The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erniekho, 2021-09-08 21:12:42

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

Penerbit PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM MENTOR-MENTEE EDISI 2017
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya
Tel. : +603-8312 6666 Faks : +603-8312 6656

ISBN 978-967-13955-2-3

EDISI 2017

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM
MENTOR MENTEE
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diterbitkan oleh:
PENERBIT IPGM KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan Malaysia.

Tel : 03-83126666
Faks : 03-83126655
Web : http://www.moe.gov.my

ISBN 978-967-13955-2-3

© Hak cipta Penerbit Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula atau disimpan
dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau
sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada penerbit.

Ogos 2017

Penasihat I
Tuan Haji Rahim bin Abdul Latiff

Pengarah
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar
Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

Penasihat II
Mohd Shukor bin Abas
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM

Penyelaras:
Shahrul Baharin bin Baharom

Penolong Pengarah
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM

Penulis:
Dr Ramlan bin Hamzah
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek
Dr Zaida Nor bt Zainudin
IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor
Zaimuddin bin Hj. Hussien
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek

Rashidi bin Hamzah
IPG Kampus Perlis, Perlis

Haris bin Abu Bakar
IPG Kampus Ipoh, Perak
Othman bin Mustaffa (Allahyarham)
IPG Kampus Temenggong Ibrahim,

Johor Bahru

Panduan Mentor Mentee IPG 2

1.0 PERKARA .......................... MS
1.1 Pengenalan 3
1.2 ..........................
1.3 Bahagian I .......................... 5
1.4 5
Pendahuluan ..........................
1.5 Rasional .......................... 6
1.6 Tujuan .......................... 6
Objektif .......................... 7
1.7 Kerangka Konsep Model .......................... 8
1.8 Atribut Mentor .......................... 9
1.9 Atribut Mentee .......................... 10
1.10 Atribut Proses .......................... 11
1.11 Hasil .......................... 11
Definisi 12
Struktur Organisasi JK Mentor ..........................
Mentee .......................... 12
Tatacara Pelaksanaan .......................... 13
Peranan Mentor .......................... 13
Tugas-tugas Mentor Secara Umum .......................... 14
Panduan Pelaksanaan 19
Etika Mentor Mentee

Bahagian II : Budaya IPG

2.0 7 Dimensi Budaya IPG .......................... 23

Bahagian III : Aktiviti Mentor

Mentee

3.1 Budaya Ilmu .......................... 29

3.2 Budaya Kepimpinan .......................... 71

3.3 Budaya kerja Profesional .......................... 100

3.4 Budaya Akhlak dan Moral .......................... 132

3.5 Budaya Penyayang .......................... 160

3.6 Budaya Hidup Sihat .......................... 186

3.7 Budaya Estetika .......................... 214

4.0 Bibliografi .......................... 237

Panduan Mentor Mentee IPG 3



Pengenalan

Program Mentor Mentee Institut Pendidikan Guru (IPG)
merupakan program yang melatih siswa pendidik membentuk
sahsiah yang baik dan seimbang dari aspek-aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Di samping itu, program ini juga dapat membantu
siswa pendidik menguasai kemahiran berkomunikasi, hubungan
interpersonal, mampu menghadapi dan menyelesaikan masalah
peribadi serta akademik dengan berkesan.

Justeru, pihak Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan
Luar mengambil inisiatif memantapkan program ini dengan
menyediakan modul pementoran Edisi 2017 yang mengandungi
aktiviti-aktiviti berasaskan 7 elemen Budaya IPG. Ini selaras
dengan matlamat IPG untuk menghasilkan insan guru yang
berkualiti, kompeten dan berjiwa pendidik demi memartabatkan
profesion keguruan. Modul ini merupakan modul kemas kini Edisi
2011.

Penghasilan modul ini diharap dapat menjadi
panduan kepada semua mentor dalam
melaksanakan program pementoran di IPG secara
lebih terancang, sistematik dan berfokus. Namun,
kreativiti mentor untuk mengadun semula aktiviti
yang terkandung dalam modul ini agar bersesuaian
dengan perkembangan dan keperluan semasa siswa
pendidik.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 34

BAHAGIAN I

Mentor Mentee

4 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 5

1.0 Pendahuluan

Program Mentor Mentee merupakan program yang dibina khusus
untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
membina dan melatih pelajar membentuk sahsiah yang baik dan
seimbang dari aspek emosi, sosial, intelek, rohani dan jasmani. Di
dalam Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 di bawah inisiatif 1
perkara memartabatkan profesion keguruan ada dinyatakan bahawa
matlamatnya adalah untuk meningkatkan kualiti guru dan pemimpin
pendidikan bagi meningkatkan kemenjadian murid.

Bagi mencapai maksud ini, tujuh dimensi Budaya IPG dijadikan teras
untuk diterap dan diamalkan oleh siswa pendidik IPG KPM. Dimensi
tersebut adalah budaya ilmu, budaya kepimpinan, budaya kerja
profesional, budaya akhlak dan moral, budaya penyayang, budaya
hidup sihat dan budaya estetika. Ketujuh-tujuh budaya ini dijadikan
landasan dalam melahirkan bakal guru yang berkualiti dan kompeten.

1.1 Rasional

Arus pendidikan pada hari ini bersifat dinamik dan pragmatik seiring
dengan perubahan global. Justeru, para guru perlu mempunyai
kelayakan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.
IPG KPM sentiasa berusaha melahirkan guru yang terlatih dan efektif
dalam memenuhi hasrat dan aspirasi negara. Siswa pendidik yang
dilatih harus mempunyai kekuatan dan keupayaan dalam
menghadapi cabaran dan perubahan semasa. Bagi mencapai tujuan
itu, program pementoran ini dirancang sesuai dan selari dengan
penentuan matlamat di atas. Siswa pendidik seharusnya perlu
didedah dan diterapkan dengan dimensi Budaya IPG bagi
membiasakan mereka dengan budaya pendidikan yang menjadi
matlamat dan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siswa pendidik perlu mempunyai ketahanan dan keyakinan diri untuk
menghadapi cabaran semasa di institut dan seterusnya bersedia
untuk menghadapi cabaran sepanjang kerjayanya sebagai pendidik.
Oleh itu, satu program mentor mentee yang berasaskan tujuh

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 56

dimensi Budaya IPG diwujudkan. Program ini akan memberi
peluang kepada mentor berinteraksi dengan mentee dan dapat
menerapkan nilai-nilai yang terdapat di dalam dimensi Budaya IPG
tersebut.

Dari segi keberkesanan pula, berdasarkan kajian yang dijalankan
mendapati bahawa program mentor mentee banyak membawa
kebaikan dan manfaat. Ia dapat memberikan pengalaman dan
pengembangan diri ke arah yang lebih positif jika ia dapat dijalankan
dengan sempurna.

Kunci kepada kejayaan program ini berasaskan kepada 3 faktor
utama iaitu faktor mentor, faktor mentee dan faktor proses.
Pelaksanaannya pula, perlu dijalankan dengan sistematik dan
bersepadu. Akhirnya, program ini diharap dapat melahirkan insan
pendidik yang berkualiti dan kompeten.

1.2 Tujuan

Program Mentor Mentee di IPG KPM bertujuan melahirkan modal
insan yang berkualiti dan kompeten ke arah proses kemenjadian guru
berasaskan tujuh dimensi Budaya IPG .

1.3 Objektif

Program Mentor mentee ini membolehkan pelajar:
ü meningkatkan ilmu, produktiviti, kreativiti, dan inovasi,
ü memupuk jati diri, memperkembang bakat kepimpinan dan
mempunyai wawasan,
ü memupuk sikap dedikasi dan akauntabiliti terhadap profesion
keguruan,
ü berakhlak dan bermoral yang sesuai dengan kehendak
agama, masyarakat dan negara,
ü meningkatkan semangat rasa kasih sayang terhadap diri dan
orang lain,
ü mengurus keseimbangan emosi, sosial, intelek, rohani dan
jasmani, dan
ü menghargai persekitaran dan alam sekitar.

6 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 7

1.4 Kerangka Model Mentor Mentee IPG

Program Mentor Mentee merupakan suatu proses yang kompleks,
berbentuk multi-dimensional yang melibatkan proses mengajar,
membimbing, mempengaruhi dan memberi sokongan (Ackley & Gall,
1992). Model Lima Faktor Hudson telah dijadikan asas berdasarkan
kepada beberapa domain dan atribut yang sesuai untuk dijadikan
sebagai kerangka konseptual di dalam pelaksanaan program
pementoran di IPG. Atribut mentor dapat membantu ke arah
menerapkan sikap positif dan yakin diri mentee (Hudson et, al.,
2004). Atribut mentor ini juga membantu mentee membuat refleksi
dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Mentor juga perlu
memberi fokus kepada keperluan sistem termasuklah matlamat dan
program pendidikan guru, serta kurikulum dan sukatan program
(Lenton & Terner, 1999).

Keperluan sistem juga merupakan kawalan kualiti terhadap arah tuju
dengan mengemukakan kurikulum yang memberi fokus terhadap
pencapaian sesuatu matlamat. Pengetahuan pedagogi juga penting
di dalam proses pementoran. Ia bermula dari merancang pengajaran,
merancang strategi, mengurus diri dan bilik darjah sehinggalah
penilaian dan maklum balas amalan pengajaran dan pembelajaran
(Kesselheim, 1998). Mentor perlu ada pengetahuan pedagogi untuk
membimbing mentee dalam amalan latihan perguruan ini.
Pengajaran dan pembelajaran ini boleh diterapkan melalui atribut
mentor yang menjadi model kepada mentee terutama di dalam
meningkatkan kemahiran amalan pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah dan membina perhubungan melalui
komunikasi berkesan (Barab & Hay, 2001). Akhirnya maklum balas
dari mentee akan membuahkan hasil yang mantap (Jarvis, et, al.,
2001). Maklum balas penting bagi mendapatkan maklumat tentang
sesuatu hasil kerja itu.

Kerangka Model Mentor Mentee IPG dibina berasaskan kepada tiga
aspek keupayaan atribut. Tiga keupayaan atribut tersebut ialah
keupayaan atribut mentor, keupayaan atribut proses dan keupayaan
atribut mentee. Rajah 1 memaparkan ketiga-tiga atribut tersebut.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 78

ATRIBUT ATRIBUT ATRIBUT HASIL
MENTOR PROSES MENTEE

ILMU, 5 PAKSI ILMU,

KEPIMPINAN, Pernyataan Visi Misi KEPIMPINAN,

KERJA PROFESIONAL, Membina Watak KERJA PROFESIONAL,
Disiplin Diri
Modal Insan
AKHLAK/MORAL, Kerjasama Strategik AKHLAK/MORAL, Berkualiti &
Kompeten
Tindakan Secara
Istiqamah
PENYAYANG, Rajah 1: IPGMPEKNYPAMYANG,
Model Pementoran

RHIaDUjaPhSIH1AT:, Kerangka Mod4eTlAPHAePmentoran IPG dHiaIDdUaPpSItHaAsT,i dari Model Lima Faktor
(aktiviti bermodul)
HuESdTEsToIKnA (Hudson, 20M0e4m)b.ina Hubungan ESTETIKA

Meneroka

Perkembangan

Pengekalan

Rajah 1 : Kerangka Model Mentor Mentee IPG diadaptasi dari Model
Lima Faktor Hudson (Hudson, 2004)

Atribut mentor merupakan keupayaan mentor memahami dan
menghayati tujuh dimensi Budaya IPG serta mempunyai ciri-ciri
sebagai penggerak dan pembimbing kepada mentee. Atribut mentee
pula merupakan keupayaan mentee yang memerlukan pimpinan dan
bimbingan daripada mentor dalam suasana tujuh dimensi Budaya
IPG ke arah menjadi insan yang berkualiti dan kompeten. Manakala
atribut proses pula akan melalui lima keupayaan sebagai paksi
menjadi saluran ke arah menghasilkan insan yang berkualiti dan
kompeten. Lima keupayaan paksi tersebut ialah pernyataan visi dan
misi, membina watak, disiplin diri, kerjasama strategik dan tindakan
secara istiqamah. Manakala empat tahap dalam proses interaksi
antara mentor dan mentee ialah membina hubungan, meneroka,
perkembangan dan tindakan. Empat tahap ini dilaksanakan melalui
aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pementoran. Tiga atribut
yang menjadi keupayaan kepada program ini ialah;

8 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 9

ü Atribut Mentor

Terdapat tujuh keupayaan dimensi budaya yang perlu difahami,
dihayati, diamalkan dan diterapkan oleh mentor.

7 Keupayaan ü Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
Mentor menerapkan budaya ilmu dalam kalangan mentee.

ü Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya kepimpinan yang berkesan
kepada mentee

ü Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya kerja secara profesional kepada
mentee.

ü Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya akhlak luhur dan moral yang
tinggi kepada mentee

ü Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya penyayang kepada mentee

ü Mentor berupaya menghayati, mengamal dan
menerapkan budaya hidup sihat kepada mentee,

ü Mentor berupaya menghayati, mengamalkan dan
menerapkan budaya rasa estetik kepada mentee.

ü Atribut Mentee

Terdapat tujuh keupayaan dimensi budaya yang perlu diterima,
difahami, dihayati dan diamalkan oleh mentee.

7 Keupayaan ü Mentee berupaya menerima, memahami, menghayati
Mentee dan mengamalkan budaya ilmu

ü Mentee berupaya menerima, memahami, menghayati
dan mengamalkan budaya kepimpinan yang
berkesan

ü Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya kerja secara profesional

ü Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya akhlak luhur dan moral yang
tinggi

ü Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya penyayang,

ü Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya hidup sihat dan

ü Mentee berupaya menerima, menghayati dan
mengamalkan budaya rasa estetik kepada mentee.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 910

ü Atribut Proses

Terdapat lima keupayaan yang menjadi paksi kepada atribut proses.
Keupayaan yang menjadi paksi kepada atribut proses ini ialah
pernyataan misi dan visi, membina watak, disiplin diri, kerjasama
strategik dan tindakan secara istiqamah.

ü Pernyataan visi dan misi. Suatu proses apabila
mentor dan mentee dapat menghayati dan
memahami maksud tersurat dan tersirat misi dan visi

organisasi. Memahami visi dan misi penting kerana

ia merupakan satu ikrar komitmen ke arah hala tuju
yang ingin dicapai.

ü Membina watak. Suatu proses yang dapat memberi
ruang kepada mentor dan mentee berusaha ke arah

membentuk personaliti dan watak sebagai seorang
pendidik yang berkualiti.

5 Atribut ü Disiplin diri. Suatu proses yang melibatkan mentee
Proses
dididik ke arah mempunyai disiplin yang tinggi

terhadap profesion. Mentee perlu dapat

mempamerkan usaha yang penuh disiplin untuk

mendapat hasil terbaik.

ü Kerjasama Strategik. Suatu proses untuk

menerapkan sifat ihsan dan rasa empati terhadap

keperluan orang lain. Dapat bekerjasama dengan

ahli dalam kumpulan mahupun dengan ahli di luar

kumpulan.

ü Tindakan Secara Istiqamah. Suatu kesedaran
bahawa mentee terlibat secara istiqamah atau
berterusan dalam dunia pendidikan dan

bertanggungjawab terhadap pembinaan diri insan

yang berkualiti.

Tahap 1 Terdapat empat tahap untuk menerapkan lima keupayaan yang
menjadi paksi kepada atribut proses. Empat tahap tersebut ialah;

Membina Hubungan Mentor berupaya mewujudkan hubungan
yang baik dan mesra dengan mentee.

Tahap 2 Meneroka Mentor berupaya meneroka ke dalam diri
setiap mentee untuk memahami aspek
mental dan emosi mentee.

Tahap 3 Perkembangan Mentor berupaya memahami kekuatan,
kelemahan dan keperluan mentee untuk
membimbing mentee berkembang maju.

Tahap 4 Pengekalan Mentor dapat menerapkan budaya dan
seterusnya menyelia, memantau, menilai
dan mengambil tindak susul agar ada
pengekalan dan peningkatan dalam diri
mentee.

10 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 11

Empat tahap ini boleh berlaku secara makro iaitu tahap-tahap yang
berlaku secara keseluruhan dalam satu semester ataupun pada
tahap mikro iaitu tahap-tahap yang berlaku dalam setiap sesi aktiviti
pementoran.

ü Hasil

Modal Insan Berkualiti dan Kompeten (MIBK) ke arah kemenjadian
guru adalah hasil daripada tiga atribut proses yang terdapat di dalam
pelaksanaan program Mentor Mentee di IPG KPM yang digambarkan
di dalam Kerangka Model Mentor Mentee IPG KPM.

1.5 Definisi

Buku Panduan

Buku panduan ialah buku yang dirujuk oleh mentor sebagai panduan
untuk melaksanakan program Mentor Mentee di IPGM KPM.

Pelaksanaan

Pelaksanaan program Mentor Mentee memberi fokus kepada
interaksi dua hala antara seorang pensyarah yang dilantik sebagai
mentor dengan sekumpulan siswa pendidik IPG KPM pada waktu
tertentu yang ditetapkan.

Program Mentor Mentee

Program Mentor Mentee membawa maksud satu program pendidikan
yang diwujudkan berasaskan Model Mentor Mentee IPG KPM.
Dimensi Budaya IPG merupakan teras untuk mengubah individu
biasa kepada seorang guru. Program ini juga membolehkan
berlakunya proses pemindahan maklumat, perkongsian kemahiran
dan pengalaman daripada mentor kepada mentee melalui lima paksi
keupayaan iaitu menghayati visi dan misi IPG KPM, membina watak,
disiplin diri, bekerjasama dan mampu bertindak secara istiqamah
untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan kompeten.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 112

Mentor

Pensyarah yang dilantik oleh Pengarah IPG kampus untuk
melaksanakan tugas sebagai mentor kepada sekumpulan siswa
pendidik.

Mentee

Sekumpulan siswa pendidik yang mendapat bimbingan dan pimpinan
secara terancang dari seorang mentor yang dilantik.

1.6 Struktur Organisasi JK Mentor Mentee

Penasihat Pengarah
Pengerusi Timbalan Pengarah
Pen. Pengerusi Ketua Jabatan, Hal Ehwal Pelajar
Setiausaha Penyelaras Program Mentor Mentee
Kaunselor Pelajar
AJK Semua Mentor
Jawatan kuasa Bimbingan dan Kaunseling Pelajar
Jawatan kuasa Budaya IPG

1.7 Pelaksanaan Program Mentor Mentee

Terdapat tujuh langkah tata cara pelaksanaan program Mentor
Mentee di IPG KPM.

ü KJ HEP mencadangkan kepada pengarah nama-nama

pensyarah untuk dilantik sebagai mentor.
ü Mengadakan mesyuarat perancangan program mentor

mentee dan taklimat kepada mentor.
ü Jadual pelaksanaan program mentor mentee diedarkan

Tatacara kepada semua mentor.
Pelaksanaan ü Program mentor mentee dijalankan pada waktu yang

ditetapkan oleh pihak pentadbiran IPG KPM.
Program Mentor ü Merekodkan setiap sesi program mentor mentee mengikut

Mentee jadual
ü Menghantar laporan perjumpaan program mentor mentee

kepada JHEP
ü Merujuk mentee yang bermasalah kepada kaunselor

pelajar

12 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 13

1.8 Peranan Mentor

Terdapat beberapa peranan mentor yang penting dalam
melaksanakan program Mentor Mentee di IPG.

Peranan Mentor ü Fasilitator
ü Penasihat
ü Pembimbing
ü Pakar rujuk
ü Role Model
ü Pendidik

1.9 Tugas-Tugas Mentor Secara Umum

ü Mengendalikan pendaftaran pelajar baru.

ü Mengendalikan LDK semasa Minggu

Pengurusan Pelajar Baharu.

ü Mengemas kini rekod mentee sepanjang
berada di IPG KPM.

ü Menyemak dan menyelia kehadiran kuliah, ko-
kurikulum, program mentor mentee dan semua
aktiviti rasmi.

ü Merancang dan melaksanakan aktiviti kumpulan
dalam sesi perjumpaan mentor mentee.

ü Merekodkan aktiviti setiap sesi pementoran
yang dijalankan dalam borang laporan
perjumpaan Mentor Mentee.

Tugas-tugas Mentor ü Merujuk kepada kaunselor mengenai mentee
yang memerlukan khidmat kaunseling.

ü Membimbing dan mengikuti perkembangan diri
siswa pendidik sepanjang menjalani kursus di
institut.

ü Menjalankan penilaian pencapaian siswa
pendidik dalam program Bina Insan Guru.

ü Membuat penilaian dan laporan sebelum
peperiksaan / penempatan siswa pendidik.

ü Mengurus rekod kehadiran kuliah bagi
kumpulan mentee.

ü Mengisi borang rumusan kehadiran kuliah
bulanan.

ü Mengisi Borang Maklumat Salah Laku Pelajar
jika pelajar melakukan kesalahan tatatertib dan
perlu dikenakan tindakan tatatertib.

ü Menyediakan laporan akademik dan sahsiah
mentee jika diperlukan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 134

1.10 Panduan Pelaksanaan Mentor Mentee

Buku panduan ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada
mentor melaksanakan program Mentor Mentee di IPG KPM. Mentor
diharap dapat melaksanakan program mentor mentee berasaskan
aktiviti yang dicadangkan di dalam buku panduan ini. Terdapat tujuh
tema yang berasaskan tujuh dimensi Budaya IPG yang perlu
dilaksanakan sepanjang pengajian siswa pendidik.

ü Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Istilah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam Buku Panduan Program
Mentor Mentee ini merujuk kepada satu bentuk latihan dalam
kumpulan yang melibatkan mentor dan mentee. Mereka bekerjasama
melaksanakan, menjana idea, dan berinteraksi berasaskan aktiviti
yang disediakan.

Aktiviti dalam kumpulan membolehkan ahlinya bekerjasama mencapai
suatu tujuan dengan menggunakan potensi, bakat dan kebolehan
masing-masing.

LDK merupakan makmal manusia yang menawarkan satu
persekitaran yang membolehkan semua ahli kumpulan meluahkan
perasaan dan pemikiran masing-masing. LDK dilaksanakan dalam 4
tahap.

Tahap-tahap Dalam LDK ü Membina hubungan
ü Penerokaan
ü Perkembangan
ü Tindakan dan Pengekalan

Empat tahap ini boleh berlaku secara makro iaitu tahap-tahap yang
berlaku secara keseluruhan dalam satu semester ataupun pada
tahap mikro iaitu tahap-tahap yang berlaku dalam setiap sesi aktiviti
mentor mentee.

14 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 15

Pada peringkat makro, tahap membina hubungan dilaksanakan pada
awal pengajian iaitu PPISMP dan Semester 1 dan Semester 2
PISMP. Tahap meneroka dilaksanakan pada peringkat pertengahan
semester iaitu Semester 3 dan 4 PISMP. Tahap perkembangan
dilaksanakan pada semester 5 dan 6 PISMP. Manakala tahap
pengekalan boleh dilaksanakan pada peringkat akhir pengajian iaitu
Semester 7 dan 8.

Pada peringkat mikro pula, membina hubungan berlaku pada awal
sesi dalam interaksi kelompok, penerokaan dan perkembangan
berlaku pada peringkat pertengahan sesi, manakala pengekalan
berlaku pada akhir sesi.

ü Peranan Mentor Dalam LDK

Mentor melaksana dan menguruskan sekumpulan mentee
berasaskan cadangan aktiviti yang ada dalam buku panduan. Aktiviti
yang terdapat dalam LDK menyasarkan beberapa objektif untuk
dicapai oleh ahli kumpulan.

Peranan Mentor ü sebagai fasilitator,
Dalam LDK
ü sebagai ayah/ Ibu angkat/ abang/ kakak/ rakan,

ü sebagai pemangkin, pencetus, perangsang,
penasihat dan penggerak,

ü mewujudkan hubungan mesra dan saling
mengenal dalam kalangan mentee.

ü membina kepercayaan, keyakinan, ukhuwah
antara mentee,

ü memupuk tujuh nilai budaya dalam kalangan
mentee,

ü memotivasikan mentee ke arah melaksanakan
tindakan yang dipersetujui,

ü mengekalkan dan memperkembangkan tindakan
mentee.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 156

ü Peranan Mentor Sebelum Sesi

Sebelum sesi bermula mentor perlu membuat beberapa persediaan
dan tindakan.

Peranan Mentor ü mengetahui objektif dan falsafah aktiviti yang akan
Sebelum Sesi dilaksanakan,

ü pilih tempat yang sesuai, selesa dan kondusif
untuk menjalankan aktiviti,

ü bahan-bahan dan peralatan disediakan
secukupnya.

ü Peranan Mentor Semasa Sesi

Peranan mentor amat penting semasa sesi dijalankan.
Keberkesanan sesi sangat bergantung kepada peranan yang
dijalankan oleh mentor.

Peranan Mentor ü mengendalikan sesi agar matlamat tercapai,
Semasa Sesi ü menggalakkan penyertaan mentee secara aktif,
ü memberi peluang kepada mentee mengeluarkan

pendapat sendiri secara terbuka dan selesa,
ü mentor memaklumkan kepada mentee tentang:

o matlamat perjumpaan dan hasil yang
diharapkan daripada penglibatan mereka,

o pentingnya keikhlasan dan kejujuran ahli,

o maklumat yang dibincangkan adalah rahsia,

o peraturan, hak dan batas tingkah laku,

o bertindak adil dan menolong ahli mengatasi
perselisihan pendapat, secara membina.

ü Peranan Mentor Selepas Sesi

Peranan mentor selepas sesi belum berakhir sehingga beberapa

tindakan susulan diambil selepas sesuatu sesi itu dilaksanakan.
ü menyemak pencapaian matlamat kumpulan,
ü mendapatkan maklum balas dari ahli

Peranan Mentor kumpulan,
Selepas Sesi ü membuat refleksi dan penambahbaikan dan,
ü melengkapkan borang laporan pementoran.

16 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 17

ü Kemahiran Fasilitator

LDK yang berkesan perlu dilaksanakan dengan kemahiran yang
tertentu. Kemahiran fasilitator merupakan kemahiran yang sesuai
digunakan di dalam sesuatu sesi LDK.

Kemahiran � Kemahiran melayan
Fasilitator ü Ekspresi wajah yang mesra
ü Kedudukan jarak yang sesuai
ü Gaya duduk yang positif
ü Nada suara yang sesuai

� Kemahiran mendengar
ü Mendengar secara berfokus
ü Mendengar isi pernyataan yang diucapkan
ü Mendengar isi perasaan yang diluahkan
ü Mendengar makna yang cuba disampaikan

� Kemahiran memberi maklum balas
ü Menyebut semula butiran pernyataan (para

frasa)
ü Membuat refleksi isi pernyataan dan perasaan
ü Soalan terbuka dan tertutup

� Kemahiran merumus
� Minta penjelasan

� Menyemak persepsi/ interpretasi
� Unsur kecindan

ü Ciri-ciri Fasilitator Berkesan

Di samping kemahiran fasilitator yang perlu ada pada mentor, ciri-
ciri yang tertentu juga diperlukan untuk memantapkan lagi interaksi
di dalam LDK. Terdapat 3 ciri penting yang perlu ada pada
fasilitator.

� Dapat menerima ahli tanpa syarat
ü menerima ahli seadanya
ü melayan ahli secara adil dan saksama

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 178

Ciri Fasilitator � Empati terhadap ahli
Berkesan ü dapat merasakan perasaan yang dilalui oleh ahli

ü dapat memahami dan memberi maklum balas yang
sesuai

� Jujur semasa berinteraksi dalam sesi
ü dapat memberi maklum balas yang sebenarnya

ü dapat menimbulkan kesedaran secara
bertanggungjawab

ü Peranan Mentee Dalam LDK

Mentee juga harus berperanan dengan baik agar LDK dapat
dijalankan dengan berkesan. Dinamika sesuatu LDK itu sangat
bergantung kepada interaksi yang berkesan antara mentor dengan
mentee.

Peranan Mentee ü melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
Dalam LDK kumpulan,

ü memberikan pandangan atau pendapat,

ü mendengar secara aktif,

ü memberikan sumbangan yang membina untuk
membantu ahli lain,

ü berinteraksi berasaskan etika pementoran.

1.11 Etika Mentor Mentee

Mentor yang berintegriti akan patuh kepada etika Mentor Mentee
demi memastikan tugas Mentor Mentee yang dilaksanakan berupaya
memberikan bimbingan yang berkesan kepada mentee. Antara
aspek yang perlu diberi perhatian oleh mentor ialah:

ü Aspek Perhubungan:

Mentor menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan mentee
mengikut cara-cara jalinan hubungan yang sihat. Mentor perlu
memahami latar belakang budaya yang berbeza dalam kalangan
mentee.

18 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 19

Aspek Perhubungan:
a. Menjaga kebajikan mentee
Mentor bertanggung jawab untuk menghormati maruah dan menjaga
kebajikan mentee, menyimpan maklumat mentee, merancang bagi
melaksanakan program pementoran secara bersepadu.
b. Peka terhadap pelbagai budaya
Mentor hendaklah menjalankan aktiviti dengan cara yang sesuai dari segi
tahap perkembangan dan budaya mentee.
c. Kerahsiaan
Maklumat peribadi mentee perlu dirahsiakan kecuali kepada pihak-pihak
yang mempunyai kepentingan pentadbiran terhadap maklumat berkaitan.
Isu peribadi yang timbul dari luahan ahli dalam kumpulan perlu
dikongsikan hanya oleh ahli di dalam kumpulan sahaja.

ü Aspek Komunikasi dan Batasan

Mentor perlu sedar bahawa kepercayaan adalah tunjang kepada
hubungan dua hala. Oleh itu, mentor hendaklah berusaha
mewujudkan rasa percaya mentee melalui jalinan perkongsian yang
berterusan dalam batas sempadan yang sesuai.

Aspek Komunikasi
a. Menghormati hak mentee
Mentee diberi peluang untuk bercakap dan memberi pandangan, memberi
komen dan boleh tidak bersetuju dengan ahli lain.
b. Penjelasan mengenai batasan
Terdapat batasan-batasan yang perlu diketahui oleh mentee. Kejayaan
aktiviti hanya akan berlaku jika semua menyedari tentang kemampuan,
kekuatan dan kelemahan masing-masing.
c. Kemudaratan dan keperluan peraturan
Jika berlaku apa-apa kemudaratan kepada mentee maka mentor boleh
membawa isu ini kepada pihak yang lebih atas untuk tindakan selanjutnya
mengikut keperluan dan peraturan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 1290

ü Aspek Tanggungjawab Profesional

Mentor perlu menjalankan tugas dalam suasana yang tidak
diskriminatif dalam lingkungan sempadan profesional dan kompetensi
peribadi.

Aspek Tanggungjawab Profesional
a. Kompetensi profesional
Mentor hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan dan kesedaran yang
berkaitan dengan bidang-bidang yang berkaitan dengan kepakarannya.
b. Pendidikan berterusan
Mentor perlu sedar tentang pentingnya mempunyai dan memperkembangkan
pendidikan berterusan.
c. Kemahiran bimbingan
Mentor perlu ada ilmu kemahiran asas bimbingan untuk membantu dan
membimbing mentee ke arah pembinaan diri yang positif.

ü Aspek Hubungan Dengan Organisasi

Mentor perlu mewujudkan hubungan baik di dalam kalangan warga
kerja di dalam organisasi.

Aspek Hubungan Dengan Organisasi

a. Hubungan dengan rakan sejawat
Mentor berupaya untuk menjalin hubungan dengan rakan sejawat demi
kepentingan dan kebajikan mentee.

b. Hubungan dengan majikan
Mentor berupaya menjalin hubungan yang baik dengan majikan agar mentee
dapat dibantu dari aspek keperluan asas dan kebajikan.

c. Kerja pasukan antara jabatan
Mentor berupaya menjalin hubungan dengan setiap jabatan dalam soal
pengurusan akademik, kokurikulum dan kebajikan mentee.

20 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 21

ü Aspek Perundingan, Latihan & Pentafsiran

Keupayaan mentor untuk membuat perundingan dengan pelbagai
pihak (pengarah, pensyarah, ibu bapa, dan pegawai lain yang
berkaitan) berhubung dengan perkara/ isu-isu mentee. Apabila
mentor menggunakan alat, ujian, modul dan aktiviti sebagai satu
komponen dalam proses pelaksanaan mentor mentee, mentor perlu
mengambil kira beberapa faktor.
Aspek Perundingan, Latihan & Pentafsiran
a. Hubungan berpotensi memberi faedah
Mentor hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan instrumen,
ujian, modul dan aktiviti adalah sesuai dan memberi faedah kepada
mentee.
b. Kompetensi multi-budaya
Mentor hendaklah berhati-hati semasa memilih instrumen, ujian, modul
dan aktiviti bagi kumpulan mentee yang pelbagai budaya untuk
mengelak daripada salah pentafsiran dan persepsi.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 212

BAHAGIAN II

7 Dimensi
Budaya IPG

22 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 23

Budaya Ilmu


Budaya Budaya
Este^ka
kepimpinan

Budaya
Hidup Sihat
7 Dimensi Budaya
Budaya Kerja
Profesional

IPG


Budaya Budaya
Penyayang
Akhlak dan

Moral


Rajah 2: Budaya IPG

2.0 7 Dimensi Budaya IPG

Budaya IPG merupakan satu panduan yang telah disediakan oleh
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia yang
bertanggungjawab melahirkan guru profesional yang mempunyai ciri-
ciri budayanya tersendiri. Ia menjadi rujukan dan panduan kepada
warga IPG ke arah memartabatkan profesion keguruan sejajar
dengan usaha melahirkan dan membentuk guru yang berilmu,
beradab, beramal dan menjadi teladan kepada murid-murid.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 234

Budaya IPG ini dibentuk dengan tujuan mewujudkan identiti IPG
sebagai sebuah institusi unggul yang melatih siswa pendidik agar
memiliki personaliti unggul, berkeupayaan dan berkepakaran, ke arah
merealisasikan dasar-dasar kerajaan yang termaktub di dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Selain itu, ia bermatlamat
membentuk budaya kerja cemerlang dikalangan pensyarah IPG yang
dapat diwariskan pula kepada siswa pendidik yang bakal
mengamalkannya di sekolah. Justeru, bagi memastikan matlamat ini
menjadi realiti, satu rangka konsep budaya IPG yang bertunjangkan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengandungi tujuh
dimensi budaya, iaitu: Ilmu, Kepimpinan, Kerja Profesional, Akhlak
dan Moral, Penyayang, Hidup Sihat dan Estetika.

2.1 Budaya Ilmu

Budaya ilmu merujuk kepada amalan mencintai ilmu dan mencari
kebenaran sepanjang hayat, sentiasa dahaga akan ilmu, keinginan
untuk memiliki ilmu, kesungguhan memperkembangkan ilmu,
kepintaran memanfaatkan ilmu, menghayati ilmu, menggunakan ilmu
pada tempatnya serta meletakkan ilmu sebagai nilai yang paling
dihargai dalam kehidupan.

Ciri-ciri ü Pembelajaran sepanjang hayat.
Budaya Ilmu ü Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini.
ü Menguasai, mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu.
ü Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang
ilmu.
ü Mengamalkan penyelidikan.

2.2 Budaya Kepimpinan

Budaya kepimpinan di IPG merujuk kepada keupayaan menerima
dan melaksanakan tugas sebagai satu amanah dan tanggungjawab,
serta keupayaan mengurus sumber ke arah mencapai visi dan misi.
Organisasi kepimpinan di IPG memainkan peranan sebagai
transformational, situational dan instruktional mengikut situasi dan
keadaan.

24 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 25

ü Menghayati visi dan misi IPG serta aspirasi negara.
ü Mempunyai idea yang bernas dan pemikiran reflektif
ü Kebolehan membuat keputusan dan menyelesai

Ciri-ciri Budaya masalah.
Kepimpinan ü Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
ü Menjalin kejelekitan antara warga IPG.
ü Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri

berkesan.
ü Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan.
ü Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi
ü Mengorientasikan kurikulum dengan piawai

pencapaian.
ü Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat.
ü Menyediakan cara untuk mentaksir dan menilai

pembelajaran. sumber untuk membantu
ü Menyediakan

pembelajaran.
ü Kesetiaan kepada organisasi.

2.3 Budaya Kerja Profesional

Budaya Kerja Profesional ialah satu tabiat kerja yang mementingkan
kecemerlangan, kualiti dan menekankan kerja berpasukan. Ahli-ahli
mempunyai hubungan erat, sepakat, sefahaman dan
bertanggungjawab dalam menjalankan program dan aktiviti IPG.

Ciri-ciri ü Mendokong visi dan misi organisasi.
Budaya Kerja ü Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah.
Profesional ü Bersikap proaktif, kritis, kreatif dan inovatif.
ü Optimis dan komited dalam pekerjaan.
ü Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang

ditentukan.
ü Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja.
ü Menepati masa, cekap, tepat dan mematuhi prosedur.
ü Menitikberatkan kerja berpasukan dalam menjayakan

aktiviti organisasi.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 256

2.4 Budaya Akhlak dan Moral

Budaya akhlak dan moral merujuk kepada tingkah laku terpuji seperti
tutur kata, tatatertib, sopan santun, akal budi dan kebijaksanaan
(mahmudah). Budaya ini mesti bertunjangkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan, keharmonian perhubungan di antara
manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia dengan manusia
dan alam sekitar.

Ciri-ciri Budaya ü Sentiasa bersyukur
Akhlak dan ü Merendah diri (tawadhuk)
Moral ü Redha dengan Qada dan Qadar
ü Taqwa
ü Ikhtiar dan doa
ü Mematuhi etika

2.5 Budaya Penyayang

Nilai ihsan yang berasaskan konsep cinta kepada Tuhan, kasih
sayang dan hormat menghormati sesama insan dan alam sekitar.
Keakraban dalam kalangan warga IPG dan cinta akan organisasi
merupakan teras budaya penyayang IPG. Nilai-nilai ini perlu digarap
untuk melahirkan satu budaya penyayang yang boleh mewujudkan
kerja sepasukan yang mampu memacu IPG dalam mencapai visi dan
misinya.

Ciri-ciri Budaya ü Keperihatinan kepada makhluk
Penyayang ü Sayang akan diri, keluarga dan masyarakat
ü Sayang akan profesion
ü Sayang akan warga dan organisasi
ü Sayang akan alam sekitar
ü Sayang akan negara

26 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 27

2.6 Budaya Hidup Sihat

Budaya hidup sihat bermaksud amalan menjaga kesihatan secara
berterusan dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Tenaga
kerja yang sihat akan meningkatkan produktiviti dan mencetuskan
suasana kerja yang kondusif. Budaya hidup sihat mestilah bermula
dari institusi keluarga kerana ia merupakan tapak semaian bagi
pembangunan insan sesebuah organisasi, masyarakat, bangsa dan
negara.

Ciri-ciri Budaya ü Kesihatan dan kecergasan fizikal
Hidup Sihat ü Kematangan emosi
ü Ketenangan rohani dan bertaqwa
ü Keterbukaan minda, positif, matang dan rasional
ü Persekitaran mesra

2.7 Budaya Estetika

Budaya estetika merujuk kepada ekspresi dan apresiasi terhadap
nilai-nilai seni, keindahan dan keharmonian. Amalan budaya ini
dimanifestasikan menerusi kerja-kerja seni, karya dan persekitaran
kerja organisasi.

Ciri-ciri Budaya ü Kehalusan budi
Estetika ü Keunggulan peribadi
ü Kesempurnaan kerja
ü Kecantikan dan keindahan seni dan karya
ü Keindahan kebudayaan dan bangsa
ü Keindahan persekitaran

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 278

BAHAGIAN III

Aktiviti
Mentor Mentee

28 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 29

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 2390

J1 Tepuk Keramat
60 minit
Alatan: Wisel
Objektif :
1. Mentee mempamerkan pergerakan aktif.
2. Mentee menunjukkan air muka yang gembira dan ceria.
3. Mentee mampu menggunakan kesemua deria dan berdasarkan arahan.
4. Mentee memperlihatkan unsur bekerjasama dalam aktiviti yang
dilaksanakan.

Langkah-langkah
1. Mentor menerangkan cara aktiviti dilaksanakan.
2. Membuat tunjuk cara

Cara: Bilangan tepukan 3 kali
� Tepuk dengan 5 jari tunjuk 5
� Tepuk dengan 4 jari tunjuk 4
� Tepuk dengan 3 jari tunjuk 3
� Tepuk dengan 2 jari tunjuk 2
� Tepuk dengan 1 jari tunjuk 1

(Nota: Aktiviti dilaksanakan mengikut kreativiti mentor masing-masing)

Falsafah
1. Kesepaduan menjadikan kita kuat
2. Tepukan yang sama rentak menunjukkan ada kerjasama persetujuan /

konsesi antara ahli-ahli
3. Kesilapan boleh merosakkan keseluruhan organisasi / sistem.

30 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 31

J2 Rantai Nama
60 minit
Alatan : Muzik
Objektif :
1. Memupuk sikap mesra dan penyayang.
2. Membina sikap yang prihatin terhadap ahli kumpulan.

Langkah-langkah
1. Mentee berada dalam satu bulatan besar.
2. Setiap mentee memberitahu nama masing-masing.

(Mentee pertama menyebut namanya dua kali, mentee kedua menyebut
namanya dan menyebut nama mentee terdahulu dan diakhiri namanya sekali
lagi dan diteruskan kepada semua mentee)
3. Mentee yang tidak lancar menyebut nama perlu dibantu.
4. Mentor perlu memberi perhatian kepada mentee yang bermasalah.

Falsafah
1. Menyebut nama boleh membawa perasaan dihargai.
2. Mengingat nama rakan/orang adalah penting dalam kehidupan.
3. Keupayaan mengingat nama adalah satu kemahiran penting dalam

kehidupan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 312

J3 Nama Berantai

60 minit

Alatan : Tiada

Objektif :
1. Menghilangkan perasaan malu.
2. Mewujudkan kemesraan dalam kumpulan.
3. Membentuk kepercayaan sesama ahli.

Langkah-langkah
1. Mentee duduk dalam bulatan sehingga semua mentee dapat berpandangan

semasa berinteraksi.
2. Mulakan dengan bertanyakan khabar mentee dan perasaannya ketika

permulaan kursus. Gunakan ganti nama diri yang mesra contohnya, Abang
Long, Kak Cik, Kekanda dan sebagainya.
3. Semasa pusingan pertama aktiviti tukarkan abjad pangkal mentee dengan
nama buah-buahan, bunga atau barangan yang mudah. Contohnya, Ramlan
(Rambutan), Lee (limau), Halimah (hibiscus), Mutusamy (Matahari). Sebut
nama sendiri dan ulang dari sebutan nama pertama sehingga ahli terakhir
kelompok.
4. Pusingan kedua mentor boleh menggunakan perkataan yang lebih sukar
contohnya istilah-istilah sains atau teknologi dan sebagainya.
5. Mentor perlulah menerang dan menekankan etika kerahsiaan dalam
kelompok. Pesan pada mentee agar setiap yang disebut dan yang berlaku
dalam kelompok hendaklah dirahsiakan dan tidak dihebahkan di luar
kelompok.

Falsafah

1. Mengulang-ulang sesuatu sebutan akan memudahkan seseorang itu untuk
mengingat.

2. Sentiasa menyebut nama rakan dengan panggilan yang baik.

32 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 33

T4 Logo Diri
60 minit
Alatan : Pensel, Kertas A4
Objektif :
1. Melatih diri mentee membuat pendedahan kendiri dengan lebih terbuka dan
mendalam.
2. Memahami dan menghargai maklumat orang lain.
Langkah-langkah
1. Mentee diberi sehelai kertas A4 dan pensel.
2. Arahkan mentee melukis logo diri di atas kertas. Lukis sebarang simbol untuk
melambangkan diri sendiri.
3. Setiap mentee secara bergilir diminta mempamerkan logo diri dan
menjelaskan maksud logo yang dilukiskannya.
4. Dalam proses persembahan itu, mentee lain digalakkan untuk bertanya.

Falsafah
1. Menerusi simbol / logo mentee lebih terikat untuk menjelaskan dirinya dengan

lebih terbuka.
2. Menggalakkan mentee membuat pendedahan kendiri tanpa batasan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 334

T5 Bingo 1
60 minit
Alatan : Kertas edaran (lampiran T5)
Objektif :
1. Kenal mengenali antara rakan sekumpulan.
2. Membina keyakinan diri.
3. Menyertai dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan.

Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan Lampiran T5.
2. Setiap mentee mengisi maklumat yang disenaraikan.
3. Mentor menerangkan kepada mentee perkara berikut:

a. Mentor meminta seorang demi seorang menceritakan mengenai diri
masing-masing. Semasa mentee bercerita, mentee lain akan berkata ‘
BINGO ’ dengan jelas dan kuat jika terdapat persamaan maklumat.

b. Mentor menggalakkan mentee membuat penerokaan secara ringkas.

4. Mentor memberi peluang kepada mentee menyoal dan berbincang mengenai
perasaan masing-masing dan membuat rumusan.

Falsafah
1. Setiap manusia ada persamaan di samping perbezaan.
2. Persamaan dan perbezaan merupakan asas individu untuk bekerjasama.

34 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 35

Lampiran T5

Maklumat diri

Maklumat diri
1. Nama : ______________________________
2. Tarikh Lahir : _________________________
3. Negeri Asal : _________________________
4. Bilangan Adik Beradik : _________________
5. Pekerjaan ibu / bapa : __________________
6. Hobi : _______________________________
7. Makanan yang digemari : _______________
8. Kenangan manis : _____________________
9. Permainan : __________________________
10. Cita-cita : ____________________________

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 356

J6 Bingo 2

60 minit
Alatan : Kertas edaran
Objektif :
1. Membina kemahiran mendapatkan maklumat daripada seseorang yang baru

dikenalinya.
2. Membentuk keyakinan diri semasa berkomunikasi.

Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan Lampiran T6 (Borang bingo)
2. Meminta Mentee mencari maklumat dengan menggunakan borang Bingo
3. Mentee menceritakan maklumat diri kawan yang bertanda tangan di dalam

borangnya dalam kumpulan besar.
4. Mentor memberi peluang kepada ahli menyoal dan berbincang tentang

dapatan dan pengalaman masing-masing.

Falsafah
1. Setiap manusia mempunyai persamaan dan perbezaan.
2. Membina sifat yakin diri dan kemesraan bermula daripada interaksi pertama.
3. Perbezaan tidak menjadi faktor penghalang dalam perhubungan manusia.

36 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 37

Lampiran T6
Arahan:
Setiap satu kotak melambangkan ciri rakan anda dalam sesi hari ini. Kenal pasti dan
dapatkan tandatangan rakan anda yang mempunyai ciri tersebut.
Satu kotak hanya boleh ditandatangani oleh SATU orang rakan anda sahaja.

suka main Berpakaian minat mempunyai pen pandaimain
tenis merah berenang yang mahal catur

mempunyai tidak suka suka suka subjek kimia Boleh bertutur
gajet samsung main ragbi menonton bahasa asing

wayang

pandai minat Takut pernah main pernah
bermain memelihara berkahwin teng-teng menjadi
pengerusi
Piano ikan persatuan

Mempunyai benci durian ingin mencari suka aktiviti lasak mempunyai
mata bulat jodoh keluarga
bahagia

pertama kali pernah jatuh suka minum ada pengalaman pernah
tinggal di cinta ABC cinta monyet melawat
asrama Bandung

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 378

J7 Garis Hayat

60 minit
Alatan: Kertas A4, pen
Objektif :
1. Membuat rumusan daripada peristiwa-peristiwa bermakna yang menunjukkan

kesedaran dan keinsafan.

Langkah-langkah
1. Mentee melukis satu garis melintang merentasi bahagian tengah kertas A4. Di

hujung sebelah kiri tulis tarikh lahir sementara di sebelah kanan ditulis tarikh
hari ini.
2. Fikir tiga peristiwa yang bermakna telah dialami. Lukiskan satu sImbol bagi
setiap peristiwa mengikut urutan di sebelah atas atau bawah garisan.
Disebelah atas garisan menggambarkan peristiwa gembira.
3. Tandakan satu peristiwa yang paling bermakna.
4. Secara bergilir-gilir, mentee menceritakan peristiwa yang bermakna yang
telah dialami kepada ahli kumpulan. Rakan-rakan sekumpulan digalakkan
bersoal jawab mengenai peristiwa-periswtiwa yang ingin diketahui secara
mendalam.

Falsafah
1. Kenangan manis dan pahit dalam kehidupan akan mematangkan dan

mendewasakan kita.
2. Pengalaman adalah guru yang paling penting dan berkesan dalam kehidupan

ini.

38 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 39

J8 Kekuatan dan Kelemahan Diri

60 minit
Alatan: Kertas A4, pensel / pen
Objektif :
1. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
2. Menyatakan idea untuk memupuk kekuatan diri

Langkah-langkah
1. Mentee duduk dalam satu bulatan.
2. Mentor mengedarkan kertas A4 kepada setiap mentee dan meminta mentee

melipat dua kertas tersebut.
3. Mentor meminta mentee memikir dan mencatat 5 sifat positif yang ada pada

dirinya di ruang sebelah kiri kertas.
4. Mentor meminta mentee memikir dan mencatat sifat-sifat negatif yang ada

pada dirinya di ruang sebelah kanan kertas.
5. Mentee menomborkan sifat-sifat positif dan negatif diri mengikut dominan.
6. Mentor membimbing perbincangan kelompok tentang satu sifat kekuatan yang

dinyatakan dan memberi cadangan cara-cara kekuatan tersebut boleh
digunakan dengan sebaik-baiknya.

Falsafah
1. Menerima kekuatan dan kelemahan rakan seadanya.
2. Manusia yang bijak mampu memperbaiki kelemahan dan meningkatkan

kekuatan dirinya.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 3490

J 9 ‘1 Malaysia Ice Breaking’

60 minit
Alatan : Bahan Persekitaran
Objektif :
1. Berkenalan dengan mentee yang lain dalam dalam pelbagai aspek melalui

persamaan dan perbezaan

Langkah-langkah

1. Mentee berdiri dalam keadaan bebas.
2. Mentor mengarah mentee beberapa pergerakan:

a. Angkat tangan kanan, angkat tangan kiri, angkat kaki kanan dan turun
tangan kiri.

b. Mentee bergerak sepuluh langkah ke hadapan dan ke belakang.
c. Mendepa tangan ke hadapan, berdiri tegak lompat ke hadapan dan ke

belakang.
3. Mentee diminta berhadap di antara satu sama lain secara berpasang-pasang.

Mula berbual mengikut topik yang diarahkan
a. asal usul diri
b. kegemaran
c. siapa yang mendorong menjadi guru
d. harapan pelajar
4. Mentee diarah membuat bulatan besar. Mentor membuat beberapa
pergerakan yang mengarah mentee membentuk bulatan kecil di dalam
bulatan besar, contohnya
a. sama warna dasar pakaian
b. berkacamata

Falsafah

1. Kita 1 Malaysia 1 bangsa 1 aspirasi.
2. “Terlentang sama makan abu, tengkurap sama makan tanah”

40 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 41

J10 Etika Kumpulan
60 minit
Alatan : Pen marker, kertas sebak
Objektif :
1. Mengeratkan jalinan perhubungan sesama ahli
2. Memupuk semangat kekitaan dan rasa bersama.
Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada kumpulan.
2. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan pencatat, kemudian
membincangkan apakah etika kumpulan yang sesuai.
3. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
4. Dalam kumpulan besar, pilih etika yang terbaik dan buat satu rumusan ETIKA
KUMPULAN yang disepakati untuk diguna pakai.
5. Mentor buat rumusan hasil aktiviti yang dijalankan.

Falsafah
1. Pentingnya semangat bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan.
2. Hormat menghormati pandangan dan pendapat orang lain.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 412

J11 Kasut Emas

60 minit
Alatan : Wisel.
Objektif :
1. Mewujudkan hubungan silaturahim dalam kalangan mentee.
2. Menghargai hak orang lain.

Langkah-langkah
1. Mentor mengarahkan mentee membuat bulatan besar.
2. Mentor mengarahkan mentee membilang dan mentee bernombor genap mara

kehadapan dan membuka kasut.
3. Mentor meminta mentee bulatan di luar (nombor ganjil) bergerak dua tapak

mengikut arah jam dan buka kasut masing-masing.
4. Mentee di bulatan dalam(nombor genap) memakai kasut mentee nombor

ganjil.
5. Dalam kedudukan berpasangan, mentee berinteraksi bersama dengan

mengemukakan soalan seperti nama, sekolah, negeri, keluarga, minat / hobi
dan lain-lain.
6. Mentor membuat refleksi aktiviti yang dijalankan. Tanyakan perasaan
memakai kasut bukan kepunyaan diri sendiri.

Falsafah
1. Persahabatan tidak memilih warna.
2. Menanamkan rasa hormat kepada diri dan hak orang lain.

42 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 43

J12 Selamat Hari Lahir
60 minit
Alatan : Hadiah yang bersesuaian
Objektif :
1. Saling memahami antara satu sama lain.
2. Keperihatinan terhadap rakan sekuliah.
3. Merapatkan jalinan kemesraan dan kekitaan.

Langkah-langkah
1. Mentor kenal pasti terlebih dahulu mentee yang dilahirkan pada bulan ini.
2. Mentee yang tidak dilahirkan pada bulan tersebut datang lebih awal untuk

buat persediaan.
3. Lakukan suatu kejutan, agar mentee merasai kemeriahan sambutan.
4. Mentee yang tidak dilahirkan pada bulan tersebut dikehendaki menulis kata

ucapan untuk mereka yang diraikan.
5. Mereka yang diraikan dijemput untuk berucap.
6. Mentor menyoal mentee perasaan mentee apabila dihargai sebegini.

Falsafah
1. Manusia sebenarnya suka dihargai dan diraikan.
2. Jika kita menghargai orang lain, suatu hari nanti orang akan menghargai kita

tanpa kita minta.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 434

J13 Periuk Api

60 minit
Alatan : Periuk api (kon, span, batu bata dan sebagainya )
Objektif :
1. Membina kepercayaan dalam kalangan mentee
2. Mendengar dan mematuhi arahan
3. Membina hubungan mesra dalam kalangan mentee.

Langkah-langkah
1. Pilih kawasan lapang yang sesuai dengan aktiviti.
2. Mentor meletakkan periuk api (seperti menggunakan kon, span, batu bata dll)

dari garisan permulaan ke garisan penamat.
3. Mentee bekerjasama secara berpasangan, seorang mentee

menutup mata menggunakan kain yang diikat.
4. Pasangan pula memberi arahan secara lisan supaya rakan dapat sampai ke

garisan penamat tanpa melanggar periuk api.
5. Pasangan yang telah sampai ke garisan penamat perlu bertukar peranan

untuk sampai ke garisan seterusnya.
6. Pasangan yang berjaya sampai ke garisan penamat tanpa melanggar periuk

api dikira sebagai pemenang.

Falsafah
1. Kita perlu sedar bahawa diri kita mempunyai kekurangan, dan kita

memerlukan sokongan untuk menjayakan sesuatu tugasan.
2. Tugas akan menjadi lebih mudah sekiranya kita mempercayai rakan

sepasukan.
3. “Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah”.

44 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 45

J14 Pokok Amanah

60 minit
Alatan : Wisel
Objektif :
1. Menanamkan kepercayaan sesama mentee.
2. Memupuk sifat amanah dalam bersahabat.

Langkah-langkah
1. Mentee diminta untuk mencari rakan kongsi ketinggian dan berat yang sama.
2. Seorang berperanan sebagai pokok dan seorang berperanan sebagai

penyambut.
3. Mentee berperanan sebagai pokok perlu menjatuhkan diri ke arah belakang

apabila isyarat diberikan.
4. Mentee yang berperanan sebagai penyambut pula perlu menyambut ‘pokok’

supaya tidak jatuh ke bawah.
5. Mentor memberikan isyarat (wisel) kepada pasangan untuk memulakan

jatuhan dan menyambut pasangan. Pasangan bertukar peranan selepas 5
jatuhan.
6. Selepas lengkap pusingan, mentee diminta duduk dalam kumpulan besar.
7. Mentee diminta berkongsi antara satu sama lain:
- Apakah perasaan kali pertama jatuh?
- Apakah yang membuat anda percaya rakan
- Apakah yang membuat anda berasa kurang percaya?

Falsafah
1. Tugas akan menjadi lebih mudah sekiranya kita mempercayai rakan

sepasukan.
2. Kita akan lebih yakin sekiranya kita tahu ada rakan yang akan

sentiasa menyokong.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 456

J15 Rakit Karam

60 minit
Alatan : Kertas Suratkhabar
Objektif :
1. Meningkatkan kesedaran keperluan semangat kerjasama.
2. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.

Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Mentor membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
3. Mentee dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut mengikut kumpulan.
4. Mentor mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit

sehingga menjadi kecil. Mentee tidak dibenar meletakkan kaki di tempat yang
tiada surat khabar (lantai).
5. Mentee akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
6. Mentee yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan mentee
lelaki dan perempuan).

Falsafah
1. Yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.
3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah kumpulan.

46 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 47


Click to View FlipBook Version