Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 151 NO : 36 SAJAK : ‘DUNIA SEMAKIN PANAS’ TEKS SAJAK: ‘DUNIA SEMAKIN PANAS’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Dunia semakin panas sana sini menggelegak kejar mengejar potong memotong masing-masing tunjuk angkuh Pada R1 penyajak menyatakan bahawa keadaan kehidupan manusia zaman sekarang sudah tidak lagi terkawal, ada pihak yang asyik bersaing antara satu dengan yang lain, ada juga yang ingin menumpaskan pihak lain demi kepentingan sendiri kerana pihak yang melakukan penindasan ini merasakan mereka mempunyai kuasa yang besar dan boleh memusnahkan pihak yang lemah. Persoalan R1 tentang keangkuhan Huraian: Kehidupan manusia sekarang hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain. Dunia semakin panas sana sini tidak keharuan anak-anak telanjang tiada anak tiada bapa isteri-isteri menderita suami hilang tiada berita ibu-ibu dengan sejambak bunga layu anak-anak hilang tanpa sepatu Pada R2 penyajak menjelaskan dalam pergolakan kehiudpan manusia sekarang dapat kita lihat kehidupan yang tidak lagi tentu arah, kanak-kanak juga terbiar tanpa penjagaan dan kasih sayang ibu bapa, penderitaan terpaksa ditanggung oleh isteri-isteri yang kematian suami kerana berjuang dalam peperangan, menyebabkan anak-anak mereka tidak lagi dijaga dengan baik. Persoalan R2 tentang kemusnahan / penderitaan Huraian: Kehidupan manusia musnah kerana banyak berlaku perkara yang buruk kehidupan berkeluarga juga runtuh dan musnah kerana hal-hal yang banyak membawa kepada kemusnahan. Dunia semakin panas sana sini kacau bilau masing-masing nafsu nafsi mengibarkan darah watan kononnya; kami adalah pejuang hak asasi penegak keamanan dan demokrasi lambang gagah dan berani mati namun hati penuh berahi mengumpul harta untuk sendiri Pada R3 penyajak menyatakan lagi sekarang kehidupan manusia hanya kerana akibat dari banyak pihak yang mementingkan diri sendiri, atas tujuan melakukan satu perjuangan untuk menegakkan kesombongan dan menjadikan keluarga sendiri sebagai korban atas keangkuhan itu. Persoalan R3 tentang mementingkan diri sendiri atau keangkuhan Huraian: Oleh kerana kehidupan sudah tidak tentu arah masing-masing mahu menyelamatkan diri sendiri dan masing-masing juga mahu menunjukkan kuasa tanpa memikirkan nasib anakanak dan kaum yang lemah manusia hilang pertimbangan dan hanya mengikut kemahuan mereka sendiri. TEMA Keangkuhan dan kesombongan mengakibatkan kemusnahan Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 152 Kehidupan manusia di zaman sekarang yang hanya mementingkan kepuasan hati sendiri membawa kemusnahan kepada kehidupan generasi akan datang. Ketamakan, daya saing, perkelahian hanya menyebabkan kemusnahan kepada kehidupan anak-anak dan keluarga. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah memikirkan nasib generasi akan datang sebelum melakukan tidakan yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka. Buanglah sifat sombong dan hanya ingin menang sendiri kerana ia boleh menyebabkan pihak lain menderita. Kasihanilah kaum kanak-kanak dan wanita yang lemah dan mereka memerlukan tempat aman untuk menjalani kehidupan yang bahagia di samping suami dan keluarga. Janganlah hanya mementingkan diri sendiri semata-mata ingin memuaskan hati sendiri. Perlu dilihat juga nasib pihak lain yang akan menanggung akibatnya. Hiduplah dalam keadaan yang damai dan harmoni agar masyarakat akan datang dapat hidup dengan selesa di atas muka bumi. NILAI Realisme Huraian: Menyatakan kebenaran atau realiti bahawa keadaan kehidupan dalam dunia sekarang tidak lagi seaman dulu. Masing-masing mahu menunjukkan kuasa dan keangkuhan sehingga tidak mengira lagi hal tentang kemanusiaan. Didaktisisme Huraian: Menasihat atau mengajar atau membimbing agar masyarakat atau generasi muda akan dapat menghayati keamanan dunia dan hidup dengan selesa serta bahagia. NADA Sedih, Kecewa dan Pilu Huraian: Rasa sedih, kecewa dan pilu apabila melihat terlalu banyak kemusnahan dalam kehidupan di zaman moden sehingga manusia lupa tanggungjawab kerana asyik mengejar kepuasan nafsu dan ketamakan. CORAK Epigram Huraian: Mengajar atau mendidik generasi masa depan supaya menghargai keamanan negara agar mereka akan hidup dalam keamanan dan kedaulatan negara. Elegi Huraian: Sedih, kecewa dan hampa kerana melihat keadaan hidup manusia yang sudah tidak lagi aman dan penuh dengan kemusnahan juga pancaroba.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 153 ALIRAN Realisme Huraian: Kebenaran atau realiti dalam kehidupan bahawa ada pihak yang lebih mementingkan perasaan dan kemahuan sendiri. Akibatnya golongan lemah terbiar dan melarat hidupnya serta menderita. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf-huruf vokal dalam baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih), contoh: R2:B5 = isteri-isteri menderita (vokal i) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf-huruf konsonan dalam baris sajak sebanyak 2 kali atau lebih), contoh R3:B3 = masing-masing nafsu nafsi (kon n) 3) Disonansi (Perkataan yang menghasilkan bunyi tidak selaras), contoh: R3:B2 = sana sini kacau bilau 4) Simbol (Perkataan / frasa yang mempunyai makna tertentu), contoh: R2:B8 = anak-anak hilang tanpa sepatu (bermaksud anak-anak tiada arah tujuan) 5) Repitasi perkataan (pengulanggan beberapa patah perkataan sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak, contoh: Pengulangan perkataan dunia semakin panas sebanyak 3 kali dalam keseluruhan rangkap sajak BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 5 baris (Quint). R2 mempunyai 8 baris (Oktaf). Rangkap 3 mempunyai 10 baris (bebas) Rima akhir R1 ialah a/b/c/d/e. R2 ialah a/b/c/d/d/d/e/e. R3 ialah a/b/c/d/e/c/c/c/c/c. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R3:B5 = ko/non/nya (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B7 = i/bu/i/bu de/gan se/jam/bak bu/nga la/yu (13 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R3:B5 = kononnya (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B8= lambang gagah dan berani mati (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana keseluruhan sajak ini tidak terikat dengan sebarang peraturan puisi lama, sama ada dari segi jumlah baris, rangkap, sukukata, patah perkataan dan rima akhirnya. PROSA Dunia sekarang sudah semakin panas. Di sana sini menggelegak, kejar-mengejar, potong memotong kerana masing-masing tunjuk angkuh. Dunia yang sudah semakin panas, sana sini tidak keharuan, ramai kanak-kanak telanjang, tiada anak dan bapa,
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 154 isteri-isteri juga menderita kerana suami mereka hilang tiada berita. Ibu-ibu dengan sejambak bunga layu dan anak-anak hilang tanpa bersepatu. Dunia semakin panas kerana sana sini manusia sudah nafsu nafsi. Kononnya berjuang demi mengibarkan darah anak watan.Menegakkan bahawa kami adalah pejuang asasi, penegak kepada keamanan dan demokarasi.Melambangkan kegagahan dan keberanian untuk mati. Namun sebenarnya di hati penuh berahi ingin mengumpul harta untuk diri sendiri. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Dunia semakin panas (R1:B1) Maksud: Dunia musnah kerana kerakusan dan ketamakan yang semakin berleluasa. 2) kejar mengejar (R1:B3) Maksud : berdaya saing 3) anak-anak telanjang (R2:B3) Maksud: kanak- kanak hidup terbiar dan menderita 4) suami hilang dan tiada berita R3:B6) Maksud : lelaki terkorban dalam peperangan 5) ibu-ibu dengan sejambak bunga layu (R3:B7) Maksud: golongan perempuan / ibu sedih dan menderita
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 155 NO : 37 SAJAK : ‘RINTIHAN SUARA GURU TUA’ TEKS SAJAK: ‘RINTIHAN SUARA GURU TUA’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Usia kini sudah menjangkau setengah abad rambut putih dengan debu-debu kapur di kepala sepanjang jalan meniti hidup bernama seorang guru dari sekolah atap ke sekolah genting berbekal sedikit ilmu di dada ke desa-desa mahupun ke kota Pada R1 penyajak menyatakan bahawa usianya sudah tua iaitu sudah menjangkau setengah abad (50 tahun). Usia tuanya semakin ketara dengan rambutnya sudah pun beruban. Sepanjang kerjayanya sebagai guru, dia telah menempuh pelbagai pengalaman malah dengan hanya berbekalkan sedikit ilmu dia telah banyak berjasa mengajar sama ada di kawasan kampong dan bandar. Persoalan R1 tentang kecekalan hati Huraian: Kecekalan hati seorang guru tua yang berumur setengah abad begitu tabah mendidik anak bangsanya. Dengan hanya berbekalkan pendidikan yang tidak tinggi, dia sangup berkorban mengajar anak bangsanya sama ada sekolah di pedalaman mahupun sekolah di bandar. satu-satu kartu dilamar kerja T3 C2 B2 dan B3 cuma mengejar bayangan semata mungkin prestasimu menurun atau sijil tiada tapi usah kaumimpikan itu semua walaupun ada segulung kertas selagi bernama Melayu masih jua dalam perhitungan manusia Pada R2 pula penyajak menegaskan bahawa dia telah berusaha memohon untuk mendapat jawatan yang lebih baik dan sukatan gaji yang lebih tinggi seperti: T3, C2, B2 dan B3. Tetapi usahanya itu umpama mengejar bayang-bayang sahaja. Hal ini disebabkan kerana dia tidak mempunyai kelulusan yang tinggi (ijazah) atau dinilai tidak mempunyai prestasi kerja yang memuaskan. Penyajak dengan rasa kesal dan kecewa menegaskan bahawa selagi pengajiannya dalam aliran Melayu, walaupun mempunyai segulung ijazah, dia tetap akan diketepikan dan tidak begitu dihiraukan. Persoalan R2 tentang kekecewaan Huraian: Perasaan kecewa seorang guru tua dalam usahanya memohon jawatan yang lebih baik. Dia menyifatkan bahawa tanpa sebarang kelulusan, usahanya itu umpama mengejar bayangbayang sahaja. Mata hitam rambut hitam itulah bangsa Melayu tapi untungnya mereka dari tanah seberang mata biru rambut perang kau pun boleh memilikinya bersama demi perlumbaan mengejar bulan jauh di awan semacam guru tua hanya tinggal harapan demi harapan kitabnya buruk di rak-rak perpustakaan dalam menunggu hari-hari lewat menuju malam Pada R3 penyajak dengan lantang menyatakan bahawa sifat dan budaya orang Melayu yang memandang rendah kelulusan pelajaran dalam aliran Melayu. Bukannya seperti mereka yang belajar dalam aliran Inggeris yang mudah mendapat peluang-peluang tertentu. Penyajak menyatakan bahawa mereka yang berkelulusan Persoalan R3 tentang kekecewaan Huraian: Perasaan kecewa seorang guru tua tentang sifat dan budaya orang Melayu yang memandang rendah kelulusan pelajaran dalam aliran Melayu. Bukannya seperti mereka yang
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 156 aliran Melayu pun boleh melakukan apa yang dilakukan oleh mereka yang berkelulusan aliran Inggeris. Namun bagi guru tua perkara tersebut cuma tinggal harapan sahaja kerana segala permohonan yang dihadapkannya itu hanya tersimpan di rak-rak menanti untuk dimusnahkan. belajar dalam aliran Inggeris yang mudah mendapat peluang-peluang tertentu. TEMA Kekecewaan kerana gagal menggapai impian Huraian: Rasa kekecewaan yang begitu mendalam seorang guru tua kerana usaha untuk mendapatkan sesuatu / untuk mendapatkan tahap hidup yang lebih baik gagal disebabkan tindakan yang tidak adil dari pihak-pihak tertentu. Harapannya musnah dan hanya tinggal angan-angan sahaja. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Setiap orang hendaklah berusaha dengan gigih untuk meningkatkan tahap hidup masing-masing. Kegagalan itu hendaklah kita jadikan sebagai satu cabaran untuk terus maju dalam mengejar cita-cita. Kita haruslah bersifat adil, umpamanya jika individu itu berkelayakan haruslah diberi peluang kepadanya. NILAI Nilai tidak berputus asa Huraian: Tanamkan sifat tidak beruputus asa untuk mencapai apa yang diimpikan walau menempuh pelbagai cabaran dan rintangan. Nilai gigih berusaha Huraian: Gigih dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita dan impian hidup, jangan sesekali begitu mudah untuk mengalah. Nilai ketabahan. Huraian: Tabahlah menempuh cabaran dan rintangan yang kita hadapi. Teruskan perjuangan dengan cekal inshaa Allah kita pasti berjaya. NADA Sinis, kecewa dan putus harapan Huraian: Memperlihatkan sindiran sinis terhadap golongan tertentu di samping memperlihatkan perasaan kecewa dan putus harapan seorang guru tua yang telah diabaikan. Segala permohonan dan peluangnya untuk meninggikan pendapatannya tidak dipedulikan oleh pihak-pihak tertentu disebabkan dia dikatakan tidak mempunyai kelulusan tinggi atau mempunyai prestasi kerja yang memuaskan. Namun hakikatnya, walaupun mempunyai
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 157 segulung ijazah tetapi masih diabaikan oleh pihak tertentu. CORAK Epigram Huraian: Nasihat atau pengajaran kepada generasi baru supaya tetap berusaha dengan gigih meskipun sudah lama berkhidmat sebagai seorang guru. Satira Huraian: Suatu sindiran dan kecaman terhadap pihak-pihak tertentu yang bersikap tidak adil khususnya dalam menerima sesuatu permohonan atau memberikan peluang dalam sesuatu perkara. ALIRAN Realisme Huraian: Memaparkan kenyataan atau kebenaran tentang nasib seorang guru yang sudah berusia yang tidak berpeluang untuk memajukan dirinya kerana tidak layak untuk mendapatkan impiannya itu. Ternyata, ada segelintir pihak mengabaikan / menyekat peluang seseorang yang sepatutnya layak diberikan peluang kenaikan gaji / pangkat / peluang belajar dengan cara sengaja. Didaktisisme Huraian: Mengajar atau mendidik masyarakat supaya tidak berputus asa untuk berusaha dalam mengejar cita-cita dan kehidupan selagi terdaya. GAYA BAHASA 1) Asonansi (pengulangan huruf vokal sebanyak2 kali / lebih dalam 1 baris sajak), contoh: R1:B1 = Usia kini sudah menjangkau setengah abad (vokal a) 2) Aliterasi (pengulangan huruf konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris sajak), contoh: R1:B4 = Sepanjang jalan meniti hidup bernama seorang (konsonan n ) 3) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan / kata dasarnya), contoh: R1:B2 = rambut putih dengan debu-debu kapur di kepala 4) Repitisi (Pengulangan perkataan yang sama sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris yang sama), contoh: R3:B1 = mata hitam rambut hitam 5) Kata asing (penggunaan perkataan yang dipinjam dari bahasa asing), contoh: R2:B1 = satu-satu kartu dilamar kerja (bahasa Indonesia) BENTUK Rangkap sajak Sajak ini mempunyai 3 rangkap Jumlah baris dan nama R1 dan R2 mengandungi 6 baris (sekstet). R3 mengandungi 10 baris (bebas).
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 158 Rima akhir R1 ialah a/b/c/d/b/b. R2 ialah a/a/a/a/b/a. R3 ialah a/b/c/c/d/e/e/e/f/a. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R3:B10 = menuju malam (5 suku kata) Sukukata panjang ialah R3:B7 = semacam guru tua hanya tinggal harapan demi harapa (19 suku kata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R3:B10 = menuju malam (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B7 = semacam guru tua yang tinggal harapan demi harapan (8 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, iaitu tidak terikat dengan sebarang peraturan serta gaya puisi lama sama ada pantun ataupun syair. Selain itu, didapati juga bahawa jumlah baris, rima akhir, jumlah sukukata dan patah perkataannya tidak sekata. PROSA Kini usia sudah menjangkau setengah abad, rambut sudah berwarna putih dengan debudebu kapur di kepala kerana sepanjang jalan dia meniti kehidupan bernama seorang guru. Dari sekolah atap sehinggalah ke sekolah genting dengan hanya berbekal sedikit ilmu di dada, pergi ke desa-desa mahupun ke kota. Satu persatu kartu di lamar untuk mendapatkan kerja. Namun T3, C2, B2 dan B3 cuma mengejar bayangan semata-mata. Mungkin kerana prestasimu menurun atau ketiadaan sijil. Tetapi usahlah kauimpikan itu semua, kerana walaupun ada segulung kertas selagi kita bernama orang Melayu, masih juga dalam perhitungan manusia. Bermata dan berambut hitam dan itulah bangsa Melayu. Tetapi untung mereka yang datang dari tanah seberang yang bermata biru dan berambut perang. Sebenarnya kau pun boleh memilikinya bersama demi perlumbaan hendak mengejar bulan jauh di awan. Semacam guru tua hanya tinggal harapan demi harapan. Kitabnya buruk disimpan di rakrak perpustakaan dalam menunggu hari-hari lewat menuju malam. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Usia kini sudah menjangkau setengah abad (R1:B1) Maksud: berusia 50 tahun 2) rambut putih dengan debu-debu kapur di kepala (R1:B2) Maksud: sudah tua / beruban 3) T3 C2 C2 dan C3 juma mengejar bayangan semata Maksud: jawatan yang tidak mungkin diperolehi / Cuma impian sahaja 4) mata biru rambut perang (R3:B4) maksud: bangsa / guru asing
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 159 NO : 38 SAJAK : ‘CERMIN DIRI’ TEKS SAJAK: ‘CERMIN DIRI’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Setengah abad aku kembara dalam ruang kehidupan yang luas dan berdandan yang indah dan mempersona yang terukir sejuta warna malah juga yang sukar dan mencabar yang kutiti penuh sabar buat mencari diri sendiri buat membina tapak berdiri dalam dunia beranjau dan berduri Pada R1 penyajak menyatakan bahawa kini berusia 50 tahun. Pelbagai pengalaman hidup yang telah dilalui olehnya sama ada yang indah, yang sukar, malah yang penuh dengan cabaran. Namun, segalanya itu dihadapi dengan penuh kesabaran. Penyajak juga sentiasa berusaha untuk mencari identiti diri agar dapat membina kejayaan di dalam hidup walaupun banyak kesukaran yang perlu ditempuhi. Persoalan R1 tentang pengalaman kehidupan Huraian: Pengalaman hidup yang penuh cabaran dan dihadapi dengan sabar serta diikuti dengan usaha dapat membina kejayaan dalam hidup. Akhirnya kutemui diriku dalam usia yang hampir dimamah tua dan kenangan meniti sepanjang jalan setiap liku kehidupan Pada R2 penyajak menyatakan dirinya sudah berusia (sudah tua). Sepanjang kehidupannya itu banyak kenangan suka dan duka. Persoalan R2 tentang pengalaman kehidupan Huraian: Dalam menempuh perjalanan kehidupan, banyak kenangan yang dialami sama ada suka atau duka Kini aku menatap wajahku dalam cermin kehidupan aku mengenal diri dalam cermin peribadi dan aku menemui diriku untuk pertama kali kami pun saling menyapa dalam detak jantung yang seirama. Pada R3 penyajak menerangkan bahawa dia telah berusaha untuk mengenali dirinya sendiri dan akhirnya telah berjaya untuk memenuhi hasratnya tersebut. Persoalan R3 tentang pengalaman kehidupan Huraian: Pengalaman hidup melengkapkan identiti seseorang. Tuhanku, aku melihat diriku paling daif di depan-Mu inilah aku dalam baki usia entah berapa jumlahnya aku sekarang menyerah aku sekarang pasrah di bawah kuasa-Mu Yang Maha Agung Pada R4 penyajak menjelaskan bahawa dirinya lemah jika dibandingkan dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Dalam meneruskan hidup entah sampai bila, penyajak mampu berserah dan pasrah kepada Allah. Persoalan R4 tentang berserah pada kekuasaanNya Huraian: Kehidupan yang tidak diketahui bila pengakhirannya, yang mampu dilakukan hanyalah berserah dan pasrah kepada Allah. TEMA Pengalaman dalam menempuh perjalanan kehidupan Huraian: Perjalanan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran dihadapi dengan kesabaran serta berusaha akhirnya membawa kejayaan dan melengkapkan identiti
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 160 seseorang. Selain mengingati bahawa diri ini lemah berbanding dengan kekuasaan dan kebesaran Allah. Serta sentiasa berserah dan pasrah pada ketentuan Allah. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Setiap dugaan dan cabaran dalam perjalanan kehidupan hendaklah kita hadapinya dengan penuh sabar. Kita mestilah sentiasa beringat bahawa diri kita ini lemah dan serba kekurangan berbanding dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa hidup ini tidak kekal selamanya. Sentiasalah kita berusaha dan berikhtiar serta berserah dan pasrah pada ketentuan Allah. NILAI Nilai sentiasa berhati-hati dan beringat-ingat Huraian: Agar kita sentiasa bersabar dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Nilai bertimbang rendah diri Huraian: Sentiasa merasakan diri serba kekurangaan dan lemah. Jika dibandingan dengan kekuasaan dan kebesaran Allah. Nilai usaha Huraian: Walau apa jua cabaran dan dugaan kita perlu sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan. NADA Semangat Huraian: Semangat dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Serta sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Pasrah Huraian: Setelah puas mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup, penyajak akhirnya diusia tuanya pasrah berserah kepada Allah dan berharap ia mendapat balasan baik atas segala perbuatannya. CORAK Epigram Huraian: Memberikan nasihat kepada kita semua agar menghadapi / menjalani kehidupan ini dengan sabar dan berserah diri kepada Allah walau bermacam rintangan dan dugaan yang dihadapi. Himne Huraian: Menyatakan bahawa diri kita ini lemah dan banyak kekurangan berbanding dengan kekuasaan dan kebesaran Allah. Selain mengingatkan diri kita agar sentiasa berserah dan pasrah kepada Allah.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 161 ALIRAN Realisme Huraian: Memperlihatkan kenyataan tentang perjalanan kehidupan yang sentiasa banyak cubaan dan dugaan. Selain kenyataan bahawa kesabaran akhirnya akan menghasilkan kejayaan. Didaktisisme Huraian: Sajak ini memberi pengajaran kepada semua supaya sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran kehidupan. GAYA BAHASA 1) Anafora (pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B3 = yang luas dan berdandan R1:B4 = yang indah dan mempesona R1:B5 = yang terukir sejuta warna 2) Simbolik (perkataan/ frasa yang mempunyai makna tertentu / lain dari maksud sebenar), contoh: R1:B1 = setengah abad aku kembara (melalui/menjalani kehidupan) 3) Personifikasi (unsur pengorangan / kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia (sama ada mempunyai / melakukan / memiliki) kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R2 : B5 = dan kenangan meniti (kenangan melakukan perbuatan manusia berjalan) 4) Asonansi (pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B1 = Setengah abad aku kembara (vokal a) 5) Aliterasi (pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B4 = yang hampir dimamah tua (kon m) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Cermin Diri’ keseluruhannya mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 11 baris (bebas). R2 mempunyai 7 baris (Septaim). R3 mempunyai 8 baris (Oktaf) dan R4 mempunyai 10 baris (bebas) Rima akhir R1 ialah a/b/b/a/a/a/c/c/d/d/d. R2 pula ialah a/b/a/a/c/d/d. R3 ialah a/b/c/c/a/c/d/d. R4 pula ialah a/a/a/a/b/b/c/c/a/d Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R2 : B1 = akhirnya (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R1 : B11 = dalam dunia beranjau dan berduri (12 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R2: B 1 = Akhirnya (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1: B11 = dalam dunia beranjau dan berduri (5 patah perkataan) Kesimpulan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 162 Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Setengah abad telah aku mengembara kedalam ruangan kehidupan yang luas dan berdandan, indah dan mempersona serta terukir sejuta warna. Malah juga yang sukar dan mencabar kutiti dengan penuh kesabaran. Kesemuanya adalah buat mencari diri sendiri dan membina tapak untuk berdiri didalam dunia yang beranjau dan penuh berduri. Akhirnya aku menemui diriku dalam usia yang hampir dimamah tua dan kenangan meniti sepanjang jalan setiap liku kehidupan. MAKSUD RANGKAI KATA 4) Paling daif di depan Mu (R4:B3) Maksud : Paling lemah dan hina dibandingkan dengan kekuasaan Allah. 5) Yang hampir dimamah tua (R2:B3) Maksud : usia yang semakin meningkat 6) Setengah abad aku kembara (R1:B1) Maksud: setengah abad (usia 50 tahun) menjalani kehidupan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 163 NO : 39 SAJAK : ‘AKULAH ITU’ TEKS SAJAK : ‘AKULAH ITU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Akulah anak tani yang bersalut lumpur yang badannya digigit nyamuk yang darahnya dihisap lintah. Pada R1 penyajak menyatakan dirinya adalah anak tani yang badannya bersalut lumpur, digigit nyamuk dan dihisap lintah. Persoalan R1 tentang cabaran kehidupan & kegigihan Huraian: Cabaran dalam menempuh hidup seperti seorang petani dalam mencari rezeki terpaksa bersalut lumpur, digigir nyamuk dan dihisap lintah Akulah anak nelayan yang dilambung ombak yang kulitnya dibakar mentari yang hatinya digarami air laut Pada R2 penyajak menyatakan dirinya adalah anak nelayan yang hidup penuh cabaran dalam mencari rezeki (dilambung ombak dan berpanas) Persoalan R2 tentang cabaran kehidupan & kegigihan Huraian: Seorang nelayan yang dengan gigih mencari rezeki. Akulah anak buruh kolar biru yang memanggul cangkul dan tukul yang tiap saat keringatnya diperah yang duduknya resah tidurnya gundah Pada R3 penyajak menerangkan bahawa dia adalah anak buruh yang hidupnya sentiasa Persoalan R3 tentang cabaran kehidupan & kegigihan Huraian: Cabaran kehidupan & kegigihan seorang buruh yang setiap saat keringatnya diperah dan sentiasa hidup dalam resah. Akulah marhaen yang daif itu yang angannya tak berhujung yang mimpi manisnya tak bersambung yang tiap detik diburu bimbang yang sepanjang hidupnya berhati walang takutkan harga beras dan gula naik takutkan semua subsidi ditarik balik takutkan langit akan runtuh takutkan kiamat tidak bertangguh Pada R4 penyajak menjelaskan bahawa dialah anak seorang miskin dan hina yang sentiasa beranganangan dan bermimpi. Hidupnya sentiasa diburu kebimbangan dan berhati duka. Persoalan R4 tentang keinginan dan ketakutan Huraian: Keinginan dalam mencapai kehidupan yang lebih baik. Namun disamping itu adanya ketakutan dalam pelbagai hal. TEMA Cabaran dan kegigihan dalam menempuh kehidupan Huraian: Kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran perlu ditempuhi dengan gigih bagi menjamin masa hadapan. Sepertimana di dalam sajak seorang petani, nelayan dan pekerja buruh sentiasa berusaha dengan gigih dalam menjalani kehidupan seharian walau pelbagai rintangan dan cubaan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ Kita hendaklah mencontohi sifat sabar dan berusaha gigih dalam kehidupan kita sperti para petani dan nelayan terutama dalam mencari rezeki. Janganlah kita memandang rendah golongan bawahan seperti buruh, petani dan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 164 AMANAT/ MESEJ nelayan kerana mereka merupakan golongan yang tabah walaupun terpaksa menghadapi segala macam kepayahan. Kita perlulah bersedia dan tabah menghadapi segala kemungkinan / dugaan hidup sama ada senang ataupun susah. Janganlah sesekali mengambil kesempatan atau menindas golongan bawahan atau orang bawahan untuk kepentingan dan kesenangan diri sendiri. NILAI Nilai kegigihan Huraian: Sentiasa berusaha gigih dalam menjalani kehidupan demi masa depan. Nilai kesabaran Huraian: Sentiasa bersabar walau menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Nilai tidak berputus asa Huraian: Walau kehidupan kita menghadapi kesusahan hidup jangan mudah menyerah dan berputus asa. NADA Harapan Huraian: Harapan penyajak terutama kepada golongan bawahan agar gigih menghadapi kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran. CORAK Epigram Huraian: Memberikan nasihat kepada kita semua agar gigih menghadapi / menjalani kehidupan ini walau pelbagai rintangan dan ketakutan. ALIRAN Realisme Huraian: Memperlihatkan kenyataan tentang kehidupan yang perlu dijalani dengan usaha yang gigih demi menjamin masa depan. Didaktisisme Huraian: Sajak ini memberi pengajaran kepada semua supaya sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran kehidupan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 165 GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R4:B6 = Takutkan harga beras dan gula naik (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R4:B2 yang mimpi manisnya tak bersambung (kon m) 3) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R4:B2 = yang anganya tak berhujung R4:B3 = yang mimpi manisnya tak bersambung 4) Repitasi perkataan (Pengulangan perkataan pada mana-mana rangkap dalam sajak), contoh: Pengulangan perkataan Akulah sebanyak 4 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 5) Singkatan atau sinkop (perkataan yang disingkatkan / dipendekkan dari perkataan sebenarnya), contoh: R1:B1 = Akulah anak tani ( petani) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Akulah itu’ keseluruhannya mempunyai 4 rangkap sahaja. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 4 baris (Quatrain). R2 mempunyai 4 baris (Quatrain). R3 mempunyai 4 baris (Quatrain) dan R4 mempunyai 9 baris (bebas) Rima akhir R1 ialah a/b/c/d. R2 pula ialah a/b/c/d. R3 ialah a/b/c/d. R4 pula ialah a/b/b/b/bc/c/d/ Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R1 : B2 = yang bersalut lumpur (6 sukukata) Sukukata panjang ialah R4 : B7 = takutkan semua subsidi ditarik balik (14 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R1 : B1 = akulah anak tani (3 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R4 : B6 = takutkan harga beras dan gula naik (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa rima akhir tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Akulah anak petani yang hidupnya sentiasa bersalut lumpur, badannya digigit nyamuk dan darahnya pula sering dihisap oleh lintah. Akulah juga anak nelayan yang turun ke laut dilambung ombak dan kulitnya dibakar mentari serta hatinya digarami air laut. Akulah juga anak buruh kolar biru yang memanggul cangkul dan tukul. Di mana setiap saat keringatnya akan diperah dan sering pula duduknya resah dan tidurnya gundah. Akulah marhaen yang sangat daif itu, yang angannya tidak berpenghujung dan mimpi manisnya tidak pandai bersambung. Tiap detik hidupnya ini diburu bimbang dan sepanjang hidupnya berhati walang kerana takutkan harga beras dan gula semakin naik,
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 166 disamping takutkan subsidi yang diberikan akan ditarik balik, langit akan runtuh dan kiamat tidak bertangguh. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Yang bersalut lumpur (R1:B2) Maksud: gambaran hidup susah 2) Yang dilambung ombak (R2 : B2) Maksud : kehidupan yang mencabar. 3) Akulah marhaen yang daif itu (R4: B1) Maksud : Akulah orang miskin yang hina itu
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 167 NO : 40 SAJAK: ‘KARYA SEORANG PELUKIS’ TEKS SAJAK: ‘KARYA SEORANG PELUKIS’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Telah kusiapkan sebuah potret jelmaan jalur-jalur kehidupan hasil ketabahan hasil kesungguhan hasil segala perit yang tak kira waktu Pada R1 penyajak menyatakan bahawa pelukis begitu tekun dan bersusah payah menyiapkan kerjakerja kebajikannya untuk mayarakat. Dia dengan bersungguh-sungguh serta penuh tabah sanggup menghabiskan masa dan menghadapai pelbagai keperitan untuk kebaikan orang lain. Persoalan R1 tentang berusaha Huraian: Usaha dan ketekunan dengan tabah tanpa mengira masa dalam menyiapkan kerja berkebajikan demi kepentingan masyarakat. Pada potret ini bercantumlah warna-warna bergabunglah garis-garis yang meramas segala seni tersembunyi -ada nilai tersendiri -ada erti tersendiri melahirkan -falsafah -identiti -keunggulan Pada R2 penyajak menegaskan bahawa pelukis menyiapkan kerjanya dengan sempurna, iaitu dapat menghasilkan bentuk dan nilai-nilai lukisan yang terbaik serta unik bersesuaian dengan identiti serta falasafah negara yang unggul. Persoalan R2 tentang berusaha Huraian: Di atas usaha dengan tabah dan tekun melahirkan hasil tinggi dengan berfalsafah, ada identiti dan unggul. Pada potret ini ramai menikmatinya ramai memujinya ramai ramai tak tau menilainya -seni sebagai tatapan -seni sebagai keindahan -seni sebagai perhiasan maka karya tinggal karya yang tak bermakna Pada R3 penyajak menyatakan bahawa pelukis mendapat penghormatan dan pujian apabila berjaya menghasilkan kerja yang indah serta sempurna. Hasil kerjanya itu sebenarnya berguna bagi mereka yang tahu keperluannya. Sayangnya, kerja baik yang disempurnakannya itu hanya tinggal sebagai hasil yang tidak dapat digunakan oleh kebanyakan masyarakat atau orang ramai disebabkan ianya hanya bahan berbentuk seni luaran yang kurang serta tidak dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Persoalan R3 tentang usaha yang tidak dihargai Huraian: Hasil usaha yang dilakukan dengan gigih tidak dihargai. TEMA Berusaha gigih dalam melakukan sesuatu sehingga mencapai kejayaan Huraian: Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan rajin dan tekun dan penuh tabah itu akan menghasilkan sesuatu yang sempurna atau tinggi nilainya. Walaupun usaha atau kejayaan itu itu kadangkala ada yang tidak menghargainya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 168 PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kegigihan untuk mengusahakan sesuatu tanpa berkira masa dan tenaga akan menghasilkan sesuatu yang bernilai. Setiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan jangan mengharapkan balasan. Setiap kerja yang kita usahakan hendaklah dilakukan dengan tekun serta gigih dan usaha ini pasti akan menghasilkan kejayaan. Apabila melakukan sesuatu perkara kita mestilah sedaya upaya menghasilkan yang terbaik agar dapat memberikan kepuasan kepada semua pihak. Tidak semestinya setiap apa yang kita lakukan itu diberikan penghargaan. Kita semestinya bersikap penuh ikhlas dan rasa bertanggungjawab terhadap apa yang telah kita lakukan. NILAI Nilai berusaha dengan gigih Huraian: Usaha yang gigih dan tekun akan menghasilkan sesuatu yang bernilai tinggi. Nilai melakukan kebaikan tanpa mengira masa Huraian: Sentiasa melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengenal dan mengira masa. Nilai kesabaran Huraian: Walau setiap usaha yang dilakukan tidak dihargai kita perlu tabah dan sentiasa bersabar. NADA Semangat dan harapan Huraian: Berusaha melakukan sesuatu dengan tekun sehingga menghasilkan sesuatu yang tinggi dan membanggakan dan boleh mengharumkan serta memberi faedah kepada bangsa dan negara. Harapan supaya hasil kerja dan usahanya itu akan dihargai dan dimanfaatkan sebaik-baiknya. CORAK Epigram Huraian: Memberikan nasihat kepada kita semua orang-orang yang berbuat kebaikan dan sesuatu yang berkebajikan untuk bangsa dan negara supaya melakukannya dengan ikhlas dan tidak mengharap balasan. ALIRAN Realisme Huraian: Memperlihatkan kenyataan tentang usaha yang tekun dalam melakukan sesuatu akhirnya akan menghasilkan kejayaan. Didaktisisme Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 169 Sajak ini memberi pengajaran kepada semua supaya berusaha dalam mengerjakan sesuatu. Sajak ini juga mengajar agar kita tidak mengharapkan balasan terhadap sesuatu yang dilakukan. GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R2 : B3 = bergabunglah garis-garis 2) Singkatan atau sinkop (kata yang disingkatkan perkataannya), contoh: R1 : B7 = yang tak kira waktu (tidak) 3) Simbolik (perkataan yang mempunyai makna tertentu / lain dari maksud sebenar), conoh: R1:B1 = setengah abad aku kembara = melalui/menjalani kehidupan 4) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris): Contoh: R1:B4 = hasil ketabahan (vokal a) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B3 = bergabunglah garis-garis (kon g) BENTUK Jumlah rangkap sajak ‘Karya seorang pelukis’ keseluruhannya mempunyai 3 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 11 baris (bebas). R2 mempunyai 7 baris (Septaim). R2 mempunyai 11 baris (Bebas) dan R3 juga mempunyai 11 baris (bebas) Rima akhir R1 ialah a/b/a/a/a/b/c. R2 pula ialah a/b/c/a/a/a/a/d/e/a/d. R3 ialah a/b/b/a/a/b/c/c/c/b/ Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R3:B4 = ramai (2 sukukata) Sukukata panjang ialah (R:B3 = jelmaan jalur-jalur kehidupan (11 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R3:B4 = ramai (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B7 = yang tak kira waktu (4 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Aku telah menyiapkan sebuah potret yang merupakan jelmaan jalur-jalur dalam kehidupan. Ia adalah hasil dari ketabahan, kesungguhan dan hasil dari segala perit yang tidak mengira waktu. Pada potret inilah, bercantumnya warna-warna dan bergabunglah garis-garis yang meramas segala seni yang tersembunyi yang ada nilainya yang tersendiri dan ada ertinya tersendiri sehingga melahirkan falsafah, identiti dan keunggulan. Pada potret ini juga, ramai yang dapat menikmatinya dan ramai memujinya. Namun ramai dan lebih ramai yang tidak tahu untuk menilainya iaitu seni sebagai tatapan, suatu
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 170 keindahan dan sebagai satu perhiasan. Maka, karya ini hanya tinggal karya yang tidak bermakna. MAKSUD RANGKAIKATA 1) Jelmaan jalur-jalur kehidupan ( R1:B3 ) Maksud : hasil kehidupan 2) Bercantumlah garis-garis ( R2:B2 ) Maksud : sesuatu yang dilakukan dengan baik
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 171 NO: 41 SAJAK : ‘RINDU’ TEKS SAJAK: ‘RINDU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Rindu merendah laut titikan keringat yang hangat menjadi kemudi diri setia membelah teluk menyelam rezeki rahsia Pada R1 penyajak menyatakan tentang perasaan nelayan terhadap usaha dan penat lelahnya di laut untuk mencari rezeki di laut yang tidak pernah dilupakanya. Dia akur segala yang ditempuhinya itu sebagai ujian kecekalan diri dan tetap gigih berusaha dalam mencari rezeki di laut kerana disitulah sumber rezeki sebenar seorang nelayan. Persoalan R1 tentang kecekalan hati Huraian: Memperlihatkan kecekalan hati nelayan yang bersusah-payah dan berusaha bersungguhsungguh mencari rezeki di laut tanpa mengenal erti penat dan lelah. Misteri darah nelayan takkan cair dek cahaya mentari darah nelayan takkan beku dek air laut darah nelayan mengalir dan; bangun bersama ombak berani bersama angin laut berserah pada takdirullah Pada R2 pula penyajak menegaskan ramai orang tidak menyedari bahawa sebenarnya nelayan mempunyai kekuatan semangat dan kecekalan hati yang tersendiri. Walaupun terpaksa berdepan dengan terik cahaya matahari, ombak serta cabaran dan halangan lain, namun kecekalan dan semangat nelayan tetap membara malah mereka tetap gigih berusaha dan pasrah dengan keadaan yang mereka lalui di samping berserah kepada Allah. Persoalan R2 tentang ketabahan dan kecekalan hati. Huraian: Walaupun terpaksa berdepan dengan terik cahaya matahari, ombak laut serta cabaran dan halangan lain, namun kecekalan hati dan semangat nelayan tetap membara. Mereka tetap cekal dan gigih berusaha dan pasrah dengan keadaan yang mereka lalui di samping berserah kepada ilahi. Kocakan air laut merubah kehidupan tanpa mengira laut pasang surut siang malam dan berpengkalan di perahu rahmat dengan wajah di bulan dan rindu di laut - Mas Malinja kg. Bengkurong Pada R3 penyajak menyatakan bahawa mata pencarian sebagai nelayan boleh mendatangkan rezeki bila-bila masa tanpa mengira waktu dan keadaan, asalkan nelayan itu ada semangat, cekal, gigih berusaha, pasti akan memperolehi hasil (rezeki). Persoalan R3 tentang kecekalan hati dan kegigihan. Huraian: kecekalan dan kegigihan nelayan turun ke laut tanpa mengira waktu dan keadaan pasti akan memperolehi kejayaan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 172 TEMA Kecekalan hati, ketabahan dan kegigihan kaum nelayan. Huraian: Memperlihatkan kecekalan hati, ketabahan dan kegigihan kaum nelayan. Mereka tidak mudah berputus asa walau terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan dan cabaran semasa di laut. Mereka tetap tekun dan gigih berusaha di samping ikhlas terhadap pekerjaan mereka dengan sentiasa bertawakal serta bermohon kepada Allah agar sentiasa diberi rezeki setiap kali turun ke laut. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Di dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, kita hendaklah ikhlas dan sentiasa bertawakal dan memohon doa kepada Allah agar pekerjaan kita diberkati serta dimurahkan rezeki. Untuk mendapat hasil / kejayaan, kita hendaklah bekerja dengan gigih serta bersungguh-sungguh. Jika ini kita lakukan, insya Allah kita akan berjaya. Rezeki ada di mana-mana. Manusia khususnya nelayan akan mendapat rezeki itu jika dia benar-benar gigih dan tekun berusaha. NILAI Nilai Kesabaran Huraian: Seorang nelayan sabar untuk mendapatkan rezeki yang halal bagi menyara ahli keluarganya. Penyajak menyatakan yang orang tidak menyedari bahawa nelayan mempunyai kekuatan semangat yang tersendiri, walaupun berdepan dengan terik cahaya matahari dan air lautan yang masin. Semangat nelayan tetap membara walaupun penuh cabaran dan halangan yang penting berserah kepada Allah. Nilai ketabahan dan kecekalan Huraian: Walau menghadapi apa jua cabaran dan dugaan kita hendaklah tabah dan cekal menghadapi Nilai Ketekunan atau gigih berusaha Huraian: Seorang nelayan yang tabah, penyajak menyatakan yang pencarian di laut boleh mendatangkan rezeki tanpa mengira waktu dan keadaan yang penting ialah keikhlasan dan selalu memohon kepada Allah supaya hasil dan rezeki dapat diperolehi. NADA Semangat dan harapan Huraian: Sajak ini penuh semangat mengutarakan kecekalan hati, ketabahan serta kegigihan kaum nelayan. Walau menempuh banyak cabaran dan rintangan tetapi mereka tidak mudah berputus asa. Malah dengan kecekalan hati, ketabahan serta kegigihan, tanpa mengira waktu serta bertawakal kepada Allah mereka berharap agar setiap kali turun ke laut mereka akan memperolehi hasil tangkapan yang banyak. CORAK Ode Huraian: Memberi sanjungan terhadap golongan nelayan. Walaupun kehidupan sebagai nelayan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 173 itu sukar dan susah, namun mereka patut diberi sanjungan kerana tidak mudah berputus asa. Mereka tetap cekal, tabah an terus berusaha dengan gigih mengharungi segala rintangan dan cabaran di laut. Epigram Huraian: Memberi pengajaran / mendidik masyarakat agar mencontohi kecekalan hati, ketabahan dan kegigihan nelayan. Walau menempuh berbagai halangan namun tidak mudah berputus asa malah tetap tabah meneruskan pekerjaan / kehidupan mereka. ALIRAN Realisme Huraian: Memperlihatkan realiti keadaan atau realiti sebenar tentang kehidupan seorang seorang nelayan. Laut adalah sumber rezeki mereka. Justeru itu, mereka terpaksa cekal, berusaha gigih, tahan berpanas dan menempuh segala cabaran serta rintangan di samping bertawakal kepada Allah, semata-mata untuk mencari rezeki yang halal. Didaktisisme Huraian: Memberi pengajaran dengan membuka minda kita agar mengambil teladan dengan mencontohi kecekalan hati, ketabahan dan kegigihan kaum nelayan dalam melakukan apa jua pekerjaan. Dengan gigih berusaha, apa pun perkara sukar yang kita lakukan pasti akan dan kita atasi dan seterusnya beroleh kejayaan. GAYA BAHASA 1) Bahasa Asing (penggunaan bahsa selain daripada bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, Arab, Indonesia dan lain-lain), contoh: R2 : B9 = berserah pada takdirullah (dari bahasa Arab) 2) Singkatan / Sinkop (kata yang disingkatkan perkataannya), contoh: R2:B2 = darah nelayan takkan cair = tidak akan 3) Paradoks (Dua unsur atau ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan atau dalam rangkap yang sama), contoh: R2 : B5 = pasang R2 : B6 = surut 4) Asonansi(Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B2 = darah nelayan takkan cair (vokal a) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B2 = titikan keringat yang hangat (konsonan g) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Rindu’ keseluruhannya mempunyai 3 rangkap sahaja. Jumlah baris dan nama R1 mengandungi 6 baris (sekstet). R2 mengandungi 9 baris (bebas). R3 mengandungi 12 baris (bebas) Rima akhir R1 ialah a/a/b/c/b/d. R2 ialah a/b/a/c/d/e/f/d/g. R3 pula ialah a/b/c/a/d/a/d/e/b/a/b/a.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 174 Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R3:B4 = laut (2 sukukata Sukukata panjang ialah R2:B8 = berani bersama angin laut (10 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R2:B1 = misteri (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B4 = darah nelayan takkan beku (4 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Rindu meredah laut dengan titikan keringat yang hangat menjadi kemudi diri yang setia untuk membelah di teluk menyelam rezeki yang penuh rahsia.Misteri darah nelayan tidak akan cair oleh cahaya matahari dan juga tidak akan beku oleh air laut malah darah nelayan akan terus mengalir dan bangun bersama ombak, berani bersama angin laut serta sentiasa berserah kepada takdir Allah. Kocakan air laut akan merubah kehidupan nelayan tanpa mengira air surut ataupun pasang, siang ataupun malam. Hakikatnya, nelayan tetap berpengkalan di perahu rahmat dengan wajah di bulan serta rindu pada lautan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Rindu merendah laut ( R1:B1 ) Maksud : perasaan penuh semangat turun ke laut untuk mencari rezeki 2) Menyelam rezeki ( R1:B5 ) Maksud : mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh 3) Di perahu rahmat ( R3:B10 ) Maksud : sebuah perahu yang banyak berjasa digunakan untuk mencari rezeki
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 175 NO : 42 SAJAK : ‘WARISAN’ TEKS SAJAK: ‘WARISAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Dari teluk ke kuala tiada titik pemisah jernih hati serumpun kulit-kulit serupa lembut suara berbicara halus budi, indah bahasa kata orang tua, “orang berbudi, kita berbahasa” manis budi dibudayakan kaya bahasa dijiwai bangsa dengan kalimat MELAYU kekal unggul milik warisan. Pada R1 penyajak menegaskan bahawa walau di mana-mana pun bangsa Melayu itu berada mereka tetap dikenali sebagai bangsa serumpun yang mempunyai keikhlasan hati dan budi, nilai-nilai murni serta warna kulit yang hampir sama. Hakikatnya, orang Melayu itu apabila berbicara akan memperlihatkan sopan santun, budi bahasa serta memiliki kata-kata yang indah. Mereka juga saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan amalan baik ini dipraktikkan dalam konteks kehidupan mereka seharian. Persoalan pada R1, tentang keluhuran berbudi bahasa bangsa Melayu Huraian: Seluruh bangsa Melayu juga dikenali sebagai bangsa serumpun sebenarnya mempunyai keluruhan berbudi bahasa, keikhlasan hati dan nilai-nilai murni. Orang Melayu terkenal apabila berbicara dengan penuh sopan santun, berbudi bahasa dan memiliki kata-kata yang indah. Mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan ini diamalkan dalam konteks kehidupan mereka seharian. Ada hikmatnya ada berkatnya mencintai budi mencintai bahasa tertib mulut dan rendah hati menjadi tiang kehidupan yang murni perlu dihayati kata orang tua, “baik itu budi, indah itu bahasa” lembut budi dibudayakan indah bahasa menunjukkan bangsa itulah MELAYU kekal unggul santapan warisan. Pada R2 penyajak menyatakan bahawa amalan berbudi bahasa dengan menunjukkan sikap bersopan santun dan luhur dalam kehidupan bangsa Melayu itu perlu dihayati dan diamalkan kerana ada hikmat yang tersembunyi di sebalik perlakuan tersebut. Bersikap berbudi bahasa itu, merupakan ciriciri unggul budaya bangsa Melayu yang mesti dikekalkan dan perlu terus dipertahankan agar terus menjadi warisan gemilang bangsa Melayu. Persoalan pada R2 juga bekenaan keluhuran berbudi bahasa bangsa Melayu Huraian: Memperlihatkan amalan berbudi bahasa dengan menunjukkan sikap bersopan santun dan luhur dalam kehidupan. Perkara ini bukan sahaja dihayati malah diamalkan dalam konteks kehidupan kerana setentunya ada hikmat yang tersembunyi di sebalik perlakuan tersebut. Hakikatnya, bersikap berbudi bahasa itu merupakan ciri-ciri unggul budaya bangsa Melayu yang mesti dikekalkan dan perlu terus dipertahankan agar terus menjadi warisan gemilang bangsa Melayu.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 176 TEMA Keluhuran budi bahasa Bangsa Melayu Huraian: Keluhuran berbudi bahasa ini adalah secara khusus memperkatakan tentang masyarakat Melayu di mana jua mereka berada. Hakikatnya, mereka memang terkenal dengan mempunyai nilai-nilai murni serta sopan santunnya sejak dahulukala lagi dan ciri-ciri ini patut dikekalkan dan menjadi warisan genarasi yang akan datang. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai nilai-nilai murni dan budaya yang bersopan santun. Ciri-ciri ini hendaklah diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melayu di mana jua mereka berada. Janganlah kita melupakan warisan kita dari sejak dulu lagi yang selalu mengamalkan sikap berbudi bahasa, bersopan-santun, saling bantu-membantu dan hidup bermasyarakat. Usahlah mementingkan diri sendiri dan bersikap sombong kerana ia akan meruntuhkan moral kita sebagai bangsa Melayu yang amat menitik-beratkan nilai-nilai budaya keMelayuan yang selalu diamalkan dalam kehidupan seharian. Generasi masakini dan akan datang hendaklah bertanggungjawab dan berusaha dengan gigih meneruskan dan mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang unggul ini. NILAI Nilai berbudi bahasa dan bersopan santun Huraian: Agar kita sentiasa berbudi bahasa dan bersopan santun dalam menjalani kehidupan. Nilai bersatu padu Huraian: Sentiasa bersatu dalam semua perkara tidak mengira bangsa atau agama. Nilai bertanggungjawab Huraian: Setiap orang Melayu itu perlu bertanggungjawab mengekal dan menerapkan ciri-ciri murni adat Melayu itu dalam kehidupan mereka. NADA Semangat dan harapan Huraian: Bangsa Melayu yang memiliki budi bahasa dan bersopan-santun dalam kehidupan bermasyarakat yang menjadi amalan kehidupan seharian dengan harapan agar ia terus dan tetap kekal dan unggul sepanjang zaman. CORAK Epigram Huraian: Memberikan nasihat kepada kita semua supaya sentiasa memiliki budi bahasa yang baik serta bersopan santun dalam semua hal. Ode Huraian:
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 177 Pujian dan sanjungan kepada bangsa Melayu yang memiliki budi bahasa yang luhur dan sopan-santun yang menjadi amalan dalam kehidupan seharian. ALIRAN Realisme Huraian: Memperlihatkan kenyataan tentang Bangsa Melayu yang memang sentiasa mengamalkan sikap budi bahasa dan bersopan-santun dalam menjalani kehidupan seharian walau di mana saja kita berada. Didaktisisme Huraian: Memberi pengajaran kepada semua supaya mengamalkan sikap budi bahasa dan bersopan santun dalam menjalani kehidupan walau dimana saja kita berada dan tidak mengira bangsa. GAYA BAHASA 1) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh R1:B4 = Kulit-kulit serupa 2) Anafora (Pengulangan perkataan yang sama pada setiap awal baris sajak secara berturutan, dalam rangkap yang sama sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B1 = ada hikmatnya R2:B2 = ada berkatnya 3) Singkatan / sinkop (perkataan yang disingkatkan / dipendekkan dari perkataan sebenarnya), contoh: R1:B2 = tiada titik pemisah (tidak ada) 4) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B2) tiada titik pemisah (vokal i) 5) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: (R1:B1) dari teluk ke kuala (kon k) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Warisan’ keseluruhannya mempunyai 2 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 14 baris (bebas). R2 mempunyai 16 baris (Bebas). Rima akhir R1 ialah a/b/c/a/a/a/a/a/c/a/d/e/e/c. R2 pula ialah a/a/b/a/b/c/b/b/a/a/c/a/d/e/e/c. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah 2 sukukata (R1 : B12 = kekal) Sukukkata panjang ialah 13 sukukata (R2 : B10 = baik itu budi indah itu bahasa). Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah 1 patah perkataan (R1: B 12 = Kekal) Perkataan panjang ialah 6 patah perkataan (R2: B10 = baik itu budi, indah itu bahasa) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 178 patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Dari teluk ke kuala yang tidak ada titik pemisah, bangsa melayu memiliki jernih hati yang serumpun, mempunyai kulit-kulit yang serupa, lemah-lembut suara ketika berbicara, kehalusan budi dan keindahan bahasa. Bak kata orang tua, “orang berbudi, kita berbahasa” dengan kemanisan budi yang dibudayakan dan kekayaan bahasa yang dimiliki dijiwa bangsa dengan kalimat Melayu yang terus kekal dan unggul adalah milik warisan. Ada hikmah dan berkatnya dalam mencintai budi bahasa dengan tertib mulut dan kerendahan hati yang menjadi tiang kehidupan yang murni dan perlu dihayati. Bak kata orang tua, “baik itu budi, indah itu bahasa” dengan kelembutan budi yang dibudayakan dan menggunakan bahasa yang indah yang menunjukkan bangsa Melayu yang terus kekal dan unggul sebagai santapan warisan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Kulit-kulit serupa (R1:B4) Maksud : dari bangsa yang sama 2) Menjadi tiang kehidupan (R2:B6) Maksud: menjadi pegangan hidup yang dilakukan setiap hari 3) Terjangkau santapan warisan (R2:B16) Maksud: tatapan peninggalan yang diwarisi
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 179 NO : 43 SAJAK: ‘DI STESEN INI’ TEKS SAJAK: ‘DI STESEN INI’ MENGURAI MAKSUD Di stesen ini Keretapi datang dan keretapi pergi maka ia bukan giliran kunaiki Pada R1 penyajak menyatakan bahawa di dunia ini akan ada kelahiran dan ada juga manusia yang meninggal dunia. Persoalan R1 tentang kehidupan & kematian Huraian: Di dunia akan ada kelahiran dan juga kematian Di bangku tua di stesen ini ketika menaiki keretapi datang untuk kunaiki aku tidak pernah luput mengenang hari semalam Pada R2 penyajak menyatakan bahawa umurnya yang semakin meningkat dan menunggu panggilan Illahi, dia tidak pernah lupa mengenangkan kisah-kisah silam. Persoalan R2 tentang keinsafan Huraian: Menginsafi segala perbuatan yang pernah dilakukan kerana tidak mengetahui bilakah pengakhiran hidup ini. TEMA Kehidupan dan kematian serta keinsafan. Huraian: Di dunia ini akan ada manusia yang lahir dan ada manusia yang meninggal dunia. Sebagai manusia hendaklah sentiasa mengenang kisah-kisah silam dan menginsafi segala perbuatan yang pernah dilakukan. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah sentiasa beringat bahawa hidup ini tidak kekal selamanya. Sentiasalah kita berusaha dan berikhtiar serta berserah dan pasrah pada ketentuan Allah. Kita hendaklah sedar bahawa Allah lebih berkuasa terhadap kewujudan dan kematian manusia. Kita hendaklah menjadikan pengalaman dan tauladan melalui peristiwa yang lepas. NILAI Nilai kesedaran Huraian: Agar kita sentiasa sedar bahawa hidup ini hanyalah sementara jadi perlu berbuat banyak amal kebajikan sebagai bekala di akhirat kelak. Nilai keinsafan Huraian: Sentiasa menginsafi segala kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan dan segeralah bertaubat kerana tidak mengetahui bilakah ajal akan datang menjemput kita. NADA Sedih dan pilu Huraian: Seorang tua berasa sedih dan pilu di saat-saat akhir hayatnya kerana terkenangkan peristiwa-peristiwa silam atau kejadian-kejadian yang pernah dilaluinya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 180 CORAK Elegi Huraian: Rasa kesedihan seorang tua pada saat-saat akhir hayatnya. Perasaan mengharukan ini mungkin disebabkan ingatan atau kenangannya terhadap peristiwa silam atau kejadian yang pernah dilaluinya. Epigram Huraian: Memberikan nasihat kepada kita semua agar sentiasa beringat dan menginsafi perbuatan kita kerana kita tidak mengetahui bilakah kita akan meninggalkan dunia ini. ALIRAN Realisme Huraian: Realiti yang berlaku dalam putaran hidup manusia. Setiap hari ada yang lahir dan begitu juga sebaliknya ada yang meninggal dunia. Simbolisme Huraian: Sajak ini banyak terdapat unsur perlambangan seperti stesen dan keretapi yang mempunyai maksud-maksud tersendiri seperti tentang kelahiran dan kematian manusia GAYA BAHASA 1) Singkatan (kata yang disingkatkan perkataannya), contoh: R1:B4 = kunaiki (aku) 2) Simbolik (perkataan yang mempunyai makna tertentu / lain dari maksud sebenar), contoh: R1:B1 = Di Stesen ini (di dunia ini) 3) Paradoks (unsur pertentangan), contoh: R1:B2 & R1:B3 = datang dan pergi 4) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B4 = Untuk kunaiki (vocal u) 5) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B4 = Maka ia bukan giliran kunaiki (konsonan k) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Di Stesen Ini’ keseluruhannya mempunyai 2 rangkap sahaja. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 4 baris (Quatrain). R2 mempunyai 7 baris (Septaim). Rima akhir R1 ialah a/b/a/a. R2 pula ialah a/b/c/b/d/c/e Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R2:B6 = mengenang (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R1:B3 = ketika menanti keretapi datang (12 sukukata) Jumlah patah perkataan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 181 Perkataan pendek ialah R2:B6 = mengenang (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B5 = maka ia bukan giliran kunaiki (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Di stesen ini, ada keretapi yang datang dan ada yang pergi, Namun ianya bukanlah giliran untukku naiki. Di bangku tua iaitu di stesen ini, ketika sedang menanti keretapi yang datang untuk aku naiki, Aku tidak pernah luput mengenangkan hari-hari semalam. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Di stesen ini (R1 : B1) Maksud : Di dunia ini 2) Keretapi datang ( R1: B2) Maksud : ada kelahiran 3) Di bangku tua (R2 : B1) Maksud : Usia tua / usia yang semakin meningkat
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 182 NO : 44 SAJAK: ‘NELAYAN TUA PERAHU TUA’ TEKS SAJAK: ‘NELAYAN TUA PERAHU TUA’ MENGURAI MAKSUD Rumah-rumah dan penghuninya nyenyaknya diselimuti malam ketenangan merangkul kesunyian turun nelayan tua bergegasan takut nanti di laut kesiangan Pada R1 penyajak menyatakan bahawa ketika cuaca masih gelap dan penghuni rumah masih nyanyak tidur, seorang nelayan tua telah bersiap sedia untuk turun ke laut mencari rezeki. Persoalan R1 tentang kegigihan mencari rezeki Huraian: Seorang nelayan turun ke laut mencari rezeki ketika cuaca masih gelap dan ramai yang masih tidur. deru enjin membelah kesunyian nelayan tua bersama harapan andang selonggok jadi taruhan hidup yang memaksa pun bukan untuknya Pada R2 penyajak menyatakan Dikesunyian malam kedengaran bunyi enjin perahu milik nelayan tua yang turun ke laut dan berharap akan dapat memperolehi rezeki tangkapan. Kerana baginya hanya dengan hasil tangapan ikan di laut merupakan sumber rezeki untuknya menyara kehidupan keluarganya dan membesarkan anak-anaknya. Persoalan R2 tentang kegigihan dan harapan mencari rezeki Huraian: Harapan seorang nelayan agar mendapat rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya. di kuala banyak berlabuh perahu tua bahang kian terasa aktifnya andang dilabuh mencari mangsa pun nanti untuk santapan orang-orang kota Pada R3 penyajak menerangkan Nelayan tua sudah biasa berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika berada di laut. Tanpa mengira cuaca panas yang membahang nelayan tua tetap berusaha mendapatkan hasil tangkapan. Dan yang pasti hasil tangkapan yang diperolehinya nanti bukan hanya untuk kepentingannya sendiri, tetapi adalah untuk dijual kepada orang lain dan wang yang diperolehi adalah untuk perbelanjaan keluarganya. Persoalan R3 tentang Kegigihan mencari rezeki Huraian: Usaha seorang nelayan dalam mencari rezeeki untuk keluarganya walaupun menempuhi pelbagai cabaran. nelayan tua begitu mesra -angin sejuk yang mencengkam -panas yang menggersangkan -ombak yang memuakkan Pada R4 penyajak menjelaskan bahawa bagi nelayan tua cuaca yang sejuk atau panas serta keadaan gelombang yang kuat adalah perkara biasa yang perlu dihadapi oleh nelayan. Persoalan R4 ialah Kegigihan mencari rezeki Huraian: Seorang nelayan sudah biasa dengan segala cabaran dalam mencari rezeki. rezeki yang diraih bersama keringat dingin -kalau banyak menguntum senyum -kiranya hampa mengeluh pedih Pada R4 penyajak menjelaskan bahawa Nelayan tua akan tersenyum puas dan merasa gembira Persoalan R4 ialah Kegigihan mencari rezeki
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 183 tapi nelayan tua dan perahunya esok sejarahnya tetap senada kerana laut itu kepunyaannya. sekiranya memperolehi hasil tangkapan untuk di jual. Tetapi sekiranya rezeki tangkapan tidak berhasil dia pasti merasa hampa dan kecewa. Namun nelayan tua akan tetap turun ke laut untuk menangkap ikan kerana hanya itulah saja sumber rezekinya untuk menyara kehidupan keluarganya sejak turun temurun. Huraian: Nelayan akan merasa gembira sekiranya memperoleh rezeki namun dia akan hampa sekiranya tidak memperoleh apa pun. Itulah cabaran yang harus dilalui seorang nelayan demi keluarganya. TEMA Kegigihan dalam mencari rezeki demi keluarga Huraian: Kegigihan seorang nelayan mencari rezeki demi menyara keluarganya walaupun dirinya terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah sabar dan tabah dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi dalam mencari rezeki. Berusahalah bersungguh-sungguh sebagai ketua keluarga kerana tanggungjawabnya adalah besar untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga. Janganlah mudah berputus asa sekiranya rezeki belum menyebelahi kita. Janganlah hanya berserah kepada takdir semata-mata, walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran yang sukar NILAI Nilai tabah dan sabar Huraian: Agar kita sentiasa bersabar dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Nilai mengenang jasa Huraian: Sentiasa mengenang jasa kedua ibu bapa dalam mencari rezeki demi memperbaiki kehidupan. Nilai usaha Huraian: Walau apa jua cabaran dan dugaan kita tidak boleh putus semangat dan harapan. NADA Semangat dan harapan Huraian: Membicarakan tentang seorang nelayan tua yang bersemangat mencari rezeki dan turun ke laut pada awal pagi, walaupun menempuh pelbagai cabaran nelayan tersebut tetap bersemangat dan berharap agar memperolehi seberapa banyak hasil tangkapan untuk dijual.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 184 CORAK Epigram Huraian: Memberikan nasihat kepada kita semua agar tidak memandang rendah kepada orang lain terutama dalam sajak ini berkaitan dengan pekerjaan seorang nelayan. Selian sajak ini menasihati kita supaya sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Ode Huraian: Menyanjung pekerjaan seorang nelayan yang sentiasa berdepan dengan cabaran dan dugaan dalam mencari rezeki demi menyara keluarganya. ALIRAN Realisme Huraian: Tentang kebenaran atau kenyataan hidup seorang nelayan tua yang turun mencari rezeki di laut dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan demi mendapatkan rezeki yang halal bagi manampung kehidupan keluarganya. Didaktisisme Huraian: Sajak ini memberi pengajaran kepada semua supaya jangan berputus asa sekiranya apa yang dirancangkan tidak menjadi. GAYA BAHASA 1) Gandaan (perkataan yang diulang sebutan / perkataannya), contoh: R1:B1 = rumah-rumah dan penghuninya 2) Repitasi Perkataan (pengulangan perkataan sebanyak 2 kali / lebih daalam keseluruhan rangkap sajak), contoh: Perkataan nelayan diulang 4 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 3) Asonansi (Pengulangan vokal sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R1:B1 = Rumah-rumah dan penghuninya (vokal a) 4) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R4:B3 = panas yang menggersangkan (kon n) 5) Personafikasi (benda abstrak yang melakukan perbuatan manusia), contoh: R3:B2 = nyenyakya diselimuti malam (perbuatan manusia) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Nelayan tua perahun tua’ keseluruhannya mempunyai 5 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mempunyai 5 baris (Quint). R2 mempunyai 5 baris (Quint). R3 mempunyai 5 baris (Quint). R4 mempunyai 4 baris (Quatrain) dan R5 mempunyai 6 baris (Sekstet) Rima akhir R1 ialah a/b/c/c/c. R2 pula ialah a/a/a/b/b. R3 ialah a/a/a/a/a. R4 pula ialah a/b/c/c dan R5 ialah a/b/c/d/ Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R3:B1 = di kuala (4 sukukata)
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 185 Sukukata panjang ialah R5:B1 = rezeki yang diraih bersama keringat dingin (15 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R3:B1 = di kuala (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B5 = pun nanti untuk santapan orang-orang kota (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Pada suatu malam kelihatan rumah-rumah dan juga penghuninya yang sedang tidur dengan nyenyaknya diselimuti malam.Dalam ketenangan yang merangkul kesunyian malam telah turun seorang nelayan tua secara bergegasan kerana takut nanti jika terlewat turun di laut hari sudah kesiangan. Kedengaran bunyi enjin milik nelayan tua tersebut membelah kesunyian malam. Nelayan tua turun ke laut bersama dengan sebuah harapan. Andang selonggok dijadikansebagai taruhan dalamkehidupan yang memaksa nelayan tua untuk bekerja keras walaupun bukan hanya untuknya. Di kuala, banyak berlabuh perahu yang sudah tua dan usang.Kehangatan bahang kian terasa aktifnya. Andang milik nelayan tua dilabuhkan ke dasar laut untuk mencari mangsa. Walaupun hasil tangkapan yang diperolehi itu nanti bukan untuk dirinya,tetapi adalah untuk santapan orang-orang kota. Nelayan tua begitu mesra dengan keadaan angin sejuk yang mencengkam,kepanasan yang mengersangkan serta ombak yang memuakkan. Bagi nelayan tua rezeki yang diraih bersama dengan keringaat dingin, kalau hasil tangkapan banyak pasti akan menguntum senyum. Namun sekiranya tiada hasil tangkapan nelayan tua akan merasa hampa dan mengeluh pedih. Akan tetapi nelayan tua dan perahunya akan tetap turun ke laut. Hari esok sejarahnya tetap senada kerana bagi nelayan tua laut itu adalah kepunyaannya. MAKSUD RANGKAI KATA 1) rezeki yang diraih bersama keringat dingin (R5:B1) Maksud : rezeki yang diperolehi dengan usaha 2) pun nanti untuk santapan orang-orang kota (R3:B5) Maksud : hasil yang diperolehi nanti dijual kepada orang lain
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 186 NO: 45 SAJAK : ‘ NENEKKU MENITI ZAMAN’ TEKS SAJAK:‘ NENEKKU MENITI ZAMAN ’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Nenekku pernah berkata tika kecilku meniti riak berperahu sambil membaling kayuh “Riak di air kan berbunga ombak, panas membahang dedaun kering berguguran darah kan tumpah ke bumi” aku tidak mengerti umur setahun jagung. Pada R1, penyajak menceritakan sewaktu penyajak kecil, neneknya ada menyatakan sesuatu kepadanya sambil mengayuh perahunya bahawa ketenangan yang mereka alami pada waktu tersebut tidak semestinya akan berterusan. Adakalanya akan berlaku persaingan dalam usaha mencari keuntungan dalam perniagaan/rezeki. Persaingan tersebut boleh mengakibatkan kemusahan kepada yang tidak mampu bersaing. Sewaktu itu penyajak masih kecil dan tidak faham maksud kata-kata neneknya itu. Persoalan R1 tentang Nasihat / peringatan Huraian: Memperingatkan dan memberi nasihat kepada masyarakat bahawa sepanjang kehidupan kita ini, kita mengalami perubahan seiring dengan arus kemodenan negara. Dari itu, kita perlu beringat-ingat dan mempersiapkan diri kita untuk menghadapinya. Apa yang kutahu kini terjangkau sudah seloka nenek Sungai Brunei dadanya berkocak penambang lincah camar yang bertandang ke lubuk laut bukan miliknya lagi ombak dan pantai tak pernah damai tangan-tangan insan mencari keuntungan. - Nordin H. T. Pada R2 penyajak menyatakan bahawa sekarang segala yang dinyatakan oleh neneknya itu menjadi kenyataan. Di negara Brunei mengalami pergolakan hidup dalam dunia perniagaan. Para peniaga berlumba-lumba mencari keuntungan menyebabkan orangorang seperti nelayan dan padian mengundur diri kerana mereka tidak mampu bersaing dengan perubahan itu. Masing-masing rakus mencari keuntungan tanpa memperdulikan orang lain. Persoalan R2 tentang Pesaingan Huraian: Dalam arus kemodenan Brunei, perubahan amat ketara dari segi ekonomi dan pembangunan. Jadi para peniaga bersaing sesama sendiri untuk mengaut keuntungan masing-masing. Maka di sini berlakulah cabaran/dugaan yang akan ditempoh oleh masyarat Brunei. TEMA Peringatan atau nasihat kepada generasi muda Huraian: Cabaran hidup dan persaingan dalam perniagaan merupakan salah satu perkara yang dihadapi oleh masyarakat kita seiring dengan arus kemodenan negara. Ramai yang bersaing antara satu sama lain sama ada bersaing secara sihat atau sebaliknya. Maka dengan itu, kita mestilah beringat bahawa mencari kekayaan dunia itu mestilah seiring dengan keredhaan Allah. menghadapi cabaran dan dugaan itu dengan tenang dan sabar serta bersaing untuk meraih keuntungan dalam perniagaan tersebut secara jujur, tidak menindas golongan yang lain.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 187 PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah mencari rezeki dengan cara yang halal, mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh agama agar kita tidak terlalu leka dalam mencari keuntungan. Janganlah terlalu tamak dalam mencari keuntungan kerana sifat tamak selalu membawa kerugian. Lagipun sifat tamak ini boleh membawa kerugian pada diri seseorang yang mengamalkan kerana ia bukanlah satu sifat yang baik. Kita seharusnya bertimbang rasa dan memikirkan keperluan orang lain yang juga sama-sama mencari rezeki, kerana sifat bertimbang rasa adalah satu sifat yang terpuji. Pekerjaan yang baik adalah pekerjaan yang diredhai oleh Allah SWT kerana melalui pekerjaan ini akan terhasil rezeki yang halal Generasi muda hendaklah sentiasa berpegang pada nasihat orang tua, kerana setiap nasihat mereka adalah sangat berguna khususnya dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Dari itu kekuatan dari segi mental dan fizikal adalah sangat penting dalam diri seseorang untuk menempuh segala dugaan dan cabaran NILAI Nilai mendengar nasihat dan mengormati orang tua Huraian: Sifat menghormati dan mendengar nasihat orang tua adalah sangat penting kerana tanpa adanya mereka kita boleh terlupa dengan budaya kita sendiri. Nilai mencari rezeki yang halal Huraian: Agama Islam menuntut kita agar mencari rezeki dengan titik peluh kita sendiri tetapi di samping itu kita tidak boleh terlalu leka hingga boleh lupa diri dengan keuntungan yang diperolehi. Nilai memajukan diri Huraian: Kita digalakkan agar sentiasa memajukan diri standing dengan perubahan zaman, tetapi kita juga tidak harus lupa dengan jati diri kita yang sebenar sebagai orang Melayu. NADA Sedih dan hampa Huraian: Sajak ini mengungkapkan tentang perasaan seorang nenek yang sedih/hampa tentang keadaan masyarakat kini yang mencari rezeki tanpa adanya sikap bertimbang rasa pada orang lain yang juga sama-sama mencari rezeki. Jadi sajak ini memberi peringatan kepada golongan muda agar sentisa berwaspada dan beringat-ingat. CORAK Epigram Huraian: Sajak ini mengungkapkan nasihat dan pengajaran kepada pembaca bahawa rezeki itu haruslah dicari denagn cara yang baik dan tidak menindas orang lain. Dalam sajak ini juga mengajar khalayak agar dapat berusaha dan gigih mencari rezeki yang halal sekaligus memberi peringatan kepada semua supaya dapat menempuh segala dugaan dan cabaran dalam hidup.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 188 ALIRAN Didaktisisme Huraian: Memberi nasihat dan pengajaran kepada pembaca bahawa rezeki itu haruslah dicari dengan cara yang baik dan tidak menindas orang lain. Realisme Huraian: Memaparkan perkara-perkara yang dialami oleh manusia sejagat terutama di masa kini. Manusia sentiasa bersaing dalam kehidupan mereka, sama ada bersaing dengan jujur atau sebaliknya, terutamanya dalam dunia perniagaan. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B2 = tika kecilku meniti riak (vokal i) 2) Aliterasi (Pengulangan konsonan sebanyak 2 kali / lebih dalam 1 baris), contoh: R2:B9 = tangan-tangan insan mencari keuntungan (kon n) 3) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan yang sama, sama ada dalam bentuk perkataan, frasa, baris atau suku kata sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak,contoh: Pengulangan perkataan ku sebanyak 3 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Singkatan / sinkop (perkataan yang disingkatkan), contohnya: R1: B1 = Nenekku pernah berkata (ku = Aku) 5) Personifikasi (unsur pengorangan / Kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R2: B3 & 4 = Sungai Brunei dadanya berkocak (dadanya berkocak = sifat manusia) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Nenekku Meniti Zaman’ keseluruhannya mempunyai 2 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 & R2 mengandungi 9 baris ayat (bebas) Rima akhir R1: a/b/c/b/d/e/f/f/e dan R2 : a/b/a/b/c/b/a/a/d Jumlah keseluruhan sukata Sukukata pendek ialah R1:B5 = panas membahang (5 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B9 = tangan-tangan insan mencari keuntungan (13 sukukata) Jumlah keseluruhan patah perkataan Perkataan paling pendek ialah R1:B5 = panas membahang (2 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R2:B8 = ombak dan pantai tak pernah damai (6 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 189 PROSA Nenek aku pernah berkata ketika aku masih kecil, “Riak di air akan berbunga ombak. Panas matahari pula membahang menjadikan dedaun kering berguguran manakala darah akan tumpah ke bumi”. Namun aku tidak mengerti kerana umurku pada ketika itu hanya setahun jagung. Kini, aku sudah mengerti nasihat nenekku bahawa Sungai Brunei itu dadanya berkocak kerana penambang lincah. Burung camar pula bertandang ke lubuk kerana laut bukan miliknya lagi. Ternyata kini ombak dan pantai tidak pernah damai kerana tangan-tangan insan sibuk mencari keuntungan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Umur setahun jagung (R1:B9) Maksud: usia yang masih muda (kanak-kana) / belum ada pengalaman hidup 2) Terjangkau sudah seloka nenek (R2:B2) Maksud: kata-kata/nasihat nenek menjadi kenyataan 3) Ombak dan pantai tidak pernah damai (R2:B37) Maksud: kehidupan yang pernuh dengan dugaan/cabaran dan rintangan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 190 NO: 46 SAJAK : ‘KEMARAU’ TEKS SAJAK: ‘KEMARAU’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Kemarau panas mentarinya bagaikan api membakar daun-daun hangus dan layu Pada R1 penyajak menyatakan bahawa kehidupan manusia yang hidup dalam kesusahan/kepayahan. Kesusahan/kepayahan tersebut menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan berputus asa. Persoalan R1 tentang penderitaan / kesengsaraan. Huraian: Kehidupan manusia yang mengalami kesusahan/kepayahan dan tidak merasakan kebahagiaan. kemarau akar-akar panjang bagai jejari menjalar ke perut bumi mencari titis air namun derita dan hampa Pada R2 penyajak menyatakan bahawa cabaran dalam kehidupan itu amat besar seperti mana di musim kemarau tumbuh-tumbuhan mencari air untuk meneruskan kehidupannya. Maka manusia juga perlu berusaha tanpa berputus asa dan mengatasi segala cabaran itu, walaupun kesusahan itu belum pasti akan dapat diatasi. Persoalan R2 tentang usaha mengatasi rintangan. Huraian: Manusia itu semestinya tidak hanya berserah pada takdir. Mereka perlu berusaha dalam hidup. kemarau lihat di sana rumput-rumput kering tanah-tanah merekah luka tak berdarah Pada R3 penyajak menyatakan lagi apabila tiba musim kemarau berlaku kemusahan pada tumbuhtumbuhan dan tanah kekurangan air. Sebagaimana juga berlaku pada kehidupan manusia yang mengharapkan bantuan apabila kesengsaraan itu berterusan. Persoalan R3 tentang penderitaan / kesengsaraan. Huraian: Kesusahan dan kesempitan hidup membuat manusia menderita/sengsara. sengsara mengubah haluan kehidupan kemarau di hujung perjalanan -Norsiah Haji Nayan Pada R4 penyajak menegaskan lagi bahawa musim kemarau ini akan banyak memberi kesan kepada golongan petani seperti berputus asa disebabkan segala usahanya tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Begitulah juga bagi manusia yang hidupnya terus dalam kesusahan itu boleh menyebabkan mereka hilang hala tuju, tiada pegangan/pedoman. Persoalan R4 tentang putus asa. Huraian: Manusia tidak harus berputus asa, menyerah dan hilang pedoman jika gagal sebaliknya teruskan berusaha,berdoa dan bertawakkal agar tidak hilang pegangan hidup TEMA Kehidupan di dunia yang banyak cabaran. Huraian: Musim kemarau ternyata banyak memberikan kesan kepada semua makhluk di muka bumi ini, tumbuh-tumbuhan dan tanah. Begitu juga dengan kehidupan manusia yang tidak
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 191 lepas dari pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita janganlah mudah berputus asa apabila menghadapi sebarang dugaan atau rintangan hidup malah kita haruslah bersemangat, tabah dan sabar menghadapinya. Hidup ini memang banyak dugaan, oleh itu kita perlulah beringat-ingat dan bersedia menghadapi segala kemungkinan. Janganlah kita menjadikan penderitaan itu sebagai halangan dalam menukar bentuk hidup yang susah kepada yang lebih baik. Malah jadikan ia sebagai satu motivasi/dorongan untuk kita berubah. NILAI Nilai Kesabaran Huraian: Bersikap sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai rintangan dan segala cabaran dalam hidup. Nilai Kecekalan Huraian: Kegagalan/kekecewaan hendaklah dijadikan teladan untuk menempuh kehidupan. Nilai Tidak berputus asa Huraian: Sentiasa berusaha dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah dan dugaan yang dihadapi. NADA Kecewa dan hampa Huraian: Rasa kecewa dan hampa kkhususnya terhadap musim kemarau yang berpanjangan kerana mengakibatkan penderitaan hidup. Penyajak juga kecewa kerana musim kemarau yang panjang mendatangkan banyak masalah dan cabaran yang perlu dilaluinya. CORAK Elegi Huraian: Ratapan kesedihan dan kekecewaan akibat penderitaan yang disebabkan oleh masalah/kesempitan hidup yang membuatkan manusia berputus asa.Penyajak begitu sedih dan kecewa dengan kehidupan yang ditempuhinya. Epigram Huraian: Memberi nasihat / ingatan kepada manusia agar sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal dalam mengharungi cabaran / kesusahan dalam kehidupan. ALIRAN Realisme Huraian: Memaparkan kisah nyata apabila berlakunya musim kemarau memang segala makhluk di muka bumi ini dan tumbuh-tumbuhan menderita kekeringan dan kepanasan. Begitu juga dengan kehidupan manusia terutama pekerjaan yang banyak bergantung kepada sumber
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 192 air setentunya akan menghadapi masalah yang berat. Didaktisme Huraian: Memberi pengajaran kepada kita bahawa ada masanya kita akan menghadapai suatu masalah yang berat sehingga kita terpaksa membuat suatu keputusan yang agak berat. Oleh itu kita perlu sentiasa mempersiapkan diri khususnya dalam menghadapi musim kemarau yang panjang. GAYA BAHASA 1) Repitasi perkataan (pengulangan perkataan yang sama, sama ada dalam bentuk perkataan, frasa, baris atau suku kata sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak. Pengulangan perkataan kemarau sebanyak 4 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 2) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B2 = Panas mentarinya bagaikan api (vokal a) 3) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B5 = namun derita dan hampa (kon n) 4) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R1:B3 = membakar daun-daun 5) Singkatan / sinkop (perkataan yang disingkatkan), contohnya: Contoh: R3: B5 = luka tak berdarah (tak = tidak) 6) Simili (perbandingan langsung menggunakan tamsil / kiasan yang menggunakan penanda), contoh: R1: B2 = panas mentarinya bagaikan api BENTUK Jumlah rangkap Sajak ini ‘Kemarau’ ini mempunyai 4 rangkap. Jumlah baris dan nama R1 mengandungi 4 baris (quatrain), R2 & R3 pula mengandungi 5 baris (Quint) dan R4 pula mengandungi 2 baris (distikon). Rima akhir R1 ialah a/b/c/a, R2 ialah a/b/b/c/d, R3 ialah a/b/c/d/d, R4 ialah a/a Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R1:B1 = kemarau (3 sukukata) Sukukata panjang ialah R4:B1 = sengsara mengubah haluan kehidupan (13 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R1:B1 = kemarau (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R1:B2 = panas mentarinya bagaikan api (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 193 sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Pada waktu kemarau keadaan panas mentarinya bagaikan api yang membakar daundaun sehingga kelihatan hangus dan layu. Waktu kemarau akan menyebabkan akar-akar menjadi panjang bagaikan jari-jemari. Ia menjalar ke perut bumi untuk mencari setitis air namun penderitaan dan kehampaan pula yang berlaku. Kemarau dapat dilihat di sana bersama rumput-rumput yang menjadi kering dan tanah-tanah juga merekah seperti luka yang tidak berdarah. Kesengsaraan mengubah haluan kehidupan. Kemarau berlaku sehingga ke hujung perjalanan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Kemarau (R1:B1) Maksud: cabaran/rintangan dan kesukaran dalam hidup. 2) Mencari titis air (R1:B2) Maksud: mencari sumber untuk hidup/mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. 3) Namun derita dan hampa (R2:B5) Maksud: usaha yang menemui kegagalan 4) Sengsara mengubah haluan kehidupan (R4: B1) Maksud: Masalah dan cabaran hidup yang dihadapi boleh mengubah kehidupan seseorang.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 194 NO: 47 SAJAK : ‘SEGALA PENENTUAN’ TEKS SAJAK: ‘SEGALA PENENTUAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Aku dengar degup jantungmu bicara seribu detik suara halusmu mendayu-dayu di kelopak hati yang retak betapa pun hati tidak boleh bersuara. Pada R1, penyajak menyatakan bahawa ia mengerti dan memahami keadaan orang di sampingnya yang menghadapi berbagai masalah, penderitaan, kekecewaan serta kesedihan yang teramat sangat. Unsur penderitaan dan kesedihan tersebut dapat dirasai oleh penyajak walaupun tidak disuarakan (dipendamkan begitu sahaja). Kita akan turut sama dapat merasai kesediahan yang dialami. Lebihlebih lagi jika kita juga turut sama pernah mengalaminya. Persoalan R1 tentang kesedihan. Huraian: Gambaran unsur kesedihan jelas dapat dilihat melalui perasaan penyajak walau tidak disuarakan oleh orang di sampingnya itu (dipendamkan begitu sahaja). Begini segala penentuan bukan milik bersama sebab: di sana dan di sini kita terpisah oleh lautan yang geloranya tidak henti-henti. Pada R2 pula penyajak menegaskan segala perkara yang berlaku terhadap diri individu tersebut telah ditakdirkan dan hakikatnya terpaksa ditanggung dan diselesaikan sendiri oleh individu tersebut. Ini disebabkan keadaan atau situasi yang membuatkan kedua-duanya tidak dapat berhubungan. Persoalan R2 tentang takdir Ilahi & lumrah kehidupan. Huraian: Takdir Ilahi. Segala yang berlaku telah ditentukan oleh Allah. Lumrah kehidupan. Kehidupan setiap manusia itu memang ada menghadapi masalah dan harus diselesaikan. Aku dengar suara halusmu bicara dengan air mata bersabarlah: segala penentuan betapa pun ia bukan milik bersama Tuhan bakal menentukan. Pada R3 penyajak menegaskan lagi bahawa dia tahu penderitaan, kekecewaan dan kesedihan yang teramat sangat orang yang di sampingnya walaupun tidak diluahkan. Namun penyajak hanya mampu menyuruhnya bersabar. Dia tahu semua kejadian itu telah ditakdirkan Tuhan dan ada hikmah di sebalik kejadian tersebut. Persoalan R3 tentang teguran / nasihat. Huraian: Penyajak menasihati orang yang bersedih ini agar bersabar dan tabah menerima apa pun jua yang telah Allah tentukan. Datangnya dari-Nya kepada-Nya kita serahkan! Pada R4 penyajak menegaskan bahawa manusia hendaklahlah pasrah dan akur terhadap ketentuan Ilahi. Seumpama manusia itu hanya mampu merancang tapi Allah yang Persoalan R4 tentang kepasrahan. Huraian: Manusia hendaklah pasrah dengan takdir Ilahi, tetapi mestilah
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 195 TEMA Perjalanan hidup seseorang itu ketentuan Allah swt. Huraian: Setiap yang berlaku sama ada suka mahupun duka adalah di tentukan oleh Allah swt. Manusia merancang dan menerima seadanya. Dari itu, kita perlu redha menerima segala ketentuan yang telah dirancangkan oleh Allah swt kepda kita. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita hendaklah memahami permasalahan hidup yang dialami oleh seseorang dengan memberi nasihat khususnya pada orang yang hidup menderita atau menghadapi masalah. Sekiranya kita ditimpa musibah, kegagalan atau penderitaan hidup, kita janganlah menyalahkan takdir semata-mata tetapi haruslah berusaha untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah tersebut. Kita hendaklah pasrah dengan takdir, tetapi mestilah juga berusaha untuk memperbaiki / menyelesaikan masalah yang dihadapi. NILAI Nilai Kesabaran Huraian: Bersabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan ini. Redha dengan ketentuan Allah swt. Huraian: Redha ketika diberikan dugaan yang besar dalam kehidupan ini. Simpati dan perihatin sesama sendiri. Huraian: Berusaha menolong orang lain yang berada dalam kesusahan dan menunjukan rasa simpati kita. NADA Sedih dan Simpati Huraian: Perasaan sedih yang dialami oleh seseorang hingga tidak dapat diluahkan atau dikongsikannya dengan orang lain. Masalah yang dihadapinya itu juga tidak mampu diselesaikannya. Penyajak bersimpati dengan masalah yang dialami oleh orang lain dan cuba membantunya dengan memberi nasihat, peringatan dan kesedaran bahawa dia tidak bersendirian, masih ada orang yang akan membantunya dan yang pastinya Allah swt tetap bersamanya. CORAK Elegi Huraian: Sajak ini boleh dikatakan memperlihatkan kekecewaan dan kesedihan seseorang dalam menentukan berhasil atau tidak perancangan itu. berusaha mencari jalan keluar/ penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 196 kehidupannya. Masalah yang dihadapinya telah menyebabkan penderitaan yang teramat sangat dalam diri dan kehidupannya. Orang sekelilingnya turut sama merasai kesedihan yang dialaminya ALIRAN Realisme Huraian: Suatu kejadian yang benar berlaku dalam kehidupan manusia. Setiap masalah berat yang dihadapi lumrahnya akan meyebabkan seseorang itu merasa susah, tidak bahagia dalam hidupnya. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah swt. Didaktisisme Huraian: Setiap manusia itu akan menghadapi cabaran dan dugaan hidup ini sama ada suka, duka, gembira, sedih dan sebagainya. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B2 = bicara seribu detik suara halusmu (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R3:B6 = Tuhan bakal menentukan (konsonan n) 3) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R1:B3 = mendayu-dayu di kelopak hati yang retak 4) Paradoks (Dua unsur / ciri yang bertentangan / berlawanan dari segi maksud dalam 1 baris atau baris yang berturutan dalam rangkap yang sama), contoh: R2:B4 = di sana dan di sini 5) Personifikasi (unsur pengorangan / Kata kiasan iaitu memberikan sifat manusia kepada objek mati, binatang / benda abstrak), contoh: R1:B2 = bicara dengan air mata (bicara perbuatan manusia) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Segala Penentuan’ keseluruhannya mempunyai 4 rangkap sahaja. Jumlah baris R1 mengandungi 4 baris (quatrain). R2 dan R3 mengandungi 6 baris (sekstet). R4 mengandungi 2 baris (distikon) Rima akhir R1 ialah a/a/b/c. R2 ialah a/b/c/d//a/d. R3 ialah a/b/c/d/b/d dan R4 pula ialah a/b. Jumlah sukukata Sukukata pendek ialah R2:B3 = sebab (2 sukukata) Sukukata panjang ialah R2:B3 = mendayu-dayu di kelopak hati yang retak (14 sukukata) Jumlah patah perkataan Perkataan pendek ialah R2:B3 = sebab (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B5 = betapa pun ia bukan milik bersama (6 patah perkataan) Kesimpulan
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 197 Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada sebarang peraturan puisi lama sama ada pantun ataupun syair. PROSA Aku mendengar degup jantungmu yangberbicara seribu detik. Dengan suara halusmu yang mendayu-dayu di kelopak hati yang retak. Betapa pun hati ini tidak boleh bersuara. Beginilah segala penentuan bukan milik kita bersama sebab di sana dan di sini, kita terpisah oleh lautan yang geloranya tidak henti-henti. Aku mendengar suara halusmu yangberbicara dengan air mata. Bersabarlah, betapa pun segala penentuan itu bukan milik bersama. Tuhan bakal menentukan. MAKSUD RANGKAI KATA 1) Aku dengar degup jantungmu (R1:B1) Maksud: Aku memahami perasaanmu/kesedihanmu. 2) mendayu-dayu di kelopak hati yang retak (R1:B3) Maksud: Sedih dengan kedukaan/kesusahan yang berlaku. 3) yang geloranya tidak henti-henti (R2:B6) Maksud: Cabaran dan halangan yang berterusan.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 198 NO: 48 SAJAK : ‘BILA PENANTIAN BELARUTAN’ TEKS SAJAK: ‘BILA PENANTIAN BERLARUTAN’ MENGURAI MAKSUD PERSOALAN Bila penantian berlarutan terkurung dalam kamar sepi menyendiri akan bermulalah segala keraguan yang terluah dari bibir dan hati Pada R1, penyajak menyatakan apabila seseorang itu dalam situasi menanti sesuatu secara berterusan (lama) maka ia seakan-akan berada di sebuah bilik bersendirian sehingga dibelenggu oleh bayangan, prasangka yang bukanbukan, semakin bermain-main difikiran dan hatinya. Persoalan R1 tentang jiwa tidak tenteram dan prasangka buruk Huraian: Sifat prasangka buruk dalam diri seseoang berlaku kerana sifat seseorang itu yang tidak sabar dan tergesa-gesa. Hal ini seringkali berlaku apabila seseorang itu menunggu/menanti sesuatu dalam jangka masa yang lama. Bila penantian berlarutan bersama detik masa berlalu akan timbullah prasangka lautan hati semakin kering airnya tembok budi mau diruntuhkan bersama rasa jemu. Pada R2 penyajak menegaskan lagi apabila seseorang itu secara berterusan menanti sesuatu, menunggu akan sesuatu tanpa henti, jiwanya akan menjadi kacau, dihantui oleh bayangan prasangka, fikiran yang bukan-bukan sehingga hati tidak tenang. Hidup tidak lagi berpegang kepada budi pekerti yang baik, terasa semakin lemah, babaur rasa bosan dalam penantian tersebut. Persoalan R2 tentang pergolakan jiwa/perasaan Huraian: Pergolakan jiwa/perasaan yang dialami oleh seseorang itu dalam menunggu/menanti sesuatu yang belum kunjung tiba itu mengakibatkan jiwanya tidak tenang/tenteram. Jadi nilai-nilai yang baik dalam dirinya sedikit demi sedikit akan berkurangan dan akhirnya akan tiada. Yang kini tinggal satu-satunya mulia hati seorang jejaka. Norsiah M.S Oktober 1981 Pada R3, penyajak menegaskan lagi akhirnya apa yang tinggal dalam penantian sesorang yang masih lagi memendam rasa dalam penantiannya itu hanyalah keikhlasan serta budi pekerti, hanya semata-mata untuk memuliakan dirinya sebagai seorang yang mempunyai hati dan perasaan. Persoalan R3 ialah tentang Keikhlasan. Huraian: Keikhlasan dalam diri seseorang itu perlu ada untuk menegah perkara-perkara negatif/unsur-unusr yang tidak baik dapat dielakkan. Dengan adanya keikhlasan dalam diri seseorang, kehidupan akan sentiasa tenang, gembira dan harmoni.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 199 TEMA Pergolakan jiwa dalam penantian sesuatu/seseorang Huraian: Penantian yang berpanjangan yang dialami oleh seseorang akan membuatkan jiwa mereka akan bergolak/tidak tenang. Apabila perkara ini berlaku, timbullah perkaraperkara negatif dalam diri seseorang itu seperti perasaan marah, kecewa, hampa, perasaan kacau bilau, berperasangka buruk dan macam-macam lagi. PENGAJARAN/ PERUTUSAN/ NILAI/ AMANAT/ MESEJ Kita perlulah bersabar dalam menanti sesuatu yang kita perlukan atau hajati kerana kesabaran dalam diri seseorang itu amat penting untuk mendidik diri supaya sentiasa beringat bahwa tidak semua yang dihajati itu diperolehi dengan cepat dan mudah. Kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu itu dengan ikhtiar dan usaha berterusan. Jika kita lambat/gagal mendapatkannya, ertinya usaha yang kita buat itu belum mencukupi. Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan sekalipun yang boleh melemahkan diri kita dalam meneruskan apa yang diimpikan itu. NILAI Nilai kesabaran Huraian: Kesabaran dalam hidup perlu ada dalam diri seseorang. Kesabaran merupakan salah satu yang ditekankan dalam agama Islam. Orang yang tidak sabar, jiwanya akan kacau, berprasangka buruk dan sebagainya; dan mereka ini boleh melakukan apa saja tanpa berfikir dengan waras. Nilai berfikir secara positif Huraian: Segala yang berlaku dalam hidup seseorang sama ada yang baik atau sebaliknya mempunyai hikmah disebaliknya. Perkara yang tidak baik jika belaku dalam hidup kita, kita janganlah berfikir kita mempunyai nasib yang malang tetapi kita perlu tanamkan dalam diri kita bahawa apa yang kita lakukan itu mungkin belum cukup usaha atau memerlukan kita berusaha dengan gigih untuk mencapainya. NADA Kecewa dan hampa Huraian: Sajak ini bernada kecewa dan hampa seseorang dalam menunggu terlalu lama akan sesuatu sehingga hal ini menimbulkan keraguan dan prasangka yang bukan-bukan dalam dirinya. CORAK Elegi Huraian: Sajak ini boleh dikatakan memperlihatkan kesedihan dan kekecewaan seseorang yang menanti sesuatu dengan begitu lama sehingga menimbulkan kekecewaan serta prasangka di dalam hati dan perasaannya.
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources - 2018 Subject Based Comittee – KESUSASTERAAN MELAYU 200 ALIRAN Realisme Huraian: Kedaan realiti tentang sifat manusia selalu membayangkan tentang sesuatu yang bukanbukan, perasaan prasangka memang perkara realiti yang wujud dalam jiwa manusia. Apabila kita tidak sabar dalam menunggu sesuatu/perkara/seseorang maka jiwa kita akan kacau sehingga menimbulkan perkara-perkara yang negatif dalam fikiran. Didaktisme Huraian: Sajak ini mendidik/memberi pengajaran kepada pembaca bahawa perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini kita perlu menghadapinya dengan penuh sabar dan berusaha untuk mengubahnya. Sajak ini juga mendidik kita agar sentiasa berfikiran positif supaya hidup dan jiwa kita akan sentiasa sihat dan tenang. GAYA BAHASA 1) Asonansi (Pengulangan huruf vokal dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R1:B4 = akan bermulalah segala keraguan (vokal a) 2) Aliterasi (Pengulangan huruf konsonan dalam 1 baris sebanyak 2 kali / lebih), contoh: R2:B4 = lautan hati semakin kering airnya (konsonan n) 3) Repitasi Perkataan (pengulangan perkataan yang sama, sama ada dalam bentuk perkataan, frasa, baris atau suku kata sebanyak 2 kali / lebih dalam keseluruhan rangkap sajak, contoh: Pengulangan perkataan hati sebanyak 3 kali dalam keseluruhan rangkap sajak. 4) Kata ganda / gandaan (perulangan kata dasar / kata yang diulang sebutannya), contoh: R3:B2 = satu-satunya 5) Singkatan / sinkop (perkataan yang disingkatkan), contoh: R2: B5 = tembok budi mau diruntuhkan (mahu) BENTUK Jumlah rangkap Sajak ‘Bila Penantian Berlarutan’ keseluruhannya mempunyai 3 rangkap sahaja. Jumlah baris dan nama R1 mengandungi 5 baris (quint). R2 mengandungi 6 baris (sekstet). R3 mengandungi 3 baris (terzina) Rima akhir R1 ialah a/b/b/a/b. R2 ialah a/b/c/c/a/b dan R3 ialah a/b/b. Jumlah keseluruhan sukukata Sukukata pendek ialah R1:B3 = menyendiri (3 sukukata) Sukata panjang ialah R2:B4 = akan bermulalah segala keraguan (13 sukukata) Jumlah keseluruhan patah perkataan Perkataan pendek ialah dari R1:B3 = menyendiri (1 patah perkataan) Perkataan panjang ialah R3:B4 = lautan hati semakin kering airnya (5 patah perkataan) Kesimpulan Sajak ini berbentuk bebas, kerana didapati bahawa jumlah baris, rima akhir, sukukata dan patah perkataan dalam sajak ini tidak selari (tidak sekata) dan tidak terikat kepada