43 6 Perangkap kewangan Saya mungkin akan berada dalam perangkap kewangan jika saya berada dalam situasi ini: 1 2 3 4 5 6 Tidak membayar pinjaman. Membeli kereta semahal yang mampu. Membeli rumah melebihi pendapatan. Membuat pinjaman peribadi bukan untuk pelaburan. Skim cepat kaya. Penyalahgunaan kad kredit. DEBT DEBT
44 Elakkan hutang ‘jahat’ Hutang dibuat dalam keadaan darurat bukan mengikut hajat atau kehendak. Apa itu hutang jahat? Hutang yang membawa kepada kerugian kepada si peminjam: Hutang yang bersifat liabiliti. Hutang yang mempunyai susut nilai. Hutang kad kredit yang tidak dibayar pada masa yang tepat. Pinjaman peribadi yang boleh dielakkan.
45 Tip mudah penggunaan wang dengan teknik 4,3,2,1 40% Keperluan Harian Contoh: (Makan minum, pinjaman, minyak kereta) 30% Simpanan Masa Depan Contoh: (Pelaburan, tanah, emas, rumah) 20% Simpanan Kecemasan Contoh: (Kerosakan kenderaan, sakit, kemalangan) 10% Kemahuan Contoh: (Barang berjenama / alat elektronik)
46 Antara keperluan dan kehendak Berikut merupakan contoh untuk anda lebih memahami antara keperluan dan kehendak. Semak aliran tunai anda PENDAPATAN / POTONGAN INDIVIDU A INDIVIDU B INDIVIDU C Gaji Kasar RM3,000 RM3,500 RM4,000 - Pinjaman kenderaan -RM500 -RM500 -RM500 - Pinjaman peribadi -RM250 -RM250 -RM250 - Pinjaman perumahan -RM950 -RM950 -RM950 - Kad kredit -RM100 -RM100 -RM100 Pendapatan bersih RM1,200 40% RM1,700 48% RM2,200 55% PENDAPATAN / POTONGAN INDIVIDU A INDIVIDU B INDIVIDU C Gaji Kasar RM3,000 RM3,500 RM4,000 - Pinjaman kenderaan -RM500 -RM850 -RM1,000 - Pinjaman peribadi -RM250 -RM500 -RM800 - Pinjaman perumahan -RM950 -RM1,200 -RM1,500 - Kad kredit -RM100 -RM100 -RM100 Pendapatan bersih RM1,200 40% RM850 24% RM600 15% KEPERLUAN KEHENDAK • Makan di gerai biasa. • Rumah berharga RM50 ribu - RM300 ribu. • Kereta berharga RM50 ribu ke bawah. • Rancangan televisyen percuma. • Telefon bimbit berharga RM1000 ke bawah. • Rumah berharga RM400 ribu ke atas. • Kereta berharga RM50 ribu ke atas. • Rancangan televisyen berbayar. • Telefon bimbit berharga RM1000 ke atas. Individu A mencatatkan aliran tunai yang baik Individu C mencatatkan aliran tunai yang baik
47 Cadangan pecahan pendapatan Keperluan dapur / makanan / bil utiliti Pinjaman kereta / rumah / peribadi / lain-lain pinjaman Takaful insurans / hibah / sumbangan / sedekah / penyucian (zakat/cukai) Perbelanjaan Pinjaman Simpanan Perlindungan Jika saya mempunyai pendapatan sebanyak RM 3,000 RM900 RM900 RM300 RM900 30% 30% 30% 10% Kecemasan / cukai jalan / selenggara kereta / pendidikan
48 Rumusan Kesejahteraan kewangan seseorang adalah bermula dengan dirinya sendiri. Mereka yang mempunyai kemahuan dan keinginan yang kuat untuk mempunyai kesejahteraan kewangan dalam hidup sentiasa akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dan bertindak segera dalam menguruskan kewangan agar menjadi lebih baik dan mengelak daripada sebarang masalah kewangan. Oleh itu, atur langkah anda ke arah kewangan yang lebih baik demi hari esok.
ISI KANDUNGAN 52 Pengenalan 53 Konsep Spiritual 55 Tujuh Prinsip Asas Spiritual 56 Empat Dimensi Spritual 57 Kesejahteraan Spiritualiti 58 Konsep Kesejahteraan Spiritual 61 Kesejahteraaan Spiritual Di Organisasi 65 Dimensi Kesejahteraan Spiritual Di Tempat Kerja 66 Hubungan Kepemimpinan Spiritual Dengan Kesejahteraan Spiritual 67 Mengapakah Kepemimpinan Spiritual Penting Dalam Organisasi? 69 Kesejahteraan Spiritual Dalam Kesejahteraan Psikologi 82 Tip-Tip Kesejahteraan Spiritual 83 Penutup
52 PENGENALAN Penerapan elemen spiritual terbukti mampu merawat manusia meliputi tiga elemen iaitu kesihatan fizikal, mental dan kesihatan rohani atau spiritual. Terdapat banyak kajian ilmiah yang menerangkan secara mendalam tentang kesihatan fizikal dan mental (WHO, 2011). Sarjana mendapati elemen keagamaan dan spiritual berperanan dalam mempengaruhi kesihatan fizikal, mental dan spiritual manusia. Seorang pengkaji di Amerika, membuat kajian berkenaan aspek spiritual ini mendapati 95% responden percaya dengan Tuhan, 80% dalam kalangan mereka menyatakan agama penting dalam kehidupan mereka, 80% menggunakan kaedah berdoa untuk kebaikan, dan lebih 50% menghadiri majlis agama bulanan untuk mendekatkan diri kepada agama dan Tuhan. Dapatan ini diperkuat lagi oleh kajian Jonas (2003) menunjukkan hampir 90% pesakit yang mengalami penyakit serius akan menggunakan kaedah spiritual melalui kaedah berdoa mengharapkan Tuhan meringankan kesengsaraan akibat penyakit jika mengalami apa-apa masalah (Smith, 2002). Ini jelas menunjukkan bahawa konsep spiritual amatlah penting dan merupakan medium dalam mencapai kesejahteraan sama ada fizikal, mental dan spiritual.
konsep spiritual
54 KONSEP SPIRITUAL Myers (2000) mentakrifkan spiritual sebagai kesedaran terhadap kuasa yang melampaui aspek material kehidupan di luar diri dan kesedaran seseorang membawa ke dalam rasa keutuhan dan hubungan diri dengan Alam semesta. Spiritual juga dapat didefinisikan sebagai perasaan kedekatan dan hubungan yang lebih umum dengan yang suci. Walsh (2009) telah mendefinisikan spiritual sebagai konstruk menyeluruh yang merujuk kepada dimensi pengalaman manusia yang melibatkan kepercayaan dan amalan transenden peribadi, di dalam atau di luar formal agama, melalui keluarga dan warisan budaya, dan berkaitan dengan alam semula jadi dan kemanusiaan. Gomez dan Fisher (2003) mendefinisikan kesejahteraan spiritual sebagai keadaan diri yang mencerminkan perasaan, pemikiran dan tingkah laku yang positif terhadap hubungan dengan diri sendiri, orang lain, alam persekitaran dan transenden (tuhan) yang akhirnya akan memberi kesedaran kepada individu berkenaan identiti, kekuatan, kepuasan, kegembiraan, kecantikan, cinta, hormat, sikap positif, kedamaian jiwa, harmoni serta tujuan dan arah kehidupan. Jelasnya, spiritual merupakan bahagian inti jati diri kemanusiaan, berkait rapat dengan dimensi emosi individu. Hal ini dikatakan demikian kerana dimensi spiritual berkait dengan rasa dan hati manusia yang merupakan sebahagian dari asas kewujudan individu, dan spiritual bersifat dinamik. Hal ini menunjukkan dimensi spiritual dalam diri individu dapat berkembang sebagai indikator kualiti kesihatan spiritual individu.
55 Tujuh prinsip asas spiritual Spiritual merupakan tingkah laku yang ditonjolkan untuk menggambarkan spiritual manusia. Proses individu dan sosial yang merujuk kepada sikap dan tingkah laku yang wujud dari dalam diri individu. Kesedaran hubungan dengan pencipta. Pengalaman individu dengan individu lain dalam konteks yang lebih besar banyak diarahkan oleh pengalaman spiritual individu. Aktiviti spritual manusia menzahirkan pengalaman-pengalaman yang signifikan dan bermakna. Kekuatan dan kecenderungan yang bersifat unik. Hubungan dengan pencipta akan mempengaruhi diri, alam dan Tuhan yang maha kuasa.
56 Empat dimensi spritual Spiritual ini lebih mudah difahami apabila merujuk empat dimensi yang berikut; Hubungan dengan diri sendiri Merujuk diri sendiri, pencarian makna peribadi, mencari tujuan dan nilai-nilai kehidupan. Dimensi ini berkaitan dengan kesedaran diri, yang menyokong jiwa manusia untuk mencari identiti dan harga diri seperti makna hidup, tujuan kehidupan, nilai-nilai, kesedaran diri, kegembiraan, kedamaian, kesabaran, identiti dan nilai diri sendiri. Hubungan dengan individu lain Merujuk hubungan dengan orang lain seperti kualiti dan kemampuan interpersonal terhadap kualiti kehidupan secara mendalam, menjalin hubungan dengan orang lain, berkaitan dengan moral dan kebudayaan. Hubungan ini mewujudkan kasih sayang, kepercayaan, harapan dan kemampuan untuk mengaplikasikan hubungan tersebut terhadap individu lain seperti moral, kebudayaan, hubungan dengan orang lain, pemaaf, keadilan, cinta dan kepercayaan. Hubungan dengan persekitaran Merujuk hubungan dengan persekitaran, iaitu kebergantungan individu terhadap persekitaran secara semula jadi, kepuasan dalam menikmati keindahan semula jadi, berupaya untuk memelihara persekitaran agar dapat memberi manfaat kepada persekitaran tersebut. Antaranya seperti, ambil tahu, hubungan dengan alam, menikmati serta merasa kagum dengan persekitaran. Hubungan dengan transenden (pencipta) Merujuk kemampuan individu untuk menjalin hubungan dengan pencipta, melibatkan keimanan individu terhadap transenden, iaitu tuhan. Wujud kepercayaan (faith) terhadap tuhan iaitu kepercayaan kepada tuhan, kepercayaan yang melangkaui ruang dan waktu, keyakinan dan ibadah.
kesejahteraan spiritualiti
58 Kesejahteraan spiritualiti Hari ini, semakin ramai yang mencari inspirasi dan kepuasan dalam pekerjaan mereka dengan membawa spiritual mereka ke tempat kerja. Sifat dan makna kerja sedang mengalami evolusi yang mendalam, dan kemunculan spiritual di tempat kerja menunjukkan keinginan untuk ada lebih banyak pekerjaan daripada sekadar bertahan hidup. Individu mempunyai kecenderungan menginginkan pekerjaan menjadi tempat di mana individu mengalami dan menyatakan jiwa dan semangat yang mendalam. Kesejahteraan spiritual bermaksud kemampuan untuk mengalami dan menyatukan makna serta tujuan dalam hidup melalui hubungan seseorang dengan diri sendiri, seni, muzik, sastera, alam, atau kekuatan yang lebih besar daripada diri sendiri. Kesejahteraan spiritual adalah mengenai kehidupan dalaman kita dan hubungannya dengan dunia yang lebih luas. Hal ini merangkumi hubungan kita dengan persekitaran, hubungan kita dengan orang lain dan dengan diri kita sendiri. Kesejahteraan spiritual tidak hanya mencerminkan kepercayaan agama walaupun bagi orang yang beragama, agama itu jelas merupakan ciri utama. Kesejahteraan spiritual mempunyai manfaat tersendiri diantaranya; Merasa puas dengan kehidupan. Mengekalkan keseimbangan dan kawalan kehidupan. Membina hubungan positif. Merasakan tujuan dan makna dalam kehidupan. Mengalami hubungan dengan kuasa yang lebih besar daripada diri sendiri. Menerima dan berkembang dari cabaran dan perubahan dalam hidup.
59 Secara tidak langsung, kesejahteraan spiritual adalah perkara berkaitan keutuhan, yang merangkumi dimensi fizikal, emosi, mental dan spiritual itu sendiri. Hal ini tidak bermaksud bahawa kita mesti sihat dalam setiap bidang untuk menjadi sihat secara spiritual. Sebagai contoh, seseorang mungkin tidak sihat secara fizikal, namun mempunyai kesejahteraan spiritual yang positif, iaitu dapat membantu mereka mengatasi kesulitan fizikal mereka. Konsep kesejahteraan spiritual Konsep kesejahteraan spiritualiti telah didefinisikan oleh ramai pengkaji antaranya Opatz (1986) yang mendefinisikan kesejahteraan spiritual sebagai kesediaan individu untuk mencari makna dan tujuan daripada kehidupan manusia, serta memikirkan perkara-perkara yang bersifat abstrak dan sukar difahami dengan mudah, individu yang sebegini sedang mencari kekuatan dan dorongan yang berada di dalam dan luar dirinya. Manakala Fisher (1998) menyatakan kesejahteraan spiritual merujuk kepada kebahagian dalam kehidupan yang merangkumi diri sendiri, orang lain, persekitaran dan tuhan. Konsep ini diperjelaskan dalam dengan terbinanya The Spiritual Well Being Questionnaire (SWBQ) pada 2003 dengan mengukur diri sendiri, individu lain, persekitaran dan hubungan dengan tuhan masing-masing.
60 Kesejahteraan Spiritual akan dapat dipenuhi apabila; Individu boleh membuat rumusan makna peribadi yang positif dengan matlamat kehidupannya. Individu boleh menjelaskan erti penderitaan dan meyakini terdapat hikmah daripada sesuatu kejadian atau penderitaan. Individu boleh menjalin hubungan yang positif dan dinamik melalui keyakinan, kepercayaan serta kasih sayang. Individu mempunyai intergriti peribadi dan menghargai diri sendiri. Individu mempunyai matlamat kehidupan. Individu mempunyai hubungan yang positif dengan orang lain.
61 Kesejahteraan Spiritual mempunyai hubungan dan boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan tingkah laku selfcare seseorang individu; Kesejahteraaan spiritual di organisasi Kesejahteraan spiritual di tempat kerja bermaksud pekerja mendapat manfaat daripada dimensi menegak dan mendatar kesejahteraan spiritual mereka di tempat kerja. Dimensi menegak merujuk hubungan pekerja dengan Pencipta dan dimensi mendatar merujuk hubungan pekerja dengan diri sendiri, individu lain dan persekitaran. Kesejahteraan spiritual di tempat kerja adalah sesuatu perkara mengenai individu dan organisasi yang melihat pekerjaan sebagai jalan ke arah kesejahteraan spiritual, juga sebagai peluang untuk berkembang dan menyumbang kepada masyarakat dengan cara yang bermakna. Namun begitu, terdapat pengkritik berpendapat bahawa organisasi tidak mempunyai hak untuk memaksa nilai kesejahteraan spiritual kepada pekerja. Kritikan ini berlaku apabila kesejahteraan spiritual ditakrifkan sebagai membawa agama dan Tuhan ke tempat kerja. Selain itu, kritikan tersebut tidak menjejaskan pendapat bahawa kesejahteraan spritual mempunyai hubungan dan boleh mempengaruhi keharmonian tempat kerja atau organisasi. Menurut Claude dan Zamor, (2003) kesejahteraan spiritual di tempat kerja berupaya menyatukan motivasi untuk bekerja secara bersama, meningkatkan prestasi kerja dan dapat memberikan keyakinan kepada pekerja bahawa mereka dapat memiliki rakan sekerja yang akan membantu Sokongan ini diperlukan bagi individu yang mempunyai isu kesihatan bagi tujuan penyembuhan diri dan kendiri individu. SEBAGAI SOKONGAN MORAL TERHADAP INDIVIDU SEBAGAI SUMBER KEKUATAN DAN PENYEMBUHAN Sumber kekuatan kerana individu yang mempunyai keyakinan yang kuat akan melalui proses penyembuhan dengan lebih mudah.
62 jika mereka menghadapi masalah di tempat kerja. Hal ini merupakan aspek penting dalam kesejahteraan spiritual. Kesejahteraan spiritual di tempat kerja turut dinyatakan sebagai keupayaan setiap pekerja untuk menyatakan keperibadian dan tingkah laku spiritual yang dapat menjaga dan memelihara pekerjaan dalam persekitaran organisasi (Ashmos dan Duchon, 2000). Hal ini dikatakan demikian kerana kesejahteraan spiritual mampu; Mewujudkan suasana organisasi yang sejahtera dan harmonis. Meningkatkan motivasi untuk kerja secara bersama. Mendorong kreativiti bagi meningkatkan daya saing organisasi. Meningkatkan kecekapan pekerja. Mewujudkan budaya kerja dengan nilai yang baik. Mewujudkan semangat kekitaan dan kesepunyaan terhadap organisasi.
63 Organisasi yang baik memerlukan elemen kesejahteraan spiritual. Terdapat pelbagai amalan yang boleh dilaksanakan oleh organisasi demi mewujudkan kesejahteraan spiritual di organisasi antaranya; Aktiviti kerohanian dalam organisasi. Maklumat kesejahteraan dipaparkan dan diedarkan. Program kebajikan dan bantuan pekerja. Sistem pengurusan menggalakkan peningkatan nilai spiritual di dalam organisasi. Kepimpinan mengutamakan orang lain terlebih dahulu berbanding diri sendiri. Kepelbagaian program yang mewujudkan budaya inklusif. Integrasi nilai utama dalam membuat keputusan dan amalan dalam organisasi. Kepemimpinan organisasi perlu menyokong pertumbuhan dan perkembangan semua pekerja. Kepemimpinan menggalakkan perkembangan kesejahteraan spiritual di dalam organisasi.
64 Kesejahteraan spiritual di dalam organisasi mampu mewujudkan faedah terhadap organisasi (Krishnakumar dan Neck, 2002). Kesejahteraan spiritual dapat membantu individu menjadi lebih berinovasi dan kreatif kerana ia dapat meningkatkan tahap kesejahteraan individu melebihi tahap kebiasaannya. INOVASI DAN KREATIVITI Kesejahteraan spiritual, seterusnya akan meningkatkan tahap kejujuran dan kepercayaan individu dan organisasi yang mempunyai asas spiritual akan mempunyai pekerja yang jujur dan dan dipercayai. KEJUJURAN DAN KEPERCAYAAN KEPUASAN KERJA SECARA PERIBADI Kesejahteraan spiritual akan menyebabkan pekerja dapat memberikan komitmen yang tinggi sewaktu bekerja. Komitmen ini boleh diterjemahkan kepada faktor dalaman individu dan melalui faktor persekitaran dalam sesebuah organisasi. Faktor ini akan memperlihatkan individu lebih berkomitmen sewaktu bekerja. KOMITMEN Organisasi yang memberikan galakan dan sokongan secara spiritual dapat meningkatkan prestasi organisasi. Hal ini demikian kerana spiritual merupakan dimensi penting dalam peribadi individu. PRESTASI ORGANISASI Kesejahteraan spritual akan menjadikan pekerja tersebut mendapat kepuasan kerja secara peribadi dan secara tidak langsung pekerja tersebut akan memperoleh semangat yang tinggi sewaktu bekerja.
65 Dimensi kesejahteraan spiritual di tempat kerja Milliman (2003) menyatakan terdapat tiga dimensi kesejahteraan spiritual di tempat kerja, antaranya; Merasakan makna dan matlamat dalam pekerjaan pada tahap individu. Dimensi ini menyatakan individu akan memperlihatkan cara dirinya berinteraksi dengan pekerjaan pada setiap hari. Pekerjaan yang bermakna (Meaningful work ) Dimensi ini merujuk tahap tingkah laku manusia dan memberi fokus kepada pekerja dan rakan sekerja. Memberi komitmen dan kepercayaan kepada rakan sekerja. Komuniti (Community) Keselarasan ini merupakan asas dalam kesejahteraan spiritual di peringkat organisasi. Pengalaman individu yang mempunyai keselarasan nilai-nilai peribadi individu dengan misi dan matlamat organissasi. Hal ini bermaksud setiap pekerja perlu menyedari bahawa misi dan matlamat organisasi adalah lebih besar daripada keperluan individu. Sehubungan dengan itu, individu perlu memberikan komitmen kepada organisasi. Mempunyai keselarasan dengan nilai organisasi atau individu (Alignment with organizational value)
66 Demi memastikan kesejahteraan spiritual berlaku dan memberi kesan kepada organisasi, maka seorang pemimpin perlulah terlebih dahulu mengamalkan kepimpinan spiritual dalam memimpin pekerja dan organisasi. Apakah yang dimaksudkan kepemimpinan spiritual? Kepimpinan spiritual merujuk seorang pemimpin yang mampu mewujudkan nilai-nilai seperti integriti, kejujuran, rendah diri, menjadikan diri sebagai role model yang boleh dipercayai, dicontohi serta boleh dikagumi orang lain. Selain itu, kepemimpinan spiritual juga merujuk nilai-nilai yang dibawa oleh pemimpin, antaranya nilai, sikap dan tingkah laku yang boleh memotivasikan diri serta orang lain secara intrinsik. Hal ini bertujuan untuk menghasilkan motivasi yang tinggi, komitmen dan para pekerja yang produktif. Hal ini dikatakan juga kepimpinan spritual mempunyai peranan yang utama, iaitu rasa keterlibatan dalam pekerjaan dan hubungan sosial yang baik di tempat kerja. Oleh itu, kepemimpinan spiritual adalah satu kaedah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kesejahteraan pekerja dan menjadi tanggungjawab sosial organisasi tanpa pengurangan daripada aspek keuntungan, pertambahan pendapatan dan prestasi kewangan. Mengapakah kepemimpinan spiritual penting dalam organisasi? Kepentingan ini dapat dijelaskan dalam dua keadaan kepemimpinan tersebut dalam organisasi; 1. Membuatkan pemimpin dan pekerja merasakan keterlibatan secara bersama sehingga mampu memberi makna dan melakukan perubahan. Makna dan perubahan ini adalah kesan kepada kesediaan pemimpin dan pekerja untuk sama-sama bekerja dalam sesebuah organisasi. Hubungan kepemimpinan spiritual dengan kesejahteraan spiritual
67 2. Mampu mempertingkatkan aspek sosial dan budaya organisasi berdasarkan nilai-nilai kasih-sayang iaitu antara pemimpin mempunyai rasa kebersamaan, saling memahami dan dihargai. Fry dan Cohen (2009) menjelaskan kepentingan kepemimpinan spiritual demi memastikan kesejahteraan spiritual pekerja dalam sesebuah organisasi. Antaranya adalah seperti; 1. Kepemimpinan spiritual akan memenuhi keperluan kesejahteraan spiritual kepada individu dan keseluruhan pekerja di dalam organsiasi dan mampu meningkatkan komitmen pekerja dan meningkatkan produktiviti organisasi. 2. Memenuhi keperluan asas pengikut agar kesejahteraan spritual turut dirasai oleh keseluruhan pekerja organisasi, keupayaan pekerja dapat dipertingkatkan, prestasi organisasi dipertingkatkan sehingga komitmen dan produktiviti organisasi tercapai. Menurut Fairholm (1996) menjelaskan elemen kepemimpinan spiritual dalam organisasi adalah seperti; Membangunkan nilai kebersamaan (Building shared value ) Mengatur visi (Vision setting) Berkongsi makna (Sharing meaning) Kebenaran (Enabling) Pengaruh dan kuasa (Influence and power) Pemahaman (Intuition) Mengambil risiko (Risk taking) Perkhidmatan (Service) Transformasi (Transformation)
68 Tobroni (2015) pula menjelaskan karakteristik kepemimpinan spiritual adalah seperti; Kejujuran sejati (True honesty) Keadilan (Fairness) Semangat kebaikan (The spirit of pious deed) Membenci sesuatu yang formal ( ) Mencuba yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain ( ) Keterbukaan terhadap perubahan ( ) Pemimpin yang dicintai ( ) Berfikir secara global dan bertindak secara lokal ( ) Disiplin and fleksibel tetapi tetap cergas dan bersemangat ( ) Sedikit bicara, banyak kerja dan santai ( )
Kesejahteraan Spiritual Dalam Kesejahteraan Psikologi
70 Setelah penjelasan diberikan berkaitan kesejahteraan spiritual, maka perlu dijelaskan berkenaan hubungan kesejahteraan spiritual dalam kesejahteraan psikologi. Kesejahteraan psikologi menjelaskan terdapat empat aspek utama yang terdapat dalam konstruk kesejahteraan spiritual, iaitu; Kepercayaan Kepercayaan meliputi seluruh dimensi kehidupan manusia. Kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan seseorang sangat berguna dan terlihat dari segi spiritual keagamaan. Seseorang yang mempunyai kepercayaan di dalam hatinya, kepercayaan yang ianya memberi kesan kepada diri individu tersebut. Kesan kepercayaan tersebut bergantung kepada kuatnya kepercayaan kepada tuhan. Keimanan kepada perkara ghaib yang diajar dalam keagamaan juga memberi kesan kepada kehidupan individu. Sebagai contoh, keimanan kepada syurga dan neraka akan memotivasikan manusia untuk melakukan kebaikan dalam kehidupan manusia dan menghindar diri daripada perkara yang bertentangan dengan perkara yang diajar dalam sistem keagamaan seseorang individu. Kesejahteraan spiritual dalam kesejahteraan psikologi
71 Kepercayaan seseorang individu akan menjadikan ia mengamalkan sesuatu yang ditentukan oleh sistem kepercayaan mereka. Semakin kuat kepercayaan individu kepada tuhan dan perkara ghaib, semakin kuat ia mempengaruhi kualiti dan kuantiti amalan mereka dalam kehidupan seharian. Keseluruhan kehidupan akan dipengaruhi kepercayaan yang dipegang oleh individu. Nilai Sufean (1995) menyatakan nilai ialah terbitan dan sikap gagasan yang abstrak dan nilai ini boleh mendorong serta mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran tetapi yang akan menjadi penilai adalah nilai dan bukan sikap. Kesukaran dalam menentukan nilai ini menyebabkan cabaran dalam menerapkan budaya dan sistem nilai yang dapat dihayati dalam kehidupan masyarakat bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat yang memiliki pelbagai sifatnya secara semula jadinya memiliki pelbagai kelainan dan perbezaan sama ada dari segi cara hidup mahupun penghayatan amalan dan sistem nilai. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 1993, menyatakan nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Latifah (2012) menyatakan nilai murni didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Selain itu, nilai dalam kesejahteraan spiritual, terutamanya kepada organisasi dan pekerja
72 merujuk penekanan terhadap nilai ketertiban dalam melaksanakan operasi organisasi dan tugasan seharian para pekerja. Nilai ketertiban ini merujuk persekitaran nilai yang terdapat di mana-mana organisasi yang menyenangkan, menggembirakan, sangat berinspirasi dan kreatif. Persekitaran organisasi yang mempunyai nilai yang tinggi merangkumi komunikasi, kolaborasi, komitmen, kreativiti dan kasih sayang yang kuat. Kualiti nilai ini memberi kebaikan satu sama lain sama ada pekerja, pelanggan dan masyarakat. Etika Zaharah, Abu Daud dan Nazri (2009) menyatakan etika merupakan keupayaan seseorang manusia dalam membezakan perkara betul dan salah berdasarkan pertimbangan pemikiran dan akhirnya melakukan perkara yang betul. Roziah, Zulkarnain dan Nasrudin (2011) pula merujuk etika ialah suatu sistem tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada daya pemikiran manusia. Abdul Muqsith et al. (2017) menjelaskan konsep etika perlu difahami kerana etika dipengaruhi oleh tiga dimensi iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Sharifah Hayati (2010) menyatakan etika merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai dalam membentuk tingkah laku individu, organisasi dan kerjaya. Etika boleh disimpulkan sebagai suatu set peraturan kehidupan manusia yang menjadi asas dan panduan dalam menjalani kehidupan berprinsip dan mengikut peraturan yang betul. Etika menjadi pengukur kepada
73 penentuan diri manusia dalam konteks interaksi manusia dengan alam, interaksi sesama manusia dan interaksi dengan Pencipta. Etika dalam kehidupan manusia sejagat memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang, antaranya pengurusan, perancangan, pembangunan, agama dan ekonomi. Etika yang baik wajar dijadikan teras dalam kehidupan insan bagi mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup. Oleh itu, konsep etika ini turut diterima pakai dalam sektor pekerjaan awam dan swasta dan menjadi garis panduan dalam sesebuah organisasi. Situasi ini amat bersesuaian dengan organisasi kerana penerapan etika dalam keseluruhan organisasi akan membantu membentuk pekerja untuk memahami prosedur dan tatacara sewaktu berurusan dengan rakan sekerja, persekitaran dan pengurusan. Siti Arni (2016) telah menyenaraikan lima sifat etika kerja Islam iaitu amanah, ganjaran, keadilan dan hubungan majikan dan pekerja yang harmoni. Zainal Yang (2003); Zaharah (2009); Megat Ayop (2016) telah memberikan penekanan terhadap nilai, etika dan budaya kerja dari perspektif Islam seperti: Ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa prinsip etika nilai kerja Islam yang dibincangkan mampu membentuk nilai kerohanian dalam diri penjawat awam. Setiap tindakan harus diiringi dengan niat. Ketelitian dan berpengetahuan dalam semua usaha (itqan). Kecekapan dan kekesanan (ihsan). Keikhlasan. Kehendak kepada kecemerlangan. Fikiran sentiasa mengingati kepada yang maha kuasa. Penilaian diri yang berterusan.
74 Moral Moral diertikan sebagai ajaran atau pegangan berkaitan buruk baik sesuatu perbuatan, sikap atau kelakuan yang diukur dari segi baik dan buruk sesuatu akhlak. Menurut Manshuruddin (2003) moral membawa maksud akhlak, budi pekerti atau watak. Thompson (1995) moral bermaksud ajaran atau pegangan tentang baik dan buruk sesuatu perkataan, kelakuan, sikap atau cara yang diukur dari segi baik dan buruk sesuatu akhlak. Pengertian moral meliputi perbuatan, tingkah laku atau ucapan seseorang semasa berinteraksi dengan manusia lain. Dalam moral diatur segala perbuatan yang dinilai baik dan buruk perlu dilakukan, dan perbuatan yang dinilai tidak baik perlu dihindari.
75 Manakala Bertens (2003) dalam bukunya “Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi” turut menjelaskan kepentingan etika dan moral untuk diamalkan. Pelbagai cabang etika dan moral yang disarankan terhadap pelajar untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Bertens juga menekankan tiga pendekatan, iaitu etika deskriptif, etika normatif dan metaetika. Etika adalah ilmu yang membincangkan kemoralan atau tentang manusia yang berkait dengan kemoralan. Dengan cara lain, dapat dirumuskan bahawa etika ialah ilmu yang merupakan ilmu yang menyelidiki tingkah laku moral. Konsep hubungan antara etika, amalan dan kesejahteraan spiritual Kesejahteraan Spiritual: Kesejahteraan spiritual merujuk kebahagiaan dalam kehidupan yang merangkumi diri sendiri, orang lain, persekitaran dan tuhan. Etika: Individu yang berpegang kepada peraturan dan garis panduan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Amalan: Amalan berdasarkan prinsip kepercayaan individu dalam kehidupan. Gabungan antara tiga dimensi ini akan melahirkan individu yang mampu mematuhi prosedur dan garis panduan dalam melaksanakan amanah terhadap tanggungjawab yang diarahkan, dengan pengamalan terhadap prinsip kepercayaan individu dalam kehidupan dengan merujuk empat konsep spiritual yang akhirnya akan melahirkan individu yang sejahtera spiritualnya dan mampu berfungsi secara optimum dalam pekerjaan dan organisasi. ETIKA AMALAN KESEJAHTERAAN SPIRITUAL
76 Namun begitu, bukan mudah untuk menerapkan elemen kesejahteraan spiritual di dalam dalam organisasi dan pekerjaan. Hal ini merupakan satu cabaran yang perlu ditangani oleh pihak pengurusan secara bijak. Kajian oleh Buchanan (2009) yang mendapati bahawa penekanan dimensi spiritual dalam kurikulum pengajaran boleh membantu guruguru mengatasi perasaan bimbang dan tekanan serta menuju ke arah pengurusan kerjaya yang lebih berkesan. Di samping itu, individu yang mempunyai tahap spiritual yang tinggi, akan lebih mudah menerima latihan fizikal, bertanggungjawab dan memiliki sokongan sosial dan perkembangan spiritual yang baik (Salleh dan Zuria, 2009). Oleh itu, hal ini jelas bahawa spiritual merupakan salah satu elemen yang penting dalam diri seorang pekerja dan memerlukan dimensi yang khusus dalam memastikan setiap pekerja mencapai kesejahteraan yang diperlukan. Dua dimensi yang diberikan penekanan adalah etika dan amalan.
77 Percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah. Tuhan mempunyai makna yang sangat besar dalam hidup. Tugas dilakukan berdasarkan tanggungjawab kepada Tuhan. Anggap pekerjaan adalah satu ibadah. Etika Etika boleh disimpulkan sebagai suatu set peraturan kehidupan manusia yang menjadi asas dan panduan dalam menjalani kehidupan berprinsip dan mengikut peraturan yang betul. Etika menjadi pengukur kepada penentuan diri manusia dalam konteks interaksi manusia, dengan alam, interaksi sesama manusia dan interaksi dengan Pencipta. Etika juga merupakan satu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral, seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab, amanah dan sebagainya. Ia juga berdasarkan garis panduan pegangan individu atau sesuatu kumpulan. Antaranya:
78 Elemen Etika Percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah. Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal • Saya berDOA kepada Tuhan untuk sebuah kejayaan. • Saya berUSAHA berterusan tanpa jemu. • Saya IKHTIAR untuk kehidupan yang lebih baik. • Saya TAWAKAL (berserah) kepada Tuhan segalanya. • Contoh: Hanya Tuhan yang mampu makbulkan DOA saya untuk mendapat kejayaan. Pekerjaan adalah satu ibadah. Bekerja itu bukan sekadar mencari duit. Bekerja adalah amalan mulia dan duit adalah bonus. Tugas dilakukan berdasarkan tanggungjawab kepada Tuhan. Saya menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng atau cuai. Saya bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa. Saya percaya setiap perbuatan ada balasan daripada Tuhan. Contohnya, saya menderma kepada yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan. Tuhan mempunyai makna yang sangat besar dalam hidup.
79 Amalan Amalan berdasarkan prinsip kepercayaan individu dalam kehidupan dapat didefinisikan sebagai tabiat, sesuatu perkara atau kelakuan yang menjadi kebiasaan. Contohnya: Setiap pagi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana saya masih hidup.
80 Elemen Amalan Memberi pertolongan • Saya memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti kewangan, material, tenaga dan lain-lain. • Saya memberi pendapat/idea/syor kepada orang lain. • Saya memberi kerjasama terhadap orang lain. Bersabar dan bertoleransi dengan orang lain • Saya belajar memahami perasaan orang lain. • Saya sedar dan peka terhadap situasi yang berlaku di sekeliling saya. Berintegriti • Saya amanah dalam pekerjaan saya. • Saya jujur dalam pekerjaan saya. • Saya telus dalam setiap perkara yang saya lakukan. Baik budi • Saya membantu orang lain. • Saya bertindak ke arah positif. • Saya berkongsi rasa. Berbaik sangka • Saya mempercayai orang lain. • Saya tidak mudah berprasangka buruk terhadap orang lain. • Saya berfikiran positif. • Saya ikhlas dalam semua pekerjaan saya. Empati dengan orang lain • Saya menghayati atau menjiwai perasaan orang lain. • Saya mengambil tindakan dalam membantu orang lain.
81 Kesejahteraan Spiritual Diri Saya Menjamin Kebahagiaan Manusia harus bersyukur atas anugerah dan ketentuan Tuhan. Nilai-nilai keagamaan dalam diri individu membimbing, mengawal dan mempengaruhi untuk berusaha secara aktif bagi mencapai tujuan. Aspek keagamaan sebagai elemen penting terhadap kesihatan mental dan motivasi diri individu yang akan menyebabkan peningkatan kepuasan hidup. Terdapat hubungan yang signifikan antara kesejahteraan psikologi dan komitmen agama terhadap masyarakat. Kesejahteraan psikologi disebabkan oleh agama membimbing individu melihat dunia, menolong menentukan realiti dan memberi makna kepada kehidupan. Kajian mendapati komitmen agama yang tinggi akan memiliki kesejahteraan psikologi yang tinggi. Antara nilai agama ialah bersyukur.
82 Tip Kesejahteraan Spiritual Umumnya, seseorang yang memiliki kesejahteraan spiritual tinggi akan memiliki ciri-ciri seperti berikut: Mempunyai kesedaran diri, mengetahui perkara yang menjadi nilai dalam hidupnya, yang dia percayai, dan yang memotivasinya. Mampu mengatasi sesuatu masalah yang bersesuaian dengan prinsip dan keyakinan yang dipegangnya. Menghargai kepelbagaian agama dan menolak untuk melakukan kekerasan kepada orang lain. Memahami asas setiap persoalan dan memiliki kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya tentang perkara asas persoalan. Menyedari hubungan antara objek dan pelbagai fenomena yang sedang terjadi. Mempunyai prinsip yang teguh dan yakin terhadap sesuatu perkara walaupun berbeza daripada orang lain. Mampu menangani dan mengurus stress dengan baik. Mengambil manfaat dan makna daripada pengalaman sehari-hari. Menggunakan kaedah-kaedah spiritual untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Memiliki keperibadian yang luhur.
83 Rumusan Berdasarkan perjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa kesejahteraan spiritual ialah keadaan diri yang mencerminkan perasaan, fikiran dan perilaku yang positif diwujudkan melalui keadaan ini dengan diri sendiri (peribadi), orang lain, alam (lingkungan), dan Tuhan. Keadaan ini dapat memberikan individu rasa kedamaian, harmoni, tujuan dan arah dalam hidup. Aspek spiritual merupakan tingkat tertinggi kesejahteraan kepada manusia. Kepercayaan, pegangan dan kepatuhan kepada Tuhan menjadi dasar dalam membentuk perilaku dan sikap individu. Akhirnya, aspek spiritual akan membawa kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup individu.
ISI KANDUNGAN 86 Pengenalan 87 Kesejahteraan Perhubungan Keluarga 89 Kepentingan Memiliki Kesejahteraan Perhubungan Keluarga 91 Tip Kesejahteraan Perhubungan Keluarga 92 Kesejahteraan Perhubungan Rakan 93 Kesejahteraan Perhubungan Rakan 94 Kepentingan Memiliki Kesejahteraan Perhubungan Dengan Rakan 96 Tip kesejahteraan perhubungan rakan 97 Perhubungan Masyarakat 98 Kesejahteraan Perhubungan Masyarakat 99 Kepentingan Memiliki Kesejahteraan Perhubungan Dengan Masyarakat 101 Tip Kesejahteraan Perhubungan Masyarakat 103 Penutup
86 Pengenalan Kesejahteraan perhubungan merujuk kualiti perhubungan dua hala antara individu dan orang lain dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan serta masyarakat. MASYARAKAT RAKAN KELUARGA Keupayaan seseorang untuk menjaga dan memanfaatkan perhubungan antara suami, isteri, anak-anak, dan ibu bapa. Keupayaan seseorang untuk menjaga dan memanfaatkan perhubungan dengan masyarakat. Keupayaan seseorang untuk menjaga dan memanfaatkan perhubungan dengan rakan-rakan.
KESEJAHTERAAN PERHUBUNGAN KELUARGA
88 Kesejahteraan perhubungan keluarga Kesejahteraan perhubungan keluarga merangkumi beberapa aspek dalam kehidupan seperti fizikal, mental, emosi dan rohani yang berfungsi melengkapi kehidupan seseorang individu untuk saling menyayangi di antara satu sama lain. Kesejahteraan perhubungan keluarga saya adalah: Saya memiliki keluarga yang bahagia. Saya memiliki keluarga yang saling menyayangi. Saya mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan antara keluarga. Saya mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan ahli keluarga.
89 Kepentingan memiliki kesejahteraan perhubungan keluarga Saya dapat melahirkan generasi yang beretika dan berketerampilan. Saya dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap ahli keluarga dengan sempurna. Saya dapat mendidik anak-anak dalam suasana harmoni dan selamat. Saya dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan berkualiti. Saya dapat meningkatkan keupayaan modal insan negara. Saya dapat mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga. Saya dapat mengurangkan kes jenayah dalam masyarakat. RM
90 Tanggungjawab saya memastikan keluarga bahagia Berkasih sayang Saya menyayangi ahli keluarga seikhlas hati. Saya berlaku adil dalam memenuhi keperluan ahli keluarga. Toleransi Saya bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Menghargai Saya meraikan sambutan hari lahir, anugerah dan pencapaian ahli keluarga. Baik hati Saya peka terhadap keperluan dan kebajikan diri dan orang lain dengan memenuhi keperluan dan sokongan moral. Hormat menghormati Saya menghargai dan memuliakan orang di sekeliling saya. Menyelesai masalah Saya mendengar penjelasan semua pihak sebelum memberi pandangan. Saya menjadi tempat rujukan dan saling memberi nasihat kepada ahli keluarga. Bertanggungjawab Saya memahami tanggungjawab saya sebagai suami/ isteri/ bapa/ ibu/ anak. Saya menjalankan peranan saya sebagai ahli keluarga dengan penuh tanggungjawab. Bekerjasama Saya berusaha membantu ahli keluarga dari segi memenuhi keperluan dan memberi sokongan moral. Saya saling membantu ahli keluarga, seperti pasangan dan anak, dalam melaksanakan tugasan di rumah.
91 Tip kesejahteraan perhubungan keluarga Mempamerkan perasaan kasih sayang dan prihatin terhadap keluarga. Melibatkan semua ahli keluarga dalam membuat sesuatu keputusan. Mewujudkan suasana kerjasama dalam keluarga. Memahami peranan sebagai ahli keluarga. Melakukan aktiviti bersama dengan ahli keluarga. Membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan masalah. Mempamerkan tingkah laku membantu dan menghargai dalam keluarga.
92 KESEJAHTERAAN PERHUBUNGAN RAKAN