143 Sumber-sumber pengetahuan Kamus Almanak Majalah Internet Guru (Manusia) Akhbar Media Elektronik Jurnal Buku Tahunan Ensiklopedia
144 Rumusan Maksud di sebalik perkataan sejahtera ini cukup indah, sejahtera secara etimologi membawa maksud baik yang meliputi sihat, tenang, damai dan membahagiakan. Pastinya memiliki kesejahteraan intelektual amat penting bagi seseorang individu, ini kerana intelektual merupakan organ utamanya ialah otak. Kuasa otak dapat menguasai fikiran individu dalam mengawal emosi dan tingkahlaku yang dia mahu. ‘Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu’ “Engkaulah, apa yang Kau Fikirkan! Percaya apa yang Kau Usahakan.”
ISI KANDUNGAN 148 Pengenalan 150 Definisi Jantina 154 Definisi Budaya 157 Saya Kenal Budaya Masyarakat Melayu 165 Saya Kenal Budaya Masyarakat Cina 174 Saya Kenal Budaya Masyarakat India 180 Penampilan Diri 182 Cara Berpakaian Dan Corak Pekerjaan 188 Apa Itu Imej Diri 189 Penutup
148 PENGENALAN Kesejahteraan sering dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara umumnya, kesejahteraan dapat dikaitkan dengan keamanan dan kemakmuran, kesenangan dan ketenteraman serta terpelihara daripada bencana. Orang yang sejahtera dapat mengharungi kehidupan seharian dengan tenang. Identiti berkait rapat dengan perwatakan seseorang. Identiti juga merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang membezakan seseorang atau sesuatu. Identiti seseorang akan menjadikan seseorang itu unik. Jadi, apa pula kesejahteraan identiti? Kesejahteraan identiti adalah penerimaan individu terhadap diri sendiri dari aspek jantina, asal usul budaya, keadaan fizikal dan penampilan diri. Kesejahteraan identiti ini akan menjadikan seseorang itu mempunyai harga diri yang tinggi serta berkeyakinan tinggi dalam kehidupan sehariannya.
149 Kesejahteraan identiti diri saya terletak pada: Jantina Jantina berkaitan dengan penilaian seseorang itu dalam menerima hakikat kewujudan diri sendiri dari aspek jantina iaitu sebagai seorang lelaki ataupun perempuan. Budaya Penampilan diri Penampilan diri berkaitan dengan penerimaan keadaan fizikal dan penampilan diri sendiri. Adakah anda berpuas hati dengan keadaan diri anda sendiri? Penampilan diri juga berkait rapat dengan aspek dalam dan luaran diri anda sendiri. Konsep penampilan diri akan memberi keutamaan kepada kebersihan dan kekemasan diri sendiri. Perasaan kepunyaan, penerimaan, dan bangga terhadap budaya asal kelahiran serta mengamalkannya, namun masih mampu menghormati budaya orang lain.
Definisi Jantina
151 Jantina Jantina merupakan sejenis kelamin bagi organisma hidup; lelaki dan perempuan bagi manusia. Jantina lelaki atau perempuan ditentukan bermula semasa seseorang bayi itu dilahirkan. Orang lelaki sering dikaitkan dengan ciri maskulin sementara perempuan pula sering dikaitkan dengan ciri-ciri feminin. Secara umumnya ciri-ciri feminin sering dikaitkan dengan tingkah laku yang lemah lembut dan berbudi bahasa, manakala ciri-ciri maskulin pula sering kali dikaitkan dengan bertubuh sasa dan mempunyai sifat-sifat kelakian. Apabila menentukan jantina, ada juga kes-kes terpencil iaitu penentuan jantina tidak dapat disahkan sehingga mendapat nasihat dan pengesahan daripada pakar perubatan. Kegagalan menentukan sama ada bayi mempunyai alat kelamin mana-mana yang lebih dominan, seolah-olah mempunyai dua alat kelamin. Perkara ini sering dikenali sebagai khunsa. Saya menerima sepenuhnya jantina diri saya sejak dilahirkan dan berkembang serta melakukan sesuatu mengikut kesesuaian jantina saya. Simbol-simbol mewakili jenis jantina yang diterima pakai secara universal.
152 Dengan hanya melihat simbol tersebut dapat dikenal pasti jenis jantina. LELAKI PEREMPUAN
153 Namun demikian, dewasa ini kedua-dua jantina memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan keluarga dan negara, malah dari aspek kerjaya juga, banyak kerjaya yang dahulunya dimonopoli oleh lelaki telah disertai oleh perempuan. Dari segi pengurusan rumah tangga juga, kaum lelaki pula telah banyak membantu isteri di dapur. Sebagai seorang lelaki, saya berperanan sebagai: Saya mestilah: Anak Lelaki Bertanggungjawab Menjadi pemimpin Suami Ayah Melindungi keluarga Bekerja untuk keluarga Sebagai seorang perempuan, saya berperanan sebagai: Saya mestilah: Anak Perempuan Mengurus keluarga Isteri Ibu Saya juga bekerja untuk keluarga Peranan
154 Definisi Budaya
155 Budaya Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan mempunyai budaya berbeza antara satu sama lain. Budaya ialah satu cara atau norma kehidupan sesuatu masyarakat yang diamalkan dan diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Budaya meliputi pelbagai aspek kehidupan yang melibatkan: Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana negara kita diwarnai oleh pelbagai kebudayaan dan masyarakat yang berbilang bangsa. Sejak di bangku sekolah lagi kita telah diajar untuk memahami budaya orang lain. Kefahaman budaya ini akhirnya akan membantu kita menghormati budaya orang lain. Kefahaman terhadap perkara ini sekaligus dapat membantu kita memahami tentang faktor silang budaya dan menghormati adat dan budaya masyarakat lain. Budaya, adalah agak sukar untuk kita menghormati orang yang berlainan dengan kita. Karya seni Bahasa Pakaian Perayaan Makanan Alat Muzik Permainan Tradisional Perkahwinan
156 Saya Kenal Budaya Masyarakat Melayu
157 Saya kenal budaya masyarakat Melayu Masyarakat Melayu merupakan kumpulan majoriti yang membentuk sebahagian besar penduduk Malaysia. Melayu ialah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Berikut merupakan aspek-aspek yang sering dikaitkan dalam budaya masyarakat Melayu: Karya seni Karya seni masyarakat Melayu sering dilihat pada kraf tangan, ukiran, tenunan dan seni bina rumah yang berkonsepkan rumah kayu tradisional seperti kerajaan dan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Kebiasaannya kayu yang diukir akan digunakan sebagai hiasan di tingkap dan pintu serta bumbung rumah bagi menunjukkan kesenian sesebuah rumah tradisional. Selain itu, barang-barang perhiasan contohnya tembikar dan labu sayong juga melambangkan kesenian budaya masyarakat Melayu. Tidak ketinggalan juga seni ukiran yang terdapat pada keris, tombak dan pedang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu yang mempunyai ilmu persilatan yang tinggi adalah sangat unik dan patut dikekalkan bagi meningkatkan mutu warisan tradisional masyarakat Melayu. Kesenian dalam masyarakat Melayu juga boleh dilihat dari segi perbezaan muzik iaitu Ghazal, Hadrah, Dondang Sayang, Tarian Zapin, Tarian Kuda Kepang, Tarian Inang, Tarian Ulik Mayang dan sebagainya. Kebanyakan karya seni ini semakin lapuk ditelan zaman dan dilupakan oleh generasi moden pada masa ini.
158 BAHASA Tradisi masyarakat Melayu sangat menitik beratkan nilai-nilai yang baik dalam berbahasa, dibentuk melalui penggunaan beberapa jenis cara komunikasi yang boleh dibahagikan kepada bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar dan bahasa biadab. Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia yang menjadi Bahasa Kebangsaan adalah merupakan bahasa rasmi yang mesti digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Bahasa Melayu menitikberatkan kesopanan dan adab dalam pertuturan. Hal ini boleh dilihat dalam penggunaan pantun, syair, gurindam, sajak dan seloka yang sering digunakan oleh masyarakat terdahulu. Penggunaan gelaran bagi menunjukkan sikap hormat juga sering dilihat dalam masyarakat Melayu misalnya menggunakan bahasa dalam yang boleh dilihat dari penggunaan gelaran dalam kalangan adik beradik seperti Abang Long, Abang Ngah, Uda, Usu dan sebagainya. Secara keseluruhannya, bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu kerana ianya akan menggambarkan akhlak serta budi pekerti penuturnya. Jadi, tidak hairanlah jika penggunaan slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ terus menjadi azimat dan panduan kepada seluruh masyarakat Melayu.
159 Pakaian Secara umumnya, pakaian masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan baju kurung dan baju kebaya bagi perempuan dan baju Melayu bagi lelaki. Selain itu, penggunaan tekstil mewah yang dikenali sebagai songket dan juga tekat atau sulaman emas dan perak juga sering dikaitkan dengan budaya masyarakat Melayu, manakala lukisan atau mencanting batik adalah sangat popular terutamanya di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan batik menjadi pakaian tradisional masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, penggunaan pakaian tradisional pada masa ini hanya digunakan dalam majlis-majlis dan hari-hari perayaan sahaja memandangkan masyarakat ini lebih gemar berpakaian mengikut perkembangan fesyen terkini. Perayaan Masyarakat Melayu menyambut beberapa perayaan dalam setahun iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dan Hari Kebesaran Islam iaitu Awal Muharam atau Maal Hijrah dan Sambutan Maulidur Rasul. Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada 1 Syawal mengikut perkiraan Tahun Hijrah iaitu selepas menyempurnakan puasa sebulan pada bulan Ramadan. Pada Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Melayu akan menyediakan pelbagai jenis juadah tradisional seperti ketupat, rendang, lemang, dodol dan kuih-muih untuk tetamu yang datang
160 berkunjung bagi mengeratkan tali silaturahim. Dalam perayaan inilah, masyarakat Melayu mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf antara satu sama lain terutamanya merapatkan hubungan kekeluargaan. Pada kesempatan inilah masyarakat Melayu akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu sanak saudara dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemeriahan. Sementara itu, Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 10 Zulhijjah pada setiap tahun selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah. Hari Raya Aidiladha juga disebut Hari Raya Korban sempena memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S yang diperintahkan oleh Allah SWT agar menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail A.S. Sehubungan itu, masyarakat Melayu yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti lembu dan kambing untuk diagihkan kepada fakir miskin.
161 Makanan Masyarakat Melayu pada zaman dahulu sering menggunakan bahan masakan yang bersumberkan alam semula jadi seperti tumbuhtumbuhan, daun-daun kayu, pucuk sayuran dan sebagainya. Oleh yang demikian, pelbagai menu makanan dihasilkan yang melambangkan masyarakat Melayu misalnya nasi lemak yang sememangnya terkenal di seluruh dunia. Nasi lemak tidak akan lengkap tanpa adanya sambal tumis ikan bilis, telur rebus, timun dan dipelbagaikan dengan menu lain bagi membangkitkan rasa yang sangat lazat. Selain itu, nasi kerabu dan nasi dagang juga turut dikaitkan dengan masyarakat Melayu terutamanya di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan begitu digemari penduduk setempat. Tidak ketinggalan, ubi rebus dan pisang rebus yang dimakan bersama kelapa parut juga merupakan makanan ruji bagi masyarakat Melayu pada zaman penjajahan Jepun dahulu. Walau bagaimanapun, makananmakanan tradisional tersebut semakin dilupakan oleh generasi kini.
162 Alat muzik Dalam budaya masyarakat Melayu, alat muzik yang sering dikaitkan ialah seperti kompang, seruling, serunai, rebab dan gendang yang semakin kurang dikenali oleh generasi pada masa ini. Alat muzik tradisional ini juga dibahagikan kepada dua bentuk iaitu gamelan yang memainkan melodi menggunakan gong dan rebab dengan menggunakan instrumen tali, manakala nobat pula menggunakan instrumen angin seperti serunai dan seruling. Kebiasaannya penggunaan peralatan-peralatan tradisional ini hanya akan digunakan ketika upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, persandingan atau upacara yang melibatkan Majlis RajaRaja. Bagaimanapun, penggunaan alat muzik tradisional ini memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada masyarakat terdahulu supaya ia tidak hilang di arus pemodenan. Permainan tradisional Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak, masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan permainan tradisional yang melibatkan kumpulan dan bermain bersama-sama rakan sebaya. Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan yang menggunakan gajet anak-anak pada masa ini, permainan tradisional tetap menghiburkan dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah buat generasi pada zaman dahulu. Terdapat pelbagai permainan tradisional yang sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu iaitu seperti permainan congkak, gasing, teng teng, batu seremban, konda kondi, galah panjang, main guli dan lompat getah.
163 Kebanyakan permainan tradisional ini melibatkan pergerakan anggota badan yang banyak ataupun psikomotor iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Pergerakan itu, termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menolak dan sebagainya. Bagaimanapun, terdapat sesetengah permainan memerlukan pergerakan anggota badan yang sedikit seperti pergelangan tangan dan jari jemari ketika bermain seperti congkak, batu seremban dan dam aji. Secara keseluruhannya, permainan tradisional masyarakat Melayu merupakan aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan memupuk kemesraan dalam kalangan masyarakat dahulu berbanding permainan moden yang menggunakan gajet pada masa ini. Perkahwinan Adat resam perkahwinan dalam masyarakat Melayu merupakan perkara penting yang sentiasa dipegang teguh oleh kebanyakan individu dalam masyarakat Melayu sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar. Adat resam perkahwinan dalam masyarakat Melayu perlu melalui beberapa peringkat yang dimulai dengan adat merisik. Peringkat ini melibatkan pertemuan antara wakil keluarga lelaki berjumpa dengan keluarga pihak perempuan bagi mendapatkan persetujuan dan menentukan tarikh peminangan. Seterusnya, adat meminang diteruskan oleh keluarga lelaki bagi mendapatkan persetujuan pihak perempuan. Sebaik sahaja peminangan pihak lelaki diterima, majlis pertunangan akan diteruskan dengan upacara menyarungkan cincin dan menyerahkan barang-barang hantaran dalam bilangan yang ganjil.
164 Majlis perkahwinan dalam masyarakat Melayu diteruskan dengan adat berinai yang akan diadakan sebelum hari pernikahan. Acara akad nikah merupakan upacara kemuncak yang melalui proses ijab kabul oleh pengantin lelaki dan jurunikah serta mengikut syarat wajib nikah mengikut ajaran agama Islam. Mas kahwin dan beberapa barang hantaran yang lain akan dihantar oleh pihak pengantin lelaki dan akan dibalas oleh pihak pengantin perempuan dalam bilangan yang ganjil. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara persandingan. Ketika ini pengantin akan digelar raja sehari di atas pelamin dan tetamu akan menikmati hidangan nasi minyak berserta lauk pauk dalam majlis kenduri serta para tetamu akan diberikan bunga telur sebagai hadiah atau buah tangan. Majlis perkahwinan ini akan diakhiri dengan majlis sambut menantu oleh pihak pengantin lelaki dan keseluruhan majlis berlangsung dengan sangat meriah.
Saya Kenal Budaya Masyarakat cina
166 Saya kenal budaya masyarakat Cina Secara umumnya, masyarakat Cina ialah kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia. Bahasa Masyarakat Cina di Malaysia biasanya menggunakan bahasa-bahasa utama seperti bahasa Hokkien, bahasa Foochow, bahasa Teochew, bahasa Kantonis dan juga bahasa Hakka. Agama Kebanyakan orang Cina di Malaysia menganut agama Buddha atau Taoism. Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan agama integrasi nilai-nilai budaya tradisional Cina, Buddha, Taoism, Konfusianisme dan penyembahan nenek moyang. Namun begitu, terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian, Hindu, Islam dan sebagainya. Agama Buddha Siddharta Gautama atau Gautama Buddha ialah pengasas agama Buddha. Lotus Sutra ialah kitab rujukan utama. Ajaran Buddha diterima oleh masyarakat Cina kerana ajaran Buddha bersifat terbuka dan senang difahami. Mereka merayakan Hari Wesak.
167 Perayaan Terdapat dua perayaan utama masyarakat Cina, iaitu: Tahun Baru Cina Merupakan perayaan paling popular masyarakat Cina di seluruh dunia. Satu daripada tanda-tanda Tahun Baru Cina sudah hampir tiba, kita dapat melihat banyak buah limau mandarin yang dijual di pasar raya dan geraigerai buah-buahan sepanjang jalan raya. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum Cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Meh. Hari Chap Goh Meh Perayaan ini menandakan bahawa perayaan Tahun Baru Cina telah tamat. Masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina selama 15 hari sahaja. Hari Chap Goh Meh ini merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Perayaan ini jatuh pada hari ke-15 dalam pada bulan 1 dalam kalendar Cina. Oleh itu, semua orang Cina menyambutnya dengan gembira dan ceria.
168 Pakaian Samfu Samfu membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari ‘cheong sam’. Samfu turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan Samfu yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. Cheongsam atau ‘baju panjang’ Pakaian tradisi wanita Cina adalah Cheongsam yang reka bentuknya mempunyai leher yang tinggi, mempunyai butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang, mempunyai belahan di kiri dan kanan kain dan pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.
169 Perkahwinan Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (moingin) dan implisit iaitu perkahwinan yang kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
170 Makanan Masakan Cina Malaysia berasal daripada tradisi masakan pendatang Cina Malaysia dan keturunan mereka, yang disesuaikan atau diubah suai tradisi masakan mereka di bawah pengaruh budaya Malaysia serta corak penghijrahan Cina ke Malaysia. Makanan Cina amat menonjol di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Cina, di gerai-gerai tepi jalan, pusat penjaja dan kopitiam, serta kafe pintar dan restoran mewah di seluruh negara. Banyak hidangan Cina mengandungi daging babi sebagai bahan komponen, tetapi ayam boleh didapati sebagai gantian untuk pengguna Islam daripada komuniti yang lebih luas, dan beberapa restoran Cina juga disahkan halal. Berikut adalah beberapa jenis masakan Cina yang popular: · Bak Kut Teh · Bakkwa · Ayam Tauge · Char Kuetiau Alat muzik Pipa ialah alat bertali yang mempunyai empat tali logam. Badan diperbuat daripada kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat pada hujung bahagian bawah badan dan pada empat pemulas melaras di sisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.
171 Guzheng ialah alat muzik yang berasal dari China sekitar 2,000 tahun yang lalu. Guzheng merupakan instrumen yang paling umum untuk dimainkan di Tiongkok. Guzheng berbentuk seperti kotak yang cembung dan diperbuat daripada kayu sebagai kotak suara. Di atasnya terbentang 21 senar. Di tengah senar tersebut ditempatkan Qin Ma yang dapat digeser untuk menaikkan atau menurunkan frekuensi nada. Yangqin merupakan alat muzik tradisional Cina jenis ziter. Yangqin mempunyai banyak tali. Badan diperbuat daripada kayu dalam bentuk rama-rama. Setiap pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktaf semuanya, dua hingga enam set kekuda titian tali diperbuat daripada kayu. Pemulas selaras dari logam didapati di kedua-dua belah kotak suaranya. Karya seni Kaligrafi Kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China. Dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.
172 Menikmati seni ini juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi daripada pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk-bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik. Pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai selepas berlatih dalam tempoh masa yang panjang. Seni Lukis Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi. Su Dongpo (1037-1101), Dinasti Song, pelukis bukan sahaja mahir melukis, tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi. Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap. Dibahagikan kepada dua kategori: - ● xieyi (bebas tangan) ● gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir)
173 Permainan tradisional Mahjong atau mahjung merupakan permainan yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Xiangqi merupakan sebuah permainan papan Cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu Xiangqi digelar sebagai Catur Cina. Yo-yo Cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo Cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Saya Kenal Budaya Masyarakat india
175 Saya kenal budaya masyarakat india Masyarakat India mempunyai budaya tersendiri yang diwarisi daripada nenek moyang mereka dan diamalkan dalam kehidupan mereka. Karya seni Masyarakat India turut memiliki jenis tarian tersendiri seperti tarian Bharata Natyam, tarian bhangra dan tarian khatak. Tarian Bhangra Tarian Bharata Natyam Seni reka bangunan Seni reka perhiasan diri
176 Bahasa Bahasa yang dituturkan oleh masyarakat India adalah bahasa Tamil dengan bentuk tulisannya yang tersendiri. Percakapan dan tulisan dalam bahasa Tamil dikenali oleh semua masyarakat lain di Malaysia. Pakaian Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai dalam kalangan orang India. Sari diubah suai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja khususnya, manakala Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Contoh tulisan Tamil Dhoti Sari
177 Perayaan Masyarakat India mempunyai pelbagai jenis perayaan seperti Ponggal, Deepavali / Dewali, Thaipusam, Ugadi dan lain-lain. Perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya disambut penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan menurut kepercayaan masyarakat Hindu. Makanan Pelbagai makanan dari masyarakat India yang turut disukai dan dikenali oleh masyarakat lain di Malaysia seperti nasi briyani, roti canai, putu mayam, murukku dan lain-lain lagi. Perayaan Deepavali Perayaan Thaipusam Murukku Putu Mayam
178 Alat muzik Mereka mempunyai karya seni yang tersendiri dengan peralatan seni seperti sitar, tabla, tampura, dholak dan lain-lain lagi. Sitar Tabla Permainan Tradisional Permainan Tradisional yang popular dalam masyarakat India ialah khokho, kabadi dan chaturanga. Kabadi antara permainan masyarakat India yang dipertandingkan di peringkat dunia. Perkahwinan Masyarakat India kaya dengan adat dan budaya dalam melaksanakan perkahwinan. Ianya melalui pelbagai proses seperti merisik, ikat janji atau niccayam, parisam, menyediakan thaali, mukuurta kaal, upacara kangenam dan perkahwinan. Majlis Ikat Janji Atau Niccayam Majlis Perkahwinan Permainan Kho-kho Permainan Kabadi
179 Mari Kita Bincangkan Asal Usul Budaya: Apakah budaya yang diamalkan dalam keluarga anda? Apakah pakaian tradisional mengikut budaya asal usul anda? Pakaian yang menggambarkan budaya anda? Makanan yang menjadi kegemaran anda dan keluarga?
penampilan diri
181 Penampilan diri Penampilan diri adalah penting dalam kehidupan seharian. Seseorang harus yakin dan menerima dirinya dalam apa-apa jua keadaan. Keyakinan diri yang positif akan meningkatkan harga diri dan akan dapat membina kehidupan yang lebih ceria dan positif. Saya dapat menerima keadaan fizikal diri saya secara terbuka dan berlapang dada.
182 Cara berpakaian dan corak pekerjaan Cara berpakaian juga dipengaruhi corak pekerjaan seseorang. Saya faham tentang cara berpakaian yang sesuai dengan jenis pekerjaan. Saya faham maksud penampilan diri yang baik sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru adalah wajib bagi saya mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan jawatan saya sebagai guru serta sebagai seorang penjawat awam. Pakaian yang dikenakan harus sesuai dengan tempat dan masa bertugas. Sebagai contohnya, saya harus berpakaian secara formal dengan memakai tali leher berserta kasut kulit semasa mengajar dalam kelas. Namun, saya harus mengenakan pakaian sukan semasa aktiviti di padang. Pakaian yang bersesuaian akan menjadi ikutan muridmurid.
183 Etika Berpakaian Penjawat Awam Cara berpakaian melambangkan keperibadian penjawat awam serta nilai-nilai dan etika kerja yang murni. Pakaian yang kemas, bersih dan bersesuaian adalah ditekankan agar menjadi amalan kepada penjawat awam berdasarkan: 1. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi PegawaiPegawai Awam) 2. Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 3. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi) 4. Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2008. (Pemakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis) Berikut adalah pakaian semasa bertugas di pejabat yang perlu dipatuhi oleh setiap penjawat awam: 1. PAKAIAN PENJAWAT AWAM LELAKI: 2. Bagi Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Sokongan 1 Gred 27 ke atas: • Seluar panjang serta baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Lengan baju tidak boleh dilipat. • Lounge Suite atau Bush Jacket dengan bahan kain yang sesuai. 3. Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan 1 Gred 1-26: • Seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang; tangan baju tidak boleh dilipat. 4. Pemakaian baju batik pada setiap hari Khamis (Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 tahun 2008) 5. Pakaian Baju Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna gelap dipakai pada hari Jumaat. 6. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
184 Pakaian yang digunakan dalam seharian biasanya akan dipengaruhi oleh faktor berikut: UMUR WARNA FESYEN BENTUK BADAN MAJLIS MASA/ WAKTU CUACA
185 Seluar panjang dengan kemeja berlengan pendek Lounge suit atau Bush jacket Berkemeja lengan panjang dan memakai tali leher Baju Kebaya Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok Pakaian batik bagi lelaki Sut Punjabi lengkap berselendang Baju kurung Pakaian batik bagi wanita Saya mengamalkan etika berpakaian sebagai guru
186 Aksesori Tali Pinggang - Warna tali pinggang digalakkan sama dengan warna kasut. Kasut - Kasut yang dipakai hendaklah berwarna gelap. - Stoking berwarna gelap bagi lelaki. - Bagi perempuan, kasut hendaklah yang bertutup dan bertumit tidak lebih dari 2.0 inci. Wangian yang tidak terlalu kuat. Elakkan pakaian yang berkilat di siang hari. Barang kemas yang dipakai adalah pada tahap minimum atau sederhana. Mengenakan solekan yang sederhana tidak keterlaluan, bersesuaian dengan bidang tugas. Kombinasi warna mekap yang sesuai. Rambut hendaklah disisir rapi, bagi wanita sekiranya panjang hendaklah diikat atau disanggul. Pastikan kebersihan diri dari segi bau badan, bau mulut dan kebersihan kuku.
187 Mari kita fikirkan: Adakah saya puas hati dengan diri saya? Adakah saya pandai gayakan pakaian mengikut majlis/masa/tempat? Berambut panjang bagi penjawat awam lelaki. Mewarnakan rambut. Rambut yang tidak kemas. 1 2 3 Gaya rambut yang tidak sesuai sebagai seorang guru Contoh penggayaan rambut yang tidak dibenarkan:
188 Imej diri Secara umumnya imej diri berkaitan aspek berikut: Imej diri juga melibatkan: Saya terima diri seadanya kerana: Cara berpakaian Cara bercakap Gerak geri Pergaulan Persekitaran Perawakan Satu gambaran atau pernyataan dalam imaginasi atau ingatan. Keperibadian atau watak seseorang sebagaimana yang terpapar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain. Tidak semestinya di dalam bentuk yang boleh dilihat. Saya suka diri saya. Saya yakin dengan diri saya. Saya puas hati dengan diri saya.
189 Rumusan Kesejahteraan dan kebahagiaan perlu dalam kehidupan setiap insan. Sebagai guru, kita menjadi contoh kepada murid-murid serta masyarakat secara umumnya. Kesejahteraan sering dikaitkan dengan keamanan dan kemakmuran, senang dan tenteram serta terpelihara daripada bencana. Orang yang sejahtera dapat mengharungi kehidupan seharian dengan tenang. Kesejahteraan identiti sering dikaitkan dengan penerimaan diri kita sendiri terhadap jantina yang telah dianugerahkan kepada kita. Begitu juga individu yang sejahtera memahami budayanya sendiri serta memahami budaya orang lain. Kefahaman memahami budaya orang lain ini akan memudahkan seseorang menghormati budaya orang lain. Kesejahteraan identiti juga berkait rapat dengan penampilan diri seseorang. Individu yang mampu menerima dirinya sepenuhnya akan merasakan dirinya seorang yang sempurna. Hal Ini akan meningkatkan keyakinan diri seseorang.
190 Refleksi Setelah membaca bab ini, cuba fikirkan beberapa persoalan berikut sebagai renungan: 1. Adakah anda bangga akan asal-usul keturunan anda? 2. Adakah anda boleh menerima kepelbagaian budaya kaum lain? 3. Bagaimana anda menghormati budaya orang lain? 4. Biasanya kerja-kerja seperti memasak dan mengemas rumah adalah tugas yang dilakukan oleh kaum wanita. Pada pandangan anda, wajarkah kefahaman begini diteruskan dalam masyarakat moden hari ini. Nyatakan pandangan anda. 5. Fikirkan apakah yang mengganggu kehidupan seharian anda (seperti masalah kewangan, masa / kesesakan lalu lintas, jiran dan sebagainya) 6. Jika diberi pilihan, adakah anda ingin bertukar kerja? Jika YA, terangkan mengapa. 7. Mengapa etika pakaian perlu diikuti oleh para guru?