IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
242
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
243
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
244
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
245
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
المراجع
Adrian Iftene, Diana Trandabat. 2018. Enhancing the Attractiveness of Learning through
Augmented Reality. Procedia Computer Science. 126(1): 166-175.
Al-Husayni, Maha Abdul Munin. 2014. Athar Istikhdām Tiqaniyyah al-Wāqi’ al-Muazzaz fi
Wihdah min Muqarrar al-Hāsub al-Alīy fi Ta’sīl wa Ittijāh Tālibāt al-Marhalah al
Thānawiyyah. Bahth al-Mājistir. Jāmi‘ah Umm al-Qurā.
Craig, A.B. 2013. Understanding Augmented Reality, Concepts and Applications. Elsevier:
Amsterdam.
Solak, E., Cakır, R .2015. Exploring the Effect of Materials Designed with Augmented
Reality on Language Learners’ Vocabulary Learning. Journal of Educators Online.
13(2): 50-72.
Fitri Nur al-Ayn. 2018. Tasmīm Wihdah Dirāsiyyah bi Istikhdām Tiqaniyyah al-Wāqi’ al
Mu‘azzaz fi Ta‘allum al-Lughah al-‘Arabiyyah. Bahth al-Duktūrah. Al-Jāmi‘ah al
Islāmiyyah al-‘Ilamiyyah bi Mālīziyā.
Martono, K.T. 2011. Augmented Reality sebagai Metafora Baru dalam Teknologi Interaksi
Manusia dan Komputer. Jurnal Sistem Komputer. 1(2): 60-64.
246
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kesim, M., Ozarslan, Y. 2012. Augmented reality in Education: Current Technologies and the
Potential for Education. Procedia Social and Behavioral Sciences. 47(1):297-302.
Norabeerah Saforrudin, Halimah Badioze Zaman, Azlina Ahmad. 2012. Pengajaran Masa
Depan Menggunakan Teknologi Augmented Reality dalam Pendidikan Bahasa Melayu:
tahap kesedaran guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2(2): 1-10.
Khan, T., Johnston, K., Ophoff, J. 2019. The Impact of an Augmented Reality Application on
Learning Motivation of Students. Retrieved on 6 July 2021from
https://doi.org/10.1155/2019/7208494.
Nurkhamimi Zainuddin, Rozhan Idrus, Muhammad Sabri Sahrir, Mohammad Najib Jaffar
.2016. Scaffolding a Conceptual Support for Personalized Arabic Vocabulary Learning
Using Augmented Reality (AR) Enhanced Flashcards. Journal of Personalized Leaning.
2(1): 95-103.
Setia Wardani. 2015. Pemanfaatan Teknologi Augmented Reality (AR) untuk Pengenalan
Aksara Jawa Pada Anak. Jurnal Teknologi, 8(2), 104–111.
247
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
KAD TASRIFUSSITAH SEBAGAI NOTA NAHU MUDAH BAHASA ARAB SEKOLAH
RENDAH
Ruzaiah Binti Marusin
SK Surati Papar
[email protected]
[email protected]
Abstrak
Kad Tasrifus Sittah (٦) ialah satu nota ringkas berkenaan Nahu Mudah Bahasa Arab yang dihasilkan
untuk membantu murid memahami dengan mudah tatabahasa arab berfokuskan kata kerja الفعلyang
terbahagi kepada tiga iaitu الفعل الماضيdan الفعل المضار عdan فعل الأمر. Projek ini bertujuan sebagai
pemudah cara kepada murid untuk membezakan الفعلdengan mengenal pasti secara teliti di antara
ketiganya. Dalam Tasrifus Sittah (٦), saya hanya menumpuhkan kepada 6 ضميرyang utama mengikut
penekanan kurikulum dan Buku Teks Bahasa Arab iaitu , ھي أنا, ھو, أن ِت, أن َت, نحن. Objektif projek
ini untuk memudahkan murid Tahap Dua terutama murid yang berprestasi sederhana membezakan
wazan di antara الفعل المضار ع, الفعل الماضيdan فعل الأم ر. Setiap murid yang sering mengalami
kesukaran untuk mengesan perbezaan antara 3 الفعل, kini merasakan mudah dan cepat
menentukannya. Seterusnya, murid mula memahami kaitan ضمير منفصلdan mengetahui kaedah ini
perlu berpadanan dengan setiap satunya. Kajian kualitatif dijalankan melibatkan pemilihan murid
dengan intrumen seperti soal selidik, temu bual, ujian Pra dan Ujian Pasca. Projek ini menggunakan
model keupayaan belajar sendiri (Borkowski dan Dukewich 1996) sebagai model asas kerangka
kajian ini. Projek ini diharapkan dapat memberi impak baik dan berpotensi untuk disebar luas kepada
rakan Guru Bahasa Arab Sekolah Rendah dan saya amat yakin Kad Tasrifus Sittah (٦) ini sangat
relevan dengan Pembelajaran Abad Ke-21 yang mementingkan pendekatan pengajaran berpusatkan
murid dan pembelajaran secara kontekstual.
Kata Kunci: Kad, Tasrifussittah, Bahasa, Arab, Kata
Pendahuluan
Kad Tasrifus Sittah (٦) ialah hasil nukilan saya sendiri sebagai satu nota ringkas interaktif
berkenaan tatabahasa Bahasa Arab yang asas bagi murid sekolah rendah. Kad Pintar Nahu ini
dihasilkan untuk membantu murid memahami dengan mudah tatabahasa arab berfokuskan kata kerja ا
لفعلyang terbahagi kepada tiga iaitu الفعل الماضيdan الفعل المضارعdan فعل الأمر. Penekanan konsep
pengecaman dan penggelasan kata kerja mengikut tanda-tanda yang ada pada setiap الكلمات
(perkataan-perkataan) sama ada di hadapan atau akhir perkataan. Dengan menyediakan manual
penggunaan pengguna tentu sahaja boleh memahami dan mengaplikasikan kad ini. Tuntasnya saya
telah menggunakan model keupayaan belajar sendiri (Borkowski dan Dukewich 1996) sebagai model
asas kerangka kajian ini.
Pembelajaran Bahasa Arab ini semakin mencabar apabila murid mula berada di Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6. Selain strategi dan kaedah guru, cabaran sukatan dan Dokumen Standard
Kurikulum Pentaksiran Bahasa Arab (DSKP) juga mesti dipentingkan untuk memastikan
keberkesanan berada di tahap optima dan menyeluruh. Contohnya, murid di tahap dua mula
diperkenalkan dengan الإسمdan الفعل. Saya mula menyedari perkara ini sejak beberapa tahun
kebelakangan ini murid yang mencapai Markah A di Tahap 1 selama 3 Tahun mengalami
kemerosotan apabila berada di Tahap 2. Setelah membuat beberapa kajian daripada beberapa orang
murid sebagai responden, dapatan soal selidik dan temubual ramai menyatakan mereka tidak
248
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
memahami perbezaan الإسمdan الفعل. Terutamanya الفعلyang terbahagi kepada 3 bahagian الفعل
الفعل الماضي, المضارعdan فعل الأمر.
OBJEKTIF INOVASI
Objektif Umum
i. Bahan inovasi ini dihasilkan untuk memudahkan murid memahami kata kerja Arab الفعل.
ii. Membentuk kemahiran berasas terhadap kata kerja الفعل الماضي, الفعل المضارعdan فعل الأمر.
2.2 Objektif Khusus
i. Memudahkan murid menentukan kata kerja الفعلdengan tiga pembahagian kata kerja
utama.
ii. Membantu murid mengecam dengan cepat perubahan pada الفعلdi bahagian hadapan
atau
akhir perkataan الكلمة.
iii. Membantu murid mengenal pasti tanda-tanda علاماتyang terdapat pada setiap kata
kerja
الفعل.
iv. Memahami konsep الفعلyang perlu disesuaikan mengikut ضمير منفصلyang khusus
seperti
ھي, ھو, أن ِت, أن َت, نحن, أنا
v. Dapat mengaplikasikan kad dengan efektik dan berfokuskan 3M iaitu Mudah Faham,
Mudah Beza dan Mudah Mesra.
3. Kumpulan Sasaran
Murid Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 )
4. Latar Belakang
Saya mula meneliti Buku Teks Bahasa Arab Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 kemudian
mendapati kemahiran nahu yang diterapkan kepada murid tahap 2 menjadi antara punca kepada
senario ini. Setiap kali mengajar murid yang beraras sederhana, saya dapati mereka menghadapi
masalah untuk mengingat tanda-tanda pada setiap الفعل. Kekuatan saya dalam pengajaran Bahasa Arab
selama ini ialah Teknik
Nyanyian akan tetapi teknik ini kurang berhasil jika murid kurang memahami pembelajaran nahu.
Pembelajaran nahu sangat memerlukan kepada kaedah-kaedah yang sesuai di samping beberapa faktor
yang perlu ada untuk mewujudkan minat murid. Permasalahan ini cuba diperincikan dengan melihat
kandungan DSKP bagi setiap tahun dan keputusan mereka pada setiap peperiksaan semester. Elemen
tatabahasa Arab dalam Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah diterapkan secara implisit dalam
dokumen dan pelaksanaannya terutama dalam matlamat membina ayat mudah ()الجملة ال َبسيطة.
249
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
yang kerap digunakan. Dalam Tasrifus Sittah (٦) ini, saya hanya menumpuhkan kepada 6 ضميرyang
utama mengikut penekanan kurikulum dan Buku Teks Bahasa Arab iaitu ھي, ھو, أن ِت, أن َت, نحن, أنا.
Kad ini dihasilkan untuk memudahkan murid Tahap Dua khususnya Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
terutama murid yang tidak bersekolah agama di Sekolah Agama Negeri (SAN).
Selain bertujuan memudahkan pembelajaran nahu, kad ini juga sangat interaktif untuk
dimiliki oleh setiap murid yang meminati Bahasa Arab. Kad Imtiyazi ini dicetak dalam saiz bulat
yang kecil supaya mudah untuk dibawa ke mana-mana dan dicetak dengan pelbagai warna agar
menarik perhatian murid dan seronok untuk menggunakannya.
5. Tahap Pelaksanaan Inovasi
Saya telah memulakan projek ini semasa melaksanakan intervensi kajian Tindakan di kalangan
murid-murid 5 Iltizam pada Mac 2020 dengan hanya menggunakan intrumen temu bual, soal selidik
dan ujian pra. Saya cuba memahamkan tatabahasa Arab dengan menyediakan satu pemetaan teknik
mudah menggunakan kertas A4. Ternyata murid boleh faham dan mudah memberikan respon semasa
pengajaran di dalam kelas.
Murid Kelihatan Gembira dan Seronok Setelah Menggunakan Pemetaan Teknik Mudah Tahun
2020
Kemudian pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka bermula lagi pada Julai 2020, saya mula
realisasikan teknik dengan menggunakan Kad Tasrifussittah dengan wajah baru. Saya menggunakan
kad ini semasa PDPC Bahasa Arab Tahun 5 dan 6. Bebarapa aktiviti yang saya lakukan ialah
menerangkan cara penggunaan kad.
A. Cara Inovasi Digunakan
250
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
1. Langkah 1
Murid mula menggunakan Kad Tasrifus Sittah (٦) dengan
menentukan Kata Kerja الفعل الماضيatau الفعل المضارع.
Murid cuba mencari perbezaan utama di antara kata kerja الفعل الماضيdan الفعل المضارع.
Murid mengecam setiap huruf tunggal yang diwarnakan iaitu di bahagian hadapan atau akhir
perkataan sambil memusingkan Kad Tasrif (٦) ini. Murid dikehendaki mengingat semula maksud , أنا.
ِھ َي, ھو, أن ِت, أن َت, نحنyang utama sepertiضمير منفصل
2. Langkah 2 Murid mula menjawab latihan - menyesuaikan Kata Kerja
الفعل الماضيdengan ضمائر منفصلyang sesuai
Dengan Kad Tasrifus Sittah (٦) ini murid-murid boleh membanding beza kata kerja الفعل
dengan melihat perubahan atau pertambahan huruf pada perkatan kata kerja tersebut. Dengan adanya
penandaan warna yang berbeza-beza di bahagian akhir perkataan, membolehkan muridmurid dapat
memahami fungsi pada huruf tambahan adalah berdasarkan padanan Kata Ganti Nama.
3. Langkah 3
Murid menukarkan dan menyesuaikan Kata Kerja
الفعل المضارعdengan ضمائر منفصلyang sesuai
Murid memberi tumpuan pada perkataan kata kerja dengan membuat perbezaan huruf tunggal
yang ada di bahagian hadapan dan akhir perkataan. Murid cepat memahami peranan
yang dikhususkan mengikut jantina. Murid dikehendaki melihat perbezaan baris akhir pada huruf
terakhir mengikut jantina مذكرdan مؤنثserta jamak bagi keduanya. Murid boleh memahami
pembelajaran berasaskan kad ini dan aktiviti berkumpulan berjalan dengan baik. Malah pada tahun
251
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
2021 saya terus membuat penambahbaikan kepada Kad Tasrifussittah dengan melaksanakan kajian
Tindakan di Kalangan Murid Tahun 5.
B. Kebolehgunaan
Semasa PDPR murid dibekalkan dengan Tugasan Modul Bahasa Arab, saya menyiapkan
tugasan dan telah memberikan salinan Kad Tasrifussittah kepada anak murid saya. Tugasan PDPR
dapat disiapkan. Antara contoh siri tugasan yang yang berkaitan dengan aktiviti nahu mudah ini lihat
Jadual 3 pelaksanaan aktiviti bersama murid.
Jadual 3 : Aktiviti Bersama Murid Membezakan Al-’Fi’lu Dalam Kelas PDPR Tahun 2021
Langkah 1 Kenali pembahagian Kata Kerja Bahasa Arab (Peta I-Think)
Langkah 2 Kenali Kad Tasrifussitah. Murid-murid diberikan 10 minit untuk cuba memahami kad
tersebut
Murid-murid dikehendaki memberikan komen tentang apa yang mereka boleh baca
pada kad tersebut
Langkah 3 Permainan أين أنت ؟
3 daripada mereka boleh membaca perkataan أنَ ا و أنت
Langkah 4 Permainan بطَاقتي
Saya mula memberikan penerangan secara berfokus kepada mereka tentang Al-
’Fi’lu dengan menunjukkan fungsi pada setiap gambar terlebih dahulu kemudian
perbezaan kata kerja الأم ر, المضارع, الماضي
Langkah 5 Meminta murid memberikan maklum balas tentang penggunaan Kad Tasrifussittah
dan mereka teruja untuk terus belajar dengan kad ini
Dengan adanya manual cara penggunaan Kad Tasrifussittah, pembelajaran nahu juga dapat
dibuat semasa Kelas PDPR secara Google Meet bersama murid-murid Tahun 6 dan interaksi bersama
murid berjalan dengan baik. Demikian juga saya berkesempatan berkongsi Teknik Kad Tasrifussittah
di dalam aktiviti LDK semasa Program Mukhayyam Peringkat Negeri Sabah yang telah berlangsung
pada 25 hingga 26 September 2021 secara dalam talian. Dengan Kad Tasrifussittah murid boleh
belajar nahu mudah Bahasa Arab sama ada secara bersemuka atau maya malahan boleh dikongsi
bersama murid baru yang dikenali semasa bengkel atas talian.
6. Keberkesanan Inovasi
Pelaksanaan projek ini sangat menginspirasikan saya dalam meneruskan pengajaran walaupun
dalam keadaan pandemik. Dengan melaksanakan dua kali kajian tindakan secara berturut-turut iaitu
Tahun 2020 dan Tahun 2021 dengan melibatkan murid yang berlainan benar-benar menjadikan saya
lebih bersemangat untuk membudayakan inovasi ini. Semasa dijalankan Instructional Rounds pada
Mei tahun ini, saya dapati murid mudah mengaplikasikan penggunaan Kad Tasrifussittah terutama
dalam aktiviti menukar kata kerja al fi’lu daripada kata kerja الماضيkepada المضارع.
252
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pelaksanaan Aktiviti Semasa PDPC
Saya mula memperkenalkan Kad Tasrifussittah dan menunjukkan beberapa contoh mudah. Saya
membawa beberapa contoh Kad ini iaitu sebanyak 18 set untuk digunakan oleh murid secara
berpasangan atau individu.
Aktiviti Kenali Man Ana
Tarikh : 4 Mei 2021
Tempat : Kelas 5 Iltizam Masa : 11.50 -
12.50Tengahari Peristiwa :
Murid kelihatan berminat untuk bertanyakan tentang Kad Tasrifussitah. Mereka seronok melihat kad dengan
pelbagai warna dan berbentuk bulat. Saya jelaskan pembahagian kata kerja dapat difahami dengan
menggunakan Kad Tasrifussitah ini. Mereka mula merujuk petikan ayat pada Buku Teks Bahasa Arab.
Refleksi
Murid-murid menjalankan aktiviti latihan dengan menggunakan Kad Tasrifussitah secara
berpasangan. Aktiviti awal memerlukan mereka mengecam dan mereka boleh berinteraksi dengan
baik sesama mereka. Saya memberikan mereka masa selama 10 minit untuk menyesuaikan diri
menggunakan Kad Tasriffussittah. Kemudian murid boleh memadankan kata kerja yang sama fungsi
di buku teks. Murid mula melakukan aktiviti kolaboratif dan mula menjana idea sebagaimana
kemahiran yang perlu dikuasai dalam pembelajaran abad ke-21. Murid cepat memahami perbezaan
kata kerja kata kerja الفعل المضارع الفعل الماضيdan
Pelaksanaan Aktiviti Dalam Talian
Murid-murid mula menggelaskan Kata Kerja Bahasa Arab ini dengan baik sekiranya diberikan Kad
Tasrifussittah. Dengan pelaksanaan PDPR sekali lagi amat mengguji kemampuan murid. Saya sedar
ini akan menjadikan murid lupa dan cuai sekali lagi. Saya membuat kuiz mudah dalam talian contoh
Kuiz Google Form dan aplikasi Kahoot. Namun hasilnya sangat memberansangkan. Murid mudah
menyelesaikan tugasan walaupun terpaksa menjawab dalam tempoh yang singkat.
253
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kuiz Dalam Talian
Tarikh : 24 Mei 2021
Tempat : Kediaman murid masing-masing Masa :
9.00 pagi - 8.00 malam
Peristiwa :
Murid diberikan soalan أن َت أن ت
Murid yang disasarkan telah mencapai markah melebihi 50%
Murid akan memberikan maklum balas dengan menghantar pesanan teks di Whatsapps menyatakan
tidak berpuas hati kerana tempoh masa menjawab soalan sangat singkat
Murid yang boleh menjawab dengan baik dikehendaki membina ayat mudah
Refleksi
Murid sasaran agak sukar menjawab soalan dalam talian sekiranya tidak merujuk Kad Tasriffussittah.
Murid mula keliru penggunaan أن َتdan أن ِت. Saya mula merasakan murid amat menghargai Kad
Tsriffussittah dan mula merasakan kad ini suatu keperluan.
7. Kos Inovasi
Kos bagi menghasilkan inovasi adalah seperti berikut:
A.. Photo Glossy Paper - RM0.40
B. Laminating - RM0.40
C. Kos cetakan - RM0.20
Jumlah kos bagi menghasilkan sebuah kad ialah RM1.00 dan sangat mudah untuk dikongsikan kepada
pengguna baik di kalangan rakan Guru Bahasa Arab mahu pun murid.
8. Impak Kepada Perkhidmatan Awam
Dengan penggunaan Kad Tasrifus Sittah (٦) sebagai Kad Pintar Nahu Mudah ini, kajian guru
mendapati kad ini berjaya mengatasi masalah pembelajaran seperti rasa jemu, tiada minat, rasa sukar,
rasa keliru, rendah diri dan malu untuk bertanya. Murid merasa seronok dan sekaligus menimbulkan
persaingan yang sihat di kalangan mereka untuk terus menggunakan kad dalam menyelesaikan latih
tubi.
Guru dapat menginterprestasikan segala kemahiran dan akan mewujudkan suatu suasana
pembelajaran yang berpusatkan murid dan proses pengajaran dan bimbingan guru terhadap
Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK). Kompetensi guru dapat dipertingkatkan kerana dengan projek
ini usaha dan tenaga guru akan menjadi lebih efektif dengan pengurusan masa yang teratur dan kos
pembiayaan bahan dapat dikurangkan. Selain itu kapasiti guru sebagai pendorong dan pembimbing
semakin meningkat maka kredibiliti inilah yang akan dapat menjana idea dan pemikiran KBAT di
kalangan murid. Semoga projek ini menjadi antara pilihan alternatif untuk memperkasakan kualiti
penyelesaian dan amalan terbaik Guru Bahasa Arab Sekolah Rendah dalam menghadapai cabaran
Revolusi Industri 4.0.
9. Rumusan
Secara keseluruhannya banyak perubahan yang dilalui oleh murid dalam pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Kad Tasrifus Sittah (٦). Rumusannya adalah seperti berikut:
a. Hampir semua murid Tahun 5 dan 6 telah memahami cara menggunakan Kad
Tasrifus Sittah (٦) dengan betul.
b. Murid telah dapat mengaplikasikan penggunaan Kad Tasrifus Sittah (٦) setiap kali menjawab
soalan nahu mudah.
c. Murid dapat membezakan tiga bahagian utama الفعل:
الفعل المضارع و فعل الأمر, الفعل االماضي
254
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Dengan maujudnya produk Kad Tasrifus Sittah (٦) ini, saya berharap rakan Guru Bahasa Arab
Sekolah Rendah akan meneruskan lagi produk seterusnya. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab amat luas dan memerlukan suatu bahan yang interaktif bagi menarik minat murid untuk
terus belajar secara kendiri atau berkumpulan. Apabila asas nahu mudah ini dapat disemai dengan
baik sekali maka sudah tentu ianya akan segar sehingga mereka menjejakkan kaki ke Sekolah
Menengah Agama atau sebagainya. Usaha ini bukanlah untuk mendapatkan Pencapaian A di kalangan
murid semata-mata tetapi untuk penerapan ilmu bagi suatu jangka masa yang lama agar dapat
dimanfaatkan di masa mendatang. Malah ilmu nahu mudah ini suatu disiplin ilmu yang membantu
mereka memahami tafsir Al-Quran dan membetulkan bacaan Tilawah Al-Quran dengan tertib sekali.
RUJUKAN
1. ‘Abas Hasan (2008). Al-Nahu Al-Wafi, Juz Awal, Dar Al-Maarif.
2. Fuad Ni’mah. Mulakhos Qawaid Al-Lughatul Al-Arabiyyah, Al-Maktab Al-
Islami.
3. Dr. Syed Ismail Syed Mustapa Ahmad Subki Miskon (2015). Guru dan Cabaran
Semasa, Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya.
4. Mok Soon Sang (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi, Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.
5. Md Said Bin Md Daimon & SISC+ PPD Batu Pahat (2019). Kompilasi Panduan
Pelaksanaan PdPc PAK21, Cetakan Ketiga.
6. Md Said Bin Md Daimon (2019). PBD Pentaksiran Bilik, PLC Profesional
Learning Communities: Pelaksanaannya Dalam Merealisasikan Kemenjadian
Murid, Cetakan Ketiga.
7. DSKP KSSR Bahasa Arab Semakan 2017 (Tahun 4- Tahun 6) Kementerian
Pendidikan Malaysia.
255
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Teknik Pembelajaran Mnemonik Dalam Bidang Tamadun Islam Tingkatan 5.
Mohd Nizam bin Tahir
Abstrak
Bidang Tamadun Islam merupakan salah satu bidang wajib yang terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam yang perlu dikuasai oleh setiap murid
di menengah rendah hingga menengah atas. Bagi murid menengah atas, mereka perlu menguasai
empat tamadun Islam iaitu Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin, Kerajaan Umaiyah, Kerajaan Abbasiyah
dan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Penggunaan teknik pembelajaran mnemonik diharapkan dapat
membantu murid menguasai bidang ini yang kebiasaannya tidak menjadi kegemaran murid di
peringkat sekolah. Hasil pemerhatian dan pertanyaan secara rawak terhadap murid, menunjukkan
bahawa rata-rata murid sukar untuk memahami bidang ini dengan baik kemungkinan disebabkan
murid tidak dapat menguasai fakta yang terkandung dalam topik. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, mnemonik merupakan satu teknik ataupun kaedah untuk membantu murid menyimpan
maklumat atau informasi yang telah dipelajari di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Kaedah ini
merupakan satu proses intelektual yang dapat membantu murid mengingati sesuatu perkara ataupun
fakta dengan lebih cepat dan mudah. Ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan
tekanan minda kepada murid disamping membantu mereka meluaskan skop daya ingatan dengan
kadar yang lebih maksimum. Metodologi kajian ini secara keseluruhannya merupakan satu kajian
kepustakaan yang bersifat kualitatif dan teoretikal dengan menggunakan gabungan beberapa kaedah
kajian seperti kaedah pendokumenan dan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian ini mendapati
bahawa kaedah ini sebenarnya boleh membantu murid-murid dalam pelbagai peringkat usia sama ada
peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun diperingkat pengajian tinggi untuk
mengingati sesuatu fakta mahupun maklumat dengan lebih cepat dan pantas.
Kata kunci : Tamadun Islam, mnemonik, fakta, daya ingatan.
PENDAHULUAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyediakan satu kerangka pembangunan
pendidikan secara menyeluruh untuk memenuhi hasrat kerajaan bagi mencapai aspirasi yang tinggi
dalam persekitaran persaingan global yang semakin melebar pada abad ke-21 ini. Melalui PPPM,
telah berlaku beberapa perubahan terhadap sistem pendidikan negara termasuklah dalam aspek
pembelajaran murid. Hal ini mendorong pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengubah landskap
pendidikan di negara ini secara menyeluruh daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Keberhasilan dan kemenjadian
murid amat dititik beratkan agar setiap ringgit yang dibelanjakan dapat mencapai aspirasi sepertimana
yang dihasratkan.
Anjakan ketiga dalam mentransformasi sistem pendidikan negara adalah untuk melahirkan rakyat
yang menghayati nilai. Oleh yang demikian, melalui pengukuhan Pendidikan Islam diharapkan dapat
memupuk pemahaman murid berkaitan nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama manusia. Hal
ini adalah amat penting bagi memastikan rakyat pada akhirnya nanti dapat menjaga dan mengekalkan
perpaduan sesama rakyat di negara ini yang hidup berbilang kaum. Pembelajaran tamadun Islam di
sekolah menengah antaranya dapat memberi gambaran kepada murid bagaimanakah pemimpin-
pemimpin Islam yang terdahulu berjaya membawa kepimpinan mereka ke tahap yang tertinggi
sehingga berjaya meletakkan tamadun Islam antara tamadun yang berjaya suatu masa dahulu. Melalui
pembelajaran dalam bidang tamadun ini sebenarnya mengajar murid untuk mencontohi kepimpinan
yang telah diterapkan oleh Nabi Muhammad SAW dan khalifah-khalifah Islam terdahulu serta
256
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
mengetahui betapa pentingnya nilai-nilai kepimpinan dan perpaduan dalam menjamin keamanan dan
keharmonian hidup bermasyarakat.
Sehubungan dengan itu, kaedah pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) dalam bidang
tamadun ini perlu dirancang dan dirangka dengan baik agar mencapai Standard Kandungan (SK) dan
Standard Pembelajaran (SP) yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) khususnya di sekolah
menengah. DSKP yang telah disediakan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebenarnya
telah menyepadukan enam tunjang kerangka utama iaitu mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Melalui kesepaduan ini akhirnya nanti diharapkan dapat membantu melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani sesuai dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Objektif dalam pembelajaran bidang tamadun adalah untuk merumus kefahaman sirah Nabi
Muhammad SAW, sejarah tokoh-tokoh dan tamadun Islam serta mengambil iktibar daripadanya.
Penetapan Tahap Penguasaan (TP) murid diguna pakai untuk menilai penguasaan murid dalam bidang
ini melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang telah dijalankan oleh guru secara berterusan sama
ada secara langsung di dalam bilik darjah mahupun secara tidak langsung di luar bilik darjah.
Pentaksiran yang dijalankan ini adalah dengan merangkumi beberapa elemen pentaksiran sama ada
pemerhatian, lisan dan bertulis terhadap murid. Pentaksiran ini boleh dilaksanakan secara formatif
ketika PDPC sedang berjalan mahupun secara sumatif terhadap topik, standard kandungan dan
standard pembelajaran murid apabila sesi PDPC telah berakhir.
Oleh itu, bagi membantu murid mencapai Tahap Penguasaan (TP) yang terbaik, teknik mnemonik
dicadangkan menjadi salah satu teknik pembelajaran murid untuk menguasai bidang ini dengan baik.
Menerusi sorotan literatur yang telah dibuat mendapati bahawa, teknik mnemonik ini sebenarnya telah
banyak membantu guru memberi penyampaian yang terbaik semasa pengajaran berlangsung
disamping memberi kemudahan kepada murid menguasai fakta yang agak banyak dalam bidang ini.
Penulis amat memahami bahawa bidang ini sebenarnya kurang mendapat sambutan yang baik
dikalangan murid memandangkan agak sukar bagi murid untuk mengingati fakta yang banyak dalam
sesuatu topik tamadun. Namun melalui kepelbagaian teknik mnemonik yang telah digunakan
diharapkan dapat menangani masalah ini dan secara tidak langsung menjadikan pembelajaran bagi
bidang ini lebih menarik dan menyeronokkan.
TEKNIK MNEMONIK
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Kamus Komputer Bahasa Melayu, mnemonik
bermaksud perkataan atau nama yang digunakan untuk memudahkan pengguna mengingat sesuatu
maklumat. Menurut Maizan binti Mohammad (2017) perkataan mnemonik adalah berasal daripada
perkataan Greek yang bermaksud ‘untuk mengingati’. Kaedah ini sebenarnya telah digunakan lebih
seribu tahun yang lalu oleh bangsa Yunani dan Rom. Bangsa Yunani kuno telah memuja kemampuan
ingatan sehingga mereka mempunyai dewa yang bernama Mnemonsyne yang bermaksud “berfikir
dengan teliti”. Oleh itu pelbagai kaedah menguatkan ingatan telah dirancang bagi membantu mereka
mengingat maklumat untuk menarik perhatian pendengar ketika berpidato atau berdebat di Senat.
Kaedah mnemonik ini merupakan salah satu strategi kognitif bagi membantu murid menyelesaikan
sesuatu masalah atau menguasai sesuatu maklumat dengan lebih mudah. Penyelesaian masalah ini
termasuklah semua aktiviti melibatkan mental seperti membuat sesuatu keputusan, merancang,
arithmetik, membuat penaakulan, membuat persepsi dan sebagainya. Oleh itu secara umumnya
257
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
kognitif adalah suatu proses intelektual untuk mendapatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara
melalui maklumat yang diterima daripada persekitaran dan juga pembelajaran. Akhirnya melalui
strategi kognitif menggunakan kaedah mnemonik ini dapat merangsang minat murid untuk
mengetahui dan menguasai dengan lebih lanjut berkaitan sesuatu topik yang dibincangkan. Namun
ianya juga bergantung kepada kemampuan intelektual seseorang untuk mengingati sesuatu info
dengan mudah memandangkan setiap manusia mempunyai keupayaan yang berbeza-beza antara satu
sama lain. Sehubungan dengan itu, kaedah mnemonik ini dapat merangsang tahap kognitif dan daya
intelektual murid ke arah yang lebih baik.
SOROTAN LITERATUR
Secara umumnya hasil daripada penelitian terhadap kajian lepas, kaedah mnemonik ini dapat
membantu murid daripada pelbagai peringkat usia untuk lebih cepat mengingati semua maklumat
yang sering digunakan atau diperlukan segera. Kaedah ini dibuktikan melalui kajian yang telah
dijalankan oleh Umi Fairus Mohd Jamil & Fazlinda Ab Halim (2018) yang mendapati bahawa
keseluruhan responden menyatakan minat yang tinggi terhadap penggunaan kaedah mnemonik, di
mana ianya lebih mudah untuk dipraktikkan, mendatangkan keseronokan dan menarik minat belajar
dalam diri murid. Kaedah mnemonik akronim yang digunakan mampu mendorong murid menjawab
soalan dengan pantas dan daya ingatan murid berada pada tahap yang tinggi.
Walaupun kaedah mnemonik ini boleh dikatakan sebagai satu kaedah tradisional ataupun
konvensional dalam julat perkembangan era tekonologi ICT pada masa kini, namun kaedah ini
sebenarnya masih relevan digunakan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Penggunaan kaedah mnemonik secara kreatif dan kritis digabungkan dengan penggunaan
teknologi moden mampu memberikan satu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan bersifat
menyeronokkan disamping membantu meningkatkan keupayaan intelektual murid. Secara tidak
langsung ianya dapat menghidupkan satu suasana belajar yang lebih aktif dan berdaya saing
dikalangan murid. Pembelajaran tidak hanya berfokus kepada guru sebagai pemberi maklumat namun
memberi ruang dan kebebasan kepada murid berfikir satu kaedah untuk mengingati sesuatu fakta
dengan lebih cepat dan pantas melalui penggunaan kaedah mnemonik. Murid boleh berkolaborasi
bersama rakan bagi menghasilkan satu idea yang boleh dikongsi dan diguna pakai oleh rakan-rakan
yang lain.
Norzira Binti Ahmad (2019) melalui kajiannya mendapati bahawa penggunaan Kaedah Singonim
(gabungan teknik mnemonik dan nyanyian) dalam menguasai 13 rukun solat adalah sangat positif dan
menggalakkan. Hasil kajiannya mendapati bahawa ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan
peratusan yang tinggi terhadap penguasaan murid dalam mengingat dan membuat perbezaan. Minat,
penglibatan dan kerjasama di antara murid terhadap topik yang dibincangkan juga dapat
dipertingkatkan.
Keberkesanan kaedah ini juga disokong melalui hasil kajian yang dijalankan oleh Luh Putu Winda
Yogantari & Ni Made Ari Wilani (2018). Melalui kajian mereka mendapati bahawa terdapat data yang
signifikan berkaitan penguasaan responden terhadap penggunaan kaedah mnemonik. Mereka
menyarankan agar kaedah mnemonik dijadikan sebagai salah satu alternatif dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan kemampuan mahasiswa dalam menguasai sesuatu topik
pembelajaran.
Elda Adriana (2017) melalui kajiannya juga menemui kesan positif yang sangat signifikan terhadap
penggunaan kaedah mnemonik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab. Melalui hasil
wawancara pasca tindakannya, beliau mendapati bahawa kaedah tersebut dapat membantu murid lebih
bersemangat mengikuti pelajaran sehingga dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid.
Disamping itu juga terdapat beberapa kelebihan kaedah ini yang telah dinyatakan antaranya
258
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
pembelajaran menjadi semakin menarik, murid menjadi lebih kreatif dan intipati topik yang
disampaikan dapat dikuasai oleh murid dengan baik.
Khairul bin Abu Bakar, Mohamad Yusuf bin Omar, Muhammad Azim bin Ishak, Nur Alia Asyura
binti Harun dan Nurjannah binti Yasuni (2017) juga telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan
mnemonik dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran sama ada dalam bentuk mnemonik sastera
atau mnemonik sains agar murid dapat mengingat sesuatu maklumat dengan cara yang lebih mudah.
Waktu yang diperlukan untuk mengingat adalah lebih singkat namun info dapat disimpan dalam
ingatan jangka panjang.
JENIS TEKNIK MNEMONIK
Sepertimana yang kita sudah ketahui, teknik mnemonik digunakan untuk membantu murid mengingat
sesuatu perkara dengan lebih mudah. Teknik mnemonik adalah teknik yang terbukti secara saintifik
berdasarkan pengetahuan neurologi dan penyelidikan mengenai prinsip-prinsip ingatan. Berdasarkan
beberapa sorotan literatur yang lepas, jelas menunjukkan bahawa teknik ini amat berkesan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid mengoptimumkan prestasi memori
mereka.
Terdapat beberapa jenis teknik mnemonik yang boleh digunakan iaitu :
1. Kaedah Akronim :
Akronim adalah singkatan dalam bentuk gabungan huruf atau suku kata atau bahagian lain yang
ditulis dan diucapkan sebagai kata semula jadi. Teknik ini kebiasaannya berguna untuk mengingati
kata-kata tertentu. Contoh akronim dalam bentuk gabungan huruf awal ialah AADK iaitu merujuk
kepada singkatan bagi Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam, kaedah akronim ini juga biasa digunakan contohnya ringkasan ‘SSAMA’ iaitu
merujuk kepada nama lain bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu :
S : Salafussoleh
S : Sawadul Azim
A : Asyairah
M : Maturidiah
A : Ahlul Hadis
Dengan erti kata lain, kaedah akronim adalah teknik membuat ringkasan perkataan. Kaedah ini sangat
membantu murid untuk menghafal maklumat yang tidak memerlukan pemahaman yang sukar namun
cukup sekadar pengetahuan.
2. Kaedah Akrostik :
Aiman Izzuddin bin Mohd Amirullah (2018) menyatakan bahawa kaedah akrostik adalah seperti
kaedah akronim namun perbezaannya adalah akrostik menggunakan huruf-huruf di hadapan perkataan
untuk dijadikan satu perkataan yang lain untuk membantu murid mengingat perkataan yang hendak
dihafal dengan lebih mudah. Kaedah akrostik ini selalu juga disebut sebagai kaedah ayat iaitu
dilakukan dengan mengambil beberapa huruf pertama perkataan yang akan dihafal dan kemudian
digabungkan menjadi satu perkataan atau ayat yang menarik. Contohnya ialah penggunaan ayat “Nina
Went To School By Taxi” yang merujuk kepada rukun ibadah haji iaitu :
259
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Nina : Niat
Went : Wukuf
To : Tawaf
School : Saie
By : Bercukur
Taxi : Tertib
3. Teknik Loci :
Istilah loci berasal daripada bahasa latin yang membawa maksud locus iaitu merujuk kepada lokasi
ataupun tempat. Teknik ini memanfaatkan sesuatu tempat atau lokasi yang sudah diketahui seseorang
sebagai satu panduan untuk menyimpan atau menempatkan sesuatu informasi di dalam minda
sebelum diulang semula. Antara lokasi yang dimaksudkan adalah seperti ruang tamu, bilik tidur,
dapur, bilik belajar dan lain-lain lagi termasuklah lokasi perjalanan ke sesuatu tempat. Sebagai contoh
dalam konteks pembelajaran pendidikan islam murid boleh mengingat binatang al-An’am dan
umurnya yang boleh dijadikan sebagai binatang korban atau akikah dengan menggambarkan binatang
tersebut berada pada sesuatu lokasi yang ditetapkan. Contohnya lima ekor unta di ruang dapur, seekor
biri-biri di dalam bilik tidur, dua ekor kambing di dalam bilik air, dan dua ekor lembu dan kerbau
sedang melihat televisyen di ruang tamu. Teknik ini adalah teknik visualisasi iaitu dengan
menggambarkan perjalanan seseorang bermula dari satu sudut ruang ke ruang yang lain sambil
mengingati perkara yang terletak di setiap ruang tersebut.
Lima ekor unta : Unta berumur 5 tahun
Seekor biri-biri : Biri-biri berumur 1 tahun
Dua ekor kambing : Kambing berumur 2 tahun
Dua ekor lembu dan kerbau : Lembu dan kerbau berumur 2
tahun
4. Teknik Pasak (Kata Peg) :
Teknik Pasak juga dikenali sebagai teknik taruhan iaitu satu teknik hafalan yang digunakan untuk
mengingat nombor atau sesuatu maklumat lain dengan memotong bahagian yang besar menjadi
bahagian yang lebih kecil. Kebiasaannya seseorang lebih mudah mengingat suatu kumpulan nombor
yang lebih pendek berbanding yang lebih panjang. Semasa menggunakan teknik ini, murid bolehlah
mengurangkan bilangan nombor yang perlu diingat. Sebagai contoh dalam topik riwayat hidup tokoh
dalam subjek pendidikan Islam, murid perlu mengingat tarikh kelahiran dan juga tarikh wafat atau
meninggal dunia bagi seseorang tokoh yang dibincangkan termasuklah juga dengan info-info lain
berkaitan masa. Maka murid boleh menggantikan maklumat tersebut kepada nombor yang lebih
mudah untuk diingat. Contohnya tarikh kelahiran bagi empat orang tokoh aliran mazhab iaitu Imam
Abu Hanifah, Imam Malik, Imam as-Syafie dan Imam Ahmad dan juga tiga orang tokoh yang
dibincangkan dalam buku teks KSSM tingkatan 5 Pendidikan Islam. Murid boleh menggunakan
kaedah berikut yang boleh dikenali sebagai kaedah nombor ‘poskod’ iaitu :
Nama Tokoh Tarikh Kelahiran Tarikh Kewafatan Teknik Peg
Imam Abu Hanifah r.a 80 Hijrah 150 Hijrah 80-150
Imam Malik r.a 93 Hijrah 179 Hijrah 93-179
Imam Syafie r.a 150 Hijrah 204 Hijrah 150-204
Imam Ahmad bin 164 Hijrah 241 Hijrah 164-241
Hanbal r.a
Salahuddin al-Ayubi 532 Hijrah 589 Hijrah 532-589
260
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Hassan al-Banna 14 Oktober 1906 12 Februari 1949 14-10-19-06
12-02-19-49
Ahmad bin Ibrahim 15 Mei 1916 17 April 1999 15-05-19-16
17-04-19-99
5. Citra Visual :
Teknik visual merupakan salah satu kaedah pembelajaran menggunakan daya penglihatan ataupun
pemerhatian. Kaedah ini merupakan sejenis gaya pembelajaran yang diasaskan oleh ahli psikologi
pada tahun 1920. Teknik citra visual membantu murid untuk lebih mudah menyerap dan menerima
sesuatu maklumat yang dipersembahkan sama ada dalam bentuk gambar, carta mahupun gambarajah.
Gaya pembelajaran visual terbahagi kepada dua kategori iaitu secara linguistik dan spatial. Murid
linguistik lebih mudah belajar menggunakan penulisan sama ada membaca mahupun menulis.
Manakala murid spatial lebih gemar menggunakan graf, carta, atau gambar sebagai salah satu
perangsang kepada mereka untuk mengingat sesuatu maklumat yang disampaikan. Mereka
kebiasannya mempunyai daya ingatan dan gambaran yang sangat kuat. Sebagai contoh dalam
pembelajaran Pendidikan Islam, murid boleh disajikan dengan gambaran proses kejadian manusia
sama ada secara gambarajah ataupun tayangan video yang dipaparkan. Proses kejadian manusia
daripada nutfah, a’laqah. mudgah, izham & lahm sehinggalah bayi dapat memberikan gambaran jelas
proses tersebut seperti mana yang digambarkan di dalam al-Quran al-Karim iaitu :
261
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
6. Teknik Cerita :
Teknik ini banyak menggunakan otak di bahagian sebelah kanan yang sememangnya mempunyai ciri
ingatan jangka panjang. Teknik ini digunakan untuk menghafal atau mengingat beberapa maklumat
dengan membayangkan maklumat tersebut sebagai satu objek yang dijadikan bahan penceritaan.
Sebagai contoh untuk menghafal rukun jual beli dalam topik muamalat. Terdapat lima rukun dalam
jual beli iaitu penjual, pembeli, harga, barang dan juga ijab dan qabul. Murid boleh menggunakan
kaedah penceritaan untuk mengingat kelima-lima maklumat tadi contohnya seperti “Ali pergi ke kedai
Abu untuk membeli barang. Barang yang dibeli dibayar menggunakan RM bukan Peso. Ali mahu,
Abu setuju. Ali pulang semula ke rumahnya dengan gembira.”
i. Ali adalah pembeli.
ii. Abu adalah penjual.
iii. Barang adalah salah satu rukun jual beli.
iv. RM dan Peso adalah harga.
v. Ali mahu, Abu setuju merujuk kepada sighah ijab dan kabul.
7. Kata Kunci :
Teknik kata kunci mnemonik adalah satu langkah untuk membantu murid mendapatkan maklumat
penuh berkaitan sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Melalui teknik ini murid boleh memilih kata
kunci yang agak serupa ataupun murid membentuk satu gambaran imej kata kunci yang dihubungkan
dengan kata atau maklumat yang baharu diterima. Sebagai contoh untuk menguasai istilah dalam
Pendidikan Islam, murid sekadar mencari atau mengeluarkan dua kata kunci penting pada ayat
tersebut kemudian mengolah maksud bagi istilah tersebut menggunakan kata kunci yang telah
diperolehi. Teknik ini adalah bagi mempermudahkan murid memahami dan menguasai sesuatu istilah
dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa contoh maksud istilah dalam pendidikan Islam dan kata
kunci yang boleh dikeluarkan daripada istilah tersebut.
Istilah Pengertian Kata Kunci
Sembelihan Menyembelih binatang yang halal dimakan binatang halal / memutuskan
dengan cara memutuskan urat halkum dan urat
Korban marih.
Menyembelih binatang ternakan pada 10 binatang ternakan / 10 Zulhijjah
Akikah Zulhijjah hingga akhir hari tasyrik bertujuan / hari tasyrik
Ajaran sesat mendekatkan diri kepada Allah SWT
Haji Menyembelih binatang ternakan sempena binatang ternakan / bayi
kelahiran bayi.
Umrah Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam dakwa ajaran Islam /
sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al- bercanggah aQ & aS
Quran dan as-Sunah
Mengunjungi baitullah di Makkah kerana baitullah / ibadah - masa -
mengerjakan ibadat tertentu pada masa syarat - tertentu
tertentu dengan syarat tertentu
Mengunjungi baitullah di Makkah kerana baitullah / ibadat – syarat –
mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila tertentu / bila-bila masa
masa dengan syarat tertentu
TEKNIK MNEMONIK DALAM PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM.
Pengajaran dan pembelajaran bidang tamadun Islam merupakan satu cabaran sama ada kepada guru
mahupun murid. Kedua-duanya perlu menguasai fakta sejarah sama ada melibatkan tokoh ilmuan
262
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Islam mahupun sirah kenabian dan sejarah kerajaan-kerajaan Islam terdahulu. Bagi mempermudahkan
murid menguasai bidang tamadun Islam khususnya dalam topik Kerajaan Turki Uthmaniyah, penulis
mencadangkan untuk mengguna pakai beberapa teknik mnemonik antaranya teknik akronim dan citra
visual. Contoh teknik akronim berkaitan pusat pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah iaitu SoBEI yang
merujuk kepada Sogut, Bursa, Edirne dan Istanbul.
Manakala contoh bagi penggunaan citra visual iaitu dengan membuat satu lukisan gambaran berkaitan
sub-topik faktor kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyyah. Kaedah ‘One Page Drawing
Info’ ini dapat memberi gambaran keseluruhan kepada murid berkaitan topik yang dibincangkan.
Menelusuri kepada penulisan fakta, faktor kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah merangkumi
empat aspek utama iaitu pentadbiran, keilmuan, sosial dan ketenteraan. Manakala faktor kemerosotan
merangkumi beberapa punca utama termasuklah ketenteraan, politik dan juga ekonomi. Murid
mungkin agak sukar mengingat terlalu banyak ‘isi penting’ pada topik disamping perlu menguasai
banyak lagi topik perbincangan yang lain. Oleh itu melalui kaedah ini diharap mampu memberikan
kemudahan kepada murid menguasai ‘isi penting’ berkaitan sub-topik yang dibincangkan.
FAKTOR KEGEMILANGAN 2
1 I
P
Masjid
Kasbah
4
K
3
S
P : Pentadbiran
I : Ilmu
S : Sosial
K : Ketenteraan
263
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
FAKTOR KEMEROSOTAN 2
E
1
K
34
MERDEK!A
Po P
5
K : Ketenteraan
Po E : Ekonomi
PoPo : Politik
P : Pendidikan
KE2PoP (Ketupop)
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, setiap manusia mempunyai tahap kekuatan daya ingatan yang berbeza antara
satu sama lain. Penggunaan kaedah mnemonik dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
amat membantu murid untuk menguasai topik dengan baik. Melalui kajian-kajian yang telah
dijalankan mendapati bahawa kaedah mnemonik ini dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan
kemampuan murid untuk menguasai sesuatu fakta dengan lebih mudah. Ini secara tidak langsung
dapat membantu meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai topik pendidikan Islam khususnya
dalam bidang Tamadun Islam dengan lebih baik lagi. Gambaran ataupun persepsi murid terhadap
bidang tamadun Islam adalah sukar untuk dikuasai adalah kurang tepat. Guru dan murid perlu mencari
satu kaedah pembelajaran yang dapat membantu mereka menguasai topik tamadun dengan lebih
mudah secara kreatif dan kritis serta lebih berinovasi. Guru perlulah mengambil peluang untuk
mengembangkan penggunaan kaedah mnemonik ini sebagai salah satu usaha membantu murid untuk
mengingati fakta dan seterusnya berjaya mencapai tahap penguasaan yang terbaik dalam bidang ini.
264
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Kaedah ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan daya ingatan murid malahan mampu
memberikan satu suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan kerana ianya secara tidak
langsung dapat mencungkil daya kreativiti murid.
BIBLIOGRAFI
Abdul Karrim bin Abd Ghani (2018) Aplikasi Kaedah Akronim dan Carta KaBoJa Dalam Membantu
Murid Menulis Huruf Jawi Tunggal Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam
Kontemporari IPGKBL, Jil. 1. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Aiman Izzuddin bin Mohd Amirullah (2018). Aplikasi Kaedah Akrostik Dalam Buku Resepi Iman
Untuk Membantu Murid Mengingat Rukun Iman Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam
Kontemporari IPGKBL, Jil. 1. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 4 dan 5. (2018).
Elda Adriana (2017) Efektivitas Metode Mnemonik Kata Kunci Dalam Peningkatan Kemampuan
Siswa Terhadap Penguasaan Kosakata Bahasa Arab Kelas VIII MTS As-Salafiyyah Milangi
Sleman Tahun Ajaran 2017/2018. State Islamic University Sunan Kalijaga Yogyakarta.
Khairul bin Abu Bakar, Mohamad Yusuf bin Omar, Muhammad Azim bin Ishak, Nur Alia Asyura
binti Harun dan Nurjannah binti Yasuni (2017). Mnemonik Sebagai Strategi Dalam
Meningkatkan Daya Ingatan Pelajar Universiti Sains Malaysia. USM.
Luh Putu Winda Yogantari & Ni Made Ari Wilani (2018). Jurnal Psikologi Udayana Vol. 5, No. 2.
Pengaruh Teknik Mnemonik terhadap Kemampiuan Mambaca Aksara Bali pada Siswa Kelas
III Sekolah Dasar Negeri 1 Batubulan. Universiti Udayana.
Maizan Binti Mat@Muhammad (2017). Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif Dalam
Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian Lepas.
Jabatan Pengurusan Dan Informasi, Pusat Asasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsan
Selangor (KUIS)
Norzira Binti Ahmad (2019) Keberkesanan Kaedah Singonim Dalam Membantu Pelajar Mengingat
13 Rukun Solat. International Innovation in Teaching and Learning & Language Education
Conference (i-InTeLEC 2019). UITM.
Umi Fairus Bt Mohd Jamil & Fazlinda Bt Ab Halim (2018). Kaedah Mnemonik Akronim Dalam Mata
Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi Di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing.
Online Journal for TVET Practitioners. Vol 3 No 1. UTHM.
265
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN HALALAN ṬAYYIBAN DENGAN
PENGAMBILAN MAKANAN HALAL DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH RENDAH BALING, KEDAH.
1 Zailani binti Yahya @ Zakaria
2 Mohd Anuar bin Ramli
1Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
2Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
1 Email: [email protected]
2 Email: [email protected]
ABSTRAK
Syari’at Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia bertujuan menjaga kemaslahatan
sama ada di dunia dan juga di akhirat. Salah satu cakupannya adalah perihal pengambilan
makanan halal. Pengambilan makanan halalan ṭayyiban merupakan satu tuntutan agama kepada
tiap Muslim. Namun begitu, kebiasaannya pengambilan makanan turut dipengaruhi faktor
pengetahuan, budaya, lingkungan dan selera. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk
menganalisis hubungan antara pengetahuan halalan ṭayyiban dengan pengambilan makanan
halal dalam kalangan murid sekolah rendah, yang mana mereka berdepan dengan situasi tiada
tajuk khusus tentang pendidikan halal dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan
ke atas sampel kajian iaitu murid tahun lima sekolah rendah di Daerah Baling, Kedah.
Persampelan secara rawak strata berkadaran telah digunakan terhadap 250 responden. Teknik
pengumpulan data pula dilakukan dengan pengedaran soal selidik. Manakala proses analisis data
menggunakan perisian SPSS versi 25. Analisis inferensi berdasarkan kaedah Korelasi Pearson
dilakukan bagi mengenal pasti hubungan di antara kedua pemboleh ubah iaitu pengetahuan
halalan ṭayyiban dan pengambilan makanan halal. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan
positif yang sederhana dan signifikan antara dua pemboleh ubah dengan nilai (r=4.33, p=0.000)
pada aras keertian (p<0.05).
Kata kunci: Pengetahuan, Halalan Ṭayyiban, pengambilan makanan halal, pelajar sekolah.
PENDAHULUAN
Syari’at Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia bertujuan menjaga kemaslahatan
sama ada di dunia dan juga di akhirat. Salah satu cakupannya adalah perihal pengambilan
makanan halal. Pengambilan makanan halalan ṭayyiban merupakan satu tuntutan agama kepada
tiap Muslim. Perintah untuk mengambil makanan halalan ṭayyiban adalah sangat jelas
batasannya dalam pelbagai nas al-Quran. Antaranya (Surah an-Nahl, 16:114). Namun begitu,
kebiasaannya juga pengambilan makanan turut dipengaruhi faktor pengetahuan, budaya,
lingkungan dan selera. Walau bagaimana pun, dalam membuat pilihan terhadap pengambilan
makanan halal, pengetahuan tentang konsep halal dan haram perlu diberi keutamaan.
Sehubungan itu, bagi memastikan seseorang mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang
jelas terhadap status makanan halal yang diambil, penerapan tentang konsep halal dan konsep
haram perlulah dijelaskan secara terperinci iaitu melalui proses pendidikan yang tersusun dan
berkesan berdasarkan kepada prinsip-prinsip syariah bermula dari awal persekolahan. Ini kerana
tuntutan mencari makanan halal, bersih dan baik “ṭayyib” merupakan sebahagian dari proses
pendidikan yang perlu diberi perhatian. Malah, ia juga merupakan suatu kefardhuan dan ibadah
yang tidak patut diabaikan oleh setiap Muslim. Justeru, pengambilan makanan halal haruslah
selari dengan halaltuju pengajaran Pendidikan Islam.
266
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan halalan ṭayyiban murid sekolah rendah Baling Kedah.
2. Menganalisis hubungan antara pengetahuan halalan ṭayyiban dengan pengambilan
makanan halal dalam kalangan murid sekolah rendah Baling, Kedah.
HIPOTESISI KAJIAN
Ha : Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan halalan ṭayyiban
dengan pengambilan makanan halal dalam kalangan murid sekolah rendah Baling,
Kedah.
SOROTAN LITERATUR
Sorotan penulisan dalam kajian ini memberi fokus kepada pengetahuan halalan ṭayyiban
terhadap pengambilan makanan halal dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian-kajian lepas
berkaitan pengetahuan halal dan pengambilan halal telah banyak dibincangkan dan pengkaji
mengharapkan agar ianya dapat dijadikan panduan dalam mencari maklumat penyelidikan
berkaitan pengetahuan halalan ṭayyiban dan hubungannya dengan pengambilan makanan halal
khususnya dalam kalangan murid sekolah rendah.
1. Pengetahuan halalan ṭayyiban
Pengetahuan halal adalah merujuk kepada bagaimana setiap individu mengamalkan ajaran Islam
mengenai halal dan haram terutama pada konsep halalan ṭayyiban. Menurut Saleha
(2013) pengetahuan halal adalah prihal yang perlu difahami oleh individu tentang beberapa
ajaran Islam mengenai halal dan haram serta diamalkan. Manakala Alias et al. (2017)
menerangkan pengetahuan halal adalah merangkumi sumber utama makanan manusia yang
terdiri daripada haiwan, tumbuhan, bahan semula jadi, bahan kimia dan mikro orgaisma yang
terkandung hukum halal dan haram.
Pengetahuan halal tidaklah tertakluk kepada halal dan haram makanan sahaja, tetapi
dimaksudkan adalah halal berkonsepkan halalan ṭayyiban yang perlu difahami dengan lebih
luas antaranya termasuklah perihal pengambilan makanan bermula dari awal pemilihan sumber,
hidangan (Musfirah et al. 2015) dan pembuangan sisa makanan (Siti Zulaekah et al. 2005). Ia
juga meliputi pengetahuai tentang sesuatu produk (Tengku Putri et al. 2017) oleh pengguna
untuk membuat keputusan memilih dan membeli (Farah et al. 2017) serta pengetahuan terhadap
segala pengurusan terhadap pengeluaran barangan halal seperti pengurusan persijilan halal
(Nuratifah 2019) dan logo halal.
2. a. Pengetahuan Halalan Ṭayyiban Dalam Kalangan Murid.
Berdasarkan kepada kajian Noraizan et al. (2019) sebaran dan kefahaman halal melalui institusi
latihan yang menyalurkan kefahaman dan kesedaran halal di Malaysia hanya tertumpu kepada
masyarakat umum, yang mana kurang diperluaskan dalam kalangan murid-murid di sekolah.
Kenyataan ini disokong oleh Ahmad Sahir (2014) bahawa, di sekolah rendah penekanan kepada
halal adalah hampir tidak wujud. Murid-murid hanya bergantung kepada sukatan mata pelajaran
yang terhad untuk memahami tentang halalan ṭayyiban. Keadaan demikian menyebabkan
pengetahuan halal dan kesedaran halal tidak dapat digambarkan dengan sempurna oleh murid
sekolah rendah.
Sehubungan itu juga, maklumat tentang halal tidak dapat disampaikan secara formal melalui
pembelajaran di sekolah apabila tiada tajuk khusus berkaitan halal dalam buku teks sekolah.
Menurut Mumtazah (2011) murid hanya mendapat pengetahuan halal dan haram daripada
sumber-sumber seperti surat khabar, televisyen, rakan-rakan dan juga melalui capaian internet.
Selain itu, maklumat juga kadang kalanya diperolehi daripada guru-guru di sekolah agama
ekoran terdapat tajuk berkaitan pendidikan halal dalam Kurikulum KAFA yang perlu dipelajari
oleh murid (JAKIM 2019). Pun begitu, ianya tidak menyeluruh kepada semua murid kerana
terbatas kepada murid tahun lima sahaja.Manakala Mohd Rizal et al. (2017) pula menyatakan
bahawa pendidikan halal dan haram kebanyakan berlaku adalah secara tidak formal.
Selain itu, maklumat tentang halal juga diperolehi daripada sosialisasi dalam budaya keluarga
267
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
dan kehidupan harian. Kenyataan tersebut disokong oleh Hamidah et al. (2017) dengan
menyatakan pengambilan makanan halal adalah bermulanya di rumah dan ibu bapa memainkan
peranan penting untuk mendidikan anak-anak. Menurut Nor Aini et al. (2013) majoriti
masyarakat tidak mempunyai pendidikan kepenggunaan dan isu halal haram makanan, maka
perlulah kepada pencarian maklumat yang lebih mendalam terhadap konsep halal dan haram
terutama untuk diterapkan kepada pengetahuan anak-anak. Kenyataan ini disokong oleh kajian
Nasihah et al. (2017) dengan menyatakan bahawa pengguna mempunyai hak ke atas konsep
halalan ṭayyiban iaitu dengan mendapat pendidikan tentang halal secara berterusan.
3. Pengambilan Makanan Halal
Menurut Amey (2016) kreteria untuk memilih dan mengambil makanan adalah satu tindakan
yang kompleks dan sukar untuk diklasifikasikan kerana ianya lebih dipengaruhi oleh
interprentasi psikologi tentang sifat-sifat makanan yang dilihat daripada ciri-ciri fizikal itu
sendiri. Walaupun begitu, ianya menjadi suatu kewajipan kepada setiap Muslim untuk memilih
dan mengambil makanan yang halal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Nasihah, et al. (2017)
pengguna Muslim wajib mengambil produk makanan yang halal kerana ianya selari dengan hak
pengguna. Hak yang dimaksudkan adalah, mereka bebas untuk memilih, memiliki malah
menentukan jenis produk dan perkhidamatan yang diperlukan. Namun, ianya tetap terikat dengan
peraturan yang digariskan oleh syari’at yang wajib dipatuhi agar makanan yang diambil terjamin
daripada sebarang elemen yang meragukan.
Di samping itu, Islam juga menitikberatkan tentang keselamatan makanan dengan menjaga
kreteria utama pemakanan iaitu halal dan berkhasiat agar ianya tidak mendatangkan kemuḍaratan
kepada kesihatan seseorang. Halal yang dimaksudkan adalah dari sudut kaedah pemilihan
makanan yang bermula daripada proses pemilihan bahan atau sumber perolehan, cara
pengolahan, penyajian, sehinggalah cara membuang sisa makanan. Pengambilan makanan
dengan mengutamakan kepada pemilihan bahan atau sumber dari sesuatu yang baik, suci, bersih,
berkhasiat (Aemy et al. 2015) dan jelas status halal dan haram seperti tidak bercampur dengan
bahan haram iaitu babi, bangkai, darah yang mengalir, haiwan-haiwan yang disembelih bukan
kerana Allah, bukan berasaskan sumber daripada manusia (Aizat et al. 2011), menghindari
daripada makanan bersumberkan najis, (Mumtazah et al. 2012) dan kotoran, ataupun makanan
yang tidak bercampur dengan bahan najis dan haram (Alvi et al. 2019) seperti rasuah, penipuan
dan riba. Mumtazah et al. (2011) menjelaskan bahawa najis mengikut hukum syari’ah adalah
sesuatu yang dilarang untuk digunakan kerana kotor dari sudut sifatnya, tidak dapat disucikan
yang tergolong dalamnya seperti daging babi, bangkai dan darah atau pada asalnya bahan adalah
halal, tetapi tercemar disebabkan bersentuh dengan bahan-bahan yang bersifat kotor. Begitu juga
dengan makanan yang diperolehi daripada sumber yang syubhan (samar- samar antara halal dan
haram) dan sekiranya timbul rasa was-was atau ragu-ragu mengenai status halal terhadap sesuatu
makanan maka ianya perlu dielak dari mengambilnya.
Firman Allah SWT tentang mengambil makanan dari sumber yang halal dan ṭayyib.
Pun begitu, kaedah pengambilan makanan juga harus diberi perhatian agar selaras dengan kretiria
pemakanan berkhasiat. Pengambilan makanan yang baik perlu diberi keutamaan dengan merujuk
kepada kuantiti makanan yang diambil sama ada seimbang, tepat pada waktunya serta
bersesuaian kepada pengguna. Kaedah sedemikian adalah perlu bagi mengelak dari berlakunya
kemudaratan kepada fizikal, mental mahupun spiritual yang mana ianya bersesuai dengan
tuntutan fitrah manusia dalam menjaga kesihatan rohani dan jasmani. Seperti prinsip asas dalam
maqasid al-Syariah iaitu hifz al-Nafs (menjaga nyawa) yang merupakan maslahah dharuriyyah.
Makanan yang dapat memberikan kebaikan dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan, akal serta
emosi harus diutamakan, malah menjadi kewajipan bagi umat Islam mengambil makanan bersih
dan tidak memudaratkan. Manakala makanan yang menyebabkan khayal atau makanan yang
boleh menyebabkan kematian adalah diharamkan dalam Islam. Selaras dengan kaedah “la dirara
wa la dirar,” yang bermaksud “tidak merbahayakan diri sendiri dan orang lain.” (Yusud al-
268
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Qardawi, 1985). Justeru pentingnya makan makanan halal yang berkhasiat dan seimbang
daripada pelbagai jenis kumpulan makanan kerana ianya dapat mengelak dari pelbagai penyakit
dan kecukupan nutrisi untuk fungsi badan terhadap pemulihan dan pertumbuhan.
Maka jelaslah bahawa wujudnya keterbatasan dalam memilih dan mengambil makanan. Bagi
umat Islam, asas-asas dalam pengambilan makanan perlu diberi keutamaan dan perhatian kerana
ianya bukanlah sekadar mengambil makanan yang halal sahaja tetapi merangkumi skop “from
farm to table” yang berkaitan aspek kebersihan, kualiti, keselamatan dan kesihatan tubuh badan.
METODOLOGI
4. Reka Bentuk Kajian
Kaedah kuantitatif berbentuk kajian tinjauan telah digunakan. Kaedah ini digunakan kerana
tingkah laku sampel diperolehi melalui pengumpulan data statistik dan digunakan bagi
memperihalkan sikap, pandangan, perasaan, perilaku, (Sabitha Marican, 2005) atau ciri-ciri
polupasi berkaitan hubungan antara pengetahuan halalan ṭayyiban dengan pengambilan
makanan halal dalam kalangan murid sekolah.
5. Populasi dan Sampel Kajian
Populasi adalah kumpulan yang menjadi pilihan pengkaji bagi mendapatkan respons terhadap
kajian yang dijalankan. Creswell (2002) menyatakan populasi merujuk kepada kumpulan
individu yang terlibat mengenai sesuatu kajian. Populasi dalam kajian ini melibatkan sekumpulan
murid tahun lima sekolah rendah daerah Baling Kedah yang terdiri daripada murid lelaki dan
murid perempuan.
Sampel dipilih berdasarkan kaedah rawak strata berkadaran. Kaedah persampelan dilakukan
adalah untuk memudahkan pengkaji menjalankan kajian dengan lebih sistematik dan teliti dalam
mengumpul data (Azizi Yahaya et al., 2007). Bilangan sampel kajian ditentukan berdasarkan
jadual sampel saiz Cohen (2007). Sebanyak 30% sampel diambil daripada keseluruhan populasi.
Dalam kajian ini seramai 250 murid dipilih untuk menjawab soal selidik. Jumlah tersebut adalah
dikira mencukupi. Malah kebanyakan ahli statistik juga bersetuju bahawa 30 adalah bilangan
minimum sampel kajian. (Sabitha Marican, 2005).
6. Metode Pengumpulan Data
Data primer dikumpul dengan menggunakan kaedah soal selidik.
7. a. Instrumen kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Ianya digunakan untuk menguji
hubungan antara pengetahuan halalan ṭayyiban dengan pengambilan makanan halal dalam
kalangan responden. Soal selidik adalah instrumen penyelidikan yang mengandungi satu set
soalan bagi mengumpul maklumat daripada responden (Fauzi et al. 2014). Ianya sesuai dan
selalu digunakan untuk penyelidikan korelasi (Noraini Idris, 2013). Bagi mencapai objektif
kajian, borang soal selidik dibentuk secara khusus yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
Bahagian A: Maklumat demografi responden. Soalan bahagian ini mempunyai banyak
pilihan jawapan dan responden perlu memilih satu sahaja jawapan bagi setiap soalan.
Bahagian B: Mengukur tahap pengetahuan halalan ṭayyiban murid. Ia melibatkan
beberapa konstruk iaitu, pengetahuan halal (konsep halal dan haram) dan pengetahuan
makanan halal (konsep makanan halal, konsep makanan haram, cara proses makanan dan
kesan pemakanan).
Bahagian C: Mengukur bentuk pengambilan makanan halal murid sekolah. Ia melibatkan
jenis makanan dan faktor yang mempengaruhi tindakan untuk mengambil makanan halal.
Kesemua soalan dalam bahagian B bahagian C adalah berbentuk skala likert dengan lima pilihan
269
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
jawapan. Responden perlu memberi respons antara 1 “sangat tidak setuju” hingga 5 “sangat
setuju” terhadap kenyataan yang dikemukakan. Skala tersebut bertujuan untuk mengukur
hubungan antara pengetahuan dan pengambilan makanan halal. Dapatan keseluruhan dinilai
berdasarkan pengubahsuaian kepada tiga skala iaitu “tidak setuju”, “tidak pasti” dan “setuju”.
Skala “sangat tidak setuju” dan “tidak setuju” dikodkan kepada skala “tidak setuju”, skala
“setuju” dan “sangat setuju” dikodkan kepada “setuju”, manakala skala “tidak pasti” dikekalkan
8. i. Kebolehpercayaan Instrument Soal Selidik (Cronbach’s Alpha)
Kebolehpercayaan instrument soal selidik terlebih dahulu dilakukan melalui kajian rintis. Jadual
1 di bawah adalah nilai kebolehpercayaan instrument soal selidik daripada kajian rintis yang
dijalankan:
Jadual 1: Nilai Kebolehpercayaan Instrument Soal Selidik (Cronbach’s
Alpha)
Konstruk Cronbach”s Alpha
Bahagian B
Pengetahuan halal (Konsep halal) 0.823
Pengetahuan halal (Konsep haram) 0.834
Pengetahuan makanan halal (Konsep makanan halal) 0.807
Pengetahuan makanan halal (Konsep makanan Haram) 0.767
Pengetahuan makanan halal (Cara proses) 0.631
Pengetahuan makanan halal (kesan pemakanan) 0.718
Bahagian C
Pengambilan makanan halal (Jenis makanan) 0.799
Pengambilan makanan halal (pengaruh) 0.714
Berdasarkan Jadual 1 di atas, maka kajian sebenar boleh dilakukan kerana nilai Cronbach‘s
Alpha terhadap kesemua konstruk soal selidik yang dibina boleh diterima iaitu melebihi 0.65 ke
atas (Ramlee et al. 2020).
9. Metode Analisis Data
Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 25. Analisisi statistik deskriptif dilakukan bagi
melihat tahap pengetahuan halalan ṭayyiban dan bentuk pengambilan makanan halal dalam
kalangan murid sekolah rendah. Manakala analisis statistik inferensi melalui kaedah korelasi
Pearson dilakukan bagi melihat hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji iaitu pengetahuan
halalan ṭayyiban dengan pengambilan makanan halal. Analisis data dilakukan seperti jadual 2 di
bawah:
Jadual 2: Persoalan Kajian dan Analisis Data Analisis
Persoalan Kajian
Deskriptif
1. Apakah tahap pengetahaun murid tentang halalan ṭayyiban? Nilai skor min (M)
Nilai sisihan piawai (SP)
2. Apakah bentuk pengambilan makanan halal burid sekolah? Deskriptif
Nilai skor min (M)
3. Adakah terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan halalan Nilai sisihan piawai (SP)
ṭayyiban dengan pengambilan makanan halal dalam kalangan murid
sekolah rendah? Inferensi
Sumber: Analisis pengkaji. Ujian korelasi Pearson
Nilai signifikan
Jadual 3.9: Nilai Pekali Korelasi (Correlation Cooficeient)
270
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Nilai Kekuatan
+0.01 Hingga + 0.29 Kecil (Small) / Lemah
+0.30 Hingga + 0.49
+0.50 Hingga + 1.00 Sederhana
Besar / Kuat
Sumber: Cohen (1998)
DAPATAN KAJIAN
10. Tahap Pengetahuan Halalan Ṭayyiban
Dapatan keseluruhan tahap pengetahuan halalan ṭayyiban dalam kalagan murid sekolah rendah
adalah berada pada tahap yang tinggi. Pengujian telah dilakukan terhadap konstruk pengetahuan
halal dan pengetahuan makanan halal yang meliputi sub konstruk konsep halal, konsep haram,
konsep makanan halal, konsep makanan haram, cara proses dan kesan pemakanan. Analsisi
deskriptif dilakukan bagi melihat nilai skor min dan sisihan piawai. Ringkasnya, pengetahuan
halalan ṭayyiban responden dijelaskan dalam Jadual 4 di bawah.
Jadual 4: Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Konstruk Tahap PHT
Konstruk Bilangan Jumlah Sisihan Min Sisihan Tahap
PHT Item Konstruk Piawai Piawai
Konstruk
Konsep halal 7 30.840 3.412 4.40 0.49 Tinggi
Konsep haram 7 31.100 4.303 4.44 0.61 Tinggi
Konsep makanan halal 7 30.256 3.235 4.32 0.46 Tinggi
Konsep makanan haram 6 23.913 4.850 3.99 0.81 Tinggi
Kesan pemakanan 6 24.020 3.504 4.00 0.58 Tinggi
Cara proses makanan 4 14.620 3.518 3.66 0.88 Sederhana
KESELURUHAN 37 154.744 16.974 4.18 0.46 Tinggi
11. Hubungan Antara PHT dengan PMH
Analisis dibuat berdasarkan hipotesis berikut:
Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara PHT dengan PMH dalam kalangan murid sekolah
rendah Baling Kedah. Menurut Pallant (2007) bagi mengenal pasti kekuatan korelasi ianya
ditentukan oleh nilai r iaitu di antara -1.00 hingga 1.00. Korelasi (r) merupakan pengukuran
darjah linear antara dua pembolehubah, yang mana nilai r merupakan penanda aras kepada
kekuatan hubungan yang ditunjukkan berdasarkan analisis korelasi Pearson yang dijalankan.
Korelasi berlaku apabila nilai satu pemboleh ubah berubah, maka pemboleh ubah satu lagi
berubah pada arah yang sama. Ini bermaksud jika nilai r positif ianya menunjukkan hubungan
satu pemboleh ubah adalah berkadar terus dengan satu pemboleh ubah lain. Apabila r bernilai
negetif pula ini menunjukkan hubungan songsang antara dua pemboleh ubah yang dikaji.
Keadaan ini berlaku sekiranya nilai satu pemboleh ubah meningkat dan nilai satu pemboleh ubah
yang lain menurun. Dapatan kajian adalah seperti Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Dapatan Korelasi Antara PHT Dengan PMH.
Pemboleh ubah Pengetahuan halalan Pengambilan
ṭayyiban makanan halal
Pengetahuan halalan Korelasi Pearson 1
ṭayyiban Sig ( 2 hujung) .433**
N 250 0.000
Pengambilan Korelasi pearson .433** 250
makanan halal Sig ( 2 hujung) 1
N 0.000
250 250
**Korelasi adalah sig. pada aras keertian 0.01 (2-tailed).
Jadual 3 adalah hasil dapatan analisis Korelasi Pearson di antara pengetahuan halalan
271
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
ṭayyiban dengan pengambilan makanan halal. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa
terdapat hubungan signifikan yang sederhana di antara pengetahuan halalan ṭayyiban dengan
pengambilan makanan halal pada nilai r=0.433 signifikan p= 0.000 lebih kecil daripada aras
keertian p=0.05 (p< 0.05), n=250.
PERBINCANGAN
Penelitian terhadap tahap pengetahuan halalan ṭayyiban murid berdasarkan konstruk yang
dibina, didapati min pada semua konstruk adalah tinggi apabila ianya melebihi nilai 3.66 ke atas.
Ini menunjukkan bahawa perkara tersebut sering diberi perhatian oleh murid khususnya pada
konsep haram dan konsep halal. Ia juga membuktikan bahawa murid mementingkan kepada
konsep halal dan haram untuk mengambil makanan harian. Begitu juga dengan konsep makanan
halal, kesan pemakanan, dan konsep makanan haram yang banyak menyumbang kepada
pengetahuan halalan ṭayyiban murid. Manakala cara proses makanan pula, min menunjukkan
nilai paling rendah iaitu 3.66 dan sisihan piawai 0.88. Walaupun nilai ini agar rendah berbanding
dengan konstruk pengetahuan halalan ṭayyiban yang lain, namun ia juga mempengaruhi
tahap pengetahuan murid terhadap pengambilan makanan halal. Manakala berdasarkan nilai
konstruk yang diperolehi pula terdapat perbezaan nilai tahap pengetahuan halalan ṭayyiban
dalam kalangan murid, tetapi ianya tidaklah menunjukkan perbezaan yang ketara. Secara
keseluruhan nilai min pengetahaun halalan ṭayyiban ialah 4.18 dan sisihan piawai 0.46. Ini
menunjukkan pengetahuan halalan ṭayyiban dalam kalangan murid secara keseluruhannya
berada pada tahap yang tinggi, yang mana ianya disokong dengan dapatan kajian yang
dijalankan, iaitu sebanyak 83%. Dapatan ini juga dapat membuktikan bahawa pengetahuan
halalan ṭayyiban murid adalah baik apabila mereka memberi respons positif terhadap
pernyataan yang dikemukakan dan secara tidak langsung murid mengetahui tentang halalan
ṭayyiban.
Dapatan ini konsisten dengan kajian yang dijalankan oleh Ridzuan, yang mana tahap
pengetahuan tentang konsep makanan halal adalah tinggi dalam kalangan pelajar sekolah
menengah dengan dapatan nilai min 4.44. (Redzuan dan Anuar 2019) Begitu juga dengan kajian
yang dijalankan oleh Ezanee at al. (2-16) terhadap 274 orang mahasiswa, yang mana tahap
pengetahuan halal juga berada pada tahap yang tinggi dan secara tidak langsung mereka
mempunyai pengetahuan yang luas tentang konsep halal. Manakala menurut Nuratifah et al.
(2019), sebanyak 96.3% responden menunjukkan tahap pengetahuan terhadap konsep halal dan
ianya mencapai tahap yang baik. Situasi yang sama juga berlaku dalam kalangan masyarakat
Muslim di Indonesia apabila mereka menunjukkan pengaruh positif terhadap keputusan untuk
membeli produk halal (Munir, et al. 2019).
Sehubungan itu, dengan merujuk jadual kekuatan hubungan pekali korelasi Cohen (1998), tahap
pengetahuan halalan ṭayyiban yang tinggi telah menunjukkan terdapat hubungan positif
yang sederhana dan signifikan antara PHT dengan PMH dalam kalangan murid sekolah rendah
daerah Baling Kedah. Hubungan ini dapat difahami bahawa semakin tinggi darjat pengetahuan
halalan ṭayyiban dalam kalangan murid, maka semakin tinggi keputusan untuk mengambil
makanan halal. Dapatan ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Maryam dan Intan
(2019) yang mana, terdapat hubungan positif dan signifikan (r=0.332) antara pengetahuan
dengan pembelian produk makanan halal. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Munir
et al. (2019) terhadap masyarakat Muslim Indonesia, beliau menyatakan bahawa pengetahuan
halal mempunyai pengaruh positif dan signifikan dalam membuat keputusan untuk membeli
produk halal. Dapatan ini juga disokong oleh Nor Ardyanty et al., (2013) bahawa pengetahuan
dan kefahaman pengguna Muslim tentang konsep halal akan memberikan kesedaran terhadap
makanan halal.
Keadaan ini wujud kerana kecenderungan untuk mengambil makanan halal adalah ditentukan
oleh pengetahuan seseorang tentang sesuatu produk sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Menurut Novita et al., (2019), pengetahuan yang tinggi merupakan pengaruh utama kepada niat
seseorang untuk membuat keputusan. Dengan demikian, sekiranya seseorang mempunyai
pengetahuan yang tinggi mereka tidak akan mengambil sikap sambal lewa dalam pengurusan hal
pemakanan kerana ianya terkait dengan kemuliaan dan keimanan seseorang. Sebagai Muslim,
272
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
penekanan kepada pengetahuan halal berkaitan pemakanan adalah penting, kerana makanan
merupakan punca amalan diterima Allah serta membantu pertumbuhan mental dan fizikal bagi
membentuk peribadi yang baik. Selari dengan maksud firman Allah SWT yang menyuruh
umatnya mengambil makanan halal.
“Dan makanlah yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezkikan
kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.”
(Surah al-Maadah, 5:88)
Ianya juga bersesuaian dengan pendekatan maqasid al-Syariah terhadap penjagaan nyawa dan
akal. Sebagaimana maksud firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al- Maadah, 5:90)
Berdasarkan tafsiran ayat di atas, jelaslah bahawa mengambil makanan halal adalah suatu yang
bersifat qat’i dan dituntut oleh agama. Maka dengan ini, pengambilan makanan halal dan ṭayyib
perlu diiringi dengan pengetahuan yang tinggi agar ianya seiring dengan kehendak syarak dan
bertepatan dengan konsep makanan halalan ṭayyiban. Pun begitu pengambilan makanan
seimbang juga perlu diutamakan kerana makanan adalah bahan berpontensi kepada masalah
kesihatan (Normala 2019) sama ada pengambilan secara berlebihan atau berkurangan.
Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa keputusan dan hasil analisis dapat menyokong
hipotesis kajian yang dibentuk. Maka hipotesis ini boleh diterima apabila nilai korelasi dua
pemboleh ubah r positif serta nilai signifikan p lebih kecil dari aras keertian.
RUMUSAN
Kesimpulannya, kajian komprehensif telah dijalankan ke atas 250 orang murid berkaitan
hubungan antara pengetahuan halalan ṭayyiban dengan pengambilan makanan halal dalam
kalangan murid sekolah rendah di daerah Baling, Kedah. Pendekatan kaedah kajian lapangan
dengan pengedaran set soal selidik dan data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif
bagi menilai tahap pengetahuan halalan ṭayyiban dalam kalangan murid. Hasil analisis kajian
mendapati bahawa tahap pengetahuan halalan ṭayyiban dalam kalangan murid berada pada tahap
yang tinggi dan baik, dengan nilai skor (M=4.40, SP=0.46).
Manakala analisis data menggunakan kaedah korelasi person pula dilakukan bagi melihat
hubungan antara kedua pembolehubah yang dikaji iaitu pengetahuan halalan ṭayyiban
dengan pengambilan makan halal dan keputusan mendapati terdapat hubungan positif yang
sederhana dan signifikan antara PHT dengan PMH dalam kalangan murid sekolah rendah Baling,
Kedah. Walaupun nilai hubungan adalah sederhana tetapi ianya memberi gambaran bahawa
pengetahuan seseorang tentang halal adalah penting dalam menentukan makanan yang hendak
diambil untuk hidangan harian. Dengan pengetahuan yang ada, maka tidak wujud sikap sambil
lewa tehadap pengambilan makanan yang digemari tanpa menilai halal dan haram.
RUJUKAN
Aemy Liza Minhat & Arieff Salleh Rosman, (2015). Makanan dan Kesan Pemakanan menurut
Perpektif Islam, Konferensi Antarabangsa Islam Borneo, vol (1), 1-9.
Bonne, K., Vermeir, I., Bergeaud-Blackler, F., dan Verbeke, W. (2007). Determinants of halal
meat consumption in France, British Food Journal, 109 (5), 367-386.
Catherine M. DuBrecka b. et al. (2018). Examining Community and Consumer Food
Environments for Children: An Urban-Suburban-Rural Comparison in Southwestern
Ontario, Social Science and Medicine, 33-42.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. Ed ke-2. Mc Graw Hill Education.
273
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Das, J. C. (2016). “Fast Food Consumption in Children: A Review,” Medical & Clinical
Reviews, 1-4. Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014). Kaedah
Penyelidikan & Analisis
Data SPSS. Universiti Utara Malaysia.
Jocab Cohen, (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences, cesond edition
(Lawrence Ermbaum Associates, publishers.
Joseph, N., Nelliyanil, M., Rai, S., Raghavendra Babu, Y. P., Kotian, S. M., Ghosh, T., & Singh,
M. (2015). Fast food consumption pattern and its association with overweight among high
school boys in Mangalore city of southern India,” Journal of Clinical and Diagnostic
Research, 13-17.
Muhammad Munir, et al., (2019). Pengaruh Pengetahuan Halal, Kesadaran Halal (Halal
Awareness) Dan Label Halal Terhadap Keputusan Pembelian Produk Jamu Madura, 95-
109.
Muslichah, Rose Abdullah & Lutfi Abdul Razak (2019). The effect of halal foods awareness on
purchase decision with religiosity as a moderating variable: A study among university
students in Brunei Darussalam, Journal of Islamic Marketing, 11 (5), 1-14.
Nor Ardyanti Ahmad & Tunku Nashril Tunku Abaidah (2013). A Study on Halal Food
Awareness among Muslim Customers in Klang, 4Th International Conference on Business
and Economic Research Proceeding, 1-15.
Noraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan, ed. ke-2, Shah Alam Selangor: Mcgraw-
Hill Education Malaysia Sdn. Bhd.
Norsazliyana Mohamad Ismail dan Baseri Huddin Hussain (2012). Kajian Antropometrik Pelajar
Di Sebuah Sekolah Rendah, Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan
Matematik, 185-192.
Piaw, C. Y. (2006a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1, Kaedah Penyelidikan. Kuala
Lumpur: Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Selangor: Pearson Malaysia Sdn.
Bhd. Suzanah, Muhammad dan Najibatul, “Determinants of Food Choice among Adults in
an Urban Community: A Highlight on Risk Perception,” Nutrition & Food Science. 413-
421
274
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
PEREKODAN DAN PELAPORAN KEWANGAN
MASJID SEKOLAH DI RANAU, SABAH
Suhailin bin Lajimin1,a, Saimi bin Bujang2,b, dan Mohd Faiz bin Mohamed Yusuf3,c
1Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah, 2Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak,
3Universiti Teknologi MARA Malaysia
[email protected], [email protected], [email protected]
ABSTRAK
Masjid merupakan sebuah tempat yang amat suci dan merupakan pusat ibadah bagi umat Islam. Di
samping itu ia turut dituntut untuk memperkasakan pengurusan kewangan masjid bagi
melaksanakan pelbagai aktiviti atau program mengimarahkannya. Kajian ini dilaksanakan bagi
mengkaji pengurusan kewangan masjid sekolah di daerah Ranau, Sabah. Objektif kajian ini iaitu
bagi menjelaskan pengamalan pengurusan perekodan dan pelaporan kewangan masjid sekolah di
daerah Ranau, Sabah. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah temu bual digunakan bagi
mendapatkan data primer daripada empat orang responden iaitu dua orang pengerusi masjid dan
dua orang bendahari masjid yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan masjid.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Kajian ini merupakan
kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan kaedah kajian temu bual manakala reka bentuk
kajian ialah kajian kes berbilang dan menggunakan persampelan bertujuan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pengamalan pengurusan kewangan masjid dari aspek perekodan dan
pelaporan sekolah di daerah Ranau, Sabah oleh pengerusi dan bendahari masjid mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Kajian ini dapat memberikan panduan
kepada ahli jawatankuasa masjid bagi merangka beberapa garis panduan yang boleh membantu
pihak pengurusan masjid untuk mempertingkatkan keupayaan pengurusan perekodan dan pelaporan
kewangan masjid.
Kata Kunci: Perekodan, Pelaporan, Kewangan, Masjid, Ranau
Pendahuluan
Masjid merupakan institusi penting kepada umat Islam. Ia adalah tempat mulia, pusat menunaikan
ibadah khsusus umat Islam seperti solat, iktikaf, membaca al-Quran dan sebagainya. Ia turut
memainkan peranan penting sebagai pusat menuntut ilmu, bertemu, berbincang, melaksanakan
program syiar Islam, pembangunan ummah dan juga aspek pembangunan rohani dan jasmani. Ia
turut menjana ekonomi umat Islam sekitar. Di samping itu ia dapat menyatupadukan umat Islam.
Firman Allah SWT dalam al-Quran Surah at-Taubah ayat 18 yang bermaksud:
“Bahawasanya yang layak memakmurkan masjid Allah itu adalah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut
melainkan Allah, maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.
(Surah at-Taubah ayat 18)
Masjid adalah institusi penting pada zaman pemerintahan kegemilangan Islam dahulu. Fungsi dan
peranannya seperti pusat pemerintahan, pusat perekonomian, pentadbiran negara, menuntut ilmu,
keagamaan, perundangan, institusi sosial dan sebagainya (Joni dan Che Zarina, 2003, Saimi, 2015).
Dilihat dewasa ini masjid menjadi tempat yang lebih signifikan apabila ia turut membina ekonomi
umat Islam. Secara tidak langsung masjid di sekolah khususnya dan masjid di seluruh Malaysia
amnya menjadi tempat pusat tumpuan untuk melaksanakan aktiviti keagamaan seperti menunaikan
ibadah solat lima waktu, membaca al-Quran, pelaksanaan program agama Islam seperti ceramah
agama, sambutan hari kebesaran Islam iaitu hari raya aidil fitri, aidil adha dan sebagainya. Maka
275
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
secara langsung melibatkan urusan pengurusan perekodan dan pelaporan kewangan masjid di
sekolah. Ia amat perlu kerana ia adalah bukti yang perlu dikemukakan apabila diminta oleh pihak
yang berkaitan dengannya seperti pihak pengurusan sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan
pendidikan negeri, kementerian pendidikan Malaysia dan jabatan agama negeri.
Objektif Kajian
Objetif kajian iaitu menjelaskan pengamalan pengurusan perekodan dan pelaporan pengurusan
kewangan masjid sekolah di daerah Ranau, Sabah.
Masjid dan Umat Islam
Masjid hendaklah ditadbir dengan sebaiknya dan cemerlang. Pengurus institusi masjid adalah
pemeganag amanah daripada Allah SWT yang mentadbir dan mengurusnya (Hasan Bahrom, 2008).
Fimran Allah SWT dal surah Al-A’raf ayat 29 yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad, Tuhanku menyurh berlaku adil pada segala perkara dan
memerintahkan agar kamu menghadapkan wajah (dan hati) kamu kepada Allah dengan betul
setiap kali mengerjakan solat dan beribadahlah kepadaNya semata-mata, sebagaimana Dia
(Allah) menciptakan kamu pada mulanyadan demikian pula kamu akan dikembalikan kepadaNya”.
(Surah al- ‘Araf ayat 29)
Kedaulatan dan syiar Islam bermula daripada institusi masjid. Ia menghubungkan hamba kepada
Penciptanya. Masjid menjadi pusat tertinggi umat Islam sebagai pusat beribadah, membina
tamadun dunia, perkembangan ilmu, membentuk jiwa unggul dan jasmani. Selain itu ia menyatukan
umat Islam, memupuk persaudaraan, membentuk satu umat yang mulia daripada pelbagai bangsa,
warna kulit, berbeza bahasa dan sebagainya. Peredaran zaman dan masa menyebabkan masjid perlu
memainkan peranannya yang lebih jauh dan proaktif seiring dengan kemodenan agar masyarakat
tidak bertelagah dan kucar kacir (Mohd Noor Azli Ali Khan et al., 2008). Maka pengurus masjid
hendaklah memastikan masjid menjadi isntitusi penting kepada masyarakat Islam. Justeru ini
institusi masjid perlu kreatif dan inovatif menyelesaikan isu yang dihadapi olehnya. Masjid perlu
menjadi institusi yang boleh menyelesaikan masalah umatnya seperti masalah moral dan
kemiskinan (Hasan Baharom, 2008).
Institusi ini kini, memang tidak digunakan sebagai pusat mentadbir tetapi fungsinya untuk
membina insan mulia perlu dikekalkan. Maka seharusnya banyak lagi fungsi dan peranannya yang
harus dipupuk agar ia menjadi institusi yang cemerlang berbanding hanya sebagai tempat
keagamaan semata-mata. Sebagai satu usaha awal ke arah menjadikan masjid sebagai pusat
kewangan kepada masyarakat sekeliling maka diwujudkan kerjasama sesama masjid berdekatan
atau mukim. Kerjasama ini seperti mewujudkan koperasi masjid yang terdiri daripada pakar yang
mempunyai kelayakan agar dapat mncadangkan idea yang lebih maju ke depan. Kewujudannya
akan membuka peluang pekerjaan baru yang berimpak tinggi kepada semua khususnya dalam
ekonomi Islam. Kesannya akan memajukan industri usahawan Muslim. Secara tidak langsung dana
yang sedia ada akan ditambah dan bertambah banyak. Kesannya banyak program dan aktiviti yang
dapat dilaksanakan untuk umat Islam dan membina kemenjadian institusi masjid yang lebih
cemerlang dan unggul. Seharusnya dana yang diperolehi dapat memberi manfaat yang maksimum
kepada umat Islam (Mohd. Yahya et. al., 2014). Ini menjelaskna bahawa Islam itu bukan hanya
sekadar mengamalkan agama secara ritual semata-mata tetapi lebih daripada itu menyempurnakan
kehidupan manusia (Husnul Rita, 2014).
Bermula di sini masjid menjadi pusat pembangunan ekonomi setempat dan meningkatkan
kehidupan umat Islam. Tabung bergerak di masjid misalnya antara program yang amat baik untuk
menambah dana masjid (Husnul Rita, 2014). Sememangnya masjid adalah nadi utama umat Islam
yang tidak boleh dipisahkan. Ia diimarahkan dengan kehadiran jemaah agar dimeriahkan dengan
aktiviti ritual, keagamaan dan sebagainya. Tanpa jemaah maka masjid tidak akan menjadi meriah
dan akan sunyi. Pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat mereka berada di masjid hampir
setiap masa. Ia menjadi pusat penyebarah dakwah Islam, pusat ilmu, pusat ekonomi Islam, pusat
276
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
pentadbiran negara, sebagai mahkamah tempat menghakimi, tempat bermesyuarat dan
sebagainya (Saimi, 2015) dan mendapat maklumat (Zakaryya Mohamed Abdel, 2010). Malah
ramai para ilmuan Islam yang lahir daripada pengurusan masjd yang cemerlang pada zaman lalu
(Ibn Khaldun, t.t.).
Persepsi masyarakat kini terhadap fungsi dan peranan masjid dilihat sempit dan terhad. Masjid
dilihat sebagai pusat beribadah semata-mata. Fungsi lainnya seperti pusat kehakiman, pusat
ekonomi dan sebagainya diambil alih oleh institusi, pejabat, kementerian, Lembaga, pusat dan
sebaginya yang diwujudkan oleh pihak yang memerintah (Fidlizan dan Mohd Yahya, 2009).
Kesannya ia menghilangkan kegemilangan masjid di mata masyarakat. Faktor yang menaikan nama
institusi masjid ialah pebentukan modal sosial yang aktif seperti penganjuran aktiviti dan program
berbentuk keagamaan. Aktiviti tersebut seperti kuliah, ceramah, bengkel, kursus, gotong-royong
dan sebagainya (Hairunnizam et. al., 2009). Namun kehadiran jemaah ke masjid dipengaruhi oleh
hubungan rapat masjid dengan masyarakat (Roslan, 2008) dan penyediaan tempat ibadah yang
selesa, aktiviti pembelajaran agama yang konsisten, pengurusan kewangan yang cemerlang dan
tanpa konflik (Mohd. Yahya et. al., 2014).
Sumber Dana Masjid
Institusi masjid secara amnya terhad kepada satu tempat untuk melaksanakan ibadah khusus.
Namun perkembangan zaman telah mejadikannya memainkan pelbagai fungsi dan peranan semakin
luas. Salah satunya pengurusan kewangan masjid seperti menerima sedekah, derma, mengurus
harta wakaf di samping membangunkan sosioekonomi masyarakat Islam sekitarnya. Mohd Yahya
et. al., (2014) menyatakan bahawa institusi masjid mampu untuk melaksanakan amanah dan
tanggungjawab ini. Maka usaha demi usaha dilakukan agar peranan masjid digerakkan secara lebih
komprehensif. Usaha ini seperti mengadakan program forum, seminar, bengkel dan sebagainya
berbanding sebelum ini hanya sebagai tempat beribadah solat bahkan masjid turut menumpu
kepada amalan mulia seperti mewujudkan masyarakat yang dermawan melalui ibadah sedekah,
wakaf dan sumbangan ikhlas. Amalan ini signfikan kepada anggapan mendapat balasan baik
semasa hidup dan setelah mati.
Kutipan paling banyak diperolehi pada solat hari Jumaat setiap minggu. Kutipan daripada
aktiviti ini dibelanjakan pada program kerohanian dan keagamaan seperti sambutan hari kebesaran
Islam, kuliah agama, kursus, bengkel, pengurusan jenazah dan lain-lain. Dana masjid turut
diperolehi daripada sewaan seperti sewaan rumah, kedai, tanah yang menjadi sumber dana masjid
(Hasan, 2008). Usaha ini juga sumber dana dan serterusan untuk jangka masa yang panjang
(Fidlizan et al., 2007). Umat Islam yang ramai di sesuatu tempat turut menjadi sumber pendapatan
wang masjid yang banyak (Mohd Yahya et al, 2014).
Dua sumber kewangan yang diterima masjid iaitu daripada kerajaan negeri dan sumbangan
orang ramai (Maliah, 2007). Penyelenggaraan masjid yang dibuat oleh masjid daripada sumber
kerajaan dan di samping aktiviti keagamaan. Manakala bagi melaksanakan aktiviti masjid yang lain
adalah daripada dana yang diperolehi melalui sumbangan orang ramai. Masjid turut mendapat dana
daripada zakat dan pihak korporat (Fidlizan et al., 2007). Siti Alawiah et. al., (2008) mendapati
terdapat kelemahan bagi amalan pengurusan kewangan masjid di Semenanjung Malaysia khususnya
dari aspek sistem mengawal perbelanjaan masjid yang mana masjid tidak menyediakan belanjawan
tunai untuk dijadikan sebagai rujukan dalam mengurus kewangan masjid, tiada pelaporan yang
lengkap khususnya dalam aspek kutipan dan perbelanjaan diperolehi dari sumber sedekah dan
sebagainya. Tidak terdapat satu bentuk piawaian yang standard bagi mengawasi kuasa, pencatatan
urusniaga kewangan, fizikal, tugasan, pengoperasian bank, pelaporan maklumat kewangan yang
digunakan oleh masjid di Semenanjung Malaysia. Ia akan menjadi asbab akan berlakunya
perbuatan yang menyeleweng seperti penipuan, kecurian dan pelbagai aktiviti yang menyalahi
peraturan dan undang-undang (Mohd Yahya et. al., 2014).
Pada aspek mengembangkan sumber dana pendapatan masjid yang mana masjid boleh
memainkan peranan penyelesai isu sosioekonomi Islam. Simpanan tunai masjid di negeri Perak
sebanyak 8.7 juta dalam 24 buah masjid (Mohd. Yahya et. al., 2014). Peranan masjid dalam aspek
ini boleh menjadi pemangkin untuk menangani sebarang krisis kerana masjid mempunyai dana
277
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
dalam jumlah yang amat besar (Fidlizan, 2007) terutama masjid yang berada di sekitar bandar dan
pekan dengan jumlah umat Islam yang ramai dan berpendapatan tinggi. Namun terdapat masjid yang
tidak melakukan perbelanjaan ke dalam aspek tersebut kerana masjid cenderung untuk menyimpan
wang di dalam bank terutama sumbangan awam (Jaafar et. al., 2001). Ia tidak disalurkan untuk
melaksanakan aktiviti dan program yang dapat memberikan keuntungan kepada masjid dan
masyarakat sekitar. Dana tersebut turut disimpan di dalam akaun semasa uantuk medapatkan
pulangan yang sedikit. Bagi menyelesaikan isu ini, masjid dicadangkan agar melakukan perubahan
dalam oraganisasi masjid. Masjid melantik ahli jawatankuasa masjid yang mempunyai kepakaran,
ilmu pengetahuan dan akauntibiliti yang tinggi dalam bidang tertentu seperti pakar perniagaan,
usahawan, akauntan, agamawan dan sebagainya (Zainudin, 2001). Tindakan yang diambil ini
dijangka dapat mengembangkan dana masjid yang diperolehi daripada pelbagai sumber ekonomi
yang produktif melalui penubuhan institusi berpusat seperti bank, koperasi masjid, saham, wakaf
dan sebagainya yang turut memberikan faedah kepada masyarakat Islam (Mohd. Yahya et. al.,
2011).
Penjanaan Dana Masjid
Institusi masjid perlu mengadakan kempen menderma kepada masjid. Perkara ini seharusnya
dilakukan agar ia dapat memupuk sifat bersedekah dalam diri muslim. Program Bank Islam
Malaysia Berhad dengan memperkenalkan tabung bergerak yang dapat menjana kewangan masjid.
Ia merupakan satu kerjasama masjid dengan pihak luar yang dapat membantu penjanaan dana
masjid. Melalui program ini Bank Islam telah menagihkan sumbangan sedekah ini kepada beberapa
buah masjid. Penyediaan mesin Pendeposit Tunai dan mesin Pengeluaran wang melalui ATM
diubahsuai agar pendeposit dan pengeluar wang dapat menderma kepada bank. Wang derma ini
pula diedarkan kepada masjid. Setiap penderma akan diberi resit oleh mesin tersebut sebagai
rujukan. Kesannya ramai penderma akan menderma kepada masjid.
Usaha yang perlu digerakkan ialah pengurusan kewangan masjid yang mantap dan teratur.
Ramai masyarakat memberikan sumbangan kepada masjid dalam bentuk wang ringgit, tenaga,
masa, buah fikiran dan sebagainya. Pengenalan program Tabung E Masjid adalah satu bentuk baru
untuk mendapatkan dana masjid (Husnul Rita et. al., 2014) yang mana pihak masjid menyertakan
laman sesawang masjid dan nombor akaun bank agar masyarakat menyumbang ke dalam akaun
bank masjid. Ia menggalakkan masyarakat terus menerus untuk menderma.
Kamera CCTV, Kiosk Bank, Tabung masjid adalah perkara baru dalam institusi masjid kini
memerlukan kepada pemasangan keselamatan agar masjid bukan dijadikan tempat berlakunya
jenayah. Maka insuran perlu dibeli oleh pihak masjid. Ini akan meningkatkan keyakinan
masyarakat kepada masjid. Masjid sendiri yang mencorak pengurusannya sendiri (Jaafar Ahmad,
1999). Namun persepsi masyarakat sekitar yang sempit akan membatasi fungsi sebenar masjid
yang akan melenyapkan kecemerlangannya (Mohd. Yahya et.al., 2014).
Oleh itu pendidikan ahli jawatankuasa masjid mempengaruhi corak tadbir masjid dari aspek
pengurusan kewangannya (Jaafar, 1999) pada aspek wawasan, perancangan, pelaksanaan program
yang aktif dan moden. Perolehan dana turut dipengaruhi oleh tingkatan pengetahuan dan
pengalaman keahlian ahli jawatankuasa masjid. Perolehan dari sudut perniagaan, pelaburan, saham,
sewaan dan sebagainya akan meningkatkan pendapatan masjd (Joni et. al., 2011; Husnul Rita et.
al., 2014). Penyimpanan dana masjid akan memberikan pulangan yang sedikit berbanding
dilaburkan (Jaafar, 1999). Namun, dana masjid tidak digunakan untuk membeli aset walaupun
masjid ada kemampuan berbuat demikian (Jaafar Ahmad et al, 1999). Menurut Fidlizan et.al (2007)
mendapati bahawa bendahari adalah yang menguruskan soal urusan kewangan masjid. Oleh itu,
urusan kewangan masjid adalah amat penting kepada institusi masjid.
Perekodan dan Pelaporan
Pada aspek perekodan dan pelaporan masjid perlu dilaksanakan oleh institusi masjid. Namun
terdapat masjid yang tidak membuat pelaporan yang lengkap dan terperinci. Jika ada laporan
disediakan terdapat maklumat yang terhad. Kajian oleh Siti Alawiah et. al., (2008) menyatakan
bahawa terdapat masjid yang tidak membuat pelaporan secara lengkap dalam aspek kutipan dan
perbelanjaan sumber dana masjid. Ia diperolehi daripada dana sumbangan bentuk sedekah. Selain
278
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
itu dana daripada aspek ini ada masjid yang tidak memaklumkan pelaporan kepada pihak umum
atas nasihat daripada pihak berkuasa. Pelaporan perlu dilakukan agar masyarakat sekitar tidak
membuat persepsi yang tidak baik kepada ahli jawatankuasa masjid (Siti Alawiah et. al.,, 2008).
Oleh itu segala bentuk perekodan dan pelaporan hendaklah dilaksanakan oleh pihak masjid
khususnya dalam perkara sistem kawalan dalaman, fizikal, kuasa, catatan urusniaga, operasi bank
dan pelaporan maklumat kewangan agar institusi masjid menjadi contoh terbaik kepada institusi
setarafnya dalam segala urusan berkaitan mengurus kewangan institusinya.
Maka dapat disimpulkan bahawa semua urusan berkaitan kewangan masjid memerlukan kepada
perekodan dan pelaporan. Ini terutama kepada aspek perekodan yang melibatkan tatacara tadbir
kemasukan dana masjid, tanggungjawab merekod, penggunaan resit rasmi, dan jumlah wang yang
disimpan dalam tangan. Manakala pelaporan pula yang melibatkan individu yang
dipertanggungjawabkan membuat pelaporan, pelaporan penyata kewangan kepada ahli kariah dan
pelaporan kepada pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Negeri. Pengkaji akan
menerangkan berkaitan perekodan dan pelaporan yang berlaku di masjid sekolah di Ranau, Sabah.
Metodologi Kajian
Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan data primer
daripada empat orang responden iaitu dua orang pengerusi masjid dan dua orang bendahari masjid
yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan masjid. Kajian ini merupakan kajian
kualitatif sepenuhnya yang menggunakan kaedah kajian temu bual separa brstruktur manakala reka
bentuk kajian ialah kajian kes berbilang dan menggunakan persampelan bertujuan. Data yang
diperolehi dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif.
Kajian ini dijalakan di dua buah masjid sekolah di daerah Ranau, Sabah seperti dalam jadual 1.
1. Jadual 1.1:
Senarai Masjid, Bilangan Pengerusi dan Bendahari Terlibat
Bil Nama Masjid Bil Pengerusi Bil Bendahari
1
1 Masjid AL-Bukhari SMKA Mohamad 1
1
Ali Ranau 2
2 Surau SMK Lohan Ranau 1
Jumlah 2
Kajian dijalankan di dua buah sekolah kerana kekangan masa dan kewangan. Ia dilaksanakan
menggunakan kaedah temu bual yang diadakan secara temu bual separa struktur dan bersemuka.
Pengkaji menemu bual responden yang telah ditentukan menggunakan soalan yang telah ditentukan
kepada pengerusi dan bendahari masjid sekolah sahaja. Ini kerana ia memenuhi dan menjawab
objektif kajian. Objektif kajian ialah menjelaskan pengamalan pengurusan perekodan dan
pelaporan kewangan masjid sekolah di daerah Ranau, Sabah.
Kajian ini mengunakan metode temu bual bagi mendapatkan maklumat daripada empat orang
responden iaitu dua orang pengerusi masjid dan dua orang bendahari masjid yang terlibat secara
langsung dalam pengurusan kewangan masjid. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
metode induktif dan deduktif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya yang
menggunakan kaedah kajian temu bual manakala reka bentuk kajian ialah kajian kes berbilang dan
menggunakan persampelan bertujuan.
279
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Dapatan Kajian Pengurusan Pelaporan dan Perekodan Kewangan Masjid Sekolah.
Hasil kajian dikategorikan kepada amalan perekodan dan pelaporan pengurusan kewangan masjid
sekolah di daerah Ranau, Sabah.
Amalan Perekodan Kewangan Masjid Sekolah di Ranau Individu Yang Terlibat Menguruskan
Kewangan Masjid
Dapatan kajian terhadap empat responden dalam pengurusan kewangan masjid ialah melibatkan
pengerusi dan bendahari sahaja. Pengerusi dan bendahari telah diberi autoriti untuk
menandatangani urusan pengeluaran wang masjid dari bank. Keputusan berkaitan dengan
kewangan masjid tetap diputuskan secara tuntas melalui mesyuarat dan hendaklah mendapat
persetujuan secara majoriti semasa mesyuarat tersebut. Rumusan kajian ini mendapati bahawa
individu yang terlibat dalam menguruskan kewangan masjid adalah semua jawatankuasa
pengurusan masjid melalui mesyuarat. Namun demikian, individu yang diberi autoriti untuk
melaksanakan keputusan mesyuarat tersebut adalah pengerusi dan bendahari.
Individu Bertanggungjawab Merekod Urusan Kewangan Masjid
Dapatan kajian daripada semua responden kajian mendapati bahawa bendahari merupakan individu
yang bertanggungjawab untuk merekod segala urusan keluar dan masuk kewangan masjid.
Bendahari merekodkan segala hal ehwal berkaitan dengan kewangan masjid bagi memastikan
ketelusan dan kebolehkesanan (traceability). Bendahari kemudiannya akan memaklumkan kepada
jawatankuasa pengurusan masjid melalui mesyuarat segala urusan berkaitan dengan hal ehwal
kewangan masjid.
Resit Rasmi Untuk Urusan Penerimaan Wang
Ahli jawatankuasa pengurusan masjid sekolah di Ranau menyatakan bahawa mereka tidak
mempunyai resit rasmi untuk urusan penerimaan wang masjid. Kebanyakan urusan penerimaan
dana masjid tidak memerlukan resit rasmi kerana ia merupakan hasil yang diperolehi melalui tabung
masjid seperti derma dan sedekah. Responden kajian menyatakan adalah terlalu sukar untuk
mengeluarkan resit kepada mereka yang menyumbang ke tabung masjid terutamanya pada solat
Jumaat, solat sunat Aidil Fitri dan solat sunat Aidil Adha.
Jumlah Wang Tunai Yang Dibenarkan Disimpan Dalam Tangan
Dapatan kajian aspek ini bahawa jumlah maksimum tunai yang dibenarkan dalam tangan hanyalah
RM500.00 sahaja. Transkrip temu bual berkaitan perkara tersebut dipetik daripada responden R1
iaitu; “…saya sebagai bendahari hanya menyimpan wang dalam tangan lima ratus sahaja, jika
lebih dari itu akan disimpan dalam akaun bank ..”. Daripada pernyataan ini, dapat dinyatakan
bahawa pihak pengurusan masjid sekolah di daerah Ranau menyimpan wang yang melebihi had
dibenarkan ke dalam akaun masjid sekiranya tidak ada aktiviti masjid. Namun, jika terdapat aktiviti
yang memerlukan wang segera untuk digunakan maka pengurusan masjid tidak akan memasukkan
wang lebihan yang dibenarkan ke akaun bank kerana ia akan menyebabkan perlaksanaan aktiviti
masjid tergendala atau bermasalah.
Perekodan Aset Masjid
Kajian mendapati setiap aset masjid direkod dan didaftar. Tidak ada seorang pun responden yang
menyatakan sebaliknya berkenaan dengan perekodan aset masjid. Berdasarkan maklumat yang
diperolehi melalui proses temu bual bersama responden kajian, pengkaji mendapati setiap aset
masjid mempunyai rekod dan didaftarkan sebagai harta masjid. Manakala individu yang terlibat
untuk merekod segala aset masjid pegawai rekod. Rasional pemilihan bendahari sebagai pegawai
rekod aset masjid kerana bendahari mengetahui jenis barang atau peralatan baru yang perlu dibeli.
Ia bagi keperluan masjid seperti menggantikan lampu, pintu tandas, pintu masjid yang rosak atau
sebagainya. Wang tunai dalam tangan akan digunakan untuk membeli aset masjid dan direkodkan
oleh bendahari.
280
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Oleh itu, berdasarkan kepada amalan perekodan kewangan masjid di sekolah daerah Ranau,
Sabah dapat disimpulkan bahawa pengerusi dan bendahari masjid sekolah melaksanakan kaedah
perekodan berdasarkan kepada panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri Sabah.
Amalan Pelaporan Kewangan Masjid di sekolah
Amalan pelaporan kewangan masjid bagi kajian ini dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu; individu
yang bertanggungjawab untuk melaporkan urusan keluar dan masuk wang masjid, pelaporan penyata
kewangan masjid kepada ahli kariah dan pelaporan penyata kewangan masjid kepada Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Individu Bertanggungjawab Melaporkan Urusan Kewangan Masjid
Kajian mendapati bahawa bendahari merupakan individu yang dipertanggungjawabkan untuk
melaporkan urusan kewangan masjid. Pengerusi masjid bertanggungjawab untuk melaporkan urusan
kewangan masjid. Pelaporan keluar dan masuk kewangan tersebut dilaporkan semasa mesyuarat ahli
jawatankuasa pengurusan dan pentadbiran masjid. Masjid sentiasa menyediakan laporan berkaitan
dengan keluar dan masuk kewangan yang disediakan oleh bendahari kemudian dibentangkan sebagai
pelaporan semasa mesyuarat ahli jawatankuasa masjid.
Pelaporan Penyata Kewangan Masjid Kepada Ahli Kariah
Setiap kutipan dan pengeluaran wang masjid akan dilaporkan kepada ahli masjid di kalangan warga
sekolah sama ada melalui mesyuarat atau dicatatkan di papan kenyataan masjid. Semua responden
juga turut memaklumkan bahawa pelaporan kewangan masjid kepada warga sekolah dilakukan
secara bulanan melalui papan kenyataan masjid. Pengerusi dan bendahari masjid akan sentiasa
mengemaskini maklumat yang terdapat di papan kenyataan tersebut. Selain itu, pelaporan kewangan
masjid turut dilakukan semasa mesyuarat dan kekerapan pelaporan tersebut bergantung kepada
kekerapan mesyuarat yang diadakan oleh pihak jawatankuasa pengurusan masjid.
Pelaporan Penyata Kewangan Masjid Kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
(JHEAINS)
Kajian dapati masjid sekolah tidak pernah menghantar laporan kewangan masjid ke JHEAINS tetapi
diserahkan kepada pengetua sekolah sahaja atau paparkan secara umum di papan kenyataan masjid.
Pelaporan kewangan masjid dilaporkan ke ketua jabatan di kawasan masjid berkenaan. Namun, ia
masih mengamalkan pengurusan kewangan yang baik apabila menyediakan laporan kewangan untuk
diserahkan kepada pihak atasan.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengurusan kewangan masjid bagi bahagian pelaporan
kewangan masjid sekolah di daerah Ranau, Sabah bahawa pengerusi dan bendahari melaksanakan
pelaporan berdasarkan kepada panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Negeri Sabah.
Rumusan
Hasil kajian ini memberi petunjuk tahap perekodan dan pelaporan pengurusan kewangan masjid di
sekolah di daerah Ranau, Sabah. Didapati wujudnya satu amalan pengurusan perekodan dan
pelaporan masjid yang memuaskan oleh pengerusi dan bendahari dijalankan dengan baik.
Kewujudan amalan seperti ini boleh membantu pengurusan tersebut diurus dengan sewajarnya
sebagaimana yang diharapkan oleh warga sekolah. Ini kerana akibat daripada kelemahan yang
diamalkan dalam aspek ini boleh membawa kepada salah tafsir seperti tuduhan menyeleweng atau
menipu terhadap jawatan kuasa yang dipertanggungjawabkan. Maka penambahbaikan berterusan
wajar dilaksanakan agar aspek ini dibuat dengan efektif. Ia turut dilihat mampu membentuk nilai
insan yang mulia. Pada aspek menambahbaik di dalam sudut perekodan dan pelaporan pengurusan
kewangan masjid di sekolah khususnya melalui kaedah-kaedah yang ditentukan. Pertama, aspek
kesedaran secara istiqamah dalam mengurus perekodan dan pelaporan kewangan di semua tahap dan
peringkat pengurusan masjid sekolah. Ia boleh dibuat dengan mengedarkan dan menyediakan satu
281
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
peraturan yang lengkap dalam bentuk kawalan dalaman pengurusan kewangan masjid dalam semua
peringkat pengurusan masjid. Peraturan yang dibentuk hendaklah merujuk kepada arahan semasa
yang dikeluarkan oleh institusi Jabatan Agama Islam Negeri dan manual Arahan Perbendaharaan.
Kedua, pihak pengurusan masjid sekolah memupuk kesedaran secara penerangan, latihan atau
praktikal. Ia disarankan kerana kajian mendapati terdapat kelemahan masjid sekolah dari aspek
amalan mengurus kewangan masjid sekolah. Disarankan agar pihak sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri menyediakan jawatan penyelia kewangan masjid yang
terlatih sebagai langkah jangka masa panjang. Oleh itu disarankan agar memberi peruntukan.
pengisian jawatan ini boleh membantu masjid sekolah meningkatkan prestasi amalan pengurusan
kewangan masjid sekolah di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya.
BIBLIOGRAFI
Fidlizan Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin, Syed Ismail Syed Mohamad dan Amal Hayati
Ishak. (2007). Potensi Pengembangan Industri Kecil Sederhana (IKS) Melalui Dana Masjid,
dalam Prosiding Persidangan Kebangsaan Industri Kecil dan Sederhana 2007.
Hairunnizam Wahid, Nor Ghani Md Nor, Jaafar Ahmad dan Sanep Ahmad. (2009). Masjid dan
Pembentukan Modal Sosial: Apakah Faktor Penentu Aktivism Masjid? dalam Sanep et.al
(penyt.), Prosiding Bengkel Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam, 1–9.
Hasan Bahrom. (2008). Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi
Ummah, Muhd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (penyt.), Pengurusan Berkualiti
Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Johor: Penerbit UTM.
Husnul Rita Binti Aris dan Nor Saadah Binti Musa, (2014). Pengurusan Tabung Masjid Ke Arah
Pembangunan Ekonomi Masyarakat Setempat. Proceeding of the International Conference
on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) (e-ISBN 978-967-13087-1-4). 1-2 December
2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Ibn Khaldun. (T.t.) Muqaddimah .Kaherah: alMaktabah Tijariyyah al_kubra. ms403
Jaafar Ahmad,Dr. Sanep Ahmad, Mariani Ab. Majid dan Hairunnizam wahid.(1999). Fakulti
Ekonomi, Bangi:UKM
Joni Tamkin Borhan and Che Zarrina Sa’ari. (2003). Pembangunan Ekonomi Masjid dalam
Norrodzoh Hj. Siren & Yusmini Md Yusoff (penyt.), Membangun Institusi Masjid. Kuala
Lumpur: Intel Multimedia and Publication.
Joni Tamkin Borhan, Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Mohammad & Mohd Fauzi
Abu@Hussin (2011), Membentuk usahawan Muslim: Peranan dana masjid. Al-Basirah,
1(1), 53–63.
Maliah Sulaiman. (2007). The Internal Control Procedures of Mosques in Malaysia. Blumenau,
3(2), 101–115.
Mohd Noor Azli Ali Khan, Mohd Zulrushdi Salleh dan Norhayati Salleh. (2008). Pengurusan
Masjid: Satu Tinjauan ke atas Kecemerlangan Masjid, Mohd Ismail Mustari dan Kamarul
Azmi Jasmi (penyt.), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Masjid. Johor:
Penerbit UTM.
Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Mohamad Ali Roshidi
Ahmad. (2014). Persepsi Masyarakat Terhadap Keupayaan Pengembangan Dana Masjid.
Sains Humanika 2:1, 13-21
Saimi Bujang (2015), Aplikasi Pendekatan Pemasaran Tempat ke atas Institusi Masjid. Tesis
Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak.
Siti Alawiah Siraj, Shahul Hameed Mohamed Ibrahim & Maliah Sulaiman (2008). Pengurusan
Kewangan: Mempamerkan Akauntabiliti Masjid. IIUM. See discussions, stats, and author
profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/258929702
Zainuddin Jaafar. (2001). Ke Arah Menjadikan Institusi Masjid Sebagai Pusat Kecemerlangan
Komuniti Islam Selangor. Jurnal YADIM, 2.
282
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Keberkesanan Kaedah Hafaz kepada Baca (HAkBA) Dalam Penguasaan Asas
Tilawah Al- Quran di Sekolah Pedalaman
Rosita Binti Buwathy
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat,
Kunak [email protected]
Abstrak
Kaedah Iqra‟ merupakan teknik yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
al- Quran di sekolah-sekolah Malaysia bagi membolehkan murid mengenal huruf dan membaca
al- Quran. Namun, isu kelemahan penguasaan murid dalam asas tilawah al-Quran masih tidak
dapat diselesaikan. Hal ini mendorong kajian kepada kaedah dan teknik pengajaran al-Quran yang
baharu. Pengkaji telah mencipta satu inovasi pengajaran al-Quran iaitu Kaedah Hafaz kepada Baca
(HAkBA) yang memberi penekanan kepada murid Tahun 3 yang belum menguasai asas al-Quran
seperti Huruf Hijaiyyah, bacaan berbaris atas, bawah, hadapan, sukun, sabdu, mad dan tanwin. Hal
ini semakin mencabar apabila perubahan medium PdP yang kini dilaksanakan rentetan daripada
pandemik COVID-19. Ini mengakibatkan kesukaran perlaksanaan pembelajaran Tasmik dalam
talian terutama bagi sekolah pedalaman yang tidak mempunyai akses internet yang baik. Kajian
ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan Kaedah HAkBA secara empirikal dalam PdP al-
Quran di sekolah pedalaman. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif ke atas
7 orang responden Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Keramat, Kunak, Sabah.
Pengkaji telah mengambil masa selama 4 minggu untuk mendapatkan hasil penguasaan al-Quran
menggunakan kaedah HAkBA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
dalam penguasaan bacaan asas Al- Quran bagi 4 minggu. Kaedah HAkBA mempunyai kelebihan
yang tersendiri. Justeru, teknik ini wajar diketengahkan sebagai modul alternatif pengajaran al-
Quran dalam arus perdana terutama di sekolah pedalaman.
Kata Kunci: Kaedah HAkBA, Asas al-Quran, inovasi
Pendahuluan
Al-Qur‟an merupakan kitab suci umat Islam yang telah menghimpunkan pelbagai sumber
ajaran Islam dan berfungsi sebagai petunjuk dan pedoman hidup untuk mencapai kebahagiaan
dunia dan akhirat (Hernawan, 2018). Ia bermula dengan mengenal huruf Hijaiyyah kemudian
melaksanakan tuntutan membaca al-Quran dengan baik seterusnya melestarikan hafazan al-Quran
dan akhir sekali dapat memahami serta mengamalkan intisari al-Quran dalam prinsip kehidupan
manusia. Oleh kerana itu umat Islam harus mempelajari al-Quran seawal usia sebagai bekalan
kehidupan dan “modal” mengenali Sang Khalik (Allah swt.) melalui ciptaan-Nya (Lubis, Mahrani,
Margolang, & Assingkily, 2020).
Model Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod
perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang diaturkan bagi
membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di SK. Ia dilaksanakan di luar jadual waktu
sekolah. Objektif Model Tasmik ialah murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid dan dapat
mengkhatamkan bacaan al- Quran 30 juzuk. Kumpulan sasarannya adalah semua murid yang
beragama Islam Tahun1 hingga Tahun 6 di SK (Mohd Pisol & Hashim, 2015). Namun,
pencapaian murid Tahun 3 di SK Tanjung Keramat, Kunak sangat tidak memberangsangkan.
Dapatan pengkaji pada bulan Ogos 2021, seramai 7 orang murid tahun tiga masih berada pada
tahap Iqra‟ 2 dan 3, iaitu masih belum menguasai asas bacaan al-Quran seperti huruf-huruf
Hijaiyyah, bacaan berbaris atas, bawah, hadapan, mad, tanwin, sukun dan sabdu.
SK Tanjung Keramat, Kunak merupakan sekolah pedalaman dalam daerah Kunak, Sabah.
Berada pada jarak 51 kilometer dari pekan Kunak menjadikan sekolah ini jauh daripada
kemudahan internet. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam
283
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
talian termasuklah bagi matapelajaran Tasmik yang menekankan kaedah pembelajaran secara
Talaqqi Musyafahah. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku sejak tahun 2020 rentetan
daripada pandemik COVID-19 menyebabkan kesukaran untuk melaksanakan pembelajaran dan
guru perlu membuat bimbingan berfokus mengikut tahap penguasaan murid. Namun, hal ini sukar
direalisasikan kerana pengkaji menghadapai kesukaran melaksankan PdP secara dalam talian
seperti Google Meet, Zoom, Google Classroom dan lain-lain serta turut menghadapi masalah bagi
mendapatkan maklumbalas perkembangan murid seandainya dijalankan secara luar talian seperti
rakaman video atau audio Tasmik murid.
Ibu bapa merupakan guru pertama anak-anak, manakala rumah adalah sekolah pertama
mereka. Norma baharu kini secara tidak langsung menjadikan ibu bapa sebagai tunggak utama
demi kelangsungan pembelajaran anak-anak di rumah. Namun, pengkaji mendapati sokongan ibu
bapa terhadap anak-anak untuk mengikuti PdPR Tasmik tidak berlaku kerana ramai diantara
mereka tidak mempunyai kemahiran untuk membaca al-Quran lebih-lebih lagi untuk membantu
anak-anak mengikuti pembelajaran Tasmik di rumah.
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut.
1. Objektif umum
a. Murid dapat membaca al-Quran dengan baik dan tartil.
b. Murid dapat mengikuti silibus khatam al-Quran pada tahun hadapan.
2. Objektif khusus
a. Ibu bapa dapat membantu pengajaran Tasmik anak-anak dirumah.
b. Menarik minat murid untuk mengikuti PdPR Tasmik
Sorotan Literatur
Banyak kajian lepas yang memfokuskan tentang penguasaan Tilawah al-Quran.
Amalan pengajaran Tilawah al-Quran
Matlamat Program Model Khatam al-Quran j-Qaf masih tidak dapat dicapai kerana masih terdapat
murid gagal menghabiskan sukatan khatam al-Quran. Oleh yang demikian, amalan pengajaran
Tilawah al-Quran dalam bilik darjah perlu lebih memainkan peranan bagi melahirkan pelajar yang
mahir dalam Tilawah al-Quran setelah mereka mengikuti pembelajaran Tasmik selama 6 tahun
pada peringkat sekolah rendah (Paharuddin, 2014).Jika guru Pendidikan Islam ingin meningkatkan
penguasaan murid dalam Tilawah al-Quran, maka guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan
amalan pengajaran Tilawah al-Quran dalam bilik darjah benar-benar memberi kesan kepada
murid. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guruPendidikan Islam agar murid tidak berterusan
lemah dalam penguasaan Tilawah al-Quran (Che Noh & Ahmad Tarmizi, 2009).
Inovasi Proses Pembelajaran al-Quran
Bagi mempertingkatkan amalan pedagogi dalam bilik darjah, guru juga perlu inovatif untuk
membuat peningkatan dalam PdP. Contohnya, pendekatan secara konvensional yang sering
diamalkan sebelum ini diubah kepada kaedah terkini supaya corak pengajaran guru semakin
menarik dan efektif serta penekanan yang lebih kepada proses PdP yang berpusatkan pelajar dan
bahan. Dalam usaha menangani masalah kelemahan bacaan al-Quran terhadap murid sekolah,
Kementerian Pendidikan telah menyarankan guru-guru menggunakan pelbagai strategi pengajaran
dan bahan bantu mengajar (BBM) untuk menjadikan sesuatu pengajaran lebih bermakna, menarik
dan berkesan (Abdul Aziz & Jaafar, 2018). Pembelajaran menerusi bahan bantu mengajar (BBM)
ini banyak menjimatkan masa guru-guru untuk mengajar mata pelajaran al-Quran (Hamdi, 2012).
284
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan kualitatif. Justeru, instrumen yang digunakan
untuk mendapat maklumat dan data kajian ialah melalui pemerhatian, ujian pra dan pasca dan
analisis dokumen. Tujuan instrumen pemerhatian adalah untuk melihat perbezaan tingkah laku
murid sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan manakala ujian pra dan pasca digunakan adalah
untuk mengumpulkan data secara kuantitatif. Berdasarkan kepada data al-Quran murid tahun 3
Sopan pada bulan Ogos 2021, seramai 7 orang murid telah dipilih untuk menjadi peserta kajian
yang terdiri daripada murid tahun 3 Sopan yang belum menguasai asas bacaan al-Quran. Bagi
model kajian pula, pengkaji telah menggunakan Model Kajian Tindakan Lewin (1946). Justeru,
terdapat empat langkah yang perlu diberi penekanan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
mereflek. Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula,
bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Berdasarkan model ini,
pengkaji telah merancang dan mengenalapasti aspek amalan yang perlu ditingkatkan melalui
pengalaman menjalankan PdPR. Oleh yang demikian, penulis terpanggil untuk mencipta satu
inovasi modul pembelajaran Tasmik yang dinamakan Kaedah Hafaz kepada Baca (HAkBA).
Berbekalkan panduan Nabi ini, pengkaji telah membuat satu inovasi dalam bidang al-Quran.
Kaedah HAkBA menekankan aspek penguaasaan bacaan asas al-Quran seperti huruf tunggal yang
berbaris atas, bawah, hadapan, bacaan Mad, bacaan tanwin, bacaan sukun dan bacaan sabdu dimana
ia terangkum dalam 336 bunyi asas al-Quran. Modul ini menjadikan surah al-Fatihah sebagai teras
utama kerana surah ini merupakan surah pertama dalam al-Quran dimana murid-murid telah
menghafal surah ini sejak awal usia. Surah al-Fatihah juga merupakan surah hafazan bagi kurikulum
prasekolah. Melalui surah al-Fatihah ini, murid membaca surah tersebut dan mengeluarkan asas
bacaan al-Quran dengan bantuan kod warna.
285
Latar Belakang Responden IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Murid tahun 3 di SK Tanjung keramat Kunak mempunyai seramai 11 orang murid yang mana
keseluruhannya adalah murid beragama Islam. Berikut adalah data pencapaian Iqra pada
penghujung bulan Ogos 2021 terhadap murid 3 Sopan.
DATA AL-QURAN MURID 3 SOPANItem Penilaian
(OGOS 2021)
Pen 18% Al-Quran
gga Pe Iqra' 5
bun nje Iqra' 4
gan 18% nmaa9% Iqra' 3
an
MQ PE bulan Ogos
SS MA
dan NI
FKIS
al-SmQeunran murid SopSa9n pada
Rajah 2: Data 3 2021
%
jadi
Pemerhatian terhadap 7 orang muriFdQtKahun 3 Sopan yang belum menguasai asas bacaan al-Quran
terdiri daripada murid yang maIs4i6h berada pada tahap Iqra‟ 2 dan Iqra‟ 3 yang mana
mewakili sebanyak 63.6 peratus d%aripada jumlah keseluruhan murid iaitu seramai 11 orang
murid.Dapatan Kajian
Data yang diperoleh daripada instrumen pemerhatian, ujian pra dan pasca dan temubual telah
dianalisis. Perenggan seterusnya akan membincangkan hasil analisis instrumen yang digunakan.
Ujian Pra
Jadual 1 merupakan ujian pra yang dijalankan terhadap penguasaan asas bacaan al-Quran.
Murid Item Bacaan
1 Baris Atas Baris Baris Mad Sukun Sabdu Potongan
2 Bawah ayat
3 ✓ Hadapan
4 ✓ ✓ 00
5 ✓ ✓
6 ✓ ✓ ✓✓
7 ✓ ✓
✓
Peratus (%) ✓
100 42.9 28.6 14.3 0
Jadual 1: Penguasaan murid terhadap Ujian Pra
Sebelum kaedah HAkBA diperkenalkan, dapatan dalam Jadual 1 di atas menunjukkan hanya
bacaan baris atas sahaja yang mencapai penguasaan 100 peratus. Manakala bagi bacaan baris
bawah hanya mencapai 42.9 peratus iaitu 3 orang murid sahaja, manakala bacaan baris hadapan
hanya 28.6 peratus iaitu 2 orang murid. Manakala bacaan huruf Mad hanya 14.3 peratus iaitu
seorang murid sahaja. Manakala sebanyak 0 peratus iaitu tiada murid yang dapat menguasai
bacaan sukun, sabdu dan potongan ayat.
Ujian Pasca
Jadual 2 hingga 5 merupakan ujian pasca yang dijalankan terhadap penguasaan asas al-Quran
secara berperingkat iaitu selama 4 minggu setelah kaedah HAkBA diperkenalkan.
286
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Minggu 1
Murid Item Bacaan
Baris Atas Baris Baris Mad Sukun Sabdu Potongan
Bawah Hadapan ayat
1 ✓✓
2 ✓✓
3 ✓ ✓✓ ✓
4 ✓✓
5✓
6 ✓ ✓✓ ✓
7 ✓ ✓✓ ✓✓
Peratus (%) 100 85.7 42.9 42.9 14.3 0 0
Jadual 2: Penguasaan murid terhadap Ujian Pasca (Minggu 1)
Pada minggu pertama, dapatan kajian dalam Jadual 2 di atas menunjukkan peningkatan dalam
aspek penguasaan murid dalam item bacaan baris bawah sebanyak 6 orang murid iaitu 85.7
peratus, penguasaan murid pada item baris hadapan dan bacaan mad meningkat kepada 3 orang
murid iaitu
42.9 peratus. Manakala pada item bacaan sukun meningkat kepada seorang murid iaitu 14.3
peratus. Namun, belum ada murid yang dapat menguasai bacaan sabdu dan potongan ayat.
Minggu 2
Murid Item
1 Bacaan
2
3 Baris Atas Baris Baris Mad Sukun Sabdu Potongan
4
5 Bawah Hadapan ayat
6 ✓ ✓✓ ✓✓ ✓
7
✓ ✓✓
Peratus (%)
✓ ✓✓ ✓
✓ ✓✓
✓ ✓✓
✓ ✓✓ ✓✓ ✓✓
✓ ✓✓ ✓✓
100 100 100 57.1 42.9 28.6 14.3
Jadual 3: Penguasaan murid terhadap Ujian Pasca (Minggu 2)
Pada minggu kedua, dapatan dalam Jadual 3 di atas menunjukkan menunjukkan item penguasaan
baris atas, baris bawah dan baris hadapan telah mencapai 100 peratus. Peningkatan dalam aspek
penguasaan murid dalam bacaan mad iaitu 57.1 peratus bersamaan 4 orang murid. Bacaan sukun
meningkat sebanyak 42.9 peratus bersamaan 3 orang murid, bacaan sabdu meningkat sebanyak
28.6 peratus bersamaan 2 orang murid dan potongan ayat juga memperlihatkan peningkatan iaitu
14.3 peratus bersamaan satu orang murid.
287
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Minggu 3
Murid Item
1 Bacaan
2
3 Baris Atas Baris Baris Mad Sukun Sabdu Potongan
4 ayat
5 ✓ Bawah Hadapan ✓ ✓
6 ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ ✓
7 ✓ ✓ ✓ ✓
✓ ✓ ✓ ✓ ✓✓
Peratus (%) ✓ ✓ ✓ ✓✓
✓ ✓ ✓ ✓
✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 42.9 28.6
✓
100 ✓ 71.4
100 ✓
✓
100 85.7
Jadual 4: Penguasaan murid terhadap Ujian Pasca (Minggu 3)
Pada minggu ketiga, dapatan dalam Jadual 4 di atas menunjukkan item bacaan mad, bacaan sukun
dan bacaan sabdu terus mengalami peningkatan. Penguasaan murid pada item bacaan mad
sebanyak 85.7 peratus bersamaan 6 orang murid, item bacaan sukun 71.4 peratus bersamaan 5
orang murid, item bacaan sabdu sebanyak 42.9 peratus bersamaan 3 orang murid manakala item
potongan ayat sebanyak 28.6 peratus bersamaan 2 orang murid.
Minggu 4
Murid Item Bacaan
Baris Atas Baris Baris Mad Sukun Sabdu Potongan
Bawah Hadapan ayat
1 ✓ ✓✓ ✓✓ ✓✓
2 ✓ ✓✓ ✓✓ ✓
3 ✓ ✓✓ ✓✓
4 ✓ ✓✓ ✓✓ ✓✓
5 ✓ ✓✓
6 ✓ ✓✓ ✓✓ ✓✓
7 ✓ ✓✓ ✓✓ ✓✓
Peratus (%) 100 100 100 100 85.7 71.4 57.1
Jadual 5: Penguasaan murid terhadap Ujian Pasca (Minggu 4)
Pada minggu keempat, dapatan dalam Jadual 5 di atas menunjukkan item penguasaan baris atas,
baris bawah, baris hadapan dan bacaan mad telah mencapai 100 peratus. Manakala pada item
bacaan sukun, bacaan sabdu dan potongan ayat terus mengalami peningkatan pada minggu yang
terakhir pengujian. Penguasaan murid pada item bacaan sukun 85.7 peratus bersamaan 6 orang
murid, bacaan sabdu sebanyak 71.4 peratus bersamaan 5 orang murid, manakala bacaan potongan
ayat pula 57.1 peratus bersamaan 4 orang murid.
288
IBIEAC 2O21 JILID 1Jumlah Murid
e ISBN 978 967 26508 0 5
8
7
6 Ujian Pra
5 Ujian Pasca 1
4 Ujian Pasca 2
3
Ujian Pasca 3
2
Ujian Pasca 4
1
Item Penilaian
0
Rajah 3: Penguasaan Murid Dalam ujian Pra dan Pasca selama 4 minggu
Rajah 3 menunjukkan data keseluruhan pencapaian murid sepanjang 4 minggu. Ini dibuktikan
menerusi peningkatan jumlah murid yang menguasai setiap item asas bacaan al-Quran pada setiap
ujian. Jika dilihat pada item baris atas, graf menunjukkan bahawa keseluruhan murid telah
menguasai ketika ujian pra, namun tidak bagi item yang lain. Bagi item baris bawah, 3 orang telah
menguasai ketika ujian pra, peningkatan sebanyak 57.1 peratus menjadikan 7 orang murid
keseluruhannya menguasai item tersebut. Bagi item baris hadapan, graf menunjukkan 2 orang
murid telah menguasai ketika ujian pra. Peningkatan sebanyak 71.4 peratus menjadikan peratus
keseluruhan murid sebanyak
100 peratus. Bagi item bacaan Mad pula, hanya seorang murid menguasai ketika ujian pra.
Peningkatan sebanyak 85.7 peratus bersamaan 6 orang murid menjadikan keseluruhan murid telah
menguasai bacaan mad. Manakala bagi item bacaan sukun, hanya seorang murid menguasai ketika
ujian pra, namun peningkatan sebanyak 71.4 peratus menjadikan 6 orang orang murid menguasai
bacaan sukun diakhir ujian. Bagi item bacaan sabdu pula, tiada seorang murid dapat menguasai
ketika ujian pra sehingga ujian pasca kedua, namun peningkatan hanya berlaku pada ujian pasca
ketiga seterusnya menghasilkan 71.4 peratus pada akhir ujian. Manakala bagi item potongan ayat
pula menunjukkan peningkatan sebanyak 57.1 peratus menjadikan 4 orang murid menguasai
potongan ayat diakhir ujian. Oleh yang dimikian, purata peratus peningkatan bagi keseluruhan
item penilaian adalah sebanyak 69 peratus. Hasil analisis kajian dapat disimpulkan bahawa kaedah
HAkBA dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas bacaan al-Quran. Hal ini kerana kaedah
HAkBA memberikan pengalaman pembelajaran yang mudah, ringkas dan menarik telah
menjadikan murid minat mengikuti PdPR.
Pemerhatian
Tingkahlaku Sebelum Selepas
Bilangan peserta Peratus (%) Bilangan peserta Peratus (%)
Murid mengikuti PdPR Tasmik 2 28.6 7 100
Murid memberikan kerjasama 0 07 100
ketika aktiviti dijalankan
Murid gembira dengan PdPR 1 14.3 6 85.7
yang berlangsung
Ibu bapa membantu dan 0 06 85.7
memberi galakan
Jadual 6 Perbandingan pemerhatian sebelum dan selepas intervensi diaplikasikan
289
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Pengumpulan data peningkatan minat murid untuk menguasai kemahiran asas al-Quran
menggunakan kaedah HAkBA dikalangan murid tahun lima turut dianalisis menggunakan kaedah
pemerhatian.
Merujuk kepada Jadual 6, pada awalnya peserta kajian menampakkan tidak berminat untuk
mengikuti pembelajaran Tasmik. Sebagai contoh, pada tingkah laku „Murid mengikuti PdPR
Tasmik‟ pada awalnya hanya 28.6 peratus iaitu seramai dua orang murid sahaja. Namun, setelah
menggunakan intervensi yang dicadangkan, penyertaan meningkat sehingga 100 peratus dimana
ketujuh-tujuh murid mengikuti PdPR Tasmik. Bagi Item „Murid memberikan kerjasama ketika
aktiviti dijalankan‟ dan item „Ibu bapa membantu dan memberi galakan‟ menunjukkan item
ini tidak berlaku sebelum intervensi iaitu 0 peratus, namun setelah intervensi masing-masing
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu 100 peratus dan 85.7 peratus. Item
„Murid gembira dengan PdPc yang berlangsung‟ pula menunjukkan 14.3 peratus pada awalnya
namun selepas intervensi dilaksanakan meningkat sebanyak 85.7 peratus iaitu seramai enam
orang murid. Secara umumnya, dapatan kajian mendapati semua tingkah laku murid jelas
menunjukkan bahawa mereka sangat berminat mengikuti pembelajaran Tasmik dengan
menggunakan kaedah HAkBA kerana kaedah pembelajaran yang ringkas dan menarik. Ini
dibuktikan apabila murid-murid mempamerkan tingkah laku positif sepanjang 4 minggu kajian
berlangsung. Penggunaan intervensi kaedah HAkBA telah menjadikan murid-murid berminat
untuk menguasai asas al-Quran di dalam surah al-Fatihah. Di samping itu, murid- murid semakin
bersemangat untuk terus menguasai bacaan al-Quran agar dapat mengikuti model khatam bidang
Tilawah al-Quran pada tahun hadapan.
Perbincangan
Kajian ini mendapati bahawa Kaedah HAkBA banyak mempengaruhi dan merangsang kecerdasan
murid untuk terus memupuk minat mempelajari al-Quran. Teori Gardner (1993) menyatakan
bahawa ketidakserasian kaedah mengajar dan profil murid boleh menyebabkan seseorang murid
itu gagal dan hilang minat terhadap sesuatu matapelajaran. Ini jelas didapati hasil daripada ujian
pasca bacaan asas al-Quran selama 4 minggu mendapati terdapat peningkatan bacaan asas al-
Quran murid dan ini menjadi bukti bahawa kaedah HAkBA serasi dan sesuai terhadap tahap
kecerdasan murid.
Kaedah HAkBA mampu menarik minat murid untuk terus mengikut pembelajaran secara formal
mahupun tidak dan membina tabiat serta keupayaan membaca asas bacaan al-Quran. Ini dapat
dibuktikan dengan peningkatan peratus penyertaan murid dalam matapelajaran Tasmik. Hal ini
kerana kaedah HAkBA menjadikan Surah al-Fatihah sebagai surah pilihan dalam modul ini
dimana murid telah mempunyai pengetahuan sediada terhadap surah tersebut. Selain itu,
penyampaian kaedah HAkBA yang ringkas ditambah pula dengan gaya penyusunan yang menarik
seperti bentuk tulisan yang besar, jelas dan pemisahan warna mengikut kelompok asas bacaan.
Dalam menghasilkan suatu bahan bantu mengajar (BBM), warna merupakan salah satu elemen
yang sangat penting. Ia memberikan keindahan pada unsur-unsur visual yang ditampilkan.
Pewarnaan yang sesuai dapat mendukung suatu informasi agar dapat disampaikan dengan baik
(Purnama, 2010).
Sokongan daripada ibu bapa semasa PdPR Tasmik dijalankan memberi imput yang memuaskan.
Hal ini terbukti apabila peratus peningkatan daripada keseluruhan murid dapat membaca asas al-
Quran dengan baik. Indeks penguasaan aspek mengenal baris atas, baris bawah dan baris hadapan
menunjukkan 100 peratus setelah minggu yang keempat. Kelamahan masih terdapat pada bacaan
sukun dan sabdu namun masih menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dimana
peningkatan lebih daripada 50 peratus. Ini menunjukkan kaedah penerapan dan proses
pembelajaran yang digunakan dalam kaedah HAkBA telah menguasai asas al-Quran dengan baik.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 7 orang murid pada
umumnya boleh mnegenal asas bacaan al-Quran, tetapi perlu divariasikan lagi dengan kaedah
HAkBA bagi surah- surah lazim yang lain untuk menyempurnakan 336 asas bunyi al-Quran.
290
IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5
Tambahan pula, kemahiran membaca seterusnya mestilah selari dengan hukum Tajwid agar
pelajar terus membaca dengan betul. Semakin lama pendedahan pelajar dengan kaedah HAkBA,
maka semakin baik prestasi bacaanya.
Rumusan
Secara umum dapat disimpulkan bahawa kaedah HAkBA mampu meningkatkan penguasaan asas
bacaan al-Quran dalam kalangan murid tahun tiga. Kajian ini telah membantu murid untuk
meningkatkan keupayaan murid mengenal asas-asas bacaan al-Quran dalam surah Al-Fatihah
sekaligus menjadikan murid semakin minat terhadap matapelajaran Tasmik. Tambahan pula ia
menjadikan murid semakin menghayati kepentingan, keperluan serta tanggungjawab kepada diri
sendiri untuk mahir membaca al-Quran (Sabilan, Ibrahim, Lip, Ishak, & Mohni, 2018). Al-Quran
itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran
akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak (Ibn Khaldun, 2002).
Namun begitu, sedikit sebanyak intervensi kaedah HAkBA ini telah menanam sikap minat murid
untuk terus mendalami al-Quran. Dalam konteks kurikulum Pendidkan Islam dalam bidang
tilawah Al-Quran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal modul khatam al-
Quran kepada murid tahun 4 hingga tahun 6. Sekiranya murid tahun 3 telah menguasai bacaan
asas al-Quran dengan baik, meraka tidak akan menghadapi masalah untuk mengikuti silibus
khatam al-Quran pada tahun akan datang. Ini menyebabkan penguasaan Al-Quran yang baik
sebelum melangkau ke sekolah menengah (Mohamed, 2008).
Walaubagaimanapun terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh pengkaji
sekiranya ingin menggunakan kaedah HAkBA ini pada kajian lanjutan. Harapan pengkaji agar
kajian yang dijalankan ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam untuk mengajar mata
pelajaran Tasmik dan menjadikan teknik HAkBA ini sebagai modul alternatif pengajaran al-Quran
dalam arus perdana terutama di sekolah pedalaman. Pengkaji juga berharap agar modul HAkBA
ini dapat dikembangkan dan disesuaikan untuk semua katagori sekolah sama ada sekolah bandar,
luar bandar mahupun pedalaman.
291