Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 201 sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Apabila penantian berlarutan dan terkurung di dalam kamar sepi sendirian, maka akan bermulalah segala keraguan yang hanya terluah dari bibir dan hati. Bila penantian berlarutan bersama detik masa sudah berlalu, akan timbulah prasangka. Lautan hati semakin kering airnya. Tembok budi mahu diruntuhkan bersama rasa jemu. Apa yang tinggal kini satu-satunya mulia hati seorang jejaka. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Bila penantian berlarutan (R1: B1) Maksud : menunggu secara berterusan 2) Terkurung dalam kamar sepi (R1: B2) Maksud: penderitaan dan kesengsaraan 3) akan timbulkan prasangka (R2: B3) Maksud : wujud bayangan fikiran yang bukan-bukan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 202 NO: 49 SAJAK : ‘ SARJANA DI PUNCAK SALJU ’ TEKS SAJAK: ‘ SARJANA DI PUNCAK SALJU ’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Di bawah itu orang-orang desa menghalau pipit berarak dengan telinting menarikan sepanduk orang-orangan bergelut lumpur berkolong rami-rami bertarung terus bertarung menumpas betung-betung membuka ladang kangkung! Pada R1 penyajak membicarakan tentang keperitan hidup di desa bekerja sebagai petani. Petani digambarkan berkerja keras dengan pelbagai cara untuk menghalau musuh-musuh tanaman padinya. Selain berpadi, petani juga digambarkan bertanam sayursayuran sebagai hasil sampingannya. Persoalan R1 tentang kegigihan hidup Huraian: Kegigihan hidup khususnya golongan yang tinggal di desa yang berkerja bersawah padi ataupun berkebun untuk menyara kehidupan mereka. Lalu mereka bersuara; “Hei, sarjana setahun jagung! marilah merempuh betung-betung bermain becak mengharung samun agar kita akan sama mengerti bangsa kita apa namanya? hati kita apa mahunya? di sini cuma ada ilalang! ilalang! ilalang! Pada R2 penyajak menyatakan para petani menyindir golangan lepasan pendidikan tinggi supaya jangan menganggap pekerjaan sebagai petani tersebut mudah dan rendah tarafnya. Petani dengan tegas menyeru supaya sarjana yang masih muda (yang belum mendapat pekerjaan) supaya ikut sama mengusahakan tanaman padi ataupun berkebun sayur. Para petani dan pekebun berharap jika golongan sarjana ini menceburi bidang pertanian ini akan membuka pemikiran mereka tentang bagaimana peritnya hidup sebagai petani atau pekebun untuk menyara kehidupan keluarga bukannya hanya tahu bercakap kosong dan tinggi sahaja. Persoalan R2 tentang harapan Huraian: Harapan dalam sajak ini harapan golongan petani dan pekebun agar golongan tertentu itu jangan hanya pandai berkata-kata tetapi tidak pernah merasai atau mengetahui situasi sebenar. Mereka mencabar golongan tersebut agar turun padang sama-sama merasai bagaimana keperitan dan kesukaran bekerja sebagai petani atau pekebun. Di situ baling-baling terpacak kaku melambai suara jentolakmu jelatang dan unggas merintih hiba rindukan pesta mewah dan pancutan pengairan mewah! Pada R3 penyajak menegaskan tentang di desa para petani mengusahakan sawah dan kebun dengan cara lama, memerah keringat dan tenaga dengan tulang empat kerat sahaja. Mereka sebenarnya mengharapkan ada disalurkan teknologi moden dalam mengusahakan sawah atau pun kebun mereka, seperti adanya jentera pembajak sawah dan mesin membuat sistem pengairan sawah Persoalan R3 tentang kegigihan dan harapan. Huraian: Memperlihatkan kegigihan Petani mengusahakan sawah dan kebun dengan cara tradisional. Akibat kemiskinan golongan petani dan pekebun menghadapi kesukaran untuk mengunakan teknologi moden dalam penghasilan tanaman mereka. Jadi mereka amat
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 203 yang teratur dan baik yang sekali gus boleh meningkatkan penghasilan mereka. mengharapkan agar ada pihak yang membela dan memperdulikan nasib mereka. Bergemalah suara itu menusuk ruang namun sarjana masih menyumbat kupingnya dengan kepingan roti dan mentega leka dibuai salji yang semakin runtuk menghambat usianya Brunei 1985 - Patani Pada R4 penyajak menyatakan tentang harapan para petani agar golongan berpendidikan ataupun golongan atasan yang berusaha membantu memajukan sawah ataupun kebun mereka. Namun harapan itu sia-sia kerana golongan tersebut tidak memperdulikan nasib golongan petani dan pekebun tersebut. Mereka ternyata lebih suka dengan cara kehidupan kota yang mewah dan dan penuh keseronokan sepanjang masa atau dengan kata lain lebih mementingkan pembangunan di kota sahaja. Persoalan R4 tentang kekecewaan Huraian: Memperlihatkan kekecewaan golongan petani dan pekebun kerana harapan mereka mahukan nasib mereka diambil perhatian tiada diperdulikan sama sekali. TEMA kegigihan dan harapan. Huraian: Kegigihan digambarkan melalui golongan petani yang bekerja di sawah. Mereka dengan gigih menjalankan pekerjaan mereka dengan cara tradisi memerah keringat dan tenaga tulang empat kerat tanpa sebarang kemudahan alatan moden. Mereka digambarkan begitu mengharapkan agar golongan berpendidikan jangan terlalu memandang rendah menghina dan memandang mudah pekerjaan mereka sedangkan mereka langsung tidak mahu memberi sumbangan terhadap pekerjaan tersebut malah lebih senang dan seronok bekerja makan gaji di kota. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Orang yang berkemampuan perlu menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan / orang miskin. Dengan huluran bantuan itu serba sedikit akan dapat meringankan bebanan hidup golongan miskin ini dan orang yang menghurukan bantuan tersebut juga tidak akan mendapat kerugian, malah akan mendapat pahala yang setimpal dengannya. Demi sama-sama memajukan ekonomi negara, sebagai orang Melayu harus saling tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Kita janganlah besikap ‘camah mata’ atau menutup mana kepada golongan miskin/berpendapatan rendah/yang berkerja sebagai peladang atau pesawah. Kita perlu membantu mereka dalam memajukan usaha mereka tersebut agar kita sama-sama dapat menikmati ganjarannya. Golongan petani haruslah dibantu oleh pihak-pihak tertentu supaya mereka dapat meningkatkan penghasilan mereka dan sekaligus dapat memperbaiki taraf kehidupan mereka. NILAI Nilai Kesabaran Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 204 Bersikap sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai rintangan dan segala cabaran dalam hidup. Nilai Kecekalan Huraian: Kegagalan/kekecewaan hendaklah dijadikan teladan untuk menempuh kehidupan. Nilai Tidak berputus asa Huraian: Sentiasa berusaha dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah dan dugaan yang dihadapi. NADA Sinis Huraian: Bernada sinis. Ini terbukti pada rangkap 2, 3 dan 4 yang banyak memberikan sindiran yang tajam khusus ditujukan kepada orang kaya / orang atasan yang tidak mahu menghulurkan bantuan kepada orang miskin (para petani) dan situasi sebegini memang benar-benar wujud dalam dunia realiti. Mereka benar-benar mengharapkan bantuan mesin yang berteknologi moden demi menghasilkan tanaman yang berkualiti. Segala rintihan mereka tidak dihiraukan oleh orang atasan. CORAK Satira Huraian: Kisah yang terdapat di dalam sajak ini banyak memberikan sindiran khususnya kepada orang atasan / orang kaya yang tidak mahu menghulurkan bantuan kepada orang miskin. Mereka semakin alpa dengan kekayaan yang mereka miliki tanpa memikirkan kesusahan hidup orang lain. Jika semakin ramai masyarakat yang tidak prihatin akan kesusahan orang lain, maka orang kaya akan bertambah kaya. Manakala, orang yang hidup dalam kemiskinan pula akan bertambah miskin. Epigram Huraian: Memberikan unsur pengajaran dan didikan kepada para pembaca bahawa pekerjaan sebagai petani bukan sesuatu pekerjaan yang mudah. Bahkan ini merupakan pekerjaan yang mencabar bukan sahaja dari segi mental, malah juga dari segi fizikal. Oleh itu, para pembaca tidak boleh dengan mudah melupakan jasa para petani yang bersusah-payah menghasilkan tanaman yang subur dan segar untuk dinikmati oleh orang ramai. ALIRAN Realisme Huraian: Memperlihatkan keadaan sebenar yang terjadi dalam kehidupan masyarakat Melayu dan Islam. Anak-anak tidak menghormati orang tua dan mengabaikan tanggungjawab sebagai orang muslim. Mereka lebih mengutamakan hiburan dan hal-hal dunia yang sebenarnya bersifat sementara ini. Didaktiktisisme Huraian: Memberi pengajaran dengan membuka minda bagi para ayah agar lebih berwaspada dan memiliki kecekalan hati, ketabahan dan kegigihan apabila mendidik anak-anak mereka.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 205 Orang tua terutama ayah mesti melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya apabila mendidik anak-anak supaya keluarganya tidak menghadapi masalah yang membabitkan masalah sosial di kemudian hari. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1: B3 = Berarak dengan telinting (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1: B5 = Bergelut lumpur berkolong rami-rami (konsonan m) 3) Repitisi (Pengulangan perkataanyang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris yang sama), contoh: R1: B6 = bertarung terus bertarung 4) Efifora (Pengulangan perkataan yang sama pada akhir baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B6 = bangsa kita apa namanya? R2:B7 = hati kita apa maunya? 5) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R1: B2 = orang-orang desa menghalau pipit BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai 4 rangkap sahaja. Jumlah dan nama baris R1 8 baris (Oktaf), R2 10 baris (bebas) R3 6 baris (Sekstet) dan R4 5 baris (Quint). Rima akhir R1= a/b/c/d/e/c/c/c, R2 = a/b/b/c/d/a/a/b/b/b, R3 = a/a/a/b/c/c, R4 = a/b/b/c/b Jumlah Sukukata Sukukata pendek ialah R2:B9= ilalang (3 sukkata) Sukukata panjang ialah R4:B1= bergemalah suara itu menusuk ruang (14 sukukata) Jumlah Patah Perkataan Perkataan pendek R2:B9= ilalang (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B4= jelatang dan unggas merintih hiba (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Di bawah itu ada orang-orang desa sedang menghalau pipit sambil berarak dengan telinting. Mereka menarikan sepanduk orang-orangan dan bergelut dengan lumpur yang berkolong rami-rami. Mereka bertarung dan terus bertarung demi menumpaskan betungbetung untuk membuka ladang kangkung.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 206 Lalu mereka bersuara; “Hei, para sarjana yang hanya setahun jagung! Marilah kita merempuh betung-betung dan bermain becak sambil mengharungi samun agar kita akan sama mengerti bangsa kita apa namanya dan hati kita apa mahunya? Di sini yang ada hanya ilalang! ilalang! ilalang! Di situ pula terdapat baling-baling yang terpacak dengan kaku sambil melambai suara jentolakmu. Jelatang dan unggas merintih hiba kerana merindukan pesta dan pancutan pengairan yang mewah!”. Bergemalah suara itu menusuk hingga ke segenap ruang. Namun, sarjana masih lagi menyumbatkan kupingnya dengan kepingan roti dan mentega. Mereka lalai dan leka dibuai salji yang semakin runtuk menghambat usianya. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Bertarung terus bertarung (R1:B6) Maksud: berjuang dan terus berjuang 2) ”Hei, sarjana setahun jagung! (R2:B2) Maksud: sarjana yang masih muda 3) melambai suara jentolakmu (R3:B3) Maksud: mengharapkan bantuan peralatan moden 4) namun sarjana masih menyumbat kupingnya (R4:B2) Maksud: sarjana yang tidak menghiraukan/mengendahkan golongan bawahan yang meminta pertolongan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 207 NO: 50 SAJAK : ‘ PESTA SENJA ’ TEKS SAJAK: ‘ PESTA SENJA ’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Azan senja mengalun seorang ayah memasang pelita di kamarnya menunaikan solat pasrah. Pada R1, penyajak menyatakan seorang ayah melaksanakan kewajipannya menunaikan solat Maghrib sebaik saja azan berkumandang. Persoalan R1 tentang kewajipan menunaikan solat Huraian: Memperingatkan dan memberi kesedaran bagi setiap muslim menunaikan kewajipan solat pada waktunya. Di luar seorang anak menyeri pesta sambil bertepuk mesra menghadapi lilin lima belas batang tanda sudah matang. Pada R2 penyajak menyatakan adanya seorang anak yang tidak mendirikan solat tetapi sangat ghairah merayakan ulangtahunnya yang ke-15 tahun. Pada usianya sebegitu ia merasakan dirinya sudah matang sedangkan pada kenyataannya masih banyak hal yang tidak diketahuinya dan berbagai cabaran lagi yang dihadapinya kelak. Persoalan R2 tentang mengabaikan tanggungjawab pada agama dan orang tua Huraian: Anak-anak tidak melakukan tangggungjawab menunaikan solat sedangkan dia telah diajar, diasuh,dididik tentang agama, namun apa yang terjadi dia lebih mengutamakan hal keduniaan berbanding akhirat. Anak itu berdiri di pesta sambil menghembus lilin dengan nafasnya cahayanya pun padam halaman jadi kelam orang-orang yang datang bertepuk tangan meraikan pesta malam. Pada R3, penyajak menyatakan perihal anak-anak muda yang bersukaria dalam pesta meraikan ulang tahun kelahiran. Dalam bersukaria itu mereka tidak memikirkan batasbatas pergaulan. Persoalan R3 tentang kelalaian / kelekaan kalangan generasi muda. Huraian: Mereka berhibur mengikut sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka itu. Mereka tidak menghormati waktu solat dan tidak mengikut segala didikan orang tuanya. Dengan kata lain membelakangi agama dan orang tua. Seorang ayah yang latah di pinggir senja tercabar kelelakian. Kampong Ayer - Patani 1980 Pada R4, Penyajak menyatakan tentang seorang ayah yang kini sudah berusia merasa dirinya tercabar dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan ayah. Persoalan R4 tentang tanggungjawab ketua keluarga. Huraian: Cabaran kepada setiap ketua keluarga khususnya ayah
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 208 mestilah dilaksanakan dengan betul dan bertanggunjawab. TEMA Kelalaian di kalangan remaja dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dan beragama Islam. Huraian: Para remaja atau generasi muda yang tidak mengikut segala yang telah diajar, dididik oleh orang tua mereka. Disebabkan mereka sudah semakin besar, masing-masing mula menganggap mereka itu bebas berbuat apa saja sehinggakan segala ajaran, teguran dan pesanan orang tua diabaikan atau tidak dipedulikan lagi. Mereka tidak pandai mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat disebabkan pengaruh persekitaran mengheret mereka ke arah kealpaan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Di dalam kehidupan ini, kita mestilah mempunyai keimanan yang kukuh. Jangan hanya memandang kesenangan yang diperolehi masa ini akan berterusan hingga ke akhir hayat. Hidup di dunia ini hanya sementara, tidak selamanya kita berada dalam situasi yang sama. Sebagaimana anak-anak muda masa kini yang lebih cenderong ke arah hiburan hingga lupa pada soal agama. Setiap ketua keluarga atau ayah mestilah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna, mesti ada sikap tegas mendidik anak-anak da keluarga agar kehidupan yang dilalui mengikut ajaran agama Islam, penuh keredhaan, keberkatan dan dalam kebahagiaan. Jangan sampai anak lebih berkuasa dari orang tuanya, sehinggakan jika ada perlakuan anak-anak yang tidak baik, orang tua tidak dapat menegurnya lagi Anak-anak janganlah mensia-siakan ajaran orang tua. Jika mahu hidup kita sentiasa dalam keberkatan ikutlah ajaran agama dan segala didikan orang tua. Mudah-mudahan mendapat kejayaan dan kebahagiaan yang kita impikan. Teguran orang tua itu bertujuan untuk membetulkan kalau ada silap salah dalam hidup anak-anak. Janganlah menganggap apabila usia kita sudah meningkat dewasa itu, kita tidak lagi memerlukan mereka. Dalam usia muda banyak pengaruh dan pancaroba yang akan ditempuhi. Hormati orang tua kita, janganlah bersikap sombong apatah lagi menderhaka. Orang tua itu menjadi tempat kita mengadu dan meminta pertolongan jika kita ada masalah. Dengan kata lain jangan membelakangi orang tua kita. NILAI Nilai Kesabaran orang tua Huraian: Seorang ayah yang sangat sabar menghadapi perangai anak-anak yang tidak mengendahkan kewajipan solat. Justeru itu dia terus berdoa pada Ilahi memohon kekuatan menghadapi dugaan dalam mendidik anak-anak masa kini. Nilai Menunaikan kewajipan solat Huraian: Perkara yang baik itu sememangnya disukai dan diharapkan menjadi ikutan kepada semua ahli keluarga apatah lagi perkara yang diwajibkan seperti solat.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 209 NADA Sedih dan kecewa. Huraian: Sajak ini bernada sedih kerana di dalamnya menampilkan bagaimana sikap anak-anak muda yang tidak mengikut ajaran orang tuanya sehinggakan tidak menghormati waktu solat apabila mereka berhibur. Selain itu juga perkara yang menyedihkan orang tua ialah apabila anak yang diasuh dididiknya itu tidak mengikut apa yang disuruhnya. Kekecewaan orang tua juga jelas sekali digambarkan dari sajak ini iaitu orang tua gagal mengasuh anaknya dan kewibawaannya telah dicabar oleh anaknya. Begitu juga anakanak yang sepatutnya menjadi hamba Allah yang taat pada perintah-Nya telah memilih jalan yang salah. CORAK Elegi Huraian: Sajak ini memperlihatkan bagaimana sedihnya hati orang tua yang gagal dalam mengasuh, mendidik dan mengajar anak-anak. Generasi muda tidak menghormati orang tua, enggan mentaati ajaran agama dan lupa akan kedudukan dirinya dalam keluarganya. Ini amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku. Satira Huraian: Sajak ini menyindir generasi tua dan generasi muda masa kini yang tersasar dari ajaran agama Islam. Masing-masing melakukan kesilapan yang besar hingga menimbulkan masalah di kemudian hari. Bersukaria atau berpesta pada masa yang tidak betul, corak pergaulan yang tidak elok dan membelakangi orang tua. ALIRAN Realisme Huraian: Memperlihatkan keadaan sebenar yang terjadi dalam kehidupan masyarakat Melayu dan Islam. Ada anak-anak tidak menghormati orang tua dan mengabaikan tanggungjawab sebagai orang muslim. Mereka lebih mengutamakan hiburan dan hal-hal dunia yang sebenarnya bersifat sementara ini. Hubungan antara orang tua dengan anak-anak yang tidak terjalin dengan baik. Anakanak melakukan perkara yang tidak diajar oleh orang tuanya. Mereka tidak memikirkan betul atau salah perbuatan itu. Didaktiktisisme Huraian: Memberi pengajaran dengan membuka minda bagi para ayah agar lebih berwaspada dan memiliki kecekalan hati, ketabahan dan kegigihan apabila mendidik anak-anak mereka. Orang tua terutama ayah mesti melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya apabila mendidik anak-anak supaya keluarganya tidak menghadapi masalah yang membabitkan masalah sosial di kemudian hari. GAYA BAHASA 1) Repitasi perkatan (pengulangan perkataan yang sama, sama ada dalam bentuk perkataan, frasa, baris atau suku kata sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak, contoh:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 210 Pengulangan perkataan di sebanyak 4 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 2) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), Contoh: R2:B2 = darah nelayan takkan cair (vokal a) 3) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contohnya: R1:B2 = titikan keringat yang hangat (kon g) 4) Kata asing (penggunaan bahasa asing selain dari bahasa Melayu), contoh: R2 : B9 = salat ( = solat dari bahasa Arab) 5) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya),contoh: R3 : B5 = orang-orang BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Pesta Senja’ keseluruhannya mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mengandungi 4 baris ayat (quatrain) R2 mengandungi 5 baris ayat (quint) R3 mengandungi 6 baris (sekstet). R4 mengandungi 3 baris (terzina) Rima akhir R1 ialah a/b/c/d. R2 ialah a/b/b/c/. R3 ialah a/a/b/b/c/b dan R4 ialah a/b/c. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R1:B2 = pasra (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B2 = seorang ayah memasang pelita dikamarnya (15 suku kata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R1: B4 = pasrah (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B2 = seorang ayah memasang pelita di kamarnya (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini adalah berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Kedengaran azan senja dialunkan. Seorang ayah memasang pelita dan menunaikan solat dengan pasrah. Di luar, seorang anak berpesta sambil bertepuk tangan menghadap lilin lima belas batang menandakan dirinya sudah matang. Anak itu berpesta, meniup lilin menjadikan cahaya padam dan halaman menjadi kelam. Orang ramai yang datang bertepuk tangan meraikan pesta itu. Manakala di pinggir senja itu, seorang ayah merasa tercabar kelelakiannya. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Azan senja mengalun (R1:B1) Maksud: waktu solat Maghrib sudah tiba 2) Sambil bertepuk mesra (R2:B3)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 211 Maksud: bergembira dan bersuka ria 3) Tanda sudah matang ( R2:B5) Maksud: dirasakan/menunjukkan dirinya berada di alam dewasa 4) Tercabar kelelakian (R4:B3) Maksud: kewibawaan seorang ayah melaksanakan tanggungjawabnya telah tergugat
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 212 TEKS SAJAK: ‘ANAK-ANAK MENUJU SEKOLAH’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Di pinggir jalan anak-anak menuju sekolah derap kakinya melangkah terus melintasi lading-ladang took-toko restoran-restoran kilang-kilang perumahan – perumahan bengkel-bengkel rata-rata milik pedagang laris dan matang Pada R1, penyajak menyatakan setiap hari anak-anak begitu gigih berjalan di pinggir jalan untuk menuju ke sekolah. Sepanjang perjalanan itu, mereka melihat wujudnya pelbagai pembangunan moden yang semakin pesat. Akan tetapi kemajuan yang dilihat mereka semua adalah milik orang asing. Melalui perjalanan inilah anak-anak ini mula berfikiran matang. Persoalan R1 tentang pembangunan moden / ekonomi milik orang asing. Huraian: Rangkap ini mengambarkan tentang pembangunan negara dan ekonomi yang semakin maju namun semua kemajuan dan kejayaan ini adalah milik orang asing. Di pinggir-pinggir jalan Derap kaki anak-anak menuju sekolah Langsung ke depan Dengan dada yang berkocak mengejar cita Pada sebuah pejabat Kerusi empuk dan mesin taip. Pada R2 pula, penyajak menegaskan anak-anak yang berjalan melalui pinggir jalan ke sekolah setiap hari tetap berusaha dengan penuh semangat demi mencapai cita-cita mereka untuk berjaya. Mereka inginkan satu pekerjaan yang memberi kesenangan kepada mereka, mereka inginkan pekerjaan di pejabat. Mereka hanya bercita-cita ingin berkerja makan gaji dan hidup sederhana, bukan untuk menjadi seorang peniaga Persoalan R2 tentang bekerja makan gaji / hidup sederhana Huraian: Rangkap ini menerangkan tentang anak melayu atau anak bangsa yang berpendidikan tinggi namun mengharapkan satu pekerjaan yang mudah yang cuma makan gaji untuk mengapai hidup yang sederhana. Anak bangsa tidak memikirkan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dari makan gaji cukup atau asal bekerja. Di pinggir –pinggir jalan Derap kaki anak-anak menuju sekolah Di matanya ada longgokan fail Di hatinya ada wang-wang belanja Untuk pelesiran Tak peduli apa Pegawai kecil atau kerdil Asal nama bekerja Sudah cukup menggapai cita Di bawah restu ibu bapa Pada R3, penyajak menyatakan anak-anak yang berjalan ke sekolah di pinggir jalan setiap hari apabila mendapat pekerjaan, mereka berusaha dalam pekerjaan untuk mendapatkan gaji semata-mata untuk perbelanjaan mereka. Mereka menyimpan cita-cita untuk bekerja demi mendapatkan wang agar mereka dapat berhibur. Bagi mereka mendapat perkerjaan tidak kira bergaji tinggi atau begaji rendah adalah sudah cukup kerana ia lebih baik daripada menganggur. Persoalan R3 tentang pendapatan untuk hiburan Huraian: Rangkap ini menjelaskan tentang bagaimana anak bangsa bekerja demi untuk mendapatkan pendapatan yang cuma cukup – cukup sahaja. Mereka tidak memikirkan untuk mencuba meningkatkan ekonomi negara malahan mereka memilih untuk hidup selesa NO: 51 SAJAK : ‘ ANAK-ANAK MENUJU SEKOLAH’
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 213 Kejayaan dalam bekerja itu adalah dianggap satu pencapaian dalam mengapai cita-cita asal ada restu dari ibubapa. dengan pendapatan mereka janji mereka dapat berhibur. Di pinggir-pinggir jalan Derap kaki anak-anak menuju sekolah Meninggalkan tauke-tauke dan gudanggudang mewah Yang leka mengira-ngira hari mukanya Terus-menerus Menimba laba Pada R4, penyajak menyatakan anak-anak yang ke sekolah setiap hari tidak sedar tentang para peniaga dan usahawan yang kini mempunyai wawasan yang lebih tinggi daripada mereka sehingga terus berusaha untuk mengaut kekayaan dan keuntungan Persoalan R4 tentang mengaut kekayaan dan keuntungan Huraian: Rangkap ini menjelaskan bagaimana perniagaan asing yang kian giat dalam mengaut keuntungan dan kekayaan atas sikap tidak peduli dan malas anak bangsa dalam mencapai kejayaan. Peluang yang terbuka luas ini tidak di sia-siakan oleh perniagaan asing. Di pinggir-pinggir jalan Derap kaki anak-anak menuju sekolah Tanpa menoleh pedagang Yang gelak sepanjang jalan Pada R5 penyajak menyatakan bahawa anak-anak yang ke sekolah setiap hari terus leka dan berpuas hati terhadap pendapatan mereka perolehi. Tidak terfikir oleh mereka bahawa para peniaga sebenarnya sudah mengaut banyak kekayaan dan kemewahan melalui pembangunan berbanding dengan mereka yang hanya bercita-cita untuk mendapat pekerjaan bukan untuk mencapai kemewahan. Persoalan R5 tentang tidak berfikiran panjang Huraian: Anak – anak bangsa yang terus leka dan berpuas hati dengan pendapatan mereka mengakibatkan kerugian terhadap negara dan dirisendiri. Anak-anak bangsa tidak berfikir dalam jangka masa yang panjang untuk mengaut keuntungan dan meningkatkan ekonomi negara. Mereka rela memilih kesenangan dari mengambil risiko dalam memulakan perniagaan. TEMA Pendidikan dan kerjaya Huraian: Berdasarkan kajian yang dibuat pada sajak ini dapatlah disimpulkan bahawa tema sajak ini lebih banyak mengandungi persoalan pendidikan, kerana setiap rangkap sajak ini menyatakan tentang perjalanan seorang pelajar dalam menuntut ilmu serta menempuhi berbagai rintangan dan cabaran. Ia juga membawa persoalan agar seorang pelajar itu tidak akan hanya bergantung pada satu pekerjaan yang memuaskan akan tetapi mereka sepatutnya harus ada wawasan dan keberanian untuk menceburi bidang lain.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 214 PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita sebagai rakyat janganlah terlalu bergantung pada sektor kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan. Kita juga janganlah mudah membiarkan para pelabur asing mengambil kesempatan terhadap kemajuan negara sehingga kita jauh ketinggalan dalam mengejar keuntungan dan kemewahan. Janganlah kita mengabaikan pendidikan kerana pendidikan ini amat penting dalam membantu kita mencapai wawasan kita. Pelajar janganlahlah leka dalam menuntut ilmu. Pelajar harus bersemangat dan berani dalam menempuhi alam persekolahan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Pelajar hendaklah mengubah sikap yang sambil lewa. Janganlah hanya bercita-cita rendah seperti berkerja hanya untuk makan gaji dengan kerajaan akan tetapi kita harus berani dalam menceburi bidang perniagaan dan berani menaggung setipa cabaran dan risiko yang akan dihadapi. NILAI Nilai Kejayaan Huraian: Menuntut ilmu adalah perlu agar kita menjadi manusia yang berjaya dan dapat membantu dalam pembangunan Negara. Nilai berfikir Huraian: Berfikir terlebih dulu sebelum melakukan sesuatu perkara contohnya mencari pekerjaan, janganlah hanya mencari pekerjaan yang makan gaji hari. Adalah lebih baik melibatkan diri dalam perniagaan yang akan dapat mengaut keuntungan hasil daripada titik peluh sendiri. Nilai pendidikan Huraian: Setiap manusia itu perlukan pendidikan untuk mencapai kejayaan atau sekurangkurangnya memperbaiki tahap kehidupan masing-masing. NADA Sinis Huraian: Penyajak menyindir anak-anak muda pada masa ini yang bekerja hanya untuk makan gaji dan hiburan sahaja tanpa menyedari bahawa orang asing sudah mula mengaut keuntungan ekonomi negara. Harapan Huraian: Penyajak berharap supaya anak-anak muda sedar akan perbuatan mereka yang leka dalam mencari kesenangan yang mudah dan mengejar kesederhanaan dengan bekerja makan gaji sahaja adalah lebih baik mereka mengambil peluang untuk membuka perniaga sendiri iatu hasil titik peluh sendiri.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 215 CORAK Epigram Huraian: Penyajak cuba menasihatkan para pelajar atau graduan supaya tidak hanya bergantung pada kerajaan tetapi berusaha untuk menceburi bidang yang lain selain berkhidmat daripada kerajaan. Ia juga membawa nasihat bahawa pendidikan itu penting dalam kehidupan bagi membantu kita di alam kerjaya nanti. ALIRAN Realisme Huraian: Penyajak menggambarkan kehidupan masyarakat yang kebanyakkan mengharapkan sektor kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan yang selesa dan tidak mahu menceburi bidang dalam peniagaan. Situasi yang nyata tentang bagaimana peniaga yang banyak mengaut untung adalah warga asing dipaparkan dalam sajak berikut. Kebenaran tentang para graduan yang mengambil jalan mudah dalam mencari perkerjaan dan tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang sukar juga jelas dinyatakan. Didaktisisme Huraian: Penyajak secara langsung juga mendidik agar para graduan untuk tidak leka dalam mengejar kesenangan melalui harapan kepada sector kerajaan namun perlu berusaha gigih dalam mengaut keuntungan melalui pelbagai cara. Penyajak juga menasihati agar para graduan jangan memberi peluang yang mudah bagi warga asing untuk mengambil dan mengaut keuntungan dengan mudah. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), Contoh: R2:B2 = derap kaki anak-anak menuju sekolah (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contohn: R4:B3 = Meninggalkan tauke – tauke dan gudang-gudang mewah (kon n) 3) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3: B3 = di matanya ada longgokan fail R3: B4 = di hatinya ada wang-wang berlanja 4) Singkatan / sinkop (perkataan yang disingkatkan), contoh: R3: B6 = tak peduli apa (tak = tidak) 5) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R1: B 2 = anak-anak menuju sekolah BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai 5 rangkap dan setiap rangkap Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 11 baris (bebas). R2 mempunyai 6 baris (sekstet). R3 mempunyai 10 baris (bebas). R4 mempunyai 6 baris (sekstet). R5 mempunyai 4 baris (quatrain).
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 216 Rima akhir R1 = a/b/c/d/e/a/d/a/f/d/d/, R2 = a/b/a/c/d/e/, R3 = a/b/c/d/a/d/c/d/d/d/, R4 = a/b/b/c/d/c, R5 = a/b/c/a/. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R1: B5 = toko-toko (4 sukukata) Sukukata panjang ialah R4: B3 = Meninggalkan tauke-tauke dan gudang-gudang mewah (14 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek R1:B5 = toko-toko (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B4 = dengan dada yang berkocak mengejar cita (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Di pinggir jalan kelihatan anak-anak menuju ke sekolah dan derap kakinya melangkah terus. Dalam perjalanan menuju ke sekolah mereka melintasi ladang-ladang, toko –toko, restoran-restoran, kilang-kilang, perumahan-perumahan dan bengkel-bengkel. Rata-rata ia dimiliki oleh para pedagang dan perniagaan yang laris dan matang Di pinggir-pinggir jalan, derap kaki anak-anak menuju ke sekolah terus langsung ke depan. Dengan dada yang berkocak mengejar cita untuk berada di sebuah pejabat serta duduk di atas kerusi empuk dan dilengkapi dengan mesin taip. Di pinggir-pinggir jalan, derap kaki anak-anak menuju ke sekolah. Di matanya ada longgokan fail dan di hatinya ada wang-wang belanja untuk pelesiran. Mereka tidak peduli apa sama ada pegawai kecil atau kerdil asalkan nama untuk berkerja sudah cukup untuk menggapai cita-cita di bawah restu ibu bapa mereka. Di pinggir-pinggir jalan, derap kaki anak-anak menuju ke sekolah lalu mereka meninggalkan tauke-tauke dan gudang-gudang yang mewah yang leka mengira-ngira hari mukanya dan terus-menerus menerima laba. Di pinggir-pinggir jalan, derap kaki anak-anak menuju ke sekolah tanpa menoleh ke arah pedagang yang gelak ketawa di sepanjang jalan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Rindu merendah laut (R1:B1) Maksud: perasaan penuh semangat turun ke laut untuk mencari rezeki 2) Menyelam rezeki (R1:B5) Maksud: mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh 3) Di perahu rahmat (R3 :B10) Maksud : sebuah perahu yang banyak berjasa digunakan untuk mencari rezeki
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 217 NO : 52 NOSTALGIA TEKS SAJAK : ‘NOSTALGIA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Seorang pak tua menyusur pulang Merentas di bawah bayangan pepohon Menjauh meninggalkan cuti unggas Di tengah bendang Pada R1 penyajak memperlihatkan seorang pak tua dalam perjalanan pulang meninggalkan bendangnya, setelah letih dan penat bekerja seharian. Persoalan R1 tentang kegigihan dan kemiskinan hidup Huraian: Tentang pekerjaan seorang tua yang menyara hidupnya dengan bekerja di bendang. Lalu dilorong perkebunan Mengungkit ingatan Bau sekerap Pisau toreh Langkahnya melekas pulang Pada R2 pula penyajak menyatakan bahawa ketika melalui kawasan kebun getah secara tidak langsung telah mengamit nostalgia lamanya namun dia tetap meneruskan perjalanannya dengan cepat untuk pulang. Persoalan pada R2 ialah tentang kenangan silam Huraian: Pak tua terkenangkan kisah silamnya semasa menoreh getah. Seorang ibu tua menjenguk belangnya Lemak ubi manis Harum dedaun kopi Pada suasana sama Terhidang pada seorang pak tua R3 pula penyajak memperlihatkan keadaan kemiskinan hidup, seorang ibu tua yang hanya memasak ubi manis dan air kopi untuk dijadikan hidangan. Hidangan yang sama itu jugalah yang akan dinikmati oleh pak tua. Persoalan pada R3 ialah tentang kemiskinan hidup Huraian: Mengisahkan tentang makanan mereka hanyalah sekadar ubi manis bersama air kopi. “Eh, Udin!” seru ibu tua Tiba-tiba memecah kenang Pada tumpah secawan kopi Membasahi pengkauan “ia datang!?” Pada R4 penyajak memperlihatkan tentang seorang ibu tua yang tersentak dari lamunannya berikutan kepulangan anaknya, Udin. Dia digambarkan penuh rasa kegembiraan menyambut kepulangan anaknya itu sehinggakan tidak menyedari air kopi tumpah dipangkuannya Pada R4 mengutarakan persoalan kegembiran Huraian: Kisah kegembiraan seorang ibu tua setelah anaknya kembali semula ke kampung halamannya. Dan seorang pemuda menyusur pulang Merentas di bawah bayangan pepohon Dan girangnya pada cuit unggas Di tengah bendang menuju pulang. Pada rangkap terakhir pula penyajak menyatakan kisah kepulangan seorang pemuda ke kampung halamannya dengan perasaan gembira kerana dapat menikmati kembali keindahan kampung halamannya dan juga dapat bertemu kembali dengan Persoalan R5 tentang kegembiraan Huraian: Gambaran kegembiraan seorang anak yang yang pulang ke kampung halaman. Dia gembira masih dapat menikmati keindahan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 218 kedua-dua orang tuanya. kampungnya. TEMA Kemiskinan hidup dan kegembiraan Huraian: Memperlihatkan kisah kemelaratan hidup sepasang keluarga tua yang tinggal di kampung. Mereka digambarkan hidup dalam keadaan miskin dan begitu merindui kepulangan anaknya. Pasangan ini digambarkan begitu gembira sekali dengan kepulangan anak mereka. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Setiap anak mestilah mengingati kampung halamannya terutama kedua-dua orang tuannya yang tinggal sendirian di kampung. Anak-anak hendaklah membantu orang tuanya, apatah lagi mereka yang hidup dalam keadaan susah. Itu merupakan kewajipan yang perlu dipikul oleh setiap anakanak. Walaupun hidup susah dan miskin haruslah tabah dan terus gigih berusaha jangan mudah berputus asa.Jika kita berusaha bersungguh-sungguh pasti kita akan mengecapi kejayaan. NILAI Nilai Kewajipan seorang anak Huraian: Walau di mana berada adalah menjadi kewajipan seorang anak untuk balik ke kampung halaman bagi menziarahi ibu bapa Nilai bertanggungjawab Huraian: Anak-anak adalah bertanggungjawab untuk mengambil tahu keadaan orang tua mereka jangan diabaikan begitu sahaja. Nilai kegigihan Huraian: Walaupun hidup susah dan miskin haruslah tabah dan terus gigih berusaha jangan mudah berputus asa. NADA Sedih dan pilu Huraian: Kisah sedih dan pilu hidup keluarga seorang tua yang daif dan miskin yang terlantar di kampung tanpa ditemani oleh anak-anaknya. Gembira Huraian: Kegembiraan ibu bapa dengan kepulangan anaknya serta kegembiraan si anak pulang ke kampung halamannya. CORAK Elegi Huraian: Ratapan kesedihan terhadap suatu suasana yang mengharukan tentang kehidupan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 219 keluarga seorang tua yang hidup dalam kemiskinan dan terpinggir dari anak-anaknya. Kemiskinan jelas digambarkan melalui pekerjaannya, iaitu bekerja dibendang dan hanya memakan ubi lemak manis bersama air kopi. Epigram Huraian: Memaparkan nasihat atau pengajaran kepada anak-anak agar jangan sesekali melupakan kedua orang tua dan kampung halaman. ALIRAN Realisme Huraian: Sebuah kisah yang nyata, benar-benar ada terjadi dalam kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat tua yang hidup susah dan terabai tinggal di kampungkampung. Didaktisisme Huraian: Memberikan kita iktibar agar mencontohi semangat dan kegigihan orang tua-tua dahulu yang kuat, tabah dan sabar dalam menyara kehidupan keluarga mereka. Walaupun mereka dari golongan yang miskin dan susah tetapi mereka berasa bahagia dan gembira menjalani kehidupan mereka itu. GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan/perkatannya), contoh: R4:B2 = tiba-tiba memecah kenang 2) Kata Tempatan (penggunaan bahasa tempatan / dialek), contoh: R2:B3 = sekerap ( getah / tiub getah) 3) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B2 = merentas di bawah bayangan pepohon (vokal e) 4) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B3 = menjauh meninggalkan cuit unggas (konsonan m) 5) Repitasi Perkataan (perulangan perkataan yang sama lebih 2 kali dalam keseluruhan sajak), contoh: Pengulangan perkataan pak tua diulang sebanyak 2 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Hari ini keseluruhannya mempunyai 5 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 & R5 mempunyai 4 baris (Quatrain). R2,R3 & R4 mempunyai 5 baris (Quint). Rima akhir R1 ialah a/b/c/a. R2 ialah a/b/c/d/e. R3 ialah a/b/c/a/a. R4 ialah a/b/c/d/b. R5 ialah a/b/c/a. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R2:B4 = pisau toreh (4 sukukata) Sukukata panjang ialah R3:B1 = seorang ibu tua menjenguk belanganya (14
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 220 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R2:B3 = bau sekerap (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R5:B1 = dan seorang pemuda menyusur pulang (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, iaitu tidak terikat dengan sebarang peraturan serta gaya puisi lama sama ada pantun ataupun syair. Selain itu, didapati juga bahawa jumlah baris, rima akhir, jumlah sukukata dan patah perkataannya tidak sekata. PROSA Seorang pak tua telah menyusur perjalanan pulang dengan merentas di bawah pepohon yang menjauh, kemudian meninggalkan bunyi cuitan unggas di tengah bendang. Semasa melalui lorong perkebunan, dia mengungkit teringat tentang bau sekerap sebilah pisau toreh menyebabkan langkahnya melekas untuk pulang. Seorang ibu tua terus menjenguk ke belakangnya, terhidu lemak ubi manis dan haruman dedaun kopi. Pada suasana yang sama terhidang untuk seorang pak tua. “Eh, Udin!” seru seorang ibu tua. Dia tiba-tiba memecah kenangan menyebabkan secawan kopinya tumpah hingga membasahi pangkuan. “Ia datang?” Seorang pemuda pun menyusur pulang dengan merentas di bawah bayangan sebatang pepohon itu. Dia berasa girang pada bunyi cuitan unggas di tengah bendang untuk menuju pulang. MAKSUD RANGKAI KATA 1) seorang pak tua menyusur pulang (R1:B1) Maksud: seorang ayah yang sudah berusia baru balik mencari rezeki 2) pisau toreh (R2:B4) Maksud : mencari rezeki dengan menoreh getah 3) dan girangnya pada cuit unggas (R5:B3) Maksud : kegembiraan berada di kampong sendiri
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 221 NO: 53 SAJAK: ‘HARI INI” TEKS SAJAK: ‘HARI INI’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Buat ke sekian kali Kualami Pengalaman pahit Menghimpit kehidupan sedih Tiap ruang dan sudut hati Hanya dalam kekosongan Dilanda kedukaan. Pada R1 menyatakan bahawa penyajak telah banyak menempuh pengalaman pahit dalam kehidupannya namun dia telah mengalami satu pengalaman paling pahit dalam hidupnya yang telah menyebabkan hati dan perasaannya amat sedih, kecewa dan berdukacita hinggakan dia merasakan hidupnya tidak bermakna lagi. Persoalan R1 ialah kesedihan dan kekecewaan Huraian: Kesedihan dan kekecewaan penyajak kerana telah menempuh banyak pengalaman pahit lebih-lebih di telah mengalami satu pengalaman paling pahit dalam hidupnya sehingga merasakan hidupnya tidak bermakna lagi. Tapi hari ini Sesuatu yang menjadi Dengan ikhlas Dan serela hatiku Menghadapinya Membuat aku dapat mengenal Bahawa dalam diri kita ini Ada cahaya Yang memancar kilaunya. Pada R2 menyatakan kini penyajak telah sedar setiap pengalamam yang dilalui itu sudah ditakdirkan sebegitu dan dia pasrah menerima takdir yang telah ditentukan tersebut dan dia tahu hanya diri individu itu sahaja yang boleh mengubah nasibnya. Walaupun menempuh berbagai pengalaman pahit, namun penyajak yakin bahawa dalam diri setiap diri manusia itu sebenarnya terdapat kelebihan dan keistimewaan yang telah diberikan oleh Tuhan. Persoalan R2 tentang kepasrahan dan keyakinan Huraian: Kepasrahan penyajak terhadap takdir yang telah ditentukanTuhan keatas dirinya namun dia yakin pasti ada hikmah disebalik pengalaman pahit tersebut. hari ini betapa pengalaman itu mengajarku menuju kemenangan dalam erti dan kehidupan Pada R3 penyajak menegaskan bahawa semua pengalaman pahit yang telah dilaluinya menjadi sesuatu yang berharga, teladan serta pengajaran bagi dirinya untuk lebih tabah mengharungi serta meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini dan seterusnya untuknya mencapai kejayaan dalam kehidupan. Persoalan R3 tentang unsur pengajaran Huraian: Semua pengalaman pahit yang telah dilaluinya menjadi sesuatu yang berharga, teladan serta pengajaran bagi dirinya untuk lebih tabah mengharungi serta meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini dan seterusnya untuknya mencapai kejayaan dalam hidup.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 222 TEMA Kesedihan dan kekecewaan lalu menjadi pengajaran untuk mencapai kejayaan. Huraian: Kesedihan dan kekecewaan penyajak yang teramat sangat hikmah tertentu. Disebalik pengalaman pahit yyang dialami itu telah menjadi teladan dan pengajaran untuknya lebih pasrah dan berjaya dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita haruslah sentiasa tabah dan menguatkan diri apabila menghadapi segala kesusahan dalam kehidupan. Kita mestilah yakin akan kelebihan diri kita untuk mencapai impian yang diinginkan. Kita seharusnya belajar dari pengalaman lalu, yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan pengajaran untuk meneruskan kehidupan. Kita tidak sepatutnya berputus asa jika dalam situasi kesedihan dan penderitaan kerana perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri. Setiap manusia pasti ada mengalami pengalaman pahit dalam hidupnya tetapi janganlah mudah putus asa malahan kita haruslah bertindak bijak untuk mengatasi masalah tersebut. NILAI Nilai ketabahan Huraian: Ketabahan menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan. Segala kesukaran yang dihadapi dalam kehidupan sebenarnya menjanjikan hikmahnya tersendiri. Nilai sabar dan tabah Huraian: Bersifat sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran dan duagaan kehidupan ini. Nilai redha dengan ketentuan dariNya Huraian: Kita hendakhlah redha dengan ketentuan dariNya itu kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. NADA Kecewa Huraian: Nada kecewa dan dapat dikesan dalam rangkap pertama iaitu penulis menyuarakan perasaan hampa dengan segala kesusahan yang dihadapi dalam hidupnya. Nada ini memperlihatkan perasaan hampir hilang harapan. Dalam rangkap pertama, si penyajak menceritakan pengalaman pahit tu telah memberi luka mendalam dalam jiwanya. Ini jelas menunjukkan penyajak hampir berputus asa untuk meneruskan hidup. Semangat dan harapan Huraian: Nada ini dilihat dalam rangkap kedua ketika si penyajak mengharapkan kebahagiaan disebalik penderitaan yang telah dihadapinya. Melalui rangkap ini, dapat digambarkan semangat si penyajak untuk kekal memperjuangkan kehidupan walau seberat mana dugaan yang diterimanya setelah menyedari kelebihan yang dimilkinya. Rangkap ketiga juga menunjukkan perasaan semangat yang terbit dari si penyajak untuk menuju
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 223 kejayaan hidup dengan belajar daripada pengalaman. CORAK Epigram Huraian: Mengandungi sesuati ajaran dan nasihat yang dapat dijadikan panduan hidup. Contohnya dalam rangkap kedua, sajak ini mendidik manusia agar tidak berputus asa menjalani duri ranjau dalam kehidupan. Kesimpulannya, corak epigram terdapat dalam sajak ini kerana ia mengandungi nilai-nilai moral yang menasihati manusia. Elegi Huraian: Rasa sedih dengan nasib hidup yang sentiasa dihantui kesusahan dan penderitaan dalam rangkap pertama. Dia sedih mengenang dugaan hidup yang menyelubungi hayatnya. Keseluruhannya, sajak ini mempunyai corak elegi kerana terdapat emosi sedih dalam sajak ini. ALIRAN Realisme Huraian: Menggambarkan kenyataan yang terjadi dalam hidup ini. Ini dapat dibuktikan dalam rangkap pertama yang menerangkan bahawa hidup ini penuh pancaroba dan ini merupakan realiti kehidupan yang tidak dapat dihindari. Kesusahan dan kesenangan dalam hidup memang benar-benar terjadi disekitar bumi ini. Didaktisisme Huraian: Sajak ini juga beraliran didaktisme kerana ia mendidik manusia agar tidak berputus asa dan tetap sabar menjalani hidup ini. Melalui ketiga-tiga rangkap ini, dapat diambil beberapa pengajaran. Contohnya rangkap ketiga yang mebgajar manusia agar belajar dari ksilapan dei mencapai kemenangan. GAYA BAHASA 1) Singkatan/Singkop (kata yang disingkatkan perkataannya), contoh: R2:B4 = dan serela hatiku (aku) 2) Simbolik (perkataan yang mempunyai makna tertentu / lain dari maksud sebenar), contoh: R2:B8 = cahaya = kegembiraan dan kejayaan’. 3) Personifikasi (unsur pengorangan atau benda mempunyai / melakukan / memiliki perbuatan manusia), contoh: R1:B3&4 = pengalaman pahit menghimpit hidup sedih (menghimpit perbuatan manusia) 4) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 3 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B1 = buat ke sekalian kali (vokal a) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B9 = hanya dalam kekosongan (konsonan k) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini keseluruhannya mempunyai 3 rangkap sahaja.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 224 Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 7 baris (Septaim). R2 mempunyai 9 baris (bebas). R3 mempunyai 5 baris (Quint) Rima akhir R1 ialah a/a/b/c/a/d/d. R2 pula ialah a/a/b/c/d/e/a/d/d. R3 pula ialah a/b/b/c/c Jumlah keseluruhan sukukata Sukukata pendek R1:B2 = kualami (4 sukukata) Sukata panjang R2: B6 = membuat aku dapat mengenal (10 sukukata) Jumlah keseluruhan patah perkataan Patah perkataan pendek R1:B2 = kualami (1 patah perkataan) Patah perkataan panjang R2: B6 = membuat aku dapat mengenal (4 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Buat kesekian kalinya, aku mengalami lagi pengalaman pahit yang telah menghimpit kehidupan yang sedih sehinggakan setiap ruangan dan sudut hati hanya di dalam kekosongan yang dilanda kedukaan. Akan tetapi, pada hari ini sesuatu telah terjadi dan aku dengan keikhlasan dan kerelaan hati menghadapinya sehingga ia membuat aku dapat mengenali bahawa di dalam diri kita ini ada terdapat cahaya yang sangat memancar kilaunya. Pada hari ini, aku menyedari betapa pengalaman ini telah mengajarku agar aku mampu menuju kemenangan dalam erti sebuah kehidupan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) pengalaman pahit (R1:B3) maksud: cabaran dan dugaan melanda 2) dengan ikhlas (R2:B3) maksud : redha dengan apa yang terjadi 3) menuju kemenangan (R3:B4) maksud : berani dalam menempuhi akan cabaran dan dugaan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 225 NO : 54 ‘PENGABDIAN’ TEKS SAJAK : ‘PENGABDIAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Suara ini adalah anugerah Ilahi yang tidak terhingga pada setiap hamba-Nya Pada R1 penyajak menyatakan bahawa suara ini adalah pemberian Allah yang tiada ternilai hikmatnya kepada umat manusia. Persoalan pada R1 ialah tentang kekuasaan / kurniaan Tuhan Huraian: Suara manusia itu merupakan kurniaan Allah yang tidak ternilai hikmatnya. Fikiran ini adalah kurnia-Nya jua membuat kita jadi dewasa dan matang berfikir dalam mengenal pasti sesuatu yang bererti Pada R2 pula penyajak menyatakan manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Dengan akal mausia mampu berfikir lebih matang dan bijaksana dalam bertindak dan membuat kerja berfaedah dan seterusnya membuat keputusan. Persoalan R2 tentang kekuasaan / kurniaan Tuhan Huraian: Manusia dikurniakan akal untuk mereka berfikir dengan betul dengan melakukan sesuatu yang baik dan bermanfaat Diri ini adalah milik-nya Dia – al –Muktadir baik dan jahat hidup dan mati penuh rahsia dia pemegang kuncinya. Pada rangkap 3 penyajak menyatakan bahawa manusia itu adalah ciptaan tuhan dan Dialah yang mengaturkan perjalanan hidup seseorang itu. Setiap perjalanan dan ketentuan hidup seseorang itu pasti ada rahsia tertentu disebaliknya dan hanya Allah saja yang mengetahuinya. Persoalan pada R3 tentang kekuasaan Tuhan Huraian: Tuhan menciptkan manusia dan yang mengatur serta menentukan segala perjalan hidup manusia yang mempunyai hikmat tersendiri. Sesungguhnya tidak ada perjalanan lagi selain dari menuju-Nya Dia satu-satunya untuk kita mengabdikan diri dan mentauhidkan-Nya Pada rangkap 4 penyajak menyatakan bahawa akhir perjalanan hidup seseorang itu pasti akan menemui kematian. Oleh itu, dalam kehidupan manusia mestilah perbanyakan berbuat amal dan kebajikan agar mendapat keberkatan dan balasan baik daripada Allah di dunia dan akhirat. Persoalan R 4 tentang kekuasaan Tuhan Huraian: Setiap manusia pasti akan menemui kematian. Buatlah segala suruhannya dan tinggalkan segala larangannya sebagai bekalan di akahirat kelak. TEMA Kekuasaan Allah dan nikmat atas setiap kurniaannya Huraian: Bahawa dengan kekuasaan dan kebesaranNya telah mencipta pelbagai kelebihan kepada manusia. Tiap-tiap manusia dan anggota tubuh badannya itu adalah pemberian Allah SWT kepada setiap hambanya. Allah SWT maha berkuasa dalam mentakdirkan atau mengatur kehidupan manusia itu. Oleh itu, manusia hendaklah mensyukurinya dengan menggunakannya kepada perkara berkebajikan serta tidak lupa mengabdikan diri
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 226 kepada Allah walau dalam apa jua keadaan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Setiap manusia hendaklah mensyukuri anugerah dan pemberian Allah dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Kehidupan manusia ini telah diatur dan ditentukan oleh Allah. Oleh itu kita hendaklah reda menerima ketentuanNya. Manusia adalah milik Allah. Oleh itu laksanakanlah segala perintahnya dan jauhilah segala segala larangannya. Kita mestilah taat di atas perintah Allah SWT dan memperhambakan diri kepadaNya kerana suatu hari kita akan kembali kepada-Nya. NILAI Nilai bersyukur Huraian: Setiap manusia itu perlu berasa bersyukur di atas anugerah yang Allah berikan kepada hamba-hambanya seperti anggota badan yang sempurna yang boleh kita manfaatkan dalam kehidupan seharian kita Nilai mentaati Allah SWT: Huraian: Kita dituntut taat dan memperhambakan diri kepada Allah SWT sahaja kerana suatu hari nanti kita semua akan kembali kepangkuan Allah SWT selaku pencipta manusia. NADA Semangat dan harapan Huraian: Memaparkan nada semangat penyair dalam memuji kebesaran dan kemurahan Allah SWT dalam anugerah yang diberikannya kepada setiap hambanya. Nada harapan juga ada dalam sajak ini, iaitu harapan seseorang untuk mengajak manusia agar mengabdikan diri kepada Allah SWT kerana kita semua akan kembali kerahmatullah. CORAK Himne Huraian: Dalam sajak ini memperlihatkan keagungan kebesaran dan keuasaan Allah SWT dalam mencipta manusia itu. Allah SWT juga berkuasa dalam menentukan perjalanan hidup dan kematian individu itu. Kita diseru untuk mentaati dan memperhambakan diri kepada Allah SWT. Epigram Huraian: Dalam rangkap akhir sajak ada mengajak pembaca agar mengabdikan diri kepada Allah SWT kerana Allah SWT maha berkuasa dalam mencipta dan mengatur kehidupan kita di dunia ini. Tambahan lagi suatu hari nanti kita semua akan kembali ke sisi Allah SWT. ALIRAN Realisme Huraian: Sajak ini beraliran realisme(benar-benar berlaku) bahawa kita sebagai orang islam wajib mentaati akan perintah Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 227 segala laranganNya jika inginkan kebahagian. Didaktisisme Huraian: Sajak ini mengajak golongan-golongan manusia agar memperhambakan diri dan mentaati perintah Allah SWT kerana Allah SWT maha berkuasa dalam mentakdirkan kehidupan seseorang. Selain itu Allah SWT juga menganugerahkan kita kesempurnaan anggota tubuh badan untuk kita manfaatkan dalam kehidupan ini sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambanya GAYA BAHASA 1) Responsi (perkataan yang sama berulang ditengah baris dalam satu rangkap), contoh: R3:B4 = baik dan jahat R3:B5 = hidup dan mati 2) Paradoks (perkataan yang berlawan dalam satu baris), contoh: R3:B4 = baik dan jahat 3) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B2 = adalah anugerah Ilahi (vokal a) 4) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R4:B3 = Selain dari menuju -Nya (konsonan n) 5) Kata ganda (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R4:B4 = satu-satunya BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Pengabdian’ keseluruhannya mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 4 baris serangkap (Quatrain). R2 dan R4 mempunyai 6 baris serangkap (sextet). R3 mempunyai 7 baris serangkap (septaim). Rima akhir R1 ialah a/a/b/b. R2 pula ialah a/b/c/d/a/a. R3 ialah a/b/c/d/a/b/b. R4 ialah a/b/a/a/b/a. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R3:B1 = Diri ini (4 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B2 = adalah anugerah Ilahi (10 sukukata) Jumlah patah perkataan Patah perkataan pendek ialah R4:B1 = Sesungguhnya (1 patah perkataan) Patah perkataan panjang ialah R2:B3 = membuat kita jadi dewasa (4 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Suara ini adalah anugerah Ilahi yang tidak terhingga pada setiap hamba-Nya. Fikiran ini adalah kurnia-Nya juga membuat kita jadi dewasa dan matang berfikir dalam mengenal
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 228 pasti sesuatu yang bererti. Diri ini adalah milik-Nya. Dia adalah al –Muktadir, menentukan baik dan jahat, hidup dan mati yang penuh rahsia. Dia merupakan pemegang kuncinya. Sesungguhnya tidak ada perjalanan lagi selain daripada menuju-Nya. Dia satu-satunya untuk kita mengabdikan diri dan mentauhidkan–Nya. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Al-Muktadir (R3:B3) Maksud : menentu takdir seseorang. 2) Pemegang kuncinya (R3:B7) Maksud : berkuasa di atas segala-galanya. 3) Mentauhidkan-Nya (R4:B6) Maksud : mengagungkan-Nya
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 229 NO : 55 SAJAK : PENDAKI HARAPAN TEKS SAJAK : ‘PENDAKI HARAPAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Bagai kelmarin juga hari ini hadir lagi menggores wajah-wajah baru mula melangkah larinya kuat dan cepat seperti yang kelmarin juga belum tiba di kaki menara nafasnya mula tercungap-cungap ia menoleh ke belakang di sana tangan-tangan mesra melambai langkahnya mati lemas bersama lambaian Pada R1 penyajak mengambarkan satu keadaan bahawa seperti biasa setiap hari kanak-kanak/remaja begitu ceria dan bersemangat pergi menuntut ilmu ke sekolah. Tetapi keceriaan dan semangat mereka punah kerana terlalu banyak dugaan, cabaran dan halangan dalam perjalanan mereka untuk menuju ke peringkat yang tinggi. Akhirnya, yang lemah dan mudah terpengaruh gagal meneruskan perjalanan pembelajaran mereka. Kegagalan ini disebabkan banyak faktor seperti kemiskinan hidup, kesedaran tentang pentingnya pelajaran dan terpengaruh serta terjebak dengan perkara negatif yang akhirnya memusnahkan pembelajaran dan kehidupan mereka. Persoalan R1 tentang semangat dan harapan Huraian: Khususnya memgambarkan para remaja yang begitu bersemangat pergi ke sekolah sekolah setiap hari dengan harapan mencapai kejayaan. Persoalan R1 juga tentang kegagalan Huraian: Di sekolah terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu mereka lalui dan hadapi. Akhirnya, mereka terpengaruh menyebabkan perjalanan mereka terkandas sekaligus boleh saja musnahkan masa depan mereka. Bonda mengeluh lagi jiwanya hampa tiada seorang pun antaranya berjaya menaiki tangga menara itu Pada R2 penyajak mengungkapkan tentang kesedihan dan keluhan seorang ibu yang berasa kecewa kerana tiada seorang pun antara anak-anaknya yang berjaya belajar hingga memasuki peringkat univerisiti. Persoalan R2 tentang kesedihan dan kekecewaan Huraian: Kesedihan dan kekecewaan seorang ibu kerana tidak seorang pun anaknya berjaya memasuki pusat pengajian tinggi atau pun universiti. Hatinya sayu jiwanya lemah darahnya dingin. Pada R3 penyajak mengambarkan kekecewaan dan kesedihan si ibu yang sungguh mendalam sehingga semacam merasakan seolah-olah hidupnya tidak bermakna. Persoalan R3 juga tentang kesedihan dan kekecewaan Huraian: Si ibu sedih dan kecewa mengenang kegagalan anakanaknya sehingga merasakan seolah-olah hidupnya tidak bermakna. Pudarlah harapan bonda dalam mimpi wujudnya para wali yang lahir dari rahim rimba Pada R4 penyajak menegaskan bahawa punahlah harapan si ibu yang mengimpikan ada dikalangan anaknya akan mencapai Persoalan R4 tentang harapan tidak terlaksana Huraian: Khususnya harapan seorang
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 230 nafasnya dari keringat petani membina syurga untuk bangsanya di pedalaman kecemeralangan dalam pelajaran mereka. Dia begitu berharap dalam kelompok kemiskinan hidup keluarga mereka itu ada dikalangan anaknya akan mencapai kejayaan dalam pelajaran yang sekaligus membawa pembaharuan dan menjadi kebanggan keluarga serta masyarakat miskin di pedalaman. ibu untuk melihat kejayaan pelajaran anaknya sehingga ke peringkat universiti yang sekali gus diimpikan akan menjadi kebangaan keluarga dan masyarakat miskin di pedalaman. TEMA Kesedihan dan kekecewaan Huraian: Rasa sedih dan kecewa seorang ibu yang menaruh harapan tinggi ada terhadap anakanaknya agar ada dikalangan anak-anaknya akan berjaya dalam pelajaran sehingga menjejakan kaki ke universiti. Tetapi agak malang kerana anak-anak gagal mengelak diri dari terlibat dan terpengaruh gejala-gejala negatif menyebabkan mereka terkandas dan gagal pembelajaran mereka. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan untuk membahagiakan hati kedua ibu bapa kita. Kita mestilah mempersiapkan diri dan melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama agar tidak terjerumus dengan gejala sosial yang boleh menyebabkan keciciran dalam pelajaran. Setiap ibu bapa mengharapkan kejayaan daripada anak-anaknya terutama dalam bidang akademik. Jjadi anak-anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Hidup di alam belia remaja akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang boleh menyebabkan pelajar keciciran dalam pelajaran. Jadi mereka hendaklah menangkis cabaran-cabaran dan pengaruh negatif yang ada disekelilingnya. NILAI Nilai sentiasa berusaha Huraian: Kita dituntut sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dengan ilmu agama dan akademik demi memenuhi keseimbangan hidup di dunia dan di akhirat. Nilai kuat semangat dan berilmu Huraian: Para remaja dan belia yang masih menuntut ilmu perlu bersiap sedia berhadapan dengan cabaran-cabaran dan dugaan yang ada disekelilingnya. Mereka perlu mempertahankan diri agar tidak terjebak ke dalam pengaruh negatif yang ada disekelilingnya. NADA Sedih, kecewa dan hampa Huraian: Memaparkan nada sedih , kecewa dan hampa seorang ibu terhadap anaknya. Kisah seorang ibu yang mempunyai impian untuk melihat ada antara anaknya yang berjaya mengubah nasih keluarga mereka yang miskin. Namun ibu tersebut berasa kecewa dan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 231 hampa kerana tiada seorang pun anak-anaknya yang berjaya menjejakkan diri ke universiti sekaligus memusnahkan impian ibu tersebut . CORAK Elegi Huraian: Dalam sajak ini memperlihatkan kekecewaan dan kesedihan seorang ibu yang menaruh harapan untuk melihat kejayaan anak-anaknya berjaya belajar hingga ke peringkat universiti sekaligus akan dapat mengubah nasib kemiskinan mereka. Namun tiada seorang pun anak-anaknya berjaya belajar hingga ke universiti. Punahlah harapan ibu tersebut dan berdukacita. ALIRAN Sajak ini memaparkan aliran realisme. Huraian: Tentang realiti bahawa setiap ibu bapa amat mengharapkan kejayaan anak-anak mereka sehingga ke peringkat universiti. Ia juga memperlihatkan realiti bahawa anak-anak yang gagal bersaing, tidak bersemangat dan kurang komitmen serta mudah terpengaruh dengan gejala negatif pasti akan terkandas dalam pembelajaran mereka. GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R1 : B4 = wajah-wajah 2) Responsi (Pengulangan perkataan yang sama pada pertengahan baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3:B4 = yang lahir dari rahim rimba R3:B5 = nafasnya dari keringat petani 3) Kata Asing (kata pinjaman daripada bahasa yang bukan bahasa Melayu standard), contoh: R4: B6 = syurga (bahasa Arab). 4) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B1 = hari ini hadir lagi (vokal i) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R4 : B4 = nafasnya mula tercungap-cungap (konsonan n) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Pengabdian’ keseluruhannya mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 13 baris (bebas). R2 mempunyai 4 baris (Quatrain) dan R3 mempunyai 3 baris (terzina). R4 mempunyai 7 baris (septaim). Rima akhir R1 ialah a/b/c/d/e/f/a/a/g/h/b/b/i. R2 pula ialah a/b/b/c. R3 ialah a/b/c. R4 ialah a/b/b/a/b/a/c. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R1:B3 = menggores (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B4 = berjaya menaiki tangga menara itu (14 sukukata)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 232 Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R1:B3 = menggores (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B4 = berjaya menaiki tangga menara itu (5 patah perkataan) Kesimpulan. Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Bagai kelmarin juga, hari ini hadir lagi menggores wajah-wajah baru yang mula melangkah dengan larinya yang kuat dan cepat. Namun seperti yang kelmarin juga belum tiba di kaki menara, nafasnya sudah mula tercungap-cungap. Dia menoleh ke belakang. Di sana tangan-tangan mesra melambai sehingga langkahnya mati kerana lemas bersama lambaian. Bonda mengeluh lagi. Jiwanya hampa kerana tiada seorang pun antaranya berjaya menaiki tangga menara itu. Hatinya berasa sayu, jiwanya lemah dan darahnya dingin. Pudarlah harapan bonda yang dalam mimpi wujudnya para wali yang lahir daripada rahim rimba, nafasnya pula dari keringat petani yang membina syurga untuk bangsanya di pedalaman. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Wajah-wajah baru (R1:B4) Maksud : generasi muda, para remaja atau belia yang masih bersekolah 2) Kaki menara (R1:B8) Maksud : peringkat universiti/ pusat pengajian tinggi 3) Tangan-tangan mesra melambai (R1:B11) Maksud : godaan dan cabaran
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 233 NO : 56 ‘MONOLOG PADA DIRI’ TEKS SAJAK: ‘MONOLOG PADA DIRI’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Pernahkah kita menilai Berapa harganya Setitik keringat ayah Atau setitik air susu ibu? Pada R1 penyajak menyatakan dan bertanya adakah kita sebagai anak pernah mengambil berat dan menilai jasa serta pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang tua kita selama mereka telah memelihara dan membesarkan kita sedari kecil sehinggalah kita menjadi seorang dewasa yang sempurna hari ini. Persoalan R1 tentang kelalaian dan keegoan manusia Huraian: Manusia sering lalai dan ega sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai anak dan tidak menghargai jasa ayah dan ibu mereka Sebenarnya Kita golongan alpa Yang tidak pernah bertanya Kita duduk di mana? Pada R2 penyajak menyatakan bahawa kita adalah golongan yang mudah lupa dan lalai dan tidak pernah memikirkan tentang kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia ini. Persoalan R2 tentang kelalaian manusia Huraian: Manusia sering lalai dan tidak pernah sedar akan tanggungjawab sebenar dalam kehidupan. Kita sibuk dengan segala Keindahan duniawi Yang mengabur pandangan Menutup pendengaran Pada R3 penyajak menegaskan bahawa kita terlalu sibuk mengejar segala kemewahan di muka bumi ini yang secara tidak langsung mengaburi pandangan dan pendengaran kita serta membuat kita lalai dan lupa akan tanggungjawab kita. Persoalan R3 tentang kelalaian manusia Huraian: Manusia terlalu sibuk mengejar segala kemewah di muka bumi ini yang mengaburi pandangan dan pendengaran kita.dengan keindahan dan kesenangan duniawi. Sampai bila pun Segalanya tidak terjawab Kerana kita tidak pernah bertanya Kalaupun kita bertanya Kalaupun kita bertanya Kita tidak pernah menjawab Kerana kita tidak pernah mencari jawapan yang hakiki Pada 4 penyajak menyatakan bahawa setiap persoalan dalam kehidupan manusia itu tidak akan dapat dijawap kerana manusia itu tidak pernah memikirkannya oleh sebab dibutakan dan dipekakkan oleh kemewahan dunia. Jika sekiranya manusia itu memikirkan perkara tersebut ia tidak pernah selesai kerana manusia itu sendiri tidak mahu mengakui kelemahan dan kesalahan yang telah mereka lakukan tanpa mereka sedari. Persoalan R1 tentang tidak bertanggungjawab Huraian: Segala persoalan dalam kehidupan manusia itu tidak akan terjawab sampai bila-bila pun kerana kita sendiri tidak pernah memikirkannya atau tidak mengambil berat tentangnya dan ditambah lagi keegoan manusia tidak mah mengakui kesilapan dan kelemahan mereka.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 234 TEMA Kelalaian manusia dalam melaksanakan tanggungjawab Huraian: Sajak memperkatakan tentang kealpaan manusia yang dikhayalkan oleh keindahan dan kesenangan duniawi sehingga mereka tidak pernah memikirkan erti kebenaran yang hakiki. Mereka menjadi lalai dan lupa akan jasa serta pengorbanan seorang ibu yang banyak berjasa dan berbudi kepada mereka. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Sebagai anak kita hendaklah menghargai pengorbanan dan jerih payah ibu bapa dalam membesarkan kita. Janganlah terlalu rakus menjalani kehidupan ini untuk mengejar kemewahan hidup sehingga kita tidak dapat membezakan mana yang betul (benar) dan mana yang salah (palsu). Janganlah kita lalai dan alpa dengan kemewahan dunia ini kerana ia hanya bersifat sementara. Jadilah anak yang bertanggungjawab dan membalas jasa orang tua kita selagi terdaya Kita hendaklah akur dan mengakui kelemahan dan kesilapan kita dan berusaha memperbaikinya supaya kehidupan kita akan lebih berjaya dan bermakna. NILAI Nilai tanggungjawab Huraian: Anak yang baik akan menghargai, mengenang dan membalas jasa dan pengorbanan orang tuanya. Nilai ketekunan Usaha Huraian: Kehidupan di dunia ini penuh dengan cabaran oleh itu kita perlu bersiap sedia untuk berusaha dengan tekun mengimbangi kehidupan ini kearah yang lebih baik. Nilai kesedaran Huraian: Segala kelemahan dan kesilapan yang disedari dan sentiasa bersedia untuk memperbaikinya supaya kehidupan kita akan lebih berjaya dan bermakna NADA kecewa dan Hampa Huraian: Penyajak menyatakan rasa kecewa dan hampa terhadap golongan yang lalai dan lupa akan tanggungjawab sebenar dalam kehidupan mereka. Sinis Huraian: Menyindir golongan alpa dan lalai ini agar mereka sedar akan kesilapan dan kesalahan mereka dan kembali ke jalan yang benar. CORAK Epigram Huraian: Memberi nasihat dan pengajaran berguna agar anak-anak sentiasa menghormati,
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 235 mengingat serta mengenang jasa dan pergorbanan kedua orang tua yang telah melahirkan dan membesarkan mereka. Janganlah mengabaikan mereka disebabkan lalai dan leka mengejar kemewahan hidup di dunia. Satira Huraian: Satu sindiran terhadap segelintar anak-anak yang tergamak tidak mempedulikan ibu bapa mereka semata-mata kerana keegoan atau kelalaian mereka mengejar kemewahan dunia. Selain itu, juga sindiran terhadap golongan tertentu yang tidak mengenang budi atau pengorbanan yang telah diberikan oleh seseorang atau sesuatu pihak. ALIRAN Realisme Huraian: Suatu perkara yang benar-benar berlaku dalam hakikat sebuah kehidupan ini. Terdapat anak-anak yang tidak menghargai pengorbanan dan jasa seorang ibu kerana leka dan lalai dengan kemewahan duniawi. Didaktisisme Huraian: Aliran sajak ini ialahPengajak dan menegur agar kita dan mereka yang lalai kembali ke jalan yang benar. Dalam kehidupan dan dunia nyata ini, manusia memang tidak dapat lari dari kelalaian namun manusia itu perlu sedar dan membetulkan cara hidup mereka. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B1 = berapa harganya (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B4 = kita duduk di mana? (konsonan d) 3) Epifora (Pengulangan perkataan yang sama pada akhir baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R4:B3 = Kerana kita tidak pernah bertanya R4:B4= Kalaupun kita bertanya 4) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R4:B4 = Kalau kita bertanya R4:B5 = kita tidak pernah menjawab 5) Repitasi Perkataan (pengulangan perkataan, beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Pengulangan perkataan kita berulang sebanyak 8 kali pada keseluruhan rangkap sajak. BENTUK Jumlah rangkap Sajak Monolog Pada Diri mempunyai empat rangkap semuanya. Jumlah baris dan nama R1 dan R2 mengandungi empat baris (Quatrain) R3 mengandungi 3 baris (terzina) dan R4mengandungi enam baris (Sekstet). Rima akhir
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 236 R1 ialah a/b/c/d. R2 ialah a/a/a/a, R3 ialah a/b/b dan R4 ialah a/b/c/c/b/d. Jumlah suku kata Sukukata pendek ialah pada R2:B1 = se/be/nar/nya (4 sukukata) Sukukata panjang ialah pada R4:B6 = ke/ra/na/ ki/ta/ ti/dak/ per/nah/ men/ca/ri/ ja/wap/an/ yang/ ha/ki/ki iaitu (19 sukukata). Jumlah patah perkataan Patah perkataan pendek ialah R2:B1 = sebenarnya (1 patah perkataan) Patah perkataan panjang ialah R4:B6 = kerana kita tidak pernah mencari jawapan yang hakiki (8 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Pernahkah kita menilai, berapakah harganya setitik keringat ayah atau setitik air susu ibu? Sebenarnya kita daripada golongan alpa yang tidak pernah bertanya bahawa kita duduk di mana? Kita hanya sibuk dengan segala keindahan duniawi yang mengaburkan pandangan dan menutup pendengaran. Sampai bila pun segalanya tidak akan pernah terjawab kerana kita tidak pernah bertanya. Kalaupun ada kita bertanya, kita tidak akan pernah menjawabnya kerana kita tidak pernah mencari jawapan yang hakiki. MAKSUD RANGKAI KATA 1) pernahkah kita menilai (R1:B1) maksud : pernah kita menghargai 2) kita golongan yang alpa (R2:B2) maksud : kita adalah orang yang leka dan lalai 3) menutup pendengaran (R3:B3) maksud: berpura-pura tidak mengetahui hal yang sebenar
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 237 NO : 57 ‘APA YANG ADA’ TEKS SAJAK : ‘APA YANG ADA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Apa yang ada padaku Hanya sebuah hati bisu Tiada erti menyepi gelisah Anatar kebenaran dan keruntuhan Pada R1 penyajak menyatakan dia hanya mampu melihat dan mendiamkan diri tanpa dapat berbuat apa-apa walaupun berasa ingin bertindak untuk membetulkan keadaan yang salah, atas apa yang telah terjadi disekelilingnya, iaitu antara kebenaran dan keruntuhan akhlak. Persoalan R1 tentang gejala sosial Huraian: Keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi dewasa ini ke atas setengah golongan manusia yang tidak sedar akan kebenaran. Apa yang ada di sini Manusia diburu nafsu Mempersenda harga diri Bagai lelongan barang murahan Pada R2 penyajak menegur dan cuba menyindir sikap setengah golongan manusia masa kini hanya mengikutkan rasa seronok dan lebih mementingkan hawa nafsu sehingga menyebabkan hilang maruah diri. Persolan R2 tentang keagamaan Huraian: Kurangnya didikan agama dari ibu bapa terhadap anak-anak mereka menjadikan maruah diri hilang dan tidak berharga lagi. Apa yang ada dalam hidup ini Manusia diburu bayangannya sendiri Mencerna dosa dan maksiat semaunya Pada R3 penyajak menyatakan bahawa kehidupan manusia pada masa ini sentiasa diburu oleh rasa bersalah akibat dosa dan maksiat yang telah dilakukannya. Namun diburu kesalahan lalu, manusia tetap berbuat dosa dan maksiat tanpa disedari oleh mereka sendiri. Persoalan R3 tentang keruntuhan Akhlak Huraian: Manusia hanya mementingkan keseronokan duniawi tanpa memikirkan bekalan di akhirat nanti iaitu dosa akan tetap mendapat hukuman. Apa yang ada Cuma kepalsuan Pada R4 penyajak menyatakan secara tegas bahawa apa yang ada dalam kehidupan pada masa ini hanyalah kepalsuan semata-mata jika tidak disedari akan membawa kepada keruntuhan akhlak. Persoalan R4 tentang keruntuhan Akhlak Huraian: Dalam kehidupan kita, kepalsuan sentiasa mengaburi pandangan supaya kebenaran akan lenyap dalam pendirian dan fikiran manusia. TEMA Keruntuhan akhlak manusia Huraian: Pada masa ini, banyak berlakunya gejala sosial di kalangan manusia yang meliputi semua peringkat umur seperti pergaulan bebas, terlibat dengan penyalahgunaan dadah, sumbang muhrim, pelacuran, pembuangan bayi dan sebagainya. Manusia pada masa ini lebih mementingkan kepuasan dan kenikmatan semata-mata tanpa memikirkan kesan akibatnya. Kebanyakan manusia lebih mementingkan hawa nafsu disamping
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 238 mengenepikan hukum-hukum agama Islam. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah memikirkan tentang kebaikan dan keburukan sesuatu itu terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan atau pekerjaan kerana setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan yang setimpal. Dalam kehidupan ini, segala tindak tanduk dan perbuatan kita sepatutnya dikawal oleh akal yang sihat bukanya dikawal oleh nafsu serakah dan kita hendaklah memperbanyakan serta mempertingkatkan lagi amalan baik sebagai bekal di hari akhirat nanti. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kerana ianya boleh mengakibatkan keruntuhan akhlak. Hendaklah kita jadikan ajaran Islam sebagai pendinding bagi melawan segala godaan yang mendatang. Perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan telah menyebabkan seseorang sentiasa diburu rasa kesal dan bersalah. Kita hasruslah insaf dan bertaubat agar menjadi insan yang mulia. Kita Hendaklah pandai membataskan pergaulan jangan sampai kita terjebak kepada perkara-perkara yang mengakibatkan keruntuhan akhlak. NILAI Nilai Takwa Huraian: Memperbanyakan serta mempertingkatkan lagi amalan baik sebagai seorang yang beragama Islam kerana amalan tersebut adalah bekalan di hari akhirat nanti. Nilai Bertanggungjawab Huraian: Merupakan satu sikap yang sangat dituntut dalam ajaran agama Islam. Penyajak berasa bertanggungjawab dan seolah-olah rasa terpanggil untuk menegur segala perbuatan manusia disekelilingnya yang kebanyakkannya telah rosak akhlaknya akibat kelalaian. Nilai Tidak Mementingkan Diri Sendiri Huraian: Sebagai seorang insan sepatutnya kita tidak memiliki sifat suka mementingkan diri sendiri tanpa mementingkan orang lain. Penyajak masih lagi mampu memperhatikan segala apa yang berlaku ke atas manusia yang hidup disekelilingnya sekalipun ia sendiri sibuk dengan tanggungjawabnya. NADA Sinis Huraian: Sindiran yang sangat tajam kepada golongan manusia tertentu, terutama sekali bagi mereka yang masih lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Kecewa dan Hampa Huraian: Penyajak menyatakan rasa kecewa pada golongan yang lalai dan lupa akan tanggungjawab sebenar dalam kehidupan mereka demi menuju kepada kebenaran dan bukan kepalsuan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 239 CORAK Satira Huraian: Sindiran terhadap golongan manusia yang keruntuhan moral, semakin berleluasa pada zaman ini. Keruntuhan moral ini jika tidak dibendung dengan segera sudah setentunya ia akan membawa kesan yang negatif kepada masyarakat secara amnya dan kepada negara secara khasnya. Epigram Huraian: Dalam sajak ini mengingatkan pembaca tentang kelalaian manusia akan kebenaran yang perlu disedari dalam kehidupan oleh yang demikian, semua pihak haruslah bertanggungjawab dalam menggembleng tenaga dalam membenteras keruntuhan moral ini dan setidak-tidaknya mengurangkannya. ALIRAN Realisme Huraian: Kejadian yang benar-benar berlaku pada masa kini, iaitu keruntuhan moral di kalangan manusia baik di dalam mahupun di luar negeri. Kita dapat menyaksikan atau mendengar cerita melalui media-media masa dan di dada-dada akhbar tentang masalah keruntuhan moral tersebut. Pelbagai masalah yang timbul dan ia telah mendatangkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara tersebut. Didaktisisme Huraian: Memberikan pengajaran kepada kita semua tentang keburukan dan kesan akibat daripada keruntuhan moral itu. Antaranya ialah mendatangkan aib, merosotnya ekonomi, kerugian harta benda dan seumpamanya. Contohnya ialah sumbang muhrim, penyalahgunaan dadah, pelacuran dan sbagainya. Kita dilarang daripada melakukan perkara-perkara ditegah oleh agama Islam. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B4 = bagai lelongan barang murahan (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B5 = antara kebenaran dan keruntuhan (konsonan n) 3) Simili (perbandingan langsung menggunakan tamsil / kiasan yang menggunakan penanda), contoh: R2:B4 = bagai lelongan barang murahan 4) Personifikasi (unsur pengorangan / kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R1:B2 = Hanya sebuah hati bisu (bisu sifat manusia) 5) Singkatan / sinkop (perkataan yang disingkatkan / dipendekkan dari perkataan sebenarnya), contoh: R1:B1 - “ apa yang ada padaku (aku)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 240 BENTUK Jumlah rangkap Sajak “Apa Yang Ada” mempunyai 4 rangkap semuanya. Jumlah baris dan namanya: R1 mempunya 5 baris (Quint). R2 dan R3 mempunya 4 baris (Quatrain), R4 mengandungi 2 baris (Distikon). Rima Akhir: R1 ialah a/a/b/c/d. R2 ialah a/b/a/c. R3 ialah a/a/b/c. R4 ialah a/b. Jumlah sukukata Sukukata yang pendek ialah R3:B4 = Se/ma/u/nya (4 sukukata) Sukukata yang panjang ialah R3:B2 = ma/nu/sia/di/bu/ru/ ba/yang/nya/ sen/di/ri/ (12 sukukata) Jumlah Patah Perkataan Perkataan pendek ialah R3:B4 = semaunya (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B1 = Apa yang ada dalam hidup ini (6 patah perkataan) Kesimpulan: Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Apalah yang ada padaku hanyalah sebuah hati yang bisu, yang tiada bererti terus menyepi gelisah di antara kebenaran dan keruntuhan. Apalah yang ada lagi di sini? Pada masa kini ramai di kalangan manusia yang semakin diburu oleh hawa nafsu. Seolah-olah mereka senghaja mempersendakan harga diri sendiri. Apalah yang ada lagidi dalam kehidupan ini? Ramai manusia yang sentiasa diburu oleh bayang-bayangnya sendiri dalam mencerna perbuatan dosa dan melakukan maksiat dengan semaunya. Apalah yang ada lagi? Semuanya cuma kepalsuan belaka. MAKSUD RANGKAI KATA 1) antara kebenaran dan keruntuhan Maksud : kebenaran dan tidak benar 2) manusia diburu nafsu Maksud : manusia mementingkan diri 3) mencerna dosa dan maksiat Maksud : melakukan perkara-perkara yang dilarangan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 241 TEKS SAJAK: ‘TITIAN SEMUSIM’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Titian semusim yang amat kecil ibarat sehelai rambut belah seribu Pada R1 penyajak menyatakan bahawa di akhirat kelak terdapat satu titian iaitu Titian Siratulmustaqim yang digambarkan untuk melalui terlalu sukar sungguh berbahaya dan banyak dugaan yang perlu dilalui. Persoalan R1 tentang titian Siratulmustaqim Huraian: Bahawa di akhirat kelak manusia akan melalui satu titian yang amat sukar, berbahaya dan penuh rintangan. Titian semusim untuk menyeberang ke suatu benua yang istimewa untuk semua manusia Pada R2 penyajak menyatakan bahawa Titian Siratulmustaqim itu merupakan satu titian atau tempat menyeberang untuk manusia menuju ke syurga. Persoalan R2 tentang perjalanan manusia di titian Siratulmustaqim Huraian: Bahawa Titian Siratulmustaqim itu merupakan satu laluan atau tempat perjalanan untuk manusia menuju ke Syurga Titian semusim bagi laluan siapa saja yang ada merangkak, tiarap, bergayut, berpaut, melutut Pada R3 penyajak menyatakan bahawa Titian Siratulmustaqim pasti akan dilalui oleh semua manusia. Terdapat bermacam-macam cara manusia melaluinya mengikut amalan semasa hidup di dunia antaranya ada yang merangkak, meniarap, bergayut, berpaut dan melutut. Persoalan R3 juga tentang ragam perjalanan dan cabaran manusia di titian Siratulmustaqim Huraian: Bahawa diakhirat kelak manusia yang akan melalui Titian Siratulmustaqim dengan bermacam-macam cara seperti merangkak, meniarap, bergayut, berpaut dan melutut. Titian semusim di bawahnya gaung yang memilukan menyedihkan Pada R4 penyajak menyatakan bahawa di bawah Titian Siratulmustaqim itu terdapat gaung yang sangat dalam dan mengerunkan. Barang siapa yang terjatuh kedalamnya pasti akan menerima azab seksa dan kesakitan yang teramat sangat. Persoalan R4 tentang rintangan dan cabaran perjalanan manusia di titian Siratulmustaqim Huraian: Bahawa di akhirat kelak, di bawah Titian Siratulmustaqim itu terdapat gaung yang sangat dalam dan mengerunkan. Barang siapa yang terjatuh kedalamnya pasti akan NO : 58 SAJAK : ‘TITIAN SEMUSIM’
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 242 mederita dan terseksa. Titian semusim laluan semua insan mengikut arahan dari Tuhan Pada R5 penyajak menyatakan tentang hakikat Titian Siratulmustaqim bahawa semua manusia pasti melaluinya sebelum menuju tempat yang sesuai dengan amalan yang mereka lakukan di dunia sebagaimana yang dijanjikan oleh Tuhan. Persoalan R5 tentang hakikat perjalanan manusia di titian Siratulmustaqim Huraian: Semua Manusia di akhirat kelak akan melalui Titian Siratulmustaqim untuk menuju tempat yang sesuai dengan amalan yang mereka lakukan di dunia sebagaimana yang dijanjikan oleh Tuhan. Titian semusim laluan amalan laluan ketakwaan keredaan Tuhan Salmi Mesra Sengkurong Mac 1992 Pada R6 penyajak menyatakan bahawa Titian Siratulmustaqim laluan untuk membuat perhitungan. Ia amat mudah senang dilalui bagi orang yang banyak membuat amal kebajikan, bertakwa dan beriman kepada Tuhan. Persoalan R6 tentang perjalanan manusia di titian Siratulmustaqim Huraian: Di akhirat kelak akan dibuat perhittungan, perjalanan melalui Titian Siratulmustaqim itu amat mudah bagi orang yang banyak membuat amal kebajikan, bertakwa dan beriman kepada Tuhan. TEMA Perjalanan manusia di titian Siratulmustaqim Huraian: Dengan kekuasaan dan kebesaran Tuhan di akhirat kelak semua manusia itu pasti akan melalui Titian Siratulmustaqim. Bagi yang banyak berbuat keburukan di dunia pasti sukar dan menghadapi pelbagai rintangan melalui titian tersebut tetapi bagi yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan amat mudah dan lancar sekali perjalanannya menuju ke syurga. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah membuat perkara berkebaikan semasa hidup di dunia untuk mendapat balasan baik di akhirat nanti. Kita hendaklah megerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap amalan agar mendapat keredaan dan rahmah Allah. Kepada yang membuat perbuatan yang dilarang Allah hendaklah segera bertaubat kerana balasan atas perbuatan salah itu di akhirat kelak sangatlah pedih dan sengsara.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 243 NILAI Nilai keinsafan. Huraian: Semua manusia haruslah insaf dan bertaubat dari melakukan kesalahan semasa hidup di dunia kerana mudah kerana banyak gambaran keperitan akan dilalui bagi mereka yang ingkar perintah Allah. Nilai kesedaran. Huraian: Setiap manusia perlu sedar bahawa perjalan di akhirat kelak bukan mudah dan senang tanpa berbuat amalan kebajikan semasa hidup di dunia. Nilai berbuat amal kebajikan. Huraian: Banyak berbuat amal kebajikan semasa di dunia pasti akan mendapat kesenangan hidup di akhirat kelak sebagai mana yang dijanjikan oleh Allah. NADA Sedih dan harapan Huraian: Memperlihatakan rasa sedih kerana akan melalui keperitan teramat sangat sekiranya banyak berbuat dosa semasa hidup di dunia dan harapan agar setiap manusia itu menyedari betapa perit dan sengsara dan deritanya melalui titian siratulmustaqim terutamanya bagi mereka yang ingkar melakukan suruhan Tuhan sebaliknya amat mudah bagi yang beriman dan bertakwa. CORAK Himne Huraian: Mengambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah. Dengan kuasa Allah, di akhirat kelak setiap manusia pasti akan melalui Titian Siratulmustaqim dengan berbagai cara mengikut amalan yang mereka l akukan di dunia. ALIRAN Realisme Huraian: Hakikat kebenaran keadaan dan perjalanan manusia sebelum menuju ke syurga. Di dalam Islam banyak diterangkan tentang bayangan betapa susah dan mudahnya seseorang itu melalui titian siratulmustaqim bergantung kepada amalan mereka semasa hidup. Didaktisisme Huraian: Bertujuan mendidik dan menyedarkan manusia agar berubah sikap dengan banyak berbuat amalan baik setelah mengetahui betapa gambaran perjalanan melalui titian siratulmustaqim itu bergantung kepada amalan yang dilakukan oleh manusia semasa hayatnya. GAYA BAHASA 1) Paradoks: (Dua unsur / ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan dalam rangkap yang sama), contoh: R4:B4 = Kalau kita bertanya
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 244 R4:B5 = kita tidak pernah menjawab 2) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh R6:B2 = laluan amalan R6:B3 = laluan ketakwaan 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan / beberapa patah perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Pengulangan perkataan titian semusim sebanyak 6 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Asoanansi: (Pengulangan vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B1 = Titian semusim (vokal i) 5) Aliterasi: (Pengulangan konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B1 = Titian semusim (konsonan m) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Titian Semusim’ ini mempunyai enam rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 4 baris (Quatrain), R2 mempunyai 5 baris (Quint), R3 mempunyai 8 baris (Oktaf), R4 mempunyai 5 baris (Quint), R5 dan R6 mempunyai 4 baris (Quatrain). Rima akhir R1 ialah a/b/c/d, R2 ialah a/b/c/c/c, R3 ialah a/b/b/c/d/e/e/e. R4 ialah a/b/c/d/d, R5 ialah a/b/b/b dan R6 ialah a/b/b/b. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R4:B3 = gaung (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B4 = yang istimewa untuk semua (10 sukukata) Jumlah Patah perkataan Perkataan pendek ialah R4:B3 = gaung (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B4 = yang istimewa untuk semua (4 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati juga bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun dan syair. PROSA Titian semusim itu amat kecil ibarat sehelai rambut belah seribu. Titian semusim adalah untuk menyeberang ke suatu benua yang istimewa untuk semua manusia. Ia merupakan laluan untuk siapa saja dengan pelbagai cara, ada yang merangkak, tiarap, bergayut, berpaut dan melutut. Titian semusim, di bawahnya ada gaung yang memilukan dan menyedihkan. Ia adalah laluan semua insan mengikut arahan dari Tuhan. Hakikatnya, titian semusim adalah laluan amalan, ketakwaan edaan Tuhan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 245 MAKSUD RANGKAI KATA 1) Titian semusim (R1:B1) Maksud: Titian siratulmustaqim 2) Ibarat sehelai rambut (R1:B3) Maksud: Keadaan yang sukar, berbahaya dan penuh rintangan. 3) Ke suatu benua (R2:B3) Maksud: pergi ke alam lain (akhirat) 4) Gaung (R4:B3) Maksud: Tempat yang sangat dalam dan mengerunkan. 5) Laluan amalan (R6:B2) Maksud: Tempat membuat perhitungan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 246 NO : 59 SAJAK : ‘ERA BARU’ TEKS SAJAK: ‘ERA BARU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Ketika menyapu waktu Tengah malam 1 Januari 1984 di ibu kota Seri Begawan menatap wajah-wajah setia peristiwa sejarah bangsa. Pada R1 penyajak menyatakan bahawa hari kemerdekaan bagi Negara Brunei Darussalam akan diisytiharkan pada 1 Januari 1984 iaitu tepat waktu tengah malam. Digambarkan seluruh rakyat dan penduduk yang setia telah berhimpun di ibu kota untuk samasama menyambut dan menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Persoalan R1 tentang menanti kemerdekaan Huraian: iaitu tentang kemerdekaan bagi Negara Brunei Darussalam yang akan diisytiharkan pada 1 Januari 1984 iaitu tepat pada waktu tengah malam. Digambarkan Seluruh rakyat dan penduduk yang setia telah berhimpun di ibu kota untuk sama-sama menyambut dan menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Ketika itu menanti bagaikan menyambut kekasih yang betah ditunggu mengorak senyum rindu kepada seorang bapa berbekal menantu kepada seorang isteri untuk menimang cucu dan kepada kalian manusia yang menunggu. Pada R2 penyajak pula menyatakan lagi bahawa rakyat dan penduduk negara tidak sabarsabar menanti saat-saat kemerdekaan negara. Mereka tidak sabar-sabar untuk meraikannya dan merasakan saat pengistiharan tersebut terlalu lama untuk diumumkan. Persoalan R2 tentang kegembiraan Huraian: iaitu rakyat dan penduduk negara tidak sabar-sabar menanti saat-saat kemerdekaan negara. Mereka tidak sabar-sabar untuk meraikannya dan merasakan saat pengistiharan tersebut terlalu lama untuk diumumkan. Ketika sampai waktu bergema memecah alam Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Negara bebas dari belenggu rakyat bersatu padu untuk menempuh ERA BARU bersemadi mengorak cita-cita. - Salmi Mesra Bandar Seri Begawan 31 Disembar 1983 Pada R3 pula penyajak juga menyatakan sebaik sahaja tiba waktu yang dinantikan maka seluruh rakyat dan penduduk bersama-sama melaungkan kalimah “Allahuakbar” sebanyak tiga kali dan tercapailah hasrat negara iaitu mencapai kemerdekaan penuh dan bermulalah perjalanan menempuh era baru. Dalam menempuh era baru, seluruh rakyat bertekad untuk bersatupadu serta mendaulatkan negara ke mata dunia. Persoalan R3 tentang kemerdekaan Huraian: iaitu sebaik sahaja tiba waktu tengah malam, seluruh rakyat dan penduduk bersama-sama melaungkan kalimah “Allahuakbar” sebanyak tiga kali dan tercapailah hasrat negara iaitu mencapai kemerdekaan penuh dan bermulalah perjalanan menempuh era baru.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 247 TEMA Kegembiraan rakyat jelata menyambut kemerdekaan negara Huraian: Kegembiraan jelas terpancar ketika menyambut pengisyitiharan kemerdekaan yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh rakyat dan penduduk negara Brunei Darussalam. Digambarkan seluruh rakyat dan penduduk yang setia berhimpun di ibu kota dengan penuh kegembiraan untuk sama-sama menyambut dan meraikan peristiwa bersejarah tersebut. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Setiap rakyat dan penduduk hendaklah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara / tanahairnya. Setiap rakyat dan penduduk hendaklah hidup bersatupadu untuk memajukan negara lebih-lebih lagi setelah mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang dicapai hendaklah dijaga dan dihargai sepenuhnya kerana untuk mencapainya bukan mudah tetapi adalah hasil usaha dan pengorbanan generasi terdahulu. Kita hendaklah bersyukur dan ingat kepada Allah kerana setiap kejayaan kita perolehi datang Allah juga. NILAI Nilai kesetiaan Huraian: Setiap rakyat perlu menumpahkan taat setianya kepada raja, negara dan penduduknya tanpa mengira warna kulit daan agama. Nilai bersatu hati Huraian: Masyarakat perlu bersatu hati untuk bergerak maju kehadapan bagi membina negara yang maju dan menghalang apa jua anasir yang mahu meruntuhkan masyarakat dan negara. Nilai keagamaan / ketuhanan Huraian: Setiap yang kita kecapi itu jangan lupa bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya segala apa yang kita impikankan dan perjuangakan akhirnya mencapai kejayaan. NADA Semangat Huraian: Rakyat dan penduduk negara Brunei Darussalam digambarkan penuh bersemangat untuk menyambut dan meraikan detik-detik kemerdekaan negara yang telah sekian lama dinanti-nantikan. Gembira Huraian: Terpancar perasaan gembira yang teramat sangat dari seluruh rakyat apabila negara akan mencapai kemerdekaan penuh. Mereka juga digambarkan meraikannya dengan penuh kegembiraan dan rasa kesyukuran
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 248 CORAK Ode Huraian: Sanjungan terhadap kemerdekaan negara. Pemimpin dan seluruh rakyat begitu menyanjung dan amat menghargai kemerdekaan yang dicapai oleh Negara Brunei Darussalam. Mereka digambarkan penuh bersemangat dan rasa gembira serta rasa tidak sabar-sabar mahu meraikan detik-detik bersejarah itu. ALIRAN Realisme Huraian: Suatu realiti bahawa Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaannya pada 1 Januari 1984. Seluruh rakyat bergembira meraikan hari penuh bermakna tersebut dengan penuh rasa kesyukuran dan semangat yang berkobar-kobar serta bertekad akan hidup bersatupadu. GAYA BAHASA 1) Asonansi (pengulangan huruf vokal sebanyak 2 kali/ lebih dalam satu baris), contoh: R1:B6 = menatap wajah-wajah setia (vokal a) 2) Aliterasi (pengulangan huruf kosonan sebanyak 2 kali/lebih dalam satu baris), contoh R2:B2 = menantikan bagaikan menyambut ( kosonan n) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan sebanyak 2 kali/lebih dalam keseluruhan dalam rangkap), contoh: Perkataan Allahuakbar diulang sebanyak 3 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B5 = kepada seorang bapa berbekalkan menantu R2:B3 = Kepada seorang isteri berbekalkan menantu 5) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R1:B6 = menatap wajah-wajah setia BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai tiga rangkap. Jumlah rangkap dan nama R1 mempunyai 7 baris (Septaim). R2 mempunyai 8 baris (Oktaf). R3 mempunyai 9 baris (bebas) Rima akhir R1 ialah a/b/c/d/e/d/d. R2 ialah a/b/a/a/a/a/c/a. R3 ialah a/b/c/c/c/a/a/a/d. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R1:B2 = ten/gah ma/lam/ dan Yang/ me/nung/gu (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B6 = ke/pa/da/ se/o/rang/ is/te/ri/ un/tuk/ me/ni/mang/ cu/cu/ (16 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R1:B2 = tengah malam (2 patah perkataan)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 249 Perkataan panjang ialah R2:b6 = kepada seorang isteri untuk menimang cucu (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak adalah berbentuk bebas, kerana tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. Selain itu, didapati juga bahawa jumlah baris, rima akhir, suku kata dan patah perkataan dalam sajak tidak selari (tidak sekata). PROSA Ketika menyapu waktu tengah malam, pada 1 Januari 1984 bertempat di ibu kota Seri Begawan ramai wajah-wajah setia menatap peristiwa sejarah bangsa. Ketika itu, menanti bagaikan menyambut kekasih yang betah ditunggu sambil mengorak senyum rindu. Kepada seorang bapa berbekal menantu kepada seorang isteri untuk menimang cucu dan kepada kalian manusia yang menunggu. Ketika sampai waktu maka bergema memecah alam laungan Allahuakbar!,Allahuakbar!, Allahuakbar!. Kini, negara bebas dari belenggu dan rakyat bersatu padu untuk menempuh era baru, bersemadi mengorak cita-cita. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Ketika menyapu waktu (R1:B1) Maksud : ketika menunggu waktu 2) Peristiwa sejarah bangsa Maksud : peristiwa penting iaitu kemerdekaan negara 3) Negara bebas dari belenggu (R3:B6) Maksud : negara mencapai kemerdekaan 4) Mengorak senyum rindu (R2:B4) Maksud : rasa penuh kegembiraan 5) Ketika sampai waktu (R3:B1) Maksud : waktu pengistiharan kemerdekaan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 250 NO : 60 SAJAK : ‘BURUNG PERUTUSAN’ TEKS SAJAK: ‘BURUNG PERUTUSAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Pagi dan mentari lembut cahaya di jendela itu. Pada R1 penyajak merasakan ketenangan suasana di pagi hari, digambarkan matahari memancarkan cahayanya di tempat tinggalnya. Persoalan R1 tentang ketenangan. suasana pagi Huraian: Iaitu digambarkan matahari memancarkan cahayanya yang lembut menyerikan suasana pagi. Seekor burung segumpal darah yang pilu berdegup antara kehilangan anaknya dan rindunya pada cinta seorang insan di sebuah kota menara gading. Pada R2 penyajak mengambarkan perasaan sedih dan pilu kerana berjauhan dengan anaknya. Di samping itu, penyajak juga menyimpan perasaan rindu terhadap anaknya berada jauh dengannya. Namun demi hasrat murni untuk menuntut di universiti penyajak sanggup berkorban demi mencapai hasratnya tersebut. Persoalan R2 tentang kesedihan dan pengorbanan. Huraian: Iaitu penyajak yang berasa sedih dan pilu serta rindu kerana berjauhan dengan anaknya. Demi untuk mencapai hasrat murni penyajak untuk menuntut ilmu di universiti dia sanggup berjauhan dengan keluarganya. Tiada makna gunung dan lembah hijau langit biru kali indah sepoi bayu yang menyapanya di danau kehijauan itu. Pada R3 penyajak menyatakan demi mengejar cita-citanya untuk menempuh kejayaan dalam pendidikan tinggi dia sanggup meninggalkan kampung halamannya dan tidak lagi dapat menikmati keindahan suasana seperti yang ada di kampungnya. Persoalan R3 tentang pengorbanan. Huraian: iaitu demi mengejar cita-citanya untuk menempuh kejayaan dalam pendidikan tinggi dia sanggup meninggalkan kampung halamannya dan tidak lagi dapat menikmati keindahan suasana seperti yang ada di kampungnya. Ia kembara dan mampir membawa rindu yang rela di tepi jendela itu kerana cinta seorang insan ia menyiulkan sebuah lagu damai dari dunianya untuk semua manusia. 29 Mei 1986 Yusuf M.D. Pada R4 penyajak menyatakan bahawa dia terpaksa meninggalkan keluarga yang selalu dirinduinya semata-mata untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya yang sekali gus dapat membawa dan memberi sinar kebahagiaan hidup dalam keluarganya juga dan masyarakatnya. Persoalan R4 tentang pengorbanan. Huraian: Penyajak terpaksa berkorban meninggalkan keluarga yang selalu dirinduinya semata-mata untuk mencapai kejayaan dalam hidupnya yang sekali gus dapat membawa dan memberi sinar kebahagiaan hidup dalam