cerah dan sinar kebahagiaan yang pasti akan ada untuk setiap seorang yang rajin berusaha.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 72 CORAK Epigram. Huraian: Memberi nasihat supaya manusia dapat mengambil kesempatan untuk mencari rezeki dan bekalan yang cukup bukan sahaja untuk di dunia tetapi juga untuk di akhirat. Himne. Huraian: Memuji kebesaran dan kelebihan ciptaan Allah s.w.t yang banyak memberi kepentingan dan manfaat untuk kehidupan manusia. ALIRAN Realisme. Huraian: Sajak ini mengemukakan tentang realiti kehidupan dan ciptaan Allah s.w.t (Matahari). Semua ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan dan ada rahsia tersendiri untuk kehidupan semua makhluk di bumi ini. Simbolisme. Huraian: Matahari sebenarnya hanyalah simbol untuk mengingatkan manusia tentang kebesaran Allah dan dengannya diharap manusia akan sedar tentang kebesaran/kekuasaan Allah dan menghargai segala ciptaannya. GAYA BAHASA 1) Gandaan / kata ganda (Kata yang diulang perkataan / sebutannya), contoh: R2:B1 = hari-hari mentari 2) Hiperbola (Pemakaian bahasa, kiasan, ungkapan atau kata secara berlebih-lebihan dan tidak logik), contoh: R3:B4 = tidurmu menggunung mimpi. 3) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan tersebut), contoh: R4:B1 = mentari (harapan atau masa depan yang cerah) 4) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R3:B4 = tidurmu menggunung mimpi (vokal u) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R3:B2 = menyendiri menghindari (kon n) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1, R2 dan R3 mempunyai 5 baris (quint) dan R4 mempunyai 4 baris (quatrain). Rima akhir. R1 ialah a/b/b/c/c. R2 ialah a/a/a/a/a, R3 ialah a/a/b/a/a dan R4 ialah a/b/b/c. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R4:B1 = men/ta/ri (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R4:B4 = a/da/lah/jan/ji/jan/ji/ke/hi/dup/an (11 sukukata)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 73 Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R4:B1 = mentari (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B5 = mengikut aturan pencipta-Nya (3 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Mentari yang diciptakan oleh Ilahi. Dari arah Timur tempat bangunmu dan ke arah Barat tempat tidurmu. Itu adalah kehendak-Nya dan hanya mengikut peraturan penciptaannya. Setiap hari mentari akan menyinari dan menyerikan alam maya ini. Dengan bangunmu, kehidupan adalah pasti untuk meraih sesuap rezeki. Setiap hari mentari akan menyendiri dan menghindari dalam pekatan malam. Tidurmu itu menggunung mimpi bagi menggapai janji yang pasti. Mentari, sinaranmu dan suramu itu adalah janji-janji dalam kehidupan ini. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Mentari (R4:B1) Maksud: harapan atau masa depan yang cerah 2) Tidurmu menggunung mimpi (R3:B4) Maksud: Mengimpikan kejayaan 3) Sinarmu (R4:B2) Maksud: kebahagiaan atau kejayaan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 74 NO : 18 SAJAK : ‘PADIAN’ TEKS SAJAK: ‘PADIAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Padian, dari subuh ke senja meniti dada Sungai Brunei mencari rezeki mengayuh sampan Pada R1 penyajak menceritakan tentang padian yang berusaha dengan gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupannya. Mereka berusaha dari pagi hingga ke senja di sepanjang sungai Brunei. Persoalan R1 tentang kegigihan / kecekalan hati. Huraian: Memperlihatkan kegigihan / kecekalan hati padian yang berusaha dengan gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan dari pagi hingga ke senja, khususnya di sepanjang sungai Brunei. Padian, warisan pencarian datuk nenek moyang yang kini semakin hilang ditelan arus zaman Pada R2 penyajak menyatakan bahawa pekerjaan sebagai padian yang selama ini menjadi pekerjaan tradisi yang menjadi warisan zaman berzaman khususnya bagi perempuan yang tinggal di sungai Brunei semakin pupus di telan arus permodenan / atas sebab tertentu. Persoalan R2 tentang kepupusan padian. Huraian: Pekerjaan tradisi padian yang menjadi warisan zaman berzaman khususnya bagi perempuan yang tinggal di sungai Brunei (padian) semakin pupus dan hilang di telan arus permodenan/atas sebab tertentu. Padian, bersama arus kemerdekaan ini lahirlah kau titilah dan tataplah dalam hilir mudikmu di wajah Sungai Brunei yang merdeka yang berdaulat Pada R3 penyajak berharap agar padian meneruskan kerjayanya mereka ini, berniaga di sepanjang Sungai Brunei. Walaupun negara kita telah merdeka dan mencapai kemajuan yang pesat, diharap padian akan terus hidup dengan menggunakan cara atau teknik yang baru mengikut kesesuaian peredaran masa. Persoalan R3 tentang harapan. Huraian: Agar tradisi padian dapat dihidupkan semula di sepanjang Sungai Brunei. walaupun negara kita telah merdeka dan mencapai kemajuan yang pesat, diharap padian akan dapat menggunakan cara atau teknik yang baru mengikut kesesuaian peredaran masa. hiduplah padian dalam arus kemerdekaan - Aminah Haji Momin Disember 1992 Pada R4 penyajak menyeru dan berharap agar kepada padian supaya meneruskan pekerjaan mereka seperti dulu walaupun terdapat banyak saingan tetapi boleh diusahakan dengan cara moden yang bersesuaian. Persoalan R4 tentang harapan. Huraian: Menyeru dan berharap agar padian cekal menghadapi saingan dalam arus permodenan dan mengharapkan padian dapat menghidupkan kembali pekerjaan mereka seperti dulu mengikut kaedah terkini walaupun terdapat banyak saingan/cabaran.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 75 TEMA Harapan kegigihan padian dapat diwujudkan kembali. Huraian: Golongan padian adalah sebagai simbol golongan yang gigih berusaha mencari rezeki untuk menyara kehidupan bermula seawal pagi hinggalah ke senja di sepanjang sungai Brunei. Semangat, kegigihan dan kecekalan hati mereka perlu menjadi warisan generasi zaman sekarang dalam melakukan sesuatu pekerjaan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Setiap orang mestilah sentiasa berusaha memajukan diri seiring dengan arus kemerdekaan dan sentiasa berusaha untuk mengikuti perkembangan zaman atau kemodenan agar tidak jauh tertinggal di belakang. Kita hendaklah berusaha mempertahankan warisan nenek moyang kita (contohnya padian) agar generasi baru dapat mengetahui serta meneruskannya dengan kaedah yang terkini. walau apapun pekerjaan yang dilakukan untuk mencapai kejayaan hendaklah gigih dan tekun berusaha. NILAI Nilai rajin bekerja. Huraian: Golongan padian amat rajin bekerja tidak mengira waktu dan cuaca bagi mencari rezeki yang halal. Nilai menjaga warisan negara. Huraian: Sebagai generasi baru adalah sangat penting untuk mewarisi serta menjaga warisan negara agar tidak pupus ditelan waktu. Nilai cekal. Huraian: Dalam arus permodenan hendaklah cekal menghadapi cabaran agar mampu terus bersaing dan menerapkan teknik moden perniagaan. NADA Semangat dan Harapan Huraian: Penuh semangat dan harapan agar padian dapat muncul kembali dan bertahan sebagai satu warisan. Penyajak juga berharap semangat, kegigihan dan kecekalan hati padian dalam mencari rezeki sepanjang hari tanpa mengenal penat dan lelah atau panas terik matahari dapat dicontohi oleh generasi muda sekarang. Sedih dan simpati Huraian: Rasa sedih dan simpati khususnya kerana warisan padian yang telah tiada lagi pupus ditelan arus zaman. CORAK Ode. Huraian: Sanjungan terhadap golongan padian yang gigih dan cekal mencari rezeki demi untuk
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 76 menyara kehidupan walau menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Mereka juga patut disanjung kerana telah banyak menyumbang bakti dalam urusan jual beli masyarakat yang tinggal di kampung air. Epigram. Huraian: Memberi pengajaran dan nasihat kepada kita agar mencontohi semangat, kegigihan dan kecekalan hati golongan padian dalam melakukan apa jua usaha walau menempuh pelbagai dugaan dan cabaran hidup. ALIRAN Realisme. Huraian: Kenyataan hidup yang dilalui oleh masyarakat di Brunei pada masa dahulu terdapat golongan padian pada zaman dahulu tetapi kini telah pupus bersama arus zaman. Didaktisisme. Huraian: Memberi pengajaran dan nasihat kepada golongan masakini agar mencontohi semangat, kegigihan, ketabahan dan kecekalan hati golongan padian dalam melakukan apa jua usaha walau menempuh pelbagai dugaan dan cabaran hidup, jangan sesekali mudah mengalah dan berputus asa. GAYA BAHASA 1) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R1 : B2 = dari subuh ke senja 2) Asonansi (Pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris), contoh: R9 : B1 = mencari rezeki mengayuh sampan (vokal e) 3) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris), contoh: R3 : B4 = titilah dan tataplah ( konsonan t) 4) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Pengulangan perkataan padian sebanyak 4 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 5) Personifikasi (unsur pengorangan / kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R1 : B3 = : meniti dada sungai Brunei (meniti adalah perbuatan manusia) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak mengandungi 4 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mempunyai 4 baris (Quatrain). R2 mempunyai 5 baris (Quint). R3 mempunyai 7 baris (septaim). R4 mempunyai 2 baris (Distikon). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/a , R2 pula ialah a/a/b/b/a , R3 ialah a/b/c/d/c/b/e dan R4 ialah a/a.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 77 Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B1 = padian (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B3 = Bersama arus kemerdekaan ini (12 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B1=padian (1 patah perkataan) Perkataan panjang R2:B4= yang kini semakin menghilang (4 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Padian mencari rezeki dengan mengayuh sampan di sepanjang Sungai Brunei dari subuh hingga ke Senja. Padian merupakan pekerjaan yang diwarisi daripada datuk nenek moyang yang kini semakin hilang ditelan arus zaman. Padian, bersama arus kemerdekaan ini, lahirlah kau kembali dan titilah serta tataplah dalam hilir mudikmu di sepanjang Sungai Brunei yang merdeka lagi berdaulat. Hiduplah padian dalam arus kemerdekaan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Dari subuh ke senja (R1:B2) Maksud : kegigihan 2) Warisan pencarian (R2:B2) Maksud : padian adalah pekerjaan turun-temurun daripada generasi sebelumnya. 3) Hiduplah padian (R4:B1) Maksud : mengharapkan kewujudan semula padian
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 78 NO : 19 SAJAK : ‘CERMIN’ TEKS SAJAK: ‘CERMIN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Apabila kaulihat bayang-bayangmu pada cermin di dinding itu keterbalikan akan berlaku: mata kanan menjadi mata kiri mata kiri menjadi mata kanan tangan kanan menjadi tangan kiri tangan kiri menjadi tangan kanan dan begitu juga telinga, lubang hidung dan kaki Pada R1 penyajak menyatakan bahawa sesuatu realiti luaran (berbentuk fizikal) yang dilihat oleh seseorang itu kadang-kadang boleh jadi berbeza daripada realiti sebenar. Misalnya, seorang individu menilai, merasakan atau melihat dirinya sempurna tetapi tidak semestinya begitu bagi orang lain menilai/melihat dirinya. Persoalan R1 tentang realiti kehidupan. Huraian: Sesuatu realiti luaran yang dilihat oleh seseorang itu kadang-kadang boleh jadi berbeza daripada realiti sebenar. Misalnya, seseorang individu menilai, merasakan atau melihat dirinya sempurna tetapi tidak semestinya begitu bagi orang lain menilai dirinya. (bila kaudongak cermin di siling ia juga akan menebalikkan kaki ke atas atau kepala ke bawah) Pada R2 penyajak menjelaskan walau sesiapa pun dan dari sudut mana pun seseorang itu menilai melalui realiti luaran diri seseorang, memang terdapat perbezaan penilaian antara satu sama lain atau berbeza daripada hakikat sebenar. Persoalan pada R2 juga masih tentang realiti kehidupan. Huraian: walau sesiapa dan dari sudut mana pun seseorang itu menilai realiti luaran diri seseorang memang terdapat perbezaan penilaian antara satu sama lain atau berbeza daripada hakikat sebenar. tapi ia tidak pula menebalikkan: orang kaya menjadi orang miskin orang miskin menjadi orang kaya orang susah menjadi orang senang atau orang senang menjadi orang susah agar kita sama-sama merasa sebelum terlupa … Pada R3 penyajak menyatakan bahawa penilaian terhadap terhadapak keadaan /status kehidupan seseorang itu tidak pula boleh berubah begitu sahaja. Sesiapa yang hidup miskin, kaya, susah dan senang itu adalah suatu realiti mencerminkan keadaan kehidupannya yang sebenar. Keadaan ini tidaklah mudah diubah dengan hanya berangan-angan atau berpura-pura sahaja tetapi mereka haruslah berusaha mengubah kesusahan yang dialami. Manakala bagi yang hidup senang haruslah berhati-hati sebelum ditimpa kesusahan hidup. Persoalan R3 tentang realiti kehidupan. Huraian: Penilaian terhadap realiti kehidupan seseorang itu tidak pula boleh berubah. Keadaan, status dan nasib seseorang itu sama ada miskin, kaya, susah dan senang itu adalah suatu realiti mencerminkan keadaan kehidupannya sebenar. di depan cermin bayang-bayang itu tetap sempurna walau dalam keterbalikan - B.B.Purdano Pada R4 penyajak menegaskan bahawa Kelakuan hidup berpurapura seseorang itu kadang kalanya tidak diketahui / disedari oleh sesiapa jadi kita mestilah sentiasa berhati-hati dalam kehidupan yang Persoalan R4 tentang realiti kehidupan. Huraian: Kelakuan hidup berpura-pura seseorang itu kadang kalanya tidak
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 79 penuh dugaan dan cabaran ini. Suatu yang kita lakukan dan lihat baik itu haruslah diselidiki dan fikirkan semasak-masaknya sebelum mempercayai / melakukan tindakan. diketahui / disedari oleh sesiapa jadi kita mestilah sentiasa berhati-hati dalam kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini. Suatu yang kita lakukan dan lihat baik itu haruslah diselidiki dan fikirkan semasak-masaknya sebelum mempercayai / melakukan tindakan. TEMA Realiti kehidupan Huraian: Ternyata dalam realiti kehidupan seseorang. Orang yang hidup susah tidak akan berubah menjadi senang dan berjaya dengan hanya berharap atau berangan-angan sahaja tanpa berusaha apa-apa. Apa yang nyata ialah keadaan kehidupan adalah gambaran luaran yang boleh digunakan bagi menilai diri seseorang itu dalam konteks kehidupan yang penuh cabaran, tipu daya dan sentiasa berubah-ubah ini. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Hendaklah kita berusaha dengan gigih jika inginkan kejayaan dan perubahan dalam hidup Manusia perlu sentiasa redha dan bersyukur dengan nasib yang menimpa mereka tetapi janganlah berputas asa berusahalah untuk mencapai perubahan dan kejayaan. Bila mencapai kejayaan atau kesenangan hidup janganlah lupa menghapa yang diulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukannya. NILAI Nilai redha Huraian: Redhalah dengan apa yang ditakdirkan walaupun perkara itu bukan yang kita impikan kerana mungkin ada hikmah disebaliknya. Nilai menyedari kemampuan diri. Huraian: Sentiasa mengenal kemampuan dirinya dan membuat sesuatu itu dengan mengukur mengikut kemampuan diri. Nilai berusaha. Huraian: Setiap orang perlu menjalani kehidupan ini dengan gigih berusaha memajukan diri sekiranya mahukan perubahan dan kejayaan dalam hidup. NADA Simpati dan harapan Huraian: Rasa bersimpati terhadap nasib golongan yang hidup susah dan terlalu mengharap agar berlaku perubahan terhadap corak kehidupan mereka dan berharap agar kita dapat menerima hakikat atau realiti kehidupan di dunia ini dengan tabah sama ada susah mahupun senang dengan berusaha sedaya upaya untuk memperbaikinya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 80 CORAK Epigram. Huraian: Sajak ini memberikan pengajaran kepada manusia agar terus berusaha untuk mengubah nasib masing-masing daripada baik kepada lebih baik. Kesusahan dalam hidup tidak akan berubah jika individu tersebut tidak membuat perubahan kepada dirinya tanpa berusaha untuk mengubah nasibnya. ALIRAN Realisme. Huraian: Suatu realiti yang terjadi dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat selalu leka dan mudah terpengaruh apabila menilai diri mereka atau orang lain. Jangan mudah terpengaruh menilai dari segi luaran sahaja sedangkan hakikat sebenarnya adalah berbeza. Tapi berusaha dan bertindaklah dengan bijakmengikut jalan yang betul untuk mencapai apa yang diimpikan. Didaktisisme Huraian: Memberi pengajaran kepada golongan yang hidup susah janganlah terlalu berangan-angan kosong / berharap berlaku keajaiban yang boleh merubah kehidupan mereka tetapi haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki dan merubah nasib dan kehidupan . GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R1 : B1 = Bayang-bayangmu 2) Asonansi (Pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris), contoh: R1 : B2 = pada cermin di dinding itu (vokal i). 3) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris), contoh: R1 : B6 = tangan kanan menjadi tangan kiri (konsonan n). 4) Responsi (Pengulangan perkataan yang sama pada pertengahan baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B4 = mata kanan menjadi mata kiri R1:B5 = mata kiri menjadi mata kanan 5) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih pada awal baris secara berturutan) Contoh: R1 : B4 = Mata kanan menjadi mata kiri R1:B5 = Mata kiri menjadi mata kanan BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 4 rangkap Jumlah baris dan nama.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 81 R1 mempunyai 8 baris (oktaf). R2 mempunyai 3 baris (terzina). R3 mempunyai 7 baris (septaim). R4 mempunyai 3 baris (terzina). Rima akhir. R.1 ialah a/a/a/b/c/b/c/b, R.2 pula ialah a/b/c , R.3 ialah a/a/b/c/d/b/b dan R.4 ialah a/b/a. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R4:B1 = di depan cermin (5 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B8 = dan begitu juga telinga, lubang hidung dan kaki (16 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3:B7 = sebelum terlupa (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B8 = dan begitu juga telinga, lubang hidung dan kaki (8 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Apabila engkau melihat bayang-bayangmu pada cermin di dinding itu maka keterbalikan akan berlaku. Mata kanan akan menjadi mata kiri manakala mata kiri menjadi mata kanan. Tangan kanan pula menjadi tangan kiri dan tangan kiri menjadi tangan kanan dan begitu juga telinga, lubang hidung dan kaki. Apabila kau mendongakkan kepalamu pada cermin di siling, ia juga akan menebalikkan kaki ke atas atau kepala ke bawah. Akan tetapi ia tidak pula menebalikkan orang kaya menjadi orang miskin dan orang miskin menjadi orang kaya. Orang susah menjadi orang senang atau orang senang menjadi orang susah agar kita sama-sama merasa sebelum kita terlupa. Di depan cermin, bayang-bayang itu tetap sempurna walaupun di dalam keadaan keterbalikan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) keterbalikan akan berlaku (R1:B3) Maksud : cermin boleh menterbalikan setiap bayang-bayang yang ada di dalam cermin. 2) agar kita sama-sama merasa (R3:B6) Maksud : semua manusia merasa setiap nikmat yang tidak diperolehi dalam dunia realiti. 3) bayang-bayang itu tetap sempurna (R4:B2) Maksud : bayang-bayang di dalam cermin tetap tidak berubah dan kekal sama.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 82 NO : 20 SAJAK : ‘BERHATI-HATI ADANYA’ TEKS SAJAK: ‘BERHATI-HATI ADANYA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Berawas-awas cakap Ada perangkap Pada R1 penyajak memberi peringatan tentang kewaspadaan ketika mengungkapkan kata-kata kerana ditakuti kata-kata tersebut disalah ertikan. Persoalan R1 tentang nasihat. Huraian: Dalam percakapan atau kata-kata hendaklah sentiasa berhati-hati kerana mungkin ada perangkap. Berjaga-jaga kelibat Ada jerat Pada R2 penyajak menasihatkan bahawa dalam melakukan sesuatu yang melibatkan perbuatan kerana mungkin di dalamnya ada jerat/ tipu muslihat yang bertujuan menyusahkan / memusnahkan. Persoalan R2 tentang nasihat. Huraian: Suatu perkara baik sama ada yang melibatkan perbuatan atau percakapan kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga kerana mungkin di dalamnya ada jerat / tipu muslihat. Berhati-hati merayu Ada tipu Pada R3 penyajak menegaskan bahawa dalam membuat rayuan / permohonan atau mengemukakan permintaan kita hendaklah juga berhati-hati kerana ditakuti katakata rayuan / permohonan / permintaan itu tanpa disedari terselit dengan kata-kata dusta / pembohongan. Persoalan R3 tentang nasihat. Huraian: Dalam membuat rayuan / permohonan atau mengemukakan permintaan kita hendaklah juga berhati-hati kerana ditakuti unsur tipu muslihat. Berawas-awas hujah Ada terselit fitnah Pada R4 penyajak menyatakan bahawa apabila kita memberikan hujah (pendapat) hendaklah disertakan dengan alasan atau bukti yang kukuh sebagai menyokong / menentang sesuatu yang diperkatakan kerana ditakuti terselit dengan kata-kata fitnah. Persoalan R4 tentang nasihat. Huraian: Apabila kita memberikan hujah hendaklah disertakan dengan alasan atau bukti yang kukuh supaya tidak terselit fitnah. Berhati-hati kalimah Ada tohmah Pada R5 penyajak menasihatkan bahawa dalam kita melafazkan pertuturan (kalimah) kita hendaklah sentiasa berhati-hati kerana ditakuti adanya tuduhan melulu atau adanya syak wasangka terhadap orang yang dituturkan atau sebaliknya orang akan menaruh syak wasangka Persoalan R5 tentang nasihat. Huraian: Dalam bertutur hendaklah sentiasa berhati-hati kerana ditakuti adanya tuduhan melulu atau adanya syak wasangka terhadap orang yang dituturkan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 83 terhadapa si penutur. Berawas-awas kata Ada dusta Pada R6 penyajak berpesan bahawa dalam menuturkan sesuatu perkara kita hendaklah sentiasa berawas-awas kerana ditakuti terselit dengan kata-kata dusta / bohong Persoalan R6 tentang nasihat. Huraian: iaitu apabila menuturkan sesuatu perkara kita hendaklah sentiasa berawas-awas kerana ditakuti terselit dengan kata-kata dusta / bohong. Berjaga-jaga bicara Ada memperdaya Pada R7 penyajak juga menasihatkan agar berjaga-jaga dalam berbicara kerana ditakuti ada tipu muslihat disebalik bicara itu. Persoalan R7 tentang nasihat. Huraian: Dalam berbicara hendaklah sentiasa berjaga-jaga kerana ditakuti ada tipu muslihat yang memperdaya. Beringat-ingat mendoa Ada persona Pada R8 penyajak mengingatkan agar dalam kita memohon doa hendaklah kita sentiasa berhati-hati dalam berdoa. Berdoalah bagi perkara yang baikbaik dan memohon perlindungan bagi mengelak daripada sebarang kejahatan. Persoalan R8 tentang nasihat. Huraian: Apa pun perlakuan kita hendaklah sentiasa ingat, berdoa dan berserah diri kepada Allah. Di hati berikrar Itu pasti yang benar Pada R9 penyajak menyeru agar kita berikrar dengan sesungguh hati bahawa segala pertuturan dan percakapan yang diucapkan / diluahkan hendaklah yang benar. Jangan ada terselit kata-kata dusta, fitnah, atau maksud yang tidak baik di sebaliknya. Persoalan R9 tentang ikrar ataupun tekad. Huraian: Menyeru agar kita berikrar dengan sesungguh hati bahawa segala pertuturan dan percakapan yang diucapkan / diluahkan hendaklah yang ikhlas dan benar. TEMA Nasihat supaya berhati-hati dalam percakapan dan tingkahlaku. Huraian: setiap orang mestilah sentiasa berhati-hati dalam setiap pertuturan mereka kerana setiap kata-kata yang diungkapkan itu ditakuti berlakunya penipuan, tohmahan dan didustakan oleh orang lain. Selain berhati-hati dalam berbicara, setiap tingkah laku atau perbuatan juga perlu dijaga sebab orang lain akan mudah cuba untuk membuat fitnah, muslihat dan memperdayakan dengan tipu daya. Oleh itu, setiap percakapan dan juga setiap gerak-geri mestilah dilakukan dengan hati yang ikhlas agar nampak lebih ikhlas dan jujur di mata orang lain. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ Dalam percakapan mestilah berhati-hati agar tidak disalahertikan yang boleh mengundang permusuhan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 84 NILAI/ AMANAT/ MESEJ Setiap tingkahlaku hendaklah berwaspada supaya tidak mendatangkan fitnah orang. Kita mestilah berawas-awas dalam menuturkan kata-kata agar setiap kata-kata kita itu tidak diperdayakan. Setiap orang mestilah kerap memohon doa agar sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Tuhan. Seseorang itu hendaklah bersikap ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukannya. NILAI Nilai beringat-ingat dan berhati-hati. Huraian: sikap berhati-hati perlu ada bagi mengelakkan perkara yang buruk berlaku. Nilai bersikap berwaspada. Huraian: Tanamkan sifat berwaspada selau agar dapat terhindar dari gejala penipuan dan tipudaya yang semakin berleluasa. Nilai jujur dan ikhlas. Huraian: Bersifat ikhlas dan jujur dalam apa jua pecakapan atau perbuatan agar tidak mendatangkan fitnah dan meperdaya orang lain. NADA Sinis. Huraian: Melihatkan sikap penyajak yang tidak berpuas hati dengan menyindir sikap seseorang yang cuba menganiaya kehidupan orang lain. Bagi mengelak perkara kejahatan itu daripada berlaku, penyajak berulang kali mengeluarkan kata-kata peringatan supaya kita lebih berwaspada terhadap kata-kata dan tingkahlaku. Semangat dan harapan. Huraian: Dengan penuh semangat dan harapan agar masyarakat masyarakat sentiasa berhati-hati dan berawas-awas dalam setiap tindak-tanduk yang dilakukan agar berada di landasan yang betul dengan tidak ada unsur fitnah, tipudaya serta penganiayaan. CORAK Epigram. Huraian: Sajak ini memberikan pengajaran kepada semua pembaca tentang pentingnya berhati-hati terhadap kejahatan yang ditimbulkan oleh seseorang yang berniat jahat. Akan tetapi sifat baik seseorang itu boleh dikesan jika dirinya itu mempunyai hati yang ikhlas dan jujur ALIRAN Didaktisisme. Huraian: Suatu bentuk peringatan yang dikeluarkan secara berulang-ulang kali bagi mengingatkan kepada semua orang agar tidak tertipu dan terpedaya daripada pelbagai tingkahlaku dan kata-kata yang penuh dengan motif jahat. Motif jahat ini datang dalam pelbagai cara. Oleh itu, seseorang itu perlu bijak menangani dan menanggapi kejahatan itu lebih awal.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 85 GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R1 : B1 = Berawas-awas cakap 2) Asonansi (Pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris, Contoh: R9 : B1 = Di hati berikrar (vokal i). 3) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan sebanyak 2 kali atau lebih dalam satu baris, contoh: R5 : B2 = Berhati-hati kalimah (konsonan h). 4) Repitasi (pengulangan perkataan sebanyak 2 kali atau lebih dalam keseluruhan sajak, contoh: Pengulangan perkataan ada sebanyak 8 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 5) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan tersebut), contoh: R2:B2 = Ada jerat ( tipu daya / muslihat ) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak mengandungi 9 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 hingga R9 sajak ini mempunyai 2 baris (distikon). Rima akhir. R1ialah a/a. R2 ialah a/a. R3 ialah a/a. R4 ialah a/a. R5 ialah a/a. R6 ialah a/a. R7 ialah a/a. R8 ialah a/a , R9 ialah a/a. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R3:B2 = ada tipu (4 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B1 = Berjaga-jaga kelibat (8 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R1:B2 = ada perangkap (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R9:B2 = itu pasti yang benar (4 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Berawas-awas ketika bercakap kerana ada perangkap disebalik percakapan itu. Berjagajaga melihat suatu kelibat sebab biasanya ada jerat. Berhati-hati untuk merayu kerana ada tipu muslihat. Berawas-awas mengeluarkan hujah sebab ditakuti ada terselit fitnah. Berhatihati dengan bentuk kalimah kerana ada tohmahan. Berawas-awas dengan kata-kata yang di dalamnya ada dusta. Berjaga-jaga sewaktu berbicara kerana ada bicara yang memperdayakan. Beringat-ingat ketika mendoa kerana ditakuti doa itu ada pesona. Di dalam hati berikrar itu pasti yang benar, ikhlas dan jujur.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 86 MAKSUD RANGKAI KATA 1) Berawas-awas cakap (R1:B1) Maksud : berhati-hati sewaktu mengeluarkan kata-kata. 2) Berjaga-jaga kelibat (R2:B1) Maksud: berwaspada dengan aksi sesuatu kelibat yang mencurigkan. 3) Ada jerat (R2:B2) Maksud: ada perangkap / muslihat
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 87 NO : 21 SAJAK : ‘POKOK KELAPA’ TEKS SAJAK: ‘POKOK KELAPA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Berdiri gagah terjuntai mayang dan buah engkau menghapus dahaga para olahraga yang lelah Pada R1 penyajak mengumpamakan pokok kelapa itu umpama seorang yang berkemampuan menolong orang lain. Dengan kemampuan (fizikal, mental serta kewangan) dia boleh memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya, umpama air kelapa yang boleh mengubati kehausan olahragawan. Persoalan R1 tentang jasa dan pertolongan. Huraian: Seorang yang berkemampuan perlu menolong dan memberi bantuan kepada orang memerlukannya. Pokok kelapa yang subur tumbuh tersusun bagai beratur akarmu mengenggam tanah yang susur daunmu melambai lembut tumbuhmu di tanah desa yang subur Pada R2 penyajak menjelaskan bahawa pokok kelapa itu umpama manusia yang baik hati. Digambarkan mereka itu hidup bersatu padu, sering tolong menolong antara satu sama lain di dalam apa jua perkara sehingga berjaya menghasilkan kehidupan yang harmoni Persoalan R2 tentang jasa dan pertolongan. Huraian: Manusia yang baik hati digambarkan hidup bersatu padu, sering tolong menolong antara satu sama lain di dalam apa jua perkara sehingga berjaya menghasilkan kehidupan yang harmoni. Pokok kelapa, tenangmu engkau tercegat di pesisir pantai para remaja gembira bersiar dalam suasana aman dan damai Pada R3 penyajak menegaskan lagi bahawa pokok kelapa itu juga umpama manusia yang sentiasa tenang dan berfikiran positif selalu membantu orang yang dalam kesusahan. Manusia seperti itu dapat mewujudkan suasana gembira, ceria dan harmoni. Persoalan R3 tentang jasa dan pertolongan. Huraian: Manusia yang berfikiran positif akan saling bantu membantu antara satu sama lain sehingga mewujudkan suatu suasana damai yang ceria dan harmoni. Pokok kelapa hidup subur di bumi kami dalam hawa panas iklim tropika baktimu seutuh usia terang dan nyata bukan legenda Mei 1987 - Bim Qasim Pada R4 penyajak menyatakan bahawa pokok kelapa diumpamakan juga sebagai masyarakat Timur yang memahami perasaan dan keperluan bangsanya. Mereka akan sentiasa berusaha menghulurkan bantuan secara ikhlas kepada kehidupan dan keharmonian masyarakatnya. Persoalan R4 tentang jasa dan pertolongan. Huraian: Masyarakat Timur begitu memahami perasaan dan keperluan bangsanya dan mereka akan berusaha menghulurkan bantuan secara ikhlas untuk kehidupan dan keharmonian bangsanya. TEMA Hidup berjasa dan tolong menolong sesama manusia.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 88 Huraian: Manusia diharapkan hidup penuh dengan jasa kebaktian antara satu sama lain. Selain itu, menusia juga patut hidup penuh harmoni, sering tolong menolong serta bersatu hati untuk menghasilkan suasana aman damai dalam kehidupan sekaligus dapat mengurangkan penderitaan dan kesusahan hidup orang lain. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa memilih asal usul seseorang itu. kita hendaklah ikhlas menolong orang tanpa meminta balasan dan pujian disarankan Setiap yang dijadikan di dunia ini mempunyai kepentingan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jadi hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya daripada kelebihan yang ada tersebut. kita hendaklah mencontohi sikap tolong menolong, bersatu padu dan berbuat jasa merupakan sifat yang baik dan terpuji yang perlu ada pada diri setiap individu. untuk mencapai kehidupan yang harmoni kita hendaklah saling tolong menolong, bekerjasama dan bersatu hati. NILAI Nilai Perihatin. Huraian: Manusia perlu menanam sifat keperihatinan pada insan yang memerlukan bantuan terutama orang susah dan hidup dalam kemiskinan. Nilai keikhlasan. Huraian: Ikhlas menolong orang tanpa meminta balasan daripada orang yang ditolong. Nilai tempat berteduh. Huraian: Keikhlasan hati menolong orang, menbuatkan orang yang diberi bantuan merasa selesa dan gembira kerana ada tempat berteduh. NADA Harapan. Huraian: Mengharap agar manusia hidup bersatu padu, tolong menolong antara satu sama lain di dalam apa jua perkara sehingga menghasilkan kehidupan yang harmoni. Selain itu bagi yang mampu haruslah menghulurkan bantuan dengan seikhlasnya. Ikhlas dan sentiasa merasa belas pada orang yang memerlukan bantuan. CORAK Epigram. Huraian: Mengandungi pengajaran, nasihat dan panduan moral untuk kehidupan khususnya kepada sesiapa yang berkemampuan dalam pelbagai aspek sama ada fizikal, mental serta kewangan hendaklah jangan camah mata, berusahalah menghulur kan bantuan kepada yang memerlukannya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 89 ALIRAN Realisme. Huraian: Memperlihatkan realiti kehidupan kita sebenar. Dalam realiti sebenar, kita tidak boleh camah mata apabila melihat orang sekeliling kita hidup susah. Kita perlu menolong dan menghulurkan bantuan tanpa meminta balasan. Simbolisme Huraian: ‘Pokok Kelapa’ yang dimaksudkan sebagai simbol kehidupan manusia sebagai orang yang berkemampuan. Dia digambarkan sebagai seorang yang bersifat positif dan sanggup berkorban memberi bantuan demi keharmonian hidup bangsanya. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B3 = engkau penghapus dahaga (vokal a) 2) Aliterasi (Perulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B4 = daunmu melambai lembut (konsonan m) 3) Simili (perbandingan langsung menggunakan tamsil / kiasan yang menggunakan penanda), contoh: R2: B2 = tumbuh tersusun bagai beratur. 4) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Perulangan perkataan pokok Kelapa sebanyak 3 kali dalam keseluruhan rangkap sajak 5) Personifikasi (unsur pengorangan / kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R1:B1 = Berdiri gagah R1:B2 = terjuntai mayang dan buah (berdiri gagah adalah perbuatan manusia) BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 dan R3 mengandungi 4 baris (quatrain). R2 dan R4 mengandungi 5 baris (quint). Rima akhir. Rima akhir R1 ialah a/a/b/a. R2 ialah a/a/a/b/a. R3 ialah a/a/b/c dan R4 pula ialah a/b/a/a. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R4:B1 = Pokok Kelapa (5 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B3 = pantai para remaja gembira bersiar (13 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R4:B1 = pokok kelapa (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B3 = akarmu mengenggam tanah yang susur (5 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana jumlah baris, rima akhir, suku kata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 90 lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Engkau berdiri gagah dengan mayang dan buahmu berjuntai. Engkau juga penghapus dahaga para olahraga yang lelah. Pokok kelapa yang subur telah tumbuh tersusun bagai beratur. Akarmu mengengam tanah yang susur. Daunmu melambai-lambai lembut dan tumbuhmu di tanah desa yang subur. Engkau menampakkan ketenanganmu. Engkau tercegat di persisiran pantai membolehkan para remaja gembira bersiar dalam suasana yang aman dan damai. Hidupmu subur di bumi kami dalam hawa yang panas beriklimkan tropika. Baktimu seutuh usia, ini terang dan nyata bukannya lagenda. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Engkau penghapus dahaga (R1:B3) Maksud: sentiasa menghulur bantuan kepada orang yang memerlukan 2) Akarmu mengenggam tanah yang susur (R2:B3) Maksud: bersama-sama dan bersatu dengan perasaan ikhlas. 3) Pokok kelapa (R4:B1) Maksud : orang yang berjasa.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 91 NO : 22 SAJAK : ‘ ORANG BERBAJU SINGLET ITU ’ TEKS SAJAK: ‘ORANG YANG BERBAJU SINGLET ITU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Orang yang berbaju singlet itu lemah dan tersisih melihat jam ibu kota yang lambat seperti tersekat Pada R1 penyajak menyatakan bahawa seseorang yang kekurangan sama ada dari segi pendidikan atau hidup miskin berasa terlalu sukar baginya menyesuaikan dirinya dengan cara kehidupan di ibu kota yang serba serbi maju dan moden. Persoalan pada R1 ialah tentang kesukaran menyesuaikan diri. Huraian: Tanpa pendidikan seseorang itu akan berasa tersisih dan sukar menyesuaikan dengan arus perkembangan serta pembangunan. Orang yang berbaju singlet itu merebahkan dirinya di jarum jam ikut jam berputar ikut jam beredar sehingga tak sedar jarum jam patah Pada R2 penyajak menegaskan bahawa seseorang itu telah terpengaruh dan gagal mengikut arus perkembangan dan kemajuan sehinggakan tidak menyedari bahawa perkembangan dan kemajuan yang diikutinya itu mendatangkan kemusnahan kepada dirinya. Persoalan pada R2 ialah tentang kemusnahan hidup. Huraian: Memaparkan keadaan seseorang yang terus hanyut dalam arus perkembangan moden sehingga memusnahkan dirinya. Terlalu cepatnya jam ibu kota beredar orang yang berbaju singlet itu mati di atas permaidani ditikam jarum-jarum jam UKM-BRAHIM A.H.T 29 NOVEMBER 1987 Pada R3 penyajak menyatakan bahawa arus perkembangan dan kemajuan terus berkembang pesat tanpa memikirkan ada golongan yang tertindas atau tidak mampu mengikutinya sehingga menyebabkan kehidupan menderita atau musnah. Persoalan pada R3 juga tentang kemusnahan hidup. Huraian: Menggambarkan kemusnahan hidup seseorang akibat terjerumus dan tidak dapat mrengimbangi diri dalam kepesatan arus perkembangan moden. TEMA Permodenan membawa kemusnahan hidup golongn tertentu. Huraian: Ada beberapa golongan tidak mampu berkembang dengan arus permodenan ini malah akan tertindas dan hidup menderita. Golongan yang mampu dan berkebolehan berlumbalumba untuk menaikkan taraf kehidupan masing-masing dan akhirnya golongan hidup miskin dan tidak berpenddidikan yang menjadi mangsa dan tenggelam oleh arus kemodenan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 92 PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita janganlah terlalu taksub dengan perkembangan ibu kota sehingga kita terlalai dan memusnahkan kehidupan kita sendiri. Elakkan dari sifat mementingkan diri sendiri kerana kemajuan/kemodenan akan membawa kebaikan, jika ianya dilaksanakan dengan cara yang betul tanpa ada pihak yang akan tertindas. Pihak tertentu hendaklah membuka mata untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin. NILAI Nilai Berwaspada. Huraian: Sebagai manusia kita perlu berhati-hati dan berwaspada dengan apa jua tindakan yang akan kita lakukan. Kita perlu memikirkan baik buruk sesuatu itu sebelum betindak kerana jika kita tersalah langkah ia boleh menghancurkan kehidupan kita. Nilai Bertanggungjawab Huraian: Sifat bertanggungjawab pada diri sendiri perlu ditanam agar kita tidak melakukan perkara yang tidak memberi faedah pada diri kita seperti terpengaruh dengan gejala sosial. Perkembangan pemodernan secara automatik boleh menggalakkan gejala sosial. Nilai bertimbang rasa. Huraian: Walaupun permodenan dan kemajuan itu baik tapi bertimbang rasalah dalam melaksanakannya kerana tidak semua orang sesuai dan mampu mengikut atau melaksanakannya. Ambillah langakah-langkah yang wajar dan memberi manfaat kepada semua. NADA Sinis, kecewa dan hampa. Huraian: Memaparkan nada sinis, kecewa dan hampa . Penyajak menegur dengan perasaan sinis, kecewa dan hampa atas sifat segelintir pihak tertentu yang masih tidak menyedari akan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami orang lain disebabkan terlalu leka mengejar kemajuan. ALIRAN Realisme. Huraian: Memperlihatkan realiti kehidupan kita sebenar. Dalam realiti sebenar, sesebuah negara itu tidak dapat lari dari implikasi arus perkembangan permodenan, terutama budaya-budaya dari negara barat. Jika seseorang tidak dapat mengawal diri, maka ia boleh menghancurkan dirinya sendiri. Didaktisisme Huraian: Memberi ingatan kepada pembaca bahawa di zaman yang serba maju ini, manusia perlu
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 93 sentiasa bersedia merancang atau berusaha untuk berkembang memperbaiki taraf kehidupan mereka sendiri dan menggunakan sebaik-baiknya setiap peluang yang ada. GAYA BAHASA 1) Simbol (perkataan atau beberapa patah perkataan yang memberi makna tertentu disebalik maksud sebenar perkataan atau ayat sajak tersebut), contoh: R2:B5 = Jarum jam patah (kemusnahan hidup) 2) Asoanansi (pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R3:B1 = Terlalu cepatnya jam ibu kota beredar (vokal a) 3) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B1 = Orang yang berbaju singlet itu (konsonan n) 4) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2: B3 = ikut jam berputar R2: B4 = ikut jam beredar sehingga tak sedar 5) Kata ganda / gandaan (Perkataan yang diulang sebutannya/perkataannya), contoh: R3:B5 =jarum- jarum jam BENTUK Jumlah rangkap sajak. Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1, R2 dan R3 mengandungi 5 baris (Quint). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/d/d. R2 ialah a/b/c/c/d dan R3 ialah a/b/c/d/d Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R1:B4 = yang lambat (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B1 = Terlalu cepatnya jam ibu kota beredar (14 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3:B4 = ditikam (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B4 = ikut jam beredr sehingga tak sedar (6 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana jumlah baris, rima akhir, suku kata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Orang yang berbaju singlet itu merasa lemah dan tersisih apabila melihat jam ibu kota yang lambat seperti tersekat. Orang yang berbaju singlet itu telah merebahkan dirinya pada jarum jam itu. Dia mengikut jarum jam itu berputar dan ikut jarum jam itu beredar sehingga dia tidak sedar jarum jam itu patah. Terlalu cepatnya jarum jam ibu kota itu beredar sehinggakan orang yang berbaju singlet itu mati di atas permaidani kerana ditikam oleh jarum-jarum jam.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 94 MAKSUD RANGKAI KATA 1) merebahkan dirinya (R2:B2) Maksud: mengikut arus pemodernan. 2) Jarum-jarum patah (R2:B5) Maksud: memusnahkan dirinya sendiri. 3) mati di atas permaidani (R4:B1) Maksud : musnah / mati pada dunia dan ibu kota dalam arus pemodernan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 95 NO : 23 SAJAK : ‘PERAHU PENAMBANG BELAYAR MALAM’ TEKS SAJAK: ‘PERAHU PENAMBANG BELAYAR MALAM’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Perahu penambang belayar malam setiap jalan raya dikira wang pelanggan yang bersilih ganti menanti penumpang yang lain menanti di hujung titi satu demi satu hukum itu tercipta sendiri R1 penyajak menggambarkan kesibukan si penambang yang bekerja siang dan malam tanpa mengira waktu demi untuk mencari rezeki yang halal. Persoalan R1 tentang kegigihan mencari rezeki Huraian: Seorang penambang perlu cekal dan tabah mencari rezeki walaupun merasa penat mengambl dan menghantar penumpang di hujung titian. Pelancong yang rakus menikmati keindahan di perahu penambang penganggur, buruh kasar hingga pengawai besar perahu penambang mengenal mereka hati,budi dan kemanusiaannya. Pada R2 penyajak menceritakan bahawa orang yang memerlukan khidmat perahu tambang terdiri daripada semua peringkat sama ada orang misikin, sederhana dan kaya. Para pelancong juga tidak ketinggalan menikmati keindahan sekeliling semasa perjalanan perahu tambang ke destinasi yang dituju. Si penambang juga menghadapi pelbagai kerenah pelanggan, ada yang baik hati, bersopan santun, sombong dan kurang ajar Persoalan R2 tentang kerenah manusia. Huraian: Gambaran gelagat penumpang yang datang dari pelbagai bangsa, darjat atau pangkat yang ternyata menunjukkan pelbagai perangai dan keperibadian. Para penumpang mengeratkan pegangan bila perahu digeletik gelombang sesekali muntah di perut perahu mabuk layu R3 penyajak menerangkan gambaran kelakuan penumpang yang pertama kali menaiki perahu tambang apabila perahu bergoyang akibat gelombang yang kuat. Ada di antara mereka ini merasa pening lalu muntah di dalam perahu si penambang. Persoalan pada R3 tentang ketabahan. Huraian: Penambang harus tabah dan sabar dengan gelagat atau ragam penumpangnya, kerana ada kalanya penumpangnya yang mabuk akan muntah di dalam perahunya. TEMA Kegigihan dan ketabahan dalam mencari rezeki. Huraian: Seorang penambang yang gigih dan tabah mencari rezeki untuk menampung kehidupannya. Dia cukup tabah dan sabar dengan gelagat penumpangnya dan pergi di setiap tempat untuk mencari penumpang. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ Setiap individu hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih untuk mencari rezeki yang
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 96 NILAI/ AMANAT/ MESEJ halal. Setiap individu hendaklah berkorban masa dan tenaga jika mahu mendapat pendapatan yang lebih. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bersopan santun, berbudi bahasa dan menghormati siapa sahaja tanpa mengira bangsa dan kedudukan.Kita perlulah sabar dan tekun melakukan pekerjaan yang diamanahkan kepada kita. NILAI Nilai Berbudi bahasa. Huraian: Sebagai manusia yang dikelilingi oleh masyarakat, perlu melayan orang sekeliling dengan berbudi bahasa dengan sopan santun tidak kira pangkat dan darjat seseorang itu. Nilai ketabahan. Huraian: Sifat tabah dalam menhadapi pelbagai ragam atau kkerenah manusia yang terdiri dari pelbagai bangsa, darjat dan pangkat. Nilai Kegigihan. Huraian: Kegigihan berusaha akan memperolehi hasil yang lumayan. Seperti Penambang sangup mencari penumpand di setiap tempat untuk mendapat hasil yang lumayan. NADA Semangat dan harapan. Huraian: Semangat gigih penambang perahu inilah yang harus dicontohi oleh setiap masyarakat dengan tidak mengira apa jua jenis pekerjaannya. Dia dengan penuh semangat berharap dengan kegigihannya dia akan mampu memperoleh hasil yang lumayan dapat menyara kehidupan keluarganya. CORAK Epigram Huraian: Memberi nasihat kepada masyarakat agar jangan terlalu memilih pekerjaan. Daripada tiada pekerjaan, buatlah kerja-kerja yang halal seperti yang dilakukan oleh penambang. Selain itu, mendidik masyarakat tidak memandang rendah kepada golongan bawahan ini. ALIRAN Realisme. Huraian: Mengungkapkan hal kehidupan di dunia nyata khususnya dunia pekerjaan sebagai penambang perahu. Pekerjaan sebagai penambang ini tidaklah mudah seperti yang disangkakan kerana mereka terpaksa berkorban masa dan berhadapan dengan kerenah pelbagai lapisan masyarakat kaya dan miskin. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Perulangan huruf vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B4 = penumpang yang lain menanti di hujung titi (vokal i) 2) Aliterasi (Perulangan huruf konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 97 R2:B3 = penganggur, buruh kasar hingga pegawai besar (konsonan g) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Perkataan Perahu berulang sebanyak 4 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Personifikasi (unsur pengorangan / kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R3:B2 = bila perahu digeletik gelombang (geletik adalah perbuatan manusia) 5) Repitisi (Pengulangan perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris yang sama), contoh: R1:B5 = satu demi satu BENTUK Jumlah rangkap. Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama. R1 mengandungi 6 baris (sekset), R2 dan R3 mengandungi 5 baris (quint). Rima akhir. R1 ialah a/b/c/c/d/c. R2 ialah a/b/c/d/a dan R3 ialah a/b/c/d/c. Jumlah sukukata. Sukukata pendek ialah R3:B4 = mabuk (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B1 = Pelancong yang rakus menikmati keindahan di perahu penambang (15 sukukata) Jumlah patah perkataan. Perkataan pendek ialah R3:B5 = layu (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B1 = Pelancong yang rakus menikmati keindahan di perahu penambang (8 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana jumlah baris, rima akhir, suku kata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Perahu penambang belayar malam di mana setiap jalan raya dikira wang, Pelanggan yang bersilih ganti telah menanti dan penumpang yang lain juga menanti hujung titian. Satu demi satu penumpang naik dan pergi. Itulah hukum yang tercipta oleh diri sendiri. Pelancong yang menumpang sedang rakus menikmati keindahan di dalam perahu penambang. Penumpang tidak kira penganggur, buruh kasar hingga pegawai besar menumpang perahunya. Penambang sudah mengenal hati, budi dan kemanusiaan mereka. Para penumpang akan mengeratkan pegangan apabila perahu digeletik gelombang. Sesekali penumpang muntah di perut perahu kerana mabok dan layu. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Jalan raya dikira wang (R1:B2) Maksud: setiap penumpang adalah sumber rezeki. 2) Menanti di hujung titi (R1:B4)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 98 Maksud: penumpang menunggu di hujung titian 3) Pelancong yang rakus (R2:B2) Maksud : para pelancong seronok menikmati keindahan 4) Perahu digeletik gelombang (R2:B2) Maksud : perahu dihempas ombak
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 99 NO : 24 SAJAK : ‘CERITA DARI SUNGAI’ TEKS SAJAK: ‘CERITA DARI SUNGAI’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Arus airmu yang tertumpah melemaskan aku padahal ikan-ikanmu adalah rezekiku Pada R1 penyajak menyatakan bahawa kehidupan manusia ini tidak menentu. Penuh dengan suka dan duka, dugaan, cabaran serta rintangan umpama keadaan sungai yang apabila ada arus secara tidak langsung kadangkadang boleh mendatangkan masalah atau pun bahaya terutamanya kepada mereka yang mencari rezeki di kawasan sungai. Persoalan pada R1 ialah tentang cabaran hidup. Huraian: Tentang kehidupan manusia ini tidak menentu. Penuh dengan suka dan duka, dugaan, cabaran serta rintangan umpama keadaan sungai yang apabila ada arus secara tidak langsung kadangkadang boleh mendatangkan masalah atau pun bahaya terutamanya kepada mereka yang mencari rezeki di kawasan sungai. Nipah kusangkutkan celanaku yang basah pada dahanmu walau angin tak kelihatan sentuhannya mengeringkan kudisku yang belum sembuh Pada R2 penyajak menyatakan bahawa tumbuhan nipah yang biasanya tumbuh di tepi sungai, walaupun ia tumbuh melarat dan sudah tua seakan-akan tidak berguna lagi namun ia juga memberi manfaat kepada kehidupan manusia (nelayan) contohnya menjadi tempat berteduh daripada panas, hujan atau ribut Persoalan pada R2 ialah tentang sumbangan tumbuhan. Huraian: Pokok nipah yang biasanya tumbuh di tepi sungai, walaupun ia tumbuh melarat dan sudah tua seakan-akan tidak berguna lagi namun ia juga memberi manfaat kepada kehidupan manusia (nelayan) contohnya menjadi tempat berteduh daripada panas, hujan atau ribut Perahu mahuku kirimkan lelahku yang sarat muatan padahal sering kupesankan terima kasih sewaktu tergelincir dari gunung ombak yang menghantar aku tinggi sebentar Pada R3 penyajak menyatakan bahawa walaupun dia menempuh kesusahan dan penderitaan sebagai nelayan terutamanya ketika keadaan sungai berarus / laut bergelora, namun dia rasa bersyukur kerana ketika keadaan begitupun dia masih memperolehi rezeki / tangkapan yang banyak. Persoalan pada R3 ialah tentang rasa kesyukuran. Huraiaan: Walaupun dia menempuh kesusahan dan penderitaan sebagai nelayan terutamanya ketika keadaan sungai berarus / laut bergelora, namun dia rasa bersyukur kerana ketika keadaan begitupun dia masih memperolehi rezeki / tangkapan yang banyak. Tanjung bentukku memaksa aku sentiasa terjaga agar dapat kuamati perjalanan Pada R4 penyajak menyatakan bahawa keadaan sungai penuh berliku itu menuntut nelayan agar sentiasa berhati-hati dan Persoalan pada R4 juga tentang cabaran hidup. Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 100 berwaspada selalu disepanjang perjalanan mereka. Keadaan ini samalah dengan keadaan hidup manusia yang penuh dugaan, cabaran serta halangan yang perlu dihadapai dengan penuh berhatihati dan sentiasa berwaspada selalu. Keadaan sungai penuh berliku itu menuntut nelayan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada selalu disepanjang perjalanan mereka. Keadaan ini samalah dengan keadaan hidup manusia yang penuh dugaan, cabaran serta halangan yang perlu dihadapai dengan penuh berhati-hati dan sentiasa berwaspada selalu. Tebing segalanya mengingatkan aku pada hari apabila kauciptakan keindahan panorama senja Pada R5 penyajak menyatakan bahawa apabila melihat tebing sungai itu adalah suatu rahmat yang tidak ternilai dihati nelayan kerana mereka dapat kembali dengan selamat. Rasa kesyukuran itu diumpamakan sebagaimana cerianya keindahan alam pada waktu matahari akan terbenam. Persoalan pada R5 ialah tentang rasa kegembiraan. Huraian: Apabila melihat tebing sungai itu adalah suatu rahmat yang tidak ternilai dihati nelayan kerana kembali dengan selamat. Rasa kegembiraan itu diumpamakan sebagaimana cerianya keindahan alam pada waktu matahari akan terbenam. Pangkalan kau melamar aku jadi tamu tiba-tiba aku tak jadi singgah. - Dayan Bebuloh 18September 1989 Pada R6 penyajak menyatakan bahawa walaupun alam persekitarannya banyak menuntut dia menjadi nelayan, namun setelah berfikir panjang dia membuat keputusan atau pilihan lain tidak akan menjadi nelayan. Persoalan pada R6 ialah tentang keputusan / pilihan. Huraian: Walaupun alam persekitaran penyajak banyak menuntutnya menjadi nelayan, namun, setelah berfikir panjang penyajak membuat keputusan atau pilihan lain tidak menjadi nelayan. TEMA Cabaran hidup. Huraian: Kehidupan nelayan yang bersumberkan sungai merupakan satu kehidupan yang penuh dengan pelbagai cabaran, rintangaan serta dugaan. Oleh itu, mereka mestilah sentiasa berhati-hati dan berwaspada selalu. Disebabkan pekerjaan ini banyak cabaran dan dugaan serta mempunyai resiko tinggi menyebabkan penyajak sendiri telah mengambil keputusan dengan membuat pilihan lain daripada menjadi nelayan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Cabaran dan rintangan hidup merupakan asam garam dalam kehidupan. Jadi, kita mestilah sentiasa berhati-hati, berwaspada selalu dan tabah menghadapinya. Walaupun menempuh pelbagai cabaran dan rintangan hidup, kita janganlah mudah berputus asa malah haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaan hidup.