J16 Kad Pintar
120 minit
Alatan : Kad Pintar Waja Diri
Objektif :
1. Mengenali ahli kumpulan dengan lebih rapat melalui persamaan yang ada.
Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan Kad Pintar Waja Diri kepada semua mentee.
2. Mentee diminta mengisi maklumat yang dikehendaki termasuk nama masing-
masing.
3. Kemudian mentee dikehendaki mendekati dan berkenalan dengan rakan yang
paling banyak persamaan dengan dirinya.
4. Beberapa orang mentee secara sukarela menceritakan tentang pasangan
masing-masing tanpa merujuk kepada kad tadi.
Falsafah
1. Mengenali seseorang dengan lebih mendalam adalah penting untuk
berkomunikasi dengan berkesan,
2. Kehadiran orang lain adalah penting dalam hidup kita.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 478
J17 Si Putih Dan Si Hitam
60 minit
Alatan : Alat Tulis dan Kertas A4.
Objektif :
1. Mengenalpasti sifat positif dan negatif yang terdapat dalam diri.
2. Memperkembangkan sifat positif.
Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan inventori sifat positif dan negatif kepada setiap mentee.
2. Mentor menerangkan sifat positif dan negatif beserta contoh.
3. Mentor memilih beberapa orang mentee secara rawak dan meminta mentee
menerangkan 2 sifat positif serta contoh perlakuan atau perkara yang telah
dilakukan.
4. Seterusnya mentor memilih dan meminta mentee menerangkan 2 sifat negatif
serta memberikan cadangan bagaimana menghapuskan sifat-sifat tersebut.
5. Setiap mentee diberikan peluang untuk membantu dan memberikan pendapat
serta cadangan kepada mentee lain.
Falsafah
1. Setiap individu mempunyai sifat positif dan negatif
2. Sifat positif harus dikekalkan dan diperkembangkan manakala yang negatif
harus dihapuskan.
48 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 49
J18 Tak Kenal Tak Cinta
60 minit Muzik
Alatan :
Objektif :
1. Berani memberi pandangan dan ulasan
2. Menyedari tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain.
3. Membangun diri melalui kekuatan dan kelemahan diri
Langkah-langkah
1. Mentor mengarahkan supaya mentee kumpulan duduk dalam satu bulatan
kecil.
2. Mentor meminta seorang mentee duduk di tengah-tengah bulatan.
3. Setiap mentee diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu
ditengah-tengah bulatan.
4. Apabila semua mentee kelompok telah memberikan impresi mereka, seorang
mentee baru mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan
mentee tadi.
5. Proses tadi diulang sehingga semua mentee dapat maklum balas daripada
mentee-mentee lain.
6. Setelah selesai minta mentee-mentee kelompok memberi pendapat tentang
aktiviti tersebut.
Falsafah
1. Bukan mudah untuk berhadapan dengan kritikan daripada orang lain secara
berdepan.
2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkan
manakala yang tidak baik diperbaiki.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 4590
J19 Duniaku Dunia Baharu
60 minit
Alatan : Tiada
Objektif :
1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan
2. Mengurangkan rasa malu dan takut dalam kelompok baharu
Langkah-langkah
1. Mentee diberi kad yang masing-masing bernombor 1 –6.
2. Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.
3. Mentor menyatakan bahawa mentee berada dalam dunia baru. Di dunia ini
tiada siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan
yang tertentu. Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis untuk
membentuk satu perkampungan.
- aksi menangis
- aksi burung terbang
- aksi kucing
(dan lain-lain aksi)
4. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari
rakan lain yang sama jenis.
5. Ketua memastikan peserta tidak bercakap.
6. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama, maka mereka perlu buat
gerakan itu dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk
kelompok.
7. Perbincangan:
i. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti
ii. Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.
Falsafah
1. Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah,
sedia menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.
50 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 51
J20 Jika aku...maka aku..
60 minit
Alatan : Kertas A4, token, muzik
Objektif :
1. Memupuk jalinan persahabatan
2. Membina kumpulan yang jelekit
Langkah-langkah
1. Mentee dipecahkan kepada 2 kumpulan
2. Kumpulan 1 diberi frasa “jika.....”. Manakala kumpulan 2 diberi frasa
“maka.....”.
3. Mentee kumpulan 1 memilih seorang ahli daripada kumpulan 2. Mentee
membacakan frasa “jika....” dan mentee yang dipilih membaca frasa “maka...”
4. Setiap frasa yang berpadanan akan diberi token.
5. Aktiviti ini akan dijalankan berulang kali hingga selesai.
6. Mentor dan mentee membuat refleksi aktiviti.
Falsafah
1. Gurau senda membawa kejelekitan
2. Persahabatan ibarat empedu lekat di hati
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 512
52 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 53
I1. Smart Study
60 minit
Alatan : A4 dan kertas sebak
Objektif :
1. Kaedah belajar yang betul.
2. Pembacaan yang berkesan.
3. Menggunakan pemikiran yang kritis.
Langkah-langkah
1. Mentor menggunakan teknik imbas kembali pada zaman persekolahan dahulu,
bagaimana mentee menggunakan kaedah belajar sehingga mendapat keputusan
cemerlang.
2. Mentee didedahkan dengan kemahiran membaca menggunakan teknik skimming
dan scaning.
3. Fasa yang seterusnya mentee dibimbing membaca secara kritis menggunakan
teknik KWLH.
4. Akhir sekali menggunakan teknik SQ3R, sila rujuk panduan di bawah.
5. Di samping membaca, mencatat nota dan kemahiran mengingat perlu diberi
penekanan.
6. Semua aspek yang telah dibincangkan hendaklah dilaksanakan untuk mendapat
hasil yang berkesan dalam kaedah menimba ilmu.
Falsafah
1. Pemerolehan ilmu adalah berbeza mengikut keupayaan individu.
2. Ilmu yang baik jika disebarkan kepada orang lain akan memberi pengetahuan
yang lebih mendalam terhadap diri sendiri.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 534
Lampiran I 1
Nota Panduan Kemahiran Belajar
� Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang
dikemukakan.
� Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang
didengar.
� Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk
mengekalkan daya ingatan anda.
� Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan
yang dibuat oleh pensyarah.
Kemahiran Membaca
Skimming
� Sesuai digunakan untuk pembacaan yang ringkas seperti sesuatu petikan
mahupun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah.
� Ketika membaca kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap
perenggan untuk mendapat gambaran umum.
� Fokus kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata,
isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks.
Scanning
� Pembacaan yang cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk
mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan.
� Boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.
Kemahiran membaca kritis.
Penggunaan teknik:
KWLH
� K= know= Apa yang telah diketahui
� (sebelum membaca)
� W= Want = Apa yang hendak diketahui
� (sebelum membaca)
� L= Learned = Apa yang telah diketahui
� (selepas membaca)
� H= How = Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan
(untuk membaca seterusnya)
SQ3R
Penggunaan teknik:
� Survey (Tinjau)
§ untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung
di dalam bahan yang dibaca
§ Dilakukan dengan meneliti tajuk-tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-
gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan
dan perenggan terakhir di bahagian buku-buku atau teks.
� Q= Question (Soal dan tanya)
§ Pelajar perlu menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut
setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasan.
� R= Read (baca)
§ Membaca bahan/ teks tersebut secara aktif serta mencuba untuk
mendapatkan segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah
disenaraikan sebelum ini.
� R=Recite (imbas kembali)
54 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 55
§ Cuba ingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah
diperolehi
� R=Review (Baca semula)
§ Membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk
mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang dibuat.
§ Pastikan tiada jawapan yang tertinggal.
� Faham apa yang dibaca
� Hafal kata kunci
� Buat imbasan
§ Imbas dari semasa ke semasa
§ Imbas 5 minit selepas 24 jam
§ Imbas 5 minit lagi lepas 1 minggu
§ Imbas 5 minit setiap 2 minggu
§ Imbas 5-10 minit di musim peperiksaan
Mencatat nota;
� Terdiri daripada isi-isi penting
� Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca
� Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran
� Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri
� Gunakan dalam bentuk point, elakkan menyalin ayat yang panjang
� Gunakan perkataan yang pendek untuk memudahkan anda faham
� Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda
seterusnya membolehkan memberi tumpuan semasa membaca
Kemahiran Mengingat
� Fahami apa yang dibaca
� Hafal kata kunci
� Sering membuat imbasan
� Gunakan teknik-teknik ingatan
� Elakkan dari tidur petang
� Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil
� Ajarkannya kepada orang lain
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 556
I 2. SMS Kekasihku
60 minit
Alatan : Telefon bimbit
Objektif :
1. Memilih telefon bimbit yang sesuai mengikut keupayaan.
2. Memanfaatkan komunikasi berkesan.
3. Berwaspada semasa melakukan komunikasi.
Langkah-langkah
1. Mentee dikehendaki menghantar kata-kata hikmah kepada 2 rakan anda yang
berada di dalam kelas. Masa diberikan selama 7 minit.
2. Perhatikan apa tindak balas rakan anda. Adakah membisu atau mengucapkan
terima kasih atau apa-apa penghargaan lain kepada anda.
3. Setiap orang cuba bacakan kata-kata hikmah tersebut.
4. Mentor menimbulkan beberapa persoalan seperti:
- Apa perasaan anda apabila membaca sms tersebut?
- Adakah selama ini kita memberi kata hikmah kepada orang tersayang seperti
ayah dan ibu, keluarga atau sahabat?
5. Mentee cuba sms kepada orang tersayang dan lihat reaksi penerima.
6. Mentor membuat refleksi bersama mentee.
Falsafah
1. Adab berkomunikasi menggunakan sms.
2. Walaupun hanya sms tetapi ia memberi makna yang cukup bernilai.
3. Saling menghargai sesama insan.
4. Mengeratkan tali persaudaraan dan persahabatan.
56 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 57
I 3 Guru Dahulu, Guru Hari Ini
60 minit
Alatan : Gambar Kartun Guru- Lampiran I 3
Objektif :
1. Sentiasa bersedia fizikal dan mental.
2. Bertolak ansur dalam keadaan kritikal.
3. Berfikir sebelum bertindak.
Langkah-langkah
1. Mentor menunjukkan gambar kartun situasi guru dahulu dan guru sekarang.
2. Mentee diminta memberi ulasan berkenaan situasi tersebut.
3. Mentee mengimbas kembali pada zaman persekolahan dahulu tentang pengalaman
mereka melihat atau mendengar situasi tersebut.
4. Sekiranya mentee sebagai guru, bagaimana anda menyelesaikan masalah tersebut.
5. Jika anda melihat rakan sekerja anda dalam situasi tersebut, apakah yang akan anda
lakukan.
6. Buat rumusan aktiviti ini bersama mentor dan mentee.
Falsafah
1. Bertindak mengikut peraturan dan undang-undang.
2. Guru hendaklah banyak bersabar dalam mendidik.
3. Bersedia menghadapi cabaran.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 578
Lampiran I 3
,, mohon penerbit lukiskan senario di atas
58 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 59
I 4. Utamakan Yang Utama
60 minit
Alatan : kertas A4,
Objektif :
1. Melaksanakan perkara yang penting mengikut keutamaan.
2. Menilai dan membuat perubahan diri.
3. Menghasilkan kerja yang produktif.
Langkah-langkah
1. Mentee diminta menyenaraikan 10 perkara yang dillakukan setiap hari.
2. Mentee memasukan 10 perkara tersebut ke dalam jadual (I 4) mengikut kepentingan.
3. Pilih mentee secara rawak dan bincangkan dapatan berdasarkan
empat kuadran seperti dalam lampiran jadual I 4.
4. Mentor menyoal perkara berkaitan perkara penting dan tidak mustahak, perkara tidak
penting dan mustahak, perkara tidak penting dan tidak mustahak.
Falsafah
1. Dalam pekerjaan kita harus mengetahui yang manakah perkara yang patut
diutamakan.
2. Pelajar dapat menguruskan masa dengan baik.
3. Melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah sahaja.
Lampiran I 4
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 5690
Isikan aktiviti anda dalam borang ini . Lampiran I 4
COVEY WINDOW PENTING (IMPORTANT) TIDAK PENTING
(NOT IMPORTANT)
SEGERA (URGENT)
TIDAK SEGERA
(NOT URGENT)
Contoh PENTING (IMPORTANT) TIDAK PENTING
COVEY WINDOW Exam (NOT IMPORTANT)
Study Pergi ke kantin
SEGERA (URGENT) Solat Pinjaman peribadi
Homework Tempahan tiket bola sepak
TIDAK SEGERA Buat nota Tempahan kereta sewa
(NOT URGENT) Tidur
Baca surat khabar Menonton wayang
Bersukan Melepak dipasaraya
Berangan-angan
Chatting/facebook
Hobi
60 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 61
I 5. Kertas Kerja
120 minit
Alatan : Lampiran I 5, komputer riba
Objektif :
1. Mendapat pendedahan tentang cara menyediakan kertas kerja.
2. Menyediakan kertas kerja mengikut format standard.
Langkah-langkah
1. Mentee diberikan edaran format kertas kerja.
2. Mentor meminta ahli kumpulan membaca edaran yang diberi.
3. Mentor memberi penjelasan tentang setiap komponen dalam edaran
kertas kerja yang dibekalkan.
4. Mentee membina kertas kerja lengkap berdasarkan satu program yang
dipilih.
5. Mentor membuat penilaian kertas kerja tersebut.
Falsafah
1. Membuat perancangan sebelum melaksanakan kerja.
2. Membina kertas kerja adalah sebahagian daripada budaya ilmu.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 612
Lampiran I 5
Contoh kertas cadangan
KERTAS CADANGAN
Tajuk Kertas Cadangan
1.0 PENGENALAN
2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM
2.1 Matlamat
2.2 Objektif
3.0 STRATEGI PELAKSANAAN
4.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
4.1 Jawatankuasa Induk:
Penasihat :
Pengerusi :
Setiausaha:
Bendahari:
4.2 Jawatankuasa Kerja
5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN
5.1 Tarikh:
5.2 Tempat:
5.3 Penceramah
5.4 Peserta Terlibat:
5.5 Tentatif :
6.0 KOS PERBELANJAAN
6.1 Makan minum
6.2 Penginapan
6.3 Peralatan
6.4 Hadiah/cenderahati
6.5 Pengangkutan
6.6 Bayaran penceramah
Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:
( )( )
62 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 63
I 6. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
60 minit
Alatan : 6 keping sampul
Objektif :
1. Mengetahui keperluan KSSR.
2. Menghargai usaha kerajaan membentuk kurikulum KSSR.
Langkah-langkah
1. Mentor menyediakan 6 sampul berdasarkan komponen KSSR.
2. Mentee membentuk 6 kumpulan dan setiap wakil mengambil sampul tersebut
secara rawak.
3. Mentee membincangkan kandungan sampul dalam kumpulan.
4. Setiap kumpulan dikehendaki menjelaskan kandungan sampul dan
bincangkan.
5. Mentor menerangkan 6 tunjang dalam insan seimbang bagi mewujudkan
pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Falsafah
1. Kita dapat membentuk insan yang seimbang.
2. Keterampilan diri dan sahsiah yang baik.
3. Menghayati kurikulum KSSR.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 634
Lampiran I 6
64 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 65
I 7. Anak Derhaka
60 minit
Alatan : Lampiran I 7
Objektif :
1. Menghormati ibu bapa.
2. Menghargai pentingnya ibu bapa.
Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan petikan kisah benar berkenaan keganasan anak-anak
kepada ibu bapa.
2. Mentee membaca petikan tersebut. Mentor pilih 3 orang untuk membaca kuat
berdasarkan 3 kes tersebut.
3. Mentor berbincang berkaitan isu yang dipaparkan:
- Apakah perasaan anda, apabila membaca petikan tersebut?
- Bincangkan, mengapa perkara ini boleh berlaku?
- Apakah bentuk tindakan kita yang boleh melukakan hati ibu bapa?
- Bilakah kali terakhir anda pernah melukakan hati ibu dan ayah?
- Cuba anda bayangkan jika anda menjadi ibu atau ayah,
apa yang anda rasai sekiranya anak-anak melukakan hati anda?
- Apa yang anda harus anda lakukan dalam masa terdekat ini untuk
mengambil hati ibu dan ayah?
4. Nyanyikan bersama-sama lagu-lagu yang bertemakan ayah dan ibu, contohnya
nyanyian Sudirman yang bertajuk “Ayah dan Ibu“.
Falsafah
1. Kasih ayah dan ibu sepanjang hayat.
2. Apa yang berlaku kepada ibu bapa, suatu hari akan berlaku pada diri kita.
3. Memahami ibu bapa sebagaimana ibu bapa memahami diri anda sejak kecil.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 656
Lampiran I 7
Ini bukan filem, sebaliknya kisah benar yang diceritakan tiga penghuni Rumah Sahabat
Insan dan Iman Malaysia (Sidim) di Kuala Kubu Bharu, Selangor kepada wartawan Metro
Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai perlakuan derhaka
mereka terhadap ibu bapa sendiri.
Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka
Ini bukan filem, sebaliknya kisah benar yang diceritakan tiga penghuni Rumah Sahabat
Insan dan Iman Malaysia (Sidim) di Kuala Kubu Bharu, Selangor kepada wartawan Metro
Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai perlakuan derhaka
mereka terhadap ibu bapa sendiri. -Harian Metro
Kes 1
(Azman, 16, Kedah)
SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula ketua keluarga yang kita perlu hormati dan
jaga perasaannya. Namun saya bukan saja derhaka, tetapi bersikap kurang ajar dengan
insan yang melahir dan menjaga saya sejak lahir.
Akibat terpengaruh dengan sebuah kumpulan muzik bawah tanah dan kegiatan hidu gam,
saya menjadi liar dan hilang akal. Setiap kemahuan saya perlu dituruti, manakala
bangkangan pula menyebabkan saya mengamuk dan bertindak ganas.
Biasanya saya terbabit dengan pergaduhan berkumpulan di luar rumah, bukan bertindak
ganas ke atas ibu bapa. Bagaimanapun, pada hari itu saya lalok (khayal) akibat hidu gam
berlebihan, menyebabkan saya bertindak di luar kawalan.
Apabila pulang ke rumah dalam keadaan lapar, saya terus menjadi berang apabila
mendapati tiada makanan di bawah tudung saji lalu naik ke tingkat atas dan mendapati ibu
bapa menunaikan solat Isyak berjemaah.
Melihat keadaan mereka menyebabkan marah saya membuak-buak lalu saya menjerit anjing
ke arah ibu dan b,b, kepada bapa.
Namun mereka tidak membalas, sekali gus menjadikan saya lebih marah lalu terus
menendang kepala bapa yang ketika itu sujud.
Akibat tendangan kuat, bapa tergolek daripada tikar sembahyang.
Ini menjadi titik tolak kepada kesabaran keluarga saya yang akhirnya mengambil keputusan
menghubungi Ustaz Hanafi Abdul Malek (Pengerusi Yayasan Sidim) untuk bantuan.
Akhirnya saya diangkut (dibawa pergi) dan ditempatkan di Rumah Sahabat Sidim untuk
pemulihan.
Alhamdulillah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun dosa saya terlalu besar
kepada ibu bapa, mungkin berkat doa dan kasih sayang mereka, Allah SWT membuka hati
saya untuk kembali ke jalan-Nya.
Saya berjanji akan menjadi anak yang lebih baik pada masa depan. Semua yang berlaku
akan menjadi kenangan paling pahit dalam hidup saya.
Mungkin ibu bapa saya dapat memaafkan, tetapi menendang kepala bapa sendiri, ia akan
menjadi mimpi paling buruk dalam hidup saya. Saya sungguh kesal.
Kes 2
(Tahir, 18, Kuala Lumpur)
IBU adalah bank bergerak saya. Setiap kali perlukan wang, saya mendesak dan kadangkala
mengugut ibu apabila dia sukar memberi apa yang saya hendak. Saya juga banyak mencuri
dan menjual barangan kemas ibu.
Sekalipun tidak bekerja, akibat hidup mewah daripada aktiviti memeras ibu, saya ada banyak
masa untuk melepak dan mula bergaul dengan kumpulan samseng. Malah, saya menjadi
66 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 67
anak emas pemimpin kanan kumpulan kerana sering menaja mereka berhibur dan aktiviti
dadah.
Bagaimanapun, satu hari ketika kami ingin berhibur ke Genting Highlands dan saya meminta
wang daripada ibu, dia enggan memberinya. Puas saya menggertak dan mengganas,
termasuk memecahkan barangan dalam rumah, tetapi ibu tetap berdegil.
Klimaks kepada perasaan marah saya, saya mengugut akan mengebom ibu jika tidak
memberi wang. Malah, selepas jasad ibu berkecai dan saya menemui tengkorak kepalanya
sekalipun, saya akan bom sekali lagi supaya hancur dan lumat.
Akhirnya ibu mengalah, tetapi pada masa sama dia menghubungi Rumah Sahabat Sidim
tanpa pengetahuan saya. Mungkin ibu dapat melihat yang saya tidak dapat diinsafkan
walaupun melalui kasih sayang yang cuba ditunjukkannya.
Sekembali saya, saya melihat Ustaz Hanafi menunggu. Saya menjadi berang terhadap ibu
dan pada masa sama mengugut ustaz supaya tidak masuk campur.
Malah, saya mengugutnya dengan mengatakan dengan hanya satu panggilan, 200 geng
saya akan datang ke rumah saya untuk membelasahnya.
Ustaz mempersilakan saya berbuat demikian (menghubungi geng). Beberapa minit
kemudian beberapa sahabat saya turun untuk membantu menghalang saya daripada
dibawa pergi ke Rumah Sahabat Sidim.
Bagaimanapun, saya hairan kerana selepas bercakap sesuatu dengan ustaz, rakan saya
berlalu pergi.
Rupa-rupanya dia bukan calang-calang orang dan terkenal dalam dunia persilatan dan
kebajikan sosial.
Namun, tempoh tiga bulan menjalani pemulihan di Rumah Sahabat Sidim nyata memberi
kehidupan baru kepada saya.
Saya mula mengenal agama dengan lebih mendalam dan menghargai hubungan
kekeluargaan dan orang tua saya.
Kes 3
(Fauzi, 22, Kelantan)
SAYA tidak ingat berapa lama saya tidak mencium tangan ibu bapa berikutan ada di dalam
dunia sendiri akibat pembabitan dalam kumpulan muzik bawah tanah yang tidak percaya
wujudnya Tuhan, selain bergelumang dengan dadah.
Saya bukan saja tidak pulang ke kampung, tetapi ibu bapa juga tidak dapat mencari saya
berikutan saya tidak lagi pergi ke kuliah akibat terlalu sibuk dengan dunia ciptaan syaitan.
Bagaimanapun, menurut ibu, dia terbaca mengenai kisah Rumah Sahabat Sidim di akhbar
dan meminta pertolongan Ustaz Hanafi yang kemudian bersama beberapa rakannya berjaya
menjejaki saya dan membawa ke sini (Rumah Sahabat Sidim).
Keadaan saya mula-mula memang kritikal. Saya membuang air besar dan kecil tanpa sedar.
Malah, saya beberapa kali membuang air besar di atas sejadah ketika orang lain
bersembahyang. Semuanya berlaku di luar kawalan.
Masalah halusinasi saya juga kritikal. Berikutan pernah terjebak dengan aktiviti memijak al-
Quran, jari kaki saya menjadi sedikit terdengket.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 678
Ramai pelik melihat cara saya berjalan, tetapi saya berdengket kerana melihat ada manusia
kecil di bawah dan cuba mengelak memijaknya.
Mungkin ini balasan Allah SWT terhadap saya kerana menjauhi-Nya, agama dan ibu bapa
saya. Kini saya menyesal. Perkara pertama yang saya akan lakukan selepas menjalani
pemulihan adalah pulang ke kampung untuk memohon maaf daripada ibu bapa saya.
Ini kerana mereka berusaha keras, membanting tulang untuk menghantar saya belajar,
tetapi saya hampakan mereka dengan menceburi kegiatan yang bukan saja tidak senonoh
serta membahayakan diri, tetapi juga merosakkan akidah saya sebagai seorang Islam.
Saya pada mulanya tidak mahu terbabit dengan aktiviti underground (bawah tanah) ini.
Namun, bermula sebagai suka-suka daripada mengikut konsert gig, saya terjebak dengan
aktiviti yang merosakkan masa depan saya.
Bagaimanapun, Allah SWT masih sayangkan saya kerana saya berjaya diselamatkan agak
awal kerana saya tahu, masih ramai anak muda, terutama orang Islam, yang masih sesat di
dalam dunia kumpulan bawah tanah dan dadah sekarang.
Yang menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka masih terlalu muda, daripada di
bangku sekolah menengah sehingga universiti.
68 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 69
I 8. Lain Dari Yang Lain
60 minit
Alatan : Kertas A4 , Lampiran I 8
Objektif :
1. Menjana pemikiran kreatif dan inovatif.
2. Mengaplikasikan pemikiran kreatif dan inovatif.
Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu objek/binatang yang digemari.
3. Berdasarkan objek tersebut hasilkan beberapa jenis barang-barang lain
contohnya seperti keychain, tabung, bentuk rumah, bekas makanan dan lain-lain
mengikut kreativiti masing-masing.
4. Mentee hasilkan objek tersebut dalam bentuk lukisan sahaja.
5. Pamerkan hasil kreativiti yang menarik dan minta mentee lain berikan komen-
komen .
6. Buat kesimpulan daripada aktiviti tersebut.
Falsafah
1. Sentiasa berfikir secara kreatif dan inovatif.
2. Pemikiran kreatif dan inovatif individu menjana pemikiran kreatif dan
inovatif masyarakat.
3. Pemikiran kreatif dan inovatif masyarakat membantu pembangunan
negara.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 6790
Lampiran I 8
70 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 71
I 9. Sahabatku
60 minit
Alatan : Petikan lampira I 9
Objektif :
1. Dapat menerima teguran yang membina.
2. Membina kemahiran komunikasi yang baik dalam perhubungan.
3. Dapat membimbing rakan ke arah kebaikan.
Langkah-langkah
1. Mentee membaca petikan dialog (lampiran I 9).
2. Mentee memberi ulasan berdasarkan dialog yang telah dibacakan.
3. Mentee memberi penilaian terhadap watak pensel dan juga pemadam.
4. Mentor bincangkan bagaimana peranan mentee terhadap rakan.
5. Mentor dan mentee membincangkan bagaimana memilih sahabat.
6. Setiap mentee menyebut nama seorang sahabat yang rapat dengannya,
berikan ulasan mengapa anda begitu baik dengan sahabat tersebut.
Falsafah
1. Sahabat yang baik sentiasa menasihati kita.
2. Sentiasa memperbaiki kelemahan jika mahu berjaya.
3. Sahabat sanggup berkorban demi kejayaan sahabatnya.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 712
Lampiran I 9
Pemadam Sahabat
Pensel
Pemadam : Apa khabar kawan?
Pensel : Aku bukan kawanmu.
Pemadam : Kenapa?
Pensel : Kerana aku benci kamu.
Pemadam : Kenapa engkau benci aku?
Pensel : Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis.
Pemadam : Aku tidak padam melainkan yang salah!
Pensel : Kenapa engkau sibuk?
Pemadam : Aku pemadam, ini kerjaku.
Pensel : Ini bukannya kerja!
Pemadam : Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau juga.
Pensel : Engkau salah dan sombong!
Pemadam : Kenapa?
: Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
: Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
Pensel terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya : Engkau benar sahabatku!
Pemadam : Engkau masih bencikan aku?
Pensel : Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku.
Pemadam : Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yang betul.
Pensel : Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!
Pemadam : Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali
Pensel aku memadam kesalahan.
: Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke
Pemadam
sehari.
Pensel : (memujuk) Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain
melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
: (berkata dengan gembira) Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah
indahnya kata-katamu.
Pemadam dan pensel berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak
berpisah dan tidak berselisih faham.
72 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 73
I 10. Six Action Shoes
60 minit
Alatan : Kertas sebak, kertas A4,
Objektif :
1. Bertindak mengikut keupayaan dan peruntukan yang ada.
2. Bertindak mengikut bidang kepakaran.
Langkah-langkah
1. Mentor membahagikan mentee kepada 6 kumpulan.
2. Mentor memberi 6 keping gambar kasut kepada 6 kumpulan, bermakna
setiap kumpulan mendapat 1 gambar.
3. Setiap kumpulan dikehendaki melihat gambar tersebut dan membaca
penerangan berkenaan kasut tersebut (huraian kasut terdapat di belakang
gambar)
4. Setiap kumpulan bina situasi berdasarkan maksud gambar kasut tersebut.
5. Kumpulan akan membentangkan hasil situasi tersebut.
6. Mentee membuat refleksi hasil aktiviti.
Falsafah
1. Tindakan kita hendaklah sesuai dengan profesion.
2. Bertindak profesional dalam menangani masalah.
3. Bertindak mengikut etika.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 734
Lampiran I 10
1. PERTAMA KASUT BIRU-Navy formal shoes (Lambang Cara Berfikir)
- Kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk membuat kerja-kerja
rutin.
- Banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi suatu senarai rutin.
- Dengan mematuhi rutin kita akan mengelakkan sebarang kesilapan yang
merbahaya.
- Rutin dicipta oleh orang-orang yang pakar supaya orang-orang yang bukan pakar
boleh melakukan kerja itu dengan cara yang selamat.
2. KEDUA KASUT ORANGE- Orange gumboots (Lambang Amaran)
- Kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang cemas dan berbahaya.
- Kuning ialah lambang amaran.
- Pegawai-pegawai polis, bomba dan doktor adalah orang-orang yang sentiasa
berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas.
- Kita juga mesti mengenal pasti perkara-perkara yang boleh memburukkan
keadaan.
3. KETIGA KASUT KELABU- Grey sneakers (Lambang Kekaburan)
- Kasut ini ialah lambang kekaburan.
- Banyak tindakan tidak dapat kita buat kerana keadaan masih kabur.
- Tindakan yang mesti dilakukan untuk menghilangkan kekaburan ialah bertindak
mencari maklumat dahulu.
- Maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi keadaan tersebut.
4. KEEMPAT KASUT PERANG-Brown Brogues (Lambang Tindakan Pragmatik)
- Kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatik.
- Tindakan-tindakan pragmatik ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik, prinsip-
74 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 75
prinsip yang baik dan pemikiran yang baik.
- Kita akan lihat keadaan yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk
kita lakukan.
- Kita buat apa yang boleh dibuat.
5. KELIMA KASUT MERAH JAMBU-Pink slipper (Lambang Kasih Sayang)
- Kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas kasihan dan kelembutan.
- kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang melibatkan perasaan kemanusiaan.
- Para doktor, peguam, guru, pegawai kebajikan dan banyak lagi pro-profesional
yang bekerja dengan perasaan kemanusiaan.
6. KEENAM KASUT UNGU -Purple riding boots (Lambang Kuasa Rasmi)
- Kasut ini melambangkan kuasa rasmi.
- Apabila kita membuat sesuatu tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab
rasmi.
- Kita mempunyai peranan rasmi.
- Para doktor, guru, peguam, pegawai polis mempunyai peranan rasmi.
- Mereka mempunyai kuasa dan mereka melakukan tindakan berdasarkan peranan
rasmi mereka apabila perlu.
Nota: 6 actions shoes ini diperkenalkan oleh Dr Edward De Bono (1991)
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 756
I 11. Jangan Salah Pandang
60 minit
Alatan : lampiran I 11
Objektif :
1. Bersedia menerima pandangan yang berbeza.
2. Menilai sesuatu dari pelbagai sudut.
Langkah-langkah
1. Mentor menunjukkan gambar pada jarak yang jauh, kemudian menyoal
mentee apakah yang mereka lihat?
2. Mentor menunjukkan gambar pada jarak yang dekat pula, kemudian
menyoal apakah yang mereka lihat.
3. Mentee membuat perbincangan dan refleksi.
Falsafah
1. Sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di persekitaran kita.
2. Melihat dan menilai sesuatu dengan lebih bermakna.
3. Menilai sesuatu hendaklah tepat sebelum membuat kesimpulan.
4. Perlu berfokus dalam membuat sesuatu perkara.
76 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 77
Lampiran I 11
Sumber : www.brainbashers.com
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 778
I 12. Sebelum dan selepas
60 minit
Alatan : kentang, telur
Objektif :
1. Mengetahui tekanan boleh meningkat kualiti.
2. Menerima tekanan sebagai sesuatu yang positif.
Langkah-langkah
1. Mentee diminta memilih sama ada kentang atau telur ayam.
2. Mentee hendaklah memberi alasan mengapa membuat pilihan tersebut.
3. Mentor memberi situasi sekiranya bahan tersebut direbus, yang manakah
semakin direbus akan menjadi lebih keras dan yang mana akan lembut.
4. Minta mentee beri komen dan pandangan.
5. Mentor membuat rumusan manusia yang lemah menerima tekanan sama
seperti kentang setelah direbus menjadi lembut. Manusia yang tabah sama
seperti telur selepas direbus, semakin panas ia semakin keras.
6. Mentor merumus dengan mengambil contoh batu permata berlian. Sebelum
kejadian batu tersebut mengalami tekanan struktur bumi sehingga terbentuk batu
yang bernilai
Falsafah
1. Jangan memandang rendah orang lain.
2. Tidak semestinya orang yang nampak hebat, mempunyai segala-segala
kehebatan.
78 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 79
I 13. Pemikiran Kreatif
60 minit
Alatan : Kertas sebak, telur ayam mentah, tali rafia
Objektif :
1. Berfikir secara lateral dalam menyelesaikan.
2. Merancang sebelum bertindak.
Langkah-langkah
1. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan diberikan 2 kertas sebak, tali rafia 1 meter dan 1 biji
telur ayam mentah.
3. Setiap kumpulan merancang bagaimana untuk menyelamatkan telur ayam jika
dijatuhkan dari ketinggian 7 kaki tinggi dengan menggunakan bahan yang
diberikan sahaja.
4. Tempoh untuk merancang strategi diberi masa 7 minit sahaja.
5. Selepas masa diberikan, semua kumpulan berkumpul untuk menjatuhkan
telur dari tempat yang tinggi lebih kurang 7 kaki tinggi.
6. Wakil kumpulan dikehendaki menjatuhkan telur tersebut pada ketinggian
7 kaki tinggi.
7. Kumpulan yang berjaya menyelamatkan telur tersebut perlu mendedahkan
rahsia kejayaan mereka.
Falsafah
1. Setiap tindakan perlu perancangan yang teliti.
2. Amanah yang diberikan hendaklah sama-sama dipertanggungjawabkan.
3. Sedia berkongsi ilmu dengan orang lain.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 7890
I 14. Bahu Yang Menggalas
60 minit
Alatan : Lampiran I 14
Objektif :
1. Memahami tanggungjawab guru.
2. Menerima teguran menuju kecemerlangan.
3. Menjalin kemesraan yang positif.
Langkah-langkah
1. Seorang mentee membaca lampiran yang disediakan.
2. Setiap ahli memberi pandangan isi kandungan lampiran.
3. Mentee bincangkan ayat tersebut dengan memberi contoh atau situasi.
4. Mentor menerapkan nilai kerja yang kompeten mengikut definasi yang
betul.
Falsafah
1. Elakkan krisis dalam bekerja.
2. Berfikiran terbuka ketika menerima teguran.
3. Mesra dengan semua pihak ketika bekerja.
80 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 81
Lampiran I 14
Tak De Kerja Lain
a. Ada antara kita datang ke kampus hanya memenuhi tanggungjawab
‘DATANG BELAJAR ’tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’
b. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ’KELAM KABUT’.
c. Adakala kita rasa kita ‘PRIHATIN’, tapi rupanya kita ‘BUSY BODY’
d. Adakala kita rasa kita ‘OPEN MINDED’ dan ‘OUT SPOKEN’ tapi rupanya kita
‘KURANG PENGAJARAN.
e. Adakala kita rasa kita berpemikiran ‘KRITIS’ rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK
yang mencipta KRISIS.
f. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih
MENGADA-NGADA
g. Adakala kita suka bertanya’KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KEJE’, adalah lebih
baik kita tanya’APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 812
I 15. Hijrah
60 minit
Alatan : Kertas sebak, kertas A4, pen marker.
Objektif :
1. Menurut undang-undang dan peraturan.
2. Menyesuaikan kehendak diri dengan persekitaran.
3. Berfikir sebelum bertindak.
Langkah-langkah
1. Mentor mengedarkan sehelai kertas A4 kepada mentee.
2. Mentee menyenaraikan 5 kesalahan yang pernah dilakukan.
3. Mentee membincangkan kesan kesalahan tersebut kepada diri, keluarga
dan masyarakat.
4. Kaitkan permasalahan tersebut dengan senario di IPG anda.
5. Menyenaraikan rumusan pada kertas sebak.
Falsafah
1. Sesuaikan kehendak diri dengan peraturan.
2. Selagi kita hidup, selagi itu kita perlu berperaturan.
3. Peraturan dan undang-undang menyebabkan diri rasa selamat.
82 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 83
I 16. Ada Jalan
60 minit
Alatan : Kertas Sebak dan pen marker
Objektif :
1. Mengaplikasikan kemahiran penyelesian masalah berdasarkan pengurusan
grafik.
2. Memberikan idea yang pelbagai sebagai alternatif penyelesaian masalah.
Langkah-langkah
1. Bincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah,
i. mendefinisikan masalah-masalah yang dihadapi.
ii. mengenal pasti masalah utama.
iii. cara-cara atasi masalah.
iv. memilih alternatif yang terbaik.
v. bertindak menyelesaikan masalah.
2. Setiap mentee diminta mengemukakan satu masalah dan cuba
menyelesaikannya dengan menggunakan pengurusan grafik.
3. Beberapa orang mentee secara sukarela diminta membentangkan hasil tugasan
mereka. Mentee lain digalakkan berkongsi pendapat dan pengalaman.
Falsafah
1 . Mengambil kira semua faktor dalam membuat keputusan.
2. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 834
Lampiran I 16
Pengurusan Grafik
Pemasalahan Cara–cara Cara yang paling Langkah-langkah tindakan
penyelesaian sesuai
yang dilakukan
84 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 85
I 17. Gugah Minda
60 minit
Alatan : Kertas A4, Lampiran I 17
Objektif :
1. Meningkatkan semangat bekerja.
2. Mengenalpasti prinsip hidup sendiri
3. Sedia membuat perubahan.
Langkah-langkah
1. Setiap mentee dikehendaki memberikan mutiara kata yang pernah didengar pada
suatu ketika dahulu untuk dikongsi bersama rakan- rakan.
2. Ciptakan mutiara kata anda sendiri untuk diberikan kepada orang lain sebagai
pemangkin semangat untuk berjaya (rahsiakan).
3. Hasil ciptaan tersebut dituliskan di atas kertas kecil, kemudian mentor
kumpulkan.
4. Mentor pilih mutiara kata secara rawak dan bacakan dihadapan mentee.
5. Pilih mutiara kata yang terbaik untuk ditampal di bilik kuliah anda.
Falsafah
1. Manusia perlu motivasi.
2. Mutiara kata dapat merangsang motivasi manusia.
3. Manusia dapat muhasabah diri.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 856
Lampiran I 17
Ayat Motivasi dan Mutiara Kata
1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – pesan
bijak pandai
2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu
membuat sesuatu, anda akan cari alasan – pesan bijak pandai
3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika
ianya digunakan - pesan bijak pandai.
4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
– Richard Brinsley Sheridan
5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat
menyukai pekerjaan yang dilakukan - pesan bijak pandai.
7. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang
manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab - pesan bijak pandai.
8. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
9. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh - pesan bijak pandai.
10. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
11. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji - pesan bijak pandai.
12. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman - pesan bijak pandai.
13. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu - pesan bijak pandai.
14. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi - pesan bijak pandai.
15. Barang siapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia
seperti pelakunya - pesan bijak pandai.
16. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang
untuk gagal - pesan bijak pandai.
17. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja - pesan
bijak pandai.
18. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah
– Ali imran : 159
86 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 87
I 18. Harum Semerbak
60 minit
Alatan : Pewangi Bilik (4 haruman yang berbeza)
Objektif :
1. Menilai menggunakan deria bau.
2. Membuat penilaian diri sendiri.
3. Peka kepada diri dan orang lain.
Langkah-langkah
1. Mentor menyediakan 4 jenis haruman yang berbeza untuk dinilai oleh
mentee mengikut skala-skala tertentu seperti dalam lampiran.
2. Mentor mengedarkan borang penilaian haruman seperti lampiran.
3. Mentor dan mentee membuat analisis penilaian bersama. Haruman
apakah yang paling disukai, disukai, tidak disukai, sangat tidak disukai.
4. Bincangkan kenapa haruman tertentu disukai dan tidak disukai.
5. Mentor memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri dan
keharuman persekitaran.
Falsafah
1. Penampilan diri kita seharusnya menjadi keutamaan.
2. Jangan pentingkan diri sendiri tanpa menghirau orang lain.
3. Pastikan keselesaan diri kita juga dinikmati oleh orang lain.
4. Seseorang itu suka atau tidak dapat diekspresikan melalui wajah.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 878
Lampiran I 18
NAMA:.......................................................
KELAS:......................................................
UMUR:......................................................
JANTINA:.................................................
NEGERI ASAL:.........................................
PEWANGI SANGAT DISUKAI TIDAK DISUKAI SANGAT TIDAK
JENAMA DISUKAI DISUKAI
A
B
C
D
88 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 89
I 19. Aku Diduga
60 minit
Alatan : Lampiran I 19
Objektif :
1. Mengetahui proses temuduga.
2. Mengawal perasaan .
3. Menambah pengetahuan.
Langkah-langkah
1. Rancangkan satu simulasi temuduga dengan menggunakan langkah
berikut:
i. Melantik 3 orang panel penemuduga yang berkebolehan dan
berbakat dalam kalangan mentee.
ii. Pilih calon secara rawak untuk temuduga tersebut masa tersebut.
iii. Lantik seorang urusetia untuk membantu memanggil calon-calon.
iv. Setiap calon diberi masa sepuluh minit.
.
2. Kriteria penilaian rujuk lampiran dan boleh dimodifikasi.
3. Setelah selesai, minta pandangan panel, calon dan pemerhati.
Falsafah
1. Sentiasa bersedia dalam semua keadaan.
2. Membina keyakinan menghadapi situasi.
3. Hanya mereka yang terbaik akan dipilih.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 8990
Lampiran I19
MENGHADAPI TEMUDUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Skema Permarkahan temuduga SPP
1. Etika pakaian/penampilan – 20 markah
2. Cara penyampaian/persembahan/keyakinan - 20 markah
3. Isu semasa/ pengetahuan am - 20 markah
4. Persediaan, pengetahuan fakta - 20 markah
5. Laporan prestasi majikan – 20 markah
Bacaan
TERAS PENDIDIKAN NEGARA, Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Wawasan 2020, Islam Hadhari, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian
Tinggi, SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA, Perkembangan Dasar &
Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan, Perkembangan Pelajaran Masa Kini, SISTEM
PELAJARAN MASA KINI, Pendidikan Pra Sekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan
Menengah, Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Sekolah Sukan, Sekolah Seni
Pembestarian , Sekolah Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi,
Pendidikan Swasta, Pelan Induk Pendidikan, KURIKULUM , Teori Pendidikan.
Kurikulum Prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah, Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Pengurusan Kurikulum, LINUS,
Biasiswa dan Pinjaman, Program Bersepadu Sekolah Sihat, Program Pemakanan Sekolah,
Bimbingan dan Kaunseling Malaysia , STANDARD GURU MALAYSIA, PIBG, Skim Baucer
Tuisyen, PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, Gerak Kerja
Kokurikulum, Sekolah Harapan Negara, Hari Guru, Projek Nilam, Majlis Sukan Sekolah-
Sekolah Malaysia, Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran, Perintah-Perintah
Am, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 2012, Arahan
Perbendaharaan, Panduan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor, Arahan
Perkhidmatan, Akta Acara Kewangan, PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
90 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 91
I 20. Standard Guru Malaysia
60 minit
Alatan : Bahan lampiran I 20, Aplikasi internet
Objektif :
1. Menetapkan matlamat diri sebagai guru.
2. Memahami keperluan kerjaya sebagai guru yang berkualiti.
Langkah-langkah
1. Mentee dikehendaki membawa laptop, pastikan aplikasi internet adalah
sempurna.
2. Mentor memberi arahan supaya mentee membuka laman web
http://apps.moe.gov.my/sgm/
3. Mentee buat pendaftaran terlebih dahulu web tersebut.
4. Log in ke http://apps.moe.gov.my/sgm/ dan jawab intrumen tersebut.
5. Mentor mentee berbincang tentang skor markah yang diperolehi.
Falsafah
1. Merancang ke arah menjadi seorang guru yang dinamik.
2. Menjadikan keputusan yang diperolehi sebagai momentum untuk
bergerak.
**Tajuk ini sesuai dijalankan pada setiap semester bagi melihat perkembangan SGM
dalam kalangan mentee.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 912
Lampiran I 20
Standard Guru Malaysia
Standard 1 : Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan
Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai
utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua
Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
S1.1 Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada
profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah,
ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan,
daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.
S1.2 Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru
dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang
ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan,
integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
S1.3 Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat.
Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial,
semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard 2 : Pengetahuan dan Kefahaman
Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta
menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah :
S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
Standard 3 : Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan
dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Kemahiran yang
patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:
92 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 93
S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,
pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.
S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir,
kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah
cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.
S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bertujuan memperbaiki pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian
murid.
S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan,
masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 934
**
94 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 95
Panduan PelaksanPaaanndPuraong MraemntMore Mnteonr-tMeee InPtGee 956
K1 Arahanmu dan Lukisanku
60 minit
Alatan : Kertas A4, Pensel/Pen, Lampiran K1
Objektif :
1. Membentuk kemahiran komunikasi berkesan.
2. Menguasai kemahiran komunikasi dua hala.
3. Mengurangkan salah faham dalam penyampaian mesej.
Langkah-langkah
Mentee duduk dalam bulatan.
1. Setiap mentee diberikan dua keping kertas A4.
2. Mentor memberikan arahan kepada mentee untuk melukiskan rajah yang sedia
ada. Mentee hanya mendengar arahan dan melukis berdasarkan kefahaman
mereka dan tidak dibenarkan bertanya. Arahan adalah seperti berikut:
a. Buat satu bulatan.
b. Di bawah bulatan lakarkan segi empat sama.
c. Di tepi segi empat lakarkan segi empat tepat.
d. Di bawahnya lakarkan segi tiga
3. Selesai melukis, mentee diminta menyimpan hasil lukisan tersebut.
4. Mentor mengulangi langkah 3, tetapi membenarkan mentee bertanya (kertas 2).
5. Selesai melukis, mentee diminta membandingkan kedua-dua hasil lukisan yang
dilukis dengan lukisan asal.
6. Mentor membuat rumusan. Rujuk lampiran K1.
Falsafah
1. Mesej yang disampaikan hendaklah jelas.
2. Komunikasi lebih berkesan jika berlaku secara dua hala.
96 Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Panduan Mentor Mentee IPG 97