The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Author Mia Kiff, 2022-07-08 23:25:30

Miss Miaaa Uhuk

nobody

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Ikut hati nak saja dia tampar Zulaika,
tapi dia bukanlah kejam sangat. Dia
betul-betul marah.

“Abang, dah-dahlah tu. Doktor tu
tengok bukan bernafsu pun. Lagipun,
dalam keadaan sakit bersalin, dengan
banyak darah, luka, sakit, dah tak ada
rupa apa pun kat situ. Doktor pun tak
heran lah, dah tu memang kerja dia.
Doktor tu cuma fikir nak selamatkan
nyawa Ika dan anak je. Dalam keadaan
darurat nak buat macam mana? Ika pun
tak sangka jadi macam tu! Kalau boleh
pilih, Ika pun akan pilih doktor
perempuan.”

“Kau cakap senanglah. Aku ni yang
kena tanggung! Aku ni suami!”

“Habis tu abang tak fikir
pengorbanan Ika lahirkan zuriat abang,
abang ingat semudah berak cirit ke? Ika

51 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

bertarung nyawa tahan sakit seorang diri
tau tadi. Abang ke mana? Datang-
datang terus marah Ika, bukannya nak
tanya Ika okey ke tak okey…” Zulaika
meluahkan rasa tak puas hatinya.

“Buat apa aku datang, doktor
Eskandar kan ada? Hensem dari aku
pulak tu. Dia kan dah temankan kau kat
bilik bersalin? Mesti terubat segala sakit
kau bila tengok doktor tu. Kau pun
dengan rela hati serah segalanya pada
dia untuk dia belek, dia tengok, dia korek.
Sukalah jantan tu!”

Susah betul nak cakap dengan orang
begini.

“Tak habis-habis ungkit pasal tu,
apa masalah abang ni? Antara sakit
beranak dan mengatal pun tak tahu beza
ke?”

52 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Aku tak kira. Kau ingat yea, lepas ni
kalau kau bertembung atau berjumpa
dengan doktor Eskandar tu, aku nak kau
lari jauh-jauh. Kau jangan berani
bertentang mata jauh sekali ada contact
dengan dia kalau kau ada maruah. Aku
risau, doktor Eskandar tu jatuh cinta
dengan kau pulak lepas tengok kemaluan
kau. Entah-entah sekarang ni dok
teringat-ingat. Jangan lepas ni dia
berangan buat hal tak senonoh dengan
kau sudah lepas tu, mengorat kau, lepas
tu nak dapatkan kau!”

“Astaghfirallalalzim abang, abang
ni merepek apa sampai ke situ?”

“Tak ada yang mustahil kat dunia ni!
Macam mana aku boleh tergilakan kau,
macam tu jugak lelaki lain boleh
tergilakan kau. Gemuk-gemuk pun kau
cantiklah bodoh!”

53 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika mendengus, menjeling lelaki
itu tak puas hati.

54 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

5

Ya mama, tunggu Areef dapat
cutilah, Areef hantar. Mama tak
payah susah payah datang sini.
Yea, tunggu je kat kampung tu.
Areef tahulah, Areef akan jaga Ika elok-
elok. Okey mama, nak cakap dengan
Ika? Jap…”

Areef hulurkan telefon pada
isterinya. Lembut je kalau bercakap

55 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

dengan mamanya kan. Kalau dengan
isteri…

“Ya mama…”
“Jaga diri tau, mama dah pesan kat
Areef jaga menantu mama elok-elok.
Kalau kereta papa tak rosak, mama dah
pergi sana tahu ambil Ika. Sayangnya
seminggu baru siap.”
“Tak apalah mama, nanti Areef
dapat cuti dia hantar Ika ya?”
“Okey, mama sayang tau menantu
mama ni. Geram betul mama tengok
cucu mama tu. Putih gebu, comel sangat.
Tak sabar nak gomol dia. Kakak dan
kakak ipar Ika pun excited tau. Mana tau,
bila pegang cucu mama tu, dapat
berjangkit.”
“Insha Allah mama, kita doakan
ya?”

56 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Ika rehatlah, mama tak nak
ganggu. Suara pun macam penat je.”

“Ya mama… assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam…”
Areef memang sengaja tak nak
hantar Zulaika balik kampung. Kalau di
kampung susah, mama suka membebel
dan masuk campur hal rumahtangga
mereka.
“Aku lapar, kau masakkan untuk
aku.”
“Boleh ke masak, Ika kan dalam
pantang? Cuba call tanya mama.”
“Aku tak suruh kau beranak pun, kau
yang sibuk nak anak tu. Aku peduli apa.
kau pun dah banyak sakitkan hati aku
hari ni. Aku cuma mintak kau masak jer,
susah sangat ke?”
“Iyalah, Ika buatkan…”

57 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Dengan susah payah, Zulaika
masakkan untuk lelaki itu.

Sedang masak, bayinya menangis.
“Masakkan kat aku dulu, biarkan
budak tu. Biasalah budak mesti suka
menangis.”
Zulaika yang mula kelam-kabut buat
kerja naik risau.
“Abang tengokkan anak sekejap!”
“Aku tak ada hati nak tengok anak
tu dengan apa yang jadi pada kau.
Sebab nak lahirkan dia, macam-macam
masalah aku dapat!”
“Ya Allah abang…” Mana pergi sifat
kemanusiaan lelaki itu sungguh pun sifat
seorang ayah, tiada.
“Cepatlah masak! Kau ada
cakapkan, walaupun ada anak kau
takkan lupa tanggungjawab kat aku. Aku
keutamaan kau, bukan anak.”

58 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Ya abang…”
Rasa nak menangis mendengar
tangisan anaknya yang pasti lapar susu.
Setelah masak dan hidangkan,
Zulaika terburu-buru mahu mengambil
anaknya.
“Siapa nak teman aku makan?”
“Allahuakbar abang, anak dah biru
muka tu menangis. Lapar susu, tolonglah
ada sifat kesian…”
“Hish. Budak ni menyusahkan aku tau
tak! Kau pergi diamkan dia sekarang
sebelum aku diamkan dia!”

ZULAIKA rasa bersyukur sangat kerana
dia mampu menyusukan bayinya sendiri.
Bukan semua ibu berpeluang begitu.

Tersedar dari momen indah ini kala
Areef mendekatinya. Suaminya

59 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

memerhati saja dia menyusui anak
mereka.

“Hurmm, itu pun aku kena kongsi
dengan budak ni kan? Dulu kepunyaan
aku sorang jer. Dahlah tak tegang
macam dulu lagi dah. Ada susu pulak tu.
Tak tahulah lepas ni berselera ke tak, aku
nak tengok, aku nak pegang. Aku nak
rasa. Dah tak menarik.” Areef muncul
menyindir Zulaika yang sepertinya
bahagia menyusukan anak mereka
tanpa mempedulikan Areef lagi.

Zulaika terdiam. Tak habis-habis dia
kena ‘body shaming’ dengan suami
sendiri. Sedih sangat bila Areef seolah-
olah menjadikan dia objek seks dalam
rumahtangga padahal dia tak pernah
komplen pun kekurangan suaminya.

“Dua tahun jer abang…”

60 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Iyalah dua tahun, tapi aset kau dah
tak sama macam sebelum beranak. Dah
jatuh! Tak tegang macam dulu.”

Zulaika tahan sabar.
“Kalau tak beranak pun, bukan kekal
sampai bila-bila pun Manusia akan tua
jugak! Akan berkedut. Abang pun sama.
Akan lanjut jugak!”
“Menjawab! Kau ni sejak ada anak,
berlagak yea dengan aku. Mana janji-
janji kau, nak utamakan aku?”
“Berlagak apanya? Abang ni
kadang-kadang kalau bercakap, main
lepas je. Tak fikir langsung perasaan
orang.”
“Berlagak lah, mana kau kisah pasal
aku lagi dah. Dulu sebelum ada anak, aku
je kau belek siang malam. Sekarang?
Asyik belek budak tu jer.”

61 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Allah, abang. Dengan anak pun,
nak berkira. Anak kita, baru berusia dua
hari abang.”

“Kau cakap senanglah, yang
tanggung aku!”

“Tanggung apanya, tak faham.”
“Arghh sudahlah. Kenapalah budak
ni wujud? Kalau tak hidup aku tak
bermasalah macam ni! Kalau tak, setiap
malam kau akan layan aku. Masa kau
takkan terbahagi dua macam sekarang.
Tak pasal-pasal dengan aku sekali
berpantang kau sekarang ni. Mati kering
aku nampaknya.” Areef mendengus.
Areef baring di sebelah Zulaika yang
tidur mengiring.

“Ini anak abang, darah daging
abang. Mungkin hari ni abang rasa
terbeban, abang rasa dia membawa
masalah, tapi siapa tahu esok-esok ni,

62 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

masa kita tua, anak kita lah yang akan
jaga kita.”

“Tu pun kalau nak jaga, tak payah
mengharap sangat. Dah lah anak
perempuan, nanti ada laki, mestilah ikut
laki dia, ikut cakap laki dia. Tak ada nak
pedulikan kita lagi dah. Yang tinggal
siapa? Kita dua jugak kan?”

“Kita doalah semoga anak kita ni
akan membesar jadi anak yang solehah.
Ya?”

“Tak kuasa aku. Baik fikir kau lagi
bagus. Kau tu, keutamaan aku. Kau ingat
yea, dalam tempoh berpantang ni, kau
pulihkan diri kau sebaik mungkin. Aku nak,
habis je pantang isteri aku balik macam
dulu. Montok, langsing, gebu, bersih dan
ketat. Aku tak nak longgar-longgar. Aku
nak macam baru lepas kahwin. Faham?”

63 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Zulaika sekadar menjeling. Demand
betul, macam lah dia helok sangat?

Memang mentuanya ada belikan dia
Set Bersalin Nona Roguy, tak tahulah
berkesan ke tak set jamu tu.

Areef cuba tidur, namun terganggu
dengan tangisan si kecil. Dia mendengus
dan keluar bilik. Tidur di ruang tamu.

Larat ke tahan, sebulan lamanya ni.
Arghhhhhh! Sakit betul hati.

64 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

6

Assalamualaikum, ini Puan
Zulaika kan?” Zulaika
terkesima bila yang
menegurnya itu Doktor
Eskandar.

“Waalaikumussalam…” Tak sangka
bertembung dengan Doktor Eskandar di
klinik kesihatan. Zulaika datang ke sini
kerana membawa bayinya memeriksa
penyakit kuning.

65 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Rasa segan pula memikirkan apa
yang berlaku antara mereka sebelum ini.

Dia harap sangat, Areef tak
nampak. Lelaki itu sedang menunggu
dalam kereta sambil bermain game.
Kalau tak, tak tahulah apa lelaki itu fikir.

“Check kuning anak ke? Tinggi tak?”
“Err, dalam 120 macam tu lah.”
“Oh, tak tinggi sangat tapi kena
jaga juga. Boleh jadi makin naik, boleh
jadi makin turun. Awak bff baby ke?”
“Ya doktor.” Mesra pula Doktor
Eskandar ni. Naik risau. Janganlah ramah
sangat.
“Teruskan BFF baby, Insha Allah
turun kuning tu. Tapi awak jangan makan
jamu. Berhenti dulu. Bila dah reda, baru
makan ya?”
“Baik doktor, terima kasih doktor…”
“Datang dengan siapa?”

66 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Err suami. Minta maaf ya atas apa
yang berlaku baru-baru ni. Saya harap
doktor tak akan ambil tindakan undang-
undang ke atas suami saya.”

“Tak apa, demi anak awak yang
comel ni, saya tak jadi report polis.”
Mata lelaki itu tunak pada wajah
anaknya yang comel.

“Terima kasih doktor, err okeylah
saya nak masuk dalam. Nama dah
dipanggil.”

Doktor Eskandar senyum. Zulaika
seperti takut-takut. Mesti takut kat laki
dia tu.

“Okey. Err kejap. Satu je saya nak
pesan kat awak. Penderaan mental ni,
lebih menyakitkan dari penderaan fizikal.
Apapun, fikirkan hati sendiri dulu sebelum
nak jaga hati orang lain. Sebagai wanita,
walaupun kita ni isteri, tapi kita ada hak

67 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

untuk diri kita sendiri. Okey? Saya pergi
dulu, semoga jumpa lagi. Kalau awak
sanggup, sampaikan salam saya pada
suami awak. Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam…”
Memang tidaklah.

MASUK saja dalam kereta, Areef dah
menanti. Zulaika tayang muka selamba
saja walaupun dalam hati berdebar-
debar.

“Kau ada apa-apa nak share
dengan aku tak?” Terus Areef tanya.
Serius.

Zulaika mengelabah. Tapi dia kawal.
“Hah? Bacaan kuning anak tadi, 120.
Esok kena datang lagi. Kalau naik,
mungkin akan masuk hospital tapi kalau
kalau turun bawah 100, dah tak payah
bawa anak lagi dah ke klinik!”

68 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef berdecit. Pejam mata sekilas.
“Pasal budak ni, aku tak nak ambik
tau. Yang aku nak tau pasal kau.” Areef
mengherdik.
“Hah? Saya macam ni lah. Luka jahit
tak sembuh lagi, badan pun masih lemah,
masih sakit-sakit. Nak makan jamu saya
tak berani sebab anak ada kuning.”
“Bukanlah! Tadi, aku ternampak
doktor Eskandar. Dia parking betul-betul
depan kereta kita.” Agak-agak, Areef
tahu ke? Dia nampak ke mereka berbual
tadi?
“Lah ye ke? Tak tau pulak. Ika pun
tak ingat dah muka dia. Kan lepas
bersalin, urat banyak putus.” Untuk
mengelakkan masalah lebih besar, baik
menipu saja.
“Tak tau? Macam mana kau boleh
tak tahu. Dia keluar dari klinik tadi. Kau

69 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

tak terserempak ke, dengan dia? Ke kau
memang plan nak jumpa dia hari ni? Kau
ada contact dia ye kat belakang aku?”

“Tak ada lah, saya tak perasan pun
dia tadi. Abang bagitahu baru saya tahu
dia ada kat sini.”

“So, kau memang tak jumpa dia?Tak
terserempak dengan dia? Tak sembang
dengan dia?”

“Tak. Tengoklah kat report ni! Nama
doktor Izah kan. Saya fokus pada sakit
kuning anak. Tak ada masa nak tengok-
tengok orang.”

“Kalau macam tu baguslah. Kiranya,
dia tak angaukan kau lah lepas tengok
kemaluan kau masa beranak hari tu…”

“Hish abang ni, gila ke fikir macam
tu? Buat malu jelah.”

70 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Betul lah, kalau dia memang jenis
jantan miang, mesti dia perasankan kau
dan tegur kau tadi.”

“Dahlah tu sembang pasal lain.”
“Okey, luka jahit kau, dah okey ke
belum?”
“Belum…”
“Hish!Tak boleh ke, lega cepat-
cepat sikit?” Areef berdecit.
“Saya manusia, bukan patung!”
“Menjawab!” Marah lelaki itu.
Areef tanya semula.
“Berapa lama akan sembuh?”
“Sebulan kot…”
“Hah? Matilah aku…”
Zulaika garu kepala. Yang bersalin
macam nak mati, Zulaika. Dia pula yang
lebih-lebih.

71 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

7

Asal balik je, kau makan, asal
kau makan mesti aku balik.
Kau ni Kalau hidup asyik
makan,makan, makan!" Bebel
Areef berangin satu badan.
Dia mencekak pinggangnya pada
isterinya, Zulaika. Zulaika yang tengah
makan, terus hilang selera.

Padahal dia baru dapat makan
setelah seharian menguruskan

72 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

rumahtangga dan bayinya yang dari tadi
asyik buat perangai saja. Menangis.
Melalak.

Semua serba tak kena. Dia pun rasa
nak naik gila jadinya. Dahlah baru tiga
hari berpantang.

Tapi itulah, malang nasib dia tiap kali
Areef balik, masa tulah dia baru nak
makan. Dek kerana itu terkeluar perlian
pedas seperti ini.

"Maaf abang, err Ika stop makan ya.
Abang nak Ika buangkan stokin?" Zulaika
masih membalas lembut.

Areef mendengus.
"Iyalah! Ini kan rutin kau lepas
kahwin? Dah banyak sangat urat
terputus masa beranak ke, yang sampai
lupa ni? " Areef mendengus,
menghempas punggungnya di sofa.
Perut yang lapar dibiarkan saja.
Zulaika basuh tangan dan menapak

73 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

perlahan-lahan menghampiri suaminya
itu.

"Lembab lah kau ni, cepatlah! Rimas
tau bau stokin ni. Mak aku dulu beranak
anak sepuluh tapi aktif jer buat kerja
rumah. Tak ada nak susahkan bapak aku.
Kau jangan nak mengada-ada sangat
bawak perangai manja kau kat sini ya.
Aku suami bukan mak bapak kau tau! Tak
ada masa nak layan karenah kau. Kau
yang patut layan karenah aku. Faham?"
Arah Areef yang bicaranya makin kasar.

Zulaika yang berkain batik dan
bersanggul tinggi itu cuba menapak
sedikit laju namun bekas jahitan terasa
ngilu. Iyalah baru tiga hari lepas bersalin.

Dia berdecit pedih. Cuba abaikan
rasa pedih diluka jahitan itu dan duduk,
menghadap lelaki itu.

Stokin suaminya, ditarik dari
menyarung kaki.

74 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Basuh stokin ni, dah busuk lah. Duduk
sebatu pun orang boleh bau. Malu kat
orang. Ada isteri, tapi hidup langsung tak
terurus, baru anak seorang hidup dah
carca marba..." Bebel Areef lagi.

"Baik abang..." Zulaika bangun
perlahan-lahan dan membawa stokin
dan memasukkan ke dalam mesin basuh.

Baru dua tapak kembali ke ruang
tamu, dia berdecit pedih.

"Kau kenapa?" Tingkahnya
diperhatikan Areef.

"Tak ada apa abang, mungkin
tempat jahit tu masih baru, tu yang
sakit...."

Areef mendengus.
"Itulah balasannya sebab tak jaga
air muka suami. Tunjuk kemaluan tu kat
lelaki lain, padanlah muka kau. Mak aku
dulu, beranak 10 anak, secara normal tak
ada jahit-jahit macam kau ni. Kau buat

75 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

dosa apa ni, sampai begini azab kau
masa bersalin? Dengan rupa 'bawah'
kau, yang habis koyak rabak, hancur, naik
loya aku tengok. Baru anak seorang, dah
jahanam. Macam manalah aku nak
'guna' lepas ni! Aku membayangkan pun,
dah naik geli tau!" Areef tayang muka
jijik.

Hati yang sedia terasa, dilukakan
lagi. Sudahlah terpaksa berpantang
seorang diri, ada suami langsung tak
memahami malah menambahkan stress.

"Abang, abang nak minum ke? Nak
makan?" walaupun hati terasa namun
Zulaika masih mahu melayani suaminya
sebaik mungkin.

"Tak payah! Kalau suruh kau, alamat
mati kebulurlah aku kat sini. Cukuplah
semalam, sejam aku tunggu kau masak
tau. Nak jalan pun terkedek-kedek, nak
masakkan untuk aku? Aku dah minum,

76 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

dah makan sesiap tadi sebelum balik
sebab sejak kau beranak ni, kau memang
tak boleh diharap!" Kata Areef penuh
berbisa.

"Kalau macam tu, Ika sambung
makan ya?" Zulaika kembali rasa lapar.

"Makan lagi? Patutlah beras cepat
sangat habis. Kau memang tak ada kerja
lain ke selain menghabiskan beras dalam
rumah ni. Kau sedar tak, badan kau tu
makin hari makin gemuk? Baru seorang
anak belum sepuluh lagi. Tapi badan tu
dah macam tong dram!" Kata-kata
hinaan Areef itu umpama belati
membelah perasaan Zulaika.

"Ika baru je nak makan, abang."
Zulaika menjelaskan dengan mata yang
berkaca. Perut yang pedih digosoknya .

"Tak payah menipu, tengok badan
kau yang gemuk ni pun, aku dah boleh

77 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

agak lah. Kau ni dok rumah, bukannya
buat apa pun. Makan tidur je."

Selera mati memenangi perut yang
minta diisi. Serentak itu, tangisan si kecil
kembali meriuhkan suasana.

Areef makin stress dan makin naik
darah.

"Dia mula dah... Hei, kau pergi tengok
anak sekarang! Kau diamkan budak tu.
Aku ni balik penat-penat tau, nak rehat
nak tenangkan fikiran, tapi korang ni tak
habis-habis nak semakkan kepala otak
aku..." Areef menempik marah.

Zulaika pantas basuh tangan semula
dan menapak ke bilik tanpa fikirkan luka
jahitannya kerana dia risau baran si
Areef akan bawa mudarat pada
mereka.

Segera mengendong bayinya,
memujuk dan memberikan susu badan.

78 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Sayang mama, jangan nangis yea.
Mama ada dengan sayang ni..." Dengan
panik, Zulaika memujuk.

Tapi bayinya terus menangis. Makin
kuat.

"Arghhh! Kau ni memang tak reti nak
jaga anak kan? Kalau dah dasar tak reti
tu, tak payahlah gatal nak mengandung.
Itulah aku dah suruh kau berdisiplin
makan perancang dulu tapi kau degil!
Nak jugak mengandungkan budak ni
padahal, bodoh nak jadi ibu. Kalau budak
tu tak wujud kat dunia, hidup aku tak
akan haru-biru macam ni. Aku penat tau
tak, penat dengan semua ni..." Areef
terus memarahi isteri tanpa sedikit pun
simpati pada Zulaika yang bertungkus
lumus menjaga darah daging mereka itu.

AREEF baring sebelah Zulaika bila
tangisan anaknya terhenti.

79 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Kau buatlah apapun malam ni,
asalkan nafsu aku puas. Aku tak boleh
tahanlah nak tunggu sampai sebulan ni.
Baru berapa hari dah ketar lutut aku!”

Zulaika yang baru lepas menyusu
terpinga-pinga.

“Mana boleh abang, Ika baru je
bersalin ni. Itulah, mama suruh hantar Ika
balik kampung, abang tak nak. Kalau
duduk berdua-duaan, beginilah.”

“Bukan aku nak suruh kau layan
macam biasa, guna cara lain. Tak kacau
pun tempat tu.”

“Maksud abang?”
“Macam ni…” Dia berbisik ke telinga
Zulaika hingga resah tercampak ke hati.
“Boleh kan? Takkan tu pun aku nak
kena ajar, sini,…”
Kepala Zulaika ditarik.

80 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Mahu tak mahu terpaksa turutkan
kehendak suaminya itu walaupun dia tak
suka sebenarnya.

81 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

8

Zulaika bersalam dengan Areef
yang baru balik kerja. Wajah ayu
itu ditenung Areef tanpa jemu.
Isterinya nampak sungguh
menawan dengan sanggul tinggi itu,
menyerlahkan leher jinjangnya itu. Areef
menelan air liur. Terpesona dengan
kecantikan isteri yang tiada taranya itu.

Areef senyum, senyum yang penuh
makna tersirat.

82 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Ab…abang dah makan?” Tak
selesa dengan renungan itu.

“Belum lapar lagi. Tak apa, hari ni,
Ika rehat yea. Tak payah masak. Abang
tak nak Ika penat.” Lembut balasan
lelaki itu buat Zulaika kerut dahi. Pipinya
diusap lembut.

Tiba-tiba tak berkasar. Apa yang
mengubah dia? Baik semacam.

Penyapu di tangan Zulaika diraih dan
dia menyambung tugas isterinya itu.
Zulaika pandang hairan namun kalau
betul suaminya berubah lega juga hati ini.
Iyalah asyik makan hati kan habis pula
hati yang ada.

“Ika dah makin sihat ke ni? Dah
berani pegang penyapu. Abang pula tak
sampai hati nak tengok. Ika rehatlah.”
Areef menyimpan penyapu dan

83 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

penyodok sampah setelah membuang isi
sampah ke dalam tong sampah.

Dia duduk atas sofa, seraya menarik
tangan isterinya. Zulaika duduk sebelah
Areef yang memeluk pinggangnya dan
meletakkan dagu atas bahu.

“Dah makin sihat kot? Seminggu dah
kan bersalin.” Zulaika angguk.

“Betul ni, makin sihat?”
Zulaika terbuai-buai dengan
perhatian lelaki itu. Ini memang Areef
yang dia rindukan. Cuma karektor ini,
tidak lama kerana lelaki itu berubah
sejurus dia mengandung.
“Ya, bolehlah sikit-sikit. Setakat
menyapu tu, okey kot?” Areef memeluk
pinggang isterinya erat.

“Nurse datang rumah ke tadi?”
“Datang,”
“Nurse kata apa?”

84 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Okey.”
“Kiranya semua okey?”
“Hurm, cuma rahim tu masih
kembang lagi, pengucupan agak
lambat. Misi ada ukur. Kena
bertungku lebih sikit agaknya. Kita
tanya mama, nak? Mesti mama
tahu.” Cerita Zulaika.
“Oh, hurm… kejap abang fikir
cara nak kecutkan rahim. Maybe
lambat kecut sebab tak digunakan
kot?” Perut isteri diusap lembut.
“Hah? Kan baru bersalin? Dah
guna kan?”
“Lain. Hurmm, abang rasa
abang tahu caranya.”
“Macam mana?”
“Kejap lagi abang tunjuk.
Abang mandi dulu, sayang masuk

85 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

bilik tidurkan anak. Nanti susah pulak
kalau anak menganggu kita.”

“Oh okeylah..”
“Okey sayang, I love You!”
Lelaki itu mengucup pipi Zulaika,
hangat.
“Tak bau minyak angin ke?”
Areef tertawa.
“Tak, wangi je isteri abang!
Mana I love You too abang?”
Zulaika senyum. “Iyalah, I love
You too…”
Cup! Ciuman hingga sekilas, ke
bibir Zulaika. Terkedu Zulaika
dibuatnya.
Areef bangun, membuang t
shirt depan mata isterinya itu sambil
mengenyitkan mata.
“I love Yoo till the end, sayang.”
Ucapnya, buat Zulaika rasa bahagia

86 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

walaupun dah lama tak merasai kasih
sayang suami seikhlas ini.

Zulaika bangun, mengambil tuala
dan menyerahkan pada suaminya itu.

“Kalau tak ada anak, dah nak ajak
mandi sekali tau,” Areef mengusik.

“Ish abang ni!” Zulaika balas tawa
itu. Berbunga-bunga pula rasa hati,
mungkin betul lah. Areef dah berubah.

ZULAIKA tarik nafas lega bila si kecil dah
terlena.Syukur Alhamdullilah. Dia risau
kalau suaminya marah akan membawa
akibat pada anak yang tidak berdosa ini.
Namun kala dia beralih, keluh comel dari
bayinya terdengar. Dia kembali menepuk
perlahan punggung bayinya yang cukup
comel, dinamakan Aisha.

87 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Senyum tercetus dibibir. Manja.
Hanya Aisha tempat Zulaika menabur
kasih yang tulus.

“Mama call tadi, tanya bila abang
nak hantar Ika balik berpantang di
kampung. Ika tak tahu dah nak jawab
apa. Hari-hari mama call tanya. Mama
kata kalau abang ada kerja, dia nak
datang sini.”

Areef berdecit.
“Tak naklah jauh dari sayang.
Tahukan abang ni kalau tak ada Ika tak
boleh duduk. Ika dah janjikan, walaupun
kita ada anak, abang adalah keutamaan
Ika.” Areef mendekati isterinya.
“Mama rindu tu nak tengok cucu.
Sejak lahir, dia belum pernah tengok
Aisha lagi.”

88 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Budak tu dah tidur ke?" Haba panas
dari bisikan romantis Areef menyapa
pipi.

Begitu dekat lelaki itu
dibelakangnya. Zulaika rasa tak selesa.
Kalau lelaki itu bernada begini biasanya
dia...

Zulaika mula risau.
"....Dah...." Jawab sesimple mungkin.
"Bagus dah tidur. Macam faham-
faham jer. Letaklah anak tu, tolak tilam
dia ke sana sikit." Nada romantis itu enak,
tapi tak kena masa.
Zulaika rasa seram sejuk. Ini bukan
romantis, ini menakutkan.
"Errr...Abang nak makan ke? Nak
minum?" Zulaika alihkan faham ke lain,
menjawab dengan ekor mata.
Sekejap dikerling ke belakang.
Areef senyum tipis.

89 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

"Malam-malam ni biasanya suami
makan apa?"

Zulaika rasa lega.
"Nasi goreng?"
"Tak nak..."
"Maggi?"
"Tak nak..."
"Tomyam?"
"Tak nak..."
"Habis tu?" Zulaika serba salah.
Mampu meletak wajah Areef sekejap
saja dalam pandangan.
Risau meraja hati.
"Sayang tau tak, walaupun sayang
dalam pantang, berbau minyak angin,
tapi muka sayang makin berseri-seri...."
Puji Areef sambil bibir menyinggahi
rambut yang disanggul tinggi itu.
Kata orang tua-tua, wanita dalam
pantang memang akan berseri-seri
kerana menjaga pemakanan selain dari

90 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

melalui azab kelahiran yang menyucikan
dosa-dosa yang lalu.

"Ma...maa..mana ada?" Zulaika
nafikan dengan takut.

Areef tawa kecil.
"Betul lah, hari biasa abang tak
pernah lihat sayang secantik malam ni
tau..." Puji lelaki itu mendebarkan
perasaan Zulaika.
"Oh okeylah, Ika nak bangun
masakkan untuk abang ya?"
Zulaika cuba bangun namun,
tubuhnya dirangkul kemas.
"No, abang tak nak makan. Abang
nak Ika je sekarang ni..." jari jemari lelaki
itu mula menjalar lembut mencecah
kulitnya.
“Macam hari tu ke?”
“Tak best lah, tak cukup puas. Abang
rasa abang mesti…errr…”

91 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Kemudian, Areef membisik perlahan
ke telinganya membuatkan matanya
membulat. Serentak rasa cemas
tercampak ke hatinya.

Takkan mereka nak 'bersama' dalam
keadaan dia masih berpantang? Baru
seminggu, melahirkan anak. Dia mula
mengeletar.

“Mama bagitahu, lepas pantang
baru boleh…”

“Lama sangatlah sayang. Sebulan
lagi mati lah abang. Jangan seksa abang
macam ni. Abang dah tak tahan nak buat
macam mana?” Lelaki itu makin
merapatinya.

“Tak boleh ‘bersama’ lagi, Ika kan
berjahit. Masih luka, masih berdarah lagi.
Masih dalam nifas. Haram abang.
Berdosa. Tunggulah Ika habis pantang
dulu.”

92 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

Areef tak peduli. Terus membelai
area yang dikehendakinya.

“Tak boleh abang…” Zulaika
menepisnya.

“Abang rasa mesti dah makin lega
luka jahit tu. Dah seminggu ni. Ika pun,
steady je jalan tadi. Bolehlah sayang,
jangan dera batin abang macam ni.
Sayang cakap, abang keutamaan
sayangkan? Abang tak nak curang.
Abang tak nak cari perempuan lain nak
lepaskan nafsu. Abang cuma nak isteri
abang yang halal ni.” Nada Areef
memujuk lembut.

“Tak nak abang, please. Ika takut…”
Zulaika merayu dalam tangisan.

“Macam ni, bagi abang check dulu
okey ke tak okey. Kalau tak okey, kita
stop lah. Abang rasa mungkin ini caranya

93 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

nak kecutkan rahim. Kita cuba nak?”
Lelaki itu memujuk lagi.

Areef sepertinya sukar dikawal lagi.
“Ika tak berani abang…” Zulaika
mengeleng takut. Lelaki itu mengelus
rambutnya dan mengesat air mata itu,
seraya menghadiahkan kucupan di pipi.
“Abang buat perlahan-lahan.
Okey?” Areef memujuk lagi hingga
akhirnya berjaya memaksa isterinya itu
melayan kehendaknya.
Areef tak peduli apapun, terus
meredah apa yang diharamkan kerana
itu yang diinginkan. Tangisan dan
kesakitan isteri, tak dihiraukan. Asalkan
dia puas.

SESUDAH memuaskan nafsu, Areef terus
bangkit dan melepaskan marahnya.

94 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Sakit, sakit, sakit! Itu je kau tahu.
Aku ni nak feeling sikit pun tak boleh. Dah
tugas kau layan aku atas katil, kau je
yang halal untuk aku, kau kena fahamlah.
Bila suami berkehendak, belakang unta
pun kau kena layan aku tau. Biar kau
sakit, dari aku pergi keluar cari pelacur
berzina kat luar sana atau aku rogol anak
sendiri. Sekurangnya kau selamatkan
suami kau ni, dari dosa zina. Faham?”

Zulaika mengigil kesakitan. Sakit
yang amat-amat sangat terasa
dibawah ari-arinya. Air mata mengalir
menemani kesakitan. Rasa seperti
terbuka habis benang jahitan dan rabak
bahagian lukanya.

Celah pahanya terasa panas
sepertinya darah sedang mengalir.

“Allah, sakit abang…” Rintih Zulaika
terketar-ketar. Terasa basah kainnya.

95 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Sikit jer pun, mengada-ada. Nak
layan suami pun berkira. Dah bangun,
basuh darah tu. Memekak kat situ buat
apa?”

Ketika itu, Aisha menangis pula.

“Arghhh, stress aku mak cara mak
anak cara anak. Tak habis-habis
memeningkan kepala aku. Aku keluar lagi
baguslah dari hadap muka kau!”

AREFF menikmati kopi o suam sambil
membayangkan peristiwa tadi. Dia
marah bila Zulaika mengganggu
konsenstrasinya. Walaupun begitu, dia
lega juga dapat memenuhi nafsunya
walaupun dalam keadaan Zulaika begitu.

Apapun Zulaika, not bad lah! Dia
puas juga. Areef senyum nakal.

“Areef, You buat apa kat sini?” Jiha,
rakan pejabatnya menegur Areef.

96 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Lah, Jiha. Buat apa kat sini?”
“Keluar makan lah.”
“Sorang je?”
“Iya sorang je, awak?”
“Sorang juga, duduklah join sekali.”
Jiha melabuh duduk bertentang
dengan Areef. Di ofis, Areef memang
baik dengan Jiha ni, tapi Jiha lebih rapat
dengan kawannya, Eiman. Dengar kata
ada skandal, entahlah. Laki orang vs
janda. Lantak koranglah.
“Dari tadi I perhati, You asyik
temenung je. Ada masalah dengan isteri
yea?”
Areef mengeluh. Macam tau pula
perempuan ni.
“Tak adalah, okey je.”

97 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Tak okey, I tahulah. Bukan I tak
pernah berkahwin. Isteri You baru
bersalin kan?”

Areef mengeluh. Alang-alang Jiha
dah tahu, ceritakan jelah. Lagipun kawan
ofis kan.

“I rasa sedih, sejak kehadiran anak,
isteri I dah banyak berubah. Bukan saja
fizikal, tapi sikap pun sama. Dah tak
layan I mesra macam dulu padahal I ni
mengharap kasih dan sayang dari dia.
Dia asyik lebihkan anak jer sampai I jeles
dengan anak sendiri. Perempuan
memang macam tu yea lepas beranak?”

“Ya, kebanyakan. Kalau nak anak,
lelaki kena lah berkorban masa dan
perasaan. Kena sabar.”

“Tapi I tak nak anak tu, tapi isteri I
nak teruskan jugak. Nak buat macam

98 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

mana kan. Sebab I tahu, kehadiran anak

ni, akan menganggu. Macam

sekaranglah. I frust dengan diri dia

sekarang. Dengan gemuknya,

berdakinya, berselulitnya… Masa

mengandung dan selepas bersalin,

banyak perubahan isteri I yang I tak

boleh terima.” Areef menceritakan lagi.

“Hurm, inilah punca I bercerai. Suami
I nak anak. I tak nak anak. Sebab I yakin
dengan kehadiran ‘anak’ akan bawa
masalah dan beban.”

“So, kita serupa lah..”

“Ya…” tengah berbual telefon
bimbit Jiha berbunyi. Berulang kali hingga
dia terpaksa silent.

“Siapa?”

“Bekas suami I!”

99 |

Jangan Seksa Aku Dengan Rindu

“Oh, kenapa dia call?”

“You know what, dia ceraikan I,
sebab I tak nak mengandung tapi bila
isteri dia dah mengandung dan bagi dia
anak, tetiba sibuk call I, mengadu
masalah rumahtangga dia dengan I. You
see? Dah dapat anak, dah dapat apa
yang dihajati, tapi masih bermasalah
juga. Samalah macam You.”

Areef melepas keluh berat.
“I lain, I tak nak isteri I mengandung
tapi dia yang nak! Sampai sekarang I
marah tau.”

“Oh, macam tu. Kalau semua lelaki
macam You, baguslah. Ni tak,…”

“Kenapa dengan Ex hasben You tu?”

“Dia ajak I tidur dengan dia.”

“Hah? Ye ke? Kenapa pulak?”

100 |


Click to View FlipBook Version