93 Kesejahteraan perhubungan rakan Manusia secara semula jadi saling memerlukan dalam kehidupan dengan membentuk jalinan sosial melalui kerjasama, interaksi dan pergaulan antara satu sama lain dalam sesebuah komuniti. Saya mempunyai rakan untuk berkongsi pandangan. Saya mempunyai ruang untuk belajar dan mengembangkan bakat. Saya memperoleh maklumbalas di atas sesuatu usaha. Saya meraikan perbezaan personaliti dan gaya hidup.
94 Kepentingan memiliki kesejahteraan perhubungan dengan rakan Saya dan rakan sentiasa mendorong kepada kebaikan dan menjauhi perkara yang merugikan. Saya dan rakan ikhlas memberi maklum balas dalam usaha memperbaiki kekurangan diri. Saya dan rakan berkongsi pandangan dan kepakaran dalam menyelesaikan masalah. Saya dan rakan berusaha membangunkan personaliti positif dan potensi diri demi kejayaan bersama. Saya dan rakan mengamalkan semangat kerja berpasukan yang mantap. Saya dan rakan sentiasa mengamalkan sikap mengambil berat tentang keadaan masing-masing. Saya dan rakan saling menghormati antara satu sama lain.
95 Peranan saya dalam membentuk kesejahteraan hubungan dengan rakan Saling menyokong dan membantu antara rakan Saya sentiasa memberi kata-kata motivasi apabila rakan ingin berubah ke arah kebaikan. Saya meluangkan masa membantu rakan ketika diperlukan. Menghargai, meraikan, dan prihatin Saya memberi kata-kata pujian apabila rakan menerima kejayaan. Saya meraikan hari kelahiran rakan. Saya mengambil berat tentang permasalahan rakan. Menjana suasana harmoni Saya menyantuni dan menghormati rakan dalam pergaulan. Saya mengelak daripada bercakap perkara yang boleh menimbulkan konflik dengan rakan. Berfikiran positif Saya sentiasa bersangka baik terhadap rakan. Saya percaya rakan mempunyai potensi untuk berjaya. Memudahkan dan tidak membebankan Saya meletakkan harapan yang sesuai dengan kemampuan rakan. Saya berusaha memberi kerjasama untuk meringankan beban yang ditanggung rakan. Bersahabat dengan tulus dan ikhlas Saya menjalin hubungan sesama rakan dengan ikhlas tanpa sebarang niat untuk mengambil kesempatan. Saya gembira mempunyai rakan untuk sama-sama berkongsi pengalaman. Meraikan perbezaan Saya bersikap terbuka dalam menerima kekurangan dan kelebihan rakan. Saya menghormati perbezaan gaya hidup yang diamalkan oleh rakan. Mengamalkan empati dan toleransi Saya mampu memahami perasaan rakan dalam kebanyakan keadaan. Saya mengamalkan sikap bertolak ansur apabila berurusan dengan rakan.
96 Tip kesejahteraan perhubungan rakan Menjadi pendengar yang baik kepada rakan-rakan. Mengelak daripada cepat membuat penilaian terhadap rakan. Menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah antara rakan. Mewujudkan suasana harmoni dalam perhubungan. Sentiasa prihatin dan peka terhadap perubahan rakan-rakan.
KESEJAHTERAAN PERHUBUNGAN MASYARAKAT
98 Kesejahteraan perhubungan masyarakat Kesejahteraan perhubungan masyarakat merujuk cara kita membawa diri dalam pergaulan dengan orang lain dan komuniti setempat. Tumpuan diberikan kepada cara seseorang itu berinteraksi, memahami kehidupan diri dan orang lain serta cara seseorang itu menentukan gaya hubungannya dengan masyarakat. Kesejahteraan perhubungan masyarakat: Saya mempunyai hubungan yang rapat dengan jiran-jiran saya. Saya mempunyai rasa selesa dengan masyarakat sekeliling. Saya mempunyai jiran daripada pelbagai bangsa. Saya meraikan perbezaan dan keunikan antara jiran. Saya menghormati privasi jiran.
99 Kepentingan kesejahteraan perhubungan masyarakat: Saya dapat menikmati kehidupan yang selamat dan sejahtera. Saya mempunyai kumpulan sokongan ketika susah dan senang. Saya dapat membentuk perasaan kekeluargaan dan saling membantu antara jiran. Saya dapat mengenali kepelbagaian dalam budaya dan gaya hidup individu lain.
100 Peranan individu dalam kesejahteraan masyarakat Saya menyertai pelbagai aktiviti seperti rukun tetangga dan gotong-royong. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan Saya memberi buah tangan kerana buah tangan dapat mengeratkan hubungan kasih sayang. Menghargai jiran tetangga Saya melakukan sesuatu yang boleh memberikan kebaikan dan keselesaan secara bersama seperti memberikan pertolongan, berbaik sangka, menutup keaiban dan meraikan jiran dengan memberikan ucapan tahniah apabila mereka menerima kebaikan dan mengucapkan takziah apabila mereka ditimpa bencana. Prihatin kebajikan jiran Saya menegur secara baik kejiranan yang saya kenali sekiranya terdapat perkara yang tidak menyenangkan pada diri saya. Berlemah-lembut dan bertolak ansur Saya turut menjaga keselamatan harta benda kejiranan saya apabila mereka tiada di rumah dan melaporkan kepada mereka sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga. Menjaga keselamatan rumah dan komuniti Saya sentiasa peka terhadap masyarakat setempat yang memerlukan dan melaporkan kepada pihak berwajib. Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan
101 Tip memupuk kesejahteraan perhubungan masyarakat Melibatkan diri secara aktif dalam program dan aktiviti kemasyarakatan. Menghormati perbezaan budaya dan amalan antara kaum dan agama. Menghormati hari perayaan dan gaya hidup bangsa lain. Mengamalkan sikap toleransi semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Mengamalkan budaya bertegur sapa (interaksi) antara jiran dan komuniti. Memupuk budaya kunjung mengunjung. Mengamalkan sikap mengambil berat terhadap keperluan masyarakat setempat. Memenuhi jemputan oleh masyarakat setempat. Sentiasa menyokong usaha pelbagai pihak untuk kebaikan masyarakat. Menyumbangkan kepakaran diri kepada masyarakat.
102 Ali... tahu tak kepentingan diri kita kepada masyarakat? Hmm... Tak terfikir pulak. Ada ke Abu? Banyak sebenarnya Ali... Nampak kecil tetapi kesannya sangat besar Boleh tak jelaskan lebih lanjut? Owh begitu. Patut la saya tengok awak selalu sertai aktiviti masyarakat di taman kita ni. Hubungan kesejahteraan dalam masyarakat penting kerana hubungan kesejahteraan ini menyumbang kepada peningkatan tahap kepercayaan dalam sesebuah komuniti. Hal ini membolehkan kita menjalani kehidupan yang berkualiti dengan amalan toleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung dapat mendorong kepada kestabilan politik, mengurangkan kadar jenayah, menjana pembangunan ekonomi serta dapat menjaga kebajikan sosial masyarakat.
103 RUMUSAN Kesejahteraan perhubungan adalah sumber kepada keharmonian dalaman diri dan hubungan interpersonal dengan individu lain, ia mampu melahirkan individu yang cemerlang dalam konteks keluarga dan masyarakat yang kaya dengan nilainilai murni serta berdaya saing untuk kejayaan bersama.
ISI KANDUNGAN 107 Kesejahteraan Pekerjaan (Occupational Wellness) 107 Pengenalan 108 Objektif 109 Adakah Saya Mempunyai Ciri - Ciri Kesejahteraan Pekerjaan 113 Kesan Jika Saya Tidak Memiliki Kesejahteraan Dalam Pekerjaan 114 Dimensi Kesejahteraan Pekerjaan 125 Penutup
KESEJAHTERAAN PEKERJAAN
107 Pengenalan Menurut Pryce-Jones kesejahteraan di tempat kerja dapat membentuk kawalan minda seseorang ke arah memaksimumkan prestasi kerja dan mencapai potensi diri. Dalam konteks sekolah pula, kesejahteraan di tempat kerja diharap dapat meningkatkan prestasi guru melalui tingkah laku inovatif dan komitmen afektif guru. Selain itu, sifat-sifat kecemerlangan guru juga dapat mempengaruhi keseluruhan organisasi secara kolektif. Hal ini demikian kerana kesejahteraan di tempat kerja dapat mempengaruhi dan memberi semangat kepada rakan setugas di persekitarannya Dutton & Edmunds (2007). Kesejahteraan pekerjaan Kesejahteraan pekerjaan merujuk kepada dimensi yang mengiktiraf kepuasan diri sendiri dan kesejahteraan hidup melalui pekerjaan. Dimensi kesejahteraan pekerjaan ini terdiri daripada autonomi, kepuasan bekerja, pengiktirafan dan keseimbangan kehidupan kerja.
108 Objektif Membantu dalam memahami nilai pengiktirafan dalam pekerjaan Membantu dalam memahami keperluan mengimbangi kehidupan kerja. Membantu dalam memahami keupayaan autonomi dalam menjalankan tugas. Membantu dalam meningkatkan kepuasan dalam pekerjaan.
109 Integriti Kepimpinan Cekap Akauntabiliti Menepati masa Bijaksana Datang awal Bermotivasi Proaktif Berani Adakah saya mempunyai ciri - ciri kesejahteraan pekerjaan berikut?
110 Integriti merupakan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten dengan disertakan komitmen secara menyeluruh sama ada melalui perkataan ataupun tindakan yang mampu menghasilkan kecemerlangan diri dan organisasi Sebagai penjawat awam, saya perlu jujur dan telus bagi menjaga nama baik organisasi. Kepimpinan bermaksud keupayaan sebagai pemimpin, daya kecekapan seseorang pemimpin dalam kepimpinannya. Saya perlu sentiasa menambah nilai kemahiran kepimpinan agar mampu membangunkan organisasi. Cekap bermaksud melaksanakan sesuatu dengan cepat dan sempurna. Saya perlu melaksanakan setiap tugasan dengan cepat dan berkesan. Integriti Cekap Kepimpinan
111 Akauntabiliti merupakan sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau sesuatu tindakan serta bersedia memberikan penjelasan yang diperlukan. Saya perlu bertanggungjawab ke atas setiap tindakan dan keputusan yang saya lakukan. Pekerja yang kompeten ialah pekerja yang boleh menguruskan masa dengan baik dan sentiasa berusaha melaksanakan sesuatu tugasan mengikut masa yang diperuntukkan. Saya perlu mengurus masa sebaik mungkin seperti hadir bertugas mengikut masa dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang diberikan. Bijaksana bermaksud berakal budi, arif, pandai dan berhati-hati. Saya akan memastikan setiap keputusan yang dibuat dengan berhati-hati dan berdasarkan fakta. Akauntabiliti Menepati masa Bijaksana
112 Pekerja yang sejahtera sentiasa mengurus masa dengan baik. Hadir ke setiap pertemuan atau perjumpaan tepat pada masa atau lebih awal. Saya akan memastikan kehadiran awal ke setiap pertemuan atau perjumpaan. Pekerja yang sejahtera sentiasa bersemangat dalam melaksanakan amanah dan tugasan yang diberikan. Pekerja sentiasa memberikan sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas dan mempunyai matlamat dalam kerjaya. Saya bersemangat semasa menjalankan tugas dan mempunyai matlamat dalam kerjaya. Pekerja yang sejahtera merangka atau melakukan sesuatu tindakan yang perlu mengutamakan arahan majikan. Saya perlu merancang sesuatu tindakan dengan lebih awal agar dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna. Datang awal Proaktif Bermotivasi
113 Pekerja yang sejahtera sentiasa berani dalam sesuatu tindakan. Berani mengambil risiko dan bertanggungjawab dalam tugas. Saya perlu berani membuat keputusan yang rasional dan sentiasa bertanggungjawab dalam tugas saya. Berani ! Kesan jika saya tidak memiliki kesejahteraan dalam pekerjaan: Produktiviti menurun. Tidak dapat mengurus tekanan. Tahap kesihatan terganggu. Hubungan dengan rakan sekerja, murid dan ibu bapa terjejas. Hubungan dengan ahli keluarga terganggu.
DIMENSI KESEJAHTERAAN PEKERJAAN
115 Dimensi kesejahteraan pekerjaan AUTONOMI KEPUASAN BEKERJA PENGIKTIRAFAN KESEIMBANGAN KEHIDUPAN BEKERJA
116 AUTONOMI Kisah seorang majikan yang berdedikasi tinggi mampu untuk menghasilkan pekerja yang proaktif. Majikan menjadi cerminan dan contoh kepada seseorang pekerja. Saya bebas menentukan cara kerja selagi tidak melanggar peraturan. Contoh: Seorang guru menentukan kaedah pengajaran yang kreatif mengikut kesesuaian aras pencapaian muridnya. Saya bebas memberikan pendapat berkaitan bidang tugas saya. Contoh: Guru berpeluang memberikan pendapat dengan selesa kepada pihak pentadbir tentang aktiviti yang akan dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. RENDAH SEDERHANA TINGGI Autonomi merujuk kepada individu yang mempunyai ciri-ciri berdikari, bersedia dengan cabaran dan bebas untuk mengawal sesuatu keadaan di tempat kerja mahu pun di luar tempat kerja. Contoh: Saya ada autonomi untuk membuat keputusan dalam penyediaan alat bantu mengajar.
117 AUTONOMI Kisah seorang majikan yang berdedikasi tinggi mampu untuk menghasilkan pekerja yang proaktif. Majikan menjadi cerminan dan contoh kepada seseorang pekerja. Saya bebas menentukan cara kerja selagi tidak melanggar peraturan. Contoh: Seorang guru menentukan kaedah pengajaran yang kreatif mengikut kesesuaian aras pencapaian muridnya. Saya bebas memberikan pendapat berkaitan bidang tugas saya. Contoh: Guru berpeluang memberikan pendapat dengan selesa kepada pihak pentadbir tentang aktiviti yang akan dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. RENDAH SEDERHANA TINGGI Autonomi merujuk kepada individu yang mempunyai ciri-ciri berdikari, bersedia dengan cabaran dan bebas untuk mengawal sesuatu keadaan di tempat kerja mahu pun di luar tempat kerja. Contoh: Saya ada autonomi untuk membuat keputusan dalam penyediaan alat bantu mengajar. Refleksi Kendiri 1
118 Kepuasan ialah perasaan puas hati dan bangga dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Bersifat dalaman (dalam hati), saya suka, berminat dengan pekerjaan saya. Kerja sebagai satu ibadah. Allah S.W.T menilai kerja buat kita. “Jadilah seperti pohon yang lebat buahnya, dilempari orang dengan batu tetapi dibalasnya dengan buah” Seseorang yang mencapai kepuasan kerja dapat melaksanakan tugasan dengan arahan yang minimum. Contoh: Cikgu Ani berasa gembira dan berpuas hati apabila beliau telah berjaya melaksanakan tugasan dengan sempurna walaupun dengan arahan yang diberikan secara ringkas. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti berpuas hati dengan bidang tugas yang ditentukan. Contoh: Cikgu Fahmi cekap menyiapkan tugasan yang diberikan. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti berpuas hati dengan hasil kerjanya sendiri. Contoh: Cikgu Aini berasa gembira kerana beliau telah berjaya melaksanakan program yang telah dirancang. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti bangga dengan pencapaian dirinya. Contoh: Cikgu Azizah, guru matematik berpuas hati dan gembira kerana beliau telah berjaya meningkatan peratus Gred Purata Mata Pelajaran dalam mata pelajaran tersebut. KEPUASAN BEKERJA Saya percaya saya boleh menjadi guru cemerlang. Saya percaya orang lain suka akan pencapaian saya. Saya sedia untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
119 Kepuasan ialah perasaan puas hati dan bangga dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Bersifat dalaman (dalam hati), saya suka, berminat dengan pekerjaan saya. Kerja sebagai satu ibadah. Allah S.W.T menilai kerja buat kita. “Jadilah seperti pohon yang lebat buahnya, dilempari orang dengan batu tetapi dibalasnya dengan buah” Seseorang yang mencapai kepuasan kerja dapat melaksanakan tugasan dengan arahan yang minimum. Contoh: Cikgu Ani berasa gembira dan berpuas hati apabila beliau telah berjaya melaksanakan tugasan dengan sempurna walaupun dengan arahan yang diberikan secara ringkas. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti berpuas hati dengan bidang tugas yang ditentukan. Contoh: Cikgu Fahmi cekap menyiapkan tugasan yang diberikan. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti berpuas hati dengan hasil kerjanya sendiri. Contoh: Cikgu Aini berasa gembira kerana beliau telah berjaya melaksanakan program yang telah dirancang. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti bangga dengan pencapaian dirinya. Contoh: Cikgu Azizah, guru matematik berpuas hati dan gembira kerana beliau telah berjaya meningkatan peratus Gred Purata Mata Pelajaran dalam mata pelajaran tersebut. KEPUASAN BEKERJA Saya percaya saya boleh menjadi guru cemerlang. Saya percaya orang lain suka akan pencapaian saya. Saya sedia untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
120 Refleksi Kendiri 2 Kepuasan ialah perasaan puas hati dan bangga dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Bersifat dalaman (dalam hati), saya suka, berminat dengan pekerjaan saya. Kerja sebagai satu ibadah. Allah S.W.T menilai kerja buat kita. “Jadilah seperti pohon yang lebat buahnya, dilempari orang dengan batu tetapi dibalasnya dengan buah” Seseorang yang mencapai kepuasan kerja dapat melaksanakan tugasan dengan arahan yang minimum. Contoh: Cikgu Ani berasa gembira dan berpuas hati apabila beliau telah berjaya melaksanakan tugasan dengan sempurna walaupun dengan arahan yang diberikan secara ringkas. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti berpuas hati dengan bidang tugas yang ditentukan. Contoh: Cikgu Fahmi cekap menyiapkan tugasan yang diberikan. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti berpuas hati dengan hasil kerjanya sendiri. Contoh: Cikgu Aini berasa gembira kerana beliau telah berjaya melaksanakan program yang telah dirancang. Seseorang yang mencapai kepuasan kerja pasti bangga dengan pencapaian dirinya. Contoh: Cikgu Azizah, guru matematik berpuas hati dan gembira kerana beliau telah berjaya meningkatan peratus Gred Purata Mata Pelajaran dalam mata pelajaran tersebut. KEPUASAN BEKERJA Saya percaya saya boleh menjadi guru cemerlang. Saya percaya orang lain suka akan pencapaian saya. Saya sedia untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
121 Saya perlu meningkatkan kecemerlangan agar dihargai oleh majikan. Saya selesa bekerja dengan rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Saya selesa untuk memberikan pujian terhadap orang lain. Memahami Konsep Ikhlas Saya akan berpuas hati apabila pihak pengurusan mengambil berat tentang kebajikan saya. Contoh: Cikgu Ahmad berasa terharu apabila pihak pentadbir dan rakan-rakan menziarahi beliau ketika sakit. Saya berasa dihargai apabila rakan sekerja memberikan penghargaan atas kerja yang saya lakukan. Contoh: Rakan sekerja mengucapkan tahniah dan meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh Encik Ali. Saya pasti bangga apabila menerima penghargaan di atas tugas yang saya lakukan. Contohnya: Cikgu Zamri diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sijil penghargaan atas prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan. Saya selesa untuk menghargai orang lain atas sumbangan yang diberikan oleh mereka. Contoh: Cikgu Rahim memberi sijil penghargaan kepada pekerjanya setelah selesai menyiapkan tugasan. PENGIKTIRAFAN Pengiktirafan merujuk kepada penerimaan pengiktirafan, penghargaan terhadap kerja sendiri dan persekitaran kerja. Sifat semulajadi manusia suka akan penghargaan. Manusia suka dihargai. Contoh: Penghargaan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sijil penghargaan. Penghargaan ini boleh memberikan semangat dan motivasi.
122 Saya perlu meningkatkan kecemerlangan agar dihargai oleh majikan. Saya selesa bekerja dengan rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Saya selesa untuk memberikan pujian terhadap orang lain. Memahami Konsep Ikhlas Saya akan berpuas hati apabila pihak pengurusan mengambil berat tentang kebajikan saya. Contoh: Cikgu Ahmad berasa terharu apabila pihak pentadbir dan rakan-rakan menziarahi beliau ketika sakit. Saya berasa dihargai apabila rakan sekerja memberikan penghargaan atas kerja yang saya lakukan. Contoh: Rakan sekerja mengucapkan tahniah dan meraikan kejayaan yang telah dicapai oleh Encik Ali. Saya pasti bangga apabila menerima penghargaan di atas tugas yang saya lakukan. Contohnya: Cikgu Zamri diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sijil penghargaan atas prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan. Saya selesa untuk menghargai orang lain atas sumbangan yang diberikan oleh mereka. Contoh: Cikgu Rahim memberi sijil penghargaan kepada pekerjanya setelah selesai menyiapkan tugasan. PENGIKTIRAFAN Pengiktirafan merujuk kepada penerimaan pengiktirafan, penghargaan terhadap kerja sendiri dan persekitaran kerja. Sifat semulajadi manusia suka akan penghargaan. Manusia suka dihargai. Contoh: Penghargaan seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sijil penghargaan. Penghargaan ini boleh memberikan semangat dan motivasi. Refleksi Kendiri 3
123 Kerja Satu Amanah dan Tanggungjawab Kerja Satu Amanah dan Tanggungjawab Saya perlu meluangkan masa untuk bercuti walaupun sibuk dengan tugas. Contoh: Cikgu Fazlun dapat beriadah bersama rakan dan keluarga pada waktu cuti sekolah. Saya perlu bijak membahagikan antara masa bekerja dengan masa bersama keluarga. Contoh: Cikgu Fahmi memastikan bahawa beliau meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Mereka melakukan aktiviti bersama-sama. Saya perlu merancang masa untuk melakukan aktiviti yang disukai. Contoh: Cikgu Amy telah merancang untuk melancong ke luar negara. Ketika melakukan aktiviti pekerjaan, saya akan pastikan urusan keluarga tidak mengganggu. Contoh: Cikgu Farid fokus melakukan kerja ketika menjalankan PdPR dan aktiviti lain berkaitan tugasnya sebagai guru. KESEIMBANGAN KEHIDUPAN BEKERJA Keseimbangan kehidupan kerja berkait kepada kemampuan individu menyeimbangkan keperluan kerja dan kehidupan peribadi untuk kesejahteraan hidup. Bekerja ialah satu amanah dan tanggungjawab. Bekerja juga punca rezeki kita. Ada ruang masa untuk keluarga. Aktiviti seperti beriadah, melancong dan lain-lain. “Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit”
124 Kerja Satu Amanah dan Tanggungjawab Kerja Satu Amanah dan Tanggungjawab Saya perlu meluangkan masa untuk bercuti walaupun sibuk dengan tugas. Contoh: Cikgu Fazlun dapat beriadah bersama rakan dan keluarga pada waktu cuti sekolah. Saya perlu bijak membahagikan antara masa bekerja dengan masa bersama keluarga. Contoh: Cikgu Fahmi memastikan bahawa beliau meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Mereka melakukan aktiviti bersama-sama. Saya perlu merancang masa untuk melakukan aktiviti yang disukai. Contoh: Cikgu Amy telah merancang untuk melancong ke luar negara. Ketika melakukan aktiviti pekerjaan, saya akan pastikan urusan keluarga tidak mengganggu. Contoh: Cikgu Farid fokus melakukan kerja ketika menjalankan PdPR dan aktiviti lain berkaitan tugasnya sebagai guru. KESEIMBANGAN KEHIDUPAN BEKERJA Keseimbangan kehidupan kerja berkait kepada kemampuan individu menyeimbangkan keperluan kerja dan kehidupan peribadi untuk kesejahteraan hidup. Bekerja ialah satu amanah dan tanggungjawab. Bekerja juga punca rezeki kita. Ada ruang masa untuk keluarga. Aktiviti seperti beriadah, melancong dan lain-lain. “Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit”
125 RUMUSAN Individu pastinya menginginkan kesejahteraan di tempat kerja bagi membolehkan mereka berasa gembira semasa bekerja, individu yang mempunyai kesejahteraan pekerjaan dapat membentuk kawalan mindanya ke arah memaksimumkan prestasi kerja dan mencapai potensi diri. Dalam konteks institusi mahu pun organisasi, kesejahteraan di tempat kerja dapat meningkatkan prestasi melalui tingkah laku inovatif dan komitmen afektif individu. Perkara ini turut dapat mempengaruhi keseluruhan organisasi secara kolektif dan memberi semangat kepada rakan setugas di persekitarannya. Oleh itu, wujudkan semangat positif setiap hari dalam diri anda dan pastinya aura positif itu akan mengenai orang di sekeliling dan persekitaran anda. Ya... Andalah individu itu!
ISI KANDUNGAN 128 Pengenalan 128 Bagaimanakah saya boleh membina Kesejahteraan Intelektual? 129 Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Penyelesaian Masalah’? 130 Kemahiran Penyelesaian Masalah 131 Membuat Keputusan Yang Rasional 132 Proses Kognitif Dalam Membuat Keputusan 134 Teknik Kemahiran Penyelesaian Masalah 135 Teknik Yang Boleh Saya Amalkan Bagi Menyelesaikan Masalah 137 Pemikiran Kreatif 139 Konsep Pemikiran Kreatif 140 Ciri-Ciri Pemikiran Kreatif 141 Mencari Pengetahuan 144 Penutup
128 Pengenalan Kebolehan seseorang untuk berfikir secara rasional dan terarah untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Individu yang sejahtera secara intelektual juga ialah seorang yang kreatif dan berusaha menambah ilmu pengetahuan secara berterusan. Bagaimana saya boleh membina kesejahteraan intelektual? Saya perlu membuat keputusan secara rasional Contoh: Membuat keputusan berdasarkan fakta. Contoh: Menganalisis, merancang dan melaksanakan pelan intervensi. Contoh: Memberikan idea baharu kepada sesuatu masalah. Contoh: Mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Saya perlu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah Saya perlu menjadi seorang yang kreatif Saya perlu sentiasa mencari pengetahuan
PENYELESAIAN MASALAH
130 Apakah yang dimaksudkan dengan penyelesaian masalah? Penyelesaian masalah merupakan salah satu daripada proses kognitif dan pembelajaran yang dilakukan oleh seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Kemahiran penyelesaian masalah Kemahiran kognitif untuk mencari penyelesaian masalah bagi mencapai sesuatu matlamat: Saya perlu memahami masalah. Saya perlu meneroka pilihan-pilihan penyelesaian. Saya perlu meninjau kesan daripada pilihan yang dibuat. Saya memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian masalah. Saya menyelesaikan masalah. Saya menyemak semula dan menilai keputusan.
131 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG RASIONAL
132 Proses kognitif dalam membuat keputusan Ruang matlamat Ruang perantara Ruang permulaan Individu menilai dan memproses masalah, menganalisis risiko. Hasil yang dicapai melalui penyelesaian masalah. Individu merancang, menjalankan perancangan penyelesaian masalah, memilih alternatif dan membuat keputusan.
133 Ciri - ciri individu yang membuat keputusan rasional Mencatat perbelanjaan harian. Memilih alternatif yang terbaik. Berfikiran kritikal dan kreatif.
134 KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
135 Teknik yang boleh saya amalkan bagi menyelesaikan masalah Analisis faktor penyumbang kepada masalah • Pengumpulan data. • Menganalisis sejarah. • Mencari fakta masalah. • Menganalisis data. Pelan intervensi • Pemikiran kreatif. • Memikirkan idea baharu. • Percambahan fikiran. • Perancangan. • Alternatif jangka panjang. • Alternatif jangka pendek. Menilai keberkesanan • Penyelarasan: Menilai dan menganalisis isu yang berlaku. • Nilai semula alternatif dan hasil daripada tindakan yang diambil. • Perbincangan: Melibatkan perbincangan dan mendapatkan pandangan.
136 Bertindak • Bertindak atas pilihan yang telah dibuat. • Melaksanakan tindakan secara sistematik bagi mendapatkan hasil yang diingini. • Pelan perancangan tindakan. • Membuat pelan tindakan dan jangka masa yang diambil bagi mencapai hasil yang diingini. • Pengurusan risiko dan masa. • Menilai dan mengurus risiko atas tindakan yang diambil dan menilai masa yang diambil untuk tindakan. Nilai keberkesanan penyelesaian • Penilaian susulan: Membuat penilaian keberkesanan susulan. • Komunikasi: Berbincang atau mengikuti sesi percambahan pendapat. • Analisis data: Menganalisis semula data dapatan daripada penyelesaian. • Tinjauan keberhasilan: Menilai semula hasil yang diperoleh daripada penyelesaian. • Maklum balas: Mendapatkan maklum balas daripada kumpulan sasaran.
PEMIKIRAN KREATIF
138 Pemikiran kreatif Seseorang yang melakukan sesuatu dengan cara yang unik. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama. Berfikir di luar kotak. Memiliki rasa ingin tahu yang tinggi. Tidak mudah bosan dalam mempelajari sesuatu. Berani mengambil risiko atas keputusan yang diambil. Mempunyai kepercayaan diri dan berdikari dalam menjalankan sesuatu.
139 Konsep pemikiran kreatif Memberikan idea baharu. Menggabungkan idea-idea. Menerima idea-idea baharu secara perlahan-lahan. Berfikir secara fleksibel. Membuat gambaran idea. Berusaha mencari sumber idea. Mencabar andaian. Membahagikan idea besar kepada idea-idea kecil. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
140 Ciri-ciri pemikiran kreatif Sengaja menghasilkan idea, konsep, dan tanggapan baharu. Contoh: Pemikir kreatif di dalam syarikat Apple sentiasa memikirkan konsep baharu dalam setiap keluaran telefon pintar. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan. Contoh: Pemikir kreatif di dalam syarikat Apple mengutamakan kaedah yang berbeza berbanding dengan syarikat lain. Mencari cara baharu untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan sekarang. Contoh: Pemikir kreatif di syarikat Apple meneroka cara baharu bagi menyelesaikan masalah dalam perisian keluarannya. Memberikan fokus kepada usaha untuk mengubah idea yang ada pada masa ini. Contoh: Pemikir kreatif di syarikat Apple memberikan fokus kepada perubahan idea yang baharu berbanding idea yang ada pada masa kini.
141 MENCARI PENGETAHUAN
142 Mencari pengetahuan Saya mencari pengetahuan yang dikehendaki dalam sebarang sumber yang sesuai. Pengetahuan terdapat dalam beberapa jenis. Pengetahuan terdapat dalam bentuk media cetakan, media massa dan media elektronik.