The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erniekho, 2021-09-08 21:12:42

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

P15 Binaanku

90 minit
Alatan : Batu-bata, cellotape, kertas A4.
Objektif :
1. Memupuk semanagat bekerjasama dalam kumpulan.
2. Membentuk sikap kekitaan dalam kumpulan.
3. Memahami unsur-unsur kepimpinan.
Langkah-langkah
1. Mentor membahagikan mentee kepada dua atau tiga kumpulan.
2. Mengedarkan bahan/ alatan/ bahan kepada setiap kumpulan.
3. Mentor mengarahkan setiap kumpulan menghasilkan satu binaan yang

menggambarkan ciri-ciri kumpulan berasaskan bahan-bahan yang disediakan.
4. Mentor membuat pemerhatian sejauh mana unsur kepimpinan dan kerjasama

yang wujud dalam kumpulan.
5. Pembentangan dan perbincangan mengenai falasafah binaan dan cabaran

ketika pembinaan dilakukan.

Falsafah
1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 14478

P16 Berfikir Di Luar Kotak

60 minit
Alatan : Kertas A4 dan kertas sebak
Objektif :
1. Membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
2. Mengembangkan daya kreativiti diri.

Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan kertas A4.
2. Mentor mengarahkan mentee melukis 9 titik seperti di bawah.

Contoh;

.

3. Setiap mentee diminta menyambungkan semua titik tanpa mengangkat pen
atau pensel dengan sekali laluan garisan sahaja.

4. Mentee yang dapat menyambung semua titik dikira berjaya.
5. Perbincangan dan rumusan mengenai berfikir diluar kebiasaan.
Falsafah
1. Perlu ada kreativiti dan berfikiran jauh.
2. Berfikirlah di luar kebiasaan untuk mendapatkan sesuatu yang luar biasa.

148 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 149

Lampiran P16

Jawapan:

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 14590

P17 Etika Keguruan dan Etika Pelajar

60 minit
Alatan : Edaran etika keguruan dan etika pelajar, kertas sebak dan pen marker.
Objektif :
1. Memahami kod etika keguruan dan etika pelajar.
2. Mengamalkan kod etika pelajar.
Langkah-langkah
1. Mentor dan mentee berbincang mengenai etika keguruan dan etika pelajar.
2. Mentee dibahagikan kepada dua kumpulan, mentor mengedarkan etika

keguruan kepada kumpulan 1 dan etika pelajar kepada kumpulan 2.
3. Setiap kumpulan berbincang mengenai bahan edaran yang diberikan.
4. Setiap kumpulan membuat pembentangan dan soal jawab.
Falsafah
1. Profesion keguruan mempunyai etika yang mesti dipatuhi.
2. Menghayati etika tanggungjawab pelajar.

150 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 151

P18 Nilai dan Etika Penjawat Awam

60 minit
Alatan : Kertas sebak, pen marker.
Objektif :
1. Memahami konsep dan definisi etika kerja.
2. Mengetahui etika penjawat awam semasa bertugas.
Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada 3 kumpulan.
2. Mentor memberi kad arahan kepada mentee.
3. Setiap kumpulan diminta menjawab soalan-soalan dalam kad arahan. Mentee

boleh merujuk internet.
4. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil dalam sesi pengucapan

awam.
5. Mentor memilih seorang mentee sebagai pengerusi majlis.
6. Pengerusi mengendalikan sesi pengucapan awam dan sesi soal jawab.
Falsafah
1. Penjawat awam perlu mematuhi etika kerja.
2. Penjawat awam yang beretika pemangkin kemajuan negara.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 15512

Lampiran P18

Kad Arahan:
Kumpulan 1:

1. Huraikan takrifan Etika Kerja?
2. Perlukah pegawai perkhidmatan berpegang kepada Etika Kerja?

Kumpulan 2:
1. Etika kerja penjawat awam menyatakan bahawa Kepentingan

organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Apa pandangan anda?
2. Aspek kesetiaan pada kerja dan rasa kekitaan juga merupakan

konsep etika kerja. Boleh anda bawakan contoh-contoh kesetiaan
pada kerja dan rasa kekitaan?

Kumpulan 3:
1. Dalam Teras Perikhidmatan Awam ada menggariskan:

“Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara”.
Huraikan apakah yang boleh anda lakukan untuk memajukan pemikiran rakyat
di negara kita ini?
2. Pada pandangan anda mengapa pemikiran rakyat di Negara ini perlu
dimajukan?

152 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 153

P19 Majlis–majlis Akademik

60 minit
Alatan : Kertas sebak, Pen marker
Objektif :
1. Membezakan jenis-jenis majlis rasmi
2. Memahami keperluan majlis, pengisian majlis dan perjalanan majlis-majlis

tertentu.

Langkah-langkah
1. Kumpulan mentee dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk

membincangkan definisi, keperluan, pengisian, dan perjalanan majlis
ini:

Kumpulan 1 – Diskusi
Kumpulan 2 – Persidangan
Kumpulan 3 – Simposium
Kumpulan 4 – Seminar
Kumpulan 5 – Kolokium
2. Mentee boleh mencari bahan tambahan dari internet bagi menjawab
perbincangan di atas.
3. Setiap kumpulan memilih seorang ahli untuk membuat pembentangan.
4. Semasa sesi pembentangan, sesi soal jawab boleh dijalankan.
5 Selesai aktiviti, mentor akan mengemukakan soalan
a) Apakah perbezaan bagi majlis-majlis akademik?
b) Apakah keperluan majlis akademik kepada guru?

Falsafah

1. Laksanakan majlis rasmi dengan protokol yang betul.
2. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 15534

P20 Etika Berpakaian Penjawat Awam

60 minit
Alatan : capaian internet
Objektif :
1. Mengetahui kod etika berpakaian bagi penjawat awam.
2. Mematuhi kod etika berpakaian penjawat awam ketika berkerja dan

menghadiri majlis rasmi.
Langkah-langkah
1. Mentor berbincang dengan mentee tentang kepentingan berpakaian mengikut

kod etika berpakaian penjawat awam.
2. Mentee dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk

mengumpulkan gambar etika berpakaian penjawat awam:
� Pemilihan pakaian yang sesuai bagi wanita
� Pemilihan pakaian yang sesuai bagi lelaki
� Pemilihan kasut, stoking dan aksesori
� Penggayaan rambut dan alat solek

3. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan.
4. Perbincangan mengenai bentuk pakaian yang dibenarkan.

Falsafah
1. Pakaian melambangkan peribadi individu dan juga organisasi.
2. Pakaian kemas juga menjadi lambang personaliti seseorang penjawat awam.

154 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 155

Lampiran P20
Rujukan/ Sumber maklumat:
1. Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran Bil. 13/69

http://selubc.wikispaces.com/file/view/pakaian+guru.pdf
2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1974

http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/pekeliling/SP74/SP74Bil01/SP74Bil01.htm
3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985

http://www.scribd.com/doc/70458657/Pekeliling-an-Bil-2-Tahun-1985
4. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008

http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2008/01/spp012008.pdf
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001

http://selubc.wikispaces.com/file/view/pakaian+guru+2007.pdf
6. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006

www.jpa.gov.my/pekeliling/spp06/bil01/spp0106.pdf
7. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008

http://www.jpa.gov.my/docs/spp/2008/01/spp012008.pdf

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 15556

156 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 157

AM 1 Baiklah Cikgu

60 minit

Alatan : Lampiran AM1, klip video

Objektif :

1. Menyenaraikan perlakuan beradab kepada guru.

2. Menerap amalan perlakuan beradab kepada guru.

Langkah-langkah
1. Mentee duduk dalam bulatan.
2. Mentee diberikan edaran bahan perbincangan (lampiran AM1) atau

tayangan klip video.
3. Mentee menyenaraikan perlakuan beradab kepada guru.
4. Mentee dalam kumpulan membuat simulasi amalan beradab kepada guru.

Falsafah
1. Pentingnya membina hubungan baik antara siswa pendidik dan pensyarah.
2. Siswa pendidik perlu menghormati dan mengamalkan tingkah laku

beradab terhadap pensyarah dan warga kampus.
3. Hubungan baik antara sesama manusia perlu ada batas pergaulan

dan peradaban kesantunan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 15578

Lampiran AM 1

Cara Beradab Dengan Guru

Pelajar yang beradab dengan guru sentiasa mematuhi dan menghormati gurunya. Manakala
pelajar yang tidak sopan tidak akan menghormati dan mematuhi arahan guru.

Akibat tidak menghormati guru

� Tidak bermoral dan rendah budi pekerti.
� Ketinggalan dalam bidang pelajaran.
� Susah memahami dan mengingati ajaran guru.

Pelajar yang beradab Pelajar yang kurang beradab
1.Memberi salam apabila bertemu. 1.Tidak memberi salam apabila

2. Bercakap dengan sopan. bertemu.
3. Menolong guru dengan ikhlas. 2. Bercakap dengan kasar.
4. Menghormati guru 3.Tidak ikhlas menolong guru.
4. Suka membantah

Cara Mengenang Jasa Guru

� Mendoakan kebaikan dan kebajikan.
� Mengeratkan hubungan sillaturahim walaupun telah tamat pengajian.
� Menghormati guru sepanjang masa.

Hikmah Menghormati Guru

� Memperoleh ilmu yang diberkati.
� Dikurniakan taufik dan hidayah.
� Dihormati dan dikasihi masyarakat.

158 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 159

AM2 Cuba Teka
60 minit
Alatan : Kotak yang berisi binatang / serangga (mana yang difikir sesuai

dan tidak membahayakan)
Objektif :
1. Memupuk keyakinan dalam diri individu.
2. Menggunakan semua pancaindera.
3. Meneliti sesuatu perkara sebelum mengeluarkan kenyataan.

Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada empat/lima kumpulan.
2. Mentor menyediakan beberapa kotak yang mengandungi binatang / serangga

yang dirahsiakan.
3. Kotak akan dilabelkan berdasarkan nama binatang / serangga yang berbisa,

tetapi binatang/serangga tersebut sebenarnya tidak seperti yang digambarkan.
Wakil kumpulan akan datang ke hadapan dan memasukkan tangan ke dalam
kotak, kemudian mencatat apakah binatang yang sebenarnya.
4. Markah akan diberi kepada kumpulan yang dapat meneka dengan tepat binatang
yang terdapat di dalam kotak tersebut.
5. Mentee/wakil kumpulan dipanggil ke hadapan dan cuba luahkan apa yang dirasai
sebelum, semasa dan selepas aktiviti tersebut.

Falsafah

1. Berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara yang kita tidak ketahui.
1. Selidik terlebih dahulu sebelum kita mempercayai sesuatu kenyataan.
2. Sokongan moral kepada rakan memberi keyakinan kepada mereka.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 15690

AM3 Simbol Yang Unggul

120 minit
Alatan : Bahan Persekitaran
Objektif :
1. Membentuk perilaku mulia guru.
2. Membina akhlak murni di dalam kelompok.
3. Menghayati kemuliaan sifat merendah diri.

Langkah-langkah
1. Mentee berada di dalam kumpulan masing-masing dan membentuk satu

bulatan.
2. Mentee diminta melantik seorang ketua.
3. Mentor memberikan arahan bagi mentee mencari simbol utama Pendidik

Terbilang (PT).
� Setiap ahli dalam kumpulan perlu mencari satu bahan di persekitaran
yang menggambarkan simbol dirinya sebagai pendidik. (Contoh:
bunga, daun, kunci, kad lesen, wang syiling)
� Semua bahan diletakkan di tengah bulatan, berbincang untuk memilih
satu sahaja bahan tersebut sebagai simbol `Pendidik Terbilang’ (PT) di
peringkat kumpulan itu.

4. Setiap kumpulan perlu berhujah bagi mempromosikan simbol kumpulan masing-
masing agar dipilih menjadi simbol bagi keseluruhan kumpulan dengan
menekankan kepada:
� Aplikasi bahan sebagai simbol guru.
� Mengapa ia dipilih menjadi simbol PT.
� Bagaimana tindakan setiap ahli di dalam kumpulan.

5. Mentor dan mentee membuat refleksi bersama.

Falsafah

1. Sepakat membawa berkat
2. Proses penyelesaian yang sukar akan menjadi mudah apabila ahli kumpulan

berkompromi.

160 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 161

AM 4 Adab Berkawan
60 minit
Alatan : Klip video adab berkawan, kertas sebak, kertas A4
Objektif :
1. Mengetahui adab dalam berkawan.
2. Mengamalkan adab berkawan dalam kehidupan.

Langkah-langkah
1. Mentor bertanyakan soalan.

a. Siapakah kawan baik anda?
b. Mengapa memilihnya sebagai kawan baik?
c. Apakah adab-adab dalam berkawan?
2. Mentee mengadakan perbincangan dalam kumpulan.
3. Mentee diminta menyenaraikan jawapan terhadap soalan yang diberikan.
4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
5. Mentor membuat rumusan.
Falsafah
1. Beradab dalam kehidupan membawa kesejahteraan dan keharmonian.
2. Rakan anda adalah cerminan diri anda.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 16612

AM 5 Oh Ibu Oh Ayah
60 minit
Alatan : Video Iklan Raya Petronas 2006, LCD
http://www.youtube.com/watch?v=WKBwvpCeo5A
Objektif :
1. Memahami peranan anak terhadap ibu bapa.
2. Meningkatkan rasa sayang kepada ibu bapa.

Langkah-langkah
1. Mentor menayangkan video.
2. Mentor dan mentee membincangkan isu dalam tayangan video.
3. Mentee diminta mencipta sesuatu yang menggambarkan kasih

sayang untuk didedikasikan kepada ibu atau bapa mereka seperti kad ucapan,
sajak dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
4. Mentee diminta membuat persembahan hasil ciptaannya.
5. Mentor membuat ulasan dan rumusan aktiviti.
Falsafah
1. Mengasihi ibu bapa adalah tanggungjawab seorang anak.
2. Melahirkan rasa terima kasih kepada kedua ibu bapa.
3. Kasih sayang boleh diluahkan dalam pelbagai cara.

162 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 163

AM 6 Si Tukang Kayu
60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Memahami keperluan untuk berusaha bagi mencapai kejayaan.
2. Memahami bahawa kejujuran penting dalam kehidupan.
Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan bahan lampiran AM6.
2. Mentee diberi masa memahami isi penceritaan, pengajaran dan moral.
3. Mentor meminta mentee memberikan ulasan cerita ini dalam bentuk
perbincangan.
4. Mentor dan mentee mengaitkan cerita ini dengan profesion perguruan.
5. Mentor membuat rumusan.
Falsafah
1. Sentiasa melaksanakan kerja dengan sepenuh hati.
2. Pertimbangan yang menyeluruh sebelum membuat keputusan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 16634

Lampiran AM 6

Si Tukang Kayu

Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang
untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat
rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin
kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang
kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan
keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.
Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia
merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya.
Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu,
majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat.
Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah
buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh
majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran
yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah
disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang
rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan
memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada
saya kepada kamu. Selamat bersara."

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka
bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya
sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan
jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan
menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

Pengajaran
Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan
sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan.
Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana
ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita.
Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas
hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak
merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh
dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa
dan negara
.

Kata-kata Hikmat
"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi
keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan
sedar atau tidak."

164 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 165

AM 7 First Impression
60 minit
Alatan : 1. Video ”Mr Bean meet the Queen”
http://www.youtube.com/watch?v=a7auvfjC8-0
2. Lampiran AM 7
Objektif:
1. Mengetahui adab ketika dalam pertemuan dan perkenalan.
2. Mengenalpasti elemen-elemen nilai menghormati orang lain.

Langkah-langkah
1. Mentee menonton tayangan video. Mentee membincangkan tingkah

laku Mr Bean ketika bertemu dengan Permaisuri.
2. Mentee mengenalpasti tatacara ketika dalam pertemuan dan perkenalan.
3. Mentee membentuk tiga kumpulan, setiap kumpulan diberikan tajuk

berdasarkan edaran. Setiap kumpulan diminta melakonkan situasi
berdasarkan tajuk.
4. Mentor membuat ulasan selepas setiap persembahan.
5. Mentor membuat rumusan aktiviti.
Falsafah
1. Adab pekerti yang tinggi mampu menaikkan imej diri seseorang.
2. Adab dapat meningkatkan rasa hormat menghormati.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 16656

Lampiran AM 7

ADAB BERKOMUNIKASI
Tajuk 1. Tertib Perkenalan
a. Prinsip Perkenalan

� Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima
perkenalan.

� Sebut nama dengan jelas dan betul.
� Perlakuan yang tertib.
� Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan.
� Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu.
� Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau menggenggam

dengan kuat.
� Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas.
b. Tertib Memperkenalkan
� Izinkan saya memperkenalkan ...............
� Puan..........inilah Encik..............
� Boleh saya memperkenalkan ...................

c. Cara Menjawab Yang Sopan
� Apa Khabar!
� Bertuah dapat berkenalan!
� Hello!

d. Larangan Semasa Menjawab Perkenalan
� Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara.
� Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain.
� Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan.
� Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.

Tajuk 2. Berjabat Tangan (Bersalam)
a. Pelbagai cara

� Kasar dan agresif
� Mengawal
� Hujung jari sahaja
� Tarik
� Sejuk
� Erat dan mesra

b. Perkara-perkara negatif semasa bersalam
� Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa.
� Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting.
� Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka dan tidak
berminat.
� Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah.
� Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci.
� Sekiranya tidak mahu bersalam, tidak perlu menggunakan pelapik seperti
tudung / sapu tangan untuk bersalam. Memadai dengan menundukkan kepala
dan letakkan tangan di belakang.

166 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 167

Tajuk 3. Perbualan Sosial
a. Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:-

� Hobi.
� Sukan.
� Muzik.
� Rancangan Televisyen.
� Pakaian.
� Menanam bunga.
� Makanan.
� Pengembaraan.
� Kesenian.
� Cuaca.
b. Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai
� Perbualan peribadi yang negatif.
� Fahaman politik yang memaki harum.
� Keagamaan bersifat ekstrem.
c. Adap perbualan sosial
� Kedua-kedua pihak berminat.
� Pandang ke arah orang yang bercakap.
� Dengar dengan teliti.
� Bercakap dengan nada yang biasa.
� Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama).
� Bercakap secara bersahaja.
� Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap.
� Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 16678

AM 8 Hello!!
60 minit
Alatan : Capaian internet / telefon bimbit, kad manila, pen marker
Objektik :
1. Mengetahui adab menjawab telefon
2. Menyediakan poster Adab Menjawab Telefon
Langkah-langkah
1. Mentor menceritakan kisahnya mendapat panggilan telefon dari tele-marketer
yang biadap. (rekaan)
2. Mentor dan mentee membincangkan perkara-perkara yang dianggap biadab
semasa menjawab telefon.
3. Mentee dalam kumpulan diminta untuk mendapatkan maklumat tentang adab
dan etika dalam menggunakan telefon.
4. Kumpulan diminta menghasilkan poster tentang adab dan etika menggunakan
telefon.
5. Mentee mempamerkan poster di dalam kelas.

Falsafah

1. Semakin tinggi adab dan etika seseorang, semakin tinggi penerimaan
masyarakat terhadapnya.

2. Adab serta etika adalah identiti kita perlu dijaga.

168 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 169

AM 9 Alam Maya
60 minit
Alatan : Kertas A4, pen berwarna
Objektif :
1. Mengetahui adab dan etika semasa berada di media sosial.
2. Menyediakan senarai tentang etika di media sosial.

Langkah-langkah
1. Mentor bertanyakan media sosial yang dikunjungi oleh mentee. Contoh:

Skype, Facebook, Instangram, Linked, Twitter dan sebagainya.
2. Mentor bertanyakan apakah adab dan etika yang mereka praktikkan semasa

berada di media sosial.
3. Mentee dalam kumpulan kecil diminta membincang dan menyenaraikan adab

dan etika ketika berada di media sosial. Setiap kumpulan diminta
menyediakan senarai yang dibincangkan.
4. Setiap kumpulan diminta membentangkan senarai adab dan etika media
sosial masing-masing. Mentor dan mentee membuat ulasan.
Falsafah
1. Kita perlu beradab walaupun di media sosial.
2. Adab menggambarkan ketinggian akhlak seseorang.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 16790

AM 10 Adab Di Meja Makan
60 minit
Alatan : Lampiran AM 10
Objektif :
1. Mengetahui kepentingan adab di meja makan.
2. Menyenaraikan tingkah laku beradab di meja makan.

Langkah-langkah
1. Mentor membawa mentee ke kafeteria.
2. Mentor memberikan arahan kepada mentee untuk memerhati tingkah laku

pelanggan dan menyenaraikan tingkah laku yang patut diamalkan dan yang
patut dielakkan di meja makan (lampiran AM10).
3. Mentee kemudian berkumpul dan membentangkan hasil pemerhatian mereka.
4. Mentor membuat rumusan tingkahlaku tertib di meja makan.
Falsafah
1. Adab melambangkan nilai diri seseorang.
2. Mulakan dengan ”lafaz bismillah” dan diakhiri dengan ”lafaz alhamdulillah”.

170 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 171

TINGKAHLAKU YANG PATUT Lampiran AM 10
DIAMALKAN
TINGKAH LAKU YANG PATUT
DIELAKKAN

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 17712

AM 11 Sudu dan Garfu
60 minit
Alatan : Kertas A4 dan pensel
Objektif :
1. Mengetahui penggunaan perkakasan yang betul di meja makan.
2. Membandingkan hasil rujukan yang diperolehi dengan rakan-rakan.

Langkah-langkah
1. Mentor membawa mentee ke pusat sumber.
2. Mentee dibahagikan kepada kumpulan kecil. Mentor memberi arahan kepada

mentee untuk mencari maklumat mengenai penggunaan perkakasan di meja
makan.
3. Mentee kemudian berkumpul di lokasi sesuai dan membincangkan
penggunaan perkakasan yang betul di meja makan.
4. Mentor membuat rumusan tentang penggunaan perkakasan di meja makan.
Falsafah
1. Adab meningkatkan nilai diri seseorang.
2. Mengamalkan tertib di meja makan penting dalam sesuatu majlis.

172 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 173

AM 12 Chopstick Daun Pisang

60 minit
Alatan : Kertas sebak, pen marker
Objektif :
1. Mengetahui adab makan pelbagai kaum di Malaysia.
2. Menyenaraikan adab makan mengikut kaum.

Langkah-langkah
1. Mentor berbincang dengan mentee tentang pelbagai kaum di Malaysia yang

mempunyai adat dan adab yang unik dan tersendiri (adab makan).
2. Mentee diminta berkongsi maklumat tentang:

a. Adab makan kaum mereka.
b. Jenis-jenis makanan.
c. Alatan yang digunakan.
d. Ritual sebelum atau selepas makan.
e. Pantang larang sebelum dan selepas makan.
3. Mentor membuat ulasan dan rumusan aktiviti (lampiran AM12).
4. Mentor meminta mentee melihat persamaan yang wujud dalam adab makan
pelbagai kaum.
5. Mentor membuat rumusan.

Falsafah

1. Adab dan adat membentuk pekerti.
2. Menghormati budaya masyarakat pelbagai kaum.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 17734

KAUM ALATAN YANG RITUAL PERKARA Lampiran AM 12
MELAYU DIGUNAKAN YANG PERKARA
DIGALAKKAN YANG
DILARANG

CINA

INDIA

IBAN

DUSUN

174 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 175

AM 13 Tunggu Giliran!
60 minit
Alatan : Video, LCD http://www.youtube.com/watch?v=lih0Z2IbIUQ
Objektif :
1. Memahami bahawa mendengar adalah sebahagian dari komunikasi.
2. Mengenalpasti adab-adab dalam komunikasi.

Langkah-langkah
1. Mentor menayangkan video ”Baby Talk”.
2. Mentee membincangkan isi dan isu dalam video tersebut.
3. Mentee secara berpasangan diminta menyenaraikan adab semasa

berkomunikasi.
4. Mentee membentangkan senarai dan membincangkan secara

berkumpulan.
5. Mentor dan mentee membuat ulasan.
Falsafah
1. Komunikasi adalah keperluan dalam kehidupan.
2. Adab berkomunikasi adalah perkara asas dalam hidup bermasyarakat.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 17756

AM 14 Syukur Aku Tetap Cantik

60 minit
Alatan : Kamera, LCD
Objektif :
1. Menyedari kelebihan dan kekuatan diri.
2. Mensyukuri kelebihan dan kekuatan diri.

Langkah-langkah menyenarai
1. Mentee diminta mengambil foto diri sendiri.
2. Dalam kumpulan kecil, mentee menerangkan foto diri dengan

kelebihan dan kekuatan dari aspek fizikal dan sifat diri.
3. Mentor membuat rumusan bahawa setiap individu mempunyai

kelebihan dan perlu bersyukur.

Falsafah

1. Tuhan menjadikan manusia sebaik-baik makhluk.
2. Manusia perlu mensyukuri nikmat Tuhan.

176 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 177

AM 15 Menerima Takdir
60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Mengetahui dan memahami konsep menerima takdir.
2. Mengamalkan konsep menerima takdir dalam kehidupan.

Langkah-langkah
1. Mentor memilih satu peristiwa semasa, yang ada elemen musibah seperti

kebakaran, kemalangan, bencana alam.
2. Mentor meminta mentee membincangkan peristiwa tersebut.
3. Mentor meminta mentee untuk berkongsi satu peristiwa sedih yang berlaku

pada dirinya atau keluarganya. Mentee diminta menceritakan juga bagaimana
mereka mengharungi insiden tersebut dan bagaimana kehidupan mereka
selepas insiden itu.
4. Mentor membuat rumusan.
Falsafah
1. Setiap peristiwa ada hikmah di sebaliknya.
2. Tabah menerima takdir.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 17778

AM 16 Anda cantik hari ini!

60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Mengetahui cara memberi komen positif dan komen membina.
2. Mengetahui cara menerima komen.

Langkah-langkah
1. Mentor memuji baju/kasut seorang mentee. Tindakan impulsif mentee

tersebut diperhatikan. Mentee lain diminta memberi ulasan tentang tindakan
mentor dan mentee tadi.
2. Mentee secara bergilir diminta untuk memuji seorang rakan dan rakan
tersebut diminta menjawab pujian tersebut.
3. Mentor memaklumkan bahawa pujian boleh diberikan pada semua dan
memaklumkan cara yang betul untuk menerima pujian tersebut.
4. Mentor mengajar dan memberi contoh cara memberi komen yang membina.
5. Mentee diminta memberi komen yang membina kepada rakan tentang
pakaian mereka pada hari tersebut. Mentee membalas komen membina yang
diberikan.
6. Mentor membuat rumusan bahawa memberi komen secara positif
mahupun negatif tetap mempunyai cara dan adab tersendiri. Elakkan
menyinggung perasaan orang yang diberi komen.

Falsafah

1. Puji yang baik, tegur yang salah.
2. Berpada-pada dalam memberi pujian dan kritikan.

178 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 179

AM 17 Ikhtiar

60 minit
Alatan : Gula-gula ”marshmellow”/telur/maggi, bahan persekitaran
Objektif :
1. Mengetahui kemahiran ikhtiar hidup dalam diri.
2. Mengaplikasi ikhtiar hidup dalam kehidupan.

Langkah-langkah
1. Aktiviti dijalankan di luar bilik kuliah.
2. Mentor meminta mentee membentuk kumpulan berdua/bertiga.
3. Mentee diminta menggunakan sebarang cara atau kaedah untuk memasak

”marshmellow” yang dibekalkan dalam tempoh 30 minit. Kreativiti dan ikhtiar
hidup diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini.
4. Selepas masa tamat, mentor diminta berkumpul semula. Mentor
mengumumkan kumpulan yang berjaya memasak ”mashmellow”.
5. Kumpulan yang berjaya memasak diminta menerangkan bagaimana
mereka menghidupkan api.
6. Mentor memberi ulasan dan pujian atas kejayaan kumpulan.
7. Mentor merumuskan bahawa ikhtiar hidup adalah satu elemen penting dalam
kehidupan. Rasa ingin berjaya dan tidak mahu mengaku kalah dapat
meningkatkan kemahiran ikhtiar hidup.

Falsafah

1. Perlu berusaha untuk berjaya.
2. Pengalaman mengajar erti kehidupan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 17890

AM 18 Pada Mu Tempat ku Mengadu

60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Mengetahui doa-doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan.
2. Memahami silang-budaya yang wujud dalam masyarakat Malaysia.

Langkah-langkah
1. Mentor memulakan sesi dengan bacaan doa.
2. Mentor memberi definisi berdoa. Mentor bertanyakan mentee adakah agama

anutan mereka mengamalkan doa.
3. Mentee menceritakan cara mereka berdoa mengikut agama masing-masing

seperti keperluan alatan, masa dan peristiwa.
4. Mentor meminta mentee membina kumpulan mengikut agama masing-

masing. Kumpulan diminta mencari doa yang diamalkan sebelum makan dan
sebelum belajar.
5. Setiap kumpulan membentangkan doa yang dipilih dan menerangkan
maksud/ terjemahan doa tersebut.
6. Mentor membuat rumusan bahawa berdoa adalah satu elemen penting dalam
kehidupan.

Falsafah

1. Berdoa adalah salah satu usaha dalam kehidupan.
2. Berdoa adalah terapi ketenangan.

180 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 181

AM 19 Mesej ku Terhalang

60 minit
Alatan : Kertas A4, dan pensel
Objektif :
1. Mengenali pelbagai halangan ketika berkomunikasi.
2. Menguasai pelbagai teknik mengatasi halangan komunikasi.
3. Menyedari aspek kejujuran sangat penting ketika berkomuniksai.

Langkah-langkah
1. Semua mentee diminta duduk selesa mengadap mentor bersama

kertas A4 dan pensel.
2. Mentor meminta mentee menutup mata mereka (tanpa kain penekap).

Mentee tidak dibenarkan langsung membuka mata selagi tidak
diarahkan (sebagai latihan kejujuran kepada diri sendiri).
3. Mentor memberi arahan supaya mentee melukis:
� Kotak empat segi sama yang besar di atas kertas A4
� Di dalam kotak tersebut perlu lukiskan:

§ Sebatang pokok kelapa
§ Di bawah pokok tersebut ada dua ekor ayam (1 jantan 1 betina)
§ Di tepi pokok ada sebuah rumah bertangga kayu
§ Di atas rumah ada dua orang makcik sedang berbual
§ Di tangga rumah ada dua ekor kambing
§ Di atas pokok kelapa ada dua tandan buah
§ Di hadapan rumah ada sebatang sungai
§ Di belakang rumah ada bukit
§ Di celah bukit, matahari sedang bersinar
§ Dua ekor burung sedang makan di kaki pokok kelapa
§ Di dalam sungai ada tiga ekor ikan
(Semua dilukis dalam keadaan mata mentee tertutup)
Mentor perlu bijak menggunakan intonasi suara dan unsur kecindan semasa
melakukan aktiviti ini.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 18812

4. Mentor meminta mentee menyatakan apakah yang telah mereka lalui
iaitu berkaitan:
� Perasaan melukis tanpa melihat.
� Tekaan tempat letak objek yang diminta lukis.
� Nilai kesenian dan bakat yang dipunyai walaupun hebat tetapi menjadi
tidak keruan kerana masalah komunikasi.
� Kebimbangan.
� Melawan niat ketidakjujuran terhadap diri sendiri untuk terus menutup
mata walaupun ia sangat mudah dilakukan dan mentor belum tentu
nampak jika membuka mata .

5. Mentor membuat rumusan
� Konflik banyak berpunca daripada masalah komunikasi.
� Daya tindak manusia berbeza terhadap sumber konflik.
� Bersyukur dan hargai apa yang kita ada dan berusaha menjadi insan lebih
baik.

Falsafah
1. Menggunakan deria secara optimum semasa komunikasi.
2. Bakat yang ada perlu dikembangkan secara menyeluruh.

182 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 183

AM 20 Duit!! Duit!!
60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Mengamalkan sikap amanah dalam mengurus kewangan .
2. Memupuk kesedaran integriti dalam diri.

Langkah-langkah
1. Mentee diminta membuat kumpulan kecil.
2. Mentee memberikan isu kewangan dan meminta mentee membincangkannya.

Situasi:
Anda adalah guru penolong kanan di sekolah. Encik Zakaria adalah seorang
pembekal buku dan alat tulis telah menemui anda untuk membekalkan
peralatan di sekolah anda. Encik Zakaria menawarkan pemberian sebanyak
10% dari pesanan barangan sebagai saguhati. Apa yang akan anda lakukan?
Bincangkan.
3. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan.
4. Mentor membuat rumusan dengan membincangkan isu dari sudut
pekeliling kewangan, integriti dan rasuah.
Falsafah
1. Matlamat tidak menghalalkan cara.
2. Integriti amat penting dalam memartabatkan diri dan profesion.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 18834

184 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 185

S 1 Anak kucing

60 minit
Alatan : klip video
Objektif :
1. Memahami konsep menyayangi haiwan.
2. Menanamkan rasa sayang terhadap binatang.

Langkah-langkah
1. Seorang mentee diminta membaca petikan:

“Suatu pagi di Pekan Kundasang ketika Pak Burhan ingin ke tempat kerja, tiba-
tiba melintas seekor anak kucing dihadapan keretanya. Pak Burhan tersentak
lalu memberhentikan keretanya. Anak kucing yang baru pandai berjalan itu
melangkah perlahan-lahan dan terketar-ketar melintas jalan. Beliau sudah
terlambat dan kenderaan juga banyak. Anak kucing itu betul-betul berada di atas
garisan pembahagi jalan”.
2. Mentor boleh menukar aktiviti dengan tayangan video klip yang berkaitan (aktiviti
pilihan).
3. Mentee diminta memberi respon terhadap situasi tersebut.
4. Mentor memproses respon mentee dan menanamkan perasaan sayangkan
binatang.
5. Setiap individu diminta menyatakan binatang yang disukainya atau dipelihara.

Falsafah
1. Bertanggungjawab terhadap binatang.
2. Binatang juga adalah makhluk ciptaan tuhan.
3. Setiap makhluk saling perlu memerlukan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 18856

S 2 Kelasku Syurgaku

60 minit
Alatan : Gambar suasana kelas, kertas sebak, kertas A4
Objektif:
1. Mema hami konsep menyayangi kelas.
2. Menghasilkan kelas yang kondusif.

Langkah-langkah

1. Mentor menunjukkan beberapa gambar mengenai kelas-kelas yang
kondusif dan tidak kondusif

2. Mentee diminta untuk memberi ulasan mengenai gambar-gambar
tersebut.
a. Mentee menyenaraikan perkara yang boleh menjadikan kelas
kondusif
b. Mentee memberi ulasan perkara yang sepatutnya ada dan tidak
dalam kelas.

3. Mentee dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan menghasilkan
lakaran kelas yang kondusif dan berkesan.

4. Setiap kumpulan membentang hasilan.
5. Mentor membuat rumusan.

Falsafah

1. Menjadikan kelas sebagai rumah kedua.
2. Setiap ahli dalam kelas adalah ibarat satu keluarga.
2. Kelas yang kondusif meningkatkan motivasi belajar

186 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 187

S3 Malaysia Bumi Tercinta

60 minit
Alatan : Peta Malaysia, kad nama
Objektif :
1. Menyatakan pengalaman tinggal dalam daerah di Malaysia
2. Menyatakan perasaan cinta terhadap sesuatu tempat di Malaysia.
3. Mempelajari daripada kepelbagaian pengalaman orang lain.

Langkah-langkah

1. Mentor membentangkan peta Malaysia.
2. Mentor mengagihkan kad nama dan meminta mentee menulis nama mereka.
3. Mentor memberi arahan,

“Anda diminta menceritakan tentang hidup anda, negeri mana anda
dibesarkan dan berapa kali anda berpindah. Anda perlu menggerakkan kiub
apabila menceritakan tempat anda menetap. Ceritakan keindahan setiap
tempat yang pernah anda diami serta memori manis ketika berada disana.
4. Mentee diberikan masa selama 5 minit bagi menceritakan hidup mereka.
5. Mentor merumuskan aktiviti.

Falsafah

1. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
2. Dimana bumi di pijak, disitu langit dijunjung.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 18878

S 4 Katakan Tidak

60 minit
Alatan : Papan putih, Kertas A4
Objektif :
1. Menghindari perkara-perkara yang merosakkan diri.
2. Membetulkan kesilapan yang dilakukan.

Langkah-langkah

1. Setiap mentee diberi sehelai kertas dan diminta menyenaraikan tiga perkara
yang boleh merosakkan diri manusia.

2. Setiap mentee diminta menjelaskan perkara yang telah disenaraikan dan
mencatatkan di papan putih.

3. Mentor dan mentee bersama-sama menentukan perkara yang dianggap
paling merosakkan diri. Perkara yang paling banyak dicatatkan dianggap
perkara yang paling merosakkan diri.

4. Mentee berbincang mengenai punca dan cara mengatasi perkara yang
merosakkan itu.

5. Mentor memberikan ulasan dan rumusan.

Falsafah

1. Perkara-perkara yang merosakkan diri perlu dihindari.
2. Sayangi diri anda, anda mampu mengubah.
3. Katakan ’tidak’ kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan diri anda.

188 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 189

S 5 Diriku Hebat

60 minit
Alatan : Gambar manusia hebat, kertas dan alat tulis
Objektif :
1. Mengenali diri dengan melihat anugerah potensi yang diberikan oleh

penciptanya.
2. Menghargai potensi diri yang telah dianugerahkan.

Langkah-langkah
1. Mentor meminta setiap mentee menyebut seseorang yang menjadi idola

mereka.
2. Mentor meminta setiap mentee menyatakan apakah kelebihan dan kehebatan

idola mereka.
3. Mentee diminta membuat perbandingan di antara dirinya dengan idola

mereka. Seterusnya merumuskan potensi diri mereka.
4. Mentor membuat rumusan seperti berikut:

� setiap individu mempunyai potensi yang berbeza.
� menanam rasa syukur di atas anugerah yang dikurniakan.
� menyayangi diri dan orang lain.
� menyayangi pencipta.
5. Mentor menamatkan sesi dengan meminta mentee bersalaman antara satu
sama lain.

Falsafah

1. Setiap manusia perlu menghargai potensi dirinya.
2. Gunakan potensi diri untuk kebaikan diri dan orang lain.
3. Sayangi diri dan orang lain.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 18990

S 6 Keluarga ku Sayang

60 minit
Alatan : Kertas A4, alat tulis dan potret keluarga.
Objektif :
1. Meningkatkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga.
2. Meningkatkan hubungan silaturahim dalam keluarga.

Langkah-langkah
1. Mentee menunjukkan gambar keluarga masing-masing.
2. Mentee disusun duduk mengikut jumlah bilangan adik beradik dari sedikit ke

banyak.
3. Mentee berkongsi cerita, pengalaman dan perasaan sebagai anak dalam

keluarga mereka.
4. Mentee berkongsi cerita mengenai adik beradik yang lain.
5. Mentee juga diminta berkongsi cerita, pengalaman dan perasaan mengenai

ibubapa / datuk nenek mereka sama ada masih hidup atau telah meninggal
dunia.
6. Mentee diminta menyenaraikan sifat/sikap baik yang perlu ada dan sifat/sikap
buruk yang perlu dibuang ketika berinteraksi sesama keluarga.
7. Mentor memberikan ulasan dan rumusan.

Falsafah

1. Menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda.
2. “Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga”
3. “Air dicincang tidak akan putus”

190 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 191

S 7 Haiwan kesayangan ku

60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Menyayangi haiwan.
2. Menyatakan kepentingan haiwan dalam kehidupan manusia.

Langkah-langkah

1. Setiap mentee menyebut sejenis haiwan yang disukainya. Haiwan yang
telah disebut oleh seseorang mentee jika boleh tidak disebut lagi oleh mentee
yang lain.

2. Mentor meminta setiap mentee memberitahu mengapa haiwan itu
disukainya.

3. Mentor membuka perbincangan mengenai kepentingan haiwan kepada
manusia secara umum.

4. Secara berkumpulan mentee diminta menghasilkan karya (pantun, sajak,
lagu, sketsa atau cerita) bertemakan haiwan.

5. Persembahan individu/ kumpulan.
6. Mentor memberikan ulasan dan rumusan.

Falsafah

1. Manusia dan haiwan saling memerlukan antara satu sama lain.
2. Haiwan perlu disayangi.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 19912

S 8 Wacana Pembinaan Negara Bangsa

60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Memahami maksud bangsa merdeka.
2. Mengupas maksud membina bangsa merdeka.

Langkah-langkah
1. Mentor menentukan wacana ilmu: Pembinaan Negara Bangsa Merdeka.
2. Melantik seorang mentee sebagai moderator wacana.
3. Melantik tiga orang ahli panel dari kalangan mentee (ahli panel telah membuat

persediaan awal untuk membincangkan wacana yang diberikan).
4. Wacana berlangsung selama 30 minit dan sesi soal jawab 10 minit.
5. Pada akhir sesi soal jawab, moderator meminta setiap ahli panel membuat

rumusan kecil.

Falsafah

1. Hayatilah erti kemerdekaan.
2. Cinta agama, bangsa dan Negara
3. Jadilah bangsa merdeka.

192 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 193

S 9 Kenali dan Sayangi Jiran Anda
60 minit
Alatan : Kertas dan alat tulis
Objektif :
1. Meningkatkan semangat kejiranan.
2. Memupuk rasa hormat menghormati sesama jiran

Langkah-langkah
1. Mentee dikelompokkan mengikut lokasi kediaman seperti kampung, bandar,

taman perumahan, kondominium dan lain-lain.
2. Mentee menyenaraikan latar belakang anggota masyarakat dari penempatan

mereka mengikut kumpulan dan membentangkan kepada rakan mentee.
3. Setiap kumpulan berkongsi peranan dan pengalaman baik bersama komuniti

kejiranan mereka.
4. Mentor memberikan ulasan dan rumusan tentang semangat kejiranan.
Falsafah
1. Menghormati jiran.
2. Kenali dan sayangi jiran anda.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 19934

S 10 Pelihara Alam Sekitar

60 minit
Alatan : Gambar tempat pembuangan sampah, pembakaran terbuka
Objektif :
1. Memahami konsep menyayangi alam sekitar.
2. Mengamalkan konsep menyayangi alam sekitar.
Langkah-langkah

1. Mentor menunjukkan beberapa gambar mengenai tempat pembuangan
sampah, pembakaran terbuka atau yang berkaitan dengan kerosakan alam
sekitar. Dicadangkan tayangan video klip berkaitan sebagai pilihan.

2. Mentee mengulas mengenai gambar-gambar tersebut dan mentor memimpin
perbincangan ke arah melihat kerosakan dan kesan terhadap alam sekitar.

3. Mentee diminta memberikan cadangan untuk mengurangkan kerosakan
tersebut.

4. Mentee sebagai bakal guru menyenaraikan peranan yang boleh mereka
mainkan untuk mencegah berlakunya kerosakan alam sekitar.

Falsafah

1. Kerosakan alam sekitar berpunca dari tangan manusia sendiri.
2. Sayangi alam sekitar.

194 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 195

S 11 Kad ucapan

60 minit
Alatan : Kad ucapan
Objektif :
1. Menyemai rasa kasih sayang dalam kalangan ahli.
2. Menghargai rakan-rakan.
Langkah-langkah
1. Mentor menyediakan kad ucapan untuk setiap mentee.
2. Mentee menuliskan nama di belakang kad ucapan tersebut.
3. Mentee menyerahkan kad ucapan kepada rakan di sebelah kanan. Setiap

mentee yang menerima kad tersebut dikehendaki mencatat kata-kata hikmah.
4. Aktiviti diulang sehingga setiap ahli telah membuat catatan.
5. Kad ucapan diserahkan semula kepada pemilik.
6. Mentee secara sukarela membaca kad ucapan yang diterima.
7. Mentor membuat rumusan aktiviti.

Falsafah

1. Menghargai rakan-rakan dengan membudayakan pemberian kad ucapan.
2. Amalkan rasa kasih sayang dalam kalangan ahli.
3. Sahabat yang baik umpama wangian kasturi.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 19956

S 12 Jalinan Persahabatan

60 minit
Alatan : Video klip persahabatan, telefon bimbit
Objektif :
1. Memahami konsep menghargai rakan
2. Menyemai nilai berterima kasih kepada rakan-rakan.

Langkah-langkah
1. Mentee menonton klip video yang berkaitan persahabatan. Diikuti

dengan soal jawab berkaitan dengan video.
2. Mentor minta setiap mentee merenung sekitar kelasnya dan memikirkan

siapa di antara rakan sekelasnya yang amat baik padanya.
3. Mentor minta mentee menyatakan sebab dan alasan mereka memilih rakan

berkenaan sebagai rakan baiknya.
4. Mentor membimbing mentee untuk mengucapkan terima kasih atas kesudian

menjadi rakan yang baik sebagai penghargaan kepada mereka.
5. Mentor minta maklumbalas mentee berkenaan aktiviti.
6. Mentee digalakkan menghantar SMS ucapan terima kasih kepada rakan baik.

Falsafah

1. Cubit paha kiri paha kanan terasa juga.
2. Sentiasa memberi ucapan yang baik kepada rakan-rakan.

196 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 197


Click to View FlipBook Version