The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ajkabstrak2021, 2021-12-03 19:43:02

IBIEAC 2021 JILID1

IBIEAC 2021 JILID1

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Allah SWT. Nonetheless, this core needs to be supported by processes and attitudes that meet the
value of itqan. In the theme of attitude, the researchers summarised five central values: integrity,
appreciate the organisation, conscientiousness and earnestness, excellent intention, determination, and
punctuality. These five values describe an individual’s attitude internally and externally who practices
the concept of itqan in management. At the same time, the process that meets the value of itqan is a
link to the core of itqan, which is the theme of outcomes. Overall, this itqan model was formed in the
description of the letter Q, which carries the meaning of Qur’an and Quality. It is the basis and goal of
the concept of itqan. The model could be used as a basis for implementing recommendations and
further studies related to the scope of this study.

Figure 2

Summary
This study was administered to identify the elements of itqan practised and its impact on
organisational management. The study’s objective was explored using data obtained from study
participants through responses to semi-structured questions. Ergo, it can be concluded that the practice
of itqan in organisational management is about enhancing one’s self-efficacy and the attitude of an
employee. This practice is also powerful in rendering high-quality processes and work results,
impactful and can boost trust and appreciation from employers and customers. Additionally, the
concept of itqan in the management realm is to achieve the goal physically, and it covers the highest
peak in the concept of worship, which is to acquire the pleasure of Allah SWT (Masitah Idrisi et al.,
2018; Kelantan State Development Office, 2019; Enida & Azman, 2019)

Reference

Aziz bin Abdullah1, Dr. Bahyah binti Abd Halim2 (2020). Issue and Challenges in Training
Management in Islamic Training Institute. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Vol 7 Bil 2
(2020). E-Issn: 2289-8042.

Demming W.E. (1982). The New Economics : For Industry, Government. Cambridge: MIT
Enida Daud and Azman Hashim. (2019). The Implementation of Al-Birr and Itqan Values Influence

the Behavior of Civil Servants to be More Excellent and Ethical. Journal of Human Capital
Development. e-ISSN: 2289-8115 ISSN: 1985-7012 Vol. 12 No. 2 July - December 2019
Enida Daud, Low Hock Heng, Ahmad Muhyiddin Hassan. (2019). Etika Kerja Islam Sebagai
Pembolehubah Penyederhanaan Terhadap Niat Untuk Melakukan Rasuah Di Kalangan
Penjawat Awam Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor. Jurnal Islam Dan Masyarakat
Kontemporari © Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin ISSN 1985-7667 • e-ISSN:
22896325. http://dx.doi.org/

192

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Farzan Chishti. (2017). (https://farzanchishti.com/2017/03/19/the-forgotten-sunnah-of-itqan-
tathabbut/)

Faysal Burhan. (2002). The Sunnah of Itqan (Precision), The Centre of Islamic Studies, California.
https://islamic-study.org/the-sunnah-of-itqan/

Jill Griffin (1982). Customer Loyalty: How To earn It, How To Keep It. Jossey- Bass, A willi Imprint.
San Francisco.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur.

Koperasi Syariah bmt Itqan, Bandung. (2014). http://bmtitqan.org/artikel/detail/1/apa-arti-itqan-.html
Laporan Separuh Penggal RMK 11. (2018). Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (2018). 8-2.

Masitah Idris, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Ahmad Sunawari Long & Nozira Salleh. (2018).
Kualiti Kerja Menurut Perspektif Islam. http://www.ukm.my/isoit/wp-
content/uploads/2018/09/WanFariza-Alyati-MASITAH-IDRIS-Ahmad-Sunawari-Nozira.pdf.

Mashita Idris, Wan Farizah Alyati Wan Zakaria, et.al. (2019). Kualiti Kerja Dalam Organisasi:
Tinjauan dari Perspektif Pengurusan Islam. International Journal On Islamic Tought. Vol.15
: June (2019).

Mohamad Khadafi, H. R. (2005). Prinsip Etika Kerja Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah: Satu
Penilaian Terhadap Karya Penulis Etika Kerja Islam di Malaysia. Tesis PhD, Universiti
Utara Malaysia.

Mufti Wilayah Persekutuan. (2017). Irsyad Al-Hadith Wa Ulumuhu Siri Ke-217: Itqan (Tekun)
Dalam Setiap Pekerjaan. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/649-irsyad-al-
hadith-siri ke-217-itqan-tekun-dalam-setiap-pekerjaan

Nesia Andriana. (2015). Ihsan dan Itqan dalam Beramal. https://www.hidayatullah.com/kajian/gaya-
hidup-muslim/read/2015/07/30/74773/ihsan-dan-itqan-dalam-beramal.html.

Nik Hairi Omar, Azmi Awang, Azmi Abdul Manaf. (2012). Integriti dari Perspektif Pengaduan
Awam: Kajian Kes di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Jurnal E-Bangi 7 (1) 141-
155, April.

Nur Fatin Nabilah Shahrom, Siti Arni Basir. (2020). Kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti
Berteraskan Syariah Ms 1900 (SPK MS 1900) Bagi Institusi Kehakiman Syariah. Journal of
Shariah Law Research (2021) vol. 6 (1) 109-128 Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan.
(2019). Prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah Dan Itqan
https://ppn.kelantan.gov.my/index.php/ms/laman-info/umi

Rasid, M (T.th). Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz. T.tp: Karya Bestari
Ruslan Hassan, Farid Mat Zain, Kaseh Abu Bakar & Azmul Fahimi Kamaruzaman. (2020).

Kefahaman Nilai Etika Dan Moral Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Sorotan
Literatur. Malim: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 21(2020): 123–138
https://doi.org/10.17576/malim2020-2101-10
Siti Sumaiyya Salim. Kefahaman Pengetua Cemerlang Terhadap Amalan Pengurusan Islam Di
Sekolah. (2020). Journal of Islamic Social Sciences and Humanities. VOL. 22 (1), 2020: 71-
85 Universiti Sains Islam Malaysia. ISSN 2232-0431 / e-ISSN 2504-8422
Steven Covey. (1989). The Seven Habits of Highly Effective People. Avenue Of Americas New York.
NY10020. ISBN 978-1-4767-4005-8
Ustaz Iqbal Zain. (2017). Menghayati Konsep Itqan Dalam Pekerjaan.
https://m.facebook.com/UstazIqbalZain/posts/1596123497293514?locale2=zh_TW
Wiyata Budhi, U. (2013). Etika Kerja Dalam Islam Sebagai Variable Intervening dalam Peningkatan
Kinerja. Universitas Jember.

193

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

APLIKASI KAEDAH FUZZY DELPHI DALAM FASA
REKA BENTUK MODUL ROBOT M-SOLAT

Siti Fauziah Mohd Amin1,

Sabariah Sharif 2
,

Muhamad Suhaimi Taat3,

Mad Nor Madjapuni4,

Muralindran Mariappan5

1SMK Membakut, Beaufort, Sabah, Malaysia
234Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

5Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

1Email: [email protected]
2345Email:[email protected],[email protected],

[email protected], [email protected]

Abstrak:

Reka bentuk suatu inovasi baru yang menggunakan kajian Penyelidikan Rekabentuk dan
Pembangunan (PRP) lazimnya memerlukan konsensus panel pakar dalam bidang tertentu. Terdapat
pelbagai kaedah yang dapat digunakan untuk mendapatkan konsensus panel pakar, namun demikian
pengkaji perlu memilih kaedah yang bersesuaian bagi memastikan objektif kajian tercapai.
Sehubungan itu, kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi bagi mendapatkan konsensus panel
pakar dalam bidang Pendidikan Islam, psikologi pendidikan, pembangunan modul, dan teknologi
pendidikan untuk mendapatkan komponen-komponen yang perlu digunakan dalam fasa reka bentuk
Modul Robot M-Solat yang dibangunkan khusus untuk Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) solat
fardu tingkatan satu. Hasil kajian menunjukkan item-item dalam komponen-komponen yang
dicadangkan dalam Borang Soal Selidik Fuzzy Delphi untuk reka bentuk Modul Robot M-Solat
adalah menepati syarat nilai ambang dan peratus konsensus panel pakar yang ditetapkan dalam
kaedah Fuzzy Delphi. Penggunaan kaedah Fuzzy Delphi ini membolehkan objektif kajian dicapai
melalui konsensus panel pakar yang dilantik bersesuaian dengan kriteria pemilihan pakar dan bidang
kajian. Oleh itu, kajian ini mencadangkan kepada pengkaji akan datang untuk menggunakan kaedah
Fuzzy Delphi untuk mendapatkan konsensus panel pakar khususnya dalam kajian melibatkan reka
bentuk sesuatu inovasi baru.

Kata Kunci: Fuzzy Delphi, Modul, Tingkatan Satu

Pendahuluan
Penggunaan kaedah Fuzzy Delphi dalam Penyelidikan dan Rekabentuk (PRP) telah banyak dilakukan
oleh pengkaji lepas untuk membangunkan pelbagai inovasi dalam pelbagai bidang. Namun demikian,
penggunaan kaedah ini dalam mata pelajaran Pendidikan Islam hanya terbatas kepada pembangunan
model untuk Guru Pendidikan Islam sahaja (Habibah, 2017). Di samping itu pembangunan modul
untuk solat fardu juga terbatas kepada pembangunan Modul Bio Terapi Solat (Noor Azura et al., 2017)
dan Modul Latihan Dalam Kumpulan Kem Tahsin Solat Pendidikan Khas Menengah (Ismail et al.,
t.th.). Sementara kajian pada peringkat global pula, menunjukkan kajian pembinaan modul berkaitan
solat fardu hanya terhad kepada pembinaan Modul Bimbingan Khusyuk Solat (Nurjannah, 2015).
Justeru itu, bagi mengisi kelompangan ini, kajian ini telah mengenalpasti pendekatan, kaedah, dan
BBM, yang relevan digabungkan dalam modul PdPc solat fardu yang dinamakan Modul Robot
MSolat. Penghasilan Modul Robot M-Solat ini diharapkan dapat membantu GPI meminimumkan
masalah dan cabaran yang dihadapi dalam PdPc solat fardu mencakupi penggunaan tulisan Jawi (Nor
Fauzani et al., 2014), penguasaan bacaan solat fardu (Ramli et al., 2018), kekurangan BBM yang
relevan, penggunaan istilah-istilah Bahasa Arab (Abdul Rahman et al., 2020), motivasi yang rendah,
dan sikap negatif murid dalam PdPc solat fardu (Hasna et al., 2015). Hal ini disebabkan dalam PdPc

194

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

solat fardu, tidak semua murid mahir membaca Buku Teks dalam Jawi, memiliki kemahiran tilawah
dan Bahasa Arab yang diperlukan untuk menguasai bacaan solat fardu. (Abdul Rahman et al., 2020).
Apabila cabaran yang dihadapi oleh GPI dalam PdPc ini berjaya diminimumkan, ia turut memberi
kesan kepada peningkatan motivasi, sikap, penguasaan teori, dan penguasaan amali solat fardu murid.
dan seterusnya memberikan panduan kepada GPI untuk melaksanakan PdPc solat fardu dengan lebih
berkesan dan efektif.

Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk merekabentuk Modul Robot M-Solat, Sementara
objektif khusus adalah untuk mendapatkan komponen-komponen yang relevan digunakan untuk
mereka bentuk Modul Robot M-Solat untuk PdPc solat fardu tingkatan satu berdasarkan kesepakatan
panel pakar.

Sorotan Literatur
Perbincangan berkaitan sorotan literatur kajian ini mencakupi perbincangan berkaitan
kaedah Fuzzy Delphi dan PdPc formal solat fardu di Malaysia:

Kaedah Fuzzy Delphi

Kaedah Fuzzy Delphi merupakan kaedah yang digunakan bagi mendapatkan konsensus panel
pakar terhadap sesuatu perkara. Pada awalnya, kaedah ini menggabungkan set penomboran fuzzy
dengan kaedah Delphi Klasik yang diperkenalkan oleh Murray, Pappino & Gish. Namun pada tahun
1988, Kaufman dan Gupta mula memperkenalkan kaedah ini secara meluas (Mohd Ridhuan & Nurul
Rabihah, 2020; Ramlan & Ghazali, 2018). Kaedah ini merupakan ubah suai kaedah Delphi Klasik dan
set penomboran fuzzy bertujuan untuk mengatasi sebahagian kekaburan dalam proses mencari
kesepakatan pakar menggunakan penyegitigaan statistik untuk menentukan jarak di antara tahap
persetujuan panel pakar (Clayton, 1997). Penggunaan kaedah ini dapat mengatasi kelemahan dalam
kaedah Delphi Klasik yang memerlukan masa yang lama kerana perlu dilakukan berulang kali
sehingga kesepakatan panel pakar diperolehi. Ia telah digunakan dalam pelbagai bidang mencakupi
bidang ketenteraan, kejuruteraan, perniagaan, perubatan, dan sains sosial (Saedah et al., 2020).
Kaedah Fuzzy Delphi mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang menjadikannya salah satu kaedah
yang menjadi pilihan untuk mendapatkan konsensus pakar.

Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) Formal Solat Fardudi Malaysia
Pendidikan formal solat fardu peringkat menengah di Malaysia dimasukkan dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam dan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) bagi sekolah menengah
yang berada di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan Malaysia. PdPc solat fardu dijalankan
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam berpandukan kepada (DSKP) Pendidikan Islam Tingkatan
Satu dan Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Satu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010,
2015). Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Islam tingkatan
satu, tajuk ini terkandung di bawah standard kandungan 4.7 dan standard pembelajaran 4.7.1 sehingga
4.7.15 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2015). Sementara dalam Buku Teks Pendidikan Islam
Tingkatan satu, PdPc solat fardu dijalankan di bawah tajuk ‘Solat Mercu Kejayaan’, pelajaran dua
puluh tiga dalam bidang Feqah (Rijaluddin et al., 2016).

Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi untuk mendapatkan konsensus panel pakar
untuk mendapatkan komponen-komponen dalam fasa rekabentuk Modul Robot M-Solat tanpa
melakukan penyusunan item-item dalam komponen tersebut. Pemilihan panel pakar dalam fasa reka
bentuk ini telah dilakukan berdasarkan kriteria pakar yang ditetapkan oleh Skulmoski & Hartman
(2007). Seramai 15 orang panel pakar (Clayton, (1997) dipilih dari bidang Pendidikan Islam,
psikologi pendidikan, pembangunan modul dan teknologi pendidikan. Manakala, instrumen yang

195

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

digunakan ialah Borang soal selidik Fuzzy Delphi yang menggunakan tujuh skala likert persetujuan
bermula dari amat tidak bersetuju, tidak bersetuju, sederhana tidak bersetuju, pertengahan, sederhana
setuju, bersetuju, dan amat bersetuju. Penggunaan teknik Content-Related Evidence of Validity yang
disarankan oleh Fraenkel et al., (2012) digunakan bagi memastikan borang soal selidik yang
digunakan dalam kaedah Fuzzy Delphi mempunyai kesahan. Penggunaan kaedah Fuzzy Dephi dalam
kajian ini hanya bertujuan untuk mendapatkan konsesus panel pakar tanpa melakukan pemeringkatan
terhadap item-item tersebut. Sehubungan itu, proses analisis data Fuzzy Delphi dilakukan
menggunakan penyetigaan nombor Fuzzy Delphi tanpa melakukan proses pemeringkatan item (Saedah
et al., 2020

Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan komponen-komponen yang terdapat dalam
Borang Soal Selidik Fuzzy Delphi seperti berikut:

BBM
Hasil analisis jawapan panel pakar menggunakan Borang Soal Selidik Fuzzy Delphi yang dipaparkan
dalam Jadual 4.8:

Jadual 4.1: Hasil Analisis Fuzzy Delphi berkaitan BBM

Bil Item Nilai Ambang, d Peratus Konsensus Kesepakatan Pakar Elemen Diterima
Pakar %
1 Model 0.073 100.0% Terima 0.927
0.080 100.0% Terima 0.900
2 Hadiah 0.111 86.7% Terima 0.893
0.084 Terima 0.927
3 Komputer Riba 0.089 100.00% Terima 0.920
0.070 93.33% Terima 0.922
4 Kad Gambar 0.083 100.00% Terima 0.896
0.083 93.33% Terima 0.900
5 Parking Lot 0.080 93.33% Terima 0.920
100.00%
6 Kad perkataan 0.087 0.927

7 Bahan Maujud 0.087 0.864
0.094 0.858
8 Projektor LCD
0.068 0.896
9 Pelekat bintang

10 Alat pembesar 100.00% Terima
Suara
100.00% Terima
11 Sudut Ganjaran 93.33% Terima

12 Borang VARK

13 Video amali solat 100.00% Terima
fardu

Berdasarkan Jadual 4.8, kesemua item berkaitan BBM yang dicadangkan dalam borang soal
selidik Fuzzy Delphi didapati menepati nilai ambang dan peratus yang ditetapkan. Nilai ambang, d
bagi item berkaitan BBM berada antara 0.068 sehingga 0.111 iaitu kurang daripada 0.2 (Chang et al.,
2011). Sementara peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi item berkaitan BBM berada di antara
86.7% hingga 100%, melebihi nilai minimum yang ditetapkan sebanyak 75% (Chu & Hwang, 2008;
Murry & Hammons, 1995). Hal ini bermakna, semua BBM yang dicadangkan untuk digunakan dalam
Modul Robot M-Solat diterima oleh panel pakar dalam pusingan Fuzzy Delphi pertama. Selain
daripada cadangan untuk menggunakan BBM yang biasa digunakan dalam PdPc, kajian ini turut
mencadangkan penggunaan beberapa inovasi BBM baru untuk PdPc solat fardu. Hasil analisis Fuzzy
Delphi berkaitan inovasi BBM yang dicadangkan dalam Modul Robot M-Solat dijelaskan dalam
Jadual 4.9:

196

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Jadual 4.2: Hasil Analisis Fuzzy Delphi berkaitan Inovasi BBM

Bil Item Nilai Ambang, d Peratus Konsensus Kesepakatan Pakar Elemen Diterima
1 Robot M-Solat 0.137 Pakar, % Terima 0.909
93.3%

2 Panduan Bacaan Solat 0.165 86.7% Terima 0.900
Fardu 0.159 86.7% Terima 0.893

3 Kad Targhib

4 Kad Tarhib 0.178 86.67% Terima 0.927

5 Borang Muhasabah 0.154 86.67% Terima 0.920

6 Nota I-Think Solat 0.222 86.67% Terima 0.922
Fardu 0.236 86.67% Terima 0.896

7 Petak Permainan

Berdasarkan Jadual 4.9, kesemua item berkaitan inovasi BBM yang dicadangkan untuk
digunakan adalah menepati nilai ambang dan peratus yang ditetapkan. Nilai ambang, d bagi item
berkaitan BBM berada antara 0.137 sehingga 0.236 iaitu kurang atau sama dengan daripada 0.2
(Chang et al., 2011). Sementara peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi item berkaitan inovasi
BBM berada di antara 86.7% hingga 93.3%, melebihi nilai minimum yang ditetapkan sebanyak 75%
(Chu & Hwang, 2008; Murry & Hammons, 1995).

Induksi Set
Hasil analisis Fuzzy Delphi berkaitan induksi set dipaparkan dalam Jadual 4.10:

Jadual 4.3: Hasil Analisis Fuzzy Delphi berkaitan Induksi Set

Bil Item Nilai Ambang, d Peratus Konsensus Kesepakatan Pakar Elemen Diterima
Pakar, % 0.913

1 Bacaan Doa 0.076 100.0% Terima

2 Soal Jawap PdPc lalu 0.068 100.0% Terima 0.900
0.060 100.0% Terima 0.893
3 Hubungkait PdPc lalu
dengan terkini 0.073 100.00% Terima 0.927
0.076 100.00% Terima 0.920
4 Penjelasan Objektif 0.089 93.33% Terima 0.922
Pembelajaran

5 Bercerita

6 Permainan

7 Lakonan Ringkas 0.087 100.00% Terima 0.896
0.068 100.00% Terima 0.900
8 Menunjukkan kad 0.076 100.00% Terima 0.920
gambar

9 Tayangan video Pendek

10 Tayangan animasi 0.073 100.00% Terima 0.927
pendek

11 Senaman regangan 0.074 100.00% Terima 0.864

12 Menunjukkan kad 0.112 93.33% Terima 0.858
perkataan

Pemberian pelekat
bintang bagi murid yang

13 berjaya menjawab soal 0.116 93.33% Terima 0.896

jawab berkaitan
PdPc lepas

Berdasarkan Jadual 4.10, kesemua item berkaitan induksi set yang dicadangkan untuk

digunakan adalah menepati nilai ambang dan peratus yang ditetapkan. Nilai ambang, d bagi item

berkaitan induksi set berada antara 0.060 sehingga 0.116 iaitu kurang daripada 0.2 (Chang et al.,

197

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

2011). Sementara peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi item berkaitan induksi set berada di
antara 93.3% hingga 100% melebihi nilai minimum yang ditetapkan sebanyak 75% (Chu & Hwang,
2008; Murry & Hammons, 1995). Hal ini bermakna, semua induksi set yang dicadangkan untuk
digunakan dalam Modul Robot M-Solat diterima oleh panel pakar.

Aktiviti PdPc
Hasil dapatan Fuzzy Delphi aktiviti PdPc seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.11:

Jadual 4.4: Hasil Analisis Fuzzy Delphi berkaitan Aktiviti PdPc

Bil Item Nilai Ambang d Peratus Konsensus Kesepakatan Elemen
Pakar Diterima
Pakar, %
0.940
1 Melakukan amali solat fardu 0.060 100.0% Terima

2 Melakukan aktiviti Hot Seat 0.116 100.0% Terima 0.842

3 Menghafaz bacaan solat fardu 0.089 93.3% Terima 0.922

4 Bercerita 0.092 100.00% Terima 0.902

5 Bernasyid 0.084 100.00% Terima 0.871

6 Melakukan aktiviti Shout Out 0.113 93.33% Terima 0.889

7 Melakukan tunjukcara 0.060 100.00% Terima 0.940

8 Bersoal jawab 0.089 93.33% Terima 0.922

9 Melakukan aktiviti gamifikasi 0.094 93.33% Terima 0.909

10 Menerangkan isi PdPc 0.093 93.33% Terima 0.916

11 Melakukan aktiviti Gallery Walk 0.159 86.67% Terima 0.864

12 Bezikir 0.087 100.00% Terima 0.896

13 Melakukan aktiviti ‘Think,pair and 0.125 93.33% Terima 0.871
share’ 100.00% Terima 0.896

14 Mencantumkan Jigsaw 0.087

15 Perbincangan kumpulan 0.138 93.33% Terima 0.891

16 Project Based Learning 0.093 93.33% Terima 0.916

17 Pembentangan hasil kerja 0.094 93.33% Terima 0.909

18 Memberi ganjaran kepada murid 0.093 93.33% Terima 0.916

19 Melihat tayangan video amali solat 0.076 100.00% Terima 0.920

20 Memilih kad perkataan yang sesuai 0.102 100.00% Terima 0.884

21 Melekatkan kad perkataan yang sesuai 0.094 100.00% Terima 0.878
22 Mengisi borang muhasabah 0.073 100.00% Terima 0.907
23 Melengkapkan peta pemikiran 0.094 93.33% Terima 0.909
24 Membaca bacaan solat fardu 0.060 100.00% Terima 0.940
25 Membaca terjemahan bacaan solat fardu 0.073 100.00% Terima 0.927

198

IBIEAC 2O21 JILID 1

e ISBN 978 967 26508 0 5

26 Mendengar bacaan solat fardu 0.073 100.00% Terima 0.927
0.076 100.00%
27 Mendengar terjemahan bacaan solat Terima 0.920
fardu 0.073 100.00%
0.073 100.00% Terima 0.907
28 Melukis mizan Terima 0.927

29 Mengisi Carta KWL

Berdasarkan Jadual 4.11, kesemua item berkaitan aktiviti PdPc yang dicadangkan untuk
digunakan adalah menepati nilai ambang dan peratus yang ditetapkan. Nilai ambang, d bagi item
berkaitan induksi set berada antara 0.060 sehingga 0.159 iaitu kurang daripada 0.2 (Chang et al.,
2011). Sementara peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi item berkaitan aktiviti PdPc berada di
antara 86.67% hingga 100% melebihi nilai minimum yang ditetapkan sebanyak 75% (Chu &
Hwang, 2008; Murry & Hammons, 1995). Hal ini bermakna, semua aktiviti PdPc yang dicadangkan
untuk digunakan dalam Modul Robot M-Solat diterima oleh panel pakar.

Penilaian
Hasil analisis Fuzzy Delphi berkaitan penilaian yang dicadangkan dalam borang soal selidik Fuzzy
Delphi dipaparkan dalam Jadual 4.12:

Jadual 4.5: Hasil Analisis Fuzzy Delphi berkaitan Penilaian

Bil Item Nilai Ambang, d Peratus Konsensus Kesepakatan Pakar Elemen
Pakar, % DITERIMA

1 Latihan 0.058 100.0% Terima 0.876
0.900
2 Hasil Kerja Kumpulan 0.111 100.0% Terima 0.893
0.927
3 Peta Pemikiran 0.070 100.0% Terima 0.920
0.922
4 Tasmi’ 0.060 100.00% Terima 0.896

5 Kuiz 0.060 100.00% Terima

6 Ujian Teori 0.111 86.67% Terima

7 Ujian Amali 0.019 100.00% Terima

Berdasarkan Jadual 4.12, kesemua item berkaitan penilaian yang dicadangkan untuk
digunakan adalah menepati nilai ambang dan peratus yang ditetapkan. Nilai ambang, d bagi item
berkaitan penilaian berada antara 0.058 sehingga 0.111 iaitu kurang daripada 0.2 (Chang et al.,
2011). Sementara peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi item berkaitan penilaian berada di antara
86.67% hingga 100% melebihi nilai minimum yang ditetapkan sebanyak 75% (Chu & Hwang, 2008;
Murry & Hammons, 1995). Hal ini bermakna, semua penilaian yang dicadangkan untuk digunakan
dalam Modul Robot M-Solat diterima oleh panel pakar.

Aktiviti Penutup
Bahagian terakhir dalam borang soal selidik Fuzzy Delphi adalah berkaitan aktiviti penutup. Hasil
analisis Fuzzy Delphi berkaitan aktiviti penutup ini dijelaskan dalam Jadual 4.13:

Jadual 4.6: Hasil Analisis Fuzzy Delphi berkaitan Aktiviti Penutup

Bil Item / Elemen Nilai Ambang, d Peratus Konsensus Kesepakatan Pakar Elemen Diterima
Pakar, %

1 Rumusan PdPc 0.073 100.0% Terima 0.927

2 Tugasan Individu 0.068 100.0% Terima 0.900

3 Nasihat kepada murid 0.068 100.0% Terima 0.893

4 Pemberian pelekat 0.068 100.00% Terima 0.927
bintang 0.068 100.00% Terima 0.920

5 Makluman persediaan
PdPc akan datang

199

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Berdasarkan Jadual 4.13, kesemua item berkaitan aktiviti penutup yang dicadangkan
untuk digunakan adalah menepati nilai ambang dan peratus yang ditetapkan. Nilai ambang, d bagi
item berkaitan aktiviti penutup berada antara 0.068 sehingga 0.073 iaitu kurang daripada 0.2 (Chang
et al., 2011). Sementara peratus kesepakatan kumpulan pakar bagi item berkaitan penilaian adalah
100% melebihi nilai minimum yang ditetapkan sebanyak 75% (Chu & Hwang, 2008; Murry &
Hammons, 1995). Hal ini bermakna, semua aktiviti penutup yang dicadangkan untuk digunakan
dalam Modul Robot M-Solat diterima oleh panel pakar.

Perbincangan

Perbincangan kajian ini dibincangkan berdasarkan sub topik yang sama dalam dapatan kajian.

BBM
Hasil dapatan kajian menunjukkan BBM yang dipersetujui oleh panel pakar merupakan

penggunaan model, hadiah, komputer riba, kad gambar, parking lot, kad perkataan, bahan maujud,
projektor lcd, pelekat bintang, alat pembesar suara, Sudut Ganjaran, Borang VARK, dan video amali
solat fardu. Selain daripada BBM tersebut, dapatan kajian turut menunjukkan inovasi yang telah
dipersetujui dan sesuai untuk PdPc solat fardu turut dilakukan dengan membangunkan BBM baru
iaitu Robot M-Solat, Panduan Bacaan Solat Fardu, Kad Targhib, Kad Tarhib, Borang Muhasabah,
Nota I-Think Solat Fardu, dan Petak Permainan bertujuan untuk meminimumkan masalah yang
dihadapi dan menjadikan PdPc solat fardu lebih efektif. Dapatan kajian berkaitan penggunaan
pelbagai BBM ini selaras dengan kajian-kajian lepas yang menggunakan pelbagai BBM dalam
pembangunan modul PdPc. Kajian yang dilakukan oleh Khairul Hasni (2017), Zainuddin (2017), Nor
Tutiani (2019), dan Nurul Hijja (2020) menggunakan pelbagai BBM yang berbentuk bahan maujud,
peralatan ICT dan aplikasi multimedia yang selaras dengan mata pelajaran, tajuk dan objektif PdPc.
Sementara, penggunaan robot sebagai BBM utama dalam modul yang dibangunkan dilakukan oleh
Muhamad Shakir et al. (2018) dalam mata pelajaran Biologi. Penggunaan BBM dalam PdPc
memudahkan guru merancang aktiviti PdPc dengan berkesan dan efektif untuk mencapai standard
pembelajaran yang ditetapkan (Jenius, 2019; Mohd Faeez et al., 2013). Demikian juga halnya dengan
kajian ini yang membangunkan inovasi dengan membangunkan modul dan Robot M-Solat yang
dibangunkan khusus yang mempunyai tambahan fungsi audio untuk memperdengarkan bacaan solat,
membaca al-Quran, melaungkan azan, bernasyid, berzikir, memberi arahan, memberi pujian, dan
menjadi alat gamifikasi. Di samping itu, kajian ini juga turut membangunkan beberapa BBM baru
untuk PdPc solat fardu.

Induksi Set
Dapatan kajian menunjukkan induksi set yang dikenalpasti dalam sorotan literatur dan

dipersetujui oleh panel pakar merupakan bacaan doa belajar, ulang kaji ringkas PdPc lalu, membuat
hubungkait PdPc lalu dengan PdPc terkini, menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dicapai
serta penggunaan salah satu kaedah bersesuai dengan tajuk PdPc samada bercerita, soal jawab,
gamifikasi, lakonan ringkas, menunjukkan gambar, menayangkan video pendek, menayangkan
animasi pendek, senaman regangan, atau menggunakan kad perkataan bersesuaian dengan tajuk PdPc.
Penggunaan induksi set dalam pembangunan modul juga selaras dengan penggunaan Model Motivasi
ARCS dari aspek penggunaan induksi set untuk menarik perhatian murid pada awal PdPc.
Penggunaan induksi juga dikesan dalam kajian yang dilakukan oleh Aliza & Zamri (2016) yang
menggunakan kaedah soal jawab dan bahan maujud sebagai induksi set dalam modul yang
dibangunkan untuk Bahasa Melayu dan kajian Khairul Hasni (2017) yang menggunakan induksi set
dengan tayangan video animasi, analogi, aktiviti bergambar, dan hubung kait pengalaman atau
pengetahuan masa lalu dengan pembelajaran masa kini dalam pembangunan modul untuk mata
pelajaran sains. Pemilihan induksi set ini dilakukan berdasarkan kesesuaian dengan aras murid serta
sub tajuk yang dipelajari. Induksi set memainkan peranan penting untuk menarik fokus dan motivasi
murid terhadap tajuk PdPc (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2013).

200

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Aktiviti PdPc
Kajian ini mendapati aktiviti PdPc yang sesuai untuk PdPc solat fardu merupakan amali solat

fardu, aktiviti hot seat, menghafaz bacaan solat fardu, bercerita, bernasyid, shout out, tunjukcara,
bersoal jawab, gamifikasi, menerangkan kandungan PdPc, gallerry walk, berzikir, melakukan aktiviti
‘think, pair and share’, mencantumkan jigsaw, perbincangan kumpulan, project based learning,
pembentangan hasil kerja, memberi ganjaran kepada murid, melihat tayangan video amali solat fardu,
memilih kad perkataan yang sesuai, melekatkan kad perkataan yang sesuai, mengisi borang
muhasabah, melengkapkan peta pemikiran, membaca bacaan solat fardu, membaca terjemahan bacaan
solat fardu, mendengar bacaan solat fardu, mendengar terjemahan bacaan solat fardu, melukis mizan,
atau mengisi carta KWL. Penggunaan pelbagai kaedah dalam aktiviti PdPc dalam pembangunan
modul selaras dengan kajian-kajian pembangunan modul PdPc yang lepas sepertimana yang
dilakukan oleh Khairul Hasni (2017) yang menggunakan aktiviti eksperimen, penyoalan,
perbincangan, projek rekacipta, buku folio, penyelesaian masalah, dan kuiz sebagai aktiviti PdPc
dalam modul yang dibangunkan. Sementara kajian Nurul Hijja (2020) menggunakan kaedah
perbincangan kumpulan, gallery walk, think pair and share, pembelajaran berasaskan projek, main
peranan, pembimbing rakan sebaya, simulasi, pembelajaran autentik, konsensus penempatan, dan fail
perjalanan sebagai aktiviti PdPc. Pemilihan aktiviti PdPc yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas
ini dilihat berdasarkan kesesuaian dengan mata pelajaran dan pendekatan yang digunakan dalam
pembangunan modul yang dilakukan. Dalam kajian ini, pemilihan aktiviti PdPc solat fardu yang
mencakupi kepelbagaian sub tajuk teori dan amali solat fardu memerlukan kepelbagaian aktiviti PdPc
menggunakan pendekatan eklektik.

Penilaian
Berdasarkan hasil dapatan kajian penilaian yang relevan digunakan dalam pembangunan

Modul Robot M-Solat merupakan penggunaan latihan, hasil kerja kumpulan, peta i-think, tasmi’,
kuiz, ujian teori, dan ujian amali. Penggunaan penilaian dalam pembangunan modul yang dilakukan
selaras dengan hasil kajian Aliza (2016) yang menggunakan senarai semak dan lembaran kerja
sebagai penilaian, kajian Khairul Hasni (2017) menggunakan soalan berstruktur, projek reka cipta,
soal jawab dan soalan terbuka sebagai penilaian, dan kajian Zainuddin (2017) yang menggunakan
kuiz dan projek sebagai penilaian. Sementara kajian Nor Tutiani (2019) menggunakan ujian dan
booklet. Penilaian yang digunakan dalam pembangunan modul PdPc merupakan penilaian yang
menjurus kepada pencapaian kurikulum. Penilaian ini juga merupakan antara pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan proses pentaksiran yang berterusan dalam sesi PdPc
bagi mendapatkan maklumat tentang penguasaan, kemajuan, perkembangan, dan kebolehan murid
terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).

Aktiviti Penutup
Hasil dapatan kajian menunjukkan aktiviti penutup yang sesuai digunakan dalam

pembangunan Modul Robot M-Solat yang dibangunkan khusus untuk tajuk solat fardu di bawah mata
pelajaran Pendidikan Islam merupakan bacaan doa, rumusan PdPc, motivasi atau nasihat kepada
murid, tugasan individu, memberikan pemberian ganjaran pelekat bintang atau kad anugerah, atau
memaklumkan persiapan untuk PdPc akan datang. Pemilihan penutup bagi setiap aktiviti PdPc ini
perlu diselaraskan dengan aktiviti PdPc serta penilaian yang dilakukan dalam PdPc tersebut.
Penggunaan aktiviti penutupan dalam aktiviti PdPc juga digunakan dalam kajian Aliza (2016)
menggunakan rumusan dan perkongsian pengalaman sebagai penutup, sementara kajian Khairul
Hasni (2017) menggunakan refleksi kendiri sebagai aktiviti penutup. Manakala kajian Nurul Hijja
(2020) pula menggunakan refleksi pengetahuan menulis dan refleksi pengalaman menulis sebagai
penutup. Kedua-dua kajian yang memfokuskan pembangunan modul untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu menggunakan refleksi sebagai aktiviti penutupan bersesuaian dengan kemahiran yang
diperlukan dalam Bahasa Melayu. Berbeza dengan kajian ini yang menggunakan bacaan doa,
rumusan PdPc, motivasi atau nasihat kepada murid, tugasan individu, pemberian ganjaran pelekat
bintang atau kad anugerah, atau memaklumkan persiapan untuk PdPc akan datang sebagai aktiviti
penutup bergantung kepada sub tajuk yang dipelajari dalam tajuk solat fardu yang bersesuaian dengan
mata pelajaran Pendidikan Islam.

201

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Rumusan

Rumusannya, hasil analisis Fuzzy Delphi ini menunjukkan, item-item yang dicadangkan alam
fasa reka bentuk Modu Robot M-Solat ini adalah menepati nilai ambang dan peratus kesepakatan
pakar yang ditetapkan dalam Fuzzy Delphi. Dalam kajian ini, pengkaji menggumpulkan maklumat
bersesuaian dengan Model Analisis Kandungan Kurikulum Imam al-Ghazali (Ghazali & Sufean,
2018) dan ubah suai Proses Sistematik dalam PdP Pendidikan Islam (Maimun Aqsha et al., 2010)
yang dijadikan sebagai sandaran dalam reka bentuk Modul Robot M-Solat dengan memfokuskan
kepada komponen BBM, induksi set, aktiviti PdPc, penilaian, dan penutup.

Rujukan

Abdul Rahman Idris, Jusminah Paumat, & Mohd Rais Serubih. (2020). Cabaran dalam pembelajaran
dan pemudahcara (PdPc) solat fardu bagi tingkatan satu di Daerah Membakut, Sabah.
International Conference on Education, Social Sciences and Technology.

Aliza Ali, & Zamri Mahamod. (2016). Pembangunan dan kebolehgunaan Modul Berasaskan Bermain

bagi pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu-JPBM, 6(1), 16–29.

Chang, P. L., Hsu, C. W., & Chang, P. C. (2011). Fuzzy Delphi method for evaluating hydrogen
production technologies. International Journal of Hydrogen Energy, 36(2011), 14172–14179.

https://doi.org/10.1016/j.ijhydene.2011.05.045

Chu, H. C., & Hwang, G. J. (2008). A Delphi-based approach to developing expert systems with the
cooperation of multiple experts. Expert Systems with Applications, 34(2008), 2826–2840.

https://doi.org/10.1016/j.eswa.2007.05.034

Clayton, M. J. (1997). Delphi: A technique to harness expert opinion for critical decision-making
tasks in education. Educational Psychology, 17(4), 373–386.

https://doi.org/10.1080/0144341970170401

Desy Mandasari, Kholilur Rahman, & Riza Faishol. (2020). Pengembangan media pembelajaran

menggunakan multimedia interaktif Lectora Inspire. Tarbiyatuna: Jurnal Pendidikan Islam,
13(1), 37–55.

Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2012). How to design and evaluate research in
education (8th ed.). Mc Graw Hill.

Ghazali Darusalam, & Sufean Husin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan (2nd ed.).
Penerbit Universiti Malaya.

Habibah @ Artini Ramlee. (2017). Pembangunan Model Profesional Guru Pendidikan Islam
berasaskan Riadhah Ruhiyyah. Tesis Doktor Falsafah.Universiti Malaya.

Ismail Hashim, Suyuti Mohammad, & Ahmad Shuhaimi Md Isa. (n.d.). Modul Latihan Dalam
Kumpulan (LDK) Kem Tahsin Solat pendidikan khas sekolah menengah. Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Jenius Efendi. (2019). Multimedia interaktif membelajaran shalat fardhu untuk Madarasah Ibtidaiyah
berbasis android. Jurnal Ilmiah Core IT, 293–298.

Kamarul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. (2013). Pendidikan Islam kaedah pengajaran dan
pembelajaran (6th ed.; Mohd Zubil Bahak, Ed.). Penerbit UTM Press.

202

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2015). Pendidikan Islam Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Bilik Darjah Edisi Ke-2 (2nd ed.).
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairul Hasni Abdul Kadir. (2017). Pembangunan dan Penilaian Modul Pengajaran Sains (e-Smart)
berasaskan pendekatan konstruktivisme bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid
tingkatan 2. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maimun Aqsha Lubis, Melor Md Yunus, Mohamed Amin Embi, Sabariah Sulaiman, & Zamri

Mahamod. (2010). Systematic steps in teaching and learning Islamic Education in the classroom.

Procedia - Social and Behavioral Sciences, 7(2), 665–670.

https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.10.090

Mohd Faeez Ilias, Muhammad Faiz Ismail, & Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Faktor dorongan dan

halangan penggunaan bahan bantu mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di Sekolah Bestari.
International Conference on Islamis Education 2013, 5(1), 943–953.

Mohd Ridhuan Mohd Jamil, & Nurul Rabihah Mat Noh. (2020). Kepelbagaian metodologi dalam
penyelidikan rekabentuk dan pembangunan (Izra Noh, Ed.). Shah Alam: Qaisar Prestige
Resources.

Muhamad Shakir Saad, Sabariah Sharif, & Muralindran Mariappan. (2018). Pembangunan Modul

Robot Permainan Topik Respirasi Sel menggunakan Model ADDIE. International Journal of
Education, Psychology and Counseling, 3(9), 114–123.

Murry, J. W., & Hammons, J. O. (1995). Delphi: A versatile methodology for conducting qualitative
research. The Review of Higher Education, 18(4), 423–436.

https://doi.org/10.1353/rhe.1995.0008

Nor Tutiani Abd Wahid. (2019). Development of a Problem-posing Multimedia Module and its
effectiveness to enhance student performance in form four Biology. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti Putra Malaysia.

Nurul Hijja Mazlan. (2020). Development of Collaborative Flipped Instruction for form one Malay
Languange writing. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaya.

Ramlan Mustapha, & Ghazali Darusalam. (2018). Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam penyelidikan
sains sosial. Penerbit Universiti Malaya.

Rijaluddin Yahya, Nurafidah Abdullah, & Wan Ali Akbar Wan Muhammad. (2016). Pendidikan
Islam tingkatan satu (Muhammad Ridhuan Wahab & Zawin Najah Muhammad Kaslan, Eds.).
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saedah Siraj, Muhammad Ridhuan Tony Lim Abdullah, & Rozaini Muhamad Rozkee. (2020).
Pendekatan penyelidikan rekabentuk dan pembangunan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Skulmoski, G. J., & Hartman, F. T. (2007). The Delphi method for graduate research. Journal of
Information Technology Education, 6(2007), 21. http://www.jite.org/documents/Vol6/JITEv6p001-
021Skulmoski212.pdf

Zainuddin Ibrahim. (2017). Pembangunan Modul Pembelajaran Seni Reka Grafik berasaskan
teknologi dan gaya pembelajaran pelajar bermasalah pendengaran. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti Malaya.

203

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

TAHAP AMALAN PENGAWAS BADAR TERHADAP PROGRAM
DAKWAH MAYA DI SMKA KOTA KINABALU

Siti Khadijatul Akhmar binti Shoib1
Muhammad Nasir bin Mohammad Mursal2

1,2 SMKA Kota Kinabalu
[email protected]
[email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan program dakwah maya yang dianjurkan
oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) di SMKA Kota Kinabalu, Sabah untuk mengatasi
masalah kekangan tarbiah dan kepimpinan dalam kalangan pengawas BADAR semasa pandemik
COVID 19 akibat keterbatasan pergerakan. Pada waktu yang sama kajian ini ini bermaksud untuk
mengenalpasti tahap sikap dan nilai baik hasil daripada program dakwah maya. Kajian kuantitatif
ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen. Pungutan data dilakukan secara atas talian (google form) melibatkan 26 orang pengawas
BADAR dalam kalangan murid tingkatan 2 hingga tingkatan 4. Perancangan tindakan difokuskan
kepada sikap dan komitmen pengawas dalam melaksanakan program pemantapan yang telah
ditetapkan di dalam takwim BADAR. Dapatan kajian menunjukkan pengawas BADAR berjaya
menunjukkan komitmen dan nilai yang baik antara 80%-100% terhadap program mutaba’ah amal,
tafaquh online Bedah Kitab 40 Hadis Anak Soleh, program online bacaan Yaasin , Poster Bicara
Daie dan usrah pengawas sama ada dalam bentuk dalaman ataupun melalui perkongsian pintar
dengan sekolah lain. Ini menunjukkan pengawas BADAR mempunyai daya penghayatan nilai murni
yang baik seperti bekerjasama, amanah, berani, bertanggungjawab dan mampu memberikan
komitmen yang tinggi dalam menguruskan organisasi secara berpasukan.

Kata Kunci: dakwah maya, pengawas, BADAR, SMKA

Pendahuluan
Badan Dakwah dan Rohani BADAR sebagai badan induk kerohanian sekolah mempunyai peranan
penting dalam membantu mempastikan keseimbangan tarbiyah, jasadiyah dan ruhiyah warga murid
dalam memperkasa sesebuah institusi pendidikan terutamanya sekolah Menengah Agama dan
SMKA. Malah peranan ini mendepani hasrat Falsafah Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran
Malaysia bahawa :

“Pendidikan berteraskan kearah perkembangan seimbang diri individu dari segi rohani, intelek,
emosi, fizikal yang membawa kepada individu beriman, berakhlak, bertakwa dan beramal soleh
untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati, bantu membantu antara satu sama lain”.

Proses mencapai falsafah ini sudah tentu memerlukan komitmen khidmat tenaga para guru
penasihat dan pengawas BADAR itu sendiri dalam memastikan misi dan visi dakwah tercapai.
Sehubungan itu BADAR SMKA Kota Kinabalu mengambil inisiatif tekad rovolusi tarbiah
memperkasa uswah dalam kalangan pengawas BADAR walau dalam cabaran pandemik Covid 19.
Program “Dakwah maya” adalah satu modul berkesan yang boleh dioptimumkan dalam melahirkan
pengawas BADAR yang berketrampilan dari segi watak dan nilai murni sebagai contoh teladan yang
boleh dirujuk oleh semua murid dalam sesebuah sekolah. Ibn Khaldun menyatakan daya olahan
fikiran manusia dibentuk oleh persekitaran yang mampu membentuk suatu sistem
spesifik. Hasil daripada sistem tersebut akan membentuk amalan budaya.

204

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Objektif Kajian

Objektif Umum
Mengenalpasti keberkesanan dakwah maya kepada pengawas Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
SMKA Kota Kinabalu

Objektif Khusus
1.Mengkaji sikap dan komitmen pengawas BADAR dalam melaksanakan program Dakwah Maya
BADAR
2.Mengkaji keberkesanan program Dakwah Maya dalam membentuk nilai mahmudah pengawas
BADAR.

Hipotesis Kajian

Kajian ini dilaksanakan terhadap 26 orang murid yang dilantik sebagai pengawas Badan
Dakwah dan Rohani di SMKA Kota Kinabalu. Ia tercetus berikutan isu kekangan pelaksanaan
program pemantapan tarbiah yang tidak seimbang dengan akademik dalam kalangan murid di
SMKA Kota Kinabalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula JUN 2021 yang lalu.
Ekoran daripada itu badan dakwah melihat isu tarbiah sahsiah sangat penting sebagai benteng
kekuatan dalaman murid-murid semasa cabaran pandemik covid 19. Namun guru penasihat
memfokuskan badan dakwah seharusnya mengambil peluang dengan ruang yang ada untuk
membina sahsiah unggul dengan memperkasakan tarbiah terhadap pengawas BADAR melalui
program Dakwah Maya yang serius dan berpantau. Tujuannya adalah untuk melatih kader-kader
pemimpin pelajar yang berkualiti dari segi sifat dan nilai mulia serta mampu berorganisasi secara
berkumpulan. Maka terlaksanalah modul program Dakwah Maya yang tersusun melalui medium
maya. Kajian ini dikira sangat penting untuk mendapatkan maklumat mengenai keberkesanan
dakwah maya kepada pengawas BADAR SMKA Kota Kinabalu khususnya dan melestarikan
peranan BADAR sebagai badan induk sekolah khususnya dalam aspek pembangunan rohani dan
kepimpinan.

Sorotan Literatur

MOHD YUSOF BIN SHOIB dalam kajian master beliau pada tahun 2020 berkaitan Pemeriksaan
Aspek Kerohanian Pelajar Muslim Melalui Program Sahsiah Unggul Murid (Sumur) Di Smk Abu
Bakar Al Baqir Perak. Objektif utama kajian tersebut adalah untuk meneliti keberkesanan, mengenal
pasti aspek-aspek kelemahannya dan membuat penilaian untuk penambahbaikan pelaksanaan
program tersebut berpandukan Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR), Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Data dikumpul melalui
kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian
melibatkan persampelan kejadian dan masa. Kaedah temu bual melibatkan 15 orang responden yang
dipilih melalui persampelan bertujuan.. Secara keseluruhannya, dapatan kualitatif menunjukkan
bahawa program-program pendidikan sahsiah murni terlaksana sepenuhnya secara berkesan dalam
konteks pembentukan sahsiah murid..Kajian ini turut mengesyorkan supaya usaha-usaha
penambahbaikan dilaksanakan, terutamanya dari aspek kaedah, organisasi dan manhaj pelaksanaan
program supaya program-program ini dapat memenuhi objektif pembentukan sahsiah pelajar .

Namun, kajian yang pengkaji jalankan masih belum disentuh dari sudut pandang
keberkesanan pelaksanaan program terhadap pengawas badan dakwah khususnya melalui medium
dalam talian. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan mengkaji Keberkesanan Dakwah Maya
Kepada Pengawas Badar Di SMKA Kota Kinabalu susulan kekangan aktiviti kerohanian semasa
pandemik Covid 19.

205

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Metodologi Kajian
Reka Bentuk Kajian :
Kajian yang dilaksanakan berbentuk kuantitatif. Pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk
memperolehi maklumat keberkesanan program Dakwah Maya yang dijalankan oleh Badan Dakwah
dan Rohani (BADAR) SMKA Kota Kinabalu. Soal selidik merupakan satu kaedah reka bentuk
kajian tindakan yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan konsep, sikap, nilai dan
keberkesanan dalam kalangan pengawas BADAR. Pengkaji menggunakan set soalan kajian
berbentuk google form (GF) untuk mendapatkan maklum balas daripada sasaran.

Pemilihan Respondan:
Respondan dipilih adalah merupakan murid-murid yang telah dilantik sebagai pengawas BADAR
SMKA Kota Kinabalu. Respondan terdiri daripada pengawas BADAR tingkatan 2 hingga tingkatan
4. Maklumat respondan terdiri daripada maklumat jantina, tingkatan dan lajnah yang disandang.

Soal Selidik :
Manakala bahagian (A) terdiri daripada item konsep yang mengandungi 5 soalan, Bahagian (B) pula
berkaitan item sikap dan nilai yang mengandungi 6 soalan. Bahagian (C) program dakwah maya
yang mengandungi 6 soalan. Pengkaji menambah bahagian (D) untuk mendapatkan maklumat
cadangan sebagai penambahbaikan kepada program dakwah maya BADAR.

Kajian Perpustakaan :
Kajian perpustakaan bermaksud sesuatu kajian yang dibuat oleh pengkaji daripada sumbersumber
tulisan seperti buku, tesis, disertasi, kertas persidangan, jurnal, dokumen peribadi dan mikro filem
yang mana terdapat dalam simpanan atau himpunan buku-buku dan bahan bacaan yang lain seperti
majalah, akhbar, risalah, manuskrip dan sebagainya.

Dapatan Kajian
Proses pembinaan sahsiah dan watak kepimpinan yang terpuji adalah suatu proses berterusan
dan memerlukan komitmen dan kesediaan individu untuk ditarbiah mengikut acuan atau modul yang
digubah berdasarkan objektif. Penampilan diri, sahsiah dan kepimpinan dalam berorganisasi boleh
dibentuk sekiranya dididik secara berterusan. Badan dakwah dan Rohani (BADAR) adalah salah
satu organisasi induk yang penting dalam aspek pembinaan dan pemantapan sahsiah dan kerohanian
murid di sekolah.

Dalam meneruskan kelestarian pembangunan sahsiah dan nilai murni murid terutama dalam
cabaran COVID 19, BADAR seharusnya lebih berperanan meneruskan dakwah secara lebih kreatif
dan berkesan. Hasil dapatan kajian, pengkaji mengupas ulasan mengenai keberkesanan Dakwah
maya terhadap pengawas BADAR kepada pecahan berikut :

A.Konsep Dakwah Maya dan BADAR
Dakwah maya adalah satu alternatif dakwah melalui alam maya. Badan dakwah dan rohani pula
berperanan meneruskan kesinambungan kerohanian dakwah kepada murid-murid melalui alam
maya tanpa menjadikan isu pandemik COVID 19 sebagai halangan proses dakwah.

Dalam jadual (A) berkaitan konsep Dakwah maya dan BADAR pada item soalan A1 dan A2,
dapatan menunjukkan bahawa respondan berpendapat dakwah maya melalui medium atas talian
adalah alternatif terbaik bagi melatih kepimpinan pengawas buat masa ini memandangkan kekangan
kaedah bersemuka dalam tempoh kawalan pergerakan terhad.

Manakala Data menunjukkan 92 % respondan bersetuju mengenai peranan BADAR dalam
membentuk sahsiah dan kerohanian seseorang pemimpin khususnya pengawas BADAR. Bacaan
data yang sama sebanyak 92% turut mengakui bahawa dakwah maya sebagai platform alternatif
bagi mengatasi kekangan latihan tarbiah dan kepimpinan dalam kalangan pengawas BADAR.
Terdapat 15% dalam kalangan respondan kurang bersetuju mengenai modul dakwah maya adalah

206

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

satu modul yang berkesan dan sesuai diaplikasikan oleh setiap sekolah. Ini melibatkan faktor
kekangan data dalam talian terutama kepada murid yang susah. Walaubagaimanapun jika ditinjau
dari sudut pandang kebaikan modul dakwah maya sebanyak 85% respondan berada di skala likert
setuju dan sangat setuju.

Jadual A : Konsep Dakwah Maya Dan Badar

STS TS KS S SS
N%
Item Perkara N%N% N % N % 6 23

A1 Saya berpendapat Dakwah Maya adalah 0 0 0 0 0 0 20 77
pendekatan yang sesuai pada masa ini
dalam melatih kepimpinan pengawas .

A2 Saya berpendapat BADAR mempunyai 0 0 0 0 0 0 9 35 17 65
peranan yang penting dalam membantu
membentuk sahsiah dan kerohanian
seseorang pemimpin pengawas

A3 BADAR mempunyai peranan yang 0 0 0 0 2 8 21 81 3 12

penting dalam membantu membentuk

sahsiah dan kerohanian seseorang

pemimpin pengawas

A4 Dakwah Maya sebagai satu alternatif 0 0 0 0 2 8 14 54 10 38

bersifat latihan kepimpinan dalam

suasana pandemik Covid 19 0 0 0 0 4 14 15 57 7 27
A5 Dakwah maya” adalah satu modul

berkesan yang sesuai diaplikasikan oleh

sekolah

Secara keseluruhannya pengawas BADAR mengetahui dan memahami kepentingan dan fungsi Badan
Dakwah dalam masa yang sama tidak menafikan platform dakwah maya sebagai medium terkini
dalam melatih tarbiah dan kepimpinan terhadap pengawas khususnya dan murid sekolah amnya.

B. Sikap Dan Nilai Terhadap Program Dakwah Maya Badar

Menurut Sulaiman Ibrahim dalam kajiannya menyatakan kepentingan memperdalamkan kefahaman
terhadap dakwah dan harakah serta terhadap tanzim dan aspek-aspek pengurusan. Sikap dan nilai
yang baik sangat penting untuk melahirkan penghayatan terhadap peranan pengawas BADAR.

Melaksanakan dakwah maya memerlukan tuntutan komitmen yang tinggi daripada setiap pengawas.
Penyataan ini terbukti berdasarkan 81% daripada soalan item B(1) menunjukkan respondan dapat
memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap program dakwah maya anjuran
BADAR SMKA Kota Kinabalu. Persepsi kurang bersetuju bagi baki 19% dalam kalangan respondan
terhadap komitmen dakwah maya berpunca daripada kekangan dalam talian. Walaubagaimanapun
respondan ini tetap memberikan komitmen apabila masalah talian dapat ditangani.

Bagi item B(2) dan B(4) semua respondan menunjukkan mempunyai semangat sikap bekerjasama
dalam kumpulan dan bertanggungjawab dalam menjelmakan program dakwah maya dalam hasil yang
terbaik. Kesungguhan ini dapat dilihat melalui modul mutabaah amal, tafaqquh online, penghasilan
banner kreatif di page FB Badar SMKAKK.

207

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Data menunjukkan hanya 4% iaitu 1 respondan sahaja yang kurang bersetuju mengenai item B (3)
dimana program dakwah maya melatih saya menjiwai sifat amanah dalam menjalankan tugas.
Manakala 12% iaitu 3 orang respondan sahaja kurang setuju mengenai item B(3) dimana berkaitan
program dakwah maya melatih saya berani dalam menyumbangkan idea dan khidmat.

Jadual B: Sikap dan Nilai Pengawas Terhadap Program Dakwah Maya

Item STS TS KS S SS

Perkara N%N%N%N%N%

B1 Saya memberikan komitmen yang tinggi dalam 0 0 0 0 5 19 15 57 6 23
melaksanakan Program Dakwah Maya

B2 Program dakwah maya membentuk saya 0 0 0 0 0 0 14 53 12 46

semangat kerja berkumpulan dan bekerjasama

B3 Program Dakwah Maya melatih saya menjiwai 0 0 0 0 1 4 12 46 13 50
sifat amanah dalam menjalankan tugas

B4 Program Dakwah maya membentuk sifat 0 0 0 0 0 0 11 42 15 58

bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan

baik

B5 Program Dakwah Maya melatih saya lebih 0 0 0 0 3 12 12 46 11 42

berani menyumbang idea dan khidmat

B6 Program Dakwah maya mampu mengasah 0 0 0 0 1 4 12 46 13 50

pemikiran dan hasil yang kreatif dalam

menyampaikan dakwah.

Dalam dapatan ini secara umumnya menunjukkan hasil sikap dan nilai yang baik seperti
berkerjasama, komitmen yang tinggi, bertanggungjawab serta sifat berani adalah merupakan kesan
dan hasil tabiah dakwah maya terhadap pengawas BADAR

C: Program Modul Dakwah Maya BADAR
Sektor Dakwah dan Kepimpinan di bawah Bahagian Pendidikan Islam telah memperkenalkan Modul
SUMUR yang terbahagi kepada empat pecahan program . Salah satunya adalah program jati diri yang
bertujuan membina individu muslim yang mempunyai ketahanan diri yang teguh berteraskan nilai
Islam. Maka sudah tentu modul program dakwah maya yang dibina oleh BADAR SMKA Kota
Kinabalu mengatur program mengikut acuan yang dikehendaki ini.

Berdasarkan item C (1) Program Mutabaah amal adalah satu modul yang sangat mencabar terhadap
diri pengawas BADAR. Proses ini berjalan setiap hari di waktu subuh dengan membaca al Mathurat
kubra,di waktu petang pula pengawas membaca mathurat Kubra dan malam harinya mereka akan
membawa Surah al Mulk dan Surah as Sajdah. Pada malam Khamis pengawas BADAR membaca
surah al Kahfi . Semua amalan ini berlangsung di platform telegram Official BADAR bagi pengawas
lelaki dan BADAR SMKAKK bagi pengawas BADAR puteri.

Berdasarkan data menunjukkan 73% respondan komited mengikuti amalan mutabaah amal tanpa
halangan . Manakala 27% mempunyai kekangan dalam melaksanakan amalan ini melalui aplikasi
video chat telegram. Walaubagaimanapun pengkaji berpendapat ia adalah satu pencapaian yang baik
memandangkan kaedah ini adalah kaedah amalan setiap hari.

208

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Program Tafaqquh Online adalah program bedah kitab 40 Hadis Anak Soleh yang disampaikan oleh
seorang tenaga pendidik di SMKA Kota Kinabalu pada setiap minggu dan mempunyai 40 siri pada
setiap hari Sabtu 8.30 pagi ke udara melalui aplikasi steam yard di Page FB BADAR SMKA Kota
Kinabalu. Data menunjukkan 96% pengawas BADAR mengakui program ini memberikan sentuhan
nasihat yang baik ke dalam jiwa mereka. Bukti dilihat berdasarkan komen diruangan chat, kehadiran
pengawas Badar dan proses perlaksanaan majlis yang diurus sepenuhnya oleh pengawas BADAR
serta dipantau guru penasihat. Data 96% ini berkongsi skala likert setuju dan sangat setuju bahawa
program dakwah maya membuktikan BADAR SMKA Kota Kinabalu mendepani usaha dalam melatih
generasi pendakwah muda yang berkualiti.

Berdasarkan data dari item C (3) menunjukkan 100% program Online Yaasin dan Munajat dapat
dikendalikan dengan baik oleh semua pengawas BADAR dari sudut penyediaan link google meet dan
pautan Page FB BADAR. Manakala pembaca yaasin, tahlil dan doa juga adalah terdiri daripada
pengawas BADAR secara bergilir mengikut jadual dilaksanakan sebanyak 5 kali , apabila berlaku
kematian, musibah dan bencana Covid. Setiap perjalanan program dipantau teliti oleh guru penasihat
bermula dari awal plan operasi.

Bagi aktiviti menghasilkan tinta dakwah menerusi poster maya setiap lajnah memainkan peranan
menghasilkan poster dakwah dengan hashtag #badarsmkakk#bicaradaie# .
Data item C (4) menunjukkan 81% respondan bersungguh-sungguh menghasilkan poster dakwah
yang kreatif dan menarik berdasarkan hasil idea lajnah masing-masing.

Konsep rukun usrah pengawas BADAR di SMKA Kota Kinabalu mengikut teras rukun usrah yang

dikemukakan oleh Imam Hasan Al Banna iaitu konsep Taaruf, Tafahhum dan Taawun berdasarkan
rujukan bertajuk Nizhamul Usar. Usrah pengawas BADAR meliputi kaedah perbincangan santai,
perkongsian pintar antara sekolah-sekolah, nasihat murabbi di laksanakan secara berkala. Sebanyak 6

kali aktiviti dilaksanakan. Dapatan item C (5) menunjukkan 92 % kalangan pengawas BADAR
mengambil peluang mengasah idea, memberi dan menerima pendapat serta berani menyumbang
fikiran dalam majlis tersebut.

Item Perkara Jadual C : Program Dakwah Maya KS S SS

STS TS

N%N%N%N % N %

C1 Saya memberikan komitmen melaksanakan 0 0 0 0 7 27 15 58 4 15
Mutabaah amal

C2 Tafaquh online bedah buku 40 Hadis Anak 0 0 0 0 1 4 11 42 14 54
Soleh memberikan sentuhan yang baik ke
dalam jiwa saya

C3 Pengawas Badar melaksanakan program 0 0 0 0 0 0 14 53 12 46
bacaan yaasin dengan teliti dan penuh
penghayatan

C4 Saya bersungguh-sungguh menghasilkan 0 0 0 0 2 8 16 62 5 19

One page ict dakwah yang kreatif dan kemas

C5 Usrah,forum dan perkongsian pintar 0 0 0 0 2 8 16 62 8 31
pengawas Badar memberi peluang kepada
saya memberikan pendapat dan menerima
pendapat.

209

C6 Semua program yang dilaksanakan dalam IBIEAC 2O21 JILID 1
Dakwah Maya membuktikan BADAR telah e ISBN 978 967 26508 0 5
mendepani usaha melatih generasi
pendakwah muda yang berorganisasi 0 0 0 0 1 4 11 42 14 54

Perbincangan/ Discussion

Perbincangan Analisis dan Dapatan Kajian Bahagian ini pengkaji membincangkan tahap
keberkesanan Dakwah Maya terhadap pengawas BADAR di SMKA Kota Kinabalu, masalah ketika
menulis dan cadangan penambahbaikan terhadap program dakwah maya.

Tahap Sebenar menilai keberkesanan program dakwah maya dalam kalangan pengawas BADAR
SMKA Kota Kinabalu, telah diukur melalui soal selidik google form berdasarkan objektif kajian ini
dilaksanakan. Purata nilai peratusan yang diperolehi adalah hasil daripada cantuman skor jawapan .
Sebanyak 20 soalan soal selidik telah dikemukakan berdasarkan empat pecahan iaitu aspek konsep,
sikap dan nilai, program dakwah maya serta cadangan penambahbaikan. Berdasarkan kepada
dapatan kajian dapatan keseluruhan mendapati majoriti pengawas BADAR berada ditahap nilai
setuju dan sangat setuju iaitu pada peratusan 80-100%. Ini menunjukkan terdapat keberkesanan
program dakwah maya ini kepada pengawas BADAR. Pengukuran nilai skala adalah berdasarkan
skala likert 1 hingga 5 iaitu ( sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju, sangat setuju).
Walau bagaimanapun jika dilihat secara mendalam masih terdapat beberapa isu yang perlu kepada
pemerhatian dan penambahbaikan iaitu aspek nilai komitmen pengawas apabila dapatan
menunjukkan 19% iaitu 5 orang pengawas tidak dapat memberikan komitmen yan ‘tinggi’ dalam
melaksanakan beberapa program dakwah maya diantaranya program program Mutabaah amal
disebabkan faktornya ialah kekangan data internet kerana aktiviti ini menggunakan aplikasi voice
chat telegram dan berjadual.

Cadangan penambahbaikan adalah perlu agar program ini lebih mesra secara umum. Bermaksud
program ini diperluaskan ke seluruh sekolah dan dioperasikan oleh badan dakwah dan ibadah setiap
sekolah di bawah induk Hal Ehwal Murid (HEM). Program dakwah maya perlu dikaji lebih
mendalam dari aspek inovasi yang mampu menarik jiwa remaja kearah menghayati tarbiah sikap
dan nilai mahmudah melalui platform maya.

Rumusan/ Conclusion

Said Sabiq berpendapat pendidikan islam merupakan satu proses yang berperanan menyediakan
kanak-kanak samada ada dari segi jasmani, atau rohani bertujuan untuk menjadikan seorang insan
kamil yang bakal menjadi anggota masyarakat yang berguna. Justeru secara keseluruhannya
program Dakwah Maya boleh dikatakan sebagai satu modul sebagai proses Pendidikan yang mampu
memberikan impak yang hebat kepada sikap dan oraganisasi kepimpinan murid sekiranya diatur
dengan teliti. Manakala fokus dan objektif program sangat penting bagi memastikan tarbiah itu
berlangsung dengan tepat dan bermanfaat kepada golongan sasar. Pemantauan guru penasihat sangat
penting dari aspek penyediaan modul, memberi arahan yang tepat, latihan dan bimbingan yang
berterusan.

210

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Rujukan/ References

Halipah Hamzah (Januari 2006) Jurnal CITU, Konsep dan Falsafah Pendidikan Islam, Jilid 2 No 1,
Pusat Penerbitan Universiti UPENA, 18.

Hassan al-Banna (2003), Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna. Salehah bin Ayub (terj.), Kuala
Lumpur: Pustaka Salam,

Mohd Yusof Bin Shoib (2020) Pemeriksaan Aspek Kerohanian Pelajar Muslim Melalui Program
Sahsiah Unggul Murid (Sumur) Di Smk Abu Bakar Al Baqir Perak Open University Malaysia
,1.

Muhammad Nordin,Jamil Ahmad & Ab Halim Tamuri (2006), Pelaksanaan Program Usrah Badar
di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said,

FakultiPendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 UKM Bangi, Selangor , 515.
Sulaiman Ibrahim (2000), Tarbiah Da‟awiah untuk Golongan Remaja: Suatu Tinjauan
terhadap Manhaj al-Ikhwan alMuslimin‟ dalam buku Dakwah dan Perubahan Sosial, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 75.

Supyan Hussin, Supyah Hussin’s Blog, http:// supyanhussin, wordpress.com/2014 / 01/16 definisi-
falsafah-pendidikan-islam/,1

211

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENTINGNYA DALAM PENDIDIKAN – SATU INJAUAN

Sohana Abdul Hamid
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

Abstrak

Ulasan ini menjelaskan kemahiran berfikir kritis dalam proses pendidikan dan pentingnya berfikir
secara kritis bagi pelajar yang mengikuti mana-mana program pendidikan. Pemikiran kritis dinilai
sebagai jenis penaakulan yang lebih tinggi dan kemahiran merintangi ke organisasi pendidikan.
Mengembangkan kemampuan berfikir secara kritis adalah komponen penting dalam pengajaran dan
pembelajaran yang sebenar dan bermakna. Pemikiran kritis membantu kita menyelesaikan masalah,
membuat keputusan dan mencapai matlamat kita membangunkan kemampuan berfikir secara kritis ia
ia adalah elemen penting untuk pendekatan dalam model pendidikan moden. Untuk mengembangkan
kemampuan pelajar berfikir secara kritis adalah merupakan satu komponen yang sangat penting
dalam sistem pendidikan kontemporari. Kajian ini bermaksud memberi kerangka konsep berfikir
secara kritis semasa mengajar atau belajar. Dunia mendapati persekitaran kehidupan dari hari ke hari
yang lebih teknikal dan lebih kompleks, sebab itulah keperluan pendidikan meningkat untuk setiap
generasi yang sedang berkembang. Kemahiran berfikir secara kritis umumnya diterima sebagai tahap
yang sangat penting dalam setiap bidang pembelajaran, terutama pada dekad terakhir. Dalam kajian
ini memberi cadangan umum mengenai pentingnya kemahiran berfikir kritis.

Kata Kunci: Pemikiran Kritis, Pemikiran, Pembelajaran, program Pendidikan

Pendahuluan

Pemikiran kritis merupakan element penting yang perlu diterapkan dalam kurikulum pengajian di
semua peringkat dan dalam semua bidang termasuklah pengajian Islam. Ini penting bagi mempastikan
pelajar memiliki pemikiran tahap tinggi yang diperlukan bagi menghadapi alaf baru dan cabaran
Revolusi Industri 4.0. Kurikulum pengajian yang hanya sekadar menekan proses pengajaran dan
pembelajaran berbentuk fakta atau isi semasa semata-mata kurang relevan dalam konteks hari ini (
Hamat F.,H et.al (2007). Seharusnya corak pembelajaran dan pengajaran, relevansi dan fokus
pengisian perlu melampaui penguasaan kemahiran asas dan pengetahuan dengan mengembangkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Huitt (1998) menjelaskan bahawa pemikiran kritis
merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk kejayaan seseorang dalam abad ke-21,
sementara itu Meyers (1986) menegaskan bahawa pelajar mencapai potensi mereka sepenuhnya,
sekiranya mereka belajar untuk berfikir dan dapat berfikir secara kritis

Dalam kehidupan seharian, pernahkah kita terfikir bila masanya kita menjadi seorang yang
kritis atau kreatif? Biasanya, seseorang itu akan menjadi kreatif apabila dia berada dalam situasi
kritikal atau terdesak.

Pemikiran kritis adalah proses menganalisis, mensentesis, dan menilai maklumat secara bebas
sebagai panduan tingkah laku dan kepercayaan. Kemahiran berfikir secara kritis merangkumi
kemampuan menafsirkan, mengesahkan, dan menaakul, yang semuanya melibatkan penerapan prinsip
logik. Proses menggunakan pemikiran kritis untuk membimbing penulisan disebut penulisan kritis.
Pemikiran kritis melaksanakan tanggungjawab yang sangat rapi, terarah dan bersistem. Apa jua yang
dicerap oleh pancaindera-maklumat,fenomena, isi,perkara,benda akan menjalani proses saringan pada
tahap sensasi dan persepsi. Pemikiran kritis akan memainkan peranan utama sesuai dengan kehendak
dan objektif kita. (Hashim, S. (2010).

212

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Konsep pemikiran kritis Islam pula bukanlah berasaskan aktiviti minda secara mudah semata-
mata tetapi berfikirkritis adalah usaha menganalisis (tafqih), menyelidiki dan mengkaji (ta‘qil),
merenung (tafakkur), memahami (tafahhum), merumus (tadhakkur) dan menilai (tadabbur) alam ini
secara mendalam dan menyeluruh. Aktiviti minda ini menjadi asas kepada hubungan antara manusia
dengan Tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk lain. (Junoh, N., &
Mohamad,A.M. (2020).

Islam telah mengemukakan asas dan kerangka pemikiran kritis yang sangat kuat daripada
sumber wahyu. Penekanan al-Quran terhadap pemikiran kritis bolehdilihat berdasarkan ayat-ayat yang
menggesa umatnya melakukan kontemplasi dan pemikiran yang baik, bantahan kepada taklid dan
mencari kepastian serta bersikap objektif. Oleh itu, penting bagi umat Islam untuk membina kerangka
pemikiran kritis Islam yang selari dengan wahyu Allah SWT. Penelitian ini merupakan sebahagian
usaha yang dilakukan untuk menyumbang ke arah ini melalui perbahasan tentang elemen utama
pemikiran kritis Islam daripada sumber utama, iaitu al-Quran.

Definisi Pemikiran Kritis

Dari segi bahasa, menurut Kamus Dewan, edisi ketiga “pemikiran” bermaksud perihal
berfikir atau memikir, manakala perkataan “kritis” yang berasal dari bahasa Indonesia-Belanda
mempunyai jaringan makna yang berikut; tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui
sesuatu (iaitu dengan menimbangkan baik buruknya terlebih dahulu) dan bersifat mengkritik (tidak
menerima sesuatu bulatbulat) (Baharom, 2002).

Istilah ‘pemikiran kritis’ dalam bahasa Inggeris pula dinyatakan sebagai ‘critical thinking’,
yang terdiri daripada dua perkataan iaitu ‘critical’ dan ‘thinking’. Perkataan ‘critical’ berasal daripada
perkataan ‘critic’ yang bermaksud membuat atau melibatkan teguran atau mengongkong atau
penghakiman
‘making or involving adverse or censorious comment or judgments’ atau mahir pada atau terlibat
dalam kritikan ‘skillful at or engaged in criticism’ (The Concise Oxford Dictionary, 1990:
275).Bloom (1956 menjelaskan ,pemikiran kritis sebagai pemikiran yang melibatkan aktiviti mental
seperti menganalisis, membuat sintesis dan membuat penilaian. (Junoh, M. (2020).

Manakala, Dewey (1933) mengatakan pemikiran kritis iaiah sebuah pemikiran yang bersifat
reflektif iaitu berfikir secara mendalam dan membuat pertimbangan yang serius berkenaan sesuatu
perkar yang merujuk kepada perkataan pemikiran kritis.

Penggunaan perkataan pemikiran kritis dalam bahasa Arab mempunyai pelbagai istilah yang
sama maksudnya dari segi literal seperti al-fikr al-naqdi yang diungkapkan oleh al-Qarni (N.S
Doniach, 1972; Munir Ba‘albaki, 1995; Elias A. Elias & Ed. E. Elias (t.t). Manakala Yusuf al -
Qaradawi (1996) pula mengunakan kalimah akal/minda ilmiah (al-`aqliyyah al-`ilmiyyah) (Ismail, A.
et al. (2020).

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji dan membincangkan kepentingan pemikiran kritis dalam
semua bidang ilmu termasuklah bidang Pendidikan Islam dalam mengharungi cabaran Revolusi 4.0.

Metodologi

Kaedah kajian kepustakaan berdasarkan secara sorotan kajian- kajian lampau dan dibuat ulasan secara
bersistematik.

Dapatan

Hasil dari pencarian artikel yang berkaitan dengan perkataan pemikiran kritis, dalam pendididkan
pengajian Islam terdapat berbagai hasil dapatannya. Kemahiran pemikiran kritis murid dalam kajian
ini adalah pada tahap lemah, ia akan memberi impak kepada murid untuk menempuhi masa hadapan
yang lebih mencabar di mana ia memerlukan murid untuk berfikir lebih kritis dan kreatif dan bagi
melahirkan warganegara yang mempunyai pemikiran aras tinggi tidak akan tercapai.(Mohd Rosdi

213

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

et.al (2017). Begitu juga dengan hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Siti Rahaya et.al. (2010)
mendapati kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah pelajar bagi subjek sains masih
rendah. Arnie Yuzie et.al (2015) dan Nor Hasnida et.al. (2010) juga menyatakan dapatan yang
diperolehi dari sorotan kajian yang dilakukan menunjukkan tahap pemikiran kritis pelajar masih di
tahap sederhana berbeza pula dengan hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Shazaitul Azreen dan
Maisarah (2015) yang menunjukkan pelajar berpendapat pemikiran kritikal dan kemahiran
menyelesaikan masalah yang tinggi. (Muhammad Raflee, S. S., & Halim, L. (2021).

Dapatan kajian dari (Junoh, N. (2020) menjelaskan bahawa konsep pemikiran dalam Islam
juga tidak terkeluar daripada sumber utama Islam, iaitu Al-Quran, dimana didalamnya terdapat
gesaan, galakan dan suruhan berfikir secara kritis dengan merenung, menyelidiki dan memerhatikan
ala mini secara mendalam supaya umat Islam memperolehi kebaikan daripadanya.

Perbincangan

Pembangunan masyarakat yang memiliki kemahiran berfikir yang tinggi (Aras Tinggi)
merupakan satu agenda penting dalam pembangunan bangsa dan pembinaan negara. Pendidikan yang
berkualiti dapat melahirkan masyarakat yang memiliki kemahiran berfikir bagi menghadapi kemajuan
dan cabaran serta gelombang perubahan global pada abad ke-21. Pendidikan negara merupakan satu
reformasi terpenting dalam pembentukan masyarakat dan juga dapat membentuk satu negara yang
maju dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, sains dan teknologi, informasi maklumat, kemahiran
berfikir dan budaya ilmu. Dengan ini, ia bertepatan dengan matlamat yang diperhalusi dalam Falsafah
Pendidikan Negara (FPN), iaitu perkembangan daya intelek telah diberi penekanan utama bersama-
sama dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu kemahiran berfikir secara kritis telah
dijadikan satu daripada elemen utama dan penting dalam sistem pendidikan negara. (Mohd. Rosdi et.
al (2017).

Pemikiran kritis adalah satu intipati yang penting dan perlu diajar dan diterapkan kepada
setiap murid terutamanya pada abad ke-21 ini. Aizikovitsh dan Cheng (2015) berpendapat yang sama
iaitu berfikiran sacara kritis adalah sifat yang perlu di pelajari, iaitu murid perlu di didik kearah
pemikiran kritis, dan bukannya secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan pemikiran kritis. Paul
(2002) menegaskan bahawa dalam dunia yang mencabar ini, yang pesat berubah dan saling
bergantungan, pemikiran kritis kini merupakan satu keperluan untuk terus hidup dari segi ekonomi
dan juga sosial.

Kajian-kajian terdahulu yang melibatkan skop pemikiran kritis telah banyak
dijalankan (Ili Atiqah & Ruslin, 2016; Nursafra, Mohd Isa, & Khadijah, 2017). Walau bagaimanapun,
kajian yang dijalankan adalah berbeza antara pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Kajian lalu banyak
tertumpu kepada tahap pemikiran kritis sama ada di peringkat sekolah kebangsaan, sekolah menengah
dan juga di peringkat institusi pengajian tinggi. Tinjauan mendapati antara skop kajian yang banyak
dijalankan lebih tertumpu di pusat-pusat pengajian tinggi dengan fokus kajian lebih menjurus kepada
pelajar-pelajar universiti. Tambahan pula, tinjauan mendapati kebanyakan kajian yang melibatkan
skop pemikiran kritis sehingga kini tidak menggabungkan unsur-unsur keagamaan secara langsung ke
dalam model yang dibangunkan. Perkara sedemikian merupakan persoalan utama yang cuba
diketengahkan.

Kajian-kajian terdahulu hanya memuatkan nilai-nilai murni tanpa menyerapkan
unsur-unsur keagamaan yang jelas dan nyata seperti unsur ketuhanan, unsur ibadah, unsur amalan
keagamaan dan lain-lain unsur yang menjurus kepada skop keagamaan. Sedangkan unsur-unsur
sedemikian seharusnya menjadi pegangan dalam setiap tindakan yang dilaksanakan malahan sebagai
seorang Muslim yang sejati perkara tersebut perlu dijadikan sebagai aulawiyyat atau keutamaan.
Menurut Mohd Azhar (2001) falsafah berfikir perlu dilaksanakan dengan menjadikan matlamat agama
sebagai landasan utama supaya tidak tersasar dengan kehendak sebenar.(Yahya, R. et.al(2019). Ab.
Hamid et.al (2019) menyatakan bahawa budaya berfikir kritis adalah bentuk pemikiran yang berada
dalam kerangka worldview Islam yang berasakan tauhid, dimama tiga elemen yang utama kepada
budaya berfikiran kritis ialah analitikal, objektif dan penilaian.

214

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Kemahiran pemikiran kritis merupakan isu yang sedang hangat diperkatakan di
pentas global dunia pendidikan masa kini (Kiruba, Sreelekha, Jaideep, Aruna, & Roy., 2018).
Kemahiran ini merupakan salah satu daripada standard asas yang terkandung dalam kemahiran abad
ke-21 yang merangkumi 4 asas iaitu:

1) Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah,
2) Komunikasi,
3) Kolaboratif dan
4) Kreativiti dan inovasi (AACTE, 2010).

Individu yang menguasai kemahiran ini akan menjadi lebih konsisten serta mempunyai
landasan yang terpimpin dalam membuat sebarang keputusan di samping dapat memantapkan diri
dalam setiap tindakan yang dilakukan (Caraka Putra, Muhammad, & Swiejti Maghfira, 2018). Setiap
modal insan yang dilahir perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif khasnya penyelesaian masalah,
penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mencipta ilmu yang baharu selaras dengan
perubahan dan keperluan semasa. Penguasaan terhadap kemahiran ini akan membantu seseorang
individu ke arah menentukan pembentukan masyarakat Malaysia yang lebih matang dalam mencerna
idea-idea yang bernas bagi menghadapi sebarang situasi pada masa hadapan. Selain itu, dapat
membantu ke arah mengenal pasti hala tuju dalam proses berfikir.

Nilai-nilai pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah diterapkan dalam
kurikulum pengajian bertujuan melahirkan graduan yang serba boleh, berfikir dengan kritis dan kreatif
dan memiliki kecemerlangan akhlak dalam kehidupan realiti sebenar setelah melangkah keluar dari
alam kampus. (Ismail, A. et.al (2020). Dengan kata lain kemahiran ini mampu melahirkan generasi
yang menepati ciri-ciri modal insan yang harus dilihat secara menyeluruh membabitkan semua aspek
kehidupan dalam individu dan masyarakat di negara ini. Selain daripada itu sebilangan besar guru
teknikal, mengatakan bahawa pemikiran kreatif dan kritis dapat membantu pelajar menumpukan
perhatian kepada pembelajaran secara lebih berkesan. (Buntat, Y. & Mohamed, N. (2010).

Kemahiran berfikir secara kritis dengan menerapkan unsur-unsur berfikir daIam pengajaran
dan pembelajaran mendedahkan pelajar sebagai langkah awal agar mampu menyelesaikan sesuatu
masalah dengan berkesan dan bijak terutamanya yang melibatkan tuntutan di alam pekerjaan era dunia
glabalisasi.

Abdul Salam Yussof (2003) berpendapat bahawa dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
Al Ghazali menyatakan bahawa akal perlu dirangsang, digerakkan dan diberi perhatian kerana
walaupun akal seseorang individu mempunyai “daya lihat”, namun masih banyak lagi perkara yang
tidak mampu dijangkau oleh akal. Sebagai contoh bentuk rangsangan yang diberikan melalui kata-
kata para hukama’ dan yang paling agung iaitu kalamullah s.w.t. iaitu al-Quran yang berbentuk
perkataan.

Berdasarkan penelitian di atas menunjukkan bahawa pemikiran kritis merupakan suatu
kemahiran berfikir yang melibatkan beberapa kemahiran seperti kemahiran menilai maklumat,
kemahiran menilai hujah secara rasional dan logik, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain
lagi. Semua kemahiran ini mempunyai perkaitan yang rapat dalam mendidik akhlak mulia mahasiswa
yang bakal menerajui negara suatu hari nanti (Che Husain & Tengku Kasim, 2007).

Penekanan kemahiran berfikir dengan mengintegrasikan kemahiran ini di dalam kurikulum di
peringkat pemimpin yang efektif. Tambahan Iagi, kemahiran berfikir ini penting untuk membentuk
warganegara yang berpengetahuan dan mampu menggunakan semaksimum mungkin pemikiran
mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan yang mungkin akan berlaku
secara drastik. Kemahiran berfikir secara kritis juga membentuk individu menjadi lebih inovatif serta
mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan
artistik yang tinggi dalam membentuk masyarakat yang mempunyai nilai ketamadunan yang
tinggi.(Ambotang, A.S. (2014)

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan berfikiran kritis ialah satu proses minda untuk
mencari makna dan kefahaman terhadap sesuatu yang dilakukan hampir pada setiap masa. DaIam
situasi tertentu kemahiran berfikir amat perlu untuk menerokai pelbagai kemungkinan idea,
pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mengikut kesesuaian

215

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

situasi dan seterusnya membuat refleksi serta metakognitif terhadap proses yang dilalui khasnya
dalam melahirkan modal insan yang berkebolehan dari pelbagai sudut dimensi kehidupan.

Rumusan

Daripada perbincangan diatas dapat dirumuskan bahawa Pemikiran Kritikal
merupakan kemahiran yang sangat penting dalam semua profesion. Jelaslah di sini terdapat keperluan
yang serius untuk kita mempersiapkan masyarakatsecara amnya, dan para pelajar khususnya untuk
memiliki kemahiran berfikir secara kritikal bagi menghadapi pelbagai cabaran dan situasi yang bakal
ditempuhi. Kesinambungan di peringkat pengajian tinggi, pelajar mengikuti pembelajaran bukan
sahaja setakat menguasai ilmu pengetahuan yang disediakan dalam kurikulum tetapi juga memerlukan
kemahiran berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini
juga membolehkan pelajar membezakan dengan mudah masalah utama dan matlamat sampingan di
samping menjana bukti dan data yang menyokong dengan tepat dan menyeluruh. (Ariffin et. al.
(2014).

Pemikiran kritis Islam meliputi pelbagai kemahiran kognitif dan intelektual yang diperlukan
bagi mengenal pasti, menganalisis dan menilai sesuatu hujah dan kesahan sesuatu idea dengan
berkesan. Setiap kemahiran ini bertujuan memastikan segala idea atau perkara yang diterima atau
dihasilkan tidak dipengaruhi elemen-elemen yang mengurangkan nilai kebenaran. Dengan kata lain,
pemikiran kritis Islam dapat memandu dan membantu manusia mencapai resolusi yang terbaik dalam
melaksanakan aktiviti seharian. (Junoh, N., & Mohamad,A.M. (2020). Hal ini juga kerana aktiviti
berfikir kritis bukan sahaja berlaku dalam kalangan ahli akademik tetapi juga digunakan oleh pelbagai
peringkat kerana semua golongan umat manusia digalakkan untuk berfikir dalam memahami dan
menghayati segala suruhan Allah SWT.

Oleh yang demikian, kemahiran pemikiran kritis merupakan salah satu mekanisme yang dapat
memudahkan transisi pengetahuan dan kemahiran kepada tindakan dalam menentukan keperluan
masyarakat masa hadapan. Kemahiran ini penting bagi memastikan pelajar memiliki pemikiran tahap
tinggi yang diperlukan bagi menghadapi persaingan global (Ismail, A. et. al (2020). Penerapan
kemahiran ini merupakan salah satu bentuk pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan bukan sekadar menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, malah juga
cemerlang dari sudut akhlak dan emosi. Kepentingan kemahiran berfikir secara kritis amat diperlukan
dalam kurikulum pelajaran termasuklah dalam kurikulum Pendidikan Islam.

Rujukan

AACTE. (2010). 21st century knowledge and skill in educator preparation. Education, (September),
40. https://doi.org/10.1787/9789264193864-en

Abdul Salam Yussof. (2003). Imam al-Ghazali: Pendidikan berkesan. Utusan Publications &
Distributors.

Ab.Hamid, N.,Abd Wahab,N.A.,Che Man,N., & Hashim,N.I. (2019). B. udaya Berfikir Kritis Islam
Kepentingannya kepada Masyarakat Melayu Era Kotenmporari. E-Juornal of Islamic Thought
and Understanding. Vol. 1, 1-15.

Ambotang, A., S. (2014). Menerapkan kemahiran berfikir. Di ambil semula dari
https://eprints.ums.edu.my/8398/1/nc0000003879.pdf.

Arni Yuzie Mohd Arshad et.al. (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid Dalam Konteks.

Ariffin, S.R., Abd Majid. R., Haron. Z., Alias. A., Samsuri. S., Basri. H., & Abdul Hamid. N.A.
(2014). Kemahiran Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah Pelajar- pelajar Sains di
Malaysia. di semula di
https://sempoibit13.files.wordpress.com/2012/12/artikel-kemahiran-pemikiran-

kritikal- danpenyelesaian-masalah-pelajar-pelajar-sains-di-malaysia.

216

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Aizikovitsh, E., & Cheng, D. (2015). Developing critical thinking skills from dispositions to abilities
mathematics education from early childhood to high school. Creative Education, 6, 455–462.
Baharom, N. (2002). Kamus Dewan, Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Bloom, B. (1956). Taxamony Of Educational Objectives. New York: Mc Kay.

Buntat, Y. & Mohamed, N. (2010). Aplikasi Pemikiran Kreatif dan Kritis Dalam Pembelajaran
Teknikal bagi Mata Pelajaran Teknikal di Sekolah di Negeri Johor. Universiti
Teknologi Malaysia I Institutional Repository.

Dewey, J. (1933). How We Think. A Restatement of The Relation of Reflective Thinking To The
Educative Process. New York: DC Health & Com.

Caraka Putra, B., Muhammad, A. N. G., & Swiejti Maghfira, R. (2018). Strategy of core curriculum
to improving student ’s critical thinking skill. Jurnal Bimbingan Dan Kaunseling, 1(3), 176–
182.

Che Husain, F., & Tengku Kasim, T. S. (2007). Pembentukan modal insan bersepadu melalui
keberkesanan pendidikan akhlak individu Muslim/Faridah Che Husain dan Tengku Sarina
Aini Tengku Kasim. S Doniach. (1972). The Oxford English-Arabic Dictionary. Oxford: At
the Clarendon Press.

Hamat, M. F., Wan Abdullah. W. S., Che Seman. A., Tengku Kasim. T.S., Syed Abdul Rahman. S.
M. H., & Abd Latif. F., & Che Husin. F. (2007). Penerapan Pemikiran Kritis Menerusi
Silibus Pendidikan Islam, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): Kajian di
SMKA Negeri Melaka.

AFKAR. Bil.8/2007. 207-240. Hashim, S. (2010). Pemikiran Kritikal. Bab Dalam Buku. Di ambil
semula @https://core.ac.uk/download/11785734.pdf.

Huitt, W. (1998). Critical thinking: An overview. Educational Psychology Interactive. Valdosta,
GA: Valdosta State University.

Ismail, A.,Muda, F.L.,Sulaiman,A.,Mohd Nizah,M.A.,Abdul Latif,L.,Sulaiman,M,.,Mat Yacob, S.N.,
Kandil, M.T.E. (2010). Pembentukan Pemikiran Kreatif dan Kritis: Hubungannya Dalam
Menyelesaikan Masalah. Sains Insani 2020, Volume 05 No 1 : 43-47.

Ili Atiqah, M. D., & Ruslin, A. (2016). Sikap terhadap kemahiran pemikiran kritikal dan
hubungannya dengan prestasi akademik dalam kalangan pelajar-pelajar UKM. Jurnal
Psikologi Malaysia,30(1), 142–151.

Junoh, N., Mohamad,A.M. (2020). Pemikiran Kritis Islam: Analisis Terhadap Istilah-istilah
Berkaitan Dalam Al-Quran. Journal of Muwafaqat . Vol. 3, No. 1, 2020, pp. 130-149.

Kiruba, J. C., Sreelekha, B., Jaideep, M., Aruna, S., & Roy., K. G. (2018). Effectiveness of training
program on thinking skills among adolescent girls. International Journal Of Scientific
Research, 7(1), 197–198.

Meyers, C. (1986). Teaching students to think critically. San Francisco, CA: Jossey-Bass Inc.
Publishers.

Mohd Azhar, A. H. (2001). Pengenalan pemikiran kritis dan kreatif. (Issham Ismail, Ed.)
(Cetakan Pe). Skudai, Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia .

217

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Mohd. Rosdi,M.F., AbduL Kadir, S., & Nazri, M. I.(2017). Tahap Kemahiran dan Kecenderungan
Pemikiran Kritis Murid Tingkatan Dua dan Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu di Negeri Kedah dan Hubungannya. Asia Pacific Journal of Educator and
Education, Vol. 32, 45-60.

Muhammad Raflee, S. S., & Halim, L. (2021). The Effectiveness of Critical Thinking in Improving
Skills in KBAT Problem Solving. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1),
60-76. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.1.6.2021

Munir Ba‘albaki (1995). al-Mawrid: A Modern EnglishArabic Dictionary. Beirut: Dar El-Ilm
LilMalayen

Nor Hasnida Che Md Ghazali et al. (2010). Kemahiran Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian
Masalah Pelajar - Pelajar Sains. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali
Ke-4 / 450-462. Paul, R. W. (2002). The international centre for the assessment of thinking:
Critical thinking essay examination. Santa Rosa, CA: Foundation for Critical Thinking.

Shazaitul Azreen Rodzalan & Maisarah Mohamed Saat. (2015). The Perception of Critical Thinking
and Problem-Solving Skill among Malaysian Undergraduate Students. Social and Behavioral
Sciences 172: 725 – 732. Diterbitkan oleh Elsevier.

Siti Rahayah Ariffin et al. (2010). Tahap Penguasaan Kemahiran Pemikiran Kritikal dan
penyelesaian Masalah Pelajar-Pelajar Sains dan hubungannya dengan Pencapaian Pelajar.
UKM, Bangi.

Yahya, R.,Ahmad Rashid,R.,A.,&Zainal,M.,Z.(2019). Pemikiran Kritis Remaja Muslim.Analisis
Literatur. Journal of Educational Research and Indigeneous Studies. Volume: 2 (1), 2019

218

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Pemupukan Kemahiran Berfikir Melalui Pembelajaran Berasaskan
Projek Dalam Pengajaran Pendidikan Islam

Aidah Binti Japinin1
Musirin Mosin2

Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah3

1SMK Mat Salleh, Ranau, Sabah
23Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

[email protected]
[email protected]
[email protected]

Abstrak

Keterampilan murid dalam pembelajaran kini memerlukan usaha yang tinggi di kalangan guru pada
masa kini untuk menjana murid yang dapat menguasai pembelajaran abad ke 21. Hal ini tidak
terkecuali dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembelajaran
murid dan pengajaran guru dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah berpandukan kepada (MK5FN) Model
Konstruktivisme Lima Fasa Needham. Seramai sembilan orang murid dan seorang guru Pendidikan
Islam dipilih sebagai peserta kajian dalam kajian ini. Kajian ini adalah satu kajian kes tunggal yang
menggunakan pendekatan kualitatif. Data verbatim temu bual adalah data utama yang disokong oleh
data pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data menggunakan kaedah perbandingan secara
berterusan. Semua data dianalisis menggunakan Microsoft Word bagi mengenal pasti tema dan
kategori. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pembelajaran Pendidikan Islam
berasaskan projek telah menghasilkan tiga model pembelajaran berasaskan projek, iaitu Model PGBP
Pai dalam Pengajaran, Model Kemahiran Berfikir dalam KB PBP dan Model utama PBP iaitu (MPBP
PISM) Model Pembelajaran Berasaskan Projek Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat kemahiran interpersonal dalam pembelajaran murid. Implikasi dapatan kajian
ini boleh dijadikan panduan kepada semua pihak khususnya kepada guru-guru Pendidikan Islam
peringkat sekolah menengah.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir, Pembelajaran Projek, Pengajaran, Pendidikan Islam.

1.Pendahuluan.

Pada era globalisasi ini, murid perlu bergiat aktif dalam pembelajaran agar seiring dengan ledakan
maklumat yang berteraskan teknologi yang pantas berubah. Wujudnya cabaran yang perlu dihadapi
dalam dunia pembelajaran murid ke arah revolusi industri 4.0 (RI 4.0) yang dianggap memberi kesan
kepada ekonomi dunia iaitu peralihan daripada ekonomi konvensional berasaskan sumber kepada
ekonomi digital yang berasaskan teknologi maklumat (Kamaruddin Ilias & Che Aleha Ladin, 2018).
Corak pengajaran dan pembelajaran murid perlu seiring dengan arus perubahan global yang
memerlukan kepada kepelbagaian kemahiran khususnya kemahiran berfikir yang perlu dikuasai murid
semasa berada di bangku sekolah.

Pembelajaran berasaskan projek bertujuan menggalakkan inovasi dalam pembelajaran yang
akan membawa nafas baru dalam pemerolehan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran (BTP,
2006). Kaedah pembelajaran ini telah mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
sejak tahun 2006. Pembelajaran berasaskan projek dapat melahirkan murid yang memiliki
pengalaman pembelajaran melalui dunia luar berpandukan persoalan yang bermakna yang berkaitan
dengan kehidupan persekitaran pelajar (Isa, Machmudi, Shihah, & Abdullah, 2013). Pengetahuan
saintifik turut terbina akibat pengaruh dengan persoalan yang memerlukan kepada binaan sesuatu

219

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

projek (artifak) (Chin, 2007). Murid abad 21 hendaklah berkebolehan menguasai kemahiran-
kemahiran seperti berfikir secara kritikal, kreatif, berinovasi, berkolaborasi, mampu bekerja dalam
kumpulan, memahami budaya, menguasai pengkomputeran dan kerjaya serta belajar tanpa
pergantungan dengan guru. Berdasarkan ciri-ciri ini pembelajaran abad ke 21 merupakan satu anjakan
paradigma buat guru dan murid untuk menghasilkan aktiviti-aktiviti dan pembelajaran lebih menarik
dan berkesan.

2.Objektif kajian.

Kajin ini adalah untuk melihat pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan menggunakan
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MK5FN) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek untuk menarik minat pelajar disamping memberi kefahaman dan memupuk
kemahiran berfikir melalui penglibatan murid dalam komuniti masing-masing. Selain itu, dengan
(MK5FN) pengajaran dapat dirancang serta dilaksanakan dengan sistematik agar dapat menggunakan
waktu pengajaran dan pembelajaran yang semaksimum dalam bilik darjah. Namun demikian, hasil
projek (artifak) masih dapat dihasilkan dengan sebaik mungkin dengan penggunaan kaedah MK5FN
secara lebih berkesan sebagai cara melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah.

3.Sorotan literatur.

Pembelajaran berasaskan projek adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dalam meningkatkan pencapaian dan impak pembelajaran (Mispuah Hassan, Lilia Halim, Norbaizura
Haris, Farihah Mohd Jamel, & Nor Mazliana Abdul Hashim, 2014). Pembelajaran berasaskan projek
merupakan salah satu kaedah yang terdapat dalam pembelajaran abad ke-21 bagi melahirkan murid
yang mampu memiliki kemahiran 4K dan 1N. Begitu juga dengan pandangan Stephanie (2010)
bahawa pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning) merupakan suatu pendekatan
pembelajaran yang meningkatkan kemahiran abad 21 dan melahirkan modal insan yang seimbang dari
sudut rohani dan jasmani murid.

Keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek ini ialah menghasilkan
sesuatu projek (Veerasamy, 2010) adalah kesan daripada proses pembelajaran secara berterusan dalam
memastikan hasil pembelajaran (artifak) disiapkan seperti yang dirancang. Manakala pembelajaran
yang sistematik memerlukan penglibatan murid yang bergiat secara aktif untuk menguasai
pengetahuan dan kemahiran berdasarkan proses penyiasatan yang berpandukan soalan yang berkaitan
dengan kehidupan dengan menghasilkan produk sebagai hasil projek (Buck Institute for Education,
2018).

Begitu juga dengan pandangan (Mohd Azli & Abdul Latif, 2012) bahawa untuk
menghasilkan sesuatu projek (artifak) pendekatan yang sesuai adalah berbentuk memberi tugasan
yang sesuai kepada murid. Murid mendapatkan ilmu pengetahuannya dengan mengggunakan kaedah
ini juga adalah berbentuk instruksional iaitu menggalakkan teknik 'hands on'. Secara tidak langsung
murid dapat meningkatkan pelbagai kemahiran pembelajaran sepanjang proses menyiapkan projek
yang dilaksanakan (Kaldi, Filippatou, & Govaris, 2011).

Proses pembelajaran yang memerlukan murid menyiapkan projek berdasarkan masalah dapat
mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina (Nitce Isa et al., 2013). Projek rintis Project-Based
Learning (PBL) telah dijalankan pada tahun 2007 di beberapa buah sekolah di Sabah yang telah
dikenal pasti (BTP, 2007). Penyelaras projek ini sendiri terlibat dalam penulisan buku Project-Based
Learning Handbook: Educating the Millennial Leaner tahun 2005, terbitan Bahagian Teknologi
Pendidikan. Kelebihan pendekatan ini amat sesuai bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan
dalam pelbagai aspek kemahiran selaras dengan kehendak pembelajaran abad ke-21.

Muhammad, Ali, & Ismail (2017) berpendapat kemahiran berfikir secara kritis dapat
membantu murid dalam menyelesaikan masalah dalam pembelajaran sehingga peringkat KBAT.

220

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Dewey (1933) menyifatkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif, iaitu memikir dengan
mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu. Beliau juga melihat pemikiran
sebagai perilaku menyelesaikan masalah. Konsep Dewey tentang pemikiran menekankan
kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk menyesuaikan diri kepada persekitaran
yang sukar.

(Fisher, 2014) menyatakan pemikiran kritis sebagai kemahiran mentafsir dan menilai sesuatu
perkara yang diperhatikan dan maklumat yang diterima serta hujahan yang diperoleh dalam sesuatu
komunikasi. (Huitt, 2007) mentafsir pemikiran kritis sebagai aktiviti mental berdisiplin bagi menilai
hujah dalam membuat pertimbangan ke arah pelaksanaan tindakan. Bloom (1956) mengatakan
bahawa pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti minda iaitu analisis, sintesis dan penilaian.
Manakala kemahiran berfikir secara kreatif apabila seseorang itu berupaya mencipta atau
menghasilkan sesuatu yang baharu serta bernilai dengan cara menggunakan daya imaginasi secara asli
dan berfikir tanpa mengikut kelaziman (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).

Kreativiti seseorang itu berlaku apabila individu tersebut menjana mindanya untuk meneroka
pelbagai kemungkinan ketika menghasilkan sesuatu yang baharu dan bersifat autentik secara konkrit
mahupun abstrak. Kemahiran berfikir seperti yang dibincangkan, seseorang murid itu akan lebih
efisien dan efektif dalam pembelajarannya. Gabungan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
apabila disepadukan di dalam pengajaran (KBKK) menjana kemahiran berfikir murid supaya
berupaya berfikir secara kritis dan boleh menghasilkan idea-idea baharu (Peng & Shashipriya
Nadaraja, 2014).

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dapat diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran murid berpandukan strategi dalam berfikir. Strategi berfikir adalah suatu proses
berfikir yang terdiri daripada langkah-langkah untuk berfikir secara kritis dan kreatif pada peringkat
lebih tinggi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Kemahiran menaakul pula adalah suatu
kemahiran berfikir yang berperanan membantu kesemua (KBKK) dan strategi berfikir dalam
membuat pertimbangan secara logik dan rasional. Berpandukan Rajah 2.1 adalah Model Kemahiran
Berfikir yang menunjukkan pemikiran kritis dan kreatif yang melibatkan proses menaakul dengan
menggunakan strategi berfikir untuk membolehkan seseorang murid itu dapat menyelesaikan masalah
dalam pembelajaran dan berupaya membuat keputusan.

Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (MK5FN) menunjukkan banyak berlaku
peningkatan dalam memahami sesuatu mata pelajaran yang dilaksanakan dalam pengajaran.
(Gardenia, 2016) dalam kajiannya yang menggunakan MK5FN dalam pengajaran mata pelajaran
Matematik menunjukkan berlaku peningkatan pemahaman terhadap murid-murid di salah sebuah
sekolah di Bandung, Indonesia. Selain daripada itu, pemerolehan dari kajian ini mendapati sikap
murid terhadap Matematik menunjukkan murid semakin minat terhadap mata pelajaran ini.

Pembelajaran berasaskan projek yang dilaksanakan oleh pensyarah bagi program Diploma
Kejuruteraan mendapati pemahaman pelajar kolej dalam kaedah Fiqh Islam meningkat dan pelajar
sangat seronok (Mohd Aderi Che Noh et al, 2018). Dapatan awal menunjukkan pelajar bukan
daripada aliran agama dan kurang pengetahuan asas berkaitan dengan kaedah Fiqh. Ini menyebabkan
pelajar tidak dapat menguasai tajuk apatah lagi mengaplikasikan Fiqh Islam dalam kehidupan
seharian. Dalam proses pembelajaran berasaskan projek pelajar didapati semakin aktif dan yakin
terhadap setiap aktiviti pembelajaran yang berlaku dan ini menunjukkan pelajar yang aktif mampu
membuat keputusan dalam pembelajarannya. Dapatan (Ab. Halim & Siti Muhibah, 2015) juga
mengatakan perkara yang sama bahawa pelajar yang aktif dalam pembelajarannya mampu merancang,
membuat keputusan, menghargai tugasan, idea diuji sendiri, laporkan hasil, membuat refleksi,
masalah diselesaikan, membuat perbincangan dan berinteraksi sesama rakan terhadap pembelajaran
mereka.

221

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Kajian Norrila (2016) mendapati pembelajaran berasaskan projek adalah pembelajaran
berpusatkan murid yang dapat membantu muridnya menguasai kemahiran abad ke-21. Kajian Titiya
Netwong (2018) dengan menggunakan pembelajaran berasaskan projek untuk meningkatkan budaya
membaca dikalangan murid inklusif. Proses kajian beliau dilaksanakan selama 14 minggu agar aktiviti
secara projek dapat diaplikasikan secara keseluruhan berdasarkan proses pembelajaran itu sendiri.
Hasil kajiannya mendapati budaya membaca dapat diterapkan secara berkesan dalam diri pelajar
tersebut. Kajian yang dijalankan ke atas pelajar kolej dalam subjek sains komputer yang
menggunakan model konstruktivisme Lima Fasa Needham menunjukkan pencapaian pelajar semakin
meningkat dengan pendekatan e-pembelajaran (Jafry, 2017). Kajian dalam mata pelajaran Sains
Komputer bagi menguji kesan penggunaan integrasi Model Salmon dan teori Konstruktivisme Lima
Fasa Needham sebagai model e-pembelajaran kepada pelajar program matrikulasi. (Jafry, 2017)
mendapati dalam kajian yang dijalankan bahawa min skor pencapaian lebih tinggi berbanding min
skor pencapaian kumpulan kawalan. Ini menunjukkan pelajar yang menggunakan e-pembelajaran
telah meningkat pencapaian dalam mata pelajaran Sains Komputer.

4.Metadologi kajian
Kajian yang digunakan adalah menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes (Merriam
1988; Miles dan Huberman 1994; Patton 1990; Yin 1994) dan mengaplikasikan kaedah perbandingan
secara berterusan (Strauss dan Corbin 1998) untuk mengumpul dan menganalisis data. Sembilan
orang murid dan seorang guru adalah peserta kajian yang menggunakan teknik persampelan bertujuan
(purposive sampling) sebagai pemilihan peserta dan tempat kajian dengan sengaja kerana
berkeupayaan memberikan data yang banyak dan tepat (J.W.Creswell,2007). Murid tersebut pernah
terlibat dengan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta mata
pelajaran yang lain. Guru adalah guru Pendidikan Islam yang pernah menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek. Data verbatim temu bual secara semi berstruktur
(Othman 2018) sebagai data utama yang disokong oleh data pemerhatian secara turut serta (Mohd
Nasri 2017) melalui proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek di dalam bilik darjah dan
analisis dokumen (Kamarul A.Jasmi,2010 ; Mohd Nasri,2017 ; Romy,2019) iaitu catatan nota murid
dan guru, serta hasil projek yang dihasilkan oleh murid. Analisis data menggunakan kaedah
perbandingan secara berterusan (Glaser dan Strauss,1967 ; Strauss dan Corbin,1994 ; Yin, 1994) .
Semua data menggunakan Microsoft Word bagi menganalisis dan mengintepretasikan data. Data
ditadbir, disusun dan digabungkan untuk mengenal pasti tema dan membentuk kategori (Bogdan dan
Biklen 1998) dengan menggunakan tiga peringkat iaitu pengkodan terbuka, pengkodan sisi dan
pengkodan memilih (Strauss dan Corbin 1994).

5. Dapatan kajian
Dapatan kajian ini telah menghasilkan dua Model pembentukan model pembelajaran berasaskan
projek dalam pengajaran Pendidikan Islam. Bagi mencapai impak kajian ini, kategori kajian
dibahagikan kepada dua, iaitu pengajaran guru berpandukan MK5FN (Model Konstruktivisme Lima
Fasa Needham) dan kemahiran berfikir murid. Berdasarkan Rajah 5.1 kedua-dua kategori ini saling
berkait rapat dalam memperkukuhkan pelaksanaan pengajaran berasaskan projek dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam secara pembelajaran berasaskan projek (PBP).

Rajah 5.1 : Hubungan Kategori PBP Pendidikan Islam

222

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

5.1 Kemahiran interpersonal

Kajian ini juga telah meningkatkan beberapa aspek kemahiran interpersonal yang timbul di kalangan
murid. Aspek-aspek yang timbul seperti bertanggungjawab, melaksanakan tugas yang ditetapkan,
memiliki sikap bersabar dan membimbing antara dapatan yang diperolehi dalam kajian ini.
Pembelajaran berlaku dengan lancar sepanjang proses kajian dan masalah yang timbul dalam (PBP)
ini dapat diatasi melalui kemahiran interpersonal setiap murid yang berbeza. Pendekatan pembelajaran
ini bukan sahaja memerlukan masa yang agak panjang, tetapi memerlukan komitmen yang baik
daripada murid dan rakan sekumpulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa kemahiran
interpersonal seperti yang dinyatakan telah membina dan membentuk keperibadian insaniah yang
tinggi dikalangan murid sekolah.

5.2 Penghasilan Model PBP dalam Pengajaran

Rajah 5.2 : Model PBP dalam pengajaran guru (PGBP Pai)
Berdasarkan rajah 5.2, adalah merupakan model pengajaran Pendidikan Islam berasaskan projek.
Model ini dibina hasil daripada pola pengajaran berpandukan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham yang dikenal pasti, iaitu:

i) Fasa orientasi dan fasa pencetusan idea (MK5FN) berada pada kedudukan fasa orientasi
bagi model pengajaran guru berasaskan projek Pendidikan Islam (PGBP Pai).

ii) Fasa penstrukturan semula idea dan fasa aplikasi idea (MK5FN) merupakan fasa
perkembangan model (PGBP Pai).

iii) Fasa refleksi (MK5FN) adalah fasa akhir bagi (PGBP Pai).
5.3 Penghasilan Model Kemahiran Berfikir dalam PBP

Rajah 5.3: Model Kemahiran Berfikir dalam PBP (KB PBP)

223

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Model tersebut dibentuk hasil dapatan kajian daripada PBP terhadap kategori kemahiran
berfikir bagi semua peserta kajian murid seramai sembilan orang. Hasil kemahiran berfikir telah
menggabungkan berfikir secara kritis dan berfikir secara kreatif sepanjang proses pembelajaran
Pendidikan Islam secara projek. Kategori dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif telah meningkatkan kemahiran asas berfikir murid dalam
pembelajaran berasaskan projek. Kajian ini juga menunjukkan murid mampu mencapai aras
pemikiran tertinggi iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan menghasilkan projek
(artifak) disamping pembentangan yang berkesan dan perbincangan di dalam bilik darjah.
5.4 Penghasilan Model Utama PBP Pendidikan Islam Sekolah Menengah

Rajah 5.4: Model PBP Pendidikan Islam Sekolah Menengah (MPBP PISM)
Berdasarkan Rajah 5.4, model tersebut merupakan model pengajaran dan pembelajaran berasaskan
projek dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah. Model ini dibina hasil daripada gabungan dua
model iaitu pengajaran guru berasaskan projek Pendidikan Islam iaitu Model PGBP Pai dan Model
Kemahiran Berfikir (KB PBP). Model pembelajaran berasaskan projek Pendidikan Islam Sekolah
Menengah (MPBP PISM) menunjukkan terdapat tiga peringkat untuk melaksanakan pengajaran
berasaskan projek dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Setiap peringkat ataupun fasa tersebut
akan terbentuknya kemahiran berfikir murid iaitu kritis dan kreatif dan semakin berkembang
sehinggalah fasa terakhir.
6. Cadangan
i) Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan alternatif untuk menilai dan mengukur prestasi
pengajaran guru dalam SKPMg2 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) khususnya
dalam standard 4 berkaitan pembelajaran dan pemudahcaraan guru di bilik darjah.
ii) Pihak sekolah dan guru dapat memupuk dan membentuk minat murid ke arah bidang
keusahawanan hasil inovasi yang terbentuk bertujuan melahirkan murid yang berkemahiran dalam
ikhtiar hidup, mampu menjana pendapatan menerusi perniagaan dan mempunyai kemahiran insaniah
yang mampu mendepani pelbagai cabaran kehidupan kelak. Begitu juga sebagai cadangan untuk
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid (KBAT) melalui Model MPBP PISM yang
dihasilkan.
iii) Kajian ini merupakan kajian kes tunggal yang dikaji bagi mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah
menengah di daerah tersebut, maka kajian lanjutan adalah sesuai untuk melihat banyak aspek PBP ini
terhadap proses PBP dan kemahiran berfikir murid dalam aspek dan kesan yang berbeza.
Rumusan
MPBP PISM)dapat dihasilkan berdasarkan MK5FN yang dapat menarik perhatian murid terhadap
pembelajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek yang berfokuskan

224

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

pembelajaran secara “minds on dan hands on”. Sebagai guru untuk melaksanakan pendekatan
pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran khususnya Pendidikan Islam, guru hendaklah
menguasai ketiga-tiga fasa pengajaran dan pembelajaran ini. Kajian ini dapat memperlihatkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat dibina dan ditingkatkan sepanjang proses
pembelajaran murid dengan menghasilkan projek (artifak) yang dapat mencapai tahap pemikiran lebih
tinggi. Kemahiran murid dalam berfikir juga mampu menjana sahsiah peribadi murid. Kesedaran
murid terhadap pembelajaran berupaya menghayati dan mengamalkan nilai yang diperolehi dalam
kehidupan seharian mereka.

Rujukan

Aderi, M., Normurni, Hasanah, A., & Atiah, A. (2018). Perlaksanaan kaedah pembelajaran
berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran kaedah fiqh. Journal of Quran
Sunnah Education and Special Needs.

Bogdan, R. C., & Bikien, S. K. (1998). Qualitative Research for Education. Qualitative research for
education: An introduction to theory and methods.

Buck Institute for Education. 2018. Why PBL? Retrieved August 20, 2018, from
http://www.bie.org/about/why_pbl

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tingkatsn 4 dan 5. 2018 .Bahagian
pembangunan Kurikulum.

Fisher, A. (2014). Critical Thinking: Teaching and Assessing It. Inquiry: Critical Thinking Across
the Disciplines. https://doi.org/10.5840/inquiryct20142912

Gardenia, N. (2016). PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME MODEL NEEDHAM. Jurnal
Formatif.

Kamarudin, N. D. A. H. & N. A. (2002). Aplikasi Teori Konstruktivisme dan Model 5 Fasa Needham
dalam Pembelajaran Perisian ChemMol4.

Muhammad, S., Ali, R. M., & Ismail, S. N. (2017). Tahap Amalan Penerapan Kemahiran Pemikiran
Kritis (Kpk) Di Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi, Sederhana Dan Rendah. Proceedings
of the ICECRS. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.639

Mohd Aderi Che Noh, et al. 2018. Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Kaedah Fiqh. JQSS-Journal of Quran Sunah Education
and Special Needs Vol. 2 (2) December 2018, no.ISSN 2590-3799.

Mohd Azli, Y., & Abdul Latif, G. 2012. Kesan pendekatan pembelajaran berasaskan projek
berteraskan teknologi terhadap pencapaian dan penerimaan pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara
UPSI, 5, 44–61.

Mohd Nasri Bin Abdullah. 2017. Pengamalan Kompetensi Dalam Kalangan Pensyarah Pendidikan
Islam Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Nitce Isa Medina Machmudi Isa, & Mai Shihah Abdullah. 2013. Pembelajaran Berasaskan
Projek : Takrifan , Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah.
CREAM -Current Research In Malaysia.

Othman Lebar. 2018. Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metode : Edisi Kedua.

Subadra Nair, & Muthiah Malar. (2005). Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa. Jurnal
Pendidik Dan Pendidikan.

Titiya Netwong. 2018. Promotion reading projekct based learning to enhance reading habit and
learning culture for inclusion students. International Journal of Social Science and Humanity,
Vol. 8.

225

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

0.4‫أهمية فلسفة الترجمة في تعزيز التربية الإسلامية و العربية لمواجهة تحديات الثورة الصناعية الرقم‬
‫محمد الباقر حاج يعقوب‬. ‫د‬. ‫م‬.‫أ‬

Assoc. Prof. Dr. Muhamadul Bakir Hj. Yaakub

)‫ جامعة السلطان شريف على الإسلامية (بروناي دار السلام‬،‫كلية اللغة العربية‬

[email protected]

:‫الملخص‬

Abstract:
Translation philosophy is an application of the philosophical approach in translation activities and
practices. It revolves around determining the practical course of translation, coordinating, criticizing
and modifying its output, despite cultural problems and its emerging conflicts. The philosophy of
translation includes searching for the concepts of individual existence between the different aspects of
the translation process through a comprehensively integrated plan that clarifies how translation
changes occur and presents the basic assumptions on which translation concepts develop the
relationship of translation with other human interest fields to achieve consistency and harmony within
it and other social institutions. In other words, the philosophy of translation is a systematic exploration
for the future of translation in its relations to its progressing society in general, through a
comprehensive critical view of its functional reality and its surrounding. Therefore, it is an extensive
effort to apply philosophical thought in designing translation existence, components, functionality,
teaching and practices.
Keywords: Translation, philosophy, Concepts, Framework, Theorizing

226

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

227

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

228

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

229

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

230

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

231

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

232

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

233

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

234

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

235

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

236

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

Muhammad Danial Danish Shaharudin
Sekolah Kebangsaan Kituntul, Sabah, Malaysia

[email protected]
Mohd Fahimi Zakaria

UniKL Royal College of Medicine Perak, Ipoh, Malaysia
[email protected]

Abstract
This research aims to analyze that using augmented reality as educational tools to raise students'
motivation to learn the language, especially in Arabic. The research was conducted by reviewing the
previous study as the main article to achieve the result. Numerous researches have shown that
augmented reality is an interactive learning tool. There is a lot of research that has been done
regarding other language education in the use of augmented reality, but there is little research on the
use of augmented reality as a language teaching tool to improve the level of motivation. The result
shows that in augmented reality technologies, there are many advantages that can teach to raise
students' motivation to learn the language, especially in Arabic. The researcher used Kelly's ARCS
model to obtain data on augmented reality capabilities in improving students' motivation. In this
research, we analyze that augmented reality increases student motivation in language learning in
Arabic.
Keywords: Augmented reality, students’ motivation, learning Arabic language

237

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

238

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

239

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

240

IBIEAC 2O21 JILID 1
e ISBN 978 967 26508 0 5

241


Click to View FlipBook Version