IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Rujukan
Abdul Aziz, N., & Jaafar, N. (2018). Penguasaan Pembelajaran Al-Qur‟an Berbantukan
Aplikasi Multimedia Interaktif Smart Iqra‟: Kajian Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Alma, Pulau Pinang. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 24 -
36.
Che Noh, M., & Ahmad Tarmizi, R. (2009). Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran
Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 93 - 109.
Gardner, H. (1993). Multiple Intelligences: The Theory in Practise. New York: Basic Books.
Hamdi, A. (2012). Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran). Journal of
Islamic and Arabic Education, 11 - 24.
Hernawan, D. (2018). Penerapan Metode Ummi Dalam Pembelajaran Al-Qur'an. Profetika
Jurnal Studi Islam.
Ibn Khaldun, A. (2002). Mukaddimah. (D. B. Pustaka, Trans.) Dewan Bahasa dan
Pustaka. Lewin, K. (1946). Action Research and Minority Problems. Journal of
Social Issues, 34 - 46.
Lubis, R., Mahrani, N., Margolang, D., & Assingkily, M. (2020). Pembelajaran Al-Qur‟an Era
Covid- 19: Tinjauan Metode dan Tujuannya pada Masyarakat di Kutacane Aceh
Tenggara. Kuttab: Jurnal Ilmu Pendidikan Islam.
Mohamed, M. (2008). Celik Al-Quran: Cabaran dan Realiti dalam Pendidikan Islam di Sekolah.
Masalah Pendidikan, 31(1), 241 - 253.
Mohd Pisol, M., & Hashim, A. (2015). Kesediaan Guru Dalam Pengajaran Model Tasmik
Program J- QAF. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1 - 13.
Paharuddin, M. (2014). Persepsi Murid Terhadap Perlaksanaan Kaedah Pengajaran Guru dan
Hubungannya Dengan Pencapaian Murid Dalam Tilawah al-Quran Program j-Qaf. Jurnal
Penyelidikam Dedikasi.
Purnama, S. (2010). Elemen Warna Dalam Pengembangan Multimedia Pembelajaran Agama Islam.
Al-Bidayah: Jurnal Pendidikan Dasar Islam, 2(1).
Sabilan, S., Ibrahim, B., Lip, S., Ishak, M., & Mohni, S. (2018). Analisis Tahap Penguasaan
Bacaan Al-Quran Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang Berdasarkan
Model Khatam Al-Quran dan Model Tasmik J-QAF.
292
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
PENGARUH DIMENSI–DIMENSI PEMBANGUNAN KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL (PLC) TERHADAP PENGAJARAN GURU SEKOLAH RENDAH
SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
NURULHUDA BINTI MOHD DERUS
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN DUA,W.P LABUAN
[email protected]
ABSTRAK
Pengaruh Dimensi-Dimensi Pembangunan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) terhadap
pengajaran guru merupakan satu proses penambahbaikan sekolah yang memerlukan kepimpinan
sekolah dan komunitinya bekerja secara kolaboratif untuk meningkatkan kecemerlangan murid.
Kajian ini bertujuan untuk melihat Pengaruh Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional
Terhadap Pengajaran Guru sekolah rendah sekitar W.P Labuan. Pendekatan kaedah kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan populasi seramai 330 orang guru dengan
persampelan secara rawak sebanyak 191 orang guru sebagai responden. Soal selidik “School
Professional Staff as Learning Community Questionnaire” yang mencatatkan nilai Alpha Cronbach
0.978 digunakan dalam kajian ini. Proses analisis data kajian ini menggunakan perisian “The
Statistic Package for the Science School (SPSS)” versi 24.0 untuk analisis deskriptif dan analisis
inferensi. Bagi Analisis Ujian-t, ujian Korelasi Pearson dan regresi berganda adalah alat
pengukuran yang digunakan untuk menguji hipotesis dan menjawab persoalan kajian. Hasil kajian
mendapati bahawa Dimensi Kepimpinan Berkongsi dan Menyokong, Dimensi Pembelajaran Secara
Kolektif dan Dimensi Keadaan Yang Menyokong, mempengaruhi secara signifikan terhadap
Pengajaran Guru. Manakala Dimensi Perkongsian Nilai, Matlamat, Misi dan Visi dan Dimensi
Perkongsian Amalan Personal pula tidak mempengaruhi secara signifikan terhadap Pengajaran
Guru. Ini memberi gambaran bahawa 3 daripada 5 Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran
Profesional didapati memberi pengaruh terhadap Pengajaran Guru dalam kalangan guru sekolah
rendah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Justeru itu, fokus dimensi-dimensi pembangunan
komuniti pembelajaran profesional tertumpu kepada satu anjakan untuk membudayakan semula
konsep pembelajaran dengan memberikan peluang kepada komuniti sekolah bekerja secara
berpasukan, mengutamakan perbincangan, pertambahan ilmu, pertukaran idea dan bahan
pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti matlamat, visi, misi dan seterusnya mengaturkan
pelan tindakan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Kata kunci : Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP), Pengajaran Guru, Dimensi-Dimensi KPP.
1.0 Pendahuluan
KPP merupakan salah satu amalan penambahbaikan sekolah yang melibatkan sokongan semua
komuniti dalam dan luar sekolah bagi menghadapi cabaran dalam meningkatkan pencapaian murid
(Hord, 1997a; McLaughlin & Talbert, 2001; Senge, Cambron-McCabe, Lucas, Smith, Dulton &
Kleiner, 2000).Bagi membangunkan modal insan yang berguna sekolah merupakan sebuah institusi
formal yang berperanan amat penting dan besar ke arah memajukan sesebuah masyarat dan negara.
Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan sistem penyampaian menjadi lebih
efektif, menarik, menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar untuk belajar. Di antara
kaedah dan teknik yang biasa digunakan di dalam pengaruh dimensi-dimensi komuniti
pembelajaran profesional terhadap pengajaran guru yang mampu menjana idea-idea baru dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar. Menurut Hussein (1993), guru
yang cemerlang akan memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar.
Di dalam pengaruh dimensi-dimensi komuniti pembelajaran profesional menurut Zuraidah
(2010) pula menghuraikan KPP sebagai satu kumpulan individu (komuniti) yang mempunyai
budaya pembelajarannya sendiri. Guru-guru belajar dan murid-muridnya juga belajar. Seluruh
293
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
komuniti di sekolah berkumpul bersama belajar, saling mengambil berat dan sentiasa berdialog
antara satu dengan lain. Di kalangan guru, KPP adalah berkaitan dengan membangunkan budaya
belajar dan sentiasa belajar secara berterusan supaya dapat membangun seiring dengan perubahan
semasa. Ini bertepatan dengan pandangan Scherer (2009) yang memetik kata-kata Hord (1997),
bahawa KPP merupakan strategi ke arah menambah baik dan meningkatkan keberkesanan sekolah
melalui warga sekolah yang sentiasa belajar. Oleh yang demikian, sekolah harus memupuk dan
membangunkan KPP yang berkesan.
Dalam sebuah institusi pendidikan, istilah komuniti pembelajaran professional merupakan
sesuatu yang sering dibincangkan di kalangan pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dan
pengajaran. Pelbagai definisi telah dinyatakan oleh para sarjana barat, tetapi tidak ada definisi yang
universal. Ini disebabkan perkembangan pengkajian terhadapnya adalah berdasarkan konteks dan
perspektif yang berbeza, sama ada melihat daripada perspektif amalan berterusan, reflektif,
kolaboratif, inklusif, atau mengkaji daripada segi amalan guru-guru secara kolektif menurut King
& Newman (2001) dan Toole & Lewis, (2002).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
2.1 Untuk mengenal pasti tahap Dimensi-dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional.
2.2 Untuk mengenal pasti tahap pengajaran guru.
2.3 Untuk mengenal pasti perbezaan Komuniti Pembelajaran professional mengikut jantina
dan tempoh perkhidmatan
2.4 Untuk mengenal pasti perbezaan pengajaran guru mengikut jantina dan tempoh
perkhidmatan.
2.5 Untuk mengenal pasti hubungan antara Dimensi-dimensi Komuniti Pembelajaran
Profesional dengan pengajaran guru.
2.6 Untuk mengenal pasti pengaruh Dimensi-dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional
terhadap pengajaran guru.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa persoalan kajian yang menjadi dasar kepada kajian seperti
berikut:
3.1 Apakah tahap Dimensi-dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional?
3.2 Apakah tahap pengajaran guru?
3.3 Adakah terdapat perbezaan Komuniti Pembelajaran professional mengikut demografi,
jantina dan tempoh perkhidmatan?
3.4 Adakah terdapat perbezaan pengajaran guru mengikut demografi, jantina dan tempoh
perkhidmatan?
3.5 Adakah terdapat hubungan antara Dimensi-dimensi Komuniti
Pembelajaran Profesional dengan pengajaran guru?
3.6 Adakah terdapat pengaruh Dimensi-dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional
terhadap pengajaran guru?
4.0 HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan persoalan kajian yang telah di kemukakan, hipotesis-hipotesis yang terlibat dalam
kajian ini adalah:
294
H01 : IBIEAC 2O21 JILID 1
Ho2 : e ISBN 978 967 26508 0 5
Ho3 :
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan komuniti pembelajaran professional
berdasarkan jantina.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan komuniti pembelajaran professional
berdasarkan tempoh perkhidmatan.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengajaran guru berdasarkan jantina.
HO 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengajaran guru berdasarkan tempoh
perkhidmatan.
HO 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi-dimensi komuniti
pembelajaran professional dengan pengajaran guru.
HO a5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan berkongsi dan
: menyokong dengan pengajaran guru.
HO 5b : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi perkongsian nilai, matlamat
misi dan visi dengan pengajaran guru.
HO 5c : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pembelajaran secara
kolektif dan pengaplikasian dengan pengajaran guru.
HO d5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi perkongsian amalan
personal dengan pengajaran guru.
HO 5e : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi keadaan yang menyokong
dengan pengajaran guru.
Ho6 : Tidak terdapat pengaruh yang signifikan dimensi-dimensi komuniti pembelajaran
professional terhadap pengajaran guru.
5.0 SOROTAN LITERATUR
5.1 Komuniti Pembelajaran Profesional
Program pembangunan profesionalisme berasaskan sekolah yang telah dibuktikan sangat
berjaya di luar negara dan semakin popular di kebanyakan negara ialah Program Komuniti
Pembelajaran Profesional (KPP). Sehubungan dengan itu, merujuk kepada Komuniti Pembelajaran
Profesional iaitu program pembangunan guru yang diinstitusikan pada peringkat sekolah dan perlu
diwujudkan supaya guru sentiasa terdedah dengan peluang untuk meningkatkan tahap profesionalisme
mereka secara proaktif dengan cara membentuk komuniti belajar yang professional bersama rakan
sekerja.
Menurut Ball dan Cohen (2009) serta Putnam dan Borko (2015) menyatakan tentang persetujuan
pandangan tersebut dengan berpendapat bahawa setiap tahun, sekolah, pihak berkuasa di peringkat
daerah dan negeri telah membelanjakan berjuta-juta ringgit di dalam program pembangunan
peningkatan profesionalisme guru tetapi dalam aspek keberkesanan program tersebut kurang membuat
penialaian misalnya perkaitan antara keperluan guru dengan kandungan program serta pencapaian
objektif program dengan output yang dihasilkan. Justeru itu, laporan kajian antarabangsa Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013) telah menunjukkan mengenai keberkesanan program tersebut iaitu
pembangunan komuniti pembelajaran profesionalisme guru mendapati bahawa guru menyatakan
program pembangunan profesionalisme yang mereka sertai adalah amat berkesan. Kajian yang telah
dilaksanakan di Malaysia, Finland, Jepun, Korea Selatan dan Singapura secara amnya mendapati
bahwa program pembangunan profesionalisme berupaya membuat penambahbaikan terhadap
pengajaran guru.
Menurut Vangrieken, Meredith, Packer & Kyndt, (2017) bagi meningkatkan keberkesanan
pembelajaran profesional, guru-guru harus dibenarkan untuk menyuarakan pandangan mereka
sendiri dan bertanggungjawab penuh terhadap keputusan yang dibuat. Selain itu, menurut
Vangrieken et al., (2017) hal ini akan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab para guru tentang
295
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
pengetahuan dan motivasi untuk berjaya Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa interaksi guru
dengan pembimbing adalah faktor yang paling berpengaruh dalam mengubah pandangan guru dan
amalan pengajaran serta komitmen mereka terhadap pembangunan profesional. Tambahan juga
menurut Akerson et al., (2009) Aubusson et al., (2007) Graham, (2007) ia juga penting untuk
membuat guru menyedari bahawa semasa pembangunan profesional, persekitaran pembelajaran
yang selamat perlu diwujudkan untuk membantu guru melibatkan diri dalam pembelajaran inkuiri
secara kolektif. Bagi pendapat Vangrieken et al, (2017) pada masa yang sama, ia juga akan
mewujudkan keperluan untuk guru berubah dan menjadi sebab penglibatan mereka dalam
pembelajaran professional.
5.2 Amalan Pengajaran Guru
Pengajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat, dan kemahiran
kepada pelajar berupaya mencapai hasil pembelajaran atau objektif yang telah dirancang atau
setidak-tidaknya dapat memberikan kefaharnan kepada pelajar. Proses pembelajaran yang
berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti
serta aplikasi nilai murni dan etika.
Dalam konteks kajian ini, kepelbagaian penggunaan amalan dalam pengajaran akan
menghasilkan kesan yang baik terhadap pencapaian hasil pembelajaran merujuk kepada Abdul
Rahim Abdul Rashid et al (2000:86), guru perlu mencuba berbagai-bagai kaedah pengajaran supaya
dapat mengetahui keberkesanan dan kesesuaian sesuatu kaedah. Pelajar juga tidak akan berasa bosan
sekiranya guru mempelbagaikan amalan pengajaran.
Sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan. Fenomena tersebut bagi memenuhi
keperluan perubahan dalam persekitaran pendidikan. Menurut Chong (2014) menyetujui kenyataan
tersebut dengan menyatakan pelbagai perubahan dalam pendidikan di Malaysia disebabkan
keperluan kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Malah, Menurut Bartlett-Bragg (2010)
menyenaraikan antara ciri-ciri guru abad ke-21: guru perlu menguasai kandungan kurikulum, mahir
dan berketrampilan dalam pedagogi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, memahami
perkembangan murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran, memiliki
kemahiran kaunseling dan menggunakan teknologi terkini dalam dan di luar sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Justeru, warga sekolah khususnya guru seharusnya mengikuti perkembangan kemajuan dalam
pendidikan. Menurut Sparks (2012) dalam memberikan definisi mengenai sikap prihatin guru
terhadap kemajuan pendidikan adalah mereka seharusnya meningkatkan profesionalisme diri.
Menurut Hassel (2013) bagi meningkatkan profesionalisme guru bererti suatu proses menambahbaik
kemahiran dan kompetensi diri berdasarkan perubahan persekitaran bagi menghasilkan produk
berkualti dalam pendidikan. Menurut Guskey (2015) menggambarkan kenyataan tersebut bahawa
hampir kesemua kajian lampau mengenai sekolah berkesan menemu proses penambahbaikan dalam
pendidikan tidak pernah berlaku tanpa kewujudan program perkembangan profesionalisme guru.
Dengan kata lain, perkembangan profesionalisme guru merupakan mekanisme utama untuk
memenuhi keperluan perubahan dalam pendidikan.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Bogdan dan Biklen (1998) menjelaskan bahawa kaedah kajian yang dipilih mestilah
bersesuaian dengan persoalan kajian. Oleh itu pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan
digunakan dalam kajian ini. Pendekatan dan kaedah ini digunakan untuk mengkaji pengaruh dimensi
–dimensi komuniti pembelajaran profesional terhadap pengajaran guru sekolah rendah sekitar Labuan.
Begitu juga menurut Mohd Najib (2003), kaedah tinjauan secara soal selidik adalah satu
kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lintas melalui sekali kutipan data yang
selalunya melalui soal selidik. Kaedah tinjauan secara soal selidik telah digunakan dalam kajian ini
sebagai mengumpul data secara kualitatif. Kajian ini juga merupakan kajian kolerasi. Menurut
Mohd.Najib (1999), kajian kolerasi adalah untuk melihat atau mengukur hubungkait antara
296
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
pembolehubah-pembolehubah.
Menurut Jonhson & Christensen (2005), kaedah tinjauan menggunakan instrumen kajian
soal selidik yang dijawab oleh responden merupakan pendekatan yang sering digunakan dalam
bidang kajian deskriptif. Kaedah kajian ini sering digunapakai dalam pelbagai bidang penyelidikan
dan sesuai digunakan bagi mengkaji maklumat tentang tingkahlaku manusia (Gorard, 2001) seperti
tingkahlaku manusia dalam bidang pendidikan. Selain itu, penggunaan instrumen soal selidik juga
mampu membuat perbandingan yang lebih terperinci dan memiliki tahap keobjektifan yang lebih
tinggi (Sackman,1991). Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan.
Kajian deskriptif merupakan kajian yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena ataupun
perkara yang sedang berlaku. Menurut Mohd Majid (1993), jenis-jenis kajian deskriptif ialah kajian
tinjauan, kajian perkembangan, kajian kes, kajian susulan, kajian analisis dokumen, kajian analisis
kecenderungan dan kajian korelasi. Manakala kajian ini ialah kajian tinjauan yang bermatlamat untuk
menerangkan pengaruh dimensi-dimensi komuniti pembelajaran professional (PLC) terhadap
pengajaran guru sekolah rendah sekitar Labuan. Menurut Vogts (2007), kajian tinjauan
merupakan kaedah yang terbaik untuk mengumpul data yang asli daripada populasi yang besar
melalui teknik persampelan
7.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini melibatkan 191 orang daripada populasi 330 orang yang terdiri
daripada guru-guru matapelajaran teras dan wajib dariapada 15 buah sekolah rendah di Wilayah
Persekutuan Labuan. Responden kajian ini telah dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah.
Selain itu, instrumen yang digunakan dalam kajian ini pula adalah menggunakan borang soal selidik
yang telah disesuaikan mengikut keperluan kajian dan soalan yang dibina berasaskan lima dimensi
amalan KPP yang ditemui hasil dari penanda aras KPP oleh Narongrith Intanam, Suwimon
Wongwanich & Nattaporn Lawthong (2010). Penyelidik juga telah mengedarkan borang soal selidik
dengan bantuan rakan-rakan guru di sekolah yang terlibat.
7.1 Tahap Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Professional
Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian pertama iaitu mengenal pasti
tahap Dimensi-dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional. Bagi memberi gambaran yang lebih
jelas, analisis deskriptif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.
Dalam kajian ini, tahap Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Professional diukur oleh 5
dimensi iaitu Dimensi Kepimpinan Berkongsi dan Menyokong, Dimensi Perkongsian Nilai,
Matlamat, Misi dan Visi, Dimensi Pembelajaran Secara Kolektif, Dimensi Perkongsian Amalan
Personal dan Dimensi Keadaan Yang Menyokong.Daripada Jadual 4.4 di atas menunjukkan
bahawa skor kesemua Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Professional adalah berada pada
297
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
tahap yang tinggi, iaitu Dimensi Kepimpinan dan Menyokong (min = 4.16, SP = 0.43), Dimensi
Perkongsian Nilai, Matlamat, Misi dan Visi (min = 4.32, SP = 0.41), Dimensi Pembelajaran Secara
Kolektif (min = 4.18, SP = 0.46), Dimensi Perkongsian Amalan Personal (min = 4.33, SP = 0.40)
dan Dimensi Keadaan Yang Menyokong(min = 4.13, SP = 0.48). Secara keseluruhannya
menunjukkan bahawa skor tahap Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Professional (min =
4.22, SP = 0.38) dalam kalangan guru sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan adalah
berada pada tahap yang tinggi.
7.2 Tahap Pengajaran Guru
Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif kajian kedua iaitu mengenal pasti
tahap pengajaran guru. Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, analisis deskriptif seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2 Nilai Min dan Sisihan Piawai Pengajaran Guru
Min Sisihan Tahap
Piawai
Tinggi
Amalan Guru 4.24 0.44 Sederhana
Amalan Pengajaran Lesson Study 3.55 0.56 Tinggi
Keseluruhan 3.89 0.42
(Tahap: Rendah = 1.00 – 2.33, Sederhana = 2.34 – 3.66, Tinggi = 3.67 – 5.00)
Dalam kajian ini, tahap Pengajaran Guru diukur oleh 2 dimensi iaitu Amalan Guru dan Amalan
Pengajaran Lesson Study. Daripada Jadual 4.10 di atas menunjukkan bahawa skor Amalan
Pengajaran Lesson Study (min = 3.55, SP = 0.56) adalah berada pada tahap yang sederhana.
Manakala skor yang tinggi pula adalah Amalan Guru (min = 4.24, SP = 0.44). Secara
keseluruhannya menunjukkan bahawa skor tahap Pengajaran Guru (min = 3.89, SP = 0.42) dalam
kalangan guru sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan adalah berada pada tahap yang
tinggi.
8.0 PERBINCANGAN
8.1 Tahap Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Professional
Melalui analisis data yang dilakukan, keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif
kajian pertama iaitu mengenal pasti tahap Dimensi-dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional.
Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, analisis deskriptif menunjukkan pada tahap yang tinggi
(min 4.22, SP =0.33).
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa hasil dapatan dalam kajian ini, tahap Dimensi-
Dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional diukur oleh 5 dimensi iaitu Dimensi Kepimpinan
Berkongsi dan Menyokong, Dimensi Perkongsian Nilai, Matlamat, Misi dan Visi, Dimensi
Pembelajaran Secara Kolektif, Dimensi Perkongsian Amalan Personal dan Dimensi Keadaan Yang
Menyokong.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa skor kesemua Dimensi-Dimensi Komuniti
Pembelajaran Profesional adalah berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya
menunjukkan bahawa skor tahap Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional dalam
kalangan guru sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan adalah berada pada tahap yang
tinggi.
298
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
8.2 Tahap Pengajaran Guru
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, tahap Pengajaran Guru diukur oleh 2 dimensi iaitu
Amalan Guru dan Amalan Pengajaran Lesson Study. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa skor
Amalan Pengajaran Lesson Study adalah berada pada tahap yang sederhana. Manakala skor yang
tinggi pula adalah Amalan Guru. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tahap Pengajaran
Guru dalam kalangan guru sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan adalah berada pada
tahap yang tinggi.
9.0 RUMUSAN
Dapatan hasil kajian dapat dirumuskan melalui objektif kajian yang telah dibina oleh
pengkaji. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, Pengaruh Dimensi-Dimensi Pembangunan
Komuniti Pembelajaran Profesional Terhadap Pengajaran Guru Sekolah Rendah sekitar Wilayah
Persekutuan Labuan. Dapatan kajian menunjukkan tahap komuniti pembelajaran professional dan
pengajaran guru adalah melihat tahap bagi kedua-dua variabel kajian mendapati kedua-duanya
berada pada tahap yang tinggi.
Rumusan dapatan menghuraikan dapatan-dapatan analisis data kajian secara deskriptif dan
inferensi bagi mencapai objektif-objektif serta tujuan kajian ini keseluruhannya. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap Dimensi-Dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional dan Pengajaran
Guru dalam kalangan guru sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan adalah berada pada
tahap yang tinggi secara keseluruhannya. Sebanyak 6 hipotesis telah diuji dalam kajian ini. Oleh
itu, dapat disimpulkan bahawa sebanyak empat hipotesis telah diterima, manakala dua hipotesis
lagi telah ditolak dalam kajian ini.
Berdasarkan perbincangan dapatan kajian maka satu persepsi baru terhadap
penambahbaikan sekolah dalam kalangan pendidik harus di bentuk. Ianya harus disesuaikan
dengan usaha kerajaan melakukan agenda transformasi ke arah pendidikan berkualiti yang
digariskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Oleh kerana Pembangunan
Komuniti Pembelajaran Profesional dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu
konsep membentuk anjakan minda dan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru
maka kesemua Guru Besar sekolah dan guru harus diberikan penerangan yang jelas tentang objektif
dan cara pelaksanaan KPP ini. Berdasarkan hasil kajian pihak Kementerian Pelajaran perlu
memperluaskan lagi pengetahuan Guru Besar berkenaan konsep KPP ini sendiri kerana didapati
kurang ilmu pengetahuan Guru Besar membantutkan pelaksanaan KPP ini. Antara kelemahan
utama yang dikenal pasti ialah terdapat Guru Besar yang kurang mengetahui bagaimana untuk
memulakan konsep KPP ini di sekolah mereka. Selain itu pihak Kementerian Pelajaran juga perlu
sentiasa mengadakan in house training dalam kalangan guru untuk memastikan kepimpinan sekolah
dan guru saling memahami agenda transformasi yang hendak di capai.
RUJUKAN
Ahmad Marzuki Mohamad, Zairus Norsiah Azahar, Azhar Muhammad & Wan Hassan Wan
Embong. 2015. Komuniti Pembelajaran Profesional: Aplikasi Dalam Kalangan Komuniti
Smka Di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia, Akademi Bahasa, Universiti
299
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Teknologi Malaysia & Universiti Malaysia Kelantan : International Journal of Islamic
Studies and Arabic Language Education (IJISAE) Vol. 2(1):11-22.
Aziah Ismail, Loh Hooi Yen & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. 2015. Komuniti Pembelajaran
Profesional Dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia : Jurnal Kepimpinan Pendidikan.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2017. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid Ke-18. Selangor : Merah Print & Supply Sdn
Bhd.
Bitty Ansawia & Vincent Pangb. 2017. The Relationship between Profesional Learning
Community and Lesson Study: A Case Study in Low Performing Schools in Sabah,
Malaysia. Universiti Teknologi Mara : Jurnal Sains Humanika.
Cepi Triatna. 2015. Membangun Komunitas Belajar Profesional Untuk Meningkatkan Mutu
Pendidikan Di Sekolah. Jurnal Administrasi Pendidikan Vol.XXII No.1.
Chong Chee Keong, Muhammad Faizal A. Ghani & Zuraidah Abdullah. 2016. Amalan Komuniti
Pembelajaran Profesional (Kpp) Di Sekolah Berprestasi Tinggi (Sbt) Malaysia: Sebuah
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Sjkc) Di Sarawak. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya :
Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 3, Isu 1.
Dima Mazlina @Siti Aishah Abu Bakar & Abdul Rashid Jamian. 2016. Pelaksanaan Komuniti
Pembelajaran Profesional (Kpp) Untuk Peningkatan Kemahiran Guru Bahasa Melayu
Mengajar Penulisan Karangan . Universiti Putra Malaysia: Jurnalkurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik Bil. 4, Isu 3.
Ezwafahmey Ahmad Kusaini. 2018. Tahap Kesediaan Guru Cemerlang Bahasa Melayu Terhadap
Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional Di Sekolah Menengah Di Negeri
Melaka. Kementerian Pendidikan Malaysia : Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu–JPBM
(Malay Language Education Journal – MyLEJ) Vol. 8, Bil. 1: 63-73.
I Wayan Santyasa. 2018. Student Centered Learning: Alternatif Pembelajaran Inovatif Abad 21
untuk Menyiapkan Guru Profesional. Program Studi Pendidikan Fizik (S1) dan Program
Studi Teknologi Pembelajaran (S2) Universiti Pendidikan Ganesha Singaraja Bali :
Seminar Nasional Quantum.
Johar Permana & Asep Sudarsyah .2016. Model Pengembangan Profesiguru Melalui Professional
Learning Community Di Sekolah Menengah . Jurnal Administrasi Pendidikan Vol.XXIII
No.1.
Khairul Anuar Saad, Barbara Walsh, Andrea Mallaburn & Mark Brundrett. 2017. Exploring The
Implementation Of A Professional Learning Communities In Malaysian’s Schools:
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(5): 1-18.
Lesson Study. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).
Mohd Faiz Mohd Yaakob. 2017. Measurement Model of Professional Learning Community: A
Malaysian Teacher Context. Faculty of Management and Economics, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim, Perak : Indonesion Research Journal in
Education (IRJE) Vol. 1, No. 1.
Mohd Faiz Mohd Yaakob, Muhamad Rozaimi Ramle & Jamal@Nordin Yunus. 2016. Konsep
kolaborasi dalam komuniti pembelajaran professional: Satu tinjauan dari perspektif Islam.
300
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak : GEOGRAFIA OnlineTM
Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 10 : 1–9.
Mohammad Surya, Jamilah & Deni Darmawan. 2016. Mutu Lulusan Pasca Sarjana Sekolah Tinggi
Keguruan Ilmu Pendidikan Garut. Program Studi Teknologi Pendidikan Konsentrasi
Teknologi Universiti Pendidikan Indonesia dan Pascasarjana Teknologi Pendidikan
Konsentrasi Teknologi Pembelajaran Pascasarjana STKIP Garut : Jurnal Teknologi
Pendidikan dan Pembelajaran, Volume 1, No. 1.
Mohd Yusri Ibrahim & Aziz Amin. 2014. Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dan
Kompetensi Pengajaran Guru. Fakulti Pembangunan Sosial Universiti Malaysia
Terengganu & Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan Universiti Sultan Zainal
Abidin : Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik Bil. 2, Isu 1.
Muhammad Faizal A. Ghani & Abd. Khalil Adnan. 2015. Model Program Perkembangan
Profesionalisme Guru Malaysia: Satu Kajian Analisis Keperluan Di Sekolah Berprestasi
Tinggi Dan Sekolah Berprestasi Rendah. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya : Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, Bil. 2, Isu 2.
Muhammad Faizal A. Ghani et.Al., Shahril@Charil Marzuki & Faisol Elham. 2011. Pemimpin
Dan Komuniti Pembelajaran Profesional. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Fakulti
Pengurusan & Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris & Kolej Perniagaan, Universiti
Utara Malaysia : Jurnal Pendidikan, 31.
Noor Hidayah Hanapi. 2014. Hubungan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional Dengan
Pencapalan Murid Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Batang Padang. Fakulti Pengurusan
Dan Ekonomi Universiti Pendidlkan Sultan Idris.
Richard DuFour. 2004. What Is a “Professional Learning Community”?. Educational Leadership.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. 2010. Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya
dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan
Pembelajaran antara Jantina Pelajar?. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains
Malaysia : Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2): 61-69.
301
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
PERSPEKTIF IBN JAMA’AH TENTANG ADAB MURID : KAJIAN
TERHADAP KITAB TADHKIRAT AL-SAMI’ WA AL- MUTAKALLIM
FI ADAB AL-‘ALIM WA AL-MUTA’ALLIM
Nur Farah Syahirah Nazim 1
Abdul Muhsien Sulaiman 2
1 Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
2 Jabatan Asas Pendidikan & Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Malaysia
1Email: [email protected]
2Email: [email protected]
Abstrak
Adab sebagai seorang murid adalah suatu elemen yang sangat dititikberatkan dalam Islam. Kejayaan
seseorang murid bukanlah dinilai dari sudut kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata.
Hakikatnya, kemuliaan adab yang dipamerkan oleh murid adalah kayu ukur sebenar kepada kejayaan
mereka. Para ulama’ terdahulu banyak menukilkan tentang adab yang perlu diamalkan oleh murid
dalam karya-karya mereka. Tidak terkecuali, seorang ilmuwan yang masyhur di era kesultanan
Mamluk iaitu Ibn Jama’ah turut membahaskan tentang isu ini sehingga beliau membukukan sebuah
karya khusus yang menerangkan tentang adab. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk meneroka
perspektif Ibn Jama’ah berkenaan adab murid. Kajian kepustakaan yang menggunakan pendekatan
analisis kandungan dijalankan terhadap kitab Tadhkirat al-Sami’ wa al-Mutakallim fi Adab al-‘Alim
wa al-Muta’allim yang dikarang oleh Ibn Jama’ah. Hasil kajian telah menemukan empat tema utama
yang perlu diamalkan oleh murid meliputi adab bergaul dengan guru, adab berbicara dengan guru,
adab sewaktu menuntut ilmu bersama guru serta adab berkhidmat terhadap guru. Hasil kajian ini
sewajarnya dihayati dan diupayakan sebagai salah satu panduan kepada murid dalam menerapkan
budaya beradab dalam kehidupan seharian.
Kata Kunci : Ibn Jama’ah, Adab, Murid, Guru, Tadhkirat As-Sami’
Pendahuluan
Dalam konteks pendidikan, matlamat adab adalah untuk melahirkan murid yang berakhlak baik dan
mempunyai pekerti mulia. Berikutan itu, para ulama’ di zaman silam sangat menitikberatkan soal
adab yang perlu diamalkan oleh murid. Boleh dikatakan, kebanyakan ulama’ pasti menyentuh
tentang bab adab dalam karya-karya mereka. Mereka ingin memastikan agar murid menguasai ilmu
berkenaan adab terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu lainnya. Seiring masa berlalu, karya
ulama’ terdahulu kian dilupakan sedangkan khazanah ilmu berkenaan adab masih belum banyak
dimanfaati oleh murid pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian ini hadir sebagai suatu usaha
untuk memartabatkan kembali nilai adab yang perlu dititikberatkan oleh murid. Menjurus ke arah
kupasan mengenai adab murid terhadap guru, kajian ini akan mengemukakan analisis dari perspektif
Ibn Jama’ah yang dipersembahkan melalui karya ulungnya, Tadhkirat al-Sami’ wa al- Mutakallim fi
Adab al-‘Alim wa al-Muta’allim.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk meneroka perspektif Ibn Jama’ah (w. 733H) berkenaan adab murid
menerusi kitab Tadhkirat al-Sami’ wa al-Mutakallim fi Adab al-‘Alim wa al-Muta’allim.
302
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Sorotan Literatur
Adab Murid
Adab didefinisikan sebagai tingkah laku, tutur kata, budi bahasa atau budi pekerti yang halus (Kamus
Dewan, 2010). Menurut buku Religion and Law (1990), adab adalah sinonim kepada kesopanan,
kebaikan, kesantunan dan kesusilaan. Dari segi istilah, adab ialah himpunan akhlak dan kebiasaan
yang baik (Ahmad Ibn al-‘Imad, 1987). Menurut Marwan Ibrahim al- Kaysi (1997) pula, adab
membawa maksud suatu kebiasaan, budi pekerti dan perilaku yang dicontohi dari seseorang. Ahmad
Mukhtar Umar (2008) pula berpendapat, adab ialah sejumlah pengetahuan kemanusiaan yang
dikhususkan untuk pembentukan kebiasaan diri dan kebiasaan sifat yang terbit melalui ilmu, bahasa,
falsafah, sejarah dan budaya masyarakat setempat. Adab mampu membentuk keperibadian diri yang
tulus dan dapat meninggikan darjat seseorang manusia dengan syarat ia dijadikan sebagai amalan
hakiki dalam kehidupan (Syed Naquib Al Attas, 1993). Justeru itu, adab murid dapat difahami sebagai
suatu tingkah laku baik yang perlu dibiasakan agar murid berupaya menjadi insan yang berakhlak
terpuji. Wan Mohd Noor Wan Daud (2013) menyatakan, adab sebenarnya telah wujud dalam diri
manusia sejak azali. Namun, kejahilan dan keangkuhan manusia telah menyebabkan adab diabaikan
sehingga berlakunya kezaliman.
Itulah yang berlaku pada kebanyakan murid pada masa kini. Amat mendukacitakan apabila saban
hari, isu murid tidak beradab seperti bersikap kasar dan kurang ajar kerap kali menjadi tajuk utama
yang dipaparkan di media-media elektronik. Data dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
tahun 2017 pula turut melaporkan bahawa salah laku kurang sopan seperti tidak menghormati guru
dan berbahasa kesat adalah kesalahan yang paling banyak berlaku di sekolah yang mencatatkan
sehingga 19,980 kes. Menurut Siti Rahayu Mohamad (2017) pula, asas adab seperti memberi salam,
melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih dalam kalangan murid juga masih di tahap
kurang memuaskan. Kurangnya pengetahuan dan lemahnya penghayatan mengenai adab terhadap
guru merupakan faktor terjadinya hal seumpama ini (Norharah Abd Hamid dan Faridah Mydin
Kutty, 2021 & Siti Rahayu Mohamad, 2017). Jika adab ini terus diabaikan dan tidak dipulihkan
dengan segera, dikhuatiri ia akan menimbulkan kemudharatan yang lebih parah kelak. Oleh itu,
kesedaran mengenai adab perlu kembali disemai dalam diri murid agar mereka mampu menjadi
individu yang cemerlang dari sudut sahsiah (Norazri Mohd Zaidin, 2017 & Indra Zakaria dan
Listyaningsih, 2016).
Ibn Jama’ah
Ibn Jama’ah adalah gelaran yang diberikan kepada pemilik nama Abu Abdullah Badruddin
Muhammad bin Ibrahim bin Sa’dullah bin Jama’ah bin Ali bin Hazm bin Sakhr Al-Kinani Al-
Hamawi as-Syafi’e (Muhammad Mahdi al-Ajmi¸ 2009). Beliau dilahirkan di Hammah, Mesir pada 4
Rabiul Akhir tahun 639 Hijrah (Ibn Kathir, 1987). Ibn Jama’ah merupakan anak bongsu dari empat
adik-beradik dan beliau telah dibesarkan dalam suasana keluarga yang menitikberatkan tentang ilmu
dan juga agama. Diusia yang muda, beliau telah mempelajari al-Qur’an dan mampu menguasai
sejumlah besar matan ilmu (adz-Dzahabi,1960). Beliau sangat rajin menuntut ilmu dan telah berguru
dengan pelbagai ulama’ masyhur. Antara gurunya adalah Muhammad bin Abdullah Malik atau lebih
dikenali sebagai Imam Ibn Malik (Abdul Jawwad Khalaf, 1988). Melaluinya, Ibn Jama’ah telah
mempelajari ilmu nahu, ilmu fiqh, ilmu ma’ani dan juga ilmu bayan. Selain itu, Ibn Jama’ah turut
menimba ilmu dari Taqiyuddin Ibn Razin, seorang ulama’ juga seorang qadhi (hakim) dari Kaherah
(Muhammad Mahdi Al-Ajami, 2009; Fuad Abdul Muni’im Ahmad, Abdullah Zubair al-Mahmud,
1988). Ibn Jama’ah sangat komited dalam usahanya mendapatkan ilmu sehingga beliau pernah
mengemukakan beberapa fatwa dan fatwa tersebut mendapat perakuan dan pujian dari Imam
Nawawi.
Sejak itu, beliau mula diamanahkan untuk menggalas jawatan sebagai qadhi di al-Quds pada
tahun 675 Hijrah walaupun ketika itu beliau masih muda. Setelah al-Quds, Ibn Jama’ah turut pernah
dilantik sebagai qadhi bagi Mesir dan juga Syam. Sepanjang kariernya, beliau diakui sebagai orang
yang berperilaku terpuji, jujur dan tepat dalam membuat sebarang keputusan (Abdul Jawwad Khalaf,
1988). Meskipun sibuk dengan urusan kehakiman, beliau turut menjalankan tugas sebagai seorang
pendidik. Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah madrasah antaranya madrasah al-‘Adiliyah al-
303
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kubra, madrasah asy-Syamiyah al-Barraniyah dan madrasah al-Qamariyyah di Damsyik. Selain itu,
masjid al-Hakim, masjid Ibnu Thulun, madrasah as-Shalihiyyah, madrasah an-Nasiriyyah dan
madrasah al-Kamiliyyah di Mesir, turut menjadi tempat Ibn Jama’ah mengajarkan ilmunya
(Badruddin Ibn Jama’ah, 2009). Tidak mensia-siakan kredibiliti ilmu yang dimiliki, Ibn Jama’ah
turut menyebarkan ilmu kepada masyarakat umum melalui penghasilan pelbagai jenis kitab. Salah
satu hasil karyanya yang ulung adalah Tadhkirat as-Sami’ wal Mutakallim fi adab al-Alim wa al-
Muta’allim (Abdul Jawwad Khalaf, 1988). Ibn Jama’ah menjalani hayatnya selama 94 tahun (Hery
Noer Aly, 2012 & Ibn Kathir, 1987). Pada 21 Jamadil Awal tahun 733 Hijrah, beliau telah
meninggal dunia dan dikebumikan di Qirafah, Mesir (Syabuddin Gade, 2015).
Kitab Tadhkirat as-Sami’ wal Mutakallim fi adab al-‘Alim waal-Muta’allim
Tadhkirat as-Sami’ wal Mutakallim fi adab al-‘Alim wa al-Muta’allim atau terjemahannya
‘Peringatan dari pendengar dan pembicara tentang adab guru dan murid’, merupakan satu- satunya
karya Ibn Jama’ah yang membahaskan tentang isu pendidikan. Kitab ini dikarang oleh beliau pada
tahun 672 Hijrah (Ikin Asikin, 2015). Tujuan utama kitab ini ditulis adalah untuk menyampaikan
nasihat dan saranan berkenaan adab yang perlu dipraktikkan secara khusus oleh para pengajar dan
para penuntut ilmu. Muhammad Mahdi al-Ajmi (2009) menyifatkan kitab Tadhkirat as-Sami’ wal
Mutakallim fi adab al-‘Alim wa al-Muta’allim sebagai sebuah karya ilmiah yang sangat berharga.
Meskipun terhimpun dalam 144 muka surat sahaja namun kandungannya sudah cukup merangkumi
kitab-kitab lain bergenre sama yang kebiasaannya lebih tebal dan panjang huraiannya. Menurut Abu
Husamuddin, Taufik Auliya & Irwan Raihan (2020) pula, Ibn Jama’ah sebagai penulis kitab ini
dilihat sangat bijak memilih kata-kata yang tepat dalam perbahasannya sehingga ianya masih ideal
dan sesuai untuk digunakan dalam situasi masa kini meskipun ia dikarang pada abad kelapan yang
lampau. Abu 'Ubaidillah Muhammad Abdissalam al-Mubarakfuri melalui kitabnya Mir’ah al-
Mafatih turut memuji karya Ibn Jama’ah ini dengan mengatakan, “Seharusnya bagi seorang penuntut
ilmu menelaah kitab Tadhkirat as-Sami’ wal Mutakallim fi adab al-Alim wa al-Muta’allim.”
Metodologi Kajian
Metodologi kajian ini adalah berasaskan kajian kepustakaan atau dikenali juga sebagai library
research. Melalui kaedah ini, pengkaji telah menemui beberapa buah manuskrip asal, kitab pelbagai
versi dan terbitan serta artikel yang berkaitan dengan Tadhkirat al-Sami’ wa al-Mutakallim fi Adab
al-‘Alim wa al-Muta’allim. Setelah membuat pembacaan dan semakan mendalam terhadap kesemua
rujukan terbabit, pengkaji memutuskan untuk membuat analisis kandungan secara terperinci terhadap
Tadhkirat al-Sami’ wa al-Mutakallim fi Adab al-‘Alim wa al-Muta’allim dengan merujuk versi kitab
yang ditahqiq oleh Muhammad bin Mahdi al- Ajmi. Kitab ini diterbitkan oleh Darul Basya’ir al-
Islamiyyah, Beirut, Lubnan pada tahun 2009. Versi ini dipilih kerana ia memuatkan teks asal yang
dikarang oleh Ibn Jama’ah dalam Bahasa Arab. Selain itu, penulisan versi kitab ini juga lebih jelas,
tersusun dan mudah difahami berbanding rujukan yang lain. Menerusi kaedah analisis kandungan,
beberapa bab utama yang terkandung dalam kitab Tadhkirat al-Sami’ wa al-Mutakallim fi Adab al-
‘Alim wa al-Muta’allim telah dikenalpasti. Bab pertama ialah bab keutamaan ilmu dan ulama’ serta
keutamaan mengajarkan ilmu dan mempelajarinya. Bab kedua pula adalah tentang adab ulama’
manakala bab ketiga pula adalah berkenaan dengan adab murid. Bab keempat mengulas tentang adab
berinteraksi dengan buku sebagai medium ilmu manakala bab kelima pula mengupas tentang adab di
madrasah. Memandangkan kajian ini berfokus kepada penerokaan tentang adab murid terhadap guru,
maka bab ketiga telah dipilih sebagai tumpuan utama pengkajian. Analisis secara terperinci telah
dijalankan pada bab ini bagi mendapatkan maklumat yang bersesuaian dengan objektif kajian. Hasil
analisis telah menemukan empat tema adab murid terhadap guru yang sesuai digunakan oleh semua
kategori penuntut ilmu dalam konteks masa kini.
Dapatan Kajian & Perbincangan
Berdasarkan analisis yang dijalankan terhadap kitab Tadhkirat al-Sami’ wa al-Mutakallim fi Adab
al-‘Alim wa al-Muta’allim, terdapat empat tema utama yang dikenalpasti berkenaan adab murid
terhadap guru. Adab-adab murid menurut perspektif Ibn Jama’ah adalah seperti berikut :
304
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
(i) Adab bergaul dengan guru
Jika bertemu dengan guru di luar kelas, murid perlulah menyapa guru dengan ucapan salam. Ibn
Jama’ah menjelaskan;
“Hendaklah murid mendahului untuk mengucapkan salam. Jika posisi guru agak
jauh, murid perlulah mendekati guru sebelum memberi salam kepadanya”
Murid ditegah dari memanggil guru dari kejauhan atau mengucapkan salam dari arah belakang guru.
Adab yang sebaiknya adalah murid berjalan mendekati lokasi guru, mengadap padanya dan
kemudian mengucapkan salam. Jika murid hendak menemui guru di bilik atau tempatnya, murid
perlulah meminta izin terlebih dahulu. Jika guru membenarkan, murid haruslah datang pada waktu
lapang yang telah ditetapkan oleh guru.
“Tidak mencadangkan kepada guru waktu tertentu khas untuk dirinya kerana hal
tersebut mengisyaratkan keangkuhan dan kebodohan murid sehingga kerana guru
terpaksa meninggalkan apa yang lebih penting baginya pada waktu itu. Akibatnya
murid tidak beruntung. Jika guru yang memulainya dengan waktu tertentu atau
khusus kerana alasan menghalanginya hadir, maka tidak mengapa.”
Seandainya murid terlewat dari waktu yang dijanjikan, murid perlulah memohon kemaafan dari guru
dan menyatakan alasan yang munasabah. Ibn Jama’ah menyatakan;
“Hendaklah murid meminta maaf, bertaubat dan beristighfar dengan apa yang
terjadi. Menimpakan kesalahan terhadap dirinya sendiri kerana hal itu lebih
menyenangkan hati guru, lebih menghampirkan murid pada kasih sayang guru dan
lebih bermanfaat untuk murid di dunia dan akhirat.”
Sewaktu menemui guru, jika didapati guru sedang mengerjakan solat atau berzikir, murid mestilah
diam dan tidak mengganggu guru sehingga beliau selesai dengan urusannya. Begitu juga halnya jika
pada waktu tersebut, guru sedang berinteraksi atau berbincang dengan orang lain.
“Hendaklah dia sedikit menjauh dan tidak mencuri dengar. Diam, tidak ikut
berbicara sepatah kata pun. Jika mereka mengikutsertakan murid, hendaklah murid
mengambil posisi lain (tidak berada di tengah antara guru dan orang ketiga yang
akan menyebabkan mereka berasa janggal)”
Jika pintu biliknya tertutup, murid boleh mengetuk pintu namun tidak boleh melebihi tiga kali.
“Hendaklah ketukan pintunya perlahan dan beradab dimulai dengan ketukan
menggunakan kuku jari, kemudian dengan jari jemari, kemudian dengan pegangan
pintu, secara bertahap.”
Dalam bermuamalah dengan guru, murid perlulah menunjukkan sifat rendah diri dan rasa hormat
terhadap guru. Ibn Jama’ah berpandangan :
“Hendaklah memandang guru dengan pandangan hormat dan menyakini padanya
darjat kesempurnaan. Kerana hal itu lebih membuka jalan baginya untuk menerima
manfaat dari guru”
“Menyedari bahawa merendahkan diri kepada guru merupakan suatu kemuliaan,
menundukkan diri kepadanya merupakan suatu kebanggaan serta tawadhuk
terhadapnya merupakan suatu ketinggian.”
Menyentuh konteks yang sama, Imam Syafie pernah ditanya mengapa beliau sangat tawadhuk dengan
terhadap para ulama’, lantas beliau menjawab:
“Aku merendahkan diriku untuk mereka, maka mereka memuliakan diriku. Dan jiwa yang tidak
kamu rendahkan, tidak akan pernah menjadi mulia.”
305
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Setelah selesai urusan dengan guru, murid haruslah bersegera meninggalkan tempat atau biliknya,
kerana dikhuatiri guru perlu melunaskan urusan lain selanjutnya. Pesanan ini diberikan berikutan
adanya sesetengah guru keberatan untuk memberitahu murid supaya segera beredar dari situ.
“Apabila guru mengizinkannya berada di situ, hendaklah dia tidak berlama-
lama, kecuali guru menyuruhnya berbuat demikian”
(ii) Adab berbicara dengan guru
Dalam berbicara dengan guru, Ibn Jama’ah mengusulkan;
“Hendaklah penuntut ilmu memperelokkan caranya berbicara kepada guru sebaik
yang mungkin. Jika hendak mendapatkan faedah darinya, maka hendaklah
menggunakan cara lemah lembut untuk mencapai tujuannya.”
Murid ditegah dari memanggil guru dengan panggilan yang tidak layak baginya seperti “engkau”,
“anda”, “kamu” atau “hei”. Ini kerana, panggilan tersebut seolah-olah menghilangkan rasa hormat
terhadap guru memandangkan ia biasa dituturkan sesama murid atau masyarakat umum. Sebaiknya
murid memanggil guru dengan panggilan atau gelaran yang bersesuaian dengan kedudukannya
sebagai contoh, “Wahai guru..”, “Wahai ustaz...”, “Wahai syaikh...”, “Wahai al-‘Alim...” atau
“Wahai Hujjatul Islam...”. Panggilan seumpama ini sudah tentu lebih menyenangkan apabila
didengar dan ia menzahirkan suatu penghormatan oleh murid terhadap gurunya. Apabila guru
menyatakan tentang sesuatu perkara, hendaklah murid menahan dirinya dari mencelah atau
memotong perbicaraan guru. Murid seharusnya bersabar dan menunggu sehingga guru selesai
berbicara. Ibn Jama’ah menyatakan;
“Penuntut ilmu hendaklah tidak mendahului guru dalam menjelaskan sesuatu hal.
Tidaklah boleh dia menampakkan bahawa dirinya sudah mengetahui dan memahami
apa yang akan disampaikan sebelum guru memberi penjelasan”
Murid ditegah dari berkata kepada guru, “Begini yang aku dengar...” atau “Begini pendapatku...”
atau “Begini yang terlintas di fikiranku...” kerana hal ini menzahirkan kesombongan dan
menunjukkan seolah-olah murid lebih tahu dari guru. Akan tetapi, jika guru sendiri yang meminta
pendapat dari murid berkenaan hal tersebut, maka perkara itu dibolehkan. Meskipun dibenarkan,
murid harus berhati-hati agar tidak menuturkan ucapan yang menidakkan penyampaian guru
sebelumnya seperti “Itu tidak benar!” atau “Guru lain menyatakan begini...” atau “Guru lain
mengatakan pendapat yang bertentangan dengan ini...”.
Jika murid ingin meminta penjelasan dari guru, hendaklah dia menyampaikannya dengan lemah
lembut. Murid hendaklah memerhatikan ucapannya dan mengelakkan dari berkata, “Mengapa?!”
atau “Siapa yang menyampaikan ini?!” atau “Kami tidak mengerti!” atau seumpamanya. Bukanlah
bermaksud murid tidak boleh bertanya jika tidak jelas tentang sesuatu perkara, akan tetapi ia perlu
disesuaikan dengan nada yang lebih sopan dan beradab seperti, “Bagaimana (maksudnya) apabila
dikatakan demikian kepada kami...?” atau “Bagaimana (jawapannya) jika kami ditanyai tentang...?”
Apabila guru terlupa atau tersalah menyampaikan sesuatu sedangkan murid tahu akan kebenarannya,
murid dianjurkan untuk kekal tenang, tidak berkerut tanda tidak bersetuju dengan apa yang
diungkapkan oleh guru atau memberi isyarat kepada murid lain agar mereka turut sedar akan
kesalahan gurunya. Adab yang betul adalah dengan meminta izin kepada guru untuk berbicara dan
memberitahu hal yang sebenarnya dengan lembut, sopan dan berhati-hati. Sebagai penuntut ilmu,
murid perlulah menjaga kredibiliti guru, tidak menyoal sehingga menjatuhkan air muka guru apatah
lagi memulakan pertelingkahan dengan guru.
(iii) Adab menuntut ilmu bersama guru
Sebelum menghadiri kelas bersama guru, Ibn Jama’ah mencadangkan;
306
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
“Sewajarnya untuk menemui guru dengan penampilan yang bagus, badan yang bersih
dan pakaian yang kemas.”
Murid perlulah memastikan diri mereka berpenampilan kemas dan menutup aurat. Kuku yang
panjang atau rambut yang kusut perlulah dipotong atau dirapikan terlebih dahulu. Digalakkan untuk
memakai wangian namun tidaklah secara berlebihan. Cukup sekadar untuk menghilangkan bau yang
kurang menyenangkan dari badan. Sewaktu guru mengajar, murid hendaklah duduk dengan sopan
dan tenang. Murid ditegah dari bersandar di dinding mahupun di bantal atau menongkat dagu
lagaknya seperti orang yang malas atau mengantuk.
“Hendaklah duduk di hadapan gurunya dengan penuh adab sebagaimana
anak kecil yang duduk di hadapan pengajar al-Qur’an dengan penuh
tawadhuk’
Fokus dan perhatian perlu dicurahkan semaksimum mungkin terhadap guru yang mengajar. Hal ini
sangat penting bagi membolehkan murid memahami setiap yang diajar dengan lancar sekaligus
mengelakkan guru dari membuat pengulangan berkali-kali yang justeru akan membazirkan masa.
“Hendaklah berusaha memahami penjelasan guru. Menyibukkan fikirannya dengan
memikirkan sesuatu atau berbicara sesuatu kemudian meminta guru mengulang
penjelasannya adalah hal yang tidak sopan. Sebaliknya patut menyemak perkataan
guru dan memberikan perhatiannya sejak awal.”
Murid juga perlu mengelak dari menyibukkan diri dengan urusan-urusan yang tidak berkaitan
dengan pelajaran seperti membetulkan baju, bermain alat tulis, mengetuk meja atau hal
seumpamanya yang akan mengganggu fokus murid dalam menuntut ilmu.
“Di saat guru menjelaskan pelajaran, tidak selayaknya murid mengibaskan
lengan bajunya, bermain dengan kancing bajunya, bermain dengan jarinya,
menggerakkan kakinya atau bermain-main dengan anggota badannya”
Murid juga digesa agar tidak menoleh ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah atau ke belakang tanpa
sebarang keperluan.
“Maka tidak seharusnya murid melihat kecuali hanya kepada gurunya dan tidak
merasa gelisah dengan bunyi lain yang didengari atau menoleh ke arah bunyi
tersebut”
Jika guru mengajarkan akan sesuatu ilmu yang sudah diketahui oleh murid, hendaklah murid tetap
mendengarnya dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh seolah-olah dia tidak pernah mengetahui
tentangnya sebelum ini.
“Sekiranya mendengar guru menyebutkan suatu hukum (pelajaran), murid harus
tetap diam menerimanya dengan baik selayaknya orang yang menerima faedah
darinya pada saat itu, penuh minat (bersemangat) dan senang dengannya seolah-
olah dia tidak pernah mendengarnya (pelajaran tersebut) sebelumnya.”
Turut mengambil contoh dari seorang ulama’ hebat iaitu Atha’ Abi Rabah Aslam Al-Qurasyi, beliau
pernah menyatakan dalam kitab Siyar al-A’lam an-Nubala’;
“Ada seorang pemuda menceritakan sebuah hadis kepadaku, lalu aku
mendengarkan tuturannya seakan-akan aku belum pernah mendengarnya
padahal aku telah mendengar hadis tersebut sebelum pemuda itu dilahirkan”
Dalam menuntut ilmu, murid dianjurkan untuk bersikap sabar dan sentiasa mentaati arahan guru
selagi mana hal tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak. Ibn Jama’ah mengumpamakan
hubungan seorang murid dengan gurunya sepertimana seorang pesakit dengan doktor yang
merawatnya. Dalam usaha mengubati penyakit yang dihidapinya, pesakit perlulah mematuhi segala
saranan yang diberikan oleh doktor. Begitu juga keadaannya, seseorang murid itu perlulah mentaati
307
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
arahan gurunya dalam usaha mengubati kejahilan yang menimpa dirinya. Memetik untaian kata dari
kitab Muhadarat al-Udaba’;
“Bersabarlah menjalani sakitmu jika engkau bersikap kasar terhadap doktormu.
Bersabarlah menjalani kebodohanmu jika engkau bersikap kasar kepada guru.”
Seorang ulama’ salaf ada berkata :
“Barangsiapa tidak bersabar atas kehinaan proses pembelajaran, dia akan
berada dalam kegelapan dan kebodohan selama dia hidup. Dan barangsiapa
bersabar atas perkara tersebut, maka pengakhirannya adalah kemuliaan dalam
urusan dunia dan akhirat.”
Di akhir setiap pembelajaran, murid perlulah menunjukkan penghargaan kepada guru.
“Hendaklah murid berterima kasih di atas kesudian guru menunjukkan padanya
kebenaran, menghilangkan baginya kejahilan serta meluruskan baginya segala
kekusutan. Dan hendaklah murid menganggap hal tersebut sebagai suatu rahmat
dari Allah kepadanya berikutan keprihatinan dan kesungguhan guru terhadap
pengajarannya.”
Berterima kasih adalah adab yang sangat mudah namun segelintir murid alpa dari menuturkannya.
Sememangnya setiap guru tidak mengharapkan apa-apa balasan dari pengajaran mereka namun
ucapan terima kasih dari murid sedikit sebanyak dapat membuatkan guru merasa bahawa penat
lelahnya dihargai sekaligus menjadikannya lebih bersemangat untuk kembali menyambung
pengajaran pada sesi akan datang.
(iv) Adab berkhidmat terhadap guru
Ibn Jama’ah menyifatkan khidmat terhadap guru sebagai salah satu ibadah yang dilakukan oleh
murid dalam usaha meraih keredhaan Allah dan mendekatkan diri dengan guru.
“Empat perkara yang orang mulia tidak merasa hina dengannya walaupun orang
mulia itu sudah menjadi pemimpin; berdiri dari tempat duduknya kerana ingin
menyambut kedatangan ayahnya ke majlis, melayan (berkhidmat kepada) seorang
ulama yang dia belajar ilmu darinya, bertanya sesuatu yang dia tidak
mengetahuinya dan melayani tetamu.”
Khidmat terhadap guru terbahagi kepada dua iaitu khidmat yang diberikan selama mana guru masih
hidup dan juga khidmat yang boleh dilakukan oleh murid setelah guru meninggal dunia. Sewaktu
hayat guru, murid dianjurkan untuk sentiasa menziarahinya dan menjaga kebajikan ahli keluarganya.
Apabila guru sedang dalam kesulitan dan meminta bantuan, murid mestilah bersegera memberikan
pertolongan dan memudahkan urusannya. Ibn Jama’ah menyatakan;
“Hendaklah murid selalu berusaha untuk berkhidmat dan bergegas kepada guru
kerana hal itu memberinya kemuliaan.”
Jika murid hendak memberikan sesuatu kepada guru, murid haruslah menyerahkannya dengan
tangan kanan. Jika kedudukan murid agak jauh dari guru, janganlah murid sekadar menghulurkan
kedua tangannya dalam posisi yang menyulitkan guru untuk mengambilnya. Sebaiknya, murid
berdiri mendekati guru dan menyerahkan apa yang dipinta. Jika yang diberikan itu berupa lembaran
kertas atau buku yang akan dibaca oleh guru pada halaman tertentu, murid perlulah menyerahkannya
dalam keadaan terbuka dan sedia untuk dibaca tanpa guru perlu membelek halaman yang
dikehendaki. Seandainya berkemampuan, murid boleh menghulurkan sedekah dalam apa jua bentuk
sambil berdoa:
“Ya Allah, tutupilah aib guruku dariku dan janganlah engkau melenyapkan
keberkatan ilmunya dariku”.
308
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Setelah guru tiada, murid masih boleh berkhidmat kepadanya dengan cara beristighfar dan memohon
keampunan dari Allah untuk guru tersebut. Murid juga disarankan untuk memberi sedekah dan
diniatkan agar pahalanya sampai kepada arwah guru. Jika berkelapangan, murid bolehlah menziarahi
makam guru secara berkala. Murid juga digalakkan untuk meneruskan amalan serta ibadah yang
biasa dilazimi oleh guru sewaktu hayatnya.
Rumusan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa adab murid yang dikemukakan oleh Ibn
Jama’ah dalam kitab Tadhkirat as-Sami’ wal Mutakallim fi adab al-‘Alim wa al- Muta’allim adalah
sangat padat dan menyeluruh. Hatta setelah ketiadaan guru juga, murid dituntut untuk terus beradab
dengannya. Dengan pencerahan yang diberikan oleh kajian ini, diharapkan agar semua penuntut ilmu
dari segenap lapisan lebih cakna dengan adab yang wajar diamalkan terhadap guru. Praktikal adab
ini bukanlah bertujuan untuk meraih pujian dari guru namun ia adalah tanggungjawab asas yang
perlu dilaksanakan oleh setiap penuntut ilmu. Ini kerana, matlamat utama dari kehidupan ini tidaklah
diukur dengan kejayaan dari sudut intelektual semata-mata bahkan kecemerlangan dari sudut akhlak
itu adalah lebih utama.
Rujukan
Abdul Jawwad Khalaf. (1988). al-Qadi Badr al-Din Ibn Jama’ah hayatuhu wa asaruhu.
Karachi: Jami’ah al-Dirasah al-Islamiyah.
Abu Husamuddin, Taufik Auliya, Irwan Raihan. (2020). Panduan lengkap adab guru dan murid
dalam menuntut ilmu dan mengajarkannya. Pustaka Arafah.
Adz-Dzahabi. (1960). Al-`Ibar fī khabar man ghabar. Kuwait: Da’irat al-Matbu’at wa al Nashr.
Ahmad Ibn Al-‘Imad. (1987). Adab al-Akl. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ahmad Mukhtar ‘Umar. (2008). Mu‘jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-Mu‘asirah. Beirut:
‘Alim al-Kutub.
Badruddin Ibn Jama’ah. (2009). Tadhkirat al-Sami’ wal Mutakallim fi adab al-‘Alim wa al
Muta’allim. Ditahqiqkan oleh Muhammad Mahdi al-Ajmi. Lubnan : Darul Basyair Al
Islamiyyah.
Firmage, E. B., Weiss, B. G., & Welch, J. W. (1990). Religion and law: Biblical-Judaic and
Islamic perspectives. Winona Lake: Eisenbrauns.
Hery Noer Aly. (2012). Penciptaan lingkungan edukatif dalam pembentukan karakter : Studi
terhadap aplikasi pemikiran Ibnu Jama’ah. Jurnal Tsaqafah, Vol. 8(1), 51-66.
Ibn Kathir. (1987). Al-Bidayah wa an-Nihayah. Ditahqiqkan oleh Ali Syiri. Beirut : Dar Ihya’ at
Turath al-Arabi.
Indra Zakaria & Listyaningsih. (2017). Penanaman Sikap Sopan Santun Melalui Keteladanan Guru
Di SMP Negeri 1 Buduran Kabupaten Sidoarjo. Kajian Moral dan Kewarganegaraan,
Volume 02 (4), 575-591.
Kamus Dewan. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marwan Ibrahim al-Kaysi. (1997). Adab Sopan dan Budi Pekerti Dalam Islam. (Terj.) Hussin
Salamon dan Mohd. Nasir Ripin. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Norharah Abd Hamid & Faridah Mydin Kutty. (2021). Penghayatan Adab Kesopanan Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Masa Kini Di Daerah Zon Kajang. International Journal
Of Education And Pedagogy, 3(1), 173-187.
309
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Nur Khamsiah Adan. (2021). Tanggungjawab Menjaga Adab Menuntut Ilmu Semasa Sesi
Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian (PDPDT). International Conference On
Syariah & Law 2021- Online Conference, 215-226.
Siti Rahayu Mohamad. (2017). Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai
(PPPM 2013-2025). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syabuddin Gade. (2015). Kode Etik Pendidik Menurut Ibnu Jama’ah. Jurnal Pencerahan.
Volume 9 (1), 23-36.
Syed Naquib Al-Attas. (1993). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: International Institute of
Islamic Thought and civilization (ISTAC).
Wan Mohd Nor Wan Daud (2013). Islamization of Contemporary Knowledge and the Role of the
University in the Context of De-Westernization and Decolonization. Professorial Inaugural
Lecture Series. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
310
311