S 13 Memperbaiki Hubungan Sesama Insan
60 minit
Alatan : Lampiran S13
Objektif :
1. Memahami proses dalam komunikasi.
2. Kemahiran perhubungan komunikasi dengan rakan.
Langkah-langkah
1. Mentee diminta berpasangan sesama jantina.
2. Seorang mentee diminta bercerita apa sahaja tajuk atau perkara yang
menarik di dalam hidupnya kepada pasangan selama 5 – 10 minit. Pasangan
perlu mendengar dengan tekun.
3. Setiap pendengar diminta menceritakan semula cerita rakannya dengan
mengaitkan beberapa aspek berikut:
� Tajuk / cerita yang dibincangkan / mengapa?
� Keselesaan (selesa / tidak) / mengapa?
� Bahasa yang digunakan (sesuai / tidak ) mengapa?
� Tingkah laku / gerak geri bukan lisan (sesuai / tidak) mengapa?
4. Mentor meminta mentee menyatakan ciri-ciri perhubungan baik yang
diperolehi dalam perbincangan tadi.
5. Mentor membuat rumusan – berpandukan kertas edaran.
Falsafah
1. Tidak kenal maka tidak cinta.
2. Sahabat yang baik adalah pendengar yang baik.
3. Kita sangat memerlukan orang lain sebagai pelengkap kebahagiaan hidup.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 19978
LAMPIRAN S13
Cara-cara membina kemesraan.
Panggilan nama Beri penghargaan
Beri galakan Jangan menyusahkan orang lain
Selesa didampingi Elakkan pertengkaran
Perbualan tajuk yang sesuai Sangkaan baik
Berbesar hati Jaga nama baik orang lain
Lihat kebaikan orang lain Bersedia membantu
Pandangan yang baik Bertanya pendapat
Boleh dipercayai Simpati
Hormati orang lain Senyum Selalu
Mendengar Ketawa bersama orang lain
Praktik unsur lucu Jujur
Terlibat dalam komunikasi Akui kesilapan
Kontak mata respon minima
cakap beralas pujian pihak ketiga
impresi pertama jarak sesuai semasa bercakap
198 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 199
S 14 Membina Jalur Gemilang
60 minit
Alatan : Kertas A4, kertas warna merah, kuning dan biru, sampul surat 6”X9”, sebotol
gam, pensel, pembaris dan gunting.
Objektif :
1. Meningkatkan semangat cinta dan kasih sayang kepada negara.
2. Meningkatkan sikap sedia berkorban dan menyumbang.
3. Membina budaya suka memberi daripada menerima.
Langkah-langkah
A. Persediaan Sebelum Aktiviti
1. Mentor menyediakan kertas warna yang dipotong-potong.
Kertas merah dipotong panjang menyamai saiz A4.
Kertas kuning dipotong saiz 4”X4”
Kertas biru dipotong saiz 4”X4”.
2. Mentee akan dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.
Sediakan empat sampul surat.
§ Sampul 1 diisi dengan kertas berwarna merah dan kuning.
§ Sampul 2 dimasukkan satu pensel, satu pembaris dan sebilah gunting.
§ Sampul 3 diisi dengan kertas biru dan botol gam.
§ Sampul 4 dibekalkan sehelai kertas A4 berwarna putih.
3. Setiap sampul dimasukkan dengan arahan umum secara bertulis seperti berikut:
“Anda dikehendaki membina bendera “Jalur Gemilang” dalam masa 30 minit
dengan menggunakan bahan yang dibekalkan dalam sampul surat sahaja”.
B. Persediaan Semasa.
1. Ahli kelompok dibahagi kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan kecil diberi sekeping kertas A4 untuk dijadikan ‘tapak membina
bendera’.
3. Setiap kumpulan diberi satu sampul surat.
4. Setiap kumpulan diminta membuka dan membaca arahan yang diberikan.
5. Mentor menjelaskan beberapa peraturan semasa melaksanakan tugasan:
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 129090
� Tidak dibenarkan berkomunikasi walau dengan apa cara sekalipun.
� Tidak dibenarkan meminta atau mengambil bahan daripada orang lain.
� Jika difikirkan tugasan ini tidak dapat dilaksanakan, sila serah kembali
semua bahan dan peralatan kepada mentor.
C. Persediaan Selepas
1. Mentor mengumpul hasil tugasan yang telah disempurnakan.
2. Mentor dan mentee memproses dan membuat refleksi tentang aktiviti yang di
jalankan.
Falsafah
1. Menerima tugasan sebagai amanah.
2. Prihatin terhadap masalah/keperluan manusia sekeliling.
3. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
200 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 201
S 15 Keluarga Ku Syurga Ku
60 minit
Alatan : Lampiran S15, kertas sebak, marker pen.
Objektif :
1. Memahami konsep hidup berkeluarga/ perkahwinan dan kepentingannya.
2. Mengetahui persediaan dan keperluan sebelum mendirikan rumahtangga.
3. Memahami sifat-sifat mulia seseorang ibu dan bapa dalam melayari
kehidupan rumahtangga.
Langkah-langkah
1. Mentor membina empat stesen beserta bahan edaran (lampiran S15)
� stesen 1 perkahwinan dan kepentingannya.
� stesen 2 isteri mithali.
� stesen 3 suami mithali.
� stesen 4 anak soleh/solehah.
2. Mentee dipecahkan kepada empat kumpulan besar.
3. Dalam masa 10 minit setiap kumpulan diminta melakarkan peta minda I-think
berhubung dengan tajuk setiap stesen.
4. Selepas tamat 10 minit wisel akan dibunyikan dan setiap kumpulan akan
bergerak mengikut arah jam ke stesen berikutnya.
5. Pembentangan dapatan dan rumusan setelah menyerpurnakan tugasan.
Falsafah
1. Pembinaan keluarga bahagia adalah tuntutan agama.
2. Kesempurnaan dan ketenangan hidup manusia wujud dalam hidup berkeluarga.
3. Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 20012
Lampiran S15
KELUARGA BAHAGIA TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan kadar penceraian pasangan Islam dinegara ini
meningkat menjadi 15,549 kes atau 15.3 % daripada 101,070 pasangan yang dinikahkan
pada tahun 2003 berbanding 13741 kes sebelumnya. Pendedahan ini sungguh
mengejutkan ramai pihak sehingga ramai yang memberi pandangan berhubung kes
penceraian yang begitu tinggi itu.
§ Keluarga bahagia menjadi impian setiap pasangan suami isteri dan ibu bapa dalam
kehidupan berumahtangga mereka.
§ Kebahagiaan sesebuah institusi keluarga menjadi asas pembangunan masyarakat
Islam yang harmoni dan eset terpenting ke arah melahirkan sebuah negara yang
aman damai dan sejahtera.
§ Baik buruknya sesebuah masyarakat dan negara adalah terletak kepada baik
buruknya sesebuah keluarga.
§ Oleh sebab itu, Islam merupakan cara hidup yang serba lengkap telah menetapkan
tanggungjawab masing-masing terhadap suami isteri dan ibubapa dalam
melayarkan bahtera kehidupan berkeluarga.
§ Islam mensyariatkan perkahwinan kepada umat manusia agar mereka dapat
menikmati ketenangan jiwa dan kesejahteraan hidup berumahtangga.
§ Islam secara dasarnya menyediakan ramuan-ramuan kebahagiaan yang
semestinya dihias dalam setiap rumahtangga. Maka seseorang lelaki yang
bertindak sebagai suami dan bapa bertanggungjawab dalam meneraju dan
memimpin keluarga kearah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup untuk isteri dan
anak-anak.
§ Seorang suami mengikut perspektif Islam merupakan ketua keluarga dan sekaligus
seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya yang
berada dibawah tanggungannya.
§ Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah melalui hadisnya yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai
kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai
kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai
kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang
diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap
kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)
§ Jelas daripada maksud hadis tersebut, betapa seorang suami memikul amanah dan
tanggungjawab yang cukup berat dalam memastikan keluarganya berada di atas
landasan yang betul. Oleh yang demikian, seorang suami wajib melaksanakan
semua kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam agar keluarga yang dibina akan
terus menjalin hubungan mesra dan mengecapi nikmat kebahagian yang dijanjikan
Allah swt.
§ Antara kewajipan yang penting bagi seorang suami terhadap isterinya ialah dia
hendaklah memelihara isterinya yang bersifat lemah daripada kebinasaan dan
melaksanakan keadilan kepadanya serta memberikan layanan yang terbaik
202 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 203
untuknya kerana isteri itu sebenarnya adalah amanah Allah yang diserahkan
kepadanya
§ Seorang suami bertanggungjawab mendidik isterinya agar menjadi seorang isteri
yang solehah. Dalam proses pendidikan terhadap isteri, maka seorang suami
sewajibnya memberikan pengetahuan dan pendidikan agama dalam hal-hal fardhu
ain dan kifayahdisamping suami sendiri pada hakikatnya adalah menjadi contoh
teladan terbaik buat isterinya.
§ Pentingnya pendidikan agama kepada isterinya supaya isterinya pula bertindak
sebagai tempat dimana suaminya mengadu masalah yang akan merungkai segala
kekusutan yang dialami suaminya.
§ Pentingnya pendidikan agama kepada isterinya supaya isterinya pula bertindak
sebagai tempat di mana suaminya mengadu masalah yang akan merungkai segala
kekusutan yang dialami suaminya.
§ Disamping itu seorang suami wajib menyempurnakan nafkah perbelanjaan menurut
fikah Islam iaitu perkara-perkara yang wajib ke atas suami untuk keperluan isterinya
daripada aspek makan minumnya, pakaiannya, tempat tinggalnya dan lain-lain lagi.
Menanggung nafkah perbelanjaan sebenarnya adalah tanggungjawab seorang
lelaki sebagaimana firman Allah yang bermaksud “ Hendaklah orang yang
mempunyai kemampuan membelanjakan menurut kemampuannya.” (Surah Al
Talaq, ayat 7)
§ Untuk mencukupkan perbelanjaan tersebut, seseorang suami dituntut agar
berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki menurut cara yang hala untuk
menyara isterinya agar kehidupan mereka berdua terjamin, senang dan diredahi
Allah swt.
§ Janganlah sekali-kali dia terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan perangkap
syaitan yang sentiasa mengintai peluang untuk menyesatkan umat manusia dengan
terjebak dalam perkara yang haram. Islam melarang umatnya mencari rezeki yang
haram seperti menipu, berjudi, menjual arak dan seumpamanya kerana kesannya
kelak sangat buruk akan menimpa dirinya dan keluarganya dikemudian hari.
§ Selain itu suami isteri sama-sama mempunyai hak untuk menikmati pergaulan yang
halal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Suami adalah hak isteri.
Sementara isteri pula adalah hak suami. Oleh itu isteri sememangnya berhak
menikmati apa yang dimiliki suaminya.
§ Tambahan pula melalui perkahwinan dan pergaulan yang hala antara suami dan
isteri memberikan ketenangan jiwa kepada suami isteri disamping memelihara
masyarakat daripada gejala sosial dan memberikan zuriat keturunan yang soleh.
Inilah hikmah yang tersurat dan tersirat melalui perkahwinan selari dengan firman
Allah yang bermaksud:
“dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri berpasang-pasangan (isteri)
dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu anak-anak dan cucu-cicit serta
dikurniakan kepada kamu daripada benda-benda yang baik dan halal”.
Surah Al Nahl ayat 72.
§ Kehadiran cahaya mata dan kehidupan suami isteri akan menjadi satu detik yang
amat bersejarah bagi seseorang lelaki yang bergelar bapa dan juga bagi seorang
wanita yang bergelar ibu. Dari sini semakin banyaklah kewajipan dan
tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang lelaki sebagai bapa pula terhadap
anak-anaknya yang menyerikan lagi suasana rumahtangganya.
§ Dalam konteks ini, Imam Al Ghazali berkata,” sebenarnya berkahwin itu bermakna
jihad. Dan latihan jihad itu mengawal dan mentadbir, menunaikan hak-hak keluarga,
bersabar terhadap karenah dan pekerti isterinya, memimpinnya ke jalan agama,
berjuang mencari rezeki yang halal serta berusaha mendidik anak-anaknya.” Semua
tigas tersebut merupakan kewajipan dan tanggungjawab yang cukup besar bagi
seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 20034
S 16 Keluarga Bahagia Tonggak Kejayaan Anak-anak
60 minit
Alatan : Rangsangan gambar sebuah keluarga, Lampiran S16, kertas A4,
marker pen, LCD
Objektif :
1. Memperincikan ciri-ciri utama pembinaan keluarga bahagia.
2. Memahami konsep kejayaan dan hubungannya dengan keluarga
bahagia.
3. Memahami peranan ibu bapa dalam mendorong kejayaan anak-anak.
Langkah-langkah
1. Mentor memilih 4 orang mentee untuk berfungsi sebagai moderator
forum, dan 3 orang ahli panel. Tajuk forum ialah:
“Kebahagiaan sesebuah institusi keluarga menjadi asas pembangunan
masyarakat”
2. Sesi forum berlangsung selama 30 minit.
3. Sesi soal jawab memberi peluang mentee mengemukakan soalan.
4. Mentor dan mentee membuat rumusan.
Falsafah
1. Keluarga bahagia tonggak kesejahteraan hidup.
2. Keluarga sejahtera, negara berjaya.
3. Pembinaan keluarga adalah tanggungjawab bersama.
204 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 205
Lampiran S16
IBU BAPA MAIN PERANAN TENTUKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK
(Petikan akhbar)
1. Pepatah ada menyebut , di sebalik kejayaan suami sudah tentu berdirinya
seorang isteri. Demikian juga dengan kejayaan yang dikecapi anak-anak, baik
dalam pelajaran mahupun kerjaya sudah tentu ibu bapa.
2. Selain usaha sendiri, dorongan dan doa ibu bapa banyak mempengaruhi
kejayaan mereka.
3. Hakikat ini diakui sendiri para pelajar yang menerima keputusan cemerlang Ujian
Penilaian Sekolah Rendah UPSR dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), betapa ibu
bapa berperanan penting dalam menentukan kecemerlangan mereka dalam
pelajaran
4. Paling manis, kejayaan mereka turut dikongsi ibu bapa yang selama ini
bersekang mata menyediakan segala keperluan bagi memastikan kejayaan anak-
anak.
5. Seorang pelajar menyifatkan apa yang diperolehi hari ini, berkat usaha gigihnya
selama ini di samping dorongan kedua-dua ibu bapa. ”Saya amat berterima kasih
kepada kedua-dua ibu bapa yang banyak membantu saya selama ini, begitu juga
dengan guru-guru sekolah.”
6. Sementara itu, seorang pelajar lagi berkata resipi kejayaannya ialah sentiasa
mendapat sokongan dan kata-kata semangat kedua-dua ibu bapa.
Sesungguhnya merekalah insan yang mempengaruhi kejayaannya selama ini.
7. ”Mereka bukan sahaja ibu bapa, bahkan sahabat yang sentiasa berada di
samping apabila saya memerlukan.” katanya yang mengehadkan waktu belajar
antara tiga hingga lima jam setiap hari.
8. Apa yang paling dikagumi ialah kesungguhan kedua-dua ibu bapanya untuk
sentiasa membantunya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
9. ”Seperti pelajar lain juga saya mempunyai masa bermain serta melaksanakan
tanggungjawab sebagai anak termasuk melakukan kerja-kerja rumah.
Bagaimanapun apabila tiba waktu belajar, ibu bapa mahu saya menumpukan
sepenuh perhatian kepada pelajaran.
10. ”Ibu cukup bermakna dalam diri saya. Saya percaya jika kita berusaha
bersungguh-sungguh sekalipun tanpa doa mereka apa yang kita inginkan tidak
akan tercapai.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 20056
S 17 Kau Cerita Aku Dengar
60 minit
Alatan : Kertas A4, pen atau pensel
Objektif :
1. Mengamalkan sikap berkongsi pengalaman secara jujur dan ikhlas.
2. Menghargai kejujuran dan keterbukaan.
3. Meningkatkan hubungan silatulrahim sesama ahli.
Langkah-langkah
1. Mentee berada dalam satu kumpulan berbentuk bulatan.
2. Setiap mentee secara bergilir-gilir menceritakan kesan dalaman pengalaman
pahit dan manis yang dilalui.
3. Semasa mentee bercerita, semua mentee lain perlu memberi tumpuan dan
perhatian.
4. Selesai perkongsian, mentee lain boleh berkongsi pengalaman yang dilalui
mereka dan kesan dalam kehidupannya.
5. Mentor membuat rumusan di samping pujian atas ketelusan dan keikhlasan
perkongsian pengalaman ahli.
Falsafah
1. Peristiwa masa lalu mendewasakan manusia.
2. Jujur dan ikhlas tunjang kejernihan jiwa.
206 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 207
S 18 Forum: Tanggungjawab Warga Negara Malaysia
60 minit
Alatan : Kertas A4, pen atau pensel.
Objektif :
1. Menghayati dan memahami maksud patriotisme.
2. Menyemai rasa cinta kepada negara.
Langkah-langkah :
1. Mentor menentukan tajuk forum:
“Saya warga negara di bawah peruntukan undang-undang Negara Malaysia.
Sebagai warganegara apakah tanggungjawab/peranan saya terhadap negara”.
2. Melantik seorang mentee sebagai moderator forum.
3. Melantik tiga orang ahli panel dari kalangan mentee (ahli panel telah membuat
persediaan awal untuk membincangkan tajuk forum yang diberikan).
4. Forum dilaksanakan mengikut prosedur.
5. Sesi soal jawab dibuka kepada mentee.
6. Pada akhir sesi pengerusi meminta setiap ahli panel membuat rumusan kecil.
Falsafah
1. Setiap warganegara Malaysia perlu menyayangi negara.
2. Semangat patriotisme perlu bagi setiap warganegara Malaysia.
3. Individu yang berintergriti dan cemerlang pemacu kemajuan negara.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 20078
S 19 Negara ku Tercinta
60 minit
Alatan : Kad manila, marker berwarna.
Objektif :
1. Menyatakan kepentingan cintakan negara.
2. Melahirkan kata-kata yang mencerminkan cintakan negara.
3. Mempertingkatkan semangat patriotisma.
Langkah-langkah
1. Mentee diminta mencipta slogan yang boleh menaikkan semangat patriotisma
dan ditulis dengan jelas pada kad manila.
2. Setiap mentee akan melafazkan slogan mereka.
3. Mentor mencungkil dari mentee maksud yang tersirat daripada slogan tersebut.
4. Mentor mengaitkan aktiviti ini dengan usaha untuk menaikan semangat
patriotisma melalui pengulangan frasa, kata-kata, cogankata melalui lagu dan
lain-lain.
Falsafah
1. Jangan tanya apa yang negara boleh sumbangkan untuk anda tetapi tanyalah
apa yang anda boleh sumbangkan untuk negara.
2. Malaysia bumi tercinta.
208 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 209
S 20 Harum Mekar
60 minit
Alatan : Telefon bimbit, LCD.
Objektif :
1. Menjaga alam semulajadi agar sentiasa indah panorama.
2. Memahami kepentingan amalan bumi hijau.
Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diarahkan untuk mengambil gambar satu jenis bunga
yang ada di persekitaran kampus menggunakan telefon bimbit.
3. Pastikan gambar bunga tidak sama dengan kumpulan yang lain.
4. Paparkan gambar tersebut kepada kelas melalui LCD untuk perkongsian.
5. Nyatakan mengapa anda memilih bunga dengan mengaitkan amalan
kepentingan amalan bumi hijau.
6. Berbincang dan membuat rumusan.
Falsafah
1. Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.
2. Hargailah keindahan alam sekitar.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 20190
210 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 211
H1 Si Buta Sayang
60 minit
Alatan : Kain penutup mata bagi setiap pelajar
Objektif :
1. Membina keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain.
2. Meningkatkan kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain.
Langkah-langkah
1. Mentee diminta berpasangan dan menamakan diri A dan B.
2. Mentee A diberi kain penutup mata untuk menjadi Si Buta, manakala mentee
B menjadi pemandu arah.
3. B dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada Si Buta
sambil berjalan. Si Buta dikehendaki mematuhi arahan rakannya (contoh
arahan: bergerak ke satu lokasi yang ditetapkan).
4. Mentee diminta bertukar peranan.
5. Perbincangan diadakan selepas selesai aktiviti:
§ perasaan mereka semasa menjadi si buta dan pemandu.
§ reaksi-reaksi yang diberi dalam aktiviti ini.
Falsafah
1. Keyakinan diri akan membawa kejayaan.
2. Kepercayaan kepada orang lain akan menimbulkan perasaan selesa dalam
diri.
3. Menghormati dan menghargai kepercayaan dan daya usaha yang diberi oleh
orang lain.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 21112
H2 Emosi Saya - Emosi Dia
60 minit
Alatan :Kertas A4
Objektif :
1. Meluahkan emosinya kepada rakan kumpulan.
2. Menerima luahan emosi orang lain secara rasional
Langkah-langkah
1. Mentee diberi sekeping kertas A4.
2. Mereka diminta menulis lima ayat beremosi yang berkaitan dengan diri sendiri
di atas kertas berkenaan (contoh: Saya sedih setiap kali melihat anak yatim).
3. Setelah selesai setiap mentee dikehendaki membentang dan membacakan
ayat-ayat beremosi pada kumpulan besar.
4. Mentee boleh menjelaskan lebih lanjut maksud ayat-ayat tersebut jika diminta
oleh rakan-rakan.
5. Mentor meminta mentee memberikan Falsafah yang diperolehi daripada
aktiviti di atas.
Falsafah
1. Luahan perasaan mengikut cara yang betul boleh mengurangkan
tekanan.
2. Berempati penting dalam proses perhubungan.
212 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 213
H3 Pengurusan Tekanan
60 minit
Alatan : Kertas A4, pen dan dua buah kotak
Objektif :
1. Meningkatkan pengetahuan mengenai isu-isu yang boleh mengakibatkan
tekanan.
2. Mengetahui tentang keperluan sokongan dan perkongsian dalam
menguruskan tekanan.
Langkah-langkah
1. Mentor meminta ahli untuk menulis peristiwa dalam hidup yang Sedih dan
Gembira dalam masa 15 minit.
2. Kemudian mentor meminta ahli memasukkan kertas luahan tadi ke dalam
kotak berlabel Sedih dan Gembira.
3. Mentor secara rawak memilih satu luahan dari setiap kotak dan membaca
luahan tersebut.
4. Ahli diminta memberi pandangan dan cara menangani bagi luahan yang
Sedih dan memberikan pengukuhan terhadap perkara yang Gembira.
Falsafah
1. Keperluan sokongan dan perkongsian perasaan dapat membantu
mengurangkan tekanan.
2. Meluahkan perasaan dapat meringankan tekanan.
3. Suka dan duka sama dirasa.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 21134
H4 Pengurusan Konflik
60 minit
Alatan : Papan tulis dan pen marker
Objektif :
1. Menyedari punca wujudnya konflik dalam perhubungan manusia.
2. Memahami strategi mengurus konflik.
Langkah-langkah
1. Mentor meminta mentee secara sukarela menceritakan peristiwa dalam hidup,
di mana berlakunya perselisihan, konflik dan akibat daripada peristiwa
tersebut
2. Mentor mencatat senarai konflik dan akibatnya pada papan tulis.
3. Mentor meminta ahli berbincang sebab dan musabab berlakunya konflik.
4. Mentor merumuskan dengan mengemukakan lima sebab asas berlakunya
konflik:
§ Perbezaan sahsiah
§ Perbezaan nilai
§ Perbezaan pendapat
§ Perbezaan matlamat
§ Perbezaan budaya
5. Mentor meminta ahli berbincang dan merancang bagaimana mengurus konflik
yang dihadapi setelah mengetahui punca konflik.
6. Mentor membuat rumusan dengan memberi lima cara bagaimana manusia
bertindak balas terhadap konflik (Lampiran H4).
Falsafah
1. Konflik adalah lumrah dalam kehidupan.
2. Perbincangan bersama dalam menangani konflik.
3. Perkongsian pengalamanan membantu mengurangkan konflik.
.
214 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 215
Lampiran H4
Konflik wujud ketika keperluan, kehendak dan nilai antara dua pihak yang terlibat
bertembung. Akibat pertembungan ini manusia bertindak balas terhadap konflik dengan lima
cara seperti berikut:
Persaingan
Persaingan bercirikan keperluan untuk menang dengan apa-apa cara sekalipun. Hal ini
adalah keadaan menang – kalah(win-lose).
Kolaborasi
Kolaborasi bercirikan kehendak untuk memuaskan hati semua pihak yang terlibat. Hal ini
adalah keadaan menang-menang.
Mengelak
Usaha untuk menolak atau tidak menghiraukan langsung isu tersebut.
Mengalah
Usaha untuk memuaskan hati orang lain dengan mengorbankan keperluan/kehendak diri
sendiri.
Kompromi
Usaha menyelesaikan konflik dengan mencari jalan tengah. Kedua-dua pihak yang terlibat
mencapai kepuasan sederhana dan bukannya kepuasan menyeluruh.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 21156
H5 Bayangan Perasaan
60 minit
Alatan : Set gambar wajah yang menunjukkan 10 jenis perasaan/emosi (Smiley
Face / Emoji).
Objektif :
1. Meningkatkan kepekaan terhadap pelbagai jenis perasaan.
2. Mengenal pasti tekanan perasaan yang dihadapi oleh rakan melalui air muka,
gerak-geri, nada suara dan petunjuk lain.
Langkah-langkah
1. Mentor memilih beberapa mentee.
2. Mentee yang dipilih akan melakonkan emosi berdasarkan kad yang
disediakan tanpa bersuara.
3. Ahli lain diminta meneka emosi yang cuba digambarkan oleh rakan.
4. Aktiviti diteruskan sehingga semua kad emosi diteka dengan betul.
5. Aktiviti boleh diteruskan dengan meminta mentee secara sukarela
melakonkan emosi tanpa suara dan meminta rakan lain meneka.
6. Mentee diminta menyenaraikan emosi-emosi yang telah dikenalpasti dalam
aktiviti tersebut.
7. Mentor mengadakan perbincangan tentang aktiviti yang telah dijalankan.
Falsafah
1. Berhati-hati terhadap tanggapan emosi orang lain tanpa lisan.
2. Emosi selaras dengan bahasa bukan lisan.
216 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 217
H6 Kolaj Emosi
60 minit
Alatan : Kertas lukisan, akhbar/ majalah lama,gunting dan gam
Objektif :
1. Membezakan jenis-jenis emosi.
2. Mengesan punca-punca tercetusnya emosi.
Langkah-langkah
1. Mentor meminta mentee mengeluarkan akhbar atau majalah lama dan
mengenal gambar-gambar yang berkaitan dengan emosi.
2. Mentee diminta menggunting gambar-gambar berkenaan dan menampalnya
pada kertas lukisan.
3. Mentee dikehendaki mencatat jenis emosi yang terlibat pada gambar-gambar
berkenaan.
4. Mentee secara bergilir-gilir menerangkan kolaj emosinya pada rakan
kumpulan. Mentee memberi contoh tentang punca emosi tercetus.
5. Mentor meminta mentee menyatakan Falsafah yang diperolehi daripada
aktiviti di atas.
Falsafah
1. Mengenal wajah-wajah beremosi adalah langkah penting sebelum memahami
emosi seseorang.
2. Memahami emosi seseorang dapat meningkatkan perhubungan.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 21178
H7 Zon Selesa
60 minit
Alatan : Bahan edaran
Objektif :
1. Memahami konsep zon selesa
2. Mengubah paradigma untuk keluar dari zon selesa
Langkah-langkah
1. Mentor menerangkan apa yang dimaksudkan dengan zon selesa (Edaran 1).
2. Mentee diminta mengisi keputusan peperiksaan yang terakhir/terkini dan
aktiviti harian yang biasa dilakukan pada ruangan (A) borang Edaran 2.
3. Mentor menerangkan bahawa aktiviti harian yang dilakukan telah
menghasilkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Oleh itu untuk berjaya
mentee perlu keluar daripada ‘Zon Selesa’nya.
4. Mentee diminta menyusun semula aktiviti harian supaya dapat meningkatkan
lagi pencapaian akademiknya pada ruangan (B) borang Edaran 2.
5. Mentee membuat perbandingan aktiviti harian dalam ruangan A dan B.
6. Mentee menyenaraikan perubahan yang dilakukan untuk mencapai kejayaan.
Falsafah
1. Manusia sangat susah untuk menerima perubahan kecuali adanya kesedaran
kendiri.
2. Untuk keluar daripada zon selesa ia memerlukan masa dan risiko. Keberanian
adalah faktor utama untuk mengubah paradigma.
218 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 219
Lampiran H7
Edaran 1
MEMAHAMI ZON SELESA
Zon Selesa anda adalah suatu keadaan mental di mana anda berasakan bahawa keadaan
anda sekarang adalah selesa dan mencukupi. ANDA RASA CUKUP SELESA.
Kebanyakan manusia tidak suka pada perubahan yang ketara. Mereka tahu dan mahu
berubah tetapi merasakan perubahan adalah susah dan menakutkan.
Emosi negatif utama iaitu ketakutan akan menjadi batu penghalang. Mereka takut hendak
mara ke hadapan kerana memerlukan tenaga, usaha, masa dan komitmen dan risikonya
makin tinggi.
Mereka takut akan:
- cemuhan
- kegagalan
Anda mesti keluar dari zon selesa untuk maju kehadapan.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 21290
Lampiran H7
Edaran 2
Kertas Latihan 1
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TERAKHIR : CGPA .............................
A. AKTIVITI SEMASA B. CADANGAN AKTIVITI BARU
_____________________ Z 05.00-06.00 ____________________
_____________________
_____________________ 06.00-07.00 ____________________
_____________________ O 07.00-08.00 ____________________
_____________________
_____________________ 08.00-09.00 ____________________
_____________________ N 09.00-10.00 ____________________
_____________________
_____________________ 10.00-11.00 ____________________
_____________________ 11.00-12.00 ____________________
_____________________ 12.00-01.00 ____________________
_____________________ S 01.00-02.00 ____________________
_____________________ 02.00-03.00 ____________________
_____________________ E 03.00-04.00 ____________________
_____________________ 04.00-05.00 ____________________
_____________________ L 05.00-06.00 ____________________
_____________________ 06.00-07.00 ____________________
_____________________ E 07.00-08.00 ____________________
_____________________ 08.00-09.00 ____________________
S 09.00-10.00 ____________________
10.00-11.00 ____________________
A 11.00-12.00 ____________________
220 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 221
H8 KaKAK (Pengurusan Konflik)
60 minit
Alatan : Bahan edaran
Objektif :
1. Mengetahui cara menangani konflik dan tekanan
2. Mengubah kepercayaan yang negatif kepada kepercayaan baharu yang
positif / mengubah emosi negatif kepada emosi positif
Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Mentee diberikan penerangan cara menangani konflik/tekanan melalui konsep
’ KaKAK’.
KaKAK
Ka = Kejadian/peristiwa
K= Kepercayaan
A= Akibat
K= Kepercayaan baru/keputusan
3. Setiap kumpulan diberikan satu situasi untuk ditangani melalui konsep
KaKAK (Lampiran H8).
4. Mentee membentangkan hasil perbincangan.
5. Mentee diminta memberi respon dan membuat rumusan bersama.
Contoh:
Emosi Negatif Emosi Positif
(Baharu)
Falsafah
1. Konflik atau tekanan diwujudkan oleh sistem kepercayaan seseorang.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 22212
2. Berfikir secara positif dapat mengatasi konflik/tekanan.
Lampiran H8
Situasi 1
Ibu membeli sepasang baju baru kepada kakak tetapi saya diberikan baju lama kakak.
Situasi 2
Sedang saya memandu kereta di jalan raya, tiba-tiba datang sebuah kereta melintasi kereta
saya dengan lajunya tanpa memberi signal.
Situasi 3
Jawatan saya sama dengan dia, tetapi saya sering diberikan lebih banyak tugas
daripadanya.
Situasi 4
Saya cintakan dia, tetapi dia tidak cintakan saya sebaliknya dia cintakan teman baik saya.
Contoh Penyelesaian KaKAK
Jiran sebelah rumah buat kenduri tetapi saya tidak dijemput.
KEJADIAN KEPERCAYAAN AKIBAT KEPERCAYAAN
KEPERCAYAAN (BARU)
Jiran sebelah Jiran itu sombong, Sedih, menangis, Jiran saya terlupa, tiada
rumah buat bencikan saya, kecil hati, di rumah semasa datang
kenduri tetapi kedekut, berlagak, menyumpah, tidak menjemput. Kad
saya tidak tak guna, tidak mahu menegur, diterbangkan angin,
dijemput. peduli. minta supaya turun doakan kenduri berjalan
hujan lebat, sakit dengan lancar, bagus
hati dendam. duit tak habis.
222 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 223
H9 Ringgit Malaysia
60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Menguruskan kewangan dengan cara yang betul.
2. Membezakan keperluan dan kehendak dalam pengurusan kewangan.
Langkah-langkah
1. Mentor membahagi mentee kepada 2 kumpulan:
Kumpulan 1 : elaun yang diterima adalah mencukupi
Kumpulan 2 : elaun yang diterima tidak mencukupi
2. Setiap mentee membuat akaun perbelanjaan untuk sebulan.
3. Mentor memilih beberapa mentee untuk membentangkan akaun
masing-masing.
4. Mentee yang lain memberi pendapat.
5. Mentee menghasilkan bajet yang praktikal.
Falsafah
1. Pengurusan kewangan yang betul dapat mengelakkan tekanan.
2. Perbelanjaan berhemah jadikan sebagai amalan.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 22234
H10 Topi Saya
60 minit
Alatan : Kad manila
Objektif :
1. Menguji ketahanan diri.
2. Melatih berucap di khalayak ramai.
3. Membina keyakinan diri dan boleh menerima kritikan.
Langkah-langkah
1. Mentor menyediakan lima topi kad manila yang berlabel:
i. Semua tidur – ii. Berbisik-bisiklah – iii. Dengar cakap saya –
iv. Tutup telinga anda – v. Ganggu saya
2. Mentor memilih lima orang mentee dan meminta mereka berpidato. Mentor
mengingatkan mentee yang berpidato meneruskan ucapan walau apa pun
terjadi.
3. Mentor mengingatkan ahli kelompok supaya memberi respon mengikut label
pada topi yang dipakai oleh rakan berucap (Pemidato tidak tahu label pada
topi).
4. Mentor memanggil pemidato bergilir-gilir supaya memberi ceramah selama
tiga minit.
5. Selepas selesai berucap, mentor memberi peluang pemidato menyatakan
perasaan mereka dengan reaksi daripada ahli kelompok.
6. Mentor memberi fokus kepada:
§ Perasaan ataupun reaksi para pelajar apabila tidak dipedulikan
ataupun dihargai.
§ Perasaan ataupun reaksi peserta apabila diberikan perhatian.
§ Menyelami perasaan orang lain sekiranya tidak dihargai ataupun tidak
dipeduli. (Sebagai seorang guru, perlu ada daya tahan diri).
Falsafah Panduan Mentor Mentee IPG 225
224 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee
1. Penghargaan dan perhatian adalah penting dalam komunikasi.
2. Pengucapan yang berkesan mampu menarik minat pendengar.
H11 Kecerdasan Emosi
60 minit
Alatan : Video iklan Petronas, bahan edaran, kertas A4, kertas sebak dan pen marker
Objektif :
1. Memahami konsep dan kepentingan kecerdasan emosi.
2. Memotivasikan diri menuju celik akal berdasarkan kecerdasan emosi.
Langkah-langkah
1. Kertas edaran berkaitan Kecerdasan Emosi (Kompetensi Personal – KP dan
Kompetensi Sosial - KS) diberikan kepada semua kumpulan mentee.
2. Mentor menjelaskan konsep Kecerdasan Emosi.
3. Mentor menayangkan video yang bertemakan konflik. (Contohnya ‘Iklan
Petronas – Burung’ . Kisah konflik kasih sayang ayah kepada anak).
4. Mentor meminta setiap kumpulan berbincang isi kandungan video tersebut
berdasarkan soalan di bawah:
� Apakah yang berlaku?
� Apakah nilai kompetensi sosial?
� Apakah nilai kompetensi personal setiap watak?
� Apakah falsafah yang diperolehi?
5. Mentor membuat rumusan dengan mengaitkan aktiviti ini dengan konsep
Kecerdasan Emosi dan kepentingannya dalam kehidupan.
Falsafah
1. Emosi yang sihat menjana kebahagian diri.
2. Manusia yang paling kuat adalah mereka yang mampu mengendalikan emosi
positif dirinya.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 22256
Lampiran H11
KECERDASAN EMOSI (KOMPETENSI PERSONAL - KOMPETENSI SOSIAL)
Emotional intelligence refers to:
`The capacity for recognizing our own feelings and those of others, for motivating ourselves,
and for managing emotions well in ourselves and in our relationships’ Daniel Goleman,
Working with Emotional Intelligence (2001)
Emotional Intelligence allows us to think more creatively and to use our emotions to solve
problems. Emotional Intelligence probably overlaps to some extent with general
intelligence.The emotionally intelligent person is skilled in four areas: Identifying emotions,
using emotions, understanding emotions, and regulating emotions.
According to Mayer and Salovey (1993):
Personal Competence Social Competence
Self Awareness Empathy
(of internal states, preferences, resources, (awareness of others feelings, needs, and
and intuitions) concerns)
Self Regulation Social Skills
(of internal states, impulses, and (adept at inducing desireable responses in
resources) others)
Motivation
(tendencies that facilitate reaching goals)
226 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 227
H12 Mengumpulkan Khazanah Diri
60 minit
Alatan :
Objektif :
1. Mewujudkan kerjasama dan bertolak ansur.
2. Menimbulkan daya saing dalam melaksanakan aktiviti.
3. Menanamkan nilai murni seperti sabar dan berfikiran positif.
Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada kumpulan kecil.
2. Mentee diberi taklimat tentang peraturan aktiviti.
3. Peraturan aktiviti adalah;
� Mentor menyebut senarai alatan yang perlu dikumpulkan.
� Contoh item :
� Sekeping gambar ibu bapa, gincu, sikat, tanda nama, gambar kawan/
adik-beradik, kerongsang, kamera, syiling 30 sen, bedak, tali leher,
telefon bimbit, cermin mata, stapler, tali pinggang pembaris, dompet,
jarum, benang, ubat, kalendar diari, RM 100.25 dan apa sahaja yang
sesuai.
� Mentee tidak dibenarkan mencatat item yang disebutkan.
4. Mentee mengumpulkan item dalam masa 10 minit.
5. Setiap kumpulan dikehendaki menunjukkan kepada kumpulan lain item yang
telah dikumpulkan.
6. Kumpulan yang tidak berjaya mengumpulkan melebihi 25 item akan didenda.
(Denda hendaklah yang boleh merapatkan perhubungan: bersalaman,
menggunakan perkataan sayang kepada kawan-kawan, senyum selama dua
minit, lakonan ringkas contohnya memujuk kawan yang sedang merajuk dan
lain-lain.)
7. Mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 22278
Falsafah
1. Tekanan boleh meningkatkan daya kreativiti dan produktiviti.
2. Tekanan dapat mewujudkan kesan positif jika diuruskan dengan betul.
H13 Kesihatan Mental
60 minit
Alatan : Komputer dengan capaian internet / klip video
Objektif :
1. Mengetahui konsep kesihatan mental
2. Menyedari kepentingan menjaga kesihatan mental.
3. Mengetahui teknik menjaga kesihatan mental
Langkah-langkah
1. Mentor menyatakan bahawa kesihatan mental adalah berbeza dengan sakit
mental.
2. Mentee dibahagikan kepada kumpulan kecil.
3. Mentee diminta mencari maklumat tentang kesihatan mental dari internet.
4. Mentee membincangkan teknik menjaga kesihatan mental.
5. Mentor membuat rumusan.
Falsafah
1. Tiada harta yang lebih berharga melainkan kesihatan mental.
2. Mental sihat jiwa tenteram.
228 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 229
H14 Penjagaan Bau Badan
60 minit
Alatan : Video dari ‘youtube’ tentang bau badan, LCD
Objektif :
1. Mengetahui badan juga mengeluarkan bau.
2. Menyedari bau badan boleh menyebabkan ketidakselesaan orang lain.
3. Mengetahui pelbagai kaedah untuk mengawal bau badan.
Langkah-langkah
1. Mentor menayangkan video iklan bau badan.
2. Mentee membincangkan isu yang dipaparkan dalam tayangan video.
3. Mentee membincangkan pengalaman mereka berhadapan dengan individu
yang mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan.
4. Mentee membincangkan kaedah untuk mengawal bau badan (nama produk,
cara pemakaian dan sebagainya.
5. Mentor membuat rumusan perbincangan.
Falsafah
1. Perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.
2. Kebersihan itu sebahagian dari iman.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 22390
H15 Wajah Yang Menawan
60 minit
Alatan : video dari ‘youtube’ tentang penjagaan kulit wajah, LCD
Objektif :
1. Mengetahui kepentingan menjaga kulit wajah.
2. Menyedari penjagaan kulit wajah boleh menyebabkan peningkatan
keyakinan diri.
3. Mengetahui pelbagai kaedah untuk menjaga kulit wajah.
Langkah-langkah
1. Mentor menayangkan video penjagaan kulit wajah.
2. Mentee membincangkan isu yang dipaparkan dalam tayangan video.
3. Mentee berkongsi idea kaedah untuk menjaga kulit wajah. (nama
produk, cara pemakaian dsbnya).
4. Mentor membuat rumusan perbincangan.
Falsafah
1. Wajah yang bersih dan menawan mampu menyenangkan hati
orang yang melihatnya.
2. Wajah yang menawan meningkatkan keyakinan diri.
230 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 231
H16 Hindari Gaya Hidup Tidak Sihat
60 minit
Alatan : Komputer, gajet, smart phone
Objektif :
1. Memahami gaya hidup tidak sihat.
2. Mengetahui cara-cara untuk menghindari gaya hidup tidak sihat.
Langkah-langkah
1. Mentor menerangkan bahawa terdapat juga gaya hidup tidak sihat dalam
kehidupan seharian.
2. Mentee dibahagikan kepada kumpulan kecil.
3. Mentee diminta mencari maklumat tentang gaya hidup tidak sihat dari internet.
4. Mentee membentangkan dapatan yang mereka perolehi dari carian.
5. Mentee berkongsi idea bagaimana cara menghindari gaya hidup tidak sihat.
6. Mentor membuat rumusan.
Falsafah
1. Hargailah kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.
2. Hindari cara hidup yang tidak sihat.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 23312
H17 Jantungku
60 minit
Alatan : Bahan bacaan, klip video berkaitan penjagaan jantung,BP monitor
Objektif :
1. Menyedari kepentingan menjaga kesihatan jantung.
2. Mengetahui kadar denyutan jantung yang ideal.
Langkah-langkah
1. Mentor menayangkan klip video berkaitan jantung manusia.
2. Mentee berbincang tentang cara-cara penjagaan jantung berdasarkan klip
video / bahan bacaan.
3. Setiap mentee mengukur bilangan denyutan jantung dan tekanan darah
dengan menggunakan alat BP monitor.
4. Menyenaraikan aktiviti yang sesuai dan tidak sesuai untuk kesihatan jantung.
5. Mentor membuat rumusan.
Falsafah
1. Amalan beriadah boleh menyihatkan tubuh badan.
2. Sayangi jantung anda.
232 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 233
H18 Kolestrol
60 minit
Alatan : Kertas pendua, komputer riba
Objektif :
1. Mengetahui diet pemakanan seimbang.
2. Memahami kesan buruk akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang.
3. Memahami konsep dan bahaya kolestrol.
Langkah-langkah
1. Mentor membahagikan mentee kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Mentee mengarahkan mentee untuk mengakses bahan berkaitan kolestrol
dan makanan seimbang dalam talian internet dan bahan bacaan.
3. Mentee mengelompokkan jenis-jenis makanan mengikut kategori.
4. Mentor dan mentee berbincang mengenai amalan makanan seimbang.
Falsafah
1. Tiada kolestrol tiada penyakit.
2. Amalkan permakanan seimbang dan berkualiti.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 23334
H19 Senamrobik
60 minit
Alatan : Radio, cd lagu
Objektif :
1. Mengetahui langkah-langkah menjalankan senamrobik.
2. Mengamalkan cara hidup yang sihat.
Langkah-langkah
1. Mentor memilih seorang mentee untuk mengetuai senamrobik.
2. Menjalankan aktiviti senamrobik mengikut langkah yang betul.
3. Mentee berbincang mengenai aktiviti yang boleh dijalankan di kampus selain
senamrobik.
4. Mentor dan mentee membuat rumusan aktiviti.
Falsafah
1. Amalkan gaya hidup sihat
2. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
234 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 235
H20 Dietku
60 minit
Alatan : Lampiran H20
Objektif :
1. Mengamalkan pemakanan yang sihat.
2. Mengetahui kepentingan menjaga kesihatan.
3. Mengawal pemakanan yang seimbang.
Langkah-langkah
1. Setiap mentee menyenaraikan jenis-jenis makanan yang diambil pada waktu
pagi, tengah hari, petang dan malam dalam tempoh 3 hari yang lalu.
2. Buat perbandingan menu makanan anda dengan rakan-rakan
yang lain.
3. Buat perbandingan pemakanan anda dengan piramid makanan yang
dicadangkan seperti lampiran H20.
4. Mentee membuat refleksi tentang amalan pemakanan setiap hari sama ada
menepati piramid makanan.
5. Seterusnya ukur berat badan BMI berdasarkan formula pada lampiran H20.
6. Mentor dan mentee berbincang penyakit-penyakit akibat daripada
pengambilan makanan yang tidak terkawal.
Falsafah
1. Sentiasa mengambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
2. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 23356
Lampiran H20
Formula Metric BMI
The metric BMI formula accepts weight measurements in kilograms & height measurements
in Either cm's or meters.
1 meter = 100cms
meters² = meters , meters
Metric BMI Formula
Calculate BMI & Find Weight Status weight in kilograms
BMI = ( kg/m² ) height in meters²
Table: BMI Weight Status Categories
BMI Weight Status
Below 18.5 Underweight
18.5 -24.9 Normal
25 - 29.9 Overweight
30 & Above Obese
236 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 237
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 23378
238 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 239
E1 Pilihanku Keputusanku
60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Menyedari pentingnya membuat keputusan yang tepat.
2. Membuat pilihan yang tepat.
Langkah-langkah
1. Mentor mengemukakan permasalahan kepada mentee dan mereka
diminta membuat keputusan untuk memilih satu jawapan.
Contoh: Seorang mentee telah meluahkan perasaan kepada rakannya
menyatakan hasrat untuk berhenti daripada mengikut kursus yang diikutinya
sekarang. Penglibatannya adalah semata-mata untuk memenuhi kehendak
kedua ibubapanya sedangkan hatinya ingin mengikuti kursus lain. Sekiranya
anda berada dii tempat rakan mentee tersebut apakah nasihat anda
kepadanya?
2. Perbincangan Kumpulan:
Kumpulan mentee dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk membincangkan
bagaimana mana mentee tersebut harus meneruskan pengajiannya.
3. Bentang dalam kumpulan.
4. Mentor membuat rumusan hasil perbincangan tersebut.
Falsafah
1. Bijak membuat pilihan dalam kehidupan seharian.
2. Kemahiran membuat keputusan perlu dikuasi dengan berkesan.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 23490
E 2 Membantu Keluarga
60 minit
Alatan : Gambar keluarga mentee, smart phone
Objektif :
1. Memahami peranan ahli dalam keluarga.
2. Mengenal pasti peranan ahli dalam keluarga.
Langkah-langkah
1. Mentee diminta menunjukkan gambar keluarga masing-masing.
2. Mentee memperkenalkan ahli keluarga yang terdapat dalam gambar dan
menjelaskan peranan mereka.
3. Mentee mengenalpasti peranannya dalam keluarga.
4. Mentor membuat rumusan dengan meminta mentee menyatakan
perancangan mereka untuk membantu keluarga masing-masing.
5. Setiap ahli menghantar pesanan ringkas ucapan terima kasih kepada ahli
keluarga.
Falsafah
1. Setiap ahli perlu membantu keluarga mereka mengikut kemampuan.
2. Peranan setiap ahli tidak sama tetapi tetap penting.
240 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 241
E 3 Keindahan Kampusku
60 minit
Alatan : Kamera, LCD, telefon bimbit
Objektif :
1. Memberi peluang menghayati keindahan alam dalam bentuk fotografi.
2. Menghayati keindahan foto sebagai teknik terapi.
Langkah-langkah
1. Mentee diberi arahan awal untuk membawa bersama kamera. Kamera di
telefon bimbit juga boleh digunakan.
2. Mentee diminta mengambil gambar keindahan kampus. Mentee bebas
bergerak ke seluruh kawasan kampus.
3. Mentee diminta memilih satu foto yang menarik.
4. Mentee memberi ulasan tentang keindahan foto pilihan mereka.
5. Mentee membuat rumusan perbincangan.
Falsafah
1. Keindahan alam tidak semestinya wujud di tempat pelancongan, keindahan
sebenar berada di sekeliling kita.
2. Manusia suka melihat sesuatu yang menarik.
3. Keindahan alam membawa ketenangan.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 24412
E 4 Aku Tahu Aku Buat
60 minit
Alatan : Kertas sebak, Kertas A4
Objektif :
1. Mengetahui konsep peranan dan tanggungjawab.
2. Mengkategori peranan dan tanggungjawab.
Langkah-langkah
1. Bincang mengenai definisi peranan dan tanggungjawab.
2. Setiap mentee diminta menyenarai tiga (3) peranan dan tiga (3)
tanggungjawab diri di atas kertas A4.
3. Setiap mentee secara bergilir membacakan 3 peranan dan 3
tanggungjawab. Jawapan yang sama tidak diulang lagi.
4. Seorang jurutulis dilantik untuk mencatat semua peranan dan
tanggungjawab di atas kertas.
5. Kumpulan diminta mengkategori peranan dan tanggungjawab.
Contoh peranan:
Pengajar/Fasilitator/Jurulatih/Pengerusi/Pembimbing/
Perancang/ Pelaksana/Pengawal/Penilai
Contoh tanggungjawab:
Tanggungjawab terhadap diri/ Tanggungjawab murid/
Tanggungjawab rakan/ Tanggungjawab sekolah atau institut/
Tanggungjawab masyarakat/ Tanggungjawab terhadap agama.
Falsafah
1. Setiap individu mempunyai peranan dan tanggungjawab.
2. Peranan dan tanggungjawab itu perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.
242 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 243
E5 Kesantunan/Adab Berguru
60 minit
Alatan : Bahan Edaran (Lampiran E5)
Objektif :
1. Menyenaraikan perlakuan beradab kepada guru.
2. Mengamalkan adab berguru.
Langkah-langkah
1. Duduk dalam bulatan besar.
2. Diberikan edaran untuk dibaca dan dibuat bahan perbincangan
3. Memulakan perbincangan.
4. Menyenaraikan perlakuan beradab kepada guru.
5. Mensimulasikan adab-adab berguru sebagaimana yang telah disenaraikan.
Falsafah
1. Mentee perlu menghormati dan mengamalkan tingkah laku beradab terhadap
mentor dan warga kampus.
2. Hubungan sihat antara sesama manusia perlu ada batas pergaulan dan
peradaban kesantunan.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 24434
Lampiran E5
PENGERTIAN ADAB BERGURU
Guru ialah golongan kedua selepas ibu bapa. Guru bertanggungjawab membentuk generasi
yang beriman, berilmu pengetahuan, berketerampilan, berwawasan dan berakhlak mulia.
Panduan adab berguru ialah: berwuduk, berdoa dan menghormati guru.
CARA BERADAB DENGAN GURU
Mentee yang beradab dengan guru sentiasa mematuhi dan menghormati gurunya. Manakala
mentee yang tidak sopan tidak akan menghormati dan mematuhi arahan guru.
AKIBAT DERHAKA KEPADA GURU
§ Tidak bermoral dan rendah budi pekerti.
§ ketinggalan dalam bidang menteean.
§ Susah memahami dan mengingati ajaran guru.
Mentee yang beradab Mentee yang kurang beradab
1. Memberi salam apabila 1.Tidak memberi salam apabila
bertemu.
bertemu
2. Bercakap dengan sopan.
2. Bercakap dengan kasar.
3. Menolong guru dgn ikhlas. 3. Tidak ikhlas menolong guru.
CARA MENGENANG JASA GURU
§ menghormati guru sepanjang masa.
§ Mendoakan kebaikan dan kebajikan.
§ Mengeratkan hubungan sillaturahim walaupun telah tamat pengajian.
HIKMAH MENGHORMATI GURU
§ Memperoleh ilmu yang diberkati Allah s.w.t.
§ Dikurniakan taufik dan hidayah.
§ Dihormati dan dikasihi masyarakat.
244 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 245
E6 Bina Keluarga Bahagia
60 minit
Alatan : Kertas A4, pensil, poster atau gambar perkahwinan orang Melayu, Cina &
India
Objektif :
1. Membandingkan adab pergaulan yang positif dan negatif dalam
keluarga pelbagai etnik.
2. Menjaga hak dan keselamatan individu melalui ikatan perkahwinan.
Langkah-langkah
1. Mentor menunjukan poster perkahwinan orang Melayu, Cina dan India atau
bangsa-bangsa lain yang terdapat di Malaysia. Mentee diminta menceritakan
majlis perkahwinan yang pernah mereka hadiri.
2. Perbincangan; Mentee diminta menjelaskan mengapa perlu ada batasan
pergaulan dan ikatan perkahwinan dalam kehidupan manusia.
3. Rumusan- Mentor menjelaskan tentang keperluan batasan pergaulan dan
ikatan perkahwinan dalam institusi kekeluargaan menurut perspektif agama
dan adat.
Falsafah
1. Institusi kekeluarga melalui perkahwinan perlu dijaga dan
dipertahankan.
2. Adab pergaulan dalam masyarakat perlu ada batasan
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 24456
E7 Kesempurnaan Kendiri
60 minit
Alatan : Gambarajah piramid (Lampiran E7)
Objektif :
1. Mengetahui keutamaan asas dalam kehidupan seorang manusia.
2. Meningkatkan keperluan diri untuk bergerak ke arah kesempurnaan kendiri.
Langkah-langkah
1. Mentee berbincang mengenai keutamaan dalam hidup.
2. Mentee mengisi ruang kosong dalam carta keperluan mengikut pandangan
teori Maslow.
3. Mentor membuat rumusan dengan menerangkan secara lebih lanjut tentang
teori Maslow.
Falsafah
1. Individu perlu mengutamakan kesempurnaan diri dalam hidup.
2. Manusia normal akan bergerak ke arah kehidupan yang lebih sempurna.
246 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 247