Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Jangan Seksa Aku
Dengan Rindu
Mia Kiff
2|
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu/Mia Kiff
Malay fiction. I. Judul
Terbitan Julai 2022
Editor : Jabatan Editorial Mia Kiff Enterprise
Konsep muka kulit : Designer MK
Reka bentuk : Azlisha Binti Saad
HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam
apa bentuk atau dengan alat apa juak pun kecuali
mendapat kebenaran bertulis dari MK Publication. Watak-
watak yang terdapat dalam Ebook ini adalah hasil kreatif
penulis. Begitu juga ilustrasi kulit luar adalah hasil kreatif
ilustrator semata-mata, ia tidak ada kena mengena dengan
yang hidup atau mati - Penerbit.
Diterbitkan oleh :
MIA KIFF ENTERPRISE (AS 0400781-X)
No7 Kampung Keda Semeliang
06300 Kuala Nerang Kedah
No Tel/WHATSAPP : 01129699338
3|
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Sila Baca Dulu
Ebook ini hanya sah diedarkan melalui emel
[email protected] (Mia Kiff)
[email protected] (Admin) dan
melalui wasap 01129699338(Mia Kiff) dan
0194925788 (Fatin).
Jika anda menerima ebook ini melalui emel
dan nombor telefon yang lain, bermakna
ada anda telah membelinya secara haram
kerana ada pihak tak bertanggungjawab
menjualnya tanpa meminta izin penulis.
Saya tak akan halalkan satu sen yang
dibelanjakan atas titik peluh saya dan MK
akan mengambil tindakan undang-undang
jika tiba ke pengetahuan kami.
Anda dilarang berkongsi atau
menyebarkan ebook ini pada mana-mana
pihak. Anda juga dilarang untuk plagiat
karya ini. Pihak MK sama sekali tidak akan
berkompromi dengan pihak yang menaguk
di air keruh ini.
Jika file ini hilang, anda harus membeli yang
baru dan pihak MK tidak akan mengantikan.
4|
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Dedikasi
Terima kasih buat Ruby, Rinsha, Rafina, Umi Kalsum
dan Jessamyn kerana sudi berkombo hancur. Team
yang mudah bekerjasama dan terbaik. Buat anda
yang sudi memiliki karya terbaru Mia ini, selamat
membaca. Maaf jika ada sebarang kekurangan dan
kesilapan pada karya ini. Semoga kisah
rumahtangga ini dapat jadi pengajaran buat kita
semua yang sentiasa alpa dengan dunia.
Salam Sayang,
Mia Kiff
5|
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
1
Zulaika tak sabar mahu
berkongsi berita baik bersama
Areef. Walaupun dia tahu,
suaminya itu tidak mahu anak
dalam masa terdekat tapi
apakan daya, benih lelaki itu subur dalam
rahimnya. Dia kini hamil enam minggu.
Zulaika harap berita kehamilannya ini
akan diterima baik oleh Areef.
6|
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Kotak yang berisi test kit pregnancy
masih dipegang Areef.
“Apa ni?” Soal lelaki itu. Serius.
“Abang bukalah. Nama pun
surprise, takkan nak beritahu?” Wajah
gembira isteri ditenung semacam.
“Yalah apa? Nak kata hadiah
birthday, lambat lagi. Ika pun suri rumah
je kan, bukannya ada duit pun nak belikan
hadiah. Kalau nak bagi pun, tak payahlah
sebab Ika kan hadiah yang terindah
dalam hidup abang?”
Pipi isteri diusap.
Zulaika senyum.
“Tak semestinya birthday baru nak
bagi hadiah. Ada ketika, kita diberi rezeki
dan kita harus menghargai rezeki yang
Allah bagi dengan penuh kesyukuran.”
“Pandai sungguh berkata-kata!”
Seloroh Areef mencuit hidung isterinya.
7|
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Iyalah, abang buka ya…” Kotak
tersebut dibuka tudungnya. Dahi berkerut
bila melihat isi dalam.
“Sayang positif covid ke?”
“Eh tak lah abang.”
“Habis tu…” Areef terfikirkan
sesuatu.
Shit!
“Ika pregnant?”
Zulaika senyum lebar, angguk lalu
dipeluk bahu suaminya yang sedang
duduk itu.
“Ya, abangku sayang.”
“Seriuslah!” Wajah Areef tegang.
“Kita akan jadi papa dan mama tak
lama lagi.”
Areef tak sangka secepat ini Zulaika
mengandung.
“Tapi bukan Ika makan pil
perancang ke?”
8|
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Ya Ika makan macam abang suruh,
tapi Ika mengandung jugak. Kiranya
Allah memang nak bagi rezeki anak ni
pada kita. Kita harus bersyukur.”
Areef melepas keluh. Tertayang
berat di depan mata hanya bebanan.
Ada anak tak terlintas langsung difikiran
buat masa ini.
“Kenapa abang?” Soal Zulaika bila
wajah suami berubah tegang.
Tangannya mula mengelus pipi suami
Areef.
“Abang tak nak anak ni. Boleh tak
fikirkan sesuatu supaya anak ni tak
wujud…” Areef bangun menghadap
Zulaika.
“Hah? Kenapa pulak tak nak? Anak
ni anugerah dari Allah pada kita abang.
Tak baik abang cakap macam
9|
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
tu.”Serentak kolam mata Zulaika
berkaca.
“Ya kalau hidup kita dah stabil. Dan
abang dah ready. Masalahnya abang
tak nak anak buat masa terdekat ni.
Abang nak cuma kita berdua saja sebab
ada anak ni menyusahkan.”
“Tak baik abang cakap macam tu.
Setiap anak itu ada rezekinya.”
“Banyak sebab bukan itu jer. Sebab
abang akan kehilangan isteri abang.
Perhatian dan kasih sayang Ika akan
terbahagi dua. Abang bukan yang
terpenting lagi dalam hidup Ika. Ika tahu
kan, gilanya abang pada Ika macam
mana.”
“Allahu abang. Abang kan suami Ika
of course abanglah keutamaan Ika,
sampai bila-bila.”
10 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Tak. Abang tak kira, Ika buat lah
apa pun asalkan anak ni, tak membesar
dalam perut.” Keadaan semakin tak
terkawal.
“Tapi abang, dah jadi pun dalam
perut ni. Ni anak kita abang. Darah
daging abang.” Sayu sungguh hati
Zulaika.
“Gugurkan!”
“Abang!” Zulaika menangis, tak
sangka begini penerimaan suaminya.
11 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
2
Alhamdullilah. Mama tak
sabarnya nak dapat cucu. Tak
sangka, mudah sungguh Ika
mengandung. Iyalah, kakak
dan kakak ipar Ika, dah
bertahun-tahun kahwin tapi tak lekat
juga. Mama speechless!”
Tak sangka mentuanya menerima
baik berita kehamilan ini. Berbeza
dengan suaminya. Kan seronok kalau
12 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
suaminya pun gembira begini. Sanggup
suruh dia gugurkan kandungan.
Rumahtangga mereka pun, sedikit
berantakan selepas dia mengandung.
Lelaki itu makin berubah kasar.
Mentua mengengam erat
tangannya. Ada air mata mengalir di
tubir mata mentuanya.
“Insha Allah, mama. Ada rezeki
mereka tu nanti, yang penting kita reda
dan sabar menunggu rezeki anak dari
Allah.”
Areef pandang Puan Rabiah tak
puas hati.
“Ma, Areef tak ready lagi lah nak
jadi bapa.”
“Kamu patutnya bersyukur, Allah
mudahkan rezeki kamu, orang lain
menangis siang malam berdoa nak
dapat anak tapi kamu kufur nikmat.
13 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Kamu ingat ya Areef, jaga menantu
mama dan kandungan ni baik-baik.
Kalau jadi apa-apa pada mereka, kamu
yang akan mama salahkan. Ingat!” Puan
Rabiah bukan saja berpesan dan
memberi amaran.
TELINGA Eskandar menangkap suara
tengkingan lelaki dari sebelah rumah
kakaknya ini. Kuat betul. Dengar sebutir
apa yang dikata. Bodoh lah, babi lah,
bahalol lah. Macam-macam lagi bahasa
maki yang tak sedap di dengar.
“Kak, memang hari-hari rumah jiran
akak bising macam ni ke?” Eskandar
tanya pada Ema, kakaknya.
“Macam tu lah hari-hari kalau tiap
kali jantan tu balik. Mesti ada je tak kena
isterinya buat. Asyik nak marah saja.
Dahlah isterinya tengah mengandung.
14 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Bodohlah jantan macam tu. Menyampah.
Harap muka je hensem, tapi perangai
macam hantu.”Ema ikut sama kutuk.
“Hish, dia marah jer ke atau dia
mendera kak? Kalau kes dera ni, kes yang
serius kak. Kena report.”
“Akak tak sure la sampai mendera
atau tak sebab jiran akak ni, jarang
keluar rumah. Dok terperuk je.”
“Oh, kalau dah asyik kena maki,
kena marah, itu pun penderaan juga
Namanya. Penderaan emosi. Lagi sakit
dari penderaan fizikal. Tahu?”
“Ya ke?”
“Kenapa perempuan ni tak
melawan ye? Biarkan saja lelaki tak guna
macam tu pijak dirinya sesuka hati.”
Makin sakit hati Eskandar mendengar
tengkingan jiran sebelah yang bising,
bahawa isterinya cuma makan tidur saja.
15 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Badan gemuk lah, muka macam tapai
basi lah! Kalau pun isteri tu tak cantik, tak
baik menghina ciptaan Allah.
“Kudrat perempuan mana nak sama
dengan lelaki. Lebih-lebih tengah
mengandung. Bukan senang nak bawa
satu nyawa dalam perut. Kalau boleh
suami yang menghargai, baguslah. Boleh
macam tu, nauzubillah. Kau esok dah
kahwin, jangan buat isteri kau macam tu.
Tahu?”
Eskandar tergelak sendiri.
“Ada isteri dulu, tahulah cara
macam mana Eskandar nak layan. Kalah
permaisuri tau.”
“Iyalah tu..”
“Okeylah kak Eskandar balik dulu. Ni
ubatnya akak jangan lupa makan ubat
tau. Demam masih panas lagi cuma suhu
16 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
tak tinggi sangat. Kalau melarat akak call
Eskandar ya?”
“Yalah, terima kasihlah datang
bawak ubat dan makanan ni.”
Sesibuk adiknya dengan tugas di
hospital, masih ambil berat akan dirinya.
Kalau jadi suami orang tentulah tak
seperti lelaki di sebelah tu. Jantan
bajingan. Brengsek.
Eskandar yang menapak keluar dari
rumah kakaknya, tersentak bila jiran di
sebelah turut sama membuka pintu.
Sama-sama berpandangan namun
perempuan itu, lantas larikan
pandangan.
Namun, mata Eskandar tetap
melekap ke wajah yang sangat jelita dan
menawan itu.
Perempuan itu menapak perlahan-
lahan, sedang sarat hamil. Di tangannya
17 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
ada plastik sampah dan sedang
menapak keluar pagar.
Namun mata Eskandar, tak mampu
berkalih walau seinci. Asyik sesekali
memerhati lenggok jalan perempuan itu.
Kala perempuan itu membuang sampah,
sekali kali wajahnya dapat ditatap oleh
Eskandar. Getaran luar biasa muncul di
hati.
Usai buang sampah, perempuan itu
menapak masuk semula dan kali ini,
wajah indah itu dapat ditatap
sepenuhnya oleh Eskandar. Walaupun
perempuan itu tak memandangnya
langsung, hanya tunduk namun tidak
menjejas sedikit pun perhatian Eskandar
hinggalah perempuan itu hilang di sebalik
pintu barulah Eskandar tersedar dari
keasyikan.
“Astaghfirallahalzim, macam kena
pukau pulak aku! Cantiknya jiran kakak
18 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
aku ni. Dia ke yang kena tengking dengan
suami tu? Allah, isteri cantik macam ni
pun sanggup dimarah? Aku ingat
memang gemuk dan buruk lah sangat
orangnya. Rupanya, cantik namatey?
Gila lah bodoh laki dia ni. Aku kalau
dapat bini cantik macam ni, aku dukung
dia tau pergi buang sampah, aku tatang
bagai minyak yang penuh. Tahu? Tapi
itulah, kalau aku ada bini masalahnya bini
aku pun tak nampak bayang lagi.
Huhuhu…
Tengkingan lelaki itu terdengar lagi.
Sakit telinga Eskandar dengar.
Bayangkan isteri yang mengandung tu
bagaimana perasaannya. Mesti
sedihkan.
Kurang ajar betul jantan ni. Lelaki
dayus! Aku harap kau dapat balasanlah
sebab menganiaya isteri secantik itu.
19 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
SEMBILAN bulan kehamilan yang cukup
memeritkan lebih-lebih lagi tidak
mendapat sokongan moral dari suami.
Lelaki itu cuma tahu komplen dan
membebel dengan perubahan bentuk
badan dan emosinya. Tak pernah ambil
tahu, dia letih ke, sakit ke, alahan ke,
Zulaika tetap dikerah menguruskan
rumahtangga. Makan pakai Areef cuba
dijaga dengan baik, kalau tak lelaki itu
akan membebel dan mengungkit akan
kehamilan ini.
Areef makin berkasar dan tidak lagi
mesra seperti dulu. Lelaki itu cuma
berbaik, bila mahu tubuhnya saja.
Sepanjang kehamilan, dia didera mental
oleh lelaki itu.
Pergi klinik pun sendiri.
“Tunggu apa lagi, bukalah baju tu.
Aku nak malam ni!” Kasar sungguh
bicara Areef sekarang ni.
20 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Mahu tak mahu, Zulaika mengikut
arahan suaminya itu. Meleraikan pakaian
dari tubuhnya agar jadi tontonan lelaki
halal itu.
“Apasal badan kau makin gemuk
ni? Berdaki habis kat tengkuk, ketiak,
celah paha. Muka pun, kusam makin
gelap. Naik jerawat lagi. Eeee, apa ni?”
Areef komplen dan memandang geli.
“Kesan sementara je kata doktor.
Sebab ibu mengandung mesti ada
perubahan hormon. Lepas bersalin nanti,
automatik akan hilang.” Zulaika
terangkan.
“Kalau kekal, macam mana?”
“Ika tak pasti tu…” Zulaika ambil
tempat di sisi suaminya itu.
Areef mendengus.
“Menyusahkan betul lah, sebab nil
ah aku tak nak kau mengandung. Sebab
21 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
kecantikan kau yang aku gilakan akan
hilang. Aku cakap terus teranglah, nasib
kau tu isteri aku je, kalau bukan, nak
pandang sebelah mata pun aku tak ingin.
Buruk sungguh rupa kau sekarang ni!”
Zulaika tahan sedih.
“Ika minta maaf abang. Bukan Ika
mintak jadi semua ni! Tapi itulah
pengorbanan seorang ibu. Sama macam
pengorbanan mama lahirkan abang
dulu.”
“Kau ingat yea, lepas bersalin nanti
kalau kau tak cantik macam dulu, aku cari
perempuan lain. Nak buat apa bela kau,
menyakitkan mata aku jer. Berlambak
lagi perempuan cantik kat luar sana
boleh membahagiakan aku.”
“Yea abang…”
“Dah tu, tunggu apa lagi. Cepatlah
layan aku! Tutup lampu tu. Kalau tak geli
22 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
aku. Taklah nampak sangat kerak daki,
lemak, selulit kat badan kau tu. Hadap
muka kau pun, aku menyampah tau tak.
Aku ni masih bernafsu dengan kau, dah
cukup baik tau dengan keadaan kau yang
makin teruk ni! Terpaksa aku pejam
mata, bayangkan aku tengah bersama
dengan perempuan lain yang cantik,
yang bergetah, barulah aku boleh feeling
agaknya.”
Zulaika cuba abaikan sedihnya dan
melayani kehendak suaminya. Tak penat
ke mendera perasaannya?
ZULAIKA cuba menghubungi Areef
berkali-kali, namun lelaki itu tak
menjawab. Pinggangnya makin sakit dan
di bahagian ari-arinya, rasa nak luruh.
23 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Peluh menyimbah di dahi dan
kesakitan dirasa makin kerap datang.
Tak mampu nak digambarkan rasa sakit
bersalin kerana terlalu sakit. Tak terkata
bila air ketuban dah pecah mengalir atas
lantai. Zulaika makin panik. Allahuakbar!
Zulaika menghubungi 999. Ini saja
jalan yang dia nampak setakat ini. Ketika
ambulans tiba, Zulaika berada dalam
keadaan lemah kerana terlalu lama
menahan sakit. Segera dia di bawa ke
hospital.
24 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
3
H ampir lima jam menanggung
sakit, akhirnya Zulaika selamat
melahirkan bayi perempuan
seberat 3.2 kg.
Puas dia cuba menghubungi Areef
namun lelaki itu tak menjawab
panggilan. Entah ke mana pergi
suaminya itu.
25 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Puan, mana suami puan? Bayi perlu
diazankan ni…” Doktor Eskandar
bertanya.
Baru dia perasan, ini lah perempuan
yang merupakan jiran kakaknya.
Zulaika namanya. Seindah wajah
dan peribadinya. Suaranya pun lembut
jer. Tak sangka, dia berpeluang
menyambut kelahiran bayi perempuan
ini.
Dari maklumat, Zulaika menanggung
sakit bersalin seorang diri di rumah
sehinggalah ambulans tiba. Kalau dah
begitu suaminya, tak hairanlah kalau
isteri yang tengah sarat pun tak
dihiraukan langsung.
“Maaf doktor, saya dah call suami
saya, dia tak jawab. Wasap pun sama.”
Jawab Zulaika sedih.
26 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Doktor Eskandar memandang
kesian.
“Kalau macam tu, saya azankan
untuk anak Puan, boleh?”
Zulaika tersentak seraya matanya
tunak di wajah tampan milik lelaki itu.
“Boleh doktor, kalau tak susahkan
doktor.” Sebak rasa, bila suami yang
diharapkan azankan anak sendiri,
menghilang.
“Tak susahkan pun, comel sangat
baby awak. Saya minta izin, azankan dia
ya. Bismillahirahmanirohim.” Doktor
Eskandar mengendong bayi Zulaika.
Zulaika pandang sayu puterinya
yang sedang diazan lelaki selain
suaminya. Mana agaknya Areef ni pergi?
Sampai hati buat dia begini? Ke mana
pergi rasa kasih dan sayang lelaki itu
padanya?
27 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Setelah selesai azankan dan
iqamatkan, Doktor Eskandar meletakkan
bayi perempuan itu di sisi ibunya.
Matanya tak lepas dari menyoroti wajah
comel itu.
“Terima kasih doktor.”
“Kasih diterima. Kalau keadaan
puan dan bayi dah okey, puan akan
ditempatkan di wad tak lama lagi ya?”
“Baik doktor…”
Tak sangka, kelahiran bayinya ini
disambut oleh doktor lelaki. Kebetulan
berlaku tumpah darah tadi, itu yang
keadaan makin kelam kabut di bilik
bersalin tadi.
Nasib baik, Doktor Eskandar dapat
menyelesaikan masalahnya ini. Ikutkan
dia malu, tapi apakan daya. Dalam
keadaan darurat begini, nyawa lagi
penting.
28 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
Telefon berdering. Mak mentuanya!
Allahuakbar lupa nak bagitau. Terus
dijawabnya.
“Assalamualaikum, Ika. Mama ni.
Ika kat mana ni? Ika sihat ke? Dah rasa
nak bersalin ke?”
Zulaika rasa beruntung kerana
mentuanya sungguh mengambil berat.
Berbeza dengan suaminya.
“Ika dah bersalin mama. Mama
dapat cucu perempuan. Ika kat HKL
ni.”
“Allahuakbar, dah bersalin? Anak
perempuan? Masya Allah. Kenapa tak
call bagitahu mama? Patutlah mama
rasa tak sedap hati tadi.” Puan Rabiah
panik.
“Maaf mama, Ika kelam kabut
sangat tadi sebab air ketuban dah pecah.
Ika pun sakit sangat tadi. Tak boleh fikir
29 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
apa dah. Tapi alhamdullilah dah selamat
semua. Sekarang Ika dah nak
dimasukkan ke wad.”
“Tak apa, mama faham. Yang
mama tak faham. Areef ni kenapa tak
call mama? Patutnya dia bagitau mama
lah. Mana dia? Mama nak cakap dengan
dia.”
Zulaika serba salah.
“Err, dia, dia tak ada dengan Ika.”
“Dia pergi mana?”
“Err, dia, dia jumpa doktor. Kejap
lagi dia datang kot. Nanti Ika suruh dia
call mama yea?”
“Iyalah, macam mana bersalin?
Semua okey? Sedihlah mama tak dapat
temankan menantu mama bersalin.
Kalau mama tahu…”
“Alhamdullilah mama, Allah
permudahkan. Tiga jam dalam labour
30 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
room akhirnya selamat melahirkan.
Cuma kena jahit, tadi doktor gunting
jalan. Nak mudahkan kelahiran.”
“Sakit bersalin tu, ibarat berjihad ke
jalan Allah. Insha Allah, Allah akan
ampunkan dosa-dosa kita yang dah lalu.
Mama lega sangat bila dapat tahu Ika
dah bersalin.”
“Mama jangan risau, semua okey.
Nanti Ika hantar gambar cucu mama
ya?”
“Ye ke? Tak sabarnya. Macam nilah,
mama cuba call Areef lah. Suruh dia
hantar Ika balik kampung lepas discaj.
Biar mama jaga dalam pantang ya.
Kereta papa kamu ada masalah sikit.
Ikutkan, sekarang juga mama nak pergi
mama teringin sangat nak tengok cucu
mama.” Puan Rabiah menangis.
“Allahuakbar, susahkan mama je…”
31 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Susahkan apa, pengorbanan Ika
lahirkan keturunan mama, tak mampu
mama balas dengan segunung intan
sekalipun. Ika jangan risau ya, mama
akan jaga Ika dan cucu mama dengan
baik sepanjang pantang ni.”
AREEF sebenarnya merajuk dengan
Zulaika. Semalam dia minta Zulaika
melayaninya tapi isterinya itu menolak
kerana sakit kaki dan pinggang. Rasa
tercabar ditolak kali pertama oleh
Zulaika.
“Abang, Ika dah mula sakit-sakit ni.
Sakit pingganglah abang.” Zulaika
memegang pinggangnya yang sakit.
“Aku dah cakap, mengandung dan
beranak tu, azab tau? Tapi kau degil, kau
nak juga. Sekarang ni tanggunglah
sendiri. Kau mengadu kat aku pun,
32 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
bukannya aku boleh tolong pun. Tolong
tengok bolehlah.” Areef mendengus.
Dia rimas bila mendengar Zulaika
mengeluh sakit. Dulu masa sebelum
mengandung, berseri-seri je muka tu
sekarang? Semua serba tak kena pada
isterinya itu.
Zulaika rasa sedih. Tiap kali mengadu
beginilah Areef. Lelaki itu akan marah.
“Agaknya dah nak bersalin kot?”
“Nak bersalin? Mari sini aku nak
tolong mudahkan kau bersalin. Kau tahu
tak, nak mudahkan bersalin kena kerap
bersama suami…”
Zulaika rasa longlai mendengarnya.
“Abang…”
“Tak reti-reti lagi, kau tahu kan aku
tiap-tiap hari kena dapat kau. Kalau tak
hidup aku serba tak kena. Kau
mengandung ke kau beranak ke, aku tak
33 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
kira. Kalau aku nak, aku tetap nak.
Faham?”
“Tapi Ika dah mula sakit ni abang,
macam mana nak layan abang…Abang
tolonglah urut kejap pinggang ni, kaki ni
lenguh, sengal-sengal. Ari-ari pun sakit,
nak mengiring pun susah…” Zulaika
mengadu sedih.
“Layan aku pun, satu senaman dan
urutan jugak. Dah jangan banyak cakap,
cepatlah!”
Areef tersentak bila terdengar hon
kereta. Hajatnya nak bersama Zulaika
tak kesampaian. Keadaan perutnya yang
agak besar dan dirinya yang sakit
semalam, menyukarkan dia untuk
melepaskan nafsu pada isterinya itu.
Sakit betul hati. Tak taulah, apa ada
dalam fikirannya. Asyik nak ‘itu’ jer.
Lebih-lebih lagi bila Zulaika mengandung
34 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
ni, Nampak seksi pulak. Tapi Zulaika pula
seksa melayannya.
Panggilan dari Zulaika langsung tak
dijawab. Biar dia rasa, apa itu
penyesalan.
Areef tersentak bila panggilan dari
Puan Rabiah masuk. Terpaksa jawab
kang membebel orang tua tu.
“Assalamualaikum…”
“Ya mama, waalaikumussalam.”
“Ni, Areef. Bawa Ika balik kampung.
Mama nak jaga menantu mama dalam
pantang. Mama nak sangat tengok cucu
mama, tak sabar rasanya. Mesti comel
macam Ika kan?”
Areef mengeluh. Mamanya sungguh
teruja nak dapat cucu. Hari-hari telefon
tanya.
“Iyalah, tunggulah dia bersalin.
Nanti Areef bawak balik lah!”
35 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Lah, kan dah bersalin?”
Badan Areef automatik tegak.
“Hah? Bersalin? Bila masa?”
“Kamu tak tahu ke?”
Areef terpinga-pinga.
“Err mama, Areef pergi kat Ika
sekejap. Apahal Areef call mama balik
ya?”
Terus dimatikan talian tanpa
pedulikan mamanya memanggil.
Zulaika dah bersalin ke? Aduh
masaklah dia tak tahu, jenuh kena bebel
dengan mama nanti.
Agaknya Zulaika call tak berhenti ni,
sebab sakit nak beranak agaknya.
Macam mana dia pergi hospital ya?
Areef segera menghubungi Zulaika.
“Hurm, kau kat mana ni? Kau dah
beranak ke?” Terus diterjah soalan itu.
“HKL.”
36 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Lah, apasal tak bagitahu. Mama
siap pesan suruh bawak kau bersalin kat
hospital swasta. Dia nak sponsor.”
“Tak apa, dah bersalin pun.”
“Siapa sambut anak? Doktor lelaki
ke perempuan?”
“Tak perasanlah abang, tengah
sakit masa tu. Ingat mati je.”
“Kau beranak normal ke operate?”
“Normal.”
“Apa? So ‘bawah’ kau macam
mana?”
Riak wajah Zulaika berubah. Tak
sangka hanya itu yang difikirkan
suaminya.
“Err, tak tahulah. Tapi kena
jahitlah…”
“Shittt! Sebab tulah, aku mintak
mama sponsor hospital swasta. Boleh
37 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
request doktor mana, boleh request nak
operate. Kalau normal, hancur habis lah
‘bawah’ kau ni, aku nak pakai macam
mana lepas ni? Mesti rasa dah tak sama.
Mesti dah longgar, tak cengkam dah, tak
ketat dah, kepala budak tu bukan kecik.”
Zulaika rasa sedih sangat. Call dia
bukan nak tanya keadaannya pun, tapi
disibukkan hal tak sepatutnya.
“Kejap lagi, aku sampai sana aku
nak tengok sendiri apa yang dah jadi.
Kalau teruk dibuatnya ‘bawah’ kau tu,
siap doktor tu dengan aku.” Areef mula
serabut. Lepas satu-satu masalah yang
datang, semua gara-gara si kecil tu.
Arghhh, kenapa dia wujud?
Zulaika masih diam. Hatinya
sungguh sakit.
“Siapa sambut anak? Doktor lelaki
ke, perempuan?”
38 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Tak..tak perasaan abang, rasanya
misi perempuan tadi.”Zulaika mula risau.
“Kau ingat yea, kalau aku tahu
doktor lelaki yang sambut kelahiran
anak, kau siap dengan aku. Cukuplah aku
sorang je tengok ‘bawah’ kau.
Faham?”
39 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
4
Zulaika serba salah. Sedihnya,
suami call bukannya nak tahu dia
selamat atau tidak malah
mendera perasaannya lagi. Hal
anak sikit pun dia tak tanya. Tak faham
Zulaika akan sikap suaminya ini. Sangat
pentingkan diri sendiri.
“Misi, boleh tak misi tulis kat rekod
kelahiran yang sambut anak saya tu
40 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
bukan doktor lelaki?” Zulaika meminta
pada jururawat bernama Rogayah.
“Kenapa puan? Saya doktor
Eskandar yang sambut kelahiran anak
puan. Ada apa-apa masalah ke?”
Doktor Eskandar muncul tiba-tiba.
Sebenarnya dari tadi Doktor
Eskandar perhatikan Zulaika yang
sepertinya sedih bercakap di telefon.
“Err, sebenarnya…”
Zulaika tunduk segan. Walaupun hak
peribadinya sudah dilihat doktor lelaki ini
namun dia yakin, doktor ini cuma
menjalankan tugasnya sahaja.
“Ya saya…”
“Doktor, saya risau suami saya akan
marah kalau dapat tahu doktor lelaki
yang sambut. Saya tak nak ada
kekecohan kat sini. Saya merayu sangat
41 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
tolong ubah dalam rekod tu supaya tak
jadi masalah.” Zulaika merayu sedih.
“Maaf puan, saya tak boleh menipu
maklumat kelahiran. Ini bercanggah
dengan etika kerja saya. Saya cuma
menjalankan tugas untuk selamatkan
nyawa puan dan bayi. Saya minta maaf
kalau ianya akan memberi masalah pada
puan dan suami.”
Doktor Eskandar tak lepas dari rasa
simpati dan kasihan melihat perempuan
ini. Disebalik wajah ayu, terkandung
cerita sedih yang dia saja yang tahu.
“Doktor, saya merayu tolonglah…”
Doktor Eskandar tarik nafas dalam-
dalam.
“Takpa, kalau suami puan
persoalkan, suruh dia jumpa saya ya?”
Bagi doktor Eskandar itu bukan
masalah besar pun kerana dia tak pernah
42 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu yang
berjumpa dengan orang
mempertikaikan tugasnya.
“HEI, Kau ke Doktor Eskandar?” Areef
mencari doktor lelaki itu sampai ke
tempat parkir. Dia kenal wajah doktor itu
dari carta organisasi.
“Ya saya!”
Bukkkk! Terus dihadiahkan penumbuk
ke muka doktor itu.
“Apa ni encik? Pukul-pukul saya…”
Eskandar memegang mukanya.
“Kau ada buat dua kesalahan
dengan aku. Satu, kau tengok kemaluan
isteri aku. Dua, kau rosakkannya.”
“Ya Allah encik, apa encik cakap
ni?”
43 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Kau tak payah buat-buat tak tau.
Kau kenal Zulaika kan? Dia tu isteri
akulah.” Areef menempik.
Eskandar terkedu. Oh rupanya ini laki
tak guna tu. Eskandar jadi geramnya.
“Tak kiralah isteri siapapun, kalau
datang ke hospital sakit bersalin, saya
tetap kena selamatkan!”
“Kau tak payah nak tipu! Kenapa
dalam banyak-banyak perempuan nak
bersalin, isteri aku yang kau pilih? Apa
niat kau ya? Kau nak malukan aku? Nak
jatuhkan maruah aku? Kau saja nak ambil
kesempatan atas isteri aku mentang-
mentanglah aku tak ada.…” kolar baju
Doktor Eskandar di gengam Areef,
bengis.
“Apa ni encik, saya cuma
menjalankan tugas menyelamatkan
nyawa isteri encik. Hanya saya saja
44 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
seorang doktor yang bertugas malam tu.
Isteri encik, tumpah darah. Untuk kes
kecemasan seperti ini, doktor pakar saja
yang diberi tanggungjawab merawat
pesakit! Encik ke mana waktu tu? Isteri
encik, datang seorang diri tau ke hospital,
bersalin. Call encik langsung tak
menjawab. Kalau encik ni, suami yang
bertanggungjawab sangat, mana pergi
encik waktu tu?”
“Kau diam!”
“Saya tak akan diam. Encik
mencabar kredibiliti saya sebagai
seorang doktor.”
“Doktor apa? Doktor taik minyak!
Kau belajar universiti mana ni?Bodoh
betul kerajaan ambil doktor macam kau
bekerja. Yang kau gunting kemaluan dia
sampai hancur, kau jahit berserabut,
entah apa-apa! Kau dah rosakkan
45 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
semuanya. Lepas ni siapa yang kena
hadap semua tu kalau bukan aku!
Dengan orang lain boleh lah kau buat
kerja sambil lewa tapi bukan aku, aku
akan tuntut sampai lubang cacing!”
Areef mengherdik lelaki itu lagi.
“Maaf encik saya dah menjalankan
tugas saya seperti biasa. Tak ada yang
tak betulnya dengan rawatan saya!
Encik kalau tak tahu apa-apa, tanya
dulu.”
“Kau diam! Kau memang doktor
yang bodoh! Nasi dah jadi bubur, apa
yang jadi dah pun terjadi, aku cuma
boleh bagi kau ni jer. Nah!” Di angkat
buku lima, lalu dihadiahkan penumbuk
sekali lagi ke muka doktor itu.
Doktor Eskandar terbaring atas
jalan. Bibirnya berdarah.
46 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
“Abang apa ni! Jangan cari
masalah abang, ni hospital.” Zulaika
muncul di situ bila keadaan tak terkawal.
“Kau diam! Kau ni memang tak tau
malu kan? Tunjuk muka kau depan doktor
ni. Ke, kau dah seronok mengangkang
depan doktor ni, itu yang kau bela dia
sangat. Kau sukalah dapat jatuhkan
maruah aku. Orang pergi beranak kau
pergi menyundal! Kau memang isteri tak
guna lah bodoh!” Areef betul-betul naik
darah.
“Astafirallahalazim abang, abang
patut ucap terima kasih pada doktor ni
sebab selamatkan nyawa Ika. Doktor ni
juga yang tolong azankan anak kita lepas
bersalin tapi abang ke mana? Mana
pergi tanggungjawab sebagai suami dan
bapa? Bila keadaan jadi macam ni,
47 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
abang tak boleh nak salahkan sesiapa
pun, abang salahkan diri sendiri!”
“Kurang ajar!” Areef mengangkat
tangan mahu memukul Zulaika namun
Doktor Eskandar pantas menyambar
tangannya.
“Jangan sampai aku report polis ya
atas apa yang kau buat pada aku dan
isteri kau. Kalau kau tak puas hati, kau
pukul saja aku. Bukan isteri kau yang tak
berdaya ni. Jadi jantan jangan dayus!”
Doktor Eskandar pun sudah hilang sabar
dengan lelaki ini.
“Arghhh, jangan sampai aku tengok
nampak muka kau depan aku lagi. Kalau
tak, mati aku kerjakan. Faham?” Areef
mengamuk, habiskan pergaduhannya
dengan doktor itu.
Terus menarik tangan isterinya dan
mengarah isterinya menuruti jejak
48 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
langkahnya tanpa mempeduli Zulaika
yang baru lepas bersalin dan dalam
keadaan sakit itu.
AREEF mengetuk stereng dengan marah.
Perbuatannya itu mengejutkan bayi
mereka membuatkan anak kecil itu
menangis.
“Apa ni? Bisinglah!” Tangisan yang
makin kuat itu membingitkan telinga
Areef.
Zulaika pantas memujuk.
“Sayang mama, kenapa ni? Lapar
susu ya? Kejap yea mama bagi susu?”
Zulaika menyelak sedikit bajunya dan
memberikan anaknya susu badan.
Areef menjeling geram namun
matanya kembali pandang semula.
Gebunya. Salah satu milik Zulaika yang
49 |
Jangan Seksa Aku Dengan Rindu
dia paling suka. Sejak mengandung dan
melahirkan, makin montok pulak. Haishh!
Bibir comel yang sedang menyonyot
susu itu sikit pun tak menarik
perhatiannya. Rasa menyampah.
Semenjak bayinya lahir, rasanya dia
langsung tak membelek rupa anaknya
itu. Baginya, rupa bayi sama je.
“Gara-gara beranakkan kau, mama
kau mengangkang tunjuk kemaluan dia
depan jantan. Esok-esok, bila kau besar
aku akan bagitahu kau betapa besarnya
pengorbanan mama kau. Terpaksa tahan
malu, terpaksa bergadai maruah demi
melahirkan kau kat dunia ni. Aku sebagai
papa kau, bangga sama sekali berkongsi
mak kau dengan lelaki lain. Esok-esok
bila kau dah besar, jangan ikut perangai
mak kau ni! Faham?” Areef memerli
pedas isterinya itu.
50 |