The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erniekho, 2021-09-08 21:12:42

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

01 buku panduan pelaksanaan program mentor mentee

Lampiran K1
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 978

K2 Sub-Concious Power

60 minit
Alatan : Muzik dan lagu bertemakan kesedaran kendiri.
Objektif :
1. Mengetahui dan mengikuti perkembangan isu-isu semasa.
2. Mewujudkan celik akal dan kesedaran kendiri.
3. Menghayati dan mengamalkan sifat-sifat positif dalam diri.

Langkah-langkah

1. Mentor memainkan muzik instrumental rentak perlahan (pilihan).
2. Mentor bertanyakan khabar kepada beberapa mentee dalam versi Inggeris, How

are you today? Kebanyakan akan menjawab “I’m Fine”, “I’m Well”, “I’m OK” dan
sebagainya.
3. Mentor meminta mentee menjawab dengan jawapan yang lebih mantap dan lebih
hebat dari orang biasa iaitu ungkapan “FANTASTIC” dengan lantang.
4. Selepas itu mentor meminta mentee bersalaman seberapa ramai rakan sambil
bertanya ”How are you today” dan minta rakan menjawab “FANTASTIC”. Biar
aktiviti berjalan selama 3 hingga 4 minit.
5. Mentor bertanya kepada mentee berkaitan isu-isu semasa.
6. Setelah itu mentor menerangkan konsep Shaker. (LampiranK2).
7. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan hebat, mentor menggalakkan
semua mentee untuk menjadi golongan SHAKER.

Falsafah

1. Mengetahui dan mengikuti perkembangan isu-isu semasa.
2. Mengwujudkan celik akal dan kesedaran kendiri.
3. Menghayati dan mengamalkan sifat-sifat positif dalam diri.

98 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 99

Lampiran K2

KONSEP SHAKER

Shaker - orang yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa sehingga mengetahui
apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku serta tahu mengambil
keputusan dan bertindak dengan betul dan tepat.

Shakee - orang yang sentiasa menanti dan menerima sahaja apa yang berlaku tanpa
ada usaha untuk bertindak aktif dan mengambil bahagian.

Shake What - orang yang tidak berapa ambil peduli apa yang berlaku dan tidak
mengetahui apa yang sedang terjadi. Mereka terpaksa bertanya dahulu sebelum
dapat melakukan sesuatu atau mengetahui sesuatu isu.

Shake-Shake lah - golongan manusia yang sentiasa mengikut sahaja apa orang lain
lakukan tanpa mengambil tahu apa-apa tentang perkara itu.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 91900

K3 Broken Square

60 minit
Alatan : Kad-kad ‘broken square’, sampul surat
Objektif :
1. Mentee dapat menyelaraskan tanggapan dan tindakan untuk mencapai sesuatu

matlamat.
2. Mentee dapat mewujudkan jaringan yang saling melengkapi.

Langkah-langkah

1. Setiap mentee diberi sampul surat mengandungi cebisan-cebisan kad (seperti
lampiran K3).

2. Mentee diberikan masa selama kira-kira 10 minit untuk menyiapkan tugasan.
3. Mentee dikehendaki berhenti, tanpa mengambil kira sama ada tugasan siap atau

tidak.
4. Mentee mempamerkan hasil tugasan.
5. Mentee diminta memberi maklum balas berkaitan tugasan yang diberikan.
6. Mentor meminta mentee memberi pendapat dan pandangan mengenai faktor

kejayaan atau kegagalan mereka.
Tajuk Perbincangan:

� Adakah anda patuh pada arahan?
� Apakah perasaan anda semasa melaksanakan tugas ?
� Kenapa boleh berjaya/gagal dalam menyiapkan tugasan?

Falsafah
1. Bijak mengurus masa.
2. Ketajaman minda mengenal pasti keperluan.
3. Kesediaan berkongsi dan bekerjasama untuk mencapai matlamat.

100 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 101

Lampiran K3

EDARAN 1
Contoh Kad Broken Square
(setiap mentee dibekalkan dengan 2 set ‘broken square’)

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 10012

K4 Bersatu Kita Teguh

60 minit
Alatan : Wisel
Objektif :
1. Membina kesepakatan dalam melaksanakan sesuatu tugas.
2. Melahirkan semangat kerja berpasukan bagi mencapai satu matlamat.

Langkah-langkah
1. Tentukan garisan permulaan dan garisan penamat (lebih kurang 9 meter).
2. Mentee dikehendaki berdiri di belakang garisan permulaan.
3. Mentee akan bergerak seorang demi seorang dari garisan permulaan ke garisan

penamat dengan gaya yang unik dan tersendiri. Contohnya berjalan dengan
sebelah kaki sahaja, berjalan seperti aksi penguin dan sebagainya.
4. Proses ini diulang secara berpasangan dan berkumpulan. Akhirnya semua ahli
berjalan dengan gaya yang sama ke garisan penamat.
5. Mentor dan mentee membincangkan pengajaran aktiviti ini.
Falsafah
1. Melakukan secara berkumpulan lebih menyeronokkan.
2. Kerja berpasukan lebih cepat berbanding secara individu.

102 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 103

K5 Kapal Karam

60 minit
Alatan : Lampiran K 5
Objektif :
1. Membuat keputusan yang terbaik secara individu dan kolektif.
2. Menggunakan elemen ”consider all factors” (CAF) dalam membuat dan

mempertahankan keputusan.
3. Meyakinkan dan mempengaruhi orang lain dengan keputusannya.

Langkah-langkah

1. Mentor membahagikan mentee kepada tiga kumpulan.
2. Mentor mengedarkan petikan ’Kapal Karam’ kepada mentee.
3. Mentee membaca situasi pada petikan dan berbincang untuk menyelesaikan

permasalahan yang diberikan secara individu dan berkumpulan.
4. Wakil kumpulan diminta membentang hasil keputusan kumpulan masing-

masing.
5. Ketiga-tiga kumpulan itu dibenarkan untuk mempertahankan

keputusan kumpulan mereka dan berhujah dengan kumpulan lain.
6 Kesemua kumpulan itu akhirnya diminta membuat satu keputusan

secara bersama.

Falsafah

1. Setiap permasalahan perlu dihadapi dengan cara yang tenang dan rasional
(hikmah).

2. Utamakan yang utama.
3. Muafakat membawa berkat.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 10034

Lampiran K 5

Kapal Karam

Pada satu hari anda menaiki sebuah kapal peranginan yang cantik. Di dalam kapal
itu terdapat seorang warga tua yang kaya, seorang kanak-kanak, seorang lelaki
buta, seorang peguam, seorang doktor, orang yang alim, dan seorang perempuan
yang sangat cantik.

Di tengah perjalanan, anda dikejutkan dengan satu gegaran yang kuat. Anda
mendapat tahu kapal itu telah terlanggar sebuah kubah ais yang sangat besar dan
kapal itu akan karam.

Terdapat hanya sebuah sampan kecil yang boleh memuatkan tiga penumpang
sahaja. Kesemua penumpang merayu-rayu dan menangis supaya mereka
diselamatkan. Semua penumpang berjanji akan memberikan sesuatu yang amat
bernilai jika mereka diselamatkan.

Sekiranya anda seorang nakhoda,

i. Apakah tindakan anda untuk menyelamatkan diri?
ii. Siapakah yang akan anda selamatkan dahulu?
iii. Kenapakah anda membuat keputusan itu?
iv. Adakah anda akan tuntut janji penumpang yang diselamatkan?

104 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 105

K6 Bulatan Kerusi Manusia

60 minit
Alatan : Jam Randik (stopwatch)
Objektif :
1. Menyerlahkan semangat berpasukan.
2. Menanam semangat saling percaya mempercayai.

Langkah-langkah

1. Mentee membentuk bulatan yang besar dan berdiri seberapa rapat yang boleh.
Asingkan kumpulan mentee lelaki dan perempuan.

2. Mentor mengarahkan semua mentee dalam bulatan itu berpusing ke kanan.
3. Setiap mentee dikehendaki menyediakan kerusi untuk rakan mereka yang berada

di depan mereka dengan menggunakan kaki bahagian lutut sebagai kerusi.
Setiap mentee akan mempunyai sebuah kerusi yang disediakan oleh rakan-rakan
mereka.
4. Mentor memberi arahan supaya duduk atas kerusi manusia itu dan terus
bertahan sehingga tutor memberikan arahan berhenti. Ambil masa mungkin 10 –
15 minit. Lebih lama mereka boleh bertahan lebih baik lagi, untuk menguji
kesetiaan dan daya tahan individu dan pasukan.
5. Mentor dan mentee membuat refleksi aktiviti yang dijalankan.

Falsafah
1. Memberi kesedaran tentang kepentingan sumbangan setiap ahli.
2. Sesuatu pasukan memerlukan kepercayaan yang tinggi di kalangan ahli.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 10056

K7 Semangat Berpasukan

60 minit
Alatan : Kad Manila / kertas lukisan / kertas sebak ( 3 keping untuk satu kumpulan),

pen marker, paku tekan dan masking tape.
Objektif :
1. Memupuk semangat kerjasama dalam kerja pasukan.
2. Merancang pembahagian tugas secara adil.
3. Bersedia menerima semua pandangan dan pendapat.

Langkah-langkah

1. Mentee membentuk 3 kumpulan.
2. Mentor mengedarkan keratan kertas yang mengandungi arahan dan meminta

setiap kumpulan berbincang dan melaksanakan tugasan yang diberi.
Arahan:
“Selaku ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar institut, anda telah diberi
peruntukan wang sebanyak RM3,000.00 untuk satu program meningkatkan
profesionalisme guru-guru pelatih”. Sediakan satu perancangan lengkap bagi
menjayakan program tersebut.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan perancangan program masing-
masing.
4. Kumpulan lain dikehendaki memberi komen kekuatan dan kelemahan
perancangan.
5. Kumpulan yang membentangkan hasilan perlu mempertahankan perancangan
program.

Falsafah

1. Kerjasama ahli dalam kumpulan penting.
2. Boleh menerima dan memberi teguran.

106 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 107

K8 Jalur Gemilang

60 minit
Alatan : Kertas berwarna kuning, biru dan merah, kertas A4, gam dan gunting.
Objektif :
1. Mematuhi dan menghayati peraturan.
2. Menyiapkan Jalur Gemilang.
3. Membina semangat patriotik.

Langkah-langkah

1. Mentee dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sehelai kertas A4 dan bahan tambahan yang

berbeza seperti berikut: Kumpulan 1(kertas warna kuning), Kumpulan 2 (kertas
warna biru), Kumpulan 3 (kertas warna merah), Kumpulan 4 (gam), Kumpulan 5
(gunting).
3. Semua kumpulan diminta menyiapkan sebuah bendera Jalur Gemilang dengan
menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan.
4. Mentor memerhati dan mencatat tingkah laku mentee semasa proses aktiviti
berjalan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:

� Reaksi mentee.
� Sikap ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
� Interaksi dalam kumpulan dan antara kumpulan.
5. Mentee membentangkan hasil kumpulan masing-masing.
6. Mentor membuat ulasan berdasarkan pemerhatian pada langkah 4.
7. Mentor dan mentee sama-sama menyanyi dan menghayati lagu Negaraku / Jalur
Gemilang.

Falsafah
1. Menghayati prinsip Rukun Negara.
2. Tanamkan semangat patriotik.
3. Jalur Gemilang sebagai lambang cintakan tanah air.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 10078

K9 Aku Seorang Pemimpin
60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan yang baik
2. Menyenaraikan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan
Langkah-langkah
1. Mentor memilih beberapa mentee untuk memberi ceramah secara spontan bertajuk
“Ciri-ciri kepimpinan”.
2. Mentor dan mentee membincangkan isi-isi penting yang telah disampaikan oleh
‘penceramah’.
3. Mentee menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang baik.
Falsafah
1. Pendidik perlu memiliki ciri-ciri kepemimpinan.
2. Sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

108 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 109

K10 Pohon Ku

60 minit
Alatan : Kertas A4 / Kertas sebak, pen atau pensel.
Objektif :
1. Mengenal potensi diri.
2. Menerima teguran.
3. Memahami keperluan orang lain.

Langkah-langkah

1. Mentee diminta melukis pokok yang paling disukainya secara individu.

2. Mentor memberi markah kepada pokok yang dilukis oleh mentee berdasarkan

kategori yang dinyatakan

� Pohonnya rendang – 10 markah

� Bunganya berbau harum – 10 markah

� Buahnya boleh dimakan – 10 markah

� Berdaun lebat – 10 markah

Markah penuh 40 markah

3. Jumlahkan markah keseluruhan yang diperolehi.
4. Sekiranya markah yang diperolehi kurang dari 20 markah, mentor meminta ahli lain

memberi pandangan ke arah memperbaiki hasilan tersebut.

Falsafah

1. Perkongsian pandangan dalam mencapai matlamat menjadi nilai tambah
mematangkan manusia.

2. Bersikap terbuka dalam menerima pandangan orang lain.
3. Dalam diri yang kecil ada alam yang lebih besar.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 10190

K11 Maafkan Daku

60 minit
Alatan : Kertas A 4 dan alat tulis
Objektif :
1. Membina sikap pemaaf dan bersedia meminta maaf.
2. Menghormati dan mengasihi ibu bapa dan saudara yang terdekat.
3. Sedia bekerjasama dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap diri dan orang

lain.
Langkah-langkah

1. Mentee diberikan 3 helai kertas.
2. Mentor meminta mentee menuliskan perkataan ayah pada helaian pertama, ibu

pada helaian kedua dan siapa sahaja yang paling disayanginya pada helaian
ketiga. (watak boleh ditukar kepada individu lain yang sesuai)
3. Mentee diminta membuang salah satu dari tiga helai kertas tanpa diketahui isinya
oleh ahli lain.
4. Pilih mentee untuk menyatakan apa yang telah dibuang. Tanyakan apakah rasional
dia membuang kertas tersebut, dan bagaimana perasaannya serta rasional
mengapa dia tidak membuang kertas yang lain.
5. Minta pandangan dan komen dari ahli yang lain.
6. Lakukan sehingga semua ahli membentangkan kertas yang dibuangnya.

Falsafah
1. Tidak rugi meminta maaf sekiranya kita rasa bersalah.
2. Bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain dalam proses menjaga hubungan

sesama manusia.
3. Sebagai ketua perlu memberikan pencerahan kepada ahli di atas keputusan yang

dibuat.

110 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 111

K12 Membina Objek

60 minit
Alatan : Kertas surat khabar, masking tape, gam
Objektif :
1. Mengenal pasti potensi yang boleh disumbangkan kepada pasukan.
2. Memupuk semangat bekerjasama menghasilkan satu produk berkualiti.
Langkah-langkah

1. Mentee dibahagi kepada 4 kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diminta menggunakan keratan akhbar lama untuk membentuk

komponen anggota badan objek yang diilhamkan oleh mentor. Sebagai contohnya
mentor mengarahkan mentee menyediakan objek harimau.
3. Setiap mentee dalam kumpulan diminta menyediakan komponen tertentu objek
tersebut. Contohnya kepala harimau, kaki, ekor telinga, mulut, taring, bulu kening,
misai dan sebagainya.
4. Seterusnya mentee diminta untuk mencantumkan komponen menjadi objek
lengkap dalam masa yang ditetapkan.

Falsafah
1. Sumbangan setiap ahli adalah amat penting dalam sesebuah organisasi.
2. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab dan perlu komited.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 11112

K 13 Bom! Bom! Bom!

60 minit
Alatan : Muzik latar yang bersesuaian (jika perlu)
Objektif :
1. Membina kejelekitan kumpulan.
2. Menyedari dan peka kepada ancaman.
3. Membina unsur bersatu dalam semua situasi.

Langkah-langkah

1. Ahli dibahagi kepada 4 kumpulan kecil dan namakan kumpulan.
Contoh: Kumpulan Cini Bom, Bera Bom, Kenyir Bom, Banding Bom.

2. Ahli kumpulan diminta menyebut nama kumpulan sendiri tiga kali dan mengebom
mana-mana kumpulan lawan.
Contoh: Cini Bom!, Cini Bom! Cini Bom! Ke Bera Bom! (Sambil menunjukkan ke
arah kumpulan Bera)

3. Kumpulan Bera perlu menyebut dan membalas kembali dengan menyebut “Bera
Bom!, Bera Bom! Bera Bom! dan memberi pula kepada kumpulan lain.
Contoh: Kenyir Bom! Jika gagal menyebut bom yang diberi oleh orang lain,
kumpulan tersebut diisytihar kalah.

4. Aktiviti mengebom diteruskan sehingga jelas kumpulan yang menang dan
kumpulan yang kalah.

5. Mentor membuat rumusan.

Falsafah
1. Perpaduan teras kejayaan pasukan.
2. Bersatu teguh, bercerai roboh.
3. Serumpun bak serai, sesusun bak sirih.

112 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 113

K14 Siapa Hebat

60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Mengesan potensi setiap ahli.
2. Menimbulkan semangat berpasukan.

Langkah-langkah
1. Mentee berada dalam kumpulan berempat/ berlima.
2. Setiap kumpulan memberi nama kumpulan serta melantik ketua dan pencatat.
3. Mentor bertindak sebagai panel hakim memilih juara bagi setiap kategori

pertandingan “Siapa Hebat”.
4. Mentor meminta setiap kumpulan menghantar ahli mereka yang menepati kategori.

Contoh:
� Kategori 1 - kuku paling bersih
� Kategori 2- pakaian paling kemas
� Kategori 3- kasut paling bersih
5. Mentor mengumumkan kumpulan yang menjadi juara.
6. Mentor mengajak ahli menceritakan pengalaman dan perasaan melalui aktiviti yang
dijalankan.

Falsafah
1. Pentingnya mengenal potensi ahli dalam kumpulan.
2. Menghormati dan menghargai potensi orang lain.
3. Setiap individu mempunyai kehebatan masing-masing.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 11134

K15 Kekuatan Pemimpin

60 minit
Alatan : Kertas pendua, marker pen.
Objektif :
1. Meningkatkan kesedaran mentee tentang bidang kuasa yang ada pada seseorang

pemimpin.
2. Menambah pengetahuan tentang bidang kuasa seorang pemimpin.
3. Meningkatkan kebolehan untuk menjadi seorang bakal guru yang berkesan.

Langkah-langkah
1. Bentuk dua kumpulan kecil dan minta mentee berbincang serta menyenaraikan

bidang kuasa yang ada pada seseorang pemimpin.
2. Kedua-dua kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
3. Fasilitator berbincang dan memberi penerangan tentang bidang kuasa yang ada

pada seorang pemimpin (Lampiran K15).
Falsafah
1. Seseorang pemimpin boleh mencetuskan kejayaan.
2. Seorang pemimpin yang berkesan boleh menggunakan bidang kuasa secara bijak.

114 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 115

Lampiran K 15
Bidang Kuasa Seorang Pemimpin (Power Base of A Leader)

1. Kuasa Undang-undang
Kuasa yang dimiliki berdasarkan kuasa perundangan seperti pelantikan seseorang
Ketua Jabatan atau Pengetua. Malah seorang guru yang menjadi pegawai
perkhidmatan mestilah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
Pelantikan yang di bawah kuasa undang-undang membawa kuasa untuk bertindak
seperti kenaikan pangkat, tindakan tatatertib, dan pengawalan kewangan.
Tindakan mesti diambil dalam ruang lingkup kesahihan perundangan.

2. Kuasa Kepakaran (Expertise Power)
Kuasa yang dimiliki oleh seseorang berdasarkan kebolehan dan kepakarannya.
Orang akan datang kepada beliau untuk meminta bantuan menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan kepakarannya. Seorang pelatih mesti mendalami
ilmu pendidikan supaya masyarakat akan merujuk kepadanya untuk
menyelesaikan masalah pendidikan.

3. Kuasa Perhubungan (Connection Power)
Hubungan ini juga dikenali sebagai kontak atau networking. Seseorang yang
mempunyai kawan yang ramai berada di kedudukan serta tempat yang pelbagai
akan dapat membantu menyelesaikan masalah. Kebolehan menganjur sesuatu
aktiviti akan menjadi lebih mudah dengan adanya kawan-kawan dari pelbagai
agensi. Semasa di institut mesti membina perhubungan dengan rakan serta
memupuk perhubungan sehingga berpanjangan secara jangka panjang.

4 Kuasa Maklumat (Study Information Power)
individu yang ada maklumat atau tahu bagaimana untuk memperolehi maklumat
mempunyai kuasa. Maklumat yang tepat akan menghasilkan tindakan yang tepat.
Seseorang guru mesti ada maklumat tentang kemajuan, penemuan baru dalam
pendidikan, maklumat perkhidmatan dan arahan perbendaharaan akan menjadi
seorang guru yang boleh membimbing guru lain serta masyarakat.

5. Kuasa Kewibawaan (Referent Power)

Seseorang yang amat dihormati, dikagumi, disayangi dimana orang lain akan
melakukan kerja semata-mata kerana kewibawaan dan kunggulan peribadi. Siswa
pendidik patut berusaha untuk membina peribadi agar murid-murid dapat
menjadikan guru sebagai model.
6. Kuasa Paksaan (Coercive Power)

Kuasa yang memaksa orang lain mengambil tindakan. Kuasa ini akan hilang
apabila pemimpin itu hilang kedudukan. Kuasa paksaan ini boleh digunakan
semasa kecemasan atau dalam keadaan dimana semua pengikut perlu patuh pada
arahan demi kerana keselamatan.

Sumber: Tannenbaum, Weshler, & Massarik, 1961.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 11156

K16 Semalam, Hari Ini dan Esok

60 minit :

Alatan : Kertas sebak / Kertas pendua,

Objektif :

1. Menyedari perubahan dan perkembangan dalam diri.
2. Mengekspresi perasaan melalui hasil karya.

Langkah-langkah

1. Setiap mentee diminta membuat catatan peristiwa penting yang berlaku dalam
hidupnya.

2. Mentee diminta berkongsi maklumat tersebut dengan ahli.
3. Mentee membuat jangkaan kehidupan pada masa hadapan.
4. Mentee diminta mencipta sajak/ syair/ lirik lagu berkaitan kehidupannya tentang

semalam, hari ini dan esok.
5. Mentee diminta untuk mempersembahkan hasilan mereka.

Falsafah

1. Setiap pemimpin dapat membuat refleksi tentang sejarah kehidupan dan dapat
merancang kehidupan yang lebih baik.

2. Sahsiah diri yanag unggul tonggak pembinaan keluarga cemerlang.

116 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 117

K17 Kemahiran Imaginasi

60 minit

Alatan : Kertas A4, pensel

Objektif :

1. Menggunakan kemahiran imaginasi.

2. Mengkoordinasikan antara imaginasi dengan kemahiran praktikal.

3. Mengikut arahan bagi menjayakan aktiviti.

Langkah-langkah

1. Setiap mentee dibekalkan sebatang pensel dan sehelai kertas A4.
2. Mentor mengarahkan mentee memejamkan mata. Sambil memejamkan

mata, mentee diarah melukis:
� Sebuah kotak empat segi sama (1 markah)
� Di dalam kotak tersebut lukiskan sebatang pohon kelapa (1 markah)
� sebuah rumah kampung di tepi pokok kelapa (1 markah)
� dua ekor ayam di bawah rumah (1 markah)
� sebatang anak sungai di belakang rumah tersebut(1 markah)
� tiga biji buah kelapa di atas pohon kelapa itu (1 markah)
� tiga ekor ikan di dalam sungai (1 markah)
� sebuah sampan ditambat di tepi sungai(1 markah)
3. Mentee diminta membuka mata dan menyerahkan lukisan tersebut kepada rakan
yang ditujukkan.
4. Mentor mempamerkan dan menerangkan arahan seperti langkah 2.
5. Setiap mentee diminta memberi markah dan menyerahkan semula kertas
tersebut kepada tuannya.
6. Mentor dan mentee membuat refleksi.

Falsafah
1. Kebolehan membuat imaginasi merupakan anugerah daripada pencipta dan perlu

disyukuri.
2. Pemimpin perlu jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
3. Pemimpin tanpa ilmu sering sesat jalan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 11178

K18 Tetamu Buta

60 minit
Alatan : Kain penutup mata dan pen
Objektif :
1. Berempati kepada yang kurang bernasib baik.
2. Berkomunikasi dengan berkesan bagi menyampaikan hasrat meminta

bantuan.

Langkah-langkah

1. Mentee membentuk kumpulan 3 orang.
2. Ahli-ahli berperanan sebagai tuan rumah, si buta dan pencatat.
3. Tuan rumah dan si buta diminta melakonkan senario berikut dalam

kumpulan kecil:
”Tetamu buta itu menyatakan hasrat kepada tuan rumah untuk menumpang
bermalam kerana gagal mencari rumah saudaranya, sedangkan hari sudah jauh
malam”.
4. Ahli ketiga berperanan sebagai pemerhati dan pencatat lakonan tersebut.
5. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan lakonan dalam kumpulan

besar beserta ulasan daripada pemerhati.
6. Mentor meminta semua ahli bekerjasama dengan memberikan perhatian

kepada setiap tutur kata dan gerak geri ahli yang memainkan peranan
sebagai tetamu dan tuan rumah.
7. Selepas selesai sesi persembahan, mentor mengaju soalan- soalan berikut
kepada:
7.1 Tuan rumah

ü Apakah peranan yang kamu mainkan?
ü Apakah perasaan kamu semasa memainkan peranan tersebut?
ü Mengapa berperasaan sedemikian?
ü Apakah jawapan si buta yang menyentuh perasaan kamu?
ü Mengapa?

118 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 119

7.2 Si buta
ü Apakah peranan yang kamu mainkan?
ü Apakah perasaan kamu semasa memainkan peranan tersebut?
ü Mengapa berperasaan sedemikian?
ü Apakah jawapan tuan rumah yang menyentuh perasaan kamu?
ü Mengapa?

7.3 Pencatat
ü Apakah peranan yang kamu mainkan?
ü Apakah perasaan kamu semasa memainkan peranan tersebut?
ü Mengapa berperasaan sedemikian?
ü Apakah jawapan tuan rumah yang menyentuh perasaan kamu?
ü Mengapa?
ü Apakah jawapan Si buta yang menyentuh perasaan kamu?
ü Mengapa?

8. Mentor dan mentee membuat refleksi berdasarkan respon watak-watak
yang dilakonkan.

Falsafah
1 Seorang pemimpin perlu mempunyai perasaan empati.
2 Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.
3 Tidak perlu merasa malu untuk meminta bantuan orang lain.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 11290

K19 Pemandu Arah

60 minit
Alatan : Kain penutup mata bagi setiap pelajar
Objektif :
1. Membina keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.
2. Membina keyakinan dan kepercayaan terhadap orang lain.

Langkah-langkah
1. Mentee diminta memilih pasangan masing-masing dan menamakan diri A dan B.
2. Mentee diberi sehelai kain penutup mata dan A menjadi si buta yang ditutup mata

dengan kain tersebut. Manakala B yang tidak menutup mata menjadi pemandu
arah.
3. Pemandu dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada si
buta sambil berjalan. Si buta dikehendaki mematuhi apa-apa arahan rakannya.
4. Pelajar diminta bertukar peranan.
5. Selepas aktiviti tersebut, perbincangan diadakan. Fokus perbincangan ialah
� Mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan.
� Perasaan mereka semasa menjadi si buta dan pemandu.
� Reaksi-reaksi yang diberi dalam aktiviti ini.

Falsafah
1. Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan.
2. Kepercayaan kepada orang lain akan menimbulkan perasaan selesa dalam diri.
3. Menghormati dan menghargai kepercayaan dan daya usaha yang diberi oleh orang

lain.

120 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 121

K20 Keputusan Pemimpin

60 minit
Alatan : Kertas A4 dan Pensel
Objektif :
1. Bersedia untuk membuat keputusan bila diperlukan.
2. Bertanggung jawab di atas keputusan yang telah diambil .
3. Menyedari kesilapan lepas.

Langkah-langkah
1. Mentee dipecahkan dalam 2 kumpulan (A dan B). Kumpulan A membuat bulatan

ditengah dan kumpulan B memerhati dari luar.
2. Mentor mengarahkan kumpulan A membincangkan isu berdasarkan lampiran yang

diberi, sementara kumpulan B memerhati penglibatan dan tingkah laku kumpulan A.
3. Kumpulan B memberi ulasan berdasarkan pemerhatian bersama mentor. Perkara

yang dibincang seperti pegangan / pendirian, ketegasan sikap pasif dalam
perbincangan, tidak mahu menerima pandangan orang lain, daya kepimpinan,
sikap sebagai pengacau dan sikap mengikut sahaja.
4. Mentor mengingatkan kumpulan B supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.
5. Aktiviti diulang semula oleh kumpulan B menggunakan kes 2.

Falsafah
1. Setiap individu akan berkembang dan menjadi matang mengikut usia.
2. Sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan untuk membuat keputusan.
3. Sebagai ketua perlu berlaku adil dalam membuat keputusan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 12212

Lampiran K20

Kes 1 : RAMLAH DAN RAMLI

Pada zaman dahulu, dalam sebuah kampung terdapat sepasang kekasih yang
sedang mabuk bercinta. Percintaan mereka ini telah diketahui oleh semua orang
kampung. Begitulah hebatnya percintaan mereka ini. Mereka telah berjanji untuk
sehidup semati.

Pada suatu hari Ramli mengajak Ramlah untuk bersiar-siar di lautan yang luas.
Ramlah bersetuju dengan cadangan itu. Mereka pun berlayar dengan menaiki
perahu layar yang baru dibina oleh Ramli. Hari itu begitu mengasyikkan bagi
pasangan tersebut.

Tiba-tiba, ribut taufan melanda perahu layar mereka. Perahu layar Ramli pecah dan
karam. Mereka terpisah. Ramli terdampar di sebuah pulau yang tiada penghuni
manakala Ramlah juga terdampar di sebuah pulau lain tanpa penghuni dan
dipenuhi oleh berbagai binatang buas. Ramlah begitu takut sekali.

Hari semakin gelap. Rindu Ramlah terhadap Ramli begitu memuncak sekali Suara
binatang buas semakin jelas kedengaran. Sudah puas Ramlah menjerit meminta
pertolongan dari pelayar yang melalui perairan pulau itu. Namun tiada siapa yang
berani singgah ke pulau itu.

Tiba-tiba seorang juragan telah datang untuk menolong Ramlah. Ramlah begitu
gembira bila diberi tahu bahawa Ramli selamat. Juragan itu berjanji akan membawa
Ramlah untuk bertemu Ramli dengan syarat Ramlah menyerahkan kegadisannya
kepada Juragan. Ramlah tidak bersetuju dengan syarat itu. Begitu lama Juragan
memujuk dan begitu lama Ramlah tidak mahu menerimanya kerana kesetiaannya
kepada si Ramli.

Hari semakin gelap. Akhirnya Ramlah menyerahkan kegadisannya kepada Juragan
kerana khuatir mati dimakan binatang buas yang begitu banyak dan dia tahu
bahawa dia tidak akan selamat jika terus tinggal di pulau itu sendirian.

Setelah Juragan memuaskan nafsunya, juragan pun membawa Ramlah bertemu
Ramli. Mereka amat gembira apabila diketemukan semula. Mereka berpelukan
melepaskan rindu dendam masing-masing. Oleh kerana terlalu setia Ramlah
memberitahu kepada Ramli apa yang telah dialaminya. Ramli begitu marah dan
memutuskan perhubungan dengan Ramlah. Ramlah begitu hampa dan
menghantukkan kepalanya ke batu lalu pengsan. Apabila melihat keadaan itu Ramli
terus menghunus kerisnya ke arah Juragan. Satu perkelahian yang maha hebat
pun terus berlaku.

Perkelahian itu telah mengganggu pertapaan seorang Petapa. Apabila dia melihat
dua orang sedang berkelahi, dia terus membunuh kedua-duanya sekali kerana
menggaggu pertapaannya. Apabila Ramlah sedar dari pengsan dan mendapati
Ramli telah terkorban dia pun terus membunuh dirinya kerana hidupnya sudah tidak
bererti tanpa Ramli.

Jikalau anda menjadi hakim terhadap peristiwa itu, siapakah yang anda
persalahkan, siapakah yang paling bersalah dan patut dikenakan hukuman yang
paling berat.

Bincangkan dalam masa 10 minit.

122 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 123

Kes 2 : ROKET
Pada tahun 2020 telah berlaku peperangan nuklear yang dasyat. Pada masa itu
Malaysia adalah satu-satunya negara yang belum dimusnahkan. Dalam masa 15
minit dari sekarang bumi Malaysia akan lenyap kerana bom nuklear sedang
menghampirinya. Pada masa yang sama sebuah kapal angkasa sedang dihalakan
ke satu tempat yang belum ditetapkan lagi. Ini adalah bertujuan untuk membawa 3
orang rakyat Malaysia untuk diselamatkan dan dipanjangkan zuriatnya atau
kesemua sekali rakyat Malaysia akan pupus.
Anda dikehendaki bermesyuarat dan membincangkan siapakah yang layak sekali
untuk dipindahkan. Tempat hanya untuk 3 orang sahaja. Tidak boleh lebih kerana
keadaan yang terhad dan makanan juga terhad.
Calon-calon yang hendak dipindahkan ialah;
1. Seorang petani moden
2. Seorang saintis yang buta
3. Seorang sultan tua yang mandul
4. Seorang permaisuri sultan
5. Seorang pelacur
6. Seorang ratu cantik yang mandul
7. Seorang imam yang telah tua
8. Seorang ibu yang sedang sarat mengandung

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 12234

124 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 125

P1 Visi & Misi IPGM KPM
60 minit
Alatan : Bahan power point, LCD, komputer riba
Objektif :
1. Memahami dan menghayati visi dan misi IPGM.
2. Mencambahkan tahap pemikiran yang tinggi.

Langkah-langkah
1. Mentor membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan membincangkan salah satu tajuk berikut :

� IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru, berikan ulasan anda.
� IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik, apakah maksud

disebaliknya.
� Berikan cadangan untuk melaksanakan Program Pendidikan Guru yang

dinamik.
� Pendidikan sekolah bertaraf dunia, bagaimana dapat dilaksanakan.
3. Setiap kumpulan membentangkan hasil/dapatan masing-masing.
4 Mentor membuat rumusan keseluruhan mengenai perkara yang

dibincangkan.

Falsafah
1. Visi dan Misi IPGM KPM perlu dijiwai sepenuhnya oleh siswa pendidik.
2. Mencintai Profesion Keguruan.
3. Aku bangga menjadi guru.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 12256

P2 Pengurusan Masa

60 minit
Alatan : Kertas A4 dan pen
Objektif :
1. Meningkatkan kemahiran mengurus masa .
2. Menghargai masa dalam kehidupan.

Langkah-langkah

1. Mentee diminta menyenaraikan semua aktiviti yang dilakukan dalam sehari.

2. Pada hujung setiap pernyataan aktiviti dituliskan :

PS = penting segera

PTS = penting tidak segera

TPS = tidak penting segera

TPTS = tidak penting tidak segera.

3. Senaraikan aktiviti mengikut kategori yang telah dinyatakan dalam helaian

berbeza dan tuliskan waktu dan jangka masa untuk menyiapkannya mengikut

urutan.

4. Berdasarkan senarai di atas, bincangkan dengan rakan-rakan dan bina jadual

belajar seharian yang sesuai.

5. Ahli membentangkan jadual belajar yang telah disiapkan dan ahli-ahli lain

memberikan pandangan.

6. Mentor membimbing ahli merancang cara-cara mengurus keutamaan diri

seperti yang berikut:

� Penting disegerakan.

� Penting tetapi tidak perlu disegerakan.

� Perkara tidak terlalu penting tetapi boleh disiapkan segera.

� Perkara yang tidak penting dilakukan.

Falsafah

1. Bijak menguruskan masa akan menjadikan kerja lebih efektif dan produktif.
2. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

126 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 127

P3 Budaya Institut Pendidikan Guru

60 minit

Alatan : Edaran Budaya IPGM, Kertas sebak, dan 7 kad tugasan.
Objektif :

1. Memahami tujuh komponen utama Budaya IPGM.
2. Menyemai semangat cintakan profesion keguruan.

Langkah-langkah

1. Mentor membahagikan mentee kepada tujuh kumpulan (pembahagian kumpulan
fleksibel mengikut jumlah ahli dalam kumpulan)

2. Setiap kumpulan diminta duduk di dalam bulatan kecil dan diberi edaran
berkaitan Budaya IPGM (rujuk lampiran P3)

3. Setiap kumpulan diminta melantik ketua, jurucakap, dan pencatat.
4. Mentor memberi tugasan kepada setiap kumpulan dan dibincangkan

selama 15 minit.
5. Setiap kumpulan mendapat soalan yang sama tetapi berbeza aspek

budaya IPGM. Contoh soalan:
� Kumpulan 1 – Bincangkan ciri-ciri Budaya Ilmu dalam konteks Budaya
IPGM
� Kumpulan 2 – Budaya Kepimpinan
� Kumpulan 3 – Budaya Kerja Profesional
� Kumpulan 4 – Budaya Akhlak dan Moral
� Kumpulan 5 – Budaya Penyayang
� Kumpulan 6 – Budaya Hidup Sihat
� Kumpulan 7 – Budaya Estetika

6. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan
selama 5 minit.

Falsafah
1. Budaya IPG meningkatkan kualiti guru.
2. Tak kenal maka tak cinta.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 12278

Lampiran P3

BUDAYA IPGM

Budaya IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang
mengamalkan tujuh dimensi budaya berikut:

Budaya Ilmu
v Pembelajaran sepanjang hayat
v Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)
v Menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu
v Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
v Mengamalkan penyelidikan.
Budaya Kepimpinan
v Kebolehan membuat keputusan
v Pemikiran reflektif
v Menghayati Visi dan Misi IPG serta aspirasi negara
v Mempunyai idea-idea yang bernas
v Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
v Berupaya menyelesaikan masalah
v Menjalin kejelekitan di antara warga IPG
v Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri yang berkesan
v Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
v Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi
v Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian
v Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
v Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
v Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong

pembelajaran
v Kesetiaan kepada organisasi.

Budaya Kerja Profesional
v Mendokong Visi dan Misi organisasi
v Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah
v Bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif
v Optimis dan komited dalam pekerjaan
v Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang ditentukan
v Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja
v Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi prosedur
v Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi.
Budaya Akhlak dan Moral
v Sentiasa bersyukur
v Merendah diri (tawadhuk)
v Redha dengan Qada dan Qadar
v Taqwa
v Ikhtiar dan Doa
v Mematuhi etika.
Budaya Penyayang
v Keprihatinan dengan makhluk
v Sayang akan diri, keluarga, dan masyarakat
v Sayang akan profesion
128 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 129

v Sayang akan warga dan organisasi
v Sayang akan alam sekitar
v Sayang akan negara.
Budaya Hidup Sihat
v Kesihatan dan kecergasan fizikal
v Kematangan emosi
v Ketenangan rohani dan bertaqwa
v Keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional
v Persekitaran mesra.
Budaya Estetika
v Kehalusan budi
v Keunggulan peribadi
v Kesempurnaan kerja
v Kecantikan dan keindahan seni dan karya
v Keindahan kebudayaan dan bangsa
v Keindahan persekitaran.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 12390

P4 Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
60 minit
Alatan : Kertas sebak, kertas A4, pen maker.
Objektif :
1. Meningkatkan kesedaran untuk mematuhi undang-undang dan peraturan.
2. Memahami kepentingan penggubalan dan pelaksanaan sesuatu undang-
undang.
Langkah-langkah
1. Mentee diberikan kertas A4. Tugasan adalah seperti berikut:
a. menyenaraikan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk diri
sendiri,
b. menyenaraikan peraturan-peraturan yang perlu diikuti dalam
keluarga,
c. menyenaraikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa
berada di IPG.
2. Perbahasan mengenai kepentingan sesuatu peraturan itu digubal dan
dilaksanakan.
Falsafah
1. Hidup perlu berperaturan.
2. Peraturan dan undang-undang menyebabkan diri rasa selamat.

130 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 131

P5 Komunikasi Berkesan
60 minit
Alatan : Kertas A4, pensel, Lampiran P5
Objektif :
1. Membina kemahiran memberi perhatian.
2. Membina kemahiran mendengar dengan berkesan.
Langkah-langkah
1. Mentor memulakan sesi dengan ucapan penghargaan dan diikuti oleh mentee
yang juga membuat ucapan penghargaan.
2. Mentee diminta mencari pasangan sebaiknya sama jantina.
3. Mentee A dibekalkan sehelai kertas A4 dan pensel serta melukis tiga simbol
yang menggambarkan dirinya semasa kecil, remaja dan kini.
4. Mentee A bercerita tentang kisah hidup yang signifikan dengan dirinya
berdasarkan simbol yang dilukis. Sementara mentee B diminta
mendengar cerita pasangannya sambil turut berkongsi sebahagian
kisah hidupnya.
5. Mentor memilih beberapa pasangan secara rawak untuk berkongsi secara
terbuka pendedahan kendiri tersebut.
6. Mentor membuat rumusan dengan memberi tip-tip komunikasi berkesan.

Falsafah

1. Bukan mudah untuk berkongsi, maka hargai rakan yang sudi berkongsi
dengan anda.

2. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat untuk orang lain.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 13312

Lampiran P5
Ciri-ciri komunikasi berkesan:

� Komunikasi berkesan terhasil dari penglibatan, penerokaan,
pemahaman dan tindakan yang bersesuaian

� Komunikasi yang baik terhasil dari kemesraan, kesudian
mendengar dan memahami permasalahan orang lain

� Komunikasi berkesan melibatkan etika melayan:
� Menerima tanpa syarat
� Tidak menghukum
� Ketulenan
� Empati

132 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 133

P6 Komunikasi Bukan Lisan

60 minit
Alatan : Borang Penilaian, Kertas Edaran, Pen Marker, Kertas Edaran dan

Tayangan Video dan power point gambar postur wajah dan pergerakan
tubuh manusia
Objektif :
1. Mengenal pasti ciri-ciri komunikasi bukan lisan.
2. Membezakan ciri-ciri komunikasi lisan dan bukan lisan.

Langkah-langkah

Langkah 1 (5 minit)
1. Mentor meminta mentee berada di dalam kumpulan masing-masing dan buat

satu bulatan kecil.
2. Mentor mengedarkan kertas edaran berkaitan Komunikasi Bukan Lisan dan

mentee membacanya selama lima minit.

Langkah 2 (15 minit)
3. Mentor menayangkan video konflik pertengkaran.
4. Mentor meminta semua mentee mengenal pasti ciri-ciri komunikasi bukan lisan

yang terdapat di dalam lakonan video dan melengkapkan borang penilaian
komunikasi tersebut dengan pengisian yang semaksimum mungkin – Rujuk
Lampiran P6.
5. Mentee diminta menghayati aspek komunikasi lisan yang terdapat di dalam
video.
6. Aspek yang diperhatikan adalah konflik, cerita, watak dan perwatakan di dalam
video.

Langkah 3 (20 minit)
7. Setelah menonton, dalam masa 10 minit, setiap kumpulan diminta berbincang

ciri-ciri komunikasi yang terdapat di dalam video dan melengkapkan borang
penilaian.
8. Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil dapatan mereka.
9. Mentee membuat rumusan tentang perbezaan di antara komunikasi bukan
lisan dan komunikasi lisan.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 13334

Langkah 4 (20 minit)
10. Dengan menggunakan `powerpoint’ mentor menayangkan 10 keping gambar

postur wajah dan gambar-gambar postur pergerakan manusia.
11. Setiap kali menayangkan satu gambar, soalan-soalan berikut ditanyakan

kepada mentee:
� Apa yang anda lihat?
� Apa perasaan yang ingin disampaikan oleh gambar ini?
� Mengapa agaknya dia berdiri berpeluk tubuh?
� Mengapa dia menggaru-garu tangan yang tidak gatal?
� Mengapa dia kelihatan berpeluh. Apakah maksudnya?
� Agaknya, mengapa dia duduk bersilang kaki?
� Dan lain-lain soalan yang difikirkan sesuai.

12. Mentor meminta mentee melakonkan sedikit ciri-ciri bukan lisan seperti buat
muka gembira, sedih, termenung, hairan, bimbang, takut dan lain-lain.

13. Mentor membuat rumusan akhir berkaitan komunikasi bukan lisan dan lisan.
Falsafah
1. Ketawa tidak semestinya gembira, menangis tidak semestinya bersedih.
2. Sekilas ikan di air, sudah kenal jantan betinanya.

134 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 135

Lampiran P6

Borang Penilaian

Komunikasi Bukan Lisan Penilaian
Watak :

� Raut wajah
� Mimik muka
� Gerakan mata
� Cara duduk
� Cara berdiri
� Gerakan Tangan
� Gerakan Kaki
� Anggukan
� Senyuman
� Pergerakan seluruh tubuh
� Lain-lain (Isikan jika ada)
� Contoh: Warna pakaian

Komunikasi Lisan Pendapat Anda
Intonasi/Nada Suara
Tinggi
Sederhana
Rendah

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 13356

Gambar Orang sedang duduk bersilang kaki,
berdiri berpeluk tubuh,
- menggenggam tangan,
- menyeluk saku,
- goyang kaki,
- berpeluh, muram,
- menumbuk meja, dan lain-lain
-
-

136 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 137

P7 Memperbaiki Hubungan Sesama Insan
60 Minit
Alatan : Kertas Edaran (lampiran P7)
Objektif :
1. Memahami proses-proses dalam komunikasi.
2. Mengetahui petua-petua perhubungan sesama insan.

Langkah-langkah
1. Mentee diminta berpasangan.
2. Seorang mentee diminta bercerita apa sahaja tajuk atau perkara yang

menarik di dalam hidupnya kepada pasangan selama 5 – 10 minit. Pasangan
perlu mendengar dengan tekun.
3. Setiap pendengar diminta menceritakan semula apa pengalaman yang
dikongsikan rakannya dengan mengaitkan beberapa aspek berikut:

� Tajuk / cerita yang dibincangkan / mengapa?
� Keselesaan (selesa / tidak) / mengapa?
� Bahasa yang digunakan (sesuai / tidak ) mengapa?
� Tingkah laku / gerak geri bukan lisan (sesuai / tidak) mengapa?
4. Mentor meminta mentee menyatakan ciri-ciri perhubungan baik yang
diperolehi dalam perbincangan tadi.
5. Mentor membuat rumusan – berpandukan kertas edaran.

Falsafah
1. Tidak kenal maka tidak cinta.
2. Sahabat yang baik adalah pendengar yang baik.
3. Hidup tidak boleh bersendirian. Kita memerlukan orang lain sebagai

pelengkap kebahagiaan hidup.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 13378

Cara-cara membina kemesraan. Lampiran P7

Panggilan nama Beri penghargaan
Beri galakan Jangan menyusahkan orang lain
Selesa didampingi Elakkan pertengkaran
Perbualan tajuk yang sesuai Bersangka baik
Berbesar hati Jaga nama baik orang lain
Lihat kebaikan orang lain Bersedia membantu
Pandangan yang baik Bertanya pendapat
Boleh dipercayai Simpati
Hormati orang lain Senyum Selalu
Mendengar Ketawa bersama orang lain
Praktik unsur lucu Jujur
Terlibat dalam komunikasi Akui kesilapan
Kontak mata Respon minima
Cakap beralas Pujian pihak ketiga
Penampilan pertama Jarak sesuai semasa bercakap

138 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 139

P8 Format Penulisan Bibliografi/ Rujukan
120 minit
Alatan : Buku, bahan bercetak.
Objektif :
1. Mengetahui gaya penulisan format APA dan MLA.
2. Mengaplikasi gaya penulisan format APA dan MLA.

Langkah-langkah
1. Mentor memberikan tugasan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan membuat

perbincangan format APA dan kumpulan kedua membuat perbincangan
format MLA. Rujuk laman web : www.apastyle.org, www.mla.org/style

a) Apakah penulisan rujukan format APA/ MLA.
b) Siapa yang menggunakan format APA/MLA.
c) Bagaimanakah untuk menulis rujukan bertulis mengikut format APA/MLA

i) Penulis buku tunggal
ii) Penulis buku lebih dari seorang
iii) Penulis berbangsa Melayu
iv) Penulis berbangsa Cina
v) Penulis berbangsa India
vi) Penulis yang tiada nama keluarga (surname)
vii) Rujukan bahan dari internet.

2. Ketua-ketua kumpulan membentangkan format APA dan MLA.

Falsafah

1. Setiap penulisan ilmiah hendaklah menggunakan rujukan yang betul bagi
mengelakkan plagiarism.

2. Biasakan menulis dengan menggunakan format yang betul.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 13490

P9 Luwes
60 minit
Alatan : Kertas A4
Objektif :
1. Menyesuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran.
2. Menggunakan pelbagai cara menghasilkan sesuatu.
3. Melaksanakan sebaik mungkin tugas yang diberikan.
Langkah-langkah
1. Mentor akan menunjukkan bentuk-bentuk geometri. (lampiran P9)
2. Mentee dikehendaki melukis bentuk rumah dengan menggunakan bentuk
geometri yang disediakan.
3. Pamerkan di dalam kelas dan bandingkan dengan rakan-rakan yang lain.
4. Mentee dikehendaki melukis sekali lagi tetapi kali ini hendaklah
menggabungkan bentuk geometri dan bukan geometri seperti unsur-unsur
seni alam semulajadi untuk menghasilkan lukisan rumah yang menarik.
5. Membuat rumusan refleksi.
Falsafah
1. Sebagai guru kita mesti menggunakan apa sahaja yang ada untuk
membentuk nilai diri.
2. Jangan mengongkong kreativiti seseorang untuk berkembang.

140 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 141

Lampiran P9

Tajuk : Bentuk-bentuk geometri

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 14412

P10 Halangan Komunikasi

60 minit
Alatan : Kertas A4 dan pensel
Objektif :
1. Mengenali halangan-halangan yang terdapat semasa berkomunikasi.
2. Meningkatkan keberkesanan komunikasi.

Langkah-langkah
1. Semua mentee diminta membuat satu bulatan besar dan memulakan kiraan

jumlah ahli dari nombor satu sehingga akhir.
2. Mentee berangka ganjil diminta melangkah setapak kehadapan dan yang

berangka genap melangkah setapak ke belakang.
3. Mentee berangka genap meletakkan kertas A4 di belakang pasangannya

berangka ganjil sambil melukis. Manakala mentee ganjil cuba menekanya
satu persatu tanpa menoleh ke belakang.
4. Mentee berangka genap hendaklah melukis di atas 4 helai kertas A4 yang
berlainan:

� Peta Malaysia
� Sampan nelayan berbentuk bujur
� Empat pohon kelapa
� Dan lain imej yang dirasakan sesuai
5. Selepas siap melukis dan meneka, mentee berangka genap perlu melipatkan
lukisan tersebut tanpa menunjukkan kepada pasangannya.
6. Secara rawak, mentor memilih beberapa pasangan untuk menunjukkan hasil
lakaran dan ketepatan tekaan sambil menerokai perasaan dan keseronokan
mereka melakukan aktiviti tersebut.

Falsafah

1. Malu bertanya, sesat jalan.
2. Andaian kita tidak selalunya betul.

142 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 143

P11 Fikir! Fikir!
60 minit
Alatan : Teka teki, gambar berkaitan
Objektif :
1. Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi
2. Menyatakan kemahiran berfikir secara kreatif

Langkah-langkah
1. Mentor memberi teka-teki kepada mentee.

� Bagaimanakah cara memasukkan singa ke dalam peti sejuk?
� Bagaimanakah pula memasukkan gajah ke dalam peti sejuk?
� Sebagai raja di rimba, singa memanggil segala haiwan datang

mengadapnya. Haiwan manakah yang tidak hadir mengadap?
Kenapa?
� Di dalam sebuah sungai yang cetek terdapat banyak buaya.
Bagaimanakah cara kamu hendak menyeberang? Kenapa?
2. Mentee diminta memberi jawapan. Sebarang jawapan adalah betul sekiranya
datang dengan justifikasi yang sesuai.
3. Mentor membuat rumusan.
Terdapat dua pilihan sebelum membuat keputusan iaitu positif dan negatif.
Setuju atau tidak. Berani atau takut. Betul atau salah.

Falsafah

1. Kemahiran berfikir secara kreatif perlu diasah.
2. Sebagai pemimpin, mencari penyelesaian secara kreatif adalah sangat

penting.
3. Berfikir luar kotak adalah cara pemikiran yang paling baik dalam

menyelasaikan masalah.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 14434

P12 Halangan Komunikasi 2

60 minit
Alatan : Kad bisikan
Objektif :
1. Mengetahui mesej yang disampaikan dalam komunikasi.
2. Memahami konsep halangan komunikasi dan komunikasi bukan lisan.

Langkah-langkah
1. Semua mentee diminta beratur.
2. Mentor meminta semua mentee diam dan mendengar arahan.
3. Mentor akan membisikkan ayat dalam kad bisikan ke telinga mentee pertama

dan meminta mentee pertama membisikkan semula ayat tersebut kepada
mentee kedua sehingga seterusnya ke mentee yang terakhir. Mentee terakhir
hendaklah menulis kembali mesej tersebut.
Kad bisikan berbunyi:
`Ibu minta saya berpesan kepada ayah agar jangan terbeli telefon bimbit
tiruan kerana sekarang ini banyak pembeli tertipu lantaran tidak dapat
membezakan di antara telefon bimbit asli dengan yang palsu’
4. Mentee terakhir membaca ayat yang telah ditulis.
5. Mentor meminta mentee pertama membaca ayat di dalam kad bisikan.
6. Mentor meminta semua mentee membuat perbandingan dan tafsiran di antara
mesej sebenar kad bisikan dengan mesej terakhir.
7. Mentor merumus aktiviti ini:

� Jangan percaya berita yang dibawa tanpa usul periksa.
� Komunikasi tanpa diketahui sumbernya akan membawa implikasi

negatif.
� Mesej yang hendak disampaikan perlulah jelas.
� Berhati-hati terhadap mesej yang ditokok tambah.

Falsafah
1. Jangan percaya kepada perkara yang belum tentu kesahihannya.
2. Setiap berita perlu diteliti.

144 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 145

P13 Menggapai Impian

60 minit
Alatan : Kotak,bahan-bahan di persekitaran dan jam randik
Objektif :
1. Menerapkan sikap optimis dan komited dalam melakukan pekerjaan/ aktiviti.
2. Meningkatkan kerjasama berpasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi.
Langkah-langkah
1. Mentee dikehendaki berbaris. Mentor akan menggantung kotak impian di

suatu tempat yang tinggi atau meletakkan di suatu tempat yang jauh jaraknya.
(lebih tinggi dan lebih jauh jaraknya lebih mencabar dan lebih menguji
kewibawaan mentee)
2. Minta mentee menyusun strategi bagaimana untuk mencapai kotak impian
yang digantungkan oleh mentor tersebut.
3. Mentor memberikan masa anggaran 30 minit untuk menyempurnakan
gapaian impian tersebut.
Falsafah
1. Dalam mengejar impian kita, jangan sampai mengorbankan maruah dan
keimanan.
2. Untuk mencapai impian, kita perlu melakukan pengorbanan
3. Dalam mengejar impian, kadangkala kita memerlukan sokongan orang lain.

Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 14456

P14 Semangat Berpasukan 1
60 minit
Alatan : Kad Manila / kertas lukisan / kertas sebak,pen marker
Objektif :
1. Membina dan memupuk semangat kerjasama dalam kerja berpasukan.
2. Merancang pembahagian tugas dan tanggungjawab secara adil.
3. Bersedia menerima dan mempertimbangkan semua pendapat.

Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan arahan dan meminta setiap kumpulan berbincang dan

melaksanakan tugasan yang diberi (3 kumpulan kecil)
Arahan:
“Selaku Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar institut, anda telah diberi
peruntukan wang sebanyak RM3,000.00 untuk satu program meningkatkan
profesionalisme guru-guru pelatih”.
Sediakan satu perancangan lengkap bagi menjayakan program tersebut.
2. Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk merancang dan menghasilkan
perancangan program tersebut.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan perancangan program
masing-masing.
4. Kumpulan lain dikehendaki memberi komen kekuatan dan kelemahan
perancangan berkumpulan.
5. Kumpulan yang membentangkan hasilan perlu mempertahankan program itu
secara berkumpulan.

Falsafah

1. Semangat kerja berpasukan perlu dalam menjayakan sesuatu
perancangan.

2. Terimalah kritikan kerana ia membina.
3. Perancangan yang tersusun akan membuahkan hasil yang produktif.

146 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 147


Click to View FlipBook Version