The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kaunselor.sr, 2023-05-18 19:48:17

E-BUKU SIRI - OVERALL v 2 180523

E-BUKU SIRI - OVERALL v 2 180523

II JAWATANKUASA E-BUKU Kesejahteraan Psikologi Guru Pengerusi Puan Salmiah binti Monshie Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling Naib Pengerusi 1 Dr. Rodiah binti Idris Timbalan Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling Naib Pengerusi 2 Tuan Haji Shahbani bin Othman Timbalan Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling Naib Pengerusi 3 Puan Maheran binti Alias Timbalan Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling Penyelaras 1 Encik Mohamad Supian bin Taharim Ketua Penolong Setiausaha (K) Unit Modal Insan Penyelaras 2 Dr. Norisham binti Abdul Ghani Ketua Penolong Setiausaha Unit Modal Insan Editor Puan Nadiana binti Bujang Penolong Setiausaha Unit Modal Insan Encik Zaidi bin Korib Ketua Penolong Setiausaha (K) Unit Profesionalisme Kaunselor Puan Nozama binti Mahadi Penolong Setiausaha Unit Modal Insan Dr. Hajah Mazli Sham binti Abdullah Ketua Penolong Setiausaha Unit Modal Insan Mohd Haniff bin Zawawi Penolong Setiausaha Unit Modal Insan Cik Nur Fatihah binti Salim Unit Modal Insan Cik Umi Sarina binti Abdullah Unit Modal Insan


iii Editor Encik Mohd Mustaza bin Abd Manap Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan Encik Zulfazlan bin Jumrah Kolej Tunku Kursiah Negeri Sembilan Puan Zainab binti Said SMK Puteri Negeri Sembilan Encik Mohd Yuszaiman bin Yusof SMK Vivekananda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Panel Pakar Dr. Sheerad bin Sahid Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Zaini bin Said Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Asmah binti Ismail Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr Mohd Izwan bin Mahmud Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Mohamad Isa bin Amat Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia Prof. Madya. Dr. Salleh bin Amat Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Shahlan bin Surat Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Zarizi bin Ab Rahman Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM)


iv Siri 2 : Spiritual Puan Kamarozita binti Kamarudin Kaunselor Pendidikan Matrikulasi Kolej Matrikulasi Pahang PAHANG Encik Zainal Abidin bin Ramli Kaunselor Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah LMS PERAK Encik Zaini bin Mohd Zin Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Pekan PAHANG Siri 1 : Kewangan Puan Nadiana binti Bujang Penolong Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling PUTRAJAYA Puan Noorlia binti Hj Arshad Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KUALA LUMPUR Puan Faradilla binti Mhd. Sidin Penolong Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling. Kementerian Pendidikan Malaysia PUTRAJAYA Puan Siti Suraiyah binti M. Horsi Penolong Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling. Kementerian Pendidikan Malaysia PUTRAJAYA Encik Hafizuddin bin Mohd Rushdi Kaunselor Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail TERENGGANU NAMA PENULIS


v Siri 4 : Pekerjaan Encik Mohd Zamri bin Mohd Noh Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya PULAU PINANG Puan Azizah binti Ahmad Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan PULAU PINANG Puan Nur Fazlun binti Ahmad Japlus Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut PULAU PINANG Siri 3 : Perhubungan Puan Nooraida binti Rohani Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin MELAKA Encik Mahran bin Daem Kaunselor Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu TERENGGANU Puan Fazilah binti Che Din Kaunselor Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang PULAU PINANG


vi Siri 5 : Intelektual Encik Azizi bin Lamat Penolong Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling PUTRAJAYA Encik Rosmani bin Talib Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak PERAK Encik Amiran bin Adnan Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah KELANTAN Siri 6 : Identiti Puan Nor Dzarifah binti Abdul Aziz Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Kuala Krai KELANTAN Encik Mohamad Hanafiah bin Mustafa Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Besut TERENGGANU


vii Siri 7 : Emosi Puan Fatimah AzZahrah binti Zolkeplai Kaunselor Pendidikan Institut Pendidikan Guru Bahasa Antarabangsa KUALA LUMPUR Puan Aishah binti Mat Isa Kaunselor Pendidikan Pejabar Pendidikan Daerah SIK KEDAH Mohd Azman bin Ali Bashah Kaunselor Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Jalan Permai Utama PERAK Siri 8 : Fizikal Puan Nozama binti Mahadi Penolong Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling. PUTRAJAYA Encik Mohd Khairuddin bin Mohamed Penolong Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling PUTRAJAYA Puan Sofhul Jamila binti Che Mat Duzki Kaunselor Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis PERLIS


viii PRAKATA Syukur Alhamdulillah, segala pujian hanya milik Allah SWT. Bersyukur kepada Allah SWT penulisan e-buku Pemantapan Kesejahteraan Psikologi Guru telah dapat disiapkan hasil buah fikiran Kaunselor Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia. E-buku ini dihasilkan sebagai panduan dan sumber rujukan untuk warga KPM dalam memperkasakan kesejahteraan psikologi diri masing-masing. Besarlah harapan kami agar e-buku psikologi kesejahteraan ini dimanfaatkan oleh semua warga KPM dalam memperkasakan warga KPM yang sejahtera dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih, penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa e-buku, penulis-penulis, serta para editor yang berganding bahu menyumbang idea, masa dan tenaga serta menyunting hasil karya bagi merealisisasikan penghasilan buku digital ini. SALMIAH BINTI MONSHIE Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling


1 KANDUNGAN


2 Pendahuluan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil berat kebajikan dan perkembangan kerjaya pegawai perkhidmatan pendidikan. Usaha memperkasa pegawai perkhidmatan pendidikan dilaksanakan secara holistik melalui bimbingan dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya selari dengan anjakan keempat dalam PPPM iaitu Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan. Ini kerana KPM menyedari kualiti pendidikan bergantung kepada kompetensi pegawai perkhidmatan pendidikan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Bagi memastikan pegawai perkhidmatan pendidikan sentiasa kompeten maka pelbagai kursus yang berkaitan ilmu pengetahuan, kurikulum, sikap, dan kemahiran disediakan untuk mereka. Menyedari hakikat ini KPM berhasrat memperkasa elemen kesejahteran psikologi dalam kalangan pegawai perkhidmatan pendidikan melalui tiga kaedah iaitu saringan, pendidikan dan intervensi. Elemen kesejahteraan psikologi ini merangkumi aspek kesejahteraan kewangan, kesejahteraan intelektual, kesejahteraan pekerjaan, kesejahteraan perhubungan, kesejahteraan fizikal, kesejahteraan spiritual, kesejahteraan identiti, dan kesejahteraan emosi. Fasa pertama kaedah pelaksanaan ialah mewujudkan profil kesejahteraan psikologi bagi semua pegawai perkhidmatan pendidikan. Profil ini diperolehi berdasarkan dapatan instrumen Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPSi). Intervensi dan pendidikan khusus akan diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan pendidikan berdasarkan profil IKPSi masing-masing dalam fasa ke-2.


3 Hasrat KPM ialah memastikan pegawai perkhidmatan pendidikan berada sekurang-kurangnya pada tahap sederhana tinggi kesejahteraan psikologi. Fasa ketiga hanya akan melibatkan pegawai perkhidmatan pendidikan yang memerlukan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi mereka. E-buku ini merupakan satu wadah untuk memberikan lebih penjelasan dan ilmu kepada pegawai perkhidmatan pendidikan dalam memastikan mereka tahu dan mampu mengawal kesejahteraan emosi sendiri. Apabila pegawai perkhidmatan pendidikan mempunyai kesejahteraan psikologi yang tinggi, kompeten ilmu pengetahuan serta mampu mengawal emosi maka organisasi akan lebih sejahtera dan akhirnya hasrat KPM untuk melahirkan generasi yang seimbang intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapai.


5 6 Pengenalan 8 Pengurusan Kewangan 9 Perancangan Kewangan 13 Kenali Enam Komponen Kewangan Anda 38 Tip & Panduan Mencapai Kesejahteraan Kewangan 39 10 Langkah Ke Arah Kesejahteraan Kewangan 41 Amalan Untuk Mencapai Kesejahteraan Psikologi Kewangan 43 Enam Perangkap Kewangan 45 Tip Mudah Penggunaan Wang Dengan Teknik 4,3,2,1 46 Antara Keperluan dan Kehendak 46 Semak Aliran Tunai Anda 47 Cadangan Pecahan Pendapatan 48 Penutup ISI KANDUNGAN


6 PENGENALAN Ada pepatah Melayu yang biasa kita dengar ‘biar papa, asal bergaya’ atau peribahasa yang berbunyi ‘ukur baju di badan sendiri’, boleh dikatakan maksud tersebut merujuk cara seseorang menguruskan kewangan mereka. Kita juga sering mendengar perkongsian yang mengatakan jika mahu hidup dalam pengurusan kewangan yang selesa “hiduplah mengikut kemampuan” atau mahu lebih selesa “hiduplah di bawah kemampuan”. Persoalannya adakah kita dapat memahami inti pati dari perkongsian tersebut? Ya, kita faham, tapi dengan cara kita sendiri. Mungkin betul atau membuatkan kita jauh ‘tersesat’ dan hampir lemas dengan masalah kewangan atau lebih parah lagi... dah karam pun! Jadi, takkan nak terus karam? Pastinya tidak. Mereka yang karam, sekarang sedang berusaha perlahan-lahan untuk timbul dalam kepayahan, yang paling penting ada usaha untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dengan ada kesedaran dan kemahuan dalam diri. Moga buku siri Kesejahteraan Kewangan ini akan dapat dijadikan sebagai panduan dalam urusan kewangan bersama.


7 KEHIDUPAN YANG BERMAKNA, SELESA DAN STABIL “Ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Mesti anda biasa mendengar peribahasa ini. Dalam ilmu ekonomi, peribahasa ini sesuai ditujukan kepada mereka yang suka berbelanja mengikut kata hati tanpa memikirkan kesannya pada masa depan. Adalah tidak berbaloi untuk anda mengalah kepada kemahuan dan kerenah berbelanja sesuka hati tanpa memikirkan sebab dan akibatnya. Sekiranya anda tidak merancang kewangan anda, berkemungkinan besar anda akan berbelanja melebihi pendapatan, yang akhirnya akan menjerumuskan anda dalam masalah hutang dan kemelut kewangan yang serius. Menghadapi kemelut kewangan bukan sahaja akan menjejaskan reputasi anda, malah anda juga akan mengalami masalah emosi, tekanan perasaan, ke sana sini mencari wang untuk menjelaskan hutang dan akhirnya hubungan anda bersama ahli keluarga dan kawan menjadi tegang. Semua ini akan menjejaskan kesihatan fizikal, mental, dan emosi anda. Anda akan terus menghadapi masalah yang tidak mungkin diselesaikan semuanya sekiranya anda gagal merancang. Jika anda mengikuti nasihat, saranan, petua dan panduan yang diberikan dalam buku ini, anda tidak sepatutnya menghadapi kemelut kewangan. Sebaliknya anda akan mampu menguruskan wang anda dengan bijak dan akan bebas daripada beban tekanan kewangan. Inilah yang dipanggil sebagai kesejahteraan kewangan. Kesejahteraan kewangan adalah satu situasi di mana anda bebas dari masalah kewangan, berupaya menghadapi masalah kewangan yang tidak dijangka, serta mampu menghadapi halhal kecemasan tanpa mengalami beban kewangan.


8 PENGURUSAN KEWANGAN Pengurusan kewangan adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Umumnya, pengurusan kewangan ditakrifkan sebagai bagaimana kita merancang, mengarah, memantau, mengorganisasi dan mengawal sumber kewangan. Kegagalan untuk menguasai bidang ini boleh menjerumuskan seseorang kepada situasi kewangan yang sukar. Keadaan ekonomi yang serba tidak menentu, kos hidup yang semakin tinggi, serta harga barangan yang semakin meningkat, memaksa kita sebagai individu yang berpendapatan (baik tinggi atau rendah) untuk menguasai ilmu pengurusan kewangan supaya kita dapat mengelakkan kesilapan kewangan serta merangka pelan tindakan bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Setiap peringkat atau fasa kehidupan manusia memerlukan perancangan dan pengurusan kewangan yang baik: FASA BEKERJA DAN TINGGAL BERSAMA IBU BAPA FASA MEMBINA KELUARGA FASA BERKELUARGA DAN MEMPUNYAI ANAK SEKOLAH FASA PERKAHWINAN ANAK FASA PENCEN FASA BEKERJA DAN TINGGAL SENDIRI FASA BERKELUARGA DAN MEMPUNYAI ANAK KECIL FASA BERKELUARGA ANAK MASUK INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI


9 PERANCANGAN KEWANGAN Bayangkan anda dan keluarga merancang untuk bercuti ke Langkawi pada musim cuti sekolah nanti. Apa tindakan yang anda perlu fikirkan untuk memastikan anda dapat menikmati percutian seperti anda dan keluarga anda impikan? Berikut adalah antara persoalan-persoalan yang anda perlu fikirkan dan sediakan jawapannya: Apakah persiapan dan persediaan yang anda perlu bawa ke sana? Bagaimana hendak sampai ke sana? Penerbangan atau naik kereta saja? Yang mana lebih efektif, bawa kereta sendiri atau sewa kereta sahaja di sana? Sekiranya naik kereta ke sana, jalan mana yang anda harus lalui? Jalan mana yang lebih selesa? Dan macam-macam lagi agar perjalanan anda selesa sehinggalah sampai ke destinasi.


10 Untuk mendapatkan pilihan yang terbaik, anda akan menilai setiap pilihan yang ada. Pilihan yang mana yang lebih menjimatkan kos dan memaksimumkan keindahan percutian anda sekeluarga. Langkah-langkah atau proses ini dikenali sebagai perancangan. Perancangan sesuatu perkara boleh dibuat untuk suatu jangka masa pendek, sederhana mahupun jangka masa yang panjang. Demikianlah juga dalam hal pengurusan kewangan. Anda perlu menyediakan pelan perancangan kewangan anda bermula daripada awal anda mula bekerja sehinggalah ke usia persaraan anda. Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian, dan matlamat hidup anda. Perancangan yang merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan, seperti mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, membesarkan anak-anak dan membiayai pelajaran mereka. kita tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi sering gagal untuk merancang


11 MENGAPA ANDA PERLU MEMBUAT PERANCANGAN? Dengan adanya perancangan kewangan, anda bukan sahaja mempunyai kawalan penuh terhadap aliran wang masuk dan wang keluar, malah anda mempunyai pilihan berdasarkan perancangan kewangan anda. Menyediakan pilihan terbaik Anda mempunyai lebih kawalan terhadap hal ehwal kewangan anda, dan berupaya menguruskan hutang dan pinjaman dengan bijak. Anda juga boleh membuat bajet, membuat tabungan dan membelanjakan kewangan dengan baik. Menyediakan bajet kewangan Anda berupaya merancang kewangan anda berdasarkan kepentingan dan tanggungjawab yang lebih utama. Juga membantu anda menentukan yang mana satu perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak. Membezakan keutamaan Anda boleh memenuhi kehendak dan keperluan seiring perubahan dan fasa kehidupan anda. Bebas dari masalah hutang, kebankrapan dan kebergantungan kepada orang lain. Melakukan perubahan hidup


12 Dengan adanya perancangan kewangan, anda bukan sahaja mempunyai kawalan penuh terhadap aliran wang masuk dan wang keluar, malah anda mempunyai pilihan berdasarkan perancangan kewangan anda. Menyediakan pilihan terbaik Anda mempunyai lebih kawalan terhadap hal ehwal kewangan anda, dan berupaya menguruskan hutang dan pinjaman dengan bijak. Anda juga boleh membuat bajet, membuat tabungan dan membelanjakan kewangan dengan baik. Menyediakan bajet kewangan Anda berupaya merancang kewangan anda berdasarkan kepentingan dan tanggungjawab yang lebih utama. Juga membantu anda menentukan yang mana satu perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak. Membezakan keutamaan Anda boleh memenuhi kehendak dan keperluan seiring perubahan dan fasa kehidupan anda. Bebas dari masalah hutang, kebankrapan dan kebergantungan kepada orang lain. Melakukan perubahan hidup


13 Kenali komponen kewangan anda Pendapatan Perbelanjaan Simpanan Pinjaman Pelaburan Persaraan


14 KEWANGAN Pendapatan merujuk kepada sumber aliran masuk tunai yang anda terima dan kemudian anda akan gunakannya untuk menyara diri dan keluarga anda. Ini adalah titik permulaan proses perancangan kewangan anda. PENDAPATAN


15 UPAH Pampasan atau saraan berbentuk kewangan yang anda peroleh sebagai balasan untuk kerja yang anda lakukan. Biasanya kadar bayaran dikira berdasarkan setiap tugasan yang diselesaikan, atau pada kadar jam atau harian, atau berdasarkan kuantiti kerja yang dilakukan yang mudah diukur. DIVIDEN Dividen adalah bahagian keuntungan dan pendapatan tertahan yang dibayar oleh syarikat kepada pemegang sahamnya. Apabila syarikat menjana keuntungan dan mengumpulkan pendapatan tertahan, pendapatan tersebut boleh dilaburkan semula dalam perniagaan atau dibayar kepada pemegang saham sebagai dividen. WANG PENCEN Bayaran tetap bulanan yang anda terima selepas anda bersara daripada perkhidmatan awam. GAJI BONUS Suatu bayaran sejumlah wang atau pampasan tetap (sama ada bulanan atau harian) yang anda terima daripada majikan anda sebagai pertukaran kepada tugasan atau kerja yang anda dilakukan. Suatu jumlah wang yang majikan anda berikan, sama ada dari semasa ke semasa atau secara berkala, sebagai hadiah atas prestasi kerja yang baik. Sumber pendapatan biasa adalah:


16 URUSKAN DUIT GAJI ANDA DENGAN BAIK Adakah anda tergolong dalam golongan yang mempunyai masalah untuk mengurus duit gaji dengan baik? Masih tak tahu cara-cara nak buat pembahagian duit gaji anda? Jika anda sering kehabisan duit gaji sebelum dapat duit gaji seterusnya, ya, memang sah anda punyai masalah untuk mengurus duit gaji dengan baik. Sebenarnya, matlamat utama untuk mengurus duit gaji adalah supaya perbelanjaan yang dilakukan tidak melebihi pendapatan yang diperoleh. Berikut adalah dua sebab kenapa penting untuk anda pastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan: 1. Mengelakkan daripada membuat hutang-hutang yang ‘tidak perlu’. Hutang-hutang seperti kad kredit dan pembiayaan peribadi, kesan jangka masa pendek memanglah menyeronokkan kerana dapat berbelanja kepada perkara-perkara yang diingini walaupun pendapatan tidak mencukupi. Tetapi, untuk jangka masa panjang, hutang-hutang ini boleh memberi kesan yang memudaratkan kepada kedudukan kewangan seseorang. 2. Mencipta aliran tunai positif. Sebab yang kedua pula adalah supaya dapat mencipta aliran tunai positif, iaitu: [pendapatan > simpanan + perbelanjaan]. Apabila aliran tunai adalah positif, maka ada sejumlah duit gaji dapat disimpan untuk membina dana rizab dan dana kecemasan. Selepas dibina kedua-dua dana tesebut, lebihan simpanan boleh digunakan untuk pelaburan supaya dapat mengukuhkan lagi kedudukan kewangan diri sendiri.


17 TIP & FORMULA MENGURUS DUIT GAJI ‘jomurusduit.com’ mencadangkan dua formula urus duit gaji yang sangat efektif untuk anda laksanakan: FORMULA 30/10 Formula 30/10 melibatkan pembahagian duit gaji kepada 4 bahagian, iaitu 30%, 30%, 30% dan 10%. Contohnya, jika anda bergaji bersih RM 2,000 sebulan, maka gaji tersebut dibahagikan kepada RM 600, RM 600, RM 600 dan RM 200. Untuk 30% pertama, peruntukan bahagian tersebut untuk kesenangan masa depan iaitu untuk simpanan, perlindungan insurans takaful dan pelaburan. Manakala 30% kedua pula adalah untuk hutang dan simpanan perbelanjaan. Untuk 30% yang ketiga pula adalah untuk semua jenis perbelanjaan lain; makan-minum, nafkah, barang dapur, keperluan peribadi, sewa, bil-bil utiliti, tol, minyak kereta dan apa-apa sahaja perbelanjaan yang dibuat setiap bulan. Bahagian 10% yang terakhir pula adalah untuk penyucian, iaitu untuk zakat pendapatan (jika cukup hisab), sedekah dan hadiah kepada ibu bapa. 30% 30% 30% 10% Simpanan, perlindungan, pelaburan Hutang & tabung, simpanan perbelanjaan Perbelanjaan keperluan & lain-lain Sedekah, zakat, cukai & hadiah Formula 30/10 boleh dianggap formula mengurus duit gaji terbaik kerana menyeimbangkan semua elemen utama pengurusan kewangan peribadi, iaitu simpanan, perbelanjaan, perlindungan, pelaburan dan penyucian. Bagi yang baru mula bekerja atau kurang komitmen, disarankan untuk mengaplikasikan terus formula ini.


18 FORMULA 50/30/20 Sama seperti formula 30/10 sebelum ini, formula 50/30/20 juga membahagikan duit gaji kepada beberapa bahagian mengikut peratusan tertentu, iaitu 50%, 30% dan 20%. Bahagian 50% adalah untuk membayar komitmen tetap bulanan seperti pinjaman pembiayaan rumah, kereta, sewaan dan bil-bil utiliti. Bahagian ini juga untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan asas seperti makanminum, barang dapur, minyak kereta dan tol. Bahagian 30% pula dikhususkan untuk komitmen tidak tetap atau perbelanjaan yang berubah-ubah dan kurang penting seperti keperluan diri, pakaian, hiburan, melancong, bayaran Internet, membeli barangbarang idaman dan sebagainya. Bahagian 20% terakhir pula adalah untuk simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans takaful. Kunci utama dalam menggunakan formula ini adalah kebolehan membezakan antara perbelanjaan asas atau keperluan dan perbelanjaan kehendak; perbelanjaan asas hendaklah diutamakan manakala perbelanjaan kehendak perlulah dikawal. Formula 50/30/20 adalah sesuai untuk golongan yang mempunyai pendapatan sederhana dan sebagai permulaan bagi yang baru mula berjinak-jinak untuk mengurus duit gaji dengan baik. DUIT GAJI 50% 30% 20% Perbelanjaan tetap / asas (hutang, sewa, bil utiliti, makan & minum) Perbelanjaan berubah-ubah / tidak penting (hiburan, pakaian, internet, melancong) Tabung masa depan (simpanan, pelaburan, perlindungan insurans/takaful)


19 PERBELANJAAN Perbelanjaan adalah aliran keluar pembayaran sama ada dengan wang tunai atau kredit untuk membeli barangan atau perkhidmatan. Perbelanjaan merangkumi semua jenis pembayaran yang anda lakukan disebabkan pembelian barangan dan perkhidmatan atau apa sahaja yang boleh habis digunakan (bukan pelaburan). Untuk mengurus perbelanjaan dengan baik, anda perlu menentukan sama ada perbelanjaan itu satu keperluan atau kehendak. Sebaik-baiknya, kurangkan atau elakkan terus perbelanjaan kehendak jika anda mahu memperbaiki keadaan kewangan.


20 Jom semak keperluan vs kehendak Keperluan Kehendak • Mesti dipenuhi untuk terus hidup. • Keperluan sama untuk setiap manusia. • Mengikut tahap-tahap tertentu secara hierarki. • Tuntutan semulajadi manusia. • Contoh: makanan, pakaian dan tempat tinggal. • Pelengkap kepada keperluan. • Berbeza antara individu. • Menjadikan hidup manusia hidup selesa. • Perlu dipelajari daripada pengalaman. • Sukar dipuaskan. • Sentiasa berubah. • Contoh: produk berjenama, hiburan / hobi berbayar yang mewah. Belanja ikut kemampuan Pendapatan melebihi perbelanjaan Bebas hutang dan boleh berbelanja ikut kemampuan. Mempunyai pendapatan berterusan melebihi perbelanjaan. Setelah anda mengenalpasti yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak, langkah seterusnya adalah anda perlu membahagikan setiap jenis perbelanjaan melalui tiga kategori. Ketiga-tiga kategori ini akan membantu anda menentukan keutamaan aliran tunai atau pembayaran yang mana anda harus utamakan:


21 Perbelanjaan keperluan kebiasaannya akan masuk di bawah kategori perbelanjaan tetap atau boleh ubah. Perbelanjaan kehendak selalunya termasuk dalam perbelanjaan pilihan, di mana kita mempunyai pilihan sama ada mahu berbelanja atau tidak. DISARANKAN supaya perbelanjaan tetap tidak lebih 33.33% (1/3) daripada jumlah pendapatan. Sebagai contoh, jika pendapatan bulanan adalah RM3,000 sepatutnya setiap bulan kita hanya berbelanja RM1,000 sahaja. Ini untuk memastikan kita tidak terasa sesak. PERBELANJAAN TETAP Jumlahnya sama setiap bulan. Contoh; pembiayaan rumah, pembiayaan kereta, caruman takaful. PERBELANJAAN BOLEH UBAH PERBELANJAAN PILIHAN Jumlah tidak tetap. Contoh lazim; makanan, baju, telefon (kecuali ambil langganan tetap), barang keperluan. Jenis perbelanjaan bukan keperluan tapi kemahuan. Nice-to-have. Menonton wayang, langganan TV (senarainya terlalu banyak). KATEGORI PERBELANJAAN


22 SIMPANAN Simpanan atau juga dipanggil sebagai tabungan adalah sejumlah wang yang anda simpan secara tetap untuk kegunaan masa depan atau hal-hal kecemasan. Sekiranya terdapat lebihan antara apa yang anda peroleh sebagai pendapatan dan apa yang anda belanjakan, perbezaannya anda boleh gunakan untuk tujuan simpanan atau pelaburan. Pelan simpanan atau tabungan adalah penting dalam perancangan kewangan. Tanpa pelan ini, anda mungkin tidak dapat mencapai matlamat kewangan anda.


23 Setiap simpanan mestilah dibuat dengan matlamat yang jelas. Contoh matlamat simpanan adalah seperti berikut: Simpanan kecemasan Simpanan kecemasan boleh dilakukan sehingga anda mempunyai simpanan enam bulan daripada gaji semasa anda. Simpanan ini akan membantu anda ketika anda dalam kecemasan, seperti kerosakan kereta, masalah kesihatan dan lain-lain lagi. Simpanan peribadi Simpanan peribadi pula boleh dilakukan untuk kegunaan peribadi seperti pergi melancong, melakukan aktiviti luar, derma, beli gajet baharu atau makan di tempat yang lebih mewah. Pengurusan kewangan yang baik tidak menghalang seseorang untuk menikmati kehendak individu. Anda disarankan supaya menabung 10 peratus daripada pendapatan pada setiap bulan. Adalah lebih baik jika anda dapat menabung 20 hingga 30 peratus kerana ini dapat meningkatkan lagi simpanan pada masa hadapan. Ingat, semakin banyak wang ditabung sekarang, semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan anda. Ada beberapa cara untuk menabung pendapatan bulanan terus ke dalam akaun simpanan anda. Antaranya, anda boleh:-


24 Menabung secara automatik Anda disarankan supaya menabung 10 peratus daripada pendapatan pada setiap bulan. Adalah lebih baik jika anda dapat menabung 20 hingga 30 peratus kerana ini dapat meningkatkan lagi simpanan pada masa hadapan. Ingat, semakin banyak wang ditabung sekarang, semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan anda. Beri arahan kepada bank anda untuk memindahkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bulanan daripada akaun semasa ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan. Wang yang anda tabung secara automatik ini boleh digunakan untuk mencapai matlamat kewangan yang lain.


25 Tip untuk menyimpan wang Fokus kepada masa hadapan Adalah mudah untuk menghabiskan wang bagi mendapatkan sesuatu yang dikehendaki. Anda perlu mengubah tabiat itu dan memberikan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara. Jangan beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk Walaupun anda berasa gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun anda harus mengawal dan meletakkan had terhadap tabiat itu. Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapatkan pujian. Melabur simpanan dengan bijak Anda perlu mencuba untuk meningkatkan pendapatan yang diperolehi supaya ia boleh menambah simpanan anda. Oleh itu, buatlah sedikit pelaburan daripada pendapatan tersebut. Menggemari jualan murah, tawar menawar Anda perlu membiasakan diri untuk tidak membayar apa-apa caj yang tidak perlu. Oleh itu, anda perlu berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil Kebanyakan orang hanya menitikberatkan perbelanjaan besar, menyebabkan mereka terlepas pandang dan kerap meremehkan perbelanjaan kecil. Tanpa disedari perbelanjaan kecil itulah sebenarnya jika dikumpulkan akan menjadi jumlah yang besar.


26 Lima sebab utama saya GAGAL menyimpan Saya tidak mahu menyimpan. Saya tiada matlamat jelas kenapa perlu menyimpan. Saya tidak menjadikan simpanan sebagai keutamaan. Saya dilahirkan dalam budaya yang tidak menyimpan. Saya tiada ilmu menyimpan.


27 Menguruskan pergerakan duit. Memantau pergerakan duit. Mengambil tahu pergerakan duit. Menetapkan had jumlah yang boleh diguna. Merancang perbelanjaan. Mematuhi perancangan. Kemahiran PALING PENTING yang saya perlu ada untuk memastikan ia berjaya adalah:


28 PINJAMAN Pinjaman dalam istilah ekonomi boleh didefinisikan sebagai barangan yang dipinjam, khususnya duit, yang mana perlu dibayar kembali berserta kadar faedah atau kadar keuntungan tertentu. Anda mungkin terpengaruh untuk membelanjakan lebih wang daripada apa yang sedia ada kerana institusi kewangan menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman dan kad kredit. Situasi ekonomi pada zaman ini menyebabkan kita tidak boleh lari daripada mendapatkan pinjaman. Namun pastikan anda hanya membuat pinjaman yang betul-betul perlu sahaja, dan juga pastikan anda mempunyai disiplin yang tinggi serta mampu menguruskan hutang anda dengan bijak. Terdapat empat jenis hutang atau pinjaman yang hampir setiap orang menggunakannya: Pinjaman Perumahan Pinjaman perumahan merupakan suatu komitmen kewangan yang sangat besar serta memakan masa yang panjang untuk dijelaskan. Pertimbangkan dengan teliti semua aspek pinjaman sebelum membuat sebarang keputusan untuk memohon pinjaman perumahan.


29 Pinjaman Pelajaran Lazimnya ditawarkan oleh pihak kerajaan, agensi kerajaan, dan organisasi swasta kepada pelajar kolej atau universiti untuk membantu membiayai kos pelajaran tinggi mereka. Kadar faedah biasanya rendah dan perlu dibayar apabila pelajar tersebut menamatkan pengajian. Pinjaman Kenderaan Kebanyakan orang mahukan kenderaan sendiri sebaik sahaja mula bekerja. Lazimnya, seseorang membeli kereta melalui pinjaman yang dikenali sebagai pinjaman sewa beli, dan perlu membayar ansuran bulanan antara 3 hingga 10 tahun. Pinjaman Peribadi Berbanding tiga pinjaman di atas, pinjaman peribadi ini sebaik-baiknya anda perlu elakkan. Kecuali jika situasi sangat memerlukan anda untuk menggunakan pinjaman ini. Pinjaman ini ditawarkan bagi kegunaan peribadi anda, bukannya pembiayaan berjumlah besar seperti rumah atau kereta, tetapi lebih kepada kegunaan peribadi anda, contohnya untuk pembiayaan perkahwinan anda. Anda berisiko berdepan dengan masalah kewangan jika anda bertindak seperti berikut: Membeli tanpa berfikir. Berbelanja melebihi keperluan. Meminjam dari institusi yang tidak berlesen. Menggunakan kad kredit tanpa kawalan. Tiada simpanan. Mengharapkan bantuan untuk terus hidup.


30 Elakkan membeli rumah melebihi kemampuan Harga rumah yang sesuai untuk di beli Gaji 1/3 Gaji Kasar RM 5,000 RM 1,666 (33%) RM400,000 dan ke bawah Jadual kelayakan baharu Pembiayaan perumahan sektor awam No. Gaji Pokok + Elaun Tetap* (RM) Kelayakan Maksimum (RM) 1. 6,500 dan ke atas 750,000 2. 6,000 720,000 3. 5,700 680,000 4. 5,500 650,000 5. 5,000 600,000 6. 4,700 560,000 7. 4,500 540,000 8. 4,300 510,000 9. 4,000 470,000 10. 3,800 450,000 11. 3,500 420,000 12. 2,900 340,000 13. 2,300 270,000 14. Sehingga 1,700 200,000 RM


31 Anda perlu berusaha memastikan jumlah pinjaman atau pembiayaan membeli rumah tidak melebihi satu pertiga (1/3) dari gaji kasar anda. Walaupun anda boleh pinjam sehingga RM1 juta untuk membeli rumah, tidak bermakna anda mampu untuk menanggung rumah tersebut. Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan. Kurangkan kos yang tidak perlu. Daripada bajet ini baru saya tahu, berapa banyak yang saya boleh peruntukan untuk membayar ansuran rumah. Beli rumah ikut KEMAMPUAN bukan kehendak.


32 Penyalahgunaan kad kredit Kadar faedah tahunan yang tinggi (15 - 18%) dan juga caj tambahan. Kesan terhadap markah kredit (CCRIS & CTOS). Dua kali caj iaitu untuk harga barangan atau perkhidmatan dan kos berhutang (kadar faedah). Mudah untuk berbelanja melebihi pendapatan. Kontrak dan syarat-syarat kad kredit sukar difahami. Menambahkan golongan muflis di Malaysia. Pendapatan akan datang (bulan seterusnya) terpaksa dikorbankan dan ini akan menjejaskan perancangan untuk perbelanjaan seharian. Menggalakkan pembelian barangan atau perkhidmatan yang mengikut nafsu.


33 Kesan yang akan saya hadapi jika membuat pinjaman Komitmen bulanan akan meningkat. Komitmen hutang hingga bertahun-tahun lamanya. Pembelian akan terhad dan penjimatan perlu dilakukan. Kesukaran untuk membeli atau berbelanja. Berjimat sementara menunggu gaji seterusnya. Gangguan mental dan fizikal disebabkan hutang. Mengganggu “Debt Service Ratio”. Aliran tunai tidak berkualiti untuk simpanan dan pelaburan. Kadar faedah yang tinggi akan menekan peminjam. Bebanan hutang akan memerangkap anda. Syarat dan peraturan yang tersembunyi.


34 PELABURAN DI LUAR KEMAMPUAN ATAU MENGIKUT KEHENDAK PELABURAN Melabur berkaitan dengan pembelian aset yang diharapkan dapat menghasilkan kadar pulangan, dengan harapan bahawa dari masa ke masa anda akan menerima lebih banyak wang daripada yang anda laburkan. Melabur membawa risiko, dan tidak semua aset akhirnya menghasilkan kadar pulangan positif. Di sinilah kita melihat hubungan antara risiko dan pulangan.


35 Pelaburan tunai & faedah tetap Bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia. Meliputi produk-produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap. Ia menyediakan kemudahan apabila anda memerlukan wang. Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada pertumbuhan modal. Dana amanah saham Wang daripada ramai pelabur individu akan disatukan untuk membeli beberapa kelas aset yang berlainan, dalam kuantiti yang besar. Setiap pelabur akan menerima ‘unit’ dalam dana tersebut, setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon, dan simpanan tetap. Hartanah Pelaburan Harta Tanah merujuk kepada harta tanah yang diperoleh untuk mendapatkan pulangan pelaburan dalam bentuk pendapatan sewa, royalti, dividen atau kenaikan masa depan dan bukan tempat tinggal utama pelabur. Hartanah tersebut mungkin atas nama pelabur individu, sekumpulan pelabur atau syarikat pelaburan, dan ia boleh menjadi pelaburan jangka pendek atau jangka panjang. Saham Saham atau juga dikenali sebagai ekuiti atau syer mewakili pemilikan anda dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan saham dan keuntungan syarikat tersebut. Berikut adalah beberapa jenis pelaburan yang biasa terdapat dalam pasaran kewangan:


36 PERSARAAN Anda tidak terlalu muda atau tua untuk merancang persaraan anda. Lagi awal lagi baik, dan juga lebih baik ada daripada tiada langsung. Usah hanya mengharapkan simpanan KWSP kerana kemungkinan simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup yang selesa ketika persaraan. Walaupun anda bekerja dalam tempoh yang lama untuk membayar hutanghutang anda, namun anda juga perlu memaksa diri untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai persiapan apabila bersara kelak. Apa yang membimbangkan ialah risiko anda terpaksa hidup dalam serba kekurangan walaupun sudah mencapai usia tua, selain terpaksa menghadapi masalah lain dalam kehidupan anda.


37 Walau apa juga perancangan anda, anda hendaklah mengetahui kedudukan kewangan anda sekarang: • Berapa banyak wang simpanan dan aset yang anda miliki sekarang? • Berapakah pendapatan bulanan anda? • Berapa peratus daripada gaji bulanan anda dicarum dalam KWSP atau sebarang dana persaraan? • Berapa peratuskah pulangan balik daripada pelaburan? Selepas menganalisis aset dan tanggungan yang anda miliki sekarang, anggarkan berapa yang anda perlukan dan buat pengubahsuaian berdasarkan kepada kadar inflasi sekarang. Kemudian anda perlu menetapkan usia persaraan anda sama ada 45, 56, 60, atau 65 tahun? Anda bolehlah mengira wang bulanan yang anda perlukan apabila bersara nanti. Persiapan anda untuk bersara hendaklah meliputi pengurangan hutang, peruntukan perbelanjaan, kepelbagaian pelaburan dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan mengambil makanan yang seimbang serta aktiviti riadah. Pada usia yang tua, kesihatan amat penting. Kos perubatan merupakan perbelanjaan utama yang boleh mengikis wang persaraan anda. Walaupun anda mempunyai insurans perubatan dan hayat yang boleh melindungi sebarang penyakit kritikal dan kecacatan, namun ia mungkin tidak meliputi sebarang preskripsi perubatan yang anda perlukan. Kadangkala hanya sesetengah penyakit sahaja yang dilindungi oleh insurans. Oleh itu, persiapan persaraan yang mencukupi amat perlu bagi memastikan seseorang dapat hidup dengan sejahtera.


38 MENCAPAI KESEJAHTERAAN KEWANGAN TIP & PANDUAN


39 Melakukan perubahan Berikrar untuk mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki status kewangan anda. Kenali kedudukan kewangan Mengambil kira apa yang anda miliki dari jumlah hutang anda. Catatkan perbelanjaan anda Anda dapat mengesan aliran wang anda jika anda mencatatkan perbelanjaan harian anda. Buat bajet sebelum perbelanjaan Bajet dapat membantu anda untuk mencapai matlamat anda jika anda disiplin dalam mematuhi bajet anda. Menetapkan matlamat kewangan anda Anda perlu mempunyai matlamat kewangan yang perlu dicapai sebagai dorongan untuk menggalakkan anda berjaya melaksanakan pelan perancangan kewangan anda. 10 langkah ke arah kesejahteraan kewangan


40 Menyimpan sebelum berbelanja Apabila mendapat pendapatan bulanan, anda dinasihatkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda. Bersedia untuk hal kecemasan Anda perlu mengasingkan sebahagian duit anda sebagai tabung kecemasan. Tabung tersebut hendaklah dapat menampung kehidupan anda sekurang-kurangnya enam bulan sekiranya anda tidak mempunyai pendapatan pada masa itu. Menyelesaikan hutang anda Anda perlu sabar dan berterusan untuk menjelaskan hutang anda. Merancang untuk persaraan Anda tidak sewajarnya hanya mengharapkan kepada simpanan KWSP atau pencen kerana kemungkinan simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung kehidupan yang selesa apabila bersara. Mengurangkan perbelanjaan anda Sebelum membeli-belah, sediakan senarai barang yang ingin dibeli dan patuhi senarai tersebut. Elakkan daripada membeli mengikut gerak hati.


41 Urus Kawal Hemah Matlamat Mengurus kewangan peribadi dengan bijak dan berkualiti. Mempunyai kawalan terhadap hal ehwal kewangan. Mengurus perbelanjaan dengan berhemah. Mempunyai matlamat kebebasan kewangan pada masa hadapan. Saya perlu: Saya bijak jika saya: MEMBUAT KEPUTUSAN PERBELANJAAN MENCATAT PERBELANJAAN HARIAN • Membandingkan harga dengan cara melihat risalah. • Merancang pembelian dan mengira kos seunit. • Menyemak resit perbelanjaan. • Mencatat perbelanjaan makan dan minum seharian. • Kos perbelanjaan rumah disenaraikan. • Mengira kos pendidikan diri dan ahli keluarga. Amalan untuk mencapai kesejahteraan psikologi kewangan


42 3 Perkara utama dalam pengurusan kewangan Saya perlu sedar bahawa dalam mengurus kewangan, saya maklum tentang 3 perkara berikut: SIMPANAN PERBELANJAAN PENDAPATAN • Sumber utama. • Banyak menggunakan masa dan tenaga. • Pendapatan sampingan. • Bajet dinyatakan dalam aliran tunai. • Dikawal mengikut kemampuan dan pendapatan. • 70% daripada pendapatan. • Dana kecemasan dan rizab tunai. • 30% daripada pendapatan disimpan ke dalam akaun lain. • Simpanan untuk rumah dan perkahwinan.


Click to View FlipBook Version